Selasa, 4 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 04 Oct 2011 03:48 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Tiga Wakil PR, Sertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen

Posted: 03 Oct 2011 07:43 PM PDT


KUALA LUMPUR, 3 Oktober :  Pakatan Rakyat hari ni mengumumkan nama tiga wakil dari gabungan itu untuk menyertai Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi membincangkan isu reformasi pilihan raya.
Parti Keadilan Rakyat akan diwakili oleh timbalan presidennya Azmin Ali, Anthony Loke dari DAP manakala Dr.Hatta Ramli akan mewakili PAS.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditemui pada sidang media berkata, penubuhan jawatankuasa itu tidak boleh dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya mengabaikan tanggungjawab berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.
"Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan bersih.
"Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil," kata beliau.
Sebelum itu Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.
Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan Bersih 2.0 Julai lalu.

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.

Posted: 04 Oct 2011 03:08 AM PDT

.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::.


Buku Jingga boleh diperolehi di sini :)

Posted: 03 Oct 2011 05:52 PM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Oct 2011 02:29 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


12 puak Syiah mati ditembak di Pakistan

Posted: 04 Oct 2011 02:00 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

QUETTA (Pakistan): Polis berkata lelaki bersenjata menembak mati 12 anggota Syiah di barat daya Pakistan dalam satu serangan yang dikaitkan dengan berbezaan mahzab.

Pegawai polis Hamid Shakeel berkata penyerang terbabit menahan sebuah bas yang membawa anggota Syiah terbabit di pinggir bandar Quetta, di Wilayah Baluchistan.

Seorang lelaki bersenjata kemudian memaksa penumpang bas berkenaan berbaris dan mula melepaskan tembakan, dengan 12 orang maut manakala enam lagi parah. - AP

'Pantang larang semarakkan filem hantu'

Posted: 04 Oct 2011 01:55 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, fenomena filem hantu bukan sahaja disebabkan kecenderungan penonton tetapi juga kerana ruang berkarya yang sempit.

Katanya, pantang larang berasaskan aliran pemikiran yang sempit menyebabkan banyak karya yang baik bertemakan perkara lain akhirnya gagal mendapat kelulusan.

"Banyak karya yang baik tetapi tidak boleh mendapat kelulusan di media kita disebabkan 'pantang larang' pihak penapisan yang bukan atas asas moral atau agama, tetapi (berdasarkan) aliran pemikiran yang sempit," kata Dr Asri (kanan).

Pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, karya berkaitan isu agama dan politik kadang kala dinilai dengan cara yang begitu sempit.

"Umpamanya 'satira politik' mungkin sukar diluluskan jika ia mengkritik parti pemerintah. Satira politik (sebaliknya) boleh mendapat tempat sepatutnya.

"Ia boleh membangunkan kesedaran tentang kenegaraan. Satira politik merangkumi (kritikan pada) pembangkang dan kerajaan," katanya lagi.

Polemik

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini hari ini, Dr Asri mengakui, lambakan filem hantu memang fonomena yang buruk, merosakkan minda dan kadang kala akidah umat Islam.

Isu kesan negatif filem hantu dan seram muncul semula selepas kontroversi Hantu Bonceng karya Ahmad Idham yang didakwa Pemuda PAS sebagai menghina Islam dan mempermainkah kalimah syahadah.

Selepas polemik itu dianggap selesai, media semalam melaporkan penggiat dan pengarah filem tema itu menafikan karya mereka menjadi punca suburnya kepercayaan tahyul dan merosakkan akidah.

Sehari sebelum itu, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) dilaporkan berkata, lambakan cerita hantu menggalakkan kepercayaan karut dan tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah melalui pendekatan saintifik.

Bekas perdana menteri berkata, cerita mitos pula banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu.

Senada dengan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem jenis itu.

'Keburukan lebih banyak'

Sementara itu, seorang editor buku-buku agama Zahiruddin Zabidi (bawah) berkata, walaupun bukan semua filem hantu membawa keburukan, hakikatnya "keburukan itu lebih banyak daripada kebaikan" dan wajar diatasi segera.

"Tidak cukupkah lagi bukti yang ada di sekeliling kita mengenai kesan segala tahyul mahyul cerita hantu ini?" katanya yang menyokong penuh kenyataan Dr Mahathir.

Menurut graduan pengajian usuludin itu lagi, menjadi keutamaan kepada pendakwah pelbagai NGO dan agensi kerajaan menyatakan sokongan padu kepada teguran Dr Mahathir.

"Semoga dengan teguran bernas daripada tokoh berpengaruh tanah air ini, para karyawan akan sedar dan tidak hanya terus memikirkan keuntungan wang ringgit sahaja sehingga sanggup melihat anak bangsa terus punah dengan hasutan-hasutan dan pemikiran tahyul dalam filem-filem mereka," kata Zahiruddin.

Dalam masa yang sama, tambahnya, masyarakat tetap mengharapkan pekerja seni terus berkreatif dan menghasilkan filem yang membawa nilai positif kepada agama, bangsa dan negara.

Bagaimanapun, kumpulan ini memerlukan panduan dan petunjuk seperti tergambar dalam pertemuan Pemuda PAS dengan produksi Hantu Bonceng sebelum ini, kata Zahiruddin lagi.

MALAYSIAKINI/-

SPR Sahkan Tiada Pilihan Raya Kecil Dun Johol

Posted: 04 Oct 2011 01:50 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 04 OKT : Pilihanraya kecil tidak akan diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri Johol, Negeri Sembilan biarpun ada kekosongan di kerusi tersebut akibat kematian wakil rakyatnya.

Di dalam laporan Bernama Online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ini kerana tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah melepasi tiga tahun pada April lepas.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jika Speaker DUN Negeri Sembilan menghantar notis kekosongan sekalipun, pilihanraya kecil tetap tidak akan diadakan.

Wan Ahmad berkata sebarang kekosongan kerusi hanya akan diisi pada pilihanraya umum akan datang.

Penyandang kerusi Johol Datuk Roslan Md Yusof, 58,meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.45 pagi tadi. Pada masa itu, Roslan sedang menerima rawatan di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kerana mengadu sesak nafas.

TV NEWS/-

P'raya selepas JK Terpilih selesai jalan tugas

Posted: 04 Oct 2011 01:45 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini menggesa Perdana Menteri agar tidak mengadakan pilihan raya umum sebelum Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen mengenai pembaharuan sistem pilihan raya selesai menjalankan tugasnya.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Marina Chin Abdullah berkata, inkuiri awam kendalian jawatankuasa tersebut harus mengambil kira semua pandangan rakyat dari seluruh Malaysia mengenai sistem pilihan raya yang sedia ada.

"50,000 rakyat Malaysia yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu harus diberi peluang menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Bersih 2.0 menyambut baik penerimaan kerajaan terhadap cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut yang disifatkan sebagai kejayaan rakyat.

Namun tegasnya, kerajaan tidak ikhlas untuk memperbaharui sistem pilihan raya jika tidak melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0.

"Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan memastikan rakyat Malaysia dapat mengundi dalam suasana pilihan raya adil dan bersih," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat membentangkan Rang Undang Penubuhan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen untuk memperbaharui sistem pilihan raya.

Namun beliau tidak dapat memberi jaminan pilihan raya tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa tersebut selesai menjalankan tugasnya seperti yang dituntut Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0.

HARAKAHDAILY/-

MLM tidak patuh syariat Islam

Posted: 04 Oct 2011 01:45 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Sebahagian besar daripada kesemua 1,411 buah syarikat sistem pemasaran berbilang tingkat (MLM) yang berdaftar di negara ini tidak menepati syariat Islam.

Kebanyakannya didapati melakukan pelbagai penyelewengan dan penipuan kepada ahli-ahlinya berdasarkan hasil penemuan Jawatankuasa Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Antara penyelewengan yang dikenal pasti ialah mengamalkan skim piramid, mengandungi unsur penindasan, manipulasi dan eksploitasi dalam pelan pemasaran.

Selain itu, pelan pemberian insentif yang mengelirukan, mengandungi unsur-unsur paksaan, pembaziran, menjanjikan keuntungan tetap tanpa usaha, mengandungi unsur syubahah atau perkara yang tidak jelas dalam sistem yang diamalkan.

Seorang daripada ahli panel jawatankuasa tersebut yang juga merupakan Pensyarah Kuliyyah Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, kebanyakan daripada operasi syarikat MLM yang terdapat di negara ini berada dalam keadaan yang meragukan.

"Kita mendapati daripada banyak sudut seperti kontrak, pelan, pemberian bonus, komisen, cara pemasaran dan melanggar adab-adab serta etika perniagaan.

"Walaupun masalah ini tidak dilakukan oleh semua syarikat MLM tetapi syarikat terbabit seharusnya bertanggungjawab untuk memastikan mereka melakukan perniagaan dengan beretika," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Justeru, katanya, pada Jun baru-baru ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 telah bersetuju untuk memperakukan garis panduan baharu tersebut.

KOSMO/-

Bersih: Suhakam mula siasatan awam 12 Oktober

Posted: 04 Oct 2011 01:42 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan memanggil 36 orang saksi bagi melaksanakan siasatan awam bermula 12 Oktober ini, berhubung aduan yang diterima mengenai tindakan kekasaran polis dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Mereka yang akan dipanggil itu merupakan saksi-saksi yang telah dikenal pasti oleh pihak Suhakam, setelah mereka membuat aduan lengkap secara bertulis kepada Suhakam berhubung kejadian itu.

Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee menjelaskan, sisatan tersebut akan mengambil masa beberapa hari bagi membolehkan Suhakam membuat keputusan mengenainya.

Menurut beliau, sebelum siasatan awam itu bermula, pihaknya kini sedang melaksanakan beberapa langkah awal termasuk mengadakan temubual dengan beberapa orang saksi yang telah dikenalpasti berhubung kejadian itu.

Katanya, saksi-saksi terbabit meliputi seluruh rakyat Malaysia di seluruh negara termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur dan di luar Kuala Lumpur.

"Selain itu, pihak kami juga akan turut mendapatkan kerjasama daripada pihak polis. Kini kami sedang dalam proses menunggu maklumat berkaitan dengannya daripada pihak polis," katanya pada sidang media di pejabat Suhakam, di sini, hari ini.

Sebelum ini, menurut beliau, pihaknya telah mengeluarkan dua kenyataan berhubung aduan yang diterima daripada orang ramai mengenai tindakan kekasaran polis pada perhimpunan tersebut.

Katanya, salah satu dari kenyataan itu menegaskan langkah Suhakam untuk mengambil tindakan pro aktif ekoran aduan-aduan itu, manakala satu lagi menjelaskan tentang langkah Suhakam untuk mengadakan siasatan awam.

"Dalam proses mengadakan siasatan awam itu, pihak Suhakam telah pun menerima beberapa bukti aduan yang dikemukakan oleh saksi-saksi terbabit termasuk yang terdapat di dalam video dan gambar," katanya.

Hasil dari kesemua proses yang dilaksanakan itu, jelasnya, Suhakam telah mengambil keputusan untuk mengadakan siasatan awam berhubung perkara itu dan beliau berharap kesemua pihak terbabit akan memberikan kerjasama yang baik kepada pihaknya.

Beliau juga menjelaskan, walaupun jumlah mangsa kekasaran polis pada perhimpunan itu didakwa jauh lebih besar daripada itu, tetapi pihaknya hanya boleh memanggil 36 saksi terbabit kerana aduan-aduan lain tidak dikemukakan dalam laporan bertulis.

"Jadi 36 saksi yang akan dipanggil itu adalah yang telah dikenal pasti oleh Suhakam. Mereka juga telah membuat laporan bertulis berhubung perkara itu yang membolehkan Suhakam mengambil tindakan lebih lanjut mengenainya," ujar beliau.

Turut hadir pada sidang media itu termasuklah Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasny Agam serta empat Pesuruhjaya Suhakam yang terdiri daripada Muhammad Sa'ani Abdullah, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid, James Nayagam dan Jannie Lasimbang.

HARAKAHDAILY/-

Anwar: Bajet alternatif bantu rakyat tersepit

Posted: 04 Oct 2011 01:30 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bajet alternatif Pakatan Rakyat yang dibentangkannya hari ini bertujuan membantu rakyat "mengharungi suasana ekonomi yang semakin menghimpit."

Katanya, bajet berkenaan juga akan menumpukan usaha untuk mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini.

Anwar (bawah) berkata, Pakatan memperuntukkan RM220 bilion kepada sasaran berkenaan yang melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM4 bilion dari kadar yang dibelanjakan BN.

"(Namun) kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat, berbanding apa yang dibelanjakan BN selama ini," katanya.

Antara lain, bajet berkenaan turut menyasarkan untuk mengurangkan kuasa perdana menteri, kata Anwar lagi ketika mendedahkan bajet berkenaan hari ini.

"Pakatan dengan itu bercadang untuk memotong belanjawan perdana menteri sebanyak RM10 bilion," katanya.

Selain itu, Pakatan juga akan memperkenalkan dasar untuk menghentikan kecenderungan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam membuat keputusan kerajaan.

RM4.4 bilion baiki sistem pendidikan

Tindakan berkenaan bertujuan mengembalikan peruntukan berkenaan kepada kementerian berkaitan dan mengurangkan kecenderungan perbelanjaan berlebihan oleh perdana menteri, katanya lagi.

Selain itu, bajet berkenaan menggariskan bantuan "untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat", antaranya dengan:

Mengekalkan subsidi RM22 bilion dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga bahan api.

Menghapus subsidi korporat seperti kepada pemilik penjana tenaga bebas, monopoli beras oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) serta monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan.

Bayaran bonus kepada warga emas dijangka menelan balanja RM1.7 bilion setahun.
Bayaran kepada suri rumah sebanyak RM1,000, membabitkan peruntukan RM2 bilion.
Bayaran tambahan kepada keluarga kategori miskin tegar supaya dapat memastikan pendapatan sekurang-kurangnya sebanyak RM550 sebulan.

Menyelaras bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM550 sebulan.

Selain itu, bajet berkenaan juga menggariskan RM4.4 bilion untuk memperbaiki sistem pendidikan, termasuk elaun khas guru (RM500 sebulan) dan juga gaji minimum untuk kakitangan awam sebanyak RM1,100.

Beliau mendedahkan sebahagian daripada intipati bajet bertemakan "Kesejahteraan Untuk Semua" itu kepada petugas media dan ahli parlimen pembangkang di bangunan parlimen hari ini.

MALAYSIAKINI/-

RM9 juta sewa pesawat khas bawa Najib bercuti

Posted: 04 Oct 2011 12:45 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

HARAKAHDAILY/-

Kesesakan di Seksyen 7 bakal berakhir: MB

Posted: 04 Oct 2011 12:30 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Masalah kesesakan lalulintas di sekitar kawasan Seksyen 7 di sini bakal berakhir apabila projek pembinaan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Lebuhraya Persekutuan dengan kawasan pembangunan di seksyen itu dijangka siap sepenuhnya menjelang 2013, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata projek sepanjang dua kilometer bernilai kira-kira RM58 juta yang dilaksanakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu akan memberikan impak positif kepada pertumbuhan serta sosio ekonomi penduduk setempat di kawasan Seksyen 7.

"PKNS kini dalam proses memanggil kontraktor-kontraktor yang berpengalaman dan berkeupayaan untuk tujuan mengambil bahagian dalam tender prakelayakan kontraktor.

"Tindakan ini adalah bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pembinaan persimpangan ini dari awal sehingga siap sepenuhnya," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah persimpangan itu di i-City, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata PKNS selaku pengurus projek akan menyumbang

keseluruhan kos pembinaan bersama sembilan syarikat swasta dan pemaju seperti
i-City Properties Sdn Bhd (i-City) dan IJM Properties. - Bernama

Projek astronomi terbesar di dunia

Posted: 04 Oct 2011 12:15 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEBUAH kenderaan pada Jumaat lalu membawa antena yang akan ditempatkan di gurun Atacama, Chile.

SANTIAGO, Chile - Projek astronomi yang terbesar di dunia kini sedang berjalan di gurun Atacama di Chile yang terletak 1,500 kilometer dari sini.

Apabila ia siap dibina, ia mengandungi 66 antena ketepatan tinggi yang akan berfungsi sebagai sebuah teleskop.

Projek itu melibatkan kerjasama dari Eropah, Amerika Utara dan Asia Timur selain Chile.

Ia akan digunakan sepenuhnya pada 2013.

Apabila siap sepenuhnya, ia akan mampu menemui galaksi yang sebelum ini tidak dapat dilihat bagi tempoh setiap tiga minit. - Agensi

Masjid di utara Israel dibakar

Posted: 04 Oct 2011 12:00 AM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG penduduk membersihkan bahagian dalam masjid yang terbakar semalam.
Polis dakwa perbuatan dilakukan waktu malam bermotif balas dendam

BAITULMAQDIS: Sebuah masjid di utara Israel dibakar pada waktu malam dengan slogan bermotif dendam tertulis di luar dindingnya manakala polis sebagai 'satu insiden yang amat malang sekali.'

Jurucakap polis, Mickey Rosenfeld memberitahu AFP bahawa sebilangan suspek memasuki masjid di kampung Badwi di Tuba Zangaria dan membakar masjid berkenaan menyebabkan kemusnahan teruk pada permaidani dan dinding.

"Di luar masjid itu tertulis kata-kata 'harga yang perlu dibayar' dan 'balas dendam' dalam bahasa Hebrew," kata Rosenfeld.

Mereka turut menulis perkataan 'Palmer' yang merujuk kepada Asher Palmer, seorang penduduk Israel yang mati bersama anak lelakinya di selatan Tebing Barat pada 23 September lalu selepas kereta mereka dibaling dengan batu oleh penduduk Palestin menyebabkan kemalangan.

Penduduk Yahudi yang mengamalkan apa yang mereka panggil sebagai dasar 'balas dendam' di mana mereka menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka sebagai reaksi balas kepada beberapa tindakan kerajaan Israel ke atas pendatang Yahudi.

Hampir semua serangan berlaku di kawasan yang diduduki di Tebing Barat tetapi tahun lalu satu insiden hampir sama berlaku di perkampungan Arab Israel di Iblin, juga di utara wilayah Galilee.
Polis Daerah utara, Komander Roni Attia menubuhkan satu pasukan penyiasat untuk menyiasat insiden dan polis menggariskan keselamatan di kawasan itu untuk menghalang insiden rambang, kata Rosenfeld.

"Ini adalah satu insiden paling teruk," kata polis yang memetik Attia.

Beliau menggesa penduduk di kawasan berkenaan menjaga ketenteraman awam dan membenarkan polis menyiasat insiden tanpa campur tangan. – AFP

Nostalgia Jubli Intan PAS di Dewan Milenium

Posted: 03 Oct 2011 11:40 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SAMBUTAN Jubli Intan – genap 60 tahun – PAS di Dewan Milenium Kepala Batas berjalan dalam suasana yang amat sederhana satu hari dua malam dari malam 30 September hingga 01 Oktober 2011.

Ia diisi dengan pameran peristewa dan gambar bersejarah PAS selama 60 tahun dan pembicaraan sejarah pasang surut parti itu dalam usaha membangkitkan kesedaran dan menyelamatkan umah.

Memang ia tidak dirancang secara gah bagi menunjukkan kekuatan parti, tetapi ia tetap komited memperaga sumbangan bersama sekutunya dalam Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya.

Ia diadakan di Kepala Batas bagi menyerlahkan nostalgia pembentukannya 60 tahun dulu di sekitar Butterworth yang sebelum dijajah dulu dipanggil Bagan Tuan Kecil.

Sambutan itu tidak dibuat di tapak ia ditubuhkan, tetapi diadakan di pekan Kepala Batas yang padat dengan nostalgianya di samping ada kemudahan dan keselesaan yang diperlukan.

Di sekitar pekan yang ada Dewan Milenium itulah letaknya pejabat agung yang awal bagi parti itu, di sekolah agama rakyat milik Haji Ahmad Badawi, malah kaum kerabat Haji Ahmad Badawilah antara penyumbang tenaga besar menggerakkan parti itu pada peringkat awal.

Ayahnya Mufti Pulau Pinang. Haji Abdullah Fahim ada tokoh ulama terserlah dan berpengaruh menjadi daya tarikan umat untuk menyokong PAS. Hingga Ibrahim, adik mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, mengikut seorang ustaz, merasa begitu bangga dengan sijil keahlian PAS datuknya yang bertulis tangan.

Dia dikatakan tidak akan membuang sijil yang berperem itu, kerana ia adalah kenangan dan pesaka manis Tokwannya. Ayah bonda dan keluarga terdekat mantan Perdana Menteri itu adalah ahli PAS dua angka belaka.

Sekali pun ayah bonda tadi meninggalkan PAS tetapi kebanyakan penyokong kekal bangun rebah bersama parti Islam itu.

Nostalgia sejarah awal itu PAS memilih Kepala Batas bagi sambutan nasional jubli intannya.

Ia tidak untuk menunjukkan gah. Seberang Perai tidak dibalut dengan bendera PAS. Pekan Kepala Batas pun tidak dipenuhi bendera. Bagi orang yang tidak tahu PAS berhimpun di situ, orang yang ke Kepala Batas mungkin tidak tahu akan perayaan PAS diadakan di situ kerana benderanya tidak berapa nampak di pekan itu.

Tiadalah musuh politik yang sakit hati dan sakit mata dengan lambang hijau Bulan Penuh Purnama itu. Hanya kawasan persekitaranya Dewan Milenium yang jadi tapak sambutan itu barulah dilihat kibaran benderanya mengalukan pengunjung dari dalam dan luar Pulau Pinang.

Dewan Milenium terseregam di pekan yang bersaiz sederhana itu. Tidak pernah sesiapa terfikir sepuluh tahun dulu dewan itu boleh jadi PAS berkampung merayakan Jubli Intannya.

Bukan duit ringgit PAS mendirikannya. Jangankan untuk menggunakannya, untuk mendekatinya pun tak tergamak. Ia seumumnya digunakan bagi acara yang ada kaitan dengan Perdana Menteri, penyokong partinya dan kerajaannya.

Dan kerana Tun Abdullah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri menyebabkan didirikan dewan itu di pekan itu. Belum ia ada kalau tiada orang di situ menjadi TPM dan kemudiannya PM. Itulah tuah Kepala Batas kerana ada orangnya jadi Perdana Menteri.

Seolah-olah Perdana Menteri dulu itu mendirikan Dewan Milenium itu sebagai persediaan PAS untuk mengadakan Jubli Intannya di situ.

Bertuah PAS dapat memanfaatkan dewan yang disiapakan oleh pemimpin Umno BN itu. Siapa fikir PAS menikmati kemudahan itu? Bersyukurlah kerana tidak perlu susah payah, telah tersedia kemudahan bagi kegiatan besarnya.

Sekarang ia menunggu masuk ke Putrajaya pula. Dr. Mahathir bersusah payah menyediakan pembangunan Putrajaya di kebun kelapa sawit dulunya bagi menjadi pusat baru pentadbiran negara menggantikan Kuala Lumpur.

Jika berjaya Pakatan Rakyat mengambil Putrajaya nanti, maka tidak perlu susah payah lagi baginya mengadakan tapak pentadbiran baru kerana ia sudah disiapkan oleh Dr. Mahathir.

PAS dengan sekutu Pakatan Rakyatnya masuk saja ke Putrajaya seperti ia masuk ke Dewan Milenium yang sudah disediakan. Tidak mustahil ia disiapkan oleh Dr. Mahathir untuk dimasuki Pakatan Rakyat. Itulah indahnya demokrasi.

harakahdaily/-

Belanjawan Pakatan peruntuk RM220 bilion

Posted: 03 Oct 2011 11:38 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion bagi belanjawan 2012 berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

Dengan mengangkat tema "Kesejahteraan Untuk Semua", belanjawan Pakatan Rakyat memberi fokus yang lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Belanjawan itu dibentangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bilik taklimat parlimen hari ini.

Ianya dibentang seminggu lebih awal berbanding bajet kerajaan pusat yang akan dibentang perdana menteri Jumaat ini.

Tujuh prinsip asas yang menjadi teras kepada Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat adalah seperti berikut:

- Membantu rakyat dalam masa terdekat mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit.

- Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khususnya untuk mengurangkan defisit.

- Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar samapai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan.

- Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian memartabatkan rakyat.

- Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang manjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

Pembelaan rakyat terbanyak

Belanjawan Pakatan Rakyat juga akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut bagi mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada gologan rakyat kebanyakan:

a) Mengekalkan subsidi minyak RM22 bilion bagi mengelakkan kenaikan harga.

b) Menghapuskan subsidi korporat yang hanya menguntungkan kroni seperti pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi.

c) Bayaran bonus kepada warga emas sebanyak RM1,000 setahun yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

d) Bayaran suri rumah sebanyak RM1000 dalam tahun 2012 dan menggalak mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

e) Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah RM550.

f) Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat diselaraskan krpada RM550 sebulan berbanding RM300 sebulan pada masa sekarang.

Mengembalikan martabat rakyat

a) Menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan akan dikuatkuasakan.

b) Melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap guru seperti janji Buku Jingga.

c) Menyelaraskan gaji kakitangan awam berdasarkan penetapan gaji minima.

d) Akan menghentikan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan.

e) Memperuntukkan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik termasuk menaiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal.

f) Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam dengan perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan negeri.

g) Pelaksanaan skim "Bina dan Jual" secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang terainaya akibat projek perumahan terbengkalai.

h) Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung yang digunapakai bermula pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu.

harakahdaily/-

Masjid musnah terbakar, kerugian dianggarkan RM200,000

Posted: 03 Oct 2011 11:30 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

IPOH - Sebuah masjid musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM200,000 di Padang Changkat, Perak Tengah, 55 kilometer dari sini malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Tengah, Mohd Sharip Kasim berkata dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, tiada jemaah berada di dalam masjid berkenaan kerana mereka sudah balik ke rumah masing-masing selepas selesai menunaikan solat Isya.

Kebakaran disedari oleh penduduk kampung berkenaan apabila ternampak asap dan api dari atas bumbung masjid lalu menghubungi bomba, katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Sharip berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas. Seramai tujuh anggota bomba serta sebuah jentera berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian. Masjid yang dibina pada 1989 boleh memuatkan lebih 200 orang jemaah ketika bersembahyang.- Bernama

Pesara mohon dibayar COLA bagi ringankan beban

Posted: 03 Oct 2011 11:15 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Persatuan Pesara-Pesara Malaysia meminta kerajaan menimbang pemberian elaun kos sara hidup (COLA) kepada semua pesara awam membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga barang.

Presiden persatuan itu Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ini adalah antara beberapa perkara yang sedang diperjuang oleh persatuan untuk manfaat pesara.

"Perbincangan masih diteruskan dengan perkembangan positif," katanya pada majlis perasmian persidangan perwakilan persatuan itu oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Langkawi malam tadi.

Seramai 430 anggota perwakilan dan pemerhati hadir pada persidangan itu.

- Bernama

Keluarga Teoh gagal dapat semakan kehakiman

Posted: 03 Oct 2011 09:30 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) telah menolak permohonan semakan kehakiman berhubung penemuan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock.

Hakim Datuk Rohana Yusof dalam keputusannya berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu berhubung permohonan semakan kehakiman VK Lingam.

Keputusan itu dibuat di kamarnya pagi ini.

Permohonan itu difailkan oleh abang Beng Hock, Meng Kee bagi pihak keluarga Teoh.

Peguam Gobind Singh Deo mewakili keluarga berkenaan, manakala pendakwaraya kanan persekutuan Shamsul Bol Hassan mewakili suruhanjaya itu yang dinamakan sebagai responden.

Gobind berkata, keluarga itu mempunyai pilihan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan dan bahawa beliau akan mendapatkan arahan mengenai perkara tersebut.

Pemohon yang memohon semakan kehakiman mula-mula dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran mahkamah.

malaysiakini/-

Guru didakwa dipaksa hadiri seminar 'belasah' Pakatan

Posted: 03 Oct 2011 09:20 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Sekumpulan guru telah dipaksa menghadiri seminar wajip Kementerian Pelajaran yang dijadikan medan 'membelasah' pembangkang, dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia itu diadakan pada 28 September lalu untuk guru-guru di wilayah pantai timur. Ucapan dasar disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi.

"Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi seminar Umno untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesa agar para guru memberi sokongan kepada Umno pada pilihan raya umum yang akan datang," kata Nasrudin dalam satu kenyataan media hari ini.

"Semua guru diminta mengenal pasti guru-guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong Umno. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi Umno menghadapi pilihanraya umum."

Nasrudin juga mendakwa bahawa guru-guru dan pengetua khususnya diminta berkempen untuk Umno dan dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan mereka berjalan lancar.

Nasrudin juga menghasilkan bukti-bukti fotografi bagi menyokong dakwaannya.

"(Penganjur) seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping buku dan vcd turut disertakan dalam fail bercetak (dari) Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

"Dewan Pemuda PAS melihat tindakan ini bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan (kerana) kementerian tersebut bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan Umno yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik," katanya.

Sehubungan itu, menurut Nasrudin, memberi amaran kepada Umno untuk berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kempen politik pada seminar seterusnya yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, pada Khamis ini.

Menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "tidak profesional", beliau mahu penyalahgunaan kuasa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat dihentikan segera dan katanya, kerajaan juga perlu memohon maaf kepada rakyat dan pendidik.

Meskipun pilihan raya umum ke-13 boleh dilanjutkan 2013 tetapi parti-parti politik telah aktif berkempen berikutan spekulasi bertiup kencang bahawa ia mungkin diadakan sewal hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat saling tuduh menuduh satu sata lain menyalahgunakan jentera kerajaan persekutuan dan negeri bagi kepentingan politik masing-masing.

malysiakini/-

Saksi misteri - rakan sekolej dakwa Saiful benci Anwar

Posted: 03 Oct 2011 09:15 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seperti dijadualkan, saksi misteri yang menjadi tanda tanya pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil.

Mohd Najwan Ali dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.

Najwan merupakan bekas rakan sekolej pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kini menjadi pembantu Anwar untuk tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu, beliau mengenali Saiful sejak 2003 apabila tinggal berdekatan bilik pengadu semasa menuntut di Universiti Tenaga Nasional.

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Katanya, program itu dilancarkan oleh bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik.

Najwan berkata beliau melihat Saiful di ceramah politik dan pengadu berkempen untuk BN pada 2008. Saksi bagaimanapun menafikan Saiful mengidola Anwar seperti dalam pengakuannya.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

Najwan bersetuju dengan cadangan Yusof bahawa tidak pelik untuk menunjukkan gambar dengan menteri tetapi tidak bersetuju bahawa apa yang dikatakannya tentang Saiful sebagai spekulasi.

Mahkamah kemudian ditangguhkan sehingga Khamis ini.

malaysiakinni/-

RM2 juta halang himpunan Bersih 2.0

Posted: 03 Oct 2011 08:48 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan telah membelanjakan lebih RM2 juta bagi menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussin dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh).

Menurut beliau, untuk tujuan itu juga sejumlah 11,046 pegawai dan anggota polis terlibat mengawal keselamatan di Lembah Klang termasuk 2,600 yang dikerah untuk siap sedia di kontinjen-kontinjen seluruh negara untuk dipanggil jika keadaan memerlukan.

"Pihak PDRM terpaksa membuat persiapan rapi yang memerlukan perbelanjaan bagi perolehan kelengkapan tambahan, makan minum, penginapan dan keperluan logistik lain.

"Kos keseluruhan yang dibelanja oleh PDRM bagi menangani perhimpunan tersebut adalah sebanyak RM2,018,850.06," katanya.

Teresa dalam soalannya meminta Hishamuddin menyatakan bilangan anggota polis yang dikerah untuk bertugas di Lembah Klang pada 6 hingga 9 Julai 2011.

Beliau juga menanyakkan jumlah elaun yang dibayar kepada mereka untuk bertugas dan perbelanjaan sepanjang operasi menghentikan perhimpunan aman Bersih 2.0.

Pada 9 Julai lalu, Bersih atau Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, yang turut disokong parti politik pembangkang dan lebih 60 NGO telah berjaya menghimpunkan hampir 100,000 rakyat berkumpul di ibu negara biarpun berdepan halangan pihak berkuasa sejak awal pengumuman mereka.

Selain mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram, mereka yang memakai baju kuning berlogo bersih juga ditangkap.

Selain itu polis juga turut menghalang sebarang bentuk program termasuk ceramah yang melibatkan himpunan tersebut.

Selain halangan tersebut, kerajaan juga turut menggunakan seluruh media milik mereka menggambarkan Bersih 2.0 sebagai ganas dan merbahaya.

Ianya juga menyaksikan semua jalan utama menuju ke ibu negara Kuala Lumpur dikunci setiap penjuru pada tarikh 9 Julai itu.

harakahdaily/-

Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Posted: 03 Oct 2011 08:45 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

Dakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.

malaysiakini/-

Kapal kargo terbelah dua

Posted: 03 Oct 2011 08:42 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEBUAH kapal kargo yang didaftarkan di Panama terbelah dua di luar pelabuhan Keelung, Taiwan semalam. - Reuters

TAIPEI, Taiwan - Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, empat orang anak kapal maut dan enam lagi dilaporkan hilang selepas sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama terkandas di perairan utara Taiwan.

Menurut kementerian itu, kapal yang membawa 21 anak kapal tersebut terbelah dua selepas berlanggar dengan batu-batu di luar pelabuhan Keelung pada awal pagi semalam.

Bagaimanapun, kewarganegaraan mereka tidak dapat diketahui.

Seramai 11 anak kapal telah diselamatkan termasuk empat orang berenang untuk menyelamatkan diri.

Taiwan dilanda taufanNalgae sepanjang minggulalu. - Agensi

Kos tambahan Istana Negara kayakan kroni Umno- Azan

Posted: 03 Oct 2011 08:40 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan lebihan kos pembinaan Istana Negara yang meningkat sekali ganda kepada RM800 juta berbanding kos asalnya sekitar RM400 juta.

Azan berkata, selepas sesuatu belanjawan dilulus di dewan rakyat, kebiasaannya terdapat kos tambahan yang digunakan untuk menguntungkan syarikat pemaju yang ada kaitan dengan Umno.

"Belanjawan tambahan inilah yang kita persoalkan kerana lazimnya kos asal projek akan melonjak dan tiada jawapan memuaskan dari kerajaan persekutuan," katanya mengulas sebaran gambar istana berkenaan di blog dan laman sosial Facebook.
Menurutnya lagi beliau mengesyaki kos tambahan berkenaan digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Umno.

"Akhirnya, wang rakyat itu juga akan disalur untuk membiayai kempen Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya dihubungi Keadilandaily.com.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kos asal pembinaan Istana Negara yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan bernilai RM 394,803,200.00

Namun, harga yang ditawar Jabatan Kerja Raya (JKR) secara rundingan terus pula berjumlah RM 649,995,507.51

Projek itu yang sepatutnya siap pada 29 November 2010 dipinda sehingga Februari 2011 dengan kosnya melonjak lagi kepada RM811.2 juta.
Syarikat berkenaan dikatakan dikuasai Datuk Man bin Mat yang juga Bekas Bendahari Umno Merbok, Kedah.

Rekod menunjukan semasa kontrak ditawar kepada syarikat ini, ia ditakrif sebagai 'DORMANT' oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna, syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai 'track record' dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Ia hanya didaftar sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 selepas mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007.

Syarikat ini juga tidak mempunyai lesen 'PKK' yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR dan tidak berdaftar dengan 'CIDB' yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan.

Akhbar The Star bertarikh 27 Jun 2010 melaporkan ramai buruh asing digunakan untuk pembinaan Istana Negara Baru tersebut, tetapi tidak dibayar upah.

keadilandaily/-

Guru di"brainwash" supaya bekerja untuk UMNO

Posted: 03 Oct 2011 08:30 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

1. UMNO sangat terdesak bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lalu menghalalkan "politik kotor" dan "penyalahgunaan kuasa". Terbaru mereka telah mem"basuh pemikiran" warga pendidik khasnya para Pengetua sekolah agar berkempen dan bekerja bagi pihak UMNO demi memastikan semua warga pendidik menyokong atau mengundi UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Malah mereka dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan tersebut berjalan lancar.

2. Kebanyakan guru melahirkan rasa kecewa dengan perkembangan ini, terutama apabila mereka ditipu hidup - hidup oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah mewajibkan mereka menyertai sebuah program yang dinamakan sebagai [ Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon Timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia ] yang dianjurkan pada 28 September 2011 di Dewan Ballroom Hotel Vistana Kuantan Pahang Darul Makmur.

3. Tentatif program yang diedarkan kepada peserta [warga pendidik] menampilkan 2 penceramah yang terdiri daripada :

Ybhg Prof. Dato' Dr. Sidek bin Baba selaku Profesor pendidikan Universiti Islam Antarabngsa Malaysia [UIAM] dengan tajuk : Memahami Transformasi Pendidikan Malaysia. sementara penceramah kedua ialah

Yb. Dr. Hj. Mohd Fuad bin Hj. Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia 11 sebagai Ucapan Naqib Utama .

4. Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi Seminar UMNO untuk membelasah PAS, PKR dan DAP disamping menggesakan agar para guru memberi sokongan kepada UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang dan semua guru diminta mengenal pasti guru - guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong UMNO. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi UMNO menghadapi Pilihanraya Umum.

5. Seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat disamping buku dan vcd turut disertakan dalam file bercetak Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan kementerian tersebut apabila bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan UMNO yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik.

7. Lebih dikesali apabila seminar ini kononnya untuk memantapkan warga pendidik, pula menggunakan peruntukan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah digunakan sepenuhnya sebagai percubaan nekad memperbaiki reputasi UMNO di mata warga pendidik. Dewan Pemuda PAS Malaysia menganggap ini sebagai satu penyalahgunaan kuasa bahkan ia sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat.

8. Lebih hina apabila kedua - dua penceramah yang terdiri dari Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sendiri hanya menumpukan kepada usaha memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

PAS dan Pakatan Rakyat. Apakah UMNO telah kehabisan ruang media mereka untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat ? Apakah UMNO kini sangat terancam apabila menyedari rata - rata warga cerdik seperti para pendidik tidak lagi menyokong mereka ? atau UMNO telah hilang kewarasan dan tahap profesional mereka sehingga secara langsung mengheret dan memerangkap warga pendidik dengan seminar pemantapan warga pendidik, sebalik digunakan sebagai Bengkel Pemerkasaan UMNO ?

9. Tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya sedang menjerut leher sendiri apabila mereka nekad membohongi para pendidik tanahair, pula ditabur dengan pelbagai janji manis disulam fitnah yang dihambur kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

10. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak Kementerian Pelajaran Malaysia segera menghentikan tindakan tidak bijak tersebut yang hanya dilihat menjatuhkan reputasi UMNO itu sendiri.

Malah Kementerian Pelajaran Malaysia juga dikehendaki segera memohon maaf kepada semua rakyat dan warga pendidik kerana menyalahgunakan wang rakyat dan mengkhianati profesionalisme. [ kami mendapat maklumat bahawa siri berikut seminar ini akan diadakan di Dewan Jubli Perak Kuantan pahang pada 6 Oktober 2011 akan datang.

kerabu bersuara/-

Peneroka juga bantah Isa rampas KPF

Posted: 03 Oct 2011 08:30 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Langkah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad mencalunkan dirinya sendiri sebagai Pengerusi Permodalan Felda Berhad (KPF) bukan sahaja mendapat bantahan dari kakitangan Felda bahkan juga para peneroka.

Kini berita usaha 'rampasan kuasa' itu tersebar luas dan menjadi buah mulut para peneroka Felda.

Rata-rata mereka menunggu apa sikap rasmi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan kerana turut serta dalam mesyuarat 'rampasan kuasa' itu adalah pengerusinya, Shamsuddin Othman.

Menjelang hari raya Aidil Fitri lepas, Tan Sri Isa Samad telah memanggil satu mesyuarat Lembaga Pengarah KPF dan melantik dirinya sebagai Pengerusi KPF yang baru.

Cadangan itu berdasarkan satu surat sokongan dari Perdana Menteri yang mencadangkan beliau menjadi Pengerusi KPF.

Cadangan itu mendapat sokongan dari Felda Holding, Datuk Sabri Ahmad.

Yang tragisnya bagi warga Felda, pengambilalihan ini dibuat ketika pemegang jawatan itu, Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abd Wahad tidak ada.

Ketika itu, Dzulkifli sedang menunaikan umrah di Makkah dan hanya pulang ke tanahair pada hari keempat Aidilfitri.

Bagi warga Felda, Datuk Dzulkifli adalah pemimpin terbaik Felda yang mereka temui.

Atas dasar itulah, mereka berpandangan, ini adalah satu rampasan kuasa.

Menurut sumber, beberapa ahli mesyuarat itu membantah cadangan itu kerana Isa bukan ahli koperasi dan tidak boleh menjadi ahlinya.

"Hanya peneroka dan kakitangan Felda sahaja boleh menjadi ahli KPF. Isa hanya dilantik untuk jangka waktu tertentu sahaja dan bukan kakitangan.

"Jadi dia tidak layak jadi ahli. Bagaimana dia hendak jadi pengerusi kalau jadi ahli pun tidak layak.

"Jadi perlantikan ini bertentangan dengan undang-undang kecil koperasi, bagaimana ia hendak disokong," kata seorang kakitangan Felda yang menghubungi Harakahdaily.

KPF adalah sumber kewangan utama bagi kakitangan dan peneroka Felda selain gaji dan pendapatan mereka sebagai peneroka.

Tahun lalu, KPF memberikan dividen sebanyak 15 peratus kepada ahlinya dan dipilih antara 10 koperasi cemerlang di negara ini apabila menerima Anugerah Koperasi Cemerlang (Kluster Besar) 2011.

"Isa ini mempunyai rekod tidak baik sebelum ini. Itu yang kita bimbang tu. Ramai yang menunggu apa yang dia nak cadangkan kepada KPF yang dikatakan nak tranformasikan KPF itu," kata sumber itu.

Menurut sumber itu, Isa dikatakan diminta oleh Perdana Menteri untuk mentranformasikan KPF kepada peringkat yang lebih tinggi lagi.

"Kita setuju tranformasi tu, takkan nak tahap ni je kan. Tetapi kenapa Isa. Satu lagi apa salahnya dengan Datuk Dzul (Dzulkifli Wahad, Pengerusi KPF sekarang).

"Sepanjang pimpinannya, KPF tidak pernah rugi bahkan berjaya memberikan dividen hingga 15 peratus tahun lalu.

"Lagipun KPF ini milik peneroka, bukan orang politik, kenapa kacau," kata sumber itu lagi.

Bagi beliau, apa yang dibimbangi adalah, ini adalah satu rampasan kuasa dari orang politik untuk menguasai kewangan KPF untuk kepentingan mereka.

"Jangan terkejut kalau selepas ini Isa juga akan ambil alih sebagai pengurus Felda United, pasukan bola yang ditubuhkan Felda," kata beliau lagi.

harakahdaily/-

Wanita pertama dunia guna rahim penderma organ

Posted: 03 Oct 2011 08:28 PM PDT

6 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MUSTAFA SERT berdiri di sebelah isterinya, Derya Sert di Hospital Universiti Akdeniz, Antalya, Turki pada 8 Ogos lalu. - AFP

ANTALYA, Turki - Seorang isteri di sini, Derya Sert merupakan wanita pertama di dunia yang menerima rahim daripada seorang penderma yang telah meninggal dunia sekali gus mencerahkan harapan berjuta-juta wanita yang sukar hamil untuk mengandungkan anak sendiri.

Sepasukan doktor Hospital Universiti Akdeniz di wilayah Antalya, utara Turki, berjaya melakukan pembedahan pemindahan rahim ke atas Derya pada 9 Ogos lalu.

Wanita itu tidak dapat hamil kerana dilahirkan tanpa uterus seperti yang berlaku pada setiap 5,000 wanita di seluruh dunia.

"Gembira dan teruja, perasaan saya bercampur baur,' kata Derya yang berusia 21 tahun.

Suri rumah berkenaan yang berkahwin dengan seorang mekanik kereta sudah terlantar di hospital selama enam bulan.

"Rahim ini telah menjadi organ saya sendiri, kami sudah lama menantikan saat ini,' kata suri rumah tersebut.

Pembedahan ke atas Derya merupakan pembedahan pemindahan rahim kedua di dunia dengan prosedur itu pertama kali dilakukan di Arab Saudi pada 2000.

Pembedahan pertama melibatkan rahim daripada seorang penderma yang masih hidup itu menemui kegagalan kerana pembentukan darah beku yang banyak sekali gus memaksa doktor-doktor membuang organ berkenaan.

Pasukan doktor di Turki bagaimanapun yakin masalah itu dapat diatasi dengan menggunakan rahim orang mati kerana lebih banyak tisu dan salur darah di sekitar rahim penderma untuk boleh dimasukkan ke dalam tubuh si penerima.

"Pembedahan ini berjaya tetapi kejayaan sebenar adalah apabila Derya melahirkan bayinya," kata seorang pakar bedah di Hospital Universiti Akdeniz, Omer Ozkan.

Menurutnya, tempoh enam bulan diperlukan sebelum Derya dihantar kepada pakar-pakar sakit puan yang akan memasukkan janin daripada benih suaminya yang dihasilkan sebelum pembedahan tersebut berlangsung.

"Pada pendapat saya paling awal dia boleh mengandung adalah selepas enam bulan menjalani pembedahan ini. Jika tidak, dia mungkin memerlukan masa sehingga tujuh atau lapan bulan," kata Omer. - AFP

Salam Perjuangan

Posted: 03 Oct 2011 11:02 PM PDT

Salam Perjuangan


PAS BIDAS RESOLUSI HUDUD MCA

Posted: 03 Oct 2011 03:24 PM PDT

6 Dzulka'edah 1432 H | 4 October 2011
Resolusi persidangan MCA berakhir dua hari lepas ternyata mendedahkan pelbagai kelemahan yang sangat ketara khususnya dari sudut maklumat dan pengetahuan asas tentang Islam dalam Umno-Barisan Nasional.

Menurut Bernama, MCA telah meluluskan satu resolusi menolak pelaksanaan hukum hudud, bukan sahaja atas sebab ia  bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, malah dituduh mereka hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu.


Kejahilan ini mencerminkan kepada rakyat betapa MCA yang menjadi komponen penting dalam BN selepas Umno, gagal menjaga perasaan umat Islam, sehingga meluluskan satu resolusi yang memalukan tentang Islam.


Tidak timbul soal Islam menyekat kebebasan agama lain, atau menyekat amalan dan penghayatan agama  lain.


Isu hudud ini bukan isu politik, ia adalah satu isu tuntutan agama untuk umat Islam, dan diharap tiada kengkangan dan campur tangan untuk mengutuk dan menghalang umat Islam dalam menghayati keperluan wajib agama mereka.


Sehubungan itu, di atas sifat saling hormat menghormati dan toleransi beragama, golongan bukan Islam boleh tidak menyokong hudud. Akan tetapi janganlah seperti MCA yang membuat tuduhan liar sedemikian rupa.


Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (1993) dan Terengganu (2003) yang telah diluluskan dalam kedua-dua Dewan Undangan Negeri harus diterima kerana ia telah melalui proses sistem demokrasi yang  diperakui oleh perlembagaan negara.


Kedua-dua enakmen ini hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja, manakala golongan bukan Islam dikecualikan dari perundangan syarak. 


PAS melihat suasana saling hormat-menghormati, memahami dan tidak mencampuri urusan agama lain perlu dikekalkan demi keharmonian negara. Rakyat Malaysia mesti memahami bahawa di sisi umat Islam melaksanakan perundangan Islam adalah sebahagian dari ajaran Islam yang mesti dilaksanakan, sebagaimana kewajipan sembahyang, puasa dan lain-lainnya.


Perundangan Islam bersifat kawalan dan pencegahan agar masyarakat selamat dari anasir yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat dan negara, di samping menjamin keselamatan nyawa, harta benda, maruah manusia, akal dan agama.


Ia juga merupakan tujuan utama syariah Allah diturunkan. Kerana itu, melaksanakan peraturan Islam adalah tuntutan maqasid syariah, bukan sebalik sebagaimana yang didakwa oleh sebahagian golongan yang kurang arif tentang Islam.


PAS juga menyeru dengan baik agar golongan yang tidak mengerti tentang perundangan Islam dan bukan ahlinya agar tidak membuat komentar  yang bertentangan dengan realiti perundangan Islam itu. Jangan kelirukan lagi benda yang suci yang diturunkan Allah ini. Lihatlah MCA, umat Islam boleh menilai sendiri kesan pemerintahan Umno terhadap nama baik Islam.


PAS mengharapkan pakar perundangan dan mereka yang berautoriti dari sudut syarak tampil memberikan pandangan mereka, seperti para mufti, alim ulamak dan lainnya agar membantu masyarakat memahami sistem perundangan Islam ini.


Kepada yang tidak menyokong perundangan Islam, anda boleh terus tidak menyokong. Namun ingin ditegaskan bahawa adalah amat tidak adil sekiranya anda juga menyeru umat Islam melupakan hasrat ini selama-lamanya.


Dalam konteks demokrasi negara, tugas melaksanakan syariat Allah kini bergantung pada keinginan – bak kata pepatah, 'nak seribu daya, tak nak seribu alasan'.


Antara PAS dan Umno, umat Islam kini boleh melihat dengan jelas siapa yang seribu daya, dan siapa yang mempunyai seribu alasan dalam melaksanakan dan menerangkan syariat Allah secara dakwah kepada semua lapisan masyarakat.


Tepuk dada, tanyalah iman...

MUSIM 'JANJI ITU INI' KINI TIBA

Posted: 03 Oct 2011 03:46 AM PDT

5 Dzulka'edah 1432 H | 3 October 2011

Bajet sempena musim pilihanraya datang kembali, dengan khabar bahawa sektor awam bakal menikmati kenaikan gaji sehingga 40 peratus.


Alangkah baiknya kalau pilihanraya boleh diadakan tiap-tiap tahun, sudah tentunya kesengsaraan mereka, yang terutamanya yang daripada sektor awam akibat tekanan hidup boleh dikurangkan dengan mendapat bonus dan kenaikan gaji tiap-tiap tahun.


Dan alangkah seronoknya juga jika seseorang itu ialah peneroka kerana pelbagai bonus bakal diterima apabila tibanya musim pilihanraya.


Jika dibandingkan dengan derita orang kampung yang terbiar tak dipeduli. terkenang alangkah peritnya mereka yang bekerja sendiri di kampung, yang hanya dapat mendengar kenaikan gaji orang lain, tapi dirinya dilupakan kerajaan dan terus menderita dengan kenaikan kos hidup.


Inilah senario negara yang tidak pernah dijajah oleh makhluk asing kecuali makhluk Umno yang terus menabur gula-gula "hanya dan jika hanya" tatkala musim pilihanraya, kecil mahupun umum bakal berkunjung.


Semenjak 8 Mac 2008, rakyat telah melalui banyak pilihanraya kecil sebelum ini. Sudah tentu pengalaman hebat mereka ditaburkan dengan pelbagai janji yang tidak pernah kunjung tiba masih segar di fikiran.


Sebahagian besar janji-janji tersebut masih belum ditunai lagi, bahkan sudahpun dilupakan. Sungguhpun begitu, kerajaan yang tidak segan-silu menipu ini akan menabur janji baru kerana sudah tiba musim pilihanraya.


Jika ditanya mana janji yang lama, rakyat bakal mendengar kerajaan akan berjanji 'janji yang lama' akan dilaksanakan bersama 'janji yang baru jika 'rakyat bantu BN sekali lagi' terlebih dahulu untuk menang dalam pilihanraya.

Menang dulu sudah tidak dikira walaupun janji belum ditunaikan, itulah jenis kerajaan yang rakyat undi untuk 54 tahun.


Dalam pembentangan bajet pilihanraya, perkara yang menyayatkan hati ialah ke'lalai'an rakyat dalam mendengar perisytiharan angka jutaan dan billion ringgit walaupun kebanyakannya hanya janji kosong sahaja.


Ke'lalai'an itu bagaikan keseronokan menonton filem Hindustan - pelakon lawa, rumah besar, kereta hebat, taman bunga cantik… namun segalanya hilang apabila filem tamat.


Sesudah bangun daripada ke'lalai'an khusyuk beberapa jam mendengar angka berjuta, berbillion yang kononnya akan sampai kepada mereka sebelum pilihanraya umum seterusnya… rakyat kembali ke ruang kini… di mana yang ada hanyalah realiti kehidupan rumah rakyat yang menunggu rebah, anak-anak yang kurus kekurangan zat makanan dan suasana bebanan hidup yang semakin berat.


Diharap rakyat dapat sedar dan keluar daripada 'cycle' yang kejam yang muncul setiap kali musim pilihanraya bertambah dekat.


Tahun ini, julung kalinya rakyat dapat melihat dua tawaran bajet – satu daripada BN dan satu daripada Pakatan Rakyat.
Ambillah peluang ini untuk menilai bajet mana yang lebih menjamin kesejahteraan semua, daripada bajet yang sekadar menyuntik 'morfin' untuk me'lalai'kan rakyat daripada kesakitan hanya sehingga selepas pilihanraya umum.

Selepas kesan morphine hilang, segala kenaikan yang diberi akan diambil semula dalam bentuk kenaikan harga barangan dan GST yang sudah semestinya akan dilaksanakan jika Umno-BN memerintah lagi.


Jalan keluar hanya ada satu iaitu dengan mengundi "apa-apa sahaja selain daripada Umno BN" pada pilihanraya akan datang.

PAS KDAS 3

Posted: 03 Oct 2011 09:30 PM PDT

PAS KDAS 3


Sejarah Ringkas 60 Tahun PAS

Posted: 03 Oct 2011 09:41 AM PDT

DPP PADANG TERAP

Posted: 03 Oct 2011 09:24 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Dulu Dakwa 50 Keluar( Bohong) ..La 161 Masuk PAS di Padang Terap

Posted: 03 Oct 2011 05:00 PM PDT


Cerita pembohongan Umno boleh rujuk disini :Umno Dicabar Senaraikan Lompat Parti
Dan Umno Langsung Tidak Berani respon cabaran kami : 3 Hari Berlalu Mana Senarai?

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 03 Oct 2011 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


MTUC PIKET... RANG UNDANG2 PINDAAN TERUS DIBACA

Posted: 02 Oct 2011 11:33 PM PDT

KUALA LUMPUR, 3 Okt — Sekitar 200 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket memprotes tindakan Putrajaya yang terus dengan pendiriannya mahu membacakan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 buat kali kedua pada sidang Parlimen yang bermula hari ini.


MTUC meneruskan tindakan mereka di pekarangan pintu masuk Parlimen sekitar 11 pagi tadi selepas Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam kekal dengan pendirian mahu membawa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 untuk bacaan kali kedua.


Ahli MTUC mengadakan piket di kawasan Parlimen menggesa Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 ditarik balik.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Subramaniam sendiri.

Kumpulan yang berhimpun di kawasan Parlimen berteriak dan bernyanyi "Tarik balik! Tarik balik!" merujuk kepada Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2010 itu.

Menurut Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam, "kami meneruskan keputusan kami untuk mengadakan piket bagi melahirkan rasa kecewa kami dengan pindaan yang disyorkan."

Khalid dan pemimpin-pemimpin MTUC dalam NLAC kemudian menyertai piket itu.

NGO: 75 peratus tentera kesempitan hidup

Posted: 02 Oct 2011 08:17 PM PDT


Abdul Rahim Sabri
Okt 3, 11
6:16am
Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.


Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatSelain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatSehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatalam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyat"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Ngo tentera bagi memorandum kpd pakatan rakyatOleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-

  • Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).
  • Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
  • Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.
  • Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.
  • Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.
  • Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.
  • Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.
Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Oct 2011 03:20 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PM MALAYSIA BERMASALAH !

Posted: 03 Oct 2011 11:35 AM PDT


LONDON: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan disepina di mahkamah Perancis bagi membantu perbicaraan rasuah pembelian kapal selam Scorpene.

Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.

"Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah," kata Cynthia.

Katanya, perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.

"Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

"Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung," ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

"Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara," tambah beliau.

Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.

Cynthia juga dijadual menghadiri mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

"Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis," katanya.

Dicatat oleh ELBI RISALAH

TUGAS PAKATAN RAKYAT SANGAT MUDAH

Posted: 03 Oct 2011 12:12 AM PDT


YDP PAS Kawasan Hulu Selangor Tn Hj Muhammad Idris bin Ahmad .

YDP PAS Kawasan Hulu Selangor dengan lantang memberi fokas baru iaitu PRU13 adalah peluang Pejuang Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya ke 13 nanti dengan matlamat Selangor dan seterusnya Putrajaya.
Dengan kemenangan nanti Pakatan Rakyat dapat membuka lembaran baru dari segi sejarah di mana semua nama-nama pejuang Pakatan Rakyat akan dicatit untuk rujukan di masa akan datang di mana kejayaan membebaskan rakyat dari cengkaman kuku Barisan Nasional yang menyusahkan rakyat.
Beliau juga menegaskan PAS sentiasa akan berkerjasama dengan PKR dan DAP dalam usaha memenangkan Pakatan Rakyat keseluruhan dalam PRU13 nanti.


Tetamu jemputan YB Amiruddin Shaari , ADUN Batu Cave

YB Amiruddin hanya perlu menjelaskan perbezaan pentadbiran antara kerajaan PR dan Barisan Nasional (BN) supaya penilaian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) memihak kepada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, penjelasan itu penting supaya rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu dibawa BN.

"Jelaskan yang kita sudah berikan setengah bilion iaitu RM465 juta terus mengalir kepada rakyat menerusi program-program Kerajaan Negeri.

"Malah, kita tidak miskin kerana sudah ada 1.1 bilion tambahan rizab di Selangor dan ini yang perlu kita perjelaskan," katanya.

Sambil menyifatkan sudah tidak ada formula untuk BN menang, beliau mahu tiga elemen iaitu calon, jentera dan pengundi diberi penekanan untuk menjamin kemenangan PR pada PRU13 kelak.

Sementara itu, PR melihat inilah masa dan peluang terbaik wajar digunakan untuk merampas Kerajaan Pusat daripada BN.

Amirudin berkata, rakyat kini sedang menilai kedua-dua kerajaan dan masa yang tinggal sebelum tibanya PRU13 menjadi ruang penentu penilaian muktamad rakyat sebelum tukar kerajaan.

"Kita berusaha ambil alih Parlimen Hulu Selangor dan merampas ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan ini yang dikatakan menjadi kubu kuat BN.

"Inilah satu-satunya peluang untuk rampas Kerajaan Pusat kerana beberapa mitos dan andaian pemerintah sebelum ini telah lebur," katanya ketika berucap pada Perhimpunan PR Parlimen Hulu Selangor di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor; Mohamed Nazar Yakin, Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor; Muhammad Idrsi Ahmad, Ketua Whip DAP Hulu Selangor; Chng Boon Lai, Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam serta pemimpin cabang dan ranting.

Rakyat dan pemimpin PR jangan terkejut atau melenting bila BN cuba memanipulasi isu sama ada isu Melayunya, isu raja-raja, isu kuil seperti kejadian mengusung 'kepala lembu', laungan azan dan terbaru isu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kononnya tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

"Tapi semua ini sementara. Tidak ada lagi masalah kaum kerana kita di PR walaupun diuji dengan banyak isu dan ditekan dengan laporan media melampau namun kita mampu memperjelas dan rakyat menerimanya," katanya.

Beliau berkata, pemimpin di peringkat cabang dan ranting sewajarnya menggunakan senjata sedia ada untuk melemahkan musuh seperti memperjelas program kerajaan yang dikatakan sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding BN.

ANAK PRESIDEN JADI PILIHAN UNTUK URUS ASET RM2 BILION SELEPAS 5 JAM MESYUARAT !

Posted: 02 Oct 2011 06:04 PM PDT

Chua: RM 2b of MCA assets to be managed by… my son :|

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek today confirmed the party had appointed his son, Chua Tee Yong and former vice-president Datuk Seri Dr Fong Chan Onn to assist in managing the party's assets, estimated to be worth over RM2 billion.

Dr Chua said the decision had been endorsed by the party's central committee after holding a five-hour meeting at Wisma MCA here.

"The CC today decided that the asset management of MCA should be administered in a more professional manner.

"That is why we believe that the party's assets should be managed by a professional group separate from the MCA so there is separation of power."


Comments :-
Only BN could possibly say "I've nominated my son to take care of 2 billion dollars" and "separation of power" in the same sentence.
RM 2 billion of ill gotten gains – and to take care of it all, he nominates… his son.

Nope. Nothing nepotistic there at all. Definitely very professional. Certainly wouldn't raise any eyebrows in any other country or anything.

Maybe Ong Tee Keat wasn't the greatest leader in the world, but at least he spent his time trying to expose corruption and fix what's really wrong with this country.

Soi Lek? Busy making sure his finger is in every pot (heh), and making a big show of begging Umno for money.

Now we know why the President was fighting to become the President !
He wants the good for nothing son to manage the 2 billion dollars assets
the son cannot even manage a two dollars account ! I live in his home town
and I know him very very well.

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong

Posted: 03 Oct 2011 01:51 PM PDT

Blog Rasmi Dewan Pemuda PAS Puchong


Pakatan bentang Belanjawan Sejahtera esok

Posted: 03 Oct 2011 07:43 AM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Pakatan Rakyat akan melancarkan Belanjawan 2012 versinya dengan nama Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 esok.

Belanjawan itu akan dibentangkan di Bilik Taklimat, Aras 2, Bangunan Utama, Parlimen Malaysia mulai jam 1 tengahari esok.

Antara yang akan menghadiri majlis pelancaran ini ialah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,   Lim Kit Siang dan para Pimpinan Kanan Pakatan Rakyat.

Hudud sesuai dengan fitrah manusia

Posted: 03 Oct 2011 07:40 AM PDT

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.

Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini

"Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil dan harmoni.

"Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya.
"Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT," tambah beliau lagi.

Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.
Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat.

"Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia.
"Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia," ujar beliau lagi.

Gambar Semasa Ceramah Perdana Pemimpin Pakatan Rakyat Di Konvesyen PAS 60 Tahun

Posted: 03 Oct 2011 07:11 AM PDT

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/320625_282050668491708_127235530639890_1104505_1160667126_n.jpg


http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/298388_282050131825095_127235530639890_1104495_762646267_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/320100_282050165158425_127235530639890_1104496_628272884_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/316317_282050188491756_127235530639890_1104497_1981106161_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/294622_282050225158419_127235530639890_1104498_1137811453_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/309636_282050395158402_127235530639890_1104501_2006593802_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/308060_282050478491727_127235530639890_1104502_883331758_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/297221_282050538491721_127235530639890_1104503_1097303207_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/314752_282051121824996_127235530639890_1104512_179120116_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/297848_282051358491639_127235530639890_1104515_776095730_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/305428_282051455158296_127235530639890_1104517_1378622342_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/311484_282051775158264_127235530639890_1104522_1564191776_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/311913_282052111824897_127235530639890_1104527_457697437_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/319257_282052215158220_127235530639890_1104529_1853498869_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/305478_282051951824913_127235530639890_1104524_1739933154_n.jpg

Video : Puisi A.Samad Said:Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Posted: 03 Oct 2011 07:08 AM PDT

Petikan Ucapan TGNA

Posted: 03 Oct 2011 07:02 AM PDT

Sekitar Sambutan 60 Tahun PAS

Posted: 03 Oct 2011 06:57 AM PDT



PAS kini sudah memasuki era baru dalam perjalanan perjuangannya yang kini mencecah usia 60 tahun sejak penubuhannya 1951, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Bercakap sewaktu menyampaikan ucaptama di Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di Dewan Milenium, Kepala Batas di sini, Presiden PAS itu berkata parti Islam itu kini telah mendapat kepercayaan pelbagai pihak di negara ini.

Kepercayaan itu ujarnya hasil daripada pengamatan rakyat melihat ketabahan PAS yang tidak berganjak memperjuangkan keadilan Islam biarpun menghadapi tekanan dan penindasan sejak zaman penjajah dan penafian hak oleh pusat biarpun telah menguasai beberapa negeri.

"PAS adalah parti yang bertunjang dengan teguh dan kuat, tidak terpengaruh dibawa arus penjajah."

Ada yang terjebak dengan Komunis, British dan Jepun. Tapi PAS tidak hanyut dengan mana-mana fahaman penjajah," katanya.

Selepas merdeka pula, PAS yang mengambil sikap menyertai pilihan raya untuk menegakkan Islam terus mendapat tekanan daripada parti pemerintah biarpun kini telah berjaya menguasai beberapa negeri bersama Pakatan Rakyat."

Semangat faderalisme dicabul pemerintah. Sewaktu kita memerintah Terengganu hak royalti dirampas, dinafikan hak di Kelantan," katanya lagi.

Kepercayaan terhadap PAS yang perjuangannya dipandu Majlis Syura Ulama, terus menebal apabila mempamerkan pentadbiran yang baik dan adil di negeri-negeri yang dikuasai.Jika dahulu katanya, PAS hanya dilihat diskong oleh orang Islam, namun hari ini PAS sudah mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang terdiri dari kaum Cina dan India.

Malah gabungan profesional dan ulama yang memimpin PAS juga telah menguatkan lagi parti itu sekaligus menafikan persepsi bahawa PAS hanya untuk golongan agama.

Sehubungan itu ujarnya, PAS kini menjadi harapan sebagai "bahtera penyelamat" kepada segala permasalahan yang sedang menimpa masyarakat pada hari ini.

"Di zaman Nabi Nuh, baterah Nabi Nuh menjadi penyelamat, di zaman ini PAS adalah bahtera penyelamat terhadap kehidupan manusia berlandaskan al-Quran, hadis, ijma' dan qias," tegasnya.

Sementara itu, lebih 7000 hadirin hadir ke Kongres 60 Tahun PAS hari ini.Selain ucaptama presiden, kongres kali ini juga turut memberikan anugerah "Pahlawan Umat" kepada Presiden PAS ke-3 Dr. Burhanudin Al-Helmi.

Sehubungan itu, gelaran tersebut akan digunakan setiap kali nama Dr Burhanudin disebut. Sebelum penyampaian anugerah itu yang diterima isteri beliau, jasa dan semangat perjuangan Dr. Burhanudin diceritakan melalui puisi khas yang didelamasikan Saterawan Negara, Datuk A.Samad Said. -HD


Forum Perdana Sempena Sambutan 60 Tahun Pas





Sumber Gambar : Blog BGM Online


KONGRES SAMBUTAN 60 TAHUN PAS

Timbalan Presiden sedang berucap di muqaddimah majlis

Ucapan Presiden Pas Tuan Guru Presiden Dato Seri Hj Abd Hadi Awang

Dr. Rani, Pesuruhjaya Selangor, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan

Naib-naib Presiden PAS, Salehuddin Ayub, Husam Musa & Mahfuz Omar

Isteri Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy, Hajjah Suri

Tuan Guru Presiden menyampaikan anugerah Darjah Pahlawan Ummat kepada Hajjah Suri, balu kepada Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy

Sajak dideklamasikan khas untuk Al-Marhum Burhanuddin Al-Helmy oleh A. Samad Said

Tak perlulah lagi diperkenalkan lagi

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abd Aziz

ADUN Selat Klang, YB Dr Halimah Ali

Bekas Pesuruh PAS Selangor, Hj Subky latif & Sasterawan Negara Pakatan Rakyat, A. Samad Said

Ucapan perasmian penutup oleh Dato Seri Bentara Tuan Guru Mursyidul Am

Antara 5000 hadirin yang memenuhi dewan

Nisa',Gadis-gadis manis ini turut berkawad di luar halaman dewan

Pelapis Unit Amal dari Negeri Pulau Pinang yang diwakili oleh remaja

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Oct 2011 11:29 AM PDT

Batu Gajah Mari


PANAS!! Zahid AF Sertai PAS????

Posted: 02 Oct 2011 09:13 PM PDT



Kelihatan Zahid AF bersama-sama Pemuda PAS dalam program ARC ( Alternatif Riding Club ) baru- baru ni..

Moga di ketemukan hidayah untuk bersama-sama mendokong perjuangan PAS...
insyaallah...

DUN Lembah Jaya

Posted: 03 Oct 2011 11:27 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Projek Naik Taraf Tapak Permainan Ampang Campuran Disabotaj

Posted: 02 Oct 2011 06:27 PM PDT

Tuan Haji Saleh berbincang sesuatu dengan salah serang penduduk. Gambar kecil, Tuan Haji Mohd Saleh Bin Daud

Memeranjatkan! Pembinaan gelanggang badminton dan takraw di Dewan Masyarakat Ampang Campuran yang hampir siap dipecahkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Gelanggang yang dalam pembinaan khusus bagi kemudahan masyarakat Ampang Campuran beriadhah kelihatan berantakan pada pagi Sabtu 1 Oktober 2011 lalu. Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Mesra Villa, Saudara Azmi Abd Rashid berkata beliau yang baru kembali dari menghantar anaknya mengaji Al-Quran terkejut dengan apa dilihatnya. Beliau tidak pasti sama ada ini adalah perbuatan khianat atau tidak. Beliau sendiri tidak mengerti mengapa perkara ini boleh berlaku kerana tapak permainan adalah untuk kemudahan awam dengan pembiayaannya ditanggung sepenuhnya oleh Pejabat Daerah Hulu Langat. Tiada individu atau sesiapa yang mendapat manfaatnya selain dari masyarakat seluruhnya. Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Ketua Kampung Ampang Campuran Tuan Haji Mohd Saleh Daud yang kesal dengan kejadian tersebut berkata selama diamanahkan mentadbir kampung berkenaan pihaknya tidak pernah menimbulkan masalah dengan mana-mana pihak sehingga dikhianati sebegini rupa. Beliau menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama kepada pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang selama ini bertungkus lumus memberikan yang terbaik untuk rakyat.

PECAH.. Keadaan simen hadapan pintu pagar yang dipecahkan

Sisi tepi gelanggan yang mengalami kerosakan paling terus

Simen berwarna merah ditaburkan di tengah gelanggang

Sofa lama juga dicampakkan di tengah gelanggang yang memburukkan lagi keadaan

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 03 Oct 2011 11:18 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


PAS ajak rakyat tukar kerajaan “BN”

Posted: 02 Oct 2011 07:09 PM PDT


KEMAMAN: PAS Terengganu khususnya kepada rakyat dan pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai dipelawa menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sinonim dengan jolokan  kerajaan "Barang Naik".

 
Kerajaan BN adalah kerajaan 'Barang Naik' (BN) dan PAS menyarankan agar rakyat dan pengundi seluruhnya menukar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

 
Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata rakyat dan pengundi di Terengganu ini wajar menghantar 'signal' awal bagi menukar kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang.

 
Menurutnya, senario pemikiran rakyat hari ini di seluruh negara mahukan perubahan bagi menjamin masa depan Malaysia.

 
 
 
"Sekarang ini harga barang-barang semakin naik dan kerajaan Umno-BN sebenarnya tidak cakna rakyat.

"Pemimpin-pemimpin mereka (Umno-BN) kaya-raya tetapi rakyat masih dibelenggu kemiskinan dan kesusahan dengan kenaikan harga barang.

"Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, untuk pastikan harga barang turun kita (rakyat) kena beri 'signal' (amaran) kepada kerajaan dan tukar mereka (BN) dalam PRU ke-13, Insya'Allah," tegasnya.

 
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Mesra Rakyat PAS Dun Chukai di perkarangan Markaz PAS Kampung Tengah, Chukai, 30 Oktober lalu.

 
Hadir sama memeriahkan majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun, mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu, Ustaz Awang Dagang @ Yusuf serta pimpinan PAS kawasan Kemaman dan MTD Chukai.

 
Hanafiah mendakwa rakyat Terengganu telah bosan dan benci kepada kerajaan Umno-BN yang korupsi serta banyak melakukan pembaziran harta rakyat.

 
 
Katanya, kerajaan BN Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said gagal membela rakyat dengan baik.

 
 
 
 
Menurutnya, pelbagai isu pembaziran, penyelewengan dan tidak berlaku adil terhadap rakyat di negeri ini.

"Setiap tahun berbilion bajet negeri diluluskan tetapi hasil yang dinikmati oleh rakyat terlalu sedikit melainkan untuk memperkayakan kroni-kroni pemimpin Umno tertentu sahaja," jelasnya.

Justeru itu, katanya PAS bersama rakan Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat dan pengundi di Terengganu suatu pemerintahan yang adil dan saksama.

 
Menurutnya, pemerintahan berdasarkan Islam yang menjadi asas kepada Negara Berkebajikan menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan untuk semua rakyat.

"PAS sejak ditubuhkan tahun 1951, kita sudah 60 tahun berada di tengah masyarakat. Kita (PAS) tawarkan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama kepada rakyat.

"Dasar Islam kita menjadi asas sebuah Negara Berkebajikan yang akan menjamin keselamatan, keamanan dan keadilan kepada semua rakyat di Malaysia," ujarnya.

 
Inilah, katanya peluang bagi rakyat dan pengundi menentukan masa depan negeri dan negara melalui pilihan raya akan datang.

Tinjauan Harakah mendapati hampir 5,000 orang mengunjungi majlis anjuran MTD Chukai tersebut yang diadakan buat kali keduanya di tempat yang sama pada tahun 2010 yang lalu.

Pelbagai jenis makanan disediakan termasuk acara selingan membelah kek sempena ulang tahun ke-60 penubuhan PAS di negara ini yang telah mengadakan sambutannya di peringkat pusat di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Sejarah yang dinantikan golongan muda

Posted: 02 Oct 2011 06:12 PM PDT

- Menobatkan Dr. Burhanuddin dengan gelaran 'Pahlawan Umat'.

Cebisan sejarah yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden PAS telah membuka pintu hati sejarahwan untuk menukilkan semula ingatan masa lampau yang telah digelapkan oleh penjajah dan dipanjangakn melalui lidah Umno dan Barisan Nasiona (BN).

Ini terbukti setiap kali sambutan merdeka ianya seolah-olah perayaan Umno. Amat malang rakyat Malaysia yg berketuakan Umno/BN dalam kehidupan seharian.

Ledakan konflik sejarah pejuang melayu Islam telah menjadi diskusi samada diperingkat akademik, propesional, teknokrat, koperat, politikus, kelas menengah malah rakyat marhaen.

Yang akirnya mengambil kata sepakat bahawa Dr Burhanuddin alHelmy, Phlawan Umat, antara yg terkedepan mengepalai sebuah parti yang berjuang bagi mencapai kemerdekaan hakiki.

Maka sewajarlah disaat rakyat sudah hilang roh merdeka akibat dilalaikan dengan kemajuan jasmani sambil di iringi alunan irama penoh kayalan, maka PAS bangun ditengah masyarakat menobatkan Dr Burhanuddin alHelmy dengan gelar 'Pahlawan Umat.

Inilah  kehebatan pimpinan PAS dibawah pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang  yang bukan sahaja menyanggah pemikiran melayu Umno tetapi sekaligus menabalkan pimpinan PAS sebagai seorang pahlawan yang menerajui kemerdekaan di alam Melayu Raya ini.

Syabas buat pimpinan kerana sejarah inilah yang sedang dinanti oleh golongan muda.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Oct 2011 09:24 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Projek Waqaf Rehal Al Quran di N.Sembilan

Posted: 02 Oct 2011 06:42 PM PDT



PROJEK WAQAF REHAL AL-QURAN - Sekolah Rendah Agama Rakyat An-Naim (SARA An-Naim) , Bandar Seremban Selatan, Negeri Sembilan memberi peluang kepada semua umat Islam yang berkemampuan dan prihatin untuk bersama menyertai Projek Waqaf Rehal Al Quran

Rehal Al Quran yang disumbangkan nanti adalah khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar SARA An-Naim semasa sesi pembelajaran Al-Quran dan Fardu Ain.

Sumbangan untuk satu rehal adalah sebanyak RM40.

Sebarang nilai sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut :
SEKOLAH RENDAH AGAMA RAKYAT AN-NAIM
RHB : 25508300000793

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Fuad 019-3941353 atau Ustazah Masiah 019-2570813.

KHIDMAT MERU

Posted: 03 Oct 2011 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


CERAMAH DI SERDANG MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Posted: 03 Oct 2011 12:42 AM PDT



























Satu ceramah umum yang diadakan di Dewan Tertutup di Serdang mendapat sambutan yang cukup hangat terutama dari kalangan veteran dan kalangan pencen dalam tentera.


Dalam ucapannya YB TG Hj Abd Hadi Awang menegaskan kepentingan Negara Berkebajikan yang di perjuangkan oleh Pas dan Pakatan Rakyat.


Selain dari YB Dr Rani, tetamu yang turut hadir dan berucap ialah Datin Seri Wan Azizah, Presiden PKR , Saudara Mazlan Aliman, AJK Pas Pusat dan Saudara Suhaizan Kayat.
















PERASMIAN MAKMAL ICT DI SJK(T) LADANG JLN ACOB

Posted: 03 Oct 2011 12:16 AM PDT
















Satu Majlis Perasmian Pelancaran Makmal ICT telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Acob, Kapar.


Menurut En K.Arumugam selaku Pengerusi Lembaga Sekolah, SJK(T) Jalan Acob telah mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya sekolah itu mempunyai bilik makmal ICT nya yang tersendiri yang di usahakan oleh pihak PIBG dan mendapat kerjasama yang baik dari Kerajaan Selangor.


Antara tetamu jemputan khas adalah YB Dr Xavier Jayakumar, YB S.Manikavasagam dan YB Dr Hj Abd Rani Osman.


YB Dr Rani membaca dan menterjemahkan beberapa ayat dari Kitab Suci Al-Quran yang menjelaskan bahawa Islam telah lama menegaskan dan menekankan kesefahaman dan kerjasama antara kaum dan bangsa dan di buktikan secara praktikal oleh Rasulullah saw sendiri dan para-para sahabat.








HI TEA BERSAMA TUANGURU PRESIDEN

Posted: 02 Oct 2011 08:37 PM PDT


























Satu majlis Hi Tea Bersama Tuanguru Presiden PAS telah di adakan di Dewan Tertutup Kuala Selangor.


Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pas Negeri Selangor, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman, Ketua Dewan Pemuda Pas N.Selangor , Ustaz Hasbullah Ridwan, Pangarah JPrN Negeri Selangor, Hj Jaafar dan YDP Pas Kawasan Kuala Selangor, Cikgu Rashid.


Dalam ucapan nya YB Dato Seri TG Hj Abd Hadi Awang menegaskan kepentingan berjuang dalam jemaah Islam yang syumul.


Beliau juga menasihatkan agar jangan meninggalkan perjuangan ini sehinggalah maut memanggil kita.


















MAJLIS SILLATURRAHIM KG BUKIT CERAKAH JAYA

Posted: 02 Oct 2011 08:09 PM PDT
























Majlis Sillaturrahim Kg Bukit Cerakah Jaya berjalan lancar dengan kunjungan tidak henti-henti dari masyarakat tempatan .


Beberapa kios makanan telah diwujudkan dengan pelbagai bentuk makanan tempatan yang sungguh sedap dan lazat dimakan.


Datuk Ketua Kampung, Saudara Azhar Bidin berasa gembira dengan kehadiran ramai pengunjung termasuk YB Dr Rani dan Penghulu Mukim Daerah Petaling













Pemuda PAS Merbok

Posted: 03 Oct 2011 08:29 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


HUDUD TAK RELEVAN DI MALAYSIA?

Posted: 02 Oct 2011 09:30 PM PDT

Sesuaikah hudud di Malaysia ?

Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim menekankan usaha ke arah merealisasikan undang-undang hudud boleh dilaksanakan melalui kehendak politik yang kuat dengan mengambil kita penafsiran dan pindaan semula terhadap sistem perundangan yang sedia ada sebelum ini.


Perspektif syariah dan sejarah

Dr Abd Halim El-Muhammady (Naib Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) menjelaskan secara umumnya, perlaksanaan hudud merupakan satu tuntutan syariat dan aqidah bagi umat Islam. "Perintah perlaksanaan hudud adalah bersifat qati'e atau mutlak iaitu kewajipan yang mesti dilaksanakan.

"Oleh itu proses dan usaha ke arah melaksanakan undang-undang hudud perlu diberikan perhatian serius," jelas beliau sambil menambah walaupun tidak disepakati secara ijma', perlaksanaan syariah Islam merupakan salah satu komponen atau ciri sebuah negara Islam.

Dari segi perspektif sejarah pula menurut Dr Ab Halim lagi, undang-undang hudud sebenarnya telah dilaksanakan sejak zaman Melaka.


Hudud dalam konteks perlembagaan

Prof Dr Abd Aziz Bari mengatakan perlembagaan meletakkan Islam di tempat yang istimewa.

"Perlembagaan Malaysia tidak bersifat sekular. Perkara 3 yang menyatakan Islam adalah agama persekutuan perlu juga dibaca dengan Perkara 11, 12 dan beberapa peruntukan yang lain jelas menunjukkan kedudukan istimewa Islam di dalam perlembagaan. Pandangan mengatakan perlembagaan Malaysia adalah sekular adalah tersasar dari pentafsiran sebenar perlembagaan," jelas pakar perlembagaan di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Aplikasi undang-undang

Pengamal undang-undang syariah, Musa Awang undang-undang tidak seharusnya dijadikan halangan dalam merealisasikan hukuman Hudud.

"Walaupun diakui terdapat beberapa halangan dari sudut undang-undang umpamanya Akta Bidangkuasa Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1988) yang menghadkan bidang kuasa mahkamah syariah kepada hanya boleh mengenakan hukuman sebanyak 3 tahun penjara, RM5000 denda dan 6 kali sebatan, halangan seumpaman ini sebenarnya tidak boleh dijadikan alasan yang tidak membolehkan ianya dipinda atau dimansuhkan.

"Bahkan, pindaan undang-undang tersebut boleh dilaksanakan oleh eksekutif tanpa perlu melalui proses mendapatkan mandat 2/3 majoriti yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan," jelas Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).


harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Oct 2011 07:06 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SUDAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN - PEMUDA PAS

Posted: 03 Oct 2011 05:22 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 03 Oct 2011 03:20 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


GOTONG ROYONG SIAPKAN RUMAH BERSAMA KELAB KSBS.

Posted: 03 Oct 2011 12:37 AM PDT



Kg. Kota Bukit, 29 September 2011 (Jumaat) - YB. Cikgu Yahya turun gotong royong siapkan rumah bersama Kelab Sukarelawan Belia Daerah Sik KSBS. Turut serta dalam gotong royong tersebut Ketua Kampung MKK dan penduduk-penduduk setempat bagi menyiapkan sebuah rumah seorang penduduk dhaif. Sumbangan oleh YB. Cikgu Yahya untuk membeli peralatan dan bahan-bahan pembinaan rumah.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 03 Oct 2011 03:19 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Ong Tee Keat tak relevan kepada MCA: Chua

Posted: 02 Oct 2011 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai tidak lagi relevan kepada parti itu. 

Ini kerana katanya, Ong mempunyai peluang untuk membuat perubahan dalam parti ketika meneraju MCA selama 17 bulan, namun tidak melakukan apa-apa.


"Apa yang beliau lakukan hanya menghukum dan memecat mereka yang menentang beliau," katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung ke-58 MCA, di sini hari ini.


Dr Chua berkata sepanjang era Ong, MCA mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) berbanding hanya lima yang diadakan sepanjang 62 sejarah parti itu. 

"Mungkin apa yang beliau maksudkan kita tidak mengadakan EGM, maka sebab itulah kita tidak relevan," kata Dr Chua dengan nada sinis. 

Beliau mengulas kenyataan Ong yang dilapor berkata MCA akan hilang relevannya dalam Barisan Nasional (BN) jika parti itu tidak menyahut gesaan supaya berubah, selepas kalah 25 daripada 40 kerusi parlimen dan 59 daripada 90 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008. 


Mengulas lanjut, Dr Chua juga secara terbuka meminta Ahli Parlimen Pandan itu agar tidak bertanding sebagai calon MCA bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang. 

Malah, Dr Chua juga berkata Ong tidak wajar berkhidmat kepada rakyat di bawah tiket MCA jika beliau tidak lagi yakin dengan parti itu. 

"Terpulang kepada kebijaksanaan beliau untuk mentafsirkan kenyataan saya ini," katanya. - BERNAMA

Hudud: DAP tetap bersama PAS lawan BN

Posted: 02 Oct 2011 07:43 PM PDT

KEPALA BATAS, 2 Sept: Perbezaaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya hudud tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan, DAP tetap akan bekerjasama dengan PAS kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan BN.

Bercakap sewaktu menyampaikan pidato di program rapat umum sempena Kongres 60 Tahun PAS di sini malam tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga secara tegas menyatakan mereka juga tidak akan bersama Umno biarpun Umno juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan hudud.

"Pimpinan DAP jelas kita tak setuju dengan hudud. Umno pun tak setuju dengan hudud. Tetapi tak kan kerana DAP tak setuju Umno tak setuju, DAP dan Umno nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan PAS kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin.

Dalam majlis itu dianggarkan lebih 20 ribu hadirin hadir dan duduk bersila memenuhi ruang dalam dan perkarangan Dewan Milenium.

Dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat minggu lalu, kesemua parti komponen PAS, PKR dan DAP menyatakan persetujuan bersama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu.

Mereka juga menghormati pendirian PAS untuk mengangkat isu hudud dan membincangkannya agar difahami oleh masyarakat.

Pada masa yang sama, mereka juga menghormati pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hudud kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Keputusan bersama itu sekaligus didakwa menggagalkan rencana Umno BN memecah belahkan parti-parti dalam Pakatan menggunakan isu hudud yang selama itu dianggap senjata ampuh mereka.

"Kita (DAP) ditubuh untuk bela perlembagaan bukan lawan perlembagaan. Sama juga kita bukan mahu lawan Islam tetapi kita mahu lawan Umno, MCA, MIC dan BN," katanya.

Turut menjadi pemidato dalam majlis malam tadi adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan