PENAWAR, sebuah Ngo dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen UMNO tidak seharusnya memberi tekanan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua UMNO Bahgaian Cheras,
Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.
Badan itu dikatakan diketuai oleh bekas Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin.
( Gambar bawah)
Menurutnya, jika PENAWAR tidak berpuashati dengan cara pentadbiran Perdana Menteri, ia sepatutnya dikemukaan mengikut saluran yang betul.
"Teguran dan kritikan boleh dilakukan secara berhemah, tetapi saya berpendapat tidak wajar PENAWAR mendesak Najib melepaskan jawatannya sekarang," tegasnya.
Malah kata Syed Ali, beliau berpendapat Perdana Menteri juga sedia mendengar pandangan dan teguran yang dibuat secra membina.
Katanya, sebagai mereka yang berpengalaman sepatutnya lebih mengutamakan kepentingan parti dan perpaduan ora
ng Melayu daripada agenda politik.
Syed Ali bimbang tindakan mengkritik kepimpinan kerajaan secara terbuka oleh veteran UMNO hanya akan memberi kesan kurang baik kepada perpaduan rakyat.
Beliau berkata, PENAWAR yang dipelopori oleh bekas pemimpin veteranUMNO tidak perlu mengikut rentak pembangkang.
"Dalam keadaan sekarang, kita tidak perlu mengeruhkan keadaan kerana pembangkang hanya mengintai peluang untuk meruntuhkan kestabilan kerajaan dan UMNO," tegasnya.
"Sepatutnya sebagai Ngo yang disertai oleh bekas Ahli Parlimen UMNO, PENAWAR memberikan pandangan dan saranan berhemah kearah penambahbaikan kepimpinan Najib.
Beliau mengulas laporan yang mendakwa PENAWAR dalam mesyuaratnya minggu lalu telah mengambil keputusan mendesak Najib segera melepaskan jawatannya.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin
Beliau merupakan bekas Setiausaha Politik Tun Dr. Mahathir Mohammad daripada tahun 1981 hingga 2002.
Antara yang dipercayai turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Tamrin Ghafar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghaffar Baba.
Najib didakwa oleh PENAWAR sebagai gagal menyelesaikan banyak isu membabitkan kepentingan negara seperti Bersih 2.0 disamping dikaitkan dengan kontroversil Datin Seri Paduka Rosmah Mansor.
Perdana Menteri juga didakwa gagal membela kepentingan orang Melayu sebaliknya terlalu berlembut kepada bukan Melayu kerana ingin mengekalkan kuasa politik.
Dalam perkembangan yang sama, Syed Ali juga menyifatkan dakwaan sesetengah blogger yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan PENAWAR sebagai tidak berasas.
"Mereka cuba laga-lagakan antara Muhyiddin dengan Najib, ini perbuatan keterlaluan yang cuba menjejaskan hubungan baik diantara mereka berdua," tegasnya.
Malah nama Dr. Mahathir juga dikatakan turut dikaitkan dengan agenda PENAWAR.
Beberpa portal berita dan para blogger mula meyebarkan isu PENAWAR dan gerakan untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan