Suara Sri Andalas Posted: 21 Oct 2011 11:40 PM PDT Selangor Cadang Tubuh Skim Insurans Bantu Pekerja Yang Kehilangan Kerja Posted: 21 Oct 2011 01:30 AM PDT SHAH ALAM, 20 Oktober : Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil inisiatif mengadakan rundingan dengan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi mewujudkan skim insurans untuk melindungi pekerja yang diberhentikan. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata skim seperti ini mampu mengurangkan beban yang ditanggung mereka yang kehilangan kerja sekiranya berlaku kegawatan ekonomi pada masa hadapan. "Skim ini bukan berbentuk pampasan sepenuhnya tetapi cukup untuk membantu mereka yang kehilangan kerja berdepan dengan hari-hari yang sukar. Saya berharap dapat mengadakan perbincangan dengan MEF mengenai perkara ini," katanya ketika pada majlis makan tengahari bersama pemimpin Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) di Bangunan SSAAS di Shah Alam, hari ini. Menjawab soalan salah seorang tetamu, Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri Selangor memandang serius kebajikan pekerja dan tidak berkompromi jika pekerja terbabit tidak dilayan secara adil oleh majikan. "Oleh kerana itu kita menubuhkan dengan segera pasukan khas bagi menbantu pekerja di negeri ini yang hilang pekerjaan ketika ekonomi gawat pada 2008," katanya yang merujuk kepada pasukan khas yang dianggotai wakil agensi kerajaan, anak-anak syarikat kerajaan negeri, MEF, MTUC, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Agensi Pembangunan Industri Malaysia. "Walaupun ekonomi semakin baik dan pemberhentian pekerja bukan lagi menjadi isu, pasukan khas ini akan digerakkan semula jika keadaan memerlukan," katanya. Makan tengahari ini dihadiri lebih 60 ahli MTUC termasuk Presiden MTUC cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan, Gopal Krishnam, Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Peralatan Pengangkutan dan industri bersekutu, Syed Shahir Syed Mohamud serta wakil MEF.
Sumber: Selangorkini | |
Anwar Ibrahim Posted: 21 Oct 2011 07:08 PM PDT Gantung Aziz Bari, Zalimi Cendekiawan Posted: 20 Oct 2011 08:47 PM PDT KeadilanDaily Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN. "Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat," kata Dr Wan Azizah Wan Ismail. Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara. Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya. Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu. "Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak. "Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara," katanya, Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIAM mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu. Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya. UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu. Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD). Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu. | Kenyataan Media: UIA Digesa Menarik Balik Penggantungan Prof Dr Aziz Bari Posted: 20 Oct 2011 08:36 PM PDT Tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung pakar perlembagaan terkemuka Prof Dr Abdul Aziz Bari amat mendukacitakan. UIA, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa, sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea. Malangnya, universiti tersebut bukan sahaja gagal mempertahankan Dr Aziz apabila beliau diserang oleh ahli politik dan media UMNO, tetapi sebaliknya menggantung beliau pada hari ini. Dengan mengambil tindakan ini, UIA terbukti mementingkan agenda politik UMNO. ”Transformasi” yang sering dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas merupakan janji-janji kosong. Universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda masyarakat sejagat. Jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan disunyikan. Tindakan menggantung Dr Aziz ini merupakan bukti jelas mengapa tahap kecermelangan institusi pengajian tinggi di Malaysia tetap merudum. Saya menggesa UIA untuk menarik balik penggantungan ini dengan serta-merta. Hak kebebasan akademia mesti dipertahankan. YB ELIZABETH WONG —— 20 October 2011 The decision by the International Islamic University Malaysia (IIUM) to suspend the renowned constitutional law expert Prof Dr Abdul Aziz Bari is very disappointing. As an international institution of higher learning, IIUM should be defending the right of its academics to voice their opinions and ideas. Unfortunately, not only did IIUM fail to defend Dr Aziz when he was attacked by UMNO politicians and media, it has chosen instead to suspend him today. With this, it is obvious that IIUM prioritises the UMNO political agenda. The “transformation” so often touted by the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has been proven to be empty slogans devoid of sincerity. Universities ought to be encouraging debate and the sharing of ideas and opinion for the benefit of society as a whole. If a respected academician such as Dr Aziz is punished for commenting on a matter related to his expertise, then all academics will be cowed into silence. The suspension of Dr Aziz clearly proves why the rankings of our institutions of higher learning continue to drop. I call on IIUM to withdraw the suspension immediately. Academic freedom must be defended. YB ELIZABETH WONG | |
Anak Muda Kampung Nak Senang Posted: 21 Oct 2011 11:45 AM PDT Najib kalau berani cuba naik keretapi di Malaysia ni Posted: 21 Oct 2011 01:25 AM PDT Kalau Najib seorang Perdana Menteri yang berani, cuba buat lawatan mengejut, jangan beritahu Menteri Pengangkutan dan jangan ada acara rasmi. Bawa 4-5 orang bodyguard cukup. Rasa sendiri betapa peritnya rakyat anda menaiki keretapi di Malaysia ini. Macamana nak galakkan rakyat naik perkhidmatan awam untuk kurangkan kesesakan lalu lintas, jika mutunya semakin teruk. Minta Y.A.B Perdana Menteri turun padang ke Komuter KTMB Aduan Rakyat October 21st, 2011 Saya memohon Y.A.B Perdana Menteri sudi turun padang menjengok dan menilai kesulitan & kesusahan pengguna Komuter KTMB di KL Sentral terutama Laluan Batu Caves – Pel. Klang kerana: Perkhidmatan Komuter semakin teruk , tidak cukop komuter, hari -hari rosak, tiada aircon , bersesak-sesak waktu puncak ( 6.30am -9.00am) & (4.00pm -7.00pm) , tidak menepati waktu…selalu tertangguh 30min -1 jam. Pengurusan KTMB yang tidak komited & tidak prihatin setiap aduan pengguna & tiada tindakan untuk membaiki servis Komuter terutama laluan Pel.Klang -Batu Caves banyak tertangguh, lembab, kepanasan akibat kesesakan & sistem aircon tidak berfungsi. Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 6.30am , 7.00am dibatalkan di Stesen Klang menyebabkan pengguna tiba lewat ke pejabat, bersesak -sesak dan berpeloh untuk kepejabat waktu puncak pagi. Sudah berminggu ketibaan Komuter jam 4.30pm, 5.00pm, 5.30pm, 6.15pm dibatalkan di Stesen Bank Negara menyebabkan pengguna tiba lewat ke rumah, bersesak -sesak dan berpeloh untuk balik ke rumah. Alasan pengurusan KTMB paling mudah..adalah kekurangan komuter sebab rosak dan tiada spare-part tidak boleh diterima akal dan tidak profesional untuk mengurus pengangkutan awam yang diamanahkan oleh Kerajaan Malaysia untuk rakyat. " RAKYAT DIDAHULUKAN…." By: mat jebat http://www.aduanrakyat.com.my/minta-y-a-b-perdana-menteri-turun-padang-ke-komuter-ktmb | Kerajaan Umno N.Sembilan sibuk roboh, bukan nak baiki Posted: 21 Oct 2011 01:06 AM PDT | Mulai Disember 2011 Pengutip Sampah mesti daftar LHDN Posted: 20 Oct 2011 05:07 PM PDT Nampaknya kaunter LHDN seluruh negara akan diserbu pada 1 Disember 2011 kerana 3.4 juta rakyat akan berebut-rebut untuk dapatkan RM500. Antaranya mereka terdiri dari pengutip sampah, pemanjat petai, penganggur, mereka yang muflis, nelayan, warga emas yang lumpuh, penjawat awam dan sekelian rakyat jelata. RM500 siapa tak nak. Dah janji nak beri, pastikan semua 3.4 juta rakyat ini dapat. Kalau 3.4 juta perlu didaftar dalam masa sebulan , bermakna sehari perlu daftar sekitar 110,000 orang. Nampaknya semua cuti kakitangan LHDN akan dibekukan bermula 1 Disember 2011 nanti, dan semua kaunter LHDN akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu. Jangan pula nak beri RM500 ini jadi macam Program Kupon Beras untuk keluarga miskin pada tahun 2009 yang akhirnya tak jadi seperti laporan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/10/orang-mati-pun-layak-dapat-kupon-beras.htmlPendaftaran Isi Rumah Bawah RM3,000, Dis Ini October 20, 2011 KANGAR – Pendaftaran isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 bagi melayakkan mereka menerima bantuan RM500 melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dijadualkan bermula Disember ini. Pengerusi LHDN Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata, buat masa ini Kementerian Kewangan serta agensi kerajaan berkaitan sedang memuktamadkan mekanisme terbaik bagi pendaftaran dan pelaksanaan bantuan itu. "LHDN perlu memastikan segala keperluan sistem, peralatan dan tenaga kerja yang mencukupi disiapkan selewatnya pertengahan November ini bagi membolehkan pendaftaran bermula pada Disember," katanya kepada media selepas perasmian Wisma Hasil Kangar, di sini hari ini. Wan Abdul Aziz berkata, sebanyak 3.4 juta isi rumah dijangka didaftarkan dan mereka dijadual menerima bantuan tersebut yang membabitkan peruntukan RM1.8 bilion bermula Januari depan. – BERNAMA http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=621191 | |
Keadilan Bahagian Tampin Posted: 21 Oct 2011 11:28 AM PDT PKR Tampin komited bertanding di Tampin PRU 13 Posted: 20 Oct 2011 10:27 PM PDT
PKR Cabang Tampin komited untuk bertanding dan meletakkan calon di Tampin untuk PRU-13 akan datang. Pada PRU 2004 dan 2008, PKR tidak bertanding di mana-mana kerusi Dun dan Parlimen di Tampin. Namun, setelah pengukuhan semula organisasi PKR Cabang Tampin sejak 2008 lalu, keberadaan PKR di Tampin harus diterjemahkan seiring dengan kewujudan PR Tampin melalui penyertaannya dalam PRU 13 secara lebih jelas.
PR Tampin mempunyai hubungan yang akrab sesama komponen yang terjalin sejak tahun 2009 lagi. Kemenangan DAP di Dun Repah telah memberi ruang terbaik kepada pengukuhan pengaruh politik PR di Tampin walaupun sejak sekian lama Umno-BN mendominasinya.
PKR Tampin meletakkan hasrat untuk bertanding samada peringkat Dun atau Parlimen. Untuk peringkat Dun seandainya diberi ruang, PKR Tampin selesa untuk bertanding di Gemencheh atas faktor kawasan campuran. Namun, keputusan tersebut diserahkan kepada pimpinan PKR Negeri Sembilan dan PR Negeri Sembilan untuk menentukan kedudukan yang terbaik kepada PKR Tampin bertanding.
| Program Semasa Posted: 20 Oct 2011 02:43 AM PDT Program Sumbangan Fakir Miskin Sempena DeepavaliPejabat DAP Dun Repah, Taman Indah, Tampin 23 Oktober 2011 7.oo malam
| |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! Posted: 21 Oct 2011 09:01 AM PDT Ribuan sambut Zambry sembahyang Dhuha di Masjid Kg Melayu, Sg Rapat Posted: 21 Oct 2011 05:09 AM PDT Jika dibaca pada tajuk yang tertulis seperti diatas didalam akhbar perdana ataupun laman web Umno atau penyokongnya, tiada yang menghairankan memandangkan kedudukan Zambry yang dikatakan sebagai Menteri Besar Perak. Tetapi apabila dilihat kepada gambar-gambar semasa program Sembahyang Dhuha Zambry bersama Imam, Bilal dan Guru Kafa sepertimana yang tertera pada banner yang digantung dimasjid tersebut, tidaklah sehebat mana sambutan yang diberikan kepada Zambry mahupun Hamidah sebagai penganjur program. Jangankan rakyat warga penduduk Kg Melayu, Sg Rapat tersebut, ahli-ahli Umno disana pun tidak kelihatan. Harap-harap semoga Zambry Abdul Kader sedarlah bahawa kuasa yang diperolehi dengan rampasan selamanya tidak akan direstui dan bertahan lama. Sumber: http://ajijoi.blogspot.com/ | |
www.telokkemang.blogspot.com/ Posted: 21 Oct 2011 07:38 AM PDT UCAPAN BAHAS BELANJAWAN 2012 - YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas - Telok Kemang Posted: 20 Oct 2011 09:18 PM PDT SENARAIKAN PROJEK TERBENGKALAI SELURUH NEGARA (Oleh: Sidiqin Omar) KUALA LUMPUR 19 Okt: Kerajaan perlu menjelaskan punca utama kelewatan atau tertangguhnya projek-projek berkepentingan awam di seluruh negara, kata Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Katanya, selain kerajaan perlu menyenaraikan semua projek terbengkalai, syarikat yang bertanggungjawab juga perlu diberikan amaran. "Untuk makluman selepas tertangguh, kos untuk memulihkan semula projek meningkat kepada 50 peratus dari harga tender asal. Sedangkan sebahagian besar wang yang diperuntukkan itu telah pun digunakan. "Apa yang menyedihkan ialah projek-projek itu adalah untuk kepentingan rakyat dan orang miskin," katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat. Kamarul berkata antara projek terbengkalai termasuk Hospital Shah Alam, Lebuhraya Seremban-Linggi di Negeri Sembilan, Kem Tentera di Skudai, Johor dan Pelabuhan Tuna di Pulau Pinang. "Jangan ulangi untuk beri projek kepada syarikat tertentu dan broker sahaja kerana kesannya membebankan," tegas Kamarul. Dalam pada itu, menyentuh kadar hutang semasa negara yang berjumlah RM 437 bilion dengan kadar faedah 5 peratus setahun, Kamarul menjangkakan Malaysia akan mempunyai hutang terkumpul RM 1 trilion pada tahun 2020. "Apa langkah kerajaan untuk menyelesaikan hutang piutang, sedangkan belum tentu kita dapat mengawal jumlah hutang yang ada sekarang. Apakah pendapatan negara meningkat dengan kadar sama munasabah dengan hutang semasa?" soal Kamarul. Tambahnya, budaya hutang kritikal dicerminkan melalui statistik 41 belia muflis setiap hari di negara ini kerana masalah kad kredit, hutang kenderaan dan bayaran pinjaman perumahan. "Lebih separuh dari gaji mereka digunakan untuk membayar hutang. Ini sangat bahaya. Kita tak mahu generasi muda yang diharapkan untuk mentadbir negara ini terjebak dalam hutang. "Apakah ini yang kita mahu ketika Malaysia mahu menjadi negara maju dalam masa 9 tahun?" soal Kamarul. http://www.keadilandaily.com/senaraikan-projek-terbengkalai-seluruh-negara/ | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan