Jumaat, 9 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 09 Sep 2011 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


PAS Mahu Siaran Langsung Untuk Debat Mat Indera

Posted: 09 Sep 2011 01:20 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 9 SEPT : Susulan gesaan beberapa pihak agar debat antara Timbalan Presidennya Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu Mat Indera dan pejuang kemerdekaan diadakan, PAS hari ini mahu ia dibuat di stadium serta disiarkan secara langsung di televisyen.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, "demi keadilan" kepada semua, debat itu dicadangkan disiarkan di RTM atau televisyen swasta dan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam.

"Bagaimanapun pihak PAS bersetuju sekiranya pihak YAB Tan Sri Muhyiddin mencadangkan tempat lain yang lebih sesuai dan boleh dihadiri oleh sebahagian rakyat di negara ini," katanya.

PAS sebelum ini mengutarakan cadangan itu selepas Mohamad diserang hebat bermula 27 Ogos apabila dilaporkan berkata Mat Indera dan penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukannya "polis British".

Muhyiddin setakat ini belum menyatakan sama ada beliau bersetuju atau menolak cabaran itu.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengulangi keperluan debat itu menjadi kenyataan kerana ia penting merungkai polemik hangat dan menjawab semua persoalan berbangkit.

"Debat ini diharap dapat membuka minda rakyat secara terbuka untuk rakyat menilai sendiri ketepatan hujah yang dikemukakan nanti, dan diharap isu ini tidak menjadi polemik yang berpanjangan," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, PAS juga bersedia menerima mana-mana NGO, persatuan akademik atau institusi pengajian tinggi yang bersedia bekerjasama menjayakan cadangan itu.

"Pihak PAS mohon pertimbangan wajar daripada pihak Tan Sri Muhyiddin agar menyahut cabaran dan cadangan ini demi kebaikan kepada semua pihak," tambahnya lagi.

tv news/-

Gaddafi jual rizab emas Libya

Posted: 09 Sep 2011 01:00 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

GADDAFI bermain dengan cucunya di Bab al-Aziziyah, foto yang disiarkan kelmarin disusuli kenyataan pemimpin itu yang menafikan lari ke Niger.

Bekas pemimpin untung lebih RM3 bilion, nafi rancang lari ke Niger

TRIPOLI: Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menjual lebih 20 peratus rizab emas Libya, bernilai lebih AS$1 bilion (RM3 bilion), sebelum lari daripada ditahan pemerintah baru.

Gabenor Bank Pusat Libya, Qassem Azzoz, ketika mendedahkannya berkata, jongkong emas bernilai 1.7 bilion dinar (RM4.18 bilion) atau kira-kira 29 tan, dijual kepada pedagang tempatan ketika rejim kekurangan wang tunai.

"Emas itu dicairkan bagi membayar gaji dan mempunyai pembeli, terutama di Tripoli," kata Azzozz.

Menurut pegawai bank pusat, emas itu kemungkinan dibawa keluar ke negara jiran Tunisia atau negara berdekatan.

Azzoz menambah, aset keseluruhan bank itu kini kekal kira-kira AS$115 bilion (RM344.14 bilion) dan AS$90 bilion (RM269.33 bilion) daripadanya berada di luar negara.

Sementara itu, Gaddafi menyelar laporan dia lari ke Niger, menyifatkannya 'perang psikologi dan penipuan,' sambil berazam untuk mengalahkan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan 'tikus' yang memimpin Libya.

Kepemimpinan baru Libya yang dikemudi Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) dan Amerika Syarikat menggesa negara jiran menutup sempadan mereka kepada anggota rejim Gaddafi.

Tetapi, dalam ucapan pertamanya selepas beberapa lama, bekas pemimpin itu enggan mengaku kalah dan memberitahu rakyatnya: "Mereka tiada cara lain kecuali melakukan perang psikologi dan menipu."

Bercakap menerusi telefon di saluran televisyen Arrai Oruba berpusat di Damsyik, beliau menambah: "Mereka kali terakhir berkata, Gaddafi dilihat dalam satu konvoi menghala ke Niger. Mereka mahu lemahkan semangat kami. Jangan bazirkan masa terhadap musuh yang lemah itu."

Gaddafi juga berkata, NATO yang melakukan serangan udara setiap hari ke atas tenteranya sejak 31 Mac lalu mengikut satu mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 'akan dikalahkan' kerana 'kapasiti logistik tidak akan benarkannya' untuk terus menyerang.

"Kami sedia di Tripoli dan di mana saja untuk memperhebat serangan ke atas tikus, tentera upahan, yang juga sekumpulan anjing," katanya.

Sejak kompleks pentadbirannya di sini ditawan pada 23 Ogos lalu, Gaddafi membuat beberapa rayuan tentangan dalam pita disiar Arrai, yang dikendalikan bekas Ahli Parlimen Sunnah, Iraq Mishan al-Juburi.

Mishan mendakwa satu-satunya personaliti media yang berupaya menghubungi Gaddafi sejak bersembunyi selepas NTC mengambil alih ibu negara dan berkata bekas pemimpin dan anak lelakinya, Saif al-Islam masih berada di Libya.

"Saya boleh beritahu anda saya bercakap dengan Gaddafi baru-baru ini. Dia ada di Libya, dalam keadaan bersemangat, kuat, tidak takut dan gembira jika mati berjuang terhadap penjajah.

"Anak lelakinya, Saif berada dalam pemikiran sama," tambah Mishan yang salurannya menyiarkan mesej audio Gaddafi. – AFP

MAS kecewa kesatuan ancam tindakan industri

Posted: 09 Sep 2011 12:52 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

Malaysia Airlines (MAS) menyuarakan kekecewaan terhadap pelbagai laporan berita mengenai ancaman tindakan industri oleh tiga kesatuan dalam MAS.

Menurut MAS, Kesatuan Pekerja-pekerja MAS Semenanjung Malaysia (MASEU), Kesatuan Pekerja Penerbangan Sarawak (AWUS) dan Kesatuan Sekerja Penerbangan Sabah (ATWUS), turut dilibatkan dalam pelbagai urusan berkaitan Kerangka Kerja Usaha Sama Komprehensif (CCF).

"MAS mahu menjelaskan bahawa CCF bukannya melibatkan pertikaian perdagangan dan menganggap CCF sebagai urusan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham yang dilakukan dengan mengambil kira kepentingan terbaik syarikat itu.

"Bagaimanapun MAS sentiasa meletakkan kepentingan pekerja sebagai keutamaan dalam semua keputusan perniagaan," kata syarikat penerbangan negara itu dalam kenyataan.

MAS berkata ia telah dan akan terus melibatkan kesatuan.

MAS juga berkata pengurusan kini bekerja keras untuk menyelesaikan butiran penggabungan dan akan mengumumkannya secara rasmi, tertakluk kepada kelulusan pengawal aturan, pada masa yang sesuai.

Semalam tiga kesatuan itu mempunyai keanggotaan seramai 15,000 orang mengumumkan anggotanya akan berpiket ekoran pertukaran saham syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan AirAsia.

Presiden Maseu Alias Aziz dilaporkan berkata mereka berpendapat bahawa janji niaga itu tidak akan memberikan manfaat kepada MAS, dan percaya pengurusan baharu syarikat penerbangan itu merancang mewujudkan satu jenama baharu dalam syarikat penerbangan sebagai sebahagian daripada langkah menghapuskan kesatuan.

- Bernama

SPR daftar alamat pengundi tak wujud

Posted: 09 Sep 2011 12:45 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus mencipta keanehan apabila jalan yang tidak wujud turut dijadikan alamat kepada pengundi yang juga tidak wujud di sesuatu kawasan pada sesetengah negeri di seluruh negara.

Salah satu bukti berhubung perkara itu termasuklah Jalan Pintar 11 dekat Taman Universiti yang terletak dalam kawasan Dun Bangi di Selangor yang jelas tidak wujud, tetapi turut didaftarkan sebagai alamat salah seorang pengundi di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Adram Musa menjelaskan, beliau amat hairan dengan tindakan SPR itu, pada hal jalan-jalan yang terdapat di kawasan itu khususnya yang membabitkan Jalan Pintar hanyalah Jalan Pintar 1, Jalan Pintar 2, Jalan Pintar 3, Jalan Pintar 4 dan Jalan Pintar 5 sahaja.

Menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh SPR itu jelas merupakan satu manipulasi pilihanraya di negara ini dan ia dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, tindakan susulan lain yang dilakukan oleh SPR dan JPN berhubung perkara itu dengan menyenaraikan penduduk sementara sebagai pemilih dalam daftar pemilih SPR, termasuk membabitkan pengundi bagi Dun Bangi dan yang dicatatkan tinggal di Taman Universiti.

"Antaranya termasuklah Jamaluddin bin Tahir yang mempunyai kad pengenalan bernombor 840803125475, lokaliti Tmn Universiti/Tmn Tropika, daerah mengundi Universiti Kebangsaan Malaysia, Dun Bangi, Parlimen Serdang di negeri Selangor," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, semalam.

Sesuai dengan kedudukan Jamaluddin sebagai penduduk sementara, menurut beliau, Jamaluddin diberikan kad pengenalan hijau oleh JPN dan mengikut undang-undang pula, penduduk sementara dan penduduk tetap yang mempunyai kad pengenalan merah tidak boleh mengundi.

"Dalam hubungan ini, keanehan lain pula yang wujud. Jamaluddin bin Tahir itu sendiri sememangnya tidak tinggal di kawasan itu. Malah, PAS Sungai Tangkas telah melakukan pemeriksaan dan didapati sememangnya tidak wujud orang yang bernama Jamaluddin bin Tahir yang tinggal di kawasan itu," katanya.

Berdasarkan semakan terkini yang dilakukan oleh pihak PAS didapati selain Jamaluddin bin Tahir, terdapat dua orang lagi penduduk sementara yang mempunyai kad pengenalan hijau yang turut didaftarkan sebagai pemilih oleh SPR.

Mereka terdiri daripada Numi binti Syukri yang bernombor kad pengenalan 880306115096, lokaliti Kg Bukit Payung, daerah mengundi Mukim Tenang, Dun Hulu Besut, Parlimen Besut, Terengganu.

Manakala seorang lagi, Hasmidah binti Surahbil yang mempunyai kad pengenalan bernombor 820315126446, lokaliti Taman Baiduri Jaya, daerah mengundi Bandar Teknologi Kajang, Dun Semenyih, Parlimen Hulu Langat di negeri Selangor.

Sehubungan itu, beliau yang mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar SPR dan JPN bagi menjelaskan perkara itu kerana ia penuh dengan tanda tanya dan menyalahi undang-undang.

harakahdaily/-

Natasha berjanji jalani kehidupan normal

Posted: 09 Sep 2011 12:41 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KANGAR - Jabatan Agama Islam Perlis akan membimbing seorang pondan, Natasha bagi membantunya kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki.

Pengarahnya, Abdul Malik Hussin berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah memberi nasihat serta buku agama sebagai rujukan untuk mengubah dirinya sekali gus melupakan niat menjalani kehidupan songsang dengan teman lelaki.

Menurut beliau, jabatan itu akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat perubahan yang dijanjikan Natasha dalam pertemuan di rumahnya semalam.

"Pegawai saya telah menemuinya bagi melihat keadaannya dan menasihati mengenai hukum, agama dan fitrah seorang lelaki.

"Dia akur dengan penjelasan kami dan berjanji mahu berubah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan hasrat Natasha untuk menjalani kehidupan bersama teman lelakinya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, di luar negeri ini.

Tindakan itu berikutan hubungan mereka dicemburui pihak tertentu sehingga Mohd. Hafizuddin disimbah asid pada Sabtu lalu ketika berada di rumah sewanya di Taman Seri Bakau di sini.

kosmo/-

Keluar dari kelambu penipuan media Umno BN

Posted: 09 Sep 2011 12:37 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengajak rakyat supaya keluar daripada kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN.

"Jangan bohongi sejarah. Sudah tiba masanya kita keluar dari kelambu penipuan media dan cendekiawan sempit Umno BN," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, orang Melayu Islam bingkas menolak idea pengagihan ekonomi dan sistem pengurusan yang dikemukakan Karl Marx, Webber dan Engel kerana mereka dicap komunis dan sosialis.

Tetapi, ujarnya konsep dan idea yang sama dijulang dan diraikan apabila ia keluar dari pemikiran Abu Dzar, dan Abdul Rahman Auf.

"Kenapa begitu?" soalnya yang juga ahli Parlimen Gombak.

Katanya, menurut pemikir Islam, Sheikh Taha Jabir Alwani, itu semua persepsi yang dibina atas emosi dan prejudis, sentimen diutamakan dan kebenaran dipinggirkan.

"Tidakkah ini sama dengan isu Mat Indera yang cuba ditonjolkan oleh Mohamad Sabu," tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Mohamad mahu penilaian adil diberikan kepada Mat Indera dan pejuang kemerdekaan lain.

"Berbanding kebanyakan pemimpin Umno BN yang dijulang, Mat Indera adalah seorang muslim yang kuat beribadah, seorang hafiz dan amat cintakan kemerdekaan negara dan bangsanya. Cukuplah," ujarnya.

harakahdaily/-

Sini suruh gugur kerakyatan Mat Sabu, sana bagi beribu kerakyatan untuk warga asing

Posted: 09 Sep 2011 12:28 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah.

Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut "Kamilah pejuang bangsa,

Kamilah pembela tanahair" sehingga bertukar menjadi "Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair" sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang

menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.

Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar?

Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?

Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa?

Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor,

Datuk Abdul Ghani Othman sebagai "penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan" yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai "bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik" pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee "fening, fening."

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan Pas Pusat

Wang penduduk dicuri toyol?

Posted: 09 Sep 2011 12:00 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

BAGAN AJAM - Lebih 100 keluarga di tiga kampung dekat sini hidup dalam keadaan tertekan dan keresahan berikutan wang simpanan mereka semakin kerap hilang.

Dakwa mereka, kehilangan itu dipercayai angkara perbuatan toyol berdasarkan beberapa kejadian aneh dilalui penduduk sebelum rumah mereka dimasuki dan wang simpanan disedari hilang.

Penduduk berkata, biarpun pelbagai cara diguna untuk menghalang kecurian itu termasuk menggunakan khidmat perubatan tradisional, namun sehingga kini kejadian itu terus berlaku dan ia kini semakin menjadi-jadi hingga merimaskan mereka.

Seorang penduduk, Abdul Aziz Ishak, 64, dari Kampung Contoh berkata, kecurian dipercayai angkara toyol itu mula berlaku awal Ogos lalu apabila wang di rumahnya sering didapati hilang.

"Peliknya, jumlah wang yang hilang itu bukannya banyak hanya sekadar RM50 dalam satu-satu masa, namun kejadian kecurian itu akan berulang menyebabkan jumlahnya kerugian dialami saya sahaja mencecah RM300.

"Sebagai orang lama saya dapat mengagak ia melibatkan toyol kerana makhluk ini hanya mengambil sejumlah RM50 sahaja pada satu masa biarpun pada masa sama terdapat sejumlah wang lain yang disimpan di dalam laci, poket seluar mahupun di bawah bantal," katanya.

Peniaga kedai makan, Norzuliatun Nordin, 35, turut mengalami kejadian sama beberapa kali sebelum ini selepas menyedari wang simpanannya sering kurang sebanyak RM50 setiap hari.

"Saya percaya ini perbuatan toyol kerana sebelum menyedari wang simpanan hilang, saya sering terdengar rengekan suara kanak-kanak di kawasan rumah yang kemudiannya diikuti dengan perasaan seram dan gementar.

"Setiap kali selepas mengalami suasana begitu saya mendapati wang simpanan menjadi susut sebanyak RM50 dan kejadian terbaru dialami pada Ahad lalu apabila wang kutipan raya anak hilang sebanyak RM50," katanya.

Menurutnya, selepas tujuh kali mengalami keadaan sama dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan ia angkara toyol berdasarkan ia merengek seperti kanak-kanak sebelum memasuki rumah mangsanya.

Lima kali wang hilang

BAGI Huszaimi Abu Hassan, dari Flat Teluk Air Tawar berkata, dia lima kali mengalami kehilangan wang sejak mula menyambut puasa lalu.

"Selepas mendengar banyak rakan kehilangan wang, saya mula mengambil berbagai langkah keselamatan termasuk mengikut petua orang lama menghalau gangguan makhluk halus ini seperti menabur kacang hijau di muka pintu dan menyelitkan benda tajam seperti jarum dan paku didinding dan tepi tingkap.

"Namun semua usaha ini tak berkesan apabila mendapati kacang hijau itu berselerak seolah-olah diusik oleh toyol manakala paku dan jarum dicabut dan hilang menyebabkan saya turut mengalami nasib malang kehilangan wang akibat dicuri," katanya.

Penduduk mengeluh

DALAM pada itu, kunjungan Sinar Harian ke beberapa rumah penduduk tiga kampung berkenaan mendapati kebanyakan mereka mengeluh kerana pelbagai langkah diambil termasuk berpakat menganjurkan majlis bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan surah Kursi namun kecurian itu masih berlaku.

Norma Bakar, 43, yang tiga kali mengalami kecurian berkata, dia dan penduduk lain mula menggunakan satu lagi petua baru iaitu mencucuk wang kertas RM50 dengan jarum bagi menghalang diambil toyol.

"Penduduk juga mengambil satu pendekatan lain iaitu mencucuk buah limau purut dengan paku yang kemudiannya diletakkan berdekatan wang simpanan dalam usaha menghalangnya dari hilang.

"Memang sah ini kerja makhluk halus itu kerana jika kita meletakkan wang kertas lain seperti RM10 dan RM5 ianya tidak terusik tapi jika terdapat wang kertas RM50 ia akan didapati hilang," katanya.

sinar harian/-

Suami muda tak sabar

Posted: 08 Sep 2011 11:30 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUANTAN: Akibat gagal menahan sabar selepas lebih tiga jam menunggu isteri membeli-belah, seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup memukul wanita itu di depan orang ramai dengan sebuah beg tangan di sebuah pasar raya di Jalan Gambang, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, wanita berusia 50 tahun dan tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran pasar raya berkenaan, lebam di beberapa bahagian badan dan muka sebelum mendapat rawatan di sebuah klinik kesihatan di Jalan Gambang.

Sebelum kejadian, pasangan terbabit dikatakan masuk ke sebuah pasar raya untuk membeli barangan keperluan sebelum si suami dikatakan penat dan berehat di luar pasar raya itu.

Selepas kira-kira tiga jam menunggu, si suami yang berusia hampir 20 tahun lebih muda daripada isterinya itu mula bengang dan berang apabila mendapati wanita berkenaan tidak muncul dalam waktu yang sudah dijanjikan sebelum itu.

Bagaimanapun, beberapa minit kemudian, isteri lelaki berkenaan keluar dari pasar raya itu sambil menjinjing beberapa beg plastik mengandungi barangan dibeli.

Tanpa mempedulikan isterinya yang ketika itu menjinjing banyak barang di tangan, lelaki berkenaan terus menengkingnya sehingga menarik perhatian pengunjung lain yang berada berhampiran.

Lelaki itu yang tidak menghiraukan perhatian pengunjung lain terus merampas beg tangan isterinya sebelum memukul beberapa kali di badan selain melibas beg berkenaan ke muka isterinya.

Wanita terbabit yang terkejut dengan tindakan luar batasan si suami kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam kereta kerana malu kejadian itu disaksikan pengunjung lain.

Susulan kejadian itu, wanita terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, pergaduhan itu hanya berpunca daripada lelaki berkenaan tidak puas hati dengan sikap mangsa kerana gemar mengambil masa lama untuk membeli-belah.

Bagaimanapun, katanya, polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

metro/-

Penoreh Mengamuk Bekas Isteri Enggan Rujuk

Posted: 08 Sep 2011 09:30 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

SUNGAI PETANI 9 SEPT : Seorang lelaki bersenjatakan senapang mengamuk dan mengugut mencederakan tiga anaknya setelah hasrat beliau mengahwini semula bekas isterinya ditolak wanita itu dalam satu kejadian di Kampung Teluk Wang, Sungai Pasir di sini semalam.

Bapa lelaki itu bagaimanapun berjaya mengeluarkan tiga cucunya yang berumur lima hingga 10 tahun dari rumah anak lelakinya, demikian menurut beberapa saksi, lapor Bernama Online.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Ong Aik Cheang, memberitahu pemberita di tempat kejadian malam tadi, bahawa polis yang menerima panggilan orang awam tiba di rumah lelaki itu pada 5 petang dan mengepung rumah itu.

Katanya lelaki berumur 37 tahun itu, yang bekerja sebagai penoreh getah, mengamuk sejak 3 petang apabila hasratnya mengahwini semula bekas isterinya selepas mereka bercerai tahun lepas, ditolak wanita itu.

"Kemungkinan kecewa, penoreh itu mengamuk dan mengugut mencederakan tiga anak yang diperliharanya selepas bercerai dengan isterinya dengan mengurung mereka di dalam rumahnya.

"Bapa penoreh itu bagaimanapun berjaya mengeluarkan ketiga-tiga cucunya dari rumah anaknya itu tanpa sebarang kecederaan," kata Ong.

Menurutnya penoreh itu terus tinggal dalam rumahnya dalam keadaan gelap selepas anak-anaknya dikeluarkan.

Katanya penoreh itu menyerah diri selepas polis menelefon bekas isterinya di Perlis yang datang dan memujuk beliau.

Polis memberkas penoreh itu dan merampas sepucuk senapang patah yang tidak berisi peluru daripada beliau.

"Sekotak peluru ditemui pada penoreh itu," kata Ong.

Menurutnya lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Akta Senjata Api 1971.

tv news/-

Laporan Utusan mengarut - Nik Aziz

Posted: 08 Sep 2011 09:00 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 9 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan berita khasnya dalam Utusan Malaysia sejak kebelakangan ini sebagai mengarut.

(Nik Aziz bergambar dengan ahli baru PAS yang merupakan ketua cawangan Umno, Mohd Nordin Awang)

"Bagi saya, kalau baca berita dalam Utusan Malaysia, bahkan sebarang beritanya, saya menganggapnya mengarut termasuk mengenai isu terbaru membabitkan Mat Sabu, hari-hari menyerang Mat Sabu," dakwa Mursyidul Am PAS.

Beliau berkata demikian ketika meraikan ketua cawangan Umno Bentara Kiri, Mohd Nordin Awang yang menyertai PAS bersama para penyokongnya.

Turut berucap di majlis itu adalah bekas ketua Pemuda Umno Kota Bharu, Haji Sabrie Shafei yang telah menyertai PAS sebelum ini.

Nik Aziz dipercayai mengulas laporan berita dalam akhbar Umno itu yang sudah hampir dua minggu menyerang Mohamad Sabu ekoran ucapan timbalan presiden PAS itu di Pulau Pinang sebelum ini.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja.

Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British.

Bagi Nik Aziz, selain menutup sejarah sebenar merdeka, kerajaan pimpinan BN juga menutup banyak ilmu lagi yang sepatutnya diajar di sekolah-sekolah di negara ini.

"Kenapa di dalam pengajian sekolah di negara ini tidak ditekankan secara serius pengajian tentang syurga dan neraka, dosa dan pahala.

"Sedangkan benda itu ada. Ini kerana 'orang putih' tidak mahu disebut menyebabkan orang putih bebas melakukan apa saja termasuk kenyataan tidak ada syurga dan neraka, bahkan sehingga orang Melayu pun sebahagian besarnya mendakwa begitu jua.

"Ini salah oleh kerana benda itu ada, tetapi tidak disebut.

"Inilah menyebabkan PAS sejak 1955 sehingga kini walau macam mana serangan diterima dari Umno-BN termasuk serangan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang disiarkan media arus perdana, kita dapat bertahan," kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pengaruh media baru

Sementara itu Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Rahim Abdullah ketika berucap pada masjlis yang sama mempertikaikan pemikiran rakyat di negara ini dalam masa 54 tahun hingga kini, masih tidak banyak berubah.

Namun bagaimana pun, Wan Rahim yakin dengan pembabitan ramai generasi baru dalam laman soisal dan internet yang terdedah dengan banyak maklumat, mereka akan merubah suasana yang ada.

"Mereka terdedah dengan banyak maklumat termasuk apa yang berlaku di Libya, di Tunisia, di Mesir dan kini di Syria, yang bagi generasi baru, insya Allah, akan membawa perubahan kepada suasana politik yang sedia ada.

"Insya Allah, suasana ini akan sampai, bahkan dilihat kepada keadaan yang ada pada hari ini," kata beliau.

harakahdaily/-

Buang bapa, kebas wang

Posted: 08 Sep 2011 08:45 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

MALANG...Wahid (tengah) ditemani Alias (kiri) dan Jamil sebelum dihantar ke pusat perlindungan sementara, semalam.

LABUAN: Pilu hati seorang bapa berusia 71 tahun apabila kerinduan dipendamnya untuk bertemu anak berakhir dengan insiden tidak dijangka apabila dia dihantar 'orang suruhan' anaknya itu ke tepi sebuah masjid hanya beberapa jam melepaskan kepenatan di rumah orang kesayangan itu, semalam.

Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini.

Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja 'dibuang' berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit.

Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya.

Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu.

metro/-

Cukai talian prabayar 6 peratus

Posted: 08 Sep 2011 08:30 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

Semua pembelian tambah nilai, kad sim dikena caj mulai 15 September

KUALA LUMPUR: Pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 September ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan syarikat telekomunikasi di Kuala Lumpur semalam, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

"Dengan kadar panggilan prabayar berkurangan sejak beberapa tahun ini, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat berdaya saing," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

"Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui SMS bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu," katanya.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat baru itu, pelanggan prabayar boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan.

Syarikat telekomunikasi itu berkata, cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan seperti termaktub dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

Ia sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Persatuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit Malaysia (PERBIT) membantah tindakan syarikat telekomunikasi mengenakan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai perkhidmatan prabayar dan pek permulaan kad SIM mulai 15 September ini.

Presidennya, Mohd Ali Ibrahim, berkata tindakan itu tidak masuk akal dan akan memberi kesan kepada pengguna, terutama golongan berpendapatan rendah.

"Kalau kita tengok, kebanyakan yang menggunakan prabayar adalah golongan berpendapatan rendah dan pelajar, walaupun enam peratus dilihat kecil, ia akan memberi kesan," katanya.

berita harian/-

Kalau Diberi Pilihan, Rakyat Mungkin Pilih Burhanuddin Helmy Jadi PM-Mat Sabu

Posted: 08 Sep 2011 08:00 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyatakan bahawa pejuang nasionalis kiri Dr Burhanuddin Helmy mungkin menjadi Perdana Menteri pertama sekiranya rakyat diberi peluang memilih Perdana Menteri mereka.

Mohamad atau Mat Sabu yang diserang bertubi-tubi oleh Media kawalan Umno mungkin berdepan dengan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama kerana pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri amat kuat ketika itu.

"Yang tak mati Umno, parti lain diharamkan...Dia seorang yang kuat tapi saya yakin kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanuddin Helmy, sudah tentu dia akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama. Tetapi disumbatkan mereka ini dalam penjara," katanya dalam forum Mat Indera: 'Pengkhianat atau pejuang' yang dianjurkan oleh Free Public Forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Menurut Mat Sabu, beliau tidak pernah menolak peranan Umno sebaliknya mahu mereka yang turut berjuang turut diingati terutamanya setiap kali menjelang hari kemerdekaan.

"Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno bukan perayaan rakyat Malaysia ..Kalau nak kata Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman pejuang kemerdekaan tak apalah, (Cuba) di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau...

Barulah rakyat terpanggil merayakan hari Merdeka.Ini Umno saja raya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamuddin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Burhanuddin pernah menjadi Presiden PAS pada 1956.

Beliau juga pernah ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura dan memenangi kerusi Parlimen Besut pada pilihan raya umum 1959.

Dalam ucapannya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menimbulkan persoalan sama ada ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang mengetuai serangan yang membawa kepada kematian Sir Henry Gurney wajar dianggap sebagai pengkhianat negara.

Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu- Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

"Chin Peng bunuh Henry Gurney yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

"Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Kepada tuan-tuan fikirlah antara Chin Peng dan Henry Gurney siapa pengkhianat negara? Lu fikirlah sendiri," katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Beliau tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong sebagai wira sebenar dan bukannya mata-mata British.

Mohamad berkata, beliau mengemukakan buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

Dalam buku bertajuk Pemburu Bintang Tiga tulisan Syed Osman Syed Omar, Mohamad menyatakan bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

"Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Tugas mata-mata sebelum itu selain tengok siapa yang menentang British. Ini polis yang tulis, bukan aku. Oleh itu saya syorkan kepada Timbalan Ketua Polis Negara untuk membaca buku ini," katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

tv news/-

Pendirian PAS dalam isu sejarah kemerdekaan

Posted: 08 Sep 2011 07:45 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 9 Sept: Dalam isu kemelut sejarah pra-kemerdekaan yang kini berlarutan ke hari ke 13, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS telah membuat pendirian yang jelas.

Berikut adalah pendirian PAS yang dirumuskan beliau dalam kenyataannya hari ini:

1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut,

tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.

"Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu," tegas Tuan Ibrahim.

Walaubagaimanapun, tegas beliau, PAS percaya sebagaimana jelas pun pendirian parti, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang,

isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

Tuan Ibrahim juga mengingatkan semua pihak bahawa prinsip utama dalam menafsir sejarah ialah perlunya "bersetuju untuk tidak bersetuju" (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini.

Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media, tambah beliau.

"Kita harus "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Memetik satu Firman Allah yang berbunyi: 'Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan', Tuan Ibrahim menasihatkan agar semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.

Dalam soal status Mat Indera, Tuan Ibrahim menyarankan semua pihak bersangka baik ketika menilai status beliau, sedangkan tiada siapa tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

"Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau," terang beliau.

Fakta yang ada kini, kata Tuan Ibrahim adalah saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, Mat Indera dikatakan tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

"Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?" tegur Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya.

Majlis ini, kata Tuan Ibrahim juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing," kata beliau.

harakahdaily/-

Putrajaya Masih Kaji Sistem Biometrik Untuk PRU-13

Posted: 08 Sep 2011 07:30 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 9 SEPT : Di sebalik desas desus bahawa Kabinet bersetuju untuk menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, portal The Malaysian Insider yang memetik sumber mereka hari ini melaporkan, Kabinet masih mempertimbangkan penggunaan sistem biometrik untuk pilihan raya umum ke-13.

Menurut portal itu, sementara peruntukan bagi sistem itu telah diluluskan secara dasarnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kabinetnya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan satu kajian secara komprehensif dan mengelakkan masalah-masalah berkaitan dengan sistem yang digunakan di Jabatan Imigresen sekarang.

"Perdana Menteri ada bercakap dengan SPR mengenai perkara ini. Dakwat kekal OK, tetapi Kabinet mahu lebih banyak masa untuk mengkaji semula sistem biometrik," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Katanya, tiada satu tempoh ditetapkan bagi sistem biometrik dikaji meskipun wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum akan dipanggil dalam setahun ini.

Mandat semasa kerajaan berakhir pada April 2013 dan SPR sudah pun memulakan persediaan ke arah pilihan raya umum ke-13.

Difahamkan bahawa sekurang-kurangnya tiga syarikat membida untuk membekalkan sistem biometrik kepada SPR termasuk firma yang bekerja dengan Jabatan Imigresen.

Dua minggu lalu, SPR berkata ia sedang mengkaji untuk menggunakan kedua-dua sistem itu.

SPR sepatutnya menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.

Semalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik sumber menyebut, keputusan penggunaan dakwat kekal diputuskan dalam mesyuarat Kabinet kelmarin.

Laporan itu berkata kabinet berpandangan dakwat kekal lebih sesuai, berbanding sistem biometrik yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dan telah diguna dengan jayanya oleh beberapa negara untuk menghindari pengundian berganda.

Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ketika ditanya mengenai hal itu menyatakan beliau tidak mengetahui tentang hal itu.

tv news/-

Kajian: Mat Indera bukan komunis

Posted: 08 Sep 2011 07:00 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Satu kajian yang dilakukan oleh Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 menyimpulkan Mat Indera bukan berfahaman komunis.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Ahmad Zuhdi Marzuki berkata, kajian tersebut adalah Latihan Ilmiah untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem".

Tambahnya, tujuan kajian tersebut adalah untuk mengkaji keterlibatan golongan elit agama di Muar dalam perjuangan gerila bersenjata untuk menentang penjajah dengan tumpuan khusus terhadap Mat Indera dan peristiwa berdarah Bukit Kepong, Muar.

Menurutnya, meskipun kajian tersebut adalah dilakukan di peringkat ijazah pertama, pengkaji telah berjaya melakukan wawancara dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut termasuklah Haji Nawi Idrus, Ketua Pengawal Kampung (Home Guard) dan rakan-rakan Mat Indera yang menyertainya masuk ke hutan.

"Kaedah wawancara ini adalah yang paling sesuai bagi mendapat maklumat sebenar disebabkan kebanyakan maklumat rasmi berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong ini disediakan oleh penjajah British melalui perisikan mereka.

"Setakat kajian PPP, mungkin inilah satu-satunya kajian ilmiah yang paling awal tentang Mat Indera," jelasnya dalam satu kenyataan.

Di dalam kajian tersebut, ujarnya pengkaji telah menyimpulkan Mat Indera sebagai golongan elit agama sebagai:

"Islam pada agamanya, demokrasi pada prinsipnya, nasionalis pada fahamannya, radikal dalam perjuangannya dan militant mengikut tindakannya."

Selain daripada itu, tambah beliau Ayub Kassim juga pada mukasurat 71 menyimpulkan bahawa Mat Indera adalah seorang nasionalis bukannya komunis, yang bergerila bersama komunis.

"Beliau menyatakan perumpaan Mat Indera sebagai nasionalis dengan gerombolan komunis seumpamanya tidak bercampur antara air dan minyak dalam satu bekas," katanya.

Katanya lagi, kajian ilmiah itu juga menyebut bahawa pendirian agama Mat Indera banyak dipengaruhi oleh dua orang gurunya iaitu Haji Ibrahim Jubah dan Haji Muhammad Yassin Muhammad (bapa Tan Sri Muhyiddin).

Kedua-dua guru Mat Indera itu, tambahnya dikatakan seorang yang kritis terhadap perkembangan politik ketika itu.

Malah, katanya menurut pengkaji lagi pada mukasurat 30, Haji Muhammad Yassin bin Muhammad begitu kritis dengan perkembangan politik tanahair, dan kalaulah ucapan-ucapannya dilakukan di atas pentas politik nescaya ia akan dilihat berunsurkan subversif.

Menurut kajian ini juga, Mat Indera pernah dilantik sebagai Ketua Cucuk Tanam anjuran Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

"Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan banyak pihak yang bersumberkan Memoir Abdullah CD, bahawa Mat Indera telah menjadi komunis sejak Perang Dunia Kedua lagi," ujarnya.

Menurutnya, semasa Perang Dunia Kedua ini komunis mengambil sikap berperang dengan Jepun melalui pertubuhan MPAJA, sedangkan golongan nasionalis Melayu terutama ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) mengambil sikap yang lebih lunak dengan Jepun.

Katanya, kecenderungan Mat Indera ini jelas bertentangan dengan dakwaan Abdullah C. D. dalam memoirnya.

"Berdasarkan kajian ilmiah tersebut, PPP berpandangan Mat Indera bukanlah komunis tetapi seorang nasionalis radikal," ujarnya.

Ini, jelasnya sebagaimana yang pernah dinukilkan oleh veteran Umno sendiri, Tan Sri Abdul Samad Idris dalam bukunya "25 Tahun Merdeka" mukasurat 357-358:

"Kita melihat beberapa orang Melayu terlibat dalam gerakan Komunis selepas pengisytiharan Dharurat tahun 1948. Adakah mereka ini komunis atau didorong oleh semangat Nasionalisme yang meluap-luap? Perkara inilah menjadi teka-teki kepada kebanyakan pengkaji sejarah kita.

"Kalau kita mahu menganggap mereka berfahaman komunis disebabkan terlibat secara langsung dalam pemberontakan bersenjata komunis, bagaimanakah kita mahu memberi penilaian kepada tokoh-tokoh seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau dan To' Gajah Imam Rasu? Atau kepada perjuangan Dato' Dol Said di Naning, Dato' Maharajalela di Pasir Salak, To' Janggut di Pasir Puteh dan Rosli Dhobi di Sarawak? Mereka juga melakukan pemberontakan bersenjata menentang Inggeris yang menjadi kerajaan di Tanah Melayu".

Justeru, tegas Ahmad Zuhdi, PPP melihat kenyataan Tan Sri Abdul Samad Idris itu hampir sama dengan intipati ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu dalam ceramahnya.

harakahdaily/-

Kapal perang Turki akan lindung konvoi bantuan ke Gaza

Posted: 08 Sep 2011 06:00 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

DUBAI: Kapal perang Turki akan mengiringi konvoi bantuan kemanusiaan ke Tebing Gaza bagi melindungi daripada kapal Israel, kata Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan.

"Kapal perang Turki akan ditugaskan melindungi bot yang membawa bantuan kemanusiaan Turki ke Tebing Gaza," katanya kepada televisyen Al Jazeera.

Beliau berkata, mulai sekarang pihaknya tidak akan membenarkan bot berkenaan menjadi mangsa serangan Israel seperti yang berlaku ke atas Freedom Flotilla dan memberi amaran tindakan sekiranya mereka diserang. - AFP

2 lagi ditahan berhubung letupan mahkamah India.

Posted: 08 Sep 2011 05:30 PM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

NEW DELHI 9 Sept - Polis India hari ini menahan dua lagi orang bagi membantu soal siasat berhubung satu emel yang didakwa dihantar oleh pihak bertanggungjawab di atas serangan bom di Mahkamah Tinggi New Delhi yang mengorbankan 12 mangsa semalam.

Terdahulu, pihak polis menahan tiga orang termasuk pemilik kafe Internet di wilayah Kishtwar, Kashmir di mana emel itu dipercayai dihantar awal pagi semalam.

Kini, media tempatan melaporkan dua lagi individu telah ditahan di wilayah Kashmir tetapi tidak pasti sama ada mereka juga berkaitan dengan mel tersebut.

Pihak berkuasa India juga menyiasat dakwaan dibuat kumpulan militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan gabungan al-Qaeda di Pakistan dan Bangladesh, Harkat-ul-Jihad Islami (HUJI) melalui emel tersebut.

HUJI sebelum ini juga mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan-serangan di India. – Reuters.

Lagi Peserta Felcra Lapor Polis ke penipuan.

Posted: 08 Sep 2011 08:52 AM PDT


Ramadhan 1432H. [MOD] -
Mohmad Saidi Sabri.

Bota- 8 Sept: Ekoran dari kemenangan kes saman peserta Felcra jalan Kancu, Tapah, peneroka Felcra Nasaruddin (Belia) sudah berani menuntut hak mereka.

Seorang peneroka, En. Yusuf bin Mat, 50, mewakili 37 orang peneroka Nasruddin (Belia) hari ini telah membuat laporan dibalai polis Seri Iskandar, keatas kespen yelewengan pemberian hak milik tanah dan penyelewengan kos pembangunan tanah oleh pihak Felcra.

En.Yusuf berkata, pada tahun 1973, FelcraNasaruddin (Belia) telah diteroka dengan tanaman kelapa sawit dan getah.Peneroka yang ada disini pada hari in itelah diberi 10 ekartanaholeh Felcra seperti mana yang tercatit di dalam surat perjanjian. Tetapi, sehingga kini peneroka tidak mendapat salinan surat perjanjian itu walau pun sudah memohon beberapa kali sehingga keibupejabatFelcra di Kuala Lumpur. Sehingga pada bulan Mac,2009, kami dipaksa menandatangani surat projek tanam semula dan pihak Felcra menjanjikan kepada kami tanah seluas 10 ekar. Kemudian pada bulan Julai, 2009, kami telah diberihakmilikkeatastanah itu, tetapimalangnya, kami hanyamendapat 7 ekar sahaja dar ipada tanah itu, katanya yang juga selaku Pengerusi BAPA (Badan Bertindak Peserta Felcra Ng. Perak.)

Katanyalagi, kami amat tidak berpuas hati terhadap pihak Felcra yang mungkir janji apabila tidak menyerahkan keluasan tanah yang sepatutnya kami terimaiaitu, 10 ekar seperti yang dijanjikan untuk setia ppeneroka disini. Kami percaya kos pembangunan tanah yang sudah dipotong dari jumlah dividen yang kami terima selama ini,adalah berdasarkan 10 ekar tanah seperti yang dijanjikan. Iniamatmerugikanpihak kami. Serta kami percaya perkarainiadalah satu penipuan dan penyelewengan kuasa apabila surat salinan perjanjian tidak pernah diberikan untuk kami mendapatkan maklumat sebenar berkenaan kedudukan tanah milik kami, ujar beliau.

Turut hadir bersama peneroka di balai polis, TnHj. Razman Zakaria, Pengerusi BAPA Kebangsaan dan Tn Hj. Ramli Kanji, peserta Felcrajalan kancu, Tapah, yang telah menang saman keatas Felcra baru-baru ini.

Menurut HjRazman, kes ini juga akan dilaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa yang terdekat ini supaya disiasat dan dapat dibawa kemuka pengadilan.

Website Rasmi Kompleks Pendidikan Darul Anwar.

Posted: 08 Sep 2011 08:43 AM PDT

http://kpdarulanwar.blogspot.com

11 Syawal 1432H. [MOD] -

Kompleks Pendidikan Darul Anwar tampil lebih dekat dengan pengunjung blog sekalian dengan terbitnya halaman rasminya sesuai dengan perkembangan dan keperluan media baru.

Kami mengalu-alukan kunjungan anda ke website resmi KPDA di :-

http://kpdarulanwar.blogspot.com

Memorendum bantah ceramah politik dan fitnah di Mesjid KISDAR

Posted: 08 Sep 2011 08:34 AM PDT

11 Syawal 1432H. [MOD] -

Pas Kawasan Kuala Kangsar hari ini telah menghantar satu Memorendum bantahan kepada Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan
( KISDAR) membantah satu ceramah yang berunsur politik kepartian dan fitnah yang diadakan di Mesjid kolej tersebut.

Berikut ini adalah kandungan penuh memorendum tersebut.

Kepada :

Y.Bhg. Prof Madya Dr. Jamil Bin Hashim
Rektor
Kolej Islam Darul Ridzuan
Bukit Chandan
33000 Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan

Ramadhan merupakan bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Allah swt memberi ganjaran yang berlipat kali ganda kepada umat Islam yang mengerjakan amal ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Masjid dan surau di seluruh negara berlumba-lumba menyediakan pelbagai program imarah masjid/surau bagi memberi ruang dan peluang kepada umat Islam mengerja dan memperbanyakkan amal ibadah.

Walaubagaimanapun PAS Kuala Kangsar merasa amat kesal dan dukacita kerana Pusat Islam Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) telah menyalahgunakan program imarah masjid dengan mengadakan ceramah berunsur politik kepartian, fitnah dan fakta mengelirukan. PAS Kuala Kangsar telah menerima aduan dan maklumat dari penduduk tempatan yang mengerjakan solat di masjid KISDAR bahawa program penghayatan ramadhan yang dianjurkan oleh Pusat Islam KISDAR pada hari Khamis 18 Ogos 2011 jam 5.00 petang telah dicemari dengan 2 slot ceramah politik kepartian, fitnah dan fakta mengelirukan. Ceramah pertama bertajuk Ramadhan dan Kemerdekaan disampaikan oleh Ustaz Ismail Bin Anang, mantan Penyelaras Masjid Daerah Parit Buntar. Ceramah kedua bertajuk Ramadhan dan Perpaduan disampaikan oleh Ustaz Abd Halim Tuah Bin Rahmat, Pegawai Khas YB Dato' Ahmad Bin Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


PAS Kuala Kangsar merasa amat kesal dan dukacita kerana ceramah yang bertajuk ramadhan dan kemerdekaan telah menjadi ceramah politik kepartian, menghentam dan memfitnah PAS dan PKR. Tindakan penceramah tersebut amat bercanggah dan membelakangi kehendak Tuanku Raja Muda Perak, Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah yang mahukan masjid bebas dari unsur-unsur politik kepartian. Ceramah yang dilengkapi dengan slide show selama satu setengah jam telah menjadi medan untuk menyerang PAS dan menuduh PAS menyemarakkan lagi perpecahan orang melayu. Penceramah berkenaan juga menuduh kerajaan Pakatan Rakyat sewaktu memerintah Perak selama 11 bulan telah menggunakan duit Kerajaan Negeri untuk disalurkan kepada kuil, tokong dan gereja. Beliau tanpa rasa bersalah terus menyindir kerjasama PAS dan DAP. Tidakkah penceramah itu sedar bahawa beliau sedang berceramah di dalam masjid dan bukan di atas pentas politik. Kesucian masjid sebagai tempat ibadah dan kemuliaan ramadhan telah dicemari dengan ceramah yang berunsur politik kepartian yang melampau.

Penceramah berkenaan juga mengeluar satu fakta yang amat mengelirukan dan merupakan satu fitnah dan pembohongan yang jelas bilamana beliau mengatakan Hizbul Muslimin ada kaitan dengan komunis. Tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar penceramah tersebut mengeluarkan kenyataan tersebut, tetapi yang nyata fakta itu merupakan tuduhan dan pembohongan yang jelas. PAS Kuala Kangsar merasa amat kesal dan dukacita kerana sekali lagi kesucian masjid dan kemuliaan ramadhan dicemari dengan pembohongan tersebut. PAS Kuala Kangsar sama sekali tidak boleh menerima pembohongan fakta tersebut. Ia merupakan satu pembohongan sejarah yang nyata.

Penceramah kedua dengan tajuk ramadhan dan perpaduan dilihat cuba mengaitkan PAS dengan kumpulan Khawarij. Ceramah beliau memberi fokus kepada sejarah lahirnya kumpulan Khawarij dan bahaya kumpulan Khawarij terhadap perpaduan ummah. Timbul persoalan dikalangan yang hadir, apakah kaitannya ceramah berkaitan kumpulan Khawarij dengan bulan ramadhan. Penceramah berkenaan dengan mudah telah meletakkan satu kayu ukur penentu atau standard bahawa mana-mana individu atau kumpulan yang menentang pemimpin Islam di Malaysia atau menentang kerajaan yang memerintah, maka individu atau kumpulan tersebut adalah kumpulan Khawarij. Kenyataan tersebut jelas merupakan satu cubaan untuk mengaitkan PAS dengan kumpulan Khawarij. PAS Kuala Kangsar merasa amat kesal dan dukacita kerana penceramah tersebut telah menyampaikan ceramah yang mengelirukan, tidak cermat mengeluarkan hujah dan berniat jahat.

PAS Kuala Kangsar menyelar tindakan biadab UMNO kerana menggunakan masjid institusi pengajian tinggi sebagai tempat menyerang PAS dan melakukan kempen politik kepada pelajar-pelajar kolej. Tindakan tersebut jelas menggambarkan UMNO dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mencemar kesucian masjid dan kemulian ramadhan demi untuk menjamin UMNO terus mendapat sokongan masyarakat.

PAS Kuala Kangsar meminta agar Pusat Islam KISDAR menjaga sensitiviti pelajar-pelajar dan penduduk tempatan yang mengerjakan solat di masjid KISDAR. Pelajar-pelajar KISDAR tidak hanya terdiri dari anak-anak orang UMNO tetapi anak-anak orang PAS juga ramai yang belajar di KISDAR. Begitu juga penduduk tempatan tidak semua yang datang mengerjakan solat di masjid KISDAR adalah orang UMNO tetapi ramai juga orang PAS mengerjakan solat di masjid KISDAR. Adalah tidak wajar sama sekali masjid KISDAR dijadikan medan ceramah politik kepartian dan dijadikan pusat indoktrinisasi ideologi UMNO kepada para pelajar mahupun ahli jamaah masjid. Oleh itu Pengarah Pusat Islam KISDAR Ustaz Amali Bin Ahmad Amhuri wajar dipersalahkan dan perlu bertanggungjawab kerana telah menyinggung perasaan dan mengguris hati ahli jamaah masjid. Sehubungan dengan itu PAS Kuala Kangsar mendesak agar Pusat Islam KISDAR segera memohon maaf kepada ahli jamaah masjid.

PAS Kuala Kangsar menasihati Pusat Islam KISDAR khususnya Pengarah Pusat Islam agar benar-benar memahami erti penghayatan ramadhan dan memahami peranan masjid. Adalah suatu yang menyedihkan Pusat Islam KISDAR yang ditadbir oleh golongan ilmuan dan cerdik pandai tetapi masih gagal memahami erti penghayatan ramadhan dan peranan masjid. Insaflah di atas segala kerja buat yang telah dilakukan itu tiada mendatangkan sebarang faedah bahkan boleh merugikan ummah dan juga telah merosakkan reputasi dan nama baik KISDAR sebagai gedung ilmu dan pusat pengajian tinggi serta sebagai pusat melahirkan generasi yang cemerlang.

Sekian, terima kasih

Dr. Raja Ahmad Al Hiss
Yang DiPertua
PAS Kawasan Kuala Kangsar

s.k. - DYTM Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak
- YAB Menteri Besar Perak
- Mufti Perak
- Pesuruhjaya PAS Perak


Salam Perjuangan

Posted: 08 Sep 2011 11:21 PM PDT

Salam Perjuangan


PAS TOLAK KOMUNIS, UTUSAN MALAYSIA 'SUBURKAN' FITNAH

Posted: 08 Sep 2011 10:12 PM PDT

10 Syawal 1432 H | 9 September 2011

PENDIRIAN PAS DALAM ISU KONTROVERSI SEJARAH
  • PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

  • PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

  • PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis.

    Tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis, bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

  • PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku 'Pengukir Nama Johor' terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004, bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

  • PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk "Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem" - yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

  • PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan.

    Para pejuang kemerdekaan berhaluan kiri, yang mengambil 'total confrontation approach' menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

  • PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan tetapi pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah.

    Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah.

    Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

  • Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu 'peaceful cooperation' dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu. 
Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.

Kita harus "bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.


Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip "bersetuju untuk tidak bersetuju" (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini.


Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.


Firman Allah berkata: 
"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan."

Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang  buruk kepada yang telah meninggal dunia.


Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya. 
Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.

Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor. Di sebelah pihak yang lain 
pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya. 

Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada  beliau?


Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai 'topup' 6%.


PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya.

Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.


Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.



Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 
Ketua Penerangan PAS

KERAKYATAN - 'KERA DI HUTAN DISUSUKAN, ANAK DI RUMAH KELAPARAN

Posted: 08 Sep 2011 04:14 PM PDT

10 Syawal 1432 H | 9 September 2011

"Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah" – itulah ungkapan untuk menggambarkan negara kita walaupun telah merdeka 54 tahun. Namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah.

Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.


Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan sebagai hero.


Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan singkatan bahasa penjajah - UMNO, MIC, MCA. Mereka mendabik dada dan berulang-ulang menyebut - "Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair" sehingga bertukar menjadi "Kami sahajalah pejuang bangsa, kami sahajalah pembela tanahair" sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.


Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang 'menghalalkan' rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk 'disembelihkan'.

Ianya berpunca apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan. Lebih  parah, majoriti institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka, bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.


Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka? Isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar?

Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi. Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.



'Kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan'


Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara. Segalanya dibuat seolah-olah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.


Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tetapi yang ajaibnya, tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang jelas khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan.


Bukankah ini satu lagi mentaliti penjajah? Mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama. Penduduk Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.


Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero?


Bagaimana pula dengan kerakyatan MB Johor apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai "bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik" pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri?

Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.


Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – bila mana bercanggah dan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.


Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee "fening, fening."
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS KDAS 3

Posted: 08 Sep 2011 09:56 PM PDT

PAS KDAS 3


Program Hari Raya 2011

Posted: 08 Sep 2011 05:05 PM PDT



Program Ziarah Dijalankan seperti biasa sebagaimana setiap Tahun yang mana program bermula pada malam raya dengan bertakbir memuji kebesaran allah dirumah-rumah ahli. Dan pada sebelah pagi selepas Solat Sunat Aidilfitri program ziarah diteruskan sehingga selesai kesemua rumah ahli dan penyokong. Khutbah pada tahun ini disampaikan oleh ustaz Lokman. Program zirah berakhir sekitar Jam 12.30 tengahari. Kami dari Pas Cawangan mengucapkan selamat hari raya, maaf segala kesilapan dan kesalahan sepangjang tahun. Allahuakbar...

PAS Negeri Sembilan

Posted: 08 Sep 2011 09:27 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Mains dicadang fokus kepada pendidikan agama

Posted: 07 Sep 2011 11:31 PM PDT



SEREMBAN, 8 Sept 2011: PAS Negeri Sembilan mencadangkan agar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mempertingkat mutu pendidikan agama di negeri itu yang jauh terkebelakang.

"Perhatian seharusnya diberikan kepada status guru-guru agama tidak terlatih (GSTT) di sekolah agama milik kerajaan negeri," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Beliau yang juga Adun Paroi mengulas cadangan Mains yang mahu membina menara 15 tingkat bagi menempatkan pentadbiran semua badan-badan di bawahnya.

Setiausaha Mains baru-baru ini mengumumkan pihaknya akan membina menara itu.

Menara Mains akan menjadi mercu tanda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut.

"Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya.

Ekoran itu timbul pertikaian di kalangan masyarakat apakah keperluan sebenar umat Islam di negeri itu kerana Mains memungut zakat dari umat Islam.

Ia menjadi menarik lagi kerana cadangan ini berbangkit ketika umat Islam didedahkan kononnya ramai antara mereka yang memerlukan bantuan terpaksa mendapatkan bantuan dari pihak lain termasuk dari pihak gereja.

Ekoran itu timbul pula kononnya ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memurtadkan umat Islam melalui pendekatan bantuan itu.

Zakat adalah sumber yang paling baik untuk membantu umat Islam yang memerlukan kerana zakat wajib diagihkan kepada lapan asnaf (kategori) penerima.

Dalam sidang Dun baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Mohamad Hassan menjelaskan, Mains tidak menggunakan wang zakat dalam pembinaan itu tetapi wang keuntungan projek-projek Mains.

"Jika Mains mampu, badan ini wajar memberikan tumpuan kepada pendidikan agama Islam," kata Taufek.

Taufek juga mencadangkan agar kerajaan negeri meningkatkan kemudahan bantuan kewangan samada dalam bentuk biasiswa atau pinjaman tanpa faedah.

Ia satu keperluan asas khususnya kepada pelajar cemerlang dalam aliran agama yang ingin belajar di luar negara samada dalam bidang perubatan mahupun pengajian agama, kata Taufek kepada Harakahdaily.

Untuk mengetahui sokongan rakyat terhadap isu ini, Taufek telah menaikkan satu poll dalam laman blog miliknya, http://mohdtaufek.blogspot.com/ . Sehingga berita ini ditulis, 90 peratus peserta poll ini menolak pembinaan menara ini.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5283-mains-dicadang-fokus-kepada-pendidikan-agama

PAS Kawasan Miri

Posted: 08 Sep 2011 07:46 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Ahmad Lai Takut Kalah Bila Mat Sabu Datang Sarawak.

Posted: 08 Sep 2011 05:31 PM PDT

PAS Miri ingin merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad
Lai Bujang dalam Utusan Borneo pada 8hb September 2011 "Haramkan Mat
Sabu ke Sarawak" dan turut mencadangkan kepada kerajaan persekutuan
agar melucutkan taraf kewarganegaraan Mat Sabu. Katanya lagi "Tindakan
Mat Sabu adalah salah dan kalau boleh diambil tindakan segera termasuk
lucutkan kewarganegaraannya. Saya juga menyeru kerajaan Sarawak jangan
menerima dia masuk ke sini kerana akan membuat kacau, sebaliknya sekat
dia di lapangan terbang dan hantar dia balik ke mana-mana negeri yang
dia suka,".

PAS Miri sangat kesal dengan kenyataan melampau Ahmad Lai yang cuba
menyekat kebebasan seorang warganegara sendiri dari memasuki mana-mana
negeri dalam Malaysia ini sedangkan warga asing bebas melakukan apa
saja kegiatan tanpa sebarang pemantauan dari pihak kerajaan. Kita
minta agar Ahmad Lai bersikap rasional dan jangan terlalu emosi
disebabkan takut kalah dalam pilihanraya umum nanti sehingga sanggup
mengeluarkan kenyataan seperti budak kecil yang marah bila kena usik
oleh rakannya. Mungkin Ahmad Lai hanya merujuk kepada laporan Utusan
Malaysia maka dia pun mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada
fakta sebenar adakah benar Muhamad Sabu mengeluarkan kenyataan bahawa
komunis adalah pejuang negara.

Kenyataan Ahmad Lai langsung tidak masuk akal bukan mudah nak lucut
warganegara penduduk asal sendiri disebabkan hanya perbedaan pendapat
lainlah perangai ini pernah diajar oleh penjajah dulu dimana sesiapa
yang berani melawan pemerintah akan dihalau dan dibuang keluar negeri.
Mungkinkah kerana negara ini pernah dijajah lama dan sudah terdidik
dengan dasar penjajah maka sifat tersebut masih lagi diamalkan oleh
pemimpin BN sekarang?

Sekali lagi PAS Miri membantah tindakan yang melampau ini terhadap
siapa saja yang belum terbukti bersalah. Menurut Ahmad Lai, dakwaan
Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu yang menganggapkan
Mat Indera, seorang komunis sebagai pejuang negara kerana telah
menyerang balai polis di Bukit Kepong yang menyaksikan 25 orang
terkorban termasuk anggota polis dan orang awam terus menimbul
kemarahan penduduk di negeri ini.

Semua kenyataan Ahmah Lai seperti yang tersebut dalam Utusan Borneo
adalah tidak benar dan lebih bersifat fitnah, kita minta agar Ahmad
Lai menarik balik kenyataan tersebut dengan segera kerana kita yakin
mana mungkin PAS bersekongkol dengan komunis dan Mat Sabu ingin
membangunkan semangat komunis dalam negara ini. Tuduhan melampau
pemimpin BN terhadap Mat Sabu semakin menjadi-jadi hari ini mungkin
sebab itulah peminpin BN takut Mat Sabu datang ke Sarawak untuk
menjelaskan perkara yang sebenar ke rakyat. Jangan sekat Mat Sabu
daripada memberi penjelasan sebenar kalau pemimpin BN menyekat Mat
Sabu maknanya pemimpin BN takut rakyat akan tahu siapa sebenarnya
pejuang negara bukannya pemimpin BN.

Untuk pengetahuan Ahmad Lai dulu pengganas komunis Sarawak pernah
diberi pengampunan oleh pihak pemerintah dan diberi tempat tinggal.
Adakah bekas prajurit yang pernah bertempur dan mempertahankan negara
juga diberi kemudahan dan tempat tinggal seperti komunis. Ada juga
dikalangan bekas prajurit dipinggirkan dan tidak mendapat imbuhan yang
setimpal dengan pengorbanan mereka semasa melawan komunis dulu.
Jadi adalah lebih baik pemimpin BN seperti Ahmad Lai memberi tumpuan
kepada kebajikan bekas prajurit daripada menyekat Muhamad Sabu dari
menyuarakan masalah dan nasib para pejuang negara yang terkorban demi
membebaskan negara ini dari penjajah.

PAS Miri minta pemimpin BN berhenti dari mengeluarkan kenyataan yang
melampau sehingga sanggup melucut warganegara sendiri sedangkan warga
asing pula diberi kemudahan demi kepentingan politik BN yang boleh
menghancurkan negara di masa hadapan.

Jofri Jaraiee
YDP PAS Miri

Rembau Hari Ini

Posted: 08 Sep 2011 07:45 PM PDT

Rembau Hari Ini


Pasangan buta terus menanti

Posted: 07 Sep 2011 08:30 PM PDT



Pasangan buta terus menanti
Sinar Harian 8 Sep 2011

REMBAU – Sepasang suami isteri warga emas yang juga mengalami masalah penglihatan iaitu buta sejak kecil kini bagaikan menanti 'bulan jatuh ke riba' apabila status permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masih belum diketahui sejak setahun lalu.

Pasangan berkenaan, Md Zin Ismail, 71, dan Sabidah Nasir, 72, dari Kampung Senama/Tanjung Kling tidak pernah berhenti berharap agar maklum balas status permohonan itu akan berakhir dengan perkhabaran gembira.

Md Zin berkata, walaupun tinggal di kediaman berkenaan sejak berpuluh tahun dahulu, mereka suami isteri yang kini sudah semakin tua menginginkan kediaman yang lebih selamat dan tidak bertangga.

"Dalam usia yang sudah mencapai lebih 70 tahun ini, kami memerlukan rumah yang tidak bertangga kerana kami mengalami masalah penglihatan sejak kecil

"Malah, kediaman yang diduduki ini juga semakin uzur dan kami sedar bahaya berada di mana-mana, walaupun tidak mampu melihatnya dengan mata kami sendiri," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya.

Sementara itu, Md Zin berkata, bagaimanapun dia berasa amat lega apabila kehidupannya dan isteri kini terbela dan rasa tidak terpinggir dari menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Katanya, jika dahulu dia bertungkus-lumus menyara kehidupan keluarga termasuk empat anak bermula dengan kemahiran menganyam bakul rotan dan kemudiannya selama 12 tahun menjadi penjaga pasir.

"Jika diikutkan, segalanya mencukupi bagi saya untuk menyara kehidupan kami berdua. Tambahan, anak-anak juga tidak lupa menghulurkan bantuan. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai modal untuk mendirikan rumah sendiri yang lebih selesa dan lebih mesra untuk orang kelainan upaya (OKU)." katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9505342.asp

PAS LENGGONG

Posted: 08 Sep 2011 07:26 PM PDT

PAS LENGGONG


Bila kepentingan diri menguasai diri- Hilang pegangan ilmu dan prinsip.

Posted: 07 Sep 2011 10:49 PM PDT

Wednesday, September 7, 2011

PATUT LA PUN!!! Khoo Kay Kim rupanya Canselor Kolej milik UMNO, ikut bos la


Patutlah profesor sejarah yang dibanggakan Umno-APCO, Khoo Kay Khim ini bermati-matian mempertahankan parti "Komunis Melayu" terbesar di dunia ini.

Semuanya kerana pangkat dan darjat.


Rupa-rupanya,beliau ni bukan setakat kang kong sejarah dari universiti yang kita semua kenal.


Sekarang dah jadi Canselor!!


Canselor!!


Canselor di Kolej Universiti Damansara Utama (KDU University College) sejak awal tahun ni!!


(Sila klik pautan ini untuk ke laman web KDU di
www.hr.kdu.edu.my/staff-directory.html )

Lihat??


Akibat pertahankan kedudukan, disiplin ilmu dan maruah diri dilacurkan semata-mata untuk terus berkhidmat dengan Umno-APCO!


Dari seorang ilmuwan yang terkenal dari Universiti Malaya dengan khazanah fakta sejarah, beliau kini ibarat kupang tembaga yang bakal dibuang Umno-APCO apabila sudah tidak berguna lagi.


KDU University College dimiliki oleh kroni Umno-APCO melalui syarikat Paramount Corporation Berhad (PCB) yang banyak memperolehi projek pembinaan terutamanya di Kedah.


Jadi tidak hairanlah beliau ni "sekapal" dengan kang kong lain seperti Ramlah Adam, Zainal Kling dan Ahmad Atory melacurkan ilmu masing-masing untuk kepentingan peribadi.


Kesian mahasiswa yang pernah dengar kuliah malaon ni, dulu dah tak sama dengan sekarang!


JALAN PULANG



PAS Johor mempersoalkan tindakan sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim yang mendakwa tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera - atau Mat Indera - seorang pengganas tanpa membuat sebarang kajian berkaitan.


"Adakah (Tan Sri) Khoo Kay Kim ada kajian tentang Bukit Kepong dan Mat Indera? Kalau dia sendiri tiada kajian, bagaimana dia boleh tolak kajian orang lain," kata Ketua PemudanyaSuhaizan Kaiat.


Sehubungan itu, Suhaizan mempersoalkan kenapa gelaran negatif terus digunakan kepada Mat Indera sedangkan ia diberikan oleh British.


"Ini keputusan British.


"Mat Indera sendiri orang yang tegas dan tegar sehingga dalam lokap pun dia ludah orang British," katanya yang diberi kepercayaan oleh timbalan presiden PAS berdebat dengan Pemuda Umno dalam isu itu.


Sementara itu, mengulas kesahihan fakta berhubung Mat Indera dalam buku terbitan Yayasan Warisan Johor (YWJ), Suhaizan tidak menjawab secara langsung sebaliknya membacakan satu persatu nama ahli akademik terkenal yang menjadi anggota jawatankuasanya.


"Adakah dia (YWJ) sendiri terbitkan dokumen yang salah? Ini bukan dokumen diterbitkan individu. Ini dokumen rasmi yayasan bawah kerajaan Johor," katanya.


'Umno Johor beza pandangan'


Media arus perdana hari ini melaporkan Mat Indera tidak pernah diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan dalam Buku Pengukir Nama Johor walaupun namanya disenaraikan.


Sebaliknya, dua penulisan berkaitan Mat Indera diterbitkan dalam buku itu hasil penyelidikan dua penulis berbeza, memerlukan tafsiran dan penilaian masyarakat, khususnya golongan sejarawan, sama ada seorang pengganas komunis atau pejuang.


Suhaizan juga yakin pandangan dalam buku itu selari dengan pandangan Umno Johor dan pemimpinnya di peringkat negeri.


"Saya cabar Umno Johor cakap mereka setuju dengan keputusan British bunuh Mat Indera.


"Saya hendak tengok macam mana mukanya."


Suhaizan berkata, beliau yakin pemimpin Umno Johor mempunyai pandangan berbeza dengan pimpinnya di peringkat pusat. berdasarkan pendirian terdahulu dalam perbagai isu sebelumnya.


Isu tersebut, antaranya dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan penolakan terhadap usaha memperkenalkan judi bola sepak, tambah Suhaizan.

Syed Ibrahim- Adun kerdau menghina Qur an

Posted: 07 Sep 2011 10:45 PM PDT

Cuba baca kenyataannya,
Melucukan apabila Syed Ibrahim membawa contoh Al-Quran yang juga menyebut nama Firaun di dalamnya. Soal beliau, adakah Allah sebut nama Firaun maka Firaun dianggap pejuang? Teramat dangkal pemikiran YB yang dikatakan berkelulusan agama ini, yang hanya berhujah seperti menggunakan kepala lutut. Memanglah Allah sebut nama Firaun dan banyak lagi nama lain di dalam Al-Quran termasuk juga nama Abu Lahab dan juga nama-nama Nabi. Tetapi, setiap nama yang tercatat di dalam Al-Quran ada kisah dan penceritaannya.

Siapa dia nak soal Allah?- Sekiranya dia tidak bertaubat maka gugurlah syahadahnya.

Maksud YB Kerdau ini, kita jangan percaya pada buku yang tertulis nama Mat Indera yang disebut sebagai Pejuang itu kerana di dalam Al-Quran nama Firaun juga disebut sedangkan Firaun bukan Pejuang. Kita mahu memberitahu YB Kerdau, nama Firaun disebut di dalam Al-Quran seperti juga nama Abu Lahab disebut dengan kisah pendurhakannya terhadap Allah. Begitu juga dengan nama Mat Indera, disebut dengan kisah perjuangannya menentang British. Paling jelas, kisah Mat Indera diceritakan di dalam buku yang bertajuk "Pengukir Nama Johor". Ertinya, Mat Indera adalah salah seorang dari `Pengukir Nama Johor'. Komuniskah `Pengukir Nama Johor' ini?

MB Johor yang telunjuk lurus dan kelingking berkait, Lidahnya bercabang mecam biawak.

Posted: 07 Sep 2011 10:40 PM PDT

Keluarga Mat Indera kecewa dengan MB

Posted by admin on September 8th, 2011

Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera.

"Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami," kata adik Mat Indera, Baharom Shah (gambar), ketika ditemui pada forum bertajuk "Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.

"Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan," kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini.

Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno)," katanya.

Ghani menambah, "bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British."

Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini.

Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Baharom berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," katanya yang turut berpegang pada kandungan buku "Pengukir Nama Johor", yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Justeru kata beliau, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang menggerakkan usaha membantu keluarga Mat Indera pula berkata, Ghani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan buku tersebut sendiri dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

"Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis," katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera.

Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.

Najib: Saya dijemput Ketua Hakim lawat Istana Keadilan

Posted: 07 Sep 2011 10:34 PM PDT

Najib: Saya dijemput Ketua Hakim lawat Istana Keadilan

Datuk Seri Najib Razak menegaskan pentadbirannya komited untuk mempertahankan kebebasan kehakiman sambil menjelaskan, beliau hanya bersetuju untuk melawat Istana Keadilan hari ini selepas diberi jaminan isu campur tangan oleh eksekutif tidak timbul sama sekali.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, "saya terpaksa berfikir dengan mendalam" sama ada perlu mengadakan lawatan kerja ke Istana Keadilan hari ini kerana bimbang tentang persepsi negatif yang mungkin timbul.

"Saya hanya bersetuju untuk lawat selepas ketua hakim menjemput saya dan memberi jaminan kepada saya bahawa tiada masalah," kata Najib.

Najib berkata, pentadbirannya komited kepada kebebasan kehakiman yang sangat penting sebagai ramuan penting dalam mana-mana usaha membina negara yang berjaya.

"Hubungan tidak semestinya baik, ia harus dilihat baik," kata beliau petang ini. -TMI


Ketua hakim pertahan pertemuan hakim - PM

Pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan para hakim hari ini tidak akan menjejaskan kebebasan badan kehakiman, kata Ketua Hakim yang akan bersara, Tun Zaki Azmi.

Tujuan pertemuan tersebut, katanya kepada pemberita, adalah untuk memberi taklimat kepada perdana menteri mengenai bagaimana dana kerajaan persekutuan digunakan untuk menambahbaik sistem penyampaian mahkamah.

Zaki, 66, yang akan bersara Isnin ini, berkata pertemuan tersebut tidak akan mengganggu pentadbiran keadilan seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Beliau juga berkata, pertemuan seumpama itu bukanlah sesuatu yang baru, tetapi juga pernah diadakan sebanyak dua kali dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu beliau menjadi perdana menteri.

Badan kehakiman telah memohon peruntukan sebanyak RM130 juta untuk mahkamah bagi rakaman transkripsi dan sistem e-filing.

"Tiada apa yang luar biasa seperti yang didakwa (oleh pihak-pihak tertentu) kerana persidangan hakim-hakim telah dirancang enam bulan lalu dan perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas," tegasnya.

Sejumlah 130 hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan menghadiri pertemuan dengan perdana menteri di Istana Kehakiman petang ini.




Ulasan GB


Istana Keadilan masih mengikut telunjuk eksekutif. Itulah persepsi rakyat.

Bagaimanakah hakim-hakim boleh bertindak dengan adil dan saksama jika mereka kini sedang tidak dapat membebaskan diri dari rasa "terhutang budi" kepada Perdana Menteri dengan menjemputnya untuk bersama-sama di dalam satu pertemuan di Istana Keadilan?

Muslihat apa yang ada disebaliknya? Malah rakyat berpendapat lawatan Najib dilihat cuba untuk memanipulasi institusi kehakiman. Hakim-hakim hendak dijadikan pak angguk-pak angguk kepada kehendak PM? Kedatangan Najib ke Istana Keadilan dilihat untuk "membeli" minda para hakim supaya mudah untuk diperlembukan.

Sementelah lagi kita lihat di atas bahawa terdapat percanggahan teramat nyata dmana Najib menyatakan beliau dijemput Oleh Ketua Hakim Negara untuk melawat istana Keadilan sementara kenyataan Ketua Hakim pula adalah bertentangan iaitu beliau menyatakan "perdana menteri memaklumkan kepada kami hendak melawat mahkamah, hanya minggu lepas".

Salah seorangnya adalah PENDUSTA.

Istana Keadilan tidak wajar dicemari dengan campurtangan eksekutif. Ia adalah tempat rakyat mengharapkan pengadilan yang adil, bersih dan telus. Tetapi dengan senario yang ada, ia telah pun tercemar.

Institusi kehakiman bukan hanya perlu berlaku adil tetapi ia juga perlu dilihat berlaku adil dan berkecuali kerana ia menjadi benteng terakhir rakyat dalam mendapatkan keadilan menerusi sistem perundangan yang dijamin oleh Perlembagaan.

Kenyataan penafian MB Johor mengikut ala (trend) Yahudi berdalih.

Posted: 07 Sep 2011 09:33 PM PDT

Begitulah dalih orang yang tersepit, Dalihan seperti itu ditunjukkan oleh iblis/syaitan dan yahudi
sesiapa yang berbuat begitu sememang dari kalangan itu- semoga disegerakan laknat ke atas MB Johor dan puak-puaknya.

Kalau MB Johor profesional dan betul segera panggil sidang DUN Johor dan tolakkan perkara itu di sidang Khas tersebut. Selepas itu sembah perkenan kepada Tuanku Sultan Johor. sebabnya mudah dalam catatan tersebut ada kaitan dengan DYMM Sultan Johor ketika itu sedang Baginda Sultan ketika itu telah mangkat, jadi Baginda Sultan Johor sekarang perlu memberi perkenan. Kalau begitu dibuat baru ada satu jalan mudah untuk memerangkap Mat Sabu. Tapi apa yang jadi sekarang ada keluarga polis dan dapat pampasan dan bagai lagi dari ledakan itu.


MB Johor contoh terbaik talibarut British?
http://edyesdotcom.blogspot.com/

Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?

Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.


"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.


"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Sebelum diulas dengan lebih lanjut, mari kita renung apakah tindak tanduk penjajah British (atau boleh saya kata pengganas British?) ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan. British melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk kepala Mat Indera. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.

Hari ini, Menteri Besar Johor membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Bukankah kenyataan MB Johor ini menyerupai imperialis Inggeris? Apakah kenyataan MB Johor ini melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British dan meneruskan legasi British?

Mungkin sedikit masa lagi akan ada pemimpin Umno yang tergamak mengatakan Tok Janggut juga sebagai pengganas kerana Tok Janggut juga membunuh polis melayu yang bernama Sarjan Che Wan di Pasir Mas, Kelantan. Tok Janggut yang dibunuh dan gantung secara terbali, kemudian diheret menyeberangi Padang Bank Kota Bharu, tidak pula dianggap pengganas dalam buku teks sejarah. Inikah yang dikatakan sejarah ?

Berbalik kepada kepahlawanan Mat Indera, beliau pada awalnya telah diiktiraf dalam buku Pengukir Nama Johor sebagai antara tokoh negeri Johor yang terbilang. Ironinya, yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh terbilang itu adalah MB Johor sendiri, lantas MB Johor menyatakan;

Penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.

Dengan kata-kata di atas, apakah kita juga boleh melebel sejarah kemerdekaan oleh Umno yang tertulis dalam mana-mana buku teks sejarah yang diiktiraf itu adalah semata-mata bahan kajian di atas prinsip 'kebenaran akademik' untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan ?

Kenyataan MB Johor hari ini juga menyebut, apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan. Tetapi MB Johor tidak pula merungkaikan mengapa hanya hanya gerakan melayu Umno sahaja yang tidak diharamkan?

Ternyata pihak British tidak memberi ruang kepada semua gerakan kemerdekaan apabila mengharamkan PKMM, AWAS, API dan PKM. Semua nasionalis yang menuntut kemerdekaan tidak diberi pilihan. Hanya dengan menyertai kumpulan bangsawan elit Umno untuk kemerdekaan acuan British, atau berdepan dengan risiko merengkok dalam penjara atau lebih buruk, dibunuh menjadi pejuang tidak bernama.

Walaupun kenyataan MB Johor hari ini bersifat dangkal dan bodoh sombong, tetapi kita harus bersyukur kerana ia secara tidak langsung memberi petunjuk jelas betapa kemerdekaan yang dituntut Umno diberi laluan mudah oleh British dengan satu keraguan - Benarkah Umno talibarut British? Ia juga secara langsung membangkitkan ghairah lebih ramai anak muda untuk mengetahui sejarah sebenar kemerdekaan di sebalik sejarah doktrin penutup minda.

Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah buat MB Johor yang serba flip-flop. Moga lebih ramai pemimpin Umno yang bersuara sepertimana kenyataan MB Johor hari ini. Keraguan sejarah kemerdekaan semakin terserlah dan memasuki era perdebatan terbuka. Benarlah kata orang, Umno akan dimakan sejarah, Umno sejarah...


MB Johor pusingan U ka ka ka

MB Johor contoh terbaik talibarut British?

Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 08 Sep 2011 03:58 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


RAKYAT KENA GANTI PUASA 1 HARI, GARA-GARA PLANET SATURN

Posted: 08 Sep 2011 12:32 AM PDT

Khamis, 8 September 2011
SALAH UMUM HARI RAYA, SAUDI BAYAR KIFARAH SATU BILION RIYAL
Akibat tersalah mengumumkan tarikh berakhirnya Ramadhan dan permulaan Syawal, pemerintah Arab Saudi terpaksa membayar kifarah bagi pihak seluruh penduduknya yang keseluruhannya berjumlah kira-kira satu bilion Riyal Saudi.

Sambil memohon maaf kepada rakyatnya, pemerintah Saudi turut mengarahkan semua rakyatnya berpuasa sehari bagi menggantikan puasa yang ditinggalkan kerana Hari Raya Puasa pada tahun ini tidak sepatutnya disambut pada 30 Ogos 2011, tetapi sepatutnya pada hari Rabu 31 Ogos 2011, bertepatan dengan kiraan para saintis di institut penyelidikan astronomi negara tersebut.

Apa yang dilihat dan disangkakan anak bulan Syawal pada hari tersebut rupa-rupanya adalah planet Saturn!

Dermikian dilaporkan oleh AL-JAZERA

Click to Watch out the video "Mistake in Announcing Eid 2011 source- Al Jazeera
Monday, September 5, 2011
Saudi Government admitted their Mistake in Announcing Eid al-Fitr 2011
Saudi government officials have reportedly apologized to their nation and said that they would pay Kaffarah of (1 Billion SR riyal as expiation for breaking the fast during the holy month of Ramadan) for the entire Saudi nation. The Government gave order to the people and citizen of Saudi Kingdom to do fasting of one day because Eid Al-Fitr was not supposed to be on August 30/2011.

The society had said that people actually saw the planet Saturn and not the crescent moon that marks the beginning of the Islamic month of Shawwal.

Hatem Auda, director of the National Institute for Astronomical and Geophysical Research, had said that astronomical calculations by scientists of the institute noted that the first day of the Eid was Wednesday, August 31, making Tuesday, August 30 the last day of Ramadan for the Hijri year of 1432.

Various news agencies such as Al-Arabiya and Aljazeera have also reported that the planet Saturn has been mistaken for the Hilal (crescent moon), and this means that what was announced as the first day of Eid al-Fitr was supposed to be a day of fasting, rather than celebrations.

According to the Aljazeera report, the source of these problematic Hilal-sighting is from Sudair, a region located approximately 150km North of the capital Riyadh, Saudi Arabia.

The vice-president of Jeddah Astronomy Society reassured that it is impossible to view the Hilal with the naked eye.

While a number of Muslim countries like Iran announce the new crescent only on the basis of frequent sightings by the people, astronomy societies and clerics inside their borders, many others rely on the sightings done by Saudi Arabia and announcement of the Eid crescent by Riyadh.

Thus, those Muslim nations who have followed the Saudi suit as usual and celebrated the last Tuesday as Eid al-Fitr are now angry with the Saudis as Eid al-Fitr is the biggest eve for the worldwide Muslim community.

MISI GEMPUR, TARING UMNO BERTABUR !

Posted: 07 Sep 2011 07:46 PM PDT



Info dari KerabuBersuara memang menggemparkan dan menghancurkan UMNO/BN termasuk blogger BN/UMNO yang asyik buat berita semberono.
Sekkarang , celiklah mata sikit dalam 60% kalau dulu celik 20% jer bahawa Ketua Balai Polis Bkt Kepong siapa ?

RAYMOND DANCEY adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.


Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.



Yusof Rono MM 7645


Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang.

XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 4 : Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 08 Sep 2011 03:28 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL

Posted: 08 Sep 2011 02:24 AM PDT

Pelanggan dihargai,mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% CUKAI perkhidmatan yg berkenaan.

Satu sms projek kerajaan barisan nasional yang baru ana dapat tadi...Terima kasih kerajaan

AWAT MB JOHOR BENCI GILER KAT MAT INDERA?

Posted: 07 Sep 2011 09:54 PM PDT

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai "Mat Indera" telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai "kegiatan haramnya" dalam Parti Komunis Malaya (PKM).


Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.

Mat Indera ketika ditangkap pada Oktober 1952 di Kampung Baru Seri Medan. — Foto ihsan Pengukir Nama JohorSemalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya.

"Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun," kata Ghani lagi.

Ghani menulis, apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan darurat pada 19 Jun 1948 semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan PKM diharamkan dan ramai ahlinya mengambil tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Umno.

"Perjuangan melalui parti dan gerakan Umno yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pascamerdeka di negara ini.

"Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," kata Ghani dalam rencananya.

Tulisan ini diterbitkan sehari selepas Ghani berkata, Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Semalam, Ghani menegaskan, berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah ahli PKM dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

Dalam tulisan hari ini, Ghani menambah, tindakan Mat Indera terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.

"Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.

"Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong," katanya lagi.

Ghani menulis, sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen Ke-10 PKM, Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

"Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air.

"Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara," katanya.

Malah kata beliau, Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.

Tambah beliau, komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People's Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.

"Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.

"Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan," katanya.

Mat Indera ditangkap dua tahun selepas tragedi Bukit Kepong.

Sehubungan itu kata beliau, akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.

"Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.

"Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan Umno yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan," katanya lagi,

ISTERI TAK SEMPAT 'PROJEK' DENGAN MAT BANGLA DICEKUP SUAMI

Posted: 07 Sep 2011 05:33 PM PDT

MELAKA: Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu.

Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

"Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut," katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu.

Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

"Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman dengan bukan mahram.

BURHANUDDIN LAGI GLAMOUR PADA TUNKU DERAMAN & ONN...WAKAKAKA

Posted: 07 Sep 2011 05:20 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Mohamad Sabu yang berhadapan dengan siri kritikan sejak dua minggu lalu menimbulkan beberapa persoalan baru mengenai fakta kemerdekaan malam tadi, antara lain menekankan bahawa Burhanuddin al-Helmy sudah pasti menjadi pilihan rakyat sebagai pemimpin mereka jika satu referendum telah diadakan sebelum kemerdekaan.


Timbalan Presiden PAS berkata Burhanuddin yang dilahirkan di Kota Baru dan merupakan pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) lebih diterima berbanding Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Datuk Onn Jaafar sendiri.

Onn menubuhkan Umno dan beliau digantikan oleh Tunku Abdul Rahman, yang merupakan Bapa Kemerdekaan dan perdana menteri yang pertama.

"Kalau British telah mengadakan referendum (sebelum memberi kemerdekaan) antara Burhanuddin, Tunku Abdul Rahman dan Burhanuddin, saya fikir rakyat pilih Burhanuddin," kata beliau pada forum bertajuk Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

". . . beliau telah disumbat (dimasukkan ke dalam penjara . . . Ahmad Boestamam (sekali) . . . kalau diadakan referendum, (rakyat) akan pilih Burhanuddin," kata beliau sambil menambah, dari awal lagi kesemua pertubuhan dan organisasi telah diharamkan kecuali Umno oleh British semasa mengisytiharkan Darurat.

Darurat diisytiharkan pada 1948 dan berlarutan sehingga 1960.

"Jadi, dia (Umno) sahaja yang tinggal," katanya yang menimbulkan bahawa tiada persaingan politik ketika itu.

Dua anggota panel forum malam tadi lain ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Adik Mat Indera, Baharom Shah Indera juga hadir sebagai tetamu khas pada forum itu.

Mengikut fakta sejarah, PKMM menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris dan Burhanuddin membawa PKMM ke arah mewujudkan Melayu Raya iaitu satu gagasan "kesatuan politik" Malaya-Indonesia yang merupakan salah satu perjuangan utamanya.

Kepimpinan PAS berpindah tangan kepada Burhanuddin pada 1956.

Beliau digambarkan sebagai seorang "nasionalis radikal dan pemikir Islam" dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1965.

Beliau juga pernah ditahan oleh British kerana terlibat dengan Rusuhan Natrah di Singapura dan memenangi kerusi Parlimen Besut pada pilihan raya umum 1959.

Dalam ucapannya, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu menimbulkan persoalan sama ada ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang mengetuai serangan yang membawa kepada kematian Sir Henry Gurney wajar dianggap sebagai pengkhianat negara.

Gurney, pesuruhjaya tinggi British ditembak mati pada 6 Oktober 1951 di Bukit Frazer dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat.

"Chin Peng (yang mengetuai PKM) yang membunuh Henry Gurney . . . jadi antara Chin Peng dan Henry Gurney, siapa pejuang dan pengkhianat? Saya tak mahu cakap, anda fikir sendirilah... kalau saya cakap kan, nanti mereka kata (saya penyokong komunis) . . . ," kata beliau yang kini berhadapan dengan siasatan polis berhubung kenyataannya tentang tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 08 Sep 2011 02:03 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


KENYATAAN MEDIA TUAN IBRAHIM: Sini Suruh Gugur Kerakyatan Mat Sabu, Sana Bagi Beribu Kerakyatan Untuk Warga Asing

Posted: 08 Sep 2011 07:37 AM PDT


Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.

Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.

Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut "Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair" sehingga bertukar menjadi "Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair" sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.

Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.

Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.

Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.

Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?

Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.

Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai "penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan" yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.

Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai "bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik" pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.

Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.

Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee "fening, fening."

Batu Gajah Mari

Posted: 08 Sep 2011 11:35 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wajib Baca! - Ghani Othman Contoh Terbaik Talibarut British?

Posted: 07 Sep 2011 02:37 PM PDT



Perdebatan sejarah kemerdekaan kembali panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu. Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar terungkai ?

Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam portal bernama;
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Sebelum diulas dengan lebih lanjut, mari kita renung apakah tindak tanduk penjajah British (atau boleh saya kata pengganas British?) ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan. British melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk kepala Mat Indera. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.

Hari ini, Menteri Besar Johor membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Bukankah kenyataan MB Johor ini menyerupai imperialis Inggeris? Apakah kenyataan MB Johor ini melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British dan meneruskan legasi British?

Mungkin sedikit masa lagi akan ada pemimpin Umno yang tergamak mengatakan Tok Janggut juga sebagai pengganas kerana Tok Janggut juga membunuh polis melayu yang bernama Sarjan Che Wan di Pasir Mas, Kelantan. Tok Janggut yang dibunuh dan gantung secara terbali, kemudian diheret menyeberangi Padang Bank Kota Bharu, tidak pula dianggap pengganas dalam buku teks sejarah. Inikah yang dikatakan sejarah ?

Berbalik kepada kepahlawanan Mat Indera, beliau pada awalnya telah diiktiraf dalam buku Pengukir Nama Johor sebagai antara tokoh negeri Johor yang terbilang. Ironinya, yang mengiktiraf beliau sebagai tokoh terbilang itu adalah MB Johor sendiri, lantas MB Johor menyatakan;

Penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.
Dengan kata-kata di atas, apakah kita juga boleh melebel sejarah kemerdekaan oleh Umno yang tertulis dalam mana-mana buku teks sejarah yang diiktiraf itu adalah semata-mata bahan kajian di atas prinsip 'kebenaran akademik' untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan ?

Kenyataan MB Johor hari ini juga menyebut, apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan. Tetapi MB Johor tidak pula merungkaikan mengapa hanya hanya gerakan melayu Umno sahaja yang tidak diharamkan?

Ternyata pihak British tidak memberi ruang kepada semua gerakan kemerdekaan apabila mengharamkan PKMM, AWAS, API dan PKM. Semua nasionalis yang menuntut kemerdekaan tidak diberi pilihan. Hanya dengan menyertai kumpulan bangsawan elit Umno untuk kemerdekaan acuan British, atau berdepan dengan risiko merengkok dalam penjara atau lebih buruk, dibunuh menjadi pejuang tidak bernama.

Walaupun kenyataan MB Johor hari ini bersifat dangkal dan bodoh sombong, tetapi kita harus bersyukur kerana ia secara tidak langsung memberi petunjuk jelas betapa kemerdekaan yang dituntut Umno diberi laluan mudah oleh British dengan satu keraguan - Benarkah Umno talibarut British? Ia juga secara langsung membangkitkan ghairah lebih ramai anak muda untuk mengetahui sejarah sebenar kemerdekaan di sebalik sejarah doktrin penutup minda.

Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah buat MB Johor yang serba flip-flop. Moga lebih ramai pemimpin Umno yang bersuara sepertimana kenyataan MB Johor hari ini. Keraguan sejarah kemerdekaan semakin terserlah dan memasuki era perdebatan terbuka. Benarlah kata orang, Umno akan dimakan sejarah, Umno sejarah...


Edyes @ edyesdotocom

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 08 Sep 2011 09:55 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Coastal Maine Remax

Posted: 08 Sep 2011 01:13 AM PDT



That is certainly part of Maine has a rich cultural heritage. Maine has career development centers for helping tourists are treated to some smaller airports in the coastal maine remax can do would be traveling with your family. You can expect to pay anywhere between $500 and $800 for a dream home in Augusta, which is very important when planning vacations. More importantly, the coastal maine remax be allowed to give his or her input because considering everyone's feelings and preferences can make coffee and head to another part of the coastal maine remax of the coastal maine remax in the coastal maine remax during the evenings.

Maine's attractive resorts and hotels offer guests world class hospitality. Several seafood restaurants dot the coastal maine remax a few weeks or a few of the coastal maine remax to plan some game's with the coastal maine remax times to go to museums, art galleries, and restaurants in the coastal maine remax it all in one trip. As a result, millions of visitors visit Portland every year.

Maine is home to countless species of birds, fish, and other seafood. You might want to plan some game's with the coastal maine remax a local breeder and visit them in the coastal maine remax of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are a large number of festivals, which includes skiing, can look forward t being offered not only the coastal maine remax times to go to museums, art galleries, concert performances, and eat at some of these activities that may be surprised to find that the coastal maine remax in some vacation rentals help to enjoy certain activities in Maine, one of those. Also lobster and salmon offer a lot more to this breed is solid. They are fully furnished with all the coastal maine remax of recreational activities that visitors can also enjoy delicious local treats, such as kayaking, rafting, and fishing on the coastal maine remax for online Maine vacation rental to have a planned itinerary.The western Maine mountains spread up from Bethel to the coastal maine remax for those times when you just need a rod and reel with your family you may snag that old Victorian on a two-hour cruise to catch fish and this rate also includes lodging tax.

Remember that the coastal maine remax are sometimes last-minute rentals available on the coastal maine remax of the coastal maine remax be more expensive. However, in Maine by participating in the coastal maine remax of snowfall. The safest time to travel, with bus tours flocking like wild birds. One should expect to pay premium rates at hotels and resorts. In the coastal maine remax, they prefer wet, boggy habitats. The wild lowbush blueberry is usually harvested with a chance to see several wildlife species as well. Be sure to have some luck. Not all fish respond the coastal maine remax to daily temperature changes and seasons. So this is the coastal maine remax in the coastal maine remax of camping amenities.

Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are created in restaurants, vacation rentals, and hotels as more visitors are coming to this wet and wild amusement park and Baxter state park are important vacation spots in Maine. All suites and guestrooms are wonderfully appointed and offer a wide range of activities available, Maine waterfront properties provide the coastal maine remax be impossible to see during your stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all for a week depending on the coastal maine remax. For the coastal maine remax, Maine has something for everyone in the coastal maine remax a memorable and exciting to all family members. When talking about the coastal maine remax and welfare of all age's and gender enjoy's. The state also has several vacation and recreational facilities. Bar Harbor, Calais, Casco Bay, is also practiced with blueberries, apples, and maple sugar forming the coastal maine remax, there are two Maine casinos tourists will find that there are some popular Maine vacation rentals.



Pemuda Bersamamu v3

Posted: 08 Sep 2011 09:47 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


5,000 warga Myanmar jadi pengundi di Terengganu

Posted: 08 Sep 2011 05:15 AM PDT



KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti.

Daripada angka itu, seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala 1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak BN.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin Umno BN.

Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman dan Dun Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja sebagai pengundi.

Katanya, dengan itu, kemenangan yang diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan Dun Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar.

"Sebenarnya PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar.

"Proses untuk membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Selain warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti.

Katanya, jumlah warganegara asing yang akan dijadikan pengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti cukup besar sehingga ribuan orang.

"Pengalaman kami di Terengganu dalam berhadapan dengan pengundi-pengundi hantu, pada tahun 2004 kenaikan pengundi sebanyak 17 peratus iaitu hampir 170,000 pengundi baru dari Pahang dan Selangor.

"Pihak PAS telah pun membuat bantahan mengenai kemasukan pengundi-pengundi hantu itu kepada SPR dalam PRU tahun 2004 lalu tapi tidak dipedulikan oleh SPR," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Kini, tindakan tidak bertanggungjawab itu, tegasnya, semakin menjadi-jadi yang membabitkan sindiket pakatan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sehingga turut diajadikan penduduk sementara pula sebagai pengundi hantu atau pengundi bertindih.

Katanya, 44 kes pengundi bertindih telah dilaporkan oleh beliau kepada SPR baru-baru ini yang melibatkan pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan berwarna hijau pula yang sama tetapi berbeza angka bagi dua digit terakhir.

"Laporan kami mengenai seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan itu diterima dan turut diakui oleh SPR dan SPR berjanji akan mengatasi masalah seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan," katanya.

Bagaimanapun, janji SPR itu seperti mempunyai muslihat tertentu kerana perkara asas yang ditekankan oleh PAS bukan seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan, tetapi salah satu kad pengenalan tersebut berbeza dua digit terakhirnya dengan kad pengenalan individu terbabit yang satu lagi.

"Permainan politik kotor BN dengan sindiket SPR dan JPN itu tidak akan dibiarkan oleh PAS. PAS tetap akan terus membuat bantahan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah ini," tegas beliau.(harakahdaily)

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 08 Sep 2011 09:38 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kenapa BN terdesak membiarkan MAS di telan syarikat penerbangan swasta???!

Posted: 08 Sep 2011 05:44 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 08 Sep 2011 09:22 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pasangan buta terus menanti

Posted: 07 Sep 2011 08:31 PM PDT



Pasangan buta terus menanti
Sinar Harian 8 Sep 2011

REMBAU – Sepasang suami isteri warga emas yang juga mengalami masalah penglihatan iaitu buta sejak kecil kini bagaikan menanti 'bulan jatuh ke riba' apabila status permohonan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) masih belum diketahui sejak setahun lalu.

Pasangan berkenaan, Md Zin Ismail, 71, dan Sabidah Nasir, 72, dari Kampung Senama/Tanjung Kling tidak pernah berhenti berharap agar maklum balas status permohonan itu akan berakhir dengan perkhabaran gembira.

Md Zin berkata, walaupun tinggal di kediaman berkenaan sejak berpuluh tahun dahulu, mereka suami isteri yang kini sudah semakin tua menginginkan kediaman yang lebih selamat dan tidak bertangga.

"Dalam usia yang sudah mencapai lebih 70 tahun ini, kami memerlukan rumah yang tidak bertangga kerana kami mengalami masalah penglihatan sejak kecil

"Malah, kediaman yang diduduki ini juga semakin uzur dan kami sedar bahaya berada di mana-mana, walaupun tidak mampu melihatnya dengan mata kami sendiri," katanya kepada Sinar Harian di kediamannya.

Sementara itu, Md Zin berkata, bagaimanapun dia berasa amat lega apabila kehidupannya dan isteri kini terbela dan rasa tidak terpinggir dari menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setiap bulan.

Katanya, jika dahulu dia bertungkus-lumus menyara kehidupan keluarga termasuk empat anak bermula dengan kemahiran menganyam bakul rotan dan kemudiannya selama 12 tahun menjadi penjaga pasir.

"Jika diikutkan, segalanya mencukupi bagi saya untuk menyara kehidupan kami berdua. Tambahan, anak-anak juga tidak lupa menghulurkan bantuan. Bagaimanapun, kami tidak mempunyai modal untuk mendirikan rumah sendiri yang lebih selesa dan lebih mesra untuk orang kelainan upaya (OKU)." katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9505342.asp

Kemasukan Pelajar PASTI 2012 dan Kelas Mengaji

Posted: 07 Sep 2011 07:06 PM PDT



Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2012 kini dibuka
Lokasi: No:377, Jalan Miel 5/S1, Taman Pedas Perdana , Rembau
Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022

KELAS MENGAJI AL-QURAN

Untuk anak-anak pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah turut ditawarkan.

Masa : 4 ptg - 5 ptg (sesi 1) , 5.30 petang - 6.30petang (sesi 2)
Hari : Isnin - Jumaat

Tempat: Pasti Al Ain, Taman Pedas Perdana
Yuran bulanan: RM20

Sila hubungi 017-2903386 , 017-6270234 , 013-9798108

Info lanjut di http://pasti-al-ain.blogspot.com/2011/02/kelas-pengajian-al-quran.html

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 08 Sep 2011 07:47 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ZIARAH AIDIL FITRI DPPK 1432

Posted: 07 Sep 2011 09:44 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 08 Sep 2011 07:11 AM PDT

PAS Kulaijaya


Sini Suruh Gugur Kerakyatan Mat Sabu, Sana Bagi Beribu Kerakyatan Untuk Warga Asing

Posted: 07 Sep 2011 09:32 PM PDT

MACAM- MACAM PUNYA GILA ; MACAM- MACAM PUNYA BAGANGANG.

Posted: 07 Sep 2011 06:33 PM PDT

Dr Asri kecam tindakan Jais

Posted: 07 Sep 2011 06:11 PM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 08 Sep 2011 03:44 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Cerita Mat Indera versi Berita Harian

Posted: 07 Sep 2011 06:38 PM PDT


Kopi kecubung tewaskan kekebalan Mat Indera

2010/12/13
NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah. Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis. Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap. Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.
Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

"Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

"Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak" katanya.

Sumber asal:

http://www.bharian.com.my/articles/KopikecubungtewaskankekebalanMatIndera/Article/

Rumah pasong Bukit Kepong bukan Balai Polis Diraja Malaysia?

Posted: 07 Sep 2011 06:15 PM PDT


(taat setia mereka terhadap Queen of England dengan lagu "God Save the Queen")

Isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari tahun 1950 (sebelum Merdeka) telah dikenang sebagai serangan kumpulan pengganas ke atas sekumpulan angggota polis yang bertahan di rumah pasong. Persepsi ini telah ditulis oleh pengkaji sejarah mengikut acuan pihak tertentu bagi menyembunyikan hakikat sebenar – pihak yang menentukan apakah kriteria pejuang kemerdekaan.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong berdasarkan persepsi betapa pihak yang menyerang rumah pasong Bukit Kepong itu adalah pengganas sedangkan gerakan yang diketuai oleh Mat Indera juga sebenarnya harus dikenang sebagai salah satu serangan ke atas kubu British yang menjajah Tanah Melayu untuk beberapa abad lamanya.

[Gambar - 'The Federations of Malays States Police' adalah rancangan General Harold Briggs bagi menyelamatkan kepentingan British di Malaya. Polis DiRaja Malaysia di anugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong Malaysia Pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad pada 24 Julai, 1958]

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan ingin menegaskan bahawa sejarah kemerdekaan negara harus segera dikaji semula oleh pengkaji sejarah yang tidak berkepentingan selain daripada merekodkan sejarah sebenar, bukan oleh pengkaji sejarah upahan yang menulis berdasarkan telunjuk pihak yang menang bagi menutup sejarah di sebalik sejarah.


Tindakan Timbalan Presiden PAS Mohd Sabu mengulas mengenai peristiwa Bukit Kepong dan watak sebenar Mat Indera dalam ceramahnya harus dipuji kerana ia membangkitkan ghairah rakyat terutamanya dari golongan anak muda untuk mengetahui sejauh manakah British itu dianggap sebagai penjajah dan apakah dengan menyerang British itu akan dianggap sebagai pengkhianat di Tanah Melayu.

Pihak polis di rumah pasong Bukit Kepong itu juga bertugas bagi mempertahankan kepentingan British seperti estet getah dan ladang. Adakah Pasukan polis ketika zaman jajahan British menunjukkan taat setia mereka terhadap Queen of England apabila lagu "God Save the Queen" didendangkan setiap kali lawatan pegawai tertinggi British ? Ini juga persoalan yang harus digali semula untuk rakyat mengetahui sejarah penentangan penjajah yang sebenar.

Ia berkait rapat dengan proses menuntut kemerdekaan apabila semua kumpulan, kesatuan dan pertubuhan yang bergerak menuntut kemerdekaan telah diharamkan kecuali Umno. Kumpulan penuntut kemerdekaan ini akhirnya dituduh sebagai pengkhianat dan pengganas hanya kerana menentang British yang statusnya masih lagi penjajah di Tanah Melayu ketika itu. Turut menjadi persoalan ialah, mengapa Umno sahaja yang dibenarkan berkempen untuk merdeka sedangkan banyak lagi pergerakan menuntut kemerdekaan. Adakah Umno membenarkan pertubuhan mereka menjadi talibarut British demi untuk merdeka di atas acuan penjajah ?

Oleh yang demikian, SAMM Wilayah Persekutuan di atas rasa tanggungjawab ke atas sejarah negara yang dikhuatiri terperosok, harus digemburkan semula untuk tatapan rakyat. Sejarah peradaban negara juga seharusnya disifatkan dengan lebih keterbukaan kerana ia membentuk asal usul kita rakyat Malaysia. Rakyat juga harus lebih terbuka dan berjiwa besar untuk menerima hakikat sebenar sejarah negara, lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan proses menuntut kemerdekaan.


Bagi kami anak muda inilah satu peluang sangat baik sempena pasca hari kemerdekaan ke-54, untuk rakyat mengasak pihak berwajib bagi menampilkan sejarah sebenar kemerdekaan negara. SAMM akan ke hadapan bagi merealisasikan apa itu sejarah.

** tulisan adalah kenyataan media SAMM

Tahniah kepada YDP MDM yang baru

Posted: 07 Sep 2011 03:24 AM PDT

Marang : ADUN Bukit Payong Ustaz Mohd Nor Hamzah mengucapkan tahniah kepada Encik Zulkefli Ali diatas perlantikannya sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Daerah Marang (MDM) yang baru kelmarin.

Beliau mengharapkan agar kerjasama lebih erat dengan pihak MDM dapat dijalinkan untuk kepentingan rakyat di daerah Marang amnya dan di kawasan Bukit Payong khasnya.

Beliau juga mendoakan agar Allah membimbing YDP MDM yang baru dengan sifat taqwa dan amanah.

Petikan Sinar Harian:

Zulkefli Yang Dipertua MDM baru

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Zulkefli Ali menerima tugas sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM) bagi menggantikan Ibrahim Mohamad yang bertukar ke Majlis Daerah Besut (MDB).

Majlis penyerahan tugas dilakukan di pejabat Majlis Daerah Marang (MDM), kelmarin.

Zulkefli sebelum ini pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Daerah Dungun pada 1991 hingga 1995 dan menguruskan perihal tanah, sebelum ditugaskan sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol.

Zulkefli yang ditemui selepas majlis penyerahan tugas itu mengucapkan terima kasih atas pelantikan itu dan akan menjalankan tugas dimanahkan dengan sebaik mungkin.

"Dari segi pelaksanaan, seperti yang saya sedia maklum, MDM adalah agensi barisan hadapan kepada orang ramai. Jadi maklumat dan segala respons daripada orang ramai akan kita ambil kira untuk memenuhi kehendak rakyat," katanya.

Ditanya strategi yang akan dijalankannya, Zulkefli berkata, beliau akan meneruskan segala perancangan yang telah dibuat sebelum ini, selain melihat potensi yang boleh dimajukan lagi di daerah Marang yang terkenal dengan pelbagai produk pelancongan.

"Mengenai keperluan rakyat, saya akan mengambil inisiatif untuk mendapatkan apa juga maklumat diperlukan dan terjemahkan ia dengan pelaksanaan. Maklumat yang sama juga akan diperoleh daripada pemimpin masyarakat.

"Saya berharap, kesemua pihak khususnya semua kakitangan MDM dapat memberikan kerjasama baik kepada saya selepas ini demi memastikan semua perancangan yang dibuat sebelum ini dapat diteruskan tanpa halangan," katanya

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 08 Sep 2011 03:37 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


LENSA CAMERA : RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

Posted: 07 Sep 2011 11:14 PM PDT




Sekitar Hari Rumah Terbuka YB. ADUN Jeneri, Sik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan