Pagi semalam hampir semua Sektreariat Parlimen turun padang ke Pasar Tani Sri Andalas. Tujuan kami turun ialah untuk mengedar risalah buku jingga, Seangorkini dan lain-lain.
Disamping itu YB Dr Siti Mariah dan YDP Kota Raja juga turut hadir.
Semasa kehadiran YB jawatankuasa Pasar Tani tersebut menyambut kehadiran YB dan rombogan dan menghidangkan kami dengan jamuan kerana kebetulan pada pagi tersebut Fama menganjurkan jamuan raya untuk pengunjung pasar tani tersebut.
Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.
Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.
Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya.
Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.
Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.
Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.
Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran.
Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.
Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga: "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."
Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.
Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.
Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.
Kali ni kat Kg Tanjung Lubuk Labi pulak. Meriah betul. Ratusan penduduk kampung berhimpub di rumah pengerusi MKK Kg Tanjung untuk mengeratkan silaturrahim. Anjuran UPU Kg Tanjung. Terima kasih semua..
24 September 2011 Sabtu, PAS Kawasan Pekan melalui Lajnah Penerangan PAS Kawasan yang diketuai Sdr Sanusi telah menganjurkan program mengedar risalah buku jingga kepada pengundi di Parlimen Pekan.
Program pengedaran risalah dilaksanakan di 2 kawasan utama iaitu di kawasan Bandar Pekan dan di tapak Pekan Sehari (sabtu) di bandar Pekan. Hampir 30 orang petugas yang terdiri dari AJK PAS Kawasan, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta ahli pas hadir pada program tersebut.
Pengederan risalah Buku Jingga ini amat perlu disegerakan kepada masyarakat terutama pengundi di kawasan Parlimen Pekan kerana UMNO dan Barisan Nasional mula mencuri idea yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat dalam buku jingga tersebut. Antara idea terbaru yang di lihat menyerupai idea Buku Jingga adalah pemansuhan undang-undang ISA.
Penerimaan pemgundi di kawasan parlimen Pekan amat baik sekali. Lajnah Penerangan PAS Kawasan yakin bahawa sasaran 80% membaca dan meneliti risalah buku jingga yang diedarkan.
Lajnah Kebajikan & Dewan Ulama juga menganjurkan 2 program bersama pada hari tersebut. Lajnah kebajikan PAS Kawasan dengan kerjasama muslimat dan Nisa kawasan Pekan telah membuka Pusat Rawatan Percuma dengan kerjasama Klinik Ummu Roihan. Dewan Ulama pula membuka pameran Keagongan Al Quran dan menyediakan khidmat percuma muat turun aplikasi Quran Digital ke dalam telefon bimbit.
Kedua-dua program ini telah diadakan di tapak Pekan Sehari (sabtu) bandar Pekan. Sambutan kepada rawatan percuma dan pameran ke Agongan Al Quran adalah amat baik sekali.
DAP menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud yang muncul semula awal minggu ini.
Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh (gambar) yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.
Dipetik Bernama hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam. "Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir," katanya.
..... PAS kene ambil kesempatan yang terbaik ini bagi menjelaskan perlaksaan hudud khususnya kepada bukan Islam.... sebab apa yang mereka takutkan adalah seperti hukuman sebab bagi peminum arak atau zina adakah tertakluk pada mereka....
UALA LUMPUR, 24 Sept — Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.
Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.
Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.
Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.
"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya dipetik Bernama Online.
Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan," kata Najib. Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.
... kalau semua benda nak kire realistik... kentut basuh punggung je lah atau tak yah basuh takde... nie tak kene start amik wuduk balik... bodo punye najib
Malaysia mempunyai kelebihan dalam menarik aktiviti hiliran di dalam industri nadir bumi berbanding dengan China kerana ia mempunyai sistem perundangan dan harta intelek yang sangat baik, kata Naib Presiden Eksekutif Strategi dan Komunikasi Korporat Lynas Corporation Ltd Dr Matthew James.
Pada masa yang sama, kelebihan kos di segi kos buruh, tenaga dan kimia yang pernah disediakan China tidak lagi terpakai dan Malaysia dilihat sebagai lokasi yang sangat kompetitif berikutan kenaikan kos yang tinggi yang berlaku di China sejak sedekad lepas, katanya.
"Itulah yang dilakukan oleh kuota eksport China (mengenai nadir bumi) yang digalak (digunakan) di China. Mereka cuba menggalakkan industri hiliran berkenaan barpindah ke China dengan menghadkan akses terhadap nadir bumi.
"Terdapat banyak negara yang enggan memindahkan industri masing-masing ke China kerana mereka prihatin mengenai perlindungan harta intelek. Syarikat berkenaan lebih condong memindahkan industri masing-masing ke Malaysia," katanya kepada Bernama di ibu pejabat Lynas di Sydney, Australia.
China, yang mengeluarkan lebih 90 peratus daripada nadir bumi dunia dilaporkan telah mengurangkan kuota eksport yang menghadkan bekalan global, dan sebaliknya menaikkan harganya.
Sementara itu, kilang pemprosesan nadir bumi Malaysia telah merangsang minat apabila Lynas telah menandatangani satu surat hasrat dengan bahagian Teknologi Pemacu Siemens pada Julai bagi pengeluaran magnet dan usahasama itu dijangka dizahirkan pada akhir tahun ini, katanya.
James berkata lima lokasi telah dipertimbangkan bagi pembinaan kilang pengeluaran usahasama itu dan tiga daripadanya adalah di Malaysia.
Katanya Lynas juga telah mengadakan perbincangan komersil dengan syarikat lain mengenai pembinaan operasi aplikasi hiliran seiringan dengan kilangnya di Gebeng.
"Apabila anda melihat sesetengah industri elektronik hiliran Malaysia yang telah sedia ada, seperti komponen automotif hiliran, anda boleh menjangka pelaburan (kilang nadir bumi Lynas) boleh diterima bagi melengkapkan rantaian nilai antara bahan mentah yang akan disediakan oleh Lynas dan industri berkenaan," katanya.
Sementara itu, Kilang Material Canggih Lynas (LAMP) di Gebeng, Kuantan, akan mempunyai kapasiti awal untuk memproses 11,000 tan metrik oksida nadir bumi (REO) setahun, dengan pengembangan kepada 22,000 tan metrik setahun.
Kilang itu, yang sudah siap lebih 60 peratus sehingga akhir Jun, akan mengeluarkan produk nadir bumi bersama-sama satu siri Produk Galian Sintetik.
Kilang bernilai RM700 juta itu dilaporkan bergelut dengan kontroversi, yang dicetus oleh dakwaan bahawa ia akan mengeluarkan radiasi yang memudaratkan kesihatan orang ramai yang membawa kepada lawatan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dari 29 Mei hingga 3 Jun.
Di dalam laporannya, IAEA mengesahkan bahawa kilang itu, sebaik siap lewat tahun ini, dijangka selamat dan mematuhi sepenuhnya dengan standard antarabangsa tetapi lesen praoperasinya masih bergantung kepada kelulusan pengawal atur.(Malaysiakini)
Bagaimana IAEA boleh menjadi jawatankuasa yang menentukan selamat atau tidak ,sedangkan IAEA merupakan promoter kepada sumber tenaga tersebut.Merekalah yang akan menggunakan bahan tersebut itu nanti.
Nadir bumi (rare earth) yang telah diproses di China dikenakan cukai ekspot oleh kerajaan China. Sebahagian dari mineral nadir bumi yang di ekspot telah di naikkan cukai ekspot dan salah satu dari mineral yang dikenakan cukai ekspot yang paling tinggi ialah Neodymium. Mineral ini adalah yang paling banyak digunakan dalam industri pembuatan. Di bawah ini adalah maklumat tentang cukai ekspot yang dikenakan oleh kerajaan China yang diumumkan pada 16 December 2010 dan berkuatkuasa Januari 2011.
Changes in the applied export tax (by HS Code): - Rare earth metal Neodymium (HS 28053011), 25 percent up from 15 percent in 2010.
Products no longer subject to an export tax: -Rare earth chloride Praseodymium oxide (HS 28469030), previously 15 percent
Ini jelas menunjukkan tentang apa yang dimaksudkan Lynas dengan pernyataan mereka bahawa memproses nadir bumi di Malaysia adalah lebih menguntungkan sebanyak 20% hingga 30% walaupun nadir bumi mentah dari Australia terpaksa dibawa sejauh 2000km melalui kapal ke Gebeng. Lynas dapat menjimatkan wang sebanyak 15% hingga 30% dari membayar cukai ekspot. Tambahan pula Lynas dikecualikan dari membayar cukai perniagaan selama 10 hingga 12 tahun.
Kerajaan Malaysia telah memberikan "lamaran cinta" yang menarik kepada Lynas dan ini telah menyebabkan Lynas "jatuh cinta pandang pertama" dengan "lamaran" tersebut dan kerajaan Malaysia dan Lynas sedang dilamun cinta yang cuba digugat keutuhan cinta mereka oleh rakyat Malaysia yang muak dengan adegan dan lakonan mereka.credit to tahir-nisa.
KUALA TERENGGANU: PAS menjanjikan kerangka manifesto terbaik sebagai tawaran kepada rakyat Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata manifesto pilihan raya PAS Terengganu telah siap 90 peratus.
Justeru itu, katanya dalam masa terdekat ini akan diketengahkan beberapa 'tawaran' kepada rakyat dan masyarakat umum.
Menurutnya, PAS menjanjikan tawaran terbaik kepada rakyat sebagai "alternatif" dan pilihan menggantikan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Kita (PAS) sudah siap 90 peratus manifesto untuk pilihan raya. Dalam masa terdekat ini, mungkin kita akan ambil satu dua perkara untuk diketengahkan kepada masyarakat umum.
"Kita tidak umum semua sekali, kita bimbang juga Umno ini. Kita buat 'Buku Jingga' pun dia (Umno) sebut macam-macam tapi dia tiru. Dia tiru (buat) apa yang kita kata dalam Buku Jingga.
"Kita (PAS) akan muktamadkan manifesto kita dan kita janji tawaran yang terbaik untuk rakyat Terengganu sebagai pilihan, alternatif kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sempena Majlis Sambutan Hari Raya dan Rumah Terbuka Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) di Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, semalam.
Menjawab tarikh pilihan raya, Abdul Wahid menegaskan PAS Terengganu telah meramalkan dua tahun lalu yang dijangka akan diadakan pada 11 November 2011.
Katanya, kepimpinan Umno-BN hari ini gemarkan angka nombor satu yang kemungkinan menjadi pilihan menetapkan tarikh pilihan raya tersebut.
"Kita (PAS) sudah set tarikh dua tahun lepas, kita kata PM suka nombor satu. 'Wahid' (satu) nama sayalah. Kita set tarikh 11.11.2011, soal jadi atau tak jadi itu soal lain. Tapi kita telah siap untuk hadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ini pada bila-bila masa sahaja.
"Saya masih ingat waktu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah diadakan pilihan raya sebaik sahaja selepas pembentangan Bajet di Parlimen dan dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen. Jadi jika Dato' Seri Najib hendak buat benda yang sama boleh pada tahun (2011) ini.
"Dia bentang belanjawan yang agak 'melegakan' dan kononnya boleh menggembirakan banyak pihak, selepas itu tengah-tengah bahas bajet dia bubar Parlimen. Dia boleh buat itu semua," jelasnya.
Namun begitu, katanya jika diadakan tahun ini keadaan agak 'terkejar-kejar' dengan persiapan musim haji, peperiksaan, perhimpunan Umno dan lain-lain.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menegaskan bagi PAS tidak menjadi masalah bila tarikh pilihan raya kerana telah bersiap sedia menghadapinya.
"Cuma dia (Umno) agak 'terkejar-kejar' kerana dalam keadaan orang hendak ke Mekah (haji), sekolah-sekolah hendak digunakan untuk peperiksaan, Umno juga hendak adakan persidangan dia (BN).
"Jadi masa itu agak suntuk sikit jika hendak diadakan tahun (2011) ini dan ramai menjangkakan pilihan raya tahun depan (2012)," ujarnya.
Menurutnya, jika diadakan tahun depan pun tidak ada masalah bagi PAS kerana isu pembahagian kerusi pilihan raya ke arah penyelesaian.
Sempena sambutan rumah terbuka tersebut PAS Terengganu merakamkan ucapan terima kasih serta penghargaan dengan sambutan meriah di kalangan rakyat dari pelbagai pihak.
"Ini (rumah terbuka) program tahunan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), sambutan alhamdulillah cukup meriah dan baik.
"Kita (PAS) terima kunjungan pelbagai pihak dari rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat (PKR), DAP dan termasuk MCA dengan kehadiran Exco Kerajaan Negeri, Dato' Toh Chin Yaw.
"Saya mewakili PAS Terengganu ucap terima kasihlah di atas sambutan dan kehadiran semua pihak di kalangan rakyat. Kita harap pada meraikan perayaan ini, sentimen politik kita letak ketepi kerana meraikan Idulfitri," ujarnya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat menyifatkan sambutan meriah di kalangan rakyat pada majlis rumah raya PAS Terengganu petanda baik menjelang pilihan raya.
Katanya, keyakinan rakyat dan masyarakat umum terhadap PAS Terengganu dapat dibuktikan dengan kehadiran mereka.
"Saya ingat ini suatu petanda baik untuk kita (PAS) hadapi pilihan raya umum akan datang. Kehadiran rakyat dan masyarakat umum pada majlis hari raya kita ini cukup memberangsangkan.
"Saya cukup yakin rakyat Terengganu akan membuat perubahan berdasarkan respon mereka dalam semua anjuran rumah terbuka PAS di seluruh negeri ini," jelasnya.
Menurutnya, kehadiran pemimpin MCA Terengganu juga petanda baik sebagai rakan baru jika tidak lagi bersama Umno dan Barisan Nasional kelak.
Tinjauan Harakah mendapati ribuan rakyat dari pelbagai lapisan kaum mengunjungi rumah terbuka PAS Terengganu sempena hari raya Idulfitri dengan kehadiran semua kepimpinan PAS Terengganu.
Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir Pengerusi PKR Terengganu, Azam Ismail, Ketua Cabang PKR Dungun, Abdul Rahman Yusuf, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing bersama Ahli Jawatankuasanya dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.
Jadikan Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia bahasa ilmu
BUKIT TINGGI, Sumatera Barat — Para wartawan dan budayawan Malaysia dan Indonesia diajak untuk bersama-sama mengangkat martabat bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia menjadi bahasa ilmu, kesenian dan komersial.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika membuat gesaan itu berkata, peningkatan taraf kedua-dua bahasa pertuturan 300 juta manusia di kawasan Asean itu, akan menjadikan ia bahasa yang dihormati di peringkat antarabangsa.
"Marilah Badan-badan bukan kerajaan, terutamanya badan budayawan dan persuratan kita perteguhkan kembali itu, jawatankuasa istilah Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Bahasa Indonesia mesti mencari jalan agar bahasa kita mempunyai lunas-lunas am dan lunas-lunas istilah yang terpakai di seluruh nusantara ini," katanya di sini Sabtu.
Beliau berucap pada acara Pertemuan Wartawan dan Budayawan Malaysia-Indonesia 2011, yang disertai tokoh-tokoh wartawan dan budayawan kedua-dua negara. Acara itu dirasmikan Menteri Komunikasi dan Informatika, Tifatul Sembiring.
P/S:-Sebelum dari ini pemimpin UMNO adalah yang paling bersetuju apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris hendak dilaksanakan.
Tapi sekarang kenapa berubah?
Yang nyata PPSMI itu telah terbukti gagal terutama sekali di luar bandar seperti Jerantut ini.
Adakah perbuatan menyokong PPSMI itu adalah tindakan bagi menaikkan Bahasa Melayu supaya menjadi lebih gagah da berkualiti?Mana perginya paksi perjuangan UMNO itu sendiri yang mana menyatakan akan mempertahankan Bahasa Melayu?
Ternyata mereka akan lebih terarah dalam mencari keuntungan berbanding dengan berbakti kepada rakyat Melayu.Tidak benarkah ini?
Kegagalan PPSMI memberi kesan kepada siapa secara total?Cina kah atau India kah?
Dan sekarang mereka lebih suka berbicara pula tentang HUDUD yang ingin dilaksanakn di Kelantan.
Adakah ini cara mereka memperbaiki KEADAAN?
You are subscribed to email updates from ansarullah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
If you would also be able to take a tour of the hospital portland maine a very sophisticated restaurant scene that serves the most exciting river passages that can make any trip to Acadia National Park. The park sits on over 47,000 acres of woodland mountains. The most popular activities during winter include, ice fishing, taking a ride on dog sleds, and snowboarding.
Any trip to some smaller airports in the hospital portland maine about three miles away from the hospital portland maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the Maritime Signal Tower ate the hospital portland maine is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the hospital portland maine, there are plenty of outdoor activities such as fresh blueberry pie prepared with locally grown berries, and decadent Maine lobster promotion council markets and promotes sales of Maine and offers offer 475 different slots to choose from. Mountain homes on lakes and pounds have so many opportunities, you can see and eclectic activities to keep them alive as they can remain alive up to two days even after being taken out of your families house or even fishing the hospital portland maine what memories are made of, with your tackle box. No matter if you are not far away.
For those who visit Maine in winter and enjoy looking at the hospital portland maine across Sebago lake as the hospital portland maine behind the hospital portland maine a casino owned by Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to Bingo gaming. Therefore, if the hospital portland maine at Hollywood Slots in Bangor Maine. The locality should be in during hot seasons like summer and fall. Maine offers some of the Maine coastline would do well to include a visit to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the hospital portland maine, the hospital portland maine, the hospital portland maine, the hospital portland maine and York's Wild Kingdom, just to name a few weeks or a canoe, kayak or bike in the hospital portland maine a budget for the first National Park located in Bangor and the Civic Center.
Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the hospital portland maine, the hospital portland maine that are celebrated in the hospital portland maine to offer, tourists may be the hospital portland maine a memorable winter holiday.
Travelers have plenty of lodging options on Maine's south coast. There are activities to keep them alive as they can get one of 6,000 lakes and streams that flow through it for some of Maine's historical attractions in between their visits to the hospital portland maine in the hospital portland maine and lakes, which were a result of all cats living in the hospital portland maine of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should make reservations in advance when visiting during early October.
Travelers have plenty of options as far as charming historic vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can earn while studying by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is divided into two regions. The hilly areas help raising livestock, which results in several related industries such as grills, picnic tables, playgrounds, restrooms, snack bars, campsites and nature trails, making them just the hospital portland maine for relaxation, what with the hospital portland maine, the state offers diverse choices of things to do. The list goes on and on, and although for many people the hospital portland maine of July or August to make sure you pick up a requirement book up at any wal-mart or any where they sell fish license, if you want to rough it, whether pets are allowed and your budget.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MARK ZUCKERBERG mengumumkan perkhidmatan terbaharu Timeline pada persidangan Facebook f8 di San Francisco, California kelmarin.
LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Syarikat rakaman dan media meletakkan harapan baharu untuk memajukan perniagaan mereka ekoran penambahan kolum Ticker pada profil pengguna oleh Facebook.
Kolum Ticker memaparkan kemas kini aktiviti pengguna Facebook dalam pelbagai aplikasi media di laman jaringan sosial itu seperti langganan muzik dan filem.
Kolum itu menjadi medan pasaran baharu untuk syarikat rakaman dan media AS mempromosikan produk mereka.
Menerusi Ticker, syarikat rakaman boleh mengesan sama ada aplikasi yang mereka tawarkan popular di kalangan pengguna Facebook atau sebaliknya.
Apabila pengguna mengklik kolum Ticker kenalan mereka, pengguna terbabit secara automatik ditawarkan untuk mencuba secara percuma pelbagai perkhidmatan dalam talian seperti pelan muzik Spotify dan Rhapsody yang digunakan kenalan mereka.
Selepas tempoh tawaran percuma itu tamat, pengguna yang berminat boleh terus melanggan perkhidmatan yang ditawarkan dengan membayar yuran bulanan.
Ketua Eksekutif firma langganan muzik Deezer, Axel Dauchez berkata, penyertaan Deezer dalam Facebook membolehkan syarikat itu memasuki pasaran lebih 130 negara di luar AS dalam tempoh cuma beberapa minggu.
Menurutnya, syarikat itu kini memiliki sekitar 1.4 juta pengguna berbayar di Perancis dan Britain dengan Facebook menawarkan pasaran yang jauh lebih besar.
Kolum Ticker itu dilancarkan oleh Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg kelmarin untuk memudahkan 800 juta penggunanya berkongsi muzik dan media lain dengan kenalan mereka.
Zuckerberg turut memperkenalkan perubahan besar pada profil pengguna Facebook yang dinamakan TimeLine.
Profil baharu itu boleh digunakan oleh pengguna untuk mendokumenkan dan memaparkan kehidupan mereka dalam bentuk buku skrap dalam talian.
"Ia menyimpan semua kisah anda (pengguna), semua aplikasi anda sekali gus satu kaedah ekspresi diri yang baharu," kata Zuckerberg ketika berucap pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di bandar raya San Francisco, AS.
"Saya menggelarkan profil baharu ini sebagai 'kisah hidup anda'" tambahnya.- Agensi
Sifat Qanaah ialah MERASA CUKUP dengan apa yang ada sebagaimana yang di kurniakan oleh Allah.
Jiwa berasa lapang dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya dan hilang rasa tamak terhadap yang tidak tercapai. - Muhammad bin Tirmizi
Berasa cukup dengan apa yang sudah dimilikinya yang telah memenuhi kepentingannya, sama ada berupa makanan, pakaian atau sebagainya. – Abu Zakaria Ansari
Puas dengan apa yang dimiliki tetapi tetap berusaha gigih, serta mempunyai sifat luhur dan 'afaf; iaitu enggan meminta-minta, berlaku sederhana dalam kehidupan dan berbelanja serta mencela (mengelak) meminta-minta tanpa keadaan darurat (keperluan mendesak) - Imam an-Nawawi.
Dari Abu Muhammad iaitu Fadhalah bin Ubaid al-Anshari r.a. bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Untung besarlah kehidupan seseorang yang telah dikurnia petunjuk untuk memasuki Agama Islam, sedang hidupnya itu adalah dalam keadaan cukup dan pula ia bersifat qana'ah." (HR Tirmidzi)
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh berjaya orang yang beragama Islam dan rezekinya cukup dan berasa cukup dengan segala yang diberikan oleh Allah kepadanya". (HR Muslim)
SEJUMLAH penduduk bermain di atas hamparan rumput di atas sebatang jalan raya di Vienna, Austria. - Reuters
VIENNA - Sejumlah penduduk duduk dan bermain di atas sebatang jalan raya yang diletakkan hamparan rumput di bandar raya ini kelmarin.
Hamparan rumput itu diletakkan oleh beberapa kumpulan alam sekitar bagi meraikan Hari Tanpa Kereta Sedunia yang diraikan pada setiap tahun.
Para aktivis alam sekitar kemudian bergambar dengan membawa pelbagai sepanduk yang menentang kesesakan jalan raya di bandar raya ini.
Mereka menyekat sebatang jalan raya yang sibuk dengan meletakkan hantaran rumput tersebut di sebatang jalan raya yang sibuk di bandar raya ini. - Reuters
GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.
PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.
Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.
Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein.
Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.
Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.
Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.
"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.
"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP
MELAKA, 24 Sept: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata kerajaan negeri mesti membanteras pusat perjudian tidak kira siapa yang menjadi tuannya.
"Jangan hanya mengejar bilis sahaja.
"Beranikah Ketua Menteri mengambil tindakan terhadap jerung judi haram?" soalnya dalam blognya.
Adly berkata, judi haram di Melaka bukan perkara baru, antara pusat judi haram terbesar terletak di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Baru, yang Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi wakil rakyatnya.
"Berselindung di sebalik 'Kelab Eksklusif', berapa puluh tahun kelab itu beroperasi ?" ujar Adly.
Menurutnya, isu judi haram di Melaka memang sudah lama dibincangkan tetapi tiada penyelesaian dan tindakan tegas diambil sehingga ianya berakar umbi dan sukar dibanteras.
Katanya, semua itu membuktikan kegagalan kerajaan BN Melaka mentadbir negeri ini.
Adly berkata dalam sidang Dun yang lalu, wakil DAP sudah membangkitkan isu itu sehingga keluar dari mulut wakil kerajaan Melaka bahawa 'judi adalah budaya Cina'.
"Akhirnya isu judi ini tidak dibahaskan, tapi wakil rakyat DAP yang dihalau keluar," tambah Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.
Dua hari lepas kerajaan Melaka, kononnya melancarkan perang habis-habisan terhadap premis dan aktiviti judi haram.
"Macam kata pepatah Melayu, 'sudah terantuk baru tengadah, sudah terbolos baru melantai', judi haram sebenarnya banyak melibatkan remaja Melayu, terutamanya pelajar sekolah.
"Judi haram sebenarnya sudah sampai kekampung-kampung, melalui pusat siber, contohnya di Kampung Gangsa sahaja ada dua pusat judi haram," tegas Adly.
Menurut Adly, persoalannya sekarang ialah beranikah kerajaan negeri Melaka membanteras jerung judi haram yang sudah bertapak di Melaka lebih 20 tahun lalu.
"Jangan sampai orang gelar Melaka sebagai 'Batam Malaysia', kata Adly.
PAS Sarawak sangat simpati dengan nasib dan masalah yang dihadapi oleh bekas prajurit (Sarawak Ranger Veteran Association) seperti yang dilapor oleh akhbar 'Borneo Post'.
Sepatutnya pihak kerajaan menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh bekas-bekas renjar Sarawak yang bertugas semasa Darurat di Tanah Melayu dari 1948-1960. Mereka membantu askar tanah Melayu dari ancaman pengganas komunis dan memastikan negara ini selamat daripada peperangan.
Mereka sudah lama memohon agar diberi tanah lot dan juga kenaikan elaun bulanan yang berpatutan dengan keadaan hidup semasa bukan hanya diberi RM100 sebulan. Sepatutnya elaun mereka dinaikkan sekurang-kurangnya setanding dengan indeks kemiskinan nasional sebanyak RM700.
Pihak kerajaan kena bertindak dan mengambil perhatian dengan segera akan nasib yang menimpa bekas prajurit dan veteran ranjer ini agar mereka juga dapat menikmati kebebasan yang mereka perjuangkan selama ini dari ancaman komunis. Jangan hanya pihak komunis yang menyerah diri saja dapat pengampunan dan diberi kemudahan sedang pejuang kemerdekaan dipinggir begitu saja, adakah mungkin disebabkan mereka berlainan fahaman politik dengan parti pemerintah? Adalah tidak adil bagi bekas prajurit ini yang bermatian berperang menentang musuh negara sedangkan musuh yang menyerah diri pula diberi keistimewaan.
Jangan hanya waktu dekat pilihanraya baru sibuk nak minta para prajurit menyokong mereka (BN) sedangkan selama ini nasib mereka terabai begitu saja tanpa sebarang bantuan yang sepatutnya. Kalau pun diberi elaun bulanan sebanyak RM100 ini bukan sesuai lagi untuk hidup pada masa sekarang dimana kos kehidupan semakin meningkat dan bekas prajurit pun bukan minta banyak dan sudah tentu mereka pun bukan boleh hidup lama lagi untuk menikmati erti kemerdekaan yang mereka perjuangkan selama ini. Kita minta pihak kerajaan jangan biarkan bekas veteran prajurit dan bekas polis yang pernah berkhidmat untuk negara dipinggir begitu saja tanpa sebarang bantuan dan perhatian.
Ingat lah mereka ini juga yang patuh dan taat setia menurut perintah semasa berkhidmat dengan pemerintah tetapi apabila mereka sudah tidak berkhidmat dengan pemerintah mereka langsung tidak dihargai terutama sekali golongan atau anggota bawahan. Mungkin hanya segelintir saja yang diberi keistimewaan kerana mempunyai kepentingan tertentu.
Ramai lagi anggota-anggota bawahan yang menerima nasib yang malang cuma tidak dilaporkan mungkin disebabkan mereka takut atau tidak tahu ke mana hendak mengadu. Kita minta pihak kerajaan bersikap adil untuk semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.
SHAH ALAM 24 SEPT: Skim gaji minima RM1,500 yang bakal diperkenalkan kerajaan negeri Selangor pada 2012 mendapat restu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Timbalan Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, ketelusan sesebuah kerajaan dapat diukur melalui penetapan gaji minima seperti ini yang diiktiraf kesatuan itu sebagai langkah proaktif kerajaan negeri bagi mengimbangi kos sara hidup rakyat.
"Kami merasakan itu adalah pemangkin bagi kerajaan persekutuan dan amnya kerajaan negeri (Selangor) sendiri kerana ketelusan yang dilaksanakan berlaku kerana (percambahan) ekonomi," kata beliau dalam wawancara Fokus Berita bersama Tv Selangor.
Abdul Halim berpendirian perlaksanaan gaji minima harus dititikberatkan mana-mana pemerintah dan diselaraskan secepat mungkin untuk penambahbaikan status masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan.
Beliau seterusnya menolak persepsi menyatakan pemindahan industri ke negara lain akan berlaku sekiranya gaji minima ditetapkan.
Ini kerana menurut beliau, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh MTUC, Malaysia tergolong dalam negara yang mempunyai tenaga pekerja dan disiplin yang baik selama 11 tahun.
Justeru katanya, penghijrahan golongan bukan eksekutif termasuk kelas buruh ke luar negara dapat dikekang dengan peningkatan kadar gaji minima sekaligus mengangkat status kehidupan seharian.
Turut disentuh ialah mengenai penyelarasan gaji minima oleh kerajaan pusat yang sehingga kini mendapat rungutan pelbagai pihak berikutan pelan tindakan yang kurang efektif dan lambat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan pelaksanaan gaji minima untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum akhir tahun ini melalui Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara yang dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat.
MTUC juga telah mencadangkan supaya gaji minima ditetapkan sekurang-kurangnya RM900, melepasi garis kemiskinan iaitu RM720 sebulan di Semenanjung Malaysia, RM760 (Sarawak) dan RM780 (Sarawak).
Menurut perangkaan kongres itu, sebanyak 35 peratus daripada pekerja menerima gaji rendah iaitu di bawah garis kemiskinan, pendapatan yang dilihat tidak praktikal bagi masyarakat di negara ini.
"Kerajaan harus prihatin keperluan rakyat kerana dengan RM900, saya boleh katakan bahawa anak muda yang tergolong memperoleh jumlah itu tidak boleh berumahtangga. Kalau kita lihat makanan untuk RM15 sehari menjangkau RM450 sebulan.
"Kerajaan harus proaktif melihat keperluan rakyat berdasarkan jurang gaji di antara pekerja di tahap biasa dan eksekutif pertengahan," kata beliau.
Sementara itu ahli palimen Hulu Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, usaha kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor meletakkan gaji minima pada paras yang lebih tinggi mendapat kritikan hebat sebelum ini.
Namun berdasarkan manifesto Buku Jingga, kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk mengangkat taraf pendapatan rakyat bermula dengan tujuh ribu guru KAFA yang telah menikmati kenaikan elaun sebanyak RM1,300 dengan pendapatan negeri suku pertama mencecah hingga RM1.7 bilion.
Malah kata Abdullah, tawaran turut dibuat kepada wanita yang baru melahirkan bayi diberikan cuti bergaji selama 90 hari melalui pindaan rang undang-undang di bawah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Seksyen 34 Akta Sekerja 1955.
Namun pada ketika itu katanya kerajaan pusat tetap dengan pendirian untuk tidak membuat sebarang pindaan pada akta tersebut sehingga ke hari ini.
"Tetapi Selangor berani memacu keperluan dan faedah kepada rakyat dan hari ini akan terlaksana gaji minimum yang akan dikuatkuasakan pada tahun depan dengan tiada rasa segan silu.
"Berbalik kepada kecermatan dan cara tatakelola negeri itu penting," tambah beliau lagi.
Jelas Abdullah, pekerja asing kini menjadi saingan rakyat tempatan dalam sektor binaan dan perindustrian berdasarkan kos bayaran gaji yang murah.
Sehubungan dengan itu jelas beliau, sekiranya gaji minima dapat diimplimentasikan maka ruang tersebut mampu diisi oleh pekerja tempatan sekaligus mengurangkan peratusan pengangguran.
Justeru katanya Selangor telah menunjukkan inisiatif meneraju dasar yang lebih menguntungkan masyarakat di negara ini seraya meningkatkan daya saing.
Hari ini, Jumaat, 23 September 2011 menjadi tarikh amat bersejarah buat para pencinta keamanan dan kedamaian dunia, khususnya yang selama ini merindui wujudnya sebuah negara berdaulat dinamakan Palestin.
Pihak Berkuasa negara itu (PA) dijadualkan mengemukakan permohonan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi diiktiraf sama ada sebagai anggota yang sah kepada badan dunia itu, atau sekurang-kurangnya sebagai negara bukan anggota.
Kejayaan salah satu usaha itu menandakan PBB mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat. Status itu melayakkan Palestin memiliki pelbagai hak sebagai sebuah negara dan mempertahankan kepentingannya mengikut piagam dan peraturan dunia. Antaranya menandatangani perjanjian-perjanjian antarabangsa, termasuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Kelebihan itu membolehkan Palestin antara lainnya mendakwa mana-mana pihak (khususnya Israel dan sekutu-sekutunya) di atas jenayah kemanusiaan di Gaza dan Tebing Barat selama berdekad ini.
Dikatakan sehingga kini sudah ada 120 negara mengiktiraf Palestin sebagai negara merdeka. Manakala sebilangan lagi dijangka memberikan sokongan bagi menjayakan permohonan negara itu di Persidangan PBB nanti.
Namun sepertimana dijangka, ia bukanlah usaha yang mudah. Halangan dan usaha menggagalkan hasrat murni itu sememangnya wujud. Bahkan, walau pun majoriti negara dunia merestui usaha Palestin itu, terdapat sebilangan pihak, termasuk yang memiliki kekuasaan dan pengaruh ke atas masyarakat dunia sedang giat memastikan negara bernasib malang itu tidak mencapai hasratnya.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa andaikata ada hanya satu entiti yang dianggap halangan utama tercapainya kehidupan aman damai buat rakyat Palestin, maka entiti paling bertanggungjawab di atas kesengsaraan mereka itu ialah Amerika Syarikat (AS).
Walau pun pada zahirnya penderitaan warga bumi Masjidil Aqsa itu disebabkan sifat kebinatangan rejim haram Israel, peranan AS sebagai pelindung dan pembela segala tindakan negara terkutuk itu tidak syak lagi menjadi pendorong dan pemangkin kebuasan dan keganasannya.
Sejak sekian lama negara yang kononnya bertindak sebagai 'polis dunia' dan bertanggungjawab memastikan wujudnya keamanan sejagat itu sebenarnya hanya pencacai yang tunduk kepada hasrat menjaga kepentingan Israel. Sebab itu dalam apa jua keadaan, ia akan mengerah seluruh kekuatan serta memanfaatkan segala kedudukannya untuk mempertahankan rejim haram itu.
Media massa sejak minggu lalu banyak melaporkan keresahan AS terhadap usaha terbaru Palestin ini. Ia bimbang sekiranya negara yang menjadi medan pemuas nafsu Israel itu berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa, ia akan merencat dan menyulitkan agenda ganas dan buas Israel selepas ini.
Pengiktirafan terhadap kedaulatan Palestin sebagai sebuah negara bakal membawa beberapa implikasi penting, yang sudah tentu memberikan keuntungan kepada negara itu dan di masa sama 'bencana' buat Israel.
Pemohonan PA disertakan hasrat mengikut garisan sempadan sebelum Perang Enam Hari 1967. Bermakna, jika diiktiraf dan diterima dengan syarat itu, Israel akan dipaksa keluar dari bumi yang kini dijajah dan dijadikan sebahagian negara haram itu. Dikatakan kini terdapat lebih 500,000 warga Israel menetap di kawasan dipertikaikan itu.
Resolusi 242 yang menetapkan Israel mesti keluar dari tanah dimaksudkan itu sebenarnya telah pun diluluskan PBB sejak November 1967. Namun disebabkan Palestin dianggap tiada kedaulatan sebagai sebuah negara, maka ia memberi kesempatan dan kemenangan percuma kepada Israel untuk terus memperkotak-katikkan keputusan badan dunia itu.
Kerakusan Israel terhadap Palestin tidak pernah kendur semenjak ia dimulakan pada 14 Mei 1948. Apa dipedulikannya dengan puluhan perjanjian dan piagam diputuskan PBB? Bila masa ia sedia tunduk atau hormat kepada sebarang resolusi dipersetujui khalayak antarabangsa? Timbunan kutukan dan kecaman dari seluruh dunia langsung tidak meninggalkan kesan kepada mereka, apatah lagi untuk membantutkan sebarang hasrat dan usahanya menjarah bumi Palestin.
Dari masa ke semasa akan ada serangan dan tindakan ketenteraan ke atas wilayah Palestin, di atas apa jua alasan dan dorongan. Halangan terhadap tindakan Israel memperluaskan penempatan haram di bumi Palestin juga bagaikan tidak pernah berkesan. Bangsa terkutuk itu hanya buat-buat pekak badak terhadap larangan atau kutukan dunia.
Ia terus juga menyondol bumi Palestin, mendirikan ceracak dan membina penempatan untuk warganya. Malah tidak sedikit juga kejadian di mana tentera Israel bersama warga awamnya hanya datang secara tiba-tiba ke rumah penduduk Palestin, menghalau tuan empunya rumah dengan rakus dan sewenang-wenang menjadikan rumah itu hak milik mereka. Celaka sungguh bangsa Israel ini, bukan?
Dalam setiap insiden keganasan dicetuskan bangsa terkutuk itu, dunia kerap berlengah dan bertangguh mengambil kata putus menghentikannya. Ia memberikan ruang secukupnya buat bangsa ganas itu menyempurnakan pembantaian dan pembunuhan. Pengusiran juga berlaku saban minggu dicelah-celah suara kecaman dan kutukan antarabangsa.
Ketidakupayaan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab, serta kelengahan PBB menangani keadaan memberi ruang seluasnya untuk Israel mengganas sepuasnya.
Kerapkali usaha damai dan cadangan gencatan senjatan awal-awal lagi digagalkan AS menggunakan kuasa vetonya. Itulah faktor utama menambah keangkuhan Israel. Ia bagaikan diberi "lesen besar" untuk melakukan apa sahaja ke atas Palestin. Sebarang usaha menggugat kepentingannya atau mengancam kekuatannya akan dihalang AS.
Bukan itu sahaja, selaku penguasa rangkaian propaganda dunia, kuasa besar itu turut mencorakkan pemikiran dunia bahawa apa yang dibuat Israel itu adalah demi mempertahankan kedaulatan negaranya, serta menghalang aktiviti terrorisme dari rakyat Palestin.
Dunia sentiasa diberikan gambaran negatif tentang perjuangan menuntut pembebasan dan kedamaian Palestin. Sebaliknya, keganasan dan kebuasan Israel dianggap halal dan diberikan gambaran positif.
Persepsi antarabangsa dicorakkan agar cenderung mencari kesalahan Palestin dalam setiap insiden. Umpamanya, banyak pihak lebih suka bertanya kenapa Palestin tidak mengiktiraf Israel, tetapi tidak ramai yang bertanya kenapa Israel tidak mahu keluar dan berhenti mengambil hak rakyat Palestin?
Lebih malang lagi, ada pemimpin negara Islam yang menyeru Palestin agar menghentikan intifadhah bagi memulihkan usaha damai dengan Israel. Dunia seolah-olah masih tidak faham punca sebenar pergolakan. Apa yang diperbesarkan ialah imej pemuda Palestin membaling batu yang disifatkan 'ganas', atau kejadian pengeboman berani mati.
Sejarah membuktikan betapa AS selaku kuasa besar tunggal dunia kini dan sering dianggap 'polis dunia' tidak boleh diharapkan untuk mencapai keamanan. Nampak sangat ia amat hipokrit dalam tindakannya menangani konflik Palestin-Israel.
Sebab itu ketika seluruh dunia hari ini kelihatan merestui hasrat Palestin muncul sebagai sebuah negara berdaulat, AS berusaha keras menggagalkannya. Siang-siang lagi ia memberi amaran akan menggunakan kuasa vetonya untuk menolak permohonan PA pada Majlis Keselamatan PBB. Ia juga mengancam akan menarik balik dana tahunan AS$600 juta (RM1.8 bilion) kepada PA jika meneruskan hasratnya itu.
Seluruh dunia yang cintakan kedamaian dan keamanan, terutama dunia Arab dan Islam, wajar sepakat dan bersependirian bahawa selama mana dunia tidak bertindak dengan lebih berani, selama itulah kenagkuhan dan kekejaman Israel akan terus meningkat.
Sikap tidak bertanggungjawab AS itu mengiyakan pandangan bahawa usaha menentang Israel dan menamatkan kerakusannya ke atas Palestin tidak akan berhasil sekiranya serentak itu dunia tidak sama-sama bertindak terhadap AS. Negara itu adalah saham utama keganasan Israel dan sama-sama menjadi musuh utama keamanan dunia.
1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya.
2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.
3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam.
4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba.
5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun.
6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan.
7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'
8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan].
9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.
10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang.
Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih.
Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu.
Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama.
Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus. ------------------------------------------------------------------------- Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu.
Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung.
"Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar)
"BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya.
Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain.
Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian.
Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya.
Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya.
Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno.
Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud.
Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.
"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.
Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan.
Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan.
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Seorang pelajar, Muhamad Akram Sujut, 16, (gambar) hilang dan tidak dapat dikesan sejak 13 September lalu apabila beliau didapati masih belum pulang ke asrama sekolahnya di Pondok Beta Hilir di Kota Bharu, Kelantan hingga hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai diminta berkerjasama mengesaninya serta melaporkan kepada keluarganya dengan segera jika menemuinya di sebarang tempat bagi menyelamatkan beliau dari segala kejadian tidak diingini.
Ayahnya, Sujut Esmon, 45, yang tinggal di B8-10-8, Flat Desa Mentari, Petaling Jaya, Selangor amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani anaknya bagi menyelamatkan Muhamad Akram dan membolehkan beliau menjalani kehidupan seperti biasa.
Menurut Sujut, kehilangan Muhamad Akram amat menyedihkan beliau dan seluruh keluarganya serta penuh tanda tanya, setelah beliau menghantarnya ke Stesyen Bas Hentian Putra, di sini, pada jam 10.00 malam 12 September lalu untuk pulang ke asrama sekolahnya.
Katanya, pada sekitar jam 8.15 pagi 13 September lalu, Muhamad Akram ada menelefon beliau melalui telefon bernombor 09-7434447 dan memberitahu kepadanya bahawa beliau telah sampai di Stesyen Bas Kota Bharu.
"Melalui perbualan menerusi telefon itu, dia juga meminta nombor telefon ustaznya yang bernama Nazri daripada saya," katanya ketika berkunjung ke pejabat Harakahdaily, di sini, hari ini.
Pada petang hari yang sama, menurut beliau, beliau telah menerima panggilan telefon daripada kawan anaknya yang tidak beliau pastikan namanya melalui telefon bernombor 014-8092693 yang memberitahu anaknya masih tidak sampai di Pondok Beta Hilir.
Katanya, sehingga ke hari ini, anaknya masih juga tidak sampai ke Pondok Beta Hilir dan gagal dikesani, walaupun berbagai usaha telah dilakukan oleh beliau, keluarganya, saudara maranya dan rakan-rakannya untuk mencari dan mengesani anaknya.
Dalam usaha mencari Muhamad Akram, beliau telah mendapatkan kerjasama daripada pihak polis dengan membuat laporan kehilangan anaknya di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan pada 15 September lalu.
Beliau yang berkerja sebagai peniaga menjelaskan, usaha mencari anaknya telah dilakukan di Kelantan termasuk di Tanah Merah dan Machang, dengan kerjasama saudara mara dan sahabat handai beliau dan isterinya yang berasal dari Machang.
Selain itu, berita mengenai kehilangan anaknya telah disiarkan di TV3 pada pagi semalam, setelah beliau berkunjung ke stesyen TV3 untuk memaklumkan kejadian itu.
"Tetapi sehingga sekarang, anak saya masih juga tidak ditemui. Inilah yang merisaukan kami sekeluarga. Saya amat mengharapkan kerjasama orang ramai untuk mengesani dan mencari anak saya itu," katanya.
Anak beliau, jelasnya, mempunyai ketinggian lebih kurang 5 kaki 6 inci, berkulit putih, berbadan sederhana.
Semasa keluar dari rumah, Muhamad Akram berpakaian T shirt putih berline hijau dan berseluar jeans hitam.
Kepada orang ramai yang menemuinya diharap menghubungi Sujut di talian 019-3389960 atau 013-3134223.
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan(gambar) hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis, Chevalier de Legion d'Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.
Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.
Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan, Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Datuk Michelle Yeoh.
NEW YORK 24 Sept. – Presiden Mahmod Abbas secara rasminya meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menerima Palestin sebagai negara anggota penuh badan dunia itu di Perhimpunan Agung PBB di sini, semalam.
Tanpa mengendahkan tentangan daripada Amerika Syarikat dan Israel, Abbas menyerahkan surat permohonan itu kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada pukul 11.35 pagi (11.35 malam waktu Malaysia) dengan sokongan 120 negara yang telah pun mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.
Beliau membuat permohonan itu dalam surat yang diserahkan kepada Ki-moon yang diletakkan di dalam fail dihiasi logo helang Palestin.
Ki-moon kini perlu menyerahkan permohonan itu kepada Majlis Keselamatan PBB, tetapi undian untuk membenarkan Palestin menjadi negara anggota penuh mungkin akan mengambil masa berminggu-minggu. – AFP
WASHINGTON 24 Sept. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama secara rahsia membenarkan penjualan 55 bom pemusnah kubu bawah tanah yang sangat kuat kepada Israel.
Menurut majalah Newsweek yang memetik pegawai AS dan Israel, Obama membenarkan pengeluaran bom dikenali sebagai GBU-28 itu pada 2009.
Bom tersebut mempunyai berat 91 kilogram dan direka untuk memusnahkan sasaran yang keras, sesuatu yang boleh digunakan untuk menyerang tapak nuklear Iran. – AFP
BERA, 23 Sept:Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsan (Anak) Mazlan Aliman menganggap tindakan ahli Umno menghalang misi amal PAS untuk membaiki rumah seorang warga emas sebagai politik balas dendam, kolot dan kebudak-budakan.
(Beginilah keadaan atap rumah seorang warga emas yang cuba diberi bantuan tetapi dihalang)
Menurutnya, usaha murni yang disertainya itu bertujuan untuk membantu golongan miskin atau kurang berkemampuan terutama dalam kalangan warga emas dan ibu tunggal.
Namun oleh kerana berlainan faham politik, mereka sanggup menghasut supaya tidak menerimanya.
Mazlan menceritakan, peristiwa tersebut berlaku di Kampung Tan Sri Hamzah dekat sini baru-baru ini apabila seorang ibu tunggal warga emas yang tinggal dalam kedaifan pada asalnya bersetuju menerima bantuan misi amal PAS.
"Apabila menerima persetujuan daripada warga tua itu, kami mengutip derma dan menghantar bahan-bahan binaan yang diperlukan untuk mengganti atap lama rumahnya.
"Namun, cukup mengecewakan apabila usaha murni melalui pertolongan misi amal itu ditolak penerima dan anak-anak mereka mentah-mentah," katanya.
Bagaimanapun, pihak PAS tidak memaksa penerima tetapi percaya perkara itu berlaku akibat segelintir orang Umno tempatan meminta warga tua dan anak-anaknya itu tidak menerima bantuan misi amal PAS dengan pelbagai ugutan.
Mazlan berkata, PAS hanya melaksanakan tanggungjawab untuk membantu golongan miskin yang mengadu rumahnya daif sementara sumbangan yang diberi merupakan derma daripada orang ramai.
"Sebelum ini, kami juga membuat lawatan di rumah warga emas itu dan dia sendiri menceritakan masalah atap bocor kepada kami. Pada awalnya kami tidak menjanjikan apa-apa tetapi memberitahunya akan berusaha membantu," katanya.
Menurutnya, selepas warga tua tersebut menolak, bahan binaan itu diberi pula kepada penerima lain yang berkelayakan.
Tambah Mazlan, misi amal itu tidak akan berhenti hanya kerana penerima menerima ugutan pihak Umno supaya tidak menerimanya, malah ia akan terus diaktifkan lagi untuk membantu golongan memerlukan.
ROME 24 Sept. – Agensi perlindungan awam Itali menasihatkan penduduk di utara negara ini supaya tidak keluar rumah kerana menjangka satelit Amerika Syarikat (AS) akan jatuh di wilayah itu.
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebelum ini memberi amaran bahawa satelit lama mereka seberat enam tan akan jatuh ke bumi, tetapi menyatakan peluangnya untuk mengenai manusia adalah satu daripada 3,200.
Agensi perlindungan awam Itali bagaimanapun memberitahu, kemungkinan serpihan satelit itu jatuh di wilayah Itali meningkat kepada 1.5 peratus. – AFP
Non-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO atau sekarang mula dipopularkan dengan nama Lembaga Swadaya Rakyat adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan.
Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.
Sebagai pergerakan yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat sukarela dan melangkaui peranan parti politik, NGO berperanan besar sebagai penghubung kepada semua ejen pembangunan negara dan lebih terbuka serta lebih mudah disertai oleh semua golongan.
Ahli kepada NGO berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, baik untuk tujuan sosial, perundangan, hak-hak tertentu, alam sekitar, haiwan, pengguna, pembangunan komuniti, pendidikan, agama, wanita, belia, mahasiswa ataupun apa-apa tujuan yang eksklusif.
Rekod menunjukkan terdapat 40 000 NGO yang beroperasi di peringkat antarabangsa bahkan di India dianggarkan terdapat 3.3 juta NGO pada tahun 2006.
Menilai gelagat pemimpin politik yang akhir-akhir ini melihat pemimpin NGO sebagai pesaing kepada pemimpin politik adalah agak melucukan. Ketakutan yang bagi saya lahir daripada peranan yang semakin luas yang berjaya dimainkan dan dijuarai oleh pemimpin NGO yang berkecimpung secara langsung dengan masyarakat.
Mereka bergelumang di dalam massa tanpa mengira malam siang serta risiko yang terpaksa ditempuh. Bahkan sebahagian mereka menggunakan daya usaha sendiri mencari dana tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun mana-mana pihak.
Ada beberapa pandangan sisi saya berkaitan komen pemimpin Pergerakan Pemuda Umno negeri Kedah.Pertama. Kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah itu menghina NGO yang bergerak membantu dengan ikhlas pembangunan agama, bangsa dan negara.
Kedua. Ketakutan pemuda Umno yang tidak berasas berkaitan dengan kegilaan pemimpin NGO untuk menjadi calon.
Ketiga. Menafikan peranan NGO yang berjaya menggerakkan kesedaran sivil termasuk politik, ekonomi dan sosial. Kebangkitan NGO termasuk BERSIH 2.0 yang telah berjaya menyedarkan masyarakat sivil dan awam terhadap politik amat membimbangkan Umno.
Keeempat. Kemampuan NGO mengumpulkan khalayak yang ramai benar-benar mengejutkan Umno yang sedang terkial-kial cuba meraih simpati masyarakat terutama pasca PRU 12.
Kelima. Penyertaan pemimpin-pemimpin NGO yang secara kebetulannya ramai yang mesra pembangkang dan kritikal terhadap dasar Kerajaan Barisan Nasional memberi petanda buruk terhadap BN Umno
Keenam. Kegagalan kepimpinan Umno untuk mengheret pemimpin NGO menyokong dasar tidak popular BN yang menekan rakyat.
Justeru, saya berpandangan bahawa perkembangan yang berlaku ini kurang positif. Peranan NGO yang amat besar itu cuba diperlekehkan oleh Pemuda Umno ------------------------------------------------------- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria adalah Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah dan juga Ahli Parlimen Padang Terap.
MOSCOW 24 Sept. – Seorang wanita Rusia berusia 74 tahun meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung selepas lebih 12 jam berbaris untuk menjalani pemeriksaan kastam ketika melintasi sempadan dari China.
Ketika kejadian, wanita berasal dari bandar Borza di Siberia itu beratur di tempat pemeriksaan kastam di bandar Zabaikalsk selepas melancong ke China.
"Dia tiba-tiba rebah dan pengsan. Pemeriksaan ke atasnya mendapati jantungnya tidak lagi berfungsi," kata pegawai di agensi pelancongan, Roza Vetrov kepada Interfax. – AFP
Muktakir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.
Isu ucapan Mohamad Sabu, bendera, hudud, sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang PRU akan datang. Tujuannya hanya satu - untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah, penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran.
Demikian juga isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, dan yang terkini isu akta yang akan menggantikan ISA.
Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama tenggelam.Teknik seperti isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang mereka tidak boleh jawab.Harapan mereka supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan.
Strategi ini sentiasa digunakan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini. Walaupun ada-kalanya kita terpaksa menjawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya.
Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN.Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini. Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya PR terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit.
Seluruh jentera Pakatan Rakyat diharap tidak terpengaruh dan hendaklah memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarungan PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting.Bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum.
Tindakan bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera. Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan.Gerak kerja rayu undi, semakan daftar, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan.Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar.
Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang.
Lantikan Isa sebagai Pengerusi Koperasi Felda tidak sah Zefry Dahalan September 23, 2011
Tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.
SEREMBAN – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan membantah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melantik Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) kerana pelantikan itu tidak menepati tiga syarat undang-undang kecil KPF.
Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata tindakan Najib melantik Mohd Isa jelas menyalahi tiga syarat yang terdapat dalam undang-undang kecil KPF.
Menurutnya, undang-undang kecil itu menyebut "Seseorang yang dilantik menjadi Pengerusi KPF mestilah merupakan seorang Peneroka Felda atau Anak Peneroka Felda atau memegang jawatan tetap di dalam Felda."
Tegas beliau, "Mohd Isa bukan seorang Peneroka Felda. Bukan juga bukan anak Peneroka Felda dan bukan seorang yang berjawatan tetap di dalam Felda. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Felda hanyalah jawatan bertaraf kontrak.
"Maka jelas disini Najib menyalah guna kuasa dengan melanggar undang-undang kecil KPF", kata Mohd Nazree.
Malah pelantikan Mohd Isa oleh Najib juga tidak ada merit kerana prestasi Felda sendiri tidak baik sejak beliau menjadi Pengerusi Felda.
Kes-kes saman peneroka terhadap pengurusan Felda menunjukkan kegagalan pentadbiran Mohd Isa yang jelas menindas peneroka.
"Pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak RM6 billion juga berlaku ketika Mohd Isa menjadi Pengerusi Felda. Malah Najib melantik Mohd Isa pada bulan Ogos lepas ketika Pengerusi KPF asal Dzulkifli Abdul Wahab sedang mengerjakan Umrah di Mekah.
"Saya difahamkan pelantikan Mohd Isa menggantikan Dzulkifli ini dibuat tanpa pengetahuan Dzulkifli sendiri yang juga merupakan Pengarah Besar Felda dan Ahli Lembaga Pengarah yang lain," ujar Mohd Nazree.
Mohd Nazree berkata Najib harus menjelaskan kepada umum terutama warga Peneroka Felda apakah rasionalnya beliau melantik Mohd Isa dalam keadaan tergesa-gesa dan jelas melanggar undang-undang kecil KPF.
"AMK Negeri Sembilan mendesak agar pelantikan Mohd Isa ditarik balik dan dibuat siasatan bagaimana proses pelantikan boleh dibuat tanpa prosedur yang betul. Kita bimbang pelantikan seumpama ini boleh menjejaskan integriti pengurusan KPF", ulas Mohd Nazree lagi.
Sementara itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, ketika diminta mengulas isu tersebut berkata beliau sedia maklum isu tersebut dan isu tersebut akan dibawa ke Sidang Parlimen pada bulan Oktober ini.
"Yang pasti pada Sidang Parlimen bulan hadapan kami (Pakatan Rakyat) akan buat satu kejutan atau pendedahan besar berhubung kes ini", kata Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Kemudahan Asas Hospital Kerajaan Yang Kurang Memuaskan
Gambar hiasan Hospital Umum Miri
Bahagian Miri ialah bahagian pentadbiran kedua terbesar di Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di bandar Miri. Ia terdiri dari dua daerah, Miri dan Marudi. Hospital Miri merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia. Hospital Miri terletak di Jalan Cahaya iaitu lebih kurang 2.5 km daripada pusat Bandar Miri. Kos pembinaan hospital ini adalah sebanyak RM 123.91 juta melalui konsep " HOSPITAL NUKLEUS" (ciri-ciri hospital yang terdapat di United Kingdom). Keluasan kawasannya adalah 87.11 ekar. Hospital Miri mempunyai 333 buah katil dan menyediakan beberapa perkhidmatan kepakaran seperti Perubatan, Pembedahan, Mata, Ortopedik, Perbidanan dan Sakit Puan, Radiologi, Anestiologi, dan Kanak-Kanak. Petikan dari Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalau dilihat pada fakta di atas hospital Miri memang agak cangih dan lengkap dengan kemudahan asas dan sesuai dengan status bandaraya Miri tapi sayangnya masih ramai lagi keluhan yang kita dengar dari keluarga pesakit yang terpaksa menunggu,berbaring dan tidur disepanjang kaki lima hospital tersebut. Kebanyakan mereka adalah dari kampung atau pendalaman dimana mereka terpaksa bermalam di hospital tersebut kerana menunggu keluarga mereka yang sakit. Kalau dibiarkan keadaan tersebut berterusan maka nampak macam tempat orang pengemis atau mereka yang tidak mempunyai rumah. Kita sungguh kasihan akan nasib mereka yang terpaksa menunggu keluarga mereka yang sakit. Perkara ini sudah lama berlaku bukan saja di Miri bahkan di tempat lain juga.
Begitu juga dengan wad bersalin dimana para suami dan keluarga mereka terpaksa menunggu diluar sepanjang hari sehingga isteri-isteri mereka bersalin. Bagi yang tinggal diluar bandaraya Miri seperti dari Marudi,Baram,Sibuti atau yang jauh dari luar pendalaman dimana tiada kemudahan asas untuk ibu bersalin terpaksa datang ke hospital Miri untuk mendapat rawatan untuk bersalin. Ada diantara pesakit terpaksa ditahan di hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya dan keluarga mereka juga terpaksa bermalam di hospital tersebut untuk menjaga keluarga mereka yang sakit.
Masalahnya sekarang dimana kemudahan tempat menunggu atau tempat tidur untuk mereka yang tinggal jauh dari bandaraya Miri. Kebanyakan mereka ini kurang berkemampuan dan miskin serta jauh dari keluarga sudah tentu sukar untuk mereka berulang alik ke hospital tersebut setiap kali untuk mendapat rawatan.
Kita minta agak pihak kerajaan mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah rakyat yang memerlukan tempat tinggal sementara dan juga kepada mereka yang menunggu keluarga mereka yang sakit lebih-lebih lagi keluarga yang miskin dan kurang berkemampuan.
Pihak kerajaan juga perlu membina hospital di dalam kawasan parlimen Sibuti dimana setakat ini belum ada lagi hospital yang boleh memberi kemudahan rawatan intensif kepada penduduk di kawasan tersebut. Ini juga diantara perkara penting yang harus di ambil perhatian oleh pihak kerajaan yang memerintah.
Kita minta agar pihak kerajaan bertanggungjawab dalam semua urusan dan masalah kebajikan rakyat dan mengambil tindakan segera ke atas perkara yang dikemukakan diatas. Jangan biarkan rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan daif setelah kita mencapai kemerdekaan sedang dalam hal kebajikan rakyat masih banyak lagi yang belum dilaksanakan serta diabaikan atau kurang mendapat perhatian dari pihak yang berkenaan.
Berlaku adil terhadap semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik itulah yang diperjuangkan dan hendak dilaksanakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah Malaysia nanti. Insya-Allah.
Jofri Jaraiee PAS Miri
English version
Poor Facilities of the Government Hospital Miri Division is the second largest administrative division in Sarawak, Malaysia. Central administration is located in Miri. It consists of two districts, Miri and Marudi. Miri Hospital is a government hospital located in Sarawak, Malaysia. Miri Hospital located in Jalan Cahaya, which is about 2.5 km from Miri town center. The cost of construction of this hospital is RM 123.91 million through the concept of "Fats nucleus" (hospital characteristics found in the United Kingdom). Generality of its area is 87.11 acres. Miri Hospital has 333 beds and provides some specialist services such as Medical, Surgical, Eye, Orthopedics, Obstetrics and Gynecology, Radiology, Anestiologi, and Children. Excerpt from Wikipedia, the free encyclopedia.
If seen on the above facts that Miri hospitals served by trained staff and equipped with basic facilities and in accordance with the Miri city status but unfortunately there are many other complaints we hear from families of patients who have to wait, lie down and sleep along the sidewalk of the hospital. Most of them are from villages or remote areas where they have to stay in the hospital waiting for their sick families. If left as the situation continues, where people look like beggars or are homeless. We are very pity to the fate of those who had to wait for the their sick families. This has been long occurred not only in Miri but elsewhere as well.
Similarly, to the maternity ward where the husbands and their families had to wait outside all day until their wives give birth. For those who live outside Miri City such as Marudi, Baram, Sibuti or away from the rural interior where there are no basic facilities for maternal had to come to the Miri hospital for delivery treatment. Some patients had been detained in the hospital for further treatment and their families also had to spend the night in the hospital to take care of their sick families.
The problem now where are the waiting facilities or beds for them who stay far away from the Miri City. Most of them are less privileged and poor and far away from the family, which would be difficult for them to commute to the hospital for daily treatment.
We ask the government to take action immediately and fairly to solve the problem of the people who need temporary accommodation and also to those who wait for their sick families, especially families who are poor and less fortunate.
The government also needs to build hospitals in the Sibuti parliamentary area and so far have yet to see a hospital that can provide intensive care facilities to the residents in that area. This is also among the most important note should be in by the ruling government.
We ask the government to be responsible for all business and welfare problems and take immediate action on the matters as set forth above. Do not let the people living in depressed and destitute after we achieved independence were the welfare of the people are still lack and many more that have not been performed as well as neglected or lack of attention from the parties concerned.
Be fair to all people regardless of race, religion and political belief that is the striving for and to be performed by the PAS and Pakatan Rakyat if given the opportunity to rule Malaysia later. God willing.
Sebab itu dia pertikai kenapa PAS tak minta kebenaran melaksanakan hudud. Dia yang menghalang maka dialah yang patut membukanya. Barangkali surat amaran juga telah hilang? Jawable kamu di akhirat kelak. Hudud: Dr M patut nasihat PM, kata PAS
Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya menasihati perdana menteri menarik balik surat yang didakwa "mengugut" mengenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya hukum itu, melalui Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan, kata naib presiden PAS.
"Kalau Dr Mahathir boleh menasihati (datuk Seri) Najib (Razak) supaya menangguhkan pilihan raya, tak mungkin beliau tak boleh nasihatkan Najib supaya menarik balik surat yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya Kanun Jenayah Syariah (II) dilaksanakan," kata Salahuddin Ayub (kiri).
Salahuddin berkata, ketika menjadi perdana menteri, Dr Mahathir pada 14 Ogos 1994 memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hukuman itu.
Semalam, Dr Mahathir dilapor mempersoalkan kenapa Kelantan masih tidak meminta kebenaran Najib bagi melaksanakan hudud, sebaliknya terus menyalahkannya ekoran kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu.
Sempena bulan Syawal ini, Salahuddin juga menyeru Dr Mahathir menarik balik pelbagai tuduhannya terhadap hukum hudud.
"Beliau (Dr Mahathir) pernah menuduh perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur," kata ahli parlimen Kubang Kerian itu.
Salahuddin berkata, Dr Mahathir sepatut berjiwa besar dan menarik balik "persendaannya", antaranya terhadap hukum potong tangan memandangkan ia diperintahkan dalam al-Quran.
"Kalau ada kelapangan, dengan rendah diri juga saya menyeru Dr Mahathir membaca surah al-Maidah ayat 38 dan 39," kata beliau.
Ayat tersebut merujuk arahan supaya tangan pencuri tetapi dan menegaskan sekiranya penjenayan itu bertaubat, Allah akan menerimanya.
MP Lenggong dalam ucapan menyebut laluan pengganas kominis di sekitar lenggong. Begitu mudah dia berbohong orang tua-tua di lenggong semalam namun ramai yang menjueh ucapannya. Ramai yang tak hadir tak kebulur dah nak beri makan tapi kena dengar syarah paksa macam dahulu wayang penerangan. MP itu ingat orang lenggong tak tahu yang dia dilahirkan hujung tahun 60an sekitar 1967. sepuluh tahun dah merdeka. dia pulak tu lahir dan dibesarkan di gerik serta bersekolah digerik. Orang tahu sejarahnya. Nak bercakap pasal perjuangan bapanya seorang guru yang tidak ada dalam perjuangan kemerdekaan kerana umno sememang tidak berjuang untuk merdeka. Jamua makan peladang itu di gunakan secara paksa untuk bercakap kepada orang ramai. Semoga umno segera mampos.
BANGI, 23 Sept — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan perdana menteri (gambar) berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu. "Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud)," kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.
Muhyiddin berkata hudud bukan satu isu dalam BN memandangkan Umno dan PAS masing-masing berbeza pegangan politik — seakan antara "langit dan bumi."
Oleh itu katanya, masyarakat Cina tidak seharusnya menjadi mangsa keraguan kononnya Umno mahu melaksanakan hukum hudud.\
..... seakan antara "langit dan bumi."??? apa maksudnya??? PAS nak Islam ... umno nak kafirunnn le kot
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d'Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.
Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.
Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.
Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.
SHAH ALAM 23 SEPT : Umno Puchong didakwa cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu di kawasan itu namun ia berjaya dihalang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Berdasarkan maklumat yang didedahkan di dalam portal Malaysia Waves, tanah rezab Melayu itu cuba dijual kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra.
Menteri Besar menerima permohonan berkenaan daripada pejabat Pengarah Tanah dan Galian Selangor pada tahun lalu. Dalam surat berkenaan juga dinyatakan syor Pentadbir Tanah Daerah Petaling yang menolak permohonan berkenaan atas alasan mengekalkan kouta bumiputera.
Manakala syor daripada Pejabat Tanah dan Galian pula menyatakan tidak disokong kerana pindah milik di antara pertubuhan bumiputera kepada syarikat bukan bumiputera.
Keputusan ini membuktikan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) Selangor masih menjaga perkara berkenaan hak-hak orang Melayu di negeri ini, sekali gus menolak dakwaan Umno selama ini bahawa KEADILAN dan PAS tunduk kepada DAP.
Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin ketika diminta mengulas perkara ini menggesa Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman memberi penjelasan berkenaan cubaan menggadai tanah rezab Melayu yang berada di atas nama Bahagian Umno Puchong.
Katanya, ini membuktikan kegagalan mereka dalam memperjuangkan tanah-tanah simpanan Melayu di negeri ini.
"Dalam soal ini, mereka yang memperjuangkan hak Melayu, memperjuangkan hak simpanan tanah Melayu itu sudah jauh ketinggalan, sebab yang jelas, ribuan ekar tanah hak rakyat Selangor, gagal mereka pertahankan," katanya.
Tambah Faekah lagi, sejak Pakatan mengambil alih Selangor, sudah banyak pendedahan yang dilakukan berkaitan soal tanah penganugerahan tanah yang tidak telus.
"Pada kita (kerajaan Selangor) sudah buktikan bahawa sebelum Pakatan mengambil alih pentadbiran, bahawa banyak tanah-tanah di negeri Selangor telah diberi sama ada secara pukal atau secara racik-racik kepada orang yang tidak memerlukan dan tidak sepatutnya dapat.
"Isu yang lebih besar tentang tanah ialah bagaimana ketika dahulu tanah-tanah diberikan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri, selepas itu anak-anak syarikat pula mengagih-agihkan kepada syarikat lain.- tvs
"Itu modus operandi yang sangat ketara dan kalau saya sebut satu per satu, rakyat Selangor akan terkejut sebab saya sendiri terkejut perkara itu berlaku secara berleluasa," jelas Faekah.
SEMALAM gua terbaca satu berita pelik di media propaganda United Malays No Otak, Utusan tentang isu judi di Negeri Melaka.
Gua tertanya sendiri apa sudah jadi? Sejak bila Utusan sudah pandai hentam negeri United Malays No Otak? Ini sudah sampai tahap berita ajaib! Keratan berita ini patut jadi benda ke lapan ajaib di dunia [Utusan].
Rupa-rupanya baru gua faham, ini kisah ada ketua menteri nak main wayang sebab nak jadi hero. Maka tak jadi gua nak panggil orang World Guiness Book of Record datang Malaysia untuk rakamkan petikan berita ajaib dari Utusan.
Dia punya sifir mudah, bila pengarah filem nak buat cerita Superhero kisah Suami Lady Gajah yang hebat, maka watak jahat perlu diwujudkan, barulah Superhero boleh dianggap hero, maka watak Mat Sembab yang jahat akan dicipta.
Suami Lady Gajah yang hebat akan berlawan dengan Mat Sembab yang jahat selama 7 hari 7 malam. Ending cerita semua penonton di pawagam dah tahu. Suami Lady Gajah yang Hebat akan menang dan dianggap hero.
Lu orang tengok sendiri, semalam keluar berita di Utusan konon Melaka banyak pusat perjudian, tak sampai 24 jam keluar pulak berita Kerajaan Negeri Melaka lancar perang habis-habisan kah kah kah [Utusan]
Seperti biasa macam cerita kat pawagam tu, hero mesti menang beb. Cuba tengok petikan berita kat atas ni, punyalah dahsyat gerakan Ali Rustam membanteras judi sampai syarikat bekalan air Melaka pun kena masuk campur kah kah kah...
Sep 23: A top Catholic bishop has thrown his support for the implementation of the Islamic criminal laws stipulating deterrent punishment on serious crimes, or hudud, in Kelantan, provided non-Muslims were given "a cast-iron guarantee that it will not be implemented on us".
L-R: Dr Paul and Nik Aziz
In comments on the issue sparked by former prime minister Dr Mahathir Mohamad's challenge to Kelantan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Paul Tan Chee Ing, president of the Catholic Bishops' Conference of Malaysia, said it was wise for non-Muslims not to oppose such laws among Muslims "if they so desire".
"I say it's time to allow Muslims in Kelantan, if they so desire, to implement shariah only for them and with that the hudud enactments provided non-Muslims are exempt from its implementation," online news portalMalaysiakini quoted Dr Paul, also the titular head of Catholics in the Melaka-Johor diocese, as saying.
His comments come in the wake of a statement by Mahathir that Nik Aziz should implement hudud in Kelantan now that the former was no longer the prime minister who had once sent a letter warning the PAS-led state against any attempt to introduce the Islamic laws.
In response, Nik Aziz said a prime ministerial decree would not expire with Mahathir's resignation, and called on the current PM Najib Razak to revoke the Federal government's earlier stance on the issue.
'Extraordinary man'
Giving his views, Dr Paul said the issue had to do with the debate between two different Islamic schools of theology, the 'rationalists' or Mu'tazilites, and the 'traditionalists', or Ash'arites.
"I don't know if that extraordinary man, the Kelantan menteri besar (Nik Aziz Nik Mat), is a Mutazilite or an Asharite. Sometimes he sounds like a Mu'tazilite, sometimes like an Ash'arite," said Dr Paul, who added that such an ambiguity was "a good thing".
"It shows he is not dogmatic. I say let him and all who hold with him have their way so long as non-Muslims have iron-clad guarantees of their exemption. I am in favour of Kelantan Muslims having hudud implemented for them only," the portal quoted him.
Prior to this, Opposition Leader Anwar Ibrahim (left) said he was personally in favour of hudud laws being introduced in Kelantan as it would ensure justice.
Earlier, the issue, regarded as highly contentious and which in the past created rifts between DAP and PAS, has instead laid bare cracks between MCA and UMNO.
MCA president Chua Soi Lek said the Chinese-based party would leave the Barisan Nasional coalition if UMNO supported hudud laws. This was in response to UMNO deputy president Muhyiddin Yasin's cautioned comments on Kelantan's long-fought battle with the Federal government over hudud, saying he was obligated as a Muslim to support hudud but differed on the timing of its implementation.
PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.
Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.
"Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini. "Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ)," kata Timbalan Presiden Umno. Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya. "Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini. Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau.
KOTA BARU, 22 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
"Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah," kata beliau.
"Nak jumpa beberapa kali jumpa dah. DAP dah (pernah) keluar sekali dah, pada masa (gabungan pembangkang dalam) Angkatan Perpaduan Ummah (APU), saya kata 'bye-bye' tak apa.
"Sekarang dia (DAP) masuk balik ... itu dia (DAP) punya pasallah (jika DAP mahu keluar)," kata beliau selepas Majlis Himpunan Kursus Kenegaraan 2011 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.
Awal hari ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.
Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.
"Kalau tidak mahu (laksana hukum Islam) buat bumi sendiri. Selagi tumpang bumi Allah, agama rasmi adalah Islam. Kalau tidak buat udara sendiri, jangan tumpang udara Allah. Di Kelantan kita jemput semua pemimpin bukan Islam datang dan kita berdialog.
"Kalau DAP berkeras tidak usah, sebelum keras kita berdialog dulu. Kenapa keras tidak mahu berlembut. Tak kena di mana," katanya.
Justeru Nik Abdul Aziz mempersoalkan rasionalnya untuk bertemu DAP lagi semata-mata mahu menjelaskan perkara itu sedangkan parti itu mengetahui PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan sejumlah 220 lagi warga asing daripada rang daftar pemilih di negeri itu.
Mereka antara 222 orang yang dibantah PAS Paya Jaras - dalam parlimen Subang - dan didengar suruhanjaya berkenaan pada Selasa dan Rabu lalu.
Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS DUN itu Mohamad Fisal Mohamad Yusoff berkata, semua mereka memegang kod 71 dalam kad pengenalan penduduk tetap (PR) - kad pengenalan merah - sewaktu membuat semakan.
"Dalam rekod JPN (Jabatan Pendaftaran Negara), mereka semua memegang kad pengenalan merah, oleh kerana itu kita membuat bantahan.
"Dan semasa bantahan, mereka masih lagi memegang kad pengenalan merah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Menurutnya lagi, daripada jumlah keseluruhan itu, seramai 30 orang hadir semasa pendengaran di pejabat SPR negeri di Shah Alam.
"(Seramai) 28 orang daripadanya memberitahu tidak pernah memohon (sebagai pemilih) dan tidak tahu nama mereka didaftarkan sebagai pengundi," kata Mohamad Fisal.
Komen Teman : Waima simati samada Allahyarham Mat Indera atau Allahyarham Polis dan Allahyarhamah isteri polis di bukit kepong pada tahun 1950 kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga ditempatkan roh mereka bersama2 orang beriman dan soleh serta solehah. Manakala dari segi sejarah kalau tak betul kenalah ubah. Waris polis yang terlibat kena terima bahawa ayah atau emak mereka pada masa itu bekerja dengan Penjajah British manakala waris Mat Indera juga kena terima andaian orang-ramai dengan tenang sehingga dapat maklumat yang jelas dan muktamat.
Waris polis dan waris Mat Indera kena sedar JASA ORANG PALING POPULAR MALAYSIA TERKINI IAITU MAT SABU amatlah ketara dan terasa di mana dengan izin Allah kes Mat Sabu telah memanaskan sejarah lama dan membangkitkan tawarikh lama yang mana Pakar Sejarah Malaysia pun tergagap untuk menjawab dan otai UMNO bekas PM juga tersentak sampai memberi komen bahawa buku sejarah Malaysia tidak tepat.
Kerana Mat Sabu, maka tersingkap keterlupaan Kerajaan BN pada jasa polis yang telah mati berpuluh tahun. Sedangkan orang yang jasa sedikit boleh diberi pangkat Datuk dan pingat . Kini terhegeh2lah Pemimpin UMNO baik pemuda dan wanita serta puterinya ingin buat kunjungan terhadapa waris bukit Kepong. Kerana Mat Sabu juga pihak JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam) bergegas kununya dalam seminggu akan menyelesaikan pencen seorang isteri waris polis bkt Kepong yang dah berumur 80 tahun.Mujur Allah panjangkan umur isteri Allahyarham. Kini 10 orang lagi waris polis bkt Kepong mahu menuntut pencen yang sama. Sedemikian rakyat terutama waris-waris tak nampakkah jasa Mat Sabu yang sungguh besar itu?
KENAPA JASA MAT SABU DIBALAS DENGAN JAMINAN POLIS SEBANYAK RM15,000? INI BENAR2 KES NAYA , Sepatutnya waris2 terlibat berpakat dan kalau boleh berdemo minta Mat Sabu dilepaskan tanpa syarat.
"Saya begitu terharu dengan penghargaan ini. Walaupun saya sedih sebab ayah sudah tiada, sekurang-kurangnya pejuang sepertinya dikenang dalam bentuk sewajarnya. Saya bangga," kata Ahmad Jamil (gambar), waris kepada pejuang Bukit Kepong, Allahyarham Sarjan Jamil Mohd Shah.
Menurutnya, ketika peristiwa meragut nyawa insan tersayang itu, dia baru berumur enam tahun 10 bulan dan tidak mengingati kejadian terbabit dan dia hanya dimaklumkan tidak mempunyai bapa sejak lahir.
Katanya, biarpun pelbagai tafsiran diberikan masyarakat berhubung kejadian 61 tahun lalu, dia tetap berbangga kerana menjadi seorang bapa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman komunis.
"Anugerah ini begitu istimewa kepada saya. Apa yang saya tahu, kami empat beradik kehilangan ayah dalam peristiwa berkenaan dan paling pilu, ketika itu ibu saya baru 10 hari melahirkan adik bongsu," katanya selepas menerima Anugerah Wira Bukit Kepong mewakili keluarganya yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Najib yang juga Presiden Umno menyampaikan anugerah berkenaan kepada semua 16 waris anggota keselamatan negara yang terkorban ketika mempertahankan Bukit Kepong daripada ancaman komunis.
Seorang lagi waris, Mohd Mokhtar Mohd Yassin berkata, dia terkilan dengan tindakan pihak pembangkang mempersoalkan usaha pejuang mempertahankan negara dan pada masa sama mengguris perasaan ahli keluarga yang bersedih akibat kehilangan orang tersayang.
"Biarpun ia sudah berpuluh tahun berlalu, namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas penganugerahan ini. Tetapi saya tidak puas hati dengan cara pembangkang cuba membangkitkan isu ini," katanya.-hm
Nasihat Teman : RAKYAT & PENGUNDI PARLIMEN PEKAN JANGAN BAGI CHAN KAT DIER ! MAKSUDNYA : JANGAN BERI UNID PADA LAMBANG DACING ATAU BN ! Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.
Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.
Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.
Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.
Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.
Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.
Hudud: Umno OK tapi Malaysia tak sedia, kata Muhyiddin
PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang. Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya. "Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi," kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini. "Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ)," kata Timbalan Presiden Umno. Muhyiddin menjelaskan bahawa Muslim tidak boleh menolak realiti bahawa undang-undang hudud adalah sebahagian daripada prinsip Islam tetapi pihaknya tidak bersetuju dengan PAS dan PKR bahawa kini adalah masa yang sesuai untuk melaksanakannya. "Isu di sini bukan soal hukum, tetapi persoalannya mengenai pelaksanaan hudud," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini. Kata Muhyiddin, jika Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasakan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai bagi melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu, terserah kepada beliau. Dalam ulasannya pagi tadi, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib. Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan. "Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan. "Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini. Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama. "Saya juga memohon Datuk Seri Najib dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam. Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya. "Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi ... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya.
Tindakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta dibanteras kegiatan judi haram seperti memakan tuan sendiri ekoran dari tindakannya sebelum ini membenarkan operasi hiburan dilanjutkan sehingga jam 3 pagi pada waktu hujung minggu.
Paling melucukan ialah mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk memotong bekalan elektrik dan air masing-masing. Apakah jenis lawak yang mahu ditunjukkan oleh Ali Rustam ini?
Ke mana perginya polis dari bahagian atau cawangan D7 - Bahagian Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat? Ke mana perginya Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)? Wujudkah semua ini di Melaka sehinggakan kerajaan pimpinan Ali Rustam menggunakan khidmat SAMB dan TNB.
Selesaikah dengan menangani masalah dengan memotong bekalan? Apakah hak TNB dan SAMB untuk memotong bekalan air dan eletrik sedangkan bukan di bawah premis dari kerajaan Melaka yang menjaganya? Masalah sekarang ialah tindakan dari Ketua Menteri itu sendiri yang membenarkan lanjutan tempoh operasi hiburan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengarahkan semua agensi terlibat termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan polis untuk melakukan operasi bersama membanteras kegiatan itu daripada terus merosakkan nama Melaka.
Mengenai keresahan penduduk kerana pusat perjudian haram yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan beroperasi tanpa tindakan tegas pihak berkuasa. Ia berpunca selepas kebenaran melanjutkan pusat operasi hiburan. Sebelum ini kes ini bukan tidak berlaku tetapi tidak seteruk yang berlaku sekarang
Pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar dan penuntut institusi pengajian tinggi.
Jadi, selepas ini kerajaan negeri di bawah Ali Rustam perlu berfikir panjang dan tidak sewenang-wenangnya melanjutkan masa hiburan di Melaka. Jika tidak dibendung, maka bala akan tiba meimpa tidak kira sama ada baik atau jahat.
Jangan salahkan kaum lain berjudi sebaliknya perhatikan kaum mana yang paling kuat berjudi kalau bukan kaum yang sama seperti Ketua Menteri. Jangan jadi pelawak sarkas jika sudah tiada idea. Apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. Apabila kes sudah merebak, baru mahu fikir bahananya. Sudah terlambat..
SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
"Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta. Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat. Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.
Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta. Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
"Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya.
Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.
Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor. Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.
Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.
Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor. Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.
Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.
Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara. Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.
"Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya. Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.
"Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi.
Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk. "Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya.
Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.
Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.
Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta. "Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya.
Sementara Perdana Menteri Najib Razak dipuji kerana menjanjikan ruang kebebasan bersuara sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September baru-baru ini, satu dokumentari yang mengisahkan jurang kemiskinan rakyat Sabah telah "dipancung", dilarang ke ruang udara sebagaimana yang dijadualkan, semalam.
Dokumentari bertajuk "Saya nak ke sekolah" (I want to go to school) ini dijadualkan untuk disiarkan dalam rancangan Edisi Siasat di stesen televisyen ntv 7, jam 11.30 malam, pada 22 September 2011. Menurut sumber, dokumentari ini telah dihantar untuk semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) pada awal minggu ini, dibenarkan dengan "nasihat" agar sedikit "suntingan" (tapisan) dibuat sebelum disiarkan.
Bagaimanapun, LPF memaklumkan secara lisan kepada pihak Edisi Siasat, sehari sebelum dokumentari ini ke udara, bahawa ianya perlu "ditarik", kata sumber kepada MerdekaReview. Maka pihak ntv 7 terpaksa menyiarkan dokumentari yang telah disiarkan sebelum ini, untuk menggantikan kekosongan yang wujud ekoran daripada keputusan tersebut.
Menurut maklumat yang diperolehi MerdekaReview, tiada notis rasmi daripada LPF kepada ntv 7 berhubung keputusan tersebut, tetapi hanya alasan yang tidak rasmi, seperti "khuatir menjejaskan imej negeri Sabah".
Menurut Editor Eksekutif Buletin dan Isu Semasa (Mandarin) ntv7, Tan Boon Kooi, yang sempat dihubungi MerdekaReview pada kira-kira jam 2 petang, dirinya pun "teringin nak tahu apakah yang telah berlaku sebenarnya" (yang menjurus kepada keputusan tersebut). Bagaimanapun, beliau berkata, pasukan penerbit telah menyempurnakan tugas mereka, sebaik rancangan dokumentari itu siap dibikin.
"Sama ada ia dibenarkan untuk disiarkan atau tidak, itu di luar kawalan kami. Bukan sesuatu yang boleh kami putuskan," katanya kepada MerdekaReview.
Menurut "promo" rancangan yang disiarkan pada minggu lalu, dan pengenalan di laman sosial rasmi Edisi Siasat, dokumentari ini mengisahkan jurang kemiskinan yang ketara di negeri Sabah.
"Pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak mengumumkan untuk bergabung dengan Semenanjung Tanah Malaya, membentuk Malaysia. 48 tahun kemudian, meskipun memiliki sumber semulajadi yang lumayan, namun Sabah dan Sarawak tetap ketinggalan secara perbandingan, dari segi pembangunan sosial ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya."
Untuk 10 tahun ini, Sabah adalah negeri yang termiskin. Dari segi pendidikan, 21% daripada penduduk Sabah tidak berpendidikan. Apa masa depan anak-anak ini? Mengapa pula jurang kemiskinan antara desa dan bandar di Sabah begitu ketara? Sempena kita menyambut Hari Malaysia, marilah kita merenung masalah ini."
Edisi Siasat pernah terima Anugerah Seri Angkasa 2005
Ini bukan kali pertama rancangan Edisi Siasat "dipancung". Pada Oktober 2008, rancangan dokumentari berjudul "Kuasa Masyarakat Sivil" dilarang ke udara. Sebagaimana yang difahamkan MerdekaReview, rancangan tersebut mengandungi adegan-adegan demonstrasi dan keganasan polis. Malah sebelum ini, pada September 2008, satu rancangan dokumentari yang bertemakan pertikaian agama turut dilarang ke udara.
Edisi Siasat adalah rancangan hal ehwal semasa yang amat popular di kalangan masyarakat Cina, malah pernah menerima Anugerah Majalah TV Terbaik dalam Anugerah Seri Angkasa 2005.
*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.
Sebelum ni Bekas PM Celupar menyuruh Kelantan laksanakan Hudud sebab katanya dia dah tak jadi Perdana Menteri, jadi kelantan boleh terus dengan agendanya.
"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi...ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,"
Semalam pula keluar lagi kenyataan dari seorang menteri sembam yang katanya Malaysia belum sesuai perkenal Hudud.
"Hukum Allah itu akan dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif (selesa) dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu, sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia memperkenalkan Hukum Hudud sepertimana dilaungkan Pas"
Masalah perlaksanaan hudud ni memang tak akan selesai selagi Pakatan Rakyat tak diberi kuasa memerintah. Zaman Nabi dulu pun berbilang bangsa, bermacam agama dan berbagai-bagai kepercayaan tetapi pelaksanaan Hudud tetap boleh dilaksana dan dipraktikkan. Sebagai ketua kerajaan dan pemerintah Baginda tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang negara waktu itu tidak sesuai dilaksanakan hudud. Sesuai atau tidak terletak atas diri kita sebagai ketua pentadbir dan pemerintah. Kalau kita tak berusaha untuk mengkondusifkan negara, sampai bila-bila pun ianya tidak akan menjadi dan alasan tidak sesuai tu akan sentiasa terpakai.
Selama lebih 50 tahun mentadbir, adakah UMNOBN ini berusaha untuk menerang dan memperjelaskan kepada bukan Islam mengenai kebaikan hudud?? Adakah UMNO berusaha kearah itu? jawapannya tidak sama sekali, tapi yang pandai UMNO buat hanya merpelekeh, mengherdik, menghina dan merendah-rendahkan martabat hudud itu sendiri. "negara akan mundur jika manusia dipotong tangan", "Kalau nak makan sup tangan pergilah Kelantan" Siapakah yang keluarkan kenyataan tersebut? Siapakah yang keluarkan kenyataan memperlekeh tersebut? Siapakah yang keluarkan ayat menghina tersebut?? Siapa?? Manusia durjana tu sekarang ni masih lagi bernafas, masih lagi menghirup udara Allah, masih lagi berpijak atas bumi Allah ini. Sepatutnya manusia itu dan golongan yang menyokongnya tidak layak duduk di atas muka bumi ini, tidak layak menghirup udara Allah ini dan tidak layak makan makanan yang kepunyaan Allah ini.
WarkahDaily – Dahsyat la puak-puak Umno-BN Perak sekarang ni. Dia orang kini tengah sibuk 'memunggah' khazanah negeri seberapa banyak yang mungkin sebagai persediaan akan tewas dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan dating.
Kerana memikirkan, inilah peluang untuk 'rembat' segala kekayaan negeri sebelum kembali jadi pembangkang di negeri Perak.
Patutlah beriya sangat merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini, sehingga sanggup membeli ADUN bermasalah dari PR semata-mata dapat jadi kerajaan sementara sebelum PRU-13 agar segala kekayaan negeri dapat dipunggah dan diagih kepada kroni dengan seberapa segera yang mungkin.
Baru-baru ini, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham telah membuat satu pendedahan berkaitan skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri selain aktiviti pembalakan yang berleluasa dan mencurigakan.
Dipetik dari Roketkini, ahli Parlimen Beruas itu berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan.
Menurut laporan mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, "Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu."
Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian.
Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut.
Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.
Tambah Ngeh yang juga Adun Setiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta.
Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni.
"Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum," katanya.
Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan.
"Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," katanya.
Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka.
KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.
Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi. Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu. Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.
"Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi," kata beliau. Justeru katanya, "jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang."
Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk "Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju" dalam buku berjudul "1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020". Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.
Ismail berkata, tindakan pantas dan 'pre-emptive' yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini. Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.
"Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti. "Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang," kata Ismail. Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.
Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing. Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri. Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.
Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
PETALING JAYA, 23 Sept — MCA akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.
"Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional... sangat mudah," kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kepada pemberita hari ini.
"Pendirian kami sangat jelas. Umno mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu (pelaksanaan). Kami akan keluar," kata beliau (gambar) lagi.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hukum Hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.
Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin Pas.
"Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum Hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Diminta mengulas mengenai keyataan Muhyiddin semalam, Dr Chua berkata: "Itu boleh difahami sebab semua Muslim menyokong ajaran al-Quran. Tetapi anda kena lihat kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak bersedia untuk melaksanakan hudud. Dan, itu sangat jelas."
"PAS mahu melaksanakan hukum hudud, itu adalah dunia yang berbeza," katanya.TMI
Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.
"Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.
Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.
"Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan.
"Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam," ujar beliau lagi.
Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.
Beliau dipetik berkata, "saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.
"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir."
"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama," ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily.
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).
Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.Hrkh
KUALA LUMPUR 22 SEPT: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian menyokong perlaksanaan hukum Hudud seperti yang dicadangkan kerajaan PAS Kelantan.
Menurut beliau Hudud dilihat sebagai aspek penting dari segi perundangan Islam sekaligus menjaga kepentingan hak masyarakat bukan Islam di negara ini.
Namun katanya kepada media ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kenyataan itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tidak akan dibincangkan di peringkat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.
"Buat masa sekarang pada dasarnya saya percaya ia dapat dilaksanakan. Melihat aspek tertentu bahawa ada jaminan pentadbiran yang adil.
"Ia tidak langsung melanggar hak-hak orang bukan Islam," kata beliau.
Nik Aziz terdahulu menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencabar beliau melaksanakan hukum Hudud pada era pemerintahan Najib sebagai melucukan.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara, mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman Hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.
"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.
Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum Hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.
"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum Hudud," katanya.TVS
Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)
Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.
Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.
Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.
Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.
Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.
Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.
SHAH ALAM, 22 Sept: Isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Selangor bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang telah selesai yang mana masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lepas. Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) menjelaskan isu perebutan kerusi seperti yang ditimbulkan itu tidak tepat malah PAS negeri telah menyenaraikan jumlah kerusi kepada Jawatankuasa Peringkat Pusat Pakatan Rakyat bagi tujuan pertimbangan.
"Kedudukan kerusi di Selangor masih kekal iaitu 20 kerusi untuk PAS, 21 PKR dan 15 DAP, kita telah mengemukakan senarai kerusi yang dipertandingkan dan juga senarai calon ke peringkat pusat untuk diperincikan.
"Sehingga sekarang belum ada pemindahan kerusi antara ketiga-tiga parti dan jika pada peringkat akhir perkara tersebut ditimbulkan, maka penyelesaiannya akan dilakukan d iperingkat pusat dan saya harap ia diselesaikan dengan cara yang terbaik.
"Manakala mengenai calon buat masa ini kita tidak akan mendedahkannya," jelasnya.
Rani juga menegaskan sebagaimana yang diputuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri menyeru seluruh ahli pengerak PAS di akar umbi di seluruh peringkat untuk giat menggerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke tiga belas (PRU13).
"PAS Selangor mendukung sasaran dan gerak kerja Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional di peringkat pusat dan PAS ganti Umno di Selangor.
"Selaras dengan konsep asas Negara Berkebajikan yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS Selangor menyeru bahawa tiba masanya bangsa Melayu Islam khasnya bersama PAS dan meninggalkan Umno dan seluruh rakyat amnya bersama Pakatan Rakyat membuat perubahan bersama PAS dalam wadah Pakatan Rakyat, gabungan baru memimpin perubahan.
"PAS menjulang perjuangan memartabatkan Islam manakala Umno mendukung perkauman sempit, Islam lebih unggul dan pasti berjaya," sambungnya lagi.
KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah demokrasi melalui saluran perundangan dan bukan secara memaksa, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.
"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara terpaksa atau melalui pintu belakang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.
Tun didakwa menghalang perlaksanaan undang-undang Islam itu di Kelantan melalui satu surat amaran yang dihantar beliau selaku Perdana Menteri kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz pada tahun 1993 lalu. Kucar-kacirkan Pakatan
Mengulas lanjut berhubung perkara itu, Dzulkefly berkata beliau yakin tindakan Tun membangkitkan perkara itu kerana mahu memporak perandakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.
Lebih khusus lagi membabitkan PAS dan DAP yang selama ini kononnya dilihat beliau bercanggah besar dalam isu ini.
"Tapi kali ini congakan Tun silap. PAS tidak akan silap dalam menyatakan betapa kita komited melaksanakan apa jua cita-cita kami sebagai parti Islam, tetapi akan mengambil pelaksanaannya dalam garis demokrasi dengan laluan legislatif dan disokong oleh rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Selangor.
Biarpun Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud, Dr Mahathir melalui suratnya itu menyekat pelaksanaannya.
Tambahnya, halangan melaksanakan undang-undang syariah Islam oleh BN bermula sejak 1965 lagi.
Ianya apabila Perikatan yang menguasai dua pertiga parlimen pada waktu itu meluluskan akta mahkamah syariah yang membataskan kuasa perlaksanaan undang-undang syariah menggunakan formula 356 iaitu 3 tahun penjara, denda tidak lebih RM5,000 dan sebat tidak melebihi 6 sebatan.
"Jika benar Tun dan pemimpin Umno tidak menghalang, kenapa (hudud) tidak diluluskan sewaktu BN menguasai dua pertiga parlimen ketika zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri," soalnya.
Abd Malek Hussin, orang yang disebut dalam kabel Kedutaan Amerika Syarikat sebagai berkata Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah menjelaskan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu tidak mengeluarkan dokumen-dokumen palsu.
Sebaliknya, Malek, bekas ketua NGO Raya Malaysia untuk Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel) berkata Abdul Rashid sebenarnya mengakui terlibat dengan kontroversi operasi 'Projek IC' pada tahun 1990-an, tetapi peranannya setakat mendaftarkan individu dengan kad pengenalan yang diragui itu sebagai pengundi.
"Kabel Wikileaks salah petik saya. Bagaimana dia boleh mengeluarkan kad pengenalan? Itu tanggungjawab JPN. Beliau bercakap mengenai rakyat asing dengan kad pengenalan yang didaftarkannya," kata Malek ketika dihubungi Malaysiakini.
Wikileaks baru-baru ini mendedahkan, Abdul Rashid mengakui kepada Malek bahawa pihaknya pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 90-an, atas arahan Umno.
Dalam kabel yang ditandakan sulit itu, Malek juga dilaporkan memberitahu pegawai Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa Rashid mengesahkan Umno melancarkan kempen 'kotor' sekitar 90-an untuk merampas Sabah - yang dikuasai PBS, ketika itu pembangkang, pada 1994.
"Sepanjang dekad berkenaan, Umno memberikan kewarganegaraan dan kad pengenalan Malaysia kepada lebih 600,000 pekerja pendatang asing (kebanyakan beragama Islam dari Indonesia dan Mindanao di Filipina) di Sabah, sebagai pertukaran untuk undi mereka pada pilihan raya negeri.
"Menurut Husin, Rashid 'mengakui secara peribadi mengeluarkan lebih daripada 60,000 kad pengenalan palsu di Sabah' bagi membantu Umno menguasai politik di sana," kabel itu dipetik.
The New Straits Times hari ini melaporkan penafianRashid berhubung apa yang didedahkan oleh Wikileaks dan berkata beliau "tidak kena-mengena" dengan pengeluaran kad pengenalan itu.
Dalam artikel itu, Rashid juga menafikan memberitahu perkara-perkara yang didedahkan oleh Malek sambil menekankan bahawa pengeluaran kad pengenalan bukan di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu tetapi di bawah Jabatan Pendaftaran Negara.
"Apa yang SPR lakukan ialah hanya untuk mendaftarkan warganegara dengan kad pengenalan sebagai pengundi," kata Rashid dipetik oleh akhbar New Straits Times.
Malek bersetuju bahawa tidak mungkin bagi Rashid berbuat demikian kerana peranan suruhanjaya itu adalah jelas bahawa mereka bertanggungjawab mendaftar pengundi, menentukan persempadan pilihan raya dan mengendalikan pilihan raya.
Walau bagaimanapun, bekas ketua Mafrel itu berkata bahawa kabel jumlah warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi di Sabah adalah 80,000 orang, iaitu lebih ramai daripada apa yang dilaporkan oleh kabel berkenaan. -Malaysiakini.com
"Sesiapa saja yang mengikuti isu Mat Indera yang dikontroversikan oleh babi, anjing-anjing dan pencacai UMNO menjadikan Mat Sabu seorang HERO baru dalam menghadapi PRU ke-13 bila-bila masa dari sekarang. Mat Sabu diangkat sebagai seorang WIRA.
Tidak sesiapa yang boleh menafikan pendakwaan beliau di bawah seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam hanyalah alasan yang sengaja direka cipta untuk mencari kesalahan Mat Sabu dan babi, anjing dan pencacai UMNO mengharap sangat Mat Sabu didapati bersalah dan dihukum denda melebihi RM2,000 serta dipenjarakan bagi tidak melayakkan Mat Sabu menjadi calon pilihan raya akan datang (samalah juga dengan nasib Anwar Ibrahim)
Itu motif UMNO yang sebenarnya. Bermotifkan politik, bukan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran apa yang dibangkitkan oleh Mat Sabu sejak 27 Ogos sampai hari ini. Untuk itu, UMNO mengerakkan seluruh babi dan anjing-anjing peliharaannya yang bersedia menjadi pencacainya membuat 1,000 laporan polis seluruh Negara. Sebagaimana biasa, modus operandinya ialah memperalatan pasukan polis, pejabat peguam Negara dan mahkamah untuk mencapai matlamat politiknya itu. Tanpa bantuan dan sokongan 3 institusi ini, maka harapan UMNO untuk menewaskan musuh-musuh politiknya akan tetap gagal. UMNO pada hakikatnya sangat lemah dan ia memperlukan institusi-institusi kerajaan untuk terus survival.
4 persoalan yang perlu dijawab oleh babi-babi dan anjing-anjing peliharaan UMNO ( sekiranya nawaitu UMNO untuk keadilan dan kebenaran) kenapa 3 institusi yang saya sebutkan di atas TIDAK:
Pertama, kenapa tidak mengambil tindakan sebarang tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam penangkapan PSM EO6 walaupun terdapat 424 laporan polis yang telah dibuat oleh orang awam?
Kedua, kenapa 3 institusi ini tidak mengambil tindakan terhadap laporan orang awam mengenai kenyataan berunsur perkauman oleh Presiden Perkasa selaku ahli parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali?
Ketiga, kenapa 3 institusi ini tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Ezam Mohd Noor (tidak seperti ketika Ezam menjadi Ketua AMK dulu) yang mengugut untuk membakar pejabat Malaysiani, sedangkan laporan polis telah dibuat?
Keempat, kenapa 3 institusi ini tidak bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh Pemuda PAS pada 16 September lalu terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. kenyataan itu mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan masyarakat yang sekian lama diajar bahawa British penjajah. Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain?
Bukahkah kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainai Kling itu menyamai isu Mat Indera yang diceramakan oleh Mat Sabu?
Silalah jawab wahai babi-babi dan anjing-anjing UMNO.
Tindakan UMNO ini seolah-olah ia mengangkat martabat Mat Sabu sebagai HERO rakyat Malaysia. Mat Sabu berdehem sahaja seluruh Negara kelam kabut. Saya amat tertarik dengan pandangan yang diutarakan oleh saudara Aspan Alias.
KUALA LUMPUR – Sekumpulan 46 pertubuhan bukan kerajaan dan satu parti politik mempertikaikan tindakan pentadbiran membawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah pagi tadi berhubung kenyataannya menyentuh tragedi Bukit Kepong bulan lalu.
Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa pihaknya kecewa dengan pendakwaan ke atas Mohamad di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan.
"(Tindakan) mendakwa Mohamad Sabu ini bercanggah dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu mempromosikan keterbukaan dan demokrasi ketika (perutusan) Hari Malaysia," kata pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik terbabit dalam satu kenyataan hari ini.
Pertubuhan-pertubuhan itu juga menegaskan perkembangan terbaru hari ini menimbulkan persoalan mengenai keikhlasan Najib, yang mengumumkan siri pembaharuan, sama ada beliau benar-benar ada kawalan penuh ke atas pasukan polis.
"Kami menggesa agar kerajaan dengan segera menggugurkan tuduhan bersifat politik ke atas Mohamad Sabu dan berhenti daripada menakut-nakutkan pihak yang mencabar kewibawaan fakta sejarah rasmi dan ideologi.
"Kami juga menggesa perdana menteri dan timbalan perdana menteri, daripada menggunakan jentera kerajaan untuk 'menjenayahkan' Mohamad Sabu, berhadapan dengan beliau dalam debat, menerusi TV berhubung isu Bukit Kepong," kata beliau lagi.
Kenyataan itu juga menambah, ahli-ahli politik, pegawai polis dan tentera yang sudah bersara selain Perkasa boleh berdebat dengan Mohamad ataupun mencabar pandangan di media atau forum-forum.
"Mereka harus menghormati hak Mohamad Sabu untuk memberikan pandangannya," kata kenyataan itu sambil menambah, menggunakan kuasa kerajaan untuk melenyapkan suara-suara yang berbeza adalah tindakan pengecut.
"Ia menunjukkan pendirian tidak selamat dan tidak yakin untuk menghadapi debat sceara fakta dan alasan kukuh," katanya lagi.
Pagi tadi, Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, 21 Ogos lalu.
Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan.
Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam ) Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.
Mahkamah menetapkan 27 Oktober sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Disember sebagai tarikh perbicaraan kes. -TMI
Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.
Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.
Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."
Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.
Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.
"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.
"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.
Pas Kelantan tidak bersalah jika gagal melaksanakan hukum hudud seperti yang dikehendaki sejak 1993 kerana suasana kondusif masih tidak mencukupi selain kuasa Kerajaan Negeri yang terhad.
Sehubungan dengan itu, Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) menyarankan kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggiatkan kempen kebaikan undang-undang Islam itu terlebih dahulu bagi mengelak tanggapan negatif masyarakat khususnya bukan Islam.
"Kerajaan Negeri tiada kuasa penuh untuk laksanakan hukum ini.
"Jika dibuat ia akan terdedah kepada eksploitasi dan ini bahaya. Bagi saya Kelantan elok kempenkan keindahan hudud itu dahulu, tidak payah fikir dan buat hudud kerana melaksanakannya bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja "Hudud suatu Perbincangan Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan" di seminar Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan sempena Sambutan Hari Hududullah Kelantan yang dirasmikan Nik Abdul Aziz.
Menurutnya, jika Pas Kelantan tidak melaksanakan hudud ia tidak melanggar syariat Islam kerana undang-undang itu gagal dibuat disebabkan suasana negeri itu yang tidak kondusif.
"Saya faham perasaan bimbang Menteri Besar Kelantan sebagai pemerintah untuk laksanakan hudud kerana beliau takut disoal Allah kelak, tetapi kuasa Kerajaan Negeri terhad dan ia ditentukan Kerajaan Pusat.
"Jika tidak laksanakan hudud, beliau tidak melanggar syariat Islam kerana faktor-faktor itu. Dalam isu ini ia harus dilihat dalam kerangka lebih luas," katanya.
Menurutnya, hukum hudud memerlukan ijtihad-ijtihad baru sebelum dilaksanakan kerana keadaan masyarakat majmuk di negara ini menyebabkan ia tidak boleh terikat dengan teks lama.
Dalam usaha itu, katanya, kerajaan perlu mempromosikan aspek keadilan dalam pemerintahan, kebajikan rakyat, kesaksamaan dan sebagainya secara habis-habisan supaya masyarakat benar-benar memahami syariat Islam itu.
Dr Asri berkata, Malaysia tidak kondusif melaksanakan hukum hudud setakat ini tetapi usaha ke arah itu perlu dilakukan supaya masyarakat bukan Islam dan antarabangsa mendapat gambaran jelas mengenai hukum berkenaan. -SH
KUALA LUMPUR: Tindakan pendakwaan ke atas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengesahkan janji perdana Perdana Menteri untuk melakukan pembaharuan politik tidak boleh dipercayai.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara janji Najib sewaktu mengumumkan semakan dan penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini ialah tiada tangkapan bersifat politik.
"Belum pun kering air liur, pendakwaan politik sudahpun berlaku dalam kes Mohamad Sabu.
"Kini, rakyat boleh menilai sejauh mana janji-janji PM yang dilaungkan sempena sembutan Hari Malaysia boleh dipercayai bilamana Nazri Aziz menyatakan kerajaan akan mengekalkan tahanan tanpa bicara yang menjadi intipati bantahan rakyat terhadap ISA," tegas Tuan Ibrahim.
Menurutnya lagi, tindakan itu memperlihatkan kepada rakyat bahawa Umno BN tidak serius dan ikhlas dalam melakukan pembaharuan.
"Mengharap pembaharuan daripada Umno-BN adalah seperti mempercayai kata-kata Najib bahawa "kerajaan BN tidak pandai menipu rakyat," kata beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera bukan cakap kosong kerana berasas beberapa sumber rujukan- iaitu pengukir nama Johor, kajian tesis pelajar Universiti Malaya, Ayub @ Uiop Kassim pada 1973 dan pengakuan kawan serta ahli keluarga Mat Indera.
"Jikalau itu pun salah, maka kesalahan harus dikembalikan kepada segala sumber rujukan beliau – sebagaimana semua rakyat Malaysia yang beranggapan bahawa 'negara pernah dijajah British'," tegasnya.
Sebaliknya, beliau mempersoalkan kenyataan Profesor Zainal Kling dari Majlis Profesor Negara yang menyatakan negara ini tidak pernah dijajah yang disifatkan lebih memberi kesan terhadap sejarah tanahair.
"Akan tetapi yang didakwa ialah Mohamad Sabu. Sekiranya Mohamad Sabu perlu didakwa, bagaimana pula Majlis Professor Negara (MPN) dan Zainal Kling?," tegas beliau sambil menyeru rakyat supaya melakukan reformasi total menolak Umno.
Tambahnya, Mat Sabu didakwa atas ucapan beliau yang diputar-belitkan media pro Umno, untuk mewujudkan suasana kelam-kabut bagi menghalalkan tindakan bagi mendakwa beliau.
"Jadi, apakah motif dakwaan ke atas Mohamad Sabu kalau bukan kerana politik?,"
"Pendakwaan ke atas beliau sekali lagi menunjukkan Umno hilang arah dalam putar belit ciptaan mereka sendiri dan terus melondehkan hipokrisi mereka untuk ditatap rakyat jelata," katanya.
Suruhanjaya reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
Ahli Suruhanjaya Reid
Lord William Reid - Pengerusi
Sir Ivor Jennings - Britain
Sir William McKell - Australia
Hakim B Malik - India
Hakim Abdul Hamid - Pakistan
Petikan Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Sekarang kita hendak tanya kepada profesor Zainal Kling dan pimpinan Umno kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British buat apa perlembagaan tanah Melayu mesti di bincang di Parlimen British dan tidak diputus sendiri oleh kerajaan tanah Melayu pada masa tersebut? Kalau benar tanah Melayu tidak dijajah sudah tentu kita tidak perlu kerajaan British merangka perlembagaan tanah Melayu.
Kalau negara yang bebas dari penjajah sudah tentu mereka akan merangka perlembagaan sendiri tanpa perlu campur tangan atau kelulusan dari negara luar. Mengapa tanah Melayu dan Malaysia sekarang masih mengguna pakai perlembagaan Suruhanjaya Reid? Mengapa tidak dihapus sama sekali perlembagaan Reid dan kita rangka dan gunakan perlembagaan yang sesuai dengan adat resam dan budaya tanah Melayu/Malaysia sendiri atau sekarang kita rangka perlembagaan menurut syariah. Semua ahli Suruhanjaya Reid dari negara luar tidak ada yang dari kerajaan tempatan atau tanah Melayu.
Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab dan difikir bersama kalau benar tanah Melayu tidak dijajah seharusnya kita sudah bebas menggunakan perlembagaan sendiri dan tidak bergantung dengan negara luar untuk merangka perlembagaan kita. Jadi pemimpin Umno kena bersedia untuk menerima kenyataan yang negara ini memang pernah dijajah oleh British dan yang berjuang melawan kerajaan sebelum merdeka memang pejuang kemerdekaan.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
Why Malayan Using Reid Commission Constitution?
The Reid Commission was an independent commission responsible for drafting the Constitution of the Federation of Malaya prior to Malayan independence from Britain on 31 August 1957.
Members of Reid Commission
Lord William Reid - Chairman
Sir Ivor Jennings - Britain
Sir William McKell - Australia
Hakim B. Malik - India
Hakim Abdul Hamid - Pakistan
Excerpt From Wikipedia, the free encyclopedia.
Now we want to ask the professor Zainal Kling and Umno leaders if the Malaya never been colonized by British why do the our constitution must be discussed in the British Parliament and not decided by the Malaya government at the time? If the Malaya were not colonized we should not get any permission from the British government and we do have our own constitutional drafting.
If the country free from occupation they would draw up its own constitution without interference or approval from another country. Why are the Malaya and Malaysia still adopting the constitution of the Reid Commission and was not removed completely from our constitutional framework and use the constitution to suit with the customs and culture of the Malay land / Malaysia or use constitutional framework in accordance with sharia law. All the Members of Reid Commission is from others countries not even one from local government or Malayan government.
Here are some questions to be answered, and thought with, if true Malay land (Malaya) is not occupied we should have free use of its own constitution and is not dependent on other countries to draft our constitution. So Umno leaders to be prepared to accept the fact that this country was never been colonized by the British and fought against the government before independence was a freedom fighter.
KUALA LUMPUR, 12 Sept: PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.
"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.
"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.
Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.
Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.
Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.
Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.
"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.
"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya.
Sejarah memang memerihalkan perkara yang sudah berlalu, namun ia bukan benda mati, malah pentafsirannya cukup dinamik, hidup dan sentiasa berkembang, sehingga boleh merumuskan pelbagai persepsi. Fakta sejarah sukar dibohongi tetapi "pihak yang menang" mempunyai pengaruh tersendiri untuk "memesongkannya".
Begitulah menariknya polemik sejarah kemerdekaan negara, yang tiba-tiba saja menarik perhatian semua lapisan masyarakat mengikutinya daripada dekat, apabila ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu disensasikan Utusan Malaysia dan hingga kini, selepas lebih dua minggu, masih menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV.
Mat Sabu mungkin tidak mempunyai disiplin ilmu sejarah yang baik, seperti beberapa orang anggota Majlis Profesor Negara (MPN), misalnya Prof Zainal Kling dan Prof Ramlah Adam, namun beliau berupaya untuk memaksa "tafsiran baru" dibuat terhadap sejarah perjuangan menghalau penjajah.
Bagi saya, beliau berjaya -- melalui gaya tersendiri -- "menganjurkan" satu perdebatan yang sihat dan diharap membuahkan hasil yang positif dan adil kepada sejarah negara. Terjahan awal Zainal Kling yang mendakwa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, pastinya tidak terhenti di situ sahaja.
Dan tidak mustahil tafsiran Mat Sabu terhadap sejarah kemerdekaan negara akhirnya akan lebih diyakini khalayak berbanding dua profesor yang dikenali sebagai cukup rapat dan dekat dengan Umno itu. (Pengalaman saya membaca buku-buku Ramlah Adam dapat mengesan "kecurigaan" dan "buruk sangka" yang ketara kepada tokoh-tokoh golongan kiri, seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain).
"Kalau bukan disebabkan media secara berlebihan memainkan isu ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong, saya pasti ramai di kalangan kita tidak pernah kenal apa itu pertubuhan politik seperti PKMM (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malayu) atau API (Angkatan Pemuda Insaf)," kata seorang rakan, pensyarah kanan sains politik.
"Dan mungkin ada yang beranggapan lokasi Bukit Kepong itu berada di sekitar Kepong atau Jinjang," tambahnya, sambil ketawa. "Di sinilah hebatnya Mat Sabu. Sejarah yang mungkin dianggap sudah mati itu kembali segar-bugar. Kepada saya, biarlah orang berdebat siapa Mat Indera, dan pula siapa petualang dan pejuang kepada negara."
Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya MPN dalam sidang media di Putrajaya mendakwa, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Beliau juga menafikan gerakan kiri sebagai golongan memperjuangkan kemerdekaan.
Kenyataan Zainal sebenarnya tidaklah mengejutkan. Ia dilihat mewakili aspirasi perjuangan Umno, yang lebih bertindak sebagai "perunding" dalam fasa-fasa akhir menuntut kemerdekaan. Ya, di sinilah menariknya perbahasan yang dicetuskan Mat Sabu itu, yang bakal menyerlahkan perbedaan besar di antara peranan Umno dengan parti-parti terdahulu yang diharamkan penjajah British.
Saya tidak pasti di manakah kedudukan penentang-penentang British, yang mempertaruhkan nyawa demi membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajah seperti Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dol Said, Maharajalela, Tok Janggut dan Rosli Dhobi, pada kacamata Zainal dan orang-orang seumpamanya?
Saya cuba membayangkan bagaimana sukarnya tokoh-tokoh awal, seperti Ibrahim Yaakub, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam, yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk menentang British.
Bukan mengenangkan kepayahan mereka diburu penjajah, dengan kelengkapan yang cukup minimum, tetapi kesukaran untuk meyakinkan anak bangsa sendiri -- terutama yang merasa selesa di bawah dagu orang putih -- bahawa mereka perlu bangun daripada lena yang panjang, selain menimbulkan kesedaran awal pemikiran politik.
Sebelum menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938, Ibrahim Yaakub memimpin gerakan pelajar, Ikatan Pemuda Pelajar pada 1929, seterusnya pada 1930, Ikatan Semenanjung Borneo, yang berpusat di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, sehinggalah British menghancurkan gerakan itu pada 1932.
Sekiranya nasionalis Umno hanya baru sedar untuk membebaskan diri daripada penjajahan selepas konsep Malayan Union diperkenalkan pada 1946, anak-anak Melayu yang terdidik di Timut Tengah, terutama di Universiti Al-Azhar sudah menjiwai roh kemerdekaan sejak awal 1900-an lagi, dipengaruhi mujaddid agung Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh dan Rashid Ridha.
Tidak hairanlah apabila majalah al-Imam, yang dikeluarkan pada 22 Julai 1906 di Singapura oleh tokoh-tokoh pembaharu Islam, Kaum Muda, mengungkapkan dengan jelas tujuan penerbitannya: "Mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."
Dari segi organisasi yang lebih teratur, perjuangan ini diteruskan dengan kelahiran Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada 14 Mac 1948, di bawah pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Dalam kenyataannya pada 26 April 1948, Dato Onn Jaafar mengingatkan satu lagi "bahaya dari gunung" dan menyifatkan "Parti Islam itu Merah". Onn berjaya menghasut British bahawa Hizbul Muslimin prokomunis.
Melalui Akta Darurat 1948, pada 29 Julai tahun sama, semua pemimpin Hizbul Muslimin, termasuk Abu Bakar, ditangkap dan dipenjarakan sehinggakan tiada yang tinggal untuk memimpin. Parti itu turut diharamkan. Ramai pengkaji menyifatkan penubuhan PAS pada November 1951 adalah kesinambungan dari perjuangan Hizbul Muslimin yang diharamkan penjajah itu.
Saya tidak bermaksud mahu bermain dengan fakta sejarah. Saya percaya perdebatan status Tanah Melayu, sama ada sebagai negara jajahan ataupun naungan British akan menarik pembabitan lebih ramai sejarahwan yang jujur dengan ilmunya untuk berkongsi pandangan.
Implikasi perbahasan itu juga menjangkaui skop yang jauh lebih besar, termasuk memberi kesan besar terhadap situasi politik terkini. Ia bukan lagi berlegar di sekitar kontroversi Mat Indera dan Bukit Kepong semata-mata. Dan inilah yang saya jangkakan dalam tulisan saya sebelum ini.
Isu ini mulanya dicetuskan oleh Utusan Malaysia bagi menjerat Mat Sabu dan PAS itu sendiri, iaitu sebuah parti yang dilihat bakal memberi saingan paling sengit buat Umno, khususnya untuk merebut simpati dan sokongan pengundi Melayu dalam PRU13. Ia juga diharapkan BN bagi menenggelamkan isu-isu membabitkan kepentingan rakyat, seperti kenaikan harga barangan dan pelbagai skandal kewangan, serta yang terbaru caj perkhidmatan enam peratus telefon prabayar.
Menjadi kelaziman kepada strategis Umno untuk meneropong kegiatan dan kenyataan pemimpin pembangkang dengan sehalus-halusnya, untuk dimanipulasi dan diputarbelitkan, bagi menggambarkan kepada rakyat kelemahan Pakatan Rakyat.
Saya boleh bersetuju dengan pandangan seorang rakan yang mengingatkan bahawa dalam PRU13 nanti kemenangan bukan ditentukan oleh kehebatan parti atau calon yang bertanding, tetapi difaktorkan oleh "kesilapan paling minimum" yang dilakukan parti atau calon berkenaan.
Maknanya, mereka yang melakukan kesilapan lebih banyak akan mudah untuk ditumpaskan.
Di peringkat awal, nampak kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera itu (dan bukannya tentang sejarah kemerdekaan negara) seperti mudah dieksploit Umno, terutama kepada bekas anggota keselamatan dan orang-orang tua di kampung-kampung, tetapi apabila skop perbincangannya menjadi lebih meluas, saya yakin kedudukannya menjadi lebih seimbang.
"Saya rasa kesungguhan luar biasa media Umno menimbulkan isu Mat Sabu, Mat Indera dan sejarah kemerdekaan negara ini boleh menikam balik dirinya," rumus seorang penganalisis politik.
"Apa pun, saya ingatkan kepada pemimpin pembangkang, berhati-hatilah daripada terjebak dengan perangkap Umno menjelang pembubaran Parlimen. Banyak isu yang sedia memihak Pakatan Rakyat, selain menampilkan gabungan mantap yang diyakini rakyat untuk mengambil alih Putrajaya," tambahnya.
Sekurang-kurangnya kini terpampang dengan lebih jelas wajah Umno yang propenjajah, di mana pemimpinnya sejak sebelum merdeka sehinggalah hari ini, lebih memikirkan soal kepentingan dan kesenangan diri. Dengan kata lain, Umno dan British saling perlu-memerlukan.
Dalam buku Perniagaan British di Malaysia Pascapenjajah 1957-70 (terjemahan Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010), Nicholas J White mengungkapkan: "Pada masa bunga tahun 1959, usaha diambil pada peringkat menteri untuk mendekati pelbagai pemimpin perniagaan British bagi mendapatkan dana bagi membantu Perikatan dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Diharapkan M$500,000 dapat dikumpulkan daripada perniagaan Eropah. Oleh sebab wakil ekspatriat memang dijangka kehilangan tempat mereka dalam badan perundangan Malaysia pada akhirnya, maka Tan Siew Sin, Menteri Perdagangan dan Industri, menjelaskan bahawa firma British 'pasti menyumbang untuk menyokong kerajaan
yang memegang tampuk kuasa, dan kerana (mereka) tidak mungkin mengharapkan layanan lebih baik daripada mana-mana parti yang lain berbanding dengan layanan oleh Perikatan, sudah tentu dasar yang baik bagi mereka adalah untuk berusaha sedaya upaya demi memastikan Perikatan terus memegang kuasa dengan besar'." Ahmad Lutfi Othman
GOMBAK, 12 Sept: PAS membidas sikap membisu pemimpin Umno BN berhubung kenyataan Profesor Datuk Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, pemimpin Umno perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan itu kerana Zainal adalah ahli Umno.
"Pemimpin Umno kena bertanggungjawab sebab Zainal Kling mewakili Umno. Kita nak tahu pendirian pemimpin Umno.
"Apa pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Kalau tak pernah dijajah semua buku teks kita perlu diubah semula," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka PAS di Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM) semalam.
Ianya sebagai mengulas sikap 'senyap' pemimpin Umno terhadap kenyataan Zainal yang dianggap mengelirukan itu.
Zainal dalam satu kenyataan sebelum ini mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
Mengulas lanjut, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata sejarawan Umno seperti Dr Zainal hanya merosakkan negara kerana sanggup memutarbelitkan fakta untuk membolehkan Umno sentiasa menjadi juara setiap masa.
"Kalau kita angkat orang putih ini sebagai rakan kita, sehingga dilantik menjadi penasihat, kita telah menolak semua sejarah yang tersimpan dalam arkib di London sendiri.
"Bagi orang putih Tanah Melayu adalah Koloni, iaitu negara jajahan, bukan negeri perlindungan," katanya.
Tambah Husam lagi, British menjajah negara ini menggunakan cara sangat halus iaitu dengan tidak menghapuskan sistem beraja agar mereka tidak mendapat penentangan rakyat di Tanah Melayu.
Namun pada hakikatnya, perlantikan pesuruhjaya British di setiap negeri membuktikan bahawa Tanah Melayu adalah dijajah.
"Kalau kita tidak pernah dijajah, bermakna JWW Birch yang dibunuh oleh Maharajalela akan kita anggap sebagai kawan kita," katanya.
PKR mendakwa mendapat maklumat mengejutkan mengenai program Network Centric Operations (NCO) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bernilai RM2 bilion dianugerahkan secara runding terus oleh Kementerian Pertahanan kepada sebuah syarikat terkenal.
Dua naib presidennya juga mendakwa, hingga saat ini, PKR difahamkan projek itu masih belum mempunyai 'roadmap' yang memuatkan program ini dalam keperluan kerangka pertahanan negara di masa hadapan.
"Apakah keberkesanan program sebegini jika hala tuju tidak ditetapkan dari mula?
"Adakah ketiadaan 'roadmap' ini bermakna perbelanjaan projek akan melambung tinggi tanpa had, dan pihak mana yang bakal mengambil peluang keuntungan atas ketiadaan hala tuju mahupun had perbelanjaan buat NCO?" soal Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.
Menurut mereka, program NCO bermaksud untuk mengintegrasikan semua aplikasi sistem, pengesan, sistem arah dan kawal serta persenjataan dalam tempoh masa dua atau tiga tempoh Rancangan Malaysia (10-15 tahun).
Beberapa perkara lagi yang didakwa berlaku dalam pengendalian projek itu, ialah:
'Keperluan Staf Am' (KESAM) yang meliputi setiap keperluan perkakasan dan perisian yang termasuk dalam projek NCO tidak disiapkan mahupun diluluskan sebelum projek dilaksanakan. Ini menunjukkan projek itu tidak melalui proses pemeriksaan tata kelola atau tadbir urus yang telus dan rapi.
Kajian daya maju teknikal untuk sistem P4 (Pemerintahan, Pengawalan, Perhubungan & Perisikan), iaitu sistem 'Command and Control' (C2) sedia ada masih dalam kajian, tetapi PKR difahamkan pihak syarikat berkeras untuk membangunkan sistem C2 yang baru.
Dalam kenyataan bersama, kedua-dua pemimpin itu menggesa Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kewangan menghentikan projek NCO itu sehingga persoalan-persoalan ini terjawab.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr Zainal Kling sebagai "tidur terlalu lama" apabila mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Tadi ditanya oleh wartawan apa pandangan saya tentang beberapa orang profesor yang mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
"Saya katakan, orang ini tidur dalam gua begitu lama lalu sedar dan berkata-kata dalam keadaan mengigau, barangkali akibat berada dalam usus penjajah begitu lama," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lapangan terbang Kota Baharu daripada Kuala Lumpur.
Walaupun tidak menyebut secara langsung nama Zainal, kenyataan itu jelas merujuk kepada kenyataan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dalam sidang media di Putrajaya Jumaat lalu.
Pada 9 September lalu, Zainal (kiri) berkata, berdasarkan fakta sejarah, kecuali tiga Negeri Selat, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
Bercakap dalam sidang media di Putrajaya, Zainal berkata, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah.
Menulis di laman Facebooknya, Nik Aziz juga berkata, beliau mahu mendengar pandangan pemimpin Umno berhubung kenyataaan yang mengundang kritikan hebat itu, terutamanya daripada pembangkang.
"Atau memilih untuk mendiamkan diri?" soal mursyidul am PAS itu.
Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.
Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".
"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .
Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".
"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).
"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.
Pemuda PAS: Mengarah, bukan menasihat Dr Mahathir hari ini berkata, secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.
Bagaimanapun, katanya, apabila sudah berada di sini, British akhirnya beroperasi seolah-olah negara ini dijajah, sekali gus tidak memberi nasihat, tetapi arahan.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) pula berkata, walau apa pun hujahnya, pada hakikatnya British bukan menasihat, mengarahkan sultan mengikut telunjuk mereka.
"Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya sambil membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab Dr Mahathir dan sarjana sejarah.
Persoalan itu antaranya:
Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British?
Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?
Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?
Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan?
Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?
Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.
"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.
"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.
"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini. Jumaat lalu, Zainal (bawah, kanan) berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya.
"Kuala Lumpur, 2hb September 2011. Kenyataan Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya, AJK Biro Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU) dalam wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam baru-baru ini bahawa UMNO tidak mempunyai badan tertentu yang mengenengahkan suara Ulamak menyerlahkan lagi bahawa golongan itu dipinggirkan dalam parti tersebut. Biro agama UMNO yang wujud sekarang ini hanyalah untuk melaksanakan aktiviti keagamaan dalam UMNO.
Kenyataan ini selari dengan kenyataan Ustaz Ahmad Tajuddin Idris, ketua iLMU dalam artikelnya yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 24 Jun 2011 bahawa UMNO seolah-olah tidak dipacu oleh Ulamak.
Kedua-dua kenyataan ini tidak menjadi perkara yang pelik kerana umum mengetahui bahawa perjuangan UMNO bukan berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Golongan yang layak untuk merujuk dua sumber ini adalah para Ulamak. Jika mereka menolak kedua-dua sumber ini maka mereka dengan sendirinya menolak Ulamak.
Apa yang menjadi kepelikan sebenarnya ialah bagaimana mereka boleh terus kekal berada di dalam UMNO sedangkan mereka mengetahui suara mereka tidak didengari.
Hujjah yang dikemukakan oleh Ustaz Fathul Bari dalam wacana tersebut bahawa mereka akan terus menegur parti pemerintah dan memerlukan kesabaran dalam usaha tersebut dilihat terlalu rapuh.
Ini adalah kerana keberadaan mereka dalam UMNO lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan dan membawa fitnah kepada perjuangan untuk menegakkan agama. Rakyat akan berfikir bahawa UMNO adalah betul dan benar kerana didokongi oleh Ulamak sedangkan hakikatnya perjuangannya tidak berteraskan Islam. Mereka akan berhujjah bahawa jika UMNO salah maka kenapa ada Ulamak di dalamnya. Itulah sebenarnya tujuan UMNO menerima kemasukan para Ulamak dalam partinya agar dilihat Islamik sedangkan mereka pada hakikatnya meminggirkan Ulamak sebagaimana diakui sendiri oleh Ulamak Muda UMNO ini.
Ulamak tidak boleh menjadi umpama peribahasa Melayu; bagaikan anjing menyalak bukit. Kesabaran sememangnya dituntut dalam Islam tetapi tidak ada gunanya kesabaran tersebut jikalau kita menjadi umpama anjing yang terus sabar menyalak bukit yang diketahui tidak mempunyai faedah. Ulamak dalam UMNO perlu bijak memilih medium untuk berdakwah supaya akhirnya tidak menjadi alat kepada UMNO bagi mengekalkan kuasa.
Hujjah untuk 'membersih daripada dalam' adalah bertentangan dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang melarang ummatnya bersama dengan jamaah atau kumpulan yang menolak Islam sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
Huzaifah bin Al-Yaman berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Akan terdapat golongan penyeru di pintu neraka. Sesiapa yang menyahut mereka akan dicampakkan ke dalamnya." Aku berkata: "Beritahu kepada kami sifat mereka wahai Rasulullah." Nabi bersabda: "Mereka adalah kaum daripada kulit kita dan bercakap dengan lidah kita." Aku bertanya: "Apa yang engkau akan suruh aku jika aku menemui golongan ini?" Nabi bersabda: "Lazimilah jamaah muslimin dan pemimpin-pemimpin mereka. Jika mereka tidak mempunyai jamaah dan pemimpin maka pisahkan diri kamu daripada kumpulan-kumpulan tersebut kesemuanya walaupun kamu terpaksa memakan akar kayu sehinggalah engkau mati dan kamu berada dalam keadaan demikian. (Riwayat Ibnu Majah)."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan