Ahad, 14 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 14 Aug 2011 03:49 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Terima kasih dan tahniah kepada semua penderma

Posted: 13 Aug 2011 03:54 AM PDT



Bersama jemaah muslimat di Masjid Ar Rahimiah Klang
 Jemaah dan Masjid yang prihatin terhadap Saudara Islam yang ditimpa kesusahan. Allah Taala ganda setiap sumbangan anda untuk tujuan ini.




DUN BUKIT PAYONG

Posted: 14 Aug 2011 03:19 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah Ramadhan 7

Posted: 13 Aug 2011 06:30 AM PDT

Sambungan tazkirah ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila Marang.Moga-moga bermanafaat insyAllah


http://www.youtube.com/watch?v=-o5-gE49jqQ


CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Aug 2011 01:27 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mudahnya Perkahwinan di Atas Sunnah

Posted: 14 Aug 2011 12:00 AM PDT

14 Ramdhan 1432H. [MOD] -

Bila cerita tentang pacaran pada orang bujangan, ramai akan kata seronoknya! Cuma bila masuk bab suruh kahwin, banyaklah alasannya nanti. Antara yang biasa kita dengar adalah alasan muda lagi, duit tak cukup lagi, tak cukup belanja hantaran, kereta belum habis bayar, rumah pun tidak ada lagi, kerja belum stabil, ibu dan bapa tidak bagi lampu hijau dan seumpamanya.

Tapi dalam masa yang sama, sudah hebat berpacaran ke sana ke mari. Keluar berduaan lelaki dan wanita sambil berpegangan tangan bagai dunia mereka yang punya.

Itulah realitinya, ramai di antara kita memandang perkahwinan dari sudut kos dan material. Tetapi lupa dari sudut agama.

Sebenarnya jika kita kembali kepada agama, perkahwinan itu adalah mudah demi menjaga kesucian diri, maruah, dan agama. Yang sukar adalah urusan tanggungjawab dan tahap kematangan dalam pengurusan. Namun itu semua boleh dipupuk asalkan memiliki ketekunan, kesabaran, dan kesediaan untuk belajar.

Kenapa perlu tunggu lama-lama membiarkan maruah dan agama digadai, mengumpul dosa dalam rindu, duit pula habis untuk pacaran? Bukankah itu jauh lebih sukar berbanding membelanjakan sedikit harta untuk sebuah perkahwinan yang benar? Maka, segerakanlah perkahwinan.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

"Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah." (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Jika belanja hantaran buat si gadis menjadi alasannya, bukankah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda:

إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها

"Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat)." (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma' az-Zawa'id, 4/516, no. 7482)

Sekiranya maskahwin pun dituntut supaya dipermudahkan, mengapa mahu menambah-nambah dengan beban hantaran yang Nabi sendiri tidak pernah syari'atkan? Bukankah ini bertentangan dengan hadis Nabi tersebut bahawa pernikahan yang baik adalah yang paling mudah. Ini merangkumilah mudah dari aspek perbelanjaan dan pengurusan.

Sehingga Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri pernah menikahkan sahabat dengan mahar yang begitu mudah, iaitu antaranya dengan mahar cincin besi dan mengajar hafaz bacaan sebahagian ayat al-Qur'an. Kenapa kita pula bertindak meninggalkan sunnah Rasulullah dan memilih perkara yang menyusahkan lagi membebankan diri sendiri?

Perlu kita fahami bahawa pernikahan itu bukanlah pasar untuk memperdagangkan anak gadis melalui kutipan belanja hantaran daripada pihak suami. Sebaliknya ia adalah ikatan untuk menuju hidup bahagia berpasangan dengan cara yang syar'i. Bukankah wang dan belanja hantaran yang adakalanya mencecah puluhan ribu ringgit itu lebih baik diguna menampung keperluan hidup berumah-tangga, seperti kos tempat tinggal, kenderaan, dan kehadiran anak-anak kelak?

Selari dengan pesanan Rasulullah bahawa sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah, majlis kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah. Selain itu, turut dianjurkan supaya kita menghulur bantuan perbelanjaan walimah kepada pasangan baru bernikah.

Ketika Rasulullah mengetahui sahabatnya 'Abdurrahman B. 'Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):

بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

"Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/131, no. 4758)

Berdasarkan hadis ini, mengadakan walimah (menjamu orang makan) dengan sebab pernikahan adalah disyari'atkan. Walaupun begitu, walimah tidaklah mesti dilakukan dengan seekor kambing. Tetapi perlulah bersesuaian dengan kemampuan suami. Ini kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sendiri pernah melaksanakan walimah ketika pernikahannya bersama Shafiyah dengan menyediakan campuran kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung hasil sumbangan para sahabat yang hadir sebagaimana diriwayatkan Imam al-Bukhari. Terdapat juga hadis yang menunjukkan Rasulullah hanya menjemput beberapa orang lelaki meraikan walimah perkahwinannya di waktu yang lain.

Ia tidaklah seperti sebahagian daripada kita hari ini yang berlebih-lebihan dalam walimah sehingga sanggup membuat pinjaman kewangan demi merealisasikan kenduri perkahwinan yang mahu dilihat gah dan besar.

Menurut sunnah, majlis walimah yang dianjurkan Rasulullah itu tidak lebih dari sekadar jamuan makan dengan bergembira meraikan pasangan yang berkahwin. Ini berlangsung dengan cara menghadiri dan mendoakannya dengan kebaikan. Sehingga orang-orang yang berpuasa pun turut wajib menghadirkan diri ke majlis walimah jika mendapat jemputan.

Dalam masa sama, majlis walimah ini tidaklah sewajarnya diiringi dengan maksiat dan kemungkaran. Sangat menyedihkan perkara-perkara maksiat dalam acara-acara walimah hari ini dilihat begitu subur. Sehingga ada yang sanggup berbelanja besar kerananya pula. Perkara ini wajib kita sedari dari awal agar tidak terus menular.

Di antara perkara buruk yang telah mula membudaya dalam majlis-majlis walimah hari ini yang dapat penulis sebutkan adalah seperti budaya mendedahkan aurat dan tabarruj (berdandan) untuk tontonan umum dalam praktik persandingan, menghambur-hambur harta (membazir) untuk menunjuk-nunjuk dan mendapat pujian, mencukur kening dan janggut, mengkhususkan adanya acara potong kek dan menyarung cincin perkahwinan, adat bersanding dan pelamin, upacara merenjis dan menepung tawar demi meraih keberkatan, bersalam-salaman dengan yang bukan mahram, acara tahlilan khas memohon restu nenek moyang, menjemput bomoh tolak hujan, majlis karaoke dan nyanyi-nyanyian, permainan kuda kepang, menggantung gambar pengantin, dan seumpamanya.

Hukum mendedahkan aurat adalah suatu yang maklum di kalangan umat Islam. Lebih lagi apabila berlaku pembaziran wang untuk belanja solekan, set baju yang menggambarkan bentuk tubuh wanita, dan mencukur kening demi kelihatan cantik. Ini semua termasuk bentuk-bentuk peragaan tubuh ala jahiliyah yang telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya), "Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah-laku seperti orang-orang Jahiliyyah." (Surah al-Ahzab, 33: 33)

Manakala acara khas sesi sarung cincin dan potong kek perkahwinan pula ia termasuk meniru-niru adat keagamaan kaum kafir yang tidak pernah sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasulullah. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Malah penulis difahamkan harga sebuah set kek perkahwinan sahaja sudah mencecah sehingga ratusan dan ada yang mencecah ribu ringgit.

Manakala amalan meminta individu tertentu untuk menolak dan menahan hujan dengan jampi tertentu agar majlis dapat berjalan lancar, maka ini termasuk pula ke dalam perbuatan syirik.Ini sama juga dengan adat menepung tawar yang tidak diketahui asal-usulnya dari ajaran agama Islam. Sebenarnya untuk tujuan ini, cukuplah dengan berdoa kepada Allah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan secara teknikal.

Jika di dalam majlis-majlis walimah tertentu mengandungi praktik-praktik maksiat seperti ini, terdapat petunjuk Rasulullah supaya tidak menghadirinya atau sekiranya mampu maka berilah nasihat dan teguran.

Dari itu, mudahkanlah pernikahan dan majlisnya. Ambillah sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai pedoman dan ikutan. Berbanggalah dengan kemuliaan Islam, bukan dengan maksiat, kemungkaran dan pembaziran. Hindarilah juga budaya pacaran tanpa nikah! Semoga semaian cinta dan majlis kita mendapat berkah dan keredhaan Allah. Itulah yang perlu kita cari dan kejar. Wallahu a'lam.

abu humaira

Lelaki tertinggi jadi tetamu di Qaryah Ramadhan

Posted: 13 Aug 2011 11:30 PM PDT

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 14 Ogos: Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28, menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan, kelmarin.

Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dab Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu.

"Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk merawat kakinya itu.

Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena majlis penyampaian hadiah pameran auto show, petang kelmarin.

Turut berucap pada majlis itu Penolong Pengarah Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Mohd Nasir Mat Soh.

harakahdaily/-

London rakyat mengamuk, Malaysia polis mengamuk

Posted: 13 Aug 2011 09:54 PM PDT

14 1432 RamadhanH. [MOD] -

KUALA LUMPUR, : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.

harakahdaily/-

Stesen komuter China ada beg tinju gergasi

Posted: 13 Aug 2011 09:00 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SEORANG lelaki mencuba beg tinju yang dipasang di stesen komuter Xujiahui, Shang Hai.

SHANGHAI, China – Beberapa beg tinju dipasang di stesen komuter Xujiahui di sini untuk membantu orang ramai supaya 'lebih bertenang' lapor sebuah akhbar semalam.

Ditaja jenama sukan terkenal, Adidas, pengguna komuter yang marah, penat atau mabuk boleh menumbuk dan menendang beg tinju gergasi itu untuk melegakan perasaan mereka selepas ia dipasang baru-baru ini.

Pemasangannya juga diharap dapat mengurangkan kes petugas stesen komuter dimaki hamun penumpang akibat tertinggal tren seperti yang kerap berlaku sebelum ini.

Di permukaan beg tinju itu tertera pelawaan kepada orang ramai untuk menggunakan 'kemudahan' tersebut yang memberitahu: "Setiap tahun, anda menghabiskan masa sekitar 1,824 minit di platform komuter. Jangan bazirkan masa, sudilah lepaskan satu dua tumbukan untuk mengurangkan tekanan dalam diri anda!" – Agensi

Gambar kepala dipenggal trend baru dalam internet

Posted: 13 Aug 2011 08:27 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ILUSI fotografi horsemaning menunjukkan seorang lelaki dan kepalanya sedang duduk di sofa.

NEW YORK, Amerika Syarikat AS – Selepas seni meniarap seperti papan, planking, popular di internet, alam siber itu kini hangat dengan trend fotografi terbaharu dinamakan horsemaning, lapor sebuah akhbar semalam.

Konsep fotografi itu menyerupai gambar bersejarah pada tahun 1920-an apabila beberapa individu menyamar seperti kepala mereka telah dipenggal.

Kini, orang ramai berlumba-lumba menyiarkan gambar mereka melakukan aksi serupa di Internet dengan menggunakan pelbagai latar.

Antara aksi yang cukup popular ialah seorang lelaki sedang bersandar di

sofa sambil tangannya diletakkan di atas kepala yang berada di sebelahnya.

Ilusi itu dihasilkan dengan individu tersebut menyembunyikan seluruh badan daripada kamera kecuali mukanya. – Agensi

Isu larang guna mikrofon baca al-Quran, Zahid Hamidi usah main politik murahan

Posted: 13 Aug 2011 08:00 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Awal-awal lagi saya dah jangka pasti ada pemimpin UMNO yang akan jadikan bahan politik murahan berikutan keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang memutuskan bahawa bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat subuh adalah dilarang menurut hukum syarak.

Tetapi saya tidak pula menyangka yang pemimpin tersebut adalah naib presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang berlatar belakangkan pendidikan Islam.

Yang lebih mendukacitakan saya apabila Zahid mengaitkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama bagi negeri Pulau Pinang dan mempersalahkan pentadbiran negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Saya hairan kenapa Zahid tiba-tiba mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa yang tidak berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Zahid mengaitkan pengeluaran fatwa itu dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang atau JAIPP dan kerajaan negeri.

Di sinilah letak kesilapan besar oleh Zahid kerana JAIPP bukanlah badan atau pihak yang mengeluarkan fatwa tersebut tetapi hanya mengedar pekeliling fatwa berkenaan kepada semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang.

Yang buat fatwa adalah Majlis Fatwa bukan JAIPP, oleh itu JAIPP tidak boleh dipersalahkan kerana ia tiada kuasa atau hak untuk mengeluar fatwa. Tak kan inipun Zahid tidak tahu.

Zahid juga kurang bijak dan salah apabila dia menuduh kononnya larangan yang dikeluarkan oleh JAIPP adalah atas arahan pentadbiran kerajaan negeri. Amat jelas Zahid bermain politik murahan kerana pentadbiran negeri tiada kaitan dan kena-mengena dengan pengeluaran fatwa. Ini dijelaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Abdul Malik Abul Kassim.

Sebuah NGO yang dinaungi oleh semua jawatankuasa kariah masjid seluruh Pulau Pinang diketuai oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Seri Yusof Latif menerima dan menghormati keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang dan menasihati semua masjid dan surau akur akan larangan itu. Jadi, kenapa Zahid Hamidi pula yang melenting tak tentu pasal jika bukan kerana dia sengaja mempolitikkan isu.

Zahid juga menuduh kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai tidak sensitif terhadap agama Islam dan ia seharusnya merujuk fatwa itu kepada Agong.

Dalam pada itu, Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr Juanda Jaya menyokong tindakan Majlis Fatwa Pulau Pinang agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara sebelum waktu solat subuh.

Perlis sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuatkuasakan larangan itu di masjid dan surau, kata Dr Jaunda sambil menjelaskan bahawa mikrofon masjid hanya boleh laungkan azan waktu subuh sebanyak dua kali sahaja, pertama 30 minit sebelum subuh dan kemudian azan subuh. Saya ingin tahu daripada Zahid adakah kerajaan negeri Perlis juga tidak sensitif terhadap agama Islam ....

Dr Juanda berkata ia adalah amalan yang menepati kehendak sunah Nabi Muhammad s.a.w.

Sementera itu, mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin juga menyokong fatwa tersebut yang disifatkannya sebagai arahan nabi dan selaras dengan kehendak syarak.

Dr Asri, anak kelahiran Pulau Pinang, berkata apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan.

kerabu bersuara/-

Kristianisasi: PAS serah pada Jais

Posted: 13 Aug 2011 07:00 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR,: Merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja.

"Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu selepas mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik PAS di ibu pejabat parti, di sini, petang tadi.

Selama ini, ujarnya pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

Oleh itu, jelasnya PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut.

"PAS berharap tindakan pendakwaan tersebut dapat dijalankan seberapa segera bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil peluang mengapi-apikan isu ini," ujarnya.

Pada masa yang sama, tambah beliau PAS berharap semua pihak mendapatkan maklumat yang tepat, benar dan adil tentang peristiwa yang berlaku dan tidak disalahgunakan untuk menimbulkan kekeliruan bagi kepentingan politik pihak tertentu yang akhirnya menimbulkan keresahan kaum di negara ini.

Beliau berkata, dalam rangka untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan menyeluruh bagi isu itu, PAS bersedia bertemu dengan kedua pihak iaitu Harapan Komuniti yang menjalankan majlis tersebut dan pihak Jais.

harakahdaily/-

Nik Aziz kesal kaedah mohon simpati

Posted: 13 Aug 2011 06:30 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PENGKALAN CHEPA, 13 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang menggunakan pelbagai kaedah untuk memohon simpati orang ramai di bulan Ramadan ini.

Menurutnya, beliau melahirkan rasa kebimbangannnya berhubung fenomena berkenaan yang kini semakin berlaku setiap tahun
termasuk dari masyarakat negara jiran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kegiatan meminta sedekah bermula sejak awal Ramadan lagi selepas
menyampaikan sumbangan kepada 490 orang dalam Dun Chempaka yang terdiri dari golongan armalah, warga emas dan anak-anak yatim.

Beliau yang mengakui turut menjadi tempat mereka memohon simpati berkata suasana itu menimbulkan sedikit suasana yang tidak enak, apa lagi sejak awal lagi golongan itu berkumpul memohon sumbangan.

"Apabila mereka ke rumah, sudah pasti saya menggunakan duit poket saya, kalau sumbangan kerajaan kena ke pejabat.

Sebelum memberi saya kena pastikan mereka ni benar-benar miskin, orang tua dan cacat," ujarnya.

Sekiranya orang yang muda, sehat pula datang memohon ianya menjadi satu kesukaran baginya untuk memberi atau sebaliknya.

Menurutnya, kadang-kadangan golongan ini datang dari luar dengan menaiki kenderaan tertentu yang ditinggalkan oleh pemandunya.

Tuan Guru seterusnya memberitahu, berbagai kaedah digunakan mereka untuk memohon simpati, contohnya tahun lalu mereka membalut tangan seperti patah datang ke rumahnya memohon sumbangan, namun pada masa yang sama terserempat dengan jirannya orang terbabit membeli rokok dengan keadaan tangan yang tiada masalah.

"Perkara ini bukan sahaja menyusahkan saya juga kepada mereka yang sering menjadi tumpuan peminta untuk memohon
simpati," ujarnya.

Seharusnya, tambah beliau bulan Ramadan umat Islam membersihkan jiwa dengan memperbanyakkan ibdat dan bukannya berbuat demikian.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau mengingatkan pembantunya supaya memberikan sumbangan kepada mereka yang layak
tanpa memilih fahaman politik dan bangsa dalam setiap sumbangan yang diberikan.

"Penerima juga seharusnya mendoakan kepada pemberi semoga dengan cara itu akan menambahkan keberkata serta murah rezeki,"ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarkat negeri, Mohd Noor Chik, pihaknya menyediakan RM80,000 kepada
setiap Dun untuk diagihkan kepada penerima sempena bulan Ramadan.

Jelasnya, sumbangan itu diperolehi dari kerajaan negeri dan Persekutuan.

Di negeri ini seramai 32,000 orang penerima di bawah JKM sepanjang tahun ini.

harakahdaily/-

Sahur terakhir seorang duda

Posted: 13 Aug 2011 06:00 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MAHMUD AHMAD menunjukkan tempat bapa saudaranya, Sabtu Husin ditemui mati rentung di tempat tidurnya akibat kebakaran di rumahnya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang duda berusia 57 tahun ditemui mati rentung di atas sebuah katil dalam kejadian kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Bagan Baru, Permas Jaya dekat sini semalam.

Kejadian pukul 5.25 pagi itu menyebabkan mangsa, Sabtu Hussin yang tinggal bersendirian dalam sebuah rumah pusaka di kampung itu meninggal dunia selepas mengalami kecederaan teruk akibat terbakar.

Kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai baru sahaja selepas bersahur.

Bagaimanapun, anak saudara mangsa, Sapiah Wan Hitam, 37, suami dan dua anak mereka berusia lima tahun dan enam bulan yang tinggal bersebelahan berjaya menyelamatkan diri.

Kakak mangsa, Ramlah Hussin, 61, yang tinggal tidak jauh dari tempat kejadian berkata, dia hanya menyedari mengenai kebakaran itu selepas dimaklumkan oleh anak perempuannya.

kosmo/-

Ibu terkejut anak 14 tahun hamil

Posted: 13 Aug 2011 05:30 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.

Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.

Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.

Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua.

Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.

Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.

Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.

"Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.

"Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain," katanya ketika dihubungi, semalam.

Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.

"Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

metro/-

Carla dapat muka baru

Posted: 13 Aug 2011 03:54 PM PDT

14 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SEMAKIN PULIH...wajah Carla sebelum (kiri) dan selepas diserang cimpanzi serta selepas menjalani pembedahan transplan (kanan).

BOSTON: Seorang wanita yang wajahnya dikoyak cimpanzi menjalani perubahan menakjubkan selepas menjalani pembedahan pemindahan wajah sepenuhnya.

Carla Nash, 57, hilang hidung, mata, bibir dan mulutnya dalam serangan menakutkan itu. Bagaimanapun, selepas pembedahan selama 20 jam, ibu kepada seorang anak itu boleh bertutur dan merasa semula.

Wajah barunya itu didedahkan di televisyen, semalam selepas pakar bedah memberinya wajah yang didermakan Mei lalu. Carla, yang sangat lemah untuk menghadiri rancangan TV berkata dalam satu kenyataan: "Saya kini boleh melakukan perkara yang dulu tidak saya hargai.

"Saya boleh menghidu semula. Saya boleh makan secara normal kembali.

"Saya tidak lagi cacat. Saya akan mempunyai bibir dan boleh bercakap dengan jelas semula.

"Saya boleh mencium dan memeluk orang yang saya sayangi. Saya benar-benar berterima kasih kepada penderma itu dan keluarganya." Kejadian malang yang menimpa Carla berlaku ketika dia mengunjungi rakan baiknya, Sandra Herold yang memelihara cimpanzi. Ketika itu, haiwan berkenaan berang lalu melompat ke arah Carla dan mengoyakkan wajahnya dan hampir keseluruhan tangannya.

Haiwan yang dipanggil Travis itu akhirnya ditembak polis di Stamford, Connecticut, Amerika Syarikat.

Sepasukan 30 doktor dan jururawat di sebuah hospital di Boston untuk melakukan pembedahan itu. Carla menerima kulit, otot saluran darah, urat saraf, lelangit dan gigi daripada seorang penderma yang tidak dinamakan. Pembedahan dijalani Carla adalah pembedahan transplan wajah sepenuhnya yang ketiga di AS.

Carla juga menjalani dua kali transplan tangan tetapi ia terpaksa dipotong selepas dia menghidap pneumonia. Dalam satu wawancara untuk rancangan TV AS Today, Carla berkata, makanan pertamanya selepas pembedahan adalah telur dan keju berkrim.

Dia juga memberitahu, dia dapat merasa rahang dan dagunya semula. Carla berkata: "Saya boleh menggerakkan mulut dan tersenyum. Saya masih rasa lemah, tetapi sedikit demi sedikit saya semakin kuat."

metro/-

Berbaik sangka terhadap Allah

Posted: 13 Aug 2011 03:03 AM PDT

13 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Md Zainal MZD

Sebagai orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah, kita mesti sentiasa berbaik-sangka terhadap Allah dalam semua perkara.

Secara umumnya berbaik sangka terhadap Allah boleh dibahagikan kepada 6 perkara

1. Menjaga Aqidah: Semua kita mesti berusaha untuk mengekalkan Aqidah supaya tetap dalam Islam dan berusaha sebaik mungkin dalam beribadat semoga dengan itu akan mati dalam keadaan beriman kepada Allah Subhanahuwataala.

Sentiasa menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan jatuh syirik atau menyekutukan Allah, sentiasa percaya bahawa setiap sesuatu itu adalah dengan Qada' dan Qadar Allah dan tidak dengan yang lain. Yang memiliki kuasa menyembuhkan penyakit adalah Allah. Kalau berhasil mendapatkan sesuatu harta, semuanya adalah dengan keizinan dan kurniaan Allah sedangkan kita hanya berusaha setakat yang kita mampu sahaja. Bagitulah juga jika mendapat pangkat janganlah mengatakan hanya atas usaha kita melainkan mesti bersandarkan kepada ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan pelaksana.
.
2. Menjaga Akhlak Dalam sebarang masa kita mesti menjaga akhlak kita supaya tidak bercanggah dengan apa yang dianjurkan oleh Islam.

Dalam kehidupan sehari-hari sama ada secara bersendirian, berkeluarga, bersama jiran, atau sesama orang Islam yang lain, lebih-lebih lagi jika bersama dengan orang yang bukan Islam, apa yang kita lakukan dan tontonkan akan menunjukkan keindahan Islam. Kalau baik yang kita tunjukkan maka pandangan orang lain terhadap Islam akan baik tetapi jika buruk yang kita tampilkan, bukan saja diri kita dipandang rendah sebaliknya Agama Islam juga akan dipandang buruk dan diperlecehkan.

Pergaulan, tingkahlaku, percakapan serta cara berpakaian dan lain-lainnya mestilah sentiasa mengikut syariat Islam...

3. Tidak berputus asa dan sentiasa bersabar: Maksud tidak berputus asa di sini ialah sentiasa berusaha untuk maju kehadapan walaupun kadang-kadang kita menghadapi seribu satu macam halangan atau kesukaran.

Dalam kita berusaha kita kerapkali menghadapi kegagalan. Sekiranya gagal dalam sesuatu usaha janganlah cepat berputus asa. Allah telah berjanji bahawa sebarang usaha yang kita lakukan akan diberikan ganjaran dan ditunaikan Allah. Kejayaan dan hasilnya ada masa cepat ditunaikan, ada masa lambat ditunaikan dan ada masanya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik dari apa yang kita harapkan. Kalau tidak berjaya didunia Allah akan berikan hasilnya di akhirat nanti. Belum dikira beriman sehingga kita tahan ujian Allah..

Jika kita menghadapi sebarang musibah atau tragedi buruk kita mestilah berbanyak-banyak sabar dan yakin bahawa semua itu adalah baik bagi kita sedangkan kita tidak mengetahuinya.
Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya.

4. Yakin terhadap semua janji Allah: Berbaik sangka dengan Allah juga termasuk sentiasa yakin bahawa segala janji Allah itu adalah benar. Sebagai contohnya kita mesti yakin bahawa jika kita beribadat dan beriman kepadaNya, kita akan mendapat ganjaran dan balasan yang baik, dan jika tidak beriman maka bersedialah pula untuk menerima balasan azab siksa dari Allah yang mungkin diturunkan semasa kita hidup lagi di dunia ini, lebih-lebih lagi bila kita mati nanti.

Banyak contoh yang boleh kita ambil untuk pedoman;

a. Kerana ingkar kepada Allah, Fiiraun ditenggelamkan di dalam laut.
b. Kerana ingkar, pengikut Nabi Musa AS disesatkan oleh Allah di padang pasir untuk satu tempoh masa yang tertentu sehingga mereka kembali semula beriman.
c. Qarun ditelan bumi bersama hartanya bila dia kufur, sombong dan ingkar kepada rezeki dan anugerah Allah.
d. Sahabat Sahibul Kahfi dipelihara oleh Allah ( ditidurkan ) dalam gua sehingga lebih dari 300 tahun untuk dipertontonkan kuasa Allah kepada mereka sendiri dan rakyat negeri tersebut bagi menguatkan keimanan mereka tentang kuasaNya.
e. Pengikut Nabi Allah Lut diselamatkan sedangkan mereka yang kufur ditelan bumi bila bumi tempat mereka berada diterbalikkan Allah.

f. Nabi Allah Noh AS dan pengikutnya diselamatkan dari banjir besar dan diyakini tinggalan bahteraNya telah dijumpai di Turki.
g. Tentera Kufar Abrahah dihancurkan sewaktu mereka berusaha untuk merobohkan Ka'bah sedangkan penduduk Mekah tidak berupaya melawan mereka.
h. Untuk mengelakkan dari dibunuh, Nabi Musa AS dihanyutkan dalam sungai Nil tetapi baginda tetap dalam peliharaan Allah.
i. Nabi Allah Ibrahim AS diselamatkan Allah walaupun dicampakkan dalam api yang besar
j. Walaupun awalnya Nabi Yusof AS dianiaya, tetapi baginda akhirnya diselamatkan dan telah dilantik menjadi pembesar Mesir yang memerintah dengan adil..

Dalam hati setiap orang Islam jangan sekali-kali ada perasaan tidak yakin dengan janji Allah, kita boleh jadi kufur.

5. Sentiasa penuh berharap : Dalam mengerjakan sebarang kerja samaada ibadat khusus seperti solat, puasa, haji dan umrah atau mengeluarkan zakat ataupun dalam menuntut ilmu atau apa-apa ibadat sunat, kita mestilah sentiasa ada perasaan penuh pengharapan semuanya itu akan diterima oleh Allah.

Tidak boleh ada langsung walau sedikit pun perasaan ragu-ragu dalam hati kita sama ada ibadat kita diterima Allah atau tidak. Sebab itulah jika melakukan sesuatu kerja mestilah dilaksanakan dengan sungguh-sungguh sedaya upaya kita dan kemudiannya kita bertawakkal kepadaNya.

Sebagai contohnya bila kita berpuasa hendaklah dilakukan dengan penuh keimanan dan sentiasa berharap akan ganjaran Allah, kalau tidak maka akan sia-sialah puasa kita...

" Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalanya, akan diampunkan Allah dosanya yang telah lalu" Maksud Hadis.


6. Sentiasa mengingati mati Orang yang berbaik sangka dengan Allah juga mesti sentiasa mengingati mati. Apabila kita sentiasa mengingati mati kita akan sentiasa berbuat baik dan akan menjauhkan diri dari melakukan perkara yang dilarang walau sekecil mana sekalipun, antaranya:

a. Tidak memakan riba
b. Bekerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab
c. Tidak menganiaya sesama manusia, haiwan atau pun tumbuhan dan lain-lain
d. Jika ada lebihan harta sentiasa menginfakkannya ke jalan Allah
e. Berbuat baik dan baik sangka sesama manusia terutama ibubapa dan jiran.
f. Sentiasa nasihat menasihati dan menjaga hubungan silaturrahim.
g. Menjaga dan melayani anak-anak yatim sewajarnya, jika ada.
h. Kalau berniaga, tidak akan melakukan penipuan atau sepertinya.
i. Tidak berlebih-lebihan atau membazir dalam berbelanja, dsb.

Sentiasa bertaubat dan mohon ampun dari Allah atas dosa dan kesalahan yang lalu. Sesungguhnya kita semua tidak sempurna dan sudah tentu telah banyak membuat kesalahan secara sedar atau tidak. Kita mesti sentiasa memohon dikekalkan di jalan yang lurus. Sentiasa berusaha untuk menambahkan kerja kebaikan tanpa mengira masa. Sentiasa sedar bahawa Allah berkuasa mengambil nyawa bila-bila masa tanpa sebarang notis, dekatnya antara hidup dan mati hanyalah sejarak dua jari kita sahaja..

Di samping itu, kita mestilah sentiasa bersyukur atas segala limpah kurnianNya. Sesungguhnya jika hendak menghitung rahmat dan kurniaan Allah nescaya tidaklah kita terdaya untuk melakukannya.

Justeru itu marilah kita sentiasa berdoa semoga hidup kita sentiasa dalam peliharaan Allah dan Insyaallah akan mati dalam iman dan akan diletakkan bersama orang-orang yang dikasihiNya, Amin

Tazkiyah an nafs sebagai rutin pejuang Islam.

Posted: 13 Aug 2011 02:41 AM PDT


13 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

TELUK INTAN, 9 Ogos - Para ahli gerakan Islam khususnya ahli PAS mesti menjadikan penyucian jiwa atau tazkiyah an nafs sebagai rutin hidup tanpa rasa jemu dan penat. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria semasa menyampaikan tazkirah Ramadhan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau telah menyampaikan tazkirah di dalam program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan.

Menurut beliau, penyucian jiwa itu sangat penting kerana tugas dan tanggungjawab dakwah dan jihad adalah sangat berat yang memerlukan jiwa yang kental untuk menghadapinya. Selain itu, tazkiyah an nafs diperlukan kerana medan dakwah itu penuh dengan mehnah dan tribulasi serta banyaknya penghalang dan perosak yang mencabar para pejuang agama kebenaran.

Dalam konteks itu, Ustaz Ibrahim telah membacakan sebuah hadis yang bermaksud "Mukmin itu berada di antara lima musuh iaitu mukmin yang mendengkinya, munafiq yang membencinya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang menggelincirkannya."

Tazkiyah an nafs juga akan dapat melancarkan cita-cita pejuang Islam merebut maqam syuhada dan mardhatillah. Oleh itu, cara menyucikan diri ialah melalui bertaubat, isti'anah dan isti'azah (mohon bantuan dan pertolongan Allah), ibadah khususi, zikrullah dan aurad yaumi (wirid harian).

Turut hadir hadir di majlis tersebut ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan PAS kawasan, pimpinan cawangan serta para ahli dan penyokong PAS.

Majlis Permuafakatan Bekas Murid dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ii ditubuhkan.

Posted: 13 Aug 2011 02:32 AM PDT

13 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Mohd Hafez Sabri

Kuala Kangsar, Bekas bekas pelajar sekolah kebangsaan Sultan idris ke ii telah menubuhkan Majlis Permuafakatan Bekas Murid dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ii, Kuala kangsar atau ringkas MPBMG - SKSI II.

Menurut Setiausaha MPBMG - SKSI II, En Shahrudin Mohd Ali Tujuan penubuhan Majlis Permuafakatan Bekas Murid dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ii, Kuala kangsar adalah untuk mengumpulkan semua warga bekas pelajar agar berada didalam satu bumbung dan juga supaya bertanggungjawab dan sebagai tanda kasih kepada sekolah.

Menurut beliau lagi, semua maklumat berkaitan majlis permuafakatan ini boleh diperolehi didalam facebook atas nama Majlis Permuafakatan Bekas Guru & Murid SKSI II.

Setakat ini telah berjaya mengumpulkan semua lapisan pelajar bermula tahun 60an sehingga sekarang, jelas beliau.

Memetik ucapan beliau,

" Justeru satu program majlis sambutan Aidilfutri akan dianjurkan pihak Majlis Permuafakatan Majlis Hari Raya bertujuaan mengumpulkan semua warga sekolah ini yang balik beraya di Bandar DiRaja Kuala Kangsar ini yang sekian lama tidak berjumpa dan terasa rindu akan sekolah tersebut".

" Pihak Majlis Permuafakatan menjemput semua bekas bekas guru dan pelajar ke majlis tersebut yang akan diadakan pada Hari Raya Ke 3 bermula jam 3,00 petang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II itu".

Manakala maklumat mengenai program hari raya tersebut bolehlah menghubungi Encik Khalilul Rahman Abdul Samad, Pengarah Program ditalian 013 513 7171 atau Encik Shahruddin Mohd Ali, Setiausaha Program 012 577 0030

Bayaran bagi majlis sambutan aidilfitri tersebut adalah sebanyak rm 20 bagi yang berkeluarga dan rm 10 untuk individu.

Bagi, seluruh bekas guru dan pelajar yang berminat untuk menyumbang derma bagi memperkukuhkan dana Majlis Permuafakatan Bekas Murid dan Guru Sekolah Kebangsaan Sultan Idris ii boleh menghubungi Bendahari iaitu Puan Suhaida Mohd Hashim ditalian 017 480 2219.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 14 Aug 2011 01:12 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Larangan Pembesar Suara Waktu Subuh : Ustaz Ismail Kamus

Posted: 13 Aug 2011 08:05 AM PDT

Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung dengar. Kadang-kadang sampai sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi dah. HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit, orang yg tidur [...]

Salam Perjuangan

Posted: 13 Aug 2011 11:53 PM PDT

Salam Perjuangan


JANGAN POLITIKKAN KEPUTUSAN MAJLIS FATWA

Posted: 13 Aug 2011 06:55 AM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI

Posted: 13 Aug 2011 09:41 PM PDT

LAMAN RASMI ADUN MAHARANI


ZIARAH RAMADHAN DUN MAHARANI DITERUSKAN

Posted: 13 Aug 2011 11:21 AM PDT

ZIARAH RAMADHAN bersama ADUN Maharani diteruskan pada hari Sabtu 13 Ramadhan 1432H. Bermula sebelum waktu zohor YB Dr Mohammad Taslim mula bergerak menziarahi 3 buah rumah di Jalan Khalidi Muar dan Kampong Parit Sakai Laut. Dalam kesibukan brtugas di Kliniknya YB mengambil kesempatan waktu rehat tengahari untuk bertemu rakyat yang memerlukan bantuan dengan diiringi oleh Pegawai Khasnya, Sdr Hamidun Omar, Setiausaha Sulit Sdr Abdul Razak Sulaiman, Pengerusi Lajnah Kebajikan Muar, Tuan Haji Abd Rahman Lajim dan AJK Cikgu Abd Rahman Yanti. Lawatan kali ini lebih istimewa keram mereka di iringi juga oleh Tuan Haji Malik Md Diah, Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Sg balang Muar merangkap Timbalan YDP PAS Muar, dan dua orang wartawan dari Harakah, Sdr Salman Husin dan dari Sinar Harian, Cik Nur'asyikin Mat Hayin.
 Di bawah ini adalah gambar-gambar di sekitar ziarah tersebut:


Sdr Abdul Razak sedang mengambil maklumat tentang Pak Selamat, 
seorang pesara Polis  terpaks berhenti kerja selepas tercedera ketika 
bertugas sebagai Pengawal Keselamatan.

YB Dr Mohammad dan Tuan Hj Malik menyampaikan sumbangan
kepada Pak Selamat. 
LAYARI SINAR HARIAN UNTUK BERITA TENTANG PENDERITAAN PAK SELAMAT
http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9422588.asp 

Ibu Tunggal tidak dilupakan

Sdr Abdul Razak menyampaikan sumbangan.

Mudah-mudahan dapat meringankan beban pesakit jantung ini.

Kegembiraan seorang nenek  yang kami ziarah


"Ini untuk nenek", sumbangan daripada YB Dr Mohammad.

Memberi sumbangan sambil merawat. Kelebihan wakil rakyat 
seorang Doktor.

Eh... Wartawan Salman nak periksa juga?
La... apa hal tuan Hj Malik pun nak periksa ni?

Tugas selesai untuk  hari ini. YB Dr mohammad diiringi oleh
Tn Hj Abd Rahman Lajim,Tuan Hj Malik dan Cikgu Abd Rahman Yanti,
Inilah reban ayam dan itik di sebelah rumah seorang penerima 
sumbangan di Parit Sakai Laut Muar. .. bukti kami beri bantuan 
kepada sesiapa sahaja yang layak dengan penuh keikhlasan !

IFTAR DAN SUMBANGAN RAMADHAN PAS CAWANGAN PARIT RAJA MUAR

Posted: 13 Aug 2011 10:28 AM PDT

PAS CAWANGAN PARIT RAJA MUAR telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan pada petang hari Sabtu 13 Ramadhan 1432 bertempat di rumah Ketua Cawangan Tuan Haji Abdullah. Seramai 150 orang tetamu dijemput terdiri daripada ahli-ahli PAS, masyarakat tempatan, pelajar Madrasah Tahfiz Nasihun Amin Parit Raja dan penerima sumbangan.
Majlis dimulakan dengan tazkirah Ramadhan oleh Alfadhil Ustaz Md Nazri Ismail, ucapan ringkas perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, penyerahan sumbangan berupa beras, barangan dapur sumbangan PAS Kawasan Muar dan wang tunai sumbangan Syarikat A&H Canopy and Catering. Seramai 35 orang ibu tunggal, fakir miskin dari sekitar Parit Raja, Parit Besar dan Parit Amal telah menerima sumbangan pada petang tersebut.
Selepas penyerahan sumbangan Majlis Berbuka Puasa dimulakan, seterusnya solat maghrib berjamaah dan jamuan.
Terima kasih kepada penyumbang  dan tenaga kerja yang menjayakan program tahunan ini. Tahun lepas program yang sama telah berjaya dilaksanakan di sini.
Tidak lupa sumbangan tuan rumah Tuan Haji Abdullah ( selaku Ketua Cawangan PAS Parit Raja ) dan keluarga serta Syarikat A&H Canopy  & Catering.

Selamat Menyambut Ramadhan daripada  Ketua dan AJK PAS Cawangan Pt Raja

A&H Canopy & Catering sponsor jamuan dan bantuan wang tunai.

Tuan Haji Abdullah (dua dari kiri) dan isteri bersama 
(dari Kanan ) Sdr Hamidun , Sdr Fuad, Sdr Abu Bakar dan YB.
Sdr Abu Bakar Ismail, Pengarah MTD Maharani memulakan majlis.


Tazkirah Ramadhan daripada Ustaz Md Nazri Ismail.


YB Dr Mohammad merasmikan majlis.


Sebahagian daripada penerima sumbangan.
Dari kiri: Ustaz Nzri, Sdr Hamidun dan Tuan Haji Abdullah berbuka puasa.

Sumbangan PAS Kawasan Muar



Gambar sebahagian daripada penerima sumbangan.

PAS LENGGONG

Posted: 13 Aug 2011 07:15 PM PDT

PAS LENGGONG


Banner PAS Hilang?

Posted: 13 Aug 2011 02:50 AM PDT

Di pekan lenggong hilang.
Di simpang 3 dekat RPA Kota tampan dipotong.
Kerja budak yang tak berakal yang menjadi upahan parti lawan.
Kita baca yasin dan solat hajat semoga Allah melaknat tangan-tangan yang jahat itu.

PM Tampil di mahkamah kata utusan

Posted: 13 Aug 2011 02:45 AM PDT

Cerita selepas itu ialah berikut.
PM dan isteri tak mahu jadi saksi
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair, lapor Malaysiakini.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.


Bila muncul wajah katak dan pok ke

Posted: 13 Aug 2011 02:40 AM PDT

Bila muncul wajah katak-katak politik dan sesumpah (pok ke) semua rakyat yang tak berapa faham jadi bertambah faham. begitulah mainan mereka.
semoga laknat keatas katak dan sesumpah politik itu.
Orang kenal siapa ezam dan zulkifli nordin.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Aug 2011 03:12 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PENGAKUAN IKHLAS PENGERUSI SPR SAH GEMPAR !

Posted: 12 Aug 2011 07:42 PM PDT


Selepas lebih 50 tahun dan selepas Pakatan Rakyat mendominasikan sebahagian besar suara rakyat ..... Barulah merungut Pengerusi SPR bagi alasan urus 12.3 juta nama dalam daftar pemilih boleh berlaku silap. kATA-KATA PENGERUSI TERSEBUT " KITA ADA LEBIHKURANG 12,300,000 NAMA DALAM DAFTAR PEMILIH, SUDAH TENTU ADA MASALAH YANG SAMA"

dah tahu SILAP ! kenapa baru nak akui ? Sebelum ini asyik menafi! Alhamdulillah berkat bulan barakah bulan Ramadahan yang mulia ini akhirnya Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz mengaku SPR buat kesilapan.

Mulai sekarang SPR kena tahu tugas mereka, fokus hanya mengurus Pilihan Raya kecil atau besar sahaja. INGAT ! SPR tugas nya ialah mengurus Pilihan Raya!
SPR bukan jurucakap BN atau UMNO atau sesiapa pemerintah walau Pakatan Rakyat memerintah nanti!
SPR bukan penentu atau hakim bagi memastikan pembubaran oleh Speaker sah atau tidak!
SPR bukan kerjanya menyaman PARTI yang bertanding dalam Pilihan Raya!
SPR perlu terima teguran bukan buat hentaman pada komplen dari Pakatan Rakyat.
SPR perlu ralistik bahawa kaedah calit dakwat kekal selepas mengundi lebih berkesan dari sistem biometrik yang belum diuji sepenuhnya dan bukan sebab nak berbangga gunakan bila tidak ada negara lain yang menggunakannya.


PENGAKUAN KOMANDO BUAT UNDUR UMNO

Posted: 12 Aug 2011 05:20 PM PDT


12 Ramadhan BUTTERWORTH 12 Ogos:
"Saya berani tanggung risiko kerana menegakkan kebenaran. Buat apa takut untuk berhadapan dengan penipuan sebab merekalah yang sebenarnya patut malu kerana bertindak sebagai pengkhianat memangkah undi pos tanpa pengetahuan si pengundi," ujar pesara komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mohd Kamel Haji Omar yang berpangkalan di Butterworth.

Beliau ketika menceritakan detik-detik yang berlaku pada pilihan raya umum ke-10 iaitu tahun tsunami politik Malaysia 1999 menjelaskan, undi pos memang talian hayat Umno dan Barisan Nasional (BN) seandainya rakyat berpaling tadah tidak menyokong parti pemerintah.

Jelasnya, semua itu berlaku di hadapan matanya sendiri ketika diberikan amanah menjaga uncang undi pos sebelum dibawa ke tempat pengiraan.

Menurut beliau, tidak dinafikan memang tiada penipuan ketika dihari pengundian secara pos kerana ada wakil parti yang bertanding tetapi ianya berlaku setelah uncang berkenaan dikumpul untuk dibawa di hari pengundian sesuatu pilihan raya sebenar.

"Di hari tersebutlah pegawai dan orang pangkat bawah bertungkus lumus buat kerja memangkah kertas undi yang tiada bertuan atau lebihan kertas undi kerana si pengundi berpindah tempat kerja atau tidak datang menunaikan amanah kepada negara," tambahnya.

Contohnya, kata beliau satu uncang itu patut diisi 1,500 pengundi pos tetapi yang datang mengundi sekitar 1,000 orang sahaja. Maka, lebihan 500 undi lagi dipangkah oleh individu lain.

Beliau terkejut apabila melihatnya sendiri setelah kembali dari tugasan mengambil uncang undi pos daripada pasukan lain seperti tentera laut dan darat di sebelah pulau untuk dikumpul di pangkalan TUDM, Butterworth.


Beranikah UMNO dan SPR bersuara?

Pengakuan sebelum ini :-
http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/08/bekas-tentera-mengaku-pangkah-400-undi.

SANGKA CEMPEDAK JADI NANGKA, RUPANYA JADI BADAK!

Posted: 12 Aug 2011 04:08 PM PDT

Kalau benar bagai diciter memang tak hairan akan berlaku, sebab ramai rakyat Malaysia terpinga dan tak sangka syahdunya bila DS Najb boleh turun ke mahkamah bersama isteri tercinta . Rupanyer apa yang disangka berlaku juger. Hate ? Jangan marah yer!

Najib,Rosmah muncul di mahkamah tapi untuk bagi tahu tak mahu ditemubual dan jadi saksi..!!
Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam bela utama Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedua-duanya yang ditemui secara berasingan menyatakan mereka tidak mahu ditemuramah mahu pun menjadi saksi perbicaraan kes Fitnah II.

"Kedua-duanya memberitahu mereka tidak mahu ditemubual dan juga tidak mahu menjadi saksi.

"Saya tidak tahu kenapa mereka begitu takut untuk hadir ke mahkamah (dan menjadi saksi)," kata Karpal.

Najib dan Rosmah hadir ke mahkamah secara senyap-senyap dan bersembunyi kerana nama mereka tiada dalam senarai saksi yang akan ditemubual hari ini.
Malah, peguam Anwar juga sedikit terkejut apabila mengetahui mereka hadir ke mahkamah hari ini.

"Kami tak diberikan notis (lebih awal) tentang kehadiran beliau dan isteri.

"Lebih kurang lagi lima minit ke pukul tiga petang saya diberitahu polis yang PM dan isterinya sudah menunggu di bilik sebelah untuk ditemubual," kata Sankara Nair.

Selain Rosmah, peguam bela Anwar menemubual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rodhwan Yusof petang tadi, kata Karpal.



Mereka kini masih mempunyai baki enam orang saksi untuk ditemubual, kata Karpal.

Mereka termasuklah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pemilik kondominium, Haji Hasanuddin Hamid dan isterinya, serta kakak ipar beliau, dan dua orang bekas pembantu rumahnya yang kini berada di Indonesia.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil peguam bela memandangkan Najib dan Rosmah enggan ditemubual, Karpal memberitahu perkara itu hanya akan diputuskan selepas semua saksi selesai ditemubual.
Namun, perbicaraan tidak dapat diteruskan Isnin ini kerana baki enam saksi itu.

"Kita akan minta hakim tangguh kes ke beberapa hari kemudian," kata Karpal.

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak

Posted: 13 Aug 2011 01:44 PM PDT

Pas Cawangan Batu Masjid,Temoh,Perak


majlis berbuka puasa & solat terawih di MPT1000

Posted: 13 Aug 2011 10:19 AM PDT

salam, di jemput En/Puan/Cik dan keluarga ke Majlis berbuka puasa dan Solat Terawih di Markaz PAS Tanah Seribu, Kg. Batu Masjid Pada 16 hb Julai 2011 bermula jam 7.00ptg.

Aturcara Majlis:

1)7.00ptg. Bacaan Tahlil dan doa selamat.
2)7.32malam Berbuka Puasa/Solat Magrib Berjemaah
3)7.45malam Sambongan Majlis berbuka Puasa.
4)8.45malam Sembahyang Isyak berjemaah. - Iman Us.anas Al Hafiz
5)9.10malam Sembahyang Terawih 8 rokaat serta witir- Imam Us.Anas Al-Hafiz
6)9.30malam Tazkirah Ramadan - Us.Muhaimin Malek.
7)10.30malam Jamuan ringan.

Semoga dengan kehadiran semua akan menyeri dan memberi berkat kepada majlis ini.



Batu Gajah Mari

Posted: 13 Aug 2011 11:48 AM PDT

Batu Gajah Mari


Imam digantung kerana sertai Bersih 2.0

Posted: 13 Aug 2011 01:15 AM PDT


KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Seorang imam bertauliah di kawasan Gelang Patah digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) dipercayai kerana beliau menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau Hassan Md Said, imam masjid Kampung Ladang sudah berkhidmat selama 14 tahun.

Menurut surat yang ditandatangani Pengarah Jabatan Agama Johor, Elias Hasran, penggantungan Hassan bermula pada tarikh 2 Ogos lalu sehingga 2 November 2011.


Tanpa menyatakan kesalahan Hassan dengan jelas, surat itu hanya menyatakan tindakan penggantungan itu kerana Hassan "melanggar beberapa arahan Majlis Agama Islam Johor melalui Pejabat Kadi Daerah Johor Bharu.

Selain penggantungan sebagai imam tersebut, Hassan juga disekat dari mendapat surat tauliah sebagai Pegawai Amil Zakat Fitrah bagi penduduk Kampung Ladang biarpun lulus kedua-dua ujian saringan yang dijalankan.

Difahamkan, sewaktu beliau ingin mengambil tauliah tersebut pada masa yang telah ditetapkan, pegawai JAJ yang bertugas menyatakan penangguhan pemberian tauliah kepada beliau dan terpapar dalam senarai nama penerima tauliah bahawa namanya telah ditandakan merah.

Lebih merumitkan, Hassan juga telah dinafikan haknya untuk menerima elaun bantuan dari Persatuan Nelayan Kampung Gelang Patah yang sepatutnya diterima oleh semua ahli persatuan sejak sekian lama yang bernilai RM 350.

Pada hari himpunan Bersih 2.0 Julai lalu, Hassan adalah antara 1600 peserta himpunan yamg ditangkap pihak polis.

Beliau ditangkap ketika memasuki bandar Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi iaitu sebelum himpunan sebenar bermula kira-kira jam 2 petang.


Biarpun alasan penggantungan beliau tidak dinyatakan ada kaitan dengan himpunan itu, namun maklumat yang diterima dipercayai ianya berkaitan dengan kehadiran beliau ke himpunan Bersih 2.0 itu.

Ekoran penggantungan tersebut juga, elaun beliau sebagai imam juga ditarik.

Kini beliau dan isteri serta empat orang anak, terbeban kerana hilang mata pencarian lebih-lebih lagi berdepan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidil Fitri yang akan tiba.

Lebih malang beliau juga terpaksa mengosongkan rumah ehsan masjid yang didudukinya sekarang dan terpaksa menyewa rumah kediaman baru.

DUN Lembah Jaya

Posted: 13 Aug 2011 11:04 AM PDT

DUN Lembah Jaya


Perhebat Aktiviti Masjid Dan Surau Di Bulan Ramadhan - Khasim

Posted: 12 Aug 2011 09:07 PM PDT


YB Tuan Hj Khasim menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Al-Ubudiah, Surau Baitul Rahmah dan Masjid Fatimah Az-Zahra' sempena Ramadhan 1432 bagi merancakkan aktiviti sepanjang bulan itu.

Seluruh masjid dan surau di DUN Lembah Jaya dijangka akan mengambil sumbangan yang diperuntukkan tersebut sebelum menjelang syawal akan datang.




DUN Lembah Jaya Bantah Kewarganegaraan Penduduk Tetap

Posted: 12 Aug 2011 07:32 PM PDT

12 Ogos 2011, IPD Ampang Jaya - Berikutan pelbagai bukti yang ditemui berkaitan pemberian kad pengenalan biru kepada penduduk tetap, pihak DUN Lembah Jaya membuat satu laporan polis di sini pada jam 11:30 pagi.


Pihak DUN Lembah Jaya membantah keras perkara yang tidak seperti ini dan mengharapkan pilihanraya yang bersih dan adil pada masa akan datang.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Aug 2011 09:58 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Membeli sambil membantu PASTI N.Sembilan

Posted: 12 Aug 2011 07:50 PM PDT



JUALAN AMAL MANTAI 1432/2011
Untuk Tabung Dana Kebajikan PASTI Negeri Sembilan http://pasti-n9.blogspot.com/

Ayam organik RM 20/ekor
Daging lembu RM 20/kg
Tulang RM 18/kg

Untuk pertanyaan atau pertanyaan sila hubungi saudara Nazri Zainal (Lajnah Kebajikan PASTI N.Sembilan) 019-9103431

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 13 Aug 2011 09:50 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


SHAHRUKH KHAN RUJUK AYAT QURAN

Posted: 13 Aug 2011 09:22 AM PDT

http://youtu.be/bjJi3Flbu_0

MTD Jeneri

Posted: 13 Aug 2011 09:43 AM PDT

MTD Jeneri


HELWA Pencetus Gelombang Hijau.

Posted: 12 Aug 2011 11:31 PM PDT


"Kebangkitan Muslimat Mempertahankan Negeri Kedah"
"Maju Selangkah Demi Selangkah Mengisi Harmoni Masyarakat"
"Mengembeling Tenaga Sepenuh Jiwa"
"Memastikan Kejayaan Terus Dikecapi"
"Mengajak Semua Isi Masyarakat Menyertai Perjuangan"
"Ini Demi Agama, Negara & Bangsa"
"Teruskan Usaha...Takbir"

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 13 Aug 2011 03:53 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


DS Najib & TS Muhyidin kena berubah dulu

Posted: 12 Aug 2011 04:10 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Perdana Menteri dan timbalannya adalah orang pertama yang perlu melakukan penjimatan tenaga ekoran kos untuk bil elektrik kediaman rasmi kedua-duanya berjumlah lebih RM10 juta setahun yang terpaksa dibiayai dengan duit rakyat.

Secara lebih tepat, bil elektrik untuk kedua-dua rumah rasmi pemimpin negara itu berjumlah RM10,267,868.15 seperti yang dijelaskan oleh kerajaan di parlimen sebelum ini.

Menurut AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar), arahan mewajibkan pejabat kerajaan membuka suhu pendingin hawa atas paras 24 darjah selsius untuk penjimatan adalah sesuatu yang baik, namun lebih baik jika ianya dimulakan oleh pemimpin utama negara terlebih dahulu.

Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan, Najib mempunyai 11 pegawai media (tukang spin) yang menjaga kepentingannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh  perdana menteri sebelum  ini hatta mana-mana pemimpin dunia.

Negara dibawah pimpinan Najib juga mempunyai 30 menteri, jumlah yang terlalu besar untuk sebuah negara yang jumlah penduduknya adalah 28 juta.

UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Malaysia ada 28 juta penduduk dan 30 menteri.

"Janganlah arahan itu hanya dirasai oleh kakitangan awam sahaja, pemimpin utama negara perlu terlebih dahulu berjimat.

"Rakyat sudah lama berjimat tetapi pemimpin negara bagaimana," soal Dr Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan terbaru kerajaan supaya semua pejabat kerajaan menetapkan suhu pendingin hawa 24 darjah selsius atau lebih.

Kerajaan semalam memaklumkan akan mengeluarkan satu pekeliling berhubung perkara itu dan akan membentangkan satu akta baru di Parlimen untuk membolehkan penguatkuasaan yang sama dilakukan ke atas pihak swasta.

Ianya bertujuan bagi menjimatkan bil tenaga elektrik sehingga empat hingga tujuh peratus.

Walaupun ianya disifatkan suatu yang baik, namun apa yang masih dipertikaikan sehingga kini adalah kos pembiayaan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan yang dilihat langsung tiada pertimbangan untuk penjimatan.

Ia kerana kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman mereka.

Ia membabitkan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Jika dibahagikan, jumlah bil elektrik sebulan mereka adalah hampir RM160,000 sebulan.

"Bukan elektrik sahaja kena berjimat, air juga kena berjimat. Jika sudah tak ada sumber nanti, duit banyak pun dah tak guna.

"Satu lagi kepada pemimpin-pemimpin negara, berjimat la juga bila membuat majlis jamuan makan tu, bermewah sangat jangan sampai membazir," katanya.


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 Aug 2011 03:51 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah Ramadhan 6

Posted: 12 Aug 2011 09:46 PM PDT

Sambungan tazkirah oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila Marang.Moga-moga bermanafaat.InsyaAllah

http://www.youtube.com/watch?v=gmjXW24lvQg

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri

Posted: 13 Aug 2011 03:04 AM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Jeneri


Sumbangan "KAFALAH" Negeri Kedah

Posted: 13 Aug 2011 12:08 AM PDT


ADUN Jeneri menyampaikan sumbangan KAFALAH yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS, sumbangan ini untuk meringankan beban keluarga arwah.



CINA ISLAM (林川興)

Posted: 13 Aug 2011 02:01 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Mubarak sudah mati?

Posted: 12 Aug 2011 06:30 PM PDT

13 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Seorang peguam Mesir, Hamed Seddik kemuka teori konspirasi bahawa pemimpin kuku besi itu telah meninggal dunia pada 2004.

Pasti orang ramai di seluruh dunia bagai tidak percaya apabila menonton berita dan gambar menunjukkan Hosni Mubarak, antara pemimpin paling digeruni di dunia Arab terlantar lemah di atas katil hospital, di dalam kurungan besi semasa perbicaraannya di Kaherah, Mesir, minggu lalu.

Bekas Presiden Mesir itu kelihatan begitu lemah dan mengasihankan dengan uniform penjara warna putih sambil ditemani dua anak lelakinya yang setia bersama bapa mereka bagi berhadapan dakwaan penyalahgunaan kuasa yang difailkan terhadap ketiga-tiga beranak itu.

Namun, detik paling mengejutkan dalam perbicaraan itu bukanlah keadaan Mubarak, tetapi apabila seorang peguam dengan lantang memberitahu hakim dan dunia, bahawa bekas pemimpin Mesir itu telah meninggal dunia pada 2004.

sinar harian/-

Lelaki ditahan bersama mercun bernilai RM9,000

Posted: 12 Aug 2011 06:00 PM PDT

13 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUANTAN - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai memiliki pelbagai jenis mercun yang dianggarkan bernilai RM9,000 di sebuah stesen minyak, Semambu di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Komander Pasukan Gerakan Marin Polis Wilayah Tiga Kuantan Superintenden Sapian Salihin berkata, bertindak berdasarkan maklumat awam sepasukan gerakan Marin membuat intipan di kawasan berkenaan.

"Dalam intipan jam 3.50 pagi terbabit, suspek, 38, yang memandu kereta berseorangan ditahan berhampiran stesen minyak berkenaan. "Hasil pemeriksaan, polis menemui 17 jenis mercun yang disimpan di dalam kenderaan berkenaan dan dianggarkan bernilai RM9,000," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, mercun berkenaan dipercayai untuk diedarkan di kawasan bazar Ramadan di sekitar Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957. - Bernama

PM dan isteri tak mahu jadi saksi

Posted: 12 Aug 2011 05:30 PM PDT

13 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang yang juga defendan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.

Ini didedahkan oleh peguam utama Anwar - Karpal Singh - dan juga peguam Sankara Nair, lapor Malaysiakini.

Karpal dan Sankara, serta peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy dan Ram Karpal, berada di dalam bilik yang sama apabila saksi-saksi dibawa masuk, seorang demi seorang.

Karpal berkata, apabila peguambela tiba di kompleks mahkamah, Najib dan Rosmah sudahpun berada di situ.

"Najib masuk dahulu dan apabila kita tanya, beliau kata tak mahu jadi saksi pembela dan tidak mahu ditemubual," kata Karpal.

Kemudian tiba giliran Rosmah dan beliau memberitahu perkara yang sama, dan diikuti pula oleh bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Ketiga-tiga mereka (Najib, Rosmah dan Rodwan) berada di dalam bilik dan mereka tidak ditemani peguam.

Najib dan Rosmah tiba kira-kira jam 2.55 petang dan beredar kira-kira jam 3.28 petang.

Pembantu mereka menunggu di luar semasa mereka menghadiri temubual ringkas itu.

Karpal berkata mereka terkejut kerana tiada tanda-tanda yang Najib dan Rosmah akan datang hari ini.

"Biasanya, mereka akan memberi notis terlebih dahulu," kata peguam kanan itu.

Karpal menyifatkan Rosmah dalam keadaan 'teramat tegang' ketika diajukan soalan dan pada satu ketika, beliau (Rosmah) berkata, "jangan buli saya, Encik Karpal".

Kata Karpal, beliau tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk datang ke mahkamah, ketika mengulas keengganan mereka untuk menjawab soalan.

harakahdaily/-

Suhu 24 selsius: Najib terlebih dahulu kena berjimat

Posted: 12 Aug 2011 02:30 AM PDT

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Perdana Menteri dan timbalannya adalah orang pertama yang perlu melakukan penjimatan tenaga ekoran kos untuk bil elektrik kediaman rasmi kedua-duanya berjumlah lebih RM10 juta setahun yang terpaksa dibiayai dengan duit rakyat.

Secara lebih tepat, bil elektrik untuk kedua-dua rumah rasmi pemimpin negara itu berjumlah RM10,267,868.15 seperti yang dijelaskan oleh kerajaan di parlimen sebelum ini.

Menurut AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod (gambar), arahan mewajibkan pejabat kerajaan membuka suhu pendingin hawa atas paras 24 darjah selsius untuk penjimatan adalah sesuatu yang baik, namun lebih baik jika ianya dimulakan oleh pemimpin utama negara terlebih dahulu.

Sebelum ini Harakahdaily menyiarkan, Najib mempunyai 11 pegawai media (tukang spin) yang menjaga kepentingannya sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh perdana menteri sebelum ini hatta mana-mana pemimpin dunia.

Negara dibawah pimpinan Najib juga mempunyai 30 menteri, jumlah yang terlalu besar untuk sebuah negara yang jumlah penduduknya adalah 28 juta.

UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Malaysia ada 28 juta penduduk dan 30 menteri.

"Janganlah arahan itu hanya dirasai oleh kakitangan awam sahaja, pemimpin utama negara perlu terlebih dahulu berjimat.

"Rakyat sudah lama berjimat tetapi pemimpin negara bagaimana," soal Dr Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan terbaru kerajaan supaya semua pejabat kerajaan menetapkan suhu pendingin hawa 24 darjah selsius atau lebih.

Kerajaan semalam memaklumkan akan mengeluarkan satu pekeliling berhubung perkara itu dan akan membentangkan satu akta baru di Parlimen untuk membolehkan penguatkuasaan yang sama dilakukan ke atas pihak swasta.

Ianya bertujuan bagi menjimatkan bil tenaga elektrik sehingga empat hingga tujuh peratus.

Walaupun ianya disifatkan suatu yang baik, namun apa yang masih dipertikaikan sehingga kini adalah kos pembiayaan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalan yang dilihat langsung tiada pertimbangan untuk penjimatan.

Ia kerana kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman mereka.

Ia membabitkan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Jika dibahagikan, jumlah bil elektrik sebulan mereka adalah hampir RM160,000 sebulan.

"Bukan elektrik sahaja kena berjimat, air juga kena berjimat. Jika sudah tak ada sumber nanti, duit banyak pun dah tak guna.

"Satu lagi kepada pemimpin-pemimpin negara, berjimat la juga bila membuat majlis jamuan makan tu, bermewah sangat jangan sampai membazir," katanya.

harakahdaily/-

Najib, Rosmah hadir untuk ditemubual peguam Anwar

Posted: 12 Aug 2011 02:00 AM PDT

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tujuh.
Manakala bekas ketua polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (juga) juga hadir untuk ditemubual.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temubual itu.

Najib dan Rosmah hadir hari ini untuk ditemuramah ekoran pertemuan mereka dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kediaman rasmi mereka ketika Najib menjadi timbalan perdana menteri

Mereka bertemu Saiful dua hari sebelum dakwaan berlakunya insiden liwat.

Sejak hari pertama lagi, Anwar bertegaskan mendakwa wujud konspirasi politik ekoran laporan bahawa mereka bertiga mengadakan pertemuan sebelum insiden liwat didakwa berlaku.

Difahamkan perdana menteri dan Rosmah meninggalkan kompleks mahkamah kira-kira jam 3.28 petang.

malaysiakini/-

Warga Emas Mati, Isteri Cedera Ditetak

Posted: 12 Aug 2011 01:45 AM PDT

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

ALOR SETAR 12 OGOS : Seorang lelaki berumur 60 tahun mati ditetak dengan parang oleh anggota keluarga terdekatnya manakala isteri cedera dalam satu kejadian sejurus sebelum berbuka puasa di rumah mereka di Kampung Pasir Putih di Kuala Nerang dekat sini Khamis malam.

Dalam kejadian sekitar 7 malam tadi, Seman Siron, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat kecederaan di kepala, putus pergelangan kaki kanan selain cedera di kedua-dua belah tangannya manakala isterinya, Hasmah Abdul Majid, 58, cedera di belakang kepala.

Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Ku Yaacob Ku Hamad dipetik Bernama Online berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila suspek berusia 33 tahun memarahi anak-anak saudaranya yang membuat bising ketika mereka sedang menunggu untuk berbuka puasa.

"Apabila Seman menegurnya supaya tidak memarahi cucu-cucunya, suspek naik angin lalu mengambil parang dan menetak Seman di bahagian tengah kepala dan kakinya.

"Kedua-dua belah tangan mangsa turut cedera kerana dipercayai cuba menahan tetakan," kata beliau.

"Suspek turut menetak Hasmah di belakang kepala. Ketika kejadian ada lapan orang di dapur rumah itu termasuk tiga kanak-kanak berusia enam, lapan dan 11 tahun manakala dua lagi adalah anak pasangan itu," katanya.

Seman dan Hamsmah dibawa oleh anak mereka ke Hospital Kuala Nerang tetapi Seman meninggal dunia pada 7.30 malam dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.

Hasmah masih dirawat di Hospital Kuala Nerang dan terpaksa menerima lima jahitan. Keadaannya dilaporkan stabil.

tv selangor/-

Lelaki ditangkap selepas rakyat M'sia diserang di London

Posted: 12 Aug 2011 01:30 AM PDT

12 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Polis Britain berkata mereka telah menahan seorang lelaki berhubung kes rompakan terhadap pelajar Malaysia semasa rusuhan di London minggu ini oleh sekumpulan yang berpura-pura mahu membantunya.

Suspek yang berusia 20-an itu, ditahan polis walaupun pelajar Malaysia tersebut, Asyraf Haziq Rosli, menegaskan dia tidak berdendam terhadap apa yang berlaku Isnin lalu, dan mahu terus tinggal di Britain sehingga tamat pengajiannya dalam bidang perakaunan.

Rakaman video mengenai Asyraf dibantu sewaktu rusuhan di Barking, Timur London, yang memaparkan sekumpulan lelaki memeriksa dan mencuri barangannya, dianggap antara imej yang mengejutkan dalam rusuhan tersebut.

Video ini disaksikan hampir tiga juta kali di di YouTube (kanan) dan insiden itu dikutuk oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai "menjijikkan".

Dalam satu kenyataan, Scotland Yard mengesahkan seorang lelaki telah ditangkap berhubung serangan tersebut, yang berlaku ketika Asyraf, 20, dalam perjalanan untuk menemui rakannya di Ham Timur yang bimbang mengenai rusuhan.

"Suspek yang dipercayai dalam usia 20-an, telah ditahan. Siasatan masih diteruskan."

Asyraf telah menjalani pembedahan ke atas rahangnya yang patah akibat serangan tersebut. Dia telah dibenarkan keluar dari hospital pagi semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Asyraf berkata dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Britain sekaraang kerana mahu menamatkan pengajiannya dalam tempoh dua tahun lagi.

"Saya merancang untuk menamatkan pengajian saya di sini," kata Asyraf, walaupun mengakui keluarganya memintanya pulang ke Malaysia.

"Saya mahu ibu datang melawat saya di sini. Saya bercakap dengan ibu, dia sangat bimbang. Dia mahu saya pulang. Saya tak nak," katanya.

malaysiakini/-

PAS TAMBUN

Posted: 13 Aug 2011 01:38 AM PDT

PAS TAMBUN


ISU TAMPAR TUAN GURU..

Posted: 12 Aug 2011 09:49 AM PDT



Apakah orang tua ini yang nak di tampar oleh Ustaz picisan itu, yang beliau mampu mengejut ratusan ribu rakyatnya untuk bertahajud dan bersujud menyembah Maha Pencipta Allah Rabuljalil? apa dia rasakan dia sudah hebat dengan pembangunan sekolah-sekolahnya, yang kita tahu betapa banyak airmata sudah dititiskan di atas pembinaan sekolah-sekolah itu, kerana manupulasi pembelian tanah-tanah tersebut.






Inikah wajah Tuan Guru yang yang nak di tampar oleh Ustaz picisan tu, apakah hebat sangat Ustaz itu berbanding Tuan Guru ini, apa kelulusannya untuk membandingkan? apakah sudah mendapat tawaran bercakap di radio sudah merasakan hebat? yang dulunya dia juga berceramah di pentas-pentas PAS.



PAS Negeri Sembilan

Posted: 12 Aug 2011 09:15 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Membeli sambil membantu PASTI N.Sembilan

Posted: 12 Aug 2011 07:49 PM PDT



JUALAN AMAL MANTAI 1432/2011
Untuk Tabung Dana Kebajikan PASTI Negeri Sembilan http://pasti-n9.blogspot.com/

Ayam organik RM 20/ekor
Daging lembu RM 20/kg
Tulang RM 18/kg

Untuk pertanyaan atau pertanyaan sila hubungi saudara Nazri Zainal (Lajnah Kebajikan PASTI N.Sembilan) 019-9103431

PAS LENGGONG

Posted: 12 Aug 2011 07:34 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 11 Aug 2011 08:25 PM PDT

Kes begini dakwat kekal lebih adil

Posted: 11 Aug 2011 08:16 PM PDT

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan

: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 12 Aug 2011 03:41 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


"sayalah MISMAH"

Posted: 12 Aug 2011 12:55 AM PDT


Berita yang disiarkan oleh Sinar Harian ini menjadi modal besar UMCO dan BN untuk menyanggah penemuan nama meragukan dalam daftar pengundi SPR. Namun bukan seorang Mismah sahaja yang diragui statusnya. Ada beribu nama yang mencurigakan. engundi h
[TVS] KUALA LUMPUR 12 OGOS : Seorang warganegara baru Mismah yang mencetuskan kegemparan apabila dikatakan mendapat kerakyatan dalam tempoh empat jam akhirnya ditemui media.

Beliau juga sekali gus tampil menafikan dakwaan mendapat kerakyatan mudah yang dikaitkan dengan dirinya, terutama oleh pihak pembangkang.

"Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap," beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

Wanita asal Bawaen, Indonesia yang mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan 'kerakyatan pintu belakang' itu.

Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

Lebih banyak kontroversi muncul apabila selepas empat jam dilaporkan Malaysiakini, status baru ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara).

Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

"Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sebuah lokasi pinggir ibu negara.

Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah yang digambarkan sebagai ceria, bersuara lembut dan tenang berkata, beliau masuk dengan sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

Beliau ketika itu menetap di rumah neneknya di Keramat, Kuala Lumpur dan berpindah ke setinggan Kayu Ara di Petaling Jaya selepas berkahwin dua bulan selepas itu.

Beliau terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

"Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang," katanya dengan loghat tempatan, sesuai dengan taraf barunya itu.

Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun, 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

Mismah, empat anaknya dan - dua lelaki dan dua perempuan termasuk ibunya yang sudah berumur 70 tahun juga merupakan pemegang kad pengenalan biru.

Tiga anaknya kini merupakan penjawat awam manakala seorang lagi baru tamat belajar.

Beliau kini bekerja sebagai tukang sapu di pejabat sebuah syarikat jualan langsung dan dikatakan seorang penjimat sehingga memiliki sebuah rumah teres.

Mismah ditemui dua wartawan Sinar Harian. Akhbar berita tempatan berbahasa Melayu itu dikatakan sudah seminggu cuba menjejak wanita itu tetapi hanya menemuinya selepas dibantu maklumat daripada seorang pembaca.

Bagaimanapun, gambar Mismah yang disiarkan sengaja dikaburkan di bahagian mukanya manakala suaminya pila hanya diperkenalkan dengan nama Musadi (bukan nama sebenar)

Gempar!!Gambar Penganjur Majlis Dalam Gereja Didedahkan!!!

Posted: 12 Aug 2011 12:35 AM PDT


sumber dari sini


Baru-baru ni heboh satu Malaya tentang serbuan JAIS keatas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.Lepastu pakat-pakat tak puas hati sesama sendiri.Dato hassan ali sokong Jais,Khalid samad tak sokong dan beberapa lagi yang tak sokong.itu pendirian masing-masing la...Pendirian Sk tentang ke ni Rujuk SINI

Baiklah mari kita dedahkan siapa penganjur dalam program didakwa oleh sesetengah orang mahu memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Centre baru ni, Ini gambar antara penganjur yang namanya islam tetapi agamanya wallahua'lam.dia saja yang tau..Nama dia ni Sophia @ Nadea Mohd Salleh. Dialah yang menahan pihak JAIS dari masuk terus dan pihak Jais perlu negotiate selama satu jam baru dapat kebenaran masuk.

Ketika ditanya samada dia berugama Islam, Sophia yang berbangsa Melayu dan IC masih meletakkan ugama sebagai Islam hanya menjawab Saya Percaya Pada Tuhan.Awat tak jawab Saya orang islam dan saya bersaksi allah taala tuhan saya.Status agamanya masih diragui tapi kita jangan terus menghukum!!


Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094

AIRPORT TAX NAIK DA

Posted: 11 Aug 2011 05:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Cukai lapangan terbang atau caj perkhidmatan penumpang akan dinaikkan dan pengendali lapangan terbang Malaysia, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dijangka membuat pengumuman tidak lama lagi.


Mengesahkan laporan yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kelulusan bagi kenaikan cukai lapangan terbang itu telah diberikan pada Februari 2009.

"Sebenarnya kita meluluskan kenaikan itu sejak Februari 2009 lagi.

"Tetapi ia tidak dilaksanakan kerana kami serahkan kepada MAHB untuk melaksanakannya dan membuat pengumuman sewajarnya," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Kenaikan itu sebenarnya adalah sebahagian daripada perjanjian kendalian yang ditandatangani antara MAHB dengan Kementerian Pengangkutan pada 2009," katanya.

Media melaporkan, MAHB mengambil keputusan untuk menaikkan cukai lapangan terbang untuk menampung kos kendalian yang semakin meningkat dan membiayai pembesaran lapangan terbang.

Juga dilaporkan bahawa MAHB mencadangkan supaya cukai di 39 lapangan terbang yang diuruskannya di negara ini, tidak termasuk terminal penerbangan tambang murah (LCCT), dinaikkan sebanyak RM14 bagi penumpang antarabangsa mulai 15 September.

Berikutan itu penumpang perlu membayar RM65 berbanding RM51 (RM45 bagi cukai lapangan terbang dan RM6 bagi caj keselamatan) sekarang.

Kenaikan sebelum ini adalah pada 2002, apabila caj itu dinaikkan kepada RM45 daripada RM40 bagi penumpang antarabangsa dan kepada RM6 daripada RM5 bagi penerbangan domestik.

Laporan itu juga berkata cukai di LCCT di Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mungkin juga dinaikkan sebanyak RM7, menjadikan cukai lapangan terbang meningkat sebanyak RM32 daripada RM25 sekarang bagi penumpang antarabangsa.

Pada Mei 2007, Kementerian Pengangkutan menurunkan cukai lapangan terbang di LCCT daripada RM51 kepada RM25 bagi penumpang antarabangsa dan daripada RM9 kepada RM6 bagi penumpang domestik.



"Saya minta timb. pengerusi SPR letak jawatan,”

Posted: 11 Aug 2011 05:18 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Pakatan Rakyat secara tegas menafikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa perikatan itu mengulangi "agenda politik kotor" untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.


Sebaliknya, menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apa yang didedahkan mereka selama ini adalah berdasarkan fakta dan bukti yang dinafikan badan pengurusan pilihan raya itu.

Malah mereka juga mengecam kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan menggesa beliau meletakkan jawatan jika "benar-benar mahu terlibat dalam politik."

"Kenyataan beliau (Wan Ahmad) adalah kenyataan partisan bukan neutral, beliau mahu berpolitik dan kalau benar beliau mahu berpolitik letak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi SPR.

"Apa yang dikatakan pembohongan yang dilakukan Pakatan Rakyat? Apa pembohongan? Apa yang kita dedahkan dan bangkitkan adalah berdasarkan fakta dan bukti sebagai contoh itu daftar pemilih yang menyaksikan banyak penyelewengan itu yang kita sudah dedahkan, yang belum didedahkan lagi banyak," kata Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, apa yang didedahkan Pakatan Rakyat berhubung kepincangan sistem pilihan raya negara adalah benar sambil menyifatkan SPR tidak memandang serius setiap perkara yang dibangkitkan.

"Dalam soal daftar pemilih mengapa selepas didedahkan baru SPR kemas kinikan data? Begitu juga soal warga asing yang diberikan taraf kewarganegaraan dan kemudian dijadikan pengundi... apa yang dibangkitkan Pakatan Rakyat adalah benar tapi SPR tak ambil peduli.

"Siapa punya kerja kalau bukan sindiket, mengapa SPR tidak nampak apa yang berlaku di depan mata? Begitu juga dengan undi pos yang mana sudah ada pendedahan, SPR baru mahu melaksanakannya," katanya sambil menambah, "semua yang kita dedahkan berdasarkan fakta tapi SPR tidak boleh terima sebab mereka tali barut Umno."

Husam berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa pembangkang mengulangi "agenda politik kotor" untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Wan Ahmad berkata sebelum pilihan raya umum ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan itu.

Malah kata beliau, selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

Tambah Husam, walaupun Pakatan Rakyat memenangi banyak kerusi pada pilihan raya umum 2008, namun ia tidak bermakna pilihan raya umum ke-13 "bersih" daripada penyelewengan.

"Menang pilihan raya umum lepas tidak bermakna pilihan raya umum ke-13 akan bersih sebab kalau kita lihat SPR memanipulasikan negeri-negeri yang mereka sasarkan, pada 2004 mereka sasarkan Terengganu dan pada kali ini mungkin negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat terutamanya Selangor," katanya.

Sementara itu Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, kenyataan Wan Ahmad itu akan menjadi "satu malapetaka" kepada SPR.

"...dan kenyataan ini akan terus menghakis keyakinan rakyat terhadap sebuah badan pengurusan pilihan raya yang sepatutnya bertanggungjawab mengadakan pilihan raya adil dan bersih.

"Kenyataan ini membuktikan Wan Ahmad gagal mempertahankan prinsip profesionalisme sebagai seorang pemimpin tertinggi SPR," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak menambah dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat menggunakan kaedah kotor untuk menang adalah tidak benar dan tidak berasas.

Tegas Azmin, pendedahan yang dibuat Pakatan Rakyat berdasarkan fakta, namun ia dinafikan oleh SPR.

"Saya tidak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Wan Ahmad kerana persepsi umum sekian lama memperlihatkan pandangan SPR memainkan peranan Umno dan gambaran ini sukar untuk dihakis," katanya.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyifatkan Wan Ahmad tidak memahami 'penjalanan sebenar' SPR.

"Ternyata beliau tidak menghayati apa yang termaktub dalam Seksyen 5(1) Akta Pilihan Raya yang mana SPR perlu bersikap adil dan berkecuali.

"Beliau begitu memihak kepada parti-parti komponen kerajaan dengan menutup mata kepada tahap kredibiliti pilihan raya umum di Malaysia yang begitu lemah," katanya.

Justeru kata beliau, Wan Ahmad perlu meletakkan jawatan ekoran sikap kepartian yang ditunjukkan.

"Dalam laporan integriti sedunia, Malaysia hanya mendapat tempat ke-50 di mana integriti pilihan raya kita yang hambar diberikan perhatian khusus.

"Jikalau inilah sikap yang dipamerkan, saya minta timbalan pengerusi SPR meletakkan jawatan," katanya.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 12 Aug 2011 03:26 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Tazkirah Ramadhan & Penyampaian bantuan zakat

Posted: 12 Aug 2011 03:43 AM PDT

Menjadi kebiasaan pada setiap minggu Hari Jumaat mengatur jadual round masjid dalam DUN Ayer Hitam. Hari ini menunaikan Solat Jumaat di Masjid Padang Perahu. Tuan Imam, Ust Mohd Toha Abdul Rani memberi peluang untuk saya menyampaikan tazkirah Ramadhan kepada semua ahli jemaah yang setia menunggu kehadiran saya.  
Selepas tazkirah Ramadhan, saya dijemput untuk menyampaikan bantuan kepada 29 orang anak kariah yang berjaya dalam peperiksaan 2010 lalu. Seramai 4 orang berjaya mendapat UPSR 5A dengan saguhati RM 100.00 setiap orang, 2 orang mendapat 8A dalam PMR dengan saguhati RM 150.00 setiap orang dan seramai 6 orang mendapat 8A dalam SPM dengan saguhati RM 200.00 setiap orang. Wang tersebut diperuntukkan daripada Tabung Pendidikan Masjid tersebut. Turut serta Setiausaha Masjid, Cikgu Azhar B Ibrahim.
Turut menerima sumbangan ialah 29 orang anak-anak kariah yang terdiri di kalangan miskin dan dhaif menerima bantuan zakat. Sumbangan zakat diterima daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah. Kali ini bantuan bertambah kepada RM 600.00 setiap orang berbanding tahun 2010 sebanyak RM 550.00 setiap orang.    

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 12 Aug 2011 03:14 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


ROSMAH DI MAHKAMAH !

Posted: 12 Aug 2011 01:53 AM PDT

Najib, Rosmah sedang ditemubual peguam Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang tadi dan kini berada di tingkat tingkat tujuh.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temuduga itu.
-malaysiakini-

TAN SRI AZIZ ADA KES SEBIJIK MACAM TU, DAN BOLEH DIPENJARA KALAU SABIT

Posted: 11 Aug 2011 09:01 PM PDT

Siiasat Nazri ikut undang-undang yang penjarakan Anwar

Walaupun Datuk Nazri Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa suratnya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC) supaya selesaikan saman mereka dengan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hanya satu "nasihat", tetapi DAP mahu menteri itu disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Dalam satu kenyataan, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa ia merupakan satu kes yang jelas menteri menggunakan kedudukannya untuk secara tidak wajar mempengaruhi keputusan yang belum selesai di syarikat-syarikat tersebut.

Tony berkata, Nazri tidak ada urusan untuk memberi apa juga bentuk arahan kepada GLC kerana beliau bukan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan terbaik.


Sebaliknya, katanya, pihak terbaik untuk menasihati lembaga pengarah syarikat berkenaan berhubung kes perundangan mereka adalah peguam mereka yang dilantik, yang menurut Pua, juga terkejut dengan arahan menteri tersebut.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan arahan Nazri itu sebagai "memperolok-olokkan urus-tadbir korporat syarikat berkenaan", yang menurutnya hanya akan menjejaskan minat pelabur tempatan dan asing, yang tidak bertolak ansur dengan campurtangan terang-terangan kerajaan dalam perniagaan dan keputusan kewangan.

Pua berkata Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970.

Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya."

HANCUR BE END , INSAFLAH UTUSAN

Posted: 11 Aug 2011 06:06 PM PDT


Utusan Melayu (Malaysia) Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM9.854 juta bagi tempoh enam bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun, 2011 dengan perolehan sebanyak RM174.619 juta.

Angka itu berbanding kerugian sebelum cukai yang lebih tinggi sebanyak RM12.418 juta yang dicatatkan pada tempoh enam bulan yang sama 2010 dengan perolehan berjumlah RM155.024 juta.

Angka Audit Bureau of Circulation (ABC) bagi tahun penuh yang berakhir pada 30 Jun, 2010, menunjukkan pengedaran akhbar harian kumpulan, Utusan Malaysia, turun 5.9 peratus daripada 181,346 kepada 170,558.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Posted: 12 Aug 2011 01:45 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Kempen Daftar Pemilih Bukit Baru Berjaya

Posted: 12 Aug 2011 12:44 AM PDT



Kempen daftar pemilih di pasar malam Tmn Harta Pertama, Bukit Baru.



Seramai hampir 3 juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pemilih, walaupun sudah berumur 21 tahun dan ke atas. Kesedaran masyarakat terhadap kewajipan mengundi masih rendah. Sehubungan dengan itu, MTD Bukit Baru dengan kerjasama Pemuda PAS Bukit Katil mengambil inisiatif menggerakkan kempen daftar sebagai pemilih. Khususnya untuk persediaan PRU-13.


Kempen yang dibuat itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewajipan mengundi selain daripada membantu pihak SPR menjalankan kerja-kerja mendaftar pemilih.


Kelebihan petugas PAS berbahas Mandarin berjaya menambat hati masyarakat Tionghua.



Tinjauan rambang mendapati bahawa, masyarakat setempat memberikan respond yang baik terhadap kempen ini terutamanya kaum Cina.



Hj Ramli- wakil SPR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan