Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak digesa membebaskan semua tahanan ISA yang sedang ditahan di Penjara Kamunting sebagai langkah keikhlasan pertama ekoran pengumuman beliau untuk menghapusan akta tersebut.
Amat dikesali kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA kini akan kekal ditahan sehingga dua akta baru menggantikan ISA disiapkan.
Dua akta itu pula hanya akan dibentangkan tahun depan mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan semua ini menambahkan perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib semalam.
Seharusnya Menteri Dalam Negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin sebagai langkah keikhlasan dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan beliau.
Jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas.
Kita yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik seperti yang berlaku pada 6 ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - samada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan.
Di samping itu, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran PM mengakui terdapat kepincangan dalam akta draconian tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.
Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf kepada bapa-bapa negara yang lalu kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini, sebaliknya Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional.
Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan samada dari sudut mental, fizikal maupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini.
Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat
Esok Jamuan Raya Peringkat DUN Kuala Sapetang dibuat di Taman Mewah Kamunting.Izin Tuhan DS Nizar akan berada di Taman Mewah bertemu masyarakat DUN Kuala Sapetang.
DS Nizardijadualkan berada di situ dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Selamat berjumpa!
KUALA PILAH – Penduduk Kampung Baru Lanjut Manis mendakwa berdepan kesulitan berulang-alik ke rumah mereka berikutan laluan berkenaan becak setiap kali selepas hujan kerana tidak berturap sehingga kini.
Seorang penduduk, Saedun Hussin, 45, berkata, sejak 2008, kami membina rumah di sini namun sehingga kini jalan itu masih belum diturap.
Menurutnya, kami berdepan kesukaran apabila setiap kali hujan lebat.
"Kenderaan memang tidak boleh melalui jalan itu kerana becak dan licin sehingga menyebabkan kami terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumah," katanya.
Saedun berkata, agak terkilan apabila dimaklumkan kepada pihak berkaitan, namun ia masih lagi dipandang sepi.
"Saya sudah memberitahu kepada pihak berkaitan berhubung masalah ini, tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan dilakukan.
"Saya dan penduduk lain terkilan kerana masih menanti jalan penyelesaian yang cuba dilakukan dan tidak sabar menyelesaikan masalah ini terutama kesulitan dihadapi pelajar sekolah yang terpaksa berdepan debu atau becak ketika musim hujan," katanya.
Katanya, anak-anak juga berdepan masalah kesulitan hendak ke sekolah kerana jalan berlumpur.
"Walaupun jalan ini diletakkan batu kerikil di merata tempat, tetapi tanah ini tetap berlumpur dan becak setiap kali hujan.
"Kadang-kadang anak-anak terpaksa memakai selipar terlebih dahulu untuk keluar dari rumah sebelum sampai ke sekolah. Oleh itu, saya berharap pihak berkaitan dapat memandang serius masalah ini demi kesejahteraan lima keluarga yang ada di sini," katanya.
Pemuda PAS dedah pengundi 'Mykad palsu' setiap hari
Mulai hari ini, Pemuda PAS akan mendedahkan setiap hari, 10 pengundi yang didakwa didaftar dengan 'MyKad palsu', dalam usahanya untuk memberi tekanan terhadap kerajaan supaya menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat penyelewengan pilihan raya. Ramai nama pemegang MyKad seumpama itu telah dibuang dari senarai daftar pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak dua bulan lepas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat turut menggesa kerajaan segera mendakwa mereka yang bertanggungjawab mengeluarkan 'MyKad palsu' untuk memanipulasi pilihan raya.
Setiap pengundi ini, kata Suhaizan, mempunyai nama yang sama dengan pengundi lain, tetapi nombor MyKad berbeza sedikit. Mereka ini dikenali sebagai 'pengundi klon'.
Nama mereka tersenarai dalam daftar pengundi, tetapi dibuang sebaik sahaja didedahkan oleh PAS.
Ada antara mereka yang tidak mempunyai alamat dalam rekod mereka dan ini dikesan dalam lamanweb SPR sebelum nama mereka dibuang.
Motif di sebalik pengeluaran KP
Pemuda PAS mengesyaki MyKad yang dikeluarkan kepada Mereka adalah palsu, bagi membolehkan mereka mengundi dua kali dalam pilihan raya.
Satu contohnya ialah Shodah binti Abdul Rahman, yang mempunyai dua pendaftaran dalam senarai daftar pemilih, dengan dua nombor Mykad yang hampir sama - 550620055800 dan 560620055412 - di kawasan Parlimen Titiwangsa.
Selepas Pemuda PAS mendedahkannya kepada pihak media, SPR telah membuang pendaftaran kedua (560620055412) dari senarai daftar pemilih.
Suhaizan memberitahu sidang akhbar semalam bahawa pihaknya telah mengesan lebih 10,000 kes seumpama itu dalam daftar pemilih yang telah diwartakan.-MK
P/S:(Admin) isu ini dilihat tenggelam timbul saja.. langkah yang lebih drastik dan berkesan perlu diambil, dan desakan yang berterusan sekiranya perlu..kalau boleh, usulkan satu bentuk akta keselamatan untuk menangani masalah salah laku dan pinda maklumat negara. ,bukan main senang ja depa dok bedak(bahagi-bahagi) orang..merbahaya dengan peningkatan mendadak populasi penduduk malaysia secara tidak terkawal..takut lama-lama bertambah pelbagai bangsa lagi dalam malaysia nih..yang paling utama isu kewarganegaraan dan daftar pengundi menjadi benteng yang perlu dipertahankan oleh seluruh warga malaysia bagi kemakmuran mendatang. sekian.
REMBAU – Seorang warga emas tidak dapat melupakan detik cemas diterkam penyamun ketika nyenyak tidur dan bergelut selama beberapa minit dalam kejadian pecah rumah kira-kira jam 5 pagi, semalam.
Warga emas berkenaan, Kamariah Arifin, 80, dari Kampung Air Hitam, Chembong berkata, kejadian pecah masuk rumah itu merupakan kejadian kali ketiga berlaku sejak 2004 di mana majoritinya berlaku pada awal pagi.
Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal dan tidur sendirian terperanjat apabila diterkam penyamun.
"Saya sempat menjerit dan menendang-nendang penyamun sebelum mata dan mulut ditutup menggunakan tangan penyamun. Saya juga diarahkan untuk mendiamkan diri.
"Saya tidak tahu berapa orang penyamun yang ada di dalam rumah ketika itu tetapi percaya jumlahnya lebih daripada seorang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Kamariah berkata, susulan pergelutan itu, bajunya turut terkoyak di bahu lengan kiri dan kanan serta di pipi kanan terdapat kesan calar dipercayai terkena kuku salah seorang penyamun.
"Ketika pergelutan, penyamun berjaya membawa lari seutas rantai emas yang telah terputus dua dan gelang emas yang keseluruhannya bernilai hampir RM10,000 serta satu telefon bimbit.
"Saya percaya penyamun berkenaan masuk ke kediamannya melalui tingkap di bahagian dapur dan terdapat kesan roboh di pagar rumahnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.
17 September 2011, Sambutan Hari Malaysia & Perbaris an sempena Merdeka peringkat Daerah Pekan, Pahang telah dilaksanakan di Padang Utama Daerah Pekan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS Kawasan Pekan dijemput menghantar kontigen seramai 40 orang peserta pada perbarisan merdeka kali ini.
Alhamdulillah, peserta kontigen PAS hadir seramai 42 orang dan yang paling menarik pada tahun ini Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan juga sudi untuk bersama menyertai kontigen PAS Kawasan pada kali ini.
Ucapan Perasmian perbarisan Menteri Besar Pahang dibacakan oleh Pegawai Daerah Pekan pada hari tersebut. Dalam ucapan MB pada hari tersebut, beliau mengakui bahawa negara kita pernah dijajah British dan sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membuktikan kita pernah dijajah. Ucapan MB besar tersebut jelas menunjukkan bahawa UMNO juga mengakui negara pernah dijajah British.
PAS sejak dahulu lagi mengakui negara memang dijajah Jepun dan British. Namun apa yang menjadi kemuskilan dan rasa tidak puas hati PAS apabila ramai nama-nama besar pejuang kemerdekaan seperti Dr. Borhanurdin El Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbung dan ramai lagi penjuang berhaluan kiri dilupakan begitu sahaja. Nama-nama besar inilah pejuang sebenar kemerdekaan kerana sikap tegas mereka terhadap penjajah demi maruah dan kedaulatan negara.
Kontigen PAS Kawasan Pekan, mendapat pujian dan tahniah daripada ramai peserta lain pada hari tersebut kerana kesungguhan hadir menyertai perbarisan. Kontigen PAS kali ini juga disertai oleh muslimat PAS seramai 8 orang dan kali ini uniform berwarna hijau dipakai bagi menunjukkan keseragaman.
Semasa perbarisan hurmat melintasi pentas utama, Kontigen PAS mendapat tepukan gemuruh dari para penonton yang teruja dengan kehadiran Kontigen PAS Pekan. Ini menunjukkan ramai masyarakat telah menerima PAS berada dalam program kemasyarakatan dan usaha ini perlu diteruskan bagi memastikan diterima masyarakat.
Perbarisan berakhir sekitar jam 10.45 pagi. YDP PAS Kawasan Pekan merakamkan ucapan terima-kasih kepada ahli-ahli PAS yang hadir menyertai perbarisan mewakili kontogen PAS pada kali ini.
Sebelum ini Mufti Perak, Harussani ada berkata beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.
Agak lama Mahathir ingin membalas balik perkara tersebut. Hari ini Mahathir menafikan Harussani pernah menasihati. "Meskipun jika mufti menasihati saya, dan saya menafikan beliau ada berbuat demikian, saya tidak dapat menerima nasihat seperti itu," kata Mahathir.
Mahathir juga mengutuk Harussani dengan berkata kemungkinan mufti terbabit boleh menerima seorang yang tidak bermoral sebagai pemimpin, tetapi bukan beliau.
"Maafkan saya, saya memegang tanggungjawab sebagai satu amanah, kepercayaan dan saya tidak bersedia untuk menerima seorang yang tidak bermoral sebagai Perdana Menteri.
Barangkali Mahathir bukannya pernah dan nak dengar orang agama menasihatinya. Kita juga pernah mendengar hukum agama pun dia permainkan!!
Yang Menteri sorang ni tiba-tiba rasa hanya bersumpah orang akan percaya cakap dier?
"Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.
"Saya berani bersumpah kalau mereka berani," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama itu pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit. -Hrkh Aku harap sangat apa yang dia sumpahkan tu betul. Tak pa
CAJ 6 % TELCO DITANGGUH SEPATUTNYA DIMANSUH ? KINI AKTA ISA NAK DIMANSUH ...ALHAMDULILLAH PADA STATEMENT ITU .. PERLAKSANAAN BELUM LAGI DAH ADA CADANGAN NAK BUAT KLON ATAU AKTA BARU PULA? WALAUBAGAIMANA PUN KITA BERSYUKUR PADA ALLAH KERANA PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT MELALUI BUKU JINGGA MEMANG UMNO DAH TERASA.
Najib: ISA dimansuh, tiga proklamasi darurat dibatal
KUALA LUMPUR, 15 Sept — Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.
"Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.
"Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus," kata beliau dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia malam ini.
Kata beliau, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara," kata Najib.
Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.
"Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," kata beliau.
Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Malah menurut beliau, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu.
"Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa," kata beliau sambil menambah, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
Selain itu Najib juga mengumumkan bahawa:
- Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
- Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
- Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.-TMI
Reaksi Tok Guru Nik Aziz yang dipetik dari Facebook beliau...
Saya ditanya tadi oleh wartawan tentang pengumuman pemansuhan ISA. Saya katakan, setelah berpuluh ulama ditahan di bawah akta zalim ini, kerajaan baru menyedari ISA perlu dimansuh?
Adakah hari ini keadaan sudah aman sehingga ISA boleh dimansuh?Jika begitu, tidak benarlah apa yang digembar-gembur sebagai ancaman terhadap perpaduan dan usaha menghidupkan semula ideologi komunis pada hari ini?
Atau sememangnya ISA sejak dahulu lagi sebenarnya zalim atau apa yg digembar-gembur sekarang hanyalah khabar angin sahaja?
ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim menyatakan kemungkinan Najib melakukan hal ini sekarang setelah 3 tahun mengambil alih jawatan Perdana Menteri adalah untuk memancing sokongan rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke 13, yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.
"ISA telah digunakan berpuluh tahun untuk menunduk dan menganiaya mangsa. (Persoalannya) mengapa sekarang? Ini mungkin berkaitan Pilihan raya dan (Sokongan) Mungkin lemah. Beliau (Najib) nak dapat sokongan rakyat, kena buat sesuatu," kata beliau ketika ditemui TV Selangor semalam. Bekas Tahanan ISA yang dianggap subversif oleh Kerajaan Pusat menyambut baik pengumuman memansuhkan akta 'kejam' itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Bagaimanapun mereka memberi amaran agar berwaspada dan berhati- hati terutamanya dengan pengumuman dua lagi akta yang bakal digubal yang bakal menjadi 'alternatif' kepada ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang digunakan saban tahun untuk menahan tanpa bicara sesiapa sahaja mengikut perkenan Menteri Dalam Negeri.
Dr Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia ditahan selama 15 Bulan dibawah akta yang disifatkan beliau sebagai 'zalim' itu semala Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.
Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.
Menurut beliau walaupun dimansuhkan, jentera yang digunakan untuk ISA masih boleh digunakan sebagai tujuan lain seperti penggunaan Ordinan Darurat terhadap 6 ahli PSM beberapa bulan lalu yang dianggap Dr Nasir sebagai tindakan ISA yang dinamakan di bawah undang-undang berlainan.
Justeru, beliau melahirkan kerisauan mengenai undang-undang baru yang dikatakan bakal menggantikan ISA serta meminta orang ramai mengkajinya terlebih dahulu.
"Apa yang kita risau ialah kerana mereka guna ISA dengan sempurna untuk memusnahkan musuh mereka, mereka akan ada alternatif..ini kontradiksi. Bermakna ia (hanya) wayang. Tidak ikhlas.
"Hanya kita berharap rakyat tak dipengaruhi gula-gula seperti ini. ISA, kena kaji adakah masih dijaga 'jentera-jentera' yang digunakan. Apa jenis (undang-undang) alternatif mereka ada. Adakah alternatif itu akan turut menganiaya rakyat?" kata beliau.
Gerakan Mansuh ISA (GMI) menuntut kerajaan membayar pampasan kepada tahanan-tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, yang terpaksa berhadapan dengan penganiayaan dan penyeksaan ketika ditahan tanpa perbicaraan.
Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata, kerajaan bukan sewajarnya hanya mengambil kira pertimbangan kewangan, tetapi juga perlu membayar pampasan ke atas apa jua kesan psikologi dan emosi dialami oleh mereka yang ditahan di bawah ISA.
"Kesemua mangsa ISA harus dibayar gratuiti yang sewajarnya kepada mereka yang ditahan dan anggota keluarga mereka," kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Malah beliau juga menuntut agar pihak-pihak yang terbabit dalam kerja-kerja menyeksa dan menganiaya tahanan ISA dihadapkan di mahkamah.
GMI mengadakan kempen perhimpunan menuntut ISA dimansuhkan di ibu negara pada 2009. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.
Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Malah kata beliau, kerajaan seharusnya menetapkan urutan masa bagi memansuhkan ISA ataupun pengumuman Najib hanya akan dianggap sebagai taktik mencari sokongan undi dalam pilihan raya. Syed Ibrahim juga berkata, GMI akan membincangkan status pertubuhan itu berikutan pemansuhan ISA diumumkan Najib.
"GMI tidak akan dibubarkan... kita akan berbincang untuk mengkaji semula matlamat persatuan ini, dan akan memastikan ISA betul-betul akan dimansuhkan," katanya. "Sekiranya masih lagi terdapat unsur-unsur ISA dalam akta baru yang digubal kerajaan, kita akan terus menentang," tambah beliau.
Sementara itu, Presiden Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong pada sidang media yang sama menggesa kerajaan memohon maaf kepada lebih 10,000 orang yang pernah ditahan di bawah ISA.
Permohonan maaf ini perlu kerana mereka masih lagi trauma dengan penahan tersebut dan penderitaan itu turut dikongsi ahli keluarga yang terlibat.
"Penahanan di bawah akta itu merupakan satu bentuk diskriminasi kemanusiaan kepada individu tersebut... keluarga turut menerima kesan ke atas penahan mereka," katanya.
Menurut Kua, terdapat kes keluarga yang bercerai-berai, anak-anak terbiar, dan suami menjadi penganggur kerana ditahan di bawah ISA.
Penggunaan ISA telah memberi kesan buruk terhadap persekitaran politik negara, kata beliau.
5 Ogos 1957 - Gambar diambil sebelum perjanjian menandatangani penubuhan Federation of Malaya 1957. Tiga dari kiri (duduk): The Regent of Johore, SultanPerak, Raja Perlis, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah, High Commissioner, Sir Donald MacGillivray, Sultan Pahang, SultanSelangor, Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu. Berdiri di belakang Sir Donald, ialah Chief Secretary, Sir David Watherston. 50 tahun berlalu sudah apabila genap tanggal Ogos 31. Malaysia jadi sebuah nama baru dalam memori kita, dalam memori orang-orang tua. Malaysia – Malayan Union – Malaya – Tanah Melayu – Tanah Segara Masin. Turutan nama tanah semenanjung dari saat kini balik ke saat ditemui orang-orang lari dari 'seberang'. Dari saat pembukaan Kedah Tua disambung ke Melaka, kemahsyuran Tanah Melayu tersohor seantero dunia sebelum dijajah beratus tahun dan mencapai kemerdekaan secara 'konon-kononnya' dalam tahun 1957…
Sepanjang lama mananya perjuangan orang-orang terdahulu untuk membebaskan tanah air dari penjajah dalam tempoh beratus tahun epilog perjuangan tanpa henti, sepanjang itu jugalah kami ingin membongkar kisah sebenar tentang KEMERDEKAAN ini yang pernah di dakwa oleh pengasas UMNO iaitu Dato' Onn Jaafar sebagai KEMREDEKAAN YANG SEPARUH MASAK. marah, kesal, sedih dan menangis bila mengenangkan betapa jauh perjalanan untuk mencapai sebuah kemerdekaan mulia.Semoga dapat kita jadikan pedoman dan warisan buat anak cucu dan generasi akan datang. Insyaallah!
PERMULAAN KERAJAAN
Kisah bermula bila kerajaan mulai wujud sekitar tahun 1136 / 1137 dengan kemunculan Kedah Tua sehingga kemunculan Melaka dalam tahun 1400. Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang turun dari jurai keturunan Ahlul Bait menyinari kedamaian bumi timur. Kerajaan-kerajaan Nusantara jadi tonggak dan pertahanan sayap kiri bagi kerajaan agung Turki Utmaniah di Timur tengah. Nama-nama besar seperti Melaka, Demak, Aceh, Pontianak, Sulu dan beberapa nama lain jadi penyambung wasilah dari Mekah, Madinah, Yaman dan lain-lain negeri di Tanah Arab. Perang salib antara Islam dan Kristian merebutkan Kota Jerusalam yang berlanjutan beratus tahun turut dibintangi oleh watak-watak tentera Melayu dan Nusantara khususnya. Tapi siapa tahu akan wujudnya fakta ini pada hari ini? Siapa tahu Melaka adalah sayap kiri Kerajaan Turki Utmaniah? Kalau tiada siapa yang tahu, merdekakah kita sebagai penyambung wasilah? Bila kerajaan Melayu mula mahsyur, tersohor ke seantero dunia, Bahasa Melayu jadi bahasa utama pelaut, pedagang dan bahasa nombor dua dunia selepas bahasa Arab. Manusia bertutur dalam dialek Melayu di Melaka, di Arab, di China, di Eropah juga di negara Hindi. Itulah kehebatan orang Melayu dahulu. Bukan sekadar handal berurusan perihal politik, pentadbiran negeri, ketenteraan, malah bahasa sendiri jadi pegangan selain agama yang hak dan adat resam tinggalan warisan tua. Tapi hari ini, dikala kita merdeka, Bahasa Melayu makin jatuh ke tangga entah nombor berapa dalam gelanggang bahasa utama dunia. Bahasa Melayu jadi 'bahasa antah berantah'… Tanah Melayu dan Melaka secara amnya mula jadi tempat tinggal bersama bagi kaum Melayu, Cina, India, Arab, Parsi, Siam dan beberapa kaum dan bangsa lain lagi. Pada ketika ini, Nusantara secara amnya telah menjadi 'The United States' hampir 400 tahun sebelum kewujudan USA (1776)! Kalaulah golongan hari ini sedar akan kekhilafan kita sebagai bangsa yang lupa atau golongan hari ini tahu akan asal usul bangsa Melayu selain yang dikatakan bangsa 'lari' dalam dialek Jawa, pasti mereka terpegun dengan kehebatan orang dulu. Pasti tergamam tak terkata. Pasti merdeka hati, fikiran dan jasadnya. Maka merdekalah mereka yang sebenar-benarnya merdeka.
Bila dikatakan tentang Jawa, jangan pula ada yang berselisihan dari segi Melayu-Jawa kerana orang Jawa juga dalam rumpun Melayu selain Deli, Asli, Jati, Minang, Bugis dan pelbagai lagi pecahan rumpun Melayu. Pelik? Jangan bingung! Melayu sendiri memang didalangi pelbagai rumpun lain sebelum dapat jadi sebuah bangsa yang satu. Seperti kisah asal usul nama ACEH. Asal usul kisah penyatuan empat bangsa utama dunia sebelum jadi Melayu. Tapi siapa yang tahu akan asal usul nama Aceh pada hari ini? Mungkin sedikit yang ingin mengkaji, mungkin ramai juga yang cukup mengaji tapi tiada mahu mencurah ilmu kembali buat tatapan anak cucu keturunan bangsa… Jadi merdekakah mereka?
Lantas bila Portugis dan negeri-negeri lain yang berpegang teguh pada ajaran 'Yesus Kristus' dan yang kalah teruk dalam perang salib di Timur Tengah walaupun dipimpin raja agung Richard The Lion Heart, mereka mula cuba cari kelemahan Turki Utmaniah, cuba cari kelemahan tentera dan murid Salahuddin Al Ayyubi, tapi tiada kelihatan. Maka pandangan si musuh meneroka jauh ke timur, lalu Melaka jadi sasaran dendam agama beratus tahun.
Siapa kata Portugis serang Melaka atas dasar ingin monopoli perniagaan rempah atau kuasai perdagangan laut bumi timur semata-mata? Sejarah sebenar telah diubah dari buku teks pendidikan sekolah hari ini membuat anak-anak lupa lantas jadi sasau mengenang arah tuju bangsa. Tujuan Portugis tidak lain dan tidak bukan berlandaskan 3G! Bukanlah 3G yang ada dalam talian telefon bimbit hari ini, tetapi God, Glory and Gold! Kerana tuhan. Kerana agama jadi agenda utama… Dendam perang salib belum terpadam dalam jiwa.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA I
Percubaan serangan pertama Portugis ke atas Melaka pada tahun 1509 di bawah pimpinan Diego Lopez de Sequiera berjaya dipatahkan tentera Melaka tetapi Portugis melanggar lagi pada 1511 dengan Alfonso de Albuquerque sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Tepat waktu subuh Ogos 24, 1511, lepas solat subuh, Melaka mula secara sedikit-sedikit jadi makanan Portugis. Bermulalah era penjajahan keatas bangsa Melayu, kerajaan Melayu, adat resam Melayu. Segala yang Melayu 'diPortugiskan' oleh mereka, dan segala yang Portugis, kekal jadi Portugis. Jadi belum merdekalah kita pada masa itu. Portugis duduk seratus tahun lebih. Jadi raja yang batil. Jadi tuan memerintah tanah asing. Dari sini, timbullah nama-nama pembela bangsa seperti Hang Nadim, Panglima Awang (Henry The Black / Enrique of Malacca), Raja Haji, Daeng Kemboja, Patih Unus dan ramai lagi disertai tentera pembela maruah dari segenap pelusuk Nusantara seperti Aceh, Jawa dan Demak bergilir-gilir menentang Portugis.
Panglima Awang yang melarikan diri dari pelayaran Ferdinand Magellan manjadi manusia pertama mengelilingi dunia (jika diambil kira asal usulnya dari Melaka kemudian belayar ke Eropah, sebelum kembali ke kepulauan Melayu dan Melaka secara amnya) dalam tahun 1521 kembali menyerang untuk membebaskan Melaka dari tangan Portugis. Perjuangan beliau disambung oleh anaknya selapas kematian beliau. Tak lama selepas itu, Laksamana Hang Nadim muncul pula berjuang dan mendapatkan semula Melaka dalam tahun 1525 iaitu 14 tahun selepas Portugis berkuasa. Tapi tak lama, Portugis merampas semula Melaka. Dalam tahun 1615 – 1629, angkatan tentera Aceh pula menyerang Melaka dan berjaya menawan Melaka selama beberapa bulan, sebelum jatuh lagi ke tangan Portugis dan kekal dijajah…
Selepas Portugis kenyang menelan Melayu dalam lebih kurang 125 tahun, mereka dinyahkan dari bumi Nusantara oleh Belanda. Belanda juga tak kurang rakus dan lahapnya. Semua Melayu yang telah 'diPortugiskan' oleh Potugis, 'diBelandakan' pula oleh Belanda. Belanda duduk 100 tahun lebih juga. Kehebatan Belanda membuatkan mereka menyewa Tanah Melayu selama 154 tahun bermula dari 1641 sehingga tahun 1795.
Secara ringkas gambaran pendudukan Belanda dalam perkiraan umur asas manusia secara rawak iaitu 50-60 tahun, jika seseorang dilahirkan dalam tahun 1641, maka saat orang itu mati – disambung pada anaknya dan anaknya mati – di sambung pada cucunya sehingga cucunya mati, barulah tamat pemerintahan Belanda dalam jumlah 154 tahun.
Perarakkan Kemerdekaan diketuai oleh Tunku membawa sepanduk meminta Chin Peng menunaikan janji untuk meletakkan senjata kerana Malaya sudah Merdeka.
Inggeris masuk ke Melaka dalam tahun 1795 dan mengambil alih pentadbiran sementara dari Belanda akibat 'Napoleonic War' di Eropah. Dalam tahun 1824 mula menduduki Melaka secara sah dan menawarkan perikatan pada Belanda. Dalam tahun 1824, Perikatan Belanda -Inggeris pun dimertai. Bengkulu tempat permainan Laksamana Hang Tuah dan sahabat handai jadi pertukaran. Inggeris menyerahkan Bengkulu pada Belanda dan Melaka jatuh ke tangan Inggeris pula. Antara hasil dari Inggeris yang nampak hari ini ialah nama Bengkulu di abadikan sebagai nama jalan di Singapura dan dikenali dengan nama Bencoolen Street… Kehebatan Inggeris lebih terserlah dalam era-era berikutnya bila mula campur tangan dalam kuasa raja-raja Melayu. Institiusi raja-raja mula diperkotak-katikkan dan dilambung-lambung maruah bangsa sebelum dipijak lumat. Sistem Gabenor diperkenalkan dan secara langsungnya melumpuhkan Perlembagaan Diraja. Dari era inilah bermulanya perjuangan fasa ke dua. Dari sini bangkitnya nama-nama pembela bangsa Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Janggut, Si BongkokTanjung Puteri, Datuk Maharaja Lela dan ramai lagi yang telah dilupakan dan hampir luput nama meraka dari lipatan sejarah dan dari buku-buku teks sejarah sekolah menengah..dan mungkin rakan - rakan dari BPN pun tak kenal akan nama - nama ini.
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA II
Perjuangan fasa kedua terhenti seketika tanpa dapat dimatikan bila Jepun memasuki Tanah Melayu pada 1942. Penampar Jepun membuatkan Melayu jadi lebih lemah dan menikus lari mencari tempat selamat. Ketakutan besar dari kalangan penduduk Melayu, Cina dan India telah menghasilkan PKM atau Parti Komunis Malaya (1930) dan bersekutu dengan Inggeris menentang Jepun. Apabila Jepun tewas setelah hanya 'menyewa' Tanah Melayu selama 3 tahun lebih sebelum menyerah kalah dalam Perang Dunia II, Inggeris kembali beraja. Pemerintahan di Tanah Melayu secara amnya disambung semula oleh Inggeris dan diwujudkan Malayan Union iaitu Negeri-Negeri bersekutu Tanah Melayu. Dari sini, PKM mula 'memberontak' mencabar kewibawaan Inggeris yang belum mahu memberi kemerdekaan atau dalam erti kata lain, masih ingin 'tinggal' di Tanah Melayu. Perkataan 'PKM memberontak' hanya dapat didengar dan dibaca dari mulut dan buku-buku hari ini kerana mereka-mereka ini menentang Inggeris dan UMNO secara amnya walhal, PKM100% hilang dari lipatan sejarah negara. Mereka-mereka ini 100% telah dilabelkan sebagai penjahat, pemberontak, pengganas dan perosak imej negara. Kisah-kisah seperti peristiwa Bukit KepongPKM walhal, kalau para anda tahu, kaji dan selidik 'kisah di sebalik kisah' peristiwa Bukit Kepong, pasti mulut terlopong penuh tanda tanya… Walau bagaimana pun, nama-nama seperti Ahmad Boestamam, Rashid Maidin, Mokhtaruddin Lasso, Arshad Arshaari, Chin Peng, Abdullah C.D., Shamsiah Fakeh dan beberapa nama lagi yang buta-buta dianggap sebagai musuh negara. juga adalah sebuah pertubuhan yang menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka juga adalah pejuang bangsa, membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan asal usul. Dari sini, timbullah nama-nama yang kini telah diperbesarkan dan semua jari menunding menyalahkan
Pejuang-pejuang Melayu yang mengangkat senjata menuntut kemerdekaan.
Kebanyakkan nama dari golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh adalah kerana mereka-mereka ini telah giat menentang Inggeris selain dari UMNO. UMNO yang sememangnya diketahui bersekongkol dengan British. Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya, sesiapa yang kenal dan tahu akan kisah-kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid iaitu bapa kepada Tunku, pasti akan tersenyum membaca artikel ini dan pada sesiapa yang tiada tahu termasuk geng - geng BPN, mungkin akan melopong tertanya-tanya tanda belum merdeka.
Kalau anda semua mahu tahu di Kulim Kedah ada tempat yang bernama Kampung Lindungan Raja yang berhampiran dengan Sungai Sedim tempat para pelancung bermain 'White Water Rafting'. Jadi kepada yang tahu asal usul Kampung Lindungan Raja, pasti tahu kisah disebalik nama Tunku Abdul Rahman dan Sultan Abdul Hamid. Kisah-kisah bagaimana Sultan yang memerintah negeri tidak mahu mengaku anak apabila anak dikatakan menderhaka. Kisah bagaimana si anak melarikan diri ke England pada ketika tanah air dijajah Jepun meninggalkan ayahanda bersama penduduk negeri dan membiarkan penduduk kampung menjaga makan minum dan pakaian sang Sultan. Tak percaya? pergilah ke Kampung Lindungan Raja untuk mendapatkan kisah-kisah tersorok ini. Wallahualam.
Bilamana UMNO yang menjadi kuda tunggangan British di Tanah Melayu mula berkuasa, maka kita 'dimerdekakan' dengan syarat menggunakan undang-undang yang dikarang British dengan mengenepikan undang-undang Islam dan Al-Quran khususnya (Undang-Undang Reed). Menegaskan tidak boleh berlaku sebarang rusuhan yang membabitkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan (Ini adalah anatara sebab-sebab mengapa kisah-kisah seperti 13 Mei 1969, Peristiwa Memali 1985, Reformasi 1998, Kisah pertembungan kaum di Kampung Melayu Subang dan beberapa kisah lagi telah digelapkan dari media cetak dan elektronik tempatan) dan beberapa syarat-syarat yang dikenakan British untuk memberi laluan kepada UMNO memerintah.
Berita Harian 1957 sebelum "di ikat tangannya".
PERJUANGAN KEMERDEKAAN FASA III dan Seterusnya
Sudahnya sehingga hari ini, UMNO terus memerintah dengan menidakkan suara rakyat. ISA (Internal Act Security) atau Akta Keselamatan Dalam Negeri yang ditubukan di Malaysia pada tahun 1960 bertindak untuk melindungi 'kisah-kisah dalaman' para politikus tempatan. Bertindak untuk menghalang kebebasan bersuara khalayak. Getar-getar suara rakyat, disekat secukupnya. Jadi merdekakah kita sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara yang merdeka? Kini – Perjuangan fasa III diteruskan tetapi bukan menentang British lagi mahupun Portugis ataupun Belanda. Tetapi perjuangan fasa III ini menjerumus menentang bangsa sendiri yang telah buta hatinya dan lahap jiwanya dalam menelan anak bangsa sendiri. Kini, secara hampir atau boleh jadi hanya kebetulan teori RAHMAN jadi kenyataan. Turutan Perdana Menteri Malaysia mengikut nama R.A.H.M.A.N (mungkin diambil sempena nama Perdana Menteri pertama atau nama Yang Di Pertuan Agong yang pertama yang mempunyai nama sama iaitu Rahman) semakin jadi kenyataan. Dimulakan dengan Tunku Abdul Rahman sendiri mewakili huruf 'R', disambung di bawah pemerintahan Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein mewakili huruf 'A', disambung lagi oleh Tun Hussein bin Dato Onn mewakili huruf 'H', disambung lagi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili huruf 'M' dan kini disandang jawatan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mewakili huruf 'A'. Siapakah selepas beliau? Mungkin Najib akan mewakili huruf terakhir dalam turutan RAHMAN iaitu 'N'? Wallahualam … R = Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan A = Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan H = Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan M = Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan A = Dato Seri Abdullah Badawi - Bapa Pembangunan Insan N = ??? mat monggol kot? Yang menimbulkan rasa geli hati pada aku ialah semuanya diberi gelaran 'Bapa'. Berapa banyak 'bapa' yang akan kita ada untuk tahun-tahun yang akan datang. Cuba bayangkan… Tapi 'Ibu'nya? Yang menjadi tanda tanya, apakah yang akan terjadi pada Malaysia selepas semua pemegang akaun simpanan RAHMAN selesai dan tutup akaun? Apakah benar-benar merdeka kita selepas itu? Apakah dijajah semula oleh bangsa asing? Apakah akan kiamat terus dunia? Tepuk dada tanya selera…
Kami bukanlah seorang politikus hebat mahupun seorang pemerhati tetap. Malah tiada terlintas lansung mahu menghambakan diri pada dunia yang penuh kekotoran ini. Terlalu kotor. Wang ringgit, nyawa, anak dara mahupun mak janda jadi barang permainan. Bahkan hati segelntir rakyat juga jadi santapan. Untuk apa semua ini? Sememangnya aku tak mahukan semua ini. Apa yang aku mahukan ialah untuk hidup aman-damai berbilang kaum dan bangsa dengan ketulusan memilih pemerintah sendiri. PEMERINTAH bukan pemimpin. USA yang cukup maju pun tak pernah panggil Presiden mereka 'Pemimpin', cukup dengan hanya 'Mr. Presiden'. Mister = Encik / Tuan. Kalau tuan-tuan teliti maksud 'Pemimpin', maka sedarlah siapa yang sebenarnya layak memakai gelaran tersebut selain dari Nabi dan Rasul yang memimpin umat dan kaum-kaum tertentu.Jadi janganlah ada dari sesetengah dari geng - geng BPN yang begitu kecut kalau malaysia ini menjadi republik kerana di situlah kuasa rakyat sebenar,demokrasi yang tulen kalau tak percaya bandingkankan lah antara negara kita dan Indonesia,kita melaungkan slogan 1 Malaysia atau lebih tepat lagi dengan konsep One Nation tapi Indonesia sebuah negara Republik melayu yang paling berjaya menggerakkan konsep "one nation",Cubalah tanya masyarakat cina yang datang dari indonesia bahasa perbualan apakah yang mereka pertuturkan sesama sendiri? tapi kalau disini kita terpisah dengan konsep pengasingan bangsa yang dipupuk dengan semangat sentimen perkauman yang berpunca daru UMNO.
Anak-anak kita hari ini termasuk yang tua-tua tuli digula-gulakan dengan hebat sekali bahawasanya UMNOUMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa Melayu kini membiarkan anak bangsa terus layu. Sehingga kini masih belum wujud Universiti atau pusat pengajian tinggi Melayu secara sendirian berhad. Yang ada untuk dibanggakan tinggal UiTM(Universiti Tongongkan Melayu). Itu pun kerajaan punya, bukan bersifat sendirian berhad. Sedangkan bangsa lain dah ada 'Private University' walaupun hanya bertaraf 'Koleh Universiti' seperti Universiti Lim Kok Wing, Universiti HELP, Universiti Sunway dan beberapa nama lagi yang rata-rata dimiliki oleh bangsa asing. adalah pemimpin. Perdana Menteri adalah Pemimpin walhal mereka itu adalah pemerintah! Sebuah parti politik yang memerintah sebuah negara. Perdana Menteri sebagai pemegang tampuk sesebuah pemerintahan. Kapten kepada sebuah kapal.
Yang di-Pertuan Agong pertama Tuanku Abdul Rahman (dari kiri) bersama High Commissioner British bagi penubuhan Federation Sir Donald MacGillivray dan Sultan Selangor, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj.
UMNO yang dikatakan membela nasib anak bangsa membiarkan anak bangsa jadi Mat Rempit, Mat Pit (budak dadah) dan macam-macam benda yang tak elok dan tak senonoh. UMNO yang dikatakan sebuah parti Islam contoh membiarkan kelab-kelab malam dibuka merata selain bertari-tari sampai subuh. Islam Hadhari lah katakan… Islam tari menari ataupun Islam yang ada 'had' harinya.. Hari-hari tertentu sahaja Islam, hari lain jadi kafir. Sedangkan sepanjang perjuangan kisah Nabi dan sahabat, tak pernah keluar pun nama 'Hadhari' ni. Kalau ada dalam Al Quran, tak tahu lah…
"Hmm.. Entah lah… Seribu satu perkara yang aku nak tulis fasal United Musyrikun National Organization ni. Tapi tak mampu… Terlalu banyak kepesongan mereka ni yang aku nampak. Terlalu banyak ketidak adilan berlaku. terlalu kotor permainan politik mereka. Jadi benarkah merdeka? Bila sejarah bangsa dan tanah air diubah suai sana sini. Fakta bersepah dan digelapkan dari generasi akan datang. Bila kerajaan-kerajaan Melayu dulu menggunakan Islam dan Al-Quran jadi panduan dan undang-undang, mereka-mereka ini pula sesuka hati mengubah guna tulisan manusia buat jadi pedoman. Pak-pak menteri pula bertopengkan muka-muka baik, bibir 'pink' tanda mulus, kulit putih melepak tanda keturunan suci… Ya Allah… Tunjukkan lah kebenaran dalam masa terdekat ini. Amin!"
Sambutan Merdeka yang berlangsung baru-baru ini pada kami pejuang Demokrasi hanyalah sambutan ulang tahun UMNO, bapa kepada semua bapa di Malaysia ini… Dan pada pejuang - pejuang yang tulen masih tetap anggap kita belum merdeka selagi SPR belum telus dalam kerja 100%. Selagi UMNO tak kacau proses pilihanraya. Selagi UMNO tak bersungguh-sungguh membantu anak bangsa Melayu bukannya bersungguh-sungguh untuk menggemukkan poket masing-masing. Selagi orang ramai masuk UMNO demi kepentingan peribadi, yang sepatutnya berniat untuk membantu anak bangsa dan memartabatkan maruah agama bukan hanya mencari nama, harta dan pangkat… Dan sepuluh juta lagi perkarang yang berlaku dari dalam dan luar UMNO itu sendiri. Kesimpulannya, biarpun 50 tahun akan datang lagi, selagi UMNOUMNO dan talibarutnya…!! Kerana sering penipuan demi penipuan untuk memutar - belitkan sejarah di lakukan untuk terus kekal berkuasa.Mereka juga bimbang untuk memberikan pendidikan yang lebih proaktif kepada generasi hari ini kerana bimbang mereka akan tahu penipuan sejarah akan terbongkar jua akhirnya,kerana bimbang jadi mereka jadi generasi yang cerdik kebenaran akan terbongkar dengan begitu mudah tidak seperti 40 tahun dahulu pada ketika mereka berjaya mengawal semua kuasa - kuasa Media.
PENIPUAN SEJARAH YANG DI LAKUKAN OLEH BN
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..
PENIPUAN PERTAMA:
Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.
PENIPUAN KE DUA :
Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !
PENIPUAN KE TIGA :
Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.
PENIPUAN KE EMPAT :
Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.
PENIPUAN KE LIMA :
Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS. PENIPUAN KE ENAM :
Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.
Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di'telan' oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.
PENIPUAN KE TUJUH:
Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.
Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
TEKNOLOGI TELAH MEMBONGKAR PENIPUAN UMNO/BN
Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan penipuan - penupuan sejarah ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.
Kalau dulu kita tidak tahu asal usul lagu Negara-ku – hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima penipuan tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini penipuan ini telah terbongkar pecah. Dokumen-dokumen sejarah semuanya boleh kita baca melaui internet.
Kemajuan manusia akan terus memecahkan penipuan - penipuan yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia dari di perangkap dan di belenggu oleh penipuan - penipuan. Tanpa penipuan manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa sahaja kecuali fikrahnya yang tidak rasional. memerintah, selagi itu aku belum merdeka dan selagi itu kami pejuang - pejuang demokrasi akan terus melawan, terus berjuang dalam perjuangan fasa ke III… penentangan terhadap
Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.
Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.
Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.
Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.
Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah
Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.
Tak nampak apa yang tertulis dalam Print Screen itu? sila baca di bawah..
BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.
At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIFE] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech.
During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.
Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.
Today, Prime Minister's office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian's general election.
Another highly placed source from prime minister's office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.
Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government's initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.
Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.
12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..
Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.
Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.
Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.
Pada 1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang 'saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke 'War Office'.
Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.
Satu kenyataan S urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-
i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan; ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu; iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.
Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.
Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..
Satu dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk "In Cold Blood" disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.
Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British yang telah ditahan.
MANSUH ISA – PAS AMBIL PENDIRIAN ‘TUNGGU DAN LIHAT’ Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi. “PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta [...]
“Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya. Ini memang orang-orang yang berjuang. Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang. Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang. Dia menyambut. Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk [...]
“Kuala Lumpur - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib menegaskan bahawa bukan sahaja ideologi Komunis yang bertentangan dengan Islam bahkan ideologi Nasionalisme juga turut bertentangan dengan Islam. “Perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang berlainan sama sekali dengan perjuangan komunis dan juga berlainan sama sekali dengan perjuangan nasionalisme yang [...]
“Taiping, – Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan tentang kepentingan para pekerja di dalam gerakan Islam khususnya para pendokong PAS agar memahami secara lebih mendalam berkenaan dengan maqasid dan wasilah dalam perjuangan sepertimana yang telah digarap oleh para ulamak silam dan sekarang di dalam karangan serta penulisan mereka. Beliau menegaskan demikian [...]
Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia. PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh. Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi [...]
Jamil Khir Baharom nak jadi sesumpah pulak dah! Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini. Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan [...]
TAIPING: "Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".
Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.
Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.
Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.
Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
REMBAU – Seorang warga emas tidak dapat melupakan detik cemas diterkam penyamun ketika nyenyak tidur dan bergelut selama beberapa minit dalam kejadian pecah rumah kira-kira jam 5 pagi, semalam.
Warga emas berkenaan, Kamariah Arifin, 80, dari Kampung Air Hitam, Chembong berkata, kejadian pecah masuk rumah itu merupakan kejadian kali ketiga berlaku sejak 2004 di mana majoritinya berlaku pada awal pagi.
Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal dan tidur sendirian terperanjat apabila diterkam penyamun.
"Saya sempat menjerit dan menendang-nendang penyamun sebelum mata dan mulut ditutup menggunakan tangan penyamun. Saya juga diarahkan untuk mendiamkan diri.
"Saya tidak tahu berapa orang penyamun yang ada di dalam rumah ketika itu tetapi percaya jumlahnya lebih daripada seorang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, semalam.
Kamariah berkata, susulan pergelutan itu, bajunya turut terkoyak di bahu lengan kiri dan kanan serta di pipi kanan terdapat kesan calar dipercayai terkena kuku salah seorang penyamun.
"Ketika pergelutan, penyamun berjaya membawa lari seutas rantai emas yang telah terputus dua dan gelang emas yang keseluruhannya bernilai hampir RM10,000 serta satu telefon bimbit.
"Saya percaya penyamun berkenaan masuk ke kediamannya melalui tingkap di bahagian dapur dan terdapat kesan roboh di pagar rumahnya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung kes berkenaan dan setakat ini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat.
16.9.11 SHAH ALAM Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosisal Ngeri Selangor(GeMS) meneruskan usaha sepadu untuk mengatasi gejala sosial khususnya zina. Sempena sambutan Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia yang dimulakan bermula 16.9.11 dijangka ada kalangan belia yang terdorong untuk melajakkan keseronokan dengan melibatkan diri dalam aktiviti mungkar dan maksiat.
Justeru, sebagai kerajaan yang sayang kepada remaja belia, kerajaan Selangor melalui jawatankuasa GeMS telah melancarkan kempen kesedaran terhadap pemimpin semua peringkat dan untuk mengekalkan momentum jawatankuasa GeMS peringkat daerah seluruh Selangor. Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina peringkat siri 4telah disempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkapPengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial di Masjid Negeri Shah Alam.
Turut hadir YB Dato' Dr Hasan Ali, EXCOAgama, YB Dr Yunus Hairi Pembantu Exco Pendidikan, Pengarah Program Us. Fauzan, JAIS, AADK, RELA, Ketua Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Md Arish, pimpinan GeMS daerah, penguatkuasa PBT, NGO-NGO Islam. Gimik pelancaran merupakan penyerahan bendera kempen anti zina oleh YB Pengerusi Jawatankuasa GeMS , YB Dr Hjh Halimah kepada EXCO Agama, YB Dato' Dr Hassan Ali. dan upacara ' flag off' konvoi rombongan .
Pengedaran risalah dalam ekpedisi dakwah diketuai oleh YAYASAN AMAL MALAYSIA Selangor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.
"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.
sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.
Gubal dua undang-undang baru
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.
Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.
"Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan.
"Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk.
"Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya," tambahnya.
Syabas kepada seluruh pemimpin dan penyokong PAKATAN RAKYAT yang akhirnya membuktikan mereka mampu menyedarkan kerajaan lapuk BARISAN NASIONAL daripada cengkaman undang-undang rimba. Teruskan perjuangan. Kepada mangsa ISA dan keluarga usaha dan kesabaran anda berbaloi jua akhirnya.
Sebanyak 3 buah kerusi roda telah di agih-agihkan kepada beberapa orang pesakit dikalangan penduduk di DUN Meru.
Usaha murni ini telah diamalkan oleh ADUN Meru YB Dr Rani sejak menjadi wakil rakyat dari tahun 2008 lagi dan ianya diagihkan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang pegangan politik mereka.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dewan Pemuda Pas Kawasan Padang Rengas mengucapkan Selamat Datang kepada semua Kontinjen Negeri- Negeri ke Alam Ria PASTI Malaysia 2011 yang akan berlangsung pada 16- 17 September 2011 di Kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar Perak.
Selepas diamanahkan sebagai tuan rumah Alam Ria PASTI Negeri Perak pada minggu yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan PASTI Malaysia yang telah memberikan kepercayaan kepada Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas untuk menjadi tuan rumah peringkat Malaysia.
Semua kontinjen dijadualkan akan melapor diri selepas solat jumaat dan akan di tempatkan di Homestay mengikut negeri- negeri yang telah ditetapkan.
Mudah- mudahan program akan berjalan dengan lancar dengan sokongan dan kerjasama dari semua pihak
9 Sept 2011 - Rumah Terbuka Aidilfitri MTD Jeneri berlansung di Dataran Kompleks PAS Kawasan Sik, Kg. Sungai Pau yang dihadiri seluruh rakyat di seluruh Dun Jeneri, dan diserikan lagi dengan kehadiran Kelab Sukarelawan Belia Daerah Sik membuat pelancaran pada hari tersebut.
Kita mahu ucapkan tahniah kepada Mat Sabu. Kerana telah berjaya menggelabahkan orang UMNO dengan versi persejarahan Malaysia. Versi sejarah yang di nyatakan oleh Mat Sabu dalam suatu ucapan ialah bahawa bukan orang UMNO sahaja yang boleh mendakwa mereka berjuang menentang penjajahan. Mat Indera yang mengepalai serangan keatas balai polis di Bukit Kepong Muar pun adalah wira. Mat Indera pun menentang pendukung pemerintahan penjajahan.
Pilihan contoh yang di gunakan Mat Sabu untuk menyampaikan mesej nya, adalah unfortunate. Sebab yang mati dalam serangan tersebut ialah polis Melayu. Yang menyerang pula ialah pengganas bangsa Cina. Ia adalah resipi perbalahan kaum yang cukup enak. Resipi ini kegemaran parti politik seperti UMNO.
Pengunaan serangan Bukit Kepong sebagai contoh dengan segera di gunakan sebagai bukti bahwa Mat Sabu menyanjung komunis. Orang UMNO dan orang Melayu semua tahu, Mat Sabu tidak melakukan demikian. Tapi ia mesti di politikkan sebagai suatu yang besar kerana inilah peluang UMNO menunjukkan ia merwirai dan menjuarai bangsa Melayu. Yang mati ialah Melayu. Yang membunuh ialah Cina. Saya percaya, jika polis yang mati itu berbangsa cina, mana Mat Sabu akan di biarkan.
Bagaimana penentang2 Mat Sabu react? Mereka telah melakukan overkill. A series of overkill bahkan. Versi persejarahan Malaysia oleh Mat Sabu di nyatakan dalam suatu ucapan. Ucapan bukanlah suatu perlakuan akademik yang teknikal. Jadi kenapa suatu ucapan mahu di beri layanan yang luar biasa?
Namun oleh sebab sejarah di tulis oleh mereka yang menang, maka hanya peranan UMNO yang di perbesarkan. Tapi UMNO lupa, bahawa di mana mana negara, pengulang-kajian sejarah atau historial revision di lakukan. Pembukaan dan perjumpaan Amerika sekarang di lihat sebagai proses penaklukan keatas suatu bangsa yang di bunuh dengan penyakit, pencabulan, rogol, rompakan dan keganasan. Mereka yang dahulu di lihat sebagai mangsa yang tewas, hari ini di hidupkan kembali dan di beri tempat yang wajar dalam sejarah. Mat Sabu melakukan ulangkaji persejarahan nya sendiri. Mat Indera jangan di lihat sebagai CT.
Jawapan nya ialah, ucapan Mat Sabu itu membawa implikasi politik kepada UMNO sendiri. Ia nya akan menyebabkan KAJIAN SEMULA keatas peranan UMNO dalam menuntut dan berjuang untuk kemerdekaan. Apa yang sebenarnya UMNO lakukan? Tidak ada orang UMNO di tangkap British. Tidak ada orang UMNO yang di penjarakan. UMNO menyudahkan larian yang di mulakan oleh parti2 lain.Pusingan terakhir yang UMNO sudahkan ialah subsidi dari parti politik lain ....
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.
"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tambahnya.
Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.
"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.
Gubal dua undang-undang baru
Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.
"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.
Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya... Malaysiakini
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengesahkan bahawa berlaku kezaliman terhadap mangsa akta tersebut sejak ia ditubuhkan pada 1960.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mula sedar kebangkitan rakyat yang mahukan kebebasan dalam demokrasi yang merupakan mesej yang dibawa oleh GMI sendiri.
"Ini sebagai pembuktian berlakunya kongkongan dan cengkaman ISA ke atas rakyat selama ini.
"Perdana Menteri menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, dan rakyat mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka dan dinamik demokrasinya," kata beliau pada sidang media tergempar GMI bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), dekat sini, hari ini.
Menyifatkan pengumuman itu sebagai kejayaan GMI, beliau juga berkata, pengumuman itu membuktikan ISA digunakan ke atas individu yang berbeza ideologi politik dengan kerajaan.
"Beliau (Najib) memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
"Ini jelas mengisyaratkan penahanan aktivis 10 reformasi atas dakwaan ingin menggulingkan kerajaan dengan bahan-bahan letupan merupakan satu kesilapan dan penyalahgunaan kuasa ISA," katanya.
Turut hadir pada sidang media tersebut bekas tahanan ISA, Mat Sah Satray dan isterinya yang juga aktivis GMI, Norlaila Othman dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, Nuridah Salleh.
Masih ragu-ragu
Pengumuman itu yang dibacakan Najib dalam pengumuman khas malam tadi sempena hari Malaysia itu bagaimanapun masih diragui GMI.
Antara persoalan yang timbul mengenai segala peruntukan dalam ISA khususnya berhubung dengan tahan tanpa bicara dan kuasa yang digunakan polis dan Menteri Dalam Negeri.
"Adakah peruntukan tersebut dipindahkan kepada dua undang-undang baru yang bakal digubal?
"Kelihatannya perintah mahkamah dikecualikan untuk undang-undang berkenaan," katanya.
GMI juga mahu kerajaan menyatakan dengan jelas bila ISA akan betul-betul dimansuhkan dan semua tahanan akan dibebaskan.
"Berapa lamakah tempoh ISA akan dimansuhkan? Jika memakan masa sehingga dua tahun sebagaimana tempoh pertama kali PM sebutkan tentang keji semula ISA sehingga sekarang, maka jangan salahkan rakyat jika menganggap pengumuman ini sebagai umpan dan sandir\wara pilihan raua ke 13 serta survival politik BN," katanya.
Selain itu tegasnya, kerajaan harus menutup Kem Kamunting serta merta selepas membebaskan tahanan di dalamnya.
"Apa akan jadi dengan Kem Kamunting? Kem ini mesti ditutup dan dijadikan warisa dunia seperti Robben Island di Afrika Selatan sebagai pengajaran kepada kezaliman dan kekejaman yang berlaku di bawah ISA," tegasnya.
Najib juga katanya harus membentangkan usul pemansuhan ISA pada sesi Parlimen akan datang.
Perkara tersebut turut disokong Nuridah yang meminta Najib membuktikan keikhlasannya untuk memasuhkan akta zalim itu.
"Kita minta kerajaan melihat gesaan -gesaan GMI ini dan membentangkan usul pemansuhan ISA ini ke Parlimen pada sesi terdekat ini kalau betul-betul ikhlas nak mansuhkan ISA," katanya.
Minta pampasan
Sementara itu, GMI turut menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar papmpasan setara kepada tahanan ISA setimpal dengan penyeksaan dan pengalaman pahit yang dilalui tahanan dan keluarga mereka.
Selain itu, GMI mahu mereka yang terlibat dalam meyeksa dan menganiaya tahanan ISA mesti dibawa ke muka pengadilan.
"Kerajaan, menteri berkenaan dan polis mestilah amanah dalam melaksanakan pelbagai prinsip yang ditegaskan oleh Perdana Menteri dalam ucapannya, bukan sekadar servis bibir.
Norlaila yang turut meminta kerajaan membayar pampasan kepada mangsa pula berkata, ianya perlu kerana banyak kes penceraian berlaku akibat suami ditahan ISA.
"Saya tuntut pampasan daripada kerajaan kerana adakah kerajaan sedar ada isteri meminta cerai apabila suami ditahan ISA dan tahanan yang keluar hilang pekerjaan dan sukar untuk mendapat pekerjaan baru serta masih dianggap pengganas," katanya yang aktif berjuang dalam GMI selama tujuh tahun suaminya ditahan di Kem Kamunting.
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Jika Umno mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, ia menjadikan parti itu pembela terbesar penaklukan Inggeris ke atas negara ini, kata blogger ahli Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.
Malah, tegas beliau, ia sekaligus bererti Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu
Jika benar negara ini tidak pernah dijajah seperti yang didakwa, Mohd Ariff mempersoalkan apa sebenarnya peranan Umno dalam sejarah orang Melayu?
"Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpinnya memperakui hal demikian, maka Umno sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.
"Umno merupakan the biggest apologist ke atas penaklukan Inggeris ke atas negara kita. Ini juga bererti Umno itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris," kata beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.
Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kata Mohd Ariff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri-negeri yang berdaulat.
Jika ini pendirian Umno yakni selama ini, katanya lagi, semenjak British datang ke Tanah Melayu, negeri Melayu semuanya adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri yang berdaulat.
Mereka, katanya lagi, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.
"Maka demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa-rupa nya.
"Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan.
Beliau juga mempersoalkan, adakah Umno menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita dijajah sebenarnya suatu pembohongan Umno yang di perpanjangkan oleh Umno untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?
Beliau berkata, kekeliruan yang terbit dari kontroversi cetusan fikiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tentang status Mat Indera sebagai pejuang penentang penjajah telahpun menyebabkan kesan yang beliau khuatir akan terjadi.
Kesan yang beliau maksudkan itu ialah kajian menyeluruh ke atas peranan dan sumbangan Umno di dalam merdeka tahun 1957.
"Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun-tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang dicipta oleh pimpinan Umno.
"Adakah Umno penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita dijajah?
"Tujuan Umno tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepadanya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu," kata beliau.
PETALING JAYA 16 SEPT : Bekas Tahanan ISA yang dianggap subversif oleh Kerajaan Pusat menyambut baik pengumuman memansuhkan akta 'kejam' itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam.
Bagaimanapun mereka memberi amaran agar berwaspada dan berhati- hati terutamanya dengan pengumuman dua lagi akta yang bakal digubal yang bakal menjadi 'alternatif' kepada ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang digunakan saban tahun untuk menahan tanpa bicara sesiapa sahaja mengikut perkenan Menteri Dalam Negeri.
ADUN Kota Damansara Dr Nasir Hashim menyatakan kemungkinan Najib melakukan hal ini sekarang setelah 3 tahun mengambil alih jawatan Perdana Menteri adalah untuk memancing sokongan rakyat bagi Pilihan Raya Umum ke 13, yang boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang.
"ISA telah digunakan berpuluh tahun untuk menunduk dan menganiaya mangsa. (Persoalannya) mengapa sekarang? Ini mungkin berkaitan Pilihan raya dan (Sokongan) Mungkin lemah. Beliau (Najib) nak dapat sokongan rakyat, kena buat sesuatu," kata beliau ketika ditemui TV Selangor semalam.
Pengumuman Najib memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 mengejutkan khayalak rakyat namun boleh dijangka lantaran khabar angin bertiup kencang sebelum ini menyatakan Najib bakal menarik kembali akta ini bagi meningkatkan populariti dan sokongan terhadap pentadbirannya.
Najib turut menyatakan kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
Dr Nasir yang juga Presiden Parti Sosialis Malaysia ditahan selama 15 Bulan dibawah akta yang disifatkan beliau sebagai 'zalim' itu semala Operasi Lalang pada tahun 1987.
Dalam Operasi Lalang yang berlaku pada 27 Oktober 1987 itu, seramai 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan menyaksikan pembatalan dua akhabar harian dan dua akhbar mingguan.
Selain Dr Nasir, turut ditahan ialah Lim Kit Siang, Karpal Singh, Suhaimi Said, Kua Kia Soong, Chandra Muzaffar, Ibrahim Ali dan Mohamed Fahmi Ibrahim.
Menurut beliau walaupun dimansuhkan, jentera yang digunakan untuk ISA masih boleh digunakan sebagai tujuan lain seperti penggunaan Ordinan Darurat terhadap 6 ahli PSM beberapa bulan lalu yang dianggap Dr Nasir sebagai tindakan ISA yang dinamakan di bawah undang-undang berlainan.
Justeru, beliau melahirkan kerisauan mengenai undang-undang baru yang dikatakan bakal menggantikan ISA serta meminta orang ramai mengkajinya terlebih dahulu.
"Apa yang kita risau ialah kerana mereka guna ISA dengan sempurna untuk memusnahkan musuh mereka, mereka akan ada alternatif..ini kontradiksi. Bermakna ia (hanya) wayang. Tidak ikhlas.
"Hanya kita berharap rakyat tak dipengaruhi gula-gula seperti ini. ISA, kena kaji adakah masih dijaga 'jentera-jentera' yang digunakan. Apa jenis (undang-undang) alternatif mereka ada. Adakah alternatif itu akan turut menganiaya rakyat?" kata beliau.
Seorang lagi bekas Tahanan ISA Hishammudin Rais mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai 'alternatif' kepada ISA yang bakal digubal kelak.
"Adakah ISA ini telah dimansuh keseluruhannya. Jika dimansuhkan keseluruhannya, ia keputusan baik, tanda proses pendemokrasian telah berlaku di Malaysia. Dan apakah satu lagi perundangan akan dibuat, kita akan bincangkan kemudian," kata beliau.
Hishammudin ditahan ISA dua kali, pertama pada 1994 dan kedua pada April 2001 atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.
Beliau mengajak rakyat melihat betapa suara mereka mampu didengari jika mereka bersatu menentang kezaliman.
"Kita juga harus memahami latar belakang yang melahirkan suasana ini, latar belakang ini ialah kerana ketika ini pimpinan UMNO lemah. Kerana kelemahan ini mereka perlukan sokongan. Ini tunjukkan rakyat kuat. Tuntutan mansuhkan ISA berjaya, tuntutan PPPA semua beraya. Ini tunjukkan rakyat kuat bila kerajaan lemah.
Sementara itu Presiden Parti Rakyat Malaysia, Dr Rohana Ariffin pula menyatakan betapa hal ini merupakan pencapaian positif yang patut dibanggakan golongan pembangkang dan progresif yang telah sedaya upaya menentang akta ini.
"Pemansuhan ISA satu tindakan positif dan ini bermakna tiap-tiap orang itu akan dapat pembelaan jika dituduh subversif. Tapi di sini, ada pula undang-undang baru seperti di England dan seterusnya seperti Anti Terrorist Act. Ini juga akan beri kuasa kepada Kerajaan. Pemansuhan ISA telah lama diperjuang golongan Pembangkang dan Progresif di Malaysia. Dan ini merupakan satu pencapaian positif kepada rakyat Malaysia," kata beliau.
ISU16 September 2008 masih banyak diperkatakan. Ada yang percaya, ada yang tidak percaya. Barangkali ramai juga yang keliru mengenainya.
16 September bukan isu politik antara Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional semata-mata. Ia lebih besar dari itu. Ia merupakan hari ulang tahun pembentukan Malaysia yang mencakupi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Manakala 31 Ogos adalah hari ulang tahun kemerdekaan Semenanjung daripada penjajahan British.
Namun 16 September tidak pernah dijadikan cuti umum berbanding 31 Ogos. Hanya selepas diperjuangkan Pakatan Rakyat, barulah diisytihar tarikh tersebut sebagai cuti umum. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak harus berterima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana lebih dahulu mengiktiraf mereka berbanding Umno-BN.
Sudah tentu apabila menyentuh isu 16 September, subjek utama yang diperkatakan adalah Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ada rakan bertanya, mengapa hendak dibangkitkan perkara yang sudah tidak jadi. Tidak kurang juga ada pihak yang menghentam dan mengkritik Anwar, termasuk kalangan pemimpin BN yang mempermain-mainkan isu 16 Septemder.
Pada hemat penulis, ianya wajar ditulis semula sebagai satu bahan rujukan penting dalam menganalisis kecenderungan ahli-ahli politik Malaysia, khususnya Ahli Parlimen (MP). Persoalan utama yang harus difikirkan adalah, apakah Anwar yang mencari MP BN ini aau mereka yang datang mencari Anwar?
Apakah Anwar yang didakwa kemaruk dan gila kuasa ataupun mereka yang takut segala jawatan, kuasa, harta dan sebagainya akan lenyap jika Pakatan Rakyat menerajui negara.
Selepas hampir tiga tahun sejak Pilihan Raya Umum 2008, laman Wikileaks mula mendedahkan fakta-fakta mengenai mengenai kecenderungan besar MP BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008.
Isu ini timbul kembali apabila Wikileaks mendedahkan, ia mempunyai maklumat yang sahih mengenai rundingan beberapa pihak dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak untuk keluar BN, masuk Pakatan Rakyat.
Dalam satu laporan, ia memetik kata bekas Ketua Menteri Sabah, Dato' Salleh Tun Said Keruak, memberitahu pegawai kerajaan kedutaan Amerika Syarikat bahawa lebih dari separuh dari 25 Ahli Parlimen BN Sabah, sedia untuk meninggalkan BN.
Malah kabel tersebut memperkukuhkan bukti, dalam banyak pertemuan pemimpin-pemimpin Umno-BN Sabah, antaranya pada 18 hingga 20 Jun 2008, yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak menyokong Perdana Menteri ketika itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun Salleh yang kini Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mendakwa laporan Wikileaks tersebut tidak berasas. Namun Salleh menyatakan, beliau ketika itu masih ingat pihak tertentu berusaha keras untuk memujuk MP Sabah, tetapi mereka gagal.
Pada waktu itu (selepas PRU Mac 2008), semua orang kelam kabut dan terkejut. Pakatan Rakyat terkejut kerana tidak menjangkakan akan mendapat sokongan besar rakyat, manakala BN kelam kabut dan hampir meroyan apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen serta hilang kuasa di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (selain Kelantan yang BN hilang kuasa sejak 1990).
Habis semua tersentak. Terutamanya MP BN yang faham 'pencak silat' politik. Mereka tahu dan sangat-sangat sedar bahawa Pakatan Rakyat adalah suatu force yang amat besar. Mereka memahami soal ini, sekaligus dengan beberapa petunjuk politik yang jelas menunjukkan kerajaan BN sudah hampir dipenghujung hayat.
Justeru selaku ahli-ahli politik yang sedar, mereka tidak ada pilihan lain. Mereka tahu jika mahu terus berpolitik, Pakatan Rakyat adalah future platform, bukannya BN.
BN hanya tinggal 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat menang 82 kerusi. Pakatan Rakyat hanya perlu 30 kerusi untuk mendapatkan simple majority. Jika Wikileaks mendedahkan separuh dari 25 MP BN Sabah sudah sedia untuk menyeberang, selebihnya dari mana?
Saya percaya, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak dan juak-juak di sekelilingnya tahu apa yang saya maksudkan. Selain Sabah, wakil-wakil BN dari Sarawak, komponen BN di Semenanjung, malah MP Umno juga turut sama berminat untuk menyeberang.
Jika fakta ini betul, soalnya berapa orang yang hendak menyeberang ke Pakatan Rakyat? Siapa yang hendak defect? Ataupun harus juga dipersoalkan mengapa mereka tidak menyeberang?
Sebelum Wikileaks membuat pendedahan lebih menggemparkan, elok juga dianalisis isu 16 September ini dengan lebih mendalam.
Persoalan pertama adalah jumlah. Daripada pengamatan saya, lebih 40 orang MP BN yang cenderung kepada Pakatan Rakyat. Hal ini disedari dan pernah diperkatakan oleh mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu majlis di London, semasa isu ini hangat diperkatakan.
Nama mereka tidak perlu didedahkan. Mereka daripada Sabah, Sarawak, Semenanjung. Terdiri daripada kalangan pemimpin utama dan bekas pemimpin utama parti komponen BN. Lebih mengejutkan ada kalangan mereka Menteri, Timbalan Menteri dan MP biasa.
Mereka-mereka ini mengadakan perundingan dengan Anwar di beberapa tempat. Dalam dan luar negara. Antaranya di Singapura, Hong Kong, Bangkok dan beberapa tempat lain. Malah ada yang berani berjumpa secara terbuka di beberapa tempat dalam negara.
Saya teringat kata seorang Timbalan Menteri kepada seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Parlimen. Beliau mengatakan, "Jika Pakatan Rakyat sudah mempunyai 29 orang MP, you masukkan nama I untuk cukupkan 30 orang."
Pada ketika itu Pakatan Rakyat sudah boleh menubuhkan kerajaan. Tetapi disekatn dengan serangan siang malam terhadap Anwar dan tuduhan liwat kedua yang dihadapkan kepada beliau oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dakwaan liwat terhadap Anwar dibuat pada 28 Jun 2008. Tetapi plot untuk mengenakan beliau sudah dirancang lebih awal. Plot ini diberitahu oleh seorang bekas Menteri yang paling berpengaruh kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa sekitar April 2008.
Kata beliau kepada Husam ketika itu,"Tidak ada jalan lain untuk menyekat kemaraan Anwar. Jika Umno-BN mahu kekal berkuasa, Anwar harus dikenakan tuduhan liwat (kali kedua) dan Anwar harus disumbat dalam penjara."
Jelas daripada kata-kata pemimpin ini. Plot atau konspirasi untuk mengenakan Anwar sudah dirancang berbulan lebih awal daripada dakwaan dibuat oleh Saiful?
Soalnya Mengapa Saiful terbabit? Saya tidak mahu mengulas lanjut hal perbicaraan dalam mahkamah. Tetapi yang jelas, apabila tuduhan seorang itu meliwat seseorang, ia harus dibuktikan secara klinikal. Secara klinikal, kes ini tidak harus wujud, kerana doktor pertama yang memeriksa Saiful selepas dakwaan meliwat dibuat, secara konsisten mengatakan, tiada kesan tusukan di dubur Saiful.
Logiknya, jika dubur Saiful tidak ditusuk, mana mungkin kejadian liwat berlaku. Kes ini tidak seharusnya wujud, tiada bukti kukuh dan kes ini harus dibuang.
Berbalik kepada Saiful. Mengapa beliau terlibat dan apa pembabitannya dengan 16 September? Mengapa Najib menemuinya pada 24 Jun 2008, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku atau empat hari sebelum laporan polis terhadap Anwar dibuat?
Hakikatnya ialah ,Saiful bertugas mengikuti majikannya (Anwar) dan merekod banyak pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin Umno-BN di banyak tempat. Dalam dan luar negara. Secara tidak langsungnya, nama, lokasi dan butiran pertemuan diadakan, ada dalam pengetahuan Saiful.
Oleh itu Najib tidak boleh kata (pada 24 Jun), bahawa beliau tahu Anwar akan meliwat Saiful pada 26 Jun, kerana pada tarikh beliau menemui Saiful, kejadian belum lagi berlaku.
Najib harus tahu dan sepatutnya sudah diberitahu Saiful tentang butiran pertemuan Anwar dengan MP-MP Umno-BN. Walaupun mungkin semua perundingan tidak diketahui Saiful, tetapi dipercayai sebahagian daripada nama-nama pemimpin berkenaan, ada pada pengetahuan Saiful.
Justeru, jika hendak diperincikan lebih ramai yang berhasrat hendak meninggalkan BN. Tetapi hasrat dan usaha mereka tersekat apabila Anwar dikenakan pertuduhan kedua.
Dalam keadaan kuasa penuh menguasai polis dan kehakiman ada pada tangan PM, maka kedudukan Anwar pada ketika itu tidak kukuh jika mereka hendak berhijrah ke Pakatan Rakyat. Lagipun kebanyakan MP ini banyak kepentingan yang hendak mereka lindungi. Mereka tidak sanggup mengambil risiko. Mereka tidak mahu gamble.
Umno-BN tiada pilihan lain untuk terus berkuasa selain terpaksa 'memenjarakan' Anwar. Jika Anwar masuk ke 'dalam' Umno-BN berharap, Pakatan Rakyat akan berpecah.
Walaupun rencana 16 Septembert 2008 gagal diteruskan. Ia tidak berjaya memperkukuhkan BN, jauh sekali untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.
Hasrat 16 September akan tetap diteruskan. Bukan semata-mata untuk menantikan penghijrahan MP BN, tetapi ia akan dirayakan dalam erti kata kemerdekaan yang sebenar bersama seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, tanpa ada perasaan rasis dan diskriminasi.
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Negara memerlukan akta yang menghalang kerajaan dari menzalimi rakyat dan bukan sekadar penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Malah beliau melihat pengumuman penghapusan ISA adalah usaha terdesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan popularitinya yang merudum.
"Najib tertekan dan terkesan dengan tuntutan kuasa rakyat yang antara lain menuntut penghapusan ISA dan dalam keadaan terdesak ketika popularitinya merudum, beliau menyangka pengumuman penghapusan ISA adalah penawar kepada tekanan yang dihadapinya.
"Langkah drastik untuk mencari populariti itu bukan sahaja tidak akan memulihkan imejnya yang makin merudum malah mungkin menyebabkan Najib makin tidak popular di dalam Umno kerana ISA selama ini sentiasa menjadi talian hayat dan alat Umno untuk mempertahankan kuasanya," katanya.
Mahfuz juga menyifatkan langkah Najib itu membuktikan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa.
"Najib nampaknya sanggup melakukan apa sahaja dalam usahanya untuk membuktikan kepada musuh-musuhnya di dalam Umno bahawa beliau boleh kembali popular di kalangan rakyat seperti sebelum ini sehingga sanggup menghapuskan 'tangkal azimat' serta 'khurafat' Umno untuk terus berkuasa iaitu ISA," katanya.
Walaupun tidak teruja dengan pengumuman Najib itu, Ahli Parlimen Pokok Sena yang pernah ditahan di bwah ISA itu tetap menganggap pengumuman Najib itu sebagai kemenangan kuasa rakyat yang menuntut penghapusan ISA.
"Tahniah kepada rakyat dan Gerakan Mansuhkan ISA kerana ia tetap satu kemenangan apabila Najib sudah ke peringkat menyangka penghapusan ISA adalah penawar dan ubat kepada masalah imejnya yang merosot dan merudum kini," katanya.
Namun, Mahfuz yakin rakyat tetap tidak lupa betapa bengisnya Umno mempertahankan ISA yang menjadi selama ini merupakan alat mempertahankan kuasanya.
"Rakyat yang menentang ISA bukan sahaja difitnahkan oleh para pemimpin dan media Umno malah pihak polis diperalatkan untuk mengganasi mereka yang berhimpun secara aman untuk menentang ISA seperti yang berlaku dalam perhimpunan aman menentang ISA pada 1 Ogos 2009 lalu," katanya.
Sebab itulah, kata Mahfuz lagi, kerajaan bukan sahaja mesti membebaskan semua tahanan ISA, membayar ganti rugi dan memohon maaf kepada semua yang pernah menjadi mangsa ISA, malah kerajan juga mesti memohon maaf kepada rakyat yang diganasi dan difitnahkan secara tidak bertamadun kerana menuntut penghapusan ISA termasuk mereka yang diganasi dan difitnahkan ketika berhimpun secara aman dalam himpunan 1 Ogos 2009 itu.
Bukan setakat itu sahaja, kata beliau, kerajaan juga hendaklah memastikan pemansuhan total undang-undang yang memberi kuasa kepada menteri untuk menahan tanpa bicara.
"Jika menteri masih diberi kuasa untuk menahan tanpa bicara, ia terdedah kepada manipulasi, penyalahgunaan kuasa dan menjadi alat memangsakan musuh-musuh politik kerajaan yang berkuasa.
"ISA dahulu pun diakwa digubal untuk menghadapi ancaman pengganas komunis tetapi akhirnya digunakan berkali-kali ke atas pembangkang yang dilihat mengancam kuasa Umno," kata Mahfuz.
Beliau juga mempersoalkan apa perlunya kuasa menahan tanpa bicara jika kerajaan berlaku adil dan tidak menyalahgunakan kuasa.
"Kemunculan pengganas dan teroris boleh dikurangkan dan tidak akan berleluasa jika kerajaan berusaha untuk memaksimumkan keadilan dan tidak menyalahgunakan kuasa.
"Tetapi, jika perjalanan dan pengendalian pilihan raya pun tidak bersih dan tidak adil, tidak ada jaminan teroris tidak akan wujud dan tidak ada gunanya akta yang menghalalkan penahanan tanpa bicara untuk menggantikan ISA kononnya untuk menghadapi teroris," katanya.
Beliau menggesa rakyat terus berjuang menuntut penghapusan apa jua undang-undang yang menghalalkan menteri bertindak sesuka hati menahan tanpa bicara.
"Bukan akta seperti itu yang boleh menjamin keselamatan negara dan ketenteraman awam tetapi yang diperlukan oleh negara ini ialah undang-undang yang menghalang kerajaan menzalimi rakyat kerana yang lebih banyak menzalimi rakyat negara ini bukannya pengganas atau teroris tetapi kerajaan sendiri," tegas Mahfuz.
KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.
"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.
"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu.
Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.
Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.
"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.
PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu.
Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.
KOTA BHARU, 16 Sept: Ketika rakyat sibuk dengan sambutan Hari Malaysia, Umno Kota Bharu dan beberapa bahagian di sini kelam kabut pula mengadakan pilihan raya olok-olok.
Mereka menjadikan sekolah milik Jabatan Pelajaran sebagai markas pilihan raya.
Bendera Umno dan Barisan Nasional kelihatan dipasang di pagar sekolah antaranya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat, Sekolah Kebangsaan Bunut Payong dan Sekolah Menengah Zainab II.
Malah di sekitar Jalan Telipot tidak jauh dari Sekolah Menengah Sultan Ismail juga dipasang bendera dacing.
Namun sehingga jam 10 pagi tadi hanya kelihatan beberapa penyokong Umno yang datang mengundi di pusat pilihan raya olok-olok tersebut.
Paling ketara tiada sambutan di Sekolah Menengah Sultan Ismail Jalan Telipot. Begitu juga di Sekolah Menengah Kebangsaan Naim Lilbanat.
Ada beberapa penduduk yang keluar mengundi olok-olok itu kelihatan membawa pulang sesuatu sebagai buah tangan.
Namun menjadi mangsa kepada pilihan raya tersebut iaitu guru-guru Kafa yang mengajar di kelas fardhu ain.
Seorang daripada mereka yang diminta datang mengundi di sebuah sekolah di Pasir Tumbuh berkata, beliau terpaksa datang kerana Umno berkuasa ke atas nasib guru Kafa.
"Kami yang dipaksa datang tentunya tidak berani hendak undi selain lambang dacing.
"Tentunya petang nanti akan diumumkan BN menang 100 peratus kerana mereka yang datang mengundi puak-puak Umno dan guru-guru Kafa yang dipaksa," ujarnya.
Ramai melihat program pilihan raya olok-olok atau sebelum ini dipanggil simulasi pilihan raya anjuran Umno tidak mendapat simpati masyarakat.
Malah ramai gelak memanjang dengan telatah Umno mengadakan pilihan raya olok-olok.
Sebelum ini menjelang pilihan raya umum 2008 pilihan raya olok-olok diadakan Umno di seluruh Kelantan.
Ketika itu bagi menarik ramai yang hadir diadakan cabutan nombor bertuah dengan hadiah termasuk basikal dan dibekalkan gula.
Seorang penduduk di Bunut Payong yang dikenali sebagai Mat Deris, 55 berkata, jenama Umno dan BN sudah tidak lagi disukai rakyat di sini.
"Biar pun pelbagai perubahan dilakukan bagi membersihkan imej parti itu, namun selagi pemimpin sama berada di atas Umno tidak mampu pergi lebih jauh dalam politik negara," ujarnya.
PESHAWAR 16 Sept. – Sebutir bom yang disasarkan kepada ahli militan anti-Taliban meletup di satu majlis pengkebumian di barat laut Pakistan semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 26 orang manakala 63 orang lagi cedera parah, kata polis.
Insiden di daerah Lower Dir itu berlaku dua hari selepas satu lagi kejadian pengeboman di kawasan barat laut yang mengorbankan empat kanak-kanak dan ia dikaitkan dengan sebuah lagi kumpulan anti-militan.
Menurut polis, mereka masih menyiasat punca bom itu sama ada daripada peranti yang telah ditetapkan masa ataupun pengebom berani mati. - AFP
CHRIS 'The Dutchess Walton' memiliki kuku paling panjang di dunia.
NEW YORK - Seorang penyanyi rock, Chris 'The Dutchess Walton' disenaraikan dalam Guinness Book of World Records buat kali pertama sebagai individu yang memiliki kuku paling panjang di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 45 tahun memiliki kuku sepanjang 609.6 sentimeter (sm) di kedua-dua tangannya.
Walton yang merupakan ibu enam anak dan nenek kepada tiga cucu menyatakan dia mula menyimpan kuku tersebut 18 tahun lalu.
"Saya pasti pada satu hari nanti, saya akan memotongnya tetapi saya tidak terfikir mengenainya (untuk memotong kuku) kerana saya mahu memilikinya," kata wanita tersebut.
Walton menjalani rawatan kuku sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Dia memiliki kuku paling panjang di dunia selepas pemegang rekod itu sebelum ini, Lee Redmond yang juga seorang nenek kehilangan kukunya dalam kemalangan jalan raya pada 2009.
MODEL Teluk San Francisco yang dihasilkan Scott Weaver dengan menggunakan 103,987 pencungkil gigi.
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.
Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli.
Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.
Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi
WASHINGTON 16 Sept. – Ketua Operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah berjaya dibunuh, kata pegawai kanan Amerika Syarikat semalam, mendedahkan kejayaan terbaru mereka dalam menentang kumpulan tersebut.
Kematian Abu Hafs di sebuah daerah di Pakistan itu berlaku selepas pembunuhan orang nombor dua Al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman bulan lalu dan Osama Laden Mei lalu, dipercayai berjaya melemahkan lagi kumpulan militan tersebut.
"Kami mengesahkan ketua operasi Al-Qaeda di Pakistan, Abu Hafs al-Shahri telah dibunuh awal minggu ini di Waziristan, Pakistan," kata pegawai yang tidak mahu dikenali itu. - AFP
KERETA Volkswagen Beetle sebelum ia diubahsuai oleh Megan Ashton.
SALISBURY - Seorang pegawai kejuruteraan Tentera Laut Diraja Britain, Megan Ashton, 26, mengambil masa selama enam tahun untuk mengubahsuai sebuah kereta Volkswagen Beetle untuk kelihatan seperti Porsche 356, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta Porsche 356 itu dicipta oleh Ferdinand Porsche yang merupakan anak lelaki pengasas syarikat Porsche yang telah mereka bentuk Volkswagen Beetle.
Kereta Volkswagen Beetle berkongsi banyak peralatan dengan Porsche 356 menyebabkan mudah buat Ashton untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian.
MEGAN ASHTON berdiri dekat kereta Volkswagen Beetle yang diubahsuai menjadi Porsche 356.
Ashton membelanjakan £200 (RM978) untuk membeli kereta Volkswagen yang berusia 40 tahun itu dan menanggalkan kepingan badannya.
Dia turut menggunakan enjin kereta 1776cc untuk menggantikan enjin lama yang berkuasa 1285cc.
Ashton membeli kereta itu ketika dia menjadi pelajar.
Kos untuk menyiapkan keseluruhan kenderaan itu ialah £4,000 (RM19,548).
Kereta itu mempunyai tempat duduk kulit dan ia boleh bergerak lebih 160 kilometer sejam dan kini bernilai £25,000 (RM122,276). - Agensi
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon awal terhadap pengumuman yang dibuat Najib dalam Perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.
"Selepas 5 desawarsa, Najib akhirnya mengiktiraf demokrasi di negara ini tidak berfugsi," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam prutusan khas perdana menteri, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.
Jangan terlalu selesa
Mengulas lanjut, Dzulkefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor menganggap pengumuman tersebut juga sebagai kejayaan rakyat, NGO, aktivis demokrasi serta parti pembangkang yang selama ini telah lama mendesak perkara itu dimansuhkan.
Malah ujarnya, pengumuman itu hanya sebahagian kecil daripada perubahan yang dituntut rakyat untun menjadikan demokrasi negara benar-benar berfungsi.
Bagaimanapun beliau menasihatkan rakyat agar jangan terlalu selesa dengan pengumuman itu kerana apa yang diumumkan perdana menteri malam ini hanya dalam bentuk "janji lisan".
"Kita yakin ini hanya janji dan slogan saat-saat akhir bagi meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Apa yang lebih penting, rakyat mahu melihat dalam praktik dan amalannya," katanya yang juga pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat.
Tambahnya lagi, apa yang diumumkan Najib itu juga adalah apa yang telah diumumkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga iaitu prubahan yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam masa 100 hari menguasai Putrajaya.
"Ini yang kita maksudkan reformasi politik sebelum datang transformasi ekonomi yang Pakatan Rakyat komited untuk lakukannya.
"Kita tak kisak mereka tiru pendekatan kita dalam Buku Jingga. Janji ianya untuk kebaikan rakyat keseluruhan," katanya.
WASHINGTON 16 Sept. – Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Cuba yang terletak di selatan Caribbean, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) semalam.
Gegaran pada pukul 4.43 petang waktu Malaysia itu berlaku pada 107 kilometer barat daya Campechuela, kawasan selatan pantai dan 122 kilometer utara Teluk Montego, Jamaica.
Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan dari gempa bumi tersebut. - AFP
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib malam ini.
"Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham.
"Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri malam ini yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13.
Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya.
"Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi.
Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan Umno BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British.
"Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya.
Saya melihat Najib telah melakukan satu kejutan demi untuk mengekang gelombang kebangkitan rakyat yang menolak BN sejak gelombang tsunami politik 2008. Kerana itu pengumumannya memansuhkan ISA dan beberapa akta lain yang berkaitan tidak lebih dari usaha mengambil hati rakyat sebelum PRU ke 13 menjelang.
Beliau membuktikan tawaran 100 hari dalam Buku Jingga adalah sesuatu yang menjadi realiti kepada hasrat rakyat Malaysia, dan ianya bukanya sesuatu pembohongan dan penipuan sebagai mana yang dijaja oleh pecacai UMNO dan BN selama ini.
Satu demi satu yang ada dalam Buku Jingga diceduk oleh Najib.
Najib mengumumkan sesuatu yang disifatnya sebagai inisiatif tranformasi politik ke arah menjadi negara moden, progresif bila ISA dimansuhkan .
Tetapi serentak dengan itu juga beliau umumkan dua undang-undang baru akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta jenayah bagi pelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
Akta Buang Negeri 1956 juga dimansuh, dan Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula.
Katanya lagi satu kajian semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira Perkara 10 Perlembagaan mengenai hak berhimpun
Najib juga umumkan kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.
Semua perkara diatas adalah tuntutan rakyat yang selama ini dilakukan tanpa mengira ancaman dan mereka yang terlibat secara langsung berdepan dengan resiko undang-undang yang berat. Tidak salah saya masih ada kes tangkapan berkaitan ISA yang masih belum selesai dibicarakan di mahkamah.
Saya terlibat beberapa kali dalam beberapa himpunan Masuhkan ISA dan saya saksikan bagaimana mereka yang menuntut supaya akta zalim itu dihapuskan di perlakukan seperti binatang.
Di Dewan Undangan Negeri Perak pada tahun 2008 selepas PR berkuasa , kami menyaksikan bagaimana wakil dari BN berkeras dengan Usul dari PR supaya DUN Perak menyokong usul memansuhkan ISA dan cadangan supaya Kem Tahanan Kamunting ditutup.
Kerana itu persoalannya sekarang kita sudah tidak boleh duduk diam dan pendokong PR mesti bangkit secara total untuk menghadapi gelombang akhir sebelum PRU 13 bila Najib mengumumkan sesuatu yang saya anggap "gula-gula".
Saya menjangka kan PRU ke 13 pada bila-bila masa sahaja boleh diumumkan dengan pembubaran Parlimen sekiranya Najib merasakan manis "gula-gula" terbarunya sampai kelidah rakyat.
Mustahil dia boleh menunggu lama seandainya dia merasakan janjinya kelmarin dapat mengembalikan sejumlah sokongan rakyat kepada BN.
Kerana itu seluruh jentera Pakatan Rakyat dari PAS,Keadilan dan DAP mestilah diarahkan oleh pimpinan masing-masing untuk bersiap menghadapi kemungkinan pembubaran parlimen pada penghujung September ini atau awal Oktober nanti.
Kalaupun tidak berlaku pada jangkaan itu, rasanya November dan Disember adalah target pembubaran tersebut pada tahun ini. Semuanya sudah sangat hampir dan memerlukan lonjakan gerak kerja yang maksimum bagi memastikan potensi kemenangan semua Calon PR berada dalam tahap yang selesa dan menyakinkan.
Selamat Hari Malaysia yang terakhir bersama BN dan Hari Malaysia pada tahun hadapan adalah bersama dengan Kerajaan Malaysia di bawah Pakatan Rakyat.
DRS. KHALIL IDHAM LIM Parit Buntar, 16 September 2011.
Saya berpesan kepada diri saya, dan tuan-tuan semua, sama-samalah kita berusaha meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan bersungguh-sunguh mentaati, kesemua ajaran agama Allah, dengan menunai kan semua yang disuruh, dan meninggalkan segala yang dilarang, semoga berbahagia hidup kita di dunia ini dan mendapat balasan syurga di akhirat sana.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kita masih lagi berada di bulan Syawal serta meraikan bulan kemerdekaan Negara yang kali ke 54. Di samping merayakan kedua-dua kemenangan tersebut, sebagai umat Islam kita jangan lupa bahawa sejarah telah mencatatkan banyak peristiwa yang telah berlaku khususnya di bulan Syawal ini. Di antara peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Syawal ini ialah peristiwa Perang Ahzab yang juga dikenali sebagai Perang Khandak. Peristiwa Perang Ahzab ini begitu besar dan penting hingga disebut dalam surah Al-Ahzab sebanyak 17 kali. Di antaranya firman Allah:
Dan ketika orang-orang beriman melihat tentera Al-Ahzab, mereka berkata, "itulah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya kepada kita dan benarlah Allah berserta Rasulnya tidak berdusta". Yang demikian itu menambahkan lagi keimanan, dan kepercayaan mereka kepada takdir Allah S.W.T.
- Surah Al-Ahzab ayat 22.
SaudarakumusliminyangdirahmatiAllah,
Perang Ahzab ini, telah melibatkan peperangan Umat Islam dengan barisan kuffar di Madinah dan Mekah yang terdiri daripada golongan Yahudi,Bani Ghatafan, Bani Quraizah, Bani Kinanah, Bani Murrah, Bani Tihamah serta Bani Ashja'yang telah bersatu untuk memerangi Rasulullah sawhasil daripada hasutan Yahudi Bani Nadhir.
Tentera Islam hanya berjumlah 3 ribu orang, manakala tentera Kuffar melebihi 10 ribu orang dan ianya berlaku pada bulan Syawal tahun ke 5 hijrah.
Di antara punca meletusnya peperangan tersebut ialah apabila sebahagian pemimpin Yahudi Bani Nadhir yang dihalau dari Kota Madinah akibat melanggar perjanjian dengan Rasulullah, di mana mereka telah mengajak Musyrikin Makkah memerangi Rasulullah saw dengan kata mereka:
"Kami akan bersama-sama kamu untuk memerangi Muhammad hingga dapat kita banteras mereka hingga ke akar umbi,"
dan mereka juga berkata:
"Agama kamu dan pegangan kamu, lebih baik dari agama Muhammad,"
"Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang diberi kitab, mereka percaya dan menyembah yang lain dari Allah dan taghut dan mengatakan kepada orang-orang kafir musyrik Mekah bahawa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman".
"Mereka itulah orang-orang yang dikutukoleh Allah, maka barangsiapa yang dikutuk oleh Allah, pasti tidak ada orang yang menolong mereka"
- Surah An-Nisa': Ayat 51 & 52
SaudarakumusliminyangdirahmatiAllah,
Rasulullah saw bersama para sahabat telah menggali parit di sekeliling Madinah setelah menerima pandangan kreatif dari Salman Al-Farisi yang banyak pengalaman mengenai strategi peperangan ketika mengetuai pasukan tentera di Parsi. Tentera Islam yang diketuai sendiri oleh Rasulullah saw, akhirnya mencapaikemenangan dengan sejumlah 4 orang yang mati dari kalangan kuffar manakala 7 orang dari kalangan tentera Islam yang gugur syahid. Peperangan sebenarnya tidak berlaku kerana Allah telah memberikan pertolongan dengan mendatangkan angin kencang dan cuaca yang sangat sejuk sehingga akhirnya tentera kafir lari bertempiaran meninggalkan Madinah. Allah swt menceritakan kisah tersebut:
"Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan"- Surah Al-Ahzab ayat 9
Muslimin yang dirahmatiAllah,
Rasulullah saw menggunakan pelbagai strategi perang saraf dan sebagai tanda syukur atas kemenangan hasil dari pertolongan Allah tersebut. Rasulullah saw bersama sahabatnya telah melaungkan kalimah tauhid yang menandakan kebesaran dan ketinggian kuasa Allah di atas segala hambanya, dengan kalimah suci iaitu :
Tiada Tuhan selain Allah yang Esa, Allah telah memenuhi janjiNya, telah menolong hamba-hambaNya, telah memenangkan pasukan Islam yang dipimpinNya dengan mengalahkan pasukan tentera Ahzab.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Di antara faktor kemenangan, tentera Islam dalam perang Ahzab ialah:
1.Pemimpin kuffar terlalu angkuh dan sombong dengan kekuatan fizikal mereka seolah-olah jumlah tentera yang besar itu boleh menjamin kemenangan mereka secara mutlak.
2.Semangat juang dan keikhlasan yang telah ditunjukkan oleh tentera Islam. Ini dapat dilihat dari syair-syair Abdullah bin Rawahah r.a. ketika para sahabat sedang mengorek parit, katanya:
Kalau bukan kerana Allah, kita tidak kenal hidayah,Tak kenal sedekah dan tak kenal solat,Ya Allah! Limpahkanlah ketabahan dan ketenangan,Mantapkankaki dantekadkamimenghadapi musuh,Konspirasi musuh siap menyerang kita,Membawa bencana, namun kita tak rela.
3.Tentera Islam berjaya melemahkan kerjasama di antara komponen kuffar musyrikin yang terlibat dalam perancangan menentang tentera Islam pimpinan Rasulullah saw, akhirnya masing-masing tidak percaya sesama sendiri kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi.
4.Pertolongan Allah dengan mengirimkan angin yang kencang sehingga menyukarkan tentera kuffar untuk bertindak terhadap tentera Islam sehingga akhirnya mereka lari.
Saudaraku muslimin yang dirahmati Allah,
Iktibar dan pengajaran yang dapat diambil dari peristiwa perang Ahzab ini antaranya ialah:
1.Bahayanya golongan Yahudi dulu, kini dan selama-lamanya kerana merekalah punca segala kejahatan sepertimana juga Yahudi hari ini. Merekalah penghasut, pemfitnah, penceroboh, pengkhianat kepada perjanjian yang telah dimeterai bersama dengan Rasulullah saw dalam perang Ahzab, mereka menghasut komponen yang lain supaya menentang Rasulullah saw. Begitulah juga Yahudi hari ini, merekalah yang mendalangi segala keganasan, menekan gerakan Islam, memburu serta membunuh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulamanya, mensekularkan sistem pendidikan Islam dan mencari helah untuk berperang dan menyerang negara-negara umat Islam dan mencari helah untuk menangkap orang-orang yang cenderung kepada Islam, tetapi melepaskan orang-orang kaya, hidup bebas dengan maksiat dan kejahatan.
2.Seorang pemimpin yang baik, akan mudah pandangan, danmengamalkan syura (bermusyawarah) bersama-barang orang bawahannya (rakyat jelata), sekalipun dalam hal-hal yang besar, bukan menggunakan kuasa diktator yang mencengkam dan memaksa rakyat mesti menerima pandangannya, dan sesiapa yang tidak menerima pandangannya, akan dicop sebagai penentang, pembangkang, dan pengkhianat bangsa dan Negara.
3.Perang bagi umat Islam bukanlah tanda mengganas tetapi ia sebagai satu amaran kepada musuh-musuh Islam bahawa umat Islam juga mempunyai maruah dan harga diri. Kebangkitan atau intifadhah umat Islam Palestin yang didukung oleh Hamas sebagai contoh, tidak boleh dianggapsebagai satu keganasan kerana Negara mereka telah dicerobohi, rakyatnya dibunuh, diseksa, dirogol, dipukul dan sebagainya. Firman Allah S.W.T.
5.Manusiamempunyaikepakarandankebolehanmasing-masing. Kitaperlubertolongansesama kitadi atas kepakaran yang dimilikidemiuntukmenghasilkan,suatupembangunan. Di atasdasarinilah, RasulullahsawmenerimapandanganSalmanAl-farisidalamperangKhandak.
Orang-orang Kafirtidakmempunyisifatjuang cuma yangadapadamerekasifatmengampu malahmerekasanggupbermati-matianmengampupemimpinnyasemata-matauntukmendapatkanapayangmerekainginkan sebaliknyamerekaakanmeninggalkanPimpinannyaapabilakeinginannyatidaktercapai.BerbezadenganpejuangIslam,merekaberjuang dengan jujur,ikhlaskeranaAllahdenganmengharapRedhadanRahmatNya.
Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.
Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itu adalah satu tanda orang yang anda sedang bicara itu sudah tua.
Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang yang sedang anda bicara itu muda.
Ini antara petanda usia seseorang.
Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, dan seronoknya zaman remaja dia, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.
Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik, sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua.
Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh Umno sekarang yang seronok jumpa bekas-bekas polis, tentera dan bekas- bekas pegawai pencen.
Kepada bekas anggota tentera, polis dan pegawai pencen layanlah Umno seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum bahawa mereka teringat pada anda, dan selepas PRU13 ini, mungkin Umno sudah tidak jumpa anda lagi.
Seperti biasa, kalau tetiba dia janjikan sesuatu, dengar sajalah… dah 12 kali, takkan tak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti dia kecil hati, tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang- kadang, dia tak ingat apa yang dia janji. Kena ingat itu, ini boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi kerana mempercayai janjinya.
Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya tapi menutup segala kemungkarannya.
Kalau anda berbual dengan pimpinan Umno sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin ajalnya sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan tuduh anda tidak menghormati orang tua.
Kini Umno menghimpunkan generasi lama, barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima 'cerita reka' mereka.
Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya. Tak apalah anda pun dah faham, dia kan dah tua.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat
KUALA LUMPUR, 15 Sept: Ekoran pengumuman perdana menteri malam ini (tadi) bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mendesak kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang pernah ditahan dibawah akta zalim itu.
Bercakap kepada Harakahdaily, Salahudin berkata tindakan itu perlu kerana sudah ramai rakyat yang menjadi magsa akta itu sejak dari merdeka lagi.
"Kerajaan mesti minta maaf secara terbuka kepada mereka yang pernah ditahan oleh akta ini semenjak merdeka lagi.
"Sejak dahulu kita menentang kata ini. Sememangnya akta ini tidak relevan lagi," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Beliau mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pemansuhan ISA dalam perutusan khas Hari Malaysia yang disiar secara langsung oleh RTM malam ini.
Dalam prutusan khasnya, Najib turut mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Menurut Najib, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya.
Dalam pada itu Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila Othman dalam reaksinya terhadap pengumuman perdana menteri itu masih meragui "niat baik" kerajaan.
Menurutnya, sukar untuk mempercayai janji kerajaan kerana sudah banyak kali ditipu.
"Kami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami akan percaya.
"Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja. Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja," katanya dipetik Malaysiakini.
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh pula masih menuntut penjelasan daripada pengumuman Najib itu.
"Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai.
"Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi," katanya.
Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.
PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.
Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran "jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka". Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda " kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat."
PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.
Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.
"Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya" - berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.
PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia - seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.
Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.
Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.
Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.
Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.
Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.
Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah - sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.
Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, 'Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini.' InsyaAllah.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA).
Dalam perutusan khas Hari Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia 2011, Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa dua undang-undang baru akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Selain itu, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959, di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.
Di samping itu, tambahnya, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Najib berkata, selain itu kajian semula komprehensif turut melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan seksyen 27 Akta Polis 1967, mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Komen: Semua akta di atas adalah gula-gula untuk rakyat dikala kredibiliti Najib sudah merudum. Ia juga sebagai gula-gula pilihanraya umum yang akan berlaku pada bila-bila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan