Alhamdulillah dengan izin Allah PAS Selangor telah dapat mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang didakwa didalangi rakyat tempatan berlaku di DUN Paya Jaras, Subang dekat sini.
Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah.
Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis.
"Peliknya kad pengenalan itu boleh dibaca 'card reader' tetapi semakan di dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka sebagai penduduk tetap (PR) "Kami menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam. "Satu kes lagi melibatkan seorang individu dari Johor yang mengedarkan kad pengenalan kepada warga Kemboja.
Kerakyatan sedang digadai "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya. Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia. Ujar Khalid kes tersebut juga seperti kes yang berlaku di Sabah ketika Barisan Nasional berjaya menguasai negeri itu. "Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk. "Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihukum dengan hukuman berat," katanya.
IPOH: Seorang peniaga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Taman Buntung Ria, Menglembu di sini awal, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim, berkata mangsa Looi Kim Loong, 67 ditemui mati pada jam 2.10 pagi oleh ahli keluarganya yang kemudian melaporkan kepada polis. Beliau berkata, ketika kejadian isteri dan anaknya yang tidur di bilik lain yang tidak cedera, mendengar bunyi bising dan apabila mereka masuk ke bilik mendapati mangsa sudah terbaring.
"Hasil pemeriksaan, polis mendapati pintu rumah tidak berkunci ketika kejadian berlaku, terdapat kesan kecederaan di bahagian leher mangsa dipercayai ditikam dengan objek tajam dan mayat itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dzuraidi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di nombor telefon 05-2451222 untuk membantu siasatan.
Ia katanya, adalah kes bunuh ketiga di Perak dalam tempoh seminggu.
Semalam, seorang warga emas, Teoh Ah Nya@Teoh Kooi Lan, 73 ditemui mati dipercayai dibunuh dalam satu kejadian samun di rumahnya di Tanjung Piandang, Parit Buntar.
Seorang lagi mangsa bunuh membabitkan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, ditemui mati dipercayai dibunuh di pangsapurinya di Tambun Khamis lalu. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, 7 Ogos: PAS akan mengadakan tertemuan dengan Jabatan Agam Islam Selangor (Jais) dan gereja untuk mendapat penjelasan berhubung pemeriksaan, baru-baru ini.
"Kita akan jumpa terus Jais dan gereja," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, sebentar tadi.
Justeru, katanya tidak timbul mengenai tindakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Jais melakukan pemeriksaan terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.
Katanya, PAS akan berhubung dengan pihak Jais dan gereja mengikut tarikh yang sesuai untuk mendapat gambaran dan penjelasan langsung mengenai pemeriksaan tersebut.
"Selepas jumpa, baru buat keputusan," ujarnya.
PAS, jelasnya menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya berhubung pemeriksaan Jais itu.
KEPULAUAN SVALBARD, Norway - Seorang remaja lelaki, Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway, lapor sebuah akhbar semalam.
Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain.
Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepala Horatio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.
Horatio Chappleon
"Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar," kata Terry.
Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan.
Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian.
Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.
BEBERAPA petugas penyelamat mengangkut bangkai beruang kutub yang membunuh seorang remaja Britain.
Mangsa-mangsa terselamat berkata, kejadian berlaku kerana sistem kawat penggera di keliling tapak perkhemahan tersebut gagal berfungsi.
Sistem itu sepatutnya melepaskan letupan bunga api ke udara untuk menakutkan beruang kutub yang tersadung kawat dawai berkenaan.
Terdapat sekitar 27,000 ekor beruang kutub di dunia dengan 60 peratus haiwan itu tinggal di Kanada.
Beruang kutub yang berbulu putih turut ditemui di Alaska, Rusia, Greenland dan Norway. - Agensi
BULAN Ramadan merupakan bulan diturunkan al-Quran, maka marilah kita sama-sama menginsafi diri dengan membaca al-Quran. Inilah yang dilakukan oleh salaf al-soleh dan Rasulullah SAW sendiri. Persoalan di sini ialah apakah maksud tadarus itu? Adakah hanya membaca atau melihat terjemahan atau bagaimana?
Jika sekiranya dikehendaki dengan membaca, sudah tentu disebut dengan qiraah yang bermaksud bacaan. Justeru maksud tadarus lebih kepada saling semak menyemak dan mempelajari serta mengkaji yang menatijahkan penghayatan dan amalan mengikut hak al-Quran diturunkan.
Seperti kata al-Syahid Hasan al-Banna berkenaan dengan hak al-Quran dalam bukunya Majmu' Rasail: "Saya tidak pernah melihat sesuatu yang kelihatan seolah-olah dijaga rapi tetapi sebenarnya disia-siakan atau seolah-olah dipelihara tetapi sebenarnya diabaikan seperti mana yang berlaku pada al-Quran sebagai sebuah kitab yang lengkap, suatu sistem yang bersepadu dan menjadi tunjang kepada segala urusan agama dan dunia."
Allah SWT berfirman dalam surah al-Fussilat ayat 42 yang bermaksud: Yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya, ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji.
Menyentuh tentang al-Quran ada tiga perkara penting yang perlu ditekankan oleh umat Islam;
Kerapkan membaca al-Quran, beribadat dengan membaca al-Quran dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan membaca al-Quran.
Meletakkan al-Quran sebagai sumber rujukan kepada hukum dan syariat agama. Al-Quran perlu diambil, dipetik, dicedok dan dipelajari.
Meletakkan al-Quran sebagai asas undang-undang dunia yang akan dirujuk. Fasal-fasal dalam al-Quran yang bijaksana ini perlu dilaksanakan.
Ini adalah objektif utama Allah menurunkan kitab ini dan matlamat Allah mengutuskan Rasul-Nya. Allah SWT mewariskan kitab-kitab-Nya untuk kita agar ia menjadi penasihat, pembimbing, menjadi hukum yang adil dan neraca yang benar.
Generasi silam yang diredai Allah memahami objektif ini, kerana itu mereka bangkit melaksanakan sebaik-baiknya. Ada di kalangan mereka membaca seluruh al-Quran selama tiga hari. Ada yang membaca selama tujuh hari. Ada yang membaca al-Quran kurang dari tempoh itu dan ada yang lebih.
Ada di antara mereka yang tidak berkesempatan membaca al-Quran, mereka akan melihat mushaf al-Quran dan memaca beberapa ayat al-Quran kemudian berkata: "Mudah-mudahan saya tidak termasuk dalam golongan yang menyisihkan al-Quran."
Al-Quran adalah teman mereka. Al-Quran adalah wirid dalam ibadat mereka. Sepanjang malam dan siang mereka akan membaca al-Quran. Semoga Allah meredai khalifah ketika iaitu Saidina Uthman yang masih tidak bercerai daripada mushaf walaupun dikepung dan pedang terhunus di tengkuknya.
Dari awal malam dia membaca kitab Allah. Di hujung malam dia menemui ajalnya
Semoga Allah merahmati orang yang sedang meratap sedih kematiannya dengan ratapan yang paling indah ungkapannya: Mereka membunuh orang tua yang padanya ada tanda sujud. Orang yang menghabiskan malam dengan mengucap tasbih dan membaca al-Quran.
Jika anda kaji sejarah hidup mereka, anda akan dapati tiada seorangpun di antara mereka yang mengabaikan kitab Allah SWT atau tidak membaca kitab Allah selama seminggu. Apatah lagi untuk mengabaikannya selama sebulan atau setahun atau bertahun-tahun. Tidak perlulah saya bentangkan kepada anda kisah-kisah menarik dan mengkagumkan seperti yang tercatat dalam buku-buku sejarah.
Apabila mereka mahu meneroka hukum agama Allah, al-Quran akan menjadi rujukan pertama mereka. Apa lagi jika tidak kitab Allah yang akan menjadi rujukan pertama mereka? Anda dapat lihat bagaimana Nabi SAW telah bersetuju dengan Muaz apabila Baginda bertanya Muaz tentang apakah asas dia menjatuhkan hukuman. Muaz menjawab: "Dengan Kitab Allah. Muaz mulakan dengan Kitab Allah, kemudian barulah diikuti dengan sunnah yang suci."
Anda sendiri tahu bagaimana Umar melarang ramai sahabat yang dihormati daripada menyampaikan hadis kepada orang ramai. Sedangkan mereka begitu hampir dengan zaman Islam, mereka amat tahu tentang hadis dan pelbagai kisah. Apa yang dilakukan oleh Umar itu bertujuan supaya mereka dapat mengajar al-Quran terlebih dahulu kepada orang ramai agar mereka diajar apa yang dihalalkan dan diharamkan oleh al-Quran.
Anda juga tahu bagaimana imam yang masyhur di kalangan tabiin dan tabi' tabiin seperti Sa'id bin al-Musayyab, mereka tidak membenarkan orang ramai menulis fatwa mereka kerana mereka tidak mahu orang ramai hanya tertumpu kepada fatwa mereka dan mengabaikan kitab Allah.
Sa'id pernah mengoyakkan sehelai kertas daripada tangan orang yang menulis fatwanya. Beliau berkata: "Anda ambil kata-kata saya tetapi meninggalkan Kitab Allah kemudian anda pergi sambil berkata Sa'id berkata begini! Sa'id berkata begini! Sepatutnya anda berpegang dengan Kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya.
Apakah dengan kisah-kisah begini anda tidak dapat melihat bagaimana generasi silam yang soleh dan diredai Allah SWT meletakkan Kitab Allah sebagai asas yang menjadi rujukan ketika mereka mendalami agama dan hukum Allah?
Bagi mereka segala urusan dunia perlu menurut apa yang diperintahkan oleh Kitab Allah dan akur kepada hukum al-Quran.
Segala hak perlu ditunaikan, segala hukuman perlu dilangsungkan, segala hukum perlu dilaksanakan, segala perintah perlu dijalankan. Semua ini tidak boleh dimansuhkan dan diabaikan atau diubahsuai atau dipinda. Itulah yang berlaku suatu ketika dahulu.
KOTA BHARU, 7 Ogos: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) dan Persatuan Pelindung Pengguna Kelantan (Pelindung) mengakui berlaku peningkatan harga makanan pada Ramadan ini.
Timbalan Presiden Fomca, Ahmad Othman berkata, kenaikan harga makanan berlaku berikutan harga bahan mentah meningkat sekarang.
"Oleh itu saya berharap kerajaan memantau harga makanan yang dijual sebagai juadah berbuka puasa. Harga kuih muih contohnya akok yang sebelum ini boleh dibeli tiga biji RM1, namun sekarang hanya dua biji RM1.
"Begitu juga kerabu kaki ayam hanya sekadar empat sudu berharga RM5. Ini membebankan pengguna jika tidak pandai berjimat cermat," katanya yang juga Pengerusi Pelindung.
Menurutnya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu memantau gerai-gerai jualan di Bazar Ramadan bagi memastikan peniaga mengenakan harga yang berpatutan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga perlu memantau dengan memastikan premis menjual juadah Ramadan menjaga kebersihan dan beroperasi secara sah.
Ahmad juga menasihatkan orang ramai memasak sendiri juadah berbuka bagi mengurangkan bebanan kewangan keluarga.
Bagaimanapun beliau berkata, berdasar kepada pemerhatian didapati bazar-bazar Ramadan di Kelantan tetap meriah biar pun harga juadah berbuka terasa mahal berbanding tahun lepas.
"Masyarakat di Kelantan yang gemar berbelanja kadang-kadang tidak kisah sangat harga yang dibayar sehingga ada peniaga mengambil kesempatan mengaut keuntungan lebih," katanya di sini.
Beliau juga menasihatkan umat Islam menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berjimat-cermat.
FAUZI (kanan) menunjukkan pisau yang digunakan suspek kes samun dan bunuh pada sidang akhbar di Parit Buntar semalam.
PARIT BUNTAR - Seorang warga emas yang juga ibu saudara Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai ditemui mati akibat dicekik selepas disamun pekerjanya di sebuah rumah di Bagan Selatan, Tanjung Piandang dekat sini semalam.
Mayat mangsa, Teoh Ah Nya @ Teoh Kooi Lan, 73, ditemui di bilik tidurnya oleh adik mangsa yang juga pemilik rumah berkenaan pada pukul 1.30 pagi.
Kejadian itu adalah yang kedua dalam tempoh kurang tiga hari membabitkan kes pecah rumah yang berakhir dengan kematian di Perak selepas pembunuhan Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr. Rohani Kasim, 38, di Ipoh pada Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian dipercayai berlaku di antara pukul 12 malam dan 1 pagi apabila seorang lelaki yang juga pekerja sambilan mangsa menceroboh ke rumah berkenaan.
"Mangsa ketika kejadian tidur berseorangan di bilik tidur tingkat bawah rumah manakala suaminya tidur di sebuah pondok berdekatan kediaman terbabit.
"Suspek dipercayai menceroboh rumah mangsa menerusi pintu belakang rumah dan melarikan barang kemas dan wang tunai bernilai RM7,000 milik mangsa," katanya di sini semalam.
Katanya, mayat mangsa ditemui adik perempuannya berusia 65 tahun pada pukul 1.30 pagi yang ketika itu tidur di tingkat atas selepas terdengar bunyi bising di bawah.
Adik mangsa kemudiannya membawa wanita terbabit ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang tetapi disahkan sudah meninggal dunia, ujarnya.
"Ekoran laporan polis, pada pukul 2.30 pagi, polis menahan seorang lelaki warga Myanmar berusia 25 tahun yang bekerja sebagai pemotong babi sambilan di rumah mangsa kira-kira tujuh kilometer dari kediaman terbabit.
"Polis merampas sebilah pisau daripada suspek yang dipercayai digunakan untuk mengumpil pintu rumah mangsa," jelasnya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
Pengerusi gabungan menuntut pilihan raya adil dan bersih, BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berterima kasih kepada PSM6 - yang baru dibebaskan selepas ditahan selama 28 hari di bawah Ordinan Darurat - kerana kekuatan dan ketabahan mereka telah meniup semangat gabungan tersebut menjadikan perhimpunan 9 Julai satu kenyataan.
psm thanksgiving dinner 060811 s ambigaBerucap di majlis kesyukuran PSM di ibunegara malam tadi, Ambiga berkata, pihaknya begitu sedih di atas penahanan mereka menjelang perhimpunan tersebut diadakan.
"...dan ketika itu kami menerima mesej dari mereka yang ditahan: "Teruskan perhimpunan pada 9 Julai. Kami tetap bersama anda, kami tidak takut ".
Ambiga berkata, PSM6 menanggung bahang perhimpunan BERSIH tetapi tegasnya semangat mereka tidak pernah luntur dan sentiasa memperlihatkan ketabahan mereka dalam yang kritikal itu.
Kira-kira 300 hadirin memenuhi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) untuk meraikan 'superhero' mereka - ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar; timbalan presiden PSM, M Sarasvathy; ketua pemuda, R Saratbabu, ketua PSM cawangan Bayan Baru, Choo Chon Kai, pemimpin PSM Sungai Siput, M Sukumaran dan setiausaha cawangan tersebut, A P Letchumanan.
Bermula dengan nyalaan lilin selama sejam, menuntut pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan dari wakil masyarakat sivil.
psm thanksgiving dinner 060811 Sugu and choo chon kaiMeraih sorakan gemuruh ialah persembahan petikan gitar pengarah Suaram, Kua Kia Soong, dengan para hadirin mengiringi beliau menyanyikan lagu yang diadaptasi dari Sepanyol, dengan korusnya yang berbunyi: "Rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan" .
Jelas 'kuasa rakyat' menjadi tema majlis tersebut dengan para penceramah mengingatkan hadirin bahawa tekanan rakyat terhadap kerajaan telah membawa kepada pembebasan PSM6 pada 29 Julai, selepas 28 hari dalam tahanan.
Bagi pengerusi PSM Dr Nasir Hashim, sokongan rakyat menjadi inspirasi dan satu penegasan terhadap kuasa aktivisme akar umbi yang menjadi asas penubuhan parti sosialis itu.
"(Pihak berkuasa) gagal untuk menahan (PSM 6) lebih lama, kerana mereka telah membuat kesilapan. Mereka sangka kita sebuah parti kecil, tetapi kita mempunyai sejarah aktivisme dan kita mempunyai rakan-rakan yang baik.
"Ikat jamin (untuk 24 yang ditangkap pada 24 Jun) adalah RM8,000, (berjumlah RM192,000), tetapi kita berjaya mendapatkan wang untuk mengikatjamin mereka kerana adanya perpaduan... Kita kini bersatu, dan jika anda sentuh kita, kita (semua) akan bertindak balas," katanya disambut tepukan gemuruh.
Turut berucap ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang naik ke pentas bertongkat ekoran kecederaan yang dialami semasa perhimpunan BERSIH 2.0.
psm thanksgiving dinner 060811 s arutchelvanSambil mendakwa wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan polis, Mohamad berkata, tiada seorang pun guru silat ditangkap sedangkan mereka telah berikrar sanggup "menumpahkan darah" menentang BERSIH 2.0.
"(PSM 6) dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong... dan apa senjata mereka? baju-T," katanya disambut gelak ketawa hadirin.
Turut mendapat pujian ialah setiausaha agung, S Arutchelvan (atas) "yang tidak pernah mengenal erti takut".
KAH SENG (kiri) bersama ikan kerapu gergasi yang dijual pada harga RM7,560 di George Town semalam.
GERGASI. Lapan nelayan terpaksa memerah keringat untuk menaikkan ikan kerapu sepanjang dua meter dan berat 168 kilogram sewaktu ia masuk ke dalam pukat di perairan Teluk Bahang, Pulau Pinang kelmarin.
Ikan itu kemudian dijual oleh peniaga, Tan Kah Seng di pasar Lebuh Cecil, George Town semalam kepada pemilik restoran, Che Kean Ghee dengan harga RM7,560. - Bernama
ANUAR DERIS membakar lemak yang dijadikan juadah Ramadan di Bazar Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.
BUKAN SEBARANG LEMAK. Itu yang terlintas setelah kita melihat juadah lemak lembu bakar di Bazar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan.
Ia dianggap juadah yang cukup istimewa kerana lemak lembu bakar atau turut dikenali sebagai lemak selo itu merupakan juadah yang hanya dijual pada bulan Ramadan.
Pengusaha Gerai Kak Su Special, Anuar Deris, 36, berkata, dia menjual lebih 300 cucuk lemak lembu bakar setiap hari dan biasanya ia habis dijual pada pukul 5 petang.
"Saya jual lemak bakar pada bulan puasa sahaja. Ia memang susah nak jumpa pada bulan lain. Saya akui lemak bakar ini banyak kolesterol tetapi untuk bulan Ramadan sahaja," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.
Menurut Anuar, juadah itu menjadi tarikan kerana ia menjadi pembuka selera ketika berbuka dan dimakan dengan nasi.
"Rahsianya, ia menyebabkan kita rasa lebih berselera untuk makan nasi semasa berbuka," katanya yang menjualnya dijual pada harga RM4 secucuk, manakala daging lembu bakar RM5 secucuk.
LAGOS 7 Ogos - Seorang penyeludup dadah Nigeria yang berhasrat ke Malaysia mati di atas pesawat sekali gus memaksa juruterbang membuat pendaratan kecemasan di India.
Menurut Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dadah Kebangsaan, ketika kejadian, Chilaka Ogbonna Emmanuel, 25, berlepas dari Lagos untuk ke Malaysia melalui Doha.
"Kematian mengejut mangsa itu dipercayai akibat menelan dadah. Juruterbang terpaksa membuat pendaratan kecemasan di India dan mangsa disahkan meninggal di hospital," katanya. - AFP
GEMBIRA... Robiah bersama Brian Tan selepas menerima sumbangan daripada Scenic Route Sdn Bhd.
JOHOR BAHRU: "Makcik tetap menanti kepulangan mereka setiap kali menjelang Aidilfitri biar pun Ina sanggup menipu kononnya mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia sebenarnya berhijrah ke sana semata-mata mahu melepaskan tanggung jawab menjaga mak cik," kata warga emas, Robiah Razali, 66, di sini, semalam.
Menceritakan kisah malang hidupnya, Robiah berkata, dia hidup sebatang kara di perumahan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Desa Bukit Mutiara, Tebrau, selain menagih kasih dan ihsan jiran selepas kedua-dua anaknya tidak lagi mempedulikannya.
Robiah berkata, anak sulungnya, Salim Ahmad, 40, melepaskan tanggung jawab untuk menyaranya dengan alasan tiada pekerjaan tetap di Kuala Lumpur manakala anak bongsunya, Ina, 36, gagal menghubunginya sejak lima tahun lalu apabila berhijrah ke New Zealand.
Menurut Robiah, keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menguruskan hidupnya bersendirian biar pun dimamah usia selain menghidap kencing manis.
"Mak cik bukan mahu mengaibkan anak tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban di hati jika dapat berkongsi nasib malang ini.
"Mak cik kehilangan suami, Ahmad Budin, pada 1978 ketika berusia 33, sejak itu mak cik tidak pernah terlintas untuk berkahwin semula demi anak, mak cik membesarkan serta menyekolahkan anak dengan bekerja sebagai tukang masak di restoran selain wang pencen suami," katanya.
Menurut Robiah, masalah timbul selepas kedua-dua anaknya berumah tangga dan kehadiran warga emas berkenaan dalam keluarga mereka dianggap sebagai beban.
Robiah berkata, kini dia terputus hubungan dengan Salim mahu pun Ina yang tidak lagi menziarahinya, termasuk pada Aidilfitri.
"Ina turut tergamak menipu mak cik dengan memberi alasan mahu bercuti ke New Zealand, sedangkan dia merancang meninggalkan mak cik dan kini hidup mewah di sana.
"Keadaan itu mengakibatkan mak cik terpaksa bergantung sepenuhnya kepada wang pencen bulanan arwah suami berjumlah RM350 yang perlu diagihkan untuk membayar sewa rumah," katanya.
Menurut Robiah, setiap kali bersahur, dia hanya meminum susu kerana bimbang kehabisan barangan dapur, namun bersyukur mempunyai jiran berhati mulia yang sanggup berkongsi makanan ketika berbuka puasa.
Katanya, jiran juga pernah menyumbangkan bantuan ketika dia terputus bekalan makanan selain membelikan basikal elektrik bagi memudahkan pergerakannya untuk ke surau.
"Biarpun terguris dengan perbuatan anak, mak cik tidak pernah lupa mendoakan kebahagiaan mereka.
"Ibu mana yang tidak mengingati anak, mak cik harap dapat bertemu kembali dengan mereka dan cucu pada Aidilfitri ini dan seperti biasa, mak cik akan memasak juadah kegemaran mereka," katanya.
Robiah antara 100 penerima yang ditemui pada Penyampaian Bantuan Ibu Tunggal di PPRT Bukit Mutiara sumbangan ahli perniagaan, Baazlan Ibrahim selain Scenic Route Sdn Bhd yang diwakili pengarah eksekutifnya, Brian Tan Chong Beng.
Scenic Route Sdn Bhd menaja sumbangan berbentuk barangan keperluan asas berjumlah RM4,000 dan menurut Brian, program julung kali syarikatnya itu bertujuan meringankan beban golongan memerlukan.
Seramai 250,000 pembantu rumah warga asing yang bekerja di negara ini akan didaftar ke dalam sistem pendaftaran biometrik apabila majikan memperbaharui permit kerja mereka, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.
Beliau berkata ia berikutan pembantu rumah tidak termasuk dalam kumpulan pekerja dalam industri yang terlibat Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing Yang Sah.
"Bilangan pekerja asing secara sah ialah 1.9 juta orang dan bilangan pembantu rumah yang sah adalah 250,000 orang.
"Ini bermaksud seramai 1.65 juta pekerja asing yang sah (yang terlibat dalam sektor industri) yang perlu didaftarkan dalam program pendaftaran biometrik," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Program Myskills 2011 peringat negeri ini, di Butterworth hari ini.
Pendaftaran biometrik itu merupakan permulaan Program 6P yang meliputi pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran pekerja asing di negara ini.
Mengenai program Myskills, Subramaniam berkata setakat ini kira-kira 3,000 orang telah mendaftar dalam program berkenaan.
Beliau berkata mereka yang telah mendaftar akan ditempatkan di institut kemahiran secara berperingkat untuk menjalani latihan dalam bidang tertentu.
"Setakat ini seramai 120 orang telah ditempatkan di Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara," katanya.
Katanya program yang mendapat sambutan menggalakkan itu akan diteruskan di peringkat daerah tidak lama lagi.
PETALING JAYA : Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini sekali lagi mempersoalkan keghairahan Kerajaan pusat terhadap penggunaan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
Malah, sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan berhubung kepincangan sistem itu dikemukakan.
Sebaliknya, beberapa pendedahan terbaru mengenai kepincangan sistem itu juga jelas menunjukkan bahawa ia tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, kerajaan pusat sepatutnya kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.
"Ini yang membuatkan kita (Pakatan Rakyat) khuatir kenapa kerajaan dalam keadaan ini beria-ia mahu melakukan sistem biometrik"katanya.
"Apa yang kita saksikan setakat ini dalam proses pendaftaran biometrik bagi pekerja asing, banyak laporan yang dibuat dan ini adalah perkara yang kurang menyakinkan para pengundi sekirannya kerajaan mengunakan kaedah yang sama sekaligus merumitkan lagi proses pengundian." katanya pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini.
Katanya, selain kurang memberi keyakinan kepada parti politik bertanding dan para pengundi, Pakatan Rakyat juga mempersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan'.
"Setakat ini pihak kami dimaklumkan untuk pembangunan sistem biometrik ini memerlukan satu peruntukan yang besar, persoalannya siapa yang akan dapat projek ini? Bagaimana kaedah yang digunapakai dalam menjamin ketelusan berhubung pemberian projek."soalnya.
Justeru, Tian menyifatkan keghairahan kerajaan melaksanakan sistem biometrik jelas untuk kelangsungan politik mereka untuk terus kekal berkuasa.
"Ianya (biometrik) tidak berkemampuan untuk mengesahkan sama-ada saya ada tiga keping kad pengenalan atau saya telah undi tiga kali di tiga tempat yang berlainan, apa yang jelas ia tidak mampu selesaikan masalah ini"
Dalam perkembangan yang lain, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menuntut janji Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar pada sesi Dialog bersama Pengerusi Himpunan BERSIH 2.0, Datuk S.Ambiga akhir bulan lalu.
"Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR telah berjanji apabila dilontarkan soalan berhubung sistem biometrik ini, bahawa beliau akan mendedahkan maklumat lanjut siapa penerima kontrak,"katanya.
"SPR akan membuktikan kepada semua pihak termasuk pihak pembangkang tentang audit dalaman dan audit luaran terhadap 'coding system' biometrik itu untuk membuktikan kepda semua yang ia tidak boleh dimanipulasi"tambahnya.
Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip hari ini menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Thomas (bawah) berkata orang Kristian bertanggungjawab menolong pihak yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang syarat kepada penerima.
NONEMenurutnya, agama lain juga mengajar perkara yang sama.
Katanya, orang Kristian sudah "jemu" dan "bingung" dengan dakwaan berterusan sedangkan perbuatan baik harus "dihargai" bukan "dicurigai".
"Dakwaan sebegini sudah berjalan untuk beberapa waktu. Provokasi yang tidak diperlukan ini sungguh membingungkan.
"Perdana menteri harus ke depan untuk mencari puncanya kerana dakwaan sebegini berterusan muncul kembali, sedangkan ia isu sensitif yang menyebabkan orang ramai berpecah belah. Ia tidak baik untuk negara," katanya.Presiden Majlis Gereja Malaysia Thomas Philip hari ini menyangkal dakwaan bahawa kumpulan Kristian menggunakan kerja-kerja kebajikan untuk mendorong orang ramai menganut agamanya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Thomas (bawah) berkata orang Kristian bertanggungjawab menolong pihak yang memerlukan tanpa mengenakan sebarang syarat kepada penerima.
NONEMenurutnya, agama lain juga mengajar perkara yang sama.
Katanya, orang Kristian sudah "jemu" dan "bingung" dengan dakwaan berterusan sedangkan perbuatan baik harus "dihargai" bukan "dicurigai".
"Dakwaan sebegini sudah berjalan untuk beberapa waktu. Provokasi yang tidak diperlukan ini sungguh membingungkan.
"Perdana menteri harus ke depan untuk mencari puncanya kerana dakwaan sebegini berterusan muncul kembali, sedangkan ia isu sensitif yang menyebabkan orang ramai berpecah belah. Ia tidak baik untuk negara," katanya.
h) Alhamdulillah sudah seminggu Ramadhan telah berlalu. Beruntunglah mereka yang berjaya merebut setiap detik daripada Ramadhan dengan melakukan ibadah kepada Allah SWT tanpa membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mereka menjadikan Ramadhan sebagai tapak untuk menanamkan bekalan akhirat sesuai dengan hadis nabi SAW "Dunia ialah ladang akhirat".
Persoalannya berapa ramai pula yang melepaskan "bulan emas" ini begitu sahaja tanpa peningkatan amal yang sepatutnya. Antara puncanya ialah kerana kecetekan ilmu dan sikap umat Islam sendiri. Mereka menganggap bahawa Ramadhan sama seperti bulan lain, sedangkan Ramadhan ialah penghulu segala bulan. Pada mereka tiada apa istimewanya Ramadhan, sedangkan di kalangan para sahabat dan ulamak salaf mereka bergembira dengan saat yang dinantikan. Inilah doa yang dibaca "Ya Allah berkatilah bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan" Oleh itulah Allah SWT menurunkan ayat yang pertama di dalam surah al Alaq" Bacalah dengan nama tuhan kamu". Ayat ini menggesa supaya umat Islam membaca dan mengkaji. Disinilah pentingnya kita disuruh untuk menuntut ilmu supaya kesempuranaan ibadah terjaga dengan baik. Hanya mereka yang berilmu sahaja, yang mampu menghayati Ramadan dengan semaksimanya.
Berlaku satu fenomena di dlam masyarakat kita apabila, ibadah Ramadan hanya ikutan sahaja maka kesannya masjid dan surau sudah kelihatan lenggang dengan penghuninya. Akhirnya yang tinggal berbaki ialah mereka yang menjadi pelangan tetap surau dan masjid sahaja. Ahli jamaah yang datang bermusim sudah tidak bermaya untuk menghabiskan solat tarawih hingga akhir Ramadan. Semuanya ini berpunca daripada buat ibadah, tetapi tidak ada ilmu. Mereka merasa berat untuk menunaikan ibadah tarawih,walaupun hanya 30-40 minit untuk menghabiskan masa tarawih dan witir, pada mereka seperti 40 jam. Mereka ini lebih selesa lepak di kedai kopi tanpa menghiraukan masa yang berharga di dalam bulan Ramadhan dengan meninggalkan ibadah yang tidak ada pada bulan lain.
Benarlah Sabda Rasulullah SAW "Akan datang satu masa nanti manusia hendak beribadat kepada Allah, tetapi di dalam keadaan jahil dan muncul qari yang fasiq (membaca tanpa beramal)" Sebaliknya mereka yang memiliki ilmu akan merasa lazat dengan ibadat Ramadhan yang tidak ada pada bulan lain. Kadang-kadang mereka merasa lazat dengan alunan ayat yang dibaca oleh imam hafiz ketika bertarawih. Langkah yang diambil oleh surau dan masjid yang mengadakan siri tazkirah adalah satu langkah yang bijak. Inilah peluang untuk ahli jamaah mendengar mutiara yang berharga sewaktu mereka menunaikan ibadah tarawih. Majlis yang memberi kefahaman ilmu aqidah yang mempunyai kaitan dengan orang yang menunaikan puasa. Menjelaskan sifat taqwa yang sebenar kepada ahli yang hadir, kerana inilah matlamat puasa. Beberapa amalan yang perlu ditekankan ketika berada di dalam bulan Ramadan khususnya merebut malam 10 terakhir. Tazkirah yang dibuat di malam Ramadan mempunyai kebaikan yang banyak. Antaranya ialah memberi peluang kepada mereka yang selama ini hadir ke surau setahun sekali dapat mendengar majlis ilmu, dengan harapan selepas Ramadan mereka akan hadir lagi ke surau. Selama ini mereka tidak berminat untuk datang ke surau mungkin kerana mereka tidak memahami tentang ilmu dan kaitan dengan ibadah. Berapa ramai ahli kariah yang dulunya liar dengan surau dan masjid, sudah mula berjinak selepas daripada bulan Ramadan hasil daripada tiupan semangat dan pemahaman yang betul setelah mereka mendengar majlis tazkirah sepanjang Ramadhan. Oleh itu mereka yang anti majlis tazkirah kerana bimbang jika kefahaman agama sudah berlubuk dihati maka mereka juga akan meninggalkan ajaran dan perjuangan sekular di negara ini
Dana RM1 Juta, NGO Pengampu Umno Bising Jika Untuk Kepentingan Rakyat. Idris Ahmad 5/8/11
Tahniah kepada kerajaan Paktan Rakayat Selangor yang pro aktif dan pro rakyat untuk memastikan pilihanraya di negara ini berjalan dengan betul dan adil, dengan menyediakan geran berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan daftar pengundi baharu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ini adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan negara ini berjalan dengan betul. Negara akan rosak jika pemimpin yang menang bukan kerana kewibawaannya, sebaliknya kerana tipu muslihatnya melalui bantuan SPR. Bagaimanapun ia hanya terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik di Selangor sahaja.Kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu. Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merunsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera. Hampir 1100 orang penduduk tetap di Selangor didaftar sebagai pengundi
Seperti yang dijangka akan bangunlah puak umno tegar yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan ini. Mereka takut hendak buat kenyataan atas nama umno, kerana orang buta pun kenal tabiat buruk umno. Antaranya Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar. Hujah puak pengampu umno ini mudah sahaja, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat Selangor.
Mereka ini akan susah hati jikalau projek untuk kebaikan rakyat, tetapi menikus ketika pemimpin umno membazir wang untuk kepentingan politik dan pemimpin umno. Rakyat tidak dengar komen mereka ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang menyiasat perkara-perkara berkaitan kewangan oleh Balkis (bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor yang diketuai oleh isteri Dr Khir), untuk melihat samada terdapat salah laku. Bagaimana pegawai-pegawai Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dan PKNS dan yang lain memberi keterangan di perbicaraan Selcat adalah memeranjatkan. Sebanyak RM1.7 juta telah dibayar untuk perjalanan “teknikal” DisneyWorld dan Disneyland termasuk sewa bilik Presidensel di Honolulu bernilai RM110,000, RM200,000 untuk perjalanan ke Jogjakarta dan upah penari sahaja RM10,000 dan mereka juga membayar tiket penerbangan untuk orang gaji Dr Khir untuk menyertai perjalanan ini
Negara dikejutkan dengan berita kakitangan Dawama diberi cuti tanpa gaji sehingga kepada satu waktu yang tidak dimaklumkan. Hampir 400 kakitangan Dawama telah menerima notis tersebut bermula pada 1 hb Ogos 2011 termasuk Sabah dan Sarawak.
Dawama ialah syarikat yang ber tanggungjawab mencetak dan memasarkan bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka menerusi kontrak yang ditandatangani pada 1 September 2002.Tempoh kontrak dengan syarikat konsesi itu adalah selama 12 tahun dan akan tamat pada 2014.
Sejak tahun 2002 Dewan Bahasa Dan Pustaka mengalami kerugian RM20 juta hingga RM40 juta setiap tahun. Sebelum diswasta DBP mencatat keuntungan setiap tahun RM20 juta. Dewan Bahasa Dan Pustaka yang diletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, yang menterinya sekarang ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin mesti bertindak mengatasi kemeluk Dawama.
Paling malang notis cuti tanpa gaji dikeluarkan ketika kakitangan yang beragama Islam menyambut awal Ramadhan pada tahun ini.Penyiasatan menyeluruh perlu dibuat kenapa berlaku kepada agensi mendapat kontrak tetap daripada DBP untuk mencetak dan memasarkan buku Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya kenapa berlaku demikian?Setelah pemimpin umno merosakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ketika memperkenalkan Metematik dan Sains sekarang satu lagi pengkhianatan umno terhadap institusi yang memertabatkan Bahasa Melayu mengalami krisis kewangan sehingga menjejaskan penerbitan DBP yang telah dimonopoli oleh Dawama.
DBP yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 dengan nama asalnya Balai Berita. Kes Dawama menambahkan satu lagi hujah ketidak wibawaan kerajaan Barisan Nasional untuk menguruskan negara ini. Inilah akibat dasar pengswastaan ala BN yang membebankan rakyat dan mengkayakan kroni. Akhirnya segala kerugian ini rakyat akan dibebankan, kerana kerajaan terpaksa mengambil alih syarikat yang menghadapi masalah. Model pengswastaan BN mudah sahaja hendak memahaminya, untung kroni sapu, apabila rugi rakyat tanggung. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.
Beberapa keraguan penggunaan biometrik, 1. Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih. 2. Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih. 3. Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.
4. Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.
5.Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik.
Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib takut hendak menggunakan celup dakwat. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatka kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KEPADA SEMUA, PAS CAWANGAN KDAS 3 TELAH MENGATUR PROGRAM TAZKIRAH DI SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, DIHARAP KEPADA SEMUA AHLI DAN PENYOKONG SERTA PENDUDUK KAMPUNG UNTUK SAMA-SAMA HADIR KE PROGRAM TERSEBUT DEMI UNTUK MELUASKAN LAGI PAHAMAN KITA TENTANG AGAMA ALLAH INI SEKALIGUS KITA BOLEH MEMPEROLEHI PAHALA DARI APA YANG KITA KERJAKAN, KESEMUA PROGRAM INI AKAN DIADAKAN DI MARKAS PAS KDAS 3, LALUAN KERANJI 3, KAMPUNG DATO AHMAD SAID TAMBAHAN 3,IPOH PERAK, KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENYUMBANG UNTUK PROGRAM INI BOLEH BERHUBUNG DENGAN BENDAHARI CAWANGAN BAGI MENYERAHKAN SUMBANGAN MUSLIMIN DAN MUSLIMAT. SEMOGA DIAKHIR RAMADHAN KITA AKAN DAPAT MENCAPAI DARJAT TAQWA DAN KELUAR DARI RAMADHAN DALAM KEADAAN SUCI DAN
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ramadhan bulan rahmat, pengampunan dan menghindar daripada api neraka. Selayaknyalah umat Islam menambah amal mudah-mudahan dipertemukan dengan malam lailatil qadar Sebagai tanggungjawab sosial dan membangun negara berkebajikan PAS Kawasan Muar terus berbakti kepada rakyat sepanjkang masa untuk mendapat keredaan Allah. Tahun ini dengan peruntukan daripada PAS Kawasan Muar, penderma dan penyumbang , ADUN Maharani dan AJK Majlis Tindakan DUN Maharani serta ahli-ahlinya menyediakan program kebajikan sepanjang bulan Ramadhan. Dijangkan hampir 200 buah rumah fakir miskin , ibu tunggal, pesakit kronik, OKU dan mereka yang layak akan diziarahi sambil menghulur sumbangan berupa beras, barang keperluan dapur dan sebahagiannya dengan wang tunai.
Pagi ini, Sabtu 6 Ramadhan, YB Dr Mohammad Taslim bersama-sama AJK Pusat Khidmat DUN Maharani dan MTD Maharani serta ahli-ahli PAS telah turun padang menziarahi seorang pesakit buah pinggang di Kampung Parit Sepayung Darat, Jalan Temenggong Ahmad, Muar. Kami datang memberi sumbangan barangan dan wang tunai sambil melakukan kerja-kerja gotong royong di sekeliling rumah beliau.
Penerima bantuan pagi ini ialah Sdr Senin bin Sam, seorang pesakit buah pinggang (gambar di atas) , yang tinggal seorang diri kerana bapanya meningal dunia ketika usianya 7 tahun sementara ibunya meninggal dunia setahun yang lalu. 4 orang adik beradiknya telah meninggal dunia kerana sakit buah pinggang. Menurut beliau dahulu beliau bekerja buruh sambil membela kambing di belakang rumahnya. Malangnya sejak sakit buah pinggang 2 tahun yang lalu beliau kehilangan mata pencarian dan hanya mengharapkan bantuan rakan-rakan dan jiran-jiran. Beliau mengucapkan syukur kerana pihak Baitulmal Johor membantu mambayar rawatan dialisis 3 kali seminggu dengan kos lebih RM2000.00 sebulan. Beliau ada juga memohon bantauan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi tidak berjaya. Jika saudara ingin membantu beliau alamat beliau ialah TL 25, Kampung Parit Sepayung Darat, Jalan Temenggung Ahmad, Muar atau hubungi beliau no. telefon 0177489759.
Masalah Sdr Senin juga mendapat perhatian daripada wartawan The Star dan Sinar Harian yang turut mengunjungi pada program sumbangan dan gotong royong (gambar di atas).
YB Dr Mohamad dan rakan-rakan bergotong royong membersihkan kawasan.
Unit Amal PASD Muar juga turun padang.
Rumput di sekeliling rumah turut dipotong.
Inilah reban kambing yang kosong kerana tuannya ditimpa sakit.
Sdr Abu Bakar Ismail, Pengarah MTD Maharani, tekun bekerja.
Sdr Hamidun, Pegawai Khas YB, turut bergotong royong.
Lynas berdepan tindakan saman Sinar Harian 6 Ogos 2011
SEREMBAN – Syarikat Lynas Corporation Ltd bakal berdepan tindakan undang-undang berikutan beberapa penduduk di Gebeng, Kuantan akan menfailkan saman terhadap syarikat tersebut dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pas Pusat, Zulkefly Mohd Omar berkata, :tindakan itu berdasarkan beberapa faktor yang dianggap serius dan boleh menjejaskan penduduk tempatan.
Katanya, tindakan saman itu bukan sahaja dikenakan terhadap Lynas, malah pihak kementerian dan agensi berkaitan termasuk Kerajaan Negeri Pahang.
"Kita telah mempunyai beberapa defendan yang akan memfailkan saman terhadap Lynas serta beberapa penama lain.
"Malah, panel guaman juga telah dilantik untuk mengkaji dan meneliti kes ini supaya boleh dibawa ke muka pengadilan," katanya pada sidang media di Pejabat Pas, Mantin, di sini, semalam.
Turut serta, Pengarah Badan Bertindak Anti Residue, Andansura Rabu.
Zulkefly berkata, antara faktor utama pihaknya berbuat demikian adalah pembinaan lokasi terbabit didakwa tidak sepatutnya dibuat di kawasan yang berdekatan dengan penempatan penduduk.
Malah katanya, jarak antara kilang dengan kawasan kampung hanya dua kilometer sahaja.
Penulis mendapat maklumat melalui blog http://sazuya.blogspot.com/ tentang pendedahan melalui surat JAKIM mengenai beberapa produk yang disahkan tidak halal. Di antara produk tersebut adalah Mamee.
Untuk itu kita meminta pihak berwajib untuk memberi perhatian terhadap masalah ini. Produk seperti Mamee yang dikatakan mengandungi DNA babi sangat digemari oleh anak-anak kecil. Cuba bayangkan jika anak-anak kita membesar dengan memakan makanan dari sumber yang diharamkan oleh Islam.
Sekali lagi kita meminta pihak berwajib untuk melakukan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan.
PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan mereka sebagai alternatif kepada Bajet 2012 yang akan diumumkan perdana menteri Oktober ini.
Malah ianya akan dibentang lebih awal berbanding yang akan dibentang Datuk Seri Najib Razak, kata anggota jawatankuasa Pakatan Rakyat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
Selain Dzulkefly, wakil PAS dalam jawatankuasa merangka belanjawan Pakatan Rakyat itu adalah Timbalan Yang Dipertua PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Yaakob.
PKR pula diwakili Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua manakala DAP diwakili Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.
Selain mereka, pakar dalam pelbagai bidang dari pelbagai latar belakang turut dijemput memberi pandangan kepada jawatankuasa ini.
Bercakap pada sidang media di pejabat seketariat Pakatan Rakyat di sini tengah hari ini, Dr Dzulkefly berkata tema bajet pakatan itu adalah "Kesejahteraan untuk Semua".
Tiga terasnya pula adalah bagi meningkatkan pendapatan rakyat, pembangunan ekonomi mampan dan keadilan sosial serta keadilan dari sudut pengagihan wang negara kepada rakyat.
"Meningkat pendapatan rakyat ini bermaksud rakyat boleh berbelanja dan ada duit dalam poket," katanya.
Antara penumpuan juga katanya adalah kepada 60 peratus isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,500 sebulan.
Tambahnya lagi, bajet Pakatan juga mahu melihat kaedah yang dapat mengeluarkan rakyat negara ini dari perangkap kepada golongan berpendapatan sederhana atau Middle Income Trap.
Bagaimanapun, belanjawan ini katanya bukanlah bayangan belanjawan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008.
Menurutnya lagi, bajet Pakatan Rakyat menampilkan pendekatan merakyat, berbeza dari kerajaan yang dilihat lebih menumpukan kepada projek berskala besar seperti diumum Najib pada belanjawan 2011 lalu.
Beliau merujuk kepada peruntukan besar kerajaan untuk projek Menara Warisan serta projek My Rapid Transit (MRT) dan beberapa projek berskala besar lain.
Selain itu, bajet kali ini juga jelas ahli parlimen Kuala Selangor itu, akan turut mengambil kira faktor kemelut ekonomi global akibat krisis ekonomi Amerika dan Eropah.
KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung aduan salah laku Pegawai Atase Pendidikan Malaysia, Khairi Jalalluddin.
Keputusan itu dibuat setelah delegasi DPPM meneliti dari dekat mengenai aduan mahasiswa Malaysia di Mesir sewaktu ke sana 2 Ogos lalu.
Malah banyak salah laku beliau telah didedahkan di laman sosial facebook "KJ Bocor Fan Club".
Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan adalah berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM).
Khairi yang merupakan ahli Lembaga Kelab Umno Mesir juga merancang untuk mengheret pelajar perubatan Mesir menyertai kelab tersebut serta berkempen di hadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai kelab Umno Mesir.
Selain itu Khairi juga mengadu domba agar pihak duta bertembung dengan mahasiswa.
Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, DPPM memandang serius perkara ini dan memohon pihak KPT menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club.
"Jika Khairi bertindak seperti yang didedah, DPPM mendesak dan menggesa Khairi segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar.
"Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai pegawai atase pendidikan dan beliau boleh kembali ke Mesir atas nama ahli kelab Umno Mesir tanpa perlu berselindung di sebalik jawatan kerajaan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Tambahnya juga, Khairi ternyata melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah dengan profesionalisme tugasnya.
"Beliau sepatutnya berperanan memberi khidmat dan membantu peningkatan akademik mahasiswa di Mesir tapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan di antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di Kaherah Mesir," katanya.
PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.
Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.
Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.
"Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.
"Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku," katanya.
Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).
Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan' itu.
"Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.
"Kita harap kerajaan telus dalam hal ini," kata Tian lagi.
Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak "over confident" dengan sistem baru yang mahu digunakan.
Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.
Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.
Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.
Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nampaknya TV9 masih lagi menayangkan iklan yang menghina sendiri konsep dan fungsi sahur itu sendiri di dalam menjalani ibadah puasa. Bantahan telah dilakukan sebelum ini namun mereka masih berdegil, antara dakwaan yang dikemukakan:
Mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam sehingga menjadi bahan tertawa masyarakat
Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan Ramadhan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan mentertawakan jiran apabila jiran tetangganya tidak dapat bersahur seterusnya menunaikan ibadah puasa
Ini video iklan Ramadhan 2011 TV9 yang dimaksukan itu…saksikan
PETALING JAYA: Timbalan Presiden (Akademik) Univesiti Selangor (Unisel), Prof Dr Anuar Ahmad dilantik sebagai Pemangku Naib Canselor universiti itu selepas jawatan itu dikosongkan oleh Datuk Dr Rosti Saruwono berkuat kuasa 2 Ogos lalu.
Pelantikan Anuar ini berkuat kuasa Jumaat sehingga Naib Canselor yang baharu dipilih.
Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Unisel yang diadakan di pejabat Menteri Besar pada Jumaat, menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar di sini.
Anuar akan menjalankan tugas-tugas sebagai Naib Canselor dengan dibantu jawatankuasa khas melancarkan pentadbiran serta mengukuhkan kewangan universiti.
Dalam tempoh ini, jawatankuasa khas juga akan membantu Ahli Lembaga Pengarah untuk mencari calon sesuai untuk dilantik Naib Canselor yang baru.
Sebelum ini, Rosti meletak jawatannya berkuat kuasa Selasa lalu dipercayai akibat tekanan politik dalaman dan pentadbiran kerajaan negeri.
Difahamkan tindakan tersebut dilakukan sebagai 'membantah' berhubung tindakan terhadap tiga pegawai Unisel yang diarahkan dilucut jawatan.
lembu tengah kencing di selangor. pakai songkok tapo bodoh!
PRU-13: Umno dakwa BN boleh menang besar di Selangor
Oleh Clara Chooi
KUANG, 6 Ogos — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat.
Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu.
Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun.
Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang.
Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008.
"Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor," kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu.
Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif.
"Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar.
"Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia)," kata beliau dengan senyuman.
Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat.
Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai "kawasan hitam", yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi.
Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan.
Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi "kawasan hitam" tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi.
Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok.
Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno.
The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu.
Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu.
Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC.
Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.
Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka.
"Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas," katanya lagi.
Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu.
bermimpi di siang hari. mereka akan mengatakan bermacam-macam untuk menyedapkan hasi sang najib dan rosmah. rakyat selangor akan tolak najib jauh-jauh!
PAS Selangor mendakwa pernah tersua dengan satu kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing dalam satu kejadian beberapa bulan lalu.
Setiausahanya Khairuddin Othman berkata, pihaknya menyerbu dua rumah berasingan di Paya Jaras, Subang dalam satu operasi yang dijalankan bagi menangkap sindiket berkenaan.
Khairuddin mendakwa, "tuan rumah" berkenaan sedang mengedarkan kad pengenalan kepada sekumpulan yang dipercayai warga Indonesia dan Kemboja ketika serbuan dijalankan sekumpulan ahli PAS Selangor. Full story: http://www.malaysiakini.com/news/172111
Sekiranya harga minyak mentah dunia menunjukkan tren penurunan sehingga ke pertengahan bulan ini, kerajaan dijangkakan akan menurunkan harga RON 95 dan RON 97 selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun sebelum ini kerajaan berjanji akan mengkaji harga mingak mentah dunia setiap 14 hari namun sehingga kini tiada penurunan pada harga petrol khususnya RON97 selepas mengalami kenaikan harga sehingga RM2.90/liter pada Mei 2011 dengan sedikit penurunan 10 sen pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.
Jumaat lalu, harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.
Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.
Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.
Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.
KAJANG: Seorang ibu yang mahu mengejutkan anaknya untuk bersahur tergamam sejurus mendapati seorang lelaki tidur nyenyak bersama anak gadisnya dalam kejadian di Batu 18, Hulu Langat, kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika ibu mangsa masuk ke dalam bilik tidur anaknya yang berusia 14 tahun untuk mengejutkannya.
"Sebaik masuk, ibu mangsa terkejut apabila mendapati mangsa tidur bersama seorang lelaki warga Indonesia berusia 21 tahun yang dipercayai teman lelakinya.
"Lelaki terbabit yang terkejut dengan kehadiran ibu mangsa bingkas bangun lalu memohon maaf selain mengaku hanya tidur dan tidak melakukan apa-apa bersama mangsa," katanya.
Katanya, ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengakuan lelaki itu mendesaknya untuk mengetahui apa yang berlaku.
"Atas desakan berterusan ibu mangsa, lelaki itu mengaku sudah melakukan hubungan seks dengan mangsa ketika ahli keluarga lain sedang tidur. "Lelaki itu juga mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.
"Ibu mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu yang melarikan diri membuat laporan di Balai Polis Batu 18, Hulu Langat," katanya.
KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih. Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing.
Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap. "Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap). "Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Salahuddin.
Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar."
Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.
Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia.
"Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab.
"Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara," katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0.
"Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat.
"Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?," katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius.
Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya.
"Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen.
"Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi," katanya.
Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil.
Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan "sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini."
Dakwaan Anwar Tentang Penglibatan PDRM-ASIASOFT Sebuah Syarikat Israel Mula Nampak Kebenarannya? Dah setahun isu dan kes itu diutarakan. Kenapa ? Bila beberapa blog pro-UMNO/BN seperti blog gerakantimur, kerisputera darulehsantoday dan gerakan-anti-pkr telah mula mempersoalkan penglibatan Syarikat Asiasoft yang pernah ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 April 2010. Dakwaan berkenaan adalah berhubung kegiatan individu yang didakwa sebagai ejen risikan Israel.
Ekoran daripada itu, barulah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) terhegeh2 mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM.. di sini
Komen : Ridhuan Tee (Beliau dikatakan masuk Islam berasal dari keturunan Tionghua dan sebelum berkahwin dan masuk Islam memang hidup dikelilingi orang Melayu yang beragama Islam, tidak hairan beliau kalau berbual macam orang Perok (orang Perak)).Malangnya beliau tidak boleh join sebagai Ahli UMNO kerana bukan Melayu, tapi peribumi di Sabah dan Serawak boleh pula masuk UMNO. Inllah yang jadi dabel standard UMNO.
1, Riduan Tee dalam tulisannya mengatakan Pemerintah Malaysia sekarang bersifat lembut dengan pendakwah Kristian melampau hanya mahu menjaga undi semasa pilihanraya sahaja. Fakta ini saya memang akur tang sifat pemerintah bukan sahaja kepada layanan pada penganut Kristian malah PM kita pun sanggup mengadap Pope yang jauh berribu batu.
2. Pada pendapat orang Islam yang matang kita wajib sedar bahawa sebagai orang Islam kita wajib menuntut ilmu Islam dan mengamalkan serta melaksanakan perintah Allah dibumi Allah malah perlu mendakwah atau secara lembutnya Nabi kata " Sampaikanlah walau satu ayat" dan "Sampaikanlan perkara itu walaupun pahit".
Dakwah secara lughawi berasal dari bahasa Arab, dakwah membawa maksud seruan, panggilan, undangan. Secara istilah, kata dakwah bererti menyeru atau mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dan menuruti petunjuk, menyuruh berbuat kebajikan dan melarang perbuatan munkar yang dilarang oleh Allah Swt. dan rasul-Nya agar manusia mendapatkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Allah berfirman yang bermaksud:
"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yang Menyeru kepada Allah dan beramal soleh seraya berkata:"Sesungguhnya saya salah seorang Muslim." (Fussshilat ayat 33) Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T. antara lain Adam a.s., Noah a.s, Hud a.s, Ibrahim a.s , Ismail a.s, .Ishak a.s., Ya'qub a.s., Yusuf a.s., Musa a.s, Daud a.s., Sulaiman a.s., Isa a.s. dan hingga ke akhir Rasulullah Muhammad s.a.w. Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan jahat. Usaha dakwah perlu dibuat mengikut keadaan atau kumpulan sasar. Sebahagian ulama menyebut, kumpulan sasar hari ini menghadapi pelbagai penyakit dan masalah. Lalu memerlukan 'ubat' oleh pendakwah. Jadi pendakwah perlu meneliti, mengkaji sebelum memberi 'ubat' agar penyakitnya sembuh. Kadangkala 'ubat' itu keras walaupun selalunya lembut. Mereka yang boleh melakukan sedemikian boleh digelar pendakwah berhikmah.
3. Anda , kita dan Dr Ridhuan Tee yang mengaku Islam SEBELUM MENEMPLAK PENGANUT/PENDAKWAH KRISTIAN wajar tahu bahawa orang Kristian telah menganggap Nabi Isa adalah pesuruh dan ikutan mereka. Mereka percaya Nabi Isa disalib hanya kerana berkorban untuk menyelamatkan manusia. Dengan sedemikian mereka (penganut/pendakwah) menganggap mereka (selain beragama Kristian)yang belum menganut Kristian diianggap perlu diselamatkan dengan cara mendakwah dan mengajak mereka masuk Kristian. Inilah yang orang Islam perlu FAHAM/TAHU terutama pemimpin Kerajaan kita yang beragama Islam (yang ada kuasa jangan bila tak boleh menguruskan baru nak mengadu kepaa YDP Agong) khasnya Ketua Agama Islam seperti Menteri yang menjaga Hal-Ehwal Islam perlu mendakwah dan bersungguh dalam konsep menyampaikan yang sebenar dari Al-Quran kepada orang-orang yang belum masuk Islam seperti penganut Kristian dan Pendakwah tersebut. Menteri Agama bukan sibuk dengan projek yang berkaitan kementerian dan asyik mengiakan pimpinan atasannya secara membabi-buta.Beliau perlu rangka pendakwahan berkala atau bersistem agar semua rakyat bukan Islam di Malaysia dapat diberi penerangan apa itu Islam dan kenapa Islam sahaja Agama yang diiktiraf di sisi Allah!
4. Akhir sekali Dr Ridhuan Tee harus jelas dalam kesungguhan BN/UMNO nak merampas Selangor maka tidak pelik jika ada yang timul komen dan fitnah terutama pada tindakan JAIS yang ketuanya adalah lantikan dari Kerajaan BN (Biasanya Ketua Pengarah adalah penyokong UMNO). Datuk Dr Hasan Ali hanya orang No. 2.FAHAM!
Di bawah ini adalah tulisan Dr Ridhuan Tee.
Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.
Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.
Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.
Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?
Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.
Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.
Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.
Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.
Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.
Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.
Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.
Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.
Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.
Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.
Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.
Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.
Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.
Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
Alhamdulillah dengan izin Allah PAS Selangor telah dapat mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang didakwa didalangi rakyat tempatan berlaku di DUN Paya Jaras, Subang dekat sini.
Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah. Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis. "Peliknya kad pengenalan itu boleh dibaca 'card reader' tetapi semakan di dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka sebagai penduduk tetap (PR) "Kami menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam. "Satu kes lagi melibatkan seorang individu dari Johor yang mengedarkan kad pengenalan kepada warga Kemboja.
Kerakyatan sedang digadai "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya. Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia. Ujar Khalid kes tersebut juga seperti kes yang berlaku di Sabah ketika Barisan Nasional berjaya menguasai negeri itu. "Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk. "Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihukum dengan hukuman berat," katanya.
Rakyat dengan rasa bersyukur dan memuji serta menyanjung tinggi kerajaan negeri apabila mengumumkan untuk mengecualikan pembayaran lesen perniagaan bazar Ramadhan sempena kedatangan bulan ibadat itu. Semua bandar diseluruh negeri Perak di gantung banner gambar Zambry yang bertulis "TERIMA KASIH KERAJAAN NEGERI ERAK KERANA MEMANSUHKAN LESEN PASAR RAMADHAN"
Ramai yang berkata
"untungle kome berniaga free kat bazar tahun ni.... berniage free..." "rugi le kome kalau tak niaga taun ni... kerajaan tanggung semua.. free je kome"
Ramai rakyat memikirkan sebegitu. Kerajaan dipuji-puji dan dipandang baik oleh rakyat seolah-olah "mendahulukan rakyat" kerana mengecualikan pembayaran lesen perniagaan bazar Ramadhan di seluruh negeri Perak.
sedangkan...
Kerajaan Kudeta Perak hanya mengecualikan pembayaran lesen perniagaan bazar yang berharga tidak sampai RM20 tetapi peniaga perlu membayar sewa tapak kira-kira rm200. itulah realiti sebenarnya. Rakyat menganggap peniaga bazar Ramadhan berniaga secara percuma tanpa sebarang bayaran.
Begitu mudahnya BN menipu rakyat dan mudah sangat rakyat ditipu.
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KEMAMAN: Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai meraikan kira-kira 80 orang fakir miskin bagi setiap Unit Peti Undi (UPU) di Dewan Undangan Negeri (Dun) Chukai.
Program tersebut diadakan sempena Iftar Ramadan bersama Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di Puteri Foodcourt, Bandar Baru Bukit Mentok, Chukai, Kemaman pada 5 Ogos lalu.
Berikutan itu, tidak kurang dari RM10,000 akan dibelanjakan setiap bulan bagi tujuan kebajikan memperbaiki rumah, bantuan fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim.
Pengerusi MTD Chukai, Haji Hanafiah Mat berkata objektif utama program seumpama ini diadakan bagi merealisasikan konsep Negara Berkebajikan.
Katanya, program tersebut telah lama diamalkan oleh PAS sebagai sebuah parti gerakan Islam sebelum dikomersialkan pada Muktamar Agung Tahunan PAS yang lalu.
"Majlis (Iftar) hari ini juga bertujuan mengumpul Dana Infak Dun Chukai. 80 orang fakir miskin diraikan dengan pengagihan sumbangan berupa beras, barangan dapur dan wang tunai.
"Objektif kita (PAS) jelas, untuk merealisasikan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan dan dikomersialkan oleh PAS pada muktamar kita yang lalu," ujarnya ketika ditemui selepas majlis tersebut.
Menurutnya, pihak MTD menetapkan empat bulan sekali setiap cawangan PAS dalam Dun Chukai ini akan mengagihkan sumbangan tersebut.
Malah, katanya MTD Chukai komitmen memperuntukkan sejumlah tertentu dari dana infak tersebut bagi melaksanakan aktiviti berkenaan.
Selain itu, Hanafiah mendakwa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya memberikan bantuan 'terpilih' dan tidak adil kepada rakyat.
"Umno-BN hanya beri bantuan 'terpilih' kepada yang sokong parti mereka sahaja. Ini (bantuan) tidak adil kepada rakyat.
"Kita (PAS) semasa jadi kerajaan dan memerintah negeri Terengganu ini semua orang tanpa mengira fahaman politik dan kaum dapat bantuan kerajaan kita (PAS)," jelasnya.
Tinjauan mendapati hampir 1000 orang hadir pada majlis tersebut dan sempat mendengar tazkirah Ramadan serta sesi soal jawab agama bersama Ustaz Azhar Idrus.
Selepasmajlis berbuka puasa beramai-ramai turut diadakan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Ustaz Azhar serta solat Isyak dan Terawih bersama anggota Unit Amal.
Di antara cabaran ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali ialah mempunyai kawasan yang agak terpencil berupa pulau yang memerlukan pengangkutan air.Sudah tentulah belanjanya lebih berbanding dengan 55 DUN lain di seluruh Selangor.Ia juga memerlukan masa yang berlipat kali ganda dan lebih sukar untuk penyokong dan ahli PAS melawat dan menyantuni penduduknya. Inilah yang di antara sebab ADUN Selat Klang melantik seorang ahli KELAB PENYOKONG PAS sebagai ketua kampung.Banyak masalah tentang komunikasi dan urusan dengan jabatan dan agensi kerajaan seperti pejabat daerah Klang, PDRM, Jabatan Kebajikan dan TNB,Syabas boleh diselesaikannya dengan baik.Namun ada pihak yang beririhati dengannya dan menimbul kebolehannya mewakili kampung baru itu. Maka pemilihan ketua kampung baru yang pertama di Selangor di adakan pada 31.7.11 yang lepas.apaemilihan cara profesional dan 'gentleman' itu membukti beliau dipilih oleh orang kampung yang kebanyakannya adalah nelayan sebagai Ketua Kampung Pulau Ketam.Alhamdulillah atas kegigihannya serta sahabat dan sokongan keluarganya yang padu beliau menang pemilihan tersebut mengalah lawannya daripada PKR. MAFREL turut memantau dan memuji metodologi yang dipakai termasuk menggunakan dakwat kekal yang murah dan mudah serta berkesan. Tahniah En CHA KENG LEE.Kesabaran dan ketekunana anda berbaloi! Syabas dan tahniah kepada Pejabat tanah Klang yang bekerja secara profesional.
Berkuatkuasa 1 Ogos, permohonan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dan Dokumen Perjalanan (DP) di Sarawak semakin mudah dan cepat dengan khidmat Kaunter 1Stop dengan pemprosesannya siap dalam masa sejam.
Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak Datuk Robert Lian berkata, di bawah sistem Kaunter 1Stop, PMA dan DP diproses dan disiapkan di satu kaunter sahaja yang meliputi urusan pembayaran, semakan, kelulusan dan juga pertanyaan lanjut.
"Kita telah memulakan tempoh percubaan melaksanakan sistem kaunter tersebut mulai 1 Julai hingga 31 Julai lepas di kaunter ibu pejabat Jabatan Imigresen, di Kuching dan setelah didapati berjaya ianya telah dilaksanakan pada 1 Ogos yang lalu.
"Proses ini memendekkan masa pemerosesan semakan di kaunter dan pelanggan akan bertambah selesa," katanya dan menurutnya semuanya akan disempurnakan dalam tempoh sejam.
Hanya PMA dan DP yang telah siap akan diserahkan kepada pemohon di kaunter berlainan, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata tempoh operasi kaunter tersebut pada Isnin hingga Jumaat ialah mulai 7.30 pagi hingga 5.30 petang manakala pada Sabtu dan Ahad pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Beliau berkata sistem Kaunter 1Stop ini akan diperluaskan ke pejabat-pejabat Jabatan Imigresen di bandar lain di negeri ini sekiranya mendapat sambutan mengalakkan.
"Sekarang orang ramai mempunyai banyak opsyen semasa berurusan dengan Jabatan Imigresen Sarawak, bagi yang hendak memperbaharui PMA boleh berbuat demikian di kiosk pembaharuan pasport di tingkat bawah Bangunan Sultan Iskandar di Kuching.
"Pegawai Imigresen juga ditempatkan di kiosk tersebut untuk memudahkan pelanggan berurusan," katanya dan menurutnya dengan semua kemudahan itu, orang ramai tidak perlu menunggu lama untuk dilayani.
Beliau berkata bagi tempoh enam bulan tahun ini, Jabatan Imigresen Sarawak berjaya mengutip RM12 juta daripada pengeluaran pasport dan pelbagai DP.
Ramadhan muncul kembali pada tahun ini. Kehadiran yang dirindui oleh hamba yang tamak untuk beribadat kepada Allah SWT. Ramadhan penghulu segala bulan di dalam setahun. Kelebihannya tidak ada tolak ber banding dengan bulan yang lain. Allah maha mengetahui kerana menjadikan Ramadhan sebagai bulan yang cukup istimewa kepada umat nabi Muhammad SAW.
Ayat yang mewajibkan puasa sebulan ialah di dalam surah al-Baqarah 183-184 "Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum daripada kamu agar kamu bertaqwa"
Kefarduan puasa Ramadhan apabila turunnya ayat ini di akhir bulan Syaban tahun kedua hijrah. Bermula tahun itulah puasa sebulan diwajibkan.
Marilah kita merebut peluang Ramadhan untuk menggandakan amal kita kepada Allah SWT. Bulan yang penuh dengan rahmat Allah kepada hamabanya . Justeru itu perlu digandakan kerja amal kita di dalam bulan Ramahdan untuk kita minta kekuatan kepada Allah bagi mengahdapi cabaran perjuangan yang begitu mencabar. Lebihkan munajat kita kepada Allah kerana bulan yang cukup mustajab terutama di sepuluh terakhir.
Bulan Ramadhan ialah diawalnya rahmat, pertengahan keampunan dan akhirnya pembebasan daripada neraka jahanam.
Rahmatnya Ramadhan yang difardukan kepada hambanya sehinggakan mampu hambanya boleh melakukan dengan senang tanpa merasakan satu bebanan kepada hambanya. Sehinggakan mereka yang sakit gastrik di bulan lain tetapi mampu untuk melakukannya.
Firman Allah SWT bermaksud "Rahmatku meliputi segala sesuatu" al-Araf 156. Memanglah tepat Ramadhan ialah bulan ibadat kepada hambanya. Rasa ringan untuk melakukan ibadah memang terpancar dalam diri setiap hambanya. Contohnya agak sukar pada hari kebiasaan kita boleh menunaikan ibadah solat sunat sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat, tetapi di dalam bulan Ramadhan kita mampu melakukannya. Allah juga melontarkan perasaan untuk membuat baik, lebih daripada hendak membuat jahat di dalam hati manusia. Kadang-kadang mereka yang melakukan perbuatan jahat berhenti operasi di dalam bulan Ramadhan. Dengan rahmatnya ringan manusia hendak menderma di dalam bulan Ramadhan, lebih pemurah di bulan ini berbanding dengan bulan lain. Inilah rahmat Allah kepada kita di dalam bulan Ramadhan.Kita mengharapkan Ramadan jangan ia berlalu begitu sahaja sebagaimana peringatan Rasulullah SAW . Semoga kita tidak tergolong di kalangan mereka yang celaka.
Sabdanya bermaksud, Dari Ka'ab Bin 'Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
"Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]
Di dalam hadis di atas terdapat tiga golongan akan mendapat kecelakaan atau akan dijauhkan daripada rahmat Allah SWT, iaitu:
Orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosa-dosanya tidak juga diampuni oleh Allah.
Orang yang apabila disebut nama Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) di sisinya lalu ia tidak menyambutnya dengan salawat ke atas Nabi (sallallahu alaihi wasalam).
Orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua, atau salah seorang daripadanya, namun ibubapanya itu tidak menjadi sebab untuk ia masuk surga Allah.
Oleh itu marilah kita bergembira dengan menyambut kedatangan Ramadhan sebagaimana Rasulullah SAW bersabda maksudnya"Siapa yang bergembira dengan kehadiran Ramadhan, maka Allah mengharamkan atas dirinya dimasukkan ke dalam api neraka"
Jumaat, 05/08/2011 - Dari kandang hitam, bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak menafikan dakwaan ke atasnya atas tuduhan membunuh para pemprotes yang menyeru perletakan jawatannya.
Mubarak yang berada dalam keadaan tidak sihat itu dibawa dengan kerusi roda ke mahkamah untuk perbicaraan pertama atas tuduhan politik dan jenayah. Mubarak ditemani bekas menteri dalaman Habib Al-Adeli dan kedua-dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa, yang merupakan antara 6 individu terlibat dalam pembunuhan orang awam.
Pada 1Ogos2o11 @ 1Ramadhan1432H Pas Kawasan Merbok dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok telah menjayakan aktiviti sumbangan Ramadhan 1432H khusus buat Dun Bukit Selambau.Antara yang menerima sumbangan Ramadhan tersebut ialah Kg Perak, Bukit Selambau Kg Tengkorak Batu, Kg Pokok Machang,Kg Batu Belacan, Pantai Cicar, Kg Jerung dan lain-lain.Sumbangan diberikan samada melalui wakil dan juga terus kepada yang layak menerima. Pihak Pas Kawasan dan juga Dewan Pemuda Pas Kawasan Merbok mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak/individu yg sudi menghulurkan sumbangan ikhlas bagi menjayakan program Ramadhan ini,semoga dirahmati.Jazakallahu khairan kathiro.
RAMADAN kembali lagi. Seperti nikmat Allah SWT yang tidak pernah berkurang, begitulah Ramadan yang sentiasa dilimpahi rahmat kepada mereka yang mencarinya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila tiba Ramadan, pintu-pintu rahmat akan dibuka (riwayat Muslim).
Kehadiran bulan ini sentiasa dinanti-nantikan oleh jiwa-jiwa beriman yang kasih dan mengharapkan pengampunan Allah.
Firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.(al-Baqarah: 183).
Objektif akhir insan yang berpuasa adalah untuk mencapai tahap ketakwaan dan keredaan Allah.
Untuk mencapai tahap takwa ini, kita akan berhadapan dengan pelbagai tugasan, peraturan dan ujikaji sikap sepanjang sebulan ini.
Justeru, sekolah atau madrasah Ramadan perlulah dihayati dan dipenuhi dengan pelbagai amanah kerja yang diminta oleh Allah dan diajar oleh Rasulullah. Tanpa pendaftaran atau yuran, bulan tarbiyah dan pendidikan ini menjanjikan kelebihan dan kemenangan kepada hamba-Nya yang bertakwa. Benarlah janji Allah: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenangan. (al-Naba': 31).
Takwa secara ringkas maksudnya melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.
Maksud ini dilaksanakan melalui arahan berpuasa yang hakikatnya bukanlah setakat menahan diri daripada makan minum.
Namun lebih besar lagi adalah meninggalkan segala larangan seperti menipu, mengumpat, bertelingkah, boros berbelanja, membazir, makan harta riba, berjudi dan sebagainya.
Madrasah Ramadan juga mengajar kita supaya sentiasa melakukan kebaikan kerana pahalanya adalah berlipat kali ganda. Oleh itu, amalan tadarus al-Quran, qiamullail, solat berjemaah, tarawih, tazkirah, bersedekah, memberi makan orang yang berpuasa, memberi makan anak yatim dan sebagainya hendaklah menjadi agenda kita sehari-harian dalam bulan berkat ini.
Mereka yang menghidupkan amalan Ramadan dijanjikan dengan rahmat tanpa batasan dan diluaskan pintu keampunan. Sabda Rasulullah: Sesiapa yang mendirikan (menghidupkan) Ramadan dengan keimanan dan mengharap (keampunan), maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu. (riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Walaupun pelbagai ganjaran yang boleh direbut dalam Ramadan, namun terdapat di kalangan umat Islam di negara kita yang telah mengkurus-keringkan pahala mereka.
Ini akibat daripada salah faham dan kesilapan tradisi dalam melakukan ibadah puasa Ramadan.
Perkara berkaitan salah faham dan kesilapan yang disebutkan dalam rencana ini hanyalah beberapa peringatan kepada kita untuk memastikan ibadat puasa kita diterima sepenuhnya oleh Allah. Kadang-kadang, kita lebih mementingkan perkara-perkara kecil, sedangkan perkara yang lebih besar tidak diberi perhatian.
Contohnya, wujud tradisi dalam masyarakat kita yang terikut-ikut budaya bergaduh atau bertengkar mengenai jumlah rakaat dalam solat Terawih.
Hakikatnya, solat tersebut adalah sunat bukannya wajib. Kedua-duanya adalah sunnah Nabi dan juga para Khulafa' al-Rasyidin yang dimulakan oleh Umar al-Khattab.
Sepatutnya, perkara ini tidak menjadi isu. Malah, jangan terkejut khalifah Umar Abdul Azi pernah menguatkuasakan solat Terawih sebanyak 36 rakaat dan tiga kali witir.
Apa yang penting adalah amalan tersebut disertai dengan niat yang ikhlas. Dua rakaat yang ikhlas lebih mulia daripada 100 rakaat yang ujub. Pertelingkahan dalam perkara-perkara kecil dan sunat hendaklah dielakkan demi menjaga silaturahim sesama Muslim.
Justeru, sepanjang madrasah Ramadan ini kita hendaklah mengawasi pancaindera dengan melakukan perkara-perkara berikut bagi memenuhi tuntutan sebenar ibadat puasa;
n Menjaga lidah daripada bercakap kosong, mengumpat, memburuk-burukkan orang lain dan sebaiknya hendaklah dibasahi dengan berzikir atau bertadarus al-Quran;
n Menjaga mata daripada melihat perkara yang diharam dan melalaikan kita daripada mengingati Allah SWT;
n Menjaga telinga daripada mendengar lagu-lagu dan perbualan yang tidak berfaedah dan sebaiknya digunakan untuk mendengar bacaan al-Quran.
n Menjaga anggota-anggota tubuh lain seperti perut, kaki, tangan dan sebagainya. Perut semasa bersahur dan berbuka puasa hendaklah diisi dengan makan halal, baik dan mengikut sunnah. Kaki dan tangan hendaklah digunakan untuk berzikir, solat, dan melangkah ke surau atau masjid.
Dengan pengawasan dan amalan baik, insya-Allah Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita sebelum dijemput ke alam barzakh. Alangkah indahnya jika kita berjaya menghabiskan tempoh latihan di madrasah Ramadan ini dengan memperoleh ijazah takwa yang dijanjikan itu.
Beruntunglah kita di dunia dan berbahagialah kita di akhirat. Ingatlah perkhabaran Rasulullah: Orang berpuasa memiliki dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya, iaitu kegembiraan apabila berbuka, dan apabila bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya. (riwayat al-Bukhari).
" Wahai orang-orang yang beriman, difardukan atas kamu berpuasa sepertimana difardukan ke atas orang-orang terdahulu dari kamu mudah-mudahan kamu bertaqwa" AL-Baqarah 183
" (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; ………….." AL-Baqarah 185.
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu ? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." AL-Qadr 1-5
"(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa." A-li Imraan 138
Syukur ke hadrat Illahi, sekali lagi kita berpeluang bersama Ramadan, bulan yang mulia yang diwahyukan dan difardukan untuk kita berpuasa, semoga dengan berpuasa kita akan menjadi orang yang bertaqwa..
Jika ditanya semua orang Islam, semuanya akan bersetuju mengatakan Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan. Setiap kali datang Ramadan banyak tazkirah yang mengulas tentang perkara-perkara yang berlaku dan terdapat dalam bulan Ramadan.
Sebagai renungan bersama mari kita cuba senaraikan semula antara kelebihan-kelebihan dan peluang-peluang yang ada dalam bulan Ramadan untuk panduan kita bersama.
1. Malam Anugerah Khas, Malam Lailatul-Qadar dipilih Allah untuk dinikmati oleh orang Islam yang beribadat dalam bulan Ramadan. Orang Islam akan dapat menikmati ganjaran ini, ganjaran pahala bagi setiap ibadat yang dilakukan sama seperti beribadat selama seribu bulan dalam bulan yang lain, iaitu melebihi 80 tahun lamanya
2. Ganjaran pahala bagi setiap ibadat orang Islam digandakan i. Setiap satu solat sunat dikerjakan dalam bulan Ramadan ganjaran nya sama dengan ganjaran solat wajib yang dilakukan dalam bulan selain Ramadan. ii. Ganjaran solat wajib yang dilakukan dalam bulan Ramadan diberi tidak kurang tujuh puluh kali ganda dibandingkan dengan dikerjakan dalam bulan yang lain.
3. Suasana beribadat orang Islam tidak diganggu oleh iblis dan syaitan kerana semua iblis dan syaitan dibelenggu oleh Allah dalam bulan Ramadan. Kekurangan adalah kerana kejahilan dan kedegilan kita sendiri.
4. Mereka yang jarang ke mesjid dan surau semasa bulan yang lain tidak akan berasa malu jika ke mesjid dan surau dalam bulan Ramadan kerana ramai orang lain pun beigitu juga.
5. Dengan dijanjikan pahala yang berlipat kali ganda, marilah kita iringi semua solat wajib lima waktu kita dengan solat sunat awal dan akhir jika terdaya kerana masa yang diambil tidaklah lama.
6. Peluang untuk mendirikan solat malam iaitu selepas tengah malam hingga waktu subuh adalah terbuka luas kerana kita perlu bangun untuk bersahur. Antara solat yang digalakkan ialah solat tahajjud dan solat taubat. Kita perlu bersahur kerana itu syariat.
7. Masa yang panjang yang ada waktu lepas tengah malam hingga sahur, kalaupun tak mampu nak buat selalu, sekali sekala buatlah solat sunat tasbih. Solat sunat tasbih ini memerlukan masa yang sedikit panjang dan kekuatan stamina yang lebih terutama kekuatan sendi pinggang, lutut dan kaki. Ganjaran pahala solat sunat tasbih amat istimewa.
8. Setiap kita tentunya banyak berbuat dosa, peluang meminta ampun dari Allah terbuka luas dalam bulan Ramadan, kerana salah satu kumpulan manusia yang berdoa yang tidak akan ditolak doanya oleh Allah ialah mereka yang berdoa sedang mereka itu berpuasa.
9. Peluang bertadarus Al-Quran terbuka luas di mesjid dan surau kerana hampir setiap malam semua surau dan mesjid mengadakannya. Mereka yang kurang mahir boleh bersama jemaah lain dan akan dibimbing membaca bersama dalam kumpulan-kumpulan tertentu.
10. Pada Hari Kiamat nanti, Al-Quran akan memohon kepada Allah supaya semua pembaca Al-Quran diberi kemudahan dalam perhitungan dan diberi ganjaran kebaikan oleh Allah kerana telah mengorbankan masa lapang dan waktu tidur malamnya dengan membaca Al-Quran.
11. Dapat merasa manisnya menikmati (mendengar dan menghayati) bacaan AL-Quran hampir sama dengan sewaktu di Tanah Suci Makkah dan Madinah kerana banyak masjid dan surau mengadakan solat terawih secara bacaan AL-Hafiz satu malam satu juzuk.
12. Dengan solat terawih secara bacaan hafiz ini juga kita berpeluang melakukan sujud tilawah beberapa kali bila sampai ayat-ayat yang tertentu. Waktu sujud adalah waktu kita paling hampir dengan Allah dan ambillah peluang yang tidak datang selalu ini untuk memohon apa sahaja kepadaNya, Insyaallah akan dimakbulkan semua doa kita.
13. Oleh kerana imam akan membaca ayat-ayat yang panjang, secara tidak langsung kita boleh berlatih untuk berdiri lama sewaktu solat sebagaimana yang biasa berlaku di tanah suci sewaktu musim haji dan umrah. Dalam keadaan biasa sehari-hari kita hanya dapat berlatih pada waktu solat subuh Jumaat sahaja bila kebanyakan imam akan membaca Surah As-Sajdah dan Surah Al-Insaan, itupun tidak panjang hanya 30 dan 31 ayat sahaja setiap satunya.
14. Dengan bersolat terawih juga kita boleh berlatih membaca ayat-ayat Al-Quran dengan mengikut perlahan-lahan bacaan imam kerana ia tidak menjadi kesalahan asalkan tidak mengganggu imam dan makmum yang lain. (Walau bagaimanapun untuk mengelakkan kekeliruan dalam masalah ini ada khilaf ulamak mengatakan bahawa makmum wajib mendengar dan dilarang membaca Al-Quran sewaktu imam membaca, Wallahualam).
15. Dengan mengerjakan solat terawih 20 rakaat atau 23 rakaat jika bersama witir, kita sebenarnya melakukan latihan jasmani yang mampu menambahbaik kesihatan badan kita.
16. Dengan bersolat Isyak atau Subuh secara berjemaah adalah umpama beribadat separuh malam, manakala jika kita di malam yang sama bersolat Isyak dan Subuh secara berjemaah maka adalah umpama bersolat seluruh malam. Oleh itu jika kita bersolat Isyak dan Subuh pada malam bertepatan dengan datangnya malam Lailatul Qadar maka untunglah kita seolah olah kita sudah beribadat seluruhnya pada malam Lailatul Qadar tersebut, Wallahualam.
17. Kita boleh berkenal-kenalan dengan ramai orang kerana solat terawih digalakkan dibuat secara berjemaah. Kita juga boleh solat di kariah yang lain jika kita suka dan dengan itu boleh mengenali lebih ramai saudara seagama.
18. Dalam bulan Ramadan, kita boleh mengawal dan menjimatkan perbelanjaan makanan harian kita kerana kekerapan makan telah berkurang. Kita boleh menjimatkan wang dengan banyak, contohnya tanpa makan pagi, rehat pagi, makan tengahari, minum petang dan makan lewat malam. Kita makan hanya dua kali sahaja iaitu berbuka dan sahur..
19. Tanpa disibukkan dengan waktu membeli keperluan makanan, memasak, dan masa-masa makan kita akan ada banyak masa untuk membaca Al-Quran dan kitab-kitab agama. Membaca kitab agama lebih-lebih lagi membaca Al-Quran akan menguatkan keimanan, manakala ganjaran pahalanya tidak terhitung hanya Allah Maha Mengetahui.
20. Secara semulajadinya manusia tidak akan bertindak agresif apabila mereka lapar berlainan dengan haiwan. Dengan ini suasana berpuasa di bulan Ramadan juga dapat mewujudkan peluang bagi memperbaiki hubungan yang tidak mesra yang berlaku antara mana-mana dua pihak yang berselisih faham sebelum itu.
21. Mereka yang belum mengeluarkan zakat, samaada harta, tanaman, ternakan ataupun keuntungan perniagaan boleh mengambil peluang keemasan di bulan Ramadan ini untuk melipatgandakan hasil ganjaran pahala disisi Allah.
22. Para hartawan boleh merapatkan hubungan dengan orang ramai terutama fakir miskin dan anak-anak yatim melalui sumbangan makanan, pakaian ataupun wang ringgit.
23. Orang yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan boleh mula berjinak-jinak dengan alam periagaan melalui jualan pakaian hariraya, kuih muih atau makanan berbuka puasa atau lainnya asalkan halal dan tidak terleka dari beribadat bila sampai waktunya.
24. Mereka yang sebelum ini kurang menitikberatkan soal aurat dalam berpakaian, ambillah peluang ini untuk memperbaiki diri, Insyaallah semua rakan dan taulan akan menerima kita dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya Allah tidak akan memberatkan sesiapa pun atas apa yang dia tidak mampu.
25. Dengan berpuasa kita berpeluang mengurangkan berat badan dengan menjaga diet dan pemakanan
26. Dengan pergi solat terawih kita berpeluang mengurangkan dosa mata, dosa telinga, dosa mengumpat dengan meninggalkan peti-peti tv yang banyak menyiarkan rancangan yang tidak sesuai.
27. Dengan berpuasa dan solat terawih kita juga berpeluang mengurangkan dosa kaki dan dosa tangan dengan tidak merayau ke tempat-tempat yang melalaikan.
28. Anak-anak yang kurang berpeluang berbakti kepada kedua ibubapa, ambillah peluang ini dengan membantu mereka memasak dan menyediakan makanan untuk berbuka dan sebagainya. Disamping membantu kita dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
29. Mereka yang berhutang, ambillah peluang yang baik ini untuk melangsaikannya, disamping selesainya hutang, hati kita akan tenang dan gembira, pemiutang akan turut sama gembira, dan sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah mengatakan antara orang yang berhutang dengan orang yang tidak berhutang, doa orang yang tidak berhutang lebih cepat dimakbulkan Allah.
30. Sekiranya ada orang berhutang dengan kita dan jumlahnya boleh kita maafkan dan tidak akan memiskinkan kita jika kita melupuskannya, adalah dianjurkan kita lupuskan sahaja, semoga rezeki kita akan ditambah oleh Allah berganda-ganda kerana kerelaan kita itu.
Disamping itu banyak lagi kelebihan yang terdapat dalam bulan Ramadan yang tidak dapat disenaraikan setiap satunya.
Apa yang dimushkilkan ialah dengan begitu banyak kelebihan yang ada, mampu dan dapatkah kita menikmati sebahagian daripadanya kalaupun tidak berjaya menikmati kesemunya. Para ulamak selalu mengulang-ulang perkara ini tetapi ramai dari kita masih ditakuk lama. Dari setahun ke setahun, Ramadan datang dan kemudian Ramadan pergi, yang muda dah jadi tua, dulu kuat sekarang lemah, dulu sihat dah mula uzur, dulu kaya kini bertukar menjadi miskin dan sebagainya, nilai ibadat kita masih tidak berubah..
Ada di antara kita yang berazam untuk memulakan dan melipatgandakan ibadat bila bersara contohnya, tetapi sedarkah kini begitu ramai antara kita yang menjadi uzur sebelum masuk umur bersara, usia baru tiga puluhan atau empat puluhan kaki mula tidak kuat, lutut mula sakit, pinggang mula payah nak lurus, mata cepat jadi kabur, pendengaran telinga cepat merosot, yang lengkap anggota sudah cacat kerana kemalangan dan sebagainya.
Bukan itu sahaja ramai pula yang mati dalam usia muda. Juga ramai pula dihinggapi kencing manis perlu selalu melawat dan tinggal di hospital, atau mendapat sakit ghout, sakit buah pinggang, sakit kencing tak tus, sakit karang susah kencing, darah tinggi naik menggila terpaksa makan ubat sepanjang masa, rosak paru-paru dan menghadapi masalah jika terkena air sejuk, mengidap pening yang kronik dan berbagai lagi kesukaran yang mengganggu dan menghalang kita dari beribadat kepada Allah dengan selesa.
Oleh itu marilah sama-sama kita berazam dan memulakan langkah menuju dan mengerjakan amal ibadat kepada Allah dan kebaikan sesama manusia dari sekarang selagi masa masih ada dan janganlah menunggu hingga sudah tiada daya upaya kerana waktu itu menyesal sudah tidak berguna lagi. Jika tak mampu buat semua janganlah pula kita tinggalkan semua. Hidup dan mati itu sangat hampir seperti hampirnya dua jari kita.
Anggaplah Ramadan sebagai tetamu khas yang datang bertandang setahun sekali ke rumah kita dan sekarang ini sudah hampir seminggu bersama kita. Apakah bentuk layanan yang kita sediakan dan berikan kepadanya. Setakat ini baikkah layanan kita, lazat dan istimewakah makanan yang kita sediakan, rumah dan bilik tempat tidurnya bagaimana dan lain-lain keperluannya adakah telah di sediakan sewajarnya. Jangan lupa tetamu bernama Ramadan ini lagi tiga minggu akan pulang kepangkuan Allah melaporkan dan membawa semua rekod atas apa yang tuan rumah sediakan kapadanya. Susah memanglah susah tetapi marilah kita berusaha, Insyaallah masa masih belum terlewat semoga Allah tetap memberi kekuatan kepada kita.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks patut bersara dari politik.
Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah.
Apatah lagi, ketua umum PKR itu perlu membela dirinya dalam perbicaraan kes Liwat II yang akan bermula pada Isnin, tambahnya.
Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini.
"Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu).
NONE"Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok.
"Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan.
"Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya.
Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini.
"Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji...
"Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda.
Pelan A, B, C
Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Anwar akan kembali ke dipenjara, Wan Azizah berkata beliau meletakkan harapan supaya perkara itu tidak akan berlaku.
"Janganlah doa begitu," katanya sambil tertawa kecil.
Beliau turut menggesa wartawan supaya turut optimis bahawa Anwar tidak akan dipenjarakan dan keluarganya membuat rancangan atas dasar yang sama.
NONE"Tentulah ada pelan kecemasan – pelan A, pelan B dan pelan C," katanya lagi.
Namun, Wan Azizah tidak dapat memberi gambaran jelas sekiranya andaiannya itu meleset.
Lalu siapa yang akan mengetuai Pakatan sekiranya ia dapat menguasai Putrajaya tanpa Anwar?
"Apabila keadaan itu berlaku, kita akan buat keputusan. Walaupun jika Pakatan berkuasa, kita masih perlukan semak dan imbang. Anda tidak boleh ada kuasa mutlak, anda tidak boleh (jadi) diktator," tegas Wan Azizah.
PKR juga telah melatih ramai pemimpin muda untuk mengisi kedudukan pemimpin lama, katanya lagi.
Tiba-tiba sahaja kita dihidangkan satu kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi. Bagaimanapun polis dan JAIS boleh bekerjasama, siapa yang jemput siapa? Sejak bila pula polis ada kuasa menyerbu rumah ibadat kerana acara makan malam? Apakah JAIS ada kuasa menyerang rumah ibadat orang bukan Islam?
Atas sebab itu barangkali mengapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berasa kesal dengan kejadian itu. Beliau kesal kerana tindakan boleh menjatuhkan maruah JAIS sekali gus maruah Islam yang tidak bijak sana dalam tindakan. Demi menyelamatkan keadaan beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.
Syabas Datuk Menteri Besar, tindakan yang diambil itu setidak-tidak boleh meredakan kemarahan pihak gereja kepada kerajaan negeri dan Islam. Setidak-tidaknya mereka tidak bertindak menyaman polis dan JAIS kerana mengganggu majlis mereka.
Merujuk kepada kenyataan Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada malam tersebut. Hal ini kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Pemeriksaan itu merujuk kepada maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam untuk majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam dalam majlis tersebut.
Persoalannya apakah niat asal majlis makan malam itu? Kenapa diadakan di gereja? Siapa yang menganjur majlis tersebut? Salahkah orang Islam masuk gereja? Apakah apabila orang Islam masuk gereja boleh dicap sebagai terpengaruh dengan Kristian?
Kalau pihak gereja menganjurkan majlis itu apakah niatnya untuk memujuk mereka menerima Kristian? Kalau tidak mengapa diadakan di gereja? Kalau sekadar 12 orang, cukup di restoran sahaja. Kalau orang Islam yang bertindak menganjur, apakah niatnya untuk berdiolog mengenai salah faham terhadap agama. Ya, mengenai niat adalah kerja hati yang sukar dinilai, malah kerana silap sedikit boleh menjemuskan mereka kepada dosa.
Tidak salah orang Islam masuk gereja, malah tidak salah kalau bersolat di dalamnya asalkan tempatnya bersih dan menghadap qiblat dan pada masa yang sama tidak menghadap kepada patung. Kalau begitu keadaannya, menghadiri jemputan makan malam atau buka puasa di gereja bukanlah isu besar atau salah.
Cuma persoalannya apakah orang Islam yang masuk ke gereja itu atas tujuan berbuka puasa kononnya melakukan solat Maghrib. Kalau tidak solat Maghrib bagaimana puasanya, benarkah mereka orang Islam? Kalau begitu kedudukannya ada dua pihak yang bersalah; individu berkenaan cuai dalam mengamalkan ajaran Islam; ibu bapa dan juga ulama gagal memberi didikan Islam sebenar kepada mereka hingga tersesat dari landasan sebenar.
Sepatutnya dalam kes ini penguatkuasa JAIS tidak terlibat dalam serbuan pada hari tersebut. Malah tidak perlu hadir ke gereja atas nama jabatan. Hal ini kerana kehadiran atas nama jabatan mewakili kerajaan. Walaupun mereka itu datang sekadar melihat majlis tersebut akan disalah tafsirkan sebagai serbuan. Walaupun tiada tangkapan dibuat, kehadirannya boleh disensasikan.
Sememangnya JAIS tidak ada hak masuk gereja sama ada untuk menyelidik apatah lagi menangkap orang yang disyaki. Kedudukannya samalah dengan masjid yang tidak boleh diserang dan cerobohi polis atau askar. Masjid dan rumah ibadah adalah kawasan aman. Adalah dibimbangkan kalau kita berbuat begitu, nanti satu hari orang lain pula menyerang masjid kita.
Jalan penyelesaian dalam kes sebegini, JAIS perlu serius dalam kerja dakwah, mendidik orang Islam terutama mereka yang goyah imannya. Pada masa yang sama jiran atau kawan perlu bantu membetulkan keadaan. Jika tidak mampu, maklumkan kepada pihak berkuasa atau ulama, semoga dengan itu mereka boleh diselamatkan daripada tersesat.
KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011.
Zulkefli Mohd Nani, Ketua Misi ke Gaza merangkap Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia memaklumkan bahawa Muslim Care juga menyediakan prasarana dan peralatan bagi menubuhkan sebuah kilang roti bagi membangunkan ekonomi muslimah di Gaza sewaktu misi tersebut.
Misi itu turut disertal Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Presiden Muslim Care Mat Arifin Ismail, anggotanya Zakaria Abdul Latif, Hj Zulkifli Wahijan, Ust Reduan Md Nor, Halim Redzuan, Ahmad Safuan Ujar, kesemuanya dari Muslim Care, wakil PAS Selangor Izham Hashim, Zahari dari Cakna Palestin.
Mereka bertolak ke gaza bermula 27 Julai lalu dan selamat pulang ke tanah air 2 Ogos lalu.
Sewaktu di Gaza, misi turut berpeluang mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh dan bertemu dengan 11 ahli parlimen Gaza.
Di samping itu, misi ini turut menyediakan sebuah makmal komputer untuk sebuah sekolah menengah di Khan Younis yg tidak pernah mempunyai makmal komputer di sekolah tersebut sebelum ini.
Disamping itu anggota misi juga telah berjumpa sendiri anggota keluarga yang ada dikalangan ahli keluarga mereka sedang dipenjarakan di penjara Israel.
(Gambar: Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis)
Menurut Zulkefli Nani, mereka dimaklumkan bahawa ada diantara tahanan tersebut yang telah 34 tahun dipenjarakan di Israel, lebih lama dari Neson Mandela yang dipenjarakan selama 29 tahun.
Selain itu pasukan misi ini juga turut memberikan bantuan kewangan dan makanan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tinggal serta warga miskin di Gaza di mana misi ini telah pergi terus ke rumah-rumah warga miskin bagi menyampaikan bantuan tersebut.
Dengan sumbangan yang telah diberikan oleh penderma melalui Muslim Care, mereka juga mengadakan majlis berbuka puasa selama 7 hari dianjurkan di masjid-masjid di sekitar Gaza dengan sumbangan tersebut.
Selain itu juga masyarakat dan kanak-kanak yg kurang berkemampuan juga akan diberikan pakain baru sebelum Aidil Fitri nanti melalui sumbangan yang dihulurkan Muslim care.
Menurut Zulkefli lagi, walaupun sempadan Rafah dikatakan telah dibuka oleh Kerajaan Mesir, hakikatnya sekatan ke atas Gaza masih berterusan dan umat Islam masih terus dihimpit kemiskinan di Gaza.
Beliau menegaskan bahawa bantuan kepada umat Islam di Gaza mesti diteruskan kerana "humanitarian aide" dari NGO luar ini adalah penghubung nyawa bagi ramai warga miskin.
Di Gaza, Muslim Care telah menandatangani perjanjian dengan Emaar Association sebuah NGO kebajikan yg akan melaksanakan beberapa program bagi pihak Muslim Care di Gaza kelak.
Untuk perancangan seterusnya, Muslim Care berhasrat membina sebuah Masjid di sebuah kawasan penduduk miskin berdasarkan permintaan umat Islam di sana dan juga mencari dana bagi membaiki rumah keluarga-keluarga dhoif di Gaza, Palestin.
Sebanyak USD180,000 diperlukan bagi menjayakan bantuan seterusnya.
Kepada mereka yang mahu memberi sumbangan kepada rakyat palestin, bolehlah berbuat demikian melalui Tabung Muslim Care melalui Akaun Maybank Muslim Care (Viva Palestina) 5644-902-111-59.
Selepas tiga minggu menjalani pembedahan menyambung ligamen belakang lututnya yang terkoyak, kecederaan yang dialami Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semakin sembuh.
Walaupun masih lagi bertongkat sewaktu berjalan, beliau kini tidak lagi memerlukan bantuan kerusi roda hari untuk bergerak.
Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Mohamad berkata perubahan tersebut dialaminya sejak tiga hari lalu.
"Saya boleh jalan biasa, tetapi (tapak kaki sedikit) mendatar, dan (berjalan) tidak dalam jarak yang jauh.
"Tetapi masa naik dan turun tangga (rumah) masih perlu kepada tongkat," katanya dengan nada gembira dengan perkembangan terbaru itu.
Sebelum ini dilaporkan Mohamad menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.
Oleh itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.
Kemudian, kunjungan Malaysiakini di rumahnya di Shah Alam - seminggu selepas pembedahan - Mohamad sudah mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa dan terhencot-hencot sewaktu berjalan dengan bantuan tongkat.
Dalam pertemuan itu, beliau menjangkakan kecederaannya akan pulih dalam tempoh satu hingga dua bulan.
"Sekarang (saya) tak menggunakan kerusi roda... Lepas Hari Raya Aidilfitri, (mungkin) tak pakai tongkat lagi," katanya semalam.
TAIPING, 6 Ogos: Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melalui Jabatan Pilihanraya PAS Negeri telah melancarkan laman peminat facebook khas buat pengundi luar Perak dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussien bersempana majlis Liqa Fikri di Dewan Tuan Guru Abdul Samad Noh, Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning. Turut hadir bersama adalah pimpinan tertinggi PAS Perak.
Abu Bakar dalam ucapan ringkasnya mengharapkan usaha pelancaran ini akan membantu PAS dan Pakatan Rakyat kembali memenangi semula kerajaan negeri Perak yang telah dirampas oleh Umno BN pada 2008 dahulu.
Jabatan Pilihanraya PAS Perak melalui portfolio Urusan Pengundi Luar bertanggungjawab memastikan fungsi facebook ini dimaksimakan.
Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berharap agar facebook ini akan menjadi pentas bagi semua pengundi luar yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk dimanfaat sebaik mungkin bagi membantu dalam pilihanraya nanti.
Mereka mensasarkan 50,000 peminat menyertai facebook tersebut.
Bagi semua pengundi Perak yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini kerana ianya akan menjadi saluran utama maklumat dari PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu.
ZAINAL (kiri) memberi taklimat kepada pekerja-pekerja Dawama selepas mereka tidak dibenarkan masuk ke premis syarikat itu di Hulu Klang, Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Seramai 380 pekerja Dawama Sdn. Bhd. (Dawama) mendakwa masih belum mendapatkan penjelasan rasmi daripada majikan berhubung pembatalan notis cuti tanpa gaji meskipun arahan itu telah dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam (gambar) kelmarin.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dawama, Zainal Alwit, 50, berkata, majikan langsung tidak bertemu pihaknya meskipun arahan pembatalan notis telah dikeluarkan oleh Subramaniam sebelum ini.
"Mana hitam putih (dokumen pembatalan notis cuti tanpa gaji), sekurang-kurangnya jumpa kami dan terangkan kepada kami.
"Ini tidak, pihak majikan masih dengan sikap membisu termasuk tidak memberitahu kami mengenai pembatalan notis itu," katanya sambil ditemani Setiausaha Kehormat kesatuan, Mohd. Fadel Yusof kepada pemberita di Hulu Klang di sini semalam.
ALOR GAJAH: Kepala seekor lembu betina melekat pada stereng kereta Perodua Kancil dipandu seorang lelaki yang merempuh haiwan itu dalam kejadian di Kampung Lendu Dalam, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, haiwan itu yang berada di bahu jalan dirempuh pemandunya itu apabila kenderaannya hilang kawalan.
Kepala lembu itu dikatakan terputus daripada badan, melekat pada stereng sebelum Perodua Kancil dipandu lelaki dikenali Ah Boi berusia 20-an itu melanggar tebing dan terbalik.
Seorang penduduk, Mahazarul Mazlan, 40, berkata, dia yang ketika itu berbuka puasa bersama keluarganya dikejutkan dengan dentuman kuat lalu keluar untuk memeriksa.
"Mulanya saya terpandang seekor lembu terbaring tanpa kepala dan pada masa sama melihat sebuah Perodua Kancil terbalik tidak jauh dari situ.
"Saya terus menghampiri kenderaan itu dan ternampak seorang lelaki berusaha untuk keluar," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dia kemudian membantu lelaki itu keluar melalui cermin depan keretanya yang pecah.
Katanya, selepas berjaya mengeluarkan pemandu kereta itu, dia terkejut melihat kepala lembu yang dirempuh itu melekat pada stereng kereta. "Apa yang menghairankan saya dan penduduk kampung, bagaimana kepala lembu itu boleh melekat pada stereng kereta itu. "Pemandu kereta itu hanya cedera ringan di anggota badan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Hospital Alor Gajah berkata, lelaki itu yang cedera di leher dirawat sebagai pesakit luar.
SHAH ALAM,: PAS Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka bahawa Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Laporan itu dibuat atas nama Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Selangor, Mohd Asri Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dekat sini petang tadi.
Asri berkata, pada 2 Ogos lalu, beliau memeriksa 1,108 nama yang terdapat dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tersebut di dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati kesemua nama itu berstatus PR.
Apa yang menjadi kebimbangan, katanya ada usaha pihak tertentu mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah ini bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Adalah amat membimbangkan usaha haram ini bukan sahaja akan menjejaskan proses pilihan raya negara kita malah turut menjejaskan integriti kad pengenalan serta keselamatan negara," katanya.
Justeru beliau mahu pihak polis melakukan siasatan secara telus berhubung perkara itu.
Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman mendesak satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat siapa yang menjadi dalang di sebalik perkara ini.
"PAS Selangor menyatakan bahawa ini isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Samsudin.
KUALA LUMPUR, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang telah dirawat beberapa hari di hospital kerana mengalami masalah jantung, telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.
Menurutnya, selama ditahan di wad unit rawatan rapi (CCU) IJN, beliau telah melalui tiga prosedur rawatan iaitu angiogram, ultrasound angiogram dan MRI.
Katanya, berdasarkan laporan pemeriksaan, beliau masih berada di bawah penelitian doktor dan beliau dibenarkan pulang untuk berehat serta akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN.
"Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari," jelas beliau dalam laman facebooknya semalam dan turut dimuat naik dalam facebook Darussyifa', hari ini.
Menurut beliau, pulang dari IJN dan berehat di rumah, beliau sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa' serta membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa'.
"Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan dan puan-puan.
"Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya," katanya ringkas sebaik pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor yang merawatnya.
Dalam laman facebook terutama facebook kepunyaan Darussyifa', orang ramai tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar beliau segera sembuh serta pulih seperti biasa.
Kemasukan beliau ke hospital, khususnya IJN, mencemaskan orang ramai, sehingga menyebabkan pelbagai pihak tidak putus-putus bertanya mengenai keadaan terkininya.
Penjelasan daripada beliau sendiri mengenai keadaan terkininya menerusi facebooknya itu pasti menyenangkan pelbagai pihak, bagi menjawab teka teki orang ramai mengenai keadaan kesihatannya kini.
BRIARWOOD, New York - Seorang nenek, Lillie Leon yang berusia 80 tahun memfailkan saman di sebuah mahkamah di Manhattan untuk mendapatkan semula pekerjaannya sebagai seorang guru awam di sebuah tadika, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lillie diberikan notis pada minggu lalu yang menyatakan dia diberhentikan di Sekolah Awam 117 di sini.
Dia yang telah bekerja sebagai seorang guru selama tiga dekad selepas berhenti bekerja dalam sektor perbankan diberhentikan atas alasan tidak mampu untuk membawa anak muridnya yang mahu pergi ke tandas.
Menurut peguam Lillie, Stewart Karlin, anak guamnya itu boleh mengajar dengan baik tetapi dia tidak boleh berjalan dengan cepat kerana mengalami masalah lutut.
Guru itu memperoleh pendapatan sebanyak AS$100,049 (RM298,054) setahun dan tidak pernah menghadapi masalah disiplin sebelum ini.
Menurut guru itu, dia mahu kembali mengajar selama setahun lagi sebelum bersara. - Agensi
KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Negeri Selangor menggesa semua pihak tidak membuat kesimpulan melulu dan memberikan tekanan kepada mana-mana pihak berhubung pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama, baru-baru ini.
Bagaimanapun, Yang Dipertuanya, Khairun Abas berkata, pihaknya memandang serius berita berkenaan.
Pemeriksaan tersebut dimaklumkan oleh pihak berkuasa hasil daripada laporan terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan dengan perlembagaan Persekutuan dalam artikel 11(4).
Dalam laporan awal yang dikeluarkan pihak Jais terdapat beberapa individu muslim menyertai majlis tersebut dan ia melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
"Abim menggesa semua pihak sewajibnya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku," ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, Abim Selangor merasakan bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap warga Malaysia dalam mana-mana pertikaian yang wujud.
Menurutnya, mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal-hal yang sangat rapuh seperti itu amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup dalam kepelbagaian masyarakat.
Beliau berkata, setiap institusi penguatkuasa yang wujud perlu dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukkan berlandaskan undang-undang.
Tambahnya, Abim Selangor juga berkeyakinan bahawa pihak berkuasa bertindak mengikut saluran yang diperuntukkan oleh undang-undang.
Justeru, ujarnya sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini.
"Pihak Abim Selangor juga kesal laporan akhbar yang membangkitkan kembali isu-isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil Bahasa Melayu yang mana ianya seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang telah kita nikmati selama ini," ujarnya.
Katanya, Abim Selangor juga percaya sekiranya semua pihak bersikap tidak prejudis, terbuka dan yakin dengan proses perundangan sedia ada maka sebarang masalah mampu diatasi dan keharmonian hidup beragama yang dinikmati selama ini dipertahankan.
SAAT BAHAGIA...Mazlan dan isterinya ketika perkahwinan mereka.
KUALA LUMPUR: "Kita akan begini selamanya...tidur berasingan dan saya tak benarkan awak sentuh saya sampai bila-bila!" Demikian tegas seorang isteri yang membuat 'kejutan malam pertama' kepada pengantin baru, Mazlan Mustaffa sejurus melangsungkan pernikahan, awal Jun lalu.
Berikutan itu, Mazlan, 26, berkata perkahwinannya hanya bertahan dua minggu apabila isteri pulang ke rumah mentuanya dan tidak pulang ke pangkuannya sehingga hari ini.
"Saya anggap ia dugaan Tuhan di bulan Ramadan dan akan menempuhinya dengan sabar. Bagaimanapun, saya akan failkan tuntutan ganti rugi dan saman malu terhadap isteri sebanyak RM30,000 kerana berasa dianiayai," katanya.
Mengimbas kisah perkahwinannya, Mazlan yang berniaga pasar awam Padang Matsirat, Pulau Langkawi, Kedah, berkata perkenalan dengan isterinya diatur seorang kenalan ibunya Disember tahun lalu dan ia berterusan ke jenjang pelamin selepas direstui keluarga kedua-dua pihak.
Gembira untuk menamatkan zaman bujangnya, Mazlan membelanjakan lebih RM12,000 wang simpanannya untuk menjayakan dan menanggung sepenuhnya majlis kenduri sebelah pengantin perempuan, selain belanja kenduri di sebelah pihaknya.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini berkata ia berhasrat menemui semua anggota polis yang didakwa bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas.
NONESuhakam pesuruhjaya James Nayagam (kanan) berkata ia adalah bahagian penting yang perlu dibuat dalam siasatan awam yang akan diadakannya untuk menyiasat dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan tersebut.
"Kita perlu buat... Orang ramai tidak sedar, bila anda bercakap tentang siasatan awam, anda perlu bercakap dengan semua yang terlibat. Ia mesti satu siasatan yang terperinci," katanya selepas menerima testimoni bertulis dan bukti video mengenai dakwaan keganasan polis.
Wakil dari BERSIH 2.0, Suaram, Tenaganita dan Peguam for Liberty, menyerahkan 17 video, 15 testimoni umum dan 17 testimoni khusus mengenai dakwaan gas pemedih mata di tembak ke dalam perkarangan Hospital Tung Shin.
Suhakam sebelum ini meminta orang ramai tampil mengemukakan bukti mengenai dakwaan keganasan polis, kepada suruhanjaya itu sehingga 2 Ogos, tetapi tarikh itu dilanjutkan ke hari ini atas permintaan BERSIH 2.0 dan yang lain-lain.
IPOH, 5 Ogos: "Adakah benar Umno BN Perak tidak melaksanakan pilihan raya olok-olok sepertimana pengumuman Tengku Adnan baru-baru ini?" tanya Ketua Penerangan Perak, Ahmad Nuri Al-Amin.
Sehubungan itu, PAS negeri berterima kasih kepada Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam atas ulasannya yang berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak akan kehilangan Negeri Perak dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Katanya, ulasan itu yang dibuat berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN bersandarkan pengumuman Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin yang lalu hasil pilihan raya olok-olok yang dijalankan parti itu sejak Mei lepas.
"Ulasan ini juga jelas membenarkan berita bahawa memang telah berlaku pilihan raya olok-olok kendalian BN di seluruh negara termasuk di Perak, sesuatu yang sedang dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," ujarnya dalam satu kenyatan.
Baginya, penafian Zambry terhadap pilihan raya olok-olok di Perak amat mengejutkan.
Katanya, laporan The Malaysian Insider yang menyebut BN mungkin akan tewas sekali lagi di Perak dan kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) BN yang dimenangi oleh Umno juga bakal tergugat dilihat telah menjadikan pemimpin BN celaru dan membuat kenyataan yang bertentangan.
"Jika hasil sebenarnya pilihan raya olok-olok tersebut bertentangan dengan apa yang telah di keluarkan dalam laman portal The Malaysian Insider, mengapa Zambry perlu menafikan apa yang diumumkan oleh Tengku Adnan?" soalnya.
Katanya, apa yang perlu Zambry lakukan hanyalah menyokong kenyataan Datuk Dr S. Subramaniam dan membidaskan laporan portal tersebut.
Apa yang pasti, katanya Zambry tentunya tidak akan merelakan imejnya tercalar dengan jangkaan kegagalan BN Perak untuk kembali menerajui Kerajaan Negeri Perak setelah tumbang pada PRU 12 tahun 2008 di bawah Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Mohamad Ghazali dahulu.
Malah, ujarnya laporan itu juga seolah mengesahkan bahawa BN dan Umno Perak yang diterajui oleh Zambry masih gagal memulihkan masalah dalaman mereka yang semakin meruncing.
"Bagi kami jika laporan tersebut tidak bertepatan, banyak ruang lain termasuk ruang perundangan yang boleh diambil oleh Zambry bagi membuktikan kepalsuan berita tersebut, dan bukan dengan hanya mengambil langkah mudah menafikannya tanpa ulasan munasabah," katanya lagi.
MADELEINE PULVER baring di atas sebuah pengusung beroda di sebuah hospital di Sydney kelmarin untuk diperiksa oleh doktor.
SYDNEY, Australia - Seorang lelaki bertopeng yang merantai bom palsu pada leher seorang gadis dan meninggalkan nota tebusan selepas dia menceroboh kediaman sebuah keluarga kaya di sini dipercayai cuba melakukan peras ugut, kata polis semalam.
Dalam senario mirip adegan filem cemas Hollywood, skuad pemusnah bom kelmarin mengambil masa 10 jam untuk mematikan bom yang dipasang pada leher gadis tersebut, Madeleine Pulver.
Madeleine, 18, tidak cedera manakala polis kemudian mendapati bom tersebut tidak mengandungi bahan letupan.
Seorang pegawai polis tempatan, Luke Moore berkata, satu nota peras ugut dilekatkan pada bom itu.
Dia bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan mesej ugutan tersebut.
"Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai percubaan memeras ugut yang serius," kata Moore.
Drama itu bermula tengah hari kelmarin di kawasan penempatan elit Mosman di sini apabila keluarga Madeleine menghubungi polis dengan menyatakan, anak perempuan mereka diserang dan terdapat alat ganjil yang dilekatkan pada mangsa.
Polis yang dibantu skuad pemusnah bom, beberapa detektif dan perunding tebusan kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
Kediaman-kediaman sekitarnya dikosongkan, beberapa jalan berhampiran ditutup manakala petugas bomba dan perubatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Selepas Madeleine dibebaskan, dia memberitahu polis bahawa seorang lelaki bertopeng memecah masuk ke kediaman mereka dan menangkapnya semasa dia berada di dapur.
Remaja itu berkata, lelaki terbabit memaksa dia untuk tidak bergerak semasa memasang bom palsu itu pada lehernya.
Penyerang itu kemudian melarikan diri.
Madeleine kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk diperiksa.
Bapa Madeleine merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di sebuah syarikat teknologi maklumat.
Satu ciri paling utama pada diri Azmin Ali ialah kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada parti, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.
Namun, Azmin juga tetap menerima kritikan kerana pendekatannya yang disifatkan sebagai kasar dan juga kerana memendam cita-cita tinggi dalam parti.
NONEAzmin (foto kiri) kini mewakili kawasan parlimen Gombak dan juga kawasan DUN Bukit Antarabangsa selain menjawat kedudukan sebagai ketua PKR Selangor.
Kebangkitannya yang cepat dalam PKR menarik perhatian ramai namun dalam pada itu ia turut mencalar imejnya apabila beliau bertelagah dengan seorang lagi pemimpin kanan parti – Tan Sri Khalid Ibrahim.
Azmin turut menerima kritikan berhubung masalah yang dihadapi PKR berhubung pemilihan langsung yang dijalankan parti itu sehingga beliau dituduh memanipulasi pemilihan sehingga membolehkan beliau dipilih ke jawatan timbalan presiden,
Wan Azizah bagaimanapun berkata, pihak yang menyuarakan kritikan itu perlu melihat keremajaan Azmin dalam politik.
Kesetiaan Azmin
Walau dengan kelemahan itu, Azmin telah memberi sumbangan yang besar kepada parti dan kesetiannya juga tidak perlu diragui, kata Wan Azizah lagi.
NONE"Dia masih muda dan jika anda bandingkan dia dengan (bekas timbalan presiden) Senator Syed Husin Ali, tentulah ada perbezaan umur dan juga pengalaman. Tapi berilah masa, dia akan matang.
"Azmin pun sememangnya seorang pemimpin kanan dan dia telah mencapai kedudukan kedua tertinggi, jadi saya rasa berilah masa supaya lebih berpengalaman," katanya lagi yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Azmin setakat ini.
Azmin juga merupakan pengerusi jawatankuasa pilihan raya pusat dan bertanggungjawab ke atas rancangan PKR dalam menentukan agihan kerusi dengan anggota Pakatan Rakyat.
"Beliau melakukan semua itu dan memberikan kepada kami analisis mengenai rundingan kerusi dan memberi panduan kepada negeri-negeri lain," jelasnya.
Tindakan wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti sebelum ini juga dikaitkan dengan kepemimpinan Azmin dalam parti.
Lompat parti kerana tamak
Menyentuh soal berkenaan, Wan Azizah berkata wakil rakyat berkenaan bertindak demikian antara lainnya kerana sifat tamak mereka.
pkr election convention anwar ibrahim and wan azizah"Apabila Anwar keluar daripada penjara, ramai orang datang (ke dalam PKR). Mungkin mereka melihat bahawa kita akan mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya 2008 – itu yang menarik mereka.
"Apabila ia tidak berlaku dan ia tidak sesuai dengan kehendak mereka, mereka beredar.
"Jika anda lihat kembali sejarah mereka dengan dengan dalam, mereka daripada sebelah sana (Umno). Jadi saya agak selepas beberapa ketika, mereka tergoda dan membuat pilihan mereka," katanya.
Wan Azizah juga yakin bahawa anggota parti sedia ada akan kekal setia dengan perjuangan parti.
Bagi tujuan itu, barisan calon yang akan dipertaruhkan dalam pilihan raya umum ke-13 juga akan disaring dengan teliti, katanya lagi.
"Setakat ini, (calon) yang bersama kami adalah setia dan telah menunjukkan komitmen secukupnya. Kita ada kriteria, kita ada jawatankuasa untuk menanganinya," kata Wan Azizah.
Penulis mendapat maklumat melalui blog http://sazuya.blogspot.com/ tentang pendedahan melalui surat JAKIM mengenai beberapa produk yang disahkan tidak halal. Di antara produk tersebut adalah Mamee. Untuk itu kita meminta pihak berwajib untuk memberi perhatian terhadap masalah ini. Produk seperti Mamee yang dikatakan mengandungi DNA babi sangat digemari oleh anak-anak kecil. Cuba bayangkan jika anak-anak kita membesar dengan [...]
oleh : Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura
PRIHATIN KAMI TAK BERTEPI,MEMBANTU SEKADAR TERMAMPU
Program Pemuda Bersamamu kini bukanlah satu perkara asing bagi warga Dun Sura,malah ianya sudah menjadi buah mulut masyarakat setempat yang bermain di bibir warga Dun Sura apabila setiap kali munculnya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Dimana kini program kebajikan anjuran Pemuda Pas Dun Sura itu sudah mencapai usianya untuk tahun yang ke tujuh.
Program kebajikan khas pada setiap Ramadan ini adalah merupakan satu usaha dan gerakerja yang konsisten daripada pemuda Pas Dun Sura di mana telah berjaya digembelingkan secara tersusun untuk direalisasikan sebagai acara tetap tahunan mereka.
Sudah tentu cabaran untuk menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 kini semakin besar dan lebih mencabar terutamanya dalam usaha mengumpul dana dan sumbangan daripada penyumbang berdasarkan kebejatan ekonomi termasuk kenaikan kos harga barang keperluan serta kos sara hidup yang semakin tinggi.
Dengan rendah diri,pasukan petugas Pemuda Bersamamu siri ke 7 daripada warga kerja Pemuda Dun Sura mengambil peluang ini untuk memohon sumbangan orang ramai dalam bentuk wang tunai ataupun beras bagi menjayakan program ini.
Rayuan sumbangan ini diharapkan mendapat perhatian daripada semua pihak yang perihatin serta dapat dipanjangkan lagi rayuan sumbangan derma ini dengan harapan agar usaha dan kerja kebajikan dapat disampaikan kepada golongan sasaran seperti fakir,miskin,anak-anak yatim dan orang kurang upaya(OKU) dapat diagih dengan jayanya.
Mengikut perancangan,Pemuda Bersamamu musim ke 7 akan mengagihkan sumbangan berbentuk sejumlah wang tunai dan sekampit beras telah dijadualkan tarikh pengagihannya pada minggu akhir bulan iaitu pada 20 Ramadan 1432H di mana aktiviti menjurus kepada cakna masyarakat,khusus kepada golongan yang layak untuk menerima sumbangan ini berpusat di Markas pemuda Dun Sura yang telah ditetapkan sebagai pusat operasi program pada tahun ini.
Seperti siri yang lalu, golongan penerima sumbangan program ini akan menerima kunjungan dari pihak pemuda sendiri yang akan turun berkonvoi ke kediaman mereka yang diketuai oleh ADUN Sura, YB Ustaz Wan Hassan Md Ramli.
Menjayakan Pemuda Bersamamu musim ke 7 ini merupakan satu cabaran yang sudah tentu ianya memerlukan komitmen yang padu daripada seluruh warga kerja Pemuda Dun Sura di mana mereka akan melaksanakan amanah ini sebaik mungkin dengan kadar mengikut kemampuan yang ada sebagaimana slogan Pemuda bersamamu, "Perihatin kami tidak bertepi,membantu sekadar termampu".
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Pemuda Bersamamu 7.0,
BIMB 13044010016883 atas nama Tengku Mohd Hisham bin Tengku Ambak atau hubungi Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan Pemuda Dun Sura, Sdra Shaikh Salmin 013-9328211, Ketua Pemuda Dun Sura, Sdra Hanafiah 013-9819543 Bendahari Pemuda Bersamamu 7.0, Sdra Yusof Yaakob 012-4518982.
"Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk memperteguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka embun (pun memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [Al-Baqarah:265]
JANGAN TERKEJUT !! Gambar ini dirakam pada 02 Ogos jam 1 tengahari di laluan utama projek menaiktaraf jalan Sura Gate - Kuala Dungun.Keadaan ini berlarutan sudah lima hari sebelum gambar ini dirakam tanpa pemantauan dan tindakan daripada pihak yang berwajib seperti Majlis Perbandaran Dungun (MPD) dan juga Pejabat Agama Islam Dungun.
Tidak pasti adakah semua ini terlepas pandang atau kurang prihatin dan peka kejadian yang amat memalukan ini.
Adakah pihak MPD akan segera bertindak bilamana jika signboard itu tertera gambar pimpinan Umno BN Dungun.Nescaya sudah tentu kontraktor ini akan disaman atau disenaraihitamkan akibat sikap sambil lewa ini.
Baca seterusnya dan gambar di lokasi..klik DI SINI
Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menasihatkan umat Islam khususnya di negeri ini dan Perlis supaya menghentikan sementara pembelian sosej serta kepingan ayam tanpa jenama yang diragui status halalnya dipercayai dijual secara meluas termasuk di gerai tepi jalan dan pasar malam di kedua-dua negeri berkenaan Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, sekiranya umat Islam meragui status halal sesuatu produk, lebih wajar mengelak daripada membeli atau memakan makanan itu kerana hukumnya akan jatuh kepada haram. Perkara itu selaras dengan keputusan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Perlis mengenai sosej ayam dicampur dengan pulut, selain produk kepingan ayam tanpa jenama, dijual secara meluas terutama di kawasan Sungai Bahru, Perlis disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi. Justeru, katanya, Jakim akan bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk memantau kemasukan secara berleluasa produk sejuk beku dari Thailand dipercayai secara haram yang diragui status halalnya. "Mengikut maklumat daripada JPV, kedua-dua produk yang disahkan mengandungi DNA babi tiada dalam senarai produk disaring JPV dan ia dipercayai dibawa masuk secara haram tanpa kebenaran termasuk untuk perhatian Bahagian Hab Halal Jakim. "Justeru, kita menasihatkan peniaga yang mungkin terlepas pandang perkara ini termasuk tidak mengetahui kandungan produk diambil dari Thailand supaya menghentikan penjualan sosej dan kepingan ayam yang diragui status halalnya termasuk di bazar Ramadan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur, semalam.
... mungkin Kelantan & Kedah juga yang mendapatkan bekalan sosej dari negara jiran perlu berhati-hati....
Felda Sunga Koyan - "Keadaan tiba-tiba menjadi hingar bingar dengan tangisan kanak-kanak dan terdapat juga beberapa peniaga melaungkan azan bagi memohon kepada Allah supaya ribut segera berhenti."
Demikian menurut peniaga sayur-sayuran, Norhazimah Hadi, 22, ketika menceritakan detik awal kejadian ribut di bazar Ramadan yang turut menempatkan pekan sehari, di sini.
Menurutnya, kejadian ribut dan hujan lebat itu kali pertama dialaminya sepanjang tempoh lebih 10 tahun berniaga dan ia tidak akan dapat dilupakan sehingga akhir hayat.
"Hujan lebat dengan angin kencang melanda tapak perniagaan sekitar jam 8.15 malam kelmarin dan berlarutan sehingga sejam setengah.
"Ketika itu saya lihat kebanyakan peniaga memegang payung dan kanopi masing-masing supaya tidak diterbangkan angin. Saya bersama adik-beradik yang lain turut bertindak demikian dan membacakan ayat suci al-Quran beramai-ramai supaya angin kencang tidak datang dan menerbangkan kanopi kami," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.
Sokong Selangor sedia RM1 juta untuk fail bantahan daftar pengundi Jumaat, 05 Ogos 2011 05:57 BlogMaster Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) MENYOKONG penuh kenyataan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyatakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan menyediakan geran peruntukan yang berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha memfailkan bantahan terhadap daftar pengundi baru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).
Peruntukan geran ini adalah terbuka untuk seluruh rakyat negeri Selangor tanpa mengira kaum, bangsa, agama dan kecenderungan politik.
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan ini adalah satu tindakan yang bijak dan murni Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor di dalam menyemarakkan rasa tanggungjawab rakyat negeri Selangor untuk bersama-sama membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang akan dikeluarkan oleh SPR untuk suku ke 3 bagi tahun 2011 daripada sebarang perkara yang meragukan.
Sepatutnya pihak Kerajaan Pusat mengambil inisiatif mencontohi tindakan Kerajaan Negeri Selangor ini dengan menggunakan kuasa eksekutif yang ada pada mereka untuk memastikan PRU ke 13 akan datang akan menjadi pilihanraya yang lebih baik, telus dan 'bersih' daripada sebarang penyelewengan, penipuan dan manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga meminta supaya seluruh jentera Pemuda PAS di Kawasan-kawasan membuat persedian yang rapi terutamanya ilmu berkaitan daftar pemilih ini supaya Pemuda PAS Kawasan dapat mengambil tindakan yang proaktif, cepat dan pantas untuk mengenal pasti sebarang keraguan terhadap daftar pemilih tambahan suku ke-3 tahun 2011 yang akan dipamerkan pada pertengahan bulan Oktober nanti.
Sebarang kecuaian dan kelekaan di dalam mempastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing dibersihkan daripada unsur-unsur manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan 'tumbangnya' pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor.
USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN KETUA PEMUDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR
DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.
Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.
Kontroversi Datin Rosmah
Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.
Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.
Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.
Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.
Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan.
KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Susulan tema ucapan dasar Presiden PAS pada muktamar awal bulan lalu, Buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dilancarkan di Kota Baru hari ini.
Ia dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan. Buku itu dikeluarkan, dilihat bagi menjawab kritikan pemimpin-pemimpin Umno sejak Hadi menghuraikan perkara itu dalam ucapannya.
PAS juga menggunakan tema itu dalam manifesto mereka pada pilihan raya umm ke-12 pada 2008. Setiausaha Akhbar kepada Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail berkata majlis pelancaran berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad pagi ini.
Laporan Harakahdaily menyebut, buku karangan Hadi itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan Al-Quran dan sirah Nabi saw.
"Dalam buku itu turut dijelaskan tentang kaitan Negara Berkebajikan dengan Buku Jingga dan manifesto PAS tahun 2008," katanya.
Ciri-ciri Negara Berkebajikan, menurut beliau, berlawanan dengan Negara Kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara ini.
"Selain itu, dalam buku itu juga terdapat pelbagai aspek lain lagi yang turut digarap oleh Presiden PAS yang amat perlu dibaca oleh setiap rakyat negara ini," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan