CINA ISLAM (林川興) Posted: 29 Aug 2011 01:28 AM PDT Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated] Posted: 28 Aug 2011 11:30 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - Green Boc | Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945. Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. Sedikit fakta untuk dikongsi bersama. Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta? Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup. "Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu. Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat. "Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya. WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA
KOMENTAR TUKAR TIUB Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin. Apa yang Mat Sabu sampaikan? Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!! Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah. .....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong.... Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net Ulasan GB Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka. Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran. Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini. TAHNIAH MAT SABU!
| | Menjawab pelbagai isu pengagihan zakat Posted: 28 Aug 2011 11:16 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - Hamizul Abdul Hamid Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran: "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (an-Nahl: 43) Mutakhir ini, rata-rata amil yang berkerja di institusi zakat tidak nyaman tidur dan lenanya. Masakan tidak, lantaran isu-isu berkaitan agihan zakat boleh dikatakan menjadi bualan orang di mana-mana. Bahkan, ia dicetuskan secara leluasa di media massa. Biasalah, isu yang 'panas' dan bersifat 'menyalahkan' sesuatu pihak, memang mudah mendapat tempat di hati pembaca. Secara sinikal, institusi zakat dipersalahkan dalam pelbagai hal. Kononnya, ada pemohon yang diherdik, dinafikan haknya, diarahkan pulang begitu sahaja dan tidak diberi peluang menerima bantuan zakat. Saya percaya, kes-kes di atas mungkin pernah berlaku, namun ia adalah kes-kes terpencil. Bahkan saya yakin, institusi zakat yang berkaitan juga sudah mengambil inisiatif tertentu bagi mengatasinya. Misalnya, pegawai yang bersalah sudah dikenakan tindakan tata tertib. Namun, adilkah jika hanya kesalahan yang terpencil seperti itu; namun ada pihak menganggap semua institusi zakat sering bersifat lepas tangan dan sambil lewa menjaga kebajikan para asnaf yang tujuh, khususnya fakir, miskin dan muallaf? Amanah Zakat Zakat adalah instrumen penting menjaga kepentingan ummah. Bagi kami para amil, itulah yang dipasakkan ke dalam hati dan pemikiran kami. Kami juga sedar, berkerja sebagai amil, dibayar gaji dengan wang zakat, maka kami berusaha memastikan setiap sen wang zakat sampai kepada asnaf yang berhak. Adalah haram bagi amil yang mensesiakan walau sesen wang zakat, menyeleweng dan menafikan hak asnaf. Anas bin Malik r.a. pernah melaporkan, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apabila aku menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku sudah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya? Rasulullah SAW menjawab: "Benar, apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahala-Nya, sedang dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya (yakni para amil yang bertanggung jawab menguruskannya),"(Hadis Riwayat Ahmad). Hadis di atas jelas meletakkan, tanggungjawab menjaga amanah dan mengelola wang atau harta zakat adalah di bahu para amil zakat. Amil yang menyeleweng, mereka dikira berdosa. Sebab itulah, para amil zakat berusaha menjaga amanah wang zakat dengan sebaiknya. Bahkan amalan cara kerja di institusi zakat juga, amat menekankan aspek amanah ini. Amil yang terbukti menyeleweng, tindakan akan diambil, sama ada dibuang kerja atau dirujuk kepada pihak berkuasa, seperti pihak polis dan pencegahan rasuah. Benarkah susah mendapatkan bantuan? Benarkah susah sangat mendapatkan bantuan zakat? Jika susah, masakan jumlah penerima zakat ada puluhan ribu bahkan mungkin ratusan ribu orang. Sebagai contoh, di Selangor sahaja bagi tahun 2011, hampir 20 ribu keluarga diberikan bantuan zakat sebagai asnaf fakir dan miskin. Itu belum dicampurkan dengan semua negeri lain di Malaysia. Jika benar susah memohon, kenapa ada begitu ramai yang mendapat bantuan zakat? Jika ditinjau lebih teliti, bukan sedikit penerima bantuan zakat sudah mengecapi hidup yang lebih selesa berbanding sebelum mereka disantuni dengan wang zakat. Untuk menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal pada tahun 2011 misalnya, sesebuah keluarga menerima minimum RM550 dan maksimumnya RM1,000.00. Ia umpama bonus kepada fakir dan miskin, malah jauh lebih tinggi berbanding bonus kepada pesara kerajaan atau penjawat posisi tertentu yang hanya berjumlah RM500.00. Begitu juga, kita boleh melihat kepada pelbagai aspek lain. Rumah atau perlindungan misalnya, ribuan asnaf fakir dan miskin serta muallaf, yang tidak mempunyai rumah telah diberikan rumah oleh pihak zakat. Mereka boleh duduk secara percuma, di rumah yang selesa. Tujuannya hanya satu, dengan rumah yang sempurna itu dapat memudahkan mereka merencanakan perubahan diri mereka seterusnya. Mereka tidak perlu memikirkan tempat tinggal lagi. Rumah atau tempat berlindung ini, turut melibatkan rumah perlindungan bagi golongan yang khusus, seperti warga emas, wanita bermasalah, pesakit Aids dan sebagainya. Pendek kata, wang zakat dilaburkan secara berhemah dan sistematik, agar ia dapat menampung keperluan umat Islam secara lebih berkesan. Jika ada yang tidak mempercayai perkara ini, silalah merujuk kepada institusi zakat di negeri masing-masing bagi melihat sendiri bentuk agihan yang telah dilakukan. Jadi, benarkah asnaf fakir dan miskin sukar mendapatkan bantuan? Ini kerana, ramai dalam kalangan mereka yang diberikan bantuan modal perniagaan. Bukan sedikit yang menceburinya, membuka restoran, membuka kedai runcit, membuka perusahaan membuat kuih tradisional, membuka bengkel membaiki kenderaan, mengecat kereta, membuka pusat kecantikan, urutan dan SPA, kedai dobi, membuka taska, menjalankan projek ternakan ikan, menternak ayam, lembu, kambing, menanam sayur dan sebagainya lagi. Sekali lagi, benarkah asnaf fakir dan miskin diabaikan? Ini kerana, keperluan mereka dijaga penuh perhatian. Keperluan pendidikan misalnya, anak-anak mereka dibiayai dari sekolah rendah hingga ke universiti, bahkan hingga ke luar negeri. Anak-anak asnaf yang cemerlang, diberikan insentif tambahan, biasiswa, wang saku, komputer riba dan ganjaran akademik yang relevan dengan pencapaian. Maka, ramai anak asnaf yang berjaya dan ini membuktikan keberkesanan agihan zakat. Akhirnya, benarkah susah mendapatkan bantuan zakat? Ini kerana, ribuan pesakit menerima habuan. Misalnya pesakit buah pinggang yang mesti melalui proses dialisis tiga kali seminggu, institusi zakat tampil membantu. Anak yang perlu dirawat, isteri yang terlantar di hospital, suami yang uzur dan sebagainya, diberikan bantuan zakat untuk menerima rawatan. Bukan kecil jumlahnya bahkan mencecah puluhan ribu seorang dan jutaan ringgit setiap tahun. Hakikatnya, terlalu banyak jika mahu disenaraikan di sini. Namun, jika kita mahu menelitinya dengan hati yang tenang dan kepala yang tenteram, tidak sekadar mahu mencari kesalahan orang, maka kita pasti mengakui bahawa institusi zakat telah banyak meringankan bebanan ummah. Pengalaman sebenar Oleh itu, kenapakah ada perkhabaran kononnya masih ada segelintir umat Islam yang dinafikan hak mereka oleh pihak institusi zakat? Lalu, mereka akhirnya terjebak dalam kemelut akidah apabila tampil pihak-pihak lain, misalnya gereja, yang perduli dan ambil kisah keperluan mereka. Suka dijelaskan, pemohon zakat adalah terdiri daripada 1001 ragam manusia. Ada yang jujur memohon bantuan atas keperluan diri dan keluarga, ada juga yang mahu mengambil kesempatan dengan alasan yang direka-reka. Sudah pasti, pihak institusi zakat perlu mengawalnya, sesuai dengan kehendak agama bahawa wang zakat adalah amanah yang kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah. Dalam proses kawalan ini, pelbagai pengalaman menarik boleh dikongsi. Ada kes, pemohon zakat yang datang dengan sekeping laporan polis. Dompet dan segala dokumennya telah hilang. Maka, dia datang mahu mendapatkan bantuan. Lebih menarik, adakalanya dengan jelas mereka mahu memohon atas asnaf ibn sabil, yakni pemusafir yang terlantar dek kehabisan belanja. Maknanya, sedari awal mereka sudah menetapkan di minda apakah bentuk zakat yang boleh mereka minta. Demi mematuhi prosedur permohonan, mereka akan disiasat. Pernah berlaku, orang yang sama memohon berkali-kali di kaunter-kaunter zakat berhampiran. Ada juga yang nampak sangat 'temberangnya' apabila jawapannya jelas direka-reka. Misalnya, dia dari Johor mahu pulang ke Kedah, namun singgah di Selayang lalu di situlah dompetnya hilang. Bila ditanya, kenapa singgah di Selayang, jawapan yang diberikan mencurigakan. Bila ditanya berapa ringgit yang perlu untuk sampai ke destinasi, dia meminta jumlah yang tinggi. Adakalanya, diberikan RM100 diminta tambah lagi. Dalam kes yang lain, ada yang datang ke pejabat zakat marah-marah melenting. Tanpa perduli maruah kakitangan atau amil di hadapan orang, mereka merungut kononnya wang bantuan bulanan lambat dimasukkan ke dalam akaun. Tidakkah pelik apabila mereka ini meletakkan punca rezeki hanya kepada wang zakat, sedangkan zakat hanyalah bantuan yang memenuhi kecukupan. Mereka mesti berkerja, kemudian zakat akan menampung bahagian yang tidak cukup. Zakat bukanlah pendapatan. Ada juga yang lebih berani, wang zakat yang diberi digunakan ke tempat yang salah. Membeli rokok perkara biasa; malah ada yang sanggup berjudi pula. Bila tertangkap, terus-terang mereka mengaku mereka berjudi dengan wang zakat. Betapa remuk hati para amil apatah lagi pembayar zakat mendengar kes ini. Pihak amil terpaksa bertegas, maka adakalanya bantuan akan ditapis, diberikan sesuai dengan keperluan semasa demi memastikan ia tidak disalah guna. Mungkin ada orang bertanya, kenapa pihak institusi zakat tidak mendidik para asnaf? Jawapannya, memang institusi zakat cuba mendidik mereka. Kelas pengajian dianjurkan, diberikan secara percuma, dicarikan guru yang berpengalaman, diajarkan membaca al-Quran, memperbetulkan solat, diberikan kursus keibubapaan dan sebagainya lagi. Namun, jika mereka sendiri enggan merubah diri, misalnya dengan sengaja melarikan diri daripada kelas, bersikap sambil lewa menimba ilmu, apakah tindakan yang boleh dilakukan? Jika institusi zakat berkeras, nanti mereka mengadu kepada pihak lain dan silap haribulan, cerita yang tersebar ialah kerasnya pihak institusi zakat mendidik asnaf. Nah! Ini baru lima peratus agaknya daripada pelbagai kisah yang boleh dikongsi. Apa yang penting, janganlah hanya mendengar sebelah pihak semata-mata langsung menerimanya tanpa banyak bertanya. Jika di dalam mahkamah, orang yang bersalah akan mencari 1001 alasan menafikan kesalahannya; manakala pendakwa akan mencari 1001 alasan membuktikan kesalahan. Hakim akan mendengar dengan saksama, bahkan kadang-kadang para juri juga mengambil peranan. Setelah didengar daripada kedua-dua pihak, barulah melontar keputusan. Baharulah adil namanya. Kesimpulan Apabila isu zakat digembar-gemburkan secara tidak adil, maka ia akan memberikan imej negatif kepada para amil dan isntitusi zakat. Kononnya peruntukan amil melebihi asnaf yang lain, bergaji besar, membeli bangunan dan kenderaan dan sebagainya. Ingin sekali saya ulas isu ini, tetapi biarlah dahulu. Bagi saya, berpeganglah kepada peringatan Allah SWT di dalam ayat 43, surah an-Nahl, jika tidak tahu atau kurang pasti, datanglah bertamu ke institusi zakat dan dapatkan jawapan yang pasti. Seperkara lagi, isu kemiskinan dan kekufuran, bukan sekadar isu zakat. Ia adalah isu ummah. Ingin rasanya kita bertanya kepada semua pihak – kerajaan, badan dakwah, institusi masjid dan sebagainya lagi - sejauh manakah usaha yang telah dilakukan agar umat Islam bukan sekadar ditangani kemiskinan fizikal mereka; bahkan dibasmi kemiskinan jiwa mereka. Ini kerana, jika alasan kemiskinan fizikal semata-mata dijadikan penyebab kekufuran, yakinlah pada zaman dahulu ada dalam kalangan sahabat nabi lebih miskin harta tetapi iman tetap kukuh tertancap di dada. Cubalah buka lembaran sejarah, kenalilah siapa Abu Hurairah, Salman al-Farisi, Bilal bin Rabah, Ummu Sulaim dan ramai lagi. Mereka ini miskin harta; tetapi kaya jiwa. Dalam kemiskinan itu mereka masih mencari jalan bersedekah, tidak senang meminta-minta. Iman mereka membugar dan dakwah mereka tersebar. Rahsianya, rangkaian sosial dan pihak berwajib umat Islam kala itu saling membahu menyuburkan Islam, tidak suka menyalahkan orang lain dan lebih penting, melakukan dahulu kerja-kerja pembaikan agar saudara seagamanya terselamat daripada kekufuran. Soalnya kini, dalam isu ini, apakah yang sudah kita lakukan? Wallahua'lam. Nota: Hamizul Abdul Hamid, adalah seorang pendakwah dan tulisan ini tidak mewakili mana-mana institusi zakat, ia adalah minda penulis sendiri tanpa ada apa-apa kaitan dengan mana-mana pihak....Harakahdaily/- | Perutusan Raya Ketua Dewan Ulamak Posted: 28 Aug 2011 11:12 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - Dato' Harun Taib Hari Raya Hari Kemenangan Terhadap kebatilan dan Kezaliman Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu akbar walillahilhamd… Alhamdulillah selepas sebulan umat Islam berpuasa akhirnya kita InsyaAllah menyambut hari raya Idil Fitri bagi meraikan kejayaan kerana berjaya melaksanakan ibadah khusus seperti puasa, qiyam (tarawih), bacaan al-Qur'an, sedekah, zikir, iktikaf dan lain-lain. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim, Nasa'i dan Ibnu Majah yang bermaksud: "Orang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Rab ( Allah s.w.t) yang mencipta dan menguruskan dirinya" Oleh itu tiada sambutan raya bagi mereka yang gagal menjadi hamba Allah sepanjang Ramadhan kerana tiada kegembiraan bagi dirinya dan tiada apa yang ingin diraikan akibat kegagalan tersebut. Berpuasa bukan hanya meninggalkan makan dan minum tetapi apa yang lebih penting ialah berpuasa daripada maksiat dan mengukuhkannya dengan amal ketaqwaan. Janganlah kita hanya menjadikan puasa sebagai amalan adat tetapi tidak menjadikannya sebagai ibadah. Ibadah bererti memberikan ketaatan yang mutlaq kepada Allah s.w.t. Perlaksanaan puasa sebagai ibadat mengajak kita berpuasa meninggalkan segala perkara yg bercanggah dengan syara' dan bekerja untuk mencegahnya bermula daripada sekecil-kecil maksiat melibatkan individu sehinggalah kepada sebesar-besar maksiat yang melibatkan pemerintahan negara seperti rasuah, penyelewengan dan kezaliman. Kezaliman yang paling besar ialah apabila pemerintah meninggalkan syariat Allah s.w.t dan membesarkan serta mengagungkan peraturan ciptaan manusia. Jihad mencegah kemungkaran perlu menjadi amalan orang berpuasa. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi: "sebaik-baik jihad ialah menyampaikan kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim" Berpuasa adalah bertujuan membina ketaqwaan sebagaimana yang disebut di dalam ayat 183 surah al-Baqarah. Ketaqwaan pula bukan hanya dengn melakukan atau memperbanyakkan amalan sunat tetapi sebagaimana disebut oleh tokoh pemerintah Islam yang adil iaitu Saidina Umar bin Abd Aziz ialah dengan melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah s.w.t dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t. Antara kewajipan yang mesti ditunaikan oleh orang berpuasa untuk mencapai taqwa ialah bekerja mengembalikan pemerintahan negara yang berteraskan dan berprinsipkan Islam. Pemerintahan dengan tidak merujuk kepada Islam menjadikan rakyat samada muslim atau non-muslim menderita. Hak kemanusiaan dan kerakyatan mereka dizalimi. Kebajikan rakyat tidak terbela. Rasuah berleluasa. Penyelewangan harta negara menjadi rencah sebahagian elit pemerintah. Keadilan dinodai. Marilah kita merayakan Aidilfitri pada kali ini dengan ruh jihad perjuangan untuk menjadi hamba yang taat kepadaNya serta menyuruh melakukan ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran di atas dunia yang fana ini. Allahu Akbar ! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd ! Dato' Harun Taib Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat | Mesej Raya Presiden PAS Posted: 28 Aug 2011 11:11 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - Abdul Hadi Awang Assalamualaikum. Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam, dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa. Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan, tetapi dapat membentuk jatidiri kita bagi melaksanakan taggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini. Begitu juga dengan ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini, dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat, seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang. Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan, dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini. Selain itu, ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia. Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah, bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat. Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini, kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia. Selamat hari raya. Abdul Hadi Awang Presiden PAS | Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman Posted: 28 Aug 2011 11:08 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Bashir Ishak | KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. (Mohamad Sabu dalam sidang medianya di Komplek PAS Perlis hari ini) "Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily. Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu. "Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya. Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu. "Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad. Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu. Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong. Rakaman video Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam. Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi. Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam. Mohamad dalam kenyataannya sebelum ini menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. Saya seolah sokong Komunis "Berikutan dengan penyiaran berita itu, Radio dan Televisyen Malaysia serta TV3 terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah saya adalah penyokong perjuangan komunis bahkan saya adalah bapa komunis yang sebenar.
"Beberapa akhbar dan laman blog meminta komen saya terhadap kecaman pelbagai pihak terhadap saya dan saya memberitahu mereka bahawa saya akan membuat pendirian apabila saya mendengar kembali ucapan saya tersebut kerana berita Utusan Malaysia tersebut hanya disiarkan seminggu selepas tarikh ceramah. "Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini. Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia. "Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan. "Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya. Mengulas lanjut isu ini, Mohamad berkata penyiaran berita seumpama ini adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini. "Saya tak nampak sangat penyiaran berita ini bertujuan untuk menjatuhkan saya mahupun PAS, tetapi yang lebih besarnya mereka telah digunakan untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari isu Suruhanjaya Pilihanraya, isu pendatang asing sebagai pengundi serta pembongkaran PAS dan Bersih tentang kotornya daftar pemilih di negara ini. "Ini yang mereka cuba alihkan dari pandangan orang ramai khususnnya sokonganorang-orang Melayu. Jadi mereka guna ucapan saya yang telah diselewengkan itu untuk mengalihkan isu yang lebih besar," jelasnya lagi.Harakahdaily/-
| | Jepun sedia pilih PM baru Posted: 28 Aug 2011 10:32 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - TOKYO: Parti memerintah Jepun bersedia untuk memilih pemimpin baru hari ini bagi menjadi Perdana menteri keenam dalam tempoh lima tahun Negara Matahari Terbit itu. Lima calon bersaing untuk menggantikan Perdana Menteri, Naoto Kan yang meletak jawatan selepas cuma 15 bulan memegang jawatan selepas rakyat mengkritik hebat cara pentadbirannya mengendalikan tsunami dan krisis nuklear serta perebutan kuasa. Undi di kalangan 398 ahli Parlimen Parti Demokratik Jepun menyaksikan persaingan di antara bekas diplomat terkenal, Seiji Maehara yang diminati rakyat dan Menteri Ekonomi, Banri Kaieda, yang mendapat sokongan kuat daripada ketua yang dicemari skandal, Ichiro Ozawa. - AP | 28 terbunuh dalam serangan ke atas masjid di Baghdad Posted: 28 Aug 2011 10:30 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - BAGHDAD: Seorang pengebom berani mati membunuh 28 orang termasuk seorang ahli Parlimen dan menyebabkan 37 lagi cedera di sebuah masjid Sunni di barat negara berkenaan awal pagi semalam. "Pengebom itu memasuki masjid Umm al-Qura dan meletupkan dirinya menyebabkan 28 orang mati dan 37 mengalami kecederaan," kata pegawai. Antara yang terkorban ialah Ahli Parlimen Wilayah Anbar, Khaled al-Fahdawi, iaitu sekutu Iraqiya yang disokong Sunni. Warga emas dan kanak-kanak adalah antara yang mengalami kecederaan. - AFP | Angka kematian Taufan Irene kini 14 orang Posted: 28 Aug 2011 10:27 PM PDT 29 Ramadhan 1432H. [MOD] - WASHINGTON: Jumlah kematian Taufan Irene menurun daripada 15 kepada 14 selepas Gabenor New Jersey diberikan maklumat tidak tepat mengenai kematian seorang anggota bomba. Gobenor Chris Christie bercakap kepada media, berkata dua kematian dicatat di wilayah berkenaan iaitu seorang wanita yang terperangkap dalam keretanya akibat paras air yang meningkat dan seorang anggota bomba yang mati akibat kecederaan ketika usaha menyelamat. Bagaimanapun, selepas itu didapati bahawa anggota bomba itu sebenarnya masih hidup dan dalam keadaan kritikal di hospital dan Christie membuat pengumuman selepas mendapat maklumat kurang tepat daripada kakitangannya. - AFP | |
Salam Perjuangan Posted: 28 Aug 2011 11:20 PM PDT REFERENDUM RAKYAT JAWAPAN KEPADA KEMELUT LYNAS Posted: 28 Aug 2011 11:13 PM PDT 29 Ramadan 1432 H | 29 August 2011
Isu Lynas, yang menjadi kontroversi kini bertambah hangat apabila Ahli Parlimen Hulu Langat PAS, Dr Che Rosli Che Mat, yang merupakan pakar nuklear mengeluarkan kenyataan bahawa kilang Lynas adalah sebuah kilang yang selamat untuk beroperasi di negara kita, dan tidak perlu dibimbangi oleh penduduk di sekitar Kuantan khasnya. Selain Che Rosli, golongan yang menyokong projek Lynas ini terdiri daripada beberapa pakar tempatan dan luar negara termasuk pemantau antarabangsa dan juga kerajaan negeri. Disebabkan pihak yang menyokong pembinaan kilang ini adalah kerajaan sendiri, maka ia juga menarik sama ahli-ahli Umno dan komponen parti Barisan Nasional yang lain untuk turut menyokong projek ini.
Kumpulan yang menyokong telah menggunakan kekuatan media perdana, dialog terus dengan penduduk dan NGO serta pelbagai promosi bagi meyakinkan penduduk ia adalah projek yang selamat dan tidak perlu dibimbangi. Dalam golongan yang menentang pula, ia terdiri dari beberapa orang pakar alam sekitar, pakar kesihatan awam, pencinta alam yang disokong oleh beberapa NGO seperti Badar dan "Save Malaysia! Stop Lynas!" dan pemimpin parti pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS. Ia diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh yang terkenal dalam mengambil inisiatif utama dalam memperjuangkan isu menentang Lynas ini dengan saudara YDP PAS Indera Mahkota Nasrun Amir dan dibantu oleh Anadansura, Ustaz Suhaimi Saad Ketua Penerangan Negeri dan Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat yang diketuai oleh Zulkifli Mohamad Omar serta berpuluh NGO lain.
Ketika ini, pihak yang menentang habis-habisan mengganggap projek Lynas ini adalah satu 'bom jangka' bagi penduduk sekitar tapak kilang Lynas yang bertapak di Gebeng.
Kebimbangan tersebut pula dianggap oleh para pakar dan golongan yang menyokong kilang ini hanyalah ketakutan kepada bayang-bayang semata-mata.
Lebih parah lagi, di kalangan penduduk kini terbahagi kepada dua pihak iaitu kumpulan yang menyokong dan yang menentang.
Penelitian umum mendapati sesetengah golongan masyarakat masih tidak dapat informasi secukupnya daripada kedua-dua belah pihak.Kekangan media perdana untuk memberikan liputan yang adil dan sikap media berbahasa Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka telah menyebabkan sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini dan kerana itu, menerima projek ini sebagai selamat.
PAS melihat jalan keluar kepada masalah ini dengan mengadakan referendum awam. Oleh kerana isu ini mempunyai impak besar kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya, maka kerajaan dan Lynas dinasihatkan tidak boleh memandang mudah bantahan dari rakyat. Kerana apa jua keputusan yang ingin dilakukan samada untuk menerus atau membatalkan projek ini mempunyai kesan langsung kepada penduduk dan syarikat berkenaan.
Andainya Lynas dan kerajaan mengambil sikap memekakkan telinga dengan bantahan rakyat, kita yakin bantahan in akan berterusan dan tidak mustahil golongan yang membantah akan membuat injuksi mahkamah.
Melalui referendum awam, ia boleh dijadikan landasan utama kepada kerajaan bagi meneruskan atau membatalkan projek ini. Ditambah pula, dengan cara ini, apa-apa keputusan yang diambil boleh kelihatan lebih adil kepada semua pihak.
Dengan kata lain, jikalau referendum awam menunjukkan majoriti rakyat bersetuju dengan projek tersebut, maka syarikat Lynas dan kerajaan tidak akan menghadapi masalah lagi. Referendum awam adalah salah satu mekanisma yang ada dalam rangka sistem demokrasi bagi memberi ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan terhadap sesuatu yang besar kesannya kepada kehidupan mereka. Tanpanya, pihak kerajaan juga tentu akan berhadapan dengan tekanan berterusan seandainya sesuatu yang buruk terjadi bilamana sesuatu projek diluluskan.Semoga penyelesaian in akan mengundang keputusan yang baik bagi kedua-dua belah pihak dan haruslah diingatkan rakyat mempunya hak terbesar bagi menjamin suara mereka didengar oleh pemerintah.Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man,Ketua Penerangan PAS 29 Ogos 2011 | |
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI Posted: 28 Aug 2011 11:19 PM PDT Balik kampung Posted: 28 Aug 2011 04:12 PM PDT Kepada semua perantau yang memandu balik kekampung, pandulah dengan berhati-hati, keselamatan keluarga anda berada di tangan anda. Bacalah doa ketika naik kenderaan semoga dipelihara Allah dr sebarang musibah.
| |
PemudaSikDaily Posted: 28 Aug 2011 09:37 PM PDT Perutusan Aidilfitri 1432-Ketua DPPKS Posted: 28 Aug 2011 08:42 AM PDT Salam Aidilfitri kepada semua warga Sik Kesempatan ini saya ingin mengucpakan selamat hari raya aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat yang serta rakan-rakan pemuda. Kepada sahabat-sahabat perantauan saya ucapakan selamat pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Dalam suasana kita menyambut lebaran ini jangan lupa kepada mereka yang kurang kemampuan untuk menyambut raya tahun ini. Marilah kita membantu sedikit bagi meringankan beban mereka dengan sekadarkemampuan kita. Kesempatan ini juga saya mengucapkan ribun terima kasih kepada peyumbang-penymbang yang menjayakan program sumbangan satu hamper satu fakir miskin.Mudah-mudahan sumbangan tuan puan akan berterusan bagi membantu dewan pemuda mengerakan lagi aktiviti-aktiviti yang telah disusun. khirnya salam perjuangan dan salam lebaran...Allahuakbar | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 28 Aug 2011 09:36 PM PDT Majlis Perbandaran Port Dickson tak professional Posted: 28 Aug 2011 07:26 PM PDT KENYATAAN MEDIA AHLI PARLIMEN TELOK KEMANG 27 OGOS 2011 KESAL FUNGSI MASJID & RUANG KEBAJIKAN DISEMPITKAN DALAM BULAN RAMADHAN Bulan Ramadhan 1432 Hijrah yang sedang kita jalani selaku Ummat Islam di Malaysia perlu dilihat sebagai Madrasah Ramadhan atau Bulan Tarbiyyah bagi menyucikan jiwa dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kepada Allah SWT. Kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas nikmat Iman dan Islam yang kurniakan. Seharusnya bulan Ramadhan dijadikan bulan untuk mengeratkan silaturrahim dan menjadi medan 'Fastabikul Khairat' ataupun sebagai bulan untuk kita berlumba-lumba melakukan kebajikan. Melakukan kebajikan merupakan salah satu daripada saranan Allah SWT dalam Al-Quran. Sudah pasti fungsi institusi masjid dan surau adalah untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan ruangan untuk melakukan kebajikan seperti memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan golongan yang memerlukan dalam bulan Ramadhan. Namun yang saya kesalkan ialah terdapat masjid-masjid dan surau-surau yang merupakan Rumah Allah SWT yang telah disempitkan fungsinya dengan tidak memberikan ruang kepada Ahli Parlimen mahupun pemimpin Pakatan Rakyat untuk bersolat dan memberikan sumbangan kebajikan di Rumah Allah SWT tersebut. Ini merupakan suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak-pihak terlibat yang telah menyempitkan ruang melakukan kebajikan di masjid dan surau sempena bulan Ramadhan. Apakah Rumah Allah SWT seperti masjid-masjid dan surau-surau sudah menjadi rumah politik parti tertentu sahaja? Apakah masjid-masjid dan surau-surau hanya menjadi masjid dan surau UMNO/BN sahaja sama ada di Telok Kemang ataupun N. Sembilan? Ini merupakan politik sempit kepartian yang jelas menunjukkan kedangkalan mereka tentang penghayatan Ramadhan sebagai bulan ibadah. Umat Islam umumnya berasa kesal dengan situasi yang berlaku seumpama ini yang langsung tidak mencerminkan semangat ukhwah Ramadhan dan semangat 'Fastabikul Khairat' seperti mana yang dianjurkan oleh Al-Quran. Sewajarnya institusi masjid dan surau dibuka luas kepada mana-mana pihak untuk melakukan ibadah dan menyumbangkan bantuan kebajikan kepada yang memerlukan. Pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan perlu mengambil langkah-langkah segera bagi menangani fenomena 'menyempitkan fungsi masjid & surau'. Selain itu, saya juga amat kesal dengan tindakan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dalam menangani isu kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya membantah tindakan MPPD yang telah mencabut dan merampas kain rentang – kain rentang ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri daripada pemimpin Pakatan Rakyat kononnya tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk menggantung kain rentang tersebut. Namun apa yang dikesalkan ialah terdapat juga kain rentang bagi tujuan yang sama daripada pihak lain tidak pula dicabut dan dirampas oleh pihak MPPD walaupun tidak mempunyai pelekat kebenaran untuk digantung atau ditampal. Situasi ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa majlis perbandaran telah bersikap tidak profesional serta menghalang usaha-usaha oleh Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat dalam memaknakan Ramadhan sebagai bulan untuk mengukuhkan silaturrahim. Sikap berat sebelah majlis perbandaran seumpama ini tidak wajar berlaku jika MPPD mengambil sikap bertanggungjawab dan menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan ukhwah. Sikap negatif yang wujud dalam pentadbiran majlis perbandaran perlu diubah bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadhan. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas Ahli Parlimen Telok Kemang Sumber : http://angkatanmudan9.wordpress.com/2011/08/28/kenyataan-media-ahli-parlimen-telok-kemang/ | Menara MAINS, apakah akan jadi Gajah Putih? Posted: 28 Aug 2011 07:50 AM PDT Apakah Menara MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) ini akan menjadi satu lagi Projek Gajah Putih? Apa rasionalnya membina Menara MAINS ini dikala umat Islam di negeri ini khususnya di Seremban dahagakan bangunan sekolah menengah Islam yang baru kerana permintaan yang terlalu ramai, sedangkan sekolah menengah agama yang ada aliran sains untuk SPM hanya satu saja iaitu di SHAMS. Bagaimana pula dengan status Bazaar MAINS di tengah bandar Seremban yang hidup segan , mati tak mahu? Sila baca sendiri para peniaga Melayu di Bazaar MAINS Seremban di http://pasns.blogspot.com/2010/01/kfc-baru-seremban-atas-tanah-pusat.html Juga bagaimana pula dengan status bangunan komersial dan bangunan kedai lain milik MAINS yang tidak berdaya maju? Juga beberapa Projek Gajah Putih sebelum ini di http://gajahputihn9.blogspot.com/ Menara Mains jadi mercu tanda Sinar Harian 28 Ogos 2011 CHUAH - Negeri Sembilan bakal memiliki menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang akan menjadi mercu tanda di negeri ini. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menara ini akan dibina setinggi 12 tingkat dan tiga tingkat pada bahagian podium menara tersebut. "Menara Mains itu dibina di tapak bekas Hotel Tasik di Jalan Tasik sebagai mercu tanda negeri ini yang sentiasa memartabatkan syiar Islam. "Apabila siap, menara itu nanti ia akan menjadi 'penyambut tetamu' kepada pengunjung yang datang ke Negeri Sembilan khususnya daerah Seremban," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Bantuan Fakir Miskin serta Bantuan Tahunan Masjid di Masjid Kariah Chuah, Port Dickson, baru-baru ini. Mohamad berkata, tujuh masjid di daerah ini menerima bantuan sebanyak RM10,500 daripada Mains untuk tujuan penyelenggaraan perlaksanaan aktiviti di masjid masing-masing. "Untuk tahun 2005 hingga 2010 sahaja sebanyak 17 masjid dibina dengan kos mencecah RM8 juta sementara bagi tahun ini, sebanyak tiga masjid baru telah dibina. "Pada tahun hadapan pula, tiga lagi masjid masing-masing di Rantau, Bandar Springhill dan Serting Tengah akan dibina dengan setiap satu kos mencecah RM10 juta," katanya. Menurutnya, kerajaan Negeri Sembilan akan terus memastikan kedaulatan Syiar Islam sentiasa dipertingkatkan dan antaranya melalui pembinaan masjid di negeri ini untuk memudahkan masyarakat Islam melaksanakan ibadah dengan selesa. "Negeri kita juga memiliki individu yang pakar dalam agama dan baru-baru ini Negeri Sembilan berjaya melahirkan qari serta qariah berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. "Oleh yang demikian, anak-anak yang berpotensi mengikut jejak qari dan qariah ini akan dibimbing sehingga layak ke pengajian Akademi Al-Quran yang akan dijalankan pada hujung minggu dan musim cuti sekolah," katanya. Malah katanya, perkara itu akan diwujudkan segera bagi melaksanakan pembangunan seimbang memandangkan mereka telah memiliki Akademi Bola Sepak yang mendapat sambutan baik. "Selain itu, banyak yang telah dilakukan Kerajaan Negeri Sembilan dan masyarakat menerima manfaatnya. "Pelbagai cara dilakukan dengan matlamat, anak mesti khatam al-Quran sebelum memasuki sekolah menengah," katanya. Katanya, jika tahun lepas, seramai 5,000 murid Tahun Enam khatam al-Quran dan pada tahun ini, telah ada perancangan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk majlis sama dilakukan dan melibatkan murid Tahun Enam dan Lima mencecah 13,000 murid. "Majlis ini bakal menjadi acara tahunan Kerajaan Negeri dan bakal dilaksanakan di padang majlis perbandaran," katanya lagi. Pada majlis ini, Mohamad menyampaikan bantuan Mains kepada tujuh Masjid di Port Dickson dengan setiap masjid menerima RM1,500 dan juga kepada 57 penerima asnaf fakir miskin menerima RM300 setiap seorang serta meluluskan sumbangan lima komputer kepada kariah Masjid Chuah. Selain itu, majlis khatam al-Quran turut diadakan oleh rakan muda daripada tujuh Persatuan Belia di negeri ini melibatkan 280 orang di masjid berkenaan bermula jam 4 petang hingga 7 malam. http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9472939.asp | |
PAS KAWASAN BAKRI Posted: 28 Aug 2011 09:18 PM PDT Selamat Hari Raya Aidil Fitri Posted: 27 Aug 2011 11:32 PM PDT PAS Kawasan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Pandu kenderaan dengan berhati-hati
| |
PAS Kawasan Pekan Posted: 28 Aug 2011 07:36 PM PDT Posted: 28 Aug 2011 08:47 AM PDT | |
PAS LENGGONG Posted: 28 Aug 2011 07:08 PM PDT Kempen "Protes BN" diperhebat sempena raya Posted: 28 Aug 2011 02:35 AM PDT Kelihatan yada kereta yang balik kampong amat sedikit yang mengibarkan bendera malaysia kerana ape, tak lain meluat menyampah kepada umno - bn Kempen "Protes BN" diperhebat sempena raya Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Kelab Protes Harga Barang Naik (Protes BN) yang dilancar baru-baru ini memperhebatkan aktiviti kempen mereka kepada masyarakat menjelang Aidil Fitri ini. Jumaat lalu, kumpulan yang dipimpin oleh Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, YB Taufik yang juga Adun Paroi telah bergerak ke Hentian Pudu bagi menyampaikan"goodies bag" kempen kepada semua pengguna yang sedang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung berhari raya. Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada pimpinan dan aktivis Dewan Muslimat PAS Pusat. Antara kandungan "goddies bag" itu ialah tiga Risalah Protes 'BN' yang baru-baru ini dilancarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu di Kampung Baru, biskut raya, kad hari raya PAS Pusat dan DMPP berserta pelekat kereta "Terima Kasih BN, Harga Barang Naik, Hadiah Aidil Fitri Untuk Rakyat". Kumpulan yang disertai lebih 15 orang aktivis dan pimpinan Kelab yang tampil secara santai ini disambut baik oleh para pengguna. Hanya dalam tempoh tidak sampai setengah jam bahan yang disediakan lebih lima ratus set habis diedarkan di situ. Kumpulan ini kemudiannya bergerak ke Jalan Masjid India setelah mendapat bantahan pihak pengurusan Hentian Pudu. Di Jalan Masjid India pula lebih 2000 set bahan penerangan Protes 'BN' dan kad ucapan yang sama turut berjaya disampaikan kepada para pengunjung dalam tempoh lebih kurang sejam dan bersurai setelah hampir masuk waktu solat Juma'at. Kempen di Jalan Masjid India telah diketuai oleh YB. Hjh Siti Zailah Mohd. Yusof, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bersama YB. Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Ketua DMPP. Turut kelihatan ialah Ketua Penerangan DMPP, Saudari Aiman Athirah Al Jundi ; Che Azlina dan Hajjah Aida Yusof Rawa yang masing-masing ialah Setiausaha dan Bendahari DMPP. Aktiviti kempen disambung kemudiannya pada sebelah petang lebih kurang jam 5.30 pm di lokasi hadapan Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Di situ lebih 1000 set bahan penerangan berjaya disampaikan kepada para pengguna yang melalui lokasi tersebut. Jurucakap Kelab Protes 'BN', saudari Aiman Athirah Al Jundi yang ditemui merumuskan bahawa program kempen pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. "Kelab Protes 'BN' sangat komited untuk meningkatkan lagi segala usaha memberi kesedaran kepada rakyat akan pembaziran dan ketidakbijakan pentadbiran Najib yang akhirnya meletakkan hidup rakyat dalam kedudukan yang cukup terbeban. "Sedangkan pada masa yang sama, elit kuasa BN bermewah dengan hasil mahsul kekayaan negara. Kami bersama dokongan padu kepimpinan Dewan Muslimat akan turun ke setiap pintu rumah bagi menggerakkan kesedaran para suri rumah bahawa kesukaran yang sedang kita lalui kini, insyaAllah ada jalan keluarnya," katanya. | | Ya Allah Posted: 28 Aug 2011 02:32 AM PDT Akan tangan-tangan yang jahat itu kami pohon pembalasan dari mu. Khianat: Wajah Nik Aziz diconteng salib Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sekurang-kurangnya tiga kain rentang PAS yang digantung sebagai mengalukan kehadiran bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di sekitar Shah Alam diconteng pihak tidak bertanggungjawab. Malah lebih teruk dari itu, beberapa wajah pemimpin PAS pada kain rentang itu diconteng dengan tanda salib. Kejadian tersebut dikesan sejak semalam di sekitar kawasan Seksyen 23, Shah Alam. Antara yang menjadi mangsa perbuatan khianat tersebut adalah wajah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Abdul Samad yang diconteng dengan dakwat merah. Menurut seorang penduduk yang memaklumkan kejadian itu kepada Harakahdaily, beliau berkata perbuatan khianat dan tak berakhlak tersebut dipercayai dilakukan semasa waktu berbuka puasa dan waktu ramai orang berada di masjid dan surau utk qiamullail. "Sebelum kejadian ini sudah 4 kali kain-kain rentang sambut Ramadan yang jumlahnya 12 bidang kesemuanya telah dipotong pada waktu yg sama,' katanya yang tidak mahu namanya disiarkan. Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama awal Ogos lalu yang kini hangat diperdebatkan semua pihak. Berhubung isu itu, PAS menyatakan pendirian mereka agar Jais membuat pendakwaan jika mempunyai bukti wujud usaha mengkristiankan orang Islam. Sementara itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily melahirkan rasa kesal dengan tindakan "puak-puak jahat" tersebut. "Ini kerja orang yang tidak ada akhlak. Saya tidak mahu kata Umno yang buat tetapi rakyat tahu siapa yang buat ini dan dapat menilai sendiri," katanya. Menurutnya lagi, PAS tidak pernah membuat perkara serupa kepada mana-mana pihak walaupun tidak berpuas hati terhadap satu-satu isu. "Conteng salib itu seperti tuduh orang jadi Kristian lah. Ini bukan benda ringan, tetapi dah mereka jahil nak buat macam mana," katanya yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, beliau bagaimanapun tidak akan berbuat demikian dan hanya berdoa kepada Allah agar pihak yang bertanggungjawab diberikan hidayah.
| | Angkara TV3 yang tak mengindahkan dosa Posted: 27 Aug 2011 09:12 PM PDT Laporan Polis atas fitnah TV3.. ada ka boh nama Surau Al Musyrikin Laporan Polis terhadap berita palsu Surau Al-Musyrikin TV3!
SUSULAN daripada pendedahan penipuan TV3 di laman blog dan facebook tentang Surau Al-Musyrikin sebelum ini, rujuk sini [ Al-Musyrikin] pelbagai pihak sudah mula memandang serius hal ini.
Jingga 13 hari ini membuat laporan Polis terhadap TV3 berhubung laporan berita palsu yang disiarkan di Buletin Utama pada 21 Ogos 2011. Kami Jingga 13 meminta pihak Polis mengambil tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan berita propaganda berniat jahat untuk mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum yang jelas boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman rakyat. TV3 juga didapati mempermainkan agama Islam melalui laporannya yang dilihat begitu jelas sengaja diada-adakan.
Kami turut menyerahkan bukti video rakaman laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 21 Ogos 2011 yang lalu kepada pihak Polis untuk membantu siasatan.
Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, Buletin Utama telah menyiarkan laporan berita tentang sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang Lama, yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada para pelajarnya yang beragama Islam. Laporan itu turut menyiarkan rakaman kononnya sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (golongan yang menyekutukan Allah) yang diketuai oleh Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof serta kira-kira 50 orang Qariah surau berhimpun di hadapan kelas tuisyen itu kononnya untuk membantah penyebaran agama Kristian.
Laporan Buletin Utama itu menggambarkan kononnya ada usaha menyebarkan Kristian melalui kelas tuisyen kepada pelajar yang beragama Islam sehingga mendapat bantahan Qariah Surau Al-Musyrikin.
Hasil tinjaun Jingga 13 di lokasi kelas tuisyen di kawasan setinggan Jalan Klang Lama seperti yang dilaporkan, dan temubual bersama penduduk setempat, mendapati tiada satu pun surau yang wujud berdekatan kawasan tersebut. Pusat Tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh kebanyakkannya kaum Cina dan India serta pendatang asing warga Indonesia. Jelas sekali qariah dan nama surau yang dilaporkan tidak wujud.
Selain itu nama surau Al-Musyrikin yang disiarkan juga dilihat sengaja direka dan diada-adakan. Adalah mustahil jika penduduk setempat menamakan rumah Allah (surau) dengan nama Al-Musyrikin (orang yang menyekutukan Allah). Jelas sekali TV3 mencipta berita palsu malah mempermainkan rumah ibadat orang Islam (surau) dengan nama Al-Musyrikin.
Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa tuisyen tersebut sudah wujud sekian lama untuk mengajar agama Kristian kepada anak-anak penduduk kawasan setinggan tersebut yang beragama Kristian. Mereka terdiri daripada pelajar berbangsa Cina, India dan segelintir Indonesia yang beragama Kristian. Tiada pelajar Melayu Islam yang mengikuti pembelajaran Agama Kristian di situ.
Kami Jingga 13 memandang serius perbuatan jahat dan biadap oleh TV3 ini kerana ia boleh menimbulkan ketegangan agama selain melanggar etika kewartawanan. Di atas prinsip menjaga keharmonian dan perpaduan, kami menggesa pihak Polis dan pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap TV3 agar perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang.
Kami juga mahu TV3 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas laporan palsu ini serta kebiadabannya menamakan rumah ibadah umat Islam dengan nama Al-Musrikin. Fariz Musa , Koordinator Jingga 13. MM | Bicara DSAI- Semoga DSAI selamat dari fitnah ini. Posted: 27 Aug 2011 09:08 PM PDT Saiful telah berbohong diliwat walaupun hakim pernah memutuskan Saiful berkata benar ... Anwar Petikan perbicaraan Liwat 2
Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob. "Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod 'Mokhtar' kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk. "Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks," kata Anwar. Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana "saya kelihatan marah." "Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam," kata Anwar. Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut. "Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk. "Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi. "Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan," kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, "alasan sedemikian bercanggah dengan fakta." Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis. Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa. "Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri. Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998. Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya. Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan." "Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya. "Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi. "Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau. Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku. Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. "Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya. | Presiden PAS Posted: 27 Aug 2011 09:02 PM PDT Cadang jual Esso: Satu lagi kegagalan BN Tuan Guru Abdul Hadi Awang | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius terhadap cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad (ESSO) dan syarikat-syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation (San Miguel) iaitu sebuah syarikat luar negara dari Filipina. Sekiranya penjualan ESSO ini menjadi kenyataan, ianya menandakan sekali lagi kegagalan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri yang sangat penting dan strategik, selain dari kegagalan untuk membela nasib 98 peratus kakitangan ESSO yang merupakan anak tempatan. Penjualan ESSO ini sekiranya diteruskan, ianya akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara ini. Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik ESSO di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara. Pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urusniaga tersebut dan ESSO mestilah menawarkan penjualan aset nya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China, iaitu CNOOC di atas kepentingan strategik. Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan PETRONAS (Petronas) melalui Petronas Dagangan Berhad (Petronas Dagangan) bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah. Sekaligus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan lupa peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputra yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara. Walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya di dalam syer peruncitan, iaitu pasaran stesyen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan. Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex. Sepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih ESSO sekaligus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50 peratus. PAS percaya bahawa keadaan pada waktu ini masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambilalih ESSO. PAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula perstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit. Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis. PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan ESSO kepada kepentingan luar. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Jumaat, 26 Ramadhan 1432 / 26 Ogos 2011 | | Berita Ahli Parlimen PR Posted: 27 Aug 2011 09:01 PM PDT Fuziah Salleh tuntut TV3 minta maaf Khairil Abdul Rahim | KUANTAN, 27 Ogos: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh semalam menuntut permohonan maaf daripada wartawan TV3, Karam Singh Walia dan Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker kerana didakwa menjatuhkan air muka dan kredibiliti beliau sebagai wakil rakyat. Menurutnya notis saman juga talah dihantar melalui peguam Tetuan Edwin Lim Suren & Soh Dua kerana kedua-duanya telah membuat tuduhan kepadanya mengatakan dia berbohong memperkatakan isu Lynas. Fuziah yang juga Naib Presiden PKR berkata, melalui siaran di Buletin Utama pada 28,29,30 Jun dan 24 Ogos lalu, Karam Singh Walia telah mendakwa beliau mengatakan bahawa pakar-pakar Melayu dan pakar di Malaysia tidak boleh dipercayai. "Saya merasakan diri saya telah diperkecil kerana membawa kepada ketidakpercayaan rakyat terutama penduduk di Kuantan mengenai pegangan saya dan beberapa NGO lain yang tidak setuju kilang ini dibina. "Saya menghormati pendapat yang mereka lontarkan, tetapi mereka tidak boleh memperlekehkan pendapat saya kerana apa yang saya cakap mempunyai fakta tersendiri. Mereka juga menuduh saya penipu dan ini membuatkan maruah saya sebagai Ahli Parlimen turut tercalar," katanya. Selain itu, pendapat beliau mengenai kilang tersebut yang akan mengundang bahaya kepada rakyat tidak boleh disangkal begitu sahaja kerana selain daripada hujahnya sendiri, ia turut disokong oleh pakar-pakar yang lain juga. Sehubungan itu, melalui peguamnya juga, dua individu tersebut harus membuat kenyataan memohon maaf dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan mahkamah. Menurutnya,, mereka harus membuat jaminan bertulis bahawa tidak membuat dakwaan seumpama itu lagi kepadanya. Katanya, mereka harus membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi yang menyebabkan kredibiliti dan reputasinya terjejas teruk akibat tuduhan tersebut. | | Berita Harakah. Posted: 27 Aug 2011 08:58 PM PDT Lesen monopoli kepada kroni BN punca inflasi Abdul Aziz Mustafa | KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Sebahagian besar inflasi dan kenaikan harga barang di negara ini diakibatkan pemberian lesen-lesen monopoli kepada kroni-kroni Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Lesen-lesen monopoli seperti beras, gula, permit import (AP) kereta, konsesi tol lebuhraya dan lain-lain diberikan kepada kroni-kroni Umno dan BN. "Penyalahgunaan kuasa Umno dan BN seperti itulah yang menjadi antara penyumbang utama kenaikan harga barang dan inflasi di negara ini," kata beliau. Menurut Mahfuz, bila tidak ada persaingan sihat dan monopoli dijadikan bermaharajalela oleh kerajaan Umno, harga dinaikkan tanpa mempedulikan kesusahan pengguna. "Sebab itulah kesedaran rakyat perlu digerakkan supaya tertanam di hati mereka bahawa inflasi yang sedang melanda negara ini adalah inflasi Barisan Nasional atau inflasi BN kerana inflasi negara ini adalah inflasi angkara BN, barang naik angkara BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Beliau menyifatkan adalah karut jika kerajaan BN menyalahkan kenaikan harga makanan sedunia semata-mata sebagai punca kenaikan harga makanan di negara ini. "Pertama, kenaikan harga makanan di negara ini berkali ganda lebih tinggi dari kenaikan harga di peringkat global seperti yang dibuktikan oleh angka-angka Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO). "Kedua, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia telah menjangkakan perkara itu sejak dua tiga tahun yang lalu dan sudah cukup amaran yang diberikan, mengapa kerajaan Umno BN tidak mengambil langkah pembaikan yang sewajarnya?" Mahfuz mempersoalkan. Malah, katanya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilanda sindrom syok sendiri. "Perkara itu terbukti apabila langkah-langkah kerajaan bukan untuk menjadikan Malaysia bebas daripada menjadi pengimport makanan, malah wang negara dikikis habis kepada projek-projek mega yang menguntungkan kroni seperti Menara Warisan, 1Malaysia Development, MRT dan sebagainya," katanya. Beliau mengulangi komitmen untuk memastikan Kelab Protes Barang Naik atau ringkasnya Protes BN yang digerakkan oleh Lajnah Pengguna PAS yang diterajuinya akan melipatgandakan penerangan kepada rakyat. "Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN. "Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan, tiada salah keutamaan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," kata Mahfuz. | | |
PEMUDA PAS LADANG Posted: 28 Aug 2011 03:49 PM PDT BINA BANGUNAN TAMBAHAN RUMAH ATAS TANAH SURAU? Posted: 28 Aug 2011 08:14 AM PDT - [Kemaskini] Mungkin rezab surau telah diubah, siapa tahu?? KUALA TERENGGANU -"Kalau tanah yang sah menjadi hak milik orang lain, boleh dirampas, diambil dan ada yang dipindah milik tanpa izin, apa sangatlah tanah rezab untuk surau, "apatah lagi tanah rezab kerajaan, memang dasar kerajaan Umno dan BN zalim,"kata Ustaz Wan Sukairi, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu. Beliau berkata demikian ketika mengulas jawapan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada 23 Ogos lalu. Ahmad ketika menjawab soalan lisan ADUN Ladang Dato' Tengku Hassan Omar, ADUN Ladang, telah menafikan bangunan tambahan rumah milik 'Orang Kuat Umno' didirikan di atas tanah rezab surau yang telah digazetkan. "Setelah siasatan dibuat tidak terdapat binaan diatas tanah rezab tanah surau Gelong Bilal mukim Bukit Besar sebagaimana yang dimaksudkan oleh wakil Ladang,"jawab Ahmad, yang kemudiannya diajukan soalan tambahan oleh Dato' Ku. Dato' Ku berkata, beliau juga ada membuat semakan atas tanah terbabit dan menegaskan memang ada bangunan tersebut memang 'terkena' dalam akses jalan dan tapak surau yang telah diwartakan. Beliau merasa hairan mengapa Menteri Besar menyatakan tidak ada binaan diatas tapak surau tersebut. Menjawab balas soalan tambahan tersebut, Ahmad yang juga wakil Kijal sebaliknya berkata, menurut laporan yang telah diberikan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengesahkan tambahan rumah tersebut terletak diatas rezab kerajaan, bukannya diatas rezab surau. "tambahan rumah ini terletak diatas rezab kerajaan bersebelahan surau Gelong Bilal, dan bukan diatas rezab surau, "notis telah di keluarkan oleh Bandaraya (MBKT) pada Jun, 2011 bagaimana rujukan 056/1N178,"kata Ahmad. Jawapan Ahmad telah di bantah oleh Dato' Ku yang bertegas, ia memang masuk dalam rezab surau dan meminta Pejabat Tanah membuat pengesahan, bukannya MBKT. Ia adalah kerana, menurut Dato' Ku, beliau telah merujuk kepada MBKT dan MBKT memberi jawapan, ia telah dirujuk kepada pejabat Tanah. Dato' Ku turut mendesak supaya supaya jawapan yang diberikan oleh kerajaan di dewan yang mulia itu, menepati dengan fakta sebenar. Walaupun kemudiannya, Ahmad bersetuju dengan cadangan Dato' Ku supaya, perkara tersebut disahkan oleh Pejabat Tanah, namun dengan nada mengugut, beliau akan mengambil tindakan kepada pegawai yang memberikan maklumat, sekiranya ia tidak benar. Namun begitu, menurut Dato' Ku, pada akhir sidang DUN, Ahmad kembali menyatakan bahawa, binaan tambahan rumah tersebut tidak termasuk dalam rezab surau. Sehubungan itu, Ustaz Wan Sukairi yang ditemui berkata, berdasarkan kes-kes sebelum ini, banyak fakta tanah yang telah disalah laporkan oleh pihak kerajaan. Menurutnya, antara contohnya adalah pengambilan semula tanah Kampung Banggol Donas dan tanah Kampung Paya Bunga. Kerajaan berkata, semuanya telah selesai, sedangkan, para pemilik yang terbabit dengan pengambilan semula tanah itu menyatakan, bukan sahaja tidak selesai, bahkan kerajaan tidak pun berunding dengan mereka. "Encik Salleh Embong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas telah berkali-kali memberitahu, ia tidak selesai, tetapi kerajaan bahkan Menteri Besar sendiri kata ia telah selesai, "kes Kampung Paya Bunga, kerajaan mendakwa penduduk mendirikan rumah secara haram, sedangkan mereka pernah diberikan Lesen Menduduki Sementara (TOL) sejak tahun 1933,"jelas Wan Sukari. Begitu juga, katanya, dalam kes terbaru, yang dikemukakan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam sidang DUN, berhubung tanah yang terlibat dengan pembinaan istana di Chendering. "Banyak kes di mana pembangunan dibuat diatas tanah rakyat tanpa persetujuan dan tanpa pengetahuan, malah ada yang ditukar milik tanpa pengetahuan pemilik, "mungkin tanah rezab surau Gelong Bilal telah diubah, siapa tahu? Sebab itu ada percanggahan antara maklumat yang ada pada rakyat dan yang dinyatakan oleh kerajaan,"tegasnya. Sumber : http://www.buletinonline.net
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 28 Aug 2011 03:12 PM PDT RAKYAT ASNAF DI BUKIT SENTOSA & BUKIT SERUNTUNG SANGAT BERUNTUNG Posted: 28 Aug 2011 06:05 AM PDT | TERBUKTI KERAJAAN BARU BOLEH TURUNKAN HARGA MINYAK ! Posted: 28 Aug 2011 12:04 AM PDT THAILAND KERAJAAN BARU: HARGA MINYAK TURUN pemotongan harga bahan api Pemilik kenderaan berduyun-duyun MENGISI stesen SEBAGAI KOS PUMP memotong OLEH UP 8 baht PER Liter sumber Berita: Bangkok post online Stesen-stesen minyak dipenuhi dengan pemilik kenderaan beratur untuk membeli petrol yang murah semalam sebagai harga runcit yang baru, yang telah dipotong oleh 3-8 baht seliter, bermula. ISI HER UP: Seorang kakitangan stesen minyak PTT Phetkasem Road refuels kereta semalam selepas potongan harga runcit bagi 95 dan 91 petrol oktana yang berkuat kuasa. Pengguna mengalu-alukan langkah itu, berkata ia akan membantu meringankan kos sara hidup yang meningkat tetapi mengingatkan mereka bimbang ia hanya akan bersifat sementara. Lain-lain menggesa kerajaan juga mahal untuk memotong harga gas sebagai kejatuhan mendadak dalam 91 dan 95 harga petrol oktana telah menyebabkan pemandu yang bertukar dari bahan api alternatif hijau kepada petrol premium. Worawit Chotiwannaporn, seorang ahli perniagaan yang berusia 35 tahun, berkata beliau biasanya menggunakan gas tetapi 91 petrol telah menurun kepada hampir harga yang sama seperti gas, beliau telah memutuskan untuk bertukar-tukar. "Kerajaan harus memotong harga gas LPG terlalu mahal kerana bahan api adalah lebih mesra alam," katanya semalam. Encik Worawit berkata beliau menyokong potong ukuran harga minyak kerajaan Yingluck Shinawatra. Walau bagaimanapun, beliau bimbang ia boleh merosakkan promosi usaha penjimatan tenaga dan alternatif tenaga kerajaan sebelumnya. Jawatankuasa Dasar Tenaga Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Yingluck, pada hari Jumaat yang diluluskan pengurangan caruman oleh kilang penapis kepada Kumpulan Wang Minyak Negeri oleh tiga baht seliter bagi diesel, 7,17 baht bagi petrol oktana 91 dan 8,02 baht bagi petrol oktana 95. Ini memandu menurunkan harga runcit bahan api kepada 26,99 baht / liter untuk diesel, 34,77 petrol untuk 91 dan 39,54 untuk 95 petrol. Kakitangan di stesen minyak pada Soi Bangkok Sukhumvit 105 berkata bilangan pelanggan dua kali ganda semalam, dengan pembekal lain di seluruh bandar dan di seluruh negara melaporkan kenaikan yang serupa. Chuang sukka, penjual kopi yang mendorong diesel trak pikap, mengalu-alukan langkah itu, berkata ia akan membantu meringankan beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, beliau tidak fikir petrol yang lebih murah akan menurunkan harga barangan pengguna yang lain sebagai rancangan kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum boleh membawa kepada kos pengeluaran yang semakin meningkat. Pemandu teksi Piamseree Sansukborkhum, 49, berkata beliau dan rakan-rakannya tidak mendapat manfaat daripada memotong harga kerana kebanyakan mereka menggunakan gas asli. Beliau berkata harga LGP dan NGV juga perlu dikurangkan untuk membantu pemandu teksi, sambil menambah bahawa Cik Yingluck harus datang dengan langkah-langkah lain untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. A motosikal pemandu teksi yang memberi nama pena sebagai Meng berkata potongan adalah bukti bahawa Pheu Thai yang diketuai kerajaan serius untuk membantu akar umbi orang, sebagai motosikal mempunyai peratusan besar pengguna petrol premium. Tambang pengangkutan awam dijangka menurun berikutan pemotongan harga minyak, tetapi pengusaha kenderaan bahan bakar gas asli, seperti bas operasi swasta di Bangkok, menegaskan mereka tidak akan menurunkan tambang mereka. Pengendali bot Saen Sab semalam mengumumkan pengurangan satu baht untuk tambang bot bagi setiap seksyen perjalanan. Feri Chao Phraya juga memotong harga tiket sebanyak 50 satang di beberapa pangkalan. Walau bagaimanapun, bot pembekal Chao Phraya Express dan pengusaha bas antara-wilayah belum menurunkan tambang, berkata perbincangan lanjut adalah diperlukan. Suchinda Cherdchai, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Antara wilayah, berkata persatuan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengurangkan tambang. "Kita tidak akan mengurangkan tambang kerana kita mempunyai harga minyak yang dipikul semakin meningkat untuk masa yang lama," katanya. "Kementerian Pengangkutan tidak membenarkan kita untuk menaikkan tambang walaupun harga minyak terus meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini." Tenaga Menteri Pichai Naripthaphan semalam berkata kerajaan akan memberi pampasan kepada stesen-stesen minyak bagi kerugian yang ditanggung dari slash harga pam. Pegawai-pegawai telah dihantar kepada 18,000 stesen-stesen minyak di seluruh negara untuk menyemak jumlah stok petrol sebelum harga baru berkuatkuasa, Encik Pichai berkata, sambil menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan kira-kira 3 bilion baht untuk memberi pampasan kepada operator pam. Viraphol Jirapraditkul, Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga, semalam berkata agensi itu membincangkan cara-cara untuk mengurangkan harga gasohol. Dua langkah-langkah yang berpotensi termasuk mengurangkan cukai eksais untuk gas atau meningkatkan subsidi untuk gas dengan menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Minyak. Walau bagaimanapun, mereka boleh menyebabkan kesan negatif mengenai dana itu, yang sudah hilang 6,16 bilion baht dalam pendapatan bulanan daripada langkah pemotongan harga petrol.
| TERBUKTI KERAJAAN BARU BOLEH TURUNKAN HARGA MINYAK ! Posted: 28 Aug 2011 12:04 AM PDT THAILAND KERAJAAN BARU: HARGA MINYAK TURUN pemotongan harga bahan api Pemilik kenderaan berduyun-duyun MENGISI stesen SEBAGAI KOS PUMP memotong OLEH UP 8 baht PER Liter sumber Berita: Bangkok post online Stesen-stesen minyak dipenuhi dengan pemilik kenderaan beratur untuk membeli petrol yang murah semalam sebagai harga runcit yang baru, yang telah dipotong oleh 3-8 baht seliter, bermula. ISI HER UP: Seorang kakitangan stesen minyak PTT Phetkasem Road refuels kereta semalam selepas potongan harga runcit bagi 95 dan 91 petrol oktana yang berkuat kuasa. Pengguna mengalu-alukan langkah itu, berkata ia akan membantu meringankan kos sara hidup yang meningkat tetapi mengingatkan mereka bimbang ia hanya akan bersifat sementara. Lain-lain menggesa kerajaan juga mahal untuk memotong harga gas sebagai kejatuhan mendadak dalam 91 dan 95 harga petrol oktana telah menyebabkan pemandu yang bertukar dari bahan api alternatif hijau kepada petrol premium. Worawit Chotiwannaporn, seorang ahli perniagaan yang berusia 35 tahun, berkata beliau biasanya menggunakan gas tetapi 91 petrol telah menurun kepada hampir harga yang sama seperti gas, beliau telah memutuskan untuk bertukar-tukar. "Kerajaan harus memotong harga gas LPG terlalu mahal kerana bahan api adalah lebih mesra alam," katanya semalam. Encik Worawit berkata beliau menyokong potong ukuran harga minyak kerajaan Yingluck Shinawatra. Walau bagaimanapun, beliau bimbang ia boleh merosakkan promosi usaha penjimatan tenaga dan alternatif tenaga kerajaan sebelumnya. Jawatankuasa Dasar Tenaga Negara, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Yingluck, pada hari Jumaat yang diluluskan pengurangan caruman oleh kilang penapis kepada Kumpulan Wang Minyak Negeri oleh tiga baht seliter bagi diesel, 7,17 baht bagi petrol oktana 91 dan 8,02 baht bagi petrol oktana 95. Ini memandu menurunkan harga runcit bahan api kepada 26,99 baht / liter untuk diesel, 34,77 petrol untuk 91 dan 39,54 untuk 95 petrol. Kakitangan di stesen minyak pada Soi Bangkok Sukhumvit 105 berkata bilangan pelanggan dua kali ganda semalam, dengan pembekal lain di seluruh bandar dan di seluruh negara melaporkan kenaikan yang serupa. Chuang sukka, penjual kopi yang mendorong diesel trak pikap, mengalu-alukan langkah itu, berkata ia akan membantu meringankan beban kewangan kepada golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, beliau tidak fikir petrol yang lebih murah akan menurunkan harga barangan pengguna yang lain sebagai rancangan kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum boleh membawa kepada kos pengeluaran yang semakin meningkat. Pemandu teksi Piamseree Sansukborkhum, 49, berkata beliau dan rakan-rakannya tidak mendapat manfaat daripada memotong harga kerana kebanyakan mereka menggunakan gas asli. Beliau berkata harga LGP dan NGV juga perlu dikurangkan untuk membantu pemandu teksi, sambil menambah bahawa Cik Yingluck harus datang dengan langkah-langkah lain untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. A motosikal pemandu teksi yang memberi nama pena sebagai Meng berkata potongan adalah bukti bahawa Pheu Thai yang diketuai kerajaan serius untuk membantu akar umbi orang, sebagai motosikal mempunyai peratusan besar pengguna petrol premium. Tambang pengangkutan awam dijangka menurun berikutan pemotongan harga minyak, tetapi pengusaha kenderaan bahan bakar gas asli, seperti bas operasi swasta di Bangkok, menegaskan mereka tidak akan menurunkan tambang mereka. Pengendali bot Saen Sab semalam mengumumkan pengurangan satu baht untuk tambang bot bagi setiap seksyen perjalanan. Feri Chao Phraya juga memotong harga tiket sebanyak 50 satang di beberapa pangkalan. Walau bagaimanapun, bot pembekal Chao Phraya Express dan pengusaha bas antara-wilayah belum menurunkan tambang, berkata perbincangan lanjut adalah diperlukan. Suchinda Cherdchai, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Antara wilayah, berkata persatuan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengurangkan tambang. "Kita tidak akan mengurangkan tambang kerana kita mempunyai harga minyak yang dipikul semakin meningkat untuk masa yang lama," katanya. "Kementerian Pengangkutan tidak membenarkan kita untuk menaikkan tambang walaupun harga minyak terus meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini." Tenaga Menteri Pichai Naripthaphan semalam berkata kerajaan akan memberi pampasan kepada stesen-stesen minyak bagi kerugian yang ditanggung dari slash harga pam. Pegawai-pegawai telah dihantar kepada 18,000 stesen-stesen minyak di seluruh negara untuk menyemak jumlah stok petrol sebelum harga baru berkuatkuasa, Encik Pichai berkata, sambil menambah bahawa kerajaan telah memperuntukkan kira-kira 3 bilion baht untuk memberi pampasan kepada operator pam. Viraphol Jirapraditkul, Ketua Pengarah Jabatan Perniagaan Tenaga, semalam berkata agensi itu membincangkan cara-cara untuk mengurangkan harga gasohol. Dua langkah-langkah yang berpotensi termasuk mengurangkan cukai eksais untuk gas atau meningkatkan subsidi untuk gas dengan menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Minyak. Walau bagaimanapun, mereka boleh menyebabkan kesan negatif mengenai dana itu, yang sudah hilang 6,16 bilion baht dalam pendapatan bulanan daripada langkah pemotongan harga petrol.
| PERUTUSAN TOK GURU YANG DISAYANGI Posted: 27 Aug 2011 05:57 PM PDT | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang, Selangor Posted: 28 Aug 2011 01:45 PM PDT GURU PASTI AMPANG DAPAT DUIT RAYA TAHUN NI...ALHAMDULILLAH Posted: 27 Aug 2011 07:56 PM PDT GURU PASTI IQRA', TAMAN MELUR 4 ORANG GURU & 1 PEMBANTU GURU PASTI 'ILMI, TAMAN DAGANG JAYA 6 ORANG GURU & 1 PEMBANTU GURU PASTI 'ILMI, TAMAN AMPANG INDAH 2 ORANG GURU SAHAJA GURU PASTI 'ILMI, TAMAN UDA JAYA 5 ORANG GURU & 1 PEMBANTU Pelajar PASTI Iqra'Tmn Melur menghadiahkan bacaan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham ayah Pengerusi PASTI Kawasan Ampang, Ustaz Amir Abd Kadir yg telah meninggal dunia pada 20 Ramadhan 1432H yg lalu. AL-FATIHAH | |
DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB Posted: 28 Aug 2011 01:39 PM PDT Posted: 27 Aug 2011 10:24 PM PDT | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 28 Aug 2011 01:30 PM PDT UMNO MULA MEROYAN DENGAN MAT SABU Posted: 27 Aug 2011 11:25 PM PDT RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.
Hari ni Utusan menyiarkan segelintir pemimpin UMNO mula meroyan dengan kenyataan Mat Sabu yang menyifatkan UMNO banyak putar belit sejarah. Dan paling pasti saya jangka seperti biasa Perkasa, Pekida, dan macam-macam pe la gi akan buat report polis. Percaya tak? MAT SABU DIBIDAS KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara. Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab. "Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. "Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu. ''Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat negara ini. "Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung," katanya. Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan. Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi 'boneka' DAP. ''Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan," katanya. Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman. Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara. | Aku sokong Mat Sabu hina 'pejuang negara' Posted: 27 Aug 2011 10:58 PM PDT Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. "Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya. - Utusan (27/6/2011) Mula-mula sekali aku nak minta maaf kalau ada yang ada ahli keluarga yang pernah berkhidmat dengan tentera british melawan komunis, terutama sekali yang terkorban. Tentu ada yang paling kurang pun terasa kecik hati dengan kenyataan Mat Sabu tu. Aku sebenarnya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Mat Sabu tu. Aku memang bersimpati dengan perjuangan tokoh-tokoh macam Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan yang sewaktu dengan depa-depa ni, malah termasuk Chin Peng. Kalau ada yang faham statement aku tu sebagai sokong pengganas komunis, aku nak jelaskan aku tak pernah sokong keganasan. Tapi kalau tokoh macam Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan yang sewaktu dengan depa tu digelar pengganas aku anggap gelaran tu sebagai satu penghormatan, pasai depa mengganas kepada penjajah. Sama jugak dengan yang dikatakan 'pengganas' komunis tu, gelaran propaganda ciptaan British yang boleh dianggap sebagai satu penghormatan pasai British 'mengiktiraf' perjuangan depa nak menghalau penjajah tu. Mungkin niat askar melayu di bawah British tu betul, berniat nak pertahankan negara. Tapi masalahnya depa tersalah faham, depa-depa tu berada di pihak yang salah. Depa mempertahankan penjajah British, malah berkhidmat di bawah arahan penjajah British. Kalau yang berjuang menentang penjajah British digelar penganas, orang yang bersekongkol dengan penjajah British dan mempertahankan penjajah British mungkin sesuai digelar pengkhianat tanahair. Pasai apa Tok Janggut, Tok Bahaman, Tok Maharaja Lela dan yang sewaktu dengan depa tu yang menentang British kita boleh mengiktiraf sebagai pejuang, tapi Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh dan yang sewaktu dengan depa-depa ni yang jugak menentang penjajah British dianggap sebagai pengganas? Bila Jepun menjajah, depa-depa yang dianggap pengganas ni berjuang pulak menentang penjajah Jepun dan British pulak iktiraf depa, siap bagi senjata lagi, tapi bila Jepun menyerah kalah depa-depa ni kembali dianggap pengganas. Aku tak kata aku sokong semua fahaman dan tindakan depa, memang ada fahaman dan tindakan depa yang salah dan aku tak setuju. Tapi perjuangan depa aku sokong, perjuangan menentang penjajah dan yang bersekongkol dengan penjajah, yang khianat kepada tanahair. Satu soalan yang patut kita tanya diri kita sendiri, Kita suka dijajah atau kita tak suka dijajah. Kita sokong penjajah atau kita sokong orang yang menentang penjajah. | Mat Sabu dibelasah isu komunis Posted: 27 Aug 2011 10:55 PM PDT Aku dah agak dah, Mat Sabu akan dibelasah teruk bila keluar cerita pasai kenyataan dia berkenaan perjuangan komunis semalam. Semalam aku petik laporan Utusan yang melaporkan: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. - Ibid. Hari ni, bertubi-tubi laporan Utusan pasai isu ni. Antaranya Mat Sabu pendokong komunis KUCHING 27 Ogos – Wira negara, Pegawai Waran I (B) Temenggong Kanang Langkau melabelkan Mohamad Sabu sebagai pendokong komunis yang tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini apabila mengangkat pengganas komunis sebagai hero tragedi Bukit Kepong. Mat Sabu 'pembesar suara' DAP - Razali Ibrahim KUALA LUMPUR 27 Ogos - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu didesak memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anggota polis yang mempertahankan diri dalam tragedi berdarah Bukit Kepong. Apakah ini bab pertama Mat Sabu mahu halalkan PKM? PUTRAJAYA 27 Ogos - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendewa-dewakan komunis dengan menganggap kumpulan pengganas itu hero sebenar tragedi Bukit Kepong mesti ditentang habis-habisan. Kenyataan Mat Sabu kurang ajar PUTRAJAYA 27 Ogos - Bekas tentera di negara ini menyelar Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas komunis hero sebenar tragedi Bukit Kepong dan menyifatkan kenyataannya sebagai biadab dan kurang ajar Pemuda BN Pagoh buat laporan polis ke atas Mat Sabu PAGOH 27 Ogos - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Parlimen Pagoh hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengangkat anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero sebenar tragedi Bukit Kepong 1950, dalam ceramahnya baru-baru ini. Mat Sabu kuat berbohong – Mohd. Isa KUALA LUMPUR 27 Ogos – Sikap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang cuba membohongi masyarakat Malaysia tentang sejarah Bukit Kepong membuktikan beliau pemimpin yang kuat berbohong dan 'tidak boleh pakai.' Walaupun sampai sekarang ni belum lagi dengar tapi aku yakin ada pimpinan PAS yang tak puas hati dengan kenyataan Mat Sabu tu. Tak kira la kenyataan kontroversi Mat Sabu tu akan bagi untung atau bagi rugi PAS, yang penting sekarang ni macamana nak pastikan kenyataan kontroversi Mat Sabu tu tak merugikan PAS. Apa pun, Jentera Penerangan PAS nak kena uruskan isu ni sebaik mungkin. Rakyat kena dibagi kefahaman isu yang sebenarnya. Dari segi isunya, isu ni tak sepatutnya merugikan PAS pasainya apa yang Mat Sabu kata tu walaupun kontroversi tapi memang betul dan tepat. Kalau penerangan kita sampai aku yakin takdak sapa pun yang boleh menidakkan apa yang Mat Sabu kata tu. Tak sepatutnya ada orang yang BANGANG nak sokong penjajah dan lawan pejuang yang menentang penjajah. Cuma masalahnya macamana kita nak pastikan penerangan kita sampai kepada semua. Dengan realiti kekuatan yang kita ada sekarang ni, aku tak yakin penerangan kita boleh sampai ke setiap pintu rumah. Satu cabaran yang cukup besar untuk Ketua Penerangan PAS Pusat yang baru dilantik, Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. | Betul ke Mat Sabu hina Pejuang Negara? Posted: 27 Aug 2011 10:40 PM PDT Sebenarnya Sejarah Kita Banyak yang Diseleweng.. Artikel ini sama sekali tidak bertujuan memperkecilkan dan jauh sekali menafikan peranan yang dimainkan oleh nama-nama besar yang kerap diulang-ulang di kaca tv dan media-media perdana lain malah jauh sekali untuk menyokong perjuangan Komunis.. Harap Maklum. Lidah Rasmi UMNO melaporkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Siapa pengganas dan siapa pula pejuang Negara sebenarnya dalam hal ini? Pada sekitar Disember 1941,Bala tentera Jepun telah menyerang Malaya dan dengan begitu mudah mereka merampas penguasaan Malaya daipada British yang menjajah Malaya pada ketika itu. Dan mereka menyerah kalah pada 14 Ogos 1945 setelah Hiroshima dan Nagasaki musnah di bom oleh tentera Amerika. Dalam tempoh penjajahan mereka keatas Tanah Melayu atau Malaya itu, penduduk Tanah Melayu yang berkerja dengan Tentera Jepun dilabel sebagai tali barut atau Barua kepada pihak Jepun. Itu adalah situasi pertama dan dibawah ini pula adalah situasi kedua. Setelah Jepun menyerah, Pihak British kembali menjajah Tanah Melayu dan ramai penduduk Tanah Melayu yang berkerja pula dengan Penjajah British itu.. Ada antara mereka yang terkorban ketika bertugas untuk Penjajah British itu, antaranya ialah sepasukan Polis yang bertugas di Bukit Kepong dan mereka dikatakan sebagai pejuang Bangsa. Cuba baca apa yang dicatatkan dalam WikiPedia ini.. Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.-WikiPedia Baca juga apa yang dicatat oleh WikiPedia tentang kemerdekaan Negara kita ini.. Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. - WikiPedia Dari kedua-dua catatan WikiPedia diatas.. Tragedi atau Pertempuran Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Negara kita merdeka, pihak Polis yang diserang oleh Komunis pada ketika itu adalah kakitangan kerajaan British yang menjajah Tanah Melayu. Mereka diserang oleh Pasukan Komunis yang pada ketika itu memperjuangkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu.. jadi jelas disini siapa sebenarnya Pejuang Bangsa pada ketika itu, Polis yang berkhidmat untuk penjajah atau Komunis yang berjuang untuk membebaskan Negara ini dari penjajah pada ketika itu? Begitu juga Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang turut dianggap oleh Mohamad Sabu sebagai tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Bagaimanakah mereka boleh dianggap sebagai pejuang bangsa sedangkan dalam masa yang sama mereka adalah tali barut penjajah? Apa bezanya mereka yang bertugas untuk Pihak Jepun dalam situasi pertama dengan mereka yang bertugas untuk Penjajah British dalam situasi kedua? Hanya kerana mereka dari UMNO mereka dianggap sebagai pejuang bangsa walhal mereka adalah talibarut penjajah British yang berjuang menentang rakyat yang bangun menentang penjajahan British keatas Tanah Melayu pada ketika itu. Sejarah jelas membuktikan pemimpin-pemimpin UMNO itu telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan penjajahan British pada ketika itu. Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, pemimpin-pemimpin UMNO bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka. Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada UMNO. Baca juga artikel dari FMT ini .Gerakan kiri kemerdekaan: Sejarah yang dikaburkan | HANGPA DUA-DUA TIMBALAN PRESIDEN, SORANG BUTA SEJARAH,SORANG CELIK SEJARAH, INI MASALAH NAK LAWAN ! Posted: 27 Aug 2011 10:36 PM PDT Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. Alahai Muhyiddin... tak faham sejarah rupanya Pemimpin Melayu dari UMNO ini.. Cuba famahi betul-betul ketika tragedi Bukit Kepong yang berlaku sebelum negara kita merdeka pihak Polis berada di pihak mana? Penjajah atau Pejuang Kemerdekaan? Siapa yang bayar gaji pihak Polis itu kalau bukan dibayar oleh Penjajah British.. Apakah benar pihak polis yang berkhidmat dengan penjajah British pada zaman sebelum merdeka itu berjuang untuk mempertahankan Bangsa dan Agama? Sedangkan pada ketika itu mereka berkhidmat untuk penjajah British yang menjajah Tanah Air dan juga Bangsa.. Dalam hal ini kita sewajarnya lebih rasional, kita perlu tahu apa bezanya kedudukan Polis sebelum Merdeka dan juga selepas Merdeka.. Tugasnya sama tapi kesetiaannya kepada pihak yang berbeza.. fikir-fikirkan.. Sebelum merdeka kesetiaan pihak Polis adalah kepada Penjajah British, selepas merdeka pula.. orang kata kesetiaan pihak Polis adalah kepada UMNO? Pasal Bukit Kepong tu sila baca di SINI Muhyiddin dakwa Mat Sabu khianati bangsa, gesa minta maaf KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. "Saya amat kesal dengan kenyataan Mohamad Sabu itu bahawa pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara," katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online. Mohamad didakwa membuat kenyataan itu pada satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Muhyiddin (gambar) berkata pemimpin PAS itu turut membuat kenyataan biadab dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan. "Beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan. Kenyataan seperti itu adalah manifestasi kealpaan Mohamad Sabu terhadap sumbangan besar pemimpin Melayu terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air," katanya. Muhyiddin menegaskan Mohamad wajar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana membuat kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab itu. "Beliau (Mohamad Sabu) lupa bahawa hasil perjuangan mereka (pemimpin Melayu), bangsa Melayu telah mendapat suntikan semangat dan kesedaran politik luar biasa untuk bangkit menentang penjajah Inggeris dan Malayan Union. "Hasil sumbangan tokoh-tokoh besar pemimpin Melayu inilah, bangsa Melayu bangkit bersatu melalui persatuan-persatuan Melayu, yang kemudiannya melahirkan wadah Umno untuk memperjuangkan kemerdekaan negara serta mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam," kata Muhyiddin. Beliau berkata hasil perjuangan suci barisan pemimpin Melayu berkenaan, negara bukan sahaja mencapai kemerdekaan, malah kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, perkara asas ini yang menjadi teras pembentukan negara Malaysia yang merdeka, telah terpahat dalam perlembagaan dan terpelihara sehingga ke hari ini. "Hakikatnya, penyatuan bangsa Melayu dan persefahaman murni dengan kaum-kaum lain yang dipelopori oleh pemimpin kita terdahulu telah membolehkan negara kita mencapai kemerdekaan dalam masa yang singkat tanpa pertumpahan darah. "Hakikat sejarah ini tidak boleh dipadamkan atau ditulis semula oleh sesiapapun," tegas Muhyiddin. Muhyiddin menyifatkan Mohamad sebagai buta sejarah apabila beliau sanggup bersubahat dengan orang zalim dan pembunuh dengan mengagungkan komunis. "Perjuangan komunis bukanlah untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan. Sebaliknya, mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan pemerintahan kuku besi," jelas beliau. Beliau berkata rakyat Malaysia yang mengingati dan memahami sejarah tentunya tidak lupa tentang keganasan komunis yang telah mencetuskan rusuhan, pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan perbalahan kaum sejurus selepas tentera Jepun menyerah kalah. "Jika dilihat sejarah hitam kekejaman pemerintahan rejim komunis di beberapa buah negara di rantau ini sewaktu negara kita bergelut menentang kegiatan subversif Parti Komunis Malaya, kita pastinya bersyukur kerana rakyat berbilang kaum di negara kita telah memilih untuk tidak menyokong perjuangan komunis," katanya. | |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 28 Aug 2011 01:09 PM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 28 Aug 2011 11:44 AM PDT UMNOK DAN WARGA TV3 SOLAT RAYA DAN TERAWIH DI SURAU YANG MENYUKUTUKAN ALLAH..!! Posted: 28 Aug 2011 11:23 AM PDT
Ini Surau yang amat di sayangi oleh warga TV3 kerna dalam 1malam sahaja Surau Ini menjadi tumpuan para warga berita TV3 (lidah jilat Umnok).. kahkahkah
TV3 dan UMNOK!! ANDA KANTOI! kahkahkah Tergamak kah buat surau letak nama itu??? Ye!! Tergamak jika yang buat tu ialah YAHUDI... kahkahkah Kalau TV3 di tukar kepada TVTrinity ok ke? kehkehkeh dari Sensawang My TVThreenity.. | PAS Prihatin bantu golongan susah sempena Hari Raya Posted: 27 Aug 2011 07:14 PM PDT *sekalung ucapan ribuan terima kasih kepada Kedai Kain dan Pakaian Marian dan Liza Collection kerana sudi menaja menaja pakaian baju raya bagi 6 beradik yang tidak berkemampuan
Misi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan di sekitar Dun Sg Rapat, Kawasan Batu gajah diteruskan lagi dengan keluarga sasaran difokuskan kepada keluarga miskin tegar yang benar-benar memerlukan bantuan.
Seramai 13 keluarga dari 3 buah kampung telah dikenalpasti sebagai penerima sumbangan khas ini. 13 keluarga ini dipilih daripada 130 keluarga yang telah menerima bantuan pada mnggu lalu. Sumbangan disampaikan oleh Tn Hj Ismail Ariffin,YDP Pas Kawasan Batu Gajah bersama skuad kebajikan Pas Kawasan Batu Gajah. Sumbangan berupa sejumlah wang berserta kuih raya sebagai tanda ingatan dari pihak Pas Batu Gajah.
Seramai 6 beradik dari sebuah keluarga yang berumur antara 5 hingga 14 tahun juga turut diraikan. Mereka telah dibawa oleh Skuad kebajikan Pas batu Gajah ke sebuah pusat pakaian di Pekan Batu Gajah untuk membeli pakaian raya. Rezeki di Bulan Ramadhan ini ternyata menyebelahi 6 beradik ini apabila pemilik Pusat Pakaian tersebut telah menawarkan untuk menaja kesemua pakaian bagi keenam beradik tersebut secara percuma & memeberikan tambahan duit raya buat mereka. Pas Kawasan Batu Gajah amat berbesar hati & terharu atas kesudian Pusat Pakaian tersebut iaitu Pusat Pakaian Mariam yang terletak berhampiran pasaraya TF menaja pakaian baju raya bagi 6 beradik tersebut. Semoga perniagaan mereka kian berkembang & dapat menjadi pemangkin semangat bagi ahli perniagaan lain untuk turut menaja sumbangan.
Sesungguhnya, Pas Kawasan Batu Gajah dengan izin Allah akan terus menerus berusaha mengesan golongan kurang berkemampuan ini bagi menghulurkan bantuan seterusnya bersama-sama memastikan Kebajikan Saudara seIslam kita terpelihara. Ketua Lujnah Kebajikan PAS Batu Gajah prihatin NYDP dan YDP Haji Ismail mencubakan pakaian kegembiraan terserlah PAS Prihatin Muslimat PAS Batu Gajah Haji Ismail menyampaikan sumbangan sempena Hari Raya
| |
MTD Jeneri Posted: 28 Aug 2011 09:26 AM PDT PERUTUSAN HARI RAYA. Posted: 28 Aug 2011 01:02 AM PDT السلام عليكم ورمة الله
Selama sebulan kita menahan diri dari makan dan minum di samping melatih seluruh anggota bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, anggota zahir dan batin agar sentiasa taat dan patuh kepada perintah ALLAH SWT. 1 Syawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan "fitrah" (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt. Alangkah indahnya jika momentum ini dapat diteruskan lagi dalam semua lapangan kehidupan manusia. Jika ia seorang ahli politik bersihlah mulutnya dari mengungkap janji-jani palsu, jika ia seorang pemerintah jadilah ia seorang yang patuh dan taat melaksanakan segala hukum-hakam yang berpandukan Al Quran dan Hadith, jika ia seorang majikan jadilah orang yang menjaga kebajikan orang bawahannya, jika ia seorang pegawai yang berkuasa bersihkanlah perutnya dari memakan rasuah dan begitulah seterusnya sehingga jika seorang bapa maka jadilah seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Siapa juga kita maka pastikanlah kita menjunjung segala perintah ALLAH dan menjauhkan diri sejauh-jauhnya dari larangan ALLAH. Sesungguhnya Ramadhan yang berlalu amat bererti untuk umat ini. Ramadhan adalah program tarbiyah untuk menjana manusia berkualiti tinggi laksana sifat-sifat Sahabat Rasullah dan para solehin. Namun agak malang mutakhir kini selepas menjalani proses pertarbiyahan serta pembersihan jiwa selama sebulan Ramadhan ini tiba sahaja Syawal maka sebulanlah kita didedahkan pula dengan hiburan Hari Raya yang melalaikan. Kenapa sambutan Aildilfitri perlu ada nyanyian, tari menari dan pergaulan bebas lelaki perempuan yang bukan mahram.??? Sempena 1 Syawal ini saya menyeru dan mengajak diri saya dan muslimin muslimat sekalian supaya dapat meneruskan lagi "tamak haloba" kita untuk beribadah seperti yang kita sama-sama laksanakan dalam bulan Ramadhan. Dikesempatan ini saya mewakili AJK MTD dan seluruh jentera UPU Dun Jeneri mengucapan Selamat Hari Raya Eidulfitri, maaf zahir batin kepada semua muslimin dan muslimat sekalian.
Sekian, terima kasih.
USTAZ ISMAIL BIN HJ MAHMUD @ YAAKOB, PJK. Pengarah MTD Jeneri
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 28 Aug 2011 09:11 AM PDT |
PAS Kulaijaya Posted: 28 Aug 2011 08:09 AM PDT |
Landskap Siasah Posted: 28 Aug 2011 07:58 AM PDT Fahaman Perkauman musuh Negara no.1 Posted: 28 Aug 2011 01:32 AM PDT Fahaman Perkauman musuh Negara no.1 Fahaman perkuaman adalah barah no. 1 negara dan ia bukan merupakan preskripsi ubat yang cocok untuk menyelesaikan masalah politik dan sosial negara ini. Jika dahulu penjajah menjual fahaman ini sebagai syarat utama peralihan pewarisan kuasa daripada tangan penjajah ke tangan kerajaan Persekutuan, kini ia masih digunakan sebagai senjata tembak terakhir apabila segelintir pihak gagal menyelesaikan sesuatu isu. Bila Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, perkauman melayu ditiupkan da dilagakan dengan polisi kerajaan negeri. Bila Pilihanraya Sarawak 2011 menyaksika peningkatan undi pembangkang, rasis melayu terpekik melolong mengatakan kaum Cina bersatu menghancurkan melayu. Bila isu gereja menyuap makanan kepada fakir miskin melayu, perkauman sekali lagi dikumandangkan walaupun ada cara agama yang labih baik dan sesuai boleh digunakan. Selepas Abdullah Badawi kini Perdana menteri terbaharu Najib pula kelihatan ingin dguling oleh rakan-rakannya sendiri atas nada perkauman walaupun diberikan alasan ekonomi, sosial dan kestabilan politik. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang dikatakan tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Isu siapa lebih melayu antara Najib atau mahyudin yasin memberi kesan besar kepada masa depan UMNO lebih daripada isu sispa lebih bertaqwa atau siapa lebih bermoral antara najib dengan mahyudin. Dengan banjirnya NGO perkauman seperti PERKASA yang bukan sahaja taksub dengan DNA Melayu (yang tidak akan ditanya oleh Allah di mahsyar kelak) malah cukup aktif mengeluar kenyataan jahil dan dangkal minda berhubung denga isu semasa (isu BERSIH, Kes tuduhan Liwat dan sebagainya). NGO sebegini diproksikan untuk menjadi tajdid semangat taksub bangsa, sebagai timbangtara jika UMNO tersasar daripada matlamat perkaumannya atau cenderung kepada Malaysian. Najib dimomokkan sebagai pelopor fahaman Malaysian apabila giat mengantikan islam hadhari dengan fahaman 1 Malaysia yang semestinya ada nilai kejamakan kaum dalamnya. Sedangkan dahulu DAP pernah diserang teruk di Pulau Pinang apabila giat berkempen fahaman malaysian untuk semua warganegara. Jika perkauman melayu digunakan untuk menjatuhkan dan memburuk kerajaan pakatan rakyat, kini ia menjadi senjata merosakkan dalaman UMNO. Mahathir sendiri dalam blognya cuba melegitimasi fahaman perkauman; "Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan" . (http://chedet.cc/blog/?p=566#more-566 ) Biarlah digelar perkauman asalkan semua kaum ada peluang dalam negara ini. Ini bukan alasan yang bijak untuk menghalalkan semangat perkauman etnik yang jelas rekos pentadbiran beliau penuh dengan kronisme dan ketidak adilan. Adalah lebih baik beliau berkata " walaupun saya penganut islam dan menobatkan syariah Islam, agama lain masih boleh diamal secara bebas di negara ini". Inilah jawapan yang kita inginkan daripada pemimpin etnik Melayu. Fahaman perkauman umpama konsep 'daurr' dan 'tasalsul' dalam ilmu kalam (Aqidah) iaitu tiada kesudahannya, tiada penyelesaian, malah Hitler sendiri keletihan akhirnya apabila berjuang atas nama ras Aryan. Yang masih mendabik dada atas nama kaum hanyalah Zionis atas nama ras yahudi bani Israel. Adakah kita menjejak langkah Israel? Walaupun Ibnu Khaldun menyarakankan penggunaan konsep asobiyyah untuk kelancaran proses pentadbiran serta mengelakkan kesusahan kepimpinan, ia buka suatu lesen besar untuk kita membina negara melalui formula perkauman. Asobiyah atau perkauman (qaumiyyah) adalah nilai semulajadi sejajar dengan penciptaan Allah namun ia perlu dikawal sebaiknya sehingga kita memahami batas pemisah manusia hanyalah iman da taqwa kepada Allah. Adakah pemimpin etnik Melayu Malaysia tidak mengambil iktibar betapa negara yang diasaskan oleh dasar perkauman seumpama Singapura tidak selamanya berada di atas persada dunia. Lambat laun fahaman itu pasti menggigit pemimpin-pemimpinnya. Kita hingga kini gagal bersaing dengan Singapura apabila fahaman perkauman Cina Lee Kwan Yew cuba diatasi dengan kesatuan semangat perkuaman Melayu suatu ketika dahulu. Muhammad Nuruddin Bashah Ketua Penerangan DPPK Gopeng | |
Pemuda PAS Merbok Posted: 28 Aug 2011 07:19 AM PDT |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri Posted: 28 Aug 2011 04:16 AM PDT PERUTUSAN SELAMAT HARI RAYA ADUN JENERI Posted: 28 Aug 2011 12:26 AM PDT Assalamualaikum..wrhth Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang, Selawat dan Salam Keatas Junjungan Nabi Muhammad dan juga Sahabat dan Keluarganya. Alhamdulillah...kita semua dapat bernafas dan bertemu dengan ramadhan 1432H ini, kita dapat menghabiskan puasa ramadhan dengan sempurna dan menunaikan ibadat dengan baik sekali. 1 Syawal kini menjelma lagi dengan memberikan seluruh kehidupan ini bermula dengan "fitrah" (bersih) seolah-olah seperti bayi yang baru dilahirkan berkat kerahmatan, keampunan dan kelepasan dari api neraka seperti yang dijanjikan oleh ALLAH swt.
Hari raya adalah hari kemenangan kita dalam perjuangan, hari raya adalah hari menyatukan ukhwah dan menyuburkan semangat ikram sesama kita khususnya dalam erti kata kawan-kawan seperjuangan. Renunglah sejenak dikesempatan kita hidup ini adakah kita sudah cukup berbuat amalan dan ibadat kita kepada Allah yang memberi rezeki melimpah ruah ini, rasanya sikit sangat kita bersyukur kepadaNya, marilah kita meneruskan ibadat dan amalan yang kita buat di bulan ramadhan, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita...Amin. Di kesempatan ini saya dan isteri mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN dan selamat pulang kepada semua anak-anak perantauan, berhati-hati dijalan raya ingat kepada yang menanti dan disayangi. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan