DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN JERAI Posted: 22 Aug 2011 11:48 PM PDT Ragui ayam sembelih, jangan pengguna 'disembelih' Posted: 22 Aug 2011 06:24 PM PDT | KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) merangkap Ketua DPPK Jerai memandang serius laporan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang mendapati kira-kira 60,000 ekor ayam segar atau 30 peratus daripada bekalan ayam segar di negeri Johor diragui status halal dan kesuciannya. Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) berkata, LaPAS difahamkan ia berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. "LaPAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Johor yang berjaya mengesan dan membuat serbuan ke atas premis terbabit," katanya dalam satu kenyataan. Bagi LaPAS, katanya isu sembelihan ayam halal adalah isu yang sangat penting kepada umat Islam. Ujarnya, LaPAS percaya umat Islam tidak rela makanan yang masuk ke tubuh badan mereka dan menjadi darah daging berpunca dari sumber yang haram. "Adalah diharapkan agar JAIJ dan kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi kawalan syariah dengan menghentikan operasi perniagaan mereka, menyita premis serta membekukan lesen perniagaan," katanya yang juga ahli Parlimen Jerai. Katanya, pengusaha seperti itu tidak layak untuk menjalalankan perniagaan mereka kerana tidak menjaga amanah umat Islam bagi menjaga halal dan haram pada makanan yang mereka usahakan. Ini juga, tambahnya sebagai peringatan keras agar pengusaha dan pembekal makanan bersikap lebih berhati-hati dengan mematuhi segala prosedur halal yang ditetapkan. Beliau berkata, LaPAS turut mengharapkan agar Jabatan Agama Islam di negeri-negeri lain mengambil tindakan sama dengan menjejaki, mengesan, memantau serta menyiasat pembekal atau pengusaha pusat penyembelihan yang tidak mematuhi prosedur penyembelihan dengan betul. Selain itu, ujarnya LaPAS meminta agar kerajaan memastikan bekalan ayam sentiasa mencukupi bagi memenuhi permintaan rakyat menjelang Aidilfiitri. Ini, katanya bagi mengelakkan sesetengah pengusaha atau penjual mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam sesuka hati mereka. Katanya, kawalan harga bagi ayam dan barang-barang keperluan amat penting bagi melindungi hak pengguna. "Pengguna tidak rela mereka membeli makanan dan barang keperluan lainnya di musim perayaan ini dalam keadaan mereka pula 'disembelih' oleh penjual yang tidak bertanggungjawab," ujarnya. |
| |
Salam Perjuangan Posted: 22 Aug 2011 11:17 PM PDT TAZKIRAH - TIPS DI HARI-HARI AKHIR RAMADHAN Posted: 22 Aug 2011 06:02 AM PDT 21 Ramadan 1432 H | 21 August 2011RAMADHAN semakin hari bakal meninggalkan kita. Bulan yang penuh rahmat, pengampunan dan dijanjikan pahala berlipat kali ganda bagi hamba-Nya yang mengikhlaskan pengabdian diri kepada Allah s.wt.
Oleh itu rebutlah peluang dengan baki hari yang ada, setiap jam yang dilalui, setiap minit yang berdetik dan setiap saat masa yang berlalu untuk mempastikan Ramadhan ini menjadi Ramadhan terbaik untuk kita semua. Berkorbanlah dengan masa, tenaga dan segala-galanya untuk mencari malam Lailatul Qadar kerana di malam ini Allah menjanjikan ganjaran yang teramat besar di samping doa-doa yang akan dimakbulkan-Nya. Beri'tikaflah, bangunlah dan persembahkanlah rintihan, harapan dan taubat kerana malam itu hanya berlaku sekali dalam setahun Hari-hari terakhir Ramadhan juga adalah hari-hari di mana Allah memadam nama-nama manusia yang akan dimasukkan ke dalam neraka. Na'uzubillah... Oleh itu perbanyakkanlah doa, basahi lidah dengan istighfar kepada Allah, sesalilah segala dosa-dosa yang dilakukan, dan berazamlah untuk tidak melakukannya lagi kerana sesungguhnya Allah amat ternanti-nanti permohonan ampun dari hamba-Nya Luangkanlah masa 4-5 minit sebelum berbuka puasa untuk memperbanyakkan doa kepada Allah kerana detik-detik itu menjadi satu masa mustajabnya doa - Perbanyakkan lagi amalan-amalan membaca Al-Quran, bersedekah, sembahyang sunat dan segala perkara kebaikan kerana ingatlah hanya amalan sahaja yang akan menemani kita di saat kita berseorangan di alam barzakh
Sama-samalah kita istiqamah melakukan ibadah kepada Allah dan gunakanlah kesempatan masa yang diberikan Allah ini dengan sebaiknya kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita dapat tempuhi lagi.
Dato' Tuan Ibrahim b. Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat | |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 22 Aug 2011 10:12 PM PDT IHYA RAMADHAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN KELUARGA MISKIN Posted: 22 Aug 2011 09:43 AM PDT IHYA RAMADHAN ANJURAN JEMAAH KULIYAH MINGGUAN/MADRASAH AL-KHAIRAH, PARIT KEROMA MUAR Majlis Berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dan keluarga miskin telah dianjurkan oleh Jemaah Kuliyah / Madrasah Al-Khairah Parit Keroma Muar telah diadakan pada petang hari Ahad, 21 Ramadhan 1432H. Majlis dilangsungkan di Mann Chalet Jalan Junid Muar mulai jam 5.30 petang hingga 8.00 malam. Hampir 200 orang hadir termasuk pelajar muslimat Tahfiz dari Madrasah Hasan Mahmud Parit Sakai Muar. Sementara menunggu waktu berbuka puasa, Alfadhil Ustaz Hj Kasim Hj Ibrahim telah memberi tazkirah. Ustaz Kasim memberi tazkirah Ramadhan.
YB Dr Mohammad dan tetamu tekun mendengar tazkirah. Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad sebelum menyampaikan sumbangan. Sumbangan untuk pelajar tahfiz. Semua menerima sumbangan. Sumbangan untuk Si Cilik anak yatim. Duit Raya daripada Ustaz Kasim. Ustaz Kasim menyampaikan wang tunai, YB Dr Mohammad bersedia dengan hadiah iringan,D tengah-tengah nberjubah hitam ialah Hjh Rokiah Hj Md Salleh dpd urusetia program. Menurut Puan Hjh Rokiah Hj Md Salleh, program ini merupakan program tahunan yang beliau uruskan brsama ahli keluarganya dari Madrasah Al-Khairah dan jemaah kuliyah mingguan Parit Keroma. Kuliah untuk muslimat dijalankan setiap pagi Ahad di rumah keluarga beliau. Tahun-tahun sebelumnya program ini dijalankan di rumah keluarga beliau. Kali ini sedikit kelainan dengan mengadakan program ini di luar. Alhamdulillah sumbangan daripada jemaah kuliah dan penderma mencurah-curah tahun ini. Lebih 100 orang anak yatim, keluarga miskin dan pelajar tahfiz menerima sumbangan kali ini. Semoga Ramadhan dan hari raya tahun ini lebih bermakna kepada mereka. | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 22 Aug 2011 09:54 PM PDT Surat kpd MB N.Sembilan bantah PD Pusat Pelarian Posted: 22 Aug 2011 07:52 PM PDT SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI BESAR N. SEMBILAN Kepada, YAB. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Tingkat 5, Blok B, Wisma Negeri, 70503 Seremban, Negeri Sembilan. 22 OGOS 2011 YAB. Dato' Seri, Membantah Penempatan Pelarian Australia di Port Dickson 1. Saya membawa pandangan rakyat membantah penempatan pelarian dari Australia di Port Dickson yang dilihat tidakpun memberikan kesan positif terhadap imej pelancongan Port Dickson. Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit kepada pelarian dari Australia ini dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan imej Bandar Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan di sebelah pantai barat. 2. Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) sebagai penempatan pelarian. Saya melihat situasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing. 3. Secara peribadi saya melihat bahawa Kerajaan Negeri tidak boleh menjadikan Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan nilai dengan salah satu daripada Strategi Pembangunan Kerajaan Negeri iaitu 'Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta dalam pelaburan pelancongan'. Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut. 4. Disamping itu, saya bimbang sekiranya tidak ada sesuatu sistem keselamatan yang baik di kawasan tersebut memungkinkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini terhadap penduduk tempatan. Saya juga bimbang akan keselamatan pengunjung dan pelancong yang mungkin terganggu gugat dengan kewujudan pusat transit pelarian ini. 5. Kebimbangan saya lebih diperkuat dengan terdapatnya laporan ada pihak hotel yang dikelirukan dengan rancangan ini dengan makluman kononnya hotel mereka hendak disewa bagi tujuan kegunaan kumpulan jurutera dan kemudiannya ditukar untuk kegunaan latihan pengurusan pula. Namun, setelah terbongkar tujuan penyewaan pihak tertentu itu yang sebenar, pihak hotel telah membatalkan tempahan kerana tidak mahu menanggung risiko walaupun akan terlepas kesempatan mengaut keuntungan yang besar. Tujuan pihak penganjur mengelak daripada mengamalkan keterbukaan lebih menguatkan lagi kecurigaan orang awam. 6. Saya berpendapat membiarkan Telok Kemang atau Port Dickson menjadi lokasi lambakan projek-projek seperti pembuangan sisa-sisa pepejal, loji-loji perusahaan tenaga bebas, loji-loji penapis minyak dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai satu-satunya tempat pelancongan yang unggul di negara ini. 7. Saya mengesyorkan agar Kerajaan Negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan. Saya juga sebagai rakyat Negeri Sembilan tidak mahu imej Port Dickson sebagai destinasi pelancongan tercalar disebabkan kewujudan pusat penempatan pelarian yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat tempatan serta tidak bermanfaat langsung kepada Bandar Port Dickson sebagai tempat pelancongan. Salam Hormat & Salam Perjuangan, Yang ikhlas, YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas Ahli Parlimen Telok Kemang 22 Ramadhan 1432 H/22 Ogos 2011 Sumber : http://minda-pemuda.blogspot.com/2011/08/surat-terbuka-kepada-menteri-besar-n.html Tuesday August 9, 2011 Expulsion to KL from Australia put on hold for court hearing CANBERRA: Australia's plan to expel asylum seekers to Malaysia as part of a new refugee swap deal was delayed yesterday for at least two weeks until the Australian High Court can rule on its legality. Refugee advocates obtained an injunction in the court late on Sunday against the government flying the first 16 asylum seekers to Kuala Lumpur yesterday morning. Justice Kenneth Hayne said yesterday the injunction would remain in force until the full bench of seven judges hears the case in the week beginning Aug 22. Place of refuge: The centre in Port Dickson which is believed to be where refugees transferred from Australia will transit under the new refugee swap deal between Malaysia and Australia. — Reuters The delay is a blow to the government, which had said it would post video on social networking sites Facebook and YouTube showing the asylum seekers boarding the first chartered flight to Kuala Lumpur as a way of deterring others from coming by boat to Australia. Lawyer David Manne, who leads the Melbourne-based Refugee and Immigration Legal Centre, said he was challenging the government's claim that Malaysia would provide adequate protection. Critics have said Malaysia has a poor record of respecting refugees' human rights, and note that it has never signed the Refugee Convention or Convention Against Torture. Manne said some of the asylum seekers "have expressed very serious concerns that they would be persein cuted in Malaysia, including on the basis of their religious beliefs." The 16 in the test case are among 55 asylum seekers from Afghanistan and Pakistan who arrived by boat last week at an immigration detention camp on the Australian territory of Christmas Island in the Indian Ocean. Manne said they should have a right to seek refugee status and protection in Australia instead of being expelled to Malaysia. Amnesty International welcomed the injunction, saying it was "horrified that the Australian government is continuing to try to make an example out of vulnerable people, including unaccompanied children," according to a statement. Immigration Minister Chris Bowen said the government was considering asking that the case be moved up, saying "it would be better that the case were heard as urgently as possible." "Any uncertainty around this issue, of course, has the danger of playing into people-smugglers' hands," he said. - AP http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/9/nation/9261916&sec=nation Refugee swap plan now in limbo 2011/08/08 A view from the side entrance showing two units of a single-storey housing complex in Port Dickson, where it is believed refugees transferred from Australia will transit under the new refugee swap deal. — Reuters picture CANBERRA: Australia's highest court on Monday extended an injunction stopping the deportation of asylum seekers to Malaysia, leaving Prime Minister Julia Gillard's border security policy in limbo until late August or September when a final ruling is expected. Gillard has signed a refugee-swap deal with Malaysia to challenge perceptions her government is soft on the issue of asylum seekers and raise her support with voters, who would throw her from office if an election was held now. Lawyers representing a group of boatpeople who were due to be deported later on Monday, the first under Gillard's deal, argued in the High Court of Australia that the government did not have the legal power to send them to Malaysia. "There is a sufficiently serious question to be tried," said High Court judge Kenneth Hayne in referring the case to a full bench of the court, which will sit on Aug 22. The injunction would be extended until a final ruling was made, he said. The Malaysia deal is the second attempt by Gillard to have an Asian nation take boatpeople, having announced earlier that Timor Leste had agreed to such a deal only to have it rejected by the Timor Leste parliament. A second failure by Gillard to achieve a regional agreement would further strengthen voter perceptions her Labor government, already struggling in opinion polls, is inept on policy and unable to deliver on major promises. Asylum seekers are a long-running political flashpoint in Australia, splitting voters and helping swing the outcomes of past elections, despite the country receiving just under 0.5 percent of the world's refugee hopefuls, according to UN data. Under the deal, Australia would to Malaysia send 800 asylum seekers who arrive by boat, to have their refugee claims processed there. In return, Australia will accept 4,800 people from Malaysia who have been granted refugee status. -- Reuters http://www.nst.com.my/nst/articles/LIMB08A/Article/ | Negeri Sembilan akan menjadi pusat pelarian Posted: 22 Aug 2011 12:18 AM PDT Kerajaan negeri didesak tidak terima pelarian 22 Ogos 2011 "Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut", jelas Kamarul Baharin. TELOK KEMANG: Tindakan kerajaan negeri membenarkan Port Dickson menjadi transit kepada pelarian dari Australia dilihat bertentangan dengan semangat menaikkan imej Port Dickson sebagai pusat dan destinasi pelancongan kata, Ahli Parlimen Telok Kemang, Kamarul Baharin Abbas. "Mereka akan ditempatkan di Rumah Cycle Carri dan di Cresent Peak (bekas hotel) sebagai penempatan pelarian. "Saya melihat situasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat Port Dickson daripada aspek pembangunan, keselamatan dan pelancongan. Dasar negeri tidaklah harus membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing. "Secara peribadi saya melihat bahawa kerajaan negeri tidak boleh menjadikan Port Dickson sebagai tempat lambakan perkara negatif kerana ini bertentangan nilai dengan salah satu daripada strategi pembangunan kerajaan negeri iaitu 'Mempelbagaikan produk pelancongan dan memperbaiki kemudahan infrastruktur untuk menarik kedatangan pelancong serta menggalakkkan penyertaan sektor swasta dalam pelaburan pelancongan'. "Kewujudan pusat transit pelarian seumpama ini tidak selaras dengan strategi tersebut," jelas Kamarul Baharin. Keselamatan penduduk Beliau juga menyatakan kebimbangan beliau terhadap keselamatan penduduk setempat dan pelancong yang mungkin terganggu dan tergugat dengan kewujudan pusat transit pelarian ini. "Membiarkan Telok Kemang dan Port Dickson menjadi lokasi lambakan projek-projek seperti Pembuangan Sisa Pepejal, loji-loji Pengeluar Tenaga Bebas (IPP), Loji-loji Penapisan Petroleum dan juga sebagai tempat pelupusan sistem kumbahan ke laut, sudah cukup untuk mencemarkan nama pantai ini sebagai salah satu tempat pelancongan yang unggul di negara ini. "Saya mendesak agar kerajaan negeri membuat ketetapan untuk tidak membenarkan Port Dickson menjadi pusat transit pelarian warga asing bagi menjaga imej bandar Port Dickson sebagai pusat pelancongan," kata beliau lagi. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/22/kerajaan-negeri-didesak-tidak-terima-pelarian/ | PAS Jempol agih sumbangan raya bersama ADUN Posted: 21 Aug 2011 11:15 PM PDT | |
PARLIMEN BUKIT GANTANG Posted: 22 Aug 2011 09:25 PM PDT "Photographer" cerminkan kekuatan PAS- DS Nizar Posted: 22 Aug 2011 10:52 AM PDT oleh: Faeez Azahar
KUALA LUMPUR : Gambar dan video adalah elemen yang penting untuk memberi informasi dan penerangan kepada rakyat serta memberi kesan yang baik kepada PAS. Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyeru kepada ahli fotografi PAS supaya memainkan peranan dalam perjuangan PAS. " 'Photographer' akan mencerminkan kekuatan PAS dan menjadi bukti tentang keburukan UMNO," katanya ketika merasmikan Kursus Fotografi dan Videografi yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat di Pejabat Agong PAS Pusat. Tambahnya lagi, Kelebihan PAS ialah mempunyai tenaga kerja banyak dan tidak mementingkan ganjaran berbeza dengan blogger pro UMNO yang mendapat upah. "Ahli fotografi ini perlu diberi tunjuk ajar agar mereka lebih berkemahiran agar berperanan untuk membantu Pakatan Rakyat terutama PAS menjelang pilihanraya yang semakin hampir," tegasnya lagi.
| Akta Murtad: Pemuda PAS Perak sokong Harussani Posted: 22 Aug 2011 10:48 AM PDT IPOH, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan sokongan terhadap cadangan mufti negeri, Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) agar menyegerakan Akta Murtad baru-baru ini.
"Kami yakin usaha untuk memelihara akidah umat Islam perlu kepada penegasan agar tindakan untuk memesongkan umat Islam terjebak kepada gejala murtad dapat diatasi," ujar setiausahanya, Salman Saleh dalam surat yang diemelkan kepada Harussani, hari ini.
Menurutnya, Pemuda PAS negeri berharap cadangan tersebut dapat dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Perak dan mereka juga mencadangkan agar semua parti politik menyatakan sokongan secara terbuka demi memelihara akidah umat Islam.
Tambahnya, adalah menjadi harapan Pemuda PAS negeri juga untuk membincangkan dengan lebih lanjut lagi perkara tersebut dan berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Harussani dalam tempoh yang terdekat ini.
"Kami bersedia membincangkan isu yang semakin parah buat umat Islam ini dan berharap ianya dapat dijayakan dengan kadar segera," ujarnya | |
n12selinsing Posted: 22 Aug 2011 09:09 PM PDT |
N.27 - PAS DUN Sura Posted: 22 Aug 2011 08:02 PM PDT |
PAS LENGGONG Posted: 22 Aug 2011 07:53 PM PDT Semoga DSAI Selamat dari Fitnah. Posted: 22 Aug 2011 02:55 AM PDT Konspirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya. "Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya." (Anwar dengan ditemani isteri dan anaknya di mahkamah tinggi hari ini) Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau. Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah. "Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi. Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini. Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof. Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual. Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela. Bela diri dari kandang tertuduh Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan. Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini. Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok). Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa. Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi. Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa. Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat. | | Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa Posted: 22 Aug 2011 02:54 AM PDT Saya tidak minta maaf, jumpa di mahkamah - Mustafa Harakahdaily | MAKKAH, 22 Ogos: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mendedahkan segala bukti penglibatan Umno di belakang isu pemeriksaan Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama apabila beliau di saman oleh Umno nanti. Sehubungan itu, beliau tidak bercadang untuk meminta maaf kepada Umno dan akan bertemu dengan mereka di mahkamah nanti, kata Mustafa yang bercakap dengan Harakahdaily dari Makkah. "Saya tidak akan minta maaf dan akan serahkan bukti yang saya ada dalam mahkamah nanti," kata Mustafa. Mustafa yang sedang menunaikan umrah sehingga Aidil Fitri ini didesak memohon maaf oleh Umno ekoran dakwaannya bahawa Umno terlibat di belakang Jais dalam pemeriksaannya ke atas gereja itu. Umno Selangor dilaporkan akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa Ali berhubung dakwaan kononnya parti Melayu itu memainkan peranan dalam tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini. Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri. "Kita akan memulakan langkah permulaan saman iaitu saman tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap fitnah yang dibuat Datuk Mustafa Ali terhadap Umno Selangor dengan jumlah RM10 juta. "Ini adalah tindakan yang terpaksa dilakukan demi mempertahankan maruah dan hak, kami akan hantar notis kepada beliau dan pihak-pihak tertentu dan jika tiada jawapan, kita akan failkan saman selepas Aidilfitri," kata Mohd Zin pada sidang media di sini. Menurut Mustafa, pada asalnya beliau bercadang untuk memberikan bukti yang beliau ada kepada Pengarah Jais, namun oleh kerana Jais tidak mahu bertemu dengan PAS, maka bukti itu akan diserahkannya kepada mahkamah nanti. PAS telah mengambil keputusan bertemu dengan Jais dan GMDU sebelum mengambil sebarang pendirian berhubung dengan isu pemeriksaan Jais ke atas GMDU itu. Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dipengerusikan oleh presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Ekoran itu, PAS telah menghantar surat kepada kedua-duanya. Jais dari awal lagi menolak permohonan PAS untuk bertemu dengan pihaknya dengan alasan nasihat Baginda Sultan Selangor. GMDU pada awalnya bersedia untuk bertemu pada 16 Ogos lalu namun membatalkannya sehari sebelum itu dengan alasan isu ini sudah terlalu panas. Mustafa pula dalam sidang medianya di Kuala Terengganu telah meminta para ahli dan pemimpin PAS tidak terperangkap dalam isu itu kerana beliau mempunyai bukti Umno terlibat di belakang tindakan Jais itu.
| | Ada Orang umno lenggong yang Bodoh-bangang Posted: 22 Aug 2011 02:49 AM PDT Orang-orang itulah yang membuat surat-surat layang dan di pos kepada pemimpin-pemimpin PAS lenggong. Kalau dihantar kepada orang PAS saja tu harus lah juga. ni mereka hantar kepada pemimpin PAS. Alahai tak ade otak langsung. Otak letak di lutut. Dari membazir duit untuk stem dan fotostat lebah baik derma kepada orang susahagi bagus.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 22 Aug 2011 03:48 PM PDT SAPINA JALAN KEDUA ARAH NAJIB TURUN PADANG Posted: 22 Aug 2011 01:37 AM PDT LUMPUR, 22 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang baru-baru ini enggan ditemu bual merupakan antara tujuh orang diberi sepina agar memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Enggan ditemu bual berbeza daripada disepina," kata peguam utama Ketua Pembangkang Karpal Singh kepada pemberita hari ini selepas Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh. Kes peringkat pembelaan bermula hari ini. Karpal berkata sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan sepina, mereka yang dinamakan dalam perintah mahkamah perlu datang. Kata beliau, perintah mahkamah telah diberi Jumaat lalu.-MalaysianInsider | KWSP SASAR BUAT UNTUNG TAPI DIVIDEN SELALU JANJI KOSONG ! Posted: 21 Aug 2011 06:48 PM PDT BANGUNAN pejabat di London yang kini dibeli KWSP. Pelaburan di luar negara strategi pelbagaikan portfolio. Kalau benar bagai dikata, KWSP kena buktikan supaya boleh beri dividen lebih 7% kepada pencarum seperti masa ekonomi biasa semasa dan sebelum Tun M. Khairat Kematian pencarum wajar dikembalikan kepada jumlah asal RM30,000 bukan RM3,000 sahaja. Jangan jadi rugi sebagaimana pelaburan Sime Darby dan skandal Tabung Haji membeli bangunan lebih mahal dari harga pasaran. KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pembelian sulung hartanah luar negara apabila memuktamadkan pembelian bangunan pejabat di kawasan premium London, bernilai lebih 150 juta pound (RM750 juta). Sumber berkata, urus niaga yang dibuat pada bulan lalu itu membabitkan pembelian bangunan 1 Sheldon Square di Paddington, Westminster, kawasan tengah London.Katanya, meskipun bangunan pejabat itu bukan berstatus hak milik kekal, KWSP, bagaimanapun berjaya memperoleh tempoh pajakan paling lama, justeru mampu meraih pulangan lumayan. Pelaburan di luar negara itu antara strategi utama KWSP dalam mempelbagaikan portfolio pelaburannya bagi mengoptimumkan pulangan dan menambah baik profil risiko pelaburannya. London dipilih KWSP sebagai destinasi pelaburan pertama disebabkan pasaran hartanahnya yang stabil selain asetnya yang mudah dijual bagi mendapatkan tunai, katanya pada Berita Harian ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam. Sumber menjelaskan, pembelian menerusi tender terbuka itu dilaksanakan menerusi ING Real Estate Investment and Management dan RREEF, bahagian pengurusan hartanah Deutsche Bank yang dilantik sebagai perunding dan penasihat bagi urus niaga berkenaan. 1 Sheldon Square, sebelum ini dimiliki oleh Aviva Investors, Invista Real Estate Investment Management, Henderseon Global Investors dan Liquid Realty Partners. Bangunan berkeluasan 193,000 kaki persegi itu, kini menempatkan ibu pejabat firma gergasi kredit kad, Visa dan ia dijangka akan memberikan pulangan kepada KWSP sehingga enam peratus. Katanya, agensi pengurusan dana pencen terbesar Malaysia itu juga kini sedang menimbang untuk melaksanakan satu lagi urus niaga hartanah membabitkan pembelian bangunan pejabat di Portman, utara Oxford Street. Pembelian yang dijangka membabitkan nilai 181 juta pound (RM905 juta) itu akan menyaksikan KWSP bakal memiliki bangunan yang dikenali sebagai 40 Portman Square yang berstatus pegangan bebas. Setakat ini Kementerian Kewangan memberi kelulusan kepada pengurus dana pencen itu untuk melabur kira-kira AS$10 bilion (RM32.25 bilion) di luar negara, iaitu daripada jumlah itu kira-kira AS$6 bilion (RM19.35 bilion) sudah dilaburkan. | SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG SUDAH MENINGGALKAN KITA ! Posted: 21 Aug 2011 06:25 PM PDT Pada 29 Mei lepas ramai tersentuh perasaan hadirin yang mengenali penulis Orang Tua Di Kaki Gunung apabila kisah kehebatan beliau dalam penulisan dibacakan untuk diperdengarkan sebagai salah seorang pemenang Anugerah Budayawan Kedah 2011, sedangkan beliau pada masa itu terlantar di hospital selepas menjalani pembedahan jantung. Semalam 21 Ogos 2011 Novelis Azizi Abdullah Selamat Dikebumikan KULIM: Jenazah novelis Azizi Abdullah yang meninggal dunia pada Ahad akibat komplikasi buah pinggang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamiul Makmur di sini selepas solat Zohor. Gambar: Sasterawan Negara yang juga bekas Anggota Parlimen Sik Datuk Shahnon Ahmad (dua dari kiri) melawat jenazah Allayarham Azizi Abdullah di Taman Bersatu, hari ini. Jenazah Allahyarham yang siap dimandi dan dikapan tiba dari Hospital Pulau Pinang ke rumahya di Taman Bersatu di sini kira-kira 11.30 pagi dan disambut oleh beratus-ratus orang jiran dan sahabat handai serta rakan-rakan penulis dari Kedah dan Pulau Pinang. Antara yang menziarahi jenazahnya ialah Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad bersama keluarganya. Allahyarham meninggal kira-kira pukul 7.50 pagi tadi. Azizi, 69, dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang sejak 26 Mac lalu untuk menjalani pembedahan jantung. Beliau turut menjalani rawatan buah pinggang di hospital yang sama dan berada di hospital selama enam bulan sebelum meninggal dunia. Isterinya Zubaidah Yusuff, 64, berkata ketika melawat Allahyarham di hospital semalam, Azizi berada dalam keadaan sihat walaupun lebih suka berehat dan tidur. Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meriam, Kota Kuala Muda. Majlis yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Alor Setar disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Dato' Seri Tunku Puteri Intan Safinaz. Pemenang Sea Writes Award, Azizi Haji Abdullah, adalah anak kelahiran Bukit Meriam, 69, sepanjang berkarya telah menghasilkan lebih 50 buah novel, 200 cerpen di samping drama televisyen dan drama radio. Novelnya Sangeetha telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan Seorang Tua Di Kaki Gunung diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun. Beliau telah memenangi pelbagai hadiah sastera peringkat kebangsan dan antarabangsa. Bekas guru ini mendapat pendidikan sekolah agama Dairatul Maarif Al-Wataniah Kepala Batas Seberang Perai dan Penulisan Kreatif dari Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.
| |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 22 Aug 2011 03:04 PM PDT [TV3suku] Surau Al Musyrikin ???? biaq betoi.. Posted: 21 Aug 2011 08:14 PM PDT | "KAMI IKHLAS", NAJIB Posted: 21 Aug 2011 05:08 PM PDT Najib Razak meminta pihak-pihak yang mempertikaikan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pembaharuan sistem pilihan raya agar tidak meragui keikhlasan kerajaan meskipun kemungkinan pilihan raya umum ke-13 diadakan lebih awal.
"Kami komited ke arah pembaharuan pilihan raya," kata Perdana Menteri selepas melancarkan Kedai Rakyat 1 Malaysia di Bandar Tun Razak di sini.
"Apa yang saya katakan ialah tarikh pilihan raya adalah prerogatif kami. Jangan ragui keikhlasan kami ke arah pembaharuan pilihan raya," katanya lagi.
| |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 22 Aug 2011 01:53 PM PDT Ïðîäâèæåíèå dppnkedah.blogspot.com Posted: 22 Aug 2011 03:09 AM PDT Уважаемый владелец сайта dppnkedah.blogspot.com! Компания Kadis Technologies, основным направлением деятельности которой являются инновационные разработки в области интернет-маркетинга, предлагает разработать для Вас индивидуальную маркетинговую кампанию по продвижению вашего бизнеса в интернете. - Если на вашем сайте мало посетителей,
- Если вы хотите продвинуть ваш сайт на ключевые позиции в поисковых системах,
- Если ваши посетители уходят с сайта, так и не позвонив вам,
то наше предложение для Вас!. В рамках кампании в качестве бонуса мы проводим бесплатный аудит сайта и предоставляем вам рекомендации для увеличения конверсии посетителей сайта в потребителей ваших товаров или услуг. Благодаря постоянному мониторингу (внешний вид сайта, поведение посетителей на сайте, уровень продаж, анализ рынка в целом) мы сможем улучшить те характеристики вашего сайта, которые будут способствовать быстрому росту его посещаемости и повышению процента конверсии. Команда наших специалистов подготовит для Вас индивидуальную маркетинговую кампанию с учетом специфики Вашего бизнеса, нацеленную на увеличение объема продаж и окупаемость инвестиций. У нас нет скрытых платежей и комиссий, все расчеты прозрачны. Прямо на нашем сайте Во можете узнать конечную стоимость фраз для продвижения в поисковых системах Мы будет рады узнать ваше мнение по поводу изложенного выше предложения о сотрудничестве. За более подробной информацией просто ответьте мне на это письмо или позвоните по телефонам, указанным на нашем сайте. С уважением, Карина Семина Руководитель отдела продаж Kadis Technologies тел./факс: +7 (495) 625-54-50, +7 (495) 698-30-68 E-mail: karina.semina@kadistech.com Если Вы больше не хотите получать наших предложений, Вам сюда | |
Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru Posted: 22 Aug 2011 01:15 PM PDT - Wajib Baca: UMNOAPCO Bukan Pembela Islam...Tapi Pengacau, Perosak Agama.
- Wajibkah Kibar Jalur Gemilang?
- Bebas Tuduhan Khalwat, Raja Azmi Akan Buat Pendedahan
- Putera Qadhafi Ditangkap, Pemberontak Menuju Kota Tripoli
- PM & Isteri, Diperintah Beri Keterangan Kes Liwat Anwar
- Tv3Suku... Seekor Kuda Ditunggang Pelancong...
- Gadis Ini Tersepit Dipintu Bas, Kesian, Tapi Lucu..
- SU PAS: Saya Tidak Akan Minta Maaf, Jumpa Di Mahkamah
- Isu Gereja, Sultan Cadang Majlis Syura
- Ini Dia, Orang Islam 'Disyaki Masuk Kristian'?
- Yohanus murtadkan 200 orang Islam, Mohd Farhan Islamkan 4000 orang kristian
- Wajib baca!! Pasai apa jangan dok sokong Umno
- SUP BAYI pulak dah.Nauzubillah
- Politik BN mengatasi undang-undang.??
- melayu perlu bersatu di bawah regim harbi umno apco.
- Tak perlu tunggu PSC untuk laksana pilihan raya telus
Wajib Baca: UMNOAPCO Bukan Pembela Islam...Tapi Pengacau, Perosak Agama. Posted: 22 Aug 2011 06:46 AM PDT Bismillahirrahmaanirrohimm.
Assalamualaikum Wbr. Demonstrasi di Pulau Pinang. Inilah dia Islam daripada mereka yang mendakwa penyokong kuat UMNOAPCO yang kononnya menjadi barisan hadapan dalam membela Islam. Sungguh jauh bezanya dikau dengan ISLAM yang sebenar. Mengapa terjadi begini.??
Apakah dgn duit seratus dua engkau lupa diri.? Sanggup engkau mencacai Agama Islammu. Solat belum tentu kau kerjakan...tetapi membawa onar kepada perjuangan Islam. Menjadi pengacau dalam penyebaran dan kefahaman Islam kepada orang bukan Islam dan mengacau bilaukan serta mengelirukan kefahaman umat Islam.
Panglima7 Rosmah yg tak tutup aurat dan bersentuh pipi dgn Artis Lelaki Hindustani tak nak pulak ko bantah dan berdemonstrasi. Oh...lupo....itu wife pada ketua engko.. ___________________________________________ Kenali pejuang Islam palsu di Bumi Malaysia!!! Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan institusi Islam. Bersemangat seolah-olah mereka menentang segala-gala yang mencemarkan nama baik Islam.
Syukurlah, sekiranya mereka benar-benar ikhlas tapi malanglah jika mereka hanya berlakon di hadapan media arus perdana sedangkan sebaliknya kehidupan mereka sendiri tidak menurut perintah Allah. Mereka yang berlakon ini bolehlah dikategorikan sebagai pejuang Islam palsu. Berikut disenaraikan ciri-ciri pejuang Islam palsu di Malaysia :
1. Membantah arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenar masjid menggunakan pembesar suara menyiar bacaan al-Quran sebelum Subuh .
Arahan ini selari dengan syarak kerana Islam tidak menggalakkan bacaan al-Quran diperdengar dengan kuat terutamanya menggunakan pembesar suara kecuali azan.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah arahan berkenaan sedangkan mereka sendiri tidak berjamaah di masjid apabila kedengaran azan.
MALAH ada diantara mereka yang hanya ke masjid untuk sembahyang Jumaat sahaja.Itupun kadang-kadang tunggu 3 kali Jumaat baru sembahyang Jumaat takut dicop munafik.
LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka yang tidak bersolat lima waktu pun.
2. Membantah wakil rakyat bukan Islam memasuki masjid dan surau di Selangor untuk memberi sumbangan dan menyampaikan ucapan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa orang bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak mengimarahkan masjid dan surau.
MALAH ada diantara mereka tidak pernah menjejak kaki ke program - program agama yang diadakan di masjid dan surau.
LEBIH TERUK lagi, ada di antara mereka bertindak menghalang kuliah-kuliah agama yang diadakan di masjid dan surau.
3. Membantah wakil rakyat perempuan bukan Islam mengadakan aktiviti senamrobik di perkarangan masjid di Selangor
Program senamrobik tidak mencemarkan kesucian masjid memandangkan diadakan di luar masjid. Orang bukan Islam dikehendaki memakai selendang atau tudung kepala semasa berada di dalam masjid bukan di luar masjid.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan isteri dan anak mereka berpakaian tidak menutup aurat, tidak bertudung dan berpakaian ketat dan sendat.
MALAH ada di antara isteri dan anak mereka yang tidak menutup aurat semasa memasuki masjid.
LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka menganjurkan program di dalam masjid dengan orang perempuan tidak menutup aurat dan berpakaian ketat serta berlaku pergaualan bebas lelaki dan perempuan.
4. Membantah wakil rakyat bukan Islam di Selangor dan Perak membaca al-Quran dan terjemahan al-Quran
Banyak dalil jelas menunjukkan bukan Islam turut membaca sama ada secara tertutup atau terbuka ayat-ayat al-quran di zaman Nabi sa.w. Malah ayat-ayat al-Quran digelar mu'jizat (sesuatu yang mencarik adat dan luar biasa serta melemahkan musuh), apabila ayat-ayatnya diteliti oleh ahli sastera kafir quraisy, tatkala itulah baru mereka mendapati Al-Quran adalah sebuah kalam Allah dan bukan hasil pemikiran manusia. Nabi s.a.w turut menghantar surat yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran kepada pemimpin bukan Islam di zamannya. Tentunya ia dibaca dan sememangnya untuk diwarwarkan.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri tidak membaca ayat suci al-Quran.
MALAH ada diantara mereka yang tidak mahu mempelajari kandungan ayat-ayat suci al-Quran melalui kuliah-kuliah yang diadakan di masjid dan surau.
LEBIH TERUK lagi, mereka sanggup mempersendakan hukum-hukum dalam al-Quran contohnya, hukum potong tangan menyebabkan ramai orang Islam tidak tangan, ikut hukum Islam negara tidak maju dan banyak penghinaan lagi.
5. Membantah tindakan kerajaan Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka kepada bukan Islam di bulan Ramadhan Kerajaan Kedah hanya melaksanakan enakmen yang telah diwartakan pada 12 Februari 1998. Namun sehingga pada 8 Mac 2008, tidak ada satu hari pun dalam bulan Ramadhan mampu laksanakan.
NAMUN muncul pejuang Islam palsu yang membantah sedangkan mereka sendiri adalah pengunjung pusat-pusat hiburan selain dari orang bukan Islam. MALAH ada diantara mereka menjadi pengunjung tetap yang berpoya-poya dan minum arak dalam pusat hiburan. LEBIH TERUK lagi, ada diantara mereka sanggup ke Danok dan Hadyai serta Genting Highlands untuk berjudi , melanggan pelacur dan minum arak. Tulahan: Pejuang Islam ini hanya muncul di negeri diperintah bukan BN. Jika Islam dicemar, dihina, dimurtad di negeri BN . Pejuang Islam palsu ini tidak pun muncul. | Wajibkah Kibar Jalur Gemilang? Posted: 22 Aug 2011 06:44 AM PDT
Perlukah menjadi perkara yang perlu dikecohkan sekiranya tidak mengibarkan Jalur Gemilang? Apakah yang paling mulia antara bendera dan sambutan bulan Ramadhan?
Kadang-kadang mereka yang terlebih mengibar Jalur Gemilang adalah pengkhianat kepada negara. Gadai maruah negara sana sini. Jual tanah di Johor dan tanah milik Keretapi Tanah Melayu.
Rakyat yang tidak kibarkan Jalur Gemilang adalah sebenarnya yang cintakan tanah air berbanding dengan Pak Menteri yang sibuk pasal Jalur Gemilang. Edar sana-sini tapi tidak ada sambutan. Rakyat sudah meluat dengan janji manis dari pihak pemerintah yang sudah korup dan mandom ini.
Kebetulan pula tahun ini sambutan kemerdekaan jatuh 31 Ogos dan Aidilfitri jatuh pada 30 Ogos, maka persiapan menyambut raya rakyat utamakan kerana perayaan itu ada dalam kalendar Islam. Walaupun semangat kemerdekaan itu masih ada tapi rakyat lebih menghyatai bulan Ramadhan berbanding sibuk mengibarkan Jalur Gemilang.
Pak Menteri kena cerdik dalam hal ini. Tidak perlu dikecohkan jika tiada yang kibar Jalur Gemilang.
KUALA LUMPUR: Masih ramai yang enggan memasang Jalur Gemilang sama ada di rumah, premis perniagaan ataupun kenderaan walaupun sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bakal tiba.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Fuad Hassan, berkata walaupun pelbagai kempen diadakan termasuk memberi bendera secara percuma, ia kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
"Tidak tahu di mana silapnya, masih kurang kesedaran di kalangan masyarakat untuk menghargai kemerdekaan walaupun hanya memasang jalur gemilang sebagai tanda sokongan," katanya selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia 2011. | Bebas Tuduhan Khalwat, Raja Azmi Akan Buat Pendedahan Posted: 22 Aug 2011 06:42 AM PDT PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman akan mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim. Ia akan diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu ini, pukul 4.30 petang. "Saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan tentang tuduhan khalwat melibatkan saya dan Roslin. Segala-galanya akan didedahkan pada hari itu. Buat masa ini saya tidak mahu memberi komen lanjut," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin. Raja Azmi enggan mendedahkan butiran kesnya itu sehinggalah pada majlis berkenaan. Difahamkan sidang media itu dibuat selepas tiada pendakwaan terhadapnya oleh pihak Jabatan Agama islam Wilayah (Jawi) yang sudah beberapa kali tertangguh. Selain itu, isteri kepada bekas jaguh badminton negara, Jailani Sidek ini juga akan mengadakan majlis doa selamat dan berbuka puasa sebagai tanda syukur terhadap kesnya itu. Kata Raja Azmi dia akan mendedahkan segala tuduhan yang dilakukan oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman yang membuat laporan kononnya mereka berkhalwat. "Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar," katanya. Sebelum ini Raja Azmi, Roslin dan Jailani dipanggil memberi keterangan di hadapan pegawai penyiasat Jawi berhubung laporan kesalahan berkhalwat tanpa tangkapan mengikut Seksyen 58 sub seksyen 1 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560). Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam. Norhayati membuat laporan kepada pihak Jawi berhubung perkara itu untuk membolehkan Raja Azmi dan Roslin dikenakan tindakan khalwat. Dakwaan khalwat itu juga dinyatakan oleh Norhayati pada prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada 18 Ogos 2010 | Putera Qadhafi Ditangkap, Pemberontak Menuju Kota Tripoli Posted: 22 Aug 2011 06:38 AM PDT TRIPOLI, 22 Ogos 11: Pemberontak Libya yang bergerak masuk menuju Tripoli pada hari Ahad semalam dan mendekati hingga 2 mil dari pusat kota, mengatakan bahawa mereka berhasil menangkap putera Qadhafi, Saif Al Islam. "Kami mengesahkan informasi itu, orang-orang kami telah menangkap Saif Al Islam," kata Ketua Dewan Transisi Nasional Mustapha Abdul Jalil kepada Aljazeera. "Kami telah memerintahkan agar ia dilayan dengan baik," imbuhnya. Sidiq Al Kibir, pemimpin perwakilan dewan pemberontak di Tripoli, juga mengesahkan penangkapn itu kepada Associted Press, tetapi tidak menjelaskannya lebih lanjut. Menanggapi seruan gencatan senjata oleh jurucakap rejim Qadhafi, Musa Ibrahim, Mustapha Abdul Jalil mengatakan kumpulan pemberontak akan menghentikan serangan mereka jika Qadhafi umumkan kepergiannya. Abdul Jalil menjamin akan memberikan jalan keluar yang aman jika Qadhafi dan putera-puteranya mahu meninggalkan Libya. Sementara itu pasukan NATO di Libya menilai situasi di Tripoli sekarang "sangat tidak pasti", seiring dengan masuknya pasukan pemberontak ke ibukota Libya itu. Pasukan NATO mendesak agar Muammar Qadhafi segera pergi demi kepentingan rakyatnya. "Ini situasi yang sangat tidak menentu. Kita dapat menyaksikan bahawa rejim itu akan tumbang. Dan Qadhafi sedar bahawa ia tidak akan menang, perang melawan rakyat sendiri, maka semakin baik," kata jurubicara NATO, Oana Lungescu. (IH) | PM & Isteri, Diperintah Beri Keterangan Kes Liwat Anwar Posted: 22 Aug 2011 06:37 AM PDT Anwar Ibrahim meninggalkan mahkamah selepas memberi keterangan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. — Foto oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang baru-baru ini enggan ditemu bual merupakan antara tujuh orang diberi sepina agar memberi keterangan dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Enggan ditemu bual berbeza daripada disepina," kata peguam utama Ketua Pembangkang Karpal Singh kepada pemberita hari ini selepas Anwar memberi keterangan dari kandang tertuduh. Kes peringkat pembelaan bermula hari ini. Karpal berkata sebaik sahaja mahkamah mengeluarkan sepina, mereka yang dinamakan dalam perintah mahkamah perlu datang. Kata beliau, perintah mahkamah telah diberi Jumaat lalu. Pada 12 Ogos lalu, Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor muncul di Mahkamah Tinggi untuk bertemu dengan pasukan peguam Anwar. Bagaimanapun kedua-dua mereka enggan ditemu bual dan tidak akan memberi apa-apa kenyataan melainkan mahkamah mengeluarkan sepina. Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang turut dinamakan sebagai saksi pembela, juga memberikan jawapan yang sama. Karpal juga berkata mereka yang diarah memberi keterangan ketika prosiding pembelaan masih boleh memohon untuk mengetepikan perintah mahkamah. "Ya, mereka masih boleh (memohon) mengetepikan sepina," katanya. Bagaimanapun jelas Karpal, beliau belum dimaklumkan apa-apa mengenai permohonan sedemikian. (Disunting dari The Malaysian Insder) | Tv3Suku... Seekor Kuda Ditunggang Pelancong... Posted: 22 Aug 2011 06:36 AM PDT Oleh: TopengMerah "TV3 menerusi Buletin Utama semalam menyiarkan rasa tidakpuas hati para pengusaha kuda tunggangan riadah di pantai Batu Feringgi, Penang. Menurut laporan mereka beberapa pengusaha servis itu mengeluh kerana perkhidmatan kuda tunggangan mereka telah pun di hentikan oleh Kerajan Negeri Pulau Pinang sejak berlakunya kemalangan yang melibatkan seekor kuda yang ditunggang pelancong melanggar seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai itu. Para pengusaha tersebut mengeluh kononnya dengan larangan kerajaan negeri PP itu, sumber rezeki mereka telah tersekat seolah-olah periuk nasi mereka telah di masukkan pasir. Sekali lagi TV3 telah mempolitikkan isu. Apa yang sebenarnya berlaku ialah, larangan kerajaan PP itu bersifat sementara. Sukacita diingatkan, yang keputusan itu diambil oleh kerajaan negeri adalah bagi mengutamakan keselamatan rakyatnya sehingga jalan penyelesaian dijumpai untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga sedang menimbang untuk mencadangkan lokasi alternatif yang lebih sesuai untuk riadah ini.Kerajaan negeri bukanlah zalim. Dengan PRU 13 yang bakal mengetuk pintu, kerajaan PP bukanlah bodoh untuk membuat suatu keputusan yang tidak popular yang dapat menghilangkan undi rakyat. Kerajaan PP sebenarnya perihatin dgn mewartakan larangan itu apabila mengambil kira kesengsaraan kanak-kanak malang itu dan juga sensitiviti kedua2 ibu bapa dan keluarga kanak-kanak itu. Adalah menjadi satu perkara biasa apabila larangan yang bersifat sementara atau pun penggantungan sesuatu aktiviti itu terpaksa dibuat sementara siasatan di jalankan. Seperti yang dikatakan tadi, kerajaan PP tidak lah zalim. Zalim membawa erti membuat sesuatu itu tidak kena pada tempatnya. Jika zalim, mereka telah pun mengharamkan aktiviti ini sedari dulu lagi tanpa sebab. Ini tidak, penggantungan itu dibuat sebagai respon mereka terhadap kemalangan yang menimpa anak kecil itu. Ini jelas menunjukkan yang mereka telah pun melakukan satu tindakan yang tepat yang mengutamakan keselamatan rakyat. TV3 sebenarnya telah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan PP sehinggakan isu ini pun dipolitikkan untuk menghentam lawan. Biarlah kerajaan negeri mentadbir negeri mereka, jangan lah isu yang isolated seperti ini pun hendak dipolitikkan. Mungkin kuda itu tidak merempuh anak cucu orang BN atau kaum kerabat orang TV3, oleh sebab itu lah mereka tidak sensitif. Bayangkan jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kekal hasil dari pelanggaran itu, bagaimanakah rasa kedua ibu bapanya? Pasti kecewa bercampur marah. Tambahan pula BN yang menyalak sebagai kerajaan perihatin tidak langsung melahirkan rasa simpati terhadap mereka tetapi dilihat lebih mempertahankan pengusaha kuda. Lidah TV3 sememangnya bercabang. Inilah sifat mereka akhir-akhir ini. Percayalah, jika kerajaan PP masih membenarkan aktiviti menunggang kuda ini diteruskan, nescaya TV3 akan menyerang mereka dari arah bertentangan dengan menghantar pencacai mereka ke rumah kanak-kanak itu dan membuat liputan dengan penuh kepura-puraan kononnya mereka mengambil berat tentang kanak-kanak malang itu. Mereka akan menyerang kerajaan PP dengan mengatakan yang Kerajaan PP tidak perihatin terhadap rakyat nya yang ditimpa musibah tetapi lebih mengutamakan keuntungan komersial dengan tidak mengenakan larangan aktiviti kuda pantai itu. Inilah sifat jijik kewartawanan TV3. Entah lepasan universiti "cikai" mana wartawan mereka sekarang ini. Sesungguhnya editor mereka juga bersifat bebal. TV3 sepatutnya lebih fokuskan kepada isu yang lebih makro untuk diketengahkan. Hentikanlah sikap yang menjengkelkan ini. (IH) | Gadis Ini Tersepit Dipintu Bas, Kesian, Tapi Lucu.. Posted: 22 Aug 2011 06:35 AM PDT
ANHUI: Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China. Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas. Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu. The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit. Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian… | SU PAS: Saya Tidak Akan Minta Maaf, Jumpa Di Mahkamah Posted: 22 Aug 2011 06:35 AM PDT
KL 22 Ogos 11: Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini. Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu. "Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah," jawabnya. Mustafa (gambar) juga secara tegas berkata akan mengemukakan bukti itu ke mahkamah. "Saya akan kemukakan bukti ke mahkamah jika dibawa ke mahkamah," katanya ringkas. Hari ini, Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu. Menurut Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, selain Mustafa, pihaknya juga akan mempertimbangkan pihak-pihak lain dalam saman yang akan difailkan selepas Aidilfitri. Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin pada satu pertemuan yang dijadual untuk diadakan minggu lalu. Tetapi ia ditangguhkan buat sementara waktu sehingga siasatan Jais selesai. Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan. (IH) | Isu Gereja, Sultan Cadang Majlis Syura Posted: 22 Aug 2011 06:34 AM PDT KL, 22 Ogos 11: Susulan kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan segala pertikaian. Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar), Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar. "Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu," kata Khalid dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. "Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan." Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu. Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu. (IH) | Ini Dia, Orang Islam 'Disyaki Masuk Kristian'? Posted: 22 Aug 2011 06:33 AM PDT
KL 22 Ogos 11: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disahkan telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian dalam serbuan jabatan itu ke atas sebuah gereja pada awal bulan ini. Sumber kerajaan negeri Selangor mengesahkan bahawa perkara itu terkandung dalam laporan awal siasatan berkenaan yang disediakan oleh JAIS berhubung serbuan jabatan itu ke atas Damansara Utama Methodist Church. Kandungan laporan itu juga sama dengan sebahagian daripada kandungan yang dibocorkan ke blog pro-BN sebelum ini, menurut sumber berkenaan. "Program Thanksgiving Dinner ini disyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai majlis berbuka puasa dengan melibatkan orang Islam sendiri," laporan itu dipetik. Pemeriksaan ke atas kira-kira 100 orang hadirin di majlis berkenaan turut mendapati bahawa seramai 12 orang daripadanya merupakan penganut Islam. Laporan berkenaan menyenaraikan sepenuhnya nama serta nombor kad pengenalan individu berkenaan. "Salah seorang yang mendakwa dirinya penganjur utama telah ditanya secara lisan oleh penguatkuasa JAIS kepadanya sama ada dia beragama Islam. "...Dia menjawab 'I Believe in God' dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kad pengenalannya jelas beliau seorang Islam." Laporan itu turut menyatakan bahawa seorang individu berbangsa Melayu diperhatikan sedang memberikan ucapan "tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam" dalam majlis berkenaan. Menurut laporan itu lagi, tiga orang peserta Islam cuba melarikan diri melalui pintu belakang secara senyap. Selain itu, beberapa orang anggota penganjur juga dikesan memakai baju kebaya dan baju kurung manakana dua buah lagu bertajuk "Alhamdulillah" dan "Allahuakbar" turut dinyanyikan dalam program berkenaan. (IH) | Yohanus murtadkan 200 orang Islam, Mohd Farhan Islamkan 4000 orang kristian Posted: 22 Aug 2011 06:32 AM PDT
Dulu matlamat hidupnya, adalah memurtadkan seberapa ramai orang Islam. Sejak usia tujuh tahun lagi, Yohanus sudah dihantar keluarganya untuk bersekolah di gereja bagi melatih dirinya menjadi mubaligh. "Keluarga saya memang berpegang pada ajaran Kristian yang kuat. Tidak hairanlah, bapa saya ketua gereja Kota Belud (Sabah) pada masa itu," katanya yang kini dikenali sebagai Ustaz Mohd Farhan Abdullah al-Hafiz. Dalam usia remaja, mubaligh Yohanus berjaya memurtadkan, lebih 200 orang Islam. Lantaran itu, dia dinaikkan pangkat hingga bergelar pastor. Ini amat menggembirakan keluarga, terutama bapanya yang menaruh harapan mahu Yohanus menggantikan tempatnya atau mendaki kedudukan lebih tinggi. "Saya dihantar ke sekolah Kristian di Namous termasuk mendalami kitab Bible di Pusat Gerakan Penginjilan Sidang Injil Borneo (SIB) untuk meningkatkan lagi keupayaan menarik orang mendekati Kristian terutama memurtadkan orang Islam," katanya. 'Kejayaan' dikecapi selain sokongan keluarga membuatkan Pastor Yohanus lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab agamanya. Bagaimanapun, kehendak ALLAH ternyata mengatasi segalanya. Atas beberapa insiden, hati Yohanus tiba-tiba berubah menjadi tertarik kepada Islam, satu agama dan umat yang paling dimusuhinya sejak kecil. "Meskipun saya sering bercerita yang baik dan menarik mengenai Kristian, namun dalam hati saya, tiada siapa yang tahu apa yang saya sendiri rasakan," katanya. Farhan berkata, jauh di lubuk hatinya, dia sering diburu perasaan ada sesuatu yang tidak kena dalam hidupnya, terutama tentang apa yang dibuatnya selama ini. "Kepercayaan saya (waktu itu) sering berperang dengan hati sendiri," katanya. Namun segala-galanya berubah, sebaik sahaja dia mengucap dua kalimah syahadah pada 1990. "Segala keraguan dan keluh-kesah itu pergi dengan tiba-tiba. Hingga sekarang, saya berasa amat tenang bersama Islam, sesuatu yang saya tidak pernah rasai dulu," ujarnya sambil tersenyum. Farhan berkata, meskipun sudah jadi Islam, dia tidak puas mendalami agama suci ini. "Semakin hari, saya melihat Islam itu indah, sehinggakan saya nekad mendalami Islam dengan menuntut di Institut Dakwah Islamiyah Perkim di Petaling Jaya dan melanjutkan pelajaran ke Mesir sehingga mendapat ijazah dalam pengajian al-Quran dan Qiraat Shubra Al-Azhar," katanya. Setelah 20 tahun memeluk Islam, Farhan telah mengislamkan lebih 4,000 orang Kristian. Menurutnya, itu adalah usahanya bagi menebus apa dilakukan sebelum ini dan berusaha menarik lebih ramai orang untuk mencintai Islam. "Walaupun sudah masuk Islam, saya masih lagi mengkaji pergerakan mubaligh Kristian dan melihat perkembangan kitab yang digunakan Kristian. "Sebagai contoh, banyak gereja hari ini, menyalahgunakan kebebasan beragama, Bible dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris semakin banyak diedarkan. Penyebaran agama dilakukan dengan semakin terbuka apabila kebanyakan hotel di negara ini menyediakan kitab Bible di setiap bilik," katanya. Mohd Farhan berkata, penguatkuasaan oleh pihak berkuasa dalam membendung usaha penyebaran agama lain, terhadap orang Islam masih belum menyeluruh kerana setelah kerajaan membenarkan lebih 35,000 al-Kitab (Bible dalam bahasa Melayu) dibawa masuk ke Malaysia penghujung tahun lalu, kebanyakan penyebar agama Kristian menggunakan kesempatan itu dengan sewenang- wenangnya mencetak dan membawa masuk lebih banyak lagi al-Kitab. "Terdapat al-Kitab yang ada tidak ditulis 'hanya untuk penganut Kristian', malah setiap naskhah yang diedar tidak mempunyai kod atau cop yang mengesahkan kemasukannya. "Perkara itu berbeza di negara Islam lain, al-Kitab yang dibawa masuk mempunyai kod tersendiri dan dengan jelas dimaklumkan hanya untuk penganut Kristian," katanya. "Bagi mengekang penyebaran itu secara lebih berleluasa, pihak kerajaan perlu tegas dalam perkara itu," katanya. SH | Wajib baca!! Pasai apa jangan dok sokong Umno Posted: 22 Aug 2011 06:31 AM PDT Kenapa JANGAN SOKONG UMNO 1) Dasar Umno tidak meletakkan Islam sebagai TERAS PERJUANGAN Perlembagaan Umno : FASAL 3 – Asas & Tujuan UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan. 3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. 3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
Umno meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi sebab itulah jika apa-apa sahaja termasuk hukum Islam bercanggah dengan perlembagaan negara maka ia TERBATAL. Islam hanyalah setakat doa di majlis dan tidak diletakkan di tempat sepatutnya. Dalam Umno Islam diletakkan dibawah Biro Agama yang setaraf dengan Biro Kebajikan, Biro Pertanian dan sebagainya. Sebaliknya PAS meletakkan Islam memerintah (mengawal dasar parti) iaitu Institusi Majlis Syura Ulama'.
2) Dasar Umno yang pragmatik (ikut suasana). Mana yang boleh untung akan diikuti dan diamalkan seperti penubuhan bank Islam dan sebagainya sebaliknya apa yang dilihat tidak menguntungkan seperti pengharaman riba, penghapusan pusat perjudian, pusat maksiat dan sebagainya tidak dilaksanakan.
3) Islam hanya kuda tunggangan Umno di mana ia boleh dipakai dan dibuang bila-bila masa. Contohnya bila pemimpin atau isteri pemimpin melawat negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mereka pakai penutup kepala (masih tidak tutup aurat) tetapi bila balik ke Kuala Lumpur tudung kepala sudah hilang.
4) Akhlaq pemimpin mereka yang mengaibkan di mana ramai yang ditangkap rasuah dan mempunyai skandal dengan wanita (tau-taulah sendiri siapa).
5) Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpulkan kekayaan dan pangkat bukannya untuk membela agama dan rakyat. Sebab semasa pemilihan Umno mereka sanggup menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit untuk menang sehingga ramai yang disabitkan dengan rasuah.
6) Umno tidak membela agama. Contohnya isu murtad dipolitikkan sedangkan sebelum ini Umno memandang sepi tentang pendedahan ratusan ribu umat Islam murtad. Malah Umno tidak pernah menyokong usul tergempar PAS di Parlimen yang mahukan undang-undang murtad digubal dan dikuatkuasakan.
7) Orang Agama (Ulama') Umno hanya kupang tembaga yang peranannya hanyalah untuk menjadi peluru melawan PAS, baca doa, tahlil dan sebagainya. Tidak berani mempertahankan yang hak dan mencegah kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan partinya.
8) Dasar Umnoputera bukan bumiputera akhirnya menggagalkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya hanya menindas sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi. Kekayaan negara yang berlegar di kalangan kroni mereka sahaja.
9) Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan dan Terengganu (1999-2004) dalam hal royalti petroleum.
10) Khianat kepada bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI dan akhirnya sedar selepas ditekan hebat oleh PAS.
11) Politik khianat bangsa sendiri dengan mementingkan kuasa. Contohnya tidak menambah kerusi Parlimen Melayu di negeri-negeri kuat PAS pada persempadanan semula kawasan parlimen pada 2004. Contohnya tiada penambahan di Terengganu pada tahun tersebut.
12) Umno mengajar rakyat dengan budaya rasuah sewaktu kempen pilihanraya malah dalam pemilihan Umno sendiri sehingga ramai pemimpinnya dibuktikan kaki rasuah.
13) Umno dilanda penyakit nyanyuk seperti yang dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam
14) Umno sudah busuk sampai ke usus sukar untuk diubati seperti kata Tun Mahathir
15) Kewujudan Perkasa (Perkasam) sebagai kumpulan pendesak Melayu membuktikan Umno gagal membela Melayu.
16) Merestui malah menggalakkan industri judi di mana pendapatan hasil cukai judi ialah RM2.3 bilion. Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di Genting Highland.
17) Institusi Melayu iaitu Felda digunakan untuk menindas peneroka. Wang Felda susut sebanyak RM1.35b pada 2009. Wang sebanyak itu dihabiskan untuk tanam semula RM2b, membina bangunan Felda (RM662juta) dan basmi kemiskinan di Sabah (RM253juta).
18) Umno tidak bijak memerintah sehingga hutang negara meningkat kepada RM362b.
19) Membazirkan wang rakyat RM77juta setahun mengupah Syarikat Yahudi Apco. Jika wang sebanyak itu digunakan untuk membina rumah rakyat berharga RM30,000 sebuah maka sebanyak 2566 buah rumah dapat dibina dan diberikan secara percuma atau dengan bayaran minima kepada rakyat miskin.
20) Umno mengamalkan rasuah dan gagal mengatasi masalah tersebut sehingga RM28bilion duit rakyat hilang. Mereka mengabui mata rakyat dengan istilah ketirisan bukan rasuah dan penyelewengan.
21) 53 tahun merdeka masalah akhlaq dan moral semakin parah. Statistik tahun 2009 menunjukkan 17,303 orang ANak HARAM dilahirkan. Ini bermakna 48 orang anak haram dilahirkan setiap hari dan 2 orang pada setiap jam. Bermakna setiap tahun ada sekurang-kurangnya 34,606 orang penzina (ini yang berzina dan mengandung sahaja).
22) Membiarkan ketagihan arak dikalangan rakyat sehingga rakyat membelanjakan RM1.7bilion untuk membeli arak dan berada dalam ranking ke 10 di dunia. 23) Tanah rezab Melayu telah susut dari tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta atau 44 peratus sahaja sekarang. 24) Mengamalkan semangat perkauman sempit dan mengapi-apikan semangat perkauman ini sehingga menimbulkan suasan tidak senang di kalangan rakyat berbilang kaum 25) Mengeksploitasi isu sensitif berkaitan agama Islam demi kepentingan politik seperti isu gereja, isu murtad dan sebagainya. | SUP BAYI pulak dah.Nauzubillah Posted: 22 Aug 2011 06:30 AM PDT Siaran ulang tayang Ni kisah sup bayi di China. Ada ke nak lalu makan Baby Eating in ChinaVery disturbing pictures are now spreading across the internet about a certain delicacy which could be found in China. A town in Canton is now on trend making baby herbal soup toincrease health and sexual performance/stamina. The cost of the fetus soup in China currency is approximately $ 4000 (around RMB 2000). A factory manager was interviewed and he testified that it is effective because he have tried it and is a frequent customer. It is a delicacy whereby expensive herbs are added to boil the baby with chicken meat for 8 hours boiling/steaming. He was interviewed with his second and very young wife, who is only 19 while he is now 62. He testifies the potency of the fetus soup and he was able to make love with his wife everyday."Spare rib soup" local code for fetus soup is being served to local restaurants in Canton. Couple who would like to abort their babies, could just go to these local restaurants and sell the aborted baby for 2,000RMB (China currency). These local restaurants also accepts placentas for several hundreds if couples do not want to sell their babies.It is very disturbing to mention that most fetus served in these local restaurants are female babies. This is due to the fact that majority of Chinese prefers to have male babies and those poorer families usually end up selling their female babies. | Politik BN mengatasi undang-undang.?? Posted: 22 Aug 2011 06:28 AM PDT Oleh V. Sivakumar: Adakah cabang legislatif masih dihormati oleh pemain-pemain politik negara kita? Apa yang berlaku di Perak telah membuktikan sebaliknya. Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tata cara pentadbiran negara kita akan tergugat. Apabila ada pihak yang melihat diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita. Parti politik menyekat badan perundangan
Kita melihat bagaimana organisasi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara, malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut luntur. Walau pun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam Perlembagaan, peranannya sebagai pengerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Namun, permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan. Dalam kes negeri Perak, memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan . Dewan Undangan Negeri tidak lagi dihormati oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak. Kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri dicabar, malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan. Dewan Undangan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungi menjalankan tanggunjawab Perlembagaan. Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009. Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Undangan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok. Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak dilakukan sehingga hari ini. Kes Datuk Harun di SelangorSebagai contoh, Allahyarham Datuk Harun Idris adalah seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada suatu masa dahulu telah dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak Dewan Undangan Negeri Selangor pada 25 Mac 1976. Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri, iaitu UMNO. Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti. Apa yang cuba dijelaskan di sini ialah pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru. Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menolak kepimpinan Datuk Harun di dalam Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara Komanwel. Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di negeri Perak apabila BN merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat. Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Nizar. Malah seorang Menteri Besar telah dilantik di Istana secara tergesa-gesa. Permainan politik kotor BN ini telah mengganggu perjalanan Dewan Undangan Negeri di Perak. Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini. Kesan politik kotor BN di Perak
Ekoran daripada itu, Dewan Undangan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan diatur oleh BN untuk menyelamatkan kerajaan mereka yang ditubuhkan secara haram. Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit. Persidangan Dewan Negeri pada Isnin lalu hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Inilah akibat apabila negeri mendapat kerajaan yang diranpas secara haram. Mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat pada 2008 telah dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan campur tangan mahkamah. Ketakutan kerana tidak mendapat sokongan rakyat kini menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan BN di Perak. Yang berlaku sekarang ialah politik yang melampau ini mencemarkan dan bakal menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada. Yang menanggung derita dan rugi ialah rakyat sendiri. | melayu perlu bersatu di bawah regim harbi umno apco. Posted: 22 Aug 2011 06:26 AM PDT KAH KAH KAH UTK PELAJAR2 UNIVERSITI MEMBACANYA. INI YG PEDAGANG ILMU NI KATA SURUH ORG MELAYU BERSATU.. DI BAWAH REGIM HARAMJADAH MUSLIM HARBI UMNO APCO? KAH KAH KAH MELAYU PERLU BERSATU - PROFESOR KANGKUNG.
Pemimpin Melayu perlu bersatu dan jangan terlalu mementingkan agenda politik jika mahu melihat kemerdekaan mereka berkekalan kerana perpecahan boleh menyebabkan mereka hilang kemerdekaan.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.
"Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.
"Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat...agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di Sintok hari ini.
Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.
"Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang.
"Jadi saya harap supaya golongan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama.
"Jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis...itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur," kata Mohamed Mustafa.
Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.
"Sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan ulama upahan, ulama pengampu...Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa," katanya.
Beliau berkata sempena sambutan kemerdekaan negara tahun ini, masyarakat perlu mengingat kembali kejayaan mengalahkan British dan Malayan Union disebabkan keutuhan perpaduan kerana pada waktu itu orang Melayu mengetepikan perbezaan, semangat kenegerian, keghairahan dan kelompok demi untuk menentang penjajah.
"Kita nak lihat sempena merdeka ini parti-parti di negara ini boleh bersama-sama mengetepikan perbezaan dan menunjukkan mereka patriotik dan bersatu hati untuk membangunkan agenda agama, bangsa dan negara," katanya. -Mkini
KAH KAH KAH OIT... INI 1 LAGI KUPASAN DARI PROFESSOR KANGKUNG.. UTK MENYATUKAN ORG MELAYU PERLU SOKONG HARBI UMNO APCO.. SUPAYA SENANG BANGSAWAN HARBI INI TERUS MEROMPAK WANG NEGARA.. SUPAYA RAKYAT DAN ORG MELAYU TERUS MENDERITA.. DGN KENAIKAN SEMUA HARGA.. KAH KAH KAH
KAH KAH KAH SETIAP KATA KATANYA HANYA MEMBUATKAN KITA KETAWA.. KERANA JELAS PROFESSOR KANGKUNG INI ADALAH PENCIUM HARBI APCO.. APAKAH DGN KENYATAAN SEDEMIKIAN BONGOK DAN AMPU.. PROFESOR INI AKAN DI ANGKAT MARTABATNYA OLEH HARBI UMNO APCO.. KAH KAH KAH
KAH KAH KAH ORG MELAYU AKAN BERSATU BILA.. HARBI HARBI DARI BANGSAWAN UMNO APCO DI TUMBANGKAN.. ITU MATLAMAT ORG MELAYU.. SUPAYA NEGARA SELAMAT DAN BERKEBAJIKAN.. KAH KAH KAH
MENTERI INDON DI JABATAN PERDANA MENTERI. KAH KAH KAH | Tak perlu tunggu PSC untuk laksana pilihan raya telus Posted: 22 Aug 2011 06:24 AM PDT
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kerajaan tidak perlu menunggu pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihan raya di negara ini.Sebaliknya kerajaan mampu melaksanakan tuntutan Gabungan Bersih 2.0, sekiranya ikhlas berbuat demikian tanpa menunggu penubuhan jawatankuasa itu. "Keputusan segera boleh dibuat dan tidak perlu menggunakan PSC sebagai jalan penyelesaian. Contohnya penggunaan dakwat kekal yang sampai sekarang tidak mempunyai jawapan walhal dakwat tersebut telah pun dibeli tahun 2008 dulu. "Ini termasuk dengan isu pemilih dalam daftar pengundi SPR yang diragui kebersihannya," kata Saifuddin ketika dihubungi Keadilandaily.com. Beliau berkata demikian ketika memberi respon berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengegaskan pilihanraya umum akan diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan penubuhan PSC. Ahli Parlimen Machang itu berkata, pelbagai agensi seperti Jabatan Pendaftaran negara (JPN) dan pihak polis sepatutnya membantu menyelesaikan isu seperti pengundi bertindih dan pengundi hantu yang berada dalam daftar pemilih SPR. "Jadi tidak ada masalah dari pihak SPR untuk mengemaskinikan data mereka jika mereka bekerjasama dengan pihak polis serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara langsung. Ini semua tidak perlu menunggu PSC," kata beliau. Menyifatkan kerajaan tidak serius melaksanakan reformasi pilihanraya, Saifuddin juga mengkritik jawatankuasa itu dengan menyifatkan ia tidak memberi kesan, selain tindakan terdesak untuk menyedapkan hati pelbagai pihak. "Jawatankuasa seperti ini sebenarnya sudah beberapa kali ditubuhkan dalam banyak isu. Cuma masa kali ini, ianya ditubuhkan kerana Kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat tekanan Gabungan Bersih 9 Julai lalu. "Perdana Menteri mengalami masalah dari sudut reputasi dan kredibilitinya dalam melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya. Berdasarkan perkara itu, katanya, cadangan PSC itu juga tidak menunjukkan kesungguhan melaksanakan sistem pilihan raya bersih dan adil seperti dituntut banyak pihak. "Ianya hanyalah satu tindakan penyelesaian jangka pendek bagi mengendurkan kemarahan rakyat seperti menyimbah air ke dalam api," katanya. -KeadilanDaily | |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Posted: 22 Aug 2011 09:37 AM PDT Apa Pula Pendirian Umno-MCA Dalam Isu JAIS? Posted: 22 Aug 2011 08:14 AM PDT
Oleh Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Dalam keseronokan Umno menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) walaupun PAS telah menyatakan pendirian tegasnya dalam mempertahankan aqidah umat Islam, rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.
Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metro telah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan.
Dr Chua turut dipetik sebagai berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu. "Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya," tambahnya lagi.
Selain itu, Naib presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan. Jadi, apakah pendirian rasmi Umno Barisan Nasional dalam isu ini? Satu belah, Umno menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam, rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya. Sejak penubuhan PAS, rata-rata umat Islam tahu parti sentiasa berpendirian dengan tegas bagi mempertahankan aqidah umat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti sehinggakan hari ini Umno and MCA masih menakutkan umat Islam dan bukan Islam bahawa kita satu parti yang ekstemis dalam mempertahankan aqidah umat Islam – tak boleh judi, tak suka arak, membanteras murtad dan sebagainya. Disebabkan ketegasan PAS dalam isu membanteras murtad, PAS mengesa agar Jais agar mengambil tindakan segera sekiranya cukup bukti selaras dengan peruntukan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh kerajaan Selangor untuk mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah. Disebabkan kekurangan maklumat, dan juga first-hand news, PAS turut mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kedua-dua pihak, Jais dan GMDU, tapi malang, kedua-duanya memilih untuk menangguhkan perjumpaan. Akan tetapi, pada masa yang masa, bukti-bukti Jais pula mula terledak di Internet walaupun ia sepatutnya rahsia sehingga pendakwaan dibuat di mahkamah.
Bahkan, lidah rasmi kami Harakahdaily sudahpun melaporkan bahawa terdapat percanggahan antara apa yang dinyatakan oleh pegawai gereja GMDU bahawa majlis makan malam anjuran Harapan Komuniti tidak mempunyai kaitan dengan agama dengan bukti video Jais ketika menyiasat di majlis makan malam GMDU yang kini hangat yang kini hangat dipertontonkan di internet. Kini PAS, ada dua persoalan – mengapa Jais masih berlengah-lengah untuk bertindak, dan juga kesenyapsunyian gereja mengenai percanggahan kenyataan pihak gereja dengan video penyiasatan Jais yang kini tersebar luas – namun keduanya tidak mempunyai jawapan sehingga ini PAS masih tidak dapat bertemu dengan kedua-dua pihak.
Walaupun telah membuat pendirian tegas dalam isu Jais ini dan juga menunjukkan keadilan dalam Islam sebenar dalam mencari penyelesaian adil dalam isu ini, namun media pro Umno sehingga hari ini masih mendesak PAS untuk menyatakan pendirian. Sebaliknya, rakyat masih sehingga hari ini tak tahu apa pula pendirian BN, khususnya Umno dan MCA dalam isu ini selain sibuk menyerang PAS? Ada sesiapa dari seberang sana boleh menjawab?
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat | Najib Razak memecah kesunyian Posted: 22 Aug 2011 08:06 AM PDT Akhirnya, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memecah kesunyian mengenai pembelian cincin berlian biru isterinya yang didakwa bernilai AS $ 24 juta, besan dan mengenai dakwaan beliau dari Kazakhstan adalah sebahagian daripada geng Mafia Rusia. Sekarang, mungkin lebih baik jika dia telah berdiam diri sahaja. Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.
"Adakah Kompas menarik balik laporan mereka dan memohon maaf kerana silap melaporkan dan memfitnah Najib atau adakah editor Kompas yang menemu bual Najib hanya meminta maaf atas ihsan kerana memalukan beliau setelah mereka berjumpa? Juga, mengapa pula kebetulan Najib tiba-tiba bersetuju untuk ditemuduga pihak Kompas? Kelihatan ini seperti langkah kurang bijak, satu lagi kesilapan yang memalukan." Kata Timbalan Presiden PKR, Tian Chua.
Malah, semakan ke atas laman web Kompas menunjukkan hanya laporan yang bertajuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia yang wujud. Eekmal Ahmad juga mengesahkan bahawa tidak ada penarikan balik artikel yang bertarikh Ogos 4 itu. Walau bagaimanapun, itu tidak mematahkan para penasihat Najib daripada mendakwa bahawa laporan pihak Kompas itu adalah palsu. Bernama, sebuah agensi berita nasional Malaysia juga melaporkan bahawa Kompas telah memohon maaf untuk "laporan yang berunsur fitnah itu". "Laporan ini mendakwa dua masalah penting dalam kerajaan BN Najib. Satu adalah kurangnya ketelusan dalam urusan kewangan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarga mereka. Dan yang kedua; skandal tidak berkesudahan membabitkan wang dan harta. Mereka boleh menafikan sekeras-kerasnya tetapi orang ramai sudah tidak percaya kepada mereka, "jelas Naib Presiden PKR, N Surendran. Peluang untuk menangkis, bukan menarik balik
Dalam temubual Kompas yang terbaru, Najib menafikan Rosmah telah memesan cincin tersebut. Dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada mas kahwin dan anak perempuan beliau Nooryana dan hadiah khas kepada Wanita Pertama Malaysia. ( bukti penipuan Najib) "Cincin ini tidak dipesan oleh Rosmah sama ada untuk dibeli atau untuk dipertunjukkan kepada pihak-pihak tertentu," Kompas melaporkan Najib sebagai berkata pada hari Ahad. Najib juga menafikan bahawa Maira Nazarbayev, ibu mertua Nooryana anak perempuannya, dikaitkan dengan "mafia Rusia". Beliau memberitahu Kompas bahawa gambar barang itu telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik untuk disebarkan keseluruh negara sebelum pilihanraya yang dijangka boleh diadakan seawalnya tahun ini juga. Walaubagaimanapun,Najib enggan memberitahu tarikh sebenar. PM Malaysia ini juga berkata laporan Kompas itu memudaratkan pentadbiran beliau kerana ia berkaitan dengan Rosmah dan Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam komisen kontroversi untuk urusniaga kapal selam Scorpene yang mana Najib telah dituduh menerima rasuah. Wartawan berkata, seadilnya, Kompas telah memberikan Najib peluang untuk menyangkal laporannya. Tetapi mereka menyatakan bahawa mereka tidak menarik balik atau membuat kenyataan bahawa laporan itu adalah palsu. Ia juga memberitahu bahawa Najib juga tidak menawarkan apa-apa penjelasan. PM itu semata-mata menafikan dakwaan dan berharap orang ramai akan mempercayai beliau. Tiada langsung maklumat terperinci diberikan. SPRM menikus, seperti juga pendirian mereka terhadap dakwaan ke atas Rosmah Sebaliknya, seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, terdapat bukti yang kelihatan berkait dengan cincin Rosmah. Maklumat mengenai import cincin tersebut muncul dalam pangkalan data Jabatan Kastam negara Malaysia Badrul telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tetapi tiada tindakan susulan diambil. Pihak Kastam juga tidak menawarkan sebarang penjelasan. "Najib melakukan perkara yang sama sepeti Rosmah; mengelak daripada isu sebenar," kata Badrul. Rosmah ,dua minggu lalu telah berkata bahawa beliau tidak akan memberi penjelasan terhadap spekulasi itu. Beliau juga cuba untuk menarik simpati orang ramai dengan berkata bahawa beliau sudah biasa diburuk-burukkan oleh musuh-musuh beliau. Tetapi ramai rakyat Malaysia tidak bersimpati dengan beliau. Sebaliknya,beliau dikecam kerana tidak menafikan hal tersebut. Media kerajaan juga diselar kerana membuat kesimpulan mereka sendiri bahawa Rosmah telah menafikan pembabitan beliau dengan cincin tersebut demi membantunya untuk menutup hal sebenar. Selain itu, kedua-dua suami dan isteri ini masih belum menjelaskan kepada Parlimen mengenai perbelanjaan besar lawatan ke luar negara mereka, rungut para penggubal undang-undang dari pihak pembangkang. Kaitan dengan Khairy? Tetapi perkembangan yang paling menarik daripada keseluruhan isu ini adalah cara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengalih pandangan rakyat kepada berita terkini. Menggunakan Twitter, beliau cuba menarik perhatian kepada laporan Kompas dengan menyalahkan de-facto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim, yang sememangnya seorang tokoh yang popular di Jakarta. Khairy dengan tidak membuang masa melibatkan diri dalam pertikaian berpanjangan di Twitter dengan ahli parlimen pembangkang Dzulkefly Ahmad mengenai isu Najib dan keluarganya yang membawa rombongan besar ke Kazakhstan menggunakan wang kerajaan untuk pertunangan anak perempuannya pada bulan Jun lepas. Walaupun ia seiring dengan lawatan rasmi, majoriti daripada ahli rombongan dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan mewah anak Najib dan bukannya untuk tugas rasmi. Namun begitu, Khairy dituduh sengaja menarik perhatian kepada penyalahgunaan dana awam oleh Najib. Sejurus selepas laporan Kompas itu diterbitkan pada 4 Ogos lepas, Khairylah yang didakwa membekalkan berita tersebut kepada Kompas "Diketahui umum bahawa Kompas akhbar Indonesia yang diusahakan oleh Ketua Paramount Pakatanis '. Info disalur oleh Pakatanis. Sekarang ditangkap berbohong Padan Muka," pos Khairy dalam Twitter pada hari Ahad. Pembantu Anwar Eekmal Ahmad segera memberi tindak balas. "Khairy, anda berbohong! Sehingga jam 3.48 waktu KL, Kompas menegaskan ia tidak memohon maaf kepada Najib Tun Razak. Kompas hanya membuat satu temu bual!" pos Eekmal di Twitter. "Jangan cuba putar belit bro. Anda tweet bahawa Kompas memohon maaf. Anda sekutukan Kompas dengan Pakatan Rakyat. Anda benci PR, saya faham. Tetapi jangan rosakkan imej Kompas!" "
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 22 Aug 2011 09:28 AM PDT |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 22 Aug 2011 09:18 AM PDT Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan Posted: 21 Aug 2011 06:42 PM PDT PROGRAM MUNAJAT PERDANA Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan Objektif : - Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13. - Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS. - Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam. Peserta : Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir. Tentatif Program 09.00-09.45 PM Solat Tarawih 09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live) 10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis (Live daripada Taman Melewar) 10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila) 10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila) 11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru). 03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing | |
Pemuda Bersamamu v3 Posted: 22 Aug 2011 09:18 AM PDT Segerakan pembinaan hospital Dungun! Posted: 21 Aug 2011 05:00 AM PDT - hospital sedia ada terlalu banyak kelemahan dan sudah berumur 44 tahun DUNGUN - Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun meneruskan agenda 'Pemuda Bersamamu' dengan mengadakan lawatan bertemu dengan para pesakit dan kakitangan Hospital Dungun. Bersama dalam rombongan lawatan pada Jumaat, 19 Ogos itu adalah Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi Abd Rani. Sehubungan lawatan itu, Ustaz Azman menggesa kerajaan Umno dan Barisan Nasional supaya mengotakan janji untuk membina kompleks hospital baru memandangkan hospital sedia ada telah berumur 44 tahun. "keadaan disini (hospital) terlalu banyak kelemahan, hospital yang ada pada hari ini telah pun berusia hampir 44 tahun, "banyak kekurangan yang perlu ditangani oleh pihak kementerian (kesihatan), kerajaan perlu memberi keutamaan membina hospital baru,"ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, kerajaan wajar menyegerakan pembinaan hospital tersebut memandangkan peningkatan penduduk daerah Dungun yang telah mencapai 160,000 orang. Katanya, kerajaan juga telah mengambil semula dan membuat pembayaran tanah di Kampung Che Lijah untuk dijadikan tapak hospital itu. Namun begitu, beliau kesal keraha menurutnya, cadangan membina hospital Dungun telah dibuat sejak sekian lama, sehingga kini, rakyat Dungun masih 'berputih mata' "Saya difahamkan sejak Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) lagi telah dijangka (dirancang) projek hospital Dungun, tapi sampai sekarang tidak dapat dilaksanakan,"jelasnya. Ustaz Azman selaku Naib Yang DiPertua PAS Dungun meragui janji Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said untuk membina hospital tersebut. Menurutnya, dalam lawatannya Ahmad ke Dungun baru-baru ini, beliau telah sekali lagi berjanji untuk membina hospital baru Dungun. "Walaupun Menteri Besar datang baru ini dengan satu harapan, untuk membina hospital Dungun dengan segera, tetapi kita bagi masyarakat Dungun merasakan satu keraguan, "kerana dalam masa yang sama, di daerah Kemaman juga dijangka akan dibina sebuah hospital baru,"katanya. Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Dungun daripada BN tidak hanya berdiam diri sebaliknya memainkan peranan yang lebih berkesan, memastikan pembinaan hospital baru Dungun. Katanya, pembinaan hospital Dungun lebih utama daripada pembinaan hospital Kemaman, kerana cadangan pembinaan hospital Kemaman hanya baru dimasukkan ke dalam rancangan pada RMK10. Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang mengucapkan terima kasih ke atas kerjasama pihak hospital yang memberikan ruang kepada pemuda PAS melaksanakan amal kebajikan di bulan Ramadhan. Berita : Buletinonline Gambar : Team IT Pemuda Dun Sura
| |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 22 Aug 2011 09:16 AM PDT |
Jasindaily Online Posted: 22 Aug 2011 09:12 AM PDT |
KHIDMAT MERU Posted: 22 Aug 2011 09:05 AM PDT GOLONGAN MISKIN DI BERI SUMBANGAN Posted: 21 Aug 2011 04:35 PM PDT Seramai lebih dari 50 orang ibu tunggal dan warga miskin di kariah Surau Darul Makmur mendapat sumbangan makanan dan wang oleh pihak surau dan PEKAWANIS. YB Dr Rani dan isteri telah dijemput bagi menjayakan majlis tersebut dan dalam ucapannya Dr Rani berharap sumbangan-sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan kenaikan harga barang yang terlalu dirasakan oleh masyarakat bawahan. Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor katanya telah berusaha keras bagi memastikan khazanah Negeri Selangor ini dapat di manafaatkan bagi menaikkan taraf hidup golongan marhain.
| |
PAS Kulaijaya Posted: 22 Aug 2011 07:39 AM PDT |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 22 Aug 2011 07:26 AM PDT |
DUN BUKIT PAYONG Posted: 22 Aug 2011 03:33 AM PDT Tetap bantu sekadar termampu Posted: 21 Aug 2011 09:20 PM PDT Petikan Sinar Harian BUKIT PAYONG – Walaupun wakil rakyat Pas tidak mendapat peruntukan Kerajaan Negeri tetapi parti itu tetap memberi bantuan kepada golongan memerlukan sekadar yang termampu. Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata, pada tahun ini Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong menyalurkan duit raya kepada 300 penerima terdiri daripada golongan kurang bernasib baik membabitkan ibu tunggal, warga emas dan miskin Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Madrasah Darul Iman (MDI) Titian Baru disampaikan Mohd Nor yang Adun Bukit Payong. "Meskipun Pas tidak dapat peruntukan Kerajaan Negeri, tetapi pelbagai aktiviti parti dengan masyarakat tetap dilaksanakan. "Kita (Pas) buat sekadar termampu dengan sumber kewangan dan kemudahan yang terhad," katanya. Pihaknya berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban penerima sempena Ramadan dan Syawal ini. Sementara itu, seorang warga emas, Endon Salleh, 70, berkata, sumbangan duit raya itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangannya yang ketika ini tinggal bersama anaknya. "Duit yang diterima ini dapat saya gunakan untuk menampung keperluan persiapan raya sekurang-kurangnya dapat mengurangkan beban keluarga anak perempuan saya," katanya yang mempunyai dua anak dan lima cucu | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan