Isnin, 19 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 19 Sep 2011 03:07 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


ZALIM PADA SAYA, SAYA MAAFKAN TAPI JANGAN RAMPAS HAK RAKYAT

Posted: 18 Sep 2011 10:19 PM PDT



Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkan itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay. Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik," sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar '.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu. Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

"Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat," kata Anwar.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit. Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

"Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib," katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Posted: 19 Sep 2011 01:45 AM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Undilah

Posted: 18 Sep 2011 10:13 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Sep 2011 12:29 AM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


YB Azmin Ali di Felda Tersang, Raub

Posted: 18 Sep 2011 08:35 PM PDT

Azmin Ali bergambar bersama anggota-anggota Wanita PKR Pahang, Majlis ini dianjurkan oleh Wanita PKR Pahang.
Wanita PKR Pahang bersama YB Azmin Ali

Tahniah kepada Wanita PKR Pahang yang berjaya menganjurkan Majlis Rumah Terbuka di Felda Tersang 1. Seekor lembu telah ditumbangkan. Kehadirannya cukup memberangsangkan, dan kawalan Polis cukup ketat.

Di pintu masuk ke Felda Tersang telah diadakan sekatan bersejarah untuk satu-satu Majlis Sambutan Hari Raya. 40 orang anggota Polis terlibat dengan setiap kenderaan yang melalui sekatan itu akan diberhentikan, soalan-soalan ditanyakan, dan keadaan ini merupakan sebagai kawasan "war zone" di Iraq.

Kononnya Ordinan Dharurat hendak dimansuhkan mengikut kata Isteri Rosmah, tetapi sekatan jalanraya yang melampau-lampau ini tidak membayangkan bahawa Negara ini mahu menuju kearah pemulihan demokrasi, bahkan Demokrasi makin terancam.

Bagi saya sendiri, saya telah memohon maaf untuk tidak hadir ke Majlis ini. Kami baru selesai mengadakan jelajah Pahang selama 6 hari dengan setiap hari dapatlah tidur tidak lebih dari 3 jam sehari, kemudian diikuti pula dengan Program Hari Raya di Felda Palong 5 dengan tetamu khas YB Azmin Ali.

Saya sampai dirumah jam 4.00 pagi 18.9.11 itu, kemudian berlangsung pula program penyerahan Borang Perlantikan Peguam di Felda Jengka 17 pada jam 11.00 pagi, diikuti dengan program Rumah Terbuka Aidilfitri di PKR Cabang Kuala Krau dimana saya menjadi Tuan Rumahnya.

Penganjur Majlis di Tersang pinta juga saya hadir kesana untuk berucap walaupun saya berkali-kali mohon maaf untuk tidak hadir kerana begitu keletihan dan mengantuk yang amat sangat, saya mohon untuk berehat kerana selepas 20hb September 2011 ini hinggalah kepada 27hb September 2011, saya akan menghadiri setiap hari Majlis-Majlis yang sudah tentu saya akan dapat sampai di rumah jam 3.00 atau 4.00 pagi.

Abang Ali berkeras mengatakan bahawa peneroka-peneroka Tersang 1 tetap mahukan saya hadir untuk berucap.

Saya sampai di Majlis itu jam 9.45 malam, pada waktu itu wakil ANAK sedang berucap. Ucapannya dipendekkan oleh Pengerusi Majlis dan dipanggil YB Azmin Ali berucap.

Sehabis sahaja YB Azmin berucap jam 10.45 malam, Pengerusi Majlis terus menutup Majlis, walaupun YB Azamin Ali mengumumkan didalam Majlis itu bahawa saya akan berucap selepas beliau.

Kemudian ramailah peneroka-peneroka Tersang semacam marah kepada saya kerana enggan berucap, Abang Ali dan JK PKR Cabang Raub pula datang menemui saya dan memohon maaf diatas kesilapan teknikal.

Bagi saya ucapan dari wakil ANAK dan YB Azmin Ali itu sudah memadai tak perlu ditokok tambah lagi, hanya yang saya kesalkan kenapakah saya semacam dipaksa pinta juga hadir untuk berucap walaupun saya sudah menyatakan keadaan saya yang begitu letih dan mengantuk, tetapi apabila saya sampai di Majlis itu, saya tidak dipanggil untuk berucap.

Saya balik semula ke Temerloh dengan keadaan letih dan mengantuk tetapi apa boleh buat terpaksa jugalah memandu, dan banyak kali berhenti rehat di tepi jalan, melelapkan mata barang beberapa minit dan menyambung semula perjalanan saya ke Temerloh, dan sampai di Temerloh lebih kurang jam 3.00 pagi.

Rumah Terbuka PKR Cabang Kuala Krau - 18.9.11

Posted: 18 Sep 2011 05:15 PM PDT

YB Chan Ming Kai, ADUN Pulai, Perak hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Kuala Krau pada 18.9.11, dari kiri Haji Suhaimi Said, YB Chan, Haji Abdullah, Rebin Birham, Aliayasak, dan duduk adalah Sdr Bala, AJK PKR Cabang Kuala Krau, beliau sudah satu tahun tidak dapat menggunakan kakinya kerana kemalangan jalanraya.
Hj Suhaimi menyambut ketibaan YB Chan Ming Kai
Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR berucap, beliau sendiri adalah generasi kedua dari Felda Palong 10, Jempoh dan anak muda ini berjaya menubuhkan ranting-ranting PKR disemua rancangan Felda DUN Palong.
Duduk dari kiri: Haji Suhaimi Said, Rebin Birham, Jahidin (Naib Ketua PKR Ranting Kg Orang Asli Mendoi), berbaju Melayu dan bersongkok dibelakang adalah YB Chan Ming Kai.
Rebin Birham
Haji Abdullah Simat, AJK PKR Cbg Kuala Krau bergambar dengan YB Chan Ming Kai
Hadirin sedang menjamu selera
Ketua Penerangan PKR Kuala Krau, Ramlee Idup senyum puas hati dengan kejayaan Hari Terbuka Kuala Krau, bersamanya adalah Sdr Kamarudin, Ketua Penerangan PKR Jerantut.
Tekun mendengar ceramah
Tekun mendengar ceramah
YB Chan Ming Kai memberikan ceramahnya yang menyenangkan
YB Chan Ming Kai, dan dibelakangnya, Pak Jabit.
Haji Abdul Rahim mewakili PAS Kuala Krau
Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Kuala Krau
Haji Abdul Aziz, PAS Cawangan Kg Kuala Mai, Kuala Krau
YB Chan Ming Kai bersama Pak Jabit
YB Chan Ming Kai
Menjamu selera - semua ada, nasi impit, lemang, pulut panggang, mee hoon goren, agar-agar, beranika jenis kuih muih, mewah.
Menjamu selera
Beratur menunggu giliran untuk mengambil makanan
Rebin Birham, Mat Yee, Ketua PKR Ranting Matau merangkap AJK PKR Kuala Krau, Razak Hussain, Timbalan Ketua PKR Cbg Kuala Krau, Sdr Mohamad, Ketua PKR Ranting Palong 5.
Ambil makanan, jangan tak ambil, seronoknya apabila Majlis seperti ini dihadiri oleh rakan dan taulan.
Mengambil giliran untuk mengambil makanan

Majlis Rumah Terbuka PKR Cbg Kuala Krau berjaya. Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Majlis ini dan yang lebih khusus kepada semua anggota yang menyumbangkan berbagai jenis makanan, dan terima kasih kepada YB Chan Ming Kai, Sdr Rebin Birham dan Pak Jabit yang menjadi tetamu khas didalam Majlis ini. Terima kasih, dan kepada semua saya dan keluar ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

1056 Peneroka Felda Kawasan Jengka Saman Felda Sejumlah 510,048,000.00

Posted: 17 Sep 2011 10:34 PM PDT

Penyerahan tambahan Borang Perlantikan Peguam seramai 345 orang oleh Wakil Peneroka Felda Jengka 17 kepada Sdri Latheefa Koya, Pengerusi Biro Guaman Parti Keadilan Rakyat
Latheefa Koya sedang menerangkan prosedur mengenai saman peneroka terhadap Felda untuk kefahaman peneroka-peneroka yang menyaman Felda.
Sehingga ke saat akhir masih ada peneroka memasukkan Borang Perlantikan Peguam diserahkan kepada Sdr Bostamin Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak bagi menyaman Felda.
Sdr Razali Ithnain menerangkan mekanisme bagaimana jumlah sebanyak RM483,000 ditetap sebagai jumlah setiap peneroka menyaman Felda. Razali adalah bekas pegawai MPOB.
Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka untuk menyaman Felda, berbaju kuning adalah Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan disebelah kanannya adalah Sdri Latheefah Koya, peguam yang bertindak mewakili peneroka-peneroka.

Seramai 345 orang lagi Peneroka Felda dari kawasan Jengka yang menghantar buah sawit kepada 3 kilang Felda di kawasan ini iaitu Felda Jengka 8, Felda Jengka 3 dan Felda Jengka 18 hari ini menyerahkan Borang iaitu Waran Perlantikan Peguam.

Penyerahan ini disempurnakan pada jam 11.30 pagi di Markaz PAS Felda Jengka 17. Dengan penambahan 345 orang peneroka itu maka jumlah keseluruhan Peneroka Felda dari kawasan Jengka untuk menyaman Felda adalah 1056 orang, jumlah ini adalah terbesar jika dibandingkan saman yang dikemukakan oleh Peneroka-Peneroka Felda di Felda Kemahang 3, Felda Kemahang 1, Felda Kemahang 2, Felda Maokil, Felda Serting 1, Felda Serting 2, Felda Palong 9, Felda Palong 5 dan Felda Palong 6.

Jumlah tuntutan yang dikemukakan oleh 1056 Peneroka ini adalah sebanyak RM510,048,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sepuluh Juta, Empat Puluh Lapan Ribu) merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda.

Peneroka-peneroka menuntut kerana peratusan perahan KPG buah sawit mereka telah dimanipulasi oleh Felda dan Kilang-Kilang Felda disamping itu mereka juga menuntut buah sawit yang ditolak oleh Kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20%.

Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke Makmal dan telah disahkan bahawa peratusan perahan KPGnya tidak pernah jatuh dari 27% sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka-peneroka diatas kadar perahan antara 17%-19% dan oleh kerana itu mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka adalah melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka.

Peneroka-peneroka yang menghadiri Majlis Penyerahan Borang Perlantikan Peguam hari ini juga diberikan taklimat oleh Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengenai Hutang yang dikenakan oleh Felda keatas peneroka-peneroka yang menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda dan anak syarikat Felda iaitu Felda Plantation.

Haji Suhaimi menerangkan bahawa sesungguhnya peneroka-peneroka tidak pernah berhutang kepada Felda tetapi sebaliknya Felda yang berhutang dengan peneroka-peneroka.

Selepas 8 tahun Felda menjalankan tanam semula keatas ladang-ladang peneroka, hutang yang ditanggung oleh peneroka-peneroka yang dikenakan keatas peneroka-peneroka adalah berjumlah antara RM80,000.00 hingga RM120,000.00, sedang jika dikiran pendapatan yang diperolehi oleh peneroka-peneroka yang tanam sendiri, dalam tempoh itu tidak kurang dari RM240,000.00. Jika ditolak hutang peneroka-peneroka dan disesuaikan dengan pendapatan yang patut diperoleh oleh peneroka-peneroka maka Felda masih terhutang dengan setiap peneroka sebanyak RM120,000.00 hingga RM150,000.00 (minima).

Oleh kerana itu peneroka-peneroka yang menerima Penyata Hutang dari Felda hendaklah menuntut Kunci Kira-Kira (tanggungan dan pendapatan) agar ketentuan hutang dapat dilihat dengan jelas.

Jika Felda gagal menyerahkan kuci kira-kira tersebut maka peneroka-peneroka tidak perlu mebuat sebarang bayaran keatas hutang yang dinyatakan oleh Felda kerana seungguhnya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka.


Anwar Ibrahim

Posted: 18 Sep 2011 07:42 PM PDT

Anwar Ibrahim


Zalim Pada Saya, Saya Maafkan Tetapi Jangan Rampas Hak Rakyat

Posted: 18 Sep 2011 07:10 PM PDT

Keadilan Daily

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.

Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkan itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.

"Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat. Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik," sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar '.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu.

Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

"Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat," kata Anwar.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit.

Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

"Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan. Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib," katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Warkah Buat Perdana Menteri

Posted: 18 Sep 2011 12:55 AM PDT

Malaysiakini
Oleh Mamu Tanjung

Dear Najib Razak (sila baca dengan loghat utara),

Mamu dengan rasa rendah diri menulis warkah ini untuk tatapan tuan Perdana Menteri, dan juga sebagai rekod bahawa apabila sejarah negara ini berdepan dengan perubahan, Mamu telah turut bersuara dan memberikan pandangan. Mamu berharap agar warkah yang tidak seberapa ini boleh diambil sebagai iktibar untuk kemaslahatan kita bersama.

Terlebih dahulu Mamu mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya kepada tuan Perdana Menteri, memandangkan haritu Mamu tak berkelapangan nak pi makan briyani di Permatang Pauh. Hujan lebat, Mamu semput, tak tahan sejuk. Maka ucapan maaf zahir batin Mamu titipkan untuk Tuan Perdana Menteri, isteri tercinta dan anak-pinak sekalian. Semoga Tuhan menerima amal ibadat kita semua di sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Najib, my dear;

Mamu telah menonton pengumuman besar yang telah dibuat pada malam ambang sambutan Hari Malaysia, yang telah disiarkan secara langsung di media arus perdana. Mulanya Mamu tak berapa berkenan nak tengok, memandangkan media arus perdana mempunyai reputasi yang agak buruk. Namun menyedari bahawa amanat daripada pihak Perdana Menteri perlu ditekuni, maka Mamu pun pi lah duduk depan televisyen, sambil-sambil mengadap twitter, menantikan analisa dan komen secara langsung oleh penduduk Twitterjaya.

Secara am, Mamu ingin mengucapkan tahniah seraya berkata, "Syabbashh mere betey!" sambil menepuk tengah belakang, kepada Tuan Perdana Menteri atas keberanian menongkah arus mengambil langkah berisiko tinggi untuk menyatakan apa yang telah dinyatakan dalam ucapan tersebut. Mamu melihat wajah Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri kelihatan begitu riang gembira. Mamu tumpang berbangga dengan keberanian yang telah dipertontonkan dengan mengenepikan sekalian juak-juak yang begitu lantang menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri. Mamu sangat berharap untuk mendengar respon mereka yang dahulu begitu terkinja-kinja melaungkan slogan pro ISA, dan melabel pakatan pembangkang sebagai pengkhianat dan punya agenda menjual negara. Tidak dilupakan juga label komunis dan sosialis yang diberikan kepada mereka yang berjuang untuk memansuhkan ISA sejak dulu.

Tuan Perdana Menteri,

Akta Keselamatan Dalam Negeri sudah berusia 51 tahun sejak 1 Ogos 1960. ISA telah digunakan secara meluas untuk menutup mulut sekalian ahli politik yang bersilang arah dengan ideologi dan kebijakan kerajaan sekian lama. Kita tidak lupa Ops Lalang 1987 yang telah menyaksikan ratusan ahli politik ditahan tanpa bicara hanya kerana melontarkan ide politik yang berbeza selera dengan kerajaan.

Kita juga telah melihat dan membaca tulisan mereka yang ditahan di Kamunting, perihal penyeksaan dan pelanggaran hak asasi manusia yang telah diterima. Mamu masih ingat tulisan Dr Syed Husin Ali di dalam bukunya ‘Dua Wajah’ tentang penderaan yang (didakwa) dilakukan terhadap para tahanan. Kecut perut Mamu apabila membaca cerita tersebut. Itu belum lagi mengambil kira kisah Malik Husin yang ditahan ISA sewaktu Reformasi 1998. Bagaimana kemaluannya (didakwa) ditusuk dengan dawai besi. Trauma beliau berbulan, apabila terdengar bunyi gemerincing jambak kunci.

Justeru, Mamu yakin bahawa Tuan Perdana Menteri juga setuju bahawa ISA adalah akta zalim, yang telah digunakan untuk menutup mulut dan mengurung mereka yang berani bertingkah dengan ego kerajaan tanpa perlu melalui lunas undang-undang normal, seperti yang termaktub dalam Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga halnya dengan Ordinan Darurat, yang tanpa pengetahuan ramai, masih lagi terpakai sehingga ke hari ini. Paling kelakar, Ordinan ini turut digunakan untuk menangkap dan mengurung mereka yang mencuri motorsikal atau paling tidak disyaki mencuri motorsikal. Kemudian dari itu boleh pula diperas ugut keluarganya agar membayar sejumlah wang sebelum dibebaskan anak remaja yang ditahan tanpa bicara itu.

Mamu agak-agak, benda yang dipanggil Ordinan Darurat ini, digunakan khas untuk mengawal aktiviti subversif gerila komunis, di zaman Darurat 1948; yang sehingga hari ini ramai juga tidak tahu kenapa ia disebut ‘Darurat’ menentang komunis, dan bukannya ‘Perang’ terhadap komunis. Barangkali pihak insuran tidak akan membayar pampasan untuk sebarang kerugian dalam pelaburan pihak British pada waktu itu, kalau Malaya diisytihar kawasan perang. Mungkinlah. Mamu mana lah tau.

Justeru, Mamu menyambut baik cadangan pihak Tuan Perdana Menteri untuk memansuhkan perkara-perkara drakonian ini, yang telah sekian lama diperjuangkan oleh badan-badan seperti SUARAM, Gerakan Mansuhkan ISA dan juga pihak-pihak dalam parti-parti pembangkang. Nyatanya, UMNO selama ini, tidak pernah pun kedengaran sebarang usaha atau niat untuk memansuhkan ISA. Apatah lagi untuk membatalkan perisytiharan darurat. UMNO, pada pandangan Mamu, pastilah suka bila ia mempunyai suatu aparat atau alat untuk mengurung pihak lawan yang berani menentang tanpa perlu pun diseret mereka itu ke muka pengadilan.

Maka tahniah untuk Perdana Menteri kerana berani melanggar adat, dan mendengar suara rakyat, serta tunduk patuh kepada kehendak hati nurani rakyat yang telah sekian lama berteriak dengan air mata darah memohon serta merayu supaya akta-akta drakonian ini dimansuhkan, dan orang tersayang yang terkurung di Kamunting dibebaskan. Terima kasih banyak kerana memberi harapan baru dan rasa menang di hati sekalian pejuang hak asasi manusia.

Namun begitu, Mamu sedikit kecil hati kerana Tuan Perdana Menteri tidak sekali pun menyebut atau memberi kredit kepada mereka yang selama ini berhempas pulas menuntut keadilan ditegakkan dan akta zalim ISA ditongsampahkan. Mungkin Perdana Menteri berasa bahawa hati nurani sendirilah yang memujuk agar undang-undang ini dihapuskan. Mungkin Perdana Menteri segan untuk mengakui bahawa tindakan dan cadangan untuk memansuh ISA ini adalah hasil daripada tekanan dan desakan rakyat jelata yang telah turun ke jalan raya dan mendesak perubahan. Mungkin Perdana Menteri tidak ingin mengulangi episod malam 8 Mac 2008, ketika Barisan Nasional terpana dan terdiam dengan tindakan rakyat menafikan dua pertiga dewan, dan memberikan kemenangan kepada pakatan pembangkang di lima buah negeri.

Ayuhai Perdana Menteri,

Mamu melihat gelagat Tuan Perdana Menteri berucap dengan penuh tekun. Dari warna tali leher, sehingga postur badan pun, Mamu ambil kira untuk menyukat keikhlasan dan kejujuran yang cuba dipertontonkan kepada khalayak umum. Satu perkara yang harus disebut ialah, teleprompter itu sedikit tinggi, dan Najib telah tidak berjaya menggunakan benda alah itu dengan penuh gaya. Hanya Tun Mahathir sahaja setakat ini yang berjaya menggunakan benda itu dengan bergaya seolah-olah beliau tidak langsung membaca teks.

Tuan Perdana Menteri kelihatan begitu kekok dan tertekan. Bahasa badan yang dipertunjukkan memperlihatkan bahawa ayat-ayat yang diucapkan tidak langsung di’raptai’ mahupun ditulis sendiri secara ikhlas. Mamu paham, Najib sibuk. Pastilah ada tukang tulis yang membuat kaji selidik tentang maqasid syariah segala, untuk dimuatkan ke dalam ucapan itu. Gaya dan bahasa badan yang begitu kekok dan kaku, telah gagal menarik minat Mamu untuk percaya atau menaruh harapan tinggi kepada isi kandungan ucapan Perdana Menteri.

Dan kemudian, tali leher itu. Kenapalah warna jingga yang dipilih? Mungkin ini terlalu remeh, tetapi memandangkan pihak pakatan pembangkang telah terlebih dahulu mengumumkan kempen Buku Jingga mereka yang antara lain mengandungi agenda memansuhkan ISA dan undang-undang tahan tanpa bicara; maka pemilihan warna tali leher agak lucu dan seakan ironik. Sama keadaannya seperti Ratu Elizabeth memakai baju kuning tatkala menyambut Tuan Perdana Menteri ketika musim perhimpunan Bersih 2.0. Ya, kami telah menonton video dan gambar tragedi tersebut. Wajah Ratu Elizabeth begitu sarkastik. Seolah-oleh mengulang sorak teriak mat saleh di Downing Street, ‘Kuning, kuning; Najib pening’.

Walaubagaimanapun, Mamu tetap positif dengan pengumuman yang telah dibuat. Walaupun Mamu turut sedar bahawa ucapan tersebut mempunyai beberapa kaveat atau ayat-ayat manis yang mungkin tidak dapat ditangkap dengan sekali dengar. Maka kelihatanlah di garis masa Twitterjaya, beberapa komen yang membuatkan Mamu geli hati, rupa-rupanya ada udang di sebalik kuey tiaw.

Pengumuman Tuan Perdana Menteri antara lain menyebut tentang niat untuk mengusulkan di Parlimen agar ISA dimansuhkan, namun tidak berapa dapat ditangkap niat untuk memperkenalkan undang-undang baru yang masih lagi bersifat preventif. Sekali dengar, bunyi macam esok juga Kamunting itu tutup, dan tahanannya lepas bebas begitu sahaja. Hakikatnya jauh berbeza. Prosedur untuk memansuhkan undang-undang tersebut akan tetap mengambil masa untuk dibentangkan pula alternatifnya, yang masih lagi belum nampak bayang rupa mahupun konsepnya. Sebelum ISA mahu dimansuh, penggantinya harus digubal dahulu. Maka ISA mansuh dengan peng’gazet’an undang-undang baru. Bukankah begitu?

Itu belum lagi mengambil kira kesan sosial yang telah diakibatkan oleh ISA terhadap masyarakat khususnya bekas tahanan. Mamu menanti di sepanjang ucapan, kalau-kalau ada ucap minta maaf kepada mereka yang telah dizalimi akta itu. Kalau-kalau tahanan politik seperti enam orang ahli Parti Sosialis Malaysia yang ditangkap bawah Ordinan Darurat tempoh hari akan menerima sejambak bunga, bakul berisi kuih muih dan sekeping kad dengan gambar anak kucing comel menyatakan permohonan maaf dari kerajaan Malaysia kerana menjadikan mereka mangsa undang-undang yang melanggar hak asasi. Pegawai-pegawai imigresen yang tempoh hari begitu gembira memuji ISA juga pastilah akan berasa sedih dengan langkah Tuan Perdana Menteri. Mereka juga wajar menerima bakul hadiah atas tindakan yang telah diambil terhadap mereka.

Perdana Menteri yang saya sayangi,

Mamu melihat, ucapan tersebut sebagai ucapan ‘public-relations’. Tidak ada sebarang kesan legislatif atau undang-undang yang lahir daripada ucapan tersebut. Sekadar menabur janji politik sepertimana yang biasa dilakukan oleh sekalian ahli politik yang biasanya akan berusaha sedaya upaya untuk kekal berkuasa. Mamu amat memahami keadaan politik Tuan Perdana Menteri sehingga sanggup berucap sedemikian di saat banyak perkara di Malaysia ini dilihat bermasalah.

Malang bagi Perdana Menteri, rakyat tidak muda lupa dengan masalah-masalah yang melanda negara ini. Bahkan, pada tengah malam 16 September 2011, sebuah video nasihat awam telah dilancarkan yang menyeru rakyat supaya mengundi, membuat pilihan bijak, demi mengubati negara yang sedang dilanda masalah. Ucaptamanya dibacakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau sendiri menyebut bahawa negara kita punyai banyak masalah. Rakyat tidak boleh dan tidak akan lupa akan masalah-masalah ini.

Perdana Menteri dalam ucapannya yang begitu hebat, tidak menyentuh masalah-masalah yang menular di kalangan hamba rakyat, marhaen lagi terpinggir. Rakyat barangkali berharap, sepertimana Mamu juga turut berharap, bahawa akan ada pengumuman dari pihak Perdana Menteri tentang masalah-masalah kami itu yang sering dipaparkan oleh media alternatif.
Antara perkara-perkara yang tidak disentuh atau mungkin bakal disentuh ialah, sistem elektoral, daftar plilihanraya yang kotor, korupsi dan integriti, komisyen Scorpene di mahkamah Perancis, skandal Altantuya, harga barang, subsidi petrol, subsidi gula, GST, cukai prepaid 6%, Akta Universiti dan Kolej Universiti, politik perkauman, politik ketakutan, ekstremis kaum, defisit belanjawan, bebanan tol, gaji minima, gaji munasabah, pengundi warga asing, hak berhimpun tanpa diganasi pihak polis, salah laku polis, keganasan polis, rasuah polis, isu murtad, isu kesedaran agama, akhlak terpuji, sekularisme di masjid-masjid, pentadbiran wang zakat, skandal PKFZ, undi pos tentera, penipuan dan rasuah pilihanraya, pengundi hantu, bil elektrik rumah Perdana Menteri, bil air rumah Perdana Menteri yang seakan punya akuarium buat bela ikan paus, PPSMI, isu Malaya tidak pernah dijajah dan beberapa lagi isu yang masih lagi tidak terjawab mahupun dapat diselesaikan dengan sekadar menyebut niat untuk memansuhkan beberapa akta drakonian.

Perdana Menteri,

Rakyat tidak mudah lupa. Namun terima kasihlah untuk usaha murni yang cuba ditunjukkan untuk memenangi hati rakyat.

Rakyat berharap ada tindakan tangkas dari pihak Perdana Menteri untuk melakukan cabinet reshuffle memandangkan dinosaur-dinosaur yang ada sekarang tidak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini nanti. Mungkin Dato Saifuddin Abdullah seorang sahaja yang mampu bertahan dan tersenyum.

Sebelum Mamu mengakhiri warkah ini, izinkan Mamu berpesan sedikit kepada Tuan Perdana Menteri, seperti mana Hosni Mubarak pernah dinasihati oleh Sheikh Al-Sha’rawi suatu ketika dahulu. Videonya boleh di’acces’ di Youtube. Beliau berpesan bahawa kekuasaan itu berada di tangan Allah, dan Dia beri kepada siapa sahaja yang Dia mahu. Maka janganlah berkejar kearahnya, dan janganlah berkonspirasi jahat demi mencapainya. Di zaman Nabi Ibrahim, Raja Namrud juga diberikan kuasa oleh Allah, seperti yang termaktub di dalam Al-Quran. Manusia merancang, Allah juga merancang. Maka pada ketikanya Tuan Perdana Menteri menguasi kami, moga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada tuan. Namun apabila ketikanya kami menguasi Tuan, moga Allah membantu Tuan dalam menghadapi kami.

Kirim salam kepada sekalian ahli keluarga, moga mereka semua sihat sejahtera.

Tiadalah lagi yang mampu dilakukan selain berpesan-pesan kepada kebaikan.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Fitnah Versi Ke-2 Dan Kaitannya Dengan 16 September

Posted: 18 Sep 2011 12:11 AM PDT

Mohd Rashidi Hassan

ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.

16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.

Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.

Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.

Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?

Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.

Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.

Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.

Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato’ Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.

Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.

Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).

Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham ‘pencak silat’ politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.

Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.

BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?

Saya percaya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.

Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?

Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.

Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.

Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.

Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.

Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, “Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang.”

Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa sekitar April 2008.

Kata beliau kepada Husam ketika itu,”Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara.”

Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?

Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.

Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.

Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?

Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.

Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.

Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.

Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.

Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.

Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa ‘memenjarakan’ Anwar. Jika Anwar masuk ke ‘dalam’ Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.

Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tindakan Terdesak Seorang Anak Bangsawan

Posted: 18 Sep 2011 12:03 AM PDT

Merdeka Review

Oleh Ooi Heng

Ekonomi dunia semakin tidak menentu.  Keadaan ekonomi tahun depan mungkin lebih teruk berbanding akhir tahun ini.  Tambahan lagi, khabar angin bahawa wujud desakan dalaman UMNO memaksa Perdana Menteri Najib melepaskan jawatannya mulai bertiup malah semakin hari semakin kencang.  Najib tidak mempunyai banyak pilihan dalam situasi sedemikian.  Kehilangan sokongan UMNO menjadikan sokongan luar lebih penting sekarang.

Dalam keadaan terdesak, Najib (gambar kiri) terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat.  Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 UMNO memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap keangguhan dan segala bentuk kecacatan dasar serta penyelewengan yang dikaitkan dengan UMNO dan pemimpin UMNO, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti UMNO yang bakal menenggelamkan UMNO kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Baru-baru ini, desas-desus Najib berdepan dengan tekanan dalaman UMNO kelihatan lebih jelas berikutan penerbitan sebuah buku berjudul “Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir…” oleh Shahbudin Husin yang memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju dari 2004 hingga 2008.

Meksipun Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat UMNO (Penawar) telah menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, namun perkembangan terkini nampaknya memperkukuh dakwaan bahawa wujud kuasa politik yang mahukan Najib melepaskan jawatannya.

Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan.  Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman UMNO yang semakin hari semakin tidak puasa hati dengan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.

Dalam buku setebal lebih 300 halaman dan 25 bab yang disifatkan oleh penulis buku sebagai “menegur Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri”, bukan bertujuan “mengkritik parti”, secara jelas kritikan tersebut cuba mengasingkan Najib daripada UMNO.  Khususnya dalam kritikan tajam terhadap tindak-tanduk Rosmah, penulis buku menyifatkan faktor Rosmah bakal menjahanamkan UMNO dalam pilihan raya umum akan datang seperti mana faktor Khairy Jamaluddin semasa Pilihan Raya Umum 2008.  Masih ingatkah serangan Mahathir terhadap Pak Lah bahawa wujud campur tangan pentadbiran oleh sekumpulan “budak Tingkat 4″ pada ketika itu?  Persoalan seumpama juga dibangkitkan oleh Shahbudin Husin berhubung peranan dan campur tangan Rosmah dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan pimpinan seorang anak bangsawan bergelar Najib.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinannya, masalah yang disebabkan oleh isterinya.”

“Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa.”

“Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan.”

“UMNO dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya.”

“… isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau.”

Bayangkan, komen-komen sedemikian bukan datang daripada Pemuda KEADILAN atau Pemuda PAS, tetapi Pemuda UMNO.  Bayangkan juga, bagaimana Pak Lah yang juga merupakan anak seorang ulama tumbang selepas Pilihan Raya Umum 2008 tetapi UMNO masih berdiri angkuh memainkan segala isu yang bercanggah dengan prinsip dan dasar sebuah kerajaan yang adil dan saksama.

Dengan kata lain, tidak cukup sekadar menukar pemimpin.  Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.

Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup.  Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan.  Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti.  Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin UMNO tanpa menukarkan UMNO.  Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.

Syabas kepada Najib kerana membuat pengumuman pemansuhan ISA dan seumpamanya.  Idea perubahan termaktub dalam Buku Jingga.  Kini pelaksanaan Program 100 Hari Pertama oleh Pakatan Rakyat apabila mendapat mandat rakyat nampaknya diawalkan ekoran Najib terdesak untuk berbuat demikian.  Tetapi pengumuman tersebut sekadar langkah awal berkaitan perubahan besar yang dinanti-nantikan oleh rakyat terbanyak.

Sama ada ahli Parlimen UMNO yang lain dan juga Perkasa memberi sokongan kepada usul kerajaan ekoran keperluan proses perundangan berhubung pengumuman-pengumuman berkaitan dimulakan masih tidak menentu.  Dewan Rakyat akan bersidang pada 3 Oktober 2011.  Empat hari pertama akan diperuntukkan untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga rang undang-undang sama ada yang melibatkan pindaan atau penggubalan akta baharu.

Melihat kepada perkembangan baru-baru ini.  Kerajaan Persekutuan telah memperkenan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen berhubung tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang begitu terserlah dalam konteks gerakan BERSIH 2.0 yang juga memperlihatkan kemarahan dan ketidakpuasan rakyat terhadap pentadbiran Najib yang disifatkan sebagai represif.

Bermula pada 7 Oktober 2011, Najib akan membentangkan Belanjawan Negara 2012.  Seterusnya, sidang dewan akan menumpu kepada perbahasan belanjawan sehingga 29 November 2011.  Kalau jadual sidang dewan diikuti tanpa perubahan, dua hari terakhir sidang dewan yakni 30 November 2011 dan 1 Disember 2011 barulah dewan kembali menguruskan perkara rang undang-undang.

Maka persoalannya, dalam keadaan di mana peruntukan hari untuk urusan rang undang-undang sekadar enam hari secara keseluruhan, dapatkah usul-usul berkaitan dengan pengumuman Najib diuruskan secara menyeluruh dan memuaskan?  Persoalan seterusnya, apabila tumpuan dewan adalah terhadap urusan Kerajaan Persekutuan ekoran pengumuman Najib, apakah urusan pembaharuan sistem pilihan raya bakal diketepikan?

Pengumuman semalam oleh Najib melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:

1.Perlembagaan Persekutuan;
2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;
3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;
4.Akta Kediaman Terhad 1933;
5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;
6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;
7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;
8.Akta Buang Negeri 1959;

Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.

Sesungguhnya, berikutan pemansuhan ISA dan ordinan darurat, Kerajaan Persekutuan patut mengemukakan usul meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya mangsa tahanan tanpa bicara, malahan patut mengemukakan usul memberi pampasan kepada semua mangsa berkaitan.  Masih ingatkah Najib bahawa terdapat kes Mahkamah menolak permohonan rayuan bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussein yang hilang pampasan RM2.5 juta setelah Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan untuk mengetepikan tuntutan samannya?

Tanggal 7 April 2011, Rang Undang-Undang Ahli Persendirian “Akta Pemansuhan Darurat” yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah (gambar kiri) ditolak dalam kamar.  Serupa dengan sejarah kemerdekaan di mana UMNO “menyambut kemerdekaan” setelah tanah jajahan melalui fasa “orang-orang yang berjuang menentang British, yang mendapat hasilnya ialah orang-orang yang bekerja dengan British“, kini tuntutan yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah dijadikan produk imej demokrasi seorang Perdana Menteri demi kelangsungan hayat politiknya.

Melihat kepada bilangan hari dan bilangan usul yang perlu diuruskan oleh dewan, seorang Perdana Menteri yang berazam melakukan transformasi politik secara berimpak akan memanjangkan bilangan hari persidangan dewan, bukan memanggil pilihan raya umum.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

anjung setiawangsa

Posted: 18 Sep 2011 03:32 PM PDT

anjung setiawangsa


SAYA LAWAN ORANG JAHAT, SAYA TAK TAKUT - DSAI

Posted: 18 Sep 2011 10:06 AM PDT


"Saya lawan orang jahat, saya tak takut"


Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gentar dengan tayangan susulan video fitnah terhadapnya sebaliknya mahu menumpu usaha membela nasib rakyat.

Tayangan terbaru pada video fitnah yang cuba untuk mengaibkan Ketua Pembangkang itu sedikit pun tidak memberikan kesan kepadanya.

Video terbaru itu yang disebar blogger pro-Umno tanpa sebarang tindakan tegas daripada polis, memaparkan Anwar keluar masuk lif bersama Datuk Shazryl Eskay.

"Saya tak susah hati, saya lawan orang jahat.

Yang bawa kes ini adalah ustaz baru Umno, Syeikh Abdul Rahim Thamby Chik," sindirnya merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu.

Eskay dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik adalah sebahagian trio Datuk T yang memfintah Anwar.

Beliau berkata demikian pada ceramah Pakatan Rakyat anjuran Unit Penerangan Kerajaaan Pulau Pinang di Stadium Bandaraya 17 September lalu.

Kata Anwar, beliau sudah biasa dizalimi tetapi tidak mahu hak rakyat terus dicabuli kerajaan Umno BN, sesuka hati.

"Kalau zalim pada saya, saya maafkan tetapi jangan rampas hak rakyat," kata Anwar.

"Saya hairan mengapa Najib takut sangat bila setiap kali video yang disebarkan tak dapat respon rakyat sebaliknya dia pula yang kena," tambah Anwar lagi.

Dalam isu lain, beliau menempelak Najib yang kononnya mahu menghapuskan keperluan memperbaharui permit penerbitan setiap tahun sedangkan akhbar rasmi KEADILAN sehingga kini tidak diberi permit.

Jika Najib benar-benar percaya kepada kebebasan bersuara, katanya, Perdana Menteri itu tidak menghalang permit akhbar yang mengkritiknya.

"Kata media bebas tetapi Suara Keadilan tak diberi lesen penerbitan.

Najib juga bayar CNBC untuk memuji-muji Najib," katanya merujuk usaha Perdana Menteri itu melobi mendapat slot televisyen antarabangsa.

Keraguan Di Sebalik Fitnah Bodoh Papa Gomo Dan TV3

Posted: 18 Sep 2011 08:35 AM PDT


Nampaknya, isu "video seks" yang dikatakan melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini nampak semakin panas apabila ada blogger pro kerajaan mendedahkan satu rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang kononnya kelibat Anwar bersama sahabat karibnya Datuk Eskay, ketika memasuki apartmen di Ampang lokasi kejadian seks yang dihebohkan sebelum ini.

Malah adengan Anwar dan Eskay masuk dan keluar dari lif apartmen berkenaan telah diulang-ulang oleh TV3 berdasarkan kepada sumber dari blog Papa Gomo. Ulangan itu bagi mengesahkan bahawa pelaku seks berkenaan adalah Anwar Ibrahim.

Maka terkejutlah seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan Buletin Utama TV3 malam tadi. Ada yang percaya dan ada juga yang sangsi dengan pendedahan terbaru itu. Sekali imbas memang nampak jelas wajah dan susuk tubuh Anwar bersama Eskay.


Malah, gambar CCTV berkenaan juga dalam keadaan berwarna yang memudahkan lagi untuk kita melihat raut wajah kedua-dua individu berkenaan. Namun persoalannya, benarkah apa yang dilihat itu adalah Anwar dan benarkan adengan itu telah dirakamkan ketika hari kejadian seks yang dilaporkan oleh Datuk T sebelum ini.

Semua ini mengundang seribu kemusykilan kerana banyak perkara sebenarnya. Masalahnya, kenapa dalam keadaan sekarang masih ada lagi cerita video seks Datuk T ini dimainkan. Bukankah ia sudah menjadi siasatan pihak polis?.

Jika benar pun ada bukti kelibat kedua-dua individu terbabit seperti yang didedahkan oleh Papa Gomo, kenapa video CCTV itu tidak dijadikan bahan bukti di mahkamah?. Kenapa perlu didedahkan lagi kepada umum. Bukankah ini menunjukkan dengan jelas kepada kita bahawa Papa Gomo, berpakat dengan pihak tertentu dan dibayar untuk menghasil serta mendedahkan apa jua maklumat baru sama ada yang diperolehi secara sah atau direka bagi didedahkan kepada pihak media terutamanya TV3. Maknanya TV3 dengan mudah menyiarkan "berita sampah" itu, tanpa ada tapisan semata-mata mengikut arahan orang kuatnya yang khabarnya telah dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri sejak awal tahun ini.

Cuba lihat rakaman video terbaru kononnya melibatkan perbuatan seks Anwar Ibrahim dengan pelacur Cina terbabit.

Inilah dia wajah si Papa Gomo yang diberi hak terbitkan video seks Anwar

Dan sekarang, mari kita lihat betapa Papa Gomo telah gagal menyiapkan skrip dan jalan cerita adengan ini dengan baik sebenarnya. Banyak kekeliruan dan penipuan yang telah dilakukan bagi membuktikan kononnya pelaku seks itu 100% adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kami bukan mahu berpihak kepada sesiapan dalam hal ini. Namun, kebenaran perlulah ditegakkan demi Islam dan keadilan. Tambahan pula sekarang umat Islam masih berada di bulan Syawal yang mulia ini.

Makanya, amatlah tidak wajar Papa Gomo mendedahkan video ini dengan kerjasama TV3, sedangkan dia sendiri terkeliru dengan beberapa adengan yang jelas mengelirukan serta tidak kena pada tempatnya. Sama ada beliau sedar atau tidak, hanya mereka yang celik mata dan hati sahaja dapat menilai kebenarannnya. Banyak kekeliruan daripada kebenaran yang dicari oleh Papa Gomo berlaku terhadap adengan yang dipaparkan.

Antaranya ialah:-

Cuba lihat masa Anwar dan Eskay tiba pada lif iaitu 22:09:30 (kiri atas) dan 22:09:31 (kanan atas) ketika mereka berdua memasuki lif berkenaan. Kemudian cuba tengok ketika pintu lif itu ditutup tiba-tiba tertera masa 22:52:19 (anak panah kuning pintu lif tertutup). Kemudian cuba lihat masa seterusnya gambar yang terakhir (kanan bawah) ketika Anwar dan Eskay keluar dari lif masa yang tertera ialah 22:52.25.

Ini bermakna , Anwar dan Eskay dipercayai masuk lif dan naik ke atas sekitar 6 saat sahaja lamanya.

Bagaimana ini boleh berlaku?. Ini kerana kaunter masa yang disediakan itu adalah diedit sedemikian rupa pada video berkenaan untuk menunjukkan seolah-olah kejadian itu berlaku mengikut masa yang telah ditetapkan.

Sekarang cuba kita lihat pula masa ketika Anwar berada dalam bilik dengan bertuala (bawah kanan), masa yang ditunjukkan ialah 22:26:10 iaitu jarak masa yang terkurang daripada ketika mereka menaiki lif. Maknanya masa sudah berundur ke belakang pula. Kesilapan ini walau pun kecil kata Papa Gomo, namun ia sungguh melucukan.

Persoalannya juga, jika ada CCTV menunjukkan Anwar dan Eskay masuk lif dan keluar lif maka sepatutnya mestilah ada juga CCTV "pelacur Cina" yang dikatakan itu masuk serta keluar lif?. Kenapa Papa Gomo tidak menayangkan CCTV wanita tersebut jika benar beliau berada bersama Anwar semasa kejadian.

Satu persoalan penting yang perlu dijawab juga ialah berkenaan dengan pakaian Eskay itu sendiri. Cuba lihat ketika dia mula-mula masuk ke dalam lif dimana beliau berbaju gelap, tidak bertalipinggang dan baju tanpa kolar (T-Shirt ala baju yang sering dipakai oleh lelaki India).

Namun, anehnya keetika tiba di dalam bilik berkenaan baju Eskay telah bertukar menjadi putih berkolar dan kelihatan dia bertalipinggang dengan baju masuk ke dalam. Begitu juga dengan rambut Anwar ketika mula-mula masuk ke lif yang jauh berbeza dengan rambut bergunting ala askar ketika berada di dalam bilik tersebut.

Semua ini menimbulkan keraguan dan kemusykilan apakah benar video yang dipaparkan itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

[Dengan beberapa penjelasan ini, diharap ianya dapat meredakan sedikit kekeliruan akibat pendedahan yang dibuat oleh Buletin Utama TV3 malam tadi.

Laporan yang hanya dibuat berdasarkan kepada rujukan blog Papa Gomo itu adalah satu tindakan biadap terhadap media arus perdana seperti TV3 sebenarnya. Mereka langsung tiada etika dalam penyiaran dan sewenangnya melakukan tindakan atas arahan pihak tertentu dalam usahan menjatuhkan musuh politik pemimpin negara.

Lantaran itulah kita tidak hairan blog Papa Gomo dijadikan bahan rujukan ilmiah oleh TV3 dalam keadaan ia jelas menimbulkan keraguan. Tindakan TV3 juag mencerminkan bahawa media itu kini 100% dikuasai oleh kerajaan UMNO BN, selain RTM.

Sepatutnya mereka perlu ada panel penilai untuk melihat kualiti dan kesahihan berita yang mahu dipaparkan. Jika itulah caranya, maka tidak hairan selepas ini lebih banyak ceramah pembangkang akan dipantau oleh TV3. Malah, banyak lagi kes-kes kecil akan diperbesarkan bagi menjatuhkan imej para pemimpin tertentu di dalam Pakatan Rakyat].

Sumber - PahangDaily

Fitnah Versi Ke-2 Dan Kaitannya Dengan 16 September

Posted: 18 Sep 2011 08:30 AM PDT


ISU 16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.
16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.
Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.
Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.
Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?
Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.
Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.
Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.
Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.
Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).
Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.
Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.
BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?
Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.
Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?
Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.
Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.
Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.
Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.
Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."
Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal.
Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.
Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."
Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?
Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.
Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.
Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?
Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.
Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.
Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.
Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.
Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.
Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.
Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.

Wee Choo Keong

Posted: 18 Sep 2011 03:27 PM PDT

Wee Choo Keong


YB Tan Sri Nor Yakob and Md Nor: How much did MAS sell the 70% of MAS Catering?

Posted: 18 Sep 2011 07:06 AM PDT

  Tan Sri Md Nor Md Yusof (the architect of WAU), YB Tan Sri Mohamad Nor Yacob (the then Minister of Finance II, who was in charged of Khazanah under Badawi’s administration), Tan Sri Azman Mokhtar and the whizz kid En Mohammed Rashdan Yusof, the then consultants from BinaFikir Sdn Bhd) must clarify what was the [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 18 Sep 2011 09:01 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Tangan-tangan Hitam di Hutan Belum

Posted: 18 Sep 2011 08:29 AM PDT

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh, Timbalan Pengerusi DAP Perak di Ipoh pada 18/9/2011

Tangan-tangan Hitam di Hutan Belum

Baru-baru ini masalah mendogolkan hutan simpanan menjadi satu isu yang besar di Negeri Perak. Siapakah diantara 'tangan-tangan hitam' yang terlibat dalam pembalakan haram dan pembersihan hutan ini? Sungguh pelik kalau pihak kerajaan negeri tidak mengetahui aktiviti-aktiviti haram yang berlaku dengan begitu berleluasa. Adakah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri itu buta? Atau pura-pura menjadi pekak apabila isu ini dibangkitkan? Adalah mustahil untuk aktiviti-aktiviti haram ini dilakukan tanpa pengetahuan dan restu daripada kerajaan negeri.

Isu membersihkan hutan seluas 74ha di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) menjadi hangat apabila perkara ini didedahkan oleh salah satu media tempatan. Sungguh menakjubkan apabila Menteri Besar Perak, Dato Seri Zambry Abl Kadir membuat kenyataan akhbar seolah-olah beliau tidak mengetahui tentang perkara itu. Beliau memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut. Zambry berkata beliau tidak akan bertolak ansur sebarang penyalah gunaan malah beliau komited untuk melindungi alam semulajadi terutamanya Hutan Belum. Beliau juga dalam kenyataanya mengatakan bahawa Hutan Belum adalah kawasan yang dilindungi dan merupakan tanah yang telah digazetkan sebagai hutan. Kenyataan beliau 'bagai udang dalam tanggung' itu sudah pasti tidak dapat diterima sewenang-wenangnya oleh orang-orang yang rasional.

Zambry sebagai Menteri Besar Perak harus berasa malu jika benar perkara ini berlaku diluar pengetahuan beliau. Siapakah yang berani ceroboh memasuki dan membersihkan hutan simpanan yang dilindungi oleh kerajaan? Zambry cuba memperbodohkan rakyat Perak apabila isu ini dibongkarkan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku tanpa pengetahuan pihak Pejabat Tanah dan Daerah Grik, Majlis Daerah Grik, Jabatan Perhutanan dan agensi-agensi kerajaan yang lain? Kerajaan negeri sudah terjebak dan harus mengambil tanggungjawab dan menyelesaikan masalah yang timbul. Ini adalah kerana hutan-hutan khazanah negeri ini dimusnahkan oleh 'tangan-tangan hitam'yang sudah tentu mereka mengetahui identitinya.

Tanah ini sebelumnya dimiliki oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Tetapi ia telah dipindah milik semula kepada Kerajaan Negeri beberapa bulan yang lalu. Adakah Zambry mahu menafikan bahawa beliau tidak megetahui tentang perkara ini? Aktiviti-aktiviti membersihkan hutan ini hanya bermula sejak 2 minggu yang lalu setelah tanah kawasan itu dipindah milik semula kepada kerajaan negeri. Bukankah ini membuktikan bahawa ada unsur-unsur yang 'tidak kena' dalam transaksi ini? Bagaimana kerajaan negeri hendak menjelaskan jika mereka mendakwa mereka tidak mengetahui apa-apa yang sedang berlaku di sana?

Sudah tentu perkara ini telah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Zambry cuba menutup cerita ini dengan adengan sandiwara berpura-pura. Jika benar pihak kerajaan negeri tidak tahu tentang perkara ini, orang-orang yang bersalah itu harus ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan dengan serta-merta. Sudah tentu kerajaan negeri tahu siapakah yang terlibat secara terus dalam manjalankan aktiviti-aktiviti ini. Tindakan ini adalah penting untuk membersihkan nama kerajaan negeri dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri jika mereka benar-benar tidak terlibat dalam skandal ini.

Dipercayai hutan itu dibersihkan untuk membuka jalan ke kawasan pendalamam yang akan diusahakan dengan penanaman kelapa sawit. Adakah aktiviti penanaman kelapa sawit juga dilakukan secara haram atau tanah itu telah diluluskan kepada pihak-pihak tertentu oleh kerajaan negeri? Walau bagaimanapun pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah 'mencuci tangan' dengan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa tentang projek penanaman kelapa sawit di kawasan pendalaman itu.

Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan