Khamis, 15 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 15 Sep 2011 03:17 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Pak Samad jolok sarang Umno

Posted: 14 Sep 2011 11:57 PM PDT


Penulis rasakan selepas Mat Sabu, Pak Samad (2S) ini pula akan diserang Umno

Manakan tidaknya kenyataan Pak Samad ini bakal meniup api kemarahan umno yang tak akan padam kerana apalah yang Umno perjuangkan jika sekadar menyambut kemerdekaan dan telah ditetapkan pula oleh Inggeris.
 
Jadi peranan Umno terlalu kecil berbanding yang lain yang tidak pernah mendapat pengiktirafan tertinggi dari Umno : ikuti seterusnya ....


"Saya tidak fikir Tunku Abdul Rahman ini pejuang, sebab sebelum itu kita dengar Mat Kilau, Mat Indera, (Ahmad) Boestamam, Ishak Haji Muhammad dan sebagainya.  


Ini memang orang-orang yang berjuang.  Dan inilah orang-orangnya yang kita namakan pejuang.  


Sedang bagi saya, Tunku Abdul Rahman bukan orang berjuang.  Dia menyambut.  Dia adalah orang yang disetujui oleh Inggeris untuk menyambut kemerdekaan."

"Dan penyambut kemerdekaannya, orang yang dirasakan oleh British, orang yang boleh jaga kepentingan yang ditinggalkannya.

"Demikianlah kata-kata Sasterawan Negara, A.Samad Said dalam satu forum berjudul "Milik siapakah kemerdekaan ini?" baca seterusnya

A.Samad: Tunku bukan pejuang, tetapi penyambut kemerdekaan

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 15 Sep 2011 02:12 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Edaran Kuih Bulan di Kaki Bukit dan Pekan Padang Besar

Posted: 14 Sep 2011 02:03 AM PDT

YDP Kawasan bersama Pengarah DUN Titi Tinggi dan Setiausaha DAP Perlis
Bersama meraikan perayaan masyarakat Tionghua

Di Pekan Kaki Bukit

Masyarakat Tionghua menyambut baik keprihatinan PAS meraikan perayaan masyarakat mereka

Remaja koma dibaling topi keledar oleh polis meninggal dunia

Posted: 14 Sep 2011 01:44 AM PDT


Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi.

Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu.

Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas.

Artikel berkenaan:

DI SINI atau DI SINI

Sekitar Majlis Aidilfitri PAS Kawasan

Posted: 14 Sep 2011 01:31 AM PDT

Kaum Tionghua serta wakil DAP turut hadir
Orang ramai menjamu selera

YDP menyambut tetamu yang hadir

YDP dan NYDP meraikan para tetamu

Pelbagai juadah membuka selera

Sebahagian tetamu yang hadir ke majlis yang diadakan di rumah YDP

Ustaz Yahaya memberikan duit raya kepada kanak-kanak

Majlis ini turut menjadi medan bertemu sanak-saudara serta shabat handai dari pelbagai fahaman politik

TPJ2 bersama Ketau Pemuda Negeri turut hadir

YB. Rus'sele Eizan turut hadir

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Sep 2011 01:15 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Sultan Selangor Kurnia Status Diraja Kepada ISM

Posted: 15 Sep 2011 12:30 AM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 SEPT : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah kepada Institut Juruukur Malaysia (ISM) berikutan pengurniaan status diraja kepada institusi berkenaan pada 28 Mac lepas.

Institut itu kini dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia (RISM).

Watikah itu disampaikan oleh Sultan Selangor kepada Presiden RISM Ahmad Fauzi Nordin pada upacara rasmi pengurniaan status berkenaan dan majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 ISM malam Rabu.

Ahmad Fauzi, dalam ucapannya, berkata RISM akan terus berusaha menjadi organisasi profesional bertaraf dunia.

"Selaras dengan pengurniaan status diraja kepada institut ini, kami berikrar mendokong profesionalisme ke tahap tertinggi pada setiap masa," katanya.

Bersempena dengan majlis itu, institut berkenaan turut menganugerahkan 'Malaysian Surveyor of the Year' kepada Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib.

tv news/-

Mafrel saran kaji ketahanan dakwat kekal

Posted: 15 Sep 2011 12:15 AM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Badan Pemantau Pilihan Raya Adil dan Bebas Malaysia (Mafrel) menyarankan kajian terperinci mengenai ketahanan dakwat kekal turut dilakukan di Malaysia.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, semua pihak perlu tahu mengenai keberkesanan penggunaan dakwat kekal dalam proses pengundian sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Ia ekoran satu kajian yang dijalankan di Eropah mendapati dakwat kekal yang disarankan Pakatan Rakyat dalam proses pengundian mudah dipadam dengan bahan yang sedia ada di pasaran.

"Walau apa pun mekanisme yang ingin digunakan, kerajaan kena siasat secara spesifik," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Syed Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus mengkaji secara menyeluruh prosedur penggunaan dakwat itu dan sejauh mana ia boleh dipadamkan seperti yang didakwa kajian tersebut.

Kajian itu juga harus melibatkan parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) contohnya Mafrel sendiri.

"Kita kena meneliti hasil kajian di Eropah itu. Mungkin apa yang dimaksudkan, ia senang dipadamkan setelah beberapa hari, bukan pada hari pengundian," katanya

Beliau juga hairan secara tiba-tiba kajian itu wujud sedangkan sewaktu SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal di saat-saat akhir sebelum pilihan raya umum lepas, mereka memebri alasan ia atas faktor keselamatan.

Mereka mendakwa terdapat pihak yang turut membeli dakwat tiruan di Thailand selain yang dibeli kerajaan di India bernilai RM2.4 juta.

"Saya pun hairan kenapa tiba-tiba kata dakwat ini mudah dipadam. Dulu SPR batalkan penggunaanya atas sebab keselamatan, sekarang timbul kajian ini pula.

"Sebab itulah SPR harus menangani perkara ini dengan baik, buat satu kajian yang menyeluruh, bukan secara 'adhock' apabila timbul sesuatu isu," katanya yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Lebih baik dakwat kekal berbanding biometrik

Sementara itu, beliau tetap menegaskan bahawa penggunaan dakwat kekal lebih baik daripada biometrik dalam menangani isu pengundi hantu.

"Mafrel tetap menyokong penggunaan dakwat kekal yang kosnya lebih rendah berbanding biometik.

Jelas beliau, sistem biometrik memerlukan kajian yang lebih mendalam selain sukar untuk dilaksanakan kerana perlu mendapat pengesahan banyak pihak termasuk pengundi sendiri.

"Sistem biometrik ini kos lebih tinggi dan persoalannya adalah bagaimana sistem ini beroperasi dan ia juga memerlukan pengesahan dari semua pihak," katanya.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang mengadakan perhimpunan 9 Julai lalu di ibu negara.

harakahdaily/-

Mohd Sabu lancar kempen mansuh hutang peneroka

Posted: 15 Sep 2011 12:00 AM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

JERANTUT, 15 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu akan melancarkan kempen besar-besaran Tuntutan Mansuhkan Hutang Peneroka Felda pada 7 Oktober depan di Felda Tenang, Johor.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, kempen tersebut sebahagian usaha untuk menyelesaikan persoalan antara peneroka dan Felda yang tidak pernah selesai.

"Para peneroka Felda yang sepatutnya hidup senang menurut idea dan perancangan Allahyarham Tun Razak selepas tanah ladang masing-masing menjadi hak milik, kini dihambat mimpi ngeri dibebani dengan hutang yang tidak pernah selesai.

"Yang sedihnya peneroka sentiasa dipotong hutang melalui pendapatan hasil sedangkan Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka.

"Hutang yang ditanggung peneroka pula bukan seribu dua tetapi menjangkau sehingga berpuluh-puluh ribu. Sebab itu bermula sahaja kempen itu kita akan desak perisytiharan hutang tak munasabah membabitkan kos tanam semula yang membelenggu peneroka," ucapnya pada satu majlis di Kota Gelanggi 2, baru-baru ini.

Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat berkata, untuk itu pihaknya akan melancarkan borang semakan untuk mengetahui jumlah sebenar hutang peneroka dan bukannya berdasarkan penyata dari Felda semata-mata.

"Kita akan kumpul data-data yang diperolehi seterusnya berbincang dengan panel yang akan membuat semakan terperinci daripada jumlah wang sara hidup yang mereka terima dan gambaran sebenar berapa pendapatan yang mereka patut dapat.

"Panel itu akan membuat imbangan di antara hutang yang dikenakan ke atas peneroka dan pendapatan yang sepatutnya mereka terima," tegas Mazlan.

Jelasnya lagi, selain masalah hutang peneroka turut tidak berpuas hati dengan kadar perahan gred (KPG) yang diisytiharkan Felda jauh lebih rendah daripada kadar sebenar yang dibuktikan di banyak makmal.

Katanya, akibatnya di Jengka sahaja seramai 1,040 peneroka tampil menyaman pihak Felda dan selepas raya ini dijangka beribu-ribu peneroka seluruh Pahang akan mengambil tindakan serupa.

"Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu ketika memberi kemenangan kepada peneroka Felda Kemahang yang menyaman Felda atas isu KPG ini, berkata ada konspirasi antara Felda Kilang dengan pengurus rancangan," katanya.

Mengenai borang Felda Plantation yang diagihkan oleh Anak sejak tiga bulan lalu, Mazlan berkata ia mendapat sambutan di seluruh negara kerana merupakan tawaran menarik dan bakal memberi impak ekonomi di kawasan Felda.

Tambahnya, jika tanah rancangan tersebut dibukakan kepada umum 80,000 terutamanya anak peneroka akan mendapat manfaat dengan kewujudan 200 Felda baru.

harakahdaily/-

Pemuda PAS akan dedah 10 IC palsu setiap hari

Posted: 14 Sep 2011 11:51 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mendedahkan kepada media, 10 kad pengenalan palsu setiap hari bermula hari ini.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat berkata, usaha itu bertujuan mendesak pihak kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kewujudan kad pengenalan palsu yang boleh memberi ancaman kepada negara.

Katanya, Pemuda PAS mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan palsu didakwa di mahkamah dengan segera.

Menurutnya, asas-asas yang membuktikan kad pengenalan palsu adalah kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam The Star pada 24 Julai 2011 yang menyatakan bahawa terdapat kad pengenalan klon (palsu) dalam daftar pemilih sah SPR.

Di samping itu, ujarnya terdapat dua nama yang sama di mana nombor kad pengenalan kedua-duanya hampir sama.

Katanya, kedua-dua identiti itu hanya dibezakan oleh beberapa digit nombor kad pengenalan sahaja.

Selain itu, katanya maklumat pengundi palsu itu pernah diwartakan oleh SPR sebagai pengundi.

Selepas Pemuda PAS membuat pendedahan, katanya SPR telah mengeluarkan daripada daftar pemilih sah atas alasan tiada rekod dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dihubungkan melalui sistem ALIS (Agency Link-Up System).

"Atas asas ini, maka kami berkeyakinan penuh bahawa kad pengenalan yang terbabit adalah 90% palsu," ujarnya.

Katanya, kewujudan kad pengenalan palsu adalah merupakan pengkhianatan kepada negara.

Tambahnya, keselamatan negara akan terjejas jika pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi itu tidak dikenakan tindakan.

Tegasnya, rakyat negara ini wajib mendesak pihak kerajaan bertindak segera mengatasi masalah yang berlaku.

Justeru, beliau mengharapkan semua pihak termasuk media, pertubuhan politik, NGO, individu berpengarah dan seluruh rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada pihak kerajaan bertindak membanteras pengkhianatan itu.

"Siarkanlah maklumat yang kami berikan dalam media masing-masing sama ada melalui media baru atau media elektronik atau media cetak.

"Maklumat yang kami siarkan adalah diperolehi daripada daftar pemilih yang sah dan rasmi SPR. Ia adalah maklumat public dan tidak rahsia," ujarnya.

harakahdaily/-

Kematian Aminulrasyid: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara

Posted: 14 Sep 2011 11:45 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.
Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan Jenain terhadap keputusan tersebut.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan ikatjamin sebanyak RM10,000.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan dalam kejadian berkenaan.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Jenain didapati bersalah melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada 26 April 2010.

malaysiakini/-

Sebahagian loji penapis minyak musnah dalam kebakaran

Posted: 14 Sep 2011 11:40 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

PORT DICKSON: Sebahagian daripada loji penapis minyak milik Esso musnah dalam satu kebakaran, di sini, awal pagi tadi melibatkan sebuah pam saluran penghantar minyak dari loji ke kapal.

Kira-kira 100 pekerja berada di loji berkenaan semasa kebakaran yang bermula pada lewat tengah malam dan sempat menyelematkan diri sementara api dapat dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Saadon Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.06 pagi dan mengejarkan enam jentera bomba termasuk unit Hazamat (bahan merbahaya) bersama 32 anggota ke tempat kejadian.

Katanya, tiada laporan kemalangan atau kecederaan diterima dan kerja memadamkan kebakaran turut dibantu oleh dua jentera bersama-sama 24 anggota pasukan bomba Esso dan Shell.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat, tambah beliau.

Seorang pekerja di loji berkenaan, Kassim Bee Mohamad Kassim, 49, berkata pada awalnya beliau terdengar bunyi mesin yang kuat dan letupan kemudian melihat api marak dengan tiba-tiba.

T Mallika, 54, seorang pekerja berkata semasa kejadian, mereka sedang bekerja dan ketakutan lalu terus lari keluar menyelamatkan diri apabila melihat api menjulang naik. -BERNAMA

Satu lagi saluran gas ditemui

Posted: 14 Sep 2011 11:30 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

MOHD. SHAMSURI menunjukkan api yang keluar dari parit dekat rumahnya di Bagan Datoh semalam.

BAGAN DATOH - Selepas kewujudan gas dipercayai metana ditemui di Kampung Padang Macang, Manir, Terengganu, kemunculan gas yang disyaki sama ditemui di Kampung Sungai Tiang Baroh di sini semalam.

Gas yang mengeluarkan api itu ditemui seorang penduduk, Mohd. Shamsuri Abdul Rahim, 45, di dalam sebatang parit berhampiran rumahnya pada akhir Ramadan lalu.

"Beberapa hari sebelum hari raya, kami sekeluarga terdengar bunyi seperti air mendidih dari arah parit kira-kira 10 meter dari rumah kami terutama pada waktu malam.

"Keadaan itu berlarutan setiap malam lalu saya beranikan diri meninjau dan mendapati air kumbahan di dalam parit itu membentuk ketulan buih," katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di di sini semalam.

Mohd. Shamsuri memberitahu, sekiranya parit itu didekati, bau seperti gas memasak boleh dihidu dengan kuat.

Katanya lagi, dia kemudian memberanikan diri mencucuk sebatang paip besi ke dalam parit berkenaan petang kelmarin.

"Saya terkejut kerana paip berkenaan menjadi panas dan api warna kebiruan keluar daripada muncungnya.

"Api itu masih menyala sehingga hari ini (semalam)," katanya.

Mohd. Shamsuri berkata, beliau belum memaklumkan penemuan gas tersebut kepada mana-mana pihak.

Kosmo! 8 September lalu melaporkan seorang buruh terkejut apabila telaga tiub yang digali di belakang rumah seorang penduduk di Kampung Padang Macang, Manir mengeluarkan gas dipercayai metana.

Gas itu dikesan pada kedalaman 11 meter selepas Musa Omar, 48, membuat ujian terhadap air dalam telaga yang digali pada jarak kira-kira empat meter dari rumah pemilik tanah itu.

kosmo/-

Khalid : Politik Dan Agama Tidak Boleh Dipisahkan

Posted: 14 Sep 2011 11:25 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 15 SEPT : Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan bahawa perjuangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) adalah berteraskan Islam sekaligus menolak sebarang usaha yang bertujuan mematahkan agenda politik parti itu dengan menyekat ahli politik memberi tazkirah dan ucapan berunsur keagamaan.

"Bagi PAS, sememangnya teras perjuangan politik kita adalah Islam, lalu kita tidak memisahkan antara politik dan agama, bagaimana kami mahu pisahkannya, ahli politik tidak boleh menyebut pasal islam sedangkan PAS adalah parti Islam,"katanya ketika dihubungi Tv Selangor, hari ini.

Khalid sebelum ini didakwa menyampaikan tazkirah tanpa tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Surau Taman Seri Sementa, Kapar Klang pada 16 Ogos lalu.

Namun menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, beliau hanya menyampaikan ucapan Ramadan dan bukannya memberi tazkirah atau mengajar agama seperti yang didakwa.

Menurut Khalid, tindakan Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyimpulkan bahawa ucapannya sebagai melanggar enakmen 119(1) Jenayah Syariah Selangor 1995, iaitu mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan, tidak relevan dalam kes beliau.

Walau bagaimanapun jelasnya, insiden seperti ini mudah berlaku apabila badan-badan yang sepatutnya bebas seperti Jais dan Mais diperkudakan oleh pihak berkepentingan dalam kes ini seperti Umno.

"Ini memang perancangan yang ada pada Umno selama ini, mereka berusaha untuk pintas kerana selama ini kita berjaya bertemu dengan masyarakat di masjid dan surau, jemaah suka dan terus menjemput kita untuk terus berucap.

"Sememangnya ini usaha Umno menggunakan Jais dan Mais, dan inilah yang saya lawan dan tentang kerana saya sayangkan kedua-dua badan ini yang mana telah banyak berkhidmat untuk orang Islam dan kita tidak mahu ianya terus diperkuda oleh Umno untuk kepentingan politik mereka,"jelasnya.

Tambah beliau, Umno menggunakan kuasa yang dimiliki mereka ke atas jabatan agama di Selangor untuk memisahkan politik dan agama yang menjadi kekuatan seteru politik mereka.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Pengarah Jais, Tuan Haji Marzuki Hussin bertegas bahawa pihaknya tidak akan membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid dijadikan gelanggang politik.

"Ekoran daripada surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Istana, telah menyatakan bahawa ahli-ahli politik tidak dibenarkan untuk berceramah di masjid dan surau," ujar Marzuki.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media Jais berhubung penjelasan pemberian tauliah mengajar dan memberi ceramah bagi ahli politik di negeri Selangor, di bilik Mesyuarat Pateh Akhir Bangunan Jais, Shah Alam, hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau, maka ia haruslah dibuat di perkarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.

"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan di luar perkarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politik, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik,"katanya.

Susulan daripada itu, pihak Jais tidak akan memperbaharui sijil tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihak Jais.

Sekurang-kurangnya Jais telah mengeluarkan 2,601 sijil tauliah seluruh Selangor setakat ini.

Daripada jumlah itu, kurang daripada 100 sijil sahaja dikeluarkan untuk ahli politik di Selangor.

Bagaimanapun pihaknya tidak mampu memantau semua pergerakan ahli politik yang berceramah tanpa tauliah kerana kekurangan penguatkuasa.

"Jais hanya ada lebih kurang 100 sahaja penguatkuasa jika mahu dibandingkan dengan jumlah masjid yang beribu dan ratusan surau di Selangor,"katanya lagi.

Selangor sekurang-kurangnya memiliki 2,081 masjid dan 380 surau.

tv news/-

Kura-kura gergasi dirampas

Posted: 14 Sep 2011 10:00 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -




BEBERAPA anggota polis dan pegawai Zoo Popcorn Park di Highlands, New Jersey memindahkan seekor kura-kura gergasi dari rumah Richard Hines kelmarin.


HIGHLANDS - Empat ekor kura-kura gergasi yang dirampas dari sebuah rumah di sini kelmarin kini diperiksa di Zoo Popcorn Park sini untuk mengetahui keadaan kesihatannya.
Kura-kura itu dirampas dari rumah milik Richard Hines Jr. selepas dia memiliki haiwan tersebut tanpa mendapat permit.
Cangkerang beberapa ekor kura-kura itu didapati retak.
Jurucakap Jabatan Perlindungan Alam Sekitar New Jersey, Larry Ragonese menyatakan bahawa jiran-jiran Hines mendengar bunyi seperti tangisan kura-kura tersebut, sebelum memberi haiwan tersebut makan.
Kura-kura itu yang salah seekornya seberat lebih 225 kilogram kini dijaga di zoo tersebut. - Agensi

P Pinang jawab semua tuduhan 17 Sept

Posted: 14 Sep 2011 09:45 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN, 15 Sept: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjawab semua tuduhan yang dilemparkan terhadap pentadbiran sekarang pada 'Malam Penerangan Perdana' yang diadakan di Stadium Bandaraya pada 17 September ini bermula jam 9.00 malam.

Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Anuar Hashim memberitahu, melalui program yang diatur itu membolehkan rakyat menilai siapakah yang sebenarnya 'pengacau' dan siapa sebenarnya pembantu rakyat yang selama ini dibelanggu kemiskinan dan keperitan hidup dalam sebuah negeri yang dianggap maju.

"Datanglah ramai-ramai, kita mahu rakyat menilai dengan sepenuh hati supaya tidak lagi wujud perasaan kurang puas hati terutamanya terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang menjadikan pemerintahan Umar Abdul Aziz sebagai ikutan," terangnya.

Baginya, langkah yang ingin dibawa oleh Lim begitu baik demi kepentingan rakyat tanpa mengira kaum, agama dan parti mana yang disokong kerana kerajaan negeri bertindak mengikut saluran betul.

Katanya, program kemiskinan sifar, warga emas, RM1,000 kepada waris warga emas yang meninggal, bantuan kepada ibu tunggal, OKU, penambahan peruntukan kepada Majlis Agama Islam, penambahan elaun pada guru agama dan seumpamanya memang menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Umno dan Barisan Nasional (BN) tambahnya, 'geli telingga' apabila Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membawa perubahan drastik yang akhirnya rakyat jatuh hati.

Menurutnya, antara penceramah pada program itu ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Bob Lokman.

harakahdaily/-

3,000 ekor hidupan

Posted: 14 Sep 2011 09:30 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -




SEEKOR musang yang dirampas Jabatan Kastam Thailand dipamerkan kepada pemberita di Bangkok semalam.


BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand berkata, hampir 3,000 ekor hidupan liar dirampas yang dianggap rampasan terbesar yang pernah dilakukan pada tahun ini.
Pengarah Jabatan Kastam, Jeneral Prasong Poontaneat berkata, para pegawai telah bertindak menahan sebuah trak malam kelmarin di wilayah Prachuap Khiri Khan.
Menurutnya, sebanyak 2,721 biawak, 717 penyu. 44 musang dan 20 ular dirampas daripada trak itu.
Prasong berkata, pemandu trak itu sudah ditahan.
Dia yang memberitahu pemberita semalam menyatakan semua haiwan itu bernilai AS$130,000 (RM400,334). – AP

Lemas tergelincir dalam tangki najis

Posted: 14 Sep 2011 09:20 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

Budak terpijak penutup sebelum terjatuh

KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun lemas dalam tangki najis selepas dipercayai tergelincir ketika bermain di kawasan berkenaan yang hanya ditutup sebahagiannya menggunakan papan, di bangunan Arked MARA, Bandar Baru, dekat Kuala Rompin, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, mangsa, Mohd Izwan Jusoh dari Endau, Mersing, Johor bermain bersama beberapa rakannya, manakala bapanya berusia lingkungan 50-an berniaga pakaian di pasar malam tidak jauh daripada lokasi kejadian berkenaan.

Bapa mangsa kemudian turun ke dalam tangki itu untuk menyelamatkan anaknya yang ketika itu sudah tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam di dasar tangki.

Johari Jahaya, Ketua Polis Daerah Rompin. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mangsa yang berlari-lari di kawasan berkenaan dikatakan terpijak papan terbabit sebelum tergelincir jatuh ke dalam tangki najis yang dipercayai sedalam kira-kira dua meter.

"Tindakan beberapa rakan mangsa yang menjerit serta memanggil nama mangsa menarik perhatian bapa mangsa yang kemudian bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa peniaga lain.

"Lelaki terbabit kemudian turun ke dalam tangki berkenaan untuk menyelamatkan anaknya yang ketika itu sudah tidak kelihatan dan dipercayai tenggelam ke bahagian dasar tangki," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Johari berkata, bapa mangsa dipercayai terpaksa meraba-raba di dalam tangki berkenaan sebelum berjaya menarik tangan anaknya beberapa minit kemudian.

"Namun mangsa ketika itu sudah tidak bernyawa dipercayai kerana lemas sebelum dibantu orang ramai untuk dibawa keluar dari tangki berkenaan," katanya.

Beliau berkata, polis hanya dimaklumkan berhubung kejadian kira-kira jam 7 malam dan bapa mangsa kemudian membawa mayat anaknya ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dilakukan.

"Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

berita harian/-

Belut masuki pundi air kencing lelaki

Posted: 14 Sep 2011 09:18 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati.

BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

"Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. - Agensi

Anak Gaddafi dikawal di Niger

Posted: 14 Sep 2011 09:00 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -



SAADI GADDAFI



TRIPOLI - Seorang anak lelaki bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi kini dikawal oleh pengawal-pengawal pasukan keselamatan Niger di bandar Niamey.
Anak Gaddafi itu, Saadi, 38, merupakan di antara 32 pegawai bekas pemimpin tersebut yang melarikan diri melalui gurun ke Niger baru-baru ini.
Menurut beberapa pegawai Niger, dia diterbangkan ke bandar Niamey lewat kelmarin selepas menaiki pesawat Hercules C-130 dari bandar Agadez.
Saadi ditempatkan di sebuah kediaman gabenor di bandar Niamey dengan lapan pembantu rapat bapanya selepas mereka menyeberangi Niger pada Ahad lalu.
Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) menerima jaminan Niger bahawa Saadi berada dalam kawalan pasukan keselamatan negara itu.
"Mengikut kefahaman kami, dia ditahan di sebuah rumah tetamu kerajaan," kata jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland.
Pertubuhan Penjanjian Atlantik Utara (NATO) juga tidak tahu sama ada Gaddafi sudah meninggalkan Libya.
Seorang jurucakap NATO, kolonel Roland Lavoie memberitahu pemberita kelmarin: "Kami tidak mengetahui sama ada beliau (Gaddafi) sudah meninggalkan negara itu."
Libya kini ditadbir oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mewakili pemberontak selepas rejim Gaddafi ditumbangkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu.
Gaddafi kini dalam buruan selepas dia melarikan diri ekoran kejayaan pemberontak menawan Tripoli. - Agensi

Undian tajuk 'Lena Dalam Usus Penjajah'

Posted: 14 Sep 2011 08:45 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah bil 1673 'Lena Dalam Usus Penjajah' selaras dengan pandangan Majlis Profesor Negara (MPN) kononnya Malaya tidak pernah dijajah disanggah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu ketika diminta mengulas pandangan itu menyifatkan Profesor Dr Zainal Kling dan MPN seumpama tidur dalam gua dalam tempoh yang panjang, kemudian tersedar dalam keadaan mengigau.

Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani Harakah versi digital yang dikenali sebagai 'elektronik paper' di alamat http://epaper.harakah.net.my

Sementara itu, keputusan undian bagi tajuk sebelum ini menunjukkan 90.91 peratus menyokong tajuk ini dijadikan tajuk utama muka depan Harakah. Sungguhpun begitu, sejak 2 keluaran yang lepas, jumlah pembaca yang mengundi adalah rendah, iaitu di bawah 100 orang.

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan. Untuk membuat undian tinjauan@harakah, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Mahathir Tiada Autoriti Bercakap Soal Sejarah

Posted: 14 Sep 2011 08:25 PM PDT


17 Syawal 1432H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Tun Dr Mahathir berdiam diri dari bercakap soal sejarah negara kerana beliau bukan ahlinya untuk bercakap demikian. Ini ekoran kenyataan beliau yang menyokong Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British.

Kenyataan Tun Dr Mahathir menyebabkan rakyat semakin keliru terhadap sejarah kemerdekaan negara. Dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Profesor Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan?

DPPM menegaskan, Tun Dr Mahathir bukan ahli sejarah yang layak memberi komentar terhadap apa yang pernah berlaku. Beliau hanyalah seorang ahli politik negara. Sejarah perlu dibentangkan dengaan fakta dan kajian ilmiah secara terperinci. Justeru, beliau tidak berhak memberikan pandangannya mengenai sejarah negara.

Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah. Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain? Beranikah Tun Dr Mahathir menyebut bahawa British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara?

DPPM menjelaskan gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum UMNO. Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946 ,

Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). UMNO hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan ini.Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,UMNO masih dengan slogan "hidup Melayu".
UMNO pula telah diharamkan pada tahun 1988. UMNO yang ada kini hanya UMNO baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988.

Roh UMNO zaman 'kemerdekaan'telah berkubur sejak itu. Zaman Tun Dr Mahathir yang menyebabkan UMNO diharamkan. Apakah Tun Dr Mahathir melupakannya dan mahu sejarah menggelapkan sejarah ini.
DPPM mempunyai pandangan yang tegas bahawa Dr Mahathir hendaklah berdiam diri dalam isu untuk tidak menyerabutkan lagi perbahasan sejarah kemerdekaan yang berlaku.

Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Selangor Perkenal Gaji Minima Tahun Depan

Posted: 14 Sep 2011 08:20 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.

tv news/-

Jururawat gempal kaki kelentong

Posted: 14 Sep 2011 08:00 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -




NORIDA menunjukkan laporan polis yang dibuat keatas Premila yang didakwa menipunya hingga kerugian RM11,000 di Sungai Puyu, Butterworth semalam.


BUTTERWORTH - Macam-macam cara orang menipu. Dalam kejadian di Sungai Puyu dekat sini, seorang wanita kerugian RM11,000 apabila mendakwa diperdaya jururawat peribadi arwah ibunya yang menghidap kencing manis.
Norida Abdul Rahim, 50, mendakwa, kejadian itu berlaku sebaik dia mendapatkan khidmat jururawat bergelar Premila, 20-an, selepas dicadangkan oleh seorang kakitangan Hospital Seberang Jaya awal Januari lalu.
Dakwanya, mereka sekeluarga pada mulanya senang dengan tingkah laku wanita tersebut memandangkan dia cepat mesra, bermulut manis dan mengambil berat terhadap ibunya walaupun dikenakan caj rawatan yang tinggi. Ibu Norida telah meninggal dunia Jun lalu.
PREMILA didakwa memperdaya Norida.


"Premila yang berbadan gempal merupakan pemilik sebuah pusat kejururawatan di sini. Dia begitu baik dan mesra dengan saya sekeluarga.
"Bagaimanapun, tidak sampai sebulan, dia minta pinjam RM4,500 dengan alasan bapanya sakit jantung dan berjanji membayarnya selepas Tahun Baru Cina tetapi tidak dilunaskan," ceritanya.
Tambahnya, tidak cukup dengan itu, Premila yang pandai bermuka-muka memberitahu yang dia mengenali orang dalam di syarikat automotif BMW di Kanada lalu mencadangkan supaya anak lelaki Norida dihantar mengikuti latihan sambil bekerja di sana.
Menurut Norida, Premila turut berjanji untuk membiayai perjalanan Norida sekeluarga ke sana dan menguruskan proses dokumentasi tetapi perlu membayar RM3,000 sebagai ikatan (bon) pengesahan kepada syarikat itu.
SALINAN surat palsu yang diterima Norida mengatakan anaknya diterima menyertai latihan sambil bekerja di syarikat BMW, Kanada.


"Kami sekeluarga telah mengadakan kenduri kesyukuran selain memohon cuti selama seminggu untuk ke sana. Sebagai tanda terima kasih, saya belikan iPhone kepadanya," katanya lagi yang mendakwa memberi RM4,000 lagi kepada suspek sebagai pinjaman.
Bagaimanapun katanya, dia mula ragu-ragu apabila melihat surat tawaran yang beralamat di Kajang itu mempunyai beberapa kesilapan dalam ejaan.
"Tembelang Premila pecah apabila saya mengetahui yang tawaran itu tidak wujud selepas menghubungi Bahagian Sumber Manusia BMW Motors Malaysia pada 13 April lalu," katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas pada 18 April lalu.
Ujar Norida, dia telah menghentikan khidmat Premila sejak April lalu selepas gagal mendapatkan wangnya semula dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati jika didekati wanita tersebut.

Penumpang wajib beli insurans

Posted: 14 Sep 2011 07:54 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

PPBSM mahu semua penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu yang dibeli dengan harga RM1 daripada setiap tiket yang dibeli. - Gambar hiasan

YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man (gambar kecil) berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari.

Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.

"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan kepada Che Rasnah Saad, isteri pemandu bas dua tingkat Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid di Taman Setia Jaya di sini semalam.

Pada 7 September lalu, Mohd. Kamil dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 selepas didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang dalam nahas ngeri, dua tahun lalu.

Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.

Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.

kosmo/-

Liga Arab gesa Syria henti kekerasan

Posted: 14 Sep 2011 07:45 PM PDT

17 1432H. [MOD] -

KAHERAH - Damsyik terus menerima tekanan supaya mereka menghentikan tindakan kekerasan terhadap rakyat selepas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan jumlah kematian di negara itu kini mencecah 2,600 orang.

Keadaan yang semakin meruncing tersebut menyebabkan Liga Arab dan Turki, kelmarin menggesa Presiden Bashar al-Assad untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan keganasan di Syria yang berlangsung sejak enam bulan lalu.

Mesyuarat disertai 22 Menteri Luar Liga Arab di Kaherah, Mesir itu juga menyifatkan situasi di Syria semakin meruncing dan kerajaan Assad perlu memandang serius kerana semakin ramai rakyat terkorban akibat tindakan ganas tentera Syria.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan turut memberi amaran jika konflik di Syria berpanjangan ia mungkin akan bertukar menjadi perang saudara.

Kelmarin, penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi kerana berang terhadap Rusia selepas negara tersebut menyokong kerajaan Assad dan menegaskan sebarang resolusi PBB ke atas Syria tidak boleh mengandungi mandat untuk mengenakan sekatan atau campur tangan ketenteraan.

sinar harian/-

Singapura tawar padam kebakaran di Sumatera

Posted: 14 Sep 2011 07:30 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -



SINGAPURA: Singapura menawar untuk menghantar pesawat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran yang mengancam Kejuaraan Formula Satu (F1) waktu malam yang dijadualkan bermula minggu depan di negara itu, lapor media tempatan.

Kebakaran hutan yang dimulakan secara haram oleh petani dan syarikat pembalakan di Pulau Sumatera Indonesia ketika musim kering menyebabkan jerebu hampir setiap tahun di Singapura dan Malaysia yang turut menjejaskan kesihatan rakyat kedua-dua negara terbabit.

Kami ada pasukan yang sentiasa bersedia untuk bantu padamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia bergantung kepada permintaan Indonesia jika mahukan bantuan kami. - Vivian Balakrishan, Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Indonesia, pengeluar utama dunia minyak kelapa sawit berulang kali berjanji untuk menangani perkara terbabit bagaimanapun kebakaran hutan masih lagi menjadi masalah tahunan disebabkan lemahnya penguatkuasaan undang-undang di negara berkenaan.

"Kami mempunyai satu pasukan yang sentiasa bersedia untuk membantu memadamkan kebakaran, malah melakukan pembenihan awan selain bantuan teknikal. Tetapi ia tetap bergantung permintaan Indonesia jika ia mahukan bantuan kami, atau mahu melakukannya sendiri," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Vivian Balakrishan.

Beliau berkata pihak berkuasa Indonesia seperti cuba untuk memadamkan kebakaran itu sendiri. Tahun lalu, jerebu memaksa Malaysia mengeluarkan amaran kepada kapal di Selat Melaka berikutan jarak penglihatan yang lemah hingga kurang dua batu nautika selain terpaksa menutup banyak sekolah.

Malaysia melahirkan kebimbangan kepada Indonesia berikutan 600 titik panas yang dikesan di Sumatera, lapor agensi berita BERNAMA yang memetik Menteri Alam Sekitar dan Sumber semula jadi, Douglas Uggah Embas awal minggu ini. 
Singapura menjadi tuan rumah bagi Kejuaraan Formula Satu bulan ini. Tidak seperti kebanyakan kejuaraan lain, acara di Singapura berlangsung pada waktu malam untuk menarik penonton televisyen Eropah.

Jerebu menyelubungi Singapura dan Malaysia sejak hujung minggu lalu. Di Indonesia, lapangan terbang di Jambi, Sumatera masih lagi ditutup sebahagiannya berikutan jerebu. – Reuters 

MUBARAK kecewa polarisasi kaum masih berlaku antara pelajar Malaysia di luar negara

Posted: 14 Sep 2011 07:20 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

MEDAN: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) melahirkan rasa kecewa serta bimbang dengan keadaan polarisasi kaum yang dikesan masih wujud di kalangan pelajar Malaysia yang berada di luar negara.

Presiden MUBARAK, Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman, berkata perkara tersebut harus diperbetulkan kerana ia hanya merugikan negara pada masa depan jika tidak ditangani.

Merumuskan sesi dialog dan ceramah bertajuk "Peranan Pelajar Malaysia di Indonesia Sebagai Negara Serumpun" kepada pemberita di Pusat Konvensyen Mutiara di sini, malam tadi, beliau berkata: "Saya rasa kecewa kerana nampak polarisasi kaum wujud di sini.

"Saya tengok pelajar India, Cina dan Melayu pada majlis ini duduk hanya di kalangan mereka saja. Ini manifestasi di mana integrasi nasional masih belum tercapai (sepenuhnya).

"Ini merugikan kita dan amat perlu diperbetulkan. Keadaan ini turut berlaku di Malaysia. Ini berbeza pada zaman saya belajar dulu di mana kami bercampur dengan kaum lain."

Sesi ceramah itu dipengerusikan oleh Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Datuk Abdul Rahman Sulaiman yang juga Ketua Penerangan Mubarak dan disertai anggota panel lain iaitu Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othman, Naib Presiden Mubarak, Datuk Wira Othman Abdul dan bekas pegawai kedutaan Malaysia yang kini seorang pensyarah, Datuk Mokhtar Selat.

Abdul Aziz yang juga bekas Anggota Parlimen Temerloh berkata, segala pandangan mengenai kebajikan dan kesulitan pelajar khususnya di Medan akan dibawa kepada pucuk pimpinan negara dan juga kementerian serta agensi berkaitan.

Beliau juga menekankan bahawa pelajar harus membuka minda apabila berpeluang menuntut di luar negara dengan mengikuti perkembangan yang ada di negara tersebut dan meninjau semula ke negara sendiri.

"Saya nampak sekarang, macam dalam sesi dialog yang kita adakan, kita menunggu saja soalan secara universal, sosial, politik dan sebagainya (tapi tak wujud).

"Saya setuju sangat kali ini mereka (di dalam sesi dialog) hanya menceritakan hal pentadbiran, biasiswa, peruntukan dan sebagainya. Mereka mesti menimba ilmu secara holistik dan tidak hanya terikat dengan ilmu masing-masing saja," katanya.

Abdul Aziz berkata, perkara itu perlu dilatih sejak dari peringkat sekolah menengah dan sekiranya tanpa latihan mencukupi ia tidak akan menanamkan minat dan membuka minda pelajar mengenai perkara lain.

Terdapat kira-kira 1,500 pelajar Malaysia di Medan yang menuntut di tiga buah universiti utama iaitu Universitas Sumatera Utara (USU), Institut Agama Islam Negeri (IAIN) dan Universitas Negeri Medan (UNM).

Sebelum itu, kira-kira 900 orang menghadiri sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Mubarak yang dianjurkan bersama dengan Konsulat Malaysia. - BERNAMA

Pemantau p'raya ragui dakwat mudah ditanggal

Posted: 14 Sep 2011 07:18 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -

Pemantau pilihan raya yang telah berkhidmat di beberapa negara lain menimbulkan keraguan berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan bagi mengelakkan pengundian berulang-kali boleh ditanggalkan dengan mudah menggunakan serbuk pencuci.

Namun, bagi Ong BK, yang pernah memantau pilihan raya presiden Afghanistan pada tahun 2009, laporan dakwat itu berjaya ditanggalkan, berlaku hanya setelah dakwat berkenaan dicairkan.

"Tidak ada masalah dengan penggunaan dakwat, kecuali di mana pegawai-pegawai pilihan raya mencairkan dakwat, jadi ia tidak kekal lama... tetapi ini adalah kes terpencil dan tidak dicatatkan sebagai antara masalah dalam pilihan raya itu," katanya ketika dihubungi.

Ong yang berada di Afghanistan sebagai perwakilan Pilihanraya Bebas Rangkaian Asia (Anfrel). Katanya, masalah-masalah yang timbul akibat penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya itu adalah penguatkuasaan yang longgar.

"Saya perhatikan ada beberapa pegawai yang tidak menandakan pengundi selepas mereka mengundi. Ini yang menyebabkan beberapa kes pengundian berganda.

"Terdapat juga masalah dengan ketua-ketua keluarga yang menuntut untuk mendapatkan beberapa kertas undi. Mereka mendakwa mahu mengundi untuk anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka," katanya.

Ong, yang kini penyelaras Rangkaian Pemerhati Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net), juga pernah bertindak sebagai pemerhati bebas pada pilihan raya di negara-negara lain, termasuk Bangladesh.

Akhbar harian The Star, sebelum ini melaporkan bahawa sebuah firma yang tidak dinamakan tetapi berpangkalan di Eropah, dengan 25 tahun pengalaman di 40 negara, menjalankan ujian ke atas dakwat kekal dan mendapati bahawa ia boleh ditanggalkan dengan mudah.

malaysiakini/-

Wanita bunuh bayi sebelum melancong

Posted: 14 Sep 2011 07:15 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

BANGKOK: Polis berkata, seorang wanita Thai mengaku membunuh dan membuang mayat bayinya yang baru dilahirkan ke dalam tong sampah di lapangan terbang sebelum menaiki pesawat menuju ke sebuah pusat pelancongan bersama teman lelakinya.

Pegawai kanan polis Leftenen Kolonel Porapat Petpayabaan berkata Nuansiri Samranjai, 24, ditahan polis Bangkok selepas mengaku membunuh bayinya Ahad lalu, sebelum terbang ke Pulau Samui bersama teman lelaki barunya seorang warga British.

"Nuansiri melahirkan anaknya hanya beberapa jam sebelum penerbangan dan mencekik bayi itu hingga mati. Bapa bayi itu adalah bekas teman lelakinya warga British dan berbuat demikian berikutan bimbang teman lelaki barunya akan kecewa jika mengetahuinya," katanya.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti teman lelaki baru Nuansiri kerana dia bukan suspek kejadian itu.

Seorang pengawal keselamatan di lapangan terbang menemui mayat bayi malang itu di dalam tong sampah di tempat letak kereta dan Nuansiri dikenal pasti melalui rakaman kamera litar tertutup. – AP

Pilih kasih di Karachi, bah di Bangkok

Posted: 14 Sep 2011 07:00 PM PDT

17 Syawal 1432H. [MOD] -



KARACHI: Penduduk minoriti di Pakistan yang terjejas berikutan banjir teruk di Sindh dilaporkan mengadu berlaku diskriminasi dan pilih kasih mengikut kasta dalam memberi bantuan kepada mangsa oleh pertubuhan yang dipertanggungjawabkan melakukan operasi menyelamat.

Pertubuhan yang mengendalikan bantuan termasuk pertubuhan agama, dilaporkan melakukan diskriminasi mengikut kasta, kata seorang ketua komuniti, Mohan Kolhi yang tinggal berhampiran bandar Khoski di daerah Badin.

Tuan tanah saya meminjamkan 50,000 rupee (RM1,798) dan saya menggunakannya untuk menanam 4.5 hektar pokok kapas. Semua tanaman saya musnah. Saya tidak tahu bagaimana untuk membayar semula. - Mohan Kolhi, Ketua komuniti Sebuah pertubuhan agama dilaporkan membina kem bantuan di bandar Khoski tetapi tiada sebarang bantuan dihulurkan kepada mangsa daripada kasta lebih rendah.

"Apabila kami datang ke kem bantuan, ketua di situ memberitahu kami bahawa bantuan itu hanyalah untuk penduduk Islam," kata Kolhi y ang dipetik Espress Tribune.

Beliau mendakwa mereka tidak dibenarkan untuk minum di kawasan luar khemah itu.
"Sindh adalah tanah kami dan kami tinggal di sini sejak berkurun lama. Jadi mengapa wujud kasta? Kami juga manusia," katanya.
Kumpulan kasta di Sindh termasuk Kolhis, Menghwars, Bheels dan Oads adalah didominasi petani di daerah Badin.

Golongan petani Hindu ini biasanya membuat pinjaman dari tuan tanah dan mengerjakan tanah bersama keluarga selama setahun untuk membayar balik pinjaman menyebabkan menanggung risiko kerugian.

"Tuan tanah saya meminjamkan 50,000 rupee (RM1,798) dan saya menggunakannya untuk menanam 4.5 hektar pokok kapas. Semua tanaman saya musnah. Saya tidak tahu bagaimana untuk membayar semula," kata Kolhi.

Sementara itu di BANGKOK, Pusat Amaran Bencana Alam mengeluarkan amaran banjir baru di kawasan tengah termasuk Bangkok mulai 17 September hingga 20 September.

Tetapi Jabatan Pengairan tetap yakin bahawa ibu negara Thailand itu akan selamat walaupun beberapa wilayah dilaporkan dilanda banjir berikutan Sungai Chao Phraya melimpahi tebing.

Pusat itu memberi amaran bahawa air dari Sungai Chao Phraya akan terus melimpahi tebing dan menyebabkan banjir di Bangkok, Nakhon Sawan, Uthai Thani, Ayutthaya, Singburi, Chainat, Ang Thong, Pathumthani, Nonthaburi dan Samut Prakan.

Penduduk yang tinggal di sepanjang sungai berkenaan dan di luar kawasan pencegahan banjir dinasihatkan membuat persediaan untuk memastikan mereka selamat.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Pengairan, Chalit Damrongsak kemudian berkata, hingga kini Bangkok masih lagi bebas daripada banjir besar walaupun hujan lebat dilaporkan berterusan.

Chalit berkata aliran yang diukur di Sungai Chao Phraya adalah 3,300 meter padu sesaat. Ibu negara Thailand itu dilaporkan akan banjir jika paras air melebihi 3,500 meter padu sesaat. – Agensi 

Salam Perjuangan

Posted: 14 Sep 2011 11:23 PM PDT

Salam Perjuangan


'LAYANILAH UMNO SEADANYA, JANGAN KECILKAN HATINYA'

Posted: 14 Sep 2011 02:17 PM PDT

16 Syawal 1432 H | 15 September 2011
Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka. 

Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas, dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itulah tanda yang sedang berbicara itu sudah tua.


Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku, atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang itu muda.


Ini antara petanda usia seseorang. 
Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.

Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik. Sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua. 


Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh Umno sekarang yang seronok berjumpa dengan bekas-bekas polis, tentera dan pegawai pencen. 
Kepada mereka, layanlah UMNO seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum anda diingati, dan selepas PRU13 ini, mungkin UMNO sudah tidak jumpa anda lagi. 

Seperti biasa, kalau secara tiba-tiba dijanjikan sesuatu, dengar sajalah. Sudah 12 kali, masakan tidak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti 'dia' kecil hati. Tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang-kadang tidak ingat apa yang dijanjikan. Kena ingat itu kerana ianya boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi.


Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya, tetapi menutup segala kemungkarannya.


Kalau anda berbual dengan pimpinan UMNO sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin 'ajalnya' sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan menuduh anda tidak menghormati orang tua.


Kini Umno menghimpunkan generasi lama. Barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar, dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima 'cerita reka' mereka. 
Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya.

Tak apalah anda pun dah faham, dia kan sudah tua.

PAS HORMAT KEPUTUSAN TPM, DESAK HENTIKAN HIPOKRASI

Posted: 14 Sep 2011 12:22 AM PDT

Berani menyerang, tetapi tidak sanggup berdepan
15 Syawal 1432 H | 14 September 2011

Tindakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah mengecewakan banyak pihak. Sebelum ini, beliaulah yang secara yakin menyuruh Mohamad untuk bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan terhadap kenyataan Mohamad adalah benar.

Walaupun demikian, ingin ditegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah, dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat.

Meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh graduan Oxford Ketua Pemuda Umno, kerana kita perlu hormati keputusan beliau samada untuk terima atau tolak. 


Orang ramai ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu. Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya 7 tahun lalu demi menyelamatkan putar-belit yang semakin hilang arah.


Sikap demikian tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan 8 pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini.


Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrisi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bilamana diajak bersemuka, tak sanggup pula.


Selain itu, PAS juga bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Khaled Nordin dan Tun Dr Mahathir bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah. 


Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan 'Merdeka' patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Professor Negara (MPN) dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah.


Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS

14 September 2011

DPP PADANG TERAP

Posted: 14 Sep 2011 10:16 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Rumah Terbuka Pas Kg Ulu Padang Sanai

Posted: 14 Sep 2011 12:57 AM PDT





PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Sep 2011 09:34 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jamuan Raya DUN Johol 17 Sep 2011

Posted: 14 Sep 2011 01:55 AM PDT



JAMUAN HARI RAYA DUN JOHOL
Tarikh : 17 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Mohd Sany Hamdan, Exco Pemuda PAS Pusat
Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N9
Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Mohd Nazree Yunos, Ketua AMK N9
- Serta Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Pemuda PAS -

PAS KDAS 3

Posted: 14 Sep 2011 09:17 PM PDT

PAS KDAS 3


Komunis: Utusan Malaysia disaman

Posted: 14 Sep 2011 08:11 AM PDT

Pilihanraya Mahathir mula tekan Najib

Posted: 14 Sep 2011 08:00 AM PDT

PAS LENGGONG

Posted: 14 Sep 2011 07:55 PM PDT

PAS LENGGONG


Patut juga saman media TV- RTM, TV3, Astro, Awani

Posted: 14 Sep 2011 02:25 AM PDT


Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin dan bekas IGP menyusul

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Selepas memfailkan saman terhadap Kumpulan Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak hari ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memfitnahnya kononnya mengagungkan-agungkan komunis.

Pagi ini Mohamad yang diwakili peguam PAS Mohamad Hanipa Maidin telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memfitnah pemimpin nombor dua parti Islam itu melalui artikel muka hadapan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

"Hari ini kita telah failkan saman di atas fitnah yang dilakukan di muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, saya hanya akan mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah-fitnah terutamanya tuduhan komunis dan pengganas... semua tuduhan lain adalah tuduhan politik yang kita boleh jawab.


"Fitnah-fitnah boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka perlu ambil tindakan undang-undang, saman ini adalah perkara yang ditimbulkan, yang saya langsung tidak sebut dalam ucapan pada 21 Ogos lalu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang," kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Beliau yang mesra dengan panggilan "Mat Sabu" memberitahu saman terhadap Muhyiddin akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Hanipa.

"Beliau (Muhyiddin) kaya, kalau saman pun tidak mengapa," katanya.

Mohamad juga kesal dengan tindakan Muhyiddin yang menolak untuk berdebat mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Jelas beliau, keengganan Muhyiddin untuk berdebat menyebabkan beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu.

Selain Muhyiddin, Mohamad juga akan memfailkan saman terhadap bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kerana menyifatkannya sebagai pengganas dan pengkhianat negara.

"Itu kena tanya beliau (Muhyiddin), saya lebih rasa yang baik adalah debat atau dialog sebab tuduhan beliau bersangkut paut dengan akidah.

"Tuduhan ini adalah tuduhan berat, beliau suruh saya bertaubat dan bertaqwa sebab itu kita tawarkan penyelesaiaannya," katanya menjawab keengganan Muhyiddin untuk berdebat.

Muhyiddin sebelum ini berkata Mohamad perlu balik ke landasan betul dan berpegang kepada prinsip takwa menambah sebagai seorang pemimpin Islam beliau patut selalu berfikir terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan sentiasa bercakap benar.

Sementara itu Hanipa berkata, saman dibuat ekoran keengganan Utusan Malaysia untuk meminta maaf dan menarik balik artikel bertarikh 27 Ogos yang telah menimbulkan kontroversi.

"Jadi saman ini ekoran notis tuntutan yang kita hantar sebelum ini walaupun Utusan Malaysia ada balas tetapi mereka tidak menyatakan akan minta maaf atau tarik balik fitnah yang mereka buat terhadap Mohamad Sabu.

"Saman ini lebih kepada tuduhan mengaitkan Mohamad Sabu dengan komunis sedangkan tuduhan itu tidak berasas, selepas ini kita akan serahkan salinan writ saman kepada Utusan Malaysia dan saya percaya mereka akan lawan ... mereka akan lawan habis-habisan," katanya.

Kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, tiada jumlah saman dikemukakan sebaliknya menyerahkannya kepada hakim untuk menentukan jumlah saman sekiranya menang.

"Kita tidak letak jumlah saman, biar mahkamah yang tetapkan jumlah sekiranya kita menang, kita juga minta Utusan Malaysia siarkan permohonan maaf selama tiga hari dan tarik balik artikel yang disiarkan.

"Selepas ini saya diarahkan untuk failkan saman terhadap Muhyiddin dan Musa Hassan yang mengatakan Mohamad adalah pengkhianat dan pengganas," katanya.

Yang mengenali Mat Indera

Posted: 14 Sep 2011 02:22 AM PDT

"Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya" - Pak Majid

Selasa, 13 September 2011


IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor".

"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".

Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.

Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.

"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.

"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.

Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.

Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

Membohong - Sememangnya kerja umno.

Posted: 13 Sep 2011 08:10 PM PDT

Gagal bukti 50 ahli PAS masuk Umno
Mohd Nasir Zakaria
Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno. Sila Rujuk: Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap.. GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13. Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y. Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv disembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan:

1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.

2. Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis. Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..? Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz

Gagal bukti 50 ahli PAS masuk Umno

Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno. Sila Rujuk: Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap.. GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.

Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13. Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y. Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv disembah sebagai sumber utama berita.

Ada beberapa teori kegagalan:

1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.

2. Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis. Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..? Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.

3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan.

4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.

5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini.

6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan.

Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya.

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 14 Sep 2011 07:25 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 14 Sep 2011 06:29 PM PDT

Rosli Dhobi Pejuang Kemerdekaan Luar Biasa yang dilupakan

Pemuda PAS Negeri Sarawak di hadapan 4 kubur pejuang kemerdekaan Sarawak di Makam Pahlawan Sibu



Sibu-11September 2011, Dewan Pemuda Pas Negeri Sarawak (DPPNS) telah berkunjung ke Makam Rosli Dhobi dan mengunjungi Rumah kakak beliau sejurus selepas itu. Ketika mengunjungi rumah kakak Allahyarham, kakaknnya(Fatimah) begitu sebak apabila kami memberitahu tujuan kunjungan kami adalah untuk mengetahui sebenar latar belakang beliau. Kakaknya juga turut sedih kerana pembelaan ke atas Kes Rosli Dhobi adalah tidak adil. Menurut kakaknya, penderitaan yang ditanggungi oleh keluarganya memang tidak dapat dirasai oleh generasi kini. Sejak Rosli Dhobi ditahan, mereka sekeluarga dipulau sehinggalah kini Kerajaan Negeri sendiri seolah-olah telah melupakan bahawa Rosli Dhobi pernah menggegarkan dunia dan Kerajaan British seluruh Dunia kerana keberanian Anak muda berusia 17 tahun itu menentang Gabenor British ketika itu. Pengiktirafan juga tidak diberikan oleh kerajaan Negeri, amat malang lagi, tidak ada apa-apa pampasan atau saguhati yang diberikan kepada pihak keluarga sehingga kini, melainkan hanya diberikan sekangkang lot tanah sahaja sebagai tapak rumah.

Kakak Allayarham Rosli Dhobie menceritakan detik-detik kehidupan Rosli Dhobi kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak, Saudara Mohammad Arifriazul


DPPNS begitu kesal dengan sikap ketidakprihatinan kerajaan seolah-olah melupakan segala pengorbanan begitu besar yang telah dikorbankan oleh Rosli Dhobi kepada Negara. Di dalam rumah yang didiami kakaknya kini juga masih terdapat gambar Allahyarham ketika bersekolah dan juga surat terakhir sebelum beliau digantung di tali gantung hanyalah kerana anak muda itu ingin melihat bumi Sarawak ini bebas dari cengkaman penjajah British.

Surat terakhir Allayarham kepada keluarganya sebelum mautnya tiba di tali gantung masih tersimpan rapi di kediaman kakaknya
Rosli Dhobi : Pejuang Sarawak


Gambar Allayarham ketika di bangku sekolah


DPPNS berpendapat Sejarah Rosli Dhobi patut diangkat kerana perjuangannya adalah perjuangan yang benar dan suci demi mempertahankan agama dan negara daripada penjajah. DPPNS juga menggesa kerajaan Malaysia agar memberi tumpuan khas kepada ciri-ciri perjuangan anak muda itu dan tidak salah harus diangkat sebagai Ikon Anak Muda Malaysia bersempena Hari Malaysia 16 September yang akan datang. Dalam kesibukan Kerajaan Malaysia kini yang ingin menyemak semula sejarah Malaysia, diharap kajian terperinci dan penumpuan kepada tujuan sebenar serta ciri-ciri perjuangan Rosli Dhobi ini mesti dimasukan sekali dalam semakan tersebut. Inilah permata hati Rakyat Sarawak malah tidak salah kita katakan. Anak muda yang bernama Rosli Dhobi ini telah mengangkat martabat perjuangan di mata dunia bahawa seorang Gabenor British pernah dibunuh oleh seorang Anak muda berumur 17 Tahun! Namun masa berlalu, tiada siapa pun yang peduli akan kisah perjuangan Rosli Dhobi.

DPPNS juga menggesa pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para pejuang kemerdekaan sebenar dianggap pengkhianat serta fakta-fakta sebenar telah disembunyikan dan diseleweng.

Para pengkaji sejarah perlulah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik sempit dan sebagainya.

Pemuda PAS Hulu Kelang

Posted: 14 Sep 2011 07:12 PM PDT

Pemuda PAS Hulu Kelang


Usrah Perpisahan Sdr Habib

Posted: 14 Sep 2011 06:42 AM PDT






Lajnah Penerangan, Informasi & KomunikasiUnit Kerja Jemaah (UKJ) Hulu Kelang

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Sep 2011 03:21 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SEMPATKAH TEMAN MENEMUI ADIK MAT INDERA MALAM INI ?

Posted: 14 Sep 2011 05:49 AM PDT




Ceramah Umum "Mat Indera Penderhaka Atau Pejuang" di Taman Melewar Malam Ini
"Mat Indera penderhaka atau pejuang ?"

14 Sept. 9.00 mlm ini
Markas PAS, Taman Melewar

bersama YB Salahudin Ayub, Hanipa Maidin,
che'GuBard dan kemunculan khas adik Mat indera
Di Markas PAS Taman Melewar malam ini juga, saudara boleh dapatkan juga senaskah buku terbitan SAMM terbaru - FITNAH

RELEVAN KAH ANJAKAN JIKA SIKUATPENGADU JARANG KE MASJID?

Posted: 14 Sep 2011 02:01 AM PDT

Kuliah Masjid Perlu Anjakan Paradigma

SHAH ALAM 14 SEPTEMBER : Kuliah masjid dan surau perlu berganjak daripada persoalan yang membincangkan perkara yang bersifat halal-haram tetapi menjurus kepada perbincangan yang bersesuaian dengan realiti dan konteks semasa sebagai mengangkat tradisi ilmiah dalam Islam.

Justeru ,sikap sesetengah pihak khususnya Umno yang cuba mempolemikkan isu penyampaian tazkirah atau kuliah di masjid-masjid yang didakwa berbau hasutan, ceramah politik dan lain-lain diselar kerana Islam merupakan agama yang syumul dan tidak hanya dikategori dalam aspek fardu ain dan undang-undang keluarga semata-mata.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata soal politik kepartian adalah jelas tidak boleh disampaikan dalam masjid, tetapi sisipan dalam politik seperti soal kebenaran dan keadilan, hubungan antara negara dan masyarakat wajar dibincangkan dan diwacanakan kepada jemaah.

"Sesuai dengan ajaran Islam sebagai Ad-din, persoalan agama Islam hendaklah dilihat dalam perspektif yang lebih syumul merangkumi muamalat, siasah, jenayah, ekonomi, sosial, pendidikan, munakahat, keluarga dan lain-lain," katanya dalam kenyataan media.

Tambah beliau, kegiatan tradisi ilmiah di masjid seharusnya tidak begitu pasif, malah perlu lebih proaktif dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti seminar, dialog, wawancara, sidang meja bulat, ceramah berkelompok dan boleh dilakukan di luar kawasan masjid dan surau.

Malah, pihak jawatankuasa masjid juga boleh memulihkan peranan masjid dengan menarik golongan belia dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti permainan futsal, bola sepak dan sebagainya.

"Akhirnya dengan membuka ruang perbincangan yang luas dalam masyarakat, minda rakyat akan terpacu ke hadapan. Rakyat bertambah berilmu, dan lebih aktif tetapi tidak mudah reaktif terhadap sesuatu isu atau permasalahan.

Justeru, tradisi ilmiah di masjid perlu ditingkatkan selaras dengan peredaran zaman. Malah rakyat sendiri boleh menilai antara ceramah politik dan kuliah agama," katanya lagi.

CUKUP WANG IJAZAH TERBAYANG!

Posted: 13 Sep 2011 08:39 PM PDT

Menurut catatan Merah Tinta, MSO menulis;

"Universiti itu juga semacam eksklusif untuk anak-anak bangsawan saja. Seramai 150 orang pelajar yang akan diambil setiap tahun sebagai permulaan akan diberi biasiswa sebanyak RM750,000 seorang sehingga tamat pengajian ke peringkat degree. Kali dan kiralah sendiri berapa banyak peruntukkan untuk 150 orang penuntut?"

Sekiranya RM750 000 biasiswa disediakan kerajaan untuk setiap seorang untuk mendapatkan degree, sah dah gila. Mereka berpakat berniaga, buat universiti, lantik Mahathir jadi Canselor, bagi gah sikit dan balun duit kerajaan banyak-banyak yang dinamakan biasiswa. Duit itu tentu kembali kepada mereka, lagi mahal biasiswanya lagi bagus. Pastinya anak-anak UMNO dan kaum kerabatnya tetap untung.

Inilah yang dikatakan P.Ramlee "Otak Penipu!!!"

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Sep 2011 03:05 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


NAJIB NAK UMUM SATU KEJUTAN MALAM ESOK

Posted: 14 Sep 2011 08:01 AM PDT

Najib Tun Razak akan membuat pengumuman beberapa isu yang sangat penting dalam perutusan khas sempena sambutan Hari Malaysia malam esok.


Mynewshub.my difahamkan, perutusan itu akan disampaikan oleh Perdana Menteri di Angkasapuri bermula pukul 9 malam esok dan akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama negara.

Orang ramai dinasihat mengambil peluang mendengar sendiri perutusan tersebut yang pertama kali disiarkan secara langsung. Mungkin ini akan dikatakan oleh Najib malam esok:-

1. Belanjawan 2012 ialah Belanjawan Kebajikan 1 Malaysia.

2. Penghapusan cukai-cukai perkhidmatan secara total selama 5 tahun, kuatkuasa serta-merta.

3. Wakil rakyat dan isteri wakil rakyat yang berbelanja besar dan boros termasuk dirinya akan dikenakan cukai berbelanja lebih, dan duit tersebut akan masuk dalam Tabung Kemanusiaan dan Bencana Perdana Menteri.

4. Semua pemodal asing, pengurus dana asing dan tuan punya duit yang berbilion dibenarkan mencairkan nota-nota kewangan tidak lebih RM 10 bilion setiap individu atau syarikat.

5. Semua pengundi berdaftar yang undi BN atau pun bukan BN, akan dapat hadiah Barisan Nasional sebanyak RM 1000 seorang untuk urusan pasport dan pembelian buku sebagai bahan bacaan.

6. Semua penceramah agama Islam diberikan ganjaran sebanyak RM 2000 seorang sebagai imbuhan khas dan hak istimewa kerana sanggup berkorban masa, tenaga, jiwa raga dalam urusan tarbiyah Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan.

7. Pengumuman bahawa semua perkara bersabit Perkara 149 yang boleh meruntuhkan keamanan perpaduan, maka, pelaku yang bikin huru-hara dan kecoh akan dikenakan kurungan di Kemunting. Atau pun diaktif kembali Pulau Jerjak.
Anda mungkin

Betapa Sayangnya Rakyat Kelantan Kepada Tok Guru

Posted: 14 Sep 2011 03:10 AM PDT


http://1.bp.blogspot.com/-o9u7YKhgpZY/ThBAg4-vYtI/AAAAAAAAASY/ea4IjC2f2M4/s1600/Kelantan_stub.PNG
Tidak dapat dibayangkan betapa sedihnya hati Abu Bakar As-Siddiq ketika turunnya firman Allah bagi ayat yang terakhir yang menyatakan bahawa kandungan syariah Islam ini telah disempurnakan oleh Allah s.w.t. Di kala itu, boleh dikatakan perasaan gembira di kalangan para sahabat terserlah, tetapi ia merupakan penyebabkan air mata Abu Bakar As-Siddiq membasahi pipinya yang mulia.

Apabila ditanya, Abu Bakar As-Siddiq terus menyatakan bahawa penurunan ayat yang terakhir memberi satu isyarat bahawa itulah saat terakhirnya mereka bersama dengan Nabi Muhammad s.a.w yang cukup mereka cintai. Keadaan itu menyebabkan para sahabat Nabi yang lain merasa sedar, lalu turut menangis. Abu Bakar As-Siddiq sudah merasakan perkara ini, tidak hairan beliau amat tenang apabila mendapat berita kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa di zaman itu wujud satu lagi tokoh yang cukup hebat bernama Umar bin Al-Khattab. Berita kewafatan Nabi Muhammad s.a.w agak sukar diterima oleh beliau, menyebabkan beliau bertindak seperti orang yang kehilangan arah. Beliau dilihat seperti mengamuk dan meracau, seperti seekor ibu ayam yang sedang melilau mencari anak-anaknya yang hilang.

Namun begitu, keadaan Umar bin Al-Khattab berjaya ditenangkan oleh manusia berjiwa lembut dan tenang bernama Abu Bakar As-Siddiq. Terutama apabila mendengar ucapan yang cukup bernas dari Abu Bakar as-Siddiq yang berkata, "Barangsiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad itu telah mati. Barangsiapa yang sembah Allah, sesungguhnya Allah itu hidup tidak akan mati".

Aku kira, keberadaan dua karakter seperti ini wujud di setiap zaman kegemilangan seseorang tokoh. Ada pihak menilai seseorang tokoh itu, sepertimana Abu Bakar As-Siddiq menilai Rasulullah s.a.w. Ia mempamerkan Kesayangan beliau terhadap Nabi Muhammad s.a.w tidak menafikan rasional beliau yang mengakui bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu bakal wafat, kerana ia adalah satu sunnah alam, malahan dinyatakan sendiri oleh Allah s.w.t dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud, "Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati".

Di sisi yang lain pula, ada satu karakter lagi bernama Umar bin Al-Khattab. Beliau adalah seorang tokoh yang berjaya mengadakan banyak reformasi dalam pemerintahan di zaman beliau menjadi Khalifah. Itu sudah cukup menandakan beliau seorang yang cerdik, dan mempunyai pemikiran yang cukup rasional dalam bidang politik.

Namun begitu, kesayangan beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w begitu tinggi, sehingga beliau agak emosional dalam menerima berita kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Berita kesedihan diterima itu menyebabkan beliau yang dikenali sebagai manusia cukup rasional dalam berfikir, tetapi bertindak sebaliknya, sehinggakan beliau terpaksa diredakan oleh Abu Bakar As-Siddiq.

Padaku, rakyat Kelantan dan seluruh Rakyat Malaysia yang menyayangi Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga mempunyai cara seperti dua karakter ini. Ada karakter seperti Abu Bakar As-Siddiq. Tanpa dinafikan juga bahawa di sana ada di kalangan rakyat Kelantan khususnya, dan Malaysia umumnya meletakkan sayang mereka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz seperti Umar bin Al-Khattab menyayangi Rasulullah s.a.w.

Walau kita dapat lihat bahawa cara kedua-dua tokoh ini berbeda dalam menerima berita kewafatan Nabi Muhammad SAW, tetapi adalah satu perkara yang kita tidak boleh nafikan bahawa kedua-dua tokoh ini amat menyayangi Nabi Muhammad s.a.w.

Ia bukan bermakna, Abu Bakar yang tenang itu tidak menyayangi Nabi Muhammad s.a.w. Juga tindakan Umar itu tidak bermakna beliau menpertuhankan Nabi Muhammad s.a.w. Tidak, sekali-kali tidak. Tetapi, kesayangan yang terlalu tinggi itu menyebabkan beliau bertindak sedemikian.

[2]

Idea yang aku lontarkan agar Tuan Guru Nik Abdul Aziz round Malaysia dan dalam masa yang sama tidak bertanding dalam Pilihanraya mendapat komentar yang banyak. Ada yang melihat dengan positif, tanpa dinafikan ada yang melihatnya dengan pandangan negative.

Di peringkat Negeri Kelantan sendiri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz secara peribadi melihatnya sebagai positif, tetapi dilihat seperti negative oleh sebilangan pemimpin-pemimpin PAS di peringkat Negeri.

Dari pihak yang negative dengan idea itu, ada sebilangan mereka menolak dengan rasional, tanpa dinafikan disana ada yang menolaknya dengan emosional. Malahan Makian dan kutukan terhadap diriku berlaku.

Padaku, itu hak dan tanggungjawab mereka. Aku tidak akan menyalahkan mereka, malahan akur dengan tindakan mereka itu. Mungkin anugerah perasaan sayang mereka kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz kurniaan Allah itu setara dengan sayangnya Umar al-Khattab kepada Rasulullah s.a.w.

Jika Umar boleh hilang rasional dikala mendapat berita kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, tidak hairan ada yang hilang rasional ketika mendengar idea yang tidak popular tersebut.

[3]

Pada penilaianku, rata-rata menerima idea Tuan Guru Nik Abdul Aziz round Malaysia, tetapi tidak dapat menerima idea Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bertanding dalam Pilihanraya seterusnya tidak menjadi Menteri Besar dalam sessi akan datang.

Dalam perbincangan dan wacana secara tidak langsung, ada pandangan lain yang mencadangkan agar Tuan Guru tetap juga bertanding pilihanraya, tetapi beliau tidak lagi ditabal sebagai Menteri Besar. Penilaianku, itu juga idea yang bernas.

Ada bertanya, mengapa idea ini dilontarkan. Jawapanku adalah, cadangan tersebut berfaktorkan beberapa perkara berikut;

Pertama;

Apabila Tuan Guru tidak bertanding dalam PRU, maka Tuan Guru boleh fokus round Malaysia dalam usaha menjatuhkan UMNO/BN di Malaysia.

Kedua;

Tuan Guru sendiri telah membuka ruang kepada muka-muka baru yang merupakan anak didik-anak didik beliau sendiri untuk mengambil tampuk pemerintahan yang beliau bina sejak sekian lama.

Ketiga;

Sekiranya berlaku kekalutan di kala beliau hidup ketika pemerintahan Kelantan bertukar 'driver', beliau yang masih hidup boleh meredakan keadaan itu. Tanpa beliau, amat sukar hendak meramal keadaan yang berlaku di Kelantan kelak.

Keempat;

Padaku Tuan Guru bukan segala-galanya dalam politik PAS di Kelantan. Namun, segala-galanya memerlukan bantuan Tuan Guru. Dengan maksud, bermula dari sekarang Tuan Guru perlu mengkedepankan tokoh yang berkemampuan seperti Tuan Guru. Sekiranya wujud sebarang kelemahan dalam pemerintahan tokoh itu di kala beliau hidup, ia berjaya dibaiki sendiri oleh Tuan Guru.

[4]

Dari sudut hati kecilku, perkara yang paling aku bimbang adalah, dua perkara besar. Iaitu,

Pertama;

Kebimbangan terhadap kepercayaan dan iktiqad sebilangan individu ahli PAS yang meletakkan tanggapan bahawa Kelantan ini bertahan kerana factor Tuan Guru Nik Abdul Aziz sahaja. Dengan tanggapan, selepas Tuan Guru Nik Abdul Aziz, maka Kelantan akan jatuh ke tangan UMNO/BN.

Keadaan ini mengingatkanku terhadap keputusan tidak popular Umar yang memecat Khalid Al-Walid dari menjadi panglima Perang, walhal sebelum ini Khalid Al-Walid memimpin perang tidak pernah kalah. Walaupun dibantah oleh sebilangan besar sahabat yang hidup ketika itu, tetapi Factor kepercayaan "hanya Khalid sahaja berjaya memberi kemenangan dalam berperang" itu melahirkan kerosakan dari sudut kepercayaan, menyebabkan Umar mengambil keputusan tidak popular tersebut.

Padaku, kepercayaan bahawa Kelantan itu hanya diperintah PAS berfaktorkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi Menteri besar perlu dipecahkan. Perlu diwujudkan kepercayaan bahawa tanpa Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjadi menteri Besar pun, PAS boleh menang di Kelantan, kerana kemenangan itu adalah pemberian Allah, iaitu meletakkan kepercayaan sepertimana Umar bin Al-Khattab mewujudkan kepercayaan bahawa kemenangan dalam peperangan itu bukan kerana Khalid Al-Walid semata-mata, malahan tanpa Khalid menjadi Panglima Perang pun, Islam boleh mencapai kemenangan dalam sebarang peperangan.

Kedua;

Kebimbangan "calar" tuan Guru Nik Abdul Aziz di masa akan datang. Mahathir calar di kala beliau meletakkan jawatan. Begitujuga Pak Lah Badawi yang meletakkan jawatan ketika beliau "terlalu banyak calar".

Keadaan di masa akan datang, sukar diramal; apakah baik, apakah buruk, itu di bawah kekuasaan Allah yang maha berkuasa. Sekiranya baik, maka itu adalah perkara yang sudah berlaku sekian lama pada individu Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Namun sekiranya buruk, itu yang kita tidak habis-habis meminta bantuan dari Allah agak mengelakkan dari berlaku.

Meranung jauh kebelakang, aku masih ingat dengan individu bernama Dato' Dr Hasan Ali. Sebelum sejarah 8 mac 2008, Hasan Ali disukai oleh ramai rakyat Selangor sehingga beliau disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar PAS di Negeri Selangor. Tetapi, setelah beliau dibisingkan dengan isu hubungan intim beliau dengan UMNO dan hubungan rapuh beliau dengan Pakatan Rakyat, beliau digugurkan dari jawatan pesuruhjaya PAS, dengan mendapat sokongan padu dari sebilangan besar ahli PAS sendiri.

Inilah kebimbanganku yang amat ketara bermain-main dalam fikiranku apabila berfikir tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

[5]

Idea round Malaysia tidak ada khilaf dalam penerimaannya. Tetapi, idea tidak bertanding, penerimaan dan penolakkannya berlaku sedikit khilaf.

Secara idealnya, Tuan Guru NIk Abdul Aziz sendiri memandangnya sebagai positif. Namun idea itu agak ditolak oleh PAS di peringkat Kelantan. Pada tanggapanku, kebimbangan PAS Kelantan itu juga berasas, malahan juga logic. Ia kerana, mungkin idea itu menghasilkan resiko yang agak besar dalam berhadapan dengan pilihanraya di peringkat Negeri.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz memang mempunyai keputusan dia sendiri, tetapi sebagai pemimpin yang baik, sudah pasti beliau tidak akan mengambil keputusan sendiri, sebaliknya beliau akan menerima suara majority dari "kabinet" PAS di peringkat Negeri, malahan diperingkat pusat. Ini kerana, jatuh bangun Kelantan, bukan tertumpu kepada diri beliau sendiri, tetapi melibatkan sokongan dan dokongan dari rakan-rakan kabinet beliau.

Jadi, keputusan yang telah dan bakal dibuat hendaklah dihormati. Kerana, pandangan ramai itu lebih hampir kepada kebenaran berbanding pandangan yang sedikit.

[6]

Aku meletakkan kepercayaan bahawa kemenangan Islam itu bukan sebagai memerintah. Kemenangan dalam Islam yang aku faham adalah apabila ramai manusia memeluk islam.

Hujjah aku ini merujuk kepada firman Allah dari surah An-Nasr, ayat pertama dan kedua. Firman Allah itu bermaksud, "Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, kamu akan melihat manusia masuk kepada kepada Islam itu beramai-ramai".

Adapun berjaya menguasai kerajaan adalah satu hadiah bonus dari Allah. Ini berasaskan kepada firman Allah yang bermaksud, "katakanlah Wahai Muhammad, kepunyaan Allah segala kerajaan. DIA akan memberikan kerajaan kepada siapa yang dia mahu" (Al-Imran : 26)

Jadi, Idea atau pandangan yang aku lontarkan dalam program pertemuan blogger dan facebooker itu sebagai sesuatu pandangan yang jika mahu diistilahkan sebagai soal ijtihad sahaja (walaupun tidak layak dengan istilah itu). Sekiranya ia benar, ia menghasilkan dua pahala, dan sekiranya tidak benar, maka ia menghasilkan satu pahala sahaja.

Kerana padaku, tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Round Malaysia, ia akan menarik perhatian non Muslim untuk mendekati politik Islam. Ia sudah pasti lebih hampir kepada makna bagi kemenangan islam mengikut neraca ayat al-Quran di atas.

Walaubagaimana pun, aku tidak menyatakan idea itu adalah yang terbaik malahan ia mungkin tidak relevan langsung. Ia terpulang kepada mereka terlibat dengan penentuan masa depan parti PAS dan kemenangan Islam di Malaysia untuk membuat keputusan.

Sekian

Wallahu 'Alam

KENAPA CHE DET NK JATUHKAN NAJIB?

Posted: 14 Sep 2011 02:44 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — PAS mendakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan pengaruhnya untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.


Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata langkah Dr Mahathir yang menasihatkan Najib agar melewatkan pilihan raya umum ke-13 adalah satu bentuk tekanan terhadap Najib selaku Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

"Saya lihat dalam Umno sekarang berdepan isu calon atau isu parti sendiri yang mana mereka mahu meletakkan calon yang boleh menang... Tun Mahathir cuba beri mesej bahawa beliau (Najib) juga tidak berkelayakan sebagai seorang calon.

"Kalau kita lihat hari ini Najib menjadi liabiliti dan beban kepada Umno-BN, sebab itu diminta supaya dilewatkan pilihan raya umum ke-13, malah dalam Umno juga ada gesaan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya pada sidang media di sini.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini menambah, ramai pemimpin Umno yang tidak mahu Najib terus mengetuai parti Melayu terbesar itu.

"Mereka tidak mahu Najib memimpin, sudah tentu orang yang jadi liabiliti akan menyebabkan Umno tidak boleh menang, bagi saya nampak macam Tun Mahathir kembali berperanan untuk memberi tekanan kepada Najib seperti mana tekanan yang diberikan kepada Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu... cuma cara yang berbeza.

"Tun Mahathir beri tekanan supaya Najib berundur sebelum pilihan raya umum ke-13, Tun Mahathir jadi 'mastermind' untuk jatuhkan Najib dan dalam Umno sudah kucar-kacir, sudah tentu ada kumpulan (dalam Umno) yang mengikut telunjuk Tun Mahathir," katanya.

Tekiu Che Det, tekiu Utusan Meloya... kahkahkah...

Posted: 14 Sep 2011 02:05 AM PDT

Apabila Mahathir Bersuara.......

Oleh: AntiKarat

UMNO mesti dihenyak rapat ke dinding. Mereka pada mulanya memfitnah PAS dalam isu Bukit Kepong. PAS dilabel sebagai menyokong komunis. Kini isu kemerdekaan yang berlarutan menjerut batang leher UMNO. Kita lihat bagaimana UMNO cuba menyelamatkan diri. Apabila Mat Sabu kata polis Bukit Kepong sebagai pegawai Inggeris, UMNO jaja cerita PAS hina polis. Apabila dibuktikan berdasarkan senario sejarah tahun 1950 yakni sebelum merdeka, UMNO gelabah.

Melalui joker mereka berpangkat professor, timbullah putar alam baru untuk menyokong dakwaan mereka bahawa polis waktu 1950 itu ialah polis Tanah Melayu bukan polis yang menjadi pegawai Inggeris. Hujah pembohong mereka yang terhebat sekarang ialah Tanah Melayu tak pernah dijajah.

UMNO tak berani bersuara. Mereka guna joker akademik untuk mematahkan hujah Mat Sabu dan PAS. Mereka fikir Mat Sabu yang tak berijazah itu akan mudah diratah oleh Prof-Prof yang ber-Phd. Malang seribu kali malang. Hujah-hujah joker akademik semakin menimbulkan persoalan dan keraguan di kalangan rakyat dan generasi baru. Orang dah tak tanya Mat Sabu. Sebaliknya seluruh rakyat bertumpu kepada joker akademik sekarang. Pelbagai soalan bermain dalam fikiran rakyat? Kenapa selepas 54 tahun merdeka, baru diuar-uarkan Tanah Melayu tak pernah dijajah? Jadi bohonglah sejarah tanah air selama ini. Inilah persoalan yang membina persepsi baru rakyat sekarang iaitu kalau tak bohong, bukan UMNO namanya.

Najib jeling kepada Muhyidin. Muhyidin terteleng-teleng kepada Rais. Rais meninjau-ninjau Khairy. Habis-habis Mahathir mengeluarkan bersuara dari dalam kerongkong. Katanya, benar Tanah Melayu tak pernah dijajah. Inilah suara UMNO sekarang walaupun mungkin UMNO akan kata itu pandangan peribadi Mahathir. Oleh kerana Mahathir merupakan tokoh kanan UMNO, bolehlah dirumuskan itulah pandangan UMNO, dalam keadaan manusia lain dalam UMNO 'kecut pemberat'. KJ yang mengatakan Mat Sabu bacul nampak 'real bacul' dalam isu terbaru ini.

Confirm UMNO tak berani mengeluarkan pendirian rasmi dalam isu ini. Ditegaskan sekali lagi khususnya untuk pemuja UMNO bahawa UMNO tak akan mendedahkan 'stand'-nya kepada rakyat dalam isu ini. Kiri kanan UMNO kena. Jadi memadai rakyat mengambil pandangan tokoh tersohor mereka, Mahathir. Dengan hujah Mahathir, rakyat boleh membuat beberapa konklusi.

1. Perangai UMNO seiras perangai penjajah; suka putar belit.
2. Sejarah tanah air amat meragukan kerana ditulis oleh otak penjajah dan pewarisnya.
3. Laungan 'Merdeka' dan sambutan kemerdekaan adalah tak kena tempat. Ia sama taraf laungan 'Merdeka' oleh budak-budak yang baru selesai mengambil SPM.
4. Tiada Bapa Kemerdekaan seperti mana dakwaan dan momokan UMNO.
5. Mulai tahun depan, tiada lagi sambutan kemerdekaan. Kalau diadakan juga, itu adalah satu usaha membazirkan dui t rakyat.
6. Ada asas untuk membenarkan kata-kata Mat Sabu, "sejarah tanah air patut ditulis semula."
Najib tak perlu melenting kerana joker-joker akademik mereka sehari dua ini sedang galak memberi kuliah sensasi terbaru bertajuk " Tanah Melayu Sebuah Negara Naungan".
7. UMNO bukanlah parti yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air kerana Tanah Melayu tak pernah dijajah malah UMNO hanyalah legasi British di Tanah Melayu.

Makin berlarutan isu ini, makin baik untuk intelek rakyat. PAS mesti menghenyak UMNO rapat ke sudut dinding PRU13. Bahana fitnah akhbar Utusan sedang memberi pulangan lumayan untuk tuannya, U.M.N.O; satu nama warisan British.

Mat KIlau Pahlawan Pahang - Pejuang Kemerdekaan menentang PENJAJAH

Posted: 14 Sep 2011 01:56 AM PDT



Mat Kilau Pahlawan Pahang

PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali seb...agai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato' Bahaman .

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan (Foto Tok Janggut)

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

KEMUNCULAN MAT KILAU

Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.

Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuah Jawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth telah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun.

Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahun beliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir oleh beliau..

Apabila Dato' Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .

LATAR BELAKANG MAT KILAU

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau

Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.

Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.

Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK

Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.

Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.

Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang.

Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.

Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.

Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.

Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.

Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.

Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.

Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.

Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.

Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.

Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.

Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.

The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895".

The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.

Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.

Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.

Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.

Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.

Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran.

Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

MASJID KAMPUNG PULAU TAWAR

Masjid inilah yang telah merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.

Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.

Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu.

Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.

Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua Cucu , tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.

Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.

Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.

Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.

Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.

Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969 setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar.

Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya.

JEJAK MAT KILAU

Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna

JEJAK Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.

Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.

Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan Pahang ke Terengganu.

Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.

Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun.

Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya, mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460 meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai untuk ke Kampung Bantal menggunakan rakit.

Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang). Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu (Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.

LALUAN JEJAK MAT KILAU

Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.

1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raub hingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)

2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk dihabiskan.

Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.

Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.

Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling (Taman Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.

KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU

Mac 1892 - Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.

9 April 1892 - Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai

Mei 1892 - Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris

13 Julai 1892 - Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)

22 Ogos 1892 - Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.

Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.

Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan

Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan

Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat

Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan

Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling

14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.

Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)

6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana

Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.

'Mayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang

MAT KILAU SEMPAT LAUNG MERDEKA

Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.

Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah), yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

12 TAHUN ISYTIHAR DIRI

Anak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.

"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.

Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5,Jalan Gambang Kuantan mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.

Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.

"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.

GURU SILAT

Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau, Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat".

Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.

"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya.

Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.

CUBA BERI BAYANGAN

Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.

"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah

DEMIKIANLAH ADANYA KISAH MAT KILAU

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Cucu ( Aki Md. Yunus B. Teh ) dan Nenek (Wan Sipah Bte Teh ) Ayahanda Cucu ( Jamaluddin Bin Md. Yunus) semuanya di kebumikan di Tanah perkuburan Islam Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut dan Bonda Cucu (Kamsiah Bte Jamil) yang
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kenanga Jengka 7, Pahang. AMIN YA RAB BAL ALAMIN

UMNO pejuang kemerdekaan? ... kakakaka

Posted: 14 Sep 2011 01:55 AM PDT



"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.[ lagi ]

Lawak .. si pengecut tiba tiba jadi hero ...
wakakak !!!
Lembu punya susu, taik dapat nama ... wakakak !!!
Pirahh mabok ...
WAklakak !!!

RUMAH TERBUKA KETUA DPP TEMA KUNING 17 SEPT INI

Posted: 13 Sep 2011 08:56 PM PDT

Semua dijemput secara terbuka termasuk wartawan, diundang ke teratak kami pada 17 September 2011 bersamaan hari sabtu ini sempena rumah terbuka yang serba sederhana. Undangan bermula jam 12 tengahari sehinggalah jam 4.00 petang. Konsepnya, menjamu selera sementara makanan ada, jika habis atau tidak cukup makanan yang disediakan kita makanlah kueh mueh dan mee goreng special yang akan jadi makanan top up.

Sebab kami pun tidak tahu berapa ramai yang akan hadhir kerana jemputan bersifat umum. Kalau tidak cukup juga, kita bersalaman dan bermaafan serta berbual mesra sambil minum tea, juga sangat bermakna bagi kami. Datanglah, jangan tidak datang. Rindu untuk bertemu kalian semua. Semoga ada keberkatan dan makanan juga cukup insyaallah.

Menu asas akan disediakan untuk menampung kapasiti 2000 orang. Kalau anda mahu menikmati menu istemewa ini, kena datang awal - awal waktu tau !
Menu tersebut ialah :-

Nasi Dagang Gulai kuning [ikan dan ayam]
Nasi Kerabu Kuning berlaukan sambal berencah dan ikan goreng garing
Laksa Kuning special berkuah lemak dan laksa Penang
Tapai Kuning
Satay ayam dan daging Kuning
Tembikai Kuning
Air Naga Berapi Kuning.

Tema pakaian tuan rumah ialah kuning lagi BERSIH. maka dicadangkan kepada sahabat sekelian , datanglah dengan pakaian bertemakan kuning juga tapi bersih, jangan kotor !

Selamat Hari Raya aidil fitri buat semua.

Alamat :

No. 26 Taman Pelindung Perdana
Beserah Kuantan Pahang.
[ Sebelah Musolla Ar Raudhah Pelindung Perdana ]
019 - 916 8182

8 PENDIRIAN PAS DALAM ISU BUKIT KEPONG

Posted: 13 Sep 2011 08:49 PM PDT

Pendirian PAS dalam kontroversi isu sejarah:
1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.
2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.
3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.
4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.
5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.
6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.
7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu

EZAM KOTAK GESE MAT SABU DIUSIR...WAHAHAHA

Posted: 13 Sep 2011 06:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Senator Ezam Mohd Nor menyertai pemimpin-pemimpin Umno menggesa agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dikenakan tindakan tegas - kali ini digesa agar diusir keluar dan dilucutkan kerakyatan ekoran kenyataan berkenaan tragedi Bukit Kepong bulan lalu.

Dalam kenyataannya, Ezam, bekas ketua sayap muda PKR mendakwa tiada tempat bagi orang yang menghina pengasas negara di mana-mana negara bertamadun.

"(Mohamad) Mat Sabu jelas melanggar garisan bagi seorang rakyat yang beradab dan bertamadun apabila menghina (Bapa Kemerdekaan) Tunku Abdul Rahman... tidak ada negara bertamadun akan kompromi dengan kebiadapan dan sifat tidak bertamadun ini.
"Rakyat Malaysia mesti diajar hidup secara bermaruah dan bertamadun. Justeru Mat Sabu mesti dihukum dan diusir keluar dari negara ini. Banyak negara komunis lain boleh jadi pilihannya," katanya lagi.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 14 Sep 2011 01:24 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Guan Eng tak akan mohon maaf pada Umno

Posted: 14 Sep 2011 10:00 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak akan memohon maaf terhadap dakwaan 'memfitnah' Umno dengan menuduh parti itu terbabit dalam percubaan membakar ibupejabat DAP negeri itu bulan lalu.

Ketua perhubungan Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman telah mendakwa Lim juga bertanggungjawab kerana menuduh parti itu menganjurkan protes 'ganas' di sekitar Komtar dan jambatan Pulau Pinang Julai lalu.

Hari ini, Lim yang juga setiausaha agung DAP, menerima surat tuntutan dari peguam Umno, memintanya supaya memohon maaf atau berdepan dengan saman fitnah RM30 juta.

Lim berkata beliau sedia berdepan dengan Umno di mahkamah berhubung perkara itu, dan berkata adalah tidak masuk akal untuk memohon maaf kepada "parti yang berbohong".

Malah, dakwanya, Umno adalah parti yang bertanggungjawab terhadap 'fitnah dan pembohongan' yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, dan ia sepatutnya memohon maaf atau jika tidak, akan menyaman balik, jika perlu.

Lim berkata, beliau "akan melawan Umno habis-habisan" dan menunggu untuk bertemu pemimpin parti itu di mahkamah tidak lama lagi, agar fakta berhubung dakwaan mereka dapat didedahkan.

"Saya harap Umno tidak jadi pengecut dan tunggu kita di mahkamah. Bukannya kita mahu melawan atau kita berani, tetapi kerana kita mahukan kebenaran," katanya. -Malaysiakini

Batu Gajah Mari

Posted: 14 Sep 2011 11:05 AM PDT

Batu Gajah Mari


"Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya" - Pak Majid

Posted: 13 Sep 2011 11:53 PM PDT


IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor".

"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".

Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM.

Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.

"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.

"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.
Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.

Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.

Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 14 Sep 2011 10:15 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Tunai 5 tuntutan atau Bersih 3.0

Posted: 13 Sep 2011 08:09 PM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Sept: Kerajaan BN diingatkan agar melaksanakan tuntutan 5 perkara yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat jika tidak mahu himpunan aman Bersih 3.0 yang akan mengambil tempatnya.

Tuntutan lima perkara itu bukan sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan jika Kerajaan BN benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasikan pilihanraya di tanah air, melainkan jika pihak kerajaan hanya sekadar bersandiwara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan, sekiranya Kerajaan BN enggan melaksanakan 5 tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen, kerajaan ternyata hanya sekadar bermain-main dengan kenyataan-kenyataannya ke arah itu.

Menurut beliau, oleh itu, Pakatan Rakyat tidak akan teragak-agak untuk mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi mendesak kerajaan melaksanakan tuntutan itu bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.

Katanya, Kerajaan BN tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak melaksanakan kesemua tuntutan itu kerana pihak kerajaan sendiri masih mempunyai masa yang panjang untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Untuk mengadakan PRU Ke-13, tempohnya sehingga 13 Mac 2013. Jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu tergopoh-gapah untuk membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU Ke-13 diadakan dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan, 5 tuntutan Pakatan Rakyat berhubung reformasi pilihanraya itu, pertamanya mendesak Kerajaan BN pimpinan Najib agar melaksanakan 8 tuntutan Bersih.

Kedua berupa desakan agar Kerajaan BN menetapkan tarikh pilihanraya dengan persetujuan atau muafakat bersama dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh parti Demokratik Liberal dan Konservetif di United Kingdom (UK).

Ketiga, Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen yang akan ditubuhkan oleh Kerajaan mestilah diberikan ruang yang selesa ke arah reformasi pilihanraya di negara ini.

Keempat, agenda isu kerakyatan terhadap warganegara asing yang dilakukan oleh Kerajaan BN mestilah dihentikan dengan desakan terhadap Kerajaan BN agar menyediakan satu terma rujukan mengenainya.

Manakala tuntutan kelima berupa desakan Pakatan Rakyat terhadap Kerajaan BN agar menunaikan segala cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parlimen bagi melakukan reformasi pilihanraya di negara ini.

Sidang media tersebut diadakan bersama dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bagi pihak PKR; Ahli Parlimen Rasah, Antony Loke (DAP).

Manakala bagi pihak PAS, selain beliau, turut diwakili Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat), Siti Zailah Mohd Yusuf (Rantau Panjang), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai).

Sementara itu, kesemua ahli-ahli Parlimen yang hadir pada sidang media itu turut bersetuju dengan kenyataan beliau dan masing-masing berharap agar suara rakyat tidak diketepikan oleh Kerajaan BN, bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan telus, bersih dan adil.

Pada sidang media itu, mereka juga sebulat suara menegaskan, Pakatan Rakyat bersedia memberikan kerjasama atau khidmat kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan oleh kerajaan sempena persidangan Parlimen mulai 3 Oktober ini, sekiranya Najib boleh berjanji untuk melaksanakan kesemua tuntutan itu sebelum pembubaran Parlimen.

Dalam hubungan ini, mereka berharap agar Najib tidak bersandiwara atau bermain-main dengan kenyataannya untuk melakukan reformasi pilihanraya dengan kesediaannya menubuhkan jawatankuasa tersebut, dengan melaksanakan kesemua cadangan jawatankuasa itu ke arah itu.(hrkhdaily)


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Sep 2011 10:04 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Jamuan Raya DUN Johol 17 Sep 2011

Posted: 14 Sep 2011 01:52 AM PDT



JAMUAN HARI RAYA DUN JOHOL
Tarikh : 17 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Mohd Sany Hamdan, Exco Pemuda PAS Pusat
Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N9
Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Mohd Nazree Yunos, Ketua AMK N(
- Serta Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Pemuda PAS -

Tazkirah Kemerdekaan

Posted: 13 Sep 2011 11:54 PM PDT

"Ulama dalam sorotan perjuangan Kemerdekaan"

oleh : Ust Mohd Fadli Ghani


Tarikh : 16 Sept. 2011 / 18 Syawal 1432
Tempat : Surau Taman Tasik Jaya (Fasa 1)
Masa : Selepas Maghrib

Semua di jemput hadir

Rakyat Didahulukan?

Posted: 13 Sep 2011 07:12 PM PDT



Rakyat Didahulukan?


Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011


Salam satu Malaysia..



Mengapa tajuk di atas saya pilih? kerana segelintir jabatan yang tidak benar-benar prihatin kepada rakyat maka laungan keramat "Rakyat didahulukan" itu menjadi bahan senda rakyat yang kecewa.

Negara telahpun mencapai kemerdekaan yang ke 54 tetapi masih terdapat kemudahan ASAS yang masih belum mencapai standard yang sepatutnya.

Saya mewakili anak Felda khasnya di Felda Palong merasa amat kecewa kerana telah berpuluh tahun masalah ketiadaan air setiap kali musim perayaan berlaku. Bukan sahaja Musim perayaan bahkan setiap kali musim percutian sering kali sahaja masalah yang sama berulang.

Setiap kali masalah durujuk kepada pihak berkenaan kami sering mendapat jawapan yang sangat mengecewakan.

Jika dahulu aduan kepada pihak berkenaan dijawab dengan masalah pengguna masih menggunakan paip lama dan tidak menepati standard tapi kini apa lagi? apakah kami perlu menukar paip sedia ada kepada paip yang bersaiz pembentung?

Kerana mereka inilah generasi kedua felda mula bosan dan sering terdengar keluhan yang rakyat memang didahulukan sekiranya terdapat kirisis2 sebegini.

Sia-sia sahaja usaha PM dan jentera Kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat sekiranya masih terdapat jabatan-jabatan yang kurang efisien dalam menangani isu-isu penting seperti ini.

Saya amat berharap perkara ini diambil tindakan SEGERA.

Sekian Terim Kasih

By: zabrina kamarudin
http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-didahulukan

KHIDMAT MERU

Posted: 14 Sep 2011 09:49 AM PDT

KHIDMAT MERU


SEMINAR NEGARA BERKEBAJIKAN

Posted: 13 Sep 2011 04:36 PM PDT


























Seminar Negara Berkebajikan yang di anjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat di Taman Melewar mendapat sambutan yang menggalakkan dari wakil-wakil PAS di perinfgkat negeri, kawasan-kawasan dan dewan-dewan.


Tidak ketinggalan ialah wakil-wakil dari Dewan Himpunan Penyokong PAS sendiri.


Seminar yang di rasmikan oleh Dato' Seri Presiden PAS sendiri itu telah dibanjiri oleh pelbagai perwakilan dari mula hingga akhirnya.














RUMAH TERBUKA DUN SEKINCHAN MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT

Posted: 13 Sep 2011 03:36 PM PDT




















Hari Terbuka DUN Sekinchan yang di adakan pada hari Selasa dari jam 10 pagi sehingga jam 1 ptg mendapat sambutan yang diluar jangkaan dari pelbagai lapisan masyarakat yang membanjirinya dari awal sehinggalah tamat program.


ADUN Sekinchan, YB Ng Sui Lim dalam ucapannya menjelaskan bahawa beliau walaupun dari keturunan Cina tetapi sebagai wakil rakyat, senantiasa menabur bakti dan khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.


Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dr Rani yang beberapa kali mengucapkan tahniah dan syabas kepada rakan seperjuangannya YB Ng kerana berjaya mengadakan majlis tersebut, disamping berjaya memberikan sumbangan beras dan gula kepada golongan asnaf.


Beliau juga mengalu-ngalukan pasukan polis yang turut hadir dalam majlis tersebut dan berharap pihak polis dapat memberikan kerjasama yang baik bahi menjamin kehidupan rakyat yang lebih selesa.











PAS Kawasan Gerik

Posted: 14 Sep 2011 09:33 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin menyusul

Posted: 14 Sep 2011 05:54 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 14 Sep 2011 09:20 AM PDT

Jasindaily Online


DPPK Jasin Edar Kueh Bulan

Posted: 13 Sep 2011 09:33 PM PDT

mtdchenderoh

Posted: 14 Sep 2011 07:54 AM PDT

mtdchenderoh


JAMUAN AIDILFITRI PAS KAWSN PADANG RENGAS

Posted: 13 Sep 2011 06:20 PM PDT


Pemuda PAS Merbok

Posted: 14 Sep 2011 07:44 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


SUMBANGAN GERAKAN KIRI DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAN

Posted: 13 Sep 2011 11:15 PM PDT

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru kerajaan agar mengambil berat pengaruh positif kontroversi "Mat Indera Pejuang Kemerdekaan" yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden PAS. Kami menggesa agar kerajaan mengakui sumbangan gerakan kiri dalam perjuangan kemerdekaan negara kita. Kami berharap kerajaan mengkaji semula isi kandungan buku teks sejarah, mencatat sumbangan-sumbangan pejuang kemerdekaan dan pembinaan bangsa secara adil dan objektif berdasarkan sejarah sebenar anti penjajahan.

Sumbangan UMNO dan Perikatan tidak dapat dinafikan, namun buku teks sejarah juga harus mencatat secara perinci sumbangan Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA), AMCJA-PUTERA, Parti Komunis Malaya (CPM), Parti Buruh, Parti Rakyat dan lain-lain dalam perjuangan menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan.

Buku teks sejarah hari ini tidak memberi gambaran sebenar gerakan kiri dalam sejarah Malaysia, termasuklah peranan MPAJA pada zaman penjajahan Jepun, AMCJA-PUTERA yang mencadangakan Perlembagaan Rakyat yang lebih demokrasi dan adil, Hartal Seluruh Malaya pada 20 Oktober 1947, Gerakan Buruh Malaya dan Singapura sebelum dan selepas kemerdekaan, gerakan pendidikan bahasa Cina yang dipimpin oleh Dong Jiao Zong, Sumbangan Parti Komunis Malaya dalam mempercepatkan pencapaian kemerdekaan, Perjuangan Parti Buruh dan Barisan Sosialis. Kerajaan Perikatan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap pemimpin-peminpin sayap kiri secara besar-besaran seterusnya melenyapkan gerakan kiri, rusuhan kaum 13 Mei adalah rancangan ahli politik, gerakan mahasiswa 1970-an dan sebagainya.

Buku teks sejarah rasmi hari ini tidak dapat mencerminkan sejarah rakyat memperjuangkan demokrasi, hak asasi manusia dan keadilan yang gemilang. Ia telah dipadamkan dari buku teks sejarah. Sumbangan gerakan kiri bukan sahaja sengaja diabaikan, malah diputar-belit, dan hendaklah diperbetulkan dengan segera.


baca seterusnya...

Landskap Siasah

Posted: 14 Sep 2011 07:24 AM PDT

Landskap Siasah


Ijtima' tarbawi Pemuda Kebangsaan 2011

Posted: 13 Sep 2011 09:10 AM PDT

Ijtima' Tarbawi Pemuda Peringkat Kebangsaan 2011
akan diadakan pada 28, 29, 30 Oktober bertempat di Shah Alam.



Tujuan untuk pmantapan tarbiah, mendidik jiwa dan fikrah pemuda untuk bersedia untuk membela agama.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 14 Sep 2011 07:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ZAHID DAN HISHAM TIDAK TAHU MALU: DPPK

Posted: 13 Sep 2011 05:01 PM PDT

KARNIVAL SUKAN PASTI DAN JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN BAGAN DATOH

Posted: 13 Sep 2011 07:51 AM PDT

IJTIMA' TARBAWI DEWAN PEMUDA PAS PERINGKAT KEBANGSAAN

Posted: 13 Sep 2011 07:38 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 14 Sep 2011 07:18 AM PDT

PAS Kulaijaya


PAS Hormati Keputusan Muhyiddin, Nasihat Umno Berhenti Londehkan Hipokrasi Sendiri

Posted: 13 Sep 2011 10:23 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 14 Sep 2011 04:06 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Mangsa ribut terima sumbangan

Posted: 13 Sep 2011 10:21 AM PDT

(Encik Ghani)



(Isteri Encik Rizuan menerima sumbangan bagi pihak suaminya)


(Encik Nizarudin)


(Encik Saiful)


(Atap rumah Ayah Long masih belum dibaiki)


(Ayah Long)


(Encik Ramli)



Marang : Hasil dari kutipan derma melalui Tabung Rakyat Sejahtera DUN Bukit Payong, ADUN Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah, hari ini telah menghulurkan sumbangan kepada mangsa yang terkena ribut baru-baru ini.

Beliau yang telah meluangkan masa selama kira-kira 40 minit melawat kesemua mangsa tanpa mengira parti untuk bertanya khabar dan menyerahkan sumbangan.

Ribut kedua yang berlaku pada sabtu lalu telah menyebabkan kerosakan kecil keatas enam buah rumah di sekitar Kampung Alur Parit.

Kali pertama ribut berlaku pada hari raya keempat yang menyebabkan kerosakan yang agak teruk di kawasan Machang Lada , Sena Rendang dan beberapa tempat lagi.Rumah YB juga terkena kesan ribut pertama itu.

Tiada sebarang kecederaan yang menimpa semua mangsa dilaporkan, hanyalah kerosakan kecil yang dialami mereka.

Beberapa mangsa yang ditemui mengeluh kerana masih belum mendapat sebarang bantuan dari pihak yang berwajib, walaupun nama-nama mereka telah diambil oleh pihak terbabit.

"Ada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mari baru ni ambil nama, tapi takdok mende-mende (bantuan)pun.Rosok bukan banyak sangat," kata Encik Ramli ketika ditanya tentang bantuan yang telah diterima.

Ustaz Mohd Nor yang ditemui selepas lawatannya itu mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan orang ramai yang telah diterimanya melalui Tabung Rakyat Sejahtera.

"Ini adalah wang sumbangan rakyat kepada rakyat.Kita tidak malu mengaku bahawa ini adalah wang rakyat.Yang kita takut apabila kita mengaku wang rakyat sebagai wang kita sendiri dan berbuat sesuka hati.

Saya hanyalah menjadi perantara untuk menyampaikan sumbangan ini kepada mangsa.Terima kasih kepada penyumbang,"tegas beliau.

Sikap tegas beliau ini jelas kerana kepada setiap mangsa yang diberikan sumbangan, mulut beliau tidak lekang menyatakan "Ini duit sumbangan orang ramai,saya tolong sampaikan sahaja".

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu kemudiannya mengajak semua lapisan masyarakat agar turut menderma bagi Tabung Rakyat Sejahtera ini bagi kesejahteraan semua.

Beliau mengingatkan semua akan kelebihan bersedekah dijalan Allah sepertimana yang telah dinukilkan di dalam al-Quran iaitu dalam ayat ke 261 dalam surah al-Baqarah.

"Bandingan (pemberian) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi meliputi ilmu pengetahuannya."

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghulurkan sumbangan kepada Tabung Rakyat Sejahtera DUN Bukit Payong bolehlah memasukkan sumbangan anda ke akaun Maybank 5630 1902 4338.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan