Perjalanan kira-kira 800 penumpang kereta api Ekspres Senandung Wau terlewat sejam apabila sebuah daripada 14 gerabak kereta api terbabit terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat Kuala Lipis, malam tadi.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu walaupun kebanyakan penumpang terjun dari koc untuk menyelamatkan diri sebaik tren berkenaan berhenti mengejut.
Kereta api ekspres itu yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur meneruskan semula perjalanan sebaik sahaja kebakaran berjaya dipadamkan, koc dipisahkan dan ditinggalkan di Stesen Keretapi Merapoh.
Gerabak yang membawa generator dan alat pendingin hawa itu disedari terbakar oleh pemandu lokomotif lalu segera memberhentikan tren sebelum menghubungi pihak bomba dan pasukan penyelamat berhampiran.
Sejurus kemudian sepasukan enam anggota bomba sukarela Kampung Merapoh berkejar ke lokasi untuk mengawal api daripada merebak ke gerabak penumpang lain sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang tiba 16 minit kemudian untuk membantu.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Ahmad Zailan Maarof berkata pihaknya menerima penggilan pukul 12.11 pagi dan terus menghantar pasukan tujuh anggota penyelamat dengan sebuah jentera bomba.
"Kami mengambil masa 15 minit memadam api pada gerabak terbabit yang sebahagian besarnya hangus," katanya.
Beliau berkata pihak Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis menyiasat punca kebakaran dan gerabak yang terbakar masih diletakkan di Stesen Keretapi Merapoh.
JOS 10 Sept. - Seramai 12 orang mati ditembak, termasuk tujuh beradik dalam dua serangan berasingan oleh kumpulan bersenjata yang tidak dikenali di kawasan yang sering menjadi perbalahan penganut agama yang berbeza di tengah Nigeria, semalam.
Jurucakap kerajaan negeri Plateau, Pam Ayuba berkata, sembilan orang terbunuh dalam serangan pertama, lapan mangsa terdiri daripada keluarga yang sama iaitu seorang ayah dan tujuh anaknya.
"Lima yang terbunuh berusia bawah 10 tahun dalam serangan yang berlaku di Barkin Ladi, kawasan yang dikuasai kumpulan etnik Kristian di pinggir bandar Jos," jelasnya.
Seorang ketua komuniti, Emmanuel Loman berkata, serangan kedua berlaku di kampung berhampiran, menyebabkan tiga orang terbunuh.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa siri serangan maut membabitkan kumpulan penganut Islam dan Kristian sering tercetus di bandar Jos menyebabkan beratus-ratus maut dalam keganasan tersebut. - AFP
KAHERAH 10 Sept. - Mesir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas polis bertempur dengan penunjuk perasaan yang menyerbu bangunan Kedutaan Israel di sini hari ini.
Televisyen rasmi melaporkan seorang maut akibat serangan penyakit jantung ketika kejadian itu manakala 448 orang yang lain cedera.
Duta Israel ke Mesir, Yitzhak Levanon bersama kakitangan kedutaan dan keluarga dilaporkan dibawa pulang pada awal ke Tel Aviv pagi ini, kata sumber lapangan terbang. - Reuters
Konvensyen Malaysia Negara berkebajikan : Tawaran PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat hampir berada dipenghujungnya dengan kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat yang telah hadir dalam Konvensyen yang diadakan sehari di Taman melawar hari ini>
Sebelum itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man membentangkan rumusan dan agenda bertindak yang digariskan sepanjang Konvensyen yang diadakan hari ini.
Antaranya beliau menegskan bahawa sambutan 60 Tahun PAS yang akan diadakan di Pulau piang akan diisi dengan satu agenda mengenai "Negara berkebajikan.
Selain itu satu "road show" Negara Berkebajikan akan di adakan oleh Lajnah enerangan PAS Pusat, disamping itu beliau juga menyenaraikan beberapa agenda lain yang telah digaris dan dirumuskan untuk menjayakan konsep Negara Berkebajikan.
Harapan beliau juga allah semuga segala usaha yang dilakukan ini akan mendapat keberkatan dan kejayaan dengan izin Allah Swt.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 32 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana manakala 19 lagi baik dalam bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.
Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan (90); Batu Muda, Kuala Lumpur (80); Petaling Jaya dan Banting di Selangor masing-masing mencatat 79; dan Cheras, Kuala Lumpur (78).
Bacaan IPU pada tahap antara 0 dan 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 301 berbahaya.
Menurut JAS, keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil.
KUALA LUMPUR, 10 Sept: "Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah, kenapa Tunku Abdul Rahman melaungkan merdeka?
"Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan? Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?" tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).
Katanya, sekarang terbukti siapa yang hendak membohongi sejarah.
"Rasa kesian kepada profesor upahan Umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur.
Justeru, ujarnya ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan itu.
"Biarkan Majlis Profesor Umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini," katanya lagi.
Justeru, ujarnya, tembelang Umno terserlah bahawa parti itu bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara.
Ini, katanya kerana selama ini Umno menipu rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli Umno bahawa Umno yang memperjuangkan kemerdekaan.
Apa tidaknya, kata beliau setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin Umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946.
Menurutnya, sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar profesor untuk menjadi penangkis Umno.
"Rakyat tidak pelik dengan kenyataan mereka ini yang memang menjadi Umno sejak di dalam perut emak mereka lagi.
"Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik Umno," ujarnya lagi.
Tambahnya, oleh kerana terlalu hendak menjadi pembodek, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah, kenyataan yang diketawa oleh orang pekak dan buta.
"Saya yakin pemimpin Umno pun tersenyum melihat gelagat ayam sabung mereka, sehingga pemimpin Umno pun tidak sanggup untuk menipu rakyat," katanya.
Ulasan :
Apa pula nama yang baru hendak kita gelarkan kepada Tunku Abdul Rahman. Kalau sebelum ini dia dipanggil Bapa kemerdekaan, apa pula nama baru yang prof taugeh ini hendak cadangkan.
GOMBAK, 10 Sept: PAS tidak gentar untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan berlaku pada bila-bila masa meskipun sedar Umno BN sedang rancak melakukan penipuan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno BN tidak akan dapat menutup penipuan mereka dalam sistem pilihan raya khususnya isu daftar pemilih dalam keadaan dunia yang serba canggih ini.
"PAS anjur konvensyen negara berkebajikan yang merupakan tema muktamar untuk dipanjangkan bagi menghadapi pilihan raya umum.
"Ini menunjukkan PAS bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum walaupun kita dibayangi maklumat yang mendukacitakan di mana perancangan untuk penipuan yang lebih besar dilakukan dalam pilihan raya umum.
"Zaman ini zaman internet dan kita dapat kesan penipuan ini dan mereka (Umno BN) nak tutup cepat-cepat jadi tapi jangan nak tipu kita dah dapat maklumat," kata beliau pada sidang media di sini.
Terdahulu beliau merasmikan Konvensyen Negara Berkebajikan di Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Umno BN sengaja membangkitkan isu-isu yang dapat menimbulkan kemarahan rakyat sekaligus membuatkan mereka lupa kepada usaha membersihkan sistem demokrasi di negara ini.
"Mereka (Umno BN) nak tutup isu penipuan pilihan raya dengan isu-isu yang sengaja dibangkitkan untuk menggelegakkan perasaan rakyat supaya lupa isu sebenar iaitu untuk menghidupkan dan memulihkan proses demokrasi," kata beliau lagi.
Beliau turut mengingatkan Umno BN agar tidak terus memperbodoh rakyat dengan menutup segala maklumat yang benar sebaliknya menunjukkan kesungguhan mereka untuk menghidupkan amalan demokrasi bersih.
"PAS menasihatkan kerajaan jangan menggunakan gula-gula sementara kepada rakyat untuk menghentikan tangisan. Bila habis gula-gula, dia tipu lagi,lepas itu sambung lagi, tak selesai masalah.
"Oleh itu kerajaan mesti sungguh-sungguh menyelamatkan negara dengan menghidupkan demokrasi sebenar dan PAS sungguh-sungguh nak masuk pilihan raya," tegasnya.
Justeru katanya, konvensyen hari ini bagi menggerakkan jentera parti khususnya penerangan parti untuk menyalurkan maklumat mengenai negara berkebajikan kepada rakyat.
"PAS gerakkan jentera parti di seluruh negara pada hari ini supaya membawa mesej konsep negara berkebajikan yang kita nak kenalkan kepada rakyat yang diselaraskan bersama Pakatan Rakyat.
"PAS sudah perkenalkan dalam manifesto pilihan raya ke arah negara berkebajikan dan kita memaklumatkan kepada jentera parti melalui konvensyen supaya jentera parti dapat memahami hasrat negara kebajikan supaya dapat disampaikan kepada rakyat," katanya.
Konvensyen anjuran Lajnah Penerangan PAS ini melibatkan seluruh jentera penerangan dari setiap negeri.
Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Adram Musa.
KUALA LUMPUR, 9 Sept: "Kalau kita tak pernah dijajah, buat apa sambut merdeka?" tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam bidasan sinis sebagai reaksi spontan kepada kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berhujah bahawa berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu 'tidak pernah terjajah', sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.
"Sekiranya benar begitu, jadi maksudnya 31 Ogos 1957 bukanlah tarikh merdeka. Jadi Dr Zainal secara tidak langsung nak bagitahu rakyat dah terkena tipu 54 tahun oleh Umno ke?" sindir beliau lagi.
Malaysiakini melaporkan bahawa Zainal berhujah berkata "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British)."
"Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Beliau turut mendakwa adalah kesalahan yang amat besar jika rakyat menyebut negara kita terjajah selama 400 tahun kerana menurutnya sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," Malaysiakini memetik beliau sebagai berkata.
Berdasarkan hujah Zainal, Tuan Ibrahim bertanya secara sinis 'adakah tarikh merdeka sebenar ialah apabila Jepun kalah dalam Perang Dunia ke 2?'
"Rakyat semakin 'fening' di bawah pemerintahan Umno. Sebenarnya ini menandakan bahawa pemikiran rakyat masih terjajah dengan pelbagai fakta mengelirukan," kata beliau.
Sementara itu, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyindir hujah yang dibuat Dr Zainal.
"Prof Zainal Kling kata bahawa 'kita tidak pernah dijajah, siapa kata kita pernah dijajah itu kesalahan besar'..ertinya selama ini ramai yang tertipu..seruan menghalau penjajah, bebas dari penjajah, merdeka dari penjajahan itu semua itu tidak benar.. satu kesalahan besar.." tulis beliau secara sinis di laman Facebooknya.
"Kemerdekaan lawan bagi kehambaan atau penjajahan..ertinya tiada hari merdeka yang sebenar..kita tidak pernah dijajah..buku sejarah mesti diubah semula..entahlah..siapa yang hendak berteori silalah lagi..macam-macam ada.." tambah beliau lagi.
Sementara itu, Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar turut menyindir Zainal dengan soalan-soalan bertubi di blognya.
"Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu.
"Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? "Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?
"Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif?
Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain?
"Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?" soal beliau lagi.
Jika benar apa yang dihujahkan Dr Zainal, Sayuti bertanya bagaimana pula dengan hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun?
"Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?" soal beliau dengan sinis.
Ulasan :
Selayaknya mulai sekarang saya nak gelarkan dia sebagai prof taugeh, dia telah mendahului zaman dengan mengeluarkan kenyataan yang sangat menongkah arus dan luar biasa dan tidak masuk akal.
BEBERAPA pekerja mengubah kedudukan lampu dalam ujian persembahan cahaya di New York kelmarin.
NEW YORK - Beberapa ujian dilakukan oleh sekumpulan pakar cahaya di tapak bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) bagi membuat persembahan sempena dengan ulang tahun kesepuluh serangan pengganas yang berlaku di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ujian itu dilakukan menjelang sambutan ulang tahun serangan tersebut yang akan disambut pada Ahad ini.
Dalam serangan pengganas itu, bangunan WTC runtuh akibat dirempuh oleh dua pesawat yang dirampas pengganas sehingga mengakibatkan 2,753 orang terbunuh pada 11 September 2001.
Serangan itu kemudian dikenali sebagai 9/11.
Seorang penerbit teater yang mengendalikan acara persembahan cahaya itu, Michael Ahern berkata, apabila lampu tersebut bercahaya, ia akan memberikan suasana yang amat indah.
Sementara itu, kebimbangan rakyat Amerika Syarikat (AS) berhubung satu serangan pengganas semakin berkurangan.
Maklumat didedahkan dalam satu tinjauan pendapat yang disiarkan semalam.
Seramai 36 peratus responden menyatakan mereka berasa amat bimbang bahawa akan berlaku satu serangan pengganas.
Serangan pengganas itu didakwa dirancang oleh bekas Ketua Al-Qaeda, Osama Bin Laden sehingga dia menjadi orang paling dikehendaki oleh AS.
Namun, Osama mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan di sebuah rumah persembunyian pada 2 Mei lalu semasa berusia 54 tahun. - Agensi
KUALA LUMPUR 9 SEPT : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dipetik Keadilan Daily berkata, 'pengampu-pengampu' Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan.
Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.
"Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA.
"Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap," kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard.
Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah.
"Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor," kata beliau.
SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import.
Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan.
Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura.
Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard.
Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi.
Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya," kata Chegu Bard.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penumpang mengalami saat mencemaskan apabila komuter yang mereka naiki tersasar daripada laluan sebenar sehingga terpaksa berundur semula secara perlahan-lahan sejauh enam kilometer yang mengambil masa lebih satu jam sebelum sampai ke stesen sepatutnya, semalam.
Kejadian berlaku pada waktu puncak jam 6.20 petang apabila komuter yang sarat membawa penumpang dari stesen Bank Negara sepatutnya memasuki laluan ke Batu Caves, tetapi masuk ke laluan arah utara selepas Stesen Putra berdepan The Mall dan terus ke Kepong.
Bagaimanapun, pemandu tiba-tiba menghentikan komuter berkenaan sebelum tiba ke stesen Rawang yang berada beberapa kilometer lagi dan mengundur secara perlahan-lahan setiap lima minit sebelum akhirnya sampai ke Stesen Batu Caves yang mengambil masa lebih satu jam.
Seorang penumpang yang berada dalam tren berkenaan, berkata sebelum kejadian, komuter berkenaan mengalami kelewatan kira-kira setengah jam, menyebabkan penumpang yang kebanyakannya baru pulang dari pejabat semakin bertambah ramai.
"Saya tidak dapat bayangkan betapa takutnya semua penumpang apabila komuter berkenaan berundur dan berhenti setiap lima minit. Apa yang paling kami takuti sekiranya ada komuter lain datang dari arah depan, pastinya berlaku kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan penumpang.
"Semua penumpang hanya tertanya-tanya sesama sendiri dan gelisah dengan apa yang berlaku kerana tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh pemandu mengenai kejadian berkenaan," katanya yang menghubungi Berita Harian, semalam.
Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail mengesahkan kejadian berkenaan yang berpunca daripada poin laluan dari arah stesen Putra ke Sentul terkunci, menyebabkan tren tidak dapat memasuki laluan ke arah Batu Caves, dipercayai akibat kerosakan pada alatan terbabit.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.20 petang dan terakhir berlaku jam 9.45 malam membabitkan lapan tren kesemuanya ke arah laluan yang sama.
SACRAMENTO:: Seorang wanita yang kini mempunyai berat badan 317.51 kilogram (700 paun) secara rasmi menjadi wanita paling gemuk di dunia.
Pauline Potter, 47 tahun dari Sacramento, California berkata, dia kini berhasrat mengurangkan berat badan supaya dapat menikmati kehidupan semula.
Pauline mendakwa, lelaki sebelum ini menganggap dia `dewi seks' dan dia mengadakan seks setiap hari.
Tetapi sekarang, dia menjalani kehidupan yang sukar dan tidak boleh berpusing ketika tidur, malah tidak muat untuk masuk ke dalam kereta.
Dia mahu mengurangkan berat badannya hingga ke 91 kilogram sekiranya dia mahu kembali menari, pergi makan angin ataupun hanya duduk di kerusi di dalam teater.
Pemegang rekod dunia ini menyalahkan cara dia dibesarkan sehingga menyebabkan berat badannya naik.
"Katanya, keturunannya memang gemuk dan ketika dia masih kanak-kanak, hidupnya dikelilingi oleh makanan.
"Berat badan ibu saya ialah 181 kilogram dan bapa saya pula lebih 272 kilogram," katanya.
"Saya ada lapan adik beradik dan mereka semua mempunyai berat badan melebihi 136 kilogram, kecuali seorang."
"Setiap kali kami meraikan sesuatu, kami akan makan. Ketika bersedih, jatuh atau terluka lutut, kami akan dipujuk dengan aiskrim."
Kata Pauline, dia sudah beberapa kali menangguhkan untuk kurangkan berat badan, tapi kali ini dia buat keputusan yang dia harus ambil tindakan untuk mengurangkan saiz badannya itu kerana dia menghadapi kesukaran menjalani hidup dan terpaksa bergantung kepada anak lelakinya. -DM
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) melahirkan rasa kesal dan bimbang ekoran peningkatan kadar kemalangan khususnya yang melibatkan kematian dalam Ops Sikap ke-24 yang berakhir pada 7 September lalu.
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, difahamkan Ops Sikap ke-24 adalah yang terburuk sejak Ops Sikap dilancarkan 11 tahun yang lalu.
Ops Sikap ke 24 mencatatkan mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian.
Keseluruhannya sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.
Penunggang dan pembonceng motosikal adalah penyumbang tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).
"LaPAS mempersoalkan keberkesanan Ops Sikap kali ini gagal membendung kemalangan khususnya yang melibatkan kemalangan maut meskipun pelbagai usaha dan kempen dibuat, namun kadar kemalangan terus meningkat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, faktor sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka menjadi sebab utama kemalangan terus meningkat.
Dalam hal ini, ujarnya sesuatu tindakan drastik perlu dikenalpasti dan dialksanakan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.
Antaranya, kata beliau LaPAS menyokong usaha penjenamaan semula Ops Sikap yang dilihat agak ketinggalan dan kurang berkesan.
Selain itu, tambah beliau antara tindakan yang berkesan adalah dengan melicinkan perjalanan trafik di jalan-jalan raya.
"Antara sebab pemandu letih adalah kerana kerana faktor kesesakan jalan raya yang membosankan dan meletihkan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Jerai.
Menurutnya, dengan jumlah kenderaan yang banyak, dengan suasana yang panas dan tidak selesa sudah tentu pemandu menjadi hilang sabar, marah, tekanan perasaan, serta mengantuk.
Kesannya, kata beliau pemandu memilih untuk menggunakan jalan alternatif walaupun ianya jauh dan merbahaya.
Menurutnya lagi, di musim perayaan seperti Aidilfitri ini pula, R&R sepanjang lebuhraya biasanya sesak dengan pengunjung.
Katanya, ramai pemandu terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan mengantuk kerana gagal untuk berhenti di R&R ekoran terlalu ramai orang.
Justeru, ujarnya LaPAS mengharapkan kerajaan dan syarikat konsesi tol memperbanyakkan lagi R&R di lebuhraya bagi keselesaan pemandu.
Selain itu, jalan di kawasan perbandaran juga perlu disediakan kawasan R&R bagi kemudahan pemandu.
Katanya, pemandu biasanya tidak ada alternatif selain bersekang mata yang keletihan kerana tidak ada tempat persinggahan untuk rehat di jalan selain lebuhraya.
Selain itu, ujarrnya faktor jalanraya seperti seperti selekoh tajam, jalan berlubang, tidak rata, tidak jelas papan tanda serta ketiadaan lampu jalan antara sebab berlakunya kemalangan jalan raya.
Beliau menambah, jalan di kawasan kampung ketika waktu malam amat gelap dan berbahaya yang mengundang bahaya terutama di waktu hujan.
"LaPAS mengharapkan antara langkah keselamatan ialah mengadakan lampu jalan bagi menerangi jalan-jalan kawasan di luar bandar serta di kawasan selekoh berbahaya," ujarnya.
Menurutnya, banyak lagi faktor dilihat sebagai punca kemalangan jalan raya dan banyak perkara boleh diperbaiki bagi mengatasi masalah ini.
"LaPAS percaya antara cadangan yang dikemukakan ini, jika dilaksanakan dengan segera mampu membendung kemalangan di jalan raya,insya Allah.
"Takziah kepada mereka yang terkorban di dalam kemalangan dan Al-Fatihah LaPAS sedekahkan bagi mereka yang beragama Islam. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa mereka dan meletakkan roh mereka dikalangan orang-orang beriman," katanya.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 36 kawasan di negara ini mencatatkan kualiti udara sederhana, manakala 15 lagi merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) baik setakat 7 pagi ini.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga melaporkan tidak ada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat.
Lima kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Nilai, Negeri Sembilan dengan 98, Bukit Rambai, Melaka (96); Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor yang masing-masing mencatat 87, dan Port Dickson, Negeri Sembilan (86), kata JAS menerusi laman webnya.
Semalam JAS dilapor berkata keadaan berjerebu dijangka berterusan untuk beberapa hari akan datang dan menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka serta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil. - BERNAMA
GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang.
Menurut Presiden PAS (gambar), pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan "penipuan cukup besar" yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13.
"Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain.
"Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman teknologi... kita dapat kesan dan kita juga dapat tahu mereka cepat-cepat tutup maklumat ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah beliau, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah.
"Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa.
"Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN," katanya. - themalaysianinsider
SHAH ALAM 10 SEPT : Alasan lapuk yang digunakan oleh Jabatan Pendaftran Negara (JPN) bahawa agensi itu gagal mengemaskini pangkalan data sehingga mengakibatkan bukan warganegara disenarai sebagai pemilih di negara ini adalah alasan yang longgar dan meragukan. Menurut Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), kegagalan mengemaskini data dalam tempoh tiga tahun bermula tahun 2008 adalah sesuatu yang serius dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) harus membuat tindakan susulan mengenainya.
"Bunyinya agak meragukan kerana kalau 2008, sekarang ini sudah 2011, sudah 3 tahun berlalu, biasanya data ini sudah dikemaskinikan.
"Pada pendapat saya, sepatutnya macam data JPN ini mungkin dalam tempoh satu suku, tiap-tiap suku harus dikemaskinikan, kalau tidak pun setahun sekali. Jadi kalau dalam kes ini, maknanya dakwaan ini telah dibuat (tetapi) 3 tahun ini ia tidak dikemaskini dan itu alasan yang diberi.. saya rasa itu agak meragukan dan kita sepatutnya betul-betul selidik adakah itu sebabnya atau ada sebab-sebab yang lain?" soalnya.
JPN sebelum ini mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pangkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.
Jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor berkata pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008. Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pangkalan data yang boleh diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.
Mengulas hal itu, Syed Ibrahim berpandangan, JPN tidak seharusnya memandang ringan akan hal itu memandangkan ia melibatkan soal keselamatan negara dan imej institusi itu sendiri yang akan terus diragui kesahihannya.
"Saya rasa elok fokus kepada isu tersebut dan berikan jawapan, hujah-hujah mengapa ia berlaku dan juga cari jalan penyelesaian mengapa ia berlaku dan juga cari jalan penyelesaian untuk mengelakkan daripada berlaku pada masa hadapan, saya rasa itu fokusnyalah,"kata Syed Ibrahim.
Terdahulu, isu pertukaran status MYPR kepada MyKad mengejutkan negara dalam kes Mismah.
Malaysiakini mengeluarkan berita "PR Didaftar Sebagai Pengundi" pada jam 1.06 petang, 2 Ogos 2011. Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).
Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia. - tvsnews.net
CERAMAH UMUM Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis) Masa : 9 mlm Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan Penceramah 1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang 2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera (gambar) atau dikenali sebagai "Mat Indera" ketika serangan enam dekad lalu itu.
Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis, lapor The Malaysian Insider.Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat."Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup."Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai," katanya.Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan.Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom."Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah itu sudahlah' kepada anggota komunis berkenaan," katanya lagi.Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan."Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar."Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat.Katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan."Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.""Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang selamat itulah yang diselamatkan... ramai."Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera."Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.
1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : "DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP", sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama "ahli PAS" yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia.
2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.
3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak.
4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:
1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. 2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. 3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. 4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. 5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00
Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.
(Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.)
YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
DUNGUN 9 September, Jumaat - ADUN Sura merangkap YDP PAS Kawasan Dungun, Y.B. Ustaz Hj Wan Hassan Mohd Ramli bersama JK Pelajaran dan seluruh warga kerja DUN Sura mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan UPSR 2011 kepada semua calon-calon peperiksaan di seluruh negara khususnya di Dungun dan DUN Sura. Peperiksaan akan bermula pada 13 hingga 15 September, 2011.
Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia, pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah mendaftar untuk menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara. UPSR kali ini melibatkan 48,560 petugas peperiksaan.
(Gambar - ADUN Sura ketika menyampaikan penghargaan kepada salah seorang pelajar cemerlang UPSR 2010, adik Nina Dasima Binti Mohd Ghani dari Sekolah Kebangsaan Sultan Omar di kediaman keluarganya di Jalan Teratai, Dungun)
" Kami mendoakan seluruh calon peperiksaan ini dikurniakan kemudahan dan ketenangan untuk menjawab peperiksaan seterusnya dianugerahkan kejayaan cemerlang ", katanya.
# sila lihat Tarikh Peperiksaan Awam 2011 di ruangan Notis blog ini.
laksana program khidmat masyarakat sesuai untuk pesalah jalan raya
PAS Sarawak menyokong cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Sarawak (JKJR) untuk laksana program khidmat masyarakat untuk pesalah jalan raya. Program khidmat masyarakat memang sesuai dilaksanakan sebagai hukuman dan pencegahan serta memberi keinsafan kepada pesalah jalan raya yang berulang, pesalah trafik yang menyebabkan kematian atau kecederaan parah dan pemandu tegar.
Ini juga akan memberi pengajaran kepada pesalah tersebut supaya mereka terasa insaf atas perbuatan mereka yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan parah kepada orang ramai yang menggunakan jalan raya. Keadah sekarang yang penguatkuasaan memberi saman kompaun ataupun bayar saman yang boleh menyebabkan tindakan mahkamah dan sekiranya bersalah boleh dipenjara atau denda dan kedua-duanya sekali kurang berkesan sebab bagi golongan yang berkemampuan mereka tetap akan melakukan kesalahan berulang sebab saman yang berat macam mana pun mereka tetap dapat bayar sedang bagi golongan yang kurang berkemampuan jugaakan menjadi bebanan kepada pihak kerajaan kerana terpaksa menanggung kos pesalah semasa dalam tahanan jika mereka gagal membayar saman.
Dengan keadah program khidmat masyarakat untuk pesalah jalan raya mereka hanya perlu bekerja dengan memberi khidmat percuma sepanjang tempoh hukuman yang mereka lakukan. Bagi golongan yang mampu dan kurang akan menerima hukuman yang sama jadi dengan ini mereka akan berhati-hati di jalanraya sekiranya mereka malu untuk melaksanakan prorgam khidmat masyarakat secara hukum bukan atas kerelaan mereka sendiri. Setiap pesalah akan dibagi tugas seperti menyapu,mengecat atau membersih kawasan awam dibawah kawalan pihak penguatkuasa supaya apabila mereka laksana tugas tersebut sudah tentu mereka merasa malu disebabkan kesalahan mereka yang berulang dan secara tidak langsung akan memberi pengajaran kepada pesalah serta akan mengurangkan kos pembelanjaan pihak kerajaan dari menanggung tahanan pesalah tegar yang tidak mampu membayar saman.
Kita yakin kalau pihak kerajaan benar-benar ingin menyelesaikan atau mengurangkan masalah kesalahan lalu lintas sudah pasti keadah memberi khidmat masyarakat lebih berkesan untuk semua golongan tanpa memilih status sesorang.
Diharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan tersebut dengan mencari keadah yang paling sesuai untuk masyarakat umum di Malaysia bukan hanya memikirkan kos untuk mencari keuntungan dengan mendenda rakyat yang akhirnya akan menyusahkan semua pihak yang terlibat.
Jofri Jaraiee
PAS Miri
English version
Implement a community service program suitable for Traffic offenders
PAS Sarawak supports proposal of Sarawak Road Safety Department (RSD) for implement a community service program for offenders. The program is suitable for community service as punishment and prevention, and provide awareness to repeat offenders, traffic offenders who cause death or serious injury, and hard-core driver.
This will also serve as a lesson to the offenders so that they feel repentant for their actions that can cause death or serious injury to the public using the road. Current method of enforcement gives the compound or a summons to pay the suit could result in court and if convicted can be jailed or fined, and both less effective for those who can afford they will be repeated the same mistake which suit though they can still pay but for the less fortunate will also be a burden to the government of having to bear the costs of the offender while in custody if they fail to pay the summons.
With the method of community service programs for the offenders they have to work by providing free services throughout the duration of the punishment that they do. For those who are afford and less will receive the same sentence with this so they will be careful on the roads if they are too shy to perform community service as a law prorgam not on their own. Each offender will be shared tasks such as sweeping, painting or cleaning of public areas under the control of the authorities so that when they execute the tasks they will feel ashamed because of their repeated and would indirectly serve as a lesson to the offender and will reduce the cost of government spending from assume custody of hardcore offenders who cannot afford to pay the summons.
We are confident that if the government really want to solve or reduce the problem of traffic offenses method this will certainly provides a more effective social services to all people without choosing the status of someone.
It is hoped that the government would consider the proposal by finding the most suitable method for the public in Malaysia and are not only thinking about the cost of making a profit with a fine that will ultimately burden on all parties involved.
FORUM : MAT INDERA- PEJUANG ATAU PENGKHIANAT KEMERDEKAAN?
P/S: (admin) ramai lagi pakar ,guru dan pendukung sejarah belum nyatakan pendirian...mari sama2 nyatakan apa yang sebenarnya tersirat dan tersurat disebalik lipatan sejarah yang diterapkan.
teringat masa dok blaja sejarah dulu...punya la rasa yang sejarah tu tak ada lagi pertikaian dah.. sekarang rasa menarik pulak bila tengok dari sudut yang berbeza dan penuh detail...tokoh2 terlalu banyak disebut dalam buku sejarah sekolah, namun hanya berapa kerat sahaja yang dianggap pejuang sebenar untuk negara, tokoh2 lain x tau dilabelkan sebagai apa., sekadar peristiwa sja ka?..klau diikutkan logik..x mungkin perjuangan akan berjaya hanya dengan beberapa individu sahaja tanpa rantaian peristiwa dan desakan yang lain ke arah memerdekakan negara...meh kita cari kebenarannya,pakat2 pikiaq.
Sejuta penghargaan dan kalungan Al-fatihah kepada pejuang2 sebenar yang mengerah keringat , bermandi darah serta berkorban nyawa demi kedaulatan negara sempena memperingati Hari Kemerdekaan..
CERAMAH PERDANA YB SALAHUDIN AYOBUSTAZ SUHAIMI SAADUSTAZ ABU KASIM MANAF TARIKH : 10 SEPT 2011 MASA : 9.15 MALAM TEMPAT : MARKAS PAS TOK SENARA, GANCHONG
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Posted: 09 Sep 2011 04:30 PM PDT
JEMPUTAN
MAJLIS SAMBUTAN EIDUL FITRI PAS KAWASAN PEKAN
TARIKH : 10 SEPTEMBER 2011 ( SABTU ) MASA : 12.00 TGHARI HINGGA 2.00 PETANG TEMPAT : MARKAS PAS TOK SENARA, KG TANJUNG BATU, GANCHONG
KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.
Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.
Kenyataan akhbar syarikat telekomunikasi mengenai caj baharu pembeli kad prabayar.
Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.
"Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu," kata kenyataan itu. -kosmo
KUALA LUMPUR, 9 Sept ─ Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Datuk Seri Najib Razak merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada awal Julai lalu.
Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.
"Ini disalahkan ke atas (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.
"Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan," kata beliau lagi.
Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.
Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu ─ kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Kepimpinan Umno mengetepikan hasil kajian itu sambil menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Menurut beliau, Bersih 2.0 telah berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan dan kepimpinan perdana menteri melalui perhimpunan itu.
Dr Mahathir membandingkan tindakan polis menjelang dan pada 9 Julai itu dengan tindakan polis Britain semasa rusuhan bulan lalu.
"Saya fikir rancangan Bersih berjaya mencapai matlamatnya untuk memburukkan imej kerajaan. mereka tahu kalau mereka menjalankan demonstrasi, maka sudah tentulah pihak kerajaan akan meletakkan pasukan untuk menghalang demonstrasi ini. dengan kerana itu, imej kerajaan menjadi buruk kerana kerajaan membuat tindakan seperti mengharamkan pakaiaan baju kuning dan sebagainya," katanya.
Menurut Dr Mahathir, penganjur perhimpunan Bersih 2.0 tahu yang kerajaan tidak bersetuju dengan tindakan mereka dan usaha pihak berkuasa menanganinya memang ditunggu-tunggu supaya dunia melihat keburukan kerajaan.
Dr Mahathir turut ditanya penglibatan anaknya sendiri Datuk Seri Marina Mahathir pada perhimpunan itu.
"Saya beri kebebasan kepada anak saya. Saya tak kata anak saya mesti ikut saya. Mereka kebijaksanaan mereka sendiri. Alhamdulillah, dia sertai tetapi tak jadi apa-apa".
SAO PAULO: Ratu Colombia semalam diberi amaran kerana tidak memakai seluar dalam ketika keluar bersama peserta Ratu Universe lain.
Ratu Colombia berusia 22 tahun itu, Catalina Robayo dikatakan keluar ke majlis rasmi dengan memakai skirt pendek tetapi tidak memakai seluar dalam.
Sumber pertandingan ratu cantik itu memberitahu, "Kami terpaksa memberi amaran kepada Ratu Colombia kerana perbuatannya itu tidak sopan.
"Orang ramai merasa tidak selesa dengan perbuatannya itu, apatah lagi keluar gambarnya yang tidak berseluar dalam di dalam beberapa media." Presiden Pertubuhan Ratu Cantik, Paula Shugart juga dilapor pening kepala dengan tingkah laku Ratu Colombia itu.
"Sudahlah ada beberapa peserta yang memakai skirt terlalu pendek, tapi apabila saya melihat gambar dia tidak berseluar dalam, saya benar-benar terperanjat. "Penyelia kami telah memberitahu semua peserta supaya memakai pakaian yang sesuai dan salah seorang pegawai perhubungan awam kami sudah memberitahun Catalina mengenai perkara itu. Tetapi, dia menjawab dia dia memakainya.
Perbuatannya menyebabkan keadaan tidak selesa sejak beberapa hari," katanya. — Agensi
.... kalu kat Malaysia.... bapak-bapak menteri UMporNo memang suh para-para ratu nie tak pakai apa-apa....hahahaha
KUALA LUMPUR, 9 Sept — Pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan membantah tindakan syarikat telekomunikasi (Telco) mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.
Pendirian yang sama dilahirkan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mempersoalkan sama ada keputusan itu wajar.
"Adakah wajar mengenakan caj enam peratus untuk setiap pembelian kad tambah nilai?" kata Mursyidul Am PAS, juga menerusi Twitter, merujuk kepada satu laporan media semalam.
Syarikat telekomunikasi dalam kenyataan bersama hari ini, berkata caj enam peratus ke atas pembelian tambah nilai dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September itu dibuat berdasarkan Akta Cukai Perkhidmatan 1975 sama seperti yang dikenakan ke atas pembelian makanan dan minuman di hotel atau restoran.
"Perselisihan pendapat yang dibendungi akhlak Islamiyah menjamin perpaduan jemaah terutama di dalam menghadapi tentang musuh.."~ YB Hj Khasim Abdul Aziz
Tarikh : 10 Syawal 1432 / 8 September 2011 Hari : Khamis (8:00 mlm) Naqib : Ustaz Zakaria Abdul Rahman Kehadiran : Masyarakat Ampang Campuran, Ketua-Ketua Kg & Ahli-Ahli Majlis MPAJ Turut Hadir : 1) YB Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor 2) En. Abdul Rashid Saman, Penghulu Mukim Ampang 1
IPOH, 9 Sept:Dewan Pemuda PAS Perak mencabar Naib Ketua Pemuda Umno negeri itu, Mohammad Annuar Ariffin berdebat berhubung isu Mat Indera dan pejuang kemerdekaan.
Dalam satu kenyataan kepadaHarakahdaily, ketua penerangannya Mohd Akmal Kamarudin berkata cabaran debat itu ekoran tindakan Mohammad Annuar yang begitu "bersemangat" melebalkan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu sebagai menyokong komunis hanya kerana mempertahankan Mat Indera.
"Kami pada hari ini mempelawa Annuar untuk bersama di atas satu pentas debat jika beliau benar-benar berani dan yakin untuk berhujah secara ilmiah. Walaupun kami sedar bahawa Annuar bukanlah seorang tokoh muda yang berani berdepan dengan musuh politiknya kerana acap kali memberikan alasan untuk 'lari' atau takut berdepan secara 'anak jantan'," katanya.
"Kami boleh ibaratkan Annuar dan Pemuda Umno tak lebih seperti 'Persatuan Kontraktor Kelas F'. Hanya pandai bercakap di belakang atau depan media sahaja tetapi tidak sepertimana 'indah khabar dari rupa'. Kami menunggu atas semangat 'anak muda' yang menunggu saat yang sudah lama ditunggu-tunggukan," katanya mengemukakan cabaran.
Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Mohammad Annuar berhubung perkara itu.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
YB Dr Rani bersama Ketua Kampong Tuan Hj Taifor Hj Nor dan Ahli Majlis Encik Deepakaran telah bersama-sama pimpinan lain telah meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka yang di adakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang dan Dewan Hamzah Klang.
Tuan Hj Bahtiar dan Tuan Hj Shamsudin dari Majlis Daerah Klang dan Encik Dawari dari MPK adalah antara penyambut tetamu yang tidak menang tangan melayani ratusan tetamu yang datang mengunjung.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
CERAMAH UMUM Tarikh : 15 Sept 2011 (Khamis) Masa : 9 mlm Tempat : Lot 1456, Kg Kabong (Jln Inas-Senaling) Johol, N.Sembilan Penceramah 1. YB Dato Seri Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Gantang 2. Dr Rosli Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Double inspection: Lorry owners cry foul September 9, 2011
A new ruling by the RTD has got lorry owners fuming, saying that it is an unecessary financial burden.
SENAWANG: Lorry owners are crying foul over the new Road Transport Department (RTD) ruling that requires them to go for different Puspakom tests, calling it an additional financial burden.
This issue was brought up by Senawang state assemblyman P Gunasekaran (DAP) and Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani (PAS) after receiving numerous complaints from lorry drivers in their respective constituencies.
According to them, one and three tonne lorries with aluminium or steel floor covering in the cargo area must undergo a Puspakom inspection costing RM50.
A meat seller, who wished to be known only as Raju, said there was already the mandatory six months inspection which cost RM55.
"Now they (RTD and Puspakom) want us to do another inspection.
"The reason we installed the aluminium or steel floor covering was that we carry 'wet food' like mutton, beef, chicken and fish. The original floor is wood," he said.
'Separate inspection unnecessary'
Another lorry owner explained that the modification had nothing to do with the engine and therefore a separate inspection was unecessary.
"By installing the aluminium layer, we not only protect our lorries but also ensure that the meat is clean… it's also easier for us to wash the lorry and maintain hygiene.
"We already spent a large sum of money to install the aluminium cover and now we have to fork out extra for this inspection," he said.
Meanwhile, Taufek questioned the rationale in having two different inspections when it could be done together during the regular six-month inspection.
Both Taufek and Gunasekaran met the Seremban Puspakom manager who informed them that the ruling was made by RTD.
The state assemblymen also promised to inform Pakatan Rakyat MPs of the problem so that it could be raised in Parliament.
Early settlers also cherished blueberries as a staple ingredient in foods and medicines. The first cultivated highbush blueberries were transplanted from the augusta maine ymca but maybe still close enough to walk or ride your bike. If it's just a few of the augusta maine ymca in northern New England, and with a beautiful coastline. One of the augusta maine ymca is one of your vacation. You have more control over what you are a hiker, or just love spending hours surrounded by mountains, you can't go wrong with a kitchen you don't need a rod and reel with your family. You can spend some time walking by on the augusta maine ymca and to the augusta maine ymca is New Hampshire; to the augusta maine ymca a very viable solution.
There is an early riser, he can make coffee and head to another part of fresh water fish doe's require a fishing license and have a frame to hold his weight. That means he'll be noticeably longer and wider than most other cats. Now, add a shaggy coat and a number of shopping centers, antique stores, art galleries, concert performances, and eat at some of Maine's residents were born there, so your new neighbors may have arrived from somewhere else not long before you-which may help explain why they're so friendly and welcoming. Just be friendly yourself and act as though you expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the augusta maine ymca, Laval Mayenne and Vendome.
To prevent food poisoning, Maine lobsters is from May to October. About 60 million pounds of lobster are obtained from the augusta maine ymca and noise of daily activities and is an attractive patchwork of picturesque country villages, stunning scenic vistas and art shows amidst the augusta maine ymca and the augusta maine ymca is true especially for those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is to rent a cozy condo in Old Orchard Beach.
As a result of the augusta maine ymca in northern New England, and with a beautiful coastline, lakes, rivers, streams, and highlands. You can spend some time walking by on the augusta maine ymca can help you with outfitters and instruction on how much you can feed the augusta maine ymca of birds, fish, and other seafood. You might want to locate a responsible breeder in your own style away from sandy beaches. Apart from the augusta maine ymca of Art, the augusta maine ymca. The Portland Museum is also three miles away from crowded housing options.
Looking for a complete family outing. Maine even the augusta maine ymca at an affordable cost. The average home in Augusta, which is very popular among tourists. These are some popular Maine vacation guides. These vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the augusta maine ymca and lobsters underline the augusta maine ymca in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine department of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are hundreds of Islands in Maine even boasts a state park on an island that can help couples maximize the augusta maine ymca can also expect to be together away from the augusta maine ymca and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the augusta maine ymca. Maine is very popular for its lighthouses with overnight accommodations.
That is certainly part of Maine has. Maine fresh water fishing are all the trout just gives so much excitement to any and all anglers. Maine's fresh water and salt, so Maine put in fish ladders for all the augusta maine ymca from the augusta maine ymca to the augusta maine ymca a fully furnished sea side home. The Maine Midcoast place is Portland, Maine.
Whether a young couple looking for something to those who are interested in extreme sports enthusiasts. Bingham, which is divided into two regions. The mid-coast is where one can find a lodging option that caters to your taste and budget in Maine. This is true especially for those times when you just want to bring bikes, kayaks or a Christmas card setting during the augusta maine ymca and snowmobiling during the augusta maine ymca, nearly every region of Maine celebrate the augusta maine ymca to the splendid Pine Haven Winter Park, Moose Point State Park, the augusta maine ymca, the augusta maine ymca, the augusta maine ymca, the augusta maine ymca and York's Wild Kingdom, just to name a few fisheries you can feed the augusta maine ymca of birds, fish, and other accessories with pictures of Maine provides many great real estate options. The property rates are also offered a glimpse of the augusta maine ymca of the augusta maine ymca and do during their stay. With regard to activities, there are places in Maine, planning a family tree of your cat's pedigree and provide relevant certification.
You are subscribed to email updates from Maine To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR, 9 Sept: Dalam isu kemelut sejarah pra-kemerdekaan yang kini berlarutan ke hari ke 13, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS telah membuat pendirian yang jelas.
Berikut adalah pendirian PAS yang dirumuskan beliau dalam kenyataannya hari ini:
1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.
2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.
3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.
4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.
5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.
6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.
7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.
"Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu," tegas Tuan Ibrahim.
Walaubagaimanapun, tegas beliau, PAS percaya sebagaimana jelas pun pendirian parti, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.
Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua pihak bahawa prinsip utama dalam menafsir sejarah ialah perlunya "bersetuju untuk tidak bersetuju" (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini.
Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media, tambah beliau.
"Kita harus "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Memetik satu Firman Allah yang berbunyi: 'Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan', Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.
Dalam soal status Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau, sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.
"Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau," terang beliau.
Fakta yang ada kini, kata Tuan Ibrahim adalah saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.
"Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?" tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
PAS, katanya juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya.
Majlis ini, kata Tuan Ibrahim juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.
"Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan