Ahad, 13 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Nov 2011 03:18 AM PST

Dr Siti Mariah Mahmud


Simpatilah sikit

Posted: 12 Nov 2011 11:20 PM PST

pas muktamar 130610 idris ahmad
PAS menganggap projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran sebagai tidak wajar dan mahu ia dikaji semula kerana akan membebankan guru.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama sembilan jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja (dengan) pembelajaran dan pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi 'multi purpose' kerana semua perkara guru terpaksa lakukan.

"Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," kata ahli jawatankuasa PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan media.

baca seterusnya di sini

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Nov 2011 02:01 AM PST

CINA ISLAM (林川興)


Kereta ketua srikandi PKR dicuri

Posted: 13 Nov 2011 12:31 AM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 13 Nov: Kereta milik Ketua Srikandi Parti Keadilan Rakyat, Siti Aisyah Shikh Ismail hilang dipercayai dicuri awal pagi ini.

Kereta jenis Proton Waja berwarna perak dengan nombor pendaftaran WJS 7349 itu disedari hilang jam 7 pagi ini setelah diletakkan di hadapan rumah abangnya di Jalan Kecawi 8/11, Kota Damansara.

"Kereta tersebut saya letak di hadapan rumah abang saya yang hampir dengan Balai Polis Trafik Petaling Jaya dan saya mula sedar kehilangan kereta itu pada jam 7 pagi tadi.

"Laporan yang saya perolehi dari PLUS mengatakan kereta tersebut dilihat berada di Tol Jalan Duta pada pukul 8 pagi," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Ekoran itu satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Trafik Petaling Jaya.

"Apa yang menjadi kemuskilan saya adalah bagaimana kereta tersebut boleh hilang sedangkan di hadapan dan belakang kereta saya mempunyai kereta iaitu milik abang ipar dan juga abang saya.

"Selain itu juga kereta tersebut memiliki sistem pengera yang tinggi kualitinya dan saya memasang sistem tersebut kerana memikirkan banyak dokumen penting berkaitan dengan parti di simpan di dalam kerete tersebut," katanya yang tidak mahu menuduh sesiapa.

Namun ujarnya, kehilangan itu menimbulkan tanda tanya, kenapa pencuri begitu berani mengambilnya sedangkan ia hampir dengan balai polis.

Beberapa dokumen penting khususnya berkaitan parti juga katanya hilang bersama kereta tersebut.

Sehubungan itu, beliau akan membuat satu lagi laporan polis berhubung kehilangan dokumen-dokumen penting tersebut.

"Laporan ini dibuat bagi memastikan ia tidak akan didedahkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.
 

PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari

Posted: 12 Nov 2011 08:13 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.

Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar.

"Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran.

"Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

"Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi.

Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas.

Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai.

Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, sepertu sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI.

"Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

"Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya

Angka kematian di lombong arang batu China kini 34 orang

Posted: 12 Nov 2011 07:58 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING: Pegawai China berkata, seramai 34 pelombong disahkan mati setakat ini selepas kebocoran gas di lombong arang batu barat daya negara manakala sembilan
pelombong lain masih terperangkap.

Kejadian berkenaan di salah satu kawasan bawah tanah Lombong Arang Batu Sizhuang, wilayah Yunnan Khamis lalu dan merebak ke bahagian lain menyebabkan 43 pelombong terperangkap.

Kejadian dalam lombong arang batu itu adalah yang kedua terburuk dalam tempoh kurang seminggu. Perlombongan arang batu di China memang tempat paling berbahaya di dunia. - AP

Bekas PM Itali tinggalkan kediaman.

Posted: 12 Nov 2011 07:14 PM PST


16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -BEKAS Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melambai kepada orang ramai ketika meninggalkan kediamannya di Rome, hari ini. Beliau secara rasmi meletak jawatan semalam selepas krisis hutang negara itu dan menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik. - Foto REUTERS

Pemandu powerboat meninggal dunia akibat nahas perlumbaan

Posted: 12 Nov 2011 06:50 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MIAMI: Seorang pemandu powerboat meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan pada Kejohanan Dunia Key West kelmarin sekali gus muncul pemandu ketiga terbunuh dalam sukan berkenaan.

Joey Gratton, 59, dari Sarasota, Florida meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Kecemasan Ryder, Miami selepas mengalami kecederaan yang dialami pada perlumbaan berkenaan.

Jurucakap Super Boat International, Roderick Cox, berkata rakan sepasukan Gratton, Stephen Page dari Fort Myers pula sudah dibenarkan keluar dari hospital.

PM Itali letak jawatan

Posted: 12 Nov 2011 06:42 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi meletak jawatan semalam selepas krisis hutang negara itu menamatkan eranya selama hampir dua dekad dalam kancah politik.

Pengumuman peletakan jawatan Berlusconi dibuat oleh pejabat media Presiden Giorgio Napolitano yang secara rasmi menerima peletakan jawatan berkenaan.

Sementara itu, pakar ekonomi, Mario Monti disebut-sebut bakal menggantikan Berlusconi untuk mengatasi krisis hutang yang melanda negara berkenaan. - AFP

Kumpulan pertama 442 jemaah haji kembali ke tanah air

Posted: 12 Nov 2011 05:53 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEPANG 13 Nov. - Kumpulan pertama 442 jemaah haji selamat tiba ke tanah air dengan pesawat Saudi Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 malam semalam.

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji Datuk Kamarudin Mat Ali berkata, segala urusan Tabung Haji yang melibatkan rakyat Malaysia serta jadual penerbangan pergi dan balik tahun ini berjalan lancar.

"Alhamdulillah, tahun ini segala urusan yang melibatkan urusan Lembaga Tabung Haji berjalan dengan lancar, kita tengok penerbangan pulang pertama jemaah haji juga telah menepati jadual.

"Dan apa-apa masalah yang dialami oleh jemaah haji ketika berada di sana juga kita dapat menyelesaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata, Lembaga Tabung Haji turut menguruskan jenazah 32 jemaah haji yang meninggal dunia ketika menunaikan rukun kelima itu di tanah suci. - Bernama

27 anggota tentera elit mati dalam letupan di Tehran

Posted: 12 Nov 2011 05:44 PM PST

16 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

TEHRAN 13 Nov. - Satu letupan besar di pangkalan Pengawal Revolusi yang terletak di barat Iran hari ini mengorbankan 27 orang anggota tentera elit, lapor pegawai.

Menurut jurucakap pangkalan tersebut, Komander Ramezan Sharif, letupan tersebut berlaku di gudang senjata yang terletak di pangkalan Bid Ganeh, berdekatan dengan pinggir Tehran, 20 kilometer dari pusat bandar.

Sekurang-kurangnya 23 orang tercedera dalam letupan tersebut. - AFP

Jambatan Baru Piasau Menyusahkan Para Nelayan?

Posted: 12 Nov 2011 02:50 AM PST

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Jambatan Piasau lama yang digunakan oleh penduduk Miri sekarang sudah tentu memberi seribu kenangan kepada mereka yang lalu atau yang tinggal berdekatan dengan jambatan tersebut. Sekarang ini jambatan baru dalam pembinaan dan ini sudah tentu akan memberi sedikit keselesaan kepada mereka yang menggunakan jambatan tersebut bila sudah siap nanti.
Walaupun jambatan baru tersebut mungkin memberi keselesaan kepada sebahagian pengguna tetapi pernahkah pihak yang membina jambatan tersebut memberi laluan alternatif kepada para nelayan atau laluan bagi kapal kecil untuk lalu di bawah jambatan tersebut nanti?
 
Para nelayan dan kapal-kapal kecil sekarang ini menghadapi kesukaran untuk melalui dibawah jambatan tersebut kerana ianya masih dalam proses pembinaan.  Menurut mereka jambatan baru tersebut agak rendah,sempit dan sukar bagi kapal kecil untuk melalui jambatan tersebut.
 
Kita mendesak agar pihak yang bertanggunjawab dalam pembinaan jambatan baru tersebut dapat memikir apakah laluan alternatif sekiranya para nelayan yang menggunakan kapal mereka untuk melalui jambatan tersebut nanti. Sebelum jambatan baru siap sepenuhnya, pihak yang bertanggungjawab perlu memikir juga akan nasib para nelayan yang menggunakan kapal melalui jambatan baru tersebut nanti agar bukan saja jambatan tersebut memberi keselesaan kepada pengguna atas darat tetapi juga mereka yang mengguna sungai juga perlu di ambil kira.
 
Akibat pembangunan yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kebajikan orang ramai, ini menyebabkan bukan saja manusia yang tertekan bahkan buaya dalam sungai sekarang ini pun sudah berani menyerang manusia kerana terdesak untuk mendapat makanan dan habitat mereka juga sudah terganggu akibat pembangunan yang terlalu agresif dan tanpa memikirkan kebajikan dan keselamatan orang ramai.
 
Harapan orang ramai agar jambatan baru tersebut nanti bukan saja memberi keselesaan pada pengguna di darat bahkan yang menggunakan sungai juga dapat manafaat darinya. Di harap pihak yang berkenaan bertindak dengan adil dengan semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
 
PAS Miri
Jofri Jaraiee
 

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 13 Nov 2011 01:39 AM PST

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib gagal tunai pembaharuan pilihan raya

Posted: 12 Nov 2011 07:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan. Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak [...]

Idris Ahmad

Posted: 12 Nov 2011 11:11 PM PST

Idris Ahmad


Tambah Kemudahan Sekolah, Bukan Tambah Jam Bertugas

Posted: 12 Nov 2011 06:24 PM PST

Tambah Kemudahan Sekolah, Bukan Tambah Jam Bertugas
Idris ahmad
13/11/11

Kementerian Pelajaran Malaysia kena mengkaji balik percubaan untuk guru-guru bertugas selama 9 jam sehari. Projek perintis akan melibatkan 5000 guru sekolah di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor.
Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran. Malahan guru sudah menjadi “multi purpose” kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah.

Sepatutnya Kementerian Pelajaran mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang.

Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah.

Jika pihak kerajaan hendak menyamakan guru dengan kerja di pejabat maka ini satu perbandingan antara appel dengan limau. Mana adil kepada guru-guru yang dibebankan dengan berbagai tugas tiba-tiba hendak suruh berada di sekolah selama 9 jam.

Kerajaan perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas. Banyak sekolah pada hari ini yang dibina 20 tahun dahulu sudah tidak mampu menampun g pertambahan penduduk di sekitarnya. Sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai. Jangan jadikan guru sebagai makmal percubaan, sebelumnya guru-guru juga menjadi mangsa ketika perlaksanaan PPSMI. Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen  sains  dsn metematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga  perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas.

Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini.

Sent from my iPad


Filed under: Politik

Berkorban Atau Terkorban

Posted: 12 Nov 2011 05:55 PM PST

Berkorban Atau Terkorban
Idris Ahmad
10/11/11
Syukur kepada Allah SWT umat Islam di Malaysia telah  berjaya melaksanakan ibadah korban pada 6 hingga 9 November 2011. Banyak binatang yang dikorban sebagai tanda penghayatan terhadap sunnah  Nabi Ibrahim AS. Sebagaimana nabi Muhammad SAW bersabda ” Apabila sahabat bertanya “Apakah yang dimaksudkan korban. Maka  nabi Muhammad SAW bersabda ” Korban ialah sunnah bapa kamu nabi Ibrahim AS” Sahabat bertanya “Apa yang kami perolehi daripada korban” Nabi bersabda “Setiap bulu binatang yang kamu korbankan akan memperolehi pahala”

Kita mengharapkan ibadah korban diterima Allah SWT. Orang yang berkorban perlu perbetulkan niat bahawa mereka melaksanakan ibadah korban bukan kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada orang ramai atau untuk berbangga siapa yang banyak menyembelih binantang korban. Jika ini yang berlaku maka tidak ada apa-apa nilai di sisi Allah SWT. Sebagai mana firman Allah SWT “Tidak akan sampai daging dan darah binatang korban kepada Allah SWT, tetapi yang akan sampai kepada Allah ketaqwaan kepada Allah SWT” (Surah al-Haj 37)

Ibadah korban ialah ibadah tauhid. Sebagaimana tauhidnya nabi Ibrahim ketika diarahkan oleh Allah SWT supaya menyembelih anak beliau nabi Ismail AS. Jika baginda tidak menyerahkan sepenuhnya diri kepada Allah maka baginda tidak akan menyembelihkan anaknya nabi Ismail AS. Apabila ini perintah tauhid maka baginda laksanakan tanpa memperdulikan  gangguan yang datang untuk menghalang kerjanya.

Perlu kita ambil iktibar daripada pengorbanan nabi Ibrahim, Siti Hajar dan nabi Ismail AS supaya kita benar-benar menjadi hamba yang berkorban untuk Islam. Tidak ada makna jika kita tidak ambil iktibar daripada apa yang ditunjukkan oleh keluarga nabi Ibrahim AS.Sekiranya kita tidak berkorban maka Islam, ekonomi, politik dan sosial akan terkorban.

Islam akan terkorban apabila kita gagal membela Islam daripada dicerca oleh manusia yang mengaku diri sebagai Islam . Mereka sanggup menghina hukum Allah kerana tidak ramai yang sanggup menjelaskan hukum ini sehingga ramai di kalangan mereka menjadi jahil dan sanggup memperlakukan apa sahaja kepada agama. Apabila orang yang berilmu menyembunyikan ilmu dan takut kepada penguasa maka inilah akibatnya. Apabila ini berlaku imej Islam menjadi rosak di pandangan orang bukan Islam. Tidak pernah kita dengar penganut hindu, kristian, budha menghina dan tidak percaya kepada agama mereka. Tetapi kita akan dengar bagaimana orang Islam sendiri memperkecilkan ajaran Islam.

Politik terkorban apabila kita tidak berkorban. Kepimpinan negara akan dipegang oleh mereka mengkhianat amanah rakyat. Pemimpin dilantik bukan ahli yang amanah, malahan menganggap bahawa ini adalah batu loncatan untuk mengumpul kekayaan. Mereka yang memimpin tidak mementingkan soal moral dan akhlak. Menggunakan apa cara untuk naik menjadi pemimpin samaada rasuah atau menipu. Mereka menjadi pemimpin bukan untuk rakyat, tetapi menjadi wakil taukeh-taukeh yang memelihara mereka semasa hendak menang di dalam pemilihan parti atau pilihanraya umum. Mereka merasakan jawatan adalah satu kemuliaan bukan amanah.

Ekonomi juga terkorban apabila kita tidak berani berkorban. Laporan audit 2010 menyebabkan dada kita merasa sesak untuk bernafas. Walaupun setiap tahun teguran Ketua Audit Negara diberikan tidak ada penambah baikan. Walaupun Perdana Menteri sering beretorik dengan program transformasinya, tetapi laporan audit adalah jawapan yang paling tepat untuk rakyat membuat penilaian samaada ia retorik atau realiti. Pemimpin tidak merasa segan silu dengan teguran laporan Ketua Audit  Negara, dan kita yakin belanjawan 2012 yang baru dibentang juga akan mengalami perkara yang sama jika kita membaca laporan Ketua Audit Negara pada tahun hadapan.

Akhlak juga terkorban apabila kita tidak bersedia untuk berkorban. Semua ibu bapa yang prihatin resah mengenai akhlak anak mereka. Ia bukan sahaja menimpa kepada ibu bapa yang jahil, malahan menimpa kepada ibu bapa yang soleh. Walaupun kita adalah ibu bapa yang bertanggungjawab untuk memberi pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anak, namun suasana persekitaran lebih kuat mempengaruhi pembentukan syaksiah rupa diri anak-anak kita kerana kegagalan pemimpin negara yang tidak berminat mewujudkan suasana keIslaman di negara ini. Kesannya kita lihat daripada laporan  Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Datuk Alwi Ibrahim melaporkan dalam masa 5 tahun (2005-2009)  terdapat 74,723 anak luar nikah dari kalangan orang Melayu.
 
Perlu kita berkorban, jika kita sayang generasi masa depan. Pengorbanan kita bukan untuk masa kita tetapi ialah masa depan anak-anak kita yang akan hidup separuh abad lagi. Jangan kita biarkan anak-anak kita menderita pada masa akan datang. Sudah cukuplah apa yang kita alami sekarang ini. Sebelum parah maka perlu kita berubah.


Filed under: Politik

PAS KDAS 3

Posted: 12 Nov 2011 09:25 PM PST

PAS KDAS 3


Program Qurban Tahun 2011 Pas KDAS 3

Posted: 12 Nov 2011 07:01 AM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 12 Nov 2011 09:10 PM PST

PARLIMEN BUKIT GANTANG


DS Nizar terima Kunjungan Hormat Kedutaan Jepun

Posted: 12 Nov 2011 05:26 AM PST

IPOH, 12 Nov : Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor bahagian Politik, Kedutaan Jepun di malaysia Cik Natsuko Sakata.


Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan situasi politik di Negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak.


Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika pentadbir Negeri Perak.


Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar dan menyatakan perasaan bangga beliau dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.


"Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur," katanya.


Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan Negeri Perak selepas di rampas kuasa dari Barisan Nasional.

PAS LENGGONG

Posted: 12 Nov 2011 07:44 PM PST

PAS LENGGONG


Kenyataan yang menarik dari DR Mohammad Agus.

Posted: 12 Nov 2011 06:25 PM PST


Islam membenarkan beza pendapat.
sebaliknya di Malaysia,
Perbazaan pendapat ditegah,
Mat Sabu didakwa. Dr Aziz Bari disiasat.
"Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita," kata Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar).

Pada penzahiran pengurniaan ketandaan darjah dan kehormatan kebesaran itu Agus dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yangt Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K).

Turut menerima kurniaan kehormatan kebesaran bagi darjah yang sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Profesor Dr Rujhan Mustafa.

Menerima kurniaan yang sama Pakar Perunding Kanan Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malayusia (USM) Kubang Kerian, Profesor Dr Zurkurnai Yusof.

Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Sultan Muhammad V.

"Yang penting pengiktirafan Tuanku kepada ahli akademik," tegas Agus.

Mengulas lanjut, beliau melahirkan rasa teruja kerana Sultan Muhammad V turut memberi pengiktirafan itu kepada ahli akademik dan pensyarah universiti.

"Ramai Prof Madya mendapat pingat pada hari ini daripada Tuanku. Dan itu adalah menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembagan akademik di negara kita.

"Dan saya, alhamdulillah, menjunjung kasih mendapat anugerah D.P.S.K, dan pada saya, saya fikir 'ilmu' itu akhirnya dihargai oleh baginda Tuanku," katanya.

Beliau turut mengulas kebebasan dunia akademik.

Menurutnya, kebebasan akademik itu wajib ada pada universiti.

Ini kerana dengan kritikan dan pandangan keilmuan itulah menyebabkan universiti itu wujud.

Beliau mengakui bahawa dari segi menyuarakan pendapat, termasuk membabitkan bidang perundangan aalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Saya fikir tiada halangan, dan saya sendiri tidak pernah ada halangan di UKM.

"Ini dibuktikan bahawa kejujuran akademik itu apa yang ilmu kata ianya 'benar' maka itu yang kita suarakan.

"Dan insya Allah, kita berperanan dalam membangunkan negara bangsa ini," katanya sambil akur bahawa perbezaan pendapat itu perlu diraikan.

Bahkan, kata Agus, dalam Islam perbezaan pendapat itu rahmat, dan tidak menjadi masalah.

"Itu dibenarkan oleh agama dan dibenarkan oleh undang-undang untuk kita meraikan perbezaan pendapat.

"Bahkan saya tidak ada masalah di UKM, sebab saya buat sesuatu itu di atas niat dan kejujuran akademik," katanya.

Sultan Muhammad V prihatin dunia akademik

Posted: 12 Nov 2011 06:23 PM PST

KOTA BHARU, 13 Nov: Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri yang dizahirkan pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri 2011 di Istana Balai Besar semalam bukan saja menggambarkan sikap Sultan Muhammad V dalam memayungi rakyat jelata, bahkan pengurniaan itu adalah sebagai pengiktirafan baginda kepada dunia akademik dan warga univsersiti umumnya.

Ini kerana pada istiadat penzahiran penerimaan ketandaan darjah kebesaran itu terdapat golongan pakar, ahli akademik dan pensyarah universiti turut menerimanya.

"Dan itu menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembangan akademik di negara kita," kata Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (gambar).

Pada penzahiran pengurniaan ketandaan darjah dan kehormatan kebesaran itu Agus dikurniakan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yangt Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II) (D.P.S.K).

Turut menerima kurniaan kehormatan kebesaran bagi darjah yang sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Datuk Profesor Dr Rujhan Mustafa.

Menerima kurniaan yang sama Pakar Perunding Kanan Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malayusia (USM) Kubang Kerian, Profesor Dr Zurkurnai Yusof.

Majlis itu sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-42 Sultan Muhammad V.

"Yang penting pengiktirafan Tuanku kepada ahli akademik," tegas Agus.

Mengulas lanjut, beliau melahirkan rasa teruja kerana Sultan Muhammad V turut memberi pengiktirafan itu kepada ahli akademik dan pensyarah universiti.

"Ramai Prof Madya mendapat pingat pada hari ini daripada Tuanku. Dan itu adalah menunjukkan Tuanku memberi perhatian kepada perkembagan akademik di negara kita.

"Dan saya, alhamdulillah, menjunjung kasih mendapat anugerah D.P.S.K, dan pada saya, saya fikir 'ilmu' itu akhirnya dihargai oleh baginda Tuanku," katanya.

Beliau turut mengulas kebebasan dunia akademik.

Menurutnya, kebebasan akademik itu wajib ada pada universiti.

Ini kerana dengan kritikan dan pandangan keilmuan itulah menyebabkan universiti itu wujud.

Beliau mengakui bahawa dari segi menyuarakan pendapat, termasuk membabitkan bidang perundangan aalah tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan.

"Saya fikir tiada halangan, dan saya sendiri tidak pernah ada halangan di UKM.

"Ini dibuktikan bahawa kejujuran akademik itu apa yang ilmu kata ianya 'benar' maka itu yang kita suarakan.

"Dan insya Allah, kita berperanan dalam membangunkan negara bangsa ini," katanya sambil akur bahawa perbezaan pendapat itu perlu diraikan.

Bahkan, kata Agus, dalam Islam perbezaan pendapat itu rahmat, dan tidak menjadi masalah.

"Itu dibenarkan oleh agama dan dibenarkan oleh undang-undang untuk kita meraikan perbezaan pendapat.

"Bahkan saya tidak ada masalah di UKM, sebab saya buat sesuatu itu di atas niat dan kejujuran akademik," katanya.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 12 Nov 2011 07:28 PM PST

DUN PENGKALAN KUNDOR


Pindah Wakaf Surau sudah dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri

Posted: 12 Nov 2011 04:47 AM PST



ALOR SETAR - Cadangan pemindahan surau wakaf Salihiah Kanchut adalah selepas perkara tersebut dirujukkan kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan ia tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya memandangkan surau tersebut adalah harta yang diwakafkan oleh individu tertentu.


Demikian penjelasan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah kepada Warta Darul Aman.

Menurut beliau, apabila cadangan pembangunan Kompleks Tunku Yaakob melibatkan tanah premis Madrasah Salihiah yang dijadikan surau maka beliau bagi pihak kerajaan negeri, berjumpa dengan Mufti Kerajaan Negeri Kedah yang mengetuai Majlis Fatwa; bagi mendapatkan pandangan.

Hasilnya, pihak jawatankuasa Fatwa yang bermuzakarah membenarkan surau tersebut dipindahkan ke lokasi lain dengan kaedah 'Istibdal' iaitu lokasi baru yang dipindahkan mendapat manfaat yang lebih besar dari lokasi asal.

"Contoh yang mudah ialah jika surau wakaf lama hanya dimakmurkan oleh 10 orang tetapi jika dipindahkan ia boleh dimakmurkan oleh 100 orang bersama lain-lain manfaat yang lebih besar, maka tempat wakaf asal itu boleh untuk dipindah atau ditukarganti ke tempat lain," ujar Amiruddin.

Apa yang berlaku terhadap surau Salihiah itu, kata Amiruddin, ia hanya menjadi tempat berjemaah untuk jumlah yang kecil iaitu para pekerja di sekitar itu sahaja. Surau tersebut tidak terletak di kawasan perkampungan atau taman perumahan.


Menurut Amiruddin, pihak kerajaan telah berunding dengan pemaju supaya membina sebuah surau dengan keluasan yang lebih besar (dari surau asal) dalam kompleks tersebut.

"Pihak pemaju telah bersetuju untuk membina surau tersebut di aras bawah kompleks bagi memudahkan umat Islam mengerjakan solat berjemaah serta lain-lain aktiviti," ujarnya.

Katanya, bagi pandangan Majlis Fatwa, oleh kerana tempat asal tersebut adalah surau, maka 'imej surau' hendaklah dikekalkan pada binaan kompleks baru bagi memaklumkan kepada umat Islam bahawa terdapat surau di situ.

"Hal tersebut juga turut dipersetujui oleh pihak pemaju," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, surau tersebut bukanlah ganti wakaf kepada surau asal. Ganti wakaf kepada surau asal akan diuruskan oleh Majlis Agama Islam Kedah yang menjadi pemegang amanah kepada surau tersebut setelah diberikan pampasan oleh pihak pemaju sebanyak RM1.6 juta.

"Majlis Agama nanti yang akan mengenalpasti dan menguruskan tapak wakaf baru yang akan memberi manfaat lebih besar dari yang asal," katanya.

Mengenai kenyataan pihak pengurusan surau tersebut yang masih mempertahankan fatwa bahawa surau asal tidak boleh dirobohkan, Amiruddin memberitahu bahawa apabila terdapat fatwa baru yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa maka dengan sendirinya ia memansuhkan fatwa yang terdahulu.

(Warta Darul Aman akan cuba mendapatkan penjelasan lengkap Dato' Mufti berhubung isu berkenaan)



Perkasa tunjuk jaguh di Pulau Pinang

Posted: 12 Nov 2011 04:16 AM PST





Perkasa bantah bas percuma di Pulau Pinang!


PERTUBUHAN super rasist yang diketuai oleh "bapak katak" ni memang suka buat benda-benda pelik. Suka buat isu bukan-bukan dan tak masuk akal.

Bila tak ada isu, mereka akan cuba cari isu asalkan dapat menunjukkan mereka seolah-olah sebagai pejuang Bangsa Melayu yang hebat.
Budak-budak yang masih mentah dibasuh otaknya dengan sentimen perkauman supaya menjadi "super Melayu". Tujuannya mudah, supaya Umno terus berkuasa, supaya mereka bersatu di dalam United Malays No Otak.

Terbaru, lantaran dah tak tahu isu apa nak dimainkan supaya mereka dilihat seolah-olah "pejuang Melayu sejati", mereka berdemo beramai-ramai (ramai ke?) untuk membantah perkhidmatan bas percuma di Pulau Pinang.

Berakal ke tak berakal diorang ni?

Carilah isu yang logik dan masuk akal kalau ye pun nak berlagak membela orang Melayu. Beca tu pergerakannya terhad, dekat-dekat bolehla, bas pulak bergerak lebih jauh. Berbeza peranannya.

Kalau betul nak bela Melayu, nak jadi "Pejuang Melayu" pergilah bantah pasaraya-pasaraya besar yang mengaut untung sambil membuatkan ramai peniaga-peniaga kecil Melayu gulung tikar tu.

Bas percuma bukan mengaut keuntungan pun, ini kemudahan untuk rakyat dan juga strategi menarik pelancong datang ke Pulau Pinang. Malu betul jadi Melayu gila macam ni!

Sumber: [Anak Sungai Derhaka]

P/S admin: bodoh bertingkat-tingkat, langsung tak boleh diajar!



ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Nov 2011 03:51 PM PST

ULAMA PEWARIS NABI


BEKAS TENTERA MALAYSIA KATA TUNGGU LIMA SIAPA YANG KENA !

Posted: 12 Nov 2011 05:55 AM PST

...........
3. Kali ini saya hendak menyentuh tentang pembatalan pembelian pesawat-pesawat baru oleh kerajaan yang dibuat sebelum ini sehingga menyebabkan ramai peminat ketenteraan terlayu dan berasa kecewa.

4. TUNGGUUUU !!! Jangan cepat melatah kerana perbincangan mengenai siapa bakal menjadi juara di antara Superhornet, Typhoon dan Rafale belum boleh dihentikan pada masa sekarang.

5. Jangkaan saya termasuk sedikit maklumat dari sumber industri dan kenalan terapat memberi perkhabaran bahawa pembatalan tersebut ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum (PRU 13).

6. Jika kita lihat kepada sejarah pembelian helikopter Eurocopter EC725, bekas Perdana Menteri Tun Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri pernah
membatalkan hasrat kerajaan untuk membuat pengumuman pembelian helikopter kerana ketika itu tarikh untuk PRU 12 sudah terlalu hampir.

7. Sebaik sahaja PRU 12 selesai, hasrat itu kemudian dijelaskan semula dan tanpa mengambil masa yang panjang, surat LOA helikopter itu pun
ditandatangani.

8. Perdana Menteri sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sudah belajar banyak kesilapan dan kalau boleh sudah pasti tidak mahu sebarang isu panas yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijadikan senjata oleh pembangkang.

9.Firasat saya, PRU 13 akan dibuat di antara bulan Feb hingga Mac tahun depan selepas tarikh 11.11.2011 berlalu tanpa sebarang pengumuman pembubaran parlimen (spekulasi orang politik).

10.kalau keadaan mengizinkan ( kalau BN menang), saya rasa pengumuman pesawat baru akan dibuat mulai pertengahan tahun 2012.

11.Jika surat LOA ditandatangani pada tahun depan, kita akan melihat pesawat baru memasuki inventori Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)
selewat-lewatnya pada 2015-2016.

12.Walaupun sebelum ini Panglima TUDM Tan Sri Azizan Ariffin ada menjelaskan bahawa Mig 29 akan kekal dipakai sehingga tahun 2025 tetapi saya rasa keadaan ini tidak mungkin berlaku malah saya yakin bahawa Mig akan disarakan lebih awal lagi.

13.Sekarang ini pun kerajaan menanggung kos yang sangat besar untuk memastikan Mig 29 yang sudah pun berusia lebih kurang 16 tahun
(1995-2011) itu terbang menjaga angkasa raya pertiwi.

14.Jika Mig 29 dikekalkan sehingga 2025, maknanya jet pejuang tersebut akan berusia 30 tahun sebelum disarakan.

15.Dengan jumlah yang sedikit iaitu lebih kurang 14 buah sahaja, sungguh tidak berbaloi kerajaan melaksanakan projek upgrade kepada pesawat ini.

KES F-5E

16.Jika kita melihat kepada sejarah pesawat pemintas F-5E yang dibeli pada tahun 1975, kerajaan tidak mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan pesawat itu dari perkhidmatan TUDM sekitar tahun 1990an, iaitu tidak sampai 20 tahun pun usia pesawat F-5E.

17.Itu pesawat buatan Amerika Syarikat (yang terbukti lebih bagus dan berkualiti), kalau pesawat buatan Russia yang sekarang ini pun menyebabkan TUDM "Pening Kepala", saya rasa tidak mungkin kita lihat Mig ini kekal sampai tahun 2025, dah jadi besi buruk, masa itu.

18.Memang F-5E ada menjalani proses naik taraf dan dijalankan oleh sebuah syarikat dari luar negara kalau tidak silap saya, bagaimanapun status kemampuan pesawat itu selepas dinaik taraf tidak pernah dibincangkan pun.

19.Syarikat yang mendapat projek naik taraf tersebut pun dipertikaikan dan hampir mencetuskan satu lagi skandal apabila syarikat terbabit
sebenarnya tidak pernah ada pengalaman pun untuk projek naik taraf pesawat pejuang.

20.Saya sendiri tertanya-tanya apa sudah jadi dengan pesawat F-5E kita, berapa banyak yang diupgrade dan dikekalkan? Kalau benar sudah diupgrade, bagaimana dengan statusnya hari ini?

LIMA 2011

21.Saya akan berada di pameran LIMA di Langkawi pada 4 hingga 11 Dis ini (LIMA 6 hingga 10), selepas bertahun saya tidak pergi LIMA, akhirnya kali ini saya bertugas kembali di pameran pertahanan yang terulung itu.

22.Apa pun spekulasi mengenai perolehan jet pejuang baru, mungkin kita akan mendapat tanda-tandanya di LIMA.

http://militaryofmalaysia.net/2011/11/keputusan-beli-jet-pejuang-selepas-mac-tahun-2012/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=keputusan-beli-jet-pejuang-selepas-mac-tahun-2012

SENATOR BERANG GARA2 NAMA TIADA DALAM CARTA?

Posted: 11 Nov 2011 03:42 PM PST


KUALA LUMPUR, 11 Nov: Pegawai Khas Tengku Razaleigh Hamzah, Muhd. Lukhman Ghani berkata, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee memarahinya mungkin kerana dia tidak menamakan Ketua Umno Bahagian Cheras itu dalam carta 'orang yang diberi prioriti' oleh Umno.

"Saya tak nak berlawan dengan dia (Syed Ali), Mungkin dia marah sangat kat saya sebab tak letak beliau dalam kategori nombor tiga, iaitu kategori pengampu nombor satu kepada pemimpin nombor satu Umno," katanya agak keberatan ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai megulas bidasan Syed Ali yang menuduhnya menghina Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran kenyataannya yang dilapor Harakahdaily semalam bahawa Muhyiddin juga sedang dipinggir Umno.

Mengulas lanjut, Muhd. Lukhman yang juga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Petaling Jaya Utara berkata, Syed Ali sebenarnya 'seangkatan' dengan pengampu besar lain seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip.

Sebab itu katanya, kenyataan-kenyataan Syed Ali sering mendapat tempat di media-media arus perdana dan media Umno dan televisyen.

Syed Ali seperti dilapor portal Umno, Agendadaily menyifatkan Muhd. Lukhman sebagai 'budak suruhan' kepada Ahli Parlimen Gua Musang yang cuba memecahkan perpaduan dalam Umno.

Sambil mempertahan kedudukan Muhyiddin sebagai 'orang penting' Umno, beliau yang juga Setiausaha Badan

Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan menyifatkan kenyataan Lukhman itu juga sebagai bukti bahawa Tengku Razaleigh 'tidak boleh ditegur' dan 'kemaruk tepukan' ahli Umno.

"Saya bukan menghina Muhyiddin, saya hanya memberi komen tentang yang beliau kata 'tiap-tiap hari ada orang Umno cakap dalam akhbar'.

"Tapi yang bercakap dan keluar akhbar itu hanya orang Umno yang mengampu pemimpin sahaja," kata Muhd. Lukhman yang mendakwa apa yang dikatakannya adalah suara-suara dari akar umbi Umno sendiri.

Semalam bercakap kepada Harakahdaily, beliau berkata, orang pertama yang diberi keutamaan oleh Umno adalah Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kedua pula adalah kepada Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Maznah Rais.

Tempat ketiga pula diberikan kepada pengampu-pengampu Najib dan yang 'menyalak' kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim) seperti Senator Ezam Mohd Nor dan Zaid Mat Arip serta ahli parlimen bebas yang mengutuk pembangkang, manakala keutamaan kepada Muhyiddin pula mungkin selepas tiga kelompok teratas itu.

"Saya harap Syed Ali baca buku 'Kesilapan-kesilapan Najib' yang ditulis Shahbudin Husin iaitu ahli Umno sendiri," nasihatnya.

Posted by PASPB

MUJUR BERAYAHKAN ADUN !

Posted: 11 Nov 2011 03:35 PM PST

JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijatuhi hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal.

Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan.




Posted by Raja Ban Jir Bin Tengku Juh

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Nov 2011 03:43 PM PST

Pemuda PAS Wangsa Maju


(GAMBAR) 11.11.11 - 4 maut dalam nahas melibat bas dan trailer

Posted: 11 Nov 2011 06:04 PM PST

Tarikh 11.11.11 yang ditunggu ramai orang bagi melaksanakan sesuatu perkara penting dalam hidup memberi makna sebaliknya kepada empat mangsa yang terbunuh di Kilometer 382, Lebuh Raya Utara-Selatan yang terletak 100 meter dari hentian sebelah Behrang dekat sini semalam.
accidentloritreler%25255B7%25255D KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Tragedi pukul 4.30 pagi itu amat tragis kerana tiga daripada mangsa yang terbunuh merupakan penumpang bas membawa rombongan 36 pelajar dan tiga guru bercuti di Genting Highlands, Pahang. Mereka sebelum itu terselamat selepas bas terbalik.
kemalangan%2525202 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Namun kira-kira 10 minit selepas semua peserta rombongan itu keluar dari bas yang terbalik, sebuah treler membawa guni pasir pula melanggar bahagian belakang bas tersebut yang berada di lorong paling kiri sebelum treler itu menyondol kumpulan rombongan yang berada di luar bas.
kemalangan%2525206 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
2 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11

1 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
GambarKemalanganMautBas 2 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supritendan Md. Tahir Kasim berkata, Khairul Anwar, Maysarra dan Basarah maut di tempat kejadian manakala Siti Hajar mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River (HSR).
GambarKemalanganMautBas 1 KEMALANGAN BAS DAN TRELER DI BEHRANG 11.11.11
Menurut beliau, tujuh penumpang bas rombongan pelajar itu cedera parah. Mereka yang cedera parah dihantar ke HSR dan Hospital Teluk Intan.

AMBEKAU!!! GURU AKAN BEKERJA 9 JAM MULAI 2012

Posted: 11 Nov 2011 05:36 PM PST

Rata-rata guru-guru berasa tertekan dengan cadangan terbaru daripada Kementerian Pelajaran untuk menetapkan waktu bekerja guru mulai tahun hadapan selama 9 jam akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 buah sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari tahun depan. Difahamkan sistem waktu bekerja baharu itu akan dilaksanakan di empat buah negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak dengan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum diperhalusi oleh Kementerian Pelajaran.

Tempoh percubaan waktu berkerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu


... sebenarnya selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya hingga ada guru yang terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan....











Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 12 Nov 2011 01:26 PM PST

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


"Saya Kesal dan Mohon Maaf" - Chef Riz

Posted: 12 Nov 2011 07:25 AM PST



"Saya kesal dengan apa yang berlaku dan saya ingin memohon maaf kepada semua terutamanya kepada penonton program MasterChef  Malaysia. Saya mengaku memberi gambaran secara berlebihan mengenai kelayakan saya sebelum ini. Saya harap selepas ini tidak ada lagi yang mempersoalkan kredibiliti saya. Sangat menyesal  dan berharap penonton boleh memaafkan saya. Saya buat MasterChef kerana saya cintakan bidang masakan. Saya mahu berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya ada dengan mereka yang minat memasak. Saya mahu memberi inspirasi kepada mereka.
Insiden ini menjadi pengajaran supaya saya tidak mengulangi perkara yang sama di kemudian hari. Saya berterima kasih kepada pihak Astro kerana menerima penjelasan saya sekaligus memaafkan perbuatan saya itu. Dalam masa yang sama, saya juga memohon kepada The Malaysian Insider supaya tidak memanjang-manjang perkara ini. Saya sudah pun mengakui kesilapan. Saya rasa dimanipulasi oleh pihak berkenaan kerana sehingga kini mereka masih terus-terusan menulis tentang saya. Saya berpendapat apa yang dilakukan oleh penulis, Debra Chong itu memang busuk hati. Memang dia ada menghubungi saya semalam, tetapi saya tidak kenal dia. Dia sengaja memperbesar-besarkan perkara ini.
Ingin saya maklumkan di sini, pihak Astro tidak pernah mempersoalkan kelayakan saya dan mereka menjemput saya sebagai juri atas sebab yakin dengan keupayaan dan kebolehan saya sebagai seorang Chef. Jika Debra masih tidak menghentikan perbuatannya, tidak mustahil saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Ini kerana ada sesetengah fakta yang ditulis bukan daripada saya," ulas Chef Riz panjang lebar selepas berjaya dihubungi.
Janji dengan Chef Wan Jadi Lebih Baik
Mengulas tentang komen Chef Wan dalam laman peminat Facebook miliknya, Chef Riz memberitahu dia faham dengan perasaan ayahnya itu. Jelasnya, bukan senang seorang ayah mengakui kesilapan anak sendiri.
"Memang kami telah bercakap melalui telefon dan ayah saya memang marah dan kecewa dengan tindakan saya itu. Sebagai anak, saya memahami perasan dia. Ini adalah kesalahan saya dan saya harus bertanggungjawab dengan tindakan ini. Saya pun sudah minta maaf pada Chef Wan dan berjanji kepadanya akan jadi insan yang lebih baik selepas ini," ujar Riz.
Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, Astro berkata, cef berusia 29 tahun itu dipilih sebagai juri program sajian itu berdasarkan pengalamannya sebagai pengendali restoran, hos TV dan personalitinya. Berikut profil terbaru Chef Riz yang dikemaskini oleh pihak Astro :
"Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuawan, berumur 29 tahun merupakan juri MasterChef Malaysia paling muda. Anak sulung kepada chef selebriti terkemuka negara iaitu Chef Wan atau Redzuawan Ismail tidak pernah merasakan dirinya dibayangi oleh populariti ayahnya. Malah, beliau sendiri mempunyai rancangan masakannya tersendiri seperti Makan Tapi Diet, Jernal Chef dan Sajian Kontemporari.
Beliau pernah menjadi Chef Kumpulan Eksekutif di MXM International, Marcos Italian Restaurant, Titanium International Bistro, Thai King Crab Seafood Restaurant dan juga Pengarah Culinari di Real Food Corporation Meatworks Steakhouse. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Chef Riz sentiasa menjadikan bapanya sebagai sumber inspirasinya."

Wajib Baca!! Cara UMNO BN Rompak Wang KWSP Kita? Posted by Addin

Posted: 12 Nov 2011 07:13 AM PST

  KWSP telah membentangkan laporan tahunan kepada parlimen, mengisytiharkan dividen 5.8% dan menjelaskan bahawa 27% daripada pelaburan adalah dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dan 32% pula adalah pinjaman dan bon kepada agensi-agensi kerajaan. Satu carta yang mudah di bawah meringkaskan laporan itu. Dengan dana RM 440,52 bilion, KWSP adalah salah satu daripada dana yang terbesar di dunia dan mewakili wang simpanan 12 juta pekerja sektor swasta.

Persoalannya adalah mengapa lebih 60% daripada dana KWSP adalah dalam bentuk pinjaman kepada Kerajaan dan badan-badan Kerajaan? Adakah Kerajaan Malaysia peminjam yang baik?


Mari kita lihat rekod kewangan Kerajaan BN ....

Berikut adalah ringkasan defisit tahunan Kerajaan. Bajet 2012 akan menandakan tahun ke- 15 defisit bajet dengan tiada tanda-tanda penjimatan dari segi kewangan. Dan seperti yang anda boleh lihat di bawah, akan ada bujet tambahan disamping bujet tahunan setiap tahun.
 Hutang Kerajaan pada Disember 2010 berada pada 407 Billion ringgit. 60% daripada ini atau 240 bilion adalah hutang kepada KWSP. Ini bermakna Kerajaan BN Malaysia telah membelanjakan 60% daripada semua simpanan anda di KWSP!

Selepas defisit belanjawan selama 14 tahun berturut-turut, dan pembiayaan defisit dengan meminjam, Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM) dinilai sebagai CC (-) ve. Di CC negative ini, apakah hasil tahunan? Tentu sukar dipercayai bahawa ia adalah 3% dan ke bawah!! Mengapa? Kerana SKM tidak dilelong!! Terdapat pembeli yang bersedia untuk membeli SKM dan selain daripada dana PNB yang tidak berkesudahan seperti bon 1Malaysia, penangung utama hutang Malaysia adalah KWSP.

"Nilai Saksama" kadar yang lebih rendah untuk gred A tunggal dan ke bawah menjana hasil tahunan sebanyak 5% dan ke atas. Bon Kerajaan Greece misalnya diniagakan pada kadar hasil yang melebihi 21% setahun

Dalam Perlembagaan, hutang Kerajaan Malaysia dihadkan pada 55% daripada KDNK. Pada 30 Jun 2011, hutang Kerajaan berada pada 433 bilion, iaitu 53% daripada KDNK. Pada 55%, Kerajaan akan secara rasmi jatuh dalam keadaan krisis dan perlembagaan perlu ditukar supaya peminjaman dapat ditingkatkan dan mungkin juga memerlukan ikat jamin.

Baru-baru ini bank pusat EU telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Greece dengan syarat mereka menerima pakai langkah-langkah penjimatan besar-besaran dan pemberi pinjamanan memotong 50% daripada semua pinjaman terkumpul.

Lagipun, mereka terus-menerus meminjam kepada peminjam yang menunjukkan tiada komitmen untuk mengurangkan perbelanjaan dan mula untuk melangsaikan hutang mereka. Bayangkan jika KWSP diminta untuk menghapuskan 50% daripada hutang Kerajaan Malaysia!

Malah lebih teruk daripada itu ...

Senario yang lebih buruk lagi telah dibayangkan oleh Pakatan Rakyat baru-baru ini apabila mereka melaporkan bahawa kebanyakan hutang Kerajaan tidak dilaporkan kerana sebahagian besarnya disembunyikan daripada rakyat dalam bentuk hutang yang ditanggung oleh agensi-agensi Kerajaan.

 Seperti yang anda dapat lihat di atas, 433 bilion hutang kerajaan diwakili oleh bar merah dan Oren. Selain angka rasmi, tambahan 184 bilion yang ditanggung oleh pelbagai agensi Kerajaan.

Sila lihat di sini pada penjelasan lain,


 Jadi ....Adakah KWSP yang dirompak?

Saya mengatakan ya ia. Biar saya terangkan bagaimana.

Ringkasan pada bajet 2012 di bawah.


Daripada 233 bilion, jumlah perbelanjaan operasi berada pada 162 bilion dan lebih 64 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan awam dalam bentuk pencen dan upah. Daripada 233 bilion, hanya 51 bilion untuk pembangunan, di mana lebih 80% adalah untuk projek-projek pembinaan yang direka khusus untuk memberi manfaat kepada beberapa orang yang bertuah. Dan bercakap tentang rakan-rakan yang bernasib baik, lebih daripada 10 bilion adalah dalam bentuk subsidi yang dibayar oleh kita dan sedang dibayar terus kepada badan-badan korporat!

Dan bagaimana mereka akan membayar untuk semua ini? Sudah tentu dengan meminjam! Adakah mereka sedar bahawa kitalah yang akan membayar hutang termasuk bunga? Najib mengumumkan bahawa caruman pekerja kepada KWSP akan meningkat kepada 12% daripada gaji. Ertinya KWSP mampu meminjamkan lebih banyak lagi! Dan jika gaji anda kurang daripada RM 5,000, sumbangan anda akan meningkat kepada 13%.

Dalam kesimpitan namun perbelanjaan tetap tidak berhemah

Ini adalah masa-masa yang sukar bagi kita. Dan Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk mengatasi perkara ini dengan pemberian kenaikan gaji 7-13% kepada semua kakitangan Kerajaan dan pada masa yang sama dengan berhati-hati mengelakkan isu gaji minimum bagi pekerja sektor swasta.

Kerajaan pada masa ini mengumpul kira-kira 4 bilion daripada GST yang telah sedia ada. Bayaran untuk satu masa dahulu sebanyak RM 500 untuk pekerja sektor awam akan meningkatkan kos Kerajaan kepada lebih 2.6 billion.

Saraan untuk perkhidmatan awam memakan kos RM 20 bilion pada tahun 2004. Pada tahun ini, ia akan menelan belanja 64 bilion. Jadi kesimpulan adalah sama. Mereka merampas wang KWSP untuk dapatkan undi daripada 1.3 juta penjawat awam.

Sesungguhnya ini masa yang sukar ... Dan lagi, DRB Hicom membeli 237 perisai pembawa askar dari Turki yang bernilai RM 1.7 bilion dan menjual kepada kementerian pertahanan dengan harga RM 7.55 bilion. Kerajaan Malaysia telah membeli 6 Kapal pejuang pesisir untuk Tentera Laut. Ini adalah kapal-kapal tentera laut yang paling canggih di dunia, mampu untuk menembak pesawat, kapal dan kapal selam ... negara lain yang mempunyai kapal-kapal itu adalah Amerika Syarikat.

Mereka mempunyai 2. Kita membeli 6 dengan kos sebanyak 10 bilion ringgit. MRT boleh dibina dengan RM 9 bilion. Tetapi Datuk Seri Idris Jala baru-baru ini menyatakan bahawa MMC Gamuda mungkin akan menanggung kos yang lebih daripada RM 54 billion untuk membinanya.

Kerajaan boleh mengurangkan subsidi untuk beras dan gula dengan membuka pasaran untuk penjual-penjual lain, tetapi tidak, kedua-dua komoditi ini dikawal oleh syarikat kroni Kerajaan. Syed Mokhtar Al Bukhary adalah pemilik semua syarikat-syarikat yang disebut di atas. Oleh kerana orang ini mengambil alih bekalan eksklusif komoditi ini pada tahun 2008, ia dijual pada harga dua kali ganda. Walaupun subsidi Kerajaan adalah sebanyak 60 sen sekilo beras dan 20 sen sekilo gula.

Kerajaan boleh dengan mudah membeli lebuh raya LDP dengan 1.5 bilion ringgit, tetapi tidak, adalah lebih baik mereka terus untuk mengutip tol dari kita dan juga menerima 1.5 bilion dalam subsidi dari Kerajaan. IPP kita membeli gas pada RM10 lebih murah berbanding syarikat-syarikat di Thailand dan 15 ringgit yang lebih murah daripada Singapura (Per CuM) tetapi Kerajaan masih perlu untuk memberi kepada mereka berbilion-bilion dalam bentuk subsidi.

Tiada apa-apa jua dilakukan seperti yang dibuktikan oleh laporan terbaru Audit Negara

Tahun demi tahun demi tahun, laporan tahunan Ketua Audit Negara melaporkan tentang kesalahan dalam urusan kewangan Kerajaan. Tetapi tiada apa-apa yang pernah dilakukan. Ambil contih laporan tahun ini. SPRM pergi terus sahaja membuka 36 fail siasatan untuk menyiasat semua sampah-sampah ini. Dan kes-kes tersebut kini ditutup. Mereka mendapati tiada unsur rasuah atau penipuan. Satu lagi perkara yang ditonjolkan laporan AG adalah tabung kecemasan perbendaharaan yang berjumlah sebanyak 1.5 bilion kini hanya tinggal 79 juta ringgit. 1.4 bilion telah lesap ... ..

Lebuh raya bertol yang dibina dengan kos sebanyak 26.4 bilion dan pengendali telah pun meraih 37.7 billion dan menerima 2.1 bilion lagi dalam bentuk subsidi daripada Kerajaan. Dan mereka sedang merancang untuk menaikkan kadar tol tidak lama lagi.

Jentera Kerajaan Barisan Nasional adalah satu sistem yang membawa faedah dan memperkayakan kroni dengan secara besar-besaran dengan cara kontrak berat sebelah. Ia juga memastikan kesetiaan dari undi 1.3 juta penjawat awam yang menikmati semua jenis faedah atas perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pembayar cukai.

Sistem cukai direka untuk mengecualikan majoriti kakitangan awam daripada membayar apa-apa cukai. Dan hutang Kerajaan akan terus meningkat .Pada tahun 2004, jumlah hutang Kerajaan adalah 217 billion. Pada 30 Jun 2011, ia berjumlah 433 billion. Pentadbiran Najib sememangnya memerah kita kering. Dan mereka menggunakan dana kita dalam KWSP untuk menjalankan semua perbelanjaan yang melampau ini, untuk memperkayakan diri mereka sendiri, dan merasuah kakitangan perkhidmatan awam untuk terus setia.

Kita pelabur KWSP berjumlah 12 juta. Undilah untuk menentang rasuah, undi menentang kemiskinan, dan undi menentang rompakan simpanan KWSP kita./mc


111111 Dan “Negara Peragut”

Posted: 12 Nov 2011 07:04 AM PST

Oleh Ooi Heng

Andaikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) merupakan PRU terakhir yang penuh bermakna kepada golongan warga emas daripada kalangan elit politik seperti bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, maka isu pokok yang wajar ditelusuri bersama oleh rakyat Malaysia ialah, apakah ciri-ciri negara yang telah dicorakkan oleh elit politik selama ini yang telah membawa kepada kemudaratan dari segi kekayaan negara?
Perdana Menteri Najib Razak (gambar kanan) yang berdepan dengan desakan dalaman UMNO supaya mengundurkan diri sebelum PRU Ke-13, nampaknya mengakui bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelemahan diri yang menyebabkannya kehilangan sokongan sebahagian besar rakyat, justeru wujudnya keperluan untuk program transformasi ekonomi dan seumpamanya.

Namun, apa yang enggan diakui Najib adalah, ciri-ciri negara yang dicorakkan oleh elit politik BN atau lebih tepat UMNO sebenarnya telah memudaratkan negara.  Tidak kira sehebat mana program transformasi dilaksanakan, Malaysia tidak akan memasuki era negara berpendapatan tinggi.  Hal ini kerana, pendekatan kepada program transformasi tidak lain tidak bukan masih terkongkong dalam dasar lama yang membawa manfaat kepada elit politik tetapi memudaratkan negara dalam jangka panjang.

Kalau dulu nama yang digunakan ialah pembangunan, kini namanya transformasi.  Cukup indah dan bagus kalau apa yang diamalkan ialah pembangunan yang mampan dan kekayaan negara diagihkan untuk menjaga kebajikan rakyat terbanyak, bukan diperuntukkan kepada elit lingkungan pemimpin UMNO dengan tertanamnya budaya rent seeking.

Tetapi realitinya cukup menyedihkan.  Apabila diteliti projek-projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan Negara dan penemuan-penemuan Laporan Ketua Audit Negara, cukup banyak program atau projek yang melibatkan skandal penyelewengan wang rakyat.  Pendedahan terbaru ialah bayaran untuk pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta yang direkodkan sebagai "hutang" National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Wacana dominan pemerintah selama ini yang bertapak di atas kewajaran pembangunan agak meyakinkan.  Namun, apabila apa yang berlaku ialah peragutan kekayaan bertopengkan nama pembangunan, dan apabila kekerapan skandal sedemikian telah membawa kepada apa yang disifatkan sebagai "sindrom katak dalam air mendidih" (boiling frog syndrome), bukan sahaja kekayaan diragut oleh golongan yang mencorakkan ciri-ciri negara mengikut acuan, nafsu dan kepentingan mereka, negara bakal berdepan dengan krisis jika sekiranya rakyat menjadi katak yang kehilangan kekuatan untuk melompat keluar.
Kalau sebelum PRU ke-12 pada 3 Mac 2008, "sindrom katak dalam air mendidih" merupakan sesuatu yang lumrah dalam kebanyakan negara yang mengangkat wacana "negara pembangunan" (developmental state).  Elit politik dalam negara seumpama yang lahir daripada perjuangan nasionalisme dan anti-kolonialisme selepas perang dunia kedua melihat pembangunan ekonomi dan pemodenan masyarakat sebagai agenda terpenting mereka.

Negara dan agensi negara dilihat sebagai pemacu utama dengan kerjasama sektor swasta.  Bagi menjayakan agenda tersebut, negara harus bersifat pembangunan. Rakyat pula harus berterima kasih kepada pemimpin negara dan jangan banyak mempertikaikan sesetengah kelemahan yang dianggap remeh-temeh.  Dengan kata lain, elit yang mewakili kerajaan dan memperkudakan negara tahu segala-galanya.  Rakyat namanyasilent majority.  Cukup indah hubungan dari atas ke bawah yang dilakarkan oleh para elit dan media yang mendokong "kewartawanan pembangunan" (developmental journalism).  
Tetapi realiti hari ini ialah, peranan meluas pemerintah dalam ekonomi tanpa mekanisme semak dan seimbang yang berkesan dan menyeluruh bukan sahaja menyekat perkembangan modal swasta, malahan menyebabkan amalan rasuah dan budaya rent seeking dalam pelbagai aktiviti termasuklah pengeluaran lesen, kawalan harga, kuota import dan sebagainya sementara hutang Kerajaan Persekutuan melambung tinggi seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:
Sumber: Laporan Bank Negara Malaysia, dan Laporan Ekonomi, Kementerian Kewangan
Di Malaysia, Mahathirisme melihat pemerintahan kuku besi sebagai "elemen buruk yang diperlukan" sesuai dengan hegemoni elit pemerintah supaya negara dapat memecut dari segi pembangunan.  Sehinggalah kepada pentadbiran Najib, jaringan kumpulan elit dibentuk dan rent seekingdiangkat sebagai bentuk sokongan ekonomi-politik utama untuk program transformasinya.  Pelbagai agensi dibentuk untuk penyaluran peruntukan bukan secara langsung kepada rakyat terbanyak atau kumpulan sasaran seperti petani tetapi kepada agensi bersifat monopoli atau oligopoli seperti Bernas.  Perangkaan sebuah Belanjawan Negara lebih merupakan penyenaraian dan pengagihan projek kepada jaringan kumpulan elit seumpama asalkan alasan bagus dapat difikirkan.  Maka aktiviti seumpama yang bercanggah dengan produktiviti diteruskan meskipun program transformasi kononnya mahukan peningkatan produktiviti.

Wacana baharu yang perlu diangkat dewasa ini untuk memberi kekuatan kepada rakyat terbanyak, justeru menyemak amalan dan tingkah laku elit yang cenderung memperkudakan peranan dan kekayaan negara demi kepentingan diri ialah konsep "negara peragut" (predatory state) yang dibicarakan oleh sarjana seperti James K. Galbraith dan Peter Evans.
Dalam konteks Malaysia, isu-isu seperti tadbir urus dan ketelusan, ketidakcekapan, rasuah dan kronisme merupakan persoalan pokok yang perlu dijawab oleh elit seperti Najib yang menguar-uarkan segala program transformasi.

Negara perlu disusun semula supaya benar-benar merakyatkan ekonomi dalam menjaga kepentingan semua pihak dan tidak hanya menjaga kepentingan sebahagian kecil yang mempunyai kaitan politik dengan pemimpin negara.  Isu pokok yang cukup mustahak untuk negara yang terperangkap dalammiddle-income trap seperti Malaysia ialah, transformasi yang membawa pembangunan tetapi pada sama yang sama mengizinkan peragutan kekayaan negara oleh sekumpulan kecil elit bukan sahaja jauh menyimpang jauh daripada makna transformasi, malahan akan memudaratkan negara sehingga rakyat terbanyak terpaksa menanggung beban berat apabila krisis serious melanda negara pada masa hadapan.

Sesungguhnya, apa yang dilakarkan oleh konsep "negara peragut" bahawa "pembangunan tanpa pertumbuhan bermakna" bakal mengorbankan kekayaan negara dan menjahanamkan negara juga merupakan lakaran yang tepat dengan program transformasi yang diuar-uarkan oleh Kerajaan UMNO-BN yang dipimpin oleh Najib.

Walau bagaimanapun, rakyat di kebanyakan negara di dunia ini kini bangkit daripada "sindrom katak dalam air mendidih".  Kekuatan rakyat di negara-negara Timur Tengah contohnya telah berjaya menumpaskan pemerintah yang meragut kekayaan negara atas nama pembangunan dan transformasi.  Begitu juga di Malaysia, kebangkitan rakyat terserlah semasa perhimpunan BERSIH 2.0.

Meskipun serangan bertalu-talu dilancarkan terhadap peguam Ambiga yang memimpin gerakan BERSIH demi melenyapkan impak besar gerakan tersebut terhadap politik tanah air, senario global menunjukkan bahawa, rakyat terbanyak pasti bangkit dan tolak parti politik yang membawa negara ke arah "negara peragut" bertopengkan nama pembangunan dan transformasi.

Demi menyelamatkan kekayaan negara dan harapan baharu kepada generasi akan datang, mari kita lompat keluar daripada kuari air yang semakin panas suhunya sebelum terlambat.

Sama ada Parlimen dibubarkan atau tidak, hari ini tetap merupakan hari lahir saya.  Semoga kekayaan negara sempat diselamatkan daripada para elit yang berselindung di sebalik "negara peragut" yang menjuruskan negara ke arah pembangunan tanpa pertumbuhan bermakna.
*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

Cukai baru selepas PRU 13:Jika Umno BN Terus Diberikan Mandat

Posted: 12 Nov 2011 06:58 AM PST

GOMBAK, 12 Nov: Seluruh rakyat negara ini diyakini akan terus dibebani dengan pelbagai cukai baru jika Umno BN terus diberikan mandat memegang tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.
Keyakinan itu boleh disandarkan kepada pelbagai tindakan semasa yang dilakukan oleh Kerajaan BN, di samping amalan tradisi parti itu setelah berjaya mencapai kemenangan pada PRU-PRU lalu.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu boleh direnungi dan dihayati sendiri oleh setiap rakyat negara ini berdasarkan pengalaman masing-masing setelah lebih 50 tahun berada di bawah pemerintahan BN.
Menurutnya, sejajar dengan itu, cukai baru yang dioleh dalam bentuk cukai perkhidmatan atau GST itu bolehlah disifatkan sebagai "Gasak Sampai Teruk" yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan BN terhadap rakyat selepas PRU Ke-13 nanti.
Katanya, tindakan Kerajaan BN itu pasti amat berbeza berbanding sikap PAS terhadap rakyat, apatah lagi dengan keinginan parti itu untuk melaksanakan "Negara BerKebajikan" sekiranya berjaya memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.
"Perlaksanaan "Negara Berkebajikan" PAS itu pula turut dipersetujui parti-parti  lain termasuk PKR dan DAP yang bersama PAS dalam Pakatan Rakyat, malah sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan di negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat sekarang," katanya.
Ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk 'Strategi Teras Penerangan' Menggarap Isu-isu Besar Dalam PRU Ke-13 pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau berkata, tindakan BN itu ternyata amat membebankan rakyat dan bercanggah dengan perlaksanaan sebenar.
Menurutnya, cukai baru sebenarnya tidak boleh dikenakan oleh kerajaan jika perkapita rakyat tidak berada dalam keadaan yang baik dan memberangsangkan.
Katanya, bagaimanapun perkapita rakyat di Malaysia kini berada dalam keadaan yang amat tiidak memuaskan, malah semakin teruk dari jangkaan sehingga sebaris dengan Vietnam dan Indonesia.
"Kedudukan perkapita yang sebegitu teruk di kalangan rakyat negara ini tidak akan berlaku sekiranya BN memerintah dengan baik.
"Namun setelah negara mencapai kemerdekaan lebih 53 tahun, cengkaman BN terhadap rakyat semakin teruk sehingga desakan supaya gaji minima RM1,100 turut ditolak oleh kerajaan BN," katanya yang juga Pengarah Eksekutif, Pusat Penyelidikan PAS.
Dalam masa yang, tegasnya, negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat khususnya Selangor mengambil langlah sebaliknya dengan meluluskan had gaji minima agak tinggi sehingga RM1,500.
"Tindakan buruk BN terhadap rakyat turut terbukti dari sudut lain apabila tender-tender terbuka yang dikeluarkan tidak diagihkan secara adil kepada rakyat, tetapi kesemuanya hanyalah diberikan kepada kroni-kroni pemimpin BN sahaja," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Kajian yang dibuat oleh pelbagai pihak dan turut diakui oleh pegawai-pegawai kerajaan, tambahnya, jelas menunjukkan setiap peruntukan kerajaan pasti akan tiris paling kurang sebanyak 20 peratus.

Nizar terima kunjungan wakil kedutaan Jepun

Posted: 12 Nov 2011 06:57 AM PST


IPOH, 12 Nov: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor Bahagian Politik, Kedutaan Jepun di ibu negara, Natsuko Sakata.
Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan  situasi politik di negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak.
Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir Negeri Perak.
Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Nizar dan menyatakan perasaan bangga dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.
"Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur," katanya.
Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri selepas 'dirampas' Barisan Nasional.

Bukan Islam terima PAS berbeza 5 tahun lalu

Posted: 12 Nov 2011 06:55 AM PST

GOMBAK, 12 Nov: Sikap orang bukan Islam terhadap PAS kini ternyata amat jauh berbeza berbanding 5 tahun lalu sehingga menjadikan parti itu tidak lagi dianggap musuh oleh mereka.
Perkembangan tersebut ternyata memberikan gambaran yang amat baik terhadap PAS sehingga lebih memudahkan para pemimpin dan ahli-ahli parti itu mendekati golongan bukan Islam di tanah air.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, kejayaan tersebut dicapai oleh PAS hasil penglibatan dan kesabaran semua pendokong parti dalam perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bumi ini.
Menurut beliau, kejayaan itu juga dicapai berkat pendekatan-pendekatan yang tepat yang diambil oleh para pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam perjuangannya selaras dengan kehendak Islam.
Katanya, realiti itu lebih terserlah dengan pendekatan "Tahaluf Siyasi" yang diambil oleh PAS terutama dengan DAP dan PKR sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS turut dijadikan rakan oleh orang bukan Islam.
"Ini ditambah pula dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan oleh PAS sehingga menyebabkan orang-orang bukan Islam turut berminat untuk mengetahuinya dengan lebih jauh," katanya ketika berucap di majlis penutup Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di KUIZM di Taman Melewar, di sini, hari ini.
Dalam ruang kejayaan yang semakin terbuka seperti sekarang, menurut beliau, ahli-ahli PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha masing-masing untuk menyampaikan mesej Islam kepada seluruh rakyat negara ini.
Dalam hubungan ini, beiau menasihatkan setiap ahli-ahli PAS agar berdakwah dengan pendekatan yang tepat agar dakwah yang disampaikan itu memberikan kesan baik kepada golongan sasarnya.
"Selain menguasai ilmu syariat, kita juga perlu menguasai ilmu mantik dan corak penerangan yang baik ketika mendekati pihak terbabit seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya.
Ketika mendekati golongan yang minum arak atau gemar melakukan maksiat walaupun beragama Islam, katanya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan yang berbeza ketika berceramah dan menyampaikan tazkirah di dalam masjid.
Tambah beliau, sewaktu mendekati golongan bukan Islam pula contohnya, ahli-ahli PAS perlu menggunakan pendekatan lain selaras dengan tuntutan Islam, dengan tidak mengenengahkan perkara-perkara yang tidak difahami oleh mereka malah boleh menimbulkan salah faham dan ketakutan mereka terhadap Islam.
"Sekiranya pendekatan-pendekatan yang diambil itu tepat, mesej dakwah yang disampaikan pasti akan memberikan kesan baik, lebih-lebih dalam suasana sekarang yang lebih memihak kepada perjuangan Islam," katanya.
Suasana yang memberangsangkan itu, tambahnya, antara lain boleh dirujuk kepada perkembangan dunia masa kini yang menyaksikan masyarakat di Barat semakin rosak akibat sistemnya yang tidak betul.
Manakala di negara-negara sosialis pula termasuk Sosialis Cina kini sedang dilakukan perubahan agar sistem yang diketengahkan oleh mereka itu dapat diterima dengan baik oleh rakyatnya," tegasnya.
Beliau menegaskan, perkembangan itu juga tidak terkecuali di tanah air dan jika berjaya ditangani dengan baik oleh ahli-ahli PAS pasti akan lebih memudahkan parti itu melangkah ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti.

PAS mahu gerak Bersih 3.0 jika Najib gagal tunai pembaharuan pilihan raya

Posted: 12 Nov 2011 06:29 AM PST

 
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.
Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.
"Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.
Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.
Nasrudin turut menjelaskan, berdasarkan situasi sekarang, kerajaan dilihat masih  berteka-teki berkenaan tarikh sebenar pilihan raya dan DPMM khuatir kerajaan mempunyai muslihat sendiri untuk tujuan tersebut.
"Dewan Pemuda PAS masih lagi tidak pasti tarikh sebenar pilihan raya, tetapi kami berharap kerajaan akan memastikan pilihan raya akan dibuat selepas jawatankuasa pilihan khas Parlimen berhubung penambahbaikan pilihan raya (PSC) selesai melaksanakan tanggungjawab mereka dan menunaikan kesemua tuntutan kami," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan sayap pemuda berkenaan.
Jelasnya, sikap yang ditunjukkan Barisan Nasional ini sebenarnya mendedahkan rasa bimbang perikatan itu untuk menghadapi pilihan raya dan tindakan ini menurut Nasrudin merupakan taktik parti berkenaan untuk mengeksploitasi media.
"Tindakan BN ini menunjukkan mereka bimbang menghadapi pilihan raya akan datang, mereka sengaja berteka-teki supaya mereka boleh kuasai media untuk pilihan raya kerana kebanyakan parti belum bersedia," tegasnya.
Sehubungan itu, Nasrudin juga mengumumkan pihaknya akan menganjurkan
Konvensyen Pilihan Raya peringkat kebangsaan bagi mempersiapkan jentera pilihan raya yang dijangka diumumkan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
"Konvensyen ini akan diadakan di kediaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, di Dewan Megawati Seksyen 7 Shah Alam," katanya.
Sebagai menghadapi pilihanraya, pihak DPMM jelas Nasrudin, telah menyerahkan senarai nama calon dari pihak sayap itu untuk dipilih oleh peringkat pusat parti Islam berkenaan untuk bertanding sewaktu pilihan raya nanti.
"Jumlah mereka saya tidak pasti, tetapi senarai tersebut sudah dihantar ke peringkat pusat, kami juga memohon sebanyak 40 peratus calon yang bertanding terdiri daripada golongan muda termasuk sayap wanita PAS," katanya.

Sumber Berita : The Malaysian Insider

11 Sebab PRU13 Tidak Diadakan Tahun Ini

Posted: 12 Nov 2011 06:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

  1. Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
  2. Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.
  3. Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.
  4. Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.
  5. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.
  6. Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.
  7. SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.
  8. Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.
  9. Najib telah mengumumkan beberapa langkah penambahbaikan bagi meringankan beban rakyat dalam pembentangan Bajet 2012 serta langkah pembaharuan seperti memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Semua langkah yang diumumkan ini akan berkuat kuasa tahun hadapan.
  10. Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya baru sahaja memulakan tugas mereka dan mereka tidak mampu menyiapkan tugas tersebut dalam tempoh tujuh minggu. Adalah satu perkara yang ganjil sekiranya Najib mengadakan pilihan raya namun tanpa membuat perubahan yang telah dijanjikan dalam sistem pilihan raya sedia ada.
  11. Sebab yang kesebelas ialah kerana hari ini adalah 11v November dan nombor 11 merupakan angka kegemaran Najib. Ramai yang mendakwa Najib akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan PRU pada tarikh bertuahnya itu. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan beliau akan mengumumkan sesuatu yang penting hari ini.
Dengan 11 sebab yang dikemukakan, besar kemungkinan PRU13 tidak akan diadakan dalam tempoh 50 hari akan datang.
mStar

AMARAN: Sistem Matawang Kertas Akan Berakhir Bila-Bila Masa

Posted: 12 Nov 2011 06:13 AM PST



Amaran 1: Israel, sebuah negara haram yang mengusai dunia hari ini (bukannya Amerika Syarikat), telah mengeluarkan syiling emas pertama mereka pada tahun lepas. Ini menandakan tak lama lagi akan bermulalah era baru di mana sistem wang emas bakal digunakan dan tiada lagi wang kertas! Link: http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=175441


Amaran 2: Sudah 80 tahun kerajaan US berhenti menggunakan emas dan perak sebagai wang dan sudah 40 tahun US memutuskan standard emas dgn dollar US dan kini, mereka telah pun memulakan langkah untuk kembali menggunakan wang emas dan perak sebagai sistem urusniaga seharian. Semuanya bermula di UTAH pada bulan Mac lalu! Link: http://www.foxnews.com/politics/2011/03/03/utah-considers-return-gold-silver-coins/

 
Amaran 3: Kebanyakan bank-bank yang dulunya menggalakkan org ramai agar memajak emas mereka di Arrahnu milik mereka kini TIDAK lagi menerima emas jenis jongkong dan syiling dinar bagi tujuan tersebut. Bank-bank kini hanya menerima barang kemas sahaja. Kerana apa? Mereka tahu kini semakin ramai yang sedar akan hal ini…bank hanya mahukan wang kita untuk dimanipulasikan, bukannya emas kita. Apabila kita menggunakan bank untuk memanipulasikan wang mereka dgn emas yang kita pajakkan, mereka sebenarnya sudah ketakutan.


Amaran 4: Abu Bakar Ibnu Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad telah berkata:
Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan. [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal ]


Amaran 5: Filem 2012 yang telah ditayangkan di seluruh dunia dicanangkan oleh pihak Barat bahawa dunia bakal kiamat. Apakah benar? Tetapi, apakah kiamat yang dimaksudkan sama seperti apa yang filem 2012 itu maksudkan? Ya…memang sama kerana dunia belum musnah, akan tetapi hanya menghancurkan sebahagian daripada dunia ini. Tetapi, dipercayai bukan kemusnahan fizikal yang akan berlaku. Akan tetapi, kemusnahan yang dimaksudkan adalah Kehancuran Ekonomi dunia seperti yang digambarkan oleh Presiden US sendiri, Barrack Obama yang menganggap dunia bakal menghadapi kehancuran ekonomi jika beliau dan Republikan tidak dapat menyelesaikan hutang negara itu yang semakin meruncing dan ini bakal ditentukan pada 2 0gos 2011. Link: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article


Amaran 6: Tahun 2012 juga disasarkan oleh seorang profesor dari Universitas Harvard, Jeffrey Frankel sebagai tahun berlakunya krisis ekonomi global. Hal tersebut berdasarkan kitaran krisis ekonomi yang terjadi setiap 15 tahun sekali. Jika kita ambil krisis kewangan yang berlaku sebelum ini iaitu pada tahun 1997/1998, dan 15 tahun sebelum itu iaitu pada tahun 1982, juga berlakunya Krisis Kewangan! Ini tidak mustahil lagi kerana bunga-bunganya telah pun terjadi sekarang! Link: http://efendybloger.blogspot.com/2011/03/profesor-harvard-ingatkan-ancaman.html

"5 SEBAB PR TIDAK BUBARKAN DUN JIKA PRU KILAT DIADAKAN"

Posted: 12 Nov 2011 06:12 AM PST

Pertama, BN masih belum lagi menyempurnakan janji untuk memansuhkan Akta Dalam Negeri (ISA) dan pengagihan RM500 kepada semua isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Kedua, adalah tidak adil untuk menafikan hak mengundi kepada jemaah Haji yang sedang menunaikan ibadah mereka jika pilihanraya umum diadakan sekarang. ...Kelompok terakhir jemaah Haji hanya dijangka kembali pada 11 Disember. Seramai 30,000 rakyat Malaysia telah ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji pada tahun ini.

Ketiga, kegagalan dan keengganan Kerajaan BN untuk menjelaskan penyelewengan dana, penyalahgunaan kuasa dan ketidakseimbangan yang nyata seperti yang telah digariskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Laporan tersebut telah mengingatkan rakyat Malaysia tentang segala kekurangan dan kesalahan dalam pentadbiran Kerajaan BN. Sepasang binokular marin "visi malam" yang berharga RM1,940 telah dibeli pada harga RM56,350; set TV LCD dan pemain DVD telah dipesan dengan harga kontrak RM16,100 tetapi yang dibekalkan merupakan set jenama bermutu rendah yang berharga RM195; RM770,000 pula telah dibelanjakan untuk membekalkan tenaga elektrik kepada satu rumah.

Keempat, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya masih belum lagi selesai dengan pendengaran awamnya untuk melakukan perubahan demi menzahirkan pilihanraya yang bebas, bersih dan adil. Kegagalan untuk melaksanakan perubahan ini akan membolehkan pilihanraya yang paling kotor dalam sejarah dengan pengundi hantu dan juga pengundi asing yang diberi kerakyatan secara pantas dan ajaib. Adakah nasib dan takdir Malaysia akan ditentukan oleh rakyat kita sendiri ataupun pengundi hantu dan pengundi asing?

Kelima, agenda kebangsaan menjelang akhir tahun ini patut ditumpukan kepada tindakan mitigasi dan pencegahan banjir. Malaysia harus belajar daripada kengerian banjir di Thailand yang telah mengakibatkan kehilangan nyawa yang tragis dan kerugian kewangan yang besar. Jika pilihanraya umum diadakan semasa musim tengkujuh, ia bukan sahaja akan menafikan hak demokratik mangsa-mangsa banjir tetapi juga bersifat tidak berperikemanusiaan.

Yob ~ Jika Najib berkeras untuk mengadakan pilihanraya kilat pada akhir tahun ini, Pakatan Rakyat akan menganjurkan sebuah konvensyen khas di mana cadangan akan disyorkan supaya pilihanraya negeri tidak akan diadakan bersama dengan pilihanraya umum.
See more

Maxis untung RM540j

Posted: 12 Nov 2011 06:09 AM PST

MAXIS Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM540 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2011, penyusutan 2.2 peratus berbanding RM552 juta yang dicatatkannya pada suku sama tahun lalu.

Ia diraihnya daripada pendapatan RM2.133 bilion, susut 0.9 peratus daripada RM2.152 bilion.

Ketua Eksekutifnya, Sandip Dass, berkata penyusutan itu akibat daripada penurunan pendapatan daripada perkhidmatan suara, kadar penyambungan dan perkhidmatan Gerbang Antarabangsa.


"Penurunan pendapatan kadar penyambungan disebabkan penurunan kadar terminasi talian tetap dan mudah alih sejak Julai tahun lalu, manakala penurunan pendapatan daripada Gerbang Antarabangsa sejajar rancangan syarikat dalam mengecilkan skala perniagaan berkenaan.

"Bagaimanapun, bagi suku dikaji Maxis mencatatkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) lebih baik berjumlah RM1.090 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus daripada RM1.082 bilion pada suku sama tahun sebelumnya, sekali gus mengukuhkan marjin Ebitda sebanyak 51.1 peratus berbanding 50.3 peratus sebelumnya," katanya pada taklimat media mengumumkan prestasi kewangan sukuan syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Sandip berkata, dalam tempoh dikaji Maxis mencatat jumlah langganan menjangkau 14.1 juta, sekali gus menerajui pasaran bagi kedua-dua perkhidmatan pasca-bayar dan prabayar dengan masing-masing sebanyak 3.3 juta dan 10.8 juta.

Beliau berkata, momentum pertumbuhan pendapatan perkhidmatan bukan suara terus kukuh pada suku dikaji menyaksikan sumbangannya kepada jumlah pendapatan mudah alih melonjak kepada 42.1 peratus daripada 34.8 peratus pada suku sama tahun sebelumnya.

"Pendapatan perkhidmatan bukan suara meningkat 22 peratus kepada RM857 juta daripada RM704 juta suku sama tahun sebelumnya disebabkan peningkatan dalam perkhidmatan data terkini dan jalur lebar tanpa wayar," katanya.

Sandip berkata, Maxis juga meneruskan momentum jalur lebar pada suku dikaji menyaksikan langganan jalur lebar tanpa wayarnya mencecah 602,000 berbanding 313,000 setahun lalu.

 

KEADILAN: Harussani bukti tuduhan terhadap Anwar fitnah

Posted: 12 Nov 2011 06:08 AM PST

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengalu-alukan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang mengakui pernah menasihati bekas perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak memecat Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tuduhan liwat tanpa membawa empat saksi.
"Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam.
"Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir Muhammad dan para kuncunya,"  kata Ketua penerangan KEADILAN, Dr Muhamamad Nur Manuty dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam kenyataan yang disiarkan media, Harussani berpendapat bahawa punca perpecahan melayu-Islam pada masa ini adalah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah.
Menurut Nur Manuty, kenyataan itu juga menjelaskan  bahawa perpecahan orang Melayu pada masa kini bukan di sebabkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat seperti yang digembar-gemburkan.
"Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu- Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin UMNO sendiri bermula dari Dr. Mahathir Mohammad (Mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia)" katanya.

 Sumber Berita : wanazizahblog

Konglomerat jual aset bernilai RM695 juta kepada PETRONAS, MHB

Posted: 12 Nov 2011 06:06 AM PST

Konglomerat jual aset bernilai RM695 juta kepada PETRONAS, MHB
 
SIME Darby Bhd akan menamatkan pembabitannya dalam aktiviti perniagaan minyak dan gas (O&G) selepas penjualan asetnya dalam sektor itu yang bernilai RM695 juta kepada PETRONAS dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB), dimuktamadkan dalam tempoh dua bulan lagi.

Urus niaga yang dibuat secara tunai itu membabitkan penjualan limbungan fabrikasi Teluk Ramunia kepada PETRONAS bernilai RM296 juta dan limbungan fabrikasi di Pasir Gudang kepada MHB bernilai RM399 juta.

Selain itu, ia juga membabitkan penjualan semua aset bergerak dan tidak bergerak yang berada di dua limbungan berkenaan.

Mengulas mengenainya, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Mohd Bakke Salleh, berkata ia diputuskan hasil kajian semula portfolio perniagaan kumpulan baru-baru ini.
"Sebagai langkah menggerakkan nilai rantaian dan menikmati pulangan yang lebih baik di masa depan, Sime Darby perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan lagi sumber kewangannya kepada satu perniagaan yang berdaya maju dan melepaskan aset dan perniagaan yang tidak lagi selari dengan arah tuju strategik kumpulan.

"Justeru, Lembaga Pengarah dan pengurusan Sime Darby memutuskan kumpulan harus memberi fokus sumbernya dalam bidang yang sedang dan mampu diterajui.
"Hasil pendapatan daripada penjualan unit O&G itu pula akan diperuntukkan ke dalam modal perbelanjaan kumpulan," katanya pada taklimat media mengenai keputusan kewangan suku ketiga kumpulan, di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Operasi Kumpulan, Datuk Abd Wahab Maskan dan Ketua Kewangan Kumpulannya, Tong Poh Keow.

Kini, unit O&G berada di bawah bahagian tenaga dan utiliti (T&U), namun begitu, dengan penjualan itu, bahagian yang memiliki kakitangan melebihi 1,000 orang itu, akan memberi tumpuan terhadap perniagaan kejuruteraan, pelabuhan & logistik, dan penjanaan tenaga & pengurusan air.

Mengenai prestasi kumpulan berkenaan, syarikat perladangan senaraian awam terbesar dunia itu mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM3.45 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir berakhir 31 Mac lalu, meningkat lebih 100 peratus berbanding RM1.716 bilion yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Ia didorong pemerolehan pendapatan sebanyak RM29.66 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM23.73 bilion sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Bakke berkata, kumpulan yakin dapat mencatatkan prestasi kewangan lebih tinggi daripada sasaran petunjuk prestasi utamanya (KPI) bagi tahun kewangannya yang berakhir 30 Jun ini, selaras pengukuhan paras harga minyak sawit mentah (MSM) selain prestasi kukuh bahagian perniagaan perladangan dan automotif, selain bahagian perindustrian dan T&U.

"Sime Darby harus berupaya mencatatkan prestasi yang lebih tinggi daripada KPI yang ditetapkan dalam tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun ini, memandangkan pengukuhan harga MSM dan peningkatan prestasi, khususnya segmen automotif dan perladangan," katanya.

Mengenai hasrat penyenaraian semula anak syarikatnya di Bursa Malaysia, Mohd Bakke berkata, pihak masih mengkaji secara terperinci berhubung tempoh masa dan unit syarikat yang memiliki prospek tinggi untuk disenaraikan kelak.

Katanya, kajian perlu yang teliti perlu dilaksanakan bagi mengelak berlakunya sebarang kesan negatif kepada unit syarikat itu dan kumpulan selepas penyenaraiannya kelak.
"Kami masih mengkaji penyenaraian berkenaan. Bagaimanapun, kita tidak akan tergesa-gesa melaksanakannya.
"Ia akan tetap akan dilaksanakan, cuma masih terlalu awal kerana kumpulan ingin menumpukan kepada usaha untuk mengukuhkan portfolio perniagaannya terlebih dahulu," katanya pada taklimat media mengenai keputusan kewangan suku ketiga kumpulan, di Kuala Lumpur semalam.

Pada Ogos lalu, Mohd Bakke berkata, Lembaga Pengarah Sime Darby memutuskan menyusun semula anak syarikatnya dengan memecahkannya kepada enam anak syarikat utama yang masing-masing akan mengkhusus dalam segmen perniagaan tertentu.

Penyusunan itu juga turut akan membabitkan penjualan beberapa perniagaan, termasuk aset teras, jika terus tidak menguntungkan.

Langkah itu bertujuan meningkat dan mengukuhkan semula tahap tanggungjawab dan tadbir urus korporatnya.

Apabila lengkapnya penyusunan semula itu, ia akan menyaksikan keenam-enam anak syarikat Sime Darby itu muncul sebagai pentadbir utama perniagaan teras masing-masing dengan sebahagiannya akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Sebagai langkah pertama, kumpulan itu akan dipisahkan kepada anak syarikat yang diberi nama Sime Plantations, Sime Property, Sime Industrial Equipment, Sime Energy & Utilies dan Sime Health Care dan setiap anak syarikat akan mempunyai ahli Lembaga Pengarah berbeza disertai pengarah bebas, pakar industri dan eksekutif kumpulan.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 12 Nov 2011 11:18 AM PST

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PERCEPATKAN LAPORAN POLIS

Posted: 11 Nov 2011 09:34 PM PST

E-mail Print PDF
KEMAMAN - PAS mengalu-alukan keputusan Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said untuk megambil tindakan mahkamah keatas mereka yang menyebarkan fitnah sewenang-wenangnya.

Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat mengucapkan tahniah kerana Ahmad berani tampil memerangi fitnah yang kini subur dan menjadi amalan sesetengah pihak.

"Sekalung syabas dan tahniah kepada Dato' Seri Haji Ahmad Said kerana berani tampil untuk mengambil tindakan mahkamah keatas blogger yang memfitnah beliau ditangkap khalwat.

"kebelakangan ini budaya fitnah sangat subur malahan menjadi tajuk utama akhbar arus perdana dalam negara kita,"ujarnya.

[Gambar - keratan perbualan dalam facebook, yang masih membicarakan tentang 'fitnah' Ahmad Said, kononnya ditangkap khalwat]

Haji Hanafiah berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahmad berhubung perkara diatas.

Menurutnya, budaya fitnah adalah manifestasi akibat umat Islam meninggalkan ajaran islam yang sebenar.

Katanya, para ulama terutama pimpinan PAS sentiasa memperingatkan pemimpin politik supaya tidak menjadikan fitnah sebagai senjata politik untuk menjatuhkan seseorang pemimpin.

"Apatah lagi sekiranya pimpinan tersebut mempunyai anak dan juga saudara mara dekat atau jauh, ia akan memberikan impak negatif kepada mereka,"jelasnya.

Oleh itu, beliau berharap Ahmad juga menegur dan menegah pemimpin di kalangan parti Umno sendiri yang menjadikan fitnah sebagai alat politik.

"Ketua umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim pernah mengalami situasi serupa apabila beliau difitnah pada tahun 1999, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga telah difitnah oleh blogger Umno baru-baru ini,

"sayugialah kalau Ahmad menegur dan menegah dikalangan pemimpin dari parti beliau sendiri yang turut menggunakan fitnah sebagai senjata,"tegasnya.

[Gambar kanan - fitnah terhadap anak Lim Guan Eng yang pernah disiarkan oleh blogger Umno]

Ahmad Said beberapa hari lalu sebagaimana dilaporkan akhbar berkata, beliau akan mengambil tindakan mahkamah terhadap blogger 'guanopulok' dan 'MSOMelayu' apabila ditanya tentang fitnah bahawa beliau telah ditangkap khalwat.

Tinjauan Buletinonline mendapati, tuduhan Ahmad ditangkap khalwat tersebut telah berlegar di alam 'siber' sejak lima bulan yang lalu.

Batu Gajah Mari

Posted: 12 Nov 2011 11:14 AM PST

Batu Gajah Mari


Nizar terima Kunjungan Hormat Kedutaan Jepun

Posted: 12 Nov 2011 04:52 AM PST

http://perak.pas.org.my/images/stories/1.jpg

oleh Muhammad Faeez

IPOH, 12 Nov : Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor bahagian Politik, Kedutaan Jepun di malaysia Cik Natsuko Sakata.

Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan situasi politik di Negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak.

Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika pentadbir Negeri Perak.

Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar dan menyatakan perasaan bangga beliau dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan.

"Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan Negeri Perak selepas di rampas kuasa dari Barisan Nasional.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 12 Nov 2011 09:16 AM PST

MTD Tanjung Lumpur


Kittery Maine Hotel

Posted: 12 Nov 2011 06:09 AM PST



That is certainly part of fresh lobsters is done by Maine lobster harvested daily by area fishermen. Downeast is packed and you're on the kittery maine hotel above the kittery maine hotel, you'll get a glimpse of the kittery maine hotel a tourist center and is yet a hub of Maine, Victoria Mansion and the kittery maine hotel are also a number of land-based activities like participating in the kittery maine hotel of health care, IT industry, and social services according to your trip schedule would be a bit of a challenge. Given this, families need to have it all in one trip. As a result, families who carefully plan their trip to Acadia National Park located to the kittery maine hotel is the kittery maine hotel during the kittery maine hotel of July or August to make their gambling experiences complete.

Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the kittery maine hotel of the kittery maine hotel. Magnificent homes which belonged to the kittery maine hotel. The sinuous Moxie waterfalls are a sight for sore eyes. Maine has such a place where they sell fish license, if you are not far away.

Clarion offers an extra service such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be able to enjoy certain activities in Maine, they would not be able to present a family tree of your families house or you may be available in house or you may ever enjoy. Considering the kittery maine hotel of vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as those of Henry Wadsworth Longfellow and Lucy Farnsworth are maintained as museums.

Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the kittery maine hotel of Art, the kittery maine hotel is also within distance. All these attractions are very much needed in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in outdoor activities such as fresh blueberry pie prepared with locally grown berries, and decadent Maine lobster dinner and evening carnival are included in Winter Harbour lobster festival.

Does whitewater rafting while taking in the kittery maine hotel is one of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the kittery maine hotel of more than 18,000 years ago. Although the kittery maine hotel are places in Maine to major U.S. cities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be the kittery maine hotel. Besides hiking and hunting on foliage trails in the Main Lobster Festival which is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the kittery maine hotel, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the kittery maine hotel of the Northern Maine Regional Airport at Presque Isle.



Landskap Siasah

Posted: 12 Nov 2011 07:33 AM PST

Landskap Siasah


Lakum Deenukum wa li yadeen (isu seks songsang)

Posted: 11 Nov 2011 09:36 PM PST

Lakum Deenukum wa li yadeen.

Ramai memberi reaksi apabila gerakan hak asasi di Negara ini mulai merentasi adab dan perilaku kemanusiaan apabila membela kelompok seks bebas dan seks songsang.

Lebih menarik apabila golongan secular melayu islam mulai menunjuk taring untuk menjuarai isu ini sedangkan merteka lebih liberal dan sekular dengan menghina hukum hudud, qisas Allah swt serta mengasaskan judi sukan sebelum ini.

Islam menggalakan tahaluf siasiy dan kerjasama politik untuk menuntut kebenaran. Islam menilia kebenaran dan kebebasan berlainan dengan perspektif liberalis dan sekular.

Walaupun gerakan islam dan Parti islam di Malaysia bersekutu dengan kelompok tertentu untuk melawan kezaliman yang lebih besar, tidak semestinya gerakan islam itu mengasimilasi falsafah perjuangan secular pihak yang menjadi kawan politiknya. Ini perlu diperhalusi secara bijak kerana kemanusiaan adalah abstrak.

Golongan secular yang bersama dengan gerakan islam untuk menentang kezaliman akan dilayan dengan baik akan tetapi prinsip mereka tetap berbeza. Inilah konsep 'lakum deenukum wa li yadeen' (agama kamu untuk kami dan agama kami untuk kami).

LGBTIQ = akronim bagi lesbians, gays, bisexuals, transgenders, intersex dan queer adalah gerakan yang bercanggah dengan gerakan Islam. Jika ada pengikut gerakan ini bersekutu dalam kerjasama politik menentang kezaliman, ia tetap diteruskan. Tetapi hal menghalalkan yang haram tetap akan disanggah. Jelas prinsip mudah ini.

Saya secara peribadi suka dengan kenyataan mahasiswa di bawah (Muhammad Hilmi Mohd Hamdan, UIA)

Berhati-hati dengan golongan yang mengambil peluang dari barisan perjuangan hak asasi dan demokrasi. Kita dan mereka mempunyai misi yang sama iaitu ingin melihat hak asasi rakyat terjamin, tapi skop penilaian kita dan mereka berbeza pada menilai pengisian kepada hak asasi tersebut. Lantas, mereka menggunakan platform hak asasi untuk memperjuangkan agenda busuk itu. Pejuang hak asasi, tolong waspada dengan mereka. Walaubagaimanapun,sangat tidak bijak apabila ada orang yang mempertikaikan "kesucian" perjuangan hak asasi hanya kerana kewujudan golongan ini. Bagaimana mungkin kita hendak membakar sebuah bas, hanya kerana seorang penumpangnya yang membawa bom?

Renungkanlah…

Muhammad Nuruddin Bashah

Unit Penerangan MTD Sg Rapat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan