Isnin, 15 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 15 Aug 2011 03:31 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Berpolitik cara berbeza pada Ramadan

Posted: 14 Aug 2011 09:40 PM PDT


Petikan Akhbar Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Terengganu meneruskan aktiviti berpolitik pada Ramadan melalui pendekatan berbeza berbanding bulan biasa.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya melakukan aktiviti turun padang terutama di peringkat cawangan secara maksimum untuk terus mendekatkan diri kepada peringkat akar umbi.

Menurutnya, program yang dijalankan juga lebih bersifat kebajikan melalui penganjuran majlis berbuka puasa dan program penyampaian sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin.

"Kita tidak mengadakan ceramah politik secara langsung tetapi tidak bermakna kami berehat daripada politik sepanjang bulan puasa ini.

"Kita melakukan politik dengan cara berbeza dan secara tidak langsung melalui ceramah Nuzul Quran," katanya.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 15 Aug 2011 03:20 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Ucapan Takziah Kepada Mangsa Kebakaran.

Posted: 15 Aug 2011 02:18 AM PDT


YB. Haji Yahya Abdullah melawat mangsa kebakaran di Kampung Seri Bulan Batu Besar, dan berliau mengucapkan takziah dan meminta supaya mangsa banyaklah besabar menepuh ujian dan dugaan di dalam bulan ramadhan ini.
Hadir sama Ketua Kampung & Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 15 Aug 2011 01:54 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Tahniah Dewan Pemuda PAS Batu Kawan Pulau Pinang

Posted: 14 Aug 2011 06:08 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Kwsn (DPPK) Batu Kawan telah disahkan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dgn nombor pendaftaran: PPM/PPG.26/52-9183 PPP/PPG.26/52-247 Ini bermakna, DPPK Bt Kawan layak & boleh menjadi perwakilan rasmi dalam muktamar Dewan PemudaPAS Negeri & Dewan Pemuda PAS Malaysia yang akan datang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan PAS. Sehubungan itu, seperti yg diarahkan [...]

PAS TAMBUN

Posted: 15 Aug 2011 01:47 AM PDT

PAS TAMBUN


IJITMA' PAS KAWASAN TAMBUN & IFTAR JAMAIE ZON BANDARAYA - KEHADIRAN MENDUKACITAKAN

Posted: 14 Aug 2011 06:34 PM PDT

Kehadiran yang mengecewakan para pimpinan, apakah budaya orang PAS masih selesa dengan makan 'beradap' apabila waktu berbuka puasa lebih selesa berbuka dengan keluarga berbanding program jemaah? satu persoalan yang perlu di jawab oleh seluruh ahli yang tidak hadir, tetapi kita hormati jika ianya ada alasan yang munasabah yang boleh di jawab di hadapan Allah nanti.

Suasana mesra apabila selesai program pada malam itu..

AF Ust Bakar Hussein menyampaikan anugerah Bersih 2.0 dan cenderahati kepada ahli Tambun yang ditangkap semasa perhimpunan bersih di Kuala Lumpur pada 9 julai baru-baru ini.

KP : Tahniah kepada seluruh yang menjayakan program ini, terutama kepada PAS KDAS 2 yang menjadi tuan rumah dan persiapan yang baik pada malam itu.


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 15 Aug 2011 01:41 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kes Fitnah Liwat II : Anwar Beri Keterangan 22 Ogos Depan

Posted: 15 Aug 2011 01:30 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 15 OGOS : Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan 22 Ogos depan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan dalam kes fitnah liwat II ke atas dirinya.

Kegagalan pihak pendakwaan menyediakan enam lagi saksi berpotensi yang disenaraikan menyebabkan perbicaraan itu yang ditangguhkan pada hari ini, terpaksa ditangguhkan seminggu lagi.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selain mengarahkan pendakwaraya menyediakan baki enam saksi yang masih belum ditemubual peguambela Anwar sebelum mahkamah bersambung minggu depan.

"Apa-apa sahaja hasil (daripada temubual) itu, Isnin awak (peguam bela) perlu mula," kata Zabidin di kamar Mahkamah Jalan Duta pagi tadi.

Perbicaraan ini yang memasuki peringkat pembelaan sepatutnya sudah bermula 8 Ogos lalu namun ia ditangguhkan atas permintaan pendakwaraya yang gagal menyediakan 25 saksi yang ditawarkan kepada peguam bela.

Kegagalan menyediakan saksi itu menyebabkan peguam Anwar terpaksa memohon perintah mahkamah untuk memanggil saksi-saksi berkenaan.

Peguam Anwar, Ram Karpal Singh menegaskan pendakwaraya bertanggungjawab menyediakan semua saksi yang diminta sebelum perbicaraan bersambung Isnin depan.

"Menjadi tanggungjaawab dan tugas pendakwaraya sediakan saksi untuk ditemubual kami. Bukan perkara yang rumit. Mahkamah sudah beri arahan sebelum ini," kata beliau kepada media di lobi Mahkamah.

Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi berpotensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Hari ini, pihak pembelaan akan menemubual ibu kepada bekas tunang pengadu kes ini - Mohd Saiful Bukhari Azlan - iaitu Sharehah Md Salim.

Sementara Musa kini berada di luar negara dan dijangka akan kembali minggu depan.

Enam yang masih belum ditemubual termasuk Musa, dua bekas pembantu rumah Indonesia,Suliati dan Faria Dipan-yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid dan jururawat Hospital Pusrawi, Yazihan Jusoh, serta pengawal peribadi Anwar, Mohd Rasid Mohd Rosdi.

Difahamkan pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah seorang saksi berwibawa.

Manakala pada 8 Ogos lalu, beliau membenarkan pihak pembelaan menemubual saksi-saksi yang disenaraikan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

tv news/-

Jalan pintas paling berbahaya

Posted: 15 Aug 2011 01:10 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PENGGUNA hadapi risiko dirempuh kereta api ketika melalui jalan pintas landasan Alor Pongsu, Bagan Serai.
Peniaga maut dirempuh kereta api kejadian kesebelas di Alor Pongsu

BAGAN SERAI: Kejadian sebuah kenderaan dirempuh kereta api ketika melintasi landasan di Alor Pongsu dekat sini, Rabu lalu, adalah kejadian kesebelas di lokasi sama, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk yang sering menggunakan laluan itu sebagai jalan pintas untuk ke beberapa pekan di sini.

Dalam kejadian terbaru, peniaga, Choo Cheng Phang, 46, meninggal dunia selepas keretanya dirempuh kereta api penumpang ketika melintasi landasan berkenaan.

Kejadian lain yang pernah berlaku di laluan sama membabitkan empat pejalan kaki, empat kereta dan dua motosikal yang mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Walaupun mengetahui berbahaya, kira-kira 10,000 penduduk yang tinggal di lapan kampung pedalaman terpaksa menggunakan laluan itu sama ada berjalan kaki, berbasikal, bermotosikal, berkereta atau menggunakan kenderaan ringan lain untuk ke Pekan Alor Pongsu dan Bagan Serai.

Selain itu, tidak kurang 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah serta sekolah agama yang terletak di Alor Pongsu juga menggunakan laluan sama setiap hari.

Mereka yang terdedah kepada risiko itu termasuk dari Parit Lebai Kadir, Parit Air Hitam, Parit Haji Ali, Parit Haji Taib, Parit Mentara dan Parit Ban Pisang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat, berkata lintasan di Alor Pongsu itu memang tidak diiktiraf oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

"Laluan itu berbahaya dan berisiko tinggi dirempuh kereta api, namun penduduk tiada pilihan sebaliknya terus menggunakannya.

"Jalan alternatif lain untuk ke Alor Pongsu dan Bagan Serai pula terlalu jauh. Sebelum ini, pelbagai pihak mencadangkan supaya dibina jejambat yang boleh dilalui pelbagai kenderaan, namun KTMB tidak dapat menerima dan melaksanakannya cadangan itu kerana kos tinggi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sham berkata, pihaknya hanya boleh menasihati penduduk agar tidak melintasi landasan di situ kerana ia berbahaya.

Beliau berkata, masalah itu hanya akan selesai apabila pembinaan Projek Landasan Berkembar Elektrik Ipoh-Padang Besar yang melalui kawasan berkenaan selesai tahun depan.

"Sebuah terowong akan dibina di bawah landasan baru sekali gus membolehkan penduduk melintasi jalan tanpa perlu berdepan kemungkinan dirempuh kereta api.

"Malah, KTMB juga membina jejantas yang boleh dilalui pejalan kaki dan penunggang motosikal di Batu 38, Jalan Keretapi, manakala laluan bawah landasan dibina di beberapa laluan lain seperti di Parit Mentara.

"Bagi meningkatkan perhubungan, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat sudah meluluskan rancangan membina jalan baru dari Batu 40, Jalan Keretapi Bukit Merah hingga ke Ban Abu Hassan dan dari Ban Abu Hassan hingga ke Parit Lebai Kadir sejauh antara lima hingga enam kilometer dengan kos dianggarkan RM620,000 dan dijangka dilaksanakan tahun depan," katanya.

Apabila jalan baru itu siap kelak, orang ramai dan penduduk Batu 38 dan Batu 40 Jalan Keretapi serta Parit Lebai Kadir, Parit Mentara, Parit Haji Ali, Parit Haji Taib, Parit Air Hitam dan beberapa kawasan lain boleh menggunakan kemudahan jalan baru itu untuk ke Alor Pongsu, Bagan Serai dan Selama.

BERITA HARIAN/-

Akhbar siar wajah perompak barang Ashraf

Posted: 15 Aug 2011 01:00 AM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

LONDON - Wajah penyerang yang merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli didedahkan akhbar-akhbar Britain semalam.

Penyerang itu, Reece Donovan berusia 21 tahun dari Romford, Essex muncul kelmarin di depan majistret di sebuah mahkamah di tengah London.

Dia dituduh merompak telefon bimbit Nokia dan konsol permainan Sony PlayStation milik Ashraf semasa rusuhan berlaku di London pada minggu lalu.

Donovan didakwa menjadi anggota kumpulan yang menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang baik semasa dia membantu Ashraf yang berdarah selepas rahangnya dikatakan dipukul oleh sekumpulan pemuda.

Namun, Donovan dikatakan berdiri di belakang Ashraf dan mengambil barang berharga bernilai £300 (RM1,465) daripada begnya.

Ketika kejadian, Ashraf sedang menunggang basikal di Barking, timur London apabila dia didatangi sekumpulan orang yang dianggarkan di antara 60 hingga 100 golongan muda.

Insiden itu juga disiarkan di laman YouTube.

Donovan kini ditahan di sebuah penjara. - Agensi

Pemuda PAS terus bongkar penipuan undi pos

Posted: 15 Aug 2011 12:00 AM PDT

15 Ramadhan
1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat antara cabaran untuk melaksanakan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di negara ini adalah dengan mereformasikan sistem pengundian pos.

Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan berkata, ini kerana sistem sedia ada tidak memberikan keadilan kepada pihak pembangkang melainkan kepada pihak keraja
an sahaja.

"Ini kerana sistem pengundian secara pos yang melibatkan anggota tentera, polis, kakitangan SPR dan orang-orang yang dinamakan oleh SPR sebagai pengundi pos telah dikenalpasti sebagai 'undi simpanan tetap' Umno BN kerana undi pos inilah yang akan menjamin kemenangan mereka di sesebuah Dun atau Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia, ujarnya sebelum ini telah mendedahkan dan membawa seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd Nasir Ahmad untuk tampil bertemu media pada 4 Ogos lalu di Ampang.

Katanya, Nasir telah menceritakan dan mendedahkan bagaimana beliau dan sahabat beliau telah diarahkan oleh pihak atasan beliau untuk menandakan kertas pengundi pos yang berjumlah hampir 900 kertas mengikut selera pilihan mereka di kem Sandakan pada pilihanraya umum tahun 1986.

Tambahnya, pihaknya sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk membongkar kesalahan dan penipuan sistem pengundian pos ini dengan membawa 'keluar' dan mendedahkan lagi beberapa orang bekas tentera yang telah digunakan oleh pihak atasan mereka untuk memangkah kertas-kertas undi pos ini pada 17 Ogos, jam 12.00 tengah hari di Tingkat 5, Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut.

"Para wartawan media alternatif dan arus perdana, wakil media cetak dan elektronik, wakil NGO, wakil parti politik dan jurufoto dijemput hadir," ujarnya.

harakahdaily/-

MB Kedah OK, sedia hadiri mesyuarat exco

Posted: 14 Aug 2011 11:30 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijangka akan mempengerusikan mesyuarat exco negeri pada minggu ini.

Mahfuz berkata selepas menziarahinya Sabtu lalu, tahap kesihatan Azizan semakin sihat dan berada dalam keadaan stabil.

"Beliau OK, alhamdulillah. Beliau sudah boleh bersembang dan bergerak.

"Saya dimaklumkan beliau dijangka akan keluar pada hari ini atau esok," katanya sambil menambah Azizan telah dipindahkan ke wad biasa.

malaysiakini/-

'Larang pembesar suara bukan keputusan negeri

Posted: 14 Aug 2011 11:27 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah campur tangan dalam sebarang keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara sebelum azan subuh, kata Exco Hal-Ehwal Agama Abdul Malik Kassim.

Sebaliknya, menurut beliau, keputusan itu dibuat pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan dianggotai oleh para ulama, professional agama serta wakil daripada istana.

"Justeru, saya menolak dengan sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa tersebut.

"Kerajaan Negeri Pulau Pinang menghormati keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang bil. 2/2011 yang bersidang pada 7 April 2011, mengenai hukum membaca Al-Quran sebelum subuh dengan menggunakan pembesar suara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan bahawa mesyuarat Majlis Fatwa bilangan 2/2011 yang dipengerusikan oleh mufti kemudiannya disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Bil.3/2011 pada 6 Jun lalu yang memutuskan bahawa bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara dari surau dan masjid sebelum waktu subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.
Boleh pertimbangkan

"Namun, kerajaan negeri berpendirian pentadbiran masjid dan surau boleh mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan tradisi dan amalan sedia ada atau sebaliknya, setelah menerima pemberitahuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tentang keputusan Jawatankuasa Fatwa," tambah beliau.

Abdul Malik berkata mereka sebagai pentadbir institusi agama sewajarnya menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam, tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.

Menurutnya, Majlis Fatwa memutuskan bahawa perbuatan tersebut boleh mengganggu orang lain sama ada yang berada di dalam atau di luar masjid demi maslahah ummah.

"Demi kepentingan politik sempit, pihak-pihak tertentu akan mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa tersebut. Pihak berkenaan pastinya akan menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam.

"Dalam semangat Ramadan Al-Mubarak ini, demi kepentingan umat Islam, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan dan mengalu-alukan muzakarah dan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi memartabatkan Islam di negeri bertuah ini.

"Malah, saya mengalu-alukan pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa bermuzakarah dengan pihak terbabit dalam semangat saudara seagama," katanya.

Sebelum ini, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya (kiri) berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

Turut menyokong tindakan itu adalah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

MALAYSIAKINI/-

[Sidang DUN Perak] 1:10 T/hari: Sidang Paling Pendek Dalam Sejarah Malaysia Iaitu 4 Jam

Posted: 14 Aug 2011 10:12 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Beberapa minit selepas semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan, sidang dewan ditangguhkan oleh speaker Ganesan

Inilah sejarah sidang DUN yang paling singkat dinegeri Perak dan Malaysia yang cuma memakan masa selama sekitar 4 jam sahaja.

[Sidang DUN Perak] 1:02 T/hari: Gambar Sidang Media oleh Semua ADUN PR

Posted: 14 Aug 2011 10:08 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Sidang media selepas semua ADUN Pakatan Rakyat keluar dewan membantah pengendalian sidang DUN yang banyak kepincangan dan pelanggaran undang-undang.

YB Nizar juga membantah kenyataan dari Timbalan Ketua Polis dalam Sinar Harian yang menggambarkan Perak semacam negara polis dan Myanmar

[Sidang DUN Perak] 12:55 T/hari: Kenyataan Media Nga Kor Ming

Posted: 14 Aug 2011 10:04 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan YB Nga Kor Ming

Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis mengenai penyelewengan yang dilakukan mengenai dalam projek Teluk Rubiah seperti yang dibangkitkan dalam dewan hari ini.

Syarikat yang diberikan konsensi hanya ada modal sebanyak RM100 untuk projek RM5.2 billion. Selepas dapat projek dan ada laporan Pakatan Rakyat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru ditambah modal sebayak RM5 juta.

[Sidang DUN Perak] 12:45 T/hari: Kenyataan Media Sivakumar

Posted: 14 Aug 2011 10:00 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan YB Sivakumar

Keputusan yang dilakukan oleh Datuk Ganesan jelas bertentangan dengan perintah tetap.

Usul untuk membawa ADUN Titi Serong supaya di rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tanpa ada sokongan, perbahasan dan undi telah diterima oleh Ganesan.

Saya mempertikaikan dengan keputusan Ganesan yang jelas menidakkan peraturan tetap.

Setahu saya ini sejarah dimana paling banyak soalan telah ditolak oleh speaker.

Lebih 60 pratus soalan telah ditolak sedangkan soalan-soalan penting dan berkaitan dengan rakyat dengan membawa beberapa soalan yang ditolak.

Soalan yang relevan telah ditolak

[Sidang DUN Perak] 12:45 T/hari: Kenyataan Media Ngeh Khoo Ham

Posted: 14 Aug 2011 09:57 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan YB Ngeh Khoo Ham

Kerajaan BN Perak nampaknya lebih banyak kepada program iklah dan tidak mampu menjawab persoalan yang dikemukakan oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Menurut perkara 43 dewan telah masih ada peluang membetulkan keputusan yang telah dibuat dalam kes ADUN Titi Serong

Usul telah di sokong oleh Buntong namun masih ditolak dengan sewenang-sewenangnya oleh Ganesan.

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Kenyataan Media Nizar

Posted: 14 Aug 2011 09:53 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Kenyataan media YB Nizar

Pembesar suara ADUN Pakatan Rakyat masih tidak boleh dipakai sedangkan pembesar suara ADUN Barisan Nasional dalam keadaan baik.

Bantah keputusan sidang yang hanya sehari sedangkan banyak isu yang hendak dibahas

Hari ini hanya sidang untuk mengambil syarat sedangkan sidang sangat penting untuk melihat prestasi kerajaan

Banyak soalan yang ditanya oleh ADUN Pakatan Rakyat. Ditolak dan tidak dijawab termasuklah soalan perbelanjaan Zambry keluar negara juga tidak dijawab

Di parlimen soalan perjalanan Najib dijawab namun di Perak dinafikan

Inilah kerajaan rampasan kuasa tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat

Minum air mayat

Posted: 14 Aug 2011 09:51 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Gara-gara terpengaruh dengan perkara tahyul, ada individu negeri ini dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah dan lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.

Perbuatan khurafat itu didedahkan Pengurus Pusat Urusan Jenazah Islam, di sini, Mohd Ariff Tengah, 35, yang memberitahu dia menerima lebih 50 permintaan daripada waris dan individu tidak dikenalinya untuk mendapatkan bekas air mandian itu sejak terbabit pengurusan jenazah 15 tahun lalu.

"Jumlah itu tidak termasuk yang datang secara sembunyi-sembunyi menadah air mandian jenazah di bawah rumah ketika proses mandi mayat.

"Kata mereka, air mayat itu boleh digunakan bagi mengubati pelbagai penyakit termasuk jangkitan HIV dan ketagihan dadah. Perbuatan ini mengundang bahaya kerana air jenazah itu kotor dan mungkin mengandungi pelbagai bakteria atau kuman.

"Jadi, sekiranya ia digunakan sebagai ubat kepada individu yang masih hidup, tentu ia boleh mendatangkan jangkitan penyakit," katanya yang juga perunding pengurusan jenazah Yayasan Islam Terengganu.

metro/-

[Sidang DUN Perak] 12:35 T/hari: Semua ADUN PR Perak Keluar Dewan

Posted: 14 Aug 2011 09:37 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Semua ADUN Pakatan Rakyat bertindak keluar dari dewan bagi membantah keputusan speaker Ganesan

Semua ADUN Pakatan Rakyat berada dalam bilik mesia untuk satu sidang media.

[Sidang DUN Perak] 12:30 T/hari: Speaker Gagal Kuasai Dewan

Posted: 14 Aug 2011 09:35 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan masih bangun mencelah untuk meminta supaya usul yg dikemukakan mengenai ADUN Titi Serong. Namun masih ditolak.

Ganesan masih berkeras mengatakan menolak usul dari ADUN Setiawan.

ADUN Pasir Panjang diberikan peluang mencelah dengan Dato Seri Nizar mengatakan semacan speaker tidak dapat menguasai dewan. Alasan perkara 43 peraturan tetap jelas telah dilanggar oleh Ganesan.

Ganesan tetap mengatakan keputusannya muktamad

[Sidang DUN Perak] 12:26 T/hari: Speaker Kelam Kabut

Posted: 14 Aug 2011 09:28 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Kamunting tetap meneruskan jawapan soalan lisan ke-11 bagi mewakili pihak kerajaan.

Perbahasan dan pertikaian mengenai penggantungan ADUN Titi Serong nampaknya tidak mampu ditangani oleh speaker Ganesan kesan dari pelanggaran undang-undang yang beliau sendiri lakukan.

Sebab itu pada sidang media pagi tadi saya menegaskan bahawa Ganesan telah melakukan banyak kesilapan berulangkali dalam pengendalian sidang DUN Perak sejak beliau memegang jawatan itu.

Kerana itu saya mendesak dan mencadangkan supaya beliau mengosongkan kerusi speaker Perak dengan segera.

[Sidang DUN Perak] 12:15 T/hari: Dewan Masih Lagi Kecoh Berkaitan ADUN Titi Serong

Posted: 14 Aug 2011 09:24 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Dewan masih dalam keadaan tidak tenteram apabila ganesan tetap bertegas untuk meneruskan jawapan soalan lisan sedangkan wakil dari Pakatan Rakyat masih meneruskan hujah mempertikaikan keputusan penggantungan ADUN Titi Serong

[Sidang DUN Perak] 12:10 T/hari: ADUN PR Bantah Penggantung ADUN Titi Serong

Posted: 14 Aug 2011 09:21 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





ADUN Setiawan, Ngeh Khoo Ham mengemukakan usul membantah pengantungan kepada ADUN Titi Serong yang dianggap tidak disahkan oleh dewan namun di tolak oleh speaker Ganesan dengan alasan tidak mencukupi 2 hari.

Usul disokong oleh wakil Tronoh dengan mengatakan usuk tidak disokong, tidak dibahas dan diundi sambil diganggu oleh wakil dari BN

Ganesen mengatakan keputusan speaker adalah muktamat untuk mengelakkan hujah yang sedang dikemukakan oleh Sivakumar 

PAS: SPR tidak serius bersihkan daftar pemilih

Posted: 14 Aug 2011 08:43 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof baru-baru ini bahawa tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini jelas menggambarkan sikap sebenar suruhanjaya itu yang tiada niat untuk memihak kepada rakyat bagi bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih, kata PAS.

"Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.

"Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan 'bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak'," kata ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media.

Kecelaruan dalam daftar pemilih SPR yang didedahkan oleh media bukan sahaja mempunyai penduduk tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi tetapi nama Kg Baru juga diiktiraf sebagai pengundi serta penemuan sejumlah pengundi klon yang membimbangkan.

Pwngundi klon adalah mereka yang didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka.
Kesilapan teknikal

Setelah diasak dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR dan Abdul Aziz menyalahkan "kesilapan teknikal" yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)".

"Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang," katanya.

Bagi Tuan Ibrahim yang juga adalah Pesuruhjaya PAS Pahang, kepincangan dan kecelaruan itu hanya menggambarkan kelemahan SPR dan JPN.

"Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan BERSIH 2.0 diadakan dan kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.

Jual negara

"Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara - siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?" soal Tuan Ibrahim.

Justeru, katanya, SPR perlu melakukan segera pembaharuan bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

"Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihan raya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihan raya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihan raya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

"Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihan raya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya," katanya lagi.

malaysiakini/-

[Sidang DUN Perak] 11:35 Pagi: Gambar Terkini ADUN Titi Serong

Posted: 14 Aug 2011 08:38 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Gambar terkini ADUN Titi Serong sedang berada di bilik sidang media seterlah gagal masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak pada sidang pada hari ini.

4 korban pentas runtuh

Posted: 14 Aug 2011 08:19 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ORANG ramai mengerumuni pentas yang roboh di Indiana selepas ditiup angin kencang, semalam.

PETUGAS membantu mangsa yang cedera sebelum dibawa ke hospital.



WASHINGTON: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 40 lagi cedera apabila sktruktur pentas runtuh di Indiana, kata pihak berkuasa tempatan, awal pagi semalam.

Tragedi itu berlaku malam semalam apabila angin kencang meruntuhkan pelantar pentas yang disediakan untuk konsert muzik country sejurus sebelum jam 9 malam waktu tempatan (1 pagi GMT), kata polis. Televisyen WTHR menyiarkan bilangan mangsa yang cedera - mengalami luka dan lebam hingga kepada patah anggota dan kecederaan kepala - kira-kira 46 orang.

Stesen TV itu berkata, mangsa yang cedera termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun. Semua mangsa dirawat di hospital sekitar Indianapolis, tetapi pihak berkuasa menegaskan angka kematian mungkin meningkat berikutan sesetengah mangsa cedera parah. Tiada maklumat terkini mengenai empat mangsa yang terkorban.

"Secara jujur saya katakan, mungkin ada lagi mangsa yang terkorban," kata jurucakap Polis Indiana, Dave Bursten kepada wartawan. "Kami berharap semua orang akan berdoa untuk mangsa yang tercedera." Tiada siapa yang membuat persembahan ketika tragedi itu berlaku. Saksi berkata, acara pembukaan sudah bermula dan penonton menunggu kumpulan muzik country Sugarland memulakan konsertnya.

"Tiba-tiba angin kencang bertiup kali kedua dan pentas mula bergoyang secara perlahan-lahan. Astaka pentas mula bergegar. Semua orang mula bertempiaran lari cuba untuk keluar dari situ," kata saksi, Jason Scofield kepada stesen WTHR.

Amaran ribut petir sudah dikeluarkan wilayah Marion kira-kira jam 8.35 malam waktu tempatan (12.35 GMT), sejurus sebelum konsert itu bermula. Petugas kecemasan dan peminat segera bertumpu ke pentas yang runtuh dan bertungkus-lumus menyelamatkan mereka yang terperangkap, lapor akhbar Indianapolis Star. Sementara itu, kumpulan Sugarland meluahkan takziah kepada keluarga mangsa melalui mesej di Twitter.

"Kami berdoa untuk peminat dan masyarakat Indiana," kata kumpulan itu.

"Kami berharap anda semua menyertai kami." - AFP

Liwat II bersambung dengan perkembangan temubual

Posted: 14 Aug 2011 08:04 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hari ini pihak pendakwaan perbicaraan liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaporkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkembangan kes itu berhubung tawaran mereka membekalkan beberapa saksi untuk ditemubual pihak pembelaan.

Peguam pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh telah menemubual 19 saksi potensi yang mungkin diminta tampil memberi keterangan pada perbicaraan itu.

Mereka yang dipanggil itu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, yang hadir pada Jumaat lalu. Bagaimanapun kedua-dua Najib dan Rosmah enggan ditemubual dan berkata mereka tidak mahu menjadi saksi pembela kepada Anwar.

Saksi yang belum ditemubual termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan SriMusa Hasan dan dua bekas pembantu rumah Indonesia - Suliati dan Faria Dipan - yang sebelum ini bertugas dengan pemilik kondominium Hasanuddin Abdul Hamid.

Pembantu rumah berkenaan telah pulang ke Indonesia dan polis dijangka memaklumkan perkembangan mereka mengesan kedua-dua wanita itu.

Selain itu, terdapat tiga lagi individu yang belum ditemubual. Mereka ialah ibu kepada bekas tunang tertuduh Saiful Bukhari Azlan, Sharehah Md Salim; jururawat Hospital Pusrawi Yazihan Jusoh, dan pengawal peribadi Anwar Mohd Rasid Mohd Rosdi.

malaysiakini/-

[Sidang DUN Perak] 10:53 Pagi: Isu Berkaitan Projek Teluk Rubiah

Posted: 14 Aug 2011 08:00 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -





Sidang sedang berlangsung dan saya berada di bilik sidang media sambil mengikuti persidangan dun dari luar melalui pembesar suara yang disediakan.

Persoalan yang masih berbangkit dari ADUN Tronoh mengenai projek Teluk Rubiah mengenai syarikat yang diberikan kelulusan dalam keadaan syarikat yang mendapat konsesi yang jelas tidak layak.

Hamidah dianggap menipu dan didesak memberi jawapan segera. Dia juga dicabar oleh beberapa ADUN Pakatan Rakyat untuk membuat kenyataan yang sama diluar dewan kalau berani.

Sekarang soalan ke dua dari wakil Bercam mengenai kenaikan elaun ADUN Perak

MB Zabry memaklumkan kenaikan terakhir pada tahun 2004 iaitu kenaikan 2 peratus.

Dewan dimaklumkan elaun  ADUN Perak ialah RM4112.

Dewan juga dimaklumkan mengenai perbandingan dengan beberapa negeri lain.

Bercam memohon soalan tambahan dengan meminta kerajaan perak mengkaji semula.

MB Zambry menjawab satucadangan yang bernas.

[Sidang DUN Perak] 10:49 Pagi: Dewan Kecoh

Posted: 14 Aug 2011 07:51 PM PDT

15 Ramadhan1432H. [MOD] -





Sidang hangat dengan berlaku pertikaman lidah antar exco BN, YB Hamidah dari Sungai Papat mengenai penyelewengan yang berlaku dalam projek di Teluk Rubiah, Lumut.

[Sidang DUN Perak] 10:43 Pagi: Sidang Media Membantah Pergantunggang

Posted: 14 Aug 2011 07:44 PM PDT

15 Ramadhan 1432H. [MOD] -


Saya baru memberikan kenyataan media membantah saya dihalang untuk masuk dewan sekitar jam 9.55 pagi tadi 5 minit sebelum sidang bermula.

Dewan sedang hangat bersidang pada hari dengan isu penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan BN perak mengenai projek Teluk Rubiah, Manjung.

Saya menyatakan rasa kesal, dukacita dan rasa terkilan apabila saya dihalang masuk dewan oleh dua orang pegawai SUK dengan mereka menunjukkan surat yang juga dihantar kepada saya sekitar sebelum yang lepas.

Saya bertegas datang ke dewan pada hari ini dengan anggapan dan menegaskan pengantungan ke atas saya adalah tidak sah dan melanggar peraturan yang sedia ada.

Oleh itu saya tetap datang dan cuba untuk masuk bersidang sebagai memenuhi amanah sebagai seorang ADUN Perak.

Salam Perjuangan

Posted: 14 Aug 2011 11:28 PM PDT

Salam Perjuangan


ISU GEREJA - KEMBALI KEPADA SIRAH NABI DAN SAHABAT

Posted: 14 Aug 2011 12:26 AM PDT

14 Ramadan 1432 H | 14 August 2011

Oleh : Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam. 

Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut  agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.
Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama  menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.
Dalam masa yang sama Islam mewajibkan  penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.
Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40 :
Maksudnya :"Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Rasulullah S.A.W  telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.
Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun,  maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunaikan dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan.
Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam:
  • Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah. 

  • Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.

  • Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham. 

    Apabila tiba waktu sembahyang,  Umar bertanya :"Di mana tempat saya bersembahyang?" Paderi besar menjawab: "Di sini sahaja (dalam gereja)". Umar menjawab: "Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)". 

    Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.
Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna.

Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan, termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf.

Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada  agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.
UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang.  Mereka boleh berhimpun  untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.
Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. "Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan". Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.
Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan. 

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 14 Aug 2011 09:28 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


KEM SEMARAK RAMADHAN KE 11 TAHUN 2O11,MUAR

Posted: 14 Aug 2011 10:55 AM PDT

PEMUDA PAS KAWASAN MUAR sekali lagi menunaikan tanggungjawab mendidik dan berdakwah kepada pelajar-pelajar sekolah sempena Bulan Ramadhan.Ini bermakna sudah 10 tahun program tahunan ini dijalankan dengan sambutan yang semakin bertambah setiap tahun. Menurut Pengarah Kem, Ustaz Yuhanas, permohonan terpaksa dihadkan apabila 170 pelajar telah mendaftar seminggu sebelum program dimulakan.
Tahun ini Kem ini diadakan di tempat baru yang lebih selesa di D'Impian Resort & Traininig di Parit Kasim Jalan Abdul Rahman Muar. Program 3 hari 2 malam ini bermula dari 12 -14 Ramadhan dengan bayaran hanya RM50.00 sahaja.
Kem ini di ketuai oleh Kem Komandan, Sdr Abdul Razak Sulaiman dengan dibantu oleh Penolongnya, Ustaz Khairul Nor Mohamad dan AJKnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibubapa dan peserta juga semua yang menyumbang untuk menjayakan program ini.
YB Dr Mohammad Taslim , ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan Majlis Penutup Kem pada pagi Ahad, 14 Ramadhan 1432H.

D'Impian Resort & Training Center, satu nama baru dalam
industri ini. D'Impian milik bumiputera sepenuhnya juga terdapat di Pekan
Parit Raja Batu Pahat Johor dan di Shah Alam Selangor

Majlis Penutup dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhidir.

Dari kiri : Sdr Abdul Razak (Kem Komanden), Sdr Faizul Saleh (Ketua Pemuda PAS Muar),
YB Dr Mohammad Taslim, Ustaz Yuhanas Misman (Pengarah Kem) dan Puan Zauyiah (D'Impian).

Ucapan Perasmian Penutup Majlis oleh YB Dr Mohammad Taslim.

Amanat Kem Komanden, Sdr Abdul Razak Sulaiman.
Ikrar peserta....

Peserta-peserta.


Masih mampu bertahan walau ada yang tumbang...

Air mata anak solehah ketika mendengar motivasi dan nasihat daripada
Ahmad Ibrahim, Pelajar Cemerlang SPM Johor 2010 .


YB Dr Mohammad bersama Ahmad Ibrahim Zakaria, Motivator 
juga Pelajar Cemerlang Johor SPM 2010, dan fasilitator dari Darul Quran (JAKIM)

Balik Haji ?...... Ni barang-barang peserta bersedia untuk kembali ke rumah !

 
 YB Dr Mohammad terpaksa meminta diri selepas perasmian kerana bergegas ke KLIA menyambut kepulangan anaknya dari Universiti Mansoura, Mesir. 
Alhamdulillah, dah selamat sampai. 
Mohd Syakirin bersama ibunya Puan Rubiah di KLIA.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 14 Aug 2011 09:22 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jom Sertai Kelab Protes Barang Naik

Posted: 14 Aug 2011 05:03 PM PDT

Bosan dengan harga barang semakin naik saban hari? Bil elektrik naik, bil air naik, gas naik, minyak naik, gula naik, semua naik? Tak ada yang turun, semua naik. Yang turun cuma hujan. Kalau boleh dinaikkan hujan, mereka akan naikkan juga hujan.

Jom sertai Kelab Protes Barang Naik dan klik LIKE di https://www.facebook.com/pages/Kelab-Protes-Barang-Naik-Protes-BN/130492440376510



Masalah air tiada kesudahan di Bandar Diraja N.Sembilan

Posted: 14 Aug 2011 07:07 AM PDT


Aduan Rakyat , 13 Ogos 2011 - Masalah Air di Sri Menanti Negeri Sembilan : Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.

Beberapa hari saja lagi hari raya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-sri-menanti-negeri-sembilan

Beberapa masalah bekalan air di Negeri Sembilan di bawah ini :

Orang Kuala Pilah merana, bekalan air bermasalah di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/08/rakyat-nsembilan-merana-bekalan-air.html

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/07/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas.html

PAS LENGGONG

Posted: 14 Aug 2011 07:17 PM PDT

PAS LENGGONG


Cerita warwar

Posted: 14 Aug 2011 03:09 AM PDT


MP mic bersahur tapi tak puasa. (dalam TV3) berita jam 1.30 th. Nampak sangat tiada beritanya. nampak sangat MP umno tak buat kerja. dalam bulan ramadan pun macam tu.

Isu Jais di Selangor - Mengembalikan ingatan ke Ipoh.

Posted: 13 Aug 2011 07:27 PM PDT

Beberatahun lalu di Ipoh, Mufti Harussani yang mendakwa perkara itu. Pemuda umno-bn berkumpul di pejabat mufti. Mereka mengasak mufti. Kenyataan lebih 200,000 murtad. Ada menteri tak dibenar masuk ke Perak. Mufti perak kalau keluar perak akan di tangkap dan bagaian serta lain. dan kini yang kedepan sisesumpah dan katak lompat yang cabuk lagi buruk ekor.
kehadiran mereka ini menyerlahkan keadaan sebenar yang terselindung.

Tanah runtuh

Posted: 13 Aug 2011 07:19 PM PDT

Satu artikel yang bagus. cuma yang tidak tepat kerana menyatakan sebagai bencana alam. sepatutnya ia disebut bala. kerana bala itu yang membawa kepada kerosakan alam yang terjadi akibat dari tangan manusia. Tangan manusia yang merosakkannya. Di kawasan orang asli misalnya sewaktu PRK Galas ada tangan manusia yang menipu orang asli dengan memberi minum minuman keras hingga orang asli itu tak keluar mengundi menyebabkan kezaliman ke atas orang yang tak mengerti. dan akibatnya berlaku runtuhan tanah di situ kerana apa? tidak lain dari jangan jahat umno yang memaksa orang asli supaya tidak mengundi PAS dengan menjadikan mereka mabuk arak.

Tanah runtuh: Gangguan manusia atau bencana alam
SM Mohamed Idris

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat sedih dengan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands yang telah meragut tujuh nyawa.

Sementara punca kejadian tanah runtuh yang melanda penempatan Orang Asli tersebut disiasat oleh pihak berkuasa, terdapat spekulasi bahawa kerja membersih tanah dan kerja tanah berdekatan penempatan itu untuk pembangunan perumahan oleh LBS Bina Group Berhad berkemungkinan telah menyumbang kepada bencana itu.

CAP telah memaklumkan kepada pihak berkuasa dalam surat bertarikh 26 Mei 2011 berhubung kerja tanah secara besar-besaran untuk pembangunan projek selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan dan pelancong yang berang dengan keadaan itu. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengarahkan pihak kontraktor supaya menjalankan kerja kawalan dan penstabilan cerun memandangkan kawasan itu terdedah dan berpotensi untuk terhakis. Persoalannya ialah adakah pembangunan projek ini menjadi pemangkin bencana di Kampung Sungai Ruil?

Walaupun aduan dan amaran awal telah dibuat, kami merasakan bahawa tindakan wajar yang berkesan tidak diambil. Jika pihak berkuasa telah memantau dengan teliti sekitar Kampung Sungai Ruil, mengesan tanda awal kegagalan cerun dan bahaya yang akan berlaku, mungkinkah bencana ini boleh dielakkan?

Terdapat lebih daripada 600 kematian akibat tanah runtuh sejak 1973. Siapakah yang bersalah terhadap kematian ini? Dalam banyak kejadian, alam telah dipersalahkan, menyebabkan pesalah sebenar terlepas dan bebas.

Mengambilkira bahaya geologi yang serius yang telah menyebabkan kematian, kecederaan, kerosakan dan pemindahan penduduk, kerajaan Malaysia telah mewujudkan Pelan Induk Cerun Negara (National Slope Master Plan - NSMP) 2009-2023 yang antara objektifnya ialah untuk mengurangkan risiko sebelum tanah runtuh berlaku.

NSMP menyatakan bahawa di Malaysia, daripada 1973 hingga 2007, kira-kira 440 tanah runtuh dilaporkan. Terdapat juga lebih beribu-ribu kejadian tanah runtuh dan kegagalan cerun kecil yang 'tidak dilaporkan'. Jumlah kerugian ekonomi akibat daripada kejadian tanah runtuh adalah dianggarkan lebih daripada RM3 bilion dalam tempoh 35 tahun lalu.

Kerajaan Malaysia mempunyai pelan induk cerun, butiran lengkap, komprehensif dan rangka kerja dasar yang berkesan, strategi dan pelan tindakan untuk mengurangkan risiko daripada kejadian tanah runtuh di kawasan cerun di seluruh negara. Adakah pelan tindakan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan?

Ramai daripada kita melihat bukit yang tandus, cerun yang terdedah akibat kerja tanah, pembangunan dan tanah runtuh ketika memandu sepanjang jalan utama dan lebuh raya di negara ini. Kami bimbang cerun yang terdedah ini akan menjadi bencana yang akan datang. Kami berharap pihak berkuasa yang bertanggungjawab juga telah melihat kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh dan tertanya-tanya sama ada tindakan telah diambil. Apabila bencana berlaku, kami tahu bahawa tindakan yang wajar tidak diambil.

Kesan pembangunan di atas bukit, tanah tinggi dan hutan yang berleluasa akan berterusan jika pihak kerajaan membenarkannya. Alam mempunyai batasannya dan kemerosotannya biasanya memberi kesan buruk dan bebanan berat kepada komuniti miskin dan penduduk asli. Tanpa mengambilkira kesan terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi akan melenyapkan sumber alam.

Kerajaan, ahli perniagaan dan pengguna perlu mula bertindak secara bertanggungjawab untuk kebaikan diri dan generasi akan datang sebelum bencana yang lebih dahsyat menimpa kita semua.

SM Mohamed Idris
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)


Cara meraih simpati yang menimbulkan keraguan.

Posted: 13 Aug 2011 07:17 PM PDT



Nik Aziz kesal kaedah mohon simpati
Rizal Tahir

PENGKALAN CHEPA, 13 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memohon simpati orang ramai di bulan Ramadan ini.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa kebimbangannnya berhubung fenomena berkenaan yang kini semakin berlaku setiap tahun
termasuk dari masyarakat negara jiran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kegiatan meminta sedekah bermula sejak awal Ramadan lagi selepas
menyampaikan sumbangan kepada 490 orang dalam Dun Chempaka yang terdiri dari golongan armalah, warga emas dan anak-anak yatim.

Beliau yang mengakui turut menjadi tempat mereka memohon simpati berkata suasana itu menimbulkan sedikit suasana yang tidak enak, apa lagi sejak awal lagi golongan itu berkumpul memohon sumbangan.

"Apabila mereka ke rumah, sudah pasti saya menggunakan duit poket saya, kalau sumbangan kerajaan kena ke pejabat.

Sebelum memberi saya kena pastikan mereka ni benar-benar miskin, orang tua dan cacat," ujarnya.

Sekiranya orang yang muda, sehat pula datang memohon ianya menjadi satu kesukaran baginya untuk memberi atau sebaliknya.

Menurutnya, kadang-kadangan golongan ini datang dari luar dengan menaiki kenderaan tertentu yang ditinggalkan oleh pemandunya.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, berbagai kaedah digunakan mereka untuk memohon simpati, contohnya tahun lalu mereka membalut tangan seperti patah datang ke rumahnya memohon sumbangan, namun pada masa yang sama terserempat dengan jirannya orang terbabit membeli rokok dengan keadaan tangan yang tiada masalah.

"Perkara ini bukan sahaja menyusahkan saya juga kepada mereka yang sering menjadi tumpuan peminta untuk memohon
simpati," ujarnya.

Seharusnya, tambah beliau bulan Ramadan umat Islam membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan ibdat dan bukannya berbuat demikian.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau mengingatkan pembantunya supaya memberikan sumbangan kepada mereka yang layak
tanpa memilih fahaman politik dan bangsa dalam setiap sumbangan yang diberikan.

"Penerima juga seharusnya mendoakan kepada pemberi semoga dengan cara itu akan menambahkan keberkata serta murah rezeki,"ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat negeri, Mohd Noor Chik, pihaknya menyediakan RM80,000 kepada
setiap Dun untuk diagihkan kepada penerima sempena bulan Ramadan.

Jelasnya, sumbangan itu diperolehi dari kerajaan negeri dan Persekutuan.

Di negeri ini seramai 32,000 orang penerima di bawah JKM sepanjang tahun ini.


ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 14 Aug 2011 03:43 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


UKHWAH AHLI PAS BUKIT SENTOSA & BERUNTUNG TAMBAH MANTAP DI MALAM IFTAR

Posted: 14 Aug 2011 06:51 AM PDT


Saf Pemuda yang mantap oleh Sdr Asraf, Sdr Zamir, Sdr Zulkifli dan Sahlan dalam Iftar dan Tarawekh pada 13 Ogos 2011.

Apa yang menarik tentang gambar ini?

Alhamdulillah Ustaz Wan Shamsuddin dapat mengetuai Iftar anjuran PAS Zon Bukit Beruntung di Markaz PAS Cawangan Bukit Beruntung .


Aik! Pak Mat Fauzi pun ada?


Sungguh lazat dan selesa ahli PAS menikmati juadah berbuka puasa istimewa dari Taman Seroja oleh Catering Sdr Saqharuddin dan Pakar buat kuih Sdr Anuar .

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 14 Aug 2011 03:11 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


PEMUDA PAS GESA AKTA MURTAD DITOLAK DULU DITERIMA SEMULA

Posted: 14 Aug 2011 04:08 AM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Ogos ─ Di sebalik kontroversi berkaitan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja, Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan pusat mengadakan satu akta yang khusus bagi menangani isu-isu berkaitan dengan murtad.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya semalam bagi mempertahankan akidah umat Islam, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mahu kerajaan menukar kembali cuti hujung minggu hari Ahad kepada Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam.

Kini hanya beberapa negeri menetapkan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nasrudin (gambar) berkata, PAS pernah mengesyorkan Akta Murtad sebelum ini tetapi telah ditolak.

Katanya, Dewan Pemuda PAS telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) untuk menangani isu pencemaran akidah khasnya berkait dengan kes murtad.

"Insya-Allah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembanterasan usaha memurtadkan umat Islam dan operasi pemulihan akidah bagi Muslim yang tercemar akidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

"Dewan Pemuda PAS bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah," kata beliau sambil menambah, "kita sokong Jais yang bertindak untuk menyelamatkan akidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini."

Namun katanya, Jais juga mestilah bermuhasabah dan jika jelas agensi itu tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada umat Islam atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku ke atas Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang dan Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang.

"Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah-penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang Jais boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah," katanya lagi.

Katanya, murtad di negara ini berlaku disebabkan beberapa punca, tetapi sama ada faktor itu kecil atau besar, ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri.

Nasrudin juga berkata, Pemuda PAS mahu pihak berkuasa mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

Selain itu, Pemuda PAS juga mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS juga menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal dapat membuat agihan adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

Sayap PAS itu juga mencadangkan supaya agensi kerajaan membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan-kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan Orang Asli, Sabah dan Sarawak dan juga mendesak kerajaan menambah pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik.

Dalam kenyataannya, Nasrudin berkata, Dewan Pemuda PAS juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak bukan Islam yang telah dipelihara seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka dan melakukan pencerobohan terhadap hak-hak mereka.

"Umat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai akidah dan keperibadian mereka sebagai seorang Muslim.

"Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar," katanya lagi.

ISU PEMBESAR SUARA : MODAL UMNO NAK KUTUK TG NIK AZIZ

Posted: 14 Aug 2011 04:01 AM PDT


KOTA BARU, 14 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS  itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, dipetik Bernama Online, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.
"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.

"Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanyaselepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 14 Aug 2011 03:08 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Meninjau usahawan tani di Kg Pering, Kodiang

Posted: 13 Aug 2011 10:42 PM PDT

Inilah spesis buah anggur yang ditanam oleh usahawan muda di Kg. Pering, Kodiang. Asalnya buah anggur ini diambil benihnya di Perlis dan dicuba tanam oleh usahawan, Mohd Jasni Bin Ahmad. Berkat usahanya, kini buah anggur yang ditanam sudah boleh dimakan.  
Inilah kebun anggur yang ditanam di kawasan rumahnya. Nampaknya usaha untuk melihat pokok anggur tumbuh berjaya dibuktikan apabila beliau membuat persediaan yang lengkap dan mengikut kaedah penanaman yang betul seperti yang disyorkan usahawan di Perlis. Nampaknya Perlis tak boleh berbangga dengan tanaman anngur kerana anggur juga ada di Pering, Kubang Pasu dan Sik, Kedah.

Saya teruja dengan buah anggur yang ada di kampong. Tak perlu lagi pergi ke luar negara untuk memetiknya. Saya berbangga dengan usahawan ini dan akan mempromosikannya dengan sebaik mungkin. Tambahan pula kebun anggur ada dalam kawasan saya ini.   

MP Pendang

Posted: 14 Aug 2011 01:41 PM PDT

MP Pendang


SharpShooter: Dr Asri sokong keputusan Mufti P. Pinang

Posted: 13 Aug 2011 10:30 PM PDT

SharpShooter: Dr Asri sokong keputusan Mufti P. Pinang: "Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui ..."

tulisan ini adalah pandangan dari pemilik blog , tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Minta menteri zahid tegur sama menteri guna duit zakat bayar kos guaman untuk depa no, sampai umat islam kena minta simpati dari org lain pula padahal duit zakat dlm baitul mal berlambak lambak.

TBI-PAS KEPALA BATAS

Posted: 14 Aug 2011 01:23 PM PDT

TBI-PAS KEPALA BATAS


Menuju Negara Berkebajikan

Posted: 13 Aug 2011 02:22 PM PDT

Batu Gajah Mari

Posted: 14 Aug 2011 11:54 AM PDT

Batu Gajah Mari


UMNO makin MEROYAN dengan gelagat GUAN ENG!

Posted: 13 Aug 2011 03:32 PM PDT

Patutlah umno dari sehari ke sehari semakin meroyan dan dari masa ke masa sentiasa gatal mengaru-garu hingga terkadang-kadang terkinja macam 'ungka' dengan Lim Guan Eng dan Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang......ini kerana Lim Guan makin mendekati rakyat bawahan tanpa ada protokol sepertimana umno yang makin menjarakkan diri dengan rakyat.

Gambar-gambar berikut menceritakan segala2nya tetapi dek media pencacai yang memang expertise dalam putar berita maka kalau gambar-gambar berikut keluar maka akan ada pimpinan tertinggi umno akan naik tekanan darahnya dan mungkin ada yang akan tumbang ke'pitam'an.






[sumber .]

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 14 Aug 2011 11:27 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


sinar harian

Posted: 13 Aug 2011 11:43 PM PDT

Pas akan bangkit isu pengundi pada Sidang Dun


KEMAMAN – Pas Terengganu mempunyai fakta kukuh bagi menyokong dakwaan mereka yang berjaya mengesan kira-kira 5,006 warga asing mendaftar sebagai pengundi di negeri ini, dengan 43 daripadanya turut dikesan tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi tersenarai dalam daftar pemilih.

Pesuruhjayanya, Abdul Wahid Endut berkata, pendedahan itu bersandarkan fakta dan bukti serta bukan omongan kosong.

Justeru, beliau berkata, isu berkenaan juga akan dibangkitkan dalam Sidang Dun Terengganu yang akan bersidang pada 22 dan 23 Ogos ini.

"Selepas ini kita akan dedahkan lagi (beberapa perkara berkaitan). Terdahulu kita turut dedahkan mengenai terdapat seramai 44 orang pemilih di negeri ini mengundi lebih daripada sekali dan kita akan terus mendedahkan (perkara yang tidak betul)," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan beramah mesra bersama peniaga dan pengunjung Bazar Ramadan Chukai, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penafian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengenai dakwaan kewujudan pengundi warga asing dari Myanmar itu, sebaliknya memberitahu mereka asalnya warga Malaysia yang menjadi pelarian ketika zaman British sebelum dibawa balik ke negara ini dan diberi kerakyatan.

Ahmad turut menyifatkan Pas kini berada dalam keadaan tertekan sehingga membangkitkan isu berkenaan sedangkan isu itu bukan baru.

Mengulas lanjut, Abdul Wahid mendakwa, hakikatnya memang benar terdapat 5,000 lebih warga Myanmar diberi kerakyatan dan proses itu dilakukan di Langkawi, Kedah yang akhirnya mereka turut dibawa masuk ke negeri ini.

"Sebab apa proses dilakukan di Kedah dan mereka kemudian dihantar ke sini iaitu di kawasan Dun Kijal dan Air Putih? Perkara ini rancak dilakukan dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang diberikan kad pengenalan. Ini adalah satu isu besar yang jadi isu negara.

"Soalnya sekarang, angka itu (pengundi warga asing) bertambah dengan banyak seolah-olah kemasukan itu memang dirancang dan satu lagi, saya mahu tegaskan mana ada orang Burma (Myanmar) keturunan Malaysia, paras rupa mereka pun Burma asli," katanya.

Menurutnya, Pas hanya mahu sistem pilihan raya telus seperti bermain bola di padang yang rata

Lawatan Pesuruhjaya PAS Terengganu Ke Bazar Ramadhan Kemaman

Posted: 13 Aug 2011 07:54 PM PDT

Chukai, 12/8/2011 - Lawatan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Yb Hj Abd Wahid Endut bersama Yb Dr Alias (ADUN Bukit Tunggal) dan Pimpinan PAS Kawasan Kemaman ke Bazar Ramadhan di Padang Astaka Chukai Kemaman. Yb pesuruhjaya dan kepimpinan PAS Kemaman telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai sebelum bertemu dengan peniaga-peniaga dan orang ramai di bazar tersebut. Dalam masa yang sama pemuda PAS Kemaman yang diketuai oleh ketua pemuda Ust Hisahmuddin telah mengedarkan beberapa jenis risalah kepada orang ramai di Bazar tersebut. Yb Pesuruhjaya dan rombongan berbuka puasa di Pasti Batu 4 Binjai bersama masyarakat setempat.  


Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 14 Aug 2011 09:50 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masalah air tiada kesudahan di Bandar Diraja N.Sembilan

Posted: 14 Aug 2011 07:05 AM PDT


Aduan Rakyat , 13 Ogos 2011 - Masalah Air di Sri Menanti Negeri Sembilan : Masalah ketiadaan air terutama pada hujung minggu, cuti umum dan musim perayaan seperti hariraya telah berlarutan sejak lebih 20 tahun yang lalu. Keadaan menjadi lebih teruk bila tiba hariraya dimana air dicatu berhari-hari sehingga terpaksa mencari alternatif lain.

Saya tidak pasti apa yang menjadi punca masalah ketiadaan air. Walaupun sudah berkali-kali membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan namun tiada sebarang jawapan positif yang diterima.

Beberapa hari saja lagi hari raya bakal menjelang tiba. Ketiadaan air kadang-kadang menjadi trauma dan berasa malas untuk balik kekampung. Tapi apa kan daya mahu tak mahu terpaksa juga balik kampung.

By: Ishak bin Said http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-di-sri-menanti-negeri-sembilan

Beberapa masalah bekalan air di Negeri Sembilan di bawah ini :

Orang Kuala Pilah merana, bekalan air bermasalah di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/08/rakyat-nsembilan-merana-bekalan-air.html

BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Masalah Bekalan Air di Kediaman Kuartas Guru SMK Seremban Jaya di pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2011/07/masalah-bekalan-air-di-kediaman-kuartas.html

Jasindaily Online

Posted: 14 Aug 2011 09:40 AM PDT

Jasindaily Online


GUGURNYA SEORANG SERIKANDI

Posted: 17 Jul 2011 09:55 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 14 Aug 2011 09:18 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


ADUN SELAT KLANG santuni wanita kematian suami di KPG SG SIREH

Posted: 13 Aug 2011 10:23 PM PDT



KPG SG SIREH
KLANG

Tidak sampai seminggu YB Dr Hjh Halimah Ali selaku ADUN Selat Klang dalam rangka program ziarah ke rumah Pak Atan yang sakit buah pinggang, beliau diberitahu PAK ATAN telah meninggal dunia.Baru minggu lepas beliau sempat bergurau dengan Pak Atan dan isterinya yang setia merawatnya.
Setiba YB ke rumah Pak Atan beliau dipeluk erat oleh isteri Allahyarham.Sayu...
Semoga roh Pak Atan dicucuri rahmatNya.

KHIDMAT MERU

Posted: 14 Aug 2011 09:12 AM PDT

KHIDMAT MERU


KEMPEN DERMA DARAH DIBULAN RAMADHAN

Posted: 14 Aug 2011 08:10 AM PDT









Walau sehari suntuk berpuasa dibulan Ramadhan, sambutan program Derma Darah anjuran Masjid As Syarif tetap mendapat sambutan dikalangan masyarakat di Meru. Seramai lebih 50 orang mengambil bahagian termasuk kalangan golongan wanita. Kempen derma darah dari Hospital Ampuan Rahimah Klang bagi mengisi tabung darah yang semakin berkurangan bila tiba bulan puasa dan hari raya. Masjid As Syariff sememangnya tempat tumpuan masyarakat di Klang, program kempen derma darah semesti pilihan utama yang diberikan perhatian sekiranya mendapat jemputan dari pihak masjid. Terima kasih dari semua yang menderma dan syabas Masjid As Syariff Meru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan