Selasa, 25 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 25 Oct 2011 03:23 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Johor berhutang RM334.51 juta hingga Dis 2010 !!!

Posted: 24 Oct 2011 11:36 PM PDT

Dun Kijang

Posted: 25 Oct 2011 03:20 AM PDT

Dun Kijang


Kebakaran di Kampung China,Kota Bharu.

Posted: 24 Oct 2011 09:28 PM PDT

20 Oktober 2011, Khamis  : Telah berlaku kebakaran di Kampung China, Kota Bharu. Kebakaran yang melibatkan sebuah rumah dan dua buah kedai. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang. Baca selanjutnya di SINI.



YB Kak Ubai turut menziarahi mangsa kebakaran pada hari kejadian. Kedatangan Kak Ubai ini menunjukkan beliau prihatin dengan keadaan semasa yang berlaku di kawasan beliau. Sedikit sumbangan dihulurkan kepada keluarga mangsa kebakaran, walaupun tidak mungkin sumbangan tersebut menghilangkan perasaan trauma, namun pastinya sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit bebanan keluarga. 




YB Hj Anuar Tan juga turut bersama menziarahi tempat kejadian. 


YB Kak Ubai dengan YB Hj Anuar Tan bersama dengan mangsa kebakaran.

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 25 Oct 2011 01:43 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Dari Sham Kamikaze ke lagu "Lau Kana Bainana"

Posted: 24 Oct 2011 06:41 AM PDT

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Petang Khamis lalu, semasa singgah di Masjid Bukit Indah, Ampang, saya tertarik dengan poster warna-warni yang ditampal berdekatan pintu utama. Forum agama, "Syoknya Islam", di Surau Pandan Indah, menampilkan beberapa personaliti seperti Sham Kimakaze, Diana Amir dan Irma Hasmie.

Poster seumpama itu bukan perkara asing lagi. Kini, sepanduk, kain rentang dan risalah yang mempromosi aktiviti keagamaan artis-artis terkenal tanahair mudah dilihat di mana-mana.

Kalau dahulu, nama-nama yang kita dengar sekadar Akil Hay, Wardina, Noor Kumalasari, Waheeda, Aishah, kini senarainya lebih panjang.

Rahmat Ekamatra

Selain Bob Lokman, saya cepat terkesan dengan beberapa selebriti yang dikatakan sama-sama "berhijrah" seperti Iwan Syahman, Rahmat Ekamatra dan Catriona Ross.

Semasa membelek sisipan Utusan Malaysia, Mega, edisi Khamis itu juga, dua lagi nama artis lelaki dilaporkan "membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak", iaitu Abdullah Ahmad (Lah) dan Mohd Aizam Mat Saman (Adam VIP).

"Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya. Dalam qasidah ada jaz, R&B dan ia membuatkan saya menitis air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang," kata Lah.

Segera saya teringat, semasa menjadi editor majalah Muslimah, hampir 20 tahun lalu, saya pernah meminta wartawan menemuramah penyanyi Rahimah Rahim, yang mencipta kejutan dengan memilih untuk menutup aurat.

LAGI >>

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 25 Oct 2011 01:04 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Rasuah: Sarjan tidak mengaku salah

Posted: 25 Oct 2011 12:30 AM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperoleh rasuah daripada seorang pemilik kilang pisau, tahun lalu.

Ahmad Sazali Md. Desa, 52, didakwa secara rasuah memperoleh wang tunai RM2,000 daripada Lian Huat @ Lim Kim Huat sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan dan melepaskan dua pekerja Lim yang ditahan mengikut Seksyen 15 (1)© Akta Imigresen.

Tertuduh yang bertugas di Bahagian Sisasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Tingkat 3, Blok B, Balai Polis Pudu, Cheras pada pukul 12 tengah hari, 30 Nov 2010.

Untuk kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Hakim Rozilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Nov untuk sebutan manakala 22 hingga 24 Nov untuk perbicaraan kes. — Bernama

Tarik balik semua sekatan kepada Aziz Bari

Posted: 25 Oct 2011 12:30 AM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Angkatan Muda Keadilan Selangor suka untuk mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak membuat kenyataan politik dan bermain politik dalam isu penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar).

"Isu ini adalah jauh daripada amalan politik sempit yang diamalkan Umno Barisan Nasional," kata ketua penerangannya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli sebagai respons kepada pengumuman Najib dan pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa mengenai penggantungan itu ditarik balik.

Namun demikian, katanya adalah malang apabila siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis tetap diteruskan.

Malah, ujarnya komputer pejabat Prof Aziz Bari sendiri difahamkan ditarik dan pelbagai sekatan lain yang dikenakan kepada beliau.

"Pastinya ini tidak kundusif untuk meneruskan kuliah pengajian," ujarnya yang juga Pengarah Biro Mahasiswa AMK Malaysia kepada Harakahdaily.

Menurutnya, hal itu tidak seharusnya berlaku kerana isu berkenaan bukan sahaja melibatkan individu, pensyarah undang-undang universiti yang mengeluarkan pandangan tidak sealiran pemerintah, tetapi ia adalah isu yang melibatkan kebebasan akademik yang menjamin kualiti pendidikan dan masa depan generasi muda negara.

Tegasnya, Angkatan Muda Keadilan Selangor memandang serius sikap bermain-main pemerintah Umno Barisan Nasional di dalam mengendalikan isu itu.

Sehubungan itu, katanya AMK Selangor mendesak agar segala sekatan dan tindakan kepada profesor terkemuka undang-undang negara, Dr Abdul Aziz Bari ditarik balik serta merta.

HARAKAHDAILY/-

Jumlah Kematian Akibat Banjir di Thailand Terus Meningkat

Posted: 25 Oct 2011 12:20 AM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BANGKOK: Kerajaan Thailand berkata jumlah kematian akibat banjir besar yang berlaku di seluruh negara meningkat kepada seramai 366.

Pusat Operasi Bantuan Banjir berkata paras air di beberapa wilayah di Bangkok adalah stabil atau menurun namun paras air di bandar masih tinggi dengan air lalu ke Teluk Thailand.

Pihak berkuasa mengisytiharkan tujuh ibu negeri untuk 50 buah daerah yang terletak di uatara dan barat laut berada dalam risiko dengan kawasan tersebut mengalami banjir kecil.

Namun kebanyakan kawasan di Bangkok adalah normal dan kedua-dua lapangan terbang masih beroperasi.

Isnin lalu, seorang gobenor, Suhumbhand Paribatra memberi amaran kepada penduduk di barat laut daerah Bang Phlat supaya memindahkan barang hak milik mereka ke kawasan yang lebih tinggi selepas air sungai Chao Phraya memenuhi jalan bawah tanah yang sedang dibuat. -AP

PAS ucap tahniah kepada an-Nahdah Tunisia

Posted: 25 Oct 2011 12:15 AM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengucapkan tahniah kepada Parti An-Nahdah yang memenangi pilihan raya Tunisia semalam.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) juga berharap kemenangan itu diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam.

Sebenarnya, kata beliau An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan itu dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi.

"Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Parti An-Nahdah telah telah memenangi lebih daripada 30 peratus kerusi di perhimpunan 217 kerusi Tunisia, dalam pilihan raya bersejarah negara tersebut sebagaimana dilaporkan agensi berita AFP.

"Keputusan pertama yang disahkan menunjukkan al-Nahda telah mendapat tempat pertama di peringkat kebangsaan dan di kebanyakan daerah," kata pengurus kempen parti al-nahda, Abelhamid Jlassi, pada sidang akhbar, memetik laporan sendiri pemerhati pilihan raya al-Nahdah.

Pemimpin-pemimpin kedua-dua pihak berhaluan kiri, Parti Kongres Republik (CPR) dan Ettakol, berkata, mereka berjuang untuk tempat kedua, manakala pemimpin Parti Demokratik Progresif (PDP) mengakui kekalahan pada petang Isnin.

"Al-Nahda pastinya majoriti, tetapi terdapat dua entiti demokratik lain, Ettakatol dan CPR, yang lemah pada permulaan tetapi kini mendapati diri mereka dalam kedudukan untuk menyumbang kepada kehidupan politik dan menyambut kemodenan rasional dalam Arab-Islam negara, "kata Khalil Zaouia, pemimpin nombor dua parti Ettakatol.

Samir Dilou, ahli biro politik al-Nahda, berkata bahawa partinya telah memenangi tidak jauh daripada 40 peratus undi.

Pada hari mengundi pilihan raya bebas pertama Tunisia kelihatan orang ramai menunjuk-nunjuk jari telunjuk yang disapu dengan dakwat kekal berwarna biru mereka selepas membuang undi, menunjukkan mereka telah melaksanakan tanggungjawab mereka.

Berikut adalah kenyataan penuh Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berikutan kemenangan Parti An-Nahdah dalam pilihan raya Tunisia semalam, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah dan bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan kemenangan yang diberikan kepada parti yang dipimpin oleh Sheikh Dr Rashid Ganouchi.

Sebenarnya An Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan ini dinafikan dan Parti An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara seperti Dr Rashid Ganouchi sendiri.

Kita berharap kemenangan ini diterima oleh masyarakat antarabangsa walaupun ia dimenangi oleh parti Islam.

Kebetulan tiga minggu yang lalu, saya bertemu dengan Dr Rashid Ganouchi ketika sama-sama menghadiri Forum Parti-Parti Islam Sedunia di Istanbul membincangkan krisis Asia Barat.

Saya dimaklumkan An-Nahdah boleh memenangi pilihan raya dengan lebih besar jika bertanding di hampir kesemua kerusi. Tetapi An-Nahdah sengaja tidak bertanding di kesemua kerusi bagi memberi peluang kepada parti lain turut sama bertanding.

Mereka bersedia untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan parti-parti lain bagi menggantikan pemerintahan sebelumnya yang bersifat diktator dan ditunjangi dengan hanya satu parti.

Ini kerana sebagai parti yang menyertai demokrasi, An-Nahdah ingin menampilkan sikap toleransi dan bertolak ansur, walaupun majoriti rakyat Tunisia menerima An-Nahdah.

Ini kerana mereka sangat dekat di hati rakyat melalui kerja-kerja kebajikan yang dilakukan di bawah, jauh sebelum musim pilihan raya lagi, walaupun dalam keadaan parti diharamkan.

Kita berharap kemenangan ini memberi semangat bukan sahaja kepada pendukung parti Islam yang memilih demokrasi tetapi juga kepada rakyat dengan memberi peluang dan sokongan kepada parti Islam memerintah dan memperbetulkan urus tadbir politik, ekonomi dan sosial negara setelah sekian lama berada di bawah rejim sekular yang gagal memerintah Tunisia sehingga digulingkan rakyat.

PAS juga sebenarnya telah menghantar ucapan tahniah kepada An-Nahdah melalui Dr Syed Azman yang menyertai pasukan pemerhati antarabangsa ke Tunisia ketika ini.

HARAKAHDAILY/-

Hayati 'Sumpah Pemuda' Untuk Pacu Perubahan

Posted: 25 Oct 2011 12:00 AM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 25 OKT : Generasi muda khususnya mahasiswa-mahasiswa disaran agar mempunyai semangat perjuangan yang kental dan ikhlas dalam usaha membawa perubahan di negara ini dengan memiliki sikap jati diri yang tinggi.
Justeru Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa anak muda agar dapat menghayati sumpah pemuda Indonesia yang diikrarkan pada tahun 1928 agar dapat memberi semangat baru kepada generasi muda dalam mendepani era perubahan dan globalisasi.

" Saya cadangkan saudara dan saudari jika ada masa membaca keratan-keratan kertas mengenai sumpah pemuda-pemudi Indonesia,ia memberi kita satu perasaan jati diri,perasaan bahawa bukan orang lain yang menentukan masa depan negara kita tetapi adalah kita sendiri. Perasaan percaya bahawa pemuda pemudi ialah penggerak zaman. Pemuda pemuda akan membawa perubahan itu kepada kita ," katanya.

Abdul Khalid berkata bahawa mahasiswa Indonesia pada tahun 1928 memulakan dengan sumpah pemuda dan pemudi yang berjuang dan menjaga negara Indonesia dan akan menentukan negara itu akan bangun berkembang dan berjaya.

Sumpah Pemuda Indonesia yang dilafazkan pada 28 Oktober 1928 adalah salah satu peristiwa paling bersejarah di Indonesia ada yang teks sumpah ditulis oleh Moehammad Yamin yang menegaskan bahawa putera dan puteri Indonesia mengaku bertumpah darah yang satu ,mengaku berbangsa yang satu, dan menjunjung bahasa persatuan, bahasa Indonesia.

Beliau menegasakan perkara demikian semasa ucapan perasmian di Karnival Ilmu Anak Muda 2011 (KAMU'11) dengan kerjasama antara Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan bersama Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS), Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) serta Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor (MPMS) di Stadium Melawati di sini.

Sementara itu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata pelajar yang ada di menara gading sepatutnya diberi pengiktirafan kemampuan dan keupayaan intelek mereka supaya digilap supaya dibentuk dan dicorak untuk menjadikan insan yang akan menjadi pelapis pemimpin negara ini di masa hadapan.

"Jadi kita di Selangor mahu agar mahasiswa melalui fasa pembelajaran tempat namanya universiti,kolej dan institusi pengajian tinggi sudah mempunyai kemampuan akal, maka akal ini perlu diberi kebebasan dan diberikan bimbingan dan diasah untuk mempunyai keupayaan pemikiran kritikal," katanya.

TV NEWS/-

Menteri dicabar jelas RM110 juta untuk petani

Posted: 24 Oct 2011 11:50 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PKR Selangor mencabar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi penjelasan berhubung ketirisan peruntukan RM110 juta untuk diberikan petani, seperti dinyatakan dalam Laporan Audit Negara.

Ketua Penerangannya Shuhaimi Shafiei berkata peruntukan tersebut sepatutnya disalurkan kepada petani bagi meningkatkan hasil padi mereka.

"Kita minta Datuk Seri Noh Omar kena jawab (perkara ini), bagaimana peruntukan diagihkan kepada petani-petani kecil.

"Mereka yang berjaya meningkatkan hasil padi, melepasi sasaran tidak diberikan inisiatif ini sehingga dilaporkan dalam Laporan Audit Negara," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda menyifatkan ia sebagai "satu kegagalan" Noh, kementeriannya dan Umno Selangor untuk menguruskan peruntukan yang hendak diberikan petani.

MALAYSIAKINI/-

Telekom beri saguhati kepada yang berjaya menangkap pencuri kabel.

Posted: 24 Oct 2011 11:40 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RANTAU PANJANG - Telekom Malaysia memberi saguhati kepada orang awam dan persatuan yang terlibat dalam 20 kes tangkapan pencuri kabel sepanjang tahun lalu di pejabat Kada, petang semalam.

SH/Kelantan

Gaddafi telah Kafir dan Haram Disolatkan?

Posted: 24 Oct 2011 11:30 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

HHRS 2.0 - Tokoh-tokoh agama saling berbeza pendapat berkenaan jasad bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, dengan beberapa di antara mereka mengutuk apa yang mereka sebut gangguan terhadap mayatnya, sementara yang lain telah menyatakan dia seorang kafir, dan kerananya tidak berhak untuk dikuburkan secara Islam.

Syaikh Mahmud Asyur dari Akademi Penyelidikan Islam Al-Azhar di Mesir, berkata: "Islam melarang menyalahgunakan mayat setiap manusia. Dalam Islam, orang harus menghormati martabat mayat."

Sementara itu, Imam Alkomos Abdul Maih mengatakan, "Mayat pada dasarnya suci. Sebuah keterangan sederhana tentang apa yang terjadi terhadap mayat Gaddafi, adalah bahawa hal itu bertentangan dengan semua norma dan standard hak asasi manusia."

Pada hari Sabtu lalu, di Misrata, rakyat datang berduyung-duyung untuk hari kedua melawat sebuah pusat membeli-belah untuk melihat jasad bekas pemimpin Libya.

Aksi menonton mayat ini dipandang oleh beberapa ulama sebagai bertentangan dengan undang-undang Islam, di mana jasad perlu dikuburkan secepat mungkin.

Namun, Mufti besar Libya, Syaikh Sadiq al-Ghariany, mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang kafir, dan solat jenazah untuknya di masjid atau oleh Syaikh masyarakat Muslim, dan ulama menyalahi undang-undang Islam.

Ghariany berkata pada hari Ahad (23/10) dalam sebuah fatwa - dan disiarkan oleh media Libya, bahawa Gaddafi selama hidupnya menentang syariah Islam dan banyak kata-kata dan perbuatannya selama berkuasa menunjukkan bahawa ia bukanlah seorang Muslim.

Pendapat yang berlaku dalam syariah Islam adalah bahawa seorang Muslim tidak boleh melawan undang-undang yang ada di dalam Al-Quran atau Sunnah dan hal itu semuanya itu dilanggar oleh Gaddafi.

Ghariany meneruskan dengan mengatakan, "Ada alasan yang sah untuk tidak mensolatkan dia, yang hal tersebut menjadi contoh bagi para pemimpin yang lain."

Dia menambah bahawa Gaddafi mungkin boleh ditanam di perkuburan Muslim, namun dimandikan dan disolatkan hanya oleh keluarga dan kerabat.

Ghariany berkata bekas penguasa diktator tersebut harus dikubur dalam sebuah makam tidak bertanda untuk mengelakkan terjadinya perpecahan di antara rakyat Libya dan agar makamnya tidak menjadi tempat yang disucikan.

ANAK SUNGAI DERHAKA/-

Penganggur cuba bakar diri depan parlimen

Posted: 24 Oct 2011 09:30 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ISLAMABAD 25 Okt. - Seorang rakyat Pakistan yang menganggur membakar dirinya sendiri sebagai cubaan membunuh diri di luar parlimen semalam lalu dimasukkan ke hospital dan kini berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai.

Menurut jurucakap polis, Naeem Iqbal, Raja Khan, bapa kepada dua orang anak yang berasal dari wilayah selatan Sindh, Naushero Feroz menuang minyak ke badannya sebelum bertindak membakar dirinya.

Pegawai polis yang bertugas terus menyelamatkan nyawa lelaki itu dan membawanya ke hospital.

Khan meninggalkan surat berdekatan dengan barang-barangnya iaitu beg baju yang menyatakan dia penat kerana terus berada dalam keadaan miskin. - AFP

SPR sudah tak percayakan JPN?

Posted: 24 Oct 2011 09:20 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Biarpun menyambut baik tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu mempamerkan 40,000 nama pemilih diragui, Dewan Pemuda PAS tetap mempersoal data Jabatan Pendaftaran Negra (JPN).

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kayat mempersoal "apa sudah jadi" dengan data JPN sehingga SPR tidak boleh mengesahkan nama-nama tersebut dengan JPN.

Sedangkan katanya, JPN adalah satu-satunya jabatan yang mempunyai rekod setiap rakyat di negara ini.

"Kenapa tak boleh clarify dengan JPN, atau sebenarnya SPR sudah tak percaya dengan JPN.

"Atau JPN sendiri tak ada data tersebut sehingga SPR kena dapatkan pengesahan dari ground," soalnya ketika ditanya Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor berkata demikian sebagai mengulas tindakan SPR yang akan mula mempamerkan senarai 40,000 nama pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya Khamis ini.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, selama ini SPR tidak dapat mengeluarkan nama-nama yang diragui itu sebab maklumat yang diterima daripada JPN menunjukkan butiran terbabit adalah sahih.

Katanya, jika tiada pengesahan daripada mana-mana pihak selepas pameran seminggu itu berakhir, nama-nama yang diragui akan dikeluarkan daripada daftar pemilih induk.

Mengulas lanjut, Suhaizan sekali lagi mempersoal apa sudah jadi dengan Agency Link-Up System (ALIS) JPN yang diguna bagi membersihkan daftar pemilih.

"Ini SPR tak pernah jawab, JPN pun tak pernah jawab.

"Kita juga mahu satu sistem di mana rakyat boleh menyemak status dan maklumat MyKad kerana sistem yang ada sekarang ini dah tak boleh semak," katanya.

harakahdaily/-

Batal konsert Elton John atau biar remaja hancur

Posted: 24 Oct 2011 09:00 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: "Artis yang cukup rosak seperti (Elton John) ini mahu dibawa ke negara Malaysia?" tanya Nik Nasri Nik Malek.

Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu itu menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan sebuah akhbar harian bahawa Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini di Genting Highlands.

Elton John 'berkahwin' dengan David Furnish pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis.

Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John.

Pada tahun 2010, mereka mendapat 'anak' hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John.

Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran 'anak' mereka itu: "We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents".

Menurut Nik Nasri, apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah wajar artis yang rosak seperti ini mahu dibawa ke negara ini.

"Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini," ujarnya.

Menurutnya, mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja.

"Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih harmoni termasuk masadepan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih penting dari hanya semata-mata lagunya," katanya lagi.

Ada juga, katanya yang beralaskan dengan hak asasi manusia, hak untuk bercakap dan hak untuk menyuarakan pandangan.

Jelasnya, hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan 'bersuami isteri' secara songsang menyalahi fitrah semuljadi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan.

Beliau menambah, remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta orang, tidak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai kehancuran nilai.

"Pergi ke enjin pencari di internet dan taip 'gay' atau yang sepertinya, anda akan terkejut dengan budaya gay di Malaysia," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis dengan dahsyatnya sekarang.

"Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Malaysia sendiri," katanya lagi.

harakahdaily/-

MARA Beli Barangan 100 Kali Ganda Harga Pasaran Bagi Program Orang Miskin

Posted: 24 Oct 2011 08:40 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Laporan Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) membelanjakan dana yang diperolehnya secara keterlaluan untuk mendapatkan beberapa peralatan tertentu.

Mengikut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan RM54 juta yang dimiliki agensi itu dibelanjakan untuk membeli peralatan seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Jumlah itu merupakan dana yang disediakan di bawah program rangsangan ekonomi kedua untuk membantu golongan miskin meningkatkan pendapatan mereka.

Berikut beberapa barang yang dilaporkan dalam laporan berkenaan:

Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419

Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100

Dua dapur gas pembakar pada harga RM200 setiap satu berbanding harga pasaran RM59.90

Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, berbanding harga pasaran RM79.

Pengisar pada RM140 dan berbanding harga pasaran RM60.

Ketuhar yang dimaksudkan itu digunakan untuk membuat roti dan pastri bagi kursus di Kelantan

Manakala, katil boleh lipat itu digunakan untuk kursus urutan secara tradisional bagi ibu selepas bersalin dan mesin gunting rambut digunakan untuk kursus menggunting rambut.

Laporan tersebut mencatatkan bahawa sebahagian besar pembelian dibuat melalui rundingan terus, tidak melalui tender terbuka dan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kewangan,

Malaysia Kini/-

Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan

Posted: 24 Oct 2011 08:30 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

"Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

"Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm," petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

"Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna."

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina 'pelindung sungai' atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai.

"Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.

"Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya," kata laporan itu lagi.

malaysiakini/-

Mahasiswa tetap berhimpun di UIA malam ini

Posted: 24 Oct 2011 08:15 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memuji tindakan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berani menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya.

SMM berpandangan, tindakan itu membuktikan UIA menghormati kehendak banyak pihak khususnya mahasiswa yang mahu isu ini diselesaikan segera.

Namun, menurut Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab, mahasiswa akan tetap meneruskan himpunan menyambut kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di UIA malam ini seperti yang dirancang.

Tegasnya, himpunan ini bagi memberi petunjuk kepada rakyat bahawa mahasiswa bukan sekadar mempertahankan Aziz namun mempertahankan kebebasan akademik.

"SMM masih berpendirian untuk meneruskan perjuangan mempertahankan kebebasan akademik. Perjuangan SMM adalah mempertahankan kebebasan akademik dan bukan hanya mempertahankan Prof Dr Aziz Bari," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, SMM turut menyelar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membatalkan lawatannya ke UIA malam ini.

"SMM menyifatkan bahawa tindakan Perdana Menteri membatalkan lawatan itu adalah atas dasar takut untuk berdepan dengan mahasiswa," katanya sambil berkata memorandum akan tetap diserahkan keapda Hishammuddin.

Semalam, UIA menarik balik penggantungan Aziz dan meminta beliau melapor diri keapda Dekan Fakulti Undang-Undang hari ini.

Bagaimanapun, siasatan terhadap Aziz masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

harakahdaily/-

Pondan lari dari pusat pemulihan

Posted: 24 Oct 2011 08:00 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MOHD. RIDHWAN KHAN dipercayai memanjat pagar semasa melarikan diri dari Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk di Wang Tepus, Jitra baru-baru ini. Gambar kecil, Mohd. Muzni Mohd. Noor.

JITRA - Seorang pelatih lelaki yang berperwatakan seperti wanita melarikan diri dari sebuah pusat rawatan serta pemulihan dadah dan akhlak di Wang Tepus di sini sejak 11 hari lalu.

Mohd. Ridhwan Khan Jumakahn (gambar kecil), 30, yang berasal dari Negeri Sembilan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan semasa menerima rawatan di pusat berkenaan.

Pengetua Pusat Rawatan Cahaya Petunjuk, Mohd. Muzni Mohd. Noor memberitahu, pihaknya menyedari kehilangan pelatih itu ketika mahu mengejutkan para pelatih untuk solat Subuh secara berjemaah kira-kira pukul 5 pagi pada 14 Oktober lalu.

Katanya, pihaknya percaya pelatih terbabit memanjat pagar di pusat itu sebelum berjaya meloloskan diri.

"Kami telah cuba mencarinya di merata-rata tempat termasuk di Alor Setar, Pokok Sena dan Kuala Nerang, namun gagal.

"Kami turut menerima panggilan telefon daripada orang awam yang menemuinya di kawasan Bukit Tembaga, Kuala Nerang dan ingin menghantarnya pulang ke pusat ini.

"Malangnya, pelatih itu berjaya melarikan diri dan masuk ke kawasan hutan kerana tidak mahu diberi rawatan semula di pusat ini," katanya di sini semalam.

Mohd. Ridhwan Khan dimasukkan ke pusat itu sejak Mei lalu selepas ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah selain berpakaian dan berperwatakan seperti wanita.

Menurut Mohd. Muzni, ketika melarikan diri, dia dipercayai memakai kemeja T berwarna biru gelap dan seluar trek biru.

"Sebelum ini dia pernah cuba melarikan diri sebanyak dua kali, namun berjaya ditahan polis dan dimasukkan semula ke pusat itu.

"Kita tidak mahu dia kembali kepada perwatakan wanita kerana sejak berada di sini dia sudah boleh menerima perubahan dan kembali menunjukkan sifat-sifat kelelakian secara perlahan-lahan," ujarnya.

Laporan kehilangan pelatih itu dibuat di Balai Polis Jitra pada 22 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Ibrahim Mohamed Yusof ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes itu.

kosmo/-

7 maut letupan bom di selatan Narathiwat

Posted: 24 Oct 2011 07:55 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Reuters - ANGGOTA-ANGGOTA pasukan keselamatan mengawal lokasi letupan bom di wilayah Narathiwat, selatan Thailand kelmarin.

PATTANI - Polis menyatakan anggota-anggota gerila pemisah membunuh tujuh orang dan mencederakan 10 yang lain di selatan Thailand.

Seorang pegawai polis, Kolonel Kwandee Chimplee berkata, kumpulan penyerang melepaskan tembakan ke arah pos keselamatan di bandar Narathiwat malam kelmarin dan meletupkan dua butir bom buatan sendiri di kawasan sama.

Kwandee semalam memberitahu, mangsa-mangsa yang maut termasuk dua anggota sukarelawan keselamatan awam dan dua orang awam selain seorang askar, isteri serta anak lelakinya.

Menurut Kwandee, pihak berkuasa percaya ketiga-tiga serangan itu dilakukan oleh kumpulan militan yang sama.

Narathiwat adalah antara tiga wilayah selatan Thailand yang memiliki majoriti penduduk Islam.

Hampir 5,000 orang terbunuh sejak penentangan Islam tercetus di selatan Thai pada 2004. - Agensi

K'jaan terlebih bayar RM4.6 juta pencen

Posted: 24 Oct 2011 07:40 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Laporan Ketua Audit Negara mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.

Daripada jumlah itu, RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai 206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.

Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions Online Workflow Environment - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.

"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power," kata Laporan Ketua Audit Negara itu.

malaysiakini/-

Apa Kejadah RM4 Juta Beli Kuda Tapi Tak Boleh Berlumba, Beli Teropong Harga 29 Kali Ganda?

Posted: 24 Oct 2011 07:30 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sebanyak 18 ekor kuda dibeli dengan kos hampir RM4 juta oleh Majlis Sukan Negara (MSN) tetapi tidak dapat diturunkan dalam persaingan World Endurance Championship (WEC) 2008 sebab tidak memenuhi syarat kelayakan termasuk masalah kesihatan.

Hanya lima ekor kuda layak untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Kesemua 23 kuda itu dibeli dengan kos RM5.66 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyebut "pihak Audit dimaklumkan 18 ekor kuda dengan kos perolehan berjumlah RM3.94 juta tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Persekutuan Equestrian Antarabangsa."

"Ini disebabkan kuda yang dibeli tidak mendapat latihan yang mencukupi memandangkan peroleh kuda dibuat dua bulan sebelum kejohanan.

"Di samping itu beberapa ekor kuda juga mengalami kecederaan sebelum kejohanan bermula," kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Pada Februari 2007, MSN telah diminta untuk membeli enam ekor kuda bagi tujuan WEC 2008 dengan mendahulukan peruntukan sedia ada dan agensi itu telah membelanjakan RM1.98 juta bagi tujuan itu.

Pada Jun tahun yang sama, Kementerian Belia dan Sukan telah menetapkan spesifikasi dan bilangan kuda untuk ditambah sebanyak 17 ekor lagi menjadi 23 ekor untuk pertandingan tersebut.

Kata beliau, pada pandangan Audit perancangan perolehan kuda hendaklah dibuat secara teliti dengan mengambil kira tahap kesihatan dan kebolehan kuda untuk bertanding.

"ISN (Institut Sukan Negara) sepatutnya merancang perolehan dengan mengambil kira tempoh latihan yang diperlukan bagi setiap kuda untuk memenuhi syarat kelayakan FEI.

"Ini menyebabkan sebahagian besar kuda yang diberi tidak dapat menyertai (World Endurance Championship) WEC 2008," katanya.

Kata laporan, walaupun usaha dilakukan untuk memastikan kuda tersebut sihat, kesihatan kuda tidak dapat dijamin sempurna sepanjang masa.

Laporan Audit berkata pihaknya mendapati ISN perlu memastikan perolehan kuda digunakan untuk menyertai kejohanan peringkat antarabangsa dan pembangunan sukan berkuda bagi tempoh tertentu sebelum diserahkan kepada agensi kerajaan yang lain. -TMI

DAP dakwa KM Melaka bina lagi projek 'gajah putih'

Posted: 24 Oct 2011 07:20 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Melaka didakwa hanya mengutip sekitar RM57,500 daripada hasil pembinaan sebuah restoran terapung yang membabitkan kos binaannya berjumlah hampir RM1.2 juta di Ayer Keroh.

Pendedahan dibuat ADUN kawasan terbabit dari DAP, Khoo Poay Tiong yang menyatakan pengusaha terpaksa gulung tikar tahun lalu sehingga menyebabkan sewa serta bil air dan elektrik tertunggak mencecah sehingga RM26,000.

Dakwanya, restoran berkenaan kini sudah hampir setahun terbiar kosong tanpa berpenghuni, padahal perjanjian mengusahakan restoran itu adalah selama tiga tahun sehingga Mei tahun ini.

Sambil melabelkan projek berkenaan sebagai satu lagi 'projek gajah putih' kerajaan negeri Melaka, beliau berkata, kos RM1.2 juta membina restoran berkenaan adalah dari peruntukan Kementerian Pelancongan.

Menurutnya, meskipun perjanjian dengan pengusaha adalah untuk tempoh tiga tahun, namun pengusaha terpaksa gulung tikar lebih awal memandangkan restoran berkenaan tidak mendapat sambutan.

Tak mampu bertahan

"Pengusaha itu hanya mampu bertahan selama 23 bulan. Akibatnya, baki sewa serta bil elektrik dan air untuk restoran itu menjadi tertunggak sehingga mencecah hampir RM26,000.

"Sepanjang restoran ini disewa, kerajaan hanya mendapat sejumlah RM57,500 sedangkan kos membinanya mencecah RM1.2 juta," katanya semasa meninjau persekitaran restoran itu di Ayer Keroh.

Malaysiakini difahamkan, restoran berkenaan, yang terletak berhampiran Taman Tasik di Ayer Keroh, kini berada di bawa pengurusan pihak Zoo Melaka.

Menurut Khoo, kerajaan negeri harus memikirkan cara terbaik untuk mengunakan bangunan restoran berkenaan bagi mengelak ia daripada terus terbiar.

Menurutnya, restoran ini merupakan satu lagi contoh pembaziran yang diamalkan kerajaan sehingga ia akhirnya menjadi gajah putih.

"Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak menjalankan kajian terperinci sebelum melaksanakan sesuatu projek sehingga akhirnya ia merugikan rakyat memandangkan wang yang digunakan adalah wang rakyat.

"Ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi, malahan sudah seringkali berlaku," katanya.

malaysiakini/-

Hormati, pertahan hak kebebasan akademik

Posted: 24 Oct 2011 07:00 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) mengucapkan tahniah kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kerana menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar).

Ketua Penerangan Gamis Pusat, Mohd Yusof Hadhari berkata, UIAM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang bertaraf antarabangsa yang sepatutnya mempertahankan hak ahli akademik menyuarakan pendapat dan idea bukannya menekan ahli akademik yang berbeza pandangan terhadap parti memerintah.

Katanya, kemungkinan keputusan menarik balik penggantungan ini disebabkan ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sendiri serta orang awam.

"Apa pun kita semua kesal dengan tindakkan UIAM sebelum ini yang menggunakan seksyen 15(1) terhadap pakar undang-undang itu dan tidak menggunakan pertimbangan yang baik serta mengakibatkan persepsi bahawa pihak berkuasa universiti di Malaysia kurang kebebasan dan hanya bertindak sebagai alat kepada parti pemerintah," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, universiti-universiti sepatutnya menggalakkan perkongsian pendapat dan debat untuk membuka minda mahasiswa serta masyarakat.

Katanya, jika seorang ahli akademik yang dihormati dihukum kerana memberi ulasan dalam bidang beliau, maka semua ahli akademik secara tidak langsung akan dibisukan.

"Gamis menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati serta mempertahankan hak kebebasan akademik," ujarnya lagi.

harakahdaily/-

Muhyiddin TPM Pengecut?

Posted: 24 Oct 2011 06:50 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menjadi pengecut dengan terus menekan anaknya dengan isu mencabul seorang gadis seperti didakwa bloger pro Umno.

Menurutnya, adalah sangat zalim jika Timbalan Perdana Menteri itu terus melakukan demikian terhadap anaknya yang berumur 16 tahun itu dalam keadaan 'mangsa' yang didakwa dicabul itu sudah tampil menafikannya.

"Jika Muhyiddin benci saya sangat, dia boleh buat yang lebih buruk untuk jatuhkan saya melalui politik.

"Namun, Muhyiddin tidak perlu menyertai kumpulan pengecut dengan memfitnah anak saya yang berusia 16 tahun dan meletakkan anak saya sekali lagi melalui pengalaman yang trauma," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seperti dilapor media yang mahu Guan Eng memberi kenyataan yang kukuh berhubung isu yang dibangkit bloger Umno itu.

Guan Eng sebelum ini telahpun menafikan perkara itu dan dikukuhkan lagi dengan penafian oleh gadis tersebut, Anya Corke bahawa gambarnya telah disalahgunakan tanpa pengetahuannya.

Beliau juga menjelaskan tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh anak ketua menteri Pulau Pinang itu ataupun keluarganya.

"Apa pernyataan yang lebih kukuh diperlukan daripada saya apabila saya menafikan dan mengutuk fitnah ini sebagai tidak bertamadun dan sama sekali tidak boleh diterima, tidak berperikemanusiaan," katanya.

Tambah beliau lagi, beliau yakin apa yang menimpa anaknya adalah percubaan bloger Umno untuk menjatuhkannya ekoran urus tadbir yang bersih dan berkesan untuk rakyat di Pulau Pinang.

Merka selama ini ujarnya menggunakan taktik pembohongan dan politik kebencian, namun apabila gagal, mereka kini mengalihkan senapang mereka pada anak yang masih bersekolah dan tidak berdosa.

"Jika Muhyiddin mahu dilihat sesuai untuk jawatan Perdana Menteri, dia mesti bermoral dan beretika.

"Dia gagal ujian moral dan etika ini apabila menekan seorang anak lelaki berusia 16 tahun yang masih bersekolah dan tidak mempunyai peluang mempertahankan dirinya," katanya.

Harakahdaily

Jawab aduan : Terima kasih kepada Plus

Posted: 24 Oct 2011 06:49 PM PDT

Sinar Harian 25 Oktober 2011


27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Saya mengucapkan terima kasih dengan maklum balas dari pihak PLUS atas aduan mengenai tompok merah di antara plaza tol Changkat Jering ke plaza tol Taiping/Kamunting (di sini) yang saya siarkan dalam blog Cina Islam dan di siar dalam Akbar Sinar Harian.

Namun saya ingatkan kepada pihak PLUS untuk memantau secara berkala kejadian yang berlaku itu disebabkan dalam minggu lepas saya mendapat semacam tumpahan baru yang berlaku sepanjang laluan tersebut.

Selain itu PLUS juga mestilah melaporkan kepada pihak atau jabatan yang berkaitan sekiranya terjadi semacam kecuaian seperti yang dijawab.

Kecuaian yang berterusan yang tidak ada tindakan dari pihak berkuasa yang berkenaan akan menganggu keselesaan pengguna lebuhraya PLUS.

Langkah ini dikira wajar bagi memastikan syarikat yang membawa bahan 'iron oxide' tersebut memenuhi piawaian dan peraturan bagi mengelak kejadian yang sama berulang dan memberi kesan sampingan kepada pengguna lebuhraya itu.

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong.

Lulus rang murtad di parlimen, bukan di stadium

Posted: 24 Oct 2011 06:40 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 25 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menegaskan bahawa untuk memastikan murtad tidak berlaku di negara ini ialah dengan meluluskan Rang Undang-undang Hudud di Parlimen dan bukannya di stadium yang turut menangani masalah hukuman riddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim sepertimana yang dilaporkan Utusan hari ini.

Mashitah berkata, hala tuju perjuangan PAS kabur kerana PAS tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).

Kenyataan Ustaz Harun itu merujuk kepada usaha yang telah dilakukan oleh PAS sebelum ini untuk memerangi murtad termasuk membawanya ke parlimen.

PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.

Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.

Menurut Ustaz Harun lagi, undang-undang hudud yang telah diluluskan di Terengganu dan Kelantan menjelaskan secara terang lagi jelas tentang bagaimana untuk menangani permasalahan murtad mengikut apa yang terkandung dalam syariah Islam.

Beliau turut mengulas mengapa PAS tidak terlibat secara rasmi dengan Himpun baru-baru ini.

"Himpunan adalah satu program yang dianjurkan oleh NGO dan sebagai sebuah institusi politik, PAS tidak mahu mengambil kesempatan politik dari isu agama kerana isu agama mesti dibuktikan melalui tindakan dan itulah apa yang telah PAS lakukan,

meluluskan akta murtad tempatnya di Parlimen dan bukan melalui cara berarak," ujarnya yang juga Adun Manir.

harakahdaily/-

Ibu bapa merana dibebani hutang anak

Posted: 24 Oct 2011 06:30 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

CHAN WOOI bersama isterinya, Moy Thye menunjukkan kertas amaran ah long serta gambar kereta dan dinding rumah yang disimbah cat merah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri merayu kepada anak lelaki mereka yang dipercayai berhutang sekeliling pinggang supaya pulang ke rumah ekoran diganggu oleh ah long sejak Ogos lalu.

Menurut mangsa, Chan Wooi, 73, keluarganya kini sentiasa diselubungi kebimbangan kerana sering diganggu ah long melalui telefon yang meminta supaya menjelaskan hutang anak lelakinya itu.

"Saya tidak membuat sebarang pembayaran kerana tidak tahu sama ada anak saya betul-betul berhutang dengan mereka.

"Tambahan pula saya tidak tahu jumlah sebenar hutang tersebut," katanya kepada pemberita di Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam Parti Gerakan di sini semalam.

Katanya, apa yang menakutkan adalah apabila ah long terbabit mula bertindak ganas kerana permintaan supaya membayar hutang itu tidak dilayani dan bertindak menyimbah cat merah ke atas rumah dan kenderaan mereka pada 19 Oktober lalu.

"Selepas berbuat demikian, mereka menelefon saya dan mengugut saya bahawa sekiranya saya masih enggan melangsaikan hutang anak saya, mereka tidak akan jamin apa yang akan berlaku kelak," ujarnya.

Dia menganggarkan anaknya itu, Chan Siew Keong, 43, berhutang lebih seratus ribu untuk menjalankan perniagaan spa kecantikannya.

Isteri Wooi, Chong Moy Thye, 72, pula berkata, anaknya itu merupakan seorang anak yang baik dan taat kepada ibu bapa sebelum ini.

Namun sikapnya mula berubah sejak lapan tahun yang lalu apabila dia ingin memulakan perniagaan sendiri.

"Anak saya telah meminjam wang sebanyak RM60,000 daripada saya sejak beberapa tahun yang lalu. Namun dia tidak pernah membayar balik malah kini telah menghilangkan diri tanpa sebarang berita," jelasnya.

Kedua-duanya merayu Siew Keong yang hilang sejak Ogos lalu kembali dan tampil untuk menyelesaikan masalah ini.

Di samping itu, mereka meminta kepada pihak ah long terbabit supaya jangan mengganggu mereka lagi kerana mereka tidak mempunyai wang untuk menjelaskan hutang tersebut.

kosmo/-

Kajian ringkas terhadap Laporan Ketua Audit Negara

Posted: 24 Oct 2011 06:28 PM PDT

27 Zulkaedah 1432H. [MOD] -


Sengal tulang dan bengkak urat serta otot akibat terjung tiruk bersama KIA Sedona masih belum hilang. Tapi, badan menjadi gagah tiba-tiba setelah mendapat sepucuk SMS dari seorang teman di Malaysia. Laporan Ketua Audit Negara dah keluar. Itu isi mesejnya.

Saya bangkit dari pembaringan, menekan suis laptop dan melayari internet. Web Jabatan Audit diakses dan terus memuat turun fail. Berbekalkan segelas susu dan beberapa keping biskut Ulker, saya meneliti audit tersebut. Beberapa bahagian penting dicetak keluar untuk simpanan anak cucu.

Ringkasan audit 2010 :


KEMENTERIAN PELAJARAN

RM160.7 JUTA telah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran untuk membina 300 makmal komputer yang dijangka siap sepenuhnya pada April 2008. Namun, sehingga kini, hanya 2 buah makmal yang siap. Kata seorang kawan, beliau teringat sewaktu melakukan kajian yang di Sabah dulu. Rakyat Sabah kata komputer sedia, tapi elektrik tak ada! Aduhai.

KEMENTERIAN PERTAHANAN
  1. Rak akhbar dan majalah : RM 1445.
  2. Ubahsuai katil : RM 950
  3. Katil Bujang : RM 700
  4. Kerusi Plastik : RM 761
  5. Meja Kayu kecil : RM 950


KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
  1. 55.2% atau 79 buah dari 143 buah Tabika tidak menepati menu dan piawaian makanan yang ditetapkan.
  2. Makanan tamat tempoh.
  3. Makanan disimpan dalam bilik air dan tempat beracun.



KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (Jabatan Taman Laut Malaysia)

Pembelian alatan yang jauh lebih mahal dari harga tertinggi pasaran.
  1. Laptop dan pencetak dengan RM 11 845 berbanding pasaran RM 3428 : 246% lebih mahal
  2. LCD TV dan DVD Player dengan RM 16 100 berbanding pasaran 2182: 638% lebih mahal.
  3. Radar X-Band dengan RM 47 725 berbanding pasaran RM 8 255 : 478% lebih mahal
  4. Bushnell Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 2 827 : 1893% lebih mahal
  5. Marine Binocular dengan RM 56 350 berbanding pasaran RM 1 940 : 2 805 % lebih mahal
  6. Walkie-Talkie dengan RM 4 324 berbanding pasaran RM 1561 : 177% lebih mahal.

Peralatan tidak mengikuti spesifikasi kontrak :
  1. Enjin bot aluminium : Kontrak enjin 4 stroke RM 11 553, beri enjin 2 stroke RM 6549 : Rugi RM 5396
  2. Peti sejuk : kontrak peti jenis Panasonic RM 1299, beri peti Mitsubishi RM 629 : Rugi RM 670
  3. Dapur : Kontrak dapur Electrolux RM 6955, beri dapur TAIYO RM 2110 : Rugi RM 4855
  4. LCD TV dan DVD Player : Kontrak jenama Toshiba RM 16 100, beri jenama Philips RM 195 : Rugi RM 15 905
  5. GPS : Kontrak jenama SAMYUNG, RM 5080, beri jenama FURONO, RM1055 : Rugi RM 4025
  6. CCTV : Kontrak jenama PARADOX RM5750, beri jenama Belco, RM 640 : Rugi RM 5110
  7. Laptop dan Printer: Kontrak jenama Acer Aspire dan HP CP1518, RM 11 945, beri Acer Travelmate dan Canon Pixma RM 2137 : Rugi RM 9808


MAJLIS SUKAN NEGARA

MSN telah membeli 23 ekor kuda baka khas untuk sebuah pertandingan dengan harga RM 5.66 juta. Pembelian ini dibuat secara runding terus tanpa mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan. Namun, 18 ekor darinya tidak melepasi piawaian Federation Equestre International, hanya lima ekor sahaja lulus untuk menyertai pertandingan.

KEMENTERIAN KESIHATAN

Anggota tiruan tanpa kelulusan berjumlah RM 310 696.

Laporan Audit bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Setakat pengetahuan saya dalam hal ini, ia hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Kebarangkalian untuk lebih teruk atau lebih baik masih sangat besar.

Kajian ini pula adalah kajian ringkas yang tidak merangkumi perincian lain yang bakal mendedahkan lebih banyak kecacatan, pengkhianatan dan tidak amanah terhadap pengurusan kewangan.

Sumber : Laporan Ketua Audit Negara 2010 : LINK

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.

Idris Ahmad

Posted: 25 Oct 2011 12:00 AM PDT

Idris Ahmad


Umno Mesti Putuskan Hubungan Dengan Parti Komunis China

Posted: 24 Oct 2011 01:29 AM PDT

Umno Mesti Putuskan Hubungan Dengan Parti Komunis China
Idris ahmad
24/10/11

Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno mesti memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, jika benar benar ikhlas hendak melawan komunis. Beliau jangan membohongi rakyat dalam isu komunis. Rakyat hendak mengetahui kenapa Umno sanggup mengadakan MOU dengan Parti Komunis China pada 5 ogos 2010.  Ini bukan hubungan parti dengan kerajaan, tetapi hubungan antara parti dengan parti. Lebih merbahaya  lagi Umno bersetuju untuk menghantar Pemuda Umno dan Puteri Umno untuk belajar dengan Parti Komunis China. Ini berarti Umno merosakkan generasi muda dalam Umno untuk belajar cara Parti Komunis China bergerak. Jika Datuk Seri Najib memutuskan hubungan dengan Parti Komunis China, sah beliau seorang pemimpin talam dua muka. Beliau hanya bersemangat menghentam perjuangan komunis di hadapan bekas anggota polis, tetapi dalam masa yang sama beliau berasmara dengan Pari komunis China. Apakah komunis China menggunakan kitab lain daripada komunis Malaya?  Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China? Kenapa tidak putuskan dengan bapa yang menjadi penaung kepada Parti Komunis Malaya? Pas menganggap kedua-dua sama-sama merbahaya kepada negara dan agama.


Filed under: Politik, Undang-Undang

Peghelih La...

Posted: 24 Oct 2011 11:22 PM PDT

Peghelih La...


Laporan Audit: IPTIPs Sdn Bhd tak diaudit lebih 10 tahun

Posted: 24 Oct 2011 07:39 AM PDT

IPTIPS Sdn. Bhd. (Syarikat) adalah syarikat subsidiari milik penuh Yayasan Islam Perlis (Yayasan) yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 6 Mac 1996. Nama asal Syarikat adalah Pancaran Karun Sdn. Bhd. sebelum ditukarkan kepada IPTIPs Sdn. Bhd. pada 11 November 1997. Modal yang dibenarkan berjumlah RM0.5 juta manakala modal berbayar berjumlah RM0.2 juta. Aktiviti tunggal Syarikat adalah menguruskan Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs).

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat terdiri daripada seorang Pengerusi dan 2 orang Pengarah. Ahli Lembaga yang dilantik terdiri daripada wakil Kerajaan Negeri Perlis, Yayasan dan juga IPTIPs. Salah seorang daripada Ahli Lembaga
Pengarah merupakan seorang ahli akademik. Sehingga bulan Ogos 2010, IPTIPs mempunyai seramai 41 orang kakitangan yang terdiri daripada 26 orang kakitangan akademik dan 15 orang kakitangan bukan akademik

Penemuan Audit

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Mei hingga Ogos 2010 mendapati pengurusan IPTIPs Sdn. Bhd. adalah tidak memuaskan. Penyata kewangan Syarikat hanya diaudit setakat tahun 1999. Penyata kewangan Syarikat tahun 1999 yang telah diaudit menunjukkan Syarikat mencatatkan kerugian selepas cukai berjumlah RM55,840. Penyata kewangan tahun 2000 sedang diaudit oleh juruaudit bertauliah yang dilantik manakala penyata kewangan tahun 2001 hingga 2009 masih belum disediakan.

Bersambung......

PAS KDAS 3

Posted: 24 Oct 2011 09:40 PM PDT

PAS KDAS 3


Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat skandal IC

Posted: 24 Oct 2011 03:52 AM PDT

Najib didesak hormati kebebasan akademik

Posted: 24 Oct 2011 03:50 AM PDT

n12selinsing

Posted: 24 Oct 2011 09:37 PM PDT

n12selinsing


DHPP BAGAN SERAI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT INDIA

Posted: 23 Oct 2011 09:14 PM PDT

Ahad; 23 Oktober 2011, Bagan Serai, Satu majlis penyampaian sumbangan kepada masyarakat india di Parlimen Bagan Serai telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang dianjurkan oleh DHPP Perak dengan kerjasama DHPP Bagan Serai serta PAS Kawasan Bagan Serai ini berjaya menyampaikan sumbangan kepada 40 orang masyarakat india di sini. Majlis yang penuh bermakna ini dihadiri oleh rakyat berbilang bangsa menunjukkan bahawa slogan PAS FOR ALL diterima oleh semua masyarakat. Pesuruhjaya PAS Perak yang menjadi tetamu khas pada petang itu turut menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin dan seterusnya menggagihkan barangan sumbangan kepada penerima yang terlibat. turut hadir dalam majlis tersebut seperti YB Zainuddin ( ADUN Lubok Merbau merangkap pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Perak) Ust. Fakharuddin (Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Perak) serta Jawatankuasa DHPP Perak.


Kehadiran pesuruhjaya disambut oleh gendang india

Ustaz Abu Bakar Husin sedang menyampaikan ucapan kepada hadirin

Sdr Nallirajah memberi ucapan dalam bahasa tamil

En. Beh Heng Kin selesai mengalungkan bunga ke leher PJ sambil diperhatikan oleh YB Zainidin dan YB Husin

Sebahagian ahli kumpulan gendang india memberikan persembahan sebaik
Pesuruhjaya PAS Perak tiba

En. Nalli bersedia menyampaikan sumbangan kepada penerima

Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Husin
menyampaikan sumbangan kepada penerima

YB Husin Din menyampaikan sumbangan





En. Beh Heng Kin menyampaikan cenderahati kepada Pesuruhjaya

Sebahagian penerima bergambar kenangan bersama Pimpinan PAS Perak dan Pimpinan DHPP Perak

PAS Negeri Sembilan

Posted: 24 Oct 2011 09:08 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Minta Felda keluarkan penyata

Posted: 24 Oct 2011 02:30 AM PDT



Minta Felda keluarkan penyata
Sinar Harian 24 Okt 2011

JEMPOL - Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) menyarankan pihak Felda mengeluarkan penyata pendapatan dan baki hutang setiap bulan bagi peneroka yang tanam semula kali kedua secara individu.

Presidennya, Abdul Rahman Ramli berkata, pengeluaran penyata itu akan memudahkan peneroka mengetahui hutang dan baki tunggakan yang perlu dibayar.

Menurutnya, setakat ini, Felda tidak mengeluarkan penyata berkenaan secara individu.

"Jika ada penyata, senanglah mana-mana peneroka yang terlibat untuk membuat kiraan dan sebagainya.

"Peneroka juga mesti tahu hak mereka sebagai peneroka. Mungkin ada di antara mereka ini yang ada masalah tetapi tidak menyuarakannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Rahman berkata, sebagai badan bukan kerajaan, Bangkit bersedia menerima sebarang aduan yang diutarakan oleh peneroka selain mengetengahkan dan membantu menyelesaikannya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman turut menggesa pihak Risda agar menyegerakan penyerahan bantuan tanam semula kepada peneroka Felda Raja Alias Empat.

Katanya, peneroka yang terlibat masih belum menerima apa-apa pembayaran bagi bantuan berkenaan.

"Sudah setahun mereka (peneroka) menunggu pembayaran bantuan ini. Pihak berkenaan hanya membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka yang menerima surat daripada pihak terbabit secara 'one off'," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, seramai 508 peneroka Raja Alias Empat, dekat sini menuntut bantuan tanam semula getah kepada sawit daripada pihak Risda. Pihak Risda sudah memberikan bantuan pusingan pertama pada 2010 kepada 397 peneroka sahaja.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9667823.asp

Pendedahan Laporan Audit Negara 2010 untuk N.Sembilan

Posted: 23 Oct 2011 11:44 PM PDT



Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 untuk Negeri Sembilan ialah :

1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.

2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.

3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.

Untuk ringkasan laporan serta gambar-gambar, sila ke pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2011/10/laporan-audit-negara-2010-untuk.html

PAS Kawasan Miri

Posted: 24 Oct 2011 07:39 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Beras Naik (BN) Harga Siapa yang Untung?

Posted: 23 Oct 2011 11:06 PM PDT

Harga Beras Naik


Gambar Hiasan - Tok Guru melawat Sawah Padi



Miri - Kita dapati harga beras sudah naik di Pasaraya di Miri. Contoh harga Beras Ratu Huma yang dulunya harga dalam RM17.50 – RM18 (5 kilo) sekarang sudah naik ke RM19.50 (5 Kilo). Ini menunjuk barang keperluan harian kita sudah meningkat naik secara mendadak. Kenaikan ini menjadi bebanan dan akan menyebabkan para pengguna terpaksa belanja lebih khususnya golongan yang berpendapatan rendah.
Kita mendesak agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan tegas ke atas mana-mana pemborong dan peniaga yang mengenakan harga yang lebih tinggi bagi mendapatkan keuntungan lebih terutama sekali pada musim tengkujuh. Pihak kerajaan juga perlu memantau para peniaga yang mencari kesempatan dengan menaikkan harga barang kawalan terutama sekali musim tengkujuh dan isu kekurangan bakalan beras impot dari Thailand yang dilanda banjir besar baru-baru ini.
Sarawak Patut Jadi Negara Pertanian Moden
Oleh kerana kebanyakan beras kita di impot dari luar maka pihak kerajaan seharusnya mengalak lebih ramai lagi penduduk tempatan terutama sekali di Sarawak menanam padi untuk mengelak kekurangan bakalan beras untuk penduduk tempatan. Sarawak yang mempunyai keluasan tanah yang besar sepatutnya memberi ruang yang lebih kepada penanam padi agar beras boleh dijadi bahan komersil sampai ke peringkat antarabangsa agar Sarawak tidak bergantung dengan bakalan beras dari luar. Perkara ini patut diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan sekiranya mahu Sarawak jadi negara pertanian yang moden dan jadi sumber bakalan makanan asasi ke peringkat antarabangsa.
PAS Miri
Jofri Jaraiee

English version
Rice Prices Rise
Miri - We find that the price of rice has gone up in Miri supermarkets. Example prices of "Padi Huma" the price before is RM17.50 - RM18 (5 kilos) has gone up to RM19.50 (5 Kilo). This shows our daily essentials are rising drastically. This increase is a burden and will cause consumers to spend more, especially the lower income group.
We urge the Ministry of Domestic Trade, Cooperatives and Consumer Affairs (the ministry) will not hesitate to take stern action against any of the wholesalers and retailers who charge higher prices to obtain higher profits, especially during the rainy season.
The government also needs to monitor the dealers who seek the opportunity to raise the price-controlled items, especially during the monsoon season and the shortage of imported rice from Thailand which hit-flood recently.
Sarawak as a modern agricultural country

Since most of our rice imports from outside the government should encourage more local people especially in Sarawak to grow paddy to avoid the shortage of rice for the local population. Sarawak, which has a large land area should give more room to paddy farmers that rice could be made as a commercial materials reach until the international level so that Sarawak does not depend on the rice supply from outside.This should be taken seriously by the Sarawak state government if they wish to make Sarawak as a modern agricultural country and fundamental food supply resource to the international level.

PAS Cawangan Serkam Darat

Posted: 24 Oct 2011 07:28 PM PDT

PAS Cawangan Serkam Darat


MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA DEEPAVALI

Posted: 23 Oct 2011 09:47 PM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 24 Oct 2011 07:21 PM PDT

PAS LENGGONG


Skandal IC

Posted: 24 Oct 2011 02:46 AM PDT


Skandal IC amat membahayakan negara
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Skandal kad pengenalan (IC) terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara.

Sehubungan itu, PAS akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu termasuk membawanya ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan respon segera dari pihak kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara tindakan segera yang dilakukan termasuk membantu Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, memorandum yang diserahkan itu bertujuan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

Katanya, dalam memorandum tersebut, pihak pemuda PAS turut menyuarakan kecurigaannya dengan insiden yang berlaku di Istana Dugang Country Resort di Kajang pada 12 Oktober lalu yang membabitkan 240 orang warga asing yang akan diberikan kad pengenalan biru.

"Dalam hal ini, kami amat kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang seolah-oleh lepas tangan dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihanraya dan SPR," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Pada hal, menurut beliau, sebagai menteri yang menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin sebenarnya boleh menjawab terus isu tersebut tanpa menunggu untuk dibawa kepada jawatankuasa berkenaan.

Katanya, kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya.

"Walaupun terdapat kecurigaan, tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam Daftar Pemilih Induk (DPI), maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita," katanya.

Kini, ujarnya, bilangan mereka amat banyak sehingga jelas menunjukkan masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing yang tidak diketahui asal usulnya.

"Perkara ini amat penting bagi negara. Ia bukan perkara kecil, tetapi melibatkan keselamatan negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sejajar dengan itu,katanya, pihaknya akan terus membangkitkan perkara itu secara berterusan sama ada membawanya ke persidangan Dewan Rakyat dan menerusi saluran lain bagi menyedarkan pihak kerajaan agar tidak memandang sebelah mata mengenainya.

2 Kematian di Lenggong harini

Posted: 24 Oct 2011 02:42 AM PDT

1. Jemaah PAS Musa b Abdul Kadir - Kg Gua Badak
2. Penduduk Kampong Bukit Sapi Hj Abdul Karim B Dohat

Ceramah semalam

Posted: 24 Oct 2011 02:40 AM PDT

Di Belum baru,
Penceramah YBZAILAH - MP Rantau Panjang.
Sebelum ini belum pernah diadakan ceramah di kampong ini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 24 Oct 2011 03:54 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DAH BERBULAN BERBUIH, TIBA-TIBA ADA BUKTI KUKUH SEKUKUH TUDUHAN VIDEO ANWAR?

Posted: 24 Oct 2011 12:37 AM PDT

Komen : Macam skrip sama jer, masa kes Saiful pun ada sahaja bukti baru ,pastu dalam kes video DSAI dengan pelacur China pun ada bukti kukuh tapi masih tak dapat umumkan siapa yang menyerupai DSAI itu. Kini dalam kes Mat Indera walau semua pakar Sejarah dalam Malaysia sudah bersuara dengan fakta dan buku sejarah namun tidak dapat menandingi suara Mat Sabu dan alih-alih ada bukti kukuh pula dan diumukan oleh PM sendiri. Malunya rakyat Malaysia dengan pakar sejarah almaklumlah hero-hero kemerdekaan Malaysia tidak tumpah darah setitik pun mana ada kesan mendalam.

Kerajaan Punya Bukti Mat Indera Anggota Komunis- Najib
Kuala Lumpur, 23 Okt – Kerajaan mempunyai bukti kukuh bahawa Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) berdasarkan rakaman tembualnya dengan anggota polis serta catatan sebuah buku, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata berdasarkan rakaman temubual itu yang kini berada dalam simpanan polis, Mat Indera sendiri mengaku mempunyai fahaman dan ideologi komunis selain terlibat merancang dan menembak anggota polis dalam insiden Bukit Kepong di Muar pada 1950.

"Saya sudah buat siasatan dan kita sudah ada bukti untuk diberitahu kepada rakyat Malaysia," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Perdana Bersama Perdana Menteri Dengan Pesara Dan Bekas Polis di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Najib berkata selain rakaman, terdapat sebuah buku bertajuk "New Light on the Malayan Communist Party" oleh C.C.Chin dan Karl Hack, dengan setiausaha agung PKM Chin Peng sendiri memberitahu bahawa Mat Indera adalah anggota parti berkenaan.

"Kalau hendak angkat orang seperti ini (Mat Indera), salah tafsir sejarah, menidakkan keperwiraan, ini tidak betul. Kerajaan Barisan Nasional akan tetap mempertahankan perwira negara sampai bila-bila.

TALAM DUA MUKA DAN BERMUKA MUKA

Posted: 23 Oct 2011 07:47 PM PDT

Komen : Teman dah letih dengan perkataan Talam atau Talam 2 Muka, almaklumlah rumah teman di Bukit Sentosa 2 dan sekitarnya adalah dari projek syarikat Talam Corporation atau kini kami panggil Talam Dua Muka sebab syarikat mengaku muflis tapi banyak tapak atau tanah diperolehi untuk projek perumahan sehingga di Dengkil, selangor. Tapi projek Talam di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung hampeh dan kantoi.
Kini PM pula cuba guna tektik yang sama-sama cuba bermuka-muka memuji HIMPUN kunun jadi kayu ukur aktiviti perhimpunan .

PM banyak silap jika bandingkan HIMPUN dengan BERSIH 2.0 . Berbeza dengan 3 faktor utama. Pertama - Bersih 2.0 siang-siang dicop haram manakala HIMPUN dikatakan siang-siang sebagai perhimpunan aman.
Kedua - HIMPUN tiada sekatan jahat (seluruh negara) seperti BERSIH 2.0 .
Ketiga - HIMPUN diwar-warkan awal bahawa permit telah diberi manakala BERSIH 2.0 Dijanjikan Stadium Merdeka tapi permit Polis tidak diberikan.
KUALA LUMPUR, 24 Okt:
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia membidas kenyataan 'flip flop' Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang memuji program Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) berjalan dengan aman dan teratur berbanding himpunan Bersih 2.0 yang lalu.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kenyataan tersebut cukup hina, berniat jahat dan menunjukkan sikap sebenar seorang Perdana Menteri yang pandai 'bermuka-muka' sedangkan Sekretariat Bersih 2.0 telah mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menjayakan program tersebut dengan mematuhi saranan Yang di-Pertuan Agong," kata pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Tetapi , katanya amat malang sekali apabila pihak kerajaan dengan sewenang-wenangnya terus melabel Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram, menangkap penjual dan pemakai baju kuning Bersih 2.0, menggunakan pihak polis untuk memburu dan menangkap pimpinan Bersih 2.0 dan pimpinan Pakatan Rakyat, menidakkan permit himpunan walupun diarahkan untuk memohon permit, menghalang untuk menggunakan stadium walaupun Perdana Menteri berjanji untuk menyediakan kemudahan stadium kepada himpunan Bersih 2.0.

Kata beliau, sememangnya program Himpun tidak mengganggu dan mengacau mimpi pemimpin Umno dan Barisan Nasional kerana agenda aqidah umat Islam tidak menjadi agenda utama perjuangan Umno dan tidak mampu untuk menggugat kuasa pemerintahan mereka.

Ini, ujarnya berbanding agenda Bersih 2.0 yang membabitkan perjalanan pilihanraya yang telus, bersih dan adil boleh menyebabkan Umno BN akan kehilangan kuasa pemerintahan mereka selama ini yang diperolehi dengan cara yang cukup kotor, penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sehingga ke tahap 'menjual maruah negara'.

"Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan Datuk Seri Najib hanyalah sebagai lakonan terbaru beliau apabila melihat kegagalan Bajet 2012 diterima oleh rakyat, penolakan sepina mahkamah untuk menjadi saksi utama kes liwat II Anwar Ibrahim, kes cincin Rosmah, tekanan tehadap perbincangan Undang-undang Hudud Negeri Kelantan dan Terengganu, penghinaan terhadap institusi beraja dan pelbagai lagi isu yang menggugat kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional," ujarnya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 24 Oct 2011 03:38 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SILAP BUDGET BUAT HIGHWAY... KITA KENE TANGGUNG RM765 JUTA...

Posted: 24 Oct 2011 02:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan kos pengambilan balik tanah bagi projek Lebuh Raya Senai-Desaru meningkat hampir 103 peratus dengan kerajaan terpaksa menanggung tambahan sebanyak RM375.60 juta.


Ekoran perkembangan itu Ketua Audit Negara mahu kerajaan menentukan pendekatan baru dengan menetapkan 'capping' yang akan diperuntukkan oleh kerajaan.

Pada awalnya syarikat konsesi Senai-Desaru Expressway Bhd (SDEB) menganggarkan kos pengambilan balik tanah hanya berjumlah RM365 juta sedangkan jumlah akhir yang dibayar adalah sebanyak RM740.6 juta iaitu perbezaan sebanyak 102.9 peratus, kata laporan itu.

Lebuh Raya Senai-Desaru merupakan sebahagian daripada pembangunan Iskandar Malaysia. Laluan itu menyambungkan Senai di barat Johor dengan Desaru di timur Johor.

Fasa pertama sepanjang 77 kilometer siap pada Ogos 2009 manakala fasa kedua pula siap pada Jun 2011.

Pembinaan Lebuhraya Senai-Desaru bermula pada Julai 2004.

Dalam laporannya Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata, pada pendapat pihaknya Lembaga Lebuh Raya (LLM) tidak meneliti perancangan pembinaan lebuh raya dan aggaran kos pengambilan balik tanah menyebabkan berlakunya pertambahan kos yang ketara.

"Ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos pengambilan balik tanah yang berjumlah RM740.6 juta iaitu peningkatan sejumlah RM375.6 juta atao 102.9 peratus.

"Sehubungan itu, syarikat konsesi tidak membuat anggaran kos pengambilan balik tanah projek lebuh raya ini dengan tepat dan realistik," katanya.

Kata Amrin, walaupun perancangan awal telah dibuat dengan teliti, namun faktor pertukaran status tanah dan pemberian oleh pihak nerkuasa negeri telah menyumbang kepada kenaikan kos pengambilan tanah.

"Ini kerana kerajaann terpaksa membayar pampasan yang tinggi ke atas bangunan yang telah dibina," katanya lagi.

Selain itu, anggaran kos pengambilan balik tanah telah disediakan pada 2002, katanya.

"Mengikut rekod di Bahagian Pengurusan Tanah LLM, Pelan Pengambilan Tanah di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah diwartakan pada 4 Novemver 2004 bagi Daerah Kota Tinggi dan 18 November 2004 bagi Daerah Johor Baru.

"Penilaian tanah oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta adalah berdasarkan harga semasa pada November 2004 yang mana lebih tinggi daripada 2002 dan ini menyebabkan pertambahan kos yang ketara," kata Amrin dalam laporannya.

Katanya, bagi mengatasi isu ini berulang, jumlah peruntukan pengambil balik tanah akan ditetapkan bagi projek penswastaan lebuh raya.

"Jika kos pengambilan anah melebih 'capping' yang diperuntukkan, maka kos tambahan pengambilan tanah tersebut akan ditanggung oleh syarikat konsesi," katanya.

.... habis jahanam....

BIRKIN : NAZRI GAGAL JAWAB SEBAB DIA BUKAN LAKI ROSMAH

Posted: 23 Oct 2011 06:25 PM PDT

Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mempersoalkan kegagalan dan keengganan Nazri Aziz menjawap soalan bertulis yang dikemukakan di Dewan Rakyat berhubung pemilikan beberapa beg tangan jenama Birkin oleh isteri Perdana Menteri.
Menurut, tindakan Nazri yang membisu itu menimbulkan pelbagai soalan.
"Bagaimanapun, Nazri mengelak menjawab soalan yang berkaitan dengan beg tangan Birkin.
"Jika Nazri memilih untuk tidak menjelaskan soalan berhubung beg tangan Birkin itu, adakah ini bermakna bahawa khabar angin berkenaan adalah benar?" kata Teo yang juga adalah penolong setiausaha publisiti kebangsaan DAP, dalam satu kenyataan akhbar.
"Berdasarkan gambar-gambar yang dibekalkan oleh 'netizens', bilangan beg tangan Birkin yang dibawa oleh beliau dalam majlis-majlis rasmi serta apabila bercuti, bukan sahaja berjumlah satu atau dua beg, tetapi terdapat sekurang-kurangnya 11 warna yang berlainan!"
Bagi beg edisi terhad itu, kata beliau, harga sebuah beg boleh mencecah daripada US$ 9,000 (RM28,000) hingga US$150,000 (RM472,000).

.... so yang tahu segala hal Rosmah hatta hingga dalam kain sape lagi kalu bukan Najib...

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 24 Oct 2011 01:58 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Meninggal Ketika Main Paintball

Posted: 23 Oct 2011 04:58 PM PDT



Seorang jurujual kereta meninggal dunia sewaktu menyertai kejohanan paintball peringkat kebangsaan di Solok Bukit Bayan di sini semalam.

Mohd. Farid Yusop (gambar), 34, meninggal dunia pada pukul 3.45 petang sewaktu dibawa ke Hospital Melaka (HM) untuk menerima rawatan selepas tidak sedarkan diri ketika perlawanan sedang berlangsung kira-kira pukul 3 petang.

Menurut isterinya yang hanya dikenali sebagai Liza, 34, dia menyedari keadaan suaminya itu apabila melihat orang ramai memperkatakan tentang keadaan suaminya yang agak pelik iaitu melutut dan langsung tidak bergerak di tempat perlawanan biarpun permainan sudah tamat.

"Satu jam sebelum permainan bermula, arwah ada mengadu pada saya yang badannya tidak sihat dan mengatakan itu mungkin perkara biasa.

"Memandangkan kumpulannya tidak cukup pemain, arwah terpaksa meneruskan juga permainan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HM di sini hari ini.

Kata Liza, dia tidak menyangka perkara buruk seperti itu melanda suaminya memandangkan sebelum perlawanan, suaminya tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu kematian jurujual itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

DUN Lembah Jaya

Posted: 24 Oct 2011 11:41 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Kami Masih Ahli PKR - Kaum India Ampang Campuran

Posted: 24 Oct 2011 09:58 AM PDT

"Setia Bersama PKR"

24 Oktober 2011, Ampang Campuran - Sebahagian dari 150 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikrar terus setia bersama perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat (PR) dalam agenda membela rakyat di satu majlis mesra rakyat di sini malam ini.

Kelihatan di dalam gambar, YB Tuan Hj Khasim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya, Saudara Bala Chantar, Naib Ketua PKR Cabang Ampang, Saudara Mohd Isa Saidi, Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Ketua Kampung Ampang Campuran, Tuan Hj Mohd Saleh Daud, Pengarah Pusat Khidmat DUN Lembah Jaya, Puan Hjh Rohainah Hj Hasan serta Ketua-Ketua Kampung di DUN Lembah Jaya.


Dupahang's Weblog

Posted: 24 Oct 2011 11:39 AM PDT

Dupahang's Weblog


Liwat isteri menurut Mazhab Syafie adalah perlakuan jenayah yang tidak termasuk dalam kategori Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir

Posted: 23 Oct 2011 06:26 PM PDT

Dr. Khairuddin Razali Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat *Artikel ilmiah ini adalah respon kepada kejahilan sesetengah pihak tertentu terhadap Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) 22hb Oktober 2011 Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: "Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita'zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak [...]

Ustaz Aazhar 2011 – Keris joget

Posted: 23 Oct 2011 04:58 PM PDT

ZULKIFLI NORDIN “Jahil Murakkab” Tentang HUDUD

Posted: 23 Oct 2011 04:55 PM PDT

Oleh  Mohamed Hanipa Maidin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Nordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu. Menurut [...]

Himpunan Selamat Aqidah Satu Sejarah

Posted: 23 Oct 2011 04:50 PM PDT

http://msomelayu.blogspot.com HIHMPUNAN sejuta umat – mempertahankan akidah sudah selamat diadakan tanpa berlaku apa-apa kejadian buruk. Kebimbangan sesetengah pihak himpunan itu mencetuskan sesuatu yang tidak diingini tidak menjadi kenyataan. Syukur. Himpunan itu berjalan dengan lancar, aman dan penuh bersemangat membela agama. Tidak ada elemen melata menunjukan himpunan itu menjadi agenda kepada mana-mana parti politik. Ia ada [...]

Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) : Adakah Hak dan masa depan Peneroka Felda terjamin?

Posted: 23 Oct 2011 04:44 PM PDT

 1. Pada masa sekarang, kepentingan dan hak seramai 220,210 orang peneroka, anggota keluarga peneroka, generasi kedua dan kakitangan FELDA adalah terletak di dalam pegangan ekuiti sebanyak 51% di dalam Felda Holding Berhad (FHB) yang dipegang melalui Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF). Manakala baki pegangan sebanyak 49% di dalam FHB adalah dipegang oleh FGVH yang [...]

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 24 Oct 2011 11:36 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Suruhanjaya Diraja perlu siasat penyelewengan IC

Posted: 24 Oct 2011 12:40 AM PDT

Berikutan daripada kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort  pada Rabu 12hb Oktober 2011, Pemuda PAS Malaysia telah mencurigai perkara-perkara berikut:


Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman telah menyatakan bahawa warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi.  Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dalam resort tersebut. Warga asing tersebut hanya mundar mandir dalam resort tersebut.  Ini telah disahkan oleh petugas-petugas pemuda PAS yang berada di lokasi kejadian.  Kedua, tidak ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 km pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing. Ketiga, apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. Justeru pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku ini.

Berdasarkan kepada maklumbalas daripada warga asing tujuan mereka berada Putrajaya kemudian dipindahkan ke Istana Dugang Country Resort adalah untuk mengambil kad pengenalan biru.
Menurut saksi  kejadian  terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa mengunakan microfon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan dan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

Menurut saksi kejadian terdapat seorang  wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rawat & Rehat, Kulai. Beliau telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon. Tetapi beliau tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Istana Dugang Country Resort.

Menurut saksi kejadian arah perjalanan warga asing ini sering berubah-ubah. Mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya. Kemudian ada uru-ura dipecahkan di beberapa lokasi di Johor. Apabila sampai di Putrajaya mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya diarahkan ke Istana Dugang Country Resort.

Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Tun Hussien seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR. Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara. Menteri Dalam Negeri juga tidak mengetahui apa tujuan 240 orang warga asing tersebut berada di Istana Dugang Country Resort sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ kononnya menghadiri kursus keusahawanan. Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu.

Berdasarkan kepada penyatan-penyataan di atas maka Pemuda PAS sangat khuatir bahawa terdapatnya aktiviti memudahkan pemberian hak kewarganegaraan kepada warga asing di negara ini untuk tujuan tertentu.

ISU KOD NEGARA "71"

Pemuda PAS Malaysia mempunyai bukti yang kukuh bahawa terdapat  170,818 dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke dua 2011 SPR yang  mempunyai kod negara "71". Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod "71" disenaraikan sebagai kod rasminya.  Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod "71" adalah suatu kod  warganegara  yang tidak diketahui negara asal kelahirannya. Walaupun terdapat kecurigaan tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam DPI maka mereka  diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita.

42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).   17.33 % atau 29,605 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani  (328), Tamil (324), Tamil Sri Langka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi  (10). Bangsa Bangledeshi adalah bangsa yang paling sedikit sekali menjadi pengundi di negara kita.

Menariknya bagi rumpun bangsa Indonesia yang pernah memanaskan negara dengan Isu Mismah suatu ketika dulu hanya meliputi 4.37 % atau 7,468. Mismah memiliki kod negara "71" dan telah menjadi warganegara pada 31 Januari 2011. Pengundi  daripada bangsa Indonesia yang tidak diketahui negara asal  kelahiran ini dipecahkan kepada bangsa Indonesian  (4,942), Bugis (1,356), Jawa (872), Banjar(240) dan Boyan (58).
Bagi pecahan agama daripada pengundi warganegara tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah Islam 37.7 % ataua 64,400 orang sahaja menakala 62.30 % atau 106,418 pengundi bukan beragama Islam. Pecahan bukan beragama Islam adalah seperti berikut Buddha (50,842), Tiada Maklumat (22,595), Hindu (12,698), Tiada Ugama (9,726), Kristian (8,437), Sikhism (2,037) dan lain-lain (83). Menariknya bagaimana mereka yang tidak mempunyai makumat agama meliputi 13.22 % atau 22,595. Suatu jumlah yang sangat luar biasa.

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) . Ini bermakna bahawa negeri  Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau  97,923 orang. Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah.
Bilangan 170,818 adalah tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah oleh PAS Selangor serta Pakatan Rakyat (PR) berjumlah  1,597 orang. Pemuda PAS Malaysia menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui  negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3  2011. Dijangka DPI  suku ke-3 2011 ini akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.
Dalam jawapan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) pada 5hb Oktober 2011 dinyatakan bahawa kod "71" adalah kelahiran warganegara Malaysia di luar negara dan Pemastautin Tetap Malaysia.  Mulai tahun 2001 JPN baru mewujudkan kod-kod Negara luar secara khusus mengikut negara kelahiran masing-masing

Walaubagaimana pun kewujudan warga negara yang mempunyai kod "71" pada waktu ini adalah terlalu ramai dan mencurigakan kerana JPN terlalu lewat memperkenalkan kod-kod kelahiran mengikut negeri sejak tahun 2001. JPN bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat Malaysia:
Berapakah jumlah pecahan mengikut negara asal kelahiran bagi semua kod "71" ?
Berapakah bilangan warga negera yang lahir di luar negara dan menggunakan kod "71" ?

ISU KAD BERKEMBER DALAM DAFTAR PEMILIH INDUK (DPI) SPR

Pemuda PAS Malaysia telah membuat siri-siri pendedahan manipulasi pilihanraya selama dua bulan kepada pihak media. Hasilnya, kami dapat mengenalpasti bahawa terdapat  ribuan kes kad pengenalan  yang berkembar. Buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan dalam media The Star pada 24 Julai 2011 dimana  Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR. Bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan oleh SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI). SPR memberi alasan punca utama mereka mengeluarkan data tersebut adalah kerana data tersebut tidak ada dalam rekod JPN.  Isunya adalah bagaimana  nombor kad pengenalan tersebut pernah diwartakan sebagai pengundi yang sah. Bukti ketiga adalah terdapat dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda iaitu pertamanya isu dua nama yang sama memiliki no kad pengenalan yang hampir sama dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu. Kedua-dua kad pengenalan ini sangat mencurigakan. Bersama ini Pemuda PAS menyediakan satu lampiran contoh-contoh nombor kad pengenalan yang berkembar.

DESAKAN

Bukti-bukti yang Pemuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam  JPN.  Kelemahan ini mungkin telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memanipulasi data-data JPN. Kami penuh yakin terdapat dalang disebalik masalah yang berlaku. Kami akan mendesak kepada pihak atasan agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

Mutiara Kata

Posted: 23 Oct 2011 10:03 PM PDT

'Gua Ikut Enta' -Part 1

Posted: 23 Oct 2011 09:58 PM PDT

Negeriku Kelantan Darul Naim Di Bawah Pimpinan Ulama'

Posted: 23 Oct 2011 09:52 PM PDT

Anwar: Apa kaitan HIMPUN, petani miskin, anak menteri?

Posted: 23 Oct 2011 09:50 PM PDT

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bagaimana wang RM250 juta yang diperuntukan untuk menolong peladang, petani dan nelayan telah disalurkan kepada anak seorang menteri.

Katanya, anak lelaki menteri yang berusia 21 tahun itu langsung tidak mempunyai sebarang rekod ataupun pengalaman dalam bidang pertanian.

"Dasar pelaksanaannya RM250 juta diberi kepada anak seorang menteri, umurnya 21 tahun. Tidak adapa apa rekod apa-apa sekalipun. Patut diberikan keseluruhan (dana itu) kepada petani dan nelayan miskin. Sampai hari ini belum ada jawapan," katanya pada satu sessi dialog bersama graduan muda di Petaling Jaya, semalam.

Menurut Anwar, perkara itu telah dibawa oleh Pakatan Rakyat ke Dewan Rakyat tetapi hingga sekarang, masih tiada penjelasan daripada kerajaan BN.

Pada Bajet 2012, Najib telah mengumumkan peruntukan dana RM1.2 bilion bagi Tabung Pertanian yang bertujuan membantu peladang, petani dan nelayan di negara ini.

Anwar berkata pada dasarnya, perancangan kerajaan itu nampaknya murni tetapi ia sebenarnya diselubungi pelbagai penyelewengan bagi kepentingan politik BN, khususnya Umno.

Sudah salah

"Bolehkah kita terima ini. Secara moral ini sudah salah dan kalau ikut peraturannya sudah (jelas) ini amalan rasuah atau pecah amanah (CBT). Di Malaysia tidak ada jawapan (diberikan). Katalah banyak manapun, tidak akan dilaporkan di media arus perdana," kata Anwar.

Ketua umum PKR itu juga membidas tindakan kerajaan berhubung sebuah agensi yang sepatutnya menolong petani dan nelayan miskin akhirnya dijadikan alat untuk meraih keuntungan beberapa individu.

"Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) diswastakan (menjadi Bernas). Kaut untung besar, daripada siapa, penanam padi. Siapa penanam padi? 95 peratus orang Melayu miskin," katanya.

Menurut beliau, selepas keuntungan besar, syarikat itu kemudiannya dijual kepada seorang tokoh korporat yang rapat dengan Umno dengan beberapa individu tertentu meraihRM30 juta hingga RM40 juta setiap seorang daripada hasil penat lelah petani dan nelayan.

Bernas diberi tempoh pengedaran beras selama 10 tahun hingga tahun 2021.

Menurut Anwar, berdepan dengan masalah dan juga kesilapan yang dilakukan oleh pimpinan Melayu Umno sendiri, pentadbiran Najib cuba meletakkan kesalahan di pihak lain.

"Sekarang ini oleh kerana dikatakan orang Cina ini banyak menyokong Pakatan Rakyat, India ini sekarang adalah berubah-ubah sikit, tumpuan adalah (masyarakat) Melayu.

"(Jadi kata mereka) kita perhimpunkan Melayu kerana ancaman Kristian. Kerana Umno sahaja akan menyelamat Melayu, kalau tidak (kerana) Umno habislah Melayu di negara ini, habislah biasisawa untuk anak-anak Melayu, habislah saham-saham Melayu, kata mereka," kata Anwar dalam nada menyindir.

Orang miskin

Beliau dipercayai merujuk Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang bertujuan mempertahankan akidah umat Islam yang berlangsung Sabtu lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga semalam memuji penganjur semalam yang dikatakan merupakan contoh penganjuran perhimpunan secara aman seperti yang dihasratkan kerajaan.

Katanya, perhimpunan anti murtad itu cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan.

Bagi Anwar, tindakan itu hanya bertujuan melalaikan orang Melayu daripada ancaman sebenar yang dihadapi negara hari ini.

"Tapi kita tengok dasar. Yang Melayu apa, baru laksana, suku bilion (diberikan) kepada anak menteri. Baki belum tentu dapat pada orang miskin," katanya lagi.

malaysiakini/-

Nukilan Ahzam Murabbi (Bekas PSU 2 DPPKM)

Posted: 23 Oct 2011 09:47 PM PDT


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Kuburkan hasrat BN mahu rampas Selangor

Posted: 23 Oct 2011 09:47 PM PDT

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 24 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengalu-alukan kenyatan Timbalan Pengerusi BN Selangor yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar untuk merampas kembali negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Begitupun, ketuanya, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) menegaskan pihaknya mempastikan hajat Noh ingin mengembalikan semula negeri Selangor kepada pentadbiran yang korup dan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,

keuntungan kekayaan negeri berlegar di sekeliling pemimpin Umno serta kerosakan-kerosakan yang lain akan 'dikuburkan' di dalam pilihan raya umum yang akan datang dengan sokongan dan dokongan padu rakyat negeri Selangor yang bersama-sama dengan Pakatan Rakyat.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan impian Noh Omar hanyalah angan-angan kosong kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor setakat ini walaupun baru sepenggal memerintah negeri Selangor telah menunjukkan pemerintahan yang mempunyai sistem urus tadbir yang jauh lebih baik, telus, bebas rasuah, cakna kebajikan rakyat serta telah meningkatkan hasil kerajaan dan simpanan negeri Selangor," ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, rakyat negeri Selangor kini telah dapat banyak manfaat daripada agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

"Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama kepimpinan pemuda PAS di semua peringkat dan kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat akan menjadikan impian Noh Omar sebagai 'mimpi ngeri' Barisan Nasional di negeri Selangor dengan izin Allah Taala, insya Allah," katanya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga, katanya melahirkan rasa kebimbangan di atas keyakinan Noh Omar menzahirkan hasrat BN merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat sudah pasti akan ada taktik dan teknik 'kotor dan jahat'.

Katanya, Umno BN Selangor yang akan mengguna pakai cara jahat bagi mencapai maksud tersebut selain kemungkinan daripada kerja kotor yang dibuat oleh pemimpin Umno BN di peringkat Pusat dengan memberikan kerakyatan mudah kepada pemastautin tetap serta mengeluarkan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin seperti yang telah didedahkan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan pertambahan pengundi baru yang cukup luar biasa untuk negeri Selangor bagi tahun ini kemungkinan berlaku penipuan adalah sangat besar seperti mana yang dilakukan oleh Umno BN semasa merampas negeri Terengganu dahulu.

Oleh itu, katanya Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat memperkasakan jentera pilihanraya di semua peringkat dengan memberikan khidmat terbaik dari segi penerangan terhadap kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran serta kerja-kerja kebajikan kepada rakyat yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

Selain itu, katanya perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap sebarang taktik kotor Umno BN yang sedang terdesak untuk merampas kembali negeri Selangor.

"Seluruh rakyat negeri Selangor juga dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kecurigaan dan salah laku pemimpin Umno BN yang cuba untuk memberikan kad pengenalan palsu kepada pendatang tanpa izin, pemastatutin tetap ataupun kepada mereka yang tidak layak bagi menjadi pengundi di dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.

harakahdaily/-

Sajak : Selamatkan Aqidah Ummah

Posted: 23 Oct 2011 09:45 PM PDT

Terang ufuk menyinar cahaya hidayah
Sirna iman menyelinap ke setiap jengkal bumi bertanah
Mewarisi kalimah - kalimah dari kitaabul ummah
Paksi kemuliaan insan bermaruah

Wibawa  ummah ditunjangi aqidah,
Hebat dipupuk ukhuwwah, Mulia dipandu syariah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dijerat syahwah
runtuh peribadi, rosak binasa nilai syakhsiah
calar maruah, bayi dihumban persis sampah
rompak, samun, curi, dera, culik, rogol, bunuh lapah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas dibaham serakah
masjid dipagar, surau dirantai, pendakwah dibantai, ilmu dijarah
manifestasi sebuah kejahilan, kedegilan dan keangkuhan yang parah

Kala ummah leka, alpa, lalai ... pantas tergadai aqidah
prinsip hidup, harga diri, nilai maruah dijual murah
agama disangka candu, hukum disangka hantu, ohh ! aqal masih dijajah

Bangkitlah ummah ku ... kembali membina sejarah
sebagai ummat terbaik, ummat berdaulat, ummat hebat anugerah Allah
kita bersatu gerak seiring, sehayun tangan, sederap langkah
tanpa beza kulit berwarna, lidah berbahasa, diam berwadah
tanpa hirau miskin marhaen, pangkat merendah, kaya melimpah
tanpa peduli kata nista, caci maki, sumpah seranah

Bangkitlah ummahku ... julang kibar panji syahadah
usah gentar berkelana, depani cabaran, atasi rintangan, berjiwa tabah
perjuangkan syariah, pertahankan maruah, selamatkan aqidah

Bangkitlah ummahku ... terus melangkah jangan rebah
timba ilmu, baca buku, belajar kitab, santuni ulama', fahami sejarah
benteng diri dari angkara musuh bedebah

Bangkitlah ummahku ... kekang gejala riddah
laksana lah wahyu Allah tanpa lengah
jangan sampai ditimpa padah
solat jamaah, bayar zakat, akta murtad, hukum hudud, semuanya wahyu Allah

Bangkitlah ummahku ... Selamatkan Aqidah
tidaklah redha Nasara dan Yahudi sehingga kamu diratah dan dijarah
rebah bangun, lintang tiarap petualang disanggah
Islam dipertahan, maruah dijulang, aqidah pesaka ummah

Batu Gajah Mari

Posted: 24 Oct 2011 11:13 AM PDT

Batu Gajah Mari


Pelajar akan sambut kedatangan Najib dengan DEMONSTRASI!

Posted: 24 Oct 2011 05:01 AM PDT


Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.

NONESMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

azlanDemonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

500 dijangka hadir

Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.

Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama.

Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kumpulan itu akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam.

Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat.

Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir untuk 'menyambut' kedatangan Najib.

Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Abdul Aziz.

MK

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 24 Oct 2011 10:22 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Program Meraikan Ibu Tunggal Sempena Idil Adha 1432H

Posted: 23 Oct 2011 11:44 PM PDT



Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) akan mengadakan Hari Mesra Kasih sempena Hari Raya Idil Adha 1432 H yang bakal menjelang.

Seramai 20 orang ibu tunggal akan diraikan beserta sumbangan daripada pihak PPP Taman Tasik Jaya.

Orang ramai yang ingin menyumbang dalam bentuk barangan keperluan dapur bolehlah menghubungi Pn Hjh Ciana 017-3629686 (Setiausaha PPP) atau Pn Wani 013-3851202 (Naib Pengerusi PPP) .

Butiran lanjut program adalah seperti berikut ;

HARI MESRA KASIH
Tarikh : 30 Okt 2011, Ahad
Masa: 3 petang
Tempat: Apartment Seroja, Taman Tasik Jaya, Senawang

Laporan Audit Negara 2010 untuk N.Sembilan mendedahkan …

Posted: 23 Oct 2011 11:15 PM PDT

Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2010 yang dikeluarkan pada 24 Oktober 2011 untuk Negeri Sembilan ialah :

1. Kelemahan pengurusan dan kawalan pengeluaran bahan batuan (kuari) oleh Pejabat Tanah Seremban dimana berat muatan tidak dicatat pada doket rasmi dan penyata pengeluaran bulanan tidak diserahkan.

2. Kegagalan Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) dimana prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.

3. Negeri Sembilan tidak mempunyai Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2010
NEGERI SEMBILAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN DAN KUALA PILAH
- Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Oktober 2010 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban dan Kuala Pilah mendapati secara keseluruhannya pengurusan dan pengeluaran bahan batuan adalah kurang memuaskan.
- Kesilapan mencatat kuantiti dan kesilapan pengiraan royalti di borang permit 4C Kanun Tanah Negara 1965 di Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban
- Penyata Pengeluaran Bulanan tidak diserahkan oleh pemegang permit kepada Pejabat Daerah dan Tanah bagi tujuan pemantauan.





PEJABAT PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
- Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas)
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober hingga Disember 2010 mendapati pengurusan Program Khas bagi 10 projek yang dipilih dengan peruntukan RM6.67 juta secara keseluruhannya kurang memuaskan.
- Prestasi 7 daripada 10 projek tidak memuaskan bagi membantu menjana pendapatan untuk membasmi kemiskinan.







JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH PORT DICKSON DAN PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SEMBILAN
- Tiada lagi Hutan Paya Laut bertaraf Hutan Simpan Kekal semenjak kali terakhir dikeluarkan pada tahun 2004. Penggantian semula sejumlah 101.93 hektar di Mukim Jimah masih dalam status semakan Penasihat Undang-undang Negeri.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan sukar mengawal kesan aktiviti manusia terhadap hutan paya laut kerana telah diberi milik.
- Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mengenal pasti mana-mana kawasan berhutan tanah Kerajaan yang lain untuk menggantikan semula Hutan Simpan Kekal yang telah dibatalkan.





UNIT PENGURUSAN BANGUNAN DAN ASET PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN, PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN, TAMPIN DAN JEMPOL
- Pengauditan yang dijalankan pada bulan September hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhan pengurusan aktiviti penyenggaraan bangunan Kerajaan di Negeri Sembilan adalah kurang memuaskan
- Tiada program penyenggaraan kuarters secara berjadual telah mengakibatkan kerosakan unit kuarters dan dianggarkan RM1.16 juta diperlukan bagi membaiki kerosakan kuarters di Seremban dan Tampin yang diaudit.


MAJLIS PERBANDARAN NILAI, MAJLIS PERBANDARAN PORT DICKSON, MAJLIS DAERAH TAMPIN DAN UNIT KERAJAAN TEMPATAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
- Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati pada keseluruhannya pelaksanaan Sistem ePBT di Majlis Perbandaran Nilai, Majlis Perbandaran Port Dickson dan Majlis Daerah Tampin adalah kurang memuaskan kerana terdapat kelemahan terutama dalam pengurusan kontrak dan kawalan pelaksanaan.

Untuk laporan penuh pada pautan di bawah ini :
http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_aktiviti/NSembilan.pdf

http://www.audit.gov.my/images/stories/pdf/laporan_kan/2010/negeri_penyata/ng%20sembilan.pdf

Dana PRU

Posted: 23 Oct 2011 07:10 PM PDT



Buntu suami hilang seminggu

Posted: 23 Oct 2011 06:07 PM PDT

Marilah kita berdoa agar Allah permudahkan urusan keluarga di bawah ini.

Buntu suami hilang seminggu
Harian Metro 24 Okt 2011

REMBAU: Satu keluarga dari Taman Chembong Jaya di sini, mendakwa buntu dan gelisah berikutan kehilangan misteri ketua keluarga mereka sejak beberapa hari lalu yang masih belum terungkai hingga kini.

Keadaan itu lebih dirasai Fadhilun Md Shah, 49, yang bimbangkan keselamatan suaminya, Hamzah Abdul Majid, 55, selepas keluar dari rumah mereka sejak Selasa lalu.

Menurutnya, bapa kepada lima anak itu dilihat keluar dengan memandu Proton Wira Aeroback hitam bernombor pendaftaran NBR 5572, kira-kira jam 8.30 malam.

"Anak bongsu kami sempat bertemu ayahnya yang memakai baju-T biru, seluar trek dan berselipar. Pada waktu itu, saya tiada di rumah kerana keluar mengajar di Rumah Kanak-Kanak Rembau.

"Tiada pergaduhan atau pertelingkahan antara kami, apatah lagi dia sememangnya pendiam dan tidak suka berkongsi masalah.

"Suami yang dikahwini sejak 35 tahun lalu biasanya keluar berjumpa rakan pada waktu malam dan pulang sebelum jam 12 tengah malam," katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, ketika terjaga dari tidur pada jam 3 pagi, dia pelik apabila mendapati suaminya belum pulang dan cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

"Selepas lebih 24 jam, suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan saya meminta anak membuat laporan polis," katanya.

Fadhilun berkata, mereka sekeluarga berusaha mencari suaminya yang dipercayai pergi mengutip hutang daripada rakannya di Alor Gajah, Melaka.

"Selain itu, rakan mendakwa ternampak suami di lampu isyarat di pekan Rembau. "Ketika itu, orang lain memandu manakala suami berada di tempat duduk belakang," katanya yang kini hanya mampu berserah dan melakukan solat hajat.

Menurutnya, dia berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku dan suaminya pulang dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hamzah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Buntusuamihilangseminggu/Article/index_html

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 24 Oct 2011 09:54 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Jom Remaja Islam!JOM !

Posted: 24 Oct 2011 05:38 AM PDT



Remaja Islam intan permata.
Perlu digilap.Perlu dipelihara.
Jangan sampai dirosak si HASAD.
Kesal berlipat tidak tersukat!

Ibubapa, kaum kerabat
sahabat taulan pemimpin berkiblat
Apa kata kita sepakat
Di meja bulat pelan dicatat
Mengukir masa depan pembela ummat
Pemuda pemudi Pembantu Muhammad
s.a.w kekasih Ya Ahad


Darah mengalir tauhid sememang berkat
Tuah ibu bapa dan ummat
Mari saudara perah keringat 
Kita bernekad selamatkan ummat

Ummat selamat syariat didaulat
Masyarakat maju ihsan tersemat
Kenal tujuan dan matlamat
Hidup teratur berteman malaikat
Terhindar pengaruh syaitan terlaknat


Wahai empunya syurga bertingkat
Curahkan kasih dan juga rahmat
Kepada kami hambaMu yang nekad
Meneruskan perjuangan RasulMu Muhammad s.a.w

Nasib warga negara Malaysia ditentukan warga asing?!

Posted: 24 Oct 2011 05:03 AM PDT

Skandal IC amat membahayakan negara | Print |
Aziz Muda   (harakahdaily)
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Skandal kad pengenalan (IC) terutama yang membabitkan kod "71" dan pemberian kad pengenalan biru dengan mudah kepada warga asing perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia amat merbahaya keselamatan negara.

Sehubungan itu, PAS akan memberikan perhatian serius terhadap perkara itu termasuk membawanya ke persidangan Dewan Rakyat bagi mendapatkan respon segera dari pihak kerajaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, antara tindakan segera yang dilakukan termasuk membantu Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz di bangunan Parlimen hari ini.

Menurutnya, memorandum yang diserahkan itu bertujuan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat penyelewengan pengeluaran kad pengenalan di negara ini.

Katanya, dalam memorandum tersebut, pihak pemuda PAS turut menyuarakan kecurigaannya dengan insiden yang berlaku di Istana Dugang Country Resort di Kajang pada 12 Oktober lalu yang membabitkan 240 orang warga asing yang akan diberikan kad pengenalan biru.

"Dalam hal ini, kami amat kesal dengan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein yang seolah-oleh lepas tangan dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihanraya dan SPR," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Pada hal, menurut beliau, sebagai menteri yang menjaga Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Hishamuddin sebenarnya boleh menjawab terus isu tersebut tanpa menunggu untuk dibawa kepada jawatankuasa berkenaan.

Katanya, kod "71" adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya.

"Walaupun terdapat kecurigaan, tetapi oleh kerana nama mereka berada dalam Daftar Pemilih Induk (DPI), maka mereka diberi hak mengundi bagi memilih ahli Parlimen di negara kita," katanya.

Kini, ujarnya, bilangan mereka amat banyak sehingga jelas menunjukkan masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing yang tidak diketahui asal usulnya.

"Perkara ini amat penting bagi negara. Ia bukan perkara kecil, tetapi melibatkan keselamatan negara yang perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sejajar dengan itu,katanya, pihaknya akan terus membangkitkan perkara itu secara berterusan sama ada membawanya ke persidangan Dewan Rakyat dan menerusi saluran lain bagi menyedarkan pihak kerajaan agar tidak memandang sebelah mata mengenainya.

Kerajaan Selangor 'BEBAS'kan mahasiswa membina jati diri dalam program KAMU2011

Posted: 23 Oct 2011 10:08 AM PDT

SHAH ALAM
22.10-23.10.11

          Majlis Permuafakatan Mahasiswa Selangor bergabung dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar di seluruh negara menganjurkan program KARNIVAL ILMU ANAK MUDA 2011 yang dimuatkan program bersifat pembangunan spiritual(solat jemaah, kuliyyah maghrib, dan kerangka seluruh karnival adalah tauhid oriented; physical(STREET SOCCER); personaliti anggun; intelek( dialog facebokers, debat siswa, forum pimpinan gerakan);emosi(syurga cinta bersama Prof Muahya, Ustaz Zahirrudin) dan sosial(kemahiran mengurus program, konsert, majlis perasmian,mengawal khalayak, penjagaan masa). Ini menepati model pembangunan modal insan 9S.P.I.E.S) yang diketengahkan oleh kerajaan Selangor.
   64 buah universiti dan kolej di seluruh Malaysia telah berjaya menghantar wakil pimpinan pelajar daripada MPP dan persatuan di kampus.
  Program ini mengasah bakat kepimpinan mereka.Ini  peluang mereka merasa dihargai dan digalakkan untuk sentiasa membangun dan membina karakter dan syakhsiyyah yang amat diperlukan untuk menjadi pemimpin masa depan.Kreativiti mereka dibelenggu oleh undang-undang lapuk AUKU.Mereka tidak bebas bersuara, merancang dan bertindak.Mereka tidak dibenarkan belajar daripada kesalahan untuk menjadi insan rabbani yang produktif dan efektif sebagai khalifah yang diharapkan berfungsi untuk kelangsungan ummat

KHIDMAT MERU

Posted: 24 Oct 2011 09:44 AM PDT

KHIDMAT MERU


BENGKEL NUQABA'

Posted: 23 Oct 2011 05:06 PM PDT














Satu Bengkel Nuqaba' peringkat PAS Negeri Selangor telah diadakan di Johan Setia yang melibatkan pimpinan Urusan Ulamak peringkat kawasan dan Dewan Ulamak peringkat Negeri Selangor.

YB Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani bin Osman dalam ucapan perasmiannya menekankan peranan ulamak yang sangat besar dalam menentukan ukhuwwah diantara ahli terjamin dan halatuju harakah Islamiyah yang jelas bagi menghadapi tentangan musuh-musuh Allah.

Ust Sallehin Muhyi, Pengerusi Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan Pas Negeri Selangor dalam ucapannya menyentuh konsep perpaduan yang kukuh dalam jamaah dari atas hingga ke akar umbi.












Jasindaily Online

Posted: 24 Oct 2011 09:40 AM PDT

Jasindaily Online


PENYERAHAN BANTUAN SEMPENA DEEPAVALI

Posted: 24 Oct 2011 02:04 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 24 Oct 2011 09:29 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


'Gua ikut Enta The Movie' - filem terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia

Posted: 24 Oct 2011 01:42 AM PDT


Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin menjemput anda menonton beberapa video klip menarik untuk anda menghayati satu program ulung yang akan berlangsung pada 28,29 dan 30 October 2011 di KUIZM.

Dilampirkan adalah video clip teaser "Gua ikut enta" the movie, sebuah filem pendek terbitan Dewan Pemuda PAS Malaysia Production sempena Ijtima' Tarbawi DPPM yang akan berlangsung pada 28,29 dan 30 October 2011 di KUIZM.



Teaser 'Gua Ikut Enta The Movie'




Filem yang turut dibintangi oleh Ustaz Nik Abduh, Ustaz Riduan Mat Noor, Ustaz Azhar Idrus, Man John dan Kamal akan mula disiarkan pada 22,24 dan 26 October 2011 sebanyak 3 siri.

Filem ini diharap dapat membangkitkan semangat para pemuda untuk hadir ke program Ijtima' Tarbawi yang mana akan menampilkan tokoh-tokoh perjuangan islam dalam dan luar negara.

Antara yang akan hadir adalah:

-Tuan Guru Haji Hadi, Tuan Guru Nik Aziz,

-Tuan Guru Harun Din

-Al-Fadhil Ustaz Nasarudin Tantawi.

-Wakil Ikhwanul muslimin Syeikh Mahdi Akeev

-Syeikh Kamal Helabawi.



'Gua Ikut Enta' - Part 1




'Gua Ikut Enta' - Part 2 akan menyusul selepas ini.

Dewan Pemuda PAS Tawau

Posted: 24 Oct 2011 07:44 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Tawau


PAS TAWAU BERSAMA PAS KUNAK DEKATI MASYARAKAT KUNAK

Posted: 24 Oct 2011 03:52 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan