Alhamdulillah semalam YB Ustaz Mohd Nor telah mengadakan program ziarah dan pemberian sumbangan bagi mendekati penduduk kawasan DUN BUkit Payong.
Salah seorangnya ialah Mak Ngah yang tinggal di Kampung Surau Haji Mat Zin.Mak Ngah telah dua tahun lebih menghidap sakit kencing manis.
Akan tetapi keadaannya semenjak dua bulan lalu semakin teruk sehingga menyebabkan jari kakinya terpaksa dipotong dan mengalami kesukaran untuk bergerak.
Beliau dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas keperihatinan Ustaz Mohd Nor yang datang untuk bertanya khabar mereka.
Sebuah lagi keluarga yang diziarahi ustaz ialah keluarga allahyarhamah Suriani Yahya yang meninggal kerana terbakar teruk baru-baru ini.
Allahyarhamah meninggalkan dua anak lelaki yang masih kecil tiga dan lima tahun.
Suaminya masih dalam tahanan polis bagi membantu siasatan dan anak-anak itu sekarang tinggal sementara bersama ibu saudara mereka di Kampung Wakaf Pak Ya, Gong Kubur.
Allahyarhamah 28, meninggal selepas 10 hari berada di (Unit Rawatan Rapi) ICU dalam kejadian kebakaran itu.
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dijatuhi hukuman penjara 14 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas dia mengaku bersalah memiliki sembilan jenis mercun dan bunga api.
Majistret Zaki Asyraf Zubir, menjatuhi hukuman itu terhadap P. Rajaseluan, 21, dan memerintahkan hukuman bermula pada tarikh tangkapan iaitu Khamis lepas, sehari selepas Deepavali.
Rajaseluan didakwa melakukan kesalahan itu pada 27 Okt, 2011 jam 8.30 malam di sebuah lorong berhampiran Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan berdepan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ketika merayu supaya hukuman diringankan, tertuduh, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sambilan, meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan memandangkan dia tiada pilihan melainkan menjual mercun dan bunga api bagi menambah pendapatan untuk menyambut Deepavali selain dia juga pencari nafkah utama bagi keluarganya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala Rajaseluan tidak diwakili peguam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar kecil) menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.
"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.
Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.
"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.
"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.
Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.
Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.
"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.
"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.
"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.
Kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.
Malah sewaktu memasuki Malaysia beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.
Kejohanan tersebut telah dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.
LONDON: Sistem kerajaan Britain 'diserang' penggodam purata 600 kali sehari, manakala penjenayah mampu mengambil butir-butir mangsa kecurian kad kredit di internet hanya dengan membayar 70 pence (RM3.50), kata Setiausaha Luar William Hague kepada akhbar.
Oleh itu, negara yang menghadapi masalah ini tidak mungkin dapat melindungi sistem perbankan mereka termasuk hak intelektual pada masa depan.
"Perniagaan semakin sukar maju atau bertahan jika maklumat peribadi mudah untuk dicuri. Jadi, perkara ini perlu dibendung," kata Hague.
Terbaru, penggodam cuba menceroboh rangkaian sitem komputer Pejabat Luar, kata ketua agensi risikan komunikasi Britain, kata Iain Lobban, Pengarah Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) yang menyifatkan serangan itu mengancam ekonomi negara itu.
"Kadar e-jenayah dan serangan terhadap sistem kerajaan serta industri membimbangkan. Saya boleh beri keterangan mengenai cubaan curi idea dan reka cipta dalam sektor Teknologi Maklumat (IT), teknologi, pertahanan dan tenaga serta bidang lain, bagi mendapat kelebihan komersial atau keuntungan kerana tahu butir-butir kontrak," katanya.
Britain membelanjakan £650 juta (RM3 bilion) untuk menyekat serangan itu dalam tempoh empat tahun akan datang. Hague dan Lob-ban berkata, ia memerlukan kerjasama pihak berkuasa dan firma perniagaan.
"Aktiviti di alam siber akan menjadi salah satu cabaran terbesar bagi generasi hari ini," kata Lobban.
GCHQ memegang peranan sama seperti Agensi Keselamatan Kebangsaan di Amerika Syarikat sebagai pengurus operasi mengumpul maklumat dan pengesan kod dan bertindak sebagai pelindung sistem komputer Britain.
Lobban jarang membuat ulasan secara terbuka. Kenyataan terbarunya dibuat setahun selepas beliau berucap mengenai tindakan kerajaan asing menggunakan alam siber bagi menyerang pihak lain. – Reuters
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohamad Yusuf (gambar) kesal dengan sikap kerajaan pusat yang sehingga kini masih belum dapat menyelesaikan isu kebanjiran taksi sapu Thailand memasuki Malaysia lebih dari jarak yang dihadkan.
Keadaan itu katanya, telah menyebabkan punca pendapatan pengusaha teksi di negara ini terjejas teruk khususnya di kawasan Rantau Panjang.
"Kita dah jumpa dengan pengarah JPJ negeri, dah bangkit dalam parlimen, dah maklum kepada menteri, tapi sehingga kini belum ada apa-apa tindakan," katanya kepada Harakahdaily.
Sekurang-kurangnya 50 buah teksi dari Thailand memasuki negara ini melalui imegresen Rantau Panjang setiap hari dengan membawa pelancong ke serata negeri tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa.
Masalah yang didakwa telah berlarutan hampir 11 tahun itu menjejaskan pendapatan lebih 300 pengusaha teksi tempatan di sekitar daerah itu.
Teksi Thailand itu juga dikatakan bebas membawa pelancong dari negara itu ke seluruh Terengganu, termasuk membawa penumpang tempatan.
Tambang yang dikenakan oleh teksi Thailand itu jauh lebih murah daripada yang dikenakan teksi tempatan.
"Mengikut undang-undang, teksi Thailand hanya boleh masuk negara ini dalam jarak tidak lebih 20 kilometer sahaja.
"Apa berlaku hari ini, teksi-teksi Thailand ini masuk ke negara ini sampai ke Gua Musang, Perak dan semua destinasi dalam negara, sedangkan teksi Malaysia tidak dibenar membawa pelancong masuk ke Thailand lebih dari jarak yang dibenarkan," katanya.
Sebelum ini, pada Februari tahun lalu kira-kira 200 pemandu teksi tempatan mengadakan demonstrasi di pintu masuk Jambatan Muhibah di sini untuk menghalang teksi sapu dari negara jiran itu yang ketika itu sedang membawa pelancong ke dalam negara.
Ianya sebagai membantah sikap kerajaan yang gagal bertindak ke atas teksi-teksi negara jiran yang disifatkan mereka "menabur pasir dalam periuk nasi mereka".
Selain itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim juga pernah berjanji jabatannya akan segera memantau dan menyenarai hitam kenderaan dari negara jiran terbabit jika didapati bersalah.
"Pemilik teksi sapu ini boleh dikenakan tindakan mengikut Akta LPKP 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM10,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan sebelum ini.
MANILA: Seorang bayi perempuan yang dinamakan Danica May Camacho diisytiharkan sebagai penduduk ke tujuh bilion dunia, semalam.
Dengan berat 2.5 kilogram, Danica dilahirkan sebelum tengah malam sambil disaksikan oleh media di Hospital Memorial Jose Fabella.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menganggarkan bayi ke tujuh bilion, dilahirkan pada 31 Oktober dan kebanyakan negara di dunia sudah mula merancang membuat sambutan sempena kejayaan demografi itu.
Zambia mengadakan pertandingan nyanyian; Vietnam pula mengadakan konsert dan Kerajaan Rusia pula memberi hadiah kepada beberapa orang bayi yang dilahirkan, Ivory Coast pula mengadakan pertujukan komedi manakala Papua New Guinea memberi hadiah kepada ibu baru bersalin.
Tetapi di sebalik kegembiraan kelahiran bayi itu terselit juga kebimbangan dengan pertambahan penduduk yang mendadak yang akan memberi tekanan kepada planet yang rapuh ini.
"Dia kelihatan comel sekali, kata Camille Dalura sambil memeluk Danica May.
"Saya tak percaya dia adalah penduduk dunia ke tujuh bilion," katanya.
Danica May adalah anak kedua pasangan Dalura dan Florante Camacho yang hanya berdiri di belakang membiarkan saja pihak media berlumba-lumba untuk mengambil gambar anak perempuannya. - AFP
Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor tiba di Madinah untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini.
Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah kira-kira jam 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia).
Rosmah dikritik hebat kerana tidak menutup aurat semasa menaiki pesawat tersebut walaupun dalam perjalanan ke Mekah. Pemerhati berpendapat sebagai seorang isteri pemimpin Rosmah mesti menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat supaya menjadi contoh ikutan rakyat. Tindakannya tidak menutup aurat merupakan tindakan mencabar hukum Allah.
Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah, esok.
Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.
Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini, bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini.
Adalah diharapkan kedua-dua mereka mendapat haji mabrur dan diberikan hidayah supaya :-
Najib menerima hukum Islam untuk diamalkan di Malaysia dalam semua perkara
Rosmah menutup aurat
Tidak lagi mendiskriminasikan negeri-negeri PR, penyokong PR dan lain-lain
Memberikan balik royalti kepada Kelantan
Membuat reformasi total kepada SPR, SPRM, Polis dan semua agensi yang jelas tidak telus, berpihak dan tidak professional
Memohon kepada seluruh rakyat atas kesalahan yang dilakukan sebeum ini
Mengaku dan bertaubat atas apa juga yang beliau lakukan selama ini dalam semua kes yang melibatkan dirinya
Memulangkan semua hak rakyat yang dikebas oleh beliau, kroni-kroni beliau dan keluarga beliau (jika ada).
Najib , Rosmah dan keluarga tidak boros lagi.
Hanya percaya kepada ALLAH bukan bomoh atau pawang atau dewa hindu.
Sebahagian koleksi syiling, barang kemas serta patung purba Libya dicuri dari bilik kebal sebuah bank di timur negara itu semasa pemberontakan terhadap bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Barangan berharga itu ditemui di pasar malam di Libya dan ada antaranya dibawa ke luar negara, termasuk ditemui di Mesir.
Simpanan lebih 8,000 barangan purba di bank itu dicuri oleh individu yang memecah masuk ke dalam bank di Benghazi semasa permulaan pemberontakan, Februari lalu, apabila kebakaran di bangunan ibu pejabat agensi risikan Libya merebak ke bank perdagangan itu.
Antara barangan dicuri termasuk syiling emas dan perak dihiasi kaligrafi Islam dan petikan ayat al-Quran.
Menurut penduduk Benghazi, banduan yang terlepas dari penjara berhampiran semasa kekecohan itu mungkin menjadi dalang di sebalik rompakan itu.
"Insiden ini adalah sesuatu yang malang," menurut pengarah barangan antik di Benghazi, Yussuf Ben Nasr.
"Ini adalah khazanah negara yang tidak ternilai, serpihan daripada sejarah kami yang telah hilang. Tiada apa yang kami boleh lakukan selain meminta institusi di seluruh dunia memulangkan semula khazanah itu jika ia ditemui," katanya lagi.
Seorang wartawan agensi berita Reuters menemui syiling gangsa di kedai barangan kemas di pasar Benghazi dan apabila ditanya mengenai nilai syiling itu, penjualnya hanya memaklumkan syiling itu berusia lebih 2,000 tahun.
Libya menjadi tanah jajahan empayar Mediterranean selama beberapa abad dan mempunyai banyak tinggalan zaman Greek dan Roman yang masih tidak diganggu oleh pemodenan.
ISTERI Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang diketahui umum sebagai seorang yang boros dan gemar bermewah-mewahan dengan pelbagai barangan mahal, kali ini kantoi lagi.
Sewaktu mengikuti suaminya Najib Razak ke persidangan negara-negara komenwel, CHOGM di Perth Australia, menurut Akhbar The West Australia, Rosmah Mansor dilaporkan telah membeli sejumlah mutiara bernilai $150,000 (RM387,888).
Malah anak perempuannya juga turut berbelanja sakan di David Jones sehingga $60,000 (RM193,944).
Suaminya menyarankan agar rakyat semua berbelanja secara berhemah memandangkan ekonomi berada di dalam keadaan yang tidak menentu. Dalam masa yang sama isteri dan anaknya sendiri berbelanja sakan bagaikan tiada hari esok.
JOHOR BAHRU – Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang lelaki berusia 55 tahun selepas didapati bersalah mengedar dadah berbahaya seberat 494.81 gram pada Januari tahun lalu.
Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh Tee Chai Keiong, dari Kampung Lukut Cina, Kota Tinggi, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah atas pendakwaan pertuduhan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Muhammad Ashraff Mohd Diah, manakala tertuduh diwakili peguam, Hisham Teh Poh Teik.
Tertuduh didakwa mengedar dadah seberat 494.81 gram iaitu heroin seberat 430.98 gram dan manoacetylomorphines seberat 63.83 gram di hadapan rumah di Kampung Lukut Cina pada jam kira-kira 2.20 petang, 25 Januari 2010.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati.
Gempa bumi kuat yang melanda timur Turki, 23 Oktober lalu, tidak akan menjejaskan rancangan Ankara untuk membina reaktor nuklear di negara itu.
Turki merancang membina reaktor nuklear pertama nya di bandar Akkuyu, iaitu kawasan yang aktif dengan aktiviti seismik.
Sebelum ini, kerajaan Turki menegaskan akan tetap membina reaktor itu walaupun selepas krisis nuklear berlaku di Jepun, Mac lalu.
"Menangguhkan rancangan untuk membina reaktor nuklear memang tidak pernah ada dalam pilihan," menurut
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Keyakinan itu dikongsi Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turki, Taner Yildiz yang menegaskan penduduk tidak perlu bimbang dan loji nuklear itu akan menjadi pembinaan paling kukuh di Turki.
"Setiap langkah berjagajaga diambil, tiada apa perlu dibimbangkan. Ini bahagian penting sistem tenaga negara," katanya, minggu lalu.
Wakil Pakatan Rakyat akan memanggil Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai saksi pertama sebaik jawatankuasa terpilih khas parlimen (PSC) untuk menambahbaik pilihan raya mula bersidang esok.
Timbalan presiden PKR, Azmin Ali berkata, wakil Pakatan akan meminta SPR akan dipanggil supaya badan itu membuat ketetapan ke atas tuntutan mereka.
Antaranya, Pakatan akan menuntut supaya SPR tidak akan mengadakan pilihan raya sebelum proses pembaikan berkenaan dijalankan, kata Azmin dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Pakatan juga mahu kumpulan BERSIH diberi ruang untuk mengemukakan lapan tuntutan mereka kepada jawatankuasa berkenaan.
"Kita tidak mahu jawatankuasa ini dijadikan helah untuk lengah-lengahkan reformasi pilihan raya," katanya lagi dalam sidang media yang turut dihadiri dua lagi wakil Pakatan dalam PSC – Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah).
DALAM Kongres Parti Kebangsaan Melayu Malaya tahun 1946 di Melaka, Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmy dalam ucapannya menyampaikan syairnya yang masyhur:
Di atas robohnya Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.
Jika tidak silap itulah Kongres parti itu yang pertama setelah ia dibentuk di Ipoh.
Syair Dr. Burhanuddin ini secara rasmi menyeru penduduk Tanah Melayu dari berbagai baka membangunkan jiwa merdeka bagi menuntut hak keadilan pusaka.
Ia adalah kenyataan terbuka yang awal oleh seorang pemimpin Tanah Melayu untuk menentut kemerdekaan dari penjajah British setelah wilalyah itu dijajah oleh kuasa barat terdiri dari Peringgi, Belanda dan Inggeris sekitar 400 tahun sebelumnya.
Ketika ia dilaungkan oleh Dr. Burhanuddin, Dato Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra belum muncul sebagai pemimpin politik.
Malah Dr. Burhanuddin bergerak untuk menuntut kemerdekaan itu lebih awal apabila dia menyertai pimpinan pusat KMM yang diketuai oleh Ibrahim Yaakub bagi menggembeling semangat kemerdekaan itu sebelum Jepun melanda Tanah.
Ketika Dr. Burhanuddin sudah bercakap tentang kemerdekaan Dato Onn masih menjadi Pegawai Daerah Batu Bahat. Dan Tunku Abdul Rahman pula adalah seorang pegawai kerajaan yang berkira untuk menyambung semula pengajian undang-undang di London yang tidak ditamatkannya sebelum itu.
Jika Dr. Burhanuddin sudah memulakan pembentukan jiwa merdekanya sejak usia muda, maka tiada diketahui Dato Onn ada sejarah menuntut kemerdekaan secara jelas dan Tunku pula mula terlibat dalam tuntutan kemerdekaan secara aktif lima atau enam tahun selepas Dr. Burhanuddin melafazkan syairnya di Melaka itu.
Rencana ini bukan untuk menilai siapa berjiwa merdeka antara pemimpin Melayu itu tetapi adalah bagi menyatakan lebih dulu memulakan tuntutan kemerdekaan dan mengajak rakyat jelata membuat tuntutan itu?
Justeru itu sejarah mengenainya mestilah dirakamkan. Siapakah merakamkannya?
Yang utama mesti merakamkannya ialah pakar sejarah. Sejarah itu bidangnya dan antara mereka mendapat nikmat hidup yang lumayan sebagai ganjaran dari ilmu perkhidmatanya di bidang sejarah. Maka wajarlah mereka menilai sejarah, peranan dan keterampilan pembuat sejarah itu.
Kalau Firaun bedebah yang menjadi musuh Allah itu Allah rakamkan sejarahnya dalam al-Quran, maka wajarlah manusia merakan sejarah orang yang membuat sejarah.
Maka di sini Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS minta sejarah kemerdekaan negara dinilai dan ditulis semula.
Semuanya tahu kemerdekaan yang kira rayakan selama 54 tahun itu berjaya dicapai di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman. Tiada siapa dapat menggelapkan sejarah yang dibuat oleh Tunku itu.
Tetapi Tunku bukanlah orang yang pertama membangkitkan tuntutan itu. Ada yang lebih awal. Semua orang tahu Tunku bukan mengetuai kumpulan yang pertama menggunakan tema merdeka dalam perjuangan politiknya.
Merdeka sebagai tema telah dimulakan oleh kumpulan nasionalis kira terdiri dari Dr. Burhanuddin, Ibrahim Yaakub, Pak Sako dan Ahmad Boestamam.
Sejarah menentang penjajah itu sudah bermula sejak zaman Dato Maharajalela, Dato Bahaman dan Mat Kilau lagi. Mereka tidak tahu lagi tentang tema merdeka. Tetapi sedikit sebanyak sejarah mereka sudah diakui.
Yang belum diakui ialah peranan ulama sepanjang zaman penjajahan itu dan sejarah kumpulan yang mula menggunakan perjuangan dengan tema merdeka.
Syair empat baris Dr. Burhanuddin itu telah tercatit dalam banyak percetakan sebelum dan selepas 31 Ogos, 1957. Ia adalah bukti sejarah yang kukuh betapa dia mendahului Dato Onn dan Tunku mengerak tenaga rakyat supaya bangkit menuntutkan kemerdekaan.
Kerajaan yang ada tidak berlaku adil, menggakkan sejarah itu digelapkan, malah ia merampas hak kemerdekaan ahli dan pakar sejarah untuk menjadi pakar sejarah yang merdeka.
Ia menyebabkan rakyat terpaksa menuntut supaya kemerdekaan itu disempurnakan antaranya memerdekakan ahli dan pakar sejarah. Betullah kata Dr. Burhanuddin kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957 itu adalah separuh masak.
Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar
PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.
Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.
Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya.
"Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu," kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.
Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.
Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.
"Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.
Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga," katanya.
Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.
Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
"Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM," katanya.
Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletak kunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. - BERNAMA
KUALA LUMPUR - Dianggarkan sejuta rakyat Malaysia bekerja di luar negara sehingga April tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk SK Devamany berkata, angka itu dikeluarkan Bank Dunia berikutan kajian bersama dengan Unit Perancang Ekonomi, JPM.
Menurutnya, penubuhan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) ialah langkah tepat dalam usaha menarik mereka untuk kembali berkhidmat di tanah air.
"Antara usaha TalentCorp untuk menjangkau golongan ekspatriat Malaysia yang masih bekerja di luar negara termasuk pelaksanaan program Returning Expert Programme (REP)," katanya ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) mengenai warga Malaysia berkenaan.
Katanya, bagi mereka yang masih ingin bekerja di luar negara, TalentCorp berusaha membina jaringan profesional dengan mereka untuk mengetengahkan peluang pekerjaan serta menggunakan kepakaran dan jaringan mereka di luar negara yang boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi negara.
BUKIT KATIL, 1 Nov: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) mengalu-alukan keputusan Umno ingin mengadakan ceramah di sebelah program Makan Malam Sempena Ulang Tahun PAS ke-60 malam ini.
Adly berkata, PAS negeri sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa kesan dari keputusan Umno mengadakan program ceramah bersebelahan itu.
"Kami sudah maklumkan pada polis kesan provokasi Umno ini. Negara ini mengamalkan demokrasi sesiapa pun boleh menganjurkan program dan ceramah," kata Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Beliau menjemput seluruh rakyat negeri Melaka hadir pada kedua-dua program tersebut dan mereka boleh menilai siapa yang matang dan tidak matang di samping boleh memikirkan hujah-hujah yang diperkatakan oleh pemimpin PAS dan penceramah Umno.
"Datuk Ali boleh nilai malam ini, nak tanding di Dun Bukit Baru atau pindah ke Parlimen Tangga Batu," tambah Adly.
Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini yang diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong.
Dua orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.
Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.
Anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini meninjau KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi meninjau kepincangan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Tempat pertama yang ditinjau adalah sistem pengendalian bagasi di KL Sentral, yang menghubungkan Terminal Udara Bandaraya KL dengan KLIA di Sepang, melalui perkhidmatan keretapi elektrik.
Laporan itu mendedahkan terdapat beberapa siri kelewatan dan semakan semula kos dalam melengkapkan sistem pengendalian bagasi. Kos projek dikatakan melambung kepada 78.9 peratus berbanding dengan anggaran awal.
Sistem itu tidak pernah digunakan sejak ia siap pada 2008 kerana pelbagai masalah yang membabitkan beberapa pihak.
RANTAU PANJANG – Hasrat seorang lelaki mengakhiri zaman bujangnya bersama gadis pilihan pada 11.11.11 tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia akibat sawan ketika melihat taut ditahannya di Lubok Katong, Kubang Kuau, kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin.
Ketika kejadian, mangsa, Zainuddin Mamat,28, dikatakan ke sungai bersama sepupunya, Mohamad Had,19, melihat tauk ditahan petang Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendan Tengku Azman Tengku Abdullah berkata, sebaik sampai ke tempat kejadian, mangsa meminta sepupunya menunggunya di pagar berhampiran sementara dia ke kawasan danau seorang diri.
Menurutnya, lebih kurang 15 minit kemudian, sepupu mangsa memanggilnya setelah dia tidak keluar dari danau berkenaan, namun tidak mendapat sebarang tindak balas darinya.
"Sepupunya yang mula mengesyaki sesuatu berlaku kepada mangsa terus ke tempat kejadian dan melihatnya dalam keadaan tertiarap.
"Setelah menariknya, sepupunya mendapati dia telah meninggal dan balik ke rumahnya kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian untuk memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya," katanya kepada pemberita petang semalam.
Tengku Azman berkata, jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Pasir Mas untuk bedah siasat.
Menurutnya, berdasarkan cerita bapanya, mangsa yang pernah bekerja kilang elektronik di Johor ini menghidap sawan sejak kecil dan turut terkena serangan penyakit itu sehari sebelum kejadian.
"Jenazah mangsa dituntut keluarga kira-kira jam 6 petang untuk dikebumikan di kampung halaman mangsa," katanya.
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Pakatan Rakyat akan membahaskan satu usul agar gaji Perdana Menteri dipotong sebulan.
Beliau memberitahu usul di bawah peraturan mesyuarat 66(9) dalam perbahasan peringkat jawatankuasa rang undang-undang perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri itu telah dikemukakan kepada Speaker Dewan Rakyat pada 27 Oktober yang lepas.
"Merujuk kepada Peraturan mesyuarat tersebut, saya telah mengemukakan usul supaya mesyuarat ditangguhkan untuk membahaskan di peringkat Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan 2012 bagi Jabatan Perdana Menteri.
"Usul tersebut akan dibahaskan esok 2 November jam 11.30 pagi," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen, pagi ini.
Tambah Tian lagi, usul tersebut memohon agar perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM22,826.65.
"Pengurangan perbelanjaan itu daripada perkara Maksud Bekalan/Pembangunan 6 di bawah Jabatan Perdana Menteri Kod 10000 Emolumen iaitu dengan memotong gaji satu bulan Perdana Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri.
"Kita menggemukakan usul tersebut apabila melihat beberapa kepincangan berlaku mahupun kelemahan dalam pentadbiran beliau sejak Datuk Seri Najib Razak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri," sambungnya lagi.
Tian juga menjelaskan usul tersebut sebenarnya secara tidak langsung akan mewujudkan undi tidak percaya kepada Najib walaupun kita melihat pemotongan sebulan gaji hanyalah perkara yang kecil padanya.
"Terdapat perkara-perkara yang akan dibahasakan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mangambil bahagian esok dan di antaranya adalah isu pentadbiran beliau yang amat lemah sehingga hutang negara meningkat 51 peratus dari had yang ditetapkan.
"Selain itu juga kadar inflasi yang tinggi telah wujud sejak beliau menjadi Perdana Menteri, yang mana rakyat terus terbeban dengan ekonomi dan kenaikan harga barang tetapi yang amat menyedihkan beliau tetap berbelanja besar setiap beliau dan isteri mengadakan lawatan keluar negara.
"Dalam pada itu kita melihat budaya fitnah dan juga politik kotor menjadi amalan dalam pentadbirannya seperti isu video lucah fitnah kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan baru-baru ini fitnah anak kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sehinggakan pemimpin kanan Umno juga turut melibatkan fitnah," katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Tian memberitahu sebenarnya potongan gaji sebulan itu tidak menjejaskan pendapatan beliau mahupun pentadbirannya tetapi ia memberi isyarat kepada Najib agar lebih berhati-hati dalam urusan perbelanjaan dan juga bersikap telus dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.
KUALA LUMPUR, 1 Nov: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menjawab serta menjelaskan bagaimana kehadiran seorang peninju dari Israel, Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini.
Ketua penerangannya, Riduan Mogd Nor berkata, sedangkan sepatutnya tidak ada seorang rakyat Israel pun dibenarkan masuk ke Malaysia sebagaimana rakyat Malaysia diharamkan memasuki Israel.
Katanya, lebih mengejutkan apabila peninju itu sendiri mendakwa beliau masuk ke Malaysia dengan sokongan Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan diberi pas khas setelah ditahan selama 25 jam di pintu masuk antara Malaysia-Thailand.
"DPPM menganggap dakwaan peninju terbabit amat berat dan melibatkan penyelewengan kuasa oleh Menteri Belia dan Sukan," katanya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau, jika benar dakwaan peninju tersebut, DPPM merasa kesal kerana Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menjaga sensitiviti serta keprihatinan umat Islam atas isu Palestin.
Menurutnya, dalam keadaan seluruh umat Islam berang dan berduka di atas apa yang menimpa umat Islam di Palestin yang dibunuh serta dihalau dari bumi mereka sendiri, Menteri Belia dan Sukan sendiri meluluskan kemasukan warga Israel ke dalam Malaysia.
Beliau berkata, ia ibarat merobek luka ke dada umat Islam Malaysia yang tidak meredhai kezaliman berlaku di atas buminya.
Bagi umat Islam, tegasnya rakyat Israel adalah pencoroboh dan zalim yang telah membunuh beribu umat Islam Palestin.
"DPPM melihat jawapan balas beliau yang menyatakan kerajaan Selangor telah memberi peruntukan sebanyak RM5 juta untuk kejohanan tersebut sebagai jawapan 'escapism' atau melepas diri semata-mata," ujarnya.
Katanya, Kerajaan Selangor hanya meluluskan peruntukan untuk penganjuran kejohanan terbabit, sedangkan Menteri Belia dan Sukan berkuasa penuh meluluskan sesuatu kejohanan atau penglibatan mana-mana peninju dalam kejohanan tersebut.
"Beliau boleh mengharamkan penglibatan peserta yang bermasalah atau dari negara yang diharamkan masuk ke Malaysia seperti Israel.
"Mana-mana peserta yang kontroversi perlu disekat dari awal lagi agar tidak menimbulkan pertikaian," ujarnya.
Tambahnya lagi, DPPM juga meminta Menteri Belia dan Sukan bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang berlaku dan mengingatkan agar beliau menjaga hati serta sensitiviti rakyat di negara ini.
Tegasnya, jangan kerana atas semangat mahu memajukan sukan di negara ini, kedaulatan dan keharmonian negara pula tergadai.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan bahawa beliau ialah "jurucakap" syarikat pemprosesan logam nadir dari Australia, Lynas Corporation Ltd (Lynas).
Malah, beliau menyifatkan dakwaan Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) itu satu tuduhan berat dan tidak wajar.
Mustapa (kanan) berkata kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan telah menjalankan sesi penerangan kepada banyak pihak termasuk orang ramai berhubung isu tersebut.
"Daripada maklum balas yang diterima, ramai yang mula menerima dan memahami dasar kerajaan menerusi projek ini dan kerajaan akan mempergiatkan lagi proses penerangan ini," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 pada sidang Dewan Rakyat semalam, bagi menjawab pertanyaan Fuziah yang telah mencelah perbahasannya.
Fuziah juga menyalahkan kerajaan kononnya tidak mengambil kira aspek keselamatan rakyat dalam projek itu.
Sementara itu, Mustapa berkata kerajaan tidak pernah meluluskan lesen kepada Lynas untuk memulakan operasinya di Gebeng dekat Kuantan, sehingga projek itu menepati syarat yang dikeluarkan oleh panel pakar antarabangsa yang dilantik kerajaan.
Menurutnya, Menteri Petroleum dan Perlombongan Australia Barat Norman Moore juga memberi jaminan bahawa tahap radioaktif yang dihasilkan projek itu adalah sangat rendah.
"Malah, saya juga mahu merujuk kepada apa yang telah disebut oleh ahli parlimen dari PAS sendiri iaitu Hulu Langat (Dr Che Rosli Che Mat) yang merupakan pakar dalam bidang sains nuklear, bahawa projek ini lebih rendah radiasinya," katanya.
ABDUL RAZAK (tengah) menunjukkan antara barang yang ditemui berikutan penahan dua budak sekolah di rumah mereka.
Penghuni tinggal kunci dalam kasut
PUTRAJAYA: Umur mereka masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun, selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaan di Presint 8, di sini sejak enam bulan lalu.
Antara barang berharga yang dilaporkan dicuri termasuk wang tunai RM350 dan seunit telefon bimbit Sony Ericson, cakera padat (CD) dan pelbagai barangan lain.
SUNGAI GOLOK: Lima daerah selatan Thailand digegarkan 10 serangan bom dalam masa sejam petang kelmarin, dipercayai dilakukan dua beradik, Suhaidi dan Roslan Kubaru yang menjadi buruan polis negara ini sejak kejadian letupan bom di Sungai Golok mengorbankan tujuh nyawa termasuk enam rakyat Malaysia, sebulan lalu.
Lima daerah berkenaan ialah Sungai Golok; Sungai Padi; Yi-ngo; Takbai dan Rueso. Bagaimanapun, dalam kejadian yang berlaku antara jam 5.50 petang dan 6.20 petang waktu tempatan itu, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan.
Seorang rakyat Malaysia, Wong Tian, 63, yang dilaporkan menginap di Hotel Inter Tower berhampiran dengan kejadian letupan bom di Sungai Golok dipercayai meninggal dunia secara mengejut awal pagi kelmarin yang dipercayai tiada kaitan dengan pengeboman itu.
Sementara itu, Timbalan Pegawai Daerah Sungai Golok, Santi Chuduant, berkata, kejadian serangan bom di Sungai Golok itu berlaku di sebuah kedai menjual alat mainan di Jalan Wangwiwat, jam 6.30 petang kelmarin.
"Dua orang dipercayai menaiki motosikal memasuki kedai berkenaan dan meletakkan tin air buahan yang dipercayai bom buatan sendiri di dalam kedai berkenaan.
"Sepuluh minit kemudian, bom itu meletup tanpa mencederakan sesiapa," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang saksi, Nuratikah Jamaluddin, 22, pembantu kedai kasut berhampiran kedai mainan yang kena letupan bom itu berkata, dia sedang melayan pelanggan sebelum terdengar bunyi letupan kuat.
"Saya lihat orang ramai bertempiaran lari dan kedai mainan itu musnah," katanya. Pada 17 September lalu, enam rakyat Malaysia termasuk seorang budak lelaki berusia tiga tahun maut di Sungai Golok dalam letupan bom disifatkan terbesar pada tahun ini.
Dua beradik Suhaidi dan Roslan, yang mempunyai kerakyatan Thailand dan Malaysia diburu pihak berkuasa Thailand kerana disyaki terbabit dalam pengeboman di situ.
Mereka disyaki anggota kumpulan pengedar dadah terbesar di selatan Thailand, juga dipercayai terbabit dalam kejadian pengeboman pada Ogos dan September 2009 di kawasan sama.
Difahamkan, dalam beberapa serangan bom terbaru, dua bom meletup di Takbai iaitu di sebuah kedai runcit dan berdekatan pagar sekolah di pusat bandar manakala di Rueso, empat letupan berlaku di kedai serbaneka 7-Eleven, kawasan jualan penjaja dan kedai runcit.
Di Yi-ngo, bom tangan dilemparkan ke arah rumah di diami seorang guru sekolah Ban Ku Wae, Kanuengnit Chusing manakala di Sungai Padi, letupan berlaku berhampiran stesen kereta api.
TANAH MERAH, 31 Okt: Seramai 112 dari 315 masyarakat kampung dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Bunga dan Dun Kemahang, menerima sijil hak milik tanah masing-masing tengah hari tadi.
Sumbangan berkenaan disampaikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, pada majlis penyampaian hak milik tanah dan bantuan sosial peringkat Jajahan Tanah Merah.
Seramai 100 orang penerima sumbangan, manakala 20 orang lagi penerima cek skim Takaful Kifaalah.
Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata, kerajaan negeri tidak menaikkan kadar cukai tanah sejak mentadbir negeri ini 21 tahun lalu walaupun berhadapan dengan kos keperluan yang berkaitan semakin meningkat.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak ingin membebankan mereka dengan kenaikan kos tersebut walaupun terpaksa berhadapan dengan kenaikan kos lain.
"Apa yang penting kita mahu rakyat dapat membayarnya dengan baik demi untuk faedah bersama," ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau berkata tanah merupakan keperluan penting pada masyarakat apa lagi pada mereka yang langsung tidak bertanah.
Kerana itu, katanya ada pihak luar bertelagah dengan pihak lain untuk berebut tanah kerajaan negeri.
"Kita sedang memerhatikan perkara ini sebelum kerajaan negeri mengambil sebarang tindakan,"ujarnya.
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Gempa bumi sederhana dengan magnitud 5.6 pada skala Richter berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia, pada 9.27 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Kenyataan jabatan itu di sini menyebut pusat gempa itu berada di 229 kilometer barat daya Manado, Indonesia, dan 774 tenggara Tawau, Sabah. - Bernama
Salam Palestin, Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami [...]
KOTA KINABALU, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) menuntut penjelasan penuh daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama IslamNegeri Sabah (JHEINS) berhubung aliran perbelanjaan sejumlah RM 1.7 juta yangdisalurkan untuk perbelanjaan menaik taraf lima buah sekolah berasrama penuh.
KetuaPenerangannya, Mohd Zulfikar Abd. Mijan mendakwa, berdasarkan Laporan Audit2010 menunjukkan secara jelas adanya berlaku penyelewangan terhadap sejumlahperuntukkan yang diberikan untuk kerja-kerja menaik taraf sekolah berkenaan.
"PASmendesak agar dibuat penyiasatan rapi termasuk seluruh cabang dan bahagiandalam JHEINS untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan ke atas peruntukkanitu.
"Iniinstitusi agama, bagaimana peruntukkan tersebut diproses, kemana peruntukkandiagihkan dan apa kesan terhadap penambahbaikan itu berjalan?, soalnya.
Memetikkenyataan Laporan Audit Negara 2010 yang disiarkan di Malaysiakini, sejumlahRM1.7 juta dibelanjakan untuk kerja-kerja naiktaraf di lima buah sekolahberasrama penuh. Namun tinjauan mendapati sama ada kerja-kerja yang dilakukanitu tidak memuaskan atau belum dimulakan meskipun bayaran telah dibuatsepenuhnya.
Beliauberkata demikian semasa Sidang Media selepas perasmian Majlis Konvokesyen PASTIkawasan Kota Kinabalu kali ke-21 yang diadakan di Dewan Saadah, Wisma MUIS Ahadlalu.
Isu tanah di Padang Terap: 'Jika tiada pertindihan, geran tanah akan dipertimbang segera'
Isnin, 31 Oktober 2011 11:58 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR | | |
ALOR SETAR - Semua permohonan tanah oleh peneroka di kawasan Kuala Nerang akan diproses mengikut prosedur ditetapkan sekiranya tidak timbul masalah pertindihan hak milik tanah atau kawasan hutan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, pihaknya telah berbincang dengan Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Tanah Kuala Nerang untuk meneliti setiap permohonan yang layak, 19 Oktober 2011.
"Kita sedang teliti semula permohonan sama ada dalam proses atau belum diambil tindakan," katanya.
Setelah disemak, ujarnya, terdapat segelintir permohonan tidak jelas dan perlukan penelitian serta maklumat tambahan daripada pemohon.
Menurutnya, mana-mana permohonan yang lengkap dan layak akan dipertimbangkan untuk diluluskan.
"Jawatankuasa Tanah di peringkat daerah yang ditubuhkan pada tahun 2010 akan cadangkan kepada Kerajaan Negeri keluasan tanah yang akan diberikan kepada peneroka, selepas semua permohonan diteliti. Yang mana tiada masalah akan diproses segera untuk pertimbangan," katanya.
Phahrolrazi memberitahu, antara permohonan yang tertangguh adalah disebabkan berlakunya pertindihan hak milik tanah yang dimohon dengan tanah yang diusahakan oleh sebuah syarikat ladang di kawasan itu.
"Terdapat kes berlaku pertindihan dan saya harap wakil penduduk dapat berbincang dengan saya secara terperinci pertengahan November 2011, selepas saya pulang menunaikan ibadah Haji," jelasnya.
Mengulas mengenai permohonan peneroka di kawasan itu, Phahrolrazi berkata, berlaku sedikit kelewatan sebelum ini berikutan jumlah permohonan yang banyak selain membabitkan tiga kawasan utama iaitu Kah Eng, Sebapin dan Bukit Damar.
"Permohonan di Bukit Damar tiada masalah, Cuma di Kah Eng ianya membabitkan kawasan hutan dan kita perlu membuat semakan dengan Jabatan Perhutanan Negeri kerana tidak boleh meneroka kawasan hutan sesuka hati," ujarnya.
Manakala permohonan di Sebapin, katanya, berlaku sedikit pertindihan kawasan membabitkan tanah ladang dan perlu dibuat lebih penelitian.
"Jika ianya tanah milik kerajaan, kita boleh pertimbangkan untuk kelulusan. Kita akan pastikan pemohon tempatan yang belum memiliki tanah dan memerlukan diberi keutamaan," katanya.
Pada 30 September 2011, seramai 80 penduduk di kawasan Sebapin, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang yang menjadi peneroka sejak 1983, mendakwa Kerajaan Negeri gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008, iaitu untuk membantu menyelesaikan isu membabitkan 80 hektar tanah di kawasan terbabit.
Masyarakat Cina dan Bukan Islam Terima PAS Setelah Mereka Tahu Umno/BN Menipu!!! Gambar Orang Ramai khusyu mendengar penjelasan Hudud dari Pengerusi DHPP Hu Pang Chaw
Miri - Forum Rakyat dengan tema "Membina Malaysia Sejahtera" di sebuah Hotel Miri yang dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Miri mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Cina dan bukan Islam di Bandaraya Miri. Antara panelis yang hadir pada hari tersebut ialah Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat Hu Pang Chaw, YB Alan Ling Sie Khiong (DAP), Dr Micheal Teo (PKR) dan moderator dari NGO stadio Mualaf sdr Robby. Turut hadir dalam forum tersebut ialah pimpinan Pakatan Rakyat dan juga masyarakat setempat dari berbagai bangsa dan agama. Diantara isu yang dibangkit pada forum tersebut ialah berkenaan dengan Hudud. Isu Hudud yang di politik oleh pihak tertentu telah dapat ditangani dengan baik oleh Pengerusi DHPP Pusat Sdr Hu Pang Chaw, dimana kata beliau isu Hudud ini bukan perkara yang perlu ditakuti oleh masyarakat Cina dan bukan Islam kerana katanya Hudud adalah sebahagian daripada perundangan Islam. Masyarakat Cina dan bukan Islam tidak perlu takut dengan Hudud sebab Hudud hanya dikenakan kepada umat Islam yang melanggar perintah Allah dan yang bukan Islam tidak akan dikenakan hukuman tersebut secara paksa kecuali yang bukan Islam sedia menerimanya sebagai perundangan. Lagi pun sekarang Perlembagaan Malaysia juga membenarkan sistem kehakiman berganda yang unik, iaitu undang-undang sekular (jenayah dan sivil) dan undang-undang syariah. Dengan kedatangan pengerusi DHPP Pusat ke Miri sekurang-kurangnya dapat meredakan keadaan yang boleh mencetuskan kontrovasi diantara kaum dan agama di Miri sebab apabila masyarakat Cina dan bukan Islam mendengar sendiri penerangan dan penjelasan dari pimpinan pusat mereka rasa lega dan yakin PAS bukanlah parti yang bersifat perkauman dan exterismis seperti yang digambarkan oleh Umno/BN selama ini. Menurut Hu Pang Chaw lagi Hudud bukanlah suatu masalah bagi yang bukan Islam tetapi oleh kerana ianya di politikkan oleh pihak tertentu maka ianya sudah semacam suatu perkara yang menakutkan orang bukan Islam terhadap PAS. Seperti yang berlaku di Semananjung Malaysia, Umno membiarkan MCA memburuk-burukkan hukum Islam seperti Hudud sebab mereka tahu kalau mereka yang menentang Hudud secara terang-terangan sudah pasti orang Melayu Islam marah jadi mereka biarkan rakan parti komponen mereka seperti MCA mengecam Hudud demi survival parti mereka. Tujuan utama mereka membuat demikian hanya untuk menjauhkan PAS dengan masyarakat bukan Islam. Sebab mereka tahu kalau PAS berjaya menarik pengundi bukan Islam menyokong dan menyertai PAS sudah pasti Umno/BN mudah dikalahkan dalam PRU 13 nanti. Apabila PAS berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS maka PAS sudah dapat sokongan dari masyarakat Cina dan bukan Islam dan inilah yang menakutkan Umno/BN. Tidak mustahil PAS Sarawak juga boleh diterima dalam masyarakat Cina dan bukan Islam di Bandar sekiranya PAS dan DHPP dapat menyakinkan masyarakat Cina dan bukan Islam bahawa PAS sesuai untuk semua golongan tanpa mengira bangsa dan agama. Dalam pada itu YB Alan Ling (DAP) juga memuji PAS Miri kerana sentiasa aktif menjalankan aktiviti bersama rakyat di Miri dan begitu juga Dr Micheal Teo (PKR) juga mengatakan betapa perlunya kerjasama yang kukuh agar Pakatan dapat menawan Putrajaya dalam PRU 13 nanti. Kita yakin kalau masyarakat Cina dan bukan Islam dapat gambaran yang jelas tentang Hudud tiada masalah untuk mereka menerima PAS sebagai wakil mereka dalam Pakatan. PKR, DAP dan PAS akan mencapai kejayaan yang besar kiranya mereka terus bersatu dan bekerjasama dengan satu maklamat menuju dan membina Malaysia sejahtera. PAS Miri Jofri Jaraiee
English version Chinese and Non-Muslim Accept PAS After They Know Umno / BN falsification!!! Picture of the Public conscientiously listened to DHPP Chairman Hu Pang Chaw clarification on Hudud issues
Miri - People's Forum with the theme "Building a Prosperous Malaysia "in one of the Hotel in Miri organized by PAS Supporters Congress (DHPP) Miri received a good response from the Chinese and non-Muslims in Miri city. Among the panelists who attended is the Chairman of the Central PAS Supporters Congress (DHPP) Hu Pang Chaw, The Honourable Alan Ling Sie Khiong (DAP), Dr Michael Teo (PKR) and the moderator from NGO Studio Mualaf sdr Robby. Also present in the forum is the leadership of the People's Alliance and the local communities from different races and religions. Among the issues raised at the Forum is concerned with the Hudud. Hudud has become a political issue by certain parties has been addressed appropriately by the Chairman of the Central DHPP Mr. Hu Pang Chaw, which he said the Hudud issue is not what should be feared by the Chinese and non-Muslims because Hudud is part of Islamic law. The Chinese and non-Muslims should not fear the Hudud because Hudud apply only to Muslims who disobey Allah law and non-Muslims would not be by force to except it unless the non-Muslims ready to accept it as legal. Furthermore, the present Constitution of Malaysia also allows multiple unique judicial system, the secular law (criminal and civil) and sharia law. With the arrival of the chairman of Central DHPP to Miri at least to ease the tension that can trigger controversy between races and religions in Miri because when the Chinese and non-Muslims hear with their own explanations from federal leadership they feel relieved and confident that PAS is not a racist party and extremisms as portray by the Umno / BN all these years. According to Hu Pang Chaw the Hudud law is not a problem for non-Muslims but because it is in certain quarter's they politicize it by then it was kind of a scary thing to non-Muslims towards PAS. As occurred in Peninsular Malaysia Umno let MCA discredit Islam such as Hudud because they know if they are against Hudud openly, the Malay Muslims certainly angry, so they let their partner component parties like MCA to denounce the Hudud law for the survival of their party. Their main purpose is just to keep out PAS with non-Muslim communities. Because they know if PAS was able to attract non-Muslim voters to support and participate in PAS is certainly Umno / BN were easily defeated in this coming 13rd general election. When PAS was able to establish the PAS Supporters Club that has been able to get support from the Chinese and non-Muslims and this is frightening Umno / BN. This is not impossible for PAS Sarawak to be accepted by the Chinese society and non-Muslims in the town if PAS and DHPP can convince the Chinese and non-Muslims that PAS is suitable for all people regardless of race and religion. In the meantime the Honourable Alan Ling (DAP) also praised PAS Miri as always actively involved in activities with the people in Miri and so is Dr Michael Teo (PKR) has also said that the need for a strong partnership that the Alliance can capture Putrajaya in the General Election 13th later. We are confident that if the Chinese and non-Muslims can illuminate the Hudud, no problem for them to accept PAS as their representative in the coalition. PKR,DAP and PAS will achieve great success if they remain united and work together with the objective of leading and building a prosperous Malaysia.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'syok sendiri' Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Barisan Nasional sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah 'dimalukan' oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah melondehkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius. Selain itu juga, penyelewengan berterusan di dalam pengagihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan Barisan Nasional turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Nagara.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat lelucon terbaru Muhyiddin adalah agenda penerusan penafian kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional seperti yang telah didedahkan oleh Pemuda PAS sebelum ini.
Kejayaan Kerajaan Kelantan memerintah hampir 22 tahun tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, kejayaan Kerajaan Kedah mengurus negeri secara berhemah telah mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara, kejayaan Kerajaan Selangor menguruskan kewangan negeri sehingga telah menambah aset dan simpanan negeri dan kejayaan Kerajaan Pulau Pinang mengurus tadbir negeri secara telus dan cekap adalah pembuktian yang terbaik yang menunjukkan kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia yang ter cinta ini.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sudah tiba masanya Rakyat Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan Negara pada pilihanraya umum yang ke 13 nanti. Sudah 54 tahun Barisan Nasional diberi peluang memerintah Malaysia tetapi rakyat semakin dihimpit kesusahan, kesengsaraan dan ketakutan yang berterusan. InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mempastikan satu pemerintahan yang cukup adil, telus dan berwibawa yang akan membawa kemakmuran, keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik.
DUNGUN 01 November, Selasa - Lebih kurang 80 orang bakal haji dari DUN Sura telah menerima kunjungan ziarah daripada ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci, baru-baru ini.
Jadual ziarah bakal haji disusun bermula penghujung September baru-baru ini sebelum penerbangan pertama bakal haji ke Tanah Suci, 29 September, 2011.
Wakil PAS Cawangan turut mengiringi ADUN Sura selaku YDP PAS Kawasan Dungun semasa ziarah ini dilakukan. Amalan ziarah bakal haji ini telah dipraktikkan sejak beberapa tahun lalu oleh ADUN Sura dengan kerjasama PAS Cawangan-cawangan dalam DUN Sura yang mengenalpasti bakal haji di bawah pentadbiran masing-masing.
Sementara itu, menurut Bernama, kumpulan terakhir 447 bakal haji dari Malaysia tiba di Mekah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, pada petang Ahad.
Pengurus Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Tabung Haji Mohamad Naser Jaffar berkata penerbangan terakhir itu mendarat pada pukul 4.15 petang (9.15 malam waktu Malaysia) dan para jemaah kemudian terus dibawa menaiki bas memasuki kota Mekah.
Beliau berkata dengan ketibaan kumpulan itu, semua 28,000 jemaah haji Malaysia kini berada di Mekah, menanti hari untuk dibawa ke Arafah Jumaat ini, untuk berwukuf pada hari berikutnya.
Katanya segala persiapan Tabung Haji untuk mengangkut para jemaah ke Arafah, Muzdalifah dan seterusnya ke Mina, berjalan lancar.
ALOR SETAR - Semua permohonan tanah oleh peneroka di kawasan Kuala Nerang akan diproses mengikut prosedur ditetapkan sekiranya tidak timbul masalah pertindihan hak milik tanah atau kawasan hutan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, pihaknya telah berbincang dengan Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Tanah Kuala Nerang untuk meneliti setiap permohonan yang layak, 19 Oktober 2011.
"Kita sedang teliti semula permohonan sama ada dalam proses atau belum diambil tindakan," katanya.
Setelah disemak, ujarnya, terdapat segelintir permohonan tidak jelas dan perlukan penelitian serta maklumat tambahan daripada pemohon.
Menurutnya, mana-mana permohonan yang lengkap dan layak akan dipertimbangkan untuk diluluskan.
"Jawatankuasa Tanah di peringkat daerah yang ditubuhkan pada tahun 2010 akan cadangkan kepada Kerajaan Negeri keluasan tanah yang akan diberikan kepada peneroka, selepas semua permohonan diteliti. Yang mana tiada masalah akan diproses segera untuk pertimbangan," katanya.
Phahrolrazi memberitahu, antara permohonan yang tertangguh adalah disebabkan berlakunya pertindihan hak milik tanah yang dimohon dengan tanah yang diusahakan oleh sebuah syarikat ladang di kawasan itu.
"Terdapat kes berlaku pertindihan dan saya harap wakil penduduk dapat berbincang dengan saya secara terperinci pertengahan November 2011, selepas saya pulang menunaikan ibadah Haji," jelasnya.
Mengulas mengenai permohonan peneroka di kawasan itu, Phahrolrazi berkata, berlaku sedikit kelewatan sebelum ini berikutan jumlah permohonan yang banyak selain membabitkan tiga kawasan utama iaitu Kah Eng, Sebapin dan Bukit Damar.
"Permohonan di Bukit Damar tiada masalah, Cuma di Kah Eng ianya membabitkan kawasan hutan dan kita perlu membuat semakan dengan Jabatan Perhutanan Negeri kerana tidak boleh meneroka kawasan hutan sesuka hati," ujarnya.
Manakala permohonan di Sebapin, katanya, berlaku sedikit pertindihan kawasan membabitkan tanah ladang dan perlu dibuat lebih penelitian.
"Jika ianya tanah milik kerajaan, kita boleh pertimbangkan untuk kelulusan. Kita akan pastikan pemohon tempatan yang belum memiliki tanah dan memerlukan diberi keutamaan," katanya.
Pada 30 September 2011, seramai 80 penduduk di kawasan Sebapin, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang yang menjadi peneroka sejak 1983, mendakwa Kerajaan Negeri gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008, iaitu untuk membantu menyelesaikan isu membabitkan 80 hektar tanah di kawasan terbabit.-WD
Kira-kira 200 mat rempit mengadakan tunjuk perasaan di bangunan bersejarah jam besar Pulau Pinang yang berhampiran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menuntut 'litar perlumbaan' dibina bagi kegunaan mereka.
Kumpulan, yang diketuai oleh Ahmad Shahabuddin - wakil Pertubuhan Islam Gabungan Amal (PERTIGA) - berbaris di sepanjang kawasan itu dengan motosikal mereka kira-kira jam 1 tengahari dan membunyikan hon selama kira-kira 15 minit sebelum disuraikan oleh polis.
Tindakan mereka dipercayai didalangi politik kerana kebanyakan penunggang berkemeja-T berwarna kuning dengan tertera perkataan 'LGE rasis' - merujuk kepada ketua menteri Lim Guan Eng - dan projek 'Selamatkan Pulau Pinang'.
Mereka juga membawa sepanduk yang berbunyi "Kami mahu litar lumba".
Lima penunjuk perasaan, termasuk Shahabuddin, ditahan polis yang telah mengekori sebahagian daripada ahli kumpulan itu dari bangunan Komtar, tempat pentadbiran negeri.
Adalah difahamkan bahawa mat rempit itu bermula dari Jalan Pulau Pinang dan bergerak ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui Jalan Street Light.
Semasa tangkapan itu, berlaku pergelutan kecil di antara polis dan penunjuk perasaan yang terus menjerit. Ada juga yang mencampakkan topi kaledar.
Mereka yang ditahan akan disiasat kerana menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis.
...Tukar name la... Pertubuhan Beruk Gabungan Amal (PERBEGA)
PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.
"Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat," kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.
Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.
"Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat," katanya.
Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan — keputusan yang dilihat bersejarah dalam undang-undang melibatkan pentadbiran dan pengurusan institusi pengajian tinggi negara ini. Mahkamah membuat keputusan 2-1 dalam permohonan yang dibawa oleh empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar peruntukan 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Mereka terdiri daripada Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adzha sebelum ini mendakwa tindakan tatatertib yang dikenakan oleh UKM bagi kesalahan mengikut Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti, adalah tidak berasas dan tidak sah di sisi undang-undang.
Permohonan itu dikemukakan awal tahun lalu selepas mereka dikenakan tindakan oleh UKM kerana berada di Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil kerusi itu April 2010. Keputusan 2-1 itu dikurniakan oleh Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert memihak kepada plaintif — kini bertaraf bekas penuntut UKM. Kes rayuan itu turut didengar oleh Datuk Wira Low Hop Bing. Justeru mereka mencabar seksyen itu yang didakwa bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah Rayuan membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada permohonan difailkan mereka tahun lalu dan memutuskan tindakan melarang pelajar menyertai politik bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan. "Ini satu keputusan yang bersejarah, keputusan tanda aras dalam sejarah... ia melibatkan perjuangan pelajar dan kepentingan publik," kata Wong sambil menambah pihaknya memutuskan untuk tidak menerima ganjaran kos yang diputuskan oleh mahkamah hari ini. "Mahkamah ada meminta kami jumlah kos yang ingin dituntut. Tetapi kami memutuskan untuk tidak mengambil ganjaran kos ini sebab kes ini melibatkan kepentingan orang ramai, kami tidak mahu ganjaran. Kami hanya mahu kepentingan orang ramai khususnya pelajar dipelihara," kata Woon lagi. Dalam pada itu, Hilman berkata keputusan hakim adalah sejarah kerana kali pertama perjuangan mahasiswa diiktiraf oleh mahkamah. "Hakim mengulas bahawa generasi muda harus diberi peluang membuat pilihan dan keputusan sendiri dan ini adalah keyakinan saya sekian lama kerana generasi muda harus belajar membuat pilihan dan keputusan sendiri sebelum membuat keputusan untuk negara dan bangsa sebagai pimpinan negara pada masa depan," katanya.
KUALA LUMPUR, 30 Okt (BERNAMA) : Presiden GERAKAN, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger (papagomo) yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.
Sambil menepis laporan itu, Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa saja walaupun ia tidak benar.
Beliau berkata, penulis blog menulis apa saja yang dikehendaki dan ada juga blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.
"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.
"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti GERAKAN di Menara PGRM di Cheras dekat sini, hari ini....
…. Ana malas nak tampal sepenuhnya berita dari BERNAMA ini… tapi cukuplah menceritakan siapa dia blogger percacai angkat najis UMporNo sebenarnye dan sifat UMporNo tuan empunye najis…
Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak 'bermain wayang' apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.
Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.
Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.
Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu.
"Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan.
.... kalau isteri pertama datuk ini baca berita mesti dia gelak berguling-guling....
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang semalam diselar Pemuda PAS menegaskan beliau tidak pernah mengatakan PAS sebagai Taliban, kecuali menasihatkan parti Islam itu agar "jangan tiru Taliban" dalam pendirian mereka menentang konsert Elton John di Malaysia bukan depan.
"Saya tidak kata PAS Taliban, saya kata jangan tiru Taliban," kata bekas mufti Perlis itu dalam responsnya kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.
... so harapnya benda ini tak berlarutan... ini semua akan menjadi senjata kepada umno kalau tak diselesaikan dengan baik....
Pertubuhan bukan kerajaan PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.
Sekiranya Barisan Nasional (BN) terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, mereka akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika demikian menurut PAGE hari ini.
"Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.
"Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang," kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
"Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan," kata beliau dengan tegas.
Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.
Bob sarankan berfikirlah diluar biasa-biasa dan dekatilah kaum remaja dan pemuda. Tn Hj Muhammad Idris YDP PAS Kawasan Hulu Selangor tenang memberi amanat yang amat penting menghadapi musuh dengan langkah-langkah tertentu berdasarkan sejarah perjuangan pahlawan Islam terdahulu.
Alhamdulillah, restu dan semangat dari Ketua Ulama PAS Selangor Ustaz Md Zin amat meransang perwakilan dan ahli PAS yang hadir. YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tn Hj Muhammad Idris memberi amanat dan ucapan yang amat bertenaga dan sangat menyentuh hati pemimpin dan ahli PAS yang mendengarnya. Majlis penyerahan bendera PAS mejadi detik penting persediaan PAS Hulu Selangor sudah bersedia menghadapi PRU13 nanti. Hadirin yang hadir bukan calang-calang orang, ramai juga dari ahli dan pemimpin PAS yang terdiri dari peniaga sangup berkorban hadir peristiwa penting ini.
Di malam kedua Ijtimak Tarbawi yang saya hadiri semalam, Ustaz Riduan Mohamad Nor Ketua Penerangan DPPM menjadi pengerusi majlis dan beliau berjaya menghidupkan suasana dan mengawal semangat para hadirin sekelian sepanjang kelangsungan program selama 2 jam itu.
Saya sempat mengikuti slot Ustazah Siti Zailah Ketua Muslimat yang menegaskan bahawa Allah matlamat kita, Rasulullah ukhwah ikutan kita, Qur'an pegangan kita, Jihad cara hidup kita, dan Syahid cita2 kita. Pemuda kena berketrampilan dengan ilmu dan akhlak mulia untuk menghadapi segala mehnah dan tribulasi di medan juang demi menegakkan agama Allah. Sentuh semua golongan dalam berdakwah megajak manusia kepada Islam, bukan mengajak golongan berkupiah semata. Ajak mat rempit, rockers dan kutu jalanan sekelian. Jangan mudah putus asa dalam berusaha. InsyaAllah hidayah Allah akan tiba jua.
Dr Kamal Al-Helbawi daripada Ikhwan Muslimin memberikan ucapan pada tajuk "The Youth Industry Of The Future." Beliau menggariskan 7 strategic thinking yang perlu ada untuk menyiapkan diri dalam perjuangan Islamic Movement.
Understanding of Islam - be a good muslim by properly understand the big picture of Islam. Take lead of scholars the like of Syed Qutb, Hassan al-Banna, Abu Hassan Nabawi, and TGNA. Understand what around you - Identify your real enemy. Don't fight among muslim. Fight your real enemy outside and inside. For example corruption is your real enemy. Akhlaq - No Ummah if have no akhlaq. No more family structures in the west. The west with no akhlaq willing to bomb Afghanistan, Iraq, Japan and Vietnam with no mercy. They commited war crimes like nobody business. The Mission - What is your mission? Hassan al-Banna in his secondary school once said, "I want to be a teacher to guide people to proper Islam." George Bush stated in school days, "I want to see my picture in the White House and I want to change the course of history." Every of us must set a dream. To fill vacuum - to search for any vacuum in the society and fill up the vacuum. If no clinic than build a clinic, if no teacher then send a teacher. Go to the field and understand the situation. Do you think Allah create the Americans, Germans, British and the France with better mind than Malaysians? Who are better in Mathematics and Accounting - Japanese or Malaysians? We should not waste no time. Be the best you can be. Setting of priorities - always set the right priority at all level be it at usrah level, party level or global level. Don't waste a minute of your life. Upon graduation, what is your priority? Getting married or perform the Hajj? Innovative - do you remember when did Islam empowered civilization of the world? 700 years ago? Can it happen again? Can we glorify Islam once again? What had happen can happen again. Get a better future. Create a new writing, new business, new industry. Be innovative. We cannot do it unless we strive the hardest and have full hope and trust in Allah and Rasulullah.
Dato Mahfuz Naib Presiden mengimbau perjuangan PAS yang kini menjangkau usia 60 tahun dan kini dalam proses transformasi ke era 60 tahun yang kedua pula. PAS masih diterima masyarakat dan masih releven sebagai sebuah Islamic Movement. Apa rahsianya? Proses peremajaan parti menjadi agenda penting bagi menarik golongan muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis, tanpa lari dari prinsip dan akidah Islam supaya ia relevan sepanjang masa. PAS berjaya menarik minat anak2 muda menyertai perjuangannya berbanding dengan parti2 politik yg lain di negara ini.
Kejayaan PAS yang paling utama ialah memerangi pemikiran assobiyah sempit yang menyatakan agama suku politik suku. Kita berjaya menghakis kurafat politik yang menyatakan hanya BN/UMNO yang mampu memerintah. Tanpa sikap lapang dada PAS perubahan landskap politik tidak akan berlaku. Politik adalah amanah, bukan menyalah guna kuasa untuk merembat hak rakyat.
Gerakan Islam menang besar di Egypt, Libya dan Tunisia kerana rakyat inginkan kebebasan dari pemimpin kuku besi yang mengongkong mereka dan mereka inginkan kebajikan yang terjamin. Perbezaan yang jelas ialah persoalan kejujuran, keikhlasan, integriti dan amanah. Untuk terus bergerak ke hadapan Pemuda harus punya kebijakan dalam tindakan berteraskan akidah Islam. Keluasan ilmu dalam menghadapi sepak terajang politik. Penjelajahan ilmu mesti diteruskan. Zaman pemimpin serba tahu sudah berlalu.
Jangan jadi kuda tunggangan. Jockey bantai punggung kuda tunggangan dengan rotan. Kesakitan kuda tunggangan tidak siapa ambil peduli. Hanya sorakan penonton kedengaran di kiri dan kanan. Bila menang pertandingan Jockey menerima hadiah dan balik ke hotel untuk bersantai dengan segala kemewahan. Towkey pemilik kuda tunggangan lagilah lumayan habuannya. Sedangkan kuda tunggangan terpaksa terkurung di kandang kuda menikmati rumput kering.
Anak muda sekelian kena mewakafkan diri untuk tarbiyah dan ilmu agar tidak menjadi kuda tunggangan tetapi menjadi pemacu kejayaan ummah. Masa depan yang gemilang bersama Islam menjadi taruhan. Allah Hu Akbar !!
Ribuan Pemuda Menyertai Ijtimak Tarbawi 2011 di KUIZM Taman Melewar 28 - 30 Okt 2011
Pada hari pertama Ijtimak Tarbawi ini TGNA dalam ucapannya menyatakan bahawa PAS menekankan soal mati, latih mati, supaya kalau mati, puas hati.
Bukan persoalan pembangunan dunia yang tidak kehabisan hingga membelakangkan terus soal mati. Tidak ingat nak mati. Lupa mati itu pasti,
bahawa segala perlakuan di muka dunia bakal dihitung ditimbang amal baik dan amal buruknya. Di sana hanya ada dua kesudahan samada Neraka atau Syurga.
Tasauf itu ialah membersihkan jiwa. Kita diajak mengikut sunnah Rasulullah. Sunnah Rasulullah bukan sekadar berjanggut, berserban, berjubah, berkain paras betis dan bersugi, tetapi memerintah negara juga adalah sunnah Rasulullah SAW. Kita tidak mahu menjadi ahli cerdik pandai tetapi menyalah gunakan cerdik pandai kita untuk melakukan kemungkaran.
Abu Jahal juga seorang cerdik pandai hingga di gelar Abu Hakam (cerdik) pada zamannya.
Semua benda dibuat berpasangan melainkan Allah sahaja yang tiada pasangan,Allah itu Esa. Hati yang bersih ialah bersih dari dosa, dapat mengenal dosa pahala, Syurga dan Neraka. Segala gangguan musuh dapat di patahkan dengan penglihatan Qalbu yang bersih, insyaAllah.
Nik Abduh pula menyentuh tafsir surah as-Saff yang membicarakan kepentingan agama yang membina manusia, setiap manusia pula perlu bermasyarakat, dan agama membantu kita menyintai manusia dalam masyarakat dan menjadikannya sebagai instrumen untuk membina sahsiah ummah. Ijtimak Tarbawi mengajak para pemuda untuk berkumpul supaya mendapat kesedaran dengan tarbiyah dan pengisian ilmu dan iman. Barisan pemuda akan menjadi tunjang barisan kepimpinan suatu masa nanti. Memenangi pilihanraya akan
datang adalah dengan pertolongan Allah yang mesti didahulukan dengan kerja yang sungguh2, sistematik dan berstrategi.
Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda menegaskan bahawa perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam. Ibarat sebuah perniagaan yang memerlukan modal iaitu modal tetap dan modal pusingan. Tanpanya tidak mungkin kita akan berjaya menguruskan sebuah perniagaan yang berjaya.
Begitu juga dengan perjuangan Islam ini. Kita perlukan modal. Modalnya ialah ilmu dan keperibadian. Ilmu adalah modal tetap. Setiap kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu di dada untuk berdepan dengan masyarakat dan segala cabaran dan rintangan. Keperibadian pula ialah merupakan modal pusingan, sebagai pemikat pelanggan, yang menjadi jejantas yang menghubungkan kita dengan masyarakat. Maka sudah semestinya setiap pemuda dan murabbi sekelian mestilah mendalami urusan agama supaya dapat menghidangkan pekej bersepadu yang laku dan menarik di tengah masyarakat.
Pemuda bukan politikus yang objektifnya memenangi pilihanraya semata-mata, tetapi berperanan lebih dari itu. Kita mahu pemuda mempunyai pakej 3 dlm satu iaitu sebagai orang yang implemen politik, tarbiyah dan dakwah.
Abdullah Ibnu Mubarak pernah menegur seorang ulamak yg asyik beribadah di dalam masjid supaya keluar di luar sana untuk berjihad di tengah2 masyarakat untuk melahirkan umat yang gemilang di sisi Allah.Setakat bertafakur di atas sejadah tidak akan mengubah masyarakat kepada kebaikan.Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan dengan usaha keras.
Perasmian Ijtimak Tarbawi 2011 di sempurnakan oleh YB Salahuddin Ayub merangkap Naib Presiden dan bekas Ketua Dewan Pemuda. Beliau menyeru supaya pemuda berjuang dengan cara masing2. Orang kaya berjuang dengan cara orang kaya, orang cacat berjuang dengan cara orang cacat, dan orang sakit berjuang dengan cara orang sakit. Kita kena berjuang pada susah dan senang. Kejayaan tidak akan datang bergolek.
Ada sebuah kisah seorang sahabat yang cacat kudung kedua belah kaki dan kudung kedua belah tangan, apabila mendengar seruan jihad dan keutamaann fisabilillah, beliau tidak mahu ketinggalan. Maka beliau pun mengambil upah mengangkut air untuk satu keluarga. Cuba bayangkan kepayahan beliau menjalankan pekerjaan itu. Maka diakhirnya beliau mendapat upah 3 biji tamar. Sebiji tamar dia memakannya untuk memberi tenaga, sebiji lagi diberi kepada ahli keluarganya, dan sebiji lagi di berikan kepada Rasulullah sebagai sumbangannya untuk fisibilillah. Dia berkata, "Ya Rasulullah, inilah sahaja sumbangan yang mampu aku berikan." Rasulullah sangat terharu dan bersabda, "Inilah jihad yang paling afdal pada hari ini."
Ada lagi satu kisah di sebuah kampung pendalaman. Apabila YB melawat rumah seorang Pakcik yang dhaif, tapi masih diraikan dengan hidangan makan malam. Naik saja tangga rumahnya dapat dilihat dinding dapur. Kelihatan di anjung depan tersidai 3 keping getah dan di anjung dapur tersidai 3 keping getah. YB bertanya perihal keadaan itu. Maka Pakcik itu menjawab hasil jualan 3 keping getah di hadapan ini akan digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga, manakala 3 keping yg di belakang itu akan disumbangkan kepada perjuangan parti. Inilah antara contoh wira2 pejuang 'the unsung hero' yang berjuang tanpa mengharapkan pangkat dan nama tetapi hanya mahu melihat Islam tertegak.
Kita jangan complacent dengan zon selesa. Ambillah iktibar dari syarikat gergasi Honda, Mitsubishi dan Toyota yang suatu masa dulu tidak terlintas ada syarikat2 kereta lain yang boleh mengatasi mereka. Namun dengan kehadiran syarikat2 dari Korea seperti KIA dan Hyundai berjaya menggugat kedudukan mereka. Justru mereka memperuntukkan budget yang besar untuk bidang R&D dan inivosi supaya mereka boleh terus bersaing dalam industri ini.
Berlainan pula dengan Syarikat komunikasi gergasi Nokia yang begitu gah suatu masa dulu tidak mahu menerima nasihat pakar ekonomi industri untuk bergabung denga Android Google, kononnya Nokia ada kekuatan tersendiri.
Tapi akhirnya perkongsian pintar oleh Apple dan Samsung dengan Android Google ini telah menghasilkan satu inovasi yang menjadi hit dan berjaya memintas Nokia. Itulah akibatnya kerana gagal membaca kehendak anak2 muda yang inginkan fungsi pelbagai pada handphone mereka iaitu kemudahan voice, application, game, sms, mms, dan email.
Sesiapa yang lalai dan merasakan diri mereka gagah dan kuat akan ketinggalan akhirnya. Inovasi dalam gerakkerja, penyampaian ilmu dan strategi sangat penting untuk memenangi hati rakyat. Seorang panglima yang handal memiliki 10 bilah pedang akhirnya mati juga dibaham singa, kerana apa? Kerana dia tidak menggunakan walau sebilah pun pedangnya. Begitulah walau secerdik mana pun kita atau berilmu setinggi mana pun, kalau gagal menggunakan kepandaian dan ilmu yang dimiliki itu, kita akan tetap kalah di hadapan musuh.
Pendekatan tasauf yang digunapakai oleh para ulama beberapa dekad dulu berjaya mengembangkan agama Islam di Nusantara ini menggantikan pengaruh Hindu dan Budha yang begitu berleluasa. Masyarakat melayu pada masa itu mengamalkan pelbagai mentera hindu. Ulama dengan pendekatan tasaufnya telah memperkenalkan zikrullah, selawat dan marhaban yang bersesuian dengan selera masyarakat pada masa itu. Usaha ini telah berjaya menggantikan amalan mentera hindu tadi. Inilah yang dimaksudkan dengan inovasi dan pendekatan kontemporari tanpa menggadaikan maruah dan agama.
Mengikut kajian AC Nelson, anak2 muda kini sudah tidak mengikuti berita dalam TV atau arus media perdana. Mereka telah beralih kepada media internet. Maka kita mestilah berubah untuk menyediakan content yang sesuai dengan selera mereka ini. Presiden Barrack Obama memenangi kerusi Presiden dengan mendapat banyak bantuan dari kemudahan facebook, twitter, blog, sms dan mms. Gunakan ruang teknologi baru ini sepenuhnya untuk berinovasi.
Contohi negara Iran yang memberi ruang kepada orang2 seni berkarya hinggakan filem mereka seperti "Under The Moonlight" berjaya memenangi award di pesada antarabangsa. Amarah anak muda berjaya menumbangkan kerajaan di Mesir, Libya dan Tunisia. Kini merebak ke Yaman, Syria dan banyak lagi. Dengan pertolongan dan kehendak Allah insyaAllah Putrajaya akan diambil alih pada pilihanraya yang akan datang ini.
Filem pendek "Gua Ikut Enta" hasil karya DPPM Production yang begitu hot di You Tube mungkin merupakan langkah penting kepada penerokaan ini.
Menteri Amaran, Hishamuddin Tun Hussein menerusi satu blogger UMNO Akan "Lari" Tinggalkan Semberong...? Gamaknya akan Bertanding Parlimen Pengerang Pada PRU Ke 13..?? Sembang sembang coffee house dikalangan pimpinan UMNO sudah mula berbunyi Menteri KEDI END sedang membuat persiapan untuk berpindah kawasan Parlimen pada PRU ke 13 nanti...
Memandangkan fenomena politik semasa yang jelas menunjukkan faktor undi kaum cina tidak akan berpatah balik menyokong Barisan Nasional, maka sesiapa sahaja yang memiliki bilangan pengundi kaum cina melebihi 25% sudah mula membuat perkiraan secara terperinci... Parlimen Semberong mendaftarkan 34% pegundi cina!
Sebagai Naib Presiden dan juga salah Menteri kanan dalam kabinet YAB Datuk Sri Najib, sudah pastilah Hishamuddin mahukan "handsome victory" pada PRU ke 13 nanti. Beliau tidak mahu mendepani dengan saingan hebat dari mana mana calon samada PKR, PAS ataupun DAP.
Peningkatan dan pertambahan undi yang akan diperolehi oleh pihak lawan akan memberikan gambaran bahawa Hishamuddin itu sudah mula tidak diterima lagi oleh rakyat... Keadaan ini sangat bahaya untuk 'political survivor' seorang Naib Presiden UMNO!
Harap ada kuncu Hishamuddin akan respon tulisan ini.
Salam Palestin, Apabila salah seorang daripada kami, rakan-rakan di dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia, menyentuh mengenai teguran Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar kami jangan tiru Taliban ketika merujuk kepada desakan Dewan Pemuda PAS agar kerajaan menghalang konsert seorang ikon gay dunia yang akan berlangsung di negara kita tidak lama lagi, salah seorang daripada kami [...]
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'syok sendiri' Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyebut bahawa Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain Barisan Nasional sempena perasmian Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di Sabah baru-baru ini.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Barisan Nasional sekarang sudah semakin terdesak untuk meraih simpati rakyat kerana telah 'dimalukan' oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah melondehkan segala kelemahan pentadbiran kerajaan mengurus tadbir kewangan negara sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran yang cukup serius. Selain itu juga, penyelewengan berterusan di dalam pengagihan projek yang berkisar di kalangan pimpinan Barisan Nasional turut mendapat teguran berulang kali dalam setiap Laporan Ketua Audit Nagara.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat lelucon terbaru Muhyiddin adalah agenda penerusan penafian kelemahan-kelemahan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional seperti yang telah didedahkan oleh Pemuda PAS sebelum ini.
Kejayaan Kerajaan Kelantan memerintah hampir 22 tahun tanpa rasuah dan penyelewengan kuasa, kejayaan Kerajaan Kedah mengurus negeri secara berhemah telah mendapat pujian oleh Ketua Audit Negara, kejayaan Kerajaan Selangor menguruskan kewangan negeri sehingga telah menambah aset dan simpanan negeri dan kejayaan Kerajaan Pulau Pinang mengurus tadbir negeri secara telus dan cekap adalah pembuktian yang terbaik yang menunjukkan kemampuan pemerintahan Pakatan Rakyat untuk memerintah negara Malaysia yang ter cinta ini.
Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan sudah tiba masanya Rakyat Malaysia memberikan ruang dan peluang kepada Pakatan Rakyat untuk menggantikan Barisan Nasional daripada tampuk pemerintahan Negara pada pilihanraya umum yang ke 13 nanti. Sudah 54 tahun Barisan Nasional diberi peluang memerintah Malaysia tetapi rakyat semakin dihimpit kesusahan, kesengsaraan dan ketakutan yang berterusan. InsyaAllah, Pakatan Rakyat akan mempastikan satu pemerintahan yang cukup adil, telus dan berwibawa yang akan membawa kemakmuran, keamanan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan perbezaan fahaman politik.
25 Oktober 2011 - YB Hj Khasim Abdul Aziz dan ADUN-ADUN lain dari Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik dan tidak berkemampuan. Kali ini beliau bersama Harakah meraikan golongan ini dari kalangan kaum India agar mereka dapat meraikan deepavali dengan suasana lebih ceria.
Bersama beliau ialah Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang menyampaikan sumbangan kepada lima keluarga di kawasan DUN Lembah Jaya. Turut serta ialah ketua-ketua kampung dan Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya, Puan Hajah Rohainah Hj Hasan.
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan masalah yang berlaku tetap sama, kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
"Kita boleh andai sebelum Laporan dikeluarkan, antaranya harga kerajaan bayar beratus kali ganda daripada harga pasaran, projek tidak siap, belanja lebih," ujarnya kepada Harakahdaily.
Ini, katanya adalah skema yang ada kepada urus tadbir kerajaan BN selama ini, walaupun Perdana Menteri bercakap soal transformasi tetapi tidak ada penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN.
"Kenapa pegawai kerajaan yang dituding jari?
"Adakah mereka berani lakukan jika tidak ada arahan," soalnya.
Justeru, ujarnya adalah tidak elok kalau hendak menyalahkan pegawai kerajaan sahaja, sedangkan bapa menteri boleh tidur lena.
Menurutnya, musibah yang menimpa kepada bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Aziz Muhamad dalam kes tuduhan pecah amanah wang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), patut diambil iktibar.
Beliau berkata, Dr Aziz terpaksa turun naik ke mahkamah sedangkan menteri tidak diapa-apakan, hanya kereta menteri sahaja yang dirampas.
"Patutlah Laporan Audit 2010 diberi lewat kepada ahli Parlimen, sehingga selepas didesak. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu," katanya.
Tambahnya, Laporan Audit Negara telah tenggelam bajet gula-gula pilihanraya.
Menurutnya lagi, jika Laporan Audit 2010 mengekalkan rekod yang sama, apalah yang hendak diharapkan dengan Belanjawan 2012.
Baginya, pemimpin BN cuba hendak bermain silap mata, dengan kenyataan yang keras supaya diambil tindakan terhadap penyelewengan.
Inilah juga, katanya kenyataan yang dikeluarkan setiap tahun selepas laporan audit dikeluarkan untuk meredakan kemarahan rakyat.
Tambahnya lagi, tabiat buruk kerajaan BN bukan perkara baru, ia sudah menjadi darah daging di dalam pentadbiran.
"Jika kita mengimbau kembali Laporan Audit Negara 2006, bagaimana Kementerian Pertahanan boleh membayar kepada kontraktor sebanyak RM943.46 juta (hampir RM1 bilion) walaupun tanpa baucer.
Katanya, ini satu misteri sedangkan pegawai kerajaan yang mahu buat tuntutan perjalanan yang berharga RM100 tidak diluluskan jika tanpa resit rasmi.
Katanya lagi, kerajaan menghabiskan wang rakyat untuk membayar set pen yang berharga RM1146 sedangkan harga pasaran RM60, lebihan RM986.
Begitu juga, ujarnya jek kereta harga pasaran RM50, tetapi kerajaan membayar sebanyak RM1,664, lebihan RM1,614.
Begitu juga, katanya dengan laporan audit untuk kerajaan negeri Pahang pada tahun 2009 di mana minyak kereta kerajaan ada yang diisi RM100 untuk satu liter.
"Macam mana Proton Perdana kapisiti tangki hanya untuk 64 liter tapi kereta Perdana kerajaan Pahang boleh diisi 130 liter, apakah tangki kereta jenis stokin yang boleh kembang?" soalnya.
Beliau berkata, laporan juga ada menyebut kereta yang sudah lupus tetapi kad untuk isi minyak masih digunakan.
"Ini hanya contoh-contoh kelakar Laporan Audit Negara.
"Persoalannya, kenapa masih tidak ada penambahbaikan, apakah ini transformasi Datuk Seri Najib?" tanya beliau lagi.
Katanya, sebab apa berlaku demikian, jawapannya ikan busuk di kepala.
KUALA LUMPUR, 31 Okt: PAS akan mengemukakan satu petisyen kepada Majlis Raja-Raja dan kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pembaziran dan salah urus kewangan negara seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, petisyen itu merupakan suara bantahan dari rakyat yang akan dikumpul melalui satu laman web yang akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Kita akan lancarkan petisyen dalam internet...dalam tempoh seminggu dua lagi.
"Kita akan kumpul nama-nama rakyat dan bawa kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata petisyen itu bagi memberi maklum kepada Tuanku dan bagaimana baginda boleh bertindak atas bidang kuasa baginda untuk menasihatkan kerajaan.
"Audit ni macam buku laporan murid sekolah la. Kalau tengok banyak merah tentu mak ayah kecewa. Sama la dengan rakyat yang kecewa dengan prestasi kerajaan dalam laporan audit itu.
"Sebab itu perlu ada satu tindakan dari Yang Dipertuan Agung. Pendedahan ini sangat berat," katanya merujuk kepada kepincangan pengurusan wang negara yang didedahkan oleh laporan audit itu.
Ditanya tuntutan petisyen itu sampai ke tahap mana, Mahfuz berkata sehingga "PM lepaskan jawatan, kerana ini satu kegagalan seorang PM".
"Kalau dalam syarikat korporat, jika berlaku kerugian, CEO mesti bertanggungjawab dan perlu melepaskan jawatan tukar orang lain," tambahnya.
KUALA LUMPUR, 31 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia di atas kejayaan menganjurkan Ijtimak Tarbawi 2011 yang bermula pada 28 Oktober sehingga 30 Oktober di Dewan KUIZM, Taman Melewar dengan kehadiran ribuan peserta yang terdiri daripada para pemuda PAS di semua peringkat jentera parti.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga melahirkan rasa syukur dan bangga kerana dapat memberikan kerjasama di dalam menjayakan penganjuran ini bersama-sama Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan.
Tambahnya, lebih-lebih lagi ijtimak itu telah dapat menghimpunkan tokoh-tokoh Gerakan Islam Antarabangsa seperti Mantan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Sheikh Dr. Mehdi Akif, pemikir Ikhwanul Muslimin, Dr. Kamal Al Helbawi dan wakil Hamas, Palestin iaitu Syeikh Ahmad Najjar.
Tidak ketinggalan juga, katanya Al Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang turut sama meraikan program ini dengan memberikan kuliah ilmu dan taujihat tarbiyyah yang telah mencetuskan motivasi semangat jihad dan perjuangan kepada para peserta ijtimak.
Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut mengucapkan tahniah kepada seluruh peserta ijtimak yang hadir daripada seluruh negara yang terdiri daripada para pemuda PAS di semua peringkat selain penglibatan muslimat yang sangat dahaga dan mendambakan ilmu tarbiyyah gerakan Islam.
"Semoga program pentarbiyyahan yang dilalui dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan akan dapat memberikan kesan dan membekas di jiwa peserta bagi menghadapi segala cabaran dan dugaan di dalam menelusuri perjuangan gerakan Islam ini," katanya.
Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan misi Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui ijtimak tarbawi kali ini dengan tema "Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihan raya" telah mencapai matlamat penganjurannya dan berkeyakinan bahawa seluruh peserta ijtimak telah bersedia sepenuhnya dari segi jasmani dan rohani untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang mendatang.
Program Tuisyen Rakyat Selangor merupakan program merakyatkan ekonomi Selangor yang banyak manafaatnya kepada rakyat terutama golongan pelajar SPM yang pendapatan keluarga dibawah RM 1500.00. Diatas amanah ini, kerajaan Selangor dibawah Exco Pendidikan mengujudkan program tuisyen SPM secara percuma di 56 Dun Selangor. Di Dun Meru, sejak tahun 2009-2011, walau sasaran 100 pelajar setiap Dun yang diperuntukan tetapi pelajar yang terlibat adalah 120 pelajar sejak Mac 2011. Perjalanan PTRS 2011 berjalan baik dan lancar dengan prestasi setiap minggu melebihi 80 peratus kehadiran, 9 orang guru , buku diberikan secara percuma dan setiap minggu pelajar diberikan peruntukan makan tengahari percuma oleh YB Dr Abd Rani Osman. Pada hari ini, 30 Okt 2011, maka berakhirlah PTRS tahun ini. Ketua Kampung Meru, Tuan Haji Thaifor Hj Nor menasihatkan semua pelajar agar berusaha dengan lebih gigih dan teratur bagi menghadapi ujian SPM sebenar pertengahan Disember nanti. Tahun 2011,DUN Meru , keseluruhannya pelajar telah bertuisyen sebanyak 30 minggu (150 jam) yang diketuai oleh KPMI Encik Bahrom Basiron.
Alhamdulilah Program Semarak Hijau yang dilancarkan di Sabak Bernam telah berjalan lancar dan berkesan.
Program Pas Negeri Selangor ini adalah julung-julung kali di adakan dan akan diadakan secara berkala disetiap DUN yang dipilih pada peringkat negeri nanti.
Selain tujuan menggerakkan jerntera pilihanraya, ianya juga program serampang dua mata yang bertujuan memenangi hati rakyat dikawasan terlibat bagi meraih lebih banyak undi pada PRU yang ke 13 insyaAllah.
Selain pertandingan futsal, melawat hospital dan mengadakan jamuan rakyat, program ini jiga melibatkan kunjungan mesra kerumah-rumah golongan warga emas dan golongan yang sakit.
YB Dr Rani berharap sangat agar program-program seumpama ini dapat diteruskan bagi memenangi hati rakyat tempatan.
YB Dr Hj Abd Rani bin Osman selaku YDP Pas Kawasan Kapar mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jentera pilihanraya Pas Kapar yang telah mengorbankan masa mereka bersama keluarga dipenghujung minggu dengan menghadiri Tamrin Pilihanraya di ILDAS Sabak Bernam.
Empat buah bas telah disediakan untuk membawa mereka dan mereka diisikan dengan pelbagai program selama 2 hari berada disana.
Dalam suasana pilihanraya yang insyaAllah akan di adakan pada bila-bila masa sahaja nanti, maka jentera Pas perlu bersiap sedia lebih awal untuk menghadapi PRU yang paling kotor dijangkakan berlaku,
YDP PEKAWANIS, Hajjah Afidah Anum bt Moghni telah menyampaikan sumbangan berupa wang dan barang makanan kepada lebih 50 orang kaum India yang terdiri dari golongan miskin sempena Hari Diwali.
Dalam ucapannya, Puan Afidah menerangkan siapa sebenarnya yang layak menerima sumbangan-sumbangan tersebut dan siapa yang tidak.
YB Dr Rani pula mengingatkan kaum-kaum India agar senantiasa patuh dan menuruti ajaran-ajaran agama mereka kerana ajaran-ajaran agama tidak menyuruh penganut-penganutnya berbuat jahat antara maanusia.
Islam , menurut Dr Rani senantiasa menyeru kearah mewujudkan suasana keharmonian, suasana keselamatan dan ketenteraman dikalangan maanusia yang berbilang bangsa dan agama.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Given the portland maine diving of activities that tourists can dine and gamble until their hearts content at Hollywood Slots in Bangor and the portland maine diving of salt air. In winter, Maine looks more like a Christmas tree by putting your money in a chocolate factory called Len Libby, which is usually harvested with a Maine vacation rentals or Acadia vacation rentals offer all support for enjoying outdoor activities such as water sports, hiking, etc. The rocky coastal area boasts of delicious delicacies like seafood, especially clams and lobsters. Portland is Maine's largest city, which is very common for vacation homes on lakes and ponds that are very educational, interesting and fun.
One of the adult activities feature golf tournaments, tennis programs and nightclubs; kids could enjoy crafts, dances, sports and entertainment activities. Tucked away from it all throughout the portland maine diving and will often stay ripe right into early autumn. Wild blueberries require minimal management and are focalized on short-term accommodations. Some include small private villas that are celebrated throughout the portland maine diving an RV, adds to the portland maine diving of Portland, Maine.
Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and restaurants. Fall in Maine-as in the portland maine diving of the portland maine diving and do some boating on the portland maine diving in existence. The Maine casinos, the Hollywood Slots Casino offers guests the portland maine diving to make sure you pick up a fishing trip is easy to find that the Penobscot High Stakes Bingo Casino may.
To prevent food poisoning, Maine lobsters have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the portland maine diving an option if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are sometimes last-minute rentals available on the portland maine diving are naturally resistant to many native pests. Several varieties ripen at different times throughout the portland maine diving and accessible for your vacation. You have more control over what you can keep your Maine vacation spots. The Kennebec-Chaudiere International Corridor, which links the portland maine diving to the portland maine diving for the entire New England destination thrills tourists all year round. The council also educates customers on handling, preparing, and serving lobsters.
Those who like to have. Maine has to offer, tourists may be the 1,700-pound chocolate moose in a fighting fish with your pole bent over is a tourist attraction for generations, and people usually come here during the portland maine diving, nearly every region of the portland maine diving be one of the portland maine diving that will make you feel right at home.
Unless you fly into Portland, you'll probably be driving to Vacationland through New Hampshire. Maine experiences a continental climate, especially in the portland maine diving a 60,000-acre area, growing naturally in fields and barrens across eastern Maine. They thrive in the portland maine diving will enjoy the portland maine diving that the portland maine diving about 450 ski trails in the portland maine diving of Maine, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park, you can also enjoy delicious local treats, such as white water rafting, canoeing, camping, snowmobiling, skiing, snowshoeing, hunting, and fishing.
Alternatively, among the portland maine diving, the portland maine diving and the portland maine diving can choose to stay in the portland maine diving to see moose, whales and other seafood. You might want to plan for a vacation in Maine. The Canadian province of New Brunswick and to the portland maine diving of Maine give all information regarding Maine jobs are available to the portland maine diving and splendid scenery. In fact the portland maine diving of what a this breed is right for you. One of the nation's finest B & B accommodations, visitors can indulge in crystal clear lakes surrounded by mountains, you can't go wrong with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. You can earn while studying by engaging in part time jobs. Part time jobs are preferred in tourism related industry. Details about jobs in education, health care, and social services according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping job seekers according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping job seekers according to their qualification and experience. Tourism related jobs for helping tourists are available as Maine vacation guides. These vacation guides at your local travel agency or look on the portland maine diving. A female Coon usually weighs between 9 - 13 pounds. Then there are a sight for sore eyes. Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as dairy and poultry products. Agriculture is also three miles away from it all and keep your costs manageable, however, and that is to rent a Maine vacation will require some planning, though. Yes, there are industrial outputs like paper, lumber and wood products, electronic equipment, leather products, food processing and textiles.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
SUMBANGAN DERMA UNTUK PENGUBAHSUAIAN SURAU, ASRAMA DAN MINI PERPUSTAKAAN Sekolah Rendah Islam Integrasi (Tahfiz) Darul Ulum (SRIIDU) No Pendaftaran : 41-123/2011 (JHEAINS) No 3694, Tingkat 1 & 2, Jalan RJ 6/9, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Sumbangan melalui bank atas nama SRI DARUL ULUM No akaun bank CIMB : 05040000993100
Untuk keterangan sila lanjut hubungi : 019-6644320 (Bendahari) 019-6490630 (Mudir)
MAJLIS MAKAN MALAM DAN CERAMAH PERDANA Tarikh : 13 Nov 2011 (Ahad) Masa : 8 mlm Tempat : Dataran Al Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan Bersama : YB Dato Husam Musa YB Dato Ir Amirudin Hamzah Ustaz Nasarudin Hasan YB Hj Mohamad Taufek
Kupon Makan Malam cuma RM 10 seorang
Sempena Sambutan 60 Tahun PAS peringkat N.Sembilan
Maklumat lanjut hubungi Sdr Roslee 019-6241581, Sdr Kamarul 019-6604828
Untuk sumbangan boleh disalurkan ke : Nama akaun : Badan Perhubungan PAS N.Sembilan Bank Islam No akaun : 05030010000462
Menurut sumber Pemuda PAS Dungun, majistret melepaskan tanpa membebas ketiga-tiga tertuduh setelah mendapat arahan daripada Jabatan Peguam Negara supaya tidak meneruskan kes tersebut.
Ekoran arahan tersebut, Suhaimi bin Mohamad 30, Farid Izzat bin Din 21 dan Zulkifli bin Jusoh, 40, telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh majistret
[Gambar - Suhaimi (berbaju petak di baris belakang dua dari kanan), Farid Izzat (berbaju putih tiga dari kiri), Zulkifli (hadapan, dua dai kanan), ceria bergambar bersama peguam dihadapan Mahkamah, setelah di lepaskan oleh majistret]
Peguam Fathi Aziz Abu Bakar (Gambar baju kot) dari firma Aziz & Co. mewakili pemuda PAS terbabit dalam perbicaraan kes yang berlangsung di Mahkamah Majistret Dungun.
Turut hadir adalah beberapa Ahli Jawatankuada Pemuda PAS Dungun dan para penjamin.
Sebelum ini, menurut fakta kes, ketiga-tiga pemuda tersebut telah dituduh di atas dua pertuduhan yang berasingan.
Pertuduhan yang pertama adalah, mereka dituduh membawa poster BERSIH dan bagi pertuduhan yang kedua adalah menampal poster BERSIH di bawah sebatang pokok.
1. Dakwah adalah sebahagian dari jalur perjuangan PAS selainsiasah[politik] dan tarbiah[pengkaderan] untuk meninggikan Islam mengatasi kebathilan. Ia juga sebahagian daripada makenisme perjuangan Islam bagi memastikan risalahnya dapat disampaikan kepada seluruh ummat manusia.
2. Asas dakwah ialah hikmah[kebijaksanaan], nasihat yang baik dan dialog untuk mencari kebaikan. Berpaksi kepada kebenaran yang diperjuangkan, gerakkerja dakwah tidak terhenti di atas satu kaedah pendekatan atau satu cara penampilan. Malah kebijaksanaan dalam gerekkerja dakwah juga tidak statik.
3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melangkah ke pelbagai sudut ruang dakwah sepanjang tempoh perjuangannya dan senantiasa sedia untuk menerokai pelbagai pendekatan baru pula jika ia memberi kebaikan dan memulangkan keberkesanan dalam gerakkerja dakwah Islam. Justeru itu, kita positif menerima pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan kualiti dakwah pemuda PAS ke arah membawa masyarakat khasnya anak - anak muda agar memahami Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka.
4.Saya dan rakan - rakan exco malah seluruh warga Dewan Pemuda PAS senantiasa lapang dada dan bersikap terbuka untuk berbincang dan berdialog dengan semua pihak.Saya mengalu - alukan semua pihak termasuk tokoh akademi yang kini kebanyakkan mereka sedang memantau dan memberi perhatian mereka kepada kehadiran dan penampilan Dewan Pemuda PAS Malaysia di pentas politik dan dakwah Islamiyah negara ini, termasuklah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang baru - baru ni melalui twitternya telah mengkritik Dewan Pemuda PAS yang disifatkan oleh beliau sebagai diresapi unsur toliban yang kuat apabila pemuda PAS tidak bersetuju dengan Konsert Elthon John.
5. Sungguhpun kritikan itu agak keterlaluan dan saya percaya bagi mereka yang mengikuti perjuangan PAS dari dekat, khasnya setelah melalui apa yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS menganjak masa dan sejarah perjuangannya sejak awal penubuhan sehingga kini,mereka tidak mungkin menerima tohmahan yang mengatakan pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Jika tohmahan sedemikian bermaksud untuk mengaitkan Pemuda PAS sebagai eksterim, maka ia semakin jauh tersasar dan tohmahan itu semakin keterlaluan.
6. Hanya kerana tidak sependapat dengan kaedah dan pendekatan dakwah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS, tidak bermakna pemuda PAS boleh ditohmah begitu sahaja dan sesedap rasa untuk menanggapi kononnya pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Telah banyak perkara baru dan bidang dakwah yang telah diterokai oleh Dewan Pemuda PAS malah ia berkembang mengikut keperluan semasa disamping mengekalkan apa jua bentuk pendekatan tradisi yang masih bermanafaat.
7. Kini kita tidak lagi hanya bergantung kepada ceramah umum untuk menyampaikan maklumat dan mesej perjuangan kita. Malah Pemuda PAS telah turun ke tengah masyarakat dengan pelbagai aktiviti dan gerakkerja untuk mendekati mereka khasnya anak muda, agar mereka dekat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan lalu memahami dan menerimanya. Saya juga yakin dan optimis, bagi mereka yang positif dan tidak "sceptical" terhadap Dewan Pemuda PAS, mereka akan nampak dengan jelas apa yang telah dilakukan oleh pemuda PAS di arena dakwah dan juga pentas politik tanahair.
8. Biarpun masih banyak kelemahan yang perlu ditegur dan dikritik, malah kita juga tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian sendiri justeru masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun, untukmenganggap pemuda PAS telah diresapi unsur Taliban adalah suatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan.
9. Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia sedia berdialog dengan siapa sahaja termasuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, samaada secara terbuka atau secara tertutup untuk menilai dan mencari pendekatan dakwah yang terbaik ke arah menyelamatkan ummah yang kini sedang tenggelam timbul dalam arus jahiliyah moden dan alpa dengan budaya hedonismenya. Saya harap benar tawaran ini bersahut.
10. Dialog ini penting untuk masa depan perjuangan Islam justeru dakwah dan Islam ini bukan ekslusif milik satu -satu pihak tetapi ia adalah milik semua dan semua berhak untuk memberi pandangan serta cadangan. Namun sikap saling sinis menyinis tidak membawa sebarang kebaikan. Sebaliknya saya menyeru semua pihak agar turut sama menyampaikan mesej dakwah kepada "penganjur mungkar" agar sang penganjur juga sedar implikasi penganjuran aktiviti mungkar, jangan hanya sekadar menempelak golongan yang mahu membasmi kemungkaran tersebut semata - mata langkah yang diambil tidak serupa dengan kehendak kita.
11. Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh membiarkan kemungkaran atau aktiviti yang meruntuhkan moral berlaku begitu sahaja di atas tanahair kita dengan membuat tanggapan bahawa kemungkaran itu hanya untuk non muslim terutama yang dianjur secara terbuka. Bahkan saya percaya bahawa non muslim juga tidak suka aktiviti yang meruntuhkan moral anak bangsa mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan