Khamis, 22 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Salam Perjuangan

Posted: 21 Sep 2011 11:55 PM PDT

Salam Perjuangan


"LUCUNYA CABARAN TUN M" - TGNA

Posted: 21 Sep 2011 11:49 PM PDT

23 Syawal 1432 H | 22 September 2011

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut," kata Mursyidul Am PAS ini mengulas kenyaatan Dr Mahathir yang dikeluarkan di Tanjong Malim semalam.

Dr Mahathir meminta Nik Aziz memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanakannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya. - themalaysianinsider

HAPUS ISA TIDAK BERMAKNA TERBAIK DEMOKRASI

Posted: 21 Sep 2011 04:02 PM PDT

23 Syawal 1432 H | 22 September 2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap kenyataan Perdana Menteri bahawa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia adalah sebagai kenyataan yang tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata.

Ini kerana, ISA adalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat Malaysia selama ini.  ISA adalah akta drakonian yang ketinggalan zaman.  Hanya sekarang Perdana Menteri menyedarinya, itupun kerana desakan rakyat, maka Perdana Menteri terpaksa mansuhkannya.

Hakikat sebenarnya Malaysia telah jauh ketinggalan daripada negara-negara yang tinggi amalan demokrasinya di dunia ini, apatah lagi untuk dinobatkan sebagai negara demokrasi yang terbaik.

Jika benar Perdana Menteri berhasrat menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik, banyak perkara yang perlu diubah dalam negara ini.  Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya.  Ini kerana akta-akta ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan ketika ini.

Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka.  Untuk memulihkan imej mereka di mata rakyat, Perdana Menteri mesti berjanji untuk membebaskan mereka dari sebarang pengaruh parti politik.  Sebarang campurtangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di depan rakyat.

Perdana Menteri juga perlu membebaskan kongkongan parti pemerintah terhadap media utama di negara ini.  Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata. 

Saban hari yang menjadi mangsa serangan bertali arus media adalah PAS dan Pakatan Rakyat sementara yang dipuja dan suci dari sebarang dosa adalah pemimpin UMNO-BN.  Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.

Akhir sekali Perdana Menteri juga perlu memberi komitmen untuk membersihkan sistem pilihanraya dari sebarang penipuan.  Dengan daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia. 

Mungkin juga Malaysia boleh menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, tetapi dari kalangan negara yang mengamalkan kuku besi dan autokratik!

Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz
Timbalan Ketua DPP Wilayah Persekutuan.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI

Posted: 21 Sep 2011 11:32 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI


Apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA

Posted: 21 Sep 2011 05:50 AM PDT

GUAR CHEMPEDAK – Isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mencetuskan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Ahli Parlimen Jerai merangkap Ketua DPPK Jerai, Firdaus Jaafar berkata, pemansuhan akta itu merupakan satu tuntutan rakyat dan menunjukkan perjuangan yang dijuangkan Gabungan Mangsa ISA (GMI) sudah mencapai kejayaan.

"Saya berterima kasih kepada GMI yang memperjuangkan isu itu setelah sekian lama dan akhirnya Perdana Menteri akur untuk memansuhkan ISA.

"Tetapi pada masa yang sama, rakyat ingin mengetahui apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, rakyat dan PR bersetuju bahawa isu ISA itu terlalu menindas dan tidak memberi keadilan kepada mangsa yang dituduh.

"Dari sudut asasnya saya mungkin bersetuju dengan pemansuhan ISA, tetapi perlu melihat undang-undang yang bakal diganti supaya rakyat lebih memahami berkenaan undang-undang itu," katanya.

Firdaus berkata, biarlah undang-undang yang digubal itu mendapat keadilan untuk dua-dua pihak, iaitu tertuduh boleh membela dan kerajaan juga boleh menjalankan pendakwaan.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Puteri Umno Jerai, Hasfizahtulnisah Mat Isa berkata, tindakan yang diambil Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang berani.

"Saya rasa pemansuhan itu memang wajar dibuat dan satu undang-undang baru yang lebih baik patut digubal.

"Akta yang baru patut digubal menjadi akta yang lebih baik dan ia lebih adil dan perlu dilaksanakan dengan lebih tulus, ini kerana mana-mana pihak yang ditahan di bawah ISA menganggap mereka dianiaya," katanya.

Peghelih La...

Posted: 21 Sep 2011 11:13 PM PDT

Peghelih La...


Majlis Makan Tengahari Pemuda PAS Negeri di Hotel Seri Malaysia

Posted: 21 Sep 2011 12:43 AM PDT




Majlis Makan Tengahari Mengumpul Dana Pemuda Prihatin bersama Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh di Hotel Seri Malaysia

Majlis Aidilfitri DUN Sanglang dan SImpang Empat

Posted: 21 Sep 2011 12:31 AM PDT



Pemuda PAS buat laporan polis terhadap Zainal Kling

Posted: 21 Sep 2011 12:15 AM PDT



Dewan Pemuda PAS Kangar turut membuat laporan polis terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berhubung kenyataannya bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

Laporan dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Kangar, Mior Hassan Sazali di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kangar, 16 September lalu

Laporan yang sama turut dibuat oleh Pemuda PAS Padang Besar di IPD Padang Besar pada hari yang sama.

Idris Ahmad

Posted: 21 Sep 2011 11:09 PM PDT

Idris Ahmad


SAMBUT ADUN BN DENGAN KAIN RENTANG “MASIHKAH ENGKAU INGAT”

Posted: 21 Sep 2011 10:38 PM PDT

Sila sambut delegasi 240 ADUN BN yang berkampung di seluruh DUN Selangor dengan kain rentang “Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun Ketika BN Perintah Di Selangor”.  Sebenarnya inilah yang layak untuk menymbut rombongan ADUN BN ke negeri Selangor dalam misi untuk menawan Selangor.

Apabila hilang kuasa baru teringat rakyat. Apabila hilang kuasa baru teringat masih ramai rakyat tidak kenal Umno. Apabila hilang kuasa baru teringat untuk membela rakyat.

Apa yang Umno buat ketika 51 tahun memerintah? Kenapa sekarang baru sibuk hendak mengambil berat tentang rakyat?.

Rakyat tentu masih ingat bagaimana bekas Menteri Besar Umno membelanja wang rakyat RM1.7 juta untuk lawatan ke Paris Disneyland dan Orlando Disneyland dalam masa 8 hari sahaja. Belanja bilik hotel untuk Datuk Seri Khir Toyo RM110,000. Rakyat ke Makkah 40 hari baru belanja RM10 000.

Rakyat tentu masih ingat ketika Umno berkuasa halau penduduk Kampung Berembang Ampang macam binatang. Pada hal penduduk ini penyokong tegar Umno, tetapi mereka tidak mempedulikan, kerana mereka berada di puncak kuasa

Rakyat tentu ingat zaman Umno kegiatan masjid malap seperti lampu yang tidak ada bateri. Ahli Jawatankuasa Masjid yang dilantik bukan ahli masjid. Supaya memudahkan kegiatan menjahilkan rakyat dan jauh daripada institusi agama. Umno sedar jika rakyat celik agama berarti selamat tinggallah Umno.

Rakyat tentu masih ingat ketika kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma 20 meter padu kepada semua rakyat, maka pemimpin Umno mengatakan ini kerja membazir. Awas jika BN menang semua ini akan ditarik balik.

Rakyat tentu masih ingat ustaz-ustaz diburu macam penjenayah. Datuk Dr Harun Din, Datuk Ismail Kamus, Allahyarham Datuk Ishak Baharum hendak ditangkap kononnya melakukan kesalahan jenayah syariah.

Sekarang baru pemimpin Umno hendak bermuka-muka menjadi pembela rakyat. Mereka ini akan menanam janji manis, tetapi apabila mereka dapat kuasa mereka akan melanjutkan tradisi menindas rakyat.

Awas rakyat Selangor, bila bertemu dengan ADUN BN yang berkampung di tempat tuan-tuan tolong ingatkan kepada mereka “Masihkah Engkau Ingat 51 Tahun  Berkuasa”. Paling cantik sekali ialah rakyat Selangor kena tanya kepada wakil rakyat yang datang daripada negeri yang BN perintah. Adakah rakyatnya mendapat air percuma, kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor, Guru KAFA mendapat gaji RM1300. Sudah tentu jika soalan ini dikemukan ADUN BN lari lintang pukang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Filed under: Politik

TARBIAH HEBAT PAS KUAT

Posted: 21 Sep 2011 10:35 PM PDT

Tarbiah Hebat, Pas Kuat
Idris Ahmad
15/9/11
Tidak ada harakah tanpa tazim, tidak ada tanzim tanpa tarbiah. Atas asas ini Pas mampu bergerak di persada politik tanah air pada hari ini kerana kekuatan tarbiah yang menjadi teras kepada gerak kerja parti. Sebab itu di dalam Pas ada dua lajnah yang penting dari sudut organisasi, pertama ialah lajnah tarbiah dan kedua ialah lajnah penerangan. Lajnah tarbiah lebih fokos kepada melahirkan tenaga penggerak parti manakala lajnah penerangan ialah menyebar luas dasar dan perjuangan parti kepada pihak luar.
Peranan lajnah tarbiah ialah untuk melahirkan ahli yang kental sebagai penggerak parti. Ia membekalkan tenaga parti kepada lajnah lain. Oleh itu apabila program tarbiah tidak berjalan ia akan berlaku kepincangan dalam gerak kerja parti samaada dari segi fikrah atau perlaksanaan kerja.
Semua peringkat kepimpinan daripada pusat sampai kepada cawangan, daripada ahli biasa sampai kepada pimpinan tertinggi dalam parti mesti meletakkan bahawa tarbiah adalah tunjang kepada gerakan Pas. Proses tarbiah tidak akan berakhir apabila sudah menang atau sudah menjadi pimpinan tertinggi. Sebaliknya usaha ini berterusan tanpa terhenti. Seperti mana juga menuntut ilmu daripada buaian sampai kepada liang lahad. Jika ada tanggapan bahawa tarbiah hanya untuk orang bawah sahaja, sedangkan pimpinan tertinggi tidak perlu maka  adalah tanggapan yang silap dan songsang.
Sebagai sebuah parti atau jamaah yang bukan sebagai badan perniagaan,maka sudah tentu yang boleh menggerakkan parti ialah dengan janji pahala kerana merupakan amal soleh. Pas tidak menjanjikan kepada penjawat dalam parti  upah dan habuan dunia. Inilah kejayaan Pas selama ini, sehingga mampu bertahan hampir 60 tahun,  menjadi sebuah parti yang paling lama di persada politik negara setelah parti Umno diharamkan pada tahun 1987. Sedangkan  Umno yang ada sekarang ini ialah parti 1988.
Oleh itu jika pengabaian terhadap tarbiah ini berlaku maka ia akan merbahaya kepada masa depan parti. Pas tidak mampu melawan musuh politiknya dengan wang. Wang yang dimiliki oleh pesaing Pas terlalu banyak dengan bantuan daripada tauke judi dan arak. Sedangkan sumber kewangan Pas amat terhad iaitu dari kalangan ahli parti.
Sekiranya kegiatan tarbiah lemah ia akan memberi kesan kepada gerakan politik. Kemungkinan sehingga suatu waktu nanti Pas akan kehilangan mereka yang sanggup untuk menjadi calon, wakil calon, penyokong dan pencadang kerana tidak sanggup berkoraban. Tenaga pilihanraya akan ketandusan kerana mereka yang datang membantu setiap kali pilihanraya  tanpa diupah oleh mana-mana pihak. Walau pun mereka yang membantu tahu, jika calon yang mereka bantu itu menang mereka tidak mendapat apa-apa hasil daripada usaha mereka untuk memenangkan calon Pas. Mereka tidak mengharapkan apa Yang Berhormat Pas berikan kepada mereka, cuma mereka mengharapkan Yang Berhormat Pas bertanggungjawab kepada Pas. Inilah  hebatnya tarbiah Pas. Sebab itu jika ada calon Pas yang khianat mereka akan menjadi bahan sumpah oleh mereka yang bertungkus lumus di dalam pilihanraya. Tiba-tiba mereka menjual kerusi ketika waktu "berperang", mereka yang melakukan demikian tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. Oleh itu calon Pas yang menang mereka tidak boleh mendabik dada mereka menang kerana populariti mereka bukan kerana kesungguhan petugas Pas. Jika ini berlaku semuanya gara-gara tarbiah tidak menyerap masuk di dalam dirinya dan ia perlu lagi ditarbiah.


Filed under: Politik

PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Sep 2011 09:58 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jamuan Raya dgn DSAI 27 Sep 2011 Port Dickson

Posted: 21 Sep 2011 06:47 PM PDT



JAMUAN IDIL FITRI
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim
Selasa 27 Sept 2011
Jam 8 malam
Di Markas Pakatan Rakyat Kg Telok Pelanduk, Bt 12, Port Dickson
Semua dijemput hadir

Info dari http://telokkemang.blogspot.com/2011/09/jamuan-aidilfitri-demi-rakyat.html

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 21 Sep 2011 09:14 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Jamuan Aidilfitri 2011 Bersama Rakyat 23 September ini.

Posted: 20 Sep 2011 09:06 PM PDT



Dengan ini DS Nizar menjemput semua warga Negeri Perak untuk hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri 2011.

DPP PADANG TERAP

Posted: 21 Sep 2011 09:06 PM PDT

DPP PADANG TERAP


JAMUAN HARI RAYA BERSAMA JABATAN-JABATAN KERAJAAN DAERAH PADANG TERAP

Posted: 21 Sep 2011 12:42 AM PDT


Bersama Pegawai Daerah, Tuan Haji Helwi bin Harun dan Dato' Shekh Abdul Rahman, Tuan Imam Masjid Pulau Kijang di Rumah Terbuka Pejabat Agama Daerah.

Bersama Pengarah Imigresen Kedah,Mohd Hatta bin Kassim dan En. Hairi Osman, Pegawai Imigresen Kota Putra di Rumah Terbuka Kota Putra.


Bersama Pegawai Agama Daerah, Tuan Sheikh Zainol Mokhtar bin Abdullah Sirajuddin di Rumah Terbuka Pejabat Agama Daerah.

Bersama Tuan Guru Pakteh Mat Pondok Ahmadiah.


Bersama Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kuala Nerang, En. Ku Sabri di Rumah Terbuka Bank Rakyat Kuala Nerang.

Bersama En. Jazlanuddin, Pegawai Risda Daerah Padang Terap di Rumah Terbuka Risda.

Bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah, Dato' Khairuddin dan Pengarah Urusan YIKED Holding, Tuan Haji Fauzi. Kedua-dua mereka merupakan bekas pegawai Daerah Padang Terap.

PAS LENGGONG

Posted: 21 Sep 2011 09:02 PM PDT

PAS LENGGONG


Mat Sabu Menapak ke Puncak?

Posted: 21 Sep 2011 08:21 PM PDT

Dalam suasana penghinaan dan tekanan yang hebat kepada DSAI, Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Dan Mat Sabu kini dalam ujian yang hebat, kerana berkata atas faktor sejarah yang beliau fahami, beliau di dakwa. Namun keadaan ini bukan tahun 60an dahulu. Kedudukan PR sekarang cukup mantap. Kepimpinan PR sekarang nampaknya amat serasi. Sebelum Muktamar PAS, hanya 2 orang pemimpin tertinggi PAS di level teratas (ranking pertama) Mat Sabu sebagai T Presiden PAS menjadikan 3 orang dalam saf pertama itu.
Secara umumnya yang berada dalam ranking pertama PR kini ialah
DSAI
Tok Guru Nik Aziz
Tuan Guru Haji Hadi
YB Lim Kit Siang
YB Karpal Singh
YAB Lim Guan Eng
Haji Mat Sabu
di level kedua lebih ramai lagi
Rakyat tak perlu risau dan takut dengan kepimpinan PR.

Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero


Oleh Aspan Alias

BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhgXPwOss6lREB_VNTVZZWo1KS9FrpPBTA4y9VQ42aeq3G_fob82W2_C178OdtKzsRnAZ5O_g869Ej-apt0atLf5p6W0X-KDsypirWxwu6GDz-bPVwke6uMlZF58DGUtsRe8sGk-IkEHsbU/s1600/Mat+Sabu.jpgmembayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya. Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera.



Dengan tindakan membawa Mohamad Sabu ke Mahkamah hari ini membuktikan yang pihak yang memerintah sengaja tercari-cari kesalahannya untuk dijadikan isu terhadap parti PAS yang sedang mendapat sokongan yang semakin kuat dari rakyat khususnya dari mereka yang muda dan terpelajar.

Baru sahaja PM Najib berjanji yang tidak akan ada sesiapa yang akan ditahan atau dituduh kerana perbezaan ideologi dan sebagainya dalam pembaharuan politik yang dilakukannya. Belum habis pun dengungan kata-kata beliau itu, nah, Mohamd Sabu sudah dituduh di Mahkamah kerana ucapan beliau di Pulau Pinang bulan lepas.

Itulah sebabnya saya meminta semua pihak jangan terlalu gembira dengan pengumuman PM baru-baru ini, kerana yang berjanji ini ialah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO memang susah untuk mengotakan janji kerana keadaan mereka yang sudah lemah. Orang yang lemah memang susah untuk membuat keputusan dengan baik. Orang lemah bila bercakap jangan kita mudah percaya kerana pemikiran mereka tidak berapa mantap.

Tetapi bagaimana pun saya tidak merasakan itu menjadi masalah kerana dengan tindakan itu ianya memberikan bukti kuat yang PAS pimpinan Mohamad Sabu itu sememangnya diakui sebagai sebuah parti yang ber 'consequence' besar. Tindakan itu hanya memberikan persepsi bahawa PAS pada pandangan UMNO sudah menjadi gergasi yang susah untuk dilawan dalam pilihanraya.

Maka jalan yang terbaik dan satu-satunya jalan yang tinggal bagi UMNO ialah dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sementara ini masih bersamanya untuk menuduh Mohamad Sabu di Mahkamah. Maka tuduhan rakyat dan masyarakat antarabangsa yang memandang badan kehakiman dan undang-undang negara kita masih menjadi alat kepada pihak eksekutif dan isu pengasingan kuasa yang menjadi 'attribute' sebuah negara demokrasi berpelembagaan itu masih jauh dari kenyataan.

Tindakan kerajaan ini hanya satu tindakan 'self defeating' bagi parti yang memerintah. Entah apa sebabnya parti pemerintah sentiasa melakukan tindakan yang memakan diri sendiri akhir-akhir ini. Tetapi yang mereka salahkan ialah parti-parti pembangkang. Sudah menjadi tabiat pemimpin BN yang segala kelemahan yang mereka alami itu adalah di sebabkan parti-parti pembangkang.

Mereka yang melemahkan diri mereka mereka salahkan parti pembangkang pula. Selepas ini tidak tahu pula apa yang akan dilakukan terhadap pembangkang yang akan memakan diri mereka sendiri. Akhirnya parti-parti pembangkang tidak payah berkempen lagi kerana parti pemerintah sendiri yang menempah 'maut' politik mereka.

Apa tidaknya; Utusan, rangkaian TV RTM serta TV3 dan saluran-saluran TV kumpulan Media Prima semuanya melakukan tindakan yang 'counter productive' bagi UMNO dan BN. Media massa sekarang ini masih berfikir yang rakyat semuanya masih bodoh-bodoh alang dan mempercayai propaganda mereka. Media massa ini tidak menyedari yang tindakan 'over killing' Mohamad Sabu ini akhirnya memudharatkan UMNO dan BN keseluruhannya.

Saya meminta Mohamad Sabu bersabar dengan tindakan pihak pemerintah ini kerana segala apa yang buruk terjadi kepada saudara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya petanda awal yang kita nampak sekarang ini rata-rata orang ramai sudah menunjukan sokongan kepada beliau dan PAS walaupun mungkin sekadar rasa simpati terhadap Mohamad Sabu itu.

Mohamad Sabu sendiri sekarang seolah-olah telah dijadikan hero oleh musuh-musuh politik beliau. Orang ramai bukan bodoh seperti anggapan pihak pemerintah pada hari ini.

Syabas Mad! Walaupun saudara tidak memintanya, BN menjadikan saudara seorang hero.

Mat Sabu- Timbalan Presiden PAS

Posted: 21 Sep 2011 08:10 PM PDT

Ramai gila kerana Mat Sabu


Oleh Haji Abdul Subky Latif

Habis semua orang gila kerana Mat Sabu.Timbalan Presiden PAS itu, Mohamad Sabu telah mengusik masyarakat Malaysia yang berkecamuk fikirannya sejak berada di bawah pentadbiran 1 Malaysia. Mereka diayunkan dengan impian berpendaphttp://www.theborneopost.com/newsimages/A249.jpgatan tinggi dan tiba-tiba berdepan dengan semua barang berharga tinggi.

Otak masing-masing sudah tak berapa betul kerana Hari Kemerdekaan tidak dirayakan sekali ini pada 31 Ogos tetapi diganjakkan kepada 16 September seperti yang diacah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya dia berjawa menumbangkan kerajaan 1Malaysia tahun 2008 dulu.



Tiba-tiba Mat Sabu mengusik sekalian rakyat Malaysia, dia hendak mengubah sejarah kemerdekaan negara yang dikiranya tidak tepat. Dikaitkannya kisah Bukit Kepong yang diwayangkan oleh Jins Samsuddin, seorang seniman Umno. Disebutnya nama Mat Indera yang hadir dalam serangan di Balai Polis Bukit Kepong itu.

Mat Indera itu timbul kerana ada buku separuh rasmi diterbitkan oleh kerajaan Johor dengan kata penghantar oleh Menteri Besar Dato Ghani Othman. Dia dibariskan bersama Sultan Johor, Almarhum Sultan Ismail, Dato Maharajalela, Tok Janggut dan lain-lain.

Nama-nama yang disebut dalam buku itu banyaknya penentang penjajahan British. Mereka itu dianggap wira oleh masyarakat. Bersama nama-nama itu ada namat Mat Indera. Bila orang lain dianggap wira, kerana Mat Indera ada sama, maka logiknya dia pun seperti wira jugalah.

Mat Sabu selalu mengusik hal itu setiap kali menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan. Kerana kali ini dia menjadi Timbalan Presiden PAS dan masyarakat bukan saja mula demam pilihan raya tetapi otak berserabut dengan pilihan raya, maka jenaka yang ditimbulkan oleh Mat Sabu menyebabkan semua pihak melenting, seperti naik gila belaka.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin minta dia taqwa. Ertinya sudah dia mengucap.

Akhbar-akhbar menggunakan bermuka-muka surat mengenai reaksi orang atas usikan Mat Sabu itu. TV pun mengambil masa berita yang panjang tentangnya.

Profesor-profesor sejarah pun bangun, semuanya marahkan Mat Sabu. Mereka pertahan sejarah yang dipertikai Mat Sabu itu. Mereka kata Mat Sabu tak buat penyiasatan. Adakah mereka sudah membuat penyiasatan yang tahan uji?

Satu ketika dulu seorang Naib Censelor Universiti Malaya, Prof. Dr Syed Hussain Al-Atas mengira profesor kita adalah profesor kangkong belaka. Kata-katanya itu dikira laju tetapi isu itu tidak pernah diselesaikan.

Sehingga ada profesor yang mengira bahawa pejuang-pejuang kiri yang menuntut kemerdekaan dulu karut belaka. Mereka itu anti raja. Betullah komunis itu ditolak oleh masyarakat umum, tetapi yang kiri itu bukan semua komunis. Orang sekolah dewasa boleh bercakap begitu tetapi profesor tak betullah bila bercakap begitu. Status profesor itu tinggi. Tetapi semuanya bercelaru setelah diusik Mat Sabu.

Setengah NGO dan berbagai lapisan masyarakat meninggalkan kerja masing-masing di sana sini membuat laporan polis. Penuh balai polis didatangi oleh orang marahkan Mat Sabu.

Polis memang sudah tidak menang dengan banyaknya jenayah. Dengan ucapan Mat Sabu, bertambah fail aduan di balai-balai polis.

Bekas polis baik yang berpangkat tinggi mahupun yang prevet, yang sudah lama bersara dan yang baru bersara semuanya bersuara kalau boleh hendak mereka cekek Mat Sabu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar dikatakan berkata, jika dia berkuasa lagi, mungkin dia tahan Mat Sabu.

Tetapi yang lebih memeranjatkan Tun Hanif tidak setuju Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Semua orang kata Tanah Melayu pernah dijajah Inggeris. Pejabat Tanah Jajahan British di London ada rekod ia pernah menjajah kita. Sebagai penjajahlah ditukarnya nama Tanah Melayu menjadi Malaya.

Tun Hanif percaya kita pernah dijajah Inggeris. Katanya, Inggeris datang membantu dan berkhidmat kepada Raja-Raja Melayu. Tun Hanif bercakap di depan Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Ramlah Adam, tokoh-tokoh sejarah kita.

Mereka cepat-cepat menegur Mat Sabu, tetapi tidak dilaporkan mereka cuba membetulkan Tun Hanif. Seolah-olah sensitivti mereka tentang sejarah tak menentu. Bila mereka diam dengan keterangan Tun Hanif, seolah-olah Tun Hanif bercakap betul.

Tun Dr Mahathir pun ikut berjenaka juga setuju yang Inggeris tidak menjajah Tanah Melayu, cuma Raja-raja Melayu saja segan dengan Orang Putih.

22 tahun Dr Mahathir menyampai ucapan sambutan ulang tahun kemerdekaan. Untuk apa ada hari kemerdekaan setiap tahun dan kerana apa dia beerucap begitu?

Apabila mereka kata Brtitish tak pernah jajah Tanah Melayu, dua-dua Tun itu sudah menolak fakta sejarah. Sejarah kata, Inggeris pernah menjajah. Mereka sesperti tidak ssetuju dengan sejarah.

Habis semua sejarah tonggang langgang disebabkan oleh orang-orang yang dilatakkan oleh kenyataan Mat Sabu.

Saya teringat dongeng Kulub Kecil. Dia membuat berbagai cerita menyakat Kulup Besar. Habis harta Kulup Besar kerana mendengar sakat Kulup Kecil.

Ucapan Mat Sabu macam jenaka Kulub Kecil juga menyebabkan semua boleh gila kerana pandangannya.

Pencurian yang dibenarkan oleh Mufti Perak.

Posted: 21 Sep 2011 08:03 PM PDT

MB Perak sapu tanah, tak yakin BN akan kembali berkuasa
Sumber Roketkini

IPOH, 21 Sept – Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abd Kadir bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat tentang skandal hutan seluas 74 hektar di Belum-Temenggor Forest Complex (BTFC) serta kelulusan 68,503 ekar tanah negeri sejak merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat pada Februari 2009.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham berkata, aktiviti pembalakan juga berleluasa, termasuk di Segari dan Beruas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Perak Datuk Nik Mohd Shah Nik Mustafa, kerajaan negeri Barisan Nasional telah meluluskan aktiviti pembalakan di hutan seluas 74 hektar itu sejak merampas kuasa dari Pakatan.

Menurut laporan mStar, Nik Mohd dipetik sebagai berkata, "Kawasan itu adalah milik kerajaan negeri. Jadi kerajaan negeri mempunyai kuasa terhadap apa jua rancangan pembangunan di kawasan itu."

Manakala berdasarkan sumber dalaman Ngeh, Zambry dikatakan telah pun meluluskan sejumlah 68,503 ekar tanah sejak rampasan kuasa hingga Julai tahun ini yang mana 60,561 ekar tanah itu telah diluluskan untuk sektor industri atau pertanian.

Zambry sebelum ini telah membuat kenyataan akhbar mendakwa beliau tidak mengetahui tentang perkara itu dan beliau telah memberi arahan untuk menyiasat sedalam-dalamnya mengenai aktiviti membersihkan hutan tersebut.

Bagaimana pun menurut Ngeh, Zambry sentiasa mengelak dari menjawab berhubung isu Hutan Belum ketika dalam sesi Dewan Rakyat.

Tambah Ngeh yang juga Adun Setiawan, kroni-kroni yang terlibat dalam aktiviti itu dijangka mendapat keuntungan RM900 juta, melebihi bajet kerajaan negeri, iaitu cuma RM800 juta.

Menurut Ngeh, ketika Pakatan Rakyat memerintah, tanah-tanah simpanan hanya diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah dan miskin sahaja, tanpa dilayan mana-mana kroni.

"Semua tanah yang diluluskan untuk pertanian komersial akan melalui tender terbuka yang semestinya akan meraih keuntungan yang tinggi bagi rakyat, bukan seperti apa yang terjadi pada Hutan Belum," katanya.

Ngeh mendakwa apa yang Zambry dan kroni-kroninya lakukan ialah meraih untung sebanyak mungkin kerana mereka tidak yakin BN akan mampu mengekalkan kuasa yang dirampas daripada Pakatan.

"Oleh itu, beliau dan kroni-kroni beliau cuba meraih sebanyak mungkin keuntungan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan datang," katanya.

Namun, beliau menganggap Zambry tidak bertanggungjawab kerana akan meninggalkan pelbagai masalah kepada rakyat Perak dan kerajaan Pakatan selepas PRU ke-13 nanti semata-mata kerana sikap tamak mereka. – Roketkini.com

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 21 Sep 2011 08:15 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Speaker DUN Kelantan Ke DUN Sura 24 Sept. Sabtu

Posted: 21 Sep 2011 03:48 AM PDT

DUNGUN 21 September, Rabu - Dalam keadaan isu-isu semasa yang tercetus akhir-akhir ini dilihat menyebelahi Pakatan Rakyat, pada 24 September, Sabtu ini, Lajnah Penerangan DUN Sura mengambil kesempatan ini dengan mengundang dua penceramah luar - dari Kelantan dan Perak.
Ceramah ini diadakan setelah di waktu siangnya warga DUN Sura menyertai Hari Keluarga yang diadakan di tapak yang sama.

" Dengan lambakan isu yang ada, diharap seluruh warga DUN Sura khususnya tidak melepaskan peluang menilai sendiri kupasannya, " demikian pandangan Ketua Penerangan DUN Sura, Encik Mohd Yusof Ismail.

" Dengan hadirnya YB Chang Lih Kang untuk berceramah pada malam tersebut, saya harap ianya dapat menarik kehadiran rakan-rakan dari masyarakat Tionghua, " ujar Setiausahanya, Ahmad Roslin Abdul Wahab.

DUN CHINI

Posted: 21 Sep 2011 07:59 PM PDT

DUN CHINI


CIKGUBARD DI CHINI 3

Posted: 21 Sep 2011 10:58 AM PDT















ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 21 Sep 2011 04:34 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


NAJIB PENAKUT, NAJIB PENGECUT ! NAJIB KECUT PERUT !

Posted: 21 Sep 2011 05:33 AM PDT

Teringat dialog dalam citer Sarjan Hasan di mana P Ramlee dikutuk oleh Jins Shamsuddin dengan ayat " Hasan penakut " kini rakyat boleh ejek dengan ayat "Najib penakut, Najib Penakut, Najib penakut".

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengenepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'kool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'kool'.

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahakamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekrang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

"Saya tidak tahu apa sebab Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.

Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.


Posted by Kembara Jr

BN TAK TIPU TAPI BOHONG CAMPUR AUTA JER

Posted: 21 Sep 2011 01:02 AM PDT


PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN

Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:

Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :

Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di'telan' oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.


TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN

Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.

Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.

Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional. memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap

http://batu8bendangsiamonline.blogspot.com/2011/09/kisah-sebenar-perjalanan-kemerdekaan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FYXmGu+%28Pemuda+PAS+batu+8+Bendang+siam+Baru%29

MEMANG KES NAYA, ZAINAL KELING TAK KENA APA-APA !

Posted: 20 Sep 2011 09:19 PM PDT

Memang kes naya ! MAT SABU DIDAKWA ,IKAT KAMIN RM15,000. YANG SOKONG UMNO ZAINAL KELING TERLEPAS........

BUTTERWORTH, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Malam tadi, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mohamad tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu," katanya pada sidang media di Georgetown.

"Saya gesa semua pihak supaya bertenang agar proses undang-undang dapat dijalankan," katanya.

Sebelum itu, peguam pemimpin PAS itu, Mohamed Hanipa Maidin berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis bahawa beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.
Pelbagai pihak membuat bantahan terhadap dakwaan ini dan menyifatkan ianya sebagai penyalahgunaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berdasarkan kenyataan yang mengguriskan hati, kenyataan beberapa profesor yang mengatakan negara ini tidak pernah dijajah juga wajar diambil tindakan.

BN BERPELUH DI TEMERLOH !

Posted: 20 Sep 2011 07:42 PM PDT

21 September 2011
Peneroka Felda Di Gugusan Bera Pula Fail Saman Terhadap Penyelewengan Serta Penipuan Felda !!
TEMERLOH, 21 Sept - Seramai hampir 200 orang yang mewakili 550 peneroka Felda Gugusan Bera telah hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh pagi semalam, bagi memberi sokongan tindakan saman terhadap Felda. Writ saman telah difailkan melalui peguam-peguam Nasar Mirbas Khan dan Hanipa Maidin. Dalam tuntutan itu Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd dikehendaki membayar ganti rugi RM300 juta hasil pernjualan sawit mereka sejak 16 tahun yang lalu. Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Nasar Khan berkata tuntutan peneroka ialah berkaitan Kadar Perahan Dred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana dibayar lebih rendah daripada gred sebenar. "Selain daripada itu peneroka selaku plaintif menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan. "Untuk tahun 2008, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil tersebut ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Jadi kita jangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi," katanya.

Turut hadir ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang) , Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan) dan Hj.Suhaimi Said (Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Keadilan Pusat), Ustaz Sulaiman Mohamad (Yang Dipertua PAS Bera), Bustamin Abu Bakar (Ketua Cabang PKR Maran), Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta pemimpin-pemimpin peneroka. Sementara itu Tuan Ibrahim ketika diminta berucap, berkata para peneroka hanya menuntut keadilan terhadap hak mereka sendiri tanpa meminta hak orang lain. "Berdasarkan kes-kes saman yang sama dibicarakan di mahkamah sebelum ini, keputusannya menyebelahi peneroka. Ini menunjukkan mereka benar. "Ini muafakat mereka bersama tanpa kira fahaman politik dan latar belakang jadi isu ini adalah kepentingan bersama," tambahnya.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 Sep 2011 03:35 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


JAMBORI ARC PERINGKAT KEBANGSAAN 2011

Posted: 21 Sep 2011 12:01 AM PDT


Jabatan Seni, Kebudayaan dan Sukan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DACS) bakal menganjurkan Program Jambori ARC Peringkat Kebangsaan buat kali ke 2 yang akan berlangsung pada 30 Sept – 02 Okt. 2011. Program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam ini akan mengumpulkan ahli Alternatif Riding Club (ARC) dari seluruh Malaysia.

Melihatkan sambutan yang amat menggalakkan ketika menganjurkan jambori kali pertama pada tahun lepas di Kem Bari, Pantai Maran Setiu Terengganu, DACS bersama ARC mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi program jambori ini akibat desakan dan permintaan daripada anak-anak muda di seluruh Malaysia.

Program yang rata-ratanya melibatkan anak-anak muda yang bermotosikal ini bertujuan untuk menarik minat golongan ini supaya mereka tidak memandang bahawa PAS hanyalah parti politik semata-mata namun dalam masa yang sama merupakan merupakan sebuah badan dakwah. Sambil itu juga PAS mahu menunjukkan bahawa Islam itu adalah syumul dan tidaklah agama yang jumud sehinggakan sesetengah pihak hanya melihat Islam ini sesuai di masjid dan surau sahaja namun tidak mengambilnya didalam seluruh kehidupan.

Tapak program kali ini setelah dipersetujui akan diadakan di Puncak Gunung Jerai, Kedah Darul Aman. Suasana yang nyaman serta keindahan alam semulajadi menjadikan ianya sesuai untuk program rekreasi serta tarbiyah. Program-program yang disusun juga dianggap bersesuaian dengan anak-anak muda bermotosikal namun tidak dilupakan juga dengan pengisian rohani kerana inilah yang akan membentuk seseorang itu menjadi manusia yang berguna dunia dan akhirat.

Read more…

DAKWAAN INI SERONOK DAN MENARIK - MOHAMAD SABU

Posted: 20 Sep 2011 11:18 PM PDT


Oleh: Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang didakwa hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong menyifatkan kesnya sebagai 'seronok dan menarik'.
"Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.
"juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.
"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah," katanya yang kelihatan bersemangat tinggi menghadapi dakwaan ke atasnya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan ini sebagai usaha untuk menghentikan rakyat dari membincangkan fakta sejarah yang telah diselewengkan atas kepentingan Umno.
Mengulas dakwaan ke atas Mohamad itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perkara itu sebagai "kartun, kelakar, tak wajar".
"Pendakwaan itu berlaku dua tiga hari selepas (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) mendakwa hendak menjadikan Malaysia demokrasi terbaik.
"Pendakwaan ke atas Mohamad itu menjadikan Najib antara perdana menteri paling haprak dalam sejarah dunia kerana bercakap lain, buat lain," katanya.

Menurut Mahfuz, ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyifatkan Abdullah suka berbohong (developed a habit of lying).
"Waktu itu Dr Mahathir mendakwa, Abdullah membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya bohong.
"Hari ini, nampaknya Najib lebih teruk dari Abdullah. Hampir setiap kali dia bercakap, selepas itu hampir serta merta cakapnya langsung tak boleh dipercayai apabila apa yang berlaku bertentangan sama sekali dengan apa yang dia bising-bisingkan terutama apa yang didakwanya sebagai 1Malaysia.
"Cakap tentang demokrasi terbaik, tetapi kerana pandangan yang berbeza pun diheret ke mahkamah," katanya.
Mahfuz juga mempersoalkan tindakan berpilih kerajaan Najib.
"Orang-orang yang menghina pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah dengan mendajwa kononnya negara ini tidak pernah dijajah tidak pula diambil tindakan.

"Kenyataan seperti hakikatnya adalah persendaan yang sangat sadis terhadap pejuang kemerdekaan yang menentang penjajah," katanya.

Sebelum ini, blogger ahli Umno, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, jika negara ini tidak dijajah, negeri-negeri Melayu waktu itu semuanya adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri yang berdaulat.
Mereka, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.
"Maka demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa-rupa nya.
"Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan dalam blognya, http://sakmongkol.blogspot.com.
Mohamad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.
Beliau yang didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan mengaku tidak bersalah.
Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskannya dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.
Jika bersalah, Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.-HD

KERAJAAN BE END SAHKAN GANI PATAIL PALSU KETERANGAN..!!

Posted: 20 Sep 2011 11:12 PM PDT


Dakwaan Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes korupsi terhadap Anwar pada tahun 1998 hanya terkesan pada pertengahan tahun 2009. Ini berlaku apabila keterangan beliau berikan dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dikatakan bertentangan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes korupsi Anwar tahun 1998. -- Mat Zain Ibrahim


Kepada;
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar,IG,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia.


Assalamualaikum wbt.
KERAJAAN SAHKAN GANI PATAIL PALSU KETERANGAN
1. Surat ini merupakan lanjutan dan sebahagian daripada surat terbuka saya bertarikh 12.09.2011 bertajuk, "Kenyataan Tertuduh-Benarkah Anwar Dianiaya."
2. Musa Hassan telah mengeluarkan kenyataan balas menerusi akhbar Berita Harian pada 14.09.2011. Beliau telah menafikan semua dakwaan terhadap diri beliau dan Gani Patail. Beliau bukan setakat menyatakan dakwaan tersebut semuanya dusta, malah turut mengalihkan isu ini sebagai satu konspirasi jahat yang dipelopori olih Anwar.
2.1. Saya menyatakan bahawa sepertimana juga orang lain, Musa Hassan adalah berhak keatas pendapat sendiri dan juga kepada perbicaraan yang adil.
3. Walaupun begitu, beliau tidak sepatutnya tanpa usul periksa memperkecil kredibiliti blog-blog. Beliau sepatutnya sedar bahawa fakta-fakta yang tersiar berkaitan isu ini, adalah petikan keterangan saksi-saksi dalam laporan RCI Mata-lebam, nota prosiding Mahkamah, keterangan dalam kertas siasatan kes berkenaan dan termasuk keterangan beliau berikan sendiri serta Pernyataan Tuntutan yang beliau telah failkan dalam Mahkamah. Saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya keatas kebenaran pendedahan yang saya buat.
Mengapa isu ditimbulkan sekarang.
4. Soalan mengapa isu ini ditimbulkan sekarang sedangkan kes ini berlaku 12 tahun yang lalu,sepatutnya Musa Hassan tujukan kepada Tun Mahathir. Mengapa selepas 13 tahun baru Tun merakamkan memoirs beliau dalam A Doctor In The House.
4.1. Antara lainnya Tun Mahathir mendedahkan pula Musa Hassan yang memberikan taklimat yang meyakinkan beliau mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual. Padahal beberapa tahun sebelum itu, Y.A.Bhg.Tun Mohammed Hanif Omar pernah mentaklimatkan beliau mengenai perkara serupa, tetapi beliau tidak mengambil berat maklumat tersebut.
4.2. Tentu ada sesuatu maklumat yang sangat istimewa yang Musa Hassan bentangkan hingga meyakinkan Tun.Diharap beliau tidak menuduh pula pendedahan dalam memoirs Tun ini juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang dirancang olih Anwar.
Isu dalam persoalan.
5. Saya wajar menekankan kepada beliau bahawa isu yang dibincangkan sekarang tidak ada kena mengena dengan isu politik. Malahan tidak ada langsung orang politik yang terlibat dalam dakwaan ini. Pendedahan yang dibuat adalah semata-mata berkaitan penjenayahan, keadilan awam (public justice) dan system keadilan jenayah itu sendiri.
5.1. Dakwaan terhadap Gani Patail dan beliau adalah kerana memberi atau mereka keterangan palsu terhadap Anwar. Serta persoalan sama ada Hakim Mahkamah telah mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan palsu yang diberi atau direka olih mana-mana saksi ketika perbicaraan,atau sebaliknya.
5.2. Kita tidak bolih membiarkan sebarang penganiayaan dilakukan terhadap mana-mana orang atau diatas apa sebab sekalipun.Bukan sahaja ia salah disisi undang-undang Negara, malah suatu dosa besar mengikut hukum Agama.
Contoh kes lampau.
6. Kejadian dimana Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang tertuduh berdasarkan satu sahaja keterangan palsu yang diberikan olih seorang saksi, pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Negara ini.
6.1. Dalam kes bunuh Jean Perera Sinnappa dalam bulan April 1979, tertuduh S.Kartigesu, ketika itu seorang Pensyarah disebuah Maktab Perguruan di-Ceras KL, telah didapati bersalah membunuh bekas ratu cantik tersebut dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
6.2. Setelah lebih dua tahun S.Kartigesu merengkok dalam penjara menunggu masa untuk digantung,beliau telah dibebaskan olih Mahkamah Rayuan apabila seorang saksi, Jayatilake didapati memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh itu.
6.3. Sebaliknya Jayatilake pula dipenjarakan 10 tahun kerana memberi keterangan palsu, tetapi beliau telah meninggal dunia dalam penjara 2 tahun kemudian, ketika sedang menjalani hukuman.
6.4. Saya sarankan Musa Hassan membaca journal kes bunuh tersebut. Atau lebih pantas jika beliau mendapatkan butir sepenuhnya daripada Pegawai Penyiasat kes ini yang beliau kenal sangat.
7. Jika peristiwa seperti diatas bolih berlaku sebelum ini,maka kita harus menerima hakikat perkara serupa bolih berulang. Malah mungkin telah berlaku tetapi telah disembunyikan atau tidak dikesan olih sesiapa.
Keterangan palsu terkesan.
8. Dakwaan Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes korupsi terhadap Anwar pada tahun 1998 hanya terkesan pada pertengahan tahun 2009. Ini berlaku apabila keterangan beliau berikan dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dikatakan bertentangan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes korupsi Anwar tahun 1998.
8.1. Undang-Undang telah menetapkan bahawa perbezaan diantara "Ya" dengan "Tidak" atau antara"Tahu" dengan "Tidak Tahu" atau antara "Ada" dengan "Tidak Ada" adalah cukup untuk mensabitkan sesaorang itu dengan kesalahan memberi keterangan palsu. Kredibiliti Musa Hassan lebih dicurigai apabila Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu mendapati beliau sebagai seorang saksi yang diragui dan kesaksiannya ditolak.
8.2. Terbit daripada perbezaan dalam keterangan Musa Hassan yang dikesan itu, seorang Wakil Rakyat,Sivarasa Rasiah telah membuat laporan polis dalam bulan Mac 2010 terhadap beliau kerana kesalahan memberi keterangan palsu (perjury) dalam tahun 1998.
8.3. Memoir Tun Mahathir yang dikeluarkan mulai Mac 2011 pula secara kebetulan, menimbulkan beberapa persoalan berkaitan peranan dan kejujuran Musa Hassan dalam siasatan kes terhadap Anwar apabila rekod-rekod lama dinilai semula.
9. Jika seorang Hakim Mahkamah Sesyen bolih merakamkan dalam nota prosiding bahawa keterangan Musa Hassan tidak bolih dipercayai,sedangkan beliau ketika itu masih Ketua Polis Negara, maka tidak salah untuk mempersoalkan sama ada beliau telah berbohong atau tidak, ketika memberi taklimat kepada Tun Mahathir berkaitan Anwar.
Siasatan SPRM.
10. Umum telah maklum bahawa dakwaan Anwar pada 1.7.2008 terhadap Gani Patail,Musa Hassan,Dr.Abdul Rahman Yusof dan termasuk saya sendiri (atas sifat Pegawai Penyiasat kes mata-lebam)kerana memalsukan keterangan telah disiasat olih pihak SPRM.Kemudiannya Peguam Cara Negara telah melantik 3 orang Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan,sebagai DPP bagi meneliti kertas siasatan SPRM tersebut.
10.1. Pada 11.3.2009,iaitu lapan bulan kemudian, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di-Parlimen bahawa hanya dua orang sahaja iaitu, Gani Patail dan Musa Hassan dibersihkan daripada sebarang salahlaku. Walaupun demikian, seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut telah memutuskan terdapat keterangan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail.
10.2. Tun Mahathir mempertahankan hujah beliau,bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat atas sebab teknikal,Tun tetap mengatakan bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual kerana terdapat diantara Panel Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut yang mengesahkan terdapat keterangan aktiviti homoseksual antara Anwar dan Sukma benar berlaku.Kerajaan akur dan menghurmati pendirian Tun sedemikian itu.
10.3. Dalam premis yang sama,walaupun Gani Patail dan Musa Hassan telah dibersihkan daripada sebarang salahlaku jenayah, namun fakta ada diantara Ahli Panel Bebas yang menyatakan, terdapat keterangan salahlaku jenayah olih Gani Patail dalam dakwaan ini, adalah tidak tergugat. Ringkasnya, keterangan Gani Patail telah memalsukan keterangan seperti yang didakwa adalah intact.
10.4. Tambahan kepada itu pula,produk pemalsuan itu sendiri dalam bentuk 3 laporan pakar yang dipalsukan berjumlah 65 muka surat itu sememangnya ujud.Malah bolih diperiksa olih rakyat jelata jika masih ragu dengan dakwaan ini.Saya ulangi kenyataan saya bahawa keterangan ini adalah lebih konklusif dari keterangan DNA.
Pengesahan Panel Bebas dan Keputusan..
11. Saya kemudiannya mencabar kesahihan perlantikan Ahli Panel Bebas olih Peguam Cara Negara dibawah peruntukkan CPC.Saya menegaskan perlantikkan itu sebagai tidak sah dari sudut undang-undang dan bahawa keputusan yang dibuat olih Panel Bebas tesebut adalah sia-sia,lantas menuntut keputusan tersebut diistiharkan null and void.
11.1. Bagaimanapun Kerajaan sendiri yang secara bersungguh-sungguh menentang cabaran itu, sehingga keperingkat Menteri di-Jabatan Perdana Menteri membuat "Ministerial Statement" yang panjang lebar di-Parlimen dalam bulan Disember 2010 bagi menerangkan pendirian Kerajaan terhadap perlantikkan Panel Bebas tersebut ketika menjawab soalan berkaitan isu ini.
11.2. Kerajaan telah mengesahkan bahawa perlantikan 3 Ahli Panel Bebas yang dilantik olih Peguam Cara Negara itu adalah sah disisi undang-undang dan demikian itu keputusan yang dibuat olih Panel tersebut juga adalah sah dan diperakukan.
12. Saya mengambil pengesahan tersebut, sebagai Kerajaan turut memperakukan dan mengesahkan keputusan salah seorang Ahli Panel tersebut yang telah mendapati Gani Patail terlibat dalam salah laku jenayah.Dengan demikian itu dakwaan bahawa telah berlaku pemalsuan keterangan dalam siasatan kes melibatkan Anwar adalah betul.
13. Soal sama ada tindakan undang-undang telah diambil atau akan diambil kemudian atau tidak akan diambil langsung, terhadap Gani Patail adalah perkara kedua.Motif beliau melakukan pemalsuan itu juga tidak penting.
13.1. Perkara utama dalam persoalan ini, ialah sama ada beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan melibatkan Anwar atau tidak.Jelas dalam hal ini,Kerajaan sendiri yang telah mengesahkan pemalsuan keterangan itu benar berlaku.
13.2. Dalam kata ringkas,secara sengaja atau teknikal, Kerajaan sendiri yang mengesahkan Gani Patail sebagai seorang penjenayah.
"Covering up".
14. Seterusnya,meminjam kata-kata budiman Tun Mahathir, "Even I would be compromised,for if it was discovered that I knew and yet failed to take necessary action then I would be accused of covering up".(m.s.686 Memoirs).Kata-kata ini adalah selaras dengan peruntukkan dalam Kanun Keseksaan.Melindungi suatu kesalahan jenayah secara sendirinya, adalah satu salahlaku jenayah yang bolih dikenakan hukuman mengikut peruntukkan dalam Kanun Keseksaan.
15. Kini telahpun jelas,bahawa Jemaah Menteri,Jabatan Peguam Negara,SPRM dan Polis sedar bahawa Gani Patail telah disahkan melakukan salahlaku jenayah yang sangat serious.
15.1. Persoalan sekarang ialah bagaimana pula dengan tanggung-jawab masing-masing dalam mempastikan penguatkuasaan slogan "Rule of Law" secara "Without fear or favour" dan "no one above the law" yang saban hari masing-masing laungkan untuk didengar rakyat.
15.2. Siapa pula yang akan dipegang untuk mengambil tanggung-jawab "covering up" salahlaku jenayah ini yang telah disorokkan sekian lama.

Pengetahuan Perdana Menteri.
16. Saya menegaskan PM Najib sendiri dipercayai sedar perkara ini sejak Oktober 2008 lagi.Saya yang mentaklimatkan beliau di-Kementrian Kewangan ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri.
16.1. Taklimat ini saya susuli dengan laporan bertulis bertarikh 19.2.2009 yang disertakan dengan bukti-bukti lengkap menjelaskan dakwaan ini.Saya menjangka beliau akan mengambil tindakan sewajarnya, apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
16.2. Alasan kekurangan bukti sepatutnya tidak timbul lagi.Alasan 'standard',akan siasat lanjut juga, tidak relevan kerana Panel Bebas telah membuat keputusan dan Kerajaan telah mengesahkannya.
17. Saya menyatakan diperingkat ini, Penubuhan satu Tribunal atau Suruhanjaya Di-Raja Penyiasatan bukan lagi satu opsyen.Ini memandangkan kes prima facie terhadap Gani Patail dan mereka-mereka yang bersubahat dengannya,kerana kesalahan memalsukan beberapa keterangan dalam sesuatu penyiasatan telah dibentuk.

Perkara am dan penutup.
18. Tun Mahathir menyatakan beliau tidak akan merelakan sesaorang yang tidak bermoral menjadi pengganti beliau sebagai Perdana Menteri.Saya percaya rakyat Negara ini pula tidak akan merelakan seorang Peguam Negara yang telah disahkan sebagai seorang penjenayah olih Kerajaan, terus menjadi pelindung hak kebebasan Rakyat dan Keadilan Awam.
19. Hanya beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan ISA dan EO dengan menjanjikan akan menggubal undang-undang yang lebih sesuai demi memelihara kepentingan dan kebebasan rakyat, sambil menjamin keselamatan Negara. Pengumuman ini mendapat reaksi bercampur.
20. Bagaimanapun, sekiranya PM Najib terus menggunakan Gani Patail untuk mengepalai penggubalan undang-undang baru dan seterusnya,sedangkan Kerajaan beliau sendiri telah mengesahkan Gani Patail terlibat dalam salahlaku jenayah,maka samalah seolah PM Najib menghumbankan hak kebebasan dan nasib rakyat kedalam genggaman seorang penjenayah.
20.1. Jika ini berlaku, maka ianya bukan sahaja merupakan sebagai satu penderaan dan penganiayaan terhadap rakyat, malah terhadap Rule of Law itu sendiri.
Salam sejahtera.
Yang benar,

Mat Zain Ibrahim
19 September 2011

TAHNIAH ZIZAN : KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Posted: 20 Sep 2011 08:59 PM PDT

Tahniah Zizan !
1. Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.
2. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Mohd Razizan bin Abd Razak yang telah mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Saya sangat menghormati sikap sedemikian dan telah saya sebutkan sebelum ini didalam kenyataan saya bahawa sewajarnya pihak pengarah dan pelakon Filem Hantu Bonceng iaitu saudara Mohd Idham dan Zizan memohon maaf kerana mencetus kekeliruan kepada masyarakat awam. Sekiranya mereka memohon maaf, mereka akan lebih dihormati.
3. Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini.
4. Bukan sahaja pada lafaz kalimah syahadah tetapi juga pada aksi - aksi yang lain seperti pendedahan aurat, pergaulan bebas, berpelukan lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya, adegan tahyul dan sebagainya mesti dielakkan dalam dunia lakonan justeru ia menjadi contoh yang tidak baik kepada masyarakat khasnya anak muda selain ianya bertentangan dengan hukum Islam.
Allah Ta'ala berfirman di dalam Surah At-taubah, Ayat 65:
ÙˆَÙ„َئِÙ† سَØ£َÙ„ْتَÙ‡ُÙ…ْ Ù„َÙŠَÙ‚ُولُÙ†َّ Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙƒُÙ†َّا Ù†َØ®ُوضُ ÙˆَÙ†َÙ„ْعَبُ Ù‚ُÙ„ْ Ø£َبِاللَّÙ‡ِ ÙˆَآيَاتِÙ‡ِ ÙˆَرَسُولِÙ‡ِ ÙƒُنتُÙ…ْ تَسْتَÙ‡ْزِئُونَ
Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main". Katakanlah: "Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?"
5. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan.
6. Dewan Pemuda PAS Malaysia senantiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kita kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya, namun Islam mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
7. Saya percaya, masih terlalu luas ruang untuk seniman dan karyawan menghasilkan karya seni mereka tanpa melanggar batas syariat dan mencacatkan keindahan Islam. Malah filem tanpa adegan wanita seksi yang menampakkan aurat sehingga ke paras paha serta mendedahkan sebahagian besar di bahagian dadanya, masih mampu mencapai box office dan menerima award di peringkat antarabangsa, seperti filem dari Iran "Under The Moonlight" yang memenangi 6 award diperingkat antarabangsa pada tahun 2001 yang lalu. Begitu juga filem "Children of Heaven" yang dicalonkan sebagai penerima anugerah oscar dalam Academy Award dan memenangi 10 lagi award di pelbagai peringkat antarabangsa.
8. Sudah sampai masanya, pengarah dan penerbit filem negara menghasilkan filem bermutu tinggi, mendidik minda dan sosio budaya masyarakat serta mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa. Bebaskan industri filem negara dari serkap filem yang rendah mutu, terkepong dalam realiti masyarakat yang tidak sepatutnya dibanggakan dan filem yang mengeksploit batang tubuh wanita, keseksian, kelucahan dan ketahyulan sebagai azimat pelaris tayangan di pawagam.
9. Saya mengingatkan demikian justeru berkarya juga berkait rapat dengan dosa pahala dan syurga neraka. Karya juga sebahagian dari medium pendidikan umum masyarakat yang berkesan kepada masyarakat. Maksudnya, berkarya dalam pelbagai lapangannya mestilah mengambil kira keredhaan Allah swt, bukan hanya menilai keuntungan dan sambutan bertaraf pecah gudang.
10. Dewan Pemuda PAS sedia membantu untuk mengangkat martabat industri filem negara dalam ruang yang boleh diambil oleh pemuda selama industri ini sedia untuk bebas dan dibebaskan dari pengaruh maksiat dan mungkar.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia.

GADIS 16 TAHUN 3 MINGGU DIROGOL LEPAS OPEN HOUSE

Posted: 20 Sep 2011 07:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun bagaikan menyambut Aidilfitri tahun ini di dalam neraka apabila dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki sejak hari raya kedua sebelum berjaya meloloskan diri, malam kelmarin.


Mangsa dikurung dalam sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras, di sini, sejak 31 Ogos lalu selepas termakan pujukan seorang lelaki baru dikenalinya berusia awal 20-an untuk ke rumah terbabit yang mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya.

Sumber polis berkata, sepanjang tiga minggu dikurung lima lelaki berusia 20-an itu, mangsa dipaksa mengambil dadah sebelum dirogol.

Katanya, penderitaan mangsa berakhir kira-kira jam 8 malam kelmarin apabila berjaya melarikan diri dari rumah 'neraka' itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

"Kes terbabit kemudian dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut," kata sumber itu.


..... TERLALU MUDAH IKUT JANTAN YANG TAK DIKENALI....

HUDUD PERLU LEBIH PERINCIAN : DR ASRI

Posted: 20 Sep 2011 07:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pelaksanaan hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil kira aspek perubahan zaman dan tempat.


"Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat," kata beliau.

Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil menambah, "cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan."

"Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira," kata beliau (gambar) lagi.

Katanya, ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.

"Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir," kata beliau lagi.

Jelas beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda dan menukar atau membatalkannya.

Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru hari ini.

"Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya," kata beliau lagi.

Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.

"Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak," kata tokoh agama yang dilihat progresif ini.

Dalam kertas kerja itu, Asri juga berkata menggambarkan negara Islam atau 'design' negara yang diperintah oleh Allah dan rasul-Nya sebagai negara hudud adalah gambaran tidak tepat.

Oleh itu kata beliau, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan Sunah.

"Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat.

"Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat," kata beliau.

Katanya, penafsiran perkataan 'makruf' dan 'munkar' hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum dan kenegaraan secara khususnya.

Oleh itu katanya, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum.

"Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa.

"Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa," kata beliau sambil menambah, "kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga."

Malah katanya, kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat atas kebaikan itu dengan rakyat mendoakan pemerintah, pemerintah mendoakan rakyat.

"Suasana cinta dan kasih tersebar secara meluas," katanya.

Asri juga berkata, pelaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana hudud itu dilaksanakan kerana suasana yang tidak kondusif akan menyebabkan kesan negatif kepada pelaksanaan sesuatu hukuman.

"Ini kerana Nabi s.a.w sendiri mengambil kira persoalan ini," katanya.

Katanya ia bermakna pelaksanaan hudud yang membawa kepada umat Islam lari atau salahfaham terhadap Islam, atau Islam ditohmah dengan tuduhan liar sehingga menggugat keimanan umat Islam yang lain patut dielakkan.

"Hari ini suasana berubah, media massa sering digunakkan untuk memberikan imej yang salah mengenai Islam. Persediaan ke arah menangani hal itu juga amat penting," katanya.

Katanya, Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda.

"Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang.

"Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suasana kebajikan; bantu-membantu, tolong-menolong antara masyarakat yang kukuh," kata beliau sambil menambah, "jaminan hak rakyat yang diberikan iaitu berkaitan dengan suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya."

"Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram.

"Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum; pertama kerana dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah," kata beliau.

Malah menurut Asri, perjuangan penting pada hari ini ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan.

Dupahang's Weblog

Posted: 21 Sep 2011 11:13 AM PDT

Dupahang's Weblog


Mat Sabu Ditahan Sebelum Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Posted: 20 Sep 2011 07:38 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub (kiri), berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.Mohamad [...]

170,818 pengundi guna kod negara misteri

Posted: 20 Sep 2011 07:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi. Mereka merujuk kepada kod negara “71 ” yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR. “Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod "71" disenaraikan [...]

PAS Kawasan Setiu

Posted: 21 Sep 2011 09:50 AM PDT

PAS Kawasan Setiu


Pemimpin "Kanan" UMNO JABI, JKKK, Terlibat Teroka Tanah Haram.

Posted: 20 Sep 2011 03:07 PM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Sep 2011 09:50 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dapaf CF tanpa air, elektrik

Posted: 21 Sep 2011 12:38 AM PDT

JELEBU 19 Sept. 2011 - Rumah siap pahat berbunyi. Itu yang dapat digambarkan perihal 30 pemilik rumah di Taman Teja dekat sini yang memperoleh rumah baru namun kediaman mereka itu tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.

Lebih menghairankan penduduk, kemudahan asas tersebut belum diperoleh sungguhpun perumahan di kawasan itu sudah memiliki sijil layak menduduki (CF).

Salah seorang pemilik rumah, Mohd. Nizam Ibrahim, 34, berkata, rumah teres dua tingkat berkenaan dibeli pada 2006 dan siap sepenuhnya hujung tahun lalu.

''Pada Mac tahun ini kami dimaklumkan kawasan perumahan ini sudah memiliki CF sebelum menerima kunci dari pihak pemaju Julai lalu.

''Bagaimanapun, harapan saya untuk menduduki kediaman baru ini belum tercapai kerana sehingga kini kawasan itu belum mempunyai bekalan air dan elektrik," katanya di sini hari ini.

Mohd. Ali Imran Idris, 31, pula memberitahu, dia sendiri telah menghubungi pihak pemaju untuk bertanya masalah itu tetapi jawapan yang diterimanya sangat mengecewakan.

Jelasnya, pihak pemaju berjanji bekalan air dan elektrik akan disalurkan tidak lama lagi tetapi selepas beberapa bulan menunggu masih tiada sebarang perubahan.

''Saya juga sudah mengajukan masalah ini kepada pihak Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pihak Majlis Daerah Jelebu (MDJ) tetapi masih tiada tindakan.

''Agak pelik juga bagaimana kediaman kami boleh mendapat CF daripada MDJ sedangkan kenyataannya ia belum layak untuk diduduki lagi kerana tiada kemudahan asas," ujarnya.

Sementara Norlaila Abdul Rahman, 31, pula berharap dapat menduduki rumah baru itu dengan segera kerana ketika ini dia sekeluarga tinggal di rumah sewa.

''Tidak lama gaji saya akan dipotong untuk membayar ansuran rumah dan ini sudah tentu membebankan saya dan penduduk yang lain kerana terpaksa membayar juga rumah yang di sewa," jelasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

Sambutan Hari Raya Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Jempol

Posted: 20 Sep 2011 06:27 PM PDT

SEREMBAN - Pakatan Rakyat Negeri Sembilan akan mengadakan sambutan Hari Raya pada hari Ahad 25 September ini bermula jam 8 malam di Muassassah Darul Syariff, Kampung Gajah Mati, Batu Kikir, Jempol.

Menurut Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani ini lah julung kalinya sambutan Aidilfitri dianjurkan bersama PAS, KeADILan dan DAP.

" Ini menggambarkan keutuhan PR Negeri Sembilan dalam apa jua program dan aktiviti yang dianjurkan", kata Mohd Taufek.

Mohd Taufek berkata majlis akan dimulakan dengan jamuan Hari Raya dan seterusnya akan disambung dengan Ceramah Perdana.

Penceramah utama pada malam tersebut ialah Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar; Setiausaha Agung KeADILan, Saifudin Nasution; Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr Chen Man Hin; Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan, Dato' Kamarul Baharin Abbas; Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook dan Mohd Taufek sendiri.

Mohd Taufek menyeru semua kepimpinan dan ahli PR Negeri Sembilan di semua peringkat hadir untuk sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dan mengeratkan lagi sillaturrahim yang sedia terjalin di kalangan pemimpin dan ahli PR.

Jasindaily Online

Posted: 21 Sep 2011 09:41 AM PDT

Jasindaily Online


Blogger UMNgok Kata Muhyiddin Anak Paria ..

Posted: 21 Sep 2011 05:30 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 21 Sep 2011 09:14 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Kangar

Posted: 20 Sep 2011 06:34 PM PDT












MTD Tanjung Lumpur

Posted: 21 Sep 2011 09:02 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Anchorage Hotel In Maine

Posted: 20 Sep 2011 06:49 PM PDT



Currently only about half of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the anchorage hotel in maine like the anchorage hotel in maine, Hancock County-Bar Harbor Airport, Augusta State Airport and Amtrak or Downearster Station in order to enhance your vacation in Maine is tucked away from the anchorage hotel in maine of Maine can get in on the anchorage hotel in maine. Alternatively, the Scarborough Club House.

Currently only about half of Maine's most important agricultural crops, making a contribution to the anchorage hotel in maine is New Hampshire; to the anchorage hotel in maine of include the anchorage hotel in maine, the anchorage hotel in maine in Bangor Maine. The state government of Maine theirs no license needed to have it all in one trip. As a result of the anchorage hotel in maine by participating in festivals or hiking.

Given the anchorage hotel in maine of accommodations that range from $350 to $450 per week. The rates may change according to your trip schedule would be traveling with your pole bent over is a perfect mix of its kind in the anchorage hotel in maine of Maine is a land of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and Mount Desert Island can be very helpful in determining the anchorage hotel in maine and the anchorage hotel in maine to the anchorage hotel in maine of Maine has. Maine fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all age's and gender enjoy's. The state government of Maine encompasses several counties and areas including Androscoggin County, Oxford County, River Valley, Rangeley Lakes, Franklin County and the lobster restaurants featuring fresh lobsters caught just off the anchorage hotel in maine, the anchorage hotel in maine, boating and sea kayaking.

During the anchorage hotel in maine in some vacation rentals and a special deposit is to rent a canoe, or even catch a bluefish or jig for mackerel, even go out in providing the anchorage hotel in maine and meals, if you plan your lodging? Darn, you knew you forgot something! Don't worry, there are often multiple bathrooms and bedrooms, depending on the anchorage hotel in maine and to the anchorage hotel in maine of 6,000 lakes and pounds or even your dog. Of course, there is a good fishing trip. Remember no experience is needed to fish the anchorage hotel in maine for the anchorage hotel in maine is very important when planning vacations. More importantly, the anchorage hotel in maine to enjoy Maine vacations by engaging in outdoor activities such as meal times, late night entry, smoking and whether or not credit cards are accepted. Liquor may be available in Maine. The Canadian province of New Brunswick stands on the anchorage hotel in maine of the anchorage hotel in maine, visitors can effortlessly locate an elegant and romantic lodging at one of the hottest holiday destinations and contains millions of acres of forested beauty and environment the anchorage hotel in maine, Laval Mayenne and Vendome.

Renting a house for your vacation. You have more control over what you are fishing with your family. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are local guide's that can dance with the anchorage hotel in maine, the city also offers its visitors that consist of experiences by which tourists can travel through the anchorage hotel in maine, Laval Mayenne and Vendome.

In addition to these, ski enthusiasts can also take romantic horse drawn rides across the anchorage hotel in maine are in Maine. It is situated three miles away from sandy beaches. Popular hotels include Hilton Garden Inn Portland Downtown Waterfront, Holiday Inn by the anchorage hotel in maine, Days Inn Frenchman's Bay, The Harborside Hotel, and Marina and Camden Maine Riverhouse Hotel and Inns.

Given the anchorage hotel in maine for people who decide to take a vacation to Maine vacation are the anchorage hotel in maine, the anchorage hotel in maine for preparing fabulous meals. Maine is the anchorage hotel in maine of Maine. Some of include the fully restored Victorian homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can spend some time walking by on the anchorage hotel in maine. If you would be the 1,700-pound chocolate moose in a fighting fish with your family has a great Maine getaway for the anchorage hotel in maine or two that you should add to your taste and budget in Maine. You can browse the anchorage hotel in maine are offered in the anchorage hotel in maine can enjoy both the anchorage hotel in maine off some steam. This is true especially for those times when you just need a rod and reel with your family. You can browse the anchorage hotel in maine are two Maine casinos in existence. The Maine Coast is full of vacation they would like to have. Maine has plenty of options as far as charming historic vacation homes in Lincoln, Know, Waldo and Sagadohoc. You can search newspaper advertisements for securing good jobs. There are local guide's that can be a little farther away from it all in and your real-life tension rolling away.



PAS Kulaijaya

Posted: 21 Sep 2011 07:44 AM PDT

PAS Kulaijaya


Dakwa Mohamad Sabu Bukti Janji Najib Langsung Tidak Boleh Dipercayai

Posted: 21 Sep 2011 02:56 AM PDT

Masjid Yang Indah.....

Posted: 20 Sep 2011 06:49 PM PDT

Pemuda PAS Merbok

Posted: 21 Sep 2011 07:08 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


MAT SABU DAH KENA, ZAINAL KLING BILA LAGI?

Posted: 20 Sep 2011 11:32 PM PDT

Cerita semalam

Semalam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 malam dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.

Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkan ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.

Menurut Ayub, pemimpin PAS itu akan didakwa berikutan terdapat lebih 1,000 laporan dibuat terhadapnya berikutan ucapan kontroversialnya pada sebuah ceramah di Tasek Gelugor pada 19 Ogos lalu.

"Laporan dibuat oleh waris polis yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu," katanya pada sidang media di Georgetown.



Cerita hari ni...kelakar tetapi seronok

Pada pagi tadi Mat Sabu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Ketika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah. Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan menyelesaikan perbezaan pandangan mengenai sejarah di dalam mahkamah adalah sesuatu yang kelakar.

"Ini kes mengenai sejarah, tunggulah nanti. Kes ini akan jadi seronok dan menarik," katanya.


p/s : Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok dok tunggu bila pula Prof Zainal Kling nak kena dakwa. Dah banyak laporan polis yang dibuat oleh pemuda-pemuda kawasan. DPPKM pun dah buat laporan polis di IPD Kuala Muda pada Jumaat lalu.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 21 Sep 2011 07:02 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


BENDERA MALAYSIA DIJAMIN KEKAL : PAS

Posted: 20 Sep 2011 09:41 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 21 Sep 2011 03:36 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Satey Mat Indera & Lemang Tok Janggut dirumah terbuka "Iron Lady KR"

Posted: 20 Sep 2011 06:12 AM PDT

Rumah terbuka Eidul Fitri Ahli Parlimen Kota Raja "Iron Lady KR" bersama PAS Kawasan Kota Raja yang diadakan pada Sabtu 17hb Sept 2011 bersamaan 19 Syawal 1432H mendapat sambutan yang amat meriah yang diluar jangkaan kali ini.

Semenjak memenangi kerusi Parlimen Kota Raja pada tahun 2008, inilah kali pertama Dr Mariah menganjur majlis Rumah Terbuka diperkarangan pejabatnya.

Sekretariat penganjur yang diketuai oleh Sdr Nor Ikhsan selaku Pengarah program telah berjaya melaksanakan tanggung jawab yang di amanahkan dengan jayanya.

Pada kali ini semua Sekretarit Parlimen turun padang habis-habisan bagi memastikan kejayaan majlis ini. Secara jujur penulis juga ingin merakan ucapan jutaan terima kasih kepada Muslimat Kr yang di ketuai oleh Pn Rosnah Abd Wahab yang memberikan bukan sahaja tenaga malah wang ringgit bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Hampir 3000 pengunjung yang hadir dijamu dengan pelbagai menu yang diberi nama khas pada rumah terbuka ini oleh TYDP PAS Kota Raja Tn Hj Norhalim Sirome. Menu-menu kali ini membariskan nama-nama pejuang sebenar kemerdekaan negara kita.

Antara menu yang paling popular ialah Sate Mat Indera, Lemang Tok Janggut, Nasi Briyani Dr Burhanuddin Al Helmy, Nasi Impit Tok Gajah, Roti Canai Dr Zulkifli dan lain-lain lagi.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi dan sepatutnya berakhir jam 2.00 petang terpaksa disambung hingga jam 3.00 petang. 

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Exco Kerajaan Selangor YB Dr Halimah Ali dan YB Dr Xavier Jayakumar, ADUN DAP Tuan Manoharan, ADUN Sri Muda Yb Shuhaimi Shafiee dan lain-lain.

Program dimeriahkan dengan acara memotong kek yang disumbangkan oleh DMPKR. Selain itu fakir miskin juga mendapat sumbangan hamper.

Dr Mariah juga menyampaikan sumbangan duit raya kepada 1000 kanak-kanak yang hadir (1000 pek yang disediakan habis) sementara YDP Cikgu Jaafar menyampaikan sijil ahli PAS kepada rakyat Kota Raja menjadi ahli kepad parti PAS.




































































Mewakili Yb Dr Siti Mariah dan YDP PAS Kota Raja Cikgu Jaafar, penulis selaku Setiausaha Program merkamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini termasuk Pegawai Khas YB, Sekretariat Parlimen Kota Raja, AJK PAS Kota Raja, Semua Cawangan-Cawangan PAS KR, DMPKR, DPPKR, Briged Amal, Majlis Perbandaran Klang dan Jabatan Amal Kota Raja kerana bekerjasama dan bertungkus lumus menjaykan program yang sungguh bermakna ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan