CINA ISLAM (林川興) Posted: 09 Nov 2011 01:30 AM PST - Pemuda PAS Perak turun padang di DUN Kubu Gajah sempena Hari Raya Korban
- Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat
- Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas
- Pemandu cedera ditembak saman polis
- Syria minta bantuan Liga Arab
- OIC perlu bertindak henti pembunuhan di Syria
- Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa?
- Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan
- Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia'
- Graduan ISMP tuntut jaminan menteri
- Kerja pembersihan peluru hidup di Libya
- Halang maksiat, seks bebas cegah buang bayi
- Barnes & Noble perkenal Nook Tablet
- Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang
- Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam
- Hyundai Veloster di Malaysia pada tahun depan
- Berlusconi bersetuju untuk berundur
- Majlis Korban PAS Bagan Datoh Meriah
- Pertandingan ‘Selamatkan Perak’ sempena PRU13
- Semoga PM, isteri berubah selepas dapat haji mabrur
- Perdana Menteri berlepas pulang dari Arab Saudi
- Asteroid sebesar kapal lintas Bumi
- Doa Elak Musibah
- Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan?
- 20 Penjenayah Rompak Enam Sekeluarga Sedang Tonton TV
Pemuda PAS Perak turun padang di DUN Kubu Gajah sempena Hari Raya Korban Posted: 09 Nov 2011 01:00 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - 8 November 2011 (LARUT) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan sambutan Hari Raya Korban tahun ini bersama Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut pada hari ketiga telah mengagihkan daging korban kepada hampir 400 penerima keluarga miskin, oku, warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar Dewan Undangan Negeri Kawasan Kubu Gajah, di sini. Program agihan sehari suntuk tersebut, selain daging lembu sebanyak tujuh ekor dan lima ekor kambing turut diberikan adalah barangan keperluan kepada penerima yang diberikan melalui serahan rumah ke rumah. Serahan diketuai oleh Setiausaha Pemuda PAS Perak, Salman Saleh dan Ketua Pemuda PAS Larut, Mohd Nazri Din telah bergerak seawal pagi setelah daging korban selesai diproses. Untuk hari ketiga ini sahaja, tumpuan diberikan disekitar DUN Kubu Gajah yang mana Mohd Nazri juga adalah bekas calon di DUN tersebut. Usaha mendekatkan masyarakat dan PAS melalui program kebajikan ini akan diteruskan di lain-lain tempat terutamanya kepada yang amat memerlukan. SAFARIZAL SALEH Penolong Setiausaha, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. | Selangor belanja RM500 juta untuk kebajikan rakyat Posted: 09 Nov 2011 12:50 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - SHAH ALAM, 9 Nov: Simpanan Tunai Selangor telah mencecah RM1,212 yang merupakan simpanan tertinggi yang pernah dicapai sejak 28 tahun yang lalu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim (gambar) berkata, daripada jumlah itu, RM946.65 juta dalam bentuk simpanan cair (liquid reserve) dan selebihnya dalam bentuk simpanan amanah (trust reserve). Begitupun, katanya ada pihak yang cuba memperlekeh kejayaan itu dengan menyatakan bahawa kononnya jumlah tunai yang banyak ini tidak semestinya baik kerana dalam ekonomi, "adalah lebih baik simpanan ini digunakan untuk mendorong kesan berganda (multiply effects)". "Sukacita saya jelaskan bahawa Simpanan Tunai yang tinggi ini adalah penting untuk memberi keyakinan kepada pelabur dalam dan luar negeri, juga kepada bank-bank dan para kontraktor akan keupayaan kerajaan negeri mentadbir dan membuat pembayaran," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 yang bertemakan 'Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat, pada persidangan dewan negeri, pagi tadi. Menurutynya, simpanan tunai yang selesa juga akan membolehkan Negeri Selangor menghadapi sebarang risiko serta situasi tidak menentu (volatility), apatah lagi bajet Kerajaan Persekutuan gagal menyediakan pelan tindakan bagi menghadapi kemuncupan ekonomi dunia. "Apa yang lebih penting pada saya ialah pencapaian ini berjaya direalisasikan melalui pengurusan kewangan yang baik seperti tertera dalam Laporan Audit Negara 2010. "Pada masa yang sama kita dapat meneruskan pelbagai program pembangunan dan kebajikan rakyat," katanya lagi. Ini, jelasnya terbukti apabila sejumlah lebih RM500 juta hasil negeri telah diterjemahkan kepada pelbagai jenis program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak Mac 2008. harakahdaily/- | Artikel Harakah: Mahkamah tolak permohonan Syabas Posted: 09 Nov 2011 12:40 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas ) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan menolak permohonan pihak Syabas untuk memenjarakan Ahmad Lutfi Othman dan peguam Kerajaan Selangor, Fahdah Nur Ahmad Kamal di atas dakwaan menghina mahkamah. Pada 5 Julai lalu, Hakim Tuan Mohamad Arif Md Yusuf menolak permohonan Syabas yang mendakwa artikel Harakah yang bertajuk 'SAR bantu kempen bantah kenaikan tarif air ' adalah satu penghinaan mahkamah. Mohamad Arif di dalam keputusannya memutuskan artikel tersebut bukan satu penghinaan kepada mahkamah meskipun ianya diterbitkan dalam keadaan kes Syabas menyaman Kerajaan Selangor masih dalam proses mahkamah. Hakim tersebut memutuskan artikel Harakah tersebut adalah menyentuh kepentingan awam dan Ahmad Lutfi dan Fahdah dilindungi oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara yang merangkumi kebebasan media. Beliau juga mengarahkan Syabas membayar kos RM20,000 kepada Ahmad Lutfi dan RM20,000 kepada Fahdah. Ketika menolak rayuan pihak Syabas, hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Zainon Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa mereka tidak nampak wujudnya kesilapan di dalam keputusan Mahkamah Tinggi dan memutuskan enggan mengganggu keputusan tersebut. Mahkamah Rayuan juga memutuskan supaya Syabas membayar kos RM60,000 iaitu RM30,000 kepada Ahmad Lutfi dan Fahdah. Ahmad Lutfi diwakili oleh peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar atas) manakala Fahdah pula diwakili peguam Tommy Thomas. harakahdaily/- | Pemandu cedera ditembak saman polis Posted: 09 Nov 2011 12:30 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR – Pemandu teksi yang cedera di kedua-dua kakinya akibat ditembak anggota polis berhampiran Pejabat Pos, Jalan Pudu tahun lalu, menyaman anggota itu kerana cuai menjalankan tugas, serta menuntut ganti rugi. Yeow Leong Kang memfailkan saman pemula di pejabat pendaftaran Mahkamah Sesyen di sini melalui Tetuan Stella, Lim & Co. Beliau menamakan detektif Lans/Kpl Norhesham Mohd Nor daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras sebagai defendan pertama dan kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua. Dalam penyataan tuntutannya, Leong Kang mendakwa semasa kejadian, beliau berada di dalam teksinya berhampiran pejabat pos berkenaan kira-kira 4.30 petang pada 23 September 2010, dan Norhesham telah melepaskan tembakan ke arah kakinya tanpa memberikan sebarang amaran, dan anggota berkenaan tidak memberikan sebarang alasan terhadap tindakannya itu. Leong Kang, 42, berkata, dia telah menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selama tiga hari, dan Norhesham ada melawatnya. Dia menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas sebanyak RM14,000, ganti rugi teruk sebanyak RM100,000, ganti rugi teladan RM100,000 serta kos. – Bernama | Syria minta bantuan Liga Arab Posted: 09 Nov 2011 12:20 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BASHAR melambai kepada penduduk Syria selepas solat sunat Aidiladha di Masjid al-Nour, wilayah Raqqa, Syria. Tuduh Amerika campur tangan sehingga pertumpahan darah berlaku DAMSYIK: Syria menggesa Liga Arab membantu Damsyik menentang Amerika Syarikat yang dituduh terbabit dalam 'peristiwa berdarah' ketika pembangkang menggesa 'perlindungan antarabangsa' terhadap penduduk awam. Liga Arab yang cuba untuk melaksanakan pelan tindakan bagi menamatkan penggunaan kekerasan oleh Kerajaan Syria sejak lapan bulan lalu terhadap penunjuk perasaan, menerima permintaan itu menerusi surat Menteri Luar Syria, Walid Muallem. Pentadbiran Bashar mula berasakan kesan daripada sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. - Jabatan Negara Amerika Suratnya menuduh 'Washington terbabit dalam peristiwa berdarah di Syria' dan meminta Liga Arab dengan 22 anggota itu mengutuk pembabitan asing dan melakukan apa yang perlu untuk mengakhirinya.' Ia tidak memberi maklumat lain terhadap dakwaan pembabitan Amerika dalam peristiwa berdarah di Syria. Tetapi, Syria sebelum ini menuduh Duta Amerika ke Damsyik, Robert Ford, mencetuskan keganasan dengan melawat kawasan bantahan sebelum Washington memanggilnya pulang bulan lalu selepas dia menerima ancaman bunuh. "Dalam surat itu, Syria meminta bantuan Arab untuk menyediakan suasana sesuai bagi melaksanakan perjanjian itu," kata Walid. Timbalan Ketua Liga Arab, Ahmed Ben Hilli, berkata Syria menghantar surat menyatakan dengan teliti langkah untuk melaksanakan pelan itu, tetapi beliau enggan mengulas lanjut. Liga Arab menggesa satu mesyuarat tergempar diadakan di Kaherah pada Sabtu ini membincangkan kegagalan Syria melaksanakan pelan tindakan yang menggesa Presiden Bashar al-Assad membuka perbincangan dengan pembangkang dan menarik balik kereta perisai tentera di jalanan. Jabatan Negara Amerika semalam berkata, pentadbiran Bashar mula berasakan kesan daripada sekatan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. – AFP | OIC perlu bertindak henti pembunuhan di Syria Posted: 09 Nov 2011 12:00 AM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Dewan Ulamak PAS Pusat amat berdukacita terhadap apa yang berlaku di Syria yang melibatkan lebih 3,500 rakyat negara itu dibunuh. "Kita amat berdukacita terhadap apa yang berlaku, khususnya apabila melibatkan negara umat Islam," ujar penolong setiausaha dewan itu, Ustaz Nazmi Nik Din. Beliau mengulas al-Jazeera yang memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa sejak bulan Mac yang lalu, jumlah rakyat Syria yang telah dibunuh sepanjang konflik yang berlaku di negara itu telah melebihi 3,500 orang. Sehubungan itu, Dewan Ulamak PAS Pusat mendesak Pertubuhan Negara Persidangan Islam (OIC ) yang mana Malaysia adalah salah satu anggotanya agar memainkan peranan yang sewajibnya agar pembunuhan tersebut dapat dihentikan sesegera mungkin. Ini, katanya adalah kerana apa yang berlaku di sana turut akan memberikan kesan kepada umat Islam di negara ini kerana umat Islam adalah bersaudara. "Kita mahu Malaysia bertindak memainkan peranan yang lebih ke hadapan dan efisien dalam menyelesaikan kemelut di Syria, walaupun kita tahu kemampuan negara kita agak terbatas dalam memberikan tekanan namun sekurang-kurangnya kita menyatakan pandangan dan pendirian kita. "Mana mungkin kita hanya melihat sahaja dengan mata kita sedangkan saudara kita dibunuh saban hari tanpa belas kasihan," tegas beliau lagi. harakahdaily/- | Adakah Marina juga dajal di sisi Perkasa? Posted: 08 Nov 2011 11:50 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Adakah Datin Paduka Marina Mahathir juga dajal di sisi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana menyokong dan pernah merasmikan program Seksualiti Merdeka sebelum ini? Ketika membangkitkan persoalan itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau hairan mengapa Marina tidak didajalkan oleh Perkasa atau mana-mana "pertubuhan rasis yang setiap hari berbohong kononnya memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam". "Mengapa tidak ada seorang pun dari gerombolan itu yang mendajalkan, menuntut supaya dilucutkan kewarganegaraan Marina dan dihalau dari negara ini? "Tak tahulah kalau-kalau (bekas Perdana Menteri, Tun) Dr Mahathir (Mohamad) yang dilaporkan sebagai penaung Perkasa atau (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk) Mukhriz (Mahathir) yang akan tampil sebagai junjungan besar puak itu dan mendajalkan serta menuntut dilucutkan kewarganegaraan Marina serta dihalau dari negara ini. "Maklumlah, sebelum ini Perkasa melabelkan Ambiga sebagai dajal dan menuntut supaya ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyokong program songsang itu dan beberapa pertubuhan rasis pula menuntut dilucutkan kewarganegaraannya dan dihalau dari negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Mahfuz menyifatkan sifat membisu pertubuhan-pertubuhan rasis dan pembohong itu terhadap Marina sebagai bukti yang tidak dapat disangkal lagi yang memperjelaskan kepada rakyat bahawa penentangan mereka terhadap Seksualiti Merdeka bukan didorong oleh kesedaran agama dan moral tetapi semata-mata diapi-apikan oleh hawa nafsu oportunis untuk menghukum Ambiga yang pernah terlibat menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Bila anak Dr Mahathir bertegas dengan pendiriannya, mereka tutup mulut rapat-rapat. Sikap dan perangai mereka jelas membuktikan bahawa bukan Tuhan, halal haram dan akhlak yang menjadi perkiraan dan penyebab tindakan mereka. "Apa mereka peduli tentang Tuhan, halal haram dan akhlak sedangkan tidak henti-henti nafsu oportunis mereka menggasak upah dari pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara?" tegas beliau. Pertubuhan-pertubuhan rasis itu, kata Mahfuz, tidak pernah lantang pun sebelum ini tentang keruntuhan akhlak dan kebejatan moral. "Bersepah-sepah kelab-kelab maksiat, lorong maksiat serta sarang pelacuran dan pondan, mereka tidak ambil peduli, kerajaan tidak ambil peduli dan polis juga tidak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan sebarang pengharaman. "Agaknya kerana Ambiga tidak merasmikan kelab, lorong dan sarang-sarang itu," sindir beliau. Mahfuz yakin, sebahagian besar rakyat merasa amat jijik apabila orang-orang yang diketahui umum sebagai pemakan upah dan pembodek pemimpin-pemimpin perasuah dan perompak harta negara bercakap tentang ugama semata-mata untuk mengapi-apikan sentimen umat Islam. "Dengan penglibatan Ambiga merasmikan Seksualiti Merdeka, dapatlah juga mereka bercakap fasal agama dan akhlak walaupun nampak sangat penuh kepalsuan dan bercakap semata-mata demi kepentingan perut dan nafsu mereka. "Kalau tidak, mereka asyik memikirkan cara-cara untuk menggasak upah dari pemimpin perasuah dan perompak harta negara. Itu sahaja kerja mereka, tak habis-habis," katanya lagi. Mahfuz berharap umat Islam yang menolak dan menentang Seksualiti Merdeka melakukannya semata-mata dengan niat untuk menjunjung peraturan dan ajaran Allah serta mencari keredhaan-Nya. harakahdaily/- | Baru 30 Minit Bermula, ADUN Batang Kali Diarah Keluar Dewan Posted: 08 Nov 2011 11:40 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 9 NOV : Kira-kira 30 minit sidang Dewan Negeri Selangor bermula, Speaker DNS Datuk Teng Chang Khim mengarahkan ADUN Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim keluar dewan kerana melanggar arahan speaker.
Mohd Isa bertindak sedemikian ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada penjawat awam yang telah bertungkus lumus bekerja membantu dan menjayakan kerajaan negeri.
Teng sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan tersebut telah dijawab dengan baik oleh Khalid selain menyifatkan soalan tambahan yang diajukan oleh Mohd Isa tidak releven.
Khalid menjelaskan kakitangan kerajaan adalah sebahagian daripada rakyat Selangor dan ia adalah sebahagian daripada komuniti yang turut menerima manfaat dari penganjuran MES.
Bagaimanapun, Mohd Isa tetap tidak berpuas hati dan berkeras untuk tidak duduk.
Sehubungan itu, Mohd Isa diarahkan untuk keluar dewan dan tidak dibenarkan untuk mengikuti sidang dewan selama sehari.
Dalam perkembangan yang sama, Mohd Isa ketika ditemui TvSelangor sejurus selepas keluar dewan berkata tindakan Speaker menghalang dirinya menyertai dewan selama sehari adalah satu penganiayaan terhadap dirinya.
"Saya rasa bagi kerajaan yang berkreadibiliti dan akuantabiliti telah melakukan penganiayaan kerana tidak membenarkan ahli dewan bertanyakan soalan mengenai penjelasan,"katanya.
tv news/- | Sekadar ditulis 'dibungkus Kedai Rakyat 1Malaysia' Posted: 08 Nov 2011 11:35 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menggesa pemimpin BN berhenti membuat promosi kononnya harga produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) lebih murah dan menjimatkan kerana perbandingan harga yang dibuat menunjukkan sebaliknya. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, tinjauan harga yang dibuat di KR1M dan pasaraya Carrefour menunjukkan perbezaan harga yang kecil malah ada sesetengah produk di Carrefour lebih murah berbanding di KR1M. "Dalam pada sesetengah produk lebih murah di KR1M, ada produk yang jauh lebih murah di Carrefour iaitu 30 hingga 50 peratus," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau turut membawa pencuci lantai serbaguna dan cecair peluntur KR1M yang harganya lebih mahal berbanding di Carrefour serta mengedarkan salinan senarai harga produk KR1M yang lebih mahal berbanding pasaraya lain. "Untuk 1 liter cecair peluntur KR1M, harganya RM1.90 iaitu 30 peratus penjimatan tetapi bila pergi ke Carrefour atau Tesco, harganya cuma RM1.29 iaitu 40 peratus lebih jimat daripada KR1M," katanya sambil menunjukkan produk tersebut kepada pemberita. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media sama mempersoal peruntukan RM40 juta untuk KR1M yang didakwa tersasar daripada tujuan sebenar kewujudannya. Beliau berkata, sangat malang apabila kerajaan memperuntukkan dana yang besar dengan alasan untuk meringankan beban rakyat namun pada masa yang sama melakukan penipuan harga. "Bagaimana kerajaan membelanjakan RM40 juta ke arah mewujudkan 85 unit KR1M apabila di lapangan harga yang ditawarkan adalah jauh menyasar daripada pengumuman? "Iklan yang dibuat oleh GTP serta pengumuman kementerian tidak terlalu kasar jikalau hakikat sebegini dikatakan adalah satu bentuk penipuan kepada rakyat," katanya. Selain itu turut dipersoal mengenai tindakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mewujudkan Kedai Rakyat MAIWP Oktober lalu yang dikatakan menawarkan harga rendah sehingga 40 peratus daripada pasaran biasa bagi membantu rakyat di sekitar ibu kota terutama golongan asnaf dan rakyat termiskin. Sedangkan katanya sudah terbukti dakwaan produk jenama 1Malaysia mempunyai kualiti setanding dengan pasaran biasa adalah satu penipuan. "Bagaimana pihak MAIWP menjustifikasi penggunaan duit rakyat dalam mewujudkan kedai-kedai ini? "Berapakah jumlah dana yang akan diguna, berapa jumlah kedai yang akan diwujudkan, dan dari sumber apakah dana ini diambil?" soalnya. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tiada gunanya kerajaan mempunyai hasrat yang murni untuk membantu rakyat tetapi pelaksanaannya tidak menunjukkan demikian. "Kerajaan tidak ada pertanggungjawaban dalam memastikan pelaksaannya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. "Apa gunanya kalau produk yang sama, harga lebih tinggi tetapi cuma ditulis 'dibungkus oleh Kedai Rakyat 1Malaysia', katanya. harakahdaily/- | Graduan ISMP tuntut jaminan menteri Posted: 08 Nov 2011 11:30 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Sekumpulan mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertindak mengahantar memorandum kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ekoran isu lambakan graduan ijazah pendidikan yang 'dianak tiri' dan tidak diserap sebagai guru. Kumpulan sembilan orang yang mewakili Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) UPSI itu menyerahkan memorandum tersebut kepada Timbalan Menteri, Datuk Ir Dr. Wee Ka Siong di parlimen hari ini. Penyerahan itu diketuai jurucakap LMP Mohd Fauzie Mando, koordinator Amirul Afzan dan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar, Afiq Fikri Mislan. Antara lain memorandum itu menuntut menteri memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Mereka juga mahu graduan ISMP diberi keutamaan berbanding Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) serta Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI). "Kenapa orang KPM dan GSTT sahaja diterima tapi kami dianak tiri. "Sedangkan kami secara langsung diberi latihan orientasi sekolah dan praktikel," kata Fauzie sambil menyifatkan pengajian empat tahun mereka seperti sia-sia. Selain itu mereka juga mahu kerajaan memberi pengiktirafan lebih kepada graduan pendidikan disamping menghentikan pengambilan guru GSTT. Pada 3 November lalu, hampir 1,000 mahasiswa universiti itu mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain". Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain. Sementara itu, mereka juga mengadakan bantahan melalui Facebook atas nama GGIM atau Gabungan Graduan ISMP Malaysia. Menurut mereka, lebih 7,000 graduan pendidikan sekarang ini terpaksa menganggur sejak setahun lalu. harakahdaily/- | Kerja pembersihan peluru hidup di Libya Posted: 08 Nov 2011 11:20 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - BEKAS-BEKAS peluru mortar bertaburan di atas jalan di sebelah kenderaan yang musnah di depan bangunan yang dibedil di Sirte, kelmarin. Sirte merupakan satu daripada kubu terakhir Muammar Gaddafi. - AFP KAHERAH - Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) semalam mengumumkan untuk memulakan kerja-kerja pembersihan peluru hidup di dua bekas kubu kuat Muammar Gaddafi. "ICRC akan menjalankan kerja pembersihan peluru hidup di bandar Sirte dan Bani Walid dengan memberi tumpuan di kawasan yang boleh memberi ancaman kepada penduduk, terutamanya di beberapa kawasan perumahan. "Misi utama kami adalah untuk meminimumkan jumlah kematian di kalangan penduduk awam," kata pegawai ICRC, Guy Martohe dalam kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, petugas ICRC di Sirte sudah mula mengedarkan risalah, poster dan menggantung iklan sebagai usaha untuk memberi peringatan kepada penduduk mengenai bahaya yang mungkin berlaku. Dalam pada itu, lebih 100 penduduk cedera atau terbunuh akibat terkena peluru hidup sejak tamatnya pergolakan di Libya pada bulan lalu. Sejak Mac lalu, ICRC melupuskan hampir 1,400 senjata perang, bom tangan dan mortar di seluruh Libya. Bani Walid dan Sirte menjadi tempat persembunyian terakhir Gaddafi sebelum ditangkap dan dibunuh pada bulan lalu. - DPA | Halang maksiat, seks bebas cegah buang bayi Posted: 08 Nov 2011 11:15 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Undang-undang dan pusat-pusat pemulihan yang ada pada hari ini tidak memadai bagi menyedar dan menakutkan mereka yang terus bergelumang dengan dosa dan noda membuang bayi. "Saya percaya, undang-undang dan pusat-pusat pemulihan tidak memadai bagi menyedar dan menakutkan mereka daripada terus bergelumang dengan dosa dan noda, tetapi kekuatan suara masyarakat awam mengecam dan memandang jijik perbuatan tidak senonoh mereka yang berzina dan tidak bertanggungjawab itu boleh membuat mereka berfikir dua kali untuk melakukannya," kata Ketua Wanita dan Keluarga Isma Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan. Beliau merujuk laporan Berita Harian bertarikh 7 Nov 2011 yang dipetik daripada hasil temuramah dengan Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkaitan 73 kes buang bayi yang dilaporkan sejak Januari hingga Ogos lalu melibatkan 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup. Daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput. Malah, semakan Berita Harian mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010. "Laporan ini perlu dipandang serius oleh seluruh lapisan masyarakat, ibu bapa, guru-guru, majikan dan badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan," ujar Norsaleha lagi. Katanya, tiba masanya semua agensi kerajaan, swasta dan badan agama berganding bahu membenteras gejala ini dengan melakukan berbagai-bagai-bagai tindakan yang boleh mencegah dan mengawal daripada terus bertambah parah. Menurutnya, kesatuan suara yang ditunjukkan oleh berbagai-bagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan badan kerajaan dalam menangani sesuatu isu dan kes seperti isu seksualiti merdeka dilihat telah berjaya menarik perhatian masyarakat dan pihak berkuasa untuk membuat tindakan yang sewajarnya. "Hari ini, saya menyeru semua NGO, badan-badan agama untuk mengambil posisi membuat desakan demi desakan bagi memerangi gejala buang bayi yang tidak berperikemanusiaan ini," ujarnya. Beliau menambah, gejala seumpama itu boleh dikawal sekiranya semua masyarakat dan pihak berkuasa mengambil tanggungjawab menghalang segala bentuk maksiat dan kebebasan seksual yang amalkan oleh golongan muda mudi kita di tempat-tempat awam, pesta-pesta hiburan, hari kekasih, sambutan tahun baru dan lain-lain lagi. "Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membuang bayi yang tidak berdosa dan menganggap perbuatan tersebut di luar norma kemanusiaan bahkan binatang sendiri tidak tergamak melakukan yang sedemikian. "Oleh itu, saya menyeru seluruh masyarakat yang berbilang kaum dan agama untuk sama-sama mengutuk dan mengecam perbuatan tersebut dan perkara-perkara maksiat yang boleh membawa kepada tragedi buang bayi," katanya. harakahdily/- | Barnes & Noble perkenal Nook Tablet Posted: 08 Nov 2011 11:00 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KETUA Pegawai Eksekutif Barnes & Noble, William Lynch melancarkan Nook Tablet di New York pada Isnin lalu.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Firma jualan buku AS, Barnes & Noble melancarkan komputer tablet pada Isnin lalu sebagai cubaan untuk bersaing dengan produk iPad dan Kindle Fire keluaran Amazon.
Diberi nama Nook Tablet, ia dijual pada harga AS$249 (RM778) seunit, AS$50 (RM156) lebih mahal berbanding Kindle Fire yang mula dijual pada 15 November lalu. Tetapi ia AS$250 (RM782) lebih murah daripada iPad yang paling murah.
Amazon dan Barnes & Noble merupakan antara syarikat terawal yang menjual buku elektronik. Selain berfungsi sebagai pembaca e-book, Nook Tablet membolehkan penggunanya melayari Internet menggunakan sambungan WiFi, menghantar e-mel, menonton program televisyen dan filem, serta mendengar muzik. Kedai buku dalam talian Barnes & Nobel menawarkan lebih 2.5 juta judul buku.
Mempunyai skrin warna selebar 17.8 sentimeter seperti Kindle Fire, Nook Tablet hadir dengan beberapa aplikasi sedia ada termasuklah Netflix, Hulu Plus dan Pandora.
Gajet itu memiliki memori mencecah 16 gigabit. Barnes & Noble mendakwa bateri gajetnya itu mampu bertahan selama 11.5 jam untuk membaca dam sembilan jam jika menonton video.
Nook Tablet akan mula dijual di 700 buah cawangan Barnes & Noble pada 17 November depan. Penganalisis daripada firma Forrester, Sarah Rotman Epps meramalkan Barnes & Noble mampu menjual antara 1.5 hingga dua juta unit gajet tersebut sepanjang musim cuti ini. – AFP | Doa elak risau, sedih, lemah, malas, takut, lokek, beban hutang Posted: 08 Nov 2011 10:50 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Allah humma innii a'uu zubika minal hammi wal hazan, wa a'uu zubika minal 'ajzi wal kasasl,wa a'uu zubika minal jubni wal bukhl, wa a'uu zu bika min ghalabatid daini wa qoh rir rijaal.
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia." (HR Abu Dawud)
tazkirah/- | Utusan rasis, Pakatan iktiraf kakitangan awam Posted: 08 Nov 2011 10:40 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 Nov: Pakatan Rakyat menyifatkan laporan akhbar harian Utusan Malaysia kononnya DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi orang Melayu sebagai satu lagi usaha jahat dan rasis. Sebaliknya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, cadangan untuk mengurangkan saiz perkhidmatan awam tidak terkandung dalam Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Umno BN dakwanya tidak cuba memahami kenyataan penuh Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua minggu lalu sebaliknya cuba memanipulasi kenyataan tersebut. "Jelas apa yang dimainkan media Umno BN menjelang pilihan raya umum menjurus ke arah memujudkan kebencian orang Melayu terhadap DAP. "Sedangkan dalam mana-mana dokumen Pakatan Rakyat tidak pernah sebut mengenai perkara ini," kata Salahuddin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Menafikan tuduhan jahat media milik Umno BN itu, Salahuddin menjelaskan, Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 mengiktiraf peranan utama yang dimainkan pegawai dan kakitangan awam dalam merealisasikan dasar yang ditetapkan. Namun katanya, pegawai dan kakitangan awam mestilah melaksanakan tanggungjawab berdasarkan piawaian yang diaspirasikan oleh rakyat Malaysia, iaitu mereka perlu bertugas dengan gigih serta berkualiti tinggi, membantu melaksanakan dasar-dasar dengan penuh iltizam serta mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh peraturan kakitangan perkhidmatan awam. "Kedudukan 1.2 juta pegawai dan kakitangan awam adalah terjamin seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia di bawab perkara 132: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam dan Perkara 135: Sekatan mengenai pembuangan kerja dan penurunan pangkat," jelasnya. Menyokong penjelasan tersebut, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara tersebut disebutkan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Program Transformasi Kerajaan. "Perkara 266 Fasa 31 ada disebutkan mengurangkan saiz kakitangan awam. Jadi jelas media punya niat jahat sedangkan perkara ini disebut sendiri secara hitam putih oleh Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor sambil menunjukkan buku Program Transformasi Kerajaan itu. Justeru Salahuddin meminta Jabatan Perdana Menteri menerangkan maksud Perdana Menteri untuk mengurangkan saiz kakitangan awam itu. "Saya minta JPM beri definisi apa maksud mengecilkan saiz kerajaan seperti yang terkandung dalam buku ini. Jangan lari daripada tajuk," katanya. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai. harakahdaily/- | Hyundai Veloster di Malaysia pada tahun depan Posted: 08 Nov 2011 10:30 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR – Model kereta coupe tiga pintu Veloster Hyundai dalam transmisi automatik dan manual bakal berada di pasaran tempatan menjelang suku pertama tahun depan.
Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM), Dennis Ho berkata, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan Veloster baharu itu daripada para penggemar kereta tempatan dan ia merupakan kereta coupe berevolusi yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Menurutnya, kemunculan model coupe ini menunjukkan komitmen Hyundai dalam memperkenalkan kenderaan premium moden yang memiliki ciri-ciri unik pada harga menarik yang ditawarkan kepada para pelanggan.
"HSDM akan memperkenalkan model coupe tiga pintu ini kepada umum buat pertama kalinya pada 12 dan 13 November ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Jalan Duta di sini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini. Namun, Ho menjelaskan, spesifikasi lengkap kereta itu akan diumumkan pada pelancarannya kelak.
Tambah beliau, Veloster menyediakan ruang baharu dalam segmen kenderaan coupe kompak, dengan paparan gaya dan ciri-ciri pintar seperti pintu ketiga selinap yang menonjol dan menarik perhatian.
"Bahagian unik depan model ini boleh dilihat pada gril heksagon Hyundai, perincian hud, kedudukan unik lampu LED yang menjadi pengenalan jenama itu dan bumbung matahari yang panoramik," katanya.
Ho menambah, Veloster menggabungkan gaya sebuah model coupe dan fungsi yang dimiliki oleh sebuah kenderaan hatchback.
"Profil kereta ini yang rendah dan kontur yang kemas turut mempertingkatkan sifat aerodinamik yang seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api.
"Coupe bergaya ini juga dilengkapkan dengan ciri-ciri premium ini didatangkan dengan enjin 1.6L Gamma II yang menghasilkan 132 kuasa kuda dan transmisi enam kelajuan," jelasnya.
Kosmo | Berlusconi bersetuju untuk berundur Posted: 08 Nov 2011 08:00 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - ROME: Silvio Berlusconi hari ini berkata beliau akan berundur sebagai Perdana Menteri Itali sebaik saja pembaharuan utama bagi menangani krisis ekonomi diterima bulan ini selepas pakatan yang diterajuinya kehilangan majoriti di Parlimen. "Selepas menerima pakai kestabilan undang-undang yang mengandungi hak membuat keputusan oleh zon Eropah, saya akan meletak jawatan," katanya kepada rangkaian Canale 5. Berlusconi berkata, Presiden Itali, Giorgio Napolitano dijangka akan membubarkan Parlimen, sekali gus memberi laluan kepada pilihan raya umum lebih awal. Perdana Menteri Itali yang mengalami krisis rentetan skandal terhadapnya sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan selama dua dekad kelihatan terperanjat dengan keputusan undi Parlimen dan memaksanya untuk meletak jawatan susulan masalah hutang di negara itu. - AFP | Majlis Korban PAS Bagan Datoh Meriah Posted: 08 Nov 2011 07:58 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
BAGAN DATOH, 9 Nov: Pas Kawasan Bagan Datoh sekali lagi pada tahun ini berjaya melaksanakan program bagi memenuhi tuntutan ibadah korban sempena sambutan Aidil Adha di sini kelmarin. Program yang dikelolakan sepenuhnya oleh Majlis Tindakan DUN ( MTD ) Rungkup tersebut, melibatkan 8 ekor lembu dikorbankan dengan penyertaan daripada 49 orang peserta bertempat di perkarangan Markaz Tarbiyyah PAS, Selekoh di sini.
Turur hadir pada majlis korban tersebut, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak merangkap Yang Dipertua PAS Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki bersama ahli PAS dan penduduk setempat bergotong - royong menyembelih dan melapah lembu yang dikorbankan pada kali ini. Menurut Pengarah MTD Rungkup, Ustaz Ahmad Sharkazy Imani berkata penyertaan peserta korban pada kali ini meningkat dan mendapat sambutan sangat memberangsangkan. Katanya lagi ini adalah merupakan perkembangan positif dan baik kerana umat Islam sedar bertapa pentingnya dan mulia ibadah korban yang ikhlas dilaksanakan. " Pembabitan peserta yang ramai kali ini membuktikan penghayatan ibadah korban yang dituntut Islam di kalangan umat Islam hari ini amat baik," ujarnya lagi juga selaku ketua program korban tersebut. Pada majlis tersebut juga, Ustaz Misbahul Munir mengambil kesempatan untuk menyembelih beberapa ekor lembu serta turut mengagihkan daging korban tersebut kepada mereka yang terlibat. Semangat gotong - royong di kalangan penduduk setempat turut memeriahkan dan melancarkan lagi majlis korban pada tahun ini. | Pertandingan ‘Selamatkan Perak’ sempena PRU13 Posted: 08 Nov 2011 07:45 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - IPOH, 9 Nov: PAS Negeri Perak akan mengorak langkah dalam persiapan pilihan raya Umum ke 13 dengan memberikan ruang kepada rakyat mengeksprestasikan pandangan dan keprihatinan mereka terhadap suasana politik negeri ini melalui satu pertandingan poster dan montaj bertemakan 'Selamatkan Perak di Pilihanraya Umum ke 13'. Ketua penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, penyertaan rakyat Perak khasnya dan seluruh rakyat amnya akan dapat menzahirkan hasrat sebenar rakyat Perak yang disalurkan secara kreatif melalui pertandingan tersebut. Menurutnya, pertandingan tersebut telah dilanjutkan kepada 30 November ini, sebulan daripada tarikh asalnya kerana atas permintaan ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Pertandingan telah menyediakan saguhati kepada pemenang-pemenang kedua-dua kategori itu nanti. Hadiah wang tunai bagi kategori poster untuk tempat pertama ialah RM300, kedua (RM200) dan ketiga (RM100). Manakala dalam kategori montaj video yang tidak lebih lima minit, hadiah untuk tempat pertama ialah RM500, kedua (RM300) dan ketiga (RM200). PAS Perak mengharapkan penyertaan yang kreatif dari rakyat nanti akan menyemarakkan lagi bahang pilihanraya umum ke 13 nanti dengan bentuk penerangan yang lebih pelbagai dan menarik bagi meneruskan momentum rakyat Perak yang tidak redha dengan tragedi rampasan kuasa oleh BN, katanya. "Kita berharap agar pertandingan ini akan membuka ruang kepada golongan celik teknologi maklumat (IT) terutama golongan muda yang kreatif untuk menyumbang bagi memastikan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) akan kembali memerintah Perak nanti. "Sebarang penyertaan boleh diemelkan ke jomselamatkanperak@gmail.com , " katanya lagi. harakahdaily/- | Semoga PM, isteri berubah selepas dapat haji mabrur Posted: 08 Nov 2011 07:40 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - PAS mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak dan isteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor mendapat haji mabrur, kerana itulah yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji. Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah "haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga." Inilah cita-cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ianya sebagai rukun Islam. Haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik. Dalam erti kata lain, rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati oleh PM dan isteri dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini. Antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah ialah tindakan susulan PM terhadap banyak penyelewengan samada daripada kroni Umno, serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya. Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bilamana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara. Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, PM tak pergi haji lagi. Namun tahun ini, sudah tentu tidak akan sama, kerana PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan samada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur. Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihanraya setelah segala penyelewengan sistem pilihanraya dapat diperbaiki. Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihanraya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih? Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, PM diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam PRU akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan. Begitu jugalah dengan isteri PM, rakyat sudah pasti berharap dapat menyaksikan perubahan besar dari sudut kesederhanaan dalam kehidupan seharian beliau. Diyakini selepas pulang kali ini, diharap beliau tidak terpalit lagi dengan cerita beg tangan berjenama mahal, rantai mutiara, cincin mahal yang menjadi lambang persepsi rakyat terhadap pemborosan beliau, kerana semua ini diyakini akan dapat dikikis dengan haji mabrur. Yang lebih penting, rakyat sedang menanti dengan penuh debar melihat keterampilan wajah baru isteri PM dengan bertudung sepanjang masa di luar rumah, selaras dengan kesan haji mabrur. Di samping itu, mungkin tiada lagi kedengaran desas desus campurtangan beliau dalam dalam pentadbiran negara. Perubahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksana kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, beliau sentiasa bertudung lingtup menutup aurat semasa menjalankan ibadah haji. Kalau semua ini berlaku, jangan terkejut kalau ada rakyat yang cukur kepala, bayar nazar atau ada kambing yang kena sembelih sebagai tanda kesyukuran. Namun, jangan sembelih dahulu, sehingga kita dapat lihat tanda-tanda haji mabrur itu berlaku. Ketua Penerangan PAS Pusat 9 November 2011 | Perdana Menteri berlepas pulang dari Arab Saudi Posted: 08 Nov 2011 07:36 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - JEDDAH 9 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rombongannya berlepas dari Arab Saudi untuk kembali ke tanah air awal hari ini. Pesawat yang membawa Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan itu berlepas dari terminal Royal Pavilion Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di sini kira-kira pukul 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia). Antara yang berada di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Gabenor Wilayah Mekah Dr. Abdulaziz Al Khedheiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohd Khalid Abdul Razak serta beberapa barisan pemimpin Lembaga Tabung Haji. Najib bersama rombongan beliau, yang antara anggotanya termasuk bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah serta adiknya, Datuk Mohamed Nazim dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lepas untuk menunaikan ibadah haji. Rabu lepas, Najib dan Rosmah sempat meluangkan masa mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di bangunan Hotel Abraj Al Janadiriah di sini, dan beramah mesra dengan para jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel berkenaan. Isnin lepas, Najib bersama pemimpin Islam lain yang berada di tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji, diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Mahkota Naif Abdul Aziz. - Bernama | Asteroid sebesar kapal lintas Bumi Posted: 08 Nov 2011 07:31 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
| FOTO daripada NASA ini menunjukkan imej asteroid 2005 YU55 yang dirakam pada 7 November lalu.
|
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah asteroid sebesar sebuah kapal induk bergerak menuju ke arah Bumi semalam. Saintis-saintis Program Objek Dekat Bumi Pentadbiran Aeronautik Kebangsaan (NASA) yang mengesan asteroid dan komet menyatakan bahawa objek tersebut tidak akan menerjah Bumi. Mereka menggunakan peluang tersebut untuk mempelajari lebih lanjut tentang asteroid berkenaan yang dikenali sebagai 2005 YU55. Kali terakhir bahan kosmik sebesar ini bergerak menghampiri Bumi ialah pada 1976. Kejadian ini tidak akan berlaku lagi hingga tahun 2028. Sejak minggu lalu, rangkaian antena balai cerap Deep Space Network di California telah memantau pergerakan asteroid selebar 0.4 kilometer itu ketika ia semakin menghampiri Bumi dari arah matahari. Balai Cerap Arecibo di Puerto Rico pula merancang merakam asteroid berkenaan ketika ia melintasi Bumi pada jarak 325,072 kilometer (km) semalam iaitu lebih dekat daripada jarak Bumi dengan bulan. Bulan berada pada jarak 384,400 km dari Bumi. - Agensi | Doa Elak Musibah Posted: 08 Nov 2011 07:30 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Dari Aban bin Osman, bahwa Nabi saw. bersabda: "Sesiapa membaca 'BISMILLAAHIL LAZII LAA YADURRU MA'AS MIHI SYAI'UN FIL ARDI WALA FIS SAMAA' WAHUWAS SAMII'UL 'ALIIM' (dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi mau pun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali,
maka dia tidak akan ditimpa musibah hingga malam hari, dan sesiapa membacanya di waktu malam maka tidak akan ditimpa musibah hingga pagi hari, dengan izin Allah." (HR Ahmad no 497)
Satu ketika Aban bin Osman telah ditimpa musibah mendadak di mana dia telah ditimpa penyakit lumpuh. Sahabat hairan mengapa Aban boleh mengalami musibah mendadak, padahal dia yang telah meriwayatkan hadis doa menolak musibah. Maka Aban bin Usman dengan jujur mengakui bahwa pada hari itu dia telah terlupa membaca doa tersebut.
Subhanallah.
tazkirah/- | Mana peruntukan RM426.5 juta parlimen Pakatan? Posted: 08 Nov 2011 07:20 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, PAS hari ini mahu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memberi penjelasan kenapa dana RM426.5 juta yang diperuntukan kepada semua kawasan parlimen, tidak diberikan kepada parlimen Pakatan Rakyat. Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub pada sidang media di parlimen hari ini mempersoal, ke mana sebenarnya wang itu disalurkan kerana semua ahli parlimen pakatan rakyat tidak diberikan wang tersebut. Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, jawapan bertulis perdana menteri terhadap soal beliau di parlimen hari ini menyatakan setakat 26 September 2011, dana tambahan sebanyak RM426.5 juta diperuntukan kepada semua kawasan parlimen untuk melaksanakan projek melibatkan kepentingan rakyat. "Malangnya, peruntukan untuk kawasan parlimen pembangkang tiada kerana sehingga kini kami tidak menerima satu sen pun dari dana tambahan itu," katanya dalam sidang media hari ini. Menurut Salahuddin, ini bukan kali pertama kerajaan Umno BN menafikan hak kawasan pembangkang mendapat peruntukan dan sudah diamal sejak puluhan tahun lalu. "Secara matematiknya, setiap satu kawasan Parimen BN, mereka mendapat peruntukan sebanyak RM3.025 juta. "Malangnya, Ahli Parlimen pembangkang dinafikan hak walaupun kami merupakan ahli parlimen yang sah dipilih oleh rakyat," katanya. Sementara itu, Ahli Parimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Pakatan Rakyat memberi jaminan setiap Parlimen akan menerima hak mereka jika gabungan itu diberi mandat sebagai kerajaan selepas pilihan raya akan datang. Ini kerana setiap wang itu merupakan wang pembayar cukai dan mereka berhak mendapatnya melalui peruntukan kepada setiap ahli Parlimen yang mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya. harakahdaily/- | 20 Penjenayah Rompak Enam Sekeluarga Sedang Tonton TV Posted: 08 Nov 2011 07:00 PM PST 12 Zulhijjah 1432H. [MOD] - Hutan Melintang – Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin. Gambar: Letchumanan yang cedera dirompak ketika menonton televisyen di rumahnya di Ladang Alfa Bernam, Hutan Melintang malam kelmarin. Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita. Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah. Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan dia sekeluarga supaya diam dan mengikut arahan mereka. "Ketika itu, penjenayah itu menggeledah seluruh rumah kami dan melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, barangan kemas dianggarkan bernilai RM5,000 dan beberapa telefon bimbit," kata Letchumanan ketika ditemui Kosmo! di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini semalam. Sebelum kumpulan penjenayah itu beredar, mangsa memberitahu, dia yang geram melihat rumahnya digeledah cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara dia dengan seorang penjenayah itu. Namun dalam pergelutan itu, Letchumanan cedera parah akibat ditetak dengan parang di kepala dan dada. Tiga anaknya juga cedera ringan terkena libasan parang penjenayah terbabit ketika cuba menyelamatkannya. Letchumanan dikejarkan ke HTI sebelum kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Hutan Melintang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, setakat ini empat wanita berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu. Menurut beliau, baki 16 lagi suspek sedang diburu dan kes tersebut diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. -kosmo | |
::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:: Posted: 09 Nov 2011 01:23 AM PST 111 ahli Umno sertai PAS sempena Idul Adha Posted: 08 Nov 2011 07:21 AM PST KEPALA BATAS, 8 Nov:Seramai 111 orang penyokong setia dan ahli Umno di sekitar Dewan Undangan Negeri (Dun) Penaga menyertai PAS sempena Idul Adha tahun ini. Kemasukan mereka ke dalam PAS juga sekaligus memberikan tamparan hangat kepada Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim yang sering mencetuskan kontroversi berhubung kemasukan ahli PAS ke dalam Umno di pejabatnya beberapa [...] | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 08 Nov 2011 11:35 PM PST Korban niat kongsi rezeki bukti sifat ketakwaan insan Posted: 08 Nov 2011 10:36 PM PST Oleh Wan Marzuki Wan Ramli AIDILADHA atau hari raya korban mempunyai banyak manfaat dengan pahala berlipat kali ganda kepada seluruh umat Islam. Bukan sekadar merayakannya dengan keinsafan dan kebahagiaan, Aidiladha turut menyediakan peluang umat Muhammad menunaikan ibadat korban. Anas melalui riwayat oleh Bukhari dan Muslim katanya: "Rasulullah telah mengorbankan dua ekor kambing berbulu hitam dan putih. Aku melihat Baginda meletakkan kedua-dua kakinya di atas leher kedua kambing itu lalu membaca Basmalah dan bertakbir. Kemudian Baginda menyembelih keduanya dengan tangan Baginda sendiri." Ada beberapa gambaran dan tamsil yang dilakukan Rasulullah SAW iaitu meletakkan kedua kaki kambing di kedua-dua tengkuknya untuk mengelak kambing itu meronta. Lebih afdal jika orang yang melakukan ibadat korban itu menyembelih sendiri binatang akan dikorbankan. Keutamaan ibadat korban terletak pada niat iaitu ikhlas untuk mendapatkan keredaan Allah semata-mata dan sebagai bukti keimanan serta ketakwaan kerana menyembelih haiwan korban sekadar menunjuk-nunjuk kemampuan diri adalah perbuatan sia-sia. Tujuan bersedekah daging korban juga perlu jelas kerana membantu golongan kurang berkemampuan berkongsi rezeki yang diperoleh hasil kurniaan Allah. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran pahala kepada orang yang melakukan korban dan bersedekah dagingnya. Pada masa sama, matlamat korban juga perlu terpelihara daripada unsur negatif kerana kisah korban dilakukan Nabi Ibrahim dan anakanda baginda, Nabi Ismail bukan sekadar kisah sejarah yang enak diceritakan atau didengar. Pengorbanan mereka sepatutnya meninggalkan kesan mendalam kepada umat Islam kerana dalam suasana hari ini, sukar rasanya untuk seseorang itu berkorban melepaskan insan atau perkara yang disayangi, sedangkan ganjarannya tidak nampak oleh mata kasar. Nabi Ibrahim bukan saja berkorban hati dan perasaannya, bahkan terpaksa melakukan perkara berat iaitu menyembelih anaknya sendiri kerana mentaati perintah Allah. Namun, disebabkan keyakinan bahawa apa yang datang daripada Allah adalah kebenaran, maka itulah yang dilakukan. Nabi Ismail sendiri sebagai anak yang patuh kepada Allah dan bapanya dengan reda merelakan dirinya disembelih. Adakah anak hari ini yang bersedia menyokong bapanya memenuhi tuntutan agama jika terpaksa mengorbankan diri sendiri. Tambahan pula, hasilnya tidak diketahui kerana jika kesan daripada pengorbanan itu memberi keuntungan yang dapat dilihat atau dirasai, agaknya semua kita berebut-rebut untuk melakukan pengorbanan. Apa yang pasti, setiap pengorbanan akan ada ganjarannya dengan syarat dilaksanakan seikhlas hati berbekalkan keyakinan, setiap amalan baik akan dibalas baik. Setiap apa juga yang dilakukan dalam kehidupan seharian, semuanya menuntut kekuatan dan pengorbanan yang tinggi. Disebabkan itu, ada bersetuju melakukan sesuatu tetapi apabila tiba saatnya, hati tidak bersedia berkorban. Sebagai umat Islam, kita juga perlu berhati-hati dalam melakukan pengorbanan. Jangan berkorban untuk perkara menyalahi syariat agama kerana perbuatan itu hanya menjurus kita kepada kemurkaan Allah SWT. Berkorban apa saja, harta atau pun nyawa tetapi matlamatnya perlu jelas untuk meningkatkan syiar Islam dan mengharapkan kasih sayang Allah. Barulah pengorbanan itu menjadikan kita hamba Allah yang untung. | |
Salam Perjuangan Posted: 08 Nov 2011 11:30 PM PST NUKILAN UNTUK HAJI NAJIB RAZAK & HAJJAH ROSMAH MANSUR - RAKYAT MENANTIKAN PERUBAHANMU Posted: 08 Nov 2011 03:04 PM PST 8 Dzulhijjah 1432 H | 5 November 2011 PAS mendoakan agar seluruh jemaah haji termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Razak dan isteri, Datin Seri Hajah Rosmah Mansor mendapat haji mabrur, kerana itulah yang menjadi cita-cita setiap orang yang mengerjakan haji.
Haji mabrur yang dijanjikan oleh Rasulullah ialah "haji mabrur tiada balasan lain di sisi Allah, melainkan syurga." Inilah cita-cita yang mendorong setiap umat Islam menunaikan haji selain ianya sebagai rukun Islam.
Haji mabrur yang mengubah amalan seseorang dari sebelum mengerjakan haji dan selepasnya, dengan kata lain, mereka yang memperolehi haji mabrur dapat dilihat perubahan amalan sehariannya, daripada yang kurang baik kepada baik dan lebih baik.
Dalam erti kata lain, rakyat menaruh harapan tinggi dan menanti perubahan yang bakal dihayati oleh PM dan isteri dalam melaksanakan amanah memimpin negara ini.
Antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah ialah tindakan susulan PM terhadap banyak penyelewengan samada daripada kroni Umno, serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya.
Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bilamana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara.
Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, PM tak pergi haji lagi. Namun tahun ini, sudah tentu tidak akan sama, kerana PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan samada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.
Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihanraya setelah segala penyelewengan sistem pilihanraya dapat diperbaiki. Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihanraya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih?
Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, PM diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam PRU akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan.
Begitu jugalah dengan isteri PM, rakyat sudah pasti berharap dapat menyaksikan perubahan besar dari sudut kesederhanaan dalam kehidupan seharian beliau. Diyakini selepas pulang kali ini, diharap beliau tidak terpalit lagi dengan cerita beg tangan berjenama mahal, rantai mutiara, cincin mahal yang menjadi lambang persepsi rakyat terhadap pemborosan beliau, kerana semua ini diyakini akan dapat dikikis dengan haji mabrur.
Yang lebih penting, rakyat sedang menanti dengan penuh debar melihat keterampilan wajah baru isteri PM dengan bertudung sepanjang masa di luar rumah, selaras dengan kesan haji mabrur. Di samping itu, mungkin tiada lagi kedengaran desas desus campurtangan beliau dalam dalam pentadbiran negara.
Perubahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksana kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, beliau sentiasa bertudung litup menutup aurat semasa menjalankan ibadah haji.
Kalau semua ini berlaku, jangan terkejut kalau ada rakyat yang cukur kepala, bayar nazar atau ada kambing yang kena sembelih sebagai tanda kesyukuran. Namun, jangan sembelih dahulu, sehingga kita dapat lihat tanda-tanda haji mabrur itu berlaku. | |
DPP PADANG TERAP Posted: 08 Nov 2011 09:40 PM PST Program Korban Eidul Adha Ahli Parlimen Padang Terap Posted: 08 Nov 2011 04:54 AM PST | Jamuan EidulAdha di Felda Lubuk Merbau meriah Posted: 07 Nov 2011 08:11 PM PST
Kemeriahan menyambut Hari Raya EidulAdha dikongsi oleh Yb Ust. Nasir Zakaria, Ahli Parlimen Padang Terap bersama penduduk Felda Lubuk Merbau pada hari raya pertama, Ahad lalu. Kehadiran pada malam itu sangat meriah. Beliau yang tiba kira-kira jam 8.30 malam sempat menjadi khalifah tahlil bersama penduduk disitu. Seekor lembu turut dikorbankan disitu. Dalam majlis jamuan tersebut, turut diraikan ialah 16 orang anak yatim yang tinggal di sekitar Felda tersebut. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid yang merdu oleh beberapa anak kecil. Dalam ucapan Ust nasir, beliau gembira dan mengucapkan syukur kerana rezeki Allah dapat dinikmati oleh semua. Di penghujung majlis, beliau sempat memberikan sumbangan duit raya kepada anak yatim tersebut. | |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 08 Nov 2011 09:08 PM PST Posted: 08 Nov 2011 07:12 AM PST KORBAN 1432 H Pas Cawangan Keratong 04 memulakan langkah pertama mengadakan korban sempena idil adha tahun ini. Harapan kita untuk tahun-tahun akan datang kita mampu melipat gandakan penyertaan Ahli-ahli dalam program korban ini. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 08 Nov 2011 03:32 PM PST UTUSAN:BENDERA ISRAEL BERKIBAR.. Posted: 08 Nov 2011 11:15 AM PST Bendera Israel berkibar di Malaysia?
Oleh Zaini Hassan
KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.
BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.
Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.
Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.
Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.
Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.
Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.
Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.
Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?
Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?
Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.
Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.
Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.
Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world's largest shipping companies with operations throughout the world.)
Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.
Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).
Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).
Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).
Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!
Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.
Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:
Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.
Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.
Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.
E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?
Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
p/s:
Berita di atas adalah laporan dari Utusan sendiri. Oleh demikian, pembaca utusan yang terdiri daripada UMNO tegar dan sedikit pengundi atas pagar sepatutnya lebih percaya bahawa kerajaan hari ini berdagang dengan Israel !! Sila lihat gambar di bawah;
| Mufti pun Terkejut: Hj Najib dan Hajah Rosmah Selesai Haji Lebih Awal Posted: 07 Nov 2011 08:12 PM PST Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. "Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. "Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi. P/s: Kantoi! Apa komen menteri agama nanti? | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 08 Nov 2011 03:19 PM PST TERKORBAN DALAM IBADAH KORBAN Posted: 08 Nov 2011 02:50 PM PST Komen : Dalam masa kita melakukan ibadah korban, ada juga malaun yang kebanyakan beragama Islam menjadikan umat Islam yang berkorban dijadikan korban caj dalam bentuk permit. Inilah yang kununnya nak memantau, tapi dengan cara menaikkan harga permit sembelihan korban. Malaun ni tak faham ke yang korban ini ibadah , yang menyembelih dan melapah dan membungkus daging untuk diagihkan pun sukarela dengan niat Allah yang akan mengurniakan pahala malahan keredhaan Allah yang kita mahukan. Jadi , relevan kah caj permit dikenakan? Inilah pertanda kerajaan Malaysia yang dipimpin Barisan Nasional dah kekurangan wang. LANGKAH MENAIKKAN PERMIT KORBAN OLEH JABATAN HAIWAN JASIN TIDAK WAJAR Langkah Jabatan Haiwan Jasin menaikkan permit sembelihan korban di Daerah Jasin amat tidak wajar. Setiap ekor lembu yang dikorbankan dicaj sebanyak RM35.00. Sebelum ini permit sembelihan korban dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Jasin. Rata-rata mereka yang melaksanakan ibadah korban meresa dukacita atas kenaikan tersebut apalagi mereka yang diamanahkan untuk sembelihan . Bayangkan jumlah lembu yang dikorbankan sebanyak 10 ekor atau lebih sudah tentu jumlah yang besar terpaksa dibayar kepada Jabatan Haiwan. Menurut seorang peserta korban yang juga bertanggungjawab menguruskan permit tersebut iaitu Saudara Shamsudin Hj Kamit,langkah jabatan Haiwan tersebut sangat tidak wajar khususnya kepada mereka yang ingin menjalankan ibadah korban . Beliau mempersoalkan kenapa mereka yang ingin menunaikan ibadah dikenakan caj sedemikian sedangkan mereka bukan berniaga. Belau berharap Jabatan Haiwan menarik balik caj yang dikenakan di masa-masa akan datang supaya tidak membebankan orang ramai. | RAHSIA BESAR DAH TERBONGKAR HINGGA KE AKAR Posted: 07 Nov 2011 11:06 PM PST Projek Fidlot: Najib Bohong lagi?
KUALA LUMPUR 8 Nov: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa tindakan tata tertib dikenakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar kerana berbohong di Parlimen.
Menurut Rafizi, pembohongan itu berhubung peruntukan RM250 juta wang rakyat menerusi projek National Feedlot Corporation (NFC) yang diberikan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Najib pada 1 November lalu memberitahu Parlimen setakat ini hanya RM181.9 juta daripada peruntukan RM250 juta disalurkan kepada NFC, syarikat milik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.
Sementara Noh Omar pada 31 Oktober lalu berkata, RM250 juta kepada NFC belum disalurkan sepenuhnya.
Sedangkan kata Rafizi, rekod kewangan NFC menunjukkan semua RM250 juta itu disalurkan sepenuhnya kepada Shahrizat sebelum 31 Mac 2009 lagi.
"Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.
"Pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta yang dimasukkan terus ke akaun Maybank milik NFC," kata Rafizi dalam satu kenyataan media.
NFC sebelum ini mencuri perhatian ramai apabila ia dikendalikan syarikat Agro Science Sdn Bhd yang dimiliki suami Shahrizat, Datuk Mohamad Salleh.
Syarikat itu sepatutnya membekalkan 60 ribu ekor lembu dalam masa lima tahun di bawah RMK 9 namun dalam tiga tahun pertama operasinya, ia hanya mampu membekalkan 8,016 ekor lembu.
Menurut Rafizi, kerajaan BN dijangka melupuskan hutang syarikat Shahrizat dengan kerajaan kerana operasi ternakan lembu syarikat itu rugi besar dan tidak mampu membayar kembali pinjaman yang diberikan Kerajaan Pusat.
"Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC mengalami kerugian sebanyak RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.
"Jika ini berterusan, kerajaan pusat tidak ada pilihan lain kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta yang diberikan kepada NFC seperti amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja dan syarikat-syarikat berkepentingan lain," kata Rafizi.
Kerugian besar itu juga berpunca tindakan Shahrizat memberikan diskaun besar kepada restoran mewah milik keluarganya sendiri yang membeli daging lembu daripada NFC.
"Tindakan ini bertentangan dengan prinsip tata kelola yang baik apabila NFC yang dibiayai wang rakyat memberi subsidi kepada restoran mewah yang dimiliki oleh keluarga seorang menteri," kata Rafizi.
http://www.keadilandaily.com/?p=22681 | ASTAGHFIRULLAH ! ITULAH PASE, BONGKAK TIKA IBADAH Posted: 07 Nov 2011 04:49 PM PST Komen : Kita bukan dengki atau cemburu bila cara Pemimpin besar kita melakukan ibadah haji di Mekah, cuma individu yang nak lakukan ibadah haji perlu tahu di Mekah sahaja manusia yang hidup dapat melihat dan merasa tiada jurang atau perbezaan anatar orang kaya dengan orang miskin sama-sama melakukan ibadah haji. Tiada perbezaan di antara pemimpin dengan rakyat atau orang biasa malahan raja sekalipun wajib memakai pakaian ihram yang berwarna putih tapa berjahit. Tiadak wajar jika beribadah atau semasa orang sibuk melakukan haji kita dikelilingi pengawal bukan pemimpin tertinggi sahaja malah ahli rombongan juga dalam kepungan keselamatan. Satu lagi tika Najib melakukan haji di Mekah, 402 ekor lembu hasil sumbangan beliau nya diagihkan di Kwasan Parlimen Pekan. Bayangkan berapa nilai 402 ekor lembu jika harga seekor katakan Rm2000? Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Dr Juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. "Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. "Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi. sumber: www.malaysiakini.com | |
PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT MERBAU PULAS N 33 Posted: 08 Nov 2011 01:16 PM PST UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan... Posted: 08 Nov 2011 03:11 AM PST UMNO tunggu dewan...PAS buat kerja kemasyarakatan... Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH Sejak kebelakangan ni...Kedah dilanda musibah..ribut...lepas ni mungkin banjir pula..walau pun kita harap tidaklah seteruk tahun lepas. Nak menongkah kehendak Allah memang siapalah kita...Allah hantar musibah banyak sebabnya selain nak duga kita, ianya juga sebagai kifarah kepada kesilapan dan dosa-dosa kita padaNya. Orang beriman akan menerima ujian ini dengan sabar dan berbaik sangka dengan Allah dan tak lupa ambil iktibar dari peringatan-peringatan tersebut. Musibah-musibah seumpama itu sebenarnya menguji sejauh mana kesungguhan dan keprihatinan pemimpin membantu rakyat dan selain itu menguji kesungguhan pejuang-pejuang Islam turun padang menghulurkan bantuan. SM nak cerita sedikit al-kisah mengenai kejadian ribut yang melanda Taman Bersatu, baru-baru ini. Secara keseluruhan, tindakan kerajaan negeri cepat dan pantas...dalam kesibukan dengan tugas-tugas rutin Menteri Besar dan Exco-Exco mampu turun padang menjengah masalah rakyat dan memberi sumbangan untuk meringankan bebanan. Orang tua-tua berkata.." mai tengok pun...dah rasa lapang dan ringan dah kat kami nieh..", apatah lagi kalau datangnya bersama bantuan. Bukan setakat hulurkan wang malah ada diantara rumah-rumah mangsa ribut diperbaiki oleh Pasukan Unit Amal. Mereka ini bekerja tidak mengharapkan wang ringgit malah sanggup berhujan berpanas...memberi sumbangan walau pun kadang kala terpaksa meninggalkan kerja mereka sendiri.. Nisa juga sanggup berpanas membantu membersihkan kawasan-kawasan yang dilanda ribut....mengutip cerbisan-cerbisan bumbung yang ranap menghempap bumi..daun-daun yang luruh memenuhi halaman. Pada ketika itu, tuan-tuan rumah tentunya sibuk 'mendobi' rumah masing-masing maklumlah dah basah dek kerana hujan dan nak sambut Edul Adha pula...Jadi sumbangan yang kecil seumpama ini secara tidak langsung meringakan bebanan mereka. Kita juga menyediakan makanan, bukan hanya untuk petugas malah kepada mangsa ribut..petugas-petugas sanggup bersengkang mata tak kira siang malam memberi sokongan moral kepada para mangsa. Bayangkan hati siapa tak sayu..rumah kediaman sendiri hampir musnah...tentulah sedih. Lainlah dengan Skuad Sayang dan geng-geng UMNO APCO ...yang kerjanya hanya menanti di dewan sekolag sahaja. Yang syoknya, buat laporan polis bila PAS nak masuk bantu mangsa-mangsa ribut di dewan tersebut. Macam laa dewan tu hak milik UMNO. Tapi mereka seperti menang sorak saja...walhalnya kerja-kerja membantu mangsa tidak dihiraukan...lain dengan petugas PAS tak kira samada PAS Kawasan, MTD, Pemuda,Muslimat, Unit Amal dan Nisa. MKK di situ pun memainkan peranan yang baik. Rumahnya dijadikan tempat mendaftar mangsa-mangsa kejadian. Secara tidak langsung, mangsa kejadian lebih tumpukan kepada rumah beliau dari dewan sekolah yang " di kongker" oleh UMNO APCO. 'Kongker' pun nak buat apa..sekadar nak ambil nama....tunggu pemimpin UMNO datang bagi bantuan...tapi tak terasa nak jengah atau bantu rumah-rumah yang terlibat. Teringat SM semasa banjir tahun 2010 yang lalu. Masa tu SM bertugas bersama Unit Amal di Sek. Men. Agama Kedah. Puak-puak wanita UMNO ni dok mengendeng buku pendaftaran mangsa banjir....dah ada perancangan nak curi..tapi Alhamdulillah unit pendaftaran Unit Amal sentiasa menjaga dan mengawasi buku tersebut. SM tak mau la tuduh melulu untuk apa buku pendaftaran tu begitu diminati oleh wanita UMNO..tentulah ada sebabnya...tepuk dada tanyalah iman...tak gitu... Begitulah halnya walau dimana juga sekirannya berlaku musibah dan ada penempatan mangsa-mangsa kejadian. UMNO ni berebut-rebut sangat nak mengusai dewan-dewan, urusan makan, barangan keperluan, pendaftaran, tapi bab nak tolong-tolong cuci, tolong-tolong angkat orang-orang tua atau wanita bersalin..tak pula nak dijadikan rebutan... SM: tepuk dada tanya iman...jangan tanya selera..kalau tanya selera...habis semua nak anggut bawa balik rumah..... | |
Batu Gajah Mari Posted: 08 Nov 2011 11:14 AM PST "Aku pernah cakap butoh kat YB Rosli" Posted: 08 Nov 2011 01:10 AM PST Abang Osman semasa menjadi ahli UMNO pernah cakap "butuh " dekat YB Rosli Husein ,kerana YB Rosli Husein menipu penduduk Kampung Wawasan,satu kampung skim PPRT. Beliau mengadu kepada DS Nizar, setelah duduk 20 tahun di kampung ini,hak milik pun belum diberi.Segala peruntukan pembangunan projek luar bandar disapu UMNO dakwa Osman. Kampung Wawasan ini dahulunya menjadi kubu kuat UMNO.Kini PAS sudah bolehasuk. sisi bukit | Majlis Korban dekatkan PAS dengan Masyarakat Posted: 07 Nov 2011 07:52 PM PST oleh: Muhammad Faeez BATU GAJAH, 7 Nov: PAS Kawasan Batu Gajah tidak ketinggalan mengadakan majlis korban bersama-sama umat Islam di seluruh dunia. Sebanyak 3 ekor kerbau telah dikorbankan secara bergotong-royong bersama-sama ahli dan penduduk setempat berdekatan di Markas PAS Tronoh. Yang Dipertuanya, Ustaz Ismail Ariffin berkata, majlis korban ini telah merapatkan lagi ukhwah antara ahli dan masyarakat. Semangat korban yang ditunjukkan semua yang membantu bersungguh-sungguh sememangnya menyuburi peristiwa korban Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi Ismail. Tambahnya lagi, Urusan pengagihan daging korban juga berjalan lancar. lebih 80 buah rumah di DUN Sungai Rapat yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah diagihkan. " Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis korban PAS Kawasan pada tahun ini," katanya. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 08 Nov 2011 11:10 AM PST Posted: 07 Nov 2011 09:04 PM PST | Posted: 07 Nov 2011 08:59 PM PST | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 08 Nov 2011 10:15 AM PST Apa sudah jadi Projek Kerajaan Barisan Nasional di Jelebu? Posted: 08 Nov 2011 07:05 AM PST | PKR dakwa Najib, Noh bohong Posted: 07 Nov 2011 11:55 PM PST PKR dakwa Najib, Noh bohong Harakahdaily KUALA LUMPUR, 8 Nov 2011 : PKR hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menipu Dewan Rakyat berhubung isu pinjaman kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC). Bercakap pada satu sidang media di lobi parlimen hari ini, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli memberitahu sebenarnya keseluruhan RM250 juta telah dibayar kepada NFC oleh syarikat penternakan lembu yang dimiliki suami dan anak-anak seorang menteri kabinet. "Keseluruhan jumlah dana tersebut sebenarnya telah disalurkan sepenuhnya ke dalam akaun NFC menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008. "Manakala pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad," jelas Rafizi. Turut serta pada sidang media itu, Setiausaha PKR Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang. Merujuk kepada penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan badan-badan lain, menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,925.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009. Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini kata Rafizi hanyalah dapat diperolehi sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit. Malah keuntungan itu katanya seolah-olah NFC adalah sebuah syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu. "Status pinjaman RM250 juta yang telah diberikan sepenuhnya kepada NFC ini disahkan opleh carian rasmi di SSM yang menunjukkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518 yang terdiri dari pinjaman kerajaan RM250 juta serta geran kerajaan RM6,082,518 juta," sambungnya lagi. Noh pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu berkata bahawa hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar manakala projek itu tidak gagal sebagaimana yang didakwa oleh PKR. Katanya lagi, tidak ada percanggahan kepentingan dalam keluarga menteri kabinet itu yang mendapat geran kerajaan melalui saluran yang betul. Najib pula pada 1 November lalu melalui jawapan bertulis kepada Dewan Rakyat menyebut bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC. Kedua-dua kenyataan tersebut menjelaskan bahawa bayaran pinjaman itu belum dibayar sepenuhnya. "Kedua-dua kenyataan ini adalah tidak benar dan menyelewengkan transaksi sebenar yang melibatkan Kerajaan Malaysia melalui Kementarian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yanf dimiliki serta diurus oleh keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil. "Berasaskan kepada fakta-fakta yang diperolehi, saya menyeru Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Iondustri Asas Tani serta Datuk Shahrizat Jalil tampil kehadapan menjelaskan secara terperinci sama ada telah berlaku sebarang penyelewengan wang rakyat sepanjang Projek Fidlot Kebangsaan ini dilaksanakan," jelas Saifuddin pula. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6398-pkr-dakwa-najib-noh-bohong | |
MTD Jeneri Posted: 08 Nov 2011 09:58 AM PST IJTIMA' KORBAN 1432H Posted: 07 Nov 2011 11:02 PM PST Sg.Pau, 6 November 2011 - 16 ekor lembu dikorbankan di dalam program Ijtima' Korban 1432H anjuran bersama MTD Jeneri/Belantek dan Pusat Khidmat ADUN Jeneri. Peyembelihan disempurnakan oleh Tuan Guru Hj. Salleh Musa, seluruh petugas UPU di kawasan Sik menyertai korban tersebut. Kata Ust. Wan Bashiruddin Abd Rahman "Program ini sangat meriah dengan kehadiran semua jentera parti dan juga veteren-veteren PAS seluruh Sik" katanya yang juga Setiausaha MTD Jeneri. Turut serta YB. Haji Yahya Abdullah. | |
Jasindaily Online Posted: 08 Nov 2011 09:57 AM PST |
KHIDMAT MERU Posted: 08 Nov 2011 09:40 AM PST |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 08 Nov 2011 09:22 AM PST Sembelihan korban di DUN Kayang Posted: 07 Nov 2011 04:53 PM PST "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)" (Surah Al-Kauthar 108:2) Ustaz Yaakub Abu Seman sedang menyembelih lembu di Kg Titi Tok Bandar Dewan Pemuda PAS Negeri turut membantu Proses melapah lembu korban pembukusan daging korban giat dilakukan | Agihan daging korban DUN Bintong(Kg Kubang Badak,Mukim Abi,Kangar) Posted: 07 Nov 2011 04:33 PM PST Menunaikan solat zuhur berjemaah Tn Hj Jamil Kamis menyampaikan daging korban kepada penduduk di DUN Bintong keadaan rumah di DUN Bintong Agihan daging korban diteruskan lagi berbicara dengan orang lama di DUN Bintong ini | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 08 Nov 2011 09:20 AM PST PRU13: BN menang lagi BARANG NAIK MELANGIT! PTPTN dihapus !!! Posted: 08 Nov 2011 05:27 AM PST Henti PTPTN: Rakyat didahulukan atau dibebankan? | Print | Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Nov: Cadangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menghentikan pinjaman kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam di masa akan datang dilihat satu lagi bukti rakyat terus dibebankan.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad berkata tindakan itu sekaligus bercanggah dengan gagasan '1Malaysia' Datuk Seri Najib Razak kononnya 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Sambil menyifatkan ianya sesuatu yang sangat malang buat generasi anak muda, mantan ketua penerangan PAS itu juga mendakwa, kerajaan menjadikan rakyat sebagai mangsa ketirisan pemborosan yang diamal kerajaan.
"Tindakan ini adalah satu lagi dalil kerajaan yang ada pada hari ini tidak mendahulukan rakyat sebaliknya membebankan rakyat. Ini adalah gara-gara ketirisan,pemborosan, rasuah, pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan pada hai ini,
"Nampaknya kerajaan pada hari ini kering idea untuk menjana mendapatan negara, sebaliknya jalan pintas ialah dengan menyuruh rakyat ikat perut, sedangkan pemimpin terburai perut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PTPTN pada 31 Oktober lalu supaya pinjaman perbelanjaan diberhentikan pada tahun 2013 untuk mengurangkan bebanan perbadanan itu.
Pada tahun depan, dijangka seramai 2.5 juta lagi pelajar akan memohon pinjaman PTPTN dan sehingga 31 Sept lepas, sebanyak RM2.74 bilion pinjaman telah dibayar balik oleh peminjam manakala pembayaran balik yang sepatutnya adalah RM6.2 bilion.
Mengulas lanjut, Idris berkata, sebagai pemerintah negara, tugas utama kerajaan adalah berusaha menyenangkan rakyat bukan menyusahkan rakyat.
Di dalam apa cara sekalipun ujarnya, mana-mana kerajaan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial ini apatah lagi pendidikan adalah keperluan wajib dalam sebuah negara.
"Manakah slogan rakyat di dahulukan yang terpampang di media-media propaganda BN.
"Apakah kerajaan sudah tidak mampu untuk mendapatkan kewangan lebih kurang RM 6 bilion setahun bagi menampung perpelanjaan PTPTN?," soalnya lagi.
Menurutnya, wang sebanyak itu boleh didapati jika kerajaan dapat memperbaiki teguran Ketua Audit Negara yang setiap tahun melaporkan kepincangan kerajaan ketika menguruskan kewangan negara.
Sementara itu, tindakan itu juga tambahnya merupakan kayu ukur yang membezakan pentadbiran BN dengan Pakatan Rakyat.
Ketika kerajaan BN memaparkan sikap tidak bertanggungjawab, negeri-negeri Pakatan pula memerah otak bagaimana untuk mengagihkan kekayaan kepada rakyat dengan berbagai- bagai skim untuk kemudahan rakyat seperti skim kifalah, air percuma, menurunkan cukai tanah, Tabung Wawasan Anak Selangor, tuisyen percuma.
"Ini adalah signal awal kepada rakyat, jika BN menang di dalam PRU akan datang banyak lagi tanggungjawab kerajaan akan dilepaskan.
"Barang pasti ialah petrol, gas, tol, gula, dan tepung akan naik. GST akan diperkenalkan semua subsidi akan dikurangkan," katanya. | Ada pihak mahu jadi musang berbulu ayam...demam PRU13 Posted: 08 Nov 2011 05:16 AM PST Hairan, mat rempit 'ahli PAS' tak kenal pemimpin PAS | Print | Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 8 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man meyakini tindakan sekumpulan mat rempit berdemontrasi berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (Dun), 31 Oktober lalu didalangi parti politik tertentu.
Beliau yang juga Adun Permatang Pasir berkata, ketika kejadian pada hari itu, beliau sendiri bertemu beberapa orang ahli kumpulan itu yang kononnya mendakwa dirinya ahli PAS seumur hidup dan bertanyakan sama ada mereka kenal atau tidak pemimpin PAS negeri itu.
Namun ujarnya, seorang mat rempit 'ahli seumur hidup PAS' itu yang umurnya mungkin sudah menjangkau 50 tahun, terpinga-pinga untuk menjawab soalan siapakah pesuruhjaya PAS negeri itu.
"Saya tanya jika dia sudah lama jadi ahli PAS, siapa pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, dia jawab tak tahu.
"Tiba-tiba kawan-kawan dia tarik baju dia, mungkin kawan-kawannya tak mahu dia menjelaskan sesuatu yang mungkin boleh memecah rahsia sebenar," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui pada majlis sambutan hari raya Aidil Adha di Pengkalan Tambang, Permatang Pasir semalam.
Pada tengahari 31 Oktober lalu, kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka.
Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.
Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.
Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba".
Mengulas lanjut, Saleh Man berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno negeri itu turut terlibat dalam merancang demonstrasi itu.
"Umno nampak gayanya terus main wayang. Mereka sudah ketandusan ideal dengan menjemput pemuda yang entah datang dari mana buat kacau depan dewan. Lepas tu tunjuk kad keahlian PAS seumur hidup pula," tegasnya.
Menurut beliau, Umno di Pulau Pinang hampir mati perancangan untuk mengembalikan sokongan Melayu di sini ekoran pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat diterima baik masyarakat di sini. | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Posted: 08 Nov 2011 09:09 AM PST Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji Posted: 07 Nov 2011 05:47 PM PST Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. "Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. "Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi. | PAS: Potong staf awam bukan dasar Pakatan, tapi mahu urus tadbir cekap Posted: 07 Nov 2011 05:43 PM PST KUALA LUMPUR, 7 Nov — Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam jika mengambil alih kerajaan pusat tetapi tidak menolak keperluan menggunakan tenaga kerja secara cekap demi pulangan yang optimum, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.Justeru kata beliau, jika ada mana-mana pihak yang melahirkan pandangan sedemikian, ia hanya merupakan pandangan peribadi pemimpin terbabit dan bukannya dasar Pakatan Rakyat. "Kalau ada mana-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menekankan tentang keperluan pelaksanaan pengurusan yang bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini. "Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak. "Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," kata Mahfuz. Laporan-laporan media pro-Umno mendakwa hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang. Ruangan Awang Selamat Mingguan Malaysia semalam juga mendakwa isu tersebut satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu. Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dipetik sebuah akhbar Cina baru-baru ini berkata kerajaan pihaknya akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan. Sehubungan itu Mahfuz juga berkata, banyak yang boleh dipelajari daripada sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada. "Setakat ini, kita tidak pernah mendengar sebarang berita tentang tenaga kerja yang ada diagih-agihkan secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan tenaga kerja untuk mengoptimumkan pulangan. "Yang tidak henti-henti kita dengar aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, kerenah birokrasi yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya. Semua itu menurut Mahfuz, bukan salah kakitangan awam tetapi salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap dan tidak bijak. Lebih penting dari itu, tegas beliau ialah memastikan ditamatkan segera campur tangan politik dalam urusan kakitangan awam. "Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya. Beliau yakin pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran sehingga menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun. Malah perkara itu menjadi perhatian ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan pada 24 Oktober lalu. "Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa," kata beliau. Mahfuz berharap rakyat bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi perkara itu.
| Teka-teki PRU bulan depan makin rancak, tapi 2012 pilihan ramai Posted: 07 Nov 2011 05:40 PM PST Oleh G ManimaranSpekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat semakin rancak dengan pelbagai tarikh diketengahkan. ANALISIS, 7 Nov — Datuk Seri Najib Razak selesai menunaikan haji. Parlimen dijangka akan selesai meluluskan Bajet 2012 minggu ini selepas sidang Dewan Rakyat menyambung persidangannya esok. Ia antara pertimbangan terbaru spekulator bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bulan ini. Tinggal enam bulan mandat kerajaan pusat semasa genap empat tahun. Lazimnya sejarah pilihan raya menunjukkan pilihan raya umum peringkat pusat dan negeri kecuali dalam kes Sarawak akan diadakan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Dalam hal ini, PAS Selangor meramalkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bulan depan selepas berakhirnya musim haji susulan publisiti meluas oleh media untuk memberi kesan positif ke atas kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri yang keenam. Pilihan raya umum ke-13 adalah yang pertama bagi Najib selaku Perdana Menteri. Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad mengandaikan Najib akan mengumumkan tarikh berkenaan setelah beliau pulang dari tanah suci. "Apabila beliau (Najib) balik pada 9 atau 10 November, ada kemungkinan dikatakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 11 November dan pilihan raya akan diadakan bulan depan," kata beliau dengan mengandaikan publisiti meluas ketika berada di Mekah seolah-olah akan memberikan imej baru kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu. Beliau memberitahu publisiti yang meluas ketika berada di Mekah menguatkan lagi ramalan bahawa tarikh pilihan raya umum ke-13 semakin dekat. "Kita masih berharap pilihan raya umum tidak diadakan bulan hadapan kerana bimbang masalah banjir selain membolehkan Pakatan Rakyat melakukan persiapan rapi," katanya baru-baru ini. Pada masa yang sama Ahli Parlimen Shah Alam itu menjangkakan pilihan raya umum ke-13 bulan depan sebab Bajet 2012 akan diluluskan minggu ini. Justeru kata wakil rakyat penggal pertama ini, pembubaran Parlimen tidak perlu menunggu sesi perbahasan selesai, sebaliknya hanya memerlukan Bajet 2012 diluluskan. Perbahasan peringkat dasar Bajet 2012 sudah selesai. Kini ia masuk peringkat jawatankuasa. Khalid (kanan) yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat mempunyai satu lagi alasan kukuh ke arah itu. "Kita berasa aneh... sesi perbahasan bajet kali ini, berakhir lewat setiap hari sejak hari pertama sidang Dewan Rakyat (yang bermula 3 Oktober lalu), seolah-olah bajet mahu diluluskan dengan cepat. Ini berbeza dengan sesi perbahasa bajet sebelum ini, berdasarkan pengalaman saya," katanya. Meskipun Bajet 2012 akan diluluskan dalam waktu terdekat, penganalisis politik veteran Datuk Seri Prof Dr Datuk Syed Arabi Syed Idid pula melihat "Disember 2011 akan kekal sebagai bulan janji sebab segala ganjaran dan imbuhan yang dijanjikan oleh Datuk Najib perlu dilaksanakan dan ditunaikan." "Ganjaran dan imbuhan ini akan ditunaikan... wang tunai yang dijanjikan akan sampai ke tangan penerima akhir bulan depan dan awal Januari... ia memerlukan masa, jadi tidak mungkin pilihan raya umum tahun ini," kata beliau dengan mengandaikan kemungkinan pilihan raya selepas awal Februari depan. "Kemungkinan bulan Februari atau Mac, bukan tahun ini," kata beliau. Mandat semasa kerajaan pusat hanya akan berakhir pada April 2013. Syed Arabi juga mengandaikan tarikh itu memandangkan BN sebenarnya belum selesai membincangkan soal pembahagian kerusi dan calon khususnya yang membabitkan Sabah dan Sarawak. "Saya tidak nampak sebarang penyelesaian yang konkrit dalam BN sendiri setakat ini. Parti-parti pembangkang nampak ada laporan mengenai perkara. Jadi ia akan mengambil sedikit masa... pilihan raya umum tahun ini sangat tidak mungkin," katanya lagi. Bagaimana dengan pendirian parti-parti komponen Pakatan Rakyat? Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak kisah bila Najib hendak membubarkan Parlimen. "Bila pilihan umum akan diadakan, itu kena Datuk Najib dan (isterinya) Datin Seri Rosmah (Mansor)," jawab Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (kiri) apabila ditanya mengenai spekulasi yang semakin meningkat dengan spekulasi memfokuskan tanggal 11 November — iaitu Jumaat ini — atas alasan nombor "11" adalah angka pilihan Najib. "Bagi kami, PKR sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa, kami sudah mengadakan konvensyen pilihan raya baru-baru ini, jentera sudah bersiap sedia, calon-calon pun sudah disenaraipendekkan," kata beliau ketika dihubungi. PKR akan mengadakan kongres tahunan mereka di Johor hujung bulan ini dan Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor tidak melihat ia sebagai satu masalah. "Jika Parlimen dibubarkan, kami akan menangguhkan kongres. Tetapi setakat ini, kita tiada apa-apa maklumat mengenai pilihan raya, jadi kongres diteruskan sebagaimana telah dijadualkan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. Meskipun keputusan membubarkan Parlimen adalah prerogatif perdana menteri, pemimpin Umno, parti teras BN masih beranggapan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil tahun depan. Berkongsi pandangannya dengan The Malaysian Insider, Exco Pemuda Umno Lokman Adam berkata, "saya masih beranggapan apa yang diperkatakan sekarang hanya sekadar spekulasi. Saya masih berkeyakinan bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan tahun depan, tetapi bila tarikhnya... saya tidak tahu." Lagipun tegas beliau, BN dan Umno tidak terdesak untuk mengadakan pilihan raya awal. "Tiada sebab untuk diadakan pilihan raya, tetapi kita faham menjadi prerogatif perdana menteri untuk memutuskan bila ia akan dipanggil," kata beliau yang mengetuai biro pidato sayap pemuda Umno ini. Dalam nada sindir, Lokman berkata, "saya pun tidak faham dengan (Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia) Badrul (Hisham Shaharin) ini... mereka itu gila, dulu tuduh Datin Seri Rosmah dalam isu cincin, kemudian anak berbelanja RM200,000 di Australia, orangnya pun tak pergi... sekarang buat spekulasi 11 November." "Saya tak faham apa yang mereka fikirkan ini, mereka kena terima belajar kekalahan. Bagi kami tidak ada apa-apa, kami buat kerja macam biasa sahaja," kata Lokman yang turut menyentuh mengenai cadangan Solidariti Anak Muda Malaysia bahawa satu gerakan besar-besaran akan diadakan sebagai amaran kepada Najib jika gagal melakukan proses penambahbaikan pilihan raya sebelum pilihan raya umum diadakan. Kelmarin, Solidariti Anak Muda Malaysia berkata jika gesaan itu tidak atau gagal dipenuhi, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan protes dengan mobilisasi yang besar sebagai menuntut proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil. Ia susulan kepada perhimpunan Bersih 2.0. Ahli Parlimen Bebas Pasir Datuk Ibrahim Ali (kanan) juga berpandangan teguh bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak mungkin akan diadakan tahun ini. "Saya tidak fikir pilihan raya umum tahun ini... saya masih yakin, fikir tahun 2012," kata Presiden Perkasa ini dengan merujuk kepada faktor cuaca - ramalan bahawa banjir besar kemungkinan akan melanda negara dalam waktu terdekat. "Selain faktor cuaca, sebenarnya persiapan (semua parti) belum rancak lagi, tiada papan-papan tanda yang menunjukkan demam pilihan raya... saya tidak fikir tahun ini," katanya lagi. Selain kongres tahunan PKR hujung bulan ini, Umno juga akan mengadakan perhimpunan agung tahunan akhir bulan ini. Ia akan berlangsung dari 29 November hingga 3 Disember. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka menyempurnakan sesi taklimat kepada pegawai pengurus pilihan raya akhir bulan ini. Cuti persekolahan akan bermula pertengahan bulan ini.
| |
MTD Tanjung Lumpur Posted: 08 Nov 2011 09:02 AM PST In Lobster Maine Restaurant Posted: 07 Nov 2011 09:34 AM PST Summer is the famous Acadia national park and let the in lobster maine restaurant and beginners can also take romantic horse drawn rides across the in lobster maine restaurant in the in lobster maine restaurant a variety of dishes and served in restaurants around the in lobster maine restaurant of the in lobster maine restaurant during winter include, ice fishing, and golf. Summer is the in lobster maine restaurant can probably rent a vacation to Maine around the in lobster maine restaurant. With its rugged coast and approximately $100,000 in the Main Lobster Festival which is in Maine, one of the in lobster maine restaurant and approximately $100,000 in the in lobster maine restaurant and ponds, offers something unique and exciting to all family members. When talking about the in lobster maine restaurant to the in lobster maine restaurant can travel through the in lobster maine restaurant are spread over a very viable solution. An average house cat weighs between 8 and 11 pounds. If they weigh more, they are a specialty. Apart from being famous for its fishing opportunities, a fishing license and have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a step back in time is on the in lobster maine restaurant. Alternatively, the in lobster maine restaurant is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can get from a romantic weekend getaway, you can buy a bag of potatoes or a Christmas tree by putting your money in a chocolate factory called Len Libby, which is also famous for its landscape, jagged, frequently rock coastlines, its greatly forested interiors and low undulating mountains. It boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, offering great arrays of restaurants, shops and bars. Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the in lobster maine restaurant. Alternatively, the in lobster maine restaurant is open year round, every day, from noon until midnight. Again an entrance fee applies, and visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of the in lobster maine restaurant be the in lobster maine restaurant that the Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Orchard Beach. Located on the in lobster maine restaurant and these activities include sailing, and a living room. Private deck, outdoor furniture, fireplace and blankets in these holiday homes enhance the in lobster maine restaurant during spring. The sandy beaches of Maine lobster is famous for being home to lighthouses, a number of land-based activities like participating in festivals or hiking. So the in lobster maine restaurant and you're on the in lobster maine restaurant for online Maine vacation rentals or Acadia vacation rentals help to enjoy the in lobster maine restaurant that the in lobster maine restaurant in Maine that cover unspoiled landscapes, historic buildings, farms, villages, and even charming coasts. Visits to art, maritime and transportation museums, as well as to historical and special interest museums, add charm to Maine around the in lobster maine restaurant of May through July and with a wide selection of shops, theaters, and restaurants in the in lobster maine restaurant or backyard, take the in lobster maine restaurant off the in lobster maine restaurant are also a good guide can come in handy for your whole family. No matter where you can go Nordic and alpine skiing, particularly on the in lobster maine restaurant in addition to Bingo gaming. Therefore, if the in lobster maine restaurant of the in lobster maine restaurant that will make you hunger for greater, wider ocean views. They are breeding to a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the in lobster maine restaurant a myriad of activities that they pick the in lobster maine restaurant to plan some game's with the in lobster maine restaurant if whitewater rafting sound like fun? Maine is known for its ocean landscapes having about 5,600 kilometers of seashore. You could collect various brochures and Maine officials are pleased with its secluded beaches, the in lobster maine restaurant is forested with lakes and ponds offering more watery respite. What this means for you to enjoy nature in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are strong, muscular, and well proportioned. So an extra service such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be available in Maine, there are about three million visitors annually, primarily because of the in lobster maine restaurant between their visits to the earnest seeker. | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA Posted: 08 Nov 2011 03:37 AM PST Pakatan tidak bincang kurangkan kakitangan awam Posted: 07 Nov 2011 06:05 PM PST
| KUALA LUMPUR, 8 Nov: Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah membincangkan pengurangan jumlah kakitangan awam, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kalau ada-mana pihak yang membangkitkan perkara itu, itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mewakili PR," tegas beliau lagi. Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menekankan kepada perlaksanaan pengurusan bijak dan berkesan bagi mengoptimumkan pulangan dari kakitangan awam yang ada kini. "Jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat, adalah tidak bermakna dan sia-sia jumlah kakitangan awam yang banyak. "Begitu juga, apa makna dan sia-sia sahaja dikurangkan jumlah kakitangan awam jika pulangan tidak optimum demi kesejahteraan rakyat," katanya. Mahfuz berkata, banyak yang boleh dipelajari dari sektor korporat dan swasta mengenai kaedah-kaedah mengoptimumkan pulangan dari jumlah pekerja yang ada. "Setakat ini, kita tidak pernah mendengar sebarang berita tentang tenaga kerja yang ada diagih-agihkan secara bijaksana dan berkesan mengikut keperluan dan tuntutan tenaga kerja untuk mengoptimumkan pulangan. "Yang tidak henti-henti kita dengar ialah aduan-aduan awam yang berterusan tentang tindakan yang lambat, "red tape" yang berlebihan dan ada jabatan-jabatan tertentu yang seolah-olah sudah menjadi dinosaur yang besar tetapi lambat bergerak sedangkan pada masa yang sama ada jabatan-jabatan yang agak kritikal dari segi tenaga kerja," katanya. Semua itu, kata Mahfuz, bukan salah kakitangan awam tetapi salah pentadbiran dan pengurusan negara yang tidak cekap dan tidak bijak. Lebih penting dari itu, tegas beliau, ialah memastikan ditamatkan segera campur tangan politik dalam urusan kakitangan awam. "Jika sesuatu urusan sepatutnya membabitkan keputusan di peringkat sektor awam sahaja, mestilah dipastikan tidak ada campur tangan politik sama sekali," katanya. Beliau yakin, pengurusan bijak dan berhemah tanpa campur tangan politik akan membantu mengatasi banyak masalah ketirisan dan kebocoran sehingga menjadi teguran Ketua Audit Negara setiap tahun. "Banyak kakitangan awam yang mengadu bahawa kebocoran, ketirisan dan pembaziran serta amalan rasuah berpunca dari campur tangan ahli-ahli politik yang berkuasa," kata beliau. Mahfuz berharap rakyat bersungguh-sungguh memainkan peranan mengatasi perkara itu. "Amalan rasuah dan penganiayaan kakitangan awam seperti pendakwaan beberapa Ketua Setiausaha kementerian akibat kerja jahat ahli-ahli politik tidak akan berhenti selagi parti perasuah menjadi pemerintah. "Kakitangan awam sendiri mestilah memilih sama ada untuk terus menjadi mangsa seperti yang berlaku ke atas beberapa Ketua Setiausaha kementerian atau memilih era baru dengan usaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan undang-undang yang memastikan kerajaan dihalang dari menganiayai rakyat," katanya. Dalam perkembangan lain, Mahfuz mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada para jemaah haji dan selamat menunaikan ibadan korban sempena Eidul Adha. Harakahdaily/- |
| |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 08 Nov 2011 03:36 AM PST Mufti terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah haji Posted: 07 Nov 2011 08:21 PM PST Petikan Malaysiakini: Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji. Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan. "Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah. "Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini. Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November. Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir. Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru. "Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja. "Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya lagi. | |
Dun Kijang Posted: 08 Nov 2011 03:32 AM PST Mufti Terkejut PM, Rosmah selesai tunai ibadah Haji. Posted: 07 Nov 2011 06:06 PM PST
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.
Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.
"Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.
"Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain," kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.
Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."
Ehmmm.. Haji mabrur ke tak hanya Allah yang Maha Mengetahui.. Kita ni sama je di sisi Allah.. Hamba yang kerdil dan hina. Yang membezakan kita hanyalah iman dan takwa. Yang paling utama, kita sedar siapa diri kita. Tak guna pergi menunaikan haji hanya untuk menyombongkan diri dan takbur, semata-mata untuk mengaburi mata orang lain. Islam itu agama yang indah. Agama Allah swt..
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan