Isnin, 3 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Oct 2011 01:53 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Dr Hatta, Azmin, Anthony Loke wakil Pakatan di PSC

Posted: 03 Oct 2011 01:44 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mereka menyokong pembentukan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini tetapi menegaskan bahawa tindakan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya bagi tidak melaksanakan reformasi atas usaha mereka sendiri.

"Kami tidak mahu PSC dijadikan sebagai alasan kepada SPR untuk menangguh, menunggu dan tidak melaksanakan sebarang reformasi," kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada siadang media bersama dengan PAS dan DAP di dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mengumumkan bahawa tiga perwakilan dari Pakatan akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.

"Dari PKR adalah Azmin Ali, dari PAS pengarah pilihan rayanya, Dr Hatta Ramli dan dari DAP pula adalah juga pengarah pilihan rayanya Anthony Loke," katanya.
Azmin adalah timbalan presiden PKR dan juga ahli parlimen Gombak, manakala Dr Hatta adalah ahli parlimen Kuala Krai dan Loke, ahli parlimen Rasah.

"Pendirian Pakatan Rakyat sepakat untuk beri laluan dan kerjasama. Serta saya ingatkan jangan jadikan alasan melengahkan dan untuk ketepikan tuntutan BERSIH.

"Jaminan belum ada. Kalau Perdana Menteri serius dia patut bangun dan pertahankan prinsip SPR yg bebas dan adil," katanya.

Sebelum itu Anwar pada sidang Dewan Rakyat hari ini mempersoalkan peranan SPR yang mengabaikan tanggungjawab untuk menguruskan pilihan raya secara adil dan bersih.

Beliau menyatakan SPR seolah-olah mengambil sikap bersahaja terhadap tuntutan gabungan BERSIH 2.0 pada Julai lalu.

tv news/-

Menangis dapat mendengar suara

Posted: 03 Oct 2011 01:40 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

NEW YORK - Seorang wanita berusia 29 tahun, Sloan Churman yang cacat pendengaran terkejut buat pertama kali selepas dia dapat mendengar.

Sloan memuatkan gambar yang menunjukkan dia berasa terkejut apabila mendengar suara di laman YouTube pada 26 September lalu.

Menurut kenyataannya di laman tersebut, dia cacat pendengaran semasa dilahirkan.

Sloan berkata dalam laman itu bahawa lapan minggu lalu, dia menerima implan pendengaran yang ditawarkan oleh Perbadanan Perubatan Envoy di Amerika Syarikat.

Dia menutup mulut dengan tangannya selain memejamkan mata dan menangis selepas mendengar suara daripada seorang kakitangan perubatan.

Implan yang digunakan Churman itu dikenali sebagai Esteem dan ia berfungsi menerusi getaran dram telinga.

Menurut satu komen di laman tersebut, saintis yang mencipta implan tersebut sepatutnya diberikan anugerah termasuk Anugerah Nobel. - Agensi

Bahaya Dosa

Posted: 03 Oct 2011 01:30 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Seorang hamba Allah, dikira berdosa, apabila dia tidak melakukan kerja atau tindakan taat kepada Allah Taala.

Sesorang hamba Allah itu dikatakan tidak melakukan kerja taat kepada Allah apabila tidak mengerjakan suruhan Allah atau melakukan kerja haram (perbuatam maksiat, kemungkaran atau sebarang larangan dalam agama Islam).

Setiap hamba Allah yang berdosa akan ditimpakan pembalasan seksaan (azab) daripada Allah s.w.t sama ada di akhirat, maupun di dunia.

Allah Taala berfirman, maksudnya : "Dan sesungguh akan Kami rasakan kepada mereka (yang melakukan dosa) sebahagian azab yang dekat (di dunia) selain (sebelum) azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar) - (QS. al-Sajadah : 21).

Hamba Allah yang perbuatan dosanya tidak / belum mendapat keampunan Allah Taala atau dalam proses keampunan, sedang dalam pengkifaratan dosa misalnya, akan menerima pembalasan awal (terdekat) di dunia yang merupakan seksaan atau kecelakaan.Pembalasan dosa akan membinasakan diri, seterusnya menjejaskan iman dan melupuskan takwa.

Berkata Imam al-Ghazali, maksudnya : Perbuatan maksiat itu adalah sebagai makanan yang memudharatkan badan manusia. Dosa-dosa yang terkumpul dalam diri manusia akhirnya meracuni jiwa keimanannya. Perbuatan dosa akan mengakibatkan kegelapan dalam hati kerana dosa itu menjadi kotoran atau karat di hati.

Allah Taala berfirman, mafhumnya, "Bahkan telah ternoda hati mereka (berkarat dengan noda sehingga menutupi hati) dengan apa yang mereka usahakan (dosa yang mereka lakukan)" - QS. al-Nuthaffifin : 14).

Karat dosa ini, jika tidak dikikis dengan taubat, lama-kelamaan akan bertambah tebal lalu menutup pintu hati dan sukar atau tidak mungkin dihapuskan lagi. Orang yang demikian hatinya, jika tidak mendapat rahmat Allah, akan hidup dan mati dalam kesesatan. Na'uzu billahi min zalik.

Demikianlah dosa itu akan menjadi hijab yang mendindingi perhubungan seseorang dengan Allah Taala, terjauh daripada rahmat Allah, tidak mendapat taufik dan hidayah-Nya untuk berbuat amal kebajikan. Orang yang banyak dosa dan berterusan dengan perlakuan dosa itu sehingga berkarat tebal adalah sukar untuk kembali ke jalan yang benar,

malah sukar juga untuk memulakan taubat. Sebaliknya, dosa itu akan mendorong kepada perbuatan dosa yang lain, sama ada dilakukan dengan anggota badan (dosa zahir) atau dengan hati (dosa batin). Dosa yang baru ini mungkin lebih besarkecelakaannya. Secara lambat atau segera, hamba Allah yang berdosa itu akan menerima pembalasan di dunia :

(a) ditimpa penyakit,(b) ditahan rezeki,(c) merasakan diri terlepas daripada sebarang pembalasan kerana masih berterusan mendapat kemewahan dan keni'matan hidup, walaupun berterusan melakukan dosa, akan tetapi semuanya ini merupakan tindakan istidraj (pembalasan secara perlahan, sedikit demi sedikit) daripada Allah Taala yang tidak disedari oleh hamba Allah yang berkenaan.

Allah berfirman, "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik (mengazabkan) mereka secara beransur-ansur (istidraj) dengan cara yang tidak mereka ketahui - (QS. al-A'raf : 182).

Demikianlah kecelakaan akibat dosa yang perlu diketahui. Berkata Imam al-Ghazali, "Apabila kita dapat memahami semuanya ini, nescaya akan timbul di dalam hati rasa takut. Jika perasaan takut telah bertakhta di hati, akan mudahlah kita menanggung kesabaran dengan berkatnya. Pertolongan Allah Taala dan taufik-Nya akan menyusul sesudah itu".

Penulis: Muhammad Isa al-Jambuli

Hudud: Alasan DAP perlembagaan tapi Umno berbelit

Posted: 03 Oct 2011 01:27 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketika hudud semakin menyerlahkan kemunafikan Umno, sekurang-kurangnya DAP tidak menolak hudud atas alasan Perlembagaan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"DAP sekurang-kurangnya menolak hudud dengan menggunakan hujjah Perlembagaan negara dan apa yang difahaminya sebagai prinsip sekularisme dalam perlembagaan itu.

"Tetapi, tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan, Umno mengulang-ulang sikap menuduh hudud tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya," kata beliau.

Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil.

"Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam.

"Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga mengalu-alukan pandangan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menegaskan Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan.

Menurut Dr Abdul Aziz, beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Keperluan itu, katanya, tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

"Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam," kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, "logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah."

"Ini tidak masuk akal," kata beliau lagi.

Dr Abdul Aziz juga menolak pandangan Majlis Peguam yang menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan oleh negeri-negeri.

Wacana hudud adalah perkembangan sihat yang membuka minda kita, termasuk pengamal undang-undang. Kali ini umpamanya kita cuba melihat pelaksanaan di peringkat negeri; dalam kerangka jenayah syariah. Bukan dalam kerangka undang-undang jenayah konvensional di peringkat nasional.

"Ini merangsang minda; Majlis Peguam masih ketinggalan kerana melihat pelaksanaan itu dalam kerangka lama. Sebab itu, mereka kata ini retorik politik," kata beliau.

Dr Abdul Aziz berkata, adalah sesuatu janggal kerana Majlis Peguam tidak memberikan prinsip federalisme satu pertimbangan dalam kenyataannya berkaitan dengan isu hukum hudud.

"Prinsip (federalisme) adalah penting dalam membebaskan sistem (perundangan)," katanya lagi.

"Apabila perlembagaan membisu ataupun ada konflik seperti ini, maka undang-undang akan memberi laluan kepada negeri."

harakahdaily/-

Najib patut malu aset Taib curiga di luar negara

Posted: 03 Oct 2011 01:10 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Perdana Menterilah yang bertanggungjawab dan kerajaan patut berasa malu apabila aset Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang mencurigakan di luar negara, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Apabila kerajaan Australia mengambil tanggungjawab mengenai perkara itu di bawah Konvensyen Menentang Rasuah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Konvensyen PBB menentang Jenayah Terancang Transnasional,

ia amat memalukan negara ini," kata beliau sambil membangkitkan bahawa kerajaan Switzerland dan kerajaan German juga memberikan komitmen untuk menyiasat perkara yang sama.

Aduan mengenai tuduhan aktiviti rasuah Abdul Taib dan keluarga telah dirujuk oleh Menteri Luar Australia, Kevin Rudd kepada peguam negara itu.

Aduan tersebut dibuat oleh pengarah eksekutif Bruno Manser Funds (BMF), Lukas Straumann; editor Sarawak Report, Claire Rewcastle dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian.

Mereka melahirkan kebimbangan Abdul Taib dan keluarganya "mungkin menggubah dan melabur semula sejumlah besar hasil rasuah di Australia".

Salahuddin berkata, jika kerajaan Malaysia bertindak pantas, tanpa memihak dan bersungguh-sungguh terhadap pelbagai aduan yang telah lama dibuat mengenai perkara itu, perkara yang memalukan negara ini mungkin boleh dielakkan.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Abdul Razak) bertanggungjawab secara peribadi terhadap perkara ini kerana perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaannya.

"Beliau bukan sahaja tidak memperlihatkan keinginan untuk bertindak dengan sewajarnya, malah melantik semua Abdul Taib sebagai calon dan mengepalai Barisan Nasional (BN) di Sarawak dalam pilihan raya negeri itu April lalu.

"Najiblah yang bertanggungjawab sehingga negara dimalukan sebegini rupa," katanya.

Aduan BMF mengenai perkara yang sama juga mendapat reaksi Menteri Kewangan Kanada.

Salahuddin berharap usaha-usaha bersama dapat dilakukan dengan pelbagai pihak untuk menyedarkan lebih ramai rakyat Sarawak mengenai perkara itu.

harakahdaily/-

SPR Gagal Laksana Pilihan Raya Dengan Baik

Posted: 03 Oct 2011 01:00 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 3 OKT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat gagal menggalas tugas dengan baik sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap perlaksanaan pilihan raya di negara ini.

Justeru beliau mendesak kerajaan menyatakan cara untuk suruhanjaya itu melaksanakan tanggunjawab dengan lebih efektif bagi memastikan pilihan raya berlaku dengan lebih adil dan bebas.

"Yang saya mahu tekankan adalah bagaimana cara untuk mendesak SPR yang diberikan kuasa begitu besar dan telah menjalankan pilihan raya begitu lama, tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

"Ia akan jadikan isu dan dibahaskan di dalam negara dan peringkat antarabangsa. Malaysia tercemar kerana tidak dapat pilihan raya yang bebas dan bersih," kata beliau ketika mengajukan soalan ke empat kepada Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Dalam soalan bertulis beliau, Anwar membangkitkan isu ketidakupayayaan SPR untuk mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa sedia ada bagi memperbaiki sendiri kelemahan yang dibangkitan dalam tuntutan gabungan Bersih 2.0 tanpa perlu menunggu cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Parlimen.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyatakan tuntutan Bersih 2.0 bukan suatu perkara baru yang dibincangkan di parlimen malah SPR mengambil langkah berpandukan asas Perlembagaan Persekutuan dan akta-akta yang diperuntukkan.

"Kerajaan telah tampil menubuhkan jawatankuasa bagi membincangkan keperluan untuk menambahbaik proses pilihan raya yang lebih adil telus dan demokratik. Ini adalah langkah untuk menyediakan ruang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati melalui wakil dilantik JPP," jawab Nazri.

Anwar kemudian bingkas menyatakan bahawa SPR gagal menguruskan hal-hal berkaitan Fasal 113 Perlembagaan Persekutuan yang tidak dapat disempurnakan dengan baik termasuk melepaskan tanggungjawab kepada parti-parti politik bersabit penyedian daftar pemilih.

"Kita terpaksa kerahkan jentera parti politik untuk mendaftar padahal ini isu asas hak asasi rakyat Malaysia. Ini gagal disempurnakan dengan baik," kata Anwar lagi.

Mesyuarat keempat penggal ketiga sidang Dewan Rakyat ke 12 bermula hari ini hingga 1 Disember 2011.

tv news/-

PAS lancar Hari Habitat Sedunia malam ini

Posted: 03 Oct 2011 12:54 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 3 Okt: Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat hari ini akan melancarkan Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada jam 8.30 malam.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia Zulkefly Mohamad Omar (gambar) yang menjelaskan pada satu sidang media program ini merupakan menifestasi serta hasil melalui Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diraikan oleh semua negara di dunia.

"Sambutan ini dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitment kerajaan negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan badan-badan bukan kerajaan dalam pengurusan alam sekitar setempat.

"Objektifnya adalah untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan orang ramai serta mengalakkan kerjasama di antara pelbagau agensi," katanya.

Zulkefly yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut memberitahu melalui program ini juga ia dapat memberi kesedaran kepada agensi tertentu dalam membuat sesuatu perancangan atau penerokaan dengan lebih baik.

"Mewujudkan rasa tanggungjawab bersama bahawa bumi ini adalah tanggungjawab kita semua.

"Selain dari itu ia adalah mesej kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat sentiasa prihatin terhadap alam sekitar," jelasnya lagi.

Dalam pada itu beliau memberitahu program ini merupakan acara yang penting bagi Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Tambahnya lagi tema sambutan khusus di Selangor adalah 'Air Bolah Merubah Segalanya, Manusia dan Pembangunan' dipilih berdasarkan beberapa faktor dan isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri.

"Tema ini kita pilih kerana air sebagai sumber kehidupan, sebarang pembangunan dan penerokaan kawasan tadahan air atau kawasan hutan simpan kekal mestilah dielakkan.

"Kesedaran rakyat dan pihak berwajib soal penjagaan dan pemeliharaan sungai-sungai dari dicemari oleh bahan-bahan sisa pepejal, berair, bergas yang mengandungi asid, toksid dan elemen radio-aktif mestilah dibuat secara berterusan.

"Dan yang paling utama isu air yang melibatkan kerajaan negeri dengan SYABAS dan Kerajaan Persekutuan mestilah diselesaikan segera demi kebaikan rakyat negeri ini," ulasnya lagi.

Beliau menyatakan kualiti air dan penemuan sumber baru serta penambahbaikan pengurusan pentadbiran bekalan air merupalan agenda dalam pembangunan sosial ekonomi rakyat.

Sebelum itu Sambutan Hari Habitat Sedunia turut dihadiri Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Abd Khalid Samad dan juga Presiden Seniman Paksi Rakyat Malaysia (PAKSI) Che Shamsuddin Othman.

Malah ia turut di meriahkan dengan kehadiran penyanyi Ito Mohamad.

harakahdsaily/

'Warga Pakistan bunuh Rabbani'

Posted: 03 Oct 2011 12:41 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Burhanuddin Rabbani
Kenyataan dari istana Presiden menyebut kematian utusan damai dirancang di Quetta

KABUL: Pembunuh utusan damai Afghanistan, Burhanuddin Rabbani adalah warga Pakistan, kata satu kenyataan dari istana presiden Afghanistan semalam, memetik penyiasat sebagai berkata.

"Bukti menunjukkan kematian Rabbani bulan lalu 'dirancang' di Quetta dan individu yang melakukan serangan bunuh diri ke atas Rabbani adalah warga Pakistan," kata kenyataan itu.

Ia menambah bahawa pembunuh tinggal di Chaman, bandar sempadan Pakistan berhampiran Quetta.

Rabbani, Pengerusi Majlis Tinggi Damai Presiden Hamid Karzai, dibunuh oleh seorang pengebom bunuh diri memakai serban di rumahnya di sini 20 September lalu.

Beliau menganggap dirinya bertemu dengan seorang wakil yang membawa mesej khas daripada Taliban.

Kerajaan Karzai berusaha untuk memulakan rundingan dengan Taliban dalam cubaan menamatkan pemberontakan 10 tahun di Afghanistan namun tidak berhasil.
Jurucakap Karzai, Siamak Herawi, berkata semalam presiden sedang mengkaji strategi damainya, menambah beliau akan mendedahkan langkah seterusnya 'tidak lama lagi.'

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Afghan mahu melihat Pakistan membuktikan jaminannya untuk menggunakan pengaruhnya bagi membantu menamatkan pemberontakan Taliban, kata seorang jurucakap kementerian luar semalam.

Kenyataan itu muncul sehari selepas Karzai berkata beliau sudah berputus asa untuk cuba berunding secara langsung dengan Taliban dan kunci bagi menamatkan perang adalah bantuan Pakistan sebagai orang tengah.

Ia menambah kekecewaan mendalam pihak berkuasa Afghan berhubung ketidakupayaan mereka berurusan dengan satu halangan besar menamatkan perang di Afghanistan, syurga pemberontak menyeberangi sempadan di Pakistan. – AFP/AP

5,000 peluru berpandu di Libya hilang

Posted: 03 Oct 2011 12:26 AM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

BENGHAZI - Kira-kira 5,000 peluru berpandu antipesawat SAM-7 yang disimpan di dalam gudang senjata milik pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi dilaporkan hilang, menurut pegawai tentera di bawah kerajaan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), kelmarin.

Jeneral Mohammed Adia berkata, Gaddafi membeli kira-kira 20,000 peluru berpandu SAM-7 yang disimpan di Zintan dan lebih 14,000 telah digunakan atau dimusnahkan.

"Kami khuatir jika kesemua peluru berpandu itu jatuh ke tangan orang yang salah atau ia telah diseludup ke luar negara," menurutnya lagi.

Sementara itu, NTC turut menemui 500 peluru berpandu mudah alih milik rejim Gaddafi.

Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Gaddafi, Moussa Ibrahim menafikan dia telah ditahan pasukan pemberontak NTC dan menganggapnya sebagai satu tuduhan palsu.

sinar hariam/-

Wanita dibiar muflis, dicerai melalui SMS

Posted: 02 Oct 2011 11:39 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kira-kira 10 tahun lalu, dia layak dilabelkan usahawan bertaraf jutawan kerana mampu memiliki kilang sendiri, namun kini yang tinggal pada dirinya hanya air mata selepas diisytiharkan muflis akibat muslihat suami.

Wanita itu pada mulanya menjadi penjamin suami yang membuat pinjaman bank berjumlah hampir RM5 juta, tetapi disebabkan suaminya gagal menjelaskan hutang, dia menjadi buruan institusi kewangan sehingga semua hartanya disita selepas diisytiharkan muflis.

Ketika hidupnya terumbang-ambing, dia diceraikan hanya dengan SMS dan pada masa sama bekas suaminya membina hidup baru dengan membuka perniagaan serta akan berkahwin lain.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Sofia, 40, berkata sepanjang 20 tahun usia perkahwinan mereka, dia jarang merasai kebahagiaan kerana bekas suaminya yang berusia 50-an itu sering menjadikan dirinya tempat melepaskan marah.

"Saya kerap menjadi mangsa maki hamun dan dipukul suami yang panas baran, namun saya bersabar serta tetap bekerja keras membaiki taraf hidup dan membesarkan anak-anak.

"Walaupun suami saya itu seorang yang pemarah, namun dari sudut keusahawanan dia memiliki jaringan perniagaan yang luas sehingga kami berdua mampu membina karier serta memiliki kilang sendiri," katanya

Harian Metro

Keluarga diutamakan

Posted: 02 Oct 2011 11:35 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Satu dinar yang kamu nafkahkan pada jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan hamba,

satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu maka yang paling besar pahalanya ialah dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu". (HR Muslim).

tazkirah/-

Hudud sesuai dengan fitrah manusia

Posted: 02 Oct 2011 11:33 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) menggesa seluruh ahli agama dan rakyat yang beragama Islam agar memberikan sokong tanpa berbelah bahagi kepada perlaksanaan hukum syariah hudud.

Katanya, Dewan Ulamak PAS menyeru kepada seluruh agamawan termasuk NGO-NGO Islam agar memberikan sokongan secara berterusan kepada PAS untuk merealisasikan perlaksanaan syariat di negara ini

"Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam hendaklah memahami bahawa hasrat PAS bukannya untuk mengaut keuntungan politik tetapi ianya bertitik tolak untuk memastikan negara kita berada dalam keadaan stabil dan harmoni.

"Saya juga menyeru ahli Umno dan ahli Parlimen Umno yang beragama Islam memberikan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap hasrat Kerajaan Negeri Kelantan ini, insya Allah, Allah SWT akan memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa menolong agama-Nya.

"Ingat, ini bukan isu politik tetapi ianya adalah isu yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT," tambah beliau lagi.

Jelasnya, undang-undang hudud datangnya daripada Allah SWT, iaitu Tuhan yang mencipta seluruh umat manusia termasuk Arab, Melayu, Cina, India dan lain-lain lagi.

Tambahnya, apabila ianya datang daripada Allah SWT, maka sudah pasti dan tanpa ragu-ragu lagi ianya sesuai dengan fitrah dan keperluan manusia sehinggalah ke hari qiamat.

"Undang-undang negara kita sudah tidak mampu lagi untuk menangani permasalahan jenayah secara berkesan, undang-undang ini sudah relevan lagi untuk kebaikan rakyat Malaysia.

"Jadi kami menyeru supaya PAS diberikan peluang untuk membukti keadilan undang-undang Islam yang bukan hanya terbatas kepada hudud sahaja tetapi meliputi seluruh penjuru kehidupan manusia," ujar beliau lagi.

harakahdaily/-

RUU Kg Baru ditarik balik

Posted: 02 Oct 2011 10:32 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Okt: Setelah menerima tekanan hebat dari perjuangan untuk membebaskan Kampung Baru dari Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru, bacaan kali kedua di Parlimen yang sepatutnya bermula hari ini, ditarik balik.

Perkara itu diumumkan pada sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata, ia satu kemenangan kepada perjuangan Pakatan Rakyat.

(Dr Lo' Lo' ...perjuangannya untuk Kampung Baru diiktiraf)

"Perkara pertama hari ini, Menteri Wilayah Persekutuan telah menarik balik Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru, Viva, kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan Allahyarhamah Dr Lo'Lo'," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Pelbagai pihak khasnya PAS mendesak agar rang undang-undang ditangguhkan dan bacaan kali keduanya hari ini ditarik balik.

Perjuangan ini, sebagaimana yang dinyatakan Tian Chua diperjuangkan dengan hebat oleh anggota Parlimen kawasan ini, Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali.

Pemuda PAS sambut baik

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) menyambut baik langkah kerajaan yang menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru yang sepatutnya dibacakan kali kedua di Parlimen hari ini.

Ketuanya, Muhamad Suhaimi Abdul Aziz (gambar) menganggap kejayaan ini sebagai hasil perjuangan rakyat khususnya penduduk Kampung Baru sendiri yang berusaha daripada peringkat awal bagi memperjuangkan tanah hak milik mereka.

Dengan penarikan balik bacaan kali kedua ini menunjukkan bahawa kerajaan khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengakui bahawa Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru sebenarnya tidak menguntungkan rakyat.

DPPKT mengucapkan tahniah kepada Sekretariat Pembangunan Kampung Baru (SPKB) yang memainkan peranan besar dalam menyatukan penduduk Kampung Baru di samping memberi kefahaman yang jelas terhadap Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru terhadap penduduk kampung.

Bagi DPPKT, perjuangan SPKB selama ini berbaloi dan kerajaan akhirnya terpaksa akur dengan desakan rakyat yang tidak mahu melihat tanah warisan milik Orang Melayu menjadi korban pembangunan pesat Kuala Lumpur.

Tahniah juga diucapkan kepada Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang berjaya sebagai pentadir Kampung Baru selama 111 tahun lamanya serta turut sama terlibat dalam memperjuangkan isu ini.

"Ini membuktikan peranan MAS diakui penting bagi menjaga hak pemilik Kampung Baru," katanya.

Selain SPKB dan MAS, peranan utama yang dimainkan oleh Almarhumah Dr Lo' Lo' Hj Ghazali selaku Ahli Parlimen Titiwangsa yang selama hayatnya tidak pernah merasa jemu dan letih turun padang bagi membela isu Kampung Baru, kata Suhaimi.

"Selama tempoh perkhidmatannya yang singkat ini, beliau berjaya membawa isu Kampung Baru sebagai isu nasional dan membela nasib penduduk Kampung Baru ke peringkat tertinggi. Ini menunjukkan prestasi wakil rakyat PAS dan Pakatan Rakyat sebagai pembela rakyat jauh lebih baik daripada wakil rakyat Barisan Nasional yang telah memerintah berpuluh tahun lamanya," tegas beliau.

Katanya, DPPKT mengharapkan penarikan Rang Undang-Undang ini bukanlah bersifat sementara sebagai gimik politik semata-mata bagi mengabui mata rakyat menjelang Pilihnaraya Umum ke 13, sebaliknya kerajaan perlu ikhlas dalam memastikan kebajikan dan hak rakyat terbela pada bila-bila masa.


Bantahan PAS

Sebelum ini, PAS mendesak kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg Baru 2010 (RUU PPKB 2010) dan tidak meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen sessi ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, RUU PPKB tersebut perbincangan semula membabitkan pihak yang benar-benar berkaitan dengan Kg Baru.

Menyifatkan RUU PPKB sebagai "tidak masak", dan "cacat", Salahuddin berkata cadangan bacaan kali kedua itu bertentangan dengan pendirian pemilik dan pewaris Kg Bharu.

(Salehudin mengadakan sidang media khas 27 September lalu membantah RUU Kg Baru dan minta bacaan keduanya ditangguhkan)

"Penangguhan bacaan kali kedua sebelum ini membuktikan rang undang-undang ini tidak masak, tidak sempurna dan cacat maka satu perundingan yang serius perlu dilakukan yang perlu melibatkan wakil penduduk yang sah termasuk badan bukan kerajaan yang ada di Kg Bharu," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, 27 September lepas.

Salahuddin dalam pada itu turut menganggap kejayaan awal penentangan penduduk terhadap RUU PPKB hasil pengorbanan ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' yang berusaha keras memberi kesedaran kepada penduduk mengenai 'sesuatu yang tidak kena' dengan RUU tersebut.

Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' menerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) parlimen Titiwangsa menubuhkan Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) dengan tujuan membantu beliau meneliti, mengkaji dan memberikan maklumat penuh berkaitan RUU PPKB 2010.

harakahdaily/-

Warga emas tembak perompak

Posted: 02 Oct 2011 09:30 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG penjenayah cedera parah selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh pemilik banglo ini di Jalan Raja Di Hilir, Ipoh semalam.

IPOH – Seorang ahli perniagaan berumur 91 tahun semalam membuktikan usia bukan penghalang apabila dapat menggagalkan cubaan memecah masuk banglonya selepas berjaya menembak seorang perompak dalam kejadian di Jalan Raja Di Hilir di sini semalam.

Kejadian pukul 1.30 pagi itu berlaku apabila warga emas tersebut melepaskan tembakan menggunakan pump gun sebaik menyedari kehadiran suspek di dalam banglonya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, sebaik ditembak di badannya, penjenayah lingkungan 30-an itu cuba melarikan diri tetapi gagal apabila tertiarap di bahu jalan tidak jauh dari banglo terbabit.

Katanya, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dihubungi mangsa.

"Siasatan di dalam banglo terbabit mendapati ia berselerak dan beberapa kesan tompokan darah dan satu kelongsong senapang ditemui. Bagaimanapun, tiada barang mangsa yang hilang.

"Polis juga menjumpai sebilah parang dipercayai milik suspek. Selain mangsa, isterinya yang berusia 84 tahun, seorang anak lelaki berusia 70 tahun yang merupakan orang kelainan upaya dan tiga pembantu rumah berada di dalam banglo," katanya..

kosmo/-

Acara melukis pada tubuh badan

Posted: 02 Oct 2011 09:20 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG artis melukis lukisan pada tubuh seorang model wanita di Bandar Raya Mexico pada Jumaat lalu. - Reuters

BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 20 model dan 20 artis mengambil bahagian dalam acara melukis lukisan pada tubuh badan di sini.

Acara itu diadakan pada Jumaat lalu dan dianjurkan oleh Tzikbal.

Semua model itu mempunyai lukisan unik yang dilukis di bahagian muka, tangan dan anggota tubuh mereka yang lain. - Agensi

Penunjuk perasaan marah

Posted: 02 Oct 2011 09:19 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEJUMLAH penunjuk perasaan duduk di sebatang jalan raya di Hong Kong semalam bagi menentang hak amah asing memohon taraf penduduk tetap.

HONG KONG – Kira-kira 500 penduduk Hong Kong berarak di bandar raya ini bagi membantah satu keputusan mahkamah yang membenarkan ribuan amah asing hak untuk menjadi penduduk tetap.

Tunjuk perasaan itu dibuat selepas seorang amah dari Filipina, Evangeline Banao Vallejos yang tinggal di sini sejak 1986 berjaya dalam kesnya di mahkamah.

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa undang-undang imigresen yang melarang amah asing kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia tinggal secara tetap di Hong Kong adalah sebenarnya melanggar perlembagaan mini pulau ini yang dikenali sebagai Undang-Undang Asas.

"Kami tidak mahu amah untuk datang ke Hong Kong secara tetap, mereka akan mengambil keuntungan sosial kita," kata seorang penunjuk perasaan, Dennis Leung selepas tunjuk perasaan tersebut berarak melalui bandar raya ini ke pejabat kerajaan.

Warga asing boleh tinggal di Hong Kong selepas tujuh tahun, memperoleh akses untuk mengundi dan hak tinggal di bandar raya ini tanpa visa kerja.

Amah turut termasuk dalam peruntukan itu.

Menerusi taraf penduduk tetap, seorang amah tidak lagi terikat kepada majikan, boleh melakukan sebarang pekerjaan dan mendapat manfaat daripada skim perumahan awam.

Pihak pemerintah kini membuat rayuan terhadap keputsuan mahkamah itu. – AFP

Berkhemah di sekitar Wall Street

Posted: 02 Oct 2011 09:19 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SEORANG anggota pergerakan Occupy Wall Street baring di atas tilam di Taman Zucotti Park di New York kelmarin. - Reuters

NEW YORK - Polis membuka semula jambatan Brooklyn tengah hari kelmarin selepas lebih 700 penunjuk perasaan anti-Wall Street telah ditahan kerana menghalang lalu lintas dan berarak tanpa kebenaran di bandar raya New York.

Tangkapan itu dibuat apabila sekumpulan besar penunjuk perasaan mengambil bahagian dalam perarakan anjuran pergerakan yang dikenali sebagai Occupy Wall Street di laluan pejalan kaki jambatan tersebut yang menuju ke jambatan berkenaan.

"Lebih 700 saman dan surat perintah hadir ke mahkamah dikeluarkan berhubung tunjuk perasaan di jambatan Brooklyn pada lewat tengah hari selepas beberapa amaran polis diberikan kepada para penunjuk perasaan yang masih berada di laluan pejalan kaki dan jika menggunakan laluan itu, mereka akan ditahan.

"Beberapa orang sahaja yang mematuhi arahan dan mereka yang menggunakan laluan pejalan kaki tidak ditahan," kata seorang jurucakap polis.

Pergerakan itu mencetuskan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu dengan mendirikan khemah dan tidur di kawasan sekitar Wall Street.

Anggota-anggota kumpulan itu menentang ketamakan pengamal Wall Street dan menuntut keadilan ekonomi.

Mereka tidur di atas tilam, menggunakan komputer dan bermain dram.

Para anggota penunjuk perasaan itu juga menggunakan tandas di restoran makanan segera McDonald's.

Dalam sehari, mereka akan berarak beberapa kali ke Wall Street yang menempatkan bursa saham New York dengan menjerit: "Adakah ini rupa demokrasi."

Menurut seorang penunjuk perasaan, Jesse Wilson: "Apabila semua wang skim penyelamat dibelanjakan untuk bonus dan setiap kakitangan berasa marah, tetapi tidak ada seorang pun yang melakukan sesuatu kerana tiada seorang pun yang beranggapan mereka boleh melakukannya."

"Sudah tiba masanya untuk kita datang bersama bagi menyedari kita berada dalam satu pergerakan massa," tambahnya.

Beberapa poster yang dibawa para penunjuk perasaan itu membawa mesej kapitalisme itu adalah jahat. - Agensi

Polis diminta tingkat usaha kawal jenayah ragut

Posted: 02 Oct 2011 08:45 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA, 3 Okt: Penduduk Kawasan Taman Sri Sentosa melahirkan kebimbangannya apabila kes ragut semakin meningkat di kawasan ini yang sekaligus boleh meragut nyawa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, dengan berbagai aduan rakyat yang diterima, beliau mengeluarkan surat permohonan kepada Ketua Balai Polis Petaling, di Balai Polis Sri Sentosa, Petaling agar rondaan dipertingkatkan di sekitar kawasan itu.

(Nurul bercakap dengan para pegawai polis Sri Sentosa)

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak polis harus meningkatkan usaha operasi pengawalan secara berkala bagi mengurangkan kadar jenayah terutamanya kes ragut yang kerap kali berlaku di kawasan tersebut.

Menurutnya berdasarkan aduan yang diterima oleh masyarakat setempat baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Lembah Pantai, pihaknya mendapati kadar jenayah terutamanya kes ragut kembali meningkat.

"Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk di sini terutamanya golongan wanita, saya harap pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak berlaku perkara yang diingini," katanya.

Katanya lagi, masalah keselamatan yang kerap berlaku sekarang adalah kes ragut, terutamanya berdekatan kawasan Gereja Methodist, Jalan Sri Sentosa 12, berhadapan Tokong Cina dan ini menyebabkan penduduk di kawasan berkenaan sentiasa hidup dalam kerisauan dan ketakutan.

Beliau berpendapat, anggota polis seramai 106,000 anggota untuk kawasan ini tidak mencukupi kerana 41 peratus di pertanggungjawabkan ke tugasan pengurusan pentadbiran.

Manakala 9,000 orang ditugaskan ke jabatan siasatan jenayah.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan menegaskan, yang wajib dilakukan adalah pemfokusan tugasan polis ke arah siasatan jenayah; ini memungkinkan peningkatan tangga gaji anggota polis, dengan kualiti dan profesionalisme yang dinantikan rakyat.

"Anggota polis perlu mengadakan rondaan dengan lebih kerap ke kawasan panas yang menjadi tumpuan peragut kerana pada tahun lepas pernah terjadi insiden sehingga meragut nyawa penduduk disitu, bukan sekali dua tetapi acapkali jenayah ragut dilaporkan berlaku dikawasan terbabit tanpa mengira waktu,"katanya kepada media kelmarin.

harakahdaily/-

K'jaan S'gor cabar MCA debat isu premium tanah

Posted: 02 Oct 2011 08:30 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Selangor hari ini mencabar MCA Selangor berdebat mengenai sistem baru pembaharuan pajakan kediaman yang digunapakai di negeri itu baru-baru ini.

Setiausaha politik kepada menteri besar, Faekah Husin (kiri) berkata ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book telah secara membuta tuli menuduh kerajaan negeri "menipu" orang ramai berhubung pemilikan penuh rumah tanpa mengetahui apa yang beliau cakapkan.

Sebaliknya, Faekah menuduh Theng cuba untuk bercakap bagi pihak sekelompok masyarakat yang "tertekan" dengan struktur premium baru itu.

Katanya, semakan rambang yang dijalankan mendapati ribuan ekar tanah yang dahulunya diberimilik oleh kerajaan BN kepada individu dan syarikat kroni, belum menjelaskan bayaran premium walaupun sudah menjangkau 10 tahun lamanya.

"Kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan pemberimilikan tanah-tanah tersebut kerana kegagalan mereka membayar premium pada masa yang ditetapkan.

"Banyak rayuan yang diterima pejabat menteri besar kerana kebanyakan mereka mahukan kadar premium lama dikenakan. Justeru, Theng adalah jurucakap bagi kelompok "terseksa" ini," kata Faekah dalam satu kenyataan hari ini.


Faekah berkata demikian bagi menjawab dakwaan Theng semalam bahawa kerajaan negeri menafikan penduduk Selangor pemilikan penuh rumah masing-masing melalui RM1,000 skim lanjutan untuk pajakan mereka.

Theng (kanan) menuduh kerajaan negeri mengelirukan orang ramai supaya menerima skim baru itu, yang beliau sifatkan sebagai tidak lebih baik daripada lesen pendudukan sementara (TOL).

Menurut Faekah, kerajaan negeri Selangor bersungguh-sungguh membantu rakyat Selangor untuk memiliki rumah/tanah terutama mereka yang selama ini duduk merempat di negeri sendiri.

"Ini termasuk penduduk yang puluhan tahun memohon geran tanah namun di kesampingkan kerajaan terdahulu. Apabila kita membuat keputusan untuk mengeluarkan geran tanah yang sah, maka terdapat juga golongan kurang mampu membayar premium tanah pada kadar semasa.

"Justeru, kita memberi dua piliihan kepada rakyat yakni sama ada mengikut skim lama yang mana kadar premium mengikut kadar semasa tanah atau skim baru yang hanya perlu membayar RM1,000 untuk memiliki geran," jelasnya.

Menurut Faekah lagi, skim baru itu juga menetapkan jika pemilik tanah/rumah berhasrat menjual tanah tersebut, mereka perlu menjelaskan keseluruhan premium yang dikenakan.

"Ini dikira adil kerana tanah dijual pada nilai semasa dan sudah tentulah pemiliknya mampu untuk membayar premium yang ditetapkan mengikut kadar semasa. Skim ini kita gubal agar rakyat negeri ini hidup bermaruah dengan memiliki geran tanah sejajar dengan semangat Selangorku," tambahnya.

Meskipun demikian, jelasa beliau, jika rakyat melihat skim lama yang ditawarkan adalah lebih baik, mereka boleh memilih kekal dengan skim lama.

"Adakah ini dikatakan penipuan? Bukankah ini sebenarnya polisi untuk kebajikan rakyat? Sebelum Pakatan Rakyat memerintah, kita dapati banyak keputusan berkenaan hal ehwal tanah dibuat sebagai keputusan politik.

"Jika individu itu mempunyai kepentingan politik, maka mudahlah untuk mendapat tanah atau sebarang kelulusan melibatkan tanah, jika tidak jangan memasang angan-angan untuk memiliki tanah di Selangor walaupun mereka sebenarnya layak.

"Kita yakin rakyat Selangor mahukan kerajaan hari ini berlaku adil dan menjaga hakmilik negeri ini dari terus dikaut para kroni, pelobi dan jurucakap seperti Theng (kanan)," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mencabar Theng atau pemimpin BN lain
berdebat mengenai isu ini di Petaling Jaya supaya rakyat metropolitan di sana melihat sendiri wajah sebenar beliau dan seluruh kepemimpinan MCA.

"Rakyat telah jelak dengan sandiwara pemimpin hanya tahu berpaut pada isu untuk menyelamatkan karier politik dan bukannya berjuang untuk rakyat.

"Kita menuntut Theng dan MCA memohon maaf dari kerajaan negeri Selangor dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian Selangor yang telah bekerja keras dan berhempas pulas untuk menghasilkan formula murni ini demi kebaikan rakyat," katanya.

malaysiakini/-

35,000 sertai demonstrasi bantah dasar kerajaan Britain

Posted: 02 Oct 2011 07:30 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

MANCHESTER 3 Okt. – Kira-kira 35,000 orang berhimpun di Manchester untuk mengadakan demonstrasi pada mesyuarat tahunan parti pemerintah, Parti Konservatif yang mula bersidang, semalam.

Tunjuk perasaan itu dianjurkan oleh Kongres Kesatuan Perdagangan (TUC) yang menyifatkan perarakan tersebut sebagai 'alternatif untuk pekerjaan, pertumbuhan (ekonomi) dan keadilan.'

"TUC menganjurkan demonstrasi untuk menunjukkan perarakan dan perhimpunan untuk menunjukkan bantahan terhadap dasar-dasar teruk kerajaan terhadap pembekuan bajet, penjimatan dan perubahan ke atas perkhidmatan awam.

"Dasar-dasar itu menyebabkan peningkatan kadar pengangguran, taraf hidup menurun dan kelembapan ekonomi," katanya. - AFP

TERAS tolak kuota rumah b'putera disemak semula

Posted: 02 Oct 2011 07:15 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menolak gesaan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) supaya peruntukan kuota bumiputera disemak semula kerana mendakwa ia antara punca utama pemaju menanggung kerugian.

Sebaliknya, presiden TERAS Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kuota bumiputera masih perlu dipertahankan pada kadar minimum 30 peratus dan sebarang semakan hendaklah dilakukan berdasarkan kajian semula kuota yang masih belum terjual.

"TERAS sangsi terhadap kenyataan bahawa ada unit yang tidak terjual kerana ada juga aduan bahawa bila ada pembeli bumiputera yang hendak membeli unit berkenaan, pemaju mendakwa unit bumiputera sudah habis dijual," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Azmi juga membidas presiden REDHA Datuk Seri Michael KC Yam yang mendakwa unit rumah kuota bumiputera kurang diminati pembeli bumiputera sendiri kerana ia hanya boleh dijual kepada pembeli golongan itu sahaja, yang sekali gus menyukarkan mereka mendapatkan pembeli pada masa depan.

Katanya, dakwaan itu perlu dibuktikan dengan fakta.
Diskaun bumiputera

"Beliau tidak boleh secara rambang membuat dakwaan tersebut kerana ia bukan suatu realiti umum yang berlaku. Golongan bumiputera tidak membeli kuota bumiputera berdasarkan dakwaan tersebut.

"Kebanyakan mereka sememangnya mahu membeli kuota bumiputera kerana diskaun yang ditawarkan.

"REHDA tidak boleh hanya menimbangkan keuntungan pemaju untuk meminta kuota bumiputera disemak semula," katanya.

Azmi juga menuntut REHDA mengeluarkan maklumat secara terbuka mengenai jumlah dan lokasi di mana unit kuota rumah bumiputera didakwa masih belum terjual .

Dalam kenyataan akhbar itu, TERAS juga mempersoalkan kewajaran pengumuman REDHA berhubung unjuran harga hartanah akan meningkat sehingga 20 peratus dalam separuh kedua 2011. Kenaikan itu dikatakan berpunca daripada kenaikan harga bahan binaan dan kos pembinaan.

"TERAS mempersoalkan apakah pengumuman kenaikan harga rumah akan meningkat ini telah mendapat pertimbangan pihak kerajaan. Walaupun harga rumah tidak dikawal namun trend harga rumah berdasarkan harga bahan binaan masih berada dalam kawalan kerajaan.

Tidak yakin

"Oleh kerana isu perumahan adalah isu asasi terutama untuk kebanyakan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah maka kesan kenaikan yang diumumkan itu perlu mendapat perhatian dan tindakan kerajaan," katanya lagi.

Menurut Azmi, REHDA tidak boleh dibiarkan membuat keputusan hanya berdasarkan kehendak pemaju.

"Harga batu bata, besi, simen dan pasir sepatutnya berada dalam kawalan kerajaan dan kenaikan tidak boleh berlaku secara wewenang.

"TERAS mempersoalkan apakah benar ia suatu kenaikan yang rasional atau hanya akibat spekulasi pemaju dan dengan sebab itu semua bahan binaan naik harga." katanya.

Menurutnya, alasan kekurangan tenaga kerja yang dijadi alasan juga harus disemak oleh pihak berkuasa.

"TERAS tidak yakin bahawa kekurangan tenaga benar-benar berlaku kerana setakat ini belum kedengaran kerajaan mengumumkan sebarang langkah menghadkan tenaga kerja luar dalam sektor binaan.

"Oleh kerana itu REHDA perlu menjelaskan berapa kekosongan tenaga kerja yang diperlukan dan secara khusus dalam aspek kerja apa," katanya.

MALAYSIAKINI/-

NGO: 75 peratus tentera kesempitan hidup

Posted: 02 Oct 2011 07:00 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

Hampir 75 peratus dari anggota tentera dan bekas didakwa hidup dalam kesempitan hidup dan menghadapi tekanan emosi, kata presiden Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar.

Selain itu, katanya lagi, masalah kewangan semasa dan masa depan yang kabur menghantui mereka sepanjang perkhidmatan.

"Terdapat sebilangan besar anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan melalui ikhtiar hidup buntu dan ramai menumpang teduh di rumah pusaka atau tinggal menumpang kepada saudara mara terdekat," katanya.

Selain itu, Mohd Nazari juga mendakwa ganjaran gaji bulanan yang diperolehi khususnya oleh anggota tentera lain-lain pangkat (LLP) tidak setimpal dengan beban tugas, lebih-lebih lagi dengan harga barangan keperluan asas yang semakin mahal.

"Kebajikan yang ala kadar menjadikan kehidupan mereka menderita hampir sepanjang tempoh dalam kerjaya mereka khususnya bagi anggota lain-lain pangkat yang kerap ditugaskan di lokaliti terpencil berhampiran perbatasan yang daif dengan prasrana.

Sehubungan itu, beliau yang mengetuai NGO tentera - Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) malam tadi menyerahkan memorandum kepada Pakatan Rakyat.

Memorandum itu sebagai memohon bantuan agar kebajikan anggota tentera dan veteran yang telah berkhidmat mempertahankan negara dari anasir luar diperjuangkan jika pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.

Memorandum itu diserahkan oleh Mohd Nazari Mokhtar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Subang Jaya di Serdang Jaya jam 9.30 malam yang hadiri kira-kira 300 orang termasuk bekas tentera.

Antara pemimpin Pakatan yang turut hadir, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, setiausaha oolitik menteri besar Selangor Faekah Hussin, ahli jawatankuasa PAS Pusat Mazlan Aliman dan pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman.

alam memorandum itu, Mohd Nazari berkata berdasarkan Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) bertarikh 29 Ogos 1973, setiap anggota tentera dan isteri dijanjikan hak memohon 20 ekar tanah pertanian dan dua tapak perumahan dari kerajaan melalui Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bagaimanapun, dakwanya yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hampir 28 tahun - berdasarkan rekod Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Kementah "tidak sampai 100 anggota tentera yang berjaya memperolehi tanah yang dimaksudkan dengan rekod yang sangat menjengkelkan".

Dakwanya lagi, kehidupan askar yang sentiasa berada di perbatasan sama ada di darat, laut atau udara menyebabkan kesukaran mereka meninjau perolehan tanah untuk dipohon. Ini diburukkan lagi dengan faktor birokrasi dari pejabat tanah tempatan yang menyumbang kepada kegagalan permohonan mereka.

"Termaktubnya PMAT 1973 yang memberi keistimewaan perolehan tanah ini telah tidak diurustadbir dengan cekap malah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan.

"Akibatnya, hampir 150,000 tentera yang telah menamatkan tugas bakti kepada negara dengan jayanya sejak 1973, tetapi hak keistimewaan ini telah dibiarkan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang usaha dari kementerian bertanggungjawab.

"Ini adalah pencabulan hak asas kehidupan mereka sekeluarga untuk mendapatkan peluang memiliki tanah perumahan dan pertanian yang termaktub dalam akta dan diluluskan oleh kabinet," kata Mohd Nazari dalam memorandum itu.

Beliau yang juga timbalan yang dipertua PAS Tenggara, Johor berkata walaupun ada usaha veteran tentera menyuarakan masalah perkara itu melalui kumpulan atau persatuan tetapi keluhan mereka itu disifatkannya sebagai "anjing menyalak bukit".

Oleh sebab itu, Mohd Nazari mendakwa sebilangan besar pegawai dan anggota LLP ini "bercita-cita besar" untuk menamatkan perkhidmatan berdasarkan peraturan "semata-mata untuk merasai hidup tanpa tekanan, bebas dari ancaman undang-undang tentera dan adat resam budaya penjajah" yang masih menjadi amalan tradisi tentera.

Sehubungan itu, bagi merealisasikan tuntutan tersebut, beliau mencadangkan lapan resolusi utama pemerkasaan kebajikan dan sosio-ekonomi anggota dan bekas tentara jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam tempoh 100 hari .

Lapan resolusi tersebut dibacakan oleh Mohd Nazari, antara lain memperkasakan NGO itu di bawah kerajaan pusat dan negeri serta bertanggungjawab memberikan khidmat nasihat kepada kebajikan untuk mempastikan khidmat balas jasa dan kebajikan veteran Angkatan Tentera (ATM) dan tanggungan.

Tujuh resolusi lain adalah:-

Mengambil alih dan memperkemaskan dasar dan urustadbir Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Syarikat Perumahan Angkatan Tentera (SPAT).

Memberikan keutamaan kepada kebajikan tentera, veteran, balu-balu dan anak-anak yatim tentera khususnya dalam pemilikan tanah Felda Plantation dan rumah mesra rakyat.
Melaksanakan bantuan pendidikan sepanjang hayat secara percuma kepada tentera, balu dan tanggungan mereka.

Memberikan rebet 50 peratus untuk bayaran api dan air bagi setiap premis kediaman kepada tentera dan bekas tentera sepanjang hayat.

Pelarasan kenaikan gaji dan pencen sebanyak RM500 sebukan kepada semua tentera dan veteran serta imbuhan khas sebanyak RM500 setiap bulan kepada bekas tentera yang tidak berpencen.

Setiap anggota tentera dan pesara tentera dikecualikan dari cukai untuk pendapatan gaji dan pencen kerajaan.

Memberikan peruntukan dana khas dan merancang plan dasar penempatan Bandar Baru Veteran yang lengkap dengan prasarana latihan medan tempur untuk bekas tentera agar ketrampilan kepakaran semasa berkhidmat dapat dikekalkan.

Ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Mohd Nazari berkata sejak ditubuhkan pada 18 Julai lalu, jumlah anggota tentera yang menyertai NGO itu setakat ini mencecah kira-kira 2,900 orang, khususnya dari Johor dan Perak

Katanya, selepas ini pihaknya akan menjelajah dan memberikan penerangan di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

malaysiakini/-

Kandid Majlis Pecah Tanah KPDA - Koleksi 2

Posted: 02 Oct 2011 06:45 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Lagi sebahagian foto kandid yang sempat dirakamkan minggu lalu. " SEKARANG, SIAPA SAJA MAMPU BERWAKAF "





10,000 peluru berpandu Libya hilang, AS bimbang besar !

Posted: 02 Oct 2011 06:30 PM PDT


5 Zulkaedah 1432H. [MOD] - BERLIN - Pegawai kanan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mendedahkan kepada media Jerman hari ini, bahawa sekurang-kurangnya 10,000 peluru berpandu di Libya hilang, sekali gus melahirkan kebimbangan sekiranya peluru tersebut jatuh ke tangan kumpulan militan al-Qaeda.

Akhbar Der Spiegel melaporkan, Laksamana Giampaolo di Paola, yang mempengerusikan jawatankuasa yang terdiri daripada ketua-ketua ketenteraan (NATO), melahirkan kebimbangan berhubung isu tersebut ketika mengadakan taklimat rahsia untuk ahli Parlimen Jerman pada Isnin lalu.

"Peluru berpandu tersebut mungkin berada di negara lain atau jatuh ke pihak yang salah. Kehilangannya boleh memberi ancaman serius kepada operasi penerbangan awam," katanya. - AFP

Kandid Majlis Pecah Tanah KPDA - Koleksi 1

Posted: 02 Oct 2011 06:17 PM PDT

5 Zulkaedah 1432H. [MOD] - Paparan lengkap berita majlis tersebut akan dimuatkan di dalam Advertorial Khas Harakah edisi cetak keluaran 7 Oktober akan datang.





MTD N24 Bemban

Posted: 02 Oct 2011 09:38 PM PDT

MTD N24 Bemban


KORBAN BERJAMAAH PAS CAWANGAN AYER PANAS @ PASTI AS SALAM

Posted: 02 Oct 2011 08:28 PM PDT

Assalamualaikum wrth,

Kepada,
Peserta Korban Tahun 2010,bakal peserta korban 2011,ibubapa/penjaga murid PASTI As Salam,ahli PAS Cawangan Ayer Panas,penduduk Kampung Ayer Panas dan muslimin muslimat
Sukacita kami pihak pengurusan PASTI As Salam dengan kerjasama PAS Cawangan Ayer Panas akan meneruskan program tahunan ini pada Aidiladha yang akan datang.
Selain dari beramal  program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan ukuhwah sesama kita dan juga bagi mengisi tabung  bagi membiayai persekolahan murid-murid PASTI As Salam. Insyallah pada tahu ini sudah 9 tahun program ini berjalan dan mendapat kerjasama dari yang terlibat
Penyertaan adalah terbuka, (tahun2 yang lepas peserta dari Singapura adalah peserta tetap program)dengan itu kami mempelawa kepada individu yang berminat untuk menyertai program ini agar berhubung dengan setiausaha dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.
Bagi mengetahui ataupun melihat program pada tahun-tahun yang  telah lepas tuan boleh melayari facebook.com/media/set/?set=a.1335278441548.43832.1818699851&type=1,
http://mtdn24bemban.blogspot.com/search/label/Pasti%20As-Salam ataupun berhubung terus dengan pengerusi (Ustaz Jumary Jaafar) dan AJK yang lain.
(Satu bahagian lembu RM 400)


PAS Negeri Sembilan

Posted: 02 Oct 2011 09:14 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


10 kes pecah rumah setahun

Posted: 02 Oct 2011 03:26 AM PDT



10 kes pecah rumah setahun
Sinar Harian 2 Okt 2011

RASAH – Perasaan resah menyelubungi penduduk Taman Seremban 3, di sini berikutan kejadian pecah rumah di kawasan itu yang semakin membimbangkan, sejak setahun lalu.

Difahamkan, pada tahun ini saja, lebih 10 kes pecah rumah dan kedai dilaporkan berlaku di kawasan terbabit menyebabkan penduduk khuatir keselamatan mereka mula terancam.

Penduduk, Mohd Syuhaimi Sudin, 30, berkata, keretanya nyaris dilarikan pencuri ketika mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur, Jun lalu.

"Kami terkejut dan terjaga daripada tidur apabila mendengar penggera kereta tiba-tiba berbunyi, kira-kira jam 3 pagi.

"Saya bergegas bangun dan berlari keluar dari rumah. Saya ternampak tiga lelaki cuba melarikan kereta yang diletakkan dalam kawasan pekarangan rumah yang berpagar," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Mohd Syuhaimi, tiga suspek terbabit seterusnya melarikan diri sebaik sahaja dia menjerit meminta tolong.

"Walaupun kereta saya gagal dibawa lari, kejadian berkenaan menyebabkan isteri saya trauma sehingga hari ini," katanya.

Seorang lagi penduduk, Zainal Abidin Hamzah, 39, berkata, salah seorang jirannya hilang pelbagai barangan berharga setelah rumahnya dimasuki pencuri, baru-baru ini.

Katanya, jirannya berada di dalam bilik ketika kejadian dan sedar rumahnya dimasuki pencuri, namun hanya dapat mendiamkan diri kerana bimbang penjenayah bertindak ganas.

"Memang kami tidak dapat tidur lena pada waktu malam kerana bimbang rumah kami pula bakal jadi sasaran pencuri yang seterusnya.

"Lebih dibimbangi, penjenayah mungkin bersenjata dan tidak teragak-agak mencederakan atau mengancam nyawa kami," katanya.

Sementara itu, bagi S Ganesan, 38, berkata, dia dan jiran-jiran di taman perumahan berkenaan terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah masing-masing.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, pihak polis akan menyiasat dan meningkatkan rondaan di sekitar Taman Seremban 3.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9592470.asp

PAS Kawasan Miri

Posted: 02 Oct 2011 08:13 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Pemimpin BN Harus Bersifat Terbuka Dan Berfikiran Positif

Posted: 02 Oct 2011 02:54 AM PDT

Pemimpin BN Jangan Takut Teguran Pembangkang
Gambar Hiasan Diluar Pekarangan Hospital Miri

Pemimpin BN Jangan Takut Teguran Pembangkang
Miri - Kenyataan YB Lee Kim Shin dalam Utusan Borneo bahawa Projek kerajaan tiada kaitan kritikan pembangkang. Ini menunjukkan bahawa pemimpin BN (Barisan Nasional) sukar untuk menerima kritikan dari pembangkang untuk kebaikan semua tanpa mengira fahaman politik.
Perkara ini sepatutnya tidak berbangkit kalau pemimpin BN ikhlas membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik. Kalau pembangkang memberi pandangan atau teguran bukan bermakna untuk menyusahkan kerajaan tetapi lebih kepada tujuan agar setiap projek kerajaan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna tepat pada waktunya tanpa ada unsur-unsur pembaziran atau rasuah. Sikap wakil pemimpin BN yang tidak mahu mengaku kelemahan serta menunjuk keangkuhan akan menjauhkan orang ramai untuk berkerjasama dengan kerajaan. Kebanyakan pemimpin begini mungkin mereka lupa bahawa gaji serta elaun yang mereka terima sebagai wakil rakyat adalah hasil dari duit pembayar cukai bukannya dari poket BN sendiri.
Masalah kemudahan di hospital Miri bukan sebulan dua ini tetapi sudah lama berlarutan dah bertahun-tahun berlaku,apabila pembangkang menyuarakan masalah rakyat mengapa pemimpin BN melenting? Sepatutnya mereka berusaha untuk memperbaiki kelemahan projek kerajaan tersebut. Semua masalah yang dikemukakan oleh pembangkang adalah hasil dari aduan rakyat bukan direka-reka dari pembangkang sendiri. Pembangkang hanya meluahkan perasaan rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu masalah yang mereka hadapi.
Diantara contoh lain ialah kemudahan tempat orang Islam mendirikan solat di hospital Miri. Kalau yang ada sekarang pun hanya sebuah bilik yang terlalu kecil untuk solat berjamaah dimana jamaah lelaki dan perempuan terpaksa berkongsi tempat untuk bersolat. Kalau boleh pihak hospital atau pihak kerajaan dapat membina sebuah surau untuk pekerja Islam dan juga pelawat Islam di hospital tersebut agar mereka dapat dirikan solat berjamaah dengan selesa tanpa perlu jamaah lelaki dan perempuan berkongsi tempat dalam satu masa maksudnya bilik solat perempuan dan lelaki diasingkan.
Diharap perkara ini dapat diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan samada projek ini sudah dalam perancangan atau belum yang penting kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan. Jangan marahkan pembangkang apabila sesuatu isu dikeluarkan yang penting laksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk semua tanpa mengira fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version
BN Leaders Should Not Fear the Opposition's remarks
YB Lee Kim Shin statement in the 'Utusan Borneo' alleged that the government Project has nothing to do with the Opposition criticism. This showed that BN (Barisan Nasional) leaders are difficult to accept criticism from the opposition for the good of all irrespective of political affiliation. This case should not rise up if the BN leaders sincerely help people regardless of political affiliation.
If the opposition give the remark or criticism is not meant that to burden the government but more to ensure that the government project can be done well on time without any elements of misuse or corruption. The attitude of the BN leaders who do not want to admit its weakness and arrogance will alienate people to cooperate with the government. Most of the leaders behave like this maybe they forget that wages and allowance they receive as an elected representative is from the taxpayers money and not from the pockets of the BN itself.
Miri hospital facility problems are not a month or two but this has been prolonged, the entire problems raise by the opposition is the result of the complaints of the people and not created from his own dissident, when the opposition voice out the people problems why they should be bouncy? The BN leaders should improve the weakness of the government project. The opposition only express dissatisfaction of the people who face problems.
Among other examples are facilities for Muslim prayers at the Miri Hospital. The current one is only a small room for prayer and mixed between men and women. If possible, the hospital or the government can build a proper prayer room (surau) for Muslim workers and visitors at the hospital to perform their congregational prayers in comfort without having sharing one room for men and women at the same place on the same time, This mean that should be separated prayer rooms for men and women.
It is hoped that this matter can be taken seriously by the government whether this project has been in the design or not but the important is the virtue of the people should be given primacy. Do not irritated with the opposition on an issue the important is to perform essential duties of the elected representatives to all irrespective of political affiliation.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 02 Oct 2011 07:36 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Banyak Isu Tanah Diselesai

Posted: 02 Oct 2011 08:07 AM PDT


Jawatankuasa selesai isu tanah

ALOR SETAR - Penubuhan jawatankuasa tanah peringkat daerah tahun lalu, yang dipengerusikan pegawai daerah adalah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah mengenai tanah di negeri ini.

Ahli Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, semua permohonan pemilikan tanah akan diproses oleh jawatankuasa terbabit sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri.

"Justeru, pemohon boleh mengemukakan permohonan kepada jawatankuasa berkenaan, tetapi keutamaan adalah kepada peneroka yang sudah lama mengusahakan tanah terbabit dan bukannya peneroka baru.

"Ini cara kita membantu mereka dengan mewujudkan dasar yang sebelum ini tidak ada di bawah kepemimpinan terdahulu, bagi memudahkan proses dijalankan.

"Jika tiada masalah, permohonan mereka akan diluluskan," katanya mengulas mengenai 80 penduduk kampung di Kuala Nerang yang menuntut janji Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu tanah di kawasan itu.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa tiada permohonan yang sampai kepada Kerajaan Negeri sehingga hari ini.

Beliau sehubungan itu meminta pemohon yang terlibat merujuknya dengan pejabat tanah di kawasan masing-masing.

"Saya tidak mempunyai butiran mengenai status tanah berkenaan, tetapi jika ia berkaitan dengan tanah Jabatan Hutan negeri atau mana-mana pihak, ia perlu mendapat kelulusan mereka terlebih dahulu.

"Kita berjanji untuk membuat satu dasar bagi membolehkan penduduk yang sudah lama menerokai tanah berkenaan mendapat hak milik, dan Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji itu," katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, 80 penduduk di kawasan Sebapin, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, yang menjadi peneroka sejak 1983, mendakwa Kerajaan Negeri gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk membantu menyelesaikan isu membabitkan 80 hektar tanah di kawasan terbabit.- Warta Darul Aman.




N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 02 Oct 2011 07:34 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Selamat Menduduki PMR 2011 Daripada ADUN Sura

Posted: 02 Oct 2011 09:32 AM PDT

DUNGUN 2 Oktober, Ahad - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan PMR 2011 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 4 hingga 11 Oktober, 2011.

(Gambar - Adik Fatin Syahirah Binti Osmiray (8A), pelajar dari SMK Sultan Omar di antara yang pernah menerima sumbangan penghargaan daripada ADUN Sura kerana kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR)

Menurut kenyataan akhbar Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, seramai 481,147 orang calon telah mendaftar untuk menduduki PMR  pada tahun ini di 3,521 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara. Seramai 35,190 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.


" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang, jadikan kejayaan PMR sebagai langkah awal untuk mencipta kejayaan di peringkat SPM akan datang, insyaAllah ", katanya.

# sila lihat Tarikh Peperiksaan Awam 2011 di ruangan Notis blog ini.

Rembau Hari Ini

Posted: 02 Oct 2011 07:06 PM PDT

Rembau Hari Ini


Risiko terjatuh dalam saliran

Posted: 02 Oct 2011 03:25 AM PDT



Risiko terjatuh dalam saliran
Sinar Harian 2 Okt 2011

REMBAU – Rata-rata penduduk kampung yang sering melalui laluan di Kampung Chembong Halt menuju ke beberapa laluan keluar ke Chembong, Pedas dan Rembau, dekat sini gusar apabila tidak terdapat sebarang pengadang diletakkan bagi laluan pembetung.

Tinjauan Sinar Harian mendapati laluan itu sememangnya sering digunakan penduduk dan ia sudah terhakis sedikit selain tidak mempunyai pengadang bagi mengelakkan pengguna jalan raya terjatuh ke saliran air.

Salah seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Zairi, 41, berkata, sekiranya tiada tindakan diambil, pengguna jalan raya yang tidak menyedari bahaya di laluan berkenaan akan terjatuh ke dalam saliran air.

Menurutnya, keadaan itu lebih membimbangkan sekiranya waktu malam kerana lokasi berkenaan agak gelap dan boleh mengundang risiko pengguna jalan raya terjatuh ke dalam saliran air terutamanya bagi yang tidak biasa dengan laluan tersebut.

"Oleh itu, saya harap agar pihak atau agensi berkaitan dapat memantau lokasi ini sekali gus mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Chik Tak Datuk Setia Amat, 67, berkata, sebelum ini, terdapat pengadang di lokasi berkenaan, bagaimanapun ianya sudah tiada setelah kerja-kerja membina pembetung dilakukan.

Katanya, keadaan itu amat berbahaya terutamanya ukuran kedalaman saliran air itu dari jalan adalah sekitar tiga meter sahaja.

"Tebing jalan di kawasan ini juga semakin terhakis terutama di bahagian bawahnya," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9591977.asp

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 02 Oct 2011 03:42 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SAYA TENTANG HUDUD SEBAB TAK SELARI DENGAN PERLEMBAGAAN

Posted: 02 Oct 2011 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP tidak ada sebarang masalah dengan PAS dalam kebanyakan isu besar kecuali soal hukum hudud, kata Pengerusinya Karpal Singh hari ini.

"Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.

"Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan," kata beliau  hari ini.

Karpal juga berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa parti itu telah bersetuju pada dasarnya dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu masing-masing pada 1999 dan 2003.
"Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud)," kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mengenai ketidakhadiran beliau pada majlis sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas semalam, Karpal berkata, beliau tidak hadir sebab kurang sihat.

"Saya telah memaklumkan ibu pejabat bahawa saya tidak dapat hadir majlis (semalam)," kata Karpal sambil menambah, beliau bukan dengan sengaja cuba mengelak majlis itu.

so  PRU 13 nie kita akan pastikan agar perlembagaan persekutuan ditukar supaya perlaksanaan hudud selari dengan  perlembagaan kelak

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 02 Oct 2011 03:42 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


DOAKAN BELIAU SELAMAT PERGI DAN KEMBALI

Posted: 02 Oct 2011 04:22 AM PDT


Syukor pada Allah dengan izinnya dan dengan kemampuan dan kekangan tanggungjawab beliau akhirnya panggilan Kaabah menjelma. Sdr Zakaria bin Awang dan isteri yang disayangi telahpun bertolak ke Mekah 2 Oktober . Dengan kesukaran yang dilalui beliau terus aktif dalam PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 dan kini telah mengetuai PAS Cawangan Kesumba di Bukit Beruntung.
Sama-sama kita doakan beliau dan isteri akan sentiasa dalam keadaan sihat dan perlindungan Allah. Semoga di sana Allah sentiasa menganugerah beliau dengan kebaikan dan ibadah yang diterima Allah.Mudahan mendapat haji mabrur...aminnnn.
Ketua PAS Cawangan Bukit Sentosa 2, Timbalan dan ajk serta ahli merakamkan tahniah kerana beliau adalah yang dipilih Allah untuk menemuinya di Baitullah.

FENOMENA 60 TAHUN PAS DARI BUKIT SENTOSA 2 KE KEPALA BATAS

Posted: 01 Oct 2011 01:17 PM PDT



Banner di Kepala Batas

Singgah masjid berdekatan yang cantik dan canggih persediaan maghrib di Dewan Milineum dan seterusnya solat hajat beramai-ramai.

Wah ! Izan , kamu pun sempat bersalam dan kami jelaskan dari rombongan PAS Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung dari PAS Kawasan Hulu Selangor.

Abg Mat Sabu datang awal pada 30 September melihat persiapan dan kami ambil kesempatan.

Timbalan Presiden PAS menjadi buruan peminat dan penyokong yang ingin bergambar dengan pejuang yang telah mencelikkan rakyat dan pakar sejarahwan Malaysia.

T-shirt PAS Ulang tahun 60 sebagai kenangan dan ole-ole.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 02 Oct 2011 01:38 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Oi Hamidah! Usah desak orang lain, hang tu pun orang Islam jugak kan?

Posted: 02 Oct 2011 12:21 AM PDT


WarkahDaily – Apasal la pelik sangat manusia zaman sekarang ni, mengaku Islam, nama pun nama Islam tapi tak mahu laksanakan perintah Allah.

Lepas tu duk sibuk desak orang lain pulak duk laksanakan perintah Allah tapi diri sendiri bagaimana? Kan bahlul namanya tu.

Dilaporkan, ketua Penerangan Wanita Umno pusat, YB Dato Hamidah Osman (gambar) dengan sinis menggesa agar MB Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud bukan sahaja di negeri Kelantan malah di semua negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) termasuk Kedah, Pulau Pinang, Selangor bagi menampakkan kesepakatan dalam PR.

"Sudah sampai masa rakyat mahu melihat perlaksanaan hukum Hudud disegerakan bukan hanya sekadar bercakap kosong.

"Jika terbukti Nik Aziz sudah bersedia, segeralah laksanakan bukan sahaja di negeri Kelantan malah disemua negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat," sinis Hamidah.

Eh..eh..kenapa hang sibuk dengan PR pulak Midah? PAS Kelantan sudah memperjuangkan pelaksanaan hukum Hudud ni dah 20 tahun dah, namun ianya disekat kerajaan Barisan Nasional (BN). Tapi hang pulak bagaimana, bila nak jadi orang Islam yang betul-betul taat dengan perintah Allah?

Kemudian, kenapa tak desak negeri-negeri yang diperintah Umno-BN pun melaksanakan hukum Allah tu? Rakyat bukan hanya mahu melihat ianya dilaksanakan di Kelantan atau negeri PR yang lain, bahkan di negeri Umno-BN pun mereka nak lihat pelaksanaan Hudud juga.

Jangan desak orang je, tapi diri sendiri masih lagi bersekongkol dengan manusia yang derhaka dengan Allah.

Diri sendiri bersekongkol dengan puak-puak yang tidak suka dengan hukum Allah (Hudud), kemudian duk desak orang lain untuk laksanakan Hudud. Jadi, apa tugas kamu, apa tanggungjawab kamu terhadap hukum Allah tu? Bukan ke kamu tu orang Islam jugak yang sepatutnya turut bersama-sama bertanggungjawab melaksanakan hukum Allah?

Desakan Hamidah yang juga Adun Sungai Rapat itu dibuat selepas mengulas kenyataan yang dibuat oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mencabar Nik Aziz supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri selepas MB Kelantan itu dikatakan selalu menyalahkan Tun Mahathir yang dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan Hudud di Kelantan.

Mahathir pun satu hal, bila dah tiada kuasa, mula la terhegeh-hegeh konon tak lagi mahu dilabel sebagai orang yang menyekat pelaksanaan hukum Allah. Dah la tu nak bermuka-muka. Kalau betul Mahathir ikhlas nak tengok Kelantan laksana Hudud dan betul-betul mahu menginsafi 'dosanya' sebelum ini yang menolak hukum Allah, sepatutnya dia bersungguh-sungguh dan tekad meminta Perdana Menteri sekarang (Datuk Seri Najib) untuk membenarkan Kelantan melaksanakan Hudud.

Tapi belum apa-apa lagi, nampaknya Najib pun seolah-olah menyambung 'tugas' Mahathir untuk menyekat Kelantan melaksanakan Hudud walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyiddin nampak bermuka-muka, konon terima Hudud.

Buat Hamidah pula, jika beliau tu seorang hamba Allah yang taat, silakan desak ketuanya (Najib) untuk membenarkan pelaksanakan hukum Hudud di Kelantan, bahkan bukan Kelantan aje, atau negeri PR yang didesak oleh Hamidah aje, negeri-negeri yang diperintah Umno-BN pun, perlu melaksanakan hukum Allah itu.
Oi Hamidah! Usah desak orang lain, hang tu pun orang Islam jugak kan?

Bila UMNO Hendak Minta Maaf Kepada RAJA-RAJA MELAYU

Posted: 02 Oct 2011 12:20 AM PDT


Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu. Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang. Ketika berada keadaan lemas apa sahaja mereka akan lakukan. Jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik maka mereka akan menggunakan. Sekarang isu kononnya Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor  murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

YAB Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor. Persoalannya bila pula Umno memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu? Rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Trengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusuh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum  ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?.
Bila umno hendak meminta maaf kepada Sultan Kelantan kerana begitu biadab sehingga tergamak melantik Sultan hanya di padang Sekolah sahaja?
Mungkin pemimpin Umno lupa dan kita cuba peringatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu. Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa.

Isu Hudud, Umno Gigit Jari

Posted: 02 Oct 2011 12:19 AM PDT


Pemimpin Umno menunggu-nunggu keputusan mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dengan harapan ini adalah masa untuk melihat ikatan Pakatan Rakyat berkecai. Apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim, mengenai keputusan perbincangan. Hasilnya amat mengecewakan pimpinan Umno, kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku.

Sekarang Umno gigit jari. Mereka bersiap sedia untuk berpesta jika berlaku perpecahan di dalam Pakatan Rakyat, mengenai isu Kanun Jenayah Syariyyah di Kelantan. Sekiranya berlaku seperti yang mereka sangka tentu Dato Noh Omar mampu senyum sampai telinga, kerana peluang untuk menjadi Menteri Besar Selangor begitu cerah. Datuk Seri Najib pula akan mengistiharkan pilihanraya dengan seberapa segera. Kerana inilah peluang BN untuk terus berkuasa dan memfaraidkan khazanah negara serta meneruskan tradisi menindas rakyat.

Nampaknya hajat pemimpin BN tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemimpin PR yang mengurus krisis. Sekarang orang Islam sudah nampak tembelang Datuk Seri Najib dalam soal keazaman untuk menghayati Islam. Kenyataan tegas beliau menolak hudud adalah kerana takut kepada MCA dan Gerakan yang memberi amaran akan cabut lari daripada BN.
Timbulnya penentangan perlaksanaan hudud telah menunjukkan wajah sebenar pemimpin Umno terhadap Islam. Walaupun Datuk Seri Najib cuba mempopularkan "konsep wasatiah" sebagai langkah untuk menunjulkan imej keIslaman beliau.

Ustaz Idris Haji Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

MCA mula palu gendang perang pilihan raya...

Posted: 02 Oct 2011 12:16 AM PDT

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menggesa ahli-ahli parti itu supaya fokus untuk menumbangkan DAP pada pilihan raya umum akan datang.

mca agm 021011 newletter attacking pakatan 07Katanya, ahli MCA mesti mengambil strategi yang sama yang dilakukan oleh DAP dengan merayu kepada masyarakat Cina supaya menolak DAP kerana bersekongkol dengan PAS berhubung cadangan pelaksanaan hukum hudud.

"Sudah tiba masanya untuk menghukum PAS dengan tidak mengundi DAP," katnya dalam ucapan pada Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Kuala Lumpur, hari ini.

Tindakan itu dikatakan mungkin membawa kesan kepada DAP, seperti yang berlaku pada pilihan raya umum 1999, apabila kebimbangan yang serupa dimainkan. Ketika itu, DAP kalah teruk, apabila BN memainkan isu negara Islam yang cuba diperjuangkan oleh PAS menerusi Barisan Alternatif.

mca agm 021011 newletter attacking pakatan 04"Musuh-musuh kita bukannya rakan-rakan kita daripada kalangan anggota parti sendiri (komponen BN) sebaliknya, Pakatan Rakyat. Kita harus terus (memberi) fokus kepada objektif kita," katanya sambil berkata MCA akan terus berperanan dalam kerajaan dan menjadi suara masyarakat Cina dalam kerajaan.

Menurut Chua, MCA juga sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan muncul sebagai sebuah parti yang lebih bersatu dan stabil selepas pemilihan pucuk pimpinan parti itu pada tahun lalu.
Lebih ruang

Pada ucapannya di perhimpunan yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua turut menggesa kerajaan membuka lebih ruang untuk mendengar suara rakyat yang kini lebih lantang, aktif dengan kesedaran politik yang tinggi berbading dahulu.

mca agm 021011 01"Sebagai pemimpin, kita mestilah sentiasa bersedia untuk mendengar. Anggota politik tidak sepatutnya berpura-pura yang mereka mengetahui segala-galanya.

"Transformasi politik perlu menjangkaui kepaduan politik, politik kecam-mengecam dan politik perkauman. Kita perlu mengangkat darjat politik kita mengatasi semua ini dan membawa jalan keluar ke arah satu dimensi yang berlainan," katanya.

Menurut Chua, BN perlu merangka satu pendekatan yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semasa untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Beliau berkata aspirasi generasi muda sekarang mungkin sudah berbeza dengan aspirasi generasi terdahulu dan BN sebagai kerajaan yang memimpin negara ini bertangguungjawab untuk merangka satu dasar yang bersesuaian.

"Saya dengan ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah besar ke depan dengan menawarkan rakyat Malaysia satu pendekatan baru yang akan menjadi contoh kepada aspirasi dan harapan rakyat secara keseluruhannya.

NONE"Kepimpinan baru MCA juga ingin melihat pendekatan baru ini mendukung sebuah kerajaan yang membina dan berupaya menyatupadukan semua kaum di negara kita. Kita perlu sentiasa meneruskan langkah ke arah jalan tengah yang dapat mendekati generasi muda," katanya.

Namun begitu, menurut Chua, pendekatan baru yang dimaksudkan itu bukan satu percubaan untuk mencabar atau menulis semula kontrak sosial.

"Saya faham cadangan ini mungkin akan dikecam oleh kumpulan tertentu. Namun begitu, kita perlu merangka suatu formula yang lebih sesuai dengan peredaran zaman dan untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia," katanya.
Sikap bongkak

Sehubungan itu, presiden MCA itu mengecam segelintir pemimpin BN yang menunjukkan sikap bongkak, sombong malah menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya menerusi laman sosial untuk berkomunikasi dengan raykat.

Beliau khuatir bahawa ia akan menjadi barah dan menyebabkan kemarahan dan persepsi negatif rakyat terhadap BN dan kerajaan.

mca agm 021011 left chua soi lek and najibMengenai resolusi agar MCA tidak mengambil sebarang pelantikan dalam kerajaan sekiranya prestasi parti tidak memperlihatkan peningkatan berbanding pilihan raya umum 2008, Chua berkata ia semata-mata untuk menghormati suara pengundi iaitu MCA tidak boleh terus menjadi suara kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan daripada rakyat.

Keputusan ini tidak harus dipandang sebagai satu ugutan sebaliknya perlu dilihat sebagai menghormati hasrat pengundi.

"Adalah diharapkan, keputusan ini akan mewujudkan kesedaran lebih meluas betapa pentingnya anggota-anggota parti semua bersatu untuk memastikan kemenangan MCA pada pilihan raya akan datang kerana masa depan dan kewujudan parti ini adalah di tangan anggota-anggota sepenuhnya," katanya.

Siapa Wakil PM Tawar ADUN Bentayan Keluar DAP?

Posted: 02 Oct 2011 12:13 AM PDT


 Pihak polis digesa menyiasat dengan terperinci pengakuan pihak-pihak tertentu yang mendakwa mewakili Perdana Menteri yang menawarkan pelbagai ganjaran kepada Adun Bentayan, Gwee Tiong Hiang supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.
Siasatan terperinci pihak polis mengenai dakwaan itu amat perlu bagi mendapatkan kesahihannya kerana jika benar pihak-pihak terbabit mewakili Perdana Menteri, ia ternyata membabitkan penyalahgunaan kuasa yang amat serius dari Perdana Menteri.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee (gambar) berkata, dalam masa yang sama, Pejabat Perdana Menteri perlu menjawab dengan segera dakwaan pihak-pihak terbabit yang mendakwa mewakili Perdana Menteri.
Menurut beliau, sekiranya mereka berbohong atau menipu, tindakan keras perlu dikenakan terhadap pihak-pihak terbabit kerana melakukan kesalahan besar menyamar sebagai wakil kepada Perdana Menteri. Katanya, Pejabat Perdana Menteri tidak seharusnya mengambil masa yang lama untuk menjawab perkara itu kerana ia merupakan perkara amat serius yang membabitkan kepentingan negara.
"Sekiranya benar pihak-pihak terbabit itu mewakili Perdana Menteri, Perdana Menteri perlu didakwa oleh Peguam Negara kerana telah menyalahgunakan wang kerajaan untuk kepentingan politiknya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Adun Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa beliau telah ditawarkan oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa mewakili Perdana Menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas. Dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur, beliau menjelaskan, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.
Menurutnya, seorang lelaki yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September lalu dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.
Pada sidang akhbar itu, Adun yang mewakili salah satu kerusi dalam Parlimen Bakri, Muar, Johor itu turut mendedahkan trankrip rakaman perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' terbabit. Katanya, 'ejen' tersebut yang mendakwa mewakili Perdana Menteri berkata, wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.
Pada sidang akhbar itu juga, Gwee turut memperdengarkan satu lagi rakaman perbualan antara beliau dan pihak terbabit dalam bahasa Mandarin pada 30 September lalu. Menurut Tony, pendedahan yang dibuat oleh Gwee itu sememangnya sesuatu yang serius yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak terbabit.
Tindakan pihak terbabit itu, tegas beliau, adalah satu tindakan yang amat tidak berintegriti dan tidak beretika, tetapi pernah dilakukan oleh pihak tertentu sebelum ini untuk mempengaruhi beberapa orang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat termasuk dari DAP, termasuk yang berlaku di Perak.
"Tetapi saya yakin, wakil-wakil rakyat dari DAP yang berada dalam DAP sekarang mempunyai pendirian yang teguh, sama seperti Gwee, yang tidak akan terpengaruh dengan tawaran sedemikian," katanya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Selain wakil-wakil rakyat dari DAP, beliau juga yakin wakil-wakil rakyat yang berada dalam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat sekarang termasuk dari PAS dan PKR tidak akan terpengaruh dengan tawaran-tawaran istimewa dari pihak tertentu supaya mereka keluar dari Pakatan Rakyat.

Bantah Hudud, Hak Bukan Islam -Presiden PAS

Posted: 02 Oct 2011 12:12 AM PDT


SEBAHAGIAN daripada kepimpinan dan ahli Pas pada sambutan Ulang Tahun Ke-60 Pas di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.
 Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.
Jelas Abdul Hadi (gambar), PAS telah melaksanakan kewajiban untuk melaksanakan undang-undang syariah Islam dengan menggubal Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 walaupun ia tidak dapat dikuatkuasakan.
"Kita telah tunaikan tanggungjawab kita di negeri, rakan-rakan bukan Islam tidak bersetuju, itu hak mereka... kita tak boleh halang.
"Orang Islam mempunyai tanggungjawab, jika ada masalah semua pihak perlu selesaikan masalah dan PAS sedia untuk selesaikan masalah ini," kata beliau pada Rapat Umum Perdana sempena Kongres Sambutan 60 Tahun PAS di sini malam tadi.
Minggu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
Kata Mursyidul Am PAS ini, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.
Rabu lalu, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.
Walaupun agak sukar untuk dilaksanakan, namun Nik Aziz masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, undang-undang jenayah syariah perlu dilaksanakan kerana ia adalah tuntutan agama dan bukan kehendak PAS.
"Ini tanggungjawab Islam, bukan PAS... ini tanggungjawab orang Islam seluruhnya. Ini adalah undang-undang Allah.
"Jadi tanggungjawab PAS ialah kita bersedia untuk berbincang secara ilmiah dengan semua pihak bukan polemik Utusan Malaysia yang bebal," katanya.
Hadi turut melahirkan rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang cuba mempermainkan ajaran Islam.
"Mereka permainkan hukum Allah, mempermainkan hukum Allah boleh jadi murtad. Orang Islam tidak boleh main-main dan PAS tidak akan bermain-main dalam hal ini.
"Kita telah tunaikan kewajiban dan tanggungjawab kita walaupun ada yang kata kita main-main, Islam tidak pisahkan politik dan agama kerana politik bukan main-main tapi sungguh-sungguh," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tetap mempertahankan pendirian parti itu untuk menolak hukum hudud.
"Pendirian DAP jelas, kita tidak setuju dengan hudud, Umno pun tidak bersetuju... DAP tidak setuju, Umno juga tidak setuju tapi itu tidak bermakna kami tidak bekerjasama.
"Hudud kita tidak setuju tapi kita banyak persamaan dengan PAS, kita menentang perkara yang kita tidak bersetuju tapi kita setuju banyak perkara lain," katanya.

Skandal Seks Di Pejabat ADUN Kota Anggerik?

Posted: 02 Oct 2011 12:11 AM PDT

Dakwaan skandal di pejabat adun Kota Anggerik Shah Alam

ADUN Kota Anggerik Yaacob Sapari menafikan berlakunya 'skandal' di pejabatnya di Seksyen 9 Shah Alam seperti yang didakwa oleh sebuah blog pro-Umno.

"Jadi saya mengutuk sekeras-kerasnya fitnah lucah ini yang diusahakan oleh mereka, sepatutnya kita bersaing secara sihat dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat, bukannya melakukan aktiviti seperti ini.

"Bagi saya ini bukan serangan kali pertama oleh blogger pro Umno terhadap pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dituduh dengan perkara yang lucah sebegini," katanya dalam temuramah dengan TVSelangor.

Menurut Yaacob, susun atur di ruang pejabat DUN Kota Anggerik jauh berbeza dengan klip video lucah yang bertajuk 'Skandal Dalam Pejabat ADUN Kota Anggerik Shah Alam' itu. Klip video itu memaparkan aksi sumbang seorang wanita bertudung dengan seorang lelaki kononnya di pejabat DUN Kota Anggerik.

Adun Kota Anggerik Yaacob Sapari
Beliau berkata klip video itu menunjukkan lokasi dan dekorasi dalaman pejabat yang jauh berbeza dengan pusat khidmatnya.

"Susun atur dalam video itu sama sekali tidak sama dengan susun atur yang ada dalam pejabat ini, gambar gadis yang ditonjolkan dalam video itu juga tidak sama dengan staf saya," katanya.

Manakala itu, pembantu tadbir pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip bertarikh 19 September itu adalah dirinya kerana pada tarikh berkenaan beliau tiada di pejabat kerana cuti sakit.

"Kebetulan pada hari itu saya bercuti kerana sakit, saya ada bukti surat cuti sakit, pada hari itu hanya seorang kakitangan sahaja yang ada di pejabat.

Pembantu Tadbir Pejabat DUN Kota Anggerik, Norlela Idris"Saya juga menafikan sekeras-kerasnya wanita didalam klip itu adalah diri saya kerana saya adalah satu-satunya staf perempuan yang berkhidmat disini, mingkin kerana ingin mengenakan YB (Yaacob), sekaligus cuba mengaitkan stafnya sekali," katanya dengan nada kesal.

Sebelum ini PKR Shah Alam telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.

Lambakan Cerita Hantu Dr Mahathir Cabar Rais?

Posted: 02 Oct 2011 12:10 AM PDT

HALAMAN HIBURAN
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sepatutnya akur dan ambil perhatian kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dr Mahathir berkata, lambakan cerita hantu yang ditayangkan di televisyen dan menerusi filem ketika ini boleh menggalakkan kepercayaan karut yang tidak membantu membina masyarakat berproduktif, termasuk menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Beliau berkata lambakan cerita hantu yang berasaskan mitos banyak menyumbang kepada serangan histeria di kalangan pelajar perempuan Melayu. "Filem dan drama televisyen memaparkan kisah hantu hanya menggalakkan kepercayaan tahyul yang tidak mempunyai asas sama sekali.
"Kita, terutama umat Islam, perlu tahu bahawa hanya Allah mempunyai kuasa ke atas segala-galanya," kata Dr Mahathir dipetik Berita Minggu hari ini.
"Sebagai contoh, dalam bidang perubatan, manusia mempunyai apa yang dipanggil sebagai 'peripheral vision'.
"Jadi sekumpulan pelajar perempuan di asrama yang bercerita mengenai hantu akan melihat imbasan lembaga atau bayang-bayang melalui ekor mata dan terkena serangan histeria," kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Kesembilan Universiti Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu semalam.
Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia kini perlu memberi tumpuan kepada usaha mencari kaedah lebih saintifik untuk menyelesaikan masalah.
"Untuk bergerak dan maju ke hadapan, kita perlu banyak menerapkan cara berfikir secara saintifik dalam menyelesaikan masalah, bukan bergantung pada bomoh.
"Kita harus menerima hakikat bahawa kita tidak boleh mengubati orang dengan kemenyan," katanya sambil menambah, "dulu kita tidak ada cara lain mungkin boleh guna cara itu."
"Dulu jika kita sakit jantung, pergi belah dada kita akan mati.
"Sekarang, jika kita sakit jantung, kita boleh belah (buat pembedahan) sebab sudah ada mesin jantung dan paru-paru. Itu saintifik," katanya lagi.
Dalam pada itu, Majlis Fatwa Kebangsaan mahu kerajaan membincangkan isu lambakan filem atau drama hantu kerana dikhuatiri boleh memesongkan akidah terutama di kalangan remaja Islam. Ahli jawatankuasa majlis itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, pihaknya mahu kerajaan memperincikan kawalan terhadap penerbitan filem atau drama hantu yang jelas berunsur khurafat dan mempromosikan karut. (IH)

Mengapa Chin Peng Dihebohkan Tidak Sihat?

Posted: 02 Oct 2011 12:09 AM PDT

hatyai peace treaty 20th anniversary 301109 chin pengMengapa Chin Peng (kanan) diwar-warkan tidak sihat? Seorang peguam yang pernah mewakili bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya Chin Peng menafikan bahawa pemimpin pengganas itu dalam keadaan koma.

Peguam Chan Kok Keong (kiri bawah) memberitahu Malaysiakini berkata desas-desus mengenai Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua di laporan media adalah tidak betul.

"Dia dalam keadaan baik dan tidak dalam keadaan koma seperti laporan beberapa media," kata peguam itu.

Menurut Chan, beliau telah menghubungi penjaga Chin Peng di Thailand yang melaporkan keadaan sebenar kesihatan pemimpin komunis itu.

Katanya, memandangkan keadaan itu, adalah wajar bagi kerajaan menyemak semula dan mematuhi perjanjian Hatyai yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.

chan kok keong 040309"Saya rasa kerajaan wajar mengkaji semula dan membenarkan dia kembali kembali ke negara ini dan mematuhi apa yang telah ditetapkan dalam perjanjian itu. Chin Peng adalah seorang lelaki tua yang uzur."

Chan telah mewakili Chin Peng dalam kesnya untuk kembali semula ke Malaysia.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonan itu selepas beliau gagal menyediakan dokumentasi secukupnya bagi membuktikan bahawa dirinya adalah warganegara.

Menurut peguam, Chin Peng yang berasal dari Setiawan, Perak, telah kehilangan sijil kelahiran semasa darurat.

Malah peguamnya juga bersedia membawa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Nor untuk tampil sebagai saksi bagi memberi keterangan.

Rahim merupakan ketua polis Cawangan Khas yang memeterai Perjanjian Hatyai dengan Chin Peng (atas, kanan) bagi menamatkan empat dekad permusuhan dengan negara.

Chan berkata beliau baru sahaja berbual dengan Chin Peng menerusi telefon, dan bekas setiausaha agung PKM itu memberitahunya "saya dalam keadaan sihat."

"Saya tidak tahu mengapa khabar angin ini disebarkan. Beliau memang berada di Bangkok tetapi yang pasti, bukan berada di hospital seperti yang dilaporkan," kata Chan.

"Khabar angin mengenai kesihatan atau dakwaan bahawa doktor meminta ahli keluarga melawatnya adalah tidak benar." (IH)

Pesta Buku S'ngor, Ada Buku Latihan Galak Zina?

Posted: 02 Oct 2011 12:08 AM PDT

Tanjung Karang 2 Okt 11: Hari ini beberapa orang menelepon Weblog Ibnu Hasyim dan Sekretariat Karnibal Selangorku Kawasan Tg Karang bertanya mengenai buku sekolah untuk tingkatan 2 dikatakan menggalakkan perbuatan zina. Buku latihan Bahasa Inggeris.
Maka di bawah ini dibongkar salah satu kandungan buku tersebut seperti yang ditulis oleh Blog Milo Suam.Com.

"Buku ini menyiarkan sebuah artikel yang secara tidak langsung memberikan persepsi bahawa pengguguran bayi adalah jalan penyelesaian kepada zina.
"Her dad took her to the clinic the next day to have her abortion done"
Malah artikel ini menggambarkan atau memberikan persepsi kepada anak anda bahawa proses pengguguran kandungan dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang masaalah.
"The abortion went like clockwork and without any difficulties and Mary came out of the clinic as healthy as before"
Kesimpulannya, tanpa anda sedari, buku ini mengajar anak anda yang berumur 14 tahun bahawa jika mereka sudah melakukan hubungan seks luar nikah dan termengandung, maka jangan risau penyelesaiannya ialah gugurkan bayi itu. Anak anda juga tak perlu risau kerana proses pengguguran bayi boleh dilakukan di klinik-klinik berhampiran dengan mudah dan tanpa sebarang masaalah." Begitu komen Milo Suam.

Weblog Ibnu Hasyim belum dapat memastikan keberadaan buku tersebut di dalam mini pesta buku tersebut.YB Iskandar (yang berbaju merah) sedang melawat mini pesta buku tersebut, dan sedang berbincang sesuatu dengan Pengarah Perpustakaan Awam Selangor Puan Mastura Muhammad (kiri) dan Ustaz Mat bagi pihak Sekretariat.

BLOGGER PERSENDAKAN SOLAT TUAN GURU NIK AZIZ

Posted: 02 Oct 2011 12:06 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

BAYANGKAN jika perbuatan Solat seseorang itu dipersendakan. Jika kita tidak mengatakan itu suatu perbuatan yang tidak menjadikan seseorang itu Kafir, apa lagi yang mahu kita katakan? Anda boleh buka blog celaka dan laknat itu di sini.

Foto di atas jelas mempersendakan Solat Tuan Guru Nik Aziz. Sebelum ini puak haramjadah itu pernah siarkan lakaran kartun menggambarkan Tuan Guru di dalam keadaan lucah bersama DS Anwar. Kali ini, mereka semakin berani dengan mempersendakan Solat pula.

Batu Gajah Mari

Posted: 02 Oct 2011 12:02 PM PDT

Batu Gajah Mari


BN Perak tidak menentu

Posted: 02 Oct 2011 09:41 AM PDT

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat setiap kali sidang media Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sering disebut tentang kedudukan kerusi dan juga calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti. Adakah kali ini Datuk Seri Zambry turut akan menangis sepertimana Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali ketika menjadi Pengerusi BN Perak ketika menjelangnya PRU 12 tahun 2008 dahulu kerana terpaksa menggadai kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan.

Walaupun Datuk Seri Zambry yakin kerusi Parlimen Gerik akan dikembalikan kepada Umno, apa pula jaminan tiada gantian kerusi Parlimen lain yang kini menjadi milik Umno? Ini tidak termasuk mengambil kira kenyataan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz yang mendesak agar 6 kerusi yang ditandingi oleh MIC diserahkan kepada Umno. Pelbagai kemungkinan akan berlaku walaupun Datuk Seri Zambry cuba memberikan keyakinan bahawa pertukaran kerusi yang ada tidak akan menjejaskan peruntukan kerusi setiap Parti Komponen BN yang lain.

Dalam bab calon pula Datuk Seri Zambry menjadikan modal kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengambilkira aspek 'likeable' dan 'winnable' sebagai garis panduannya dalam membuat pilihan. Namun ianya dilihat masih masih gagal untuk mengenepikan penyandang sekarang seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat, Manong, Lintang, Pengkalan Baru termasuk di dua DUN di Parit Buntar yang pernah kalah. Kini Datuk Seri Zambry dilihat cuba mempertahankan faktor senioriti pula dalam penentuan setiap calon-calon BN, seolah-olah beliau masih lagi belum menyenaraikan calon-calon pilihannya PRU 13 kali ini.

Satu lagi ungkapan Datuk Seri Zambry tentang calon adalah 'calon helikopter' yang pernah berlaku di Parlimen Bukit Gantang iaitu bekas Bendahari BN, Dato' Seri Abdul Azim Zabidi yang tewas ketika itu. Persoalannya, mampukah Datuk Seri Zambry menghalang kemasukan 'calon helikopter' seperti ini lagi pada pilihanraya akan datang? Yang paling sukar tentunya tentang kedudukan Tan Sri Tajol Rosli pada PRU 13 nanti sama ada dia akan masih dicalonkan atau sebaliknya. Ini termasuk percubaan untuk menaikkan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar ke kerusi Parlimen yang mengundang persoalan siapakah pula yang bakal tertendang nanti?


AHMAD NURI AL-AMIN
Ketua Penerangan,
Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 02 Oct 2011 11:06 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Hadiri Sambutan 60 Tahun PAS di Kepala Batas

Posted: 01 Oct 2011 11:46 PM PDT














Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 02 Oct 2011 09:32 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Arahan JPJ tidak munasabah

Posted: 02 Oct 2011 03:24 AM PDT



Arahan JPJ tidak munasabah
Sinar Harian 2 Okt 2011

SEREMBAN - Arahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya semua kenderaan terutama lori satu dan tiga tan yang memasang pelapik besi atau alumumium supaya membuat pemeriksaan Puspakom disifatkan keterlaluan.

Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, arahan berkuat kuasa Julai lalu menyebabkan pemilik lori terpaksa membayar RM50 setiap kali membuat pemeriksaan ternyata membebankan mereka.

Sedangkan, katanya, lori terbabit sudah pun melakukan pemeriksaan berkala setiap enam bulan.

"Pemeriksaan tambahan ini membebankan pemilik lori, khususnya mereka yang berpendapatan kecil.

"Kita berpendapat arahan JPJ ini tidak wajar, menyusahkan dan meningkatkan kos tuan punya lori," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Taufek berkata, pemasangan pelapik besi di bahagian lori hanya sekadar pengubahsuaian fizikal dan bukannya seperti ubahsuai enjin dan teknikal yang mungkin boleh membahayakan pemandu dan pengguna lain.

"Alasan pemasangan pelapik besi atau aluminium oleh tuan punya lori seperti peniaga pasar malam adalah untuk memastikan bekalan bahan mentah basah yang mereka bawa seperti sayur, ikan, ayam dan buah-buahan tidak merosakkan permukaan lori tersebut yang dibuat daripada bahan kayu.

"Pemeriksaan yang diarahkan pula sekadar pemeriksaan visual dan timbang berat lori supaya tidak melebihi Berat Tanpa Muatan (BTM) yang dibenarkan. Malah, ada pemandu yang terpaksa ambil lesen kelas E kerana lesen kelas D tidak boleh digunakan lagi kerana lori telah melebihi BTM dibenarkan," katanya.

Berikutan itu, Mohd Taufek yang juga Adun Paroi mencadangkan pemeriksaan lapisan besi dan aluminium tersebut dibuat sekali dengan pemeriksaan berkala enam bulan tanpa sebarang bayaran tambahan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9581435.asp

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 02 Oct 2011 04:16 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


'Mat Rempit' ; Ahmad Said sudah habis modal, gagal selesaikan keperluan orang muda

Posted: 01 Oct 2011 09:37 AM PDT


KUALA TERENGGANU - Cadangan terbaru Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mahu menaja 'Mat Rempit' untuk menjad pelumba profesional dianggap sebagai 'orang kehabisan modal'.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, pelbagai cadangan dan program yang dilaksanakan sebelum ini, namun hasilnya 'meleset'

Menurutnya, berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Terengganu, kononnya untuk 'sifarkan rempit' namun kegiatan merempit terus menjadi-jadi.

"Mad Said dah habis modal, nak taja Mat Rempit jadi pelumba profesional konon, berapa ramai dia boleh taja? Adakah semua Mat Rempit berlumba motosikal?,

"kebanyakkanya 'merempit' kerana bersantai, akibat tidak ada program 'sebenar' menyelesaikan keperluan orang muda,"ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan-cadangan demi cadangan yang dikemukakan oleh kerajaan sebelum ini termasuk yang dicadangkan oleh Menteri Besar sendiri.

Menurutnya, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, pembentangan bajet 2010 pada Disember 2009 kerajaan negeri telah memperuntukkan RM30 juta untuk Program Pembangunan Belia, termasuk RM5 juta untuk program 'sifarkan rempit'.

Namun dana hasil wang rakyat itu sebenarnya, dilaburkan untuk kepentingan politik Umno dan hanya untuk 'memancing undi' orang-orang muda.

Program sebenarnya, pembangunan insan untuk mengisi jiwa anak-anak muda yang kosong, katanya, tidak dilaksanakan.

"Dalam bajet 2010, pada 13 hingga 16 Disember tahun 2009, kerajaan memperuntukkan RM30 juta konon untuk program Mat Rempit,

"namun wang tersebut digunakan untuk 'Dana Bakti Remaja' dan pelbagai program pancing undi, bukan untuk Pembangunan Insan orang-orang muda,"jelasnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa juta ringgit lagi telah dihabiskan untuk program Himpunan Remaja Terengganu dan penubuhan Kelab Motosikal pada 18 Disember, 2010 dengan maksud untuk menangani gejala rempit.

Namun sebaliknya, kata beliau, ia adalah untuk mempromosikan program politik '1Malaysia' yang ditaja oleh Perdana Menteri , Dato' Seri Najib Razak.

Oleh itu, tegas beliau, semua program tersebut tidak meninggalkan kesan dan gagal mendidik orang-orang muda kerana ia hanya berbentuk 'materislistik' semata-mata.

Justeru, beliau menyeru seluruh orang muda untuk menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) yang hanya mementingkan politik untuk mengekalkan kuasa,

"(Saya) minta rakyat tukar kerajaan (pada pilihanraya umum akan datang) PAS ada formula nak selesai masalah (yang dihadapi oleh negeri) Terengganu,

"duit tidak menyelesaikan masalah,"katanya.

Menurut rekod, Ahmad Said pernah meminta ibu bapa merotan anak-anak mereka yang merempit kerana menurutnya ia boleh menyelsaikan masalah sosial tersebut.

Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian kepada pihak media pada 17 Mei, 2011, ekoran kejadian berlaku kemalangan jalanraya yang dilaporkan melibatkan seorang disyakki 'Mat Rempit'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan