Ahad, 21 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 21 Aug 2011 03:17 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah Ramadhan 9

Posted: 20 Aug 2011 06:28 AM PDT

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila.Semoga bermanafaat insyaAllah


http://www.youtube.com/watch?v=CWdP2Y4_mw8


::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 21 Aug 2011 01:32 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Masih Ada Tak Kena Dengan Daftar Pemilih : Pemuda PAS Pulau Pinang

Posted: 20 Aug 2011 11:08 PM PDT

GEORGETOWN – Seramai 13,114 pengundi yang didaftarkan di Pulau Pinang didapati pemegang mykad yang mempunyai kod bernombor 71 yang mana Jabatan Pendaftaran Negara sendiri tidak dapat mengesan negara asal mereka. Setiausaha Dewan Pemuda Pas negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, berdasarkan sistem dalaman yang diproses dari daftar pemilih yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) milik parti [...]

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 21 Aug 2011 01:31 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Sumbangan Kepada Pesakit di Hospital Slim River

Posted: 20 Aug 2011 04:14 PM PDT

20 Ogos - Seluruh AJK Pas Kawasan Tanjong Malim bersama ahli-ahli yang turut hadir bagi menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Hospital Slim River berkumpul di lobi hospital sekitar jam 3.00 petang. Setelah persediaan dan taklimat ringkas daripada kakitangan hospital, semua AJK yang hadir telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan urusan penyampaian sumbangan.

Turut serta dalam program tahunan Pas Kawasan Tg Malim ini adalah pengarah program, Ust Nik Hadi juga merangkap NYDP, YDP Tn Hj Aminuddin Zulkipli, TYDP Tn Hj Salam, Setiausaha Tn Hj Mohd Junid dan barisan exco yang lain.

Semua pesakit yang ditemui menyambut baik kehadiran jawatankuasa Pas bagi menyampaikan sumbangan. YDP yang menyampaikan sumbangan turut memberikan kata-kata perangsang kepada pesakit agar pesakit terus tabah menerima ujian Allah dan berharap dapat menyambut Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Program menyampaikan sumbangan berakhir sekitar jam 4.30 petang.


Membuat persediaan ketika di Lobi HSR

Bersiap sedia untuk menjalankan tugas..

Hj Aminuddin dan Hj Hamid ketika menyantuni pesakit-pesakit di HSR


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 21 Aug 2011 01:25 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kerja keras untuk sedarkan Melayu

Posted: 21 Aug 2011 01:00 AM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Ogos: PAS harus bekerja keras untuk menyedarkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai hak mereka.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, orang Melayu tidak sensitif terhadap isu pembaziran dan penyelewengan wang rakyat yang dilakukan kerajaan BN selama ini.

(Mohamad sambil duduk menyampaikan kit kempen Barang Naik)

Menurutnya, orang Melayu hanya tahu merungut tapi tidak ada usaha melakukan protes terhadap kerajaan.

"Untuk menimbulkan sensitiviti rakyat terhadap hak-hak mereka satu kerja yang sukar dan perlu kesabaran, terutama menghadapi orang Melayu yang tidak sensitif dengan perkara-perkara yang berlaku seharian, contohnya soal rasuah, penyelewengan, kenaikan harga barang.

"Mereka merungut tetapi tidak sampai ke peringkat protes," kata beliau sewaktu berucap merasmikan Pelancaran Kempen dan Kelab Protes Barang Naik (Protes BN) di perkarangan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa, Kampung Baru, petang semalam.

Mengimbau sejarah tahun 1986 yang menyaksikan protes besar-besaran kaum Cina terhadap MCA, Mohamad Sabu berkata kaum itu tahu menuntut hak mereka yang disalah gunakan.

"Berlaku penyelewengan yang hebat dulunya dalam koperasi pengambilan deposit, ratusan juta wang pelabur dari MCA hilang.

"Maka apa yang berlaku pilihan raya tahun 1986 orang Tiong Hua membuat protes besar-besaran sehingga DAP menang 24 kerusi Parlimen, hampir menawan Pulau Pinang iaitu DAP menang 13 kerusi, kekurangan tiga kerusi lagi untuk memenangi Pulau Pinang.

"Ini dilakukan DAP seorang diri.Masa itu belum ada Barisan Alternatif, belum ada Pakatan Rakyat.

"Ini kerana orang Tiong Hua tahu menilai duit, nilai harga dan apabila berlaku sesuatu mereka protes," katanya di hadapan hampir 100 orang yang hadir.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyeru rakyat agar menyokong dan menyertai kelab ini serta memberikan pandangan-pandangan mereka mengenai situasi kenaikan harga barang yang berlaku di negara ini.

"Tujuan penubuhan kelab ini untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang kenaikan harga barang yang tidak pernah berhenti.

"Lajnah Pengguna tidak nafikan kenaikan harga barang ini juga kerana kenaikan harga di peringkat global tapi ianya boleh ditangani jika kerajaan membelanjakan wang rakyat dengan berhemah.

"Jadi saya minta sesiapa yang tidak sokong harga barang naik, sertailah kelab ini. Kalau tak nak sokong maksudnya mereka setujulah harga barang naik,' katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat.

(Mohamad Sabu melancarkan kempen)

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof pula meminta kaum wanita sedar dengan pembaziran yang dilakukan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sedangkan rakyat terpaksa menanggung bebannya.

Antaranya beliau menyentuh mengenai los lawatan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah ke luar negara dari 2008 hingga 2011 sejumlah RM17 juta.

Selain itu kos penganjuran Persidangan Wanita Pertama Dunia yang hanya dihadiri 14 wanita,majoritinya dari Afrika menelan belanja RM4.5 juta.

"Saya percaya kaum wanita sangat terbeban dengan kos kenaikan harga barang khususnya melibatkan barang keperluan asas.

"Tak ada guna jika kita terus berdiam diri dalam pada kerajaan membelanjakan wang rakyat sesuka hati mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang.

Selesai majlis pelancaran, mereka mengedarkan risalah mengenai kenaikan harga barang kepada peniaga dan pengunjung bazar Ramadhan berhampiran.

Protes BN mensasarkan 5,000 ahli menjelang Aidilfitri ini dan akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13.

harakahdaily/-

Najib Harus Fokus Kebajikan Rakyat- PAS

Posted: 21 Aug 2011 12:30 AM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 21 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar lebih fokus dan menumpukan kepada keperluan semasa rakyat berbanding membina imejnya melalui bangunan pencakar langit yang berjumlah berbilion ringgit.

Hal ini kerana menurut Lajnah Tanah dan Pembangunan PAS Pusat, Mazlan Aliman, asas kepada pembangunan sesebuah negara adalah kesejahteraan hidup rakyatnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terbaru pembinaan Menara Warisan 100 tingkat yang kini sudah sampai ke peringkat mereka bentuk bangunan yang dicadangkan dan dijangka siap akhir tahun ini.

Menurut Mazlan, tindakan kerajaan yang mahu meneruskan projek tersebut walaupun dibantah keras sebelum ini kerana berlakunya pembaziran, jelas membuktikan ketidakupayaan kerajaan Najib untuk mendengar suara rakyat.

"Kalau sekadar mercu tanda ini dibina di zaman Perdana Menteri bagi gambarkan oh zaman dia ada bangunan setingi 100 tingkat kononnya jadi tatapan cucu cicit hanya kerana faktor kebanggaan itu semata-mata,

saya fikir nampaknya pemimpin-pemimpin Barisan Nasional ini mereka langsung tidak mempunyai kepekaan terhadap apakah keutamaan untuk dilakukan oleh pemimpin terhadap rakyat dalam keadaan kenaikan harga barang, kos sara hidup yang semakin meningkat, pemimpin selalu bercakap tentang berjimat cermat, ikat perut dan sebagainya.

"Nampaknya rakyat sahaja yang dipaksa, diperingatkan tentang amalan budaya cermat, jimat cermat bahkan dalam kontek Islam pun, pembaziran ini merupakan saudara syaitan,"katanya kepada Tv Selangor.

Najib akhir tahun lalu berkata, pembinaan projek Menara Warisan yang dicadangkan oleh Permodalan Nasioanal Berhad (PNB) itu bakal menguntungkan negara.

Walau bagaimanapun, tidak pula dijelaskan oleh beliau keuntungan dari aspek apa.

Pembinaan menara 100 tingkat itu, yang akan mengatasi ketinggian Menara Berkembar Petronas, diumumkan dalam bajet 2011 pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan kerja-kerja mereka bentuk menara tersebut sedang dijalankan manakala projek itu dijangka siap pada 2015.

Projek tersebut, yang dilaporkan membabitkan kos RM5 bilion, bagaimanapun terus mendapat bantahan umum dan pembangkang.

Rata-rata menganggapnya sebagai salah keutamaan termasuk Mazlan.

Keadaan itu ditambah pula dengan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan tangga gaji masih di takok sama.

"Saya ingin ulangi ketegasan kalaulah perancangan kerajaan untuk membina ini diteruskan, saya harap mereka dapat membatalkan hasrat tersebut kerana ini langsung tidak memberi apa-apa kebanggaan kepada negara khususnya rakyat dalam negara kita," kata beliau.

Terdahulu, kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center juga menunjukkan dua per tiga rakyat membantah pembinaan menara pencakar langit itu.

Kajiselidik yang membabitkan 1,005 responden di Semenanjung Malaysia itu, menunjukkan 65 peratus tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, dan hanya 25 peratus yang menyokongnya.

tv news/-

Prasarana terbaik dalam negara berkebajikan

Posted: 21 Aug 2011 12:00 AM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

RAWANG, 21 Ogos: "Negara berkebajikan PAS bukan bermakna semua perkara akan disubsidikan tetapi menyediakan prasarana yang terbaik untuk rakyat hidup dengan baik," kata Dr Dzulkefly Ahmad, anggota Parlimen Kuala Selangor.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis berbuka puasa dan meraikan anak yatim anjuran PAS cawangan Bandar Tasik Puteri semalam.

(Antara anak yatim yang diraikan bersama peserta majlis berbuka puasa PAS cawangan Bandar Tasik Puteri)

20 anak yatim dari Persatuan Kebajikan Ay Syakur diraikan di majlis berbuka puasa itu. Lebih 150 peserta menyertai majlis berbuka itu.

Di majlis itu, Dr Dzulkefly telah menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim itu dengan ditemani Bendahari PAS Selayang, Haji Ismail Hassan.

"Antara yang kita fokaskan adalah anak yatim sebagaimana yang dibuat oleh PAS cawangan ini," kata Dr Dzulkefly.

Dalam majlis itu, Dr Dzulkefly yang merupakan pakar toksid menyarankan kepada semua umat Islam jangan jadikan waktu berbuka untuk qadak semua makanan yang telah seharian tidak dimakan.

(Dr Dzul menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim)

"Itu satu salah faham dalm berbuka dan berpuasa," katanya.

Beliau kesal dengan sikap ramai umat Islam yang berbuka dengan meah dan memakan dengan pelbagai jenis makanan sehingga memudharatkan kesihatan.

harakahdaily/-

Apa pula pendirian Umno-MCA dalam isu Jais?

Posted: 20 Aug 2011 11:31 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Ogos: Dalam keseronokan menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU), rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya Umno Barisan Nasional dalam isu ini pula.

"Apakah pendirian rasmi Umno Barisan Nasional dalam isu ini? Satu belah, Umno menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam, rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya sehingga merestui pencerobohan gereja," soal Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.

Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik Umno, MCA – parti yang disokong Umno untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang dipetik Harian Metro telah secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan.

Dr Chua turut dipetik sebagai berkata Jais, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.

"Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya," tambah Chua sebagaimana yang dilaporkan media.

Selain itu, Naib presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, tindakan para pegawai Jais itu mencerminkan sikap pakatan pembangkang yang berfikiran sempit serta tebal dengan semangat kedaerahan.

Sejak penubuhan PAS, kata Tuan Ibrahim, rata-rata umat Islam tahu parti sentiasa berpendirian dengan tegas bagi mempertahankan aqidah umat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti sehinggakan hari ini Umno and MCA masih menakutkan umat Islam dan bukan Islam bahawa kita satu parti yang ekstemis dalam mempertahankan aqidah umat Islam – tak boleh judi, tak suka arak, membanteras murtad dan sebagainya.

Disebabkan ketegasan PAS dalam isu membanteras murtad, kata Tuan Ibrahim PAS telah mengesa agar Jais agar mengambil tindakan segera sekiranya cukup bukti selaras dengan peruntukan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh kerajaan Selangor untuk mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah.

"Disebabkan kekurangan maklumat, dan juga first-hand news, PAS turut mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kedua-dua pihak, Jais dan GMDU, tapi malang, kedua-duanya memilih untuk menangguhkan perjumpaan. Akan tetapi, pada masa yang masa, bukti-bukti Jais pula mula terledak di Internet walaupun ia sepatutnya rahsia sehingga pendakwaan dibuat di mahkamah.

Bahkan, lidah rasmi kami Harakahdaily sudahpun melaporkan bahawa terdapat percanggahan antara apa yang dinyatakan oleh pegawai gereja GMDU bahawa majlis makan malam anjuran Harapan Komuniti tidak mempunyai kaitan dengan agama dengan bukti video Jais ketika menyiasat di majlis makan malam GMDU yang kini hangat dipertontonkan di internet," terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Berikutan ledakan bukti video penyiasatan Jais di internet, Tuan Ibrahim berkata PAS kini mempunyai dua persoalan utama dalam kontroversi ini.

"Mengapa Jais masih berlengah-lengah untuk bertindak, dan juga kesunyi-sepian gereja mengenai percanggahan kenyataan pihak gereja dengan video penyiasatan Jais yang kini tersebar luas – namun keduanya tidak mempunyai jawapan sehingga ini PAS masih tidak dapat bertemu dengan kedua-dua pihak," soal beliau.

Walaupun telah membuat pendirian tegas dalam isu Jais ini dan juga menunjukkan keadilan dalam Islam sebenar dalam mencari penyelesaian adil dalam isu ini, namun kata Tuan Ibrahim media pro Umno sehingga hari ini masih mendesak PAS untuk menyatakan pendirian.

"Sebaliknya, rakyat masih sehingga hari ini tak tahu apa pula pendirian BN, khususnya Umno dan MCA dalam isu ini selain sibuk menyerang PAS? Ada sesiapa dari seberang sana boleh menjawab?" tanya beliau.

harakahdaily/-

Jika p'raya telus, sudah lama BN pembangkang

Posted: 20 Aug 2011 09:40 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BUTTERWORTH, : Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.

Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus.

"Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka.

"Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara.

"Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil.

Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih.

"Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagi.

harakahdaily/-

Speaker Kedah akan cabar keputusan Mahkamah Rayuan

Posted: 20 Aug 2011 09:30 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR,: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Isa Ismail (gambar) menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang menyerahkan kembali kerusi Kota Siputeh yang dikosongkan sejak tiga tahun lalu kepada penyandangnya, Datuk Abu Hassan Sharif kelmarin.

Walaubagaimanapun, Dr Isa yang dihubungi memberitahu bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya dan menimbangkan kemungkinan akan mencabar keputusan tersebut dalam masa terdekat ini.

"Peguam saya sedang menguruskan untuk mencabar keputusan tersebut, insya Allah dalam masa yang terdekat selepas kita menerima dan menyemak hujah-hujah penghakiman berkaitan keputusan Mahkamah Rayuan itu," katanya.

Semalam, media melaporkan kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir yang menuduh beliau secara sengaja melakukan kesilapan apabila bertindak mengosongkan kerusi Kota Siputeh pada 2009 lalu.

Dr Isa berkata, dalam keghairahan anggota parlimen Jerlun itu memberikan kenyataan kepada media secara tidak sedar beliau telah menonjolkan suatu pemikiran yang tidak sihat.

"Mukhriz berkemungkinan sedang mengalami masalah pemikiran yang terencat apabila membuat tuduhan tersebut secara melulu. Kalau saya buat silap bermakna Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah dengan sengaja membuat kesilapan yang sama tiga tahun dulu," katanya sinis.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman pada 16 November 2009 telah memutuskan kerusi Kota Siputeh dikosongkan apabila penyandangnya gagal menghadiri persidangan dewan dua kali berturut-turut dan melanggari Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah.

harakahdaily/-

Wanita dakwa dicabul 11 polis

Posted: 20 Aug 2011 08:30 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.
[Baca berita penuh]

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

malaysiakini/-

Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal

Posted: 20 Aug 2011 08:12 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -


GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan.

PAS kesal kenyataan PM, mungkin tarik diri

Posted: 20 Aug 2011 08:11 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man(gambar) dalam satu kenyataannya hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu dan berkata ia adalah bukti terhadap sikap sebenar ketidak-ikhlasan BN.

Ia juga melambangkan sikap berpura-pura kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk JK Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum JK Khas ini menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional  tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," selar Tuan Ibrahim.

Perdana Menteri Najib semalam dipetik sebagai berkata bahawa PRU akan datang tiada sebarang kaitan dengan JK Khas parlimen yang bakal ditubuhkan Oktober ini.

"Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Murshidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa terkilannya terhadap kenyataan Najib semalam.

"Sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?" soal beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambah beliau.

Kerajaan, kata beliau harus sedar  terhadap kemarahan rakyat dan tuntutan yang diadakan dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 baru- baru ini dan dengan sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya akan terus merosot.

Sekiranya ini berlaku, tambah Tuan Ibrahim keadaan ini adalah sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan  tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga katanya akan mempercepatkan  bantahan rakyat, jesteru menyemarakan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan.

"PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," tegas beliau.

Menurut beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam JK Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna sekiranya  ia diadakan setelah Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian.

Manakala, pada 24hb Ogos ini juga satu mesyuarat Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan secara serius perkembangan muktahir ini bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke 13 yang bakal menjelang.

Mismah tak ingin lagi diwawancara

Posted: 20 Aug 2011 07:30 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Selepas dua minggu mencuri perhatian ekoran dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam, Mismah -- pekerja di sebuah syarikat jualan langsung -- kini enggan diwawancara pihak media.

Baginya, cukuplah berita yang ditulis tentang dirinya oleh pelbagai media sejak hari pertama disiarkan sehinggalah dikunjungi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar baru-baru ini.

Ketika ditemui Malaysiakini di gerai tempat wanita itu berniaga di ibu negara semalam, Mismah -- anak kelahiran Bawaen, Indonesia -- itu bagaimanapun masih mesra dan ramah berbual.

Jelasnya, beliau cuma tidak mahu lagi kenyataannya dipetik media mahupun gambarnya di gerai itu dirakamkan, walaupun dipujuk berkali-kali.

"Sudah banyak tentang diri saya ditulis," katanya petang semalam menjelang waktu berbuka puasa di gerai kecil 10 kali 10 kaki di depan sebuah kedai baju di pusat bandar Kuala Lumpur.

Selepas bekerja sebagai tukang sapu di sebelah siang, pada malamnya beliau mengambil kesempatan meniaga sempena hari raya yang bakal tiba hujung bulan ini.

Ketika kunjungan itu, Mismah, 47 kelihatan menunggu pelanggan di gerai baju kurungnya. Beliau tidak lagi menjual tudung seperti dilaporkan baru-baru ini.

Memandangkan hujan agak lebat pada masa itu, keadaan agak lengang dan tidak ramai mengunjungi gerainya -- tidak seperti kelaziman di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sesak setiap kali menjelang musim perayaan.

Tiga soalan, jawapan off record

Selepas dilaporkan Malaysiakini pada 2 Ogos, isu sama ada ibu kepada empat anak itu merupakan penduduk tetap (PR) yang diberikan hak mengundi hangat diperdebatkan.

Tambahan lagi apabila statusnya di laman dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertukar daripada PR kepada warganegara selepas empat jam berita itu disiarkan.

JPN bagaimanapun sehari selepas itu membuat penjelasan bahawa dakwaan itu tidak benar dan kewarganegaraan wanita itu sebenarnya diluluskan pada 31 Januari lalu.

Laporan itu disusuli penampilannya kali pertama kepada Sinar Harian pada 12 Ogos -- sepuluh hari selepas itu di mana beliau dilaporkan menolak mendapat kerakyatan mudah melalui "pintu belakang".

Sebaliknya, jelas Mismah, beliau juga menjalani laluan sukar apabila mendapat kerakyatan setelah menjadi PR selama 29 tahun dan dua kali memohon menjadi warganegara.

Kunjungan Malaysiakini semalam bagi mendapatkan penjelasan bagaimana Mismah mendapat taraf PKR dalam tempoh beberapa bulan sahaja ketika masih belasan tahun dan siapa yang membawanya masuk ke negara ini pada tahun 1982.

Selain itu, masih ramai tertanya-tanya apa yang mendorongnya membuat permohonan baru di Putrajaya setelah gagal kali pertama dan apa yang mendorongnya mendafar sebagai pemilih tidak lama selepas mendapat taraf itu.

Sebahagian daripada soalan itu dijawab oleh Mismah tetapi Malaysiakini tidak dapat menyiarkan atas permintaannya supaya perbualan itu tidak dirakamkan atau off record.

Ketika beredar, keramahan Mismah jelas kelihatan apabila beliau sempat mencadangkan tempat berbuka puasa sekitar kawasan itu kepada pemberita dan juruvideo Malaysiakini.

Mesir undur duta ke Israel

Posted: 20 Aug 2011 07:00 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Mesir memutuskan untuk memanggil pulang dutanya ke Israel sebagai tindakan membantah kematian lima anggota polisnya yang terbunuh di sempadan ketika serangan balas tentera Zionis ke atas pejuang Palestin, lapor berita televisyen kerajaan, semalam.

"Mesir memutuskan untuk membawa pulang dutanya ke Israel hingga negara Yahudi itu menghantar utusan meminta maaf secara rasmi," lapor kenyatan berita itu.

Israel menyalahkan kumpulan pejuang Hamas atas insiden yang berlaku dan mendakwa berjaya membunuh pemimpin sayap kumpulan itu dalam serangan Khamis lalu, selain melancarkan berpuluh-puluh lagi serangan kelmarin.

Mesir secara rasmi membantah dan menuntut Israel supaya menyiasat punca kematian lima anggota polisnya ekoran berang dengan serangan negara Yahudi itu yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 15 orang sejak Khamis lalu.

"Mesir memfailkan aduan secara rasmi terhadap Israel dan menuntut supaya ia melakukan siasatan segera ekoran insiden kematian di sempadan antara Isarel dan Mesir," lapor agensi berita kerajaan, Mena.

Perdana Menteri Mesir, Essam Sharaf mengutuk tindakan Israel dan menyifatkan darah rakyatnya amat berharga untuk disia-siakan.

"Darah rakyat Mesir terlalu berharga untuk disia-siakan tanpa penjelasan munasabah," kata Essam dalam mesejnya di dalam laman Facebook miliknya.

Kabinet Mesir sebelum itu memanggil duta Israel ke Keherah bagi memprotes tindakan tentera Israel yang menyerang di sempadan hingga menyebabkan kematian lima anggota pasukan keselamatan negara terbabit.

Sementara itu, beratus-ratus rakyat Mesir melakukan demonstrasi di luar kedutaan Israel di Kaherah kelmarin menggesa supaya duta negara Zionis itu diusir sebagai mengecam tindakan serangan berkenaan. - AFP/Reuters

Rusuhan Seperti Di UK Boleh Berlaku Di Jerman

Posted: 20 Aug 2011 06:00 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BERLIN: Kejadian rusuhan dan penjarahan yang berlaku di Britain baru-baru ini, termasuk kejadian seorang pelajar Malaysia berusia 20 tahun, Mohamed Asyraf Haziq Rossli yang dipukul dan dirompak dalam rusuhan itu, dipantau oleh Jerman.

Malahan, pakar keselamatan dan polis Jerman telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya rusuhan sepertimana di Britain yang telah mengakibatkan kemusnahan besar-besaran, lapor Bernama Online.

Seorang pegawai kesatuan polis Jerman baru-baru ini memberi amaran bahawa rusuhan sepertimana di Britain boleh berlaku di Jerman. Namun ahli politik Jerman segera menolak andaian bahawa rusuhan seperti itu akan berlaku di negara itu.

Rainer Wendt, pengerusi Deutsche Polizei Gewerkschaft (Kesatuan Polis Jerman), baru-baru ini dalam temu bual dengan akhbar tabloid Jerman, Bild-Zeitung, berkata Jerman turut mempunyai tanda-tanda masalah sosial yang telah menjadi punca rusuhan besar-besaran di London dan beberapa bandaraya lain di United Kingdom selama hampir seminggu.

Wendt berkata rusuhan itu adalah berpunca daripada "jenayah, kebencian terhadap negara dan peminggiran daripada segi kebajikan sosial terhadap kumpulan
tertentu". Keadaan seperti itu turut wujud di Jerman.

Pakar sosiologi dan aktivis lain turut bersetuju dengan penilaian itu walaupun ahli politik Jerman enggan memperbesarkan masalah itu.

Pakar German mengambil perhatian bahawa rusuhan di Britain dicetuskan oleh pembunuhan lelaki berusia 29 tahun oleh polis di London. Rusuhan itu kemudian memuncak dan merebak ke Manchester dan the Midlands.

Menurut Wendt, demonstrasi 1 Mei yang diadakan setiap tahun di Hamburg dan Berlin berpotensi untuk mencetuskan rusuhan serupa di negara itu.

Rakyat Malaysia di Jerman menyatakan kepada Bernama, situasi di Jerman "jauh lebih baik daripada di Britain". Bagaimanapun, mereka menyatakan tidak rugi untuk "bersikap lebih berhati-hati".

Pernah berlaku pergaduhan di antara orang asing dan kumpulan tempatan di Jerman namun ianya merupakan kes terpencil.

tv news/-

PAS: Najib bunuh minat kami pada PSC

Posted: 20 Aug 2011 05:30 PM PDT

21 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.

"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana enteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.

Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.

"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin.

Mengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.

"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.

BERSIH 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

harakahdaily/-

Idris Ahmad

Posted: 20 Aug 2011 11:27 PM PDT

Idris Ahmad


Pilihanraya Bersih, Seperti Meminta Sisik Daripada Ikan Keli

Posted: 20 Aug 2011 12:26 AM PDT

Seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen  hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh SPR.  Beliau mengumumkan jawatankuasa ini sebagai reaksi  Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih. Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah
Kopi.

Jika beliau jujur supaya perjalanan pilihanraya bersih dan telus maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepada beliau untuk menangguhkan pilihanraya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan. Sebaliknya beliau   menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan  Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihanraya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile


Filed under: Pilihanraya, Politik

Salam Perjuangan

Posted: 20 Aug 2011 11:02 PM PDT

Salam Perjuangan


KENYATAAN PM TOLAK HASRAT RAKYAT

Posted: 20 Aug 2011 10:23 PM PDT

21 Ramadan 1432 H | 21 August 2011

PAS melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri bahawa PRU 13 tidak perlu menunggu keputusan Jawatankuasa (JK) Khas Parlimen. Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

Justeru, apa gunanya dibentuk JK Khas ini?

Adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu.

Kesannya ianya akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap SPR akan terus merosot. Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan  tidak mustahil Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang, berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

Perbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat!

Pakatan Rakyat akan membincangkan secara serius perkembangan mutakhir ini pada 24 Ogos bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya.

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 20 Aug 2011 09:30 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


MAJLIS IHYA RAMADHAN 2011 BPPNJ

Posted: 20 Aug 2011 10:58 AM PDT

MAJLIS TADARUS AL-QURAN  DAN IHYA RAMADHAN  anjuran Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Johor telah dijayakan di Pusat Tarbiyah PAS Muar di Parit Pechah.



Majlis Tadarus dimulakan pada jam 3.00 petang hari Sabtu 20 Ramadhan 1432H diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran Bersama Pimpinan PAS Negeri yang dipimpin oleh Dato' Pesuruhjaya PAS Johor, YBhg Dato' Mahfodz Muhamed. Inilah julung-julung kalinya Majlis seperti ini dianjurkan oleh PAS Negeri Johor
Majlis Khatam Al-Quran turut disertai oleh TPJ Tuan Hj Aminolhuda Hassan, Ketua Pemuda Negeri Sdr Suhaizan Kaiat, SU Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Razali Jamil Al-Hafiz, YB Dr Mohammad Taslim dan Wakil Madrasah Tahfiz.

 Dato' PJ memulakan Majlis Khatam Al-Quran.



Majlis diteruskan dengan Majlis berbuka puasa, solat maghrib, Tazkirah oleh Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia, solat isyak, tarawikh dan Ceramah Badar Qubra.
Majlis Ceramah diPengerusikan noleh Sdr Faizul Salleh, Ketua Pemuda PAS Muar/SU Pemuda PAS Negeri.
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, memulakan dengan ucapan alu-aluan selaku tuan rumah, dikuti dengan Sdr Suhaizan Kaiat Ketua Pemuda PAS Johor, Exco Pemuda Pusat, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Tim. Ketua Pemuda PAS Malaysia) dan di akhiri dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasarudi.

YB Dr Mohammad, Sdr Suhaizan dan Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi
di atas pentas.Ustaz Nik Abduh sedang berucap.

Ustaz Nasarudin memberi tazkirah selepas maghrib.

Ustaz Nasarudin bersama pelajar tahfiz


Pelajar-pelajar tahfiz bersama dalam Majlis Khatam Al-Quran.


Pengerusi Majlis, Sdr Faizul memulakan majlis.

Amanat Exco Pemuda PAS Malaysia

Ustaz Nik Abduh.




Ceramah Ustaz Nasarudin.

Self potrait YB Dr Mohammad di pentas.

DUN CHINI

Posted: 20 Aug 2011 07:16 PM PDT

DUN CHINI


FELDA DAN UNDI POS MEMENANGKAN UMNO

Posted: 20 Aug 2011 01:59 AM PDT


'Saya dedah paderi Melayu saya kena ISA' : Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

"Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

"Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.

"Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk 'Sederap Menjana Kemenangan'.

Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.

Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung.

"Umno/BN diselamatkan di seluruh negara dengan 45 kerusi parlimen yang mempunyai undi Felda, 25 kerusi undi pos jadi mereka hanya perlu 50 kerusi lagi untuk terus berkuasa.

"Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang," jelasnya.

Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.

Tambahnya, di beberapa tempat Umno telah meletakkan banner 'Umno kalah DAP menang' bagi menakutkan pengudi Melayu untuk berubah.

Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.

http://abushahid.wordpress.com/2011/08/19/patutkah-saya-dedah-ada-paderi-melayu-saya-kena-isa/


Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 20 Aug 2011 03:36 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Posted: 20 Aug 2011 06:20 AM PDT

Sekitar Daurah DUN Kemasik & Berbuka Puasa Di PASTI Al Munawwarah, Kg. Pengkalan Ranggon, Kerteh

Posted: 20 Aug 2011 12:05 AM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Aug 2011 03:34 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SUBHANALLAH RAMAINYA SOLAT JENAZAH UNTUK ORANG KECIK!

Posted: 20 Aug 2011 09:55 AM PDT




Ribuan Sembahyangkan Jenazah Pemuda Yang Mati Ketika Rusuhan di England.
Selatanonline
Berikut ialah gambar ribuan umat Islam Birmingham yang hadir untuk pengkebumian dan menyembahyangkan jenazah 3 orang pemuda Islam yang terbunuh ketika rusuhan yang belaku di England 10 Ogos lalu.


Di Birmingham Haroon Jahan (21) serta dua orang adik beradik Shazad Ali (30) dan Abdul Musavir (31) meninggal dunia setelah dirempuh kereta perusuh yang cuba melakukan kekacauan. Ketiga-tiga orang mangsa pada ketika itu sedang melakukan kawalan keselamatan berhampiran kawasan perumahan mereka. Semalam jenazah mereka akhirnya dikebumikan di Birmingham. Majlis pengkebumian dan solat jenazah mereka dihadiri ribuan penduduk Birmingham dan dilakukan di Summerfield Park. Just look at the humber of people there. Sobering isn't it. Di kalangan komuniti Islam Birmingham ketiga-tiga dikatakan mati syahid kerana mempertahankan ahli keluarga dan harta benda milik mereka dari dimusnahkan perusuh.



SINAR DIPUJI , SPR KEMALUAN !

Posted: 20 Aug 2011 04:04 AM PDT

Malunya SPR ! Tahniah Pemuda PAS dan yang berusaha mengkaji daftar SPR yang penuh misteri dan mimpi ngeri. Sepatutnya persoalan yang ditimbulkan oleh Suhaizan Kayat patut dijawab dengan jelas oleh SPR bukan disiasat oleh akhbar Sinar. Kenapa SPR tergagap dan lembab dalam memberi maklumbalas atau jawapan terhadap persoalan yang ditimbulakan oleh Pemuda PAS? Dan sekarang SINAR dapat pujian dari Pemuda PAS dan PM sendiri. Pengerusi SPR jenis muka tembok? Data dan maklumat ditangan anda tapi orang lain pula cari penjelasan. Memang SPR PEMALAS dan buat kerja macam data entry jer,cuma kreatif bila BN/UMNO suruh buat itu ini baru tunjuk berani.

Nama penuh SuruhanJaya Pilihan Raya dan difahamkan SPR hanyalah pengurus daftar pengundi dan mengurus Pilihan Raya Kecil dan Umum. Bukan tugas SPR menyaman Parti Pembangkang atau menentukan sah arahan Speaker dewan negeri atau tidak.
SPR sepatut , sewajarnya dan sewajibnya menjaga daftar undi dengan jujur , cekap dan amanah. Jujur - bermakna SPR wajib mengurus data pengundi tanpa menyebelah mana-mana Pemerintah atau Pembangkang(Kalau sokongpun, janganlah tunjuk sangat). SPR sepatutnya turun padang mencari scara buka kaunter daftar mengundi berterusan bukan menyerahkan kepada parti politik mendaftarkan.
SPR jangan bersengkokol dalam mencipta pengundi Pos, pengundi hantu, pengundi lebih dari sekali atau Sabotaj hantar orang undikan pengundi yang belum sampai.
Cekap - bermakna SPR patutnya dah ada Sistem Berkomputer yang canggih dengan kos berjuta membinanya wajar dapat menganalisa nama yang berduplikasi atau kemaskini pengundi bertukar dan yang mati.
Amanah - SPR wajib simpan rahsia Pembangkang dari Pemerintah dan jaga rahsia Pemerintah dari Pembangkang. Denagn cara ini SPR akan dapat menunjukkan keadilannya dalam mengendalikan Suruhanjaya yang penting itu.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 20 Aug 2011 03:03 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


David Villa Tidak Pernah Menghina Islam

Posted: 20 Aug 2011 04:10 AM PDT

Ramai yang kata kononnya David Villa menghina Islam yang menyebabkan Mesut Ozil mengamuk...ingat Real Madrid je ke ada pemain Islam


The Spanish television channel Cuatro came to the rescue with a video of the fight between Villa and Ozil which sheds light on what really occurred. It appears that during the fracas caused by Marcelo (Real Madrid) fouling Cesc Fabregas (Barcelona), Ozil attempted to make his way through the mess of players who were brawling. He moved past several of his own teammates and a few Barcelona players, but David Villa took his gentle push of Victor Valdes wrong and tried to pull him back, at which point Ozil gestured as if to say "Relax." Villa took the gesture negatively and slapped Ozil on the face, and Ozil reacted by attempting to go after David Villa, at which point his own teammates held him back and further fighting ensued between the teams.

At no point does Ozil stomp on Cesc Fabregas (as some outlets have reported, and which was the explanation for Ozil's red card) and at no point does Villa speak negatively to Ozil, about religion or otherwise.

Looks like the tabloids got way out of control with this story, aided by some overzealous Twitter users who spread an unsubstantiated rumor so far that the story about Ozil, Villa, and Islam became bigger than the game itself.

ni link video tu...bahasa spanish lah tapi.

http://www.cuatro.com/deportes/supercopa/tangana-Real_Madrid-Barcelona-supercopa_3_1451884815.html

Ni plak khedira ckp pasal twitter ozil...

Mesut Ozil Never Made a Statement About David Villa, Says Khedira
August 19, 2011 03:10 PM EDT

Mesut Ozil never tweeted that David Villa insulted his religion. This is the statement coming from teammate Sami Khedira, who confirmed that the Twitter account claiming to be Ozil was a fake.

You'll remember that near the end of yesterday's vuelta leg of the Supercopa de Espana in Barcelona's Camp Nou stadium a fight broke out between Real Madrid and Barcelona players. The altercation began after a particularly bad foul by Marcelo on Cesc Fabregas, and Ozil came off the bench before then trying to return, only to have an exchange with David Villa and Victor Valdes that resulted in both Villa and Valdes slapping Mesut Ozil on the face. Ozil and David Villa were both shown red cards and could be suspended during next year's Supercopa should they end up being participants.

In the hours after the game rumors began to swirl that David Villa had insulted Mesut's religion (Mesut is a Muslim) and that prompted Mesut to react angrily. The source of the rumors was said to be the Real Marid # 10 himself, as fans referred to statements made from Ozil's twitter account.

Today though Sami Khedira, Ozil's teammate at both Real Madrid and on the German national side, put the rumors to rest with total finality, declaring the Twitter account to be a fake, along with any other statements said to be made by Ozil. We now know that Mesut Ozil has not spoken one word to the press about David Villa.

Khedira's statement (which came via Twitter) reads:

Mesut Ozil doesnt have official Twitter and any declarations attributed to him and claims to be Mesut Ozil are all fake.Please RT,Your Sami

This means that someone else intentionally attempted to create religious and racial conflict between the two teams, which is an outrage and a shame. La Liga already has problems with fans who use racist slurs against players during games--they don't need people impersonating their players creating even more problems off the pitch.


link article...
http://sports.gather.com/viewArticle.action?articleId=281474979975097
http://sports.gather.com/viewArticle.action?articleId=281474979981839

untuk pengetahuan semua,real madrid memang disokong oleh Raja sepanyol..berita-berita tipu,dan manipulasi media memang selalu bias pada real madrid...
REAL MADRID=BN SEPANYOL

PAS KOTA TINGGI

Posted: 20 Aug 2011 01:15 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


Isu JAIS - Reaksi Dan Tindakan Umno Cukup Mencurigakan

Posted: 20 Aug 2011 07:44 AM PDT


Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini. Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.

Antaranya ialah:

1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.
Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti Jais ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?

3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilalukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?

4. Tindakan Jais melengah-lengah isu ini sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini.

Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?

Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas 'demi bangsa, agama dan negara' selama 54 tahun ini.

Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, mereka hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat.

Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:

Kenapa kerajaan tidak sedia menggubal akta pencegahan murtad?

Kenapa ajaran Qadiani terus dibiarkan di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam?

Di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas?

PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan pada masa yang sama PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.

Isu aqidah – Umno marah pada PAS kononnya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.

Isu jual kerakyatan rakyat – Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.

Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi hero Islam.

Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah 'undi Melayu' pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa.

Demi Agama, Bangsa dan Negara – Bila Hanya Ada Keuntungan Politik

Posted: 20 Aug 2011 07:42 AM PDT


Tindakan UMNO cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama memperlihatkan betapa dangkalnya pemikiran dan sifat hipokrit mereka.

Dalam isu fatwa pembesar suara yang mengarahkan pembesar suara tidak digunakan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran sebelum waktu Subuh di negeri Pulau Pinang, Umno kelihatan ingin mempolitikkan isu tersebut sehingga tidak boleh membezakan mana keputusan fatwa negeri, dan mana satu tindakan kerajaan negeri.

Isu bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara pada waktu pagi bukanlah isu baru, kerana ianya sudah acap kali ditimbulkan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan rakyat. Apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah keputusan mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang yang melihat isu ini bercanggah dengan nas yang jelas, kerana tindakan memperdengarkan bacaan al-Quran, walaupun ia satu kebaikan; namun Islam juga mengambil kira soal sensitiviti orang lain yang inginkan ketenangan, ada kanak- kanak yang sedang tidur, orang yang uzur, terutamanya yang tua sakit dan sebagainya.

Tindakan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempertikaikan keputusan Fatwa Kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penghinaan kepada wibawa Mufti dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang yang telah membua kajian dan keputusan yang teliti. Bayangkan kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng, tentu ia akan menimbulkan kegilaan huru-hara para pemimpin Umno dan saudara baiknya Perkasa dan juga mengkritik beliau.

Akan tetapi, bilamana Kerajaan Negeri Melaka memanjang tempoh hiburan sehingga jam 3 pagi, tiada suara pemimpin Umno dan Perkasa yang tampil mengatakan Kerajaan Melaka tidak sensitif kepada umat Islam di bulan Ramadhan. Inilah gelagat pimpinan Umno Perkasa yang hanya nampak ada mata pada perkara yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat, sebaliknya membiarkan kemungkaran di negeri yang diperintah mereka.

Sikap sedemikian mencerminkan Umno sebagai sebuah parti yang mengutamakan kepentingan politik berbanding tuntutan agama, sehingga sesuatu kemungkaran terang-terangan, terutamanya yang berlaku di negeri pimpinan Umno dibiarkan tanpa sebarang kritikan dikeluarkan. Demikian juga bilamana usul pencegahan umat Islam murtad dikemukakan dalam Parlimen oleh pimpinan PAS, mereka bukan sahaja tidak menyokong, sebaliknya usul itu berkali- kali ditolak oleh Parlimen.

Tapi kini dalam kemelut gereja-Jais, lebih-lebih lagi apabila berlaku di negeri Pakatan Rakyat maka golongan ini, seperti skrip drama yang tidak berubah terus berriuh-rendah di media kononnya nak menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad. Sekiranya ini berlaku di negeri mereka, percayalah isu ini akan menjadi senyap-sepi seperti isu warga asing menjadi pengundi, nama pengundi bertindih yang berlambak, bukti pengundi hantu ahli Umno sendiri dan sebagainya.
Sekiranya ada keuntungan politik, di sanalah mereka akan berkokok. Demi agama, bangsa dan negara – hanya dan bila hanya ada keuntungan politik - inilah sikap bermuka-muka pimpinan Umno.

Jawapan SPR Ibarat Pak Pandir

Posted: 20 Aug 2011 07:40 AM PDT


Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.
Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sekadar menyalahkan "kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)" sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.
Beliau juga dipetik sebagai berkata "tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini" sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.
PAS kesal dengan jawapan yang diberikan Abdul Aziz dan lebih mendukacitakan ialah sikap lepas tangan SPR, seolah-olah isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja, bahkan berlaku di kebanyakan negara berlaku.
Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak".
Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.
Lebih malang dalam sistem serba canggih sekarang, SPR masih ketinggalan zaman sehingga berlaku perkara yang sangat mengaibkan. Bayangkan kalau Kg Baru pun didaftar sebagai pengundi, siap ada bersama nombor kad pengenalan.
Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, dimana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi "Noraini binti Abdullah" berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.
Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan BERSIH 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.
Meskipun SPR dan pihak berkuasa di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan himpunan tersebut dalam nada yang sangat negatif ; tetapi disebabkan itu juga rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.
Rakyat boleh bayangkan apabila satu hari nanti undi warga asinglah yang bakal menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?
Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.
SPR dituntut melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihanraya yang bersih dan adil.
Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya.

Johor Negeri Ku

Posted: 15 Aug 2011 04:47 PM PDT



Sumbangan Ke Hospital

Posted: 10 Aug 2011 11:03 PM PDT






Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi kesempatan bagi turut serta menyampaikan sumbangan kepada warga dan juga pesakit di Hospital Kota Tinggi pada 9 Ogos 2011 yang lalu.

Semuga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru

Posted: 20 Aug 2011 01:07 PM PDT

Pemuda PAS batu 8 Bendang siam Baru


Hacker Wanita Berjaya Musnahkan Laman Web Hina Nabi!!

Posted: 20 Aug 2011 12:02 PM PDT





DAMMAM: Seorang wanita Alkhobar yang kini menuntut di Amerika Syarikat dipuji kerana mengambil inisiatif memusnahkan 23 laman web Denmark yang menghina Nabi Muhammad SAW, lapor akhbar Madinah kelmarin.


Nouf Rashid memberitahu akhbar berbahasa Arab itu yang beliau menggodam laman web Denmark itu yang mempunyai rujukan kartun Rasulullah bersama laman web lain yang kandungannya turut diragui menurut pandangannya.


Gadis itu berkata beliau turut memusnahkan sejumlah laman web lucah dan menggodam sistem komputer lelaki muda yang cuba menggugut gadis dengan mengancam menyiarkan gambar peribadi mereka.


Akhbar Arabnews melaporkan gadis berkenaan mendapat kemahirannya dalam bidang itu kerana minatnya mempelajari perkara baru dalam lapangan teknologi maklumat.


Nouf berkata beliau menceburi dunia penggodam untuk menyelamatkan gadis yang diugut lelaki yang mahu berkahwin dengannya dan memperoleh gambar peribadi gadis itu. Rakan mangsa meminta Nouf mencari penggodam di Amerika bagi menyelamatkan gadis itu.


"Malah, saya menghubungi beberapa rakan penggodam di universiti dan belajar seni menggodam,/SiasahKini

PAS PERAK SIAP SEDIA TAWAN SEMULA PERAK

Posted: 20 Aug 2011 12:00 PM PDT


Taiping, 18 Ogos: Bertempat di Markaz Air Kuning semalam PAS Perak telah menganjurkan Seminar Pemerkasan Parti telah dihadiri oleh Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hussam Musa Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan. Program yang bermula jam 8.30 pagi di dahului dengan pengisian taujihad yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin.
Ustaz Misbah, Pengerusi Lujnah Pemerkasaan Parti/Tim. Pesuruhjaya PAS Perak.

Selain Seminar Pemerkasaan Parti yang disampaikan oleh Datuk Hussam, satu perbentangan sistem pengursan parti yang sistematik juga disampaikan oleh Penolong Setiausaha PAS Pusat.

Dalam Seminar yang disampaikan oleh Datuk Hussam, beliau membahaskan petikan Alquran dari surah An'nisa yang menjelaskan mentaliti manusia yang takut, kerugian serta ego dengan meletakkan sandaran kepada diri sendiri. Beliau juga menyakan PAS Perak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu di teruskan serta dibuat penambahbaikan menjelang PRU 13 nanti.
Dialog peserta dengan Naib Presiden PAS.
Pen. Setiausaha Agung PAS Pusat, Sdr. Sabki Yusuf turut membentang kertas kerja.

Antara contoh yang di ambil ialah strategi Sultan Muahammad Al Fatih yang berjaya menakluk Kota Konstinapel dengan strategi yang begitu teliti dengan melihat kelemahan yang ada serta menerima pandangan dari akar umbi untuk mencari formula kemenangan.

Dengan nilaian angka kekalahan dibeberapa DUN yang ditandingi, maka beliau yakin bahawa PAS Perak bersedia untuk kembali menarik pengundi agar memberi sokongan kepada PAS dengan menyelesaikan beberapa isu yang perlu ditanggani dengan baik dan bijak bersama Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan sekirannya PAS perak dapat menawan kembali Perak, InsyaAllah Putrajaya juga bersama-sama kita.

Amaran Keras Timbalan Presiden PAS Buat Zulkefli Mohd Zin

Posted: 20 Aug 2011 11:58 AM PDT


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi amaran kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin agar tidak dijadikan alat politik, sambil mengingatkan beliau bahawa pasukan pertahanan berkhidmat atas perintah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar berhenti daripada mengheret angkatan tentera ke dalam politik.

Kelmarin, Zulkifeli, Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyangkal dakwaan empat bekas tentera baru-baru ini bahawa wujud penyelewengan undi pos di kalangan anggota tentera.

Zulkifeli berkata, dakwaan itu ditafsirkan sebagai pengkhianatan dan terdapat pihak tertentu cuba untuk memecahbelahkan ATM sebagai satu-satunya badan ketenteraan bersenjata di negara ini.

Katanya, proses pengundian dilaksanakan ATM adalah bersih, telus dan profesional tanpa ada unsur campurtangan kepimpinan ATM.

"Sehubungan itu, ATM bersetuju melaksanakan proses pengundian awal, proses pengundian itu sama seperti pengundi awam tapi ia akan dilaksanakan di dalam kem dan lebih awal dari tarikh pilihan raya umum.

"Proses pengundian dan pengendalian peti undi turut disaksikan wakil parti yang bertanding serta pemerhati bebas," kata beliau.

Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini, empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan.

Kesemua mereka mengaku telah diarahkan mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera.

Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata, tidak wajar bagi sebarang penjelasan, jika pun diperlukan, datang daripada jeneral-jeneral secara terus.

"Ia seharusnya datang daripada Menteri Pertahanan, seharusnya Menteri Pertahanan," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan Menteri Pertahanan.

"Atau SPR," kata beliau.

"Jika angkatan tentera terlibat, ia boleh membawa kepada perkara buruk, pasukan tentera akan mengambil pendirian memihak," kata Mohamad lagi

Komen Terpilih: Sampai Bila Rakyat Sarawak Diperbodohkan Oleh UMNO?

Posted: 20 Aug 2011 11:57 AM PDT


Apai Awang said...

Parti Politik dari sarawak seharusnya tidak bersekongkol dengan UMNO untuk mendapatkan kuasa. UMNO hanya memperalatkan undi dan kekayaan rakyat negeri Sarawak. Dari selepas Merdeka lagi kita boleh dapati sangat kurang usaha parti BN yang diterajui oleh UMNO berusaha untuk memajukan Sarawak.
Oleh itu barang siapa yang merasakan diri mereka ditindas oleh UMNO janganlah bersekongkol dengan UMNO. Parti politik dari sarawak harus menjauhkan diri dan jangan terlalu mengikut telunjuk UMNO jika ingin memenangi hati dan undi rakyat Sarawak. Orang Melayu UMNO dan Islam UMNO adalah terlalu ego dan merasa bahawa hanya mereka sahaja yang berhak terhadap agama,ekonomi, politik dan pelbagai kesitemewaan lagi. Bila terlalu lama dalam keadaan selesa mereka takut untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Rakyat inginkan perubahan dan bukannya Propaganda 1Malaysia yang tidak membawa apa apa erti.
Bagi negeri Sarawak,Sial buat jalan raya, bekalan air dan eletrik itu yang dituntut oleh rayat luar bandar. Jalan tiada, eletrik tiada, air bersih tiada, Kemana hasil minyak, balak dan pelbagai kekayaan negeri sarawak.
BN Sarawak harus menuntut hasil kekayaan negeri sarawak untuk memajukan negeri Sarawak. Hasil kekayaan Sarawak harus diberi kepada Sarawak untuk memajukan negeri sarawak agar iyanya sama maju dengan negeri di Tanah melayu. Selepas negeri sarawak maju setaraf dengan negeri lain barulah hasil dari negeri sarawak boleh dibahagikan denga negeri lain yang memerlukannya.
Orang Iban, Melanau, Bidayuh, Melayu, Orang Ulu, Cina dan pelbagai suku kaum di Sarawak telah diperbodohkan oleh UMNO. Bebaskan Sarawak dari Cengkaman UMNO.

Terkejut Dengan Kenyataan Panglima Angkatan Tentera

Posted: 20 Aug 2011 11:52 AM PDT

Oleh MOHD ADRAM BIN MUSA
Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Penglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat semalam.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Bin Omar, En. Mohamed Nasir Bin Hj Ahmad dan En. Kamarulzaman Bin Ibrahim. Sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa En. Abu Bin Kassim dihadapan Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos. Tan Sri Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS megambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan displin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut. Saya penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil kehadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang. Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

Sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos. Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos. Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera.

Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita. Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya.

Adakah Nanu Baharuddin Membela Anjing ?

Posted: 20 Aug 2011 11:51 AM PDT




Gambar di ambil dari Facebook Album Nanu Baharuddin

Panas telinga dengan tazkirah Azmil, Pemuda UMNO Subang buat laporan polis

Posted: 20 Aug 2011 11:48 AM PDT


SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai 'Ali Setan' yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.

Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.

Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu 'Melayu bodoh' dan 'tidak ada telur' berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.

Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

"Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.

"Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

"Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia," katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

"Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan," katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.

Panglima Angkatan Tentera : Isu 4 Ex-Tentera

Posted: 20 Aug 2011 11:46 AM PDT


JANGAN PUTAR BELITKAN KENYATAAN PAT

Sidang media 18 ogos 2011, PAT jelas cuba menerangkan kepada umum berkenaan isu 4 ex tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam memangkah pengudian pos tentera. namun kenyataan dan penjelasan tersebut telah dieksploitasi oleh golongan yang suka memecah belahkan ATM terutamanya parti politik yang berfikiran sempit. kalau dilihat dari sudut 4 orang yang mewakili lebih kurang 90000 pegawai dan anggota ATM adakah satu nisbah yang boleh mengambarkan keputusan secara kolektif. 0.000044 % tak menggambarkan ape2, sekiranya dikatakan ATM mengamalkan amalan tersebut sejak sekian lama, saya berpendapat mungkin pendedahan yang sama berkenaan pencabulan undi pos tentera akan lebih ramai sekurang2nya berpuluh-puluh atau beratus yang buat kenyataan berkenaan rasa tidak puas hati atau sebagainya. yang menjadi persoalan kenapa 4 org sahaja..cuba fikir2 kn. sepatutnya selepas 4 org buat pengakuan, akan ade follower yang mengiakannya yang menyokong dan pendedahan demi pendedahan akan berlaku,,ini hanya 4 tu je la...

sebenarnya keputusan undian pos tentera tidak menggambarkan ape2..jumlah undi pos secara kolektif tidak mampu merobah keputusan pilihanraya secara keseluruhannya kerana jumlah nya sedikit..so sekiranya ada parti politik menuduh mereka tidak dapat memenagi pilihanraya disebabkan undi pos tentera yang dimanipulasi adalah tuduhan yang kurang sioman,cuba fikir2kan. memangla, setiap undi adalah penting ibarat 1 undi akan menggegarkan dunia. namun peratusan yang kecil tidak akan mempegaruhi keputusan keseluruhannya.

klau dilihat, setiap kali pengundian pos dijalankan, wakil SPR dan parti2 ade sekali memerhatikan setiap proses pengundian berlangsung,,,so sekiranya pihak parti politik nampak atau curiga berkenaan pengundian, tempat simpanan, proses penghantaran dan sebagainya perlu memaklumkan terus kepada SPR. mungkin selepas ini perlu di letakkan wakil parti bertanding semasa proses penghantaran dan semasa peti undi disimpan tak kirala kat mana, dimana dan berapa lama disimpan sebelum proses pengiraan,,,so fikir-fikiran la....

diharap agar fitnah dan tomahan kepada pewira negara dihentikan bagi kepentingan bersama, tomahan dan dakyah negatif akan meruntuhkan moral wagra ATM sendiri,,kita nak tgok ke perpecahan dalam ATM, tentu tak kan so sama2 samala kita pelihara negara ini bagi mengekalkan keamanan dan kedaulatannya..sekira ada dakwaan perlu la dibuat ikut saluran yang betul, buat laporan dan disertakan bukti2 nya sekali sekian tq

SAH!! Undi Pos Bantu Kemenangan BN!!

Posted: 20 Aug 2011 11:44 AM PDT

Mengapa SPR terus berdiam? Difahamkan, ada lagi 4 pengakuan 'mengundi DUN dan Parlimen bagi pihak'. Maka tidak hairanlah mengapa undi pos sangat penting bagi kerajaan hingga tidak sanggup mereformasikannya sepertimana tuntutan BERSIH.

Andainya undi tersebut dihabagi 2, separuh untuk BN dan separuh untuk PR, itu sedikit baik. Tetapi malangnya kita mendapati, hampir keseluruhan undi pos jatuh ke tangan BN dengan alasan - polis dan askar taat mengundi kerajaan. Sedangkan sebenarnya, polis dan askar juga ramai yang telah benci kepada kerajaan korup penindas rakyat.

Berikut adalah laporan Malaysiakini:

Seorang bekas anggota tentera mendakwa, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera. -mkini

Batu Gajah Mari

Posted: 20 Aug 2011 11:09 AM PDT

Batu Gajah Mari


Panas telinga dengan tazkirah Azmil, Pemuda UMNO Subang buat laporan polis

Posted: 20 Aug 2011 01:24 AM PDT

SUBANG: Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Subang dan penduduk Kampung Melayu Subang, semalam membuat laporan polis terhadap penceramah bebas, Azmil Mustapha atau lebih dikenali sebagai 'Ali Setan' yang didakwa menyampaikan ceramah menghasut penduduk membenci kerajaan di Masjid An Nur, di sini, malam kelmarin.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Kampung Baru Subang kira-kira jam 12 tengah hari semalam oleh Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Zulfakar Ali dan salah seorang penduduk yang mendengar ceramah berkenaan, Mohd Shafie Nasip.

Dalam ceramah yang berlangsung hampir satu jam sebelum solat tarawih di hadapan kira-kira 300 jemaah masjid, Azmil dikatakan menuduh kerajaan tidak beragama serta sistem pendidikan yang sedia ada kini mengikut acuan kafir.

Malah, Azmil turut mengeluarkan kata-kata kesat iaitu 'Melayu bodoh' dan 'tidak ada telur' berulang kali menyebabkan lebih 30 jemaah bertindak keluar daripada masjid berkenaan tanpa sempat menunaikan solat tarawih.

Mohd Shafie, 48, berkata tujuan Azmil dijemput ke masjid berkenaan untuk memberi tazkirah selepas majlis tahlil diadakan, bagaimanapun beliau mengambil kesempatan itu dengan melemparkan pelbagai tohmahan terhadap pentadbiran negara.

"Lebih mengejutkan, Azmil menjelaskan kepada jemaah supaya tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang di-Pertuan Agong sebaliknya patuh kepada ajaran Allah. Malah, dia juga mempertikaikan pertemuan di antara Perdana Menteri dengan Paderi Kristian, Paul Pope serta mendakwa Dasar Ekonomi Baru itu sebagai dasar ekonomi bodoh.

"Selepas hampir 20 minit berceramah, salah seorang jemaah yang tidak berpuas hati bangun bertanyakan sama ada Azmil mahu menyampaikan ceramah politik atau agama, namun pertanyaan jemaah itu tidak dipedulikan sebaliknya terus melemparkan tuduhan sebelum jemaah terbabit bertindak keluar.

"Sebaik melihat jemaah berkenaan meninggalkan masjid itu, Azmil terus melaungkan kepada jemaah lain bahawa segala ibadat menunaikan haji, membayar zakat yang dilakukan jemaah terbabit adalah sia-sia," katanya selepas membuat laporan polis di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Shafie meminta polis menjalankan siasatan terhadap penceramah bebas itu kerana menggunakan tempat ibadat untuk menyampaikan ceramah politik.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid, turut meminta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat perkara itu kerana tindakan seperti itu amat berbahaya dan boleh memecah-belah masyarakat.

Sementara itu, Azmil ketika dihubungi berkata, beliau tidak berniat langsung untuk memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik di negara ini.

"Setiap kenyataan yang saya keluarkan disertakan dengan hadis dan semua yang dibangkitkan itu terkandung dalam al-Quran. Malah, saya dibenarkan JAIS untuk mengadakan ceramah sepanjang Ramadan," katanya sambil menyifatkan laporan polis dibuat Pemuda UMNO dan penduduk kampung yang mendakwa beliau menghasut itu tidak berasas sama sekali.

KHIDMAT MERU

Posted: 20 Aug 2011 09:26 AM PDT

KHIDMAT MERU


PROGRAM MERAIKAN WARGA EMAS

Posted: 20 Aug 2011 08:04 AM PDT
















Masjid Nurul Jannah dan Syarikat Motion Dynamics telah menganjurkan Program Meraikan Warga Emas yang di adakan di perkarangan masjid tersebut. Seramai 14 orang warga emas dari Kuang dan 46 orang warga emas dari kariah Masjid Nurul Jannah telah diraikan.

YB Dr Rani telah dijemput untuk memberi tazkirah Ramadhan dan menyampaikan sumbangan berupa beras, gula, tepung dan kopi kepada warga-warga emas tersebut.





















EDARAN BUBUR LAMBUK DAN MINUMAN PERCUMA

Posted: 19 Aug 2011 10:40 PM PDT















YB Dr Rani turun padang dalam satu majlis bersama Ahli Majlis MPK, Ustaz NurNajhan dan Mr Deepakaran untuk mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk sekitar Kg Meru.


Lebih dari 600 bekas bubur lambuk dan minuman ringan yang di sediakan mendapat sambutan yang cukup rang baik dari orang ramai yang singgah bagi mendapatkan bahagian mereka.


Program yang dimulakan pada jam 5.30 petang itu terpaksa di tamatkan pada jam 6.45 petang apabila kesemua bubur lambuk dan minuman ringan selesai di edarkan dalam masa yang singkat.



















Jasindaily Online

Posted: 20 Aug 2011 09:15 AM PDT

Jasindaily Online


MALAM YANG DINANTI SEMUA

Posted: 20 Aug 2011 12:48 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 20 Aug 2011 09:12 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Pertahankan Aqidah Menangi Pilihanraya ke 13

Posted: 20 Aug 2011 12:49 AM PDT

Ucaptama
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sempena Himpunan :
Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] dan Bongkar Kepincangan SPR [Bongkar]

Dewan Bandaran MPKj Bandar Kajang Selangor. [ 20 Ramadhan 1432 ]
-----------------------------------------------------------

Pertahankan Aqidah Ummah
Menangi Pilihanraya ke 13.



Muqaddimah :

Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).

Surah Ibrahim. Ayat 24 - 25
---------------------------------------------------------
Aqidah Islam adalah noktah perjuangan PAS.

1. Perjuangan Islam yang didokong oleh PAS adalah manifestasi dari tuntutan 2 kalimah syahadah لا اله الا الله محمد رسول الله . Sebuah perjuangan yang diasaskan oleh Rasuulul Ummah Musthafa saw. yang sekurang – kurangnya berpaksi pada 4 prinsip.

· ان اعبدوا الله و اجتنبوا الطاغوت - surah an nahl ayat 36
· اقامة الدين و سياسة الدنيا به - makna khalifah dari surah al baqarah ayat 30
· بلدة طيبة و رب غفور - surah saba' ayat 15
· الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر - surah aali imran ayat 104

2. Aqidah Islam menjadi rahsia umum keupayaan PAS bertahan merentasi tribulasi di sepanjang zaman. Pejuang – pejuangnya menjadi mulia kerana mempertahankan aqidah Islam dan kita wajib merasa mulia untuk melangsungkan kesinambungan perjuangan dengan aqidah ini. Kerana aqidah ini, kita sanggup berkorban, mendepani cabaran dan meredah mehnah biarpun berapa harga pengorbanan tersebut.

3. PAS adalah benteng utama untuk mempertahankan syariat dan aqidah ummah sesuai dengan dasar dan prinsip perjuangannya. Sebagai sebuah parti politik yang perjuangannya berteraskan Islam, PAS senantiasa dihadapan memperjuangkan aqidah, syariat dan kebajikan ummah.

4. Menyedari keruntuhan nilai hidup beragama yang semakin parah dalam negara kita, gara – gara budaya maksiat dan mungkar yang disiram subur oleh kerajaan UMNO dan BN sejak sekian lama, Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai sayap utama parti, dibawah slogan Duta Penyelamat dan Kasih Sayang telah menubuhkan Front Bertindak Anti Murtad [ Forkad ] untuk menyelamatkan aqidah ummah dari musibah murtad.

5. Saya mengharapkan Dewan Pemuda PAS mampu berperanan sebagai dahan kukuh tempat ummah berpaut dan bergantung bagi menyelamatkan aqidah mereka. Sekurang – kurangnya 3 peranan besar dapat dilaksanakan melalui Forkad.

· Memberi bimbingan khusus dan khidmat asuhan aqidah kepada mereka yang mengalami keraguan terhadap Islam dan syariatnya.

· Melebarkan dakwah Islamiyah kepada masyarakat dan membentengi mereka dengan amal Islami di dalam kehidupan mereka.

· Mengawasi dan memantau sebarang anasir yang tidak bertanggungjawab dari merosakkan aqidah ummat Islam seperti penularan gaya hidup bebas, free thinker dan lain - lain.


6. Isu aqidah adalah isu yang berterusan dan berpanjangan. Ianya akan terus ditangani dengan hikmah dan serius tanpa apologetic. Namun kita tetap akan memberikan komitmen kita, bahawa non muslim berhak beramal dengan agama mereka tanpa gangguan, malah kita turut menentang apa jua tindakan yang melanggar hak – hak non muslim yang dipelihara oleh syara' seperti meruntuhkan rumah ibadah mereka, menghalang mereka mengadakan upacara agama mereka dan seumpamanya.

7. Sebagaimana kita juga akan bermati – matian berjuang mempertahankan aqidah ummah dari dicemari dan dinodai oleh mana – mana pihak termasuk mereka yang mengambil kesempatan di atas kelemahan fizikal dan material ummat Islam. Bahkan kita mesti berjiwa besar, berani dan rajin untuk tampil memperbaiki kelemahan ummat Islam dan berjuang membebaskan mereka dari belenggu kelemahan tersebut.

8. Mutaakhir ini, satu perkembangan menarik apabila UMNO dan BN juga berminat untuk bercakap soal aqidah dan memperlihatkan kononnya mereka juga sedang memperjuangkan aqidah. Buat masa ini, UMNO dan BN sememangnya diragui oleh kebanyakan pihak dalam usaha mereka memperjuangkan aqidah, justeru sejak sekian lama mereka menentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun saya yakin dan percaya bahawa ini sebahagian dari kejayaan kita mendidik masyarakat selama ini, bahawa aqidah adalah suatu yang mesti diperjuang dan dipertahankan oleh seluruh ummat Islam justeru ia adalah suatu yang melepasi sempadan politik kepartian.

9. Sebagaimana kita berjaya menghapuskan doktrin politik suku dan agama suku yang dianut oleh UMNO dan BN sejak sekian lama sehingga hari ini, kita hampir tidak mendengar lagi pemimpin UMNO dan BN bercakap soal politik suku agama suku. Kita mengharapkan suatu masa nanti UMNO dan BN benar – benar memperjuangkan aqidah Islam dan melaksanakan tuntutan aqidah ini lalu meninggalkan perjuangan batil yang berasaskan faham nasionalis dan menerima Islam sebagai dasar perjuangan.

10. Saya yakin dan optimis bahawa PAS mampu memberi suatu yang jauh lebih baik dari UMNO dan BN untuk membangunkan Islam dan syariatnya di negara ini jika diberi peluang memerintah dan berdaulat. Sekaligus memperbaiki beberapa kerosakan teruk pada system pengurusan dan pentadbiran khususnya system pengurusan demokrasi dan pengendalian pilihanraya negara.

11. Kebetulannya kini, negara tidak boleh menghadapi pilihanraya berhakimkan SPR yang kini telah mengalami kecacatan parah pada nilai kepercayaan awam terhadap ketelusan dan keadilan mereka mengendalikan pilihanraya. SPR kini tiada pilihan melainkan hanya terpaksa berdepan dengan 3 keadaan :

· Yang di Pertuan Agong merombak Suruhanjaya Pilihanraya yang ada pada hari ini.
· Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan segera
· Merombak keseluruhan struktur Suruhanjaya ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti - parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat nasional dan antarabangsa.


12. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar salah satu pilihan di atas dikenakan kepada SPR sebelum terlambat. Tiada makna lagi pilihanraya, jika pengurusnya tidak telus dan pengadilnya tidak adil. Sebelum negara kita dipersenda oleh dunia antarabangsa dan rakyat seluruhnya hilang keyakinan dan kepercayaannya kepada SPR.

13. Penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya sehingga kini masih kabur fungsinya. Tanpa penglibatan semua termasuk parti politik yang bertanding, ngo dan pemantau bebas di dalam Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihanraya , ianya akan terus terdedah kepada keraguan terhadap tahap keberkesanan Jawatankuasa Khas itu dibentuk.

14. Sungguhpun begitu, pemuda PAS mesti senantiasa bersedia untuk menghadapi apa jua bentuk makar dari pihak lawan dan sayugianya mengambil apa jua langkah berkesan untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

· Kekuatan asas pemuda PAS menghadapi pilihanraya sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak Jabatan Pilihanraya Pemuda mesti dimiliki bagi memastikan peluang memenangi pilihanraya senantiasa besar dan tinggi disamping kita terus berjuang menuntut pengendalian system pilihanraya yang adil dan telus.

· Tugas utama pemuda PAS mesti diselesaikan mengikut dateline yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pilihanraya Pemuda. Jangan lengah dan tangguh kerja sehingga akhirnya semua perkara menjadi tunggakkan yang membebankan di saat akhir kita menghadapi pilihanraya. Perkara ini boleh dirujuk kepada manual tindakan atau manual operasi gerakkerja pilihanraya pemuda yang akan dipimpin dan dipantau oleh Jabatan Pilihanraya Pemuda.

· Hala tuju pemuda PAS mesti dihadham atau dicerna dalam setiap aktiviti dan gerakkerja pemuda sehingga matlamat dan objektif perjuangan pemuda dapat dicapai dengan baik dan cemerlang.


15. Kita mesti menangi pilihanraya demi agenda perjuangan suci yang kita dokong ini. Selepas ini, semua organ pemuda di pelbagai peringkat mesti berperanan selayaknya. Ambil posisi dan pastikan berfungsi. Berjuanglah dengan penuh dedikasi demi melunaskan amanah perjuangan dan tanggungjawab kita kepada Allah swt.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Aug 2011 01:16 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mahathir kata Melayu berpecah, Sebenarnya UMNO yang pecah dan bakal hilang kuasa.

Posted: 20 Aug 2011 12:38 AM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya ingin membuat kenyataan mengenai isu yang diutarakan oleh Tun Mahathir mengenai kegusaran beliau jika umat Islam telah berpecah kepada tiga kumpulan (PAS,PKR dan UMNO), dan beliau risau hal ini berlaku kerana akan mudah unsur asing untuk menyelinap masuk katanya.

Tun Mahathir perlu perbetulkan skrip beliau, sepatutnya beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau amat khuatir Umno itu sendiri yang berpecah, hakikatnya umat Islam berpecah kepada tiga puak bukanlah isunya.

Pada saya beliau maksudkan ialah para pengundi BN yang berbangsa Melayu Islam, jika undi dari kelompok ini dimonopoli Pakatan Rakyat, hasrat BN untuk meneraju Putrajaya pasti malap.

Umno-Bn sejak 2008 seterusnya PRN Sarawak dan yang terbaru selepas impak Bersih 2.0 telah menjadikan situasi parti Umno yang dikatakan tertua itu semakin parah kerana mengalami hakisan sokongan rakyat.

Juak-juak Umno yang sudah berumur sepatutnya berehat, Tun Mahathir sudah tua, jadi beliau patut ambil langkah seperti Pak Lah iaitu berehat, usia seperti Tun Mahathir bukannya usia untuk terus berpencak dalam arena politik.

Mungkin disebabkan beliau khuatir salahlaku kuasa yang telah dilakukannya menyebabkan baginya Umno perlu dipertahankan lagi demi menjaga kepentingan keselamatan beliau, maka oleh sebab itulah keluarnya kenyataan yang merapu dan tidak berpijak dibumi yang nyata.

Hakikat sebenar ialah Umat Islam tidak berpecah, perbezaan fahaman politik adalah perkara biasa dan Negara masih utuh dari pengaruh unsur asing seperti yang didakwa beliau (Tun Mahathir), cuma Umno sahaja yang bagitu takut jika mejoriti Umat Islam beralih undi menjelang PRU 13 nanti.

Dalam isu ini rakyat tidak perlu "kalut" dengan helah dan pembohongan Umno baik dari golongan veteran mahupun dari kedua-dua kem dalaman Umno iaitu kem Datuk Seri Najib Razak dan kem Tan Sri Muhyidin Yassin.

Perubahan perlu berlaku untuk menjamin ke arah Negara yang stabil dan bebas dari cengkaman penjajah Umno-Bn, tong sampahkan parti ini (Umno) kerana Negara telah banyak dapat susah disebabkan parti ini.

DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 20 OGOS 2011

Harap p’raya bersih macam minta sisik ikan keli

Posted: 20 Aug 2011 12:33 AM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: "Nampaknya mengharapkan kerajaan BN melaksanakan pilihan raya secara bersih seperti meminta sisik daripada ikan keli," ujar AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar).

Justeru, katanya, seperti yang dijangka memang penubuhan Jawatankuasa Terpilih Parlimen hanyalah gimik untuk menutup lubang kelemahan daftar pemilih yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan jawatankuasa itu sebagai reaksi Pakatan Rakyat meminta beliau mengadakan sidang khas untuk membincang kepincangan dalam daftar pemilih.

"Tindakan Datuk Seri Najib seperti kita minta teh tetapi yang diberi ialah kopi," kata Idris dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, jika Najib jujur supaya perjalanan pilihan raya bersih dan telus, maka beliau akan menggunakan kuasa yang ada kepadanya untuk menangguhkan pilihan raya sehingga dipastikan daftar pemilih dapat dibersihkan.

"Sebaliknya, beliau menyatakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan," ujarnya lagi.

Ketika bercakap kepada media selepas mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam, Najib berkata PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat dengan sebarang keputusan daripada Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang bakal ditubuhkan kerajaan.

Perdana Menteri berkata, tarikh sebenar bila pilihan raya umum hendak diadakan tiada sebarang kaitan dengan jawatankuasa tersebut, walaupun ia ditubuhkan bagi tujuan menambah baik sistem pilihan raya agar tidak timbul syak wasangka.

harakahdaily/-

'Sepatutnya bersih p'raya, bukan upah PR asing'

Posted: 20 Aug 2011 12:03 AM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Malaysia mungkin menikmati urus tadbir lebih baik sekiranya wang untuk mengupah syarikat perhubungan awam asing diguna untuk membersihkan sistem pilihan raya dan memperkenalkan usaha antirasuah lebih cepat.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, urus tadbir yang baik juga boleh dicapai dengan memperkasa komuniti ekonomi kurang terbela dan melabur dalam infrastruktur awam yang mapan.

"Sekiranya kerajaan persekutuan memerlukan bantuan, nasihat, contoh atau semua di atas dengan berhubung perbelanjaan dana awam dengan cara yang lebih cekap serta memberi manfaat kepada rakyat, kerajaan negeri Selangor dengan senang hati sedia berkongsi kepakarannya," kata Faekah Husin (kiri).

Sebagai respons kepada dakwaan kerajaan mengupah FBC media limited Britain untuk menggilap imejnya, Faekah berkata, pihaknya terkejut kerana wang pembayar cukai dibelanjakan dalam jumlah yang banyak "semata-mata untuk menaikkan imej perdana menteri dan kerajaan" yang didakwa tercalar teruk.

Ia antaranya disebabkan cara kerajaan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, selain tuduhan-tuduhan rasuah dan ketidakcekapan pentadbiran yang kini mencapai tahap paling rendah, tambahnya.

Stesen penyiaran antarabangsa BBC pada 17 Ogos lalu dilaporkan mengakui menyiarkan rancangan yang diterbit FBC yang diupah kerajaan Malaysia kepada jutaan penonton di seluruh dunia.

Bagaimanapun semua rancangan yang dibekalkan oleh syarikat perhubungan awam yang berpangkalan di London itu telah digantung.

Sejak 2009, syarikat itu telah menerbitkan sekurang-kurangnya empat dokumentari mengenai Malaysia.

malaysiakini/-

Israel-Palestin saling menyerang

Posted: 19 Aug 2011 11:30 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TENTERA Israel membedil sebuah terowong penyeludupan di Rafah, selatan Genting Gaza semalam.

BAITULMUQADDIS - Para pejuang Palestin semalam melancarkan satu siri serangan roket ke arah Israel semalam.

Jet-ket tentera Israel turut melancarkan serangan di beberapa wilayah di Palestin.

Kelmarin, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang hendap beberapa buah kenderaan di sebatang jalan raya di selatan Israel.

Dalam kejadian itu, seramai lapan orang terbunuh iaitu enam orang awam dan dua lagi anggota pasukan keselamatan Israel.

Pihak Israel kemudian melancarkan serangan balas menerusi serangan udara yang menyebabkan lima orang palestin maut.

Lima orang itu merupakan anggota Jawatankuasa Penentangan Popular.

Seorang pemimpin kumpulan itu turut terbunuh.

Semalam, para pejuang Gaza melancarkan 10 serangan roket ke Israel dengan salah satu serangan itu ialah bandar Ashkelon.

Namun salah satu serangan roket itu berjaya dipintas menerusi sistem antipeluru berpandu Israel yang baharu.

Satu lagi serangan roket pejuang Gaza menyebabkan enam penduduk Israel mati di pelabuhan Ashdod. - Agensi

Isteri kaki lelaki

Posted: 19 Aug 2011 09:30 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

JOHOR BAHRU: "Saya terpaksa membuat pendedahan mengenai sikap isteri yang mengikis wang kekasihnya bagi menyelamatkan lebih 10 lelaki yang dijeratnya," dakwa Nawab, 36, di sini, semalam.

Menurut Nuar, isterinya, Nadia yang bekerja kilang sesuai digelar 'playgirl' berikutan sikapnya yang gemar memikat dan memperdaya lelaki tanpa mengira status mereka untuk dikikis.

Nawab yang tinggal di Larkin mendakwa Nadia mengaku bujang untuk memastikan dirinya sentiasa laku ketika menjerat mangsa.

"Sejak berkahwin dengan Nadia kira-kira lima bulan lalu, saya tak pernah mengesyaki perangainya yang 'kaki lelaki'.

Nadia sering menghabiskan masa melayari laman sosial facebook dan daripada situ dia mencari mangsa," katanya.

metro/-

Lima maut ribut landa festival rock

Posted: 19 Aug 2011 09:00 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DUA orang melihat beberapa khemah runtuh akibat ribut hujan batu di festival rock di Kiewit, Belgium kelmarin.

BRUSSELS, Belgium - Sekurang-kurangnya lima orang maut manakala 40 lagi cedera apabila ribut kencang dan hujan batu melanda satu festival muzik rock di sebuah kawasan terbuka di utara Belgium kelmarin, kata beberapa pegawai tempatan semalam.

Dua buah pentas runtuh dengan sebuah pentas menghempap sekumpulan penonton yang hadir pada konsert tahunan Pukkepop yang diadakan di Kiewit, dekat bandar Hasselt.

Agensi berita Belga melaporkan, beberapa skrin gergasi turut roboh dengan banyak pokok tumbang semasa ribut kencang itu manakala banyak kemah turut runtuh.

"Langit tiba-tiba gelap dan kami berlindung untuk menanti hujan turun. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Angin bertiup amat kencang," kata seorang pengunjung festival itu, Catherine Blaise, menurut akhbar tempatan, Le Soir.

Sebanyak 65,000 orang, sebahagian besarnya remaja, dilaporkan hadir pada festival berkenaan.

Sebelum ini empat orang maut apabila bumbung sebuah pentas persembahan pada satu pameran di Indianapolis, Amerika Syarikat runtuh pada 13 Ogos lalu.

Bumbung itu runtuh akibat angin kencang yang melanda lokasi pameran berkenaan. - Agensi

Wanita didakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

Posted: 19 Aug 2011 08:30 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Wanita didakwa ditipu lelaki asing kenalan internet

Seorang ahli perniagaan wanita kehilangan jam tangan berjenama dan barang kemas bernilai RM125,000 selain diugut RM30,000 oleh lelaki yang dikenalinya menerusi Internet.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah berkata janda berumur 30an itu melaporkan bahawa pada 11 Ogos lepas dia telah dijemput oleh seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya warga Australia yang dikenalinya melalui Internet untuk ke sebuah hotel di kawasan Sepang.

"Mangsa mengadu telah mengadakan hubungan seks dengan suspek dalam bilik itu dan kemudiannya tidak sedarkan diri setelah diberi minuman oleh suspek yang kemudiannya melarikan diri," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

Mohd Adnan berkata pihak pengurusan hotel yang merasakan sesuatu yang tidak betul telah berlaku, telah membuka bilik itu dan menemui wanita berkenaan dalam keadaan terbaring dan membawanya ke hospital.

Selepas sedar, wanita itu mendapati jam tangan Rolex dan barang kemasnya hilang. Dia juga pernah diugut oleh suspek yang meminta RM30,000 untuk tidak menyebarkan gambar-gambarnya yang tidak senonoh yang dirakam di bilik hotel itu.

Mohd Adnan berkata polis telah menubuhkan satu pasukan petugas bagi mengesan lelaki itu yang dipercayai bukan warga Australia sebab pasport yang digunakannya itu adalah palsu.

- Bernama

Tindakan ganas Syria terhadap rakyat dikecam

Posted: 19 Aug 2011 08:00 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Kerajaan Syria di bawah pemerintahan Presiden Bashar al-Assad dituntut agar melaksanakan perubahan-perubahan demokratik yang bermakna dan menghentikan tindakan keras terhadap pihak yang menuntut perubahan di negara itu.
Di antara perubahan yang dituntut oleh rakyat Syria ialah kebebasan berpolitik, bersuara dan memilih pemimpin sama ada melalui pilihanraya demokrasi atau berperlembagaan.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, Syria telah dikuasai oeh satu keluarga dan satu parti sejak 40 tahun lalu dan kini sudah tiba masanya perubahan struktur pemerintahan dan budaya politik baru diperkenalkan di Syria, sesuai dengan semangat zaman ini yang menuntut perubahan.

Pengerusi Lajnah Antarabangsanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, oleh itu, Dewan Pemuda PAS menyertai masyarakat antarabangsa mengecam keganasan pasukan keselamatan Syria terhadap orang awam dan rakyat yang sedang menuntut perubahan demokratik di negara itu.

Menurut beliau, tindakan Kerajaan Syria melalui pasukan tentera yang telah membunuh rakyatnya secara rambang bagi mempertahankan kerajaan sedia ada dengan cara yang tidak munasabah amat dikesali.

Katanya, Dewan Pemuda PAS Pusat dilaporkan, tentera Syria telah bertindak ganas seperti menggunakan kereta kebal dan senjata berat menyerang tempat-tempat awam seperti masjid, sekolah, pejabat serta kawasan perniagaan.

"Tindakan terdesak Kerajaan Syria yang sanggup menyerang masjid-masjid di Damsyik sangat mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia," katanya seperti yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada kedutaan Syria, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menerusi memorandum tersebut, Dewan Pemuda PAS Pusat juga menuntut masyarakat dunia agar menyedari kepentingan politik kuasa-kuasa tertentu yang kelihatan mahu melemahkan Syria disebabkan peranannya sebagai penyokong gerakan-gerakan Islam yang dimusuhi Zionis.

Dunia Islam digesa mengambil sikap sewajarnya dalam hal ini dan tidak bertindak secara terpilih, setelah dunia dipertontonkan sikap 'double standard' pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani permasalahan yang mengaitkan kumpulan-kumpulan Islam dengan perkara yang ekstrem dan ganas.

Dewan Pemuda PAS berharap agar Syria tidak dijadikan Libya kedua yang ditangani secara keras dan bertentangan dengan norma-norma antarabangsa di sebabkan kepentingan politik kuasa-kuasa besar yang dilihat mempunyai kepentingan tertentu dalam hala tuju demokrasi.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Abduh Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat dan diterima oleh pegawai bahagian pentadbiran kedutaan Syria, Latt Zaifizzul Mansor untuk dipanjangkan kepada duta Syria di Malaysia.

Selain Raja Ahmad dan Nik Abduh, antara kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat lain yang turut hadir termasuk Redzuan Mohd Noor, bersama beberapa orang kepimpinan PAS Wilayah Persekutuan yang antara lain termasuklah Ketua Penerangannya, Mohd Nasaie Ismail.

Sebelum itu, mereka bersama puluhan orang pemuda PAS telah mengadakan perarakan dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria untuk menyerahkan memorandum tersebut sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

harakahdaily/-

Terpinga-pinga jatuh feri

Posted: 19 Aug 2011 07:30 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

GEORGETOWN: "Aku kat mana ni?" tanya seorang wanita sebaik dia diselamatkan anggota penyelamat Pasukan Gerakan Marin (PGM) selepas dia terjatuh dari feri dan ditemui terapung di kawasan laut berhampiran Pulau Angsa, di sini, semalam.

Wanita terbabit, Lim Soon Heok, 56, diselamatkan daripada lemas selepas anggota bot penyelamat PGM bertindak pantas sejurus mendapat maklumat daripada Balai Pelabuhan yang memaklumkan ada individu terjatuh dari feri.

Namun, ketika diselamatkan warga emas terbabit yang tinggal di Bayan Lepas, di sini, terpinga-pinga dan tidak tahu di mana dia berada, malah bertanya kepada pasukan penyelamat kenapa dia berada di laut.

Malah, suaminya yang dihubungi pasukan penyelamat juga hairan dan memberitahu yang dia tidak mengetahui di mana isterinya berada dan sejurus dimaklumkan yang isterinya baru saja diselamatkan daripada lemas, lelaki terbabit sempat bertanya apa yang dilakukan isterinya di kawasan laut itu.

Ketua Bahagian Operasi PGM Wilayah 1, Deputi Superintendan Rosli Sufian, berkata pihaknya mendapat maklumat kira-kira jam 3 petang daripada menara kawalan yang mengatakan ada orang terjatuh daripada feri.

"Anggota bot penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan kira-kira setengah jam selepas itu mangsa ditemui lemah dan terapung di laut sebelum diberikan rawatan kecemasan.

"Mangsa juga agak panik dan dia seolah-olah lupa di mana dia berada ketika itu sebelum anggota penyelamat membawanya ke jeti marin dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya.

metro/-

Keaiban Yang Ditutup Allah

Posted: 19 Aug 2011 07:00 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu.

Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda: "

Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

Kalau dibukakan segala dosa yang kita lakukan, tentu tidak akan ada sesiapa yang akan menghormati kita. Kalau Allah membuka segala dosa yang kita lakukan sembunyi-sembunyi baik dalam pandangan, pendengaran, perbuatan, ataupun lintasan hati, nescaya tidak akan ada pun manusia yang mahu memuji kita. Pujian yang manusia berikan adalah atas zahir yang terlihat mata. Namun, kita tentu lebih mengenali diri sendiri dan lebih tahu bagaimana status kita.

Apakah kita berasa sangat suci sehingga tidak pernah melakukan dosa di belakang manusia atau diri kita ini penuh dengan dosa rahsia? Misalnya di saat kita seorang diri melayari internet dan tidak ada mata lain yang melihat, apakah kita sudah melepasi batas penglihatan yang diizinkan Allah? Bagaimana dengan prasangka buruk dalam hati kita yang telah dilemparkan kepada sekian banyak manusia lain tanpa pengetahuan mereka? Bagaimana pula dengan perbuatan-perbuatan kita tatkala berseorangan? Astaghfirullahalaziim, banyak sangat dosa kita!

Firman Allah:

"...Dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi..." (Surah Al-An'am:151)

Allah Maha Penyayang dan Dia tahu betapa lemahnya kita. Lalu Dia menutup keaiban-keaiban kita sehingga kita mampu berjalan di tengah-tengah manusia tanpa rasa malu, sekalipun kita telah melakukan segunung dosa di belakang mereka. Namun, adalah sesuatu yang sangat takabur jika dengan Allah pun kita tidak berasa malu. Bukankah Allah mengetahui apa yang tidak diketahui oleh manusia lain tentang diri kita? Maka, setiap kali kita ingin melakukan dosa di belakang manusia, ingatlah bahawa ada Allah yang lebih patut kita rasa malu kepadaNya berbanding manusia.

Mengapa? Kerana di akhirat kelak bukan manusia yang akan menghitung amalan kita. Allah yang paling tahu tentang diri kita dan Dia jugalah yang akan menghitung amalan kita. Hanya dengan rahmatNya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Kalau kita merasakan lindungan Allah ke atas keaiban kita itu adalah satu zon selesa, maka kita silap. Boleh jadi keaiban yang Allah tutup sementara atas muka bumi ini akan dibukakan kepada seluruh umat manusia di akhirat kelak jika kita tak benar-benar bertaubat kepadaNya.

Kadang-kadang kita suka mencanangkan dosa orang lain, sekalipun dosa tersebut tidak diceritakannya kepada orang lain, hanya kepada kita. Ingatlah akan sebuah hadith:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"...Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah Ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya..." (HR Muslim)

Hadis ini menyeru kita untuk memelihara keaiban orang lain. Sebagai timbal balik, Allah akan menutup keaiban kita di dunia dan di akhirat. Subhanallah! Masihkah kita berhajat untuk mencanangkan dosa orang lain sehingga Allah juga akan membuka keaiban kita nanti? Malulah kepada Allah, takutlah kepada ancaman Allah. Jika kita hanya malu kepada manusia, kita tidak akan malu berbuat dosa di belakang mereka. Namun jika kita malu kepada Allah, kita akan sentiasa memelihara diri daripada dosa, dalam terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

Waspadalah akan firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nuur: 19)


Apabila Allah telah menutup keaiban kita, janganlah pula kita yang membukanya. Setelah selesai dosa sembunyi-sembunyi kita, janganlah diceritakan kepada orang lain. Renungilah sebuah hadis di bawah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya.

Ia berkata, "Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu". Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah." (Muttafaqun 'alaih HR Bukhari dan Muslim).

Sungguh, Allah sentiasa menginginkan kebaikan bagi kita. Allah sentiasa membuka peluang dan ruang bagi kita untuk kembali bertaubat atas dosa yang kita lakukan di sebalik tabir. Namun, kita yang sebenarnya tidak mengambil peluang dan tidak menghargai tutupan-tutupan aib tersebut oleh Allah SWT. Setelah apa yang Allah lindungi daripada sekian banyak keaiban kita, apakah tidak wajar untuk kita bersyukur dan bertaubat? Renung-renungkan dan muhasabahlah diri kita, insyaAllah.

www.iluvislam.com

Sekeluarga huni surau

Posted: 19 Aug 2011 06:50 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM: Ketika umat Islam sibuk menyediakan persiapan menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, lima beranak di Padang Jawa terpaksa menumpang teduh di surau apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran bulan lalu.

Kehidupan mereka umpama pelarian apabila surau kecil yang tidak digunakan lagi menjadi dapur dan tempat tidur mereka.

Mohd Rezhal Abbas, 40, berkata dia dan keluarganya hampir pasti akan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi di surau berkenaan memandangkan rumah barunya masih di peringkat awal pembinaan dan dia tidak memiliki wang mencukupi untuk menyiapkannya.

"Selepas kejadian itu, saya sekeluarga sebenarnya tidak tahu mahu ke mana. Bagaimanapun atas keprihatinan, penduduk membenarkan kami tinggal sementara di surau ini," katanya yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,500 sebulan.

Mohd Rezhal menetap di surau itu bersama isterinya, Siti Suhaila Samingan, 35, serta anak mereka, Nur Nazatul Gaquyah, 14; Mohd Idham Hafiz, 13, dan Nor Farah Farhana, 9, sejak tragedi kebakaran itu yang berlaku empat hari sebelum Ramadan.

Menceritakan semula kejadian malang itu, Mohd Rezhal berkata, kebakaran kira-kira jam 6 petang pada 28 Julai lalu itu hampir memusnahkan semua harta-benda di rumah yang baru dibelinya tahun lalu.

Akibat kebakaran itu, mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang. Peralatan sekolah termasuk buku serta baju sekolah tiga anak Mohd Rezhal turut hangus.

Sehingga proses membaiki rumahnya selesai apabila sudah cukup wang, Mohd Rezhal menyatakan dia lima beranak tidur dalam keadaan berjaga-jaga kerana bimbang keselamatan tinggal di dalam surau yang senang dimasuki sesiapa yang berniat jahat.

Sementara itu, Siti Suhaila yang mengambil upah menjahit, berkata dia bersyukur kejadian malang itu tidak membabitkan kemalangan jiwa walaupun ketika ini mereka terpaksa bergelandangan.

"Pada hari kejadian, saya hanya mampu berdoa keluarga selamat apabila melihat rumah saya sudah dipenuhi asap ketika saya sampai rumah," katanya.

Menurutnya, pada hari kejadian dia sibuk membantu berniaga ikan kering di pasar malam berdekatan.

Beliau berkata, dia dan suami kini gigih mengumpul wang bagi memulihkan keadaan tanpa terlalu mengharapkan simpati orang ramai, namun jika ada pihak yang mahu membantu boleh menghubunginya di talian 017-2669762.

metro/-

Pakatan desak bajet RM15.86 bilion JPM dicantas

Posted: 19 Aug 2011 06:31 PM PDT

30 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008 - dan Pakatan Rakyat berhasrat mengurangkan jumlah itu agar dana negara dapat diketepikan untuk "keutamaan negara yang lebih mendesak".

Sehubungan itu, Pakatan pada sidang media hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

"Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

"Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong (di atas) hari ini.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.
Tidak sihat

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

"Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia," katanya dalam sidang media Bajet Alternatif Pakatan Rakyat 'Kesejahteraan Untuk Semua' di Kuala Lumpur hari ini.

Liew yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP memberi contoh, pada tahun ini dan tahun lalu Kementerian Pelajaran telah diarah untuk mengurangkan perbelanjaan mereka.

"Ini member kesan besar kepada pelajar di sesetengah asrama yang tidak dapat menyediakan makanan pada hari Sabtu dan Ahad.

"Ini juga membawa kesan kepada rakyat dan oleh itu kita mahu Jabatan Perdana Menteri menjelaskan bagaimana mereka menggunakan wang rakyat," katanya.

Beliau yakin jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan, peruntukan dan perbelanjaaan secara membazir serta pengurangan bajet yang tidak adil akan dihentikan secepat mungkin.

Beliau menambah bajet adalah tanggungjawab rakyat kepada rakyat jelata, dan bukannya untuk kepentingan mana-mana pihak tertentu.

malaysiakini/-

Bajet JPM Meningkat Empat Kali Ganda

Posted: 19 Aug 2011 06:00 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA 19 OGOS : Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bagaimana jabatannya membelanjakan dana persekutuan yang diperuntukkan setelah rekod menunjukkan bajet jabatannya meningkat secara drastik dalam tempoh 3 tahun.

Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata peningkatan perbelanjaan lebih daripada empat kali ganda di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ini seolah- olah mencerminkan pentadbiran Najib boros dalam menguruskan dana awam.

"Peruntukan perbelanjaan untuk pembangunan JPM membolehkan Perdana Menteri meluluskannya dengan kuasa yang dia ada, berbeza dengan perbelanjaan atau pembayaran perbendaharaan lain yang mana mesti melalui pemeriksaan menteri yang lebih ketat.

"Rakyat berhak untuk mengetahui dengan tepat apa dan kemana JPM telah membelanjakan begitu banyak wang," katanya.

Sebagai rekod, bajet pembangunan daripada RM7.2 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah meningkat kepada RM29.6 bilion di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Pertambahkan dana sebanyak RM22.4 bilion itu disifatkannya keterlaluan dan boleh dimanfaatkan kepada lebih banyak program yang memberikan hasil kepada rakyat secara langsung.

Bercakap kepada pemberita hari ini selepas siri Diskusi Jawatankuasa Alternatif Bajet Pakatan Rakyat, Chin Tong yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata Pakatan Rakyat mencadangkan agar bajet kepada JOM dikurangkan sebanyak RM 5 billion dan lebihan dana yang berjaya diselamatakan, akan diserapkan untuk dana persekutuan yang lain.

"Kita katakan bahawa bukannya memberi wang kepada Perdana Menteri, Perdana Menteri hendaklah memastikan bahawa semua jabatan mendapat jumlah perbelanjaan yang mencukupi dan membelanjakannya dengan bijak," katanya.

tv selangor/-

PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC

Posted: 19 Aug 2011 05:30 PM PDT

20 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya.

Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

"Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato'
Onn hari ini.

Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut.

Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

"Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti.

Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti.

Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini.

Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini.

"MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang
dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut.

"Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya.

- Bernama

PMIUM, PMIUPM lancar tabung Somalia

Posted: 19 Aug 2011 02:00 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Universiti Putra Malaysia (PMIUPM) hari ini melancarkan Tabung Mahasiswa Untuk Somalia bagi membantu rakyat Somalia yang berhadapan dengan masalah kebuluran akibat musim kemarau berpanjangan.

Menurut Presiden PMIUM, Muhammad Safwan Anang @ Talib, bantuan tersebut perlu disegerakan kerana kes kematian rakyat Somalia khususnya kanak-kanak berlaku selain memerlukan keperluan-keperluan lain termasuk bekalan air bersih, rawatan kesihatan dan tempat tinggal yang memadai.

Bagi mencapai matlamat itu, PMIUM dan PMIUPM bersama-sama beberapa kumpulan mahasiswa lagi akan turun ke kawasan-kawasan umum di ibu negara untuk mengutip derma tersebut.

"Kami akan turun ke kawasan umum antaranya kawasan sekitar hentian bas, teksi dan LRT di sekitar bandaraya Kuala Lumpur seperti di Masjid Jamek, Pasar Seni, Kuala Lumpur Sentral, Hentian Puduraya dan begitu juga di kawasan-kawasan kemudahan awam yang lain. Kawasan kampus tidak menjadi tumpuan memandangkan sekarang kebanyakan IPTA masih lagi dalam fasa cuti semester dan akan kembali ke kampus bulan September nanti," kata beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Pihaknya mensasarkan kutipan sebanyak RM10,000 dan kutipan akan terus berjalan sepanjang Ramadhan dan dijangka akan diteruskan pada bulan Syawal sehinggalah mencapai sasaran.

"Fokus utama kami di peringkat mahasiswa adalah untuk mengumpul sebanyak mungkin dana untuk disalurkan kepada rakyat Somalia. Kami sasarkan kuitipan akan mencecah RM10 000 dan kutipan ini akan terus berjalan sepanjang Ramadhan ini. Walaubagaimanapun kutipan derma Tabung Mahasiswa Untuk Somalia ini akan diteruskan juga di bulan Syawal nanti dan lainnya sehinggalah mencapai sasaran yang kita letakkan.," katanya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menyambut baik usaha-usaha daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang sama-sama melancarkan kutipan derma di seluruh negara yang menampakkan sikap cakna dan menunjukkan betapa prihatinnya rakyat Malaysia mengenai isu sejagat ini.

Antara kumpulan yang terlibat dalam usaha ini ialah Pro-Mahasiswa UM dan UPM, Team Elit Muslim dan Briged Putra Nasional.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan terdapat lebih dua juta pelarian Somalia yang majoritinya beragama Islam kekurangan zat dan terdedah kepada penyakit berjangkit serta kematian pada Ramadan ini.

harakahdaily/-

JAJ: Penyembelihan 60,000 ayam di Johor diragui

Posted: 19 Aug 2011 01:50 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong pengarah penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Baharu di Pontian awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

malaysiakini/-

Video Makan Malam DUMC Jelas Bercanggah

Posted: 19 Aug 2011 01:30 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Satu video yang didakwa diambil semasa makan malan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu telah menunjukkan percanggahan dengan apa yang dinyatakan oleh para pegawai gereja itu bahawa majlis tersebut tidak mempunyai kaitan dengan agama.

Namun, video selama enam minit itu yang kini hangat tersebar di internet sejak awal minggu ini telah menunjukkan seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang umat Islam memberitahu para hadirin bahawa makan malam tersebut mengenai didikan Islam yang diterimanya dan bagaimana beliau telah tertarik kepada agama Kristian.

Di babak mula video tersebut, lelaki tersebut, yang nampak awal 40-am, menceritakan bagaimana beliau dan keluarganya dibesarkan dalam suasana keIslaman yang penuh berdisiplin, dengan menyatakan bahawa beliau disuruh melakukan banyak perkara ibadah Islam tambahan, tapi tidak memahami mengapa ia dilakukan, termaksud maksud al-Quran yang dibaca, termaksud yang sudah diterjemahkan.

"Jadi saya hanya baca (Quran) secara membuta-tuli tanpa memahami maksudnya sebenar," video tersebut menunjukkan lelaki tersebut sedang memberikan ucapan di atas pentas, sementara pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) cuba memasuki dewan makan tersebut.

"Adik-beradik saya dan seluruh ahli keluarga dibesarkan untuk menjadi umat Islam yang sangat berdisiplin, jadi kita lakukan semua perkara, solat dan doa tambahan, puasa tambahan, doa tambahan dan segala-galanya tambahan [ketawa].

"OK yang mengenai keluarga saya .." beliau teruskan, sebelum video memfokuskan kepada rundingan antara para pegawai Jais dengan pengelola makan malam tersebut di pintu masuk dewan.

"Tiada Muslim… saya tidak tahu"

Seorang wanita pula kelihatan menafikan bahawa terdapat beberapa umat Islam yang hadir dalam majlis makan malam tersebut ketika disoal pegawai Jais.

"Ini function sebagai Muhibah… nyanyi-nyanyi lagu… Kita pun ada orang Muslims kerja di sini menyapu…" kata beliau.

"Bagaimana pula di dalam?" soal pegawai Jais.

"Saya tak tahu, tapi saya rasa tiada umat Islam di dalam dewan. Semuanya Kristian," jawab beliau.

"Sekiranya ada umat Islam, bagaimana? Boleh anda bagi jaminan?" soal pegawai Jais itu lagi, di mana wanita tersebut menjawab beliau bukan pengelola.

Pada masa ini, terdapat seorang wanita yang berpakaian baju kurung kuning dengan nama tag "Sophia" telah bersuara menjelaskan bahawa wanita terbabit adalah tetamu beliau, dan beliau adalah pengelola makan malam tersebut.

Para pegawai Jais turut menunjukkan beberapa keping kertas yang menunjukkan jadual majlis makan malam tersebut, dan menuntut untuk mengapa lagu 'Alhamdulilah' dan 'Allahu Akbar' disenaraikan.

Menjawab persoalan ini, Sophia menjawab bahawa dua perkataan tersebut hanya bermaksud, "Puji kepada Tuhan" dan "Tuhan maha berkuasa".

Sebelum itu, Harapan Komuniti, sebuah organisasi amal, mendakwa bahawa majlis itu ialah 'makan malam kesyukuran' untuk meraikan golongan miskin dari semua kaum.

Presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) Datuk Mohd Zaman Khan Rahim Khan, yang juga bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah juga dipetik sebagai berkata majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti itu dianjurkan Gereja Methodist Damansara Utama untuk mengumpul dana bagi pertubuhan rakan MAC di premis itu.

Manakala, Jais yang kini diserang bertubi-tubi oleh beberapa kumpulan kerana menyerbu majlis makan malam tersebut, tegas menafikan bahawa serbuan berlaku.

Sementara itu, usaha PAS untuk mendapatkan maklumat sebenar daripada Jais dan DUMC juga tergendala apabila kedua-dua pihak meminta parti Islam tersebut untuk menangguhkan pertemuan tersebut.

DUMC telah meminta PAS untuk menangguhkan perjumpaan atas alasan liputan media yang terlalu meluas.

tv news/-

Lima Polis Didakwa Rompak Warga Bangladesh

Posted: 19 Aug 2011 01:21 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 19 OGOS : Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan terhadap 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27, Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21, Azrin Adha Abdullah, 25, Mohd Faiz Muhammad, 25, dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 12.01 pagi.

Kelima-lima anggota polis terbabit bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan semua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya semua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya dipetik Bernama Online.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Semua tertuduh membayar wang jaminan itu.

tv news/-

Kelantan berjaya wujud pakej pelancongan Islam

Posted: 19 Aug 2011 12:30 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 19 Ogos: Perisytiharan 'Kota Bharu Bandar Raya Islam' diterima dengan baik oleh masyarakat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya, demikian juga mereka boleh menerima gelaran Kelantan sebagai 'Serambi Mekah'.

"Sesungguhnya Kota Bharu yang diisytiharkan sebagai Bandar Raya Islam, sehingga kini diterima masyarakat dengan baik tanpa persoalan.

"Ini kerana gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah dan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam oleh kerana kedua-duanya mempunyai keutamaan iaitu 'keilmuan'," kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada Majlis Perasmian 'Klinik Hukum' di Qariah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, malam tadi.

Program dikendalikan Alumni Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir itu bertujuan menyediakan khidmat rundingan profesional dari aspek hukum hakam dalam pelbagai cabang kehidupan masyarakat.

Menyediakan khidmat kaunseling pelanggan serta menjadi rujukan kepada masyarakat dalam perkara yang membabitkan status hukum serta pertanyaan tentang fatwa di Malaysia di samping memberikan khidmatan bimbingan berlandaskan ketetapan syarak kepada semua lapisan masyarakat termasuk saudara baru.

Selain itu program tersebut bertujuan menonjolkan Alumni Mesir bukan saja sebagai sebuah persatuan mengumpulkan mahasiwa dan lepasan Mesir, bahkan turut menjadi institusi penyelidikan dalam bidang hukum syarie serta rujukan massa.

"Oleh itu program Klinik Hukum amat bertepatan dan penting wujud dalam masyarakat, bermula di Qariah Ramadhan mengambil berkat dari bulan Ramadhan ini," kata Takiyuddin.

Selain itu, beliau memaklumkan Kelantan akan mewujudkan 'pelancongan Islam' di mana antara bentuknya ialah apabila para pelancong datang ke Kelantan dipromosikan program berbentuk keagamaan.

"Ini termasuk masjid-masjid tertentu di bandar Kota Bharu diisytiharkan sebagai 'masjid yang ada solat Dhuha' pada tiap-tiap minggu (seperti Jumaat dan Sabtu).

"Kini kita pilih Masjid Jam'iah di Jalan Putera Semerak, Kota Bharu dan Masjid Al-Baraah dekat Pasar Besar Siti Khadijah, diadakan program solat Dhuha.

"Dan di samping program itu, kita akan mempromosikan 'Klinik Hukum'. Para pelancong mendapati tidak menemui program seperti itu di negeri lain kecuali Kelantan, dengan pakej pelancongan Islam.

"Inilah perbezaan Kelantan yang digelar Serambi Mekah yang mampu menyediakan persekitaran keislaman kepada seluruh manusia yang berkunjung ke negeri ini," kata Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan