Selasa, 15 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Nov 2011 01:56 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Fitrah manusia suka hiburan - Sham Kamikaze

Posted: 15 Nov 2011 01:00 AM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TELUK INTAN, 15 Nov: Walaupun fitrah manusia suka kepada hiburan namun biarlah hiburan yang mengikut syariat dan bertujuan semata-mata menyampaikan mesej dakwah, kata Sham Kamikaze.

Beliau menyatakan demikian dalam majlis ceramah di Kampung Padang Tembak, dekat sini.

Oleh itu menurut beliau, adalah amat wajar pihak tertentu menyediakan hiburan alternatif kepada golongan remaja.

Katanya, hiburan perlu digunakan untuk menyampaikan mesej Islam terutamanya kepada golongan muda.

Menurut Sham, setiap orang Islam adalah bertanggungjawab untuk berdakwah dan akan dipertanggungjawabkan akan usaha amar maaruf dan nahi mungkar.

"Tidak kira sama ada kita seorang ustaz atau bukan," katanya yang nama sebenar Shamril Mohd Salleh.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa taufik dan hidayah Allah tidak memilih bulu.

Justeru, ujarnya sesiapa sahaja boleh diberi hidayah oleh Allah pada bila-bila masa tetapi yang penting ialah menanamkan sikap kasih sayang kepada setiap manusia.

Beliau juga menyentuh tentang kaedah dakwah terkini dengan menggunakan teknologi maklumat seperti facebook yang mana jika digunakan dengan cara yang betul dapat memberikan pahala yang banyak kepada penggunanya.

"Gunakanlah facebook untuk kita menyampaikan dakwah. Jika sehari satu ayat Quran atau hadith kita masukkan, cuba bayangkan berapa banyak pahala yang kita dapat apabila ia disebarkan dan dapat dibaca oleh setiap orang.

"Kesemua ini ibarat multi level marketing yang menjaminkan keuntungan di dunia dan di akhirat," ujarnya.

harakahdaily/-

Kes rasuah Ling: Mungkinkah Dr Mahathir tampil esok?

Posted: 15 Nov 2011 12:55 AM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu, pihak pendakwaan akan memanggil saksi terakhirnya dalam perbicaraan kes rasuah bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik esok,.

Namun, pendakwa raya kanan Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah enggan mengesahkan jika saksi itu adalah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

NONEKetika ditemui hari ini, Tun Majid sekadar berkata bahawa media perlu menunggu sehingga esok untuk mengenal pasti saksi berkenaan.

Sebelum ini, pihak pendakwaan pernah berkata bahawa mereka bercadang untuk memanggil Mahathir untuk memberi keterangan.

Antara lain, pihak pendakwaan pernah memberitahu mahkamah bahawa ia mahu Mahathir menjelaskan surat daripada Ling bertarikh 29 Jun, 2002 yang menggesa kerajaan untuk meluluskan perjanjian tanah projek Zon Bebas Pelabuhan Klang, yang tertangguh itu.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000, sedangkan beliau tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon dan faedah.

NONEBeliau juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling, 68, didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Perbicaraan bermula pada Ogos 1, 2011 dengan 24 orang saksi telah dipanggil setakat ini.

malaysiakini/-

Anak ada bukti Isa dilantik 'ikut pintu belakang'

Posted: 15 Nov 2011 12:50 AM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa mempunyai bukti perlantikan Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) lalu dibuat secara tidak sah dan 'ikut pintu belakang'.

Mendedahkan hal itu, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat mendakwa, beliau mempunyai maklumat satu surat melalui setiausaha sulit kanan Perdana Menteri telah dihantar kepada Isa sebagai mengesahkan perlantikan tersebut.

"Kita ada bukti melalui satu surat yang dihantar melalui setiausaha sulit kanan perdana menteri yang mengesahkan perlantikan beliau (Isa) sebagai pengerusi koperasi walhal mesyuarat agung KPF melantik dan memilih Datuk Dzulkifli Wahab sebagai pengerusi," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Mazlan lagi, Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli koperasi kerana beliau bukanlah seorang peneroka dan bukan kakitangan Felda, apatah lagi untuk menjadi pengerusi KPF.

"Kalau sekalipun dia guna seksyen dibawah menteri koperasi bertanggungjawab, sekurang-kurangnya dia perlu menjadi ahli koperasi selama dua tahun baru boleh dilantik sebagai pengerusi KPF," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, dua Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pada 25 Oktober lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat memberitahu, Isa yang juga Pengerusi Felda Holdings Bhd, secara rasminya masih belum dilantik sebagai pengerusi KPF.

Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF.

harakahdaily/-

Awang Adek berniat jahat tolak amanat Tun Razak

Posted: 15 Nov 2011 12:40 AM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PASIR PUTIH, 15 Nov: Tindakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, yang menolak poster amanat bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak oleh skuad Gegar sebagai tindakan 'jahat'.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata tindakan timbalan menteri dari Kelantan itu berniat jahat untuk menafikan hak kerajaan dan rakyat di negeri ini mengikut perundangan.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas reaksi Awang Adek yang menolak menerima poster yang antaranya mengandungi ucapan allahyarham Tun Abdul Razak berhubung hak negeri itu untuk mendapatkan royalti sebanyak lima peratus.

Katanya, tuntutan itu memang wajib dilakukan kerana ianya menjadi hak kerajaan negeri memandangkan hasil minyak terdapat dalam perairan Kelantan.

Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan majlis solat hajat dan pecah tanah sempena projek naik taraf Loji Rawatan Air Wakaf Bunut, Pasir Putih, dekat sini tengah hari tadi.

"Kalau Terengganu dibayar royaltinya kerana minyak diambil dari negeri itu, begitu juga dengan Kelantan, hasil minyak juga diambil dari bumi Kelantan," ujarnya.

Pada 10 November lalu, Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) bersama Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti ke Parlimen untuk menyerahkan poster tersebut kepada pihak kerajaan Pusat.

Setiausaha Gegar, Muhammad Hishammuddin Ghazali, berkata malangnya, poster berkenaan ditolak oleh Dr Awang Adek apabila ianya diserahkan kepada timbalan menteri tersebut.

"Sebanyak dua kali kami memberikan poster tersebut, kedua-duanya dia menolak dengan kasar, tak payah,… tak payah… sambil menolak poster yang diberikan.

"Kali kedua kami memberikan padanya dia kata lagi "tak payah… tak payah… ini semua kerja politik," ujar Hishamuddin lagi.

Hishammudin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan timbalan menteri yang berasal dari Kelantan sendiri berhubung tuntutan hak itu.

Katanya, sepatutnya sebagai orang yang berasal dari Kelantan menyokong apa yang diperjuangkan kerana ianya untuk kemajuan rakyat di negeri itu sendiri.

"Di sini jelas menunjukkan kepada kita, isu royalty minyak yang masih gagal diperolehi kini dikhianati oleh orang Kelantan sendiri.

"Mana bukti yang mengatakan untuk membantu rakyat Kelantan, mana slogan 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," ujarnya ketika dihubungi semalam.

harakahdaily/-

Parlimen: 152,000 Anak Luar Nikah Direkodkan Pada 2008-2010

Posted: 15 Nov 2011 12:35 AM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) — Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.
Timbalan Menteri berkenaan Heng Seai Kie berkata daripada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan "reproductive" dan sosial.

"Program itu telah melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka," katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat Selasa.
Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah yang direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian untuk membendung gejala itu.

Heng berkata enam pusat remaja telah ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun bagi memberi maklumat berkaitan isu psiko-sosial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

"Program 'outreach' yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011," katanya.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lepas.

"Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut," katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal.

– BERNAMA

'Gantung Shahrizat hingga siasatan selesai'

Posted: 15 Nov 2011 12:22 AM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Perdana menteri tidak mempunyai pilihan selain melucutkan jawatan atau menggantung tugas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sehingga siasatan kes Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui keluarganya selesai, kata Pemuda PAS.

Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, tindakan itu perlu diambil "demi memastikan negara tidak dipimpin oleh golongan yang melakukan penyelewengan".

"Pemuda PAS benar-benar berharap Datuk Seri Najib (Razak) menyucikan kabinetnya sebagaimana usaha beliau untuk menyucikan diri setelah selesai menunaikan ibadah haji," katanya.

Timbalan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.

azlanDihubungi Malaysiakini selepas itu, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat sebagai menteri pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat.

Dalam kenyataannya hari ini, Riduan berkata, pelucutan jawatan atau penggantungan juga perlu diambil dengan mengambil kira kes yang "amat berat" itu sudah menjadi perbualan umum dan ekoran kedudukan Shahrizat sebagai ketua Wanita Umno.

Sementara itu, dewan itu juga menggesa pihak polis mengambil tindakan segera dengan menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC yang dirujuk pada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sharizat pada 9 November percaya isu NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

malaysiakini/-

‘Beg bergerak-gerak’

Posted: 14 Nov 2011 11:45 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR: Seorang jururawat tidak menyangka beg kain berbelang merah putih di bawah pokok yang ditemuinya berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini, semalam, mengandungi bayi lelaki baru dilahirkan.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bayi dalam keadaan berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih itu dipercayai baru empat jam dilahirkan.

Bayi seberat 2.6 kilogram (kg) yang masih bertali pusat itu ditemui jururawat berkenaan yang baru saja meletakkan kenderaan di kawasan itu untuk memulakan tugasannya di klinik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu berkata jururawat itu membuka bungkusan itu dan terkejut apabila mendapati ada bayi lelaki di dalamnya.

"Bayi yang masih bertali pusat itu dipercayai baru empat jam dilahirkan dan mukanya masih kemerahan selain tangannya dihurungi semut. Bayi itu ditemui di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta di belakang Klinik Kesihatan Bandar Alor Setar, Lebuhraya Darulaman, di sini.

"Jururawat itu ternampak beg kain berbelang merah putih di bawah pokok berhampiran yang kelihatan bergerak-gerak sebelum menghampirinya. "Dia mendapati seorang bayi lelaki yang hanya berbungkus dengan tuala mandi berwarna putih di dalam beg berkenaan dan terus membawanya ke klinik sebelum menghubungi pihak polis," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Baharom berkata, bayi terbabit dirawat di klinik kesihatan itu dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

Katanya, polis turut menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran, namun belum mendapat petunjuk. "Berdasarkan siasatan awal, polis percaya bayi berkenaan berketurunan Melayu. "Setakat ini, kami masih berusaha dan sedang mengenal pasti beberapa petunjuk bagi menjalankan siasatan berhubung kes ini.

"Kami mendapatkan rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut," katanya. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi dan memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Kami minta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Zaitul Najahah Abd Patah di talian 04-7321222," katanya.

metro/-

Mat Sabu bertegas dia dilanggar kereta polis

Posted: 14 Nov 2011 11:30 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini tampil dalam pendengaran awam berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan menegaskan beliau dilanggar kenderaan polis hingga mencederakan lututnya.

Memberi penjelasan kepada panel Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Mohamad berkata motosikal yang diboncengnya tidak melakukan sebarang kesalahan dan dilanggar kereta peronda sekitar Jalan Travers, dekat KL Sentral.

Lututnya mengeNONEnai lampu depan Proton Waja apabila kereta peronda datang daripada arah bertentangan di arah jalan yang salah, jelasnya.

Mohamad berkata, beliau juga tidak tahu diikuti polis ketika meninggalkan Hotel Mandarin Court tidak jauh dari itu.

Pihak polis bagaimanapun sebelum ini menafikan dakwaan salah laku dalam menangani perhimpunan itu, termasuk menafikan kereta pasukan keselamatan melanggar pemimpin nombor dua PAS itu.

Polis juga mendakwa, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kenderaan itu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh.

malaysiakini/-

Penyenaraian FGVH: 360,000 hektar tanah dikorban

Posted: 14 Nov 2011 11:25 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mencabar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuktikan dakwaannya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia tidak akan menjejaskan aset peneroka Felda.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, pihaknya mempunyai bukti bahawa penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah akan dicagar kepada FGVH bermula Januari tahun hadapan.

Ahad lalu, Ahmad turut mengakui kemungkinan tindakan itu akan dilakukan.

"Saya mencabar beliau (Ahmad Maslan) sebagai menteri yang bertanggungjawab, tolong nafikan sebab kita ada bukti bahawa antara aset yang dikorbankan ialah tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Membidas kenyataan Ahmad bahawa "kerajaan tidak akan menyentuh walau segenggam pun tanah peneroka", Mazlan berkata, jika benar jaminan tersebut, kerajaan tidak perlu mencagarkan tanah Felda Plantation yang dibangunkan menggunakan modal daripada peneroka sendiri.

"Kalau kata tidak terjejas, kenapa tanah Felda Plantation ini yang modal pembangunan untuk membangunkan tanah datang daripada peneroka tiba-tiba ingin dipajakkan kepada FGVH?

"Bayangkan pendapatan daripada tanah ini tidak kurang daripada RM2,000 juta setahun tiba-tiba nilai pajakan hanya RM251 juta, ertinya Felda kehilangan lebih kurang 80 peratus daripada pendapatan sebenar daripada tanah ini," jelas beliau yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Selain itu, Mazlan turut mempertikai keputusan untuk mencagarkan tanah itu sedangkan beberapa negeri tidak memberikan hak kepada kerajaan Persekutuan.

"Bagaimana pula dengan isu membabitkan kerajaan negeri kerana difahamkan FGVH tidak mendapat hak milik (tanah) daripada kerajaan negeri termasuk Terengganu dan beberapa negeri lain," katanya.

Keputusan untuk mencagarkan tanah itu juga dibuat dalam mesyuarat tanpa keehadiran Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab yang mengerjakan umrah ketika itu.

Serah bantahan kepada PM

Sementara itu, Mazlan Aliman memberitahu, pihaknya akan menyerahkan bantahan rasmi terhadap pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Pengerusi Koperasi Felda (KPF) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Disember depan.

Kempen Bantah Isa Samad yang bermula awal Oktober lalu telah mengumpul tandatangan peneroka di seluruh negara bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap Isa yang didakwa dilantik sebagai Pengerusi Felda melaui pintu belakang.

Isa juga didakwa tidak sah menjadi Pengerusi KPF kerana beliau bukan peneroka atau ahli keluarga peneroka.

Sedangkan menurut Undang-Undang Kecil Felda, untuk menjadi Pengerusi KPF, seseorang itu mestilah seorang peneroka, kakitangan Felda atau anak peneroka.

"Kita akan serahkan bantahan kepada Perdana Menteri meminta beliau segera menghentikankontrak Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan kita juga minta penyenaraian FFGVH dibatalkan," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, masing-masing Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Pokok Sena.

harakahdaily/-

Maut kena kipas bot

Posted: 14 Nov 2011 11:00 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KOTA KINABALU: Percutian sepasang warga emas dari Jepun bertukar tragedi apabila kayak dinaiki mereka dirempuh sebuah bot yang sedang mengundur menyebabkan wanita berusia 60 tahun maut terkena kipas dalam kejadian di Pulau Gaya, di sini, semalam.

Sebelum kejadian, Reiko Tanako, dan suami, Takao Tanaka, 67, berkayak di sekitar pulau berkenaan dan bot membawa tujuh penumpang sedang bersiap untuk berlepas ke Jeti Jesselton, di sini, jam 12.50 tengah hari. Menurut sumber, kapten bot yang tidak menyedari kehadiran pasangan itu merempuh mereka menyebabkan kedua-duanya terpelanting.

"Pasangan warga emas itu ditarik orang ramai ke pantai dan Reiko yang parah di dada sudah meninggal dunia manakala suaminya yang cedera di beberapa bahagian badan dikejarkan Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut," katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pasangan suami isteri warga Jepun itu menginap di resort berhampiran dan sedang melakukan aktiviti berkayak, manakala bot penumpang itu membawa pekerja resort dan sedang berundur tanpa menyedari kayak dinaiki pasangan terbabit.

"Akibat kejadian itu, Reiko cedera parah di dada dipercayai terkena kipas dan mati di tempat kejadian," katanya.

Peter berkata, polis sudah menahan kapten bot berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 304 (a), Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Menurutnya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas jika mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun ketika dihubungi menyifatkan kejadian itu sebagai kemalangan serius dan memberi kesan terhadap industri pelancongan di Sabah.

metro/-

SPM dalam lokap

Posted: 14 Nov 2011 10:45 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KLANG: Seorang pelajar terpaksa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam lokap manakala tiga lagi dibenarkan ikat jamin oleh polis bagi menduduki peperiksaan itu selepas ditahan dalam Ops Lejang Bersepadu, baru-baru ini.

Dalam tempoh 13 hari operasi yang dijalankan bermula 1 November lalu, seramai 21 orang berusia antara 14 dan 31 tahun ditangkap atas kesalahan mencuri motosikal di sekitar daerah Klang Selatan dan daripada jumlah itu, seramai 12 orang adalah pelajar sekolah, manakala empat daripadanya mengambil peperiksaan SPM yang bermula semalam.

Ketua Polis Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, tangkapan yang dibuat itu dapat menyelesaikan 38 kes kecurian motosikal di sekitar daerah berkenaan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 13 motosikal dianggarkan bernilai RM52,000 dijumpai semula.

"Tiga daripada empat pelajar yang ditahan itu dibebaskan dengan jaminan polis bagi membolehkan mereka menduduki SPM manakala seorang lagi terpaksa mengambilnya di dalam lokap," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan, semalam.

Sementara itu, pada hari ke-11 operasi itu, polis menahan seorang lelaki dipercayai ahli kongsi gelap yang menyamar sebagai anggota polis di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver Colt .38 Special tanpa peluru dan masih bersarung dipercayai dibuang suspek ketika dikejar polis.

Beliau berkata, sebelum kejadian, sepasukan polis sedang membuat pemerhatian di persimpangan lampu isyarat di tempat kejadian apabila ternampak seorang lelaki menunggang motosikal jenis Modenas Kris dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota terbabit kemudian menghampiri suspek dan memperkenalkan diri menyebabkan suspek yang berumur 36 tahun dan bekerja sebagai pencuci kapal di Pelabuhan Klang terus melarikan diri.

"Ketika dikejar, suspek dilihat membuang objek dari pinggangnya ke tepi longkang berhampiran sebelum diberkas.

"Hasil siasatan di rumah suspek di kawasan berhampiran, polis menjumpai beg kecil mengandungi lencana polis, sebuah beg bertali mengandungi satu plastik berisi 11 butir peluru hidup jenis GFL .38 Special," katanya.

Semakan terhadap suspek mendapati beliau mempunyai enam kesalahan lampau, iaitu masih dikehendaki mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana kesalahan bunuh di kawasan Pelabuhan Klang pada 2000.

metro/-

Facebook: Kementerian Pelancongan bazir RM1.8 juta

Posted: 14 Nov 2011 10:40 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Nov: Perbelanjaan RM1.8 juta yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dalam kempen 'sosial media branding' yang hanya menggunakan laman sosial 'facebook (FB)' dilihat sebagai satu tindakan yang membazir.

Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dari DAP menjelaskan ramai rakyat negara ini mempunyai laman sosial tersebut dan memiliki ramai peminat tetapi beza rakyat Malaysia dengan Kementerian Pelancongan adalah mereka melakukan aktiviti kegemaran itu tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

"Ini menunjukkan perbelanjaan yang digunakan oleh Kementerian Pelancongan adalah satu pembaziran yang besar, laman sosial FB adalah percuma tanpa memerlukan kita membayar apa-apa kos untuk memilik akaun tersebut.

"Dalam pada itu jika hanya untuk memuat naik aktiviti atau kempen pelancongan kita hanya memerlukan seorang pegawai sahaja, tetapi kos yang besar itu adakah kementerian menggunakan pegawai yang ramai hanya untuk melakukan kerja yang mudah," jelasnya yang juga Ketua DAPSY.

Beliau juga memberitahu pihak Kementerian Pelancongan perlu menjelaskan apa yang telah mereka belanjakan dengan peruntukan yang besar itu kerana ia adalah satu yang mustahil kerana untuk satu laman sosial FB kos sedemikian diperlukan.

Tambahnya lagi, melalui jawapan bertulis yang beliau terima dari Kementerian Pelancongan berhubung dengan perbelanjaan RM1.8 juta itu, kementerian memberitahu bahawa Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi laman sosial tersebut yang dilancarkan pada Mei 2011 mencapai 120,000 orang peminat pada Disember 2011.

"Saya melihat rakyat Malaysia yang mempunyai akaun laman sosial FB juga mempunyai peminat melebihi apa yang di sasarkan oleh KPI Kementerian Pelancongan, itu tanpa menggunakan apa-apa kos yang besar hanya sekadar mengisi masa lapang.

"Jadi apa yang ingin saya perkatakan Menteri Pelancongan perlu bertanggungjawab atas perbelanjaan yang besar ini dan beliau perlu memberi penjelasan kepada rakyat negara ini di manakah wang tersebut dibelanjakan," sambungnya lagi.

harakahdaily/-

Perintis: Mengapa Melaka dipilih?

Posted: 14 Nov 2011 10:30 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA, 15 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari berkata cadangan agar guru bekerja 9 jam wajar ditolak.

Adly berkata, beban tugas yang ada pada guru hari ini sudah banyak kerana bukan sekadar bekerja di sekolah tetapi dibawa hingga ke rumah.

Justeru, katanya kerajaan harus memberikan fokus kepada meningkatkan insentif kepada golongan guru.

"Bekerja 9 jam akan memberi tekanan kepada guru, sekaligus akan memberi kesan langsung kepada mutu pendidikan negara," ujar Adly.

Menurut Adly fokus yang harus diberi kepada guru adalah penyelarasan tugas, mencukupkan bilangan di samping meningkatkan kualiti, maka perhatian serius perlu diberikan kepada peningkatan gaji dan insentif.

"Amat malang, dan kenapa Melaka dipilih?" tanya beliau mengenai Melaka salah satu negeri yang akan dipilih selaku projek perintis bagi cadangan bekerja 9 jam.

"Mendengar 9 jam bekerja sudah meresahkan guru, mereka sudah cukup terbeban dengan tugas sedia ada."

Beliau juga menyokong langkah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menolak cadangan itu.

"Tekanan beban 9 jam ini pasti memberi kesan langsung kepada mutu generasi akan datang. Cadangan kerja 9 jam wajar ditolak dan tak perlu dijadikan ujikaji," katanya lagi.

Sebaliknya, menurut Adly cadangan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga bagi memberikan insentif RM500 sebulan kepada semua warga pendidik adalah lebih praktikal bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

harakahdaily/-

Isu Feedlot: Shahrizat Perlu Letak Jawatan Dari Jadi Liabiliti Kepada UMNO & BN

Posted: 14 Nov 2011 08:30 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Bung Moktar mahu Shahrizat letak jawatan

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti kepada Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Ahli parlimen Kinabatangan yang lantang itu, bagaimanapun tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.

Namun, ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang tadi, Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Dia patut bertanggungjawab dan menghadapi akibatnya," kata Bung Moktar. -malaysiakini

Australia tahan budak Jakarta di lokap dewasa

Posted: 14 Nov 2011 08:25 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SYDNEY: Agensi hak asasi Australia semalam mendakwa warga Indonesia yang masih di bawah umur berisiko tinggi untuk ditahan di penjara orang dewasa di negara itu, selain mempersoalkan ketepatan penggunaan x-ray pergelangan tangan untuk menentukan usia sebenar.

Peguam bagi Indonesia yang diupah kumpulan pendatang bot untuk mendapatkan perlindungan suaka berkata, bahawa kesilapan mengenai usia anak guam mereka, digabungkan dengan ketegasan kerajaan terhadap penyeludupan manusia menyebabkan kanak-kanak diletakkan di penjara dewasa.

"Penggunaan x-ray pergelangan tangan bagi menentukan usia menyebabkan kesilapan dalam menentukan umur sehingga menyebabkan kanak-kanak terbabit ditahan di penjara dewasa," kata Presiden Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Australia, Catherine Branson.

"Saya bersama dengan Peguam Negara Komanwel mengenai penggunaan x-ray pergelangan tangan untuk menentukan usia dan keperluan untuk menyatakan risiko tinggi bahawa Australia menahan kanak-kanak di penjara dewasa sejak Februari tahun ini."

Branson berkata, ia amat penting menentukan usia sebenar suspek kerana golongan di bawah umur biasanya dihantar pulang berbanding didakwa dengan kesalahan penyeludupan manusia, manakala kelompok dewasa berhadapan dengan hukuman penjara minimum lima tahun jika didapati bersalah.

"Menahan seorang kanak-kanak dalam penjara dewasa adalah melanggar Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak," katanya. – AFP

Mossad didakwa letup depoh tentera Iran

Posted: 14 Nov 2011 08:17 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PASUKAN beruniform Iran menghadiri upacara pengebumian mangsa letupan depoh peluru dekat Tehran.

Tindakan dianggap sabotaj, jejas Tehran hasilkan senjata nuklear

TEHRAN: Agensi perisikan Israel, Mossad, didakwa mendalangi letupan di pangkalan tentera berhampiran ibu kota Iran Sabtu lalu, yang menyebabkan 17 orang terkorban, kata sumber perisikan Barat yang dipetik majalah Time semalam.

"Ia bukan satu kemalangan seperti yang dinyatakan kerajaan Iran, sebaliknya ia didalangi Israel," kata seorang pegawai perisikan kepada majalah itu sambil menambah, ia satu lagi sabotaj yang dirancang untuk menjejaskan kemampuan Iran membina dan menghasilkan senjata nuklear.

Sabtu lalu, dua letupan berlaku di depoh peluru berhampiran bandar Shahriyar, kira-kira 30 kilometer ke barat Tehran.

Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), melaporkan, kejadian berlaku apabila tentera memunggah roket dari depoh berkenaan.

Agensi berita FARS melaporkan bilangan yang maut dalam kemalangan itu mencecah 17 orang manakala 15 lagi cedera. Antara yang terbunuh ialah pegawai kanan Pengawal Revolusi, yang juga ketua unit penyelidikan logistik, Jeneral Hasan Tehrani Moqaddam.

Beliau yang dipuji kerana usahanya mengendalikan unit peluru berpandu dan artileri terbunuh dalam letupan di depoh peluru di barat Tehran itu adalah tokoh utama dalam program peluru berpandu, kata pasukan tentera elit itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Hasan terbunuh bersama-sama dengan 16 anggota lain Sabtu di kawasan tentera di luar kampung Bidganeh, 40 kilometer di barat daya Tehran.

Pegawai Iran tidak menjelaskan mengapa Moqaddam berada di situ ketika kejadian.
Pasukan berkenaan berkata, tentera tidak akan melupakan peranan utama Hasan dalam pembangunan sistem pertahanan negara itu.

Pengawal Revolusi ialah pasukan tentera utara Iran yang berkait rapat dengan ulama berpengaruh negara itu.

Seorang komander unit elit itu, Saeed Qasemi, berkata Iran terhutang budi dengan Moqaddam berhubung program peluru berpandu.

"Sebahagian besar kejayaan kami dalam bidang peluru berpandu dan kereta kebal adala atas usaha berterusan Moqaddam," kata Qasemi kepada laman web rajanews.com.

Katanya, Moqaddam adalah salah seorang komander Pengawal Revolusi kesayangan pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Seorang lagi pegawai, Jeneral Mostafa Izadi, menyifatkan Moqaddam sebagai pengasas sistem peluru berpandu unit berkenaan.

Sementara itu, kumpulan buangan Iran, Mujahedin-e Khalq (MEK), mendakwa letupan sebenarnya berlaku di pangkalan peluru berpandu yang dikendalikan Pengawal Revolusi, bukannya depo peluru.

Ahli perundangan, Parviz Soroori, pula yakin letupan itu satu kemalangan.

"Tiada sabotaj terbabit dalam kejadian ini. Ia tiada kena mengena dengan politik," katanya yang dipetik laman web Parlimen, icana.ir.

Peluru berpandu Iran boleh mencecah jarak 2,000 kilometer yang direka untuk sampai ke sasaran Israel dan Amerika Syarikat. Kemampuan peluru berpandu, selain program nuklear Iran, adalah antara punca mengapa Israel menganggap Iran sebagai musuhnya paling bahaya.

Pengawal Revolusi bertanggungjawab mengendalikan program peluru berpandu Iran itu. – Agensi

Gempa gegar utara Maluku

Posted: 14 Nov 2011 08:15 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JAKARTA: Satu gegaran gempa berukuran 6.4 magnitud melanda timur Indonesia di utara wilayah Maluku, semalam, kata ahli meteorologi tetapi tiada kerosakan, kemalangan jiwa dan ancaman tusnami dilaporkan berlaku.

Menurut Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, gempa itu berlaku kira-kira jam 11:05 pagi waktu tempatan (0405 GMT) dengan pusat gempa 69 kilometer di barat daya bandar Labuha dan berkedalaman 10 kilometer. Pusat Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat pula merekodkan gempa itu pada ukuran 6.6 magnitud dengan kedalaman 19 kilometer.

"Kami belum menerima sebarang laporan kerosakan. Gegaran gempa turut dirasai di bandar Ternate," kata pegawai agensi terbabit, Ajat Sudrajat. - AFP

Banjir di Thailand surut, 562 maut

Posted: 14 Nov 2011 08:00 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PERDANA Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk sekitar Bangkok, semalam.

BANGKOK: Ibu negara Thailand, Bangkok kelihatan sudah mulai surut daripada banjir yang melanda beberapa wilayah dan sekitarnya di utara, tetapi arahan berpindah masih dikeluarkan setiap hari di daerah luar manakala penduduk masih lagi berhadapan dengan minggu-minggu yang sukar.

Jabatan Saliran dan Pencegahan Bencana semalam berkata, seramai 562 penduduk maut dalam banjir yang melanda sejak Julai lalu dan sejumlah 22 daripada 77 wilayah di Thailand masih lagi terjejas.

Banjir mulai surut di beberapa bahagian di Bangkok, tetapi disifatkan masih lagi tinggi di tebing barat sungai Chao Phraya, yang mengalami air pasang besar di Teluk Thailand serta di timur ibu negara itu di mana pihak berkuasa mengalihkan aliran banjir dari utara untuk melindungi kawasan tengah Bangkok daripada tenggelam. – Reuters/AP/Agensi

Ekonomi: Selangor perlu dicontohi

Posted: 14 Nov 2011 07:50 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan Kerajaan Pusat mencontohi pengurusan ekonomi negeri Selangor yang berjaya meningkatkan hasil negeri dan simpanan tunainya.

Menurutnya, pengurusan wang yang beramanah sebagaimana dilakukan Kerajaan Negeri Selangor adalah bukti komitmen Pakatan Rakyat (PR) terhadap pemerintahan yang tidak berbelah bahagi.

"Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya meningkatkan hasil cukai anggaran 8.23 peratus dan hasil bukan cukai iaitu 40.12 peratus untuk tahun 2012.

"Ini menampakkan pengurusan ekonomi negeri yang menjanakan pembangunan yang cukup pesat," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam bagi mengulas Belanjawan Selangor 2012.

Beliau berkata, selain itu, Simpanan tunai kerajaan Selangor kini telah mencecah RM 1.2 bilion di mana jumlah tertinggi sejak 28 tahun.

"Jumlah simpanan wang ini harus dibandingkan dengan hutang kerajaan persekutuan yang telah mencecah RM400 bilion.

"Jumlah hutang ini amat membimbangkan di mana tanpa reformasi yang mendalam, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah yang sama dengan negara Eropah yang berdepan dengan krisis ekonomi yang cukup parah," katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, apabila PR mengambil alih pada Mac 2008, tiada sebarang rekod berkenaan hutang RM391 juta Syarikat Talam kepada kerajaan Selangor.

"Bagaimanapun, pimpinan baru kerajaan negeri yang meneliti setiap aspek pengurusan wang rakyat berjaya mengenalpasti serta mengutip balik wang yang dihutang oleh pihak swasta kepada rakyat.

"Hasil pembasmian ketirisan dan rasuah ini, ratusan juta ringgit telah berjaya dijimatkan dan dibelanjakan balik demi kebajikan rakyat," katanya.

Katanya, bagi 2012, kerajaan Selangor akan menyambungkan segala inisiatif kebajikan di bawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor, serta menambah sebanyak RM300 juta lagi iaitu hampir 15 peratus belanjawan sepenuhnya di bawah Geran Selangorku untuk meningkatkan lagi dana dan meringankan beban ekonomi rakyat.

"Program kebajikan kerajaan Selangor bersifat menghakupayakan rakyat supaya mampu berdikari, bukannya bersifat pertolongan 'one-off' sepertimana yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Pendekatan ini menunjukkan komitmen PR untuk memastikan setiap rakyat berpeluang mencari pekerjaan bermaruah dan pendapatan yang mencukupi serta setara dengan kos sara hidup," katanya.

sinar harian/-

Istana Negara lama ditutup secara rasmi hari ini

Posted: 14 Nov 2011 07:40 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Istana Negara lama yang telah menjangkau usia 83 tahun akan ditutup secara rasmi setelah selesai Istiadat Menurunkan Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di istana itu di sini hari ini.

Istana Negara baharu bernilai RM800 juta yang terletak di Jalan Duta pula akan menjadi kediaman rasmi baharu bagi Yang di-Pertuan Agong yang seterusnya setelah tamat tempoh jawatan yang kini dipegang oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tersergam indah di tepi Bukit Petaling, pelbagai peristiwa telah berlaku di istana lama itu yang pada asalnya sebuah banglo yang dibina pada 1928 oleh pemilik asalnya iaitu seorang jutawan dari China, Chan Wing.

Bagaimanapun, sejak tercetusnya Perang Dunia Kedua yang menyaksikan negara ini ditawan Jepun, banglo yang telah ditinggalkan jutawan berkenaan digunakan sebagai mes Pegawai Tentera Jepun selama empat tahun bermula 1942 sehinggalah 1945.

Sejurus tamatnya perang itu, banglo tersebut telah bertukar tangan kepada British Military Administration (Malaya) yang menjadikannya sebagai mes pegawai kanan British pada 1946.

Kemudian ia bertukar milik kepada Kerajaan Negeri Selangor apabila dibeli dan diubahsuai sebagai sebuah istana untuk Sultan Selangor ketika itu, Sultan Hisamuddin Alam Shah.

Istana itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila kerajaan Persekutuan membelinya pada harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

sinar harian/-

Lelaki maut ditembak di meja sarapan

Posted: 14 Nov 2011 07:30 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga emas mati ditembak sebaik dia selesai bersarapan pagi di sebuah restoran di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi itu, Lee Shoo Toong, 60, yang ditemani isterinya ketika bersarapan di restoran terbabit mati di tempat kejadian akibat terkena tembakan di bahagian kiri dada.

Sebelum kejadian itu, mangsa yang tinggal di sebuah pangsapuri Taman Skudai Baru dekat sini baru selesai makan sebelum seorang lelaki menaiki motosikal tiba-tiba berhenti di depan restoran tersebut.

Suspek kemudian dengan pantas melepaskan satu das tembakan dari arah belakang dan tembakan itu mengenai tepat pada bahagian dada kiri mangsa.

Lelaki itu bertindak melarikan diri dengan motosikal.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, isteri mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Ketika kejadian, mangsa yang duduk di meja paling hadapan iaitu di kaki lima restoran baru selesai makan dan sedang membaca akhbar.

"Kejadian berlaku terlalu pantas sehingga isteri mangsa juga tidak sempat mengecam suspek," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo

Kucing tersangkut 3 hari, 20 kaki di puncak pokok kaktus

Posted: 14 Nov 2011 07:20 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEBERAPA orang penduduk bimbang dengan nasib seekor kucing yang tersangkut di puncak sebatang pokok kaktus setinggi 20 kaki sejak lebih tiga hari.

Kejadian yang berlaku di Salt River, Arizona itu menyaksikan penduduk beberapa hari mencari jalan untuk menurunkan kucing tersebut.

Menurut salah seorang penduduk, JD Robbins "kucing itu barangkali telah dikejar oleh anjing hutan. Walaupun tersangkut begitu lama, ia tetap kelihatan tenang"

Dilaporkan bahawa kucing malang tersebut sudah tersangkut di puncak pohon kaktus tersebut sejak tiga hari tanpa makan dan minum di bawah panas terik matahari di kawasan gurun tersebut.

Segelintir pakar menyatakan bahawa adalah lebih berbahaya untuk menyelamatkan kucing tersebut - manakala pihak bomba pula menasihatkan tidak perlu, kerana ia akhirnya pasti akan turun sendiri.

Dakwaan tersebut tenyata benar apabila kucing tersebut akhirnya memberanikan diri untuk turun sendiri tanpa sebarang bantuan manusia sambil gelagatnya dirakamkan oleh jurugambar Fox9 TV.

Oleh FreeMalays/-

Menghadapi Ujian

Posted: 14 Nov 2011 07:00 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

"Seluruh kehidupan adalah ujian Allah. Jika apa yang kita lakukan - rasmi atu tidak rasmi - mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembah dan beramal ibadat kepadaNya, insyaAllah kita akan lulus ujian tersebut.

Saya terkenang seorang berkuasa menyatakan kepada saya, "Prof nanti ada seseorang yang akan berjumpa dengan prof, tolong bantu beliau untuk mendapatkan kontrak XYZ.

Nanti saya usahakan prof disambung kontrak pengarah kampus". Dengan lemah lembut dan tersenyum saya nyatakan,

"Tuan Haji, saya minta pertolongan jangan sambung kontrak saya. Saya merayu supaya tidak ditolong. Saya tidak minat jadi pengarah kampus. Saya tidak sanggup berdosa. Cukup Tuan Haji, sejak balik dari menunaikan fardhu haji, saya tidak fikir saya mahu balik semula pada zaman lampau saya".

Beliau beredar dan sehingga ke hari ini beliau tidak lagi saya temui. Saya tahu dengan jelas bukan beliau yang memberikan rezeki kepada saya dan keluarga.

Begitulah, saya didatangani oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

"Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada 4 calun yang ditemuduga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, "berdosa"). Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?"

Saya sebak di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, "ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa tetapi kuasa Allah lagi luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu".

Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

KRTS

Jambatan PP, beberapa laluan ditutup Ahad

Posted: 14 Nov 2011 06:45 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN – Jambatan Pulau Pinang dan beberapa laluan menghala ke arahnya akan ditutup mulai pukul 12 tengah malam hingga 10 pagi pada Ahad ini sempena acara Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang.

Pegawai Penguat Kuasa dan Operasi Trafik Kontinjen Polis Pulau Pinang, ASP Ahmad Ezzely Razali berkata, jalan-jalan yang ditutup itu ialah Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Lebuh Raya Tunku Kudin dan Lebuh Raya Sungai Nibong.

"Keseluruhannya sebanyak 30 laluan dan jalan ditutup serta dilencongkan bagi memastikan Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang diadakan dengan lancar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, antara jalan yang dilencongkan ialah susur keluar Jalan Pantai Jerejak, Jalan Sultan Ahmad Shah, simpang Jalan Sungai Pinang, simpang Hajjah Rehmah dan Gat Lebuh Cecil.

Beliau berkata, orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif antaranya Jalan Jelutong, Jalan Bukit Gambir, Jalan Masjid Negeri, Bulatan Gelugor, Jalan Yap Chor Ee dan Jalan Tun Dr Awang.

"Orang ramai yang menghadapi kecemasan atau sebarang masalah berhubung lalu lintas pada hari berkenaan boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang 04-2221722," katanya. – Bernama

Masalah Masjid Di Miri, Kemana Pergi Menteri Agama Hal Ehwal Islam Sarawak?

Posted: 14 Nov 2011 06:40 PM PST

19 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Masjid Al Taqwa terletak di tengah bandaraya Miri dan sering menghadapi masalah kebocoran apabila musim hujan lebat. Baru-baru ini Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui melawat masjid besar Miri yang sedang dalam proses pembaik-pulih. PAS Miri pernah menyuarakan masalah masjid di Miri dan jawaban yang di terima agak mengecewakan dimana menteri yang menjaga hal ehwal Islam berkata ".. tiada kebocoran atap berlaku di Masjid Miri dan ianya masih dalam keadaan baik..".

Kalau alasan masjid Miri masih lagi dalam keadaan baik bukan bererti tiada masalah lain yang perlu di ambil perhatian seperti kebocoran atap yang sering berlaku apabila musim hujan lebat dan ini akan merosak imej masjid Bandar Miri apabila mereka yang datang dari luar datang solat dan melawat masjid tersebut.

Kita bangkitkan isu masjid ini bukan untuk tujuan politik tetapi lebih kepada keselesaan dan keselamatan mereka yang menggunakan masjid tersebut. Dari dulu lagi kita minta menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Sarawak agar datang sendiri melawat masjid di Miri yang menghadapi kerosakan tetapi yang peliknya sekarang adalah menteri yang bukan menjaga hal ehwal agama Islam pula sering datang melawat masjid di Miri.

Kunjungan Datuk Peter Chin Fah Kui Ke masjid Miri sekurang-kurangnya melihat sendiri kerosakan dan proses memperbaik-pulih masjid tersebut serta ingin tahu berapa kos kerosakan masjid tersebut sekiranya tidak muncukupi. Walaupun disebalik kedatangan beliau mungkin ada agenda tertentu kerana Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) sudah hampir tapi yang sepatutnya datang dan memeriksa keadaan masjid di seluruh Sarawak adalah menteri yang menjaga hal ehwal Islam bukannya mereka yang tidak berkenaan.

Begitu juga dengan masalah pembinaan masjid baru di Senadin yang sampai sekarang pun belum ada perkembangan setelah hampir setahun berlalu. Sepatutnya mereka yang bertanggungjawab menjaga hal Ehwal Islam dan kebajikan umat Islam di Sarawak kena perihatin masalah umat Islam di Sarawak bukannya hanya sibuk apabila tiba musim pilihanraya saja.

Kita mendesak agar Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman dapat menjalankan tugas dengan amanah dan berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira golongan dan fahaman politik. PAS sentiasa ingin bekerjasama dengan semua pihak demi kebajikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri

Jofri Jaraiee

PAS TAMBUN

Posted: 15 Nov 2011 01:28 AM PST

PAS TAMBUN


TAHNIAH PASUKAN SUKUN FC (PDRM) DAN PEMUDA PAS KDAS3

Posted: 14 Nov 2011 01:32 AM PST


KP bergambar bersama pemain-pemain dan pengadil pusingan Akhir Piala Dr Khairuddin YDP Pas Tambun

AF Ust Loqmanulhakim sudi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang
piala Dr Khairuddin Dato Abd Malek kali ke 10

Bergambar dengan Juara Sukun FC (PDRM) yang membawa hadiah RM1000, piala Pusingan (simpan kekal kerana akan ada piala baru dan lebih hebat pada tahun hadapan) dan piala pemain terbaik kepada penjaga gol mereka.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 15 Nov 2011 01:25 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Di mana dana George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO?

Posted: 14 Nov 2011 07:08 AM PST

Sekiranya pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan dana Unesco untuk memulihara George Town sebagai Tapak Warisan Dunia, penarik beca Pulau Pinang mungkin terus dibantu untuk meningkatkan pendapatan sendiri selain mereputasi sektor pelancongan negeri. Demikian respons Ng Wai Aik, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengenai insiden liar Persatuan [...]

Bung Mokhtar : Shahrizat Sila Letak Jawatan

Posted: 14 Nov 2011 07:04 AM PST

Shahrizat perlu amati kata-kata Bung Mokhtar ini. Letak jawatan kalau tidak akan jadi liabiliti kepada UMNO, dan kepada Khairy Jamaludin, toksah dok pertahan menda yang salah. Timbalan Ketua Majlis Ahli Parlimen BN Datuk Bung Moktar Radin hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan. Perkara [...]

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 14 Nov 2011 09:45 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Kemudahan awam umpama 'projek terbengkalai BN'

Posted: 14 Nov 2011 09:05 PM PST

PENSIANGAN, 15 Nov: PAS hari ini melahirkan dukacitaterhadap pembangunan yang 'tidak mampu siap' oleh kerajaan Barisan Nasional(BN).

Meskipunprojek yang dibina itu atas nama pembangunan untuk rakyat, namun pelaksanaantersebut boleh juga sekaligus mengundang kemarahan dan kritikan oleh rakyat.

KetuaPenerangan PAS Sabah Hishammudin Sulaiman berkata, pembinaan beberapa kemudahanawam terutama di Pekan Sook, dekat sini boleh dikalsifikasikan sebagai 'projekterbengkalai Barisan Nasional'.

Menurutnya,kemudahan yang siap dan akan dibina itu bakal menjadi titik hitam dalam sejarahpentadbiran BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Apaguna tandas cantik-cantik, besar-besar di Sook ini, tapi airnya tiada. Masuktandas, puji-puji sikit tandas di sini… buka pili tak keluar-keluar itu air.Apa macam?" katanya.

Beliauturut mempertikai pembangunan kemudahan taman rekreasi yang disifatkannyasebagai 'projek glamour Barisan Nasional' yang tidak ada manfaatnya kepadaseluruh masyarakat dan rakyat di pekan tersebut.

"Apakepentingan ini kepada rakyat disini… Bukan ini yang rakyat mahukan," ujarnya.

Jelasnya,pembangunan seperti kemudahan balai polis, balai bomba, masjid, kompleks sukan,pejabat pos, kemudahan bank dan kemudahan jalan yang berturap merupakantanggungjawab pemerintah untuk menyediakannya.

"Manabalai polis, mana bank, mana balai bomba… sudah lebih 48 tahun ini merdeka,tapi suasana dan kemudahan yang ada tidak nampak macam sudah merdeka," jelasnyadalam nada yang kecewa.

Beliauyang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Pensiangan, kecewa dengan sikap kepimpinanBN yang masih gagal membawa perubahan malah sering melakukan penindasanterhadap masyarakat luar bandar.

"Kitatak nafikan, banyak sumbangannya dalam urus tadbir negeri… datanglah lihat dikawasan-kawasan pedalaman, jalan-jalan masih berbatu, airnya masih yang'percuma' turun dari langit.. entah bersih, entah tidak… kita pun tidak tahu.

"Dudukdibandar, semua apa yang kita nak mesti dapat. Internet, air bersih, jalan yangselesa, rumah dibina bukan setakat tinggi-tinggi, tapi juga kukuh, nyaman danselesa diduduki.

Beliauturut mengajak rakyat untuk sama-sama menolak kerajaan yang ada sekarang supayamengembalikan urusan pentadbiran mengurus negeri dan negara  kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Marirakyat, bersama saya kita ubah ini negeri, ubah ini negara… tolak BN, angkatPakatan Rakyat… kita bukan lagi menunggu berbaris meminta simpati tapisama-sama berpakat memajukan negara dan negeri," katanya.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 14 Nov 2011 09:29 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Fidlot: Bung gesa Shahrizat letak jawatan

Posted: 14 Nov 2011 07:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) menggesa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.


Bercakap di Dewan Rakyat sewaktu penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012, Bung berkata, tindakan itu perlu kerana isu tersebut menyusahkan parti.


Beliau yang berang ketika membangkitkan isu yang dikaitkan dengan syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil itu juga mahu tindakan segera diambil kepada pemimpin wanita Umno itu yang didakwa mencalar imej Umno.


"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.


"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.


"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.


Tambahnya lagi kerana seorang individu yang terlibat dengan isu fidlot kebangsaan itu menyebabkan seluruh Umno susah.


"Kerana seorang individu yang terlibat dalam isu fidlot seluruh Umno susah, saya harap letak jawatan segera dan jangan menyusahkan Umno kerana dia kita yang susah nak menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar," sambungnya yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC)


PKR sebelum ini mendedahkan status dana rakyat sebanyak RM256 juta (RM250 juta dalam bentuk pinjaman dan RM6 juta dalam bentuk geran) telah disalurkan sepenuhnya kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).


Ini termasuklah pindahan wang ke dalam akaun-akaun deposit tetap milik NFC yang bakinya berjumlah RM119 juta pada 31 Disember 2009, pindahan wang kepada syarikat-syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sehingga mencecah jumlah RM83 juta pada 31 Disember 2009, perbelanjaan perjalanan luar negara dan keraian berjumlah RM828,000 dalam tahun 2009 dan subsidi kepada restoran Meatworks milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil berjumlah RM3 juta dalam tahun 2009.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Nov 2011 04:01 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


FAKTA LAU WENG SAN BUAT BN NAK PENGSAN

Posted: 14 Nov 2011 02:43 PM PST

Rakyat dan pengundi Malaysia umumnya serta rakyat dan pengundi di negeri Selangor khususnya wajar sedar dan tahu siapa yang menipu dan menganak tiri serta menzalimi hak setiap rakyat Selangor dan bertindakbalas serius dengan TIDAK MENGUNDI BN di PRU13 yang akan datang.

Rujuk perbahasan enakmen perbekalan di http://wengsan.blogspot.com/2011/11/ucapan-adun-dap-bagi-kawasan-kampung.html

Terimaan daripada agensi-agensi lain kerajaan persekutuan

Pemberian mengikut bilangan penduduk telah berkurangan daripada RM75 juta ke RM63 juta sahaja. Apabila jumlah penduduk di negeri Selangor semakin bertambah, mengapakah terimaan daripada kerajaan persekutuan ini merosot? Adakah ini disebabkan oleh unsur-unsur politik?

Sementara itu, pemberian jalan raya dan lorong juga menyusut daripada anggaran RM250 juta ke RM180 juta dan ianya kekal pada tahap RM180 juta sahaja pada tahun 2012. Dalam waktu di mana kepanjangan jalan raya di Selangor semakin bertambah dengan pembangunan aktiviti pembinaan, industri dan komersial yang semakin bertambah, adalah mustahil untuk anggaran pemberian jalan raya dan lorong kekal pada tahap RM180 juta sahaja.

Selain itu, kehilangan hasil Wilayah Persekutuan dan Putrajaya ialah RM18.3 juta dan RM7.5 juta setiap tahun. Jumlah ini seharusnya semakin bertambah mengikut peredaran masa. Mengapakah kerajaan Selangor hanya mendapat terimaan setakat RM25 juta setahun sahaja? Saya memohon penjelasan daripada kerajaan Selangor. Saya juga ingin memberi amaran kepada kerajaan Selangor yang akan datang agar tidak melakukan kesilapan yang sama sehingga menggadai tanah Selangor kepada kerajaan persekutuan dengan terimaan yang langsung tidak berbaloi.

DASYATNYA UMNO NAK RAMPAS PARLIMEN LEMBAH PANTAI

Posted: 13 Nov 2011 08:21 PM PST

MASA BULAN SEPTEMBER 2011 PENGUNDI DIDAPATI KURANG 200 ORANG TAPI BILA PERIKSA BULAN NOVEMBER 2011 DIDAPATI PENGUNDI BERTAMBAH LEBIH 2,000 ORANG DAN INI BERMAKNA PERTAMBAHAN MENDADAK LEBIH 1000 PERATUS.
NAMPAK TAK PENIPUAN INI ?
LOGIK KE?
TOLONG JAWAB WAHAI BLOGGER UMNO YANG DAH SENYAP DAN TERSANGAP BILA TERKENANG KES FEEDLOT AKA 'FEED THE LORD' SENATOR KOTOR SHAHRIZAT DENGAN KELUARGANYA MAKA FIKIRLAH DI MANA LOGIKNYA?
TAMBAH LAGI SENGAP DAN TERGAGAP BN NAK JAWAB BILA KJ MENGIAKAN PEMBELIAN KONDO LEBIH RM9 JUTA DARI WANG 'FEED THE LORD ' ITU.

MEMALUKAN !

Posted: 13 Nov 2011 03:19 PM PST

Menteri Pengguna Ismail Sabri telah berkata RELA telah berjaya mengekang penyeludupan minyak setelah bekerjasama dengan tentera di bawah Menteri Zahid Hamidi.
Takkan dengan tentera yang lebih berdisiplin dan bekerja sepenuh masa berbanding dengan RELA tidak berkesan selama ini. RELA kununnya telah diujiguna di Kelantan semenjak Jun 2011 dan kununnya berjaya mengekang penyeludupan. Memang tak manasabah , RELA lebih baik dari Angkatan Tentera .
Malulah ATM atau Unit Penyeludupan yang dan berpuluh tahun diujudkan tapi tak berjaya mengekang tiba2 pujian diberi pada RELA. Pelik ? Dah Terbalik?

MEMALUKAN !

Posted: 13 Nov 2011 03:19 PM PST

Menteri Pengguna Ismail Sabri telah berkata RELA telah berjaya mengekang penyeludupan minyak setelah bekerjasama dengan tentera di bawah Menteri Zahid Hamidi.
Takkan dengan tentera yang lebih berdisiplin dan bekerja sepenuh masa berbanding dengan RELA tidak berkesan selama ini. RELA kununnya telah diujiguna di Kelantan semenjak Jun 2011 dan kununnya berjaya mengekang penyeludupan. Memang tak manasabah , RELA lebih baik dari Angkatan Tentera .
Malulah ATM atau Unit Penyeludupan yang dan berpuluh tahun diujudkan tapi tak berjaya mengekang tiba2 pujian diberi pada RELA. Pelik ? Dah Terbalik?

MEMALUKAN !

Posted: 13 Nov 2011 03:19 PM PST

Menteri Pengguna Ismail Sabri telah berkata RELA telah berjaya mengekang penyeludupan minyak setelah bekerjasama dengan tentera di bawah Menteri Zahid Hamidi.
Takkan dengan tentera yang lebih berdisiplin dan bekerja sepenuh masa berbanding dengan RELA tidak berkesan selama ini. RELA kununnya telah diujiguna di Kelantan semenjak Jun 2011 dan kununnya berjaya mengekang penyeludupan. Memang tak manasabah , RELA lebih baik dari Angkatan Tentera .
Malulah ATM atau Unit Penyeludupan yang dan berpuluh tahun diujudkan tapi tak berjaya mengekang tiba2 pujian diberi pada RELA. Pelik ? Dah Terbalik?

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Nov 2011 03:31 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


MALAYSIA OBESITI TERTINGGI DI ASEAN

Posted: 14 Nov 2011 12:53 AM PST

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara Asean dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat ke-enam di kalangan negara Asia Pasifik.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata perkara ini perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," katanya.

Rosnah berkata kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 50 gram.

* gambar hiasan

..."Kita serius diancam dengan pengambilan gula berlebihan yang menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah diabetes," .... lucu betul le puak-puak nie!!!!

ALHAMDULILLAH HJH ROSMAH TETAP BERTUDUNG DI HAWAII

Posted: 13 Nov 2011 08:25 PM PST

Haji Najib & isteri, Hajjah Rosmah tiba di Hawaii kelmarin sempena menghadiri sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2011 yang diadakan di Honolulu, Hawaii.
Kelihatan Hajjah masih mengekalkan tundung jambulnya... mungkin hajjah Mabrur sebab walaupun di negara bukan negara umat Islam.

sambutan meriah Haji & Hajjah di tempat menginapan mereka
masih mengekalkan tudungnya walaupun nampak jambul sikit-sikit... ok le tue...


Kelihatan Hajjah Rosmah hanya memakai anak tudung berwarna hitam untuk mensempadankan dengan kain tudung yang dipegangnya yang juga berwarna hitam


... camni le... baru betul pergi haji... anak tudung & kain tudung dibawa kemana-mana...


masih ber'anak tudung'... hari ini terlupa nak bawak kain tudungnya... dalam fiqh... kalau seseorang itu terlupa maka dimaafkan... Apa ada hal, Islam pun datang secara beransur-ansur selama 23 tahun.... so Hajjah pun kene ambil masa 23 tahun juga untuk bertutup litup.. tapi kalau Izrail datang... awal sikit le bertudung nye.... muahahahahaha

NIE YANG ALI ROSETUM SUKA SANGAT

Posted: 13 Nov 2011 08:10 PM PST

MELAKA 13 Nov. - Seramai 50 penyokong tegar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Dewan Undangan Negeri Bachang di sini mengumumkan keluar dari parti itu kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang.


Keputusan itu juga menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu dibubarkan apabila ketuanya, Said Abu termasuk 20 penyokongnya meninggalkan parti tersebut.

Turut meninggalkan parti pembangkang ialah 30 penyokong Pas termasuk Ahli Jawatankuasa Pas Cawangan Pengkalan Batu yang diketuai Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim.

Said dan para penyokongnya menyertai UMNO dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada satu majlis ringkas di Bukit Piatu di sini malam tadi.

AJK Pas Cawangan Pengkalan Batu pula membayangkan mereka akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Latif ketika ditemui berkata, perjuangan Pas dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, Pas sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

"Kami keluar Pas bukan dipaksa atau dijanjikan dengan wang ringgit tetapi kami melihat perjuangan Pas tidak ada hala tuju sejak bersekutu dengan DAP dan PKR," ujarnya.

..... mungkin kekurangan pendedahan dalam bab 'maqasid syariah' di negeri Melaka darul Umno nie menyebabkan terus jahil sejahil UMNO dan konco-konconya....

GURU KERJA 9 JAM TIDAK REALISTIK : PEMUDA PAS

Posted: 13 Nov 2011 07:53 PM PST

Dewan Pemuda PAS hari ini menggesa Kementerian Pelajaran membatalkan keputusannya mahu mengadakan projek perintis guru bertugas sembilan jam sehari atas alasan ia tidak wajar dan tidak realistik untuk dilaksanakan.


Justeru, Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pihaknya bersetuju dengan gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) agar kerajaan membatalkan sahaja projek perintis guru kerana kajian itu, yang akan dilaksanakan mulai Januari depan adalah satu tindakan membazir.

"Dewan Pemuda PAS menegaskan, para guru bukanlah tikus makmal yang boleh dijadikan bahan uji kaji terhadap keberkesanan sesuatu teori.

"Sebaliknya, Dewan Pemuda PAS melihat para guru adalah mereka yang sentiasa bereksperimen dengan kehidupan realiti dan bergelumang dengan dunia pendidikan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Sehubungan itu soal Riduan, oleh kerana banyak perkara berlaku dalam alam perguruan di luar daripada silibus pembelajaran mereka, justeru "mengapa mereka perlu dibebankan dengan kajian perintis seperti ini?"

Malah menurut Riduan, pihaknya juga mengajak kerajaan memerhati suasana pengajaran dan pembelajaran para guru terutamanya di sekolah luar bandar.

"Banyak perkara yang memerlukan inisiatif sendiri para guru, termasuk mengeluarkan duit kocek mereka bagi memastikan sistem pengajaran mereka di sekolah berkesan serta bagi memastikan para pelajar mendapat pengajaran yang terbaik.

"Selain itu, para guru juga terpaksa mengikut jadual waktu para murid seperti hadir ke program kokurikulum, sukan tahunan, pelbagai aktiviti riadah dan di luar darjah, lawatan sambil belajar di samping kursus-kursus wajib yang mereka sendiri terpaksa hadiri," katanya lagi.

Dalam keadaan para guru sudah sedia terbeban dengan pelbagai tugasan yang di luar tanggungjawab utama mereka, soal beliau lagi, "apakah kerajaan mahu menambah beban untuk mereka pikul?"

Katanya, bagaimana kerajaan boleh melahirkan murid yang cemerlang jika guru yang mengajar pelajar sering letih, lesu dan hilang semangat kerana perlu memenuhi masa bekerja seperti tenaga profesional yang lain.

Tambah Riduan, tindakan Kementerian Pelajaran menunjukkan kerajaan sememangnya tidak peka terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para pendidik.

"Dewan Pemuda PAS syorkan agar kerajaan menilai kembali keputusan kajian ini dengan mengusahakan insentif kepada para guru sepertimana janji Pakatan Rakyat untuk memberi elaun tambahan sebanyak RM500 sebulan.

"Tindakan ini lebih realistik bagi memastikan guru mampu mengajar dengan penuh cemerlang serta mampu melahirkan generasi pelajar yang terus cemerlang dalam akademik," ujar Riduan.

MASIH ADA YANG MELARAT DI KEDAH!!!

Posted: 13 Nov 2011 05:36 PM PST

KORBAN itu ada 3 Bahagian – Tuan Punya Korban, Masyarakat Sekeliling dan Golongan Fakir Miskin. Niat kami hari itu ialah nak pi cari golongan yang ke-3 ini, keluarga fakir dan miskin.

Dalam pencarian itu, kami telah dibawa ke sebuah rumah yang agak daif, dihuni oleh seorang bapa dan 3 orang anak-anaknya yang masih kecil di kawasan Jeneri, Sik Kedah
Ibu dan bapa budak-budak ini bercerai, dan semenjak itu ibunya sudah tidak kelihatan lagi; lalu tinggallah anak-anak ini yang masih belum mengerti apa-apa itu tinggal mengharung hidup dalam kedaifan bersama-sama ayah mereka yang bekerja kampong dan sesekali masuk jauh ke dalam hutan mencari batu-batu hiasan untuk dijual.

Bila dikejutkan kakaknya bangun dari tidur dalam buaian dalam rumah yg sempit tu, tatkala dia melangkah keluar, rasa sebak sangat sebab wajahnya. Tangis atau laparnya hanyalah ada sang Kakak melayannya; itu pun nasib baiklah kakak ini sudah berhenti sekolah; kalau ikutkan waktu ini kakak masih di darjah 4 mentelaah buku bersama kawan-kawan di bangku sekolah.

Sesiapa yang nak bagi sumbangan (dlm bentuk makanan, terutamanya susu Dutch Lady) sila contacty sdra Aznee at 012-432 3305

.... mungkin masa pemerintahan PAS Kedah depa nie semua hidup melarat... maklumlah agaihan tak sampai!!!! Sebelum itu dizaman UMNO hidup mereka mewah dengan banglo yang besar

DOKUMEN PENTING HILANG BERSAMA KERETA SRIKANDI PKR

Posted: 13 Nov 2011 04:56 PM PST

Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.
Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.
"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.
"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya.
Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.
Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.
"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

.... berhati-hati bila meletakkan dokumen parti...

PENEROKA 'GALI KUBUR SENDIRI' KALAU FELDA MASUK BURSA

Posted: 13 Nov 2011 04:37 PM PST

Bekas naib presiden kanan Felcra Datuk Ramleli Buyong menyifatkan penyenaraian Felda Global Ventures Sdn Bhd di Bursa Malaysia sebagai "projek gali kubur peneroka."
Ini kerana menurut Ramleli, pasaran saham tidak menentu dan keadaan akan berubah sekiranya harga jatuh.
Bercakap pada sidang meja bulat anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Ramleli berkata perkara sama berlaku ke atas Felcra selepas ia disenaraikan.
"Saya teringat gerakan dalam Felcra ketika itu Datuk Hamzah Zainuddin (pengerusi Felcra), saya dan kumpulan saya menentang keras cadangan itu.
"Penyenaraian adalah jahat, ada motif yang jahat... menggali kubur peneroka.Ia ada tujuan tertentu, dalam penyenaraian biasanya orang kata untuk cari modal tapi sebenarnya nak tampung biawak hidup yang ada. Sama macam semasa Felcra hendak disenaraikan, ini projek gali kubur peneroka," katanya.
Sementara itu dua panel sidang meja bulat iaitu bekas pegawai Bank Negara Dr Rosli Yaakob dan bekas penolong kanan pengarah Kastam Malaysia Razman Ramli menyifatkan penyenaraian itu boleh menyebabkan warga peneroka kehilangan aset dan insentif yang dimiliki selama ini.

Selain itu Rosli berkata, penyenaraian Felda Global Ventures Holding dilihat "menyegarkan semula" idea membawa Felda Holdings Berhad ke Bursa Malaysia oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lapan tahun lalu, namun gagal kerana ditentang warga Felda.
"Nampaknya cadangan ini menggantikan cadangan Tun Mahathir untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad pada 2004, namun dibantah peneroka Felda. Kalau dulu Felda Holdings Berhad dicadangkan tapi kali ini syarikat yang memiliki 49 peratus saham dalam Felda Holdings Berhad pula dicadangkan," katanya.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 14 Nov 2011 01:03 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kau Ingat Ko Anak Tok Sidang, Boleh Main Seks Sesuka Hati

Posted: 13 Nov 2011 10:00 PM PST


ALOR GAJAH: Tindakan seorang pegawai syarak sebuah tanah rancangan Felda, di sini yang menahan sepasang kekasih yang disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sebelum didakwa membebaskan mereka menimbulkan rasa kurang senang beberapa penduduk yang membuat laporan itu, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia awal 20-an bersama pasangannya berusia 18 tahun ditahan penduduk serta Imam satu Felda berkenaan selepas didapati berkhalwat dalam sebuah rumah. Penduduk, Qasha Umar, 28, berkata, penduduk terpaksa mengambil masa 30 minit sebelum menyerbu masuk ke dalam rumah disyaki selepas mendapat maklumat mengatakan terdapat sepasang kekasih sedang berdua-duaan.

Gambar hiasan

Katanya, ketika serbuan dilakukan, mereka terkejut apabila mendapati seorang wanita tua dipercayai ibu kepada remaja terbabit sedang tidur di bahagian tengah rumah sebelum pasangan itu keluar dari bilik kira-kira 15 minit kemudian.

Qasha yang juga Ahli Jawatankuasa Keselamatan Felda berkenaan berkata, selepas 15 minit berbual dengan wanita terbabit, muncul seorang lelaki berusia awal 20-an berpura-pura menggaru kepala diikuti remaja perempuan itu.

Selepas diperiksa, pihaknya mendapati lelaki terbabit adalah anak kepada seorang sidang kampung dan tangkapan itu adalah yang kedua dilakukan.

"Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas lelaki terbabit, kami terkejut apabila dimaklumkan lelaki itu sudah berada di dalam bilik remaja perempuan itu sejak jam 10 malam.

"Mereka mengaku sudah melakukan perbuatan itu berulang kali biarpun ibu pasangannya berada di rumah dan berjanji tidak akan melakukannya lagi sebelum pasangan terbabit dibawa ke balai polis berdekatan laporan penahanan," katanya.

Menurut Qasha, setibanya di balai polis berkenaan, ibu bapa lelaki terbabit sudah sedia menunggu dan berbincang sesuatu dengan Imam satu yang juga pegawai syarak sebelum anak mereka dilepaskan sekali lagi begitu sahaja.

"Dalam hal ini, kami memang tidak berpuashati dengan cara pegawai syarak dan Tok Sidang berkenaan mengambil jalan mudah melepaskan anak sendiri yang melakukan maksiat tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

"Sebagai ahli jawatankuasa keselamatan di felda ini, saya berharap perkara maksiat seperti ini perlu dipandang serius bukan sebab dia saudara kita atau anak kita, maka boleh dilepaskan tanpa tindakan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Syarak yang enggan dikenali berkata, pasangan berkenaan ditahan kerana berdua-duaan di dalam bilik namun pada masa sama ada seorang lagi wanita.

"Dalam hal ini, kami sukar mendakwa pasangan terbabit berikutan keadaan itu namun mereka sudah diberikan nasihat serta akujanji agar mereka tidak akan melakukan kesalahan itu lagi," katanya.

Kenapa Kau Rakam Gambar Awek Aku?

Posted: 13 Nov 2011 06:00 PM PST



MELAKA: Hanya kerana mahu meleraikan pertengkaran dua rakannya bersama individu tidak dikenali, seorang pelajar tingkatan empat ditumbuk hingga patah rahang kiri dalam kejadian di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Arif Fikri A Rahim, 16, dari Alai, di sini, mendakwa ditumbuk lelaki berusia awal 20-an itu di bahagian mulutnya yang turut mengakibatkan mulutnya berdarah dan pipi kanannya cedera.

Menurutnya, ketika kejadian, dia baru selesai makan di kedai berhampiran bersama rakan sebayanya, Mohd Shafiq Abd Rahman dan terus melepak di padang di atas pusat beli-belah berkenaan.

Dakwanya, ketika melepak, dua rakannya yang kebetulan berada di kawasan sama menemui mereka dan seorang daripada mereka mahu meminjam kamera digital miliknya untuk merakam gambar dua gadis yang juga berada di kawasan itu.

"Mereka berdua terus menemui gadis berkenaan untuk merakamkan gambarnya, saya dan Mohd Shafiq berada pada jarak 20 meter hanya memerhatikan gelagat mereka.

"Tiba-tiba seorang lelaki muncul dan meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana merakamkan gambar gadis berkenaan yang didakwa teman wanitanya.

"Saya hanya mendengar mereka bertengkar dengan meminta gambar dirakamkan itu dipadamkan selain berlaku tolak-menolak di antara mereka," katanya ketika ditemui di sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Tun Sri Lanang, di sini, semalam.

Turut berada bersama Mohd Arif ialah ibu bapanya, Jamaliah Tapah, 48, dan A Rahim Adip, 50.

Mohd Arif mendakwa, kerana tidak mahu pertengkaran itu menjadi serius, dia dan Mohd Shafiq meleraikan pertengkaran itu.

Bagaimanapun, ketika menghampiri mereka, lelaki tidak dikenalinya itu terus menumbuknya di bahagian mulut.

"Saya mula berasa sakit dan kebas di bahagian mulut dan berlaku pendarahan menyebabkan saya lemah. Melihat keadaan itu, lelaki terbabit bersama dua gadis berkenaan terus beredar sebelum saya menghubungi bapa saya," kata anak bongsu daripada tiga adik beradik itu.

Sementara itu, A Rahim berkata, dia bergegas ke tempat kejadian bersama rakannya dan sejurus tiba terus membawanya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka (HM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, menerusi ujian sinar-x mendapati rahang kiri anaknya patah, bagaimanapun pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera.

"Saya yang bimbang dengan keselamatannya membawanya ke pusat perubatan swasta bagi membolehkan pembedahan dapat dilakukan segera," katanya.

Beliau berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu pada awal pagi semalam di Balai Polis Melaka Tengah.

Apa JKKK dengan Agensi Kerajaan Buat?

Posted: 13 Nov 2011 03:27 PM PST


Sebuah premis ternakan ikan keli di Kampung Kesang Jaya, di sini didakwa membuang sisa kolam ternakan itu ke Sungai Kesang Tua sejak dua tahun lalu sehingga menyebabkan pencemaran air.

Keadaan itu mengakibatkan kira-kira 200 petani yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit tidak dapat menggunakan air sungai berkenaan bagi tujuan meracun tanaman ekoran air yang sudah tercemar.

Salah seorang penduduk mendakwa sebuah premis penternakan ikan keli di Kampung Kesang Jaya, Jasin membuang sisa kolam ternakan ke dalam Sungai Kesang Tua sejak dua tahun lalu hingga menyebabkan pencemaran air di sungai tersebut

Tinjauan ke kawasan itu mendapati sisa buangan kolam dibuang ke dalam sungai menyebabkan keladak dasar sungai bertambah, berwarna hitam dan air sungai tidak lagi jernih seperti sebelum ini.

Bagaimanapun, tinjauan yang sama diadakan di Sungai Kesang Pajak yang berada sebelum lokasi kolam ternakan ikan terbabit mendapati air sungai berkenaan lebih bersih dan jernih berbanding Sungai Kesang Tua.

Salah seorang petani yang ditemui, Adzahar Alias, 68, berkata, ikan di Sungai Kesang Tua seperti baung dan putih sudah pupus sejak kolam ternakan ikan itu beroperasi dua tahun lalu.

Katanya, air sungai tersebut yang mengandungi keladak menyukarkan petani membuat kerja-kerja semburan racun pada tanaman dan masalah itu memaksa dirinya mengangkut air kira-kira 700 liter sehari sejauh lima kilometer menggunakan motosikal ke kebunnya.

Menurut Adzahar, masalah tersebut pernah disuarakan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kesang Tua dan agensi kerajaan berkaitan namun tiada tindakan penyelesaian berkesan diambil pihak berkenaan.

''Kita sudah kemukakan aduan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri namun agensi itu mendakwa ia bukan kes pencemaran tetapi lebih kepada masalah keladak sungai dan bukan bidang kuasa agensi itu.

''Bila perkara ini dikemukakan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pihak berkenaan hanya membersihkan rumput yang terdapat dalam sungai," katanya.

Masalah yang sama turut disuarakan rakannya, Zakaria Hussain, 43, yang mendakwa penduduk atau petani akan mengalami gatal apabila terkena air sungai berkenaan.

''Sebelum kolam ikan itu wujud, penduduk bebas memancing ikan di sungai ini tanpa perlu bimbang. Sekarang, lain pula keadaannya. Jika terkena air sungai, penduduk perlu mendapatkan suntikan di klinik dengan kos RM20," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Zain Maidin, 63, meminta JPS mengambil tindakan sewajarnya seperti mengorek dasar sungai untuk membuang keladak yang sudah tercemar dengan sisa buangan kolam ikan berkenaan.

P/s: Mungkin sebab bukan ada kepentingan yang menjadikan mereka lambat bertindak. Kalau syarikat besar sudah lama mereka buat

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 14 Nov 2011 12:45 PM PST

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua anak-anak, adik-adik dan calon SPM 2011

Posted: 13 Nov 2011 02:40 PM PST



Bismillah. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon2 yang akan menduduki peperiksaan SPM bermula hari ini. Semoga dapat melakukan yang terbaik untuk masa depan anda. Jangan lupa utk sentiasa berdoa di samping usaha-usaha gigih yang telah dilakukan.

Futsal Mahabbah 2011 ; DPPK Machang & Kemuning Kandas Di Suku Akhir

Posted: 13 Nov 2011 02:31 PM PST





Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 14 Nov 2011 12:20 PM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PRU-13 tentukan krisis Umno

Posted: 14 Nov 2011 03:53 AM PST

Hanafiah-MatOleh : W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
Tarikh : November 14, 2011
KUALA TERENGGANU – Pas terus menganggap krisis dalaman kepimpinan UMNO di negeri ini masih berlaku biarpun kenyataan rasmi telah dibuat Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berhubung kemelut itu telah pun selesai.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, beliau mendengar sendiri daripada peringkat akar umbi bahawa perkara itu belum selesai, malah sebahagiannya masih lagi mengkritik kepimpinan Umno di bawah Ahmad.



Katanya, perbalahan dalam kalangan pemimpin Umno tidak akan selesai dan mendakwa hanya pilihan raya akan menentukan perkara tersebut.

"Pilihan raya ini akan menentukan wujud atau tidak kumpulan A dan kumpulan B. Kita tengok calon yang ditentukan nanti berada di kumpulan mana," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan, Umno kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

Menurutnya, parti itu kini tidak mempunyai banyak masalah kerana boleh dikatakan semuanya sudah selesai melalui perbincangan dan rundingan dan bersedia melakukan yang terbaik.

Hanafiah berkata, ahli Umno yang menyokong pemimpin lain dan tidak sebulu dengan Ahmad yang juga Menteri Besar itu juga dilihat tidak berpuas hati dengan kenyataan sedemikian.

"Kita ada juga duduk semeja dengan kumpulan yang tidak menyokong beliau, macam-macam yang kita dengar tetapi kita hanya mendengar sahaja," katanya.

Hanafiah menjelaskan, kenyataan pemimpin tersebut dianggap bersifat politik untuk meredakan suasana dan menambahkan keyakinan rakyat terhadap kekuatan dan perpaduan Umno di negeri ini.

"Semasa saya berada di Dungun, saya mendengar perkara yang tidak menunjukkan penyelesaian, begitu juga ketika berada bersama peringkat akar umbi di Kemaman, dada yang merungut hal sama" katanya.

PAS KAWASAN PENGKALAN HULU

Posted: 14 Nov 2011 11:21 AM PST

PAS KAWASAN PENGKALAN HULU


Mahathir: Kelantan Tetap Kepunyaan PAS

Posted: 02 Feb 2010 10:27 PM PST

Petang kelmarin, selepas menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Logik Asean di UIA, Dr Mahathir ditanya sama ada isu royalti minyak Kelantan akan menjejaskan keyakinan pengundi terhadap BN. Menjawab soalan tersebut, Dr. Mahathir berkata: "Mungkin, mungkin."


Dr Mahathir sekali lagi mengulangi tidak yakin BN dapat merampas kembali Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang:


"Tetapi apa sahaja yang kita lakukan, kita tidak akan dapat rampas balik Kelantan. Orang Kelantan ada cara tersendiri berfikir."


Tapi BN akan terus berusaha untuk mendapatkan Kelantan. Dan malangnya usaha mendapatkan Kelantan dilakukan secara peras ugut, termasuk pemberian wang ihsan, penyalah gunaan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk tujuan politik dan menafikan peruntukan pembangunan kepada negeri itu, kecuali jika dilihat menguntungkan politik BN. Dan peras ugut yang dilakukan ini menjadikan rakyat semakin tidak senang dengan BN dan menjauhkan diri dari memberi sokongan terhadap parti itu.


~ pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 14 Nov 2011 09:41 AM PST

Pemuda Bersamamu v3


Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

Posted: 14 Nov 2011 03:33 AM PST

Ditulis oleh : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.


Sambung Lagi...

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Nov 2011 09:14 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Makan Malam dgn Md Sabu 24 Nov 2011 Kuala Pilah

Posted: 13 Nov 2011 07:58 PM PST



MAJLIS MAKAN MALAM
Bersama Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS
Tarikh : 24 Nov 2011, Khamis
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Perniagaan Desa, Kampung Kuala Dioh, Kuala Pilah, N.Sembilan
Kupon : RM 20

Hubungi : Zahar 012-6167819, Aziz 017-3129077, Md Ariff 013-3949403, Fazilah 014-6261517

Anjuran : DUN Senaling

Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 14 Nov 2011 07:08 AM PST

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MAJLIS IHTIFAL PASTI 2011 MERIAH

Posted: 13 Nov 2011 06:53 PM PST

Tiada ulasan:

Catat Ulasan