Idris Ahmad Posted: 24 Aug 2011 11:51 PM PDT ABDI KEPADA ALLAH; MELAHIRKAN JIWA YANG MERDEKA Posted: 23 Aug 2011 11:36 PM PDT ABDI KEPADA ALLAH; MELAHIRKAN JIWA YANG MERDEKA Idris Ahmad 24/8/11 Selagi jiwa masih terikat dengan makhluk selagi itulah jiwa tidak merdeka dan menjadi satu hambatan kepada manusia. Maka Islam mengharamkan kita memperhambakan diri sesama makhluk, sebaliknya pengabdian mutlak hanya kepada Allh SWT. ""Dan sungguh kami telah mengutuskan seorang Rasul untuk setiap umat (untuk menyerukan), sembahlah Allah, jauhilah toghut". (Al-Nahli 16:36) "Barangsiapa yang ingkar kepada Toghut, dan beriman kepada Allah , maka sesusngguhnya dia telah berpegang (teguh) pada tali yang sangat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha mendengar, Maha Mengetahui" (Al-Baqarah 2:256) Ibadah puasa yang kita tunaikan sekarang ialah lambang perhambaaan kita sebagai hamba Allah SWT untuk kita merungkaikan ikatan dengan makhluk Kedatangan semua para Rasul yang diutuskan kepada kaumnya hanya bermatlamat untuk menyeru umatnya memperhambakan diri kepada Allah dan meninggalkan toghut iaitu golongan yang melampaui batasan Allah samaada berupa manusia atau syaitan. Kata-Kata RuBai'e Bin Amir pada Rustam (Parsi) ialah contoh manusia yang merdeka walaupun berhadapan dengan kuasa manusia yang digeruni. Jawapan hamba yang merdeka kepada manusia yang berkuasa, " Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan manusia dari menjadi hamba kepada hamba kepada menjadi hamba kepada ALlah yang maha esa lagi Maha Perkasa.Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas.Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutuskan dengan agama Allah kepada makhlukNya untuk menyeru mereka kepada Allah.Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka ditanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah…" Kata-kata yang tegas daripada seorang yang berjiwa merdeka tanpa takut dan gentar kepada manusia yang gagah perkasa, kerana mereka yakin bahawa Allah lebih perkasa daripada semua makhluk. Sempena dengan negara yang akan menyambut kemerdekaan ke 54 maka perlu kita membuat muhasabah diri apakah pemikiran kita sudah merdeka atau masih lagi dijajah. Parti Islam Semalaysia Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebagai dasar menjadikan agenda kemerdekaan dan mempertahankan kemerdekaan sejak daripada awal penubuhannya lagi. Menurut Perlembagaan Pas di dalam fasal 5 tujuan Pas ialah: (2)Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Jika dilihat daripada undang-undang tubuh Pas sudah membuktikan bahawa kewujudan Pas ialah bertujuan untuk kemerdekaan negara. Perjuangan Pas adalah lanjutan daripada gerakan Islah yang meniupkan semangat untuk mencetuskan kesedaran kemerdekaan di kalangan orang–orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah. Mereka memainkan peranan yang penting untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Terutama mereka yang pulang dari Asia Barat, seperti Mesir. Gerakan yang diketuai oleh Syed Sheik bin Ahmad al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaludin al-Azhari yang banyak menerima idea-idea pembaharuan Sheikh Muhammad Abduh yang merupakan seorang pemimpin kebangkitan Islam di Mesir. Apabila Syed Syeikh al-Hadi pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1904, beliau menerbitkan majalah al-Imam iaitu majalah pelajaran, pengetahuan dan pengkhabaran, penerbitan pertama pada 23hb Julai,1906. Majalah ini telah membuka fikiran orang Melayu dan meniupkan semangat kesedaran pada jiwa orang Melayu. Dalam persidangan di Kepala Batas pada 4hb. Jan 1953 Pas telah menetapkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara yang bercorak Islam. Ini dapat diperhatikan melalui ucapan Dr. Burhanudin Helmi dalam Mesyuarat Agung Pas Ogos 1957 yang berbunyi " …..bahawa dasar perjuangan kita ialah "kemerdekaan" yang penuh…" Begitu juga ucapan almarhum Prof Zulkifli Muhammad dalam persidangannya di Kepala Batas pada 4hb. Jan 1953 Pas telah menetapkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara yang bercorak Islam. Adalah satu pembohongan seperti yang diucap oleh pemimpin Umno yang mengatakan Pas tidak mahu merdeka dan Pas adalah anak didik penjajah. Kata-kata Pro. Zulkifli Muhammad telah menjawab tuduhan ini. " Salah besar hukumnya bagi orang Islam duduk di bawah penjajahan asing yang tidak seagama dengannya. Sebab itu umat Islam adalah diwajibkan oleh tuhannya memperjuangkan kemerdekaan bagi melepaskan dirinya dari ikatan penjajah. Nyatalah bahawa memperjuangkan kemedekaan itu bagi umat Islam, dan parti politik Islam, bukan sahaja merupakan kewajipan perintah agama, perintah Tuhan yang mesti dijunjung dan dilaksanakan". Filed under: Agama | |
DPP PADANG TERAP Posted: 24 Aug 2011 10:00 PM PDT Selamat Menyambut Hari Kemenangan Di Aidilfitri Posted: 24 Aug 2011 10:51 AM PDT Selamat Menyambut Hari Kemenangan Di Aidilfitri Kepada semua --Selamat Pulang Anak Padang Terap Di Perantauan--DiJemput Semua rakyat ke Majlis Rumah Terbuka Pas Kawasan Padang Terap Pada 3 Sept 2011 bersamaan 5 Syawal Hari Sabtu Jam 2 Petang Di Dataran Putra Kuala Nerang.--PPT MEMOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA. | |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 24 Aug 2011 09:44 PM PDT MANA MAK? Khas Untuk Anak2 Yang Lalai walaupun baik Posted: 24 Aug 2011 04:11 AM PDT
Salam sahabat-sahabat dan anak-anak remaja,Bacalah, jangan tak baca. Uye dah dah baca ....cukup2 menyentuh hati dan perasaan seorang yang bergelar ayah dan ibu.
Jam 6.30 petang. Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bongsu balik dari sekolah agama. Ayah baru balik dari sawah. Ayah tanya Mak, "Along mana?' Mak jawab, " Ada di dapur tolong siapkan makan." Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?" Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola." Ayah tanya Mak, "Ateh mana?" Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?" Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?" Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik." Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika. Dua puluh tahun kemudian, Jam 6.30 petang Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari. Ayah tanya Along, "Mana Mak?" Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, "Tak tahu." Ayah tanya Angah, "Mana Mak?" Angah menonton tv. Angah jawab, "Mana Angah tahu." Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?" Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah. Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?" Ateh menjawab, "Entah." Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah. Ayah tanya Alang, "Mana Mak?" Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu. Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu. Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak. Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?" Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!" Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik. Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu. Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika. Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?" Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut. Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan. Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya. Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini. Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham. Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni." Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak. Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur. Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu. Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam. Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat." Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak. Beberapa tahun kemudian Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?". Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu. Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat. Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak. Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai. Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah, "Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya. Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" " Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal." "Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?" Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. KataRasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telefon panggilan dari ibu tanpa berjawab? Sumber :Mana Mak? | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 24 Aug 2011 08:16 PM PDT JOHN MALOTT DEDAH PEMBELOT ! Posted: 24 Aug 2011 06:49 PM PDT Pakatan rahsia Najib-Anwar 1998 - John Malott Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju. Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat. Tanyalah Wikileaks. Orang Malaysia suka bercakap… Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama. Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita. Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda. Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu. Satu pakatan rahsia Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan. Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara. Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik." 100 tahun Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang. Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini? | GULA-GULA MUTAKHIR POK JIB MENGHANCURKAN KERAJAAN Posted: 24 Aug 2011 03:18 PM PDT kOMEN : aPA NIE pOK jIB ? Tup-tup di kala MAS rugi hampir setengah bilion manakala AirAsia untung 1 bilion dan saham MAS dibeli Air Asia ... Pok Jib belanja sakan RM1.4 bilion kunun nak bela warga emas, kanak2 dan balu polis dan tentera. Dah tak der cara lain nak dapat undike? Perabis wang negara yang tak tentu hala. Kamu(Najib PM) dah lupa ke ? Kementerian yang dah ada jaga kebajikan warga emas , kementerian dan agensi yang jaga balu dan isteri polis dan tentera. Begitu juga kementerian dan agensi yang jaga hal-ehwal kanak-kanak. Di kala negara kesempitan wang nak mengurus kamu pula tunujuk baik nak beri elaun RM100 hingga RM450 plak. Bukan kita tak setuju , tapi biarlah di masa ekonomi Malaysia dan baik dan mantap. Sedangkan masa ekonomi memeuncak zaman Tun M pun Tun tak setuju diberi elaun tetap kecuali fakir miskin. Warga emas terima peruntukan terbesar RM455 juta PUTRAJAYA 24 Ogos - Lebih 30 peratus daripada peruntukan RM1.4 bilion dalam program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Kar1sma) akan disalurkan untuk membantu golongan warga emas. Daripada kira-kira 500,000 penerima bantuan yang disasarkan, warga emas menerima peruntukan terbesar iaitu RM455 juta diikuti orang kurang upaya (RM332 juta), program-program kemasyarakatan komuniti (RM303 juta), kanak-kanak (RM290 juta) dan balu polis dan tentera (RM4.1 juta). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kementeriannya akan memberi bantuan secara berterusan untuk memastikan kumpulan sasaran tersebut keluar daripada kemelut kesusahan. ''Mereka yang memerlukan akan diberi bantuan sara hidup antara RM100 hingga RM450 setiap bulan, jumlah ini merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap golongan berpendapatan rendah," katanya selepas menghadiri majlis pelancaran Kar1sma yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Di bawah Kar1sma, pelbagai perkhidmatan seperti bantuan kewangan bulanan, pusat jagaan harian, program ziarah dan bantu, insentif OKU produktif, latihan kepada ibu tunggal, pemeriksaan kesihatan dan mamogram serta pusat aktiviti kanak-kanak ditawarkan kepada kumpulan sasaran. Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, kementeriannya memandang berat soal pengagihan bantuan sara hidup secara tepat kepada semua kumpulan sasaran. ''Pengagihan bantuan yang tepat waktunya kepada semua kumpulan sasar turut menjadi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) untuk Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang baru Hadzir Md. Zain," katanya. | CAKAP BERDEGAR-DEGAR , RUPANYA penipu tegar Posted: 24 Aug 2011 06:47 AM PDT Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua hari ini mendedahkan pengundi klon pos dikesan di Parlimen Batu, Setiawangsa dan Wangsa Maju. Kewujudan pengundi klon itu, menurut Tian, disyaki bertujuan untuk membolehkan pengundian berulang dilakukan. Menurutnya, semakan daripada daftar pemilih bagi suku kedua 2011 mendapati 34 nama pengundi klon dikesan di Parlimen Batu, 20 di Parlimen Wangsa Maju dan 115 di Parlimen Setiawangsa. Pengundi klon pos yang dimaksudkan adalah pengundi yang mendaftar untuk bertukar alamat, tetapi nama mereka masih tersenarai dalam senarai pengundi biasa yang bercetak. Ia merujuk kepada isteri kepada anggota pasukan keselamatan seperti polis dan tentera. "Sebagai contoh Shakira binti Ismail, isteri kepada IKD1092267 dengan nombor kad pengenalan 680820025644. Nama ini dikatakan telah bertukar alamat. Tetapi apabila diperiksa secara dalam talian, lokasinya tetap di Parlimen Batu. "Ini hanya segmen pengundi pos di tiga kawasan Parlimen. Kita masih belum lagi memeriksa senarai induk pengundi pos dari seluruh negara dan membandingkan data pengundi dalam talian dengan versi cetak yang dibekalkan kepada orang awam," kata Tian Chua pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Bercakap lebih lanjut, Tian berkata, penambahan pengundi pos di ketiga-tiga kawasan Parlimen itu turut dikesan berlaku secara mendadak. Pengundi pos tentera pada tahun 2009 berjumlah 296 meningkat kepada 13,265 pada 2010. Manakala undi pos polis berjumlah 889 pada 2009 pula meningkat kepada 3,207 pada tahun 2010. Menurutnya lagi, statistik pendaftaran pengundi baru yang merupakan pasangan kepada anggota keselamatan di tiga Parlimen itu meningkat mendadak iaitu daripada 313 pada 2009 kepada 17,270 pada pada 2010. Adakah kita mengambil lebih ramai tentera atau mereka semuanya secara tiba-tiba mahu mengundi? Berapa banyak tentera di negara ini yang layak untuk mengundi dan berapa ramai yang masih belum mendaftar? "Apakah jumlah maksimum pengundi pos yang boleh didaftarkan sebagai pengundi daripada pihak polis dan tentera sekarang? Ia seperti boleh meningkat pada bila-bila masa," kata Tian./kd | HEBATNYA MAHKAMAH RAYUAN ! WAIMA KES DAH 8 TAHUN Posted: 24 Aug 2011 03:08 AM PDT Komen : Nampaknya parti komponen BN terus brantakan, hasil laporan Presiden PPP(Pi Pi Pi), Mahkamah Rayuan : Saman RM100juta keatas M Keyveas (PPP) diteruskan. Kita mengharap Kepten Kudus dapat memenangi Kes Saman dengan Kayveas, agar terbela maruah beliau kerana tuduhan Kayveas amat berat menyebabkan beliau kehilangan kerja,maruah yang telah menjadi kes sensasi berapa tahun lepas yang mana menteri ini belagak sebagai Mafia. Sudah lepas dua halangan, Kapten Kudus menanti kes saman Kayveas Oleh Syed Mu'az Syed Putra August 24, 2011 Abdul Kudus menunjukkan keratan akhbar ketika berhadapan dengan kontroversi dakwaan rasuah lapan tahun lalu. — Foto oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Selepas menang dalam kes menyaman Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) minggu lalu, Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad kini menanti dengan penuh harapan prosiding kes saman fitnah RM100 juta terhadap Datuk M Kayveas. Sehubungan itu, bekas pengarah penguat kuasa MPAJ ini berharap kes membabitkan Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) ini akan dipercepatkan. Abdul Kudus, 49, telah menuduh Kayveas memfitnahnya menerima rasuah mencecah puluhan ribu ringgit. "Dia tuduh saya macam-macam... dia juga tuduh saya terima rasuah RM70,000 sebulan. Kalau saya terima RM70,000 hidup saya tidak akan jadi macam ini," katanya yang menampung perbelanjaan keluarga dengan memandu teksi. Abdul Kudus dibebaskan daripada 24 pertuduhan rasuah September lalu telah memfailkan saman fitnah terhadap Kayveas pada Mei 2004. Namun pada awalnya ia telah ditolak Mahkamah Tinggi pada 2009 selepas Kayveas memfailkan bantahan. Awal tahun ini, Mahkamah Rayuan menerima saman fitnah itu. Dalam kes berasingan, Jumaat lalu Mahkamah Rayuan memutuskan pemecatan Abdul Kudus sebagai bekas pengarah penguat kuasa MPAJ lapan tahun lalu sebagai tidak sah. Mahkamah juga mengarahkan MPAJ membayar tunggakan gaji dan emolumen selama tujuh bulan, berjumlah RM3,015 sebulan, ekoran pemecatannya pada 11 Jun 2003. "Saya mahu kes saman ini disegerakan... saya mangsa fitnah, saya tidak gentar untuk berdepan dengan dia...saya anak Melayu dan saya bersedia untuk mati demi keadilan," kata Abdul Kudus. Ketika isu melibatkan dirinya muncul, Kayveas merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pada 2003, Kayveas mendakwa Abdul Kudus membocorkan maklumat penguatkuasaan undang-undang dan menerima RM70,000 sebulan sebagai imbuhan. Sementara itu peguam Abdul Kudus, M. Manoharan berkata prosiding saman fitnah terhadap Kayveas berkemungkinan akan diadakan dalam tempoh terdekat. "Tarikh prosiding kes ini kita belum tahu tapi ia akan berjalan kerana Mahkamah Rayuan menerima semula kes ini," katanya. Dalam pada itu, Abdul Kudus juga berkata beliau sedia mempertimbangkan tawaran daripada mana-mana agensi penguatkuasaan termasuk dari kerajaan negeri Selangor atau syarikat swasta sekiranya khidmatnya diperlukan. Namun katanya, setiap tawaran itu akan diteliti dengan sebaik mungkin kerana tidak mahu "pisang berbuah dua kali." "Kalau ada tawaran saya akan pertimbangkan, tidak kisah dari mana... kalau dari kerajaan negeri Selangor, kerajaan pusat atau syarikat swasta saya akan pertimbangkan dulu," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Abdul Kudus berkata beliau berharap akan diterima kembali untuk bertugas di MPAJ. "Saya tahu jawatan itu sudah diisi, tapi saya berharap mungkin satu hari nanti saya akan kembali ke sana. "Tapi kalau mana-mana tawaran lain saya akan pertimbangkan dulu," katanya. Ditanya mengenai keputusan pemecatan tidak sah, Abdul Kudus berkata ia sudah dijangka. "Saya sudah jangkakan keputusan itu, mahkamah sebelum ini bebaskan saya dari tuduhan rasuah maknanya saya tidak bersalah. "Ini semua berkat doa dan tawakal saya kepada Allah," katanya. Abdul Kudus juga berkata disebabkan tuduhan rasuah dan fitnah sehingga kini masih tiada syarikat yang mahu mengambil beliau bekerja. "Mana ada orang nak terima saya bekerja bila saya dituduh macam-macam dan saya harap dengan keputusan terbaru ini dapat memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat. "Jangan menghukum kalau tidak tahu perkara sebenar dan itu yang terjadi kepada saya," katanya.
| DAFTAR IFTAR MANGSA DI TAMAN TASIK TITIWANGSA Posted: 24 Aug 2011 03:02 AM PDT Shuhardi Mat Isa atau lebih dikenali sebagai pelakon 'Baharudin' kerana disalah sangka sebagai arwah Baharudin yang meninggal dalam himpunan aman Bersih lalu menganjurkan majlis berbuka khusus untuk mangsa-mangsa Bersih 25 Ogos ini. Mereka yang berminat untuk menghadiri majlis itu boleh menghubungi Suhaimi (0193831987) dan juga Norfadilah (0174750510). Shuhardi yang merupakan seorang aktivis masyarakat adalah Setiausaha Agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) dan bertindak sebagai Pengerusi Penganjur Majlis anjuran UrusKop itu. Majlis itu akan berlangsung di Restoran Nelayan, Taman Tasik Titiwangsa. Ia bermula pada jam 5 petang dengan pendaftaran hadirin diikuti bacaan Yasin dan tahlil pada jam 6 petang. Pada majlis yang sama, sumbangan akan turut disampaikan kepada mangsa-mangsa keganasan polis sewaktu himpunan Bersih dan ia akan berlangsung pada jam 6.30 petang. Orang ramai dijemput hadir ke majlis itu dengan membeli kupon sumbangan bernilai RM50.
| PENGAKUAN DR KHIR TOYO BAHAWA BUDAYA JILAT DAN PIJAK MEMANG BIASA DALAM UMNO ! Posted: 23 Aug 2011 07:10 PM PDT Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa 3 orang menteri Persekutuan dalam jemaah menteri dari UMNO yang BODOH, sedang berkonspirasi agar beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Itulah antara budaya yang ada dalam UMNO, bila sedang berkuasa mereka akan dijilat semahunya kentut yang berbau bangkai dikatakan wangi.. tapi bila dah tersungkur akan dipijak semahunya pula biar mampus cepat sikit! Begitu juga nasib Koh Tsu Koon.. Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. Kebodohan pemimpin "Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing. "Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. "Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah. "Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi. Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain. Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008. Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno. Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang. Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Malaysiakini | |
PAS LENGGONG Posted: 24 Aug 2011 07:48 PM PDT Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard Posted: 24 Aug 2011 02:51 AM PDT Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta. Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu. "Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini. Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu. Isu memohon maaf beliau semakin ketara apabila media tradisonal Umno menyiarkan berita kononnya akhbar Indonesia Kompas juga memohon maaf dari Najib. Namun, Malaysiakini melaporkan, permohonan maaf dari Kompas itu tidak jelas kerana ia hanya disiarkan dalam satu berita temubual akhbar Indonesia itu dengan Najib dan bukannya menarik balik laporan asalnya. Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet. Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu. Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu. Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib. Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa". Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'. Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'. Menurut Che'Gubard (gambar atas), dia tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. "Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?" kata beliau dalam kenyataannya hari ini. "Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co." tulis beliau lagi. | | Bukan anak kite je mati andeh! Posted: 24 Aug 2011 02:49 AM PDT Bukan anak kite je mati andeh! Abdul Aziz Mustapha | KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan Pak Pandir yang berkeriau "bukan anak kita saja yang mati, anak orang pun mati". Beliau juga mengulangi penegasan bahawa kenaikan harga barang lebih diakibatkan oleh kegagalan kerajaan BN menguruskan ekonomi negara dan bukannya semata-mata berpunca dari kenaikan harga barang di peringkat global. "Reaksi (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri) Ismail Sabri (Yaakob) mencerminkan sikap Pak Pandir kerajaan BN yang tak habis-habis menjerit 'bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang pun mati'. "Bila berlaku kenaikan harga, tak habis-habis menyalahkan faktor luar seperti kenaikan harga di peringkat global, 'imported inflation' dan sebagainya. "Kalau semata-mata disebabkan tempias kenaikan harga barang diperingkat global seperti yang cuba didakwa olehnya, mengapa harga barang di negara ini naik berkali ganda berbanding kenaikan peringkat global? "Persoalannya, adakah beliau tahu realiti sebenarnya tentang kenaikan harga barang di negara ini?," kata Mahfuz. Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, sebelum ini telah beberapa kali dibangkitkan bahawa kenaikan harga makanan di negara ini berkali ganda lebih tinggi dari kenaikan harga di peringkat global seperti yang dibuktikan oleh angka-angka Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Bangsa-bangsa Bersatu (FAO). Beliau juga menyelar Ismail Sabri yang membangkitkan soal harga nasi kerabu dan nasi dagang sedangkan kenaikan harga pelbagai barang berpunca dari kenaikan harga barangan asas seperti minyak yang gagal dikawal oleh kerajaan. "Inilah mentaliti kerajaan BN. Bila harga tepung naik misalnya, yang diburu ialah Mamak jual roti canai dan pekedai runcit sedangkan mereka yang memonopoli perniagaan barangan berkenaan tidak pernah diusik. "Samalah juga sekarang, kita bincang tentang kenaikan barang yang berpunca dari kegagalan kerajaan mengawal harga barangan asas seperti minyak, dia suruh kita bagi duit kepada penjual nasi kerabu dan nasi dagang supaya mereka dapat turunkan harga. "Tak pernah berubah perangai BN yang berak di sana-sini dan lepas itu suruh orang cuci," katanya. Mahfuz sependapat dengan Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) tentang pasaran negara ini yang dicengkam monopoli, oligopoli dan kartel. "Masalahnya, kerajaan BN bersungguh-sungguh menyembunyikan punca-punca utama kenaikan harga barang itu dari rakyat demi kepentingan yang semakin disedari rakyat," katanya. Beliau berkata, Kelab Protes Barang Naik atau ringkasnya Protes BN yang digerakkan oleh Lajnah Pengguna PAS yang diterajuinya akan melipatgandakan penerangan kepada rakyat. "Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN. "Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan, tiada salah keutamaan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," kata Mahfuz. | | Subky Latif bela Azmil Mustafa Posted: 24 Aug 2011 02:47 AM PDT Subky Latif bela Azmil Mustafa Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa (gambar) bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja. "Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky. Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan. Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik." Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah. Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja. Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu. Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam. Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih. Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah. Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu. Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. | | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 24 Aug 2011 07:44 PM PDT PELUK... RABA PELAJAR KOLEJ DALAM BAS Posted: 24 Aug 2011 05:08 PM PDT SANDAKAN, 24 Ogos — Tindakan berani beberapa penumpang sebuah bas berjaya membawa kepada penangkapan seorang lelaki yang meraba seorang pelajar perempuan kolej swasta di dalam bas itu di sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa yang berusia 20 tahun menaiki sebuah bas dari Terminal Bas di Bandar Sandakan untuk pulang ke rumahnya di Kampung Gum-Gum di Batu 16.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali berkata, seorang penumpang lelaki kemudian duduk di sebelah mangsa dan ketika dalam perjalanan, lelaki itu membawa pelajar perempuan itu bercerita dan tiba-tiba memeluk dan merabanya.
"Beberapa penumpang lain dalam bas itu bertindak membantu menangkap lelaki itu selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.
"Lelaki itu kemudian diserahkan kepada anggota polis peronda apabila bas itu berhenti di sebuah perhentian bas di Batu 4," katanya dipetik Bernama Online.
Fadzil berkata lelaki berusia 35 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri, kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
| SULTAN S'GOR MURKA PADA MB!!! MAKIN BANYAK LE DEMO UMporNO Posted: 23 Aug 2011 05:31 PM PDT KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menukar nama Majlis Syura, yang ditubuhkan untuk menyelesaikan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja, kepada Jawatankuasa Pendengaran ekoran teguran istana semalam.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor berkata, kerajaan negeri kesal dengan kekeliruan berhubung penggunaan nama Majlis Syura bagi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian isu pemeriksaan Jais terhadap Gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.
"Justeru kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk mengubah nama jawatankuasa tersebut kepada Jawatankuasa Pendengaran demi mengelakkan sebarang pertindihan dengan Majlis Syura Negeri Selangor yang diterajui Mais (Majlis Agama Islam Selangor)," katanya.
Bagaimanapun katanya, matlamat asal, gerak kerja dan keahlian jawatankuasa tersebut tetap sama dan selaras dengan perbincangan antara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.
Kenyataan ringkas itu juga berkata, kerajaan negeri berharap perubahan nama yang diputuskan akan merungkai sebarang kekeliruan dan meneruskan segala usaha mencari penyelesaian berhubung isu gereja dan Jais bagi kesejahteraan rakyat.
"Kerajaan negeri tetap akan akur kepada segala nasihat dan titah yang diterima secara langsung daripada Sultan Selangor serta bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan penyelesaian terbaik dalam isu ini," katanya lagi.
Petang semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda.
Mohamad Munir berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jais awal bulan ini.
"Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura, itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.
"Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu," katanya.
| Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa Posted: 23 Aug 2011 04:27 PM PDT Nantikan buku pertama Ustaz Azhar Idrus.Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan. | |
PAS Kawasan Miri Posted: 24 Aug 2011 07:22 PM PDT Pembayar Cukai Minta Penjelasan Kemana Perginya Wang Hasil Tersebut? Posted: 23 Aug 2011 11:41 PM PDT Kemana Wang Hasil Dari Taksiran Cukai Pintu dan Tanah digunakan? Gambar hiasan Plan Cadangan Bangunan Baru Majlis Bandaraya Miri (MBM)
Cukai pintu atau cukai rumah adalah cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah yang terletak di bawah bidang kuasa Majlis Bandaraya Miri. Tujuan mengenakan cukai pintu adalah seperi berikut: (i) Untuk memastikan pihak berkuasa tempatan mempunyai hasil yang mencukupi dalam menyediakan perkhidmatan awam. (ii) Untuk memastikan setiap pemilik rumah (pembayar cukai) memberi sumbangannya secara adil terhadap dana perkhidmatan Majlis. Kita sebagai pembayar cukai pintu ingin mengetahui bagaimana pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) menggunakan dana wang awam tersebut dan kemana hasil yang telah digunakan. Kita sebagai pembayar cukai mempunyai hak mengetahui kemana hasil wang cukai yang dikutip setiap tahun tersebut. Kita dapati ada orang awam membuat aduan tentang masalah tong sampah mereka yang telah rosak dan mohon diganti dengan yang baru tetapi tidak dilayan sebaliknya mereka di suruh membeli tong sampah yang baru sedangkan kita semua tahu tong sampah tersebut dulunya dapat percuma dari MBM hasil bayaran cukai pintu tahunan. Sepatutnya pihak MBM memberi percuma tong sampah tersebut kepada pembayar cukai sebab setiap tahun kita dikenakan cukai pintu sedangkan kita tidak dapat perkhidmatan yang terbaik dari MBM. Adakah kita dikecualikan dari cukai pendapatan setelah ditolak cukai tanah dan cukai pintu? Mengapa rakyat harus membayar banyak cukai kepada kerajaan sedangkan hasil yang rakyat dapat tidak seberapa dimana ada sesetengah wakil rakyat kerajaan menyindir rakyat dengan mengatakan kalau kerajaan tidak bagi pembangunan rakyat akan hidup susah. Sepatutnya wakil rakyat tersebut yang sedar kalau rakyat tidak membayar cukai belum tentu kerajaan boleh membina sekolah,jalanraya dan sebagainya. Kita minta pihak MBM dan pihak kerajaan dapat memberi penjelasan tentang masalah bayaran cukai tanah dan pintu ini kepada rakyat mengapa mesti membayar tahunan dan tidak dikecualikan dari hasil cukai pendapatan. Seharusnya rakyat yang kurang berkemampuan di kecualikan dari membayar cukai kerana ini akan membebankan kehidupan seharian mereka. Tanah Sarawak yang luas tetapi kehidupan rakyat tetap miskin ini persoalan yang perlu di jawab oleh pihak kerajaan. Harap pihak yang berkenaan dapat mengambil perhatian tentang masalah rakyat yang tersebut di atas. English version Where Are The Funds From Assessment And Land Tax Being Used? House tax or assessment imposed on all property which is under the jurisdiction of Miri City Council (MCC). The purposes of levying the assessment are as follows: (I) To ensure that local authorities have sufficient revenue to provide public services. (II) To ensure that all house owners (taxpayers) to provide a fair contribution to the fund council services. We as taxpayers want to know how the Miri City Council (MCC) using the public funds and where the outcomes are have been used. We as taxpayers have the right to know where the revenue tax money are being collected every year. We notice that the public complaints about the garbage problem that has been damaged and they are request for replacement with a new one but instead they are treated to buy new garbage. The MCC should provide free bins to the taxpayer because every year we are paid for assessment while MCC unable to give us the best service. Are we exempted from income tax after deducting the land tax and assessment? Why do people have to pay more taxes to the government of which the people cannot get what they are suppose to get and as some government representatives sarcastically told the people that if the government not giving the development the people will live in great difficulty. Are we exempted from income tax after deducting the land tax and assessment? Why do people have to pay more taxes to the government of which the people cannot get what they are suppose to get and as some government representatives sarcastically told the people that if the government not giving the development the people will live in great difficulty. Should be the government representative realize that without the people paying the taxes the government would not be able to build schools, roads and so on. Land of Sarawak is very large, but people still lives in poverty these questions need to be answered by the government. We urge the MCC and the government agency should give an explanation of the problem of land tax payment and the assessment to the public why must pay an annual assessment and not exempted from the income tax. Should be underprivileged people exempted from paying the tax which burden their daily lives. We urge the relevant party concerned to take note of the problems of the people as mentioned above. | |
Pemuda PAS DUN Kemasik Posted: 24 Aug 2011 07:07 PM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 24 Aug 2011 11:08 AM PDT Ulama' dijadikan 'ricecooker' ! Posted: 24 Aug 2011 10:45 AM PDT Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan, bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau pernah mengingatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah." "Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan ini cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani. Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau telah mengambil pendekatan itu sejak zaman Tun Razak Hussein lagi. Diminta menghuraikan tegurannya itu, Harussani bagaimanapun enggan melakukannya kerana berharap ia "habis di sini sahaja". Bercakap dalam wacana "Ulama dan Politik" di Shah Alam hari ini, Harussani berkata sebagai orang yang tidak berparti, beliau mengambil pendekatan itu sejak zaman bapa Najib - Tun Razak Hussein - menjadi perdana menteri lagi. Harussani turut berkata, beliau juga pernah cuba menasihati bekas perdana Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berhubung pelbagai isu. Harussani berkata, walaupun Dr Mahathir selalu mendengar nasihatnya, terdapat tiga perkara yang tidak dipedulikan. Perkara itu menurutnya, nasihat yang cuba disampaikan supaya Dr Mahathir tidak memecat timbalannya ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Waktu nak pecat Anwar, saya pergi tapi tak boleh masuk (jumpa). Saya kata, kalau pecat dia, bukan sikit pengaruh dia (Anwar), berpecah orang Melayu... Kalau hendak buat tuduhan liwat, kalau tak ada saksi, buruk padahnya. Tak ingat "(Nasihat) kedua, kalau nak pecat, buat rombakan kabinet dulu. Letakkan dia (Anwar) sebagai menteri biasa (baru pecat). "Satu lagi (nasihat) saya tidak ingat," kata Harussani. Pada zaman Abdullah pula, mufti paling kanan di Malaysia itu berkata, beliau pernah tiga kali menasihatinya tetapi semuanya ditolak. Beliau bagaimanapun tidak menyebutkan apa tiga nasihatnya kepada Abdullah itu. Harussani tegas mengulangi pendiriannya bahawa Melayu-Islam bersatu-padu, termasuk melalui pembentukan kerajaan campuran antara Umno-PAS kerana dalam al-Quran umat Islam diperintah berkasih-kasihan antara satu sama lain dan bukannya dengan orang kafir. "Dalam al-Quran disebut orang kafir zalim. Tak pernah lagi disebut orang Islam itu zalim," katanya merujuk kepada kerjasama politik parti Melayu dengan parti yang didokong bukan Islam. Dua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator. Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata: "Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri." Ketawa besar Kata-kata itu nyata mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu. Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi). "Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya. Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil. Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat. "Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan". - Mkini A | inilah "Wajah" Bilal Masjid Yang Buat Laporan Polis Ceramah Azmil.. Posted: 24 Aug 2011 12:38 AM PDT ( Klik Untuk kasi besar beb..)
Sdr Mohd Sani adalah bilal yang membuat laporan kpd. pihak Polis, dalam gambar ini..lu cari la sendiri mamat Sani yang lebih Umno dari Umno Haprak ini.Dalam SINAR hari ini beliau memohon maaf kerana sikap bangangnya yang tidak berbincang terlebih dahulu dengan AJK Masjid sebelum membuat laporan Polis. | |
KHIDMAT MERU Posted: 24 Aug 2011 09:11 AM PDT |
Jasindaily Online Posted: 24 Aug 2011 09:05 AM PDT |
PAS TAMBUN Posted: 24 Aug 2011 01:22 AM PDT |
CINA ISLAM (林川興) Posted: 24 Aug 2011 01:12 AM PDT "Suruh Blogger Umno Minta Maaf Dahulu"-Hatta Wahari Posted: 23 Aug 2011 11:40 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] - SHAH ALAM 24 OGOS : Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan perlu mengarahkan blogger pro-Umno untuk meminta maaf terlebih dahulu sebelum menggesa blogger lain untuk berbuat demikian, ekoran merekalah selama ini yang sering menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang. Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat. Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno. Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais. "Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan. Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu. "Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang. Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang," katanya. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Dr Rais semalam yang mahukan semua blogger di Malaysia mencontohi tindakan editorial akhbar Indonesia, Kompas kononnya memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor. Laporan berita Kompas yang disiarkan 4 Ogos lalu turut menyentuh isu pembelian cincin AS$24 juta yang didakwa dibeli Rosmah. "Kalau kita lihat pada blogger- blogger lain kita menyiarkan perkara- perkara yang benar. Kebanyakan blogger- blogger lain membuat persoalan-persoalan benarkah perkara ini berlaku. "Padahal soal cincin kalau kita tengok kepada blog itu, sebenarnya blogger itu hanya bertanya benarkah Rosmah membeli cincin AS$24 juta. Adakah betul ? Jadi masalahnya dengan blogger Umno mereka menulis tanpa fakta. Membuat tohmahan- tohmahan yang teruk, fitnah- fitnah yang tiada asas langsung," tegasnya. Justeru Hatta menegaskan Dr Rais perlu berhati- hati dengan gesaannya mahukan blogger pro- Pakatan Rakyat membuat permohonan maaf kepada pemimpin Umno tetapi menutup mata kepada keterlanjuran blogger pro-Umno melempar tuduhan demi tuduhan kepada pemimpin Pakatan Rakyat. "Blogger-blogger Umno ini 24 jam sentiasa melemparkan fitnah sebab memang mereka dibayar untuk melemparkan fitnah. Ini masalahnya dan fitnah- fitnah ini diasah oleh JASA sendiri, jabatan khas di bawah Kementerian Penerangan di bawah kementerian beliau. "Jadi kalau Datuk Rais Yatim kata nak minta blogger mohon maaf, suruhlah blogger- blogger Umno ini mohon maaf dulu, sebab mereka inilah syaitan yang sepatutnya," tegasnya. tv news/- | Najib, Rosmah Akan Beri Keterangan Di Mahkamah-Sankara Posted: 23 Aug 2011 11:30 PM PDT 23 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR 24 OGOS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor bersetuju untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi memberi keterangan bersabit kes fitnah liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu dinyatakan oleh peguam Sankara Nair setelah dimaklumkan oleh polis kepada beliau.
Najib, Rosmah dan dua bekas anggota polis berpangkat tinggi sebelum ini enggan bekerjasama dengan pasukan peguambela walaupun pendakwa telah menawarkan mereka sebagai saksi.
Namun mahkamah minggu lalu telah mengeluarkan sepina terhadap kesemua individu tersebut untuk hadir memberi keterangan dan sekiranya gagal berbuat demikian waran tangkap akan dikeluarkan.
Pada sesi pembelaan sebentar tadi, pakar serangan seksual Dr David Wells memberitahu mahkamah bahawa kecederaan pada mangsa rogol atau liwat bergantung kepada jumlah tekanan yang dikenakan terhadapnya.
David menjawab soalan Sankara Nair apabila peguambela meragui akan dakwaan pengadu Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan beliau diperlaku dengan rakus oleh bekas majikannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbuatan itu akan menyebabkan trauma (pada bahagian dubur) di bawah keadaan tertentu," kata David.
Saiful sebelum ini memberi keterangan di mahkamah bahawa beliau diliwat dengan rakus oleh Anwar sehingga senak di bahagian perut.
Namun setelah diperiksa oleh empat doktor dari dua hospital, tiada sebarang kecederaan ditemui pada dubur pengadu namum tegas menyatakan beliau telah diliwat.
David kemudian mengulangi kenyataan beliau bahawa integriti spesimen DNA yang diambil pada pengadu amat kritikal.
Menurutnya dalam kes liwat atau rogol, bukti tersebut harus disimpan dengan baik dan terus dibawa ke makmal untuk tujuan ujian bagi memelihara keyakinan terhadap sampel tersebut.
Timbalan Pendakwaraya Datuk Yusof Zainal Abiden pada sebelah pagi merujuk kepada sebuah kes di United Kingdom pada tahun 1982 di mana sebuah ujian pengesahan sperma dilakukan dan mendapati ianya dapat dikesan walaupun setelah melangkaui 30 jam.
Namun kata Sankara ujian tersebut dilakukan di dalam makmal dan tidak ada keupayaan untuk dibandingkan dengan kes Anwar di mana sampel sperma dan DNA telah disimpan melebihi 90 jam.
"Anda patut jumpa sampel yang paling teruk tapi pendakwa kata apa yang dijumpai adalah sampel terbaik. Namun apabila kita minta gambar foto ujian DNA, mereka kata tiada. Mana bukti?" tambah beliau lagi.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menangguhkan sesi pembelaan kepada 9 pagi esok dan akan menyaksikan pakar DNA, Dr Brian McDonald mengambil tempat di kandang saksi.
tv news/- | Idham Care Agih bubur Lambuk di Sayong Posted: 23 Aug 2011 09:42 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] - Azmi Abdul Aziz
Pengerusi Idham Care yang juga ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah telah turun ke Sayong, Kuala Kangsar sempena program agih bubur lambuk kepada penduduk di sana.
Sebanyak 500 bekas bubur lambuk disediakan secara gotong-royong yang diketuai oleh UPU Sayong dan bubur lambuk habis diedarkan kira-kira setengah jam kemudian yang diketuai oleh Drs Khalil Idham Lim sendiri dengan warga kerja UPU Sayong.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat dalam menjayakan program mengagihkan bubuk lambuk tersebut di sekitar Sayong dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
| Liwat II: Pendakwa soal balas pakar asing Posted: 23 Aug 2011 09:30 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Prosiding membela diri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga dengan pihak pendakwa menyoal balas pakar forensik Dr David Wells.
Pakar dari Australia itu, yang merupakan saksi ketiga pihak pembela, memberitahu mahkamah semalam bahawa sampel sperma yang diambil dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak dapat memberi keputusan yang diperlukan.
Ia kerana sampel tersebut diambil selepas lebih dua hari kejadian liwat didakwa berlaku.
Kejadian itu didakwa berlaku pada 26 Jun 2008, dan sampel itu diambil dari Saiful antara jam 9 malam dan tengah malam 28 Jun 2008.
Selain itu, katanya, sampel tersebut tidak disimpan dengan betul di di balai polis dan ia diserahkan kepada ahli kimia untuk ujian dua hari kemudiannya.
Dr Wells, yang merupakan pakar dalam bidang kes serangan seksual, dalam keterangannya semalam, juga berkata ketika mengambil sampel dari mangsa, dia akan melakukanya secara sendirian dan hanya dibantu oleh jururawat. Ini, katanya, untuk mengelak pencemaran.
Dalam kes Saiful, empat doktor berada bersama pengadu untuk mengambil sampel tersebut, serta dengan kehadiran pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira.
Pihak pendakwa dijangka menyoal Wells mengenai laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur ke atas Saiful, yang dianggapnya sebagai tidak tepat.
Selepas Wells, seorang lagi pakar dari Australia - pakar DNA Dr Brian McDonald, dijangka dipanggil memberi keterangan.
malaysiakini/- | Sekitar Infaq Ramadhan Idham Care di Parlimen Kuala Kangsar Posted: 23 Aug 2011 09:27 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] - Azmi Abdul Aziz
KUALA KANGSAR: Baru-baru ini telah diadakan 4 majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di Parlimen Kuala Kangsar oleh Idham Care . Hadir sama dalam semua majlis penyampaian itu ialah Pengerusi Idham Care , Drs Khalil Idham Lim .
Ketika ditemui beliau mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang telah memberikan sumbangan kepada Idham Care dalam bentuk wang ringgit dan juga keperluan barangan keperluan dapur sebagai bekalan tambahan kepada mereka yang memerlukan. "Sesungguhnya dengan sokongan semua pihak yang bermurah hati menyalurkan bahan keperluan dapur dan wang ringgi sehingga berjayanya program sumbangan tersebut. Oleh itu saya mengucapkan berbanyak terimakasih kepada semua penyumbang yang budiman" Katanya.
Di antara lokasi penyampaian yang turut dihadiri oleh Drs. Khalil idham Lim yang juga merupakan ADUN Titi Serong di Parlimen Kuala Kangsar ialah di zon Ulu Kenas, zon Ulu Piul, Manong dan Taman Maju. Sumbangan diagihkan kepada 300 fakir miskin yang layak dan telah dikenal pasti di Parlimen Kuala Kangsar.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Kangsar yang turut membantu menjayakan program seperti menyediakan senarai penyumbang dan persiapan tempat untuk majlis penyerahan bantuan kepada fakir miskin yang layak. Drs. Khalil juga semasa ditemui menjelaskan sumbangan yang sama juga sedang dan akan dilakukan di DUN Titi Serong yang melibatkan sekitar 400 orang fakir miskin.
| Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual Posted: 23 Aug 2011 09:25 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.
Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang "mangsa"nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.
Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.
Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.
Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.
Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.
Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.
"Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan," tambah sumber itu.
Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga. Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.
Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.
Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.
Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.
"Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun," kata sumber berkenaan.
tv news/ | Jangan Kamu Marah! Posted: 23 Aug 2011 09:20 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:" Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.."
(al-Bukhari)
Huraian
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.
" Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.
Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya.
Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia | Pakatan rahsia Najib-Anwar 1998 - John Malott Posted: 23 Aug 2011 09:19 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Hari ini saya membaca kenyataan Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh. Anwar mendakwa semua ini adalah konspirasi politik. Dan saya bersetuju.
Sememangnya, saya adalah bekas Duta Amerika ke Malaysia semasa semua perkara ini berlaku untuk kali pertama. Sebagaimana yang diketahui ramai, kedutaan Amerika mempunyai banyak sumber maklumat.
Tanyalah Wikileaks.
Orang Malaysia suka bercakap…
Ramai kawan saya di Malaysia tahu, saya amat lantang dalam menyatakan sokongan terhadap kebebasan Anwar untuk satu dekad lebih. Ini kerana saya tahu perkara yang sebenar. Saya berada di tempat kejadian ketika semuanya ini berlaku untuk kali pertama.
Pada 1998 – untuk kali pertama bagi Anwar – kedutaan saya mendengar dan melaporkan banyak benda. Kita tahu perkara sebenar. Kerana orang Malaysia – di tempat tertinggi – memberitahu kita.
Semasa saya di KL, penasihat (think thank) Najib dipanggil Malaysian Strategic Research Centre atau MSRC. MSRC sebenarnya hanyalah dua orang ialah Rohanna Mahmood dan Razak Baginda.
Namun, Rohanna mahupun Razak bukanlah pegawai kerajaan, jadi saya tidak melanggar mana-mana undang Amerika Syarikat untuk meledakkan apa yang mereka beritahu saya dan kedutaan saya pada masa dulu.
Satu pakatan rahsia
Pada tahun 1998, Rohanna telah bersama saya untuk satu makan tengahari pertemuan empat mata peribadi di kediaman duta. Pada masa itu ialah waktu Anwar mula mencabar Mahathir (mantan Perdana Menteri), secara halus namun amat jelas kelihatan.
Rohanna memberitahu saya bahawa Najib dan Anwar telah mencapai satu perjanjian rahsia. Apabila Mahathir keluar, Anwar akan jadi PM dan Najib akan jadi Timbalan PM. Itulah perjanjiannya. Namun, sememangnya perkara itu tidak berlaku. Semasa perjalanan menjadi sengit, Najib berdiri dan membiarkan Anwar ke penjara.
Bagaimana pula dengan Razak Baginda? Beliau memberitahu seorang pegawai senior di kedutaan, "Keputusan sudah dibuat. Mereka akan "nuke" (membunuh) Anwar secara politik untuk keseluruhan masa akan datang. Sehingga beliau tidak boleh berdiri lagi dalam politik."
100 tahun
Bermaksud, ini adalah satu keputusan politik – untuk memusnahkan Anwar. Itu yang Razak – yang sekarang ini membuangkan diri di London – katakan. Selepas itu, seorang pegawai daripada Special Branch (SB) memberitahu satu pegawai di kedutaan, "Kita akan terus menfailkan dakwaan demi dakwaan terhadap Anwar supaya beliau berada di dalam penjara untuk 100 tahun akan datang.
Masih bolehkah disangsi apa yang berlaku dulu – dan apa yang berlaku kini?
harakahdaily/- | Lihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos Posted: 23 Aug 2011 09:00 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.
kosmo/- | Pencuri solo bertudung diburu Posted: 23 Aug 2011 08:58 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
TELUK INTAN: Seorang gadis bertudung menjadi buruan polis selepas dikesan licik menjalankan kegiatan mencuri secara solo dengan taktik berpura-pura mencari pekerjaan.
Gadis itu didakwa menggunakan kelebihan rupa paras dan tutur kata manis untuk memukau mangsa. Gadis dikenali sebagai Nurul Aqila, berkulit cerah dan memiliki ketinggian kira-kira 160 sentimeter itu didakwa amat licik memperdaya mangsa dengan berpura-pura memohon kerja di premis menjual telefon bimbit sebelum melarikan barangan seperti telefon bimbit, kad tambah nilai dan beberapa aksesori telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kes itu dikesan pada jam 10 pagi, 12 Julai lalu apabila suspek yang berbaju kurung hitam mengunjungi sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar, Langkap, di sini.
Menurutnya, suspek menemui pemilik kedai sebelum bertanyakan kerja kosong.
"Mangsa terus mengambilnya bekerja selepas gadis itu mereka cerita kononnya baru enam bulan berkahwin dan mahu bekerja untuk menyara hidup.
"Selepas kira-kira 20 minit bekerja di kedai itu, suspek kemudian meminta izin dari majikannya untuk ke kedai fotostat berdekatan dengan alasan membuat salinan kad pengenalan.
metro/- | Tiga beradik maut dalam kolam Posted: 23 Aug 2011 08:30 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
DI kolam takungan air inilah mayat tiga beradik diitemui mati lemas di Ladang Lambak/Eliases, Jalan Mengkibol, Kluang kelmarin.
KLUANG - Ibu bapa yang bertengkar anak-anak jadi korban. Demikian kisah malang menimpa tiga beradik yang dipercayai ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka di Ladang Lambak/Eliases, Jalan Mengkibol di sini kelmarin.
Tiga mangsa yang menjadi korban bapa sendiri itu hanya dikenali sebagai Niviyah, 5, Relesia, 3, dan Devenish, 2.
Kejadian menyayat hati pada pukul 7.30 malam itu berlaku selepas bapa kepada ketiga-tiga beradik itu membawa mereka ke kolam yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka dengan alasan untuk memancing dan bersiar-siar.
Sebelum itu, suspek yang bekerja sebagai pemandu traktor dikatakan baru lepas bertengkar dengan isterinya.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu pada pukul 10.20 malam selepas dihubungi orang awam.
Menurut beliau, polis yang dihantar ke lokasi kejadian melancarkan operasi mencari dan menyelamat selama sejam sebelum menemui mayat ketiga-tiga beradik itu di dasar kolam tersebut.
"Semasa ditemui mayat ketiga-tiga beradik yang berada tidak jauh antara satu sama lain masing-masing lengkap berpakaian," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut beliau, polis kemudian menahan bapa kepada ketiga-tiga beradik itu bagi membantu siasatan mengenai kematian anak-anaknya.
"Semasa ditahan suspek yang berusia 29 tahun berada bawah pengaruh alkohol dan dipercayai telah minum racun," katanya lagi.
Suspek kemudian dihantar ke Hospital Kluang dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.
Mohd. Fawzi memberitahu, daripada siasatan awal, suspek pulang ke rumah dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku selepas dipercayai menolak ketiga-tiga anaknya masuk ke dalam kolam.
Bagaimanapun, katanya, isteri suspek yang berusia 23 tahun mula curiga apabila melihat suaminya pulang tanpa anak-anak menyebabkan tercetus lagi perang mulut antara pasangan itu sehingga didengari jiran.
Jiran-jiran yang mengesyaki sesuatu buruk berlaku telah menghubungi polis.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh manakala suspek pula direman.
Mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke Rumah Mayat Hospital Kluang untuk bedah siasat.
Sementara itu, jiran suspek, K. Prakash, 29, berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa ketiga-tiga beradik itu kerana suspek yang dikenalinya merupakan seorang bapa penyayang.
"Sepanjang mengenali keluarga ini, saya tidak pernah melihat suspek memukul atau memarahi anak-anaknya.
"Namun kami selalu dengar pasangan itu bertengkar tetapi kami tidak pernah ambil tahu punca pertengkaran mereka," katanya yang tinggal bersebelahan rumah suspek.
kosmo/- | Serangan besar-besaran di kediaman pemimpin Libya Posted: 23 Aug 2011 08:19 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
TRIPOLI - Para pemberontak Libya semalam melancarkan satu serangan besar-besaran ke atas pekarangan kediaman pemimpin Muammar Gaddafi di sini.
Sebelum ini mereka memberi amaran bahawa akan melancarkan serangan di kawasan itu dengan bantuan kereta kebal.
Bunyi pertempuran kedengaran selepas para pemberontak mara ke bandar ini pada Ahad lalu.
Bunyi mortar dan jet-jet pejuang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) turut kedengaran.
Laungan Allahuakbar juga kedengaran dari masjid-masjid.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama turut meminta satu peralihan kuasa dilakukan di Libya dengan menuntut Gaddafi menyerahkan kuasanya.
Menteri Pertahanan Perancis, Gerard Longuet kelmarin menyatakan menerusi sebuah stesen radio bahawa rejim Gaddafi sudah tumbang tetapi situasi di Libya masih belum menemui jalan penamat. - AFP | Remaja lari dari rumah kerana ganja Posted: 23 Aug 2011 07:47 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
\ KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selama dua minggu bukan saja dicekup ketika menggoreng nasi ayam pada pagi Ramadan, tetapi ketika tangkapan remaja itu didapati 'lalok' selepas menghisap ganja di sebuah rumah di Keramat, minggu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Ahmadi Baharudin yang diminta pertolongan daripada bapa remaja terbabit bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat tempat persembunyiannya di sebuah rumah.
"Ketika sampai di rumah persembunyian itu, kami mendapati remaja terbabit menggoreng nasi ayam sambil kepalanya lentok kerana menghisap ganja," katanya.
Menurut Ahmadi, beliau difahamkan remaja terbabit pengedar di kawasan berkenaan.
"Soal siasat mendapati remaja terbabit mempunyai banyak rekod buruk dan pernah memasuki kem pemulihan kami di Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Kami juga mendapat tahu remaja itu bekas pelajar sekolah agama," katanya.
Katanya, bapa remaja terbabit memberitahu anaknya sepatutnya masih bersekolah di Wangsa Maju, namun mulai liar dan meninggalkan bangku sekolah sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan-rakannya yang juga ahli kongsi gelap.
"Difahamkan, remaja terbabit tidak pulang ke rumah sejak awal Ramadan lalu selepas berang dengan ibu bapanya yang menegurnya menghisap rokok dan ganja, tidak berpuasa selain memaki-hamun seluruh anggota keluarga sejurus perangainya ditegur," katanya.
Menurut Ahmadi, remaja terbabit kini dibawa ke pusat pemulihan akhlak di Bukit Beruntung untuk mengubati penyakit jiwa. | 4 lelaki berparang samun peniaga Posted: 23 Aug 2011 07:38 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Gambar hiasan
KAJANG: Seorang peniaga berputih mata apabila sekumpulan empat lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai, barangan kemas, jam tangan berjenama, komputer riba dan konsol game video Playstation 3 yang dianggarkan bernilai kira-kira RM55,000 di Taman Saga Emas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, mangsa berusia 53 tahun yang menonton televisyen bersama keluarga terkejut apabila suspek yang memakai topeng muncul di pintu rumah berkenaan sebelum mengacukan parang ke arah mangsa.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suspek memasuki kawasan rumah mangsa dengan memanjat pagar depan dan ketika kejadian, mangsa tidak mengunci pintu jeriji rumahnya.
"Sebaik suspek memasuki rumah itu, mangsa dan keluarganya terpinga-pinga dan kesempatan itu digunakan suspek untuk mengikat mangsa dan ahli keluarganya.
"Suspek memaksa mangsa menunjukkan tempat simpanan wang dan barang berharga di dalam sebuah bilik," katanya.
Ab Rashid berkata, mangsa menuruti arahan suspek kerana bimbang suspek melakukan sesuatu di luar jangkaan dan mendatangkan bahaya pada ahli keluarganya. "Suspek yang menggeledah semua bilik menjumpai wang tunai, jam berjenama, komputer riba dan Playstation 3 sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta.
"Saksi melihat suspek melarikan diri menggunakan Toyota Vios warna hitam," katanya.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan dan menggunakan senjata.
| Ambil iktibar kejatuhan rejim Gaddafi Posted: 23 Aug 2011 07:30 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR,: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kerajaan BN agar mengambil iktibar daripada kejatuhan rejim Muammar Gaddafi akibat pemberontakan rakyat Libya.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Raja Ahmad Al-Hiss berkata, BN harus segera sedar bahawa rakyat akan bangkit sekiranya corak pemerintahan kerajaan tidak menjurus ke arah keadilan.
"Jatuhnya Gaddafi disebabkan beliau bersifat autotarian dan menyekat banyak ruang demokrasi dalam negara seperti kebebasan akhbar dan hak asasi rakyat yang ada dalam Perlembagaan Negara mereka.
"Jadi rakyat bangun untuk menuntut keadilan. Kejatuhan Gaddafi itu disebabkan kegagalan beliau memberikan keadilan kepada rakyat dan ini boleh dijadikan iktibar kepada Umno BN yang ingin terus berkuasa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Semalam, Gaddafi yang sudah 42 tahun memerintah Libya tumbang selepas kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli.
Pemberontakan di Libya bermula pada 15 Februari lalu ekoran para penunjuk perasaan menuntut kebebasan hak asasi manusia.
Ia kemudian bertukar menjadi pertempuran di antara kumpulan tentera Gaddafi dengan para pemberontak sebelum tentera bersekutu diketuai AS mengebom bandar-bandar utama di Libya bagi menguatkuasakan larangan terbang di negara tersebut selepas diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Raja Ahmad berkata, kekayaan ekonomi sesebuah negara tidak dapat menjamin kerajaannya kekal berkuasa sekiranya keprluan lain diabaikan.
"Di Libya memang hasil minyaknya banyak dan rakyat kekayaan dikongsi bersama rakyat, kos sara hidup rakyatnya rendah tapi pemerintah mengabaikan aspek kehidupan yang lain.
"Umno dan BN tidak boleh menjadikan isu ekonomi atau pembangunan yang mereka lakukan selama ini sebagai asas untuk mereka mempertahankan kerajaan mereka kerana ekonomi bukan asas kebahagian seseorang tapi rakyat juga mahukan keadilan dalam berorganisasi, keadilan dalam menyuarakan pandangan hak-hak asasi," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda.
Sambil merakamkan ucapan tahniah keapda rakyat Libya, beliau bagaimanapun meminta pihak luar menghentikan campur tangan asing ke atas Libya sebaliknya menyerahkan segala keputusan kepada rakyatnya.
"Dalam masa yang sama juga kita minta pihak barat yang selama ini menyokong pihak pemberontak menyerahkan kembali suara rakyat kepada kepada Libya sendiri untuk menentukan sistem dan juga konsep negara yang mereka ingin bentuk.
"Terutamanya NATO dan Perancis yang berkepentingan di sana untuk memastikan apabila turunnya Gaddafi, semua kuasa, tindakan dan keputusan diserahkan kepada rakyatnya.
"Campur tangan pihak asing perlu dielakkan untuk mengelakkan pergolakan," katanya lagi.
Libya negara yang mempunyai simpanan minyak yang terbesar di Afrika dan yang ke-9 terbesar di dunia diserang oleh tentera bersekutu dan kemudiannya diajak negara-negara Perjanjian Atlantik Utara ( NATO ) untuk menyertai serangan keatas Libya.
Februari lalu, pemimpin Pakatan Rakyat bersama lebih 300 rakyat Libya dan 100 warga tempatan menganjurkan demonstrasi secara aman di kawasan sekitar Kedutaan Libya menuntut Presiden Muammar Gaddafi segera meletak jawatan.
Kebangkitan anak muda
Sementara itu, beliau turut mengakui kejayaan pemberontakan ini disokong oleh kuasa anak muda yang sedar mengenai apa yang berlaku dalam negara mereka.
Memberi contoh kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir beberapa bulan lalu yang berpunca daripada kebangkitan anak muda, beliau berkata, anak muda sekarang sudah terdedah keapda sumber-sumber baru.
"Anak muda sekarang bukan anak muda dahulu. Anak muda sekarang terdedah kepada maklumat terutamanya media baru. Jadi mereka banyak memahami situasi dan erti keadilan.
"Maklumat yang mereka peroleh ialah primari menerusi sumber baru, bukan secondary lagi," katanya.
Justeru katanya, Dewan Pemuda akan memastikan gerakan anak muda sentiasa terarah untuk kepimpinan akan datang.
"Dewan Pemuda di peringkat pusat, negeri malah kawasan dan cawangan akan menggerakkan anak muda semoga mereka ini akan memimpin kebangkitan dan kesedaran kepada rakyat Malaysia," katanya.
harakahdaily/- | Laluan bertingkat di Pasir Mas siap Posted: 23 Aug 2011 07:00 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PASIR MAS,: Laluan bertingkat melintas landasan kereta api di sini kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun mencapai 50 peratus dibina.
Laluan bertingkat itu dibina kerajaan negeri membabitkan kos RM15.5 juta, bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Pasir Mas.
Sebaliknya jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan projek perlebaran Jambatan Sultan Yahya Petra kedua hanya kelihatan tiang dibina kerajaan pusat. Perletakan batu asas dibuat Perdana Menteri pada Ogos 2007.
Rakyat boleh menilai sendiri sebuah kerajaan negeri yang berpendapatan tidak seberapa dapat menyiapkan projek laluan bertingkat mengikut perancangan awal.
Projek laluan bertingkat sepanjang 750 meter itu menghubungkan Kampung Lemal dan Kubang Panjang dianggap projek terbesar pernah dilaksanakan kerajaan negeri.
Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, fasa kedua projek membina jalan susur daripada laluan bertingkat ke Jalan Meranti sedang dijalankan.
"Jalan sepanjang 1.5 km itu sedang dilaksanakan kerja-kerja menambun dan dijangka siap akhir tahun ini," katanya ketika ditemui semasa meninjau projek jalan tersebut hari ini.
Menurutnya jalan bertingkat itu dijangka dapat digunakan orang ramai sehari dua lagi memandangkan kerja-kerja mengetar masih dijalankan.
"InsyaAllah anak-anak perantau yang pulang bercuti sempena Hari Raya ini akan melihat sendiri projek dilaksanakan kerajaan bagi mengatasi masalah trafik di Pasir Mas," ujarnya.
harakahdaily/- | Berlaku adillah sekalipun pada non Muslim Posted: 23 Aug 2011 06:30 PM PDT 23 Ramadhan 1432H. [MOD] -
1. Islam adalah agama wahyu yang diutus oleh Allah swt. Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mencipta sekelian alam. Antara sifat penting yang menjadi prinsip Islam ialah berlaku adil. Bukan sahaja adil semasa aman bahkan adil sewaktu perang. Bukan sahaja adil sesama penganut ajaran Islam tetapi adil juga kepada non muslim.
يَا أَيُّهَآ ٱلَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ للَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىۤ أَلاَّ تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Maksudnya:
Wahai orang–orang yang beriman, Jadilah kamu orang yang selalu menegakkan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali–kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kau kerjakan.
Surah al Maaidah: 8
2. Adil ertinya berpaksi kepada kebenaran. Menegakkan keadilan ertinya menegakkan kebenaran. Sementara musuh kebenaran ialah pendustaan dan ia adalah satu kezaliman yang ditentang oleh syara'.
3. Sungguhpun Islam tidak pernah mengiktiraf tuhan–tuhan yang disembah selain Allah swt. oleh non muslim, namun Islam mempunyai sikap yang tegas dan jelas agar ummatnya tidak menghina dan mencerca tuhan yang mereka sembah.
Firman Alllah swt:
و لا تَسُبُّوا الذينَ يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِ اللهِ فَيَسُبُّوا اللهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ
Dan janganlah kamu cerca apa yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.
Asy Syaukani rhm berkata di dalam tafsirnya " Fathul Qadir jilid 2 muka surat 149" bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa penyeru [pendakwah] kepada kebenaran dan pencegah kebathilan, apabila bimbangkan perbuatan menghina agama lain menyebabkan tindakan yang melampau sebagai balasannya maka hendaklah dia meninggalkan penghinaan itu bahkan wajib.
Prof. Wahbah az Zuhaili menjelas di dalam tafsirnya "al Munir jilid 7 muka surat 327" bahawa hukum ayat ini kekal iaitu larangan menghina segala kebesaran agama mereka seperti salib, sembahan mereka, tempat ibadat mereka dan jangan terdedah melakukan perbuatan tersebut kerana ianya seolah – olah menggalakkan maksiat iaitu penghinaan kepada Allah dan RasulNya saw.
4. Jika mencerca tuhan yang mereka sembah selain Allah swt pun dilarang oleh Islam sedang ia adalah perbuatan syirik dan kufur, kerana Islam mengambil maslahah agar Allah Tuhan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan tidak dicerca balas oleh mereka, maka demikianlah juga dalam perkara – perkara lain seperti mengatakan ugama mereka adalah ugama yang jahat, melakukan keganasan, melakukan perbuatan yang meruntuhkan moral dan sebagainya.
5. Saya dan kita semua yakin bahawa agama mereka salah menurut pandangan Islam. Tetapi kita tidak boleh memaksa mereka mengikut agama kita justeru Islam hanya boleh diterima dan dianut dengan penuh kesedaran dan keinsafan tanpa sebarang paksaan. Sebab itulah, apabila seseorang menganut ajaran Islam, tiada lagi jalan keluar untuk mereka melainkan mereka terpaksa berdepan dengan undang – undang murtad kerana ia adalah satu penghinaan kepada ajaran Islam.
6. Membuat tuduhan apa jua bentuknya dan kepada siapa pun tuduhan tersebut, Islam mengajar kita mengemukakan bukti yang jelas. Inilah keindahan dan keadilan Islam. Ketika mengemukakan sokongan terbuka kepada JAIS dalam isu pemeriksaan yang dibuat oleh JAIS ke atas gereja baru – baru ini, saya telah gariskan 3 sikap yang jelas.
a ] saya dan rakan – rakan pemuda PAS tegas akan terus berjuang mempertahankan Aqidah ummah. Justeru itu, kami setuju dan sokong tindakan JAIS atas sifat ia adalah pihak berkuasa agama yang bertanggungjawab langsung menjaga aqidah ummat Islam. Sebaik menerima maklumat yang diyakini, JAIS mesti bertindak memeriksa atau menyiasat [bukan menyerbu], malah jika benar maklumat yang diterima, maka JAIS berkewajipan :
i. membuat dakwaan kepada pihak yang melakukan kesalahan memurtadkan ummat Islam dan
ii. menahan ummat Islam yang dimurtadkan atau yang cuba dimurtadkan untuk proses istitab [meminta mereka bertaubat dan kembali semula kepada Islam]
b ] ummat Islam amnya dan pihak berkuasa agama khasnya, mesti memelihara hak non muslim sebagaimana yang diajar oleh syariat Islam dan tidak sekali – kali kita dibenarkan mencabulnya, seperti menceroboh dan meruntuhkan rumah ibadat mereka. Lebih – lebih lagi mencabul dan meruntuhkan rumah ibadat ummat Islam [masjid \ surau] itu sendiri.
c ] sebagai seorang muslim pula memimpin sayap pergerakan Pemuda Islam seperti PAS di Malaysia, saya tegas mengingatkan semua pihak [samaada non muslim atau muslim] agar sekali – kali tidak melakukan perkara yang merosakkan aqidah, pemikiran dan akhlak ummat Islam kerana ia merosak dan meruntuhkan peradaban ummat Islam.
7. Ertinya kita mempunyai sikap yang jelas dan tegas bahawa kita wajib mempertahankan aqidah ummah dalam apa jua keadaan, sekalipun darah dan nyawa ini menjadi taruhan. Namun dalam masa yang sama kita mesti berlaku adil terhadap pihak lain termasuk non muslim. Kita hanya memerangi mereka yang memerangi Islam seperti golongan yang cuba untuk merosakkan aqidah ummat Islam dan memalingkan mereka dari agama Islam.
8. Sungguhpun begitu, sebelum kita membuat sebarang tuduhan atau dakwaan kepada mana – mana pihak di atas apa jua bentuk tuduhan, bukti atau baiyyinah adalah diperlukan. Inilah kebenaran yang diperjuangkan oleh Islam. Malah disinilah terletaknya keadilan Islam.
9. Kita juga tidak boleh menghukum tindakan individu atau satu – satu golongan ke atas umum. Sebagaimana kita tidak boleh menghukum bahawa Islam agama yang ganas semata – mata segelintir ummat Islam merancang dan melakukannya. Kita tidak boleh menghukum Islam agama yang menggalakkan penzinaan sekalipun statistik menunjukkan ramai ummat Islam di dalam negara kita terjebak dalam seks bebas dan buang bayi. Jika kita tidak boleh mengambil kaedah sedemikian ke atas agama kita, maka kaedah itu juga tidak boleh kita gunakan secara rawak atau rambang ke atas agama lain.
10. Isunya di sini ialah kita mesti berlaku adil dalam tindakan. Jika ada tuduhan atau dakwaan, mestilah ada bukti yang jelas, bukan tuduhan yang hanya berasaskan rasa marah, benci dan emosi. Apabila jelas bukti maka hendaklah pihak berkenaan membuat dakwaan rasmi agar kemungkaran dan kemaksiatan dapat dibasmi.
Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan Posted: 23 Aug 2011 05:30 PM PDT 24 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.
Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.
Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.
"Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya.
Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.
Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.
"Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. Kebodohan pemimpin
"Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.
Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.
"Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.
"Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.
"Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi.
Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.
Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.
Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.
Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.
Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
malaysiakini/- | Zuraida: K'jaan tak boleh saman saya Posted: 23 Aug 2011 02:30 AM PDT 23 Ramadhan 1432H. [MOD] - Ketua Wanita PKR berkata kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN. Bagaimanapun, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang. "Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan. "Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. malaysiakini/- | Kerugian Meningkat, MAS Timbang Tangguh Terima Airbus 380 Posted: 23 Aug 2011 02:25 AM PDT 23 Ramadhan 1432H. [MOD] - KUALA LUMPUR 23 OGOS : Malaysia Airlines (MAS) sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan keanggotaannya dalam pakatan kumpulan pesawat global, Oneworld dan penerimaan pesawat super Airbus A380 ketika pengurusan barunya sedang memfokus usaha mengurangkan kerugian. Difahamkan MAS akan mengumumkan kerugian terbesarnya bagi suku kedua hari ini, secara tradisi tempoh perniagaan yang lemah, daripada kerugian bersih RM242.3 juta pada suku pertama yang berakhir 31 Mac lapor The Malaysian Insider hari ini. Ia merekodkan kerugian pracukai RM532.6 juta pada suku kedua 2010. "Exco bertemu minggu lalu dan kami sedang melihat opsyen-opsyen menangguhkan pakatan dengan Oneworld kerana ia akan menelan kos untuk menyediakan khidmat antara penyedia perkhidmatan dan juga menaik taraf ruang istirahat mengikut standar mereka," kata sumber syarikat. "Mereka juga melihat kemungkinan melewatkan penyerahan pesawat-pesawat A380. Ia sudah pun melewatkan penerimaannya sejak 2008 tetapi exco memikirkan sama ada ia boleh membawa hasil kepada MAS," katanya lagi. Jawatankuasa eksekutif yang diketuai oleh Pengerusi MAS Tan Sri Mohd Nor Mohd Yusof kini sedang menguruskan syarikat itu selepas pengarah urusannya Tengku Datuk Azmil Zahruddin meletakkan jawatan berkuat kuasa 9 Ogos lalu. Peletakkan jawatan Azmil diumumkan selepas pemegang saham terbesar syarikat itu Khazanah Nasional Berhad menukar 20.5 peratus saham dalam MAS untuk mengambil alih 10 peratus saham dalam AirAsia pada 9 Ogos lalu. Langkah itu membolehkan dua ketua AirAsia Tan Sri Tony Fernandes dan rakannya Datuk Seri Kamaruddin Meranun duduk dalam lembaga MAS dan membantu memperbaiki kedudukan syarikat penerbangan negara itu. Satu lagi sumber mengesahkan mengenai kemungkinan kelewatan memandangkan MAS hanya anggota lantikan Oneworld sejak Jun lalu dan ia perlu melalui satu proses, yang kemungkinan mengambil masa 18 bulan sebelum menjadi anggota penuh kumpulan pesawat penerbangan terbesar dunia. MAS telah menempah enam A380 pada 2003 dan pesawat pertama sepatutnya diserahkan kepadanya pada April 2012. Penyerahan pesawat terbesar sudah pun dilewatkan tiga kali iaitu sepatutnya pada Januari 2007, Januari lalu dan kemudian suku kedua tahun depan. tv news/- | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 23 Aug 2011 09:47 PM PDT Bersama DS Nizar 26 Ogos ini. Posted: 23 Aug 2011 07:31 PM PDT DS Nizar akan berada di Parlimen Bukit Gantang pada 26 Ogos ini dalam majlis penyampaian sumbangan kepada penduduk Bukit Gantang. Bermula seawal pada 3 petang DS Nizar akan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan perhatian,orang miskin,ibu tunggal miskin,OKU,anak yatim dan guru pasti. Pada pukul tiga petang di Kg Sungai Tinggi,untuk penduduk DUN Trong. Sementara itu pada pukul 5.30 petang ,DS Nizar menyampaikan bantuan kepada penduduk DUN Kuala Sapetang dan DUN Changkat Jering di Musala Bt 8,Jln Trong.
| |
MTD N24 Bemban Posted: 23 Aug 2011 09:24 PM PDT PROGRAM SINAR RAMADHAN 1432 Posted: 23 Aug 2011 05:24 AM PDT Tarikh: 25 Ramadhan 1432 bersamaan 25 Ogos 2011 (Khamis) Masa: 5.30 petang dan berakhir dengan Solat Terawih Tempat: Kampung Ayer Panas(Rumah Pusaka Allahyarham Hj Tambi Taib) Aturcara Majlis:Bermula jam 5.30 petang majlis penyerahan sumbangan untuk fakir miskin,majlis Khatam Al Quran dan Tahlil,Iftar Jamae,solat Maghrib,jamuan,persembahan nasyid murid PASTI As Salam,solat Isya,solat sunat Terawih dan berakhir dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Jumary b Jaffar Muslimin muslimat di jemput hadir
Sukacita dimaklumkan acara tahunan PASTI As Salam ini diteruskan untuk kali yang ke3,sehubungan dengan itu tuan dijemput untuk menyertai dan hadir ke program ini bagi sama sama mendapat manfaat ,mencari pahala dan reda Allah sempena bulan yang mulia ini
Selain daripada para pembaca Al Quran yang telah mengambil bahagian,tuan juga boleh menyertai majlis tahlil dan juga sumbangan untuk fakir miskin dengan menyalurkan sumbangan derma kepada kami.Sumbangan ini akan disalurkan kepada fakir miskin dan juga akan dimanfaatkan untuk menampung pembangunan PASTI As Salam .
| |
PAS LENGGONG Posted: 23 Aug 2011 07:57 PM PDT Sememang umno tak berkesah pasal haram. Posted: 23 Aug 2011 02:28 AM PDT Menang pilihan raya cara haram Harakahdaily | KOTA BHARU, 23 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ramai wakil rakyat seluruh negara yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dengan cara haram. Ini, tegasnya adalah hasil daripada pendedahan yang dibuat oleh pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) berhubung kesilapan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) seperti nama pengundi bertindih dan lain-lain. Katanya, apa yang dibuktikan oleh Bersih itu adalah untuk menyedarkan SPR terhadap kesilapan-kesilapan yang mereka lakukan. Tegasnya, selagi kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh SPR itu tidak dibersihkan, bermakna pilihan raya yang dilaksanakan adalah kotor. "Di dunia kena laknat, di akhirat pun kena laknat," tegasnya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan kuih raya kepada pasukan keselamatan yang bertugas pada hari raya di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini pagi tadi. Justeru, bagi beliau Bersih telah memberikan khidmat yang besar kepada negara bagi menuntut pilihan raya yang adil. "Siapa nak menang, siapa nak kalah, serah kepada pengundi," tegasnya. Beliau turut mengingatkan pasukan keselamatan supaya melaksanakan tugas yang utama iaitu menjaga agama. Ini, katanya kerana agama yang menguruskan nafsu manusia yang tidak dapat dilakukan melalui undang-undang. "Dengan undang-undang manusia tidak boleh diurus. Mesti ada sesuatu yang manusia buat di luar kemampuan undang-undang, yang boleh menguruskan nafsu manusia ialah agama. "Ingat, tiap-tiap orang akan mati dan lepas mati akan dibalas oleh Allah," jelasnya. | | Orang yang menuduh dalam perkara sex tanpa bawa 4 saksi - Fasik Posted: 23 Aug 2011 02:23 AM PDT Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya. (Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam) "Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa. "Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini. "Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik," dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh. Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar. "Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang. "Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh. "Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah," serang Anwar. Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam. Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat. "Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet. "Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab," kata beliau. Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti. "Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa," tegas Anwar. Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini. "Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan. "Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: 'Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil'," tambah Anwar. Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah. Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'. Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah. Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka. "Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian," katanya. | | |
PAS Kawasan Miri Posted: 23 Aug 2011 07:15 PM PDT Muslimat PAS Miri Menuju ke Arah Negara Berkebajikan Posted: 22 Aug 2011 10:39 PM PDT Muslimat PAS Miri Semakin Aktif Mendekati Rakyat Gambar Menujukkan salah seorang ibu tunggal menerima sumbangan daripada YDP PAS Miri Miri - Sekali lagi Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri melancarkan program kebajikan bersama penduduk tempatan di Taman Tunku dan Bakam. Seramai 20 ibu tunggal yang tinggal di kawasan tersebut menerima sumbangan sempena bulan Ramadan daripada Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri. PAS Kawasan Miri mengharapkan agar sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan mereka menjelang Aidilfitri yang akan diraikan pada 1 Syawal nanti. Turut hadir dalam program ini ialah YDP PAS Kawasan Miri Jofri Jaraiee yang mewakili pimpinan kawasan. Gambar Muslimat sedang membaca kitab suci Al-Quran sempena majlis khatamal Al-Quran Pada sebelah petangnya pula diadakan majlis khatamal Al-Quran yang anjurkan oleh para muslimat dengan penduduk tempatan di kawasan Miri dan juga di sekitar kawasan Sibuti. Dengan adanya majlis seperti ini akan mengeratkan lagi hubungan antara muslimat PAS dan juga penduduk tempatan. Lajnah kebajikan PAS Miri akan terus turun padang bersama penduduk tempatan bukan saja dalam bulan ramadhan yang mulia ini tapi akan terus memberi sumbangan kepada semua mereka yang memerlukannya. PAS Miri akan mengamalkan konsep kearah Negara berkebajikan tidak kira musim dan akan terus menyumbang kepada semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS Miri Gambar kenangan bersama ibu-ibu tunggal (bawah) English version Miri PAS Women Wings Active Engagement with the Local people Miri – Once again PAS Miri women wings committee charity launched a welfare programs with the local residents in Taman Tunku and Bakam. A total of 20 single mothers who live in the areas have received contributions for the month of Ramadan from PAS Miri women wings committee charity. PAS Miri hope that this contribution can lighten their burden during this coming Aidilfitri which will be celebrated on 1st Syawal. Also present in this program is the PAS Miri chief Jofri Jaraiee representing of the PAS area leadership. In the evening, was held the Al Quran khatamal recite guided by muslimat with the local residents in the Miri and Sibuti areas. With this event will strengthen the relationship between PAS women (muslimah) with local people. Miri PAS welfare committee will continue going around with the local people not only in this blessed month of Ramadan, but will continue to contribute to all those who need it. PAS Miri will apply the concept of PAS towards National State Welfare regardless of the season and also will continue to contribute to all groups regardless of race, religion and political affiliation. | |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 23 Aug 2011 03:53 PM PDT MUNAJAT PERDANA AGAR TARGET MENGENA ! Posted: 23 Aug 2011 12:35 AM PDT | KALAU BN/UMNO YANG BUAT, PASTI PERKASA TAK MELUAT Posted: 23 Aug 2011 12:00 AM PDT PETRONAS Bakal Terima Nasib Seperti MAS ? Keluhan dari Kakitangan Petronas yang berbunyi: Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut: Dato' Wee YH (Executive Vise President) Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there) Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor) Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise President for International Exploration. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager) All these new appointment within last 6-8 months. Market Talk. Dr Ong See Hong has been Approached. Dr Lim Min Teong has been approached. Chen is being groomed to be next Managing Director. Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur. Adakah lantikan-lantikan tersebut dibuat mengikut "Merit", kenapa "Board" mengenepikan ramai "orang-orang kanan"yang lebih berkelayakan..? PM Najib perlu beri penjelasan. Jangan sampai Kakitangan Petronas "Menzahirkan" kekecewaan mereka dalam bentuk "Nyata". | BERTUAHLAH KALAU ADA PERHATIAN DAN RAWATAN BEGINI OLEH KERAJAAN BN! Posted: 22 Aug 2011 06:02 PM PDT | |
Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam Posted: 23 Aug 2011 03:40 PM PDT Muslimat PAS Jerlun bakal mengeluarkan produk kuih raya Posted: 22 Aug 2011 09:04 PM PDT
Pagi ini saya berkesempatan melihat aktiviti Muslimat PAS Kawasan Jerlun mengadakan demontrasi masakan membuat kuih raya kepada ahlinya. Salah seorang daripada AJK Muslimat, Puan Jamilah Binti Mohamad merupakan pembuat kuih tradisional dan kuih raya turut serta memberi bimbingan kepada peserta. Mereka begitu berminat menghadiri demontrasi tersebut. Saya difahamkan bahawa program ini sebagai program perintis di bawah Muslimat PAS Kawasan Jerlun. Jika ia dapat dijayakan dengan baik, tidak mustahil Muslimat akan menjadi pengeluar pelbagai jenis kuih yang akan diusahakan oleh mereka. Insyaallah pihak saya akan mempertimbangkan bantuan alat-alat masakan untuk membolehkan hasrat murni mereka tercapai sebagai galakkan untuk meningkatkan ekonomi Muslimat. | Menziarahi kematian masyarakat tionghua Posted: 22 Aug 2011 08:45 PM PDT Selepas solat tarawikh malam tadi, saya dijemput oleh salah seorang ahli keluarga mendiang untuk menziarahi ibunya, Keow Eng Hua di Kg Tok Kepak. Mendiang meninggaldunia dalam usia 78 tahun meninggalkan seorang suami dan 6 orang anak. Kehadiran saya bersama rombongan PKWR Ayer Hitam dan PKD Kota Siputeh serta Ketua Komuniti, Lim Keow Eng yang lebih dikenali dengan nama Eng Dollah. Ini disebabkan beliau banyak bergaul dengan orang Melayu dan tinggal dalam kampong orang Melayu di Lana Bulu serta fasih bercakap Melayu.
Kehadiran kami disambut dengan penuh kegirangan dan diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat tionghua yang datang dari pelbagai tempat untuk menziarahi mendiang. Saya secara berseloroh menyatakan kehadiran ini hanya dengan baju melayu kain pelikat kerana baru sahaja selesai Solat Tarawikh di Surau Kg Baru Tepi Laut dalam kawasan saya. Mereka tiada masalah kerana faham tentang amalan Solat Tarawikh dan berpuasa di bulan Ramadhan. Inilah hakikat kebenaran Islam apabila orang bukan Islam menghormati dan memahami adat budaya dan amalan agama Islam itu sendiri. | MB mempengerusikan Mesyuarat Exco selepas keluar IJN Posted: 22 Aug 2011 08:29 PM PDT Hampir 3 minggu mesyuarat exco tidak diadakan yang biasanya pada hari Rabu. Ini disebabkan YAB MB menerima rawatan di IJN, Kuala Lumpur sejak 29 Julai 2011 lalu. Sepanjang berada di IJN, YAB MB sentiasa memantau perjalanan pentadbiran kerajaan negeri dan beliau berpuashati dengan peranan exco dalam portfolio masing-masing sepanjang ketiadaan beliau.
Walaupun YAB MB dalam tempoh bercuti sehingga 29 Ogos 2011 tetapi beliau masih bersemangat dan berjiwa kental untuk mengadakan mesyuarat exco kerana ingin menyelesaikan masalah rakyat. Alhamdulillah, banyak keputusan yang dicapai dan mengembirakan antaranya keputusan memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri dan pemberian elaun Pengerusi dan Setiausaha MKK sehingga September 2011 sebagai persediaan untuk menghadapi sambutan Hari Raya Aidil Fitri nanti. | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 23 Aug 2011 03:39 PM PDT PAK RAIS SUH BLOGGER UMNO MINTAK MAAF IKUT KOMPAS..HAHAHAHA Posted: 22 Aug 2011 07:05 PM PDT KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Semua pemblog wajar mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang disiarkan 4 Ogos lalu — antara lain berkaitan dengan isu cincin AS$24 juta.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemblog atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.
"Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada pemblog atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.
"Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf," katanya dipetik Bernama Online malam tadi.
| Rejim Gaddafi Akhirnya Tumbang... Posted: 22 Aug 2011 03:37 PM PDT Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli. Bagaimanapun nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya. Menurut AFP, anak lelaki bongsu Gaddafi, Seif al-Islam ditangkap oleh pemberontak, manakala anak lelaki sulungnya, Mohammed Al-Gaddafi yang diwawancara oleh televisyen Al-Jazeera di kediamannya dilaporkan menyerah diri, tetapi nasib anak-anaknya yang lain masih tidak diketahui. Awal pagi ini, Sky News melaporkan pemberontak Libya tiba di Dataran Hijau di tengah Tripoli. Ramai pemuda mengibarkan bendera merah, hitam dan hijau milik pasukan anti-kerajaan dan bersorak dan menari sambil bertakbir dan melepaskan tembakan ke udara. Ramai yang menunjuk isyarat jari keamanan sambil menjerit "beritahu Muammar dan anak lelakinya bahawa Libya mempunyai anak jantan". Sementara itu, Reuters yang memetik televisyen al-Jazeera melaporkan anak lelaki sulung pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, Mohammad, memberitahu awal hari ini bahawa beliau ditahan pemberontak dan dikenakan tahanan di rumah di Tripoli. "Anggota bersenjata mengepung rumah saya dan saya masih berada di dalam dan mereka di luar. Mereka berkata akan menjamin keselamatan saya. Mereka mengepung rumah saya," katanya menerusi panggilan telefon dari Tripoli. Bunyi tembakan boleh didengar semasa perbualan itu. "Ya, tembakan itu dalam rumah saya," katanya sebelum talian tiba-tiba terputus. AP pula melaporkan harga minyak global dijangka mula mencatatkan penurunan sekiranya pemberontak Libya berjaya menggulingkan Gaddafi; namun kesan keseluruhannya tidak akan dirasai untuk tempoh beberapa bulan. Malam Ahad (waktu tempatan), pasukan pemberontak bergerak ke Tripoli tanpa berdepan dengan tentangan, ia selepas beberapa jam pangkalan tentera yang mempertahankan ibu kota negara itu dimusnahkan. Penganalisis bebas, Lipow Andrew, berkata pasaran minyak dijangka akan bertindak balas hari ini dengan mengunjurkan harga yang lebih rendah dalam "tanda lega selepas konflik semakin berakhir." Namun, Lipow berkata, ia akan mengambil masa untuk pasaran kembali stabil selepas kenaikan harga yang besar terhasil dari penggantungan eksport minyak Libya sejak pemberontakan bermula pada Februari lalu. Susulan pemberontakan itu, minyak diniagakan pada sekitar AS$84 setong dan menokok di atas AS$93 dan terus meningkat tinggi melebihi AS$110 pada akhir April. Permintaan dari pasaran baru muncul termasuk China juga mendorong harga yang semakin meningkat. Harga minyak jatuh baru-baru ini bersama stok susulan kebimbangan mengenai ekonomi global. | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 23 Aug 2011 02:05 PM PDT Hakim Zabidin Gagal Mematuhi Undang-Undang Malaysia Dan Piawaian Antarabangsa Posted: 23 Aug 2011 11:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohamad Diah gagal memastikan perbicaran adil dalam kes fitnah II yang dihadapinya. Menurut Anwar, ia berdasarkan keengganan Mohd Zabidin memerintahkan pendakwa menyediakan bukti untuk pasukan peguam bela sebelum perbicaraan berlangsung. "Kegagalan anda untuk melaksanakan budi bicara kehakiman dengan memerintahkan pendedahan itu bukan sahaja bertentangan dengan undang-undang Malaysia tetapi melanggar piawaian antarabangsa di sebuah negara moden untuk melaksanakan kedaulatan undang-undang," kata Anwar ketika membela diri hari ini. Beliau merujuk keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, ASP Mohd Rodwan Mohd Yusoff hadir ke mahkamah sebagai saksi. Menurut Anwar, penglibatan saksi-saksi berkenaan secara terang-terangan direkodkan oleh testimoni pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan diakui oleh kenyataannya kepada media. Menurut Anwar lagi, keputusan hakim menyatakan Saiful sebagai saksi berwibawa ketika akhir kes pendakwaan, secara jelas menunjukkan proses pra-penghakiman yang bias terhadap beliau. "Anda tiba di kesimpulan yang pengadu ialah seorang saksi yang benar tanpa mendengar bukti dari pembelaan yang akan menyebabkan perbicaraan ini menjadi sia-sia. "Ia tidak dapat dipertahankan dan undang-undang tidak membenarkan apa yang ada telah lakukan," kata Anwar. Anwar juga berkata, keterangan Saiful yang mengadu kepada doktor perubatan tentang serangan seksual itu tidak disertakan dengan penemuan klinikal yang menunjukkan bukti berlaku penembusan. Tambah Anwar, hakim juga gagal mempersoalkan mengapa pendakwa tiada alasan yang jelas untuk memanggil doktor pertama dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Saiful supaya memberi keterangan. "Anda menerima tanpa keraguan bukti forensik sebagai menyokong pengadu dalam keadaan terdapat jelas kebimbangan tentang bagaimana contoh- contoh itu telah diperolehi, dilabelkan, disimpan dan dianalisis," kata Anwar. | Bertekad Untuk Memurtadkan Lebih Ramai Muslim Posted: 23 Aug 2011 11:23 AM PDT Shah Alam - "Ya Tuhan, kalau benar agama Kristian adalah jalan saya, kuatkanlah saya, untuk terus mengkristiankan orang Islam di Ar-Arqam ini, dengan nama Jesus, Amin", itu antara doa harian Mohammad Arabi Abdullah, 50. Walaupun ketika itu, beliau sudah hampir empat tahun memeluk Islam, beliau masih mengamalkan agama Kristian. Tujuannya untuk mengetahui tentang Islam tetap diteruskan dan saban hari, beliau menunaikan solat lima waktu dan berdoa, "Ya Allah kalau benar agama Islam adalah jalan saya, kuatkanlah saya untuk terus mencintai Islam, Amin." Menurut Arabi, tujuan asal memeluk Islam adalah untuk memurtadkan lebih ramai orang Islam. "Saya masuk Islam, setelah menjadi anak angkat sebuah keluarga di Sarawak. Saya juga mengkaji tentang Islam supaya mudah menarik orang Islam masuk Kristian. "Ketika itu, usia saya 15 tahun, keluarga angkat mahu menyekolahkan saya kerana sebelum ini, saya tidak pernah bersekolah sejak kematian ibu, saya tinggal dan dibesarkan di gereja sejak berusia tiga tahun.," katanya. Sebelum bertemu dengan keluarga angkat, Arabi dimasukkan ke Hospital Kuching disebabkan penyakit misteri. "Setelah sembuh, saya terus tinggal di hospital menjadi sukarelawan, saya mengkristiankan empat orang pesakit. "Walaupun saya masih belasan tahun, semangat mengkristiankan orang kuat kerana perkara itu, sudah tertanam sejak kecil ," katanya yang dilatih menjadi paderi sejak kecil. Arabi berkata, dia dilatih mendekati orang supaya disenangi setiap gerinya dan apabila orang tanya siapa mengajarnya, dia akan katakan Kristian mengajarnya. Menurutnya, itu sebahagian pendekatan digunakan untuk memurtadkan orang, iaitu dengan berbuat baik kepada mereka dan menariknya secara halus. Namun, segalanya berubah apabila dia masuk Ar-Arqam, niat untuk memurtadkan orang berubah apabila dia nampak keindahan di dalam Islam. "Saya sering menimbulkan persoalan dengan ustaz sehingga menimbulkan kemarahan di hati mereka. "Di Ar-Arqam kami makan di dalam dulang. Saya bertanya, kenapa makan seperti itik (dengan niat mahu memburukkan Islam), lalu Ustaz itu menjawab, Islam mengajar kita tidak membazir dan tidak perlu berebut pinggan yang membolehkan timbul pergaduhan kerana Islam tidak suka akan peperangan," katanya. Pada malamnya, Arabi menunaikan solat berdoa dalam dua cara Islam dan Kristian, setelah itu merasakan ada 'kesejukan' ketika dia bersolat. Sejak daripada malam itu, dia dengan rasminya, meninggalkan Kristian setalah empat tahun menganut dua agama. Setelah keluar daripada Ar-Arqam dia terus mendalami Islam dan menjadi penceramah bebas. -SH Ulasan GB Berdasarkan kisah di atas, jelas menunjukkan bahawa "kemenangan" Islam ke atas agama lain ialah "hujjah". Bukan kerana tekanan, bukan disebabkan tunjuk perasaan bukan juga dengan undang-undang. Di dalam Hikayat Munsyi Abdullah, dikisahkan bahawa Munssyi pernah diasuh untuk mempelajari BIBLE, malah beliau merupakan penterjemah Bible ke dalam Bahasa Melayu. Sewaktu beliau diajak untuk memeluk ugama Kristian oleh padri yang menyayanginya ketika itu, beliau menjawab, "Cikgu membaca satu kitab iaitu Bible, saya membaca dua kitab iaitu Al-Quran dan Bible. Tentulah saya lebih tahu ugama mana yang betul dan yang perlu saya ikuti." Maka terdiamlah padri yang menjadi cikgunya pada ketika itu. Beliau mengkisahkan bahawa beliau menterjemahkan Bible itu ke dalam Bahasa Melayu supaya kita dapat mengetahui ilmu Kristian dan kemudian mudah untuk berhujjah dan menjadi benteng keimanan kita sendiri. Sama seperti apabila kita mempunyai mengetahui "ilmu" musuh di dalam peperangan, maka mudahlah untuk kita memenangi peperangan itu. Masalahnya kini, ialah umat Islam sendiri MALAS untuk membaca Al-Quran dan akhirnya menjadi "takut" dengan Bible. Malah pegangan agama Islam sendiri longlai dan layu, jauh sekali untuk dapat berhujjah dengan pegangan agama lain. Malah memahami konsep ketuhanan Yang Maha Esa pun ramai umat Islam yang gagal, maka dengan sebab itu ramai umat Islam sendiri melakukan kerja syirik seperti menggunakan tangkal, menyembah keris, bertafakkur di tugu dan seumpamanya. Ulamak-ulamak terdahulu dengan penuh jerih payah menghasilkan kitab-kitab peningkatan iman dengan cara mempertajamkan akal fikiran supaya mampu berhujjah - dengan lahirnya ilmu kalam - ilmu yang perlukan kepada berkata-kata dan berhujjah - tetapi kini berapa peratuskah umat Islam yang ada mempelajari dan memilikinya? Pernah Rasulullah SAW bersabda bahawa bilangan umat Islam kita di akhir zaman amat ramai laksana buih di lautan. Apa ertinya buih? Ditiup terus hilang - tidak ada kekuatan. Kuantitinya banyak, kualitinya hancus.... | Pengarah Pelajaran rayu guru sokong BN? Posted: 23 Aug 2011 11:22 AM PDT GUA MUSANG, 23 Ogos: Ramai guru di sini mengeluh panjang kerana dipaksa hadir pada program Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bersama pemimpin Umno di sebuah sekolah baru-baru ini. Lebih mengejutkan lagi mereka dikehendaki menandatangani kedatangan di majlis yang dinamakan sebagai 'makan colek' di dewan sebuah sekolah menengah. Program berkenaan diadakan jam 10 hingga 12 malam yang menyaksikan pengarah JPN, pemimpin Umno menghentam kerajaan negeri, PAS dan membangkitkan semula isu Ladang Rakyat. Guru terbabit yang enggan nama didedahkan memberitahu beliau terpaksa hadir kerana perlu menandatangani kedatangan pada majlis berkenaan. "Kalau tidak dipaksa hadir berapa kerat sangat guru-guru di sini yang mahu datang. Namun kerana terpaksa saya datang juga biar pun sudah agak lewat malam. "Tidak pernah berlaku lagi dalam sejarah seorang pengarah datang berkempen secara terang-terangan berceramah bersama pemimpin Umno di sini," katanya. Beliau yang berpengalaman mengajar di luar Kelantan memberitahu terkejut dengan kerenah politik begitu kuat menguasai sektor pedidikan di negeri ini. Sedangkan katanya banyak negeri tempat beliau mengajar pengarah naik pangkat bukan kerana politik, sebaliknya kelayakan. "Di negeri ini saya diberitahu mereka yang menguasai JPN sejak 1990 dilantik kerana ihsan politik dan bukan kelayakan sebenar. "Sebelum ini saya hanya dengar rakan-rakan yang menceritakan situasi itu, namun apabila balik mengajar di negeri sendiri barulah saya tahu kerenah politik begitu dahsyat," katanya. Menurutnya selepas pengarah berceramah, Timbalan Ketua Umno Gua Musang, Datuk Nozula Mat Diah pula berucap dengan menggunakan peluang menghentam PAS dan kerajaan negeri. JPN Kelantan sekarang diketuai Hussain Awang difahamkan berasal dari Machang. Seorang lagi guru mendakwa dalam ucapan di majlis berkenaan Hussain merayu guru-guru yang hadir memastikan keluarga mereka menyokong Umno dan BN pada pilihan raya akan datang. Program makan colek itu difahamkan pada peringkat awal mengundangkan Tengku Razaleigh Hamzah, namun beliau digantikan Nozula. Politik Umno menguasai JPN begitu ketara ketika di bawah Datuk Shafie Ismail dan Rahman Ali. Kedua-dua pengarah terbabit dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan. Malah ketika JPN di bawah Shafie guru-guru dipaksa menandatangani kedatangan hadir pada program bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. | BN dialu-alukan contohi polisi ekonomi Pakatan Rakyat Posted: 23 Aug 2011 11:21 AM PDT Oleh Dzulkefly Ahmad Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat mengalu-alukan kesedaran terlewat oleh Barisan Nasional mengenai betapa peripentingnya membantu golongan yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Disebalik topeng projek-projek infrastruktur mega yang dijulang dan digemari oleh kerajaan Barisan Nasional ialah sebuah Negara Malaysia yang sebenarnya amat sederhana pencapaiannya. Beratus billion telah dihabiskan untuk berbagai rancangan induk dan projek mega tetapi hakikatnya: · Lebih dari separuh - 60% - dari isirumah rakyat Malaysia berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan; · Hampir separuh – 43% - dari isirumah rakyat Malaysia berhempas-pulas melangsungkan kehidupan dengan hanya RM1,500 ke bawah setiap bulan. Daripada jumlah tersebut, ¾ ataupun 73% adalah bumiputera. Aspek paling penting dalam Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 2012, dengan judul yang tepat sekali iaitu Kesejahteraan Untuk Semua, ialah: · Fokusnya adalah untuk membangunkan manusia iaitu rakyat jelata Malaysia, bukannya projek-projek; dan
· Memberi penekanan kepada kerja-kerja yang mengangkat martabat manusia, penggajian yang adil dan saksama serta peluang-peluang mencari rezeki untuk semua golongan rakyat terutamanya, rakyat biasa Malaysia dan bukan hanya untuk golongan elit yang mempunyai jaringan pengaruh meluas. Sekiranya diberi peluang oleh rakyat, Kerajaan Persekutuan Pakatan Rakyat akan merombak secara menyeluruh dasar-dasar kerajaan BM ini agar dapat meningkatkan pendapatan boleh guna 60% dari rakyat Malaysia kepada satu keadaan di mana mereka boleh membangunkan satu kehidupan yang mengangkat martabat manusia dan meningkatkan kedudukan kewangan mereka juga. Ini secara langsungnya akan meningkatkan penggunaan domestik dalam satu cara yang mampan; seperti makna pepatah Inggeris iaitu "air yang pasang akan mengangkat kedudukan semua bot". Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam mengumumkan yang (PEMANDU) telah ditugaskan untuk mengkaji langkah baru membantu meringankan kos sara hidup meningkat bagi yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Ini ialah kali ketiga dalam satu bulan, Kerajaan Barisan Nasional telah terpaksa memberi reaksi kepada pengumuman-pengumuman ekonomi oleh Pakatan Rakyat dengan meniru cadangan-cadangan yang diutarakan . Dua peristiwa yang lain sebelum ini ialah pengumuman satu lagi NKRA yang baru mengenai kos sara hidup SELEPAS Pakatan Rakyat mengadakan Perundingan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai inflasi; dan siaran blog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Ogos 2011 mengenai kos sara hidup SELEPAS sidang media pertama oleh Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada 5 Ogos 2011. Pengakuan oleh Husni dan Kerajaan Barisan Nasional bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 memerlukan bantuan ialah satu kenyataan jelas tentang kegagalan Barisan Nasional mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan BN tidak mengendahkan nasib 60% rakyat Malaysia dalam merangka polisi ekonomi mereka.. Satu rangkakerja polisi yang baru nyata amatlah diperlukan untuk membantu majoriti 60% rakyat Malaysia biasa untuk menjalani taraf hidup yang berkualiti dengan kurang daripada RM3,000 setiap bulan. Adalah dijangkakan modifikasi tempelan oleh PEMANDU itu tidak akan mengakibatkan banyak perubahan kerana PEMANDU hanya mempunyai jangkamasa 2 minggu sahaja untuk mengeluarkan rangkakerja polisi yang baru tersebut .
Ekonomi berpaksikan kroni BN mestilah memberi laluan kepada satu rangka kerja ekonomi bersifat berpaksikan rakyat. Rangkakerja Bajet Pakatan Rakyat "Kesejahteraan Untuk Semua" termasuklah mengurus cabaran-cabaran dasar berikut: 1. Meningkatkan pendapatan dan produktiviti · Membantu pekerja-pekerja meningkatkan ketrampilan kemahiran dan memperkenalkan satu gaji minimum agar memecahkan lingkaran ganas produktiviti rendah, gaji rendah dan kemahiran rendah · Membantu industri-industri meningkat naik dalam lengkungan automasi dan mekanisasi disamping menguncup jumlah buruh asing tidak mahir serta meningkatkan upah sebenar bagi pekerja · Merangka dasar-dasar untuk golongan yang bekerja sendiri dalam sektor-sektor tidak formal (seperti pemandu-pemandu teksi, perniagaan-perniagaan kecil, peruncit kecil-kecilan); · Melonjak dan menyemarakkan potensi-potensi keusahawanan dan inovasi rakyat Malaysia 2. Meningkatkan pendapatan bolehguna Bajet Alternatif Pakatan Rakyat akan mengkaji empat perbelanjaan besar untuk keluarga-keluarga yang bergelut dengan kos sara hidup yang meningkat dan mengkaji peranan kerajaan dalam meningkatkan pendapatan boleh guna melalui penyampaian perkhidmatan awam lebih efektif dan efisien: · Kesihatan; · Pengangkutan; · Perumahan; · Beban hutang isi rumah dan penyelesaian pembayaran hutang-hutang 3. Mengehadkan monopoli, oligopoli dan kartel Meningkatkan pendapatan boleh guna dan mewujudkan satu keadaan seperti air pasang yang mengangkat semua bot melalui penggunaan domestik oleh warganegara persendirian iaitu dengan menggalakkan persaingan di sektor-sektor yang kini dikuasai oleh monopoli, oligopoli dan kartel. Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah menyatakan rangkakerja kami mengenai monopoli beras oleh BERNAS, oligopoli gula dan MAS / kartel syarikat penerbangan Air Asia yang dimudahcarakan oleh GLCs. Lebih banyak butiran pada sektor lain akan ditampilkan pada bulan September ini dengan butiran penuh terkandung di dalam dokumen akhir belanjawan alternatif nanti..
| PAS anjur konvensyen Negara Berkebajikan Posted: 23 Aug 2011 11:20 AM PDT PAS akan menganjurkan konvensyen membincangkan isu Negara Berkebajikan yang dilontarkan presidennnya dalam muktamar agung lalu kepada kira-kira 1,000 pemimpinnya di pelbagai peringkat pada bulan depan. Ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, acara pada 10 September itu akan disertai Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan memberikan ucapan penutup dan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan ucaptama. "Para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam ucapan dasar presiden baru-baru ini. "Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan," katanya. Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, majlis di Taman Melewar itu akan merumuskan sebuah rangka kerja bagi melaksanakan ucapan Abdul Hadi. Huraian lanjut dalam dokumen Negara Berkebajikan akan dibentangkan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, jelas Tuan Ibrahim. Menurutnya lagi, Ketua Penerangan PKR Dr Mohd Noor Manuty, Naib Pengerusi DAP Tan Seng Giaw dan Presiden TERAS Azmi Abdul Hamid turut diundang membahaskan ucaptamanya. "Dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran PR apabila diberi mandat memerintah negara," kata Tuan Ibrahim. | Amy (Search) Terkejut Nabila Mahu Cerai Posted: 23 Aug 2011 11:15 AM PDT PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy ternyata terkejut dengan keputusan anaknya, Nabila Huda, 27, yang ingin memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas tiga tahun berumah tangga.
Amy yang dihubungi mStar Online pagi Selasa berkata, dia hanya tahu mengenai tindakan anaknya yang merupakan seorang pelakon itu selepas membaca laporan di sebuah akhbar.
"Saya baru tahu tentang hal ini (mahu cerai). Itu pun selepas membaca akhbar hari ini (Selasa) yang melaporkan tentang tuntutan cerai anak saya.
"Memang saya terkejut dengan hal ini dan saya enggan memberi komen lebih-lebih kerana belum berjumpa dengan Nabila lagi," katanya.
Nabila Huda Ditanya adakah dia tahu selama ini Nabila mempunyai masalah rumah tangga, kata Amy, dia sekadar mendengar khabar angin sahaja tentang pergolakan rumah tangga anaknya itu tetapi tidak menganggapnya serius.
Sementara itu Nabila yang dihubungi tidak dapat memberi sebarang komen dengan alasan sibuk di lokasi penggambaran.
Nabila pada Rabu telah mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dekat sini untuk membuat permohonan cerai.
Bagaimanapun dia tidak dapat meneruskan hasratnya itu kerana terlupa membawa sijil nikahnya.
Hasil perkahwinannya Nabila dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keisha Lalila yang kini berusia lebih setahun | Benarkah Gaddafi Sembunyi Di Bawah Tanah? Posted: 23 Aug 2011 11:13 AM PDT TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dipercayai berlindung di dalam sebuah kubu bawah tanah di luar bandar Tripoli, lapor akhbar Daily Mailsemalam. Beliau dilaporkan bersembunyi semasa pertempuran sengit berlaku di pekarangan rumahnya dan ketika penduduk meraikan kejayaan tentera pemberontak memasuki bandar ini. Sebuah stesen televisyen bebas Libya turut mendakwa bahawa Gaddafi telah melarikan diri sebagai seorang yang pengecut. Beberapa pemimpin dunia sebelum ini meminta Gaddafi yang berkuasa sejak tahun 1969 menyerahkan diri selepas para pemberontak melancarkan serangan menentang kepimpinannya. Namun, Gaddafi yang memerintah selepas melakukan rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris berada di luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan kemungkinan ditawarkan hidup dalam buangan di Angola atau Zimbabwe oleh Kesatuan Afrika. Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) yang diiktiraf Barat sebagai badan pentadbir Libya menyatakan anak Gaddafi, Seif Al-Islam dan Al-Saadi sudah ditangkap. Menurut TNC, seorang lagi anak Gaddafi, Muhammad dilaporkan sudah menyerahkan diri. Ketua TNC, Mustafa Abdel Jalil memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera bahawa Seif dikawal rapi dan ditempatkan di sebuah tampat yang selamat. Kemuncak pergolakan yang berlaku di Libya sejak Februari lalu adalah kemaraan para pemberontak di Tripoli dari bandar Misrata pada Ahad lalu menerusi laut. Ekoran kejayaan para pemberontak menguasai Tripoli, Perdana Menteri Britain, David Cameron mengumumkan tidak lagi akan membekukan aset Libya yang berjumlah AS$20 bilion (RM59.31 bilion). Jerman turut mengumumkan rancangan sama. Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle, berkata aset Libya yang dibekukan selama ini lebih AS$10.1 bilion (RM29.95 bilion). Itali juga telah menghantar sebuah pasukan ke Benghazi untuk membantu membina semula pengeluaran minyak dan gas asli. - Agensi | Gaddafi Masih Di Libya Posted: 23 Aug 2011 11:12 AM PDT Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif Al-Islam disambut oleh pengikutnya di Tripoli awal pagi ini. Pentagon percaya pemimpin Libya, Muammar Gaddafi masih berada di dalam negara itu, kata jurucakap tentera. Jurucakap itu, Kolonel Dave Lapan berkata, pihaknya tidak menerima maklumat bahawa Gaddafi telah meninggalkan Libya. Sementara itu, saki baki tentera yang setia kepada Gaddafi cuba menghalang penguasaan pihak pemberontak ke atas Tripoli. Pemimpin dunia pula menggesa Gaddafi, 69, menyerah diri bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah dan merayu peralihan kuasa secara teratur ketika perang saudara enam bulan bagi menguasai negara itu kini di penghujung. Pihak pemberontak berkata mereka kini mengawal sebahagian besar Tripoli tetapi tidak pasti sama ada Gaddafi masih berada di bandaraya itu. Pihak pemberontak memasuki Tripoli kelmarin ketika kebangkitan penduduk di bandaraya itu. Menurut sumber pemberontak, anak Gaddafi, Mohammed berjaya melarikan diri selepas ditahan di Tripoli. "Ya, benar. Beliau melarikan diri," kata sumber pemberontak di Benghazi. Mohammed, anak sulung Gaddafi, dan adiknya, Seif al-Islam, ditahan selepas pihak pemberontak menawan sebahagian besar Tripoli, semalam. Sementara itu, seorang lagi anak pemimpin Libya itu, Seif al-Islam berkata Tripoli masih dalam kawalan tentera bapanya. "Tripoli masih di bawah kawalan kami. Setiap orang harus yakin. Semua masih terkawal di Tripoli," katanya kepada wartawan di luar kediaman Gadaffi di Bab al-Azizya. "Anda sudah melihat bagaimana rakyat Libya bangkit untuk melawan pemberontak yang tiba di Tripoli, katanya. "Barat yang berteknologi tinggi mengganggu sistem telekomunikasi dan menghantar mesej salah kepada rakyat," katanya yang merujuk kepada laporan mengenai kejatuhan rejim bapanya itu menerusi pesanan telefon yang dihantar Ahad lalu kepada penduduk Tripoli. Anak lelaki Muammar Gaddafi, Seif al-Islam, yang dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana jenayah terhadap kemanusiaan, tidak ditahan pihak pemberontak seperti dilaporkan dan dikatakan masih berada di Tripoli. Beberapa wartawan melihat Seif al-Islam berada di kompleks kediaman Gaddafi di ibu negara Libya itu. Pendakwaraya ICC, Luis Moreno-Ocampo, sebelum ini berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap dan kini berada dalam tahanan. - Agensi | Filipina Tawar 'Otonomi' Pada UMNO Mindanao? Posted: 23 Aug 2011 11:12 AM PDT Filipina Tawarkan Otonomi pada Muslim Moro PEMERINTAH Filipina menawarkan kepada pemberontak Front Pembebasan Islam Moro (MILF) sebuah 'otonomi yang lebih asli.' Tawaran ini disampaikan dalam panel perdamaian yang digelar di Malaysia pada Senin 22 Agustus 2011. "Tawaran ini mengakui identitas Bangsa Moro dan sejarahnya. Tawaran ini menghadirkan kemungkinan sebuah otonomi yang lebih berdaulat, lebih bisa bekerja, dan juga lebih asli di daerah Bangsa Moro," tulis pernyataan Kantor Penasihat Presiden Filipina untuk Proses Perdamaian (OPAPP) dalam sebuah rilis yang dilansir Xinhua. Kantor ini menyatakan, Daerah Otonomi untuk Muslim Mindanao (ARMM) mungkin telah gagal di masa lalu. Namun, tawaran baru ini lebih berdasarkan pemahaman yang seimbang atas kegagalan masa lalu bahwa itu terjadi karena struktur dan sistem yang berkaitan dengan kualitas kepemimpinan nasional atau daerah.ARMM diberikan pada Front Pembebasan Nasional Moro yang dipimpin Nur Misuari, yang lalu menjadi gubernur pertama. Sementara itu, tawaran baru ini berlanjut pada masalah pendapatan dan penggunaan sumber daya di selatan Filipina yang dapat memastikan kesinambungan otonomi. "Proposal ini memasukkan sebuah sistem kerja sama antara pemerintah nasional dan regional untuk memastikan kesinambungan di masa depan." Di dalamnya, ada poin mengenai penghancuran senjata, pelucutan senjata, demobilisasi, rehabilitasi kombatan, dan proses mengarah ke penegakan hukum. (art) Komen Weblog Ibnu Hasyim: Daerah Otonomi untuk Muslim Mindanao (ARMM) diberi kepada Front Pembebasan Nasional Moro dipimpin Nur Misuari, yang lalu menjadi gubernur pertama.Tidak kepada Front Pembebasan Islam Moro (MILF). Beri kepada UMNO Mindanao (Perjuangan Kebangsaan Mindanao), bukan kepada PAS Mindanao. Atau kepada Mahmoud Abbas (UMNO Palestin) bukan HAMAS atau PAS Palestin, sudah pasti menuju kegagalan. Begitu kira-kira komen weblog ini.. (IH) | Bikini 'Islam'.. Ade Ke?? Posted: 23 Aug 2011 11:11 AM PDT | PANAS!!! Mahathir dan Najib dari spesis yang sama Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya - Anwar Posted: 23 Aug 2011 11:06 AM PDT
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya. "Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa. "Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini. "Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik," dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh. Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar. "Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang. "Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh. "Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah," serang Anwar. Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam. Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat. "Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet. "Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab," kata beliau. Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti. "Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa," tegas Anwar. Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini. "Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan. "Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: 'Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil'," tambah Anwar. Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah. Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'. Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah. Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka. "Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian," katanya. Harakahdaily | POLITIK UMNO, BILA TAK ADA KUASA KAWAN AKAN JADI LAWAN DAN BERKONPERASI MEMBOGELKAN KAWAN SENDIRI Posted: 23 Aug 2011 11:05 AM PDT Dari Aisyah ra. bahwasanya Rasulullah saw. bersabda: adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan berkata: 'Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rusak/binasa kerana apabila orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka berikan kepadanya hukum'. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa'i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah) Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.Kebodohan pemimpin "Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing. "Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. "Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah. "Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi. Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain. Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. | ROSMAH Khatam Al-Quran TANPA Menutup AURAT Posted: 23 Aug 2011 11:02 AM PDT PUTRAJAYA, 23 OGOS -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat-sahabatnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini. Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat-sahabatnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini. Adakah mana-mana Ulama, khususnya 40 Ulama Muda UMNO yang berani tampil berdiri dihadapan Rosmah dan berkata'Hukum membaca Al-Quran adalah SUNAT manakala mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB. Maka berhentilah dahulu daripada membacanya dan sempurnakanlah dahulu menutup aurat rambutmu.' : Author Faethal | Inilah gambar objek plastik yang masuk ke tuttt si saiful! Posted: 23 Aug 2011 10:59 AM PDT
Aku tengah sibuk2 fikir rewind kembali hujah2 lucu isu kes liwat II si saiful tadi alih2 ada orang bagi aku gambar plastik yang terjah kat tutt si saiful tue. Katanya dengan penuh tawadduk dan khusyuk bahawa neh lah objek nya yang telah menerjah ke gawang saiful bukhari azlan punya "gawang". Owhh okey2. AKu tunjuk. Tapi dengan satu syarat. Jangan tak gelak taw. Pendedahan neh bukan di buat oleh aku. Ia dibuat oleh blogger umno. Seorang yang mengakui bahawa dia doktor. Sapa lagi kalau bukan si novari tue. Dia larh yang dedahkan objek di bawah neh telah masuk ke dalam tuttt.. si saiful.
Dah bersedia larh.. jeng jeng jenng.. inilah dia objek plastik yang dimaksudkan tue ;
kah kah opsss... belum lagi masa untuk gelak beb. Meh baca dulu hujah dr novari neh. Hujah si novari neh ialah ;
1. Dia cakap doktor osman periksa tutt si saiful guna objek di atas <-- Mana dia dapat info neh? Dia kaji. Dia yang mengaku dalam blog dia beb. Heh.
2. Dia cakap benda di atas neh diperbuat daripada plastik.
3. Dan dia juga cakap memang benar ada objek plastik di masukkan ke dalam tuutt si saiful sebab doktor tue nak periksa si saiful. Benda neh dimasukkan selepas saiful diliwat. Dia merujuk kepada keterangan doktor osman di mahkamah siang tadi.
Okey beb.. aku dah tak tahan. Aku terpaksa gelak gak neh. Amek masa masing2. Jom gelak dulu. Adakah novari nak cakap bahawa doktor osman yang memasukkan objek plastik ke dalam tuttt si saiful dan kemudian nya memberikan keterangan bertulis dalam bentuk laporan bahawa ada objek plastik dimasukkan ke dalam tutt si saiful? Bodoh sangat ke seseorang doktor tue sampaikan dia terlupa apa objek yang dia gunakan untuk periksa tuttt si saiful?
Adakah si novari neh nak cakap bahawa doktor osman liwat saiful guna objek tue pula?
Pokoknya novari telah membuktikan satu perkara bahawa memang ada objek plastik di masukkan ke dalam tuttt si saiful. Yang neh aku suka. Dan mengatakan bahawa doktor osman yang memasukkan objek plastik ke dalam tuttt si saiful atas tujuan pemeriksaan dan kemudian nya memasukkan ia dalam laporan bertulis adalah hujah dangkal.
Ini disebabkan laporan bertulis itu adalah menerangkan apa yang berlaku di tutttt si saiful. Bukan menceritakan apa objek yang digunakan untuk periksa si saiful. Selain objek plastik di atas.. kan ada benda lain lagi yang masuk ke dalam tuttt si saiful?
Yelah selepas di periksa pusrawi.. kan saiful ke hkl? Tentu di masukkan objek lain bagi memeriksa tuttt si saiful. Apa kata dedahkan semua sekali alat peralatan perubatan yang digunakan untuk periksa tuttt si saiful tue. Biar satu malaysia tahu apa yang masuk kat dalam tuttt si saiful tue. Habis citer. | Orang Bogel Berbikini Perlu Diharamkan Dari Mengunjungi Pantai Di Mesir - Saad Katani Posted: 23 Aug 2011 10:56 AM PDT | Ini ok ! | Mesir merupakan negara bermajoriti Islam oleh itu Mesir tidak sepatutnya membenarkan 'Pelancongan Pantai' Sebarang aktiviti bogel berbikini tidak sepatutnya berlaku di pantai-pantai di Mesir, kita perlu melindungi anak-anak muda kita daripada godaan tersebut. Bagitulah gesaan Setiausaha Agong Freedom and Justice Party.
FJP mempunyai hubungan dengan Ikhwan Al-Muslimin di Mesir bagi mewakili organisasi tersebut di arena politik di mesir. Saad Katani juga berkata arak perlu diharamkan daripada dinikmati di jalan-jalan di seluruh Mesir. Jika Egypt Air boleh melakukannya dan ia lansung tidak menjejaskan pendapatan syarikat penerbangan tersebut mengapa ianya tidak boleh dilakukan di kawasan pekan.
Kalau di negara kita ada orang keluarkan sarana sedemikian sudah tentu ada pihak yang bangun berkata itu saranan ekstremis dan ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang bangsa seperti di Malaysia. Barangkali hanya orang Melayu sahaja yang tergoda apabila melihat wanita-wanita gebu berpakaian bikini di pantai dan orang lain tidak???...kena tanya muda mudi Cina atau India untuk mengetahuinya. | Bela Anjing Dah Jadi Trend Masa Kini..Nauzubillah!! Posted: 23 Aug 2011 10:55 AM PDT Sejak kebelakangan ni makin banyak kita lihat orang Islam bela anjing. Di zaman moden ini banyak pendapat yang sudah berbeza-beza. Nauzubillah. tujuan entry ini bukan lah untuk mengupas pendapat atau menegur sesiapa , cuma ingin menyampaikan ilmu yang dipelajari. Memang benar tidak ada perkataan haram untuk membela anjing tetapi , bacalah :
Hadis dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa mengambil ANJING (sebagai peliharaan) kecuali ANJING menjaga tanaman atau ANJING menjaga ternakan atau ANJING berburu, maka setiap hari pahalanya berkurang satu Qiraat". Satu qiraat itu ukuran sebesar GUNUNG UHUD . fikirlah, terlalu banyak kah pahala yang sudah kita kumpul sehingga sanggup membiarkan pahala kita ditolak setiap hari? berkurang satu qiraat ( sebesar gunung) setiap hari?
...Petikan dari website JAIS... 3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE 3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk dalam kategorinajis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. (Air liur anjing, kering atau basah, mungkin akan terpalit di atas badan anjing itu sendiri, sofa atau pakaian yang mungkin kita tidak sedari. Anjing yang jinak tentu mengigit-gigit kita semasa bermain-main dan mengandongi air liur. Najis anjing yang mungkin terpalit dibadan anjing itu sendiri atau ditapak kasut yang kita tidak sedari. Timbul was-was. Lebih baik elakan langsung) 3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya. Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. 3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : "Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot". | Khir Toyo kata Tiga Menteri UMNO, BODOH? Posted: 23 Aug 2011 10:53 AM PDT
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri dari UMNO yag BODOH, sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Itulah antara budaya yang ada dalam UMNO, bila sedang berkuasa mereka akan dijilat semahunya kentut yang berbau bangkai dikatakan wangi.. tapi bila dah tersungkur akan dipijak semahunya pula biar mampus cepat sikit! Begitu juga nasib Koh Tsu Koon.. Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan Bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah. Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih. Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai. "Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya," tulisnya. Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu. Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa. "Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan. Kebodohan pemimpin "Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini," tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing. "Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. "Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah. "Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?" soalnya lagi. Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain. Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008. Berikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno. Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang. Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang. | BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0, TOLAK JAWATANKUASA KHAS Posted: 23 Aug 2011 10:52 AM PDT APABILA Najib mengumumkan bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan apa yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan penambaikan Sistem Pilihanraya, maka sudah sampai masanya BERSIH dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan semua NGO yang mendukung BERSIH merancang mulai sekarang untuk mengadakan BERSIH 3.0. Sebenarnya, majoriti penyokong BERSIH boleh dikatakan tidak mempercayai lagi Najib, tetapi sebagai menghormati pimpinan di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat, kita serahkan kepada mereka untuk memikirkan adakah Najib boleh dipercayai atau tidak. Nah, sekarang terbukti Najib penipu besar apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu. Ini lah rupanya PM kita yang hanya pentingkan kerusi empuknya semata-mata. Kenyataan Najib itu merupakan satu cabaran kepada BERSIH untuk mengulangi apa yang telah kita lakukan pada 09 Jul yang lalu. Mungkin kali ini Najib mahu melihat gerakan yang lebih besar kalaupun tidak menyamai gerakan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir. Kita mesti tentukan Najib akan menyesal dengan tindakannya itu yang mengundang semangat rakyat untuk bangkit menjatuhkan rejim Umno/Bn. BERSIH tiada pilihan lain lagi melainkan menolak syor untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan yang dijadikan umpan untuk memerangkap BERSIH dan parti Pembangkang. Apabila kita sibuk untuk merancang serta mengemukakan pindaan bagi membaikpulih sistem pilihanraya di negara ini melalui Jawatankuasa Khas itu nanti, Najib serta merta akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum. Ketika kita tidak bersedia, mereka menyerang kita. Kami sentiasa menanti BERSIH 3.0 dan kami menolak untuk mempercayai Najib lagi./wfauzdin.blogspot.com
| |
TBI-PAS KEPALA BATAS Posted: 23 Aug 2011 01:10 PM PDT |
DUN Lembah Jaya Posted: 23 Aug 2011 11:54 AM PDT |
Batu Gajah Mari Posted: 23 Aug 2011 11:44 AM PDT PETRONAS senasib MAS? Posted: 22 Aug 2011 03:54 PM PDT DAPAT keluhan dari Kakitangan Petronas yang berbunyi:
Kami kecewa dengan UMNO yang menyerahkan Petronas kepada Shamsur Azahar yang melaksanakan dasar 1Malaysia dengan melantik orang Cina secara besar-besaran seperti berikut:
1. Dato' Wee YH (Executive Vise President) 2. Chai Kok Kit (Operation Advisor) - Retired Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) Staff (Did'nt make much impact in Petronas Carigali Sendirian Berhad (PCSB) even when he was there) 3. Dato' Yeow Kian Chia (Seen as a failed Project Director for Turkmenistan, now made as New Technology Advisor) 4. Dato' George Ling (Drilling Advisor). Ex-Shell. Last job Managing Director of Shell China. 5. Afendy Cheng has been the Senior General Manager of Exploration, now Vise 6. President for International Exploration. 7. Chen Ka Seong (Petroleum Engineer Manager) All these new appointment within last 6-8 months.
Market Talk. Dr Ong See Hong has been Approached. Dr Lim Min Teong has been approached. Chen is being groomed to be next Managing Director.
Harap dapat sampai kekecewaan ini sebelum nasi jadi bubur.
TPU: Bila dapat maklumat dekat atas ni, gua terfikir... Adakah selepas ini, Petronas akan mengalami nasib yang sama sepertimana MAS.
Adakah lantikan-lantikan tersebut dibuat mengikut "Merit", kenapa "Board" mengenepikan ramai "orang-orang kanan"yang lebih berkelayakan..?
PM Najib perlu beri penjelasan. Jangan sampai Kakitangan Petronas "Menzahirkan" kekecewaan mereka dalam bentuk "Nyata".
Sumber: [ Perisik Rakyat] | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru Posted: 23 Aug 2011 11:12 AM PDT r7t3vx7k lwg4q Posted: 23 Aug 2011 06:57 AM PDT q63mk, 5d2ypx49kvy. http://isitpacked.com/wp-content/themes/cityguide/img/tdyx.html qs0h5izqd4u 7cefdnp1aim 9wjwpm, cgdzxir 0l8w6m. m1778v6hy min4bf. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan