Rabu, 2 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH

Posted: 02 Nov 2011 03:34 AM PDT

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) TEMERLOH


PJ PAS Pahang lancar jentera Dun Mentakab

Posted: 02 Nov 2011 02:41 AM PDT



TEMERLOH: Persuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibraim Tuan Man, kelmarin merasmikan pelancaran jentera pilihanraya Dun Mentakab dalam Parlimen Temerloh dekat sini kelmarin.

Parlimen Temerloh adalah antara 14 parlimen dalam negeri Pahang dan mempunyai 3 dun iaitu Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab. Parlimen ini mempunyai potensi untuk dimenangi oleh Pakatan memandangkan pada PRU12 yang lalu calon PKR dikalahkan dengan moriti undi kurang 2000 undi.

Pelancaran tersebut dilancar rasmikan di Bilik Operasi Dun berkenaan, di Bangau. Turut hadir adalah wakil Setiausaha PAS Kawasan Temerloh, Naib YDP dan pimpinan Pakatan Rakyat Temerloh serta ahli exco Jentera Pilihanraya Dun .

Dalam ucapan perasmian Tuan Ibrahim mengingatkan kepada semua organ parti melipatgandakan usaha dan merapatkan saf dengan dapat memberi fokus kepada kerja-kerja kemasyarakatan ke arah meraih sokongan golongan ini agar pilihanraya kali ini dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Majlis berkenaan diserikan dengan pemotongan riben dan penyematan plag tanda simbolik gerak kerja pilihanraya Dun ini dilancarkan.




PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 02 Nov 2011 01:51 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Pembinaan diteruskan...

Posted: 01 Nov 2011 11:30 PM PDT

Pembinaan Kompleks Tarbiyah PAS Kawasan Padang Besar diteruskan seelah agak lama tergendala. Tumpuan utama diberikan untuk menyaipkan tingkat atas dahulu untuk dijadikan pejabat pentadbiran baru PAS Kawasan. Insya Allah... Sumbangan diperlukan...


Pandangan sisi
Pandangan hadapan dari Taman Haz Melati

Tangga ke atas..

Tangga (dari tingkat atas)

Tingkat atas

Bahagian belakang bangunan (Dari tingkat atas)
Masih ada sekitar 2 relung..

Semoga dapat disiapkan menjelang PRU 13...Insya Allah

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Nov 2011 01:41 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Datuk Nala antara tiga angkat sumpah senator

Posted: 02 Nov 2011 01:40 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk S Nalakaruppan adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini.

Nalakaruppan, 65, dilantik buat pertama kali bersama bendahari MIC, Datuk Jaspal Singh, 49, dan ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chiew Lian Keng, 47.

Ditemui pemberita kemudian, Nalakaruppan berkata amanah yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat di negara ini didahului.

Abu Zahar ketika mengalu-alukan anggota baru Dewan Negara itu, berharap mereka dapat memahami lafaz sumpah yang dibuat serta menghayati dan mendukung Perlembagaan negara.

"Saya ingatkan diri saya dan kita semua agar marilah kita semua berazam untuk memartabat dan memperkasakan Dewan Negara sebagai dewan yang bermaruah, dan adalah sia-sia pelantikan ini jika senator tidak berdebat untuk kepentingan negara dan rakyat," katanya.

- Bernama

UKM 4: Najib patut terima keputusan mahkamah

Posted: 02 Nov 2011 01:30 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Datuk Seri Najib Razak perlu menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pihak universiti tidak berhak mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar kerana mencabul hak kebebasan bersuara mereka.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata keputusan mahkamah itu yang mengatakan Seksyen 15 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sebagai tidak sah serta melanggar Perlembagaan Persekutuan, tidak perlu dirayu kerana ia menjadi ujian awal kepada Perdana Menteri yang telah mengaku mahu melaksanakan transformasi politik dan pendemokrasian negara, lapor Roketkini.

Beliau memuji keberanian Hakim Mahkamah Rayuan Hishamudin Yunus dan Linton Albert yang menegakkan kedaulatan undang-undang dan keluruhan Perlembagaan.

Menurutnya, keputusan bersejarah itu penting dan tepat pada masanyanya apabila demokrasi dan hak asasi di Malaysia telah sekali lagi diserang oleh tokoh-tokoh seperti bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dengan kenyataan-kenyataan bahaya mereka yang berbau konspirasi.

"Persoalannya sekarang ialah sama ada Najib dan kabinetnya bersedia untuk melangkah ke depan dengan menyokong keputusan majoriti Mahkamah Rayuan, dengan menunjukkan semangat dan minda pendemokrasian serta transformasi politik," katanya.

Pada 28 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menolak saman pemula yang dikemukakan oleh empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mencabar tindakan tata tertib terhadap mereka kerana didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Empat pelajar tersebut adalah Hilman Idham, Ismail Aminuddhin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chaì.

Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 September tahun lalu yang memutuskan bahawa Seksyen 15 (5) tidak melanggar Perlembagaan.

Seksyen 15 (5) AUKU menetapkan bahawa pelajar universiti tidak dibenarkan menyokong atau membangkang mana-mana parti politik atau apa-apa pertubuhan yang ditetapkan oleh Menteri "sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu".

Kit Siang melontarkan penyataan kepada Najib dan kabinetnya sama ada mereka bersetuju dengan keputusan hakim-hakim Mahkamah Rayuan atau mahu melanggar kata-kata pemimpin kerajaan sendiri yang inginkan perubahan politik yang lebih terbuka dan bebas.

Menurutnya, Najib dan kabinetnya perlu menilai keputusan Hakim Hishamudin Yunus yang menyatakan: "universiti perlu menjadi tempat memupuk reformis dan pemikir, dan bukannya institusi yang melahirkan pelajar yang dilatih menjadi robot".

Beliau juga mahu pemimpin kerajaan Barisan Nasional menghayati keputusan Hakim Linton Albert yang menyatakan bahawa Seksyen 15 (5) sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana pelajar university terpaksa berdepan dengan kemungkinan dipecat dari pengajian semata-mata kerana hadir dalam kempen pilihan raya kecil. – Roketkini.com

Auku: Kenyataan Khaled tak masuk akal

Posted: 02 Nov 2011 01:20 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: PKR menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tidak masuk akal.

"Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan?" tanya pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satui kenyataan.

Katanya, banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.

Apatah lagi, ujarnya Khaled seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai Auku.

"Adakah beliau terlupa tentang timbalan menterinya sendiri, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno?" soalnya lagi.

Nazmi menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar The Star hari ini bahawa Khaled akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.

Khaled dilaporkan berkata:

"Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.

"Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.

"Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…

"Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah."

Nazmi berkata, kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama.

"Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan," ujarnya.

harakahdaily/-

Kenyataan media Pakatan Rakyat Perak

Posted: 02 Nov 2011 01:04 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KENYATAAN MEDIA PAKATAN RAKYAT PERAK
Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat Perak Sempena 1,000 Hari Rampasan Kuasa Kerajaan pilihan Rakyat Perak.

1) Tanggal 6/2/2009 adalah tarikh hitam yang wajib diingat dan ditangisi oleh rakyat Perak khasnya dan rakyat Malaysia umumnya kerana pada tarikh tersebut sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat Perak (dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8/3/2008) telah dijatuhkan melalui kerja-kerja jahat pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

2) Rakyat jangan lupa bahawa pada 25/1/2009 2 orang ADUN Behrang dan Changkat Jering telah hilang tanpa dapat dikesan oleh sesiapa bahkan isteri dan anak mereka pun tidak mengetahui dimana mereka berada. Pada 1/2/2009 pula tiba-tiba ADUN Bota yang telah mengistiharkan keluar BN menyertai PKR secara sukarela juga telah hilang. Ini disahkan oleh isteri beliau yang membuat aduan kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat.

3) Tiba-tiba pada 3/2/2009 ketiga-tiga ADUN yang hilang tersebut dan ADUN dari Jelapang telah ditontonkan kepada umum melalui sidang akhbar oleh Timbalan Presiden UMNO/ Timbalan Perdana Menteri ketika itu – Dato Seri Najib Razak yang juga ketika itu adalah Ketua Perhubungan UMNO Perak, Mereka mengistiharkan keluar PR dan menyokong BN sebagai ADUN-ADUN Bebas.

4) Bukankah ini bermakna kehilangan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah dirancang dan dilakukan dengan arahan 'mastermind' UMNO BN, kemudian berlakulah kerja jahat menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat (PR Perak) dan menggantikan dengan kerajaan yang diangkat melalui proses perbicaraan yang penuh dengan manipulasi yang diatur oleh tangan-tangan ghaib manakala mahkamah pula telah mengambil alih tugas pembentukkan Kerajaan secara kotor dan tidak beradab.

5) Dengan rentetan peristiwa 6/2/2009 tersebut wajib bagi rakyat mengenang dan mengambil iktibar berikut

i) Kerajaan PR pimpinan Dato' Seri Hj Mohamad Nizar Jamaluddin adalah kerajaan yang dibentuk melalui proses demokrasi sihat.

ii) 'Kerajaan' Barisan Nasional pimpinan Datso' Seri Dr. Zambry Kadir adalah 'Kerajaan' pintu belakang yang dibentuk melalui proses-proses kotor termasuk ugutan rasuah, ugutan seks, culik wakil rakyat dan manipulasi mahkamah

iii) Kerajaan UMNO/BN adalah 'democratically illegal' dan meletakkan satu 'precedent' yang bahaya kepada sistem demokrasi Negara. Kuasa telah menjadi milik orang kaya. Menculik, membeli dan mengugut wakil rakyat seolah-olah boleh diterima sebagai 'norm' yang tak perlu benci.

iv) Baik dari segi moral dan agama Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Dato' Seri Dr. Zambry dan barisan Exconya telah melakukan pengkhianatan terbesar kepada rakyat Perak. Kaedah Islam iaitu "redha mungkar adalah mungkar" menggambarkan segala-galanya.

v) Rakyat wajib belajar daripada sejarah hitam ini dan memilih kebenaran dan keadilan melalui proses demokrasi yang sah dan jaminan perlembagaan persekutuan untuk masa depan generasi akan datang. Kedaulatan undang-undang mestilah ditegakkan hatta kepada sesiapapun. Tiada manusia di Negara ini yang mengatasi undang-undang.

6) Besok pada 3/11/2011 adalah hari ke 1,000 'rampasan kuasa' berlaku di Perak. Tarikh ini wajib dikenang sebagai titik hitam dalam sejarah moden Perak. Bangsa yang hebat akan menjadi hebat hanya jika mengambil iktibar daripada sejarah lampau.

7) Melihat ke belakang (retrospectively) Perak telah jauh ketinggalan ke belakang berbanding negeri-negeri Pakatan Rakyat yang maju dan sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak. Negeri-Negeri dibawah Pakatan Rakyat begitu berjaya dalam mengurus ekonomi, menarik pelabur asing, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru dan menjadi negeri-negeri yang banyak program kebajikan. Kenapa negeri-negeri Pakatan Rakyat berjaya ? Jawapannya kerajaan mereka demokratik, telus dan berintegriti.

8) Keyakinan kami InsyaAllah jika Perak juga tidak dirampas kuasa kami mampu mengangkat kemajuan di Perak setanding dengan Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Kenyataan Akhbar oleh
Dr. Haji Khairuddin Bin Dato' Abd. Malik
( Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri Perak )

Israel Ancam Untuk Terus Gempur Gaza

Posted: 02 Nov 2011 01:00 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Rabu, 02/11/2011 – PM Israel Benyamin Netanyahu, Isnin (31/10), menegaskan tidak ada penghentian serangan di sekitar Semenanjung Gaza. Hal tersebut beliau sampaikan dalam sidang fraksi Likud di Knesset. Beliau mengatakan, "Tidak ada perundingan dan pihak tentera akan terus menjalankan aktivitinya.

Sementara itu Ketua Staff Angkatan Bersenjata Israel, Beny Gants, telah memberikan arahan agar melakukan serangan balas secara bertahap atas serangan roket dari Semenanjung Gaza. Dalam konteks berkait,

ketua-ketua daerah Beer Sheba, Asdod dan Ashkelon telah memutuskan untuk menutup sekolah-sekolah hingga hari ini, Selasa (1/11), ketika berlanjutan serangan roket dari Semenanjung Gaza.

Sumber-sumber Zionis Israel menambah bahawa daerah lain di selatan masih menilai situasi untuk mengambil keputusan berkaitan dengan sama ada menutup sekolah sementara atau sebaliknya. Namun begitu sesi persekolahan akan diteruskan seperti biasa di sekolah-sekolah yang terlindung yang terletak pada jarak 7 kilometer dari Semenanjung Gaza.

Palestinkini

25,000 datang, bukti kejayaan Pas

Posted: 02 Nov 2011 12:50 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH – Pas Negeri berjaya memantapkan saf perjuangan mereka dengan kehadiran 25,000 ahli biarpun parti itu berhadapan pelbagai cabaran oleh pihak musuh.

Pesuruhjaya Pas Negeri, Abu Bakar Hussain berkata, perkara itu dapat dilihat ketika penganjuran Sambutan 60 Tahun Pas Peringkat Negeri yang diadakan di Bagan Serai, baru-baru ini.

"Inisiatif Pas Perak mengadakan program ini sangat baik dan bertepatan khususnya dalam suasana dan keadaan yang amat memerlukan kekuatan PAS di Perak pada ketika ini.

"Kita berharap peserta yang hadir dapat mengambil peluang merapatkan ukhuwah dan menaikkan semangat perjuangan agar gerak kerja lebih lancar dan tersusun," kata beliau kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, dalam perkembangan yang sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas 2 Negeri, Misbahul Munir Masduki berkata, program itu menjadi gelombang bagi menawan semula negeri Perak dari Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, kehadiran memang sudah dijangka, dengan beberapa faktor isu-isu terkini selain faktor tokoh yang diundang, rakyat sememangnya sudah benci yang melampau terhadap Umno dan BN.

"Mereka mengharapkan Pas dan Pakatan Rakyat yang akan tampil menerajui kepimpinan negara, Ini terbukti melalui program ceramah oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.

Katanya, dengan sambutan yang hebat seperti itu, sewajarnya Pas kawasan mengambil inisiatif di peringkat masing-masing bagi menganjurkan sambutan 60 tahun peringkat kawasan. Pas negeri sedia membantu dan menyelaraskan sambutan itu.

sinar harian/-

Rakyat wajib kenang 1,000 hari ‘rampasan kuasa’

Posted: 02 Nov 2011 12:45 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.

Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat.

Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak.

"Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi.

Tambahnya lagi, setelah 'kerajaan haram' mengambil alih negeri Perak, negeri ini ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak.

"Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam itu sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU 13 nanti.

Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1,000 hari 'rampasan kuasa' Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

harakahdaily/-

Solat sebelum tetak isteri

Posted: 02 Nov 2011 12:30 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SANDAKAN: "Suami sempat mencium tangan dan memohon maaf atas semua kesilapannya sebaik selesai mengerjakan solat Isyak sebelum menetak dan menikam saya dengan parang," kata Amah Mohd Ali, 36, isteri kepada lelaki yang ditahan polis selepas 'mengamuk' di Kampung Mangkalinau, Ahad lalu.

Amah berkata, suaminya mula bersikap pelik selepas mengamalkan ajaran sebuah buku dipercayai dikirimkan seorang 'tok guru' dari Filipina.
"Saya juga melihat suami membaca pelbagai 'bacaan' panjang setiap kali menunaikan solat wajib.

"Selain itu, dia juga suka menyendiri dan menangis tiba-tiba serta mendongak ke langit seperti memikirkan sesuatu," katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Duchess Of Kent (HDOK), di sini, semalam.

Katanya, serangan suaminya itu menyebabkannya menerima beberapa jahitan di kepala dan belakang rusuk selepas ditikam menggunakan parang.

metro/-

Pendatang Yahudi bakar 2600 pohon zaitun rakyat Palestin

Posted: 02 Nov 2011 12:15 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Rabu, 02/11/2011 – Jawatankuasa Pertanian Palestin (PARC) berkata bahawa pendatang-pendatang Yahudi membakar 2600 pohon zaitun milik warga Palestin dengan menganggarkan kerugian sebanyak 156000 dollar.

Jawatankuasa itu berkata dalam laporan bulanan yang dikeluarkan pada Isnin bahawa rakyat Palestin kerugian lebih kurang 3.5 batang pohon zaitun pada setiap jam samaada dibakar atau dimusnahkan.

53% kerugian dikenalpasti dialami di wilayah Nablus diikuti oleh wilayah Salfit sebanyak 24%, di mana kebanyakan serangan dilakukan oleh pendatang yang sebahagiannya bekerjasama dengan tentera rejim Israel.

Palestinkini

Dua Pejuang Terbunuh di Selatan Gaza

Posted: 02 Nov 2011 12:00 AM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Rabu, 02/11/2011 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan Tentera Udara Israel (IAF) telah mengebom sebuah kawasan di bahagaian selatan Semenanjung Gaza pada hari Ahad, membunuh dua orang pejuang rakyat Palestin. Kejadian yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini telah menyebabkan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh di Gaza sejak hari Sabtu meningkat kepada dua belas orang.

Tentera Israel membuat kenyataan bahawa jet pejuang mereka telah melepaskan serangan peluru berpandu ke atas sekumpulan pejuang selepas mereka melancarkan serangan ke Negev Barat, tepat mengenai sasaran.

Tentera tersebut menambah bahawa pejuang-pejuang tersebut telah melepaskan enam serangan mortar ke Israel pada hari Ahad, dan menuduh penentangan yang berlaku di Gaza meningkatkan lagi ketegangan.

Sumber perubatan di Gaza mengesahkan bahawa dua pejuang dari sebuah kawasan di bahagian selatan Semenanjung Gaza telah terbunuh selepas menjadi sasaran serangan peluru berpandu pihak Israel. Mereka telah dikenal pasti sebagai Yousef Abu Abdo dan Ali Al Aqqad; kedua-duanya berasal dari Khan Younis.

harian metro/-

Gambar Najib tidur masa CHOGM memalukan

Posted: 01 Nov 2011 11:40 PM PDT

15 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 2 Nov: Memalukan apabila sebuah portal berita berpengaruh Indonesia menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidur semasa Persidangan Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia minggu lalu.

Laporan AntaraNews.com bertajuk "Pengadilan Malaysia menentang larangan berpolitik mahasiswa" itu menyiarkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes empat mahasiswa UKM yang memutuskan Akta Universiti Dan Kolej (AUKU) bertentangan dengan perlembagaan, lapor KeadilanDaily.

Namun gambar Najib yang tidur ketika CHOGM menghiasi laporan itu seolah-olah memperli dan memperlekeh perdana menteri.

Imej tidur ketika menghadiri mesyuarat atau sesuatu persidangan penting sinonim dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah menyebabkan BN mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum 2008, apabila lima negeri tumbang kepada Pakatan Rakyat.

Najib mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu yang dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II, yang juga Ketua Komanwel pada Jumaat lepas.

Beliau adalah antara 53 ketua-ketua kerajaan yang menghadiri mesyuarat tiga hari itu yang berakhir pada Ahad, dengan bertemakan "Membangun Ketahanan Nasional, Membina Ketahanan Global", dengan sub-tema "Wanita Sebagai Agen Perubahan".

harakahdaily

Parlimen Tolak Usul Potong Gaji Perdana Menteri

Posted: 01 Nov 2011 11:30 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Rabu menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) bagi memotong sebulan gaji Perdana Menteri sebanyak RM22,826.65.

Penangan rompak RM20

Posted: 01 Nov 2011 09:40 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA - Hanya kerana merompak RM20 serta sebuah telefon bimbit daripada dua warga Myanmar, dua sahabat terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam tahun.

Kedua-dua mereka turut dikenakan hukuman tiga kali sebatan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini semalam.

Tertuduh, Hairol Abu Bakar, 25, dan Abdul Karim Musa, 33, mengaku bersalah bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan ke atas dua lelaki Myanmar, Tun Naing Win, 33, dengan mengambil wang tunai RM20 serta Thet Naing Soe, 26, dengan me­ngambil telefon bimbit Sony Ericsson.

Hairol dari Taman Tanjung Minyak Utama dan Abdul Karim dari Taman Rambai Jaya, melakukan kesalahan itu di Ayer Keroh Heights, kira-kira jam 10.15 pagi pada 18 Oktober 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum bawah Seksyen 395 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Timbalan Pen­dakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah mengenakan hukuman berat demi kepentingan awam memandangkan jenayah samun dan merompak sering berlaku dan dilihat semakin menjadi-jadi.

Selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua belah pihak, Ahmad Sazali kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam tahun dari tarikh ditangkap iaitu pada 20 Oktober 2011 serta tiga sebatan.

sinar harian/-

Dasar pendidikan tidak konsisten

Posted: 01 Nov 2011 09:30 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM – Corak pendidikan tidak konsisten dengan memperkenalkan pelbagai dasar baru setiap kali peralihan kuasa mengganggu kelancaran dasar pendidikan dan merugikan banyak pihak.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bukti jelas kelemahan kerajaan memerintah dan perselisihan ini perlu ditangani segera.

"Kontroversi berpunca dasar pendidikan bercelaru dan tidak konsisten. Rakyat melihat, apabila Menteri Pelajaran bertukar, pelbagai dasar baru diperkenalkan dan me­nimbul­kan masalah.

"Dasar yang berubah mencerminkan pemerintah yang menjalankan dasar tidak melakukan kajian mantap dan tersusun. Ini menyebabkan kerugian terhadap pembinaan generasi negara selaras keperluan dan memberi kesan kewangan negara," katanya.

Beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab dan perlu berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

"Masalah boleh diatasi sekiranya kerajaan sepakat dalam menetapkan keputusan supaya dapat memulihkan keadaan dan memberi keselesaan kepada pelajar meneruskan pembelajaran.

"Ibu bapa perlu mendapat keputusan jelas dan adil mengenai perkara ini," katanya.

Terdahulu, pada Julai 2002, mesyuarat khas jemaah menteri ketika era bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memegang tampuk pemerintahan, meluluskan dasar baru PPSMI dan ia diperkenalkan berperingkat mulai tahun satu bagi sekolah rendah, tingkatan satu dan tingkatan enam rendah bagi sekolah menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI peringkat sekolah menengah bermula Januari 2007, sementara sekolah rendah pada Januari 2008.

Julai 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PPSMI dimansuhkan 2012. Bagaimanapun, polemik masih berterusan hingga hari ini.

sinar harian/-

Ketua PKR Rantau Panjang bebas tuduhan rasuah

Posted: 01 Nov 2011 09:27 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ketua PKR Rantau Panjang Mohammad Agos Mohd Noor dan seorang ibu tunggal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada tuduhan menerima rasuah RM50,000 berhubung pemberian anugerah 'Dato' Diraja' tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Ariffin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap setiap pertuduhan yang dihadapi Mohammad Agos dan Nor Azimah Jamaludin.

Mohammad Agos, 52, didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010, daripada Izuldin Hani Mohd Noor di Restoran McDonald's, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati di sini, pada 8 Disember tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah Dato' Diraja daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia Long Yunus Negeri Kelantan.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah Dato' Diraja sedangkan ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani menyerahkan sekeping cek Public Bank Bhd cawangan Jalan Raja Chulan bernilai RM50,000 bertarikh 7 Disember 2010.

Nor Azimah pula didakwa menerima suapan itu mengikut Seksyen 16(a)(AA) Akta SPRM yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Nor Azimah didakwa menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan mangsa untuk mempercayai dia (Nor Azimah) boleh mendapatkan anugerah itu padahal ia tidak sah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan tertuduh itu mendorong Izuldin Hani menyerahkan cek berkenaan.

Mohamad Agos dan Nor Azimah diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa.

Seramai 22 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.

- Bernama

Rakyat cerdik, tak 'makan' putar belit Umno

Posted: 01 Nov 2011 09:20 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MELAKA, 2 Nov: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno BN berada dalam keadaan nazak sekarang.

Katanya, cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'racist, religion, royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.

Ini, katanya kerana rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka.

"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno BN.

"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu rakyat, rakyat sudah cerdik," ujar Mohamad.

Beliau berkata Umno BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi.

"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap," tambahnya.

Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.

"Umno BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin yang mereka boleh beli dan beri benda serta duit," katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Majlis Makan Malam PAS Negeri Melaka sempena Sambutan 60 Tahun PAS malam tadi di Jalan Bukit Baru-Duyong.

Turut berceramah bersama beliau pada program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Majlis yang berlangsung dalam hujan tersebut menarik lebih dari 2,000 orang walaupun keadaan tapak program tersebut becak digenangi air.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 malam lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikitpun melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR.

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat.

Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir.

Difahamkan program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi mengganggu program makan malam ini dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka, Zulkifli Noordin pun tidak hadir.

Orang ramai menyifatkan program makan malam itu berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi.

Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

harakahdaily/-

Libya pilih Perdana Menteri baru

Posted: 01 Nov 2011 09:00 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

AL-KEIB (kiri) bersama Abdel Jalil selepas pengundian memilih pemimpin di Tripoli, kelmarin.

Pemerintah sementara lantik ahli teknokrat ketuai negara

TRIPOLI: Pemerintah sementara Libya kelmarin melantik seorang pakar teknokrat dan ahli perniagaan untuk mengetuai kerajaan peralihan ketika Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menamatkan kempen udara yang membantu menggulingkan bekas pemimpin, Muammar Gaddafi.

Abdel Rahim al-Keib yang juga penduduk asal Tripoli, dilantik sebagai Perdana Menteri dalam undian yang dijalankan di kalangan anggota Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Al-Keib yang tidak begitu dikenali sehingga kini, adalah ahli akademik yang pakar dalam kejuruteraan elektrikal. Dia mengalahkan empat calon lain selepas meraih 26 daripada 51 undi.

"Ini membuktikan rakyat Libya mampu membina sendiri masa depan mereka," kata pengerusi NTC, Mustafa Abdel Jalil, selepas undian tamat.

Al-Keib juga seorang ahli perniagaan berjaya menghabiskan masa berdekad di luar negara sebagai penentang Gaddafi sebelum menyertai revolusi pro-demokrasi yang menyaksikan penyingkiran pemimpin itu. Dia turut memberi sumbangan kewangan besar kepada NTC.

"Sudah tentu aspek utama programnya ialah menstabilkan negara, fail keselamatan dan tentera, yang akan dikawal Kementerian Dalam Negeri. Al-Keib juga menjanjikan untuk menyediakan keperluan asas rakyat Libya," kata ketua hal ehwal politik NTC, Fathi Baja.

Awal kelmarin juga, ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, melakukan lawatan singkat ke Tripoli dan berkata dia melihat tiada lagi tugas besar bagi pakatan itu di Libya beberapa jam sebelum misi udaranya berakhir secara rasmi.

"Pada tengah malam ini, satu lagi kejayaan NATO dalam sejarah akan berakhir. Namun, anda juga sudah mula menulis bab baru dalam sejarah Libya," katanya.
Rasmussen bergegas untuk mengadakan rundingan secara langsung di Hotel Rixos tetapi kemudian berpeluang bercakap mengenai masa depan negara itu dengan sekumpulan 60 pemuda Libya.

Lawatan dibuat tujuh bulan selepas kuasa Barat membedil bertalu-talu peluru berpandu pertama terhadap tentera Gaddafi dalam serangan udara yang membantu menumbangkan pemerintahan pemimpin veteran itu.

Zon larangan terbang dan halangan laut, dikuatkuasakan oleh NATO sejak 31 Mac lalu dan berakhir satu minit sebelum tengah malam kelmarin waktu Libya, seperti yang ditetapkan oleh resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu, menamatkan mandat misi pakatan itu.

Operasi NATO ditamatkan walaupun Abdel Jalil meminta pakatan itu kekal sehingga akhir tahun ini, dengan amaran puak yang setia kepada Gaddafi masih memberi ancaman.

Bagaimanapun, NATO menyifatkan penduduk awam selamat daripada serangan selepas rejim baru Libya mengisytiharkan pembebasan negara itu berikutan kematian Gaddafi dan kejatuhan bandar kelahirannya, Sirte, 30 Oktober lalu. – AFP

Kerajaan UMNO BN Sudah Lama Bersekongkol Dengan Israel

Posted: 01 Nov 2011 08:40 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai 'udang disebalik batu'.

Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia.

Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut.

"Saya hanya meminta Menteri untuk menjawabp benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal.

Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, "The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade in this continent."

"Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini," dakwa beliau.

Menurut Er selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis, namun hakikatnya mereka yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel.

Er berkata isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia, memandangkan seantero dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin.

Jelas beliau, Malaysia dilihat vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel, malah negara kita aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

"Kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza," katanya yang juga wakil rakyat dari DAP.

KELAB GREENBOC/-

Mesin hemodialisis tidak cukup

Posted: 01 Nov 2011 08:30 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SUNGAI SIPUT (U) – Hospital Sungai Siput (HSS) memerlukan empat lagi tambahan mesin hemodialisis bagi menampung keperluan pesakit yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Sehingga kini hanya terdapat seramai 35 pesakit yang dapat menikmati kemudahan berkenaan, manakala 17 lagi pesakit diletakkan sebagai senarai menunggu kerana mesin disediakan tidak mencukupi.

Pengerusi Lembaga Pelawat HSS, Lau Fong Cheong berkata, bangunan yang menempatkan mesin-mesin berkenaan baru sahaja selesai melalui proses naik taraf dan pelebaran.

Menurutnya, terdapat lapan mesin hemodialisis ditempatkan di bangunan berkenaan dan kini mempunyai lebih ruang untuk tambahan.

"Dengan jumlah mesin sedia ada, ia memang tidak mencukupi untuk membantu dan memberi perkhidmatan kepada semua pesakit.

"Jadi kami ahli Lembaga Pelawat prihatin terhadap keperluan dan permintaan pesakit supaya dapat membantu mereka menggunakan mesin berkenaan.

"Kami berterima kasih kerana pelebaran bangunan telah dibuat dengan kos sebanyak RM200, 000 dan kini ia lebih selesa.

"Ruang yang dilebarkan mencukupi untuk menempatkan lagi empat mesin baru dan sehingga kini pesakit terdiri daripada pelbagai kaum termasuk orang asli," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena lawatan Umno Bahagian Sungai Siput dan MIC Bahagian sungai siput menyampaikan sumbangan Deepavali, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah HSS, Dr. Mohd Zamri Md Ali dan Ketua MIC Bahagian Sungai Siput, R Ganesan.

Menurut Fong Cheong, pesakit amat memerlukan mesin berkenaan kerana kos yang diperlukan jika mendapatkan rawatan daripada hospital luar adalah sangat tinggi berbanding di hospital kerajaan.

"Kerana mesin tidak mencukupi, pesakit yang diletakkan pada senarai menunggu terpaksa ke hospital swasta dan kosnya mencecah RM250 hingga RM350 untuk satu sesi, sedangkan di hospital kerajaan hanya memerlukan RM13 sahaja.

"Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM180 dan kita memberikan keutamaan kepada pesakit yang memerlukan," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan HSS akan mengadakan kempen cara Hidup sihat pada 10 Disember depan bagi memberi pelbagai pendedahan kepada orang ramai dan pesakit mengenai pelbagai info kesihatan.

sinar harian/-

Kesesakan melampau di Lembah Klang jika tiada MRT

Posted: 01 Nov 2011 08:20 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Malaysia akan berhadapan dengan kesesakan trafik yang teruk jika aliran transit massa (MRT) tidak tersedia menjelang 2020, kata Datuk Seri Idris Jala, ketua pegawai eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu).

"Jika kita tiada MRT, saya jamin menjelang tahun 2020, bandar ini (Lembah Klang) akan sesak teruk," kata beliau dalam taklimat media bersempena dengan siapnya 12 bulan pertama Program Transformasi Ekonomi.

Beliau berkata tiada bilangan bas akan menyelesaikan masalah trafik bandar, dan Malaysia memerlukan modus operandi yang berbeza sebagai penyelesaian.

Idris berkata beliau menghabiskan masa selama 15 minit setiap hari di Twitter untuk memberi respon kepada komen orang ramai mengenai ETP, sambil menambah kebanyakan rungutan ialah mengenai pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas dan keretapi Komuter KTM.

Beliau berkata orang ramai masih lagi belum sedar mengenai usaha-usaha kerajaan untuk memperbaiki sistem pengangkutan jalan raya, sambil memberi contoh tempahan untuk keretapi dan bas baharu serta menghias semula perhentian bas di Lembah Klang.

"Segala-galanya telah dilakukan dan orang ramai masih lagi merungut kerana jawapannya bergantung dengan MRT," tambah beliau.

Bagi mengurangkan kos, Idris berkata Malaysia telah belajar dengan menderaf pembangunan MRT termasuk dari Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

- Bernama

Festival Seksualiti Merdeka

Posted: 01 Nov 2011 08:20 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Dewan Pemuda PAS mahu penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 — acara tahunan diadakan sejak 2008 — agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama.

Justeru Ketuanya Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sayap parti Islam itu juga sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini yang menjadi polemik sekarang.

"Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masalah," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat yang terdiri daripada pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina. Ia dianjurkan oleh sekumpulan gabungan longgar pertubuhan bukan kerajaan, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Program festival itu, termasuk forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan berlangsung mulai semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery di sini. Ia dijadualkan akan dirasmikan oleh bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan pada 9 November.

malaysian insider/-

Festival Seksualiti: Jangan tunggu laknat Allah

Posted: 01 Nov 2011 08:00 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Nov: Festival Seksualiti Merdeka 2011 (Queer without fear) yang sedang berlangsung mulai semalam sehinggalah 13 Okt 2011 merupakan bukti terbaru kecelaruan identiti dalam kalangan belia semakin meruncing dan berada pada tahap yang membimbangkan umat Islam.

Demikian kata Ketua Wanita dan Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Norsaleha Mohd Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pada minggu lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan dakwaan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman tentang 6 juta belia Malaysia yang mengalami krisis identiti.

"Dakwaan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada akhbar arus perdana termasuklah juga perbagai saluran radio dan televisyen yang mengupas isu ini dengan menjemput berbagai-bagai tokoh belia menjawab dan mengupas isu kecelaruan identiti ini," katanya.

Ini, ujarnya menunjukkan wujud usaha yang secara sengaja dan terancang sedang bergerak secara rancak mempromosi idea liberalisasi dan normalisasi dalam kalangan masyarakat melalui aktiviti kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual secara terang-terangan di Malaysia.

Katanya, kumpulan itu bergerak secara berani dan terang-terangan melalui slogan human right (hak asasi manusia).

Justeru, tambahnya Isma berharap pihak berkuasa mengambil cakna kepada bahaya yang sedang menanti semua lapisan masyarakat.

"Jangan kita tunggu laknat Allah Taala turun kepada seluruh penduduk Malaysia barulah kita membuka mata dan sedia untuk mengkaji semula lesen yang diberikan," ujarnya .

Isma juga, katanya menyeru kepada masyarakat Malaysia yang berbilang-bilang agama dan etnik untuk beramai-ramai menolak budaya songsang yang dibawa oleh golongan itu.

Beliau menambah, budaya songsang ini tidak pernah menjadi ajaran mana-mana agama termasuklah ajaran Kristian, Hindu, Buddha.

Jelasnya, Islam sebagai agama yang mempunyai paling ramai penganutnya di Malaysia menolak sekeras-kerasnya budaya songsang yang tidak bertamaddun itu.

Katanya, kegilaan kepada budaya gay, lesbian, pengkid dan kebebasan seks ini bukan sahaja ancaman kepada anak-anak dan generasi akan datang tetapi bahaya yang telah melanggar jati diri negara yang tertegak di atas nilai-nilai agama dan moral yang tinggi.

"Sekiranya budaya ini tidak dibanteras sekarang, tidak mustahil suatu masa nanti rakyat Malaysia berkemungkinan mempunyai Perdana Menteri daripada golongan gay atau Perdana Menteri yang merupakan anak bukan sah taraf.

"Apakah itu yang kita mahu,? soalnya.

harakahdaily/-

Pelancong Britain terperangkap dalam monorel

Posted: 01 Nov 2011 07:30 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.

Kali kedua

"Walaupun terperangkap di dalam gerabak selama 20 minit, kami sama sekali tidak panik. Malahan, saya dapati anggota penyelamat begitu ramah dan profesional dalam menjalankan tugas mereka," katanya.

Ini merupakan kali kedua sistem monorel bernilai hampir RM15.9 juta di sepanjang Sungai Melaka ini terhenti perkhidmatan.

Tahun lalu, seramai 20 penumpang turut terperangkap di dalam gerabak monorel berkenaan apabila ia terhenti kira-kira 100 meter dari Stesen Hang Jebat.

Sistem monorel sepanjang 1.6km itu dilancarkan Oktober tahun lalu.

Bagaimana, sejurus pelancaran, perkhidmatannya digantung sementara berikutan beberapa masalah teknikal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari, iaitu pengendali perkhidmatan itu, Nazry Ahmad berkata, kejadian semalam disebabkan masalah pam pada salah satu pintu gerabak.

Menurutnya, sistem monorel berkenaan secara automatik akan menghentikan operasi apabila pintu gerabak tidak ditutup.

"Kita mengganggap ini satu masalah kecil sahaja. Perkhidmatan telah bersambung semula jam 3.30 petang selepas kerosakan berkenaan diperbaiki," katanya.

Difahamkan, tambang kedua pelancong Britain berkenaan juga telah dikembalikan kepada mereka, selain mereka turut ditawarkan tiket percuma untuk menaiki Menara Taming Sari.

Difahamkan juga pihak pengendali perkhidmatan monorel itu turut menghantar notis memohon maaf serta cenderamata kepada pasangan berkenaan.

malaysiakini/-

Kenderaan meletup, 7 maut, 225 cedera di China

Posted: 01 Nov 2011 07:20 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

BEIJING 2 Nov. – Dua kenderaan yang membawa kira-kira 70 tan bahan letupan meletup menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh maut, 225 cedera dan beberapa bangunan musnah di barat daya China, semalam.

Jumlah korban akibat kejadian yang berlaku di bandar Fuquan di wilayah Guizhou itu disahkan oleh seorang jurucakap pihak berkuasa.

Pihak berkuasa dan media bagaimanapun tidak menyediakan laporan lengkap mengenai kejadian yang berlaku pada pukul 12 tengah hari waktu Malaysia itu. – AFP

Tidak guna mesin sejak dibeli

Posted: 01 Nov 2011 07:00 PM PDT

5 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM - Laporan Ketua Audit Negara 2010, mendedahkan lima unit mesin autoklaf bernilai RM65,000 yang dibekalkan di klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di beberapa daerah tidak dipasang dalam tempoh ditetapkan.

Antara klinik LPPKN terlibat adalah di Dungun, Ampang, Klang, Bentong dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Laporan itu menyebut, kelewatan pemasangan autoklaf telah menyebabkan peralatan tidak dapat digunakan dan telah luput jaminan.

"Pada pandangan Audit, LPPKN perlu menyegerakan pemasangan mesin autoklaf di lima klinik tersebut, supaya perkhidmatan kepada pelanggan tidak terjejas," katanya.
Mesin autoklaf digunakan untuk menghapuskan kuman pada peralatan perubatan di klinik LPPKN.

Laporan juga mendedahkan lawatan Audit pada bulan November dan Disember 2010, mendapati enam daripada 39 mesin autoklaf bernilai RM78,000 yang telah dibekalkan bagi tahun 2007 hingga 2008 di klinik LPPKN Tanjung Malim, Bidor, Kampar, Taiping, Mentakab dan Kuala Terengganu telah digunakan dalam tahun 2010 sebelum mendapat sijil pentauliahan.

"LPPKN hendaklah memastikan mesin autoklaf mempunyai sijil pentauliahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja bagi menjamin keselamatan pekerja yang menggunakan peralatan berkenaan," katanya.

Menurutnya, 31 jenis pe-ralatan perubatan tidak digunakan di Klinik LPPKN antaranya di Kampar seperti alat pembuka mulut, Sri Manjung seperti katil pemeriksaan, Kuala Terengganu adalah katil gynae dan Klang iaitu dulang besi tahan karat.

Selain itu, semakan Audit mendapati syarikat yang dilantik membekalkan kontraseptif dan ubat rawatan kesuburan bernilai RM1.43 juta tidak dibuat secara berterusan dan mengakibatkan LPPKN Johor dan Pulau Pinang menunjukkan trend permintaan yang tinggi terhadap kontraseptif loette iaitu masing-masing 12.9 peratus dan 11.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penggunaannya pada tahun 2009 tetapi tidak dibekalkan pada tahun 2010.

"Pengagihan kontraseptif tidak ikut keperluan klinik LPPKN menyebabkan stok berlebihan berjumlah RM192,574 telah tamat tarikh luput dan dilupuskan pada 2009 hingga 2010.

"Pelupusan stok melibatkan LPPKN Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang, Kedah, Johor, Melaka, Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak," katanya.

Menurutnya, pada keseluruhannya, pengurusan peralatan dan bekalan kontraseptif di LPPKN tidak diuruskan dengan baik dan pihak Audit mengesyorkan LPPKN mengambil tindakan segera untuk menambah baik pe­ngurusan peralatan peruba-tan dan bekalan tersebut.

sinar harian/-

Salam Perjuangan

Posted: 01 Nov 2011 11:19 PM PDT

Salam Perjuangan


PAS KECAM KENYATAAN ANGKUH TPM

Posted: 01 Nov 2011 12:46 AM PDT

4 Dzulhijjah 1432 H | 1 November 2011

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'syok sendiri' Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Barisan Nasional sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah 'dimalukan' oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah melondehkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius.

Selain itu juga, penyelewengan berterusan di dalam pengagihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan Barisan Nasional turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Nagara.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat lelucon terbaru Muhyiddin adalah agenda penerusan penafian kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional seperti yang telah didedahkan oleh Pemuda PAS sebelum ini.

Kejayaan Kerajaan Kelantan memerintah hampir 22 tahun tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, dan kejayaan Kerajaan Kedah mengurus negeri secara berhemah telah mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara.

Begitu juga dengan kejayaan Kerajaan Selangor menguruskan kewangan negeri sehingga telah menambah aset dan simpanan negeri dan kejayaan Kerajaan Pulau Pinang mengurus tadbir negeri secara telus dan cekap adalah pembuktian yang terbaik yang menunjukkan kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini.

Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sudah tiba masanya Rakyat Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan Negara pada pilihanraya umum yang ke 13 nanti.

Sudah 54 tahun Barisan Nasional diberi peluang memerintah Malaysia tetapi rakyat semakin dihimpit kesusahan, kesengsaraan dan ketakutan yang berterusan. InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mempastikan satu pemerintahan yang cukup adil, telus dan berwibawa yang akan membawa kemakmuran, keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik.

MOHD SANY BIN HAMZAN
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

KEMELUT PPSMI BUKTI KECELARUAN PERANCANGAN KERAJAAN BN

Posted: 01 Nov 2011 12:26 AM PDT

4 Dzulhijjah 1432 H | 1 November 2011
Kemelut PPSMI adalah ujian yang sedang diperhatikan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara; sehingga sebuah badan NGO boleh membuat ugutan kepada kerajaan.

Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik.

Dalam kes PPSMI, PAS melihat isu ini berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN. Rakyat melihat bilamana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun.

Ini menyebabkan negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

Namun, rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang

Peghelih La...

Posted: 01 Nov 2011 11:17 PM PDT

Peghelih La...


Banjir: Pemuda PAS, Amal diarah bersiap sedia

Posted: 01 Nov 2011 01:57 AM PDT

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengerahkan seluruh anggota pemuda dari seluruh negara bagi membantu kerja-kerja pemindahan, keselamatan, kecemasan, bantuan serta sumbangan kepada mangsa banjir yang diramal akan melanda tanah air.

"Bagi menghadapi musibah ini, seluruh anggota Amal dan pemuda PAS diarahkan bersiap sedia dengan segala peralatan serta kelengkapan semaksima mungkin," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Mereka juga, katanya akan membantu pasukan keselamatan dalam kerja-kerja menyelamat dan bantuan lain jika tenaga mereka diperlukan.

Menurutnya, pengalaman tahun 2006 lalu di mana anggota pemuda PAS mengharung banjir dan berselut lumpur tatkala musibah banjir besar di negeri Johor, Pahang dan Melaka akan dijadikan panduan berharga bagi menghadapi kemungkinan musibah kali ini.

Beliau memberitahu, seramai 10,000 anggota Amal dan pemuda PAS telah bersedia kali ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"DPPM yakin, hasil dari sentuhan tarbiyah program Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS 2011 yang baru berlangsung pada 28-30 Oktober 2011, segenap pemuda PAS akan turun ke kawasan terlibat dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang upah atau ganjaran," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, ujarnya DPPM memperingatkan pemuda PAS serta rakyat umumnya agar sentiasa menjaga keselamatan diri bagi mengelak pelbagai perkara buruk berlaku.

"Awasi anak-anak daripada membiarkan mereka mandi di kawasan sungai atau tali air.

"Jaga kesihatan diri dan anggota keluarga serta mendapatkan rawatan di pusat kesihatan berhampiran jika sakit," katanya lagi.

DPPM juga, jelasnya meminta semua Pemuda PAS dan rakyat seluruhnya sentiasa berdoa agar negara ini selamat dari musibah buruk.

"Mudah-mudahan ramalan kaji cuaca yang meramalkan banjir besar tahun ini tidak berlaku kali ini di negara ini hasil dari doa kita semua," ujarnya.

Laporan Audit: Tunggakan Bil Air Meningkat

Posted: 01 Nov 2011 12:39 AM PDT

KANGAR - Laporan Ketua Audit Negara Laporan bagi Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Tahun 2010 mendapati beberapa kelemahan berlaku dalam pengurusan Bahagian Bekalan Air Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perlis.

Bahagian Bekalan Air JKR Negeri Perlis, bertanggungjawab memberikan perkhidmatan bekalan air bersih kepada pengguna domestik, perniagaan dan industri di negeri ini dengan aktiviti utamanya iaitu pengebilan adalah pengeluaran bil air kepada pengguna, memungut hasil, mengemaskinikan akaun pengguna dan mengurus tunggakan hasil air.

Pada 2 Ogos 2010, jabatan ini telah dikorporatkan menjadi Syarikat Air Perlis dengan nilai aset berjumlah RM203.34 juta tetapi pengurusan aktiviti bekalan air masih lagi di bawah pengurusan jabatan kerana syarikat tersebut belum beroperasi sepenuhnya.


Walaupun audit mendapti pengurusan pengebilan air adalah memuaskan tetapi masih terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti. Antara lainnya, audit mendapati tunggakan bil air sehingga 31 Disember 2010 adalah berjumlah RM18.77 juta yang mana jumlahnya meningkat setiap tahun. Jumlah ini adalah peningkatan sebanyak RM2.08 juta atau 12.5% berbanding tunggakan pada tahun 2009 yang berjumlah RM16.69 juta.


Audit mendapati peningkatan tunggakan hasil adalah disebabkan kegagalan penguatkuasakan undang-undang selain tiada penetapan sasaran kutipan tunggakan hasil air dan keadaan ini telah menyebabkan kerajaan negeri mengalami kekurangan hasil dari bekalan air.

Antara kelemahan lain yang dikenalpasti oleh audit ialah bacaan meter tidak mengikut jadual, penguatkuasaan tidak diambil terhadap individu,syarikat atau agensi yang mempunyai tunggakan bil air yang tinggi, pemotongan bekalan air lewat dilakukan serta penyambungan bekalan air lewat dimasukkan ke dalam sistem yang menyebabkan penggunaan air tanpa bil.

Selain itu audit juga mendapati pengurusan aduan oleh pengguna juga tidak memuaskan.

Konvensyen DAP Perlis

Posted: 01 Nov 2011 12:35 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin menerima cenderahati dari Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Majlis Perasmian Konvensyen DAP Perlis yang diadakan di Tasoh Lake Resort , Beseri. Ustaz Hashim serta pimpinan PAS dan KeADILan Perlis turut hadir sebagai tetamu undangan dalam majlis tersebut. Foto: Khairul Amir.

PAS KDAS 3

Posted: 01 Nov 2011 09:40 PM PDT

PAS KDAS 3


CHE'GUBARD: BONGKAR ROSMAH & FAKTA BAJET Di PARIT.

Posted: 01 Nov 2011 12:36 AM PDT

MAT SABU CERAMAH Di TRONG

Posted: 31 Oct 2011 09:57 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 01 Nov 2011 09:31 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


SEHARI BERSAMA ADUN MAHARANI

Posted: 01 Nov 2011 10:21 AM PDT

JUMAAT 28 OKTOBER 2011 : Pagi ini YB Er Teck Hwa ( Ahli Parlimen Bakri) menziarahi YB Dr Mohamad Taslim (ADUN Maharani) di kliniknya membawa keratan akhbar membawa berita tentang banjir kilat melanda Taman Parit Bakar di Jalan Temenggong Ahmad Muar. Muar sedang dilanda hujan sebelah petang beberapa hari ini. Oleh kerana kami tidak berkesempatan menziarahi mereka pada hari tersebut kami mengambil keputusan untuk melawat Taman tersebut dan menanya khabar kepada mereka yang terlibat.  Inilah kerjasama yang sentiasa kami lakukan sebagai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat menyelami masalah rakyat bersama.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/308691_2048162575044_1573856018_31715561_329668607_n.jpg
Keratan akhbar China Press

Daripada kunjungan ke rumah seorang penduduk Taman Parit Bakar yang terlibat, mereka menyatakan banjir kilat ini akan berlaku  apabila hujan lebat berterusan.Ini adalah disebabkan oleh masalah perparitan .Tambahan pula pembangunan di sekelilngnya menambah masalah kepada mereka.Kami akan memajukan masalah mereka ini kepada pihak Majlis Perbandaran Muar dengan segera.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/375161_2048171415265_1573856018_31715572_1451472556_n.jpg
YB Er dan YB Dr Mohammad di rumah  keluarga yang terlibat.


http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/305384_2048169455216_1573856018_31715571_511489026_n.jpg
Kami berbincang......


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/307201_2048173615320_1573856018_31715574_908367094_n.jpg 
Ucapan terima kasih daripada penduduk terlibat.
Selesai lawatan di Taman Parit Bakar kami bergegas ke Taman Aman Jalan Abdul Rahman Muar. Sebahagian Taman ini di Jalan Aman 6 dan 7 juga kerap dilanda banjir apabila hujan lebat. Masalah ini telah diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Muar. Tindakan telah diambil tetapi masalah banjir masih berulang. Masalah perparitan juga penyebabnya.Tugas kami untuk membuat aduan susulan.Terima kasih YB Er yang cukup prihatin dengan masalah rakyat walaupun di luar kawasannya di Parlimen Bakri. Inilah contoh bagaimana Wakil Rakyat Pakatan Rakyat menjalankan amanah.

Hari Jumaat biasanya YB Dr Mohammad dan sahabat-sahabat menunaikan solat Jumaat di Masjid dalam DUN Maharani mengikut giliran. Inilah masa untuk YB bersilaturrahim  bertemu rakyat dan rakyat bertemu YB dengan mudah dan mesra.Masalah-masalah dapat disampaikan dan cuba diselesaikan. Minggu ini kami solat Jumaat di Masjid Parit Bakar Jalan Abdul Rahman Muar kerana selepas solat kami akan menziarahi seorang penduduk yang tinggal di hadapan masjid ini  yang ditimpa musibah rumah terbakar.
Ketika khatib sedang berkhutbah tiba-tiba seorang jemaah diserang epilepsy.. Alhamdulillah YB Dr Mohammad sempat memberi bantuan kecemasan kepada  anak muda ini dengan bantuan jemaah masjid.Ambulans dari HPSF Muar datang membantu dan pesakit ini segera dibawa ke hospital.


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/297513_2048084973104_1573856018_31715543_931831829_n.jpg 
Anak muda ini pengsan diserang penyakit epilepsy yang dihidapnya.
 Selepas solat Jumaat YB Dr Mohammad denagan diiringi oleh Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar, Pengerusi Lajnah Kebajikan, Tn Hj Abdul Rahman Lajim dan Pengerusi Lajnah Ekonomi Sdr Rozi Md Nor menziarahi Encik Abdullah di rumahnya yang terbakar baru-baru ini.Bahagian dapur rumah ini rosak teruk.Beliau tiada di rumah ketika kebakaran berlaku.Jiran-jiran banyak membantu dan dengan pertolongan pihak Bomba kerosakan dapat dikurangkan.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/373997_2048099573469_1573856018_31715553_1705898819_n.jpg
 YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Abdullah dan Sdr Hamidun.
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/318502_2048092013280_1573856018_31715546_608809917_n.jpg
 Tuan Rumah, Tn Hj Abdullah, bersama Sdr Hamidun memerhatikan kerosakan
bahagian dapur rumah.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/390438_2048102413540_1573856018_31715554_675538107_n.jpg
 Bahagian dalam rumah rosak teruk.
Sebelum berpisah YB Dr Mohammad dan Tn Hj Abdul Rahman menyampaikan sedikit sumbangan kepada Tn Hj Abdullah sebagai tanda simpati. Mudah-mudahan Allah ganti dengan rezeki yang murah dan rumah yang selesa.
Inilah di antara tugas sebagai seorang YB. Ada kalanya agak sebuk tetapi memberi kepuasan kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Tambahan pula dengan bantuan ahli-ahli parti dan ahli jawatankuasa yang komited. Selesai tugas sebagai YB, tugas sebagai doktor pula menunggu.    Tugas sebagai Dr Mohammad pula menunggu di kliniknya, Klinik Mohammad di Jalan Sayang Muar. InsyaAllah beliau sentiasa sedia berbakti untuk rakyat yang memilihnya.
 

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 01 Nov 2011 09:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Nahas ngeri: Pemuda PAS Sabah ucap takziah

Posted: 01 Nov 2011 06:34 AM PDT

SANDAKAN, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa tragedi ngeripelanggaran keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan LapanganTerbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Isnin lalu.

Ketuanya,Lahirul Latigu juga mendoakan pihak keluarga yang terlibat diberikan kekuatandan kesabaran meskipun tiada jiwa yang dilaporkan terkorban.

"PemudaPAS Sabah sangat terkejut dengan kemalangan ini dan mengharapkan semua keluargayang terlibat dapat bersabar serta diberikan kekuatan untuk meneruskankehidupan," katanya.

Beliauyang dalam rangka lawatan gerak kerja pilihanraya ke setiap kawasanbagaimanapun berharap kejadian itu tidak berulang di lain masa.

"PASberharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil langkah pencegahan bagimengelakkan kejadian itu berulang lagi," ujarnya.

PadaIsnin lalu, lapan orang cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antarakeretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan TerbangAntarabangsa Kota Kinabalu. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital QueenElizabeth untuk rawatan lanjut.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 01 Nov 2011 07:44 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


ijtimak tarbawi dpp malaysia 2011

Posted: 01 Nov 2011 08:39 AM PDT

PAS Kawasan Miri

Posted: 01 Nov 2011 07:28 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Rakyat Sedia Bersama PAS Menuju Negara Malaysia Sejahtera

Posted: 01 Nov 2011 06:32 PM PDT

PAS Bersama Rakyat Menuju Ke arah Negara Berkebajikan
Miri - Dalam perjalanan menuju ke kampong Tunku Abdul Rahman terdapat sebuah Loji Rawatan Air Lambir (LAKU). Di persimpangan jalan tersebut terdapat selekoh yang agak tajam menuju ke arah jalan dari Miri ke Bintulu dan ianya agar bahaya bagi kenderaan yang melalui jalan tersebut terutama sekali waktu malam. Jalan yang tidak rata dan berlubang boleh menyebabkan kemalangan sekiranya tidak diperbaiki dengan segera. Kita minta pihak yang berkenaan agar bertindak dengan segera sebelum sesuatu perkara tidak diingini berlaku.

Gambar menunjukkan tanda kawasan selekoh yang agar bahaya bagi kenderaan di simpang LAKU

Sehari Bersama PAS Miri
Lawatan sambil kerja Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Hu Pang Chaw ke Miri juga memberi beliau kesempatan berjumpa dengan penduduk di kampong Tunku Abdul Rahman di Lambir. Majoriti penduduk di situ terdiri dari kaum Iban dan juga Melayu telah menyambut baik rombongan PAS Miri.
Program Sehari Bersama PAS mendapat sambutan dari penduduk kampong tersebut dimana diadakan berbagai program seperti sukaneka, perlawanan bola sepak persahabatan dan juga sumbangan untuk ibu tunggal dan mereka yang kurang berkemampuan. Inilah pertama kali PAS Miri buat program dalam kampong Tunku Abdul Rahman dan tidak sangka penduduk kampong telah memberi kerjasama yang cukup baik untuk menjayakan program sehari bersama PAS.

Pengerusi DHPP Pusat juga mengingatkan orang kampong bahawa kita perlu perubahan dengan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS kerana PAS telah membuktikan ianya bukan parti perkauman dengan ujudnya kelab penyokong PAS dimana orang bukan Islam dari semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama di terima sebagai ahli DHPP.

Pada hari tersebut juga dibuka kaunter pendaftaran ahli baru PAS dan ahli DHPP serta kaunter pendaftaran pengundi baru. Sambutan sungguh menggalakkan dimana penduduk yang belum pernah mengundi mengambil peluang mendaftar sebagai pengundi baru dan juga ramai dari kalangan bumiputera yang bukan Islam juga mendaftar sebagai ahli DHPP Miri.
Pada sebelah petangnya majlis penyampaian sumbangan untuk penduduk kampong di sampaikan oleh YDP Miri Jofri Jaraiee dan juga pengerusi DHPP Pusat sdr Hu Pang Chaw.

Dengan adanya program bersama rakyat ini akan merapatkan lagi hubungan PAS bersama penduduk tempatan. PAS Miri akan sentiasa aktif bersama penduduk tempatan tanpa mengira waktu dan inilah hasrat PAS untuk bersama rakyat dan memberi kebajikan kepada semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
PAS With The People Moving Towards Contracting State Welfare
Miri - The way to the village of Tunku Abdul Rahman there is a Lambir Water Treatment Plant – LAKU. At the junction of the road there is a quite a sharp corner towards the road from Miri to Bintulu and it is so dangerous for vehicles through the road especially at night. The road is uneven and a hole can cause accidents if not patch up immediately. We urge the parties concerned to act quickly before something goes wrong.

A Day with PAS Miri
The working visits of Central Chairman of PAS Supporters Congress (DHPP) Hu Pang Chaw to Miri are also gave him the opportunity to meet with the people in the village of Tunku Abdul Rahman in Lambir. The majority residents are Iban and Malay has welcomed Miri PAS delegate. A Day with the PAS program receive a good response from the villagers which is held various programs such as telematch, a friendly football match and also a contribution to single parents and those who are less fortunate. This is the first time for PAS Miri organized a program in the village of Tunku Abdul Rahman and did not expect the villagers were cooperative enough to ensure the success of the program a day with PAS.

The Chairman of the Central DHPP also remind the community that we must change with the People's Alliance and to give particular support to PAS because PAS has prove it is not a racist party with existence of the PAS supporters club where non-Muslims regardless of all race and religion will be accepted as a member of DHPP.
On that day also open counter for registration for new PAS members, DHPP and also new voter registration counters. The response which really encourage people who have never voted to take the opportunity to register as new voters and many of the non-Muslim natives also register as a member of DHPP Miri. In the afternoon the contribution ceremony for rural community presented by PAS Miri Chief Jofri Jaraiee and the chairman of the Central DHPP Mr Hu Pang Chaw.
A program with these people will foster closer ties PAS with the local residents. PAS Miri will actively with the local residents despite of time and this is the intention of the PAS to be with people and providing welfare to all regardless of race, religion and political belief.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Nov 2011 03:35 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


YA ALLAH AKU BERSERAH, KALAU BN PERINTAH RAKYAT AKAN PARAH

Posted: 01 Nov 2011 01:43 AM PDT

Tertekan.
Jiwa berselirat beban.
Segalanya serba tidak kena.
Dihantui bayang-bayang resah.

Itu semua adalah mainan biasa bagi mereka yang pernah berhutang dan dikejar pemiutang. Malah jika ada yang tersasul jalan memilih Ah Long sebagai tempat berhutang, barangkali hidup pasti lebih parah dan tertekan. Ah Long sebagaimana umum tahu, mereka akan menggunakan apa sahaja cara 'hitam' demi mendapatkan wang kembali. Bukan itu saja, mereka juga akan mengenakan 'bunga' yang sama sekali tidak masuk aqal bahkan menyeksa penghutang.

Masalah hutang yang paling popular saat ini ialah PTPTN. Saya percaya, sangat ramai graduan Universiti yang berhutang dengan PTPTN masih belum mampu membayar apatah lagi melunaskan kesemua jumlah ribuan ringgit hutang yang bergunung itu. Dan dalam banyak-banyak graduan yang tidak mampu membayar hutang, bukanlah kesemuanya berniat tidak mahu membayar, tetapi barangkali atas faktor keluarga, silsilah hidup yang naif, susah mendapat peluang pekerjaan, gaji yang tidak setimpal, kos sara hidup yang menekan atau apa sahaja problem yang menghantui penghutang.

Segalanya ini tentu saja boleh menyebabkan penghutang terdesak dan tertekan. Bahkan lebih menyesakkan bilamana sistem kehidupan kapitalisme sekarang sangat terarah menjahanamkan manusia supaya selalu terikat dengan bebanan hutang atau dipaksa membayar segala kos protokol hidup yang tidak munasabah. Sila baca mengenai konteks mengenakan riba, bunga, cukai, tol, perompakan wang rakyat, kenaikan harga barang mendadak dll.

Bayang-bayang Hitam Hutang

Terus terang saya katakan, saya juga saat ini dihantui oleh lembaga hitam bernama hutang. Lembaga hitam ini mula mengganas bila mana saya melangkah keluar dari alam IPT, dan terus mengejar ke benua Ardhil Kinanah. Segala surat menuntut bayar balik pinjaman – MARA, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah – terus menerus dihantar ke rumah.

"Jika tidak melunaskan, akan diambil tindakan undang-undang." Ini amaran surat.

Surat amaran turut dihantar kepada penjamin, yang juga sekampung dengan saya. Maka, apabila surat itu sampai yang seringkali menjadi mangsa perli sinis ialah mak saya sendiri.

"Nanti kalau ada duit, bayarlah balik hutang. Mak terasa juga bila orang dok cakap-cakap pasal itu. Cakap pula di depan orang ramai, lebih lagi terasa."

Pengaduan mak membuatkan telinga saya panas berdesing. Terngiang-ngiang sehingga kini. Ia bagai halilintar membelah bumi, terus menusuk ke sukma tanpa terhalang.

"Tak apa mak, nanti Farid cuba usahakan untuk bayar, dan buktikan pada mereka." Gigi geraham saya berketuk-ketuk menahan geram.

Usaha Bermula

Dipertengahan tahun 2010, saya mendapat sokongan dan idea dari rakan-rakan blogger untuk menghimpukan artikel bagi mengeluarkan sebuah buku sendiri. Terdetik di hati, mungkin dengan cara ini selain dapat menyebarkan secebis ilmu, dapat juga saya menjelaskan hutang tertunggak itu.

Saya bersetuju dengan sebulat suara untuk menerbitkan buku tersebut. Pada asalnya buku itu akan diterbitkan di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Namun atas sebab-sebab teknikal, ia tidak berjaya dicetak di sana. Saya jadi sedikit kecewa. Lantas pulang ke Malaysia, dengan harapan besar buku itu boleh diterbitkan di Malaysia.

Kemudian saya cuba menghantar buku tersebut ke syarikat penerbitan di Malaysia. Akan tetapi tiada jawapan balas positif. Sehinggalah satu hari saya dicadangkan oleh seorang rakan untuk menerbitkan secara sendiri. Ini bermakna saya memerlukan wang sebanyak RM5,000 sebagai modal untuk kos percetakan.

Alhamdulillah, selepas daripada itu ada seorang hamba Allah sudi membantu. Beliau menyuntik modal penuh sebanyak RM5,000. Saya berjanji padanya akan membayar setelah mendapat hasil. Lantas saya mengusahakan sendiri dengan menjual buku tersebut ke serata tempat. Ini termasuklah meletakkan buku tersebut di toko-toko buku terpilih dan mengedarkannya kepada rakan-rakan.

Tidak berapa lama kemudian, saya mendapat tawaran daripada Mustread Sdn. Bhd. untuk mencetak buku Travelog: Debu-debu Kota 1000 Menara. Tawaran itu tidak saya lepaskan memandangkan pasaran berwasilahkan syarikat penerbitan buku agak luas berbanding dipasarkan sendiri.

Selesai cetak, pihak Mustread memanggil saya untuk ke pejabat utama di Kuala Lumpur bagi menandatangani kontrak perjanjian. Pihak Mustread juga bertanyakan kepada saya mengenai buku Travelog yang berada di pasaran ketika itu. Mereka menyuruh saya menarik balik kesemua buku tersebut kerana ia telah melanggar etika perjanjian kontrak. Saya terkesima sebentar.

Dalam fikiran saya, tidak lain tidak bukan hanya memikirkan bagaimana untuk menjual buku berjumlah 1000 naskhah dan membayar balik wang pinjaman RM5,000. Walhal penjualan buku Travelog tersebut telah terbantut, dan sudah tentu ia bakal menjadi khazanah yang melorekkan garis hitam dalam kehidupan saya. Saya menyesal. Tetapi sesalan itu tidak lagi membawa apa-apa erti. Saya harus menelan hempedu kerugian.

Hingga saat ini, saya hanya mampu mengedarkan buku dan menjual kepada kenalan rapat. Tidak lagi mampu menyebarluaskan walaupun dengan mengiklan di laman sosial ataupun blog.

Buntu.

Proses Menuntut Hutang

Seperti yang dijanjikan, pemiutang akan segera memungut hutang apabila sampai tempohnya. Saya pula masih terkial-kial sendiri – jadi serba tidak kena. Manakan tidak, hampir beratus buah buku Travelog ini bertimbun di rumah. Sedangkan pemiutang sudah berkali-kali tanya mengenai hutang tersebut. Jujurnya, saya bukan berdiam diri untuk menghasilkan duit. Khususnya demi melangsaikan hutang tertunggak. Siang malam saya bekerja keras mengumpul wang, tetapi ada saja dugaan yang menimpa.

Membina Perniagaan Sendiri

"Abang berniaga ini bukan apa, disamping untuk keperluan kita, abang perlu tolong keluarga dan yang paling penting mahu selesaikan hutang."

Berkat pertolongan isteri dan hasil duit yang saya kumpulkan. Saya bina perniagaan sendiri – Fareiyla Design & Souvenirs Enterprise. Modal permulaan hanya dikumpul sikit demi sedikit. Antara sebab utama untuk saya berniaga ialah mahu membayar hutang tertunggak.

Siang malam saya bertungkus lumus, bahkan hingga larut malam saya bekerja sendirian di kedai hanya semata-mata mahu mengumpul wang segera. Tetapi perancangan Allah SWT lebih hebat.

Bulan Oktober, adalah tarikh yang saya janjikan untuk membayar hutang. Allah SWT hadirkan ujian dengan berupa kesempitan wang. Kereta saya rosak dan kosnya memakan himpunan wang dikumpul. Dalam kesempitan itu, abang saya juga mahu melangsungkan perkahwinan dan dia memohon agar saya membantu sedikit sebanyak perbelanjaan persiapan kahwin.

Saya buntu lagi.

Ramai orang menyangka saya sudah jadi kaya-raya serta jutawan apabila memilik syarikat sendiri. Hakikatnya hidup bukan semudah kalian berbicara. Mahu berjaya, bukan semudah memasak Mee segera. Demi Allah, saya tidak lari daripada mahu membayar hutang. Siang dan malam saya memikirkan tentangnya, bahkan berusaha keras ke arah itu!

"Ya Allah, hanya Engkau aku berserah dan mengharap. Allah, bantulah aku…"

9:21PM, 16 Oktober 2011,
Pasir Gudang, Johor.

Faridrashidi.Com

CETAK DAN EDAR, SEBELUM BN BUBAR

Posted: 31 Oct 2011 10:31 PM PDT


KALAU TUAN HAJI BALIK MEKAH NANTI PASTI PANAS DAN MIANG

Posted: 31 Oct 2011 09:50 PM PDT


Semoga PM kita dan isteri dapat haji mabrur.


Tun tegur siapa sebenarnya?!
Pada 25 Oktober 2011, Che Det menulis di blognya;

1. One learns from the successful. One cannot learn much from the failures except to know what not to do, and to reject their creed and methods. Certainly one should not learn how to be successful from cheats, from liars, from people who are responsible for the deaths of hundreds of thousands through their incompetence and willingness to lie.

2. It would seem however that there are people in the Asean countries who are willing to pay good money for the dubious privilege of getting advice from a person who is a known liar, responsible for leading his country into a futile war, and has openly been rejected by his own people.

3. Congratulations.

*********

Sehari selepas itu, pada 26 Oktober 2011, Sarawak Report (SR) pula melaporkan;

Sarawak Report can now add to growing questions in Britain about Tony Blair and his former PR advisors' links with repressive regimes.

We have learnt from exclusive sources that the former UK Prime Minister's ex-Communications Chief, Alastair Campbell (world-famous for the so-called 'Dodgy Dossier' that sanctioned the invasion of Iraq), is now advising Najib Razak on how to win the next election!

This follows the recent scandal over FBC Media, a story also broken by Sarawak Report, which revealed that Najib and Chief Minister Abdul Taib Mahmud were illegally buying positive publicity on worldwide TV-news shows.

Read more...

*********

Dan dalam tempoh kurang 16 jam selepas tersiarnya laporan SR, pada 27 Oktober 2011, Alastair Campbell segera membuat penafian akan penglibatan atau kaitannya dengan Najib Tun Razak melalui laman twitter-nya;



*********

Adakah tulisan Che Det di blognya itu bertujuan memberi peringatan kepada pemimpin negara Asean, ATAU sebenarnya Che Det indirectly warning Najib? Sapo leh jawab nih..

Jangan lagi ulangi perangai syaitan ini.

MAHKAMAH SAHKAN PELAJAR BOLEH BERPOLITIK !

Posted: 31 Oct 2011 06:27 PM PDT

Sekat pelajar IPT berpolitik tidak sah

2011/11/01
Mahkamah rayuan putuskan Seksyen 15 (5)(a) AUKU bercanggah perlembagaan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan semalam memutuskan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara, adalah tidak sah dan bercanggah Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan 2-1 oleh panel tiga hakim, diketuai Datuk Wira Low Hop Bing itu memutuskan seksyen 15 (5) (a) AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan AUKU sebagai sah di sisi perlembagaan dalam menguatkuasakan sekatan tertentu.
Pada 28 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan empat pelajar Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23 dan Azlin Shafina Mohamad Adza, 23, yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 1 Jun tahun lalu, mereka menamakan kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi dan UKM bagi mencabar tindakan universiti mengemukakan notis menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar seksyen berkenaan. Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu dan menamatkan pengajian masing-masing bulan lalu.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, berpendapat Seksyen 15(5)(a) berhubung larangan itu tidak munasabah dan tidak dapat melihat bagaimana sokongan atau bangkangan pelajar ke atas mana-mana parti politik boleh memudaratkan kepentingan atau moral awam.

"Bukankah parti politik adalah entiti sah dari segi undang-undang yang menjalankan aktiviti politik yang sah. Bukankah pemimpin politik, termasuk menteri dan penggubal undang-undang persekutuan dan negeri juga adalah ahli parti politik.
"Peruntukan ini tidak rasional. Kebanyakan pelajar universiti sudah mencapai usia majoriti, mereka boleh memasuki perjanjian dalam kontrak, boleh menyaman dan disaman, berkahwin, menjadi ibu bapa dan menjalankan kewajipan kekeluargaan.

"Mereka boleh mengundi jika mencapai usia 21 tahun dan boleh menjadi pengarah syarikat dan pemegang jawatan sesuatu pertubuhan. Ironinya mereka pula diberitahu, mengikut undang-undang mereka tidak boleh berkata apa-apa yang ditafsirkan sebagai menyokong atau membangkang sesebuah parti politik," katanya.

Mohd Hishamuddin berkata, beliau juga berpendapat Seksyen 15(5)(a) menghalang perkembangan sihat minda kritikal dan pemikiran asal pelajar yang bukan saja tidak produktif, malah mengongkong kerana universiti sepatutnya menjadi institusi yang melahirkan pakar pemikir serta pembaharuan dan bukan pelajar yang dilatih seperti robot.

Datuk Linton Albert pula berkata, yang jelas, peruntukan dalam AUKU tidak masuk akal kerana empat pelajar berkenaan berdepan tindakan tata tertib, termasuk dibuang universiti hanya kerana menghadiri kempen pilihan raya kecil itu.

"Oleh kerana ia tidak munasabah, maka penghakiman saya berhubung Seksyen 15(5)(a) tidak berada di bawah ruang lingkup Perkara 10(2)(a) Perlembagaan Persekutuan (hal ketenteraman awam), bercanggah Perkara 10(1)(a) (kebebasan bersuara) dan tidak sah seperti termaktub dalam Perkara 4(1) perlembagaan," katanya.

Sementara itu, Hop Bing yang tidak bersetuju dengan kedua-dua penghakiman itu, berkata larangan pembabitan pelajar dalam politik perlu bagi menghalang penyusupan ideologi politik, termasuk sifat ekstremis di kalangan pelajar.

Beliau turut menyarankan (bukan sebahagian dari penghakiman) bahawa Parlimen mungkin boleh menimbangkan untuk meminda Seksyen 15(5) secara khusus dan keseluruhan akta secara umumnya bagi tujuan pemansuhan dan semakan.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Nov 2011 03:23 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Menyingkap Rahsia Muammar Qaddafi (2):Koleksi Ucapan yang menampakkan kemurtadannya

Posted: 01 Nov 2011 10:16 AM PDT

Berikut ini beberapa ucapan, tindakan, dan kebijakan Qaddafi yang merupakan kekafiran yang nyata, sehingga para ulama dan lembaga Islam antarabangsa menghukumnya sebagai seorang kafir murtad.

Syirik (menyekutukan Allah dengan selain-Nya) dan mempermainkan Allah SWT

  • Bagi Gaddafi, Allah Sang Pencipta tidak jauh berbeza dengan parti politik pembangkang. Gaddafi menuduh Allah berbuat zalim. Dalam pertemuan dengan para pemimpin politik membahas pengguliran 'Teori Internasional Ketiga' di ibukota Tripoli pada tanggal 9 Ogos 1975, Qaddafi mengatakan: "Revolusi tidak secara automatik mesti selalu berwarna 'putih'. Ia juga boleh berwarna 'merah' terhadap lawan-lawannya. Musuh haruslah dibinasakan. Saya katakan kepada kalian, agama-agama juga membinasakan para lawannya. Allah juga membinasakan para lawannya, padahal Allah juga yang telah menciptakan mereka. Jadi setiap orang membinasakan para lawannya."

    Gaddafi mempermainkan Allah dan menyamakan dirinya dengan Allah. Dalam Al-Qur'an (QS. Al-Haj (22): 73), Allah menentang tuhan sesembahan kaum musyrik untuk bersatu demi menciptakan seekor nyamuk. Dalam pidato kenegaraan tanggal 1 Oktober 1989 untuk memperingati terusirnya penjajah Itali dari bumi Libya, Gaddafi mengatakan: "Aku menentang kalian sebagaimana Dia berfirman kepada mereka; 'Buatlah untukku seekor nyamuk saja!' Dia menentang mereka yang mengatakan 'Allah bukanlah apa-apa.' Dia menantang mereka 'Buatlah untuk Kami seekor lalat!' Maka aku tentang kalian: 'Buatlah untuk kami Pepsi saja!'

    Gaddafi membandingkan Allah dengan manusia. Jika Allah menjadi tuhan di langit, maka rakyat juga menjadi tuhan di bumi. Dalam pidato kenegaraan tanggal 1 Oktober 1989 tersebut, Gaddafi juga menyatakan: "Rakyat itu seperti Allah…Allah di langit, dan rakyat di bumi. Dia tidak memiliki sekutu. Jika Allah memiliki sekutu, Dia akan berfirman 'Mereka akan mencari jalan untuk naik kepada Pemilik 'Arsy'. Jika ada tuhan-tuhan selain Dia, niscaya setiap tuhan akan mengatakan 'Aku ingin menjadi Tuhan.' Jika Dia berada di Arsy, niscaya tuhan-tuhan lain akan melakukan kudeta untuk menjatuhkan-Nya…Rakyat di atas bumi juga harus seperti ini, menjadi tuhan di atas buminya."
Dalam pidato kenegaraan tanggal 27 Desember 1990, Qaddafi mengatakan, "Rakyat adalah penguasa di atas muka bumi. Rakyat menentukan apapun di bumi yang ia kehendaki. Adapun Allah berada di langit. Maka tiada penengah antara kita dengan Allah." Inilah prinsip sekularsime yang dipraktikkan Gaddafi di Libya. Seluruh ajaran Al-Qur'an dan as-sunnah dalam bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, militer, dan lainnya dicampakkan. Ajaran Islam hanya diakui dalam urusan ibadah ritual belaka. Sebagai gantinya, di bidang politik, ekonomi, sosial, budaya, militer, dan lainnya Gaddafi menerapkan undang-undang positif yang ia karang sendiri. Ia menamakannya al-kitab al-akhdar, Kitab Hijau (Green Book). Terbit dalam bahasa Arab, Kitab Hijau menggariskan tiga  dasar, yaitu "Demokrasi berdasarkan Kekuasaan Rakyat," "Ekonomi Sosialisme" dan "Teori Internasional Ketiga." Perkara itu lalu menjadi panduan bagi sistem demokrasi ala Khadafi, sekaligus panduan politik luar negeri Libya.


Baca lagi di sini

RANTAI MUTIARA ROSMAH KELIHATAN KETIKA MAJLIS BERBEKU, PERTH

Posted: 01 Nov 2011 02:38 AM PDT

The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.
Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

gambar 1st lady Malaysia sewaktu acara penuh CHOGM... kelihatan tiada rantai mutiara... yang ada rantai lain...
... jadi aku malas le nak tuduh 1st lady tue siapa dia... cumenye terdapat pendedahan berkenaan gambar yang diambil sewaktu 1st lady Malaysia dan Najib menghadiri majlis barbeku "1 Malaysia BBQ" dengan rakyat malaysia di Burswood Park, Perth...

dari mane datangnya rantai tersebut mungkin rantai mutiara itu dibawa dari Sabah kot?

NO HUDUD PLEASE : ZAINAH (SISTER IN KAFIR)

Posted: 01 Nov 2011 01:55 AM PDT


ARE our politicians plain bad, crazy or stupid? In this divisive, corrosive, cynical political climate of ours, if I were the Opposition, I would jump and present my party as the party of first and obvious choice for the electorate. I would have not only welcomed the Prime Minister's bold announcements in repealing those repressive laws and states of emergency, I would also up the ante and begin a public debate on how we as citizens should exercise and enjoy our Constitutional guarantees of fundamental liberties.


I would be planning over the next few months on how to build public opinion to hold the Government accountable and ensure that whatever alternative national security or public order laws that might emerge will uphold my fundamental freedoms.

I would want to make it politically very costly for the Government if it falls short or back-pedal on the promises of democratic reform it has made.

Instead, what do we get? An offer of the hudud law and its grim serving of chopped-off Muslim hands and feet, and stoning to death! What kind of future is that?

.... ana tak berminat nak tampal semua artikel pasal betina ini... cukuplah kejahilan pencinta UMNO nie menggambarkan siapa sebenarnya Sister in Kafir

LEMBU-LEMBU SHAHRIZAT BERKELIRAN KE SANA- KE MARI

Posted: 31 Oct 2011 09:17 PM PDT

Bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat untuk daging, pembangunan industri daging lembu akan dilaksanakan melalui penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan dan mencapai sasaran 28% tahap sara diri bagi daging lembu pengeluaran bagi tahun 2010.
Projek ini telah berjaya memenuhi permintaan Daging Lembu sebanyak 40% iaitu lebih kurang 1500 ekor sehari, atas sokongan dan idea yang bijak dari pihak kepimpinan kerajaan dengan peruntukan sebanyak RM2.5 Juta dan 5000 ekar tanah di Gemas, Negeri Sembilan, telah berjaya membantu pengusaha agar dapat sampai kepada sasaran yang dikehendaki.
 
Dibawah ini antara lembu-lembu yang akan dikorbankan menjelang hari raya kelak.
 






ini dia torkey lembu dia... bile dah lepas kandang tue jangan lupa bawak balik masuk kandang... dah dekat raye nie weiii

yang lembu-lembu terlepas dari Gemas berkeliaran hingga ke Pulau Pinang...

KENAPA ARTIS BERTUDUNG BILA KE KELANTAN?

Posted: 31 Oct 2011 06:25 PM PDT

 BAGI anda yang ingin melihat artis wanita Malaysia yang selama ini "free hair" tiba-tiba bertudung, di Negeri Kelantan lah tempatnya. Difahamkan, kebanyakan artis wanita akan bertudung jika ke Negeri Kelantan.

Baru-baru ini semasa program Jom Heboh yang dianjurkan oleh TV3 di Negeri Kelantan, menyaksikan ramai artis dan selebriti Malaysia memakai tudung. Fasha Sanda antara artis yang dilihat bertudung.

Kerajaan Negeri Kelantan yang mentadbir negeri serambi Mekah itu dengan konsep "membangun bersama Islam" melarang wanita mendedahkan aurat di tempat awam.



Dan sehingga saat ini, masih menjadi teka-teki yang tidak terjawab bagaimana Kerajaan Kelantan mampu membuat artis-artis lebih 'islam' di negeri Che Siti Wan Kembang.

HAJJAH ROSMAH AKAN BERTUDUNG LEPAS TUNAI HAJI DGN NAJIB

Posted: 31 Oct 2011 05:48 PM PDT

Haji Najib Tun Razak dan isteri, Hajjah Rosmah Mansor berlepas ke Arab Saudi semalam bagi menunaikan ibadah haji.

Mereka turut diiringi bonda Najib, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Mereka berlepas ke Madinah dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada kira-kira pukul 5 petang.


Selain itu juga, ramai yang mengharapkan agar Rosmah akan bertudung sebaik sahaja pulang menunaikan haji dari tanah suci.

mungkin kene tunggu '2 kali kiamat' agaknya nak tgk Rosmah bertudung litup...hehehehehehe

ini gambar DS Anwar Ibrahim dan isteri ketika menunaikan haji seuatu ketika dulu... kenapa tiada gambar terbaru mereka? sebabnya depa pun kene tunggu koata haji bukan macam najib....wakakakaka

LUSA PIKET MTUC... KERAJAAN SUDAH TAKUT...

Posted: 31 Oct 2011 05:32 PM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak ada hak untuk mengadakan piket berhubung kontroversi pindaan Akta Kerja 1955 kerana ia bukan satu pertikaian perhubungan perusahaan, kata Subramaniam malam tadi.


Badan induk kesatuan sekerja itu memutuskan untuk mengadakan piket yang kedua, kali ini peringkat nasional, Khamis ini.

"Dari segi undang-undang, mereka tidak boleh mengadakan piket berhubung isu ini. Mereka hanya boleh berpiket berkaitan dengan pertikaian perhubungan perusahaan, membabitkan antara majikan dan pekerja.

"Ini adalah isu dasar kerajaan. Jika mereka berpiket, mereka bertindak bertentangan dengan undang-undang," kata beliau pada majlis bersama media di sini.

MTUC memutuskan piket nasional pada mesyuarat majlis am pada 10 Oktober lalu. Piket pertama berkaitaan rang undang-undang itu telah diadakan pada 3 Oktober lalu di kawasan bangunan Parlimen.

Selepas tiada sebarang reaksi positif daripada kerajaan termasuk pertemuan dengan menteri itu minggu lalu, MTUC mahu meneruskan piket kebangsaan 3 November bagi memberi penjelasan kepada orang ramai khususnya kaum pekerja mengenai kesan pindaan Akta Kerja 1955.


MTUC juga meletakkan harapan pada anggota Dewan Negara untuk menangguhkan pelaksanaan undang-undang itu.

Piket 3 Oktober lalu diadakan bagi mendesak Kementerian Sumber Manusia menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang Kerja (Pindaan 2011) di Parlimen tetapi desakan dan rayuan MTUC tidak dilayan pihak kerajaan.

MTUC mendakwa ia tidak membantah keseluruhan pindaan Rang Undang-undang Kerja sebaliknya hanya beberapa peruntukan baru termasuk sistem kontraktor bagi tenaga kerja.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 01 Nov 2011 01:14 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Kecelaruan PPSMI Bukti Kelemahan Kerajaan BN

Posted: 31 Oct 2011 10:45 PM PDT

Kemelut PPSMI adalah ujian yang sedang diperhatikan betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional dalam membuat sesuatu keputusan penting bagi masa depan negara; sehingga sebuah badan NGO boleh membuat ugutan kepada kerajaan.

Sebelumnya, NGO Perkasa membuat ugutan dalam pelbagai transformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Bahkan, dalam isu novel Interlok pun, ianya jadi satu polemik.

Dalam kes PPSMI, PAS melihat isu ini berpunca dari dasar pendidikan yang bercelaru dan tidak konsisten dalam pentadbiran BN. Rakyat melihat bilamana bertukar seorang Menteri Pelajaran, maka pelbagai dasar baru pendidikan diperkenalkan sehingga ia mengganggu kelancaran Dasar Pendidikan Negara.

Dasar yang sentiasa berubah ini mencerminkan sikap kerajaan Barisan Nasional yang suka menjalankan sesuatu dasar tanpa satu kajian yang mantap dan tersusun.

Ini menyebabkan negara bukan sahaja berhadapan kerugian pembinaan generasi negara selaras dengan keperluan, bahkan ia turut membawa kesan kepada kewangan negara. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan pandai berfikir panjang, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

Namun, rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang.

PAS kecam Soi Lek Cetus Polemik Agama

Posted: 31 Oct 2011 10:43 PM PDT

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang akhir-akhir ini banyak menceroboh dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama.

PAS menyangkal keras kenyataan bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam. Sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

Apa yang mendukacitakan ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam.

Tindakan bacul ini akan hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA, sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa.

Lebih malang kini, Umno yang menjadi tulang belakang BN bersikap diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponan BN terhadap ajaran Islam. Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno mengambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan.

Pas Cawangan Kota Kemuning

Posted: 01 Nov 2011 01:01 PM PDT

Pas Cawangan Kota Kemuning


Hari Keluarga Pasti Al-Khautar

Posted: 01 Nov 2011 03:02 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 01 Nov 2011 11:18 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kuliah Tarbawi 2011 : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Posted: 31 Oct 2011 03:46 PM PDT







Pastikan suruhanjaya tenaga berfungsi

Posted: 31 Oct 2011 03:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 Okt: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air diseru memastikan Suruhanjaya Tenaga melaksanakan fungsi-fungsi yang sepatutnya supaya dapat melindungi kepentingan setiap lapisan pengguna elektrik di negara ini.
Seruan tersebut dibuat ekoran rundingan semula PPA masih berlarutan tanpa kesudahan disebabkan jalan buntu di antara permintaan kerajaan, Penjana Bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, adakah penyelesaian berpaksikan rakyat (people centric) dapat dimeterai seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri dan adakah IPP akan terus mencabar janji Perdana Menteri?

Menurutnya, dalam sektor tenaga elektrik, kerajaan dan perunding yang dilantik terlalu risau bagaimana peniaga (IPP) akan terjejas disebabkan rundingan semula.
Katanya, sebenarnya IPP generasi pertama telahpun mendapat balik pulangan pelaburan mereka pada kadar kurang daripada 10 tahun.
"Sekarang kerajaan dan perunding yang dilantik sepatutnya lebih risau tentang jumlah pelaburan lain yang kita akan hilang jika IPP masih dilindungi dan kadar tarif masa depan kekal tidak kompetitif," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.
Seorang peniaga, menurut beliau, tahu bagaimana untuk berniaga, dengan  rundingan semula adalah sebahagian daripada perniagaan, sehingga menjadikan peniaga kompeten dan beretika.
"Awer telah mencadangkan model rundingan semula yang lebih munasabah di laporan kami yang bertajuk 'Perjuangan – Masa Depan Industri Elektrik Negara' yang telah dilanjutkan kepada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan mereka pada bulan Jun tahun ini," katanya.

Selain itu, jelasnya, Awer turut memberikan contoh rundingan semula untuk industri perkhidmatan air di Johor, dengan pelaksanaan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006, bagi membolehkan rundingan semula dilaksanakan dengan cepat dan mengelakkan kenaikan tarif yang tinggi.
"Ini telah dicapai pada tahun 2009. Ini adalah rundingan semula yang dilaksanakan dalam masa 1 tahun dan tiada apa-apa rungutan mengenainya," ujarnya.

Awer, tegasnya, berdiri teguh dengan tarikh luput yang telah dicadangkan kepada perunding PPA bagi proses rundingan semula PPA, dengan 30 November 2011 sepatutnya adalah tarikh terakhir proses rundingan semula.
"Jika tiada keputusan yang konkrit dan berpaksikan kepada rakyat dicapai melalui rundingan semula PPA, kami menyeru Suruhanjaya Tenaga untuk memulakan bidaan terbuka bagi loji janakuasa yang baru mulai 1 Disember 2011.
"Rakyat tentu tidak mahu mendengar alasan-alasan seperti tidak cukup masa pembinaan atau proses bidaan yang dikompromi atau keputusan-keputusan yang tidak berpaksikan rakyat selepas ini," katanya.

Ketelusan dalam penetapan tarif dan memecahkan struktur pengebilan adalah penting, katanya, dan ini adalah proses yang mudah untuk dilaksanakan kerana ia hanya melibatkan pengurusan pangkalan data (database management).
"Pemecahan kos elektrik telahpun dilaksanakan oleh negara jiran kita seperti Filipina dan Thailand. Kami tidak faham mengapa terdapat keengganan yang tinggi oleh sesetengah pihak untuk melaksanakan perkara ini," katanya.
Sehubungan itu, pihaknya menyeru Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air melaksanakan Incentive Based Regulation (IBR) dengan pindaan yang dicadangkan (untuk mengawalselia sektor penjanaan) dengan kadar segera.
"IBR dirangka untuk memastikan kecekapan dalam perkhidmatan dan penetapan tarif yang saksama, sama seperti penstrukturan semula industri perkhidmatan air," tegasnya.

Di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447), jelasnya, Suruhanjaya Tenaga telah diberikan kuasa luas untuk mengawalselia industri tenaga elektrik.
"Seksyen 4 akta ini yang mentakrifkan fungsi-fungsi Suruhanjaya Tenaga telah memberikan penerangan jelas mengenai mandat ini melalui subseksyen (b), (c), (d),(l), (la) and (m)," ujar beliau.

Ijtima' Tarbawi 2011 : Perasmian YB Salahuddin Ayub

Posted: 31 Oct 2011 03:38 PM PDT







Perasmian Ijtimak Tarbawi 2011 : Ucapan Ketua Pemuda Ust Nasrudin Hassan Tantawi

Posted: 31 Oct 2011 03:35 PM PDT



Perasmian Ijtimak Tarbawi 2011 : Ucapan Aluan Oleh Ust Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Posted: 31 Oct 2011 03:31 PM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 01 Nov 2011 11:17 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK

Posted: 31 Oct 2011 08:44 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 01 Nov 2011 09:20 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Konsert Elton John: Us Nik Nasri Jawab RPK

Posted: 31 Oct 2011 06:18 PM PDT

Tulisan awal Us Nik Nasri:

[
BATAL Konsert Elton John Atau Remaja Makin Hancur!]: http://www.niknasri.com/?p=9068

Saya ingin memberikan respons balas saya terhadap komentar Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang konsert Elton John yang mesti dibatalkan oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini dan menjadikannya sebagai polemik pula. Cukuplah kerakusan dan kebobrokan pihak pemerintah untuk difokuskan kembali. Namun ada beberapa perkara yang saya rasa penting untuk dijelaskan.

Isu yang kebetulannya keluar dalam harakahdaily yang saya ulas ialah tentang konsert Elton John itu. Tapi bukanlah hanya isu seks yang Islam, PAS atau saya sebagai salah seorang ahli PAS fokuskan. Saudara RPK boleh merujuk portal saya di bawah tajuk 'ta'liq siasi (komen politik) dan saudara akan dapati saya memberikan pandangan saya kepada pelbagai isu melibatkan kezaliman, penindasan, salahguna kuasa, korupsi, pembunuhan dan lain-lain. Maka ia menolak apa yang dikomen oleh saudara seperti di bawah:

Is sex the only thing we should be concerned with? Is this all that there is to Islam? What about corruption, abuse of power, robbing the rakyat, election rigging, persecution, discrimination, murder, ethnic cleansing, and a host of other crimes against the citizens and crimes against humanity? Why is PAS not also foaming at the mouth and up in arms about this?

Bahkan bukan sahaja dalam tulisan dalam portal saya, sesekali keluar juga di tranungkite.net atau jarang-jarang di harakah. Saya juga 'khutbah Jumaat'kan, 'kuliah dan tazkirahkan isu-isu di atas, samada secara langsung atau secara tersirat.

First of all, morals are relative. In some societies, it is immoral to abort a baby you are carrying (in fact, it is regarded as murder by some) while in other societies it is mandatory to abort the baby if you already have one child.

Mengenai moral bahawa ia relatif, saya tidak bercadang menjadikan tulisan ini sebagai kuliah subjek Moral di IPT bagi bukan Islam dan subjek Pengajian Islam bagi pelajar Islam. Tapi kita sedang bercakap tentang Malaysia. Saya sebutkan agama persekutuan adalah Islam. Majoriti rakyat adalah Islam. Budaya yang diterima oleh orang Melayu, India dan Cina termasuk orang Asli adalah budaya dari fitrah manusia iaitu dengan berkahwin lelaki dan perempuan.

Saya belum bercakap tentang moral dan immoral menurut prinsip hidup saya sebagai orang Islam tetapi saya baharu menyebut tentang budaya 3 bangsa utama di Malaysia dan nilai-nilai Timur. Apalah yang diharap dari Elton John untuk menghormati nilai-nilai Timur ini?

Saya tidak berhasrat melanjutkan perbincangan dalam perkara yang tidak berkaitan dengan isu yang sedang dibincangkan. Kalau bercakap tentang relatif, maka ia akan mengheret kepada pelbagai perkara.

Mengenai ayat ini: "..And is it also not so that those who are foaming at the mouth asking that Elton John be banned from Malaysia are looking at things from their perception of values?"

Memang benar, saya memberikan pandangan tentunya dengan nilai yang saya pegang. Tapi nilai yang saya pegang ini pun sebenarnya bukanlah nilai yang dipegang oleh Islam sahaja. Ada agama lain yang membenarkan kahwin sejenis?

Dan tentunya mereka yang menyokong 'sangat-sangat' kehidupan songsang akan memberikan pandangan menurut persepsi dan nilai yang mereka pegang juga.

Anyway, Elton John has been on the scene for more than 40 years now. Two or three generations of Malaysians have been listening to Elton John since the 1960s. Nik Nasri Nik Malek is almost 50 years too late in trying to save the souls of Malaysian youths.

Would banning Elton John from entering Malaysia do any good now? Are you also going to ban Elton John songs from the airwaves? Are you going to get MCMC to block all websites that feature Elton John songs? You will have to close down the entire Internet to do that.

What stupidity!

Jangan cepat membodohkan orang lain hanya kerana anda memang meminati Elton John dan orang lain membenci perbuatan gaynya itu. Ketika saya awal remaja, saya juga pernah mendengar lagu Elton John, tapi saya tak perasan ketika itu bahawa beliau berkahwin dengan seorang lelaki. Umur beliau sekarang 60an, baharu dengar cerita tentang 'perkahwinannya' dengan lelaki. Saya belum berumur 50 tahun, jadi saya rasa saya belum terlambat untuk menyatakan prihatin saya terhadap kesan buruk dari perangai seorang yang keji.

Saya kata BATALKAN konsert. Dengan erti jangan bawa beliau masuk. Kalau beliau tak masuk ke Malaysiapun, tidak ada apa-apa yang mengurangkan kehidupan saudara. Saya tahu banyak perkara lain yang saudara perlu fokuskan un tuk kehidupan peribadi yang lebih penting, termasuk mahu fokuskan kepada isu-isu politik, kerakusan pemimpin, kegelojohan mengaut hasil negara buat isteri, kroni dan lain-lain.

Saya tak kata jangan dengar lagunya kerana saya tahu saya tak dapat menahan orang lain dari mendengarnya. Saya juga tak mampu menahan keinginan saudara untuk mendengar lagunya. Tapi paling kurang sikap perlu dijelaskan terhadap sesuatu kebimbangan. Bila kata BATAL, bermakna ada sesuatu yang tak kena pada dirinya yang menjadi sekatan kepada orang lain untuk terus meminatinya. Pilihan untuk mendengar lagu lain pun masih ada. Di dunia ini bukan hanya Elton John sahaja yang ada dan sedap menyanyi.

Sometimes I just can't see where these people put their priorities. The country is going down the drain. Corruption and abuse of power is the order of the day. Persecution and racism is government-sponsored. And we worry about Elton John singing in Malaysia?

Sebagai manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah, konsep al-amr bil makruf wannahy an-almunkar (suruh yang baik dan larang dari yang keji) meliputi segala aspek: politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Artikel saya mengenai korupsi, penyalahgunaan kuasa, rasuah, merompak harta negara boleh dibaca sebagaimana yang saya sebutkan. Isu Elton John bukan singing in Malaysia tetapi kesan buruk jangka panjang, tidak mudah mengubatinya yang akan meruntuhkan segala nilai.

Saya telah menyatakan pandangan. Saya telah menyatakan sikap, dalam keadaan para mufti dan agamawan arrasmiyyin yang lain mendiamkan diri. Sekali lagi, saya tak berhasrat memanjang dan mempolemikkan isu ini. Full stop.

Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu

Pencerahan : Tanpa 4 Saksi Penzina Terlepas ? - DUPP

Posted: 31 Oct 2011 05:40 PM PDT

Kuala Lumpur, 31hb Okt 2011. Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali pada hari menjelaskan bahawa pandangan yang menyatakan bahawa penzina yang tidak dapat dibuktikan kesalahannya dengan empat saksi akan terlepas daripada hukuman adalah satu salah faham tentang hukumam jenayah dalam Islam.

Demikian tegas beliau ketika mengulas tentang Kenyataan Karpal Singh sebagaimana difahami daripada siaran berita Malaysiakini bertarikh 31hb Oktober 2011.

Beikut adalah kenyataan penuh beliau :

Kenyataan Karpal Singh sebagaimana difahami daripada siaran berita Malaysiakini bertarikh 31hb Oktober 2011 bahawa penzina yang tidak dapat dibuktikan kesalahannya dengan empat saksi akan terlepas daripada hukuman adalah satu salah faham tentang hukumam jenayah dalam Islam. Sebenarnya, Apabila tuduhan zina gagal dibuktikan menurut undang-undang keterangan Hudud samada menerusi kenyataan 4 saksi atau pengakuan penzina maka penzina itu boleh dihukum berdasarkan hukuman Takzir. Hal ini dijelaskan oleh Seksyen 50, ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M BAHAGIAN IX.

Teksnya adalah seperti berikut:


Seksyen 50. Takzir Sebagai Ganti Hukuman Hudud Apabila Keterangan Tidak Memenuhi Syarat-Syarat untuk Membuktikan Kesalahan Hudud.

Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 46 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 48 atau kerana keterangan yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman takzir; dan Mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

Dr. Khairuddin Razali
Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 01 Nov 2011 07:32 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERKASAKAN AMAL TARBAWI MENANGI PILIHANRAYA

Posted: 31 Oct 2011 08:49 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 01 Nov 2011 07:06 AM PDT

PAS Kulaijaya


Kecelaruan PPSMI Bukti Kelemahan Kerajaan BN.

Posted: 31 Oct 2011 08:27 PM PDT

TAHUKAH ANDA !!!!

Posted: 31 Oct 2011 07:36 PM PDT

Program PAS Kawasan Kulai.

Posted: 31 Oct 2011 06:38 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan