PAS Kawasan Padang Besar Posted: 20 Aug 2011 01:13 AM PDT Sumbangan Ramadan Posted: 19 Aug 2011 08:13 AM PDT Sumbangan HALWA Dun Beseri Ketua Pemuda menyampaikan sumbangan | |
PAS KAWASAN KUBANG PASU Posted: 19 Aug 2011 11:04 PM PDT Pentadbiran di Kedah jauh lebih cekap berbanding zaman BN Posted: 19 Aug 2011 03:51 PM PDT Oleh: ZULKIFLI YAHAYA Kecekapan Pejabat Tanah Daerah Kulim memproses permohonan dalam masa dua jam telah memberi kejayaan besar kepada jabatan itu apabila menang Anugerah Inovasi Sektor Aw am 2010. Penganugerahan itu membolehkan Pejabat Tanah Kulim membawa pulang RM300 ribu, hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di ibu negara baru-baru ini. Pertandingan yang diadili oleh Mampu ini disertai oleh semua jabatan kerajaan dan sektor awam di Malaysia dan Kedah memenangi kategori inovasi melalui penglibatan pertama kali Pejabat Tanah Kulim. Selain itu, Pejabat Tanah Daerah Kulim dalam gerak kerjanya telah mempelopori beberapa inovasi termasuklah Karnival Lelongan Awam Hartanah, Kaunter Pandu Bayar, Kaunter Ekspress dan Prosedur Cut of Point. Kejayaan pentadbiran tanah daerah di sebuah negeri yang dipimpin oleh Pakatan rakyat adalah berita besar, namun digelapkan oleh media-media arus perdana. Baru-baru ini Sebaik dilantik menjadi Datuk Bandar Alor Setar Dato' Haji Mat Noh Ahmad bertekad mahu jadikan bandaraya Alor Setar sebagai 'Bandaraya Sejahtera' selari dengan tema Kedah Sejahtera yang menjadi misi PAS dalam dokumen manifesto dahulu lagi. Antara langkah diambil ialah pelaksanaan OSC Online bertujuan mempercepatkan proses permohonan kepada jangkamasa enam bulan berbanding sebelum ini mengambil masa yang panjang sehingga bertahun-tahun lamanya. Permohonan ini meliputi kelulusan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan pembangunan, penambahbaikan sistem penyampaian prosedur dan proses cadangan pemajuan ini merupakan aspek terpenting dalam usaha kerajaan meningkat sistem penyampaian perkhidmatan awam. Penambaikan ini akan dilaksanakan bersama 'certificate on complenation and compliance' bagi meningkatkan daya saing negeri untuk menarik pelabur asing ke negeri Kedah. Projek Keli-K di Sungai Pau, Sik yang menghadapi masalah pada peringkat awal berjaya diatasi apabila kilang pemprosesan ikan keli mula dilaksanakan dan akan disiapkan dalam masa terdekat. Terbinanya kilang ini, dapat menangkis tohmahan pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa bagi membantu rakyat, malahan belum ada lagi negeri di Malaysia ini yang ada kilang seumpama ini. "Di Malaysia masih tak ada kilang macam ni, apabila dah siap, kita kena labur sikit untuk tambah sangkar dan meluaskan pasaran," kata Menteri besar. Pusat Kecemerlangan Perbankan Islam, Kewangan dan Keusahawanan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) berjaya menarik sebuah institusi kewangan negara jiran Thailand untuk menjalin hubungan kerjasama dua hala. Berdasarkan kepada MoU berkenaan, Insaniah akan menyediakan tenaga pengajar berpengalaman bagi melatih seramai 1,800 kakitangan Bank Islam Thailand dalam masa dua hingga tiga tahun. Kerjasama ini membuktikan keyakinan Bank Islam Thailand dengan keupayaan Insaniah dan memilihnya untuk membekalkan latihan secara menyeluruh mengenai perbankan Islam kepada kakitangan mereka. Nampaknya di bawah PAS, IPT itu diperkasakan sehingga menjadi mentor pengurusan kewangan Islam di peringkat dunia, perkara yang tidak pernah berlaku di zaman BN dahulu. Lebih tiga tahun memimpin kerajaan, kepimpinan politik negeri dianugerahkan dengan sebuah birokrasi pentadbiran negeri yang efisien dan menapak dengan lebih baik dari kerajaan terdahulu. Apa maknanya? Maknanya, para pegawai lebih selesa bekerja di bawah kerajaan yang tiada agenda politik kepartian dalam pentadbiran. Dalam ilmu pengurusan politik boleh wujud di mana-mana, sekalipun di luar wadah politik. Tidak terkecuali jabatan kerajaan. Itu lumrah. Namun di kedah ia tidak diburukkan dengan pengaturcaraan politik kepartian dalam pentadbiran negeri. Mampukah kerajaan Pusat melakukan amalan yang serupa? Di peringkat awal pentadbiran kerajaan pimpinan Dato' Seri Ustaz Azizan pada Mac 2008, terdapat pihak yang meragui sejauhmana para pegawai yang separuh abad 'ditarbiyah' BN boleh member kerjasama terhadap kerajaan negeri. Namun selepas pelbagai pencapaian dicapai oleh negeri, keraguan tersebut terhakis. Mereka setia untuk bersama dengan kepimpinan negeri dan tidak kekok untuk berbeza dengan Pusat. Alangkah baiknya jika para pegawai dan kakitangan kerajaan negeri Kedah dimudahkan lagi bekerja dengan tiada perbezaan antara Negeri di Pusat; yakni kekalkan PAS di negeri dan tumbangkan BN di pusat.
| Talian hayat Umno terlondeh satu persatu Posted: 19 Aug 2011 03:46 PM PDT Oleh SAIDAH HAIRAN KENYATAAN Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak mahu merampas negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat dengan mengguna kan apa sahaja 'senjata', se olaholah sudah terbukti. Tindakan pemberian MyKad serta pertindihan na ma pengundi dalam daftar pemilih yang berlaku secara berleluasa di Sela ngor mungkin jalan terakhir digunakan sebagai 'talian hayat'; bagi meneruskan kuasa Najib di Putrajaya. Pemberian MyKad kepada warganegara asing se perti Kemboja dan Indonesia yang didedahkan PAS Selangor, sebenarnya telah lama berlaku. Sebab itu, pimpinan Umno Selangor diketuai Najib begitu yakin dapat merampas 38 kerusi daripada 56 kerusi Dun.
Mereka sudah menjangkakan Dun mana yang boleh dirampas dan menang dengan selesa. Kaedah yang digunakan dengan pemberian MyKad serta pertindihan pe ngundi dalam daftar pemilih, memang ber tujuan mengekalkan kua sa rakus Umno-BN.
Pendedahan awal akhbar Harakah awal Februari lalu, mendapati sebuah bas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya dijadikan tempat operasi bagi mengesahkan pertukaran alamat warga Sabah. Pertukaran alamat itu di akui sendiri oleh beberapa orang warga Sabah yang diarahkan oleh Umno untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. Mereka dijanjikan tempat tinggal dan pekerjaan.
Perkara itu berlaku di Seksyen 11, Shah Alam ia itu di hadapan bangunan Umno Bahagian Shah Alam.
Dua minggu selepas itu, di Dun Paya Jaras berlaku sindiket pemberian MyKad kepada pendatang tanpa izin (Pati) secara berlelua sa dengan cara yang sangat meragukan.
Ekoran keraguan itu Jentera Pusat Khidmat Dun Pa ya Jaras menahan ti ga warga Kemboja yang dicurigai cuba mengedar Kad Pe ngenalan kepada rakan-rakan mereka di alamat Nombor 16, Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras, jam 7.30 malam.
Ketiga-tiga warga Kemboja yang dicurigai itu telah dihantar ke Balai Polis Sungai Plong, Sungai Buloh tetapi sehingga kini tiada se barang tindakan diambil.
Mereka yang terlibat, dua dari Pekan, Pahang dan se orang dari Kelantan. Tiga orang yang dicurigai itu membawa beg berisi fail yang mengandungi borang JPN serta dokumen berkaitan.
Sebelum itu pada Januari lalu, tindakan yang sama telah diambil kepada tiga warga Kemboja yang sedang mengedarkan MyKad kepada lebih 100 orang rakan-rakan mereka yang tinggal di kampung Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.
Selain sindiket pemberian MyKad, jentera PAS Kota Raja dapat mengesan tindakan ketua Umno cawangan di Parlimen Kota Raja mengarahkan semua guru-guru Kemas menyediakan alamat untuk didaftarkan warga Sabah dan Sarawak. Ini bertujuan bagi membolehkan mereka mengundi di Parlimen Kota Raja. Perkara itu diakui sendiri oleh guru Kemas yang ter libat dan tidak mahu na manya didedahkan.
PAS Selangor turut membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menerima pendaftaran baru pasukan Pelapis UPM sebagai pengundi pos di Seri Serdang. Pendaftaran itu menimbulkan konflik kerana mereka mempunyai kad pengenalan.
Menurut Adun Sri Muda (KeADILan), Suhaimi Shaifie tindakan Umno mendaftarkan warga Sabah dalam daftar pemilih merupakan perkara biasa yang dilakukan Umno setiap kali menjelang pilihan raya. Ini dilakukan kerana kata beliau, hanya semata- mata mahu mengekalkan kuasa pimpinan Umno me megang tampuk negara.
Lebih memeranjatkan, pendedahan daripada Jabatan Pilihan Raya PAS negeri Selangor mendapati daftar pemilih bertindih di temui sebanyak 11,000 di seluruh Dun negeri Sela ngor.
Semakan itu ditemui apabila pemilih mempunyai kad pengenalan yang sama hanya ditukar tarikh la hir dan mereka dapat mengundi di tempat berbeza.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan isu pertindihan pengundi dan sendiket pemberian MyKad sangat serius.
Ini katanya, membuktikan bahawa BN sangat tertekan dan terdesak sehingga sanggup melakukan perkara yang mengancam keselamatan negara.
Sehubungan itu, tambah beliau, PAS mendesak supaya satu sidang Parlimen diadakan segera dan Majlis Raja-raja dapat melihat isu itu lebih serius kerana ia ternyata mengancam masa depan dan keyakinan rakyat pada sistem di Malaysia.
Menurut beliau, jumlah yang didedahkan sangat besar dan PAS masih menerima aduan orang ramai berkenaan isu MyKad dan pertindihan pengundi.
"Isu ini perlu ditangani segera dan kita mohon supaya Yang di-Pertuan Agong tidak akan membubarkan Parlimen sehingga isu ini diselesaikan," tegasnya.
Beliau menyokong supaya satu desakan baru oleh Bersih agar dapat dijadikan ukuran untuk meluluskan pilihan raya atau menangguhkan.
Jika diadakan satu lagi himpunan Bersih tegas beliau dan desakan itu tidak diambil kira maka ia akan mendedahkan sistem pilihan raya di Malaysia pada suatu keadaan di mana rak yat kehilangan keyakinan.
"Masalah keyakinan rakyat pada sistem pilihan raya yang melibatkan pegawai SPR juga menampakkan bahawa mereka tidak menunjukkan sikap tidak berpihak, perkara ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya. | Politik BN mengatasi undang-undang Posted: 19 Aug 2011 03:35 PM PDT Oleh V. Sivakumar Adakah cabang legislatif masih dihormati oleh pemain-pemain politik negara kita? Apa yang berlaku di Perak telah membuktikan sebaliknya.Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tata cara pentadbiran negara kita akan tergugat. Apabila ada pihak yang melihat diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.
Parti politik menyekat badan perundangan
Kita melihat bagaimana organisasi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara, malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut luntur.
Walau pun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam Perlembagaan, peranannya sebagai pengerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Namun, permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan.
Dalam kes negeri Perak, memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan . Dewan Undangan Negeri tidak lagi dihormati oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.
Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak.
Kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri dicabar, malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan.
Dewan Undangan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungi menjalankan tanggunjawab Perlembagaan. Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009.
Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Undangan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok.
Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak dilakukan sehingga hari ini.
Kes Datuk Harun di Selangor
Sebagai contoh, Allahyarham Datuk Harun Idris adalah seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada suatu masa dahulu telah dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak Dewan Undangan Negeri Selangor pada 25 Mac 1976.
Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri, iaitu UMNO. Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti.
Apa yang cuba dijelaskan di sini ialah pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru.
Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menolak kepimpinan Datuk Harun di dalam Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara Komanwel.
Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di negeri Perak apabila BN merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat.
Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Nizar. Malah seorang Menteri Besar telah dilantik di Istana secara tergesa-gesa.
Permainan politik kotor BN ini telah mengganggu perjalanan Dewan Undangan Negeri di Perak. Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini.
Kesan politik kotor BN di Perak
Ekoran daripada itu, Dewan Undangan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan diatur oleh BN untuk menyelamatkan kerajaan mereka yang ditubuhkan secara haram.
Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit. Persidangan Dewan Negeri pada Isnin lalu hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam.
Inilah akibat apabila negeri mendapat kerajaan yang diranpas secara haram. Mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat pada 2008 telah dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan campur tangan mahkamah.
Ketakutan kerana tidak mendapat sokongan rakyat kini menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan BN di Perak. Yang berlaku sekarang ialah politik yang melampau ini mencemarkan dan bakal menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada.
Yang menanggung derita dan rugi ialah rakyat sendiri. –
Penulis adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh merangkap Timbalan Pengerusi DAP Perak | Jenayah jual warganegara Posted: 19 Aug 2011 03:32 PM PDT Umno-Barisan Nasional nampaknya cuba 'bermain dengan api', melakukan kerja yang amat berisiko tinggi garagara bimbang kuasa yang dipegang sejak sebelum merdeka, tumbang di tangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Umno-BN jangan cuba hendak mengelak bahawa selama ini, merekalah mengambil kesempatan daripada kemasukan sejumlah besar pendatang asing, sehingga berjuta-juta pendatang masuk ke dalam negara tanpa sebarang sekatan, sama ada dengan permit atau tanpa permit.
Ramainya pendatang asing, dapat kita lihat sendiri kebanjiran mereka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur, khususnya pada hujung minggu, terutamanya pada cuti umum musim perayaan.
Kita akan dapati pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam dan sebagainya bertaburan di merata-rata lokasi di pusat bandar.
Kadang-kadang kita akan merasa jelek dan jengkel dengan gelagat mereka, akibat terlalu ramainya mereka, mereka berani berkelakuan sumbang, mengusik anak-anak gadis kita, sehingga berkumpulan melakukan pelbagai onar dan jenayah.
Kebanjiran pendatang asing ini mula berlaku seawal 1980-an. Agensi pekerja asing tumbuh bagai cendawan. Kebanyakannya agensi-agensi ini dimiliki oleh pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka.
Mereka mengaut keuntungan berlipat ganda dengan membawa pendatang asing, mengenakan bayaran sehingga bertahun-tahun.
Lama-kelamaan, akibat daripada besarnya jumlah pendatang asing, mereka sudah beranak pinak, enggan pulang ke negara asal dan menurut undang-undang mereka layak memohon kerakyataan tetap atau status Permanent Resident.
Ramainya pendatang asing ini, kita boleh lihat daripada penempatan asal orang Melayu di Kuala Lumpur, misalnya di Kampung Datuk Keramat, Kampung Pandan, Gombak, semuanya sudah menjadi koloni pendatang Indonesia.
Mereka dibawa masuk pada awalnya kerana hendak digunakan sebagai buruh binaan untuk membantu industri pembangunan dan sebahagiannya dijadikan sebagai buruh di ladang.
Jika adapun sektor lain, pekerja asing dibawa masuk berdasarkan kepada profesionalisme mereka, seperti dalam bidang perubatan, industri berat dan sebagainya.
Namun akibat daripada longgarnya sistem kita, peranan mereka diperluaskan ke stesyen minyak, perkilangan, pembuatan dan lain-lain lagi.
Tetapi hari ini, pendatang asing sudah membanjiri semua sektor pekerjaan dalam negara. Semua pasaraya besar menggunakan khidmat pekerja asing, pasar awam, kedai-kedai runcit, restoran makanan segera sehinggalah kepada hotel empat bintang, menggunakan khidmat pekerja asing.
Itu pun belum diperincikan dengan jelas sama ada mereka dibawa bekerja dengan permit yang sah atau yang tidak berpermit. Jika diperiksa secara terperinci, nescaya ramai yang tidak berpermit.
Tetapi persoalan sah atau tidak mereka bekerja dalam negara, tidak penting buat Umno-BN. Sekarang ini mereka tahu pendatang asing, boleh dijadikan aset untuk melindungi kuasa mereka.
Kes pendatang asing diberikan kerakyatan, sudah lama didengar berlaku di Sabah.
Sekarang ini heboh pula di Semenanjung, khususnya di Selangor, di mana pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing diberikan secara 'pukal' mutakhir ini.
Bagi PAS, ianya suatu konspirasi terancang menjadikan pendatang asing untuk mendapatkan taraf Penduduk Tetap (PR), dan kemudiannya menjadi warganegara.
Lebih malang lagi apabila ada kalangan mereka walaupun masih bertaraf PR, mereka ada yang telah dimasukkan dalam senarai daftar pemilih. Tujuan apa nama mereka dimasukkan ke dalam daftar pemilih jika tidak bertujuan untuk menyelamatkan Umno.
Apa yang berlaku sekarang ini amat mencurigakan. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan penjenayah yang menjual hak kewarganegaraan sewenang-wenangnya.
Kita mahu suatu tindakan tegas diambil. Kita mahu siasatan segera dijalankan ke atas Umno-BN, Jabatan Pendaftaran Negara, SPR dan Imigresen dan mana-mana pihak terbabit. Hentikan kedangkalan mereka sebelum negara musnah | BN tak rasa apa-apa walaupun harga barangan terus naik! Posted: 19 Aug 2011 03:25 PM PDT Oleh SAFAR JUMAAT SUKAR untuk menolak anggapan rakyat terbanyak, BN itu bukan sahaja mewakili singkatan bagi nama Barisan Nasional tetapi ia semakin popular dengan singkatan 'Barang Naik'. Malahan, di kalangan mereka yang berada di bawah payung BN sekalipun, tidak dapat menolak dakwaan itu. Pemimpin BN di Putrajaya dan mereka yang berpejabat di Menara Dato' Onn, PWTC mungkin tidak merasa apa-apa dengan sungutan rakyat di bawah, bahawa semua barang keperluan semakin mahal, kerana mereka tidak berada di arus bawah dek sebaliknya sedapnya berkerusi empuk di pejabat masing-masing
Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahu memantau harga juadah di bazar Ramadan sebenarnya satu penghinaan kepada peniaga-peniaga kecil Melayu tetapi dia tidak pula mengeluarkan kenyataan mahu memantau harga jualan di pasaraya-pasaraya milik taikun asing.
Acapkali rakyat mengeluh. Kenaikan harga barang menyebabkan hidup mereka yang berpendapat kecil dan sederhana benar-benar tertekan, tetapi kerajaan akan menjawab nanti, kurangkan guna gula untuk membendung kenaikan harga gula.
Jika harga sayur-sayuran melambung, sungutan rakyat akan dijawab kerajaan, bercucuk tanam di rumah untuk mengurangkan belanja membeli sayur-sayuran di pasar.
Begitulah seterusnya, jika harga minyak yang naik, kekecewaan rakyat akan kerajaan jawab, kurangkan makanan berminyak dan yang bergoreng.
Sebenarnya, harga ubat-ubatan pun melambung. Kalau seseorang itu memerlukan ubat, bolehkah kerajaan atau menteri memberi kenyataan, kurangkan makan ubat bagi membendung kenaikan harga ubat?
Dulu, bila harga minyak naik, kerajaan akan kata ini bukan kenaikan harga minyak, tetapi ini penyesuaian subsidi yang menyebabkan kenaikan berlaku.
Sesekali akan ada kenyataan dari menteri, gunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana untuk mengurangkan penggunaan minyak.
Yang belum menteri keluarkan kenyataan, gali minyak sendiri jika sesiapa ada terjumpa sumber minyak dari bumi dan belum kedengaran menteri memberi nasihat kepada rakyat, berjalan kakilah ke pejabat kerana dengan cara itu akan menyebabkan kita sihat kerana peluh sentiasa mengalir.
Soalnya, sampai bila kerajaan mahu menepis keluhan ini dengan kenyataan-kenyataan kurang cerdik ini?
Adakah kerajaan memang beranggapan rakyat Malaysia adalah dari kalangan mereka yang kurang cerdik, maka mereka harus dilayan dengan cara kurang cerdik?
Satu hal lagi yang rakyat meluat dengan kerajaan ialah kenyataan dari menteri setiap kali ada pertanyaan mengenai kenaikan harga barang, mereka akan menjawab, di negara-negara jiran lebih tinggi harga barangan ini jika dibandingkan dengan harga di negara kita.
Belum pernah pula mereka berkata, gaji dan pendapatan di negara jiran lebih tinggi dari negara kita, indeks rasuah dan penyelewengan tidak pula mahu mereka bandingkan kecuali membandingkan harga barangbarang keperluan yang betul-betul menjerut leher rakyat.
Mana mungkin rakyat boleh menerima kenaikan tambang bas sekolah, harga pakaian sekolah dan alat-alat tulis?
Mungkinkah menteri akan membuat kenyataan, jangan pakai uniform ke sekolah untuk menjimatkan belanja?
Ketika rakyat menghadapi kesukaran yang tak terucap ini, kerajaan dibelit dengan cerita inflasi dan cerita seorang isteri pembesar negara berbelanja sakan di luar negara hingga timbul cerita pembelian cincin yang berhaga RM24 juta.
Hati mana yang tak sayu mendengar cerita seperti ini?
Siapa yang tidak geram. Walaupun kesahihannya boleh diragui, tetapi jika ada isteri pembesar mampu membeli cincin yang berharga RM2.4 juta pun, ia sudah dikira merobek kesetiaan rakyat terhadap sokongan yang mereka berikan selama ini.
Malahan, jika harga cincin yang dibeli itu bernilai RM240 ribu sekalipun, ia sudah cukup untuk rakyat memberitahu BN, cukuplah. Berilah peluang parti lain pula memerintah.
Apa yang sudah BN berikan kepada rakyat selama ini, terima kasih tetapi kalau rakyat terus memberikan sokongan kepada BN, seolah-olah rakyat merestui ceritacerita pembelian cincin bernilai RM24 juta, RM2.4 juta dan RM240 ribu.
Itu baru satu cerita. Belum lagi cerita penyelewengan dalam pemberian tender dan projek-projek pembelian senjata dan kapal selam. Rakyat terus merintih, kerajaan terus membazir dan tidak mahu memperbaiki kelemahan.
Bila ditegur, nanti mereka akan menafikan dengan kata-kata, banyak perkara lain yang perlu kita utamakan. Jangan terpengaruh dengan cakap-cakap pembangkang. Pembangkang memang hanya tahu membangkang tetapi mereka tidak menjawab teguran mengenai pembaziran dan isu perbelanjaan tidak berhemah.
Menjelang Aidilfitri ini, pastinya banyak barang-barang keperluan akan dinaikan harga. Menteri akan mengeluarkan kenyataan, bekalan ayam, telur, minyak dan tepung mencukupi untuk umat Islam menyambut Syawal tetapi usaha membendung kenaikan harga barang, ternyata kerajaan tidak mampu membendungnya.
Apakah kerajaan akan terus meminta rakyat menerima apa sahaja yang berlaku ini dan dalam masa yang sama, mereka yang sedang berkuasa sibuk menghabiskan wang kerajaan yang ada bagi kesenangan mereka dan tujuan kepentingan politik mereka.
Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang sedang seronok dengan kempen 1Malaysia, terdesak merasmikan kedai 1Malaysia yang dikatakan menjual barangbarang keperluan dengan harga murah tetapi tahukah beliau bahawa bukan orang di sekitar kedai 1Malaysia itu sahaja yang memerlukan barang-barang harga murah, sebaliknya setiap rakyat negara ini menentang kenaikan harga barang-barang keperluan.
Mereka yang duduk di kerusi empuk sekarang ini tidak pernah merasakan kenaikan harga barangbarang keperluan ini, lebih-lebih lagi mereka semuanya kaya-raya dan duduk di rumah yang kecil sedikit dari Istana Negara tetapi rakyat yang mereka anggap kurang cerdik sudah boleh berfikir, apakah kerajaan ini perlu disokong lagi atau tidak.
Bak kata orang-orang tua, kalau ada duit, macam-macam boleh beli, tapi kalau tak ada duit macam-macam boleh jadi. Maka, mereka akan berusaha untuk menumbangkan kerajaan yang dilihat sudah tidak berkemampuan membendung kenaikan harga barang-barang.
Apakah alasan yang hendak dicipta kerajaan apabila kenaikan harga barang-barang ini berterusan?
Apakah menteri akan memantau Bazar Ramadan sahaja dan tidak pedulikan kenaikan faedah pinjaman dan macammacam kenaikan terpaksa alat ganti kenderaan dan kelengkapan rumah?
Jadi, kalau ada rakyat yang beritahu kepada BN, cukuplah.
Sudah lama kami memberi sokongan dan peluang untuk BN memerintah, tetapi kebajikan kami tidak pernah dipedulikan, apakah BN akan marah kerana rakyat seperti ini dianggap seperti tidak tahu mengenang budi?
Nanti mereka akan kata, kamilah yang memerdekakan negara. Kamilah yang membina stadium dan kamilah yang membina landasan kereta api. Kalau kami tak bina stadium, di mana pemain bola sepak nak bermain bola sepak dan jika kami tidak bina landasan kereta api, di manakah keretapi nak lalu?
Cuma, mungkin mereka tidak berkata, tanpa landasan keretapi, pemain bola sepak boleh bermain di tapak landasan kereta api dan di tapak stadiumlah nanti kereta api akan menurunkan penumpangnya! Rakyat bukan bodoh. | Mengenali puasa Posted: 19 Aug 2011 03:23 PM PDT Oleh Mujahid Yusof Rawa Sejak aku berumur enam tahun , aku sudah mengetahui bahawa puasa itu bermakna tidak makan dan minum. Apa yang aku ingat selain daripada itu bulan puasa bermakna makan dan minum pada malam hari dan bermain-main di mesjid semasa jamaah lain sedang sembahyang. Kakak dan abangku yang hanya beberapa tahun lebih tua dari ku sering memandang ku dengan pandangan 'geram' apabila aku makan dan minum di hadapan mereka di siang hari berpuasa. Aku tidak faham mengapa mereka memandang aku demikian namun setelah ibuku memahamkan pada ku bahawa tidak elok makan dan minum di hadapan orang yang berpuasa barulah aku faham bahawa kita bukan sahaja kena puasa tetapi orang yang tidak berpuasa mesti menghormati mereka yang berpuasa.
Ada juga ketika, aku melihat beberapa kakakku makan sembunyi-sembunyi di siang hari, dalam umur yang mentah aku tidak memahami mengapa mereka berbuat demikian?
Pernah juga aku bertanya kepada ibuku, ibu hanya senyum dan memberitahu padaku yang kakak-kakak ku 'uzur'. Tanpa memahami makna uzur aku hanya mengangguk tanpa memahami apa yang diangguk. Harus aku akui ibuku adalah guruku yang pertama mengajarku tentang puasa sebelum aku betul-betul dapat berpuasa penuh pada umur tujuh tahun.
Walaupun semasa umurku enam tahun aku tidak 'diwajibkan' oleh ibubapaku berpuasa, tetapi ayahku nampaknya bersungguh menyuruh ku cuba berpuasa, malah dijanjikan kepada ku ganjaran mereka yang berpuasa dengan duit raya yang 'extra'daripada mereka yang tidak berpuasa. Aku teruja dengan galakan monetary ini namun aku tidak pernah berpuasa penuh sepanjang umurku enam tahun.
Walaupun tidak berpuasa di siang hari atau kadang-kadang hanya puasa sekerat, aku wajib bangun sahur bersama seluruh anggota keluarga yang lain. Ayah sangat bertegas dengan sahur, malah kakak yang uzur pun kena bangun kerana terpaksa membantu ibuku di dapur. Walaupun ada seorang pembantu, namun melayan 11 orang anak dan suami tercinta, ibuku sangat memerlukan tangan yang membantu di dapurnya.
Aku dah bersedia
Menjelang umurku 7 tahun pada Ramadhan seterusnya, aku sudah bersiap sedia untuk menempuh puasa penuh. Lagipun sebelum menjelang Ramadhan, ayahku berulangkali mengingatkan ku supaya kali ini dia mahu aku berpuasa penuh dan kadangkali menunjukkan mukanya yang garang dalam menegaskan akibat orang yang tidak berpuasa, lagipun aku dah mula bersemangat kerana sudah mula dicabar oleh abang dan kakakku.
Aku sebenarnya takut dan seronok, takut kerana tidak yakin,dapatkah aku bertahan sehingga waktu berbuka, seronok kerana inilah pertama kali aku akan cuba berpuasa sebulan penuh dan menikmati ganjaran dan status orang yang berpuasa dari ayahku. Apapun perasaan teruja menguasai dua-dua keadaan yang penting aku dah bersedia…
Ibuku sering mengingatkan ku untuk bersahur dan makan kenyang-kenyang kerana khuatir aku kelaparan nanti di siang hari. Walaupun berat kadang-kadang nak telan nasi pada pukul 4.30 pagi, aku memaksa diri untuk cover sianghari berpuasa. Masih aku ingat betapa ibuku akan menyediakan lebih awal favorite hidangan sahur yang wajib, iaitu serunding daging dan serunding udang kering. Dia tahu pagi-pagi sahur lauk berkuah tak berapa mendapat perhatian sebab itu selain serunding, ikan kering, ikan bilis dan telor asin menjadi hidangan utama sahur.
Pagi puasa pertama ku belum menampakkan apa-apa tanda lemah semangat, cuma semasa waktu rehat ada sikit ujian. Kawan-kawan ku yang majoritinya tidak berpuasa tidak langsung memberi galakan kepada ku, mereka malah makan dan minum di hadapan saya dan membuat kenyataan-kenyataan yang melemahkan sesiapa sahaja yang sebaya aku untuk berpuasa: "Apa yang hang nak puasa sangat, kita bukan wajib lagi, esok kita dah besaq kita puasalah" malah ada yang nakal menguji puasa ku dengan berkata: "hang minumlah, jangan makan, bukan mak ayah hang tau, balik satgi hang buatlah muka letih"
Harus aku akui, puasa pertama aku bukanlah sangat tentang lapar tetapi ujian terbesar ialah dahaga! Air paip yang dibuka sudah cukup membuat aku menelan air liur dan terasa nak minum satu baldi penuh air paip. Dalam kelas mataku semakin berat, bangun sahur tadi tiada ruang nak qadha' tidur sebelum ke sekolah, jadi ditambah dengan dahaga adunan itu sudah cukup membantu mata ku untuk layu.
Terkejut dengan nada tinggi suara guru kelas Mr Yeoh menegur aku yang sedang melayan mengantuk, aku tersentak sambil bangun memberi penjelasan secara spontan "Puasa cikgu.." kawan-kawan lain yang tahu aku berpuasa menyampok: "Dia puasa cikgu!" Dalam van sekolah, aku hanya tidur dan sampai di rumah wajah muram ku disambut oleh ibuku dengan soalan cepu mas, "Puasa ka?" aku hanya mengangguk, terlalu letih aku terbaring atas sofa sehingga dikejutkan oleh ayahku untuk solat asar.
Iftar pertama
Aku bersiap sedia untuk berbuka, bubur gandum daging dengan bau bawang goring dan 'lipat som' berintikan daging dengan bawang bercuka benar-benar meningkatkan selera berbuka. Meja makan kami muat untuk 11 beradik, ibu dan ayah penuh dengan hidangan juadah berbuka dari hujung meja ke hujung meja. Walau apapun hidangan yang disediakan, setiap kami diwajibkan untuk memakan buah kurma dahulu sebelum makanan dan minuman yang lain.
Ayah akan memberi isyarat makan setelah memastikan suara azan berkemundang dari arah mesjid di rumah kami dan setelah berdoa untuk berbuka. Dia akan pastikan semua orang bergesa untuk berbuka. Aku sudah mengamati semua 'ritual' ini, jadi aku tidak kekok, cuma bezanya kalau tahun sudah aku tidak berpuasa, kali ini aku benar-benar berbuka puasa, alangkah nikmatnya menyentuh makanan dan minuman setelah satu hari berlapar dan dahaga. Aku belum memahami fiqh berpuasa dan hikmatnya tetapi yang pasti aku menikmati juadah berbuka resepi ibuku di hari pertama ku. | |
PAS CAWANGAN KERATONG 04 ROMPIN PAHANG Posted: 19 Aug 2011 09:16 PM PDT Posted: 19 Aug 2011 07:20 PM PDT BUKAN KU TIDAK MAHU HIDUP SEPERTIMANA ORANG LAIN..... TETAPI KU TIDAK MAMPU NIKMATINYA..... KEHIDUPANKU SEKADAR MENUMPANG BERTEDUH DIBUMI INI... TIBA KETIKA AKU AKAN DIJEMPUT OLEH YANG MAHA ESA.... KEDAIFAN BUKAN KU MINTA... NAMUN KU TIDAK MINTA HARTA BERJUTA.... HANYA HARAPAN PADA YANG ESA.... JENGUKLAH KAMI WAHAI PEMIMPIN.... JANGAN YB TIBA BILA MUSIM PILIHANRAYA SAJA.... | |
PAS Negeri Sembilan Posted: 19 Aug 2011 09:11 PM PDT 1,000 pelajar tuntut baki wang PTPTN Posted: 19 Aug 2011 12:40 AM PDT Berita Harian 19 Ogos 2011 Kolej 'simpan' lebihan pinjaman KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,000 pelajar salah sebuah kolej swasta di Negeri Sembilan meminta supaya pihak pengurusan kolej itu mengembalikan semula baki pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) milik mereka dengan segera. Nasib pelajar itu mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas persatuan menerima lebih 50 aduan daripada ibu bapa berhubung tindakan kolej berkenaan yang dipercayai menyimpan baki pinjaman. Pegawai Kerja PPIM Mohd Mustaffa Hamzah berkata, selepas menerima aduan terbabit pihaknya beberapa kali menghubungi pihak pengurusan kolej berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian tetapi menemui jalan buntu. "Kolej itu hanya dibenarkan mengambil peruntukan pinjaman bagi pembayaran yuran saja, manakala bakinya 25 peratus menjadi hak pelajar bagi kegunaan pembelajaran. "Contohnya, jika jumlah pinjaman RM10,000 sepatutnya RM2,500 diberikan kepada pelajar tetapi perkara itu tidak dilakukan pihak kolej terbabit. Tindakan kolej itu menyusahkan pelajar, " katanya pada sidang akhbar, di sini semalam. Pelajar Tahun Tiga Perisian Kejuruteraan, Amirul Aizat Yahya, 20, mengakui beliau sukar meneruskan pengajian dan bercadang melakukan kerja separuh masa di restoran segera bagi menampung kos pengajiannya. "Saya memerlukan sumber kewangan yang agak banyak untuk menyiapkan projek akhir saya terutama pembelian peralatan selain tidak mahu menyusahkan ibu bapa, " katanya. Bapa kepada salah seorang pelajar, Ismail Mohd Deni, 53, berkata agak hairan dengan tindakan pihak kolej menukar tawaran sumber pinjaman daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada PTPTN pada saat akhir. "Pada masa itu, jika kami tidak ambil pinjaman PTPTN, pihak kolej memberitahu pelajar tidak akan dapat ambil peperiksaan, jadi saya pun ikutlah, sampailah ketika permohonan, pihak kolej suruh kami membuka lagi akaun CIMB di Salak Tinggi saja, jadi saya rasa seperti ada udang di sebalik batu, " katanya. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1_000pelajartuntutbakiwangPTPTN/Article | Adab Sambut Idil Fitri 23 Ogos 2011 Senawang Posted: 19 Aug 2011 12:39 AM PDT CERAMAH AGAMA Tajuk : Santuni Idil Fitri Penceramah : Al Fadhil Ustaz Khusairi Hamthan Tarikh : 23 Ogos 2011 , Selasa Masa : Selepas Tarawih Tempat : Surau Taman Matahari Heights, Senawang Semua dijemput hadir Untuk pertanyaan dan sumbangan sila hubungi Ustaz Nazri Esa 013-3098775 Cek sumbangan atas nama : SURAU TAMAN MATAHARI HEIGHTS No akaun : 221121070325 (Bank Rakyat)
| |
LAMAN RASMI ADUN MAHARANI Posted: 19 Aug 2011 09:08 PM PDT PROGRAM TADARUS DAN IHYA RAMADHAN PAS JOHOR Posted: 19 Aug 2011 10:07 AM PDT Program Tadarus dan Ihya Ramadan
anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Johor TARIKH: 20 Ogos 2011 bersamaan 20 Ramadhan 1432H (Sabtu) TEMPAT: Markaz PAS Parit Pecah, Muar MASA: Bermula jam 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Dato Dr Mahfodz Bin Mohamed Ustaz Nik Abduh Bin Nik Abdul Aziz. Ustaz Nasaruddin al-Tantawi
| MAJLIS BERBUKA PUASA PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG MUAR Posted: 19 Aug 2011 09:50 AM PDT Parti Keadilan Rakyat Cabang Muar mengadakan Majlis Berbuka Puasa sempena Program Sumbangan Ramadahan di DUN Sungai Balang Muar pada hari Khamis 18 Ramadhan 1432H. Majlis berbuka puasa di adakan di Restoran Asam Pedas Pak Ya Parit Jawa Muar. Hampir 200 orang tetamu hadir dengan di serikan dengan kehadiran Dato Chua Jui Ming, Pengerusi PKR Johor, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, kepimpinan PAS Ustaz Abu Bakar Lajat dan Tn Hj Malik Md Diah serta tuan rumah Sdr Yati Sarpan dan Sdr Hizwan Ahmad. Sdr Ahmad Anwar Asyraf juga hadir. Pada sebelah siang Sdr Hizwan Ahmad, selaku Pengerusi Keadilan Parlimen Muar dengan diiringi oleh Sdr Yatin Sarpan, Ketua PKR Cabang Muar telah menziarahi lebih 40 orang penerima sumbangan dalam DUN Sungai Balang Muar. Sumbangan dihantar rumah ke rumah. Majlis Berbuka Puasa PKR Muar di Parit Jawa muar. Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Sdr Hizwan Ahmad (Pengerusi PKR Parlimen Muar) dan YB Dr Mohammad menunggu waktu berbuka.
Ketibaan Dato' Chua Jui Ming (Pengerusi PKR Johor) dan Dato' KC disambut oleh YB Dr Mohammad dan Ustaz Abu Bakar.
Mesra... Tuan Haji Malik Md Diah bersama Dato' Chua dan Dato' KC.
Amanat Dato' Chua Jui Ming.
Hidangan berbuka puasa oleh Chef Pak Yahya yang terkenal dengan Asam Pedas Parit Jawanya.
Berbuka Puasa....YB Dr Mohammad, Sdr Yatin, Dato Chua dan Sdr hizwan. Ustaz Abu Bakar terlindung.
Sebahagian daripada jemputan sedang berbuka puasa.
Program Bubur Lambuk Percuma tajaan PKR Muar diadakan di DUN Sungai Balang baru-baru ini. | SUMBANGAN HARI RAYA DI SURAU AL-EHSAN PARIT AMAL MUAR Posted: 19 Aug 2011 09:04 AM PDT SURAU AL-EHSAN PARIT AMAL JALAN JONED MUAR dengan Pengerusinya Ustaz Hamzah terus berbakti sempena Hari Raya tahun ini. Pada petang Rabu 17 Ramadhan 1432H telah diadakan majlis penyampaian sumbangan beras, barangan dapur dan wang tunai RM150.00 seorang kepada 44 orang penerima OKU, fakir miskin dan ibu tunggal. Mereka yang terpilih tinggal di Kg Parit Amal dan kawasan sekitarnya. Seorang dermawan di kampung ini telah bermurah hati menyumbangkan wang tunai untuksemua penerima. Sumbangan telah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. YB Dr Mohammad bersama Pengerusi Surau Al-Ehsan, Ustaz Hamzah. Sebahagian daripada penerima sumbangan. Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim.
Ikhlas daripada kami...... Moga dapat meringankan tanggungan untuk menyambut hari raya. Gembira dapat bersama menyambut hari Raya dengan lebih sempurna. Selepas selesai penyampaian sumbangan satu majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan diikuti dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Mahgrib, Solat Isyak dan Tarawikh. | ZIARAH RAMADHAN DI CAWANGAN PAS BANDAR 'A' MUAR Posted: 19 Aug 2011 08:47 AM PDT SEPETANG DI CAWANGAN PAS BANDAR 'A' MUAR Rabu, 17 Ramadhan 1432H. PAS Cawangan Bandar 'A' Muar (dalam DUN Maharani) menganjurkan Program Sumbangan Ramadhan kepada mereka yang memerlukan dalam Cawangannya dan sekitar. Selepas zohor YB Dr Mohammad Taslim dengan diiringi oleh Tuan Haji Selamat Othman (Ketua Cawangan) dan AJKnya menziarahi dan memberi sumbangan kepada mereka yang terlalu uzur dan tidak dapat hadir pada Program yang akan diadakan pada malamnnya di Surau Parit Kadhi. Inilah di antara amal ibadat bulan Ramadhan yang dilakukan oleh Cawangan-cawangan PAS dalam DUN Maharani khususnya.Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 10-20 orang penerima disetiap Cawangan / UPU dalam DUN Maharani. Alhamdulillah dengan dana sumbangan ahli-ahli PAS, penyokong dan dermawan setiap cawangan/UPU nampaknya dapat menyampaikan sumbangan kepada lebih ramai penerima daripada yang dijangkakan. Menurut Ketua Cawangan PAS Bandar 'A', Tuan Haji Selamat Othman,di Cawangannya sahaja lebih 40 orang akan menerima bantuan.. Jelas terpancar kegembiraan di wajah seorang Down's Syndrome yang menerima sumbangan wang tunai Simpati dan prihatin.....YB Dr Mohammad bertanya khabar seorang pesakit buah pinggang yang membuat rawatan PERITONEAL DIALYSIS di rumah. Kos rawatan ini mencecah RM4,000.00 sebulan. Mak Cik ini juga pesakit buah pinggang yang membuat rawatan HAEMODIALISIS 3 kali seminggu. Semoga bantuan kami ini meringankan sedikit kesempitan hidup beliau. YB Dr Mohammad bersama Tuan Haji Selamat.
Seorang lagi penerima bantuan juga pesakit buah pinggang yang sedang menerima rawatan Haemodialisis. Beliau redha walaupun penglihatanya terjejas teruk. Seorang lagi penerima , seorang OKU. Inilah di antara aktiviti kami membantu masyarakat sepanjang masa, bukan di bulan ramadhan sahaja sebagai bukti kami PAS MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN. Jika diberi peluang menerajui negara insyaAllah lebih banyak bantuan yang dapat kami salurkan. | |
PAS LENGGONG Posted: 19 Aug 2011 07:13 PM PDT Asalnya Bersih bersama NGO + Pakatan Posted: 19 Aug 2011 02:49 AM PDT Bebas yang dapat satu kerusi, kerajaan 5 dan pakatan rakyat 3, Ambiga tak terpilih Ngo lebuh. Tudia jahatnya najib dan umno bn. Jatuhkan umno bn di pru 13. JK Parlimen: Pakatan tidak diajak berunding Hazayani Zakaria | KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meminta Pakatan Rakyat tidak berprasangka buruk terhadap komitmen kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen. Beliau berkata, kenyataan itu hanyalah untuk menutup kesilapan mereka tidak memanggil Pakatan Rakyat untuk berunding sebelum penubuhan jawatankuasa tersebut diumumkan. "Perkara yang paling penting untuk diingatkan ialah kita (Pakatan Rakyat) langsung tidak dirundingkan dalam penubuhan Jawatankuaasa Khas Terpilih Parlimen ini dan kita rasa bahawa kita mungkin boleh bersetuju dan mungkin tidak bersetuju untuk menyertai jawatankuasa khas ini. "Macammana mereka kata kita bersangka buruk sedangkan kita bersedia untuk bekerjasama dan menyertai jawatankuasa Parlimen ini jika kita dipanggil untuk merundingkan perkara ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Muhyiddin semalam meminta Pakatan Rakyat menggunakan kesempatan berkenaan sebagai medium untuk mengemukakan sebarang isu yang dibangkitkan sebelum ini bagi menambah baik sistem sedia ada. Namun sambil menyifatkan jawatankuasa tersebut sebagai 'penghias jendela' sahaja, Salahuddin juga berkata, jawatankuasa tersebut tidak mungkin mencapai matlamat iaitu melakukan perubahan dalam sistem pilihan raya sekiranya ia dibincangkan satu hala sahaja dan pengerusinya akan terdiri daripada pihak kerajaan sendiri. "Apabila mereka hanya menggunakan pendekatan sehala sahaja tanpa berunding tentang penubuhan ini, apa maknanya pembaharuan pilihan raya yang mereka nak buat sedangkan tidak mungkin jawatankuasa ini akan mencapai matlamat sekiranya pengerusinya sudah pasti seorang menteri dan mereka majoriti dalam jawatankuasa ini. "Ini hanya penghias jendela sahaja dan ini membuktikan kerajaan tidak serius menangani isu yang kita tuntut dan jawatankuasa ini sekadar melepaskan batuk di tangga dan untuk mengalih pandangan daripada isu sebenar," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian. Bincang sertai atau tidak Sehubungan itu beliau berkata, Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan samaada akan menerima atau menolak jawatankuasa tersebut. "Pakatan akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan bersetuju atau tidak untuk menyertai jawatankuasa ini. "Tapi kalau beginilah caranya kita kecewa dengan kerajaan," katanya. Kabinet semalam memutuskan Jawatankuasa Pemilih Parlimen akan dianggotai sembilan ahli Parlimen. Mereka terdiri daripada lima wakil BN, tiga Pakatan Rakyat dan seorang ahli Parlimen Bebas. Usul bagi penubuhan jawatankuasa khas berkenaan akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen Oktober ini. | | Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti Posted: 19 Aug 2011 02:47 AM PDT Siapa nak nafi? Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti! amenoworld | WOW.. Universiti sekarang memang berbeza dari universiti dulu ye? Adakah perkara di bawah neh ialah subjek terbaru kolej / universiti kita ? 1. Teoh beng hock <-- Belajar cara terjun bangunan ka? 2. Kugen dan aminurasyid <-- belajar cara mengelak dari kena bunuh dengan polis ka? 3. Altantuya <-- belajar cara mengelak bom ka? 4. Kes liwat dsai <-- belajar cara menfitnah dengan budak pondan ka? 5. Seks dsai <-- belajar cara buat video seks ka? 5. Interlok <-- belajar kutuk bangsa orang lain ka? 6. ISA <-- belajar ugut orang ka? 7. Bersih <-- belajar cara mengharamkan demokrasi ka? Lihat gambar di bawah neh ; Kisah nya begini. Pada hari ahad yang lepas berlaku satu ceramah tentang keselamatan dalam negara oleh superitendant polis kedah. Sesi ceramah yang konon nya berkaitan pasal soal keselamatan dalam negara menjadikan 7 subjek di atas daripada sub topic yang dibincangkan kepada budak2 muda yang berusia 19 hingga ke 20 an. Dalam sesi "perbincangan" tue jelas wujud unsur2 brainswashing minda budak2 neh agar menyebelahi pihak polis + kerajaan + pihak penguatkuasa kerajaan. Pihak yang memberikan ceramah [andai boleh di anggap sebagai "ceramah" disini] ialah terdiri daripada dua individu iaitu ; Superintendendent mohd yusri bin mohd yunus yang juga pegawai turus ancaman sosial pdrm cawangan khas kedah. <-- Siap tayang video sumpah laknat sekali tue.. woitt apa kena mengena isu kes mahkamah anwar ibrahim dengan budak2 yang baru masuk kolej neh hah? Ybhg dato' wira othman abdul yang naib presiden mubarak malaysia. <-- dia kutuk2 pas dan bersih dalam sesi orentasi tue. Wooorr kutuk2 pas yer? Perang raih sokongan dalam universiti ka? Adil ka buat macam neh? Pakatan pun nak buat juga laa.. boleh lah yerk? Baru lah adil kan..? Untuk rekod korang sesi ceramah pasal isu keselamatan negara neh dibuat untuk budak2 dari kolej perubatan yang aku takmo dedahkan dari mana. Budak2 yang baru masuk kolej. Lebih kurang macam sesi orentasi lah. Itu sebab dorang kena jejak ceramah neh. Benda neh dibuat di dalam salah satu universiti tempatan. Bayangkan yerk, neh yang kita tahu. Yang kita taktahu mungkin ada banyak lagi. Mereka masuk ke kolej demi kolej, universiti demi universiti untuk brainwash minda budak2 neh agar membenci pakatan rakyat. Tapi dalam masa yang sama dorang gak pongpang2 agar jangan babitkan dan dedahkan bebudak neh denga politik. Dah tue apa pula yang dorang neh buat? Kalau bukan politik nak panggil apa pula? Kalau rasa dah hebat dan betul sangat, kita deal aje depan2. Kutuk aje depan2. Aku teringin sangat nak tengok apa benda yang dorang bebelkan dalam sesi orentasi neh. Kalau ada di antara korang yang pernah pergi ke sesi cuci minda macam neh dan ada rakaman, minta diberikan kepada aku. Nak gak aku tahu apa yang dorang cuak sangat sampai beria2 masuk universiti sekarang neh untuk cari undi dan sokongan orang muda agar memihak mereka. Ameno : Ini terdesak gila neh.. siyes. Betul2 terdesak giler. | | Daftar pemilih yang dipersoal Posted: 19 Aug 2011 02:43 AM PDT Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian Harakahdaily | KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ekoran Sinar Harian berjaya menjejaki En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad dan mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing, Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan lima lagi nama "jarang didengar". Tindakan akhbar itu juga telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita. Sambil mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bahasa Melayu itu, Exco dewan itu Suhaizan Kaiat mahu akhbar itu menjejaki lima lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan. Lima nama yang dimaksudkan adalah seperti berikut: 1. Jumaayah Bin Alus No MyKad (pertama): 511122105834 No MyKad (kedua): 511122105754 Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11. 2. Sainam Binti Tukisan No MyKad (pertama): 500307105490 No MyKad (kedua): 500307105474 Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja. 3. Katimah Binti Kadni No MyKad (pertama): 500808015282 No MyKad (kedua): 500808015290 Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12 4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi (Pengundi Pos) No Tentera (pertama): T373594 No Tentera (kedua): T375594 Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja. 5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir (Pengundi Pos) No Tentera (pertama): RF107781 No Tentera (kedua): RF107881 Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6. "Oleh itu saya mohon kepada Pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakkan terhadap data tersebut," kata Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat. Mengulas kenyataan salah seorang Besah yang dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa beliau kesal dengan fitnah PAS yang menuduhnya mengundi dua kali, Suhaizan berkata tidak timbul soal tuduh-menuduh itu. Ia kerana pihak mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star. "Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS. "Kajian tahap satu telah pemuda PAS lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah PemudaPAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya merujuk kepada nama-nama seperti telah dinyatakan di atas. Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing. | | |
Pemuda PAS Wangsa Maju Posted: 19 Aug 2011 03:27 PM PDT GEMPAR! MAT SABU, AZIZAH ADA 2 IC Posted: 19 Aug 2011 08:11 AM PDT "akhinya PR kantoi jugak bila selama ini dok menuduh yg UMporNO ada konspirasi pengundi hantu tetapi rupe-rupenya pimpinan tertinggi PR jugak masing-masing ada 2 IC".... itulah antara kata-kate mereka yg bodo dengan bukti kononnya IC pimpinan PR ada 2.... tapi bile disemak dalam data SPR.... yg satu lagi tue tiada dalam record.... bute-bute kantoi.... punye le tak pro puak-puak nie.... | Wawancara di TV3: Hakim mesti bertindak, kata Karpal Posted: 19 Aug 2011 02:08 AM PDT
Nigel Aw Ogos 18, 11 6:22pm Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini. "Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikiritu yang patut oleh hakim," kata Karpal. Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu. Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan. Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair. Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. | PEMUDA PAS : DAKWAAN BEKAS TENTERA IKHLAS TANPA PAKSAAN Posted: 19 Aug 2011 12:33 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk mendedahkan mengenai kepincangan undi pos yang dinafikan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam. Sebaliknya Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat, Mohd Adram Musa berkata, keempat-empat bekas anggota tentera yang mendedahkan perkara itu tidak pernah dipaksa. "Saya merasa terkejut dengan kenyataan Penglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos. "Kesemua bekas anggota tentera ini hanya menerangkan pengalaman berhubung dengan undi pos, tapi Tan Sri Zulkifeli juga telah menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Tegas beliau, mustahil bagi pihaknya untuk mempergunakan bekas anggota tentera demi kepentingan politik. Tambah Mohd Adram, tindakan Zulkifeli mengeluarkan kenyataan sedemikian menghina keempat-empat bekas anggota tentera itu. "Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan mereka untuk membuat pendedahan. Mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela. "Mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut," katanya. Kelmarin empat bekas anggota tentera membuat pengakuan bahawa mereka pernah mengundi bagi pihak anggota lain atas arahan pegawai atasan. Pada satu sidang media di ibu pejabat PAS, kesemua mereka mengaku telah diarah mengundi bagi pihak anggota lain dan juga isteri anggota tentera. Menurut Mohd Adram, pihaknya yakin lebih ramai bekas anggota tentera akan tampil membuat pendedahan berhubung manipulasi undi pos. "Sepatutnya selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tertera terbabit. "Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat," katanya. | Jangan Jadikan mereka pengundi BN . Posted: 18 Aug 2011 08:00 PM PDT 19 Ramadhan 1432H.
Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.
Menurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.
"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan.
"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di Kuala Lumpur, malam semalam.
Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkan program 6P itu.
"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidak mencecah 2 juta orang," katanya.
Hishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah juga didahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.
"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya kerana jumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.
"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.
Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.
"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing di negara kita.
"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahil untuk menjadi lebih besar," katanya.
Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.
Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota Umno Bahagian Semberong.
- Bernama | APA CER? MENTERI BN KETUAI PANEL KHAS Posted: 18 Aug 2011 07:51 PM PDT Nazri Aziz menegaskan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri bukannya wakil Pakatan Rakyat sambil berkata, keputusan sebelum ini "tidak bermakna tidak."
Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyoal pembangkang agar memberikan "satu alasan yang baik" mengapa wakil Pakatan Rakyat seharusnya menyandang jawatan itu.
Katanya, hanya kedudukan seorang menteri persekutuan akan membolehkan akses mudah kepada kemudahan-kemudahan kerajaan.
"Seperti jawatankuasa-jawatankuasa sebelum ini, seorang menteri lazimnya mempengerusikannya agar ia (jawatankuasa pilihan khas) boleh menikmati kesemua kemudahan kerajaan... memanggil mesyuarat. Tambahan, menteri dihormati oleh kesemua ahli Parlimen," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Nazri menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen bersetuju bahawa amalan itu adalah berlandaskan konvensyen dan bukannya aturan Parlimen.
"Tetapi ini adalah realiti di negara ini," katanya.
Tambah beliau, "persoalan saya ialah mengapa mereka mahu jadi pengerusi? Apa istimewa sangat jawatankuasa ini?"
"Kita seringkali mengadakan jawatankuasa dan setiap jawatankuasa adalah istimewa, jadi mengapa yang ini istimewa sangat?" katanya lagi.
Pemimpin dari Umno ini mengulangi bahawa jawatankuasa ini akan terdiri daripada sembilan ahli iaitu lima dari Barisan Nasional (BN) termasuk seorang pengerusi, masing-masing satu mewakili PAS, DAP dan PKR manakala seorang dari barisan Bebas.
"Dalam jawatankuasa sebelum ini, biasanya tujuh anggota.... empat dari BN dan tiga daripada setiap parti Pakatan Rakyat.
"Itu sebelum kita ada anggota Bebas di Dewan. Sekarang untuk memperakui (kehadiran) wakil rakyat Bebas, kita menambah bilangannya kepada sembilan," kata beliau lagi.
Ketika ditanya adakah pendirian itu bermakna permintaan Pakatan Rakyat untuk menjadi pengerusi jawatankuasa pilihan khas ini sudah ditolak, Nazri mengulangi, "berikan saya satu sebab" mengapa kedudukan sebaliknya perlu diamalkan.
Apabila ditanya lagi bagi mendapatkan jawapan, menteri itu menambah, "baik, menyedari (pendirian) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz, tidak bermakna tidak. Jadi, tidak bermakna tidak."
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 19 Aug 2011 03:19 PM PDT TAK SANGKA PANGLIMA PENCACAI UMNO ! Posted: 19 Aug 2011 06:11 AM PDT Panglima Tentera Darat Pun Nak Jadi Macam Pengerusi SPR PANGLIMA Angkatan Tentera Jeneral Zulkefli Mohd Zain hari ini tampil menafikan pendedahan dibuat oleh bekas tentera yang mengaku memangkah undi untuk anggota lain sehingga lenguh tangan. Zulkefli menafikan tidak pernah berlaku pemanipulasian undi di dalam tentera. Pendedahan bekas anggota tentera itu katanya boleh menyebabkan imej tentera tercemar. Ada nada dan mimik muka marah serta kesal ketika Zulkefli membuat penafian itu. Bagaimana pun beliau menjelaskan pihak tentera tidak bercadang untuk mengambil tindakan kepada pesara tentera yang membuat pendedahan itu. Beliau hanya menyifatkan tindakan bekas tentera itu sebagai orang diperalatkan. Kenapa pula tidak mahu ambil tindakan. Kalau pendedahan itu palsu dan boleh menjatuhkan imej tentera, mereka yang membuat pendedahan itu perlu diambil tindakan. Atau pun Zulkefli terpaksa membuat penafian itu kerana mengikut peraturan dan prosuder tugasan. Mustahil sebagai pegawai tertinggi tentera Zulkefli tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kem dan mis. Semalam empat orang bekas tentera membuat pendedahan berani dan mengejutkan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja laut. Mereka ialah Majer (B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamad Nasir dan Kamarulzaman Ibrahim. Mereka membuat pendedahan atas kerelaan diri mereka sendiri. Mungkin kerana dihatui rasa bersalah dan telah jeluak dengan pemanipulasian undi menyebabkan mereka tampil ke khalayak tanpa merasai hormat kepada pasukan lagi. Jadi tidak timbul kalau mereka berempat itu diperalat atau menjadi alat. Mendedahkan keburukan dan mengakui kesilapan adalah termasuk dalam kesetiaan kepada raja dan negara juga. Apa guna mengakui kerja-kerja kita demi raja dan negara tetapi ianya dibuat dengan cara buruk dan busuk kohong. Negara tidak mengharap apa-apa untuknya dilakukan secara jelek dan cemar. Zulkefli juga merasa pelik kenapa bekas tentera itu membuat pengakuan itu pada saat jawatankuasa khas pilihan Parlimen hendak ditubuhkan. Memahami maksud kata-kata ini seperti Zulkefli mahu empat orang bekas tentera itu mengadu kepada jawatankuasa berkenaan. Zulekfli tidak perlu mengelak dan beliau kena ambil tanggungjawab. Bila bekas anggotanya membuat pendedahan patut beliau yang melaporkan kepada jawatankuasa berkenaan. Beliau tidak perlu melindungi apa-apa fakta dan bukti yang ada. Bercakap benarlah sesuai dengan sumpah dan ikrar jawatan yang dibuat semasa mengangkat sumpah memegang tugas dulu. Integriti pasukan tentera yang begitu disanjung sebelum ini tidak usahlah dicomotkan. Sedikit anih juga bila mana Zulkefli yang tampil membuat pendedahan. Isu yang didedahkan oleh bekas tentera itu isu politik. Sepatutnya Zahid Hamidi sebagai menteri membuat kenyataan menafikan. Tetapi kenapa Zulkefli yang ambil tanggungjawab. Apakah Zahid sudah tahu akan bahana di sebalik penafian itu. Bahawa akhirnya beluau akan diperli dan diejek oleh orang ramai seperti mana Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf membuat penafian kononnya tidak ada kekotoran dalam pilihan raya? Atau beliau tidak ada dalam negera. Apa jadi dengan Aziz hari ini. Pendedahan demi pendedahan dibuat telah menjadikan beliau tidak boleh 'bengah' muka, malu. Sudah tidak ada ruang untuk disorot rupanya. Kecuali Wan Ahmad Wan Omar saja yang muka tebal setebal banyal tidak tahu malu dan masih terus menegak benang basah. Sebagai pegawai tentera sepatutnya Zulkefli tidak membuat penafian itu. Beliau kena serahkan kepada Zahid atau pun sesiapa yang lain. Bila seorang Panglima sendiri membuat penafian ini bermakna tentera Malaysia kini sudah 'bocor' dan integrtiinya boleh dipertikaikan. Penafian itu bukan menjelaskan tentera tidak bersubahat, sebaliknya makin bersubahat. Kalau Zulkefli tidak menafikan dia boleh masih menjaga kredibilitinya. Orang tidak akan marah pun kalau beliau tidak membuat penafian kerana pendedahan yang dibuat oleh empat orang bekas tentera itu sudah lama diperkatakan. Budak-budak kampung yang tidak tingginya tidak sampai 5 kaki 3 inci pun tahu akan hal itu. Adalah naif sangat kalau Zulekfli tidak mengetahuinya. Sepatutnya beliau mengetahui tujuan empat bekas tentera itu membuat pendedahan. Ia bukan untuk memburukan maruah tentera tetapi untuk memberi bukti selanjutnya kepada Aziz dan Wan Ahmad bahawa sistem pilihan raya negara ini sangat buruk dan huduh. Biarlah SPR bertindak ke atas pendedahan itu. Begitu juga dengan jawatankuasa khas pilihan Parlimen yang hendak ditubuhkan itu apa yang didedahkan itu ambillah sebagai bahan mesyuarat. Kesimpulannya kalau tidak berlaku pemanipulasian undi di dalam kem, dan tidak ada niat untuk parti pemerintah memiliki seluruh undi tentera dan isterinya, nah buka saja pusat pengundi di dalam kem itu untuk tomton umum. Jangan dicari alasan kononnya soal keselamatan dan sebagainya. Apakah tentera tidak boleh pergi mengundi di luar? Keadaan hari ini suasana mengundi di kem begitu sulit, sampaikan wakil calon pun tidak dibenarkan masuk meninjau. Cara Zulekfli dan SPR melindungi akan kononnya tidak berlaku pemanipulasian undi samalah dengan orang edan yang cuba menutup tubuhnya dengan sutera. Berapa panjang sutera tetapi kerana otak sudah tidak waras maka kemaluannya tetap terjolor ke lura juga. Horrrreeeeee...ikh tabik undur! [wm.kl.10:00 p | JALAN BARU DI TAR PEMANGKIN KEGIATAN EKONOMI BUKIT SENTOSA 2 Posted: 19 Aug 2011 06:11 AM PDT Jalan 2 hala ini akan memberi kemudahan kepada pengguna jalanraya dari Rasa dan istimewa penduduk Taman Widuri dan Taman Kesumba. Kelihatan Surau Widuri yang telah lama diluluskan untuk solat Jumaat akan bertambah ramai jemaah bila kemudahan jalan raya 2 hala siap digunakan. Pertumbuhan ekonomi bukan sahaja bertumpu kepada Bukit Sentosa 2 (Anggerik 1,2,3,4 dan 5) malah melibatkan Bukit Sentosa 4, Taman Bukit Sentosa 3 (Telipot, Bakawali dan Kemboja)dan Bukit Beruntung 3 (Kesumba dan Widuri). Cuma lebih hebat dan cepat pembangunan penduduk dan ekonomi jika ada perkhidmatan Bas dari Rasa melalui Bukit Beruntung 3, Bukit Sentosa 2, 3 , 4 dan 5. Jalan sudah di tar bagi hala kedua dari simpang masuk ke Pondok Assalam Imam Halim melalui Taman Kesumba dan Widuri ke Taman Kemboja lot kedai. Jalan telah ditar dengan baik di antara Lot Kedai Seroja dan Taman Perumahan Seroja bertentangan Taman Anggerik 3. | MALUNYA UMNO PI PI ... PIIIRAHH Posted: 19 Aug 2011 06:08 AM PDT GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih. Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa. "Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu. "Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online. Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri. Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru. Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda. "Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya. Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh. "Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya. Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu. Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu. - The Malaysian Insider | |
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah Posted: 19 Aug 2011 01:07 PM PDT Яндекс.Fresh-Up/Позиции сайта dppnkedah.blogspot.com Posted: 19 Aug 2011 02:33 AM PDT Добрый день. Меня зовут Александр Сибиряков, я решил обратиться, т.к. отметил что Ваша компания использует сайт dppnkedah.blogspot.com для привлечения потенциальных заказчиков. Моя работа - анализировать результаты выдачи поисковых систем и находить компании, которым может быть недостаточно входящих звонков от клиентов из Интернета. Мы с коллегами проявили инициативу и подготовили для dppnkedah.blogspot.com конкретное предложение по целевому привлечению клиентов Fresh-Up. Данный метод, на практике, позволяет существенно увеличить эффективность сайта как инструмента продаж. Я буду крайне признателен, если Вы прокомментируете наши выкладки (во вложении) или передадите человеку, ответственному за продажи. С уважением, Александр Сибиряков Специалист отдела продуктивных решений Компания Fruitful Solutions Тел./Факс: +7 (495) 661-6100 Моб.: +7 (495) 661-6100 Web: www.future-adv.ru | |
Batu Gajah Mari Posted: 19 Aug 2011 11:08 AM PDT Kenapa BN perlu bohong??????? Posted: 19 Aug 2011 06:10 AM PDT Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat Kerajaan Negeri rampasan kuasa Barisan Nasional (BN) gagal memberikan penjelasan manasabah terhadap isu projek pelaburan gas di Manjung yang dianugerahkan kepada Syarikat Atigas Technology yang tidak jelas kedudukannya setelah didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pantai Remis, Nga Kor Ming di Sidang DUN Perak baru-baru ini. Sepertimana kebiasaan BN, teks alasan 'kepentingan rakyat' telah sekali lagi dijadikan lesen mereka bagi menutup sebarang kelemahan dan pembohongan dengan tujuan mengaut keuntungan dan kepentingan pihak tertentu.
Beberapa persolan yang tidak dijawab secara jujur oleh Datuk Hamidah Osman di dalam Sidang DUN Perak baru-baru ini, jelas menunjukkan keraguan terhadap projek yang bernilai RM5.8 bilion tersebut. Ini kerana melalui carian syarikat tersebut menunjukkan ianya tidak aktif dalam pengkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tiada rekod urusan perniagaan dan keuntungan syarikat dan hanya mempunyai modal awal sebanyak kurang daripada RM100. Namun setelah didedahkan isu syarikat tersebut, tiba-tiba syarikat tersebut dilaporkan mempunyai modal berbayar sebanyak RM5 Juta.
Keputusan Kerajaan BN ini amat mendukacitakan rakyat dan membuktikan bahawa BN masih tidak berubah dalam memperjudikan nasib dan wang rakyat demi kepentingan mereka. Adalah tidak masuk akal projek bernilai RM5.8 bilion itu diserahkan kepada syarikat yang bukan hanya tiada pengalaman di dalam mengendalikan urusniaga mega bahkan amat diragui akan latar belakangnya kerana tiada maklumat yang jelas mengenai syarikat tersebut. Malah terdapat juga keraguan berikutan kelulusan tanah seluas 60 hektar kepada syarikat tersebut kerana ternyata hanya selepas kelulusan itu syarikat tersebut terus dilaporkan mempunyai modal berbayar yang amat tinggi.
Persoalan yang timbul kini, kenapa projek besar tersebut tidak dibuat secara tender terbuka bagi menunjukkan ketelusan Kerajaan Negeri Perak di bawah BN. Siapakah dibelakang tadbir Syarikat Atigas Technology yang dipertahankan oleh Datuk Hamidah? Banyak persoalan yang tidak terjawab di dalam pemberian projek besar ini yang tentunya akan membawa kepada keraguan dan pertikaian rakyat terhadap ketelusan projek ini dan kewibawaan BN di dalam membuat keputusan tepat demi kepentingan rakyat Perak. Malah isu ini secara umumnya menggugat kredibiliti setiap pemberian dan kelulusan projek besar yang dibimbangi mempunyai agenda tersembunyi BN.
Oleh yang demikian, kami mencabar BN agar bersikap adil dan telus di dalam menguruskan 'wang rakyat' dan bukannya untuk kepentingan kroni-kroni tertentu sahaja. BN perlu jujur di dalam menjalankan tanggungjawab serta amanah rakyat!
AHMAD NURI AL-AMIN Ketua Penerangan, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak. | |
PAS KAWASAN KENINGAU Posted: 19 Aug 2011 11:03 AM PDT Bubur Lambur Rakyat Mendapar Sambutan Posted: 18 Aug 2011 07:23 PM PDT Ramadhan Bulan Tarbiyyah. Bulan yang mendidik penganutnya agar menjadi lebih pemurah, bertambah kesabaran dengan kerenah nafsu, menjadi lebih cenderung kepada menghayati ajaran Islam yang syumul(lengkap). Dalam agenda tarbiyyah sepanjang bulan Ramadhan Karim, PAS Kawasan Keningau menganjurkan gotong-royong membuat bubur lambuk dan mengedarkannya secara percuma kepada rakyat sekitar Keningau. Tanggal 13 Ramadhan 1432H, ahli-ahli PAS Keningau berkumpul bagi melakukan gotong-royong membuat bubur lambuk. Ternyata momokan-momokan tidak berasas daripada golongan yang tidak suka kepada perjuangan PAS bahawa rakyat hari ini menolak perjuangan suci yang didokong oleh PAS meleset sama sekali. Hal ini dapat dilihat apabila program pengagihan bubur lambuk dijalankan, masyarakat yang hadir beramai-ramai mendapatkannya daripada anggota sukarela yang bertugas pada masa tersebut. Bubur lambuk Rakyat PAS diedarkan di Bazar Ramadhan Damai dekat Taman Luagan, Keningau. Sbanyak hampir 400 bungkus bubur lambuk berjaya disampaikan kepada masyarakat pada hari tersebut. Apa yang lebih menarik yang dirasakan perlu untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini ialah semasa petugas-petugas mengedarkan risalah Ramadhan dan bubur lambuk, terkeluar dari mulut-mulut masyarakat Keningau suatu ungkapan yang sangat memberangkang kami untuk meneruskan usaha dakwah di bumi Keningau ini. Cakap-cakap "Wah, PAS makin agresif sekarang nie ya....", "harap PR(Pakatan Rakyat menang kali ya..." dan yang lebih menarik "mana saya mau dapat borang PAS nie ya...?" terkeluar dari mulut-mulut masyarakat yang sempat kami santuni dalam program pengedaran rislah dan bubur lambuk barbaru ini. PAS BUKAN HANYA UNTUK ORANG MALAYA PAS adalah untuk semua. Ini kerana PAS memperjuangan keadilan untuk semua tanpa mengira batasan wilayah negeri, perbezaan bangsa dan warna kulit. Isam yang menjadi tonggak perjuangan PAS tidak meletakkan dasar perkauman dalam agenda perjuangannya. Walaupun PAS dilihat agat terpencil di hati masyarakat tempatan terutama di daerah Keningau, ini adalah kerana PAS mungkin kurang menonjolkan dirinya dan bergerak secara dalaman. namun, ini bukanlah alasan membenarkan dakwaan bahawa PAS adalah hak milik warga Malaya(Semenanjung Malaysia). PAS amat mengalu-alukan kehadiran warga tempat bagi menyemarakkan lagi semangat dakwah di bumi Keningau. Bahkan, PAS mengharapkan akan lahir dari masyarakat tempatan yang akan memimpin PAS dalam memperjuangkan keadilan sejagat di bumi Keningau. Sekiranya kita melihat, fenomena yang berlaku di Semenanjung Malaysia, PAS hari ini mendapat sokongan dan dokongan daripada masyarakat bukan Islam. Nahkan ada di antara mereka yang lebih cenderung untuk memperjuangkan dasar-dasar PAS berbanding dasar-dasar yang diperjuangkan parti-parti se-bangsa dengan mereka. Inilah perjuangan Islam yang cuba ditonjolkan dalam PAS yang tidak mengira batas sempadan daerah dan batas perbezaan bangsa. Semua bangsa mahupun, melayu, tionghua, india, dusun, murut, bajau dan banyak lagi berhak dan layak untuk bersama-sama dengan perjuangan Islam ini. ISLAM MENJANGKAU SEMPADANDalam sejarah Islam, ketika mana apabila Rib'ie bin 'Amir datang menemui panglima Tentera Parsi, yang dipanggil oleh Rustam. Apabila ditanya kenapa tentera Islam datang ingin memerangi Parsi sedangkan tentera Islam tidak sehebat mana tentera Parsi yang ada pada tersebut. lalu Rib'ie bin 'Amir menjawa dengan satu jawapan yang padat dengan dakwah dan roh perjuangan: الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله وحدة من جور الأديان إلى عدل الإسلام ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والأخرة Allah yang menghantar kami, untuk kami mengeluarkan sesiapa yang Allah kehendaki daripada mengabdikan diri sesama hamba kepada mengabdikan diri hanya untuk Allah Dari kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam Daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat
Inilah matlamat perjuangan Islam yang didokong sejak perjuangan para Nabi sehinggalah ke hari akhirat.
PROGRAM AKAN DATANG
Dalam siri-siri program yang disusun oleh PAS Keningau sepanjang bulan Ramadhan ini, alhamdulillah setakat ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Gotong-royong bubur lambuk dijangkakan akan diadakan untuk siri kedua selepas ini dan insya Allah akan diedarkan di sekitar bandar Keningau. Antara program lain ialah penyampaian sumbangan sekampit beras, sekilo gula dan sepaket minyak kepada golongan yang memerlukan di sekitar Bandar keningau. Barang-barang sumbangan diterima daripada masyakat islam yang perihatin dengan kemaslahatan umat Islam yang lain. Sehingga kini, sumbangan terkumpul mencecah 200 kampit beras untuk diedarkan kepada masyarakat yang miskin. PAS Keningau inigin mengucapkan jazakumullah khairan kathira di atas sumbangan yang dihulurkan bagi menjayakan program yang mulia ini. Akhir kalam, PAS Keningau ingin mengucapkan selamat berpuasa dan ayuhlah kita tingkatkan amalan bagi mendapat keistimewaan malam laitul qadar. Wallahu a'lam.
| |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 19 Aug 2011 09:39 AM PDT Apa warna baju raya anda? Posted: 19 Aug 2011 08:55 AM PDT Pakai baju kuning raya tahun ini Harakahdaily
RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini.
Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning sebagai juadah raya tahun ini.
(Iklan jual baju Melayu kuning untuk raya tahun ini...klik atas gambar untuk maklumat lanjut)
"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas solat Terawih.
Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.
Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang Dipertuan Agung.
Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini.
Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya. | |
KHIDMAT MERU Posted: 19 Aug 2011 09:27 AM PDT JOM SHOPPING UNTUK WARGA EMAS Posted: 18 Aug 2011 09:43 PM PDT | SUMBANGAN RAMADHAN UNTUK MASJID DAN SURAU Posted: 18 Aug 2011 04:00 PM PDT | ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL DIRAIKAN Posted: 18 Aug 2011 03:54 PM PDT Kawasan Rukun Tetangga Taman Dato Bandar melalui kepimpinan Tuan Hj Saihu Hj Ros telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bagi meraikan lebih 30 orang anak yatim di bawah kariah Masjid Nurul Jannah dan 10 ibu tunggal ditaman tersebut. Setiap seorang menerima antara Rm70 - Rm100 mengikut bancian ahli jawatankuasa surau dan masjid. Turut diraikan para petugas dan sukarelawan surau dengan menerima sedikit saguhati daripada pihak surau dan KRT. Diharapkan dengan sumbangan tersebut dapat meringankan bebanan kewangan yang dilalui golongan asnaf tersebut.
YB Dr Rani turut hadir memberi tazkirah dan seterusnya berbuka puasa dan mengimami solat maghrib bersama semua jamaah yang hadir.
| |
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai Posted: 19 Aug 2011 09:23 AM PDT |
PAS KAWASAN KANGAR Posted: 19 Aug 2011 09:08 AM PDT Kerajaan Palestin : Pembinaan ribuan petempatan di Al-Quds langgar undang-undang antarabangsa. Posted: 18 Aug 2011 05:57 PM PDT Khamis, 18/08/2011 - Kerajaan Palestin di Gaza menganggap Zionis yang memebina ribuan petempatan di Bandar Al-Quds sebagai melanggar dan bertentagnan sama sekali dengan semua undang-undang antarabangsa.
Menteri Keadilan dalam Kerajaan Palestin memberitahu pada hari Ahad (14 Ogos) bahawa Kerajaan Zionis melalui Menteri Dalamnya, Elie Yeshai, sedang merancangkan peminaam 4300 petempatan haram di atas tanah rakyat Palestin di bawah pemerintahan Zionis, sebagai rentetan polisi untuk mengyahudikan Al-Aqsa dan menyesarkan penduduk asalnya, yang sebernarnya turut melanggar Konvensyen Geneva ke-4 pada tahun 1949 terutamanya pada perkara ke-47.
Mneteri tersebut menambah : "Menurut undang-undang, Bandar Al-Quds yang tanahnya dibawah jajahan Zionis dipanggil sebagai "Israel"". Perkara tersebut menurut perjanjian Konvensyen Hague yang ke-4 tahun 1907 kerana berlakunya perubahan demografi dalam taburan penduduk di tanah terjajah itu.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/ penterjemah : Azleen | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 19 Aug 2011 09:04 AM PDT Adab Sambut Idil Fitri 23 Ogos 2011 Senawang Posted: 19 Aug 2011 12:39 AM PDT CERAMAH AGAMA Tajuk : Santuni Idil Fitri Penceramah : Al Fadhil Ustaz Khusairi Hamthan Tarikh : 23 Ogos 2011 , Selasa Masa : Selepas Tarawih Tempat : Surau Taman Matahari Heights, Senawang Semua dijemput hadir Untuk pertanyaan dan sumbangan sila hubungi Ustaz Nazri Esa 013-3098775 Cek sumbangan atas nama : SURAU TAMAN MATAHARI HEIGHTS No akaun : 221121070325 (Bank Rakyat)
| SEMARAK RAMADHAN & IFTAR PERDANA PAS KAWASAN KUALA PILAH Posted: 18 Aug 2011 11:54 PM PDT MENJEMPUT ANDA SEMUA KE SEMARAK RAMADHAN DAN IFTAR PERDANA PAS KAWASAN KUALA PILAH TARIKH : 21 0G0S 2011 ( 21 RAMADHAN 1432 HIJRAH ) MASA : 9 PAGI HINGGA 11.30 MALAM TETAMU KEHORMAT : YB HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSUF (KETUA DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT MERANGKAP AHLI PARLIMEN RANTAU PANJANG,KELANTAN DARUL NAIM) TENTATIF PROGRAM : 9.00 - 10.00 PAGI : TADARUS AL QURAN DI PEJABAT PAS KAWASAN KUALA PILAH,(JPJ LAMA MELANG) 10.30 - 11.30 PAGI : LAWATAN KE HOSPITAL KUALA PILAH,MELANG 3.00 - 5.00 PETANG :LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM 5.00 - 6.00 PETANG : EDAR RISALAH DI BAZAAR RAMADHAN 6.30 - 11.30 MALAM : IFTARPERDANA,SOLAT TERAWIH DAN TAZKIRAH | JADUAL TERKINI IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H Posted: 18 Aug 2011 07:32 PM PDT JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H Semua ahli dan penyokong dijemput hadir : Kawasan : Seremban Tarikh : 19 Ogos 2011 , Jumaat Tempat : Kg Macang, Lenggeng Wakil Perhubungan : Tuan Hj Anuar Kawasan : Kuala Pilah Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad Tempat : Dataran Kg. Dioh Tetamu khas : YB Siti Zailah Md Yusof , Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Wakil Perhubungan : Abd. Rahman Kawasan : Rembau Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat Tempat : Teratak Amal Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek Kawasan : Jempol Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat Tempat : Muassasah Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop Kawasan : Jelebu Tarikh : 27 Ogos 2011 , Sabtu Tempat : Rumah Tn. Hj. Jaaman Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 19 Aug 2011 07:03 AM PDT |
Dr Siti Mariah Mahmud Posted: 19 Aug 2011 03:19 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan