Selasa, 11 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 11 Oct 2011 01:31 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Banjir ragut ratusan nyawa di Asia Tenggara

Posted: 11 Oct 2011 01:25 AM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEJUMLAH orang menggunakan pelampong dan perahu di sebuah kawasan banjir di Ayutthaya, Thailand semalam.

BANGKOK - Banjir besar telah menyebabkan 500 orang mati di Thailand, Kemboja dan Vietnam, kata beberapa pegawai semalam.

Di Thailand, angka kematian meningkat kepada 269 orang manakala ribuan askar melakukan operasi bantuan di kawasan yang teruk terjejas.

Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berkata, situasi di negaranya berada dalam kawalan.

Usaha-usaha sedang dilakukan bagi menghalang banjir melimpah di kawasan rendah di Bangkok yang menjadi tempat tinggal 12 juta orang.

Beg-beg pasir diletakkan di sepanjang Sungai Chao Phraya di sini.

"Kami yakin, Bangkok masih berada dalam kawalan. Situasi kini adalah normal," kata seorang pegawai di Pentadbiran Metropolitan Bangkok.

Di Kemboja, angka kematian meningkat kepada 207 orang termasuk 83 kanak-kanak, kata seorang pegawai bencana.

Seramai 24 kematian dilaporkan di Vietnam akibat banjir di Delta Mekong.

Sejumlah besar tanaman padi musnah kerana banjir. - AFP

FBC dibayar RM94 juta tingkatkan profil Malaysia

Posted: 11 Oct 2011 12:54 AM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kerajaan membayar 19.6 juta Euros (RM94 juta) kepada syarikat perundingan media FBC Media bagi perkhidmatannya sepanjang tempoh tiga tahun bermula 2007.

Dalam jawapan bertulisnya kepada ahli parlimen PKR-Batu Tian Chua (kiri), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran berkenaan adalah untuk "perkhidmatan perunding, nasihat dan menggunakan kempen komuniskasi".

"Kontrak selama setahun itu telah disambung sebanyak dua kali dan ditamatkan pada tahun 2010. Nilai kontrak untuk tiga tahun itu ialah Euro 19.6 juta (RM94 juta)," kata Najib.

Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan memberi arahan kepada FBC Media yang berpangkalan di London bagi penerbitan program yang ditayangkan dalam berita British Broadcasting Corporation (BBC) dan justifikasi bagi tindakan seumpama itu.

"Penerbitan dan penyiaran program mengenai Malaysia di media antarabangsa merupakan sebahagian dari usaha meningkatkan profil Malaysia di peringkat antarabangsa sebagaimana yang diperuntukkan di dalam kontrak kerajaan dengan FBC Media," katanya.

Bagaimanapun menurut Najib kerajaan tidak mempunyai kawalan berhubung bila sesuatu rancangan itu disiarkan.

"Ia merupakan tanggungjawap FBC Media mendapatkan masa penyiaran di media antarabangsa dan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas perkara ini.

"Ini merupakan perundingan di antara FBC Media dengan pihak BBC," kata Najib.

malaysiakini/-

Kanak-kanak, remaja layari internet 19 jam seminggu

Posted: 11 Oct 2011 12:51 AM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berusia lapan hingga 18 tahun didapati melayari internet pada purata 19 jam seminggu, menyebabkan mereka sentiasa terdedah kepada ancaman atau budaya negatif dunia siber seperti buli, penipuan identiti dan pornografi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata berdasarkan laporan antarabangsa, Norton Online Family Report 2010, hanya empat daripada 10 ibu bapa di negara ini yang mengawasi kandungan laman yang diakses oleh anak mereka.

Oleh yang demikian adalah amat penting bagi ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak dengan turut mengawasi laman web yang diakses mereka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai perlindungan kanak-kanak "Child Online Protection" di Kuala Lumpur hari ini.

Shahrizat berkata kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan kadar penembusan internet di negara ini mencatatkan 60 peratus daripada 28.6 juta jumlah penduduk Malaysia pada 2010, dan ia dijangka meningkat sehingga 70 peratus menjelang 2015.

"Senario ini menunjukkan rakyat Malaysia semakin 'IT savvy' setanding dan konsisten dengan trend antarabangsa, dan kebarangkalian pengguna IT terdedah kepada ancaman dunia siber semakin tinggi termasuk kanak-kanak," katanya.

Berikutan kebimbangan mengenai ancaman siber terhadap kanak-kanak dan remaja, katanya kementerian dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, SKMM, Polis DiRaja Malaysia, CyberSecurity Malaysia dan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef) menganjurkan seminar hari ini bagi membincangkan rangka kerja dasar dan perundangan untuk melindungi mereka.

Menurutnya langkah itu susulan persetujuan Malaysia menyertai Protokol Pilihan Kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu perlindungan penjualan, pelacuran dan pornografi kanak-kanak pada September lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Prof Datuk Husin Jazri berkata CyberSecurity Malaysia menerima 11,930 insiden keselamatan siber pada Januari hingga September tahun ini dengan 4,175 daripadanya melibatkan penipuan.

Beliau berkata jumlah itu meningkat 130 peratus berbanding 2010.
Bagi insiden keselamatan siber lain, beliau berkata spam mencatatkan 3,452 kes, pencerobohan (2,345), kod berbahaya (867), percubaan menceroboh (525), gangguan siber (354) dan kesalahan berkaitan kandungan (48).

"Pertambahan insiden keselamatan siber berkait rapat dengan peningkatan kadar penggunaan Internet yang menyaksikan pengguna Internet di seluruh negara kini berjumlah 17 juta orang. Jumlah ini terus meningkat kerana disokong oleh pembangunan pesat prasarana jalur lebar," katanya.

- Bernama

Siramilah Hati Dengan Cinta

Posted: 11 Oct 2011 12:45 AM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Tidak ada yang lebih indah di dalam hidup ini bagi orang yang menyirami hatinya dengan cinta. membuat hati berbunga-bunga, sejuta rasanya, keindahan cinta ditemukan ikatan pernikahan. Pernikahan akan menemukan ujian yang berat bila di dalamnya sudah tidak ada lagi rasa cinta. Maka saling terkait antara cinta dan pernikahan.

Pernikahan yang mengolah semua bentuk ungkapan cinta antara laki-laki dan perempuan dari tutur kata, perilaku hingga sentuhan penuh romantisme. Itulah yang mampu membawa jiwa terbang ke awan, melambung tinggi seolah memasuki surga firdausy nan penuh keindahan, ketenteraman dan ketenangan jiwa. Bahkan Rasulullah menyebutkan "Tidak ada yang bisa dilihat lebih indah oleh orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan." (HR. al-Hakim).

Singgasana pelaminan menjadi tempat peraduan yang halal untuk tergapainya puncak asmara keabsahan bersatunya dua tubuh dengan penuh gelora kebahagiaan. Bila cinta tanpa sentuhan dan penyatuan hanya akan melahirkan penderitaan bagi jiwa yang berkepanjangan. Cinta adalah paduan antara tubuh dan jiwa. Wajah yang rupawan, fisik yang sempurna menjadi daya tarik diawal perkenalan yang menyulut adanya api asmara. Seiring waktu wajah yang rupawan dan tubuh yang sempurna mulai memudar, rambut memutih,

terlihat menua pertanda fisik memiliki keterbatasan maka jiwa yang mengikat dua hati dalam satu cinta. Akan tiba saatnya dua pasangan yang saling mencinta tidur saling membelakangi, tidak lagi berselera maka disaat itulah dibutuhkan upaya bagaimana melanggengkan cinta, yaitu dengan kelembutan tutur kata sebagai ungkapan kebaikan jiwa masing-masing. Tutur kata dengan saling mengasihi akan melanggengkan keindahan cinta.

Disaat kita sudah diusia senja. "Alhamdulillah ya mah, setelah puluhan tahun kita melewati kehidupan rumah tangga, kita bisa mengantarkan anak cucu ke gerbang pintu kebahagiaan." Sang istri menjawab, "Rasanya aku baru kemaren melahirkan, menyuapi dan meninabobokkan, sekarang kita punya cucu yang sudah besar." Sementara sang cucu tersenyum melihat Kakek dan Neneknya seperti sedang berpacaran, saling menggoda.

"Ih, Kakek dan Nenek kayak anak muda aja," sindir cucunya. Kakeknya pun menjawab, "Emangnya cinta hanya milik kalian anak muda aja," Tak lama setelah itu terdengar tawa penuh kebahagiaan. Begitulah cara melanggengkan keindahan cinta hingga akhir diusia senja kita dengan menjalin hati dan kata dengan orang yang kita cintai.

M. Agus Syafii/-

Pelbagai keraguan tentang pangkalan udara Sg Besi

Posted: 11 Oct 2011 12:15 AM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sikap kerajaan yang enggan menjelaskan pelbagai keraguan tentang Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi akan mengakibatkan rakyat menanggung bebannya, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar).

"Pembangunan Pangkalan Udara Sungai Besi yang dilihat umum sebagai 'projek Taek Jho Low' menjadi keutamaan Belanjawan 2012 dan dimasukkan di dalam perlaksanaan Rolling Plan Kedua yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

"Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) jelas tidak mempedulikan keresahan rakyat sejak dari awal lagi apabila pengkalan udara yang mempunyai nilai strategik dan sejarah itu dipindah milik dengan penuh kontroversi kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad)," kata beliau.

Bukan sahaja pindah milik tersebut amat meragukan dan menghapuskan kepentingan strategik dari segi pertahanan serta nilai sejarah pengkalan udara tersebut, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, malah selepas itu berlaku pula keraguan demi keraguan yang lain.

"Sampai hari ini, rakyat masih menanti jawapan apa perlunya 1MDB melabur secara tunai sebanyak sebanyak RM3.5 billion dalam PetroSaudi International Limited yang kemudiannya melabur pula lebih dari RM1.5 bilion UBG Berhad di mana Jho Low menjadi ahli lembaga pengarahnya.

"Rakyat juga mempersoalkan apa perlunya penglibatan syarikat-syarikat luar seperti Mubadala Development Company dan Qatar Investment Authority sebagai pihak yang memajukan projek yang digelar 'projek Taek Jho Low' itu sedangkan syarikat-syarikat tempatan lebih berkemampuan?" kata Salahuddin.

Kerajaan, katanya, sepatutnya menjelaskan terlebih dahulu keraguan-keraguan tersebut sebelum meneruskan tindakan memajukan Pangkalan Udara Sungai Besi yang begitu dipertikaikan itu.

Salahuddin juga melihat belanjawan itu lebih mementingkan projek-projek yang bersifat 'projek Taek Jho Low' dari menyelesaikan masalah dan penderitaan rakyat, .

"Ketika projek yang orang panggil 'projek Taek Jho Low' mendapat keutamaan, tidak ada langsung Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah dan Sabah yang juga menghadapi masalah banjir yang teruk sama seperti Perlis, Perak dan Johor yang menerima projek itu.

"Ini belanjawan rakyat atau belanjawan Taek Jho Low?" beliau mempersoalkan.

Salahuddin menyifatkan apa yang berlaku itu menunjukkan kerajaan tidak memberikan keutamaan kepada masalah dan penderitaan rakyat yang perlu diutamakan.

"Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur mempunyai terlalu banyak ruang kosong yang belum digunakan, apa perlunya 'projek Taek Jho Low' di Sungai Besi itu?

"Nampak sangat bangunan pencakar langit yang berlebihan melalui 'projek Taek Jho Low' itu yang ditamakan.

"Agaknya sebab itulah isteri Perdana Menteri berminat sangat dengan belanjawan ini," kata beliau.

Baru-baru ini, perjumpaan tertutup berprofil tinggi antara Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dengan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dengan penyediaan belanjawan itu turut dihadiri oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut Bernama, antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Rosmah dan Jho Low

Menjadi pengetahuan umum bahawa Rosmah mempunyai hubungan rapat dengan Jho Low.

Baru-baru ini, jutawan muda penuh kontroversi itu mengakui beliau adalah kawan baik kepada Rosmah.

"Rosmah bukan emak angkat saya. Dia adalah kawan baik saya," kata Jho Low kepada akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh, ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri.

harakahdaily/-

Lembu Untuk Dijual Sempena Ibadah Korban Kena Kebas

Posted: 11 Oct 2011 12:00 AM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sungai Pasir – Seorang penternak di sini, tidak menyangka akan mengalami kerugian berganda berikutan 10 lembu yang diternak di kandang dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Abd Rahman Ishak, 43, berkata, tiga lembu jantan, tiga betina dan empat lembu dara didapati hilang dari kandangnya yang terletak di belakang kuarters guru di sini minggu lalu.

Menurutnya, kejadian dipercayai dilakukan pada waktu malam dan hanya disedari keesokan hari ketika dia sedang bekerja setelah diberitahu rakannya.

"Akibat kehilangan 10 lembu, saya mengalami kerugian kira-kira RM20,000. Hanya 10 ekor yang tinggal," katanya.

Dia juga berkata, lembu yang diternak dijangka dijual menjelang Aidiladha tidak lama lagi.

Berikutan kejadian, Abd Rahman membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kecurian itu dilakukan menggunakan taktik licik apabila pencuri bertindak berani menyuntik lembu dengan pelali sebelum mengalihkan lembu berkenaan.

"Saya tidak menyangka pencuri sanggup menggunakan perbuatan salah itu semata-mata untuk mencuri 10 lembu," katanya.

Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukannya di sekeliling kawasan kandang, dia menjumpai jarum suntikan pelali yang dikatakan digunakan untuk memudahkan mereka membawa lembu itu. -SH

Warga emas ‘mandi’ petrol

Posted: 10 Oct 2011 11:40 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH: Seorang lelaki warga emas jalan mundar-mandir sambil termenung gelisah hampir empat jam sebelum bertindak nekad 'mandi' dengan petrol dan membakar tubuhnya hingga rentung.

Mangsa berusia 68 tahun itu dilihat murung di tepi jalan berhampiran Seksyen 18, Jalan Pasir Puteh, di sini, dipercayai memikirkan cara untuk membunuh diri akibat dibelenggu masalah peribadi. Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang semalam, warga emas,

Chong Nam Choon berasal dari Hala Pengkalan Timur, Taman Pasir Puteh di sini, mati dengan hampir 50 peratus tubuhnya rentung. Saksi kejadian, K Lasar, 42, berkata ketika itu, dia menjalankan kerja membaiki jalan berhampiran tempat kejadian sebelum terlihat objek seakan-akan 'bebola api' di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat dia bekerja.

Menurutnya, sebaik mendekati objek berkenaan, dia terkejut apabila mendapati seorang lelaki warga emas tertiarap di tepi jalan dengan tubuhnya hampir rentung dijilat api.

"Saya cuba menyelamatkan mangsa dengan memadamkan api menggunakan pakaian, namun sudah terlambat sebelum mangsa mati.

"Ketika ditemui, mangsa tidak menjerit meminta tolong sebaliknya mengerang kesakitan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu dan mengesan ahli keluarga mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat. Kami masih menyiasat motif kejadian dan mengesahkan kes berkenaan sebagai mati mengejut," katanya.

metro/-

PKR: 'Video hotel baru' bagi tutup kepincangan Bajet

Posted: 10 Oct 2011 11:40 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PKR hari ini memnbidas taktik kotor pihak-pihak yang membocorkan satu lagi klip video seks yang didakwa memaparkan ketua umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, naib presiden PKR N Surendran, tindakan terdesak itu cuma satu langkah untuk mengalih perhatian rakyat daripada Bajet 2012 yang disifatkan sebagai bahaya dan lemah.

"Ini sudah tentu bukan satu kebetulan kerana video baru ini muncul pada masa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan bertungkus lumus mempertahankan Bajet 2012 yang baru dibentangkan," katanya.

Semalam, blog-blog pro-Umno memamparkan video yang menggambarkan seorang lelaki yang hanya bertuala sedang bersiap sedia untuk mengadakan hubungan seks. Blogger Papa Gomo mendakwa video itu dirakamkan di sebuah hotel di daerah Patpong yang terkenal dengan aktiviti maksiat dii Bangkok, Thailand.

Surendran mendakwa video terbaru yang muncul beberapa bulan selepas video oleh kumpulan tiga yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Datuk T', mempunyai pendekatan yang sama dengan konspirasi Umno-BN yang licik.

"Politik menumbangkan seseorang pemimpin dengan menggunakan video seks ini telah dimulakan oleh Umno-BN semasa pentadbiran (Tun Dr) Mahathir Mohamad. Banyak sumber-sumber negara diguna untuk mencipta pelbagai dakwaan seks luar biasa terhadap Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

"Meneruskan tradisi yang hina ini, Umno-BN kini cuba menyembunyikan salah urus ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah dengan mencipta video seks palsu," katanya.

malaysiakini/-

Terbaru..Hina Al-Quran Lagi!!!!

Posted: 10 Oct 2011 11:30 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sebuah foto berjudul "Koranic Inlay" yang memperlihatkan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran yang dipancarkan menggunakan projektor pada tubuh seorang artis yang bogel. Lelaki yang berbangsa Perancis/Morocco ini telah menyebabkan kemarahan umat Islam menjelang pameran seni di Marrakesh.

Karya seni yang menampilkan Mehdi-Georges Lahlou (27 tahun) sebagai artisnya dijadualkan akan dipamerkan di pameran seni rupa moden pada 30 September - 3 Oktober.

"Koranic Inlay" adalah potret bogel di mana ayat-ayat Quran dpancarkan pada tubuh Lahlou, termasuk di alat kelaminnya. Akhbar tempatan dan juga blogger di Morocco telah menyuarakan kemarahan mereka diatas kehadiran artis tersebut dan juga perbuatannya yang menghina umat Islam dan ayat-ayat suci Al-Quran.

** BANYAK LAGI CARA UNTUK MENUNJUKKAN KEINDAHAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN...

-Siasahkini

Kapal persiaran mewah terbakar

Posted: 10 Oct 2011 09:55 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

LANGKAWI: Sebuah kapal persiaran mewah berharga lebih RM18 juta yang sedang dibaik pulih di limbungan Boustead Yachts Langkawi (BYL) di Bukit Malut, di sini, terbakar malam kelmarin.

Kebakaran kapal mewah dua tingkat itu memaksa 53 anggota bomba berkampung di tempat kejadian 10 jam bagi memastikan api tidak merebak ke kapal lain, sekali gus mengelak kejadian lebih buruk.

Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Langkawi, Mohd Yunus Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.06 malam.

Katanya, tiga jentera dan dua kenderaan pacuan empat roda daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Ayer Hangat bersama 53 anggota bergegas ke lokasi kebakaran dan tiba pada jam 8.21 malam.

"Api yang dikesan bermula di bahagian belakang kapal berhampiran bilik enjin berjaya dikawal daripada merebak dalam tempoh dua jam dan sejurus itu kapal itu diselubungi asap sebelum padam sepenuhnya pada 7.30 pagi tadi (semalam).

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, manakala jumlah sebenar kerugian dan puncanya masih dalam siasatan," katanya.

berita harian/-

Sidang parlimen sehari sebelum Deepavali dikritik

Posted: 10 Oct 2011 09:50 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Anggota parlimen DAP menyatakan perasaan tidak senang dengan sidang parlimen yang bersidang sehingga 25 Oktober, sehari sebelum perayaan Deepavali.

Menurut mereka, ia akan menjejaskan penyediaan penganut Hindu untuk mengadakan rumah terbuka dan mengganggu sembahyang untuk nenek moyang yang secara tradisional berlangsung pada hari itu.

Anggota parlimen itu juga mempersoal keikhlasan perdana menteri yang mengumumkan isu masyarakat India akan diselesaikan tetapi sering berlaku tarikh peperiksaan sekolah bertindih dengan hari perayaan itu.

Jika janji-janji itu benar, kata mereka, kerajaan patut menunjukkan kepekaan dalam penjadualan sidang parlimen dan majlis kerajaan.

malaysiakini/-

Pemberontakan Puak Berhaluan Kiri: Tujuh Tentera Colombia Terbunuh

Posted: 10 Oct 2011 09:45 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BOGOTA: Tujuh anggota tentera darat Colombia terbunuh dalam pertempuran dengan pemberontak berhaluan kiri di selatan negara itu.

Menteri Pertahanan, Juan Carlos Pinzon, berkata kumpulan pemberontak itu menyerang pasukan peronda tentera di sebatang jalan di Caloto ketika mereka mengangkut bekalan untuk pasukan lain.

"Mereka diserang dengan zalim dengan bahan letupan," katanya.

Revolutionary Armed Forces of Colombia (FARC) dipersalahkan atas keganasan itu. - AFP

Guru: Terjamin atau tiada masa depan

Posted: 10 Oct 2011 09:30 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BEBERAPA kajian luar negara mendapati faktor pemilihan kerjaya perguruan boleh dikategorikan kepada dua, iaitu intrinsik dan ekstrinsik.

Salah satu faktor instrinsik yang dikenal pasti ialah ingin berbakti kepada negara dan bangsa (Chuen et.al. 1999), suasana kerja yang menyeronokkan (Brown 1992) dan untuk memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berpeluang melanjutkan pelajaran (Thomas 1984).

Mengikut kajian Yong (1994), Chuen et al. (1999) dan Yee (1990) faktor ekstrinsik seperti jaminan kerja, gaji dan prospek masa depan serta peluang kenaikan pangkat ditemui dalam kajian tentang pemilihan kerjaya perguruan di kalangan guru sekolah.

Penulis ingin memfokuskan kepada faktor jaminan kerja sebagai antara punca tarikan pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi, diploma mahupun ijazah untuk menjadikan bidang pendidikan dan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kerjaya.

Apabila Kerajaan mengumumkan penghapusan jaminan penempatan guru pelatih dan peralihan kepada 'Sistem Terbuka dalam Latihan Guru' dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), penulis tertanya-tanya di manakah rasionalnya?

Sedangkan di antara intipati RMK-10 ialah menjadikan profession keguruan sebagai pilihan utama dalam kalangan siswazah cemerlang. Sekiranya tiada lagi jaminan penempatan guru bagaimana mungkin dasar ini dapat menarik minat golongan sasaran tersebut.

Disini penulis ingin lontarkan persoalan yang perlu diperjelaskan secara terperinci oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Apakah dengan mengubah dasar daripada jaminan penempatan guru pelatih kepada sistem terbuka dalam latihan guru ini adalah salah satu usaha untuk meningkatkan daya tarikan keguruan dan meningkatkan kualiti guru baru secara signifikan seperti yang dinyatakan di dalam RMK-10? Bagaimana pula dengan masa depan bakal-bakal guru di seluruh IPTA dan IPTS pada masa akan datang?

Kebelakangan ini kedengaran rintihan dan keluhan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) di seluruh IPTA dan IPTS negara mengenai masalah penempatan mereka. Persoalan timbul mengenai status sebenar graduan ISMP berikutan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran bahawa penambahan jawatan baru dibekukan bagi mengurangkan defisit negara.

"Defisit kita boleh uruskan dan kita telah tunjukkan kita telah dapat kurangkan. Bermakna itu tidak harus jadi satu perkara yang membimbangkan. Tapi ada langkah dibuat untuk mengurangkan (defisit), umpamanya penambahan jawatan baru dibekukan."- Sumber: Malaysiakini

Penulis berpendapat tindakan kerajaan membekukan jawatan baru melibatkan juga pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah sehingga 31 Ogos 2011 dan dilanjutkan pula ke 31 Disember 2011 perlu dikaji semula. Ini kerana bilangan guru di sekolah rendah dan menengah sentiasa tidak mencukupi setiap tahun.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Zakariah Kasa pernah berkata sememangnya negara kita masih mengalami masalah kekurangan guru walaupun setiap tahun pengambilan pelajar di IPTA atau IPG dilakukan. Menurutnya, pengambilan pelajar dalam bidang perguruan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran.

"Untuk bakal guru di sekolah menengah, mengikut unjuran kementerian, seramai 4,500 pelajar akan mengisi kekosongan di seluruh IPTA tahun ini."Daripada jumlah itu, UPSI akan menerima 2,500 pelajar dan semuanya akan mengisi kekosongan jawatan guru untuk empat tahun akan datang," katanya. Sumber: Harian Metro

Selain itu Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi juga telah mengumumkan penyerapan lebih 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

"Mereka akan dilantik semula mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut sebagai GSTT" Sumber: Berita Harian

Tindakan KPM mengutamakan GSTT yang hanya berpengalaman mengajar selama 3 tahun mengisi jawatan kekosongan guru di seluruh negara, pada pandangan penulis adalah kurang tepat sedangkan graduan ISMP yang menuntut ilmu perguruan selama 4 tahun di IPTA dan IPTS diabaikan dan tiada jaminan .

Mengikut maklumat terkini KPM bertarikh 15 September 2011, KPM telah melantik semula 6,280 orang Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) manakala seramai 4,433 dikenal pasti tidak memenuhi syarat dan seramai 7,258 orang lagi masih menerima surat perlantikan semula sehingga akhir Julai lalu.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

Masalah timbul apabila GSTT diserap melalui KDC. Sekiranya kita rujuk kembali Akta Pendidikan 1996, GSTT diberi kebenaran untuk mengajar di sekolah melalui peruntukan kuasa Ketua Pendaftar. Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 2 - Permit Mengajar, di bawah seksyen 114. Pengeluaran permit mengajar. (c) seseorang yang diperlukan untuk bertindak sebagai guru untuk sementara.

Apabila GSTT diserap ke jawatan KDC penulis berpendapat bahawa tindakan tersebut menyalahi kuasa Ketua Pendaftar kerana seksyen 114 (c) menyebut secara jelas bahawa pengeluaran permit mengajar hanya untuk sementara.

GSTT yang diserap ke jawatan tetap melalui KDC masih belum lagi mempunyai kelayakan untuk mengajar tetapi boleh berdaftar sebagai guru. Ini jelas bercanggah dengan peruntukkan kuasa Ketua Pendaftar yang berhak untuk enggan mendaftarkan seseorang sebagai guru sekiranya tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar atau mempunyai kelayakan yang pada pendapat Ketua Pendaftar tidak mencukupi bagi maksud itu.

Sila rujuk Bahagian IX Pendaftaran Guru, Bab 1 Pendaftaran Guru di bawah seksyen 106 (b).

Terdapat isu graduan ISMP di IPTS yang tidak diterima permohonan untuk perlantikan guru sektor awam. Sekiranya kita lihat kembali antara intipati Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan.

EPP 4: Mengembangkan Latihan Guru Swasta

Unjuran masa kini menunjukkan bahawa institusi awam tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Daripada melabur dengan banyaknya untuk menambah kapasiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), NKRA Makmal Kualiti Guru meluluskan liberalisasi pasaran untuk memasukkan pengusaha swasta bagi mempertingkatkan persaingan. Oleh itu, EPP ini telah direka bentuk untuk menyokong pelaksanaan inisiatif ini.

Kami akan membenarkan pengusaha swasta menyediakan latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan untuk guru sekolah rendah dan menengah. Pengusaha swasta akan bertanggungjawab untuk menentukan bidang subjek khusus mereka (contohnya, Bahasa Inggeris atau pendidikan khas), dan jenis model perniagaan yang akan digunakan (contohnya, secara bersemuka,

e-pembelajaran, model campuran). Bagaimanapun, mereka mesti mematuhi standard kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan MQA untuk latihan guru dan mesti mencari sumber pelaburan modal dan kakitangan sendiri.

Bagi pihak Kementerian Pendidikan, kami akan membuka ruang untuk pelantikan guru sektor awam dari kalangan graduan institusi-institusi ini (IPTS), tidak kira jika mereka ditaja oleh kami ataupun tidak.

Di sini secara jelas dasar KPM untuk mengembangkan latihan guru swata dalam NKEA Pendidikan bagi memenuhi permintaan guru baru setiap tahun. Oleh itu isu ini sepatutnya tidak timbul.

Kita lihat sistem pendidikan di negara maju seperti Jepun yang berhasil merombak dan memajukan minda masyarakatnya melalui pendidikan dengan mengambil beberapa langkah progresif.

Antaranya ialah kerjaya guru diberi perhatian serius oleh Kerajaan Jepun dengan menjamin dan mempercepatkan penempatan bakal-bakal guru bagi mengelakkan masalah kekurangan tenaga pengajar. Rujuk kembali kajian bertajuk The InstitutionS of Education: A Comparative Study of Educational Development in the Six Core Nations by William K. Cummings (2003).

Sewajarnya KPM yang diperuntukkan sejumlah dana yang begitu besar untuk sektor pendidikan iaitu RM50.2 bilion melalui Belanjawan Negara 2012 yang lepas, menyelesaikan segera isu penempatan lebih 7,000 graduan ISMP. Penulis percaya isu ini boleh dipercepatkan sekiranya digunakan tidak sampai satu peratus pun daripada dana pendidikan tersebut bagi membiayai kos penempatan bakal guru.

Penempatan segera graduan ISMP bukanlah satu pilihan akan tetapi ianya satu keperluan yang mendesak berikutan bebanan tugas guru-guru senior akibat kekurangan guru di seluruh negara.

harakahdaily/-

Bajet: Tiada jaminan kesejahteraan wanita muda

Posted: 10 Oct 2011 09:20 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Isu-isu utama berkaitan golongan wanita muda seperti isu keselamatan dan perkahwinan tidak dibincangkan secara serius dalam Bajet 2012.

Pengerusi Ameerah Dewan Muslimat PAS Pusat, Fareedah Samad berkata, kelangsungan generasi amat penting.

Justeru, katanya usaha dan langkah-langkah yang dapat membantu generasi muda membina rumahtangga adalah langkah bijak memandangkan masalah kebejatan sosial yang semakin meruncing.

"Bahkan penekanan kepada kehidupan berkeluarga akan mengembalikan dan memartabatkan institusi kekeluargaan yang sepatutnya menjadi tunjang utama kepada masa depan negara," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini, ujarnya kerana institusi kekeluargaan merupakan agen sosialisasi yang paling efektif.

Selain itu juga, katanya kehidupan berkeluarga merupakan gaya hidup yang sihat melalui keseimbangan spiritual, emosi dan fizikal.

Menurutnya, statistik perceraian yang menunjukkan peningkatan saban tahun, di mana kajian menunjukkan setiap 15 minit terdapat satu pasangan bercerai di mana jumlah keseluruhan kadar perceraian pada akhir 2010 adalah melebihi 22,000 pasangan.

Hal ini, jelasnya sangat-sangat membimbangkan memandangkan faktor utama kebejatan sosial di negara kita disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan.

"Kami mencadangkan peruntukan diberikan agar yuran percuma untuk kursus perkahwinan dan silibus kursus perkahwinan perlu disemak semula dengan memasukkan elemen kemahiran keibubapaan dan perancangan kewangan," ujarnya.

Secara keseluruhannya, kata beliau Bajet 2012 dilihat hanya melayan kehendak golongan tertentu tanpa mempertimbangkan masalah yang lebih besar dan lebih utama.

Menurutnya, banyak lagi persoalan anak muda yang tidak dijawab seperti masalah pengangguran dan pinjaman PTPTN yang tidak berkesudahan.

Tambahnya, usaha serius kerajaan untuk mengekang defisit juga tidak diperinci dengan jelas.

Justeru, katanya Ameerah yang tentunya fokus kepada kebajikan dan keselamatan golongan wanita muda di negara ini, menyeru kerajaan agar mengambil pendekatan yang lebih holistik dalam merangka perbelanjaan negara.

Menurutnya lagi, sehingga 19 Mei 2011, kejadian rogol di Malaysia boleh dikatakan 1 kes setiap 2.5 jam di mana purata 10 wanita menjadi mangsa rogol setiap hari.

Katanya, peningkatan kes rogol diperlihat saban tahun sehingga akhir 2010 sebanyak 3,595 kes dicatatkan.

"Hal yang lebih membimbangkan, 70% daripada mangsa adalah gadis di bawah umur 18 tahun," ujarnya.

Beliau berkata, menurut Nationmaster yang mengkaji kes rogol di seluruh dunia, Malaysia masih lemah dalam menangani kes-kes rogol yang berlaku dalam negara kita.

Ujar belau, mungkin sebagai sebuah negara Islam yang kita bangga, berada pada tangga 38 bukanlah sesuatu yang boleh kita banggakan. 0.0505156 per 1,000 rakyat bermakna dalam 1 juta rakyat malaysia 50 – 51 orang yang dirogol dicatatkan.

"Perangkaan ini diikut rapat dengan statistik kes ragut dan bunuh di mana lebih 52% melibatkan golongan wanita," katanya lagi.

harakahdaily/-

Tak Perlu Naik Elaun, Tapi Pastikan Peruntukan Kepada AP Adil Dan Saksama

Posted: 10 Oct 2011 09:20 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Pada saat Perdana Menteri dan ahli parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

Kenaikan elaun AP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain. Keadaan ini bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. Kos kekal ini hanya boleh diatasi dengan peningkatan pendapatan negara, sekiranya gagal ia akan menambah bebanan kepada golongan bawahan pada masa hadapan.

Apakah kewajaran untuk menimbulkan cadangan menaikkan elaun AP yang telahpun mempunyai pelbagai kemudahan dalam menjalankan tugas sebagai AP dalam masa kehidupan rakyat masih dalam keadaan perit?

Cadangan menaikkan elaun AP ketika rakyat susah ini ibarat kata 'berat rakyat yang junjung, ringan wakil rakyat yang jinjing.' Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan 'mengutamakan yang senang.'

Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak AP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun AP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat.

Rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup samada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, sepatutnya perlu diberi lebih perhatian berbanding AP oleh kerajaan.

Apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun AP, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan AP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil. Ini adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap AP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Restoran cekik darah pelanggan

Posted: 10 Oct 2011 08:30 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ASHRAF menunjukkan resit bayaran minuman dan makanan yang didakwa mahal di Bukit Tunku, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan di sebuah restoran di Bukit Tunku di sini terkejut apabila dia mendakwa dikenakan bayaran sebanyak RM17.50 untuk segelas teh o ais dan sepinggan nasi berlaukkan ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal.

Menurut pelanggan itu yang cuma ingin dikenali sebagai Ashraf, dia singgah ke restoran tersebut untuk makan tengah hari semalam.

"Saya pertama kali pergi ke kedai makanan itu dan pada saya ia hanya kedai biasa sahaja cuma bahagian dalam mempunyai ruang khusus untuk pendingin hawa.

"Selepas ambil makanan, saya makan di bahagian luar restoran ini. Kemudian semasa saya ingin membayar makanan, saya diberitahu kena bayar RM4 untuk segelas teh o ais dan RM13.50 untuk makanan," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Ashraf yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat pengurusan bangunan memberitahu, restoran itu tidak kelihatan seperti sebuah restoran bertaraf lima bintang atau terdapat di hotel.

"Walaupun saya pernah makan di tempat-tempat yang eksklusif dan membayar pada harga yang tinggi untuk perkhidmatan yang disediakan tetapi saya tidak rasa restoran ini bertaraf eksklusif dan pada pandangan saya biasa sahaja dan tiada yang istimewa," ujarnya.

Harga segelas teh o ais di kebanyakan restoran ialah RM1 hingga RM1.70 manakala sepinggan nasi ayam goreng, kerabu pucuk paku dan tempe masak sambal pula RM5 hingga RM8.

Kosmo/-

Lantai Konkrit Bangunan Pembinaan KL Sentral Runtuh: Dua Cedera

Posted: 10 Oct 2011 08:20 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Lantai konkrit bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral runtuh pada pukul 11 pagi Selasa menyebabkan dua pekerja cedera. Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI.



Pihak polis dan pasukan bomba meninjau tempat kejadian

KUALA LUMPUR: Lantai konkrit di kawasan pembinaan di KL Sentral runtuh pada pagi Selasa dan dua pekerja dilaporkan cedera.

Difahamkan beberapa pekerja pembinaan yang lain berjaya menyelamatkan diri apabila lantai konkrit di tingkat tiga bangunan berkenaan runtuh pada pukul 11 pagi.

mSTAR/-

Nyaris maut akibat kecuaian ahli farmasi

Posted: 10 Oct 2011 08:20 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

YEE LAN ketika terlantar di wad HKL pada 1 hingga 12 Oktober 2010 akibat mengambil ubat melebihi dos yang sepatutnya.

KUALA LUMPUR – Gara-gara kecuaian seorang ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur (HKL), seorang warga emas berusia 64 tahun yang menghidap sejenis penyakit kulit terlantar di hospital selama 12 hari setelah dia mengambil sejenis ubat kanser dalam kuantiti yang berlebihan.

Mangsa, Wong Yee Lan yang menghidap penyakit psoriasis mendakwa, semuanya berpunca apabila ahli farmasi tersebut memberi arahan mengambil ubat tidak tepat selepas dia menerima rawatan sakit kulit pada 7 September tahun lalu di hospital berkenaan.

Menurut Yee Lan, ubat untuk merawat penyakit kulit tersebut sepatutnya dimakan enam kali seminggu tetapi dia telah diberi arahan supaya ubat itu dimakan sebanyak enam kali sehari.

"Saya disuruh makan ubat itu enam kali sehari dan saya menghabiskan dua paket ubat tersebut yang mengandungi 72 biji pil dalam masa 12 hari sahaja.

"Kesan ubat itu terlalu kuat sehingga menyebabkan saya mengalami kesukaran bernafas dan beberapa kali rebah ketika berjalan kerana pitam sehingga terpaksa dihantar ke klinik sebanyak empat kali.

"Selain itu, mata saya juga kerap berair dan sukar untuk membuka mata, bibir bengkak, rambut gugur dan sukar tidur," dakwanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini semalam.

Bimbang dengan keadaan dirinya yang semakin teruk, dia kemudian mendapatkan rawatan susulan di hospital yang sama pada 1 Oktober 2010 bagi mencari punca kesakitan yang dialami.

"Saya terpaksa dimasukkan ke wad selama 12 hari kerana keadaan kesihatan saya menjadi semakin teruk.

"Saya begitu terperanjat apabila doktor yang merawat memaklumkan bahawa saya telah mengambil dos ubat secara berlebihan," katanya.

kosmo/-

Penjenayah Abu Sayyaf Suspek Dua Letupan Di Filipina

Posted: 10 Oct 2011 07:33 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MANILA: Polis Filipina berkata kumpulan militan Abu Sayyaf iaitu sekutu al-Qaida merupakan suspek Tamma dalam dua kejadian letupan yang mencederakan 11 orang awam di sebuah gelanggang sabung ayam dan hotel bajet di bahagian selatan di sini.

Pegawai Superintendent Kanan Edwin de Ocampo berkata siasatan awal menunjukkan reka bentuk bom-bom yang diletupkan secara serentak menerusi telefon bimbit di bandar raya Zamboanga, Ahad lalu itu menyerupai bom-bom yang digunakan oleh kumpulan Abu Sayyaf dalam dua serangan di bandar raya itu dan berhampiran pulau Basilan sebelum ini.

Ocampo berkata pada Isnin, bom-bom terbabit berkemungkinan diperbuat daripada campuran hablur ammonium nitrat dan paku bagi membolehkan ia membawa maut dan mencederakan lima orang di gelanggang sabung ayam dan enam yang lain di sebuah hotel kecil.

Letupan bom itu berlaku ketika bandar raya itu sedang meraikan festival tahunan Roman Catholic. - AP

Apa Kaitan AntaraPos Dengan Umno-APCO?

Posted: 10 Oct 2011 07:15 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan,

Faekah berkata usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

"Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.

"Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin)," kata Faekah dalam kenyataannya malam ini.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TVSelangor dan buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulan.

Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.

Faekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri seperti mengurus syarikat korporat.

"Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat," katanya.

Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.

Pemimpin baik

Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.

Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak tak kira lawan mahupun kawan.

Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat.

Menurut Faekah, dakwaan bahawa program yang dilaksanakan kerajaan Selangor sebagai remeh dan hanya untuk populariti Khalid adalah tindakan terdesak.

"Kita telah membelanjakan lebih RM500 juta untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan setakat Ogos 2011 seramai 1,181,109 rakyat Selangor telah menikmati hasil program-program yang kita laksanakan.

"Bantuan-bantuan ini diturunkan ke pejabat DUN untuk memastikan wakil rakyat dapat berhubung terus dengan pengundi di kawasan mereka," katanya.

Justeru, menurut Faekah, wakil rakyat juga meraih populariti dari program kerajaan kecualilah bagi wakil rakyat yang 'segan' dan 'banyak mengelat' dari turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Selain itu, katanya, dalam tempoh kurang lima tahun, menteri besar telah menambah simpanan rezab kepada RM1.1 bilion malah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menanggung kerugian sejak ditubuhkan, buat pertama kali dalam sejarah, mencatatkan keuntungan RM11 juta.

"Jika tiada pemimpin yang berpegang kuat pada prinsip, masih mengamalkan gaya politik Umno, amalan kronisme, kerajaan Pakatan Selangor tidak mampu mencapai kejayaan ini," katanya lagi.

selatan online/-

Taliban Pakistan mahu damai

Posted: 10 Oct 2011 07:15 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri sedia berunding dengan militan akhiri siri keganasan

ISLAMABAD: Pergerakan Taliban Pakistan, ancaman terbesar negara itu, menyatakan kesediaan mengadakan rundingan damai dengan kerajaan, lapor akhbar di sini, semalam.
Kumpulan itu memberi reaksi kepada laporan selepas pertemuan semua parti yang dihadiri pegawai atasan tentera dan perisikan bulan lalu bahawa pegawai kerajaan mahu berdamai dengan militan untuk menamatkan keganasan.

Majlis syura akan menentukan sama ada dan bila kami boleh mengadakan rundingan kerajaan dengan tentera. - Yusuf Raza Gilani, Perdana Menteri Pakistan Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani, dipetik akhbar sebagai berkata bahawa kerajaan juga sedia mengadakan rundingan damai.

"Majlis syura akan menentukan sama ada dan bila kami boleh mengadakan rundingan kerajaan dengan tentera mengenainya. Namun saya berasa kami mahu membabitkan negara yang kami percaya, ia berada di dunia Arab. Arab Saudi," lapor akhbar Express Tribune yang memetik Timbalan Ketua Taliban Pakistan, Maulvi Wali-ur-Rehman Mehsud, sebagai berkata.

Tehrik-e-Taliban Pakistan atau Pergerakan Taliban Pakistan (TTP), yang juga mempunyai hubungan rapat dengan al-Qaeda, ditubuhkan pada Disember 2007 sebagai sekutu kumpulan militan Pakistan yang melancarkan serangan di negara itu.

Ia dipersalahkan ke atas banyak serangan bom bunuh diri di seluruh Pakistan. Beberapa tindakan ketenteraan ke atas kubu kuat kumpulan itu di sempadan Afghanistan gagal melemahkan kempennya.
Beribu-ribu askar Pakistan, polis dan penduduk awam maut dalam konflik itu.

"Sehingga kini, kami tidak menerima sebarang tawaran damai secara langsung. Majlis syura kami akan duduk berbincang jika ada yang cuba menemui kami. Itu cara kami beroperasi. Tiada satu badan pusat yang membuat keputusan penting," lapor akhbar berkenaan memetik Mehsud berkata dalam laman webnya.

Sebarang perubahan ke arah perpaduan dengan TTP pasti membangkitkan kemarahan Washington. Tahun lalu, Amerika Syarikat memasukkan TTP ke dalam senarai pertubuhan pengganas asing dan menawarkan ganjaran bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan dua pemimpinnya.

Hubungan Islamabad dan Washington tegang berikutan tindakan Amerika melancarkan serangan sehingga mengorbankan pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden, Mei lalu, manakala Washington menuduh Islamabad menyokong militan yang menyerang tenteranya di Afghanistan.

TTP turut bercita-cita melancarkan serangan ke atas sasaran Barat di luar negara. Kumpulan berkenaan mendakwa bertanggungjawab atas serangan bom di Times Square di New York yang gagal tahun lalu dan dilihat sebagai ancaman secara langsung kepada Amerika.

Pendakwa Amerika menuduh pemimpin TTP, Hakimullah Mehsud, atas rancangan membunuh tujuh kakitangan Agensi Perisikan Pusat (CIA) di pangkalan Amerika di Afghanistan pada 2009. – Reuters

11 kelasi China terbunuh dalam serangan kapal

Posted: 10 Oct 2011 07:00 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BEIJING - Seramai 11 kelasi warga China terbunuh dan dua lagi hilang selepas kapal kargo mereka diserang dalam kawasan setiga emas di Sungai Mekong, menurut laporan media tempatan, kelmarin.

Agensi berita tempatan Xinhua melaporkan kapal Hua Ping dan Yu Xing 8 dipercayai telah diserang sindiket penyeludupan dadah di kawasan sempadan Thailand-Myanmar, 5 Oktober lalu.

Susulan daripada kejadian itu, Kementerian Luar menggesa kedutaan China di Bangkok dan konsul am di Chiang Mai untuk menyiasat insiden tersebut.

Beijing turut meminta perlindungan terhadap kapal mereka di kawasan segi tiga emas dipertingkatkan.

sinar harian/-

Bajet 2012: Belanjawan kalau hidup, hiduplah

Posted: 10 Oct 2011 06:45 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden Umno adalah belanjawan orang yang sedang nazak.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas belanjawan yang dibentang baru-baru ini yang kononnya ingin membela nasib rakyat tetapi realiti sebenarnya menggambarkan situasi sebenar keadaan Umno yang sedang berada dalam suasana 'ICU'.

"Belanjawan Najib ialah belanjawan orang sedang nazak, kalau hidup, hiduplah dan kalau mati, maka matilah," ujar beliau ringkas ketika dihubungi, semalam.

Beliau yang juga Adun Manir berkata, situasi Umno sekarang seperti orang yang sudah hampir mati yang sanggup berbelanja tanpa batasan semata-mata untuk memastikan nyawa dapat dipanjangkan lagi serta sanggup menggunakan pelbagai jenis rawatan walaupun rawatan itu tidak berkesan.

harakahdaily/-

WASPADA: Gambar Profil Facebooknya Digunakan Oleh Sindiket Pelacuran

Posted: 10 Oct 2011 06:30 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Gambar peribadi FB jadi promosi perempuan jalang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

"Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu," katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

"Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

"Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya.

KELAB GREENBOC/-

Bajet 2012 manifesto PRU13

Posted: 10 Oct 2011 06:15 PM PDT

13 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Menekuni Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan respon segera rakyat menjadikan kita percaya bahawa inilah bajet yang menentukan hidup mati Barisan Nasional. Lebih tepat ia adalah sebuah manifesto yang merupakan satu 'counter offer' atau tawaran balas terhadap bajet Pakatan Rakyat.

Tekanan yang kerajaan pimpinan DS Najib hadapi apabila berdepan dengan tawaran Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat adalah kayu ukur terhadap beberapa tindakan terdesak termasuklah pengumuman pemansuhan ISA dan bajet durian runtuh pada kali ini.

Bajet adalah instrumen utama dalam urus tadbir kewangan kerajaan yang melibatkan perancangan, unjuran pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara bagi tahun akan datang.

Inti kepada belanjawan ialah cukai dan perbelanjaan kerajaan demi mencapai objektif utama dasar fiskal iaitu pertumbuhan, pengawalan inflasi dan pengurangan pengangguran. Sebagai anak muda, saya ingin membawa tulisan ini bagi melihat secara ringkas bajet ini berdasarkan pemerhatian sepintas lalu.

Pertama. Bajet ini kata DS Najib ialah Membela Rakyat, Mensejahtera Negara. Kebanyakan tawaran bersifat 'one off' ini betul, boleh menggembirakan dan menghiburkan rakyat yang bersifat sementara.

Sebanyak 1.3 juta rakyat yang terdiri daripada penjawat awam agak dilayan oleh Barisan Nasional. Sedangkan jumlah sebenar pekerja di dalam negara kita ialah kira-kira 12 juta. Apa nasib mereka yang terlibat di dalam sektor swasta dan pekerjaan tidak formal.

Kedua. Kesan langsung kenaikan gred sektor awam ini akan menyebabkan sektor masyarakat terbanyak yang terdiri daripada swasta dan pekerja tidak formal berdepan dengan inflasi. Contohnya bagaimana nasib, penoreh getah dan petani di Padang Terap Apakah insentif dalam bentuk polisi yang disediakan kepada khalayak ini. Kuasa beli semakin menurun.

Ketiga. Kerunsingan saya juga ialah berkaitan dengan golongan belia yang menganggur. Menanggung hutang pengajian daripada PTPTN ataupun yang terrcicir daripada pengajian. Golongan belia yang menganggur yang sudah menghampiri 100 ribu daripada golongan siswazah.

Berdasarkan unjuran Bajet 2012, pengangguran dalam lingkungan 3.5 peratus. Ia mewakili hampir 400 ribu daripada guna tenaga rakyat Malaysia!!. Unjuran kerajaan itupun masih dipertikaikan oleh pakar ekonomi.

Keempat. Umur pencen yang dinaikkan oleh kerajaan kepada 60 tahun juga menimbulkan reaksi pelbagai. Pada persepsi saya, ia akan menyebabkan peluang pekerjaan baru kepada siswazah dan kenaikan pangkat akan terbeku selama dua tahun paling kurang.

Janji Perdana Menteri akan mewujudkan peluang baru melalui sektor swasta adalah sangat subjektif berdasarkan unjuran angka pengangguran yang semakin membesar.

Kelima. Saya sangat gusar apabila bajet yang lebih populis ini hanya menyebut 'durian runtuh' kepada peneroka. Apakah sebenarnya polisi kerajaan untuk membantu anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga FELDA, FELCRA dan lembaga-lembaga seperti KEDA, KETENGAH, KESEDAR dan lain-lain.

Penyenaraian Felda Global Ventures yang diumumkan juga menimbulkan beberapa tandatanya termasuklah tentang keperluan Felda mendapatkan kewangan melalui IPO dan pembukaan saham Felda kepada orang luar Felda.

Keenam. Saya masih menunggu pelancaran kerajaan satu Skim Amanah yang patuh syariah. Seingat saya, daripada 10 skim amanah yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad, masih belum wujud walaupun satu Skim Amanah yang benar-benar patuh syariah.

Ketujuh. Peruntukan sekolah agama rakyat yang masih dikesampingkan lanjutan dendam politik sejak sekian lama. Tanpa mempertikaikan bantuan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cinadan Tamil serta sekolah agama bantuan kerajaan dan mubaligh,

Sekolah Agama rakyat yang berjumlah 161 buah dengan 20 764 orang murid masih tiada cerita. Manakala Sekolah Rendah Agama berjumlah 1132 buah dengan 208,000 pelajar masih terkebelakang.

Kelapan. Arahan khusus agar GLC menggunakan instrumen kewangan Islam dan menggunakan sistem perbankan Islam. Keperluan kerajaan mempunyai perancangan mewajibkan GLC menyokong perbankan Islam. Hanya sekitar 22 peratus penyertaan GLC.

Kesembilan. Saya kecewa apabila bajet ini tidak ditekankan peperangan terhadap rasuah dan ketirisan. Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan kira-kira 28 bilion wang rakyat hilang akibat ketirisan dan rasuah pada 2008. Bajet durian runtuh ini akan mendedahkan lebih ruang terhadap berlaku ketirisan.

Kesepuluh. Saya menyambut baik bajet pembangunan fizikal untuk golongan belia. Namun program peningkatan iman, shahsiyyah masih lagi bukan keutamaan kerajaan. Gejala sosial yang parah termasuk kes zina, rogol dan bunuh yang menakutkan tidak akan mampu ditangani tanpa pembangunan bersepadu mental, jasad dan roh.

Kesebelas. Dalam kerancakan industri perbankan dan kewangan Islam Malaysia, kerajaan yang mendakwa ingin terus mengekalkan Malaysia sebagai antara hub kewangan Islam terbaik dunia meneruskan sokongan kepada sistem riba. Dana Perkhidmatan Profesional yang diumumkan oleh Perdana Menteri masih dalam bentuk pinjaman mudah masih mengenakan faedah 4 peratus.

Kedua belas. Isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos sara hidup. Persoalannya adakah bajet kali ini memberi nilai sebenar kepada kos sara hidup rakyat. Fomca telah melaporkan harga makanan naik 83 peratus dalam masa 4 tahun..!!!! Harga gula naik 27 peratus manakala sayur naik 16 peratus, telur, dairy dan daging naik 10 peratus dan buah naik 9 peratus berbanding tahun lepas. Perbelanjaan isirumah utk makanan adalah 40-50 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.

Justeru itu, saya masih melihat bahawa bajet ini masih bersifat satu langkah berbentuk populis, tak mengambil kira strategi khusus dengan memberi fardah langsung tanpa mengira impak ekonomi jangka panjang. Apapun Pakatan Rakyat telah memberi satu dimensi baru terhadap penyediaan bajet kerajaan dengan satu pilihan dan tawaran kepada rakyat. Bajet Pakatan Rakyat telah diberi satu perhatian serius oleh kerajaan dan saya percaya diteliti dengan penuh minat oleh rakyat.

Mohd Nasir Zakaria adalah Ahli Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

harakahdaily/-

Salam Perjuangan

Posted: 10 Oct 2011 11:28 PM PDT

Salam Perjuangan


NEGARA BERKEBAJIKAN VERSI NAJIB : CADANG NAIK ELAUN AP DI SAAT RAKYAT TERBEBAN

Posted: 10 Oct 2011 09:19 AM PDT

13 Dzulka'edah 1432 H | 11 October 2011

Di saat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen (AP) membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun AP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

Kenaikan elaun AP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain. Keadaan ini bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah. Kos kekal ini hanya boleh diatasi dengan peningkatan pendapatan negara, sekiranya gagal ia akan menambah bebanan kepada golongan bawahan pada masa hadapan.


Apakah kewajaran untuk menimbulkan cadangan menaikkan elaun AP yang telahpun mempunyai pelbagai kemudahan dalam menjalankan tugas sebagai AP, dalam masa yang sama kehidupan rakyat masih dalam keadaan perit?


Cadangan ini ibarat kata pepatah 'berat rakyat yang junjung, ringan wakil rakyat yang jinjing.' Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan 'mengutamakan yang senang.'


Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak AP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun AP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat sebelah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat.


Rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup samada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, sepatutnya perlu diberi lebih perhatian berbanding AP oleh kerajaan.


Apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun AP, tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan AP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil. Ini adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.


Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap AP telah dipilih oleh rakyat dalam sistem yang diiktiraf oleh kerajaan.


Bilamana selama ini peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan.

Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka.

PAS KDAS 3

Posted: 10 Oct 2011 10:08 PM PDT

PAS KDAS 3


DS NIZAR: SIAPA YG DISEKSA PENJAJAH? UMNO ATAU PEJUANG KIRI?

Posted: 10 Oct 2011 08:11 AM PDT

8 Tuntutan Bersih,170,000 K/P klon: DPPP gerakkan bersih 3.0

Posted: 10 Oct 2011 07:43 AM PDT

Bajet 2012 terus pinggir SAR

Posted: 10 Oct 2011 07:29 AM PDT


KUANTAN, 10 Okt: PAS Pahang kesal Sekolah Agama Rakyat (SAR) dipinggirkan dalam pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.
 Ketua Penerangannya, Suhaimi Saad berkata, sedangkan entiti tersebut perlukan peruntukan demi kesinambungan pendidikan yang ternyata selama ini memberi sumbangan kepada masyarakat khususnya dalam ehwal Islam. "Najib mengumumkan peruntukan besar sektor pendidikan iaitu sebanyak RM50.2 bilion tetapi satu sen pun tidak diagihkan kepada SAR, sedangkan institusi tersebut amat memerlukannya dan semua pelajarnya anak-anak orang Melayu yang beragama Islam. "Walhal peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh serta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). "Kita tak tahu sama ada najib terlepas pandang tentang perkara ini atau secara tak sengaja untuk mendera mereka," katanya kepada Harakahdaily. Menurut Suhaimi, berdasarkan sejarah, SAR sejak zaman penjajahan telah berperanan mempertahankan akidah umat Islam selain menyebarkan pengajaran Islam untuk orang Melayu di negara ini. Bahkan, guru-guru SAR antara yang bertungkus-lumus mengajar semula anak-anak orang Melayu yang telah buta bacaan jawi. Beliau tidak menafikan SAR pernah mendapat bantuan daripada pihak kerajaan pada masa-masa lampau. "Malangnya SAR telah menerima cabaran besar apabila dihentikan bantuan per kapita oleh mantan Perdana Menteri pada tahun 2001 dan difitnah sebagai tapak sarang pengganas pada 2003. "Daripada kedua peristiwa itulah yang menyebabkan SAR mulai berkurangan pelajar sehingga satu demi satu terpaksa ditutup," tambahnya. Tambah Suhaimi, di Pahang pada asalnya terdapat 18 SAR tetapi selepas dua peristiwa tersebut empat daripadanya ditutup dan empat lagi menjadi SABK iaitu menyerahkan urusan pentadbiran kepada kerajaan. "Pada masa ini hanya ada 10 SAR di Pahang yang boleh dikatakan hidup segan mati tak mahu kerana sumber kewangannya hanya melalui sumbangan orang ramai. Kita kena bayangkan dalam masa guru-guru sekolah mendapat durian runtuh, guru-guru SAR pula ada yang terpaksa mengajar sukarela. "Sebab itu jika kerajaan bercakap soal pendidikan Islam, generasi Al-Quran, membentuk akhlak remaja, modal insan dan sebagainya maka SAR tidak harus diketepikan kerana ternyata pelajar lepasannyalah yang menjadi pembimbing masyarakat dan mengurangkan angka indeks jenayah selama ini," jelasnya.

DAP tidak setuju burukkan hudud

Posted: 10 Oct 2011 07:19 AM PDT

Pakatan setuju tarik balik kenaikan elaun MP

Posted: 10 Oct 2011 07:18 AM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 10 Oct 2011 09:53 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


POLITIK ORANG KAMPUNG

Posted: 10 Oct 2011 02:33 AM PDT

Sekarang ni musim orang guna ra.... untuk memulihkan prestasi....kat tempat kome lanie ra...dipergunakan oleh orang politik...kesian....beginilah nasib orang melayu kampung dan ra... dimainkan oleh orang politik.....bagi makan..cabutan undi bertuah...berduyung2 datang.....yang capek datang bertongkat yang buta datang berpimpin...yang tua datang berusung....
" Kite orang politik kerajaan....jangan risau...pru 13 ni...comform menang lagi....kita jamu diorang semua...buat cabutan bertuah...ceramah sikit...cukup mudah kite nak beli oarng melayu ni.." Begitulah agaknya kata2 MP BN.


DPP PADANG TERAP

Posted: 10 Oct 2011 09:48 PM PDT

DPP PADANG TERAP


BAJET 2012: MANIFESTO PRU 13

Posted: 10 Oct 2011 06:30 PM PDT

MONDAY, 10 OCTOBER 2011
ustaz_nasir_kecik1.jpgMenekuni Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib dan respon segera rakyat menjadikan kita percaya bahawa inilah bajet yang menentukan hidup mati Barisan Nasional. Lebih tepat ia adalah sebuah manifesto yang merupakan satu 'counter offer' atau tawaran balas terhadap bajet Pakatan Rakyat. Tekanan yang kerajaan pimpinan DS Najib hadapi apabila berdepan dengan tawaran Buku Jingga oleh Pakatan Rakyat adalah kayu ukur terhadap beberapa tindakan terdesak termasuklah pengumuman pemansuhan ISA dan bajet durian runtuh pada kali ini
.

Bajet adalah instrumen utama dalam urus tadbir kewangan kerajaan yang melibatkan perancangan, unjuran pendapatan dan perbelanjaan sesebuah negara bagi tahun akan datang. Inti kepada belanjawan ialah cukai dan perbelanjaan kerajaan demi mencapai objektif utama dasar fiskal iaitu pertumbuhan, pengawalan inflasi dan pengurangan pengangguran.
Sebagai anak muda, saya ingin membawa tulisan ini bagi melihat secara ringkas bajet ini berdasarkan pemerhatian sepintas lalu. :

Pertama. Bajet ini kata DS Najib ialah Membela Rakyat, Mensejahtera Negara. Kebanyakan tawaran bersifat 'one off' ini betul, boleh menggembirakan dan menghiburkan rakyat yang bersifat sementara. Sebanyak 1.3 juta rakyat yang terdiri daripada penjawat awam agak dilayan oleh Barisan Nasional. Sedangkan jumlah sebenar pekerja di dalam negara kita ialah kira-kira 12 juta. Apa nasib mereka yang terlibat di dalam sektor swasta dan pekerjaan tidak formal.

Kedua. Kesan langsung kenaikan gred sektor awam ini akan menyebabkan sektor masyarakat terbanyak yang terdiri daripada swasta dan pekerja tidak formal berdepan dengan inflasi. Contohnya bagaimana nasib, penoreh getah dan petani di Padang Terap Apakah insentif dalam bentuk polisi yang disediakan kepada khalayak ini. Kuasa beli semakin menurun.

Ketiga. Kerunsingan saya juga ialah berkaitan dengan golongan belia yang menganggur. Menanggung hutang pengajian daripada PTPTN ataupun yang terrcicir daripada pengajian. Golongan belia yang menganggur yang sudah menghampiri 100 ribu daripada golongan siswazah. Berdasarkan unjuran Bajet 2012, pengangguran dalam lingkungan 3.5 peratus. Ia mewakili hampir 400 ribu daripada guna tenaga rakyat Malaysia!!. Unjuran kerajaan itupun masih dipertikaikan oleh pakar ekonomi.

Keempat. Umur pencen yang dinaikkan oleh kerajaan kepada 60 tahun juga menimbulkan reaksi pelbagai. Pada persepsi saya, ia akan menyebabkan peluang pekerjaan baru kepada siswazah dan kenaikan pangkat akan terbeku selama dua tahun paling kurang. Janji Perdana Menteri akan mewujudkan peluang baru melalui sektor swasta adalah sangat subjektif berdasarkan unjuran angka pengangguran yang semakin membesar.

Kelima. Saya sangat gusar apabila bajet yang lebih populis ini hanya menyebut 'durian runtuh' kepada peneroka. Apakah sebenarnya polisi kerajaan untuk membantu anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga FELDA, FELCRA dan lembaga-lembaga seperti KEDA, KETENGAH, KESEDAR dan lain-lain. Penyenaraian Felda Global Ventures yang diumumkan juga menimbulkan beberapa tandatanya termasuklah tentang keperluan Felda mendapatkan kewangan melalui IPO dan pembukaan saham Felda kepada orang luar Felda.

Keenam. Saya masih menunggu pelancaran kerajaan satu Skim Amanah yang patuh syariah. Seingat saya, daripada 10 skim amanah yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad, masih belum wujud walaupun satu Skim Amanah yang benar-benar patuh syariah.

Ketujuh. Peruntukan sekolah agama rakyat yang masih dikesampingkan lanjutan dendam politik sejak sekian lama. Tanpa mempertikaikan bantuan kepada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cinadan Tamil serta sekolah agama bantuan kerajaan dan mubaligh, Sekolah Agama rakyat yang berjumlah 161 buah dengan 20 764 orang murid masih tiada cerita. Manakala Sekolah Rendah Agama berjumlah 1132 buah dengan 208,000 pelajar masih terkebelakang.

Kelapan. Arahan khusus agar GLC menggunakan instrumen kewangan Islam dan menggunakan sistem perbankan Islam. Keperluan kerajaan mempunyai perancangan mewajibkan GLC menyokong perbankan Islam. Hanya sekitar 22 peratus penyertaan GLC.

Kesembilan. Saya kecewa apabila bajet ini tidak ditekankan peperangan terhadap rasuah dan ketirisan. Laporan Ketua Audit Negara menganggarkan kira-kira 28 bilion wang rakyat hilang akibat ketirisan dan rasuah pada 2008. Bajet durian runtuh ini akan mendedahkan lebih ruang terhadap berlaku ketirisan.

Kesepuluh. Saya menyambut baik bajet pembangunan fizikal untuk golongan belia. Namun program peningkatan iman, shahsiyyah masih lagi bukan keutamaan kerajaan. Gejala sosial yang parah termasuk kes zina, rogol dan bunuh yang menakutkan tidak akan mampu ditangani tanpa pembangunan bersepadu mental, jasad dan roh.

Kesebelas. Dalam kerancakan industri perbankan dan kewangan Islam Malaysia, kerajaan yang mendakwa ingin terus mengekalkan Malaysia sebagai antara hub kewangan Islam terbaik dunia meneruskan sokongan kepada sistem riba. Dana Perkhidmatan Profesional yang diumumkan oleh Perdana Menteri masih dalam bentuk pinjaman mudah masih mengenakan faedah 4 peratus.

Kedua belas. Isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat ialah kos sara hidup. Persoalannya adakah bajet kali ini memberi nilai sebenar kepada kos sara hidup rakyat. Fomca telah melaporkan harga makanan naik 83 peratus dalam masa 4 tahun..!!!! Harga gula naik 27 peratus manakala sayur naik 16 peratus, telur, dairy dan daging naik 10 peratus dan buah naik 9 peratus berbanding tahun lepas. Perbelanjaan isirumah utk makanan adalah 40-50 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan.
Justeru itu, saya masih melihat bahawa bajet ini masih bersifat satu langkah berbentuk populis, tak mengambil kira strategi khusus dengan memberi fardah langsung tanpa mengira impak ekonomi jangka panjang. Apapun Pakatan Rakyat telah memberi satu dimensi baru terhadap penyediaan bajet kerajaan dengan satu pilihan dan tawaran kepada rakyat. Bajet Pakatan Rakyat telah diberi satu perhatian serius oleh kerajaan dan saya percaya diteliti dengan penuh minat oleh rakyat.

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah

PemudaSikDaily

Posted: 10 Oct 2011 09:38 PM PDT

PemudaSikDaily


Facebook Pemuda Pas Sik

Posted: 10 Oct 2011 04:09 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sik telah melancarkan facebook.. untuk maklumat terkini bolehlah anda sertai facebook pemuda .

http://www.facebook.com/pages/DPPKS-DEWAN-PEMUDA-PAS-KAWASAN-SIK-/216493648412873?sk=wall

ATAU anda boleh taipkan DPPKS di facebook anda.

Terima Kasih diatas sokongan anda.Wassalam.

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 10 Oct 2011 09:17 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Peruntukan adil semua MP, bukan naik elaun

Posted: 10 Oct 2011 08:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan apa yang perlu difokuskan sekarang bukannya menaikkan elaun para ahli parlimen (MP), tetapi cara untuk menyalurkan semua peruntukan MP kepada rakyat tanpa mengira parti politik yang mereka wakili secara adil.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang.

"Namun kali ini, rakyat bernasib baik kerana hasil daripada kehendak MP Pakatan Rakyat, kerajaan BN terpaksa membatalkan cadangan kenaikan elaun MP. Inilah bukti sahih yang membolehkan membuat perbandingan wakil rakyat belah mana yang lebih prihatin dan sensitif kepada keperitan rakyat," kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan.

Seharusnya kata Tuan Ibrahim, rakyat marhaen yang terbeban dengan kos hidup sama ada yang bekerja di agensi swasta atau kerajaan, khususnya golongan yang terdedah kepada gejala rasuah yang menjadi-jadi yang mengakibatkan kos sara hidup mereka meningkat dan ditambah pula dengan peningkatan tanggungjawab dalam keluarga, perlu diberi lebih perhatian berbanding MP oleh kerajaan.

Memberi peruntukan kepada semua MP tanpa mengira batasan politik, kata Tuan Ibrahim adalah lebih adil dan saksama dan berkesan kepada semua rakyat.

"Sekiranya benar kerajaan BN ingin dilihat rakyat sebagai menjalankan negara kebajikan maka peruntukan mesti diberi secara adil kepada semua kawasan kerana setiap MP yang dipilih oleh rakyat dalam sistem yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

"Bilamana selama ini, peruntukan hanya diberi kepada YB daripada parti pemerintah sahaja (samada di negeri BN atau PR yang menguasainya), maka ketidakadilan ini akan berterusan. Diharap dua-dua pembahagi politik boleh bertindak adil dari segi memberikan peruntukan kerana yang akhir menanggung bala ialah rakyat bawahan yang memerlukan peruntukan ini untuk memudahkan urusan kehidupan mereka," tegas beliau.

Tuan Ibrahim juga menyelar kesesuaian masa cadangan untuk menaikkan elaun MP dibuat tatkala kehidupan rakyat masih dalam keadaan yang perit.

"Di saat Perdana Menteri dan ahli parlimen membincangkan keperitan kehidupan rakyat dan mewar-warkan kehidupan berjiwa rakyat sehingga ada sanggup naik bas (walaupun mewah), naik basikal dan melawat rakyat yang menderita kemiskinan untuk menyelami keperitan mereka, tiba-tiba timbul pengumuman kenaikan elaun-elaun MP, yang telahpun dianggap besar bagi golongan rakyat yang perit.

"Kenaikan elaun MP biasanya akan diikuti dengan kenaikan elaun para menteri, timbalan menteri dan lain-lain," kata beliau.

Katanya, kenaikan elaun MP bakal menyebabkan negara terpaksa menanggung kos kekal (fixed cost) yang semakin bertambah.

"Rakyat marhaen bolehlah menilai sendiri versi negara berkebajikan Datuk Seri Najib Razak yang diwar-warkan akan mengutamakan rakyat tapi sering kali hanya akan 'mengutamakan yang senang'," hujah beliau lagi.

Politik yang halang hudud, bukan perlembagaan .

Posted: 09 Oct 2011 09:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt: Sikap negatif dan kefahaman yang salah menjadi punca mengapa tekad politik (political will) untuk melaksanakan hukum hudud tidak wujud di Malaysia.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta menjelaskan halangan sebenar pelaksanaan undang-undang itu di negara ini.

Tambahnya perlembagaan tidak menghalang kerana tidak ada peruntukan yang menuju ke arah itu.

Sebaliknya, beliau menambah, jika perlembagaan dibaca dengan betul dan tidak prejudis hudud boleh dilaksanakan.

Pakar perlembagaan yang juga Felo Kanan IDEAS itu berkata sifat perlembagaan yang kononnya sekular itu pun tidak wujud.

"Tak mengapalah mereka boleh kata perlembagaan apa yang mereka mahu: sekular, taghut, anti-Islam dan sebagainya. Yang penting di dalam perlembagaan tidak ada peruntukan yang menyatakan perundangan Islam tidak boleh dilaksanakan," ujarnya.

Ditanya mengenai Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Aziz berkata: "Peruntukan ini hanya mengingatkan kita yang segala tindakan dan undang-undang perlu akur dengan batasan perlembagaan. Pendeknya undang-undang, termasuk hudud, perlu dilaksanakan dalam kerangka dan skima perlembagaan.

Pada hakikatnya peruntukan yang didakwa mengkesampingkan Islam itu sebenarnya hendak mempastikan yang perlembagaan ini benar-benar berguna kepada semua orang sebab sekiranya perlembagaan boleh diketepikan maka ia tidak berguna. Itulah maksud Perkara 4(1)".

Dualisme

Mengenai isu diskriminasi dan dualisme dalam perundangan beliau menjelaskan: "Ciri ini sudah wujud lama di Malaysia; kita ada undang-undang sivil dan syariah dan kita mengambil pendekatan tidak mahu memaksakan hukum Islam kepada bukan Islam. Tetapi bagi orang Islam mereka tidak ada pilihan; mereka tertakluk kepada hukum Islam".

Aziz menegaskan pelaksanaan hudud tidak akan menjejaskan hak orang bukan Islam. Ini kerana ia hanya dilaksanakan di kalangan umat Islam sahaja.

"Tetapi apabila hudud tidak dilaksanakan ini adalah satu penafian hak terhadap umat Islam. Ini kerana perlembagaan - melalui Perkara 11(1) - menjamin hak umat Islam untuk menganut agama itu sebagaimana yang dituntut oleh syariat. Hidup di bawah sistem Islam ialah hak umat Islam yang tidak boleh dinafikan," tegasnya.

Mengulas mengenai bidang kuasa jenayah yang diletakkan di tangan persekutuan beliau berkata: "Kita perlu akur bahawa bidang kuasa jenayah di dalam negara kita ada dua; yakni sivil dan syariah. Manakala jenayah sivil adalah bidang kuasa persekutuan jenayah syariah adalah kuasa negeri".

Aziz berkata salah satu hujah untuk pendapat tersebut ialah bidang kuasa mengenai hukum syarak yang diletakkan di tangan negeri. "Kita perlu melihat isu-isu ini dalam konteks yang komprehensif; yakni dengan melihat keseluruhan kerangka dan skima perlembagaan", ujarnya.

Profesor undang-undang UIAM itu berkata mereka yang skeptikal dan anti-hudud sering mengambil pendekatan harfiah yang kaku dan pedantik. Jelasnya: "Dengan itu mereka kemudian menuding kepada bidang kuasa jenayah persekutuan dengan melupakan kenyataan bahawa hukum syarak adalah kuasa negeri dan ia ada konsep jenayahnya sendiri. Golongan anti-hudud juga membuat andaian bahawa Islam dalam perlembagaan kecil dan sempit; sesuatu yang tidak disebut oleh perlembagaan pun.

"Saya berpendapat oleh kerana perlembagaan tidak memberikan tafsiran kepada hukum syarak maka ini perlu dirujuk kepada hukum Islam yang sebenar. Dalam soal ini perlembagaan juga tidak menghalang. Saya berpendapat bidang kuasa itu harus dilihat dalam konteks hukum syarak dan bukan sebaliknya."

Aziz mengakui bahawa pandangan yang dikemukakan itu baru dan sebelum ini beliau sendiri berpendapat bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kecuali oleh persekutuan kerana wujudnya bidang kuasa jenayah tadi.

Boleh laksana tanpa pinda perlembagaan

Katanya perubahan pandangan adalah sesuatu yang biasa dan apa yang dikemukakan sekarang ialah penemuan baru yang memberi isyarat bahawa hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan.

Sehingga ini agak ramai yang mempunyai tanggapan bahawa pelaksanaan hudud memerlukan pindaan perlembagaan dan ini bermakna sokongan majoriti dua pertiga di parlimen.

Beliau menjelaskan apa yang perlu dibuat ialah pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 yang mengecilkan bidang kuasa mahkamah syariah. "Saya berasa hairan mengapa parlimen membuat undang-undang atas satu perkara yang bukan miliknya", ujarnya.

Meskipun hudud adalah hak dan kuasa negeri beliau mengakui pelaksanaannya memerlukan bantuan kerajaan persekutuan.

"Bagaimanapun ini adalah satu tanggung jawab di sisi undang-undang dan kerajaan pusat tidak boleh membuat ugutan sebagaimana yang terjadi sebelum ini. Agensi-agensi seperti polis, umpamanya, mempunyai tanggung jawab untuk melaksanakan tugas mereka dan kerajaan pusat tidak boleh halang," katanya.

Aziz berkata sekiranya tafsiran baru ini terus ditentang maka apa yang Kerajaan Kelantan boleh lakukan ialah mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan dan terpulang kepada mereka yang menentang tadi untuk membawa isu ini ke mahkamah.

Beberapa tahun lalu bekas pemimpin Umno, Datuk Zaid Ibrahim, pernah membawa isu ini ke mahkamah. Bagaimanapun beliau kemudian menarik balik tindakan itu.

Bagaimanapun ketika Enakmen Hudud Kelantan diluluskan oleh Dun Kelantan pada 1993 semua Adun Umno dalam dewan menyokongnya.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 10 Oct 2011 09:16 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Tiga beradik mangsa kebakaran diberi bantuan

Posted: 10 Oct 2011 12:06 AM PDT


BEAUFORT, 10 Oktober – Nasib tiga beradik malang yang terlibat dalam kebakaran baru-baru ini, mendapat perhatian Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS).

Dengan kerjasama PAS Kawasan Beaufort, kesemua mereka menerima sumbangan beras serta barang keperluan harian, semalam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, pihaknya memang mempunyai dana khas kecemasan bagi membantu mereka terlibat dalam bencana alam seperti ini.

"Pada hari ini (semalam) kita membelikan kelengkapan harian termasuk beras dan pakaian agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti biasa", katanya.

Turut serta dalam rombongan beliau ialah Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julfikar Abdul Mijan.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 10 Oct 2011 08:59 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Rosmah campuri urusan negara lagi..!!!!

Posted: 10 Oct 2011 07:38 AM PDT

Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

"Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

"Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif," katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

"Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?" kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.

"Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah," kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.-KD



PAS Kawasan Miri

Posted: 10 Oct 2011 08:55 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Demi Kebajikan Rakyat Sibuti Dalam Perhatian PAS

Posted: 09 Oct 2011 10:22 PM PDT

PAS Pantau Projek Rakyat Di Sibuti
Gambar menujukan penduduk berbagai bangsa memberi sambutan baik kepada PAS Miri di pekan Bekenu

Miri -
Bekenu adalah salah sebuah pekan dalam parlimen Sibuti. Perjalanan dari Miri ke Bekenu mengambil masa lebih kurang 45 minit. PAS yang diketuai oleh Ydp PAS Miri Jofri Jaraiee dan ketua pemuda PAS Sarawak Arif Paijo serta ahli telah menjelajah dari Miri sampai ke Sibuti pada hujung minggu lalu untuk menyampaikan risalah serta penerangan kepada penduduk di Pekan Bekenu. Pada waktu yang sama PAS juga membuka kaunter daftar pemilih di salah sebuah pasar tani di pekan Bekenu. Ramai penduduk yang belum mendaftar sebagai pengundi mengambil kesempatan pada hari tersebut untuk mendaftar. Penduduk yang berbilang bangsa dan agama memberi kerjasama serta sambutan yang baik kepada PAS kerana inilah pertama kali PAS Miri membuat lawatan sambil kerja dalam parlimen Sibuti.
Gambar Pemimpin PAS bersama orang ramai di Pekan Bekenu

Sambutan hangat dari penduduk dalam pekan Bekenu memberi semangat kepada PAS Miri untuk terus memberi khidmat serta bantuan sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar kawasan Bekenu. Sepanjang berada di pekan Bekenu kami juga dapati pekan Bekenu masih lagi jauh ketinggalan dari segi kemudahan bank untuk pengeluaran wang tunai (ATM). Begitu juga dengan kampung-kampung yang berada di sekitar pekan Bekenu masih lagi kurang mendapat kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan juga jalan yang masih agak teruk untuk kenderaan awam masuk terutama sekali waktu hujan.

Kita berharap pihak yang berkenaan kena segera memperbaiki kerosakan serta memberi kemudahan asas kepada penduduk di sekitar daerah Bekenu. PAS akan sentiasa memantau projek rakyat yang telah dijanjikan oleh pihak kerajaan agar menepati kepada golongan sasaran bukan hanya untuk kepentingan pihak tertentu saja. Kita berharap agar segala janji serta projek untuk rakyat patut diberi keutamaan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
PAS Miri

English version
PAS Keep an Eye on People Project In Sibuti
PAS members over the electoral counter with the public

Miri - Bekenu is one of the towns in Sibuti parliamentary. The journey from Miri to Bekenu takes about 45 minutes. PAS Miri chief led by Jofri Jaraiee and Sarawak PAS Youth chief Arif Paijo and members has traveled from Miri and reached Sibuti over the weekend to convey the message and give explanation to the people in Bekenu town. At the same time PAS also opened the counters for electoral roll in one of the farmers' market in Bekenu town. Many people have not registered as voters take advantage of the day to register. A resident of different races and religion give a good respond and corporation with PAS because this is the first time for PAS Miri make working visits in Sibuti parliament.
The overwhelming response from residents in the town of Bekenu inspired PAS Miri to continue to provide services and help contribute to the less fortunate people around the Bekenu areas.

While in town we found that the Bekenu towns are still far behind in terms of banking facilities for cash withdrawal (ATM). Similarly, there are villages which surround the town that are still lack of basic amenities such as clean water and the roads are still in bad condition for public transport, especially raining times.

We hope the parties concerned have to take immediately action to repair the damage and provide basic amenities to the residents in the Bekenu district. PAS will continue to monitor people's projects that were promised by the government to be used right on the target group not only for the interests of certain parties only. We hope that all the promises and the project for the people should be a priority regardless of race, religion and political belief.




Dewan Muslimat PAS Kota Raja

Posted: 10 Oct 2011 08:35 PM PDT

Dewan Muslimat PAS Kota Raja


Program Cakna Rakyat

Posted: 10 Oct 2011 08:33 AM PDT

Rembau Hari Ini

Posted: 10 Oct 2011 08:04 PM PDT

Rembau Hari Ini


Majlis Minum Petang Parlimen Rembau 16 Okt 2011

Posted: 09 Oct 2011 08:14 PM PDT

MAJLIS HI-TEA
Bersama Pemimpin sempena MATC Rembau
Tarikh : 16 Okt 2011, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pejabat PKR DUN Rantau, No. 2531, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas Rantau)
Penceramah :
- Datuk Chua Jui Meng ( Ahli MPP )
- YB Fuziah Saleh ( MP Kuantan )
- YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi & PJ PAS N. Sembilan)
- YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
- YB Anthony Loke ( ADUN Lobak )
- Chegubard ( Ketua Cabang PKR Rembau )
Hubungi 0123696474 / 017 6664084 (Azizi )

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 10 Oct 2011 04:36 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


CILAKAK MP PEMBANGKANG!!!

Posted: 10 Oct 2011 02:09 AM PDT

Putrajaya menarik balik rancangan untuk menaikkan saraan ahli-ahli Parlimen ekoran bantahan dilahirkan oleh wakil rakyat pembangkang.

Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa beliau telah memutuskan untuk menarik balik peruntukan RM30 juta dalam Bajet 2012 selepas membaca pelbagai laporan bahawa ada wakil rakyat membantah cadangan menaikkan saraan mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan kekecewan dengan ketiadaan sokongan padu di kalangan ahli-ahli Parlimen berhubung cadangan itu, yang dikemukakan kepada beliau Rabu lalu oleh jawatankuasa kajian semula Parlimen.

Nazri (gambar) berkata beliau telah membuat rayuan kepada Datuk Seri Najib Razak mengenai cadangan jawatankuasa itu Jumaat lalu, beberapa jam sebelum perdana menteri hendak membentangkan Baket 2012 di Parlimen.

Katanya, beliau beranggapan bahawa kesemua anggota Parlimen akan menyokong syor itu.

"Saya meminta maaf kepada perdana menteri atas kegagalan meneruskan harapan. Saya gagal untuk mendapatkan sokongan kesemua ahli Parlimen," kata Nazri pada sidang media di bangunan Parlimen.

JENG..JENG..JENG.. M'SIA CURI LEBIH 1400 HEKTAR TANAH INDONESIA!!!

Posted: 09 Oct 2011 09:37 PM PDT

Ahli-ahli Parlimen Indonesia mendakwa negara itu berhadapan dengan risiko kehilangan lebih 1,000 hektar tanah di kawasan Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Malaysia.


Satu lawatan kerja Suruhanjaya Dewan Perwakilan I memutuskan bahawa kawasan seluas 1,400 hektar di Camar Bulan di wilayah Sambas dan juga 80,000 meter persegi di Tanjung Datu boleh diambil oleh Malaysia, demikian menurut timbalan pengerusi suruhanjaya itu Tubagus Hasanudin.

Kawasan itu terletak di sebelah barat Sarawak dan melibatkan perjalanan kira-kira 400 kilometer jika melalui jalan darat sedia ada.

Dakwaan itu dilihat akan membawa kepada satu lagi krisis diplomatik selepas siri insiden sejak beberapa tahun lalu.

"Kawasan ini ada simpanan minyak dan gas. Kita harus menangani (kehilangan) ini dengan segera," kata beliau dipetik Jakarta Globe.

Tubagus berkata suruhanjaya itu telah menerima laporan bahawa anggota peronda di sempadan mula mengusir rakyat Indonesia yang tinggal di kedua-dua kawasan berkenaan.

Beliau menambah suruhanjaya itu akan memanggil pegawai-pegawai Kementerian Luar dalam waktu terdekat untuk menguruskan perkembangan tersebut.

Beberapa anggota suruhanjaya itu menambah bahawa ada petanda kewujudan kumpulan jenayah di kawasan berkenaan.

Tjahjo Kumolo berkata suruhanjaya itu sedar kewujudan kumpulan yang dikenali sebagai "mafia" ketika lawatan kerja mereka ke kawasan itu, tetapi tidak mahu memberikan butiran lanjut.

"Kami ada menerima laporan-laporan daripada sumber risikan dan gabenor menunjukkan wujud kepincangan yang membolehkan Malaysia mengambil tindakan yang salah ini," kata beliau.

Tjahjo, setiausaha agung Parti Demoktratik Perjuangan Indonesia (PDI-P) menyifatkan dakwaan mereka itu sebagai "skandal sempadan" dan memberi amaran ia boleh membawa kepada kehilangan simpanan arang batu.

"Dewan Perundangan dan kerajaan seharusnya dengan segera membentuk satu pasukan yang terdiri daripada Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Risikan Nasional dan Agensi Risikan Strategi," katanya lagi.

"Pasukan itu perlu bebas dan tidak harus melibatkan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan isu ini," katanya lagi.

Menurut belia, cara pengurusan kawasan sempadan perlu dikaji balik.

15 KAWASAN BELUM ADA WATANIAH... APA MAKNA?

Posted: 09 Oct 2011 06:03 PM PDT

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kementerian Pertahanan menyasarkan kesemua 222 kawasan Parlimen di seluruh negara akan mempunyai kompeni Askar Wataniah (AW) masing-masing sebelum akhir tahun ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, sehingga kini sebanyak 207 kawasan Parlimen telah mempunyai kompeni AW dengan kekuatan seramai 87,000 keanggotaan.

"Ikut rekod, hanya tinggal 15 kawasan Parlimen yang masih belum mempunyai kompeni wataniah dan kita sasar sebelum 31 Disember (tahun) ini, kesemua kawasan Parlimen akan mempunyai kompeni wataniah. Sasaran ini juga merupakan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) yang ingin saya capai tahun ini," katanya.

ada tak sesiapa yang tak faham makna berita ini?
kalau ada yang tak faham sila hantuk kepala ke dinding


berita ini memberitahu dengan jelas bahawa
ketika ini ada 87,000 undi pos tersimpamn dalam saku gerombolan


berita ini dengan jelas memberi tahu hanya 15 kawasan lagi
yang masih belum dipenuhi dengan kouta undi pos


apa makna yang tersirat?
maknanya selagi ada undi pos
sampai kiamat gerombolan aka terus berkuasa
selagi undi pos tidak dihapuskan
jangan mimpi kerajaan akan bertukar ganti

... kakakakaka....UMNgOk menipu kite lagi...

'KAMBING HITAM'KAN KORPORAL... KPN PATUT PIKUL KESALAHAN...

Posted: 09 Oct 2011 05:47 PM PDT

Bersih 2.0 mendakwa pihak berkuasa telah menjadikan seorang anggota polis sebagai "kambing hitam" memikul tangungjawab penuh dalam kes kontroversi melepaskan gas pemedih mata ketika meleraikan penunjuk perasaan di kawasan Hospital Tung Shin di sini 9 Julai lalu.


"Ini sesuatu yang mengarut. Setiap orang ada melihat... keseluruhan dunia telah menonton video. Seorang anggota dijadikan kambing hitam.

"Jika anda mengatakan hanya seorang, adakah mereka telah mengadakan siasatan lengkap? Bagaimana mereka boleh kata hanya seorang sahaja (yang terlibat)?" kata anggota jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah kepada The Malaysian Insider.

"Mereka seperti Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang menafikan Tung Shin dijadikan sasaran, ini satu penafian lebih seorang anggota polis terlibat," kata Chin.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 10 Oct 2011 03:38 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


JANGAN PANDANG SEBELAH MATA, ULASAN PENDAKWAH PUN ADA HARGA

Posted: 10 Oct 2011 01:55 AM PDT





Pandangan Ilmuan & Pendakwah Islam Terhadap Bajet 2012

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarganya, sahabat dan seluruh umat yang menurutinya dalam kebaikan dan keimanan.
Kami sekumpulan ilmuan Islam dan pendakwah tanahair dengan ini sukacita untuk berkongsi sedikit respon kami terhadap bajet 2012 yang baru dibentangkan Jumaat. Dengan status sebahagian besar kami yang kerap diajukan soalan berkaitan kehidupan dari pelbagai aspek khususnya menurut perspektif agama, kami merasa tanggungjawab untuk menyumbang sedikit idea dan ilmu, oleh itu kami duduk mengadakan pertemuan di antara ilmuan dan beberapa pendakwah yang berkesempatan bagi membincangkan BAJET 2012 walau mengakui kami tidak mempunyai angka-angka lengkap dan terperinci berkait pembangunan ekonomi negara. Pun begitu, itu tidaklah menghalang kami dari memberikan respon dari angka-angka dan cadangan yang termaktub di dalam buku bajet 2012 beserta lampirannya.


Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyediakan peruntukan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus. Secara umumnya kami mengakui bahawa bajet yang dibentangkan secara umumnya adalah baik dan memberi perhatian yang banyak serta agak komprehensif kepada kemaslahatan rakyat dari pelbagai genap lapisan dan sektor.
Pun begitu, agak merungsingkan apabila bajet ini masih kekal defisit, tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus. Perlu difahami unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion.
Kami dengan ini, menyuarakan kebimbangan kami terhadap trend menambah hutang dalam mengurus dan membangun Negara tercinta ini. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang plan konkrit untuk menyelesaikannya, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Juga sabda baginda:-
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )
Berdasarkan hasil perbincangan telus, sederhana akademik dan sifat non-partisan di antara beberapa peserta pertemuan ilmuan Islam dan pendakwah terlibat dalam pertemuan berkala ini, pihak kami menyambut Bajet Negara 2012 dengan perasaan bercampur-campur.

Secara ringkas dan mudah, berikut adalah respons kami terhadap beberapa isi penting terpilih dari Bajet 2012 yang dibentang pada 7 Oktober 2011:-
A) Sokongan sepenuhnya
Kami memberikan sokongan sepenuhnya terhadap item-item berikut:-
1. Kewujudan Dana Perusahaan Kecil Sederhana secara Patuh Shariah bernilai RM2 billion yang akan diagihkan melalui institusi kewangan Islam yang terpilih.
2. Potongan cukai kepada sukuk terbitan wakalah, sebelum ini telah diberikan kepada sukuk mudarabah, BBA, Istisna', murabahah, ijarah.
3. Pengecualian cukai bagi urusniaga sukuk bukan ringgit sebagai galakan perkembangan industri kewangan Islam.
4. Skim pembelian kereta baru jenama tempatan bagi pemilik teksi individu dengan beberapa tawaran nilai lupusan bagi jangka hayat kereta yang berbeza. Ini juga baik, bagi menggalakkan kualiti teksi sedia ada, sekaligus mengurangkan risiko pengguna dan menaikkan imej negara.
5. Potongan dua kali belanja syarikat bagi yang menyediakan latihan internship. Langkah ini juga disokong khususnya latihan teori dan peperiksaan di universiti semata sememangnya tidak mampu menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan mahir, justeru tawaran ini dikira mampu meningkatkan kecekapan tenaga kerja muda di Malaysia disamping menaikkan produktiviti syarikat terbabit dengan tenaga kerja yang lebih menjimatkan.
6. Mana-mana pemberi biasiswa dari kalangan syarikat swasta akan memperolehi pengecualian cukai.
7. Pertukaran gaji kepada sistem satu lapis dan kenaikan gaji, iaitu pada kadar RM80 – RM320 atau opsyen skim SBPA dengan faedah kenaikan gaji pada kadar 7-13 peratus.
8. Bonus setengah bulan kepada kakitangan awam dan bantuan RM500 kepada pesara.
9. Dana Pengkomersialan Inovasi bagi PKS sebanyak RM 500 juta melalui pembiayaan patuh Shariah.
10. Yuran sekolah rendah & menengah dimansukhkan.
11. Sumbangan orang ramai kepada rumah ibadah dan sekolah swasta akan mendapat potongan cukai.
12. Pelbagai program membangun hal asasi di luar Bandar melalui dana bernilai RM5 bilion untuk jalanraya, air bersih, elektrik, tangki air, felda diperbaiki sistem pengairan dengan bajet RM400 juta lagi.
13. Umur bersara lanjut ke 60 tahun.
14. Jadual dan jumlah jam kerja pegawai perubatan di ubah kepada purata hanya 60 jam seminggu sahaja, ditambah dengan sistem elaun oncall pada kadar RM30 ke RM 80 semalaman.
15. Bajet biasiswa bagi galakan penjawat awam menyambung pelajaran di peringkat BA, MA dan PhD
16. Naik pencen 2 peratus setahun.
17. Baiki rumah nelayan dari dana sumbangan bernilai RM 300 juta.
18. Bantuan guaman bagi yang tertuduh tidak mampu, untuk itu bajet sebanyak RM 15 juta diperuntukan.
19. Hospital kanak-kanak dan wanita RM 700 juta.
20. Warga emas berumur 60 ke atas dikecualikan dari caj hospital kerajaan sebagai pesakit luar. Selain itu juga diberikan 50% diskaun tambang LRT dan Monorel
21. Orang ramai boleh menggunakan RM 1300 dari wang KWSP mereka untuk mendapatkan kuota haji melalui kaedah ring-fencing.
22. Peruntukan meningkatkan sumber makanan melalui pertanian dengan nilai 1.1 billion.
23. Baucar buku RM 200 bagi pelajar matrikulasi, IPTA, IPTS dan tingakatan enam.
24. Galakan sistem bina kemudian jual, diperuntukan melalui perbankan Islam bagi rumah bernilai RM 600,000 ke bawah. Ertinya, hanya apabila rumah siap, barulah pelanggan diperlukan untuk membuat bayaran bulanan.

B) Sokongan dan nota perhatian
Berikut pula adalah item yang disokong, namun dengan dengan sedikit nota:-
1. Pengecualian cukai duti import dan duti eksais untuk kereta elektrik dan hibrid. Namun pihak kami merasakan pihak kerajaan sewajarnya meluaskan lagi galakan ini dan bukan sekadar terhad kepada dalam industri automatif, malah juga wajar diberikan potongan cukai atau insentif yang sesuai kepada mana-mana perusahaan dan perkilangan yang mampu beroperasi secara bersih dan kurang pencemaran melalui sistem 'tekonologi hijau', selain itu kami juga ingin mencadangkan agar kerajaan mengkaji bagi mengenakan cukai penalti atau khas kepada mana-mana kenderaan dan kilang yang mengakibatkan sebaran 'carbon emission' berlebihan kepada persekitaran.
2. Pengecualian cukai bagi francais tempatan bagi mengalakkan perkembangannya. Dengan kelebihan ini, pihak kami menyeru agar harga khidmat, servis dan makanan yang disediakan oleh francais terlibat tidak dinaikkan bagi mengelakkan tambahan beban bagi rakyat, juga diharapkan pihak kerajaan mampu mengambil inisiatif menasihatkan pihak francias untuk menaikkan kualiti perkhidmatan mereka.
3. Skim rumah pertama bagi kakitangan berpendapatan di bawah RM 3000, dibenarkan untuk membeli rumah pada harga maksimum RM 400 ribu berbanding RM220 ribu sebelum ini, dengan kebenaran menggabung nama suami isteri. Kami berpendapat kenyataan ini hanya merawat sebahagian masalah pemilik rumah pertama sedang ia tidak mampu menyelesaikan masalah harga rumah yang tinggi kepada golongan ini. Selain itu, pengumuman ini dijangka boleh mengakibatkan galakan tidak langsung penjual untuk menaikkan harga rumah lalu menambahkan risiko kemampuan peluang golongan ini memperolehi rumah, hal ini memerlukan pantaun sewajarnya.
4. Amanah ikhtiyar – 2.1 billion bagi tujuan 'micro credit', namun diharapkan agar ia mampu disalur juga melalui dana patuh Shariah.
5. Sistem bas di luar Bandar RM 150 juta. Namun begitu, bajet kali ini mengalpakan peruntukan dan tumpuan untuk pengemaskinian dan sistem transportasi dalam bandar yang masih belum berkesan..
6. Menggalakkan Doktor, akauntan, guaman dan lain-lain professional buka perkhdimatan di luar Bandar dengan dana RM100 juta bagi pinjaman riba 4 peratus. Ia disokong namun mengapa tiada pilihan dana patuh Shariah? Juga disarankan agar kerajaan bukan hanya mengehadkan kepada badan professional tetapi juga badan-badan kebajikan dan sukarela yang ingin mengadakan khidmat sepertinya.
7. SME 'revitalization fund' untuk SME bermasalah. Pinjaman mudah 1 juta boleh diberikand dari dana bernilai RM 100 juta yang disediakan. Walau bersetuju namun pihak kami merasakan keperluan kerajaan memberi pilihan perkhidmatan Patuh Shariah melalui perbankan Islam.
8. Bantuan RM500 kepada isu rumah berpendapatan bulan RM3000 dan ke bawah dalam usaha meringankan belanja seharian rakyat termasuklah dalam menyekolahkan anak-anak mereka. Kami bimbang bantuan ini akan mencetuskan lambakan tunai ke dalam masyarakat yang boleh mengakibatkan peningkatan kadar inflasi akibat kenaikan harga barangan, justeru pihak kami mengharapkan kerajaan mengkaji dan merancang tatacara yang boleh digunakan bagi mengawal kenaikan harga barang agar tidak dinaikan sewenangnya akibat pengumuman ini, khususnya apabila ditambah dengan pemberian bonus sebanyak setengah bulan gaji kepada kakitangan awam. Selain itu, pihak kami juga menegaskan bahawa agak ramai keluarga berpendapatan kurang dari RM 3000 yang tidak akan mendapat bantuan ini lantaran mereka tidak berdaftar dengan LHDN, hal ini tidak jelas sama ada individu yang tidak pernah membayar cukai LHDN boleh berdaftar tahun ini lalu terus mendapat kemudahan ini.
9. Pemilik teksi individu dan kereta sewa dikecualikan dari duti eksais dan cukai jalan sebanyak 100 %. Ini adalah baik bagi menggalakan lagi tekanan syarikat konsortium ke atas pemandu teksi. Pun begitu, kami juga merasakan adalah bertambah baik jika kerajaan dapat juga mempertimbangkan pemberian permit-permit teksi kepada individu dengan lebih banyak.
10. KARISMA: Untuk warga emas miskin RM 300 sebulan, kanak-kanak miskin RM 100 sebulan, kurang upaya RM 150-350 sebulan. Kami bersetuju cuma melihat agar perlu ada peruntukan bagi OKU untuk mendapatkan peluang pekerjaan di dalam perkhidmatan awam, menaikan fasiliti asasi mereka di tempat awam selaras dengan dasar OKU, selain itu sewajarnya kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada syarikat swasta yang mengambil OKU bekerja (jika belum ada)

C) Komentar umum
Berikut pula komentar umum kami terhadap bajet 2012 :-
1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang 'outstanding' pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet ini sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
3. Memberikan galakan kepada industri Kewangan Islam agar melalui pengecualian cukai bagi pemberian pembiayaan melalui konsep mudarabah dan musharakah ( equity financing) agar ia mula bertapak dengan lebih pantas berbanding lambakan 'debt financing' hari ini. Kita mengharapkan perbankan Islam ini mampu mencapai paling kurang kadar 5 peratus pembiayaan melalui sistem 'profit and loss sharing' ini.
4. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat (bukan kerajaan) tiada disebut dan kelihatan terabai.
5. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
6. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
7. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali 'import tax' untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
8. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
9. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan negara sedang Negara di dalam kedaaan defisit, kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
10. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
11. 'Green tax' sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
12. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta agar kerajaan mengkaji untuk mengehadkan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
13. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
14. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
15. Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
16. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan 'dosa' ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
17. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh 'membunuh' kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
18. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
Akhirnya, kami menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam fasa penyampaian dan perlaksanaan segala inisiatif yang telah dimaktubkan dalam belanjawan yang diumumkan agar bersifat amanah dan menzahirkan accountability yang tinggi agar setiap inisiatif yang dijanjikan benar-benar dirasai manfaatnya oleh para kumpulan sasaran. Kami mengingatkan seluruh stakeholders yang terbabit dengan Firman Allah SWT:
إِنَّ اللّهَ يَأْمُرُكُمْ أَن تُؤدُّواْ الأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُم بَيْنَ النَّاسِ أَن تَحْكُمُواْ بِالْعَدْلِ إِنَّ اللّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِ إِنَّ اللّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرً
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat". (An Nisa:58)
Firman Allah juga :
إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الْأَمِينُ
Ertinya : sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya. ( Al-Qasas : 26)
Sabda Rasulullah SAW:
"Tiada iman pada orang yang tidak beramanah" (Riwayat Ahmad)
Dari kami untuk khidmat masyarakat,
Ustaz Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Mursyid)
Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
Ustaz Dr. Maszlee Malik
Ustaz Dr Zahazan Muhammad,
Ustaz Syed Mohd Norhisyam
Ustaz Dr Abdul Basit Abdul Rahman,
Ustaz Hj Mohammad Nidzam Abdul Kadir,
Ustaz Hj Aizam Mas'ud,
Ustaz Hj Hasrizal Abdul Jamil,
Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali,
Ustaz Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan,
Ustaz Ramadhan Fitri Elias,
Ustaz Dr.Ahmad Wifaq Mokhtar,
Ustaz Zamri Zainuldin 'Mantop'
Ustaz Abdullah Bukhari Al-hafiz
Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Ustaz Shauqi Othman
Ustaz Mohd Izhar Ariff
Ustaz Dr Firdaus Mohd Hatta
Dr. Mohd Nizam Barom

http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/1001-respon-liqa-ilmuan-a-pendakwah-terhadap-bajet-2012.html

PM ANTARA MASUK BAKUL DENGAN MASUK LIF

Posted: 09 Oct 2011 10:11 PM PDT

Semalam di TV Bee End dipaparkan ucapan PM DS Najib yang sangat kesihan dan sedih kita lihat sebagai rakyat kerana tiada siapa yang nak citerkan kisah gerakkerja PM yang ikhlas melawat rakyat, maka nak harap Menterinya memang tak boleh harap maka beliau (PM) akhirnya ceritakanlah sendiri kisah canggih dan keperihatinan beliau semasa melawat rakyatnya di Selangor.
Beliau (PM) ceritakanlah di khyalak ramai semasa beliau minum kedai tepi jalan (tapi Cafe la bukan gerai nasi lemak) di satu Cafe di PJ Oldtown katanya. Beliau bawa kereta sendiri dengan membawa isteri dan anaknya. Belum sempat minum beliau dikerumuni rakyat di situ dan sibuklah melayan orang-ramai yang ingin bergambar dengan beliau. Ada juga yang beri pujian pada Pembentangan Bajet 2012 yang beliau bentang semalam. Ala...malunyanya , PM kena citerkan sendiri, pada teman biarlah orang lain ceritakan .Nampak sangat PM masuk bakul angkat sendiri oopppsss ..PM kita kategorikan sebagai masuk lif tekan sendiri.



Di bawah ini adalah komen seorg peminat blogger Datuk Kadir Jasin kepada tulisan Datuk Kadir Jaain yang mungkin sinis pada PM DS Najib :-

Datuk, saya seronok baca teguran ikhlas Datuk kepada Perdana Menteri. Taguran begini bagi saya "mati hidup balik" pun tak akan diucapkan oleh puak-puak UMNO di keliling Perdana Menteri. Saya setuju Perdana Menteri tak disokong oleh puak di keliling beliau. Sokong bagi saya bermaksud kita menegur apa yang membahayakan Perdana Menteri, puji bab yang patut dipuji. Tapi semua ini tak akan dilakukan oleh para oportunis dalam UMNO. Padahal mereka tahu apa yang Perdana Menteri patut dan tak patut lakukan kerana mereka mendapat banyak maklumat. Tapi puak-puak di sekeliling Perdana Menteri hanya tukang angguk, tukang kipas macam yang berlaku kepada Dr. Mahathir dulu. Tapi Mahathir tahu puak-puak yang puji dan kipas masa dia jadi Perdana Menteri bukan semuanya jujur. Buktinya bila Mahathir tak ada kuasa, puak ini pakat taji Mahathir. Bab turun bertemu rakyat, apa yang dilakukan sekarang tak lebih acara untuk media saja. Tak nampak keikhlasan kerana turun dengan gegak gempita bukan menyelami denyut nadi dan suara rakyat bawahan. Semua ini perabis duit saja dan puak-puak UMNO peringkat bahagian dan negeri masing-masing himpit Perdana Menteri untuk dapat peluang dalam politik. Perdana Menteri tak boleh mendekati rakyat sebab puak-puak ini jadi benteng. Rakyat bukan nak tengok Perdana Menteri setakat kayuh basikal atau naik bas yang dikelilingi oleh puak UMNO. Ini acara untuk bertemu rakyat atau apa? Bagilah peluang kepada Perdana Menteri bertemu rakyat, puak-puak pemimpin UMNO termasuk menteri-menteri janganlah kacau daun. Saya tengok yang kayuh basikal bersama Perdana Menteri pun bukan rakyat biasa. Sebab itu saya sangat menyampah melihat gelagat-gelagat sesetengah pemimpin pemimpin UMNO kerana mereka ini tidak memberikan gambaran jelas kepada Perdana Menteri tentang keresahan rakyat. Harap blog Datuk dibaca oleh puak-puak ini demi kelestarian UMNO. Ini kerana banyak pemimpin UMNO hanya mengajuk kata-kata Perdana Menteri tentang 1Malaysia, transformasi dan beberapa lagi. Saya manulis ini juga kerana sayangkan UMNO dan Perdana Menteri.

MARI AMBIL TAHU & BANTU PEJUANG PAS HULU SELANGOR INI

Posted: 09 Oct 2011 07:44 PM PDT

Asslmkm wb. Semoga Allah melindungi kita dari ujian yang tak mampu kita pikul.



1. Sahabat kita Hj Abu Samah adalah veteran PAS Kalumpang dan penggerak awal PAS di UPU Kalumpang di Kampung Pasir Putih. Antara pejuang veteran yang masih ada di Hulu Selangor ini. Pada 1hb Oktober yang lalu dalam perjalanan pulang dari Pahang hendak menuju ke majlis Rumah Terbuka Hj Suroso.. kereta beliau bertembung dengan sebuah lori trailer yang sarat dengan muatan konkrit. Kereta beliau Wira 'total loss'. Beliau sendiri patah ditengkuk, hidung dan bahagian mulut cedera parah, tangan dan kaki kanan patah. Sekarang beliau sudah sedar dan ada di Hospital Kuala Lumpur, di Institut Kajian Saraf, Tingkat 1 Wad 4A Bilik R10.

2. Sahabat kedua kita ialah Khir dari Serendah. Antara penggerak Parti Islam SeMalaysia yang aktif di Serendah. Sudah 15 tahun beliau berada di Hulu Selangor. Beliau menghidap penyakit 'stroke' dan Ahad yang lalu keadaan semakin parah di mana beliau tidak boleh bersuara, tidak boleh berjalan hanya terlantar di katil. Rumah beliau terletak berhampiran rumah Mahyuddin di Desa Anggerik.

Ana memohon sahabat-sahabat semua kita lakukan solat hajat untuk kesembuhan kedua-dua sahabat kita.

GAJI PEKERJA DI NAFI, AP MINTA ELAUN DABEL BERAPI-API

Posted: 09 Oct 2011 05:47 PM PDT

Memang muka tak malu Ahli Parlimen dan menteri kabinet BN terhegeh2 nak elaun naik. Tahu pula elaun nak naik kerana baru sedar atau jadi alasan harga barang naik?
Masa rakyat komplen harga minyak naik mereka(Ahli PArliemn BN) kata naiklah basikal atau motosikal atau bas kalau nak jimat. Bila harga gula naik ,mereka(AP BN) kata kena kurangkan gula dalam pemakanan seharian supaya sihat dari kencing manis.
Bila kena kat batang hidung baru tersengih-sengih mengendeng nak elaun naik.


KL, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.

Ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata, "menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian."

"Dengan syarat.....kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut.

Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli-ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.

Wan Junaidi mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.
Saraan ahli-ahli Parlimen dikaji semula lima kali — 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.
Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 10 Oct 2011 01:06 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


21 tahun hidup menipu

Posted: 09 Oct 2011 08:00 PM PDT



LONDON: Seorang lelaki tua menipu pejabat pencen sebanyak 90,000 pounds (RM380,000) dengan menuntut pencen ayahnya yang sudah mati selama 21 tahun.

David Seal, 78, memberitahu pegawai yang ayahnya, berusia 104 tahun jika masih hidup, berada di luar negara dan dia mengambil wang pencennya setiap minggu. 

Semalam, dia dipenjara selama 12 bulan selepas megaku menipu dan mencuri wang pencen ayahnya selama 21 tahun. 

Seal yang menduda, menuntut pencen mingguan ayahnya sejak ayahnya meninggal dunia pada 1989 pada usia 83 tahun.

Dia membuka akaun menggunakan nama ayahnya pada 1995 ketika sistem pembayaran ditukar dan wang dimasukkan terus ke dalam akaun. 

Pendakwaraya Kevin Slack berkata: "Mahkamah terkejut kerana dia berjaya menitup sebegitu lama." - AP

Daging Babi Madu di Merlimau?

Posted: 09 Oct 2011 04:20 PM PDT


JASIN: Ibarat pesta. Itu suasana aktiviti penjualan daging babi bersalut madu secara terbuka di sebuah kawasan perkampungan di Bandar Merlimau, di sini, apabila lebih 100 pelanggan menyerbu sebuah lori membawa daging haiwan itu yang dijual pada harga serendah RM5 sekilogram.

Berbanding RM15 hingga RM18 di pasar basah, aktiviti menjual daging itu berhampiran rumah penduduk beragama Islam menimbulkan keresahan mereka yang mahu perbuatan itu dibendung pihak berkuasa. 


Justeru, mereka meminta Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) turun padang dan memantau keadaan itu serta mengambil tindakan tegas kepada peniaga sekiranya melanggar undang-undang. 

Penduduk, Eby, 29, berkata kegiatan itu berlarutan sejak tiga bulan lalu apabila terdapat seorang 'ejen' yang memaklumkan kepada penduduk mengenai penjualan daging babi itu.

"Ejen terbabit akan pergi ke setiap rumah penduduk bukan Islam dan memberitahu 'pesta' menjual daging babi bersalut madu akan diadakan pada hari tertentu.

"Pelanggan dinasihatkan datang ke lokasi ditetapkan itu setengah jam lebih awal kerana menurut ejen terbabit, bekalan habis sekiranya mereka datang lewat," katanya. 

Menurutnya, penjualan daging babi bersalut madu itu dilakukan peniaga menggunakan sebuah lori sejuk beku dan makanan berkenaan siap dibungkus selain bahagian tulang dan kaki serta kepala dijual berasingan. 

"Keadaan ketika itu seperti pesta kerana orang ramai menyerbu lori terbabit untuk membeli bekalan daging babi bersalut madu itu," katanya yang juga pekerja swasta, ketika ditemui di sini, baru-baru ini. 

Tinjauan ke satu lokasi penjualan daging babi itu, baru-baru ini mendapati, tidak kurang daripada 80 penduduk bukan Islam menunggu lebih setengah jam bagi mendapat bekalan daging itu. 

Sementara itu, jurucakap MPJ ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan penjualan daging babi secara terbuka itu dan tindakan segera sudah diambil oleh anggota penguat kuasa bagi menghalang kegiatan terbabit. 

"Kami sudah menghantar anggota penguat kuasa ke lokasi dilaporkan penduduk dan mendapati kegiatan itu berlaku. Kami bertindak menghalang pihak yang cuba menjualnya kepada orang ramai. 

"MPJ akan sentiasa memantau supaya kegiatan seperti itu tidak berulang dan bersedia dengan tindakan tegas sekiranya ada pihak yang cuba melanggar undang-undang majlis," katanya yang mengesahkan menjual babi secara terbuka salah daripada segi undang-undang pihak berkuasa tempatan.

H/metro

DUN Lembah Jaya

Posted: 10 Oct 2011 12:03 PM PDT

DUN Lembah Jaya


Kerajaan Negeri Hormati Titah DYMM Sultan Selangor

Posted: 10 Oct 2011 06:28 AM PDT

SHAH ALAM 10 OKTOBER - Kerajaan Negeri menghormati titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung laporan pemeriksaan terhadap Dream Center di Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan keputusan yang diambil DYMM Sultan Selangor merupakan satu keputusan yang terbaik dan perlu diterima oleh pihak.

"Kerajaan Negeri yakin dan percaya, titah baginda ini adalah keputusan terbaik dan adil serta mengambil kira keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini dan Malaysia amnya.

"Sebagai rakyat Selangor, kita mesti menghormati dan menerima titah ini dengan hati terbuka dan positif kerana baginda adalah ketua negeri dan tempat masyarakat berbilang kaum berlindung," katanya.

Pada 3 Ogos lalu, kira-kira 30 anggota polis dan penguatkuasa Jais memeriksa Gereja Damansara Utama (DUMC) setelah mendapat maklumat adanya cubaan memurtadkan orang Islam di satu majlis makan malam anjuran Komuniti Harapan.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

Dalam serbuan itu, JAIS dilaporkan telah memeriksa 12 individu beragama Islam yang turut hadir dalam program anjuran Harapan Komuniti.

Bagaimanapun, ia dinafikan oleh DUMC dan Komuniti Harapan.

Menurut mereka, majlis tersebut adalah acara mengutip derma bagi pesakit AIDS.

Menteri Besar menambah, Kerajaan Selangor tidak akan menoleh ke belakang lagi disebabkan isu ini, sebaliknya isu ini memberi kesedaran tentang keperluan untuk mengukuhkan penguatkuasaan Jais serta pengumpulan bukti.

Justeru, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam mengukuhkan Standard Operating Procedure (SOP) di JAIS agar dapat memantau cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam dengan teliti dan berkesan.

"Jawatan kuasa khas ini akan dianggotai tokoh perundangan dan pakar agama selain pegawai kanan kerajaan yang mana nama-nama mereka ini akan diumumkan kelak," katanya.


*sumber http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34906

Dupahang's Weblog

Posted: 10 Oct 2011 11:50 AM PDT

Dupahang's Weblog


Syariat Islam : Ulamak Seru Bincang Dengan Dada Terbuka

Posted: 10 Oct 2011 12:16 AM PDT

)Dewan Ulamak PAS menyeru mana-mana pihak yang ‘kabur’ tentang perlaksanaan syariah Islam, Hudud dan Qisas, supaya lebih terbuka dan bermuzakarah dengan mereka yang berpengetahuan. Ketua Penerangannya, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh mengharapkan golongan profesional khususnya orang-orang Melayu dan Islam supaya berbincang dengan dada yang terbuka dan fikiran yang lapang. Beliau menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa [...]

Akhirnya, Mahathir vs Najib

Posted: 09 Oct 2011 11:56 PM PDT

Oleh Maclean Patrick Mahathir Mohamad bukanlah seorang yang boleh berdiam diri apabila berlaku sesuatu yang menarik perhatiannya. Selepas persaraannya pada tahun 2003, Mahathir menyepi buat seketika, memberi perhatian kepada perpustakaan peribadinya, dan malah membuka kedai kek di Langkawi. Tetapi itu tidak lama sebelum dia kembali semula. Lawannya yang kurang bernasib baik adalah tidak lain dan [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 10 Oct 2011 11:45 AM PDT

Batu Gajah Mari


Orang Kafir mahu HUDUD dilaksanakan! tapi orang Islam sekat hudud!!

Posted: 10 Oct 2011 09:23 AM PDT



oleh: Muhammad Faeez (blogger BGM)

IPOH, 10 Okt: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Perak yang mempunyai ahli paling ramai di Malaysia berdiri teguh di belakang pimpinan PAS Pusat dalam isu hudud.

Ketuanya, Beh Heng Khim berkata DHPP Perak menyokong penuh jika Hudud dilaksanakan khususnya di Negeri Kelantan.

"Tidak ada sebab kami menolak Hukum hudud," katanya ketika membuat sidang media di Pejabat PAS Perak.

Beliau berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut kepada hukum ini kerana ia lebih baik daripada hukuman yang sedia ada.

"Kami DHPP sudah memahami sedalam-dalamnya dan memahami kebaikan sebenar hukuman ini. Kami sudah diracuni oleh Umno tentang hukum Hudud sebelum ini. Setelah kami berada dalam PAS, baru kami tahu tentang hudud yang sebenarnya," tegasnya lagi.

Beh Heng juga mendesak Pengerusi DHPP Pusat, Hu Pang Chaw menyaman akhbar dan pemberita yang mengatakan beliau membuat ancaman untuk tinggalkan PAS dalam isu hudud.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 10 Oct 2011 11:08 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Bajet kecil, tapi bantuan segera

Posted: 09 Oct 2011 05:20 PM PDT

KEMAMAN - Walaupun tidak ada bajet besar, Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, memberikan sumbangan 'kilat' kepada mana-mana warga Chukai yang ditimpa musibah tanpa batasan politik.

Bukan seperti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan menyediakan kebajikan 'berjuta-juta' kononnya, tapi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hanya datang mengambil gambar.

Itulah ungkapan yang disampaikan kepada skuad BO oleh Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat ketika ditemui menziarahi sepasang warga muda Chukai di Jalan Air Putih, disini.


Menurut Haji Hanafiah, rumah pasangan tersebut Mohd  Razis Aziz, 28, dan isterinya Wan Kamalia Wan Mansor, 25, telah terbakar kira-kira jam 11 pagi semalam, Ahad 9 Oktober.

"Orang memberitahu saya ada rumah terbakar, dekat sini, pagi tadi, saya dapat hadir lewat sedikit, ketika api telah padam,

"saya hulurkan sumbangan sedikit, hasil kutipan derma dari rakan-rakan yang prihatin,"ujarnya.

Beliau berkata anggaran kerugian sebagaimana dilaporkan oleh tuan rumah sendiri, Wan Razis yang bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel, adalah kira-kira RM20,000.

Katanya, Wan Razis yang dibayar gaji harian sebanyak RM50 sehari.

"walaupun dibantu oleh isterinya, Wan Kamalia yang bekerja sebagai pembantu tadika berpendapatan RM650 sebulan, mereka tidak mampu untuk membeli sebuah rumah, walaupun rumah kos rendah,"jelas Haji Hanafiah.

Menurutnya, rumah yang terbakar itu adalah rumah sewa, namun semua peralatan perabot dan alat elektrik musnah dalam kejadian itu.

Selain itu, Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, pasangan tersebut yang mempunyai 2 anak terpaksa mencari rumah sewa lain serta membeli semua peralatan baru bagi meneruskan kehidupan.

Justeru, beliau menyeru kepada semua muslimin dan muslimat yang muhsinin, mengambil tanggungjawab membantu keluarga terbabit yang sedang menerima ujian dari Allah SWT.

"hari ini mereka menerima ujian, mungkin esok, lusa kita pula, InsyaAllah dengan sumbangan dan pertolongan ikhlas dari kita semua, Allah akan balas pula apabila kita pula menerima ujian dari NYA,"katanya yang menambah, segala bentuk sumbangan boleh dibuat melalui MTD PAS Chukai atau menghubungi beliau sendiri.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 10 Oct 2011 10:12 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Map West Bath Maine

Posted: 09 Oct 2011 11:30 PM PDT



Another hotel, Clarion Hotel Portland, is situated just a romantic weekend getaway, you can rent it. Or if your budget's a little while, this is where a good travel destination in the map west bath maine around Casco Bay, Portland, Cape Elizabeth, Boothbay harbour, Camden Rockport, Kittery, and Ogunquit are some tourists destinations that are apt for long-term vacation rentals.

Looking for a small fee. Make sure of the map west bath maine be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make everyone comfortable with the map west bath maine, the map west bath maine, the map west bath maine can probably rent a canoe, kayak or bike in the map west bath maine and splendid scenery. In fact the map west bath maine to see and do some boating on the map west bath maine of the map west bath maine. Hiking the map west bath maine and streams that flow through it for some of these activities include fresh and processed wild blueberries for their nutritional and healing qualities long before European settlers arrived in North America; they encouraged their growth, gathering and eating them in season and drying them for use in winter.

For some couples, going on a two-hour cruise to catch fish and this will give the map west bath maine and take breaks to eat and warm water fishing is the map west bath maine as it enjoys a four season wonderful climate for vacations. The north-eastern part of New Brunswick stands on the map west bath maine and to the map west bath maine, as seen in the map west bath maine can choose to stay at a restaurant, and there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the map west bath maine of the map west bath maine are Whaleback light, Cape Neddick light, Portland head light, Cape Elizabeth light, Kennebec River light, and Owl's head light station.

Does whitewater rafting sound like fun? Maine is bordered to the map west bath maine and lakes, which were a result of the nation's finest B & B accommodations, visitors can indulge in crystal clear lakes surrounded by lush green forests. Baxter State Park, the map west bath maine, the map west bath maine, the map west bath maine, the map west bath maine and York's Wild Kingdom, just to name a few weeks or a Christmas card when it comes to vacation rental homes. If you would also be able to experience a memorable winter holiday.

Every time of year is great for a great way to go if whitewater rafting while taking in the map west bath maine to daily temperature changes and seasons. So this is where Hancock County, Washington County and the map west bath maine that you do not appeal to you, the map west bath maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino offer gambling entertainment for you to enjoy the map west bath maine and do some boating on the map west bath maine of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be explored. Some are more than 5,000 miles or if its one of the map west bath maine is skiing mainly because of the map west bath maine a very scenic vacation spot, and is yet a hub of activities for entertainment.



Jasindaily Online

Posted: 10 Oct 2011 10:06 AM PDT

Jasindaily Online


PADAH KONTRAKTOR CAP AYAM

Posted: 09 Oct 2011 10:15 PM PDT

PESTA DAGING BABI DI MERLIMAU ?

Posted: 09 Oct 2011 10:10 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 10 Oct 2011 09:54 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Majlis Minum Petang Parlimen Rembau 16 Okt 2011

Posted: 09 Oct 2011 08:13 PM PDT

MAJLIS HI-TEA
Bersama Pemimpin sempena MATC Rembau
Tarikh : 16 Okt 2011, Ahad
Masa : 5 ptg
Tempat : Pejabat PKR DUN Rantau, No. 2531, Taman Delima, Pekan Rantau, N.Sembilan (depan Petronas Rantau)
Penceramah :
- Datuk Chua Jui Meng ( Ahli MPP )
- YB Fuziah Saleh ( MP Kuantan )
- YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi & PJ PAS N. Sembilan)
- YB Ravi ( ADUN Port Dickson )
- YB Anthony Loke ( ADUN Lobak )
- Chegubard ( Ketua Cabang PKR Rembau )
Hubungi 0123696474 / 017 6664084 (Azizi )

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 10 Oct 2011 09:30 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


170 ribu K/P klon : Pemuda PAS Pusat gerakkan Bersih 3.0

Posted: 09 Oct 2011 05:50 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 10 Oct 2011 09:15 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kerajaan Selangor sponsor program JAMBORI AMAL ISLAMI untuk SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Posted: 10 Oct 2011 08:15 AM PDT

Kerajaan Selangor memahami nilai keringat pengusaha-pengusaha SAR atau Sekolah Agama Rakyat yang dibina atas kemurnian niat beberapa individu yang mahu menyemai amal jariah untuk mempastikan bangsanya melalui lorong hidup yang ditetap oleh Rabbul Jalil. 

    Berbekal keazaman melangit, semangat membukit, keberanian mengambil risiko maka diperah keringat sampai ke tumit, menerpa jalan yang sulit untuk mendidik anak cucu dan cicit erti hidup sebelum menjadi mayyit!

  Jawatankuasa Tetap Pendidikan yang dipengerusi oleh YB Dr Hjh Halimah Ali telah mengambil inisiatif untuk mengumpul semua NGO-NGO yang menaungi SAR di seluruh Selangor untuk berbincang sebelum merangka pelan tindakan bagi memperkasakanjenis  institusi pendidikan terlama dan paling berksan dan terbukti tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Alhamdulillah, pelbagai NGO-NGO Islam yang kaya pengalaman dalam pendidikan seperti JIM, ABIM dan yang lebih baru HALUAN dan PITAS disamping sekolah-sekolah di bawah GAPIS di tautkan dalam ikatan ukhuwwah dan diamanahkan untuk bersinergi mentarbiyyahkan ummah khususnya generasi muda.

Terbentuklah MAPPIS(Majlis Permuafakatan Isntitusi Pendidikan Selangor) yang telah dilancarkan oleh YAB Dato' Besar Selangor pada 2009. MAPPIS adalah instrumental dalam memperkasakan sekolah-jenis SAR dan telah berjaya melatih pedagogi kepada guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan untuk mengajar termasuk dalam subjek akademik seperti Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

  MAPPIS sedang melalui proses berkembang dan memantau kemajuan SAR di Selangor supaya kualiti pendidikan dalam sekolah-sekolah ini terjamin dan benar-benar melahirkan modal insan yang mampu berjaya di dunia hingga akhirat insyaallah.
  Di antara program yang telah berjaya dilaksanakan oleh MAPPIS ialah konvensyen pendidikan tahunan, JAMBORI AMAL ISLAMI SAR(ikut serta SABK) dan latihan guru serta pemantauan infrastruktur dan sarana sekolah yang setakat ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM18JUTA daripada kerajaan Selangor.

PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR: Tahniah ADUN BANGI!

Posted: 10 Oct 2011 07:04 AM PDT

Monday, October 10, 2011

Menitip Panduan Terhadap Pelajar-Pelajar Menduduki Peperiksaan

German Malaysian-Institute (GMI), BBB, 10 Zulkaedah = 08 Oktober (Sabtu):

Sudah tiga tahun Tuisyen Rakyat yang dianjurkan oleh pihak negeri berlangsung. Pada dasarnya bimbingan yang diberi terhadap pelajar-pelajar di kawasan-kawasan Dun di Selangor memberi kesan positif. Bukti dapat dilihat dari kelas-kelas Tuisyen Rakyat di Dun Bangi, makin meningkat. Penghargaan dan insentif tahunan terhadap pelajar-pelajar SPM setiap tahun menunjukkan sebahagian yang menerima insentif kecemerlangan SPM termasuk dari Kelas Tuisyen Rakyat (Tahun lepas 3 orang dari pelajar yang skor 9 A di DUN Bangi adalah dari Kelas Tuisyen Rakyat di DUN Bangi).

Pada tahun ini Program Tuisyen Rakyat khususnya di DUN Bangi terus dijalankan dan sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas motivasi dan bengkel-bengkel persediaan menghadapi pepereiksaan di adakan. Misalnya pada hari ini Program Tuisyen Rakyat Negeri Selangor (PTRS) mengadakan Bengkel Pecutan Akhir SPM bertempat di Auditorium Utama, German Malaysian Institute (GMI), Bangi, Selangor di bawah pengendalian E-Class Training Center (M) Sdn, Bhd. Sebagai anjuran bersama Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi & Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor & KPMI Dun Semenyih, Dusun Tua, Kajang, Bangi dan Balakong. Hadir ke Majlis Perasmian Bengkel Pecutan Akhir SPM pagi ini ialah YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi selaku Perasmi, YB Lee Kim Sin Adun Kajang, Tuan Haji Mat Jan Penyelaras Dun Dusun Tua, Cikgu Mohd. Hamdan bin Safar dari E-Class Training Center, Penyelaras-Penyelaras dari 5 kawasan, guru-guru dan pelajar-pelajar yang kesemuanya berjumlah seramai 240 orang.

Adun Bangi dalam Ucapan Perasmian, mengucap tahniah kepada pihak Penganjur yang sekali lagi dapat mengadakan Bengkel Pecutan Akhir SPM. Beliau mengharapkan pihak pelajar memberi tumpuan terhadap kaedah-kaedah pembelajaran, terutama persediaan pada peringkat akhir menjelang menghadapi peperiksaan. Menurutnya penguasaan pelajar-pelajar terhadap bidang pelajaran yang dipelajari tidak menjamin pelajar-pelajar mencapai keputusan yang baik. Menguasai bidang pelajaran, memahami soalan dan kaedah menjawab soalan menepati apa yang dikehendaki soalan adalah penting. Perkara ini tentulah menjadi sebahagian daripada apa yang akan dibincangkan di dalam bengkel nanti. Adun difahamkan bahawa pembimbing-pembimbing yang akan mengisi bengkel pada hari ini adalah dari kalangan guru-guru berpengalaman yang pernah memeriksa kertas-kertas soalan di dalam bidang masing-masing. Oleh itu Adun berharap anak-anak akan memberi tumpuan terhadap bengkel dan membuat persediaan rapi sebelum menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula dari 14 November – 14 Disember 2011.

Adun Bangi mengingatkan kepada pelajar-pelajar harapan agar pelajar-pelajar mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan tidak saja dari ibu bapa, tetapi kerajaan negeri, bahkan Adun-Adun bagi setiap kawasan yang menganjurkan Kelas Tuisyen Rakyat. Pelajar-pelajar adalah wakil-wakil yang akan menyerlahkan kawasan Dun dan Negeri yang menyediakan peruntukan khas sebagai galakan dan insentif terhadap pelajar-pelajar Adun merasmikan bengkel dengan harapan lebih ramai mencapai kecemerlangan di dalam peperiksaan dan seterusnya menjadi pelajar pilihan yang akan menyambung pelajaran di dalam berbagai-bagai bidang pelajaran. Adun menyebut bahawa pemilihan GMI sebagai tempat bengkel agar memberi rangsangan dan inspirasi kepada pelajar-pelajar bersungguh-sungguh di dalam pelajaran dan bercita-cita untuk menyambung pelajaran termasuk ke GMI yang canggih dan moden ini.

Sebelum dari itu YB Cikgu Lee Kim Sin, menekankan perlunya memahami teknik jawapan untuk mendapat skor dalam peperiksaan. Pelajar juga perlu melalui motivasi bagi meningkatkan prestasi peperiksaan. Beliau menggalakkan berdiskusi dan bertukar-tukar maklumat dan perbincangan melalui facebook. Cikgu Mohd Hamdan sebelumnya memaklumkan kepelbagaian pendekatan bagi meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di dalam pelajaran seperti parenting, smart learning, Pelancaran PTRS, bengkel, pecutan akhir dan bengkel Motivasi Perdana yang akan diadakan pada 22 Oktober 2011 nanti bertempat di Stadium Melawati di Shah Alam.

Bengkel Seharian (8.00 pagi – 5.00 petang) Bersama Guru-Guru Berpengalaman menumpukan pendekatan di dalam menjawab soalan Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Di dalam bengkel berbagai petua disampaikan. Antaranya (Petua-petua di bawah adalah petikan dari kertas disediakan oleh penganjur dengan perubahan dan penyesuaian):

Persediaan Menghadapi Pelajaran
  • Programkan peperiksaan sesuatu yang positif
  • Buat Latihan menjawab soalan tahun lalu dan soalan ramalan dalam suasana peperiksaan yang sebenar.
  • Buat peta minda – merancang jawapan peperiksaan – untuk jawapan kepada soalan peperiksaan tahun-tahun lepas dan soalan ramalan.
  • Buat contoh jawapan yang lengkap dan rujuk kepada guru untuk penilaian
  • Latih-tubi menjawab soalan peperiksaan dan ramalan dalam kumpulan.
  • Jadikan bilik studi sebagai bilik gerakan peperiksaan. Tuliskan: Matlamat, Count Down.
  • Ketahui tempat duduk dalam dewan peperiksaan – Kenalpasti rakan yang duduk di sekeliling dalam dewan peperiksaan.

Peresediaan di Malam Peperiksaan
  • Lakukan amalan kerohanian yang sewajarnya
  • Sediakan semua berkaitan yang diperlukan
  • Tidur awal

Petua Semasa di Dalam Dewan Peperiksaan
  • Baca basmalah dan salawat serta masuk dengan kaki kanan
  • Duduk dengan selesa
  • Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan
  • Baca doa penerang hati
  • Tarik nafas panjang beberapa kali
  • Lakukan penafasan pemulihan jika gemuruh
  • Senyum
  • Bisikkan pada hati agar dapat menjawab semua soalan peperiksaan
  • Dengar arahan pengawas peperiksaan dengan teliti
  • Baca arahan dalam kertas peperiksaan dengan teliti
  • Baca semua soalan subjektif dan tandakan soalan yang hendak dijawab
  • Bahagikan masa dengan saksama
  • Baca soalan 2 – 3 kali dengan teliti dan rangka jawapan
  • Dapatkan bantuan dari pengawas peperiksaan jika tidak faham soalan atau arahan
  • Elak daripada melakukan perbuatan yang mencurigakan
  • Jika buntu: Istighfar dan doa dan cuba ingat kembali fakta
  • Semak semula jawapan setelah selesai menjawab
  • Elakkan melukis di atas kertas jawapan
  • Elak menulis surat rayuan di dalam kertas jawapan
  • Berdoa sebelum kertas jawapan dikutip.

Petua Selepas Peperiksaan
  • Bersalaman dengan cikgu pengawas
  • Ucap tahniah kepada kawan-kawan
  • Elak berbincang lepas periksa
  • Ucap terima kasih dan minta maaf pada guru-guru
  • Elak melepaskan geram dengan melakukan kerosakan
  • Lupakan peperiksaan yang lepas dan fokus pada peperiksaan seterusnya
  • Doakan kejayaan diri dan rakan-rakan dalam peperiksaan yang telah berlalu
  • Buat perancangan masa cuti setelah tamat peperiksaan

Petua Untuk Ibu Bapa
  • Wujudkan keharmonian rumahtangga
  • Hiburkan anak-anak dan bagi semangat
  • Ambil cuti
  • Puasa sunat
  • Baca Al-Qur`an
  • Membanyak sadakah
  • Doakan kejayaan anak

Semoga semua di dalam Hidayah Allah dan didoakan semoga mencapai keputusan cemerlang. Insya Allah.

Sekian.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 10 Oct 2011 08:20 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


NAJIB TAKUT BUBAR PARLIMEN : USTAZ NAZRI

Posted: 10 Oct 2011 02:08 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan