CINA ISLAM (林川興) Posted: 14 Sep 2011 01:13 AM PDT P’raya: Mahathir mula tekan Najib? Posted: 14 Sep 2011 01:00 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Tekanan seperti apa yang berlaku pada zaman pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) makin terasa apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mula menyuarakan pendapatnya agar pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat.
Mahathir berpendapat jika pilihanraya diadakan pada secepat yang mungkin ia tidak akan memberi kemenangan mahupun berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tempoh masa yang panjang bagi meneliti kembali senarai calon-calon yang ingin bertanding pada pilihanraya nanti.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang berkata pada satu sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir itu memberi gambaran yang jelas bahawa wujud permasalahan sama ada di dalam Umno mahupun BN.
"Teguran yang disuarakan oleh Mahathir itu jelas menggambarkan berlakunya permasalahan sama ada di dalam Umno mahupun BN dan saya tidak menolak beliau mula memainkan peranannya bagi memberi tekanan kepada Perdana Menteri sekarang, inilah yang berlaku pada pemerintahan Pak Lah dulu.
"Tindakan Mahathir yang mahukan BN mengambil masa yang lebih panjang bagi meneliti kembali senarai calon agar memastikan kemenangan kepada BN bukan hanya tertumpu kepada senarai nama yang lain malah ia lebih memfokuskan kepada kedudukan Najib sebagai Pengerusi BN.
"Mesej yang jelas membuktikan Najib tidak lagi dapat memberi kemenangan kepada BN pada pilihanraya yang akan datang," jelasnya.
Tambah Mahfuz lagi, Mahathir juga dilihat sebagai "mastermind" dalam perancangan agar Najib berundur sebelum berlangsungnya pilihanraya umum nanti.
Malah tidak mustahil akan ada mereka yang menjadi pengikut telunjuk Maahathir.
"Mahathir akan cuma memberi tekanan dam memastikan Najib berundur sebelum pilihanraya nanti dan beliau sendiri dilihat sebagai mastermind dalam usaha tersebut, saya pasti apabila kenyataan yang disuarakan oleh beliau itu akan ada mereka yang di dalam Umno mahupun BN menjadi pengikut telunjuk serta menyokong pendapat yang beliau utarakan itu.
"Bagi memastikan kemenangan kepada BN, pengerusinya perlu ditukar dan orang akan melihat siapa ketua sebelum membuat pilihan, inilah yang dimaksudkan oleh Mahathir," sambung Mahfuz lagi.
Sebelum ini, Mahathir telah mengeluarkan pendapat beliau pada satu forum yang diadakan di Putrajaya yang menyatakan pemilihan calon yang boleh menang dalam pilihan raya akan menimbulkan masalah antara pucuk pimpinan dan peringkat.
Calon yang boleh menang dalam pilihan raya bergantung kepada penilaian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penasihat dalam menentukan calon yang akan bertanding. | Wow !! Mahligai mewah Menteri Hal Ehwal Agama ? Posted: 14 Sep 2011 12:40 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.
Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.
"Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri)," katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.
Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
"Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.
"Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain" katanya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.
Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.
batu versi kayu/- | Lelaki berang tikam ibu, bapa dan kakak Posted: 14 Sep 2011 12:25 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
SANDAKAN - Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata, mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya, Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.
Katanya, mayat Yew ditemui terbaring di bilik tidur, manakala Chu ditemui terbaring di atas sofa di ruang tamu rumah tersebut.
Kakak mangsa yang berusia 37 tahun mengalami cedera parah akibat ditikam di perut dan kini dirawat di Hospital Duchees of Kent Sandakan dan dilaporkan dalam keadaan stabil, katanya di sini hari ini. - Bernama | Sisi peribadi berbeza Gaddafi Posted: 14 Sep 2011 12:22 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
TRIPOLI - Paparan video selama 32 saat memaparkan pemimpin Libya digulingkan, Muammar Gaddafi bersama dua cucu lelakinya memberi satu pandangan sisi peribadi berbeza beliau.
Akhbar The Associated Press mendedahkan rakaman tanpa tarikh yang diperoleh melalui komputer riba salah seorang anaknya, Hannibal itu mungkin dirakamkan beberapa bulan lalu.
Rakaman tersebut menunjukkan Gaddafi, 69, kelihatan gembira melayan kerenah kedua-dua cucunya yang kerap memberi tabik hormat kepada datuk mereka selepas beliau selesai mengerjakan solat.
Imej seorang datuk penyayang adalah berbeza dengan sifat Gaddafi sebagai pemimpin diktator yang diketahui umum dan didakwa memerintah Libya dengan kejam selama 42 tahun.
Sementara itu, sekurang-kurangnya 15 pengawal keselamatan maut selepas pasukan barisan pertahanan pro-Gaddafi menyerang pusat pemeriksaan loji minyak di Ras Lanuf, kelmarin.
Tindakan serangan balas tersebut dilancarkan selepas Gaddafi berikrar untuk berjuang merampas Libya kembali.
sinar harian/- | Integritikah Dr Rohana? Posted: 14 Sep 2011 12:15 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) merupakan badan induk mahasiswa yang diiktiraf oleh Universiti Malaya. Bahkan, MPMUM dipilih sendiri oleh mahasiswa dalam pemilihan perwakilan pelajar yang dijalankan secara rasmi setiap tahun.
Namun kini, MPMUM telah menjadi asing di tempat sendiri. Malah, amat memalukan apabila mereka dihalang terlibat secara menyeluruh dalam Minggu Haluan Siswa Universiti Malaya yang telah berlangsung pada 4 hingga 9 September ini.
Alasan yang diberikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dato' Dr. Rohana, mereka telah melatih 300 orang Pembantu Mahasiswa bagi menjalankan tugas sepanjang minggu Haluan Siswa (MHS). Beliau juga mendakwa keterlibatan MPMUM dalam minggu orientasi hanya membuat 'kacau'.
Terdapat beberapa persoalan menjadi tanda tanya berikutan tindakan TNC HEP ini. Mengapakah MPMUM sebagai badan mahasiswa yang sah dinafikan hak untuk menjalankan perkhidmatan mereka dalam minggu orientasi?
Terdapat juga beberapa staf di fakulti dan Kolej Kediaman yang hairan dengan tindakan TNC HEP yang menghalang MPMUM daripada membantu mereka. Malahan para staf ini menyifatkan tindakan TNC HEP ini sebagai 'pelik' dan tidak masuk akal.
Juga yang menjadi tanda tanya, adakah tindakan TNC HEP ini berbaur dendam?
Jika kita melihat kronologi perjalanan MPMUM yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa pada pemilihan Februari lalu, tanda tanya ini mungkin ada benarnya. Dendam TNC HEP terhadap kemenangan kumpulan Pro-Mahasiswa nampaknya belum berakhir malahan semakin membarah.
Bermula awal kepimpinan MPMUM lagi, regim HEP di bawah Dr.Rohana telah memulakan agenda 'membalas dendam' terhadap kemenangan Pro-Mahasiswa. Bermula dengan melambat-lambatkan pengesahan kemenangan, penggantungan kemenangan ke atas 2 Calon Umum, kelewatan pembentukan kabinet dan pemberian watikah pelantikan sehingga mengambil tempoh 2 bulan setelah pemilihan. Kesemuanya sangat tidak berintegriti.
Dalam ucapan beliau, perkataan integriti seringkali diucapkan dan menjadi sebutan beliau di mana sahaja beliau berucap. Pokok persoalannya,adakah beliau sendiri faham makna sebenar integriti sedangkan dalam urusan pentadbiran beliau penuh dengan korupsi dan penipuan. Diskriminasi bermaharajalela dalam pemerintahan diktator beliau.
Satu persatu tembelang beliau semakin pecah. Persatuan yang tidak pernah wujud dalam Universiti Malaya telah diberi kuasa untuk mendoktorin mahasiswa baru.Persatuan itu adalah Penggerak Mahasiswa. Adakah Penggerak Mahasiswa ini persatuan yg mendaftar di universiti Malaya? Kenapa TNC HEP membenarkan banner penggerak di gantung dan badge penggerak diedarkan? Adakah itu integriti yang dicanangkan oleh beliau?
Jika ia benar, pengiktirafan Universiti Malaya sebagai universiti terbaik di dalam negara dan di peringkat dunia perlu dikaji semula. Hal ini perlu dilakukan kerana 'universiti terbaik' ini gagal mengangkat nilai-nilai demokrasi, hak asasi manusia dan nilai-nilai sejagat yang selayaknya. | Semak soalan Sejarah PMR, SPM 2011 Posted: 14 Sep 2011 12:00 AM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Isu sejarah Malaysia yang dipolemik oleh Umno dan BN akhir-akhir ini semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa berkata, kesannya, semakin hari terserlah kepincangan dan putar belit sejarah oleh politikus dan pengampu Umno dan BN.
Katanya, kenyataan berbelit oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sejarah negara, ditambah dengan dakwaan Majlis ProfesorNegara dan lain-lain pihak yang didakwa mempunyai autoriti, telah menimbulkan kekabutan dan kekeliruan bukan sahaja dikalangan rakyat, bahkan generasi pelajar sekolah menengah yang diwajibkan mengambil subjek sejarah.
Oleh yang demikian, ujarnya cadangan pembetulan dan pembaikan subjek Sejarah harus disegerakan tanpa kompromi dan campur tangan politik khususnya Umno dan BN.
"Sudahlah ia wajib, subjek sejarah juga menjadi subjek wajib lulus di dalam peperiksaan SPM bermula 2013," ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, walaupun yakin soalan subjek serajah Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah disiapkan, pihaknya mendesak kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran supaya menyemak soalan yang berkait dengan isu-isu sejarah yang dibangkitkan akhir-akhir ini.
Katanya, antara mekanisme yang boleh dilakukan ialah:
a) Soalan kontroversi ditukar kepada soalan dengan jawapan yang tiada perbezaan pandangan, atau
b) Skema jawapan ditambah bagi soalan kontroversi dengan mengambil kira semua pandangan. Dalam erti kata lain, teori sejarah selain di dalam silibus juga diterima sebagai jawapan yang betul.
c) Jika tidak cukup masa, soalan yang kontroversi dan wujud perbezaan pandangan dibatalkan. Maka, markah yang terbabit tidak dimasukkan di dalam perkiraan markah pelajar
Katanya, kenyataan terbuka itu dibuat kerana ia memberi kesan kepada prestasi pelajar.
Beliau berkata, jika pelajar mendapat A kerana jawapan yang mengikut skema dan silibus, tetapi ia adalah fakta yang salah, ia menafikan ketulenan kefahaman pelajar itu sendiri.
"Jika pelajar berkenaan tidak percaya kepada jawpan di dalam silibus tetapi terpaksa juga demi mendapat A, ia mengajar pelajar bersifat hipokrit yang menafikan sifat amanah yang seharusnya dipupuk dikalangan pelajar," ujarnya.
Katanya, bbukan sekadar itu, kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi juga dipengaruhi oleh keputusan itu.
"Alangkah malangnya pelajar yang cemerlang dinafikan hak hanya kerana menjawab dengan amanah dan betul. Ia memberi kesan negatif di dalam mencorak masa depan generasi muda negara," katanya lagi.
Jika tiada tindakan dibuat, ujarnya ini jelas membuktikan sekali lagi Umno dan BN menipu rakyat Malaysia.
Kali ini, tambah beliau pelajar juga ingin diajar hipokrit dan menipu.
Katanya, alangkah bobroknya sifat pemimpin Umno yang hanya mementingkan survival politiknya.
Itu, katanya belum dikira keputusan-keputusan subjek sejarah tahun-tahun sebelum ini yang jelas Umno dan BN telah memperbodohkan rakyat.
"Bagi semua pelajar PMR dan SPM, selamat menghadapi peperiksaan. Jawablah dengan ilmu yang tulen berasaskan kefahaman, jangan tertipu dengan agenda politik Umno. Bebaskan kongkongan sistem pendidikan negara dari unsur politik," ujarnya. | 10,000 pengundi kes 'MyKad palsu' dikeluarkan - PAS Posted: 13 Sep 2011 11:48 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Pemuda PAS mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu.
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.
"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.
"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.
Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya.
Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini.
harakahdaily/- | Rosakkan kereta lambang kekeringan hujjah Posted: 13 Sep 2011 11:45 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA KRAI, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan perbuatan merosakkan kenderaan masyarakat awam yang menghadiri majlis forum atau ceramah umum anjuran Pakatan Rakyat khususnya PAS adalah tindakan mereka yang kekeringan hujah untuk berlawan. Bahkan, Ketua DPPNK Ustaz Abd Latif Abd Rahman mendakwa perbuatan itu satu tindakan bagi menghidupkan semula perbuatan ala Pemuda Tahan Lasak Umno yang diamalkan suatu ketika dahulu. (Kereta wartawan Sinar yang diconteng dan dicalarkan) "Mereka cuba hendak menghidupkan semula perbuatan seperti itu kerana tidak ada hujah hendak berlawan dengan kerajaan negeri atau pemimpin PAS. "Justeru kalau Umno betul berani, tampillah berdebat (terutama dalam konteks isu serangan terhadap Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu), dan YB Mat Sabu pun sudah mencabar – kalau berani, berhujah, berdebat. "(sebenarnya) Mereka berani ugut di belakang, namun tidak berani berdepan," dakwa Ustaz Latif (gambar bawah)ketika dihubungi pemberita sebentar tadi. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Mengkebang mengulas perbuatan merosakkan kenderaan awam termasuk kereta yang diletakkan di kawasan Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV semasa Forum Rakyat berlangsung semalam. Dalam kejadian semalam, beberapa kenderaan pengunjung yang diletak di bahu jalan dipercayai dicalar dan dispray dengan cat setelah digoreskan dan ada yang ditikam tayar kenderaan itu dengan menggunakan benda tajam. Difahamkan, kebanyakan kenderaan yang menjadi mangsa semalam ialah kenderaan pengunjung yang diletak di jalan berhadapan Gelanggang Seni, di Gelanggang Tenis dan di Jalan Hospital dekat Stadium Sultan Mohamad Ke-IV. Dalam satu tinjauan, antara kenderaan itu termasuk kenderaan petugas media dan wartawan tempatan. Antaranya termasuk kenderaan Wartawan Kanan Sinar Harian Kelantan Suhaiza Abu Bakar, 35. Ekoran kejadian itu semalam, beliau telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 1.30 tengah malam semalam. "Saya meletakkan kenderaan saya, Harrier di Jalan Hospital dekat Stadium pada jam 8.50 malam sebelum membuat liputan majlis Forum Rakyat di Dataran. "Kereta saya dicalar dan dispay cat sepanjang satu depa pada sebelah pintu kiri kereta apabila saya kembali ke kereta saya pada 12.30 tengah malam apabila setelah selesai membuat liputan majlis," katanya ketika dihubungi pemberita. Pengunjung Forum Rakyat Nasir Ismail, 45, dari Pohon Buloh, Pasir Mas mendakwa kenderaannya (Ansa) telah dicalar dan dispray dengan cat. "Mereka spray dengan membuat line memanjang dengan cat pada bodi kereta saya, dan saya menganggarkan kos RM1,000 bagi memulihkan semula," katanya kepada pemberita. Dalam hubungan ini, DPPNK menurut Ustaz Latif, akan mengambil peranan proaktif dalam usaha mempertingkatkan kawalan keselamatan di tempat ceramah atau majlis awam khususnya anjuran Pakatan Rakyat atau PAS. "Untuk masa-masa akan datang, kita akan kerahkan seramai mungkin Anggota Unit Amal kita khususnya pada program yang besar yang terbabit dengan pemimpin besar dan mempertingkatkan kawalan keselamatan bukan saja membabitkan pergerakan lalu lintas jalan," katanya |
| Ustaz ghairah ‘kebun emas’ Posted: 13 Sep 2011 11:41 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
JOHOR BAHRU: Seorang isteri dan tiga anaknya kini terpaksa hidup bagai pelarian selepas diancam along berikutan tindakan suaminya meminjam wang sehingga RM20,000 untuk membeli 'kebun pokok emas' berkeluasan sembilan hektar yang kononnya terletak di alam ghaib.
Malah, suami wanita itu yang juga guru agama berzikir di tengah padang sekolahnya pada tengah malam kerana tindakan itu dikatakan membolehkannya mendapatkan kemewahan dengan lebih cepat.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lela, 42, berkata akibat tindakan suaminya yang dipanggil Ustaz Man, 45, dia terpaksa menggadai barangan berharga selain menjalani kehidupan umpama pelarian selepas diburu along sejak hampir sebulan lalu.
"Sebelum ini, sepanjang 15 tahun berumah tangga dia amat bertanggungjawab, malah menjadi rujukan beberapa individu untuk mendalami ilmu agama.
"Namun, sikapnya mula berubah sejak beberapa bulan lalu selepas menyertai satu kumpulan dipercayai menyebar ajaran sesat di Senai yang kononnya mampu menyedut kemewahan dari kebun emas yang wujud di alam ghaib," katanya ketika ditemui.
metro/- | Jangan hentikan misi kemanusiaan kerana kematian Posted: 13 Sep 2011 11:30 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
BERIKUTAN maut menimpa Noramfaizul dalam tugas misi bantuan ke Somalia, maka berbagai tindakan tindakan dicadangkan bagi mengelakkan kemalangan seperti kecederaan dan maut serta insuran perlindungan kepada keluarga si malang.
Seperti membekal jeket kalis peluru kiranya ke negara yang bergolak seperti di Somalia sekarang, di Bosnia dan di Iraq semasa perang memuncak dulu. Anggota rombongannya dilengkapkan dengan perlindungan insuran.
Ia adalah tindakan memperkemas pengurusan dan persediaan kebajikan untuk semua. Ia adalah tindakan yang baik dan terpuji. Kesemua tindakan susulan itu disebabkan terjadi kemalangan semasa bertugas itu.
Semua yang berbangkit itu adalah dalam perhitungan Islam dan ia adalah sebahagian dari persiapan dan perancangan kebajikan seperti yang disarankan oleh tema muktamar PAS yang terbaru itu ialah kearah menegakkan negara dan masyarakat berkebajikan.
Tahniah kepada keluarga Noramfaizul kerana disediakan oleh misi dengan perlindungan insuran dan mereka akan menerima ganjarannya. Dan selepas ini mungkin masing-masing dibekalkan dengan jeket kalis peluru.
Apa pun semua persiapan dan perlindungan itu tidak menjamin tidak akan berlaku kecederaan. Tetapi semua tindakan itu adalah untuk berhati-hati dan bagi mengurangkan risiko dari kemalangan.
Yang penting dalam tugas dan amal membantu sebarang bencana dan ancaman kemanusiaan mesti diteruskan. Yang utama adalah bantuan dalam apa jua bentuk termasuk pergi sendiri ke tempat kejadian seperti ke Somalia yang diacam kebuluran oleh kemarau yang teruk.
Persiapan mengelakkan kemalangan adalah perkara kedua. Jangan tanpa jeket kalis peluru dan perlindungan insuran, maka misi kecemasan tidak dilakukan lagi. Dan jangan kerana berlakunya satu kematian, maka kita kaji semula pengiriman petugas ke tempat yang memerlukan itu.
Kerja itu adalah kerja yang mulia. Jika bagi masyarakat yang tidak ada pahala dan dosa, berlumba-lumba untuk mengirim petugas kemanusiaan ke tempat seperti itu, maka Islam yang tahu ganjaran pahala tentulah lebih terpanggil untuk melakukan kerja kebajikan itu.
Selagi Malaysia mempunya sumber bantuan secukupnya, dan selagi ancaman kebuluran di Somalia itu belum diatasi, maka sewajarnya ada misi dari negara kita bagi menyumbang apa yang terdaya. Pada ketika yang sama bantuan ke tempat lain seperti Gaza juga diteruskan.
Kita teringat dan kita memuji misi-misi bantuan kecemasan di masa lalu yang pergi ke Bosnia dan ke Iraq, betapa ancaman perangnya adalah lebih mencabar dari di Somalia. Mereka telah ke sana tanpa jeket kalis peluru dan ada doktor kita terkena peluru di sekitar punggung. Semua kejadian yang mereka lalui tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kerja yang mulia.
Sepanjang sukarelawan kita mengambil bahagian dalam kerja seperti itu masing-masing pergi dengan perisai seperti yang diibaratkan oleh Datuk Azeez, ketua Kelab Putera 1Malaysia bahawa mereka berjeket kalis peluru dengan doa orang ramai dan semangat mahu beramal.
Dengan perisai sedemikian sekaliannya pulang selamat ke tanahair. Hanya ajal yang menimpa Noramfaizul, jadi tragedi pertama yang menggemparkan seluruh rakyat hingga timbul berbagai cadangan menambah baik persediaan kita.
Jangan jadikan jeket kalis peluru dan perlindungan insuran untuk kita tidak menyambung kerja baik itu.
Adanya jeket kalis peluru itu tidak lebih dari satu ikhtiar mengelak kecederaan. Nabi saw dan para sahabat pun ada baju besi ketika berperang dengan musuh. Baju besi itu menjadi azimat mereka akan kebal. Ramai juga para sahabat gugur syahid sekalipun mereka lengkap dengan baju besi. Baju besi itu bukan satu jaminan.
Yang penting ialah kita ke medan jihad. | Gamis, PUM lancar Kempen Kami Tak Nak Maksiat Posted: 13 Sep 2011 11:25 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 14 Sept: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) sebagai peneraju gerakan mahasiswa Islam di Malaysia berasa terpanggil untuk turun meraikan sambutan meriah Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, khususnya menjelang detik keramat, pukul 12 tengah malam 16 september ini.
"Insya Allah Gamis akan memimpin para belia juga mahasiswa untuk turun membawa gerakan dakwah bagi membasmi masalah sosial yang diwariskan setelah detik 12 malam berlalu," kata Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari dalam satu kenyataan.
Menurutnya, atas dasar itulah Gamis dengan kerjasama Persatuan Ulama Malaysia (PUM) akan melancarkan gerakan khas yang bertemakan 'Kempen Kami Tak Nak Maksiat' bagi membuat pemerhatian, pemantauan dan juga pencegahan awal agar virus kemaksiatan dapat disekat dan dihapuskan.
Oleh itu, ujarnya Gamis menjemput seluruh mahasiswa Islam dan belia untuk hadir ke XPDC Dakwah Malam Merdeka 2011.
"Bagi yang berkelapangan untuk hadir, pihak kami menjemput anda untuk bersama kami berhimpun di Masjid KLCC pada pukul 9 malam yang dimulakan dengan bacaan yassin dan satu taklimat khas akan diadakan sebelum para petugas XPDC diagihkan mengikut kawasan sasaran," ujarnya.
Katanya, para petugas juga digalakkan memakai pakaian kemas bagi menunjukkan imej contoh para belia lainnya.
Sehubungan dengan itu, katanya Gamis juga menjemput para wartawan untuk hadir bagi membuat Liputan.
"Dijangkakan XPDC ini akan tamat selewat-lewatnya pukul 2 pagi. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk bersama menerokai pengalaman berdakwah bersama pasukan kami.
"Bersamalah kita berkongsi nikmat kemerdekaan ini dengan mencari redha Illahi disamping membantu menyelamatkan anak bangsa yang masih kehilangan arah tuju kehidupan," ujarnya.
Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Ridhuan (013-2229803) atau Syahirah (013-3932657).
harakahdaily/- | Misi keluar negara tanpa kalis peluru Posted: 13 Sep 2011 11:00 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
BERIKUT maut menimpa Noramfaizul dalam tugas misi bantuan ke Somalia, maka berbagai tindakan tindakan dicadangkan bagi mengelakkan kemalangan seperti kecederaan dan maut serta insurans perlindungan kepada keluarga di malang.
Seperti membekal jeket kalis peluru kiranya ke negara yang bergolak seperti di Somalia sekarang, di Bosnia dan di Iraq semasa perang memuncak dulu. Anggota rombongannya dilengkapkan dengan perlindungan insurans.
Ia adalah tindakan memperkemas pengurusan dan persediaan kebajikan untuk semua. Ia adalah tindakan yang baik dan terpuji. Kesemua tindakan susulan itu disebabkan terjadi kemalangan semasa bertugas itu.
Semua yang berbangkit itu adalah dalam perhitungan Islam dan ia adalah sebahagian dari persiapan dan perancangan kebajikan seperti yang disarankan oleh tema muktamar PAS yang terbaru itu ialah ke arah menegakkan negara dan masyakat berkebajikan.
Tahniah kepada keluarga Noramfaizul kerana disediakan oleh misi dengan perlindungan insurans dan mereka akan menerima ganjarannya. Dan selepas ini mungkin masing-masing dibekalkan dengan jaket kalis peluru.
Apa pun semua persiapan dan perlindungan itu tidak menjamin tidak akan berlaku kecederaan. Tetapi semua tindakan itu adalah untuk berhati-hati dan bagi mengurangkan kemalangan.
Yang penting dalam tugas dan amal membantu sebarang bencana dan ancaman kemanusiaan mesti diteruskan. Yang utama adalah bantuan dalam apa jua bentuk termasuk pergi sendiri ke tempat kejadian seperti ke Somalia yang diancam kebuluran oleh kemarau yang teruk.
Persiapan mengelakkan kemalangan adalah perkara kedua. Jangan tanpa jaket kalis peluru dan perlindungan insurans, maka misi kecemasan tidak dilakukan lagi. Dan jangan kerana berlakunya satu kematian, maka kita kaji semula pengiriman petugas ke tempat yang memerlukan itu.
Kerja itu adalah kerja yang mulia. Jika bagi masyarakat yang tidak pahala dan dosa, berlumba-lumba untuk mengirim petugas kemanusiaan ke tempat seperti itu, maka Islam yang tahu ganjaran pahala tentulah lebih terpanggil untuk melakukan kerja kebajikan itu.
Selagi Malaysia mempunya sumber bantuan secukupnya, dan selagi acaman kebuluran di Somalia itu belum diatasi, maka sewajarnya ada misi dari negara kita bagi menyumbang apa yang terdaya. Pada ketika yang sama bantuan ke tempat lain seperti Gaza juga diteruskan.
Kita teringat dan kita memuji misi-misi bantuan kecemasan di masa lalu yang pergi ke Bosnia dan ke Iraq, betapa ancaman perangnya adalah lebih mencabar dari di Somalia. Mereka telah ke sana tanpa jaket kalis peluru dan ada doktor kita terkena peluru di sekitar punggung. Semua kejadian yang mereka lalui tidak mematahkan semangat untuk meneruskan kerja yang mulia.
Sepanjang sukarelawan kita mengambil bahagian dalam kerja seperti itu masing-masing pergi dengan perisai seperti yang diibaratkan oleh Dato Azeez, ketua Kelab Puera 1Malaysia bahawa mereka berjaket kalis peluru dengan doa orang ramai dan semangat mahu beramal.
Dengan perisai sedemikian sekaliannya pulang selamat ke tanahair. Hanya ajal yang menimpa Noramfaizul, jadi tragedi pertama yang menggemparkan seluruh rakyat hingga timbul berbagai cadangan menambah baik persediaan kita.
Jangan jadikan jaket kalis peluru dan perlindungan insurans untuk kita tidak menyambung kerja baik itu.
Adanya jaket kalis peluru itu tidak lebih dari satu ikhtiar mengelak kecederaan. Nabi SAW dan para sahabat pun ada baju besi ketika berperang dengan musuh. Baju besi itu menjadi azimat mereka akan kebal. Ramai juga para sahabat gugur syahid sekalipun mereka lengkap dengan baju besi. Baju besi itu bukan satu jaminan.
Yang penting ialah kita ke medan jihad. | Jadikan Hari Malaysia medan muhasabah penipuan pilihanraya Posted: 13 Sep 2011 09:45 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Sept: Menjelang Hari Malaysia 16 September ini, PAS meminta rakyat menjadikannya medan muhasabah terhadap kerajaan terutama dalam isu penipuan pilihan raya yang semakin berleluasa. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta rakyat jangan membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya. Beliau berkata demikian dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini. Malaysia buat pertama kalinya menyambut Hari Malaysia serentak dengan Hari Kemerdekaan 16 September ini. Hari Malaysia mula dibincangkan selepas ia bangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan kini ia menjadi acara rasmi kerajaan. Sambutan bersama ini diadakan ekoran Hari Kemerdekaan 31 Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri. Namun sambutan Kemerdekaan negara menjadi isu apabila seorang profesor Umno, Profesor Zainal Kling berkata, negara tidak pernah dijajah oleh British. Bagi Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan. Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya, katanya. "PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat. "PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini," tegas Abdul Hadi dalam kenyataannya itu. Mereka ini, kata beliau, telah meletakkan asas negara ini, "walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri." "Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista. "Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," tambahnya. Apa pun, katanya, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang. "Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya," katanya. Pada saat ini, kata beliau, rakyat negara ini sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat. Antaranya daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama melakukan perubahan. | Tebus resit tol dapat Touch n' Go percuma Posted: 13 Sep 2011 09:25 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
ABDUL KARIM (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Mohamad Razali di Kuala Selangor semalam.
KUALA SELANGOR - Pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar) kini berpeluang memiliki Kad Peringatan Latar-Touch n' Go berserta nilai tambah percuma dengan cara mengumpul resit tol lebuh raya itu.
Dengan menebus 30 resit, pengguna layak menerima satu kad dengan nilai tambah RM5 manakala untuk 60 resit akan mendapat nilai tambah RM30.
Pengerusi Kuala Lumpur-Kuala Selangor Express- way Bhd. (KLSEB), Datuk Ir. Mohamad Razali Othman berkata, tawaran itu adalah bersempena pembukaan lebuh raya tersebut pada 23 Jun lalu selain mempromosi penggunaan kad Touch n' Go.
Menurutnya, kad berkenaan boleh ditebus di dua kaunter perkhidmatan pelanggan di Plaza Tol Kuang Timur dan Kuang Barat.
"Kad peringatan ini mempunyai empat jenis corak gambar berbeza dan setiap pengguna hanya layak menebus satu kad," katanya pada majlis pelancaran Kad Peringatan Latar-Touch n' Go di sini semalam.
Pada majlis tersebut, KLSEB turut menandatangani perjanjian dengan pengendali sistem pembayaran elektronik, Touch n' Go Sdn. Bhd. (TNGSB) bagi pelaksanaan sistem tol elektronik di lebuh raya berkenaan.
TNGSB diwakili Ketua Pegawai Operasinya, Abdul Karim Md. Lassim.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLSEB, Amran Amir memberitahu, kira-kira dua juta pengguna telah menggunakan lebuh raya itu dengan purata 30,000 kenderaan sehari.
kosmo/- | PAS hormati keputusan Muhyiddin, minta hentikan hipokrisi Posted: 13 Sep 2011 09:15 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Sept: PAS menghormati keputusan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak sanggup berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, walaupun keputusan itu telah mengecewakan banyak pihak. "Kerana sebelum ini, beliaulah yang secara yakin menyuruh Mohamad untuk bertaubat seolah-olah pasti apa yang Utusan Malaysia laporkan terhadap kenyataan Mohamad adalah benar," terang Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Beliau juga menegaskan bahawa debat yang dicadangkan PAS berbentuk ilmiah dan bukannya untuk mencari siapa menang siapa kalah, tetapi untuk rakyat menilai hujah mengenai tafsiran sejarah pra-kemerdekaan masing-masing. "Jadi seharusnya, tiada apa yang harus ditakutkan oleh mana-mana pihak sebab debat ilmiah ini bersifat terbuka kepada rakyat. "Meskipun Muhyiddin menolak, namun PAS tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat menghina beliau sebagaimana yang dilakukan oleh graduan Oxford Ketua Pemuda Umno kerana PAS yang mengundang beliau, maka kita perlu hormati keputusan beliau samada untuk terima atau tolak," kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu merujuk kerana karenah Khairy Jamaluddin yang melenting tak tentu arah apabila Mohamad menyuruhnya berdebat dengan Pemuda PAS. Orang ramai, katanya ingin mendengar hujah dari kepimpinan kedua-dua parti politik terutamanya setelah pemimpin dan media Umno telah begitu hebat menghentam dan mengkritik serta memutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad. "Apa tidaknya isu ini dibelitkan sehinggakan ada seorang Menteri Besar terpaksa menidakkan kandungan buku yang beliau buat kata pengantarnya 7 tahun lalu demi menyelamatkan putar-belit yang semakin hilang arah," sindir beliau merujuk kepada buku 'Pengukir Nama Johor' yang dikeluarkan Yayasan Warisan Johor. Sikap Umno, kata beliau tidak menggambarkan keberanian untuk mempertahankan hujah yang dikemukakan sebagaimana PAS, yang telah menyatakan 8 pendirian tegas dalam isu kontroversi sejarah ini. "Cuma PAS nasihatlah kalau undangan debat ilmiah tidak sanggup diterima, Umno haruslah berhenti londehkan hipokrisi sendiri di depan rakyat lagi dengan hanya berani di belakang; tapi bilamana diajak bersemuka, tak sanggup pula," nasihat beliau. Selain itu, Tuan Ibrahim turut berkata PAS juga bersetuju dengan pandangan Datuk Seri Khaled Nordin dan Tun Dr Mahathir bahawa perlunya ada kajian semula terhadap sejarah kemerdekaan negara kerana terdapat fakta yang dihilangkan dalam sejarah. "Perkara ini dilihat semakin perlu hari ke hari, lebih-lebih lagi dalam keadaaan rakyat, terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan tidak pasti samada perkataan 'Merdeka' patut digunakan bersama tarikh 31 Ogos 1957 apabila Majlis Professor Negara (MPN) dan Dr Mahathir telah secara tegas dan yakin menyatakan secara teknikalnya negara kita tidak pernah dijajah," terang beliau. Pendirian PAS dalam kontroversi isu sejarah:1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis. 2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri. 3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal. 4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan. 5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis. 6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka. 7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara. 8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu. |
| Tangguh bubar Parlimen, laksana reformasi p'raya Posted: 13 Sep 2011 08:45 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 14 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dituntut melaksanakan janjinya untuk melakukan reformasi pilihanraya dengan tidak membubarkan Parlimen selagi janjinya tidak dilaksanakan.
Sekiranya Najib bercadang untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat sempena persidangan Parlimen bermula 3 Oktober ini, cadangan itu didesak ditangguhkan bagi membolehkan Perdana Menteri melaksankan janjinya terlebih dahulu.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat melihat perkara itu tidak sukar untuk dilaksanakan oleh Perdana Menteri kerana ia boleh disamakan dengan tindakan kerajaan yang menangguhkan keputusan syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) untuk mengenakaan caj cukai perkhidmatan 6% prabayar telefon mudah alih semalam.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menegaskan, PKR dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan caj cukai perkhidmatan 6% itu, tetapi jika kerajaan boleh menangguhkannya, tidak ada sebab Perdana Menteri tidak boleh menangguhkan pembubaran Parlimen selagi reformasi pilihanraya tidak dilaksanakan.
"Itulah tuntutan PKR dan Pakatan Rakyat yang mesti dilaksanakan oleh Perdana Menteri. Sekiranya tuntutan itu boleh dilaksanakan, Pakatan Rakyat bersedia bekerjasama dengan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP (Dapsy), Antony Loke berkata, DAP berjanji akan memberi komitmen penuh kepada Jawatankuasa Pemilihan Parlimen yang akan ditubuhkan itu sekiranya Perdana Menteri berjanji tidak membubarkan Parlimen sempena persidangan Parlimen bermula 3 Oktober ini, selagi reformasi pilihanraya tidak dilaksanakan.
"Kami tak nak janji Perdana Menteri itu hanya sebagai sandiwara kerana jika pembubaran Parlimen dibuat sebelum reformasi pilihanraya dilaksanakan bermakna reformasi pilijhanraya tetap tidak dilaksanakan oleh kerajaan.
"Sebab itulah kami mendesak Perdana Menteri melaksanakan janjinya itu sebelum pembubaran Parlimen," katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah yang turut bersama ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat lain pada sidang media itu.
Manakala Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, tuntutan 5 perkara oleh Pakatan Rakyat berkaitan reformasi pilihanraya amat perlu dilaksanakan oleh kerajaan bagi membolehkan pilihanraya di negara ini diadakan dengan bersih dan adil.
Katanya, dalam hubungan ini, Pakatan Rakyat tidak mahu kerajaan berdolak dalih lagi sehingga terus mengelirukan rakyat dengan pelbagai tindakan termasuk berhubung tindakan kerajaan memberikan kerakyatan kepada warganegara asing yang tidak diketahui statusnya.
"Ini samalah juga dengan tindakan pihak tertentu berhubung isu penjajahan negara yang jelas untuk mengelirukan orang ramai demi kepentingan politik Kerajaan BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Manakala Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, untuk melaksanakan reformasi pilihanraya, kerajaan sudah boleh memulakannya sejak dulu kerana sebahagian daripadanya boleh dilaksanakan hanya menerusi peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kenyataan beliau turut disokong oleh timbalannya yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud sambil menambah,reformasi yang boleh dilaksanakan menerusi peranan SPR itu merupakan 8 tuntutan yang telah dikemukakan oleh Bersih baru-baru ini.
Sidang media tersebut diketuai oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub. Turut hadir, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar. | Kembar siam tertua di dunia rai hari jadi ke-50 Posted: 13 Sep 2011 08:30 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - GEORGE dan Lori membuktikan jangkaan doktor mengatakan mereka hanya dapat hidup hingga 30 tahun ternyata salah. LONDON: Kembar siam paling tua di dunia yang masih hidup melepasi ramalan doktor mencecah usia 50 tahun.
George dan Lori Schappell yang melekat di kepala meraikan hari jadi mereka Ahad ini. Pasangan itu bercadang meraikan hari jadi mereka dengan pergi ke London. Menakjubkan kerana kembar siam itu dapat menjalani kehidupan masing-masing secara berbeza. Lori ada menjalin hubungan dan George pula, memutuskan untuk hidup sebagai seorang lelaki. Lori juga juara boling 10 pin dan George adalah penyanyi country. Lori berkata: "Ketika kami dilahirkan, doktor tidak fikir kami akan mencecah usia 30 tahun, tetapi kemi membuktikan yang mereka salah.
"Kami sudah belajar banyak perkara sejak 50 tahun lalu dan akan terus hidup dengan sepenuhnya." Lori yang berketinggian 5 kaki 1 inci dilahirkan bertubuh sempurna, sementara George, 4 kaki 4 inci mengalami penyakit spina bifida yang menyebabkan masalah pergerakan. George tidak boleh berjalan, dia duduk di kerusi roda yang ditolak Lori supaya mereka dapat bergerak. - TS | Usah percaya ‘pakar’ mimpi Posted: 13 Sep 2011 08:25 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
JEDDAH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh melarang keras orang ramai daripada mendengar penerangan golongan pentafsir mimpi melalui program radio dan televisyen.
Amaran beliau itu dikeluarkan ekoran trend semasa yang semakin popular di kalangan penduduk yang gemar merujuk kepada 'pakar' supaya mimpi mereka ditafsirkan melalui program radio atau TV.
"Kebanyakan pentafsir (mimpi) tidak mempunyai pengetahuan Islam yang betul mengenainya," katanya dalam khutbah Jumaat di Masjid Imam Tuki bin Abdullah di Riyadh.
Mufti berkenaan mengatakan semakin ramai orang gemar mengikuti program sedemikian dan memberi amaran mengenainya.
"Ramai yang selalu merujuk kepada pentafsir mimpi dan mempercayai penjelasan mereka dengan sepenuh hati seolah-olah apa yang diperkatakan itu adalah inspirasi daripada Tuhan," katanya. Sheikh Abdul Aziz meminta orang ramai supaya merujuk kepada sunnah Rasulullah dalam hal ini iaitu tidak memberitahu orang lain mengenai mimpi buruk yang dialami mereka.
"Sekiranya orang ramai ingin tahu makna sebenar mengenai apa yang dimimpikan dalam tidur, mereka perlu merujuk kepada ulama yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama," katanya. Mufti terbabit menuduh pentafsir mimpi dalam program radio dan TV mengeksploitasi peluang yang wujud dengan melakukan penipuan untuk wang dan memperdaya orang ramai.
Harian Metro | 100 pasangan Malaysia nikah di Siam sebulan Posted: 13 Sep 2011 08:20 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
NARATHIWAT: Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) menganggarkan 100 rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan majlis itu setiap bulan bagi melangsungkan perkahwinan termasuk berpoligami.
Pendaftar Nikah MAIN, Bahagian Luar Negeri, Ishak Mohamed, berkata kajian menunjukkan daripada enam pasangan bernikah dalam sehari menggunakan perkhidmatan majlis berkenaan, dianggarkan empat daripadanya adalah pasangan Malaysia.
Katanya, antara fakta menyebabkan pasangan berkenaan bernikah menggunakan perkhidmatan majlis itu kerana masalah peribadi termasuk membabitkan poligami. "Pasangan Malaysia berkahwin di sini membabitkan kahwin dengan perempuan negara sendiri (Malaysia) atau berkahwin dengan wanita Thailand serta Indonesia.
Apa yang peliknya, ada warga Arab yang kahwin di sini kerana mahu mengelak kos tinggi berkahwin di negara mereka," katanya.
Ishak juga mengesahkan tiada sindiket nikah palsu dilakukan ahli jawatankuasa MAIN dan kegiatan seperti itu dikesan melalui orang tengah yang mengambil kesempatan terhadap pasangan yang terlalu ingin berkahwin dengan cara mudah.
berita harian/- | Suami isteri cuba jual anak ditahan Posted: 13 Sep 2011 08:15 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
SURABAYA: Polis semalam menahan sepasang suami isteri kerana disyaki menjual anak lelaki mereka berusia dua bulan dengan harga 8 juta rupiah (RM2,834).
Zaenal and Rahma Anisa didakwa menawarkan bayi mereka kepada jiran tetangga sebelum beberapa jiran melaporkan kejadian itu di balai polis Sukomanunggal di sini.
Ketua balai polis Sukamanunggal, Komisioner Muhammad Baderi berkata, pasangan berkenaan cuba menjual anak mereka bagi mendapatkan wang untuk membayar bil bersalin di sebuah hospital di Jakarta.
"Mereka tidak mampu membayar bil bersalin kerana kedua-duanya tidak bekerja," katanya.
| Budak temui fosil berusia 160 juta tahun Posted: 13 Sep 2011 08:00 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] - TAMAN AIR COTSWOLD, Britain - Seorang budak berusia lima tahun, Emily Baldry menemui fosil cangkerang berusia lebih 160 juta tahun selepas menggali tanah dengan menggunakan sebatang penyodok yang selalu digunakan untuk membina istana pasir, lapor sebuah akhbar semalam. Emily menemui fosil seberat 57 kilogram itu yang jarang didapati itu di kawasan Taman Air Cotswold di sini dengan bantuan bapanya Jon, 40, pada Mac tahun lalu. Fosil lengkap berdiameter hampir 40.6 sentimeter itu berasal daripada haiwan moluska yang mempunyai cangkerang yang hidup di lautan. EMILY BALDRY menemui cangkerang berusia lebih 160 juta tahun di Taman Air Cotswold, Britain pada Mac tahun lalu.
Ia kini disimpan di kediaman keluarga berkenaan di sini setelah ia dipamerkan kepada umum. Cangkerang itu diberi nama Spike oleh Emily. Selepas cangkerang itu ditemui, dia menyerahkannya kepada seorang ahli geologi, Neville Hollingworth untuk dibersihkan. Emily yang kini berusia enam tahun berasa gembira apabila melihat cangkerang itu yang kelihatan berkilat semasa ia dipamerkan di Pusat Penerangan Gateway dekat Cirencester pada Ahad lalu. Menurut bapa Emily, cangkerang itu akan dibawa pulang ke rumah selepas tempoh ia dipamerkan berakhir. - Agensi | PAS tentang semua bentuk penjajahan Posted: 13 Sep 2011 07:47 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu menentang semua bentuk penjajahan tanpa mengira apa fahaman dan blok yang diwakili mereka.
Katanya, semua manusia tidak kira latar belakang mempunyai naluri untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka jasad dan akal fikirannya.
"PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok Timur atau Barat," katanya dalam satu kenyataan media.
Ini merupakan respons pertama Abdul Hadi berhubung perdebatan kemerdekaan negara yang berpunca daripada ucapan kontroversi timbalannya Mohamad Sabu yang dilaporkan berkata penyerang Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British" dalam peristiwa di Bukit Kepong.
Debat itu kemudiannya berlarutan kepada isu sama ada Malaysia, khususnya negeri-negeri Melayu benar-benar dijajah oleh British - persoalan sejarah yang tidak pernah berbangkit sebelum ini.
Dalam kenyataannya lewat petang semalam, Abdul Hadi juga berkata, PAS juga amat menghargai peranan semua pihak yang menyumbang sehingga lahirnya negara ini dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.
Akui tokoh Umno
Membariskan nama-nama seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah, Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut dan Dr Burhanuddin Helmy, Abdul Hadi turut memperakui sumbangan tokoh Umno seperti dua perdana menteri sebelum ini - Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak Hussein.
"Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista.
"Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," katanya yang dilihat cukup berdiplomasi menangani polemik itu.
Katanya, peranan baik itu akan dibalas dengan pahala dan kesilapan lalu dalam merangka negara ini perlu diperbaiki demi generasi zaman ini dan seterusnya.
Bagaimanapun, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang mendakwa, setelah 50 tahun memerintah Malaysia, - BN, khususnya Umno - semakin membawa negara kepada "penyakit", antaranya melibatkan masalah ekonomi dan akhlak.
"Penipuan pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan," katanya. | Taliban serang ibu pejabat NATO Posted: 13 Sep 2011 07:30 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
POLIS Afghanistan berdiri berhampiran mayat penyerang berani mati di Kabul semalam. Operasi ala komando turut sasar kedutaan Amerika korbankan 12 nyawa
KABUL: Pergerakan Taliban melancarkan serangan serentak di ibu negara Afghanistan semalam yang menyasarkan ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika Syarikat, membunuh sekurang-kurangnya enam orang.
Kira-kira lima jam selepas serangan bermula, kejadian berbalas tembakan masih berlaku. Kerajaan Afghanistan mengesahkan kematian empat penduduk awam dan dua anggota polis, selain sekurang-kurangnya enam anggota pergerakan itu dengan dua lagi masih meneruskan tentangan.
Pegawai Afghanistan berkata, penyerang berkubu dalam bangunan masih dalam pembinaan yang menghala ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika, berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan ketika dua helikopter berlegar di udara.
Dua penyerang bunuh diri berasingan turut menyasarkan polis di beberapa kawasan dikawal ketat di Kabul membabitkan kematian anggota Taliban paling ramai sejak tentera penceroboh diketuai Amerika menyingkirkan pemerintahannya 10 tahun lalu.
Serangan serentak yang berjaya menyasarkan ibu pejabat NATO dan Kedutaan Amerika menjadi operasi gaya komando paling berjaya Taliban dalam pertempuran menumbangkan kerajaan Kabul dan mengalahkan tentera Barat.
Dalam sebarang kes, serangan itu memberi tamparan hebat kepada kerajaan Afghanistan dan NATO, menunjukkan kawalan keselamatan yang semakin teruk di Kabul, lokasi pemberontak melancarkan serbuan gaya komando ke atas sasaran Barat dan Afghanistan. Wartawan AFP mendengar siri letupan kuat sejurus selepas jam 1.30 petang waktu tempatan dua hari selepas Amerika menyambut ulang tahun ke-10 serangan 11 September yang mencetuskan perang panjang di Afghanistan.
Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) diketuai Amerika bekerjasama dengan misi diplomatik untuk menyokong kerajaan Afghanistan yang dilihat sebagai rasuah. Ibu pejabat utama pasukan itu bersambung dengan perkarangan Kedutaan Amerika.
"Ibu pejabat ISAF diserang buat masa ini," seorang pegawai tentera Barat terdahulu mengesahkan ketika penduduk yang ketakutan dan pekedai bercerita bagaimana mereka mencari tempat berlindung.
Kedutaan Amerika, salah satu misi diplomatik terbesar negara itu di dunia, paling dikawal ketat di Afghanistan dan kediaman beratus-ratus diplomat, mengesahkan serangan di kawasan itu.
"Tiada kematian buat masa ini di kalangan kakitangan kedutaan," kata jurucakap kedutaan, Kerri Hannan, dalam kenyataan yang die-melkan tanpa memberi maklumat lanjut.
Pegawai Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, yang enggan dikenali, berkata empat pegawai polis dan dua penduduk awam maut manakala sekurang-kurangnya lima penduduk awam dan tiga anggota polis cedera.
"Pasukan keselamatan sudah tiba di tingkat kedua dan ketiga bangunan dalam pembinaan itu. Dua penyerang masih melancarkan serangan. Kami berharap tentangan akan berakhir tidak lama lagi. Mereka pasti kehabisan peluru," kata jurucakap polis, Hashmat Stanikzai.
ISAF mengesahkan ia menyediakan bantuan tentera walaupun Ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen, meluahkan keyakinan tentera Afghanistan mampu menangani serangan itu. – AFP | Pusat beli-belah terbesar Eropah dibuka Posted: 13 Sep 2011 07:20 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
LAKARAN artis ruang dalam pusat beli-belah Westfield Sratfort City, London.
LONDON - Ribuan orang berhimpun di pintu masuk pusat beli-belah Westfield Stratfort City semalam yang menempatkan 300 kedai, 70 bar dan restoran.
Mereka menunggu untuk menjadi kumpulan pertama memasuki pusat tersebut.
Pusat itu merupakan yang terbesar di Eropah yang terletak di antara stesen bas dan tren bawah tanah Sratfort dengan Taman Olimpik di timur London.
Pembukaan pusat itu menyediakan 18,000 peluang pekerjaan untuk komuniti di timur London.
Pusat itu dikendalikan oleh Kumpulan Westfield yang mempunyai 124 pusat beli-belah di Britain, Amerika Syarikat dan Australia.
Seornag jurucakap pusat itu menyatakan bangunan pusat beli-belah tersebut menggunakan cahaya semula jadi dan penggunaan tenaga yang lebih efisen. - Agensi | Naluri manusia mahu hidup merdeka Posted: 13 Sep 2011 07:15 PM PDT 16 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Sempena Hari Pembentukan Malaysia
Adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.
Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya.
PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.
PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.
Mereka ini telah meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri.
Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista. Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT.
Apa pun, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.
Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya.
Pada saat ini, kita sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat dengan daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama melakukan perubahan.
Penipuan pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan. Jangan kita membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
| |
Peghelih La... Posted: 13 Sep 2011 11:48 PM PDT Remaja koma dibaling topi keledar oleh polis meninggal dunia Posted: 13 Sep 2011 11:42 PM PDT Remaja lelaki berusia 14 tahun dari Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, yang koma sejak bulan Ramadan lalu meninggal dunia pagi tadi. Mohd Solihin Che Kassim mengalami kecederaan didakwa berpunca akibat dibaling dengan topi keledar oleh anggota polis yang cuba menahannya semasa kejadian yang belaku pada satu malam di bulan Ramadan lalu. Difahamkan keluarga beliau tidak membenarkan bedah siasat dilakukan sedangkan pihak polis meminta bedah siasat diadakan dan akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar. Anggota polis berkenaan juga difahamkan telah digantung tugas. | Majlis Raya PAS Kawasan Padang Besar dan Arau Posted: 13 Sep 2011 11:33 PM PDT Kawasan Padang Besar di rumah Hj Anuar Tahir Kawasan Arau di Jejawi | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI Posted: 13 Sep 2011 11:22 PM PDT Selamat menjawab soalan UPSR Posted: 12 Sep 2011 11:59 PM PDT Dppk jerai mendoakan kepada seluruh murid tahun enam yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini dapat menjawab soalan dengan sebaik mungkin. | |
PAS TELUK INTAN Posted: 13 Sep 2011 11:13 PM PDT |
DPP PADANG TERAP Posted: 13 Sep 2011 09:51 PM PDT 50 Ahli PAS Sertai UMNO Di Padang Terap: UMNO Gagal Buktikan Posted: 13 Sep 2011 12:44 AM PDT Sudah berlalu 3 hari cabaran Dewan Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap kepada Dato' Seri Mahawangsa Dato Seri Setia Diraja Mahdzir Khalid selaku Ketua Bahagian Umno Padang Terap , Ketua Pembangkang Kedah jugak Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya mengemukakan pembuktian terhadap 50 orang ahli PAS Padang Terap masuk Umno.Sila Rujuk : Cabaran Kepada UMNO Padang Terap Nampaknya, tiada langsung respon daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap.. GAGALlah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut. Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umno menjelang PRU 13. Sehingga lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan Ketua Ulamak sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi x dan y. Ianya hanya sesuai ketika internet dan media alternatif belum meledak di kalangan rakyat dan tv di sembah sebagai sumber utama berita. Ada beberapa teori kegagalan : 1. Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong 2.Menutup isu sebenar iaitu yang masuk UMNO kerana mendakwa PAS dan kerajaan negeri tidak membantu rumahnya terkena ribut walhal bantuan dah diberi, tetapi yang dihebahkan ialah keluar parti kerana isu komunis. Sebenarnya publisiti ini hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan "kejayaan" beliau mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan isu siapa pejuang sebenar kemerdekaan maka gagalah dijawab. Berapa orang keluar sebab komunis..? Hanya sekadar di padang Terap ahli PAS masuk Umno sebab isu komunis? Yang mengkagumi dan dikagumi komunis adalah Umno yang memeterai perjanjian dengan Parti Komunis.Bahkan UMNO semakin mengelirukan masyarakat apabila seoarang Profesor yang mesra UMNO sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik. 3. UMNO akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar UMNO. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap. Kalau UMNO nak mulakan, ayuh... Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya UMNO sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.Mereka bermain politik murahan dan picisan di situ demi meraih publisiti besar.Mereka fikir orang kampung boleh diperbodohkan. 4. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau terhadap kebangkitan ahli UMNO lain yang dipinggirkan bantuan walaupun mereka sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru. Saya percaya banyak ahli UMNO sendiri tak dapat.. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli UMNO yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS. 5. UMNO terkejut, rakyat Padang Terap terkejut, rakyat Malaysia bahkan ahli UMNO sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salahguna secara tidak beretika pemimpin UMNO Padang Terap terhadap duit syarikat Seri Temin Development sdn bhd. Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti UMNO. Duit tu hakmilik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil. Salah seorang rakyat yang membaca maklumuat yang tersebar ini mengatakan "Aku tida redha walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan UMNO dengan menggunakan duit rakyat iaitu aku". Sebelum ini mereka anggap UMNO adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin UMNO.Kita boleh dedahkan betapa 'kayanya' mereka ini. 6. Mereka gagal buktikan kerana mereka risau bahawa ada lagi pendedahan penyelewengan yang akan dibuat.. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan. Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin UMNO yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya. YB Ustaz Mohd Nasir ZakariaKetua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap | Rumah Terbuka di Tualak Posted: 13 Sep 2011 12:16 AM PDT Kelihatan kaum muslimat sedang menjamu selera di majlis hari raya tersebut. Kaum muslimin mengambil juadah raya pada jamuan tersebut Kaum hawa mengambil juadah untuk disantap. Mengadakan tahlil dan doa yang diketuai sendiri oleh Yb. Nasir. Bersama Ust Azam setiausaha PAS Kawasan, beramah mesra dengan para hadirin. Gambar diambil semasa Rumah Terbuka Pengarah MTD Kuala Nerang yang juga setiausaha Pas Kawasan pada 2 September 2011. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Padang Terap, Yb. Nasir Zakaria, Pengarah MTD Pedu, Saudara Shukri Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Padang Terap, En.Abd Gafar Yahaya, Ahli-ahli Majlis Padang Terap, dan Pimpinan Pas dari semua peringkat. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua hadirin.
| |
PAS Negeri Sembilan Posted: 13 Sep 2011 09:47 PM PDT MPPD WAJAR LAKSANAKAN ‘COASTAL CLEAN UP’ Posted: 13 Sep 2011 07:14 PM PDT KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG 12 SEPTEMBER 2011 MPPD WAJAR LAKSANAKAN 'COASTAL CLEAN UP' SECARA SISTEMATIK & KONSISTEN Pantai Port Dickson merupakan pusat peranginan dan pelancongan yang sewajarnya dikekalkan dan terpelihara kebersihannya. Namun mutakhir ini keadaan senario di pantai Port Dickson telah dicemari dengan pelbagai siasa buangan. Bermula daripada buangan sampah, sisa daripada perhotelan, sisa kumbahan sehinggalah menjadi pusat transit atau pembuangan pelarian asing. Kita cukup kesal dengan permasalahan yang berlaku di Port Dikcson sehingga dilihat menjadi pusat pembuangan pelbagai sisa tidak berfaedah. Selaku Ahli Parlimen, saya menyokong penuh usaha - usaha yang telah diinisiatifkan oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat bersama dengan Pimpinan Pakatan Rakyat N. Sembilan dan Telok Kemang dengan menganjurkan Program Pembersihan Pantai Port Dickson (Coastal Clean Up 2011) pada 10 September 2011 yang lepas yang juga bersamaan dengan tarikh Kempen 'World Coastal Clean Up' di peringkat dunia. Kempen ini merupakan suatu bentuk inisiatif baru oleh Pimpinan Pakatan Rakyat dalam menunjukkan keprihatinan kita terhadap isu-isu alam sekitar. Sewajarnya, usaha – usaha seumpama ini harus menjadi contoh kepada organisasi lain terutamanya oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam menjaga kebersihan dan persekitaran yang lebih baik bagi pantai Port Dickson. MPPD sewajarnya menjalankan aktiviti dan kempen kebersihan pantai yang lebih kerap memandangkan perkara ini merupakan tanggungjawab langsung di bawah majlis perbandaran. Usaha-usaha menjaga kebersihan pantai secara sistematik dan konsisten lebih bermanfaat dilaksanakan oleh MPPD berbanding kecekapan mereka untuk menurunkan kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri oleh pemimpin pembangkang. MPPD tidak seharusnya membiarkan hanya pihak lain secara aktif menjalankan aktiviti dan kempen kebersihan pantai kerana persoalan menjaga kebersihan pantai ini merupakan tugas asasi MPPD. Persekitaran pantai yang kotor dan tidak bersih boleh mendatangkan kemudaratan dan mengancam keselamatan pengunjung. Ini secara tidak langsung akan mencemarkan imej pantai Port Dickson sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang unggul dan selamat. MPPD wajar mengambil langkah segera dengan menganjurkan 'Coastal Clean Up' secara lebih sistematik dan konsisten dengan mengambil contoh usaha-usaha yang telahpun dilakukan oleh Pakatan Rakyat dalam isu kebersihan dan keselamatan pantai. Kebersihan pantai harus dijaga demi kesejahteraan rakyat dan pengunjung keseluruhannya. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Ahli Parlimen Telok Kemang Sumber : http://minda-pemuda.blogspot.com/2011/09/kenyataan-media-ahli-parlimen-telok.html | Ceramah PR Rembau 28 Sep 2011 Posted: 13 Sep 2011 01:45 AM PDT CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas) Penceramah : Mazlan Aliman YB Hj Taufek Chegubard Dr Rosli Yaakop Ustaz Norazman Mohamad | Umno tak tuntut kemerdekaan Posted: 12 Sep 2011 11:35 PM PDT Umno tak tuntut kemerdekaan Sinar Harian 13 Sep 2011 SEREMBAN - Pas mendakwa pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan kurang tepat berhubung perjuangan parti mereka menentang penjajah British untuk menuntut kemerdekaan. Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, dakwaan itu disokong oleh fakta yang tertera pada buku teks Sejarah Tingkatan 5, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). "Pada muka surat 103, ada dinyatakan faktor yang menyumbang kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. "Umno dikatakan hanya membuat rundingan dengan British untuk menolak Malayan Union dan bukan menuntut kemerdekaan," katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan Pas negeri di sini, semalam. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Anuar Azahari dan Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa. Difahamkan, buku teks yang disusun panel empat penulis iaitu Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri, Shakila Parween Yacob dan Muslimin Fadzil itu masih digunakan di sekolah menengah sekitar negara ini. Buku teks terbabit mula dicetak pada 2003 dan naskhah terbitan 2010 yang ditunjukkan pada sidang media berkenaan dibeli Mohd Taufek dari sebuah kedai buku sekitar bandar ini, beberapa hari lalu. Menurut Mohd Taufek, fakta yang dipaparkan dalam buku teks berkenaan sukar disangkal kerana ditulis pakar sejarah, malah digunakan di semua sekolah menengah. "Justeru, kami sarankan agar pemimpin Umno meneliti semula fakta sejarah berkaitan kemerdekaan negara agar tidak berlaku kekeliruan dalam fikiran mereka. "Sejarah tidak boleh diubah dan fakta pula adalah sesuatu yang tepat serta perlu dipercayai. Jangan sesekali mengubah sejarah sesuka hati," katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9523373.asp | Kerosakan sudah berlarutan Posted: 12 Sep 2011 11:34 PM PDT Kerosakan sudah berlarutan Sinar Harian 13 Sep 2011 TERACHI – Penduduk dan pengguna jalan raya memohon kepada pihak berkaitan mengambil tindakan segera membaiki jalan Kampung Baru Lanjut Manis, di sini yang rosak teruk. Penduduk, Saedun Hussin, 45, berkata, kerosakan itu berlarutan untuk tempoh lama sehingga menyukarkan pengguna. Menurutnya, jalan itu semakin rosak berikutan kenderaan sentiasa berulang alik menggunakan jalan berkenaan. "Jalan ini memang sentiasa dilalui memandangkan terdapat penempatan termasuklah rumah saya. Sudah lama jalan ini tidak berturap hingga tarnya telah pecah sementara strukturnya sudah rosak sehingga memaksa pengguna menggunakan laluan bersebelahan. "Namun, ia mengundang risiko bahaya memandangkan jalan ini kecil, apabila berselisih menyukarkan pengguna. Tambahan pula, satu pembetung sudah pecah dan terdapat tanda rekahan tanah, bila-bila masa boleh berlaku runtuhan," katanya. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, Saedun berharap, pihak berkaitan memandang serius masalah tersebut. "Sekiranya masalah peruntukan menjadi kekangan kepada pihak berkenaan untuk mengatasi kesulitan itu, satu laluan alternatif berturap perlu dibina. "Kerosakan ini sudah lama, maka tidak perlu tunggu lebih lama lagi kerana penduduk menggunakan laluan itu setiap hari," katanya. Katanya, kerja-kerja penanaman paip bawah tanah telah selesai berdasarkan pemerhatiannya, namun kawasan rumahnya masih belum menerima sumber air. "Mereka membuat kerja penanaman paip bawah tanah sejak awal 2011. Walaupun begitu, rumah saya terpaksa menggunakan generator memandangkan air tidak dapat sampai ke rumah. Gangguan air turut berlaku di sini terutamanya pada musim perayaan Aidilfitri. "Oleh itu, masalah sebegini perlu diberi perhatian dengan segera oleh pihak berkaitan demi keselesaan penduduk, dan pengguna yang melalui jalan tersebut" katanya. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9522773.asp | |
PAS KDAS 3 Posted: 13 Sep 2011 09:12 PM PDT |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 13 Sep 2011 09:05 PM PDT Facebook Harakahdaily lebih 200,000 peminat Posted: 13 Sep 2011 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR, 13 Sept: Facebook organ parti PAS, Harakahdaily telah melebihi 200,000 peminat.
Sehingga berita ini ditulis, jumlah semasa peminat Harakahdaily adalah 200,350.
Ini adalah peningkatan sebanyak 400 peratus, daripada 40,000 peminat pada bulan September 2010.
Mengikut statistik terbaru Facebook, secara purata terdapat 142,000 peminat yang aktif seminggu melayari Facebook Harakahdaily.
Dalam pada itu, peminat Harakahdaily membuat hampir 20,000 komen dengan purata 100,000 unique klik dari Facebook kepada berita-berita yang disiarkan.
Dengan pencapaian ini, Harakahdaily menjadi laman web alternatif yang mempunyai peminat paling ramai dengan (200,342) berbanding Malaysiakini English (51,874), Malaysiakini BM (73,228), The Malaysian Insider (14,379), Free Malaysia Today (15,454), Keadilan Daily (4,689) dan MerdekaReview BM (5,631).
Jika pula dibandingkan dengan media perdana, jumlah peminat Harakahdaily masih ketinggalan berbanding Utusan Malaysia (218,728), Harian Metro (312,457) dan Berita Harian (437,457). Namun, Harakahdaily mengatasi Sinar Harian (89,519) dan Star (40,028).
Kepada para peminat yang masih belum menyertai Facebook Harakahdaily, bolehlah mengunjungi laman di: https://www.facebook.com/harakahdaily
| |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 13 Sep 2011 08:07 PM PDT Kenyataan Presiden PAS Sempena Hari Pembentukan Malaysia Posted: 13 Sep 2011 08:39 AM PDT Adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan.
Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya.
PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.
PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini.
Mereka ini telah meletakkan asas negara kita, walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri.
Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista. Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT.
Apa pun, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.
Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya.
Pada saat ini, kita sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat dengan daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sama-sama melakukan perubahan.
Penipuan pilihan raya juga semakin berleluasa dan tidak lagi menjadi medan muhasabah sebenar kalangan rakyat terhadap kerajaan.
Jangan kita membiarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS 13 September 2011
| |
Rembau Hari Ini Posted: 13 Sep 2011 08:06 PM PDT Ceramah PR Rembau 28 Sep 2011 Posted: 13 Sep 2011 01:47 AM PDT CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas) Penceramah : Mazlan Aliman YB Hj Taufek Chegubard Dr Rosli Yaakop Ustaz Norazman Mohamad | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 13 Sep 2011 03:41 PM PDT YA ALLAH DASYATNYA BALA HIJAU/KUNING MENIMPA KERAJAAN BN ! Posted: 13 Sep 2011 02:07 AM PDT Beberapa bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Cyberjaya kini membuka bilik operasi di ibu pejabat JPA Putrajaya berikutan pejabat-pejabat bahagian berkenaan diserang kulat yang dikhuatiri boleh menjejas kesihatan manusia.
Menurut laporan Berita Harian hari ini, pejabat JPA di Blok A, Bangunan MKN-Embassy TechZone di Cyberjaya, Selangor, diserang kulat yang mengeluarkan spora hijau kekuningan.
Kulat tersebut dikesan di lantai dan dinding beberapa tingkat blok berkenaan selepas kakitangan kembali bertugas setelah bercuti panjang sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Antara bahagian yang ditempatkan di blok itu ialah Unit Audit Dalaman, Bahagian Saraan, Bahagian Pengurusan Psikologi, dan Bahagian Pengurusan Maklumat.
JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata warga JPA kini diarah bekerja dari rumah dan melaksanakan tugas seperti biasa, dan tidak 'diarah bercuti' seperti dilaporkan.
Warga JPA juga dikehendaki meningkatkan komunikasi berterusan menerusi penggunaan teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), e-mel, sistem maklum balas di JPA dan laman sosial Facebook bagi semua urusan pelanggan JPA.
Pejabat JPA di Putrajaya menyediakan 15 talian khas untuk dihubungi bermula hari ini hingga 26 Sept. depan dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Berikut adalah nombor-nombor telefon talian khas:
1) Bahagian Saraan: 0388853194/3201/3227/3232/3283/3072
2) Bahagian Pengurusan Maklumat: 0388853786/3807/3887/3896/3898/3899
3) Bahagian Pengurusan Psikologi: 0388853824
4) bahagian Audit Dalam: 0388853902/3903
Respon baikpunya dari Diplomatik Bebas · Top Commenter Nie lah akibatnya bila PEMERINTAH sibuk MEMPERTAHANKAN KUASA dari TANGGUNGJAWAB.
1. PARLIMEN banyak kali BOCOR.
2. STADIUM NEGERI TERENGGANU - tak sampai SETAHUN, runtuh.
3. Jalan2 sekitar KL. Rosak & berlubang. Padahal KL nie Ibunegara Malaysia. Kalau KL pun tak boleh nak MAINTAIN, apatah lagi jalan2 negeri.
4. Setakat BERKULAT nie.. lagi la... banyak dah BERLAKU.. tambah2 kat Putrajaya.
5. Masjid & Surau - Tak payah cakap la. Kena buat TABUNG KHAS untuk buat penyelangaraan. Nak harapkan BANTUAN. Emmm... TAK DER KEPENTINGAN... TAK DAPAT LA PERUNTUKKAN...
Contoh: Nie aku tujukan KHAS kepada Penyokong2 BN. Korang pergi TENGOK Masjid Al-Bukhary sebelah IPK KL. Habis ayat2 Al-Quran terkopak kat Kubah. Tak sedih ker? Bangunan PWTC tu boleh pulak korang PAPARKAN 1 Bangunan LED pasal BN, Masjid? Surau? Borak boleh la, pungpangpunpang dalam FB nie. Hakikatnya apa yg korang SOKONG pun aku tak tahu.
Komen Teman : Sempatkah JPA nak bayar balu pejuang bkt kepong dalam seminggu? http://cuepacs.blogspot.com/2011/09/jpa-turun-padang-siasat-kes-balu-tidak.html
KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan turun padang bagi menyiasat dakwaan seorang balu anggota polis yang pernah berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong bahawa beliau tidak pernah menerima pencen semenjak kematian suaminya pada tahun 1962.
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA Datuk Yeow Chin Keong berkata beliau sendiri akan menemui balu tersebut, Sharifah Aminah Syed Ali, 83, di kediamannya di Alor Setar bagi mendapatkan lebih lanjut tentang perkara berkenaan. | BUKTI TERBARU PANAS LAGI, SIAP DAPAT 4 EMAS LAGI Posted: 12 Sep 2011 05:01 PM PDT Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).Emas berkenaan adalah sumbangan beregu campuran, Teo Ee Yi-Chow Mei Kuan, juara perseorangan remaja Asia, Zulfadli Zulkiffli, beregu wanita, Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu lelaki,Nelson Heg-Ee Yi. Skuad negara pulang dengan jumlah keseluruhan tujuh pingat, termasuk dua perak dan satu gangsa untuk mengatasi pencapaian di Sukan Komanwel Remaja 2008 di India dengan tiga emas. SASARAN tiga pingat pelbagai warna pada penyertaan Sukan Komanwel Remaja IV diatasi dengan skuad badminton negara menghadiahkan empat pingat emas, dua perak dan satu gangsa di Pusat Sukan Kebangsaan, Isle Of Man. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 13 Sep 2011 03:16 PM PDT Umno Padang Terap ulang skrip lama Posted: 13 Sep 2011 03:41 AM PDT Tiga hari sudah berlalu cabaran Dewan Pemuda PAS kawasan Padang Terap. Nampaknya, tiada respons daripada kepemimpinan Umno Bahagian Padang Terap. Gagallah mereka mengemukakan senarai ahli PAS tersebut. Bukan main gegak gempitanya pengumuman 'pembohongan' tersebut.
Saya percaya akan timbul lagi pengumuman-pengumuman serupa. Malah akan ada beratus-ratus malah beribu ahli PAS akan menyertai parti korup Umnomenjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Sehingga, lojiknya PAS Padang Terap hanya akan berbaki yang dipertua, setiausaha, ketua Pemuda, ketua Muslimat dan ketua ulama sahaja. Teknik yang sudah tidak releven di zaman generasi X dan Y. Zaman Jepun bolehlah.
Ada beberapa teori kegagalan:
(1) Memang berita yang keluar itu satu berita bohong, penceritanya adalah pembohong dan orang yang percaya adalah orang yang kena bohong. Medianya pun pembohong juga. Parti yang mendakwa mendapat ahli PAS itu pun bohong.
(2) Gagal untuk membuktikan isu sebenar, maka spin jadi isu komunis. Sebenarnya hanya untuk menyelamatkan karier politik seseorang. Untuk membuktikan 'kejayaan' mempengaruhi rakyat. Bila bawa isu komunis dalam masyarakat yang bergelumang dengan perjuangan kemerdekaan, maka gagallah jawabnya.
Berapa orang keluar sebab komunis. Bahkan pekung Umno semakin terbuka apabila profesr yang mesra Umno sendiri mengakui bahawa negara ini tak pernah terjajah. Itu, kita serah kepada ahli sejarah dan akademik.
(3) Umno akan gunakan nama yang sama untuk mengumumkan ahli PAS yang keluar Umno. Selepas ini akan ada tempat lain yang akan umumkan. Modus operandi ini sudah lama PAS tidak gunakan di Padang Terap.
Kalau Umno nak mulakan, ayuh! Selepas Pakatan Rakyat perintah Kedah, kita berkhidmat tanpa kira parti. Nampaknya Umno sudah mula timbulkan kegelisahan di celah keharmonian masyarakat di Tandop Besar.
(4) Kerisauan kebangkitan ahli Umno lain yang dipinggirkan bantuan. Walaupun sudah lama berjuang. Saya mengucapkan tahniah kepada keluarga 'PAS' yang mendapat durian runtuh dalam bentuk bumbung baru.
Saya percaya banyak ahli Umno sendiri tak dapat. Boleh sahaja kita senaraikan nama ahli Umno yang sedang menunggu bantuan di kampung Tandop Besar. Yang betul-betul susah. Bahkan seluruh Padang Terap yang merempat. Ingatlah betapa beruntungnya anda semua menjadi ahli PAS.
(5) Umno terkejut. Rakyat Padang Terap terkejut. Rrakyat Malaysia, bahkan ahli Umno sendiri terkejut dengan pendedahan yang dikeluarkan berkenaan salah guna secara tidak beretika pemimpin Umno Padang Terap duit sebuah syarikat pembinaan.
Yang diambil untuk tujuan aktiviti parti Umno. Duit tu hak milik rakyat negeri Kedah yang dikurniakan Allah. Buat apa ambil.
Salah seorang rakyat yang membaca maklumat yang tersebar ini mengatakan: "Aku tida reda walau setitik air atau sebutir nasi yang dimakan oleh perwakilan Umno dengan menggunakan duit rakyat, iaitu aku".
Sebelum ini mereka anggap Umno adalah parti yang kaya. Maka silap, yang kaya ialah pemimpin Umno.
(6) Kerisauan bahawa ada lagi pendedahan yang akan dibuat. Silakan umum lagi dan ada lagi penyelewengan yang saya akan bongkarkan. Silakan.
Saya tahu masyarakat celik IT sedang memerhatikan dengan dekat cabaran saya. Ada juga kalangan pemimpin Umno yang bertepuk dan bersorak dengan pendedahan saya. Adakah hanya dengan sekadar cabaran cek kosong? Nantikan adegan seterusnya. - Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Penulis merupakan anggota parlimen Padang Terap dan ketua Pemuda PAS kawasan sama. | UMNO BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN SEBENAR Posted: 12 Sep 2011 07:50 PM PDT KUALA TERENGGANU - Hari ini adalah ulangtahun Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan British, yang kononnya dipelopori oleh Umno dan setelah 52 tahun perginya penjajah, kebanyakan rakyat Malaysia difahamkan bahawa Umno sahaja yang berjuang menentang penjajah. Sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan tidak diketahui oleh rakyat umum kerana samada ianya telah dilenyapkan atau dipadam dari buku-buku sejarah.
Sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengetahui sejarah sebenar negara sendiri dan janganlah kita menjadi rakyat Malaysia buta sejarah.
Sebahagian pejuang-pejuang telah gugur dan sebahagiannya masih hidup dan bernafas di depan mata kita.
Perjuangan awal menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan secara moden bermula pada tahun 1906 oleh golongan pembaharuan atau reformasi Islam yang mendapat pendidikan di Timur Tengah (antaranya termasuklah Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha)
Selepas itu, perjuangan menentang penjajahan British dan Jepun turut digerakkan dan dirancakkan dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM)
KMM ditubuhkan pada Mei 1937 di Kampung Bahru Kuala Lumpur. Antara pemimpinnya adalah; Ibrahim Haji Yaakob, Mustapha Hussein, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Al Helmy
Semasa perang dunia ke-2, (1942 – 1945) Jepun telah menakluk Tanah Melayu pada Disember 1941 dan KMM telah bekerjasama dengan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA).
Penjajah dan tentera British lari ke England meninggalkan rakyat tempatan menentang Jepun. Pada 1942 Jepun telah mengharamkan KMM kerana perjuangan kemerdekaan Malaya.
Selepas tamat peperangan dunia pertama dan berundurnya Jepun dari tanah Melayu satu gabungan Melayu Islam telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
PKMM Ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh Perak. Dan meluluskan slogan MERDEKA serta benderanya ialah MERAH-PUTIH.
Semboyan MERDEKA dilantangkan dan berjaya mengembleng seluruh tenaga dari pelbagai aliran agama, nasionalis dan sosialis namun ditentang oleh elit Melayu dan kakitangan atau penjawat jawatan yang pro pemerintah.
Antara yang memimpin PKMM adalah; Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Abdullah CD (Cik Dat Abdullah), Ahmad Boestamam, Musa Ahmad, Khatijah Ali, dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir
PKMM telah berkembang pesat dan digabungkan dengan pelbagai pertubuhan yang menjadi tulang belakang dan penggerak di seluruh Malaya, antaranya
1.API (Angkatan Pemuda Insaf). Dibawah pimpinan Ahmad Boestamam. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno Dato Onn Jaafar.
2.AWAS (Angkata Wanita Sedar). Diketuai oleh Samsiah Fakeh. Diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
3.BTM -Barisan Tani Malaya (BATAS). Ditubuhkan pada 7 Julai 1947 di Kajang. Ketuanya ialah Musa Ahmad. Setiausaha disandang oleh Abas manakala Mokhtar sebagai bendahari dan Kadir menjadi ketua bahagian propaganda. Pimpinan Negeri ialah Mokhtar - Kedah, Selangor - Musa Ahmad, Pahang - Abas,Johar - Kadir dan Negeri Sembila - Ibrahim Baba.
4. Jabatan Kerja Melayu (JKM). Didirikan pada awal tahun 1946. Diketuai oleh Alimin, Setiausaha oleh Abdullah CD dan merangkap ketua bahagian selatan. Bahagian utara oleh Rashid Maidin dan bahagian timur oleh Kamaruzaman Teh.
5.Hizbul Muslimin.Ditubuhkan pada 17 Mac 1948. Tokoh yang terlibat ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Ustaz Abdul Rab, Dr Burhanuddin Al Helmy dan Kiayai Masyur Azahari. Pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar mengharamkan Hizbul Muslimin yang dianggap 'Parti Islam Merah' dan merupakan 'bahaya dari gunung' kepada mereka.
6.GERAM -Gerakan Angkatan Muda. Pimpinan Abd Aziz Ishak dan A Samad Ismail.
7. Kesatuan Buruh Melayu SeMalaya. Ditubuh pada tahun 1946 di bawah pimpinan Abdullah CD. Dipanjangkan penubuhan ke negeri-negeri pada 1947.
8.Pan Malayan Federation of Trade Union (PMFTU). Gerakan buruh berbagai kaum. Pada 1947, kongres telah memilih Ganapathy sebagai Pesiden, Abdullah CD sebagai Naib Presiden dan Chen Lu sebagai Setiausaha.
8.Kesatuan Opera Melayu.
9.Persatuan Pemandu Teksi.
10.PETA -Pembela Tanah Air. Ditubuhkan apabila KMM diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan YDP Umno, Onn Jaafar.
11.Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA). Pimpinan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Pada tahun 1947, sepuluh tahun sebelum merdeka, PKMM memperkuatkan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan bergabung dengan beberapa pertubuhan bukan Islam dan bukan Melayu dalam Malaya Democratic Union, membentuk Barisan Bersatu Putera-AMCJA.
Barisan Bersatu Putera-AMCJA ditubuh pada 1947 dan menggubal 10 fasal Perlembagaan Rakyatuntuk kemerdekaan.
Antara gerakan yang dilakukan oleh Barisan Bersatu Putera-AMCJA yang sangat berjaya dan menggugat kedudukan British adalah mogok seluruh Malaya yang dikenali sebagai HARTAL.
HARTAL telah berlangsung pada 16 September, 1947 yang telah mencatatkan sejarah satu mogok umum, di mana pada hari tersebut, satu aktiviti pun tidak dilakukan oleh seluruh rakyat Malaya.
Pada masa yang sama, British telah berpakat dengan Elit Melayu yang menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Perkembar – yang kini dikenali sebagai Umno), menggubal satu lagi perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
British tidak menerima desakan Barisan Bersatu Putera AMCJA, telah menolak perlembagaan rakyat dan menggantikan Malayan Union dengan membentuk Persekutuan Tanah Melayu serta melantik Dato' Onn menerajuinya.
Barisan Bersatu Putera AMCJA dan seluruh anggota gabungannya, diharamkan pada 18 Jun 1948 pihak penjajah British dengan persetujuan Yang Dipertua (YDP) Umno, Dato' Onn Jaafar.
British telah mengisytiharkan Darurat pada tahun 1948, dengan alasan menentang gerakan komunis di Malaya dengan menggunakan 'preventive detention' iaitu tahanan tanpa perbicaraan yang kemudian dikuatkuasakan sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengambil tindakan menangkap sesiapa sahaja yang menentang.
Antara bukti bahawa Darurat 1948 diisytiharkan adalah semata-mata satu tindakan 'pecah perintah' British adalah lebih 2,800 orang ahli-ahli gabungan Barisan Bersatu Putera ACMJA ditangkap dibawah ISA, termasuk Ustaz Abu Bakar Al-Baqir pemimpin MATA dan Hizbul Muslimin yang kemudiannya didaftarkan secara rasminya sebagai Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Mereka bukan komunis, namun tindakan British itu melumpuhkan perjuangan rakyat dan telah menghidupkan satu parti yang berkuasa sehingga kini iaitu UMNO. | Pasangan MENGAKU BERZINA Selama 5 Tahun, Gemar rakam "ehem- ehem" Posted: 12 Sep 2011 07:48 PM PDT
Saya petik: [HM] GRIK: Seorang wanita menangis sambil merayu supaya dibenarkan masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam sejurus diberkas pegawai pencegah maksiat, pagi kelmarin.
Permintaan itu dipenuhi pegawai agama Islam daerah Grik, di sini, apabila mendapati wanita terbabit dalam keadaan 'mengghairahkan' kerana hanya memakai seluar ketat nipis.
Wanita berusia 21 tahun dan kekasihnya 26 tahun sekali lagi mengejutkan pihak berkuasa apabila mengaku melakukan zina sejak lima tahun lalu selain gemar merakamkan aksi seks haram menggunakan telefon bimbit.
Mereka yang berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini membuat pengakuan itu sejurus ditahan penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin ketika memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi di sini. Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota Rela menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.
P/s: Sudahlah kantoi dalam keadaan mengaibkan, cerita penzinaan mereka menjadi pengetahuan umum, lagi memalukan apabila klip video mereka ketika "ehem-ehem" menjadi bukti dan tontonan orang lain. BINGAI!!! | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil Posted: 13 Sep 2011 01:30 PM PDT Pemuda Bukit Katil edar Kuih Bulan Posted: 12 Sep 2011 06:01 PM PDT ISNIN 12/9/2011- Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil semalam di bawah Lujnah Perpaduan Nasional telah mempergiatkan usaha mempereratkan hubungan antara kaum dengan melaksanakan program mengedar kuih bulan di beberapa kawasan Parlimen Bukit Katil.Program dengan kerjasama Majlis Tindakan Dun, Bukit Baru dan Ayer Molek telah mendapatkan respon positif dari kaum Tiong hua yang begitu gembira menerima kuih bulan. Ada di antara mereka yang terkejut dengan kehadiran petugas PAS yang menghulurkan kuih bulan kepada mereka. "Ada seorang wanita Cina yang terkejut apabila saya datang dan memberi beberapa bungkus kuih bulan, dia bertanya bagaimana awak tahu hari ini kami menyambut perayaan kuih bulan dan ada juga yang mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai ucapan balas terima kasih" ujar ustaz Nor Khairi yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Bukit Katil. Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orangCina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (1280 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Ia sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam.Ketua Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Saudara Jauhar Dawi berkata sejarah Perayaan Kuih Bulan ini sebagai simbolik bahawa kita perlu menolak sebarang bentuk kekejaman yang di lakukan pemerintah kepada rakyat. "Islam juga menyeru kepada umatnya agar menolak kezaliman dan berusaha untuk berlaku adil, kerana adil itu dekat kepada Taqwa" ujar JauharProgram ini juga sebagai salah satu inisiatif Pas dalam usaha memasyarakatkan Pas selain memecahkan fenomena takut kepada Pas khususnya kepada rakyat bukan Islam. "Pas komited dalam usaha memperbaiki hubungan antara kaum yang akhir-akhir ini kelihatan agak goyah dengan pelbagai isu sensitive yang di main kan UMNO" kata Jauhar lagi. Program turut di hadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Ustaz Kamarudin Sidek yang turut mambantu mengagih kuih bulan di beberapa restoren di Bukit Baru.
| |
Pas Cawangan Kota Kemuning Posted: 13 Sep 2011 01:08 PM PDT |
Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai Posted: 13 Sep 2011 12:01 PM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 13 Sep 2011 11:59 AM PDT Mahathir akhirnya mengaku UMNO bukan pejuang Posted: 13 Sep 2011 04:16 AM PDT
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Jika bersetuju bahawa Malaya tidak pernah dijajah, Tun Dr Mahathir Mohamad dicabar untuk mengakui bahawa Umno bukanlah pejuang kemerdekaan, cabar Dewan Pemuda PAS Pusat.
Ketua penerangannya Riduan Mohamad Nor berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu yang menyokong kenyataan Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British boleh memberi maksud Umno bukan pejuang kemerdekaan.
"Apakah Dr Mahathir berani mengaku bahawa UMNO bukanlah pejuang kemerdekaan sebenar kerana negara tidak pernah dijajah.
"Apakah juga Dr Mahathir mahu menafikan sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang diangkat selama ini seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu beliau turut mencabar Tun Mahathir menyatakan pendirian sama ada British layak diangkat sebagai pejuang negara manakala Dr Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Bostamam, Tok Janggut, Tuan Guru Abdul Rahman Limbong, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Mat Saleh, Rentap, dan lain-lainnya sebagai pengkhianat negara, atau sebaliknya.
Menurutnya, kenyataan Tun M kelmarin itu telah menambah kekusutan dalam pemikiran rakyat terhadap sejarah kemerdekaan negara.
Sebelum ini katanya, rakyat dikelirukan dengan kenyataan penuh kontroversi oleh Zainal yang juga Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) berhubung isu sama.
"Zainal Kling telah menimbulkan keserabutan dalam pemikiran rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir pula menambah lagi kekeruhan terhadap rakyat Malaysia.
"Banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat sekarang ini, jika Malaya tidak pernah dijajah, mengapa kita sambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos setiap tahun? Dan jika Malaysia tidak pernah dijajah, apakah UMNO boleh dianggap pejuang kemerdekaan," soalnya lagi.
| .
Dalam pada itu, beliau berkata gerakan-gerakan menuntut kemerdekaan lebih dahulu ditubuhkan sebelum Umno.
Ianya termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuhkan pada 1938, diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan pada 1945 dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API)yang ditubuhkan pada Februari 1946, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS)
Umno pula ujarnya hanya ditubuhkan pada tahun 1946 lewat beberapa tahun selepas penubuhan gerakan-gerakan tersebut.
"Saat gerakan nasionalis kiri ini melaungkan slogan merdeka ,Umno masih dengan slogan "hidup Melayu".
"Umno telah diharamkan pada tahun 1988. Umno yang ada kini hanya Umno baru yang ditubuhkan selepas diharamkan tahun 1988. Roh Umno zaman 'kemerdekaan' telah berkubur sejak itu," tegasnya.
|
| |
Dupahang's Weblog Posted: 13 Sep 2011 11:58 AM PDT CERAMAH TG GURU HJ HADI – BUKIT KEPONG Posted: 12 Sep 2011 08:15 PM PDT | PENJELASAN MAT INDERA Posted: 12 Sep 2011 08:13 PM PDT | UMNO Pewaris Penjajah Posted: 12 Sep 2011 08:04 PM PDT “ Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menyifatkan UMNO adalah pewaris kepada sistem yang ditinggalkan oleh penjajah. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas situasi terkini di tanahair berkenaan dakwaan bahawa hanya UMNO adalah pejuang kemerdekaan. Ianya seolah-olah menafikan peranan golongan lain yang turut berjuang untuk mencapai kemerdekaan di negara ini. [...] | Mana filem 8 orang askar mati pertahan kedaulatan Malaysia? Posted: 12 Sep 2011 07:52 PM PDT http://waghih.blogspot.com/ Sepatutnya sempena Hari Malaysia yang diperingati sempena pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 disiarkan filem sejarah keberanian Askar Melayu mempertahankan kedaulatan Malaysia di Sabah. Dalam pertempuran di Kalabakan, Sabah pada 29 Dis 1963 , seramai 8 orang anggota 3 RAMD telah terkorban mempertahankan kedaulatan negara Malaysia yang baru dibentuk. Bagaimanakan nasib waris mangsa serangan [...] | |
DUN Lembah Jaya Posted: 13 Sep 2011 11:46 AM PDT |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 13 Sep 2011 10:16 AM PDT AYAT CINTA DS NAJIB" KOMUNIS DULU LAIN, SEKARANG LAIN" Posted: 12 Sep 2011 10:46 PM PDT Apabila terbongkarnya fakta bahawa Umno telah mengadakan hubungan dengan Parti Komunis Cina (CPC) dengan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetiba membuat kenyataan bahawa "komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu." Kata perdana menteri: "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka." Jika kita mengikut logik Najib, maka boleh disimpulkan bahawa komunis sekarang sudah tidak lagi menjadi pengganas, kerana itu komunis sekarang tidak lagi mendatangkan bahaya kepada negara. Sekiranya rakyat mengikut logik presiden Umno yang bijak ini juga bermakna, mana-mana rakyat yang ingin menganut ideologi komunis sekarang tidak lagi dianggap bahaya dan bukan lagi ancaman kepada negara. Mungkin atas logik tersebut juga rasanya, sebab utama beliau sedia berbesan dengan anak pemimpin Kazakhstan, sebuah negara berfahaman komunis dan lama di bawah jajahan Rusia. Jika benar kenyataan Najib itu ikhlas, rakyat kini tetiba rasa hairan bila mana dalam ambang perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, mengapa pula kerajaan di bawah telunjuk beliau menahan enam pemimpin PSM dalam Akta Ordinan Darurat kerana tuduhan cuba menghidupkan fahaman komunis? Bukankah ini melanggar logik Najib sendiri? Sebab kalau komunis sekarang tidak sama dengan komunis dahulu, kenapa pula mereka ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat? Seolah-olah kalau Umno yang mengadakan hubungan dengan komunis, maka komunis itu komunis baik; kalau parti lain "asalkan bukan Umno", maka komunis itu komunis jahat. Maka, sesiapa yang nak mengadakan MoU dengan mana- mana kumpulan parti yang dianggap komunis, kena tanya Umno dahulu kerana hanya Umno dapat membezakan mana komunis baik, mana komunis yang bahaya. china and malaysia relations 110405 tun razak and maoDan kalau nak tahu sesuatu negara itu dijajah atau tidak kena tanya pula Majlis Profesor Negara (setahu kita, negara lain tak ada majlis begini) atau mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Rasanya Majlis Profesor Negara dan Dr Mahathir sajalah yang tepat boleh menentukan siapa yang secara teknikalnya kena jajah, siapa negara yang naungi saja. Jajah secara zahir, di mana kekayaaan hasil bumi negara seperti bijih timah dirakus adalah tidak sah secara teknikal, maka sesiapa yang jawab sebegini dalam ujian sejarah patut diberi markah kosong. Bila mana Majlis Profesor Negara membuat kesimpulan bahawa negara tidak pernah dijajah, ini bermakna sesiapa yang lawan orang putih dulu, sebenarnya ia lawan orang Melayu. Cuma kalau nak tahu orang Melayu ini bahaya ataupun tidak, ini pun kena tanya Umno dulu. Bomoh Umno akan telek dalam air pinang, dan umum untuk pengetahuan dunia adakah Melayu ini bahaya atau tidak. Kalau Melayu itu kehijau-hijauan, maka segala daripadanya adalah bahaya dan mengancam Umno. Kalau Melayu itu kebiru-biruan maka ia Melayu yang baik, maka keistimewaan diberi - segala untuknya halal, bagi orang lain akan jadi haram. Rasanya bukan rakyat sahaja, bahkan ahli-ahli Umno turut keliru dengan permainan politik pemimpin Umno yang sendiri melondehkan hipokrit sendiri di khalayak ramai. TULISAN Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (ketua penerangan PAS Pusat) | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 13 Sep 2011 09:35 AM PDT Form 5 text backs Mat Sabu, says PAS Posted: 13 Sep 2011 02:44 AM PDT Form 5 text backs Mat Sabu, says PAS Zefry Dahalan September 13, 2011 Ramlah Adam is one of the authors of a book that apparently says Umno never demanded independence from British rule SEREMBAN: PAS today quoted from a textbook currently used in Form Five to back its argument that Umno never fought for Malaysia's independence from British rule. According to the book, Umno merely rejected the notion of a Malayan Union that the British proposed, said Negeri Sembilan PAS Commissioner Mohd Taufek Abdul Ghani.
The book was published by Dewan Bahasa dan Pustaka and its latest edition was printed last year.
One of its authors is Ramlah Adam, who has attacked PAS deputy president Mohamad Sabu for rejecting Umno's claim that it struggled for independence and hailing the leftist Mat Indera as one of the true heroes of resistance against British rule.
The other three writers of the book are Shakila Parween Yacob, Abdul Hakim Samuri and Muslimin Fadzil. "Page 103 of the book clearly states that in the formation of Tanah Melayu in 1948, Umno did not demand for independence," Mohd Taufek said. "Page 104 says that Umno merely rejected Malayan Union and did not demand independence from the British. "These are very important facts of history and our claims are based on factual information." Mohd Taufek urged Umno leaders to get their facts right so that they would not confuse themselves. Ramlah, in one of her attacks on Mohamad Sabu, was recently quoted by a Malay daily as saying that the PAS leader should read "authentic history" instead of depending on oral history. She said the former was based on facts and the latter on memory. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/09/13/form-5-text-backs-mat-sabu-says-pas/ | Ceramah PR Rembau 28 Sep 2011 Posted: 13 Sep 2011 01:46 AM PDT CERAMAH PAKATAN RAKYAT REMBAU Tarikh : 28 Sep 2011, Rabu Masa : 9 mlm Tempat : Bt 3, Pedas Hilir, Rembau, N.Sembilan (berhampiran Tol Pedas) Penceramah : Mazlan Aliman YB Hj Taufek Chegubard Dr Rosli Yaakop Ustaz Norazman Mohamad | |
Landskap Siasah Posted: 13 Sep 2011 08:22 AM PDT Forum Pemuda : Sorotan Kemerdekaan Negara Posted: 13 Sep 2011 04:58 AM PDT Forum Merdeka atas nama SEMARAK "Forum Kemerdekaan: Tajuk : Sorotan Kemerdekaan Negara. Tarikh:24 sept. jam 8malam. Tempat kompleks Rakan Muda Kamunting. Panel : Ust Idris Ahmad, YB Nizar Zakaria MP Parit, Dr Kamaruzzaman Yusuf UKM. Ruslan Kasim Ketua Penerangan Perkasa. Moderater Dr Badlihisham Mohd Nasir Jabatan Dakwah UKM. Anjurak : SEMARAK | |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 13 Sep 2011 07:28 AM PDT |
.:: LAMAN RASMI ADUN SG ABONG ::. Posted: 13 Sep 2011 05:45 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 13 Sep 2011 05:28 AM PDT Gelanggang Mat Sabu sudah tersedia Posted: 13 Sep 2011 01:00 AM PDT Latest Uupdate 5.00pm : Gelanggang Mat Sabu sudah tersedia Here's a golden opportunity to hear at first hand from Abang Mat Sabu, who has had the courage to lay bare the lies perpetrated by UMNO that they were the only ones who gained Merdeka for Malaya .
The venue is the main Klang Stadium (Stadium Kota Raja) near the railway station. His remarks at a ceramah in Tasek Glugor, Penang, on 21 August, had UMNO caught up for 6 days as they huddled to decide how to deal with the revelation that there were other Malays who were the first to raise the rally cry of MERDEKA, such as PKMM (Partai Kebangsaan Melaya Malaya – Malay National Party) in 1945. And there were those Malays who paid the supreme sacrifice by opposing British colonialism, such as Mat Indera. Their frenzied attacks were unleashed on 27 August, raising the communist bogey once again, but Abang Mat deftly countered on 6 Sep by showing a book sanctioned by no less than Johor UMNO stalwarts which portrayed Mat Indera as a freedom fighter. Arising out of the issue, other forgotten names like Dr. Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Pak Sako, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Abdullah C.D. suddenly were thrust unto the national psyche of new generations of Malaysians who had these names perniciously obliterated from the official history texts. Thrown into the alphabet soup were political organisations like PKMM, API, AWAS, BATAS, PUTERA, AMCJA, MDU, PMFTU whose leaders realised the imperative of uniting the rakyat of all races and religions to demand for MERDEKA from British rule, culminating in the historic 1947 PUTERA-AMCJA conference which presented the PEOPLE'S CONSTITUTION. The issue has already spawned two public forums in the Klang Valley , one in the KL & Selangor Chinese Assembly Hall on 9 Sep, and the second one this Thursday 15 Sep by civic society in the PJ Civic Hall. A debt of gratitude is owed to Abang Mat for daring to expose the dishonesty of UMNO in claiming exclusive ownership of our independence struggle. He has opened our eyes to have a re-look at our history and to correct the distortions purposely created to deceive us and to legitimise the handing over of neo-colonialist power to those who were willing to cater for British economic interests. | |
Dun Kijang Posted: 13 Sep 2011 05:24 AM PDT Ziarah Kematian Di Kawasan Kijang Posted: 12 Sep 2011 04:15 AM PDT Hari ini, 12 September 2011, YB Kak Ubaidah telah menziarahi 5 kematian sebagai keprihatinan beliau selaku YB ADUN Kijang. Kunjungan beliau ke rumah keluarga si mati untuk memberi sedikit sumbangan untuk urusan pengebumian jenazah.. Antara tempat kematian yang dilawat tadi adalah 2 di PCB, 2 di Kedai Buloh dan 1 di Kuala Besar.
Kunjungan beliau ini disambut baik oleh keluarga si mati. Mereka semua bersyukur dan gembira atas sumbangan YB itu malahan ada antara mereka yang merupakan ahli takaful kifaalah turut menerima sumbangan takaful kifaalah tersebut.
Semakin hari, semakin ramai yang pergi meninggalkan kita. Jiran-jiran kita, sahabat-sahabat kita, malahan ada dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri. Mereka semua dah selesai.. Dah kembali kepada yang Maha Pencipta. Tak lama lagi, akan tiba giliran kita pula untuk bertemu dengan Tuan kita. Apakah kita telah bersedia? Namun, kita kena ingat. Bersedia atau tidak kita, saat malaikat maut datang, takde lagi masa untuk tangguhkan tugas malaikat maut untuk mencabut nyawa kita walaupun hanya sesaat.
Sementara kita masih membuka mata di dunia ni, sama-samalah kita menambahkan amalan-amalan kita untuk bekalan kita di kemudian hari. Harta di dunia tidak akan kekal selamanya.. Ilmu agama yang akan bawa bekalan kepada kita di akhirat kelak. .Renung-renungkan.. dan selamat beramal...
Salam takziah buat keluarga si mati daripada YB Kak Ubaidah.. Al-fatihah.. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan