CINA ISLAM (林川興) Posted: 19 Oct 2011 01:15 AM PDT Apa rasional burukkan PAS di kursus imam, bilal Posted: 19 Oct 2011 12:40 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar mempersoal rasional kerajaan mewajibkan imam, bilal dan siak masjid di Kedah dan Pulau Pinang menyertai kursus berunsurkan politik khususnya memburuk-burukkan PAS.
Menurut Firdaus, beliau menerima maklumat daripada beberapa imam, bilal dan siak bahawa mereka diwajibkan hadir ke Kursus Pemantapan Nilai Islam di Institut Pembangunan Desa Infra, Bangi pada 10 hingga 13 Oktober yang lalu.
Namun katanya, mereka terpaksa mendengar ceramah brain wash memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat termasuk ditayangkan video perhimpunan Bersih 2.0, Jemaah Islam (JI) dan Al-Maunah.
"Saya meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagitahu siapa yang gunakan imam dan bilal untuk kepentingan politik," kata Firdaus ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat mempertikai perkara itu apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata bahawa elaun dan kursus adalah perkara berbeza.
Firdaus sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat sebelum itu meminta Jamil menyatakan pihak mana yang terlibat menganjurkan kursus tersebut.
Beliau dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat menaikkan elaun siak masjid selari dengan kenaikan elaun imam dan bilal, baru-baru ini.
Jamil bagaimanapun tidak menjawab soalan Firdaus mengenai kursus tersebut sebaliknya berkata kerajaan pusat hanya bertanggungjawab terhadap elaun imam dan bilal manakala elaun siak tertakluk di bawah kuasa kerajaan negeri.
Ekoran jawapan itu, Firdaus membangkitkan mengenai kursus melibatkan ketiga-tiganya itu.
"Kalau menteri kata elaun imam dan bilal berbeza dengan elaun siak, kenapa libatkan siak dalam kursus ini?
"Saya ada bukti bergambar, rakaman mengenai apa yang diperkatakan dalam kursus ini," katanya.
Tambahnya, peserta kursus turut diberikan buku berjudul PAS bukan parti Islam.
Elaun bagi imam dan bilal ialah RM750 daripada Kerajaan Pusat dan RM50 daripada kerajaan negeri.
Manakala elaun bagi siak ialah RM290 yang dibayar kerajaan negeri.
harakahdaily/- | Solar Ranger 2 Uniten sertai cabaran dunia Posted: 19 Oct 2011 12:30 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PESERTA pasukan Solar Ranger 2 Uniten membuat persiapan terakhir sebelum menyertai pertandingan Cabaran Kereta Solar 2011 di Darwin, Australia kelmarin.
KUALA LUMPUR - Pasukan Solar Ranger 2, Universiti Tenaga Nasional (Uniten) kini dalam misi perlumbaan kereta solar pada Cabaran Kereta Solar 2011 di Darwin, Australia yang berlangsung selama tujuh hari bermula kelmarin.
Uniten dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, cabaran itu bermula di Darwin sehingga ke Adelaide yang kesemuanya melibatkan sebanyak 42 pasukan dari seluruh dunia.
Menurut kenyataan itu, para peserta harus menghabiskan perjalanan sejauh 3,000 kilometer (km) dengan menggunakan tenaga solar bagi menjana kuasa keseluruhan kereta mereka.
"Pasukan kami telah tiba di Darwin pada 4 Oktober yang lepas untuk persiapan akhir perlumbaan. Uniten Solar Ranger 2 telah berjaya melepasi dua ujian yang ditetapkan iaitu ujian statik dan dinamik.
"Pada hari pertama perlumbaan, pasukan kami telah berada 300km dari Darwin dan masih berusaha memperbaiki kedudukan," ujar kenyataan itu.
Jelas kenyataan itu lagi, Uniten mengharapkan kereta Solar Ranger 2 akan memperolehi kemenangan pada perlumbaan itu.
Antara pihak yang terlibat dalam pembuatan kereta solar tersebut ialah Tenaga Nasional Berhad, Malaysia Airlines Berhad dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
kosmo/- | Tiada Persidangan Dewan Rakyat Pada 25 Oktober Posted: 19 Oct 2011 12:15 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Tiada persidangan Dewan Rakyat pada 25 Oktober depan iaitu sehari sebelum sambutan perayaan Deepavali pada 26 Oktober.
Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada permulaan sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.
"Saya menerima perutusan daripada Perdana Menteri bahawa tidak akan diadakan persidangan Dewan Rakyat hari Selasa, 25 Oktober berikutan sambutan Deepavali keesokkan harinya.
"Sehubungan itu saya ingin meminta bahawa semua soalan lisan pada hari berkenaan dijawab secara bertulis," katanya di sini, Khamis.
Minggu lalu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran meminta pertimbangan kerajaan agar menangguhkan persidangan pada 25 Oktober kerana ia akan menyukarkan ahli Parlimen terutamanya yang beragama Hindu untuk membuat persediaan menyambut perayaan tersebut.
Mstar/- | 77 kes cerai setiap hari Posted: 19 Oct 2011 12:00 AM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PENYANYI Kumpulan OAG, Mohd. Radhi Razali adalah antara senarai pasangan yang bercerai tahun lalu selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan Shazlin Sharif selepas lima tahun berkahwin.
KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.
Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.
Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.
Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.
Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.
"Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.
Kosmo | Kisah Pemuda Yang Mengawal Nafsu Posted: 18 Oct 2011 11:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Nabi s.a.w berbda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam.(Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan .
Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa.
Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dgn pernikahan.
" Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini." Maka Allah membukanya sebahagian.(Hr Bukhari dan Muslim)
Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dgn pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa nafsunya." (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt cinta kpd wanita itu.
Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dgn sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak-buak sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu.
Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dgnmu." Lalu si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku takut azab pd hari kiamat yg agung sekiranya aku membuat maksiat kpd tuhanku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yg tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya.
" Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama." Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh2.
Walaupun begitu cinta pemuda itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur.
Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dgn keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah kematianku." dan wanita itu mendedangkan satu rangkap syair:
"Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan" Lelaki itu bertanya "Apa yg engkau dapat sekarang?" Wanita itu menjawab:
"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"
Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kpd Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh2 utk mendapatku.
" Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh berjumpa dgn mu?" Wanita itu menjawab "Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi." Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.
Marilah kita bersama2 meninggalkan hubungan cinta melainkan setelah kita berkahwin. Jauhkanlah maksiat dan wujudkan hubungan Allah dgn inteam.
-khalifah
| Ada sesuatu tidak kena dengan Himpun Posted: 18 Oct 2011 11:40 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.
Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.
Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.
"Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini," ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.
Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.
Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.
Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.
"Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan," ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.
Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain.
Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.
Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.
"Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.
"Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu," katanya.
HARAKAHDAILY/- | Kerajaan Negeri Sokong Muzakarrah Perkasa Sekolah Agama Posted: 18 Oct 2011 11:30 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SHAH ALAM 19 OKT : Usaha Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis pendidikan seluruh negara yang menganjurkan Muzakarrah Pertubuhan Pendidikan Islam NGO disokong penuh oleh kerajaan negeri. Ini kerana muzakarrah ini bertujuan mengangkat pendidikan Islam sebagai keutamaan dalam bidang akademik.
Selaini itu kata, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, ia juga bertujuan membincangkan kedudukan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Selangor yang tidak diberikan tumpuan khas berbanding sekolah jenis kebangsaan (SJK) lain semasa pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri baharu-baharu ini.
Menurut Dr Halimah, menerusi muzakarrah ini juga, NGO dan aktivis pendidikan yang terlibat telah bersatu bagi membincangkan kedudukan SAR sekaligus bertindak sebagai suara padu yang akan dibawa ke hadapan untuk memberi indikasi kepada pihak kerajaan yang mengatur dana bagi tujuan pendidikan.
"Jadi sudah tentunya kerajaan negeri mendengar rintihan daripada NGO yang mengusahakan SAR dan kita melihat mereka perlu dibantu serta disokong dan kita juga memberikan ruang serta peluang untuk bersama-sama memikirkan bagi menilai semula ke arah mana sebenarnya aliran pendidikan Islam ini di dalam agenda kerajaan Malaysia yang memerintah.
"Jadi kita juga telah mewujudkan Mappis ini sebagai usaha serius untuk memastikan SAR mendapat perhatian yang sewajarnya sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri," katanya.
Tambah beliau, sebagai menghargai pengupayaan Mappis yang bertindak sebagai sendi penting dari perspektif kerajaan Selangor, kerajaan negeri turut menyumbangkan dana tambahan bagi tujuan pembangunan pendidikan supaya NGO yang turut terlibat boleh bersatu dan memperkasakan lagi pendidikan Islam di masa hadapan.
Sementara itu, Pengerusi Mappis, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam berkata, beberapa resolusi telah dicapai semasa muzakarrah itu antaranya mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam sistem pendidikan Islam khususnya di Selangor selain mengupas tujuh isu utama untuk diketengahkan, digarap serta dibincang selanjutnya menerusi Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia yang bakal berlangsung bulan depan di Shah Alam.
Bercakap lanjut mengenai isu yang bakal dibincangkan semasa konvensyen nanti, Zainal menjelaskan ia termasuk mempertimbangkan sama ada sistem pendidikan Islam sedia ada harus kekal sebagai sistem pendidikan sampingan atau dijadikan sistem pendidikan arus perdana(utama).
TV NEWS/- | Lelaki tangkap 13,000 burung liar dipenjara Posted: 18 Oct 2011 09:30 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
SEJUMLAh burung dan ayam yang dikurung di dalam reban ayam di rumah Pierre Johansson di Hudiksvall, Sweden.
STOCKHOLM - Seorang lelaki Sweden yang menangkap 13,000 burung liar dan mengurung hampir ratusan haiwan itu di dalam sebuah rumah telah disabitkan atas kesalahan menyeksa haiwan dan pemburuan haram.
Mahkamah Daerah Hudiksvall kelmarin menjatuhkan hukuman penjara satu tahun enam bulan terhadap lelaki berkenaan, Pierre Johansson, 39, kerana menggunakan jaring dan perangkap yang menyalahi undang-undang untuk menangkap burung-burung tersebut.
Antara burung yang ditangkap ialah burung hantu, helang, pipit, ayam, dan belatuk.
Selepas merakamkan aktiviti penangkapan tersebut, dia telah membebaskan beberapa ekor burung tersebut tetapi masih bersalah atas kesalahan mengurung ratusan burung lagi di dalam sangkar dan dikunci termasuk sebuah reban ayam di garaj rumahnya.
Johansson mengaku tidak bersalah dengan menyatakan perbuatannya itu adalah untuk memberi perlindungan kepada burung-burung tersebut pada musim sejuk dan tidak berniat untuk menyeksa haiwan itu. - Agensi | Warga Asing Dipaksa Ikrar Undi BN Posted: 18 Oct 2011 09:20 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Kuala Lumpur: PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar mengundi parti kerajaan.
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ikrar secara lisan itu dilihat saksi yang berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.
Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.
"Wanita itu kemudiannya memberi taklimat tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.
Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.
Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.
Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini," kataya.
Himpunan di Parlimen
Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.
Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,
Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).
Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.
"Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.
"Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu," katanya. -FMT | Remaja Maut Dipanah Petir Posted: 18 Oct 2011 09:15 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PENDANG: Seorang remaja lelaki maut dipanah petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa, kira-kira 500 meter dari rumahnya ketika hujan di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, petang Selasa.\
MsTAR/- | Pesawat Tentera Terhempas: Enam Dikhuatiri Maut Posted: 18 Oct 2011 09:00 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KATHMANDU: Sebuah pesawat tentera yang membawa enam orang terhempas pada Selasa di kawasan simpanan berburu di tengah barat Nepal, kata pihak tentera.
Pesawat Britten-Norman Islander dalam perjalanan pulang ke Kathmandu selepas menamatkan misi menyelamat di barat daya sempadan India apabila terputus hubungan dengan menara kawalan.
Kedudukan tempat pesawat terhempas dan nasib enam penumpang serta anak kapal, kesemuanya rakyat Nepal tidak dapat dipastikan ketika anggota penyelamat bergegas selepas saksi terdengar letupan sebelum ternampak kapal terbang itu terhempas di tepi bukit dan terbakar. -AFP | PAS Perak bantah UMNO tayang video lucah. Posted: 18 Oct 2011 08:58 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Hafez Sabri IPOH:Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat. Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini. Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir. Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah". Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut. PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya. Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa. "Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau. | Buku Kisah Najib Tak Laku Dipasaran!!!. Posted: 18 Oct 2011 08:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Korang ingat tak lagi buku mengenai Najib yang bertajuk 'Najib Razak : Prime Minister of Malaysia' yang diterbitkan pada 15 June 2009 dan ditulis oleh Chamil Wariya?
Dari synopsis buku tersebut yang kelihatan hanyalah ayat-ayat mengampu Najib sahaja, antaranya Najib dikatakan beliau telah mengikuti jejak langkah Ayanhnya Tun Razak sebagai seorang Ahli Politik yang berjaya, malah melebihi pencapaian Ayahnya Tun Razak'..
Buku tersebut dikhabarkan oleh seorang sahabat kini dijual di MPH dengan potongan harga 50% dari harga asalnya iaitu RM19.90..
Bagaimanapun biarpun telah diberikan potongan hingga 50% buku tersebut masih gagal menarik pembeli.. atau dalam lain ayat TAK LAKU.
Kesian kat Najib.. tak ramai rakyat Malaysia yang nak tahu pasal dirinya biarpun dah berpuluh juta ringgit dihabiskan untuk membina imej..
Kenapa 3 Juta Ahli UMNO itu tidak berminat memilikinya agaknya?
-Anaksungaiderhaka | SPR tiada alasan lengah guna dakwat kekal Posted: 18 Oct 2011 08:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) agar segera melaksanakan tuntutan rakyat iaitu penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13.
Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap proses menunggu 'lampu hijau' dari Majlis Fatwa Kebangsaan telah selesai kerana Majlis Fatwa Kebangsaan telah lama mengeluarkan kenyataan mengenai hukum tersebut.
Justeru, jelasnya DPPM memetik kenyataan daripada Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Cetakan Kedua 2010, terbitan JAKIM,
m/s 144 yang menyebut bahawa: "Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Inedible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa,
Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Inedible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.
Oleh itu penggunaan Inedible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada umat Islam. Walau bagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Inedible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja."
"Bagi DPPM, Fatwa ini terang dan jelas bahawa tiada masalah dakwat kekal dilaksanakan dalam PRU ke-13 nanti," katanya.
Justeru, tegasnya SPR tidak perlu berlengah dan tidak perlu bimbang kerana hukum dari pihak yang berautoriti dalam bidang agama telah dikeluarkan lebih awal.
Beliau menambah, rakyat khususnya umat Islam akan selamat dengan kaedah ini kerana ia tidak akan mengganggu amal ibadat serta mengandungi perkara yang syubhat mahupun haram.
Menurutnya, DPPM mengingatkan bahawa SPR sedang menjadi bahan cemuhan dan mendapat krisis ketidakyakinan bukan setakat rakyat di Malaysia, bahkan masyarakat dunia.
Bagi mengelakkan prasangka yang lebih buruk, katanya SPR perlu melaksanakan sistem celup jari secepat mungkin.
Setidak-tidaknya, ujar beliau rakyat akan memberi sedikit harapan dan kepercayaan bahawa SPR sedang berusaha menjadikan sistem pilihan raya di Malaysia bebas, bersih dan adil.
Justeru, tambahnya DPPM meningatkan agar SPR tidak mencari dalih lain bagi melengahkan pelaksanaannya dalam PRU ke-13 nanti.
Jika tidak, katanya SPR akan dianggap gagal dan rakyat tidak akan memaafkan kesalahan besar ini buat selama-lamanya.
"Jangan hampakan harapan rakyat Malaysia yang inginkan satu sistem pilihan raya yang bersih, adil, telus dan diyakini.
"Usahalah agar sistem pilihan raya di Malaysia menjadi antara yang terbaik di dunia," ujarnya.
harakahdaily/- | Zionis enggan kendur kepungan Posted: 18 Oct 2011 08:40 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
RAMALLAH: Tentera Israel tidak akan mengendurkan kepungan terhadap Semenanjung Gaza walaupun selepas pembebasan anggota tenteranya, Gilad Shalit sebagai pertukaran kepada pembebasan 1,027 tahanan Palestin.
Radio Tentera Israel memetik pegawai rejim berkenaan sebagai perkata, kepungan tetap diteruskan untuk menghalang penyeludupan senjata ke Semenanjung Gaza.
Menurut laporan itu, isu kepungan tidak dibangkitkan ketika perbincangan Kabinet untuk meluluskan perjanjian berkenaan.
Rejim Zionis itu berkata demikian sehari selepas Presiden Mahmod Abbas menggesa Israel menarik balik kepungan itu. - Agensi | Program SEJATI Bantu Warga Tua, OKU Posted: 18 Oct 2011 08:30 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
PETALING JAYA :Sekurang-kurangnya dua buah keluarga miskin dari kalangan orang kelainan upaya (OKU) terpilih menerima bantuan menerusi Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) yang dianjurkan oleh Pejabat Dun Taman Medan dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya(MBPJ) di sini hari ini.
Adun Taman Medan, Haniza Talha ketika berucap pada majlis pelancaran program SEJATI berkata pihaknya sentiasa mencari ruang dan peluang untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan seperti hari ini.
Namun mengingatkan penduduk agar bersikap tidak hanya menerima sebaliknya berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih terjamin selaras dengan corak bantuan negeri Paktan Rakyat yang memberi joran dan bukannya memberi ikan.
"Kita mesti bantu diri kita sendiri dalam mencari kehidupan yang lebih baik, jadi apa yang saya harapkan kita sama-sama semai benih bantu membantu, benda yang berat menjadi ringan dan yang sedia ringan bertambah ringan,"katanya.
Sementara itu, Puan Fatimah Raihan Ayop, 64, yang terpilih menerima bantuan hari ini menzahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas keperihatinan MBPJ dan Adun Taman Medan.
Beliau bergantung harap sepenuhnya kepada kerusi roda akibat mengalami sakit lutut yang kritikal sejak tujuh tahun lalu. Keadaan ini menyukarkan pergerakkan beliau untuk ke tandas.
"Susah juga pergerakan mak cik, terpaksa berpaut pada kerusi roda untuk melakukan apa-apa kerja, sampai pintu bilik air, kerusi roda ini tidak boleh lalu, jadi perkara seperti ini menyukarkan mak cik untuk mandi dan buang air," jelasnya.
Melihat kepada keperluan ini, MBPJ menaiktaraf kemudahan tandas sedia ada di kediaman Fatimah yang melibatkan kerja-kerja mengubahsuai tandas cangkung kepada tandas duduk, penyambungan paip, pemasangan jubin dan pemegang (handrail) yang menelan belanja sekitar RM1,900.
Kegembiraan yang sama turut dikongsi N.Vasanthimalar A/P P.Narayanan, 45, ibu kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang lumpuh dan hilang daya penglihatan akibat demam panas ketika berusia enam bulan apabila menerima bantuan kerusi pancuran (Shower Chair)
"Selepas anak saya kena demam panas, dia diserang sawan dan dimasukan ke wad icu selama hampir sebulan, sejak dari kejadian itu sehinga sekarang keadaan fizikalnya kekal seperti hari ini," ceritanya sayu.
Dua keluarga yang terpilih menerima bantuan SEJATI hari ini, merupakan keluarga perintis sebelum program ini diteruskan ke atas 110 keluarga miskin OKU yang telah tersenarai menerima bantuan dikawasan pentadbiran MBPJ.
tv news/- | Pembohongan & Fitnah Blogger Umno Terdedah Luas Posted: 18 Oct 2011 08:23 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] - http://greenboc.blogspot.com Berikutan pendedahan bahawa ada anak seorang VVIP meraba tetek rakan sekolahnya, beberapa blog pro-Umno dengan membabi buta membuat spekulasi bahawa identiti orang kenamaan yang dimaksudkan itu adalah Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang. Dan amat malang dan lucu sekali, apabila Ahmad Maslan, Ahli Parlimen Pontian turut percaya dengan berita pembohongan tersebut.Macam mana seorang menteri begitu mudah percaya dengan spekulasi bodoh macam itu? Jelas, dia ni memang tidak patut jadi seorang menteri pun!Elok join Beraim Ali tidor kat Parlimen ajerrr! Beriya-iya benar blogger pencacai Umno memaparkan gambar budak-budak tersebut seperti diatas yang di mulakan oleh blogger ini di sini dan diikuti oleh yang lain- seperti di sini dan di sini .
Saya tidak pasti sama ada gambar budak lelaki tu benar anak LGE.Rakan-rakan lain tentu boleh tolong komfomkan nanti. Tetapi gambar budak perempuan tu adalah dari gambar asalnya seperti dibawah:
Anda boleh tengok sendiri, budak ini tiada kaitan degn isu tersebut. Klik sini Kantoi blogger pencacai Umno! Lim Guan Eng telah pun menafikan cerita merepek mereka.Tidak ada bukti yang kukuh seperti mana gerombolan itu nyatakan yang kononnya LGE cuba menutup isu tersebut dengan RM200ribu!
Kita minta Mat Indon Mali (blogger MiM) yang mendakwa dengan berkata, "Jangan risau! Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !" supaya membuktikan kata-katanya itu. Nampak sangat gerombolan pencacai Umno ini munafiq! -al-husseyn
Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".
Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.
"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," kata Lim.
Beliau juga mengutuk tindakan beberapa pemimpin Umno yang memuat-naikkan artikeji yang keji itu di blog mereka. Antara yang dinamakan adalah naib ketua Umno bahagian Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.
Khairy yang juga ahli parlimen Rembau, sebelum itu telah menulis di tweeter @ PapaGomo Mungkin dia roboh Kampung Buah Pala sebab nak ganti dengan Kampung Buah Dada."
"Saya berharap mereka yang menabur dusta ini tentang anak muda saya boleh melihat diri mereka sendiri di cermin sebagai seorang bapa, dan bertanya sama ada mereka mahu anak mereka menderita trauma pembohongan seumpama itu," kata Lim.
"Keluarga saya dan saya berhak mengambil apa-apa tindakan selanjutnya untuk melindungi diri kami daripada apa-apa ancaman. Buat masa ini, isteri saya dan saya akan cuba mententeram dan memulihkan anak muda saya dan berdoa bahawa dia akan pulih daripada dilakukan sebegitu kejam".
Lim berkata jika seteru politiknya mahu 'menghabiskan' kerjayanya, mereka boleh berbuat apa sahaja terhadap dirinya tetapi anak-anaknya tidak harus diusik.
Katanya, ahli-ahli politik Umno juga mempunyai anak-anak, tetapi DAP tidak pernah tergamak mengganggu mereka dan tidak menaruh sebarang niat bagi membalas perbuatan itu.
"Anak saya resah gelisah dan mengalami trauma kerana pembohongan ini. Dia juga sudah tidak ke sekolah dua hari. Saya sedih kerana gagal melindungi anak saya daripada pemimpin dan blogger Umno yang bersifat binatang ini," kata Lim dengan kesal.
Jelasnya, anaknya itu berpindah sekolah bukan kerana masalah disiplin seperti yang didakwa oleh blog pro-Umno tetapi kerana mahu menyimpan rambut yang lebih panjang.
Di sekolah asalnya, SMJK Heng Ee, pelajar lelaki diwajibkan menggunting pendek rambut mereka.
"Anak saya telah ditukarkan ke Sekolah St Xavier di Pulau Pinang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cina Heng Yee kerana saya telah berjanji kepadanya bahawa dia boleh berpindah sekolah mengikut pilihannya jika mendapat memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 6A dalam PMR.
"Apabila dia berjaya mendapat keputusan itu, dia telah dipindahkan pada awal penggal persekolahan tahun ini iaitu pada bulan Januari 2011.
"Anak saya juga mahu pergi ke St Xavier kerana dia tidak mahu rambutnya dipotong menjadi crew cut (seperti rekrut askar) yang diwajibkan terhadap pelajar-pelajar di Heng Yee," katanya. -mk | Somalia serah PM laporan jurukamera Bernama mati ditembak Posted: 18 Oct 2011 08:19 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 18 Okt – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Selasa menerima laporan terperinci daripada kerajaan Somalia mengenai insiden yang mengorbankan jurukamera Bernama TV (BTV) allahyarham Noramfaizul Mohd Nor semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan, 2 September lepas.
Laporan itu diserahkan oleh Timbalan Perdana Menteri Somalia Mohamed Mohammud H Ibrahim ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di pejabatnya di Bangunan Parlimen hari ini.
Ketika pertemuan itu, kerajaan Somalia turut menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia atas kejadian terbabit.
Allahyarham Noramfaizul terkorban akibat terkena tembakan curi ketika berada di Mogadishu untuk membuat liputan misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu mangsa kebuluran Somalia.
Dalam kejadian itu, jurukamera TV3, Aji Sarigar Mazlan turut mengalami kecederaan di lengan akibat terkena serpihan peluru yang menembusi bahu Noramfaizul.
Dipetik Bernama Online, Mohamed yang juga Menteri Luar Somalia memberikan jaminan bahawa kerajaannya akan mengambil semua usaha untuk melindungi rakyat Malaysia apabila mereka pergi ke Somalia di masa depan.
"Saya dengan tulus ikhlas mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat (Malaysia) dan kerajaan Malaysia berhubung insiden itu. Saya hari ini telah serahkan bagi pihak kerajaan saya, laporan dan juga ucapan takziah kami kepada beliau (Perdana Menteri).
"Saya berada di sini khusus untuk menyampaikan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas apa yang telah berlaku. (Dalam) kapasiti saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar,
saya akan mengambil semua langkah dan usaha untuk melindungi saudara kami di masa depan apabila mereka datang untuk membantu kami di Somalia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan kira-kira 30 minit dengan Perdana Menteri.
Mohamed, yang diiringi Timbalan Menteri Sumber Laut dan Alam Sekitar Somalia Ahmed Hassan Aden, berkata lawatan mereka itu juga bertujuan menjalin hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Pada perjumpaan itu, Mohamed berkata Najib turut menyatakan kesediaan untuk membantu Somalia dalam membangunkan semula negara itu.
"Kami berharap Malaysia akan terus menghulurkan bantuan mereka kepada Somalia.
"Ini merupakan lawatan pertama saya ke Malaysia...terima kasih kepada Perdana Menteri yang memberikan sambutan mesra kepada kami," katanya.
malaysian insider/- | TV tak sesuai untuk budak Posted: 18 Oct 2011 08:00 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
NEW YORK: Kanak-kanak berusia kurang dua tahun tidak digalakkan menonton televisyen atau video kerana ia boleh menjejaskan perkembangan dan melambatkan keupayaan mereka bertutur, kata sekumpulan pakar pediatrik Amerika Syarikat (AS) dalam satu kajian disiarkan semalam.
Pakar pediatrik dari Akademi Pediatrik Amerika (AAP), Ari Brown, berkata ibu bapa seharusnya bercakap dengan anak, menggalakkan mereka bermain secara bebas, bertujuan menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan minda kanak-kanak.
Berdasarkan kajian dikemas kini, kami memperoleh bukti media elektronik seperti televisyen dan video berpotensi memberi kesan negatif kepada kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Justeru, itu AAP tidak menggalakkan mereka menonton televisyen dan video, katanya.
Kajian terbaru itu bagaimanapun, tidak merujuk kepada permainan interaktif seperti permainan video, telefon pintar atau peralatan lain, hanya menjurus kepada media tontonan pasif ke atas mana-mana jenis layar sama ada telefon, komputer, televisyen atau lain.
Brown berkata, pemantauan diperlukan berikutan ledakan DVD bayi menyasarkan kumpulan usia dari satu hingga dua tahun, selain pengakuan 90 peratus ibu bapa yang menjadi responden bayi mereka menonton media elektronik.
Apa yang jelas ramai ibu bapa tidak peduli dengan hasil kajian ini. Dalam dunia layar yang berada di mana-mana, saya fikir kita perlu mencari jalan mengendalikan dan menjadikan satu diet media sihat.
AAP menggesa pakar pediatrik membincangkan penggunaan media dengan ibu bapa dan menyatakan golongan dewasa perlu sedar betapa terganggunya mereka apabila televisyen bersiaran. - AFP | Projek Pembesaran Mina bermula tahun depan Posted: 18 Oct 2011 07:52 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
MAKKAH: Amir Makkah, Putera Khaled al-Faisal mengumumkan, semalam, Projek Pembesaran Mina akan bermula tahun depan dan bakal menyaksikan 'bandar raya khemah' dapat menyediakan kemudahan kepada lebih ramai jemaah.
Dalam sidang akhbar, pagi semalam selepas merasmikan kempen kesedaran 'Haji adalah ibadah dan tingkah laku bertamadun', Khaled berkata, sebilangan pakar sudah direkrut bagi menangani masalah perkhidmatan yang diberikan kepada tetamu Allah.
Keputusan penyelidikan akan dimasukkan dalam pelan Projek Raja Abdullah bagi pembangunan Makkah. Beliau berkata, bilangan jemaah yang menunaikan haji tanpa permit sudah berkurangan tahun lalu. Menurutnya, mereka yang menunaikan haji tanpa permit seperti merampas hak orang lain.
Harian Metro | Jerung bermata satu ditemui di Teluk California Posted: 18 Oct 2011 07:40 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.
Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu.
Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: "Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan."
metro/- | Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka Posted: 18 Oct 2011 07:15 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KAPAL induk White Knight TWO yang membawa kapal angkasa SpaceShipTwo dipamerkan di hangar Lapangan Terbang Spaceport di New Mexico kelmarin.
UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson (gambar kecil) dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin.
Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas.
Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut.
Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.
Mennurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.
Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra.
Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas yang menempah penerbangan ke orbit bumi. - Agensi | Laut Bergelora Menjadi Tenang "Menerima" Abu Al-Quran Posted: 18 Oct 2011 07:15 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Lumut: Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.
Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.
Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.
Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.
Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.
Harusssani yang memberi taklimat ringkas berhubung tugas itu kemudian menjatuhkan bongkah abu berkenaan satu persatu ke laut.
Tugas menjatuhkan bongkah abu Al-Quran itu kemudian dilakukan beramai-ramai dalam masa 10 minit.
Harussani yang juga Pengerusi Lembaga Teks dan Pelesenan al-Quran, berkata ulama sebelum ini bersependapat membuang abu al-Quran ke dalam laut adalah kaedah terbaik walaupun cara menanam di dalam tanah juga dibenarkan.
"Bagaimanapun kaedah menanam abu al-Quran di dalam tanah dibimbangi boleh tercemar jika ada aktiviti dilakukan di atas tanah berkenaan. Oleh itu, kaedah membuang abu al-Quran ke laut paling selamat dan akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Syarikat Percetakan Saufi, Rahmat Mahdan, yang turut mengikuti proses membuang abu al-Quran itu memberitahu berkata, proses pembakaran dan mengumpul abu dimulakan sejak tiga bulan lalu. -hm
Ulasan GB
Al-Quran itu adalah "kalamullah". Justeru itu Allah sendiri yang menjaganya.
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikra (Al-Qur'an), dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. -Al-Hijr:9
Itulah diantara tanda-tanda kebesaran Allah dan membuktikan Al-Quran itu adalah mukjizat yang besar.
Abu Al-Quran menjadikan laut bergelora tiba-tiba menjadi tenang, bagaimana jika Al-Quran itu sendiri agaknya?
Tetapi manusia leka dan lalai, meninggalkan Al-Quran dan ajaran yang terkandung di dalamnya.
Lebih dasyat, ada pula yang hendak menipu Allah, RasulNya dan orang beriman, cuba menjadi wira ajaran Al-Quran sedangkan mereka sebenarnya penentang utama ajaran dan hukum Allah dan RasulNya.
KELAB GREENBOC/- | Drebar teksi jadi mumia Posted: 18 Oct 2011 07:00 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
MAYAT Billis yang sudah diawet menjadi mumia. LONDON: Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.
Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama.
Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu. Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.
Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: "Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. "Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis," katanya.
Bagaimanapun, Janet dan tiga anak mereka merestui keputusan Billis dan hasilnya: - Proses Mumia Alan: Rahsia Terakhir Mesir - dijangka ditayangkan pada Saluran 4, Isnin ini.
Billis yang digelar Tutankhamun Torquay menjelaskan keputusan luar biasanya itu dalam dokumentari berkenaan sambil berkata: "Manusia menyerahkan tubuh mereka kepada sains sejak bertahun-tahun lamanya dan jika mereka tidak menawarkan diri untuk kajian tiada penemuan dapat diperoleh," katanya.
Sejak beberapa bulan ekoran kematiannya Januari lalu, organ dalaman Billis diambil dan disimpan di dalam balang kecuali otak dan jantungnya. Kulitnya dilumur dengan campuran minyak serta resin dan dimandikan dengan natron, sejenis garam ditemui di dasar sungai kering di Mesir.
Selepas sebulan berada dalam tangki kaca di Pusat Perubatan di Sheffield yang menempatkan rumah mayat di bandar raya itu, mayatnya dikeluarkan, diletakkan di kamar kering serta dibalut dengan kain.
Dr Stephen Buckley dari Universiti York yang membantu melakukan penyelidikan mengenai teknik pengawetan mumia sebelum program itu berkata, mayat Billis kini dapat bertahan hingga beberapa milenium lagi.
metro/- | Himpun: Tidak sertai bukti PAS beretika Posted: 18 Oct 2011 06:50 PM PDT 21 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 19 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyambut baik keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang menegaskan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Ummat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang akan diadakan di Shah Alam pada 22 Oktober ini.
Timbalan ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata, pihaknya menyifatkan tindakan PAS Pusat untuk tidak menyertai majlis Himpun tersebut kerana menghormati pihak penganjur yang tidak mahu majlis himpunan tersebut dijadikan pentas politik telah menunjukkan bahawa PAS adalah parti yang sangat beretika dan bertanggungjawab.
"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan semoga pihak penganjur himpunan tersebut akan dapat mengawal suasana majlis supaya tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab 'merosakkan' suasana himpunan tersebut dengan mainan politik murahan dan perkauman," ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, ujar beliau, pihaknya mendoakan semoga majlis Himpun akan berjalan dengan lancar dan baik dan akan menatijahkan satu resolusi yang akan memperkasakan kehidupan beragama yang syumul kepada seluruh warga Muslim di dalam negara ini.
Selain itu, tambahnya peserta himpunan perlu mendesak pihak kerajaan supaya dapat menggubal dan melaksanakan undang-undang hudud untuk mempertahankan aqidah umat Islam masakini yang telah semakin 'rosak' bersama arus perubahan semasa.
PAS Selangor menyeru penganjur Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun), menjauhkan diri dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah.
Kelmarin, Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.
"Sebarang usaha melaga-lagakan antara penganut pelbagai agama dengan tidak beserta sebarang bukti kesalahan yang diputuskan mahkamah perlu dijauhi.
"Tindakan sebegini hanya bertujuan untuk menutup masalah sebenar yang menimpa umat Islam, di mana aqidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya yang pada akhirnya meletakan kesalahan itu dibahu pihak lain," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di Shah Alam.
harakahdaily/- | |
PAS KDAS 3 Posted: 18 Oct 2011 09:39 PM PDT |
PAS Negeri Sembilan Posted: 18 Oct 2011 09:36 PM PDT Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda Posted: 18 Oct 2011 01:04 AM PDT Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda 18 Okt 2011 Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah yang berlainan jantina. Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya tanpa sebarang ikatan yang sah. Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk masuk campur seterusnya mendiamkan diri. Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam. Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh. Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di rumah-rumah pelajar ini. Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga jabatan agama Islam. sekian. By: anonymous Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/maksiat-berleluasa-di-kolej-lagenda | Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights Posted: 18 Oct 2011 01:03 AM PDT Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights 18 Okt 2011 Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya siap 2003 sebanyak 152 unit Rumah Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat 119 unit . Rumah telah terbengkalai , saya telah membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap bulan hingga sekarang. Setiap tahun juga saya terpaksa membayar cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga sekarang. Saya juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut. Pihak berkenaan berjanji akan memberi ganti perumahan lain untuk kami memandangkan Projek Perumahan itu dihentikan berbahaya di lereng bukit. Semasa pembelian saya tidak tahu kedudukan rumah tersebut hanya diberitahu rakan dan melihat melalui gambar dari pihak pemaju perumahan di Johor Bahru kerana saya bertugas di Johor Bahru. Masalah ini patut dapat di atasi segera kerana setiap kali belanjawan ada disebut masalah rumah terbengkalai akan diambil berat seperti juga tahun 2011 dan memandangkan pilihanraya hampir tiba , saya , kami berharap masalah perumahan terbengkalai ini dapat disiapkan dan memberi penempatan baru kepada kami . Juga saya memang amat memerlukan tempat tinggal kerana 2014 akan bersara tiada tempat tinggal selepas persaraan . Kesiannilah saya yang terania dan selepas bersara tidak akan menyewa rumah pula. Sekian , terima kasih . Harap mendapat pembelaan dan berita gembira belanjawan 2011 dan sebelum pilihanraya menjadi kenyataan dan ditunaikan. By: NOR MALA Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-perpaduan-heights | |
DPP PADANG TERAP Posted: 18 Oct 2011 09:10 PM PDT MAJLIS PELANCARAN JENTERA PRU-13 PAS PADANG TERAP Posted: 18 Oct 2011 06:00 PM PDT
SEJAHTERA DI KEKAL ..PINCANG DIRANAP..Misi mengekalkan kemenangan Parlimen Padang Terap, Menawan Dun Kuala Nerang Dan Dun Pedu, PAS Padang Terap melangkah terus kehadapan membawa obor Perjuangan Islam | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 18 Oct 2011 03:20 PM PDT ZUL KULIM, BRAHIM ALI, EZAM ANTARA PENCERAMAH LANTANG 'HIMPUN' Posted: 18 Oct 2011 07:09 AM PDT Penganjur Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan Sabtu ini dengan sasaran mahu menarik lebih 100,000 peserta menegaskan, gerakan itu tiada kaitan dengan elemen politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan termasuk kaum lain. Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu juga tiada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang dilaporkan akan berucap pada majlis tersebut. "Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan (Ahli Parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan. "Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili Himpun," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Mohd Azmi menambah, pihaknya tidak akan membenarkan sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung. "Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas," kata beliau. Tegas beliau, perkara yang hendak difokus oleh Himpun adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak. | HIMPUN PERTUBUHAN HARAM SEPERTI BERSIH 2.0??? Posted: 18 Oct 2011 06:46 AM PDT Apakah program Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) serta badan-badan bukan kerajaan, NGO-NGO Islam merupakan sebiah pertubuhan haram seperti BERSIH 2.0? Apakah Himpun ini sebuah pertubuhan berdaftar dengan ROS?
Memandangkan sebuah sekretariat akan ditubuhkan yang mana Sekretariat ini akan dibantu oleh beberapa pasukan kerja yang akan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan tempat himpunan, kemudahan yang diperlukan, susur atur majlis, penyediaan makanan dan tempat solat, publisiti dan pemberitahuan awam, tetamu jemputan, iklan di media cetak dan elektronik serta media baru dan sebagainya. Jadi apakah kerajaan BN akan mengambil tindakan kepada mereka yang akan menghadirkan diri pada perhimpuan HIMPUN yang Insya Allah bakal diadakan pada Sabtu ini, 22 Oktober di Stadium Negeri Shah Alam seumpana mereka yang hadir ke perhimpunan Bersih 2.0 atas alasan pertubuhan haram....??? fikir-fikirkanlah!!! | DSAI AJAK DSNR DEBAT.... ADA BERAN? Posted: 17 Oct 2011 06:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 17 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kritikan Datuk Seri Najib Razak yang melabel Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 sebagai "belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat" adalah sesuatu yang dangkal. Malah Anwar berkata, kenyataan itu membuktikan Najib mengelak dari isu asas yang menjangkiti pentadbiran beliau seumpama tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni. Sehubungan itu Ketua Pembangkang berkata, beliau mempelawa Najib berdebat berkaitan kedudukan ekonomi negara dan persoalan berkaitan belanjawan. "Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada 2010, saya sudah pun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata wacana umum antara Pakatan Rakyat dan pentadbiran beliau pastinya memberi manfaat tidak terhingga kepada rakyat terutamanya ketika ekonomi negara memasuki wilayah yang tidak dikenali serta kegagalan pentadbiran beliau untuk melonjak ekonomi Malaysia. "Sewajarnya Datuk Seri Najib Razak perihatin terhadap kebimbangan meluas berkaitan kenaikan kadar hutang negara, bukannya mengejek kekhuatiran tersebut," kata beliau. Bekas timbalan perdana menteri dan bekas menteri kewangan ini berkata kadar hutang negara ditetapkan oleh pelbagai peruntukan undang-undang. Antara peruntukan tersebut adalah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Pindaan 2004) dan Akta Pelaburan Kerajaan 1983, yang menetapkan gabungan pinjaman tempatan tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari KDNK Negara. "Manakala Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Pindaan) mengehadkan pinjaman luar negeri pada RM35,000 juta pada sesuatu masa. "Selain dari kadar yang ditetapkan oleh peruntukan undang-undang, Perbendaharaan juga mengenakan peraturan ketat untuk diikuti demi mengukuhkan displin fiskal," kata beliau sambil berkata, "amalan ini, malah ditetapkan sebelum dari saya menjadi Menteri Kewangan lagi." Sebagai contoh perbelanjaan pengurusan untuk tahun terbabit tidak boleh melebihi unjuran pendapatan, katanya. Begitu juga pinjaman yang dibuat kerajaan hanya untuk dibelanjakan demi pembangunan, tambah beliau. "Oleh itu, wacana umum berkaitan kadar hutang negara kini menjadi persoalan undang-undang dan berkepentingan nasional, apatah lagi pentadbiran Datuk Seri Najib kini hampir melanggari kadar hutang negara yang dihadkan undang-undang serta cuba untuk menyembunyikannya dari pengetahuan umum," katanya. Menurut Anwar, laporan terkini Bank Negara menunjukkan hutang negara kini berada pada RM437,000 juta pada suatu tempoh yang berakhir pada 30 Jun 2011. Jumlah tersebut merupakan pecahan dari RM421,000 juta hutang tempatan dan RM16,000 juta hutang luar negara. Ini bermaksud negara kini sudah berada pada 51 peratus dari nisbah hutang tempatan kepada KDNK negara, sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang, yang hanya membenarkan tambahan hutang sebanyak RM 33,000 juta. "Oleh itu berdasarkan fakta ini adalah jelas kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya untuk membiayai perbelanjaan selebihnya bagi 2011 dan defisit RM46,000 juta untuk dibiayai oleh hutang lebihan sebagaimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2012," kata Anwar lagi. Menurut beliau, rakyat sedar unjuran pertumbuhan sebanyak lima hingga enam peratus yang diumumkan Najib dalam belanjawannya tidak tepat dan berkemungkinan besar pentadbirannya terpaksa bergantung kepada hutang demi membiayai janji janji pilihan rayanya. "Oleh itu debat serta wacana awam berkaitan ekonomi merupakan sesuatu yang mendesak terutamanya ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mengumumkan data ekonomi yang tidak meyakinkan dan sagu hati pilihan raya yang pastinya tidak mampu melonjak ekonomi negara. "Akan tetapi sekiranya Datuk Seri Najib Razak merasakan agenda ekonomi beliau mampu memberi manfaat kepada rakyat, adalah mustahak agar beliau memperincikannya kepada umum termasuklah menyatakan alasan mengapa beliau gagal melaksanakan perubahan struktur ekonomi secara menyeluruh termasuklah melaksanakan gaji minimum sejagat kepada seluruh pekerja dan merungkai monopoli di sektor barangan serta perkhidmatan awam," katanya. | SERAH TUBUH PADA WARGA ASING SYARAT BEBAS SUAMI Posted: 17 Oct 2011 05:49 PM PDT Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik. Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya. Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta. "Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu. "Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan. "Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan," kata sumber. Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang. Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya. "Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks. "Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu. Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain. Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian. Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya. .... berhati-hatilah dengan warga asing dan UMNO | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 18 Oct 2011 03:19 PM PDT 22 OKTOBER PAS TIDAK TERLIBAT Posted: 18 Oct 2011 02:21 PM PDT Himpun: PAS tidak terlibat
KUALA LUMPUR, 18 Okt: PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22 Oktober 2011 ini.
"PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, sebentar tadi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
PAS yang mengadakan mesyuarat lajnah politik pada malam ini telah membincangkan isu Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Mempertahankan Aqidah yang dijadualkan pada 22hb Oktober 2011 ini. PAS dimaklumkan bahawa majlis ini tidak melibatkan parti-parti politik, maka PAS mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
PAS memperingatkan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran himpunan ini agar bertindak selaras dengan peruntukan undang-undang negara, dalam menjamin keharmonian negara yang berbilang bangsa dan agama. Sebarang usaha untuk menimbulkan polemik perkauman dan agama akan membawa negara kepada satu suasana yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. PAS memandang berat sebarang usaha mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan politik dan pilihan raya.
Agenda menyelamatkan aqidah merupakan agenda murni tetapi ianya mesti diurus dengan cara berhemah. PAS menyokong segala usaha memantapkan aqidah oleh badan-badan NGO dan pelbagai pihak bagi memperkasakan aqidah umat Islam.
PAS mengambil pendirian bahawa pengukuhan aqidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini secara damai.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS
Himpunan Sejuta: Pemuda PAS perlu patuh keputusan parti, kata SU Agung
KUALA LUMPUR, 18 Okt — Pemuda PAS perlu mematuhi keputusan diambil kepimpinan parti berhubung Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang akan diadakan di Shah Alam Sabtu ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali.
Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat hari ini memutuskan bahawa biro politik PAS, yang akan bertemu malam ini, akan mengambil pendirian sama ada Himpun merupakan strategi Umno untuk menggunakan isu etnik menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Mereka berada di bawah kami. Apa sahaja kami putuskan, mereka mesti patuh," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider selepas sidang media Pakatan Rakyat hari ini.
PAS pusat akan membuat pendirian sama ada akan menyertai kempen Himpun ataupun sebaliknya malam ini.
Dalam satu kenyataan awal pagi tadi, Pemuda PAS berkata pihaknya menyokong perhimpunan tersebut yang bermatlamat mahu menegaskan pendirian mempertahankan akidah Islam dengan memfokus isu murtad.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan memberi sokongan sebagaimana diperlihatkan ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Semalam, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata, kepimpinan pusat akan mengadakan mesyuarat khas malam ini dan keputusan itu akan menentukan sama ada mereka akan menyertai Himpunan yang akan diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor Sabtu ini.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengambil pendekatan serupa sewaktu menyokong gabungan lebih 60 buah NGO Bersih 2.0 yang berjuang menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihan raya negara kita. Pemuda PAS bersama dengan himpunan dan denyut nadi puluhan ribu rakyat pada 9 Julai yang lalu.
"Insya-Allah, saya dan rakan-rakan Dewan Pemuda PAS mengambil sikap yang sama terhadap Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober kelak," kata Nasrudin.
Dr Rani yang juga Adun Meru berkata, PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu sidang media bahawa biro politik akan melihat sama ada terdapat agenda politik di sebalik penganjuran Himpun.
"Ya, anda mesti mempertahankan akidah anda tetapi tidak harus bertindak tidak adil ke atas kepercayaan-kepercayaan lain. Ketegangan kaum tidak harus dicetuskan," kata beliau.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, PAS akan mengetuai isu itu dan perikatan akan membuat keputusan akhir selepas pertemuan biro politik komponen tersebut malam ini.
"Kami sedang mengumpulkan maklumat sama ada terdapat pembabitan Umno. Adakah mereka benar-benar mempertahankan akidah? kata Ketua Umum PKR ini.
Beberapa jam sebelum sidang media itu, penganjur Himpun menegaskan, gerakan itu tiada kaitan dengan elemen politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan termasuk kaum lain.
Pengerusi Bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid berkata perhimpunan itu juga tiada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang dilaporkan akan berucap pada majlis tersebut.
"Zulkifli Nordin, Senator Ezam Mohd Noor dan (Ahli Parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan Himpun. Mereka juga tidak terlibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan.
"Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan, itu tidak mewakili Himpun," kata beliau dalam satu kenyataan. -TMI | SATU LAGI ISA NAJIB LUPA BATALKAN ! Posted: 18 Oct 2011 04:26 AM PDT Kempen batalkan segera kontrak Isa Samad selaku Pengerusi Felda!
KUALA LUMPUR, 18 Oktober : PAS dengan kerjasama Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) telah melancarkan kempen 'Gerakan Kempen Mansuhkan ISA 2.0' (Tan Sri Isa Samad) di Parlimen 18 Oktober lalu.
Perasmian dilakuka oleh ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dengan disaksikan oleh ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Pengerusi Anak, Mazlan Aliman.
Kempen itu bertujuan menggesa kerajaan segera menamatkan kontrak Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang kini dilihat memonopoli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF).
Mazlan Aliman berkata, kempen itu dilancarkan sebagai tanda bermulanya desakan agar kontrak beks Menteri Besar Negeri Sembilan itu dibatalkan.
Sehubungan itu, Mazlan berkata gerakan itu akan memulakan kempen mengumpul tandantangan warga Felda di setiap negeri dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir.
"Warga Felda akan turun padang dan berusaha habis-habisan menyingkirkan Isa dan sebelum sidang berakhir, kami akan serahkan tandangan yang dikumpul kepada Perdana Menteri supaya beliau mendengar suara hati warga Felda," katanya.
Selain Anak, antara NGO lain yang menyertai gerakan ini ialah Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit) dan Waris.
Isa sebelum ini didakwa menimpulkan masalah kepada KPF semasa ketiadaan Pengurus Besar KPF, Dato' Zulkifli Abdul Wahab dengan mengambil alih KPF, dakwa Mazlan.
Apa yang paling menjolok mata ialah, pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF melanggar undang-undang kecil KPF dan bertujuan lain, katanya.
Menurut Mazlan, seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah seorang peneroka Felda atau anak peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda.
Namun Adun Bagan Pinang itu hanya dilantik secara kontrak, dan ianya sangat menyalahi undang-undang penubuhan KPF yang menguasai 51 peratus pegangan saham dalam Felda Holding, katanya,
Ditanya mengapa Isa beria-ia mengambil alih KPF, Mazlan mendakwa ia satu usaha memudahkan usaha menyenaraikan Felda Holding Ke Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Dengan tindakan ini, peneroka Felda sebenarnya berasa terancam dengan kerana ekuiti saham mereka akan terjejas sebaliknya syarikat-syarikat besar yang menagut keuntungan, ujarnya.
Terdahulu sebelum merasmikan kempen itu, Mazlan dan rombongannya telah mengetuai sekumpulan pemegang saham KPF ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Mereka telah menyerahkan surat bantahan mengenai pelantikan Isa dan menuntut perbicaraan dilakukan tribunal mengenai perkara membabitkan kepentingan warga Felda, kata Mazlan.
Dalam pertemuan itu, Anak dan pemegang saham Felda dimaklumkan Suruhanjaya Koperasi akan bersidang dalam masa terdekat melibatkan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan bagi menyiasat perkara itu,, katanya. Posted by Politiksukusakat at 2:53 AM | TIDAK MALUKAH MENTERI DALAM NEGERI? Posted: 17 Oct 2011 08:23 PM PDT Saudara Pengarang,
SAYA amat terkejut dengan tindakan dua pegawai polis 'Cawangan Khas' (SB) yang mengunjungi rumah saya 16 oktober 2011, meminta saya mengisi borang mengenai undi pilihanraya.
Pada mulanya saya ingat mereka bukanlah pegawai polis, tapi penyamar yang ingin merompak rumah kami kerana tindakan mereka mengambil gambar luar rumah. Saya memohon dengan pegawai polis ini supaya datang keesokan hari untuk menuntut borang kerana ragu akan tindakan mereka.
Saya segera bertanyakan hal ini kepada balai polis berhampiran, pada mulanya pihak polis di balai polis itu sendiri tidak tahu akan hal ini. Mereka juga ada mengatakan bahawa, jika ada apa-apa borang dari pihak polis, ianya selalu disertakan dengan logo balai polis; berbeza dengan borang yang pegawai polis dari cawangan khas ini berikan, tiada apa-apa logo tertera.
Tetapi apabila mereka menghubungi cawangan khas dan menanyakan hal ini, mereka mengakui ada pegawai mereka yang mendatangi rumah ke rumah untuk membuat banci.
Bukankah undi itu rahsia dan hak kami saya bertanyakan hal itu dengan mereka, mereka mengatakan ini cuma untuk mengira secara rawak sahaja. Tetapi di borang yang mereka berikan, ada diminta untuk menulis nombor kad pengenalan. Maka ini bukanlah secara rawak jika dokumen pengenalan diri juga diminta bersama.
Pada 16 oktober 2011, dua pegawai polis itu datang sekali lagi, meminta lagi borang itu. Saya bertanyakan sekali lagi, "Bukankah undi adalah rahsia? Sepatutnya kamu sebagai polis lebih tahu."
Mereka menjawab bahawa tindakan mereka adalah atas 'ARAHAN PIHAK ATASAN'. Saya telah menelefon pihak Suruhanjaya Pilihanraya dan mereka sekali lagi menegaskan bahawa tindakan pegawai polis tersebut adalah salah dari segi undang-undang kerana sekali lagi dinyatakan, "UNDI ADALAH RAHSIA".
Kepada Ketua Polis Negara dan OCPD, hentikanlah kerja sia-sia ini kerana kami tidak akan memberikan hak kami untuk dinodai.
Salam Hormat,
MARDIANY DIGONG | SEDIH BAPAK KURANG AJAR CUBA MENGAJAR Posted: 17 Oct 2011 06:45 PM PDT Pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, hari ini, menempelak mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membidasnya kerana mendakwa tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah adalah perlakuan kurang ajar.
NONE"Kata Mahathir saya bersifat kurang ajar, tidak bermoral terhadap raja-raja. Adakah beliau betul?
"Cuba bandingkan, apa yang saya katakan dan tulis (mengenai Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama) dengan apa yang diperkatakan dan dilakukannya pada tahun 1983 dan 1993," kata Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.
Sebagai mengimbas semula, kenyataan Aziz yang bertajuk "Ehhh....look who's talking?" menceritakan bagaimana pada 1983, Mahathir meminda perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, kuasa menggistiyharkan darurat juga dipindahkan daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu mencetuskan krisis, katanya.
Menurut Aziz lagi, pada 1993, Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.
"Semua pindaan itu juga menimbulkan krisis.
"Dalam kedua-dua peristiwa itu, beliau juga menganjurkan perhimpunan di seluruh negara bagi membidas raja-raja (agar rakyat bangkit menyokongnya)," katanya.
Dr Mahathir selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-11 Universiti Teknologi Petronas (UTP), di Parit, semalam dilaporkan berkata tindakan Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.
Ahkbar milik Umno, Utusan Malaysia juga memetik mantan perdana menteri itu berkata, walaupun ia mungkin tidak menyalahi undang-undang, tindakan Aziz yang enggan meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.
"Kalau dalam bahasa Melayu, kita kata kurang ajar. Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Mahathir.
conference of rulers majlis raja rajaBagaimanapun menurut Aziz, terpulang kepada rakyat menentukan siapa sebenarnya yang bersikap kurang ajar kepada raja-raja Melayu kerana umum tahu pendirian Dr Mahathir dan Umno yang seringkali tidak tetap dan akan memihak kepada keputusan yang menguntungkan mereka.
"Dua tahun lalu, dia (Dr Mahathir) kata OK bagi pihak Istana menyingkirkan (Menteri Besar Perak Datuk Seri) Nizar (Jamalauddin).
"Dan awal tahun ini pula, beliau berkata dirinya tidak pernah merampas kuasa sultan dalam pelantikan SUK (Setiausaha Kerajaan Negeri) Selangor (selepas Sultan bertitah baginda tidak lagi mempunyai kuasa melantik SUK)."
azlanPada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.
Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.
Berikutan itu, pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.
sumber : www.malaysiakini.com | KURANG 1 , 500 SPR TANGGUH ! Posted: 17 Oct 2011 03:59 PM PDT SPR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos
Muhammad Yusri Amin KETEREH, 17 Okt: Pada akhir tahun lepas penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos. Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut. Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua baru-baru ini, undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.
Kali ini terdapat seramai 408 pengundi pos isteri anggota tentera disenarai pada daftar tambahan itu. Persoalannya siapa yang mendaftar bagi pihak isteri anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain di Kementerian Pertahanan atau pihak mana. Kemunculan senarai baru pengundi pos isteri tentera itu dibantah lagi. Perbicaraan proses bantahan itu diadakan di hadapan pegawai SRP bermula Khamis lalu. Pegawai kanan SPR dari Putrajaya juga hadir. Hari kedua perbicaraan diadakan semalam, namun terpaksa ditangguh ekoran bantahan dibuat PAS. Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak pembantah mempertikaikan tatacara perbicaraan memandangkan orang kena bantah (OKB) tidak dapat menjelaskan borang memohon undi pos diisi sendiri. Katanya, keraguan itu pada peringkat awal cuba dipertahankan SPR tanpa dapat menunjukkan dokumen bagi mengesahkan pengundi pos terbabit mengisi sendiri borang A. "Kami membuat bantahan terhadap tatacara pengendalian perbicaraan SPR dan akhirnya pegawai menangguh kes tersebut bagi merujuk kes itu kepada Putrajaya," katanya ketika ditemui di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam. Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir, Pengarah Pilihan Raya Ketereh, Mohd Asri Abdul Rahman dan Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood. Hadir sama mantan Ahli Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim dan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafei. Sebelum itu lebih 500 penduduk tempatan yang hadir menunaikan solat hajat di perkarangan pejabat berkenaan. Perbicaraan awam proses bantahan itu bermula 13 Oktober dan dijangka berakhir 27 Oktober. Takiyuddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, bantahan yang dibuat itu terhadap SPR dan bukan melibatkan OKB. | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 18 Oct 2011 01:14 PM PDT Perdaya isteri rakan Posted: 17 Oct 2011 11:00 PM PDT
MELAKA: Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.
Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.
"Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.
"Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.
"Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan," kata sumber.
Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.
Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.
"Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.
"Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.
Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.
Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya.
H/metro | Bunuh Anak Tiri Posted: 17 Oct 2011 07:00 PM PDT
ALOR GAJAH: Tempoh tahanan reman terhadap seorang jurujual yang menjadi suspek kes bunuh anak tirinya, Mohd Firdaus Mat Dan, 6, disambung enam hari lagi bagi membolehkan polis melakukan siasatan dengan lebih terperinci.
Majistret Siti Suriatey Mohamad Yusoff, membenarkan lelaki itu ditahan reman hingga 23 Oktober ini selepas tempoh reman suspek berusia 37 tahun itu berakhir semalam.
Ia tahanan reman kedua terhadap suspek berkenaan bagi membantu polis meneruskan siasatan berhubung kematian Mohd Firdaus pada 10 Oktober lalu.
Sebelum ini, suspek dibenarkan ditahan reman selama tujuh hari bermula 11 Oktober lalu oleh mahkamah sama.
Suspek yang memakai baju lokap dibawa menaiki van polis dan tiba di Mahkamah Majistret Alor Gajah kira-kira jam 9.30 pagi.
Dia dibawa masuk melalui pintu belakang mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Akhbar ini pada 12 Oktober lalu melaporkan Mohd Firdaus yang dihantar bapa tirinya ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
Hospital yang menyedari terdapat beberapa kesan kecederaan pada tubuh mangsa termasuk kedua-dua kakinya dipercayai akibat terkena benda panas. | Bapa Maut Posted: 17 Oct 2011 04:30 PM PDT
MELAKA - Seorang bapa kepada dua anak maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika kenderaan ditungganginya terjatuh di Jalan Datuk Mohd. Zain, Batu Berendam di sini, semalam.
Dalam kejadian pukul 3 petang, Shahrul Hisham Daud, 22, dikatakan baru pulang menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah pasar raya berhampiran.
Menurut sumber, mangsa ketika itu datang dari arah Taman Merdeka Permai menuju arah Bachang sebelum motosikalnya dikatakan terbabas dan terjatuh di tengah jalan.
Norhanisah sayu melihat mayat suaminya. Gambar kecil, Shahrul Hisham.
"Sebaik sahaja terjatuh, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun," katanya di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini meninggal dunia di tempat kejadian.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, isteri mangsa, Norhanisa Nordin, 21, berkata, dia tidak menyangka permintaan untuk menemaninya hingga ke kaunter wang tempat kerjanya itu merupakan permintaan terakhir arwah.
"Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang beria-ia mahu menghantar saya sehingga ke kaunter pembayaran tetapi saya menolaknya kerana tidak mahu menyusahkannya.
"Tidak lama selepas itu, saya terkejut apabila diberitahu dia terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.
Hasil perkahwinan pada 2008, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan berusia tiga tahun dan 18 bulan. | |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 18 Oct 2011 12:28 PM PDT UMNO GELABAH??? Posted: 17 Oct 2011 09:43 PM PDT KUALA TERENGGANU, 18 Okt: Pemimpin Umno BN termasuk ahli akademik menjadi resah apabila PAS Terengganu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan', Sabtu lepas. Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno, PR Ganti BN itu seperti berikut: 1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman 2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN 3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami 4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan 5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin "Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Tiba-tiba, katanya Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan berkata, manifesto itu hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai. Soalnya, bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh sedangkan PAS pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji. "Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika PAS kembali berkuasa di Terengganu?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurutnya, jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa. Katanya, sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian PAS mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu. "Bukankah Terengganu di bawah PAS telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik?" tanya beliau lagi. Namun, jelasnya PAS berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat tetapi selepas PAS tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua. Justeru, ujarnya kenapa PAS mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak, jawapannya pemimpin PAS menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik. Soalnya lagi, apakah kedua-dua pensyarah itu menganggap pencapaian BN yang memerintah negeri itu adalah pemerintahan yang terbaik sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai 'Negeri Runtuh'. Katanya, kenapa mereka tidak komen mengenai stadium di Gong Badak yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak membaikinya RM25 juta, bumbung Masjid Batu Putih, Kemaman RM2.1 juta runtuh, perhentian bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, kolam renang di Batu Buruk berharga RM18 juta rosak setelah setahun digunakan. "Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak?" soalnya. Beliau berkata, mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka 'terlalu biru' sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.
| PGU 100K MERUBAH LANDSKAP POLITIK TERENGGANU Posted: 17 Oct 2011 04:42 PM PDT Posted by Saiful at 10:00 PM | | Syabas & tahniah kepada semua petugas, penyokong, rakyat Terengganu yang menghadiri lautan manusia di Pantai pandak, Cendering sempena PGU 100K. Program Pas Ganti Umno kali ke-3 ini diadakan pada 14 & 15hb Oktober baru-baru ini selepas PGU yang diadakan kali pertama di Cukai kemaman di Parlimen MB Terengganu sekarang. Manakala PGU kali ke-2 diadakan di jerteh Besut iaitu diparlimen Idris jusoh iaitu bekas MB. Kini dikawasan tengah iaitu di Kuala Terengganu, PGU diadakan untuk melihat kebangkitan rakyat bagi merampas kembali Wisma darul Iman dari Umno-BN dalam pilihanraya ke 13 nanti. Meskipun venue asal iaitu Kg Tanjung, Bandar Kuala Terengganu dipagar zink dengan segera untuk menghalang program PGU diadakan disitu, alhamdulillah meskipun hanya tempo seminggu PGU yang dimeriahkan di pantai Pandak berjalan dengan jayanya dan sasaran melebihi 100K sepanjang dua hari program berjalan. Meskipun dihalang dengan beberapa siri roadblock polis, paku payung yang ditabur ditengah jalan kearah PGU... Bendera yang dicabut oleh pihak bandaraya, pihak yg cuba sabotaj agar dipulau program PGU tetapi semua ini tidak menghalang kehadiran ribuan rakyat kemajlis tersebut. Program bermula pada pagi jumaat 14hb Ok. 2011, apabila kuliah Tuan Guru Presiden yang diadakan di Rusila yang tak berapa jauh dari venue PGU. Khutbah jumaat diatur kebeberapa masjid disekitar bandar Kuala Terengganu. Pukul 3.00 petang bermulanya pertandingan memancing yang dihari beratus peserta di Pantai pandak. Banyak hadiah disertakan. Dalam masa yang sama muslimat mengisi program dipentas termasuklah program motivasi yang disampaikan oleh Ketua Nisa' Pas Pusat iaitu Puan Mastura. Malamnya ceramah pembukaan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Mohd Nor Manuty iaitu Ketua Penerangan PKR Malaysia. YB DR Tan Siang Giew serta Timbalan Presiden Pas iaitu Hj Mohd Sabu. Dipagi Sabtu 15hb.Okt 2011. Program bermula dengan acara berbasikal anak muda geng kite bersama pendakwah tersohor iaitu Ustaz Azhar al-Idrus. bermula dari Masjid terapung ke Pantai pandak, Tapak PGU. Hampir 400 peserta berkayuh pada jam 8.30 pagi. Bacaan ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh Ust Yahya Ali Akademi Al-Quran sempena pembukaan majlis perasmian Ucapan aluan Pengarah Program PGU 100K Ucapan Pesuruhjaya Pas Terengganu YB Abdul wahid endut Ucapan Presiden Pas Tuan Guru haji Abdul hadi awang Ucapan Perasmian hampir 50 minit daripada Tuan guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Para peserta setia mendengar meskipun dibawah cahaya matahari terik mana pergi pengiring motor klasik ni? pah kemana pemandunya??? Dua anak muda memandu Volvo klasik dengan pakaian tradisi melayu menyerahkan gunting kepada Tuan Guru bagi memotong riben melepaskan belon. Ia bersama banner melambangkan lambang parti islam pas bermula dengan lima jari, lambang bulan bintang dan lamabang kini bulan purnama. Kesempatan juga diambil oleh wakil Palestine menyampaikan cenderahati kitab tafsir kepada Tuan Guru Murshidul Am & Tuan Guru Presiden oleh wakil HAMAS Palestine Saudara Abdul malik. Selesai sudah acara perasmian. Jamuan rakyat disediakan dengan 20 ekor lembu ditumbangkan bagi menjamu para peserta dengan ala kadar sempena PGU kali ini. Pukul 3.00 petang program disambung semula. Tiga program berjalan serentak. Program Nisa', muslimat serta keluarga diadakan di pentas utama. Manakala Kelab 4X4 Pas juga turut sama mempersembahkan aksi lasak serta pertandingan antara para peserta 4x4. Nampaknya semua venue penuh dengan para penonton melihat aksi masing-masing khususnya anak-anak muda. Selepas solat asar jam 5.00 petang. Artis serta selebriti terkenal Iwan Syah Dangdut yang mula kembali dengan lagu-lagu dakwah memukau para penonton dengan persembahan bertenaga. Ia menarik ribuan penonton dihadapan pentas PGU. masa sengang diisi dengan tazkirah rengkas oleh ust Azman Syapawi Abdul Rani Malamnya ceramah penutup dan kemuncak. Ia membariskan ucapan Pesuruhjaya, YB Leong Ngah Ngah iaitu AJK DAP pusat serta ucapan Presiden Pas serta pelancaran Manifesto Pas Terengganu bagi menghadapi PRU 13 bertemakan TERENGGANU MAJU: ISLAM BERDAULAT, NEGERI BERKEBAJIKAN Disebut juga sempena pelancaran 5 daripada 10 janji utama manifesto dan akan diumumkan bakinya dalam program yang akan datang Pihak penganjur merakamkan terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program besar ini dan sekalung tahniah kepada rakyat yang sedia bangkit bersama di menggantikan Umno dengan Pas. semoga matlamat ini direalisasikan Allah dlm Pru akan datang. | |
Dupahang's Weblog Posted: 18 Oct 2011 11:57 AM PDT Syariah II – Sidang Media Tok Guru Nik Aziz Posted: 17 Oct 2011 09:08 PM PDT | Orang media jangan halang ‘sempadan Allah’ Posted: 17 Oct 2011 09:04 PM PDT HKR-PGU100k Sidang Media Presiden PAS KUALA TERENGGANU – PAS memberikan peringatan kepada semua pihak, melaksanakan undang-undang Islam termasuk undang-undang Hudud dan Qisas, adalah suatu tanggungjawab agama yang mesti dilaksanakan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kewajipan tersebut merangkumi semua orang yang beragama Islam, termasuk orang media yang beragama Islam. Beliau menegaskan, [...] | |
Batu Gajah Mari Posted: 18 Oct 2011 11:47 AM PDT KANTOI !! Ahli Parlimen BN ber Facebook ketika Najib bentang Bajet ! Posted: 18 Oct 2011 04:44 AM PDT Hahahaha.... Ape nak jadi... deme pon x lalu dgr bajet Najib.. Merapu meraban je.. haha
| PANAS! UMNO tayang Video lucah kepada kakitangan kerajaan!!! Posted: 17 Oct 2011 10:48 PM PDT
KUALA KANGSAR : Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar,Perak 17 Oktober lalu berhubung satu aduan mengenai tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang Ketua Penerangan Umno,Datuk Ahmad Maslan yang didapati telah menayangkan satu rakaman video seks kepada umum.
Majlis Penerangan Perdana anjuran Kerajaan Negeri Perak itu yang diadakan pada hari Sabtu,15 Oktober 2011 antara jam 9.30 pagi hingga 1 tengahari itu turut dihadiri kira-kira 2,000 orang daripada kakitangan kerajaan,pertubuhan NGO serta orang ramai dan pemimpin kerajaan Pusat dan Negeri antaranya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir,Setiusaha Kerajaan Negeri,Datuk Abdul Rahman Bin Hashim serta beberapa Exco Negeri antaranya Datuk Mah Hang Soon.
Megikut beberapa saksi kejadian,semasa Majlis Penerangan Perdana itu,Ahmad Maslan ada membuat satu ucapan sambil menayangkan video seks yang dikatakan mirip Ahli Parlimen Permatang Pauh,yang juga Ketua Pembangkang,Dato Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga telah menuduh serta meyakinkan kepada tetamu yang hadir bahawa pelaku tersebut adalah Dato Seri Anwar.Tayangan tersebut juga di buat berulang ulang kali sehinggakan ada beberapa wanita yang hadir keluar dari dewan kerana rasa malu melihat tayangan video itu.
Berikutan kejadian tersebut pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Perak,Ustaz Zulkifli Ibrahim telah bergegas membuat satu laporan polis dan berharap polis dapat menjalankan siasatan dengan adil serta telus dan segera mendakwa beliau.
Menurutnya lagi,tayangan video seks tidak wajar ditontonkan kerana ianya menyalahi perundangan negara dan boleh disiasat mengikut seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber berita dari PKR Cabang Tambun
| Dr Maza : Sultan Bukan Nabi, Mereka Tidak Maksum Posted: 17 Oct 2011 08:14 PM PDT daripda Tweeter Dr Maza
"Tahniah Prof Aziz Bari. M'sia mmerlukan org spt anda yg merdeka fikiran. Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bkn nabi, mrk tdk maksum."
yeah... Satu kata yang sungguh menarik... Tahniah Dr Maza dan Prof Aziz Baari
| Jom ke Bagan Serai! Posted: 17 Oct 2011 07:32 PM PDT | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Posted: 18 Oct 2011 09:08 AM PDT |
KHIDMAT MERU Posted: 18 Oct 2011 09:03 AM PDT PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA PAS BUKIT SUBANG Posted: 17 Oct 2011 02:09 PM PDT PAS Cawangan Taman Bukit Subang dibawah pimpinan Ketua Cawangannya Saudara Jamil telah mengadakan jamuan Hi Tea bagi melancarkan program Pelancaran Jentera P/raya Umum ke 13 . Tetamu jempuan yang sempat manghadiri majlis tersebut ialah YB Dr Mariah Mahmud, YB Dr Rani Osman dan beberapa pimpinan dari DHPP dan PKR. Dalam ucapannya, Dr Mariah meminta petugas-petugas jentera pilihanraya lebih kerap turun ke padang untuk bersemuka dengan rakyat dan memenangi hati mereka. Dr Rani pula menekankan pentingnya luahan hati rakyat di dengari dan diambil berat dan cuba diatasi bagi menjamin kepercayaan di akar umbi terus menjalar luas dikalangan mereka.
| |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 18 Oct 2011 09:03 AM PDT Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights Posted: 18 Oct 2011 01:05 AM PDT Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights 18 Okt 2011 Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya siap 2003 sebanyak 152 unit Rumah Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat 119 unit . Rumah telah terbengkalai , saya telah membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap bulan hingga sekarang. Setiap tahun juga saya terpaksa membayar cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga sekarang. Saya juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut. Pihak berkenaan berjanji akan memberi ganti perumahan lain untuk kami memandangkan Projek Perumahan itu dihentikan berbahaya di lereng bukit. Semasa pembelian saya tidak tahu kedudukan rumah tersebut hanya diberitahu rakan dan melihat melalui gambar dari pihak pemaju perumahan di Johor Bahru kerana saya bertugas di Johor Bahru. Masalah ini patut dapat di atasi segera kerana setiap kali belanjawan ada disebut masalah rumah terbengkalai akan diambil berat seperti juga tahun 2011 dan memandangkan pilihanraya hampir tiba , saya , kami berharap masalah perumahan terbengkalai ini dapat disiapkan dan memberi penempatan baru kepada kami . Juga saya memang amat memerlukan tempat tinggal kerana 2014 akan bersara tiada tempat tinggal selepas persaraan . Kesiannilah saya yang terania dan selepas bersara tidak akan menyewa rumah pula. Sekian , terima kasih . Harap mendapat pembelaan dan berita gembira belanjawan 2011 dan sebelum pilihanraya menjadi kenyataan dan ditunaikan. By: NOR MALA Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-perpaduan-heights | Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda Posted: 18 Oct 2011 01:04 AM PDT Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda 18 Okt 2011 Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah yang berlainan jantina. Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya tanpa sebarang ikatan yang sah. Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk masuk campur seterusnya mendiamkan diri. Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam. Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh. Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di rumah-rumah pelajar ini. Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga jabatan agama Islam. sekian. By: anonymous Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/maksiat-berleluasa-di-kolej-lagenda | |
mtdchenderoh Posted: 18 Oct 2011 07:03 AM PDT ZIARAH HANAFI JABATAN AMAL Posted: 17 Oct 2011 08:49 AM PDT Dr Azalan sedang bertanyakan sesuatu kepada Hanafi Adik Ridzuan b. Hanafi (9 tahun) selamat menjalani pembedahan buat kali ke dua jam 9 malam tadi di Hospital Taiping. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Taiping pada hari khamis yang lalu telah menjalani pembedahan pertama kerana Apendiks.
Namun semalam beliau mengalami masalah kembung perut dan masalah pada bahagian usus menyebabkan beliau terpaksa dibedah buat kali kedua hari ini.
Bapa beliau, saudara Hanafi (gambar) merupakan salah seorang anggota Jabatan Amal yang aktif di Kawasan Padang Rengas.
Petang tadi, Dr Azalan Radzi (Naib YDP Pas Kawasan Pdg Rengas) bersama dengan Kepimpinan Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas telah menziarahi beliau dan sempat menunggu hingga pembedahan selamat dijalankan.
Mudah- mudahan saudara Hanafi sekeluarga tabah menghadapi dugaan.
Bagi sahabat- sahabat yang berkelapangan bolehlah menziarahi anak beliau di wad 3D hospital Taiping. | |
Blog Dewan Pemuda PAS Johor Posted: 18 Oct 2011 03:57 AM PDT POSTING TERAKHIR BLOG : KOLEKSI SEJARAH DPPNJ 2005 - 2011 Posted: 17 Oct 2011 03:50 PM PDT Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Sebagai admin asal blog ini yang asalnya adalah sebuah blog yang menjadi blog rasmi Ketua Dewan Pemuda PAS Johor sehinggalah dinaiktaraf kepada blog rasmi Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa blog ini akan menjadi blog rujukan kepada perkembangan DPPNJ daripada tahun 2005 sehinggalah bulan Mei 2011.
Perkembangan baru DPPNJ bagi sesi 2011 - 2013 tidak dimasukkan di dalam blog ini.
Saya mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang terlibat secara langsung dalam mengemaskini blog ini selama tempoh yang telah saya nyatakan di atas.
Mudah-mudahan kandungan blog ini akan memberikan manfaat kepada perkembangan DPPNJ pada masa akan datang.
Wassalam
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan