TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.
Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.
Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.
"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.
Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.
Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.
"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.
"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.
"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Peruntukan Khas Untuk Sabah dan Sarawak Pada bajet 2011 yang lalu, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai oleh Umno-Barisan Nasional hanya memperuntukkan sekitar RM9.55 bilion untuk projek pembangunan di Sabah dan Sarawak sementara Semenanjung Malaysia mendapat sepuluh kali ganda dari jumlah tersebut iaitu RM110 bilion. Ini menunjukkan yang Sabah dan Sarawak terus dipinggirkan dari arus pembangunan apabila Kerajaan Persekutuan hanya memperuntukan yang agar kecil kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Memang tidak mencukupi kalau dibanding dengan keluasan tanah bumi Sarawak yang hampir persamaan dengan Semenanjung Malaysia. Peruntukan sebanyak RM9.55 billion yang dikongsi bersama Sabah dan Sarawak menunjukan bahawa Negeri di Malaysia Timor tidak begitu mendapat perhatian dari pihak Kerajaan persekutuan.
Berdasarkan maklumat pada tahun 2007, Sabah dan Sarawak telah menyumbangkan 44.5 peratus dalam bentuk minyak mentah dan 64.1 peratus hasil pengeluaran gas asli dalam negara.
Dalam peruntukan bajet 2011 juga kerajaan Persekutuan memperuntukan bajet sebanyak RM3.8 billion untuk projek-projek pembangunan di Sarawak tetapi sampai sekarang Sarawak masih jauh ketinggalan dari segi infrastrutur dan juga jalan perhubungan yang masih ditahap yang agak teruk kalau dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Kalau benar ada peruntukan khas untuk Sarawak kemana dan macam mana peruntukan tersebut digunakan? Kita tidak mahu ada penyelewengan dalam peruntukan yang khas untuk rakyat yang masih memerlukan bantuan kerajaan.
Kita cadangkan agar setiap peruntukan yang sudah diluluskan hendaklah digunakan sepenuhnya kepada golongan sasaran dan setiap projek kerajaan hendaklah telus agar rakyat tahu kemana hasil peruntukan tersebut digunakan. Setiap kali ada pilihanraya kecil kita sering kali mendengar pemimpin BN dengan mudah berjanji untuk memberi peruntukan segera kepada kawasan pilihanraya tersebut tanpa melalui saluran yang betul dimana setiap peruntukan tambahan perlu mendapat kelulusan parlimen sebelum dikeluarkan. Kalau pemimpin BN dengan mudah mengeluarkan peruntukan tambahan tersebut tanpa persetujuan parlimen bermakna janji tersebut umpama 'gula-gula' pilihanraya saja.
Kita juga mendesak agar pemimpin BN jangan sesekali menggunakan setiap peruntukan yang sudah diluluskan sebagai janji pilihanraya mereka sebab peruntukan tersebut memang khas untuk rakyat bukan untuk kepentingan pemimpin BN. Peruntukan yang sudah mendapat kelulusan dalam parlimen memang sudah ada dalam perancangan setiap projek kerajaan yang hanya perlu dilaksanakan bukan untuk tujuan kempen pilihanraya semata-mata. Pemimpin BN jangan mengugut rakyat dengan amaran kononnya kalau rakyat menyokong pembangkang setiap peruntukan tidak akan diberi. Ini merupakan suatu kesalahan yang besar yang selalu di amalkan oleh pemimpin BN setiap kali ada pilihanraya, mereka menggunakan peruntukan kerajaan sebagai bahan kempen mereka.
Sedangkan peruntukan tersebut sudah mendapat kelulusan kabinet untuk dilaksanakan tanpa perlu mengira tempat atau kawasan penyokong kerajaan atau pembangkang. Itulah kewajiban pihak pemerintah untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
Secara ringkasnya kita berharap agar bajet yang akan dan sudah diluluskan digunakan sebaik mungkin dan perlu dipantau agar tidak berlaku ketirisan dan penyelewengan. Selalunya kita hanya mendengar berbillion ringgit diperuntukan untuk rakyat sedangkan hakikatnya tidak seperti yang dinyatakan. Moga-moga peruntukan yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN dapat dinilai sendiri oleh rakyat kerana hanya rakyat yang berhak untuk memilih yang terbaik untuk mereka.
Sekian wasalam
Jofri Jaraiee PAS Miri
English version Special Provisions for Sabah and Sarawak In 2011 the last year budget, the Federal Government dominated by the UMNO-Barisan Nasional only spent about RM9.55 billion for development projects in Sabah and Sarawak while Peninsular Malaysia have ten times the amount of RM110 billion. This shows that Sabah and Sarawak continue to be marginalized from the mainstream of development when the Federal Government allocated only a small compared to Peninsular Malaysia. It is not enough if compared with an area of land of Sarawak which is almost equivalent to Peninsular Malaysia.
An allocation of RM9.55 billion, which is shared with Sabah and Sarawak in East Malaysia shows that the federal government does not concern with the problems faced by Sabah and Sarawak.
Based on the information in 2007, Sabah and Sarawak had contributed 44.5 percent in 64.1 percent of crude oil and natural gas production in the country.
In budget 2011 the federal government also allocated RM3.8 billion budget for development projects in Sarawak,, but until now Sarawak is still far behind in terms of infrastructures and roads are still in bad condition compared to Peninsular Malaysia. If it is true there are special provisions for the state where and how these provisions are used? We do not want any irregularity in the special provisions for people who still need government aid.
We suggest that each of the provisions that have been approved shall be applied solely to the target groups and each government project must be transparent so that the people know where the provision of revenue is used.
Every time there are elections, we often hear the BN leaders simply pledged to provide immediate provision of these constituencies without going through proper channels where each allocation requires the approval of parliament prior to release. If the BN leaders easily get rid of the additional provisions without the consent of parliament that mean the promise was like a 'sweet' during elections only.
We also urge that the BN leaders should never use all the provisions that have been approved as their election promises because these provisions are specifically for people not for the BN leaders' interest. Those provisions that have been approved by the parliament should be implemented accordingly and not for the purpose of electioneering. BN leaders should not intimidate people by warning that if people support the opposition, each provision shall not be given. This is a great offense that often practices by the BN leaders every time there are elections; they used the provisions of the state as their campaign materials.
While these provisions have the approval of the Cabinet to be implemented regardless of the place for the government or for the opposition supporters. That is the duty of the government for the people regardless of race, religion and political belief.
In brief we hope that the budget has been approved and will be used wisely and should be monitored to avoid any leakage and fraud. Usually we only hear billions of ringgits allocated to the people while the reality is not as illustrate. We hope that the provisions set out by the Pakatan Rakyat and BN can be judged by the people because only the people who have the right to choose the best for them.
Sebentar tadi teman diberitahu adik teman yang di kulo lumpor bahawasanya Ustaz Pak Yazid atau Pak Yazid pendakwah terkenal telah dimasukkan di Wad ICU Hospital Pusrawi . Sama-sama kita panjatkan doa kepada Allah s.w.t agar diberi ketabahan dan kesihatan pada beliau .aminnn.
Masih ingat pantun nasihat Pak Yazid :-
Pantun Nasihat Pak Yazid Kalau berniaga janganlah rugi, Kalau berkayuh janganlah patah, Kini kita di atas bumi Esok kita di kandung tanah.
Kalau tiba saatmu mati Tidak guna menangis darah Tinggal harta, anak dan isteri Tinggal segala emas pertatah.
Rumah tinggal gedungpun tinggal Tinggal juga usaha yang gigih Kita menghadap Tuhan yang tunggal Hanya berguna amal yang soleh.
Jangan suka banyak berdalih Hidup asyik minum dan makan, Jika tidak beramal soleh Rugilah kita sepanjang zaman.
(Sebahagian pantun Ustaz Yazid Jaafar Pak Yazid) -pendakwah terkenal dari Kg. Baru pada tahun 1980'an dan 1990'an. Alhamdulillah dapat melihat beliau di atas pentas di Dewan Dato' Fadhil Nor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad baru-baru ini. Di doa Allah SWT. memanjangkan umur Pak Yazid dalam keberkatan dan kesihatan yang baik.)
Walaupun DS Najib tidak terima fakta Mat Sabu adalah penyebab yang mendorong beliau menawarkan RM3,000 kepada para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya secara one-off namun di hati beliau hanya Allah yang tahu. Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam. "Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, meme tak merasalah duit pampasan ni. "Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela," tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.
"Prihatin konon dah lebih 50 memerintah baru nak ingat dan beri sumbangan kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?" satu lagi pandangan yang dilontarkan. Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup. "Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. "Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout," kata Najib.
Undilah Pakatan Rakyat kalau mahu hidup rakyat dibela , terbela dari tipudaya UMNO/BN..
Kabar-kabar angin selepas penaburan gula-gula kabong yang bosa-bosa dikala pembentangan bajet Najib semalam mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober iaitu 10/10/11 nanti atau 11/11/11 Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. ekoran pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak,beliau mungkin perasan yang persiapan beliau sudah lengkap maka untuk menarik kembali undi kepada BN beliau perlu segera mengumumkan.
Pada ketika ini beliau akan merasakan hari Isnin 10 Oktober adalah hari sesuai membubarkan Parlimen.
Kenapa Isnin?
Kita dah tau dan memang ramai dah tau bahawa si Najib nie dari semasa muda dari semasa menjadi MB Pahang termuda memang suka berbelanja tanpa memikirkan jumlah yang akan berlaku dan kebetulan beliau memang tidak tahan dan tidak sanggup berhadapan dengan hentaman dan teguran pihak Pakatan Rakyat di Parlimen. Oleh itu bagi menggelakan pembahasan di Parlimen maka memang logik pembubaran Parlimen sesuai baginya menjelang Isnin. Rakyat, kakitangan kerajaan dan pesara dan janda dan duda bekas askar juga tengah seronok mendengar mereka akan dapat gula-gula kabong yang diwar-warkan Najib semalam semasa pembentangan bajet 2012.
Kabar-kabar angin selepas penaburan gula-gula kabong yang bosa-bosa dikala pembentangan bajet Najib semalam mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober iaitu 10/10/11 nanti atau 11/11/11 Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. ekoran pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak,beliau mungkin perasan yang persiapan beliau sudah lengkap maka untuk menarik kembali undi kepada BN beliau perlu segera mengumumkan.
Pada ketika ini beliau akan merasakan hari Isnin 10 Oktober adalah hari sesuai membubarkan Parlimen.
Kenapa Isnin?
Kita dah tau dan memang ramai dah tau bahawa si Najib nie dari semasa muda dari semasa menjadi MB Pahang termuda memang suka berbelanja tanpa memikirkan jumlah yang akan berlaku dan kebetulan beliau memang tidak tahan dan tidak sanggup berhadapan dengan hentaman dan teguran pihak Pakatan Rakyat di Parlimen. Oleh itu bagi menggelakan pembahasan di Parlimen maka memang logik pembubaran Parlimen sesuai baginya menjelang Isnin. Rakyat, kakitangan kerajaan dan pesara dan janda dan duda bekas askar juga tengah seronok mendengar mereka akan dapat gula-gula kabong yang diwar-warkan Najib semalam semasa pembentangan bajet 2012.
Kabar-kabar angin selepas penaburan gula-gula kabong yang bosa-bosa dikala pembentangan bajet Najib semalam mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober iaitu 10/10/11 nanti atau 11/11/11 Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan. ekoran pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak,beliau mungkin perasan yang persiapan beliau sudah lengkap maka untuk menarik kembali undi kepada BN beliau perlu segera mengumumkan.
Pada ketika ini beliau akan merasakan hari Isnin 10 Oktober adalah hari sesuai membubarkan Parlimen.
Kenapa Isnin?
Kita dah tau dan memang ramai dah tau bahawa si Najib nie dari semasa muda dari semasa menjadi MB Pahang termuda memang suka berbelanja tanpa memikirkan jumlah yang akan berlaku dan kebetulan beliau memang tidak tahan dan tidak sanggup berhadapan dengan hentaman dan teguran pihak Pakatan Rakyat di Parlimen. Oleh itu bagi menggelakan pembahasan di Parlimen maka memang logik pembubaran Parlimen sesuai baginya menjelang Isnin. Rakyat, kakitangan kerajaan dan pesara dan janda dan duda bekas askar juga tengah seronok mendengar mereka akan dapat gula-gula kabong yang diwar-warkan Najib semalam semasa pembentangan bajet 2012.
Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
"Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
"Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik," katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
"Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang," katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
sejak bile umno concern pasal solat sah batal nie.... selama ni depa anjur program supaya orang tak solat... takde hal punye lah... lucu sungguh....
KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan dakwat kekal ketika proses pengundian pilihan raya umum ke-13 termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata dakwat kekal boleh digunakan sekiranya mendapat kelulusan majlis tersebut yang akan meneliti sama ada ia bercanggah dengan prinsip Islam ataupun sebaliknya.
"SPR masih kaji benda ini (penggunaan dakwat kekal), kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram iaitu memudaratkan contohnya memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.
"Bagaimanapun sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.
.... dia paham tak maksud 'dakwat' ... kene marker pen/ kunyit/ sirap merah/ nila satu badan pun sah kalau mandi junub... apatah lagi wuduk .....
.... satu lagi alasan bodoh... " sesetengah dakwat kekal mengandungi alkohol yang bertujuan membolehkan ia kering dengan cepat apabila dicalit ke jari'... patut puak2 nie tak solat... sebab ingat solat tak sah kalu pakai minyak wangi alkohol.... memang jenis bangsa tak belajar fiqh....
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ia mendapat permit.
Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.
Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar mengganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah. Presiden Anak, Mazlan Aliman dipetik Harakahdaily mempersoal sikap polis yang seakan-akan 'melepaskan' mereka membuat gangguan di tempat ceramah.
"Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis. "Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.
Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut. "Saya yakin ia dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat," kata beliau.
Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira pukul 1.40 pagi tadi. Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka.
PETALING JAYA: Pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 bukanlah yang pertama kalinya dalam sejarah kerana perkara itu pernah dimumkan empat tahun lalu.
Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengumumkan perkara yang sama semasa pembentangan Bajet 2008 dalam usaha menawarkan rakyat pendidikan 100 peratus percuma.
Selain itu, Abdullah pada September 2007 dalam Parlimen turut mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya.
Namun penghapusan yuran itu tidak sepenuhnya apabila kerajaan kemudiannya mengesahkan pelajar tetap perlu membayar sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah) setahun, manakala yuran lain tidak berubah.
Malah sebaliknya 'yuran tambahan' dan 'sumbangan' diperkenalkan dengan bayaran antara RM23.50 sehingga RM55.50 setahun, bergantung kepada jenis sekolah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pelajaran.
Najib dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi mengumumkan pemansuhan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful bagi pelajar sekolah rendah (RM24.50) dan sekolah menengah (RM33.50).
"Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah disekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta," katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat.
Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Peruntukan sebanyak RM530 juta itu membabitkan kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh negara dan akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).
Penyunting novel Rusidah Salim, 41, berkata pemansuhan yuran pendidikan itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kerana ibu bapa masih menanggung beban kos lain-lain yuran termasuk yuran kelas dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sehingga RM80 seorang.
Katanya, mengambil kira peningkatan lain-lain kos yang semakin meningkat termasuk buku latihan beliau terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 seorang.
"Biasanya perbelanjaan awal persekolahan mencecah sehingga RM4,000 untuk anak-anak tidak termasuk perbelanjaan untuk pakaian dan peralatan sekolah," kata ibu kepada lima anak yang masih bersekolah kepada FMT.
Masih kabur
Sementara itu, Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta berkata bantuan RM100 itu masih kabur kerana tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan secara tahunan, bulanan, atau sebaliknya.
Namun katanya, ia masih menjadi langkah terpuji kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah menawarkan apa-apa bantuan dalam bentuk kewangan selain daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), susu tambahan, suntikan vaksin percuma, dan lain-lain bantuan.
"Ini pastinya dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan," katanya kepada FMT.
Beliau bagaimanapun berharap agar pemansuhan yuran itu juga dapat dilaksanakan dengan adil terhadap pelajar kurang mampu yang mendapat pendidikan disekolah bantuan modal apabila masih mengharapkan sumbangan orang ramai melalui Lembaga Gereja.
Lajnah Pemerkasaan Parti Badan Perhubungan PAS Perak telah mengadakan Program 'Jom Masuk PAS'. Program ini telah dilancarkan oleh, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Bin Ahmad semasa Liqa' Fitri Badan Perhubungan PAS Perak di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning.
Program ini bertujuan untuk menarik masyarakat terutama ahli UMNO untuk menyertai PAS.
Ikon Kempen Jom Masuk PAS, Datuk Adnan Ibrahim menceritakan pengalaman beliau.
Laksamana Pertama (B) Hj. Mohamad Imran turut menyampaikan ucapan.
Program diserikan lagi dengan dua ikon baru PAS iaitu Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dato' Adnan Ibrahim dan Bekas Pegawai Tinggi TLDM Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid.
Dato' Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan UMNO selepas pulang dari tanah suci.
" Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.
Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Dato' Hishamuddin Tun Husein dan pimpinan UMNO memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan UMNO. Tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.
Pembentangan kertas kertas yang amat menarik daripada Ustaz Idris Ahmad.
Bagi Laksmana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Hj Abd Hamid pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan UMNO.
"Perjuangan UMNO hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.
Ustaz Idris dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.
" Bekas Pegawai Tinggi TLDM dan Bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS ?," katanya yang juga Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat.
" Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya UMNO. UMNO tidak relevan lagi. UMNO sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
Disiplin dan keberanian Unit amal di Rembau berjaya gagalkan kumpulan samseng
Oleh: WFAUZDIN NS
SEJAK kebelakangan ini nampaknya kegiatan haramjadah kumpulan samseng upahan yang `berlesen' sudah semakin menjadi-jadi mengganggu setiap program Parti Pembangkang, khususnya yang melibatkan DS Anwar dan Mat Sabu. Kita pula asyik membuat laporan Polis sedangkan kita tahu Polis bukan tidak tahu kejadian itu berlaku kerana Polis sendiri melihat dan menonton kelakuan kumpulan haramjadah itu.
Kalau puak samseng itu tidak datang, tidak berlaku kekecohan....
Sebagai contoh di Bera, K.Lipis bulan yang lalu. Ceramah DS Anwar diganggu oleh maki hamun dari betina tua yang masih bujang, Umi Hafilda. Betina itu menyalak bagaikan anjing betina yang mahu beranak di rumah YB Umno bertentangan dengan pentas ceramah DS Anwar. Program DS Anwar mempunyai permit, manakala program betina yang dibuang oleh keluarganya itu tiada permit. PKR Pahang buat laporan Polis, walaupun terbukti Ketua Polis Daerah K.Lipis ada berhampiran lokasi ceramah tetapi menyorok di dalam kawasan sekolah. Ini kerja Polis di situ dan mereka dapat bonus setengah bulan gaji sahaja dalam Bajet Najib baru-baru ini.
Ini penyokong yang menjadi mangsa, sampai bila kita mahu lihat begini?
Sebelum itu, program DS Anwar juga digangu di Melaka. Bahkan, bekalan letrik terputus semasa DS Anwar berceramah. Kumpulan di Melaka itu diketuai oleh Lokman Adam, seorang bekas ahli Keadilan yang tidak mendapat tempat pun di dalam Umno sekarang. Di Seremban, program ceramah Mat Sabu juga diganggu oleh puak yang dipercayai dari PERKASA dan dua tiga ekor bekas tentera yang bengap. Berlaku kekecohan hingga ada yang tercedera. Kononnya mahu serah memorandum kepala bapak dia. Tidak boleh serah memorandum di Pejabat PAS kah? Mengapa mahu datang ke tempat ceramah untuk serah memorandum?
Kalau Polis cekap bertindak, adakah berlaku sebigini? Kita mahu biarkan sajakah?
PERKASA Negeri Sembilan buat ugutan agar Mat Sabu jangan pijak bumi Negeri Sembilan. PERKASA ingat bumi Negeri Sembilan ini kepunyaan Ibrahim Ali bosnya itu kah? Tempat Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas itu pun hasil sedekah PAS, PERKASA kena tahu dan jangan jadi bengap sangat. Di Rembau, PERKASA silap besar untuk memburu Mat Sabu. Kehadiran kumpulan bengap yang dianggotai oleh 20-30 orang pencacai ini `disambut' oleh Unit Amal, SAMM serta penyokong-penyokong PR di sana. Mereka lari putih tapak kaki sehingga banyak Banner dan poster mereka bertaburan. Namun, Mat Sabu tidak mahu memalukan ketua mereka yang sudah pucat lesi itu lantas menerima mengadap ketua yang bodoh buta sejarah itu untuk menerima memorandum.
Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.
Sebahagian dari anggota-anggota SAMM termasuk AMK yang datang ke Rembau yang bertindak berani
Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu?
Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap.
Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa./wfauzdin.blogspot.com
MCA telah 'menyejukkan' keghairahan media untuk menemubual enam gadis misteri yang menjadi tajuk utama ketika perhimpunan agung Pemuda MCA minggu lalu selepas tersiarnya gambar mereka.
Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei enggan menjelaskan status individu yang disiarkan dalam akhbar-akhbar harian utama, tetapi mengakui sesetengah daripada 60 pemerhati, masih menunggu kelulusan keahlian mereka. -Malaysiakini
KUALA LUMPUR - Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
"Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
"Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik," katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
"Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang," katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. – TheMalaysiaInsider
Nampaknya Perkasa (baca Umno) tidak belajar dari apa yang terjadi di Rembau. Samseng-samseng Umno telah menyerang program ceramah Md Sabu di Labis semalam sehingga ada yang cedera berdarah.
Seorang petugas unit amal cedera di pipi apabila sekumpulan 30 Pemuda Umno bermotor datang mengganggu dan membuat bising semasa ceramah Mat Sabu di dataran Cikgu Mala,Labis malam tadi. Mereka membaling seketul objek keras kepada seorang petugas unit amal menyebabkan pipinya tercedera dan berlumuran darah.
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off.
Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam.
"Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni.
"Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela," tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily.
Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya.
"Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?" satu lagi pandangan yang dilontarkan.
Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup.
"Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat.
"Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout," kata Najib.
Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah.
"Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak," tulisnya.
Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan...
Antara komen lagi:
"Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia.
"Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu..."
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ceramah Umum yang diadakan di Pejabat Pas Kawasan PJS mendapat perhatian ramai apabila satu demi satu kepincangan SPR didedahkan oleh Saudara Suhaizan Kaiat, Exco Dewan Pemuda Pas Pusat.
YB Dr Abd Rani dalam membentangkan beberapa pencapaian Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat juga meminta rakyat menjadi hakim dalam menilai segala usaha kerajaan sekarang dibanding dengan kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Umno / BN.
YB Dr Hj Abd Rani bin Osman telah merasmikan Bangunan Markaz Pas Cawangan Hulu Teris, Tanjong Sepat.
Selain ahli-ahli Pas yang datang menghadiri majlis yang bersejarah itu, kaum India dari Dewan Himpunan Penyokong Pas dan ahli-ahli Umno juga turut berada didalam majlis santai tersebut.
YB Dr Rani menegaskan bahawa Pas bangun dan menentang umno atas landasan agama bukan atas dasar yang lain. Perjuangan Pas mendidik ahli-ahlinya bahawa kemenangan hakiki mereka sebenarnya di akhirat, bukan didunia.
YDP Pas Kawasan Sepang, Tuan Hj Jaafar Pangat berasa gembira dengan kehadiran PJ Selangor dan berharap suntikan semangat yang diberikan oleh PJ dapat dipraktikkan oleh semua ahli Pas di peringkat akar umbi.
YB Dr Abd Rani banyak mendapat jemputan untuk memberi tazkirah di masjid-masjid dan surau-surau diseluruh Negeri Selangor dan beliau tidak pernah menolak jemputan tersebut.
Amalan ini berjalan lama sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi dan diteruskan apabila beliau menjadi wakil rakyat .
Menurut Dr Rani, menyampaikan tasawwur Islam yang syumul dan komprehensif adalah menjadi tanggungjawab setiap mukallaf yang mengaku dirinya sebagai orang Islam.
Rasulullah saw sendiri pernah bersabda " Sampaikan dari aku walau pun satu ayat ."
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini. Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci. "Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal. Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam. Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno. "Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak. "Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Kerajaan BN ternyata terus kekal dengan ketidakadilannya apabila menganaktirikan 12 juta pekerja yang juga rakyat negara ini menerusi Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam. Menerusi bajet tersebut, kerajaan hanya mementingkan 1.3 juta pekerja sahaja yang juga para penjawat awam dengan kenaikan gaji RM500 sebulan mulai tahun hadapan, tetapi menafikan hak pekerja-pekerja lain yang jauh lebih besar jumlahnya. Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, dengan ketidakadilan itu, bajet tersebut ternyata hanya bersifat one off dan ia tetap gagal menyelesaikan masalah kewangan serta kos sara hidup tinggi yang dialami oleh rakyat negara ini. Menurut beliau, dengan itu, bajet tersebut jelas bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat bagi memancing undi pilihanraya, tetapi tetap gagal menyelesaikan permasalahan dan bebanan yang dialami oleh rayat dalam jangka masa panjang. Katanya, ketidakikhlasan Kerajaan BN dalam membantu rakyat turut kelihatan apabila bekas polis dan tentera termasuk yang bertugas ketika zaman darurat sama ada balu, duda dan sebagainya hanya baru dibantu sekarang dengan sumbangan RM3,000 seorang. "Pada hal mereka sepatutnya dah lama diberikan bantuan seperti itu. Kenapa baru sekarang hendak diberikan?" katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini. Bagaimanapun, menurut beliau, kesemua pihak terbabit wajar menerima sumbangan tersebut kerana ia sememangnya merupakan hak mereka sendiri yang sepatutnya sudah lama diberikan oleh kerajaan. Katanya, sungguhpun begitu, Dewan Pemuda PAS Malaysia tetap meragui sama ada sumbangan tersebut benar-benar akan sampai kepada sasaran. "Sejak dulu, BN sememangnya terkenal dengan masalah ketirisan dalam pengagihan sumbangan-sumbangan seperti itu kepada golongan sasar. "Kali ini, pelbagai pihak turut meragui sama ada wang tersebut akan sampai sepenuhnya kepada sasaran atau tidak atau tetap terus tiris di tengah jalan juga seperti yang lalu," tegasnya. Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan gula-gula BN itu kerana ia tetap tidak akan memihak kepada rakyat. Katanya, bajet tersebut jelas merupakan bajet pilihanraya dengan pelbagai pemberian menarik daripada Kerajaan BN kepada rakyat untuk dinikmati dalam jangka masa pendek, tetapi terus membebankan orang ramai setelah selesai pilihanraya. "Sebelum pilihanraya, mereka sanggup memberikan apa sahaja kepada rakyat dengan melibatkan peruntukan yang besar, tetapi setelah selesai pilihanraya dan kemenangan pula berpihak kepada mereka, rakyat pasti akan dikenakan pelbagai bebanan lain pula nanti. "Jika dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dimenangani oleh BN juga, selesai sahaja pilihanraya, barangan keperluan utama rakyat pasti akan dinaikkan secara mendadak oleh kerajaan, di samping pelbagai jenis cukai," katanya. Permainan seperti itu, menurutnya, sememangnya telah dilakukan oleh BN sejak dulu dan ia amat perlu disedari oleh seluruh rakyat negara ini agar tidak terus tertipu. Malah sekarangpun, katanya, rakyat juga boleh menilai tentang permainan BN itu apabila banyak juga peruntukan lain yang disediakan itu jelas memberikan keuntungan kepada para pemimpin BN dan kroni-kroni mereka sendiri.
"Tindakan itu dilakukan menerusi pemberian subsidi tertentu kepada pihak-pihak terbabit, tetapi tidak pula ditambah peruntukan subsidi petroleum bagi menurunkan harga minyak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh orang ramai," ujar beliau.
HULU TERENGGANU - Sebuah masjid di Terengganu yang berharga RM1.2 juta dibina ketika Menteri Besarnya, Dato' Seri Idris Jusoh kini heboh diperkatakan oleh penduduk setempat bakal 'runtuh'.
Berdasarkan maklumat penduduk, Skuad Buletinonline segera membuat tinjauan serta mendapat ada asas kebenaran dakwaan tersebut.
Ini kerana, berlaku mendapan serius hampir keseluruhan lantai Masjid Al-Redha di Kampung Manir tidak jauh dari Pekan Manir.
Sumber Buletinonline memaklumkan kejadian lantai mendap telah lama berlaku sedikit demi sedikit sejak dua tahun lalu.
Manakala, kejadian mendapan yang teruk berlaku lebih dua minggu lalu dan kerja-kerja membaik-pulih segera dilakukan pihak berkuasa.
Penduduk sekitarnya memaklumkan masjid berkenaan baru dibina sekitar lima tahun lalu bagi menggantikan yang asal diperbuat daripada kayu cenggal.
Malah, Masjid AlRedha tersebut pernah dikunjungi oleh Yang Dipertuan Agong, Tunku Sultan Mizan Zainal Abidin serta Pemangku Raja Terengganu.
Seorang penduduk, Samsul Bahri Salleh melahirkan rasa kebimbangan dengan kejadian mendapan lantai Masjid al-Redha.
Katanya, jika lantai mendap dengan serius dibimbangi menjejaskan struktur kerangka keseluruhan masjid berkenaan.
"Bayangkan, jika sesuatu kejadian tidak diingini berlaku pada hari Jumaat sudah pasti boleh meragut nyawa orang ramai.
"Saya bimbang dan minta pihak berwajib terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan menyeluruh dari aspek keselamatan struktur masjid ini," jelasnya.
Menurutnya, kerja-kerja membaik-pulih sedang dilakukan di bahagian jamaah muslimat dan ruang utama masjid juga serius.
Malah, katanya 'serangan' anai-anai juga serius menyebabkan banyak kitab-kitab al-Quran serta almari rosak.
Difahamkan, Masjid Al-Redha tersebut mempunyai tiga orang imam dan bilal yang bertugas mengikut giliran masing-masing.
Seorang Ahli Jawatankuasa Masjid yang enggan disebut namanya berpendapat mendapan lantai masjid mungkin berpunca dari projek "mee segera".
Katanya, ketika zaman pemerintahan MB Idris Jusoh banyak projek-projek kerajaan yang menggunakan Dana Khas (Wang Ehsan).
Menurutnya, wang dana khas adalah wang royalti yang 'dirampas' sewaktu kerajaan PAS Terengganu.
"Kita lihat bagaimana bumbung stadium Gong Badak runtuh, bumbung masjid di Kemasik runtuh, makmal sekolah runtuh, menara di Besut runtuh dan banyak lagi.
"Kami (penduduk) bimbang masjid ini juga boleh runtuh jika struktur lantai sudah berlaku mendapan serius," ujarnya.
KUALA LUMPUR, 8 Okt: PAS tidak terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2012 semalam kerana pemberiannya banyak bersifat one-off.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan akan dapat menampung pemberian one-off tersebut kerana tidak ada jaminan subsidi barang keperluan asas tidak akan dikurangkan tahun hadapan.
Belanjawan ini, katanya sekaligus tidak dapat membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup tinggi.
"Banyak perkara yang diumum bersifat one off. Semua itu dapat dicover balik oleh kerajaan kerana kerajaan tidak memberikan jaminan subsidi harga minyak dan keperluan asas yang lain tidak akan dikurangkan pada 2012.
"Rakyat akan berhadapan dengan kos sara hidup dan belanjawan hari ini tidak menyelesaikan masalah seperti yang diwarwarkan iaitu hendak menyelesaikan masalah beban kos sara hidup rakyat," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan belanjawan petang semalam.
Antara bayaran secara one-off ialah bantuan kepada bekas kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) seramai 4,300 orang.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berkata, Datuk Seri Najib Razak dilihat ingin "berlawan" dengan Pakatan Rakyat dengan cuba mempamerkan belanjawan yang lebih baik daripada yang dibentangkan Pakatan, Selasa lalu.
"Kerajaan terdesak kerana ingin menunjukkan belanjawannya lebih baik daripada belanjawan Pakatan.
"Nampaknya Najib berpegang pada konsep "perlawanan" dalam pembentangan bajet. Tapi apa yang penting, rakyat dapat apa yang diumumkan," katanya.
Syarikat teksi untung
Selain itu, mengulas mengenai pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, beliau berkata ianya lebih menguntungkan syarikat teksi daripada pemandunya.
"Sepatutnya Najib mengumumkan penghapusan permit syarikat teksi dengan diberikan permit kepada individu," katanya.
Ogos lalu, Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor menganjurkan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Rakyat menuntut sepuluh resolusi bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan seorang bekas menteri diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.
Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan