BAGAN SERAI: Tindakan seorang ahli perniagaan cuba menyeberangi landasan kereta api menggunakan lintasan haram berakhir tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu dirempuh sebuah kereta api penumpang, petang semalam.
Kejadian jam 3.40 petang semalam menyebabkan kenderaan mangsa diseret sebelum terhumban hampir 20 meter berhampiran kilometer 59.5 landasan kereta api, Alor Pongsu, di sini.
Difahamkan kereta api penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu yang datang dari arah utara menuju selatan tidak sempat berhenti lalu merempuh MPV dipandu mangsa yang berada di tengah landasan.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan yang dihubungi berkata, mangsa yang memandu MPV model Toyota Unser dipercayai datang dari arah pekan Alor Pongsu menuju ke kawasan pedalaman.
Menurutnya, mangsa didapati cuba menaiki tebing landasan berkenaan tanpa menyedari kehadiran kereta api penumpang itu.
"Kenderaan mangsa yang berada di tengah landasan dirempuh tepat kepala gerabak kereta api terbabit sebelum terpelanting dan terbalik sejauh 15 meter.
"Mangsa dikenali sebagai Choo Cheang Phang, 46, mengalami kecederaan parah di tubuh dan kepala. Mangsa berjaya ditarik keluar oleh orang ramai yang menyedari nahas itu," katanya.
Menurutnya, rempuhan kuat itu menyebabkan kenderaan mangsa remuk pada bahagian sisi kanan bersebelahan dengan tempat duduk mangsa.
"Mangsa yang kritikal dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menjalani rawatan kecemasan. Bagaimanapun mangsa dilaporkan menghembus nafas terakhir jam 9.10 malam tadi.
"Dalam kejadian itu, pemandu kereta api itu hanya berhenti seketika memberi bantuan sebelum menyambung semula perjalanan. Pihak polis masih menyiasat punca kejadian, dan tujuan mangsa menggunakan laluan landasan berkenaan" katanya.
10 Ogos 2011 (IPOH) - PAS telah mengarahkan semua jentera pilihanrayanya agar bersedia bermula daripada sekarang dengan kiraan 100 hari menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 tegas Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub ketika program bersama PAS Kawasan Ipoh Timur di sini.
Salahuddin dalam ucapannya selepas menunaikan Solat Sunat Tarawikh bersama PAS Ipoh Timur menjelaskan bahawa keputusan Mesyuarat PAS Pusat baru-baru ini menjangkakan bahawa PRU 13 akan berlaku dalam masa yang terdekat.
'Saya ingin maklum bahawa peringkat PAS Pusat telah memutuskan bahawa semua jentera parti sudah dipersiapkan dalam tempoh 100 hari daripada sekarang dan kita menjangkakan PRU 13 sudah hampir dengan kita' jelas Salahuddin di dalam ucapannya di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Taman Pengkalan Barat, Ipoh.
Beliau juga meminta semua peringkat parti mesti bekerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU 13 ini untuk sama-sama sampai ke Putrajaya jelas Salahuddin. Beliau yakin semua Ahli PAS akan membantu jentera PR samaada PKR atau DAP untuk sama-sama bekerja keras kali ini.
Salahuddin yang hadir ke majlis berbuka puasa dengan Ahli PAS yang telah dianjurkan oleh PAS Ipoh Timur
Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) menegaskan pendirian bahawa peruntukan yang telah termaktud di dalam Perlembagaan Negara yang menegaskan Islam sebagai Agama rasmi Persekutuan dan ruang lingkup yang memastikan agama Islam terpelihara di dalam negara kita adalah agenda berterusan tanpa korompomi daripada mana-mana pihak yang secara sengaja mencabar kedaulatan Islam di dalam negara kita. Jesteru kami ulangi bahawa usaha mengganggu-gugat institusi Islam akan berdepan dengan suasana yang sengaja mengeruhkan perpaduan yang selama ini kita capai yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
Akan tetapi, bagi kami kepada sebuah parti yang kini memerintah negara atas nama Umno sepatutnya lebih prihatin terhadap suasana yang dibentuk secara tidak langsung atas pendekatan-pendekatan kerajaan ketika ini. Sebagai teguran serius kepada Umno, perkara paling kecil berkaitan menutup aurat pun langsung tidak diambil kira oleh Umno sehingga sekarang. Suasana inilah yang dilihat oleh pihak luar sebenarnya keringanan Umno meninggikan martabad Islam di mata bukan Islam. Walaupun menutup aurat perkara yang kecil tidak mampu dipertegaskan oleh Umno, bagaimana dengan agenda besar Islam yang lain akan dipastikan ianya berjaya kepada seluruh umat Islam tercapai.
Kami amat kesal usaha Umno meninggikan syiar Islam di dalam negara kita. Bagi kami apa yang berlaku, Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana kekuasaan institusi Islam yang memakin hari, semakin dicabar oleh pihak luar yang langsung tidak diendahkan oleh Umno sebagai parti tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang kini masih memerintah Malaysia. Banyak perkara yang berkaitan isu Islam yang dibiarkan oleh Umno tanpa membela atau menegaskan sepertimana yang jelas di dalam Perlembagaan Negara. Jesteru, kami merasakan kemelut yang berlaku kini semuanya akan diletakkan 'dibawah karpet' sahaja tanpa berlaku apa-apa penyelesaian selepas ini.
Pendedahan rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini bahawa jumlah permohonan keluar Agama di Mahkamah Syariah sebanyak 863 kes sudah cukup membuktikan ketidak seriusan kerajaan menangani isu murtad dan kegagalan Umno untuk menjaga kedaulatan dan ketuanan agama Islam itu sendiri. Kami akan mempertahankan Perlembagaan Negara terutamanya Artikel 114 dan juga berharap dapat mempertahankan isu murtad ini, Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) amnya perlulah juga mengikut peraturan dan prosedur dalam penguatkuasaanya berdasarkan Undang-Undang Negara.
RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Dua saksi potensi bagi perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemubual oleh peguam ketua pembangkang itu hari ini.
Mereka adalah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.
Mereka ditemubual selama hampir sejam oleh peguam Karpal Singh dan Sankara Nair.
Anwar turut hadir pada sesi temubual itu.
Menurut Karpal Singh, dua lagi saksi akan ditemubual esok. Mereka adalah pemilik kondominium di mana kejadian meliwat itu didakwa berlaku, iaitu Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.
"Tiada petunjuk bilakita boleh dapat temubual Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
"Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat," katanya.
Najib Razak terus berbohong kepada rakyat dengan memperkenalkan NKRA ketujuh iaitu kononnya berusaha keras bagi menangani kos sara hidup rakyat yang kian meningkat.
Ini suatu yang amat bercanggah dengan keperluan rakyat yang sebenarnya, rakyat mahukan supaya sistem yang ada di Negara kini diperbaiki secara menyeluruh, selain menuntut pengagihan ekonomi secara adil dan tidak membazir, rakyat juga menuntut supaya pengurusan pilihanraya direformasikan secepat mungkin.
Beliau terus perbodoh rakyat dengan mengatakan kerajaan BN lah yang membela rakyat sejak merdeka, saya ingin menegaskan bahawa janji tersebut layak diketegorikan sebagai hikayat dongeng.
Sebenarnya Umno-BN telah gagal menguruskan khazanah Negara melalui pembaziran projek-projek mega yang menelan belanja berbilion ringgit .
Isteri PM telah memecah satu tradisi yang diamalkan oleh isteri PM sebelumnya dengan memamirkan kehidupan mewah yang melampau dalam keadaan rakyat sedang mengikat perut dan terus dihimpit kemiskinan.
Maka wajarkah Najib bercakap tentang kos hidup rakyat sedangkan batang tubuhnya tidak mengambarkan kehidupan rakyat yang sebenarnya.
Tatkala berlaku kepincangan terhadap ekonomi Negara, Umno-BN sering persalahkan ekonomi global pula walhal Negara yang kukuh ekonominya tidak bergantung sangat kepada gaya turun naik ekonomi di peringkat antarabangsa . Apalagi Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak, di sinilah hujah kuat bahawa Najib telah gagal mentadbir negara, wajarkah beliau dan BN terus dipertahankan?
Rakyat lagi ditipu bulat-bulat apabila Najib Razak berkata bahawa Malaysia merupakan pemberi subsisi rakyat yang tertinggi, perkara ini tidak benar kerana subsidi rakyat yang dimaksudkan cuma berjumlah sekitar 3 bilion, itu pun tidak semua wang tersebut sampai kepada rakyat.
Cuba bayangkan jika subsidi kepada rakyat setahun berjumlah RM3 bilion itupun dalam perancangan ditarik, walhal rakyat Malaysia berada dalam lingkungan berjumlah 27 juta orang, ini bermakna subsidi yang sampai kepada setiap rakyat cuma lebih kurang RM111 untuk setahun, jelas sekali pemimpin BN tidak prihatin kepada rakyat?
Pakatan Rakyat telah menunjukkan komitmen yang jitu dalam membela hak rakyat, di Pulau Pinang misalnya, setelah kerajaan persekutuan mengumumkan bonus separuh gaji dan minima RM500 bakal diberi menjelang musim perayaan. Ketua Menteri mengumumkan lebih dari itu.
Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir PR memandang jumlah ini tidak memadai jika mahu bela kos rakyat, maka dengan serta merta Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan bonus minima untuk kakitangan kerajaan negeri berjumlah minima RM600 iaitu lebih seratus dari pemberian kerajaan persekutuan .
Di sini jelas kepada kita bahawa BN bukanlah kerajaan yang membela rakyat, kerana itu rakyat mestilah memberi jawapan yang paling tepat dengan sungkurkan BN pada PRU 13 nanti .
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara kebenaran dan kebatilanl" - Surah al Baqarah : 185.
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Dr. Zakir Naik, seorang pakar perbandingan agama dalam salah satu dialog bersama penganut agama lain telah diajukan soalan; mengapa di Mekah dan Madinah tidak dibenarkan didirikan rumah ibadat agama lain sedangkan di negara bukan Islam lain termasuk England dan Amerika Syarikat membenarkan pembinaan masjid dan surau. Beliau menjawab adakah pihak sekolah akan membenarkan guru matematik yang mengajar muridnya 2 kali 2 bersamaan dengan 6 sedangkan pihak sekolah berkeyakinan bahawa 2 kali 2 bersamaan dengan 4. Maka bodohlah pihak sekolah yang masih membenarkan guru yang mengajar ajaran salah dari terus mengajar murid-murid mereka.
Oleh kerana orang Islam meyakini bahawa hanya Islam sahaja yang diterima Allah dan hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang benar, maka umat Islam wajiblah menjaga kebenaran tersebut daripada dicemarkan jika mereka mempunyai kuasa untuk berbuat demikian. Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 19 :
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ …..
Sesungguhnya agama yang diterima olleh Allah hanyalah Islam.
Sidang Jumaat sekelian,
Sesebuah negara Islam wajib mempertahankan Islam dan menjaga aqidah umat Islam dari dirosakkan oleh penganut agama lain. Mempertahankan aqidah umat Islam tidak boleh disamakan dengan menyekat kebebasan penganut agama lain dari melaksanakan amalan agama mereka. Apakah maknanya kita dipimpin oleh orang Islam jika Islam disamatarafkan dengan agama lain di negara ini. Apakah apabila kita boleh berdakwah mengenai Islam kepada penganut agama lain, maka mereka juga perlu diberi kebebasan bagi memesongkan aqidah dan memurtadkan umat Islam. Apakah apabila mereka boleh membaca terjemahan al-Quran dan buku-buku berkaitan Islam maka mereka juga bebas menyebarkan risalah agama mereka di kalangan penganut Islam. Jika itu yang kita maksudkan, tak perlulah kita berjuang mempertahankan kepimpinan kita mesti di kalangan orang-orang Islam.
Sidang Jumaat sekelian,
Serbuan dan Pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist, Damansara Utama baru-baru ini telah menjadi bukti bahawa umat Islam tidak mahu bersatu walaupun melibatkan usaha mempertahankan aqidah umat Islam di negara kita sendiri. Berbagai pihak lebih ghairah menghentam JAIS seolah-olah tindakan tersebut adalah satu kesalahan yang amat besar dan bercanggahdengan undang-undang. Apakah mereka yang banyak bercakap ini benar-benar memahami undang-undang yang dikuatkuasakan. Apakah mereka menganggap bahawa pihak-pihak berkuasa agama akan melakukan tindakan tersebut sewenang-wenangnya tanpa melihat kepada keharusannya dari segi Syarak. Salahkah pihak berkuasa agama melaksanakan usaha pencegahan awal ( سَدُّ الذَّرَائِع ) bagi mengelakkan umat Islam dimurtadkan di negara yang Islam adalah agama persekutuannya.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Umat Islam perlu lebih bijak bercakap sebelum mengetahui fakta sebenar. Kita mesti mengkaji atas alasan apa mereka yang terlibat tidak mendapat bantuan daripada pihak Baitulmal. Yakinkah kita bahawa mereka benar-benar layak untuk menjadi salah satu dari asnaf-asnaf zakat mengikut hukum Syarak. Apabila timbulnya isu kemiskinan dalam masyarakat, apakah kita hanya melihat kepada peruntukan zakat semata-mata sedangkan begitu banyak agensi dan yayasan lain yang ditubuhkan untuk membasmi kemiskinan dan mempunyai peruntukan yang lebih banyak berbanding zakat. Di mana pula peranan berbagai pihak wakil rakyat, pemimpin tempatan dan para hartawan yang beragama Islam sehingga menyebabkan mereka terpaksamengharapkan belas ihsan daripada rumah ibadat orang-orang bukan Islam. Ini sebenarnya hanyalah membuktikan kepincangan sistem kemasyarakatan umat Islam yang sudah tidak lagi menghayati Islam yang sebenarnya. Kebanyakan dari kita hanya pandai bercakap berbanding berusaha, lebih banyak menuding jari berbanding menyumbang bakti dan tidak benar-benar prihatin terhadap sesama sendiri.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Kita boleh menyalahkan berbagai pihak yang membiarkan kitaterdedah kepada hasutan pihak luar. Namun hakikatnya bagi yang mempunyai maruah dan jati diri, kita sepatutnya tidak akan menggadaikan aqidah mereka dengan harga yang murah. Wajarkah masih ada lagi rakyat kita yang hidup merempat sedangkan pendatang asing yang datang sehelai sepinggang mampu hidup mewah di negara tercinta ini. Jika para sahabat sangup mati dan menanggung berbagai penyiksaan bagi mempertahankan aqidah, apakah wajar kita menggadaikan aqidah kita dengan hanya mengharapkan bantuan kewangan yang tidak seberapa daripada musuh-musuh Allah.
Dan janganlah kamu jual belikan agama Allah dengankeuntungan dunia yang sedikit, sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahuinya. Apa yang ada pada kamu akan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan ganjaran yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,
Sewajarnya kita bersatu padu dalam memenangkan Islam dalam Negara tercinta ini. Usaha mempertahankan aqidah umat terlalu besar tuntutannya berbanding menjaga hati orang kafir walaupun ianya merugikan sokongan mereka terhadap kita. Semua umat Islam mesti mengenepikan kepentingan masing-masing dan wajib saling membantu pihak berkuasa agama dalam mengangkat martabat umat Islam dan mempertahankan aqidah ummat. Kelemahan dan kecacatan dalam sesetengah tindakan dalam usaha jihad ini hendaklah sama-sama diperbaiki. Kalau tidak ada suatu sumbanganpun yang boleh kita salurkan maka cukuplah sekadar mendokong dan menyokong dari belakang tidakhanya pandai mencerca dan mengeji.
Berapa banyak lagi umat Islam hendak buat dosa, meskipun berada dalam bulan puasa yang ditawarkan dengan banyak pahala. Apakah mereka tidak berpuasa atau tidak sedar apa yang mereka lakukan sekarang itu satu dosa atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan pahala puasa. Atau adakah mereka sengaja mahu menghina Islam?
Sepatutnya bermula bulan puasa kita kunci mulut yang suka buat dosa, kunci kaki yang suka buat dosa dan kunci tangan yang suka buat dosa. Kalau selama ini bertimbun dosa, hendaknya bulan ini bertimbun pahala dan dosa yang lama boleh terampun dengan taubat setiap hari dalam bulan Ramadan. Yalah, Rasulullah sendiri menegaskan; Ramadan awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah dan akhirnya itqunminannar.
Apakah mereka tidak mahu Rahmat Allah, apakah mereka tidak mahu Pengampunan Allah, dan adakah mereka tidak mahu pembebasan daripada api neraka Allah. Kalau mahu mengapa masih mahu buat dosa? Tidak takutkah dosa itu berganda seperti bergandanya pahala. Inilah yang sangat menghairankan saya.
Minggu pertama puasa lagi ada orang Islam yang secara sengaja menyakitkan hati orang bukan Islam. Mereka timbulkan isu orang bukan Islam hendak murtadkan orang Islam. Apakah orang Islam yang masuk gereja sudah jadi murtad? Pada masa yang sama kita sudah menyakitkan hati orang Islam dan organisasi Islam. Mereka tuduh orang Islam tidak mahu bertindak menyelesaikan masalah dengan bijak. Apakah masalah besar boleh diselesaikan dalam sehari dua?
Mengapa orang Islam sanggup jadi ejen musuh Islam bagi merosakkan perpaduan ummah? Apakah mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperalatkan oleh pihak lain untuk menghancurkan Islam? Ya, mungkin dia tidak kena musuh Islam. Kalau begitu siapa musuh Islam itu? Untuk pengetahuan semua, ada dua musuh Islam yang sangat hampir dengan kita iaitu Nafsu yang sangat mengajak ke arah kerosakan dan kedua Syaitan yang niatnya untuk menyesatkan umat Islam.
Kini syaitan dirantai dan kurang berperanan untuk menggoda manusia, maka tinggallah nafsu sebagai penggoda tunggal. Kenapa kita tewas dengan nafsu? Janganlah kerana bencikan seseorang kita tidak nampak kebaikannya lagi. Janganlah tutup kebaikan orang hanya kerana hendak menaikkan kebaikan kita, nanti kesannya kita tidak beroleh apa-apa.
Bertaubatlah wahai umat Islam. Insafilah diri kerana dosa yang bertimbun itu kalau dipohon ampun dengan cara ikhlas akan diampun sepenuhnya. Lakukan ibadah dengan sempurna tanpa dosa lagi. Kemudian bayarlah zakat fitrah kepada AMIL yang dilantik kerajaan. Biarlah nanti orang yang berhak mendapat zakat boleh menyambut raya sama seperti orang lain.
Zakat penting dibayar oleh umat Islam kerana zakat harta adalah untuk membersihkan harta kita yang bercampur dengan hak orang lain di dalamnya. Kalau zakat tidak dikeluarkan bermakna kita akan terus makan hak orang lain.
Manakala zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri kita daripada dosa sekali gus menyempurnakan ibadah puasa yang mungkin ada kekurangan. Kalau tidak bayar, maka selain berdosa, puasa kita tidak sempurna. Jadi, bayarlah zakat fitrah kepada amil.
Tetapi di sini juga ada timbul persoalan, mereka tidak mahu membayar zakat kerana fobia dengan penyelewengan pihak pengurus zakat. Dengan ini mereka secara tidak langsung menuduh badan tersebut tidak amanah. Bayangkan dengan sekejab sahaja mereka beroleh dua dosa, dosa tak bayar zakat dan dosa membuat fitnah.
Sebenarnya soal siapa pengendali zakat itu tidak timbul kerana zakat yang kita bayar itu sudah sah dan Allah sudah terima. Kalau pengendali itu tidak amanah lalu menyelewengkan harta tersebut, maka dosanya kepada Allah dan pastinya mereka akan dihukum. Kita tidak perlu risau urusan Allah, tetapi risaulah dengan urusan kita yang belum selesai ada ada dengan Allah dan manusia.
KUALA LUMPUR 11 OGOS : Tiga hari telah berlalu, namun belum ada petunjuk bila pasukan peguam bela, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menembual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, kata peguam Karpal Singh.
Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan Anwar menemubual 15 saksi sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes fitnah liwat ke atasnya pada 15 Ogos ini.
"Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat," kata Karpal.
Hari ini, dua lagi saksi dalam kes fitnah liwat Anwar ditemubual oleh peguam Karpal dan Sankara Nair.
Mereka ialah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.
Temubual itu berlangsung selama sejam lamanya,
Dalam pada itu Karpal memberitahu, dua lagi saksi akan dipanggil esok.
Mereka adalah pemilik kondominium, lokasi kejadian di mana Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.
Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.
"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.
Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).
Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).
Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.
Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.
Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.
Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.
"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)
Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.
Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.
Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.
"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.
"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.
Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.
Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.
Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.
"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz kerana didakwa mengeluarkan surat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk menarik balik saman yang difailkan ke atas bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli.
Menurut Anwar, jika sesuatu perkara membabitkan GLC, arahan mesti datang daripada menteri kewangan atau Kementerian Kewangan dan bukannya Nazri.
"Arahan seumpama ini sepatutnya datang dari Menteri Kewangan (dan bukannya Nazri) kerana ini membabitkan GLC.
"Kerajaan sebelum ini berkata mereka mempunyai kes yang kukuh terhadap Tajudin yang membabitkan berbilion ringgit (dalam mengemukakan saman). Ini amat menganggu," kata Anwar yang juga seorang bekas menteri kewangan.
Menurut sebuah portal berita, Nazri dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.
"Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.
"Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini," kata Nazri dalam surat itu.
Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd.
Dalam perkembangan berkaitan, adalah difahamkan semua kes membabitkan Tajudin, kerajaan dan GLC berkenaan sedang dirundingkan bagi mencari penyelesaian pada semua peringkat proses mahkamah tersebut.
Menurut sumber, sesetengah perkara itu telah dibawa kepada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Md Raus Shariff, yang juga adalah hakim pengurusan bagi mahkamah perdagangan hari ini.
Kes-kes berkenaan telah ditetapkan pada 29 September bagi pengurusan kes sementara menunggu penyelesaian.
Terdapat lebih 10 kes yang dipercayai masih aktif termasuk berkaitan dengan kes saman Pengurusan Danaharta Nasional Bhd, MAS, Telekom Malaysia Bhd dan Naluri Corporation Bhd.
Sehari selepas Malaysiakini mendedahkan kemungkinan terdapat 'pengundi klon' - pengundi yang didaftarkan lebih dari satu kali dalam daftar pemilih - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan semua 'klon' itu daripada daftarnya.
Namun, tinjauan mendapati masih ada 'klon' yang tertinggal dalam daftar itu dan beberapa persoalan yang belum dijawab oleh kedua-dua SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Semalam, sekurang-kurangnya tujuh pengundi yang mempunyai 'klon' dalam daftar pemilih - iaitu didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka - berjaya didedahkan.
Ketika itu, sistem pengesahan dalam talian SPR menunjukkan bahawa nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih dan menimbulkan tanda tanya sama ada mereka boleh mengundi dua kali pada pilihan raya nanti.
Namun, semakan pada laman web SPR pagi ini, mendapati beberpa 'klon' itu telah dikeluarkan dari sistem mereka.
Status terakhir tujuh pengundi itu adalah:
1. Shodah binti Abdul Rahman
IC lama: 4802777
Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
2. Mohamad bin Ismail
IC lama: 8370614
Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
3. Anderson a/l P Arputhanathan
IC lama: A0831847
Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
4. Chellamah a/p Murugesu
IC lama: 7877951
Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
5. Sa'ad bin Samsudin
IC lama: 1479323
Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
6. Mohd Rashid bin Ismail
IC lama: 6397062
Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
7. Sulong bin Jalil
IC lama: 6290844
Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih.
Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih.
Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun 'klon' mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN.
DIMAKAN API...butik Miss Selfridge yang terletak di Jalan Pasar musnah terbakar.
LONDON: Rusuhan terburuk dalam sejarah Britain sejak beberapa generasi, kini merebak ke bandar lain semalam, sementara tiga lagi terbunuh ketika mempertahankan komuniti mereka. Walaupun London kini tenang ekoran penempatan lebih ramai polis di jalan bandar raya itu, perusuh menyerbu tengah Manchester dengan membakar serta merompak kedai di situ.
Polis menganggap insiden terbaru ini sebagai "keganasan paling ekstrem melanda Britain dalam tempoh 30 tahun." Penjarah turut menyebabkan kekacauan di beberapa bandar di sekitar Midlands, termasuk Birmingham yang menjadi lokasi tiga pemuda Islam Asia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta. Laporan mendakwa, mangsa baru saja meninggalkan masjid dan melindungi komuniti mereka ketika kejadian berlaku.
Kira-kira 200 orang keturunan Asia dari Birmingham berkumpul di luar hospital yang menempatkan mayat berkenaan.
Namun, di London, tiada keganasan terbaru dilaporkan selepas bandar raya itu kacau-bilau pada malam Isnin lalu. Polis menahan lebih 1,100 orang di seluruh negara kerana terbabit dalam keganasan, kekacauan dan mencuri sejak rusuhan tercetus pada Sabtu di Tottenham, utara London.
Perdana Menteri, David Cameron, berikrar untuk "melakukan apa saja yang perlu bagi memulihkan keadaan di jalanan" tetapi kebanyakan kedai di London masih ditutup awal atas nasihat polis.
Datuk Bandar London, Boris Johnson, menggesa kerajaan mempertimbangkan semula cadangan mengurangkan jumlah polis sebagai sebahagian daripada langkah berjimat-cermat dan mengurangkan defisit bajet negara.
Ketika Kerajaan menyalahkan penjenayah mengambil kesempatan atas kekacauan itu, pembangkang berkata, pemotongan belanjawan untuk perkhidmatan sosial dan kegagalan pihak berkuasa menangani masalah sosial menyumbang kepada rusuhan berkenaan.
Sesetengah daripada kawasan paling mundur di Britain menjadi lokasi rusuhan dengan kira-kira 200 orang menyerang polis dengan pelbagai objek di Toxteth, barat laut Liverpool.
Daerah itu pernah berlaku rusuhan besar-besaran pada 1981.
Di lokasi lain, perusuh membakar bangunan di West Bromwich dan Wolverhampton, manakala sebuah balai polis berhampiran Nottingham dilontar bom api. Kekacauan turut dilaporkan berlaku di bandar Gloucester. - AFP
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya lima anggota polis terbunuh dan ramai yang lain mengalami kecederaan letupan bom terkena bas polis awal pagi tadi di barat laut Pakistan, Peshawar, lapor agensi berita Xinhua.
Media tempatan melaporkan, letupan itu berlaku pada kira-kira 7.00 pagi waktu tempatan apabila bom kawalan jauh yang diletakkan di bawah longgokan buah-buahan di sepanjang jalan di Lohari Gate terkena bas polis yang melalui kawasan berkenaan.
Dianggarkan terdapat 20 anggota polis di dalam bas itu ketika letupan berlaku manakala kira-kira sepuluh kedai berdekatan turut musnah dalam kejadian berkenaan. - BERNAMA
Shuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.
Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.
"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.
Sebelum ini, Shuhardi - peserta perhimpunan BERSIH - dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Pihak berkuasa juga pada 2 Ogos lalu dilapor merakam kenyataan Shuhardi dan aktivis usahawan Islam itu mengaku memberikan kerjasama penuh dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shuhardi berkata, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman mereka minggu depan.
"Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop)
Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "prokerajaan".
Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.
KEMAMAN, 11 Ogos: Polis digesa melakukan siasatan secara telus dan terperinci bagi mengesan dan menangkap suspek yang memasang kamera tersembunyi dalam tandas perempuan di sebuah sekolah menengah terkemuka di bandar Chukai dekat sini.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah penting bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat sekaligus bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.
[Gambar kanan - Haji Hanafiah menunjukkan berita 'kamera dalam tandas sekolah' yang telah disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina beberapa hari lalu. Paling kiri adalah pelajar yang telah menjumpai kamera tersebut]
"Kita harap polis dapat siasat secara 'detail' dan telus, tidak kira siapa yang terlibat, tak kira bangsa, tak kira agama,
"polis perlu siasat dan tahan sesiapa yang terlibat, bagi memastikan ia tidak berulang,"ujarnya ketika di temui.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menyifatkan, ia adalah satu bala yang memalukan menimpa sistem pendidikan, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Menteri Besar selalu berbangga diri dengan keputusan-keputusan yang cemerlang kononnya setiap tahun, namun jelas akhlak dan moral pelajar semakin meleset.
"Ia jelas satu malapetaka kepada sistem pendidikan dan kerajaan Umno/BN yang gagal membentuk akhlak serta moral pelajar, cukup mengaibkan,
"Menteri Besar Ahmad Said selalu berbangga-bangga kononnya pencapaian hebat pendidikan Terengganu, tapi inilah dia natijahnya,"jelas Haji Hanafiah.
Menurutnya, nilai moral pelajar ketika ini semakin rapuh disebabkan pelajar dan remaja hari ini banyak disogokkan dengan hiburan yang melalaikan yang hanya mendidik golongan muda dengan keseronokan semata-mata.
[Gambar kiri - kamera berbentuk penyangkut baju, sebagaimana yang digambarkan]
Beliau menyarankan dasar dan falsafah pendidikan sekarang dikaji dan dirombak memandangkan kes-kes yang melanda sekolah dan sistem pendidikanmasa kini.
"sudah tiba masanya, dasar dan falsafah pendidikan negara sekarang ini perlu diubah agar ia lebih menitik beratkan kerohanian agar pelajar yang dilahirkan juga cemerlang dalam aspek ketuhanan.
"saya juga cadangkan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi perlua mendapat A bagi subjek Pendidikan Islam sebagaimana mereka perlu mendapat cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan subjek lain,"kata Hanafiah.
Menurutnya, bila diberi penekanan soal agama, akhlak dan moral, barulah dapat dilahirkan pelajar yang bertakwa yang gerun untuk melakukan perbuatan mungkar.
"Sekarang hukuman rotan atau penjara orang sudah tidak takut sebab itulah sekarang dalam penjara penuh dengan pesalah,"tambahnya
Pada 31 Julai lalu, sebuah kamera tersembunyi telah dijumpai terpasang dalam tandas pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2.
Seorang pelajar, Hee Sin Yee, 17, merasa pelik melihat 'penyangkut baju' dilekatkan di kedudukan rendah di pintu tandas lalu mencabutnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat Salat berkata, polis percaya suspek yang memasang kamera berbentuk 'penyangkut baju' itu adalah terdiri dalam kalangan pelajar sekolah itu sendiri.
Menurutnya, kad memori kamera itu telah pun dihantar untuk dianalisis di makmal forensik polis di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.
"Siasatan awal yang kita jalankan turut dapati di dalam kad memori itu terdapat gambar pelajar perempuan, justeru kita percaya kamera berbentuk penyangkut baju itu telah merakam beberapa gambar sebelah ia dijumpai," katanya..Buletinonline.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini sebarang tangkapan masih belum dibuat dan polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci.
SEORANG pelanggan melihat komputer iPad 2 keluaran Apple di syarikat telekomunikasi KT di Seoul semalam.
NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Gergasi komputer dan telefon bimbit AS, Apple memintas pengeluar minyak global, Exxon Mobil sebagai syarikat terbesar di dunia untuk seketika kelmarin.
Nilai syarikat Apple yang diasaskan oleh Steve Jobs pada 1976 yang mengeluarkan telefon pintar iPhone dan komputer tablet iPad itu ialah AS$341.5 bilion (RM1.027 trilion) kelmarin sekali gus berjaya mengatasi Exxon yang bernilai AS$340 bilion (RM1.023 trilion).
Namun, Exxon kemudian merampas kembali gelaran syarikat terbesar dunia apabila sahamnya mengukuh kepada AS$352.9 bilion (RM1.06 trilion) manakala Apple di tempat kedua dengan nilai saham AS$346.7 bilion (RM1.04 trilion).
"Kreativiti kini mengambil alih kekuatan dan kudrat manusia," kata pengasas laman web Lastminute.com, Brent Hoberman.
Exxon juga dikenali dengan jenama Esso, mendapat pujian aktivis mesra alam manakala Apple dipuji kerana berjaya mengubah kehidupan harian dengan pengenalan gajet seperti iPod, iPad dan iPhone.
Pakar-pakar bagaimanapun, percaya Apple akan menjadi perniagaan pertama melepasi nilai AS$1 trilion (RM3 trilion) pada masa akan datang susulan pertumbuhan pesat syarikat tersebut. - Agensi
KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.
Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.
Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.
Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.
Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP.
Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.
Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.
Malaysia Boleh Di Mana-Mana
Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?
Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.
Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.
Tukar-Menukar Harap Berjaya
MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.
Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.
Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.
Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.
Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.
Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.
Tak Sangka Bawa Angkara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.
Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.
Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.
Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.
SEORANG perusuh berjalan meredah api di Liverpool kelmarin.
LONDON - Ribuan anggota polis tambahan yang berkawal di jalan-jalan raya berjaya menyebabkan London tenteram semalam selepas tiga hari berlaku rusuhan dan rompakan oleh sekumpulan golongan muda.
Bandar Manchester dan Liverpool di timur laut dan Birmingham di tengah England berdepan dengan rusuhan selepas London tenteram semalam.
Di Birmingham, polis melancarkan siasatan selepas tiga penganut Islam terbunuh kerana dilanggar sebuah kereta.
KEROSAKAN berlaku di sebuah kedai akibat rusuhan di Manchester semalam.
Seorang rakan tiga lelaki itu memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC) bahawa ketiga-tiga penganut Muslim itu merupakan sebahagian daripada kumpulan keturunan Asia yang melindungi kawasan kediaman mereka daripada menjadi sasaran golongan muda yang merompak.
Menurutnya, ketiga-tiga lelaki itu dilanggar selepas bersolat di sebuah masjid.
"Kereta itu melencong ke arah mereka dengan tiba-tiba," katanya.
Keadaan di London tenteram semalam selepas rusuhan bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu.
Kira-kira 16,000 anggota polis mengawal jalan-jalan raya di London semalam.
KESAN kerosakan akibat kebakaran dilihat pada sebuah bangunan di Manchester semalam.
Rusuhan itu berlaku akibat perasaan tidak puas hati golongan muda terhadap kematian seorang lelaki berusia 29 tahun yang ditembak polis pada minggu lalu.
Protes golongan muda itu bertukar menjadi ganas apabila mereka membakar beberapa bangunan, kereta polis dan merompak di Tottenham, utara London.
Perdana Menteri Britain, David Cameron terpaksa menyingkatkan percutiannya di Itali untuk pulang ke London bagi berdepan dengan krisis tersebut.
Cameron akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Krisis dan memanggil parlimen bersidang untuk membincangkan isu berkenaan.
Rusuhan itu merupakan situasi yang paling buruk pernah berlaku di London kurang setahun sebelum bandar raya ini menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2012. - Agensi
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Setelah 'Kg Baru' didaftarkan sebagai pengundi, suatu hari nanti tidak mustahil Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut dicatatkan sebagai seorang pengundi di tanah air.
Kejadian yang mengaibkan itu tidak mustahil berlaku berdasarkan perkembangan terkini yang jelas menunjukkan SPR semakin hilang kewibawaannya sehingga menjadi pertikaian pelbagai pihak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kelucuan yang dicetuskan oleh SPR dengan mencatatkan Kg Baru sebagai salah seorang pengundi di kawasan Besut berlaku awal minggu ini, susulan dari beberapa kesilapan lain yang dilakukan oleh badan itu.
Menurut beliau, sebelum ini, kewibawaan SPR sering menjadi pertikaian orang ramai apabila beberapa nama dikesan sebagai pengundian bertindih dengan jumlah yang amat besar di seluruh negara.
PASIR PUTEH - Niat seorang pemborong ikan untuk menuntut hutang lapuk bukan saja tidak kesampaian malah dia dibunuh kejam apabila diserang menggunakan gergaji pemotong ais oleh jirannya itu di Tok Bali di sini kelmarin.
Che Hassan Che Omar, 51, yang berasal dari Kampung Kuala Besut, Terengganu mati selepas cedera di kiri tepi kepala selepas terkena libasan gergaji oleh jiran sendiri yang juga bekerja sebagai pemborong ikan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian ngeri pada pukul 4 petang itu berlaku di sebuah pangkalan pendaratan ikan ketika mangsa dan suspek berada di jeti itu.
"Ketika mangsa meminta hutang, suspek langsung tidak mengendahkan permintaan mangsa.
"Namun selepas mangsa mendesak ia menimbulkan kemarahan suspek sehingga mencetuskan pergaduhan," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.
Selepas dua hingga tiga minit berperang mulut, suspek yang gagal mengawal kemarahan dikatakan pergi ke kereta miliknya dan mengambil sebilah gergaji besi dari dalam but kereta.
Melihat tindakan suspek berusia 49 tahun itu, mangsa didakwa terus mengeluarkan kata-kata provokasi kepada suspek menyebabkan suspek kemudian melibas gergaji itu ke arah kepala mangsa.
"Libasan itu menyebabkan mangsa yang cedera rebah. Suspek yang melihat mangsa rebah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap penduduk kampung yang kemudian menyerahkan kepada polis," cerita beliau.
Jalaluddin memberitahu, mangsa kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku, Pasir Puteh tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 4.30 petang selepas usaha menyelamatkannya gagal.
KUALA LUMPUR 11 Ogos – Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun sehingga mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lepas.
Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata, satu laman web diwujudkan warga London.
Laman web yang beralamat http://somethingniceforashraf.tumblr.com/ itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.
Beliau berkata, turut dipapar di laman web itu ialah video dari YouTube yang merakam detik-detik cemas ketika Asyraf disamun oleh beberapa remaja berkulit putih dan hitam yang berpakaian ala remaja hip-hop.
Di laman web itu juga, The Minimalist mencadangkan agar satu kutipan dana dibuat bagi membantu Ashraf dan satu ruangan undian kepada pelawat memilih cadangan terbaik bagi membantu penuntut malang itu.
Antara cadangannya ialah: 'Pay His student fees' (bayar yuran pengajiannya), 'Pay for his family to come and visit him in hospital' (bayar perbelanjaan keluarganya untuk datang dan melawat beliau di hospital) dan 'Buy back the stuff that got nicked, PSP, bike, phone' (membelikan semula barangan yang dicuri, PSP, basikal, telefon bimbit). – Bernama
KUALA LUMPUR 11 OGOS : Malaysia buat kali pertamanya tersenarai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang menyekat kebebasan agama yang berbeza.
Satu kajian yang dibuat oleh Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada dalam kumpulan yang sama dengan Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia.
Malah hasil kajian itu menunjukkan Malaysia antara negara kelima yang mempamerkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2006.
Kajian yang dilakukan ke atas 198 negara itu mendapati, sekatan terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 hingga 2009 di 23 negara, termasuk Malaysia dan Mesir.
Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi.
Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan.
Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu.
Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald.
Tindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu.
Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia.
KUALA LUMPUR 11 OGOS : Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.
Menurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".
Yong yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.
"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu kepada portal Malaysiakini.
Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.
Jeffrey, yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.
"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma "helah politik".
Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.
Jika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.
Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.
"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Jawatankuasa Disiplin DAP memecat tiga ahli parti itu berkuatkuasa serta merta kerana melanggar disiplin parti.
Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata, ketiga-tiga mereka adalah Puah Ju Kian (Cawangan Telok Gadong), Yap Kon Min (Serdang Bahru) dan Tan Chew Wah (Kampung Baru Balakong).
Puah Ju Kian didakwa salah menguruskan hal ehwal cawangannya, Yap Kon Min pula didapati salah membuat kenyataan yang salah secara berulang kali terhadap pimpinan DAP manakala Tan Chew Wah pula didapati bersalah dan secara berulang kali membuat kenyataan buruk secara terbuka terhadap pimpinan DAP.
Menurut Tan Kok Wai yang juga anggota Parlimen Cheras, Jawatankuasa Disiplin DAP telah mengadakan perbicaraan terhadap ketiga-tiga mereka pada 5 Ogos lepas di Ibu Pejabat DAP dan penjelasan mereka tidak memuaskan hati jawatankuasa kerana ia telah memburukkan kepentingan parti itu.
"Ekoran pemecatan ini, ketiga-tiga mereka tidak lagi berhak mewakili DAP dalam sebarang urusan atau bertindak sebagai ahli DAP.
"Bagaimanapun mereka boleh membuat rayuan dalam masa 14 hari terhadap keputusan ini kepada Jawatankuasa Pusat Parti berdasarkan perkara VII para 3 Perlembagaan DAP," katanya dalam satu kenyataan.
LONDON: Syarikat insurans dipercayai menanggung pampasan puluhan juta paun berikutan rusuhan selama tiga malam di London dan beberapa bandar utama Britain lain.
"Terlalu awal bagi kami untuk memberi gambaran tepat mengenai jumlah kos, khususnya kos gangguan perniagaan.
"Syarikat insurans kini bertungkus-lumus menguruskan tuntutan yang diterima," kata jurucakap Persatuan Syarikat Insurans Britain (ABI), Nick Starling, semalam.
Sebahagian besar London rosak selepas rusuhan, penjarahan dan pembakaran yang dilakukan oleh kumpulan remaja. - AFP
Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus.
Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar DPPM, Mohd Firdaus Jaafar berkata, penjualan itu berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan atau government link company (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.
DPPM, mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.
MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM310.60 juta untuk tahun 2010.
penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat.
sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.
ujarnya apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan.
syarikat ini menjadi penentu terhadap harga tiket dan penerbangan, bukan lagi mengikut permintaan pasaran semasa.
"Jika jadi demikian, siapakah yang akan rugi jika tidak rakyat biasa?" soalnya.
DPPM merasa dengan penjualan saham ini akan menyebabkan sebuah lagi syarikat GLC milik kerajaan bakal lingkup selepas beberapa GLC 'gulung tikar' sebelum ini seperti yang berlaku kepada Dawama.
Akhirnya, akan tinggal hanya Petronas sahaja yang memainkan peranan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada musnah.
kerajaan sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat GLC terus bernafas dan bersaing dalam pasaran semasa.
kegagalan GLC dalam menempatkan diri dalam pentas perniagaan menunjukkan kegagalan kerajaan mengatur ekonomi negara.
"Apakah akan jadi kepada ekonomi negara jika GLC semakin banyak yang lingkup dan tidak mampu meneruskan lagi perniagaan mereka?" tanya beliau lagi.
yang rakyat bimbangi akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi, jurang kemiskinan yang semakin melebar serta mengakibatkan persengketaan berpanjangan akibat permainan monopoli oleh syarikat-syarikat bertaraf gergasi.
mengapa GLC yang bernaung dibawah kerajaan Umno BN kebanyakkannya menjadi tidak berdaya saing seperti mana syarikat-syarikat swasta yang dilihat lebih terkehadapan.
"Apakah GLC ini menjadi 'lubuk' kepada pimpinan Umno BN mengaut keuntungan demi untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk GLC itu sendiri?" soalnya.
DPPM mengingatkan kepada rakyat sekiranya mahu melihat GLC yang selebihnya tidak menuju kehancuran, kerajaan yang sedia ada harus ditukar kepada kerajaan yang lebih telus dan beritegriti demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus dipacu kehadapan bukannya 'dibelasah' oleh mereka yang berkepentingan.
Dengan berkembangnya GLC sehingga ke tahap global juga boleh memastikan sosio ekonomi juga turut berkembang.
Ini juga, akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia kerana negara sekarang sedang berdepan dengan kadar pengangguran yang agak membimbangkan.
"Ini berdasarkan jawapan di Parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S. Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lepas, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426,600 orang yang menganggur,".
Justeru, DPPM mengajak semua rakyat agar melakukan perubahan demi menyelamatkan GLC yang masih 'bernyawa' terus subur dan tiada jalan lain iaitu dengan memastikan Umno BN hendaklah ditumbangkan di dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan penggunaan pendekatan keras termasuk gas pemedih mata oleh polis untuk menangani perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara Sabtu lalu menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi. Badan sedunia itu berkata Malaysia, yang turut menganggotai Majlis Hak Asasi Manusia PBB telah "mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan." Pakar-pakar hak asasi manusia [...]
PUASA MELATIH DIRI SUPAYA SIMPATI KEPADA ORANG MISKIN IDRIS AHMAD 11/8/11
Puasa ialah amalan kerohanian seorang hamba dengan Allah SWT. Mereka yang berpuasa sanggup meninggalkan makan minum semata-mata kerana Allah SWT. Puasa mendidik manusia untuk bersimpati dengan mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan daripada mereka yang mempunyai lebihan rezki. Ketika berpuasa kita terasa lapar dan dahaga, kesemuanya mengingatkan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik yang masih ramai di dalam negara kita walaupun negara, sudah mencapai kemerdekaan 54 tahun. Paling malang sekali isi rumah miskin ia melibatkan orang Islam, sedangkan pemimpin negara ialah orang Islam. Rakyat tertanya-tanya kenapa Sabah dan Trengganu mendahului negeri termiskin di negara ini, sedangkan negeri tersebut menghasilkan "emas hitam".
Sebenarnya masih ramai rakyat yang tidak cukup zat, berapa ramai kanak-kanak ke sekolah dengan perut kosong kerana tidak ada makanan yang hendak dialas perut ketika ke sekolah. Kesemua ini menuntut kepada kita yang menunaikan Ramadhan merasai keperitan penderitaan yang mereka alami sepanjang masa. Sedangkan kita hanya Allah uji dalam masa lapan jam sahaja untuk sebulan Ramadhan.
Ibn Abbas Radhiallahu'anhuma meriwayatkan "Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur'an. Dan kedermawan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus." (Bukhari)
Seperti yang kita maklum baginda shallallahu 'alaihi wa sallam adalah seorang yang sangat dermawan seperti disebut oleh Anas bin Malik radhiallahu'anhu:
"Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling berani dan paling dermawan." (Bukhari dan Muslim)
Dermawan baginda dikatakan melebihi angin yang menghembus kencang. Diibaratkan demikian kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam sangat ringan dan cepat dalam memberi tanpa banyak berfikir, sebagaimana angin yang berhembus. Sikap prihatin yang ditunjukkan oleh baginda adalah amat perlu kita sebagai umat nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam yang ingin mengikut jejak langkah baginda shallallahu 'alaihi wa sallam melatih diri kita supaya menjadi seorang yang melihat orang sekeliling kita.
Beberapa insiden yang tragis berlaku di dalam negara kita baru-baru ini dengan berita orang yang melarat terpaksa menagih simpati kepada gereja, ia amat memalukan umat Islam. Menjadi fardu kifayah kepada umat Islam untuk membantu saudara mereka yang tidak bernasib baik, terutama agensi kerajaan seperti Baitul Mal, pejabat Agama, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Agensi ini yang mempunyai kewangan yang kukuh sepatutnya mesti mengambil berat, berbanding dengan individu dan NGO yang mempunyai kekangan kewangan.
Kita mengharapkan, pejabat agama atau pejabat pungutan zakat yang begitu sistematik ketika memungut zakat, perlulah melakukan perkara yang sama ketika mengagihkan kepada mereka yang berhak. Kerana ini adalah hak mereka bukan untuk digunakan untuk perkara lain yang tidak ada kaitan untuk membela nasib mereka. Jika kita sanggup bersusah payah ketika hendak memungut zakat, maka wajib pula kita bersusah payah untuk memberi kepada yang berhak. Permudahkan prosedur, bukan menyusahkan mereka yang sudah susah. Jika ini berlaku, akhirnya gereja yang memudahkan mereka memberi bantuan. Konsepnya samalah mereka yang terjebak meminjam Along, kerana mudah berbanding berurusan dengan bank.
Sekurang-kurangnya apa yang terjadi di Gereja Methodist Damansara Utama menyedarkan kita umat Islam dan institusi yang mengagihkan zakat, supaya lebih pro aktif untuk membantu mereka yang berhajat. Kemanakah wang kutipan zakat yang beratus juta setiap tahun? Logiknya sudah tidak ada lagi orang miskin yang merempat? Muallaf yang dibuang keluarga meminta sedekah dan menagih simpati. Kesemua ini terjadi kerana berlaku pengagihan yang tidak betul dan mengkhianat amanah, maka tunggulah bala daripada Allah SWT. Benarlah sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam "Siapa yang tidak mengambil berat berkenaan urusan orang Muslim, maka ia bukan di kalangan aku". Jika mereka pergi mengadu nasib kepada institusi bukan Islam maka Allah SWT akan menyiksa kita kerana mengabaikan saudara seagama mereka. Waliyazubillah.
Buku Konsep Asas Negara Kebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bukan menggariskan maksud, konsep umum dan tuntutan sebuah Negara Berkebajikan.
"Buka kecil ini juga bukan sebuah tesis kajian ilmiah di mana susun atur isi dan penulisan dalam buku ini adalah disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kebanyakan," tulis Tuan Guru Abdul Hadi pada bahagian Muqadimmah.
buku itu juga tidak bermaksud untuk memperincikan seluruh program kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS.
perincian dan susun atur program yang menjadi pengisiannnya nanti akan dipaparkan kepada seluruh rakyat dalam bentuk manifesto dan butiran khusus dari masa ke semasa menerusi media cetak dan lain-lain siaraya oleh PAS.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Dokumen Negara Berkebajikan yang akan menyusul selepas buku kecil ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci akan konsep dan tasawwur Negara Berkebajikan.
"Mudah-mudahan kita semua mendapat pahala menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menyelamatkan manusia dengan petunjuk Allah yang sebenarnya secara beramal,".
Buku yang mengandungi tujuh bahagian dan 86 muka surat bercetak itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu pada 5 Ogos lalu.
Bazar Ramadan dilanda ribut Sinar Harian 11 Ogos 2011
KUALA KLAWANG - Sembilan khemah peniaga di Bazar Ramadan Kuala Klawang runtuh setelah dipukul ribut kira-kira jam 1.40 petang semalam.
Ketika kejadian, aktiviti perniagaan di bazar berkenaan belum bermula dan rata-rata peniaga masih belum datang membuat persediaan berniaga di bazar berkenaan.
Menurut saksi, Rosmanida Abdul Hamid, 40, ketika kejadian hanya dia dan dua anaknya berada di kawasan berkenaan.
"Anak saya duduk di bawah khemah di tempat saya berniaga dan ketika kejadian itu, hanya kami sahaja berada di sini.
"Anak saya sempat melarikan diri apabila satu persatu khemah runtuh ketika angin kencang pada jam 1.40 yang kemudiannya meruntuhkan satu deretan khemah peniaga di sini," katanya.
Rosmanida yang merupakan peniaga kuih muih berkata demikian ketika ditemui di tempat kejadian petang semalam.
Sementara itu, seorang lagi peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila empat khemah disewanya runtuh dalam sekelip mata.
Hafirah Mauris, 30, berkata, dia tidak dapat meneruskan aktiviti perniagaannya kerana kebanyakan peralatan meniaga rosak teruk.
"Saya memang tidak dapat berniaga hari ini kerana semua barang sudah rosak dan memerlukan masa untuk membaikinya semula.
"Saya sudah keluarkan modal kira-kira RM900 untuk berniaga hari ini tetapi nampaknya hasrat terpaksa dihentikan sebab khemah rosak teruk," katanya.
Hafirah yang menetap di Taman Naga Mas, Titi berniaga di bazar berkenaan bersama suaminya Razali Daut, 35.
Sementara itu, Razali berkata, selain khemah, kanvas penahan hujan, payung tambahan dan barangan masakan asas seperti telur turut musnah.
Razali menjalankan perniagaan makanan barat di bazar berkenaan sejak 1 Ramadan lalu.
Peniaga-peniaga bazar yang terlibat dalam kejadian ini turut meminta pihak berkenaan membayar ganti rugi kepada mereka bagi meringankan beban kerugian ditanggung akibat kejadian itu.
PAS Negeri Sembilan kini sedang giat mengedarkan risalah "10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah" kepada orang ramai di negeri ini.
10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah tersebut ialah :
1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
6. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
7. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Majlis Tindakan PAS DUN Chembong melalui Pusat Aduan Rakyatnya akan mengagihkan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan yang memerlukan sempena bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal. Agihan sumbangan ini akan bermula pada 14 Ogos 2011 dan berterusan sehingga akhir Ramadhan atau selagi sumbangan diterima.
Kepada mereka yang ingin menyumbang samada dalam bentuk barangan atau wang ringgit bolehlah menghubungi mereka di bawah ini :
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembinaan dan pengoperasian loji kontroversi Lynas dalam masa yang terdekat ini.
Tindakan tersebut akan di buat menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat.
Perkara tersebut di umumkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Malaysia yang juga Penasihat Badar, Haji Zulkefly Mohamad Omar selepas mengadakan mesyuarat bersama dengan Lajnah Guaman dan Hak Asasi yang di ketuai oleh pengerusinya Haji Asmuni Awi berserta empat orang ahli jawatankuasanya.
Menurut beliau setelah melalui beberapa siri perbincangan dan meniliti dengan mendalam isu yang di bawa oleh penduduk Balok dan kawasan sekitarnya melalui Badar, Lajnah Guaman bersetuju untuk mengambil kes tersebut dan bersama sama dengan Badar serta penduduk setempat bagi menghalang pembinaan dan pengoperasian loji Lynas di Gebeng.
"Kita kini dalam proses akhir dan insya Allah akan menfailkan kes ini di mahkamah secepat mungkin," ujar beliau lagi.
Dalam perkembangan yang berkaitan, Pengarah Badar Andansura Rabu mengatakan tindakan mahkamah adalah jalan yang paling tepat dalam memperjuangkan nasib penduduk dan alam sekitar berhampiran dengan loji tersebut berdasarkan perkembangan semasa.
Menurut beliau kerajaan negeri mahupun pusat memandang sepi saranan, teguran dan bantahan samada dari penduduk mahupun NGO yang prihatin.
Bahkan saranan penambahbaikan yang di sarankan oleh panel yang di lantik oleh kerajaan sendiri iaitu IAEA tidak dihebahkan secara terbuka kepada orang ramai mengenai masalah yang dikenal pasti mahupun tempoh masa yang di berikan.
"Walaupun kita tidak mengiktiraf panel IAEA tersebut di sebabkan keanggotaannya yang tidak menyeluruh dan skop kajiannya terlalu kecil dan tempoh masa yang terlalu singkat namun setidaknya kerajaan harus menerangkan secara terbuka kedapatan yang di perolehi oleh panel yang mereka sendiri lantik kepada rakyat.
"Kunjungan panel tersebut di berikan liputan meluas dan kerajaan melalui media cetak dan elektronik tanpa membuang masa menghebohkan bahawa Lynas adalah selamat tanpa menerangkan sebelas isu yang di bangkitkan oleh panel tersebut," ujar beliau.
Tambahnya lagi, kehadiran panel IAEA di saat pembinaan loji sudah mencapai tahap 40% siap dan penemuan sebelas kepincangan tersebut jelas menunjukkan nyawa dan alam sekitar di kompromi tanpa pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan.
Lynas pula begitu cekap mengambil peluang di atas kelemahan kerajaan yang ada pada hari ini dan pantas memberi bayangan keuntungan berbilion yang bakal di raih mereka menyebabkan mungkin ada yang berpinar biji mata mendengar angka RM 4 - 8 bilion setahun sedangkan Lynas 100% milik asing dan 12 tahun di kecualikan cukai!.
"Justeru itu kita merasakan sudah tiba masanya untuk mengambil satu tindakan yang konkrit dan muktamad iaitu melalui tindakan perundangan melalui mahkamah.
"Kita amat memahami tindakan ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dari semua yang terlibat baik dari segi masa, tenaga mahupun kewangan terutamanya bagi penduduk Balok dan sekitarnya namun kita sudah tiada pilihan lain.
"Menyedari hakikat tersebut kami mengalu-alukan sokongan yang tidak berbelah bagi dan berterusan dari segenap lapisan masyarakat di seluruh Malaysia kerana isu ini turut memberi kesan kepada seluruh negara tidak terhad kepada penduduk Balok sahaja. Kami mengalu-alukan sebarang sumbangan dan kerjasama dari semua pihak yang menentang loji Lynas ini.
"Semoga semangat Ramadhan menguatkan lagi iltizam kita dalam memelihara nyawa dan alam sekitar tanahair tercinta ini. Sambutan hari kemerdekaan yang akan datang juga lebih bermakna sekiranya semua pihak meletakkan kepentingan negara tercinta melebihi kepentingan kapitalis asing," ujar beliau.
PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : TUAN ER TECK HWA [BAKRI] TARIKH : 14.06.2011 (SELASA)
SOALAN :
Tuan Er Teck Hwa [Bakri] minta Perdana Menterimenyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah permohonan Jabatan Agama Islam untuk menangani gejala murtad.
JAWAPAN:
Y.B. SENATOR MEJAR JENERAL DATO' SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua,
Permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah dari tahun 2000 hingga 2010 adalah berjumlah 863 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 168 kes telah diluluskan. Statistik lengkap mengikut negeri ialah:
Bil
Negeri
Permohonan
Lulus
1
Terengganu
1
0
2
Wilayah Persekutuan
56
10
3
Kedah
5
1
4
Kelantan
0
0
5
Melaka
12
3
6
Negeri Sembilan
172
33
7
Pahang
8
7
8
Pulau Pinang
36
1
9
Perak
47
12
10
Perils
3
1
11
Selangor
99
0
12
Sabah
238
67
13
Johor
8
0
14
Sarawak
1
0
Jumlah
864
168
Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melaksanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamanya dikalangan saudara-saudara baru. Antara program dan akgviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktiviti-aktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agama;dan sokongan bantuan Baitulmal.
Pagi ini, Rabu 10 Ogos 2011, ADUN Maharani YB Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan YB Gwee Tong Hiang, berpeluang untuk membuat kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Muar sempena perlantikan baru YDP MPM dan Setiausaha MPM. Mereka diiringi oleh Pegawai Khas masing-masing, Sdr Hamidun Omar (Maharani) dan Cik Norasyikin (Bentayan). Pertemuan mesra selama lebih 30 minit bersama YDP MPM, Tuan HajiZulkiflee bin Abbas, merapatkan hubungan wakil rakyat dan Ketua Jabatan untuk memudahkan urusan menyelesaikan masalah rakyat. Ia membuahkan hasil yang sangat berharga kepada ADUN Pakatan Rakyat kerana mereka tidak dilibatkan dalam aktiviti-aktivit yang melibatkan jabatan kerajaan sedangkan ia penting untuk sama membantu kerajaan menyampaikan maklumat, menyampaikan permasalahan rakyat dan memberi idea yang bernas untuk kepentingan rakyat.Dalam kesempatan ini ADUN sempat bertukar-tukar pandangan dengan YDP MPM Terima kasih Tuan Haji Zulkiflee di atas sambutan mesra tuan dan kesediaan tuan untuk menyelesaikan masalah rakyat.
YB Dr Mohammad dan YB Gwee bersama Tuan Haji Zulkiflee di pejabatnya.
Menyentuh kebersihan kawasan MPM, YB Dr Mohammad mencadangkan supaya setiap rumah diwajibkan menyediakan tong sampah bertutup yang sesuai. Rakyat diminta bekerjasama menjaga kebersihan di kawasan masing-masing. SWM yang bertanggungjawab mengangkut sampah pula diminta menjalankan tugas dengan sempurna.Satu berita baik daripada YDP kemungkinan masalah ini dapat diselesaikan mulai bulan hadapan apabila pengurusan sisa pepejal ini dijangka akan diambil alih oleh Kerajaan Pusat. Kita tunggu...
YB Gwee menyentuh tentang kebersihan di Tanjung Ketapang yang menimbulkan kemurkaan DYMM Sultan.Tempat tersebut sangat terkenal dengan kehadiran monyet-monyet yang menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar negara. MPM mohon kerjasama pengunjung untuk bekerjasa menjaga kebersihan, membuang sampah di tempatnya dan tidak memberi makan kepada monyet dengan menggunakan plastik.
MPM mempunyai laman sesawangnya sendiri http://www.mpmuar.gov.my/web/guest/perutusan tetapi YB Dr Mohammad mencadangkan supaya lebih maklumat tentang MPM disediakan supaya ia lebih mesra pelanggan. Senarai Ahli Majlis contohnya hendaklah disertakan dengan kawasan atau zon yang dipertanggungjawabkan kepada mereka supaya mudah dihubungi rakyat.
Kami dimaklumkan bahawa HARI BERTEMU PELANGGAN MPM ialah setiap hari Khamis di waktu pejabat di Pejabat YDP di tingkat satu Bangunan MPM. Mungkin ramai rakyat tidak mengetahunya kera mengikut rekod MPM dalam bulan Januari hingga Mac 2011 tiada aduan di hari bertemu pelanggan !
YB Gwee menarik perhatian YDP tentang dua buah iklan digital yang baru dipasan di Padang Nyiru dekat jambatan Sultan Ismail dan di Perhentian Bas Bentayan. Menurut YDP ini projek sumbangan swasta dengan perjanjian akan diserahkan kepada MPM selepas beberapa tahun beroperasi. Ia diakui satu tarikan baru di bandar Muar tetapi YB Dr Mohammad mencadangkan supaya perjanjian ini diteliti semula supaya ia memberi manafaat sebagai sumber pendapatan dan saluran maklumat MPM. Pihak yang mengendalikan hendaklah menyediakan air-time yang secukupnya setiap hari untuk maklumat terkini tentang MPMdan Jabatan Kerajaan
Di Perhentian Bas Bentayan
InsyaAllah pertemuan pertama ini akan memudahkan ADUN berurusan dengan MPM. Ini adalah di antara usaha ADUN Pakatan Rakyat menyelesaikan masalah rakyat melalui Jabatan Kerajaan.
Kenduri durian yang diadakan oleh penduduk kg Pinang di sebuah dusun dihadiri oleh YB Amiruddin, YB Nasir dan beberapa pimpinan Pas Kawasan Padang Terap..
Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan adakah permainan "aku bagi duit kat hang, hang beli la saham MAS" (istilah saya dalam inverted commas tu) mengakibatkan monopoli. Puak-puak yang terlibat dalam game yang orang kata "something fishy is going on" tu pula kata dakwaan monopoli adalah gila.
Sejarah perogolan dan pembantaian harta rakyat di dalam dan berkaitan MAS tu dah lama berlaku. Ada orang kata ia berpunca dari sifat bongok mereka yang menerajui MAS. Ada yang kata, sebenarnya tak bongok. Tetapi, MAS sengaja dirogol sejak berpuluh tahun lalu dan perut-perut tertentu dengan sedapnya mentekedarah sepuas-puasnya dengan merogol harta benda rakyat di dalam dan berkaitan MAS itu.
Saya pernah mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta.
Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious invoices lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga beliau tak henti-henti didakwa mengakibatkan MAS rugi besar? Sukar dipercayai dia berani buat semua tu sorang-sorang. Persoalannya, siapa di belakang dia?
Beberapa tahun selepas tu dibawa masuk Datuk Seri Idris Jala. Konon untuk selamatkan MAS. Idris pun excercise polisi slash and burn dia. Maklumlah, dia orang Sarawak. Di sana ada slash and burn farming. MAS tetap melingkup. Dan persoalan yang lebih besar lagi, kalau MAS pun melingkup dan tak berjaya diselamatkan oleh polisi slash and burn Idris, apa jaminan segala Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang kini diterajuinya boleh berjaya?
La ni, Khazanah bagi duit kat Tune Air (konon ambik stake dalam Tune Air) dan Tune Air pula ambik pegangan dalam MAS. Khazanah kerajaan punya. Orang mendakwa, apa yang berlaku itu hakikatnya kerajaan bagi duit kat Tan Sri Tony Fernandes dan lepas tu Tony kuasai MAS. Adoi la!
Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat Celcom dan Celcom yang dulunya bawah Telekom kuasai Telekom pula dengan duit yang kerajaan bagi tu (sedapnya Axiata yang entah dari mana dapat sunrise business dalam Celcom dan tinggal tulang-tulang iaitu sunset business - fixed line - kepada Telekom). Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat penjana tenaga bebas (IPP) dan selepas itu, dengan duit itu, IPP kuasai TNB? Adakah selepas ini kerajaan akan bagi duit kepada Kencana dan selepas itu, dengan duit itu, Kencana kuasai Petronas?
Sekarang Tony dah kuasai national carrier Malaysia. Adakah selepas ini dia akan kembangkan emapayarnya dengan menggunakan tiket national carrier? Hampa nak marah kat dia? Dia orang business. Dia bukan berkerja untuk kepentingan negara dan rakyat. Dia berkerja untuk duit dan keuntungan.
Sebahagian orang Umno mungkin akan marah kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku. Awat, hampa ingat kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin naik jadi Perdana Menteri semua akan elok? Mimpilah! Macam hampa mimpi Najib akan buat semuanya jadi elok selepas hampa hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu [Terima kasih kepada seorang Mat Korporat atas pelbagai maklumat yang diberikannya dan gambar di atas pula ihsan Malaysiakini].
Young looters were accused of an opportunistic 'Supermarket Sweep' motivated by nothing other than greed. Dozens were filmed as they disappeared into the night with their arms laden with plasma TVs, laptops and sports clothes. Claims that rampant lawlessness was motivated by the death of Mark Duggan at the hands of police was quickly exposed as a lie. Some of those involved in attacks on stores in Enfield, Tottenham and Oxford Circus were barely old enough to be arrested.
Hackney: Smash and grab - A man jump kicks a store front window to get in and loot
Mana pergi anjing buruk kepalani?Ipmg Nazlee Aziz Yeop Siapa Nazlee yang hendak menghina pemimpin PAS. Orang lenggong tahu anda siapa, Jangan cuba cabar orang membuka aib bapa kamu.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa menemui lima lagi pengundi bertindih di parlimen itu dalam semakan terbaru mereka melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kesemua mereka mempunyai dua kad pengenalan baru yang nombornya berbeza namun mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.
Antaranya individu bernama SA'AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki dua kad pengenalan baru iaitu 380913105681 dan 510913105553 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 1479323.
Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.
Kes kedua membabitkan seorang wanita SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN juga memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 550620055800 dan 560620055412 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777.
Beliau juga mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.
Kes ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama bernombor 8370614, tetapi mempunyai dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.
Kes keempat iaitu melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Beliau memiliki nombor kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847, tetapi memiliki dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.
Beliau juga mempunyai dua hak kelayakan mengundi iaitu di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.
Kes kelima, juga dengan memegang kad pengenalan lama yang sama iaitu 7877951, beliau ini mempunyai kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094. Pengundi perempuan ini bernama CHELLAMAH A/P MURUGESU boleh mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.
Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata kesalahan tersebut merupakan perkara sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan.
"Dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa memang terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali. Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara.
"Jika ini merupakan suatu kecuaian, kecuaian ini sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Selain mahu nama-nama tersebut disiasat oleh JPN dan SPR, mereka juga mahu kedua-dua pihak yang bertanggungjawab itu membuat penjelasan kenapa perkara tersebut boleh berlaku.
Kegagalan memberikan penjelasan munasabah kata mereka, hanya akan mengesahkan dakwaan banyak pihak sebelum ini bahawa sememangnya terdapat komplot pihak tertentu memanipulasi daftar pemilih demi kelangsungan politik mereka.
"Kita juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang.
"Mungkinkah wujud kad pengenalan palsu yang diberikan kepada setiap pengundi ini, bagi membolehkan mereka mengundi 2 kali? kerana ada kad pengenalan tersebut tidak ada dalam senarai jabatan Pendaftaran Negara," tegasnya.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PAS Negeri Sembilan kini sedang giat mengedarkan risalah "10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah" kepada orang ramai di negeri ini.
10 Janji Pakatan Rakyat Dalam 100 Hari Jika Diberikan Kuasa Memerintah tersebut ialah :
1. Mereformasikan institusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.
2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
5. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
6. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
7. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Majlis Tindakan PAS DUN Chembong melalui Pusat Aduan Rakyatnya akan mengagihkan sumbangan kepada golongan fakir miskin dan yang memerlukan sempena bulan Ramadhan dan kedatangan Syawal. Agihan sumbangan ini akan bermula pada 14 Ogos 2011 dan berterusan sehingga akhir Ramadhan atau selagi sumbangan diterima.
Kepada mereka yang ingin menyumbang samada dalam bentuk barangan atau wang ringgit bolehlah menghubungi mereka di bawah ini :
SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) Mesti Guna Data Dari JPN (Jabatan Pendaftaran Negara)
Gambar Hiasan MyKad
Kita mencadang dan mendesak SPR agar menggunakan sepenuhnya nama pengundi dari data JPN agar selari dengan nama dan alamat tempat pengundi. Dengan adanya maklumat terus dari JPN kerja pembersihan nama-nama pengundi dan mereka yang belum mendaftar serta rekod kematian seseorang pengundi dapat dikemaskini dengan mudah dan cepat.
Sepatutnya pihak SPR tidak perlu bersusah payah menggunakan nama yang ada dalam senarai pengundi sekarang sekiranya mereka mendapatkan terus nama serta alamat pengundi daripada JPN. Dengan cara ini rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas akan secara automatik jadi pengundi. Dengan mengunakan program yang boleh menyusun nama mengikut abjad dan tarikh lahir maka dengan mudah pihak SPR menyusun nama-nama pengundi mengikut tarikh lahir serta tempat mengundi masing-masing tanpa bersusah payah untuk membersih cara sekarang dimana nama-nama dalam senarai tersebut kemungkinan besar banyak yang meragukan.
Apa yang menjadi persoalan sekarang mengapa SPR masih berdegil dan berdolak dalih untuk mendapatkan nama pengundi terus dari data JPN sedangkan apabila seorang yang hendak mendaftar jadi pengundi pun mesti mendaftar mengikut nama dan alamat seperti dalam kad pengenalan (MyKad) yang di keluarkan oleh JPN.
Kerja SPR akan lebih mudah bila dapat 'download' terus nama pengundi dari data JPN. Lainlah kalau SPR ada agenda tertentu sehingga menyusahkan rakyat yang membuat bantahan dikenakan rm10 setiap seorang apabila buat bantahan.
Sepatutnya SPR yang membayar ganjaran untuk seseorang yang bekerja membersihkan nama pengundi yang meragukan dalam senarai SPR bukan sebaliknya.
Sungguh menghairankan mengapa SPR bersusah payah masih mahu mengekalkan nama dalam senarai pengundi sekarang sedangkan banyak masalah yang timbul dan meragukan dalam senarai nama pengundi yang digunakan oleh SPR sekarang.
Adalah lebih baik SPR jangan berdolak dalih lagi sekarang, gunakan saja nama pengundi terus dari data JPN untuk mengurangkan masalah nama pengundi yang bukan rakyat Malaysia. Sekarang kita menuju ke arah globalisasi bukannya mundur kebelakang dalam menggunakan kemudahan 'Internet access' yang mudah,cepat serta tepat.
Kita mendesak agar pihak SPR mengambil serius tentang masalah ini sebelum pilihan raya umum ke 13 diadakan nanti dengan mengunakan nama dan nombor kad pengenalan yang selari dengan data JPN daripada menggunakan senarai nama yang ada dalam SPR sekarang yang penuh dengan berbagai masalah serta meragukan. Kita juga minta agar pihak JPN pastikan nama dalam data mereka juga bersih dari unsur-unsur yang meragukan. Ini untuk mempastikan tiada nama pendatang asing mendapat taraf warga negara secara haram jadi pengundi.
Soal sama ada mereka yang berumur lebih dari 21 tahun ke atas mahu mengundi atau tidak terserah pada hak masing-masing yang penting nama pengundi dalam senarai SPR mesti selari dengan data nama dalam JPN sekurang-kurangnya dapat membersihkan nama-nama yang tidak wujud dalam data JPN seperti yang di temui sekarang. Sekiranya pihak SPR dapat laksanakan tuntutan ini sekurang-kurangnya SPR sudah memenuhi sebahagian kecil dari tuntutan rakyat melalui 'Bersih'.
Kerjasama dan tindakan segera dari pihak SPR sangat kita hargai demi keselamatan dan masa depan rakyat negara ini Kalau dibiarkan pendatang asing mendaftar sebagai pengundi ini sangat merbahaya kepada penduduk Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku kemungkinan besar suatu hari nanti apabila rakyat asing yang sudah mendapat taraf warga negara secara haram itu akan menuntut hak dan akan menguasai negara ini dengan sewenang-wenangnya dan rakyat Malaysia akan jadi menumpang di negara sendiri.
Kita mahu SPR dan JPN bebas dari cengkaman pengaruh mana-mana parti politik. Apa yang penting adalah menjalankan tugas dengan jujur,amanah dan bertanggungjawab. Semoga mendapat perhatian dan kerjasama yang sewajarnya dari pihak SPR dan JPN.
English version EC (Election Commission) Must Use Data from the NRD (National Registration Department) We recommend and urge the EC to make full use of the names of voters from the NRD data to be in line with the name and address of the voter. With the information directly from the NRD, clearing the names of voters and those who are not registered as a voter and death records can be updated easily and quickly.
The EC should not have to bother using the name in current voters list if they get to the names and addresses of voters from the NRD. In this way the Malaysians aged 21 years old and above will automatically become voters. By using the program that can arrange the names in alphabetical order and date of birth the EC then easily arrange the names of voters, by date of birth as well as their respective polling station without the hassle to clean as the way now, the names in the EC list is probably more suspicious. The question now is why the EC is still adamant and flip subterfuge to obtain the names of voters right from the NRD data while on a register of the voter shall be registered by name and address in the identity card (MyKad) issued by the NRD.
Work will be easier if the EC can 'download' the names of voters from the NRD data. Except for the EC have a specific agenda for a particular purpose to hassle the people who made the objection by rm10 per person when they make an objection.
The EC should be paying compensation to a person employed to clean the name of the suspect voters in the EC list but the other way round. It is surprising why the commission had taken the trouble to maintain the current EC voter list while many problems and suspect of the voters list still used by the EC now.
It is better for the EC not to flip and make more excuses now, just use the name of the voter directly from the NRD data to reduce the problem of names of voters who are not Malaysians citizen. Now we are moving towards globalization rather than retreat back, we should use the 'Internet access' facility that is simple, fast and accurate.
We are urging the EC to take seriously about this problem before the 13th general election held later by using the name and identification number in parallel with the NRD data from using a list of names that are in the EC now which filled with many problems and suspect. We also demand that the NRD be sure their data also clean from dubious elements. This is to ensure that no name of immigrants status illegal citizens to become voters.
Question whether the age of 21 years old and above to vote or not is up to the respective rights citizen, what is more important is the names in the list of voters of the EC must be parallel with the data names in the NRD at least clean up the names that did not exist in the NRD data base as is found now.
If the EC could implement this request at least the EC had meet a portion of the people demand through the 'Clean or Bersih'.
The full cooperation and immediate action from the EC and NRD is very much appreciated for the safety and future of the people of this country if they allowed illegal immigrants to register, as a voter is very dangerous to the Malaysian population. If this happens most likely one day when a foreigner has obtained the status of illegal citizens will demand the right and will control the country with impunity and the people will be boarded in their own country.
We want EC and NRD free from the grip of the influence of any political party. What is important now is honest, trustworthy and responsible of the duty assigned. We Hope to get the appropriate attention and cooperation from the EC and NRD.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa menemui lima lagi pengundi bertindih di parlimen itu dalam semakan terbaru mereka melalui web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kesemua mereka mempunyai dua kad pengenalan baru yang nombornya berbeza namun mempunyai nombor kad pengenalan lama yang sama.
Antaranya individu bernama SA'AD BIN SAMSUDIN, yang memiliki dua kad pengenalan baru iaitu 380913105681 dan 510913105553 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 1479323.
Beliau mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.
Kes kedua membabitkan seorang wanita SHODAH BINTI ABDUL RAHMAN juga memiliki dua kad pengenalan baru berbeza iaitu bernombor 550620055800 dan 560620055412 tetapi nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu 4802777.
Beliau juga mempunyai kelayakan mengundi dua kali di Parlimen Titiwangsa.
Kes ketiga, seorang lelaki bernama MOHAMAD BIN ISMAIL, memiliki kad pengenalan lama bernombor 8370614, tetapi mempunyai dua kad pengenalan baru, iaitu 540405025757 dan 540405025095 dan memilik hak kelayakan mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Parlimen Titiwangsa.
Kes keempat iaitu melibatkan seorang lelaki bernama ANDERSON A/L P ARPUTHANATHAN. Beliau memiliki nombor kad penganalan lama yang sama iaitu A0831847, tetapi memiliki dua kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 671117106499 dan 671117105963.
Beliau juga mempunyai dua hak kelayakan mengundi iaitu di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.
Kes kelima, juga dengan memegang kad pengenalan lama yang sama iaitu 7877951, beliau ini mempunyai kad pengenalan baru yang berbeza iaitu 491006045672 dan 491006015094. Pengundi perempuan ini bernama CHELLAMAH A/P MURUGESU boleh mengundi di Parlimen Setiawangsa dan Titiwangsa.
Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata kesalahan tersebut merupakan perkara sangat serius dan tidak boleh dipandang ringan.
"Dengan lima contoh yang didedahkan ini, cukup untuk membuktikan bahawa memang terdapat usaha untuk membolehkan seorang pengundi mengundi lebih dari dua kali. Lebih dari itu, ia membuktikan bahawa usaha ini berjalan secara terancang di seluruh negara.
"Jika ini merupakan suatu kecuaian, kecuaian ini sememangnya tidak boleh dimaafkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Selain mahu nama-nama tersebut disiasat oleh JPN dan SPR, mereka juga mahu kedua-dua pihak yang bertanggungjawab itu membuat penjelasan kenapa perkara tersebut boleh berlaku.
Kegagalan memberikan penjelasan munasabah kata mereka, hanya akan mengesahkan dakwaan banyak pihak sebelum ini bahawa sememangnya terdapat komplot pihak tertentu memanipulasi daftar pemilih demi kelangsungan politik mereka.
"Kita juga mendesak agar JPN menyiasat identiti kesemua individu yang didedahkan ini dan menarik balik kad pengenalan yang dikeluarkan lebih dari satu untuk seorang.
"Mungkinkah wujud kad pengenalan palsu yang diberikan kepada setiap pengundi ini, bagi membolehkan mereka mengundi 2 kali? kerana ada kad pengenalan tersebut tidak ada dalam senarai jabatan Pendaftaran Negara," tegasnya.
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Sebulan selepas perhimpunan 9 Julai, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) tetap dengan pendirian mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan jawatankuasa khas bagi membincangkan isu berkaitan pengurusan pilihan raya terutamanya daftar pemilih.
Selain itu, menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan , pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada SPR untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan oleh gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
"Selepas sebulan kalau kita lihat telah wujud banyak perkara yang membuktikan semua tuntutan kami adalah berasas, malah ada bukti yang mana pada pendapat saya, SPR patut menangani dengan serius tentang perkara ini," kata beliau.
Ambiga menambah, "persoalannya sekarang bagaimana pemastautin tetap boleh didaftarkan sebagai pengundi?"
"Jadi kami mahu SPR menubuhkan jawatankuasa khas dengan melibatkan wakil parti-parti politik untuk selesaikan semua isu pilihan raya terutamanya daftar pemilih," kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Ambiga sebelum ini pernah mencadangkan kepada SPR agar menubuhkan jawatankuasa khas itu dan Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihak akan mempertimbangkan cadangan tersebut.
"Tetapi sampai sekarang kita belum mendapat apa-apa maklum balas mengenai perkara ini, kita akan teruskan tindakan untuk mendesak agar tuntutan ini dilaksanakan.
"Kita tetap mahukan SPR tubuhkan jawatankuasa khas ini, ia sangat penting untuk siasat semua masalah yang berlaku," tambah Ambiga.
Bercakap soal kepincangan daftar pemilih yang menyaksikan banyak pendedahan dibuat Pakatan Rakyat, beliau menegaskan, "ia terbukti satu penipuan yang paling serius."
Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Daftar pemilih adalah satu perkara yang paling utama dalam pilihan raya, pendedahan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat ini sangat serius kerana ia adalah satu penipuan yang nyata.
"Mereka (SPR) mesti melakukan siasatan secara telus dan mesti memberi penjelasan kepada rakyat tentang perkara ini," kata bekas presiden Majlis Peguam ini.
Kata Ambiga, tindakan SPR membenarkan pemastautin tetap mendaftar sebagai pengundi bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun banyak bukti didedahkan, namun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR tetap menafikan perkara itu.
"Memang parti-parti politik boleh membuat bantahan dalam masa-masa tertentu, tetapi ia satu proses yang tidak memberikan apa-apa hasil, malah ia bertentangan dengan peruntukan-peruntukan yang ditetapkan.
"Mana-mana pemastautin tetap tidak dibenarkan untuk mengundi. Kalau dibenarkan, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mana bukan warganegara Malaysia tidak boleh menjadi pengundi," tambahnya.
Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.
Ditanya apa tindakan Bersih 2.0 selepas ini, Ambiga bagaimanapun berkata pihaknya akan melihat tindakan yang diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan ini.
"Semua tuntutan Bersih 2.0 boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan, kami akan melihat perkembangan terbaru... apa tindakan SPR dan kerajaan," katanya.
KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Datuk Dr Hasan Ali berhubung kontroversi serbuan ke atas sebuah gereja minggu lalu sambil menyifatkan terdapat "bukti" adanya usaha mahu memurtadkan umat Islam.
Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pendirian itu diambil setelah mendapatkan penjelasan daripada Hasan selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor di Shah Alam petang tadi.
Jelas beliau, Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya dengan berlandaskan kepada prinsip dan tanggungjawab agensi penguatkuasaan itu untuk mempertahankan akidah umat Islam serta kesucian agama tersebut.
"Kami berpuas hati dengan penjelasan yang diberi Datuk Hasan. Tindakan Jais juga kami sokong dan wajar memandangkan pendekatan yang diambil adalah untuk mempertahankan Islam dan wajar disokong oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang keraguan.
"Jais ambil kesempatan dalam setiap tindakan dan penguatkuasaan iaitu menepati kaedah atau prosedur untuk difahami dan patuhi segala peraturan yang ada," katanya.
Tambah Nasrudin, dalam pertemuan kira-kira sejam itu Hasan juga memberitahu Jais mempunyai bukti kukuh untuk mengambil tindakan ke atas gereja itu.
"Beliau (Hasan) menyebut Jais ada asas yang kukuh untuk memeriksa gereja dan (mempunyai) bukti kukuh untuk (mengambil) tindakan itu," katanya.
Justeru beliau meminta semua pihak agar enyokong tindakan itu Jais agar tidak timbul sebarang keraguan.
Panas! Bank Negara guna penasihat Israel? SELEPAS pendedahan logo baru pada duit syiling Malaysia menyerupai "Star of David" seperti yang terpampang pada bendera Israel, rujuk sini [syiling baru Malaysia] satu lagi dakwaan serius didedahkan oleh kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM), melalui portal aduanrakyat.com
Salam sejahtera,
Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.
Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.
Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).
Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.
Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.
Komen : Dari zaman Tun Mahathir MAS diuruskan oleh anak emas Tun pun telah dipelingkup oleh Jutawan ciptaan Tun di mana Jutawan Tajudin Ramli masa itu rupanya rahsia sebenar kerugian akhirnya terbongkar selepas itu. Kemudian diambila alih Idris Jala semasa Pak Lah kununnya untung kembali selepas menjual beberapa aset MAS dan membuang pekerja. Pas tu dengan masalah Pengerusinya yang boros dan penasihat yang dilantik dari luar dan banyak lagi maslah timbul. Kini di zaman DS Najib pula MAS tup-tup menjual 20% sahamnya kepada Air-Asia walau Air-Asia baru setahun jagung dibandingkan dengan gergasi penerbangan Malaysia iaitu MAS.
MAS-AiraAsia: Adakah ini jalan terbaik?
Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus. Penjualan ini berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.
DPPM mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.
MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM 243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM 310.60 juta untuk tahun 2010.
Dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat. Sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.
Selain itu, apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan.
Dalam hal ini, syarikat ini menjadi penentu terhadap harga tiket dan penerbangan, bukan lagi mengikut permintaan pasaran semasa. Jika jadi demikian, siapakah yang akan rugi jika tidak rakyat biasa?
DPPM merasa dengan penjualan saham ini akan menyebabkan sebuah lagi syarikat GLC milik kerajaan bakal lingkup selepas beberapa GLC 'gulung tikar' sebelum ini seperti yang berlaku kepada Dawama. Akhirnya akan tinggal hanya Petronas sahaja yang memainkan peranan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada musnah.
Kerajaan sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat GLC terus bernafas dan bersaing dalam pasaran semasa. Kegagalan GLC dalam menempatkan diri dalam pentas perniagaan menunjukkan kegagalan kerajaan mengatur ekonomi negara.
Apakah akan jadi kepada ekonomi negara jika GLC semakin banyak yang lingkup dan tidak mampu meneruskan lagi perniagaan mereka. Yang rakyat bimbangi akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi, jurang kemiskinan yang semakin melebar serta mengakibatkan persengketaan berpanjangan akibat permainan monopoli oleh syarikat-syarikat bertaraf gergasi.
Persoalannya sekarang, mengapa GLC yang bernaung dibawah kerajaan Umno/BN kebanyakkannya menjadi tidak berdaya saing seperti mana syarikat-syarikat swasta yang dilihat lebih terkehadapan? Apakah GLC ini menjadi 'lubuk' kepada pimpinan Umno/BN mengaut keuntungan demi untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk GLC itu sendiri.
DPPM mengingatkan kepada rakyat sekiranya mahu melihat GLC yang selebihnya tidak menuju kehancuran, kerajaan yang sedia ada harus ditukar kepada kerajaan yang lebih telus dan beritegriti demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus dipacu kehadapan bukannya 'dibelasah' oleh mereka-mereka yang berkepentingan.
Dengan berkembangnya GLC sehingga ke tahap global juga boleh memastikan sosio ekonomi juga turut berkembang.
Ini juga akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia. Negara sekarang sedang berdepan dengan kadar pengangguran yang agak membimbangkan.
Ini berdasarkan jawapan di Parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lalu, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur. Mohd Firdaus Jaafar Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS
Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.
Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.
Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.
Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.
Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.
Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:
Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.
Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak.
Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.
Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.
Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.
Komen : Ingatan pada penjual makanan yang beragama Islam , jagalah kebersihan dan kualiti makanan terutama yang dah semalaman.Pembeli juga wajar memilih dan berhati-hati membeli makanan. Takziah pada keluarga Mohamad Ali Khir.
KLANG 10 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.
Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.
"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air," katanya semalam.
Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih. Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal.
Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi. Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas.
Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang kelmarin. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supritendan Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu manakala pihak hospital tidak dapat dihubungi.
Innalillahhiwainnailaihirojiun ! Dari Allah kita datang kepada Dia(Allah) kita akan kembali menemuinya. Salam Ramadhan kareem. Untuk makluman (maaf lewat berita ini masuk blog). Dengan sedih dimaklumkan Ibu Mertua AJK PAS KAWASAN HULU SELANGOR telah meninggal dunia pagi semalam 9 Ogos 2011 jam 2.30 pagi di Butterworth , Pulau Pinang. Kami AJK DAN Ahli PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 mendoakan semoga roh ibu Tn. Hj. Halili akan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan bertakwa ...Al-Fatihah. SMS dari S/U PAS Kawasan Hulu Selangor.
Sempena Ramadhan yang mulia, PAS Kawasan Pasir Gudang telah meneruskan program bantuan di 3 tempat pada hari Ahad 7/8/2011.
Pecahan Sumbangan:
Taman Saujana - 36 Keluarga Permas Jaya - 20 Keluarga Kg. Plentong Baru - 12 Keluarga
Semoga infak yang tuan-tuan berikan akan diberi balasan setimpal dari Allah s.w.t.
sumbangan di Taman Saujana
Sumbangan Di Permas Jaya
Sumbangan Kg Plentong
Dimana program kebajikan anjuran Pas Pasir Gudang di Bawah Lajanah Kebajikan itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke 11 tahun.
Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada Pas Pasir Gudang di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai acara tetap tahunan mereka. Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Program musim ke 11 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.
Sumbangan bermula di Markas Pas Taman Saujana bermula jam 10 Pagi seramai 36 keluarga terima sumbangan ,kemudian rombongan kami Prihatin Bergerak ke Dun Permas Jaya di sana seramai 30 keluarga terima sumbangan di sampaikan oleh Ydp kawasan dan saya sendiri ,kemudian kami bergerak pulak ke Kg Baru Plentong Tengah dalam keadaan Hujan renyai di sana setia menanti Saudara Mazalan ,26 keluarga yang kurang berkemampuan terima sumbangan dari pada Pihak kami..terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.
Lahore: Aneh tetapi benar. Seorang perempuan Pakistan mengaku mengandung seekor ular besar di dalam perutnya. Menurut laporan media Pakistan, baru-baru ini, perempuan berusia 50 tahun bernama Rasheedan Bibi yang berasal dari Saggar, Lahore utara, mengaku secara tidak sengaja tertelan anak ular kecil yang berada di dalam air minumannya beberapa bulan lalu.
Namun setelah beberapa minggu, perut Rasheedan mulai membesar secara luar biasa, dan ia yakin bahawa dirinya hanya hamil. Dengan perutnya yang terus tumbuh membesar, ia juga mengaku kesakitan. Setelah tujuh bulan perutnya membesar, Rasheedan akhirnya mencari bantuan perubatan dan pergi ke rumah sakit untuk memeriksa perutnya. Menurut Rasheedan, staf rumah sakit sudah menggunakan ultrasound untuk melihat apa yang tumbuh dalam dirinya dan mengatakan ada seekor ular besar yang melilit isi perutnya.
Rasheedan wanita yang berasal dari latar belakang keluarga miskin itu segera meminta bantuan dengan pihak berkuasa tempatan agar dapat membantunya mendapatkan pengubatan operasi pengeluaran ular besar itu.
Menurut seorang pengomen dalam akhbar berkaitan, berita ini berkemungkinan palsu. Asiddi dalam perutmanusiatidak akan membenarkanularuntuk hidup,apatah lagi hidup dan membesar. [TheMorningStar.co.uk]
Sebelum ini timbul dakwaan wujudnya 'pengundi hantu', kemudian penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi - dan sekarang lebih banyak 'pengundi klon' pula muncul dalam daftar pemilih.
Sekurang-kurangnya tujuh pengundi didapati telah 'diklonkan' dalam daftar pemilih dengan nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi dengan nombor MyKad berbeza. Menurut maklumat yang diperolehi daripada sistem pengesahan di lana web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih. Ini menimbulkan tanda tanya sama ada mereka itu layak mengundi sebanyak dua kali.
Dalam kes pertama nombor kad pengenalan lama 1479323 yang dimasukkan ke dalam sistem SPR itu menunjukkan dua kemasukan di bawah nama Sa'ad bin Samsudin tetapi dengan dua nombor MyKad yang berbeza - 380913105681 dan 510913105553.
Laman web itu juga menunjukkan lelaki berkenaan mempunyai dua hak mengundi iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Parlimen Setiawangsa.
Kerusi Titiwangsa dimenangi oleh Allahyarham Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dari PAS, yang meninggal dunia bulan lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mendapati empat kes yang hampir sama di kawasan itu, membabibitkan:
1. Shodah binti Abdul Rahman (IC lama: 4802777, dua kali didaftrakan di Titiwangsa)
2. Mohamad bin Ismail (IC lama: 8370614, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)
3. Anderson a/l P Arputhanathan (IC lama: A0831847, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)
4. Chellamah a/p Murugesu (IC lama: 7877951, satu didaftarkan di Titiwangsa dan satu lagi di Setiawangsa)
Berdasarkan maklumat pembaca, Malaysiakini juga mengesan dua pengundi seumpama itu di Perak dan Terengganu.
Mohd Rashid bin Ismail (IC lama: 6397062) - mempunyai dua pendaftaran di kerusi parlimen Taiping (MyKad: 620108086991) dan kerusi bersebelahannya di parlimen Bukit Gantang (MyKad: 620108086713).
Apabila kedua-dua nombor Mykad dimasukkan dalam sistem online Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), keputusannya menunjukkan bahawa kad pertama telah diambil manakala kad kedua sedia untuk diserahkan di pejabat JPN Kuala Lumpur.
Pengundi kedua - Sulong bin Jalil (IC lama: 6290844) - juga mempunyai dua pendaftaran di kerusi negeri Ajil di bawah parlimen Hulu Terengganu tetapi dengan dua nombor MyKad berasingan - 611110015143 and 611110115371
Sebahagian daripada pelanggan dipercayai beragama Islam membeli makanan tengah hari di sebuah gerai di AU3 Keramat pada kira-kira pukul 11 pagi, semalam.
Setiap kali bulan Ramadan menjelma hinggalah bulan mulia yang penuh keberkatan itu melabuhkan tirainya, cerita tentang kaki ponteng puasa pasti kedengaran.
Pelbagai alasan diberikan oleh kaki ponteng terbabit untuk mewajarkan perbuatan mereka itu dan mereka juga sering dilihat membeli makanan secara bungkus tanpa rasa bersalah.
Tinjauan berjaya mengesan sebuah gerai di Jalan AU3/29, Keramat di sini yang dilihat menjadi 'lokasi terbaik' untuk kaki ponteng puasa melayan selera.
Golongan tersebut dilihat semakin berani, tanpa segan-silu dan secara terang-terangan mengunjungi gerai nasi berlauk yang dibuka sejak pagi setiap hari itu.
Sepanjang pemerhatian selama satu jam bermula pukul 10.30 pagi semalam, gerai tersebut didatangi lebih daripada 10 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan di situ.
Kesemua lelaki berusia awal 20 hinggalah warga emas itu dilihat membungkus makanan sebelum dibawa ke tempat yang lebih selamat seperti rumah masing-masing untuk menikmatinya.
Penulis yang kemudiannya mengunjungi gerai itu dan berpura-pura ingin membeli makanan mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka di gerai tersebut.
Lebih memeranjatkan, minuman teh 0 panas yang sudah siap dibungkus turut disediakan bagi memudahkan kaki ponteng membelinya dan membawa pulang.
Salah seorang pekerja di gerai itu mendakwa gerai tersebut beroperasi pada sebelah malam pada hari biasa dan dibuka pada waktu tengah hari pada bulan Ramadan.
Ditanya tidakkah dia rasa bersalah kerana menggalakkan orang ramai ponteng puasa, pekerja berusia akhir 30-an itu mendakwa dia hanya bekerja di situ dan tidak tahu perkara-perkara lain.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Din berkata, sejak hari pertama berpuasa, gerai itu menjadi tumpuan kaki ponteng puasa dan keadaan itu benar-benar memalukan.
Sehubungan itu, dia meminta supaya tindakan bukan sahaja diambil kepada kaki ponteng puasa tetapi juga kepada peniaga yang membuka perniagaan dan menjual makanan sebelum waktu yang dibenarkan.
PRAGUE - Sepasang kekasih di Republik Czech layak digelar pasangan paling pelik di dunia kerana mereka jatuh cinta selepas kedua-duanya menjalani pembedahan menukar jantina.
Dominik Sejda, 45, atau nama asalnya Ilona Tomeckova, dilahirkan sebagai wanita pernah menjalani pembedahan menukar jantina untuk menjadi lelaki dan dia kini hidup bersama dengan seorang lelaki yang telah menukar jantina menjadi perempuan, Andrea Kajzarova, 32.
Sejda memainkan peranan sebagai lelaki manakala Andrea merupakan wanita dalam hubungan tersebut.
Mereka yang bekerja sebagai pembantu ambulans di dua hospital di sini, berkenalan dalam satu laman web pondan.
Lebih aneh, Sejda pernah melahirkan seorang anak lelaki 25 tahun dahulu, Radim, yang juga telah menjalani pembedahan untuk menukar jantinanya menjadi wanita.
Ulama mengeluarkan fatwa terhadap para penghuni di bangunan paling tinggi dunia, Burj Khalifa hari ini untuk menangguhkan waktu berbuka mereka mengikut tingkat ke berapa mereka tinggal.
Bagi yang tinggal di tingkat yang lebih dari ke-150, waktu berbuka mereka adalah lewat sebanyak 3 minit daripada biasa. Bagi yang tinggal antara tingkal 80 ke 150, waktu berbuka mereka adalah lebih lewat sebanyak 2 minit daripada biasa.
Ini berikutan mereka yang tinggal pada tingkat yang lebih tinggi masih dapat melihat matahari terbenam lebih lama berbanding daripada mereka yang berada di bawah.
Begitu jugalah ketika waktu bersahur, mereka yang berada di tingkat yang paling tinggi akan menyaksikan dulu matahari naik berbanding mereka yang berada di bawah. Baca laporan asalnya di bawah:
Tak terfikir pulak selama ini tentang masalah tersebut. Memang betul secara logiknya mereka yang berada di atas sudah tentu bakal menyaksikan matahari terbenam lebih lewat daripada mereka yang berada di bawah. Banyak impliksinya terhadap fatwa terbaru di atas.
Zaman sudah berubah, dulu paling tinggi manusia hanya tinggal atas pokok. Kini manusia berlumba-lumba membina bangunan-bangunan tinggi mencakar langit dan menghebohkannya di seluruh dunia. Negar kita juga tidak ketinggalan mengikut perangai sebegini apabila membina KLCC sebagai menara berkembar paling tinggi suatu ketika dulu. Begitu juga dengan projek bangunan warisan yang mahu dibina PM kita sekarang.
Bagaimana dengan mereka yang berada di tingkat KLCC pada tingkat yang paling atas, adakah ada perbezaan waktu antara waktu berbuka mereka dengan orang yang berada di bawah dan bagaimana menentukannya.
Begitu juga bagi mereka yang sedang berada udara di dalam kapal terbang dalam perjalanan. Sudah tentu mereka berada pada kedudukan paling tinggi jauh melebih Burj Khalifa dan sudah tentu jarak berbuka antara mereka dengan orang di darat jauh lebih lama.
Selaion daripada waktu berbuka atau bersahur, kita juga terpaksa melihat semua waktu bersolat 5 waktu kita yang mana ianya akan berbeza-beza antara yang berada di tempat tinggi dengan mereka yang berada di tempat yang rendah.
New Delhi, Sekitar 50 orang Islam mengamuk di sebuah gereja menuntut seorang wanita, Selina Bibi agar bertaubat dan masuk semua ke dalam Islam. Mereka mengugut untuk membakar gereja tersebut jika waniat itu enggan memeluk bertaubat.
Sebelum itu Selina Bibi telah dibogelkan oleh 2 orang wanita muslim yang datang bersama sekumpulan orang ramai ke rumahnya bagi melihat tanda dia telah menjadi Kristian. Mereka percaya seorang muslim yang murtad menjadi kristian akan terdapat tanda pada tubuh badannya.
India bukanlah sebuah negara Islam tetapi rakyatnya akan segera bangun jika ada orang Islam yang murtad. Berlainan bagi negara kita kini yang didakwa sebagai sebuah negara Islam tetapi apabila penguatkuasa agama yang memang ada peruntukan undang-undang mencegah murtad membuat pemeriksaan di geraja riuh satu negara. Itu baru buat pemeriksaan dan bukannya serbuan kasar atau tidak beradab.
Kita hanya mengambil isu murtad sebagai modal untuk mencari siapa salah samada kerajaan atau pembangkang sedangkan isu ini bukanlah masalah samada pembangkang atau kerajaan yang bersalah. Ia adalah masalah keseluruhan umat Islam di negara kita yang perlu mencari jalan penyelesaian dan menampal segala kelemahan yang ada.
Walau bagaimanapun Kerajaan perlu memikul semua tanggung jawab tersebut kerana rakyat telah mengamanahkan mereka untuk menerajui negara. Dan tidak lupa juga Majlis Raja-Raja dan Agong yang menjadi penaung dan berkuasa penuh dalam hal ehwal agama perlu aktif menangani masalah ini.
Katanya wanita dalam bulatan itu adalah tuan punya badan yang memiliki blog laknat tersebut !
Bagi yang dah biasa melayari dunia cyber tentu pernah terjumpa dengan web atau blog atau yang seumpama dengannya yang memuatkan tulisan mencerca dan menghina agama Islam. Kebiasaannya mereka adalah para pendokong fahaman tidak bertuhan.
Seburuk-buruk musuh Islam seperti Yahudi atau Nasrani, jika mereka masih setia dengan agama tersebut paling teruk pun mereka hanya menafikan kenabian Muhammad S.A.W dan mereka tidak akan sekali-kali mencerca dan memaki hamun Tuhan.
Tapi amat mengejutkan jika terdapat mereka yang berkemungkinan dilahirkan sebagai Islam dan membawa identiti nama sebagai islam sanggup menjadikan amalan hariannya dengan maki hamun manusia yang kita muliakan iaitu Nabi Muhammad dan yang paling teruk lagi dia juga dengan selamba mempermainkan Allah dengan memberi berbagai gelaran yang menyeramkan bulu roma kita yang beriman.
Daripada tajuk blog tersebut, "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" menambahkan lagi kemarahan kita orang Islam apabila kandungannya 100% mempermainkan Islam dan menghina Islam.
Terdapat dakwaan hasil daripada siasatan para cerdik pandai dunia cyber bahawa kononnya identiti sebenar Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara laknatullah tersebut adalah seorang wanita yang berumur 26 tahun. Nama sebenarnya adalah Nor Arlene Tan Bte Khaled, seorang warga kacukan Melayu dan juga Cina. Baca kat sini.
Dr Hayward (Kiri) dalam satu majlis bersama Persatuan Tentera Udara Muslim.
Jurulatih penerbangan Britain berprofil tinggi, Dr Joel Hayward yang juga individu bertanggungjawab melatih Putera William mengejutkan ketua turus angkatan tentera British apabila memeluk Islam dan mengecam tindakan tentera NATO yang menyerang Libya.
Beliau yang dilabelkan sebagai "Ayatollah Turus Angkatan Tentera Udara British" mempersoalkan samada betul Gaddafi benar-benar melancarkan serangan ke atas rakyatnya atau tidak dan dengan membiarkan NATO menyerang Libya hanya akan menimbulkan ketidak percayaan orang ramai terhadap NATO.
Dia membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majalah Islamik di sana baru-baru ini. Baca laporannya di sini. Kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif dari berbagi pihak yang menegaskan bahawa itu hanyalah kenyataan peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan RAF. Baca kat sini.
Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas suatu kerja jahat dan bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat. Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid. Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam. Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya. "Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai. "Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah. "Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini. Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat. Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja. "Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya. Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam. Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam. "Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara. "Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat. Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam. "Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.
Ingat lagi pada Mak Cik yang bercakap ala-ala 'lucah' tapi amat berlapik suatu ketika dulu tak?
Oh......sudah lupa.....maklumlah orang Melayu memang mudah lupa. Sebab mudah lupalah yang umno/BN sesenang hati menipu mereka......dapat batik dan pelikat boleh bikin Melayu 'hilang ingatan' 5 tahun.
Mana-mana yang sudah lupa, cuba-cuba ingatkan siapa yang kata, "dalam keadaan daruroh.....perempuan 'harus' men'jaja' badannya untuk mencari nafkah menanggung anak-anak".....
Hari ini bila sana bising.....sini bising pasal orang Islam.....Melayulah tu yang hidup melarat lagi merempat menerima bantuan dari gereja.....Mak Cik ini tak nak mengalah.....sekarang nilah pulak nak diadakan gerakan besar-besaran untuk menjejaki orang Islam yang perlukan bantuan.
Nak tergelaklah pulak Mak Cik ni mengigau......oh hukum harus men'jaja-badan' sudah berubah rupa ye.
Selama ke ni apa yang Jabatan Kebajikan buat kerja?.....Apa yang Majlis Agama Islam setiap negeri yang jaga kutipan zakat buat kerja?
Nak tunggu orang Islam berada dilembah murtad atau pun sudah murtad baru nak buat gerakan besar-besaran nak bantu mereka? Nak tunggu orang Islam men'jaja-badan' baru nak buat gerak gempur, nak bantu mereka? [sumber .] al-brangionline; umno/BN dulu...kini dan selama-lamanya memang tak boleh harap...cuma orang Islam (orang Melayu totok yang menyokong umno) yang masih lagi bengap. p/s ayuh......bangkitlah orang Islam, tumbangkan umno/BN dalam PRU13 akan datang...suburkan demokrasi.....raikan demokrasi.....buat ketetapan sekarang.
Afrika Timur menghadapi musim kemarau yang teruk sejak 60 tahun yang lalu yang menjejaskan hampir 11 juta orang penduduk di kawasan terbabit. Kem pelarian di Kenya dan Ethopia penuh sesak dengan kehadiran pelarian baru seramai 3000 orang hampir setiap hari yang mencari perlindungan daripada masalah kebuluran dan peperangan.
Makanan dan sumber air yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelarian yang semakin meningkat. Setiap hari ada saja manusia yang mati akibat daripada krisis tersebut. Agensi-agensi bantuan yang berada di situ kecewa dengan sikap kerajaan tempatan dan juga puak pengganas yang menyekat akses bantuan untuk masuk ke kem pelarian tersebut.
Bagaimana dengan keadaan mereka hari ini, menjalani kehidupan yang sukar setiap hari tanpa makanan yang mencukupi malah jauh daripada keamanan. Mereka hanya perlukan bantuan untuk teruskan hidup setiap hari. Apa yang mereka makan untuk berbuka puasa. Hari-hari mereka sama sahaja tanpa ada sebarang perubahan. Mari kita lihat gambar-gambar keadaan di sana.
Mihag Gedi Farah berumur 7 bulan yang kekurangan zat makanan hanya seberat 3.4 kg
Para wanita meredah ribut pasir untuk mencari air
Pelarian Somalia Kadija Ibrahim berumur 67 duduk berehat di kem pelarian merenung jauh
Seorang lelaki sedang mengambil air di kem pelarian Dadaab. Dengan populasi seramai 370,000, kem tersebut adalah antara yang tebesar di mana ianya hanya di bina untuk jumlah seramai 90,000 orang.
Kaum ibu di periksa sama ada mereka mempunyai nutrisi yang cukup di Lowdar Turkana, Kenya
Luli Nunow 4 tahun sengsara akibat daripada kekurangan zat makanan
Budak lelaki pelarian Somalia sedang mengutip ranting kayu untuk di jadikan sebagai kayu api
Seorang wanita warga emas sedang menunggu giliran untuk mendapatkan makanan di Lolkuta, Wajir
Seorang pekerja agensi bantuan sedang menangkap gambar bangkai haiwan yang mati akibat kemarau dengan menggunakan Ipad
Pemandangan di kem pelarian Dadaab, di Timur Kenya
Nado Mahad Abdilli sedang menyiapkan pondok untuk berteduh
Pelarian Somalia sedang menunggu giliran untuk mendaftar di kem Dagahaley
Tin makanan yang telah di gunakan dari USA
Mohammed Osman 70 tahun dari Selatan Somalia
Keadaan haiwan ternakan di sana
Sheik Yare Abdi memandikan mayat Aden Ibrahim 4 tahun untuk di kebumikan mengikut amalan tradisi orang Somalia
Abdirisak Mursal 3 tahun mendapat rawatan kerana kekurangan zat seimbang di Banadir hospital di Mogadishu pada 16 Julai 2011
Seorang anak lelaki Rage Mohamed sedang memegang kayu untuk di jadikan tempat berteduh bersama keluarganya di kem pelarian Dagahaley
Seorang lelaki sedang menggali lubang untuk di jadikan tandas
Pelarian dari Selatan Somalia sedang menerima makanan di Mogadishu 26 July 2011
Aden Salaad 2 tahun melihat kepada ibunya ketika dimandikan di Sans Frontieres Hospital di Kem Dagahaley pada 11 July 2011
Hasan Ali sedang solat di antara sempadan Kenya dan Somalia. Dia baru meniggalkan rumahnya pada 15 hari yang lalu untuk bersama-sama dengan keluarga beliau di kem pelarian.
Seorang budak sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan
Seorang lelaki sedang menguruskan unta beliau di Harfo, Somalia
Pelarian menerima minyak masak dan bijirin bantuan daripada Organization of Islamic Co-Operation (OIC)
Seorang wanita Somalia sedang memegang biskut tenaga di Kem pelarian Ifo 24 Julai 2011
Seorang pekerja bantuan sedang berehat selepas mengagihkan tepung di Kem Dagahaley 22 Julai 2011
Kumpulan pelarian Somalia yang sedang menuju ke kem pelarian
Suldana Mohamed, 28 sedang mendukung anaknya di Barmil pada 21 Julai 2011. Suldana mempunyai 6 orang anak dan beliau merasa sangat sukar untuk memberikan mereka makanan dan air di mana mereka hanya menerima 1 hidangan setiap hari.
Seorang doktor sedang memeriksa seorang budak di samping ibunya
Itu adalah pandangan terakhir beliau, anaknya mati di depan mata di Banadir hospital di Mogadishu, pada 21 July 2011
Kebanyakkan kanak-kanak dan orang dewasa yang mati adalah kerana kekurangan makanan, mereka tidak cukup makanan. Tapi kita di sini banyak membazir makanan. Makanan di buang setiap hari ke dalam tong sampah tanpa ada rasa simpati kepada pelarian-pelarian yang sedang kebuluran di sana. Malah yang menyedihkan lagi mereka adalah saudara kita, ada di antara mereka beragama Islam.
Jadikanlah ini sebagai renungan kepada kita untuk merubah sikap kita, tambahan lagi ketika pada bulan Ramadhan. Ketika ingin membeli makanan dan ketika berbuka puasa ingatlah saudara kita ini yang tidak cukup makan setiap hari. Dan mereka hanya berserah nasib kepada bantuan yang ada, jika ada bantuan maka mereka boleh terus hidup, mereka tiada pilihan berbanding dengan kita. Renungkanlah peristiwa ini dan kongsikan dengan rakan-rakan anda.
7 Ogos 2011, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan tidak ketinggalan menjalankan tugas dakwah lapangan melalui penyebaran risalah Ramadhan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, lokasi penyebaran adalah Bazar Ramadhan Bandar Sandakan. Dua keping risalah telah disediakan oleh pihak sekretariat dan seramai lebih 12 orang para pemuda mengambil bahagian pada kali ini. Kerja-kerja penyebaran risalah bermula sekitar jam 5.00 petang. Setelah selesai tugas menyebarkan risalah, para pemuda yang ikut serta tersebut telah menghadiri majlis Iftor Jama'i di rumah Sdr. Haris bin Bahar di Taman Airport.
Semoga penyebaran risalah pada hari ini menambahkan lagi timbangan amal di bulan Ramadhan bagi yang menyertainya. Allahumma amin.
Ustaz Asmadi (berjubah putih) memimpin bacaan Yasiin
4 Ogos 2011, Ampang Campuran - Satu majlis membaca bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim surah Yasiin, Tazkirah dan Berbuka Puasa diadakan di Surau Baitul Rahmah (SBR) di sini bermula jam 6:30 petang. YB Hj Khasim Abdul Aziz yang turut hadir meraikan program tersebut bersama jamaah surau berkenaan sama-sama mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ketua PAS Cawangan Ampang Campuran, Al-Fadhil Ustaz Asmadi Abdul Rahman. Ustaz Asmadi turut mengimamkan solat maghrib sejurus selesai berbuka puasa.
Program diteruskan dengan moreh selepas solat tarawih, witir dan tazkirah. YB Khasim mengambil peluang mendekati dengan lebih mesra lagi penduduk dan jamaah surau tersebut sepanjang berlangsungnya program tersebut.
Sewajarnya program-program seumpama ini diadakan untuk mengeratkan ukhwah terutamanya sesama anggota masyarakat.
Menyampaikan tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa
Senyum dalam khusyu'.. YB Khasim (kanan) bersama Ketua Kampung Ampang Campuran, Tuan Hj Mohd Saleh Daud
Pengerusi SBR, Tuan Hj Abu Bakar Ammak (kanan) memerhati setiap butir ilmu yang diluahkan oleh Ustaz Asmadi
Dari kiri: Pengerusi Surau Baitul Ehsan, Ampang Campuran, Tuan Hj Abd Kodir Mujid, Tuan Hj Sulaiman (AJK SBR) & Tuan Hj Abd Ghani Atan (Bendahari SBR)
Sumbangan dihulur kepada yang memerlukan.. Mudir Darul Islah Academy, Ustaz Mohammad Sadek Bin Ali menerima sumbangan berbentuk buku, alat-alat bantuan mengajar dan sebagainya bagi akademi tersebut daripada pihak DUN Lembah Jaya yang disampaikan oleh Pegawai Khas bagi YB Khasim, Saudara Khairolbazli Hussain pada 29 Julai 2011 di pejabat ADUN.
Darul Islah Academy adalah sebuah sekolah agama khusus bagi mendidik anak-anak warga Myanmar di bawah perlindungan UNHCR. Semoga kehadiran mereka di sini akan lebih menyemarakkan lagi perkembangan dakwah Islamiyah di tanahair terutamanya di Lembah Jaya.
Dewan Ulamak PAS Pusat mula mengedarkan buku ‘konsep asas Negara Berkebajikan’ karangan Datuk Seri Presiden Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Ianya boleh diperolehio semurah hanya RM 10 sahaja. Rakyat Malaysia boleh berhubung dengan Ustaz Harmie untk tempahan di talian sepertimana yang tertulis dalam iklan yang berikut. Buku tersebut mengandungi 7 bahagian perbincangan yang bermula [...]
KEMAMAN - Polis digesa melakukan siasatan secara telus dan terperinci bagi mengesan dan menangkap suspek yang memasang kamera tersembunyi dalam tandas perempuan di sebuah sekolah menengah terkemuka di bandar Chukai dekat sini.
Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat berkata ia adalah penting bagi memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat sekaligus bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.
[Gambar kanan - Haji Hanafiah menunjukkan berita 'kamera dalam tandas sekolah' yang telah disiarkan oleh akhbar-akhbar Cina beberapa hari lalu. Paling kiri adalah pelajar yang telah menjumpai kamera tersebut]
"Kita harap polis dapat siasat secara 'detail' dan telus, tidak kira siapa yang terlibat, tak kira bangsa, tak kira agama,
"polis perlu siasat dan tahan sesiapa yang terlibat, bagi memastikan ia tidak berulang,"ujarnya ketika di temui.
Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Chukai menyifatkan, ia adalah satu bala yang memalukan menimpa sistem pendidikan, kerajaan Terengganu dan kerajaan Pusat khususnya Umno dan Barisan Nasional (BN).
Katanya, Menteri Besar selalu berbangga diri dengan keputusan-keputusan yang cemerlang kononnya setiap tahun, namun jelas akhlak dan moral pelajar semakin meleset.
"Ia jelas satu malapetaka kepada sistem pendidikan dan kerajaan Umno/BN yang gagal membentuk akhlak serta moral pelajar, cukup mengaibkan,
"Menteri Besar Ahmad Said selalu berbangga-bangga kononnya pencapaian hebat pendidikan Terengganu, tapi inilah dia natijahnya,"jelas Haji Hanafiah.
Menurutnya, nilai moral pelajar ketika ini semakin rapuh disebabkan pelajar dan remaja hari ini banyak disogokkan dengan hiburan yang melalaikan yang hanya mendidik golongan muda dengan keseronokan semata-mata.
[Gambar kiri - kamera berbentuk penyangkut baju, sebagaimana yang digambarkan]
Beliau menyarankan dasar dan falsafah pendidikan sekarang dikaji dan dirombak memandangkan kes-kes yang melanda sekolah dan sistem pendidikanmasa kini.
"sudah tiba masanya, dasar dan falsafah pendidikan negara sekarang ini perlu diubah agar ia lebih menitik beratkan kerohanian agar pelajar yang dilahirkan juga cemerlang dalam aspek ketuhanan.
"saya juga cadangkan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi perlua mendapat A bagi subjek Pendidikan Islam sebagaimana mereka perlu mendapat cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan subjek lain,"kata Hanafiah.
Menurutnya, bila diberi penekanan soal agama, akhlak dan moral, barulah dapat dilahirkan pelajar yang bertakwa yang gerun untuk melakukan perbuatan mungkar.
"Sekarang hukuman rotan atau penjara orang sudah tidak takut sebab itulah sekarang dalam penjara penuh dengan pesalah,"tambahnya
Pada 31 Julai lalu, sebuah kamera tersembunyi telah dijumpai terpasang dalam tandas pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2.
Seorang pelajar, Hee Sin Yee, 17, merasa pelik melihat 'penyangkut baju' dilekatkan di kedudukan rendah di pintu tandas lalu mencabutnya.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat Salat berkata, polis percaya suspek yang memasang kamera berbentuk 'penyangkut baju' itu adalah terdiri dalam kalangan pelajar sekolah itu sendiri.
Menurutnya, kad memori kamera itu telah pun dihantar untuk dianalisis di makmal forensik polis di Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu dan keputusan dijangka diketahui dalam tempoh sebulan.
"Siasatan awal yang kita jalankan turut dapati di dalam kad memori itu terdapat gambar pelajar perempuan, justeru kita percaya kamera berbentuk penyangkut baju itu telah merakam beberapa gambar sebelah ia dijumpai," katanya
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini sebarang tangkapan masih belum dibuat dan polis masih lagi menjalankan siasatan terperinci. - Buletinonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan