Rabu, 17 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 17 Aug 2011 01:59 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


SPR buat pening lagi...

Posted: 17 Aug 2011 01:17 AM PDT


Kawasan Padang Besar yang terlibat.....

Majlis Iftar sekitar kawasan Padang Besar

Posted: 16 Aug 2011 11:55 PM PDT

Majlis Iftar DUN Titi Tinggi
Majlis berbuka puasa PAS Kawasan turut dihadiri rakan dari DAP
Majlis berbuka puasa PAS Kawasan
Majlis berbuka puasa PAS kawasan di Santan pada 15/8/11
Majlis berbuka puasa DUN Santan
YDP dan TYDP turut hadir ke majlis berbuka puasa DUN Santan

Bubur Lambuk Ramadan

Posted: 16 Aug 2011 11:51 PM PDT

DUN Santan di Markas Padang Pauh
DUN Titi Tinggi di Markas DUN
Bubur DUN Beseri
Beseri lagi

PAS TAMBUN

Posted: 17 Aug 2011 01:51 AM PDT

PAS TAMBUN


ISU TAMPAR TUAN GURU..UST WAN TARMIZI AKAN JAWAB DALAM TAZKIRAH DI MARKAZ MANJOI JALAN DATO' MALAM INI

Posted: 16 Aug 2011 05:58 PM PDT















DI JEMPUT SELURUH PENDUDUK KHUSUS DI SEKITAR MANJOI, UNTUK MENDENGAR PENJELASAN ISU VIDEO KONTROVERSI BERKENAAN DENGAN UST KAZIM MENUDUH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ SEBAGAI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W

TEMPAT MARKAZ PAS JALAN DATO' KG MANJOI TARIKH 17 RAMADHAN 1432 / 17 OGOS 2011

ISU TAMPAR TUAN GURU.. JAWAPAN KEPADA UST KAZIM

Posted: 16 Aug 2011 05:48 PM PDT



(SILA KLIK UNTUK LEBIH JELAS)

KelicapKuning : terpanggil untuk paparkan emel dari seorang kawan berkenaan dgn tindakan kazim menuduh Tuan Guru menghina Rasulullah...

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 17 Aug 2011 01:40 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Perang Badar Dan Nuzul al-Quran

Posted: 16 Aug 2011 06:31 PM PDT

17 Ramadhan 1432H. [MOD] -
http://pmram.org

Dua peristiwa besar dalam Islam yang berlaku pada 17 Ramadan ialah nuzul al-Quran dan peperangan badar. Nuzul al-Quran dalam konteks ini ialah penurunan al-Quran buat kali yang pertama.

Penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, al-Tabari, Ibn Hisyam, al-Asqalani dan Ibn Sayyid al-Nas mencatatkan bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad S.A.W. bertahannuth di gua Hira'.

Baginda dilaporkan pergi ke gua Hira' bersama-sama isterinya Khadijah. Ketika sedang tidur, baginda didatangi Jibrail yang memintanya membaca. "Bacalah! Namun, Nabi Muhammad SAW menjawab: Apa akan ku baca (wa ma aqra'?)"

Sebaik sahaja mendengar jawapan Nabi Muhammad SAW, Jibrail terus memeluk baginda dengan kuat sehingga baginda sukar untuk bernafas. Kemudian baginda dilepaskan lalu disuruh lagi: "Bacalah! Nabi Muhammad masih menjawab: Apa akan ku baca?" Lalu Jibrail menarik dan memeluknya sekali lagi. Perkara ini berterusan sehingga beberapa kali.

Lalu Jibrail melepaskan Nabi Muhammad SAW dan seterusnya membacakan lima ayat pertama dari surah al-Alaq. Selepas itu, barulah Jibrail pergi dari situ dan nabi segera terjaga dari tidurnya.

Lima ayat pertama dari surah al-Alaq inilah yang pertama diturunkan kepada baginda SAW. Lima ayat ini jugalah yang mempunyai kaitan langsung dengan peristiwa nuzul al-Quran.

Apa pula kaitan antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar? Untuk melihat lebih lanjut mengenai perkara ini, mari kita lihat pandangan-pandangan yang timbul mengenai tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran. Pandangan-pandangan inilah nantinya akan membawa kita kepada hubung kait antara nuzul al-Quran dengan peperangan Badar.

Ulama menyepakati bahawa nuzul al-Quran berlaku pada hari Isnin. Jika ditinjau pandangan Ibn Kathir, kita akan dapati bahawa persepakatan ini disandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW sendiri ketika ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Baginda mengatakan bahawa baginda dilahirkan pada hari Isnin dan al-Quran juga diturunkan kepadanya pada hari Isnin.

Sekalipun terdapat persepakatan dari segi hari berlakunya peristiwa nuzul al-Quran, namun terdapat perselisihan pendapat dari segi tarikh dan bulan berlakunya peristiwa tersebut.

Beberapa tarikh telah dilaporkan oleh sumber sejarah Islam sebagai tarikh berlakunya nuzul al-Quran seperti 10 Ramadan, 17 Ramadan, 18 Ramadan ataupun 24 Ramadan.

Selain bulan Ramadan, terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Rabiulawal atau bulan Rejab. Walau bagaimanapun, pandangan yang paling masyhur menyebut bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Kebanyakan sumber sejarah Islam yang menyebut mengenai perkara ini di dapati melaporkan pandangan Ibn Ishaq.

Mari kita lihat apa pula bukti yang mengukuhkan hujah bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Menurut kebanyakan penulis sumber sejarah Islam yang berautoriti seperti Ibn Ishaq, Ibn Hisham, Ibn Kathir, al-Suhayli dan juga al-Bayhaqi, ayat 185 surah al-Baqarah adalah bukti jelas bahawa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan.

Ini terbukti menerusi apa yang boleh difahami dari ayat tersebut iaitu, "bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu…".

Selain ayat tersebut, terdapat juga ayat lain yang turut digunakan sebagai bukti bahawa peristiwa nuzul al-Quran berlaku pada bulan Ramadan. Antaranya ialah ayat 41 surah al-Anfal.

Menariknya ialah, ayat ini tidak hanya menentukan bulan berlakunya peristiwa tersebut. Bahkan ia juga turut mendedahkan tarikh berlakunya peristiwa nuzul al-Quran itu sendiri.

Ini boleh difahami menerusi maksud ayat tersebut iaitu ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami Muhammad di hari Furqan iaitu hari bertemunya dua pasukan.

Apa yang dimaksudkan dengan hari bertemunya dua pasukan di sini ialah pertemuan antara orang Islam dan orang kafir dalam peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan.

Oleh kerana ayat 41 sebelum ini menjelaskan mengenai nuzul al-Quran berlaku pada hari tersebut, maka tarikhnya pastilah 17 Ramadan. Cuma bezanya, peperangan Badar berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah.

Walau bagaimanapun, baik nuzul al-Quran mahupun peperangan Badar, kedua-duanya adalah peristiwa besar dalam sejarah Islam. Nuzul al-Quran menjadi titik tolak kepada pelantikan Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah untuk membawa risalah Islam.

Peperangan Badar pula mencerminkan kekuatan pihak Islam hanya dalam tempoh lebih kurang dua tahun selepas mereka meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah.

Laporan polis terhadap Timbalan Ketua Polis Perak

Posted: 16 Aug 2011 06:26 PM PDT

17 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

IPOH, 16 Ogos: Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

"Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

"Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!" ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu.

Berikut adalah laporan polis tersebut.

Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami Adun sebagaimana terpapar di muka depan di dalam akhbar Sinar Harian, semalam.

Dengan tajuk "JAGA ADAB" beliau menyatakan "saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin".

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita. Sekaligus beliau mengenepikan Undang-undang tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap Dun yang mana saya dan semua Adun telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya.

Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung didalam Peraturan Tetap dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami. Dewan mempunyai Tuan Speaker dan pengawalnya tersendiri. Doktrin pengasingan kuasa dan sistem demokrasi berparlimen menjadi ikutan saya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Kenyataan Datuk Zakaria di dalam laporan akhbar tersebut juga mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh Umno BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan Dun Perak telah dicerobohi oleh PDRM dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Saya ingin mengingatkan bahawa PDRMlah yang telah masuk dan menceroboh Dun Perak pada 7 Mei 2009, sedang Speaker YB Sivakumar mengendalikan persidangan dan YB Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang dewan.

Sementara kami Adun Pakatan Rakyat dibelasah dan dikasari oleh polis didalam dewan dan ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, Pengarah-pengarah kerajaan Negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga Adab"?

Kenyataan ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat. Sedarlah bahawa tahap kejadian mungkar, jenayah, rasuah, pembunuhan, kemalangan, salah guna kuasa, pecah amanah di Perak yang menjadi-jadi kini, memerlukan PDRM melaksanakan tugas mereka bagi menjaga keselamatan rakyat dan negeri. Jangan sibuk menjaga persidangan Dun Perak dan berlagak seperti Perdana Menteri. Sebagai eksekutif, PDRM ada tugasan mereka yang mesti dilaksanakan. Laporan polis yang dibuat oleh rakyat masih bertimbun yang belum disiasat!

Kenyataan Datuk Zakaria yang tidak bertanggungjawab, niat buruk, berbau ugutan serta mencerminkan sikap diperalatkan oleh UMNO BN amat menyedihkan kami. Lihat saja kekejaman yang dibuat Polis terhadap rakyat semasa himpunan aman Bersih 2.0 di KL pada 9 Julai 2011! Bilik hotel saya diceroboh oleh polis dari IPD KL pada jam 12.45 tengah malam pada 9 Julai 2011!

Persidangan yang sepatutnya berjalan selama 2 hari telah ditamatkan oleh Speaker haram pada jam 1 tengah hari pada 15 Ogos 2011. Banyak soalan lisan dan bertulis kami tidak dijawab. Pembesar suara/microphone kami selalunya ditutup. Peraturan Tetap tidak dipatuhi oleh Speaker haram! Bagaimana kami boleh "menimbulkan banyak perkara" dalam persidangan yang tak sampai 3 jam? Speaker haram telah tidak upaya mengendalikan dewan serta hilang kawalan dan akhirnya Dun Perak gagal sebagai badan Legislatif yang dimuliakan!

Maka dengan ini saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataanya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN. Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kacamata rakyat!


Berbuka mewah jadi isu di Turki

Posted: 16 Aug 2011 02:00 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PENDUDUK Turki berbuka puasa beramai-ramai di Beylikduzu, Istanbul.
Gerakan Islam saran golongan kaya elak cara kapitalis ketika iftar

ANKARA: Berbuka puasa secara mewah atau di tempat umum menjadi isu di Turki selepas sebuah pergerakan pro-Islam, Landasan Keadilan dan Buruh (LJP) menyifatkan mereka yang berbuka di hotel melambangkan kemenangan sistem kapitalis.

"Kami menentang pembaziran wang ketika berbuka. Daripada membelanjakan wang untuk meja hidangan berbuka, beri saja wang itu kepada pekerja," menurut kenyataan LJP.

Mereka merujuk kos berbuka iaitu 318 lira Turki (RM533) satu meja sedangkan gaji minimum di negara itu hanya 658 lira (RM1,104).

"Ini bukannya protes terhadap iftar ketika Ramadan semata-mata tetapi kami lakukannya kerana juadah besar ini menjadi lambang penduduk yang akur kepada cara kapitalis sejak 15 tahun lalu," kata seorang peserta protes, Ihsan Eliacik kepada akhbar Hurriyet.

"Ketika orang miskin berhimpun di bawah khemah untuk mendapatkan makanan percuma, golongan kaya berkumpul di hotel. Malang sekali mentaliti konservatif di Turki mewujudkan jurang ini yang dianggap biasa sekarang," katanya.

Seorang lagi penulis, Hidayet Tuksal, berpendapat isu ketidakadilan sosial termasuk jurang taraf hidup tidak banyak dibincangkan di kalangan kumpulan Islam.

Ihsan, bagaimanapun, tidak bersetuju dengan Hidayet dengan berkata: "Memberi kekayaan tidak semestinya dapat membantu menghapuskan ketidaksamaan taraf.

"Wujud jurang besar antara golongan kaya dan miskin di Turki. Orang kaya yang sedar perkara itu mendermakan wang mereka tetapi meneruskan cara hidup mereka," katanya.

Perbahasan itu dilihat turut mempengaruhi ahli politik dengan speaker Parlimen, Cemil Cicek, yang baru-baru ini menghadiri majlis berbuka, mengkritik penaja kerana menggunakan meja mahal, manakala Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan turut menggesa semua pihak mengelak mengadakan iftar besar-besaran. – Agensi

Imam kecewa selepas ditangkap dalam BERSIH

Posted: 16 Aug 2011 01:54 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kini "berpatah arang dan berkerat rotan" dengan Jabatan Agama Johor (JAJ) yang mengeluarkan arahan itu.

Imam kecewa itu - Hassan Md Said - membayangkan tidak mahu lagi berkhidmat dengan JAJ selepas tamat tempoh penggantungan tiga bulannya pada 2 November depan.

"Saya berdakwah cara lainlah pula. Saya amat kecewa mereka buat cara macam ini dengan saya.

"Saya sudah 14 tahun berkhidmat sebagai imam tetapi macam tidak dihargai. Jabatan agama (JAJ) ini tidak profesional langsung," kata imam bertauliah di Masjid Ladang itu.

Hassan, 40, mendakwa menerima surat makluman penggantungan tiga bulan dari Pengarah JAJ Elias Hasran bermula 2 Ogos kerana "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.

Walaupun tidak disebut secara jelas, Hassan percaya elaun bulanan RM750 yang diterimanya akan dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit "kencing manis serius" itu hilang mata pencarian.

Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu. Beliau menafikan menyertai itu sebaliknya hanya datang menziarahi saudara dan melawat ibu negara.

Dipandang serong penduduk kampung

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan menyifatkan tindakan JAJ menggantungnya tanpa alasan jelas sebagai tidak profesional dan tidak berbudi bahasa.

Menurutnya lagi, tindakan jelas itu menyebabnya dipandang serong oleh masyarakat sehingga ada yang menyangkanya terlibat dalam perbuatan jenayah.

"(Kesannya) sekarang orang datang belajar mengaji (dengan saya) pun sudah kurang," katanya bapa kepada empat orang anak - dua darinya berumur setahun dan dua tahun serta masih menyusu botol.

Ditanya keadaan kewangannya sekarang, Hassan berkata beliau dalam keadaan "defisit", tambahan lagi dengan keadaan di mana harga barang semuanya mahal.

"Kami berkeluarga di sini agak daif. Rumah pun tidak ada dan cuma menyewa dekat masjid... Susahlah lepas ini, sewa pun tak lepas," katanya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan komen pengarah JAJ setakat ini belum berhasil.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan, Hassan turut disekat dari mendapat surat tauliah sebagai pegawai amil zakat fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus ujian saringan.

"Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah," laporan itu dipetik.

malaysiakini/-

Sita gereja: Blogger Umno tipu

Posted: 16 Aug 2011 01:50 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan tuduhan blogger Umno, Papa Gomo kononnya beliau dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Menurut Khalid, Papa Gomo dalam blognya menyiarkan surat palsu dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkaitan kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja tersebut baru-baru ini.

Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau juga berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan penipuan apabila menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar rumah ibadat itu adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," katanya.

Sehubungan itu, beliau bersama-sama MBPJ membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang ini meminta satu siasatan dijalankan terhadap Papa Gomo.

harakahdaily/-

Liwat II: Bekas IGP Musa Hassan ditemubual esok

Posted: 16 Aug 2011 01:40 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan dua lagi saksi potensi akan ditemuabual oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Perkara itu diumumkan oleh peguam Sankara Nair, selepas menemubual pembantu rumah Indonesia Suchiyati bersama rakannya yang lain Param Cumaraswamy dan Ram Karpal.

"Hari ini polis membawa seorang daripada pembantu rumah yang masih bekerja dengan pemilik kondo. Kami masih tidak mengetahui status seorang lagi pembantu rumah.

"Esok, mereka akan membawa dua lagi saksi termasuk Musa. Musa kini diluar negara dan akan hanya kembali pagi esok," kata Sankara.

Dua lagi baki saksi yang akan ditemubual adalah jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh dan bekas pembantu Anwar Mohd Khoharullah Abdul Majid yang juga pemandunya.

Perbicaraan akan bersambung Isnin ini di mana Anwar berdepan dengan tiga pilihan semasa membela dirinya.

Anwar boleh memberi keterangan dari kandang saksi, memberi keterangan dari dock ataupun memilih untuk mendiamkan diri.

Perbicaraan yang sepatutnya bermula Isnin lalu terpaksa ditangguhkan kerana pihak pembelaan hanya berjaya menemubual 19 saksi potensi dan masih ada enam lagi yang belum dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan Mohd Saiful bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

MALAYSIAKINI/

Pertemuan PAS-gereja petang ini ditangguhkan

Posted: 16 Aug 2011 01:30 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pertemuan antara PAS dengan pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang dijadualkan hari ini berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu, ditangguhkan ke tarikh lain.

Ketika dihubungi Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan bahawa pertemuan petang ini telah ditangguhkan.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan itu bukan dibatalkan, tetapi hanya ditangguhkan ke tarikh lain.

Katanya, beliau akan mengadakan sidang akhbar di pejabat agung PAS di ibunegara tengahari ini.

Difahamkan, Mustafa dijangka menjelaskan sebab penangguhkan tersebut dan mungkin tarikh pertemuan yang baru.

malaysiakini/-

PR Ingatkan Najib Jangan Mengelak, Desak Inkuiri Awam

Posted: 16 Aug 2011 01:25 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 16 OGOS : Lantaran tidak menerima sebarang respon balas dari Perdana Menteri berhubung sidang khas parlimen yang dituntut, Pakatan Rakyat hari ini mendesak supaya Putrajaya mengadakan inkuiri awam bersabit isu pilihan raya.

Bercakap pada satu sidang media, ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkuatkuasa esok selepas beliau gagal memanggil satu sidang tergempar parlimen.

"Pada 8 Ogos lalu kita telah menghantar satu surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memanggil satu sidang tergempar parlimen yang berkaitan isu pemastautin tetap menjadi warganegara dan pengundi dengan kadar segera dan kita telah serahkan surat itu melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dan tempoh tujuh hari itu telah tamat semalam yang mana Perdana Menteri mengumumkan untuk menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen.

"Tapi beliau (Najib) hanya nyatakan ia (jawatankuasa khas Parlimen) itu hanya fokus kepada pembaharuan pilihan raya, jadi saya tegaskan Perdana Menteri jangan lari daripada tajuk asal, jangan lari dari perkara asas yang kita anggap satu pengkhianatan dan penyelewengan khususnya mendaftarkan pemastautin tetap jadi warganegara dalam tempoh beberapa jam," katanya.

Semalam Najib mengumumkan penubuhan jawatankuasa pilihan khas parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak-wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Najib berkata panel itu juga akan turut dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

Walau bagaimanapun kata Salahuddin yang juga naib presiden PAS, kepimpinan Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan mahu Putrajaya mengadakan inkuiri awam.

"Isu ini kita tidak boleh berkompromi dan kita berpandangan Perdana Menteri harus memanggil sidang tergempar parlimen dan bukan mengambil tindakan menubuhkan jawatankuasa khas Parlimen tetapi perkara yang besar, berlaku penyelewengan yang berlaku dalam urus tadbir yang mana pemastautin tetap bertukar status kewarganegaraan dalam tempoh beberapa jam.

"Kita, hari ini mendesak Perdana Menteri mengadakan inkuiri awam iaitu satu sesi bertemu rakyat di seluruh negara untuk rakyat tampil dan kemukakan bukti-bukti mengenai penipuan dan penyelewengan yang kita anggap mengancam keselamatan negara," katanya.

Menurut salahuddin, penubuhan jawatankuasa khas ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah daftar pemilih yang jelas bercelaru dan diragui kesahihannya.

"Adakah kita rela orang luar, orang asing yang tidak faham negara kita boleh menentukan masa depan negara yang kita anggap sangat memberi kesan, ini isu sebenar yang gagal di jawab Najib, sebaliknya beliau berdalih untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen ini tidak memadai untuk selesaikan isu yang besar.

"Sebab itu, kita desak inkuiri awam diadakan untuk rakyat kemukakan bukti-bukti, kalau tidak dipenuhi kita tidak akan teragak-agak untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong dan kita akan minta suruhanjaya diraja ditubuhkan, ini yang kita mahu...Perdana Menteri jangan lari dari isu sebenar," katanya.

Dalam pada itu setiausaha publisiti DAP, Tony Pua ketika dihubungi Tv Selangor hari ini berkata, beliau khuatir sekiranya penubuhan jawatankuasa itu hanya helah Najib untuk lari dari masalah sebenar.

"Oleh sebab itu kita harap, penubuhan satu jawatankuasa ini bukan untuk membisukan suara rakyat dalam pilihan raya akan datang. Dan buat masa ini, mungkin mereka hendak tubuhkan jawatankuasa ini supaya kita tidak buat bising lagi dan dalam jangka masa pendek mereka akan panggil pilihan raya sebelum apa-apa rombakan dibuat ke atas pilihan raya kita,"katanya.

TV SELANGOR/-

Lelaki ditemui mati ditetak

Posted: 16 Aug 2011 01:20 AM PDT

16 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Seorang pemberi hutang atau "Along" ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di bilik air sebuah premis kopitiam dan karaoke di kawasan Petaling Jaya Commercial City (PJCC) di sini semalam akibat ditetak di bahagian badan.

Mayat Phua Wei Loon, 25, dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah ditemui seorang rakannya kira-kira 9.30 malam yang datang ke premis berkenaan untuk mencarinya selepas mengesyaki sesuatu buruk berlaku apabila gagal menghubungi mangsa.
Phua, yang berasal dari Banting, Selangor dikatakan datang ke premis berkenaan untuk berjumpa pemilik premis bagi tujuan memungut hutang.

Bercakap kepada Bernama hari ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara pemilik premis dan Phua sebelum mangsa dibunuh.

Polis kini mengiatkan usaha memburu pemilik premis itu yang dilaporkan menghilangkan diri, katanya. - Bernama

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 17 Aug 2011 01:07 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI (DPPN) P.PINANG BERHUBUNG ISU LARANGAN BACAAN ALQURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH

Posted: 17 Aug 2011 12:53 AM PDT

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI (DPPN) P.PINANG BERHUBUNG ISU LARANGAN BACAAN ALQURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA SEBELUM SUBUH. DPPN P.Pinang menyokong penuh penjelasan yang diberikan oleh Mufti P.Pinang Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad berhubung isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum subuh seperti surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal [...]

Bukti Pengundi Hantu di Pulau Pinang

Posted: 16 Aug 2011 04:33 PM PDT

Lanjutan dari pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang mengenai 237 nama misteri dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan mendedahkan beberapa nama beserta bukti yang memang wujud banyak data yang meragukan dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang Nama Pemilih   SYARIFAH @ BAIZURA BINTI MOHAMMAD RODZE mempunyai 2 nombor [...]

PAS TELUK INTAN

Posted: 16 Aug 2011 11:31 PM PDT

PAS TELUK INTAN


TVSelangor09 16082011 PKR Dakwa Ada Bukti BN Seludup Pengundi

Posted: 16 Aug 2011 02:25 AM PDT

Peghelih La...

Posted: 16 Aug 2011 11:30 PM PDT

Peghelih La...


Bekas tentera dakwa pangkah 'sampai lenguh'

Posted: 16 Aug 2011 11:21 PM PDT

Malaysiakini melaporkan: Seorang bekas anggota tentera mendedahkan, beliau telah menanda ribuan kertas undi pos semasa bertugas sebagai sebagai kerani tadbir ketika pilihan raya ketujuh dijalankan.

Kamarulzaman Ibrahim, 53, mendakwa beliau bersama beberapa lagi rakannya diarahkan supaya berbuat demikian oleh pegawai pemerintahnya.

Beliau mengaku berbuat demikian sepanjang tiga hari menjalankan tugas berkenaan di Kem Terendak, Melaka.

Katanya, beliau telah menanda kertas undi berkenaan "sehingga lenguh tangan" dan turut menandatangan setiap borang yang dikepilkan bersama kertas undi tersebut.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini, Kamarulzaman berkata, beliau berbuat demikian kerana "sekadar menurut perintah."

Selain Kamarulzaman, turut tampil membuat pendedahan hari ini ialah dua orang lagi anggota dan seorang pegawai tentera.

Zaman tipu lembu berkaca mata hijau sudah berlalu

Posted: 16 Aug 2011 11:19 PM PDT

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Zaman untuk BN hendak menipu rakyat seperti pengembala lembu yang memakai cermin mata hijau supaya lembu memakan rumput kering sudah berlalu.

Justeru, AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kerajaan BN mesti mengikut peredaran zaman dengan membenarkan semua parti pembangkang dapat akses dalam media perdana seperti tuntutan Bersih 2.0.

"Biarkan rakyat yang menjadi hakim setelah mendapat maklumat sebenar.

"Hentikan laporan berita yang berat sebelah, sedangkan pembangkang tidak dibenarkan untuk menjawab segala tuduhan yang dilemparkan," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ini ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya kerajaan mengkaji semula tapisan terhadap media, setelah tindakan kerajaan ke atas The Economist mengenai perhimpunan Bersih 2.0 telah memberi kesan buruk kepada imej negara.

Najib menyatakan perkara tersebut ketika majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama.

Menurut Idris, sekarang baru beliau sedar zaman hari ini segala maklumat tidak boleh disembunyikan lagi.

"BN berada di dalam situasi yang berbeza ketika ini. PRU 13 BN akan menghadapi cabaran media baru seperti blog, twitter, face book semua ini menghantui BN," katanya lagi

Presiden PAS: Umno gagal laksana semangat Perlembagaan dengan betul

Posted: 16 Aug 2011 11:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno telah gagal melaksanakan dasar Perlembagaan Persekutuan terutamanya dalam memartabatkan orang Melayu dan agama Islam.

Dalam buku Konsep Asas Negara Berkebajikan yang dilancarkan baru-baru ini, Presiden PAS berkata, Umno yang menjadi parti teras Barisan Nasional (BN) juga tidak menunjukkan contoh ajaran Islam kepada orang bukan Islam.

"PAS menegaskan bahawa Umno tidak melaksanakan dasar dan semangat Perlembagaan Persekutuan dengan betul dan sempurna maka mereka gagal memperkasakan Melayu dengan Islam dan menunjukkan contoh Islam khususnya kepada bukan Islam sehingga menunjukkan dan mengizinkan sikap bermusuh dengan berbagai kaum.

"Umno juga tidak menyelamatkan raja dan meninggikan mereka ke tempat yang sebenar tetapi menjadi pengampu yang merosakkan institusi raja-raja yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada raja-raja," katanya dalam buku yang dilancarkan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

LAGI >>>

PAS Negeri Sembilan

Posted: 16 Aug 2011 09:50 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Empat rumah berlumpur

Posted: 15 Aug 2011 11:32 PM PDT



Empat rumah berlumpur
Sinar Harian 16 Ogos 2011

BAHAU - Sebanyak empat rumah di Bukit Taisho, dekat sini berlumpur akibat hujan lebat hampir sejam yang turut menyebabkan banjir kilat, baru-baru ini.

Adun Bahau, Teo Kok Seong berkata, hampir 15 penduduk kawasan berkenaan terpaksa berhadapan situasi itu apabila hujan turun lebat tanpa henti.

Menurutnya, penduduk di sini mendakwa banjir kilat berlaku adalah berpunca dari projek pembangunan berhampiran Bukit Taisho.

"Ia juga menyebabkan lumpur dan pasir menutup sistem perparitan sedia ada. Ini menyukarkan dan turut menyekat laluan air.

"Paras banjir paling tinggi adalah lebih kurang tiga meter. Rumah yang dibanjiri air parasnya lebih dari satu meter," katanya.

Difahamkan, pihak bomba dan penyelamat, Majlis Daerah Jempol (MDJL) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah turut turun padang membantu penduduk kawasan berkenaan.

Kok Seong berkata, ia adalah antara banjir terburuk melanda kawasan terbabit, malah hampir semua barang dalam rumah penduduk basah dan rosak akibat hujan.

"Hujan terlalu lebat dan menyebabkan penduduk tidak sempat menyelamatkan barang mereka. Saya berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan wajar bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang.

"Tindakan pantas semua agensi kerajaan yang datang ke kawasan banjir pada hari kejadian amat dihargai dan saya berpendapat bahawa mana-mana projek pembangunan haruslah dipantau dari masa ke semasa demi kepentingan serta keselamatan penduduk," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9434326.asp

PAS KDAS 3

Posted: 16 Aug 2011 09:28 PM PDT

PAS KDAS 3


Lagi Pengundi Hantu DiKesan Di Pulau Pinang.

Posted: 16 Aug 2011 04:51 PM PDT


Lanjutan dari pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang mengenai 237 nama misteri dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang.
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan mendedahkan beberapa nama beserta bukti yang memang wujud banyak data yang meragukan dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang
Nama Pemilih   SYARIFAH @ BAIZURA BINTI MOHAMMAD RODZE mempunyai 2 nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih.
 
Perhatikan pada gambar kedua yang disemak melalui laman web SPR, no kad pengenalan hanya dibezakan dengan nombor terakhir iaitu no 2 dan 3.
Yang ironinya no kad pengenalan warga negara Malaysia yang jantinanya perempuan/wanita akan berakhir dengan nombor genap. Tetapi gambar kedua menunjukkan nombor tersebut berakhir dengan nombor ganjil.
Kedua-dua rekod ini juga menunjukkan 'pengundi hantu' ini mengundi di tempat yang sama iaitu di Jalan Sembilang, Seberang Jaya.
Semakan yang dibuat di JPN menunjukkan no kad pengenalan 840922065613 tidak wujud.
Ini merupakan satu bukti yang nyata bahawa data SPR memang sangat meragukan dan perlu dibersihkan. Untuk itu tuntutan Bersih 2.0 untuk membersihkan data pemilih memang sangat relevan.
Dipetik dari blog dppk pulau pinang.

MTD N24 Bemban

Posted: 16 Aug 2011 09:07 PM PDT

MTD N24 Bemban


RAYUAN DERMA JIHAD

Posted: 16 Aug 2011 04:30 AM PDT


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Posted: 16 Aug 2011 07:29 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH


Pengundi Hantu di Permatang Pauh

Posted: 16 Aug 2011 04:40 PM PDT



Lanjutan dari pendedahan Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang mengenai 237 nama misteri dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang.

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang akan mendedahkan beberapa nama beserta bukti yang memang wujud banyak data yang meragukan dalam daftar pemilih SPR di Pulau Pinang



Nama Pemilih SYARIFAH @ BAIZURA BINTI MOHAMMAD RODZE mempunyai 2 nombor kad pengenalan dalam daftar pemilih.





Perhatikan pada gambar kedua yang disemak melalui laman web SPR, no kad pengenalan hanya dibezakan dengan nombor terakhir iaitu no 2 dan 3.

Yang ironinya no kad pengenalan warga negara Malaysia yang jantinanya perempuan/wanita akan berakhir dengan nombor genap. Tetapi gambar kedua menunjukkan nombor tersebut berakhir dengan nombor ganjil.

Kedua-dua rekod ini juga menunjukkan 'pengundi hantu' ini mengundi di tempat yang sama iaitu di Jalan Sembilang, Seberang Jaya.





Semakan yang dibuat di JPN menunjukkan no kad pengenalan 840922065613 tidak wujud.

Ini merupakan satu bukti yang nyata bahawa data SPR memang sangat meragukan dan perlu dibersihkan. Untuk itu tuntutan Bersih 2.0 untuk membersihkan data pemilih memang sangat relevan.

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 16 Aug 2011 07:15 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


PATI Diberi Hak Menentukan Politik Negara Malaysia..?

Posted: 16 Aug 2011 08:53 AM PDT



PKR dakwa ada bukti BN seludup pengundi


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin hari ini mendakwa, BN sedang "menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing."

NONEZuraida (tengah, bertudung) mendakwa, beliau mempunyai bukti dan saksi bahawa usaha itu dijalankan melalui program pemutihan 6P yang sedang berjalan.

"Wanita PKR berjaya menyelinap masuk ke dalam program pemutihan ini dan mendapati bahawa pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.

"Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

NONEBeliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media hari ini.

Kumpul sepuluh saksi
Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan "bukti sahih" kerana "kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salam seorang daripada (pendatang asing)."

Jelasnya, beberapa orang "kawan-kawan kita" berjaya memasuki pusat pemutihan yang enggan dipastikan lokasinya itu dan berjaya mendapat salah satu daripada salinan dokumen itu keluar.

"Setakat ini kita ada sepuluh orang saksi. Kita sedang kumpul lebih banyak bukti sebelum kita bawa mereka ke hadapan untuk dedahkan (perbuatan tersebut)," katanya.

NONEZuraida hanya berkata, PKR sebelum ini membuat pendedahan mengenai kegiatan memberikan kerakyatan kepada pengundi, yang didakwa berlaku di Sepang, Hulu Selangor dan Shah Alam.

"Kita akan dedahkan banyak lagi bukti lebih konkrit," katanya lagi di sidang media yang turut dihadiri dua orang wakil rakyat PKR Selangor -- Elizabeth Wong dan Nik Nazmi Nik Ahmad.





dipetik dari MK

PAS Kawasan Pekan

Posted: 16 Aug 2011 07:01 PM PDT

PAS Kawasan Pekan


KONVENSYEN PILIHANRAYA PAS PAHANG

Posted: 16 Aug 2011 12:13 AM PDT

Harakah daily : Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 13 Ogos: Dengan jangkaan pilihan raya umum (PRU) 13 hanya dalam tempoh beberapa bulan dan PAS bersama Pakatan Rakyat pula berpotensi untuk mencipta kemenangan, satu konvensyen pilihan raya akan diadakan Rabu ini.

Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang yang dijadualkan pada 17 Ogos itu akan berlangsung di Markas Darul Amin, Sungai Gau bermula jam 8 pagi hingga 12 malam.

Menurut pengarah program Abdul Majid Hasan (gambar), pada majlis tersebut tiga tokoh PAS Pusat akan membentangkan pengarahan kerja serta motivasi iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli.

"Tema konvensyen yang sangat penting ini ialah 'Sederap Menjana Kemenangan' dan ia lanjutan daripada program retreat pilihan raya yang diadakan di Cameron Highlands baru-baru ini.

"Matlamatnya ialah untuk merangsang, menggerakkan dan mengaktifkan jentera serta petugas di semua peringkat parti
untuk kemenangan pada PRU 13. Juga menyediakan roadmap bertindak mulai Ogos 2011.

"Urusetia menjangkakan 1,000 peserta akan hadir yang terdiri daripada anggota Badan Perhubungan Negeri, Dewan-Dewan, Kawasan PPPP, AIPP, DHPP dan Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang," katanya kepada Harakahdaily.

Abdul Majid yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang berkata, acara pada sebelah siang akan berakhir pada pukul 4 dengan penyerahan buku rumusan bertindak yang disepakati iaitu 'Perincian Gerak Kerja Merujuk Resolusi Retreat'.

Pada sebelah malamnya akan diadakan tahlil dan iftar perdana, Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan diakhiri dengan ceramah perdana melibatkan ketiga-tiga tokoh.

Dalam pada itu Abdul Majid memberitahu, fokus PAS Pahang ialah untuk mendapatkan undi Melayu dan jika berjaya Pakatan Rakyat boleh mendapat majoriti mudah.

Tambahnya, ini tidak mustahil kerana 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang merupakan kawasan Felda. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat 25 kerusi kawasan Felda daripada 43 Dun keseluruhannya.

"Dengan peningkatan sokongan dibandar, sokongan bukan Melayu yang masih kekal, lonjakan kesedaran di kalangan peneroka Felda serta pelbagai kelemahan kerajaan negeri yang hangat diperkatakan, maka kita yakin Pakatan Rakyat boleh membuat kejutan dalam PRU akan datang asalkan pelan gerak kerja dilaksanakan di semua peringkat," tegasnya.

Tambahnya, gelombang kebangkitan kemenangan Pakatan di Pahang bermula dengan konvensyen ini.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 16 Aug 2011 03:56 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


IKALN BABI SENSITIVE... ARAK NGAN NOMBOR EKOR OK LAK?

Posted: 16 Aug 2011 09:29 AM PDT

Sekarag nie  dok heboh pasal iklan daging babi stick dalam paper the Star.....orang melayu nie memang cukup pantang dengan babi... tak kire apa pun... makan ke... gambar ke... iklan ke... asalkan babi... memang mintak jauh malaikat 44.. kalau kate makanan tue ada babi. memang tak makan punye lah... tapi kenape tidak pantang pada arak sedangkan arak padahal nabi kate itu adalah ibu segala maksiat... dan yang lagi bestnye iklan nombor ekor pun tak pulak dibuangnye waktu bulan Ramadhan.. seolah-olah menggalakkan orang tambah 'duit' buat sambut raya nanti.... pelik orang melayu jenis bangsa Umno nie....

Pehh!!! Nampaknye Hishamuddin memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir/ babi


 
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar masakan daging khinzir babi serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit
 
 
"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya.

Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. - BERNAMA
 
....babi oh babi....

PROF ABU HASSAN PERTIKAI KEPIMPINAN NAJIB

Posted: 15 Aug 2011 07:10 PM PDT

Meskipun populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau berjaya meraih perhatian rakyat berdasarkan kajian Merdeka Centre, ia bagaimanapun bukanlah jaminan pergerakan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Hal ini kerana menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, kegagalan Najib mengurus tadbir negara dengan cekap, sudah lama diperhatikan oleh rakyat yang pada bila-bila masa sahaja boleh mengambil keputusan meranapkan impian Najib untuk terus berkuasa.

"Rakyat inginkan suatu petunjuk yang nyata ke mana sebenarnya arah negara ini yang ingin dibawa (oleh Najib) kerana rakyat sudah dalam keadaan tertekan, dalam situasi ekonomi yang semakin dahsyat dan ancamannya kepada masyarakat dengan harga barang yang berlambung-lambung, dengan harga rumah yang sudah tidak terkawal, dengan pengangkutan awam yang sangat-sangat tidak cekap dan tidak membantu.. dan ini memberi kegusaran kepada masyarakat.

"Maka semuanya ini memberi impak dan kita harus ingat kesan langsung ini kepada masyarakat," kata Abu ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Merdeka Centre dalam kajiannya merumuskan, tidak banyak perubahan yang dibawakan oleh Najib sejak mentadbir negara pada April 2009.

Walaupun mengakui kejayaan media arus perdana mempopularkan pemimpin itu, ia bukanlah jaminan sokongan itu akan diterjemahkan melalui undi.

ISU GEREJA : JAIS MEMBERI KAUNSELING 12 ORANG ISLAM

Posted: 15 Aug 2011 05:27 PM PDT

Seramai 12 individu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di sebuah gereja dekat Petaling Jaya awal bulan ini memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam.


Pada 3 Ogos lalu kesemua mereka, tiga lelaki dan sembilan wanita telah diperiksa pegawai Jais ketika agensi itu melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Kesemua mereka yang berusia antara 20-an dan 40-an tiba secara berperingkat di Bangunan Sultan Idris mulai 9.15 pagi hingga 1 tengah hari semalam.

Difahamkan proses mengambil keterangan dan kaunseling berakhir lewat petang tadi.

Menurut sumber The Malaysian Insider, kesemua individu itu telah dipanggil memberi keterangan selepas gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lalu.

"Ya, 12 individu terbabit hadir dan memberikan keterangan kepada pihak Jais hari ini," kata sumber itu.

"Mereka dipecahan ikut kumpulan kecil antara dua dan tiga orang semasa kaunseling diberikan oleh pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor," tambahnya.

Kata sumber itu lagi, sebahagian individu itu hadir bersama peguam masing-masing.

Difahamkan keterangan mereka direkodkan oleh pegawai Bahagian Pengurusan dan Penguatkuasaan Jais.

Selain pegawai Jais, turut menghadiri sesi itu adalah Pengarah Jais Marzuki Hussin, Timbalan Mufti Selangor Datuk Abdul Majid Omar dan seorang peguam daripada Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakili 10 daripada 12 individu beragama Islam itu.

Kesemua individu itu disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Duit Syiling Baru Dan Konspirasi Yahudi Di Dalamnya

Posted: 15 Aug 2011 04:32 PM PDT

Duit Syiling Malaysia yang akan dikeluarkan

Duit syiling baru edisi ketiga yang akan dikeluarkan pada tahun depan. Tahukah anda bagaimana rupa bentuk duit syiling baru edisi ketiga tersebut?Tahukah anda apa yang akan anda lihat jika anda perhatikan duit syiling baru edisi ketiga tersebut dengan teliti? Sebelum saya menceritakan lebih lanjut tentang persamaan itu, mari kita tengok ciri-ciri duit syiling baru Malaysia edisi ketiga ini melalui sumber dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:


Bahagian Belakang Duit Syiling

Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

Pengaruh Israel

Berbalik tentang cerita disebalik lambang-lambang di syiling ini, kita mungkin terkejut melihatnya. Sebuah negara Islam telah menggunakan lambang Israel sebagai lambang rasmi di atas syiling. Mungkin bagi sesetengah pihak ini adalah kebetulan. Tetapi adakah pihak BNM tidak mengetahui sensitiviti umat Islam? Atau ini hasil dari cmpur tangan pihak luar?

Mungkin gambar di bawah ini boleh menerangkan apa yang saya ingin sampaikan. Cuba anda lihat dan teliti reka bentuk duit syiling baru edisi ketiga tu dengan lambang bendara Israel.


Telah Lama Dijajah

Sebenarnya ini adalah bukan isu baru. ini adalah kesenambungan dari kisah logo BNM itu sendiri yang amat meragukan.

Cuba kita kaji lambang pada logo bank negara. Ramai yang menganggap ini adalah lambang kijang atau rusa, tetapi kijang dan rusa ekornya tidak panjang. Cuba pula anda google images, pharaoh dog. Lihat sama atau tidak dengan imej logo bank negara. Hasilnya:



Logo Bank Negara kelihatan seperti Pharaoh Hound. Ada kemungkinan logo itu berasaskan Firaun kerana Pharaoh Hound itu juga adalah lambang kepada Mesir Kuno.

Jika kita mengkaji lebih dalam lagi, anjing ini begitu suci di dalam masyarakat mesir kuno. Anubis adalah salah satu tuhan dari berpuluh-puluh tuhan mesir kuno.

Anubis

Cuba bandingkan gambar-gambar ini dengan logo bank tersebut. Agak sama kan dibandingkan dengan kijang.

Cuba kita berfikir sejenak.

Fabregas Pulang Ke Barca!!

Posted: 15 Aug 2011 04:11 PM PDT

Setelah khabar angin dan 'transfer saga' yang berlarutan selama tiga tahun,Francesc Fabregas kini pemain Barcelona. Fabregas yang merupakan pemain dari akademi La Masia(akademi Barcelona),meninggalkan Barca pada usia 16 tahun ketika Arsene Wenger berjaya mengesan bakatnya.

Disebabkan di Sepanyol tidak dibenarkan untuk pemain bawah 18 tahun menandatangani kontrak,Barcelona hanya mampu menggigit jari ketika Fabregas 'dibawa lari'.

Barcelona akan membayar sebanyak 29 juta euro,5 juta untuk tambahan kalau memenangi beberapa piala,dan lagi 5 juta akan dibayar kemudian..Fabregas juga mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak 1juta,untuk 'membeli dirinya sendiri'.

Pemuda PAS DUN Kemasik

Posted: 16 Aug 2011 03:43 PM PDT

Pemuda PAS DUN Kemasik


SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI DRP YANG DIPERTUA PAS KEMAMAN

Posted: 16 Aug 2011 01:52 AM PDT

PEMUDA PAS LADANG

Posted: 16 Aug 2011 03:18 PM PDT

PEMUDA PAS LADANG


MAJLIS BERBUKA PUASA PAS KUALA TERENGGANU 2011

Posted: 16 Aug 2011 08:59 AM PDT






ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 16 Aug 2011 03:11 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ONAR ATAU YANG SEBONAR ? PANEH NIE !

Posted: 16 Aug 2011 12:51 AM PDT

Komen : Semalam dasyatnya MB NS beri zakat dokek berjuta !Ekoran kebanggaan beliau maka ada juga blogger UMNO yang mengomen keadaan sebenar UMNO dalam Negeri Sembilan. Bacalah tulisan Paneh Miang ini.

Keluarga Mohamad Hasan saja yang kaya
1. Mohd Helmy Din (Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan aka Ketua Pemuda UMNO Rasah) umpama peminta sedekah dari satu kementerian ke satu kementerian tanpa sebarang pengaruh politik.

2. Adnan Abu Hasaan (Ketua Pemuda UMNO Kuala Pilah) masuk dalam kategori YB Paling Miskin.

3. Shahrul Ekhsan Osman (Ketua Pemuda UMNO Seremban) menunggu maso untuk bankruptcy.

4. Mohd Razi Mohd Ali (Ketua Pemuda UMNO Jelebu) mengampu Mohamad Hasan siang malam dongan harapan dapek jadi YB.

5. Mohd Isam Mohd Isa (Ketua Pemuda UMNO Tampin) hidup mati untuk Shaziman.

6. Nizam Aman (Ketua Pemuda UMNO Jempol) sekarang bercucuk tanam lado.

7. Mohd Faizal Hj. Ramli (Ketua Pemuda UMNO Teluk Kemang) tongah tak berduit dan tak bekojo.

8. Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Rembau aka Ketua Pemuda UMNO Malaysia) adalah 'menantu bayangan' Bapak ANUwar Bin Ibrahim, mengharap jadi Menteri, jarang jenguk kawasan sendiri, the world richest unemployed, nombor 2 pakar dalam demonstrasi selepas Bapak ANUwar Bin Ibrahim, menantu kesayangan pak mertua, TIADA semangat Melayu, pesalah Lembaga Disiplin UMNO yang dibebaskan, bercita-cita jadi Perdana Menteri termuda, dikhabarkan ada kaitan dengan Air Asia & Malaysian Insider, kurang sokongan akar umbi Pemuda UMNO bla...bla...bla...(banyak sangat kalau nak senaraikan).


Siapa kata masuk UMNO boleh jadi kaya?

Kecuali Khairy...Ketua Pemuda, Ketua Wanita, Ketua Puteri, Ketua Cawangan, termasuklah wakil rakyat UMNO di Negeri Sembilan ni sebenarnya ramai yang sengkek sobab Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan kodokut ya amek.

Keluargo Mohamad Hasan yo yang kayo. Anak buah semuo dibiar melingkup.

Najib dan Muhyiddin kalau nak tau masalah UMNO, jangan setakat tanyo Ketua Bahagian sajo. Pegi jumpo akar umbi di setiap cawangan serta sayap UMNO di setiap Bahagian.

Akar umbi UMNO nak begorak buek kojo pun tak berduit, jadi camno nak monang PRU-13?

FELDA TERUS TERSUNGKUR , DAH SALAH TAKNAK BERSYUKUR

Posted: 15 Aug 2011 08:07 PM PDT

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak saman fitnah RM200 juta yang dikemukakan oleh Felda ke atas seorang bekas timbalan menteri Datuk Dr Tan Kee Kwong,- yang sekarang menaggotai PKR.

Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof berkata walaupun beliau berpendapat artikel berkenaan berbaur hasutan, Felda gagal membuktikan bahawa Tan yang membuat kenyataan itu.

Katanya, Felda telah gagal memanggil wartawan yang menulis artikel berkenaan.

"Berikutan ini, kes ditolak dengan kos," katanya.

Hakim Zabariah mengarahkan kos sebanyak RM70,000 kepada Tan, smeskipun peguamnya Razlan Hadri Zulkifli dan Ho Kok Yew meminta RM100,000.

Tan yang menitiskan air mata kegembiraan kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada hakim dan berkata tindakan itu tidak akan membantutkan usahanya memperjuangan keadilan dan kebenaran.

Sementara itu, ketua PKR Johor dan juga naib presiden parti itu Datuk Chua Jui Meng yang juga hadir di mahkamah berkata saman itu jelas bermatlamat menjadikan Tan bankrap.

"Ramai yang berdoa mengharapkan saman itu ditolak. Adalah baik bahawa mahkamah tidak ditekan atau dipengaruhi oleh pihak tertentu. Kes ini membuktikan bahawa masih terdapat hakim yang baik," katanya.

Pada 25 Januari lalu, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd menyaman Tan berhubung satu artikel muka depan akhbar Suara Keadilan bertajuk 'Kontroversi' yang didakwa memfitnah mereka.

NONEDan artikel lanjutan di muka tiga di bawah tajuk 'Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu'.

Mereka mendakwa artikel itu telah memfitnah mereka kerana kata-kata tersebut memberi makna tersirat bahawa pemerolehan dan pembinaan Menara Felda di Segitiga Emas di sini adalah untuk faedah kroni.

APA KE BARANG ADUN PUN PERIT HARGA BARANG NAIK., APA LAGI RAKYAT BIASA

Posted: 15 Aug 2011 07:12 PM PDT

Zambry MB Perak paling pengecut.,sidang DUN hanya 4 jam.SETAKAT NAK NAIK ELAUN UNTUK LEPASKAN TEMBOLOK MASING_MASING.

Sidang DUN Perak hanya berlangsung lebih kurang empat jam sahaja.Dengan jumlah ADUN PR 28 orang dan 21 ADUN BN ,sudah tentu masa tidak mencukupi untuk memberi jawapan daripada Kerajaan Zambry.

ADUN PR telah mengemuka 140 soalan jawapan bertulis dan 84 soalan jawapan lisan.Kerajaan Zambry sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan negeri yang memerlukan mesyuarat DUN Perak berlangsung tiga kali dalam tempoh setahun.

Contoh soalan yang Kerajaan Zamry Kadir gagal menjawab secara berfakta dan telus.Soalan ini telah dikemukakan YB Nga Kor Meng.MB Zambry gagal dan kelihatan pengecut untuk menjawab.


1. Kerajaan Negeri telah meluluskan tanah seluas 150 ekar di Segari kepada Syarikat dormant Atigas Teknologi Sdn Bhd untuk projek pelaburan Gas asli bernilai RM5.8 billion pada tahun ini. Minta YAB Menteri Besar sila nyatakan secara terperinci :-


a) Jumlah hasil premium yang diterima setakat ini;

b) Hasil Laporan impak Alam Sekitar(Environment Impact Assessment Report) dan

c) Bagaimana Syarikat tersebut mendapat dana pelaburan sebanyak RM5.8Billion.

DPP Gopeng

Posted: 16 Aug 2011 03:11 PM PDT

DPP Gopeng


Bantuan Fakir Miskin dan Ibu tunggal Pusat Khidmat Masyarakat(PR)Dun Sungai Rapat,DPPK Gopeng Dan Pas Kawasan Batu Gajah.

Posted: 15 Aug 2011 03:39 PM PDT






Batu Gajah Mari

Posted: 16 Aug 2011 12:02 PM PDT

Batu Gajah Mari


PAS santuni Rakyat

Posted: 16 Aug 2011 10:34 AM PDT








PAS Kawasan Batu Gajah dengan kerjasama PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan program ziarah dan bantuan kebajikan sempena Bulan Ramadhan. .

Program ziarah itu diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Ir Radzi Zainon dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin serta pimpinan PAS kawasan. Seramai 130 golongan yang memerlukan dari Kampung Pisang, Ara Payung, Sungai Terap, Taman Mewah, Siputeh dan Tronoh telah menerima bantuan keperluan harian seperti beras dan gula.

Pelbagai rintihan rakyat dapat didengar yang majoritinya kecewa dengan kerajaan sekarang khususnya wakil rakyat kawasan tersebut yang mengabaikan golongan miskin yang memerlukan.

Program ini diadakan sepanjang Bulan Rmadhan tahun ini...

"PAS PRIHATIN"


















Menarik Malam Ini !!

Posted: 16 Aug 2011 03:03 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 16 Aug 2011 11:54 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Sumbangan Kuala Kemaman

Posted: 16 Aug 2011 01:50 AM PDT

Kuala Kemaman 16/8/2011- Sempena Ramadhan Mubarak Pengarah PAS Chukai Hj Hanafiah Mat, Menyampaikan sedikit sumbangan yang berupa barangan dapur & wang Tunai kepada 40 orang penerima di rumah murah Kuala Kemaman. Majlis tersebut diadakan di Markaz PAS Kuala Kemaman.

Jasindaily Online

Posted: 16 Aug 2011 09:56 AM PDT

Jasindaily Online


ULASAN MUFTI PULAU PINANG BERKAITAN ISU BACAAN ALQURAN SEBELUM WAKTU SUBUH MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA

Posted: 15 Aug 2011 02:42 PM PDT

DR. Mariah : JANGAN JADI PEMBELIT

Posted: 15 Aug 2011 02:30 PM PDT

UMNO TAK JAGA MULUT PADA BULAN RAMADHAN

Posted: 15 Aug 2011 11:32 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 16 Aug 2011 09:38 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Sidang Meja Bulat Ngo Islam dan DPPM : isu Aqidah

Posted: 15 Aug 2011 11:00 PM PDT

Sidang Meja Bulat Ngo - Ngo Islam
Anjuran : Ikatan Ilmuan Malaysia [ILMUAN]
Tajuk : Isu Aqidah Ummah : Apa Sikap dan Peranan Kita ?

Resolusi Sidang Meja Bulat
Shah Alam 13 Ramadhan 1432


Sidang Meja Bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada 13 Ogos 2011 bersamaan 13 Ramadhan 1432 [sabtu] telah mengambil pendirian-pendirian berikut:

1. Kami bersepakat dan beriltizam untuk mempertahankan pegangan akidah umat Islam di negara ini daripada dicerobohi selaras dengan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Peruntukan Undang-undang yang sedia ada termasuk menguatkuasakan undang-undang murtad.

2. Kami mendokong dan menyokong usaha mana-mana pihak untuk memperkukuh akidah umat Islam melalui program-program pendidikan dan kebajikan serta menuntut diperkasakan program-program tersebut termasuklah dengan mengembalikan semula bantuan yang secukupnya kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

3. Kami menggesa supaya JAIS dan pihak-pihak berwajib yang lain segera membuat tindakan dan pendakwaan jika benar terdapat usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam dari pegangan akidah mereka sebagaimana tuntutan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.

4. Kami menuntut supaya badan-badan yang berkaitan dengan harta amanah umat Islam bertindak secara cekap bagi membantu umat Islam yang terpinggir dan tercicir supaya kehidupan mereka lebih terbela dan terjamin.

5. Kami mendesak supaya isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam tidak dimanipulasikan dan diputarbelit oleh akhbar-akhbar untuk memberikan kelebihan politik kepada sesuatu pihak sehingga memecahbelahkan perpaduan umat Islam.

6. Kami menegaskan bahawa isu-isu berkaitan dengan akidah umat Islam ini adalah isu yang sangat sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian kaum, justeru kami menyeru kepada semua pihak supaya tidak bertindak menyalahi undang-undang yang termaktub.

7. Kami menuntut supaya semua pihak yang pernah terlibat merobohkan institusi-institusi Islam termasuklah meruntuhkan institusi pendidikan Islam, masjid dan surau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia disebabkan tindakan-tindakan mereka inilah yang telah mendorong agama Islam tidak dihormati.

8. Kami menggesa supaya institusi-institusi yang mentadbir urusan umat Islam diserahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan dihormati supaya institusi-institusi ini akan dilihat sebagai benar-benar berwibawa.

9. Kami mencadangkan supaya forum-forum seperti sidang meja bulat ini dijadikan platform muzakarah yang dapat menemukan semua pihak, pelbagai jalur pemikiran yang mewakili masyarakat madani dan parti-parti politik demi meninggikan syiar Islam di negara ini.

10. Kami NGO yang hadir hari ini bersepakat untuk bergabung dalam membela Islam.

Ngo yang terlibat :

1. PIMPINAN
2. ILMAM
3. Sekteriat Pemuda Perihatin
4. Yayasan Kepimpinan Malaysia
5. Ummah Prihatin Malaysia
6. ILMUAN
7. Pro – Guam
8. Perubatan Islam Darus Syifa'
9. PAPISMA
10. GAMIS
11. INTELEK
12. BISA - Belia Islam Ampang
13. IKATAN - Ikatan Padu Rakyat Malaysia
14. IMPROF - Pertubuhan Muslim Professional
15. I - Khidmat - Ikatan Khidmat Muslim
16. MPM - Majlis Perundingan Melayu
17. GAGASAN
18. PMRAM
19. UKP - Usrah Kebajikan Profesional
20. FORKAD - Front Bertindak Anti Murtad
21. Umah Care
22. Terap Care
23. Tabung Kebajikan Al-Masakin.
24. Dewan Pemuda PAS Malaysia


sekian.

Presiden Ilmuan
Dr Fuad Salleh

sumber

KHIDMAT MERU

Posted: 16 Aug 2011 09:08 AM PDT

KHIDMAT MERU


KERJASAMA JPS DI HARGAI

Posted: 15 Aug 2011 11:15 PM PDT








Kerjasama pihak JPS mengorek longkang-longkang yang tersumbat di Kampong Meru amat di hargai oleh YB Dr Rani selaku ADUN Kawasan tersebut.
Apabila masaalah penduduk dipanjangkan kepada pihak JPS, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk melaksanakannya.
Apabila longkang-longkang tersumbat, ianya boleh menyebabkan kawasan berhampiran mendapat banjir kilat yang mendatangkan berbagai bentuk masaalah kepada penduduk.

MASAALAH BANJIR PENDUDUK SELESAI

Posted: 15 Aug 2011 10:42 PM PDT






Masaalah banjir kilat yang sering melanda beberapa rumah kediaman penduduk di Jalan Pekan Baru 25 di Bandar Klang insyaAllah akan dapat diatasi apabila YB Meru berusaha mengadakan pertemuan dengan pihak pemaju, penduduk, Ahli Majlis dan MPK.
Masaalah banjir yang melanda hingga keparas lutut di kawasan tersebut adalah berpunca dari kerja-kerja pembangunan beberapa buah banglo yang bakal di dirikan berhampiran.
Ahli Majlis MPK, En Deepakaran telah berusaha keras membuat laporan, menggesa dan berbincang dengan pihak pemaju dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengatasi masaalah kritikal penduduk dalam masa 3 minggu.
En Tee Chye Kaw selaku wakil penduduk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak terlibat dan berharap pihak pemaju juga dapat menyelesaikan tuntutan gantirugi yang mereka alami semasa banjir yang lalu.

RAMADHAN MEMASUKI FASA MAGHFIRAH

Posted: 11 Aug 2011 12:13 AM PDT






Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada di fasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah). Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Di kawasan Dun Meru, semua masjid dan surau dipenuhi jemaah bagi menyambut fasa 2 Ramadhan disamping dengan program menyambut Nuzul Al Quran. Di Masjid As Syariff, pelbagai majlis ilmu disediakan dengan jadual yang ketat yang disampaikan oleh para ustaz dan ulama seperti Ustaz Syeikh Muhamad Naruddin Marbu Al Banjari Al Makki, Tuan Ibrahim Tuan Man dan sebagainya. Begitu juga di Masjid At Taqwa diadakan Majlis Tazkirah dan Qiamulail khas yang disampaikan oleh Ustaz Hidayatul. Masjid lain seperti Masjid Sirajuddin Batu Belah, Masjid Al Falah Kg Budiman, Masjid Barokah Kg Bukit Cerakah dan surau-surau disetiap jalan-jalan kampung.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 16 Aug 2011 07:56 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


MURTAD : MISKIN DAN JAHIL JADI PUNCA

Posted: 15 Aug 2011 11:40 PM PDT

DNA BABI : MENTEGA IMPORT

Posted: 15 Aug 2011 11:38 PM PDT

PM TIDAK PERCAYA POLIS ?

Posted: 15 Aug 2011 09:51 AM PDT

PAS Kulaijaya

Posted: 16 Aug 2011 07:38 AM PDT

PAS Kulaijaya


Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal.

Posted: 15 Aug 2011 05:45 PM PDT

Tindakan UMNO cuba mempolitikkan semua isu yang berlaku di negeri Pakatan Rakyat (PR), terutamanya isu agama.

Posted: 15 Aug 2011 05:15 PM PDT

Pemuda PAS Merbok

Posted: 16 Aug 2011 07:06 AM PDT

Pemuda PAS Merbok


BONUS UNTUK SEMUA SEBELUM RAYA

Posted: 15 Aug 2011 11:24 PM PDT

Kakitangan kerajaan dah pakat ambil bonus raya masing-masing sejak kelmarin. Bank-bank menjadi sesak. Nak ambil duit di ATM juga terpaksa beratur panjang. Tapi jangan lupa, bonus akhir ramadhan yang semakin bertambah yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang beriman lagi bertaqwa.

Dah 15 hari kita semua berpuasa dan berbaki lagi 15 hari. Apakah kita semakin dekat dengan Allah dan bertambah keimanan serta ketaqwaan? Atau apakah kita semakin jauh dari surau, masjid, taraweh & ibadat-ibadat sunat yang lain?

Janganlah kita menjadi hamba Allah yang rugi. Jom pakat-pakat rebut bonus lailatul qadar.


Firman Allah yang bermaksud :

[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Surah Al-Qadr)

Perbincangan mengenai Lalilatul Qadr, tidak dapat tidak, mestilah bersandarkan

kepada Surah Al-Qadr. Surah ini diturunkan sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah

ke Madinah. Justeru, Surah Al-Qadr menceritakan sesuatu yang cukup istimewa yang

memerlukan keyakinan tinggi untuk mempercayainya.


bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan