Isnin, 24 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 24 Oct 2011 03:04 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


3000 pelajar SPM bersemangat tinggi di Program Pecutan Akhir Perdana Selangor di Stadium Melawati Shah Alam

Posted: 23 Oct 2011 09:17 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 24 Oct 2011 01:05 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Kupasan Mengenai Belanjawan 2012 PR Daripada Rafizi Ramli

Posted: 23 Oct 2011 11:02 PM PDT

Ucapan daripada Pengarah Strategi Keadilan Pusat Sr Razifi Ramli pada Forum Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat di Hotel Hillcity, Ipoh bertarikh 10 October yang lalu. Sila amati maklumat penting yang ingin disampaikan oleh Sr Rafizi Ramli ini. Wajib Tonton

Part 1
Part 2
Part 3

Anwar Ibrahim

Posted: 23 Oct 2011 07:51 PM PDT

Anwar Ibrahim


Pakatan Batal GST Jika Memerintah

Posted: 23 Oct 2011 06:56 PM PDT

Harakah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan tetap dibatalkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara kerana ia membebankan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra ‘Sepetang Bersama Masyarakat’ di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh, kelmarin.

Menurut beliau lagi, GST adalah satu bentuk paksaan yang dikenakan oleh pemerintah kepada rakyat yang sedang menghadapi masalah bebanan dengan kenaikan harga barangan.

“Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

“Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut menyelar kepimpinan Datuk Seri Najib kerana mempermainkan rakyat apabila menangguhkan GST sehingga selepas pilihan raya yang akan datang.

Katanya, apabila cukai yang hendak dikenakan ditangguhkan sebelum pilihan raya, adalah tidak mustahil ianya akan dilaksanakan selepas ini.

“Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ada tidak prihatin terhadap keperluan rakyat, sebaliknya memberi prioriti terhadap keperluan mereka bagi memeras dan mencekik darah rakyat,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, beliau juga membidas BN yang cuba mempolitikkan isu berkaitan pelajar sekolah yang didakwa terlibat dalam kes serangan seksual dikaitkan dengan anak Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jelasnya lagi, cara politik yang dimainkan bukan saja mempamerkan kedangkalan modal oleh BN, sebaliknya memperlihatkan bahawa parti tersebut senantiasa menjadikan kelucahan sebagai modal politik terdesak.

“Adalah sesuatu yang merbahaya sekiranya, BN terus diberi mandat untuk menerajui kepimpinan dalam negara apabila mereka tidak dapat menjustifikasikan mana yang baik dan mana yang buruk untuk dipolitikkan,” tambahnya lagi.

Rakyat Bayar GST.Pemimpin Terus Diulit Kemewahan

Posted: 23 Oct 2011 01:41 AM PDT

Harakah

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendakwa kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah.

Pada masa yang sama, rakyat pula katanya bakal dikenakan cukai barangan GST (Goods and Services Tax) yang sekaligus menyaksikan rakyat bawahan akan terus terbeban.

"Rang Undang-Undang berkaitan sudah diedarkan, tunggu masa hendak diluluskan dan akan dilaksanakan kutipan cukai baru itu ke atas segenap lapisan rakyat tanpa mengira miskin atau kaya.

"Sedangkan dia tidak ada kawalan ke atas perbelanjaan yang boros dan gaya hidup mewah, bahkan memperkenalkan cukai baru,” katanya.

Beliau berucap pada program Penjelasan Sidang Dewan Undangan Negeri dan Bajet 2012 Muslimat anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lajnah Penerangan Muslimat PAS Negeri di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin mendakwa perbelanjaan negara terus bertambah akibat pemborosan, pembaziaran, kebocoran dan ketirisan.

"Sebagai contoh, perbelanjaan perjalanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib mencecah RM17 juta, pembayaran bill utility rumah Perdana Menteri dan Timbalannya serta bill air menelan belasan jutaan ringgit.

"Perbelanjaan itu boleh dikawal jika sekiranya cara hidup mewah dihentikan," katanya.

Menututnya, ini berbeza dengan cara hidup menteri besar di negeri Pakatan Rakyat yang tidak menduduki rumah rasmi, bahkan mendapat pujian daripada Jabatan Audit Negara berkenaan pembaziran dan pemborosan.

Pemberian one-off hasil hutang

Selain itu, beliau mendakwa pengumuman insentif dalam Bajet 2012 oleh Datuk Seri Najib yang bersifat 'One Off' adalah hasil daripada hutang.

Menurutnya, negara terpaksa menambah hutang bagi menampakkan BN membiayai rakyat pada masa yang sama mereka menambah defisit negara.

"Hutang yang terpaksa dibuat bagi menampung defisit dan hutang jugalah bagi membiayai rakyat," dakwanya.

Megnulas Laporan Ketua Audit Negara yang tidak dibentang biarpun perbahasan Bajet 2012 di peringkat dasar telah pun tamat, beliau yakin ada sesuatu yang tidak kena.

"Biasanya bukti-bukti salah urus ini akan dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, setiap tahun.

"Peristiwa (kelewatan) ini saya lebih melihat bahawa ada sesuatu yang tidak kena walaupun penjelasan diberikan pihak Jabatan Audit," katanya.

Wee Choo Keong

Posted: 23 Oct 2011 03:47 PM PDT

Wee Choo Keong


TF didn’t tell the whole truth about AirAsia X & RAS?

Posted: 23 Oct 2011 02:22 PM PDT

Below was what Tan Sri Tony Fernandes had been reported to have said as reported by the Star on 26-4-2007 when the then Minister of Transport, Datuk Chan Kong Choy, announced that FAX/AirAsia X Sdn Bhd had to return the Rural Air Services (RAS) in Sabah and Sarawak to MAS. “Fernandes said FAX would be [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 23 Oct 2011 11:38 AM PDT

BULETIN RAKYAT


2000 peserta PTRS bersemangat tinggi di Program Pecutan Akhir SPM Perdana

Posted: 23 Oct 2011 12:35 AM PDT

Seramai 2000 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun ini dari pusat tuisyen rakyat selangor (PTRS) telah mengikuti program Pecutan Akhir SPM Perdana  yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam semalam (22 Oktober 2011).
Program ini telah dianjurkan oleh pejabat Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan di bawah Yang Berhormat Hj Dr Halimah Ali memerangkap Ahli Mesyuarat KErajaan negeri Selangor bersama dengan konsultan PTRS, Imtiaz Consultant.
Tujuan program ini ialah untuk memberi  pendedahan tentang persiapan akhir menghadapi peperiksaan SPM dam menaikkan semangat dan motivasi pelajar agar lebih bersedia menduduki peperiksaan dan berjaya mencapai keputusan terbaik.
Di dalam program ini, seorang pakar motivasi, Osman Affan menerap dan memberikan tip-tip peperiksaan  termasuklah persediaan minda yang positif, santapan roh, teknik menjawab soalan dan hala tuju selepas SPM kelak.

Menurut pengajur program, Sdr Hamdan Safar dari Imtiaz Konsultan, program seumpama ini yang telah memasuki tahun ketiga diadakan telah membabitkan pelajar dari semua Dewan Undangan Negeri seluruh negeri Selangor khususnya peserta-peserta yang mengikuti pusat tuisyen rakyat negeri Selangor atau  PTRS yang majoritinya datang dari golongan keluarga dibawah tahap kemiskinan berpendapatan RM1500 sebulan. 

Salah seorang Koordinator PTRS (KPMI) dari Dun Batang Kali, Shaiful Anuar Sulaiman, pelajar-pelajar sangat teruja dapat menyertai program yang diadakan dalam bentuk bengkel seperti ini pengisian motivasi dan emosi demi untuk kecemerlangan masa depan pelajar-pelajar itu sendiri dan bersama menghayati apa ertinya kejayan yang hebat bersama keluarga dan masyarakat dan rakan-rakan pelajar. .

Pelajar-pelajar telah menunjukkan minat, semangat dan komitmen yang tinggi dalam slot dan sesi yang dianjurkan walaupun agak keletihan kerana aturcara yang padat. Mereka kelihatan begitu ceria dan gembira sepanjang program berjalan.  Rata-rata  semua pelajar sangat berpuas hati dengan modul yang telah mereka jalani dengan tunjuk ajar serta bimbingan ikhlas dari penceramah jemputan. 

Program berakhir dengan ucapan penutup dari Yang Berhormat Hjh Dr Halimah Ali, dan diantara nya menyentuh tentang keperluan sikap mesra bersifat sifat kasih sayang, sedia berkorban dan contoh akhlak baik yang menjadi teras setiap program anjuran kerajaan negeri ini bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat merasai kelainan luar biasa dan bertambah yakin untuk memperbaiki diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan dalam SPM serta kehidupan berpandukan pegangan agama dengan lebih kukuh.

Dalam ucapan penutup itu juga, beliau menjelaskan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat akan terus berusaha memberi khidmat pendidikan dan kebajikan terbaik kepada masyarakat warga negeri Selangor.   Masalah kewangan  bukanlah menjadi halangan untuk mengadakan sesuatu program kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan lebih RM5.4 juta untuk program tuisyen rakyat ini sendiri, dan dengan itu beliau menambah sekiranya kita ikhlas dan berusaha lebih nescaya Allah SWT akan membantu mempermudahkan urusan kita.


Oleh ShaifulAnuar Sulaiman (Dun Batang Kali)

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 23 Oct 2011 11:22 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN roboh gerai Melayu di Johor

Posted: 22 Oct 2011 07:02 PM PDT



Banyak betul gerai peniaga Melayu diroboh sekarang ini. Di Johor pula tu. Gerai Melayu, bukannya gerai Pendatang Asing. Beginilah nasib Melayu ketika ini, di Malaysia, di Tanah Melayu di negeri Melayu yang paling kuat memperjuangkan hak orang Melayu. Sebelum ini peniaga Melayu di Negeri Sembilan juga mengalami nasib yang sama.

Kisah gerai peniaga Melayu di Jelebu, Negeri Sembilan dirobohkan di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-bn-roboh-gerai-dan-nak-roboh.html

MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis
Harian Metro 23 Okt 2011

JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.

Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.

Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.

"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.

"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.

Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.

Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.

"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.

"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBJBdidakwarobohgeraitanpanotis/Article/index_html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan