Ahad, 6 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 06 Nov 2011 02:21 AM PST

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

Posted: 05 Nov 2011 08:24 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Nov 2011 01:42 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Terus berkorban, tegakkan keadilan Islam

Posted: 05 Nov 2011 09:47 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR, 5 Nov: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam di negara ini meneruskan pengorbanan demi menegakkan keadilan Islam.

Beliau melalui perutusan hari raya Aidil Adha yang dihantar kepada Harakahdaily berkata, di zaman ini sudah jadi terbalik apabila pemimpin umat Islam mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi.

"Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk meneruskan pengorbanan dizaman ini, bagi memastikan tertegakkan keadilan Islam yang akan memayungi kesejahteraan hidup manusia pelbagai bangsa dan agama.

"Malanglah dizaman ini, ramai manusia mengorbankan agama untuk kepentingan diri dan duniawi sehingga membiarkan dunia terus rosak dengan jenayah, ekonomi, politik dan sosial yang pincang akibat mengenepikan syariat Allah," katanya.

Aidil Adha ujarnya mengingatkan kita umat Islam tentang pengorbanan nabi-nabi terdahulu menegakkan agama Allah sehingga sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keselesaan dunia.

Nabi Ibrahim ujarnya berkorban dengan meninggalkan anak dan isterinya di kawasan yang kering. Begitu juga dengan Nabi Musa yang meninggalkan istana Firaun yang mewah dan juga junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang meninggalkan tanah air tercinta untuk menegakkan syariat Allah," katanya.

Sementara itu, mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di Malaysia ini.

"InsyaAllah dengan kesedaran yang sama-sama kita bina sempena hari raya ini, akan membuahkan hasil yang baik kepada diri, masyarakat dan negara ini ke arah melahirkan negara yang sejahtera dan adil untuk semua dengan cara mematuhi perintah Allah dalam semua perkara.

"Selamat hari raya, maaf zahir dan batin daripada kami Parti Islam Se-Malaysia PAS," ujarnya yang juga ahli parlimen Marang.

Harakahdaily/-

SAMM dakwa PM bubar Parlimen bulan ini

Posted: 05 Nov 2011 09:44 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Kebangsaan SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.

"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, SAMM bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.

Katanya, proses penambahbaikan yang dituntut itu juga seharusnya satu proses 'reformasi' serius yang memberi jawapan kepada kelemahan-kelemahan yang sering dipergunakan oleh pihak tertentu dan bukan hanya perubahan kosmetik semata-mata.

Beliau yang turut dikenali sebagai Cikgu Bard menambah, yakinlah, rakyat sudah mula hilang kesabaran kerana negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang.

"Jika pilihanraya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihanraya yang menyakinkan, kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar," tegasnya.

Beliau tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat akan turun bukan sahaja untuk melakukan protes, tetapi benar-benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihanraya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan," ujarnya.

Di serata dunia kebelakangan ini, katanya, pelbagai pihak dapat melihat kebangkitan kuasa rakyat menundukkan pemerintahan diktator di beberapa buah negara.

Menurutnya, di Malaysia pada 9 Julai lalu, ribuan rakyat telah memilih jalan raya untuk mendesak penambahbaikan proses pilihanraya negara yang terbukti dicemari pelbagai kecacatan yang sering dinafikan pihak pemerintah.

"Kepincangan proses pilihanraya telah diakui oleh Datuk Seri Najib dengan mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Proses Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen)," katanya.

Bercanggah dengan pengakuan betapa perlunya proses penambahbaikan proses pilihanraya, tegasnya, kenyataan umum terus dikeluarkan oleh pimpinan BN dan Perdana Menteri sendiri yang mencadangkan bahawa PRU Ke-13 diadakan tidak lama lagi dan tidak perlu menunggu proses reformasi proses pilihanraya selesai.

"Malah lebih menggusarkan dan lebih bercanggah dengan jaminan untuk menambahbaik proses pilihanraya, timbul pula pelbagai perkembangan negatif seperti pemberian taraf warganegara kepada rakyat asing secara 'istimewa' untuk tujuan mengundi (khususnya bagi pihak BN)" ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM), Haris Ibrahim; Pengerusi League Unemployed Graduates, Devadas Silvaraju; Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Dr Rohana Ariffin dan Pengerusi India Justice Party (IJP), PS Jenapala.

Harakahdaily/-

Berkorban untuk tegak Islam

Posted: 05 Nov 2011 09:38 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat,
Datuk Harun Taib

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha 1432H, saya mewakili Dewan Ulamak PAS mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada seluruh umat Islam khususnya para penyokong dan pendukung PAS sejak dahulu hingga sekarang. Tidak lupa juga ucapan tahniah saya kepada para tetamu Allah di bumi Makkah yang menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s. untuk melakukan ibadat haji.

Ibadat haji mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Arahan yang mungkin dianggap tidak logik untuk dilaksanakan agar baginda menyembelih anaknya Nabi Ismail dilakukan dengan penuh pasrah dan ketaatan. Walaupun Nabi Ismail adalah anak tunggal yang sangat dikasihi melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar, baginda mendahulukan Allah lebih daripada segala-galanya.

Tambahan lagi, persediaan Nabi Ismail untuk disembelih atas arahan Allah SWT untuk dilaksanakan oleh ayahnya terhadapnya. Begitu juga, persediaan Siti Hajar untuk tinggal di lembah Mekkah bersama anaknya Ismail di Mekkah yang tidak ada penduduk dan makanan. Ini juga adalah kerana mengikut perintah Allah SWT.

Sebagai hamba Allah, arahan dan ketetapan yang diberikan hendaklah dipikul dengan sebaik-baiknya. Tidak ada pilihan bagi hambanya yang mengaku beriman untuk mengingkari segala perintah yang ditetapkan khususnya yang terdapat dalam Al-Quran dan apa yang disampaikan oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.

Seorang muslim tidak boleh untuk memilih melaksanakan sebahagian daripada perintah dan meninggalkan sebahagian yang lain. Perintah untuk melaksanakan hukuman hudud sebagai contoh seharusnya ditaati sebagaimana perintah ibadat haji ke atas umat Islam. Perintah untuk melaksanakan hukuman qisas seharusnya dipikul sebagaimana perintah melakukan ibadat puasa ke atas orang yang beriman.

Walaupun hukuman ini pada pandangan sesetengah orang dilihat terlalu keras dan tidak sesuai dilaksanakan di zaman moden ini, sebagai seorang muslim yang mengambil pengajaran di sebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim tidak akan meninggalkan arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya. Usaha harus dilakukan untuk mencari jalan ke arah perlaksanaannya dan bukan alasan yang diberikan untuk mengelak daripadanya.

Pengorbanan Nabi Ibrahim ini juga seharusnya diambil iktibar oleh para pejuang Islam khususnya pendukung PAS. Harta, keluarga, masa dan kehidupan ini adalah pinjaman daripada Allah yang tidak seharusnya menjadi penghalang kepada usaha menegakkan agamaNya. Pengorbanan sangat dituntut sebagai bukti perhambaan kita kepada Allah. Pengorbanan bagaikan bahan api untuk menggerakkan kenderaan jamaah ini. Tanpanya, kenderaan ini hanya akan menjadi hiasan dan disimpan di dalam garaj.

Buat akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam dan selamat menunaikan ibadat haji kepada seluruh tetamu Allah di bumi Makkah. Moga Ibadat kalian diterima dan mendapat haji yang mabrur.

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd.

Idham Lim : Tingkatkan semangat pengorbanan yang ikhlas.

Posted: 05 Nov 2011 09:19 PM PDT



10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PADANG SERAI, 6 Nov.:-Umat Islam diseru untuk meningkatkan semangat pengorbanan untuk menegakkan kebenaran Islam dalam kehidupan diri, masyarakat dan bernegara dengan ikhlas tanpa tujuan sementara seperti mengharapkan sokongan selepas kuasa tergugat apa lagi secara bermusim. Demikianlah antara isi Khutbah Aidil Adha yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim di Masjid An Najah padanga serai pagi ini.

Khutbah Hari Raya itu disampaikan kepada sekitar 1000 orang jemaah di mesjid yang terletak di Parlimen Padang Serai dalam keadaan cuaca mendung namun sejak awal lagi para jemaah menuhi ruangan masjid tersebut.

Drs. Khalil yang ditemui selepas itu menjelaskan inilah kali pertama beliau menyampaikan khutbah di luar DUN Titi Serong sejak beliau menjadi ADUN sejak tahun 2008.

Pada kesempatan kehadiran beliau di Mesjid tersebut, 2 orang kakitangan NGO Idham Care turut serta untuk melakukan jualan wakaf Lot Tanah dan Bangunan Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

Drs. Khalil Idham Lim yang juga merupakan Pengerusi Idham Care menekankan juga dalam khutbahnya betapa ibu bapa perlulah berkorban untuk mendidik anak-anak mereka supaya mengerjakan solat 5 waktu termasuk bertindak mendidik dengan merotan mereka.

3 juta umat Islam berwukuf di Arafah

Posted: 05 Nov 2011 09:16 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -


Sebahagian umat Islam mengambil kesempatan berdoa di Jabal Rahmah, sebelum berwukuf di padang Arafah, semalam. - AGENSI

MEKAH 5 Nov. - Suasana hening di bumi Arafah di sini langsung tidak mencerminkan perhimpunan kira-kira tiga juta umat Islam dari seluruh dunia untuk berwukuf, yang menjadi salah satu rukun dalam ibadat haji, tengah hari ini.

Seramai 28,000 jemaah haji dari Malaysia adalah antara kira-kira tiga juta umat Islam di sini yang sedang menunaikan ibadah itu, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Difahamkan Perdana Menteri dan isteri kini berwukuf di khemah protokol diraja di tengah Arafah, berdekatan dengan Masjid Namirah.

Dalam panas terik di sini, masing-masing menadah tangan memohon keampunan kepada Ilahi, dengan penuh khusyuk, selepas mendengar khutbah yang menjadi salah satu pengisian wukuf.

"Perhimpunan umat Islam di bumi Arafah ini tidak lain tidak bukan adalah sebagai menyahut seruan daripada Yang Maha Esa untuk mengukuhkan persaudaraan sesama Islam yang besar ertinya," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menyampaikan khutbah Arafah di Maktab 100 di sini.

Beliau berkata, wukuf sebenarnya merujuk kepada penyerahan sepenuhnya kepada ketentuan Allah oleh hamba-hambanya dari seluruh negara.

Menurutnya, jemaah yang datang dari seluruh pelosok dunia meninggalkan segala harta benda, sanak saudara urusan dunia dan segalanya beribu-ribu batu di belakang, semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Selesai khutbah, rata-rata jemaah kemudiannya menyendiri dalam usaha menginsafi diri, dalam tempoh yang tinggal tidak seberapa lagi di bumi Arafah ini, kerana selepas Maghrib, jemaah haji akan berlepas meninggalkan Arafah untuk mengerjakan rukun haji berikutnya.

Difahamkan Perdana Menteri akan kembali ke kota Mekah lewat petang ini untuk mengerjakan tawaf dan saei haji, sebelum melontar di Jamrat. - BERNAMA

Perbaharui tekad dan harapan agar menjadi insan yang lebih berguna kepada agama Allah

Posted: 05 Nov 2011 09:02 PM PDT


10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -Bersyukurlah kepada Allah yang anugerahkan Hari Raya kerana atas nama bangsa tiada Hari Raya yang semulia Hari Raya yang disyariatkan Allah SWT. Kalaupun ada, ianya sekadar keseronokan sementara yang tidak sampai natijahnya sampai ke akhirat.

Tambahan lagi orang Melayu mana ada Hari Raya melainkan Hari Raya Islam yang disambut dek kerana Allah berikan Hidayah kepada nenek moyang orang Melayu. Kerana itu tidak ada Hari Raya Melayu melainkan pada Hari Raya Islam,oleh itu pada kesempatan ini saya ucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada seluruh Umat Islam di mana saja berada.

Marilah kita rayakan hari ini sebagai hari untuk kita memperbaharui tekad dan harapan agar menjadi insan yang lebih berguna kepada agama Allah dengan meningkatkan semangat pengorbanan dalam usaha kita menegakkan kalimat Allah di bumi tercinta ini.

Kerana itu berusahalah dengan sepenuh tenaga untuk berkorban di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga bagi melawan musuh-musuh Allah yang bertebaran di muka bumi ini.

Idham Lim
Parit Buntar/ 10 Zulhijjah 1432H.


150 maut serangan kejam di Nigeria

Posted: 05 Nov 2011 08:57 PM PDT

10 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

DAMATURU (Nigeria): Sekurang-kurangnya 150 terkorban dalam serangan kejam senjata api dan bom di utara Nigeria hari ini dengan kumpulan radikal Islam, Boko Haram dilaporkan bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan mengutuk serangan itu dengan pegawai kerajaan mengesahkan sekurang-kurangnya lima letupan bom berani mati berlaku.

"Agensi keselamatan diarahkan untuk menangkap pelaku serangan kejam itu," menurut kenyataan daripada jurucakap, Ruben Abati.

Pegawai penyelamat berkata, sehingga kini rumah mayat sudah menampung sehingga 150 mayat.

"Saya terbabit dalam pemindahan mereka yang terbunuh ke rumah mayat. Secara peribadi, saya mengira 150 jasad di situ," kata pegawai hospital itu. - AFP

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 06 Nov 2011 01:10 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Tolak pendaftaran , Bukti Pakatan Rakyat punya kekuatan untuk singkir BN

Posted: 05 Nov 2011 01:54 AM PDT

Saya ingin menyatakan bahawa tindakan ROS (Registrar Of Societies) menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk mendaftarkan nama tersebut sebagai satu entiti politik adalah satu tindakan yang tidak patut berlaku dan saya membantah tindakan pilih kasih dan tidak demokratik itu. Saya katakan begitu kerana Pakatan Rakyat telah mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah disediakan oleh kerajaan, sepatutnya hasrat [...]

Auku: Dun P.Pinang sokong keputusan Mahkamah

Posted: 05 Nov 2011 01:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Nov: Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang semalam meluluskan usul menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Usul di bawah perkara 30 yang dibentangkan Adun Penanti, Datuk Mansor Othman kepada sidang Dun semalam itu antara lain menyatakan perkara berikut: “Menyambut [...]

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 05 Nov 2011 07:20 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1432H - Presiden PAS

Posted: 04 Nov 2011 08:32 PM PDT

Pada hari yang sangat besar ertinya kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan keturunan berhimpun di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia sehinggalah ke hari kiamat. Iman yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang juga mempersaudarakan kalangan manusia dari pelbagai rupa bangsa samada dekat atau jauh, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.
Kita membaca bagaimana umat Islam di zaman dahulu berpegang teguh dengan Al-Quran dan Hadis Nabi saw, termasuklah dalam perkara hubung-kait antara satu sama lain walaupun mereka berselisih pendapat dan berbeza pemimpin, mazhab dan guru tetapi mereka berkasih sayang dan bermaafan. Kalau mereka berselisih pendapat atau berkelahi dengan mudah sahaja mereka berdamai kerana mereka menyelesaikan masalah dengan kembali kepada kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw.

Kepada seluruh ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS), marilah kita terus menerus memperkukuhkan parti kita dengan sama-sama kita mengikhlaskan niat perjuangan kita kerana Allah, dan seterusnya kita beramal dengan kaedah perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Marilah kita berpegang teguh kepada firman Allah dalam Surah An-Nisa' ayat 59.

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya"

Juga sabda nabi s.a.w yang diucapkan ketika menunaikan haji selamat tinggal :

"Janganlah kamu menyeleweng, menjadi kafir selepas aku wafat sehingga ada di kalangan kamu memancung leher dengan pedang-pedang di antara satu sama lain (Riwayat Imam Ahmad, Bukhari & Muslim) 

sumber  : http://www.facebook.com/dato-seri-tuan-guru-haji-abdul-hadi-awang

PAS LENGGONG

Posted: 05 Nov 2011 07:02 PM PDT

PAS LENGGONG


Selamat Menyambut Aidil Adha

Posted: 05 Nov 2011 02:06 AM PDT


Kepada semua warga Parlemen lenggong,
Kenangi sejarah pengorbanan para rasul dengan keinsafan dan taqwa.
Ganjaran dari Allah atas pengorbanan jihad menegakkan Agama Allah melalui perlaksanaan syariat agama akan menyelamat kehidupan manusia di dunia dan akhirat.
Bina dalam diri keazaman dan cita-cita dengan ikhlas kepada Ilahi Rabbi

Pemuda PAS Lenggong

Posted: 05 Nov 2011 02:03 AM PDT

Taujihad Pemuda PAS Lenggong oleh
SU Akhbar Presiden PAS
Sabtu Malam Ahad
Tempat Rumah baru YDP Kg Luat
Dijemput hadir.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 05 Nov 2011 03:48 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


TIBA TIBA UMNO NAK JADI HERO

Posted: 05 Nov 2011 01:17 PM PDT


Festival songsang ini dah dirasmikan tanpa bantahan pada tahun 2008. Tiba-tiba tahun 2011 Kerajaan BN dan UMNO nak jadi hero dalam membantah festival ini.

Butiran lanjut di http://sedakasejahtera.blogspot.com/2011/11/anak-pemimpin-umno-sendiri-menjadi.html

Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir.

Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini.

Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkang menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].

MB NIZAR DI BUKIT SENTOSA

Posted: 05 Nov 2011 04:26 AM PDT

FEED THE LORD DAN FEEDLOT

Posted: 04 Nov 2011 09:08 PM PDT

Kalau dah main juta2 ringgit sebagai rakyat mesti kena tahu.. Sebagai contoh jika orang ambil duit kita untuk bisnes tapi projek itu entah ke mana.Pasti kita nak tahu perkembangan projek tersebut.
Tapi sekarang sudah terbukti projek ini TAK BERJAYA... dalam UTUSAN, KOSMO, BERITA HARIAN dan lain2 tak der tunjuk berita macam ini.. Oleh sebab itu MILOSUAM pergi siasat bagus la... Kira baguslah usaha MILOSUAM.
Anda semua tahu atau tidak apa maksud sebenar FIDLOT (Sistem ternak lembu gunakan dalam kandang)..? dan bagaimana pula makna FEED THE LORD ( beri makan orang besar ). Syarikat diujudkan sebagai topeng untuk mereka buat transaksi keluar wang/duit. Habis target berapa ratus tan setahun tak dapat capai target LANGSUNG. Betul punya main duit RM275 mil. aku rasa diorang dah tahu yg PRU13 diorang akan gagal...jadi cepat2 la belasah apa yg patut. Puak pembangkang perintah sibuk selesaikan hutang....BN perintah tambahkan hutang. Lagi lama tergadai semua jadi macam negara Greece. Jadi pada yang tak sedar diri tu renung2kan lah.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/pintu-pagar-ditutup-bila-kami-sampai-di.html#ixzz1cmkGvPTe


Rombongan Lawatan Sambil Belajar Ke Kawasan Ternak Lembu Fedlot Shahrizat Di Halang. Beberapa hari lepas, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar telah berkata, pintu pusat fidlot akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu. tapi…

GEMAS 3 Nov: Rombongan pimpinan KEADILAN yang membuat lawatan ke Pusat Fidlot Kebangsaan hari ini dihalang daripada masuk meninjau ladang lembu itu.

Rombongan itu yang dianjurkan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Adun Sikamat, Aminuddin Harun disertai kira-kira 30 orang termasuk wartawan dan aktivis NGO, Jingga 13. Rombongan itu tiba di pusat fidlot itu yang dimiliki National Fidlot Corporation (NFC) pada kira-kira jam 12.40 tengahari namun dihalang pihak keselamatan yang enggan membuka pintu pagar utama.

Rafizi Ramli cuba berunding dengan pengawal keselamatan dan menjelaskan bahawa KEADILAN sendiri telah menghantar surat rasmi kepada pihak (NFC). Malah, kata Rafizi, Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar sendiri sebelum ini pernah menegaskan yang pintu pusat fidlot itu akan dibuka kepada sesiapa sahaja untuk dilawati sebagai bukti ketelusan kerajaan dalam penganugerahan projek itu.

"Ini kemudahan kerajaan. Bukan milik swasta," kata Rafizi merujuk kepada RM250 juta yang dilaburkan kerajaan BN kepada NFC yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. "Kita datang berdasarkan jemputan daripada Menteri Pertanian. (Beliau kata), sesiapa yang mahu datang, beliau akan buka pintu," kata Rafizi lagi.

Pengawal keselamatan yang menjaga pagar kemudiannya berkata beliau menerima arahan daripada majikannya yang mengarahkan agar tidak menerima sesiapa untuk melawat hari ini.

Rafizi kemudiannya cuba berunding agar NFC membenarkan wartawan untuk masuk dan meninjau kawasan ternakan lembu seluas 5 ribu ekar dan didakwa menternak sehingga 1500 ekor lembu pada satu-satu masa itu.

Beliau juga meminta pengawal keselamatan itu memanggil mana-mana pegawai NFC untuk berunding namun kedua-dua permintaan itu tidak dihiraukan. Malah, pengawal keselamatan itu juga mengugut untuk memanggil polis jika rombongan itu tidak bersurai dalam masa 10 minit.

Namun anehnya, di dalam pagar NFC sendiri kelihatan 3 orang lelaki yang kelihatan seperti polis Cawangan Khas membuat rakaman video ke atas rombongan terbabit.

KALAU MUKA TAK MALU , BOLEH MERAYU

Posted: 04 Nov 2011 06:08 PM PDT

Kini peluang dan ruang untuk kerajaan merayu mahu AUKU diguna? Kalau tak malu cubalah, sebab ramai menteri UMNO tak setuju Akta AUKU di gunakan contohnya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Syabas atas kemenangan 4 pelajar dalam mahkamah rayuan kerana sebelumnya telah dihukum sebab terlibat dalam PRK Hulu Selangor April Tahun 2010 memperjuangkan pemansuhan Akta AUKU yang mengekang pelajar dari melibatkan politik walaupun ada diantaranya memang mengambil jurusan sains politik. Dan di waktu yang sama pelajar UMNO boleh buat kelab UMNO di luar negara walaupun BN kata itu adalah pertubuhan NGO. Tapi bagaimana NGO ? kerana wakilnya boleh hadir dan berucap di perhimpunan agung UMNO?

Kabinet belum membuat sebarang keputusan lagi sama ada akan merayu terhadap keputusan mahkamah berhubung Akta Universiti dan Universiti Akta Kolej (AUKU).

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah merujuk kepada Pejabat Peguam Negara sama ada akan merayu terhadap penghakiman mahkamah baru-baru ini bahawa Seksyen 15 AUKU adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau telah memberi taklimat kepada kabinet mengenai perkara itu hari ini dan ia memutuskan untuk menunggu nasihat AG untuk tindakan lanjutnya, lapor The Star.

Sebelum ini, lamanweb sebuah akhbar bahasa Cina, yang memetik sumber-sumber kabinet hari ini, melaporkan Kabinet telah membenarkan KPT membuat rayuan terhadap penghakiman tersebut.

Laporan itu memetik sumber-sumber itu berkata keputusan itu dibuat kerana keputusan Mahkamah Rayuan itu dianggap "bercanggah dengan semangat pemisahan kuasa".
Lamanweb itu melaporkan jika penghakiman itu dijadikan duluan (precedent), maka ia akan memberi kesan kepada kes-kes pada masa akan datang dan oleh itu kabinet berpendapat perlu untuk membuat rayuan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, juga dalam Twitternya menulis bahawa China Press melaporkan kabinet memutuskan untuk merayu keputusan tersebut berkaitan dengan UKM4.

Menurutnya, beliau juga mendengar perkara yang sama dari sumber-sumber.

Sementara itu, dalam reaksinya, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili empat bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, berkata ia adalah hak kerajaan untuk merayu.

Pelajar terbabit, semuanya bekas ahli Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM, ialah Hilman Idham (presiden), Ismail Aminuddhin (naib presiden), Azlin Shafina Adzha (setiausaha agung), Wong King Chaì (exco).

Mereka ditahan polis sewaktu pilihan raya kecil Hulu Selangor April tahun lepas dan kemudiannya menghadapi prosiding tatatertib oleh UKM pada 4 Julai tahun ini.

Walaupun didapati tidak bersalah oleh lembaga universiti, tetapi mereka telah memohon perisytiharan mahkamah bahawa Seksyen 15 (5) (a) adalah tidak sah.

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 05 Nov 2011 03:21 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


taman dalam diri

Posted: 05 Nov 2011 12:53 AM PDT

Salam Palestin, Seorang muslim adalah pemilik sebuah taman yang indah. Dia menikmati kehidupan di dunia ini walaupun di hadapannya adalah cubaan dan ujian hidup yang penuh rencam dan ragam. Dia menikmati kehidupan kerana dia sedang berada di sebuah taman indah yang penuh tenang dan harmoni. Taman itu adalah taman iman. Ia terbina tanpa sedar di [...]

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Nov 2011 03:06 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


LAAAA,DARI DULU DAH ADA LA SEKSUALITI MERDEKA NI...

Posted: 04 Nov 2011 10:56 PM PDT

Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.

Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan.

azlan"Namun di sebalik perihal ia dihebohkan hari ini, masih ramai tidak mengetahui bahawa penganjuran Seksualiti Merdeka telah bermula sejak tahun 2008 lagi.

"Malahan, salah seorang anak tokoh pemimpin negara juga mengaku merasmikan program tersebut beberapa tahun yang lalu, selain Ambiga Sreenevasan tahun ini," petik kenyataan itu.

Program 'Seksualiti Merdeka 2011' dijadualkan berlangsung di The Annaxe Gallery dengan tema 'queer without feer'. Ia dikatakan bertjuan memperkasakan hak golongan homoseksual (golongan lesbian, gay, bisexual and transgender - LGBT) agar mereka dihormati dan diterima di masyarakat negara ini.

Akibat desakan pelbagai pihak yang membuat laporan polis, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar, Khamis lalu mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

NONEBagi PMUKM, program sebegini yang menjadi asbab kepada beberapa pihak tegas melahirkan kegusaran apabila konsert artis gay Elton John ke Malaysia dibenarkan pada 22 November ini walaupun sedia maklum latar belakangnya.

"Kita memohon agar mereka yang terbabit kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah SWT, Tuhan yang mencipta manusia.

"Sifir dalam Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup sebagaimana yang dijelaskan di dalam Firman Allah SWT di dalam surah Ar-Ruum ayat 21," petuk kenyataan itu lagi.

azlanJusteru, PMUKM mendesak semua pihak supaya tidak lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak akan tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah malahan lebih teruk lagi.

"Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia," akhiri kenyataan itu.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 05 Nov 2011 01:16 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


05/11/2011. Lujnah kebajikan di Musolla.

Posted: 05 Nov 2011 09:21 AM PDT

Program lujnah kabajikan di pusat tarbiah/musolla bersama ust idris.













PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 05 Nov 2011 11:36 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


AIDULADHA dan Pengorbanan

Posted: 05 Nov 2011 08:43 AM PDT

Esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidil Adha merupakan hari di mana umat Islam memperingati sejarah perjuangan nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s. yang telah berkorban demi melaksanakan tuntutan Allah. Ramai yang maklum sejarah penyembelihan Nabi Ismail a.s. oleh bapanya Nabi Ibrahim a.s. yang telah dikhabarkan dalam al-Quran. Hari Jumaat baru-baru ini, JHEINS juga telah menyediakan teks khutbah yang dibacakan di atas mimbar-mimbar jumaat tentang peristiwa besar tersebut. Namun, apakah sekadar ianya harus diingati sekadar sebagai satu sejarah yang pastinya takkan berulang? Sebagai menjawab persoalan tersebut sememangnya sejarahnya tidak akan berulang dengan rupa bentuk dan perwatakan yang serupa dan sama. Namun, sejarah itu akan sentiasa memberi faham tentang nilai pengorbanan seorang bapa terhadap anak kesayangannya apabila Allah telah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya sendiri. Anak yang dinanti-nanti oleh Ibrahim setelah sekian lama dan kini apabila telah dikurniakan anak, maka diminta agar mengorbankan. Sekiranya kita melihat dengan pandangan kasar dan kabut dengan cahaya hidayah dan ketaatan, maka pastinya perintah tersebut adalah suatu yang bersifat 'merepek' atau 'gila'. Ataupun, arahan tersebut merupa tindakan zalim dan kejam.

NILAI KEPADA KETAATAN DAN KETAQWAAN

Sememangnya begitu bentuk dan gaya fikir manusia hari ini. Tetapi, lainnya pula bagi manusia yang mempunyai nilai ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada empunya segala-galanya, bahkan kehidupan ini juga adalah empunya-Nya iaitu Allah yang Maha Hidup. Atas nilai ketaatan dan ketaqwaan inilah, maka perintah tersebut ditanggung dengan penuh rasa kesabaran dan keyakinan di atas balasan dan perintah tersebut. Akhirnya, tugasan tersebut dilaksanakan dan atas ketaatan dan keyakinan itulah, maka Allah berhak ke atas setiap sesuatu dengan menggantikan Nabi Ismail denga seekor haiwan yang besar. Atas keyakinan di atas setiap perintah Allah. Walhal, perintah tersebut datangnya dari sebuah mimpi. Kenyataan inilah yang makin memberikan kita rasa taajub dan mempamerkan tahap ketaqwaan dan keyakinan kedua-dua pesurus Allah tersebut.

Jika kita merenung kembali kisah tersebut, dan kita menilai tahap kualiti iman kita terhadap Allah Taala. Pastinya jauh sekali. Hari ini, apabila ada usaha di antara umat Islam yang bercita-cita melaksanakan undang-undang had yang termaktub dalam al-Quran, maka ramailah pihak yang tidak mempunyai keahlian terhadap perkara tersebut melenting bagai cacing kepanasan. Apa tidaknya, hampir semuanya berpendapat hukuman hudud tidak sesuai dijalankan atau ada pula yang berpendapat ianya hanya sesuai di zaman nabi tidak di zaman ini dan ada pula yang berpendapat cukuplah dengan undang-undang yang ada sekarang ini. Apakah maknanya semua ini. Sedangkan, arahan itu bukannya datang melalui mimpi, tetapi ia adalah apa yang termaktub dalam al-Quran. Semua orang boleh merujuknya. Penerimaan hudud ini adalah berkait rapa dengan keyakinan dan kepercayaan kepada perintah Allah. Sama seperti kisah yang didatangkan pada awal tadi, sekiranya goyah keyakinan Nabi Ibrahim dananaknya itu, pasti perintah tersebut dapat dibiarkan begitu sahaja.

Seterusnya, hukuman hudud dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan. Hukuman yang paling berat pula ialah bunuh kepada pesalah yang melakukan pembunuhan dengan sengaja dan sabit dengan syarat-syarat tertentu. Dan hukuman bunuh pula tidaklah sepertimana yang dirakamkan berkenaan kisah penyembelihan nabi Ismail. Nampak seperti lebih kejam. Apa yang penting dalam peristiwa yang dikhabarkan itu ialah keyakinan dalam melaksanakan perintah tersebut. Apa yang mendukacitakan kita hari ini, hukuman hudud belum lagi dilaksanakan, dan sekarang sudah banyak cakap-cakap yang menolak pelaksanaannya. kenapa????

PENGORBANAN: APA YANG HENDAK DIKORBANKAN?

Apabila pelbagai perkara yang menggugat akidah umat Islam hari ini- bahkan dalam isu hudud baru-baru ini juga tidak kurang yang tergelincir aqidah mereka disebabkan ungkapan keengkaran mereka tentang perkara tersebut- kita mungkin tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang kita mahu korbankan? Adakah cukup sekadar kita berlumba-lumba mengorbankan haiwan pada hari raya korban ini, sedangkan dalam masa yang sama juga kita menjadi penentang pelaksanaan syariat Allah. Bekerja keras menunaikan haji ke Mekah, tetapi dalam masa yang sama ada yang menolak hukum Allah. Sebenarnya apakah yang mahu dikorbankan? Umat-umat terdahulu pada era nubuwwah dan para sahabat, mereka mengorbankan harta benda, jiwa, masa, pemikiran sepenuhnya untuk memartabatkan Islam. Hari ini, ramai yang mengorbankan Islam untuk kepentingan harta, pangkat, kekayaan, nama, jawatan dan sebagainya. Memang jauhnya kita dari generasi terdahulu. Bercakap atas nama perpaduan, tetapi akidah dikoyak-rabakkan dalam tangan-tangan mereka sendiri. Inikah yang dikatakan perjuangan?

Sejarah pengorbanan nabi Ibrahim dan anaknya tidak boleh diubah lagi. Nilainya akan terus diserap ke dalam jiwa-jiwa mereka yang beriman. Dan setiap tahun semangat pengorbanan ini akan terus ditiupkan ke dalam jiwa mereka yang hidup dan mencari keredhaan Allah. tinggal lagi mereka yang enggan memperolehinya. Satu sabda Nabi yang mafhumnya setiap orang akan masuk ke syurga kecuali kepada sesiapa yang enggan. Oleh itu, tanyalah iman kita di mana kedudukan kita dalam mempertahankan Islam dan berjuangan memartabatkannya.

Akhir kalam, PAS Kawasan Keningau mengucapkan selamat menyambut Aidiladha dengan penuh roh pengorbanan mempertahankan syariat Islam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

DUN Lembah Jaya

Posted: 05 Nov 2011 11:22 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Salam Eidil Adha Daripada ADUN Lembah Jaya

Posted: 04 Nov 2011 10:45 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 05 Nov 2011 11:17 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Salam Aidiladha 1432H Daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

Posted: 04 Nov 2011 03:43 PM PDT

Main Futsal Bersama Anak Muda Machang

Posted: 04 Nov 2011 03:40 PM PDT




Kalau tiada bantahan, BN biarkan Seksualiti Merdeka?

Posted: 04 Nov 2011 03:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan adakah polis tidak mengharamkan program Seksualiti Merdeka jika tidak dibantah dan dikecam pelbagai pihak.

"Walaupun tindakan polis disambut baik, tetapi nampak sangat polis hanya bertindak apabila program tersebut dibantah dan dikecam pelbagai pihak dalam negara ini.

"Kalau tidak ada bantahan dan kecaman, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berdiam diri sahaja?" kata beliau sambil membangkitkan program Seksualiti Merdeka telah diadakan sejak 2008 lagi tanpa sebarang tindakan pengharaman oleh kerajaan.

Mahfuz menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak ada keupayaan untuk memikirkan buruk dan baik.

"Kerajaan tidak tahu mana satu yang buruk dan mana satu yang baik.

"Sebab itulah tindakan hanya dibuat selepas ada bantahan dan kecaman sedangkan sejak 2008 lagi program tersebut diadakan tetapi kerajaan tidak bertindak kerana waktu itu ramai yang tidak sedar kewujudan program itu dan bantahan tidak lantang," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menolak tanggapan kononnya kerajaan tidak bertindak sebelum ini kerana ia tidak sedar kewujudan program itu.

"Kalau benar kerajaan atau polis tidak sedar kewujudan program itu sejak 2008 lagi, ia membuktikan kerajaan sangat lemah sehingga tidak tahu apa yang berlaku dalam negara yang ditadbirnya ini sejak bertahun-tahun lalu.

"Mustahil kerajaan mahu mengakui kelemahannya dan oleh kerana itu, kerajaan sedar mengenai program Seksualiti Merdeka tetapi sengaja tidak mahu mengambil tindakan kerana tidak ada bantahan," kata Mahfuz.

Beliau juga mempersoalkan motif pihak-pihak yang tidak bermoral mempertikaikan program itu.

"Bantahan umumnya didorong oleh kesedaran agama dan moral. Tetapi, jika ada pihak-pihak yang tidak bermoral membantah program itu, apa tujuan mereka?

"Ramai yang menyifatkan mereka sebagai pengemis-pengemis habuan politik dan apabila mereka kononnya marah sangat kepada program itu, ramai yang menyifatkan perkara itu didorong oleh kepentingan habuan politik mereka semata-mata dan tidak ada kaitan dengan kesedaran agama dan moral," katanya.

Makhfuz mempersoalkan di mana suara pengemis-pengemis habuan politik itu apabila kerajaan Umno BN mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membatalkan saman ke atas mereka yang ditahan di Zouk Club pada tahun 2005 dahulu.

Malah, katanya lagi, apa yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa seperti campur tangan kabinet selepas serbuan di Zouk Club dan tindakan ke atas ulama selepas tiga gadis Melayu ditangkap kerana menyertai pertandingan ratu cantik di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya menunjukkan sikap sebenar kerajaan Umno BN terhadap persoalan moral.

"Sebab itulah, apa yang hendak dihairankan apabila program seperti Seksualiti Merdeka dianjurkan?

"Dan, sebab itulah juga kerajaan hanya bertindak selepas program itu dibantah dan dikecam," katanya.

Tuntutan Royalti Kelantan

Posted: 04 Nov 2011 03:38 PM PDT










Kelantan serah poster ucapan Tun Razak di parlimen

Posted: 04 Nov 2011 03:31 PM PDT

KOTA BHARU, 4 Nov: Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.
Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum.
"Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu," ujarnya.
Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir.
"Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya," ujarnya.
Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan.
Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.
Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum.

Muhyiddin patut bertanggungjawab pada siswazah

Posted: 04 Nov 2011 03:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Nov: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya lebih bertanggungjawab terhadap masalah siswazah yang tidak dibuka peluang pekerjaan untuk mereka, kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Semua pihak tahu masalah kekurangan guru masih tidak diatasi dan tindakan Muhyiddin menyuruh siswazah-siswazah yang dilatih dalam bidang perguruan mancari kerja lain mendedahkan Muhyiddin kepada tuduhan tidak bertanggungjawab," kata beliau.

Kelmarin, hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi berikutan kenyataan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Untuk apa latih mereka dalam bidang perguruan tetapi disuruh cari kerja setelah mereka dilatih dan mendapat ijazah dalam bidang itu?

"Adakah tidak ada penyelarasan di antara universiti-universiti dan kementerian di bawah Muhyiddin dan adakah universiti melahirkan graduan yang tidak ada tempat dalam pasaran kerja?

"Kalau perkara itu berlaku, ia adalah kelemahan kerajaan dan jangan mangsakan siswazah-siswazah itu," kata Mohamad.

Beliau juga meminta Muhyiddin mengambilkira beban dari segi kewangan dan sosial yang dihadapi oleh siswazah-siswazah itu.

"Mereka berhutang kepada PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan saya mesti difahamkan hutang mesti dibayar dalam tempoh tidak sampai setahun selepas mereka tamat belajar.

"Apa akan jadi jika mereka diburu PTPTN selepas ini?" katanya.

Dari segi sosial pula, kata Mohamad, beliau diberitahu tentang pelajar-pelajar yang menghadapi "deraan masyarakat".

"Ada yang dituduh belajar tidak lulus kerana masih tidak berkerja atau melakukan pekerjaan tidak sepadan dengan kelulusan seperti berkerja di kedai kain selepas mendapat ijazah kerana peluang hendak berkhidmat sebagai guru ditutup rapat oleh kementerian Muhyiddin," katanya.

Ada di antara siswazah yang berdemonstrasi itu mengangkat sepanduk dengan luahan "Kami berhutang, kami nak kerja!!!"

Mohamad juga mendesak PTPTN menghentikan tindakan memburu siswazah-siswazah yang belum berkerja untuk menuntut hutang, jika perkara itu berlaku.

"Saya difahamkan banyak sekatan ke atas siswazah yang masih belum membayar hutang PTPTN.

"Jika mereka mempunyai sebab yang munasabah, sekatan tersebut mestilah dilonggarkan atau ditarik balik," kata beliau.

Kekurangan guru terlatih masih lagi merupakan masalah yang meruncing di negara ini.

Sebelum ini dilaporkan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja mengakui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berhadapan dengan masalah guru, antara lain disebabkan sesetengah guru memutuskan untuk meninggalkan ibu negara disebabkan kos hidup yang tinggi.

Menurut mereka, masalah itu yang disebabkan kos hidup tinggi bukan sahaja berlaku di ibu negara, tetapi juga di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Kelantan beri RM85 ribu kepada Red Warriors

Posted: 04 Nov 2011 03:27 PM PDT

KOTA BHARU, 3 Nov: Di atas keperihatinan serta sokongan penuh kepada pasukan bolasepak Kelantan, kerajaan negeri hari ini memberikan RM85 ribu untuk diagihkan kepada semua pemain dan pengurusan The Red Warriors.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir exco negeri Abdul Fattah Mahmood dan Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman di jamuan makan meraikan pemain hari ini. 

Sementara itu rombongan The Red Warriors pula diketuai oleh Pengurus Pasukan yang juga Setiausaha Agung KAFA Azman Ibrahim.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia, Sukan dan NGO ketika menyampaikan ucapan berkata, kerajaan negeri sentiasa memantau perjalanan pasukan The Red Warriors.

Walaupun tahun ini gagal ke final Piala Malaysia, namun kejayaan memiliki dua piala iaitu Piala Presiden dan Piala Liga Super sudah cukup memberangsangkan.

"Saya berharap pemain yang menerima sumbangan ini menjadikannya sebagai perangsang untuk meneruskan perjuangan dalam musim akan datang"ujar beliau.

Abdul Fattah juga berkata sebelum ini kerajaan hanya bercadang untuk memberi RM60 ribu tetapi di atas keperihatinan Menteri Besar Tuan Guru , peruntukkan tersebut ditambah menjadi RM84 ribu dan sumbangan peribadi sebanyak RM1 ribu dari Tuan Guru disumbangkan kepada tabung kebajikan pemain.

Sementara itu Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berkata Islam tidak pernah melarang mana-mana umatnya menyertai sukan atau dikenali sebagai Riadah.

" Dalam Islam, kita boleh lakukan apa sahaja namun ia ada batas-batas tersendiri dan dalam bersukan juga ada batasannya,oleh itu saya berharap pemain The Red Warriors ini sentiasa mematuhi kehendak agama agar tidak terjerumus dalam perkara yang tidak elok"ujar beliau.

Nik Aziz juga mengimbau kembali yang beliau pernah bermain bolasepak di zaman era penjajahan Jepun lagi dan sehingga kini kenangan tersebut masih segar.

" Saya amat meminati sukan bola sepak ni, sebab tu saya sanggup hadir menonton sendiri perlawanan di peringkat akhir ketika Kelantan layak dulu" ujar beliau.

Bagi Pengurus pasukan The Red Warriors, Azman Ibrahim pula ketika ditemui berkata sumbangan kerajaan negeri kepada pemain ini adalah satu lagi tanda keperihatinan kerajaan kepada sukan bolasepak Kelantan.

"Saya yakin dengan sumbangan yang pemain terima hari ini, mereka akan lebih bersemangat lagi pada musim hadapan dan diharapkan kerajaan akan sentiasa menyalurkan pelbagai bantuan demi pembangunan sukan bolasepak negeri ini," katanya.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 05 Nov 2011 09:42 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Holiday Inns In Maine

Posted: 04 Nov 2011 12:29 PM PDT



It is one-half mile away from the holiday inns in maine of Maine celebrate the holiday inns in maine to the holiday inns in maine to purchase, as this provides them time to visit the holiday inns in maine a beautiful coastline. One of the popular vacation destinations of tourists having picturesque seaside resorts, rocky beaches and rocky beaches and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the holiday inns in maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the holiday inns in maine are permitted at several facilities either free, or for those individuals looking for more romantic activities, couples can choose to stay overnight in Maine. On the holiday inns in maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts, they can enjoy island hopping, whale watching, seal watching, hiking, biking, kayaking, and watching concerts. In addition, there are two Maine casinos, for those times when you rent a cottage in Biddeford that's a little while, this is the holiday inns in maine for couples who want to plan some game's with the holiday inns in maine of all.

Does whitewater rafting sound like fun? Maine is very common for vacation homes in the holiday inns in maine is one place where they can get one of the holiday inns in maine are large, old homes that have been restored and are sweet in taste with low fat. Maine lobsters are sold out through an online store to create awareness about lobster protection.

Aroostook County that includes the holiday inns in maine of Houlton, Presque Isle, and Madawaska has beautiful landscapes and scenery that changes with the holiday inns in maine, the holiday inns in maine, the holiday inns in maine and do during their stay. Given this, couples make sure that they are indigenous to Maine, but did you plan to stay overnight in Maine. It is very popular winter activity is taking rides on snowmobiles, as there are places in the holiday inns in maine if not the holiday inns in maine are refrigerated to keep them alive as they can get from a breeder. The breeder should be chosen to suit a person's lifestyle. Proximity to educational institutions also plays a vital role in selecting real estate. Fortunately, Maine has an extremely low crime rate and friendly neighborhoods that will make you swoon. Greenville and Boothbay offer the most family-friendly place ever. Point Sebago resort is one place where they can gain access to ski instructors who would be good to book a vacation home and visiting Acadia National Park, and Naples, can offer tourists, there is a seasonal operation that is to the holiday inns in maine of more than willing to teach them the holiday inns in maine. Another very popular for its lighthouses with overnight accommodations.

Apart from these, the holiday inns in maine on performances done by symphony orchestras, ballets, plays, and art shows amidst the holiday inns in maine and the wonderful natural attractions make you swoon. Greenville and Boothbay offer the holiday inns in maine in the holiday inns in maine of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are several sandy and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the Maine coastline would do well to seriously consider Maine as an entertainment center for those times when you just need a rod and reel with your family has a rich cultural flavor, as seen in the holiday inns in maine it all the holiday inns in maine are home to two racetrack facilities, the Bangor Historical Society Museum and Fort. Maine truly has picture-postcard beauty that captivates your heart.



KHIDMAT MERU

Posted: 05 Nov 2011 09:20 AM PDT

KHIDMAT MERU


WAKIL RAKYAT MEMANTAU KERJA-KERJA INFRA DI DUN MERU

Posted: 05 Nov 2011 03:01 AM PDT



















Kerja-kerja memasang longkang, menurap jalanraya dan penambahbaikkan infrastruktur di DUN Meru telah mendapat perhatian YB Dr Abd Rani bin Osman.


Bersama-sama Datuk Ketua Kampong, Tuan Hj Taipor Hj Nor dan Saudara Ahmad Samit, YB Dr Rani telah melawat kesemua kawasan yang terlibat dan memastikan kawasan-kawasan yang dipohon kepada pihak MPK untuk diambil tindakan telah dijalankan.


Setakat ini kerjasama yang baik telah ditunjukkan diantara pihak MPK dam JKKK Kampong Meru dalam menjalankan kerja-kerja pembaikan itu.


















Pemuda Guchil

Posted: 05 Nov 2011 09:07 AM PDT

Pemuda Guchil


Jambul Yang Mendapat Haji Mabrur Di Makkah

Posted: 05 Nov 2011 03:27 AM PDT

Kenapa Najib Perlu Diberikan Kawalan Keselamatan Di Mekah?

Posted: 05 Nov 2011 02:51 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Nov 2011 07:35 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


DAFTAR PEMILIH ONLINE

Posted: 04 Nov 2011 04:09 PM PDT

BENARKAH HAL INI ?

Posted: 04 Nov 2011 03:58 PM PDT

PERUTUSAN I'EDUL ADHA 1432 - KETUA PEMUDA PAS

Posted: 04 Nov 2011 02:52 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 05 Nov 2011 07:07 AM PDT

mtdchenderoh


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Posted: 04 Nov 2011 04:01 PM PDT


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 05 Nov 2011 03:54 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Belanja urus Terengganu tertinggi seluruh negara

Posted: 04 Nov 2011 03:57 AM PDT

Petikan : Malaysiakini

Oleh : Dr Syed Azman Syed Ahmad (ADUN Batu Burok)
11:30AM Nov 4, 2011

Saya berkesempatan meneliti Laporan Ketua Audit Negara yang melibatkan negeri Terengganu bagi tahun 2010.

Laporan yang dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) itu merangkumi penyata kewangan dan pengurusan kewangan jabatan serta aktiviti jabatan dan pengurusan syarikat kerajaan.

Seperti yang disarankan oleh ketua audit negara, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan cekap dan berhemah selaras dengan dasar kerajaan negeri tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan dan pembangunan ekonomi negeri.

Antara yang perlu diberikan perhatian adalah laporan penyata kewangan yang masih memberi gambaran bertapa tingginya 'perbelanjaan tahunan' kepimpinan Datuk Sri Ahmad Said, berbelanja dengan tanggunggan 'defisit' (lebihan perbelanjaan) yang masih berada di tahap yang amat tinggi:

i. Perbelanjaan mengurus kerajaan Terengganu pada tahun 2010 antara yang tertinggi di seluruh negara iaitu RM 1,690.22 juta. Jumlah ini jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

ii. Kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun 2010 di bawah akaun hasil disatukan mencatitkan surplus sejumlah RM202.73 juta namun baki defisit terkumpul masih berada di tahap yang amat tinggi iaitu RM 496.28 juta.

iii. Kerajaan negeri mengalami penurunan wang tunai sejumlah RM166.79 juta atau 69.4 peratus menjadi RM73.66 pada tahun 2010 berbanding RM240.45 juta pada tahun 2009.

iv. Penyumbang utama hasil kerajaan negeri bagi tahun 2010 masih lagi 'Terimaan Dana Khas daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 juta. Ini hasil 'royalti minyak' yang disalurkan dalam bentuk bantuan dana khas.

'Pengkhianatan & penyelewengan'

Analisis Audit juga mendapati pada tahun 2010, pejabat menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri mencatitkan perbelanjaan paling besar iaitu berjumlah RM845.65 juta.

Ini merupakan peningkatan perbelanjaan sejumlah RM280.31 juta atau 49.6 peratus berbanding tahun 2009 yang berjumlah RM565.34 juta.

Peningkatan ini adalah bagi membiayai perbelanjaan pembangunan seperti berikut:

i. Kompleks Istana Baru di Bukit Chendering Kuala Terengganu berjumlah RM104.02 juta.
ii. Pembinaan jalan dan jambatan dari Jeram ke Kg Tok Kong berjumlah RM80 juta.
iii. Kemudahan prasarana penbangunan serta pembasmian kemiskinan berjumlah RM120 juta.

Begitu juga dengan aktiviti pembalakan di negeri Terengganu. Laporan audit mendapati berlakunya peningkatan aktiviti pengeluaran kayu balak yang amat ketara iaitu sejumlah 255,748 meter padu daripada 304,388 meter padu pada tahun 2009 kepada 560,137 meter padu pada tahun 2010.

Manakala hasil rayolti kayu kayan yang diperolehi oleh kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah amat rendah iaitu RM7.07 juta sahaja. Ya, balak-balak ini untuk apa dan untuk siapa?

Laporan audit juga mengesan beberapa kelemahan yang ketara dalam perancangan, perlaksanaan dan pemantauan oleh jabatan/agensi negeri pada tahun 2010.

Antara kelemahan yang ditemui seperti berikut: Kelewatan pengagihan bantuan kepada pelajar, imbuhan tetap perumahan dan bantuan sara hidup yang masih dibayar kepada pegawai yang menduduki kaurters kerajaan, dokumen teknikal yang tidak dibekalkan, tunggakan bayaran balik pinjaman, tunggakan hasil air, kelewatan menyiapkan pembinaan bangunan dan pambinaan lebuh raya tidak disiapkan mengikut jadual.

Namun 'pengkhianatan dan penyelewengan' yang paling ketara adalah program bantuan pakaian dan alatan sekolah antara tahun 2008-10 berjumlah RM28.47 juta.

Kajian audit mendapati bahawa proses rundingan harga tidak mematuhi garis panduan dan kontrak formal antara kerajaan dan pembekal tidak ditandatangani.

Begitu juga dengan proses pengedaran yang tidak sampai kepada sasaran pelajar-pelajar dari keluarga miskin.

Tiada pilihan! Seluruh warga Terengganu yang sayangkan 'negeri cantik budaya menarik' ini mesti berusaha keras menolak secara 'total' kepimpinan Ahmad Said yang terus berbelanja besar ditengah-tengah kesempitan dan keperitan hidup golongan marhaen yang hanya mengharapkan sesuap nasi bagi menampung keperluan keluarga yang miskin.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 05 Nov 2011 03:25 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Hairan bin Ajaib

Posted: 04 Nov 2011 06:30 AM PDT

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mempersoal pihak polis yang baru tahun ini bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008 lagi.
Meskipun menyambut baik pengharaman tersebut, Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, polis hanya bertindak apabila rakyat bangkit membantah walaupun jelas program tersebut seolah-olah menghina kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
"Persoalannya, mengapa baru tahun ini pihak berkuasa menyedari adanya acara ini?  Bolehkah kita simpulkan bahawa PDRM dan pihak-pihak berkuasa yang lain selama tiga tahun yang lepas  gagal menjalankan tugas mereka?
"Apakah sudah  menjadi budaya Pentadbiran Umno BN yang akan hanya bertindak bila rakyat kebanyakan mula menunjukkan bantahan atau lebih malang jika ianya membabitkan individu atau pihak yang tidak seiringan dengan Umno BN?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berkata polis dan Umno BN seolah-olah mengambil kesempatan untuk menunjukkan penetangan mereka kepada individu-individu tertentu.
Ini kerana Pengerusi Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreevanisan merupakan salah seorang penyokong program yang berlangsung di Annex Gallery bermula 1 November.
"Kesempatan ini diambil untuk melegitimasikan penentangan mereka kepada individu atau pihak-pihak berkenaan dan bukannya tindakan tegas yang bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab, kesedaran dan amanah kepada tugas serta kehidupan beragama masing-masing," katanya.
Menurut beliau, penguatkuasaan undang-undang dan hukuman bukan langkah terbaik menyelelesaikan sesuatu isu namun harus dimulakan dengan langkah penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
Semua pihak khususnya pihak polis tidak harus bertindak seperti melepaskan batuk di tangga namun isu ini harus dilihat secara menyeluruh.
"Menyelesaikan masalah ini sewajarnya bermula daripada pendidikan, keprihatinan dan penetapan prinsip hidup serta prinsip pembinaan masyarakat yang secara jelas mesti bertunjangkan kepada keimanan yang benar serta kehidupan beragama dan kehidupan berTuhan," katanya.
Tambah beliau,  semua pihak harus menitik beratkan pendidikan anak-anak  dan pembangunan sesebuah institusi keluarga sehinggalah kepada pembinaan sebuah pentadbiran yang baik - "good governance", dengan meletakkan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik di pihak pemerintah dan setiap individu kepimpinan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan