Jumaat, 19 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 19 Aug 2011 01:25 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Haji Anuar Tahir:Bukan Facebook saya..!!!

Posted: 18 Aug 2011 02:52 AM PDT


KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menegaskan beliau tidak ada kaitan sama-sekali dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir

Malah katanya, beliau tidak tahu-menahupun tentang kewujudan laman Facebook tersebut sehingga diberitahu oleh seorang kakitangan di Pejabat Perhubungan PAS Perlis baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam Facebook terbabit yang turut dijadikan medan untuk menghambur kata-kata kesat kepada pimpinan PAS Perlis.

"Facebook terbabit dibuat tanpa restu tuan empunya badan dan juga bukan dengan restu PAS Perlis. Perkara ini amat dikesali kerana mereka turut menggunakan gambar saya.


"Kita menjangkakan Facebook tersebut diwujudkan oleh orang-orang terdesak yang anti-PAS dan digunakan sebagai kempen gerak saraf untuk cuba memecah-belahkan perpaduan khsusunya di dalam PAS Perlis sendiri," jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Padang Besar.

Menjelang pemilihan PAS pada Jun lalu, sebuah Facebook "Anuar Tahir Sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis" telah diwujudkan yang mana Mohd Anuar sendiri turut menafikan pembabitan beliau dalam Facebook terbabit.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Abd Rahman dalam posting beliau di Facebook telah meminta agar rakan-rakan Facebook yang prihatin supaya "Unfriend" dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir

PAS TAMBUN

Posted: 19 Aug 2011 01:09 AM PDT

PAS TAMBUN


PENDUDUK MANJOI SUDAH MULA BERSUARA TENTANG ISU PASARAYA MAIDIN DI TENGAH-TENGAH PERKAMPUNGAN MELAYU

Posted: 18 Aug 2011 11:29 AM PDT

komen rakyat di Peraktoday.com tentang pembanggunan pasaraya maidin di kg manjoi..






Ini satu perkara yg menarik yg ingin aku usulkan:

Menyedari dan meyakini bahawa Pasaraya Maidin yg bakal dibina di Gugusan Manjoi ada kebaikan dan keburukannya kepada penduduk setempat, maka dengan ini di usulkan kepada kerajaan negeri Perak agar :

1. Mengkaji semula Cadangan Pembinaan Pasaraya Maidin dari segala aspek terutamanya dari segi kepentingan rakyat setempat akan segala kebaikan dan keburukan yang bakal diterima memandangkan bahawa sudah terdapatnya Pasaraya Billion yang terletak tidak jauh dari kawasan Gugusan Manjoi. Mengambil kira juga bahawa barangan yang dijual di Pasaraya Maidin ini tidaklah dalam kategori yang berkualiti atau boleh dikategorikan sebagai pelepas kehendak/keperluan di kala sesak sahaja.

2. Menyedari dan meyakini bahawa betapa pentingnya agar rakyat senantiasa berada di dalam keadaan sihat, faktor kesihatannya yang terjaga dan juga agar rakyat dapat bekerja dengan lebih baik, maka diusulkan agar sebuah Pusat/Klinik Kesihatan dapat dibangunkan bagi menampung keperluan rakyat setempat (Gugusan Manjoi) yang kini hanya bertumpu di klinik Kesihatan Kecil Manjoi yang dikira sudah tidak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah untuk mendapatkan rawatan.

3. Menyedari dan meyakini bahawa betapa pentingnya keselamatan, keamanan dan kesejahteraan penduduk sekitar Gugusan Manjoi agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan rasa selamat, tenteram dan tanpa rasa kebimbangan yang melampau, adalah diusulkan dibina sebuah Balai Polis dengan segala kelengkapan yang perlu bagi menggantikan balai polis yang sedia ada yang asyik berpindah randah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain (berpindah tempat buat kali ke 4).

4. Keperluan-keperluan lain yang difikirkan lebih penting dari terbinanya Pasaraya Maidin di Gugusan Manjoi ini hendaklah diambil kira secara serius seperti keperluan kepada :
i. sebuah Pejabat Pos Mini yang dapat menampung keperluan masyarakat setempat.
ii. sebuah Balai Bomba Mini

Segala macam bentuk pembangunan seperti yang diusulkan diatas adalah dicadangkan tempat pembangunannya di bina di atas tapak cadangan Pasaraya Maidin. Dengan ini saya mengusulkan dan mohon usul dibahas.

KP : Kita bukan berbincang tentang menentang pembanggunan dan mengenepikan menaikkan taraf kehidupan dan pendapatan orang manjoi, tetapi kita berbincang tentang fasiliti dan keperluan yang teramat-amat perlu untuk penduduk di sini.

SELAMAT HARI RAYA DARI PAS TAMBUN

Posted: 18 Aug 2011 10:32 AM PDT



BADAR AL-QUBRA DPPK TAMBUN

Posted: 18 Aug 2011 10:23 AM PDT


PRGORAM 6P Imigresen Kantoi- Ada baiah disebalik program pemutihan

Posted: 18 Aug 2011 10:07 AM PDT



SDR. ROSLI AKTIVIS PARTI YANG CEKAL

Posted: 18 Aug 2011 08:06 AM PDT

Bloggers PasTambun.blogspot sempat merakamkan foto terkini aktivis Pas Kawasan Tambun iaitu Saudara Rosli. Foto ini dirakam pada 18 Ramadhan / Khamis di Pusat Tarbiyah Sementara Pas Kawasan Tambun iaitu di Taman Meru sebelum solat Isya'.

Teruja melihat kehadiran beliau dengan berkerusi roda, saya meminta izin merakamkan foto terkininya untuk tatapan sahabat-sahabat jamaah yang tentu merindui kelibatnya dalam pelbagai aktiviti parti. Tidak kira panas mahupun hujan, Saudara Rosli sentiasa cemerlang di dalam melaksanakan tugasan parti.

Beliau kelihatan semakin sihat dan tetap bersemangat seperti dahulu. Apabila diajukan soalan berkaitan perkembangan dirinya, sambil tersenyum beliau menyatakan harapannya untuk terus berbakti kepada parti. "Berkerusi roda bukan penghalang" ujarnya. Beliau turut menyeru ahli dan penyokong Pas untuk terus istiqomah membantu parti untuk memenangkan Islam dan mengembalikan hak rakyat kepada pemerintahan yang adil.

Sebagai catatan buat sahabat pembaca, Saudara Rosli terlibat di dalam kemalangan apabila terjatuh dari atap rumahnya yang mengakibatkan tulang belakangnya patah. Buat masa ini beliau masih menjalani rawatan fisioterapi.

Insya'Allah kita bakal mendengar kata-kata semangat beliau menerusi majlis-majlis ceramah anjuran Pas Kawasan Tambun. NANTIKAN KEMUNCULANNYA !!

SEKITAR PENYEDIAAN BUBUR LAMBUK ZON MERU

Posted: 18 Aug 2011 07:06 AM PDT

Gotong royong bentuk ukhuwah Islamiyah









Ada class!










Dah siap. Sedia untuk diedarkan petang nanti.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Aug 2011 01:08 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Panas : Kutuk Anwar Ibrahim ialah subjek terbaru di universiti!

Posted: 19 Aug 2011 01:00 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Universiti sekarang memang berbeza dari universiti dulu ye? Adakah perkara di bawah neh ialah subjek terbaru kolej / universiti kita ?

1. Teoh beng hock <-- Belajar cara terjun bangunan ka?

2. Kugen dan aminurasyid <-- belajar cara mengelak dari kena bunuh dengan polis ka?

3. Altantuya <-- belajar cara mengelak bom ka?

4. Kes liwat dsai <-- belajar cara menfitnah dengan budak pondan ka?

5. Seks dsai <-- belajar cara buat video seks ka?

5. Interlok <-- belajar kutuk bangsa orang lain ka?

6. ISA <-- belajar ugut orang ka?

7. Bersih <-- belajar cara mengharamkan demokrasi ka?
Lihat gambar di bawah neh ;

Kisah nya begini. Pada hari ahad yang lepas berlaku satu ceramah tentang keselamatan dalam negara oleh superitendant polis kedah. Sesi ceramah yang konon nya berkaitan pasal soal keselamatan dalam negara menjadikan 7 subjek di atas daripada sub topic yang dibincangkan kepada budak2 muda yang berusia 19 hingga ke 20 an.

Dalam sesi "perbincangan" tue jelas wujud unsur2 brainswashing minda budak2 neh agar menyebelahi pihak polis + kerajaan + pihak penguatkuasa kerajaan. Pihak yang memberikan ceramah [andai boleh di anggap sebagai "ceramah" disini] ialah terdiri daripada dua individu iaitu ;

Superintendendent mohd yusri bin mohd yunus yang juga pegawai turus ancaman sosial pdrm cawangan khas kedah. <-- Siap tayang video sumpah laknat sekali tue.. woitt apa kena mengena isu kes mahkamah anwar ibrahim dengan budak2 yang baru masuk kolej neh hah?

Ybhg dato' wira othman abdul yang naib presiden mubarak malaysia. <-- dia kutuk2 pas dan bersih dalam sesi orentasi tue. Wooorr kutuk2 pas yer? Perang raih sokongan dalam universiti ka? Adil ka buat macam neh? Pakatan pun nak buat juga laa.. boleh lah yerk? Baru lah adil kan..?

Untuk rekod korang sesi ceramah pasal isu keselamatan negara neh dibuat untuk budak2 dari kolej perubatan yang aku takmo dedahkan dari mana. Budak2 yang baru masuk kolej. Lebih kurang macam sesi orentasi lah. Itu sebab dorang kena jejak ceramah neh. Benda neh dibuat di dalam salah satu universiti tempatan.

Bayangkan yerk, neh yang kita tahu. Yang kita taktahu mungkin ada banyak lagi. Mereka masuk ke kolej demi kolej, universiti demi universiti untuk brainwash minda budak2 neh agar membenci pakatan rakyat. Tapi dalam masa yang sama dorang gak pongpang2 agar jangan babitkan dan dedahkan bebudak neh denga politik. Dah tue apa pula yang dorang neh buat? Kalau bukan politik nak panggil apa pula?

Kalau rasa dah hebat dan betul sangat, kita deal aje depan2. Kutuk aje depan2. Aku teringin sangat nak tengok apa benda yang dorang bebelkan dalam sesi orentasi neh. Kalau ada di antara korang yang pernah pergi ke sesi cuci minda macam neh dan ada rakaman, minta diberikan kepada aku. Nak gak aku tahu apa yang dorang cuak sangat sampai beria2 masuk universiti sekarang neh untuk cari undi dan sokongan orang muda agar memihak mereka.

amenoworld

Harga Di Pasar Ramadan: Jika Ya Pun, Biarlah Berpatutan

Posted: 19 Aug 2011 12:00 AM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pasar Ramadan yang kini mula rancak menjual pelbagai jenis hidangan dan lauk pauk untuk masyarakat Muslim berbuka puasa sekali lagi menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai.

Apa yang uniknya tentang kehadiran Pasar Ramadan ini ialah, ia telah menjadi satu identiti negara kita Malaysia. Ini kerana ia bukan sahaja dikunjungi oleh masyarakat Islam semata-mata tetapi juga turut dikongsi bersama oleh para penganut agama lain.

Dalam ertikata yang lain, kewujudan Pasar Ramadan ini telah diterima dan mendapat tempat di hati seluruh warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apatah lagi ia hanya muncul sebulan dalam setahun.

Yang lebih unik dan menariknya ialah, hidangan yang ditawarkan di Pasar-pasar Ramadan ini tidak dijual pada waktu dan musim-musim yang lain. Ini menjadi Pasar Ramadan satu tarikan luar biasa yang tidak terdapat pada mana-mana Pasar Malam, Pasar Tani, Pasar Minggu atau apa jua pasar yang terdapat di negara kita.

Tetapi ada sesuatu yang pada pandangan saya tidak begitu mengembirakan apabila saya dapati kebanyakan gerai di Pasar Ramadan meletakkan harga yang sangat tinggi ke atas kuih muih dan juadah-juadah lain.

Di Pasar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur misalnya, sebiji karipaf dijual dengan harga 50 sen dan begitu juga dengan secucuk sate yang sangat kecil isi dagingnya juga dijual pada harga 50 sen.

Lain-lain kuih muih juga dijual pada harga yang sangat mahal seolah-olah para peniaga ingin mengambil kesempatan ke atas orang ramai pula di sepanjang bulan Ramadan ini. Malah bubur lambuk dijual pada harga RM4.50 semangkuk.

Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada penjual popia terkenal di Seksyen 14 Petaling Jaya yang masih mengekalkan harga popianya pada paras RM1 sebiji di sebalik populariti yang dikecapinya sejak sekian lama.

Bagi Mohd Kasim Ismail, hati pelanggan yang lebih diutamakannya berbanding populariti popianya itu. Jika Mohd Kasim ikutkan hati, dia boleh sahaja meletakkan harga popianya RM1.50 sebiji kerana dia tahu orang akan tetap datang mencari dan membeli popianya kerana sedapnya bukan kepalang tetapi bukan itu yang menjadi keutamaannya.

Yang menjadi keutamaannya ialah para pelanggan dan kesetiaan mereka ke atas popia yang dihasilkannya.

Dan saya cuma boleh berharap para peniaga lain juga bersikap demikian.

HASNUL HASSAN

DAMANSARA, PETALING JAYA

Tiga militan India ditahan ISA

Posted: 18 Aug 2011 11:35 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki warga India di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kerana disyaki terlibat dalam menyalurkan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang terlibat aktiviti keganasan di India.

Ketiga-tiga yang ditahan itu ialah pengusaha restoran, Amarjit Singh Jasvir Singh, 28, seorang guru muzik, Daljit Singh Ajaib Khalsa, 37, dan kontraktor binaan, Kawal Singh Soundh, 39. Mereka ditahan pada pukul 8 pagi 4 Ogos lalu.

Tiga warga asing itu ditahan berasingan di kawasan Sentul dan Ampang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tiga warga asing disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Babbar Khalsa International (BKI) yang berpangkalan di India.

"Siasatan mendapati tiga lelaki itu terlibat memberi bantuan logistik kepada operasi kumpulan BKI.

"Tiga warga asing itu bagaimanapun telah diusir ke negara asal mereka pada Selasa lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu, satu sumber keselamatan memberitahu Kosmo!, dua daripada tiga lelaki yang ditahan itu dikehendaki polis Punjab kerana bersubahat dengan kumpulan BKI.

kosmo/-

Keluarga anak yatim Kampung Chicha dapat rumah baru

Posted: 18 Aug 2011 11:30 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUBANG KERIAN, 19 Ogos: Setelah dua minggu bertungkus-lumus mencari dana, sekeluarga anak-anak yatim Kampung Chicha akhirnya boleh bersenyum apabila ahli parlimen mereka, Salahuddin Ayub berjaya mendapatkan dana yang cukup untuk membina semula rumah mereka yang musnah dalam satu kebakaran.

"Pada hari ini Khamis 18 Ramadhan / Ogos 2011 sebanyak RM20 ribu lagi sumbangan telah dapat disampaikan kepada anak-anak yatim ini.

(Salahudin bersama anak-anak yatim di tapak rumah baru mereka yang sedang dalam pembinaan. Salahudin berjaya mengumpulkan RM50,000 sehingga kini untuk anak-anak yatim ini)

"Kerja-kerja awal untuk membina semula rumah anak-anak yatim ini telah pun bermula dengan diseliakan oleh pihak Pas Kawasan Kubang Kerian," kata Salahuddin dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini.

Semenjak nasib malang anak-anak yatim Kampung Chicha dilaporkan di portal Harakahdaily dua minggu yang lepas, ramai pihak yang bersimpati telah memberikan derma untuk membantu melegakan kesusahan yang dialami oleh lima beradik yatim ini.

Setakad ini, Salahuddin telah menyerahkan RM40 ribu yang berjaya dikumpulkan kepada anak-anak yatim ini untuk mendirikan semula rumah mereka yang hangus akibat kebakaran.

"Setakad ini saya telah menyerahkan sebanyak RM40 ribu, sebagai menunaikan amanah dan tanggungjawab semua penderma yang sangat perihatin kepada nasib anak-anak yaim ini.

"Saya akan terus berusaha untuk menyempurnakan tanggungjawab ini insyaAllah. Saya telah menyampaikan juga salam semua penderma-penderma kepada anak-anak yatim ini dan mereka mendoakan agar penderma-penderma semua menerima ganjaran sewajarnya disisi Allah SWT," kata Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS.

harakahdaily/-

6 ditangkap dalam ceramah PKR malam tadi

Posted: 18 Aug 2011 10:00 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TAPAH, 19 Ogos: Seramai enam orang ditangkap malam tadi pada majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Tapah yang turut disertai ahli parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar.

Seramai 30 orang polis bersedia di tempat ceramah termasuk 10 orang Light Strike Force untuk mengawasi majlis itu.

Dua orang yang ditangkap dan digari di tempat ceramah ialah Naib Pengerusi dan Timbalan Setiausaha PKR Perak, Chang Lih Kang yang juga Adun Teja dan Tan Kar Hing.

Selepas itu, pembesar suara dan meja dirampas oleh polis.

S. Nagenteran a/l Sandrasigran daripada PSM dan 3 orang lagi, ahli DHPP, Appalasamy a/l Jetakiah, Patrick Vincent dan Chua Yee Ling ditangkap di luar IPD Tapah semasa memberi sokongan kepada Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing.

Mereka dilepaskan pada kira-kira jam 12 tengah malam.

harakahdaily/-

Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Posted: 18 Aug 2011 09:37 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hadith:

DIRIWAYATKAN dari Anas r.a : "Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : "Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)".

Riwayat al-Bukhari

Huraian Hadith:

Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika.

Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat.

Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya.

Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan.

Solat seperti ini boleh membawa kepada batal.

Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Najib seru ikut Al Quran, rakyat terus dikelirukan.

Posted: 18 Aug 2011 09:25 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya ingin menyatakan rasa tidak bangga dengan Perdana Menteri Malaysia yang telah menunjukkan bahawa beliau peka dan tahu bahawa Al-Quran diturunkan supaya ia dapat ditadabbur khususnya kepada rakyat Malaysia.

Saya ingin melahirkan rasa sedih dan kesal dengan nasihat yang dikatakan oleh Najib kerana Perdana Menteri sendiri seolah-olah hanya pandai beri nasihat, hakikatnya Al-Quran dan Islam amat jauh dari amalan dalam kehidupan seharian beliau dan keluarga beliau.
.
Kita sebagai umat islam perlulah sedar hakikat bahawa Islam bukanlah agama yang cuma ditulis di atas kerta, ia wajib diterjemahkan dalam segala konteks hidup dalam erti kata menghayatinya secara menyeluruh.

Rosmah Mansur dan anak perempuan beliau sendiri yang merupakan ahli keluarga yang paling terdekat tidak memakai pakaian yang menutup aurat, ini jelas menggambarkan kepada kita bahawa perintah Al-Quran itu tidak diamalkan.

Soal amalan pemerintahan pula amat jauh dari konsep keadilan yang diajar di dalam Al-Quran.

Pemimpin perlulah mengelak dari hanya pandai memberi nasihat, rakyat semacam diperbodohkan sedangkan pemimpin tidak melaksanakan kewajipan melaksanakan Al-Quran.

Allah tidak menerima amalan makhluknya yang hanya pandai bercakap tetapi enggan laksana tuntutan dan perintah Allah .

Nampanya pemimpin umno terus berselindung dengan ucapan yang bunyinya Islam namun jauh sekali untuk diamalkan.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 19 Ogos 2011

Isteri ditembak mati semasa berjalan

Posted: 18 Aug 2011 09:16 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BOONTON, Amerika Syarikat (AS) – Polis mengesyaki sepasang suami isteri beragama Islam yang berketurunan Pakistan ditembak semasa sedang menolak kereta sorong anak lelaki mereka yang berusia tiga tahun di sini merupakan sasaran serangan terancang.

Serangan itu berlaku ketika umat Islam menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Dalam kejadian tersebut pada Selasa lalu, si isteri, Nasish Noorani, 27, terbunuh manakala suaminya, Kashif Pervaiz, 26, cedera ditembak sebanyak empat kali.

Kashif menjalani pembedahan di sebuah hospital kelmarin.

POTRET perkahwinan Nasish Noorani dan suaminya, Kashif Pervaiz.

Namun anak mereka tidak ditembak Kashif merupakan pelajar doktor falsafah (Ph-D) di Universiti Harvard dalam bidang kejuruteraan dan seni bina.

"Kes ini masih dalam siasatan dan pendedahan maklumat pada peringkat ini akan menjejaskan siasatan," kata pendakwa raya Daerah Morris, Robert Bianchi dalam satu kenyataan.

"Berpandukan maklumat yang telah kami peroleh, sasaran tembakan ini telah dirancang dan kejadian ini bukan kes tembakan rambang yang membahayakan nyawa orang ramai," tambahnya.

Pasangan suami isteri itu berada di rumah saudara perempuan Nooraini di sini untuk berbuka.

Mereka ditembak ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai berbuka puasa.

Laman berita NJ.com melaporkan bahawa lima das tembakan dilepaskan sekitar pukul 11.30 malam waktu tempatan. Noorani ditembak dekat dengan jantungnya manakala suaminya pula ditembak di pergelangan kaki dan bahu.

Polis masih memburu tiga suspek yang terbabit dalam serangan kejam itu. – Agensi

Pakai baju kuning raya tahun ini

Posted: 18 Aug 2011 09:00 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Bahron mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning sebagai juadah raya tahun ini.

(Iklan jual baju Melayu kuning untuk raya tahun ini...klik atas gambar untuk maklumat lanjut)

"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas solat Terawih.

Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.

Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang Dipertuan Agung.

Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini.

Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.

Nilai kita

Dalam tazkirah itu juga, Badrul berkata, umat Islam perlu menilai diri mereka sendiri selain menyalahkan pihak lain dalam isu kristianisasi.

Katanya, institusi masjid dan surau perlu mengkaji, kenapa mereka tidak memberikan khdimat untuk umat Islam yang memerlukan bantuan sehingga pihak gereja pula yang menjadi tempat mereka mendapatkan bantuan.

(Badrul Amin menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Rawang)

"Selain itu, di mana institusi zakat kita," kata beliau yang juga anggota Majlis Pimpinan Tetinggi PKR.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mempertikaikan, siapakah yang mula mengajar bagi benda untuk mendapatkan sokongan ini.

"Umnolah yang ajar..awak tolong saya, saya tolong kamu, ini ajaran Umno," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya sebelum ini.

Mereka mengulas isu serbuan Jais ke atas gereja Methodist Damansara Utama yang mendapati mereka meraikan umat Islam dengan memberikan bantuan kepada mereka.

harakahdaily/-

Najib gula-gulakan warga Felda untuk tutup isu sebenar

Posted: 18 Aug 2011 08:30 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya ingin mengeluarkan kenyataan berhubung laporan berhubung pengumuman Perdana Menteri untuk mengagihkan sejumlah wang sebagai duit raya kepada para peneroka felda sebagaimana yang dilaporkan media baru-baru ini.

Laporan tersebut menyebut bahawa sebenarnya Peneroka berhak memperoleh sehingga RM458,000 bagi kerugian selama 15 tahun akibat penipuan Kadar Gred Perahan Asas (OER) kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal.

Didalam laporan ini juga mengulas bahawa Kes ini sudah dibawa ke mahkamah oleh 766 peneroka Felda di Serting (tuntutan RM2 juta) & 964 peneroka di Jengka (tuntutan RM458,000). Ini bermakna jumlah wang yang berhak diperoleh melebihi 'gula-gula' daripada Najib.

Sepatutnya warga felda wajar mendapat kilang mini pemproses gula-gula, bukannya gula-gula dari Perdana Menteri sempena musin perayaan yang bekal tiba tidak lama lagi.

Jumlah RM200 sehingga RM400 yang diperuntukkan langsung tidak masuk akal memandangkan kerugian selama 15 tahun yang telah dialami oleh seluruh warga felda disebabkan oleh kelemahan urus tadbir Umno-Bn sendiri.

Setidak-tidaknya mereka (UMNO BN) perlu bertanggung jawab bukannya berbohong dan persenda hak warga Felda.

UMNO BN tidak ikhlas terhadap para peneroka Felda, kerajaan sedaya boleh mahu menutup isu yang sebenarnya, kekayaan felda tidak sampai kepada warga Felda kerana ada pihak yang telah mengambil kesempatan terhadap "cash money" yang ada dalam badan berkanun ini.

Justeru saya berpendapat bahawa perubahan perlu berlaku untuk kestabilan jangka masa panjang berhubung isu felda yang tidak pernah selesai

Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan pelbagai sumber dan hasil bumi , malah Malaysia adalah diantara antara Negara yang boleh membangun dengan memberdayakan aspek pertanian, khazanah ini telah diabaikan . BN ternyata gagal untuk mengurusnya secara baik dan amanah.

Kesannya Malaysia bergantung harap kepada sumber pertanian dari Negara jiran dan kita tidak mampu mengawal kenaikan harga makanan.

Umno-BN telah diberikan peluang begitu lama, selama 53 tahun sepatutnya Malaysia telah maju dalam aspek ini bagi memacu kemajuan Felda dan seluruh warganya.

PRU 13 adalah medannya dimana seluruh warga Felda perlu tolak BN dan beri undi kepada Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan ke arah kemajuan mutlak, bukannya terus menerima gula-gula dan untung yang tidak seberapa dari Najib Razak.

DRS KHALIL IDHAM LIM
PARIT BUNTAR, 19 OGOS 2011

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong

Posted: 18 Aug 2011 08:00 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

malaysiakini/-

2 polis Mesir maut serangan udara Israel di Rafah

Posted: 18 Aug 2011 07:46 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -



KAHERAH: Dua anggota polis Mesir terbunuh selepas pesawat tentera udara Israel melepaskan tembakan berdekatan sempadan, lapor agensi berita 
MENA hari ini. 
Kejadian berlaku berdekatan sempadan Rafah yang menyeberangi Gaza. Agensi berita itu memetik pegawai tentera sebagai berkata, serangan itu ada kaitan dengan serangan militan yang menyebabkan tujuh warga Israel terbunuh, awal semalam.

"Pesawat Israel menjalankan tinjauan di sempadan sehingga memasuki Rafah dan menembak ke arah mereka. 

"Ketika itu terdapat beberapa anggota keselamatan dan mereka ditembak oleh pesawat terbabit," kata pegawai itu kepada MENA. - AFP 

Doktor pelatih rentung

Posted: 18 Aug 2011 07:30 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PUTRAJAYA: "Ada eksiden dekat masjid (di Perlis)...hati-hati ketika memandu," itu antara mesej terakhir mangsa kemalangan, Muhammad Danial Zulkifli, 24, yang dipaparkan dalam akaun Facebook miliknya minggu lalu.

Muhammad Danial yang mengemaskini status akaun facebook miliknya menasihati rakan dalam senarai akaunnya supaya berhati-hati ketika menggunakan jalan raya memandangkan banyak berlaku kemalangan terutama pada musim perayaan. Pelajar tahun akhir jurusan perubatan Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) itu bagaimana pun meninggal dunia kira-kira jam 7.50 malam kelmarin apabila terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 7.2 Jalan Alor Setar-Kangar.

Ibunya, Rosnah Othman, 54, berkata kali terakhir dia berjumpa anak kedua daripada tiga beradik itu adalah ketika mangsa pulang ke rumahnya di Presint 9, Putrajaya kira-kira dua minggu lalu untuk menyambut kedatangan Ramadan. "Pada waktu itu, dia pulang ke rumah dihantar seorang rakannya. Saya juga sempat meminta bantuannya memandu kereta untuk membawa saya menyelesaikan urusan.

"Dia seorang anak yang baik, pendiam dan mendengar kata orang tua. Tidak banyak perubahan dalam diri Allahyarham sepanjang dia pulang ke rumah," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi jenayah anaknya yang dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Rosnah berkata, kali terakhir dia menghubungi anaknya dua hari sebelum kejadian kemalangan itu berlaku. "Saya tanya pada dia sudah makan atau tidak. Dia jawab mahu keluar sebentar bersama rakannya membeli makanan. "Saya hubungi dia kira-kira jam 8.30 malam iaitu sebelum keluar ke surau menunaikan solat Tarawih, tetapi pada hari kemalangan berlaku, Muhammad Danial keluar seorang diri tanpa membawa rakannya," katanya. Katanya, dia sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan menganggapnya sebagai suratan takdir.

Sementara itu, bapa mangsa yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkifli Rahmat, 54, berkata beliau mendapat tahu mengenai kematian Muhammad Danial selepas dimaklumkan polis kelmarin.

Zulkifli berkata difahamkan kejadian berlaku ketika Muhammad Danial dalam perjalanan pulang dari Alor Setar menghala ke Kangar, apabila kereta Myvi dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan lain. "Kawan dia beritahu Muhammad Danial nak cari makan buka puasa di Alor Setar dan tak mahu buka puasa di rumah.

"Dalam perjalanan, Allahyarham ubah fikiran dan mahu berpatah balik ke Kangar sebelum dilanggar sebuah kereta lain dari arah belakang ketika mahu membuat pusingan U," katanya, sambil memaklumkan anaknya itu bakal menamatkan pengajiannya pada akhir tahun ini.

Zulkifli berkata, sebelum meninggalkan pusara Allahyarham, dia sempat berpesan supaya Muhammad Danial tinggal di alam sana dengan tenang dan mereka sekeluarga sentiasa mendoakan rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman.

metro/-

Satu maut, 5 cedera serangan udara Israel di Gaza

Posted: 18 Aug 2011 07:30 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -



BANDARAYA GAZA: Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan bom ke atas Gaza sepanjang malam tadi dengan seorang remaja dilaporkan terkorban manakala lima lagi cedera, kata sumber pasukan perubatan Palestin. 

Sementara itu, jurucakap tentera Israel tidak mahu mengesah atau menafikan berlakunya serangan udara itu.
Serangan bom berlaku selepas beberapa siri serangan biasa dilancarkan tentera Israel berdekatan kawasan peranginan di selatan Eilat yang mengorbankan lapan nyawa sebelum ini.
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata serangan itu berpunca dari kumpulan dalaman di Gaza tetapi Hamas menafikan sebarang pembabitannya. - AFP 

Dua beradik ditahan bersama senjata api, peluru hidup

Posted: 18 Aug 2011 07:25 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KANGAR: Polis menahan dua beradik dan merampas sejumlah besar senjata api dan ribuan peluru hidup serta pelbagai senjata berbahaya lain dalam beberapa serbuan di sekitar Taman Perlis, di sini, petang semalam.

berita harian/-

AS kenakan sekatan baru terhadap Syria

Posted: 18 Aug 2011 07:15 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -



WASHINGTON 19 Ogos - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengenakan sekatan baru terhadap kerajaan Syria melibatkan pembekuan semua aset di negara ini selain pembekuan produk petroleum dari Syria.

AS juga menyenarai hitam kumpulan baru syarikat Syria termasuk General Petroleum Corporation yang mengawal industri minyak dan gas.

Dalam pada itu, AS dan negara-negara Kesatuan Eropah (EU) turut menggesa Presiden Syria, Bashar al-Assad meletakkan jawatannya kerana menganggap kerajaan Syria tidak lagi diiktiraf oleh rakyatnya. - Reuters

Umar Patek bakal hadapi hukuman mati

Posted: 18 Aug 2011 07:01 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -



JAKARTA 19 Ogos - Polis Indonesia akan mendakwa suspek pengebom serangan Bali 2002, Umar Patek di bawah undang-undang antikeganasan dan pembunuhan terancang, kedua-dua hukuman yang boleh membawa kepada hukuman mati jika didapati bersalah.

Jurucakap polis, Anton Bachrul Alam berkata, suspek berusia 41 tahun yang ditangkap di Pakistan awal tahun ini, telah melanggar undang-undang antikeganasan 2003 kerana menyeludup senjata dan menyembunyikan maklumat mengenai kem latihan pengganas.

Dia juga akan didakwa dengan tuduhan pembunuhan terancang di bawah akta jenayah kerana terlibat dalam pembunuhan 202 orang ketika serangan bom di Bali pada 2002. - AFP

Hisham: Lebih 2 juta pendatang sudah mendaftar

Posted: 18 Aug 2011 07:00 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seramai 2,040,709 orang pekerja sah dan pendatang asing tanpa izin (PATI) sudah mendaftar untuk Program 6P setakat 8 pagi semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pekerja sah adalah seramai 936,732 orang manakala PATI berjumlah 1,103,977 orang.

Menurutnya angka itu di luar jangkaan kerajaan terutamanya ketika tempoh pendaftaran berikutan jumlah yang tinggi dalam masa singkat.

"Ini satu jumlah luar dugaan kita dalam konteks pendaftaran, kerana selepas ini ada lagi proses pemutihan, pengampunan, pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilaksanakan.

"Oleh itu, dalam masa beberapa hari ini, saya merayu sangat kepada mereka yang belum mendaftar supaya tampil untuk mendaftarkan diri dengan segera," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Kementerian Dalam Negeri di Kuala Lumpur, malam semalam.

Beliau juga menafikan mereka akan dihantar pulang ke negara masing-masing selepas mendaftarkan diri dan menyifatkannya sebagai dakwaan bagi menggagalkan program 6P itu.

"Ada yang menuduh bahawa peralatan biometrik itu bermasalah...ia hanyalah tuduhan semata-mata kerana jika ada masalah besar, sudah pasti pendaftaran tidak mencecah 2 juta orang," katanya.

Hishammuddin berkata jumlah PATI terbesar ialah dari Indonesia iaitu seramai 551,268 orang diikuti Bangladesh seramai 241,538 orang manakala pekerja sah juga didahului oleh Indonesia dengan 361,431 orang dan Bangladesh 116,960 orang.

"Ini bermakna kerjasama yang kita wujudkan dengan kerajaan Bangladesh dan Kedutaan Indonesia merupakan satu perancangan awal yang sudah pun berjaya kerana jumlah yang ramai mendaftar dari kedua-dua negara ini.

"Saya mengucapkan terima kasih sangat kepada kedua-dua wakil negara-negara ini dan kerjasama ini akan kita teruskan," katanya.

Hishammuddin berkata proses itu perlu dilakukan kerana kerajaan sendiri tidak mengetahui jumlah sebenar pendatang asing yang berada di negara ini.

"Sebenarnya, daripada awal lagi kita membuat keputusan berani untuk meneruskan program ini kerana kita tidak tahu berapa ramai pekerja asing di negara kita.

"Jumlah 2 juta ini adalah mereka yang berdaftar secara sukarela dan belum lagi memasuki proses pemutihan dan penguatkuasaan dan jumlah ini tidak mustahil untuk menjadi lebih besar," katanya.

Pada majlis malam itu, Hishammuddin turut menyampaikan sumbangan berbentuk hamper dan wang tunai kepada anak-anak yatim dari sekitar Lembah Kelang.

Beliau turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 bersama-sama anggota Umno Bahagian Semberong.

- Bernama

Penculik bapa pemain Chelsea minta wang tebusan

Posted: 18 Aug 2011 06:48 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -



LONDON 19 Ogos - Penculik bapa pemain tengah Chelsea John Obi Mikel telah meminta sejumlah wang tebusan daripada keluarga mangsa, kata wakil Mikel dalam satu kenyataan semalam.

Sport Entertainment and Media Group (SEM) berkata, penculik telah menghubungi keluarga Mikel dan minta sejumlah wang tebusan untuk dia dibebaskan dengan selamat.

SEM bagaimanapun menafikan laporan penculik di Nigeria itu telah meminta wang tebusan berjumlah 80,000 pound (RM384,000). - AFP

Kes Sosilawati: Utusan diperintah tunjuk sebab

Posted: 18 Aug 2011 06:31 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang wartawan dan editor Utusan Malaysia supaya memberi penjelasan berhubung satu artikel yang didakwa 'menyerang' peribadi Manjeet Singh Dhillon, peguam dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam itu yang mewakili tertuduh pertama bekas peguam, N Pathmanabhan.

Terdahulu, sebelum meneruskan prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) Manjeet (kanan) membangkitkan mengenai penerbitan artikel bertajuk "Manjeet selalu burukkan kerajaan" di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Ogos 2011 yang didakwa subjudis terhadap perbicaraan kes itu yang masih berjalan.

Sambil menunjukkan salinan fotokopi artikel itu, beliau berkata selain Utusan Malaysia, artikel itu turut disiarkan oleh Berita TV3.

Manjeet berkata akhbar itu tidak mempunyai asas untuk mengeluarkan komen yang tidak benar di mana ia mendakwa terdapat campur tangan politik dalam perbicaraan itu dan mendakwa pihak pembelaan (dalam kes bunuh Sosilawati) merupakan alat kepada pemimpin pembangkang.

"Perbuatan itu mempunyai niat yang tersembunyi dan saya mencadangkan Yang Arif mengendahkan komen yang merupakan pemglibatan terus dan campur tangan dalam perbicaraan yang sedang berjalan.

"Orang yang membuat komen dalam artikel itu adalah orang yang sama bercakap di TV3 iaitu N Gobalakrishan (kiri), Ahli Parlimen Padang Serai. Saya tidak kenal orang ini, saya tidak pernah berjumpa dengannya dan tidak tahu di mana dia mendapat pembohongan ini.

"Wartawan Utusan Malaysia ialah Raja Syahrir Abu Bakar tetapi tidak tahu wartawan TV3 sehingga ini. Saya memohon Yang Arif melindungi martabat mahkamah ini, maruah anda dan juga pentadbiran kehakiman dan saya gesa anda memanggil wartawan, Gobalakrishnan dan editor akhbar itu ke mahkamah ini," kata Manjeet.

Dalam artikel berkenaan, Gobalakrishnan diminta memberi ulasan berhubung tindakan Manjeet yang didakwa beberapa kali meminta mahkamah mengenakan tindakan menghina mahkamah ke atas pihak pendakwaan kes pembunuhan itu.

Manjeet berkata semua individu berkenaan diharap akan hadir ke mahkamah untuk meminta maaf dan menarik balik semua kenyataan itu dan mereka juga perlu diberi peringatan jika mengulangi perkara yang sama mereka akan menerima akibatnya.

Selain itu, beliau berkata ia juga adalah sebagai peringatan kepada pihak lain yang tidak menghormati pihak mahkamah.

Akhtar kemudian berkata beliau telah membaca artikel itu dan berpendapat bahawa tindakan mengaitkan kes tersebut dengan politik adalah perbuatan yang tidak boleh diterima.

Beliau berkata setiap serangan yang dilakukan terhadap pihak pembelaan juga merupakan satu serangan kepada mahkamah apatah lagi komen itu telah diterbitkan di akhbar.

"Saya mahu wartawan itu dan editornya hadir di mahkamah bagi memberi penjelasan. Pihak media, selepas insiden pertama sebelum ini, telah melaporkan kes ini dengan fakta yang tepat dan editor perlu tahu bahawa komen seperti itu tidak sepatutnya dibuat dan diterbitkan terutama ketika perbicaraan masih berjalan.

"Kamu wartawan perlu ambil perhatian dan maklumkan kepada pihak atasan kamu bahawa perbuatan ini adalah subjudis dan boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Orang awam boleh beri pandangan mereka tetapi bukan kepada pihak akhbar," katanya.

Akhtar sebelum ini pernah memberi amaran kepada pihak media supaya melaporkan perbicaraan kes itu dengan tepat selepas Manjeet membangkitkan mengenai satu tajuk berita dalam akhbar New Straits Times yang didakwa memprejudiskan tertuduh-tertuduh dalam kes itu.

Sementara itu, seorang saksi, ASP M Mariappan, 49, yang bertugas di bahagian pentadbiran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor memberitahu prosiding TWT bahawa tertuduh kedua, T Thilaiyalagan dan tertuduh ketiga R Matan telah dipindahkan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak ke lokap Balai Polis Kuang dan Balai Polis Kundang dekat Shah Alam pada 11 Sept 2010.

Beliau berkata pemindahan itu diarah dilakukan bagi menjaga keselamatan kedua-dua tertuduh memandangkan mereka ketika itu merupakan suspek kes bunuh berprofil tinggi yang melibatkan isu perkauman.

Balai Polis Kuang dan Kundang terletak di bawah pentadbiran IPD Gombak.

Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin apa yang beliau maksudkan sebagai isu perkauman, Mariappan yang ketika itu bertugas sebagai pemangku ketua bahagian siasatan jenayah daerah IPD Gombak berkata, kes berkenaan ialah kes bunuh Datuk Sosilawati dan majoriti tahanan di lokap IPD Gombak berbangsa Melayu, justeru beliau tidak mahu tertuduh terlibat dalam sebarang pergaduhan.

Mariappan memberi keterangan pada TWT bagi mengetahui keadaan minda serta kemungkinan berlaku tekanan terhadap Thilaiyalagan dan tertuduh keempat, R Kathavarayan semasa disoal siasat sehingga membawa kepada penemuan barang-barang kes.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, serta tiga pekerja ladangnya, Thilaiyalagan, 20, Matan, 21, dan Kathavarayan, 31, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 47, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB Noorhisham Mohammad, 38.

Kejadian didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Perbicaraan disambung hari ini.

- Bernama

Berpuasa belum tentu bertakwa

Posted: 18 Aug 2011 06:00 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Orang yang menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadhan belum tentu bertakwa, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menentang perjuangan Islam dalam kehidupannya di dunia ini.

Manusia seperti itu banyak terdapat di muka bumi Allah ini dan mereka juga adalah antara golongan yang disebutkan oleh Rasulullah saw dalam jumlah yang banyak di kalangan umat Islam, tetapi hanyalah seperti buih.

Ahli Jawatankuasa Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Selangor, Tarmizi Md Din berkata, antara tanda orang yang tidak bertakwa termasuklah para pemimpin yang tergamak atau sanggup menyalahgunakan wang rakyat.

Menurut beliau, sehubungan itu, setiap pemimpin berkewajipan memerhatikan isteri dan anak-anak mereka supaya tidak turut menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.

"Jadi dalam hal ini, kalau ada isteri pemimpin yang sanggup menyalahgunakan wang rakyat sehingga RM24 juta hanya untuk membeli cincin, adakah orang seperti itu bertakwa?" katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, semalam.

Pemimpin dan isteri pemimpin yang sanggup mencuri wang rakyat dan mengkhianati amanah rakyat, menurut beliau, adalah manusia yang mempunyai penyakit di dalam hatinya.

"Dalam hadis, Rasulullah saw menjelaskan, penyakit yang ada di dalam hati orang seperti itu adalah penyakit waham, manakala penyakit waham itu ada dua perkara iaitu cintakan dunia dan benci kepada mati," katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga AJK Dewan Pemuda PAS Gombak menasihatkan setiap umat Islam supaya sentiasa bermuhasabah agar tidak turut tergolong dalam golongan itu demi kepentingan hidup di dunia dan akhirat.

Katanya, umat Islam di seluruh dunia kini sudah tidak lagi disegani dan ditakuti oleh orang-orang bukan Islam sehingga menyebabkan umat Islam sering diperlakukan dengan tindakan yang tidak sepatutnya oleh orang-orang kafir.

"Maklumat terbaru yang kita perolehi menunjukkan umat Islam di sesetengah negara kini telah dilarang berpuasa. Malah sekiranya berpuasa, mereka akan dipenjarakan dan dihukum,"katanya.

Dalam kes terbaru lain, katanya, terdapat seorang isteri yang menang dalam perbicaraan di mahkamah di luar negara berhubung isu pemakaian tudung lalu dibenarkan memakai tudung.

"Seorang lelaki yang memusuuhi Islam yang berada di dalam mahkamah itu tiba-tiba terus menikam wanita tersebut berbelas kali. Suami wanita itu berusaha menyelamatkan isterinya kemudian turut ditikam oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan kedua-duanya terbunuh.

"Kejadian tersebut berlaku di sebuah negara bukan umat Islam, di dalam mahkamah dan di hadapan hakim yang mengadili kes itu dan turut memberikan kemenangan kepada wanita tersebut.

"Tetapi sudahnya kes itu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pembellaan dari sebarang pihak. Begitulah lemahnya umat Islam di seluruh dunia sekarang," ujarnya.

Kejadian tersebut, menurutnya, perlu direnungi dengan mendalam oleh setiap umat Islam kerana ia berpunca dari kesilapan umat Islam sendiri yang tidak benar-benar berpegang dengan ajaran islam dalam pelbagai aspek seperti yang dituntut oleh Allah.

"Ini menjadikan umat Islam hidup dalam keadaan terhina kerana tidak mendapat pertolongan Allah dalam pelbagai aspek, malah perasaan takut kepada umat Islam turut dicabut oleh Allah dari hati orang-orang kafir," katanya.

Untuk menebus maruah, beliau mengingatkan umat Islam agar tidak hanya Islam pada nama, tetapi beramal dengan ajaran Islam secara sumul dengan berbekalkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan yang dilakukan.

harakahdaily/-

Mat Sabu: Isu Kristianisasi modal politik Umno

Posted: 18 Aug 2011 05:30 PM PDT

19 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Isu murtad dan proses Kristianisasi yang dipelopori oleh media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat supaya tidak mempercayai propaganda Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

"Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

"Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA," katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Sejak kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad, rakyat saban hari disajikan dengan ledakan pelbagai bukti oleh media dan blog-blog pro-Umno.

Rabu lalu, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet mankala klip video berhubung kejadian berkenaan juga telah dimuat-naikkan.

Meskipun laporan rasmi belum dikemukakan kepda Sultan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, namun nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu juga telah disenaraikan.

Begitu juga dengan bukti-bukti lain termasuklah kertas soal-selidik dan jumlah wang yang dibekalkan, dan lagu-lagu yang didakwa dinyanyikan pada malam berkenaan.

Bagi pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, lebih mencurigakan tindakan itu disusuli dengan demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

"Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?" soal Tuan Ibrahim dalam kenytaan medianya semalam.

Bagi pemimpin PAS, tindakan itu hanya menguatkan lagi perasaan curiga mereka bahawa dakwaan usaha pengkristianan di negara ini sebenarnya didalangi oleh Umno sebagai modal politik.

Mengulas isu itu, Mohamad Sabu semasa merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau, Temerloh semalam berkata pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada orang Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

"Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis," katanya.

malaysiakini/-

Hikmah adanya siang dan malam

Posted: 18 Aug 2011 02:00 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana masih memberikan kita nyawa untuk hidup dan otak yang masih boleh berfikir serta tenaga fizikal yang masih membolehkan kita berusaha memenuhi kehidupan kita di dunia ini.

Sedar tak sedar kita kini sudah berada di pertengahan fasa kedua bulan Ramadan yang dikenali sebagai fasa keampunan.

Marilah kita cuba halusi beberapa pengajaran dan pedoman yang boleh diambil dari dua potong ayat AL-Quran di bawah semoga diberkati Allah:

" Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam, Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kapada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya"". Ali Imraan 27

" Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kehahagiaan hari ahkirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan " AL Qasas 77

1. Allah adalah Pencipta atas segala-galanya di dunia ini, matahari (waktu siang), bulan (waktu malam), syurga dan neraka (akhirat) dan bagaimana keadaan dan pergerakan tiap sesuatunya. Allah Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.

2. Dialah juga yang menjadikan manusia iaitu dari mati menjadi hidup iaitu daripada sebelumnya tiada kepada ada dan dari ada kemudiannya menjadi tiada iaitu kita akan mati. Jangan ada sebarang keraguan terhadap kerja Allah.

3. Kita akan dihisab oleh Allah atas apa yang dilakukan sewaktu hidup di dunia dengan melihat apakah nilai bekalan yang kita bawa untuk berjumpaNya di akhirat nanti, jika cukup bekalan bahagialah kita.

4. Jika dalam perhitungan Allah bekalan tidak cukup, iaitu banyak perbuatan kita ke arah kerosakan dan berdosa maka tunggulah balasan azab yang akan menanti di akhirat nanti.

5. Dengan terbahaginya waktu, ada siang dan ada malam maka kita juga perlu mengagihkan waktu kepada perkara-perkara yang sewajarnya, antara keperluan hidup di dunia dan keperluan untuk hari akhirat mengikut jalan yang diredhai Allah.

Contohnya: " Wahai orang-orang yang beriman, Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu ); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya ). " Al Jumu'ah 9

6. Janganlah tamak dalam mengejar keduniaan, mengumpul harta misalnya, kerana semua rezeki dari Allah, Dia yang menentukan semua usaha akan mendapat hasil atau tidak, Dia akan memberi rezeki pada siapa yang dikehendakiNya.

Oleh itu berpada-padalah dalam apa sahaja yang kita lakukan, jika sampai waktu solat, berhentilah sebentar dari bekerja untuk dunia dan segeralah kehadratNya. Jika perlu rehat maka berehatlah supaya kita akan lebih bersedia untuk hari seterusnya. Membuat kerja tanpa perancangan yang betul boleh mendatangkan akibat yang hanya akan merugikan diri sendiri.

7. Jika kita beroleh harta kekayaan , utamakanlah hak Allah dahulu iaitu dengan mengeluarkan zakat dan bakinya adalah bersih maka bolehlah digunakan untuk keperluan kita di dunia asalkan tidak kepada yang haram yang dilarang Allah.

8. Jika ada dikurniakan lebih rezeki oleh Allah, janganlah kedekut untuk menginfakkan sebahagiannya ke jalan Allah kerana sifat kedekut tidak menguntungkan, sedangkan Allah melimpahkan rezeki kepada manusia tanpa menghitungnya, samaada manusia itu beriman atau tidak beriman.

9. Hendaklah sentiasa berbuat baik sesama makhluk, bukan sahaja sesama manusia kerana Allah sentiasa berbuat baik kepada kita. Sekiranya kita ditimpa musibah itu mungkin dari perbuatan kita sendiri dan Allah ingin menguji kesabaran kita.

10. Mestilah sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnia Allah. Jika kita tidak bersyukur mungkin rezeki tersebut akan ditarikNya semula kerana Allah boleh menarik balik apa-apa rezeki bila dikehendakiNya.

11. Sambil berusaha, jangan lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah supaya sentiasa mendapat tambahan rezeki yang halal di dunia dan berdoa supaya mendapat balasan baik untuk hari akhirat.

12. Sebanyak mana pun harta yang dikumpulkan tidak akan dapat menandingi harta dan rezeki Allah, oleh itu janganlah ada sebarang sifat sombong dan takbur dalam diri kita, sesungguhnya sifat-sifat begitu amat dimurkai Allah.

13. Tidak perlulah membuang masa untuk menghitung rezeki dan rahmat Allah kerana kita tidak akan mampu menghitungnya, cukuplah dengan taat kepada perintah Allah dan Rasulnya dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

14. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang merosakkan kerana Allah tidak suka mereka yang membuat kerosakan. Sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

15. Sentiasa muhasabah diri dengan menilai adakah seimbang apa yang kita lakukan antara usaha keduniaan dan usaha untuk akhirat. Mengikut hukum perbandingan, ayat-ayat di atas menentukan bahawa usaha untuk akhirat mesti dilebihkan dari sebarang usaha keduniaan.

16. Sekiranya kita menginfakkan harta ke jalan Allah janganlah pula lupa akan tanggungjawab kita atas dunia seperti kepada diri sendiri, anak isteri dan keluarga serta saudara-mara yang memerlukan pertolongan. Juga simpanlah sebahagiannya untuk keperluan hari-hari yang mungkin nanti kita menghadapi kesukaran

17. Sentiasalah memperbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah sebagai tanda syukur kita mendapat petunjuk dari Allah melaluinya. Tanpa Rasulullah siapalah kita. Syukur kerana dilahirkan dan dibesarkan dalam Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Hanya agama Islam yang diterima Allah sebagai pegangan semua umat manusia.

Dalam satu riwayat ada mengatakan Rasulullah pernah satu ketika sewaktu menaiki mimbar untuk berkhutbah, berhenti sebentar di setiap satu dari tiga anak tangga mimbar dan menyebut Amin sekali setiap kali berhenti sebelum memulakan khutbah.

Selepas turun dari mimbar baginda ditanya apakah yang berlaku, apakah perintah baru yang diterima? Baginda menjawab bahawa baginda mengaminkan tiga doa yang dibaca oleh Jibril, salah satunya ialah "Celakalah sesiapa yang bila disebut namaku tidak berselawat ke atasku."

18. Sentiasa bermaaf-maafan sesama kita dan sentiasa memohon keampunan dari Allah samaada pada waktu siang, lebih-lebih lagi pada waktu malam kerana bila tidur kita tidak tahu adakah esok kita masih hidup atau pun sebaliknya. Banyakkanlah solat taubat kerana amat besar ganjarannya disisi Allah.

Di samping perkara-perkara di atas sudah tentu banyak lagi yang boleh kita ambil pengajaran dari ayat-ayat tersebut kerana sesungguhnya ilmu Allah amat luas seluas-luasnya.

Sejak dua tiga hari ini, jumlah jemaah masjid dan surau sudah mula berkurangan tetapi sebaliknya jumlah pengunjung pasaraya-pasaraya sudah meningkat dengan banyaknya, apakah selamanya kita melakukan perkara yang bertentangan dengan maksud ayat-ayat di atas. Sama-samalah kita fikirkan, di manakah kita ? Tidak malukah kita kepada tetamu Istimewa yang akan datang bila-bila masa dari sekarang iaitu Lailatul-Qadar.

Kalau pun atas sebab-sebab tertentu kita tidak mampu ke masjid atau surau pada setiap malam, sebenarnya kita masih boleh melakukan banyak perkara yang baik di rumah. Tepuk dada tanyalah iman. Solat tarawih bukan hanya di masjid dan surau sahaja.

Sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani telah bersumpah tidak akan redha dengan Islam selama-lamanya. Oleh itu dengan baki bulan Ramadan yang masih ada ini marilah kita tingkatkan ibadat mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang mendapat rahmat dan perlindungan Allah serta mendapat anugerah Lailatul-Qadar tahun ini, Insyaallah, Amin.

md zainal mzd

Ajaran Kristian: Jabatan Pelajaran siasat sekolah

Posted: 18 Aug 2011 01:56 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Berikutan laporan Utusan Malaysia bahawa seorang guru sekolah berbangsa India mendakwa terdapat murid beragama Islam sekolahnya yang mampu menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa, Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dikatakan telah memulakan siasatan.

Menurut laporan akhbar milik Umno itu, hari ini, sepasukan pegawai dari Bahagian Sektor Pendidikan Islam, jabatan itu mengunjungi sekolah di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur itu, semalam, bagi mengambil keterangan seorang murid tahun satu berhubung dakwaan murid itu cuba dipengaruhi dengan ajaran Kristian.

Pertemuan antara murid dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur itu, disahkan oleh guru besar sekolah berkenaan tetapi beliau enggan mengulas lanjut, lapor Utusan.

Dalam Ruangan Cuit, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan semalam mendakwa seorang guru sekolah berbangsa India memberitahunya, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Lagu dinyanyikan adalah 'Yes, I know Jesus loves me' dan lagu 'Hari Ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.

Menurut Zaini, difahamkan, para murid diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu.

malaysiakini/-

Iklan 'Seksi' : Pemuda Pas Desak Ia Ditarik Balik

Posted: 18 Aug 2011 01:50 AM PDT

18 Ramadhan 1432H. [MOD] -


SHAH ALAM 18 OGOS : Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihak yang bertanggungjawab menerbit dan meluluskan iklan menjolok mata, seksi dan separa lucah menarik balik iklan mereka dan memohon maaf kepada ummat Islam segera mungkin.

Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam kenyataan medianya di Facebook berkata, semua pihak perlu mengambil peranan, bermula dari pihak berkuasa negeri Pakatan Rakyat sebagai tauladan, kemudian pihak berkuasa kerajaan persekutuan turut mengambil langkah berkesan untuk memerangi gejala negatif yang kian menular.

"Jangan kerana keghairahan mempromosi sesuatu produk menjelang Aidil Fitri, individu atau syarikat terbabit tergamak melampaui sentimen beragama dan kemuliaan bulan Ramadan al Mubarak.

"Mengaut keuntungan dalam perniagaan adalah dibenarkan oleh syara' namun memperalatkan aurat wanita dan mengeksploitasinya untuk melariskan sesuatu produk adalah suatu yang bertentangan dengan agama dan mengundang kemurkaan Allah SWT," tulis Nasrudin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada iklan pelangsingan badan yang disiarkan di beberapa media arus perdana, khususnya yang berbahasa Melayu sepanjang bulan ramadan ini.

Katanya, iklan menjolok mata itu telah 'membakar' perasaan umat Islam dan tidak mustahil boleh mencetus kemarahan mereka.

Lebih malang, katanya ia diiklankan pada bulan Ramadan dengan memaparkan model yang juga beragama Islam.

"Tindakan ini dilihat keterlaluan dan memcabar kesucian agama Islam itu sendiri.

"Lebih malang, pihak berkuasa seperti tidak peka dengan apa yang berlaku. Bagaimana iklan seperti ini boleh lulus siar dan lulus terbit ? Ke mana perginya Kementerian Pembangunan Wanita yang selama ini bercakap soal maruah wanita.

"Apakah iklan seperti ini yang jelas memperaga dan memperalatkan wanita tidak mencarik maruah?" soal Nasrudin.

Ketua pemuda PAS itu juga membidas pihak berkuasa agama seperti JAKIM yang didakwa tidak peka dengan lambakan iklan menjolok mata sebegini yang dipasang pada billboard, banting dan banner pada laluan dan tempat awam.

"Selain budaya, hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan sebagainya, iklan sebegini juga boleh menjadi penyumbang kepada berlakunya perlecehan moral dan peribadi muslimah yang bermaruah.

"Kita mahu negara kita sejahtera dan aman serta mendapat keampunan Allah SWT. Bukan sahaja kita mahu negara kita indah dengan hijau dan segar dengan flora, tetapi juga kita mahu negara yang berkat dan diredhai oleh Allah dengan bebas dari unsur-unsur mungkar dan perkara yang boleh mengundang kemurkaan Allah," katanya lagi.

Menurut Nasrudin, tidak hairanlah jika semakin hari semakin ramai anak gadis dan wanita Islam tidak menutup aurat malah semakin seksi mereka berpakaian sekali pun di khalayak ramai kerana terpengaruh dan terikut-ikut rentak idola mereka yang dipotretkan pada iklan dan juga lakonan-lakonan menerusi filem dan video klip yang turut menonjolkan cara berpakaian yang sangat menjolok mata.

"Selaku pihak berkuasa, kerajaan melalui kementerian, agensi atau jabatan terbabit mestilah mengambil tanggungjawab untuk membersihkan negara dari rambu - rambu dosa dan mungkar seperti ini," katanya.

tv news/-

Peghelih La...

Posted: 19 Aug 2011 12:13 AM PDT

Peghelih La...


Mohd Anuar Tahir : Bukan Facebook saya...!!!

Posted: 18 Aug 2011 03:12 AM PDT

KANGAR - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir menegaskan beliau tidak ada kaitan sama-sekali dengan laman Facebook
"Sokong Anuar Tahir".

Malah katanya, beliau tidak tahu-menahupun tentang kewujudan laman Facebook tersebut sehingga diberitahu oleh seorang kakitangan di Pejabat Perhubungan PAS Perlis baru-baru ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis menafikan sekeras-kerasnya sebarang pembabitan dalam Facebook terbabit yang turut dijadikan medan untuk menghambur kata-kata kesat kepada pimpinan PAS Perlis.

"Facebook terbabit dibuat tanpa restu tuan empunya badan dan juga bukan dengan restu PAS Perlis. Amat dikesali juga kerana mereka turut menggunakan gambar saya.

"Kita menjangkakan Facebook tersebut diwujudkan oleh orang-orang terdesak yang anti-PAS dan digunakan sebagai kempen gerak saraf untuk cuba memecah-belahkan perpaduan khsusunya di dalam PAS Perlis sendir," jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Padang Besar.

Menjelang pemilihan PAS pada Jun lalu, sebuah Facebook "Anuar Tahir Sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis" telah diwujudkan yang mana Mohd Anuar sendiri turut menafikan pembabitan beliau dalam Facebook terbabit.

Sementara itu, Setiausaha Pemuda PAS Perlis, Mohd Sahir Abd Rahman dalam posting beliau di Facebook telah meminta agar rakan-rakan Facebook yang prihatin supaya "Unfriend" dengan laman Facebook "Sokong Anuar Tahir".

Salam Perjuangan

Posted: 18 Aug 2011 11:51 PM PDT

Salam Perjuangan


ISU JAIS-GEREJA : PERCATURAN POLITIK UMNO MENCURIGAKAN

Posted: 18 Aug 2011 05:20 AM PDT

18 Ramadan 1432 H | 18 August 2011
Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.

Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.


Antaranya ialah:

  1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

  2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh JAIS, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

    Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan JAIS yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti JAIS ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?

  3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.

    Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilalukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?

  4. Tindakan JAIS melengah-lengahkan isu ini sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua, dan di waktu yang sama ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.
Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. 

Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno, dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini.


Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?


Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas 'demi bangsa, agama dan negara' selama 54 tahun ini.

Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat. 
Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:
  • Kenapa kerajaan tidak sedia menggubal akta pencegahan murtad?

  • Kenapa ajaran Qadiani terus dibiarkan di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam?

  • Di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas?
PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan pada masa yang sama PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.

Kita lihat dua senario yang berbeza:


Isu aqidah
– Umno marah pada PAS kononnya PAS tidak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.


Isu jual kerakyatan rakyat
– Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.


Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tiba-tiba ingin menjadi hero Islam.


Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah 'undi Melayu' pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING

Posted: 18 Aug 2011 10:11 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BALING


Posted: 17 Aug 2011 08:57 PM PDT

17 Ramadhan 1432
17 Ogos 2011
Ziarah Ramadahan DPPB Zon Kupang
Seramai 7 Buah Keluarga Di Kampung Carok Bemban Luar
menerima Sumbangan Ikhlas Dari DPPB










PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Aug 2011 09:58 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


JADUAL TERKINI IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

Posted: 18 Aug 2011 07:34 PM PDT

JADUAL IFTAR JAMAIE PAS N.SEMBILAN 1432 H

Semua ahli dan penyokong dijemput hadir :

Kawasan : Seremban
Tarikh : 19 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Kg Macang, Lenggeng
Wakil Perhubungan : Tuan Hj Anuar

Kawasan : Kuala Pilah
Tarikh : 21 Ogos 2011 , Ahad
Tempat : Dataran Kg. Dioh
Tetamu khas : YB Siti Zailah Md Yusof , Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Wakil Perhubungan : Abd. Rahman

Kawasan : Rembau
Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Teratak Amal
Wakil Perhubungan : YB Hj Taufek

Kawasan : Jempol
Tarikh : 26 Ogos 2011 , Jumaat
Tempat : Muassasah
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

Kawasan : Jelebu
Tarikh : 27 Ogos 2011 , Sabtu
Tempat : Rumah Tn. Hj. Jaaman
Wakil Perhubungan : Dr. Rosli Yaakop

Salahudin, Mahfuz raikan PAS Seremban

Posted: 17 Aug 2011 11:51 PM PDT

HARAKAH : 19 - 21 OGOS 2011


PAS Seremban bakar 300 lemang

Posted: 17 Aug 2011 11:50 PM PDT

HARAKAH : 19 - 21 OGOS 2011


DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 18 Aug 2011 08:50 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-54

Posted: 17 Aug 2011 11:19 PM PDT

Kemerdekaan negara mesti dipertahankan

Rabu, 17 Ogos 2011 15:04 | Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR - Kemerdekaan negara perlu dipertahankan kerana ia amat penting dalam usaha mengekalkan perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/dsc_4930.jpgSetiap warganegara perlulah memainkan peranan penting ke arah mempertahankan kemerdekaan di samping menunjukkan taat setia serta rasa cinta terhadap negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato' Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, Kerajaan Negeri turut mengembleng tenaga dalam mencorakkan generasi muda di negeri ini yang berjiwa patriotisme.

"Mereka ini diharap akan menjadi bakal barisan pelapis kepimpinan negara kelak," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 Peringkat Negeri Kedah di Pekarangan Star Walk, Jalan Tunku Ibrahim, di sini.

Menurutnya, generasi muda juga diminta merenung kembali perjuangan yang dilalui pejuang kemerdekaan yang terdahulu.

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/dsc_4913.jpg


"Marilah kita renung kembali nasib yang menimpa saudara kita di Iraq, Checnya dan Afghanistan yang bergolak dengan peperangan," katanya.

Beliau yang mewakili Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu, banyak nyawa yang terkorban hanya disebabkan hujan peluru.

"Diharap bulan kemerdekaan yang disambut ini dapat dihayati sepenuhnya dan semua pihak perlulah mengembleng tenaga dan usaha dalam membangunkan negeri Kedah menjadi sebuah negeri yang terbaik dan sejahtera," jelasnya.

Phahrolrazi berkata, antara program yang diadakan bersempena sambutan bulan Kemerdekaan ialah khutbah khas Jumaat, Majlis Sambutan Ambang Merdeka (15 September 2011) dan perarakan hari kemerdekaan (16 September 2011).

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri turut mengagihkan sebanyak 500 Jalur Gemilang kepada setiap Pejabat Daerah untuk diagihkan di kawasan masing-masing, selain peruntukan sebanyak RM10,000 untuk menjayakan sambutan kemerdekaan peringkat daerah.

Turut diadakan ialah penyerahan Jalur Gemilang kepada konvoi Persatuan Motosikal Klasik Kedah, Persatuan Proton Perdana, Persatuan Kereta Ixora dan Persatuan Pemandu-Pemandu Teksi Negeri Kedah.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, YB. Abdul Ghani Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB. Dato' Haji Mohamed Taulan Mat Rasul; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pegawai-pegawai Daerah; pegawai-pegawai kerajaan serta ketua-ketua jabatan.

Sumber dari Warta Kedah


PAS LENGGONG

Posted: 18 Aug 2011 07:48 PM PDT

PAS LENGGONG


Tindakan berpilih-pilih

Posted: 18 Aug 2011 02:17 AM PDT

Dr Asri berceramah ditangkap dan di dakwa. Kes kepala lembu di diamkan. kes kepala lembu itu penghinaan kepada agama lain dan Islam mengharamkan perlakuan menghina agama lain. Dalam qur an jelas. Pertanyaan Allah apakah kamu rela Tuhan kamu dihina? Bila seseorang itu menghina agama lain sesungguhnya dia telah membuka ruang bagi orang yang dihina itu menghinanya.

Apapun tindakan Jais susahkan kerajaan
Subky Latif
ISU kehadiran petugas Jais di gereja ketika satu jamuan diadakan dapat diredakan apabila Jais menjelaskan betapa ia ke situ adalah untuk melakukan penyiasatan bukan melakukan serbuan seperti yang dilaporkan media.

Kerana Jais menerima aduan tentang adanya orang Islam hadir di situ ketika itu kerana dikatakan ia sebagai satu usaha memurtadkan orang Islam, maka Jais pergi bagi memastikan aduan itu.

Keterangan sebegitu boleh meredakan isu itu.

Apa pun kerajaan Negeri Selangor terperangkap sekali lagi dengan siri isu yang menyusah dan mengganggu kelicinan dan kelancaran pentadbirannya.

Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dari semasa ke semasa ia diuji dengan siri cabaran, dan ia dilihat berganda apabila Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan UMNO Selangor.

Dari isu mengarak kepala lembu, memberi lembu korban kepada penduduk Bandar Tun Razak, mencuri pasir, pendakwaan Jais atas bekas Mufti Perlis hingga isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Baru isu bekas Pengarah Jais jadi SUK baru itu reda kini datang pula isu Jais dikatakan menyerbu gereja.

Jais sememang aktif sejak dulu lagi. Pernah satu masa dulu semasa Mufti Selangor Almarhum, Dato Ishak Baharum dulu ia bertindak menyekat gadis Melayu menyertai peraduan ratu cantik. Mufti itu sendiri mengetuai tindakan menguat kuasakan peruntukan undang-undang negeri itu.

Mufti dan Jais mendapat sokongan rakyat. Ia dibantah oleh Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri masa itu hingga Almarhum Sultan Selangor terpaksa menamatkan kontrak Mufti yang baru disambung.

Bagitulah kebatnya Jais. Dengan isu rebuan geraja ini kali kedua kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim merasas payah dengan tindakan Jais. Yang pertama, menahan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin berdakwah tanpa tauliah, dan keduanya ia dikatakan menyerbu gereja.

Kerajaan negeri menyatakan rasa susahnya atas kejadian itu dan mengambil sikap menutup mulut hingga Jais menyiap laporan tentang kejadian itu.

Apa pun ada ruang isu itu dapat diredakan bila Jais membuat penjelasan, ia tidak menyerbu tetapi mengirim pasukan bagi membuat penyiasatan.

Ada pun isu gereja berusaha memurtadkan umat Islam adalah isu global. Sejak zaman Peringgi menawan Melaka 500 tahun dulu dan Sepanyol menakluk Filipina adalah bagi memurtadkan orang Islam. Tidaklah ia dinamakan Kristian dan gereja jika ia menarik penganut agama lain menganut agamanya.

Orang Islam Tanah Melayu sebelum merdeka tidak berperang dengan penjajah Kristian Inggeris yang mengembangkan agama di kalangan penduduk Semenanjung, tetapi dengan pegangan Islam pimpinan guru-guru pondok hingga merdeka 100 peratus orang Melayu kekal beragama Islam.

Masa itu jangankan orang Melayu hendak masuk gereja, melintas gereja pun mereka paling ke lain.

Semasa Operasi Lallang dulu di zaman Perdana Menteri Mahathir ada orang Melayu ditahan ISA kerana jadi pengembang Kristian. Ia bukan sekadar masuk gereja tetapi mengembangkan ajaran gereja. Sekarang ada pula orang Islam hadir jamuan makan di gereja.

Semua ini adalah sindiran Allah terhadap kerajaan dan umat Islam Malaysia. 400 tahun Inggeris menjajah tiada orang Islam masuk gereja tetapi 50 tahun merdeka dengan Islam sebagai agama rasmi, orang Islam boleh hadir jamuan makan di gereja.

Jais buat sekadar yang ia upaya. Ia saja dengan cara itu tidak akan menyekat orang Melayu merasa tidak elok keluar masuk gereja atas apa tujuan jua. Tetapi kerajaan Khalid dan Anwar Ibrahim sudah disusahkannya.

Jalan meredakan terbuka bila Jais kata, ia tidak menyerbu tetapi membuat penyiasatan.

Persoalannya sekarang sejuah mana masyarakat umum khusus penyokong gereja dapat menerima kehadiran rombongan Jais itu untuk tujuan penyiasatan. Ia mesti bekerja kuat sedikit bagi meyakinkan orang ia bukan serbuan tetapi adalah satu tindakan siasatan.

Baik untuk Selangor dan penduduk Malaysia jika penjelasan Jais itu dapat diterima. Tetapi satu ajaran yang didapati dari kejadian itu, kehadiran orang Melayu di gereja atas apa tujuan jua adalah sensitif. Mungkin kebajikan gereja terhadap orang miskin dan memerlukan lebih senang dibuat di luar gereja.

Saya adalah lulusan sekolah Mathodist dan selalu ke kliniknya di luar kawasan gereja. Saya antara yang pernah dapat khidmat kebajikan gereja itu, tidak pula saya masuk gereja tetapi masuk PAS sesudah dewasa. Untuk melihat apa yang ada dalam gereja, saya bersama Tok Guru Haji Hadi Awang pernah masuk gereja terbesar di Colonge, Jerman semasa tiada orang di dalamnya.



Dalam Qur an Jelas

Posted: 18 Aug 2011 02:10 AM PDT

Telah berlaku kerosakan di laut dan darat disebabkan tangan manusia.
Berlaku tanah runtuh di Galas selapas PRK Galas kerana mereka memabukkan segolongan orang asli dengan minuman arak.
Ribut greg di sabah suatu ketika dulu dikatakan kerana memabukkan haiwan dengan arak sedang mereka ketawa melihat haiwan -haiwan mabuk. Mangsanya siapa? rakyat juga. Pastikan BN di tolak dalam PRU13 supaya rakyat mendapat harapan baru dalam keadilan dan kesaksamaan.

Tanah runtuh Cameron Highland kerana buatan manusia?
Harakahdaily

Laporan Khas Oleh Arshad Khan
CAMERON HIGHLAND, 18 Ogos: Tragedi kejadian tanah runtuh awal minggu lalu di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang telahpun meragut tujuh nyawa termasuk empat wanita, manakala dua lagi parah.

Dalam reaksi balasnya, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob telah cepat membuat kesimpulan bahawa laporan awal tragedi tanah runtuh tersebut tidak menunjukkan ia berlaku akibat pembangunan atau penerokaan tanah.

(Inilah perkampungan orang Asli Sungai Ruil yang hilang tujuh nyawa baru-baru ini. Jelas kelihatan aliran air yang turun dari bukit di atasnya.)

Adakah benar dakwaan Adnan bahawa ia adalah bencana alam semula-jadi atau ianya bencana buatan manusia?

Namun, itu adalah lumrah manusia terutamanya pihak berkuasa untuk mengaitkan bencana alam sedemikian dengan kuasa semulajadi, akan tetapi kita terlupa bahawa bencana sedemikian mungkin juga disebabkan kuasa manusia, yang tamakkan kekayaan tanpa memikirkan keselamatan orang lain.

Wartawan perisik Harakahdaily Arshad Khan telah melaporkan penemuan eksklusifnya ketika meninjau tempat kejadian tanah runtuh tersebut di Cameron Highland, telah menunjukkan dakwaan bahawa tragedi tanah runtuh yang menelan tujuh nyawa itu adalah hasil bencana alam semula-jadi adalah jauh meleset.

(Gambar kiri: Air yang turun ke kawasan perkampungan orang Asli telah melalui aliran yang telah gondol)

Arshad dalam tinjauannnya 10 Ogos yang lalu mendapati bahawa sememangnya terdapat aktiviti-aktiviti mengondokan bukit dan pembalakan di sekitar satu lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.

"Saya menjangkakan punca tanah runtuh disebabkan buatan manusia adalah tepat. Terdapat aktiviti di bahagian lembah kecil di hujung penempatan orang Asli yang mengumpul air dan airnya melimpah ke rumah-rumah di bawah.

"Akan tetapi, mengapa ia mengambil masa yang lama (untuk kejadian berlaku) sedangkan penempatan di kawasan tersebut sudah lama? Ini bermaksud aktiviti-aktiviti di kawasan lembah kecil tersebut adalah baru," kata Arshad.

(Longgokan tanah yang dibawa turun dari atas bukit berhampiran kawasan runtuhan)

Kata Arshad, sekiranya pokok di kawasan tersebut ditebang untuk aktiviti perkebunan kecil-kecilan, aktiviti itu sepatutnya dipantau dan langkah-langkah berjaga diambil untuk memastikan tanah tidak terlalu terdedah untuk larian air pada permukaannya.

"Tapak kejadian tanah runtuh itu kelihatan seperti laluan air semulajadi dan apa-apa halangan akan menyebabkan hakisan dan halangan kepada perembesan air. Secara keseluruhannya, lereng gunung yang tidak diteres dan disalirkan dengan baik, saya akan menyalahkan pihak berkuasa atas kegagalan, kejahilan dan ketidakupayaan ini.

"Penebangan hutan semulajadi secara total sepatutnya tidak berlaku, namun sekiranya terpaksa ia harus dilakukan secara berperingkat dengan menggantikan dengan pokok buah atau pokok yang berakar umbi dalam. Tanah di Malaysia adalah mudah, belum matang dan mudah tercabut, tidak terikat dengan kuat kerana kebanyakkan kandungan adalah pasir – penutup tanah atau akar adalah penyelesaian terbaik terhadap hakisan," tambah Arshad.

(Jentera berat yang digunakan untuk membuat kerja-kerja tanah yang menggondolkan bukit berhampiran kawasan bencana)

Arshad juga menemui satu projek perumahan mewah berdekatan dengan kawasan kejadian (gambar) dan juga aktiviti-aktiviti perataan tanah sedang giat dijalankan.

Selain itu, tinjauan Arshad telah menemukan beliau kepada satu papan tanda yang menunjukkan aktiviti penempatan sekitar kawasan kejadian tanah runtuh telahpun giat dijalankan mulai tahun lepas.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda tersebut, pada penghujung April 2010, kerajaan Pahang dan Menteri Besarnya Datuk Seri Adnan Yaakab telah secara bangganya melancarkan program Perkampungan Pertama 2010 untuk penduduk Kampung Sungai Ruil di Cameron Highland.

"Penempatan semula kaum Asli tidak berapa dipersetujui oleh orang Asli, dan ia amat berkait dengan orang yang berkuasa yang bermatakan kekayaan yang boleh dijana daripada hutan yang diduduki orang Asli dulu.

"Terlalu banyak orang yang berpangkat tertinggi yang terlibat dalam rampasan hutan asal mereka, dan kini mereka telah lebih kurang menjadi golongan nomad tanpa tanah nenek moyang mereka atau seperti sesetengah di negara-negara lain, gypsies (orang yang selalu berpindahtempat atas arahan pihak atasan).

(Papan tanda projek mewah yang dirasmikan oleh Adnan tetapi beliau berkata kejadian ini tidak ada kaitan dengan kerakusan manusia tetapi akibat bencana alam)

"Siapakah yang mereka boleh menjadi tempat mengadu sekarang? Tiada siapa! Mereka ini adalah orang yang sangat mudah, yang tidak mempunyai banyak prinsip dan mudah diambil hati oleh sedikit habuan yang diberikan golongan elit. Saya juga pernah melihat beberapa proksi pembalakan dan lain-lain yang mengumpan dengan memberikan 'gula-gula' untuk menipu pribumi untuk melepaskan tanah nenek moyang mereka semata-mata untuk mendapatkan berjuta-juta kayu berharga," tambah Arshad lagi.

Dalam temuramahnya dengan seorang orang Asli yang berada di sekitar kawasan kejadian tanah runtuh, Arshad berkata orang Asli itu memberitahu semasa kejadian berlaku beliau terdengan satu bunyi guruh yang kuat dan terlihat air deras bagai ombak mengalir ke bawah lereng gunung.

(Air yang turun dengan deras di parit sebelah rumah berasal dari takungan kecil di atas bukit)

"Beliau menjerit dan menyuruh penduduk-penduduk mengosongkan rumah tapi terlambat. Hujan juga telah menenggelamkan suaranya. Bagi saya, getaran guruh itu mungkin telah memaksa keluar serpihan-serpihan yang memegang air di kawasan lembah yang kecil tersebut," tambah Arshad.

Menjangkakan pihak berkuasa akan mencadangkan satu jawatankuasa untuk menyiasat punca kejadian tanah runtuh, samada semulajadi atau buatan manusia, Arshad hanya memberikan satu komen sinis untuk mengakhiri laporannnya.

"Tuhan akan sentiasa senyap dan mungkin boleh dipersalahkan. Bagaimana pihak berkuasa boleh dipersalahkan bilamana mereka tahu lebih baik dari Tuhan untuk menggerupis dengan alam semula jadi?" soal beliau.


Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 18 Aug 2011 05:11 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


Jemputan Ke Daurah Tadribiyyah DUN Kemasik Ogos 2011

Posted: 18 Aug 2011 07:24 AM PDT

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI PJ & TPJ PAS TERENGGANU

Posted: 18 Aug 2011 12:27 AM PDT

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DARI PAS DUN KEMASIK

Posted: 17 Aug 2011 11:32 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Aug 2011 05:02 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


EH EH SILAP, EH2 SILAP , ELOK BN RANAP SPR BENGAP

Posted: 17 Aug 2011 06:58 PM PDT



Lagi penemuan menakjubkan, makcik Rasimah boleh saman JPN
Sebelum ni dah banyak dibongkar benda-benda yang menakjubkan yang ada dalam Daftar pemilih. Yang paling menakjubkan mungkin kes nama Kg Baru boleh ada sebagai pemilih berdaftar. SPR kata kes ni silap kakitangan SPR masa key-in data. Silap yang tak sepatutnya berlaku.

Kes Mismah pun menakjubkan jugak, dari ada MyPR warna merah tiba-tiba boleh bertukar jadi MyKad warna biru. Kes ni JPN kata silap lawan web JPN yang tak update terkini

Menakjubkan jugak bila dibongkar ada pengundi klon yang sama nama dan nombor kad pengenalan lama tapi nombor MyKad cuma berbeza sikit. Yang lebih menakjubkan cuma salah satu saja yang ada maklumat dalam database JPN.


Kes ni SPR pun mengaku memang ada dan mintak pihak yang ada maklumat tolong bagi tau SPR untuk dibersihkan. Jadi kerja pulak nak tolong SPR padahal kakitangan SPR dibagi gaji untuk ujudkan daftar pemilih yang benar-benar bersih.

Kali ni Perisik Rakyat dedahkan lagi benda yang tak kurang menakjubkan.



Tah macamana pulak boleh ujud warganegara Malaysia yang ada MyKad dengan kod kelahiran '00'. Dalam web JPN memang takdak cerita pasai kod '00' ni. Mungkin betui kut macam yang Perisik Rakyat tulis, kod '00' tu menunjukkan penama dalam MyKad tu lahir di tanah perkuburan.

Entah betul entah tak ada ujud pemilik MyKad macam imej kat atas ni. Kalau betul ujud harap makcik Rasimah ni maafkan la Perisik Rakyat, dia bukan sengaja nak hina makcik, dia nak perli JPN dan SPR sebenarnya.

Kalau betul makcik Rasimah ni ujud, aku harap dia berani tampil dan saman SPRpasai dia mungkin tak boleh mengundi walaupun SPR gunakan kaedah biometrik masa PRU13 nanti. Walaupun mungkin data dalam Mykad dia sama dengan data yang ada dalam database JPN tapi dia mungkin tak boleh mengundi pasai no MyKad dia tak sama.

Tapi aku amat-amat yakin Rasimah ni tak ujud. Pasainya kalau betul ujud tentu la nama dia ada dalam database JPN. Paling kurang pun tentu ada no kad pengenalan lama dalam data SPR pasai dia lahir tahun 1965 pasai masa tu belum ada no MyKad 12 digit.

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/08/lagi-penemuan-menakjubkan-makcik.html#ixzz1VLEmNM42

PAS BANGI 3

Posted: 18 Aug 2011 04:47 PM PDT

PAS BANGI 3


Majlis di Pasti As Shafie

Posted: 17 Aug 2011 05:54 PM PDT






















Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 18 Aug 2011 04:42 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Kena tabik Cikgu Pa la bab nih...

Posted: 18 Aug 2011 02:42 AM PDT

Oleh: tokpepijat

Nampaknya isu serbuan gereja kembali "panas" . Semacam ada komplot dan konspirasi dalam peristiwa tersebut. Ada beberapa perkara yang boleh kita fikirkan :

1) Pendedahan terbaru SU PAS Dato Mustafa Ali tentang ada "elemen" UMNO dalam serbuan tersebut. UMNO Selangor melenting dan memberi tempoh 3 hari kepada Cikgu Pa untuk minta maaf. Cikgu Pa tetap dengan kenyataannya.

2) Keenganan JAIS berjumpa PAS atas alasan arahan Istana. Apa kaitan JAIS dengan Istana dalam soal ini? Adakah benar Istana atau UMNO yang memberi arahan?

3) Mengapa begitu lama siasatan diambil untuk kes ini? Hingga lepas raya. Seolah ada sesuatu "rahsia" di simpan.

4) Pertemuan PAS dengan Gereja juga dibatalkan. Jika ini daripada pimpinan PAS, ianya keputusan yang betul. Ini kerana PAS ingin mendengar kedua pihak JAIS dan Gereja. Jadinya kunci penyelesaian kes ini bergantung kepada pertemuan PAS dengan JAIS. Selagi PAS-JAIS tidak berjumpa, selagi itulah kes ini tergantung.

Tentunya UMNO seronok jika tiada pertemuan PAS-JAIS. Ini kerana mereka boleh "memanjangkan" permainan mereka.

Bagi PAS, dasar dan pendirian mereka jelas. Akidah Islam mesti dipertahankan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS amat jelas dan tepat. Semua pihak termasuk Gereja mesti memahami dasar PAS.

Jika berlaku benar usaha pemurtadan tempoh hari, pihak Gereja mesti memohon maaf dan berjanji tidak melakukan lagi.

Bagaimanapun, kita melihat kes ini seolah-olah mahu menarik PAS masuk lubang "perangkap". Hanya kebijaksanaan pimpinan PAS untuk mengelakkan masuk atau menimbus lubang itu.

Cikgu Pa telah memulakan langkah bijaksanaannya untuk perkara ini.

“Kalau DAP untuk Cina sahaja, mungkin saya kurang berminat dengannya”

Posted: 18 Aug 2011 02:40 AM PDT

Wawancara Roketkini dengan Hannah Yeoh

Hannah Yeoh adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya merangkap Bendahari DAP Selangor. Beliau adalah antara wakil rakyat muda DAP yang gigih berusaha membantu serta menyuarakan keperluan rakyat. Kenali beliau melalui wawancara bersama penyelaras Roketkini Mazir Ibrahim.

Boleh saudari ceritakan sedikit bagaimana mula melibatkan diri dalam politik secara aktif.

Saya belajar di Australia dan balik ke Malaysia pada tahun 2003. Saya belajar dalam bidang undang-undang dan kemudian balik ke sini untuk berkerja. Kemudian saya bertemu dengan Edward Ling yang sekarang merupakan Setiausaha Politik saya.

Kami dari sekolah yang sama, bila kita berjumpa dan keluar makan sama-sama, kita selalu bincang tentang hal-hal awam dan keadaan dinegara kita. Pada masa tu saya, baru bekerja dan sedang sibuk nak beli kereta sebab keadaan pengangkutan awam kita teruk.

Dalam pada masa tu mula timbul banyak persoalan kenapa banyak sangat cukai yang rakyat kena bayar tapi mutu pengangkutan awam masih teruk. Harga kereta pun mahal dengan pelbagai cukai yang dikenakan.

Akhirnya dia ajak saya untuk mendaftar jadi pengundi, sebab untuk bantu mengubah keadaan ini kita kena mengundi. Jadi saya pun mendaftar.

Kemudian, kawan-kawan bagi tahu Tony Pua (sekarang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP) sedang nak buka pusat khidmat masyarakat di Damanasara, jadi mereka perlukan profesional muda untuk bantu.

Masa itu saya tak tahu sangat tentang DAP sebab dalam minda saya, apa saja tentang DAP adalah berkenaan dengan Cina dan paling bermasalah bagi saya ialah nak bertutur dalam bahasa Cina. Saya tak pandai berbahasa Cina, I cannot speak Mandarin, jadi persepsi untuk pertama kali itu tak begitu baik pada DAP.

Kemudian setelah jumpa Tony Pua, barulah kami rasa boleh relate dengan dia sebab Tony berbahasa Inggeris, kami sama-sama young working professionals. Lepas itu baru saya join jadi ahli DAP, ahli biasa saja.

Masa saya mula bantu dia, saya cuma sekadar tolong untuk majlis perasmian pusat khidmat dia. Saya cuma in charge dalam urusan makan minum untuk acara itu. Itu saja yang saya buat pada masa itu.

Bila pilihan raya 2008 datang, saya nak mengundi kali yang pertama. Kemudian dapat tahu DAP perlukan seorang calon wanita untuk bertanding di Subang Jaya, maka saya telah dipilih untuk bertanding.

Dengan kelulusan saudari, pernah jadi peguam?

Saya belajar di University Tasmania. Sebenarnya selepas habis belajar, saya practice kelulusan saya itu. Saya dapat kerja di Australia di salah sebuah firma undang-undang.

Tapi ada sedikit masalah di sana kerana saya warganegara Malaysia, di sana ada sedikit isu bagi mereka kerana ada aduan tentang warganegara Australia yang ramai menganggur. Jadi mereka kata mengapa ambil saya bekerja. Jadi perlantikan saya agak bermasalah bagi firma itu.

Pada masa yang sama ibu bapa saya minta saya pulang dan kerja di Malaysia. Saya pun pulanglah.

Kenapa sertai DAP?

M asa mula-mula masuk sebab nak sokong kawan saya Edward. Dan kami dalam bidang yang sama, jadi memang niat saya nak membantu dia. Saya tak ada cita-cita dalam politik. Kebetulan bapa saya sangat menghormati Lim Kit Siang dan Karpal Singh. DAP pun parti pelbagai kaum. Sebab itu saya rasa selesa masuk DAP. Kalau DAP untuk Cina sahaja, mungkin saya kurang berminat dengannya.

Masa bertanding dalam PRU 2008, apa agenda saudari?

Pada masa itu saya sangat geram dengan rasuah. Kalau korupsi berjaya dikawal, sudah tentu rakyat dapat nikmati faedah yang lebih dalam semua aspek, contohnya pengangkutan awam. Itu perkara pertama.

Kemudian pada masa yang sama saya tengok berjuta-juta ringgit wang rakyat digunakan untuk projek yang tak berfaedah, contohnya di Subang Jaya sendiri, kerajaan BN belanjakan lebih RM3 juta projek Milleneum Park hanya untuk hias roundabout dengan burung-burung replika.

Kemudian projek bangunan 3C, itu pun lebih RM30 juta lebih dibelanjakan. Tapi tidak bermanfaat secara maksima untuk masyarakat Subang Jaya. Jadi, orang ramai memang geram dengan situasi itu.

Kalau kita memandu di sekitar bandar Subang Jaya, kita akan dapat tengok selalu sangat mereka tukar pasu-pasu bunga di setiap jalan-jalan di Subang Jaya. Semuanya membazir. Jadi niat saya, jika saya menang kita nak pastikan kita tak akan gunakan duit rakyat untuk kerja-kerja yang membazir ini. Itu agenda saya, nak bantu urus dana PBT (pihak berkuasa tempatan), wang rakyat itu untuk tujuan yang lebih berfaedah.

Bagaimana kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan tempatan setelah menjadi YB?

Ok, saya tak nafikan ada sedikit masalah. Ahli majlis sekarang berdasarkan lantikan mengikut kuota parti dan NGO. Masalahnya ada segelintir yang tidak begitu berfungsi dengan betul. Mereka tak begitu memberi kerjasama dengan MP dan ADUN. Jadi ia beri kesan kepada tugas dan tanggungjawab kita untuk rakyat.

Saya lihat ini berpunca dari rasa tanggungjawab yang kurang, kerana mereka tidak dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya tempatan, maka mereka tidak begitu memikirkan kesan kepada rakyat secara langsung. Jika berlaku masalah seperti kelembapan mengambil tindakan, maka kita ADUN yang banyak dipersalahkan.

Apa pendirian saudari tentang idea untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan?

Saya memang menyokong pilihan raya tempatan ini. Tapi kita sedar juga tentang kerisauan orang ramai termasuk ahli parti kita sendiri kerana mereka takut jika yang menang itu orang dari parti BN. Kesannya masih sama, iaitu tak banyak yang akan berubah. Maknanya banyak kerja dan perancangan kerajaan tak dapat berjalan dengan lancar. Ini memang kebimbangan yang berasas.

Sekarang pun bila kita urus pihak berkuasa tempatan, masih ada yang tak bagi kerjasama. Jadi memang sukar dan perlukan masa untuk kaji dan laksanakan perkara ini. Kita memang mahu ia dilaksanakan, tapi isunya bagaimana kita nak elak masalah rumit itu dari berlaku.

Mungkin kita boleh buat pemilihan di peringkat Yang Dipertua atau Datuk Bandar dahulu. Untuk Ahli Majlis tidak perlu buat masa ini. Mungkin itu boleh jadi penyelesaian awal yang berperingkat-peringkat. Jadi kita harap cadangan ini dapat digerakkan pada masa akan datang.

Masalah kedua dalam hal kerjasama antara kita dan PBT ini ialah masalah pengurusan bajet. PBT selalu kata tak ada bajet untuk buat pembangunan. Mereka sebenarnya ada hasil menerusi cukai, tapi mereka cuma memperuntukkan bajet hanya 5 peratus sahaja untuk pembangunan tempatan. Jadi ia terlalu sikit.

ADUN dan MP kita tiada suara dalam PBT. YDP atau Datuk Bandar control semuanya. Namun, tidak semualah, masih ada Ahli Majlis dan YDP yang ikhlas beri kerjasama kepada kita.

Kita sudah cadangkan untuk mereka menstruktur semula bajet mereka. Kita dah minta mereka kurangkan bajet untuk program-program yang kurang memberi manfaat dan salurkan untuk tujuan pembangunan bagi masyarkat setempat, tapi mereka tak endah. Struktur perbelanjaan PBT masih seperti zaman kerajaan BN dulu, jadi nak buat pembaharuan agak payah.

Bagaiman dengan hubungan dan kerjasama dengan masyarakat awam, khususnya menambah ahli dan sokongan kepada DAP?

Memang kita rekrut ahli yang benar-benar ikhlas nak bantu parti dan dari mereka yang berkualiti. Kita pun galakkan semua ahli untuk bercakap lebih dari satu bahasa. Malah dalam mesyuarat dalam parti sudah mula guna pelbagai bahasa terutamanya bahasa Malaysia dan Inggeris.

Semua ini masyarakat dah tahu, selain masyarakat yang dah mula berubah, parti DAP juga turut berubah mengikut peredaran zaman. Ini menunjukkan DAP benar-benar ikhlas berjuang untuk semua rakyat Malaysia. Itu penting untuk ubah imej DAP sebagai parti pelbagai kaum. Apatah lagi persepsi yang dibina oleh UMNO-BN kepada DAP sangat buruk.

Apa pendapat saudari tentang sokongan golongan muda khususnya profesional Melayu, mungkin di peringkat saudari sendiri?

Setakat ini kita dah buat banyak program baik dengan kerjasama antara parti-parti Pakatan Rakyat dan masyarakat tempatan. Malah baru-baru ni kita bantu program untuk anak muda Melayu seperti program Rock the Vote. Sambutannya sangat bagus sekali.

Memang kita akui, agak sukar nak ubah persepsi orang Melayu tentang DAP, malah kita pun tak salahkan mereka sebab persepsi ini dah dibentuk begitu lama oleh UMNO. Ia macam dah sebati.

Contohnya kawan saya sendiri, dia Melayu dan saya ajak dia masuk DAP. Bagi diri dia, dia tak ada masalah langsung, tapi masih teragak-agak bila mereka fikir tentang persepsi jiran dan keluarga mereka.

Ini jelas menunjukkan, orang Melayu memang nak berubah, tapi disebabkan propaganda UMNO itu terlalu kuat dan lama sampai mempengarahi minda keluarga mereka hingga melihat DAP sebagai parti 'demon', anti-Melayu dan sebagainya. Ini memang realitinya. Dan syukur, kita sekarang ada Roketkini untuk membantu mengubah persepsi buruk itu. Kita harap, ianya mampu dilaksanakan.

Bagaimana jika ada kalangan Melayu muda yang hendak membantu saudari dari segi aktiviti politik?

Bagi saya sendiri, kita memang mahukan 'internship' di kalangan mereka dari semua kaum. Jadi mereka boleh datang dan berbincang bagaimana kerjasama itu dapat membantu parti dan juga pelatih itu.

Cuma mereka kena faham bahawa DAP parti yang kecil, dan kita banyak beroperasi di kawasan bandar dan sub-urban yang mana kawasan campuran kaum. Jadi cabaran itu akan lebih lagi. Dan kita harap mereka ikhlas nak bekerjasama dengan kita.

Apa yang saudari harapkan untuk perubahan politik pada masa akan datang?

Pertama sekali saya amat berharap khususnya pada orang Melayu supaya jangan rasa insecure dengan DAP. Mereka kena lebih yakin. Kerana DAP parti pelbagai kaum, itu dasar dan prinsip parti dan ia tak akan berubah sampai bila-bila, kita bela nasib dan keperluan semua kaum apatah lagi kaum Melayu.

Kita jangan mudah termakan propaganda UMNO-BN tentang DAP. Mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu kerana sekarang media milik mereka, undang-undang mereka yangg kuasai. Jadi kita kena ingat bahawa kami di DAP tidak ada kemampuan untuk semua tu.

Jadi, apa saja keburukan yang digambarkan oleh mereka biarlah dirujuk kepada DAP sendiri. Jangan mudah percaya fitnah. Tanya terus kepada DAP. Saya harap agenda DAP untuk membela nasib rakyat akan dapat difahami oleh semua warga Malaysia. – Roketkini.com

KANTOI!! Gantung Imam: Nooh Gadut Punya Kerja??

Posted: 18 Aug 2011 02:36 AM PDT


Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said, 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.


"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.


"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama.


(Contohnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.


Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.


Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.


'Saya bukan Mat Sabu'


Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.


"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat.


Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah.


Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.


Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.


"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul?


Kenapa tidak dua tahun lalu.


Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah.


Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.


Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".


"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan.


Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.


Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.


Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu.


Beliau menafikan menyertainya, sebaliknya hanya menziarahi saudara dan melawat ibu negara.


Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.
JP

Daftar Pemilih: Kod "00" Untuk Tanah Perkuburan SPR

Posted: 18 Aug 2011 02:31 AM PDT


:
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


Cerrr teka apa yang magik dekat atas ni..?

Kod "00" tu untuk Tanah Perkuburan mana..?

Isu Murtad: Pendekatan UMNO berbanding PAS

Posted: 18 Aug 2011 02:28 AM PDT

Oleh Khalid Samad

Dalam soal menangani persoalan murtad yang hangat diperkatakan dewasa ini, pendekatan UMNO dan PAS jelas berbeza. Bagi UMNO, sekiranya mereka berkuasa, maka yang menimbulkan persoalan ini akan ditahan di bawah ISA. Sekiranya mereka tidak berkuasa, seperti di Selangor ketika ini, mereka akan mengapi-apikan semangat orang Melayu supaya bertegang leher dengan pihak Gereja dan dengan masyarakat Kristian secara keseluruhannya.

Bagi PAS, samada berkuasa atau sebaliknya, masalah murtad perlu ditangani dengan usaha mengukuhkan pemahaman Islam di kalangan ummat Islam itu sendiri. Pendidikan Islam mesti diwajibkan di kalangan ummat Islam dari peringkat sekolah rendah lagi. Sekolah agama rakyat dibantu dan jangan dicekik dan ditindas sepertimana yang dilakukan UMNO. Kuliyyah agama diperbanyakkan dan institusi Masjid dan Surau dihidupkan semula setelah ianya diusaha untuk dimatikan oleh UMNO. Masalah murtad adalah masalah keyakinan yang tergugat oleh kerana kurangnya ilmu. Maka pemantapan ilmu adalah kaedah yang paling penting.

Pada masa yang sama usaha kebajikan di kalangan ummat Islam dan rakyat ditingkatkan supaya tiada yang terdesak atas kesempitan hidup sehingga sanggup menukar agama mereka. Sepertimana maksud Hadith "Ke fakiran membawa kepada kekufuran". Maka dihayati konsep Negara BERkebajikan dengan tindakan bersepadu dari kesemua pihak. Untuk memaksimakan manfaat bantuan kepada rakyat, maka rasuah dan pembaziran ditegah sama sekali. Bukan PAS yang membelanjakan RM 65 Juta untuk mengubah suai kediaman mana-mana pemimpin. Duit sebegitu banyak lebih wajar digunakan untuk menyelesaikan masalah kebajikan rakyat. Dan begitu juga dengan RM 12 Billion yang dilenyapkan di PKFZ dan bebagai lagi kebocoran yang berlaku.

Apa yang lebih penting ialah contoh yang dizahirkan dari segi perwatakan pemimpin. Kesederhanaan, ketaatan kepada perintah Allah dan sikap yang adil kepada semua yang menzahirkan kebenaran dan ketinggian Islam. Bukan hanya sekadar retorika tetapi dizahirkan dalam kehidupan politik dan masyarakat secara praktiknya. Sehingga bukan sekadar yang Islam yang telah goyang keyakinannya tertarik kembali, tetapi yang bukan Islam pun akan turut sama hormat dan menghargai.

Pada masa yang sama, sambil itu semua perkara di atas dilaksanakan, dalam suasana percaya mempercayai dan hormat menghormati, maka pihak bukan Islam turut diingatkan akan perjanjian yang termaktub di dalam perlembagaan bahawa usaha memurtad orang Islam ditegah dan dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama yang terdapat di negara kita.

Maka adalah jelas, kaedah PAS lebih menyeluruh dan bersepadu dan ia bukan sekadar untuk mengambil kesempatan politik semata-mata. Heboh dicanang apabila ingin diambil kesempatan, tetapi pada masa yang lain berusaha merosakkan ummat Islam melalui fahaman sekular dan assobiyyah. Pendekatan PAS adalah pendekatan penyelesaian yang ikhlas dan bukan bertujuan mengambil peluang untuk menyerang lawan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad (gambar kiri), ahli parlimen Shah Alam

Fitnah 2: Musa Hassan enggan jadi saksi, beri keterangan

Posted: 18 Aug 2011 02:26 AM PDT


Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan ditemubual mahupun menjadi saksi di mahkamah dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Perkara itu diberitahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter beliau sebentar tadi.
"Bekas KPN, Musa Hassan sewaktu ditanya peguam saya menjawab "Tidak mahu ditemubual dan tidak mahu menjadi saksi pembela," kata Anwar.
Mengulas perkara ini, peguam Anwar, Ram Karpal Singh ketika dihubungi berkata Musa adalah saksi penting namun keengganannya ditemubual sudah dijangka.

Namun, katanya, ia tidak menjadi masalah besar buat pasukan peguambela dan mereka tetap akan meneruskan pembentangan hujah pembelaan mereka Isnin depan tanpa gentar.
"Kami sememangnya berharap dapat menemubual beliau (Musa) (dengan sempurna) kerana beliau merupakan saksi penting perbicaraan ini.
"Walaupun begitu, kami tidak terkejut dengan keengganannya untuk ditemubual.
"Kami sudah menjangkakannya dan akan meneruskan pembelaan pada hari Isnin seperti yang telah dirangka dalam strategi kami," kata Ram Karpal Singh.
Musa sebelum ini enggan ditemubual atas alasan Anwar turut hadir semasa sesi temubual dijalankan. Namun, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin memutuskan Anwar berhak hadir sewaktu sesi temubual berlangsung.
Sikap yang diambil Musa Hassan adalah sama dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Ketiga-tiga mereka enggan menjadi saksi walau pun merupakan watak penting dalam perbicaraan kes Fitnah II.
Najib pernah bertemu dengan pengadu, Saiful Bukhari dua hari sebelum Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat.
Rosmah pula adalah majikan kepada Datuk Mumtaz Jaafar, ibu angkat kepada Saiful Bukhari.
Sementara Musa Hassan pula pernah terlibat sebagai saksi pendakwaan kes Fitnah tahun 1998 dan merupakan Ketua Polis Negara sewaktu Fitnah II dilemparkan terhadap Anwar.-Kdaily

GARA2 BERSIH! PERTUMBUHAN EKONOMI M'SIA SUSUT KE PARAS 4%

Posted: 17 Aug 2011 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun ke paras empat peratus – tahap paling rendah sejak kelembapan 2009 ekoran kesan penurunan permintaan luaran dan pendekatan sederhana dalam perbelanjaan kerajaan, kata Bank Negara hari ini.


Ia merupakan penurunan suku tahunan kelima berturut-turut dan merosot daripada 4.6 peratus dicatatkan pada suku pertama tahun ini.

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz bagaimanapun berkata pertumbuhan yang kukuh dijangkakan pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu laporan Bernama Online memetik beliau berkata, gangguan dalam rantaian bekalan pembuatan global yang tercetus hasil daripada bencana di Jepun dan kelemahan secara keseluruhan dalam permintaan di negara-negara maju yang menyebabkan kelembapan dalam pembuatan, yang hanya meningkat 2.1 peratus.

Bergerak ke hadapan, beliau berkata yang ekonomi mampu mengekalkan unjurannya iaitu lima hingga enam peratus tahun ini, disokong oleh asas-asas kukuh ekonomi serta projek-projek daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Sumber utama pertumbuhan dalam suku kedua terus dirangsang oleh pengembangan mampan permintaan domestik swasta/persendirian dan perdagangan intra serantau yang disokong oleh eksport komoditi dan produk berasaskan sumber ke rantau ini," kata beliau dalam persidangan akhbar di sini untuk mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2011.

"Sehubungan itu, permintaan domestiklah yang menyokong pertumbuhan kita dalam suku kedua tahun ini," kata beliau.

KDNK dalam suku kedua mengembang sebanyak 8.9 peratus sementara ia meningkat 4.4 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ditanya sama ada unjuran pertumbuhan 5-6 peratus akan dikekalkan, beliau berkata,

"Buat masa sekarang, penilaian kita tidak mungkin ekoran prestasi separuh pertama dan pertumbuhan tahun sepenuhnya akan hampir kepada 5.0 peratus" katanya.

.....  "nie kerja puak-puak bersih tempoh hari... sebab pelabur dah tak berani nak melabur kat Malaysia".... alasan standard kerajaan UMporNo



Piala Pertama Buat Fabregas,Piala Kesebelas Buat Guardiola

Posted: 17 Aug 2011 04:31 PM PDT

Pagi tadi berlangsung sekali lagi perlawanan yang memang menjanjikan satu perlawanan yang menarik.Pertembungan Barcelona dan Real Madrid,yang juga digelar El Classico (The Classic),pagi tadi merupakan perlawanan ke 5 untuk tahun 2011 ini.
Iniesta - Barcelona Vs Real madrid - Super Cup (Getty)

Pertembungan dua kelab gergasi Sepanyol ini tadi berkesudahan 3-2 yang kemenangan memihak kepada kelab Catalan,FC Barcelona.Gol pertama dijaringkan seawal minit ke 15,yang disudahkan oleh Andres Iniesta.Selang 5 minit kemudian Real Madrid cuba bangkit dengan menjaringkan satu gol dari pemain termahal dunia,Cristiano Ronaldo.Permainan semakin rancak apabila pemain terbaik dunia 2 kali,Lionel Messi menjaringkan gol hasil sumbangan hantaran back heel dari Gerard Pique pada minit 43.

Jaringan gol tidak berhenti di situ apabila 2 gol lagi dijaringkan minit-minit akhir perlawanan.Real Madrid cuba untuk mengejar Barcelona dengan membuat jaringan pada minit ke 82,sebelum dikecewakan sekali lagi oleh Messi pada minit ke 87.Kemasukan Cesc Fabregas merupakan satu debut yang dinantikan oleh semua peminat,walaupun hanya bermain lebih kurang 10 minit sahaja.

Batu Gajah Mari

Posted: 18 Aug 2011 11:44 AM PDT

Batu Gajah Mari


PAS sedia Tawan kembali PERAK !

Posted: 18 Aug 2011 10:52 AM PDT

Taiping, 18 Ogos: Bertempat di Markaz Air Kuning semalam PAS Perak telah menganjurkan Seminar Pemerkasan Parti telah dihadiri oleh Naib Presiden PAS Datuk Paduka Hussam Musa Exco Kanan Kerajaan PAS Kelantan. Program yang bermula jam 8.30 pagi di dahului dengan pengisian taujihad yang disampaikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin.

Selain Seminar Pemerkasaan Parti yang disampaikan oleh Datuk Hussam, satu perbentangan sistem pengursan parti yang sistematik juga disampaikan oleh Penolong Setiausaha PAS Pusat.

Dalam Seminar yang disampaikan oleh Datuk Hussam, beliau membahaskan petikan Alquran dari surah An'nisa yang menjelaskan mentaliti manusia yang takut, kerugian serta ego dengan meletakkan sandaran kepada diri sendiri. Beliau juga menyakan PAS Perak mempunyai kekuatan sendiri yang perlu di teruskan serta dibuat penambahbaikan menjelang PRU 13 nanti.

Antara contoh yang di ambil ialah strategi Sultan Muahammad Al Fatih yang berjaya menakluk Kota Konstinapel dengan strategi yang begitu teliti dengan melihat kelemahan yang ada serta menerima pandangan dari akar umbi untuk mencari formula kemenangan.

Dengan nilaian angka kekalahan dibeberapa DUN yang ditandingi, maka beliau yakin bahawa PAS Perak bersedia untuk kembali menarik pengundi agar memberi sokongan kepada PAS dengan menyelesaikan beberapa isu yang perlu ditanggani dengan baik dan bijak bersama Pakatan Rakyat. Beliau juga menyatakan sekirannya PAS perak dapat menawan kembali Perak, InsyaAllah Putrajaya juga bersama-sama kita.

Ustaz Abu Bakar menyampaikan Taujihad serta Motivasi kepada Pimpinan PAS Kawasan

Sebahagian peserta Seminar Pemerkasaan Parti yang hadir

Barisan kepimpinan PAS Perak

PAS Prihatin: Yang susah dijejaki, huluran bantuan diberi

Posted: 17 Aug 2011 10:58 PM PDT


BATU GAJAH (14.8.11): Biarpun negara kita telah merdeka selama 54 tahun, namun rata-rata kehidupan rakyat dinegara ini masih berada ditahap lama. Kemiskinan menghambat walaupun arus pemodenan begitu deras disekeliling kita.

Pengalaman sahabat saya yang buat pertama kalinya menyertai program menghantar bantuan kepada fakir miskin dan ibu tunggal ini, bukan sahaja memberi makna yang mendalam terhadap dirinya tetapi juga mendatangkan rasa insaf dengan apa yang ada. Amat sukar untuk beliau mempercayai apa yang dialami dan dilihat dengan mata kepalanya sendiri. Ramai lagi rakyat merdeka yang menderita dicengkam kemiskinan dan kesusahan. Tinggal diceruk dan hujung kampung, mengharungi badai hidup seharian dalam penuh kepayahan.

"Bayangkan seorang makcik tu beritahu yang kampung tu baru saja 3 bulan yang lepas menikmati air paip. Selama ini mereka hidup dengan air perigi sahaja. Negara kita dah merdeka 54 tahun tapi nasib rakyat masih susah dan sengsara tanpa siapa peduli," kata Faizul yang masih tidak dapat menerima kenyataan yang dilihatnya didalam arus kehidupan hari ini.

Skuad Kebajikan Dun dengan bertemakan 'PAS Prihatin' meneruskan perjalanan menjejaki fakir miskin dan ibu tunggal bagi menyampaikan bantuan sekadar terdaya agar Ramadhan ini mereka akan terasa, masih ada yang ingat dan prihatin akan nasib yang menimpa mereka.

Hargai pemberian dan bersyukur kerana masih ada yang sudi membantu

Sdr Radzi mendengar keluhan

Genangan airmata bagai menceritakan segala-galanya yang dilalui selama ini

Berterima kasih kerana bertanya khabar dan menghulurkan bantuan

Banyak yang diadukan kepada Sdr Radzi dan Muslimat PAS Batu Gajah



Sdr Radzi sedang berucap dihadapan fakir miskin dan ibu tunggal di Kg Changkat Larang

Bantuan dihulurkan berupa wang ringgit dan...

Beras dan bahan makanan lain

Sumbangan daripada PAS Changkat Larang







Kanak-kanak ini gembira dilayan Sdr Radzi

Rumah yang dhaif






Beras digalas, sebagai bantuan kepada yang memerlukan




Semoga segala kerja-kerja amal ini bukan setakat membantu kepada yang amat memerlukan tetapi juga dihitung sebagai pahala ibadah disisi Allah Taala.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Posted: 18 Aug 2011 09:54 AM PDT

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM


IJTIMA' AIDILFITRI ANAK RANTAU

Posted: 18 Aug 2011 08:26 AM PDT

Semua Anak Muda yang pulang ke kawasan Kuala Krau di jemput hadir. Kita jalinkan ukhuwah Islamiah. Kita agendakan perubahan.... kita dengar amanat pimpinan demi meneruskan perjuangan kebangkitan anak muda!!!!

Semua muslimin muslimat di jemput hadir.....

sebarkan....

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai

Posted: 18 Aug 2011 09:33 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krai


Lagi Gambar Artis Dedah Aurat Hina Islam.

Posted: 17 Aug 2011 05:10 PM PDT

Kalau nak jadi duta iklan pun.. jangan la sampai buat latar belakang cam masjid... tak hina islam lagi camni....???

Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?

Posted: 17 Aug 2011 04:30 PM PDT


Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 18 Aug 2011 09:27 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Lawak Hina Islam : Pakaian Muslimah Jadi Bahan Gelak?

Posted: 17 Aug 2011 11:49 AM PDT



Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib??


Zero.

http://jilfityan.blogspot.com

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Aug 2011 09:14 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Pusat Khidmat Dun Paroi bantu OKU

Posted: 17 Aug 2011 11:52 PM PDT

HARAKAH : 19 - 21 OGOS 2011


N45 Dr Halimah Ali

Posted: 18 Aug 2011 09:11 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


Kata paku dulang serpih:Kata UNISEL, siapa yang lebih?

Posted: 18 Aug 2011 08:46 AM PDT

Naib canselor: Laporan krisis UM tak tepat
Wong Teck Chi
Ogos 18, 11
2:03pm
Kongsi 218
Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Ghauth Jasmon hari ini menafikan universiti yang diterajuinya sedang menghadapi krisis berikutan peletakan jawatan beramai-ramai staf akademik kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia pada tajuk utamanya hari ini mendakwa 146 kakitangan akademik UM telah meletakkan jawatan sejak 2009.

NONE"Laporan itu tidak tepat, terutama mengenai bilangan berkenaan. Pada jam 10.30 pagi esok, pihak universiti akan mengeluarkan angka sebenar," kata Ghauth yang mempunyai latar belakang kemahiran dalam bidang kejuruteraan.

Memetik Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof Madya Azmi Sharom, Utusan mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 kakitangan akademiknya.

Mereka termasuk profesor dan profesor madya yang dikatakan membantah polisi akademik Ghauth dengan 'kegilaannya' meletakkan universiti UM dalam rangking 100 terbaik di dunia.

Antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan, lapor Utusan.

Nafikan laporan

Bercakap kepada Malaysiakini, pagi ini, Ghauth mempertahankan polisinya yang memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

"Mereka yang tidak suka saya mempunyai alasan yang lebih daripada tidak suka saya kerana saya sedang mentransformasikan UM menjadi sebuah universiti berkualiti yang lebih tinggi," katanya.

azmi shahrom azmi sharom interview 140808Azmi (kiri) pula ketika dihubungi menafikan laporan Utusan itu dan berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dan menjadi mangsa 'salah laporan' oleh akhbar berkenaan.

Azmi juga dilaporkan berkata, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

Dalam pada itu, PKAUM, dalam satu kenyataan melahirkan rasa kecewa kerana presidennya telah dipetik sebagai jurucakap dan pendedah maklumat kepada isu yang dibangkitkan.

"Beliau (Azmi) merasa amat terkilan kerana terdapat pihak yang telah menyalahgunakan nama beliau.

"PKAUM menafikan maklumat yang diberikan dalam keratan tersebut sebagai kenyataan atau pendirian PKAUM," kata naib presidennya Rosli H Mahat.

Menurut beliau, Azmi selaku presiden PKAUM cuma berada pada sidang akhbar tersebut untuk melindungi hak ahli kesatuan yang bersuara dan kenyataan yang disiarkan adalah pandangan ahli tersebut.

"Maka PKAUM memohon agar kesilapan fakta ini dibetulkan dan disiarkan oleh Utusan Malaysia.

"PKAUM sebagai kesatuan yang mewakili ahli-ahli akademik dan pegawai Universiti Malaya, sentiasa menyokong usaha semua pihak untuk meletakkan UM sebagai Universiti bertaraf dunia tanpa mengabaikan kebajikan kakitangan dan pelajar," katanya.

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Aug 2011 07:41 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ADUHAI DATUK ZAHID !!!

Posted: 18 Aug 2011 04:26 AM PDT

SAMBUTAN BADAR AL- KUBRA 1432 H

Posted: 18 Aug 2011 03:32 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 18 Aug 2011 07:28 AM PDT

PAS Kulaijaya


Isu JAIS - Reaksi Dan Tindakan Umno Cukup Mencurigakan

Posted: 17 Aug 2011 11:22 PM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan