Isnin, 22 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 22 Aug 2011 03:09 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


DISEBALIK ISU JAIS VS DUMC

Posted: 22 Aug 2011 12:31 AM PDT

Saya baru menonton klip rakaman video pemeriksaan JAIS di majlis kesyukuran (thanksgiving) di DUMC. Tujuan klip tersebut ialah untuk mengutuk dan memburukkan PAS dengan peristiwa tersebut hanya kerana PAS tidak mengeluarkan kenyataan menyokong JAIS atau menghentam DUMC.

Saya tak faham kenapa PAS disalahkan didalam hal ini. Sila baca kronologi peristiwa dalam artikel YB Dr Dzulkifli dalam blognya dan juga dalam harakahdaily. DHA buat kenyataan sebagai exco agama menyokong tindakan JAIS. Kalau saya jadi dia pun saya akan percaya kepada pegawai jabatan saya. Kemudian YB KS diminta beri komen, beliau menjawab akan tunggu laporan dari DHA. Sebagai pemimpin, kita tidak boleh terus bantai atau sokong mana-mana pihak sebelum mendapat maklumat lanjut terutamanya dalam isu yang boleh menaikkan suhu kemarahan pelbagai pihak. Bergantung kepada media mana yang melaporkan, sudah ada bias dalam laporan. Mkini dan MI dgn versi mereka (pro DUMC), UM dengan versi pro JAIS. Pemimpin PAS seperti biasa mengambil sikap berhati-hati dan tidak emosi dalam membuat kenyataan akhbar, telah mengambil pendekatan untuk mendapat penjelasan drpd semua pihak. Sementara menunggu untuk berjumpa dgn DUMC dan JAIS, banyak bahan bukti telah didedahkan melalui media cetak dan maya (sedangkan JAIS belum siap dan beri laporan kpd MB). Siapakah yang membocorka bahan bukti dan apa tujuannya? Tidak lain kerana hendak melancarkan perbicaraan melalui media dan menerapkan tanggapan mengikut selera pihak tertentu. Niat PAS utk berjumpa kedua-dua pihak tidak tercapai kerana perkara tersebut telah dipolitikkan dan kedua-dua pihak menangguhkan pertemuan. Maka pada ketika itu PAS membuat pendirian meminta JAIS mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang terbabit kerana hangat diperkatakan terdapat bukti-bukti kukuh. Lagi lama ditangguhkan, suhu kemarahan pelbagai pihak akan naik dan mungkin tercetus perkara yang tidak diigini. Pihak tertentu mungkin suka kekacauan tercetus supaya senang ditebar jala ISA seperti pernah berlaku dalam 1980an dahulu. Pemimpin PAS YB KS dan Mat Sabu diantara yang ditahan ISA kerana menentang satu persidangan antarabangsa kristian yang hendak diadakan di ibu kota.

Bayangkan sekiranya PAS lompat masuk ke dalam "bandwagon" mengutuk DUMC yang belum dibuktikan bersalah. Dalam keadaan umat kristian Negara ini turut merasakan mereka dimangsakan dan api kemarahan mereka juga meningkat dengan rentetan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka (hendak menjadi Negara ini Negara kristian) dan umat Islam pula merasakan anak cucu mereka dalam proses untuk dimurtadkan, apa pun boleh terjadi. Sesiapa yang berhasrat untuk menaungi rakyat berbilang bangsa dan agama perlu objektif dalam pertimbangan mereka. Yang hairan mana suara yang mengutuk Perdana Menteri atau pimpinan UMNO yang diam seribu bahasa?

Pihak-pihak yang kutuk PAS bukan sangat nak perjuang isu murtad tapi mengambil kesempatan ini untuk memberi tanggapan yang PAS sudah tidak perjuangkan Islam seperti tertera dalam rakaman video tersebut. Semua ini pelan saraf menghadapi PR untuk memastikan orang Melayu Islam marah kepada PAS apabila fakta sebenar diselewengkan.

Perasaan semua penganut agama perlu dijaga dalam negara majmuk seperti Malaysia. Bukan sahaja penganut Islam. Yang bersalah adalah segelintir penganut kristian, tapi cara pemberitaan telah memberi gambaran semua orang kristian jahat kerana hendak memurtadkan orang Islam. Seorang ahli DHPP beragama kristian katolik mengaku yang ada kumpulan evangelis yang memang berusaha menyampaikan ajaran kristian kerana dalam kitab mereka diperintahkan ajaran Christ disebarkan. Beliau tidak setuju dengan kumpulan-kumpulan tersebut kerana melanggar perlembagaan Negara ini. Malah menurut beliau mazhab katolik tidak bersetuju dengan pendirian kumpulan-kumpulan Evangelis tersebut. Hari ini (22hb Ogos), Sinar menyiarkan pengakuan bekas padri kristian yang memeluk Islam mengaku pernah memurtadkan orang Islam ke agama kristian dan dia kini berusaha untuk "memurtadkan" orang kristian ke Islam. Apakah pemberitaan sebegini tidak menghiris perasaan orang kristian? Kalau suatu masa dahulu, sebelum 2008, semasa BN mendapat sokongan kuat rakyat, berita sebegini tidak akan disiarkan. "Self censorship" para penyunting akhbar tidak akan mahu menanggung risiko permit mereka akan ditarik balik kerana sifat sensitif berita yang akan menimbulkan kegelisahan rakyat jelata.

Tidak timbul PAS nak jaga undi org kristian kerana kebanyakan orang kristian adalah pengundi bandar dan PAS bertanding di kerusi-kerusi melayu majoriti iaitu diluar bandar. Di sabah dan sarawak pun PAS bertanding kawasan majoriti Islam. Kalau PAS nak jaga undi orang melayu Islam dan nak main politik dalam isu ini, PAS akan turut menghentam kristian. Pemimpin PAS tidak lah dungu sangat nak jaga undi 10% undi kristian dan hilang undi majoriti Melayu Islam.

Yang jelas ada pihak yang gian sangat nak gambarkan PAS sudah tidak perjuang Islam dan nak biarkan orang Islam murtad. Rasional lah sikit. Isu murtad bukan baru. Sudah lama bahan-bahan bacaan kristian ada di tempat umum. Di hotel-hotel , bible gideon ada dalam semua bilik hotel. Bukan kerajaan tidak tahu semua ini. SB yang begitu efisien mencari maklumat pembangkang sudah pasti memberi laporan mengenai pusat-pusat pengkristianan kepada kerajaan. tapi tiada tindakan pun yang diambil. YB kulim mulanya terkenal dengan menjaja isu ini bila dia berceramah lama sebelum beliau terlibat dengan politik. Mufti perak juga membuat pendedahan tp cuba lihat balik apa respon pihak kerajaan. Diam seribu bahasa.

PAS tidak mahu main politik dalam hal ini. Bila kita memerintah tahulah kita bagaimana hendak memastikan orang islam tidak mudah dimurtadkan. Kita pastikan benteng akidah dibina supaya di mana sahaja anak muslim pergi dia boleh mempertahankan akidahnya. Di Selangor, semenjak DHA menjadi exco agama kita lihat bagaimana penyuburan majlis ilmu dimasjid-masjid dan surau berlaku. Ada yang komen solat terawih di masjid negeri terasa seperti suasana di tanah suci!. Apa pun kita kena ingat murtad tidak boleh dihalang oleh undang2 semata-mata. Berdetik sahaja dalam hati mensyirikkan Allah swt kita sudah murtad. Ramai yang tak sedar tergelincir dari Islam tanpa perlu masuk kristian. Bila kita sanggah hukum Allah, kita sudah murtad. Bila kita hina hukum Allah, kita sudah murtad. Undang-undang boleh menghalang penyebaran agama lain kpd org Islam dan ianya hanya akan berjaya jika akidah muslim lemah atau orang Islam sudah hilang harga diri muslim apabila terlalu miskin dan jahil atau lemah iman (hadith yang bermaksud kefakiran hampir kepada kekufuran). Apakah akidah melayu muslim yang berpegang kepada iktiqad dan yakin yang melayu tidak boleh hidup dan maju tanpa UMNO tidak terjejas? Kenapa JAIS atau JAKIM tidak bertindak terhadap pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan hukum hudud hukum kuno, hukum hudud tidak sesuai dengan zaman dan seumpamanya. Saya minta NGO-NGO Islam yang begitu beria-ia benar mengutuk MB untuk menggali sejarah politik tanahair dan menggesa JAKIM bertindak keatas kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang menghina Islam dan "memurtadkan" umat Islam dengan memberi gambaran kepada umat Islam yang memberi rezeki kepada rakyat adalah mereka!

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 22 Aug 2011 01:37 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Nenek diragut ketika ke klinik

Posted: 22 Aug 2011 01:20 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUANTAN — Ibarat jatuh ditimpa tangga, seorang wanita warga emas yang tidak sihat hilang rantai emas bernilai RM3,000 apabila diragut lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke klinik.

Mangsa yang berusia 68 tahun itu keluar bersendirian dari rumahnya di Bera untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Triang, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Supt Nordin Mustapha, ketika ditemui di sini hari ini.

"Dalam kejadian 11 pagi Jumaat lepas itu, wanita terbabit sedang melintas jalan apabila dihampiri seorang lelaki bermotosikal yang bertindak meragut rantai lehernya," katanya.

Warga emas terbabit bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan suspek, katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. — Bernama

Merangkak keluar hutan

Posted: 22 Aug 2011 01:00 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PARAH...mangsa dibawa ke unit kecemasan HTJS.

KUALA PILAH: Berpantang maut sebelum ajal perumpamaan sesuai bagi seorang lelaki apabila berjaya menyelamatkan diri selepas ditikam lapan kali di dada dan belakang badan dengan pisau sebelum dicampak ke dalam Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Putus, di sini Khamis lalu.

Mangsa dikenali sebagai Arman Shah, 29, hanya tersedar setelah dua hari kejadian dan dalam kesakitan dan kehilangan banyak darah kerana kecederaan parah akibat tikaman di badannya itu berjaya merangkak keluar dari hutan itu.

Menurut sumber, selama sehari mangsa berusaha mencari jalan keluar dari hutan itu sebelum sampai ke jalan raya, tetapi malang kerana hasrat mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan tidak tercapai kerana tidak seorang pun mahu memberikan bantuan.

Difahamkan, berikutan itu Arman dalam keadaan lapar, dahaga dan lesu selain menahan kesakitan, terpaksa berjalan tiga kilometer ke sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Menurut sumber, mangsa sampai di stesen minyak itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan meminta orang ramai menghubungi ambulans.

"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) bagi rawatan segera di wad kecemasan," katanya.

Menurut sumber itu, mangsa dipercayai ditikam menggunakan pisau oleh dua kenalannya di Bahau.

"Kami percaya dua rakannya itu berdendam dengan mangsa dan menyangka dia sudah mati lalu mencampak nya ke dalam hutan.

"Kita masih lagi menyiasat tempat kejadian dan mengenal pasti dua suspek utama yang melakukannya," katanya. Menurutnya, hasil siasatan setakat ini polis tidak menolak motif samun berikutan tiada barang atau wang mangsa yang hilang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi hotline rakan cops Negeri Sembilan di talian 06-7619999. Harian Metro difahamkan, mangsa kini dirawat dan menerima beberapa jahitan di badan serta enggan ditemubual.

metro/

Qari Filipina, Qariah Malaysia Johan Tilawah Al-Quran DMDI

Posted: 22 Aug 2011 12:50 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MELAKA 22 OGOS : Qari Filipina, Mohamad A Asgar dan qariah Sabah, Nur Faten Izzati Rablin muncul juara Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) yang berlangsung di Masjid Al-Azim, malam tadi.

Mohamad, 29, dari Luzon dan Nur Farten Izzati, 19 masing-masing menerima wang tunai RM10,000, piala iringan dan sijil penyertaan yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Sementara itu qari dari Brunei, Awang Md Zul Hafiz Awang Tengah dan qariah dari Riau, Nurul Hayati Ismail di tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM7,000, plak dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Riau Khairunnas Jamal dan qariah Sumatera Selatan Miftahul Jannah Sayuti yang menerima wang tunai RM5,000 serta sijil penyertaan.

Seramai 38 qari dan qariah dari Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Brunei, Kemboja, Sri Lanka, Australia, Afrika Selatan, Timor Leste, Madagascar, China, Mesir dan Malaysia menyertai tilawah kali kedua itu.

tv news/-

Chegubard : Tidak Sedia Jadi Calon, Khairy Pengecut

Posted: 22 Aug 2011 12:45 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 22 OGOS : Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyatakan kesedianya menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang disifatkan sebagai tidak wajar.

Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, ini kerana apa yang dilakukan Khairy adalah amalan lazim dalam parti Umno yang tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat sebenar.

"Sebenarnya mereka tidak memahami demokrasi dan kehendak rakyat, seharusnya selaku ketua Pemuda Umno dan bertaraf Naib Presiden Umno, Khairy sepatutnya menunjukkan sikap bahawa Umno itu menghormati demokrasi akar umbi"katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard, Khairy sepatutunya yakin dengan kuasa akar umbi dalam menentukan dirinya kekal bertanding di kerusi Rembau dan bukannya membuat kenyataan akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan sekaligus menafikan amalan demokrasi akar umbi.

"Dia (Khairy)tidak seharusnya menunjukkan sikap akur dengan teruja pada kedudukan presiden Umno dengan keadaan sedemikian rupa, sebaliknya dia harus memberi kenyataan bahawa dia yakin dengan jentera akar umbi di peringkat Rembau yang mahukan dia bertanding dengan khidmat yang dilakukan selama ini,"ujarnya.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Beliau berkata keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi, lapor Bernama Online.

Mengulas lanjut perkara tersebut, Chegubard menjelaskan kenyataan seumpama itu adalah amalan lazim calon Umno dalam memastikan kedudukan mereka terus kekal walaupun menafikan hak akar umbi dalam sistem demokrasi yang sihat.

"Ini hanyalah pengulangan episod-episod lama yang mana kisahnya terpulang kepada presiden, "putih bagi presiden, putihlah kepada kami", hitam bagi presiden, hitamlah bagi kami", tetapi kepada rakyat apa jadi, kepada orang bawahan Umno apa jadi? Apa yang jelas pihak tertinggi tidak akan dengar dan peduli dengan suara mereka," jelasnya.

"Inilah yang pada akhirnya apabila selepas pilihanraya semua perkara adalah betul dan tidak boleh ditegur oleh akar umbi, saya lebih saya lebih suka menarik perhatian rakyat kearah itu daripada menyetuh isu polimik dalam Umno yang tidak pernah sudah da semakin meruncing sejak multakhir ini." tambahnya.

tv news/-

Liwat II: Najib, Rosmah, Musa akan disepina

Posted: 22 Aug 2011 12:30 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim membela dirinya akan menyaksikan pihak pembelaan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.
Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri.

Mereka bertemu Mohd Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh (kiri), pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangkakan saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian," katanya.

Pada 1998, Anwar cuba membawa perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad ke mahkamah. Bagaiamapun peguam bekas perdana menteri itu berjaya mengketrpikan permohonan tersebut.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

malaysiakini/-

Tiada demo Pemuda PAS P Pinang sokong Jais

Posted: 22 Aug 2011 12:22 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PULAU PINANG, 22 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang tidak pernah berdemo menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Masjid Simpang Enan sepertimana yang tersiar di Utusan online baru-baru ini.

Setiausahanya, Afnan Hamimi Taib Azamuddin berharap Utusan online lebih berhati-hati ketika menyiarkan berita seumpama itu kerana ia boleh memburukkan nama baik Dewan Pemuda PAS negeri.

Sebenarnya, jelas beliau perhimpunan selepas solat Jumaat tempoh hari dianjurkan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Hafiz Nordin menerusi badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajuinya.

"Jika Dewan Pemuda PAS Negeri nak anjurkan, bukan 20 yang hadir malahan ratusan. Kami mempunyai displin sebab tidak memandai-mandai buat demo sebab ia belum mendapat rumusan daripada PAS sendiri ekoran pembatalan di saat akhir oleh pihak Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) serta Jais untuk berjumpa pemimpin PAS," jelasnya.

Katanya, kesan berita yang tidak tepat itu menyebabkan Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mendapat kencaman hebat daripada blogger yang tidak mengetahui perkara sebenar.

"Sedangkan Dewan Pemuda PAS negeri tidak tahu menahu soal demo secara aman berkenaan," ujarnya.

harakahdaily/-

Digelar wira kerana turunkan bendera Israel

Posted: 22 Aug 2011 12:15 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SEJUMLAH orang berhimpun dalam tunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Kaherah, Mesir awal semalam.

KAHERAH - Seorang penunjuk perasaan Mesir menjadi wira kerana dia menurunkan bendera Israel di bangunan kedutaan rejim Zionis itu di sini kelmarin.

Tindakan itu dibuat selepas lima anggota polis sempadan Mesir mati ditembak askar-askar Israel yang sedang mengejar para pejuang Palestin.

Para pejuang Palestin itu didakwa melarikan diri ke wilayah Palestin selepas lapan rakyat Israel mati di dalam wilayah Yahudi.

Israel menyalahkan para pejuang Palestin dari Gaza yang telah menyelinap masuk ke dalam wilayah Israel sehingga mengakibatkan kematian penduduknya.

Rejim Zionis kemudian meminta maaf ekoran kematian lima anggota polis Mesir semasa insiden memburu para pejuang Palestin di wilayah Mesir dilakukan Israel.

Namun, perbuatan Israel itu mencetuskan kemarahan penduduk Mesir.

Sejumlah penduduk Mesir berhimpun di luar kedutaan Israel bagi membantah tindakan Israel yang membunuh anggota polis Mesir.

Seorang penunjuk perasaan yang bertindak berani menurunkan bendera Israel di kedutaan Israel itu dikenali sebagai Ahmed Shehat.

Bendera Israel itu kemudian dikoyak oleh sejumlah penunjuk perasaan dan menjadikannya sebagai cenderamata.

Beberapa penunjuk perasaan lain membakar bendera Israel dan Amerika Syarikat.

Seorang calon presiden Mesir, Hamdeen Sabahi memuji Ahmed sebagai wira rakyat menerusi laman Twitter.

"Ini adalah untuk Palestin. Ini adalah untuk Mesir. Ini adalah untuk setiap penduduk Arab. Ini adalah untuk setiap individu yang bebas," kata salah satu mesej di Twitter mengenai keberanian Ahmed.

Kelmarin, Kementerian Luar Mesir memanggil Kuasa Usaha Israel untuk memberi amaran berhubung kejadian lima anggota polis itu mati ditembak.

Kuasa Usaha Israel itu dipanggil kerana duta Israel ke Mesir berada di luar negara. - Agensi

Kebuluran di Somalia: Lapar dan Kuasa

Posted: 22 Aug 2011 12:00 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Sekali lagi, dunia menyaksikan bencana dahsyat di Somalia dan bahagian lain di Tanduk Afrika yang kini digelar oleh kebanyakan petugas media sebagai Tanduk Kebuluran.

Krisis kebuluran yang melanda wilayah itu meragut 29,000 nyawa kanak-kanak Somalia berumur lima tahun ke bawah, hanya dalam tempoh tiga bulan lalu.

Seramai 12 juta penduduk Somalia memerlukan bantuan makanan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memohon sumbangan ASD2.4 bilion (RM7.16 bilion) daripada negara anggotanya namun sehingga kini, badan dunia itu hanya berjaya mengumpul separuh daripada jumlah itu.

Kita semua perlu lebih berusaha untuk membantu penduduk Somalia dan rantau itu.

Negara kaya khususnya mempunyai kewajipan moral untuk membantu rakyat Somalia yang kebuluran dan menderita.

Bagi umat Islam kaya pula, kesengsaraan penduduk Somalia - kebanyakannya umat Islam - membawa mesej penting kerana ini adalah bulan Ramadan iaitu bulan yang menyaksikan umat Islam di seluruh dunia berpuasa dari waktu subuh sehingga senja.

Jika salah satu tujuan berpuasa adalah untuk memahami dan menyelami kesusahan golongan miskin dan kebuluran, krisis di Somalia ini menawarkan peluang kepada yang kaya untuk bermurah hati menyumbang kepada program bantuan makanan PBB.

Dalam krisis ini, adalah penting bagi setiap individu biasa dan komuniti bertindak balas terhadap bencana di Somalia dengan semangat perpaduan yang paling menyentuh jiwa.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun di Ghana, Andrew Adansi-Bonnah melancarkan kempen untuk memungut 20 juta cedi Ghana (kira-kira RM39 juta) untuk projek "Selamatkan Kanak-Kanak Somalia daripada Kebuluran."

Satu lagi badan kebajikan di Gaza, Palestin menamakan kempennya sebagai "Dari Gaza: Bersama Menyelamatkan Kanak-Kanak Somalia."

Apabila golongan dengan keadaan hidup yang terhad dan tanpa sebarang harta bersedia berkorban untuk orang lain yang berada dalam keadaan lebih teruk berbanding mereka, ia memberi harapan kepada kemanusiaan.

Apa punca sebenar?

Sementara kita menunjukkan komitmen kepada kesusahan penduduk Somalia, kita juga perlu cuba memahami punca sebenar kebuluran itu berlaku.

Kemarau, seperti yang ditonjolkan media, tidak dinafikan menjadi punca. Tetapi, ia bukanlah satu-satunya punca krisis itu.

Somalia tidak mempunyai kerajaan yang berfungsi.

Sepanjang tempoh 20 tahun lalu sejak Presiden Said Barre digulingkan, negara itu hanya dicemari kekacauan dan anarki.

Jika Somalia mempunyai kerajaan yang melaksanakan undang-undang dan peraturan, mungkin kebuluran besar-besaran ini tidak akan berlaku.

Semasa pertengahan 70-an, kemarau berpanjangan berlaku di Somalia tetapi ia tidak menyebabkan kebuluran di seluruh negara kerana ada kerajaan yang bertindak pantas menanganinya pada waktu itu.

Kebuluran di Somalia juga berpunca daripada campur tangan kerap kuasa asing dalam hal ehwal dalaman negara.

Bertopengkan program kemanusiaan PBB, Amerika Syarikat (AS) cuba menentukan arah tuju politik Somalia pada 1992 dan 1993.

Potensi minyak di Somalia didakwa menjadi satu daripada dua sebab campur tangan AS itu.

Satu lagi sebab adalah kerana kedudukan strategik Somalia yang digelar Tanduk Afrika itu.

Namun campur tangan AS itu gagal malah menyebabkan kekacauan lebih buruk di Somalia.

Kerajaan boneka AS

Selepas pengeboman berkembar kedutaan AS di Kenya dan Tanzania yang didakwa dilakukan kumpulan militan Al-Qaeda pada 1998, dan diikuti serangan 9/11 pada 2001, AS sekali lagi masuk campur dalam urusan Somalia. Washington memberikan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan Sementara (TFG) Somalia bagi menghalang kebangkitan Kesatuan Pengadilan Islam (UIC) yang semakin popular.

UIC berjaya menubuhkan kerajaan yang stabil pada 2006 yang menjamin undang-undang dan ketenteraman awam buat sementara waktu sebelum AS, melalui kerjasama rapat dengan kerajaan Ethiopia menggulingkan kumpulan Islam itu dengan mendakwa pertubuhan itu mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda.

Bekas anggota UIC kemudian membentuk pergerakan gerila secara besar-besaran dan mengawal sebahagian besar negara termasuk kebanyakan kawasan di ibu negara Somalia, Mogadishu pada Mei 2009.

Perang saudara yang sedang berlangsung inilah menjadi halangan besar kepada penghantaran bekalan makanan kepada rakyat kebuluran.

Selain itu, penghantaran makanan juga diganggu dengan sekatan dikenakan AS-PBB sebelum ini ke atas kawasan yang dikawal salah satu cabang kumpulan UIC, iaitu Al-Shabaab.

Kumpulan Al-Shabaab didakwa menghalang agensi bantuan makanan antarabangsa daripada mencapai kubu kuat mereka kerana khuatir akan kehilangan kawalan di kawasan itu.

Dan ini menyebabkan penduduk Somalia yang miskin dan kelaparan menjadi mangsa dalam perebutan kuasa ini.

Krisis Somalia ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mempunyai sebuah kerajaan berfungsi yang mampu menjaga rakyatnya dan pada masa yang sama bukan juga menjadi boneka kepada kuasa asing.

sinar harian/-

Doa tunggu berbuka mustajab

Posted: 21 Aug 2011 11:49 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Manfaat Ramadan minta bantuan, petunjuk Allah

KEMERIAHAN bulan puasa di negara kita dikaitkan dengan penganjuran bazar Ramadan yang menyediakan pelbagai juadah untuk berbuka puasa. Dari satu sudut, ia memberi kemudahan kepada mereka yang tidak sempat menyediakan makanan dan membuka peluang perniagaan.

Namun, yang tidak sedapnya apabila bazar Ramadan terlalu menjadi tumpuan hingga menghilangkan hikmah di sebalik perintah umat Islam berpuasa yang menuntut mereka mengawal diri daripada makan, minum serta melakukan perkara membatalkan puasa.
Pada masa sama, adanya bazar Ramadan yang terlalu banyak bilangannya menjurus kepada pembaziran.

Maklumlah, apabila rambang mata, kita lebih cenderung mengikut nafsu ketika membeli tetapi tiba masa makan, banyak mana sangat yang terlarat.
Terlalu memikirkan juadah yang sudah dibeli untuk berbuka puasa juga menyebabkan kita lupa mengambil kesempatan memohon doa sebelum masuknya waktu berbuka puasa atau azan Maghrib, iaitu waktu mustajab berdoa.

Sementara menanti alunan azan, sebaiknya waktu lima minit direbut bagi memohon hajat kepada Yang Maha Esa. Alangkah ruginya jika waktu itu dibazirkan dengan berbual kosong atau hanya menonton televisyen.

Sepanjang Ramadan langit dibuka setiap saat, pintu syurga dibuka seluas-luasnya sementara pintu neraka ditutup. Justeru, mintalah apa saja yang kita hajatkan kerana dengan izin Allah, permintaan itu akan dimakbulkan.

Jika kita belum pernah berdoa sementara menanti waktu berbuka, dalam minggu akhir Ramadan ini, marilah jadikan ia amalan wajib. Luahkan segala apa yang terbuku dalam hati, mudah-mudahan Allah memakbulkan permintaan kita.

Begitu juga apabila menjamah juadah, hendaklah dilakukan mengikut tertib, jangan terlalu gelojoh walaupun tidak dinafikan sudah penat seharian kita menahan nafsu makan. Sebaiknya dimulakan dengan makan kurma mengikut sunnah Rasulullah SAW. Kemudian berhenti sekejap untuk menunaikan solat Maghrib sebelum menikmati juadah berat bagi menjana tenaga untuk menunaikan tarawih.

Bagi mereka yang menghidap penyakit, pastinya perlu berhati-hati di bulan puasa ini supaya kesihatan terpelihara. Tambahan pula bagi yang berkemampuan berpuasa, akan berdepan cabaran hebat.

Rasanya banyak kali sudah saya ulangi, yang penting ialah mereka perlu reda dengan ujian penyakit yang Allah datangkan kerana Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuan mereka.

Dari aspek penyembuhan pula, itu semua terserah kepada Allah kerana jika esok kata-Nya seseorang itu sembuh daripada penyakit, maka esok datang berita baik itu dan begitu juga jika sepuluh tahun lagi, selama itulah seseorang itu perlu mengharunginya.

Namun, walaupun tempoh ditetapkan, kita hendaklah reda, berusaha, yakin dan seterusnya bertawakal kepada Allah. Kata kuncinya ialah kesabaran dan bagi sesetengah kita, sabar ada hadnya yang akhirnya menyebabkan mereka berputus asa.

Lagi satu, hendaklah yakin dengan mukjizat al-Quran bagi yang beramal dengan al-Quran sebagai kaedah rawatan. Ada yang mengharap cepat sembuh dan apabila hasilnya tidak seperti diharapkan, mereka mengambil keputusan mencuba kaedah lain pula.

Berdasarkan maklum balas daripada mereka yang datang mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, 90 peratus memberitahu dapat merasai perubahan walaupun sedikit selepas mengamalkan surah yang diberi.

Jika dulu kebas lima jari, sekarang tiga jari sudah boleh digerak-gerakkan. Dulu sakit tengkuk disebabkan gangguan, sekarang sudah boleh tidur dengan selesa. Seperti saya kata, kita hanya berusaha tetapi semua terserah kepada Allah yang lebih Mengetahui.

Saya juga maklum dengan aduan sesetengah pihak yang datang ke Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah yang terpaksa menunggu lama, kami berusaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan sebarang kelemahan harap dapat dimaafkan.

Mungkin ada yang sedang menanti temu janji yang sudah dibuat. Sementara menanti, anda juga boleh mengamalkan ayat al-Quran yang umum untuk penyakit tertentu seperti surah al-Israk, ayat 40-45 bagi penyakit jantung.

Untuk penyakit kencing manis boleh baca surah al-Anbiya, ayat 62 hingga 73 dan bagi penyakit saraf atau tulang boleh amalkan surah al-Mukminun, ayat 60 hingga 80.

Semoga kesungguhan kita menjiwai mukjizat al-Quran pada Ramadan yang menjanjikan rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka, Allah meringankan ujian yang diberi kepada kita dan beroleh kesihatan diharapkan.

berita harian/-

Dua remaja maut motosikal ditunggang bertembung sesama sendiri

Posted: 21 Aug 2011 11:30 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Dua remaja maut setelah motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri, dalam kemalangan di Kampung Kedai Buluh, Jalan Kampung Surau Haji Yaacob, Titian Baru, Marang malam tadi.

Mohd Amirul Azlan Shafie, 21 maut di tempat kejadian, manakala Adam Safuan Jaafar, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Sultan Mansor, Kedai Buloh, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahaya berkata, kejadian kira-kira 7.00 malam itu berlaku apabila motosikal yang ditunggang Mohd Amirul Azlan dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motorsikal Adam Safuan dari arah bertentangan.

Akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa yang masing-masing berasal dari Kampung Surau Panjang dan Kampung Surau Haji Daud, cedera parah di kepala dan anggota badan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

"Kita percaya kedua-dua mangsa menunggang motorsikal dalam keadaan laju dan akibat rempuhan yang kuat itu menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan parah," katanya.

Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk dibedah siasat.

sinar harian/-

Ibu jadi tebusan, bebas anak dilarikan ah long

Posted: 21 Aug 2011 11:20 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Seorang ibu sanggup menjadi tebusan bagi menyelamatkan nyawa anak perempuannya yang dilarikan seorang ah long, dalam kejadian di Taman Bukit Cheras, di sini, awal pagi semalam.

Sebelum kejadian, ah long berusia 32 tahun itu dikatakan menunggu di luar rumah milik keluarga seorang ahli perniagaan berusia 24 tahun, terletak di kawasan Gombak.

Suspek lelaki itu kemudiannya menyerbu kereta mangsa jenis BMW, ketika wanita itu tiba di hadapan rumahnya kira-kira jam 1 pagi, dipercayai baru pulang dari kerja.

Suspek dipercayai mengugut mangsa untuk memandu kenderaan itu menuju ke rumahnya di Taman Bukit Cheras, sebelum mengurungnya di premis dua tingkat terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, ibu mangsa juga seorang ahli perniagaan berusia 43 tahun, dimaklumkan oleh seorang individu berhubung kejadian 'culik' itu.

"Ibu mangsa membuat laporan di balai polis dan kami terus bergegas ke lokasi kejadian. Apabila tiba di premis itu, suspek sedang mengacukan pedang berukuran 0.76 meter ke leher mangsa, sambil membawanya masuk ke dalam kereta BMW mangsa," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Alam Damai, semalam.

Menurutnya, polis mengepung kenderaan tersebut di bahagian depan dan belakang, sebelum cuba berunding dengan suspek agar melepaskan mangsa, namun tidak diendahkan.

"Ibu mangsa terpaksa tawarkan diri untuk jadi tebusan agar anaknya dilepaskan. Suspek setuju dan bebaskan mangsa kira-kira jam 8 pagi, manakala ibu mangsa masuk ke dalam kereta dan menjadi tebusan selama tiga jam," katanya.

Mohan Singh berkata, pihaknya cuba memujuk suspek secara baik untuk menyerah diri kerana bimbang akan keselamatan ibu mangsa.

Beliau berkata, selepas beberapa jam, suspek kemudiannya bersetuju untuk menyerahkan diri serta senjatanya, sebelum polis memecahkan cermin kereta untuk menahannya.

Katanya, mangsa dan ibunya dilaporkan selamat, manakala suspek yang mengalami luka serta calar di leher akibat pergelutan dengan polis, dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut.

sinar harian/-

PAS gesa Najib, Nazri henti menghina Parlimen

Posted: 21 Aug 2011 10:30 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PAS hari ini mendakwa pemimpin BN menghina Parlimen dengan sikap berdolak-dalih mereka berhubung penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan-cadangan mengadakan reformasi dalam sistem pilihan raya negara ini.

"Kedua-dua Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah menghina Dewan yang mulia ini," kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, kenyataan Najib dianggap biadap kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat untuk menunggu jawatankuasa itu menyelesaikan tugas-tugas mereka sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Jika mereka membentuk suatu jawatankuasa, yang menjadi sebahagian daripada Parlimen, mereka harus menyelesaikannya mengikut proses Parlimen. Atau tidak, mengapa perlu mesia-siakan usaha itu," kata Mahfuz pada sidang akhbar di ibu PAS di Kuala Lumpur hari ini,

Katanya, Nazri, ketika mengumumkan komposisi jawatankuasa berkenaan dan menuntut supaya seorang menteri mengetuainya secara terangan telah mengabaikan hak dan keistimewaan Parlimen untuk menentukan skop dan bentuk jawatankuasa yang bakal dipilih itu.

"Hanya parlimen boleh dan patut membuat keputusan mengenai perkara ini" katanya.

malaysiakini/-

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0

Posted: 21 Aug 2011 09:47 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

malaysiakini/-

Anwar pilih beri keterangan dari kandang tertuduh

Posted: 21 Aug 2011 08:30 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

harakahdaily/-

Anggota ATM perlu berkecuali

Posted: 21 Aug 2011 08:20 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: PAS menegaskan menteri atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertanggungjawab terhadap dakwaan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa mereka diarahkan 'memangkah' undi pos untuk BN.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, dakwaan tersebut tidak seharusnya dijawab oleh ATM sendiri, pasukan beruniform yang berkecuali daripada politik kepartian.

"Saya tegaskan bahawa sepatutnya yang respon itu ialah menteri atau SPR, bukan yang beruniform.

"Kita mahu ATM terus bersikap berkecuali, tidak terlibat dalam politik kepartian kerana mereka berkhidmat di bawah Yang Di-Pertuan Agong," kata beliau sewaktu berucap di majlis Pelancaran Kempen dan Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa, Kampung Baru, petang kelmarin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyangkal dakwaan empat bekas tentera minggu lalu bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Zulkifli sebaliknya mendakwa Pemuda PAS menggunakan bekas anggota tentera untuk memburuk-burukkan BN.

Mohamad berkata, anggota ATM harus kekal bersikap berkecuali dan hanya setia kepada Yang Di-Pertuan Agong serta tidak lagi muncul membuat kenyataan dalam isu membabitkan pilihan raya.

"Sebarang usaha membawa ATM terlibat dalam politik kepartian akan membawa bahaya kepada keselamatan negara dan kecelaruan politik pada masa akan datang.

"Kita harap kemunculan pasukan beruniform menjawab dalam hal pilihan raya itulah pertama dan terakhir, jangan diulangi lagi dan (Datuk Seri) Najib (Razak) kena hentikan perkara ini kerana kalau tentera terlibat dalam poilitik kepartian akan membawa keburukan daripada kejernihan

"Khidmat cemerlang ATM diakui rakyat daripada merdeka hingga searang dan mereka mesti kekalkan prestasi itu sampai bila-bila," katanya.

Minggu lalu, empat bekas tentera muncul membuat pendedahan bahawa merekia diarahkan memangkah ribuan kertas undi pos anggota-anggota tentera lain dan kertas-kertas undi isteri anggota tentera, atas arahan pegawai atasan ATM.

harakahdaily/-

Warga Singapura bersatu demi kari

Posted: 21 Aug 2011 08:02 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -


SINGAPURA: Banyak yang perlu dilakukan bagi menggerakkan kempen massa di Singapura tetapi rupa-rupanya penawar kesukaran itu terletak pada makanan.
Setakat ini, kira-kira 57,000 pengguna Facebook di Singapura berkata, mereka bersetuju untuk memasak atau memakan kari setiap Ahad bagi menunjukkan protes terhadap aduan satu keluarga dari China yang kurang senang dengan bau kari dari jirannya berketurunan India.

Kempen itu juga bagi menunjukkan sokongan kepada penduduk keturunan India di Singapura.

Isu itu menjadi perhatian ramai apabila aduan keluarga dari China itu memaksa pihak berkuasa tempatan campur tangan bagi mencari jalan tengah.

Satu halaman dikhaskan untuk isu itu kemudian dibuka dalam Facebook selepas pertikaian mengenainya dilaporkan media tempatan.

Akauntan yang membantu halaman khas itu, Stanley Wong, 37, berkata disebabkan mereka tinggal di Singapura yang mempunyai kepadatan tinggi, jiran sepatutnya bersikap saling memahami.


Wong bersama berpuluh-puluh rakan dan keluarganya ditemui ketika berkumpul dalam sebuah rumah pangsa kerajaan untuk menikmati hidangan kari.

Kebanyakan tetamu adalah keturunan Cina.

Mereka berpendapat, masakan kari diterima sebagai sebahagian daripada hidangan Singapura dan semua pihak - termasuk dari China - perlu menerima hakikat itu.

Seorang daripada penganjur majlis berkenaan, Florence Leow, berkata isu itu boleh mencetuskan masalah intergrasi di kalangan warga asing.

"Melalui pertemuan ini, kami berharap semua pihak dapat memasak dan berkongsi hidangan kari serta menghargai budaya Singapura," katanya. - Reuters

Tindakan Tegas Jika Gagal Asingkan Barangan Tidak Halal

Posted: 21 Aug 2011 07:30 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUCHING 22 OGOS : Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Negeri, Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata,tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha yang gagal mengasingkan kedudukan barangan tidak halal sehingga boleh menimbulkan keraguan di kalangan pelanggan Muslim di negeri ini.

Menurut Wan Ahmad, pengusaha yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan.

"Pagi tadi (semalam) kita mendapat aduan daripada seorang pelanggan yang memberitahu bahawa ada sebuah pasar raya di sini yang mencampur adukkan makanan tin halal dan tidak halal di kedudukan rak yang sama yang menimbulkan keraguan kepada pengguna mengenai halalnya," katanya.

Jelasnya, denda RM100,000 dan penjara tiga tahun bagi peniaga perseorangan dan denda RM250,000 kepada syarikat atau penjara tiga tahun yang dikenakan jika didapati bersalah.

Katanya, PDNKK telah mengarahkan pihak pengurusan pengusaha itu untuk mengambil tindakan segera untuk mengalihkan kedudukan barangan-barangan itu di tempat sepatutnya.

"Biasanya di setiap pasar raya, mereka ada menyediakan tempat untuk menempatkan produk-produk tidak halal dan halal bagi memudahkan para pelanggan terutamanya di kalangan umat Islam membuat pilihan barangan," katanya.

Oleh itu, katanya pihaknya akan terus membuat pemantauan terhadap permis perniagaan itu dalam masa terdekat ini.

Kata Uzir, ini merupakan kes pertama yang dilaporkan mengenai kejadian itu di bandaraya ini.

tv news/-

Undian tajuk Bukan Setia Kepada BN

Posted: 21 Aug 2011 07:00 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Ogos: Undian sedang dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah dengan tajuk 'Bukan Setia Kepada BN' digunakan sebagai tajuk berita utama berikutan nasihat pakar perlembagaan kepada Panglima ATM dalam isu undi pos yang didedahkan oleh bekas tentera sebagai tidak telus.

Bagi membaca kenyataan penuh, boleh baca Harakah cetak atau terus langgani harakah digital yang dikenali bagai 'elektronik paper' di alamat, http://epaper.harakah.net.my

Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.

Untuk membuat undian, boleh terus kepada link http://myharakah.net.

Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari lagi.

Manakala keputusan undian bagi tajuk Harakah sebelum ini, 'USAH MASUK PERANGKAP' menurun sedikit kepada 84.34 peratus sahaja.

Begitu juga terdapat 10 undian (12.5%) yang tidak bersetuju dan 3 undian (3.61 %) yang berkecuali atau tidak pasti.

harakahdaily/-

ICC sahkan anak lelaki Muammar Gaddafi ditangkap A

Posted: 21 Aug 2011 06:28 PM PDT

rRamadhan 1432H.

AMSTERDAM, 22 Ogos — Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengesahkan Saif al-Islam, anak lelaki pemimpin Libya Muammar Gaddafi telah ditangkap di Tripoli semalam.

"Saif telah ditangkap di Libya," kata pendakwa raya Luis Moreno-Ocampo kepada Reuters.

"Kami ada maklumat rahsia daripada pelbagai sumber yang kami ada di Libya, yang mengesahkan ini.

"Penting untuk dijelaskan, menjadi tanggungjawab untuk menyerahkan Saif kepada ICC mengikut resolusi Majlis Keselamatan," katanya.

Terdahulu kumpulan pemberontak berkata mereka telah menangkap Saif dan anak sulung Muammar, Mohammed Al-Gaddafi.

ICC mengeluarkan waran tangkap ke atas Muammar, Saif dan ketua risikan Libya Abdullah al-Senussi berhubung tuduhan melakukan penindasan kemanusiaan selepas Majlis Keselamatan merujuk keadaan di negara itu kepadanya Februari lalu. — Reuters

Pemuda PAS Melaka rai anak yatim

Posted: 21 Aug 2011 05:30 PM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MELAKA, 22 Ogos: Seramai 40 orang anak yatim diraikan semalam di dalam program meraikan anak-anak yatim peringkat negeri Melaka.

Program yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka itu merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali bulan Ramadhan.

Ianya bersifat santai di mana anak-anak yatim dibawa ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan sempena hari raya seperti baju raya, kasut, songkok dan sebagainya.

Selain membeli barang keperluan hari raya, anak-anak yatim itu juga diraikan dengan memberikan sedikit sumbangan berbentuk wang ringgit sebagai duit raya untuk mereka berbelanja.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah berkata, program itu bertujuan bagi menggembirakan anak-anak yatim agar mereka juga berasa gembira seperti mana kanak-kanak biasa yang mempunyai ibu bapa, lebih-lebih menjelang hari raya.

" Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim ini apabila saya membawa mereka membeli baju raya," ujarnya.

Program di rasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz yang turut memberikan sumbangan berbentuk wang ringgit kepada anak-anak yatim.

Beliau yang hadir dalam misi jelajah Jaulah Tarbawi mengucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS negeri di atas kejayaan melaksanakan program meraikan anak-anak yatim itu.

Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama yang turut dihadiri oleh pimpinan DAP dan beberapa pimpinan dari AMK Melaka.

Sehari sebelum itu, PAS negeri juga menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur kepada golongan fakir dan miskin termasuk ibu tunggal di Dun Durian Tunggal.

Pesuruhjaya PAS negeri, Adly Zahari turut mengagihkan sumbangan itu dari rumah ke rumah yang disertai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurut Adly, aktiviti itu merupakan pendekatan PAS negeri mendekati masyarakat terutama pada bulan Ramadhan.

harakahdaily/-

Ketua masyarakat ditemui mati berbogel

Posted: 21 Aug 2011 06:00 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -



MEXICO CITY: Seorang pemimpin bandar kecil di tengah Mexico ditemui mati semalam, sehari selepas dia diculik.
Pegawai keselamatan berkata, kematian itu menjadikan bilangan korban di kalangan pemimpin tempatan menjadi lima orang sepanjang tahun ini.



Katanya, mayat mangsa ditemui pagi semalam di bandar El Pochote.

"Selepas diperiksa, mayat itu disahkan Jesus Eduviges Nava, ketua bandar Zacualpan," katanya.



Laporan biro keselamatan Mexico membayangkan Nava ditemui "berbogel dan kesan penderaan di seluruh tubuh, selain bekas hentakan objek tumpul di dahi yang menyebabkan kematiannya." Polis berkata, pemimpin setempat akan menjadi sasaran kumpulan penjenayah apabila mereka enggan memberikan kerjasama dalam kegiatan itu. - AFP

100 isteri kena culik

Posted: 21 Aug 2011 05:32 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -



BEIJING: Polis negara ini melancarkan siasatan ke atas sindiket menculik kira-kira 100 wanita Vietnam yang dijual sebagai pengantin kepada lelaki China, kata media kerajaan, semalam.
Menurut agensi berita rasmi Xinhua, semua wanita yang hilang itu disyaki tinggal di desa pedalaman di wilayah Hunan.



Selepas wanita berkenaan hilang, sesetengah suami menerima panggilan telefon meminta mereka membayar wang tebusan atau isteri mereka akan dijual semula.

Bagaimanapun, laporan tidak menyatakan bila wanita berkenaan hilang.



Penduduk, Hu Jianhe, yang membayar 36,388 yuan (RM16,978) untuk mendapatkan isteri warga Vietnam pada 2008, berkata, isterinya menelefonnya selepas hilang selama dua bulan. "Dia menangis dan memberitahu saya dia diculik dan dijual di sebuah desa pedalaman dan memerlukan wang tebusan 20,000 yuan (RM9,331) sekiranya ingin kembali kepada saya," katanya.




Bilangan tepat wanita yang hilang mungkin lebih tinggi daripada 100 orang ekoran sesetengah suami enggan melaporkan kehilangan isteri kerana bimbang dituduh terbabit dengan kegiatan penyeludupan manusia. - AFP

Jual anak perempuan

Posted: 21 Aug 2011 05:30 AM PDT

22 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Gambar hiasan

MEXICO CITY: Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Mexico melancarkan siasatan terhadap laporan berhubung laporan bahawa masih ada masyarakat Orang Asli negara itu meneruskan amalan menjual anak perempuan seperti yang dilakukan nenek moyang mereka.
Suruhanjaya itu menamakan masyarakat Tanah Tinggi Mixtec di Oaxaca, negeri di selatan negara itu sebagai antara kumpulan yang menjual kanak-kanak perempuan berusia antara 11 dan 15 tahun.


"Ibu bapa mencari jalan untuk berunding dan menukar anak perempuan mereka dengan wang, sama ada dengan bakal suami mereka atau keluarga yang kemudian membawa kanak-kanak itu ke bandar untuk membantu dalam kerja domestik," menurut kenyataan suruhanjaya itu.

Ia tidak menyebut sejauh mana amalan itu berleluasa.


Kanak-kanak itu dijual dengan harga sehingga 3,000 peso (RM735) atau sama harga dengan barangan seperti lembu, kekacang atau jagung.



Ibu bapa akan menyerahkan semua hak terhadap anak mereka.

Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Orang Asli di Oaxaca, Hugo Aguilar Ortiz bagaimanapun berkata, dia tidak pernah mendengar laporan mengenai penjualan kanak-kanak.


Aguilar, anggota masyarakat Tanah Tinggi Mixtec berkata: "Ini bukan amalan masyarakat saya.

"Apabila anggota masyarakat kami berkahwin, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarga pengantin lelaki memberi hadiah wang atau lembu dan produk lain untuk majlis perkahwinan dan membantu pasangan itu memulakan hidup baru." Bagaimanapun, menurutnya, tradisi itu tidak termasuk kanak-kanak bawah umur dan bukan urusan jual beli.


Mixtec ialah masyarakat orang asli kedua terbesar di Oaxaca.



Pejabat Hak Asasi di negeri itu berkata, ia tidak terbabit dalam siasatan itu. Siasatan itu dijalankan sendiri oleh suruhanjaya kebangsaan.



Jurucakap pejabat Hak Asasi Oaxaca, Juan Pablo Ceja berkata, dia tidak pernah menerima aduan mengenai kegiatan itu. - Agensi


Bersih 2.0 : Kerajaan Patut Akui Kesilapan- Kit Siang

Posted: 21 Aug 2011 03:05 AM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -


KUALA LUMPUR 21 OGOS : Ketua Parlimen Nasional DAP Lim Kit Siang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghentikan permainan wayang dan dolak-dalih mereka selama dua bulan dengan mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional silap dalam menangani himpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu.

Kit Siang, dalam kenyataan medianya semalam sempena ulangtahun 'Yellow Saturday' ke enam menyatakan, pengharaman kerajaan terhadap Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 patut dihentikan selain semua tuduhan terhadap lebih 1,600 demonstran digugurkan serta-merta.

"Tindakan keras kerajaan dan polis pada Himpunan Bersih 2.0 benar-benar membawa publisiti dan imej buruk kepada Malaysia dalam tempoh singkat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Malah, Perdana Menteri perlu menunjukkan penghargaan kerana Himpunan Aman Bersih 2.0 mengumpulkan kira-kira 50 ribu rakyat Malaysia tidak kira bangsa, agama, umur dan jantina merupakan pertunjukan terbaik dan paling menonjol dalam konsep 1 Malaysia," kata Kit Siang yang juga ahli parlimen Ipoh Timur.

9 Julai lalu, puluhan ribu rakyat Malaysia hadir berhimpun untuk menyokong tuntutan reformasi pilihan raya tersebut di ibu negara.

Bagaimanapun, kerajaan pusat dan polis telah bertindak ganas dalam menyuraikan perhimpunan itu dan seolah-olah cuba 'melenyapkan' perkara tersebut pada paparan media arus perdana.

Malah seorang peserta turut terbunuh pada hari tersebut dan beberapa yang lain cedera akibat tindakan Polis.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.

Oleh yang demikian, Kit Siang tidak mahu BN terus berselindung dengan hujah pilihan raya negara ini adil dan kemenangan di lima buah negeri Pakatan Rakyat merupakan buktinya.

Menurut Kit Siang, kenyataannya ialah perkara itu bukan jawapan kepada aspirasi rakyat Malaysia yang berdiri teguh di belakang tuntutan Bersih 2.0.

"Respon mudah dan benar terhadap hujah itu ialah jika tidak kerana sistem pilihan raya yang tidak telus, lebih lima negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan di peringkat Nasional, mungkin hampir menggantikan kerajaan BN di Putrajaya," tegas beliau.

PAS TAMBUN

Posted: 22 Aug 2011 01:31 AM PDT

PAS TAMBUN


PAS TAMBUN MENDAHULUI KERAJAAN NEGERI PEMBERIAN SUMBANGAN PENDIDIKAN

Posted: 21 Aug 2011 07:10 PM PDT






20 Ogos 2011, Taman Meru : Seperti tahun-tahun lalu PAS Kawasan Tambun melalui Lajnah Pendidikannya telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai kepada para Pelahar yang akan menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, samada di dalam atau luar negara.

Pada tahun ini seramai 25 orang pelajar menerima sumbangan dari PAS Kawasan Tambun, " ini adalah aktiviti khidmat sosial kami bagi mengurangkan beban keluarga semasa mendaftar nanti, walaupun sumbangan tidaklah seberapa tetapi sekurang-kurangnya cukup untuk membayar tambang atau perbelanjaan semasa pendaftaran mereka nanti " ujar YDP Kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato Abdul Malik.

"Aktiviti ini adalah adalah sudah masuk tahun yang ke-5, anggaran keselurah para pelajar yang menerima bantuan hampir mencecah 100 orang, jadi kami telah menyampaikan sumbangan hampir berjumlah RM20,000, berkenaan dengan sumber pemberian beliau menjelaskan ianya datang dari para dermawan yang ikhlas dan tabung pendidikan PAS Kawasan Tambun" Sambung Dr Khairuddin

Turut menyampaikan seumbangan pada hari itu ialah Puan Zuhairah Ket Muslimat, Sdr Zairul Azrun , Ust Lokmanulhakim Timb YDP dan Tn Hj Asmuni Awi.

PASTAMBUN.BLOGSPOT.COM

Salam Perjuangan

Posted: 21 Aug 2011 11:20 PM PDT

Salam Perjuangan


VIDEO - PEMUTIHAN PATI, SEJARAH HITAM NEGARA

Posted: 16 Aug 2011 02:19 PM PDT

17 Ramadan 1432 H | 17 August 2011

Surat aku janji (gambar) yang mesti dipatuhi oleh setiap PATI dalam program pemutihan pendatang tanpa izin. Dahulu mereka ini diburu dan diserbu, dihantar ke pusat tahanan, seterusnya dihantar pulang ke negara asal masing-masing. Tetapi kini, 'layanan cukup istimewa' diberikan kepada mereka, tetapi dengan 'bayaran cukup hebat' - undi BN!


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 21 Aug 2011 09:37 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ZIARAH SURAU DAN TARAWIKH BERSAMA MASYARAKAT

Posted: 20 Aug 2011 10:37 PM PDT

Seperti tahun-tahun yang lepas, YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim akan mengaturkan jadualnya untuk bertarawikh bersama masyarakat di kawasannya sempena bulan ramadhan al-mubarak.
Selepas tarawikh jemaah surau mengadakan tahlil arwah dan tak lupa juga doa selamat  kepada seorang ahli surau yang akan menunaikan umrah

YB. bertarawikh di Surau Al-Mahadi, Jalan Joned








n12selinsing

Posted: 21 Aug 2011 09:28 PM PDT

n12selinsing


GALERI FOTO : IFTAR JAMAIE , ZIARAH SERTA PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN

Posted: 21 Aug 2011 08:26 PM PDT

Selinsing-berikut adalah galeri foto sempena ramadhan yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera YB Husin untuk dikongsi bersama pengunjung-pengunjung adunselinsing.blogspot.com meliputi program berbuka puasa bersama rakyat dan pemimpin lain serta sesi ziarah serta penyampaian sumbangan untuk mereka yang memerlukan di kawasan sekitar DUN Selinsing :





















PAS Negeri Sembilan

Posted: 21 Aug 2011 09:12 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan

Posted: 21 Aug 2011 06:43 PM PDT



PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

Facebook Ketua Penerangan PAS N.Sembilan

Posted: 20 Aug 2011 09:30 PM PDT

Adalah dimaklumkan Facebook Ustaz Nor Azman bin Mohamad yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan ialah di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000444002513


Rembau Hari Ini

Posted: 21 Aug 2011 07:36 PM PDT

Rembau Hari Ini


Munajat Perdana 26 Ogos 2011 N.Sembilan

Posted: 21 Aug 2011 06:46 PM PDT



PROGRAM MUNAJAT PERDANA
Tarikh : 26 Ogos 2011 Jumaat
Masa : 9.45 mlm - 5.50 pagi
Tempat : Muassasah Darul Shariff , Jempol, N.Sembilan

Objektif :
- Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas PAS untuk menghadapi PRU 13.
- Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas PAS.
- Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta :
Pimpinan PAS di semua peringkat, ahli PAS, penyokong PAS, orang ramai semua dijemput hadir.

Tentatif Program
09.00-09.45 PM Solat Tarawih
09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)
10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis
(Live daripada Taman Melewar)
10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)
10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)
11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).
03.00 -05.50 AM Munajat di negeri masing-masing

PAS LENGGONG

Posted: 21 Aug 2011 07:28 PM PDT

PAS LENGGONG


Novelis Azizi Abdullah meninggal

Posted: 20 Aug 2011 08:46 PM PDT


Novelis Azizi Abdullah meninggal
Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.


Speaker Kedah akan cabar keputusan Mahkamah Rayuan

Posted: 20 Aug 2011 08:45 PM PDT


Speaker Kedah akan cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 20 Ogos: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail (gambar) menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menyerahkan kembali kerusi Kota Siputeh yang dikosongkan sejak tiga tahun lalu kepada penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif kelmarin.

Walaubagaimanapun, Dr Isa yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan menimbangkan kemungkinan akan mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat ini.

"Peguam saya sedang menguruskan untuk mencabar keputusan tersebut, insya Allah dalam masa yang terdekat selepas kita menerima dan menyemak hujah-hujah penghakiman berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya.

Semalam, media melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuduh beliau secara sengaja melakukan kesilapan apabila bertindak mengosongkan kerusi Kota Siputeh pada 2009 lalu.

Dr Isa berkata, dalam keghairahan anggota parlimen Jerlun itu memberikan kenyataan kepada media secara tidak sedar beliau telah menonjolkan suatu pemikiran yang tidak sihat.

"Mukhriz berkemungkinan sedang mengalami masalah pemikiran yang terencat apabila membuat tuduhan tersebut secara melulu. Kalau saya buat silap bermakna Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah dengan sengaja membuat kesilapan yang sama tiga tahun dulu," katanya sinis.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman pada 16 November 2009 telah memutuskan kerusi Kota Siputeh dikosongkan apabila penyandangnya gagal menghadiri persidangan dewan dua kali berturut-turut dan melanggari Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.


N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 21 Aug 2011 07:20 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Anak-Anak Yatim DUN Sura Dicakna Menjelang Aidilfitri

Posted: 21 Aug 2011 07:36 AM PDT

DUNGUN, 21 Ogos Ahad - Selepas 20 hari menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak, warga kerja DUN Sura dengan dikepalai Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya terus merealisasikan konsep "Membangun Negara Berkebajikan" dengan mensasarkan golongan anak-anak yatim sebagai penerima sumbangan menjelang Aidilfitri yang akan menjelang tidak kurang dua minggu sahaja lagi.

ADUN Sura, Y.B. Ustaz Haji Wan Hassan Mohd Ramli yang hadir menyampaikan sumbangan kepada sebahagian penerima, bergegas pula untuk menyampaikan sumbangan melalui program kebajikan "Pemuda Bersamamu 7.0" yang kebetulan turut diadakan pada hari yang sama, 20 Ogos Sabtu.

Sebelum ini, di ambang Ramadhan al-Mubarak golongan faqir miskin turut mendapat perhatian apabila sumbangan turut dihulurkan kepada mereka untuk sama-sama meraikan kehadiran bulan mulia ini.

Hadir sama menyampaikan sumbangan, ialah isteri ADUN SURA, Puan Hajjah Siti Zaliha Mohd, Bendahari DUN Sura, Haji Abdullah Ibrahim, Ketua Muslimat DUN Sura, Puan Hajjah Rokiah Yusof dan AJK DUN Sura, Encik Mohd Razali Haji Aman.

Pihak Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada warga prihatin yang telah menyumbangkan beras dan kewangan sehingga program amal ini berjaya diadakan.

"Sebaik sahaja selesai program tahun ini, pihak kami terus membuka peluang kepada para dermawan untuk terus menyumbang sebagai persiapan awal program di tahun akan datang", ujar Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DUN Sura, Haji Zakariah.

Seramai 256 orang anak-anak yatim daripada 121 keluarga sekitar DUN Sura telah menerima sumbangan pada tahun ini, jumlah yang bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Majlis sumbangan telah diadakan di Surau Kubur, Kampung Molek pada pagi hari Sabtu, 20 Ogos, 2011.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 21 Aug 2011 03:34 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Innalillah : U Azizi Abdullah Kembali Kerahmatullah

Posted: 21 Aug 2011 03:25 AM PDT


Azizi Hj. Abdullah, sasterawan yang telah memenangi banyak anugerah sastera telah kembali ke rahmatullah pagi ini.
Allahyarham telah dirawat di Hospital Besar Pulau Pinang sejak enam bulan lalu akibat tekanan darah tinggi dan komplikasi buah pinggang.
Kediaman Allahyarham di Taman Bersatu, Kulim, Kedah dan setakat ini masih belum diketahui di mana Allahyarham akan disemadikan.
Allahyarham dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada 4 April 1942 dan mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Sedikit Biodata Allahyarham...

AZIZI HJ. ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam.

Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas Seberang Perai (Sekolah yang diasaskan oleh Tuan Guru Hj. Ahmad Badawi, ayahanda kepada Datuk Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri sekarang) hingga tahun 1965.

Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an apabila artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang berkenaan buruk baik wanita bermain bola sepak dan kemudian diikuti cerpen 'Sisa'. Manakala cerpen 'Hj. Salikun Cuba Berkhalwat' telah menjadi kontroversi sehingga Azizi hendak didakwa di mahkamah.

Azizi mula bertugas sebagai guru agama di Sekolah Kebangsaan Sungai Taka, Serdang, Kedah dalam tahun 1965 dan bermulalah kesuburan bakat beliau melalui penulisan cerpen di akhbar-akhbar, terutama akhbar terbitan Utusan Melayu.

Azizi telah bersara daripada guru agama pada tahun 1997 dan kini menjadi Ketua Editor akhbar Utusan Pengguna (CAP) Pulau Pinang dan penulis kolum majalah.

Dengan terhasilnya novel KAWIN-KAWIN, bererti sudah 25 novel yang ditulis oleh Azizi sejak tahun 60an lagi di samping hampir 200 cerpen.

Melayu Paling banyak minum arak?

Posted: 21 Aug 2011 03:20 AM PDT



UMNO/BN parti Melayu jangan jadi juara mahu bela Islam. Tahukah kamu siapakah yang paling banyak minum arak dan khianat Islam? Semuanya datang dari UMNO yang dikatakan membela Melayu dan Islam. Kononnya membela golongan murtad tapi ramai yang murtad dari kalangan Melayu.

Mahu jadi jadi hero dalam menyampai kuliah agama dengan syarat ada tauliah. Berapa ramai ustaz dalam UMNO ada tauliah tapi merapu menyampaikan kuliah? UMNO tidak layak bercakap pasal agama kerana UMNO sendiri pengkhianat bangsa dan agama.

UMNO patut betulkan nama partinya jika betul-betul memperjuangkan Melayu dan bukannya menggunakan istilah Inggeris untuk partinya. PEKEMBAR ialah nama bagi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO dikatakan malu menggunakan nama tersebut kerana bunyi seolah-olah macam periuk nasi.

Mari kita saksikan siapakah yang sukan menogok arak? Adakah Cina atau India? Siapakah yang membenarkannya kilang dibina di Malaysia kalau bukan orang Melayu sendiri.


Melayu, Cina atau Indiakah dia?

"Ali Setan" Nafi Hina Agung

Posted: 21 Aug 2011 03:17 AM PDT



Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci -Mkini

Pemancung Kepala Termasyur Arab Saudi

Posted: 21 Aug 2011 03:13 AM PDT

MAKKAH - Namanya Abdallah bin Said al-Bishi. Ia mewarisi profesi ayahnya sebagai algojo pancung bagi terpidana mati di Arab Saudi. Boleh dibilang ia merupakan algojo paling masyhur. Stasiun televisi dari Libanon, LBC TV, pernah menyiarkan wawancara khusus dengan Abdallah pada 4 November 2006. Algojo seperti Abdallah inilah yang bertugas mencabut nyawa terpidana mati, termasuk Ruyati binti Satubi, yang dipancung Sabtu pekan lalu. Jumlahnya memang tidak diketahui pasti, setidaknya ada enam algojo yang ditunjuk Pemerintah Arab Saudi. Abdallah ditempatkan untuk Kota Mekkah.

Abdallah memulai tugas pertamanya pada 1991, sepekan setelah ayahnya, Said al-Bishi wafat. Umurnya waktu itu 32 tahun. Ia sempat terkejut setelah beberapa pejabat dari Kementerian Dalam Negeri menunjukkan surat pengangkatannya sebagai algojo. Hari pertama, ia langsung memancung tiga orang.

Dengan pedang bernama "Sultan" warisan ayahnya, ia mengaku gugup saat pertama memenggal kepala orang. Pedang Sultan berbentuk melengkung seperti bulan sabit dengan panjang setengah meter. "Tiap orang sedikit gugup saat memulai pekerjaan barunya dan takut gagal," kata Abdallah. Hingga kini, ia mengaku telah memancung lebih dari 100 kepala.

Di masa kecil, Abdallah pernah menyaksikan ayahnya memenggal kepala seorang pembunuh di depan gerbang Raja Abdul Aziz. Ia datang bersama ayahnya karena ingin melihat organ pencernaan seperti yang ia pelajari di sekolah. "Namun, yang saya lihat kepala manusia melayang, dari lehernya ada pancaran darah seperti sumur dan kemudian jatuh. Cukup dan saya tak tahan lagi," ujarnya. Malamnya, ia susah tidur dan sekali bermimpi buruk

Sesuai syariat Islam, Saudi menerapkan hukum pancung terhadap terpidana mati kasus pembunuhan. Eksekusi bisa batal jika keluarga korban memaafkan dan pelaku diharuskan membayar diyat (uang pengganti) yang ditetapkan oleh keluarga korban.

Menurut ahli psikologi dari Kementerian Dalam Negeri Saudi, Dr Turki al-Atyan, syariat Islam memerintahkan hukuman mati dilaksanakan dengan cara dipenggal, bukan digantung atau ditembak. Ia mengungkapkan Saudi pernah menerapkan hukuman mati dengan cara ditembak.

Untuk memuluskan tugasnya, Abdallah hanya memakai pedang produksi Jowhar karena terbuat dari besi keras yang tidak mudah patah dan memang khusus untuk memancung kepala. Jowhar adalah sebuah kota kecil di Somalia, sekitar 90 kilometer sebelah utara Ibu Kota Mogadishu.

Cara memenggal pun ada dua: horizontal dan vertikal. Masing-masing memerlukan pedang khusus. Ia menyebut "Qaridha" sebagai pedang spesialis pancung dengan cara vertikal.

Ayah tiga anak ini mengaku tidak merasa berbeda saat akan memancung lelaki atau perempuan. Bahkan, ia mengaku pernah memenggal kepala teman-temannya yang menjadi terpidana mati. "Perbedaannya, kadang pria (yang akan dipenggal) tidak bisa mengendalikan kegelisahannya sehingga bingung duduk atau berdiri," ujar Abdallah.

Selain memenggal kepala, Abdallah juga melaksanakan hukuman potong tangan atau kaki. Bedanya, kalau pancung, korban tidak dibius sama sekali, sedangkan potong tangan dibius lokal.

Ia menegaskan syarat utama menjadi algojo penggal adalah tidak boleh merasa iba terhadap orang yang akan dipancung. "Jika saya merasa iba, ia akan menderita. Bila hati ini merasa kasihan, tangan bakal gagal," katanya.

Boleh jadi, profesi sebagai algojo pancung seperti pekerjaan turun-temurun bagi keluarga Al-Bishi. Menurut Abdallah, putra sulungnya, Badr, sudah dilatih menjadi algojo dan akan diangkat untuk bertugas di Ibu Kota Riyadh./tempo

KJ MUNGKIN TAK JADI CALON

Posted: 20 Aug 2011 11:57 PM PDT

KOTA BARU, 21 Ogos — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.


Khairy memberitahu keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya di sini semalam.


Sehubungan itu beliau menggesa semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

"Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat.

"Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya.

PRORAM AGIHAN SUMBANGAN SEMPANA AIDILITRI 1432

Posted: 20 Aug 2011 11:41 PM PDT

 hari ini tanggal 21 Ramadhan Pas Wangsa Maju dengan kerjasama DPPWM, DMWM dan Nisa' WM mengadakan program Agihan Sumbangan Sempena Aidilitri 1432 yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Agihan sumbangan disekitar kawasan  Parlimen Wangsa Maju yang lebih tertumpu kepada golongan miskin, ibu tunggal serta OKU.










Semoga dengan sedikit sumbangan daripada Pas Kawasan Wangsa Maju dapat menambahkan kecerian mereka menjelang Syawal nanti. Terima Kasih kepada para penyumbang serta petugas yang telah menjayakan program tersebut. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha murni semua. Amin.

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB

Posted: 21 Aug 2011 01:29 PM PDT

DR HJ HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB


Posted: 21 Aug 2011 11:31 AM PDT

PAS KOTA TINGGI

Posted: 21 Aug 2011 01:09 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


PAS Kesal Kenyataan Perdana Menteri, Mungkin Tarik Diri

Posted: 20 Aug 2011 09:39 PM PDT

PAS melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 tidak perlu menunggu keputusan Jawatankuasa (JK) Khas Parlimen. Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar. Apa guna dibentuk JK Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum JK Khas ini menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada.

Adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan. Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu.

Kerajaan harus sedar terhadap kemarahan rakyat dan tuntutan yang diadakan dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 baru- baru ini. Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya akan terus merosot.

Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri. Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, jesteru menyemarakkan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan.

PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai. Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat.

PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam JK Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna sekiranya ia diadakan setelah Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian.

Pada 24hb Ogos ini juga satu mesyuarat Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan secara serius perkembangan muktahir ini bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke 13 yang bakal menjelang.

Jawatankuasa Reformasi Pilihanraya Untuk Ganti & Lebarkan Sayap JK Khas Parlimen

Posted: 20 Aug 2011 09:38 PM PDT

Kenyataan Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya merupakan kajayaan besar himpunan 9 Julai Bersih 2.0, yang telah berjaya mengadakan bantahan besar-besaran secara aman serta membongkar dan menyedarkan rakyat tentang beberapa penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang juga sepatutnya badan pelaksana kepada sistem pilihanraya yang bersih dan adil telah menjadi sasaran utama pembongkaran hari ke hari yang mencerminkan kelemahan perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasil pembongkaran demi pembongkaran yang membayangkan satu konspirasi yang seolah-olah terancang antara SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), terutamanya dalam soal pengundi hantu, nama bertindih, pengundi warga asing, pengundi tanpa rekod di JPN sehingga kini masih tidak dapat dijawab oleh pihak-pihak bertanggungjawab.

Pembongkaran tersebut telah juga mewujudkan satu keadaan saling nafi-menafi antara SPR dan JPN, ditambah pula pengubahan data JPN dan SPR dengan sewenang-wenangnya menjadikan keyakinan rakyat jelata kepada ketelusan, kebersihan dan keadilan sistem pilihanraya semakin runtuh.

Semua ini ditambah pula tekanan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR) yang menuntut satu sidang parlimen khas untuk membahas isu menjual kewarganegaraan untuk undi, akhirnya sedikit-sebanyak memaksa Perdana Menteri untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen ini.

Namun, apa yang menjadi persoalan utama ialah keanggotaan jawatankuasa ini, bilamana Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan bahawa ianya akan diketuai oleh seorang menteri, lima ahli parlimen BN, tiga dari PR dan seorang bebas.

Tidak dinafikan rata-rata rakyat harapkan jawatankuasa ini akan berjaya mengemukakan satu cadangan konkrit bagi membentuk satu sistem pilihanraya yang bersih dan adil, tapi sebelum itu jawatankuasa ini mestilah ditubuhkan secara seimbang dan adil supaya tidak didominasi mana-mana pihak, pihak pemerintah mahupun pembangkang.

Bayangkan lebih separuh daripada anggota dan ketua jawatankuasa ini terdiri daripada manusia-manusia yang merasakan sistem pilihanraya negara ini selama 54 tahun yang lepas adalah bersih, adil dan bebas, apa yang boleh rakyat harapkan daripada jawatankuasa khas ini?

Tanpa penglibatan secara terus Bersih 2.0 dan juga badan-badan NGO yang lain beserta juga penghinaan terbaru Nazri terhadap Bersih 2.0 yang mendapat sokongan ramai rakyat jelata, apabila beliau menyoal secara angkuh, "Siapa Bersih?" – susah untuk rakyat untuk menerima bahawa penubuhan jawatankuasa ini sebagai satu tindakan ikhlas daripada Barisan Nasional untuk memulihkan semula sistem pilihanraya negara yang tempang ini.

Sebab itulah, satu perubahan terhadap penubuhan jawatankuasa khas parlimen ini harus dibuat agar semua pihak boleh berpuas hati dengan keputusan pencariannya nanti.

Sehubungan dengan hasrat besar itu, di sini dicadangkan supaya jawatankuasa yang ditubuhkan ini bukanlah berbentuk jawatankuasa khas parlimen, kerana dalam bentuk ini, ianya akan menyekat keanggotaan pihak lain, seperti Bersih 2.0 dan rakyat biasa yang juga penting dalam proses pembaikan ini.

Dicadangkan jawatankuasa ini dinamakan sebagai Jawatankuasa Khas Reformasi Pilihanraya bagi memberi ruang keanggotaannya lebih terbuka dengan penyertaan pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan dalam sistem demokrasi berparlimen ini.

Dengan melebarkan sayap jawatankuasa ini, maka keanggotaannya lebih terbuka bukan hanya kepada parti- parti politik bahkan ianya boleh disertai bersama oleh badan-badan NGO, Majlis Peguam, dan beberapa individu yang mewakili rakyat biasa yang difikirkan sesuai dan layak.

Perkara yang paling penting dalam penubuhan jawatankuasa khas ini ialah badan ini mestilah diyakini mampu membuat perubahan kepada sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil. Sekiranya ia gagal meyakinkan masyarakat, maka ianya tiada makna ditubuhkan jawatankuasa sedemikian.

Oleh itu, dicadangkan di sini, agar keanggotaan jawatankuasa ini dirombak menjadi 12 orang, dengan 3 ahli parti pemerintah, 3 ahli daripada pembangkang, 3 ahli NGO, satu wakil SPR dan satu wakil JPN dan pengerusi yang dilantik oleh jawatankuasa terbabit mestilah seseorang yang diterima baik dan diyakini oleh semua lapisan rakyat sebagai seorang yang adil dan tegas dalam isu reformasi pilihanraya, seperti wakil dari Bersih 2.0 dan juga Suhakam.

Jawatankuasa ini mestilah diberi tempoh segera, sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan bagi menyiapkan cadangan untuk dibahas dan diluluskan di peringkat parlimen. Fokus utama jawatankuasa ini ialah mewujudkan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di negara ini.

Memandangkan kredibiliti SPR dan JPN kini berada pada tahap yang amat meragukan dan sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sebagai menghormati hak pengundi-pengundi yang berdaulat, sepatutnya pilihanraya umum tidak perlu dilaksanakan selagi penambahbaikan sistem pilihanraya ini belum dipulihkan.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 21 Aug 2011 11:20 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


MTD Chukai ‘cakna’ kebajikan

Posted: 20 Aug 2011 02:03 PM PDT


KEMAMAN: Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai wajar dicontohi semua pihak kerana sikap 'cakna' kebajikannya terhadap rakyat miskin.
 
Ini kerana, pihak berkenaan berjaya menyediakan peruntukan hampir puluhan ribu ringgit untuk diagihkan kepada lebih 800 orang penerima bantuan sumbangan Infak Ramadan tersebut.

Pengagihan dibuat mengikut Unit Peti Undi (UPU) yang melibatkan 21 buah cawangan PAS terpilih dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai.
 
Sehubungan itu, sebanyak empat buah UPU telah menerima sumbangan masing-masing  yang disempurnakan oleh Pengarah MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat dan Setiausahanya, Haji Othman Abdullah.

Semalam (20 Ogos), sejumlah 80 orang fakir miskin, warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim menerima sumbangan tersebut.
 
Sebelum itu, Haji Hanafiah turut menyampaikan tazkirah Ramadan di Surau Haji Muda, Geliga Kecil, Chukai, Kemaman, 20 Ogos lalu.
 
Katanya, dalam rakyat 'wajib' membuat perubahan dalam memilih pemimpin negeri kerana didapati Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak relevan lagi.
 
Menurutnya, semua pihak termasuk kakitangan kerajaan, pegawai, pekerja swasta serta rakyat 'bawahan' menyatakan kesediaan bagi membuat perubahan.
 
"Rakyat hari ini wajib membuat perubahan untuk memilih pemimpin negeri dan negara dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
 
"Umno-BN sudah tidak relevan dan hilang keyakinan rakyat. Semua orang hari ini termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan bercakap mahu berubah.

"PAS mesti ganti Umno, untuk selamatkan rakyat dan tanahair dari terus tergadai oleh kepimpinan kerajaan yang rasuah dan menyeleweng," tegasnya dihadapan 80 orang penerima sumbangan tersebut.

Katanya, 'kuasa' memilih kerajaan terletak ditangan rakyat dan jika tersalah pilih akan dipersoalkan dihadapan Allah SWT kelak.

Menurutnya, tanggungjawab tersebut merupakan suatu kewajipan sebagaimana arahan dalam al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Selepas majlis tersebut, Haji Hanafiah turun 'padang' menziarahi rumah ke rumah  bersama wartawan Harakah bagi menyampaikan sumbangan dari Dana Ramadan Harakah.
Antara golongan sasaran tersebut fakir miskin, ibu tunggal serta warga emas yang dhaif di beberapa buah kampung sebagai persiapan sempena menyambut Hari Raya Idulfitri tidak lama lagi.
 
Sekitar jam 12.30 tengahari, beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu bergegas pula ke kampung Jabur Kubur, Gong Limau, Chukai untuk menyertai acara mengacau bubur lambuk.

Tinjauan mendapati sejumlah enam kawah bubur lambuk tersebut disediakan oleh pihak Muslimat Dun Chukai sebelum diagihkan kepada 1,500 orang penduduk.
 
Manakala, pada jam 1.30 petang, Haji Hanafiah dan rombongan Harakah sempat melawat dan menziarahi seorang tokoh dan pengasas di Pusat Pengajian Taman Islam Kemaman, Ustaz Mohd Zawawi Abdullah atau lebih dikenali 'ayah da' Taman Islam.

Ayah Da (Zawawi) dimaklumkan berusia 58 tahun dan telah jatuh sakit sejak hampir sebulan lalu setelah disahkan mengidap penyakit kencing manis agak kronik.

Beliau keletihan yang teramat sangat hingga hilang selera makan-minum dan dipercayai tidak dapat membuang air besar selama dua minggu.

Sehubungan itu, Haji Hanafiah memohon sesiapa yang mengenali 'Ayah Da' terutama di kalangan anak murid di Taman Islam ini agar mendoakan kebaikan serta kesihatan yang sempurna.

Sumbangan Harakah termasuk wang tunai, beras dan keperluan asas disampaikan oleh Hanafiah dan wakil Harakah di rumahnya.

Ustaz Zawawi mempunyai tiga orang isteri dan isteri pertamanya telah meninggal dunia serta mempunyai 18 orang anak yang masih hidup.

Justeru itu, mana-mana pihak dan penyumbang Infak Ramadan boleh meneruskan sumbangan tersebut sebelum menjelangnya hari raya.

Batu Gajah Mari

Posted: 21 Aug 2011 11:17 AM PDT

Batu Gajah Mari


"Ali Setan" nafi hina Agong

Posted: 21 Aug 2011 03:44 AM PDT


Pelakon yang kini menjadi pendakwah, Azmil Mustapha, menafikan beliau menyampaikan ceramah berbaur hasutan politik supaya rakyat membenci Yang di-Pertuan Agong ketika memberi tazkirah di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang.

Mingguan Malaysia melaporkan pelakon filem Ali Setan itu sebagai berkata beliau terkejut apabila laporan polis dibuat oleh bilal masjid berkenaan pagi kelmarin, mengatakan beliau ada mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan, apatah lagi menghina Yang di-Pertuan Agong. Tuduhan itu tidak berasas kerana ai tiada kena mengena dengan politik.

"Saya bukan sahaja tidak pernah mengundi pada pilihan raya umum, malah tidak berdaftar dengan mana-mana parti politik di negara ini," katanya dalam laporan Utusan tersebut.

Sebaliknya, jelas Azmil, tazkirah yang disampaikannya di masjid tersebut adalah berasas kepada ayat-ayat al-Quran.

Menurutnya, antara perkara yang disampaikannya ialah umat Islam wajib mengutamakan Allah berbanding manusia, tidak kira siapa orang itu.

Sementara itu, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya sedang meneliti laporan polis yang dibuat.

Menurutnya, setakat ini, siasatan masih di peringkat awal dan beliau meminta orang ramai memberi peluang kepada pihak polis untuk menyiasat kes itu secara terperinci - Mkini

"Photographer" cerminkan kekuatan PAS- DS Nizar

Posted: 20 Aug 2011 08:28 PM PDT

oleh: Faeez Azahar

KUALA LUMPUR, 21 Ogos : Gambar dan video adalah elemen yang penting untuk memberi informasi dan penerangan kepada rakyat serta memberi kesan yang baik kepada PAS.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyeru kepada ahli fotografi PAS supaya memainkan peranan dalam perjuangan PAS. " 'Photographer' akan mencerminkan kekuatan PAS dan menjadi bukti tentang keburukan UMNO," katanya ketika merasmikan Kursus Fotografi dan Videografi yang dianjurkan oleh Lujnah Penerangan PAS Pusat di Pejabat Agong PAS Pusat.

Tambahnya lagi, Kelebihan PAS ialah mempunyai tenaga kerja banyak dan tidak mementingkan ganjaran berbeza dengan blogger pro UMNO yang mendapat upah. "Ahli fotografi ini perlu diberi tunjuk ajar agar mereka lebih berkemahiran agar berperanan untuk membantu Pakatan Rakyat terutama PAS menjelang pilihanraya yang semakin hampir," tegasnya lagi.




Panas: Gambar Nanu pegang anjing dengan selamba!

Posted: 20 Aug 2011 06:55 PM PDT

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 21 Aug 2011 09:33 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Pemuda Bersamamu 7.0 : Kami hanyalah pemudahcara

Posted: 21 Aug 2011 05:27 AM PDT


oleh : Ketua Lajnah Kebajikan Pemuda Dun Sura

Alhamdulillah,cuaca yang mendung diselangi dengan hujan gerimis bermula daripada awal pagi sehinggalah ke petang semalam seolah-olah rahmat yang mengiringi usaha dan kerja amal kebajikan daripada warga Pemuda Pas Dun Sura,'Pemuda Bersamamu Musim ke 7'.

Usaha yang digembelingkan sebelum ini bermula daripada mencari dan mengumpul dana tabung 'Pemuda Bersamamu 7.0' sehinggalah kepada mengenalpasti penerima atau peserta yang layak untuk disalurkan bantuan sumbangan ini seterusnya membawa kepada hari 'operasi sehari' pengagihan sumbangan tersebut.

Walaupun masih terdapat kekurangan atau kelemahan bagi menyempurnakan program tahunan Pemuda Dun Sura ini,namun kami cukup yakin musim ini adalah merupakan pencapaian terbaik 'Pemuda Bersamamu' berdasarkan target,lebih berfokus serta sasaran yang mana semuanya ini adalah pertolongan daripada Allah s.w.t jua.

Syabas diucapkan kepada pengarah program yang berjaya menjadi 'kapten' yang mantap telah berjaya menggerakkan 'anak kapal'nya dengan cukup berkesan hingga mampu meredah ombak dan badai dalam pelayaran sehinggalah sampai ke destinasi dengan jayanya.

Jazakallah kepada semua penyumbang yang budiman samada yang menyumbang dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang menjadi sumber kepada hidupnya program kebajikan ini di mana kami hanyalah menjadi 'orang tengah' atau 'pemudahcara' bagi mencapai ganjaran yang telah dijanjikan-Nya.

Kepada semua warga Pemuda Pas Dun Sura terutamanya yang terlibat secara langsung dengan program 'Pemuda Bersamamu 7.0' ini,ketahuilah anda semua adalah 'insan hebat dan cemerlang',tanpa anda semua tiadalah 'pemuda bersamamu 7.0'.Semoga usaha kecil ini akan menjadi ganjaran besar buat kalian semua yang terlibat.


GAMBAR-GAMBAR sekitar program Pemuda Bersamamu 7.0 akan menyusul

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 21 Aug 2011 09:21 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


PROGRAM MUNAJAT PERDANA PRU-13

Posted: 20 Aug 2011 10:07 PM PDT












PROGRAM MUNAJAT PERDANA PRU-13




Objektif

Mengumpul kekuatan rohani di kalangan petugas Pas untuk menghadapi PRU 13 Munajat dengan Allah SWT supaya Allah memberi kekuatan kepada petugas Pas Memohon kepada Allah memberi hidayah kepada rakyat Malaysia untuk menerima perjuangan Islam.

Peserta

Pimpinan Pas di semua peringkat, Ahli Pas, Penyokong Pas, Orang ramai semua dijemput hadir.

Tarikh

26 Ogos 2011 Jumaat Malam Hingga Subuh Sabtu.



Masa

09.45 PM-05.50 AM



1. Johor

Markaz PAS Kawasan Simpang Renggam

Kg Shaari, 86200 Simpang Renggam

Johor Darul Takzim



2. Kelantan

Dewan Zulkifli, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan

Jalan Dato' Pati, Kota Bharu

Kelantan



Munajat di Stadium Sultan Mohamad IV kita Bharu, Kelantan



3. Perak

Dewan Tuan Guru Samad Noh Air Kuning

Taiping, Perak



4. Kedah

Kompleks PAS Kedah

KM 13, Jalan Alor Setar-Sungai Petani

Simpang 4, 06650 Alor Setar

Kedah



5. Melaka

Madrasah Ar-Rahimah

Tolok Gaung, Air Molek

(Bukit Katil) Melaka



6. Wilayah Persekutuan

Dewan Dato' Fadzil Noor

Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM)

Lorong Haji Hassan, Off Jalan Batu Geliga

Taman Melewar, Batu Caves, Selangor



7. Terengganu

Kg Masjid Rusila

Marang, Terengganu



8. Negeri Sembilan

Muassasah Darul Shariff

Serting, Jempol

Negeri Sembilan




9. Pulau Pinang

Markaz Tarbiyah PAS Negeri, Pongsu Seribu

13200 Kepala Batas

Seberang Perai, Pulau Pinang



10. Perlis

Kompleks PAS Perlis

Jalan Stadium Utama

01000 Kangar, Perlis



11. Sabah

Pejabat Pemuda PAS Sabah

King Fisher, Kota Kinabalu

Sabah



12. Sarawak

Pejabat Perhubungan PAS Sarawak

No. 6793, Lorong 4

Taman Matang Jaya

97050 Kuching

Sarawak



13. Selangor

Dataran Markaz Pas Sabak Bernam



14. Pahang

Dataran Kompleks Pas Pahang Kerdau



Tentatif Program



09.00-09.45 PM Solat Tarawih

09.45-09.50 PM Ucapan Pesuruhjaya Negeri-Negeril/WP (Tidak Live)

10.00-10.10 PM Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis


(Live daripada Taman Melewar)

10.10-10.40 PM Ucapan YB Dato Haji Harun Taib (Live daripada Masjid Rusila)

10.40-11.20 PM Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Live daripada Rusila)

11.20-12.00 PM Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat (Live daripada Kota Bahru).





03.00 -05.50 AM MUNAJAT DI NEGERI MASING-MASING

Selepas subuh bersurai.

Facebook Ketua Penerangan PAS N.Sembilan

Posted: 20 Aug 2011 09:42 PM PDT

Adalah dimaklumkan Facebook Ustaz Nor Azman bin Mohamad yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan ialah di http://www.facebook.com/profile.php?id=100000444002513


Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 21 Aug 2011 09:17 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Sumbanga Derma Untuk Pembangunan & Kebajikan Pasti Kawasan Kuala Krai

Posted: 21 Aug 2011 01:37 AM PDT


Sumbangan dan sedekah YB/Dato/Datin/Tuan/Puan tersebut boleh disalurkan melalui mana-mana ahli jawatankuasa PASTI Kawasan atau terus ke akaun PASTI Kawasan yang bernombor 03072010005408 (Bank Islam M. Berhad) atas nama PASTI KAWASAN KUALA KRAI.

Atau Hubungi 017-9154614 (pengerusi PASTI kawasan.)


Sumbanga daripada semua amat diharap-harapkan untuk pembangunan & kebajikan PASTI Kuala Krai sempena Ramadhan al-Mubarak ini.....

Pemuda PAS Merbok

Posted: 21 Aug 2011 07:29 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


AL-FATIHAH BUAT AZIZI ABDULLAH

Posted: 20 Aug 2011 11:21 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok mengucapkan takziah kepada keluarga novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah (gambar) yang telah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Difahamkan bahawa jenazah almarhum Haji Azizi telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari tadi.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.


Al-Fatihah...

Landskap Siasah

Posted: 21 Aug 2011 07:06 AM PDT

Landskap Siasah


Pulak dah mahathir...

Posted: 20 Aug 2011 10:45 PM PDT

Gerakan Mahathir dan Muhyiddin untuk jatuhkan Najib!

Kongsi534
SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM, bahawa ada gerakan mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berikutan imej dan kepimpinannya semakin tidak diyakini [Penawar desak Najib Letak jawatan]

Portal Free Malaysia Today, FMT mengukuhkan lagi berita tersebut, malah turut menamakan siapakah gerangan orang di belakang gerakan mendesak Najib melepaskan jawatannya itu.

Menurut FMT, di sebalik tanggapan umum yang menggambarkan sokongan terhadap Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir secara senyap melakukan gerakan ini [FMT].


Sebuah organisasi yang dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen Umno telah menyuarakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletak jawatan.

Organisasi yang dimaksudkan ialah, Penawar yang diketuai oleh bekas menteri kabinet Aziz Shamsuddin yang juga bekas setiausaha politik Tun Mahathir sejak 1981 hingga 2002.

Salah seorang ahli Penawar yang tidak mahu dikenali berkata, organisasi tersebut telah mengadakan satu mesyuarat minggu lalu bahawa sudah tiba masanya Najib melepaskan jawatannya.

"Ianya terpulang kepada Najib, Jika beliau sayangkan negara dan orang-orang Melayu, beliau harus letak jawatan secepat mungkin".

"Jika dia bukan seorang yang pentingkan diri, maka dia harus letak jawatan" menurut salah seorang ahli penawar seperi dilaporkan oleh FMT.

Jelas sekali Najib bakal menerima nasib yang sama seperti yang dilalui oleh Imam Hadhari sebelum ini. Masih segar di ingatan, bagaimana Tun Mahathir sanggup keluar Umno, malah mengadakan "road show" ke seluruh negara semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.


ReJaM© "Berhati-hati, kerana tikus akan mengeluarkan sebusuk-busuk kentut sebelum mati..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/gerakan-mahathir-dan-muhyiddin-untuk.html#ixzz1VdhzyqUP

Siasatan SH melambangkan kelemahan SPR

Posted: 20 Aug 2011 08:25 PM PDT

Siasatan SH melambangkan kelemahan SPR

Pujian dan pengiktirafan Perdana Menteri kita terhadap usaha Sinar Harian ( SH 20 Ogos 2011) yang berjaya menyiasat isu nama berganda dalam senarai pemilih bukan suatu kejayaan yang boleh dibanggakan sebaliknya perlu dinilai sebagai kegagalan SPR mempertahankan nama serta fungsi sebagai sebuah suruhanjaya.

Maruah SPR kian tercalar sehingga isu pengundi hantu, senarai nama yang meragukan hanya mampu diselesaikan oleh sebuah akhbar harian. Kegagalan SPR ini jelas menampilkan bahawa badan ini tidak layak diadili oleh jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya yang telah diadakan.

Jawapan SPR cukup menghampakan rakyat apabila senarai no IC yang telah meninggal dunia didedahkan masih berada dalam pangkalan data SPR dengan alasan tiada makluman waris si mati. SPR telah meletakkan obligasi da tanggungjawab melicinkan daftar pemilih, pemutihan senarai pemilih kepada rakyat serta waris si mati.

Adakah ini sikap sebuah Suruhanjaya?

Bagaimana sebuah Negara yang berbangga dengan IT, Multimedia Coridor dan sebagainya tidak berjaya menghubungkan talian antara pangkalan data JPN dengan SPR? Adakah perkara ini tidak memalukan Negara?

Sinar Harian boleh dikatakan berjaya kerana inisiatif mereka menyiasat kebenaraan wujudnya dua individu berbeza bagi 3 nama yang disangsikan oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia. Namun mengapa siasatan ini, tindak balas ini, respon sebegini tidak dihasilkan oleh SPR yang makan gajian sekian banyak daripada kerajaan Malaysia berbanding syarikat swasta seperti Sinar Harian?

Jawapan SPR bahawa persoalan pengundi hantu hanya layak dijawab oleh kerani SPR juga cukup mengecewakan rakyat serta cukup melambangkan bahawa tahap KPI SPR mencecah nilai negatif di bawah paras laut!

Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 21 Aug 2011 07:02 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


TAZKIRAH RAMADHAN : RAMADHAN BULAN KEMENANGAN - 1

Posted: 20 Aug 2011 11:25 PM PDT

TERPAKSA PULANG KERANA SERANGAN ISRAEL : RADIG 2

Posted: 20 Aug 2011 09:12 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan