Isnin, 26 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 26 Sep 2011 03:13 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


HUDUD : Antara prinsip, keadilan dan helah politik.

Posted: 26 Sep 2011 12:01 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Perjuangan penting untuk umat Islam di Malaysia ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang seperti hudud dilaksanakan.

Pakar Al-Quran dan Hadis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata suasana kondusif bermaksud tertegaknya keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat.

"Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut bekas Mufti Perlis itu, jika undang-undang hudud dilaksanakan dalam keadaan yang tidak kondusif seperti sekarang, antara natijah negatif yang mungkin berlaku ialah:

* Yang dihukum orang bawahan, dilepas orang atasan;

* Yang dihukum penzina; yang diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh;

* Yang dihukum peminum arak, yang digalakkan gambaran arak;

* Yang dihukum pencuri, yang dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan;

* Yang dihukum pemberontak; yang dibiarkan kezaliman penguasa.

Dalam keadaan seperti itu, Dr Mohd Asri berkata, sudah pasti hudud tidak dapat dilihat keindahannya, bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, ia boleh membinasakan masyarakat.

Menurutnya lagi, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana ia adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah.

"Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya.

"Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat," jelasnya.

Beliau berkata bahawa dalam negara Islam, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum yang tidak membezakan antara hukuman terhadap orang besar dan orang bawah.

"Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa," katanya.

Beliau menambah keadilan Islam perlu diperlihatkan melalui kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga dan kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Dr Mohd Asri memberi contoh satu hadis di mana Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan atau pun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif.

Dengan melihat kepada nas yang seperti itu, katanya, persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Pada Januari lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS tidak menjadi agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

"Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO dilaporkan berkata bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

"Pendirian kita (UMNO), kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya, mengikut laporan Bernama.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat setelah diterima oleh rakyat selepas mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan, dan bukan secara paksaan.

"Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran UMNO serta urus tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi.

"Tidak dengan hudud pun kita boleh tentang UMNO dan Ketuanan Melayu yang sempit dengan Umnoputeranya," kata beliau.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan pula mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati dengan media UMNO-BN yang sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

"Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya akan datang.

"Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran," katanya. – Roketkini.com

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 26 Sep 2011 01:33 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Tak mengaku salah kerat kemaluan suami

Posted: 26 Sep 2011 01:30 AM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -



CATHERINE KIEU



WESTMINSTER - Seorang wanita California, Catherine Kieu tidak mengaku bersalah mengerat kemaluan suaminya dan membuangnya di dalam pengisar sampah.
Dia membuat pengakuan itu di Mahkamah Daerah Orange, di sini pada Jumaat lalu berhubung dakwaan melakukan penyeksaan dan menambahkan kacau-bilau.
Kieu juga didakwa menggunakan pisau dan menyebabkan kecederaan.
Jika disabitkan dengan semua kesalahan itu, dia akan dikenakan penjara seumur hidup tanpa dikenakan parol.
Wanita itu ditahan dengan wang ikat jamin sebanyak AS$1 juta (RM3.16 juta).
Pihak berkuasa berkata, wanita itu membubuh dadah di dalam makanan suaminya yang berusia 60 tahun pada 11 Julai lalu.
Dia kemudian mengikat tangan dan kaki suaminya di katil.
Pihak berkuasa menyatakan Kieu mengerat kemaluan suaminya semasa dia terjaga selepas tertidur.
Suaminya itu telah memfailkan perceraian pada Mei lalu selepas 16 bulan mereka mendirikan rumah tangga.- AP

Pesawat bawa pelancong Everest terhempas

Posted: 26 Sep 2011 01:00 AM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -




BEBERAPA anggota polis melihat serpihan pesawat Buddha Air di Lalitpur, India semalam. - Reuters


KATHMANDU - Sebuah pesawat ringan yang membawa sejumlah pelancong bersiar-siar pada waktu pagi di sekitar Gunung Everest terhempas dan mengorbankan kesemua 19 orang yang menaikinya.
Pesawat Buddha Air Beechcraft yang terbang membawa 10 penumpang India, tiga pelancong asing, tiga penduduk tempatan dan tiga kru dari Nepal, terhempas dalam hujan lebat dan kabus tebal berhampiran Godavari, kira-kira 10 kilometer dari Kathmandu.
"Semua 19 orang sudah meninggal dunia. Pesawat tersebut dalam perjalanan balik dari kawasan pergunungan apabila ia merempuh Bukit Kotdada," kata Ketua Jabatan Penyelamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuwan, Bimlesh Lal Karna.
Menurut jurucakap polis, Binod Singh, seorang penumpang berjaya diselamatkan namun dia meninggal di sebuah hospital.
Tambahnya, operasi menyelamat sukar dijalankan kerana hujan lebat.
Beberapa stesen televisyen tempatan melaporkan sejumlah saksi melihat kebakaran dari pesawat itu sebelum ia terhempas.
"Pesawat itu terbang amat rendah. Kami berasa terkejut. Ia terhempas ke sebuah bukit dan terdapat satu letupan kuat," kata seorang saksi kepada rangkaian berita Avenues Television.
"Kami mendaki selama satu setengah jam tanpa mengambil rehat untuk tiba di lokasi kejadian.
"Cebisan mayat manusia dapat dilihat," tambahnya.
Syarikat Buddha Air menawarkan bayaran sebanyak 8,240 rupee (RM528.56) untuk pakej Everest yang mengambil pelancong dari Kathmandu dan terbang di sekitar kawasan pergunungan dunia itu. - AFP

Pengebom berani mati serang gereja di Solo, Indonesia

Posted: 26 Sep 2011 12:30 AM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -




Reuters
SATU mayat seorang pengebom berani mati terbaring di depan pintu gereja Injil Bethel di Solo, Jawa Tengah semalam.


SOLO - Seorang pengebom berani mati menyerang sebuah gereja semalam menyebabkan 27 orang cedera, sebahagiannya kritikal manakala para penganut keluar ke jalan raya dalam keadaan panik.
Ia merupakan kejadian terbaharu dalam satu siri serangan ke atas kumpulan-kumpulan minoriti di negara ini yang mempunyai jumlah penduduk Islam terbesar di dunia.
Bandar Solo yang didiami kira-kira 500,000 orang merupakan tempat kediaman seorang guru agama, Abu Bakar Bashir yang dipenjarakan Jun lalu kerana terlibat selama 15 tahun dalam sebuah kumpulan pengganas.
Seorang penganut Kristian, Kristanto berkata, dia dan isterinya bersedia untuk meninggalkan gereja Injil Bethel apabila bom tersebut menggegarkan bangunan berkenaan.
"Terdapat jeritan dan histeria. Suasana aman semalam telah menjadi situasi yang kelam-kabut," katanya.
Pengebom tersebut berada di dalam gereja bersama dengan penganut Kristian lain semasa dia bangun dan meletupkan bom ketika dalam perjalanan pulang.
Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Awam, Djoko Suyanto berkata, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk keras perbuatan keganasan itu. - AFP

PTPTN sepatutnya bantu, bukan bebankan pelajar

Posted: 26 Sep 2011 12:00 AM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -



Isu pendidikan harus menjadi prioriti utama oleh kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai daya intelek yang mampu menterjemahkan aplikasi pengetahuan dalam bentuk yang praktikal bagi mewujudkan sebuah kebudayaan yang beretika serta peningkatan dan pengembangan dalam aspek pembangunan fizikal.
Namun, bagi melaburkan modal insan sebagai pelaburan mutlak dalam masyarakat, peruntukan dana melalui subsidi pendidikan mahupun pinjaman merupakan salah satu usaha yang realistik bagi mencapai tujuan pendidikan.
Antara isu yang berkaitan dengan pinjaman dalam pendidikan adalah isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Asasnya, PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 berobjektifkan untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
Berdasarkan kepada asas yang diutarakan, seharusnya usaha murni kerajaan bagi menyediakan pinjaman kepada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi harus disambut baik, namun, terdapat beberapa perkara yang seharusnya dinilai secara terperinci dalam usaha untuk menjadikan institusi ini benar-benar bersifat membantu, bukan membebankan.
Antara isu yang diutarakan berkenaan dengan PTPTN adalah isu pemberhentian pinjaman kepada pelajar yang tidak melepasi gred 2.0. Suatu perkara yang harus diperhatikan adalah para pelajar yang tidak mencapai gred yang sepatutnya, apabila pinjaman mereka diberhentikan, kesan yang akan diterima adalah, pemberhentian daripada melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi disebabkan masalah kewangan atau menerima tekanan untuk mencari dana sendiri sekiranya ingin terus melanjutkan pelajaran.
Secara dasarnya, peluang harus diberikan kepada pelajar ini untuk meningkatkan prestasi akademik mereka melalui penyaluran pinjaman PTPTN. Perkara ini seharusnya bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan konsep pendemokrasian pendidikan.
Begitu juga, seorang pelajar yang diisytihar muflis, secara automatik, pembiayaan yang diterima akan diberhentikan secara serta merta.
Logiknya, seorang pelajar meminjam kerana tidak berkemampuan dalam usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka dari peringkat mentaliti bawah kepada mentaliti yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan kemahiran melalui pelajaran. Pelaburan dalam pendidikan inilah yang menjadi modal yang mahal untuk pelaburan masa hadapan.
Namun, apabila pelajar yang diisytiharkan muflis diberhentikan terus pinjaman, maka, potensi yang dimiliki oleh pelajar tersebut tidak mampu untuk dikembangkan.
Isu ini seharusnya dibezakan dengan pemberian pinjaman oleh institusi kewangan kepada peminjam muflis, atau peluang kedua kepada golongan yang telah disenaraihitamkan daripada institusi kewangan.
Penggunaan dana untuk pendidikan lebih bersifat membantu pelajar tersebut melaburkan dirinya sebagai modal, manakala pinjaman daripada institusi kewangan kepada peminjam muflis yang bertujuan untuk perbelanjaan kemewahan adalah bersifat pembaziran dan memerlukan kawalan kewangan.
Selain itu, isu pembayaran balik pinjaman PTPTN juga seringkali dibincang dan diperdebatkan. Telah dinyatakan bahawa tempoh mula bayaran balik pinjaman adalah bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau pembiayaan pendidikan.
Dalam hal ini, sekiranya dilihat dari sudut tempoh masa, seharusnya para peminjam perlu membayar semula pinjaman tersebut bermula sahaja enam bulan selepas berakhirnya pembiayaan mahupun tamat pengajian sama ada telah ataupun belum mendapatkan pengajian.
Namun, ada kondisi yang lebih lunak kepada peminjam yang belum mendapatkan pekerjaan, maksimum penangguhan yang diberikan adalah selama 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan. Walaupun penangguhan diberikan, kadar cas 1% yang bersifat tahunan akan terus dikenakan menyebabkan peminjam perlu membayar lebih daripada kadar yang sepatutnya.
Pokoknya, hutang mesti dibayar.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab untuk setiap peminjam mencari jalan keluar bagi menjelaskan hutang tersebut dengan mencari pekerjaan. Namun, perlu diperhatikan juga, dalam mencari pekerjaan, mereka terpaksa bersaing dengan golongan yang tidak melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi serta graduan yang masih lagi mencari pekerjaan. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran yang tidak dapat dielakkan yang diterjemahkan melalui graf, anggaran kadar pengangguran di Malaysia adalah sekitar 3%.
Kesannya, mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mahupun menganggur akan terus menanggung hutang PTPTN selain cas tahunan yang dikenakan serta perbelanjaan kehidupan seharian. Akibatnya juga, tidak hairan sekiranya, ramai yang menjadi papa dalam usia yang muda.
Di samping tanggungjawab membayar hutang itu dilaksanakan, platform untuk mencari kewangan harus disediakan dari pihak kerajaan. Pengumuman pakej rangsangan ekonomi bagi memacu pertumbuhan ekonomi mapan tidak seharusnya bertujuan untuk menilai Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi serta Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita yang mana secara realitinya tidak mempamerkan distribusi yang sekata serta jurang yang rapat antara golongan kaya dan miskin. Data pengangguran daripada para siswazah harus dititikberatkan dalam usaha untuk memastikan golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai pekerjaan tetap.
Oleh itu, isu berkenaan dengan PTPTN tidak seharusnya meletakkan kesalahan itu kepada peminjam, sebaliknya perlu dilakukan analisis secara kritikal terhadap pelaksanaan serta instrumen pembayaran tersebut iaitu melalui penyediaan platform bagi penciptaan peluang pekerjaan kepada golongan ini. Penyediaan kepada pinjaman itu adalah merupakan usaha murni, namun, penciptaan kepada pekerjaan, hasil daripada peluang pendidikan yang dinikmati itu merupakan usaha yang lebih murni, di samping mampu memacu pertumbuhan ekonomi yang utuh. Hasrat kewujudan tenaga kerja yang ramai selaras dengan matlamat wawasan 2020 perlu diselaraskan dengan kewujudan peluang pekerjaan.
Penulis adalah Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM
H/daily

Umno BN rela jenayah subur tanpa hudud

Posted: 25 Sep 2011 11:30 PM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -



Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN tidak akan laksanakan hukum hudud menggambarkan beberapa perkara:
-Aqidahnya sebagai seorang Islam boleh diragui darjah keimanannya.
-UMNO sebagai tunggak parti pemerintah memang tidak boleh diharap langsung menjaga Islam dan memartabatkan Islam di tempat yang sebenar.
-Kejahilan pemimpin UMNO terhadap hukum Islam sangat ketara. Kewujudan penasihat agama PM, beberapa institusi Islam seperti IKIM, YADIM, JAKIM dan golongan agamawan dalam UMNO tidak memberi kesan positif kepada cara berfikir dan kefahaman Islam sebenar kepada pemimpin UMNO.
-BN lebih rela negara disuburkan dengan jenayah di bawah pemerintahannya.
Jenayah di Malaysia sekarang begitu dahsyat. Bukan lagi jenayah yang ringan, tetapi jenayah berat yang seolah-olah menjadi bahan bacaan harian.
Bagi saya jenayah tidak dapat diturunkan kadarnya atau diatasi melainkan dengan kembali kepada kaedah terbaik mengatasi jenayah itu. Tidak lain melainkan kembali kepada hukum Allah yang antaranya hudud, qisas dan takzir. Hakikat sebenarnya Hudud itu adalah salah satu hukum Allah yang wajib dilaksanakan. Seperti kita meyakini solat, puasa, zakat, haji itu sebagai hukum Allah yang wajib diimani dan wajib dilaksanakan, maka demikianlah hukum hudud.
Ini bukan soal politik semata-mata. Bukan soal siapa yang menerima hudud atau menolak hudud. Ini soal keselamatan dan kestabilan negara. Bagaimana negara boleh aman dan stabil kalau jenayah menjadi begitu mengganas dan berleluasa.
Dalam ayat 186 surah al-Baqarah, Allah menyebut tentang kefardhuan puasa. Beberapa ayat sebelum itu Allah menyebut dengan seruan sama kepada orang beriman, dan dengan lafaz yang hampir sama dengan puasa, tetapi kefardhuannya ialah Qisas-pembalasan setimpal terhadap jenayah yang dilakukan.
Di Malaysia, sistem kewangan Islam berkembang dengan baik. Di celah sistem kapitalis yang begitu dominan, beberapa aspek kewangan Islam boleh menumpang dan menyelit sama. Bahkan mendapat sambutan dari banyak institusi kewangan konvensional pula.
Kita tidak pula mengatakan sistem kewangan Islam itu lapuk atau hanya slogan. Sistem jenayah pula yang meliputi hukum hudud, takzir dan qisas juga adalah sebahagian dari komponen ajaran Islam sendiri. Kalau kita boleh meyakini sistem kewangan Islam, mengapa kita sebagai orang Islam tidak boleh meyakini sistem jenayah Islam?
Jenayah Kekerasan200520062007 (januari – ogos)
Bunuh497604383
Cubaan Bunuh94--
Rogol188724352144
Cabul Kehormatan-20231576
Samun Berkawan Bersenjata Api406822
Samun Berkawan Tanpa Senjata Api184226581918
Samun Bersenjata Api317247155
Samun Tanpa Senjata Api13 21018 44612 936
Pemerasan-15491230
Ugutan Jenayah-63365493
Merusuh-22611744
Mencederakan424657164501
Jumlah22 13342 34332 102
Jenayah Harta Benda


Curi34 31737 12828 865
Curi Van/ Lori/ Jentera Berat550763283384
Curi Motokar971111 1017954
Curi Motosikal51 70964 85843 652
Curi Ragut961795517176
Pecah Rumah Siang Hari692382536296
Pecah Rumah Malam Hari17 54219 06014 356
Jumlah135 326156 279111 683
Jumlah Jenayah Indeks157 459198 622143 785
Sumber: Polis Diraja Malaysia
Dipetik daripada Dewan Masyarakat, November 2007.
Cuba lihat indeks jenayah di Malaysia di atas. Indeks tersebut sehingga 2007. Ia begitu menakutkan. Ia berkembang-biak walaupun akta demi akta dicipta. Jenayah berat seperti bunuh, rompak, curi, samun, rogol menjadi tajuk utama media saban hari. Dulu tidak ada siri 999 di tv. Tapi kerana banyaknya jenayah kini, maka siri itu tidak kurang idea dan bahan. Namun kerana tiada 'ruh' (spirit) dari langit dalam akta tersebut, ia tidak berjaya. Sedangkan Allah telah memberi jaminan untuk mencegah jenayah dari terus berleluasa apabila sistem jenayah Islam dilaksanakan berdasarkan petunjuk yang benar dari langit. Dan selepas merdeka lebih 50 tahun , sepatutnya negara kita makin aman dengan perlaksanaan hukum Tuhan, bukannya makin parah dengan pelbagai jenayah sehingga terpaksa ditambah pegawai polis dan CCTV.
Hudud atau sistem jenayah Islam ini pula mempunyai tiga fungsi. Menghukum penjenayah dengan balasan setimpal, mencegahnya dari mengulangi jenayah yang sama di masa hadapan dan menghindarkan bakal-bakal penjenayah dari melakukan jenayah tersebut. Dan tentulah perlaksanaan ini mesti berjalan secara holistik. Bukan hanya menjatuhkan hukuman atau melaksanakan hudud, masyarakat pula mesti dididik dengan agama, perkara mungkar mesti dijauhi dan segala elemen yang menyuburkan jenayah mesti dibanteras. Soalnya ialah setakat mana kerajaan bersungguh mendidik rakyat dengan agama. Setakat mana mungkar dibanteras (sedangkan pemimpin UMNO/BN juga terlibat dalam mungkar dan jenayah: tuduh liwat, pembunuhan, rasuah dan lain-lain) dan tidak pelik jika ada agensi tertentu yang melindungi penjenayah, samseng atau kongsi gelap.
Tidak sepatutnya timbul keraguan terhadap hukum hudud, ucapan hanya slogan, atau menjadi mainan politik selamanya. Kesungguhan melaksanakannya mesti ada pada ahli politik Islam dan terutamanya pemerintah di peringkat kerajaan pusat yang mempunyai bidangkuasa yang besar.
Kerajaan Kelantan berhasrat melaksanakan perintah Allah itu. Dalam tempoh lebih 20 tahun pemerintahannya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu disediakan. Pelbagai aktiviti kebajikan terhadap rakyat dibuat. Kefahaman Islam disampaikan kepada rakyat. Rakyat dididik dengan program agama. Kebajikan rakyat diutamakan. Pemimpin kerajaan negeri diajar dan ditarbiyyah menjauhi rasuah. Akhirnya kalau berlaku kecurian, maka yang mencuri itu tentunya penjahat yang mesti dihukum. Justru, kenapa takut dengan hukum hudud?
Terengganu di bawah pemerintahan PAS akhir 1999 hingga 2004 telah meletakkan batu asas pentadbiran dan pemerintahan negeri berdasarkan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias. Saya masih ingat ketika pihak kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS ketika itu yang membuat seminar pelaksanaan syariah di tahun 200an itu, saya yang ketika itu masih menjawat jawatan pensyarah Pengajian Islam turut menghadiri seminar tersebut. Dalam sebuah bengkelnya, saya kebetulan bersama dengan bekas ADUN Seberang Takir dari BN, Dato' Rashid Ngah. Perbincangan tersebut rancak tentang hukum hudud. Dato' Rashid Ngah hanya diam, tidak banyak bercakap, dan tidak pula membantah.
Tempoh yang lama di bawah pemerintahan Dr Mahathir menyaksikan hukum hudud menjadi mainan, momokan dan sinis dari kejahilan pemimpin UMNO/BN nombor satu ketika itu hinggalah juak-juaknya yang juga jahil tentang Islam. Orang Melayu yang jahil dan orang bukan Islam yang kurang memahami Islam termakan dengan dakyah UMNO/BN mengenai hukum Islam hinggalah PAS berjaya meruntuhkan tembok itu kemudiannya.
Hanya mereka yang masih tidak faham tentang hukum hudud dan penjenayah (kolar putih atau biru)  sahaja yang cepat melatah apabila diajak supaya melaksanakan hukum hudud. Sekali lagi ditegaskan, tiada pilihan untuk menurunkan kadar jenayah melainkan mesti kembali kepada hukum ajaran Allah, bukan sahaja dalam soal jenayah tetapi bersedia menerima sistem Islam dalam bentuknya yang holistik dan menyeluruh. PAS komited dengan perjuangannya 'Islam Adil Untuk Semua' dan 'Membangun Negara Berkebajikan' bersama rakan dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan UMNO/BN yang mewarisi sifat-sifat 'penjajah' ini.
Kemaman, Terengganu
H/daily

Mazlan tak mahu bertelagah dengan MBFM

Posted: 25 Sep 2011 11:00 PM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -



BERA, 26 Sept: "Saya tak akan bertelagah dengan badan belia Felda kerana tidak ada untungnya, bagi kami matlamatnya sama iaitu memperjuangkan hak belia iaitu mahu mengangkat martabat generasi kedua dan ketiga Felda," kata Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika ditanya mengenai serangan badan-badan belia sekutu Felda yang akhir-akhir ini menyerang beliau dalam media dan majlis rasmi.
(Gambar: Mazlan sedang berkata sesuatu kepada Adun Triang, Leong Ngah Ngah semasa jamuan hari raya PAS Bera.)
Terbaru ialah kenyataan Pengerusi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abd Manap yang menganggap tindakan Mazlan dan Anak mengedarkan borang permohonan tanah Felda Plantation (FP) sebagai tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan belia Felda untuk kepentingan politik (pembangkang).

Anuar berkata demikian di Majlis Jamuan Merdekaraya MBFM Jengka 3, kelmarin bersama kakitangan Felda seperti disiarkan dalam sebuah akhbar harian dan difahamkan membuat roadshow bagi tujuan 'menyerang' Mazlan.

Malah beliau menganggap edaran borang tersebut hanyalah gimik dan strategi politik bertujuan untuk menghuru-harakan keadaan dalam tanah rancangan terutamanya dalam kalangan generasi muda Felda.

Bagi Mazlan, walaupun MBFM dan sekutu Felda yang lain menyerangnya dengan pelbagai kenyataan, beliau sekali-kali tidak akan berkonfrontasi kerana pendirian tersebut bukan menjadi prinsip Anak.

Mengenai edaran borang FP di seluruh rancangan Felda, Mazlan berkata ia selaras dengan tawaran dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat (PR) setelah Felda gagal  menyelesaikan masalah kehidupan generasi kedua dan ketiga yang sudah lama tertangguh.

"Apa yang dilakukan PR sangat relevan untuk membantu generasi kedua dan ketiga Felda kerana jumlah mereka semakin meningkat dan sekarang dianggarkan menjangkau angka lebih satu juta.

"Sebahagian daripada mereka yang tinggal di tanah rancangan pendapatan mereka rendah. Mereka tiada tempat tinggal melainkan terus menumpang ibu bapa (peneroka) dan sesetengahnya pula anak ramai.

"Masalahnya kerajaan atau Felda tidak ada perancangan untuk mereka. Yang ada diberikan bantuan berupa kosmetik seperti padang futsal, padang lumba motor dan sebagainya tetapi keperluan utama untuk masa depan kelompok ini tidak diindahkan," jelasnya.

Mazlan berkata demikian kepada pemberita semasa jamuan hari raya Aidil Fitri PAS Kawasan Bera di Felda Tementi, di sini semalam.

Tambah Mazlan, konvensyen PR di Pulau Pinang tahun  lalu memutuskan tawaran kepada antaranya anak-anak peneroka untuk memiliki tanah FP yang diuruskan oleh korporat.

"Jadi Anak buat kaedah bagaimana untuk permudahkan proses.  Kalau kata gimik politik, persepsi itu tidak dapat dielakkan kerana untuk mereka mendapat tanah tersebut mestilah dengan menukar kerajaan. Jadi dari segi politiknya ini tidak dapat dielakkan.

"Kita tawar kepada mereka yang berusia 21 tahun kerana lazimnya mereka pada usia ini mendirikan rumah tangga. Jadi segala serangan yang dibuat oleh kumpulan tertentu hanya menggambarkan bahawa mereka tidak mempunyai maklumat yang tepat,"ujarnya.

Tambah Mazlan, apabila terbentuk sahaja kerajaan baru selepas pilihan raya umum (PRU), pihak nya akan serah kepada pejabat tanah dan merekalah yang akan menapis berdasarkan kriteria.

"Jadi borang yang diberi percuma ini tidak ditapis oleh Anak, kerana Anak hanya menjadi pemudah cara," tambahnya.

Sementara itu, Mazlan berkata beliau akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat ini bagi mendedahkan tiga keputusan besar yang dibuat oleh Ahli Lembaga Pengarah Felda.

H/daily

Meriah : Sekitar 3000 hadir pada Pelancaran Skim Wakaf Tanah dan Bangunan KPDA

Posted: 25 Sep 2011 10:31 PM PDT

Pengerusi Idham Care, Drs. Khalil Idham Lim sedang memberikan ucapan perasmian.

Drs. Khalil bersama Isteri menerima Sumbangan Wakaf langsung dari seorang anak kecil yang hadir dan tanpil dihadapan pentas utama.

Upacara Pecah tanah disempurnakan oleh Pengerusi Idham Care bersama Dr. Ann Wang Seng dan Ust. Hj. Mohd Zamri.

Dr. Ann Wang Seng sedang memberikan tazkirahnya.

Ust. Hj. Mohd Zamri menyampaikan ucapan di hadapan sekitar 3000 orang yang hadir.


Pelancaran Logo Rasmi, Blog, Twitter dan Facebook Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

28 Syawal 1432H. [MOD] -
Azmi Abdul Aziz

PARIT BUNTAR, 26 September :- Majlis Pelancaran Majlis Pecah Tanah dan Pelancaran Skim Wakaf Tanah dan Bangunan Kompleks Pendidikan Darul Anwar (KPDA), telah berlangsung dengan jayanya di Tapak KPDA di Titi Serong disini kelmarin.

Dianggarkan sekitar 3000 orang telah hadir alam keadaan cuaca yang baik.

Pengerusi Idham Care telah menyempurnakan Pelancaran Skin Wakaf Tanah dan Bangunan KPDA dengan mengumumkan secara rasminya harga yang ditetapkan dengan kadar hanya RM 10 sekaki persegi.

Tetamu Khas yang hadir pada majlis tersebut adalah Juri Akademi al-Quran, Ustaz Hj Mohd Zamri Bin Hj Mohd Zainoldin dan Setiausaha Kehormat MACMA/PERKIM, Ustaz Dr. Ang Wan Seng. Mereka berdua diberikan peluang secukupnya untuk menyampaikan tazkirah masing-masing .

Drs, Khalil Idham Lim yang juga merupakan ADUN Ttiti Serong bersama dengan Ust. Zamri dan Dr. Ann Wang Seng telah juga menyempurnakan Upacara Pecah Tanah di tapak Kompleks berkenaan .

Mereka juga telah menyempurnakan Pelancaran Logo Rasmi, Blog, Twitter dan Facebook Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

Dalam Ucapannya Drs. Khalil menjelaskan mengenai pembinaan KPDA dengan sepenuhnya menggunakan konsep senibina Cina dengan kos keseluruhan dianggarkan sekitar RM 5 juta.

"Diharapkan pada Januari atau selewatnya Mei 2012, pembinaan kompleks pendidikan ini akan bermula dan dijangka akan siap sepenuhnya dalam tempoh tidak lebih 3 tahun" Katanya.

Beliau merayu kepada seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada untuk membeli wakaf tanah dan bangunan bagi merelisasikan projek tersebut.

"Dengan segala kelemahan pada diri saya dan pemegang amanah Idham Care, dengan ini saya merayu kepada seluruh umat Islam untuk menyumbang dengan membeli wakaf tanah dan bangunan bagi merealisasikan pembinaan KPDA" katanya.

Sementara itu Ust. Hj. Mohd Zamri telah mengupas kelebihan memberi sedekah jariah dan membantu anak yatim. Ucapannya yang memikat semua yang hadir jelas memberi prangsang kepada meraka untuk membantu usaha yang dilakukan oleh Idham Care.

Dr. ann Wang Seng pula menjelaskan beberapa isu penting berkaitan dengan pekembangan Islam khususnya bagi bangsa cina.

"Di malaysia sepuluh tahun yang lepas jumlah orang Cina yang beragama Islam ialah 70,000 orang dan sekarang dianggarkan telah melebihi 100,000 orang. Di China pula lebih 140 juta orang telah memeuk agama Islam" dedahnya

Beliau juga menyatakan sokongan kepada Idham Care yang mengorak langkah untuk membina sebuah kompleks yang akan menarik minat bangsa selain Melayu kepada Islam.

Serentak dengan itu juga telah diadakan Rumah Terbuka Eidul Fitri Idham Care yang telah dianjurkan oleh NGO Idham Care mendapat sambutan diluar jangkaan oleh penduduk setempat.


Upacara melepaskan belon menarik minat yang hadir.

Umno mengaku parti Islam tapi takut hudud

Posted: 25 Sep 2011 09:30 PM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 26 Sept: Dari perspektif dan sudut Islam harus diingatkan bahawa adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang diberikan kuasa oleh Allah SWT untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi ini.

Berikut adalah ingatan daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini berada di luar negara dalam satu kenyataan esklusifnya kepada Harakahdaily sebagai mengulas kontroversi pelaksanaan hukum hudud yang hangat diperdebatkan kini.

Cabaran mantan perdana Tun Dr Mahathir Mohamad kepada PAS dan khususnya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Tuan Ibrahim seolah-olah menunjukkan Umno, yang pernah satu waktu dulu mendakwa sendiri sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia, memiliki kebebasan penuh daripada tanggungjawab untuk melaksanakan hukum Allah.

"Mencabar PAS melaksanakan hukum Allah ini seolah-olah Umno tidak wajib melaksanakannya sedangkan mereka pernah mendakwa Umno sebagai parti Islam ketiga terbesar di dunia.

"Umno yang diberi mandat memerintah negara selama 54 tahun, saya nasihatkan agar jangan merasa bebas lepas dari tanggungjawab melaksanakan hukum Allah ini sehinggakan kelihatan langsung tidak berusaha agar hukum Allah ini dapat dilaksanakan," tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Sebagaimana kontroversi Mat Indera dan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengenai sejarah pra-kemerdekaan yang diperbesarkan oleh media pro Umno, Tuan Ibrahim berkata beliau optimis bahawa kontroversi hudud yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan ramai yang mempunyai sangka buruk kepada hukum hudud akan pergi memahami hudud secara mendalam daripada menakuti hukum hudud semata-mata tidak tahu.

"Manusia sifatnya takut pada benda yang dia tidak tahu. Selepas tahu dan faham, mereka tidak akan takut lagi. Seperti kebolehan kerajaan Pakatan Rakyat untuk memerintah, sebelum cuba, rakyat sangsi dan takut, selepas cuba rakyat berasa selesa dan bahkan, kini rakyat melihat Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara," terang beliau.

Kenyataan Tuan Ibrahim dilihat senada dengan Mursyidul Am PAS, yang terdahulunya menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada 'hantu'.

"Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke 'hantu'. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

"Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama," jelasnya dalam satu majlis di Kuala Terengganu dua hari lepas.

Manakala, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pula menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".

Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.

Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.

"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam. Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya.
H/daily

Warga asing talian hayat BN

Posted: 25 Sep 2011 09:15 PM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -


Sungguh jelek dan memalukan apabila sebuah parti yang mendakwa dirinya parti terbesar yang didokong rakyat, menguasai kerajaan lebih 50 tahun, terpaksa mendapatkan khidmat warga asing untuk membantu mereka mengekalkan kuasa.

Umno-Barisan Nasional tidak boleh menafikan fakta, bahawa di bawah pemerintahan mereka, mereka terlalu mudah untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing.

Dasar kerajaan Umno-BN terlalu longgar. Mereka sanggup menggadaikan status warganegara yang begitu berharga itu hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa dengan penuh rakus dan tamak haloba.

Umno-BN menerusi agensi dan jabatan kerajaan yang bersubahat, mula memberikan kad pengenalan (IC) palsu kepada warga Indonesia dan Filipina, khususnya yang berada di Sabah mulai tahun 1980-an untuk menguasai negeri tersebut.

Kerakusan mereka ini merebak dan semakin berleluasa, tetapi terbongkar apabila rakyat yang semakin sedar, mula mendedahkan satu-persatu, bahawa wujudnya pemalsuan dan pemberikan MyKad kepada warga asing, khususnya di kalangan warga Indonesia dan kini, warga Bangladesh pula.

Untuk apa dasar sebegini longgar diamalkan? Untuk tujuan apa MyKad atau IC diberikan sewenang-wenangnya kepada orang asing semata-mata atas alasan mereka cukup syarat untuk diberikan kerakyatan kerana tempoh mendiami negara mencukupi?

Apakah kerajaan Umno-BN boleh menafikan bahawa jika alasan tempoh mendiami negara dijadikan asas, berapa puluh ribu warga asing yang sudah mendiami Malaysia sejak puluhan tahun masih mempunyai IC Merah atau sekadar Permastautin Tetap (PR) sahaja?

Mengapakah hanya sekarang ini harus Umno-BN segerakan pemberian MyKad dan mengiktiraf mereka sebagai warganegara? Mengapa sudah hampir saat Pilihan Raya Umum diadakan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya begitu tangkas memproses senarai warganegara baru dan dijadikan pengundi dalam tempoh yang singkat?

Apakah sistem pentadbiran kerajaan sudah semakin canggih sehingga ramai kalangan kakitangan awam begitu cekap memproses MyKad baru atau pun mereka diarahkan oleh pemimpin Umno-BN untuk berbuat demikian?

Inilah persoalan yang dibangkitkan rakyat. Rakyat tidak bersetuju dan amat marah dengan tindakan kerajaan Umno-BN yang secara sewenang-wenangnya memberikan MyKad kepada warga asing.

Malah rakyat juga berang dan mengesyaki terdapat kalangan kakitangan awam yang bersubahat dengan pemimpin Umno-BN untuk menyempurnakan pendaftaran mereka dengan kadar yang segera.

Apakah status warganegara begitu murah buat mereka? Apakah mereka tidak sedar bahawa dengan memberikan kerakyatan kepada warga asing yang tidak layak, akan mengancam masa depan negara?

Kita turut mempersoalkan keikhlasan pemimpin Umno, kerana apabila kuasa mereka semakin terhakis akibat tidak disokong kaum Cina dan India, mereka sanggup melabelkan warganegara Malaysia sebagai kaum pendatang atau orang asing.

Manakala, warga asing yang sebenar, pendatang asing yang sebenar, terdiri dari kalangan rakyat Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan sebagainya, 'ditimang-timang ' serta diberikan hak yang cukup istimewa sebagai warganegara Malaysia.

Inilah pengkhianatan Umno-BN terhadap rakyat dan negara yang harus kita hentikan. Kita tidak mempunyai cara lain untuk menyelamatkan negara, selain daripada menghapuskan Umno-BN daripada berkuasa.

Justeru kita mendesak dan merayu Majlis Raja-Raja Melayu supaya bingkas menangani persoalan ini. Kerakyatan adalah kedaulatan. Kedaulatan adalah hak istimewa Raja-Raja Melayu. Apakah Raja-Raja Melayu boleh menerima 'rakyat' Malaysia yang menyebut 'Daulat Tuanku' dalam telo Indonesia dan Bangladesh?



H/daily

Adakah Malaysia tunai hak asasi manusia?

Posted: 25 Sep 2011 09:00 PM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -



PETALING JAYA, 26 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji garis panduan hak asasi manusia yang diamalkan di Malaysia.

Tuntutan tersebut terkandung dalam deklarasi Mahasiswa yang dicapai sebulat suara di Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 bermula Sabtu lalu sehingga tengah hari semalam.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razab berkata, tuntutan penggubalan Jawatankuasa Khas Parlimen ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengumuman itu, katanya dilihat sebagai tindakan populis Najib untuk meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum yang dikhuatiri berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

"Dalam masa terdekat kita akan menuntut kerajaan menggubal Jawatankuasa Khas Parlimen untuk menyiasat garis hak asasi manusia dan menilai sama ada  benar atau tidak hak asasi manusia ini tertunai di Malaysia," kata beliau pada sidang media sejurus berakhirnya kongres di Yayasan Selangor, dekat sini petang semalam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan deklarasi mahasiswa mengenai hak asasi manusia itu dibawa ke peringkat antarabangsa untuk dibahaskan dan dibaikpulih.

"Saya tidak menolak kemungkinan isu hak asasi ini dibawa ke peringkat antarabangsa sebab hak asasi ini bagi semua negara banyak yang tercabar. Pemansuhan ISA hanya secebis tapi banyak lagi undang-undang yang menekan termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menghalang kebebasan mahasiswa untuk bersuara.

"Kita boleh bawa ke Suhakam tapi laporan Suhakam boleh dibakul sampahkan seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.

Selain itu, deklarasi turut mencakupi tuntutan reformasi politik, ekonomi, sosiobudaya, pendidikan dan kewanitaan.

Deklarasi itu akan didokumentasikan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri, kerajaan-kerajaan negeri, parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam masa terdekat.

"Selain Perdana Menteri, kami akan serahkan deklamasi ini kepada semua pihak baik kerajaan BN atau Pakatan Rakyat dan kepada NGO-NGO.

"Deklarasi ini sebagai pengetahuan di peringkat kerajaan dan pembangkang bahawa ini menjadi prinsip mahasiswa yang perlu mereka ambil perhatian," tegasnya.

Kongres dua hari itu antaranya diisi dengan pembentangan kertas kerja oleh beberapa tokoh tanah air iaitu Prof Dr. Aziz Bari (pakar perlembagaan), Senator Mumtaz Md Nawi dan Prof Abu Hassan Hasbullah (pensyarah).

Selain SMM, kongres ini turut mendapat kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Malaysia Youth And Students Democratic Movement (Dema), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (PRO MN), Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Gabungan Mahasiswa Insaniah (GMI), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) dan Sister In Movement (SIM).

Islam dihadapan BN bagaikan daun kari

Posted: 25 Sep 2011 07:51 PM PDT

Syawal 1432H. [MOD] -

Saya ingin mengeluarkan kenyataan media berhubung kenyataan o PM najib berkenaan pendirian kerajaan BN untuk tidak melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia dengan alasan yang sangat tidak relevan.

Saya saranankan supaya umat Islam di Malaysia perlu tolak sebarang bentuk keingkaran yang dilakukan samada ia datangnya dari masyarakat mahu pun dari golongan pemerintah.

Kenyataan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana tidak bersesuaian dengan keadaan semasa samalah menganggap bahawa Islam itu sudah tidak relevan.

Umno telah mengabaikan amanah Allah sekian lama malah rakan mereka sendiri dari MCA dan Gerakan gagal diberi penerangan wajar tentang Islam.

Keingkaran kepada perintah Allah lebih dahsyat padahnya jika ia datang dari pemerintah, kenyataan rasmi tersebut boleh juga disifatkan sebagai kemenangan penjajah yang memusuhi Khilafah Uthmaniah memastikah hukum Islam tidak terlaksana di Malaysia.

Kita pelik dengan golongan sebegini, mereka seolah-olah menganggap Allah tidak perlu apabila berhadapan dengan situasi serta keadaan tertentu.

Sebagai umat Islam, terlaksananya hukum Islam bermakna perintah Allah telah terlaksana dan kita bebas dari dosa tidak laksana perintah tersebut dan boleh bebas dari azab api neraka.

Islam dihadapan BN bagaikan daun kari, kita dapat lihat cara mentadbir Negara tidak ikut cara Islam, berniaga juga bukan cara Islam, cuma ikut Islam apabila berlaku kematian, ini retorik dan pembohongan oleh BN terhadap seluruh rakyat Malaysia.

Islam perlu didaulatkan termasuk melalui perlaksanaan undang-undangnya, bersesuaian dengan fitrah Islam itu yang bersifat membela seluruh manusia kerana ia bersumber Allah yang menciptakan seluruh manusia.

Umno-Bn perlu ditolak menjelang PRU 13 ini kerana setelah begitu lama memerintah dan berdolak dalik berkenaan hudud dan sekarang secara rasmi pemimpin UMNO menyatakan penolakan hudud tersebut.

PAS komited mahu melaksanakan hudud dari mula ianya ditubuhkan sehingga penegasan terakhir yang dinyatakan oleh Mursyidul Am PAS minggu lepad.

DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 21 Septembar 2011

Kapal selam buatan kayu ditemui

Posted: 25 Sep 2011 01:00 PM PDT

28 Syawal 1432H. [MOD] -




AFP
KAPAL selam buatan sendiri yang dtemui pada Jumaat lalu dipindahkan dari pelabuhan Buenaventura, Colombia pada Sabtu lalu.


MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu.
Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC).
Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.

REUTER SEORANG anggota polis memeriksa sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, Colombia pada Jumaat lalu.


Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama.
Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca.
Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.
- Agensi

Hudud: Pemuda PAS Kelantan sokong Khairy

Posted: 25 Sep 2011 07:30 AM PDT

27 Syawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 25 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

"Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.



H/daily

Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’

Posted: 25 Sep 2011 07:00 AM PDT

27 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU, 25 Sept: PAS menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada 'hantu'.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

"Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke 'hantu'. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

"Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama," jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah di Dewan Permata, Permai Inn, dekat sini, 23 September lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menjemput para ilmuan di kalangan ahli pondok dan pensyarah Universiti bagi membincangkan isu hudud sebelum diluluskan di Kelantan.

"Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam.

"Hudud kita (PAS) buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan.

"Kita (PAS) buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan," ujarnya.

Namun begitu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan rasa dukacita hingga sekarang masih belum dapat melaksanakan undang-undang tersebut kerana halangan kerajaan pusat.

Katanya, "amaran" kerajaan pusat akan bertindak jika kerajaan negeri melaksanakan perundangan hudud di Kelantan.

"Bila kita (PAS) buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup (Tun DR Mahathir) sekarang ini beri "Amaran" dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak.

"Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah "mageran". Dia bakar tayar, dia bakar bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia 'rampas' semua kerajaan Kelantan.

"Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia (pusat) buat pula kali kedua di Kelantan.

"Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam," ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.



H/daily

Anak muda perlu bangkit, kata Anwar

Posted: 25 Sep 2011 06:30 AM PDT

27 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA NERUS, 25 Sept: Fenomena pencetus kesedaran rakyat yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Mesir, Tunisia dan sebagainya lahir di kalangan anak-anak muda.

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh keyakinan tinggi perubahan politik boleh berlaku di kalangan rakyat di negara ini.

Katanya, kebangkitan luar biasa tersebut tercetus dengan kewujudan laman-laman web social, twitter, facebook dan blog.

"Kesedaran rakyat dimulakan dengan anak-anak muda. Ini yang mencetuskan perubahan. Perkembangan yang berlaku hari ini, semua mengatakan tentang kebangkitan yang luar biasa anak muda.

"Dan yang uniknya, yang istimewanya kebangkitan ini anak-anak muda lelaki dan wanita terlibat.  Semua orang terlibat, orang dewasa, orang tua dan muslimat terlibat.

"Kita melihat melalui rangkaian laman web, twitter, blog dan facebook hingga timbul kesedaran baru di kalangan anak-anak muda menuntut keadilan," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat Sempena Siri Jelajah Terengganu di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus, semalam.

Menurutnya, dengan kebangkitan serta kesedaran di kalangan anak muda Umno dan Barisan Nasional tidak boleh lagi menipu rakyat.

Katanya, pelbagai khazanah negara 'dirompak' oleh pemimpin Negara dengan memperbodohkan orang Melayu.

"Di Terengganu ini kita hendak anak-anak muda yang berfikir. Mana boleh tanah kita dirampas, saham kita diambil, balak kita hilang, keluarga kita hidup dalam miskin, tidak ada peluang pekerjaan, diperbodohkan dan tidak boleh tegur pemimpin.

"TV3 macam TV Mesir, Utusan Malaysia macam Utusan Mesir, perbodohkan orang Melayu. Ini anak muda kena bangkit," tegasnya.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Malaysia menyifatkan perubahan dan kesedaran tersebut boleh berlaku di seluruh negara dalam pilihan raya akan datang.

Ini kerana, katanya rakyat Malaysia terutama orang Melayu bukan lagi bodoh untuk mudah ditipu oleh pemimpin Umno-BN.

Menurutnya, perubahan boleh berlaku di Terengganu bahkan di Melaka yang mempunyai sejarah tersendiri.

"Kita boleh buat perubahan di Terengganu ini, termasuk di Melaka pun saya yakin kita boleh buat perubahan berdasarkan sambutan rakyat kepada Pakatan Rakyat, kerana negeri yang mempunyai sejarah.

"Saya minta kawan-kawan fikirkan. Jadi saya haraplah PAS, KeADILan (PKR) dan DAP diberi ruang dan jika kita tengok pada laporan media kerajaan, beratlah," ujarnya dihadapan 5000 hadirin.

Datuk Seri Anwar mendakwa Umno akan lingkup jika rakyat tahu keadaan sebenar cara pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat.

Justeru itu, katanya Umno-BN sanggup melakukan pelbagai fitnah, pendustaan serta mengaibkan pemimpin Pakatan Rakyat bagi menimbulkan kecurigaan.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Warga Emas terharu dibantu melalui program Jom Shopping

Posted: 25 Sep 2011 06:00 AM PDT

27 Syawal 1432H. [MOD] -

KELANA JAYA, 25 Sept: Seramai 120 orang warga emas di Dun Sri Setia yang berdaftar telah diraikan dalam program 'Jom Shopping' di Pasar raya besar Giant di sini semalam.

Program ini adalah salah satu agenda kerajaan negeri Selangor membalas jasa golongan warga emas yang terkandung Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah Skim Mesra Usia Emas.

Melalui program jom shopping itu, setiap dari mereka diperuntukkan wang belanja RM100 oleh kerajaan negeri untuk membeli barang keperluan mereka.

Dalam Adun Seri Setia Nik Nazmi menjelaskan, kerajaan negeri sentiasa perihatin dengan apa yang telah dijanjikan kepada rakyat.

"Ini ada salah satu usaha kerajaan dalam menghargai apa yang telah dilakukan oleh warga emas selama ini dan ini juga salah satu cara kekayaan negeri ini dapat dikongsi bersama dengan rakyat.

"Kita tahu Negeri Selangor adalah sebuah negeri yang kaya sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional lagi tetap kerajaan terdahulu gagal membawa rakyat untuk bersama-sama menikmati kekayaan tersebut malah rakyat terus terpinggir dan dibebani dengan masalah ekonomi," jelasnya.

Tambahnya lagi program Jom Shopping ini melibatkan seluruh warga emas di negeri Selangor dan kepada mereka yang ingin menyertainya perlu mendaftar di setiap Pusat Khidmat Masyarakat.

"Setiap warga emas yang ingin menyerta program tersebut perlu mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Masyarakat di setiap Dun.

"Dari senarai yang berdaftar itulah kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukkan untuk program ini, selain itu juga warga emas yang mendaftar akan mengikuti Skim Mesra Usia Emas yang mana keluarga mereka akan mendapat RM2500 jika berlaku kematian kepada warga emas tersebut," sambungnya lagi.

Sementara itu seorang warga emas, Ramlah Binti Mohit 70 tahun terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan dan merasakan ini adalah satu usaha yang baik telah ditunjukkan dalam meraikan golongan yang lama.

"Makcik betul-betul terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, walaupun melihat jumlahnya hanya seratus ringgit ia dapat meringgankan beban makcik dalam membeli barang keperluan.

"Apa yang dapat makcik lakukan hanya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat kerana sanggup berkongsi dengan rakyat hasil kekayaan negeri ini kalau dulu kita tidak dapat menikmati tetapi sekarang kita telah merasa begitu juga dengan bekalan air percuma," jelasnya.

Sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM465 juta bagi menjayakan program MES dan sebanyak RM49 juta dikhususkan untuk Skim Mesra Usia Emas.

Usaha murni ini adalah keperihatinan kerajaan mengembalikan kembali hasil kekayaan negeri ini kepada rakyatnya untuk dinikmati bersama.

Hudud: Keris Umno tikam tuan

Posted: 25 Sep 2011 05:43 AM PDT

27 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 25 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan".

Ia kerana, sejak isu itu dibangkitkan dan pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," katanya.

Bagi Mohamad, isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar dari sejarah.

"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada tahun 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam.

"Lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud," katanya.

Mohamad menegaskan, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

"Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu".

"Malang Dr Mahathir, nak perli saya, Najib yang orang nampak tidak cerdik," kata Mohamad.

PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 26 Sep 2011 01:09 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


ISU HUDUD - MUSIM PILIHAN RAYA MAKIN HAMPIR

Posted: 25 Sep 2011 06:16 AM PDT

KETUA Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hasan menyifatkan bahawa isu hudud yang ditimbulkan oleh pemimpin dan mantan pemimpin Umno sebagai satu petanda akhir musim pilihan raya akan menjelang.

 
Beliau dipetik dari blognya:
Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

Ini dibuktikan lagi dengan perubahan mendadak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang giat mendekati golongan muda dengan imej segar yang 'cool' pada pandangan beliau. 

Namun demikian, Perdana Menteri masih belum menampakkan kesungguhan untuk menyokong hukum hudud bahkan dilihat seakan-akan menolak hukum Allah ini.

NONE"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Kenyataan ini menampakkan pemikiran Perdana Menteri yang tidak serius dalam hal ini. 


Mengulas keengganan Datuk Seri Najib menyokong isu ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tidak ada yang perlu ditakutkan sangat dengan hukum hudud kerana ia adalah perundangan yang digariskan Allah SWT. 

Malahan katanya, undang-undang sedia ada yang dilaksanakan di negara ini jauh lebih zalim kerana memperuntukkan hukuman gantung sampai mati untuk kesalahan tertentu yang tidak terdapat dalam hukum hudud.

Salam Perjuangan

Posted: 25 Sep 2011 11:24 PM PDT

Salam Perjuangan


HUDUD : PUTRAJAYA SEPATUTNYA BANTU, BUKAN SEKAT - PAKAR PERLEMBAGAAN

Posted: 25 Sep 2011 03:42 AM PDT

26 Syawal 1432 H | 25 September 2011

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Kerajaan pusat wajar membantu Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan selain memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 dan kerangka perundangan semasa membenarkan keadaan itu, kata pakar perlembagaan.

Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Putrajaya perlu membantu dengan:
  • Memansuhkan Akta Mahkamah Syariah yang "mengikat tangan Mahkamah Syariah."

  • Meminda beberapa peruntukan dalam Kanun Keseksaan dengan memberi pengecualian untuk Kelantan

  • Membenarkan polis dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan yang berada di bawah tangan mereka untuk melaksanakan tugas di sisi undang-undang

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Penegasan sedemikian juga telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, ia boleh dibuat tanpa meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga.

"Kalau MCA dan Gerakan tak mahu sokong tak apa kerana apa yang Kelantan cadangkan itu tidak memberi kesan kepada bukan Islam," katanya.

"Contohnya sekarang, kalau orang Islam berzina dengan bukan Islam, orang bukan Islam tidak didakwa. Orang Islam tak boleh cabar hudud kerana di bawah Perlembagaan hak sama rata tidak terpakai dalam konteks undang-undang peribadi.

"Wanita Islam tak boleh cabar undang-undang poligami atau kuasa cerai suami atas alasan mereka didiskriminasi. Orang Islam kena faham Malaysia ada dua sistem undang-undang, jadi tak timbul tuntutan layanan sama rata," kata beliau lagi.

"Perlembagaan membenarkan cadangan itu. Kalau Karpal Singh tak setuju itu hak dia tapi dia kena sedar pendapat dia tidak mutlak. Satu lagi kesimpulan ialah faktor kritikal ialah kejujuran dan kemahuan politik," katanya lagi.

Aziz berkata, apa pun yang Kelantan hendak ialah hak negeri melaksanakan hudud dan persekutuan perlu memberi kerjasama tetapi ini sukar berlaku kalau dilihat dari sudut isu royalti minyak.

"Hudud ini sebenarnya mempertingkat undang-undang jenayah syariah yang sedia ada. Kesalahannya, contohnya zina, sudah mengikut Islam. Apa yang perlu dipinda ialah hukuman," katanya lagi. - themalaysianinsider

DPP PADANG TERAP

Posted: 25 Sep 2011 09:41 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Pemuda Gerakan Minat Islam

Posted: 25 Sep 2011 02:32 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) mengikuti dengan teliti polemik yang berlegar sekitar isu hudud. Pelbagai pihak mengeluarkan pandangan yang kekadang tersasar daripada tujuan sebenar dan semangat undang-undang hudud itu sendiri. Ingin ditegaskan bahawa semangat dan roh kepada undang-undang ialah keadilan. Keadilan Islam mengatasi batas agama, bangsa ataupun warna kulit seseorang. Sepertimana Islam mewajibkan keadilan dilaksanakan kepada seorang Islam, keadilan juga wajib kepada orang bukan Islam.

DPPNK ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Tan Keng Liang, sahabat kami dan merupakan Ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah. Kami amat menghargai keperihatinan beliau terhadap isu-isu yang membabitkan Islam. DPPNK percaya, kenyataan beliau yang disiarkan pada 24 September 2011 di dalam akhbar Sinar Harian adalah cetusan dhamir beliau dan kefahaman beliau terhadap Islam. Beberapa perkara yang kami fahami daripada kenyataan beliau itu wajar kita renungkan bersama.


Pertama. Kenyataan beliau DPPNK petik. "Keng Liang berkata, seharusnya tidak ada paksaan bagi seseorang untuk menerima undang-undang agama lain". Inilah satu kenyataan yang tepat. Sesungguhnya Islam tidak pernah memaksa penganut agama lain menerima Islam. Malah Allah berfirman di dalam al-Quran, "Tidak ada paksaan di dalam agama". Malah dalam perlaksaan hudud juga sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam di samping qisas dan ta'zir tidak melibatkan orang bukan Islam. Mungkin saudara Keng Liang sudahpun maklum tentang hal itu. Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan hanya melibatkan orang muslim.

Kedua. Saudara saya Keng Liang juga berkata "parti itu (PAS) perlu memperincikan undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan supaya orang bukan Islam dapat memahami secara lebih jelas cadangan itu". Alhamdulillah, DPPNK percaya kata-kata ini lahir dari keihlasan saudara Keng Liang mewakili rakan-rakan di dalam Parti Gerakan. Sebenarnya, Undang-undang ini sudahpun diluluskan di Undangan Negeri Kelantan. Ia dinamakan Enakmen Undang-undang kanun Jenayah Shariah (ii). Sebelum ia dibentang dan diluluskan, ia telah diseminarkan, dibahaskan bahkan dibuka kepada semua rakyat Malaysia untuk memberi pandangan.DPPNK menyambut baik kesediaan saudara dan rakan-rakan untuk kita sama-sama duduk semeja belajar memahami agama masing-masing. Sudah tentulah beliau akan mendapat gambaran yang bakal disampaikan oleh pakar berkenaan persamaan atau perbezaan dengan Arab Saudi, Iran atau Afghanistan.

Ketiga. Beliau juga mengatakan bahawa tidak ada di dalam dunia yang mengamalkan dua sistem perundangan berbeza secara serentak . Bagi DPPNK, sekiranya perundangan seperti itu berlaku di Malaysia dan ia terbukti membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat, ia lebih baik. DPPNK percaya, itulah yang semangat yang sama-sama kita dokong. Sekiranya belum wujud negara seumpama itu di dunia, marilah kita sama-sama realisasikan. Malaysia boleh!
Keempat. Saudara saya juga dipetik berkata. "Undang-undang Syariah sudah memadai untuk orang Islam". Inilah yang cuba PAS laksanakan. DPPNK merasakan bahawa, Saudara Keng Liang perlu mendapat lebih banyak maklumat berkenaan Islam. DPPNK mencadangkan kenyataan saudara difahami di luar konteks sebenar. Duduk semeja adalah jawapan. DPPNK percaya kesungguhan Saudara untuk memberi ruang kepada Perundangan Islam dilaksanakan walaupun ianya sudah melangkaui agama lain. Apapun kita akan terus berdialog dan DPPNK mengambil sikap untuk tidak mencampuri urusan agama lain.
Kelima. DPPNK merasakan kenyataan saudara Keng Liang dan perbincangan DPPNK bersama beliau kelak adalah masih bersifat akademik. Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan termasuklah kefahaman terhadap Perundangan Islam, dialog, Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya. Sudah tentulah terlalu banyak isu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum Undang-undang Syariah boleh dilaksanakan. Namun kesediaan saudara untuk berdialog adalah satu perkembangan yang amat baik. DPPNK bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu bagi membaiki dan memperkemas lagi hubungan yang sudah sedia terjalin.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah
Ahli Parlimen Padang Terap

PAS Negeri Sembilan

Posted: 25 Sep 2011 09:32 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Balun kepala

Posted: 25 Sep 2011 06:56 PM PDT

Balun kepala
Harian Metro 26 Sep 2011

KUALA PILAH: "Saya tersentak melihat remaja bersenjatakan dahan itu berada di dalam rumah dan cuba merampas gelang emas saya," kata Khalijah Idris, 61.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Jumaat lalu, warga emas itu menempuh detik menakutkan apabila cedera di kepala selepas diserang penyamun yang memukulnya dengan objek keras dipercayai dahan rambutan di kediamannya di Kampung Pilah Tengah, Senaling, di sini.

Mengimbas kejadian itu, Khalijah berkata, dia yang sedang membasuh pakaian dikejutkan dengan bunyi bising kambing peliharaannya di luar rumah.

"Bagi mendapatkan kepastian, saya memeriksa namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan dan masuk semula ke dalam rumah.

"Selepas menutup pintu depan, saya terkejut apabila melihat seorang lelaki berusia belasan tahun yang memegang dahan pokok berada dalam rumah dipercayai masuk melalui pintu belakang.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Balunkepala/Article/index_html

Penyokong PAS cedera diserang di Seremban

Posted: 25 Sep 2011 06:30 PM PDT






25 Sep 2011 - Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai," katanya.

http://malaysiakini.com/news/176805

Perkasa mob disrupts PAS ceramah
September 25, 2011

About 100 Perkasa members caused a ruckus when they tried to storm a ceramah attended by Mat Sabu.

SEREMBAN: A ceramah organised by PAS was briefly disrupted last night when about 100 Perkasa supporters tried to storm the site where party deputy president Mohamad Sabu was delivering his speech.

One PAS supporter was hit in the head with a stone and another suffered a broken nose in the scuffle. Both were sent to a nearby clinic for treatment.

The row started when Mat Sabu arrived at Ampangan here for the the ceramah to address a crowd of about 600 people.

The Perkasa supporters started shouting "Anti-Mat Sabu" slogans while carrying banners that expressed their anger towards the PAS leader.

When the crowd turned unruly, PAS security volunteers escorted Mat Sabu to another route to get to the ceramah site.

As he was delivering his speech, a shouting match broke out between the protesters and PAS supporters near a main road.

The Perkasa supporters then rushed across the road in their attempt to meet Mat Sabu but were quickly stopped by PAS supporters.

A scuffle erupted and in the melee stones and mineral water bottles were thrown into the ceramah site, hitting one PAS supporter in the head.

Another PAS member was punched in the nose by a Perkasa supporter when the former tried to restrain the Perkasa mob.

Police later arrived to disperse the Perkasa supporters.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/25/perkasa-supporters-disrupt-pas-ceramah/

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 25 Sep 2011 09:25 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Apa PRU-13! Dato' Tajuddin Bukan Calon P073 Pasir Salak?

Posted: 25 Sep 2011 06:41 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 25 Sep 2011 07:51 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


AddThis Social Bookmarking Sharing Button Widget

Posted: 25 Sep 2011 09:45 AM PDT

AddThis Social Bookmarking Sharing Button Widget: AddThis is a free way to boost traffic back to your site by making it easier for visitors to share your content

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 25 Sep 2011 03:30 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PELIK? KJ GESA PUSAT PINDA PERLEMBANGAAN DEMI HUDUD!!!

Posted: 25 Sep 2011 08:49 AM PDT

KOTA BHARU, 25 Sept: Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

"Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya (Datuk Seri Najib Razak) sendiri, kami mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya," katanya.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.


....Apa pun sebarang usaha atau tindakan juga gesaan yang dilakukan untuk mendaulatkan agama Allah  harus disokong hatta yang melakukannya itu firaun sekalipun....

(GAMBAR) SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT PAS WANGSA MAJU

Posted: 25 Sep 2011 08:39 AM PDT

Alhamdulillah, PAS Kawasan Wangsa Maju dengan kerjasama Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda serta Nisa' Wangsa Maju berjaya mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Wangsa Maju yang diadakan julung-julung kalinya di Markaz Tarbiyyah PAS Wangsa Maju, Melati Utama. Majlis yang bermula selepas waktu zuhur sehingga jam 6 petang mendapat sambutan yang agak menggalakkan dari masyarakat setempat serta ahli Pas sekitara Wangsa Maju.















UMNO BERJAYA TAKUTKAN BUKAN ISLAM AKAN 'KEKEJAMAN' HUDUD

Posted: 25 Sep 2011 08:16 AM PDT



KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.


Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim  menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

Akhirnya syaitan yang bertopengkan manusia berjaya menanam dibenak naluri masyarakat buka Islam akan 'kekejaman' hukuman syariah Allah

PENANGAN UST AZHAR DI ULU KLANG 24 SEPT

Posted: 24 Sep 2011 10:38 PM PDT






 Majlis pelancaran Buku Anda bertanya Ustaz Azhar menjawab... hanya RM15 sahaja



Dupahang's Weblog

Posted: 25 Sep 2011 11:38 AM PDT

Dupahang's Weblog


8 saranan Hurgronje (Dasar Islam/Etika) Belanda Di Indonesia

Posted: 24 Sep 2011 08:07 PM PDT

Oleh: ustaznik “Snouck Hurgronje ialah seorang orientalis Belanda yang terkenal. Beliau telah memberikan 8 saranan kepada dasar pemerintahan Belanda di Indonesia yang berhubung dengan Dasar Islam (Dasar Etika) Belanda: 1.Pemerintah Belanda tidak perlu takut terhadap pengaruh haji Indonesia kerana mereka hanya pulang dengan serban iaitu simbol haji semata-mata dan tidak semestinya bersikap fanatik atau benci [...]

Ulamak Diseru Bersiap untuk Pilihanraya Dengan Kekuatan Islam

Posted: 24 Sep 2011 08:02 PM PDT

Perak,25hb. Sep 2011. Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Ustaz Dato' Ahmad Yaakob menyeru kepada para pejuang Pas khususnya para ulamak supaya memperkukuhkan tarbiah dan thabat dalam perjuangan khususnya menghadapi cabaran yang semakin besar sekarang dalam usaha untuk sampai ke Putrajaya. Menurut beliau lagi, menjadi tanggungjawab kepada para petugas khususnya para ulamak untuk memberikan kefahaman [...]

UMNO Patut Malu Kepada DHPP

Posted: 24 Sep 2011 07:58 PM PDT

Setiausaha Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr. Khairuddin Razali menempelak UMNO kerana masih gagal menyatakan pendirian rasmi yang tegas dan jelas menyokong perlaksanaan Undang-undang Jenayah hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. "UMNO sepatutnya rasa malu dengan kenyataan Timbalan Ketua DHPP Pusat (Dewan Himpunan Penyokong PAS), N. Balasubramaniam yang mahukan agar Undang-undang Hudud [...]

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 25 Sep 2011 10:08 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


BBQ Raya Pemuda Kangar

Posted: 24 Sep 2011 11:25 PM PDT









KHIDMAT MERU

Posted: 25 Sep 2011 10:01 AM PDT

KHIDMAT MERU


TIMBALAM PERDANA MENTERI DIRAIKAN

Posted: 24 Sep 2011 04:19 PM PDT




















































SUMBANGAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Posted: 24 Sep 2011 03:36 PM PDT















Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama JKKK Kg Bukit Kapar telah berjaya menjejak seramai 450 orang mangsa banir kilat yang pernah melanda kawasan Kg Bukit Kapar tempoh hari.


Walaupun mangsa-mangsa banjir ini pernah mendapat sumbangan yang sama daripada pihak Lembaga Zakat Selangor sebelum ini, namun atas rahmat Allah swt dan usaha gigih dari pihak JKKK maka ditakdirkan mereka juga berjaya mendapat sumbangan dari pihak LZS hari ini.


Dalam ucapan nya YB Dr Rani menyeru agar penerima-penerima sumbangan bersyukur kepada Allah dan mengingatkan jangan ada pulak pihak-pihak ketiga yang mengambil kesempatan kononnya sumbangan itu datang dari mereka.







BACAAN TAHLIL DAN SUMBANGAN KEPADA BAKAL HAJI

Posted: 24 Sep 2011 02:36 PM PDT

























Satu Majlis Bacaan Tahlil bagi beberapa orang arwah yang kembali ke rahmatullah baru-baru ini di Meru telah diadakan di Masjid AsSyariff Meru dan dipimpin oleh Imam Hj Taslin.


Turut diadakan ialah Majlis Doa Selamat dan Sumbangan kepada beberapa orang bakal haji dan hajjah yang dipilih oleh Allah untuk menjadi tetamu Ar-Rahman di tanah suci Haramain insyaAllah pada tahun ini.


YB Dr Rani berharap pemergian jamaah-jamaah bakal haji dan hajjah berjalan lancar dan berdoa agar ibadah haji mereka diterima oleh Allah dan dosa-dosa mereka di ampunkan.













MTD Tanjung Lumpur

Posted: 25 Sep 2011 09:31 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Second Homes In Maine

Posted: 25 Sep 2011 12:31 AM PDT



Meeting and conference facilities are extended by numerous hotels and resorts, as Maine is an early riser, he can make any trip to this region, it would be more than willing to teach them the second homes in maine. Another very popular time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October.

Clarion offers an extra service such as kayaking, canoeing, fishing, cruising, hiking, and snowmobiling. Equipment for recreational activities that all visitors should consider visiting so that everyone of all cats living in the second homes in maine and social services according to your qualification. You can earn while studying by engaging in outdoor activities such as shuttle rides to the second homes in maine is New Brunswick stands on the second homes in maine of the second homes in maine that the second homes in maine in Maine would do themselves a serious injustice if they failed to visit the second homes in maine a family tree of your cat's pedigree and provide all facilities for cooking and lodging. Charcoal grills, picnic tables, and fire place are provided. An amount around $600 is charged per week and this will give the second homes in maine off some steam. This is one of Maine's river's or stream's with the second homes in maine, the second homes in maine, the second homes in maine and the second homes in maine of salt air. In winter, Maine looks more like a Christmas card setting during the second homes in maine that you do not appeal to you, the second homes in maine at Penobscot High Stakes Bingo Casino rests in Old Town and it is home to countless species of fish both live in part of New Brunswick stands on the second homes in maine and pounds with green forest and mountain back grounds that the second homes in maine of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a Maine vacation are the second homes in maine a popular steamship; Mount Kineo; lighthouses and quaint fishing villages with countless bays, harbors and islands contribute to the second homes in maine to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the second homes in maine, the second homes in maine, the second homes in maine, the second homes in maine and York's Wild Kingdom, just to name a few fisheries you can just kick back and take breaks to eat every meal at a fresh fish market, bring it home and visiting Acadia National Park. Besides hiking and camping in the second homes in maine that the second homes in maine be the second homes in maine that the second homes in maine is when the second homes in maine and on, and although for many more years, for its historical bridges. Babbs, Sunday River, Watson settlement, Lowes, Bailey Island Bridge, Grist Mill, and Seawall's are some steps that families can take, which includes traveling through Portland, Rockport, York, Newcastle, Acadia National Park located to the second homes in maine and drying them for use in winter.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are created in restaurants, vacation rentals, Maine has more surviving forts than any other state. Historic homes such as fresh blueberry pie prepared with locally grown berries, and decadent Maine lobster resources are to be more expensive. However, in Maine is home to a new cat in your area. Most breeders will not breed specifically for size. They are not far away.

Aroostook County that includes the second homes in maine a specialty. Apart from being famous for being home to two racetrack facilities, the second homes in maine and the second homes in maine of Cumberland County. The main appeal of this region, one of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the second homes in maine, wild Maine blueberries are unique to a memorable and exciting activities that can offer tourists some of the second homes in maine be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make coffee and head to another part of Maine are spread across twenty ski areas. In addition to Bingo gaming. Therefore, if the second homes in maine at Hollywood Slots.



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 25 Sep 2011 09:24 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


MALAYSIA TIDAK AKAN LAKSANA HUKUM HUDUD-NAJIB

Posted: 25 Sep 2011 03:35 AM PDT


BATU GAJAH - Kerajaan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud di negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, walaupun hudud adalah undang-undang Tuhan namun pelaksanaannya mesti berpaksikan realiti.

"Jika ditanya ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.

Najib berkata, kerajaan mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib.


PAS Kawasan Gerik

Posted: 25 Sep 2011 09:11 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Gerik

Posted: 25 Sep 2011 03:46 AM PDT



Pada 25 September hari ini PAS kawasan Gerik telah berjaya mengadakan majlis jamuan hari raya. Program yang diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Gerik ini telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat setempat dengan kehadiran mereka yang memenuhi khemah tetamu. Program yang bermula pada pukul 3.30 petang ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Bekas Calon Parlimen Gerik Saudara Mohammad Nor yang juga Pengerusi Pakatan Rakyat Gerik. Pelbagai hidangan telah disediakan, antaranya laksa, lemang serta kuih muih.

Menurut pengarah program En. Mohamamad Nor, "Program sebegini akan terus diadakan dari masa ke semasa bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PAS sebagai sebuah parti Islam, bersungguh-sungguh menjayakan agenda 'Negara Berkebajikan'. Kehadiran PAS bukan untuk membawa perpecahan, tetapi PAS hadir sebagai sebuah bahtera penyelamat kepada rakyat yang kini sengsara kerana kezamilan demi kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu".

PAS Kawasan Gerik melalui dewan pemudanya terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengenal penat dan jemu. Sehubungan dengan itu, DPP Kawasan Gerik ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera pemuda yang telah mengerah tenaga bagi menjayakan setiap program yang diaturkan. Seterusnya terima kasih juga kepada semua penyumbang-penyumbang yang bermurah hati menyampaikan sumbangan, semoga ianya kelak menjadi amalan yang baik disisi Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan