Selasa, 20 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PEMUDA PAS TELUK INTAN

Posted: 20 Sep 2011 01:51 AM PDT

PEMUDA PAS TELUK INTAN


ZIZAN RAJA LAWAK perlu minta maaf agar dia lebih dihormati

Posted: 19 Sep 2011 07:13 PM PDT

Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah,".

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini,".

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 20 Sep 2011 01:50 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Forum Rakyat : Kajian Semula Sejarah Perjuangan Kemerdekaan Negara

Posted: 19 Sep 2011 07:40 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Sep 2011 01:07 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Trend baharu bergambar dalam tandas

Posted: 20 Sep 2011 01:00 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -




SALAH satu aksi terbaharu meniarap di dalam tandas.


LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.
Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. - Agensi

Puasa Enam

Posted: 20 Sep 2011 12:52 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

Nabi saw. bersabda, "Janganlah seorang wanita itu berpuasa walau satu hari pun jika suaminya berada di rumah tanpa izinnya, kecuali puasa Ramadhan". (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti dia berpuasa sepanjang tahun." (HR Muslim)

tazkirah/-

Kelebihan Ziarah

Posted: 20 Sep 2011 12:49 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

Nabi saw. bersabda, "Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk mengintip perjalanannya.

Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; Ke mana kamu ingin pergi? Dia berkata: Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya?

Lelaki itu menjawab: Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya" (HR Muslim)

Dari Ali r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Apabila seseorang telah menziarahi saudara seislamya, sebenarnya dia telah berjalan-jalan memetik buahan syurga sehinggalah dia duduk.

Apabila dia duduk maka rahmat menaunginya. Jika di di waktu pagi maka 70, 000 malaikat berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu petang. Jika di waktu petang, maka 70,000 berselawat ( berdoa memohon ampun ) untuknya sehingga waktu pagi ". (HR Ibnu Majah, Abu Dawud)

TAZKIRAH/-

PAS beri jaminan tak akan tukar bendera

Posted: 20 Sep 2011 12:40 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 20 Sept: Menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan bahawa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat (PR) ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukannya Jalur Gemilang.

Beliau menyifatkan, Jalur Gemilang tiada salah dan berdosa sebagai bendera Malaysia.

"Tak ada salah dan dosa bendera Malaysia. Yang Pakatan Rakyat nak tukar ialah BN bukannya bendera," tegas beliau dalam satu kenyataanya melalui sms kepada Harakahdaily.

Salahuddin, yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian juga menegaskan bahawa PAS tidak akan bersetuju dengan mana-mana cadangan untuk menukar bendera Malaysia.

"PAS bagi jaminan tak akan tukar bendera," tegasnya lagi.

Adun DAP Kota Alam Shah, M Manoharan telah memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya dalam Twitter beliau baru-baru ini, di mana beliau menyatakan akan bertindak menukar design bendera Malaysia sekiranya menang.

Namun begitu, serangan Umno terhadap beliau masih bertali arus.

Semalam Tuan Ibrahim turut menegaskan tiada keperluan untuk menukar bendera negara kerana bendera adalah lambang kedaulatan negara.

Disebabkan itu, katanya sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan.

"Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun," tegas beliau.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional akan datang.

"Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik," nasihat beliau.
H/daily

Pakar DNA Australia Tidak Setuju Sel Sperma Mampu Bertahan Lebih 100 Jam

Posted: 20 Sep 2011 12:33 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 20 SEPT : Pasukan pendakwaan kes fitnah liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mendapatkan pengesahan daripada pakar Australia, Dr Brian Mcdonald bersabit tempoh jangka hayat sel sperma mampu bertahan lebih daripada 100 jam.

Pada sesi soal balas sebentar tadi Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden merujuk kepada tiga jurnal perubatan kes rogol luar negara yang menyatakan sel sperma mampu bertahan untuk satu tempoh yang begitu lama.

Brian yang mempunyai pengalaman selama 30 dalam mengendalikan ujian DNA mendapati perkara tersebut adalah mustahil dan enggan bersetuju dengan cadangan Yusof.

Beliau yang disoal Ram Karpal Singh sebelum ini berkata penemuan tersebut amat jarang berlaku dan ianya tidak boleh dijadikan rujukan.

Namun beliau tidak menafikan perkara tersebut adalah mustahil.

Suasana tegang seketika apabila Yusof dilihat cuba memaksa Brian bersetuju dengan penemuan dalam jurnal yang dikemukakan beliau termasuk menyuruh pakar itu membuat andaian ianya rujukan sahih.

"Saya tidak boleh baca kerana ianya tiada rujukan untuk perbandingan. Melainkan ada orang boleh terjemah. Saya yakin orang dalam dewan tidak boleh baca jurnal itu (bahasa Thailand)," katanya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Peguam Ram Karpal kemudian membantah tindakan Yusof.

"Anda tidak boleh suruh saksi untuk buat andaian maklumat dalam bahasa Thai," katanya dan dibenarkan hakim.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu spesimen yang diperolehi dari dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan telah mencecah tempoh masa hampir 100 jam sebelum diuji makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM).

Malah peguambela mendakwa sampel tersebut tidak dikendalikan dengan baik dan berlaku konteminasi.

Namun laporan pakar kimia, Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan sperma berada dalam keadaan baik ketika diuji walaupun telah terdedah kepada persekitaran.

Yusof pada sebelah pagi dilihat cuba mempersoalkan kredibiliti Brian merujuk kepada laporan perubatan yang pernah ditolak mahkamah di negara Brunei.

Namun Brian mempertahankan kedudukan beliau sebagai pakar ujian DNA dengan menyatakan bahawa hakim kes tersebut mengiktiraf beliau sebagai saksi yang benar.

Mahkamah kini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2.30 petang nanti.

tv selangor/-

Bangladesh: Malaysia patut hantar nota protes

Posted: 20 Sep 2011 12:30 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -



KUALA LUMPUR, 20 Sept: Kerajaan hendaklah menghantar nota protes kepada kerajaan Bangladesh kerana kecuaian yang menyebabkan penyiaran tuduhan yang memalukan Malaysia dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu, kata Datuk Mahfuz Omar.

Kerajaan juga hendaklah memanggil Duta Bangladesh ke negara ini bagi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian yang menyebabkan nama Malaysia tercemar itu.

"Itu pun jika benar dakwaan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bahawa kerajaan Bangladesh tidak menyedari mengenai artikel itu," katanya.

Jumaat lalu, laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh dikesan menyiarkan artikel yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu serta diberi hak mengundi dengan syarat mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa.

Artikel itu menyatakan ia memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Perdana Menteri Bangladesh.

"Apa yang tersiar itu amat memalukan negara  dan adalah amat pelik dan ganjil jika kerajaan negara ini berdiam diri begitu sahaja.

"Jika benar kerajaan Bangladesh tidak sedar dan tidak terlibat dengan penyiaran artikel itu, ia tetap bersalah atas kecuaian sehingga menyebabkan artikel tersebut tersiar begitu lama dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu.

"Kerajaan Malaysia perlu membersihkan namanya dengan menghantar nota protes dan memanggil duta Bangladesh bagi menyampaikan rasa tidak puas hati," kata Mahfuz (gambar).

Jika kerajaan enggan membersihkan namanya, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, ia akan menguatkan lagi keyakinan umum bahawa perkara itu memang berlaku memandangkan apa yang tersiar dalam laman web itu mempunyai persamaan yang sangat ketara dengan apa yang berlaku dalam negara ini.

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak pendedahan mengenai warga asing yang diberikan status kerakyatan dan kemudian disenaraikan dalam daftar pemilih.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
H/daily

Hentikan tayangan filem Hantu Bonceng

Posted: 20 Sep 2011 12:20 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS menggesa filem Hantu Bonceng yang sedang ditayangkan di pawagam dihentikan segera kerana mengandungi unsur penghinaan kepada agama Islam.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Babak tersebut ketika Zizan di atas katil wad hospital menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Jika mahu ditayangkan juga ujarnya, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti di potong untuk tayangan berikutnya.

"Menyebut  perkataan "Muhammadar Syaithan" yang bermaksud Muhammad adalah syaithan dalam sebutan syahadah yang dijenakakan adalah haram dan boleh memesongkan aqidah.

"Saya dan seluruh ummat Islam yang sensitif terhadap agama tidak mampu tidur lena. Selagi ia menjadi tontonan umum, fikiran saya gelisah dan perasaan saya resah," ujarnya.

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata pihak pengarah dan penerbit termasuk Zizan sendiri wajar memohon maaf kepara seluruh umat Islam di atas jenaka keterlaluan itu.

Sama ada Zizan sedar atau tidak keterlanjuran itu katanya, ia tetap salah kerana menghina Rasulullah SAW.

"Saya dengan segala baik sangka mengharapkan saudara Zizan selaku pelakon babak ini tidak menyedari implikasi aqidah sewaktu melakonkan watak tersebut, namun saya menyarankan agar Zizan segera memohon maaf kepada umum terhadap jenaka yang keterlaluan itu.

"Saya yakin, Zizan akan lebih dihormati kerana saya juga meminati beliau selaku anak seni dalam negara ini," 

Ibu dalam pantang, bayi maut nahas

Posted: 20 Sep 2011 12:18 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

BATU PAHAT: Niat murni seorang suami membawa pulang isteri yang masih berpantang bagi menjaga wanita itu dan bayi perempuan berusia 23 hari berakhir tragedi apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 5.1 Muar-Yong Peng, berhampiran Parit Yaani, di sini, kira-kira jam 1.05 pagi semalam.

Dalam kemalangan itu, isterinya terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia lima jam kemudian.

Selain dua beranak terbabit, pemandu kereta lain yang juga pegawai tentera, Khairul Azam Buhari, 26, berpangkat kapten meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.

Difahamkan, ketika menyambut Aidilfitri di Kelantan, baru-baru ini, Mohd Hanizan Bahari, 28, terlalu rindukan isterinya, Azalina Mat Yasin, 27, dan anaknya itu sebelum mengambil keputusan membawa pulang ke rumahnya di Sri Gading, di sini.

Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kira-kira 10 kilometer dari rumahnya bersama ibu, Habsah Ab Latiff, 58, dan ibu saudaranya, Khadijah Omar, 60, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan bertembung sebuah kereta lain.

Bapa mangsa, Bahari Abdul Ghani, 57, berkata ketika menyambut Aidilfitri lalu, Mohd Hanizan asyik mengambil gambar anak dan isterinya, malah ketika diajukan soalan, dia menjawab itu akan dijadikan kenang-kenangan, namun tidak menyangka foto diambilnya itu menjadi memori tidak dapat dilupakannya.

"Ketika itu dia asyik mengambil gambar dua beranak berkenaan. Pada mulanya kami hairan, namun apabila dia mengatakan mahu menjadikan kenangan kami membiarkan saja kerana maklum itu anak pertama mereka.

"Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia kenangan terakhir mereka sekeluarga sebelum kejadian ini," katanya.

Menurutnya, dia menerima panggilan awal pagi semalam daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian itu dan bergegas ke Hospital Batu Pahat untuk melihat keadaan keluarganya.

"Sejurus menerima berita itu, saya bersama beberapa keluarga bergegas dari Kelantan dan menuju Unit Forensik Hospital Batu Pahat.

"Sebaik tiba, baru saya mengetahui menantu dan cucu saya sudah pergi meninggalkan kami, manakala isteri, Habsah, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Hanizan serta ibu saudaranya, Khadijah, masih menerima rawatan di wad," katanya. Katanya,

walaupun sedih dengan kejadian itu, namun mereka reda dan menganggap semua berlaku ketentuan Ilahi, malah akan menguruskan proses penghantaran pulang kedua jenazah ke kampung mereka di Kampung Takang, Bachok, Kelantan.

Harian Metro difahamkan, Hanizan bertugas di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading di sini, sebagai pegawai latihan vokasional, sementara isterinya, seorang guru agama dan mengajar di sebuah sekolah di Sabah.

Ketika ditemui di wad semalam, Hanizan belum mampu bercakap dan cedera serius serta patah kaki kanannya, namun ditemani beberapa rakan dari KKTM.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Hasnizan yang memandu Proton Waja bersama isteri, anak, ibu dan ibu saudaranya dalam perjalanan pulang dari kampung mereka di Bachok, Kelantan, sebelum bertembung Perodua Kancil dipandu Khairul Azam.

Difahamkan, Khairul Azam bertugas di sebuah kem tentera di Taiping, Perak dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

metro/-

Kereta putus lekat di tiang

Posted: 20 Sep 2011 12:11 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: "Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat kereta mangsa putus dua, kaki mangsa terperosok di bahagian pedal minyak manakala beberapa cebisan dipercayai otak mangsa melekat di tempat duduk belakang," kata seorang saksi kemalangan maut di sini, semalam.

Menurut saksi yang enggan dikenali itu, dia adalah antara yang terawal melihat kejadian terbabit di Kilometer 7.2, Persiaran Selatan berhampiran susur keluar Pusat Konvensyen Antarangsa Putrajaya (PICC).

"Saya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan rakan mengenai kemalangan berkenaan, namun sebaik tiba saya melihat anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduknya.

"Ketika itu saya ingat mangsa masih hidup, tetapi rupanya dia sudah meninggal dunia. Keadaan kereta mangsa terputus dua, enjin serta dua tayar depan tercampak tidak jauh dari tiang lampu yang dilanggarnya," katanya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kemalangan pada jam 5.25 petang itu, mangsa Mohammad Rasydan Rasid, 20, yang dikatakan dalam perjalanan dari Dengkil, Sepang ke Putrajaya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis, Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu laju mengakibatkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.

Katanya, akibat rempuhan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu mangsa terputus dua.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika mengambil selekoh lalu merempuh tiang lampu di tempat kejadian.

"Mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Pihak Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa, sebelum dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat," katanya.

Harian Metro

Parti Lanun menang 15 kerusi Parlimen Berlin

Posted: 20 Sep 2011 12:00 AM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -




SEJUMLAH penyokong Parti Lanun menjerit kegembiraan selepas mengetahui keputusan pilihan raya Berlin di Berlin kelmarin.


BERLIN - Parti Lanun yang ditubuhkan pada 2006 dan mempunyai lebih 50 anggota menang 15 kerusi dalam pilihan raya Parlimen Berlin, lapor sebuah akhbar semalam.
Parti itu menang sembilan peratus daripada undi yang kebanyakannya daripada pengundi berusia di bawah 30-an.
Ia pada asalnya berkempen untuk perlindungan perkongsian fail dan data di Internet sebelum berkempen dalam isu pendidikan dan hak asasi manusia.
Selepas keputusan diumumkan, seorang anggota parti tersebut yang menjadi calon, Andreas Baum memberitahu stesen televisyen ZDF: "Kami mempunyai hak untuk bekerja."
Parti itu sebelum ini tidak pernah menenangi kerusi dalam pilihan raya parlimen di peringkat Persekutuan.
Pengerusi parti itu, Sebastian Nerz berkata, buat masa kini, anggota-anggota parti tersebut bekerja secara sukarela.
Menurutnya, parti tersebut mahu menjadi setelus-telusnya, berjuang menghapuskan paten dan mengehadkan kawalan hak cipta yang dimiliki oleh sesuatu pertubuhan.
Dalam pilihan raya itu, Parti Kristian Demokrat yang disertai pemimpin Jerman, Angela Merkel menduduki tempat kedua.
Parti Sosial Demokrat menduduki tempat pertama dalam pilihan raya itu. - Agensi

PAS kecam cubaan bakar rumah Mohamad Sabu

Posted: 19 Sep 2011 11:50 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Sept: PAS mengecam pihak tertentu yang menyerang rumah Timbalan Presiden Mohamad Sabu di Seksyen 19 di Shah Alam malam tadi dipercayai menggunakan bom petrol.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS memandang serius perkara itu kerana sejak laporan salah media terhadap Mat Sabu berhubung isu Bukit Kepong, timbalan presiden PAS itu menerima pelbagai ugutan SMS sehingga ancaman fizikal hari ini.

"Kita pandang serius serangan ini. Sebelum ini Mohamad Sabu ada buat laporan polis beliau kena ugut dan terima ancaman, saya harap pihak keselamatan boleh meningkatkan kawalan terhadap keselamatannya," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Pada 8 September lalu, Mohamad juga mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Dalam situasi sekarang ini ujar Tuan Ibrahim, sebarang ancaman tidak boleh lagi dipandang enteng kerana kebanyakan ancaman disusuli tindakan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mohamad terbakar, dipercayai akibat bom petrol.

Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Mengulas lanjut insiden itu, Tuan Ibrahim menasihatkan semua pihak menggunakan saluran undang-undang yang betul jika tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak dan bukannya bertindak melulu atas kemarahan diri.

Selain itu beliau turut menasihatkan media, agar melaporkan perkara yang betul supaya tidak menimbulkan kemarahan rakyat yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

"Media pelu elak putar belit. Jangan sengaja bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu agama dan perkauman sehingga mengancam keselamatan seseorang," katanya.

harakahdaily/-

ISA: Najib mahu tunjukkan dia bos

Posted: 19 Sep 2011 11:44 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Datuk Seri Najib Razak dipercayai cuba menunjukkan kepada Umno dan Kabinet Malaysia bahawa dia adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Ini kerana, reaksi dari pihak Umno dan Kabinet mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbincangan serta keputusan dibuat oleh beberapa 'inner circle'(kumpulan terdekat).

Demikian analisa yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

"Bagi saya, dia membuat pengumuman ini atas keputusan dirinya sendiri dan para penasihatnya sahaja bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, Tan Sri Muhyidin dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir," kata beliau.

Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Tan Sri Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos," kata beliau kepada Harakahdaily.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein mengakui, Umno terpaksa memberikan penerangan kepada semua ahli-ahlinya bagi menerangkan pemansuhan ini.

Pengumuman Najib menghapuskan ISA juga dilihat mendapat tentangan dari Umno dan juga sayap kanannya, Perkasa.

Bagi Dr Dzulkefly, apa yang dibuat oleh Najib adalah cubaan untuk pergi 'ke tengah' bagi mendapat kembali sokongan Cina dan India selepas kajian menunjukkan sokongan terhadap beliau merudum teruk dari 72 peratus kepada 59 peratus baru-baru ini.

Namun, kata beliau, dia dihalang dan tidak dipersetujui oleh timbalan beliau sendiri, Muhyidin dan 'warlords' dalam Umno.

"Ketika Najib lancarkan 1 Malaysia, Muhyidin kata, dia Melayu dahulu baru Malaysia.

"Ketika dia mahu mengenepikan Dasar Ekonomi Baru (DEB), untuk digantikan dengan dasar yang lebih liberal dan tender terbuka, dia dimarahi lagi oleh Muhyidin dan juga bekas PM, Tun Dr Mahathir...sejak itu Model Ekonomi Baru (NEM) tenggelam dan NEAC pun dah dibubarkan.

"Ketika Najib memberikan kebenaran kepada Bersih 2.0 untuk berhimpun di Stadium, ia dibantah oleh Hishamudin sendiri dan akhirnya beliau dilihat sebagai pemimpin yang flip flop.

"Semua ini menunjukkan apa yang dibuat Najib tidak disepakati dalam Umno dan Kabinet tetapi dinasihatkan oleh penasihat beliau sahaja," kata Dr Dzulkefly (gambar) yang juga AJK PAS Pusat.

Sejak kebelakangan ini, kesangsian ini semakin ketara ekoran peranan yang terlalu besar yang dimainkan oleh para penasihat dan konsultan Najib melalui Pemandu.

Pemandu pula dipimpin oleh dua Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Dr Koh Tsu Koon di samping nasihat dari penasihat luar termasuk Apco.

Di bawah mereka dan pegawai Tingkat 4, Jabatan Perdana Menterilah terletaknya para penasihat Oxbridge ini yang tidak sensitif dengan perjuangan Melayu yang dikepalai oleh Muhyidin dan di sokong kuat oleh Mahathir dan Perkasa.

Mereka telah mengenepikan peranan pegawai kanan kerajaan yang hampir kesemuanya berbangsa Melayu yang berperanan besar selama ini melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Perancangan dan Koordinasi (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Saya yakin, merekalah yang terlibat dalam perancangan untuk memansuhkan ISA kononnya untuk bergerak ke tengah dan menyebabkan Najib mengenepikan peranan rakan-rakannya dalam Umno dan Kabinet," Dr Dzulkefly memberikan analisanya.

Akibat dari pertentangan ini, kata beliau, akan ada gangguan yang jelas dari segi pelaksanaan pemansuhan ini nanti dan jika tidak terkawal akta ganti yang bakal digubal nanti akan lebih zalim dari ISA.

"Dalam hal ini, Najib nampaknya nekad. Hishamudin sebelum itu berkata, ISA tidak akan dimansuh tetapi pinda sahaja. Muhyidin pula kata, ia tindakan yang betul selepas dua hari pengumuman. Mahathir pula kata, ISA tidaklah kejam sangat.

"Semacam kabinet pun tak tahu apa yang Najib umumkan itu," kata beliau.

Kini selepas pengumuman itu dibuat, Najib pula semacam tidak bersedia untuk menjadi negarawan apabila berkata, ia bukan kejayaan desakan rakyat tetapi kebaikan Barisan Nasional (BN) memahami rakyat sahaja.

"Beliau sebenarnya hanya mengambil kira kepentingan politik ketika membuat pengumuman ini bukannya mahu mengembangkan minda rakyat.

"Kalau dia pentingkan perkembangan minda rakyat, dia akan utamakan pemansuhan-pindaan ke atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti dan kolej (AUKU), di samping ISA" kata Dr Dzulkefly lagi.

Beliau juga turut berkongsi kebimbangan dengan seorang pensyarah undang-undang bahawa pengumuman ini memberikan implikasi besar kepada pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Apa pun cadangan ini mesti melepasi perbahasan di peringkat Dewan Rakyat dan Negara.

Yang penting kata beliau lagi, Najib telah mendapat habuan politik sebelum PRU ke-13.

Tidak ada jaminan bahawa dia tak akan flip-flop lagi walaupun dia berjaya membuktikan bahawa dialah bos hari ini, tegas beliau.

harakahdaily/-

Padah menyamar untuk program TV

Posted: 19 Sep 2011 11:30 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -




BEN BOYCE menyamar sebagai juruterbang di Lapangan Terbang Auckland, New Zealand pada Sabtu lalu.



WELLINGTON - Seorang lelaki yang menyamar dirinya sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan dan cuba untuk memasuki kawasan larangan di Lapangan Terbang Auckland di New Zealand mungkin merupakan sebahagian daripada lawak jenaka untuk satu program televisyen.
Bagaimanapun, polis New Zealand mendakwa perkara itu bukannya satu gurauan.
"Percubaan untuk melanggar keselamatan lapangan terbang perlu diambil perhatian yang serius," kata seorang pegawai polis, Andy Lovelock dalam satu kenyataan.
Polis berkata, seorang lelaki memasuki pekarangan lapangan terbang dengan memakai pakaian seragam juruterbang dan lencana perak di topi pada Sabtu lalu.
Dia juga didapati membawa beg bimbit yang besar.
Polis memberitahu, lelaki itu cuba memasuki kawasan larangan sebelum dia dikejar oleh kakitangan-kakitangan di lapangan terbang tersebut dan melarikan diri dengan menaiki sebuah van Toyota berwarna hitam.
Juruterbang itu, Ben Boyce yang menyedari kesilapannya berkata dalam satu kenyataan: "Saya meminta maaf berhubung semua masalah yang telah berlaku.
"Kami tidak berhasrat untuk melanggar peraturan atau menyebabkan sebarang kebimbangan atau kerisauan. Ia merupakan satu percubaan gurauan yang kami menerima sepenuhnya sebagai berlaku di tempat yang silap."
Dia dan seorang deejay radio, Bryce Anthony Casey dan penerbit program televisyen, Andrew Logan Robinson dihadapkan ke sebuah mahkamah semalam ekoran kejadian itu.
Menurut dokumen mahkamah, kesemua mereka didakwa di bawah Akta Penerbangan Awam.
Mereka didakwa memasuki satu kawasan keselamatan di lapangan terbang tersebut walaupun mengetahui ia merupakan satu kesalahan.
Ketiga-tiga mereka dibenarkan diikat jamin dan diminta tampil di mahkamah pada 18 Oktober depan. - Agensi

Kereta Ferrari putus dua

Posted: 19 Sep 2011 11:00 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -




BAHAGIAN belakang kereta Ferrari yang terputus.


LOS ANGELES – Seorang penumpang kereta Ferrari terbunuh manakala pemandunya cedera teruk apabila kereta yang mereka dinaiki putus dua setelah melanggar sebatang tiang elektrik sebelum terjatuh ke tebing curam, lapor sebuah akhbar semalam.
Penumpang itu, Basil Max Price III, 23, dari Los Angeles, tercampak dari kereta dan mati di tempat kejadian.
Pemandunya Vladimir Skortsov, 24, dari Upland berada dalam keadaan kritikal dan mendapat rawatan di Pusat Perubatan
UCLA di sini.
Polis memberitahu, Ferrari 350 M keluaran 1999 yang kini bernilai sekitar AS$100,000 (RM311,375) terjunam ke dalam tebing curam
di tepi pantai pada awal pagi
di Lebuh Raya Pantau Pasifik.
Tiang elektrik itu patah dua.
Kenderaan tersebut dilaporkan hilang kawalan semasa dipandu pada awal kelmarin.
Beberapa pegawai berkata, bekalan elektrik terputus buat sementara waktu ekoran tiang elektrik tersebut patah. – Agensi

Maut ditikam kekasih pengkid

Posted: 19 Sep 2011 09:45 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

POLIS mengangkat mayat pekerja kilang di Taman Semarak, Sungai Petani, semalam.

SUNGAI PETANI: Seorang gadis berusia 29 tahun ditemui mati di sebuah rumah di Taman Semarak, dekat sini, petang semalam dipercayai ditikam kekasihnya yang juga pengkid berusia 25 tahun yang kemudian bertindak mencederakan dirinya.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mayat mangsa yang berasal dari Yan Besar ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumah sewa mereka.

Kekasih mangsa, pengkid keturunan Siam mencederakan dirinya dengan senjata ditemui di depan rumah jiran dalam keadaan separuh sedar.

Pengkid terbabit menikam kekasihnya yang juga pekerja kilang di Bakar Arang, akibat cemburu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata mangsa dipercayai tinggal bersama di rumah itu sejak 2007 dan polis tidak menolak kemungkinan berlaku perselisihan faham antara mereka.

Katanya, mangsa ditemui berlumuran darah di ruang tamu oleh orang ramai sebelum menghubungi polis, manakala pengkid terbabit ditemui di rumah jiran dipercayai untuk meminta bantuan.

"Siasatan polis mendapati ada dua kesan tikaman menggunakan pisau di perut mangsa dan senjata yang dipercayai digunakan turut ditemui di ruang tamu rumah terbabit. Polis masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar," katanya di sini, semalam.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

berita harian/-

Mudah jadi warganegara macam beli barang e-lelong

Posted: 19 Sep 2011 09:30 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Pendedahan Menteri Bangladesh bahawa rakyat negara itu begitu mudah diberi kewarganegaraan Malaysia menimbulkan pelbagai persoalan.

Biarpun dinafikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tidak benar, namun ianya sukar diterima rakyat dikala kes demi kes berhubung pendatang asing boleh mengundi didedahkan.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, jika benar dakwaan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed bahawa rakyatnya yang bekerja di Malaysia mudah memperoleh status kewarganegaraan dan layak mengundi, bermakna untuk mendapat taraf kewarganegaraan di negara ini begitu mudah seperti membeli barang melalui internet.

"Kalau sebelumnya didedahkan oleh pihak pembangkang, sekarang didedahkan oleh laman web kerajaan Bangladesh. Kita tunggulah apa pula jawapan daripada raja lawak BN.

"Nampaknya hendak menjadi warganegara begitu mudah seperti memberi barang di dalam e-lelong," katanya.

Dalam laporan dibawa oleh Keadilan Daily sebelum ini, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina Wajed mengenai .

Maklumat laman itu mendakwa Sheikh Hasina berkata pekerja-pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Mengulas lanjut, Idris berkata negara kita sebenarnya di ambang bahaya jika warganegara boleh diberi kepada sesiapa yang sahaja, asalkan mengaku untuk memangkah Barisan Nasional.

"Apakah pemimpin negara ini sudah hilang maruah demi kepentingan kuasa dan harta sehingga menggadai maruah untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada sesiapa yang dirasakan dapat memberi keuntungan jangka pendek.

"Apakah strategi ini terpaksa dibuat kerana anak watan di negara ini sudah mual dengan kerajaan yang ada pada hari ini, maka jalan terakhirnya mendapat bantuan daripada orang luar walaupun merbahaya kepada masa depan negara," soalnya.

Harakahdaily

Kerani akaun, rakan disamun RM280,000

Posted: 19 Sep 2011 09:16 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

TAMBUN – Seorang kerani akaun, terkejut apabila kereta dinaikinya diserang dan cermin kereta hadapan dipecah kan sekumpulan penjenayah bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Tambun Permai, di sini, semalam.

Kejadian itu, menyebabkan rakannya cedera sebelum wang RM280,000 dan kereta nya dilarikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke bank untuk memasukkan duit milik syarikat berkenaan.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, kumpulan penjenayah lingkungan 30-an itu, menaiki kereta Proton Wira berwarna putih dipercayai melanggar belakang kereta mangsa, sebelum memecah kan cermin hadapan kereta dan menyamun wang tunai tersebut.

"Maklumat awal mendapati, pemandu kereta dikenali sebagai Shankar, 30 tahun turut cedera di bahagian kepala akibat terkena serpihan cermin," katanya.

Dzuraidi berkata, selepas merompak mangsa, kumpulan penjenayah terbabit meninggalkan kereta yang mereka gunakan, lalu melarikan kereta mangsa.

Difahamkan, kereta Proton Wira yang digunakan kumpulan itu, menggunakan nombor pendaftaran palsu dan pernah dilaporkan hilang.

Beliau berkata, pihak polis kini giat melancarkan sekatan jalan raya dalam usaha memberkas suspek," katanya.

sinar harian/-

Paku tertusuk ke dalam kepala

Posted: 19 Sep 2011 09:00 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -



GAMBAR X-ray menunjukkan sebatang paku tertusuk ke dalam kepala Dina.



URUMQI, China - Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina dibedah di sebuah hospital di sini untuk mengeluarkan paku sepanjang lima sentimeter di kepalanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja.
Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh".
"Dia menjerit dan kami dapat melihat lubang kecil pada kepalanya dengan darah mengalir keluar. Bapanya segera membawanya ke hospital," kata ibu Dina, Ha Mina. - Agensi

Polis tembak mati empat lelaki di Ipoh

Posted: 19 Sep 2011 08:48 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.

"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini.

Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.

Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.

Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu.

- Bernama

Rumah Mat Sabu disambar api

Posted: 19 Sep 2011 08:45 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

malaysiakini/-

Kornea mata koyak tertusuk jari sendiri

Posted: 19 Sep 2011 08:40 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -



SITI NUR HIDAYAH menunjukkan mata kanannya yang cedera di Kuala Berang semalam.


HULU TERENGGANU – Seorang pelajar tingkatan empat, Siti Nor Hidayah Rosli, 16, cedera pada mata kanan sehingga terkoyak korneanya gara-gara tertusuk jari telunjuk sendiri pada bulan Ramadan lalu.
Akibatnya, dia terpaksa menjalani pembedahan yang memerlukan tempoh selama tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya.
Siti Nor Hidayah yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Berang dekat sini berkata, dia secara tidak sengaja tertusuk jari telunjuknya ke matanya ketika bermain dengan anak saudaranya.
"Perkara sudah berlaku dan saya terpaksa menjalani pembedahan bagi memasukkan kornea baharu yang memerlukan tiga tahun untuk sembuh sepenuhnya.
"Tahun depan saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan itulah yang paling merisaukan saya jika mata saya masih belum sembuh," katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan kewangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Terengganu di rumahnya di Kuala Berang di sini semalam.

10 lagi IC palsu siri kedua didedah

Posted: 19 Sep 2011 08:25 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Sept: Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.

Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan.

Mengulas lanjut beliau berkata, beliau tidak mahu menentukan mana satu kad pengenalan yang palsu namun menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menentukan mana yang palsu dan mana yang benar.

"Saya juga mohon kepada pemilik kad pengenalan sebenar agar dapat menampilkan diri membuat penjelasan.

"Saya percaya ada pihak tertentu telah membuat manipulsi terhadap kad pengenalan sebenar ini bagi tujuan pilihanraya," katanya.

Sehubungan itu juga beliau mahu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang masih membisu seribu bahasa tampil menjelaskan perkara itu kerena mereka lebih maklum mana kad pengenalan yang benar dan mana yang palsu.

harakahdaily/-

Mansuh ISA: Kerajaan iktiraf Pakatan Rakyat

Posted: 19 Sep 2011 08:20 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] - 



KUALA LUMPUR, 20 Sept: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah hasil perjuangan parti pembangkang yang membawa suara rakyat kata Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Katanya, peranan pembangkang yang konsisten menyuarakan perjuangan rakyat yang menjadi mangsa kezaliman ISA dan akta-akta yang melanggari prinsip-prinsip kebebasan dan hak asasi manusia telah menyebabkan kerajaan BN akur dan menginsafi akan peranan pembangkang didalam dan diluar parlimen.

"Pemansuhan ISA dan penyemakan akta-akta yang dianggap "decronain" oleh Perdana Menteri pada malam perayaan 16 September 2011 adalah satu pengiktirafan peranan parti pembangkang dalam melaksanakan apa yang dikatakan "check and balance" dalam sebuah negara yang mendakwa mengamalkan sistem demokrasi.

"Pengumumuan Perdana Menteri yang bersedia memansuhkan ISA dan akta-akta draconian yang lain adalah merupakan anjakan paradigma minda rakyat yang memperakui peranan instuisi pembangkang dalam sebuah negara yang sedang berjuang untuk menyuburkan sistem demokrasi seperti Malaysia," katanya.

Sehubungan itu, beliau yakin rakyat negara ini telah membuka mata mereka untuk mengiktiraf kemenangan mereka sendiri melalui perjuangan yang dibawa Pakatan Rakyat.

Apa yang lebih penting katanya, rakyat perlu memberi komitmen berterusan kepada Pakatan Rakyat untuk melaksanakan perubahan total dalam pilihanraya akan datang.

PRU 13 dipercayai sebelum Hari Natal

Posted: 19 Sep 2011 08:00 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -



DIPERCAYAI Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan sebelum Hari Natal 25 Disember akan datang.
Tanda-tanda pilihan raya sudah hampir berdasarkan perlantikan pengurus pilihan raya bagi Parlimen sudah pun dibuat.

Sudah ada pegawai pengurus pilihan raya itu telah menerima perlantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.

Seorang daripadanya memberitahu saya, dia sudah menerima perlantikan itu.

Dia tidak diberitahu bila pilihan raya itu akan diadakan kerana tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi dia menunggu arahan bila latihan persiapan akan diadakan.

Dengan maklumat itu dapat diduga bahawa pilihan raya sudah hampir.

Ia adalah tanda awal selepas jenteri pilihan raya BN sudah selesai mengadakan pilihan raya olok-olok dan Perdana Menteri sudah pun menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan persiapan jentera pilihan raya partinya.

Apa pun ia tidak mungkin diadakan sebelum bulan Disember, pertama disebabkan latihan bagi pegawai pengurus dan lain-lain kaki tangan bagi peti undi belum bermula.

Ia tidak mungkin dibuat sebelum Oktober kerana menjelang Oktober rombongan haji ke Mekah mula berangkat.

Tidak ada kemungkinan pilihan raya itu akan diadakan dalam musim haji kerana Suruhanjaya Pilihan Raya pernah ada pengalaman mengadakannya dalam musim haji dalam tahun 1980an dulu.

Ada calon dari Wanita UMNO Pulau Pinang yang sudah berada di Tanah Suci terpaksa balik kerana bertanding. Ia satu kesalahan bagi ibadat haji bagi jamaah yang sudah berada di Mekah kembali ke tanahair sebelum mengerjakan haji.

Tindakan kerajaan bersetuju mengadakan pilihan raya dalam musim haji itu adalah perampas hak pengundi yang mengerjakan haji dari melakukan tanggungjawab menentukan wakil dan kerajaan yang hendak dipilihnya.

Beribu-ribu jamaah haji telah hilang peluang mengundi dan mereka hanya mengikut perkembangannya dari jauh.

Jamaah yang malang itu adalah pengundi bagi calon PAS dan BN khususnya UMNO. Mereka saja yang menunaikan haji.

Ia tidak menjejaskan pengundi DAP dan lain-lain pengundi BN bukan Islam. Tindakan itu merugi pengundi Islam saja. Jelaslah tindakan itu bersifat merampas hak orang Islam.

Menjelang pilihan raya itu saya pernah menulis rencana menyeru umat Islam yang bercadang untuk menunaikan haji tahun itu membatalkan hasratnya ke Mekah kerana mengundi itu lebih aula. Ia hanya berlaku empat atau lima tahun sekali dan rakyat wajib mengutamakan pengundi kerana ia menentukan kerajaan yang hendak ditegakkan. Adapun haji ada setiap tahun.

Mursyidul Am PAS sekarang, ketika itu belum menjadi Menteri Besar Kelantan telah menyokong saranan rencana saya itu.

UMNO tidak dapat memberi jawapan atas kecaman pembangkang atas kejadian itu.

Dipercaya UMNO yang membelenggu SPR tidak mahu kejadian itu berulang.

Jamaah haji hanya selsai pulang menjelang hujung bulan November. Maka selepas itu barulah pillihan raya itu akan diadakan.

Apapun ia tidak mungkin adakan hujung bulan itu kerana ia sedang dalam musim peperiksaan. Beberapa peperiksaan sekolah menengah belum selesai. Pillihan raya tidak mungkin diadakan sebelum selesai peperiksaan kerana ia melibatkan guru-guru sebagai pengendali hari mengundi dan sekolah sebagai tempat tempat mengundi.

Masalah yang besar dalam bulan Disember selalunya ia adalah musim hujan di pantai timur. Ia boleh menyukarkan jika musim hujan itu diikuti oleh banjir.

Tetapi banjir sekarang tidak lagi semestinya hujung tahun saja dan tidak saja di pantai timur. Ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa.

Bagi hujung tahun ini tiada lagi masa yang lebih baik selain dari bulan Disember, dan ia mestilah sebelum hari Krismas.

Jika tidak diadakan waktu itu, maka ia terpaksa memikirkan tahun 2012 pula.

H/daily

Lagi pembohongan dan putarbelit BN di Kedah [Siri II]

Posted: 19 Sep 2011 07:52 PM PDT

22 Syawal 1432H. [MOD] -

Apabila Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Razak diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak pelawaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin untuk berdebat, beliau menyifatkan ianya sangat wajar.

"Mat Sabu lawan Khairy macam pasukan (bolasepak) Brazil lawan Tokai (sebuah pekan kecil di Kedah)." Memang, selayaknya Mat Sabu berlawan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab sama-sama memegang jawatan Timbalan Presiden Parti.

Perbandingan yang tidak sepadan ini juga berlaku dalam Majlis Penerangan Perdana BN Kedah di Dewan Wawasan, Jitra. BN telah menyenaraikan sebahagian peruntukan Pusat yang diberikan kepada rakyat negeri ini berbanding apa yang diberikan oleh kerajaan Negeri. Antaranya bantuan kebajikan Negeri RM150 sedangkan Pusat telah memberi sehingga semaksimum RM350.

Sewaktu banjir besar melanda Kedah tahun lalu, Negeri memberi bantuan awal sebanyak lebih RM2 juta sedangkan Pusat memberi bantuan ehsan sebanyak RM20 juta. Banyak lagi fakta perbandingan yang dikemukakan kepada jentera penerangan BN tersebut.

Apabila kerajaan negeri sekarang dalam buku pencapaiannya menyenaraikan sumbangan kewangan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan bukan Melayu, mereka pun mengeluarkan pula fakta peruntukan Pusat melalui Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebanyak RM75 juta.

Membandingkan kemampuan kewangan antara kerajaan Negeri dan Pusat adalah tindakan tidak bertanggungjawab untuk menipu golongan rakyat yang jahil. Hasil negeri di zaman PAS baru di sekitar RM490 juta. Sekalipun ia jauh lebih baik dari hasil di zaman BN (sekitar 300 juta) namun mana mungkin setanding dengan hasil Pusat yang melebihi RM60 billion setahun. Semua jenis cukai dikutip Pusat, hanya secubit yang dikutip Negeri.

Perbandingan sepatutnya antara kerajaan negeri sekarang dan dahulu. Misalnya peruntukan bantuan kebajikan dahulu cuma RM100 sebulan, sekarang dinaikkan menjadi RM150 sebulan. Dahulu tiada peruntukan membiayai kebudayaan kaum, sekarang RM1.5 diperuntukkan. Dahulu tiada skim Kafalah, sekarang ada.

Sebenarnya jika perbandingan dibuat ternyata kerajaan BN dulu tewas dalam banyak perkara kerana di hampir semua jabatan negeri peruntukan bertambah akibat berlaku pertambahan hasil negeri.

Lagi isu yang dibangkitkan BN dalam program penerangannya ialah PAS tidak perlu berbangga melantik bukan Melayu sebagai Exco seperti yang tercatat dalam manifesto. Kata mereka, ia bukan pencapaian yang perlu dicatatkan kerana sudah dibuat oleh BN sejak sekian lama. "Agak kelakar.

Apakah itu satu pencapaian? Hebat sangatkah kerajaan Pakatan Rakyat melantik bukan Melayu sebagai Exco?" Itu antara yang tercatat dalam risalah propaganda BN.

Sepatutnya BN bertanya diri sendiri, mengapa perkara tersebut dicatatkan dalam manifesto PAS. Berdekad-dekad lamanya imej PAS buruk di kalangan bukan Melayu/Islam di negara ini. BN beritahu mereka jika PAS memerintah maka bukan Melayu/Islam akan terpinggir. Tiada tempat untuk bukan Melayu/Islam dalam berkongsi kuasa pentadbiran. Mereka tidak bebas mengamalkan kebudayaan kaum sendiri. Lantas PAS membersihkan diri dengan membuat penegasan dalam manifesto.

Apabila menang, janji tersebut ditunaikan. Memang ia tidak pelik bagi BN yang telah melaksanakannya tetapi ia berjaya meruntuhkan dakwaan pelik yang dibuat oleh BN selama ini terhadap PAS.

BN turut mempertikaikan sumbangan kerajaan Negeri terhadap sekolah agama rakyat yang sewaktu mereka berkuasa tidak pernah menghulurkan sesen pun. "Rakyat akan menganggap PAS berbuat begitu untuk memperalatkan sekolah agama rakyat da institusi pondok bagi kepentingan politik mereka.

Di situ pelajar ditarbiah supaya menyokong perjuangan PAS dan membenci Umno dan BN." Itu antara parasangka buruk mereka dalam percubaan mengubah minda sasaran penerangan BN.

Tuduhan tersebut adalah lanjutan dari serangan Tun Dr. Mahathir semasa berkuasanya terhadap sekolah agama rakyat. Semua institusi yang di dalamnya ada ilmu Islam, ketayap, serban dan jubah maka ia dianggap musuh Umno,

lantas ia tidak perlu dibantu. Itulah sikap Umno yang hidup penuh prejudis terhadap golongan bukan Umno. PAS tidak perlu mentarbiyah pelajar SAR untuk menyokong PAS kerana setiap orang yang ada Islam dalam jiwanya pasti akan menyokong perjuangan Islam. Hendak membuang perjuangan Islam dari golongan yang kenal ilmu Islam, samalah macam sukarnya nak membuang rasuah dari Umno. Ia sudah sebati.

Lagi tuduhan BN ialah kononnya kerajaan berbohong apabila mendakwa Kedah adalah pengeluar nenas yang kedua terbesar di Malaysia selepas Johor tetapi mereka tidak pula menyatakan kalau bukan Kedah, negeri mana pengeluar nenas kedua terbesar? Begitu juga mereka kononnya kerajaan berbohong apabila mendakwa berjaya membina pusat pengumpulan,

memproses dan mengetin buah-buahan tempatan di Sungai Petani. Mereka mendakwa kilang seperti itu tidak wujud walhal sejak Julai 2011 ia telah mula memasarkan pelbagai produk buah-buahan tempatan. Antaranya yang berasaskan buah rambutan dan mangga.

Pelik sungguh BN, cara menidakkan keupayaan kerajaan negeri ialah dengan mendakwa kerajaan berbohong tentang kewujudan sesuatu yang dibuat sedangkan perkara tersebut dilaksanakan. Berbohong dengan menuduh orang berbohong pun bohong juga namanya. Ini yang disebut pebohong besar!

kedahlanie/-

PAS TELUK INTAN

Posted: 19 Sep 2011 11:32 PM PDT

PAS TELUK INTAN


JABATAN AMAL RAYU BANTUAN

Posted: 19 Sep 2011 07:22 PM PDT


Unit Amal Kawasan Teluk Intan telah melancarkan Tabung 'Kami Peduli Yusri' bagi mengutip derma atau sumbangan bagi membantu meringankan beban Adik Yusri bin Mustajab , 17, di alamat Batu 10, Jalan Bidor, Changkat Jong, yang telah mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan pada 8 Ogos 2011/8 Ramadhan yang lalu.

Menurut Setiausaha Unit Amal Kawasan Teluk Intan Sdr. Azizi Tajuddin, kini Adik Yusri dalam keadaan kritikal serta koma di Wad ICU Hospital Ipoh. Keadaan Adik Yusri adalah seperti berikut :
  1. Separuh daripada tempurung kepalanya telah dipotong bagi mengeluarkan pendarahan dan masih belum dipasang semula sehingga keadaan otaknya stabil. Satu tiub dipasang di kepala bagi mengeluarkan cairan lebihan untuk mengelakkan komplikasi di otak.
  2. Pernafasan melalui tiub yang ditebuk di bawah leher pesakit sementara diberi melalui tiub di hidung.
  3. Kini boleh mendengar dan berkomunikasi dengan isyarat kelipan mata kiri sahaja, pergerakan seluruh anggota badan masih belum boleh digerakkan.
Sehubungan dengan itu, beliau berharap kepada orang ramai yang bersimpati agar dapat menghulurkan bantuan melalui :
  1. Sumbangan wang tunai terus kepada pihak Unit Amal Kawasan Teluk Intan melalui Tuan komander Shahrul Iman bin Mohd. Salleh atau mana-mana wakil beliau (yang membawa surat sumbangan)
  2. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun kakak kepada Adik Yusri : Marliana binti Mustajab No. Akaun BSN 08230-29-00009010-0

PAS KDAS 3

Posted: 19 Sep 2011 09:39 PM PDT

PAS KDAS 3


Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta

Posted: 19 Sep 2011 04:51 PM PDT


TEMERLOH, 19 Sept: Felda bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta dari peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangka masa terdekat.
Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1,056 orang, laporKeadilan Daily.
Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1,056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini.
"Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda," katanya.
Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman PKR, Latheefa Koya di Markaz PAS Felda Jengka 17, semalam.
(Gambar: Latheefa Koya menerima borang waran pelantikan peguam dari sekumpulan wakil peneroka Jengka sambil disaksikan Suhaimi Said.)
Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda.
"Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus.
"Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus.
"Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka," kata Suhaimi.

ISA: Najib jgn ckp kosong

Posted: 19 Sep 2011 04:50 PM PDT

Sejarawan perlu bebas dari kepentingan politik pemerintah

Posted: 19 Sep 2011 04:50 PM PDT

Husam saman Kickdefella RM5 juta

Posted: 19 Sep 2011 04:49 PM PDT

 KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.
Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.
Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.
Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT' pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel 'SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN' yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel 'HUSAM ITU PEMBOHONG' pada hari Ahad 3 Julai 2011.
Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.
Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.

Dalam hati saya hanya ada PAS - Hassan Ali

Posted: 19 Sep 2011 04:44 PM PDT


KUALA LUMPUR, 19 Sept: AJK PAS Pusat yang juga Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyatakan beliau tetap akan bersama PAS dan tidak berminat untuk menyertai Umno.

Beliau berkata, tiada sebab untuk beliau menyertai Umno yang disifatkannya sedang "nazak dan hampir karam".
"Dalam hati saya hanya ada perjuangan Islam (PAS), bukan Umno.

"Untuk apa saya buat begitu (masuk Umno) sedangkan Umno dalam keadaan nazak, jentera dan kapalnya semua hampir tenggelam," katanya tegas.

Beliau berkata demikian sebagai menafikan spekulasi yang ditimbulkan dalam blog bahawa beliau akan meninggalkan PAS dan menyertai Umno dalam masa terdekat.

Menurut beliau yang menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah jahat terhadap dirinya, PAS tetap pilihannya kerana beliau yakin dengan perjuangan PAS kerana dasar perjuangan Islam parti itu yang berpandukan berpandukan Al-Quran dan Al-sunah, Ijma' Ulama dan Qias.

"Semenjak cerita bohong ini disebarkan dalam blog dan laman sesawang facebook saya telah menerima 15 panggilan telefon dan 25 SMS megenai hal tersebut.

"Semua buang masa, dan lebih baik saya beri tumpuan dengan kerja pentadbiran kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) untuk pertingkatkan ekonomi negeri Selangor, " katanya lagi.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Gombak semalam.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Shari Sungib, pimpinan Pakataran Rakyat Selangor dan AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Sementara itu beliau sekali lagi turut menafikan dakwaan bahawa ada berjumpa dengan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menyatakan hasrat menyertai Umno.

"Saya harap  provokasi murahan yang dilemparkan terhadap saya dapat menenangkan semua rakyat. Yakinlah saya tetap dengan perjuangan PAS dan terus berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat sehingga akhirnya bagi menentang kezaliman Umno BN," tegasnya.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Sep 2011 09:23 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Desak tahanan ISA dibebaskan

Posted: 18 Sep 2011 11:48 PM PDT



Desak tahanan ISA dibebaskan
Sinar Harian 19 Sep 2011

KUALA KLAWANG - Kerajaan perlu membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika akta berkenaan dimansuhkan.

Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, tahanan berkenaan sepatutnya terbebas secara automatik sekiranya undang-undang ISA tidak lagi diguna pakai.

Menurutnya, sejak akta itu diberitakan dimansuhkan, sehingga kini tiada seorang daripada tahanan ISA dibebaskan.

"Sekiranya akta berkenaan tidak lagi diguna pakai, maka tahanan berkenaan wajar dibebaskan secepat mungkin.

"Pas dan Pakatan Rakyat telah lama menyuarakan pandangan untuk memansuhkan akta ISA dan saranan ini juga terdapat di dalam Buku Jingga," katanya.

Namun begitu katanya, Pas dan PR akan mengambil tindakan tunggu serta lihat kerana kita sedia maklum bahawa ada akta baru akan digubal bagi menggantikan ISA yang akan dibentangkan di Parlimen akan datang.

"Kita mahu lihat apakah akta baru ini sama seperti ISA, bersifat mengongkong atau tidak, memberi keadilan atau tidak dan sama ada ia bersifat melindungi atau tidak.

"Kepimpinan Pas Jelebu bersetuju dengan pemansuhan berkenaan, namun apa dinantikan adalah kemunculan akta baru yang bakal dibentangkan di parlimen," katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9542776.asp

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'

Posted: 19 Sep 2011 09:10 PM PDT

PAS KAWASAN PASIR SALAK : 'Tawan DUN Kg.Gajah & DUN Sg.Manik @ PRU13'


Ceramah Umum Isu Semasa di Pasir Salak

Posted: 19 Sep 2011 04:03 AM PDT

PAS Kawasan Pekan

Posted: 19 Sep 2011 07:49 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


Posted: 18 Sep 2011 08:11 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 19 Sep 2011 04:19 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


'ORANG PUTIH ADALAH PENJAJAH!' DALAM ASTRO

Posted: 19 Sep 2011 07:08 AM PDT

aIK?!? Dalam TV OASIS jam 10 mlm tadi bertarikh 19 September 2011 ada drama hebat ulangan kisah semangat orang Melayu yang terlalu kuat hingga tengok orang Putih dah benci sangat. Tajuk citer "CUCU TOK WAN".
Ringkasnya dalam drama itu TOK WAN (Guru Silat) yang Melayu ini sangat dalam sifat keMelayuannya dan tidak layu kerana ada ilmu silat yang banyak dan ada murid pula.
Dia membenci secara mengkinzir buta anak lelakinya yang pergi merantau ke England dan kahwin dengan orang British di sana. Bila cucu hasil perkahwinan anak lelaki itu tiba2 hadir ke kampung maka beranglah Tok Wan dengan kejadirannya itu.
Pihak ASTRO tak faham ke yang Kerajaan BN melalui profesor kangkungnya kata mana ada Malaysia dijajah?

IMAM MAJID SAHKAN FILEM BUKIT KEPONG TU BOHONG

Posted: 19 Sep 2011 12:02 AM PDT




Imam Majid(PKMM) Pejuang Kemerdekaan? Siapa yang Menipu...

Abdul Majid Salleh atau lebih dikenali sebagai Imam Majid menyambut mesra kehadiran kami dengan senyuman walaupun keadaannya tidak mengizinkan. Beliau merupakan tokoh yang disegani khususnya dalam memperjuangkan kemerdekaan.Beliau sangat aktif bergiat dalam mempertahankan hak asasi seperti Kesatuan Sekerja. Beliau adalah tokoh terpenting dalam mengasaskan PKMM sebab itu beliau pernah menjadi Pimpinan Kanan PKMM. Malangnya, Imam Majid telah luput ditelan zaman. Bakti dan sumbangannya tidak pernah dinobat dan dihebahkan. Sumbangannya hanya tertulis dibuku- buku usang yang tersimpan digebuk- gebuk. Generasi ke generasi mengabaikannya, apatah lagi generasi muda yang lebih kenal Hazama AF.

Imam Majid pernah ditawarkan untuk menjawat jawatan Menteri di Singapura. Beliau pernah berjuang dengan Mat Indera di Johor sebagai Setiausaha.
Tuduhan komunis terhadap Mat Indera dianggap sebagai "melampau".

Beliau pernah menjadi rakan sejawat dengan Mat Indera, dan Imam Majid menyifatkan Mat Indera sebagai pejuang yang berani. Menurut anak Imam Majid, jika ada tayangan filem Bukit Kepong di tv, beliau akan berkata, "bohong"!! dan beliau akan terus menceritakan hal sebenar yang berlaku di Bukit Kepong. Kasihan kami melihat keadaan Imam Majid yang telah dilupakan. Hanya tinggal di rumah sewa. Tiada anugerah dari Kerajaan. Paling tidak hadiahkanlah tanah kerana beliau tokoh yang berpengaruh suatu ketika dahulu.

Inilah bahananya jika UMNO terus mengadakan propaganda yang tidak berasas, lantas pelbagai lapisan masyarakat sekarang ini sedang membuka helaian demi helaian sejarah kemerdekaan seterusnya membuka rahsia penipuan yang selama ini ditaja oleh UMNO. Bak kata pepatah, "SARANG TEBUAN JANGAN DIJOLOK" kan dah lebam- lebam. Wahai tentera- tentera Allah teruskanlah berjuang demi mendaulatkan Agama Islam di muka bumi...TAKBIR!!!!
Dicatat oleh Teratak Kampung

Butiran lanjut lihat
http://teratakkampungku.blogspot.com/2011/09/imam-majidpkmm-pejuang-kemerdekaan.html?spref=fb

HENTAM KEROMO PAPAGOMO KITA BUAT 'DONO'

Posted: 18 Sep 2011 05:46 PM PDT

Selepas Papagomo mengeluarkan video baru jam 10pagi hari Jumaat lalu, beberapa blog pro-Pakatan Rakyat telah mengeluarkan hujah masing-masing bagi menyangkal dakwaan blogger Papagomo. Edyes tidak menolak usaha baik sahabat-sahabat blogger yang bangkit memberi penerangan kepada rakyat terbanyak mengenai apa yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim - sememangnya Fitnah !

Namun begitu tahukah anda, Buletin Utama hanya mengambil masa selama 2 minit setengah untuk keudarakan pendedahan terbaru Papagomo? Ini memberi gambaran yang jelas betapa pendedahan Papagomo itu sebenarnya tidak cukup kongkrit, malah hanya memberi 'backfire' kepada pihak regim. Overkill akan memberi kesan backfire yang lebih effective berikutan kes ini adalah cukup lucah.

Pendirian Edyes mudah - Mengapa perlu kita percaya kepada Eskay atau Rahim atau Datuk Trio, yang sememangnya dari awal didapati menipu?

Jangan kita lupa ketika sidang akhbar pertama yang menampilkan Datuk T, Eskay telah membuat pengakuan bahawa dia berada di tempat berlakunya aksi seks tersebut dan lokasi yang disebut ialah sebuah hotel di sekitar Kuala Lumpur.

Dalam buku FITNAH yang diterbitkan oleh SAMM, tulisan che'GuBard dan Edyes, telah dinyatakan dalam pertikaian pertama yang menyebut pengakuan Eskay mengenai lokasi kejadian iaitu di hotel. Hari ini, pendedahan video terbaru yang tersiar dalam blog papagomo dan Buletin Utama sebentar tadi menyatakan lokasinya ialah sebuah apartment di Ampang. Jelas dan nyata ia bercanggah !

Jadi mengapa perlu kita percaya sesuatu yang jelas bercanggah ? Kalau di mahkamah, sudah tentu awal-awal lagi pendakwaan ditolak... Maksud Edyes mahkamah yang adil.

Kalau nak pertikai sekalipun, memang banyak yang boleh dipertikai contohnya bagaimana baju gelap dan seluar gelap Eskay menjadi terang sedangkan talipinggangnya tidak pula bertukar menjadi warna terang. Masa masuk dan keluar lif juga boleh dipertikai, pakaian Anwar Ibrahim juga boleh dipertikai. Tetapi mengapa perlu terus dilayan lagi fitnah ini?

Oleh demikian, untuk rujukkan bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim difitnah dari Fitnah Liwat I hingga ke Fitnah ketiga iaitu skandal videoseks, dapatkan senaskah buku bertajuk FITNAH terbitan SAMM. Kepada yang belum memiliki dan ingin memiliki buku tersebut, sila klik di http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/09/fitnah-buku-terbaru-terbitan-samm-kini.html untuk mendapatkannya. Buku wajib dimiliki kerana di sinilah perlawanan bermula.

Ayuh tolak politik lucah !!


EDYES @ edyesdotcom

PAS BANGI 3

Posted: 19 Sep 2011 04:02 PM PDT

PAS BANGI 3


sekitar majlis idulfitri 1432 di stadium sect 15

Posted: 18 Sep 2011 05:47 PM PDT



gerai laksa sect 3




boss laksa...






Hj Dawam turut hadir


licin dah...


hujan pulak turun...






hujan yang mencurah-curah...




tapi makan tetap on.... dah hujan, makin lapar la kan...





bila hujan reda, makan-makan kembali rancak...

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 19 Sep 2011 03:34 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


CERAMAH PERDANA DAN CERAMAH UMUM DI DUN KEMASIK

Posted: 18 Sep 2011 08:09 PM PDT

Ustaz Alias, Pengarah PAS DUN Kemasik ziarahi mangsa ribut di FELDA Kerteh 5 & 6

Posted: 18 Sep 2011 07:29 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 19 Sep 2011 11:47 AM PDT

Batu Gajah Mari


PANAS!! Amer Bekas Ahli Kumpulan Ruffage Sertai PAS?

Posted: 19 Sep 2011 04:03 AM PDT



Amer Munawer, atau lebih dikenali dengan panggilan Amer Ruffage. Bekas ahli kumpulan Ruffage yang terkenal dengan lagu 'Khalayan' dikatakan sudah meninggalkan dunia hiburan sebagai artis yang penuh glamor. Amer juga dikatakan menganggotai kumpulan tabligh di Alor Setar untuk mendalamkan lagi ilmu agama.

Amer juga dikatakan sibuk dengan perniagaan baru dalam bidang daging segar, dan lebih menumpukan diri dalam bidang keagamaan. Sertai menyertai kumpulan nasyid untuk membuat album baru.

Aku ada berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Amer, dan berbual agak panjang mengenainya. Keluarga Amer ni keluarga yang agak berada, mempunyai perniagaan yang agak besar di dan Kuala Lumpur.

Abangnya seorang ahli perniagaan, yang seorang lagi masih lagi dibidang muzik (pengiat muzik undergroud) dan juga seorang kakak yang bekerja di luar negara.

Amer kini lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan mendalamkan ilmu agama. Cuma keluarga Amer ni lebih berat kearah pembangkang. Salah seorang dari pakciknya juga diantara kroni Anwar Ibrahim dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Kuala Lumpur.

Bapanya yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof dikatakan seorang ahli Pas dan aktif di dalam parti.

Ada yang kata Amer perjuangannya berat kearah pihak Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Samaada tuduhan ini benar atau tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.

Mungkin dia baru masuk, dan masih belum menunjukkan taringnya..siasahkini

Jasindaily Online

Posted: 19 Sep 2011 09:14 AM PDT

Jasindaily Online


MAJLIS RUMAH TERBUKA PAS NEGERI MELAKA

Posted: 19 Sep 2011 06:32 AM PDT

ZIZAN RAJA LAWAK PERLU BERTAUBAT DAN MOHON MAAF

Posted: 19 Sep 2011 06:30 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 19 Sep 2011 09:02 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


1 Ogos 2009 : Video bukti BN pertahankan ISA

Posted: 19 Sep 2011 06:13 AM PDT

KHIDMAT MERU

Posted: 19 Sep 2011 09:02 AM PDT

KHIDMAT MERU


MAJLIS MAKAN MALAM PERSATUAN

Posted: 19 Sep 2011 07:13 AM PDT











YB Dato Teng Chang Kim dan YB Dr Hj Abd Rani adalah diantara pimpinan yang telah dijemput untuk bersama masyarakat Cina dalam Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Persatuan Peniaga Cina Klang.

Dalam ucapannya YB Dr Rani sempat membaca beberapa ayat Al Quran yang menyentuh tentang perdamaian dan persefahaman diantara pelbagai kaum dan bangsa yang telah berkurun lamanya diajar oleh agama Islam.

Bukan setakat dibaca, malah isi kandungan Al-Quran itu telah dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.







WACANA ILMIAH KEMERDEKAAN DI SHAH ALAM

Posted: 18 Sep 2011 04:02 PM PDT



















Satu Wacana Ilmiah Mengenai Kemerdekaan telah di adakan di Balairaya Orangramai di MBSA malam kelmarin.

Kehadiran dan ulasan mengenai erti perjuangan dan kemerdekaan yang di perjelaskan oleh Yang BebahagiaDato Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Ann Wan Seng, Prof Badlisham dan Dr Sufian telah memberikan gambaran yang jelas mengenai pelbagai permasaalahan yang dikemukakan.

YB Dr Rani dalam ucapan penutupannya selain mengalu-ngalukan kehadiran ahli-ahlipanel dan moderator juga mengalu-alukan kehadiran adinda kepada As-Syahid Mat Indera, ia-itu Encik Baharom Shah bin Indera.

Menurut Dr Rani, gejala melabelkan pimpinan dan perjuangan Islam bukanlah perkara baharu tetapi telah di praktikkan lama oleh musuh-musuh Islam.


















RAKYAT MEMBANJIRI RUMAH TERBUKA

Posted: 18 Sep 2011 03:25 PM PDT



















Rakyat di Sungai Besar tidak melepaskan peluang untuk bermesra dengan pimpinan Pakatan Rakyat mereka apabila mereka membanjiri setiap majlis perhimpunan rakyat yang dianjurkan.

Dalam sambutan Rumah Terbuka yang diadakan oleh Pas Kawasan Sungai Besar , digandingi dengan kerjasama Kelab KEBAP sekali lagi rakyat berbilang kaum dan dari berbagai lapisan masyarakat telah menghadirkan diri mereka dalam majlis tersebut.

YB Dr Rani dan YB Ng Swee Lim adalah tetamu-tetamu istimewa yang memeriahkan lagi suasana keharmonian tersebut.

Dalam ucapannya YB Ng menegaskan bahawa dia akan gagal sebagai wakil rakyat sekiranya dia hanya mengambil berat tentang nasib orang-orang Cina sahaja, tetapi sebaliknya beliau adalah wakil rakyat kepada semua kaum yang telah memberi kepercayaan kepada nya.

Dr Rani pula menegaskan keharmonian dan kerjasama diantara kaum walau dari berbilang kaum dan berbilang bangsa dan agama memang telah lama diabadikan dalam Al-Quran dan dipraktikkan oleh Rasulullah saw.















Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 19 Sep 2011 08:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


SUKANEKA PASTI & SAMBUTAN AIDILFITRI MERIAH

Posted: 18 Sep 2011 11:27 PM PDT

LAPORAN POLIS OLEH DPPK TERHADAP ZAINAL KLING

Posted: 18 Sep 2011 08:37 AM PDT

DPPK NAFI KENYATAAN PEMUDA UMNO PERAK

Posted: 18 Sep 2011 08:21 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan