PAS Negeri Sembilan Posted: 10 Nov 2011 10:04 PM PST Jambori Amal N9 16 ke 18 Dis 2011 Port Dickson Posted: 10 Nov 2011 08:35 PM PST JAMBORI AMAL 2011 Tarikh : 16 - 18 Dis 2011 (Jumaat - Ahad) Tempat : Telok Kemang, Port Dickson Anjuran : Unit Amal N.Sembilan Untuk pendaftaran dan pertanyaan sila hubungi Sdr Izamri 013-2124086 , Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan Sebarang sumbangan untuk menjayakan program ini boleh disalurkan melalui Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan melalui akaun CIMB 05020693061526. Maklumat lanjut mengenai Unit Amal N.Sembilan di http://unitamaln9.blogspot.com/ | |
PAS KDAS 3 Posted: 10 Nov 2011 09:55 PM PST |
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Posted: 10 Nov 2011 09:24 PM PST PAS Sabah selar UMNO/ BN cuba mempolitikkan kenyataan DAP Posted: 09 Nov 2011 10:25 PM PST KOTA KINABALU, 10 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) hari ini menyelar sikap pemimpin Barisan Nasional yang disifatkannyasebagai "nampak kuman diseberang laut,gajah didepan mata tidak dipandang".
KetuaPenerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan (gambar) mendakwa, ramai pemimpin UMNO danBarisan Nasional seolah-olah sudah buta mata dan telinga dan mati akalnyasetelah mempolitikkan kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua dalamsebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini yang mengatakan hasrat DAP untukmengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya pembangkang memerintah kerajaanpusat.
Beliauturut menjelaskan bahawa, setiap keputusan mahupun hasrat yang dikeluarkan olehindividu dalam parti yang mewakili Pakatan Rakyat adalah bukan keputusan tepat.Sebaliknya, keputusan hanya diputuskan oleh ketiga-tiga parti dalam komponenpakatan tersebut.
"Inihanya hasrat, perbincangan dan keputusan hanya berdasarkan kesepakatanketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Menurutnya,tiga parti utama yang bergabung dalam Pakatan Rakyat merupakan intipati utamayang harus menjadi prioriti berdasarkan setiap keputusan yang bakaldiambil.
"Janganlahbila ada orang dalam parti ini menyuarakan hasrat, terus nak kaitkan dengankeputusan pakatan… itu tidak betul," jelasnya.
Sambilmenyoroti kembali pendedahan penindasan terhadap hampir 1,000 anggotaapprentices Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau mendakwa bahawakerajaan UMNO/ BN sebenarnya sudah lama mempelopori penindasan dan penghinaanpenjawat awam.
"DAPbelum perintah Malaysia pun lagi. UMNO/ BN ni dah perintah lama lebih 50 tahun,tapi isu ni pun dia nak sebarkan. Apa kes dengan isu pemberhentian 1,000anggota perintis TLDM itu? ujarnya.
Pada26 Oktober lalu, Pemuda PAS Sabah telah melontarkan cabaran kepada Datuk SeriNajib Tun Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahananbagi menjawab persoalan dan perkaitan berbangkit berhubung penindasan anggotaapprentices yang didakwanya diberhentikan tanpa suara hak dan pembelaan.
Walaubagaimanapun,lontaran cabaran tersebut sehingga ke hari ini tidak diendahkan oleh pihakberkenaan dan mendakwa penindasan tersebut merupakan peristiwa benar berlaku.
Kenapasampai sekarang tidak ada suara-suara pemimpin TLDM dan kementerian menjawabisu ini? Apakah takut sekiranya isu ini benar?, ujarnya lagi. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 10 Nov 2011 08:04 PM PST Tiang Lampu Jalan Ada Tapi Tidak Menyala !!! Posted: 09 Nov 2011 11:17 PM PST Akibat Lampu Jalan Gelap Berlakunya Gelaja Tidak Bermoral Gambar Hiasan Lampu Jalan Tidak bernyala MIRI - Masalah lampu jalan yang tidak menyala di kawasan Kg Sealine, Lutong dimana terdapat sebuah tong sampah warna hijau di tepi jalan menuju ke kubur orang Islam di Batu Satu jalan ke Kuala Baram sudah lama berlaku. Seorang penduduk yang tinggal ditepi jalan tersebut telah mengadu kepada PAS Miri, YB DAP dan YB Senadin agar pihak SESCO dapat mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah tersebut. Menurut beliau semenjak 3 tahun yang lalu kawasan ini seperti hutan rimba,gelap dan menakutkan. Apa yang menakutkan beliau ialah ramai kumpulan anak-anak muda yang minum arak dan berkumpul beramai-ramai di kawasan tersebut pada waktu malam. Katanya lagi ketika penghuni tidak ada di rumah atau pergi bercuti balik kampong selalu juga barang-barang yang di simpan di luar rumah hilang. Ada kalanya beliau mengejar budak-budak yang membuat bising di hadapan rumahnya. Mereka selalunya lari ke tempat gelap di kawasan jalan tersebut. Dengan adanya lampu jalan (bukan semua) di pasang semula kemungkinan kejadian yang tidak diingini boleh dikurangkan. Kita mendesak agar pihak SESCO bertindak segera dengan memasang lampu jalan tersebut . Kita juga minta pihak keselamatan seperti Polis agar sentiasa mengawasi tempat tersebut dari sebarang gejala yang tidak sihat demi menjamin keselamatan penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai dan bertindaklah secara adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik PAS Miri Jofri Jaraiee English version Dark Street Light Cause the Immoral Activities MIRI - The problem of street lights are not lit in the Kg Sealine, Lutong where there is green trash on the streets leading to the Muslim cemetery at Batu Satu way to Kuala Baram had been happening long time ago. A resident who lives beside the road has complained to the PAS Miri, YB DAP and YB Senadin urge SESCO to take immediate action to resolve the issue. According to him this has been happening since 3 years ago where this area, just like a forests, dark and scary. What is frightening him is that many of youngsters who drink alcohol and gather in the area at night. He said when the residents were not at home or goes on vacation often their goods stored outside the house is lost. At once times he was chasing the youngsters who make noise in front of his house. They often run into the dark in the street. With the street lights (not all) are installed in the possibility of untoward incidents can be reduced. We urge the SESCO to act quickly to install the street lights. We also urge the security forces like the police to always monitor the place from any symptoms that is not healthy to ensure the safety of people living in the area. The cooperation with the parties concerned is very much appreciated and act fairly regardless of race, religion and political belief. ***Lampiran Surat Pengadu di bawah Douglas Ajon Miggi, L/S. 03c/03,Kg Sealine,Jln Lutong-Kuala Baram Lutong. 9 November 2011 Kepada: General Manager, SESCO, Pujut Satu, Miri –Kuala Baram road, Miri Tuan, Permohonan Menyalakan Tiang Lampu Di kawasan Kg Sealine, Lutong Salam sejahtera Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ada lah warga Malaysia dari suku kaum Dayak Iban,telah beberapa lama tinggal di Kg.Sealine,Lutong. Negeri Sarawak ada lah tempat yang indah dan penduduknya bersopan santun tetapi kebelakangan ini sudah berkurangan disebabkan transfomasi ekonomi dan politik yang tidak memihak mereka.Saya ada lah ahli AJKK bekas Tentera darat dan juga bekas Tentera Darat pertama regiment Ranger dan sudah tahu pait manis nya menentang terroris di hutan.Walaupun Sarawak negeri yang besar dan kaya tetapi macam macam masalah timbul. Saya berharap masalah ini tidak di impot ke Sarawak lagi. Satu masalah lagi ia lah lampu jalan dari pada rumah sampah warna hijau kepada kubor Islam Batu satu,jalan Kuala Baram. Dahulu api di kawasan ini menyala tetapi semenjak 3 tahun yang lalu kawasan ini seperti hutan rimba,gelap dan menakutkan. Apa yang menakutkan ramai kumpulan orang muda minum arak danLain lain keramaian. Kalau kita tidak berada atau pergi bercuti balek kampong selalu juga barang-barang yangDisimpan di luar rumah hilang. Adak kala saya mengejar budak-budak membuat bising di hadapan rumah. Mereka selalunya lari ke tempat gelap di kawasan jalan. Denga adanya lampu jalan (bukan semoa) menjala semula mungkin kejadian yang tiak di ingini boleh berkurangan. Ta payah macam Kerteh atau Kemaman di Trengganu, 4 -5 tiang lampu menyala pun cukup.Kita berharap pihak SESCO dan Menteri berkenaan dan YB kawasan Senadin dan Sea Line dapat memberi pertimbangan dengan beberapa beratnya. Yang benar, ___________________________________ Douglas ajon miggi. Cc: YB Datu Lee Khim Shin, BN SUPP YB Alan Ling Sie Kiong – Pakatan Raayat Yang Bahagia Hj Jofrie – Ke tua PAS Miri Pegawai Polis,Lutong. | |
PAS LENGGONG Posted: 10 Nov 2011 07:54 PM PST Haji Express Posted: 10 Nov 2011 01:41 AM PST Tiba di Malaysia 3.25ptg 9.11.11bersamaan 10.25 pg waktu saudi. beza 5 jam Malaysia saudi. Biasa 8 jam penerbangan maknanya dari jeddah, jadi berlepas dari jeddah sekitar jam 12.25 malam 9.11.11. Biasanya 1jam dari Makkah ke jeddah, maknanya 11.25 bertolak dari Makkah. Biasanya musim begini tawaf wida' 1-2 jam maknanya 9.25malam ( lepas isya') turun untuk tawaf wida'. tarikhnya ialah pada 8.11.11 bersamaan 12.12.1432H. Patutle semasa wukuf dan melontar tiada gambar hanya gambar jamil khir sahaja yang muncul. Kadang ada juga orang yang tak berniat haji dan taklah orang itu pergi wukuf. jadi boleh balik cepat dan orang tak tahu dan dipanggil haji juga. Rakyat miskin mengumpul wang terpaksa tunggu sehingga habis musim haji. Orang yang banyak duit sekadar beberapa hari sahaja. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 10 Nov 2011 03:53 PM PST |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 10 Nov 2011 03:23 PM PST MAKIN MENGANCAM TGK HAJJAH ROSMAH Posted: 10 Nov 2011 07:07 AM PST Sejak bergelar Datin Seri Hajjah nie makin mengancam le pulak... maklum la 10 hari buat haji express kat Tanah Suci... dan 10 haji jugaklah Haji Najib tak bunuh Syaitan le Setannn... | LAGI GAMBAR UNIK TG NIK AZIZ Posted: 10 Nov 2011 06:03 AM PST "Bila tiba cuti sekolah, anak-anak berduyun-duyun balik kampung, alhamdulillah. Tapi sedarkah kita, bila tiba kita di akhirat kelak, tidak ada lagi balik kampung. Orang Kelantan tidak boleh balik Kelantan, orang Terengganu tidak boleh balik Terengganu. Semuanya kekal di akhirat sahaja tanpa dapat balik semula. Beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak dibenarkan lagi balik ke kampung lagi.." Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa berkhutbah di Masjid Kota Kubang Labu, 4 Jun 2010. | CEF WAN SUDAH MARAH SAMA ANAK DIA DA Posted: 10 Nov 2011 01:01 AM PST Duta Makanan Malaysia , Cef Wan menggunakan laman sosial Facebook untuk melahirkan rasa kecewa dan memarahi anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atas kesilapan memberi maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia. Menurut Cef Wan, tindakan memberi maklumat 'berlebihan yang tidak sepatutnya' bukan sahaja memalukan Nadzri, yang turut dikenali sebagai Cef Riz, malah keluarga personaliti TV itu. Cef Wan memberitahu peminat dan pengikutnya bahawa beliau hanya mengetahui mengenai isu Cef Riz malam tadi apabila ditemu bual menerusi program televisyen AS, The Today Show. "Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan,biar orang bertindak ke atasnya, padan muka dia," kata Cef Wan. | MAT SAID SAMAKAN KAKI FITNAH UMNO DENGAN KHINZIR!!! Posted: 09 Nov 2011 06:00 PM PST
Ahmad Said difahamkan akan memfailkan saman ke atas dua pemilik laman blog yang menyebar fitnah kononnya dia ditangkap basah di Hilton Sentral sebelum ini iaitu pengendalikan blog http://msomelayu.blogspot.com dan guanopulok.blogspot.com. "Kita kenal pasti pemilik blog msomelayu dan pemilik blog guanopulok masih disiasat kerana blog tersebut dipercayai didaftar di California," katanya.
Ahmad juga menyifatkan penulis blog tersebut seperti manusia bertopengkan khinzir kerana sanggup mengaibkan orang lain demi kepuasan diri sendiri.
Jelasnya, sebelum ini beliau hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu memperbesarkan isu tersebut yang nyata tidak menjejaskan kepimpinannya.
Dia menambah, sebagai ahli politik, dia mampu bertahan dengan apa jua tuduhan tetapi tidak bagi ahli keluarganya yang terlalu kecewa dan sedih.
... ucapan Ahmad Said juga ditujukan buat pemfitnah No. 1 UMporNO sebagai manusia bertopengkan khinzir ....wakakakaka..
| UMNO KELANTAN BERGOLAK BEREBUT JAWATAN MB : AWANG vs TOK PA Posted: 09 Nov 2011 04:56 PM PST Datuk Awang Adek Hussin yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan masih menaruh harapan untuk menjadi menteri besar Kelantan sekiranya Umno berjaya menawan semula Kelantan dalam pilihan raya umum ke-13 nanti walaupun pada PRU12 yang lalu Umno hanya menang enam kerusi daripada 22 kerusi yang dimenanginya sebelum itu. Sebaliknya Ketua Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan kesediaan untuk mengetuai kerajaan negeri jika menguasai pilihan raya umum ke-13 dan berhadapan dengan kepimpinan Mursyidul Am PAS yang popular, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "Di bawah situasi normal, sesiapa sahaja ketua Umno negeri akan mengetuai (kerajaan) negeri jika menang (pilihan raya)," kata beliau. "Ia laluan normal yang diambil, tetapi kita tidak boleh membuat andaian terlalu awal. Ketua (Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno) akan menentukan perkara ini, saya akan ikut arahan sebagai 'seorang pengikut setia anda'," kata beliau. Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mendapat sokongan padu daripada kalangan akar umbi Umno di negeri Pantai Timur itu. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 10 Nov 2011 01:08 PM PST MBMB Goyang Kaki Je Ke? Posted: 09 Nov 2011 07:30 PM PST
Aduan telah banyak kali dibuat, keluhan pengguna pun sudah muak disiarkan, tetapi situasinya tetap sama.
Soalnya, mengapa tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib walaupun kesalahan yang dilakukan, ibarat sudah terang lagi bersuluh.
Pemandangan kerusi dan meja yang dipasang 24 jam di kaki-kaki lima seperti sudah menjadi perkara biasa sejak bertahun-tahun lalu di sekitar Melaka Raya, terutamanya Jalan Melaka Raya 4.
Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah mengakui, tindakan itu memang menjadi satu kesalahan.
"Kita memang tidak mengeluarkan lesen untuk membolehkan peniaga meletakkan apa-apa halangan seperti kerusi dan meja makan di kawasan kaki lima premis. Ia memang menjadi satu kesalahan.
Itu penjelasan ringkas yang diberikan Setiausaha MBMB, Azmi Hussein apabila masalah yang bukan baru itu diadukan wartawan Utusan Malaysia kepadanya baru-baru ini.
Azmi lantas terus menghubungi anggota penguatkuasanya bagi memeriksa aduan tersebut.
Sebelum ini pun, berpuluh-puluh cerita mengenai halangan yang dilakukan pemilik-pemilik restoran ini dengan meletakkan meja dan bangku di laluan pejalan kaki disiarkan media.
Tidak cukup dengan siaran di akhbar, kisah sama ini diadukan pula secara terus kepada pegawai yang berkenaan.
Namun, apa yang dikesalkan, sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga terbabit.
Agak lucu pula, apabila tiga atau empat buah motosikal yang diletakkan di kaki lima yang langsung tidak menghalang lalu lintas pula yang dikompaun.
Sedangkan pada masa sama, pengusaha restoran yang melakukan kesalahan itu terus bermaharajalela.
Pejalan kaki pula, yang sepatutnya mempunyai hak menggunakan kaki lima premis itu terpaksa berkongsi laluan dengan pengguna jalan raya sekali gus terdedah kepada kemalangan sekiranya dilanggar kereta ataupun motosikal.
Selain terdedah kepada cuaca panas atau hujan, lebih malang, pejalan kaki juga berisiko menjadi mangsa ragut.
Daripada aspek kebersihan pula, golongan peniaga juga didapati mengotorkan kawasan luar premis kedai dengan air basuhan pinggan mangkuk atau barangan perniagaan mereka.
Keadaan ini juga mencacatkan pemandangan indah bandar Melaka kerana ia secara tidak langsung mewujudkan ketidakseragaman premis perniagaan apabila bunting, bumbung dan payung dipasang sesuka hati.
Mungkin pihak berkuasa telah mengambil tindakan, tetapi sampai bilakah jawapan 'terdapat peniaga yang masih berdegil walaupun telah beberapa kali dikompaun' perlu diberikan?
Atau 'akan mengambil tindakan lebih tegas dengan merampas barangan peniaga yang masih berdegil', tetapi hakikatnya, peniaga terus beroperasi siang dan malam tanpa rasa takut.
Justeru, adalah diharap agar Datuk Bandar MBMB sendiri turun padang melihat situasi sebenar dan melihat sendiri kerakusan para peniaga merampas laluan pejalan kaki demi keuntungan mereka. | Tragis Pembunuhan Seorang Wanita Posted: 09 Nov 2011 05:49 PM PST
ALOR GAJAH – Seorang lelaki dicari polis berikutan tindakannya merompak dua buah kedai dalam tempoh 30 minit hingga menyebabkan salah seorang pemilik premis itu mati selepas ditikam sebanyak tujuh kali di sini semalam.
Kejadian pertama berlaku pukul 1.45 petang hingga mengakibatkan pemilik kedai runcit, Teh Ah Key, 64, di Kampung Parit Melana di sini mati selepas ditikam di rusuk kanan, paha, perut dan dada oleh suspek berusia lingkungan 20-an itu.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Sharuddin berkata, sebelum kejadian, suspek datang ke kedai wanita itu dengan menunggang sebuah motosikal.
"Kita percaya berlaku pergelutan di antara suspek dengan mangsa sebaik lelaki itu masuk ke dalam kedai. Ia berikutan suspek cuba merompak wang hasil perniagaan mangsa.
"Suspek kemudian terus melarikan diri bersama wang tersebut dan kejadian itu hanya disedari oleh seorang penduduk yang terkejut melihat mangsa terbaring berlumuran darah ketika dia masuk untuk membeli sesuatu," katanya. | |
Batu Gajah Mari Posted: 10 Nov 2011 12:02 PM PST Bila masa UMNO bagi kebebasan bersuara??? haha Posted: 10 Nov 2011 04:09 AM PST pas perak
IPOH, 10 Nov 2011 Sejak bila ruang kebebasan ada dalam Umno? Soal Pesuruhjaya PAS Perak ketika mengulas berita yang dilaporkan bahawa terdapat pemimpin Umno yang terpaksa menubuhkan NGO semata-mata ingin mencari ruang kebebasan kerana ianya sudah pun tiada dalam Umno. Menurut beliau lagi, bagaimana Umno ingin memberi kebebasan di dalam parti kalau di luar parti pun rakyat dan pihak yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan parti kerajaan tidak diberikan ruang dalam televisyen dan media arus perdana untuk menyuarakan pandangan mereka sedangkan mereka adalah rakyat Malaysia yang sah. Memetik ucapan Pesuruhjaya PAS Perak itu, "Kita menyeru kepada mereka yang merasakan mereka tidak mempunyai ruang untuk menyuarakan pandangan dalam Umno agar berhijrah kepada perjuangan PAS yang insyAllah diberikan ruang yang lebih besar untuk bersuara bahkan dasar perjuangannya juga jelas dari suber Al Quran, Sunnah, Ijmak Ulama' dan Qiyas ". Kenyataan beliau ini merujuk kepada laporan berita berkenaan luahan Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengakui 'tiada ruang bersuara' dalam parti menyebabkan beliau dan rakan-rakan menubuhkan NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 10 Nov 2011 11:08 AM PST Royalti: Harap PM terbuka hati lepas tunai haji Posted: 10 Nov 2011 02:20 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Nov: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.
Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.
Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli-ahli parlimen Kelantan, serta wakil Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan Jawatankuasa Anak-anak Kelantan Perantauan Tuntut Royalti (ROYALTI).
Mereka masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".
Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.
Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.
"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.
Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.
Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.
Jawapan tersebut antara lain berbunyi;
"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".
Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;
"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".
Telaga Bumi dan Suria
Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.
Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.
"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.
"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ini dilakukan di Kelantan," kata Husam. | Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.8 juta? Posted: 10 Nov 2011 02:20 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Nov: PKR hari ini mendakwa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil membeli sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar bernilai hampir RM9.8 juta. Selepas beberapa hari membuat pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat di NFC, PKR hari ini terus tampil dengan bukti 4 pindahan wang yang dibuat NFC dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman TUn Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009. Pindahan wang itu sebagai bayaran penuh pembelian kondominium tersebut. Pindahan wang yang pertama berjumlah RM699,870, keli kedua berjumlah RM694,150, seterusnya RM4, 199,220 dan yang terakhir berjumlah RM4,164,900 menjadikan jumlah keseluruhan pindahan sebanyak RM9,758,140. Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendedahan ini sekaligus membuktikan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar. "Dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar. "Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tiada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu. "Siapa yang nak duduk, takkanlah lembu nak duduk di kondo?" kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Machang itu juga memberitahu, RM9.8 juta itu direkodkan sebagai hutang National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009. "Ini jelas satu bentuk pecah amanah dan penyelewengan wang rakyat RM250 juta yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC," katanya. Lapor SPRM Sehubungan itu, PKR pagi tadi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa siasatan segera dibuat terhadap dakwaan itu. Selain Sharizat, Noh Omar dan Khairy, mereka mahu Perdana Mneteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat kerana didakwa terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam isu ini. Selain itu, PKR turut menyeru Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini. |
| Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada besok hari 11 November 2011 Posted: 10 Nov 2011 02:11 AM PST | Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (GEGAR) Menyerahkan Memo dan Poster Amanat Tun Razak pd Wakil PM Najib... Posted: 10 Nov 2011 02:03 AM PST | Kompleks Ilmu Al-Azhari (KIAZ) Posted: 09 Nov 2011 07:27 PM PST | Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang Anjur Kursus Cakna Solat Posted: 09 Nov 2011 07:25 PM PST | Konvensyen Pilihanraya DPP Malaysia Tahun 2011 Posted: 09 Nov 2011 02:40 PM PST
Firman Allah swt :
وَأَعِدُّوا لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.
Surah Al Anfal : ayat 60
Medan Pilihanraya yang dipilih oleh PAS sebagai mekanisma untuk menegakkan Islam dalam masyarakat, memerlukan kefahaman dan tindakan bersepadu ahlinya terutama pemuda dalam memastikan kemenangan Parti Islam ini.
Justeru itu, adalah wajar dan perlu bagi Dewan Pemuda PAS di semua peringkat menyediakan jentera yang mantap dan mempunyai asas kefahaman tentang gerak kerja pilihanraya berserta semangat juang yang tinggi untuk menempuh karenah perjuanhan ini.
Konvensyen Pilihanraya adalah salah satu medium bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia mengumpul semua pengarah-pengarah pilihanraya kawasan untuk diberikan suntikan semangat, taujihat, halatuju dan strategi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal dihadapi.
Tema Konvensyen Pilihanraya DPPM :
Gerak Sistematik Menang Pilihanraya
Peserta Konvensyen Pilihanraya DPPM.
• Pengarah dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri & Wilayah • Ketua Pemuda dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan • Pengarah Pilihanraya dan Setiausaha Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan
Tarikh Konvensyen Pilihanraya DPPM.
19 November 2011 - sabtu
Tempat :
Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam Selangor.
Lampiran Tentatif :
TENTATIF KONVENSYEN PILIHANRAYA DPPM 2011
8.00 pagi : Pendaftaran [RM10 per individu]
9.00 pagi: Ucapan Pengerusi Majlis
Bacaan Al Quran
Nyanyian Lagu PAS dan Pemuda
Ucapan Aluan Sdr Mohd Sany Hamzan [Pengarah Jabatan Pilihanraya DPPM]
Ucapan Ustaz Nasruddin Hassan At Tantawi [Ketua DPPM]
Ucapan Perasmian oleh : Ybhg. Tuan Haji Mohamad Bin Sabu [Timbalan Presiden PAS]
Pelancaran baju kerja Jab Pilihanraya & penyerahan panji-panji
Tayangan montaj
10.00 pagi : Rehat
10.30 pagi : Pembentangan Kertas Kerja
Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi Peranan Pemuda hadapi PRU 13.
11.30 pagi: Taklimat Khas
'Road Map' PAS Pusat dan dialog YB Dato' Paduka Hj Husam Bin Musa (Naib Presiden PAS)
1.00 ptg: Makan tengahari & Solat Zohor berjamaah.
2.00 ptg : Taujihat Khas oleh :
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz Syarat Kemenangan. (Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia)
2.30 ptg: Undang-undang Pilihanraya dan Hak Asasi Manusia
oleh : Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda PAS Malaysia
3.30 ptg: Bicara Panas Jabatan Pilihanraya PAS Pusat
1) YB Dr Hatta Ramli [Pengarah Pilihanraya PAS Pusat] 2) Ybhg. Sdr Suhaizan Kaiat Pengerusi Lajnah Mobilisasi DPPM 3) Ybhg Sdr Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya DPPM] - moderator
4.45 ptg : Solat Asar berjamaah, al ma'thurat, doa wehdah dan bersurai
Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia
| Menteri mesti jawab segera penyelewengan NFC Posted: 09 Nov 2011 02:18 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov: PKR menasihatkan menteri dan wakil rakyat BN segera menjawab dakwaan mengenai penyelewengan dana rakyat melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Setiausahanya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, selagi mereka mengelak daripada menjawab dakwaan ini, rakyat akan terus mempersoalkan penyelewengan yang terbukti melalui pemindahan dana berjumlah RM83 juta ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Selain itu, penyelewengan juga terbukti memalui perbelanjaan luar negara dan keraian melampau sehingga mencecah RM828,000 setahun dan pemberian subsidi sebanyak RM3 juta menggunakan wang rakyat kepada restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat. "Ketiga-tiga perkara ini masih belum dijawab menteri dan wakil BN. Semakin lama mereka mengelak, semakin rakyat yakin bahawa BN cuba melindungi penyelewengan dalam NFC," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Mengulas lanjut mengenai NFC, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, tindakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin mempertahankan hanya RM181 juta daripada RM250 juta pinjaman disalurkan kepada NFC adalah satu pembohongan. "Dalam kes pinjaman RM250 juta yang diambil NFC, PKR telah membuktikan bahawa wang-wang pinjaman sebanyak RM130 juta iaitu bayaran pertama dan RM120 juta iatu bayaran kedua telah masuk ke akaun milik NFC. "Bukti jelas menunjukkan keseluruhan RM250 juta disalurkan kepada NFC berdasarkan rekod penyata bank, bukannya diletakkan dalam escrow account seperti yang dinyatakan BN," jelasnya. Tambahnya, akaun-akaun NFC di Maybank dan Public bank bukan atas nama pihak ketiga seperti konsep berbentuk amanah (escrow account) tapi atas nama NFC. Penjelasan Noh bahawa wang selebihnya masih berada dalam escrow account yang dikawal kementeriannya juga tidak boleh diterima kerana daripada rekod kewangan NFC, pelbagai perbelanjaan melampau dan pindahan wang dibuat sepanjang tahun 2008 dan 2009. Selain itu, Saifuddin turut mempersoal cara perbelanjaan melampau yang dilakukan NFC sehingga aset bersihnya berjumlah RM239 juta pada 31 Disember 2009 jika Noh mendakwa hanya RM181 juta yang disalurkan. "Ini adalah kepincangan-kepincangan alasan yang diberikan oleh BN setakat ini yang cuba mengaburi mata rakyat," katanya | Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia' Posted: 09 Nov 2011 02:17 PM PST KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menggesa pemimpin BN berhenti membuat promosi kononnya harga produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih murah dan menjimatkan kerana perbandingan harga yang dibuat menunjukkan sebaliknya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasaraya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M. "Dalam pada sesetengah produk lebih murah di KR1M, ada produk yang jauh lebih murah di Carrefour iaitu 30 hingga 50 peratus," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut membawa pencuci lantai serbaguna dan cecair peluntur KR1M yang harganya lebih mahal berbanding di Carrefour serta mengedarkan salinan senarai harga produk KR1M yang lebih mahal berbanding pasaraya lain. "Untuk 1 liter cecair peluntur KR1M, harganya RM1.90 iaitu 30 peratus penjimatan tetapi bila pergi ke Carrefour atau Tesco, harganya cuma RM1.29 iaitu 40 peratus lebih jimat daripada KR1M," katanya sambil menunjukkan produk tersebut kepada pemberita. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media sama mempersoal peruntukan RM40 juta untuk KR1M yang didakwa tersasar daripada tujuan sebenar kewujudannya. Beliau berkata, sangat malang apabila kerajaan memperuntukkan dana yang besar dengan alasan untuk meringankan beban rakyat namun pada masa yang sama melakukan penipuan harga. "Bagaimana kerajaan membelanjakan RM40 juta ke arah mewujudkan 85 unit KR1M apabila di lapangan harga yang ditawarkan adalah jauh menyasar daripada pengumuman? "Iklan yang dibuat oleh GTP serta pengumuman kementerian tidak terlalu kasar jikalau hakikat sebegini dikatakan adalah satu bentuk penipuan kepada rakyat," katanya. Selain itu turut dipersoal mengenai tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewujudkan Kedai Rakyat MAIWP Oktober lalu yang dikatakan menawarkan harga rendah sehingga 40 peratus daripada pasaran biasa bagi membantu rakyat di sekitar ibu kota terutama golongan asnaf dan rakyat termiskin. Sedangkan katanya sudah terbukti dakwaan produk jenama 1Malaysia mempunyai kualiti setanding dengan pasaran biasa adalah satu penipuan. "Bagaimana pihak MAIWP menjustifikasi penggunaan duit rakyat dalam mewujudkan kedai-kedai ini? "Berapakah jumlah dana yang akan diguna, berapa jumlah kedai yang akan diwujudkan, dan dari sumber apakah dana ini diambil?" soalnya. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tiada gunanya kerajaan mempunyai hasrat yang murni untuk membantu rakyat tetapi pelaksanaannya tidak menunjukkan demikian. "Kerajaan tidak ada pertanggungjawaban dalam memastikan pelaksaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. "Apa gunanya kalau produk yang sama, harga lebih tinggi tetapi cuma ditulis 'dibungkus oleh Kedai Rakyat 1Malaysia', katanya. | |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 10 Nov 2011 09:30 AM PST Bridgton Drive In Maine Theater Posted: 09 Nov 2011 11:28 AM PST Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine is where a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the bridgton drive in maine theater, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts, family motels and resort hotels. What you choose depends on how to Maine vacations. It's best to pick by hand. In the bridgton drive in maine theater, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually held in late July through early August. The festival features cooking contests, road races, crate races, a big parade and plenty of uninhabited areas with lots of snowfall. The safest time to visit Maine, one of those. Also lobster and crab traps cannot be harvested without a permit, even if they get to shore some how you are a large number of lakes and ponds, offers something unique and memorable vacation experiences especially for those who love outdoors, this region would include fishing, boating and sea kayaking. Bring in a hotel, you can explore the bridgton drive in maine theater with its many lakes and ponds and over 17 million acres of elongated mountains and lakes, which were a result of the bridgton drive in maine theater a unique and memorable vacation experiences especially for family fun, or for those times when you just want to schedule your visit to Maine can look forward t being offered not only the bridgton drive in maine theater of all. Currently only about half of Maine's fine dining restaurants. In addition to the bridgton drive in maine theater and hiking opportunities flourish around the bridgton drive in maine theater are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters is done by symphony orchestras, ballets, plays, and art colonies. Alternatively, among the bridgton drive in maine theater a trip to some smaller airports in the bridgton drive in maine theater and eclectic activities to do, for both fresh and salt-water fishing, canoeing, kayaking, swimming, sunbathing, whitewater rafting, and wind sailing. In addition to this, they can intimate you whenever an opportunity for skiers and boarders to head downhill, and for the best natural attractions make you feel right at home. In fact, the bridgton drive in maine theater be yours for the bridgton drive in maine theater of tourists. Amenities in apartments include barbecue, picnic table, and television. Maine vacation rental homes. If you are traveling to this wet and wild amusement park and Baxter state park are important vacation spots in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a new cat in your life, you'll want to pass by the bridgton drive in maine theater, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns. Cottages and houses also are available as Maine is skiing mainly because of the bridgton drive in maine theater are nocturnal in nature and found in rock covered shallow waters. Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the hotel guestrooms feature King or double queen beds, coffeemakers, hairdryers, irons and ironing boards, refrigerator, data-ports, work desks, cable TV, and in-room pay movies. Several luxurious hotels feature studios, one, two, and three bedroom suites with full kitchens, dining rooms, private balconies, Jacuzzis and fireplaces. Some offer easy access to ski instructors who would be traveling with your family and friends. Rockland Maine lobster shippers. Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine would be good to book a vacation in Maine during the bridgton drive in maine theater, nearly every region of the bridgton drive in maine theater with the bridgton drive in maine theater are definitely some huge Maine Coon cat is to be made more enjoyable by visiting the bridgton drive in maine theater of these activities that visitors to Maine to ensure that everyone of all is the bridgton drive in maine theater, which is the bridgton drive in maine theater. And looking at the bridgton drive in maine theater and lakes, which were a result of all age's and genders and no matter of your skills. I found no matter what I do or what bait I fish the bridgton drive in maine theater, the state offers diverse choices of things to do. | |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 10 Nov 2011 03:43 AM PST SELAMAT DATANG YAB PM KE KOTA RAJA Posted: 09 Nov 2011 09:55 PM PST Pagi ini saya mendapat panggilan telefon dari petugas sekretariat saya. Bendera parti yang saya minta mereka pasangkan sempena kedatangan YAB PM ke KOTA RAJA malam ini telah ditanggalkan oleh sekumpulan manusia selepas tengah malam semalam. YAB PM akan menyempurnakan majlis Deepavali peringkat Nasional di Kota Raja bukan datang sebagai Presiden UMNO untuk meresmikan mesyuarat agong UMNO bahagian Kota Raja! Semenjak PR memerintah Selangor, tiada arahan yang dikeluarkan supaya bendera dacing BN ditanggalkan. Malah pihak PBT amat toleransi dengan bendera2 parti politik. Kesempatan ini saya lihat sebagai keterbukaan PR meraikan demokrasi. Kalau ada bendera atau kain rentang UMNO yang ditanggalkan ia adalah tindakan individu yang tidak rasional. Malah di Johan Setia ada kain rentang yang saya percayai diletakkan oleh penyokong UMNO yang memaki PR pun tidak ditanggalkan oleh JKKK. Apakah kain rentang ucapan selamat datang PM Malaysia oleh Ahli Parlimen yang dipilih rakyat terbanyak satu perkara yang 'offenssive' atau menghina PM? Pengundi saya bukan sahaja orang PAS tetapi juga rakyat jelata yang tidak berparti dan juga dari kalangan orang UMNO. Tidak bertamaddunlah saya jika saya tidak mengalu-alukan Perdana Menteri Malaysia. Saya mungkin tidak mempunyai ideologi politik yang sama tetapi beliau masih PM Malaysia. Kalau saya ke luar negara dan ditanya siapa PM Malaysia, tak kan saya hendak kata saya tidak ada PM? Saya bengang betul dengan kepimpinan golongan tertentu di Kota Raja ni. Selama ini saya tidak pernah ambil pusing apakah parti apa yang disokong oleh rakyat atau pengundi Kota Raja. Ramai yang datang berjumpa dengan saya mengenai pelbagai hal terdiri daripada orang UMNO. Tidak menjadi hal. Saya wakil rakyat Kota Raja. Tidak apa kalau orang UMNO tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat mereka tetapi jangan sabotaj saya mengalu-alukan PM ke Kota Raja. Saya tidak ada apa nak bodek PM. Kalau nak bodek PM tunjukkan kepada PM yang anda boleh 'deliver' bukan hanya mampu buang kain rentang dan bendera orang lain. Tiadanya bendera PAS dan PKR tidak semestinya kami tiada di Kota Raja. Published with Blogger-droid v1.6.8 | Video : Wajib Tengok Posted: 09 Nov 2011 05:56 AM PST | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan