Selasa, 18 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 18 Oct 2011 01:19 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Penjawat awam Kelantan terima bonus

Posted: 18 Oct 2011 01:16 AM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 18 Okt: Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan pemberian bonus untuk kali kedua dalam tahun ini yang akan dibayar kepada penjawat awam negeri pada Disember ini.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bonus yang diberikan tersebut adalah selari dengan kerajaan Persekutuan yang telah mengumumkan pada pembentangan bajet 2012 baru-baru ini iaitu separuh gaji atau minima RM500 bagi semua penjawat awam.

"Alhamdulillah, sekalipun dikatakan orang kantung negeri Kelantan selama ini kempis, namun kita tetap mampu memberikan penghargaan dalam bentuk bonus kepada kakitangan," ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika membentang Belanjawan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini. Teks beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau lagi, kerajaan sentiasa menghargai jasa kakitangan di sektor awam dan pentadbiran dan kerajaan akan sentiasa memastikan kebajikan kakitangannya diambil berat.

"Saya juga ingin merakamkan tahniah kepada jentera pentadbiran negeri kerana pada pertengahan tahun 2011 boleh dikatakan semua jabatan telah mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran dan terjemahan pada setiap pagi dan diharapkan dapat diteruskan pada sepanjang masa," katanya lagi.

Katanya, belanjawan yang bertemakan 'Kesejahteraan Bersama Keberkatan' itu, kerajaan berhasrat untuk berbelanja secara bijaksana dan berhemat dengan bermatlamatkan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Husam berkata, bajet itu menumpukan kepada tiga aspek utama iaitu penjanaan ekonomi untuk semua rakyat, pembinaan insan yang berteraskan Islam serta pembelaan golongan daif dan miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas serta mereka yang memerlukan.

Berasaskan tema tersebut, ujarnya bajet negeri terus berpaksikan kepada strategi berikut iaitu memastikan hasil tunggakan keraajan negeri dapat dipungut dengan memantapkan jentera kutipan hasil, memberi fokus kepada aspek pembangunan negeri serta mengurangkan ketidakseimbangan sosio ekonomi terutamanya memastikan matlamat membasmikan kemiskinan tegar.

Begitu juga, ujarnya dengan memastikan perbelanjaan berhemah sepanjang masa, memastikan kesejahteraan rakyat dengan mengimbangi pembangunan fizikal dan rohani dalam kerangka pembangunan insan yang komprohensif, memastikan kemudahan infrastruktur diselenggara dengan baik dan mewujudkan urustadbir yang baik dengan berlandaskan ubudiyah, masuliyyah dan itqan.

"Bagi merialisasikan tema bajet ini, anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2012 berjumlah RM513.49 juta berbanding RM464.13 juta dalam tahun 2011," ujar beliau.

Sementara itu, katanya anggaran pendapatan negeri bagi tahun 2012 ialah RM430.27 juta yang meliputi hasil cukai sebanyak RM88.49 juta, hasil bukan cukai RM196.24 juta, sementara terimaan bukan hasil sebanyak RM145.54 juta.

Menurutnya, jumlah tersebut menunjukkan berlakunya peningkatan dalam hasil sebanyak RM19.38 juta atau 5 peratus berbanding dengan anggaran hasil 2011.

Menurut Husam lagi, peningkata hasil itu adalah berpunca dari beberapa penyemakan semula hasi yang dibuat oleh jabatan dan hasil tanah menjadi penyumbang terbesar dengan jumlah RM109.46 juta atau 25.44 peratus dari keseluruhan jumlah hasil.

harakahdaily/-

Budak maut dipijak gajah

Posted: 18 Oct 2011 01:00 AM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

HANOI: Seekor gajah sarkas menangkap seorang budak perempuan dengan belalainya, mencampak mangsa ke tanah dan memijaknya hingga mati, kata polis semalam.

Kejadian berlaku ketika budak terbabit, Nguyen Thao Anh, cuba memberi tebu kepada gajah berkenaan.

Polis berkata, kejadian berlaku di Lao Cai yang terletak bersempadan dengan China. - AFP

84 Maut Akibat Hujan Lebat Di Amerika Tengah

Posted: 18 Oct 2011 12:45 AM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SAN SALVADOR: Kira-kira 84 orang terbunuh manakala sembilan lagi masih hilang dalam kejadian hujan lebat yang melanda wilayah Amerika Tengah sejak seminggu lalu.

Hujan lebat itu menyebabkan banjir lumpur, runtuhan tanah dan jambatan sehingga memaksa ribuan penduduk berpindah ke kawasan lebih selamat.

Pengarah Perlindungan Sivil El Salvador, Jorge Melendez berkata, hujan lebat itu akan berterusan sehingga esok.

Jumlah hujan yang turun sejak tujuh hari lalu melebihi rekod kumulatif ribut taufan yang mengorbankan kira-kira 1,000 penduduk di wilayah itu pada 1998.

Pemimpin tertinggi wilayah El Salvador dan Nicaragua mengisytiharkan darurat bencana alam pada Isnin.

Presiden Guatemala, Alvaro Colom bertemu dengan ahli Kongres untuk mempercepatkan keputusan bajet bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada kawasan yang terjejas teruk.

Di El Salvador, seramai 32 orang maut akibat hujan lebat manakala Guatemala merekodkan 31 kematian.

Kira-kira 13 orang lagi terbunuh di Honduras dan lapan dilaporkan maut di Nicaragua.

Hujan lebat itu menyebabkan 250,000 penduduk terjejas.

mStar/-

Warga Indonesia dijumpai mati dengan kesan kelar

Posted: 18 Oct 2011 12:30 AM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang warga Indonesia dijumpai mati dengan kesan kelar di leher di kawasan tapak pembinaan di Taman Rimbunan, Kepong di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Ketua Polis Sentul ACP Zakaria Pagan berkata mayat lelaki itu yang belum dikenal pasti identitinya ditemui pada 7 pagi oleh seorang pekerja di tapak pembinaan itu.

Polis tidak menolak kemungkinan pembunuhan lelaki berumur lingkungan 30-an bermotifkan cemburu, katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki cedera dilibas dengan pisau ketika cuba menyelamatkan seorang wanita dirompak RM100 oleh seorang lelaki di mesin ATM di sebuah bank di Jalan Ipoh semalam.

Zakaria berkata dalam kejadian pada pukul 9 malam tadi, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu cedera di bahu kiri dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

"Suspek yang ketika itu memakai topi keledar penuh bertindak sedemikian setelah terkejut dengan tindakan mangsa yang cuba memukulnya dengan menggunakan beg galas.

"Selepas mencederakan mangsa, suspek merompak dua lagi lelaki yang baru tiba di bank tersebut tetapi jumlah wang yang dirompak dari dua lelaki itu tidak dapat dipastikan lagi," kata Zakaria.

Beliau berkata suspek yang lingkungan umur 20-an itu telah melarikan diri bersama rakannya yang menunggu di tepi jalan berhampiran bank itu dengan menaiki motosikal.

Terdahulu pada majlis itu, seramai 123 anggota polis dari daerah Sentul yang berpangkat Lans Koperal dinaikkan pangkat kepada Koperal.

- Bernama

Media Malaysia belum bebas

Posted: 18 Oct 2011 12:00 AM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaaan (KPKK) memberitahu tindakan tidak menjemput pengamal media alternatif dan juga media atas talian (online) pada Majlis Perundingan Media (MPM) pada 25 Julai yang lalu adalah kerana unsur fitnah yang diamalkan oleh media terbabit.

Timbalan Menteri KPKK, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz menyatakan demikian semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua (gambar) mengenai bagaimana pihak kementerian melantik anggota-anggota MPM serta mengapakah tidak merangkumi media portal atas talian (online).

Tambah Tian lagi, kebebasan media di negara ini masih lagi berada pada peringkat yang membimbangkan.

"Melihat pada kedudukan kebebasan media, Malaysia berada pada kedudukan 143 dari 196 ia memperlihatkan media Malaysia belum bebas sepenuhnya.

"Dalam mengembalikan kebebasan media kenapa perundingan tersebut hanya melibatkan media arus perdana sahaja sedangkan media alternatif tidak dijemput sekali," jelas Tian.

Dalam pada itu KPKK juga memberitahu perbincangan yang turut disertai Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu masih lagi diperingkat cadangan dan beberapa faktor perlu diambil kira kerana terdapat tentangan dari pengamal media arus perdana yang tidak mahu campur tangan kerajaan.

harakahdaily/-

PAS Terengganu tekad ‘bayar’ kezaliman Umno

Posted: 17 Oct 2011 11:40 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tentu ada sebab sangat munasabah mengapa daripada sebegitu banyak perkara atau isu yang boleh digarap, PAS Terengganu memilih untuk mengetengahkan isu tanah sebagai salah satu agenda diutamakannya jika diberi peluang kembali memerintah negeri itu lewat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Umum mengetahui ia bukan isu baru. Namun seperkara yang pasti, isu tanah mempunyai nilai sentimental sangat tinggi buat warga Terengganu. Sebut saja soal hakmilik tanah, ia akan segera mengingatkan mereka kepada berbagai perkara yang bersebati dengan isu ini.

Pertama, isu tanah sepanjang masa akan dikaitkan dengan kehebatan kerajaan PAS berbanding kerajaan terdahulu yang digantinya. Walau pun hayat pemerintahannya sangat singkat, parti itu telah membuktikan kecekapan dan keazaman tingginya menyelesaikan permasalahan rakyat. PAS berjaya menyelesaikan permasalahan yang gagal diselesaikan Barisan Nasional (BN) sejak puluhan tahun.

Kedua, isu tanah juga turut menyimpan ingatan rakyat Terengganu terhadap kerakusan dan kezaliman BN. Isu pembahagian tanah seakan sinonim dengan tragedi perampasannya oleh kerajaan diterajui Umno.

Semua rakyat yang prihatin dan celik mata hati akan segera terbayang bagaimana para pemimpin parti Melayu itu bertindak seakan manusia tidak waras apabila tanpa kasihan belas dan pertimbangan kemanusiaan sanggup merampas tanah dan merobohkan rumah-rumah rakyat yang baru didirikan.

Puncanya hanya satu – Umno tidak sanggup menanggung malu berterusan apabila rakyat bercakap soal kejayaan PAS mengagih dan menyelesaikan hakmilik tanah yang gagal dibuat kerajaan BN sebelumnya.

Memang di atara kejayaan pentadbiran kerajaan PAS Terengganu paling menonjol ialah soal menyelesaikan pemilikan tanah rakyat. Kerajana PAS melakukan reformasi pentadbiran tanah dengan menyusun semula sistem pelupusannya.

Antaranya mengurangkan karenah birokrasi dalam proses permohonan dan kelulusan. PAS juga menurunkan lebih banyak kuasa membuat keputusan ke peringkat pentadbiran tanah daerah. Sebelum itu segala keputusan berkenaan hanya dibuat di peringkat negeri.

Permohonan tanah rakyat yang ditutup secara rasmi oleh BN sebelumnya sejak 1975 dibuka semula sebaik PAS memerintah. Manakala kadar premium tanah diturunkan daripada 20% kepada 10% harga pasaran tanah. Malah bagi golongan miskin kadar itu diturunkan lagi kepada hanya 5%.

Kaedah pelupusan yang cepat dan singkat juga dikenalpasti. Antaranya menggunakan khidmat juruukur tanah berlesen (JTB), apabila juruukur tetap di pejabat-pejabat tanah terbukti gagal menepati tahap penyelesaian diperlukan.

Hasilnya puluhan ribu rakyat negeri itu, termasuk ribuan ahli dan penyokong Umno yang selama berpuluh tahun menunggu peluang memiliki tanah telah diberikan hakmilik masing-masing. Kejayaaan itulah yang amat memalukan Umno, kerana selama 38 tahun ia memerintah Terengganu sebelum itu (1961-1999) perkara tersebut gagal diselesaikannya.

Tanah adalah harta tetap yang amat bernilai dan nilainya sentiasa meningkat masa ke masa. Ia lebih bernilai berbanding pemberian subsidi lembu-kambing beserta bangsalnya. Ia bukan setanding nilai sebuah bot enjin sangkut, tong fiber, pukat atau lain-lain perkakasan nelayan. Bahkan ia jauh lebih bernilai berbanding huluran RM300 atau RM500 wang ehsan saban tahun untuk kalangan terpilih.

Anugerah sangat bermakna itu bagaimana pun menjadi tidak menentu gara-gara tindakan balas dendam kerajaan BN yang kembali berkuasa sejak 2004. Semua proses permohonan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang telah diluluskan dibekukan.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Terengganu di dalam surat rasminya kepada semua pentadbir tanah daerah bertarikh 7 April 2004 memperincikan arahan tersebut. Semua permohonan RTB yang telah diluluskan tidak boleh dikeluarkan Jadual 5A (surat tawaran membuat bayaran hakmilik tanah).

Semua permohonan RTB yang telah dikeluarkan Jadual 5A pula tidak boleh diterima bayarannya. Manakala semua permohonan yang telah dijelaskan bayarannya juga tidak boleh dikeluarkan hakmilik.

Di masa sama, segala kerja oleh JTB seperti siasatan, kerja-kerja pengukuran, penyediaan layout/pelan, jabatan teknikal, tunjuk lot, penyediaan pelan hakmilik dan lain-lain kerja yang berkaitan turut dibekukan.

Hasilnya berlakulah tragedi perampasan tanah secara besar-besaran melibatkan ribuan lot tanah yang telah pun dianugerahkan kepada rakyat. Ia bukan sahaja melibatkan pengambilan semula lot-lot tanah kosong, tetapi turut membabitkan perobohan rumah-rumah rakyat, yang sebahagiannya masih dalam pembinaan, manakala sebilangan lagi telah pun siap dan diduduki.

Kekejaman Umno ketika itu amat sukar dibayangkan. Agak munasabah apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut dalam salah satu sessi perbahasan di sidang Dun Terengganu ketika itu menyifatkan kerajaan Umno lebih teruk dan lebih jahat daripada Yahudi Israel. Katanya, Israel hanya merampas tanah dan meroboh rumah orang Palestin yang berlainan agama dan bangsa, tetapi kerajaan Umno tergamak membuat perkara sama terhadap rakyat yang sebangsa dan seagama mereka.

Kegilaan Umno bahkan sampai ke peringkat gagal bertolak ansur dalam soal berkaitan agama apabila turut memangsakan sebuah masjid yang telah pun digunakan di Kemaman. Bagi menjustifikasi tindakan biadab itu ia melontarkan berbagai dakwaan dan fitnah, termasuk mengaitkan rumah Allah itu sebagai markas sekumpulan manusia yang merancang untuk mengadakan huru-hara dan mengancam keselamatan negara.

Fitnah itu terbukti satu alasan diada-adakan kerana sampai hari ini tiada seorang pun di antara penduduk terbabit diseret ke muka pengadilan di atas dakwaan itu. Kesemua tindakan rakus dan zalim itu tersimpan dalam memori rakyat Terengganu. Diharap garapan semula isu ini membantu menyegarkan ingatan itu, seterusnya mendorong mereka membuat pilihan sebaiknya dalam pilihan raya nanti.

Sebab itu suatu pilihan amat tepat dan bermakna apabila PAS Terengganu meletakkan perkara menyelesaikan isu rampasan tanah oleh BN sebagai salah satu di antara lima perkara paling diutamakan dalam manifesto pilihan rayanya kali ini.

Empat lagi perkara awal yang akan dilaksanakan PAS jika diberi amanah memerintah negeri itu termasuklah mengembalikan peraturan menghapuskan cukai pintu rumah kediaman dan memperuntukkan cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan wanita yang kematian suami.

Turut diumumkan ialah usaha PAS menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh tiga tahun, selain program merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas untuk rakyat miskin.

Bertemakan "Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan", dokumen yang menjelaskan perancangan dan halatuju pemerintahan PAS itu telah disempurnakan pelancarannya oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada aturcara penutup program Himpunan Kebangkitan Rakyat – PAS Ganti Umno (HKR-PGU) di Pantai Pandak, Kuala Terengganu, malam Sabtu lalu.

Penonjolan kelima-lima perkara tersebut dianggap kena pada masa dan sesuai dengan perkembangan politik mutakhir ini yang menyaksikan tahap pemikiran massa yang semakin terbuka dan rasional. Menyebutkan perkara-perkara berkenaan akan mudah mengingatkan sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan politik kepada beberapa hakikat yang beraku di Terengganu, terutama sejak 1999 lalu.

Dari perspektif itu, manifesto diumumkan Sabtu lalu boleh dianggap penegasan bertulis yang menggambarkan tekad PAS Terengganu untuk mengajak rakyat negeri itu sama-sama 'membayar' kembali segala kezaliman Umno serta pembohongan dan kegagalan pemerintahan BN sejak tujuh tahun lalu.

Semoga lontaran itu mampu mengusik jiwa rakyat dan membantu mereka membuat pilihan sebaiknya dalam pilihan raya nanti, sejajar hasrat Tuan Guru Presiden dalam ucapannya yang antara lain menyebut, sebuah kerajaan yang diberi amanah memerintah perlu menunaikan tiga tanggungjawab utama iaitu menjadi kerajaan yang memperhambakan diri pada Tuhan, memberi makan kepada rakyat sehingga rakyat tidak lapar dan menjaga keselamatan dalam negara.

harakahdaily/-

Hadiah Deepavali Bagi Kuil Puchong

Posted: 17 Oct 2011 11:30 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PUCHONG: Setelah lebih 20 tahun berjuang untuk mendapatkan hak tanah, akhirnya Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Devasthanam boleh menarik nafas lega apabila kerajaan Selangor bakal mewartakan tapak kuil ini sebagai hak mereka.

Pengumuman ini sekaligus menjadi hadiah paling bermakna bagi penganut Hindu di sini bersempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Kinrara, Taresa Kok.

Menurut beliau, sebagai penghargaan kepada pihak pemaju yang sudi mempertimbangkan tuntutan ini, kerajaan negeri akan membantu pihak IOI Groups dari segi pembangunan di kawasan Puchong.

"Baru baru ini dengan kerjasama K. Arumugam dari MPSJ, IOI mengeluarkan satu surat akujanji kepada pihak kerajaan dan MPSJ bahawa mereka akan serahkan tanah ini kepada kerajaan dan kita akan wartakan," katanya di satu sidang media di kuil tersebut.

Hadir bersama di majlis tersebut adalah Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Dr Xavier Jeyakumar dan ADUN Puchong Gorbind Singh Deo.

Menurut beliau, perkembangan ini merupakan satu langkah positif yang diambil untuk mengekalkan keharmonian penganut agama di Puchong

Sementara itu, Dr Xavier Jeyakumar menyatakan, proses mewartakan tanah ini telah berada di fasa terakhir dan beliau berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin dalam tempoh 60 hari.

Menurut beliau, ini bukan perkara baru yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor memandangkan sebelum ini banyak isu yang telah berjaya diselesaikan berhubung masalah rumah ibadat.

"Kalau dikira tanah untuk rumah ibadat, kita telah memberikan lebih 120 lot tanah kepada semua penganut agama di Selangor.

"Tanah-tanah ini merupakan tanah kerajaan yang diwartakan untuk rumah ibadat. Terdapat juga beberapa tanah yang diberikan hasil kerjasama dengan pihak swasta," katanya

Beliau turut mengakui perolehan tanah untuk rumah ibadat di Selangor adalah sukar memandangkan banyak penganut agama lain turut sama menghantar permohonan kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, AJK Persatuan kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam, K. Yugapuriyan memaklumkan, tapak kuil ini telah wujud sejak tahun 1877 dengan keluasan 33,000 kaki persegi dan tanah ini dahulunya dimiliki oleh Pilihan Megah Sdn Bhd sebelum diambil alih oleh IOI Groups.

Pada tahun 1980, IOI meminta kuil ini dipindahkan memandangkan kawasan ini ingin dimajukan.

Pertelingkahan mengenai status tapak kuil ini juga pernah berlarutan sehingga ke mahkamah.

tv news/-

Anwar cabar Najib debat ekonomi

Posted: 17 Oct 2011 11:14 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat berhubung ekonomi negara selepas Najib menyifatkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2012 sebagai "belanjawan Republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat".

Anwar turut mempersoalkan Najib yang cuba mengelak berhubung isu tadbir urus yang goyah, rasuah berleluasa dan dasar Barisan Nasional yang memperkaya keluarga dan kroni.
"Debat tersebut seharusnya disiarkan secara langsung dan ditayangkan melalui televisyen ke seluruh negara. Semenjak Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga pada 2010, saya sudah pun mempelawa Datuk Seri Najib untuk berdebat," katanya.

Ketua Umum PKR itu turut percaya debat tersebut akan memberikan manfaat kepada rakyat terutamanya ketika Malaysia melalui keadaan ekonomi yang tak pasti.

MALAYSIA TODAY

11 tahun berjalan keliling dunia

Posted: 17 Oct 2011 09:45 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MONTREAL - Selepas perniagaannya muflis, warga Kanada, Jean Beliveau, 56, mengambil keputusan untuk meninggalkan kediamannya dan berjalan mengelilingi dunia sejauh 75,000 kilometer merentasi 64 negara selama 11 tahun yang berakhir, kelmarin.

Kepulangan Beliveau disambut ahli keluarga, ahli politik dan penyokongnya secara meriah di Montreal.

Beliau menyatakan misi sebenar pengembaraan itu adalah untuk menggalakkan kerajaan dan negara lain untuk membentuk 'kementerian yang aman'.

"Kita semua berbeza dan faktor tersebut menjadikan kehidupan menjadi berwarna-warni. Masyarakat ibarat nota muzik, mereka mesti bersatu untuk mewujudkan keharmonian sehingga terciptanya sebuah lagu," kata Beliveau dengan penuh emosi.

Jean meninggalkan Montreal untuk menuju ke Atlanta, Georgia sehari sebelum sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-45, pada 18 Ogos 2000.

sinar harian/-

Jemaah haji gagal keluar wang

Posted: 17 Oct 2011 09:30 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

JEMAAH haji dari Malaysia kini menghadapi masalah pengeluaran wang tunai di Mekah. – Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyangkal dakwaan bahawa Tabung Haji (TH) kehabisan wang apabila hampir keseluruhan 28,000 jemaah dari negara ini gagal mengeluarkan wang di Mekah sejak empat hari lalu.

Sebaliknya, beliau menjelaskan masalah itu berpunca daripada bank-bank di Arab Saudi yang telah menyekat pengambilan wang dalam jumlah yang banyak dalam satu-satu masa.

"Jemaah haji dari semua negara mengalami masalah yang sama apabila Bank Negara Arab Saudi sekat pengeluaran duit yang banyak dalam sehari bagi mengelak manipulasi mata wang.

"Biasanya dalam sehari, TH akan keluarkan 10 juta riyal (RM8.2 juta), tetapi sebab jumlah itu banyak, bank Arab Saudi sekat keluar duit bagi elak ada manipulasi," jelasnya pada satu sidang akhbar di sini semalam.

kosmo/-

Kapsul Huo Li Bao, HB Lite tidak selamat digunakan

Posted: 17 Oct 2011 09:00 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: Dua produk kesihatan iaitu kapsul 'Huo Li Bao' dan 'HB Lite' ditarik balik penjualannya mulai 26 September lalu kerana didapati tidak selamat untuk digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahim, berkata kedua-dua produk itu dikesan mengandungi bahan campur palsu yang tidak dibenar digunakan dalam produk tradisional.

"Produk Huo Li Bao nombor pendaftaran MAL09062214TC dikesan mengandungi frusemide dan chlorpheniramine, manakala HB Lite nombor pendaftaran MAL09032133TC mengandungi promethazine," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Hasan yang juga pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, berkata frusemide atau furosemide ialah sejenis ubat diuretik yang diguna bagi mengurangkan pembengkakan akibat air terkumpul (edema) dan penggunaannya memberi kesan sampingan serius seperti ketidakseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan.

Chlorpheniramine pula, katanya ialah ubat anthihistamin yang digunakan dalam rawatan berkait dengan reaksi alergik, yang membawa kesan sampingan seperti mengantuk dan kekeringan pada mulut sehingga boleh menyebabkan penyakit paru-paru kronik.

Beliau berkata, penggunaan Promethazine yang terdapat dalam HB Lite tanpa pengawasan pula boleh memberikan kesan sampingan serius seperti 'fatal respiratory depression' (dikontraindikasi untuk kanak-kanak bawah umur dua tahun).

"Ia juga boleh menyebabkan Neuroleptic Malignant Syndrome (Manifestasi klinikal seperti demam panas, kekejangan otot, gangguan mental dan gangguan pada rentak jantung," katanya.

Dr Hasan berkata, orang ramai yang menggunakan produk itu diminta untuk menghentikan penggunaannya serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya. - BERNAMA

Turki, Syria, Qatar terima 40 tahanan Palestin

Posted: 17 Oct 2011 08:57 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ANGGOTA keluarga memegang gambar Nizar al-Tamimi yang dipenjarakan oleh Israel sejak 1978 dan Ahlam Tamimi, yang dipenjara 16 hukuman seumur hidup ketika menanti pembebasan mereka di Kampung Nabi Saleh, Tebing Barat, semalam.

GAZA: Sekumpulan 40 tahanan Palestin yang akan diusir ke seberang laut menerusi perjanjian untuk membebaskan seorang askar Israel, akan dihantar ke Turki, Syria dan Qatar.

"Buat masa ini, negara yang akan menerima tahanan itu ialah Turki, Qatar dan Syria.

"Negara berkenaan, bersama-sama Mesir dan Hamas akan menyelaraskan prosedur untuk menghantar tahanan itu," kata pegawai Hamas di Gaza.

Israel akan membebaskan 1,027 tahanan warga Palestin dalam dua peringkat sebagai pertukaran kepada pembebasan askarnya, Gilad Shalit yang diculik oleh kumpulan militan Gaza pada Jun 2006.

Peringkat pertama pertukaran akan dilakukan hari ini apabila Israel membebaskan 477 tahanan sebagai pertukaran kepada Shalit dengan kumpulan kedua, terdiri daripada 550 tahanan Palestin, dibebaskan dalam masa dua bulan.

Menerusi persetujuan yang dicapai minggu lalu itu, rejim Tel Aviv mahu 40 tahanan Palestin dari kumpulan pertama diusir ke luar negara. - AFP

Pensyarah, Umno resah manifesto PAS T’ganu

Posted: 17 Oct 2011 08:00 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 18 Okt: Pemimpin Umno BN termasuk ahli akademik menjadi resah apabila PAS Terengganu melancarkan manifesto Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan', Sabtu lepas.

Lima perkara dari kandungan manifesto yang dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pantai Pandak Chendering, Kuala Terengganu sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno, PR Ganti BN itu seperti berikut:

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin

"Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Tiba-tiba, katanya Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM),

Dr. Azeem Fazwan berkata, manifesto itu hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai.

Soalnya, bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh sedangkan PAS pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji.

"Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika PAS kembali berkuasa di Terengganu?" tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa.

Katanya, sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian PAS mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu.

"Bukankah Terengganu di bawah PAS telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik?" tanya beliau lagi.

Namun, jelasnya PAS berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat tetapi selepas PAS tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua.

Justeru, ujarnya kenapa PAS mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak, jawapannya pemimpin PAS menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik.

Soalnya lagi, apakah kedua-dua pensyarah itu menganggap pencapaian BN yang memerintah negeri itu adalah pemerintahan yang terbaik sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai 'Negeri Runtuh'.

Katanya, kenapa mereka tidak komen mengenai stadium di Gong Badak yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak membaikinya RM25 juta, bumbung Masjid Batu Putih, Kemaman RM2.1 juta runtuh, perhentian bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, kolam renang di Batu Buruk berharga RM18 juta rosak setelah setahun digunakan.

"Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak?" soalnya.

Beliau berkata, mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka 'terlalu biru' sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.

harakahdaily/-

PAS: Tiada seorang pun manusia yang maksum

Posted: 17 Oct 2011 07:40 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Berlandaskan ajaran Islam, tidak ada manusia, termasuk kerabat diraja di negara ini yang bebas daripada kecenderungan untuk melakukan kesilapan, kata timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

"Dasar PAS ialah, tiada seorang pun manusia yang maksum (sifat yang dikhaskan untuk nabi dan dipelihara oleh Allah daripada melakukan dosa). Ini termasuklah sultan.

"Terutamanya dalam raja berpelembagaan, sultan ada tugas-tugas seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Dia tak boleh melebihi atau melampaui lebih dari itu.

"Ini bukan monarki mutlak, kalau monarki mutlak, raja akan membuat undang-undang, dan baginda boleh buat ikut apa dia nak," kata Khalid.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen bagi mengulas kenyataan yang dibuat oleh pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari, berhubung titah Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja Ogos lalu.

Pemeriksaan itu dilakukan kerana ada maklumat yang mengatakan bahawa ada cubaan untuk memurtadkan orang Islam dan semasa tindakan berkenaan, 12 umat Islam dikesan berada di premis gereja itu.

malaysiakini/-

19 orang cedera, lapan kenderaan berlanggar

Posted: 17 Oct 2011 07:30 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BEGINILAH keadaan beberapa buah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan berhampiran Taman Bukit Mas, Seremban semalam.

SEREMBAN – Seramai 19 orang cedera selepas lapan buah kenderaan terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Taman Bukit Mas di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, kemalangan kira-kira pukul 8.30 pagi itu berlaku selepas sebuah kereta jenis Mercedes dari arah Seremban telah merempuh sebuah lori yang datang dari arah Tampin.

"Ekoran perlanggaran itu, lima buah kereta dan sebuah van turut terbabit dalam kemalangan kerana kesemua pemandu gagal memberhentikan kenderaan masing-masing akibat jarak yang dekat antara satu sama lain," katanya di sini semalam.

kosmo/-

Senyum Seorang Istri

Posted: 17 Oct 2011 07:20 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Senyum seorang istri begitu tulus dan indah sekalipun hatinya perih terluka. Air matanya telah mengering. Sebagai seorang istri, hatinya terpukul ketika mengetahui suaminya memiliki cinta pada perempuan yang lain.

Meskipun suaminya menyadari kesalahan dan telah bertaubat serta meminta maaf namun rasa perih terluka, marah dan kecewa masih berkecamuk dihatinya. Itulah sebabnya rumah tangga yang dibina seperti api dalam sekam. Terlihat harmonis dari luar, tetapi di dalam berlangsung perang dingin.

"Setiap teringat penyelewengannya, hati saya bagai tersayat perih. Bila dia tersenyum, saya membayangkan senyuman itu dilontarkan untuk perempuan lain. Setiap dia membelai, saya terbayang suami saya membelai perempuan lain, Emosi saya tertahan dan setiap saat meledak." tuturnya ditengah rasa sakit hati yang terluka. Ditengah kegalauan, dirinya berkenan bershodaqoh ke Rumah Amalia, memohon kepada Allah agar diberikan ketenangan hati.

Allah menjawabnya, tiba-tiba dirinya merasa bersyukur bahwa cobaan untuk keluarganya datang dari sang suami sehingga bila dia memaafkan bukan hanya keluarga yang menjadi utuh tetapi dia juga mendapatkan pahala.

Dirinya teringat bagaimana Rasulullah yang begitu mulia, mau memaafkan kesalahan orang lain. Keikhlasannya untuk memaafkan dan menerima ketetapan Allah, tiada cobaan yang diberikanNya melainkan untuk kebaikan baginya dan keluarganya. Serta tidak ada cobaan yang diberikan oleh Allah yang tak akan sanggup dijalaninya.

Akhirnya hubungan dirinya dan suaminya telah pulih kembali, sebagai seorang istri, dia bersyukur bahwa Allah telah memberikan petunjuk pada suaminya sehingga menyadari kesalahannya dan mau bertaubat. "Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan kebaikan." (QS. an-Nur :22).

Wassalam,
M. Agus Syafii

Himpun: Keputusan PAS malam ini

Posted: 17 Oct 2011 07:00 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Sama ada PAS menyertai atau tidak Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan Sabtu ini akan diputuskan malam ini.

Keputusan itu akan dibuat pada Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat yang akan diadakan malam nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu mungkin dapat diketahui sekitar jam 11.00 malam ini.

Ketika dihubungi pagi ini, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan itu nanti dipatuhi semua organisasi PAS.

Semalam, PAS Selangor menyeru penganjur Himpun supaya menjauhkan dari sebarang usaha melaga-lagakan penganut agama hanya disebabkan dakwaan tanpa bukti mahkamah.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, biarpun Kristianisasi adalah satu ancaman, namun ancaman lebih besar yang sedang merosakkan akidah majoriti rakyat di negara ini adalah doktrinasi fahaman perkauman, sekularisme dan materialisme.

"Sebarang usaha melaga-lagakan antara penganut pelbagai agama dengan tidak beserta sebarang bukti kesalahan yang diputuskan mahkamah perlu dijauhi.

"Tindakan sebegini hanya bertujuan untuk menutup masalah sebenar yang menimpa umat Islam, di mana aqidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya yang pada akhirnya meletakan kesalahan itu dibahu pihak lain," katanya pada sidang media di Pejabat PAS Selangor di Shah Alam.

Himpunan tersebut dijadual diadakan pada 22 Oktober di Stadium Shah Alam bermula jam 2.00 petang.

harakahdaily/-

Warga Kanada maut nahas

Posted: 17 Oct 2011 06:55 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MAYAT dua lelaki yang ditemui lemas selepas kereta yang dinaiki terjunam dalam Sungai Bunos, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing termasuk seorang rakyat Kanada menemui ajal apabila kereta yang dinaiki bersama seorang teman terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Bunos berhampiran Jalan Ampang di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.45 pagi itu, seorang pelajar kolej swasta, Sau Cheng Fun, 20, dari Jinjang Utara di sini terselamat dengan kecederaan di tengkuk.

Ketika kejadian, ketiga-tiga pemuda itu dalam perjalanan dari arah Jalan Sultan Ismail ke Jalan Munshi Abdullah.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Accord berwarna putih yang dipercayai dipandu salah seorang mangsa hilang kawalan ketika melalui kawasan tersebut sebelum terbabas dan terjunam ke dalam sungai itu.

kosmo/-

KERABAT: Bantuan dan Sumbangan Jejak Kasih.

Posted: 17 Oct 2011 06:45 PM PDT

ADUN Semanggol, YB Hj Ramli Tusin, selaku penaung (KERABAT) Cawangan Taman Mewah sedang menyampaikan sumbangan.

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -
Saidi Sabri.

TAMAN MEWAH; Taiping, 12 Okt 2011 – Seramai 7 orang balu Angkatan Tentera disini, yang mengharapkan bantuan untuk menyara diri dan keluarga telah menerima sumbangan berupa 2 kampit beras, hamper, kain batik dan sepasang telekung beserta wang zakat sebanyak, RM100.00 daripada sebuah badan NGO (Badan Amal dan Kebajikan Al-Jauhar) disalurkan menerusi Penganjur, Kebajikan Rangkaian Bekas AngkatanTentera Negeri Perak, (KERABAT.) Bantuan ini telah disampaikan kepada penerima oleh, ADUN Semanggol, YB Hj Ramli Tusin, selaku penaung (KERABAT) Cawangan Taman Mewah.

Pengerusi KERABAT Negeri Perak, berkata; "kami menyelami penderitaan seorang balu angkatan tentera, Siti Aminah bt Ahmad 38, beliau seorang warganegara Indonesia yang tidak diberikan taraf kerakyatan oleh kerajaan, kesempitan hidup bersama anak-anak dilaluinya dengan penuh sabar, beliau hanya menerima pencen berjumlah, RM120.00 sebulan untuk menyara anak-anak sejak kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya, 3 tahun lalu."

"Jumlah pencen yang diterima sebanyak RM120.00 sebulan, adalah tidak mencukupi untuk balu yang bergantung hidup dengan jumlah yang sedemikian bagi menanggung keperluan sebuah keluarga pada zaman ini." Ujarnya lagi.

Kata Siti Aminah; "tanggungjawab untuk menyara hidup bagi membesarkan 2 orang anak yang masih bersekolah rendah bertambah sukar, kerana tidak dapat bekerja disebabkan menjaga seorang anaknya yang cacat serta tidak dapat mencari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan keluarganya kerana tidak memiliki taraf warganegara, walaupun beliau sudah menjadi balu seorang Angkatan Tentera Malaysia."

"Sekarang ini, saya hanya mengambil upah mengasuh 2 orang anak jiran yang bersimpati dengan nasib saya dan dapatlah saya menyara anak-anak dengan pendapatan RM300 sebulan." Ujarnya.

Oleh kerana kemiskinan hidup, dengan berat hati, ibu kepada 3 orang anak ini terpaksa berpisah dengan seorang anaknya yang diserah kepada jagaan ibubapa mertuanya yang kini menetap di Sarawak, demi memastikan masa depan anak-anaknya tidak terabai disebabkan tidak mampu lagi menampung beban kemiskinan yang menimpa dirinya.

Katanya lagi, "Dalam tempoh itu tidak ada sebarang bantuan diterima daripada agensi-agensi kerajaan bagi meringankan beban yang kami tanggung walaupun sudah beberapa kali mengisi borang memohon bantuan daripada pihak-pihak yang berwajib."

Kesemua penerima menzahirkan rasa syukur dan gembira menerima bantuan seperti ini, sekurang-kurangnya sumbangan yang diterima dapatlah mengurangkan derita yang ditanggung.

YB Hj Ramli Tusin, dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Badan Amal Kebajikan Al-Jauhar, kerana memberikan sumbangan dan bantuan serta perihatin terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh balu angkatan tentera.

Jelas beliau, sebenarnya agensi kerajaanlah yang sepatutnya mengambil berat keatas golongan ini. Tetapi malangnya, pihak-pihak berwajib tidak mengambil apa-apa tindakan segera keatas aduan yang dibuat oleh balu angkatan tentera supaya pihak-pihak bertanggungjawab dapat menyampaikan terus bantuan yang sewajarnya kepada mereka. Beliau menuntut, pihak-pihak yang bertanggungjawab tampil segera turun padang, supaya melihat kesusahan rakyat yang berada dibawah pada ketika ini.

Menurut beliau lagi, peruntukan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah disekat oleh pihak kerajaan, yang mana akhirnya, wakil rakyat dari Pakatan Rakyat sukar menyalurkan bantuan kepada rakyat yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan ini.

Katanya, masih terdapat ramai lagi golongan miskin ini sedang dijejaki oleh KERABAT, semoga usaha murni Badan Amal dan Kebajikan (Al Jauhar) akan berterusan agar menyalurkan bantuan ini melalui KERABAT, supaya dapat disampaikan terus kepada balu angkatan tentera yang selama ini telah terabai kebajikan mereka.

Darth Vader dapat anugerah penjahat utama

Posted: 17 Oct 2011 06:40 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SATU imej video dipancarkan untuk menghasilkan satu watak daripada filem Piranha 3D dalam Anugerah Scream di Los Angeles pada Sabtu lalu.

UNIVERSAL CITY, Amerika Syarikat (AS) - Harry Potter, Darth Vader, Pee Wee Herman, Nicolas Cage dan Robert Downey, Jr. menerima penghormatan pada anugerah Scream Awards yang dianjurkan oleh saluran televisyen AS, Spike TV.

Anugerah tahunan itu berlangsung di pekarangan studio perfileman Universal Studios di sini pada Sabtu lepas bagi meraikan filem seram, fantasi, sains fiksyen dan adi wira.

Francais lapan filem Harry Potter menerima anugerah utama Ultimate Scream yang disifatkan oleh penyampainya, Chloe Grace Moretz 'filem paling menakjubkan dan paling menggegarkan di alam semesta.

Pencipta Star Wars, George Lucas pula menyampaikan anugerah penjahat paling hebat untuk antagonis Star Wars, Darth Vader.

Lucas turut mengumumkan bahawa peminat boleh menonton watak jahat Sith Lord di layar perak dalam bentuk tiga dimensi (3-D) pada Februari tahun depan.

Herman yang dicipta oleh pelakon Paul Reubens memenangi anugerah visi, Visionary.

Cage menerima anugerah Maverick manakala Downey pula memenangi anugerah Hero.

Acara Scream Awards ditayangkan di televisyen AS hari ini. - Agensi

Tentera rejim NTC tawan kubu terakhir Gaddafi

Posted: 17 Oct 2011 06:30 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BANI WALID 18 Okt. - Tentera rejim baru Libya menguasai sepenuhnya Bani Walid semalam selepas menumpaskan tentera setia Muammar Gaddafi yang bertahan selama enam minggu, kata seorang komander.

"Bandar Bani Walid dibebaskan sepenuhnya," kata Saif al-Lasi, komander Brigade Zliten, satu daripada unit tentera Majlis Peralihan Kebangsaan yang dikerah melancarkan serangan terakhir di bandar itu kelmarin.

Katanya, jalan kini dibuka di arah timur ke Sirte, selatan ke Sabha dan barat ke Tripoli. - AFP

UMNO yang hipokrit dan pandai berlakon

Posted: 17 Oct 2011 06:28 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Salam di pagi Selasa, semuga hari ini terlebih baik dari hari kelmarin..

Saya ingin membuat kenyataan media bahawa pembela yang dikatakan wujud disekitar orang Melayu sekarang ini sebenarnya adalah golongan yang tidak menyenangi kuasa Raja-Raja suatu ketika dahulu.

Kita semua jangan sesekali lupa akan jasa UMNO yang hipokrit dan pandai berlakon kononnya dia pembela kepada intutusi raja dan pembela Melayu.

Pada 1993, Dr Mahathir Mohamad telah melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan beliau sendiri yang mahu diwujudkan satu peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.

Nampaknya semakin lama UMNO-BN menerajui Malaysia, semakin parah dan tenat keadaan negara, penipuan berleluasa, fakta dan sejarah terus menjadi bahan yang berjaya diseludup dari pengetahuan rakyat.

Semakin lama juga BN menerajui pusat semakin meningkat hutang negara, rakyat kini telah merasai kesan meningkatnya jenayah rasuah dan situasi bahaya yang terkini iaitu makin meningkatnya warga asing yang mendapat Maykad Segera.Jawapan yang menyakin dari pihak kerajaan masih belum muncul sehingga sekarang.

Rakyat yang sepatutnya wajib tahu situasi sebenar negara, di mana negara yang semakin tenat adalah akibat pemimpn UMNO-BN yang telah menyalahgunakan kuasa secara berleluasa, rakyat perlu lakukan sesuatu untuk menggembeleng perubahan kepimpnan negara menjelang PRU 13 nanti.

Menyokong dan memenangkan Pakatan Rakyat berati anda telah menyelamatkan Malaysia dari kehancuran yang berterusan akibat kerakusan pemimpin BN yang sentiasa mengaut keuntungan dari jawatan dan amanah yang telah dikhianati sekian lama.



Drs. Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 18 Oktober 2011

Hutang negara mencecah RM437.2 bilion

Posted: 17 Oct 2011 06:20 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sehingga 30 Jun tahun ini.

Angka yang mengerunkan itu diperoleh daripada jawapan bertulis Kementerian Kewangan kepada soalan ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok yang meminta menteri kewangan menyenaraikan negara luar yang memberi hutang kepada Malaysia.

Daripada jumlah berkenaan, sebahagian besar hutang kerajaan adalah daripada hutang dalam negara yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang.

Manakala bakinya RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara.

Dewan Rakyat juga diberitahu bahawa sumber hutang, pinjaman dalam negara itu diperolehi melalui terbitan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan Kerajaan Kerajaan (TPK), Sekuriti Kerajaan Malaysia (SKM), pinjaman Kumpulan Pinjaman Perumahan dan terbitan Sukuk Simpanan Rakyat serta Sukuk 1Malaysia.

Dalam pada itu hutang luar negara kerajaan persekutuan pula diperoleh daripada sumber pasaran modal antarabangsa melalui terbitan sukuk global dan pengeluaran pinjaman projek melalui institusi multilateral seperti Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia dan Bank Pembangunan Islam serta bilateral dalam mata wang asing iaitu Dolar Amerika Syarikat, Yen, Dolar Euro, Dolar Kanada serta Dinar.

Pemegang instrumen berkenaan terdiri daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan pertubuhan keselamatan sosial seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

malaysiakini/-

Kelar bayi dalam asrama

Posted: 17 Oct 2011 06:15 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BETONG: Hanya kerana teman lelaki tidak mahu menerima anak luar nikah dalam kandungannya, seorang pelajar berusia 16 tahun mengelar bayi perempuan baru dilahirkannya sehingga mati dan perut terburai di bilik asrama sekolahnya di sini, semalam.

Kejadian menggemparkan itu berlaku kira-kira jam 7.40 pagi dan pelajar tingkatan empat terbabit dikatakan melahirkan bayi cukup sifat sebelum dia mengelar bayinya yang masih hidup itu dengan pisau pemotong sayur sepanjang 15 sentimeter.

Sumber berkata, sebelum kejadian, pelajar terbabit dikatakan gagal hadir ke kelas sehingga menimbulkan rasa curiga seorang guru lelaki berusia 41 tahun yang kemudian ke bilik asramanya.

Menurutnya, sebaik tiba di bilik pelajar berkenaan, guru itu terkejut apabila mendapati satu mayat bayi perempuan cukup sifat berlumuran darah di atas lantai berhampiran katil suspek.

"Terdapat sekurang-kurangnya tujuh kesan kelaran pada belakang tubuh, leher, tangan, rusuk selain perut bayi itu sehingga menyebabkan isi perut terburai.

metro/-

Pesawat Ringan Mendarat Cemas, Juruterbang dan Pelatih Terselamat

Posted: 17 Oct 2011 06:00 PM PDT

20 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Sebuah pesawat ringan jenis Scoata TB-10 Tabago GT yang dipandu oleh juruterbang bersama pelatihnya mendarat cemas di kawasan paya bakau di Kampung Assam Jaya, Kuala Selangor, dekat sini, pada Isnin setelah mengalami masalah mekanikal.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, juruterbang berkenaan Abdul Rais Saad, 45, dan pelatih juruterbangnya, Parvinder Pal Singh, 21, telah terselamat dan dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan dan rawatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Mohd Taib Ahmad berkata pesawat milik ESB Aeroclub Subang itu dalam penerbangan pulang ke pangkalannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, selepas melakukan sesi latihan penerbangan di kawasan Sekinchan.

Beliau berkata juruterbang itu sempat menghubungi Bilik Gerakan Pusat Kawalan Bukit Aman bagi memaklumkan kedudukan mereka apabila pesawat itu mengalami masalah.

Katanya pesawat itu telah melakukan pendaratan cemas, dan kedua-dua mereka berjaya menyelamatkan diri setelah muncung pesawat berkenaan terbenam hingga ke bahagian kokpit ke dalam kawasan paya bakau itu.

"Kedua-dua mangsa berjalan kaki sejauh 500 meter ke arah kolam penternakan udang yang terletak berhampiran lokasi kejadian sebelum dibantu pekerja kolam penternakan itu," katanya.

Pihak polis yang tiba kemudian membawa mereka ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya. - BERNAMA

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 18 Oct 2011 01:07 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Siri Penderhakaan UMNO Ke Atas Raja-Raja Melayu

Posted: 17 Oct 2011 07:57 AM PDT

Idris Ahmad

Posted: 17 Oct 2011 11:19 PM PDT

Idris Ahmad


Menifesto PAS Terengganu, BN Resah.

Posted: 17 Oct 2011 06:18 PM PDT

Menifesto PAS Terengganu, BN Resah.
Idris Ahmad
17/10/11
Apabila Pas Terengganu melancarkan menifesto PRU-13 dengan tema “Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan” telah menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin BN termasuk dua ahli akademik.

Lima perkara dari kandungan manifesto adalah seperti berikut;

1. Melaksanakan pengecualian cukai kediaman

2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas oleh BN

3. Cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami

4. Menyediakan 17,000 peluang kerja dalam tempoh 3 tahun, dan

5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin
Manifesto ini amat menyentuh kepentingan rakyat Terengganu yang berada di dalam keadaan yang dhaif kerana pengagihan kekayaan yang tidak adil selama ini.
Tiba-tiba Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani dan Pensyarah Kanan Bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Azeem Fazwan berkata, ini manifesto hanya bersifat populis, yang tidak mengambil kira kesan selepas pelaksanaannya dengan janji untuk menghapuskan cukai.

Bagaimana dua pensyarah yang berada di Pusat Pengajian Tinggi memberi kenyataan yang tidak mempunyai fakta yang kukuh. Sedangkan Pas pernah memerintah Terengganu pada tahun 1999-2004 ianya terbukti dan teruji. Kenapa mereka berdua mengeluarkan kenyataan seolah-olah rakyat akan menderita jika Pas kembali berkuasa di Terengganu.

Jika hendak mengampu janganlah memalukan dunia akademik kerana hendak mencari keuntungan dunia yang tidak seberapa. Sebagai ahli akademik sepatutnya boleh melihat kembali pencapaian Pas mengurus kerajaan Trengganu ketika memerintah suatu ketika dahulu.
Bukankah Terengganu di bawah Pas telah menunjukkan pencapaian yang baik walaupun sebahagian besar pendapatan kerajaan negeri hilang apabila royalti ditarik. Namun Pas berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada nombor empat, selapas Pas tewas, Terengganu kembali miskin di tempat kedua. Kenapa Pas mampu mentadbir walaupun royalti minyak dirompak? Jawapannya pemimpin Pas menjalankan tugas dengan amanah, adil tanpa mengira ideologi politik.
Apakah kedua mereka ini anggap pencapaian BN yang memerintah Terengganu adalah pemerintahan yang terbaik. Sehingga Terengganu hari ini digelar sebagai "Negeri Runtuh". Kenapa mereka tidak komen mengenai Stadium Negeri yang berharga RM292 juta runtuh dan kos hendak baiki RM25 juta, Masjid Batu Putih Kemaman RM2.1 juta runtuh, Perhentian Bas Kuala Berang yang berharga RM4.2 juta runtuh setelah 80% siap, Kolam Renang di Batu Buruk RM18 juta, setelah setahun digunakan ia rosak. Kenapa mereka tidak pertikai kenapa Terengganu masih lagi miskin walaupun ada hasil minyak.
Mungkin mereka berdua tidak nampak kerana mata mereka terlalu biru sehingga tidak mampu untuk melihat data dan fakta.


Filed under: Agama, Politik

PAS Cawangan Jaya Gading

Posted: 17 Oct 2011 09:56 PM PDT

PAS Cawangan Jaya Gading


SPR tangguh bicara kes bantahan pengundi pos

Posted: 17 Oct 2011 05:24 PM PDT


Harakahdaily| Print |
Muhammad Yusri Amin   
KETEREH, 17 Okt: Pada akhir tahun lepas penduduk tempatan membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyenarai seramai 499 isteri anggota tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan sebagai pengundi pos.
Ketika perbicaraan diadakan, pengundi terbabit mendedahkan tidak mengetahui nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos. SPR akhirnya menerima bantahan tersebut.
Bagaimanapun ketika semakan daftar pemilih tambahan bagi suku kedua baru-baru ini, undi pos di kalangan isteri tentera disenaraikan semula.
Kali ini terdapat seramai 408 pengundi pos isteri anggota tentera disenarai pada daftar tambahan itu.
Persoalannya siapa yang mendaftar bagi pihak isteri anggota tentera terbabit. Mungkinkah ada pihak lain di Kementerian Pertahanan atau pihak mana.
Kemunculan senarai baru pengundi pos isteri tentera itu dibantah lagi. Perbicaraan proses bantahan itu diadakan di hadapan pegawai SRP bermula Khamis lalu. Pegawai kanan SPR dari Putrajaya juga hadir.
Hari kedua perbicaraan diadakan semalam, namun terpaksa ditangguh ekoran bantahan dibuat PAS.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihak pembantah mempertikaikan tatacara perbicaraan memandangkan orang kena bantah (OKB) tidak dapat menjelaskan borang memohon undi pos diisi sendiri.
Katanya, keraguan itu pada peringkat awal cuba dipertahankan SPR tanpa dapat menunjukkan dokumen bagi mengesahkan pengundi pos terbabit mengisi sendiri borang A.
"Kami membuat bantahan terhadap tatacara pengendalian perbicaraan SPR dan akhirnya pegawai menangguh kes tersebut bagi merujuk kes itu kepada Putrajaya," katanya ketika ditemui di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.
Turut hadir Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat, Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Wan Nik Wan Yusoff, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Abdul Kadir, Pengarah Pilihan Raya Ketereh, Mohd Asri Abdul Rahman dan Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood.
Hadir sama mantan Ahli Dewan Negara, Ahmad Rusli Ibrahim dan mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Sabri Shafei. Sebelum itu lebih 500 penduduk tempatan yang hadir menunaikan solat hajat di perkarangan pejabat berkenaan.
Perbicaraan awam proses bantahan itu bermula 13 Oktober dan dijangka berakhir 27 Oktober.
Takiyuddin yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, bantahan yang dibuat itu terhadap SPR dan bukan melibatkan OKB.
Senario yang yang sama bagi ratusan isteri anggota Tentera yang telah didaftarkan sebagai pengundi pos di DUN PULAU MANIS.
Tindakan tegas perlu diambil..Perhubungan Negeri, Kawasan dan Pengarah-Pengarah MTD sila ambil perhatian dan tindakan segera.

PAS KDAS 3

Posted: 17 Oct 2011 09:24 PM PDT

PAS KDAS 3


JAMUAN RAKYAT PAS KAWASAN TAMBUN 2011

Posted: 17 Oct 2011 05:52 PM PDT

Belanjawan: Anwar cabar Najib debat

Posted: 17 Oct 2011 07:51 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 17 Oct 2011 08:02 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 17 Oct 2011 07:00 AM PDT

Posted: 17 Oct 2011 06:56 AM PDT

Dr Azman Ibrahim

Posted: 17 Oct 2011 07:36 PM PDT

Dr Azman Ibrahim


Lensa PGU 100k

Posted: 16 Oct 2011 07:42 PM PDT


Ustaz Azhar Idrus dengan aura dan tarikan tersendiri menyampaikan kuliah dhuha PGU


Lensa PGU 100k

Posted: 16 Oct 2011 07:34 PM PDT

Gimik perasmian PGU 100k versi 1950 an

Lensa PGU 100k

Posted: 16 Oct 2011 07:29 PM PDT


Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden bersama pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di pentas utama PGU 100k


PAS Kawasan Miri

Posted: 17 Oct 2011 07:26 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Penduduk Kampung Sealine Menuntut Janji BN

Posted: 17 Oct 2011 01:32 AM PDT

Bekas Perajurit Sarawak Masih Menumpang di Tanah Kerajaan

Miri - Kampung Sealine bersempadan dengan Kampung Senadin di dalam kawasan Lutong, Miri dan sudah didiami oleh penduduk hampir 50 tahun. Dulu ianya kawasan hutan rimba dan ianya berhampiran dengan telaga minyak Shell. Masih ramai penduduk yang sudah lama tinggal disitu lagi belum mendapat hak milik tanah walaupun sudah banyak kali memohon tanah untuk tapak rumah dari pejabat Tanah dan Ukur.
Pihak kami mendapat aduan dari salah seorang bekas perajurit yang mengadu akan nasib yang menimpa mereka yang pernah berjuang menentang pengganas komunis semasa zaman pemberontakan dulu. Sehingga kini ramai yang masih belum mendapat tempat tinggal yang sewajarnya setelah mereka bermati-matian menentang pengganas komunis dulu. Sebahagian daripada mereka menetap di Miri, sebagai contoh, Kampung Sealine. Mereka dari pelbagai bidang penguatkuasa seperti angkatan tentera, polis dan polis hutan.

Pengorbanan mereka selama ini seolah-olah tidak diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Walaupun mereka pernah memohon tanah untuk tempat kediaman tetapi permintaan mereka kurang mendapat perhatian sehingga mereka terpaksa membina rumah di kawasan tanah kerajaan. Dulu semasa pilihanraya umum Sarawak mereka telah dijanjikan dengan pemberian TOL atau tanah pendudukan sementara oleh bekas ahli DUN Piasau yang memberikan surat pendudukan sehingga kini geran tanah untuk penduduk Sealine belum dapat khabar lagi.

"Lebih teruk lagi tanah tempat tinggal kami di ukur secara berasingan. Kampong Senadin di ukur mengikut sempadan yang sedia ada seperti mana telah dipersetujui sebelum ini, tanah lot yang lebih besar atau lebih kecil sepatutnya boleh diduduki oleh keluarga tersebut tetapi Sealine tidak di ukur secara ini. Sebenarnya kampung kami adalah lebih mudah untuk di ukur daripada Senadin. Rumah kampung yang teratur dan tersusun.Apa yang juruukur telah lakukan adalah mengikut draf peta dengan Lot yang diperuntukkan. Terrlalu banyak karenah seperti yang telah kami setuju dulu untuk memindah pasak ke tanda lokasi baru. Keluarga yang mempunyai tanah yang kecil diberi lot besar dan mereka yang mempunyai lot tanah yang besar kadang-kadang berkongsi lot yang sama. Lot atau sebidang tanah yang kita duduki telah dibayar untuk penyenggaraan kepada pemilik asal, tanah itu tidak bebas untuk kita yang menetap di sini.

Mengapa tidak boleh juruukur menggunakan inisiatif mereka untuk bagaimana kita merasakan dan bukannya melakukan kerja hanya kerana ada pilihan raya akan pada masa itu. Sekiranya kita mengadu mereka berkata kami mengikuti peta Sealine sekarang. Sekarang penduduk Sealine tidak berani untuk datang ke pejabat Tanah dan Ukur Miri disebabkan mereka takut tidak dilayan. Dimana perginya perkataan "saya boleh membantu anda" dan berkhidmat dengan senyuman." Kata salah seorang dari penduduk kampong tersebut.

Disini kita mempersoalkan mengapa pihak kerajaan kurang mengambil perhatian terhadap nasib bekas perajurit atau rakyat yang kurang bernasib baik. Walaupun kita mendengar berbilion-bilion peruntukan bajet untuk kebajikan rakyat tetapi mengapa masih ada yang tertinggal? Kita mendesak agar pihak yang bertanggunjawab dalam kebajikan rakyat mengambil perhatian serius akan nasib rakyat ini. Tanggungjawab pemerintah adalah membantu dan memberi kesejahteraan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa,agama dan fahaman politik.

"Saya adalah salah seorang veteran yang menduduki tanah di batu 6 ½ Jalanraya Miri-Bintulu, yang telah diduduki oleh Shin Yang yang tamak. Kita telah mengeluarkan belanja diantara 5-6K(ribu) Ringgit untuk setiap keluarga membuat saliran dan penanaman. PBTM TERPAKSA memohon beberapa kali melalui Tanah dan Ukur Miri malah mengemukakan permohonan ke Kuching. Jika alasannya adalah bahawa ia adalah sebuah kawasan tadahan mengapa membenarkan syarikat sawit untuk menanam kelapa sawit yang memerlukan tan baja dan racun serangga.." Kata Douglas Ajon Bekas Perajurit

PAS Miri

English version
Former Ex Servicemen of Sarawak still Stay on State Land
Sealine village is nearby the Sanadin village within Lutong, Miri area and is occupied by a population of nearly 50 years. Before, it was the forest and it is close to Shell's oil fields. There are still many folks who have been living there yet to get land titles although it has been many times apply land for housing from the Land and Survey office.
We received a complaint from one of the veterans or ex serviceman who complains of their fate who had fought against the communists during the insurgency. Until now, many of them are still not getting a proper shelter after they fought tooth and nail against the communist. Some of them settled in Miri, For example Kg Sealine. They are from various armed forces: army, police and field force. Their sacrifices over the years seem not being recognized by the government. Although they have applied for residential land, but they demand getting less attention until they had to build a house on the state land. Before the Sarawak general election they were promised a grant of TOL or temporary occupation of land by former Piasau Assembly member who gave only a letter of land occupation until now the land grants for all Sealine folks are never heard off.

"Worst of all our kampong was surveyed very differently. Kampong Senadin was surveyed according to the existing boundary they had agreed before, the bigger or smaller the land lot occupied by the family that was deemed they should have but sea line was surveyed not this way. Actually our kampong was easier to survey than the kampong Senadin the houses were very well organized and lineup. What the surveyor did was following the draft map with allocated lot, too much hassle as we had to move our earlier agreed pegs to a new location points. A family with small land was given a big lot and those who had big land sometimes shared the same lot.
The lot or a piece of land we occupied was paid for the maintenance to the original owners,the land are not free for us who settled here.Why the surveyor can't used their initiative as to how we felt rather than doing the job just for the sake of coming election at that time. if we complained they said we followed the map. Now the Sealine folks sacred to come to land and survey office as they fear of not being entertained and where are the word of "may I help you" and serve with smile." said one of the resident.

Here we questioned why the government not take much attention to the plight of veterans, or people who are less fortunate. Although we hear the multi-billion allocation budget for the welfare of the people but why is there left behind? We demanded that the relevant party responsible for the welfare of the people take it seriously to the fate of this people. The government's responsibility is to help and provide peace for all people regardless of race, religion and political belief.

"I was one of the veterans who occupied the land at mile 6 ½ miri-Bintulu road, which was occupied by the greedy shin yang. We spent between 5-6K for each family for the drainage and planting. PBTM HAD applied several times through the Land and survey Miri and even forwards the application to Kuching. If the reason is that it is a catchment area why asked the palm company to plant oil palms which require tons of fertilizers and insecticides".Said Douglas Ajon Ex Serviceman

Here are the references the veteran association, miri forwarded to the relevant authorities:
PBTM/SRK/M/07/06 TO GENERAL MANAGER SHIN YANG S/B for compensation
PBPM/SEK/M DOSSIER NO.73/86- land application to YB Awang tengah Ali Hassan 28/9/1992
Letter dated 1/3/2006 to Mr Ling Chong Ho,Linau Mewah sb.-who occupied the said land to settle the matter peacefully,

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 17 Oct 2011 03:40 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PAS KIMANIS PASTIKAN BUKAN PROJEK JANJI MANIS

Posted: 16 Oct 2011 11:14 PM PDT

BLOK penjanaan pertama 100 megawatt (MW) cadangan projek Loji Tenaga Turbin Gas Kitaran Bergabung 300 megawatt di Kimanis, Papar, dijangka siap pada Disember 2013, kata Menteri Pembangunan Industri Negeri Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Beliau berkata loji tenaga dan projek yang berkaitan, berharga kira-kira RM1.6 bilion, dijangka memenuhi permintaan untuk bekalan elektrik di Sabah yang semakin meningkat.

Ini katanya selari dengan pertumbuhan ekonomi dan industri, sekaligus merangsang pelaburan selanjutnya di negeri itu.

Tan berkata projek itu akan memastikan pelan tenaga Sabah menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi dalam tempoh jangka pendek dan panjang serta penggunaan domestik dan industri.

"Projek loji tenaga Kimanis sudah dimulakan dan pastinya akan merangsang bekalan elektrik di Sabah," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kejuruteraan, pemerolehan serta penyerahan kontrak pembinaan dan penjayaan antara Kimanis Power Sdn Bhd dengan konsortium CTCI Corporation of Taiwan, di sini Isnin.

Tan mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyaksikan pemeteraian perjanjian itu.

Pengarah Urusan Mohd Ali Hashim menandatangani perjanjian itu bagi pihak Kimanis Power dan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CTCI John T. Yu, untuk konsortium berkenaan.

Menerusi kontrak itu, konsortium berkenaan akan memaju, membina dan menjayakan kilang tenaga menggunakan gas itu dan kemudahan dan infrastruktur yang berkaitan.

Tan berkata loji tenaga Kimanis dibangunkan bagi membolehkannya meningkatkan kapasiti kepada maksimum 400 MW, jika perlu, pada masa depan.

Selain itu, beliau berkata sebuah Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) juga ditempatkan di kawasan itu, yang berkeupayaan menghasilkan sehingga 100 MW.

"Ini bermakna di Kimanis sahaja, terdapat bekalan tenaga tambahan antara 400-500MW dan sebuah loji menggunakan gas dengan kapasiti 300 MW di pantai timur.

"Saya yakin pada masa depan, terdapat bekalan elektrik yang mencukupi untuk menampung kehendak rakyat dan industri di seluruh Sabah," katanya.

Kimanis Power Sdn Bhd ialah inisiatif usaha sama 60:40 antara Petronas Gas Berhad (PGB) dan NRG Consortium (Sabah) Sdn Bhd, cabang perniagaan Kumpulan Yayasan Sabah.

Selain CTCI Corporation, anggota lain dalam konsortium itu ialah CTCI Overseas Corporation Ltd,CTCI Malaysia Sdn Bhd, Synerlitz (M) Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Steamline (M) Sdn Bhd) dan SCHB Engineering Services Sdn Bhd (anak syarikat Suria Capital Holdings Berhad).

Projek itu yang dibangunkan di tapak seluas 16.59 hektar di Kimanis, meurpakan limpahan cadangan projek Terminal Gas Luar Pesisir Sabah (SOGT). Projek itu juga terletak di Kimanis dan dilaksanakan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Tan berkata loji tenaga juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan dan berharap penduduk tempatan, termasuk kontraktor diberikan keutamaan dalam menjayakannya.

Beliau berkata sebuah pusat latihan bagi menampung industri minyak dan gas juga dibuka di Kimanis, yang memberi peluang kepada belia tempatan dilatih dalam bidang khusus ini.

Mengenai gesaan Persatuan Kontraktor Minyak dan Gas Sabah supaya kerajaan menyemak semula Akta Petroleum 1974, Tan berkata setiap penduduk termasuk beliau sendiri akan menyokong kajian seperti itu jika ia membawa keputusan yang positif dan memihak kepada negeri itu.

Bagaimanapun katanya perlu ada asas untuk semakan itu dan bukan hanya untuk dipolitikan untuk kepentingan politik. (BERNAMA)

BUKAN LAGI BERPELUH MALAH HANCUR LULUH !

Posted: 16 Oct 2011 09:44 PM PDT

ELoklah UMNO Pulau Pinang berfikir dan berubah menyokong Pakatan Rakyat, dalam Pakatan Rakyat jika PAS majoriti di Pulau Pinang ada peluang juga untuk Ketua Menteri .Tapi kalau UMNO melalui Presidennya dah konpom UMNO tiada hak untuk menjadi pimpinan peneraju Pulau Pinang.Sekarangni, sapa memperkuadakan sapa? Jawab blogger UMNO..jangan tak jawab!

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Datuk Seri Najib Razak memberi Gerakan jaminan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pulau Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

"Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain," kata Perdana Menteri (gambar) ketika berucap pada Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan di sini hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi BN berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian kepada sistem peruntukan kerusi demi perikatan yang lebih kukuh.

"Setiap daripada kita mesti menawarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian, bukan menjadi sebahagian daripada masalah," kata beliau.

Najib yang juga Presiden Umno berkata beliau telah membincangkan perkara ini dengan Umno Pulau Pinang dan kepimpinan parti negeri itu telah bersetuju bahawa ia tidak akan menuntut kepimpinan kerusi ketua menteri.

Ketika bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata, BN kini meneliti butiran perubahan-perubahan dalam soal peruntukan kerusi, tetapi menekankan bahawa ia akan membabitkan penambahbaikan di sana sini dan bukannya perubahan secara menyeluruh sistem.

"Kami merupakan sebuah keluarga yang besar, jadi akan lebih kompleks apabila hendak membuat keputusan berkaitan sesebuah kawasan," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada kepimpinan negeri akan kekal dengan Gerakan, Najib memberitahu, BN masih membincangkan perkara tersebut, tetapi mengulangi Umno akan menuntut kedudukan itu.

Pemimpin Gerakan mengetuai Pulau Pinang selama 39 tahun tetapi negeri itu jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum 2008.

Perkembangan itu membawa kepada gesaan daripada pemimpin-pemimpin Umno pada September tahun lalu agar Gerakan menyerahkan kerusi-kerusi yang ia kalah kepada Umno atas alasan parti teras BN itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 17 Oct 2011 03:12 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


TENTANG HUDUD TAPI SOKONG AKTA ANTI-MURTAD... PENING-PENING!!!

Posted: 16 Oct 2011 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong idea agar digubal satu undang-undang khusus mengawal murtad di negara ini, tetapi pada masa yang sama menyoal sama ada pihak-pihak yang menentang hukum hudud boleh undang-undang sedemikian.

"Saya diminta untuk memberikan respons tentang isu Akta Murtad, saya menyokong.

"Cuma saya musykil, bolehkah orang yang menentang hudud menyokong Akta Murtad?" kata beliau (gambar) dalam satu mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, liputan berkaitan dengan undang-undang itu "hanyalah mainan media, sampai masanya Umno dan seluruh media massa akan senyap."

"Lihat sahajalah nanti," kata Mursyidul Am PAS ini dalam kenyataan terbaru mengenai debat agar diadakan satu undang-undang khusus bagi mencegah murtad.

CHE DET NI LUCU LAH

Posted: 16 Oct 2011 05:48 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Okt ─ Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan respons bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam kononnya kenyataan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini sebagai kurang ajar adalah "agak melucukan."


"Saya lihat pandangan itu (Dr Mahathir) agak melucukan... saya tidak tahu nak kata apa... tengok siapa yang bercakap," kata Aziz (gambar) dengan merujuk kepada perkembangan berkaitan dengan isu-isu istana ketika kepimpinan Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno.

"Saya sebenarnya tidak mahu kata apa-apa, tidak mahu beri respons mengenai kenyataan Dr Mahathir ini... kita tahu siapa beliau," kata beliau sambil menambah, semua pihak tahu pendirian Dr Mahathir dan kandungan ucapannya semasa hendak mengkaji semula kekebalan raja-raja.

"Saya hanya sentuh mengenai kaedah tindakan sultan, dan jika kita melihat ucapan dan kenyataan semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri, ia menjangkaui aspek itu, beliau telah menyentuh asas institusi diraja... tengok balik kenyataan dan ucapan-ucapan beliau," kata Aziz.

Semalam Dr Mahathir menyifatkan kenyataan Aziz berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama "sebagai kurang ajar."

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," kata Dr Mahathir dipetik Bernama.

MP Pendang

Posted: 17 Oct 2011 01:51 PM PDT

MP Pendang


Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Adakah Ini Menteri yang dianugerahkan Proj...

Posted: 17 Oct 2011 01:42 AM PDT

Anak Sungai Derhaka: PANAS!! Adakah Ini Menteri yang dianugerahkan Proj...: Isu yang dibangkitkan dalam artikel kali ini adalah masalah legasi. Contohnya, kalau disemak semula pengagihan Tabung Makanan di bawah RMK...

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 17 Oct 2011 01:01 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Roboh Tetap Roboh

Posted: 16 Oct 2011 05:33 PM PDT


Pandangan hadapan lampu isyarat

Bangunan ini merupakan milik Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional DUN Bukit Baru yang terletaknya bersebelahan Masjid Bukit Baru telah lama beroperasi di kawasan ini dan yang menjadi persoalan ialah semua bangunan kayu yang terletak bersebelahan bangunan ini atau berhadapan dengan lampu isyarat telah dirobohkan kecuali Pusat Perkhidmatan DUN Bukit Baru milik komponen Barisan Nasional.

Adakah Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional DUN Bukit Baru ini akan bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13? Jika tidak, mengapa ia masih kekal dan tidak dirobohkan seperti bangunan-bangunan yang lain? Bangunan yang lain dirobohkan terlebih awal berbanding dengan pusat khidmat tersebut.

Selanjutnya di sini

Batu Gajah Mari

Posted: 17 Oct 2011 11:34 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jangan Tak Pegi!!!

Posted: 16 Oct 2011 08:46 PM PDT

IPOH, 17 Oktober: PAS Perak akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Perak pada 29 dan 30 Oktober di Masjid Tinggi Bagan Serai Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Bagan Serai dipilih kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi titik mula perjuangan PAS suatu ketika dahulu.
"Program akan bermula daripada 29 Oktober lagi dengan karnival jualan amal, pameran sejarah , sukan PASTI dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat yang akan dihadiri oleh naib presiden PAS Yb Dato Paduka Husam Musa serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Forum Kemerdekaan yang akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu , Prof Dr Abdul Aziz Bari , Sdr Baharom Shah (Adik Mat Indera) serta Dr Azhar Bahari sebagai moderator.

"Keesokan harinya iaitu pada 30 Oktober, akan berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Selain itu tayangan video pengkisahan sejarah PAS serta pembentangan kertas dokumen Negara Berkebajikan oleh Yb Salahuddin Ayub juga turut diadakan.

Pada sebelah petangnya akan diadakan, Wacana Kemerdekaan yang membariskan,Tuan Haji Subki Abd Latif ( Kolumnis Harakah dan Veteran PAS) Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Pengarah Arkib PAS Pusat ) dan Zainuddin Andika (Aktivis Pejuang Kemerdekaan)

Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Perak, serta penyampaian anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih.

Kemuncaknya ialah Ceramah Perdana 60 Tahun PAS yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak.

"Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,serta menunjukkan keizzahan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terus tegar memacu perjuangan di tanah air ini" katanya.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :05 2557237 ( PAS Perak ).


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 17 Oct 2011 09:57 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Memahami HUDUD siri 1

Posted: 17 Oct 2011 07:28 AM PDT

Oleh Ust Nasrudin Hasan

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير   و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام  و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه
Muqaddimah.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.


Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."
2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya  adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

bersambung ......
 

KHIDMAT MERU

Posted: 17 Oct 2011 09:38 AM PDT

KHIDMAT MERU


TG NIK AZIZ DI DEWAN HOKKIEN KLANG

Posted: 17 Oct 2011 03:10 AM PDT









Menteri Besar Kelantan Darul Naim tersenyum lebar apabila mendapati ramai rakyat berbilang kaum menanti kehadiran beliau di dalam Majlis Makan Malam yang di adakan di Dewan Hokkien Klang.

Selain dari kaum Cina yang berebut peluang bersalaman dan bergambar dengan YAB TG Nik Abd Aziz Nik Mat, golongan India dan juga Melayu tidak melepaskan peluang berbuat perkara yang sama.

YB Dr Rani. YB Khalid Samad, YB Ng Swee Lim, YB Dr Mariah dan YB Ronnie Liew adalah diantara tetamu kehormat yang menghadiri majlis tersebut.






JOM SHOPPING WARGA INDIA

Posted: 16 Oct 2011 08:20 PM PDT









Program Jom Shopping kali ke 5 telah berjaya di adakan di DUN Meru . Seramai lebih dari 150 orang kaum India telah di bawa untuk membeli belah di Pasaraya Econsave.
Rata-rata kaum India warga emas ini berasa gembira dan mengucapkan 'romba nandri' atau terimakasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah menetapkan RM100 bagi setiap warga emas membeli belah di pasaraya tersebut.
Suasana, keperihatian dan sumbangan begini, menurut mereka tidak pernah di nikmati walau bertahun-tahun di bawah pemerintahan BN sebelum ini, kata mereka.
YB Dr Rani menerangkan bahawa ini adalah sebahagian dari keuntungan penjualan pasir yang semakin meningkat yang di aturkan oleh Kerajaan Selangor.
Turut sama dalam melayani dan menyantuni warga emas ini ialah Ketua DHPP Kawasan Kapar En Mathavan, Ketua DHPP Kawasan Klang, Mr Deepakaran dan Ketua-ketua Kampung DUN Meru.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 17 Oct 2011 09:06 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


FOTO Slide | Konvoi Himpunan Kebangkitan Rakyat PGU

Posted: 16 Oct 2011 05:29 AM PDT

oleh : Unit IT Pemuda Dun Sura Bersama Penerangan Pemuda Dun Sura

Slide 01



Slide 02

MTD Jeneri

Posted: 17 Oct 2011 09:04 AM PDT

MTD Jeneri


BANGUNAN MTD YANG TELAH SIAP 90 %.

Posted: 17 Oct 2011 02:23 AM PDT


Bangunan MTD Jeneri yang telah siap 90% boleh digunakan pada PRU-13 nanti, sekarang telah beroperasi sepenuhnya. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dalam mendirikan bangunan ini, Insyaallah ganjaran yang tuan/puan berikan dinilai oleh ALLAH kelak.

PAS Kulaijaya

Posted: 17 Oct 2011 07:48 AM PDT

PAS Kulaijaya


Hiburan berkonsep Islamik kurang sambutan

Posted: 16 Oct 2011 08:12 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 17 Oct 2011 07:12 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SIAPA KITA UNTUK TUNGGU LAKSANA HUDUD ?

Posted: 16 Oct 2011 07:58 PM PDT

IJTIMA' TARBAWI DEWAN PEMUDA PAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Posted: 16 Oct 2011 07:07 AM PDT

Dun Kijang

Posted: 17 Oct 2011 03:31 AM PDT

Dun Kijang


Pelajar hadap FB lebih 4 jam sehari..

Posted: 16 Oct 2011 07:33 PM PDT



Anggota Parlimen Arau Datuk Ismail Kasim melahirkan rasa bimbang dengan fenomena masa kini yang menunjukkan ramai pelajar di negara ini menghabiskan masa melayari laman sosial tanpa kawalan dan mendapatkan maklumat yang diragui daripadanya.

Ada kajian menunjukkan lebih 60,000 pelajar menghadap komputer lebih empat jam sehari semata-mata untuk melayari laman sosial termasuk facebook, katanya tanpa menyatakan sumber kajian itu.

Bercakap kepada para pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan karaoke 1Malaysia di Kampung Kebun, Arau dekat Kangar malam tadi, beliau bimbang fenomena itu akan merugikan masa depan mereka.


Ismail berkata, ada pelajar yang berterusan membuang masa dengan laman sosial meskipun di saat menghadapi peperiksaan penting.

Antara kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan termasuk ada kes pelajar lari daripada rumah kerana ingin bertemu rakan barunya yang dikenali dalam laman itu selain kemerosotan pelajaran, katanya.Ismail yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Arau juga bimbang dengan sikap orang ramai yang gemar mendapatkan maklumat mengenai perkara terkini melalui sumber yang diragui di internet.

Menurutnya, mereka sepatutnya mematangkan diri dengan mendapatkan maklumat sebenar mengenai negara dan sesuatu perkara melalui media arus perdana dan sumber yang sebenarnya.


sumber : SINI.

Komen mengenai isu ni, mungkin benar ada kesan negatif melayari laman sosial tanpa kawalan ni, tapi mungkin juga kesan positifnya adalah mereka ini boleh mencari sumber alternatif lain dalam mendapatkan maklumat berbanding media arus perdana yang nyata berat sebelah dalam menyampaikan maklumat. Beliau ternyata bimbang pelajar-pelajar ini lebih bijak dalam membezakan yang mana benar yang mana salah. Kedudukan mereka akan tergugat apabila pelajar-pelajar ni yang kemudiannnya akan menjadi tunjak pimpinan negara pada masa akan datang bangkit dalam menegakkan kebenaran.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 17 Oct 2011 03:15 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Manifesto PAS; berita baik untuk seluruh rakyat Terengganu

Posted: 16 Oct 2011 09:02 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Seramai 17,000 rakyat Trengganu yang penganggur dijanjikan dengan peluang pekerjaan sekiranya PAS diberi peluang dan mandat untuk memerintah negeri Terengganu selepas pilihanraya umum yang akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata berdasarkan kajian yang dibuat sebanyak 4% atau 17,000 belia di negeri Terengganu tidak memiliki sebarang pekerjaan.

[Gambar - Tiga tonggak utama kepimpinan PAS Terengganu dari kanan, Pesuruhjaya Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Timbalan Pesuruhjaya 1 Ustaz Satiful Bahri Mamat, Timbalan Pesuruhjaya 2 Haji Muhyiddin Abdul Rashid]

Katanya, walaupun kadar pengangguran tersebut merupakan kadar yang tertinggi diseluruh negara, namun kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak melakukan apa-apa bagi mneyelesaikan masalah tersebut.

"Orang Terengganu, 4% (atau) 17,000 anak-anak muda tidak ada kerja, kerajaan yang ada sekarang ini tidak buat apa-apa, (bekas Menteri Besar) Dato' Seri Idris Jusoh berjanji 30,000 pekerjaan baru nak diwujudkan, tapi sampai sekarang tak berjaya,"ujarnya.

Menurutnya, sejak Umno/BN merampas kerajaan dari PAS pada tahun , banyak kilang-kilang yang ditutup diantaranya kilang papan lapis Permint Plywood dan Metro Pacific.

Oleh sebab itu, katanya, ramai rakyat Terengganu yang berhijrah ke negeri lain bagi mencari pekerjaan.

Oleh itu, menurutnya, dalam masa tiga tahun pemerintahan PAS berjanji akan mengujudkan 17,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, Terengganu kini terus dibelenggu dengan masalah kemiskinan dengan 15.4% penduduknya masih di bawah paras kemiskinan.

Ia merupakan, jelasnya, kadar kedua 'tercorot' diantara negeri-negeri diseluruh negara.

Katanya, kadar tersebut berbeza, meningkat dua anak tangga kepada nombor empat daripada bawah, ketika PAS memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004.

"Masa kita (PAS) memerintah pada tahun 1999 hingga 2004, nombor dua tercorot (ketika itu) naik dua anak tangga Kita berjaya meningkatkan (mengurangkan) kadar keminskin tidak seteruk seperti sebelumnya ketika Umno memerintah,"jelas Haji Wahid.

Menurutnya, dengan hasil negeri yang banyak melalui wang royalti, PAS akan memperbetulkan 'masalah sosial' itu sekiranya diberi mandat memerintah negeri Terengganu.

Sehubungan itu, katanya, antara usaha yang dijanjikan dalam manifesto PAS adalah, cukai pintu rumah kediaman akan dikecualikan sebegaimana yang dilaksna pada zaman pemerintahan lalu.

Selain itu, menurut Haji Wahid, menggantikan tanah tapak rumah yang diambil oleh kerajaan merupakan pembelaan terhadap rakyat teraniaya juga merupakan agenda yang dijanjikan PAS termasuk dalam 'ngeri berkebajikan'.

Katanya, rakyat menjadi bertambah miskin apabila tanahnya diambil untuk projek-projek pembangunan oleh kerajaan sekiranya tidak diganti semula.

"Pasal isu tanah ini, kita tengok rakyat miskin, dia sudh tidak ada harta (apabila tanahnya diambil) saya beri contoh, di Kampung Gelugor Raja, dia dah janda, suami tak ada, anak ada empat, lima orang,

"apabila kerajaan ambil tanah, walaupun dibayar pampasan, dia (janda itu) nak cari tanah lain (untuk tapak rumah) tak ada (tidak cukup untuk membeli),"katanya.

Oleh yang demikian, menurutnya, PAS akan membuat perancangan suapaya setiap tanah tapak rumah rakyat yang diambil akan diganti semula, di kawasan yang sama.

PAS tunduk pada DAP atau Umno takut pada Gerakan ?

Posted: 16 Oct 2011 01:54 PM PDT

Marang : Seperti meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri. Begitulah ungkapan yang sangat sesuai bagi menggambarkan keadaan Umno sekarang ini.

Pada satu ketika mereka dengan lantangnya mewar-warkan bahawa PAS berada di bawah telunjuk DAP dalam soal pemerintahan.

Akan tetapi dengan pengakuan dari bos besar mereka sendiri yang mereka tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri di Pulau Pinang menjelaskan segala-galanya.

Mengulas isu ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, hal ini tidak sepatutnya berlaku keatas Umno yang mendakwa mereka adalah parti yang memperjuangkan nasib melayu.

"Dengan mempunyai kerusi majoriti, adalah tidak munasabah yang kerusi Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan. Bukankah ini duduk dibawah telunjuk Gerakan?

Umno kena bertanding semua kerusi di Pulau Pinang, barulah dapat mereka pegang kerusi Ketua Menteri," katanya sinis.

Semalam dalam beberapa laporan dari portal online, Najib didalam ucapan perasmian persidangan nasional parti GERAKAN dilaporkan berkata yang Umno tidak akan menuntut kerusi Ketua Menteri.

Beliau menyatakan bahawa hal itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang.

Namun kenyataan beliau itu dilihat bertentangan dengan hasrat beberapa pimpinan Umno negeri itu tidak lama dahulu yang mahu semua kerusi Gerakan yang kalah, diserahkan kepada Umno dalam pilihanraya akan datang.

Akan tetapi cadangan pimpinan Umno Pulau Pinang itu kelihatannya seperti hanya untuk mencari publisiti murahan sahaja bagi mendapatkan sokongan orang melayu.

"Jadi apabila kalah, Umno mula bermain dengan isu perkauman. Untuk memperlihatkan yang mereka juara memperjuangkan kaum melayu. Sedangkan semua itu dibelakang kita, berlaku sebaliknya.

Rakyat semua sepatutnya tidak tertipu dengan permainan Umno ini. Itulah sebabnya PAS mesti ganti Umno demi kesejahteraan rakyat semua," ujarnya lagi.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 17 Oct 2011 03:06 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Program Ramah Mesra Bersama Veteran PAS.

Posted: 17 Oct 2011 02:05 AM PDT

Kg. Jering Sik, Ybhg. Ustaz Mohd Isa bin Shafie~Tim. Pesuruhjaya PAS Kedah bersama Veteran PAS dan YB. Haji Yahya Abdullah~ADUN Jeneri turut serta memeriahkan majlis tersebut.

PAS TAMBUN

Posted: 17 Oct 2011 01:51 AM PDT

PAS TAMBUN


JAMUAN RAKYAT 15 OKT : TENAGA SEBALIK TABIR

Posted: 16 Oct 2011 12:00 PM PDT

Mesyuarat Akhir, semangat dan ganjaran pahala sedang menunggu, berikhtiar bagaimana untuk memberi sumbangan seikhlas-ikhlasnya..

Ketua Muslimat dan sahabiah turut hadir di mesyuarat akhir..

Mesyuarat akhir, semua sudah bercampor-campor perasaan

KP dan pemuda KDAS 3..

Di antara orang kuat di dapor, yang lain mana yop..? malu ke gamaknya

Proses awal menyediakan gulai..

Walaupun tidak perlu, tetapi merasakan patut menjemput seluruh anggota di Balai Polis Manjoi hadir ke Jamuan tersebut
Kendara selepas kenduri.. Korang memang Best.. pas ni kita tolong di kenduri Hafez pulak..

JAMUAN RAKYAT 15 OKT : HAMPIR 3000 ORANG HADIR KE MAJLIS TERSEBUT

Posted: 16 Oct 2011 10:41 AM PDT



















KDAS 3, 15 Okt : PAS TAMBUN sekali telah mencatat sejarah di Negeri Perak apabila berjaya mengadakan majlis Jamuan Rakyat dan meraikan Pengantin Beramai-ramai, kehadiran yang mencecah 3000 orang telah mengambarkan sokongan dan penerimaan masyarakat melayu semakin hari semakin meningkat khususnya masyarakat di sekitar Kg Manjoi.

Majlis yang menghimpun 4 pasang pengantin yang telah di nikahkan sebelum ini, telah berjaya memberi impak yang cukup besar kepada penduduk di sekitar Kg Dato Ahmad Said 3 dan Kg Sg Kati, yang rata-rata kehadiran adalah masyarakat setempat.

Majlis itu juga telah memberi kesempatan masyarakat setempat berkenalan dengan lebih dekat pimpinan PAS samada dari Kawasan Tambun dan Tn Hj Mohamad Sabu yang sebelum ini berbagai fitnah yang disebarkan di media pro-UMNO/BN, tetapi apabila mereka melihat dan mendengar sendiri ucapannya mereka seolah-olah tertipu dengan berita-berita tersebut.

En Hanif dari Kg Sg Tapah hadir bersama isteri adalah bekas ahli UMNO, hadir selepas menghadiri program BN di Tanjong Rambutan berkata " Kalau macam ni punya majlis, alternatif kepada UMNO sudah ada."

Dalam Majlis itu turut memberi ucapan alu-aluan adalah YDP PAS Kawasan Tambun Dr Khairuddin Dato Abdul Malik " Majlis yang julung-julung kali ini ada satu persembahan kita PAS kepada masyarakat khususnya masyarakat Manjoi, kami mampu membuat lebih dari ini jika mandat yang diberikan oleh rakyat telah di rampas secara tidak bertamadun oleh UMNO/BN, mungkin pada tahun ini kita meraikan 4 pasang pengantin, InsyaAllah pada tahun hadapan mungkin 10 pasang pengantin yang akan kita raikan, yang penting tuan-tuan memulangkan mandat itu semula kepada kami PAS dan Pakatan Rakyat"

Turut berucap juga pada majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Tn Hj Mohamad Sabu, ujar beliau " kesinambungan perjuangan di dalam jemaah Islam amat ketara dan membuktikan bahawa talian aqidah lebih hebat dari talian darah daging" sebagai contoh apabila beliau di babit dengan beberapa insiden untuk mengangu dan mengugut beliau apabila kontroversi penjelasan isu Mat Indera, beliau mendapat sokongan yang tidak dirancang oleh para Ahli PAS. Sambung beliau " saya amat sayu apabila anak-anak muda sanggup mempertahan jiwa dan nyawa mereka untuk keselamatan saya, apabila saya diserang oleh samseng ketika berucap di Negeri Sembilan baru-baru, inilah kekentalan anak-anak muda yang ada di dalam PAS, saya menyeru kepada seluruh ahli-ahli PAS lupakanlah sengketa dan kembali kepada shaf perjuangan yang suci ini."

Di dalam majlis itu juga YDP Dr Khairuddin menyerahkan sumbangan bagi perjuangan beliau dan perbelanjaan kes beliau di mahkamah.

Majlis berakhir dengan makanan habis dan seluruh petugas menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas untuk menjayakan majlis sebesar ini.

GREENBOY : TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEGALA KERJA-BUAT YANG TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DEMI MENJAYAKAN MAJLIS INI





CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Oct 2011 01:09 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Hudud sebagai pendekatan tangani gejala sosial

Posted: 17 Oct 2011 12:50 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Okt: Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merujuk kepada hasrat kerajaan Negeri Kelantan yang ingin melaksanakan sistem berteraskan hudud adalah suatu langkah yang baik.

"Pihak kami mewakili suara pelajar mahasiswa Islam di Kelantan menyambut baik hasrat tersebut," kata Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Syahiran Muhammad.

Jelasnya, hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam.

Katanya, perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati'e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan yang harus diterima oleh umat Islam negeri ini.

"Pihak kami yakin hudud boleh dilaksanakan di Kelantan atas sebab majoriti masyarakat di negeri ini adalah beragama Islam dan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukuman Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 hanya tinggal untuk digerakkan sahaja dengan kelulusan kerajaan pusat," ujarnya.

Beliau mengetuai penyerahan memorandum PPIK yang menyokong hasrat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kepada Menteri Besar Kelantan yang diwakili Dr Fadzli Hassan, Exco Kerajaan Kelantan, semalam.

Namun demikian, katanya pendidikan serta penerangan mengenai hudud harus dibuat secara kosisten kepada masyarakat terutama kepada yang bukan Islam, agar masyarakat dapat menerima perlaksanaan ini dengan berteraskan ilmiah, bukan sekadar sokongan politik semata-mata.

PPIK, tegasnya mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu hudud demi kepentingan politik mereka dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menggambarkan hukuman itu zalim dan tidak adil yang turut dimomokkan kepada orang bukan Islam.

Jelasnya, sedangkan perlaksanaan hudud hanya melibatkan orang Islam dan yang bukan Islam boleh diberikan alternatif lain.

Ini, katanya sebagaimana kisah pasangan orang Yahudi yang telah berzina dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda merujuk kepada kitab mereka iaitu Taurat dan didapati dalam itu juga menyatakan hukuman bagi penzina adalah rejam.

"Ini adalah kenyataan atau gambaran perlaksanaan hudud kepada bukan Islam dan pihak kami amat kesal dengan orang Islam yang lebih mementingkan kedudukan politiknya dengan memburuk-burukan agamanya sendiri.

"Pihak kami juga yakin bahawa perlaksanaan hudud ini menjadi satu pendekatan baru dalam menangani kes-kes dan gejala sosial yang berlaku di Kelantan," katanya.

Ini, ujarnya lagi boleh dijadikan kajian (eksperimen) bagi membuktikan sejauh mana kesan perlaksaan hukuman itu yang akan dirujuk oleh negeri-negeri lain dan seterusnya ke peringkat negara.

"Akhir sekali pihak kami menegaskan bahawa Persatuan Pelajar Islam Kelantan (PPIK) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan keIslaman dan pendidikan serta mewakili suara pelajar mahasiswa di Kelantan yang tidak mempunyai pertalian dengan mana-mana parti politik, mendesak agar pihak kerajaan pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agama membenarkan hudud ini dilaksanakan di Negeri Kelantan," katanya.

harakahdaily/-

Ratusan peserta berenang 1.8km

Posted: 17 Oct 2011 12:45 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

RATUSAN perenang berenang sejauh 1.8 kilometer di Pelabuhan Victoria, Hong Kong semalam.

HONG KONG - Ratusan perenang semalam mengambil bahagian dalam pertandingan berenang sejauh 1.8 kilometer (km) selepas ia dihentikan selama 33 tahun kerana bimbang tahap pencemaran air di salah sebuah pelabuhan yang tercantik di dunia di disini.

Laut tenang dan langit yang mendung, para perenang memulakan renangan dari Lei Yue Mun, Kowlooon sehingga Quarry Bay.

Beratus-ratus penonton bersorak apabila perenang tiba di garisan penamat.

"Saya telah mendengar segala-galanya mengenai perlumbaan merentasi pelabuhan. Ia sangat indah kerana memberi peluang terakhir kepada peserta untuk menikmatinya," kata seorang perenang, David Wong, 22, selepas menamatkan pertandingan.

Pertandingan merentasi pelabuhan pertama kali diadakan pada tahun 1906 apabila Hong Kong masih di bawah jajahan Britain.

Ia kemudian dihentikan selepas satu pertandingan pada tahun 1978 kerana bimbang dengan tahap pencemaran air laut. - Agensi

25,000 buku 'kemewahan' Rosmah diedarkan

Posted: 17 Oct 2011 12:15 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sebanyak 25,000 naskhah buku berkaitan dakwaan pemborosan isteri perdana menteri Rosmah Mansor akan diedarkan kepada orang ramai, terutamanya di kawasan pedalaman Melayu, kata penerbitnya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Buku nipis 16 halaman bertajuk Penjelasan Isu Cincin: Imelda Rosmah Boros itu dilancarkan di Pejabat PKR di Rembau semalam.

Pengerusi NGO yang dekat dengan Pakatan Rakyat itu Badrul Hisham Shaharin berkata, buku itu menjelaskan urutan peristiwa berkaitan cincin RM24.45 juta yang memuatkan jawapan terhadap dakwaan beliau cuba memburukkan imej Rosmah.

Badrul Hisham juga menyenaraikan beberapa soalan yang didakwanya hanya Rosmah dan Jabatan Kastam Diraja dapat menjawabnya.

"Saya juga melampirkan bukti baru terhadap dakwaan saya berkenaan cincin tersebut dalam buki ini," Badrul Hisham yang juga bekas pengerusi Majlis Pimpinan Pusat PKR.

malaysiakini/-

Apa muslihat sorok Laporan Ketua Audit Negara?- Anwar

Posted: 17 Oct 2011 12:00 AM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 17 Okt: Selepas masuk minggu kedua Belanjawan 2012 dibentangkan pada 7 Oktober lalu, Dewan Rakyat masih belum dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, terdapat usaha untuk menyorokkan kandungan laporan berkenaan supaya ia tidak dibahaskan.

"Bila Dewan mahu menyerahkan? Apakah ini muslihat untuk menyorok dan menangguhkan supaya kandungannya tak dapat dibahaskan?," soal Anwar di Dewan Rakyat hari ini.
Justeru itu beliau mahu Speaker Dewan Rakyat memberi jaminan bagi memastikan Laporan Ketua Audit Negara diserah dan dibentangkan secepat mungkin.

Ini kerana menurut Peraturan Mesyuarat 20 (1), Dewan Rakyat, Speaker dan ahli mesyuarat mesti dibekalkan dengan Laporan Ketua Audit Negara, sedangkan perbahasan Belanjawan 2012 telah memasuki minggu kedua.

"Speaker perlu memastikan perjalanan mesyuarat. Laporan Ketua Audit Negara mesti disediakan," tegas beliau.

Sementara itu, Timbalan Speaker II Dewan Rakyat, Tan Sri Ronald Kiandee turut mengakui Dewan Rakyat masih tidak menerima Laporan Ketua Audit Negara untuk dibentangkan meski pun telah dua minggu perbahasan Belanjawan 2012 berlangung.

"Saya pun senasib dengan Yang Berhormat sekalian, masih belum terima Laporan Ketua Audit Negara," katanya.

Hal ehwal Parlimen adalah dibawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang dimaklumkan kini sedang berada di luar negara.

Sementara itu, difahamkan Laporan Ketua Audit Negara tidak dibentangkan kerana dibimbangi memberi persepsi berbeza terhadap pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat yang mempunyai rekod cemerlang.

keadilandaily/-

Kereta masuk sungai 2 warga asing maut

Posted: 16 Oct 2011 11:55 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing maut dan seorang rakan warga tempatan cedera apabila kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan dan terjunam ke dalam Sungai Bunus di sini awal hari ini.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Abdullah Roning berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi apabila kereta jenis Honda berwarna putih yang dinaiki Jason Price Krull, 28, yang datang dari arah Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Munsyi Abdullah dipercayai terbabas.

"Mangsa berasal dari Kanada manakala kewarganegaan seorang lagi tidak dapat dikenal pasti berikutan tiada sebarang pengenalan diri pada mayat atau dijumpai dalam kereta berkenaan.

"Polis sukar mengenal pasti seorang lagi mangsa itu yang turut meninggal di tempat kejadian," katanya kepada Bernama.

Abdullah berkata siasatan awal polis mendapati kereta terbabit adalah milik warga tempatan yang cedera dan pihaknya sedang menyiasat bagaimana kereta tersebut boleh dipandu oleh warga asing berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mangsa berumur lingkungan awal 20-an dipercayai pelajar sebuah kolej swasta di ibu negara dan mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik HKL untuk bedah siasat," tambahnya.

Bernama

Diabetes ancam golongan muda

Posted: 16 Oct 2011 11:50 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kalangan pegawai perubatan yang menghadiri simposium setengah hari semalam.
BANDAR SERI BEGAWAN,

Gaya hidup yang kurang aktif dan pemakanan tidak seimbang adalah antara penyebab utama peningkatan kejadian penyakit diabetes di kalangan orang ramai.

Malah penyakit itu menunjukkan trend membimbangkan apabila jumlah penghidap penyakit diabetes di kalangan golongan muda semakin bertambah.

Jumlah penghidap penyakit diabetes dikhuatiri akan terus meningkat jika orang ramai tidak mengambil langkah mengubah gaya hidup mereka supaya lebih aktif dengan melakukan senaman, memakan makanan kurang lemak dan gula serta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

Perkara itu dijelaskan Pengarah Perubatan, Konsultan Kardiologi, Nobel Heart Center, Mt Alvernia Centre, Dr Soon Chao Yong ketika menyampaikan ceramah bertajuk Diabetes and The Heart dalam Simposium Kesihatan 2011 di Hotel The Empire and Country Club, Jerudong, hari ini.

Beliau menjelaskan perubahan gaya hidup pada masa kini yang mana generasi muda kurang mengamalkan kegiatan aktif dan perubahan dari segi saiz makanan yang dimakan menjadi antara penyebab meningkatnya diabetes.

Dr Soon menjelaskan mengenai masalah dan cara mengurangkan kadar penyakit diabetes.P
Beliau mengakui masalah diabetes tidak hanya terhad kepada negara-negara yang maju tetapi negara membangun termasuk rantau Asia turut mencatatkan peningkatan dalam jumlah penghidap penyakit diabetes.

Menurutnya, diabetes adalah penyakit yang disebabkan jumlah penduduk yang semakin menua, pemakanan tidak sihat, masalah obesiti dan gaya hidup kurang aktif.
Diabetes yang dikaitkan dengan pembangunan dijangka akan terus meningkat disebabkan pembangunan pesat di negara-negara membangun.

Menyentuh mengenai masalah diabetes pada pesakit jantung, Dr Soon berkata mereka yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami serangan atau kematian yang berkaitan dengan penyakit jantung.

Beliau mengongsi bahawa kaedah terbaik mengurangkan berlakunya diabetes adalah menerusi pengurangan faktor risiko iaitu mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, memastikan berat badan di tahap seimbang serta mengamalkan pemakanan seimbang.

Di samping itu, kempen kesedaran yang terus dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan orang ramai mengenai penyakit diabetes dan cara terbaik mencegahnya adalah antara usaha yang harus diketengahkan kerana mencegahnya adalah mudah.

Simposium kesihatan itu dihadiri 150 pegawai perubatan dan pegawai profesional kesihatan bersekutu kerajaan dan swasta. Tiga tokoh menyampaikan ceramah mereka termasuk Dr Soon, Konsultan Pusat Neurologi,

Neuroscience, Stroke and Rehabilitation (NSRC), Dr Christian Jacobi bertajuk Brain Attack-How to Manage? dan Pakar Psikologi Klinikal, Bahagian Psikologi Komuniti, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Dayang Syahmun Metassan bertajuk Resilience in Patients (Daya Pemulihan Pesakit).

Permata Online

Kelantan pinda enakmen emas

Posted: 16 Oct 2011 11:49 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 17 Okt: Kerajaan Negeri Kelantan akan meminda Enakmen Kewangan Kelantan 1995 bagi membolehkan negeri itu membeli, menyimpan serta melabur emas dan perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, pindaan itu akan dibuat dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula minggu ini.

"Dengan adanya pindaan ini ia bertujuan mengizinkan Kerajaan Negeri membeli, menyimpan dan melabur logam-logam berharga seperti emas, perak dan lain-lain supaya mata wang ini diguna pakai di Kelantan dan tidak bergantung kepada mata wang kertas yang semakin lemah nilainya," lapor Sinar harian.

Beliau berkat demikian pada sidang media selepas Forum Rakyat di sini, kelmarin.

Beliau memberi contoh negeri Utah di Amerika Syarikat sudah membuat undang-undang seperti ini peringkat negeri itu yang membolehkan mata wang jenis ini diterima kembali.

"Begitu juga Singapura juga sudah melaksanakannya sejak tahun 1965 lagi," tambahnya.

Menurutnya lagi, Kelantan mahu menjadi perintis memperkenalkan enakmen itu di Malaysia dan menegaskan ia bidang kuasa Kerajaan Negeri dan tidak perlu kelulusan Kerajaan Pusat.

Negara-negara lain juga mengambil pendekatan sama seperti China yang mengalihkan polisi mereka apabila menyedari US Dollar lemah lalu menetapkan 10 peratus simpanan antarabangsa mereka dalam bentuk jongkong emas.

Katanya, langkah itu turut diikuti India dan Korea Selatan tetapi apa yang menghairankan Malaysia masih lagi tidak melakukan sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu.

Husam berkata, lazimnya masyarakat Islam diminta membahagikan simpanan mereka mengikut portfolio yang merangkumi emas, perak, mata wang kertas dan sebagainya.

"Bagaimanapun dalam negara kita sekarang ringgit disimpan dalam mata wang kertas terutama sekali US Dollar dan juga Euro. Dalam sejarah mata wang Islam terdapat dinar, dirham dan fulus.

"Fulus boleh menjadi ringgit Malaysia. Setiap mata wang memiliki kekuatan dan kelemahan masing-masing tetapi apabila ada tiga kombinasi itu ia menjadi kuat," katanya.

Menurutnya, sebagai komoditi harga emas akan naik dan turun, apabila harga emas turun, fulus boleh berperanan tetapi apabila harga emas naik, dinar pula sebagai ganti.

Dengan cara itu, katanya, kekayaan yang dimiliki dapat diselamatkan kerana kombinasi mata wang jenis itu diguna pakai.

harakahdaily/-

Peluru berpandu di Spratly

Posted: 16 Oct 2011 11:49 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PELANCAR peluru berpandu 'Hsiung Feng II' dipamerkan pada hari kebangsaan Taiwan sempena ulang tahun revolusinya yang ke-100, dua minggu lalu.
Taiwan ambil tindakan selepas Vietnam guna jet pejuang

TAIPEI: Taiwan meluluskan rancangan untuk menempatkan peluru berpandu di kawasan tuntutannya di Laut China Selatan ketika kebimbangan semakin disuarakan mengenai berita bahawa negara lain yang menuntut kawasan sama sudah memperkuatkan kekuatannya di wilayah perebutan.

Jawatankuasa Pertahanan Taiwan meluluskan cadangan untuk mengekalkan unit pengawal pantai di pulau Taiping dan Pratas.

Menteri Pertahanannya, Kao Hua-chu menyarankan unit pengawal pantai memerlukan sistem pertahanan udara maju seperti peluru berpandu Tien Chien I berbanding peluru berpandu era Chaparral 1980 an.

Enam negara termasuk Taiwan, Vietnam dan China menuntut sebahagian atau keseluruhan Kepulauan Spratly yang kaya dengan sumber minyak.

Penggubal undang-undang, Lin Yu-fang berkata penghantaran peluru berpandu perlu berikutan laporan kerajaan baru-baru ini mengenai Vietnam menempatkan tentera di kawasan itu.

Vietnam dilaporkan menghantar jet pejuang buatan Russia Su-27SK dan Su-30MK2 serta ribuan tentera laut di wilayah pertikaian itu.

Memberi maklum balas terhadap langkah Taiwan itu, Filipina semalam berkata pihaknya sudah bersedia mempertahankan kawasan tuntutan di Laut China Selatan tetapi enggan menyifatkan rancangan Taiwan menghanatar peluru berpandu ke kawasan itu sebagai sesuatu yang perlu dirisaukan.

Jurucakap Jabatan Pertahanan, Zosimo Jesus Paredes berkata negara itu menikmati hubungan baik dengan Taiwan dan percaya cadangan itu membekalkan peluru berpandu kepada unit pengawal pantai di kawasan itu dan dakwaan itu bukanlah ancaman kepada Filipina.

"Kami tidak boleh memberitahu Taiwan apa yang boleh atau tidak boleh dibuat. Selagi mereka tidak memasuki kawasan yang sudah diduduki, kami tiada masalah. Hidup dan terus hidup," katanya.

Bagaimanapun, katanya Manila bersedia untuk mempertahankan hulu pulau kecil itu yang kini sudah diduduki di Spratly. Beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.

China menuntut keseluruhan Laut China Selatan termasuk Spratly, kumpulan pulau dan pulau kecil yang dipercayai mempunyai simpanan minyak dan mineral.

Sementara itu, Amerika Syarikat merayu supaya bertenang Jumaat selepas Taiwan nampaknya bersedia menghantar peluru berpandu ke Laut China Selatan kerana bimbang dengan dakwaan negara musuh membina pertahanan di pulau yang menjadi perebutan.

"Kami meminta semua pihak menuntut supaya menyelesaikan pertelingkahan menerusi cara damai mengikut undang-undang antarabangsa dan tanpa menggunakan ancaman kekerasan," kata jurucakap Pentagon, George Little. – Agensi

Lelaki didakwa bunuh pemberi maklumat diarah bela diri

Posted: 16 Oct 2011 11:40 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini memerintahkan seorang pekerja sendiri, K Marimuthu, 37, membela diri terhadap tuduhan membunuh seorang pemberi maklumat polis tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Zakiah Kassim mengeluarkan perintah itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atau tiada keraguan munasabah terhadap tertuduh semasa pendakwaan dijalankan.

Ketika membacakan keputusannya, Zakiah berkata mahkamah tidak sangsi mengenai keterangan lapan orang saksi dalam kes itu dan jelas Marimuthu berniat membunuh Md Rashid Mahmud, 48, walaupun pistol yang digunakan untuk menembak mangsa tidak dikemukakan sebagai bahan bukti.

Marimuthu dituduh membunuh dengan menembak Md Rashid di Jalan Batu Kelikir-Ladang Kelapa Sawit OSK Properties Sdn Bhd berhampiran pasar raya Econsave Jalan Kuala ketil, Sungai Petani, pada 5 petang 28 Ogos 2008.

Zakiah menetapkan 20 November ini untuk mendengar perbicaraan pembelaan diri Marimutuhu, yang diwakili peguambela, Burhanudeen Abdul Wahid, manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.

- Bernama

Pemancing terkejut lihat mayat terapung

Posted: 16 Oct 2011 11:30 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEREMBAN: Mayat hampir reput ditemui terapung di permukaan air di sebatang sungai di Jalan Bukit Kadir, Nilai, di sini, awal kelmarin oleh seorang pemancing.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, pemancing berusia 30-an itu terperanjat apabila mengetahui objek terapung yang terapung di sungai itu sebenarnya mayat dan terus menghubungi polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sejurus menerima maklumat itu, beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang menunggu laporan bedah siasat daripada pihak Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum membuka kertas siasatan. "Saya difahamkan, mayat berkenaan akan dibedah siasat hari ini (semalam) bagi mengetahui punca kematian dan identiti mangsa," katanya.

Mohd Yusoff berkata, pihaknya gagal mengenal pasti mayat itu berikutan keadaan fizikal yang reput.

"Tambahan pula, tiada pengenalan diri ditemui dan jantina mangsa juga tidak diketahui," katanya.

"Setakat ini, kita mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut, Bagaimanapun, kita akan buka kertas siasatan sekiranya laporan hospital menunjukkan ada unsur jenayah terhadap mangsa," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

metro/-

Larian lembu jantan versi AS

Posted: 16 Oct 2011 11:20 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG lelaki berlari di depan beberapa ekor lembu jantan yang bertanduk di bandar Cave Creek, Arizona kelmarin.

CAVE CREEK - Ratusan orang berlari bagi mengelak ditanduk beberapa ekor lembu jantan di bandar ini yang terletak di negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menurut pihak penganjur, larian itu adalah lebih selamat berbanding dengan acara yang terdapat di Pamplona, Sepanyol.

Pihak penganjur menyatakan bahawa lembu jantan yang digunakan dalam acara tersebut tidak mempunyai tanduk yang tajam seperti di Sepanyol kerana ia telah ditumpulkan.

"Saya masih menggeletar," kata seorang peserta larian itu, Maureen Borsodi dari Los Angeles selepas dia menamatkan larian.

"Ia seperti satu rusuhan," tambahnya.

Hampir 12 ekor lembu mengejar 200 orang dalam larian melibatkan satu minit.

Walaupun terdapat sejumlah kecil orang terjatuh, tidak ada seorang pun peserta yang mengalami kecederaan yang serius. - Agensi

Peniaga Perlu Timbang Rasa, Ada Yang Mati & Bersalin Dalam Kereta Kerana Kesesakan Lalulintas

Posted: 16 Oct 2011 09:45 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sebuah pasar malam di Kampung Delek Kiri, Klang telah menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sehingga pernah meragut nyawa orang kampung apabila laluan ambulans tersekat oleh warong penjaja.

Pasar malam yang telah beroperasi selama dua dekad itu menjadikan simpang tiga jalan masuk ke kampung sukar dilalui kenderaan penduduk dan kenderaan kecemasan lain seperti trak bomba.

Kejadian-kejadian seperti ini yang menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan peniaga-peniaga pasar malam tersebut berpindah 150 meter ke hujung jalan yang sama supaya tidak menghalang simpang tiga tersebut.

Akan tetapi, segelintir peniaga pasar malam bertindak mengadakan demonstrasi pada hari Jumaat untuk membantah pemindahan itu. Mereka mendakwa perintah itu menjejaskan periuk nasi mereka.

Demonstrasi itu yang dipaparkan di TV3 juga menampilkan Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang turut mengkritik kerajaan Selangor. Hari ini ADUN Selat Klang Dr Halimah Ali menjelaskan sebab-sebab arahan pemindahan itu dikeluarkan.

"Sudah ada kematian disebabkan sakit jantung di mana ambulans tak boleh masuk. Ada yang bersalin dalam kereta kerana tidak boleh keluar. Ambulans tak boleh masuk ada yang sakit jantung yang telah meninggal."

Dr Halimah juga berkata mereka yang terlibat di dalam bantahan tersebut bukan mewakili suara semua peniaga pasar malam itu.

"Segelintir peniaga-peniaga yang tak mahu berpindah kononnya hilangnya customer, mereka dah lama. Katanya tak ada bangkangan dari penduduk. Ini tidak benar sebab saya dapat aduan daripada ketua kampung sendiri. Bahkan orang surau sendiri."

Halimah berkata demikian pada sidang media di UniSel. Beliau berharap, peniaga pasar malam akur dengan arahan MPK bagi menghormati perasaan penduduk.

"Saya nak nasihatkan kepada peniaga-peniaga yang majoriti bukan orang kampung itu dan penduduk terpaksa menerima. Masalah kerana mereka nak mengaut ke-untungan. Jadi saya harapkan semua jadi rasional. Kerajaan Negeri mengalu-alukan perniagaan tetapi jangan kita nak dapat keuntungan kita menyebabkan orang lain sakit, mati, susah."

KELAB GREENBOC/-

Taib dipanggil sebagai saksi dalam kes cerai anak

Posted: 16 Oct 2011 09:15 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketua Menteri Sarawk Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan dipanggil sebagai saksi dalam prosiding penceraian anaknya, Datuk Abu Bekir Mahmud, apabila kes bersambung pada 16 Januari nanti.

Ini kerana Abdul Taib tinggal bersama dengan anaknya dan isterinya ketika itu, Shahnaz A Majid dan adalah saksi berhubung pertikaian antara mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

"Beliau bileh buktikan sama ada benar atau tidak (Bekir) membelasah (Shahnaz) kerana mereka tinggal di rumah yang sama," kata peguam Shahnaz, - Rafiee Shafiee.

malaysiakini/-

Afghanistan Tembak Tiga Pengebom Berani Mati

Posted: 16 Oct 2011 09:00 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KHOST, Afghanistan: Polis Afghanistan menembak mati tiga suspek yang disyaki merupakan pengebom berani mati di timur negara ini, pada Isnin.

"Pada waktu tengah hari, tiga suspek yang disyaki pengebom berani mati cuba memasuki bangunan Majlis Perbandaran dengan menaiki sebuah kenderaan yang dipercayai sarat dengan bom.

"Kami percaya Datuk Bandar merupakan sasaran mereka dan sejurus polis menembak mati ketiga-tiga suspek, kenderaan tersebut meletup menyebabkan seorang petugas di bangunan tersebut maut," kata jurucakap wilayah Paktia, Rohullah Samoon. – AFP

Sampai bila Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang gagal?

Posted: 16 Oct 2011 08:40 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Najib Razak menyindir Belanjawan Pakatan Rakyat sebagai bajet yang "menjanjikan bulan dan bintang" yang bunyinya sama seperti ejekan budak-budak sekolah yang masih berhingus.

Mungkin, ia bukanlah sesuatu terjangkau oleh fikiran mereka di pihak Barisan Nasional kerana Pakatan Rakyat bukan sekadar menjanjikan urus tadbir ekonomi yang baik malah menawarkan pentadbiran yang berintegriti dan telus seperti mana terbukti di negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Bukti-bukti kejujuran Pakatan

Sebagai contoh, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tidak berasaskan perkauman dan politik kronisme berjaya mencatatkan lebihan bajet untuk tiga tahun berturut-turut sejak 2008 melalui urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT).

Kejayaan ini yang disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara juga mendapat pujian Tranparency International di Malaysia kerana berjaya memerangi rasuah.

Pentadbiran yang bersih itu telah menghasilkan "dividen anti-rasuah" yang dikumpulkan bagi mengadakan program untuk membantu warga emas, orang kurang upaya dan banyak lagi yang mana kebanyakan penerimanya adalah kalangan orang Melayu dan umat Islam negeri.

Kerajaan Pakatan Selangor pula mengadakan banyak program membantu warga emas dan golongan miskin serta menghidupkan kembali projek perumahan rakyat yang terbengkalai sewaktu pemerintahan BN dahulu.

Yang terbaru, statistik Malaysia Industrial Development Authority (MIDA) mengenai pelaburan di Malaysia bagi separuh penggal tahun ini menunjukkan Selangor sebagai negeri paling banyak mempunyai projek yang diluluskan.

Sebanyak 158 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor dan ini merupakan 31% daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia, menurut Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor bagi Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok.

Kerajaan negeri Pakatan Kedah yang juga bebas rasuah telah berjaya mengamalkannya melalui cara kepimpinan melalui teladan di mana pimpinan negeri tidak menggunakan jet kerajaan, tidak tinggal di hotel mewah, malah membuat potongan gaji dan elaun yang dapat menjimatkan pentadbiran daripada pembaziran.

Begitu juga kerajaan negeri Pakatan Kelantan yang telah sekian lama diterima oleh anak negeri kerana cara hidup sederhana dan anti-rasuah yang diamalkan sejak lebih 20 tahun lalu.

Ini bererti Pakatan Rakyat mampu mentadbir negeri dengan baik, telus dan serius menangani masalah rakyat.

Memang benar Pakatan menawarkan pemberian tunai dan pelbagai program kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang ditiru oleh BN tetapi ada satu perbezaan besar yang tidak ditawarkan oleh BN - pentadbiran yang adil, bersih, telus dan anti-rasuah.

Melihat Bajet BN 2012, ternyata bajet yang dibentangkan oleh Najib baru-baru ini bukan sekadar bajet pilihan raya tetapi memperlihatkan ketandusan idea pentadbiran BN, malah sebahagian daripadanya dicedok dari idea Belanjawan Pakatan Rakyat sendiri.

BN gagal angkat martabat insan

BN terdesak sehingga terpaksa mengulangi berapa banyak subsidi yang telah diberikan kerajaan kepada rakyat sedangkan perkara ini telah pun kita ketahui.

Malah, lebih memalukan apabila BN yang sebelum ini bermati-matian mengatakan subsidi akan menjadikan negara bankrap terpaksa menelan ludah sendiri apabila terpaksa mengekalkannya.

Sudah tentu ia bukan kerana BN sayangkan rakyat tetapi semata-mata mahu memancing undi dalam pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, mengapa perlu lidah bercabang? Bukanlah Pakatan Rakyat lebih konsisten dalam membuat tawaran ikhlas kepada rakyat?

Rakyat berhak mendapat subsidi yang lebih banyak dari sekarang memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber ekonomi. Jika kerajaan BN kesempitan wang, ia adalah berpunca daripada pentadbirannya yang penuh dengan ketirisan, kebocoran dan tidak telus.

Ini menunjukkan bahawa BN gagal menangani masalah ekonomi dengan baik apatah lagi bergelut dengan pelbagai isu ketirisan wang negara yang parah.

Kalangan rakyat yang tinggal di bandar terutamanya telah lama dihimpit masalah ekonomi yang kian mendesak.

Apa yang Najib lakukan untuk membela nasib golongan ini? Menurunkan cukai, mengurangkan harga petrol? Jauh sama sekali.

Malah, diskaun tambang LRT dan monorel yang amat diperlukan oleh pelajar, pekerja awam serta kakitangan swasta tidak dipedulikan; sebaliknya mahu diberikan kepada warga emas yang amat jarang menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu.

Apakah pengecualian yuran sekolah yang sememangnya hanya beberapa ringgit itu sudah cukup untuk memperbaiki status ekonomi rakyat?

Apakah pemberian bonus untuk kakitangan awam sahaja mampu menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat terbanyak? Sedangkan jumlah pekerja yang ramai adalah dari sektor swasta. Jadi di mana pelaksanaan gaji minima untuk mereka?

Mengapa pula Akta Pekerjaan mahu dipinda untuk member lebih kuasa kepada majikan? Siapa sebenarnya yang dibela oleh kerajaan BN?

Najib dan BN bukan sahaja gagal menangani masalah ekonomi rakyat malah gagal mengangkat martabat insan untuk mendapat keadilan dan kesaksamaan yang sewajarnya.

Apakah kita sebagai rakyat wajar mendapat layanan sebegini dari sebuah kerajaan yang telah diberikan amanah? Dan sampai bilakah kita harus membiarkan negara ini ditadbir oleh orang-orang yang gagal?

*Tulisan ini dipetik dari Roketkini.

Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13

Posted: 16 Oct 2011 08:30 PM PDT


Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini.

Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak.

Untuk persiapan rapi, Pemuda PAS Perak telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 yang telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Ustaz Shuib Din, di dalam program Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak baru-baru ini.

Hadir sama bagi melancarkan tabung khas ini ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Khairie Jamaludin dan Setiausaha Pemuda PAS Perak yang juga Pengarah HEMPAP 2011, Salman Saleh.

Himpunan besar ini mensasarkan peserta lebih 10,000 orang Pemuda PAS Perak yang turut dihadiri pimpinan tertinggi parti.

Sebarang sumbangan untuk HEMPAP 2011 ini bagi meringankan kos bagi himpunan tersebut, boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama 'Perak Care' no akuan 5580 1500 1720.

Sambutan PAS 60 tahun peringkat Perak, 29 & 30 Oktober

Posted: 16 Oct 2011 08:20 PM PDT


19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH, 17 Oktober: PAS Perak akan mengadakan Sambutan 60 Tahun Peringkat Negeri Perak pada 29 dan 30 Oktober di Masjid Tinggi Bagan Serai Perak.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, program akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu dan Bagan Serai dipilih kerana ia merupakan salah satu tempat yang menjadi titik mula perjuangan PAS suatu ketika dahulu.

"Program akan bermula daripada 29 Oktober lagi dengan karnival jualan amal, pameran sejarah , sukan PASTI dan sukan rakyat, pertandingan pidato, persembahan kesenian rakyat yang akan dihadiri oleh naib presiden PAS Yb Dato Paduka Husam Musa serta ceramah pada sebelah malamnya oleh Forum Kemerdekaan yang akan disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu , Prof Dr Abdul Aziz Bari , Sdr Baharom Shah (Adik Mat Indera) serta Dr Azhar Bahari sebagai moderator.

"Keesokan harinya iaitu pada 30 Oktober, akan berlangsung Majlis Perasmian Sambutan 60 Tahun PAS dan Konvensyen Negara Berkebajikan Peringkat Negeri Perak oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Selain itu tayangan video pengkisahan sejarah PAS serta pembentangan kertas dokumen Negara Berkebajikan oleh Yb Salahuddin Ayub juga turut diadakan.

Pada sebelah petangnya akan diadakan, Wacana Kemerdekaan yang membariskan,Tuan Haji Subki Abd Latif ( Kolumnis Harakah dan Veteran PAS) Sdr Mohd Fadhli Ghani ( Pengarah Arkib PAS Pusat ) dan Zainuddin Andika (Aktivis Pejuang Kemerdekaan)

Tambahnya, pada sebelah malam akan ditayangkan pengkisahan sejarah PAS Perak, serta penyampaian anugerah tokoh dan anugerah jasamu dikenang kepada tokoh-tokoh terpilih.

Kemuncaknya ialah Ceramah Perdana 60 Tahun PAS yang akan disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak.

"Matlamat sambutan yang penting ini ialah bagi mencetuskan semangat bagi menghidupkan gelombang pilihan raya umum (PRU) 13 dengan memobilisasi semua peringkat penggerak dan petugas parti,serta menunjukkan keizzahan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terus tegar memacu perjuangan di tanah air ini" katanya.

Justeru Pesuruhjaya PAS Perak turut menyatakan, bagi sebarang pertanyaan untuk penyertaan, perniagaan dan sebagainya boleh menghubungi urusetia di talian :05 2557237 ( PAS Perak ).

http://perak.pas.org.my/

Maut ditelan ombak besar

Posted: 16 Oct 2011 08:00 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ALOR GAJAH: "Saya cuba lempar pelampung ke arah lelaki itu sekuat mungkin, tetapi disebabkan angin kuat serta berombak, pelampung itu tak sampai kepadanya dan saya serta beberapa penduduk melihat mangsa tenggelam timbul dan terkapai-kapai sebelum hilang ditelan ombak besar," kata Abu Hurairah Jantan, 54,

saksi awal kejadian seorang lelaki yang dikatakan kurang siuman yang ditemui mati lemas ketika bermain air di pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, di sini, kelmarin.

Katanya, mereka terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan mangsa, Azman Jaidin, 37, yang amat disenangi penduduk di kawasan itu.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, Azman berada kira-kira 10 meter dari pantai.

Abu Hurairah berkata, dia yang baru tiba kira-kira lima minit di tempat kejadian dan menunggu hasil laut terlihat mangsa melambai tangan dan menjerit sekuat hati di tengah laut.

"Saya maklumkan kejadian itu kepada seorang penduduk sebelum kami cuba membantunya dengan mencampakkan satu pelampung kepadanya, namun usaha kami gagal," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, bapa mangsa, Jaidin Bidin, 70, berkata, sebelum kejadian, anaknya keluar dari rumah jam 7 pagi untuk minum di kedai berdekatan dan pulang semula ke rumah.

Katanya, anak bongsu daripada lima beradik itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kerap keluar pagi dan balik semula ke rumah untuk makan tengah hari sebelum keluar semula pada sebelah petang.

"Selepas makan, arwah akan ke pantai setiap hari dan setiap kali keluar, dia membawa sedikit duit dalam poketnya untuk membeli rokok atau minum di warung.

"Kebiasaannya arwah keluar rumah tanpa memberitahu ahli keluarga, tetapi akan balik semula ke rumah," katanya yang sebak.

Dalam perkembangan sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, R Bajiyen, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.35 pagi dan bergegas ke lokasi mencari mangsa dengan kerjasama anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Dengan kekuatan 20 anggota unit skuba bomba dan anggota, 16 anggota JPAM dan 16 anggota polis bergabung tenaga menjalankan operasi mencari mangsa yang mengambil masa sejam setengah sebelum ditemui jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa dijumpai terapung berdekatan lokasi awal dipercayai tempat mangsa lemas dengan jarak kira-kira 25 meter dan dibawa naik ke darat sebelum diserahkan kepada polis," katanya ketika ditemui selepas kejadian.

metro/-

Tandas Jakarta terkotor di Asia

Posted: 16 Oct 2011 07:40 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kajian WTO letak Indonesia di tangga ke-12 daripada 18 negara
JAKARTA: Tandas di Indonesia dikategorikan sebagai tandas paling kotor di Asia, lapor satu kajian Pertubuhani Tandas Sedunia (WTO).

Organisasi itu meletakkan Indonesia di tangga ke-12 di kalangan 18 negara Asia yang diadili untuk tandas yang paling kotor.

"Kami mempunyai tandas yang paling teruk berbanding negara Asia Tenggara lain," kata pengasas Persatuan Tandas Indonesia (ATI) Naning Adiwoso.

"Walaupun kedudukan kami lebih baik daripada Vietnam tetapi kita jauh lebih teruk berbanding Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand," katanya.

Naning berkata kedudukan itu ditentukan WTO berdasarkan jumlah kuman ditemui di tandas yang diperiksa secara rawak setiap negara.

Naning berkata sekurang-kurangnya, 80 juta kuman ditemui dalam satu tandas dan kuman itu boleh membawa kepada penyakit berjangkit seperti demam kepialu.
Beliau menegaskan bahawa amalan mengepam tandas tidak mampu memusnahkan kuman, malah pembersihan dan sanitasi berterusan diperlukan.

"Pendidikan dalam keluarga memainkan peranan penting kerana ramai yang menganggap tandas kurang penting, justeru mereka membuang air besar atau kecil di sungai atau di tempat terbuka," katanya.

Beliau berkata dengan peningkatan penduduk, negara itu memerlukan jumlah tandas awam yang banyak.

ATI ditubuhkan 10 tahun lalu dengan sasaran mendidik rakyat Indonesia mengenai keperluan untuk mengamalkan kebersihan tandas. Organisasi itu akan mengadakan acara sebagai menyambut Hari Tandas Sedunia pada 19 November. – Agensi

Orang mukmin tidak kekal di neraka

Posted: 16 Oct 2011 07:30 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang.

Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai Haya' atau hayat (terdapat keraguan dari Imam Malik). Kemudian tubuh mereka berubah bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. Tidakkah engkau melihat benih tersebut tumbuh berwarna kuning dan berlipat-lipat." (Sahih Bukhari)

Sumber: http://muchlisin.blogspot.com/2011/03/hadits-22-iman-kunci-masuk-surga.html

Beri IC kepada tak layak perbuatan jijik

Posted: 16 Oct 2011 07:22 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Pendedahan mengenai sindiket kad pengenalan (IC) cukup serius kerana jika benar laporan berkenaan membuktikan bahawa usaha untuk menjual negara kepada orang yang tidak bertanggungjawab semakin berani dibuat secara terbuka.

Pengerusi Majlis Politik Nasional Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Mohd Nazri bin Mohd Tahir menyatakan demikian sebagai respons kepada pendedahan yang telah dilaporkan oleh media alternatif berkaitan 'sindiket IC' yang melibatkan warga asing yang diselindungi dengan nama kursus keusahawanan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia pada Khamis lalu.

"Dalam hal ini pihak Gamis merasakan suatu sindeket yang tersembunyi yang didalangi oleh pihak yang berkepentingan telah melalukakan tindakan tidak bertamadun tersebut.

"Memberikan kad pengenalan negara kepada mereka yang tidak layak adalah usaha yang cukup jijik kerana harga kewarganegaraan bukan boleh dijual untuk kepentingan sesuatu pihak," ujarnya yang juga Naib Presiden Gamis.

Justeru, ujarnya pihak Gamis mendesak agak Kementerian Dalam Negeri khususnya pihak PDRM dan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara mengambil isu ini secara serius supaya nilai negara kita tidak mudah tergadai sebegitu rupa.

Gesanya lagi, jalankan siasatan secara adil dan telus demi kebaikan negara dan rakyat.

Katanya, pendedahan oleh pengerusi SPR bahawa lebih 40,000 nama yang diragui sebagai pemilih dalam senarai daftar pemilih juga mungkin boleh disebabkan oleh 'projek IC' yang didedahkan itu.

"Kami cukup kecewa dengan program transformasi dan kemajuan teknologi pada hari ini tidak mampu untuk mengesan taktik kotor untuk menggadai maruah negara kepada warga asing ini.

"Sebagai mahasiswa, kami tidak rela maruah negara dicemari oleh usaha jahat dan kotor dengan menjual status warganegara kepada pendatang yang tidak punyai lansung nilai patriotik kepada negara.

"Lebih malang lagi jika hal ini benar terjadi, maka masa depan negara akan ditentukan oleh warga asing kerana mereka boleh mengundi setelah nama mereka tersenarai sebagai pemilih," ujarnya.

harakahdaily/-

Lelaki rancang bunuh isteri

Posted: 16 Oct 2011 07:20 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam 'meletupkan' isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

"Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

"Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami," katanya.

metro/-

Rumah YDP PAS Segamat disimbah cat merah

Posted: 16 Oct 2011 07:20 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEGAMAT, 17 Okt: Rumah Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masood, telah dilontar cat merah dipercayai dilakukan pihak-pihak yang begitu marah setelah merasakan pengaruh mereka tergugat dan tercabar berikutan kehadiran dua tokoh Pakatan Rakyat, baru-baru ini.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada 10 Oktober dan diikuti dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dua hari kemudian (12 Oktober), benar-benar telah menimbulkan kemarahan pihak-pihak terbabit sehingga bertindak di luar batas moral.

Terdahulu dari itu Firdaus turut mendakwa menerima ugutan melalui telefon termasuk membakar pejabatnya jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah oleh Mohamad Sabu pada 10 Oktober lalu.

Firdaus ketika ditemui di rumahnya kelmarin memberitahu, beliau tidak akan lemah semangat dengan ugutan-ugutan itu sebaliknya akan meneruskan perjuangan untuk menjatuhkan Umno BN Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Ugutan dan simbahan cat ini adalah petanda bahawa Umno BN memang dalam keadaan yang sangat terdesak sekarang ini, sebab itu mereka cuba menghalang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mendedahkan segala kepincangan mereka selama ini.

"Mereka cuba menghalang program ceramah kita kerana menyedari Segamat adalah kawasan hitam bagi mereka" katanya.

Firdaus yang juga pengamal undang-undang seterusnya menyifatkan, tindakan itu merupakan permulaan kepada cabaran-cabaran yang mungkin lebih besar lagi selepas ini, namun terus bertekad untuk meneruskan perjuangan.

"Perjuangan ini akan tetap diteruskan bahkan insiden yang berlaku ini akan menambahkan lagi semangat juang setiap pendukung PAS dan Pakatan Rakyat khususnya di Segamat ini," ujarnya.

Ekoran insiden itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Segamat, kira-kira jam 1.00 petang kelmarin.

Pada satu majlis di Labis, 7 Oktober lalu, seorang petugas Jabatan Amal Johor, Shahril Sulaiman, tercedera dan menerima tujuh jahitan setelah dilontar dengan objek keras ketika cuba menghalang kira-kira 50 penunggang motorsikal yang cuba membuat bising untuk mengganggu majlis tersebut.

Sementara itu cubaan untuk mengganggu ceramah Mohamad Sabu di Kampung Tahang Rimau Segamat pada 10 Oktober lalu berjaya digagalkan, kehadiran ratusan petugas Jabatan Amal dan Angkatan Muda Keadilan yang mengawal lalu lintas menyebabkan taktik sama yang cuba dilakukan kumpulan penunggang motosikal untuk membuat bising bagi mengganggu ceramah, tidak menjadi.

harakahdaily/-

Pemandu Britain Wheldon maut di litar lumba Indy

Posted: 16 Oct 2011 07:00 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kereta yang dipandu Will Power (kiri) melayang di litar perlumbaan IZOD IndyCar World Championship di Las Vegas semalam.

LAS VEGAS, 17 Okt ─ Pemandu IndyCar Britain Dan Wheldon terbunuh akibat kecederaan parah dialami dalam kemalangan ngeri di Las Vegas Motor Speedway di sini semalam, demikian menurut penganjur.

Warga British berusia 33 tahun itu, yang tinggal di Florida, terlibat dalam kemalangan melibatkan beberapa kereta di pusingan 13 Las Vegas Indy 300, yang mengakibatkan keretanya melayang.

"IndyCar sangat sedih untuk mengumumkan bahawa Dan Wheldon meninggal dunia ekoran kecederaan parah," kata Ketua Pegawai Eksekutif IndyCar Series Randy Bernard dalam satu kenyataan.

malaysian insider/-

Lelaki Maut Dihempap Lampu Jalan

Posted: 16 Oct 2011 06:45 PM PDT

19 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Gorgetown: Seorang penunggang motosikal maut apabila dihempap lampu jalan yang secara tiba-tiba terjatuh dalam satu kejadian di Jalan Patani, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa V Ganesan, 27, yang baru sebulan bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi dikatakan menunggang motosikal dari pejabat ke rumahnya di Sungai Pinang, di sini.

Menurut sumber, mangsa ketika itu menunggang berseorangan sebelum lampu jalan itu jatuh dan terkena leher menyebabkan mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.

Difahamkan, mangsa cedera, manakala urat lehernya terputus.

"Selepas terjatuh, mangsa tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang ramai yang kebetulan melihat kemalangan itu dan menghantarnya ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

"Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia berikutan mengalami pendarahan teruk di leher," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, S Vadiveloo, 52, berkata ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum diberitahu seorang jiran, anaknya terbabit dalam satu kemalangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.

KELAB GREENBOC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan