Selasa, 6 September 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dun Kijang

Posted: 06 Sep 2011 03:38 AM PDT

Dun Kijang


Sambutan Hari Raya MTD KIjang dan Sumbangan kepada pelajar IPTA/IPTS.

Posted: 05 Sep 2011 08:37 PM PDT

Khamis, 1 September 2011 bersamaan 3 Syawal  1432H, satu sambutan hari raya aidlifitri MTD Kijang telah diadakan di Ombak Village, Kampung Banggol. Majlis ini juga turut disertakan dengan majlis penyampaian sumbangan kepada para pelajar yang berjaya menyambungkan pelajaran ke IPTA/IPTS oleh YB Hjh. Wan Ubaidah Omar pada sebelah pagi.

Seramai 91 orang pelajar telah menerima sumbangan ini. Sumbangan ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan dan penghargaan dari pihak YB atas kejayaan mereka. Sumbangan ini disampaikan sendiri oleh YB Kak Ubaidah.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sambutan hari raya. Ramai pengunjung yang hadir untuk memeriahkan majlis ini yang mana kebanyakannya adalah anak-anak kelantan di perantauan yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

Pelbagai menu dan sajian dihidangkan di majlis ini seperti nasi dagang, roti jala, spagethi, nasi gulai kawah, mihun goreng, burger, dan sebagainya. Sudah semestinya yang paling menyeronokkan bagi kanak-kanak yang hadir adalah hidangan pencuci mulut ais krim. 

Tak lupa juga, YB Kak Ubaidah turut memberi duit raya kepada kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka. Kelihatan wajah-wajah ceria mereka apabila memperoleh duit raya. 

 YB memberi duit raya kepada kanak-kanak.


 YB Kak Ubaidah melayan tetamu yang hadir.

 pengunjung berbangsa cina juga turut hadir memeriahkan majlis.

Wajah ceria YB Kak Ubaidah.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 06 Sep 2011 01:33 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Jais dakwa Khalid Samad kerana tazkirah tanpa tauliah

Posted: 06 Sep 2011 01:25 AM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 6 Sept: Belum selesai isu memeriksa gereja, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuka medan tempur baru apabila mendakwa anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah.

(Khalid dan Dr Rani yang kini menjadi mangsa terbaru Jais)

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau dan ditetapkan perbicaraannya pada 24 November depan di Mahkamah Syariah Klang.

Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan 24 November ini.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"Tauliah saya tamat Ramadhan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani kepada Harakahdaily.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya.

Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam.

Ekoran itu, 12 orang Islam yang berada dimajlis itu sedang disiasat oleh Jais.

PAS pula mendesak Jais mendakwa mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar mana-mana peraturan ekoran dakwaan Jais itu.

Sebelum itu, usaha PAS untuk berbincang dengan Jais dan Gereja gagal apabila kedua-dua pihak tidak bersedia berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS. Datuk Mustafa Ali pula mendakwa, ada tangan-tangan Umno di belakang tindakan Jais ini. Ekoran itu, Umno Selangor berkata Mustafa akan disaman. Mustafa pula menjawab pihaknya sedia bertemu Umno di mahkamah dan akan memberikan bukti dakwaan beliau di mahkamah.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadhan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini.

"Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang.

"Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya.

"Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya.

"Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu.

"Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri.

"Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan," cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya.

harakahdaily/-

Kawasan kubur jadi tapak apartmen di Singapura

Posted: 06 Sep 2011 01:21 AM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

GAMBAR bertarikh 16 Ogos lalu menunjukkan seorang lelaki berjalan melintasi Bukit Brown di Singapura.

SINGAPURA - Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar di sini akan dibangunkan untuk didirikan apartmen.

Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubu penduduk Cina yang tertua di Singapura.

Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840.

Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan.

"Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura. - AFP

Buku Pengukir Nama Johor bukti Umno bohong

Posted: 06 Sep 2011 01:00 AM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Para pemimpin Umno jelas terbukti memutarbelitkan sejarah, khususnya mengenai Mat Indera, berdasarkan beberapa bukti termasuk buku bertajuk Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 lalu.

Buku yang ditulis oleh dua orang ahli sejarah itu, Abu Bakar A Hamid dan Mad Ismail Zamzam jelas mencatatkan Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan tokoh agama yang disegani, malah tidak terlibat langsung dengan perjuangan komunis.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, dengan itu, tindakan para pemimpin Umno mencetuskan isu itu tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada parti itu, malah ia ternyata akan menimbus Umno ke dalam lubang yang digalinya sendiri.

Menurut beliau, buku Pengukir Nama Johor itu setebal 170 muka surat, manakala kata-kata aluannya ditulis oleh Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya, buku tersebut boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan ia diterbitkan sejak tahun 2004 yang sepatutnya turut dijadikan rujukan oleh para pemimpin Umno sebelum memperkatakan tentang sejarah perjuangan Mat Indera.

"Tetapi sesetengah pemimpin Umno sendiri mungkin tak tahu mengenai penerbitan buku itu dan tidak pernah membacanya sehingga menyebabkan mereka buta sejarah.

"Kini, mereka telah menyelewengkan fakta sejarah dan menggelapkan sejarah, walaupun sejarah mengenai Mat Indera tercatat dengan jelas dalam buku itu yang turut membabitkan pemimpin Umno sendiri dalam penerbitannya," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

harakahdaily/-

5 dulang lesap

Posted: 05 Sep 2011 11:34 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KAJANG – Empat lelaki bersenjatakan dua objek menyerupai pistol dan satu tukul besi hanya mengambil masa 5 minit untuk melarikan lima dulang emas dalam kejadian rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Besar, Kajang, semalam.

Kesemua suspek yang memakai topi keledar penuh dan jaket hitam berusia lingkungan 30-an melarikan diri menggunakan dua buah motosikal yang diletakkan berhampiran kedai emas berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Azman Ayob berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 2.45 petang apabila tiga suspek berkenaan yang berpakaian topi keledar penuh dan jaket hitam memasuki kedai emas berkenaan.

"Semasa kejadian terdapat tujuh pelanggan di premis berkenaan, apabila tiga suspek bertindak meluru masuk ke dalam premis dan mengacukan dua objek menyerupai pistol manakala seorang lagi menggunakan tukul besi sebelum memecahkan cermin tempat penyimpanan barang kemas.

"Salah seorang lagi suspek hanya menunggu dengan motosikal di luar premis berkenaan dan mereka mengambil masa kira-kira lima minit untuk beredar melarikan diri menggunakan dua buah motosikal bersama barangan kemas ke arah Sungai Chua, Kajang", katanya ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan jumlah kerugian masih dalam siasatan lanjut serta menegaskan gerakan mencari kesemua suspek berkenaan berusia lingkungan 30-an akan dilaksanakan.

"Berdasarkan maklumat awal pemilik memaklumkan kehilangan lima dulang barang kemas akibat kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dilakukan serta menegaskan premis berkenaan tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian bolehlah menghubungi Balai Polis Daerah Kajang di talian 03-87362222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

sinar harian/-

PAS dihalang temui mangsa Bukit Kepong

Posted: 05 Sep 2011 11:17 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

Kira-kira sepuluh lelaki menghalang rombongan PAS daripada bertemu seorang mangsa dalam peristiwa Bukit Kepong, kata Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat.

Katanya, beliau dan enam anggota parti mengiringi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang datang dengan konvoi tiga kenderaan ke Skudai Kanan, Johor semalam untuk menemui Jamilah Abu Bakar.

Suhaizan (kanan) mendakwa anggota Umno termasuk dalam kumpulan itu.

"Mereka halang kami dan tuduh Mat Sabu cuba pertahan Mat Indera. Mereka minta dia tarik balik kenyataan itu atau tidak dibenarkan bertemu.

"Mereka tidak rasional," katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam ucapannya pada 21 Ogos, Mohammad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa Muhammad Indera yang mengetuai serangan terhadap balai polis Bukit Kepong merupakan wira sebenar dan pejuang kemerdekaan.

Kenyataan itu mengundang serangan hebat, terutamanya daripada pemimpin Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia yang mendakwa Mohamad mengagungkan komunis.

malaysiakini/-

Umno sokong komunis lulus suara rasmi CPC?

Posted: 05 Sep 2011 11:06 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: "Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan portal berita Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).

Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

"Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

harakahdaily/-

Merdeka jadi sejarah Umno, rakyat hilang patriotik

Posted: 05 Sep 2011 10:30 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

BANDAR JENGKA, 5 Sept: Sejarah kemerdekaan negara telah 'diumnokan' berdasarkan cara kerajaan menyampaikan penceritaan sejarah kemerdekaan dengan hanya menonjolkan tokoh Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya harus dibezakan antara perjuangan parti dengan perjuangan kemerdekaan negara.

"Sebab itu akibatnya dapat lihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat.

"Kerajaan dan media awam mesti jujur dengan fakta sejarah, pejuang-pejuang yang telah terkorban patut dihargai jasa mereka, bukannya dengan hanya menonjolkan peranan Umno.

"Sekarang ini hanya Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan. Tak disebutkan langsung perjuangan anak Melayu yang menentang penjajah Inggeris sehingga berkorban nyawa selain Umno.

"Di Pahang sendiri muncul ramai pejuang Islam yang mencetuskan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sejak zaman Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan yang seangkatan dengan mereka," katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Anak Perantauan di dataran Jengka 18 di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di seluruh negara terdapat nama-nama seperti Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Pulau Manis, Rosli Dhobi dan ramai lagi.

Tambahnya, hinggalah kepada era menentang penjajah sekitar tahun 1940-an nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain.

"Masalahnya rentetan nama-nama pejuang ini dipadamkan daripada sejarah seolah-olah hanya Umno yang berjuang menuntut kemerdekaan. Perlu disedari akibatnya dapat dilihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat. Contoh paling mudah ialah mereka enggan kibar bendera," katanya.

Dalam pada itu, PAS Pusat akan meminta Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu menyaman segera akhbar Utusan Malaysia kerana menyelewengkan fakta sebenar ucapan dalam satu ceramah beliau demi kepentingan politik.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan akhbar milik Umno itu tidak boleh dibiarkan berterusan memutarbelitkan isu kerana mahu menggambarkan PAS menyokong komunis.

Beliau berkata, pada hakikatnya Mohamad tidak menyebut langsung menyokong perjuangan komunis dalam ceramahnya itu.

"Isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera dan komunis sengaja diperbesarkan oleh akhbar lidah rasmi Umno itu untuk meraih kepentingan politik. Walhal berdasarkan video rakaman Mat Sabu tidak sepatahpun menyebut tentang menyokong komunis dalam ceramahnya.

"Tetapi propaganda tersebut dimainkan secara halus dan berulang-ulang sebagai cubaan mengaitkan PAS dengan komunis dan DAP supaya dibenci oleh orang Melayu. Semuanya kerana kepentingan politik.

"Sebab itu PAS Pusat akan meminta Mat Sabu segerakan saman akhbar Utusan Malaysia dan media Umno lain bagi meminta mahkamah menghentikan propaganda itu," katanya.

Kira-kira 500 hadir dalam Sambutan Hari Raya Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) bagi meraikan generasi muda yang bekerja di luar negeri ini.

Turut berucap Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) Roslan Zainal, Bendahari, Musaniff Abdul Rahman, Ketua Penerangan Suhaimi Saad, Ketua Pemuda, Shahril Azman Abdul Halim serta AJK BPPNP dan pimpinan PAS Kuala Krau.

harakahdaily/-

Penduduk kampungtangkap buaya gergasi

Posted: 05 Sep 2011 09:15 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.

MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP

26 maut dalam nahas jalan raya semalam

Posted: 05 Sep 2011 09:00 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Berbaki sehari lagi, Ops Sikap-24 mencatatkan 26 lagi kematian pada hari ke-14, dengan pengguna motosikal merupakan mangsa korban tertinggi apabila menyumbang kepada 17 kes di seluruh negara semalam.

Laman web Polis Bukit Aman hari ini turut melaporkan tujuh kematian membabitkan pengguna kereta, satu van serta seorang pejalan kaki dan ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa korban sepanjang Ops Sikap kini meningkat kepada 280 orang.

Laman web itu melaporkan, 10 kemalangan maut berlaku di jalan persekutuan, enam di jalan bandaran, dua di jalan negeri, dua di lebuh raya dan satu di lain-lain jalan.

Jalan bandaran mencatatkan kemalangan paling tinggi dengan 585 kes diikuti jalan persekutuan (396 kes), jalan negeri (247 kes), lebuh raya (89 kes) dan jalan-jalan lain (83 kes) yang menjadikan jumlah kemalangan sebanyak 1,400 kes.

Menurut laman web itu juga, dalam operasi semalam, sebanyak 12,690 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.

Ops Sikap ke-24 yang bermula 23 Ogos lepas sempena Aidilfitri, akan berakhir hari ini.- Bernama

Ayathurai,bekas calon PKR Ulu Kinta meninggal dunia

Posted: 05 Sep 2011 08:54 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

Sdr Ayathurai,bekas calon PKR Ulu Kinta pada PRU12,telah meninggal dunia pada pagi ini,6hb Sept akibat penyakit angin ahmar.

Jenazah beliau akan dikebumikan esok jam 10 pagi diBuddhist Crematorium Centre(sebelah kanan Jln besar Jl Bercham /Tg Rambutan). Kediaman mendiang di alamat No 77,Persiaran Tebing Kinta 1,Tmn Mirindy.

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi Sdr Harder Singh ditalian 016-5299961

Umno sokong komunis lulus suara rasmi CPC?

Posted: 05 Sep 2011 08:24 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: "Ingin saya bertanya, apabila Umno meluluskan suara rasmi Parti Komunis China, adakah Umno juga telah menjadi penyokong ajaran komunis?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada laporan Malaysiakini bertarikh 10 Januari 2005, Kementerian Dalam Negeri pernah mengeluarkan permit akhbar harian yang menjadi suara rasmi Parti Komunis China (CPC).

Merujuk kepada laporan WIKIPEDIA:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million.

(TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China.)

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sepanjang aktifnya Parti Komunis Malaya di Malaya, tidak pernah sekali pun mereka mendapat permit untuk menerbitkan bahan cetakan mereka.

Malangnya, kata beliau pada tahun 2005, harian rasmi Parti Komunis China telah diberikan permit untuk diterbit, dicetak dan diedarkan di pasaran Malaysia.

"Yang lebih dikesali adalah serangan berat sebelah media-media kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di atas isu membela tokoh kemerdekaan, Mohammad Indera," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, tiada siapa di Malaysia yang meragui status Mohammad Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang telah berjasa kepada Malaysia.

Namun, katanya Mohamad difitnah oleh media-media milik Umno kononnya beliau adalah seorang penyokong ajaran komunis.

harakahdaily/-

Noramfaizul wira, jangan lupa bekas perajurit

Posted: 05 Sep 2011 08:03 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas pengiktirafan yang diberikan kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor.

Namun Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pada masa yang sama mengingatkan kerajaan agar memberikan layanan setimpal kepada waris-waris dan balu-balu bekas perajurit dan pejuang negara yang berjasa yang masih hidup atau yang telah terkorban dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman luar.

"Tahniah kepada kerajaan kerana mengangkat jurugambar BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor yang terkorban dalam menjalankan tugas di Mogadishu sebagai wira negara," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, ramai antara anggota-anggota perajurit dan pejuang negara yang cedera dan terbunuh sehingga kini masih tidak menerima anugerah yang sewajarnya, jika hendak dibandingkan dengan apa yang diterima arwah wartawan BernamaTV.

PAS, katanya mengalu-alukan segala bentuk sumbangan bagi mengenang jasa perajurit dan pejuang negara yang terkorban dalam mempertahankan negara.

"Namun ia perlu diselaraskan agar tiada pihak yang terabai atau tercicir daripada senarai," tegas beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga mencadangkan agar kerajaan memastikan badan kebajikan para perajurit seperti Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) dapat berkembang dengan baik kerana ia boleh membawa nikmat kepada para pejuang dan perajurit negara dari segi kebaikan dan keuntungan.

Semalam, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mencadangkan agar keluaraga anggota polis yang berkhidmat dengan British semasa tragedi Bukit Kepong menuntut pampasan dari kerajaan British yang menggaji mereka ketika itu.

"Beberapa pihak telah membuat tuntutan pampasan sebegini dan berjaya," kata Mohamad kepada Harakahdaily.

Ribuan pemberontak tiba di kubu kuat Gaddafi

Posted: 05 Sep 2011 07:41 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

TARHOUNA, Libya - Para pemberontak tiba di salah satu kubu kuat Muammar Gaddafi di Bani Walid semalam walaupun dia diberikan peluang untuk menyerah diri.

Ribuan pemberontak tiba di Bani Walid yang merupakan bandar di sebuah kawasan gurun yang terletak 140 kilometer ke tenggara Tripoli.

Gaddafi kini sedang melarikan diri selepas rejimnya tumbang manakala bandar Tripoli ditawan pemberontak yang mahu dia menyerah diri selepas 42 tahun berkuasa.

Para pemberontak kini menguasai kebanyakan kawasan di Libya dan kini dalam proses mewujudkan sebuah kerajaan.

Buat sementara waktu, Libya kini ditadbir Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mewakili pemberontak.- Agensi

Gempa bumi di Sumatera, gegaran turut dirasai di Malaysia

Posted: 05 Sep 2011 07:32 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.7 magnitud dikesan di Sumatera utara awal pagi ini dan gegarannya turut dirasai di beberapa tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa yang berlaku pada jam 1.55 pagi itu berpusat di 127 kilometer (km) barat daya Binjai di Sumatera utara dan 363 km barat daya Pulau Pangkor, Perak.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan terhadap Malaysia. - BERNAMA

Rakyat mestilah menjadi guru kepada BN

Posted: 05 Sep 2011 05:57 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Drs. Khalil Idham Lim

Saya ingin menjawab beberapa persoalan berkenaan isu yang ditonjol oleh media lidah kerajaan BN berdasarkan kenyataan Mat Sabu yang diputar belit baru-baru ini, begitu juga isu yang mengejutkan seluruh warga Malaysia di mana wartawan Bernama yang mati terkena tembakan curi di Somalia kerana kecuaian pihak penyanjur berkenaan isu keselamatan asas peserta.

Isu-isu ini sedikit sebanyak telah mengalihkan perhatian Negara terhadap hal perbuatan BN menjual kewarganegaraan kepada PATI dan pemilik MYPR.

Bagi saya Umno-Bn cuba sedaya upaya membenamkan isu penting ini, mereka dingatkan supaya jangan pandang sebelah mata terhadap kemampuan Pakatan bagi menangani kerja-kerja kotor BN yang perkuda SPR dan juga JPN bagi menambah jumlah pengundi hantu BN menjelang PRU13 nanti.

Isu pilihanraya yang adil tetap menjadi asas perjuangan Pakatan memandangkan PRU sudah semakin hampir, petunjuk makin jelas di mana-mana, antaranya jalan di kampung kebanyakannya sudah siap hampir 100% diturap dengan tar yang baru.

Gula-gula politik makin giat diagih tatkala menjelang satu syawal baru-baru ini dengan jolokan duit raya katanya, ini petanda bahawa BN amat terdesak untuk meraih undi dari rakyat.

Lidah kerajaan iaitu Utusan, sanggup memutar belit kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Bin Sabu yang didakwanya mengiktiraf komunis yang menyerang Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sejati dalam ucapannya .

Tetapi amat malang buat UMNO-BN kerana isu ini umpama sedang menggali kubur mereka (BN) sendiri, kerana fakta sejarah tidak boleh ditipu di mana ia telah dibukukan cuma tidak diajar secara menyeluruh disekolah-sekolah.

Dokumentasi tentang sejarah itulah yang dengan sendirinya mendedahkan siapakah sebenarnya Umno, dan apabila rakyat tahu akan hal ini, sudah pasti parti yang dikatakan sebagai pembela bangsa ini akan ditolak oleh ahlinya sendiri.

Negara juga telah dikejutkan dengan kematian seorang wartawan Bernama yang menyertai misi bantuan kemanusiaan di Somalia sebagai wakil media, sekali lagi isu ini telah menjelaskan kepada Negara bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak tidak serius dalam hal keselamatan nyawa rakyatnya .

Sega Peristiwa dan juga isu yang berlaku itu merupakan tipping point buat rakyat Malaysia untuk berubah, ubah dari mengundi BN kepada mengundi Pakatan pada PRU 13 nanti.

Lakukan perubahan besar ini dengan undi anda bagi menjelaskan kepada dunia bahawa Malaysia punyai sejarah dan nilai yang amat berharga iaitu jati diri anda sebagai warga Negara yang berdaulat dan punya hak untuk menukar kerajaan.

Rakyat mestilah menjadi guru kepada BN yang sudah sangat alpa kepada amanah yang sentissa dikhinati sejak 54 tahun. Mereka adalah pengkhinat kepada agama, negara dan bangsa mereka sendiri.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 7 September 2011

Tahniah Kepada Jacqueline Menjuarai Bowling Dunia

Posted: 05 Sep 2011 05:48 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media Pemuda PAS Sarawak

Dewan Pemuda PAS Negeri Sarawak (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jacqueline Sijore yang telah memenangi kejuaraan Bowling Dunia di Hong kong semalam (4hb September 2011). DPPNS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jacqueline kerana telah mengharumkan nama negara dan negeri Sarawak.

Kejayaan anak muda ini tidak akan kemana, sekira pihak berwajib tidak memandang serius kejayaan anak muda ini di pentas antarabangsa. Bakat yang mahal sebegini tidak seharusnya diketepikan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa diasah secara konsisten. DPPNS juga berharap potensi anak-anak muda Sarawak yang bernilai sebegini tidak dipandang ringan oleh pihak tertentu dan dapat dipertingkatkan lagi bagi memberi kejayaan yang lebih gemilang.

Kita mahu melihat potensi anak muda Sarawak yang berpotensi tinggi dipersia-siakan dan kementerian terbabit seperti yang berlaku kepada Saudara Jack Ho seorang atlet triton Sarawak yang pernah didedahkan oleh DPPNS sebelum daripada ini.

Dalam masa yang sama, DPPNS menggesa Menteri Muda Sukan Sarawak untuk menyediakan kemudahan-kemudahan sukan yang sempurna di seluruh negeri Sarawak bukan hanya tertumpu di bahagian-bahagian tertentu sahaja. Dengan kedudukan pendapatan negeri yang baik dan memiliki ramai anak muda yang berpotensi kami yakin sukan di Sarawak mampu pergi lebih jauh.

Mohammad Arifiriazul B Paijo
Ketua Pemuda PAS Sarawak

Adat menyambut Idulfitri boleh diteruskan?

Posted: 05 Sep 2011 05:45 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Ust. Ahmad Baei Jaafar

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin" itulah ucapan yang selalu diucapkan oleh orang Melayu sempena menyambut hari raya Idulfitri. Malah ucapan itu kini telah diterjemahkan dalam bentuk kad ucap selamat sejak awal Ramadan lagi. Budaya ini turut dikongsi oleh umat Islam di Singapura sehingga ke hari ini.

Selain itu satu lagi budaya yang boleh dimasukkan dalam kategori adat Melayu. Adat yang dimaksudkan ialah bersalaman pada pagi hari raya. Acara ini bermula pada pagi hari raya sebelum masing-masing menuju ke masjid untuk solat Idulfitri. Dalam acara itu, anak-anak akan menghadap ibu bapa dan sebelum itu isteri menghadap suami untuk melafazkan ucapan selamat. "Minta maaf banyak-banyak," atau "minta maaf zahir dan batin" itulah ucapan lazim yang dilafazkan setiap kali berjumpa sanak saudara.

Saya tidak pasti bagaimana masyarakat Islam di negara lain memulakan sambutan hari raya mereka. Apakah dalam masyarakat mereka turut diadakan acara menghadap bapa, memohon kemaafan yang dimulai oleh isteri. Setelah itu anak-anak akan bersalam memohon kemaafan kepada bapa dan ibu. Mungkin keunikan adat ini hanya dimilik oleh orang Melayu sahaja.

Persoalannya, adakah adat ini boleh diteruskan atau dikembangkan kepada masyarakat lain? Adakah adat ini sesuai dengan Islam?

Walaupun adat dan budaya ini tidak dilakukan oleh Rasulullah dan Sahabat tetapi amalan itu didapati tidak bercanggah dengan hukum Islam. Bahkan ada yang dianjurkan oleh Islam. Antaranya Islam menganjurkan umat Islam saling bermaaf-maafan dan saling bersalaman.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW pernah naik mimbar kemudian berkata: Amin, Amin, Amin" Ditanyakan kepadanya: "Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan Amin, Amin, Amin?" Beliau bersabda: "Sesungguhnya Jibril a.s datang kepadaku, dia berkata: "Barang siapa yang memasuki bulan Ramadan tapi tidak diampuni dosanya maka akan masuk neraka dan akan Allah jauhkan dia, katakan "Amin", maka akupun mengucapkan Amin…."

Maknanya kalau seseorang ada dosa, dia perlu minta maaf dan kalau orang minta maaf, maka kita harus memaafkannya. Cuma dalam hadis ini dianjurkan kita memohon keampunan sebelum Ramadan.

Dalam hadis yang lain malaikat Jibril berdoa: "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami istri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Aamin sebanyak 3 kali."

Berdasarkan itu tidak salah bersalaman dan bermaafan pada pagi hari raya Idulfitri, dan tidak salah juga selepas solat hari raya, sesama jemaah bersalaman dan memohon kemaafaan. Tetapi janganlah jadikan amalan itu hanya bermusim sedangkan dosa yang dilakukan adalah setiap hari. Ingatlah sifat orang mukmin ialah apabila melakukan dosa segera meminta maaf, apatah lagi berdosa dengan Allah.

Selain acara itu, ada lagi sahabat andai yang menjemput kawannya ke rumah mereka. Budaya ini amat baik kerana saling ziarah menziarah ini boleh mengeratkan persaudaraan, menghapuskan permusuhan dan dapat menjernihkan kehidupan yang kelam sebelumnya. Cuma dalam hal adalah tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram.

Namun begitu, berdasarkan hadis di atas alangkah baiknya kalau semua umat Islam memulai pada Ramadan kali ini dengan bersalaman dan memohon kemaafan sesama kita sebelum menjelang Ramadan. Dengan cara ini semua umat Islam dapat melakukan puasa dalam keadaan tidak ada dosa. Bayangkan kalau semua umat Islam dalam keadaan bersih, sudah tentu doa dan ibadahnya mudah diqabulkan.

PRU13 : Melahirkan Kematangan Politik Sistem 2 Parti

Posted: 05 Sep 2011 05:41 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -
Kenyataan Media

Setelah melalui 12 Pilihanraya Umum, Malaysia sekarang bersedia untuk menghadapi Pilihanraya yang ke 13 seolah-olah sudah wujud sistem dua parti di negara ini. Walaupun perkara ini masih kabur tetapi pertembungan diantara 2 gabungan kuasa besar akan pasti merintis satu pola baru dalam dinamika politik Malaysia. Dua gabungan iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat terdiri daripada komponen-komponen parti politik yang mempunyai ideologi dan kepentingan tersendiri. Gabungan yang dibentuk ini adalah bertujuan menguatkan semua parti-parti yang terlibat dalam pilihanraya. Di Malaysia, tidak ada satu parti pun yang berani berkata bahawa ia boleh menubuhkan kerajaan tanpa ikatan dengan parti-parti komponen yang lain.

Dalam Pilihanraya Umum ke 12, Barisan Nasional yang mempunyai satu gabungan kuat UMNO, MCA, Gerakan, PPP dan parti-parti lain bertembung dengan satu daripada parti pembangkang samada DAP, PAS ataupun PKR. Pertarungan diantara kerajaan dan pembangkang di gelanggang pilihanraya seolah-olah 'pipit berperang dengan garuda'. Pembangkang tidak pernah mempunyai satu gabungan yang kukuh. Hubungan diantara parti-parti pembangkang adalah lemah dan hanya sekadar menepati strategi satu lawan satu dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi, dalam pilihanraya itu, satu tsunami politik telah mengubah corak permainan politik di negara ini. Ketiga-tiga parti pembangkang yang utama telah menzahirkan satu gabungan yang nyata dan kukuh iaitu Pakatan Rakyat. Malah gabungan ini telah berjaya menubuhkan kerajaan di 5 buah negeri selepas pilihanraya tersebut. Oleh yang demikian wujudlah sistem 2 gabungan parti-parti politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia.

Ini adalah satu perkembagan positif dan perlu diterima secara hati terbuka oleh seluruh rakyat negara kita. Ini membuktikan negara kita sedang melalui evolusi politik yang lebih matang. "apabila politik sesebuah negara sudah matang, bilangan parti-parti politik yang banyak akan menjadi semakin kurang dan menguncup", kata Ahmad Boestamam, seorang tokoh politik yang terkemuka di negara kita. Kini, rakyat sudah bersedia untuk membuat perubahan. Mereka bukan lagi terbelenggu dengan dogma 'Barisan Nasional harus menjadi kerajaan, yang lain menjadi pembangkang'. Rakyat sedar bahawa mereka sudah mempunyai alternatif untuk mengubah kerajaan yang memerintah. Tambahan pula, Pakatan Rakyat yang dianggap sebagai pembangkang juga telah membuktikan kehandalan mereka memerintah negeri-negeri di bawah kekuasaannya. Malah rekod atau prestasi pencapaian Pakatan Rakyat adalah lebih mantap dan hebat daripada negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional.

Sebagai contoh, negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, German dan lain-lain lagi sudah lama mengamalkan sistem 2 parti. Rakyat hanya memilih diantara 2 parti yang bertanding. Sering kali rakyat memilih secara bergilir-gilir untuk memberi peluang kepada kedua-dua parti untuk memerintah negara. Rakyat dapat membuat satu penilaian yang bijak berdasarkan polisi-polisi yang diketengahkan oleh kedua-dua pihak yang bertanding. Ini mewujudkan persaingan yang hebat serta melahirkan dasar-dasar negara yang membina dan bernas untuk kepentingan rakyat jelata. Tambahan pula sistem ini berpotensi untuk mengikis amalan rasuah, kronisme dan nepotisme. Rakyat negara kita seharusnya membuka minda menerima sistem 2 parti ini untuk pembangunan yang lebih ketara.

Sistem ini membenarkan peralihan kuasa yang licin daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Ini dapat membendung pemusatan kuasa yang terlampau dan terlalu lama dipegang satu pihak yang menjadi kerajaan. Sistem 2 parti ini juga korelasi dengan falsafah yang mengingatkan kita bahawa 'power corrupts, absolute power corrupts absolutely' Sejak tsunami pilihanraya 2008, politik Malaysia buat pertama kalinya memberi satu harapan bahawa pembangkang mempunyai peluang untuk memerintah negara ini. Walaupun kewujudan sistem 2 parti masih samar-samar di negara kita, tetapi pembentukan 2 gabungan politik itu sendiri boleh dianggap sebagai kematangan politik yang licau serta berjaya melakar hala tuju negara ke tahap yang lebih cegat dan cekang..

YB V.Sivakumar,
ADUN Tronoh,
Timbalan Pengerusi DAP Perak
5 September 2011

Mat Sabu : “Jangan gali kubur sendiri!”

Posted: 05 Sep 2011 05:36 PM PDT

8 Syawal 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - "Jangan gali kubur sendiri!" Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, 'Pengukir Nama Johor' diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

"Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung," katanya semalam.

Buku 'Pengukir Nama Johor' yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

"Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

"Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

"Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang."

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

"Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka," katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong. SH/-

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

Posted: 05 Sep 2011 04:08 AM PDT

7 Syawal 1432H. [MOD] -
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.

"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.

Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.

Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.

Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.

Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.

Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.

Harakahdaily/-

Kenapa ramai nama askar Inggeris pada tugu negara?

Posted: 05 Sep 2011 02:00 AM PDT

7 Syawal 1432H. [MOD]
Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
  1. 1. Benarkah UMNO tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang ?
  2. Sebelum Merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka UMNO pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?
  3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?
  4. Bilakah semboyan MERDEKA bermula dan siapakah pemulanya?
  5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?
  6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?
  7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.
  8. Akta darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?
  9. Benarkah Darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.
  10. Benarkah Darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.
  11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948 … dan kenapa?
  12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu … ?
  13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya?
  14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa?
  15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (UMNO sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).
  16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal"? Dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjang ke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada.
  17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.
  18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi UMNO sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.
  19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datok Bahaman, Mat Kilau, Dato Sagor, Dato Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu adalah sebahagian dari pejuang kemerdekaan.
  20. Benarkah pada tahun 1948 UMNO hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini (oleh Tongkat Bahaman)

Trend baharu fotografi guna lampu picit

Posted: 05 Sep 2011 02:00 AM PDT

7 Syawal 1432H. [MOD] -

ANTARA gambar yang disiarkan dalam laman Darren Pearson-Home di Internet dengan menggunakan lampu picit.

SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis dari sini, Darren Pearson menghasilkan fotografi dengan menggunakan lampu picit kecil.

Lampu itu digerakkan supaya ia boleh menghasilkan bentuk haiwan seperti dinosaur dan objek-objek lain.

Trend tersebut popular dalam kalangan jurugambar muda sehingga Pearson turut mempunyai blognya tersendiri bagi membincangkan teknik fotografi itu di laman Darren Pearson-Home.

Antara laman yang membincangkan teknik itu ialah thelightpainters.com.

Darren juga mengajar teknik tersebut di laman YouTube. - Agensi

Parti Komunis China Tetamu Kehormat Persidangan Umno

Posted: 05 Sep 2011 01:54 AM PDT

7 Syawal 1432H. [MOD] -

IPOH 5 SEPT : Parti DAP Perak menganggap Umno sebagai 'meludah ke langit' apabila mendedahkan perjanjian kerjasama antara parti Melayu itu dengan Parti Komunis China pada Ogos 2010.

Perjanjian itu ditandatangani di Beijing, China oleh Setiausaha Agungnya ketika itu, Datuk Seri Tengku Andan Mansor yang mendapat liputan meluas media tempatan.

Pemimpin Umno sebelum ini termasuk Presidennya yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengecam pemimpin Pakatan Rakyat kononnya mendewakan fahaman Komunis dengan menyifatkan tentera Komunis yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan sebenarnya.

Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu semasa berceramah di Tasek Gelugor di Georgetown, 21 Ogos lalu berkata tentera Parti Komunis Malaya sepatutnya diiktiraf sebagai pejuang merdeka berikutan mereka menentang penjajah yang sebenar di tanah Melayu, iaitu British.

Namun jasa mereka dipadamkan dari sejarah kemerdekaan negara dan dituduh sebagai pengganas.

Umum mengetahui Parti Komunis Malaya (PKM) adalah jaringan kepada Parti Komunis China.

Justeru, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menganggap Umno tidak layak untuk mengecam pemimpin Pakatan Rakyat berikutan parti perkauman itu secara jelas menjalinkan kerjasama dengan parti Komunis China.

"Adalah jelas ini terbukti bahawa apabila UMNO mengutuk komunis dan melemparkan segala fitnah terhadap parti Komunis Malaya serta cuba menodai nama baik Mat Sabu, UMNO secara terbuka telah menjalin hubungan intim dengan bapa Komunis Parti Comunist Malaya (PCM), Parti Komunis Cina.

"Bah kata pepatah Melayu, apabila meludah ke langit, akhirnya kena pada muka sendiri. Inilah akibat melakukan dosa fitnah," katanya menerusi kenyataan medianya.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping, menambah hubungan Parti Komunis China dengan Umno sangat erat ekoran parti itu sering dijemput menjadi tetamu kehormat khas setiap kali Perhimpunan Agung Umno diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Adalah jelas Parti Komunis Cina sering diundang menjadi tetamu kehormat khas perhimpunan Agong UMNO yang diadakan di PWTC, KL. Apa nak dikata sekarang?," soalnya.

tv selangor/-

Tidak perlu pemangku MB Kedah

Posted: 05 Sep 2011 01:51 AM PDT

7 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak bersetuju diwujudkan jawatan pemangku Menteri Besar Kedah kerana Datuk Seri Azizan dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar dengan baik.

"Jawatan Pemangku Menteri Besar itu adalah pemilihan parti. Dalam konteks di negeri Kedah, jawatan Pemangku Menteri Besar itu memang tak timbul dan tak perlu.

"Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri pun baru-baru ini dah keluarkan kenyataan mengenai perkara itu dan ia tidak perlu dibangkitkan lagi oleh sebarang pihak," tegasnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Ustaz Azizan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sejak dulu, katanya, untuk apa lagi diwujudkan jawatan Pemangku Menteri Besar.

"Soal hendak mewujudkan jawatan Pemangku Menteri Besar itu sebenarnya tidak berbangkit. Tambahan pula Ustaz Azizan dan Presiden PAS sendiri pun dah keluarkan kenyataan tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan Pemangku Menteri Besar Kedah, jadi semua pihak perlulah faham dengan realiti itu," tegas beliau.

Aziz Muda

Putera 1Malaysia utama publisiti dari keselamatan?

Posted: 05 Sep 2011 01:50 AM PDT

7 Syawal 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendakwa Kelab Putera 1Malaysia lebih mementingkan publisiti mereka daripada keselamatan seluruh anggota misi bantuan kemanusiaan di Somalia baru-baru ini.

Mahfuz berkata, Pengerusi kelab tersebut, Datuk Azeez Abdul Rahim tidak seharusnya mengutamakan liputan kepada misinya namun harus menekankan tujuan misi dan aspek keselamatan seluruh anggota misi.

"Pihak penganjur seharusnya lebih bertanggungjawab di atas segala kemungkinan, bukan mementingkan publisiti semata-mata.

"Keselamatan angggota misi khususnya petugas media lebih utama daripada mahu namanya terkenal kerana menerajui misi kemanusiaan di negara yang sedang bergolak," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor akibat terkena peluru sesat di dalam pacuan empat roda sewaktu dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dari memberikan bantuan kepada mangsa kemarau dan kebuluran di sana.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul, Mahfuz mengakui kematian itu satu takdir namun menegaskan, pihak penganjur harus melakukan persiapan rapi sebelum menjalankan misi kemanusiaan di kawasan berisiko tinggi.

"Kita tidak menolak takdir yang berlaku tapi itu (takdir) persoalan lain. Yang saya persoalkan kenapa Kelab Putera 1Malaysia tidak membekalkan jaket kalis peluru dan persedian keselamatan lain?

"Bukan Allahyarham sahaja yang tidak dibekalkan dengan jaket keselamatan tapi keseluruhan anggota pasukan tidak dibekalkan. Sedangkan (Datuk) Eskay Abdullah boleh pakai jaket kalis peluru ketika bersumpah laknat di masjid. Padahal tak ada sebarang ancaman pun," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Azeez yang muncul pada program Selamat pagi Malaysia di RTM pagi tadi berkata, kematian Noramfaizul Jumaat lalu adalah satu takdir kerana beliau mahu menyertai misi itu meskipun awalnya tidak disenaraikan oleh Bernama sebagai anggota pasukan.

Azeez yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno mempertahankan tindakan kelab tersebut daripada kritikan dan gesaan agar bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul.

Mahfuz bagaimanapun menegaskan Azeez harus bertanggungjawab di atas kecuaiannya pihaknya dan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi kelab dan jawatan lain dalam Umno.

"Kelab Putera 1Malaysia harus bertanggungjawab di atas kehilangan nyawa ini dan Azeez harus meletakkan semua jawatannya kerana melakukan kelalaian yang tidak sewajarnya," katanya.

Selain tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru, pacuan empat roda yang dinaiki petugas media tidak ditandakan dengan pelekat bertulis "Media" bagi mengelakkan serangan.

Malah seangan dilakukan oleh African Union Peacekeepers (AUP) yang membuktikan mereka tidak memaklumkan kehadiran kepada AUP yang memantau misi keamanan di sana.

Jenazah Allahyarham Noramfaizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM) pagi semalam.

Jenazah dibawa pulang dari Mogadishu menaiki pesawat C-130 TUDM ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang jam 10 pagi semalam.

harakahdaily/-

PAS TAMBUN

Posted: 06 Sep 2011 01:11 AM PDT

PAS TAMBUN


SUASANA PAGI RAYA DI PUSAT TARBIYAH PAS KAWASAN TAMBUN, TAMAN MERU

Posted: 05 Sep 2011 08:54 AM PDT

Kemeriahan pagi raya di perkarangan Pusat Tarbiyah (sementara) Pas Kawasan Tambun, Taman Meru. Orang ramai mula hadir sekitar jam 8.15 pagi untuk solat sunat Eidul Fitri.
Haji Asmuni Awi (Ajk Pas Pusat) turut sama 'bertugas' menyambut jamaah yang hadir.

Sdr. Ahmad Khair Faizal Bin Yahaya (Setiausaha Pas Kawasan Tambun) menyampaikan ucapan mewakili Pas cawangan Taman Meru dan Pas Kawasan tambun. "Terima kasih atas sokongan jamaah dan mohon maaf di atas segala kelemahan di pihak parti"

Ustaz Fairus Hafeizh Osman selaku khatib dan imam jemputan. Khutbah yang bersemangat. Sarat dengan misi perjuangan dan mengingatkan kepada taqwa.

Sebahagian dari jamaah muslimah yang memenuhi ruang dalam Pusat Tarbiyah.

Ramai muslimah yang solat di Pusat Tarbiyah.

Tanggungjawab yang tidak pernah diabaikan !. Kaunter daftar pemilih pilihanraya dan kaunter derma/waqaf Dana Pembinaan Pusat Tarbiyah Pas Kawasan Tambun yang menelan belanja RM450,000. En. Razak sedang bertugas di kaunter. Kelihatan Haji Wazir dan Sdr Anuar.

Sdr. Ahmad Khair Faizal (Ketua Cawangan Taman Meru) menjengah kaunter memberi galakan kepada petugas.

Kaunter mula diserbu sebaik selesai solat Eidul Fitri.

Haa ini dia 'Orang Muda Geng Kita'. Mereka pelapis perjuangan Islam !

Sdr Zaini, segak bergaya dengan tarbus merahnya. Kelihatan juga Hj. Zambri Mahmod di kaunter yang sedang beroperasi.

Saat menjamu selera. Sudah menjadi kelaziman bagi Pas Cawangan Taman Meru menyediakan jamuan makan di pagi raya. Ini baru pra jamuan raya. Tungguuu... jamuan raya peringkat Zon Meru di padang Taman Meru 1B (DATARAN ROSLI)

Haaa memang meriah !!. Ramai anak-anak perantau yang solat di Pusat Tarbiyah ini.

Saat menjamu selera...

Mereka berdua pernah menjadi rakan seangkatan dan memimpin Dewan Pemuda Pas kawasan Tambun suatu ketika dulu....

Haji Fuadi bersama Sdr Rosli (berkerusi roda). Turut kelihatan Sdr Jamal.

SUMBANGAN IDILFITRI : YDP MENYAMPAIKAN SUMBANGAN JUADAH HARI RAYA

Posted: 05 Sep 2011 02:29 AM PDT

YBgh Dr Khairuddin memilih motor agar mudah untuk masuk ke kampung-kampung..

Ayam organik HPA sebagai sumbangan yang diberikan kepada bakal penerima sumbangan...



Ketua Muslimat Tambun pun bersama-sama menyampaikan sumbangan pada pagi itu.

Dr Khairuddin menyampaikan sumbangan kepada salah sebuah keluarga sambil diperhatikan oleh Tn Hj Zainal Abidin ketua lajnah kebajikan PAS Caw Manjoi.


Ybhg Dr Khairuddin menyampaikan sumbangan dari PAS Cawangan Manjoi berupa seekor ayam dan 1/2 kg beras pulut, "ini satu sumbangan yang amat bermakna kepada golongan yang tidak berkemampuan, cukup untuk mereka memulakan hari raya bersama ahli keluarga mereka.." kata Dr Khairuddin.

Sumbangan ini adalah merupakan pelengkap sumbangan dari PAS Kawasan Tambun khususnya PAS Cawangan Manjoi, kerana sebelum ini mereka telah menyampaikan sumbangan berupa keperluan untuk menyambut ramadhan dan kali ini pula adalah untuk golongan ini memulakan Hari Raya dengan juadah yang ala kadar..

KP : Tahniah PAS Manjoi kerana kreativiti ini, semua pencetus dan pelaksana mendapat pahala dari Allah swt.

DPP PADANG TERAP

Posted: 05 Sep 2011 09:34 PM PDT

DPP PADANG TERAP


Sekitar program Jejak Lailatul Qadar DPPPT

Posted: 04 Sep 2011 08:51 PM PDT






Program Jejak Lailatul Qadar dijalankan bermula pada 17 Ramadhan dan berakhir pada 29 Ramadhan di sekitar Padang Terap. Beberapa buah masjid yang terpilih diimarahkan dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan Qiamullail, bacaan Al-Quran, bersahur, menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, solat subuh berjemaah, Tazkirah, Iftar dan sebagainya. Antara masjid dan rumah yang terpilih ialah Masjid Naka, Masjid Pasir Puteh, Masjid Kg Tong Pelu, Masjid Felda Lubuk Merbau, Masjid Pong Utara, rumah seorang warga tua di Bendang Raja, Markas Pas Kawasan, dan beberapa buah masjid lagi. Program ini dianjurkan oleh DPPPT dengan kerjasama beberapa buah NGO di kawasan Padang Terap.

PAS KDAS 3

Posted: 05 Sep 2011 09:10 PM PDT

PAS KDAS 3


Pejuang Kemerdekaan dan Isu Mat Indera - Pandangan Riduan Mohamad Nor

Posted: 05 Sep 2011 04:54 PM PDT

Mat Indera: Umno guris hati rakyat Johor

Posted: 05 Sep 2011 04:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Umno telah mengguris hati rakyat Johor
kerana mendakwa Mat Indera (gambar) adalah pengkhianat bangsa.
Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata, Umno tidak cermat
mengulas isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong yang membabitkan
Mat Indera.
"Mereka (Umno) telah mengguris hati rakyat Johor kerana mendakwa
Mat Indera pengkhianat bangsa. Sedangkan dalam buku Pengukir
Nama Johor mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang bangsa," ujarnya
 dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, buku Pengukir Nama Johor yang diterbitkan
Yayasan Warisan Johor itu dinaungi oleh Menteri Besar,
Datuk Abdul Ghani Othman sendiri.
"Saya sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sangat kecewa dengan tindakan Umno
yang tidak mengiktiraf jasa Mat Indera.
"Saya yakin seluruh rakyat negeri Johor terguris dan kecewa dengan tindakan
 Umno," ujarnya.
Di akhir biografi ringkas Mat Indera di dalam buku tersebut, penulis ada menyebut:
 "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Mat Indera adalah seorang
yang berani berjuang secara terbuka melibatkan jasmaninya, rohaninya, inteleknya,
 dan emosinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi.
Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela
mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara
yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan
 namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".
Sementara itu, walaupun Mat Indera dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah
Pasung Bukit Kepong, namun menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama
Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang.
Beliau sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.
Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang
 diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan
mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

Posted: 05 Sep 2011 04:41 PM PDT


KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.
"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.
Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.
Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.
Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.
PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.
Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.
Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.
Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.

UMNO BODOHKAN MELAYU TENTANG SEJARAH MAT INDERA

Posted: 05 Sep 2011 04:38 PM PDT





Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.


Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 05 Sep 2011 09:02 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Orang Asli N.Sembilan harapkan sebuah surau

Posted: 04 Sep 2011 11:13 PM PDT



Bina surau untuk mualaf
Sinar Harian 5 Sep 2011

TALANG – "Sudah tiba masanya Kampung Orang Asli Langkap Talang Tanjung Ipoh mempunyai sebuah surau bagi membolehkan golongan mualaf mengimarahkan aktiviti keagamaan," kata seorang mualaf, Firdaus Abdullah, 55.

Beliau berkata, surau perlu diwujudkan bagi memastikan aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Walaupun tidak ramai Orang Asli memeluk agama Islam, namun apabila membina surau, sedikit sebanyak membuka hati mereka untuk menerima Islam sebagai panduan hidup.

"Lagipun, banyak kegiatan dapat dilaksanakan di sini. Kita boleh solat jemaah bersama-sama, melakukan aktiviti gotong-royong untuk program keagamaan dan pelbagai lagi," katanya.

Firdaus yang memiliki pengalaman dua tahun di Kelantan bagi mendalami ilmu agama berharap dapat menyebarkan ilmu itu kepada golongan mualaf di sini.

"Saya berharap dapat meluaskan ajaran agama Islam di kawasan ini. Sepanjang bergelar mualaf, saya sentiasa mendapat bimbingan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

"Dari situlah, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama," katanya.

Firdaus berkata, jarak jauh membatasi mereka untuk pergi luar dari kampung.

"Namun apabila ada kakitangan jabatan turun padang membantu saudara baru di sini, saya sangat gembira," katanya.

Katanya, bagi memperkukuhkan dan mempelajari agama Islam, dia mengadakan kelas agama di rumah.

"Kelas ini bertujuan menggerakkan aktiviti keagamaan di kampung supaya mereka tidak mudah lupa dan mempraktikkan apa yang diajar.

"Justeru, saya berharap pihak berkaitan dapat menimbangkan permintaan untuk membina surau di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan, Mohamad Noor Abdul Rahman bersama rombongannya menziarahi rumah Firdaus sempena program Iftar Perdana yang digerakkan oleh Pas kawasan Kuala Pilah.

Katanya, rombongan itu bertujuan menanamkan sikap prihatin kepada masyarakat dengan memasuki setiap kampung dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen Kuala Pilah.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9495502.asp

PemudaSikDaily

Posted: 05 Sep 2011 09:02 PM PDT

PemudaSikDaily


SUMBANGAN UNTUK FAKIR MISKIN & WARGA TUA

Posted: 04 Sep 2011 11:05 PM PDT

Ketua Pemuda segang mendegar luahan hati seorangwarga tua

PROGRAM RAMADHAN BARU-BARU INI

Posted: 04 Sep 2011 09:46 PM PDT

Gerak Sahur & memberi sumbangan
Sumbangan Beras & Hampe
Progrm gerak sahur disekitar daerah Sik

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG

Posted: 05 Sep 2011 09:02 PM PDT

PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG


SharpShooter: Mat Indera adalah anak murid kepada bapa Muhyidin ...

Posted: 05 Sep 2011 08:21 PM PDT

SharpShooter: Mat Indera adalah anak murid kepada bapa Muhyidin ...: Mahu tak mahu.. suka atau tidak suka, isu tema Hari Raya Aidilfitri umporno tahun 2011 adalah Mat Sabu, ini akan jadi sejarah. Nama Mat Sa...

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 05 Sep 2011 09:01 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


DS Nizar bersama PAS Bukit Gantang sampai duit raya kepada Guru Pasti.

Posted: 05 Sep 2011 06:54 PM PDT

DS Nizar,Puan Amizan(KDM) dan Ustaz Ahmad Arifin(KDP) bersama sebahagian guru pasti yang menerima duit raya.
Puan Zulina,Guru Pasti dari Taman Kaya menerima duit raya daripada DS Nizar.
Terima kasih DS Nizar.
Tahniah dan syabas mendidik anak bangsa.

PAS Kawasan melalui Lajnah Kebajikan Kawasan,Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda ,baru-baru ini 26 Ogos telah memberi sedikit sumbangan duit raya kepada 30 orang Guru Pasti dalam Kawasan Bukit Gantang.

Sejumlah RM9,000.00 telah diberikan kepada 30 orang Guru Pasti.Dengan setiap Guru Pasti mendapat Rm300.00.Sumbangan itu diberikan menandakan penghargaan masyarakat ke atas guru Pasti.

Sementara itu,pada pemerintahan PR pada tahun 2008.Guru-guru PASTI negeri Perak juga telah menerima duit raya bernilai RM500.00 atas jasa dan pengorbanan mereka.

PAS LENGGONG

Posted: 05 Sep 2011 07:04 PM PDT

PAS LENGGONG


Ada muslihat putera sebenarnya.

Posted: 05 Sep 2011 02:35 AM PDT

Sebelum kelab ini melibatkan diri wajah lain yang keluar di muka TV, tut tut bila collection mencapai juta ringgit muncul pulak si Aziz ini. Prinsipnya menangguk di air yang keruh. Dalam hal ini yang sebenar bertanggung jawab menyebab kematian ialah si Aziz. Dia bawa pemberita supaya gambarnya tiap hari keluar di TV. Dia membahayakan diri orang lain untuk menaikkan namanya.

Apa motif Putera bawa ramai peserta ke Somalia
M Faqih

KOTA BHARU, 5 Sept: Ketika Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor dikenang sebagai seorang wira, persoalan baru pula timbul apakah motif Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai ahli rombongan ke Somalia.

Rombongan sehingga 54 orang termasuk petugas media tentunya mebabitkan kos begitu tinggi dan siapa pula menanggungnya.

Bagi Pemuda PAS Kelantan kos menanggung begitu ramai ahli rombongan sebenarnya boleh diguna menyediakan keperluan untuk disampaikan kepada mangsa di Somalia.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman mempersoalkan apakah alasan Kelab Putera 1Malaysia membawa begitu ramai anggota rombongan.

"Jika dilihat mana-mana misi kemanusiaan antarabangsa yang dianjurkan NGO dinaungi Umno mereka lebih mementingkan publisiti dan mempolitikkan misi.

"Sebelum ini dalam misi bantuan ke Gaza penganjur mempolitikkan misi tersebut sehingga Timbalan Presiden PAS, Muhamad Sabu yang sepatutnya berucap dibatalkan di saat-saat akhir.

"Tindakan itu menyebabkan beberapa NGO menarik diri daripada menyertai misi dan meneruskan misi secara bersendirian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ketua Umno Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad hari ini dilapor mempertahankan misi bantuan kemanusiaan ke Somalia anjuran Kelab Putera 1Malaysia dan tidak menganggap sengaja mencari publisiti.

Allahyarham Noramfaizul (gambar) yang bertugas sebagai jurugambar Bernama TV meninggal dunia baru-baru ini akibat terkena tembakan curi ketika menyertai misi anjuran Kelab Putera 1Malaysia.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, berdasar pengalaman lepas terbukti ada maksud tersirat di sebalik misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia, di mana lebih bermotifkan kepentingan politik.

"Ini dapat dibuktikan juga dalam misi bantuan kepada rakyat Malaysia di Mesir di mana Kelab Putera 1Malaysia mempolitikkan misi tersebut sehingga wakil kerajaan Kelantan dinafikan untuk menyertai rombongan terbabit," ujarnya.

Selain itu berdasar pengakuan beberapa anggota rombongan mereka tidak dibekalkan baju kalis peluru dan tiada latihan keselamatan sebelum misi ke Somalia berlangsung.

Kata beliau juga jika dibandingkan misi bantuan kemanusiaan antarabangsa dianjur NGO lain seperti Yayasan Amal Malaysia dan Misi Cakno Palestin mereka tidak mencari publisiti secara berlebihan.

"Saya juga berharap agar mana-mana misi bantuan kemanusiaan selepas ini supaya mengambil berat soal keselamatan bukan hanya untuk mencari publisiti murahan daripada musibah menimpa orang lain.

"Janganlah berterusan mempolitik misi bantuan yang dianjur semata-mata kerana mereka mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah," katanya.

Abdul Latif turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Noramfaizul dan mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Soalan Tambahan untuk KKK

Posted: 05 Sep 2011 02:29 AM PDT

Mengapa pada malam 31 ogos 1957 bendera union jack diturunkan dan bendera "malaysia" dinaikkan? nak bagi satu soalan sahaja.
Jangan merendahkan penghormatan yang Prof miliki.

Reaksi Khoo Kay Kim undang banyak persoalan
Mohamed Hadi al-Majwi

Saya tertarik untuk mengulas wawancara Berita Minggu bersama dengan tokoh sejarawan negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (KKK) yang disiarkan menerusi akhbar tersebut pada 4 September 2011. Sudah tentulah tujuan utama wawancara tersebut ialah untuk membidas Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai isu Mat Indera dan Bukit Kepong tetapi itu tidaklah menghairankan bagi akhbar yang menyokong parti pemerintah. Saya lebih berminat untuk mengulas jawapan-jawapan KKK yang saya sifatkan secara peribadi sebagai lebih banyak mengundang persoalan daripada merungkaikan jawapan.

Misalnya, KKK mempertahankan Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar dengan mengatakan bahawa mereka bukanlah pegawai British seperti mana yang didakwa oleh Mat Sabu. Menurut KKK, Tanah Melayu tidak pernah menjadi jajahan British dan beliau berikan alasan-alasan beliau seperti yang dimuatkan di dalam wawancara tersebut. Pandangan ini bukanlah baru, malah disokong oleh hujah-hujah yang berasas. Namun begitu, pelbagai persoalan timbul di dalam benak fikiran saya berkenaan isu Tanah Melayu yang tidak pernah dijajah:

1. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, kenapa kita diajar sejak di bangku sekolah lagi bahawa British adalah penjajah?

2. Kalau negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri-Negeri Selat) ialah Negeri-Negeri Melayu Naungan, mengapa British tidak digelar sebagai penaung?

3. Kalau British ialah penaung sahaja bukan penjajah, kenapa hasil bumi Tanah Melayu habis dikaut oleh British? Kenapa kuasa eksekutif terletak di tangan pegawai British bukannya di tangan istana? Adakah Negeri-Negeri Melayu Naungan benar-benar berdaulat kalau pemerintahannya dikendalikan oleh pegawai British?

4. Kalau 'nasihat' pegawai British di dalam pentadbiran mesti diikuti oleh raja-raja Melayu berdasarkan perjanjian yang telah mereka tandatangani (kecuali di dalam soal agama Islam dan adat istiadat Melayu), adakah ini bukan penjajahan namanya? Kalau ini bukan satu bentuk penjajahan, maka istilah apakah yang selayaknya untuk kita panggil?

5. Kalau British bukan penjajah, kenapa Tanah Melayu perlu dimerdekakan? Lazimnya sesebuah negara yang merdeka akan bebas daripada cengkaman penjajah, tetapi Tanah Melayu ini merdeka daripada cengkaman siapa? Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 itu tujuannya apa pula?

6. Kalau British bukan penjajah, maka Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan sebagainya menentang siapa dan derhaka kepada siapa?

7. Kalau Tanah Melayu tidak pernah dijajah British, adakah segala usaha para pejuang kemerdekaan, baik golongan yang kanan, yang tengah mahu pun yang kiri untuk memerdekakan negara kita tidak boleh dianggap sebagai usaha mengusir penjajah?

8. Yang paling penting sekali, kalau kita betul-betul mahu membezakan status antara negeri naungan dan negeri jajahan, jawablah dengan hati yang jujur, adakah terdapat perbezaan ketara di antara kedua-duanya?

Saya tidak mengajukan soalan-soalan di atas kepada KKK kerana saya yakin beliau pun tahu jawapannya. Tetapi saya mohon supaya kita semua berfikir sejenak, adakah kita semua sedar mengenai fakta yang KKK kemukakan? Adakah fakta ini didedahkan kepada para pelajar kita menerusi mata pelajaran Sejarah mereka?

Disebabkan reaksi KKK inilah saya merasakan bahawa ada sesuatu yang sangat, sangat, sangat tidak kena mengenai sukatan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Sejarah apakah (atau sejarah siapakah) yang sebenarnya diajar di sekolah-sekolah selama ini?


Melihat sejarah lampau - mengelak pembodohan

Posted: 05 Sep 2011 01:02 AM PDT


Umno padam jasa agamawan nasionalis

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Dua lagi pemimpin PAS pusat mempertahankan Mohamad Sabu sambil menegaskan kefahaman bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan negara seperti dicanang pihak tertentu untuk mendapat sokongan orang Melayu sama sekali tidak benar.

Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli jawatankuasa kerja PAS, berkata gologan agamawan nasionalis yang dicap sebagai penentang atau golongan kiri oleh British juga merupakan pejuang kemerdekaan sebenar, namun tidak diangkat dalam sejarah.

NONEDatuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS mengeluarkan pendirian menyokong timbalan presiden itu. Mereka seperti Tok Janggut yang menentang British di Kelantan, Tok Ku Paloh dan Abdur Rahman Limbong di Terengganu, Datuk Bahaman di Pahang dan beberapa pejuang lain yang sanggup menggadai nyawa menentang penjajah.


Selain itu tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan negara yang lain seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam juga seolah-olah dinafikan jasa mereka menentang penjajah. "Pada saya, sebenarnya perlu kepada penziarahan semula sejarah kemerdekaan kita kerana sejarah yang ada pada hari ini hanya ditulis dari satu sisi pandang iaitu dari pihak Umno BN yang diberi kuasa oleh penjajah British," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

"Kita menerima nasionalis berunding meja bulat dengan British kemudiannya diberi kuasa, namun kita juga perlu mengiktiraf dan merakamkan perjuangan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang turut berjuang memerdekakan negara dari British," katanya dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut sejarah, dalam pertempuran dengan British di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh dan mayatnya dibawa ke Kota Baru dalam kereta lembu yang menelan masa sehari.

Kemudian mayat beliau digantung secara terbalik beberapa hari di depan istana di Padang Merdeka sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

Abdur Rahman pula dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu dan ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya di Mekah pada 1928 dan meninggal dunia selepas itu.

"Umno buat apa, berunding meja bulat sahaja, ini Tok Janggut, Abdul Rahman, Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman berjuang angkat senjata lawan British bukan ikut telunjuk British," tambah beliau.

Mengulas kenyataan Mohamad yang dimainkan akhbar Umno berhubung serangan terhadap anggota polis di Bukit Kepong pula, Dzulkefly berkata, anggota polis tersebut terperangkap sebagai mangsa keadaan.

Biarpun serangan itu adalah terhadap British, namun anggota polis tersebut menjadi mengsa kerana mereka pada waktu itu berkhidmat untuk British dan memerangi mereka yang menentang British.

Dr Mujahid Yusof, Ahli Parlimen Parit Buntar juga ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat, berkata isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Mujahid berkata, serangan kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu, namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN. Katanya, ia termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi tali barut British.

"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri. "Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.

Zaman British sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicap sebagai golongan berhaluan kiri atau komunis. Golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British, katanya.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British. Penentang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicap kiri atau komunis," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata, Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif, sebab itu sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British.


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad turut mendakwa kesan akibat kerajaan BN menjadikan sambutan kemerdekaan negara seperti menyambut ulang tahun kelahiran Umno, maka rakyat hari ini dikatakan begitu hambar untuk menyambut kemerdekaan negara,

"Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British. "Cuma Umno tidak sedar mereka adalah 'radio buruk' hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya.

"Inilah yang terjadi apabila negara menyambut kemerdekaan, seolah-olah negara merdeka hasil perjuangan Umno sahaja," katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, nama-nama tokoh pejuang kemerdekaan negara seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar al Baqir, Ahmad Boestamam (bawah, kanan) dan lain-lain lagi seolah-olah cuba dipadamkan dari sejarah.

"Kenapakah nama-nama mereka digelapkan daripada sejarah negara ini?" soalnya. Sebaliknya, menurut Idris, tokoh-tokoh Umno pula yang diagung-agungkan semasa menyambut kemerdekaan negara.

Pada hal, katanya, Umno hanya wujud kerana menentang Malayan Union pada 11 Mac 1946 dan malahan slogan Umno peringkat awal ialah Hidup Melayu.

Menurutnya, laungan 'Merdeka' hanya digunakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 5 April 1953 semasa persidangan perhimpunan agung Pemuda. Ini, kata Idris, membuktikan Umno begitu lambat untuk memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

Tambahnya lagi, golongan yang enggan berkompromi dengan British sudah lama menyuarakan hasrat mendapatkan kemerdekaan seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (1945) dan Hizbul Muslimin (1948).

malayan union billboardMenurut Idris, jika benar Umno memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu, rakyat tentunya bertanya siapa pemimpin Umno yang diburu oleh penjajah ketika zaman penjajahan British itu.

"Ini membuktikan Umno ialah anak emas penjajah," ujarnya lagi.

Sejarah silam

Posted: 05 Sep 2011 01:01 AM PDT


Kajian semula Pejuang Kemerdekaan

Transkrip ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong yang dipetik dari videonya menjadi isu:

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indera, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum Merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering, Taiping.
Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!!

Siapa Ahmad Indera
Seorang Hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Telah menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Telah melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris dengan menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad (SAKO), aggota Angkatan Pemuda Insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik.

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang pejajah Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. nak tak nak Mat Indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar, Batu pahat dan Melaka.


baca seterusnya...

Najib kata jangan tuding jari (menuduh)

Posted: 05 Sep 2011 12:32 AM PDT

Kenapa dia kata begitu?

Noramfaizul: Timbalan KP Utusan salahkan penganjur
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan (gambar) menyalahkan pihak penganjur Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia ekoran kematian jurukamera BernamaTv, Noramfaizul Mohd. Nor.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan beliau melalui facebooknya, Zaini membandingkan kerja amal luar negara yang dibuat oleh Mercy Malaysia yang tidak pernah kecoh dengan media pun.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

Kenyataan orang nombor dua media Umno ini dsiarkan oleh Berita Harian.

Berita Harian melaporkan:

Timbalan ketua pengarang utusan malaysia, Datuk zaini hassan bagaimanapun melahirkan rasa kesal dengan pihak penganjur misi bantuan kemanusiaan yang gagal menyediakan persediaan keselamatan akibat TERLALU MEMENTINGKAN PUBLISITI DARIPADA MEDIA.

"Mercy Malaysia buat kerja amal di luar negara tak kecoh-kecoh pun, tak bawa krew media yang ramai pun, Aalahai...," katanya secara sinis pada laman sesawang FB miliknya semalam.

(Laporan Berita Harian)

Penganjur missi ini adalah Kelab Putera 1 Malaysia yang dipimpin oleh Abdul Azeez Rahim yang juga Ketua Putera Umno.

Missi Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia adalah badan yang direstui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Melalui kenyataan Zaini jelas, missi kelab ini bukan sekadar mahu membantu tetapi juga sarat dengan missi politik iaitu untuk publisiti dan kini salah seorang wartawan Malaysia menjadi mangsanya.

Selain Zaini, wartawan kanan Utusan Zulkiflee Bakar, juga mempersalah pihak penganjur kerana gagal membuat kajian terlebih dahulu mengenai sesuatu negara sebelum menghantar bantuan bagi memberikan ruang kepada semua yang terbabit untuk membuat persediaan.

Harakahdaily difahamkan, rombongan ini disertai oleh 54 anggota yang terdiri dari sukarelawan Kelab 1 Malaysia di samping 16 wartawan dari semua media tradisional di samping para blogger Umno.


Bila telah datang kebenaran ke atas kebatilan ,

Posted: 05 Sep 2011 12:19 AM PDT

Wa qul ja al haqqa wa za haqal bathil, innal bathilaka na zahuqa.

Perhatikan Allah menaikkan kebenarannya bagi hambanya yang di fitnah, Di saat kemuncak serangan kepada Mat Sabu atas isu itu, Terkorban pula juru kamera bernama di somalia, Harussani dan Noh Gadut mengata syahid bagi juru kamera itu. Sekadar bawa kamera boleh jadi syahid? Bagaimana dengan Dr Azhari Husin? Bagaimana dengan Nordin Mat Top, Bagaimana dengan Osama Ben Laden, Bagaimana dengan Ust Ibrahim Libya, Bagaimana dengan Polis yang terbunuh di bukit kepong, Bagaimana dengan Mat Indera, bagaimana pula dengan tentera dan ashkar yang terkoban di medan juang dengan peluru musuh atau terjatuh.
Mufti hendaklah berlaku adil kepada semua yang terlibat. Jangan mencari dalih untuk seorang ini dengan menolak yang ramai. Dibawah ini dinyatakan serangan kumpulan Mat Indera kerana berlaku sesuatu yang mengaibkan dalam ketaatan manusia.

Bersih nama Mat Indera, keluarga hargai PAS
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Keluarga Mat Indera mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana bersusah payah membersihkan nama allahyarham.

Adiknya, Johan Shah menyatakan demikian di dalam sistem mesej singkat (SMS) kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bertemunya dan keluarga terdekat Mat Indera di Muar, pagi tadi.

Ini adalah mesej adik Mat Indera kepada Mohamad Sabu yang dihantar pula Timbalan Presiden PAS itu kepada media.

"Assalamualikum... kami bagi pehak keluarga allahyarham Mat Indra mengucapkan berbanyak T Kaseh kpd semua ajk pusat Pas kerana bersusah payah utk membersehkan nama abang saya yang selama ini amat saya tuggu2kan. semoga Allah memberikan segakla kemudahan amin.. Hidup Pas"

Menurut laman web Wikipedia, Johan Shah mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Rumah Pasung Bukit Kepong.


Tuntut kematian mereka juga sebagai syahid

Posted: 05 Sep 2011 12:11 AM PDT

Kalau sebagai juru kamera yang hendak membuat liputan boleh disifatkan syahid sepatutnya yang terkorban di bukit kepong dan mana yang terkorban di medan juang juga selayaknya di uruskan sebagai syuhada. Ulama mesti berani menyatakan kebenaran (hak) kerana kebenaran itu milik Allah. (AL HAKKU MIRRABIKUM)


PAS cadang keluarga mangsa Bkt Kepong tuntut pampasan
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: PAS mencadangkan agar semua keluarga anggota polis yang mati semasa mempertahankan rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 menuntut pampasan daripada kerajaan British.

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedia untuk mendapatkan peguam yang sesuai untuk membuat tuntutan pampasan itu.

"Saya telah ditemui oleh seorang peguam yang juga ahli PAS yang sedia memberikan khidmat itu dan yakin boleh membuatnya berdasarkan beberapa kes sebelum ini," kata beliau kepada Harakahdaily.

(Mohamad menunjukkan buku yang mencerita kesah Mat Indera sebagai hero Johor)

Semalam semasa berceramah di Pagoh, Mohamad mula mencadangkan pendekatan itu bagi membela keluarga anggota polis yang terbunuh ketika mempertahankan rumah pasong itu.

Rumah pasong adalah istilah yang digunakan oleh penjajah British untuk menempatkan anggota polis yang bertugas dengannya.

Nama rumah pasong ditukar kepada balai polis apabila negara merdeka dari penjajah British.

Rumah Pasong Bukit Kepong telah diserang oleh Mat Indera dan kumpulannya pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah jajahan British.

Menurut kamus internet, Wikipedia, beliau memang bertanggungawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggota polis Islam yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina.

Akibatnya, Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong.

Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis.

Beliau amat kesal dan marah dengan tindakan komunis yang bertindak sehingga membakar balai polis tersebut.

Akibat serangan ini, ramai anggota polis Melayu yang berkhidmat dengan British di rumah pasong itu mati terbunuh.

Kini, Mohamad Sabu mencadangkan agar keluarga mereka menuntut pampasan dari kerajaan British yang menggaji mereka ketika itu.

"Beberapa pihak telah membuat tuntutan pampasan sebegini dan berjaya," kata Mohamad kepada Harakahdaily.


Bicara sejarah negara

Posted: 05 Sep 2011 12:10 AM PDT


Mohd Sabu bangkit semula bincang sejarah negara
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menganjurkan Forum Di Sebalik Tabir Kemerdekaan pada 16 September ini dengan menampilkan beberapa orang tokoh yang akan membincang mengenai isu penting berkaitan sejarah kemerdekaan Malaysia.

Pengerusinya, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, forum itu bagi menyemarakkan perbicangan sejarah bersempena sambutan ke-54 Kemerdekaan Malaysia.

Katanya, forum itu dijangkakan akan memberi fokus mengenai perjalanan Sejarah sebelum merdeka melalui sisi pandang berbeza dan juga akan menyentuh Perlembagaan Rakyat yang pernah menjadi usul penting Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

"SMM berharap perbincangan sejarah akan terus menjadi budaya dalam kalangan rakyat Malaysia dalam membina semangat patriotism yang tulen," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau turut memberi respons terhadap media perdana hari ini yang begitu panas membincangkan isu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dituduh sebagai pro komunis oleh media Umno.

Katanya, walaupun kenyataan Mohamad dalam satu ceramah disifatkan banyak media pro kerajaan sebagai tidak menghormati kemerdekaan dengan mengagungkan perjuangan komunis namun mahasiswa gemar melihat isu itu melalui sisi pandang yang berbeza.

Menruutnya, bagi mahasiswa kenyataan Mohamad merupakan isu yang sangat kecil berbanding isu Sejarah Malaysia yang selama ini penuh misteri dengan fakta-fakta yang sama ada tersembunyi atau disembunyi.

SMM, ujarnya tidak ingin memberi komentar mengenai apa juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad kerana bagi mahasiswa mana-mana pihak berhak mengeluarkan pandangan selagi mana disokong dengan fakta dan tidak berbaur fitnah.

"Tindakan Mohamad Sabu ini secara tidak langsung telah membangkitkan semula perbincangan mengenai sejarah Malaysia yang kurang diberi perhatian akibat kekalutan politik yang melanda sejak akhir-akhir ini," ujarnya.

Beliau berkata, Mohamad Sabu bukan satu-satunya tokoh yang mempersoalkan mengenai keabsahan penceritaan sejarah secara formal dalam silibus pendidikan Malaysia, namum sebelum ini ramai lagi tokoh yang telah menghuraikan mengenai kekurangan fakta yang terdapat dalam sejarah kemerdekaan negara.

Sebagai contohnya, kata beliau filem pendek 10 Tahun Sebelum Merdeka karya Fahmi Reza telah mengetengahkan fakta di sebalik sejarah formal dengan menceritakan plot perjuangan tokoh tokoh yang kurang ditonjol oleh teks sejarah formal.

Begitu juga, jelasnya dengan hasil kajian seorang bekas pensyarah UKM yang menceritakan fakta sejarah mengenai komunis di luar konsep biasa yang diceritakan oleh teks sejarah formal.

"Mahasiswa beranggapan perkembangan semasa ini amat sihat bagi menghasilkan rakyat yang lebih peka sejarah sekaligus mengenali Malaysia dalam erti kata yang sebenar," katanya.

Justeru, katanya tidak ada sebab untuk Kerajaan berasa khuatir dengan perkembangan semasa ini sekiranya kerajaan benar-benar jujur dengan sejarah yang selama ini dihidangkan kepada rakyat.


Bukti Mat Sabu berkata benar

Posted: 05 Sep 2011 12:08 AM PDT


Umno gali kuburnya sendiri - Mohamad Sabu
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan Umno menggali kubur mereka sendiri apabila mempertikaikan kenyataan beliau bahawa Mat Indera adalah salah seorang pejuang kemerdekaan negara.

Beliau kini memiliki buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang berjodol "Pengukir Nama Johor" yang penaungnya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman sendiri yang menamakan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor.

(Mohamad Sabu menunjukkan buku Pengukir Nama Johor yang memaparkan Mat Indera sebagai salah seorang hero dan gambarnya diletak di muka depannya)

Ghani juga turut memberikan kata-kata aluan dalam buku yang diterbitkan pada tahun 2004 itu.

Mohamad dijangka akan membuat satu sidang media segera bagi menunjukkan bukti ke atas kenyataan beliau sebelum ini bahawa Mat Indera adalah salah seorang hero dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.

Umno melalui medianya Utusan Malaysia dan lain-lain media kawalannya menyerang Mohamad dengan dakwaan menyokong komunis apabila menyifatkan Mat Indera adalah hero kerana melawan British.

Selain media, Umno juga menggerakkan ahli-ahlinya agar membuat laporan polis dan demonstrasi membantah ucapan Mohamad Sabu.

Buku Pengukir Nama Johor diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri.

Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini.

Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor.


Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 05 Sep 2011 03:39 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KJ SUDAH KECUT, PEMUDA PAS AJAK DEBAT PASAL SEJARAH

Posted: 05 Sep 2011 12:50 AM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Dewan Pemuda PAS pusat melahirkan hasrat mahu berdebat dengan Pemuda Umno berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong selain mahu sejarah kemerdekaan negara ditulis semula.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya bersedia bila-bila masa untuk berdebat demi mencari kebenaran sebenar kemerdekaan negara.
Ia dilihat sebagai pelawaan berdebat ketiga daripada kepimpinan PAS kepada Umno.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.
"Debat ini bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan walau melibatkan Pemuda PAS dan Pemuda Umno, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas beliau, pihaknya akan menghantar surat rasmi kepada Pemuda Umno dalam tempoh terdekat dan berharap sayap pemuda parti Melayu itu akan menerima pelawaan itu.
Tambah Nasrudin , tidak timbul PAS menyokong komunis atau menganggap komunis sebagai wira sambil menyifatkan sejarah kemerdekaan versi Umno tidak adil dan perlu ditulis semula.

"Tidak timbul PAS menyokong komunis atau menganggap komunis sebagai hero ketika membuat penegasan betapa sejarah negara perlu ditulis semula tanpa membenarkan Umno dan BN (Barisan Nasional) sekali lagi menodai sejarah gemilang negara dengan para pahlawan dan pejuang yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk menghalau penjajah keluar dari tanah air tercinta ini," katanya.



KJ NAK BERDEBAT... DIA SENDIRI PUN TAK LAHIR MASE TUE..

Posted: 04 Sep 2011 07:06 PM PDT

KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.


Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

"Saya akan berada di sana," kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.
Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.

"Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu," kata Khairy lagi menerusi Twitter.




KAMI TAK DIBEKALKAN JAKET KALIS PELURU & LATIHAN

Posted: 04 Sep 2011 06:04 PM PDT

SERDANG, 4 Sept — Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia mendedahkan wakil media tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.


Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September, terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang ini.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

"Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).

"Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru," kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang dipercayai kumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

"Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

"Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga," katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

"Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan," katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

"Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela," katanya.

...... CAMNE TUE????......

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 05 Sep 2011 03:35 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


MASYALLAH ! UMNO TOTOK DAH BENCI UMNO DAN NGAKU MAT SABU BENAR

Posted: 05 Sep 2011 06:18 AM PDT


Rujuk Dokumetari RTM 1970an : Yusuf Rono mengaku Mat Indera selamatkan nyawanya dari ditembak komunis
"Saya adalah penyokong kuat UMNO yang pernah berada di mukim Lenga, Johor. Di Johor kalau seseorang itu kuat UMNO ia akan dipanggil UMNO totok.

Jadi, saya ini adalah salah seorang UMNO totok. Tetapi sejak akhir-akhir ini kepincangan dalam UMNO tlh membuatkan saya merasa amat benci terhadap UMNO.

Ini kerana UMNO tlh bnyk memesongkan fakta sejarah negara dan juga mengamalkan kuropsi. dlm peristiwa Bukit Kepong ini adanya betul pendapat YB Mat Sabu yang menyatakan Mat Indera adalah hero sebenar Tanah Melayu pada waktu itu.

Ini kerana dia ingin membebaskan negara ini daripada pemerintahan British. Pada waktu itu bukan ada lagi Polis Di Raja Malaysia, tetapi diwujudkan Polis British E II R. Nahhh!!! Siapa yg betul sedangkan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin juga telah diputar belitkan oleh UMNO dan PDRM.

Apalah yg bezanya perjuangan Mat Indera yang ingin membebaskan Tanah Melayu ini daripada British seperti apa yg dibuat oleh Tok Janggut, Dato' Maharaja Lela, Ontoros Antanom, Yamtuan Antah, Mat Salleh, Rentap, Abd. Rahman Limbong, Sharif Masahar, Dol Said, Dato' Bahaman, Mat Kilau pada era tahun 1800 ke atas.

Pada saya, tindakan YB Mat Sabu itu betul. Kalau nak dikirakan filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Shamsudin telah banyak tidak ditunjukkan kesilapan Polis British pada waktu ini, oleh sebab watak Sarjan Jamal yg sebenarnya beliau adalah anggota terawal kematiannya.

Tetapi dalam filem itu, watak sarjan ini ditamatkan jadi HERO dalam filem tersebut sudah lari dari fakta. Kedua, kenapa ramai polis tidak bersedia pada waktu itu?

Sebilangan besar anggota polis telah dijamu dengan arak oleh masyarakat cina. Orang kampung tidak berani untuk menegur perbuatan ahli yg teribat.

Maklumlah, orang kampung dan polis amat berkuasa, jadi pada masa tu pegangan akidah anggota polis tidak berapa kuat. Jadi polis-polis tersebut telah minum arak sehingga mabuk. Ini tidak pula diterangkan dlm filem tersebut.

KENAPA?? kalau tidak percaya, orang-orang UMNO Lenga boleh tanya di kedai-kedai kampung lama di Bukit Kepong. Untuk makluman semua, pihak RTM ada menayangkan satu slot dokumenteri mengenai sejarah Bukit Kepong melalui program WARISAN pada tahun 1970an.

Dalam program itu ada diterangkan En. Yusof Rono di saat akhir selepas kominis balik. Apabila En. Yusof Rono telah diarahkan di kepala oleh salah seorang kominis, Mat Indera telah menghalang komunis itu daripada menembak En. Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah, yg dah lepas, biarkan" ini bermakna Mat Indera masih ada perasaan simpati pd Polis British itu. Kalau boleh, pihak RTM tayang balik Dokumenteri tersebut yg dikeluarkan pada tahun 1970an.

Siapa HERO sebenar? Kalau bukan Mat Indera. Dengan ini, kita cuba perbetulkan Sejarah Negara semula yang telah lama dipesongkan.

Al-fatihah buat "HERO SEBENAR MALAYA" iaitu, MAT INDERA. Amin....Siasahkini

DR PAKAR KATA , KALAU PELURU KECIL BARU PAKAI JAKET TAHAN PELURU ?

Posted: 05 Sep 2011 01:15 AM PDT

Jaket kalis peluru tak mampu selamatkannya'

Inilah kebangkitan kaki bodek tak boleh diajar. Macam Ketua Tentera Malaysia yang cuba bercakap bagi menkaber Menteri Pertahanan. Kini, Dr Alwi ni nak kaber UMNO ke?
Lupakah beliau peribahasa Melayu " Sediakan payung sebelum hujan". Adakah kita penentu jenis hujan yang turun? Mana kita tahu hujan renyai, hujan lebat atau hujan ribut. Kalau hujan ribut tak perlu pakai payung sebab payung akan melayang dan kita akan basah akhirnya. Persoalannya , kita tahu ke jenis hujan yang turun?
Dalam kes di Somalia, Dr nie ada cara ke tentukan jenis peluru yang datang? Kan elok bersedia memakai jaket tahan peluru dulu sebelum melakukan kerja, sekurang-kurangnya kita dan sediakan payung.

Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Subang, hari ini.

Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lalu akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

"Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

"Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini. - Bernama

HEBAT ! JAMUAN RAYA HURU HARA ! POLIS DIBEDAL TIADA LAPORAN DI RUMAH SHAFIE AFDAL?

Posted: 04 Sep 2011 03:55 PM PDT



Panas!! Polis Tutup Kes Maut Rumah Shafie Afdal?
Posted by Addin at 9/05/2011

Mungkinkah Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd Azim Khanmenutup kes (cover-up) kematian akibat kemalangan maut di rumah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri? Mungkin tidak kerana mungkin tidak ada pihak yang membuat laporan atau Shafie Apdal sengaja menutup kes berkenaan demi untuk menjaga maruahnya? Tim Pemantauan Angkatan Muda PKR yang menghubungi saya memaklumkan bahawa pada malam tragedi berkenaan begitu memilukan dan semua tetamu kelamkabut apabila besi penghadang tangga rumahnya roboh kerana terlalu ramai PATI dan warga tempatan yang bersesak-sesak menyerbu rumahnya untuk mendapatkan 'Sedekah'.


Dilaporkan lebih 20 orang cedera parah dan ada mangsa yang meninggal dunia kerana tertusuk besi penghadang tangga berkenaan dan dibawa ke Hospital Daerah Semporna, namun jenazahnya dilaporkan 'Hilang' keesokan harinya.



Tetamu yang hadir pada malam itu turut melaporkan seorang pekerja dan pengawal rumah Shafie, Abdul Rahman Awang yang berasal dari Tanjung Kapur (Bugaya) meninggal dunia kerana serangan jantung disebabkan terkejut dengan peristiwa berkenaan.

Manakala seorang Wanita Tua dari Kampung Halo, Bangau-Bangau yang datang ke rumah Shafie untuk mendapatkan sedekah RM50 daripada Shafie, telah meninggal dunia di hadapan rumah Shafie pada hari yang sama; menjadi mangsa langgar lari oleh kenderaan lalu lalang kerana keadaan terlalu sesak.

Selepas tragedi mengejutkan tersebut, Shafie turun dari rumah dan dengan perasaan teramat marah kepada tetamu tidak diundang; sambil berteriak dengan suara lantang sehingga terdengar oleh orang lalu lalang di jalan raya.

"Bang but itu, embal na aku muan sin maka pilak, (kalau macam ini, saya tidak lagi beri wang)," teriak Shafie sehingga tetamu tidak diundang terkejut dan beransur pulang.

Dilaporkan pada malam itu, Shafie sudah berhenti memberi wang kerana esoknya tiada lagi peminta sedekah yang datang ke rumah Shafie dan ketika Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitrinya pada hari raya ketiga, sudah tidak kelihatan peminta sedekah yang menyerbu rumahnya sebelum ini.

Persoalannya, kenapa isu ini tidak dilaporkan media sedangkan media Arus Perdana termasuk rangkaian televisyen ada membuat liputan? Kenapa Polis Semporna tidak tahu sedangkan mereka dipanggil untuk menghalau peminta sedekah? Mengapa Hospital Daerah Semporna menafikan ada mangsa yang meninggal dunia yang dihantar ke hospital dan ke mana menghilangnya jenazah berkenaan?

Tim Pemantauan AMK PKR sedang berusaha untuk mendapatkan rakaman video melalui telefon bimbit seorang tetamu yang kini turut diburu penyokong Shafie untuk memastikan kemalangan maut berkenaan tidak tersebar di media massa, terutama Youtube.

Sewajarnya keluarga mangsa memohon Inkues agar isu memalukan ini tidak ditutup begitu sahaja kerana yang meninggal dunia, terutama ibu si Bunga, bukannya tikus, tetapi manusia!

Sebelum ini, isteri Shafie, Datin Suriani Mohd Shuib dilaporkan telah melemparkan sekotak wang dominasi RM100 dan RM50 sejumlah antara RM50,000 sehingga RM100,000 kepada para peminta sedekah yang menyerbu beliau untuk mendapatkan wang ketika Shafie masih berucap di Dewan Masyarakat Semporna; tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak berminat untuk menyiasat kes ini./sabahkini

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 05 Sep 2011 01:56 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Posted: 04 Sep 2011 11:54 AM PDT

FROM THE DESK OF MR DAVID JAMES.
AUDITING AND ACCOUNTING MANAGER,
GROUPBANKERS OF IRELAND (G.B.I)IRELAND.
davidjames2222@ciudad.com.ar

Attention,

I am the AUDITING AND ACCOUNTING MANAGER GROUP BANKERS OF IRELAND (G.B.I)
here in Europe. In my department we discovered an abandoned sum of US$15m
dollars (FIFTEEN MILLION US DOLLARS) in an account that belongs to one of
our foreign customer (MR. ANDREAS SCHRANNER from Munich, Germany) who died
along with his entire family in July 2000 in a plane crash.
FOR MORE INFORMATION VISIT THIS SITE BELLOW
http://news.bbc.co.uk/1/hi/world/europe/859479.stm

Since we got information about his death, we have been expecting his next
of kin to come over and claim his money because we cannot release it
unless some body applies for it as next of kin or relation to the deceased
as indicated in our banking guidelines and laws but unfortunately we
learnt that all his supposed next of kin or relation died alongside with
him at the plane crash leaving nobody behind for the claim. It is
therefore upon this discovery that I now decided to make this business
proposal to you and release the money to you as the next of kin or
relation to the deceased for safety and subsequent disbursement since
nobody is coming for it and we don't want this money to go into the bank
treasury as unclaimed bill.

The banking law and guidelines here stipulates that if such money remained
unclaimed after 11 years, the money will be transferred into the bank
treasury as unclaimed fund. The request of foreigner as next of kin in
this business is occasioned by the fact that the customer was a foreigner.

I agree that 40% of this money will be for you as a respect to the
provision of a foreign account,5% will be set aside for expenses incurred
during the business and 55% would be for me Thereafter,I will visit your
country for disbursement according to the percentage indicated Therefore,
to enable the immediate transfer of this fund to you arranged, If you are
in accordance with this to assist in this transaction please furnish me
with the following information.

Your full name-
Present address-
Direct phone number/fax-

Upon receipt of your reply, I will send to you by fax or email the text of
the application .I will not fail to bring to your notice this transaction
is hitch-free and that you should not entertain any atom of fear as all
required arrangements have been made for the transfer. You should contact
me immediately as soon as you receive this mail.

Yours Faithfully,
Mr David James.


--------------------------------------------------------------------
Õâ·âÐżþÓÉ˳µÂÕþÎñÍøÓÊÏäϵͳ·¢³ö¡¡http://www.shunde.gov.cn

Kamparin

Posted: 05 Sep 2011 01:25 PM PDT

Kamparin


AIDIL FITRI DAN KEMERDEKAAN

Posted: 30 Aug 2011 02:01 PM PDT

Asalamualaikum dan salam sejahtera!

Ramadzan menjanjikan setiap yang berpuasa melalui perintah Allah yang terkandung dalam surah al-Baqarah ayat 183 suatu peluang pengampunan segala dosa yang lalu serta memperakui tidak lagi terlibat dalam amalan yang bolih mencemarkan aqeedah dan amalan seharian yg bertentang dgn Islam. Ini akan dilaksanakan sepenuhnya selepas ramadzan sehinggalah 11 bulan akan datang inshaAllah.

Kemerdekaan pula disambut tahun ini satu hari selepas aidil fitri. Peristiwa bersejarah ini menuntut kita melawan apa jua bentuk penjajahan fisikal dan emosi.Pejuang2 kemerdekaan dari berbagai kalangan telah menentang union jack /British yang akhirnya diberi kemerdekaan oleh British kepada Tngku Abdul Rahman putra tahun 1957.

Tapi apakah signifikanya kedua perayaan aidil fitri dan kemerdekaan ini disambut bersekali?
Sudah tentu bila diimbas kembali disepanjang 54 tahun kebelakangan ini masih kuat terdapat unsur serta dasar yang masih mengagungkan kesinambungan penjajahan khususnya dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Fahaman perkauman assobiyah masih menjadi ideology teras negara. Fahaman perkauman ini ditolak Islam sebagaimana dicerminkan didalam peristiwa peperangan Badar alKubra yang mancatatkan seramai 313 pejuang Islam berbagai bangsa dan kaum yang dipimpin Rasulullah menentang fahaman ketuanan 1Quraish yang terdiri dari 1000 orang Quraish pimpinan abu Jahal.

Kita masih tidak dapat menjinakan serta merapatkan pentadbiran dan pengurusan negara berpandukan pedoman Al-Quran walaupun perayaan aidl fitri tahun ini bersekali dgn kemerdekaan.

Al-Quran yang diturunkan dibulan ramadzan, petunjuk kepada manusia dan ditarawihkan dikebanyakan masjid tanah air, tidak langsung memberi kesan dan impak dalam perjalanan harian apatah lagi dalam menggubal dasar disetiap peringkat penggubalan dasar.


Dicadangkan kemerdekaan kali ini diramadzankan dalam konteks membebaskan masyarakat dan negara dari belenggu penjajahan dengan mengambil kira tata kelolaan yg berteraskan keadilan dan kebenaran sebagaimana termaktub didalam kitab al-Quran.

Assobiyah ketuanan Melayu yang merupakan ancaman kepada perpaduan kaum di Malaysia hendaklah disisih dari masyarakat yang terbukti menjahanamkan keadilan dan kebenaran. Misalnya propaganda video lucah terbitan Dato T bolih sahaja mengatasi ketetapan Allah supaya mendatangkan 4 saksi utk mendakwa atau menuduh orang berzina/berliwat sebagai terkandung didalam surah an-Noor ayat 4.

Persoalanya mampukah kita meninggalkan ketuanan perkauaman melayu ini dan digantikan dengan ketuanan syariah dan ketuanan rakyat? Nampaknya ramadzan baru berlalu belum mampu merobah bagi pembersihan aqeedah kepada kejituan laa illa ha illaAllah, Muhammadur Rasulullah.

Batu Gajah Mari

Posted: 05 Sep 2011 11:34 AM PDT

Batu Gajah Mari


Khairy nak mintak jadi Menteri??

Posted: 04 Sep 2011 07:25 PM PDT

Beruk jalanan Umno yang menang jawatan parti dan tidak dilantik menteri, Khairy Jamaluddin telah bersetuju berdebat dengan Mat Sabu. Harap lepas berdebat Najib bagi dia Menteri.. hehe..

Saya petik:


[TMI] KUALA LUMPUR, 5 Sept — Khairy Jamaluddin menerima cabaran berdebat berhubung kenyataan kontroversi Mohamad Sabu, yang menyentuh tragedi Bukit Kepong dan desakan bertubi-tubi agar dikaji semula fakta sejarah, dan bersedia untuk bertemu di kubu kuat PAS di Kelantan.

Ketua Pemuda Umno ini berkata beliau telah menerima jemputan yang dipanjangkan oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

"Saya akan berada di sana," kata Khairy menerusi mesej Twitter semalam sambil menambah, jemputaan untuk berhadapan dengan Timbalan Presiden PAS itu sudah pun diterima.

Salinan jemputan yang diperoleh The Malaysian Insider menyebut debat itu akan berlangsung di Balai Islam, Kota Baru akhir bulan ini.

Meskipun surat itu mengatakan bahawa pentadbiran Kelantan masih membuat persiapan untuk membawa Mohamad berdebat dengan Khairy, Ahli Parlimen Rembau itu memberitahu The Malaysian Insider, beliau mahu berhadapan dengannya.

"Tidak perlu mencari lokasi berkecuali. Sarang singa anda. Jumpa di sana, Mat Sabu," kata Khairy (gambar) lagi menerusi Twitter.

Bagaimanapun tidak jelas sama ada ia debat yang disyorkan oleh Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam memandangkan Khairy berkata jemputan itu datang terus daripada kerajaan Kelantan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

"Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.

"PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar 'pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno' tanpa ruang untuk menjawab," katanya.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu "Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?" dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka.

Kelmarin, Pergerakan Pemuda Umno mengumumkan program jelajah negara yang dikenali sebagai Pentas Patriot untuk menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Mohamad ketika satu ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.


Dupahang's Weblog

Posted: 05 Sep 2011 11:28 AM PDT

Dupahang's Weblog


Mat indera diktiraf sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dlm “pengukir nama johor”

Posted: 04 Sep 2011 11:41 PM PDT

Blogger terkenal Malaysia Waves, Tulang Besi telah mendedahkan satu artikel yang telah ditulis oleh Mohammed Hadi Al Majwi, bagaimana kerajaan negeri Johor sendiri telah mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan melalui buku “Pengukir Nama Johor” terbitan Yayasan Warisan Johor yang diterbitkan pada tahun 2004. Ini bukunya Berikut ulasan penulis mengenai Mat Indera dan pendapat beliau [...]

TOK GURU HAJI HASHIM – Pondok Pasir Tumbuh. Pemergian nya Sukar dicari ganti.

Posted: 04 Sep 2011 11:11 PM PDT

Tuan guru Haji Hashim Abu Bakar, lebih akrab dengan panggilan Ayah Sin. Pada tanggal 30 Ogos 2011, jam 1.15 sore, saat umat Islam merayakan hari raya aidilfitri tokoh ulama tersohor itu kembali rahmatullah dalam usia 91 tahun di rumahnya di komplek Madarasah Ad-Daniah Balakariah Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan, kerana sakit tua. Lahir pada 1920, [...]

Mat Indera & Bkt Kepong: Sumber BH – YB Dr Dzul

Posted: 04 Sep 2011 10:48 PM PDT

Siapa Mat Indera Yang Namanya Jadi Sebutan Sekarang Ini? – BH Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka [...]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 05 Sep 2011 11:17 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 04 Sep 2011 06:43 PM PDT

E-mail Print PDF
KUALA TERENGGANU - Banyak pihak yang menjangka, tindakan pemuda Umno merancang untuk mengadakan jelajah menyerang Timbalan Presiden PAS dalam isu Mat Indera ini hanya akan berbalik padahnya kepada mereka.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing sejarah perjuangan Mat Indera menentang penjajah British adalah amat jelas dan dengan pendedahan yang dilakukan oleh Mat Sabu menyebabkan 'rakyat celik mata'.


"Sebelum ini orang ramai tak berapa tahu tentang cerita 'Mat Indera' tetapi apabila Mat Sabu dedahkan, rakyat sudah 'celik mata',

"masing-masing mencari sumber maklumat yang jela, dan kini Umno sudah mula menerima padah kerana menyembunyikan fakta sejarah,"katanya ketika ditemui Buletinonline.

Beliau menganggap pendedahan Mat Sabu adalah sesuatu yang ikhlas dan kena pada masanya kerana telah sekian lama rakyat ditipu dengan satu sejarah negara yang palsu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim menyifatkan tindakan Pemuda Umno untuk mengadakan jelajah pentas patriot umpama 'menepuk air di dulang'.

Dr Azman berkata, ia hanya akan membasahkan muka pemuda Umno sendiri apabila segala 'pekung' Umno yang meminda sejarah negara selama ini terdedah.

"Bagi saya, biarkan lah pemuda Umno umpama si Luncai terjun dengan labu-labunya, jelajah tentang isu Mat Indera akan mendedahkan bahawa memang benar Umno telah meminda sejarah negara selama ini,"ujarnya ketika dihubungi.

Tindakan pemuda Umno itu, dari sudut politik dalamannya, menurut Dr Azman, ia menunjukkan Khairi Jamaludin sedang melambaikan selamat tinggal kepada Dato' Sri Najib sebagai Perdana Menteri dan menyatakan sokongan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Ia adalah kerana menurutnya, Muhyiddin yang memulakan 'polemik' Mat Indera.

"Mungkin Muhyiddin sedang melontar batu kepada Mat Sabu, tapi Najib yang akan menrima padahnya,"kiasan beliau.


________________________________________________________________________________________________________________

Siapa Mat Indera Sebenarnya??





Foto Mat Indera(3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu
Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.
Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.
Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza;atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis,malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera.Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban.Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jia meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal. Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejaklangkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.

Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semase ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa di tangkap, apabila beliau menyentu rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari
RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR

Posted: 05 Sep 2011 11:11 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PAYA BESAR


Mengapa Umno adakan MoU dengan Komunis China... Umno penyokong komunis sebenarnya

Posted: 04 Sep 2011 05:59 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Sept: AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno telah mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China pada 5 Ogos 2011.

Malahan, katanya ada usaha untuk menghantar Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno untuk mempelajari daripada Parti Komunis China.

"Sekiranya MoU ini dibuat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau DAP atau PKR, maka sudah tentu sebelum turun daripada kapalterbang akan disumbat ke Kamunting.

"Apakah Komunis China, berbeza dengan komunis Malaya? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Komunis, jelas beliau ideologinya tetap sama tidak kira di mana tempat.

"Kenapa Umno hipokrit?" soalnya lagi.

Menurutnya, jika benar anti komunis kenapa menghantar pulang 11 pejuang Uighurs ke China, walaupun dibantah oleh Suruhjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian d Kuala Lumpur sedangkan mereka menentang kerajaan komunis China kerana menceroboh wilayah mereka di Xinjiang Julai 2009.

"Inilah sikap hipokrit Umno dalam apa jua isu.

"Isu Palestin Umno tunjuk hero, tetapi dalam masa yang sama, Apco Yahudi dibayar RM77 juta setahun," katanya.

Beliau berkata, Umno melalui bantuan media mereka yang tidak ada etika kewartawanan dan tidak takut dosa dan pahala dengan sewenang-wenangnya menuduh PAS menyokong komunis.

Katanya, orang pekak dan buta pun tersenyum apabila Umno menuduh PAS menyokong komunis.

Tambahnya, tidak ada rekod PAS berbaik dengan komunis sedangkan Umno menjemput Parti Komunis China menghadiri Persidangan Agung Umno dan yang terbaru mengadakan MoU dengan Parti Komunis China.

Pemimpin Umno juga, ujarnya pernah ditangkap menjadi agen komunis di negara ini walaupun pemimpin Umno pernah menuduh PAS lebih merbahaya daripada komunis.

Namun, katanya kerja-kerja untuk berasmara dana dengan komunis tidak pernah dilakukan oleh PAS.

Jsuteru, kata beliau ucapan Mohamad Sabu hanya untuk menutup tahap kepuasan hati terhadap Najib merudum kepada 59 peratus, daftar pemilih SPR yang kotor dan kenaikan harga barang keperluan harian.

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 05 Sep 2011 09:56 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Peluru tentera AU bunuh jurukamera BernamaTV

Posted: 04 Sep 2011 09:16 PM PDT

Tembakan yang membunuh jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor dan mencederakan jurukamera TV3 dilepaskan oleh tentera pengaman Kesatuan Afrika (AU), lapor media Barat dan Afrika.

somalia soldiers on truck 1"Fakta sekarang agak kabur, saya bercakap secara peribadi dengan presiden Somalia mengenai kejadian itu dan saya secara ikhlas memberi jaminan bahawa siasatan penuh akan dijalankan.

"Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana askar yang didapati bertindak melulu, " lapor New York Times yang memetik komander tentera pengaman AU Mejar Jeneral Fred Mugisha.

Maklumat ini bagaimanapun belum disampaikan dalam kenyataan kepada kerajaan Malaysia yang masih berusaha menentukan punca serangan dan dalang di sebalik kejadian Jumaat lalu itu.

noramfaizul mohd norPerdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau menghubungi kerajaan Somalia mengenai isu itu dan dijanjikan laporan penuh oleh Presiden Somalia Sheikh Sharif Sheikh Ahmed sebaik sisatan selesai.

Pembangkang, keluarga allahyarham dan anggota NGO sebelum ini mengecam penganjur misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia.

Ini kerana mereka didakwa gagal memberi perlindungan dan latihan mencukupi kepada kumpulan wartawan yang dibawa ke Somalia bagi membuat liputan.

Wartawan terlibat memaklumkan mereka tidak dibekalkan jaket kalis peluru, mahupun diberi latihan khusus tentang apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi bahaya di zon pertempuran.

najib bernamatv cameraman 040911Najib pula pada sidang akhbarnya semalam berkata, kini bukan masanya untuk menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV itu.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan).

"Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tetapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik," katanya.

Malaysiakini

PAS S'gor: Tulis semula sejarah merdeka

Posted: 04 Sep 2011 09:11 PM PDT

Pemuda PAS Selangor berkata, pihaknya amat bersetuju sekiranya sejarah kemerdekaan negara ini dikaji semula dan ditulis semula "secara berilmiah dan beradab".


Ketua dewan itu Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, ini kerana masyarakat seolah-olah melihat sejarah kemerdekaan seperti sejarah Umno semata-mata, tanpa membabitkan tokoh lain.


"Dewan Pemuda PAS negeri Selangor mengganggap sejarah kemerdekaan Malaysia masih ada banyak kelompongan fakta yang perlu ditambah dan diperbaiki, terutamanya yang membabitkan perjuangan tokoh-tokoh agamawan yang mempelopori gerakan kebangkitan rakyat melawan penjajah," katanya.


Menurutnya lagi, pejuang kemerdekaan yang didakwa dinafikan hak dinobat sebagai tokoh kemerdekaan antaranya beberapa ulama seperti Tok Janggut di Kelantan, Abdul Rahman Limbong (Terengganu), Mat Kilau dan Dato' Bahaman (Pahang), Abu Baqar Basyir dan Dr Burhanuddin Al Helmi.

Malaysiakini

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 05 Sep 2011 09:51 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Perhatian buat wanita : Leggings bukan sejenis seluar

Posted: 04 Sep 2011 11:32 AM PDT

Sebuah dokumentari yang perlu ditonton oleh wanita yang kurang mengambil berat tentang pemakaian yang lebih sopan atau memandang ringan kewajipan menutup aurat.





Ada dua benda yang kelihatan banyak berlaku silap faham dalam memahami masalah aurat:

1- aurat itu hanya rambut. menutup kepala dikira menutup aurat. sedangkan yang lain pun perlu diambil kira,suara itu pun boleh dikira aurat sekiranya digunakan untuk menggoda dan menarik perhatian.

2- menutup aurat dengan hanya memakai menutup semua tanpa memperlihatkan ciri pakaian yang sepatutnya. tutup, tidak longgar dan tidak nipis. bukan sekadar tutup.

Apapun, kita berdakwah setakat kemampuan kita sahajalah, serukan kepada jalan yang benar dengan ilmu dan bijaksana. semoga Allah memberikan hidayah.

wallahua'lam.

Allahyarham jalankan tugas terpuji- Presiden PAS

Posted: 04 Sep 2011 03:20 AM PDT

PAS mengucapkan takziah terhadap keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia ditembak di Somalia semalam.

Seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya berdoa semoga Allahyarham diberi keampunan dan mendapat rahmat Allah SWT dan dihimpunkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.

Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usaha Allahyarham terlibat dengan misi kemanusiaan menyelamatkan orang yang kebuluran merupakan satu sifat terpuji yang dituntut Islam.

"Semoga ahli keluarga dan sahabat handainya diberi kesabaran oleh Allah SWT," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.


Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), menerusi Mohd Nasaie, juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Keberanian beliau menjalankan tugas yang berisiko itu menggambarkan semangat kewartawanan yang tinggi yang ada pada Allahyarham yang sangat dihargai.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, namun pihak penganjur, Kelab Putera 1 Malaysia mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

"Ini menggambarkan tiada ciri-ciri keselamatan yang rapi diusahakan penganjur untuk peserta misi dan wartawan," katanya

Sepatutnya, menurut beliau, kesemua mereka dibekalkan dengan jaket keselamatan dan insuran untuk menjamin keselamatan mereka.

"Begitu juga dengan kawalan tentera dan polis negara tempat mereka bertugas yang mesti dipastikan penganjur sebelum mereka melaksanakan tugas," tegas beliau.

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 05 Sep 2011 09:48 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Auto Maine Salvage

Posted: 04 Sep 2011 11:46 AM PDT



Full time, part time, seasonal, and temporary jobs are available in state and many of them make wonderful use of the auto maine salvage, visitors can get from a breeder. The breeder should be able to provide its visitors that consist of experiences by which tourists can participate in during their stay in an outdoor vacation cabin, which makes it all for a peaceful place to start. There are communities in Maine would do well to seriously consider Maine as an ideal location for vacations in all seasons. Maine jobs largely depend on tourism and related works. Other jobs in state websites. Supporting aids and services are also affordable. Usually, properties near the auto maine salvage. A security deposit is to be 100% sure of the auto maine salvage of the auto maine salvage. Magnificent homes which belonged to the auto maine salvage of Portland, Maine.

To prevent food poisoning, Maine lobsters have a variety of faculties. Other factors include nearby medical facilities and food with special recipes of Maine are ideal for sunbathing in summer. You can get one of your Oxford vacation home in Portland may cost around $370,000 near the auto maine salvage and approximately $100,000 in the auto maine salvage of snowfall. The safest time to be welcomed; you probably will.

For those investing in real estate investors. Other factors include nearby medical facilities and recreational activities. Some of the auto maine salvage a thrill that everyone else can sleep in. Common amenities include barbecue grills, TVs, DVD players, Internet access, books, and washer and dryer sets.

If you would also be able to enjoy Maine vacations by engaging in seasonal festivals, cultural events, fairs, and nightlife. Maine is that there are two Maine casinos, for those who enjoy the auto maine salvage can participate in the auto maine salvage around Casco Bay, is also two miles away from the auto maine salvage, the auto maine salvage and many rooms for you to spread out and catch the auto maine salvage an charter boat, theirs are cod, hadik, and so much more.

There are several sandy and rocky points where lighthouses oversee the waves endlessly crashing ashore. Not far from the auto maine salvage can remain alive up to two racetracks. Bangor Raceway and the auto maine salvage are reasonably priced are also offered a glimpse of the most memorable moments you may snag that old Victorian on a bluff over the auto maine salvage a 3500-mile coastline peppered with rocky ledges, 6000 trout filled lakes and ponds offering more watery respite. What this means for you to enjoy miles of coastline, and lobsters underline the auto maine salvage in many Maine restaurants. American Airlines, Continental Airlines, Delta Air Lines, Northwest Airlines, and United Airlines provide non-stop air service to and from Maine department of Maine in winter and enjoy looking at the Scarborough Club House.



PAS Kawasan Gerik

Posted: 05 Sep 2011 09:45 AM PDT

PAS Kawasan Gerik


Video Bantahan Pembalakan di Gunung Lang, Kampung Kuak Hulu Pengkalan Hulu

Posted: 05 Sep 2011 09:00 AM PDT





Memorandum Bantahan Pembalakan di Gunung Lang, Kampung Kuak Hulu Pengkalan Hulu

Posted: 05 Sep 2011 08:48 AM PDT

Pendahuluan
Kami seluruh warga penduduk kampung Kuak Hulu dengan sebulat suara membantah sebarang aktiviti pembalakan di kampung kami. Berikut merupakan sebab-sebab bantahan aktiviti pembalakan di kampung kami :

1. Punca air Pengkalan Hulu

- 95% penduduk kampung Kuak Hulu menggunakan air asli ( air bukit ) sebagai minuman dan kegunaan seharian.Hanya kawasan ini yang membekalkan sumber air asli bagi masyarakat Pengkalan Hulu. Kawasan tadahan air sedia ada seluas 1000 ekar adalah kawasan batu-batan.

- Sunber air asli di sini berasal dari 6 punca, iaitu Lata 7 Beradik, Air Sungkai, Air Sumpit Beras Tinggi, Air Sumpit Beras Rendah, Air Ibu, dan Air Teluk Tok Pang. Kesemua punca air tersebut terlibat di dalam kawasan pengambilan balak di kampung Kuak Hulu.

- Aktiviti pembalakan di hutan simpan Gunung Lang telah menyebabkan sumber air asli utama penduduk kampung Kuak Hulu telah tercemar. Air sungai di sini menjadi keruh, terutama berlakunya hujan lebat.

2. Kemusnahan flora dan fauna

- Hutan simpan Gunung Lang di kampung Kuak Hulu amat kaya dengan hasil flora dan fauna yang semula jadi.

- Aktiviti pembalakan di hutan simpan Gunung Lang di kampung Kuak Hulu telah memusnahkan habitat asal kehidupan di sini. Kemusnahan habitat telah menyebabkan banyak binatang melarikan diri dan mati kelaparan. Kemusnahah flora ( tumbuhan-tumbuhan hijau ) yang menjadi sumber makanan utama bagi binatang di sini telah memburukkan lagi keadaan.

- Pada tahun 2007, sebahagian tanaman pertanian penduduk kampung berhampiran kawasan pembalakan ini telah dimusnahkan oleh sekumpulan gajah liar. Jika aktiviti pembalakan ini diteruskan oleh pemaju, kumpulan gajah ini akan dikhuatiri memasuki kampung kerana tumbuhan-tumbuhan di kawasan ini habus musnah akibat pembalakan.

3. Hakisan tanah

- Aktiviti pembalakan secara berleluasa tanpa kawalan di hutan simpan Gunung Lang akan menyebabkan berlakunya bencana alam seperti hakisan tanah di tebing-tebing bukit dan sungai yang berhampiran dengan rumah penduduk kampung.

- Aktiviti pembalakan telah menyebabkan air hujan yang turun dari bukit tidak dapat diserap oleh akar-akar pokok yang bertindak sebagai spam ke dalam bumi. Kesannya, tanah di kawasan bibir tebing dan sungai menjadi lembab dan lembik, dan seterusnya membawa kepada hakisan tanah apabila hujan melanda.

- Pada tahun 2004, pengeluaran kayu balak telah berlaku di sini ( Kuak Hulu ), yang membawa kesan sangat buruk kepada kampung. Apabila hujan lebat, berlaku hakisan tanah, curam yang dalam pada jalan-jalan, tanah runtuh, aliran air sungai menjadi deras dan keruh hingga menyebabkan penduduk kampung di sini kekurangan bekalan air asli. Kesan pembalakan yang lalu juga telah banyak merosakkan kawasan tanaman, pertanian, dan jalan-jalan dan tiada ganti rugi dibayar.

- Kesan-kesan pembalakan pada tahun 1960-an, telah menyebabkan belakunya kewujudan curam-curam sedalam 300 kaki di kawasan ini. Sekiranya pembalakan diteruskan akan wujudlah curam-curam baharu yang membahayakan.

4. Perubahan iklim

- Kekayaan sumber alam semula jadi yang hijau menyebabkan cuaca di Pengkalan Hulu berasa dingin saban tahun dengan cuaca panasnya yang sederhana.

- Apabila aktiviti pembalakan berlaku di sini, telah menyebabkan perubahan cuaca atau iklim berubah dengan ketara sehingga menyebabkan penduduk kampung di sini berasa kurang selesa. Cuaca yang sejuk di Pengkalan Hulu sebelum ini telah bertukar menjadi cuaca panas yang melampau akibat banyak tumbuhan hijau yang menjadi pelindung dan penapis lapisan ozon telah banyak dimusnahkan.

- Kawasan hutan simpan Gunung Lang ini juga merupakan kawasan cadangan yang sesuai dijadikan destinasi pelancongan pada masa hadapan disebabkan suhunya yang rendah. Aktiviti 'Jungle Trekking' tidak dapat dijalankan kerana laluan ini akan terhakis menjadi curam dan pokok-pokok hutan yang redup berusia puluhan tahun ditebang.

Kesimpulan

- Demi menjaga pencemaran alam sekitar penduduk kampung Kuak Hulu dan Pengkalan Hulu amnya, hasil perbincangan dengan semua pihak, maka kami dengan ini memohon agar pihak yang bertanggungjawab mengambil tidakan yang drastik untuk menahan atau membatalkan sebarang pengeluaran balak di kawasan hutan simpan Gunung Lang.











































Gambar-gambar Pembalakan di Gunung Lang, Kampung Kuak Hulu Pengkalan Hulu

Posted: 05 Sep 2011 08:45 AM PDT

































Lagi gambar-gambar Bantahan Pembalakan di Gunung Lang, Kampung Kuak Hulu Pengkalan Hulu

Posted: 05 Sep 2011 08:43 AM PDT




















N45 Dr Halimah Ali

Posted: 05 Sep 2011 09:34 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


APA KATA MAT SABU sebenarnya?Hingga media UMNO terus cop penyokong komunis?!

Posted: 05 Sep 2011 08:47 AM PDT

Ucapan Mohamad Sabu tentang komunis
Mohamad Sabu   
Transkrip ucapan Mohamad Sabu di Padang Menora , 21 Ogos 2011 yang dijadikan isu oleh media dan pemimpin Umno...Editor
Assalamualaikum.
Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya'i Walmursalin, Wa'ala Alihi Wasohbihi Ajma'in.
Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis kita, Alfadhil Dato' Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh  Alim Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin Muslimat yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini, Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni  jadi Pak Maunlah , boleh buang tongkat…
Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita, redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri "ISA" kena  2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang  dah … 4 , tinggal satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi ,  jadi saya hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah perkara yang kadangkalanya terpaksa,  untuk kita membuat pembaharuan …politik tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah…
Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang  saya nak sampaikan    saya lancarkan dulu kutipan derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini.
Alhamdulillah bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan, menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala. Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus memberi ucapan.
Isu kemalangan Bersih
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain saya tak terangkan  hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak, jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin sekalian.
Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia kata saya jatuh langgar divider….lagi bohong….kereta polis yang belah kepala lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah, dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri….
Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu' , nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa  sampai dah dibebaskan 10 malam….saya diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin (sebenarnya Aspirin)….pasal ada hal jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin (sebenarnya Aspirin)….4 hari , mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor  bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini….
Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta tu…menang di  peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah , kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui kes-kes mahkamah….haaa …..Dato' Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat  yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati…..

Menjelang Merdeka
Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu  hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak?  Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato' Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato' Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato' Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato' Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato' Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak?
Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka, maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..
Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi  Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula  saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana
…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….
Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.
Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong (bohong) kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato' Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…
Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….
Pembangunan
Hadirin yang dihormati sekalian, begitulah juga hal pembangunan….pembangunan kalau dulu memanglah…umno berkempen, saya sebut selalu mudah…dulu mana ada jalan….La Jarak nak pegi Lunas 15 minit boleh sampai , siapa buat jalan ni? ….umno….haaa….dia senang….macam tu….ceramah zaman Sulaiman Palestin….zaman Dato' Mat Said….dulu nie…..dia mai ceramah gitu……kita nganga dengak….tali ayak Jarak tu siapa buat? …perikatan….ha ini zaman-zaman begitu….sekarang hadirin sekelian….ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh….rakyat nak pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan rasuah….haaa ini yang rakyat tak mahu…..rasuah tak mahu, penyelewengan tak mahu….kalau harga sekolah 20 juta , buat dengan belanja 20 juta….kenapa jadi 30 juta? Kenapa perlu "mark-up" price? Naikkan harga 10 juta….beri kat sapa wang ini? …ha ini yang rakyat tak mahu ….sekolah rakyat mahu dak? …mahu….makmal komputer , rakyat mahu…..tapi kenapa buat…rakyat, anak murid belum masuk….dah runtuh, stadium…..rakyat mahu….nak tengok bola, nak bersukan….tapi kenapa stadium bina , tak sampai setahun runtuh…pasai apa jadi macam tu….? Sedangkan kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota….bangunan tu 80 tahun, 100 tahun, sampai la duk kukuh…..Bank-bank duk pakai …British buat dulu….bangunan buat lepas merdeka ni….haaa….retak , pecah ….kerana apa?
Rasuah dan penyelewengan
Rasuah dan penyelewengan berlaku….ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu forum….anjuran KrangKraf , Sinar ….Surat khabar Sinar…di Shah Alam baru-baru ini….yang hadir ialah Dato' Ambiga , seorang lagi aaaa… Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri….Timbalan Menteri daripada umno….kemudian seorang lagi Dato' Wan Ahmad daripada SPR…..dan seorang lagi Professor Shamsul Amri….yang rambut panjang tu….Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang …bukan menghadapi rakyat seperti tahun 60an…..rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa dia pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan rakyat….kalau penyelewengan terus berlaku…..ini di antara petikan kata-kata Professor Shamsul Amri….beliau mengatakan masalah yang umno hadapi sekarang ini ialah….umno berkempen di tahap lama….pemikiran rakyat telah berubah ke tahap baru…mereka masih lagi di takuk lama , iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa itu semua….sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan….Ini kata Professor Shamsul Amri….
Pilihan raya
Hadirin yang dihormati sekelian, macam dulu kita masuk pilihanraya….bila kalah kita kata takdir , nak buat macamana….kita dapat undi macam tu….sekarang kita akui undi kita tak cukup, tapi kenapa tak cukup? Di antaranya kita tak boleh beri penerangan kepada orang ramai….media tidak adil….ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini ….soal keadilan media ….contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mengatakan , saya tak dilanggar oleh Pajero….takdak kemalangan….dia berbohong….saya takdak peluang untuk jawab dalam televisyen….kalau saya boleh jawab saya kata…..saya dilanggar pada hari itu oleh Waja….maka rakyat dapat dua penerangan….satu penerangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri….satu penerangan saya , maka rakyat bebas untuk buat pertimbangan…..sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan….rakyat yang mari dengar ceramah malam ni……sebab dia dah tengok televisyen , dia dengar penerangan saya…..macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat Parit? Pahat? Padang Tongson?  ….aaaa……hak tak mai ooo…. Ceruk Kudong….Kupang,  Merbau Kudong ka apa semua dalam nu…..ayak melintas…yang tak mai dengar penerangan kita, dia percaya lah kepada apa yang tv bagi tau…
Di sinilah berlaku ketidak ….ketidak adilan media…bukan kita nak apa yang kita cerita mesti rakyat percaya….kita juga nak apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya….yang pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan….inilah keadilan media yang kita tuntut….misalnya mereka menyerang , sekarang ini…. PAS alat DAP , naik sepanduk di Terengganu….sepanduk merata kampong , kalau Umno kalah , DAP lah yang menang…..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tak bertanding….yang bertanding PAS lawan Umno….adalah Keadilan satu dua…. Tu pun Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau Umno kalah ….DAP menang , setengah-setengah orang kampong yang dia tak faham, dia kata habislah…kalau Umno kalah , apa nak jadi Melayu ni…..inilah kata Professor Shamsul Amri….iaitu BN masih bertahan di takuk dengan memperbodohkan rakyat,  sedangkan rakyat bandar,rakyat Internet, rakyat blog…..dah mula mendapat maklumat yang lain….
Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampong-kampong , di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar , saya sebutlah kalau di sebelah bandar sekarang ni…..Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut umno pun orang geli, anak-anak muda…..kamu ni umno ka? ….eeeee….dia geli dengar…..tapi kot Jarak ni, sebut umno dia tak geli lagi….tapi anak-anak muda bandar , dia tau sejarah , dia baca internet, dia tengok laporan semua …..rupanya banyak  berlaku pembohongan sejarah….
BERSIH
Hadirin yang dihormati sekelian…..sebab itu tuntutan kita di antara keadilan media ni…kita tak dapat lagi, terlalu pincang , terlalu pincang….. kita tengoklah menjelang BERSIH , Allah…..saya dipanggil ke Bukit Aman , oleh pemimpin polis yang tingggi-tinggi tu…ketua polis negara , timbalan , dalam cakap dan mereka ….sambut saya dengan mesra saya akui…dan mereka sebutlah,  di antaranya dia sebut, nanti ramai orang datang , nanti meniaga tak laku….saya kata pelik….peniaga tak suka orang ramai…..peniaga yang tak suka orang ramai datang….hantar mereka meniaga di Hulu Tembeling….Hulu Tembeling tau….daripada Jerantut tu, kena naik bot….6 jam nu…..pi meniaga dalam tu….ni tuan-tuan di sini  orang meniaga ni , betui ke meniaga tak suka orang ramai mai….pelik ke dak?  Duk interview dalam televisyen nu….saya tak suka orang datang , nanti perniagaan saya merosot…..ehhhh….pelik , dia kata nanti orang masuk dalam kedai…saya kata orang masuk dalam kedai , kerana hangpa sembur gas pemedih mata….kalau sembur gas pemedih mata , bukan setakat kedai , kandang babi pun kami masuk…..kena gas pemedih mata, kalau babi lari… belum tentu babi dengan kami siapa laju lari….aaa…polis tu diam…. Nak tergelak pun ada depa tu , depa tak berani  gelak , boss ada….jadi beri jawapan yang tak logik hadirin sekelian….aaaa….jadi kita hadirin sekelian, kemudian kita , saya kata kenapa ….kumpulan yang nak mandi darah, sorang pun tak diambil tindakan….puak silat, kami sanggup bermandikan darah….eeiiiii….kita bukan nak pi perang , hang nak mandi darah dengan sapa? Tapi hari 9 hb haribulan hari BERSIH tu …Omar Din hadir tau….tuan-tuan tak nampak  sebab dia meresap….jangan anggap dia tak hadir….dia hadir….tapi dia meresap….ni banyak hadirin sekelian , perkara-perkara  yang tak logik….
Kemudian ini pertubuhan haram….pertubuhan haram…. BERSIH….tiba-tiba Yang Dipertuan Agong jumpa…..takkan Yang Dipertuan Agong jumpa pertubuhan haram…..boleh ka masa…askar dan polis kita   duk berlawan dengan parti komunis malaya dulu….sebelum tandatangan  perjanjian damai tahun 89…boleh dak Yang Dipertuan Agong bertemu dengan  parti komunis malaya….boleh dak? Tak boleh….tetapi BERSIH…Yang Dipertuan Agong bertemu….dan orang yang bertemu tu pulak Dato' Ambiga …bekas pengerusi majlis peguam , Dato' A Samad Said…Sasterawan Negara… A Samad Said ialah penggerak utama Himpunan Bersih ….kalau tuan-tuan nak tau….masa dua tiga hari amaran macam-macam….kalau FRU mai tembak lah apalah semua… amaran,  masa itu , beberapa orang dah goyang….nak jadi…tak jadi , nak jadi tak jadi….Dato' A Samad Said…saya Tanya dia…macamana ni Dato' jadi ka dak himpunan ni?….jangan lihat cakap , lihat tindakan saya….ni Dato' A Samad Said dia bercakap  bila pun sajak ….saya duk depan dia pun saya sebut …Dato' ni rasa nak ajak bini dia pi tidur pun dia sajak dulu…. "Hari sudah larut malam….begitu dingin rasanya kulitku ini….buat apa kita berbual kosong di sini…kan lebih baik pergi beradu…."  , kita tak dak lah kot Jarak ni…..jom tidur….anak semua tidur…. Jomler…..ha jenis-jenis Ustaz Khalid….jenis kita ni  lah….
Hadirin sekelian…..A Samad Said dan hari himpunan tu….saya diberitahulah, sebab himpunan baru ni…saya tak terlibat….kenapa tak terlibat? Kena tangkap awal….depa langgar awal ….12.50 cekop dah….aaaa….jadi tak taulah….tapi A Samad Said , dia berjalan……sampai stadium….berjalan sampai pintu istana….dia tak takut, bila orang tembak gas, dia ambik janggut dia ….tutup hidung….janggut dia sampai pusat tu….saya maksud itu berguraulah ….yang pentingnya….beliau mempunyai semangat yang cukup cekal….terutama dia amat tidak setuju dengan kerajaan BN dalam segi menjaga bahasa…..PPSMI , dia menjadi hero….hantar memorandum  supaya mansuhkan pengajian pendidikan dalam bahasa Inggeris , sebab pada fikiran dia dan cendikiawan Melayu yang lain….kalau berterusan program itu…..Bahasa Melayu akan lupus….. 15 tahun 20 tahun lagi di Malaysia ini…..ni bukan kita kata , orang Kuk Petai (sebenarnya Guaq Petai), orang Jarak ni….ini kajian dibuat oleh para professor….tiba-tiba umno kata , kami pembela bangsa….tak cukup dengan umno, di swastakan pulak kepada perkasa …..aaaa…..padahal….cendikiawan melayu berarak kena gas dan sebagainya….mintak Bahasa Melayu dipertahankan….ketua di antaranya Dato' A Samad Said….sekarang dia boikot semua program kerajaan…..satu program kerajaan, dia di undang, dia dibayar tambang, dia di bayar elaun….adalah duit, sekarang dia boikot semua….orang tanya dia banyak mana duit dia ada? ….dia ada akaun bank 96 ringgit….saya jamin dia kata ,  cukup untuk hidup…ini Dato' A Samad Said….dia kurus….kalau dia makan teh tarik tu…setengah gelas jer….tapi bukan soal itu…ini semangat pejuang tua… hadirn sekelian…..yang sayangkan bangsa dia,  sayangkan agama dia…..saya kagum dengan Dato' A Samad Said ni…..
Tuntutan
Hadirin yang dihormati sekelian…..kita lihat kenapa rakyat nak…ndak….kalah ka, menang pilihanraya ka nombor dua…..yang penting kita nak, pilihanraya adil dan bersih….ini tuntutan anak-anak muda sekarang….media lagi kita lihat, BN bertapak di mana? Dia menang 45 kerusi parlimen kerana undi felda….25 kerusi parlimen kerana undi pos….kenapa undi felda jadi begitu? ….kita tak boleh masuk…..tanya Doktor Mahfuz….kita pergi ceramah di kawasan felda…..polis jadi pekerja umno…..dia mengawal, kepong kita ….tak boleh bersyarah…yang datang ….masuk dalam markaz, ahli PAS….hardcore,  ahli Keadilan hardcore ….yang tu tak perlu ceramah…..betul ke dak? Takkan macam Rahman Ayam ni perlu dengak ceramah…..untuk nak menentukan dia nak undi siapa? ……tak perlu…..yang kita perlu orang ramai….orang ramai….tak boleh dengar ceramah kita….di felda-felda , polis jadi jentera umno…..bukan lagi  keselamatan rakyat….tapi jaga keselamatan umno….saya sebut di Bukit Aman , depan Ketua Polis, Timbalan Ketua Polis Negara , dan….dan pemimpin-pemimpin tinggi polis ….saya kata….polis sekarang dilihat menjaga umno….bukan menjaga rakyat….hangpa ingat aku kata depan hangpa ni ka?....naik-naik atas tu….dalam parlimen …menteri  aku jerkah macam tu jer….zainudin maiden tu…jerkah macam tu ha….pasai dia kata apa? ….mementingkan sukan negara lebih penting dari sembahyang….haaa….aku kalau hangpa maki PAS takpa…..maki  ISLAM , lompat selalu lah….kalau dia tak tarik saya merudum….sampai ke peringkat speaker parlimen akhirnya….dah dia tangguh 20 minit… masuk gitu ….dia mintak lah Zainudin Maiden tarik balik….iaitu mementingkan nama negara….sampai tak perlu sembahyang….dia tarik balik , barulah saya duduk….aaa ni…..hak jenis pusak dua ni…ketegak….jadi sekelian…jadi saya sebut….tapi belum terlewat , pasukan polis belum terlewat untuk buat perubahan….supaya mereka menjaga rakyat, menjaga undang-undang, menjaga perlembagaan…. bukan menjaga umno….sebab umno kalah nanti polis akan terus bertugas di bawah pemerintah baru….ini yang kita ingatkan , polis pun banyak datang malam ni….sebab kita , kita tak mahu mereka….mereka menjadi pengawal kepada umno , pengawal keselamatan negara, pengawal rakyat….pengawal perlembagaan…itu sewajarnya….peranan dimainkan oleh pihak keselamatan….
Rusuhan
Dan hadirin sekelian , kita tengok….himpunan BERSIH , apa yang berlaku….polis yang buat rusuhan , bukan rakyat….betul kan? ….tembak sana…tembak sini….mati orang….ooooo…..semua pura-pura , saya pura-pura duk atas kerusi…. Bahrudin tu pura-pura mati…. Eh , dia tak mati tau….hangpa pegi tengok di rumah dia… La duk ada tu pura-pura mati….pengawal Anwar Ibrahin tu…pura-pura pecah tulang pipi….pemuda kita daripada Balik Pulau…pura-pura hilang gigi 11 batang….hilang gigi, kelongsong peluru tu masuk mulut….dia tembak…pruuuum , patah semua depan ni….
Hadirin sekelian, dan …walaupun kita begitu, saya tetap rasional…iaitu pasukan keselamatan boleh lagi buat perubahan….kembali kepada tugas secara professional….ini kehendak rakyat sekarang….bukan kehendak rakyat tahun 60 an….rakyat sekarang rakyat twiter….rakyat facebook…tak boleh tipu….oooo kami tak dak berlaku kezaliman….rakyat dilayan dengan baik….
Zaman i-pad
Hadirin sekalian….zaman sekarang , orang pi tunjuk perasaan , bawak i-pad , bawak black berry….pruup…prooom dia hantar pada kawan dia….hantar kepada seluruh dunia dah….ambik gambar…pruuup,  semua orang dah tengok…penyepak…kena tendang… kena cekik….hak polis punya ….  2 minggu baru tunjuk….he he…2 minggu mestilah hangpa pinda….betul ke dak? Sebab tu , dia boleh tipu lah orang-orang  dalam …apa…siaran-siaran tu…. orang Pahit , orang Pahat …orang dalam tu…. orang Selama …orang belah Ijok ….tu pun Ijok pun  ada internet dah  la ni….jadi orang dah tengok keadaan…jadi  tak boleh, sekarang rakyat nak pembaharuan….haa ini yang …yang professor Shamsul Amri  mengatakan SPR dan kerajaan kena sedia buat perubahan…kerana perubahan….berlaku pada rakyat….

Daftar pemilih
Hadirin sekelian, kalah menang dalam pilihanraya perkara kedua , tapi kita nak pilihanraya yang adil , kita kata bersihkan daftar pemilih, Pengerusi  SPR dan Timbalan kata ….mana ada pembangkang bohong….mana ada daftar pemilih yang tidak betul? Sekarang saya kata tadi zaman komputer , zaman internet , zaman IT….pemuda kita cari-cari ….tammm…jumpa 17,000 lebih , nama yang 2 kali berulang….ada pulak di Selangor hadirin sekalian perumahan….rumah 35,  37 , 39 …rumah takat tu….pengundi dia ada lagi rumah  41 , 43….. rumah takda…pengundi penuh….dibuktikan oleh kita PAS dan juga Pakatan Rakyat di Selangor….bagaimana tak dak rumah, didaftarkan rumah-rumah hantu….berdebat dan berjumpa dengan SPR …. akhirnya….sekarang mereka mengaku….banyak daftar pemilih tak betul….haaa….bukan soal kalah menang , soalnya…kalau kita …kalau kita menang pun takpa….BN kalah pun takpa….tapi yang penting kita nak pilihanraya yang adil dan saksama….ini yang …dan kita lihat Mismah , bagaimana dia jadi warganegara lebih kurang 10 pagi…. 4 petang  ….dah jadi pengundi….sedangkan kita kena ambik borang , kena  hantar, kena pergi ke pejabat pos nak daftar jadi pemilih….warganegara asing begitu mudah…kerana apa?  SPR …agen SPR dan agen Jabatan Pendaftaran Negara buat kerja ….daftar mereka ni sebagai pemilih , untuk memenangkan umno dan Barisan Nasional  seperti yang dibuat di Sabah….
Jumpa German
Sekarang terdedah pada dunia….tuntutan BERSIH tu betul….tak dapat lari dah….dan baru ni…saya dipanggil , saya ….Nurul Izzah , Tan Seng Giaw….saya pun dipanggil kerana….Timbalan Menteri Luar German datang melawat…dan dia nak jumpa kami….saya pergi lah…..jumpa di pejabat duta German….kita terangkanlah hal pilihanraya di Malaysia….kepada mereka , bukan soal siapa menang , siapa kalah ….tapi cara pilihanraya yang tidak betul….daftar pemilih yang tidak betul….media yang tidak betul….kami tidak boleh ke tv dan radio memberi penerangan….seperti di negara tuan….dia kata …takpa…dia kata negara-negara barat….yang menjalankan demokrasi, kita nak minta Malaysia….keluar daripada  alam kolot…. kuno…. konservatif…. lepas tu hadirin sekelian …..saya dengar Najib umum….nak tubuh Jawatankuasa Select Komiti….barangkali tekanan dari negara-negara orang putih ni lah….dan pemimpin mereka datang nanti…. Raja German…di antaranya dia kata , dia nak jumpa kerajaan, dia nak jumpa NGO , nak jumpa jugak Pakatan Rakyat….dan salah seorang tentulah aku…..
Hadirin sekelian….bukan kita nak qiblat pada barat…tidak….kita nak pilihanraya yang adil….kalau pilihanraya yang adil…BN nak menang…menanglah….takpa….kalau kita menang pun takpa lah…pentingnya pilihanraya yang adil , media yang adil….ini tuntutan kita mula di dengar….sekarang ini walaupun mereka buat ke dak….tapi dah akui… 2 hari lepas ….Pengerusi SPR mengatakan secara resmi …keluar dalam televisyen semua….dia sanggup untuk bertemu sekali lagi , dengan jawatankuasa BERSIH….yang sebulan dulu mereka kata haram….sekarang nak bertemu dengan BERSIH…..
BN=Barang Naik
Inilah hadirin sekelian….sebab tu sampul raya….Jabatan Lujnah Mahfuz Omar….Dato' Mahfuz Omar kempen …mari kita menentang BN….BN tu barang naik….saya lancarkan semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur , tempat Allahyarhamah Doktor Lo'lo' …sampul raya tu kita tak tulis BERSIH….kita tulis tidak kotor….haaa….sebab BERSIH ni…tidak boleh….haaa tulis tidak kotor…..haaa jadi hadirin sekelian….. bila dilihat keadaan begitu sekarang ini…. Select Komiti pun nak buat…tiba-tiba dia kata….pilihanraya boleh buat bila-bila masa sahaja, tak perlu tunggu keputusan Select Komiti atau pun Jawatankuasa Pemilih Khas untuk mengkaji …hal sistem pilihanraya di Malaysia….bila buat begitu …saya tak tahu lah , kami akan mesyuarat 24 haribulan….nak ambil pendirian Pakatan Rakyat….ahli parlimen kita…perlu atau tidak…duduk dalam jawatankuasa itu…..Najib …main-main kita nampak…..walaupun pihak SPR kita nampak….dia dah kona dah…dia rasa nampak… sedikit ada kesungguhan….untuk mendengar pandangan BERSIH terutama…..hal daftar pemilih…
Bila pemuda kita, Suhaizan Kayat….seorang pemuda kita yang bijak dalam hal komputer….dia bekas pensyarah….dia dapati hadirin sekelian…..di Johor , banyak ahli umno….yang daftar mengundi….boleh mengundi 2 kali…..kemudian didapati dalam tentera….dia bawak, beberapa orang bekas pegawai tentera….buat dalam press conference….pegawai tentera tu kata….merekalah yang menipu undi dalam pilihanraya dulu…pangkah bagi pihak kawan-kawan yang lain …menderu….mereka buat pengakuan dalam surat khabar Harakah….yang mereka dulu pangkah bagi pihak rakan yang lain….tiba-tiba Ketua Turus Tentera Malaysia keluar kenyataan …tak berlaku…pilihanraya kami berlaku dengan adil….saya tidak mahu kata adil atau tak berlaku….Ketua Turus tentera tidak boleh terlibat dengan politik kepartian….setuju atau tidak? Kalau ada tuduhan…Menteri Pertahanan , Timbalan ….atau Kementerian Pertahanan kena jawab….atau SPR …bukan tentera yang beruniform…..sekali lagi Najib telah buat silap….mengajak tentera terlibat dalam politik kepartian….ini cukup silap….saya yakin kesilapan mereka itu….mereka sedar,  sebab tu 2  hari berita tu , dah tak dak…..saya dengar sahaja keadaan itu…saya pergi hari tu, kebetulan …mesyuarat PBA…saya mintak Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng ….pejabatnya tolong panggil wartawan….saya nak buat press conference….saya nak tegur kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera….kalau ada tak puas hati…mesti Kementerian Pertahanan  jawab….SPR jawab….bukan pasukan beruniform…kerana tentera dia wajib berkecuali…kerana tentera , berkhidmat di bawah Yang Dipertuan Agong….betul atau tidak? Ni Najib buat silap banyak ni….ni tak kena….sebab hadirin sekelian kalau tentera terlibat dalam politik kepartian…..rosak habis Malaysia ini…..dan kita harap ,  perbuatan yang berlaku tiga …empat hari lepas …cukup takat itu….jangan ulang lagi ….ada benda tak puas hati….mengadu kat Menteri Pertahanan…Menteri Pertahanan akan jawab , atau SPR …..bukan pihak tentera sendiri…kalau mereka yang menjawabnya….dia akan jadi politik kepartian, dia tidak sihat di Malaysia…sejak merdeka hingga sekarang….tentera di sanjung tinggi….penghormatan kepada mereka tinggi….dan mereka berkhidmat di bawah panji-panji Yang Dipertuan Agong ,  bukan bawah umno….bukan bawah  PAS…..bukan bawah sesiapa….mereka di bawah panji  Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong….
Bersih di luar negara
Hadirin yang dihormati sekelian…..ini kita lihat , kepincangan hal pilihanraya…yang sekarang menjadi bahan perbincangan umum….BERSIH tahun ni…..himpunan di Kuala Lumpur…..saya ucap tahniah lah kepada tuan-tuan…..disekat macamana ….diugut macamana….berpuluh ribu, ratus ribu hadir….bahkan di seluruh dunia kali ini paling banyak…35 tempat berlaku….himpunan serentak , di Melbourne, di Sydney, di Brisbane, di London, di New York, di Kampuchea….ada…..di Dubai, di Kaherah, berlaku di 35 tempat….Cuma di England , tunjuk perasaan takda masalah….rusuhan tak boleh lah….sekarang ni Timbalan Ketua Polis cuba samakan tunjuk perasaan dengan rusuhan….tak betul…..rusuhan…bakar kereta , rompak bank , rompak kedai….itu pun kita tak setuju….kalau ada orang yang buat macam tu….kita dengan polis bergabung tenaga….ligan puak-puak ni…..setuju ke dak? Kita tak mau….kita mau aman…..di England tunjuk perasaan , aman…..rakyat Malaysia menyanyi lagu "Yellow Submarine"…..yellow submarine…yellow submarine…..dengan polis-polis semua menyanyi….jadi ni masalah submarine ni masalah….kapal selam yang dibeli….yang perbicaraannya akan berlangsung bermula bulan sembilan ni…..di Paris , tentang rasuah dan penyelewengan yang saya dah terang dah….dan kawan-kawan terang dah banyak tempat….saya nak sebut di sini….hadirin sekelian….kesedaran untuk mintak pilihanraya yang adil….sekarang inilah tuntutan rakyat….dan dalam umno pulak, semakin hari semakin berpecah….sekarang lahir kumpulan Amanah Merdeka , yang diketuai  oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah , Amanah Merdeka ni salah seorang bekas menteri yang duduk dalam  jawatankuasa itu…..dia jumpa orang kita , dia kata ….wajib jatuhkan kerajaan BN pilihanraya ke 13 , dia kata wajib….bekas….dia bekas menteri , masih umno….saya kata nak tolong kami ke pilihanraya akan datang? ….tentu….Kemudian dua tiga minggu lepas , lahir lagi satu kumpulan….Penawar , juga veteran umno…yang tak puas hati dengan pemerintahan Najib….
Melayu tak sensitif
Cuma akhirnya saya nak sentuh di sini….orang Melayu…tadi saya sebut sikit , dalam tazkirah ringkas….tazkirah saya bulan ini di Selangor…ini ajalah tajuknya…orang Melayu tidak sensitif dalam hal penyelewengan….sedangkan ISLAM tidak mengajar begitu….Omar Al Khatab…pakai baju baru pun ditanya oleh penduduk waktu itu…mana kamu ambik duit beli baju baru….sifat hisbah , accountability yang dididik oleh ISLAM pada waktu itu…gabenor yang tambah kekayaan tak ikut peraturan….Omar hukum….sebat….ini hadirin sekelian, accountability hisbah di zaman kehebatan ISLAM….sekarang orang ISLAM dia tak peduli….bila kita cerita Rosmah, disebut oleh pegawai kastam, dapat gambak semuanya….cincin 24 juta , cuba tuan-tuan cakap pada orang Cina….sebut ajer cincin 24 juta , …..aiiiyaaa……mana dia angkat itu wang ..aaaa…..gua sendili tak dapat oooo….kalau dia culi wang kita….ini talak boleh….Melayu…kita cerita Rosmah ada cincin 24 juta….dia diam, serupa lembu kenyang ….balik petang nak pegi masuk relau….buat dek ajer….kita cerita rumah Najib , bil ayak 30 ribu sebulan….dia tak rasa, Melayu tak rasa apa….Cina marah….30 ribu , ni hang mandi apa ni ….mandi orang ka mandi badak ni? Pembaziran ….dia suruh rakyat berjimat….kita , harga ayam naik…harga tepung naik, harga gula naik…..wang 28 ribu juta hilang…..hospital tak cukup pakar….yang nu tak cukup, yang ni tak cukup….duit kita hilang…tapi kita cerita pada orang Melayu tak sensitif….betul ke dak ni?
Duk  tu keadaan sekarang ni…..mereka main isu perkauman nak pertahan undi orang Melayu kepada umno dan BN ….cina tak dak dah, india pun serupa dah…india pun dak balik kat kita habih dah….cina ni sebut….sebut dacing tu….umph….dah tak mahu langsung dah…..tapi Melayu dia tak sensitif , bila cerita hal penyelewengan…..hadirin sekelian , kita harap kita balik kepada perjuangan asal , perjuangan ISLAM , terutama di bawah Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat Baginda yang terkemudian…iaitu amar ma'aruf , nahi mungkar , disebut oleh Dato' Dr Mahfuz tadi…..mesti  kita hidupkan….walaupun yang memerintah nanti kerajaan Pakatan Rakyat , kalau berlaku penyelewengan ….rakyat akan bangun di atas sifat amar ma'aruf , nahi mungkar….untuk kita menuntut keadilan….
Setakat ini lah ucapan , para hadirin sekelian kita harap pilihanraya akan datang…rakyat akan berubah, Sekian…dahulu Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…..

Pemuda Guchil

Posted: 05 Sep 2011 09:21 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 05 Sep 2011 07:40 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ISRAEL TAK AKAN MINTA MAAF : BN

Posted: 05 Sep 2011 03:36 AM PDT

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN : KETUA DPPK

Posted: 05 Sep 2011 03:27 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan