Khamis, 4 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 04 Aug 2011 03:08 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


PEMUDA PAS SELANGOR UCAP TAHNIAH

Posted: 03 Aug 2011 09:32 PM PDT

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

                                        PEMUDA PAS SELANGOR UCAP TAHNIAH

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang telah meneruskan secara berperingkat agenda memberikan kemudahan akses internet percuma kepada rakyat negeri Selangor. Projek Wireless City Selangor yang dilancarkan pada 10 April yang lalu di Medan Selera Prima 2, Seksyen 2, Shah Alam telah mula memasuki kawasan persekitaran seperti di Seksyen 3, Seksyen 9, Kompleks PKNS dan Dataran Shah Alam di Shah Alam dan beberapa kawasan di luar bandar seperti di Medan Selera Bandar Utama, Batang Kali dan Restoran Fazlina Maju di Kuala Kubu Baru.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor percaya kewujudan Wireless City Selangor akan dapat melahirkan golongan rakyat yang berilmu dan bermaklumat menepati Agenda Kerajaan Negeri yang berhasrat melahirkan generasi modal Insan yang terbaik dan berkualiti yang akan membina masyarakat madani yang cemerlang di negeri Selangor. 
                                                                                                    
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengharapkan agenda Wireless City Selangor ini dapat diperbanyakkan lagi kewujudannya di kawasan-kawasan luar bandar lagi supaya mereka dapat mendapatkan maklumat-maklumat terkini tentang pelbagai isu, perbahasan dan lain-lain perkara yang boleh di akses melalui internet. Semoga Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat negeri Selangor.


USTAZ HASBULLAH MOHD RIDZWAN
KETUA PEMUDA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

02 Ogos 2011

Temu Bual PM Dan 14 Yang Lain Diputuskan Pada 8 Ogos

Posted: 03 Aug 2011 09:20 PM PDT

Permohonan Anwar Untuk Temu Bual PM Dan 14 Yang Lain Diputuskan Pada 8 Ogos
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos untuk mmebuat keputusan berhubung permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan tarikh itu selepas peguam yang mewakili Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, selesai mengemukakan hujahan masing-masing.
Dalam permohonan itu, Anwar memohon mahkamah mengarahkan pihak pendakwaan memastikan kehadiran semua saksi, yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan di akhir kes mereka, kepada mahkamah, untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan.
Dalam permohonan itu, Anwar mahu menemu bual Najib, Rosmah, Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Ketua Pembangkang itu juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan pada Isnin.
Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos.
Pada akhir kes mereka, pihak pendakwaan menawarkan 71 saksi, di mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 saksi.
Daripada 25 saksi itu, hanya lima saksi telah ditemu bual setakat ini.
Mereka ialah bekas ratu pecut negara Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid yang pernah bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang dikenali sebagai Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, pegawai khas kepada Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada awal prosiding hari ini, Karpal Singh berhujah bahawa pihak pendakwaan sepatutnya membawa saksi berkenaan ke mahkamah untuk ditemu bual oleh pihak pembelaan berikutan pihak pendakwaan telah menawarkan mereka kepada pasukan pembelaan.
Karpal berkata pasukan pembelaan sepatutnya diberikan hak untuk menemu bual mereka sepertimana ketetapan undang-undang.
Mohamed Yusof dalam hujahnya berkata dalam afidavit Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria untuk menjawab permohonan Anwar telah menyatakan bahawa Najib, Rosmah, Musa dan Mohd Rodwan enggan ditemu bual kerana mereka bukan saksi penting dalam kes itu.
Bagaimanapun, Mohamed Yusof berkata mereka bersedia untuk ditemu bual sekiranya mereka disapina.
Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. - BERNAMA

Kerajaan Selangor Sedia Geran RM 1 Juta Untuk Cabar Daftar Pemilih SPR

Posted: 03 Aug 2011 08:50 PM PDT

Kerajaan Selangor Sedia Geran RM 1 Juta Untuk Cabar Daftar Pemilih SPR
SHAH ALAM: Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.
"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.
"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.
Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.
"Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, bantahan ini hanya melibatkan kawasan di Selangor saja," katanya.
Khalid berkata, pilihan raya bersih dan adil merupakan tiang utama kepada demokrasi sebenar dan apa jua usaha perlu diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya terus terpelihara serta pilihan rakyat dihormati.
"Pilihan raya bukan saja perlu bersih dan adil tetapi harus kelihatan bersih dan adil di mata masyarakat," ujarnya.

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::

Posted: 04 Aug 2011 01:31 AM PDT

::Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang::


Babak Ketiga Kartun Utusan Meloya

Posted: 21 Jun 2011 07:55 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar

Posted: 04 Aug 2011 01:30 AM PDT

PAS Kawasan Padang Besar


Lagi kegilaan daftar pemilih

Posted: 03 Aug 2011 11:38 PM PDT

Pengundi yang boleh mengundi di dua tempat..Satu sebagai pengundi pos dan satu sebagai pengundi awam....


LAGI...... KLIK DI SINI atau DI SINI

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 04 Aug 2011 01:11 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kontroversi IC bukti desakan Bersih wajar

Posted: 04 Aug 2011 12:31 AM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kontroversi terbaru membabitkan kes Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya, membuktikan tuntutan Bersih 2.0 adalah wajar.

Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengulas isu Mismah yang mendaftar sebagai pemilih dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), meskipun memegang status PR, lapor KeadilanDaily.

Nama Mismah yang memegang My Kad PR berwarna merah, turut tertera dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Bagaimanapun statusnya sebagai PR ditukar selepas isu itu didedahkan laman portal Malaysiakini kira-kira empat jam selepas itu.

Selain itu, PAS tampil mendakwa di Selangor sahaja, sebanyak 1,100 pengundi berstatus PR yang tidak layak mengundi, berada dalam daftar pemilih SPR.

Menurut Maria, insiden terbaru itu membuktikan SPR perlu benar-benar melakukan pembersihan senarai pengundi, satu daripada lapan tuntutannya.

Malah, katanya, parti-parti politik Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyerahkan senarai pengundi yang didapati mengundi sebanyak dua kali bagi mengesahkan kepincangan daftar pemilih.

"SPR perlu semak semula semua nama dalam senarai pengundi yang mereka miliki.

"Sudah tentu (ia bukti tuntutan kita wajar), kita sudah bagi mereka bukti malah sebelum ini kita sudah tunjukkan satu senarai pengundi yang boleh mengundi dua kali," kata Maria Chin.

Lanjutan daripada kontroversi ini, Maria menggesa agar SPR menubuhkan jawatankuasa terpilih yang turut dianggotai parti-parti politik tanahair untuk mengkaji masalah seperti ini dalam senarai pengundi.

"SPR perlu berikan perhatian dan mereka kena tubuhkan satu jawatankuasa khas.

"Jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada wakil daripada parti-parti politik dan mereka akan mengkaji masalah-masalah seperti penduduk tetap yang menjadi warganegara dalam masa yang singkat ini," katanya.

Menurutnya lagi, cadangan itu telah dipanjangkan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sewaktu debat bersama Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar 26 Julai lalu di Shah Alam.

"Kami bagi masa kepada beliau selama tiga bulan untuk mengkaji perkara ini dan menyiapkan satu laporan tentang masalah-masalah yang membelenggu senarai pengundi sekarang ini," katanya.

Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil Bersih jika SPR tetap berdegil tidak mengambil langkah serius untuk menyelesaikan masalah itu, Maria berkata Bersih akan 'merujuk perkara itu kepada rakyat'.

"Kita akan balik kepada rakyat dan tanya apa mereka mahu kita buat," kata Maria Chin.

harakahdaily/-

Mayat dikerat 15 bahagian

Posted: 03 Aug 2011 11:30 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yakin bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam skandal seks walaupun serangan demi serangan melibatkan dakwaan seperti itu dilancarkan ke atas ketua umum parti itu.

Katanya, beliau tetap berpegang kepada keyakinannya itu walaupun timbul dakwaan terbaru dalam bentuk video – didakwa menunjukkan perlakuan Anwar dengan seorang wanita yang didakwa sebagai pekerja seks.

Ibu kepada enam orang anak itu berkata, beliau telah melihat rakaman video berkenaan namun beliau tetap yakin bahawa Anwar tidak melakukannya.

"Apabila saya melihatnya, (saya berkata kepada diri saya sendiri) mustahil bahawa dia boleh berbuat begini.

"Dia tidak bodoh, tidak selepas dipenjara, tidak selepas melihat bagaimana kami menderita, dan dengan anak-anak sedang membesar," kata Wan Azizah dengan tenang.

Namun, beliau tetap menaruh kebimbangan sekiranya masyarakat umum akan mempercayai video berkenaan yang mula didedahkan pada 21 Mac lalu oleh beberapa orang individu ternama.
Dosa besar percaya fitnah
"Saya takut jika ia kelihatan tulen, orang akan percaya. Penipuan boleh dipercayai. Bagi saya itu satu tragedi.

"Bagi kita orang Islam, percaya kepada fitnah ialah satu dosa besar. Bukan saja anda akan dihukum tapi juga anak anda dan generasi selepas itu," kata Wan Azizah lagi dalam temubual yang dijalankan di kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Beliau mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila mengetahui mengenai tayangan video seks yang dijalankan oleh trio 'Datuk T' di hotel berprestij berkenaan.

Wartawan yang dijemput ke majlis tayangan penuh rahsia itu diperiksa dengan rapi seolah-olah dalam satu filem Mission Impossible, kata Wan Azizah lagi.

"Tentulah (saya fikir), 'Oh Tuhan, takkanlah satu lagi'," katanya yang turut dipujuk oleh rakan-rakannya supaya menonton video berkenaan.

Trio 'Datuk T' berkenaan – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim – kemudiannya didapati bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas kesalahan berhubung penayangan video berkenaan.

Keputusan politik

Individu berkenaan bagaimanapun hanya dikenakan denda, masing-masing antara RM1,000 hingga RM3,000 pada 24 Jun lalu, yang disifatkan Wan Azizah sebagai keputusan bersifat politik.

"Mereka ada kempen besar-besaran mengedar pornografi di negara ini, yang bertentangan dengan undang-undang – dan melibatkan wartawan – dan mereka terlepas dengan hukuman yang ringan.

"Jadi ini membuktikan bahawa kesemua ini hanya politik," kata Wan Azizah lagi dengan nada yang serius.

Wan Azizah juga berkata, sekiranya masyarakat luar boleh melihat perkara itu, apatah lagi beliau dan keluarganya.

"Jadi ini menyebabkan kami ingin melawannya (dengan lebih kuat). Tiada keluarga lain yang mahu melalui perkara ini.

"Ianya satu keaiban kepada maruah. Itu suami saya yang anda perkatakan. Ianya maruah keluarga. Kami bersama (dalam isu ini)," katanya.

Wan Azizah turut mempertikaikan hujah yang dikemukakan oleh peguam kepada Rahim, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah bahawa individu di dalam video berkenaan adalah 99.99 peratus Anwar.

Perbicaraan di media

"Saya terkejut mengapa mereka tidak kata 110 peratus seperti sesetengah orang kata," katanya lagi yang turut mempersoalkan siapakah pakar yang membuat pengesahan itu.
Langkah itu sama seperti dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar di mana pihak pembelaan tidak diberikan peluang untuk mengesahkan bukti DNA yang dikemukakan.

"Jadi bagaimana anda hendak sahkan bahawa ianya Anwar. Bagi saya, saya boleh tengok sekilas pandang dan kenalpasti perbezaannya. Ini perbicaraan di media," katanya lagi.
Wan Azizah turut mengakui bahawa salah seorang tertuduh calam kes tayang video berkenaan – Shazryl Eskay merupakan kenalan kepada keluarganya.

"Kita kenal dia sebab dia diperkenalkan (sebagai seorang tukang urut) apabila Anwar terjatuh dari atas seekor kuda (sekitar tahun 1990) dan mengalami (sakit) belakang. Dia datang sekali sekala.

"Apabila Anwar keluar daripada penjara, tiada lagi fisioterapi, dia cuma datang sebagai seorang pelawat," katanya lagi yang mengimbau semula .

Namun pastilah Shazryl Eskay telah meminta Anwar supaya tampil sebagai saksi dalam kes saman melibatkan pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.
Bagaimanapun, Anwar tidak memenuhi permintaan berkenaan kerana dinasihati peguam bahawa beliau tidak perlu berbuat demikian.

"Tapi kenapa dia timbulkan dakwaan bahawa di bawa (Anwar) ke Thailand? Ini di luar jangkauan saya," kata Wan Azizah lagi.

malaysiakini/-

Pemuda PAS Perak ucap takziah

Posted: 03 Aug 2011 10:00 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH, 4 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merakamkan ucapan takziah di atas kembalinya ke rahmatullah, Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Negeri, Rohani Kasim, 38, hari ini.

Setiausahanya, Salman Saleh dalam e-mel kepada pengarah jabatan itu berkata, pihak DPPN Pk amat terkejut dengan kejadian yang telah menimpa Almarhumah.

"Kami berharap pihak jabatan dan ahli keluarga almarhumah tabah dan bersabar di atas ujian yang melanda.

"Kami mendoakan agar Allah Taala mencucuri rahmat di atas roh Almarhumah serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah hendaknya. Amin!" ujarnya.

Rohani yang masih bujang dilaporkan ditemui mati di apartmennya di Tambun, dipercayai dicekik dalam kejadian samun, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

harakahdaily/-

Gerakan jatuhkan Najib dalam Umno: PAS

Posted: 03 Aug 2011 09:30 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PAS hari ini mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN".

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut.

malaysiakini/-

Hosni dibicarakan walaupun terbaring

Posted: 03 Aug 2011 09:20 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

HOSNI MUBARAK terbaring di atas katil dalam sebuah kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.

KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak mula dibicarakan semalam di sebuah mahkamah di sini berhubung dakwaan beliau melakukan rasuah dan mengarahkan pembunuhan para penunjuk perasaan.

Namun, dia terbaring di atas sebuah katil hospital yang terdapat di dalam sebuah kurungan di mahkamah berkenaan kerana sakit.

Stesen-stesen televisyen Mesir turut menyiarkan imej beliau terbaring itu.

Hosni turut mengangkat kepala untuk melihat proses perbicaraan itu.

Dua anak lelakinya, Gamal dan Alaa yang turut dibicarakan bersamanya berdiri di tepi katil Hosni dan bercakap dengannya.

Hosni diterbangkan dengan menggunakan sebuah pesawat tentera dari sebuah resort peranginan di Sinai menuju ke ibu kota Mesir, di sini untuk dibicarakan.

Di pekarangan mahkamah itu, berlaku pergelutan antara ratusan penyokong dan penentang bekas presiden itu.

Kawalan keselamatan amat ketat di luar bilik mahkamah berkenaan.

SEBUAH stesen televisyen di Mesir menyiarkan dua anak Hosni Mubarak, Gamal (kiri) dan Alaa (empat dari kiri) di dalam kurungan di sebuah mahkamah di Kaherah semalam.

Ratusan anggota polis cuba memisahkan kumpulan penunjuk perasaan yang bergaduh.

Kumpulan penunjuk perasaan yang menyokong Hosni dan yang menentangnya saling membaling botol dan batu ke arah satu sama lain.

Sebelum pergaduhan itu berlaku, sekitar 50 penyokong pemimpin berusia 83 tahun itu melaungkan slogan sambil memegang potretnya di luar lokasi perbicaraan.

Hosni tinggal di sebuah resort di Sharm El Sheikh sejak beliau meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Beliau kemudian ditahan di sebuah hospital kawasan peranginan itu sejak April lalu.

Doktor-doktor menyatakan Hosni mengalami masalah jantung.

Hosni yang memerintah Mesir selama 29 tahun dijangka dihadapkan di sebuah mahkamah berkenaan di dalam sebuah kandang bersama beberapa tertuduh lain termasuk dua anak lelakinya dan seorang bekas menteri dalam negeri.

Dakwaan-dakwaan tersebut boleh membawa hukuman gantung sampai mati. - Agensi

Timbalan Pengarah Veterinar Perak ditemui mati

Posted: 03 Aug 2011 09:02 PM PDT

04 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH: Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Rohani Kassim, 38, ditemui mati di apartmennya di The Haven, di sini, kira-kira jam 3 pagi.

Mangsa dipercayai dicekik selepas disamun.

Mangsa yang masih bujang tinggal berseorangan di apartmennya.

Jepun pecat tiga pegawai kanan susulan insiden nuklear

Posted: 03 Aug 2011 09:00 PM PDT

04 Ramadhan 1432H. [MOD] -

TOKYO: Jepun hari ini memecat tiga pegawai kanan yang bertanggungjawab terhadap dasar tenaga nuklear, memaksa mereka mengambil tanggungjawab ke atas siri skandal berhubung industri tenaga.

Menteri Perdagangan Jepun, Banri Kaieda yang menyelaras dasar tenaga, berkata beliau bercadang menggantikan tiga pegawai kanan terbabit berikutan krisis di loji tenaga nuklear Fukushima, bencana nuklear terburuk dunia dalam tempoh 25 tahun.

Tiga pegawai terbabit ialah Kazuo Matsunaga, dari Kementerian Perdagangan; Nobuaki Terasaka, ketua Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian; dan Tetsuhiro Hosono, ketua Agensi bagi Sumber Asli dan Tenaga. - Reuters

Israel serang Gaza

Posted: 03 Aug 2011 08:58 PM PDT

04 Ramadhan 1432H. [MOD] -

BAITULMAQDIS: Tentera udara Israel melancarkan dua serangan ke atas Semenanjung Gaza awal hari ini tanpa menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Serangan itu mensasarkan pangkalan Ezzedin Al-Qassam Brigades, cabang tentera Hamas yang menguasai Gaza.

Menurut pihak tentera, serangan itu susulan dua serangan roket Palestin di selatan Israel yang tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kecederaan. - AFP

Benarkah tiada rakyat asing dapat kewarganegaraan pintas ?

Posted: 03 Aug 2011 08:50 PM PDT

04 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Isu yang sedang diperkatakan dan menjadi topik perbincangan pebagai pihak menyebabkan pihak JPN tidak duduk diam dan mengeluarkan kenyataan seperti di bawah.

Sejauh mana kebenaran yang dikatakan oleh JPN saya harap dikongsi oleh semua pembaca berdasarkan pendedahan dalam media alternatif kewpada isu yang bebangkit.

KUALA LUMPUR 4 Ogos — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa seorang rakyat asing bernama Mismah telah diberi taraf kewarganegaraan dalam tempoh empat jam setelah mendapat taraf Penduduk Tetap.

Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Mohd. Said dalam kenyataan di sini berkata, mengikut rekod, Mismah telah mendapat taraf Penduduk Tetap pada 17 Julai 1982 dan diluluskan taraf Kewarganegaraan Malaysia pada 31 Jan 2011.

Beliau berkata, kewarganegaraan Malaysia itu diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Jariah berkata, sejak 9 April 2009 hingga 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menimbang sebanyak 72,334 pemohonan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan sebanyak 29,290 daripada jumlah itu telah diluluskan.

Angka itu merupakan sebahagian 219,000 permohonan yang telah berjaya diselesaikan kementerian itu.

Kes lain termasuk 31,449 permohonan untuk Penduduk Tetap, 108,906 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 6,311 permohonan di bawah program My-Daftar. — Bernama

Gempa bumi sederhana di Indonesia

Posted: 03 Aug 2011 08:47 PM PDT

04 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SINGAPURA 4 Ogos - Satu gempa bumi bermagnitud 5.2 skala Richter berlaku di barat Sumatera hari ini, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.

Gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 10.35 malam waktu Malaysia di 157 kilometer barat Bengkulu pada kedalaman 9.3 kilometer.

Namun, amaran tsunami tidak dikeluarkan. - Reuters

Ambiga gagal cabar arahan usirnya

Posted: 03 Aug 2011 08:30 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini gagal mencabar notis pengusirannya dan tidak membenarkannya memasuki Sarawak pada pilihan raya negeri April lalu oleh jabatan imigresen.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini yang menolak permohonan Ambiga bagi kebenaran semakan kehakiman yang difailkan

Penghakiman dibuat oleh Hakim Datuk Rohana Yusuf. Beliau bagaimanapun tidak mengarahkan sebarang kos dibuat.

Ambiga, sebagai pengerusi BERSIH 2.0 - gabungan NGO yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih diadakan di negara ini - telah dengan aktif menuntut pembaharuan - namun beliau dihalang memasuki Sarawak pada 15 April lalu bagi memantau perjalanan pilihan raya negeri itu.

Arahan menghalang beliau daripada memasuki negeri itu dikeluarkan oleh pengarah imigresen Sarawak.

Pada 23 Mei, Ambiga memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dengan menamakan ketua pengarah jabatan imigresen Malaysia, pengarah imigresen Sarawak dan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai responden.

Dalam permohonan semakan kehakiman itu, Ambiga memohon untuk membatalkan notis larangan memasuki Sarawak.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi untuk mengarahkan para responden membenarkannya memasuki Sarawak.

Beliau memohon ganti rugi dan kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ambiga dilarang memasuki negeri itu sepanjang tempoh kempen selama 10 hari bagi pilihan raya negeri Sarawak pada April lalu.

malaysiakini/-

Bentuk peribadi Islam melalui tadarus al-Quran

Posted: 03 Aug 2011 07:30 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Islam menganjurkan umatnya agar bertadarus membaca al-Quran. Ia berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dengan Jibril berdasarkan sebuah hadis yang maksudnya:

Daripada Ibn Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah. Baginda sangat pemurah khususnya dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemuinya pada setiap malam dalam bulan Ramadhan lalu bertadarus al-Quran dengan baginda." (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

"Tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah - mereka membaca kitab Allah dan bertadarus di antara mereka - melainkan turun kepada mereka ketenangan, diliputi dengan limpahan rahmat, dilingkungi oleh para malaikat dan dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya." (Hadis riwayat Abi Daud).

Menurut Mohd Shamsul Haqqil 'Azim, penulis kitab Aunul Ma'bud, maksud tadarus dalam hadis di atas ialah berkongsi membaca al-Quran di antara satu sama lain.

Jelasnya, tadarus al-Quran adalah merupakan syiar yang diamalkan semenjak zaman awal Islam. Hasil daripada syiar inilah terbentuknya keperibadian Islam yang sebenarnya. Antara ciri-ciri keperibadian Islam adalah mempunyai akidah yang benar, ibadat yang betul, akhlak yang mulia, teratur dalam setiap urusannya, disiplin menggunakan waktu dan bermanfaat kepada orang lain.

Justeru, seseorang yang mempunyai keperibadian Islam tidak akan meninggalkan syiar tadarus ini. Ia adalah merupakan amalan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat bahkan diberikan kelebihan yang banyak oleh Allah SWT. Ketenangan dan limpahan rahmat daripada Allah hasil daripada tadarus ini menjadikan seseorang itu mempunyai keperibadian yang istimewa dan tersendiri berbanding dengan mereka yang tidak bertadarus.

Dengan bertadarus, seseorang akan lebih rapat dengan al-Quran. Ia menjadi temannya yang akrab, menunjukkan jalan yang lurus dan menegurnya jika melakukan kesalahan. Generasi para sabahat r.a. lahir daripada keakraban ini. Bermula dengan keruntuhan akhlak dan moral sehingga digelar hidup dalam masyarakat jahiliyyah akhirnya menjadi peribadi insan yang mulia yang digelar sebagai generasi al-Quran yang unik.

Pun begitu, bertadarus tanpa beramal dengan isi kandungan al-Quran merupakan satu penyakit yang wujud di kalangan umat Islam yang merosakkan keperibadian muslim. Mereka tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Firman Allah yang maksudnya: Dan berkatalah Rasul: "Wahai Tuhanku Sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan Yang ditinggalkan, tidak dipakai". (Al-Furqan: 30).

Sebagai contoh kesan daripada bertadarus al-Quran sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Jumuah ayat 2 yang bermaksud: "Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri,yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,menyucikan ( jiwa ) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah ( sunnah ),meskipun sebelumnya,mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata."

Ayat ini menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. dalam keadaan ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis akhirnya apabila alQuran diturunkan nabi membaca dan mengajar kepada sahabat-sahabatnya maka kesan daripada tindakan itu lahir satu generasi seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan, Ali bin Abi Talib dan AbdurRahman bin Auf. Walaupun mereka itu pada zaman jahiliyah tergolong dalam golongan yang sesat.

Oleh kerana itulah tadarus al-Quran merupakan satu amalan yang dituntut untuk diamalkan oleh seluruh umat Islam khususnya para pendokong pejuang Islam supaya memahami tuntutan Islam itu melalui al-Quran itu sendiri.

harakahdaily/-

Disimbah Asid Sebelum Tarawih

Posted: 03 Aug 2011 06:30 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kota Bharu – "Ketika itu saya sedang membelek senaskhah akhbar di kedai runcit sebelum tiba-tiba bahagian kanan muka dan belakang badan saya terasa panas."

KECEDERAAN yang dialami Faizal Halim selepas disimbah cecair percayai asid ketika mendapatkan rawatan di HRPZ II di Kota Bharu semalam.

Demikian cerita Faizal Halim Rustam, 37, yang mengalami cedera parah selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih sebelum singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli minuman.

Menurutnya, selepas membeli minuman, dia membelek-belek senaskhah akhbar seketika sebelum tiba-tiba muka dan badannya terasa panas dan pedih seolah-olah terbakar.

"Muka dan badan saya terasa seperti terbakar dan saya terus berlari ke sebuah klinik yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai runcit tersebut untuk mendapatkan rawatan.

"Sebaik sampai ke klinik tersebut, kakitangannya kemudian menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka saya.

"Memandangkan kecederaan dianggap serius, saya kemudian dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC)," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, berikutan kecederaan pada bahagian mata yang agak serius setelah diperiksa oleh doktor di KBMC, beliau kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapat rawatan lanjut.

Ketika ditanya mengenai punca kejadian tersebut, Faizal berkata, ia mungkin disebabkan oleh dengki namun, beliau enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak nampak dan tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu.

"Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan menangkap suspek yang melakukan perbuatan ini kerana ketika kejadian, saya pasti terdapat beberapa orang lain yang menyaksikannya di kedai tersebut," ujarnya.

Berikutan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut diharap tampil untuk membantu siasatan," katanya. -kosmo

Selangor sedia geran fail bantah SPR

Posted: 03 Aug 2011 06:00 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 4 Ogos: Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menubuhkan satu geran untuk membiayai usaha-usaha memfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baharu yang meragukan.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam telah bersetuju menubuhkan geran tersebut.

Beliau menambah, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, ujarnya bantahan itu hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Menurutnya, aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

"Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, petang semalam.

Katanya lagi, pilihan raya bersih dan adil adalah tiang utama kepada demokrasi tulen.

Beliau berkata, pilihan raya bukan sahaja perlu bersih dan adil tetapi juga perlu kelihatan bersih dan adil di mata semua.

"Setiap usaha mesti diambil demi memastikan kredibiliti pilihan raya dijaga dan pilihan sebenar rakyat dihormati," ujarnya.

harakahdaily/-

Pemuda PAS dakwa iklan Ramadan TV9 hina Islam

Posted: 03 Aug 2011 05:30 PM PDT

4 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Belumpun kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan

Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

"Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat," kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.

Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.
Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

"Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah," kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

"Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya," kata Hasbullah.

malaysiakini/-

PR Tak Akan Contohi Umno-BN - Anwar

Posted: 03 Aug 2011 03:00 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 3 OGOS: Pakatan Rakyat tidak berhasrat untuk mengambil pendekatan sama dengan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam cadangan Belanjawan 2012 yang bakal dibentangkan gagasan itu Oktober nanti.

Ketua Umum yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tawaran RM100 ribu kepada setiap ahli parlimen Umno-BN menjelang pilihan raya umum akan datang tidak akan mengubah pendirian rakyat dalam menuntut sistem yang lebih telus.

"Setakat ini kita akan terus dengan kerja kita. Kita tidak akan terbawa-bawa dengan pendekatan Umno-BN. Mereka sudah belanja kepada ahli parlimen berjuta, RM100 ribu tidak akan mengubah sikap pengundi kerana mood sekarang adalah untuk merubah sistem yang rasuah," kata beliau selepas mempengerusikan rundingan ekonomi Buku Jingga di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, semalam.

Mesyuarat yang turut disertai pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, penganalisis ekonomi dan akademik, sektor swasta, wakil kesatuan pekerja dan persatuan pengguna itu tadi memberi jaminan bahawa belanjawan yang dicadangkan itu nanti mampu meringankan beban rakyat.

Antara lain jelas Anwar, belanjawan yang akan dibentangkan itu secara khusus akan meningkatkan keupayaan untuk mengasingkan diri dengan sistem monopoli oleh kerajaan Umno-BN.

"Fokus kita lebih banyak kepada dasar nasional kerana ianya Belanjawan 2012 dan belanjawan negara. Secara spesifiknya kita memberitahu bagaimana kita boleh mengurangkan kebergantungan kepada sistem monopoli yang ada sekarang," ujar beliau lagi.

Malah beliau menyifatkan usaha tersebut mampu memberi ruang bagi rakyat untuk menilai keberkesanan pendekatan ekonomi yang akan diunjurkan Pakatan Rakyat berbanding kerajaan Umno-BN.

Menyentuh isu subsidi, Anwar berkata sudah tiba masanya untuk kerajaan menilai pemberian subsidi yang seharusnya diberikan secara langsung kepada rakyat dan bukan diberikan kepada syarikat-syarikat berkepentingan.

Beliau mengambil contoh mekanisma yang disarankan di dalam Buku Jingga mengenai pemberian subsidi kepada konsesi lebuhraya yang dengan sendirinya akan mengurangkan kos pengguna jika ianya diselenggara dengan betul.

tv selangor/-

Hosni Mubarak hadapi tuduhan membunuh

Posted: 03 Aug 2011 02:55 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KAHERAH: Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibicarakan di mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh sekali gus menjadi saat bersejarah buat negara Arab apabila pemimpin jarang dihadapkan ke mahkamah.

Mubarak tiba di Akademi Polis di Kaherah, berdepan tuduhan membunuh dan penyelewengan selepas dibawa dari lapangan terbang tentera Almaza di sini.

Sedutan televisyen menunjukkan ambulans tiba di mahkamah yang dikawal ketat serta kehadiran askar bersenjata.

Kehadiran Mubarak itu adalah yang pertama sejak digulingkan pada 11 Februari lalu. - AFP

Terberak tunggu bayaran wang kebajikan

Posted: 03 Aug 2011 02:25 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) diberitahu terdapat golongan tua yang terkencing dan terberak dalam premis BSN ketika menunggu untuk mengeluarkan wang.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, pihaknya ketika mengunjungi Bank Simpanan Nasional (BSN) di Jalan Macalister, Pulau Pinang hari ini amat terkejut apabila melihat keadaan kelam kabut di premis bank itu.

"Ketika bertanyakan berkenaan hal itu, pegawai kami difahamkan bahawa setiap minggu pertama pada setiap bulan begitulah keadaannya memandangkan golongan tua, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan miskin tegar akan membanjiri bank itu dan semua cawangannya di seluruh negara untuk mengeluarkan bayaran kebajikan bulanan mereka," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, ramai daripada penerima itu yang telah berusia dan resah serta terpaksa berdiri dalam barisan sehingga ke pintu masuk bank.

"Pegawai kami diberitahu terdapat keadaan di mana golongan tua terutama sekali mereka yang sakit terkencing dan terberak dalam premis ketika menunggu untuk mengeluarkan wang mereka," ujarnya.

Sebelum ini, katanya bayaran dilakukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bank Simpanan Nasional menjadi bank komuniti yang dilantik untuk menyalurkan bayaran itu.

Menurutnya, BSN cuba untuk mengatasi masalah itu dengan mengeluarkan kad ATM tetapi kebanyakan penerimanya enggan untuk menggunakan kaedah pengeluaran itu kerana ramai mendakwa adalah sukar bagi mereka untuk menggunakan mesin dan ada ketikanya mereka lupa nombor pengenalan diri (PIN).

Keadaan itu, ujarnya boleh dijangkakan kerana mereka sudah berusia dan sering lupa.

"CAP menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini dan meminta bank komersial lain agar turut menyediakan perkhidmatan ini," ujarnya lagi.

Beliau berkata, semua bank mestilah memainkan peranan mereka dalam membantu komuniti memandangkan itulah apa yang dikatakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

harakahdaily/-

Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen

Posted: 03 Aug 2011 02:00 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkan isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Anggota parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub (kanan) berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar anggota parlimen Pakatan di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Salahuddin, sidang itu mestilah diadakan dalam bulan Ramadan ini juga.

Turut hadir Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), setiausaha biro antarabangsa DAP Liew Chin Tong (Bukit Bendera), Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS Dr Hatta Ramli (Kuala Krau), dan Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Mariah Mahmud (Kota Raja).

Semalam, Malaysiakini melaporkan, status seorang penduduk tetap yang berjaya didaftar sebagai pengundi bertukar kepada warganegara dalam tempoh empat jam sahaja selepas didedahkan.

Laporan itu mengundang kritikan pelbagai pihak, terutamanya oleh Pemuda PAS yang mendakwa memiliki banyak lagi bukti kes sebegitu berlaku.

Fokus Wilayah, Selangor, Johor

Ditanya tindakan lanjut Pakatan sekiranya desakan itu tidak diendahkan Najib, Salahuddin berkata: "Kami mempunyai beberapa siri tindakan. Tunggu saja."

"Kita akan dedahkan siapa taukenya nanti. Kita ada dokumen (bukti) yang cukup," katanya.

Salahuddin yang juga naib presiden PAS mendedahkan semakan mereka mendapati sehingga kini sejumlah 1,597 kes berhubung perkara itu dikesan di seluruh negara.

"Ia nampaknya terfokus di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor," dakwanya.

Dalam data yang diedarkannya, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,108 kes, diikuti Johor sebanyak 380 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 52 kes.

Salahuddin juga menunjukkan buku tebal kira-kira 2 inci mempunyai pelbagai maklumat berhubung kesalahan pilihan raya yang masih diselidiknya melalui satu pasukan khas PAS.

Mengulas prosedur permohonan warganegara, Salahuddin berkata, mengikut prosedur biasa, ia mengambil masa sehingga lebih 10 tahun.

"Tetapi ini berlaku sekelip masa atas konspirasi pemimpin Umno dan BN," katanya sambil mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dipergunakan bagi tujuan itu.

Pendaftaran biometrik pekerja asing

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, kegagalan Najib mengambil tindakan akan menggambarkan bahawa beliau sebagai perdana menteri yang tidak berkuasa terhadap beberapa agensi kerajaan berkaitan.

"Sekarang tiada dolak dalih lagi. Najib wajib panggil sidang tergempar (di parlimen)," katanya Nurul Izzah (kiri) lagi.

Sementara Liew pula berkata perdana menteri harus memberikan respons dengan "segera dan serta-merta" terhadap kes itu dan tuntutan Pakatan bagi membuktikan komitmennya terhadap pilihan raya yang bersih dan adil.

"Jika tidak, tiada gunanya kita adakan pilihan raya dengan sistem ini," katanya.

Sementara itu, Dr Hatta pula mengesyaki apa yang berlaku mempunyai kaitan dengan program pemutihan pendatang asing yang sedang berlangsung di seluruh negara yang bermula sejak sebulan lalu.

"Mereka daftar pekerja asing dengan biometrik. Adakah ini mempunyai kaitan? Adakah ini sebabnya data bertukar dalam beberapa jam sahaja," katanya.

Sejak dilaksanakan 13 Julai lepas, dilaporkan 390,404 pekerja asing daripada 26,894 majikan telah mendaftar bawah Program Pendaftaran Biometrik Pekerja Asing yang Sah, manakala pendaftaran pekerja asing tidak sah pula bermula kelmarin.

MALAYSIAKINI/-

Jom Shopping: BN minat tiru Selangor

Posted: 03 Aug 2011 01:30 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 3 Ogos: Langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperkenalkan skim Jom Shoping yang dikhaskan kepada warga emas di seluruh Selangor turut diminati pihak BN sehingga bertindak menirunya.

Menerusi skim Jom Shoping, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan sumbangan RM100 seorang kepada setiap warga emas rakyat Selangor untuk membantu mereka dari segi kewangan, khususnya untuk membeli belah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) menjelaskan, skim tersebut sememangnya suatu skim yang baik kepada rakyat dan kerajaan dan sejak diperkenalkan sudah banyak warga emas di Selangor yang menerimanya.

Menurut beliau, tujuan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memperkenalkan skim itu adalah untuk membantu rakyat, manakala untuk melaksanakannya, kerajaan mendapatkan dana khas dengan cara tersendiri.

Katanya, begitu juga dengan skim-skim lain yang diperkenalkan oleh kerajaan Selangor yang juga dilaksanakan dengan dana yang diperolehi dengan cara tersendiri tanpa membabitkan wang rakyat.

"Sekarang Jom Shoping untuk warga emas yang kita perkenalkan itu dah pun ditiru oleh kerajaan BN. Tak apalah kalau kerajaan BN nak tiru perkara baik yang kita buat itu.

"Tapi dalam hal ini, kita nak ingatkan kepada kerajaan BN, janganlah pula guna dana pembayar cukai. Kalau nak tiru kita, buatlah seperti yang kita buat juga dengan tidak menggunakan dana pembayar cukai (dana rakyat)," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), di sini, semalam.

Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.

Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2011 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Khalid menjelaskan, belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan tahun ini dan tahun-tahun lalu tidak terdapat defisit kerana Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sendiri sememangnya berusaha mengelakkan dari belanjawan yang mempunyai defisit.

Katanya, kalau defisit, kerajaan Selangor terpaksalah membuat pinjaman dengan Kerajaan Pusat, sedangkan kerajaan Selangor tidak boleh membuat pinjaman dengan Kerajaan Pusat.

"Untuk itu, kita tak perlu pinjam. Apa yang dapat, kita belanja. Begitu juga dengan lebihan RM200 juta dalam belanjawan kita yang lalu, kita akan belanja untuk kepentingan rakyat.

"Hasil-hasil yang kita terima dah kita gunakan. Sekiranya kita memerlukan dana untuk membantu rakyat, kita akan gunakan syarikat-syarikat kita.

"Syarikat yang kendalikan pasir baru-baru ini dah dapat untung RM20 hingga RM40 juta. Kita minta dari syarikat kita ini sedikit sumbangan untuk dana bagi membantu rakyat, termasuk untuk skim Jom Shoping bagi warga emas," katanya.

Tindakan seperti itu, jelas beliau, terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bagi mengelakkan belanjawan kerajaan negeri mengalami defisit, memandangkan belanjawan tersebut sudah tinggi.

Selain itu, beliau juga menggunakan dana yang diperolehi dari pengumpulan kutipan hutang-hutang yang tidak dibayar dulu bagi melaksanakan skim-skim lain termasuk skim-skim bagi penduduk bandar, luar bandar, golongan wanita, lelaki, belia, remaja, warga emas, pelajar, ibu tunggal dan skim-skim lain yang melibatkan semua golongan.

harakahdaily/-

8TV Mohon Maaf, Iklan Ramadan Berbaur Perkauman

Posted: 03 Aug 2011 01:20 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 3 OGOS : Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang dikeudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa.

Sambil memetik ahli falsafah Austria Karl Popper, 8TV cuba berfalsah menjelaskan iklan berbentuk pengumuman perkhidmatan masyarakat (PSA) Ramadan yang disiarkannya itu.

"Seperti ahli falsafah terkenal Austria Karl Popper pernah berkata, "Adalah mustahil bagi bercakap dalam cara yang anda tidak akan disalah-tafsir" - dan ini situasi malang yang berlaku akibat iklan PSA Ramadan 8TV.

"Dengan kesal terdapat salah tafsiran PSA itu yang hanya bertujuan menyampaikan mesej bagi menghormati bulan Ramadan.

"Mesej itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana bangsa atau keturunan dalam apa cara sekalipun. Ini adalah kesilapan jujur membabitkan sedikit jenaka yang disalahtafsir dan menjadi kebimbangan sesetengah pihak.

"Sehubungan itu, 8TV menarik balik PSA berkenaan dan memohon maaf atas sebarang ketidak-selesaan atau kesulitan akibat daripada penyiarannya itu," kata stesen tv berkenaan dalam satu kenyataan.

Pada satu daripada tiga iklan itu, ketiak seorang wanita Cina yang memakai baju tanpa lengan yang ketat dikaburkan apabila dia mengunjungi bazaar Ramadan sambil mendakwa dirinya menjadi tumpuan.

Iklan itu kemudiannya menasihatkan penonton agar tidak berpakaian ketat dan mendedahkan. Mereka juga diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dan memahami serta menghormati signifikan Ramadan.

Dalam reaksi terhadap kemarahan orang ramai, CEO 8TV Ahmad Izham Omar dalam tweet meminta penonton supaya 'chill' dan tidak "terlalu banyak berfikir".

"Chill guys. Don't overthink the ads. It's written, produced and directed by a multi-racial team. If you overanalyse, anything will be bad," tulisnya.-Malaysiakini

Wikileaks: ISA 2008 halang ahli Umno lompat parti

Posted: 03 Aug 2011 12:31 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Sebuah kabel diplomatik dari kedutaan Amerika Syarikat yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan tahanan tiga individu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) pada 2008 telah menghentikan ahli parlimen Umno daripada berpaling tadah.

Menurut kabel yang diperolehi dari laman sesawang Wikileaks dan disiarkan di blog Malaysia Today milik Raja Petra, perkara itu disahkan oleh ahli parlimen Pulai Nur Jazlan Mohamed pada Oktober 2008, sebulan selepas penahanan ISA tersebut.

"Pada awal Oktober, MP Umno Nur Jazlan (kiri) memberitahu (kaunselor politik kedutaan Amerika Syarikat Mark D Clark) bahawa tahanan ISA itu "amat berjaya" mencapai objektif Umno untuk menakut-nakutkan MP yang bercadang menyertai (ketua pembangkang) Anwar (Ibrahim)," petik kabel itu.

Kabel yang bertajuk 'Anwar shifts gears, not goals, say aides', juga melaporkan perkara berkenaan diakui oleh naib presiden PKR Tian Chua dan Sivarasa Rasiah dalam dua pertemuan berasingan dengan Clark pada November 2008.

Raja Petra, ahli parlimen Seputeh Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng ditangkap di bawah ISA pada 12 September 2008.

Tan dibebaskan 18 jam kemudian, Kok pada 19 September manakala Raja Petra pula dikurung lebih 50 hari.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas laporan itu, Nur Jazlan berkata ia amat melucukan kerana kedutaan Amerika Syarikat berpendapat beliau boleh mengesahkan alasan di sebalik penahanan itu.

Sambil ketawa beliau berkata: "Kami (Clark dan Nur Jazlan) berjumpa pada satu majlis dan berbual biasa, malah saya tidak ingat apa yang dibualkan itu.
Kuasa eksekutif

"Untuk mengatakan saya boleh mengesahkan perkara seperti itu, sesuatu yang hebat. Saya tidak mempunyai kuasa eksekutif," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut kabel yang tidak bertarikh itu dan ditandakan "rahsia", Chua dan Sivarasa mengesahkan bahawa PKR terus berusaha mendapatkan ahli Umno berpaling tadah selepas tarikh 16 September gagal.

"Tempoh masa telah berubah dari Disember kepada Mac 2009, selaras dengan pemilihan parti Umno ketika Najib diangkat sebagai presiden Umno tanpa pertandingan.

"Pegawai PKR berkata Anwar dan parti itu tetap fokus mahu mengambil alih sebelum Najib dilantik kerana percaya beliau akan menggunakan tindakan kuku besi mengekang pembangkang sebelum pilihan raya umum akan datang," petik kabel itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, mereka yang menjadi perantaraan berkenaan adalah ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dan ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga ketua pemuda Umno dikatakan menjadi perantaraan di antara bapa mentuanya,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar.

malaysikini/-

Salam Perjuangan

Posted: 03 Aug 2011 11:50 PM PDT

Salam Perjuangan


KOMPLOT TERANCANG TIPU DAFTAR PEMILIH?

Posted: 03 Aug 2011 07:41 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 03 Aug 2011 09:26 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Pencerobohan Pengambilan Pasir di Gemas, N.Sembilan

Posted: 03 Aug 2011 08:59 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PENCEROBOHAN PENGAMBILAN PASIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Saya sebagai anak jati Kg Kurnia Di Raja Pasir Besar di Gemas N Sembilan sangat tidak berpuas hati dengn pengurusan kampung.

2 orang ketua kampung dan seorang Iman yang berkompromi dengan tauke pasir di kg ini menjual pasir iaitu harta kerajaan pada waktu yang tidak di tetapkan pada pukul 4.00pg – 5.00 pagi iaitu di luar waktu operasi 8.00pg – 5 .00ptg.

Kerja-kerja pencerobohan pengambilan pasir ini telah terlalu berleluasa sehingga mengakibatkan jalan laluan penduduk kg rosak dan menyebabkan hakisan tanah yang teruk.

2 orang ketua kampung ini begitu tidak bertanggungjawab dengan membiarkan tauke pengorek pasir ini bermaharajalela tanpa sebarang pantauan.

Saya amat berharap pihak berwajib dapat turun padang melihat sendiri keadaan kg kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pencuri-pencuri harta kerajaan ini.

By: Anak Jati

http://www.aduanrakyat.com.my/pencorobohan-pengambilan-pasir

Antara beberapa kelemahan yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara untuk Negeri Sembilan bagi tahun 2009 ialah pengurusan pengambilan pasir yang kurang memuaskan kerana berlaku pencemaran. Syarat pentadbiran dan teknikal berkenaan pengambilan pasir yang tidak dipatuhi dan penguatkuasaan Akta Air tidak dilaksanakan. Laporan audit tersebut dan beberapa gambar masalah penagmbilan pasir di pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/10/laporan-audit-2009-nsembilan-dedah.html

Siasat aduan perkhidmatan bas Cityliner Seremban

Posted: 03 Aug 2011 08:59 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PERKHIDMATAN BAS CITYLINER
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Nota : Taman dusun Nyiur, Taman Dusun Setia, Taman Kekwa dan Taman Bidara – Tmn A

Taman rasah Jaya – Tmn B

Saya tidak berpuashati dengan perkhidmatan bas Cityliner No Bas 8A di Tmn A. Ini adalah kerana semenjak 2 minggu yang lepas bas berkenaan telah membawa penumpang bagi Tmn A dan Tmn B sekaligus sedangkan bas untuk Tmn B telah ada.

Ini menyukarkan penumpang termasuk saya di Tmn A lebih-lebih lagi di bulan puasa kerana lewat untuk memasak berbuka puasa.

Alasan yang diberi oleh pemandu kerana penumpang di Tmn A tidak ramai. Alasan itu tidak munasabah bagi saya sedangkan apa yang saya lihat penumpang di Tmn A lebih ramai dan hanya satu bas sahaja beroperasi di Tmn A.

Saya minta syarikat Cityliner untuk menyiasat perkara ini kerana pemandu yang berkenaaan selalu tidak memberi tiket sewaktu saya dan penumpang lain menaiki bas.

Adakah pemandu berkenaan telah menggunakan duit penumpang untuk tujuan peribadi dan memberikan alasan bahawa penumpang tidak ramai di Tmn A.

Sekiranya perkara ini benar, ini tidak adil dan penumpang teraniaya diatas perbuatan pemandu berkenaan.

Saya dan penumpang lain bukanlah orang yang berada untuk menaiki teksi setiap hari. Kos menaiki teksi adalah sebayak Rm 7.00 dan kadang-kadang mencecah RM10.00 sekiranya menaiki teksi bermeter.

Saya minta Syarikat Cityliner dan Jabatan yang terlibat untuk menyiasat perkara ini dan menyelesaikan masalah ini dengan segera agar penumpang di Tmn A dapat menjalankan Aktiviti seharian dengan selesa.

By: Siti Aminah

http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-bas-cityliner

Sila baca artikel bertajuk Perkhidmatan bas di N.Sembilan teruk sangat, pada pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html

Tadika Kemas di Rembau tiada bekalan air

Posted: 03 Aug 2011 08:59 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

TADIKA KEMAS TIADA BEKALAN AIR
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Semalam 31.07.2011 saya telah balik ke kampung saya, Kampung Denai Keroh Sepri, Pedas, Negeri Sembilan. Saya telah diberitahu oleh emak saya bahawa Tadika Kemas di kampung ini telah di potong bekalan airnya oleh JKKK kampung tanpa sebarang alasan.

Ini amat menyukarkan kanak-kanak serta guru tadika berkenaan untuk menjalankan aktiviti seharian di tadika.

Setakat hari ini kata emak saya tadika berkenaan mendapat bekalan air daripada ehsan seorang penduduk kampung yang membenarkan pihak sekolah berkenaan mengambil air dari rumahnya.

Itu pun keadaan masih sukar kerana guru serta pembantu tadika tersebut terpaksa mengangkut air menggunakan baldi.

Mohon Aduan Rakyat menyiasat segera aduan ini.

Sekian, Terima Kasih.

By: hamidah
http://www.aduanrakyat.com.my/tadika-kemas-tiada-bekalan-air

Sila baca artikel bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Majlis Daerah Port Dickson tak layan aduan rakyat

Posted: 03 Aug 2011 08:58 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PADANG UNTUK BERIADAH/KENDURI DIJADIKAN STOR DAN BERCUCUK TANAM
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Salam kepada aduan rakyat yang menyelesaikan masalah rakyat.

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada aduan rakyat kerana sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang ditujukan.

Saya memiliki rumah di Bandar Baru Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan berdekatan dengan Hospital Besar Port Dickson dan masalah yang saya hadapi adalah tempat dimana kanak kanak hendak bermain atau tempat sepatutnya untuk mendirikan khemah untuk kenduri dijadikan tempat meletak kenderaan dan juga membuat stor dan ada juga yang bercucuk tanam sedangkan pihak pemaju telah menyediakan tempat meletak kenderaan untuk setiap pemilik rumah.

Masalah ini telah diutarakan kepada Majlis Daerah Port Dickson tapi masih tiada jalan penyelesaian dan juga hanya dengar khabar angin hendak membuat operasi, sudah hampir setahun masih tiada apa apa tindakan.

Pihak Aduan Rakyat boleh melihat sendiri keadaan sebenar apabila tiba ke lokasi tersebut.

Terdapat rumah yang tiada tempat meletak kenderaan dihadapan pintu masuk rumah dan telah di sekat oleh pemilik lain untuk membuat stor di tempat meletak kenderaan.

Terdapat juga pemilik mengubah suai rumah tanpa kebenaran pihak berwajib dengan membolot kesemua tempat meletak kenderaan bagi membesarkan rumah.

Susah hendak dikatakan dengan panjang lebar,macam macam aduan telah di buat dan saya tidak menyalahkan mana mana pihak tetapi beginikah caranya pihak berwajib menjalan kan tanggungjawab sebagai penguatkuasa yang mempunyai saudara mara atau rakan di taman tersebut.

By: mohd suffian abu bakar

http://www.aduanrakyat.com.my/padang-untuk-beriadahkenduri-dijadikan-stor-dan-bercucuk-tanam

Hadiah Tilawah Al Quran N.Sembilan memalukan

Posted: 03 Aug 2011 08:58 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

HADIAH TILAWAH PERINGKAT KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Anak saya telah mewakili negeri bagi pertandingan Tilawah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan di Port Dicson bermula pada 25 hb Julai hingga 28hb Julai.

Pertandingan yang diwakili oleh anak saya telah berlangsung pada 26 hb Julai.

Apa yang mendukacitakan adalah hadiah saguhati yang disediakan tidak setimpal dengan Peringkat yang diwakili oleh mereka.

Hadiah tersebut hanya layak untuk kanak-kanak tadika sahaja dan bukan hadiah untuk mewakili negeri di Peringkat Kebangsaan.

Sebagai ibu bapa, kita bukanlah nak berkira sangat tentang hadiah yang diberi, tetapi berilah penghargaan setimpal dengan kategori dan usaha yang mereka buat walaupun mereka adalah anak-anak istemewa.

Lain kali kalau nak buat, buatlah betul-betul. Jangah buat seolah-olah hanya melepaskan batuk ditangga sahaja.

Hadian yang diberikan sangat-sangat memalukan anak-anak yg telah mewakili negeri-negeri masing-masing.

By: Zailani

http://www.aduanrakyat.com.my/hadiah-tilawah-peringkat-kebangsaan-pendidikan-khas

Masalah pencemaran sungai di Rantau, N.Sembilan

Posted: 03 Aug 2011 08:57 PM PDT

Harap ada pihak yang menyiasat aduan yang tersiar di bawah ini.

PENCEMARAN AIR SUNGAI DI KAMPUNG KUALA SAWAH
Aduan Rakyat Online - 3 Ogos 2011

Saya penduduk di Kampung Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan ingin membuat aduan mengenai sebuah kilang yang membeli getah beku dan getah cair berhampiran, sentiasa membuang sisa getah ke sungai yang alirannya melalui kampung dan menyebabkan sungai berkenaan tercemar dan sungguh tidak menyenangkan bau yang terhidu di seluruh kawasan kampung terutama rumah saya yang terganngu selalu kerana bersebelahan dengan sungai tersebut.

Saya khuatir keadaan yang telah berlalu sekian lama akan menjejaskan kesihatan penduduk kampung.

Perkara ini telah lama berlaku dan tiada mana-mana pihak yang tampil untuk menghentikan pencemaran ini.

Diharap Pihak Jabatan Alam Sekitar dapat membantu menghentikan pencemaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

By: Kogelen

http://www.aduanrakyat.com.my/pencemaran-air-sungai-di-kampung-kuala-sawah

Tazkirah Dr Badrul Amin 11 Ogos 2011 di PD

Posted: 03 Aug 2011 05:43 PM PDT



TAZKIRAH RAMADHAN DAN ZIKIR MUNAJAT
Bersama Ustaz Dr. Badrul Amin Baharon
Tarikh : 11 Ogos 2011 , KHAMIS
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Surau Taman Selasih , Port Dickson
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

Rakyat N.Sembilan merana, bekalan air bermasalah

Posted: 03 Aug 2011 05:42 PM PDT



Masalah air tidak pernah berkesudahan di Negeri Sembilan ini. Dari dulu, kini dan mungkin sampai bila-bila, selagi rakyat di Negeri Sembilan ini tidak melakukan perubahan.

Sila baca artikel sebelum ini bertajuk BN gagal tangani masalah air di N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com/2010/02/bn-gagal-tangani-masalah-air-di.html

Khidmat SAINS tidak efisien
BERITA HARIAN 4 Ogos 2011

SAYA ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) yang tidak efisien sejak empat tahun lalu hingga kini.

Untuk makluman di kawasan perumahan saya Dataran Desa Melang 2, Kuala Pilah masih mengalami gangguan air dan catuan air pada waktu yang tidak munasabah.

Air yang dibekalkan di antara jam 10 pagi hingga jam 4 petang dan selepas itu air dicatu hingga pagi esok jam 10 pagi semula. Waktu pembekalan air itu tidak munasabah kerana ramai pengguna ketika itu tidak ada di rumah kerana bekerja.

Ini sangat menyusahkan kerana apabila balik kerja bekalan air di rumah sudah tiada. Walaupun aduan dibuat di pejabat SAINS Seremban dan Kuala Pilah, setakat ini masih tidak ada perubahan dibuat untuk faedah semua.

Kami juga tidak disediakan bekalan air melalui lori tangki

Saya berharap aduan ini dilayan kerana sudah empat tahun kami bersabar menantikan masalah ini diselesaikan dengan segera untuk faedah semua.

PENGGUNA KECEWA,
Kuala Pilah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhidmatSAINStidakefisien/Article

PARLIMEN BUKIT GANTANG

Posted: 03 Aug 2011 09:12 PM PDT

PARLIMEN BUKIT GANTANG


Nizar menyantuni penduduk.

Posted: 03 Aug 2011 08:09 PM PDT

DS Nizar sedang berucap sebelum menyampaikan sumbangan baru-baru ini di Dun Changkat Jering.
Menghulur sumbangan hamper kepada seorang penduduk.
Beras juga turut disumbang.

Marilah kita rebut peluang menderma di bulan Ramadhan ini dengan menghulur derma kepada Tabung Prihatin Pas Kawasan Bukit Gantang .Semua sumbangan dan derma bolehlah dimasukkan ke dalam akaun May Bank 558051304442 atau telefon pusat khidmat:08-8483950

Dalam usaha menyantuni masyarakat dalam budan Ramadhan ini Pas Kawasan Bukit Gantang bersama Pusat Khidmat memerlukan RM100,00 untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat seperti OKU,ibu tunggal,fakir miskin,anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah.

Sabda Nabi s.a.w maksudnya," Barang siapa memberi makan/membantu anak yatim/fakir miskin,Bersamaku di syurga Firdaus"

Maksud hadith "sedekah hapuskan dosa seperti air memadamkan api"

DUN PENGKALAN KUNDOR

Posted: 03 Aug 2011 07:57 PM PDT

DUN PENGKALAN KUNDOR


Dari mulut buaya, masuk mulut singa

Posted: 03 Aug 2011 07:52 PM PDT

SUNGAI LALANG: Hidup semasa pemerintahan penjajah seperti berada di dalam mulut buaya, tetapi berada di bawah pemerintahan BN seumpama masuk ke dalam mulut singa, demikian bidalan dibuat Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Katanya, semasa di bawah pemerintahan Inggeris, tiada wakil rakyat, tidak wujud pemilihan dan demokrasi, malah hasil mahsul negara diambil sewenangnya.

Rakyat baik parti kanan mahupun kiri ujar beliau, telah sama-sama bangkit berjuang untuk kemerdekaan.

"Kita berharap lepas merdeka, kita terlepas dari mulut buaya kita jadi bebas, kita berpemerintahan sendiri. Kita telah bentuk satu perlembagaan tahun 1957, setuju negara demokrasi berparlimen dan setuju raja berpelembagaan. Tetapi selepas 50 tahun kita masih seperti dijajah. Ada demokrasi tetapi berat sebelah.

"Awal pemerintahan Perikatan nampak kebebasan, tetapi lama kelamaan di bawah BN telah menjadikan negeri ini seperti haknya. Buat satu sistem hingga pihak lain tidak boleh menang dalam pilihan raya. Jika menang sekadar sikit-sikit," terangnya.

Jelas Phahrolrazi, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak bebas, wujud kongkongan media dan berlakunya ketaatan paksa kakitangan awam kepada parti politik.

Katanya, BN telah menganggap harta negara sebagai hak mereka antaranya sepertimana perjanjian Lebuh Raya Utara Selatan dan air dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Sangat rahsia hingga rakyat tidak boleh tahu. Ini perjanjian kerajaan, kenapa tidak boleh didedahkan kepada rakyat? Perjanjian klasifikasikan sebagai rahsia. Kenapa rahsia, kenapa tidak boleh didedahkan kepada umum. Kenapa tidak transparen? Kenapa semua perkara mesti disembunyikan?" ujarnya melontarkan persoalan bertalu-talu.

Beliau turut menyentuh perjanjian Petronas di mana semua itu telah dijadikan milik individu dan parti politik.

Tambahnya lagi, segala perjanjian projek mega yang lain juga rahsia tetapi rakyat menanggung semuanya itu, sedang ia terus dimiliki dan dikuasai parti politik.

"Segala beban dihadapi rakyat. Ini sebenarnya yang kita katakan, masa di zaman penjajah duduk dalam mulut buaya, lepas merdeka ingat bebas, tetapi rupanya masuk mulut singa pula," sindir beliau

Tegas Phahrolrazi, Pakatan Rakyat memberi komitmen melaksanakan perubahan apabila diberi mandat memerintah kelak di mana kerajaan akan menjadi pengurus hak rakyat.

"Apabila dilaksanakan kemudahan atau projek untuk rakyat, itu semua adalah hak rakyat. Itu semua hak rakyat, kerajaan hanya urus dengan baik dan telus," terangnya.

Di bawah BN juga katanya, wujud pilih kasih di mana pemberian hak rakyat ditentukan berdasarkan sokongan politik selain banyak urusan memerlukan sokongan dari jawatan politik kepartian.

Sedang di bawah Pakatan Rakyat, segala pemberian adalah berdasarkan kelayakan dan langsung tidak melihat kepada latar belakang kaum, agama mahupun parti politik.

Perkara itu jelasnya, kerana Pakatan Rakyat memegang kepada konsep keadilan. Maka rakyat dan pegawai perkhidmatan awam tegasnya, tidak perlu takut dan tunduk kepada jawatan politik.

Pun begitu ujar beliau, segala amalan tersebut di dalam pentadbiran mengambil masa untuk diperbetulkan. 
dipetik dari KEDAHLanie

PAS LENGGONG

Posted: 03 Aug 2011 07:57 PM PDT

PAS LENGGONG


umno terdesak yang terlampau- Semoga laknat Allah ke atas tangan yang jahat itu.

Posted: 03 Aug 2011 02:45 AM PDT

PR: Pakatan desak sidang Parlimen tergempar
Hazayani Zakaria

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.

Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.

"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.

Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.

"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.

Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.

Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.

"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

N.27 - PAS DUN Sura

Posted: 03 Aug 2011 07:23 PM PDT

N.27 - PAS DUN Sura


Nasib Najib Mungkin Lebih Malang Daripada Pak Lah, Kerana Beliau Mempunyai Kes Scorpene Yang Bakal Berlangsung Perbicaraannya Di Perancis!

Posted: 03 Aug 2011 04:00 AM PDT

Melihat kepada lautan manusia pada 9 Julai 2011, ramai menjangka Perdana Menteri Najib Razak tidak berani untuk membubarkan parlimen pada tahun ini. Igauan bagaimana perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 mencetuskan tsunami politik pada 8 Mac 2008 masih menghantui Barisan Nasional. Seandainya PRU ke-13 diadakan pada tahun ini, Najib berkemungkinan besar mengulangi nasib mantan PM, Abdullah Ahmad Badawi.

Lebih-lebih lagi, cara dan pendekatan kerajaan Najib Razak mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 telah mencungkil ketidakpuasan ramai, dari Sasterawan Negara yang menjadi ikon budaya, hinggalah bekas mufti yang berpengaruh dalam bidang agama; dari mereka yang berada di atas pagar, hinggalah pewaris tokoh UMNO sendiri - Marina Mahathir.

Mengikut perhitungan biasa, kerajaan Najib dijangka memerlukan tempoh dalam setahun untuk memperbaiki keadaaan, atau sekurang-kurangnya meredakan ketidakpuasan ini. Dengan kata lain, PRU 13 paling mungkin diadakan pada tahun 2012 selepas Jun, malah tidak mustahil diheret sehingga awal tahun 2013.

Semakin lama PRU ditunda....

Namun demikian, perkiraan UMNO mungkin tidak mengikut logik biasa. Semakin lama PRU ke-13 ditunda, bermakna semakin berat bebannya. Pertama, UMNO-BN tidak mempunyai alasan untuk menundakan reformasi sistem pilihan raya. Perlu diingatkan bagaimana impak "BERSIH 1.0" memuncak apabila SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal empat hari sebelum hari pengundian PRU 12. Kerajaan Najib sama ada kehilangan undi berikutan "ketidaksempatan" melakukan reformasi sistem pilihan raya, ataupun tumbang kerana sistem pilihan raya yang bersih, adil dan bebas.

baca artikel penuh...di sini.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 03 Aug 2011 03:27 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BULAN PUASA PUN ABDUL AZIZ MENIPU RAKYAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Posted: 03 Aug 2011 02:46 PM PDT

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi. Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz dalam SMS kepadaMalaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

SALURAN RAKYAT JANGAN DITUTUP !

Posted: 03 Aug 2011 01:02 AM PDT

Komen : Masa Perhimpunan BERSIH 2.0 mahu dilaksanakan dan telah dilaksanankan ramai pembantah yang terdiri dari UMNO dan komponen BN berkata " BUAT APA BUAT PERHIMPUNAN, GUNA SALURAN SEPERTI MELALUI DEWAN PARLIMEN !"
Sekarang nie Kerajaan BN yang berpengerusikan DS Najib harus kotakan kata-kata mereka. Sidang gempar perlu diadakan kerana masalah ini sangat serius dan menggugat kedaulatan Negara malaysia. Kita harap YDP Agong tidak ditipu kali kedua yang mana kali pertama Tuanku arah perhimpunan BERSIH dibuat dalam Stadium namun Kerajaan BN sendiri yang ingkar nasihat dan arahan Tuanku Yang DiPertuan Agong.Stadium tidak disediakan malah permit pula jadi alasan



Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.

Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.

"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.


"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.

Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.

Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.

"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.

Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.

Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.

"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.

Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

MUJUR ORANG MELAYU UK TAK TEGUR BLAIR !

Posted: 03 Aug 2011 12:17 AM PDT


Hukum Orang Kafir Baca Al-Quran Dan Hadis

Assalamualaikum ustaz..saya ada satu persoalan apakah hukum bagi orang bukan Islam menggunakan hadis dalam hujahnya?..cthnya apa yang berlaku pada sidang DUN kebelakangan ini..adakah ianya salah??apa pandangan ustaz.?

Jawapannya

Islam yang telah diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah saw adalah untuk disampaikan kepada semua umat manusia tanpa dikecualikan kepada sesiapa. Al-Quran dan Hadis adalah dua sumber hukum yang paling penting dalam menentukan sesuatu hukum di dalam Islam selain daripada Ijamak dan Qiyas. Selain dari itu juga, Al-Quran dan Hadis merupakan suatu alat dakwah yang mendatangkan bukti-bukti kekuasaan Allah dan kebenaran Islam kepada orang-orang bukan Islam. Untuk berdakwah kepada mereka, kita tidak berhujah dengan hanya menggunakan akal semata-mata kerana Islam itu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan dikukuhkan juga dengan kebenaran akal fikiran manusia. Saidina Umar Al-Khatab memeluk agama Islam dengan hanya mendengar adiknya Fatimah membaca Al-Quran.

Berdasarkan persoalan di atas mengenai orang kafir membaca Al-Quran atau membaca Hadis Rasulullah saw. Di sini saya datangkan pendapat ulamak terlebih dahulu yang berkaitan dengan masalah ini, di antaranya ialah :

Syeikh Atiyyah Saqr bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa : "Golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan (boleh) untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk. Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat: Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci. Jika perkara itu masih lagi terdapat khilaf maka tiadalah halangan (boleh) dari mengambil salah satu pandangan ulama khususnya jika terdapat keadaan yang memerlukan yang demikan."

Prof. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Ahmad al-Bar mengatakan bahawa : "Adapun orang bukan Islam tidak ditaklifkan (syariat Islam terhadap mereka) dan mereka juga tidak suci sepertimana orang Islam maka adalah tidak boleh orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sengaja. Namun jika orang bukan Islam membaca al-Quran al-Karim dengan sebab untuk mempelajari atau mendalami Islam maka tindakan mereka (membaca al-Quran al-Karim) itu tidaklah mengapa."

Begitu juga dengan pendapat dikalangan ulamak Mazhab Syafie di antaranya ialah Imam Ramli dalam kitabnya ihaayatu al Muhtaj mengatakan bahawa : "Orang kafir tidak ditegah untuk membaca la-Quran kerana mereka tidak percaya kepada kehormatannya."

Ada juga sebahagian ulamak terutamanya dari kalangan Mazhab Hambali mengatakan bahawa : "Haram bagi orang kafir zimmi atau yang lainnya untuk membaca al-Quran. Ini kerana mereka yang lebih patut ditegah daripada orang yang berjunub."


Sebagai orang muslim yang baik, maka kita kena positifkan perkara ini dan jangan sama sekali mencampurkannya dengan kepentingan peribadi masing-masing. Masalah ini akan lebih parah lagi apabila ia melibatkan kepentingan politik tertentu. Kalau masalah ini dibicarakan mengikut fikiran yang waras, maka masalah ini tidak menjadi besar dan tidak berlaku laporan polis dan berbagai kecaman yang telah berlaku sebelum ini. Perkara ini semua merupakan khilaf ulamak, lazimnya apabila berlakunya khilaf ulamak, maka mesti ada yang mengatakan harus, haram, sunat, makruh dan sebagainya. Faktor berlakunya berbagai pendapat dari kalangan para ulamak adalah disebabkan tiada dalil Al-Quran dan Hadis yang mengatakan haram dan mengatakan harus orang kafir membaca Al-Quran dan Hadis.

Sepatunya masalah ini tidak menjadi besar dan kita sebagai orang awam perlu menghormati segala pandangan yang telah dikeluarkan oleh orang-orang alim walaupun ia tidak bersesuaian dengan pandangan kita. Mereka mengeluarkan hujah berdasarkan ilmu mereka. Kita mengeluarkan hujah berdasarkan fikiran yang jahil agama dan dicampurkan juga dengan keinginan nafsu politik yang tajam.

Ini pandangan saya, orang kafir membaca Al-Quran dan hadis ia merupakan langkah yang baik, kerana secara langsung atau tidak langsung mereka telah mempelajari Al-Quran dan Hadis. Masalah tajwid atau sebutan itu janganlah kita pertikaikan, kerana mereka mana tahu ilmu tajwid, lagipun lidah mereka bukan seperti lidah orang yang dah lama belajar membaca Al-Quran atau Hadis. Sepatutnya kita kena malu kepada mereka, kerana ramai orang Islam yang tidak tahu membaca Al-Quran, malah lebih teruk lagi tidak tahu mengucap pun ada. Ramai ahli-ahli sains barat yang memeluk Islam kerana mereka mengkaji dan membaca Al-Quran yang telah diterjemahkan kepada bahasa mereka.

Antara ahli sains yang telah memeluk islam kerana melihat kebenaran Al-Quran ialah profesor Milan dari Republik Czeck, Dr. Murice Bucaille, seorang doktor bedah dari Perancis, Jacque Costeau, ahli kaji lautan juga dari Perancis, Dr. Tijtet Tijson, seorang profesor perubatan dari Chiang Mai University, Thailand juga telah menganut Islam selepas melihat kebenaran Al-Quran. Profesor Keith L Moore, dari University Toronto, Kanada menyatakan bahawa mustahil kenyataan tentang embriologi yang terdapat dalam al-quran ini berasal daripada Nabi Muhammad saw dan beliau mengakui kebenaran Al-Quran.

Orang kafir belajar membaca Al-Quran dan Hadis juga merupakan sebahagian dari dakwah Islam yang telah disampaikan tanpa paksaan, mereka berminat untuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebagai hujah mereka. Kita sebagai orang Islam berusaha menyampaikan dakwah dan berdoa kepada Allah semoga diberikan hidayah kepada mereka untuk memeluk agama Islam. Al-Quran bukan untuk orang Islam sahaja, malah dia juga ditujukan kepada orang bukan Islam dan banyak ayat-ayat yang mengatakan wahai sekalian manusia, ini membawa maksud secara umum iaitu sekalian manusia termasuk yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.

Saya tegaskan di sini, artikel saya ini tidak terikat kepada mana-mana fahaman politik, saya berhujah berdasarkan sedikit ilmu yang kerdil dan sedikit rujukan yang telah dibuat. Tujuan penyebaran artikel ini adalah sebagai jawapan kepada pengunjung yang bertanya dan merupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim yang menghayati hadis Rasulullah yang berbunyi "Sampaikanlah walaupun dengan satu ayat".
Ustaz Nor Amin

10 MATI DI BAKUN MASIH MISTERI ! KEMENTERIAN KESIHATAN BERDIAM DIRI?

Posted: 02 Aug 2011 10:25 PM PDT


Kematian misteri 10 pekerja SFC di Bakun
BELAGA: Kematian 10 pekerja 'Sarawak Forestry Corporation' (SFC) yang terlibat dalam operasi memindahkan binatang liar yang tinggal di kawasan yang hampir ditenggelami takungan air empangan Bakun kini dianggap satu kejadian misteri.

Ketika pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada punca kematian itu akibat kencing tikus, penduduk tempatan pula percaya kejadian berlaku akibat perbuatan 'penunggu' di kawasan Empangan Hidroelektrik Bakun.

Kes terbaru membabitkan seorang pekerja SFC, Larry Kiding, 28, yang tiba-tiba jatuh sakit selepas menyertai operasi memindahkan binatang liar yang tinggal di kawasan yang hampir ditenggelami takungan air empangan Bakun.


Doktor yang melakukan bedah siasat ke atas Larry sehingga kini belum dapat mengesahkan punca kematian pekerja SFC itu dan perkara ini mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak.

Selain 10 pekerja SFC yang dilaporkan telah terkorban, kini seorang ketua masyarakat dari Sungai Asap di Belaga pula dilaporkan sakit tenat dan dikatakan mengalami simtom yang sama.

Lebih 10,000 penduduk, terutama golongan Pagan, percaya 'penunggu' mengamuk akibat kemusnahan alam sekitar yang berlaku ekoran pembinaan Bakun.

"Penunggu sudah memberi amaran awal tahun ini apabila ratusan tan ikan ditemui mati di Bakun dan apabila tiada sebarang tindakan dilakukan, kini ia meragut nyawa manusia," kata Jok Ngau.

Jok, 54, yang bekerja sendiri memberitahu, beberapa amaran yang hanya difahami penduduk setempat telah 'dikeluarkan' penunggu namun kerja-kerja penakungan air tetap diteruskan tanpa mempertimbangkan pendapat dan sensitiviti penduduk.

"Kita di sini masih tinggal di dalam hutan dan beberapa 'peraturan alam' perlu dipatuhi supaya semangat atau penunggu itu tidak mengamuk," tambahnya.

Selain kematian misteri serta berpuluh-puluh tan ikan yang dijumpai mati di Bakun, beberapa fenomena ganjil juga berlaku sebelum dan selepas bermula operasi penakungan air Bakun.

Penduduk setempat memberitahu haiwan liar di kawasan itu berkelakuan ganjil selain berlaku musim kemarau luar biasa serta

longgokan kayu hanyut yang menyebabkan Sungai Baleh dan Rajang seperti longkang sumbat.

Ketika isu ini hangat diperkatakan, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Bakun Dr Ellie Luhat pula mencetuskan kontroversi dengan menuduh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berbuat apa-apa untuk menyiasat punca penyakit misteri itu. - FMT

BANTAH PRU13 SELAGI TUNTUTAN BERSIH TIDAK DIPENUHI !

Posted: 02 Aug 2011 09:31 PM PDT


Ampun Tuanku, Patik pohon tolak bubar Parlimen

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.

"Isu yang mendesak kini ialah ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.
http://www.blogger.com/img/blank.gif

BLOGGER UMNO PUN TAK TERJAWAB ISU MISMAH DAN SEKAPAL

Posted: 02 Aug 2011 07:06 PM PDT


Mykad Merah MyKad Biru Yang Pasti KDN Perlu Tampilkan Siapa Mismah
Agak hangat petang semalam sampailah sekarang ini dengan isu MyKad Merah Satus PR bertukar menjadi Mykad Biru Status Warganegara. Isu ini dikeluarkan oleh Portal milik Pembangkang Malaysiakini dan sehingga kini artikel berkaitan My Kad ini masih lagi kekal sebagai tajuk utama Portal berkenaan dan komen melalui facebook pula sudah mencecah 400 komen yang boleh dikatakan semuanya menghentam Kerajaan BN.

Gomo(Blogger UMNO) tidak berupaya untuk menjawap Tuduhan dan pendedahan yang dinyatakan oleh Portal Malaysiakini kerana hal ini seharusnya dan semestinya dijelaskan Oleh Pihak bertanggungjawap sama ada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mahupun Menteri Dalam Negeri itu sendiri.

Malaysiakini hanya memberikan seorang sahaja yang dikatakan dari IC Merah ke IC Biru dan ini sudah pasti banyak pekara yang boleh dipersoalkan berkaitan apa yang dinyatakan Malaysiakini. Namun demikian Gomo sebagai seorang Warganegara Malaysia meminta agar pihak berkenaan menjawap isu ini dengan Kadar segera bagi penjelasan penuh.

Minta Pihak KDN Memberikan Penjelasan berhubung Isu MyKad Merah My Kad Biru ini dan minta juga penama dalam My Kad tersebut ditampilkan butirannya dan status nya sebelum isu ini bagi memberikan pemahaman kepada seluruh rakyat Malaysia.

*Seingat Gomo jika ada penama Status PR MyKad Merah yang telah menetap lebih 10 tahun di Malaysia dan memohon untuk menjadi Warganegara maka ianya layak untuk dipertimbangkan ke menjadi Warganegara Malaysia.

Psssttt....Demi kebenaran buat Barisan Nasional ianya perlu diperjelaskan kepada rakyat.

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 03 Aug 2011 03:04 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


Tolak bubar parlimen

Posted: 02 Aug 2011 08:59 PM PDT

Ampun Tuanku, Patik pohon tolak bubar Parlimen
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.

"Isu yang mendesak kini ialah ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"Apabila daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing, ia jelas merupakan ancaman serius kepada kedaulatan negara dan keselamatan negara selain dari pencabulan hak asasi warganegara Malaysia sendiri," tegas beliau ketika menuntut supaya SPR menjelaskan bagaimana daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing yang hanya memiliki status penduduk tetap sahaja.

Mahfuz menyifatkan pendedahan itu sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR tidak habis-habis membohongi rakyat Malaysia apabila berulang kali mendakwa bahawa daftar pemilih yang ada sudah dibersihkan.

"Kita boleh terima kalau nama orang yang baru sahaja seminggu dua meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih walaupun zaman sekarang zaman teknologi yang membolehkan nama si mati dibuang hampir serta merta dari daftar pemilih.

"Tetapi kebanjiran begitu banyak warga asing bukan lagi perkara yang boleh dikompromikan. SPR boleh dituduh terang-terangan terlibat membiarkan kedaulatan dan keselamatan negara ini terancam.

"Sebagai agensi kerajaan, SPR tidak sepatutnya dilihat menjadi pihak yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi. Tuntutan-tuntutan lain ialah mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Sebab itulah kita mohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu campur tangan antaranya tidak memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen selagi tuntutan Bersih tidak dipenuhi.

"Kini semakin terbukti, keengganan SPR membersihkan daftar pengundi sudah sampai ke peringkat mengancam kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing dalam daftar tersebut.

"Jangan sampai nanti orang melihat SPR bukan sahaja tidak mahu membersihkan daftar pemilih malah menjadi dalang utama yang mengotorkan daftar itu dengan kebanjiran warga asing tersebut," kata Mahfuz.

Kebanjiran warga asing dalam daftar pemilih itu didedahkan oleh blog Perisik Rakyat (http://www.perisik-rakyat.com).

Blog itu mendedahkan sehingga 169 nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

Namun begitu, menurut siasatan Harakahdaily, tidak semestinya nombor kad pengenalan yang mempunyai angka -71- di tengah adalah warga asing. Ini kerana, angka -71- di tengah menunjukkan lahir di luar negara.

Menurut pendedahan Perisik Rakyat, antara warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi bernama Mismah.

Menurut laporan Malaysiakini pula, Mismah diterima sebagai pengundi baru di Ijok, di mana Ahli Dewan Undangan Negerinya ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimennya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dzulkelfy Ahmad.

Menurut Malaysiakini, Mismah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

MYPR-MYKAD : SINDIKET BN PUNYE KERJA @ BN SENDIRI?

Posted: 02 Aug 2011 04:59 PM PDT

PAS mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar status kewarganegaraan dalam kadar yang cepat sambil menyifatkan ia dilakukan oleh "sindiket" yang dilindungi Barisan Nasional (BN) demi mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.


Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata, langkah JPN "membenarkan" pemastautin tetap menukar status kepada warganegara adalah amat tidak bertanggungjawab.

Selain itu, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut terlibat dalam "sindiket" itu.

"Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu bagaimana JPN boleh menukar status pemastautin tetap dalam tempoh hanya beberapa jam.

"Saya percaya ia dilakukan oleh sindiket, yang mana SPR, JPN dan sindiket ini yang beri laluan (untuk menukar status) selain diberi perlindungan oleh BN," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini menambah, pihaknya masih mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara itu sambil menambah, ia juga berlaku di negeri-negeri lain sebagai persediaan BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan penghujung tahun ini.

"Bagaimana seorang pemastautin tetap yang memegang kad pengenalan merah (MyPR) boleh tukar status dalam masa yang singkat? Sudah pasti ia dilakukan oleh sindiket yang mendapat perlindungan daripada kerajaan untuk menjadikan mereka ini sebagai pengundi.

"Kita ada bukti ... dan kita juga sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai perkara ini, kita juga akan semak daftar pemilih untuk pastikan perkara yang sebenar," katanya.

Tambah Salahuddin, tindakan menukar status kewarganegaraan membuktikan BN adalah parti yang tidak bermaruah dan sanggup menang dengan apa jua cara termasuk "permainan kotor."

Semalam PAS Wilayah Persekutuan mendedahkan telah mengenal pasti 52 nama dalam daftar pemilih yang mana kesemua mereka adalah pemastautin tetap tetapi bertukar status apabila disemak dalam sistem SPR.

Kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Wilayan Persekutuan Abdul Halim Hassan, pihaknya telah menyemak status kesemua individu itu pada sebelah pagi dalam sistem JPN dan ia mengatakan mereka adalah pemastautin tetap.

Bagaimanapun apabila menyemak di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pada sebelah petang, kesemua pemegang kad pengenalan MyPR itu bertukar kepada warganegara dan boleh mengundi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 03 Aug 2011 01:42 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


IJTIMAK PENGKULIAH-PENGKULIAH UMUMI

Posted: 02 Aug 2011 05:45 PM PDT


Negeri Kedah terkenal dengan gelaran 'Negeri Jelapang Padi' disebabkan peratusan tanaman padinya amat tinggi. Disebalik itu juga,kedah juga diantara negeri  yang tersebar luas ilmu islamnya. Sejarah mengatakan Kedah merupakan negeri yang terawal masuknya agama islam. Oleh itu,bagi mendokong  kesucian islam yang ada ini, maka ulamak-ulamak kita terdahulu telah memulakan langkah perjuangan dengan pelbagai cara dan method. Diantaranya dengan  mendirikan madrasah-madrasah atau institusi-institusi pondok diseluruh negeri Kedah. Namun begitu,kita memahami bahawa tidak keseluruhan masyarakat kita menjadi pelajar yang sepenuh masa di institusi pondok itu ataupun mungkin tidak pernah menjejakan kaki ke tempat itu.
                Maka satu lagi mekanisma  lain untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat iaitu dengan turun keserata tempat yang menjadi pusat berkumpul orang ramai dan didatangkan pengkuliah-pengkuliah umumi  kesitu, seperti surau,masjid,dewan orang ramai dan sebagainya. Dengan kaedah ini,maka banyak ilmu islam dan agama islam itu  sendiri dapat disebarkan.
                Setelah menyedari betapa pentingnya peranan pengkuliah-pengkuliah umumi ini,maka lajnah Tarbiah Dan Kepimpinan PAS Negeri Kedah dengan kerjasama Urusetia Penerangan Negeri Kedah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu perjumpaan besar-besaran dengan mereka.

2.0          OBJEKTIF PROGRAM
2.1          - Merapatkan hubungan dua hala antara kerajaan negeri dan pengkuliah- 
  pengkuliah umumi.
2.2          - Menyampaikan Hasrat murni kerajaan untuk membentuk sebuah negeri yang
sejahtera dan mendapat keredaan Allah melalui penyampaian kefahaman islam keseluruh masyrakat  melalui lisan  pengkuliah-pengkuliah umumi.
2.3          -Menjadi langkah pertama agar suatu masa nanti akan tertubuhnya satu   
 pertubuhan rasmi yang menggabungkan suara-suara pengkuliah-pengkuliah 
 umumi diseluruh kedah ini agar  menjadi lebih  kuat dan bersatu didalam 
 menyampaikan mesej islam kepada masyarakat


3.0          SASARAN PESERTA
3.1          - Seluruh guru-guru ta'mir yang secara rasminya mempunyai tauliah daripada 
               Majlis Agama  Islam Negeri Kedah.
3.2          - Pengkuliah-pengkuliah umumi diseluruh kedah yang terdiri daripada :
3.2.1 - Ahli-Ahli Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah
3.2.2 - Tuan-Tuan Guru Pondok
3.2.3 - Tenaga-Tanaga  Pengajar Pondok
3.2.4 - Tenaga-Tenaga Pengajar Sekolah-Sekolah Dibawah HESA
3.2.5 - Tenaga-Tenaga Pengajar Sekolah-Sekolah Dibawah MAIK.
3.2.6 - Tenaga-Tenaga Pengajar Sekolah-Sekolah Dibawah SABK.
3.2.7 – Selain Dari Yang Diatas.

5.0          BUTIRAN PROGRAM
5.1          Tarikh                   : 6 Ramadhan  1423/6 Ogos  2011
5.2          Hari                       : Sabtu
5.3          Masa                     : 3.45 Petang – 8.00 Malam
5.4          Tempat                  : Dewan Seri Mentalon

Semoga Cita-Cita Murni Yang Diimpikan Ini Akan Berjaya Dilaksanakan Dengan Mendapat Sokongan Dan Dorongan Daripada Semua Pihak.

Semua pengkuliah umumi adalah dijemput. Untuk makluman lanjut atau memaklumkan kehadiran anda sila SMS/ hubungi Ust. Ismail bin Hashim (019 5515985).

Dupahang's Weblog

Posted: 03 Aug 2011 11:35 AM PDT

Dupahang's Weblog


Ahmad Zahid Hamidi Diminta Usah Jadi Seperti Ketam

Posted: 03 Aug 2011 09:34 AM PDT

Oleh: sripetaling “Kuala Lumpur, 3 Ogos 2011 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) menegaskan bahawa UMNOlah yang sepatutnya mengikut Ulamak dan bukan menyuruh ulamak mengikut parti itu. Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO dalam Utusan hari ini yang bertajuk “Hukum: Ulama dinasihat tidak berpihak kepada [...]

Dewan Ulamak : UMNO terdesak guna isu kebajikan

Posted: 03 Aug 2011 09:32 AM PDT

Oleh: sripetaling ”   Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Hj. Nik Muhammad Zawawi Hj. Salleh (gambar) menyifakan UMNO pimpinan Najib semakin terdesak sekarang. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pimpinan UMNO sejak kebelakangan ini yang mahukan semua komponen BN mendengar rintihan rakyat. Beliau meminta agar UMNO jangan bercakap bohong kepada rakyat, rakyat sekarang [...]

Kerakyatan Segera: Petaka dan Bala kepada Negara

Posted: 03 Aug 2011 09:25 AM PDT

Oleh Chegu Zul Kemuncak kepada pembohongan dan penipu terbongkar dan dibongkarkan. Tindakan menjual negara dengan cara ‘mudah’ memberi kerakyatan kepada ‘orang luar’ atas operasi mendaftar mereka melalu kaedah biometrik. Penipuan ini sudah tidak dapat disusup dan disorok. Sebabnya mereka yang dipaksa ‘bekerja’ untuk Umno Bn dan kerajaan sudah engkar dan enggan lagi berselinkuh dengan kerajaan. [...]

Batu Gajah Mari

Posted: 03 Aug 2011 11:22 AM PDT

Batu Gajah Mari


Doakan kesejahteraan TG Haron Din

Posted: 03 Aug 2011 08:10 AM PDT


Tuan Guru Ust. Haron Din kini berada di wad CCU, Inst. Jantung Negara (IJN). Mohon para sahabat semua doakan kesejahteraan beliau.Semoga beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan Islam tercinta... Insya Allah Allah akan makbulkan doa orang yang berpuasa.. amin

PAS yakin rampas kembali PERAK!!

Posted: 02 Aug 2011 11:23 PM PDT



IPOH - Keyakinan Pas Perak bahawa Pakatan Rakyat (PR) bakal memberi cabaran besar buat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) yang bakal berlangsung bila-bila masa sahaja ternyata berasas.

Pesuruhjaya, Abu Bakar Hussain berkata, laporan sebuah portal berita yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13, berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok.

"Pilihan raya olok-olok tersebut diadakan sebagai langkah persediaan awal jentera BN untuk menghadapi PRU ke-13," katanya.

Pada Mac 2008, UMNO bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu, PR memperoleh 31 kerusi.

Namun, tidak sampai setahun memerintah, berlaku beberapa episod lompat parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pihak Kerajaan PR.

Kata Abu Bakar, krisis dalaman yang dihadapi UMNO kian meruncing dan ia terbukti dengan hasil keputusan pilihan raya olok-olok ini.

"PRU 13 akan menjadi manifestasi bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka 'merampas' Perak daripada PR.

"Justeru, beliau menggesa semua ahli Pas agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini.

"Tegasnya, teruskan berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada PR menjelang PRU 13," katanya.

PAS KAWASAN KENINGAU

Posted: 03 Aug 2011 11:18 AM PDT

PAS KAWASAN KENINGAU


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Posted: 31 Jul 2011 09:35 AM PDT

Bagi orang yang beriman, ketibaan Ramadhan adalah suatu yang dinanti-nantikan. Bulan yang mengandungi rahmat, berkat dan keampunan bagi mereka yang menyambutnya dengan penuh keimanan dan pengharapan. Tahun ini, untuk kesekalian kalinya, umat Islam menyambut Ramadhan al-Mubarak. bersyukur rasanya di atas kesempatan yang dianugerahkan Allah merasai bulan yang penuk dengan kerahmatan ini. Kebiasaannya, apabila tibanya ramai umat Islam akan mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau dengan ibadah solat dan bertadarus al-Quran.

Bulan Ramadhan mengandungi pelbagai peristiwa yang sewajarnya dihayati oleh umat Islam. Antara peristiwa sejarah Islam yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah:


  1. Turunnya al-Quran dan kitab-kitab suci yang lain iaitu Injil, Zabur dan Taurat.
  2. Berlaku peperangan Badar al-Kubra
  3. Berlakunya peristiwa Pembukaan Kota Mekah
  4. Khalid al-walid meruntuhkan berhala al-uzza
  5. Penduduk Taif beriman kepada Allah dan Rasul
  6. Pembukaan Andalus oleh Tariq Ziyad
Banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan pada zaman Rasulullah s.a.w. Bulan Ramadhan adalah bulan kemenangan bagi umat Islam.

Bersempena sambutan bulan Ramadhan al-Mubarak, PAS Kawasan Keningau mengajak seluruh umat Islam agar sama-sama kita menghayati tuntutan Ramadhan al-Mubarak dengan memperbanyakkan ibadah dan mempersiapkan diri mencapai kemenangan melawan segala bentuk benteng dan penghalang kemenangan Islam.

tahun ini, PAS Kawasan Keningau menganjurkan beberapa program agar sama-sama kita mengahayti kenikmatan Ramadhan tahun ini; antaranya Kempen Sumbangan Sekapit Beras, Pengedaran Taqwim Ramadhan 1432H, Jalan-jalan Ramadhan, Bubur Lambuk Rakyat(diedarkan secara percuma), dan Penyerahan Sumbangan kepada Masyarakat.

Akhir kata, PAS mengucapkan selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. PAS Kawasan Keningau mengajak sekalian umat Islam turut sama memberikan sumbangan bagi melicinkan program ini.

Jasindaily Online

Posted: 03 Aug 2011 10:03 AM PDT

Jasindaily Online


PR DIDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI

Posted: 02 Aug 2011 07:29 PM PDT

PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 03 Aug 2011 09:56 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


Banjir kilat di Sungai Batu Pahat,Bintong.Kangar

Posted: 02 Aug 2011 07:30 PM PDT





Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 03 Aug 2011 09:34 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Tazkirah Ramadhan & Zikir Munajat

Posted: 03 Aug 2011 08:34 AM PDT














Bersama Dr. Badrul Amin

11 Ogos 2011 / 11 Ramadhan 1432H

Selepas Isyak

Di Surau Taman Selasih P.Dickson

Iftar PAS Rembau dan Dewan Ulama 26 Ogos 2011

Posted: 02 Aug 2011 05:43 PM PDT

PROGRAM IFTAR PERDANA
TARIKH : 26 OGOS 2011 (JUMAAT)
MASA : 7 mlm - 10 mlm
TEMPAT : Rembau

ATURCARA :
7 mlm - Agihan sumbangan
- Jamuan buka puasa
- Solat Maghrib
- Tahlil
- Solat Isya / Tarawih
- Tazkirah
10 mlm - Bersurai

Anjuran bersama : PAS Kawasan Rembau , Dewan Ulamak PAS N.Sembilan , Unit Amal Kawasan Rembau , Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau , Dewan Pemuda PAS Kawasan Rembau

Untuk Sumbangan :
Cek atas nama : PAS KAWASAN REMBAU
No akaun : 05-012-01-007334-7 (Bank Islam)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Hj Abd Roni 012-2268230 , Hamizi 012-2832458 , Rozmal 012-2267406

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 03 Aug 2011 09:09 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


AWAS SPR!!

Posted: 03 Aug 2011 09:01 AM PDT

PR: 610 di 4 Dun telah daftar mengundi
Hazayani Zakaria   
PETALING JAYA, 3 Ogos: PAS Selangor mengenal pasti 610 nama berstatus Penduduk Tetap (PR) yang didaftarkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) di empat Dun.
Menurut Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman (gambar), seramai 225 pengundi yang mempunyai kad pengenalan merah dikesan di Dun Paya Jaras, 261 orang di Dun Semenyeh, 140 orang di Dun Kajang dan 49 orang di Dun Dusun Tua.
Ianya sebahagian nama yang dikesan dalam proses bantahan bagi RDPT bagi suku ke-2 2011 Julai lalu.
Tegasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mempunyai bukti mengenai dakwaan itu.
"Untuk kepastian, PAS Selangor telah merujuk kepada laman rasmi Jabatan Pendaftaran Negara untuk rekod. Kita khuatir jumlah tersebut akan bertambah.
"Kita ada bukti bercetak bahawa nama-nama mereka yang diklasifikasikan sebagai PR yang dicetak dari laman web JPN sebagai kad pengenalan merah,"kata beliau dalam kenyataan yang diedarkan kepada pemberita selepas sidang media Pakatan Rakyat berhubung perkara sama di pejabat Pakatan Rakyat, dekat sini hari ini.
Namun apa yang memeranjatkan apabila sehari selepas dikesan, mereka mendapati rekod kerakyatan mereka yang dikenal pasti sebagai PR telah bertukar menjadi warganegara dan bertukar kepada kad pengenalan biru.
"Bagaimana ia boleh berlaku, Bukankah JPN memerlukan cap jari seseorang itu sebelum menyerahkan kad pengenalan atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada pemohon? soalnya.
Selain itu PAS selangor juga mempunyai bukti yang menunjukkan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang lahir tahun 1984 telah dikatakan memiliki kad pengenalan biru yang membawa kod 71 iaitu penduduk teap kelahiran luar negara.
"Jika dia dilahirkan di Malaysia, sudah tentu kod yang tertera di kad pengenalan adalah kod negeri kelahiran.
"Jika betul dia dilahirkan di luar Malaysia, kenapa dia memiliki keistimewaan sehingga memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soalnya lagi.
Beliau berkata, perkara ini sangat membimbangkan kerana jelas merupakan tindakan penipuan oleh mereka yang mempunyai akses kepada rekod di JPN.
Sehubungan itu PAS Selangor mendesak Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat perkara membabitkan keselamatan negara ini.
"PAS Selangor mendesak pihak yang terlibat dalam perkara ini diambil tindakan undang-undang," katanya.
 

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 03 Aug 2011 07:04 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


5 BONUS KHAS RAMADHAN

Posted: 02 Aug 2011 10:28 PM PDT

RAMADHAN BULAN HIDAYAH

Posted: 02 Aug 2011 08:44 PM PDT

PALESTIN CUBA DIHALANG ISRAEL

Posted: 02 Aug 2011 06:59 PM PDT

REJIM ZIONIS MENGGANAS

Posted: 02 Aug 2011 04:30 PM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

Posted: 03 Aug 2011 04:02 AM PDT

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


JABATAN PENDAFTARAN NEGARA BERMAIN ‘SILAP MATA’

Posted: 03 Aug 2011 12:18 AM PDT

KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

JABATAN PENDAFTARAN NEGARA BERMAIN 'SILAP MATA'

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa cukup risau dan bimbang dengan kedapatan kes baru yang mendedahkan satu lagi kaedah penipuan yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk 'mewarganegarakan' penduduk tetap (PR) bagi menjamin mereka dapat menjadi pemilih/pengundi baru untuk pilihanraya umum ke 13 nanti. Laman sesawang Malaysikini semalam dan hari ini melaporkan bahawa pendedahan yang di buat terhadap penduduk tetap yang mempunyai IC merah MyPR secara 'silap mata' telah menjadi biru MyKad dalam tempoh tidak sampai 24 jam pendedahan di buat. Selain itu nama-nama penduduk tetap (PR) ini juga telah di kesan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor dan beberapa negeri yang lain dimasukkan kedalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku ke 2 tahun 2011 baru-baru ini. Di Selangor ada lebih kurang 1100 nama penduduk tetap (PR) ini sedang dibantah oleh pihak PAS Negeri dan PAS negeri-negeri lain juga diharapkan dapat meneruskan bantahan yang serupa.

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memandang serius dan melahirkan rasa kecewa terhadap kerja buat pihak Jabatan Pendaftaran Negara yang cukup tidak beretika dan bermoral ini kerana ianya merupakan satu pengkhianatan terhadap Negara. Sudah pastinya kerja-kerja sebegini pastinya didalangi oleh satu kuasa yang lebih besar yang sudah pasti mempunyai kuasa pemerintahan di dalam Negara ini. Setelah beberapa siri pendedahan yang telah di buat yang membabitkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dan beberapa pihak institusi kerajaan dalam usaha untuk membantu dan mengekalkan kemenangan UMNO /BN di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti maka dengan kes pendedahan terbaru yang melibatkan JPN ini akan menambahparahkan lagi kerosakan sistem pilihanraya di Malaysia. Ingatlah bahawa rakyat sudah semakin muak, bosan dan meluat dengan kerakusan dan kezaliman pemimpin UMNO/BN mempergunakan institusi kerajaan di dalam usaha mempertahankan tampuk kekuasaan mereka. InsyaAllah Pilihanraya Umum ke 13 ini akan menjadi medan untuk RAKYAT bangkit dan MENOLAK UMNO/BN. 

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia memberikan amaran supaya JPN menghentikan segera kerja buat mereka untuk memberi taraf warganegara secara wewenangnya kepada penduduk tetap (PR) yang secara tidak langsung akan melayakkan mereka untuk menjadi pemilih berdaftar kelak. Pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk mempastikan kerja-kerja 'kotor' ini akan dapat dihentikan dengan membuat laporan polis di seluruh negeri, memorandum kepada SUHAKAM, pihak Kementerian dan juga kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga akan mengerahkan seluruh ahli PAS untuk hadir melakukan "UNJUK RASA" di pejabat JPN dalam masa terdekat untuk menunjukkan keseriusan KAMI membantah kerja 'kotor' ini.

MOHD SANY BIN HAMZAN     
PENGARAH JABATAN PILIHANRAYA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

02 Ogos 2011

Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen

Posted: 03 Aug 2011 12:03 AM PDT


Pakatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen
Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibupejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.


PR: Pakatan desak sidang Parlimen tergempar

PETALING JAYA, 3 Ogos: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana melibatkan keselamatan negara.
Mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat bagi tujuan itu.
"Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana berbahaya kepada keselamatan negara.
"Penduduk tetap yang ikut prosedur biasa untuk dapatkan kerakyatan mengambil masa sehingga 10 tahun dan lebih, tapi bukti yang kita tunjuk ini membuktikan mereka mendapat warganegara dalam masa beberapa jam," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian sebelum itu menunjukkan beberapa nama yang bertukar status daripada PR kepada warganegara yang diperoleh daripada laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri.
Menurutnya, di Selangor membabitkan 1,108 penduduk tetap yang telah dimasukkan ke dalam daftar pemilih yang layak mengundi.
Beliau memberi contoh di Dun Paya Jaras, bantahan dibuat ke atas beberapa nama yang pada asalnya mempunyai kad pengenalan merah namun mendapat kad pengenalan biru dalam masa tidak sampai dua jam seperti yang dilaporkan media semalam.
"Kita peroleh bukti ini dari laman web JPN sendiri. Pakatan yakin penukaran status ini diterajui BN dengan bantuan agensi-agensi mereka," katanya.
Sehubungan itu beliau memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan itu.
Beliau juga berkata, tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil adalah relevan apabila dakwaan mereke sebelum ini ternyata tepat.
"Yang didedahkan ini hanya sebahagian. Ada lagi yang tidak dikesan. Apa yang Bersih tuntut adalah relevan," katanya.
Turut bersama Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mewakili DAP dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 03 Aug 2011 03:39 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Tazkirah Ramadhan 2

Posted: 02 Aug 2011 11:24 AM PDT

Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Zuliadin Abdullah Imam Masjid Rusila siri 2.Moga-moga tazkirah ini membawa manafaat kepada semua insyAllah

http://www.youtube.com/watch?v=zJK33wUWaqE

SYABAB Kapar

Posted: 03 Aug 2011 03:38 AM PDT

SYABAB Kapar


PROGRAM JOM KONVOI 2010

Posted: 17 May 2010 07:02 AM PDT

Assalamualaikum WBT
Satu program konvoi anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya 'Jom Konvoi 2010' pada 28 – 30 Mei 2010. Program konvoi bermotosikal di bawah 150 cc ini akan berkunjung ke Daerah ' Pak Malau' iaitu Mersing, Johor Darul Takzim.

Program ini merupakan anjuran bersama Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Majlis Perbandaran Klang dan mendapat kerjasama daripada PDRM, AADK serta Jabatan Belia dan Sukan. Penyertaan terbuka kepada 150 orang terawal yang terdiri dari golongan belia berumur di antara 18 – 30 tahun, lelaki dan perempuan, serta memiliki Lesen Memandu Sah (Malaysia).

Untuk MPK, kuota disediakan adalah 10 orang. Minyak, makan minum dan penginapan ditanggung. Ikut bawa motor dan keperluan sahaja. Lumayan kan?.

Melalui program tahunan ini telah merangka pelbagai aktiviti menarik telah dirangka seperti demontrasi dari pasukan keselamatan, aktiviti sukan pantai, kempen derma darah, lawatan ke tempat menarik, cabutan bertuah serta banyak lagi. Para peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan kali ini pihak penganjur menyediakan 2 Anugerah Khas iaitu Motor Paling Sempurna dan Motor Paling Kreatif. Pada sesiapa yg berminat bolehlah hubungi saya

Sekian, terima kasih.



Mohd Shaiful Roseman
Ketua Urusan Pengundi Muda
Majlis Tindakan DUN N45 Selat Klang


Bookmark and Share

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 03 Aug 2011 01:22 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Ketua Pemuda PAS ke Mesir siasat kes pecat pelajar

Posted: 03 Aug 2011 01:00 AM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SEPANG, 3 Ogos: Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan bersama peguam berlepas ke Mesir bagi menyiasat sendiri kejadian beberapa pelajar Malaysia di buang universiti di sana ekoran menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 9 Julai lalu di sana.

Nasruddin ditemani peguam Mohd Zamri yang juga merupakan Ketua Jabatan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengkaji sendiri kes itu.

(Nasruidn dan Zamri di KLIA sebelum berlepas ke Mesir)

Sebelum ini, dilaporkan dua penuntut Malaysia dipecat dari universiti Al Azhar kononnya kerana menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di Kaherah pada 9 Julai lalu.

Namun ramai yang musykil bagaimana universiti Al Azhar boleh membuat tindakan itu sedangkan ratusan ribu lagi rakyat Mesir yang berdemostrasi sehingga menjatuhkan regim Husni Mubarak tetapi tidak diambil tindakan oleh universiti Mesir.

Ekoran itu, ramai yang membuat dakwaan ia berlaku ekoran dari tekanan pihak berkuasa Malaysia melalui kedutaan besarnya di Kaherah.

Ramai pelajar Malaysia yang pulang ke tanah air mula membuat kempen bantahan dengan menganjurkan solat hajat di surau dan masjid yang mereka dijemput untuk menjadi imam solat Terawihnya.

Bagi Nasrudin, Umno menjadikan seluruh agensi-agensi kerajaan yang dibayar gajinya oleh rakyat sebagai 'trooper' Umno dalam merealisasikan amalan demokrasi sempit mereka.

Nasruddin berkata, antara buktinya adalah apabila Umno menggunakan kedutaan dan jabatan penuntut Malaysia di Mesir untuk menyekat serta menghalang kebangkitan pelajar di sana.

Mereka dikenakan tindakan seperti dilucutkan dari pembelajaran serta disenarahitamkan dari segala urusan berkaitan dengan kedutaan hanya kerana menyertai sesuatu aktiviti yang tidak disenangi Umno.

Antara tidakan yang dikenakan adalah dipecat dari universiti, dibuang asrama, disenaraihitamkan oleh kedutaan.

Antara kesalahan mereka hanya kerana menyertai perhimpunan aman Bersih 2.0 di seluruh penempatan rakyat Malaysia di Mesir 9 Julai lalu.

Mereka yang dikenakan tindakan ini tiada hitam putih dan hanya mendapat arahan mulut sahaja pihak universiti.

Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu ini sebelum rakyat bangkit khususnya penuntut-penuntut agama dan agamawan di seluruh tanah air.

"Pemuda PAS akan menggerakkan seluruh ulama-ulama, muda dan tua, serta penuntut ilmu di seluruh tanah air untuk mendesak kerajaan sekiranya mereka masih berdegil untuk tidak menyelesaikan isu ini. Isu ini juga jelas apabila ada dikalangan pegawai yang bertugas di kedutaan Malaysia di Kaherah merancang dan berniat jahat melalui perbincangan laman sosialnya yang telah digodam oleh individu yang tidak dikenali,"ujar Nasaruddin.

Nasruddin juga turut membidas kenyataan beberapa pimpinan kerajaan Malaysia mengenai dengan kerukunan dan keselesaan rakyat kepada kerajaan semasa.

"Dalam kerajaan membawa imej 1 Malaysia, transformasi politik berlaku, juga mengatakan rakyat sudah kembali kepada Umno dan BN, tapi apabila Bersih 2.0 diadakan, ianya jelas mengambarkan kehadiran rakyat pelbagai kaum yang ramai benar-benar menolak kerajaan serta menyangkal rakyat selesa dengan kerajaan yang memerintah sekarang ini,"kata Nasruddin.

harakahdaily/-

Jimat berbelanja, Najib kena tunjuk teladan sebelum nasihat rakyat.

Posted: 03 Aug 2011 12:00 AM PDT

3 ramadhan 1432H. [MOD] -

Saya ingin meminta supaya Perdana Menteri bersiap sedia mental dan fizikal untuk menjadi pemimpin yang dikenang rakyat selamanya sebaik beliau "bersara" tatkala PRU 13 selesai, bukan sebagai sebuah memori pemimpin teragung tetapi sebagai seorang pemimpin yang dicela oleh rakyatnya sendiri.

Bari-baru ini Najib memberi ingatan yang ditujukan khusus buat seluruh rakyat Malaysia muslim supaya berjimat cermat pada bulan Ramadhan tahun ini.

Beliau nampaknya tidak henti-henti mahu perbodohkan rakyat dengan mengingatkan rakyat perlu berbelanja secara berhemah dan tidak melakukan pembaziran sepanjang menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan, menurutnya lagi ia selaras dengan semangat yang dianjurkan dalam bulan ini iaitu bulan yang telah disediakan Allah sebagai satu medan untuk membina kualiti keimanan serta ketakwaan.

Berkenaan dengan nasihat itu, sebenarnya Islam menuntut agar si pemberi nasihat jangan cuma pandai berucap sahaja, pemberi nasihat jangan cuma pandai beri nasihat,namun dilihat dari amalannya jauh sekali seperti langit dengan bumi.

Janganlah jadi macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus dalam keadaan disendiri berjalan tidak betul.

Saya ingin ajukan soalan kepada Perdana Menteri, jimatkah beliau jika bil elektrik rumahnya berjumlah lebih RM700,00 sehari?, dan jimatkah perbelanjaan beliau jika bil air rumahnya berjumlah lebih RM1000,00 sehari?
Bil yang saya maksudkan tadi ialah kos untuk biaya sehari bil elektrik dan air kediaman rasmi Perdana Menteri, kos tersebut seolah-olah tidak masuk akal kerana mustahil Perdana Menteri dan juga isteri tinggal dalam rumah selama 24jam tanpa keluar.

Rakyat yang tidak tahu perihal ini akan mengangguk sahaja dan terus akur dengan nasihat tersebut, persoalannya adakah kita yang telah tahu hal ini boleh berdiam diri.

Sebelum itu media baru mendedahkan bagaimana sikap boros yang ditunjukkan oleh isteri PM yang berbelanja boros dengan membeli cincin berharga jutaan ringgit.

Nasihat saya janganlah semudahnya rakyat dihidangkan dengan nasihat supaya berbelanja berhemah sebelum ,ajib mampu mengawal isterinya dari menjadi wanita "paling boros" di abad ini.

Ayuh selamatkan Malaysia dari cengkaman Umno-Bn yang kian "gila dan tidak siuman" dengan wang rakyat dibelanja ikut suka hati, beri undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU 13 untuk mengubah Malaysia tercinta sebagai sebuah Negara yang bebas pemimpin korup dan boros berbelanja.

Drs khalil idham lim
Parit buntar, 3 ogos 2011

Salahguna kuasa BN mestilah dihapuskan. l

Posted: 02 Aug 2011 11:30 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Terkini media alternatif melapor bahawa Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengagihkan sejumlah RM1 juta ringgit hanya untuk seluruh Ahli Parlimen BN bagi melakukan persiapan menjelang saat hampir pilihanraya umum.

Dalam isu ini, Muhyiddin perlu tahu perbezaan antara wang parti dan wang kerajaan atau wang rakyat, yang mana wang rakyat hendaklah diagihkan tidak mengira apa-apa parti sekira ia ikhlas ingin membantu rakyat kerana walaupun kalah di kawasan PR menang, namun pengundi Pakatan tetap rakyat Malaysia bahkan terdapat juga pengundi BN dalam kawasan yang mereka kalah.

Ketidakadilan yang berpanjangan dalam mengagihkan kekayaan negara selama Umno-Bn memerintah Malaysia adalah bukti yang jelas BN mesti ditolak dam PRU 13 akan datang.

Realitinya Negara kita telah jauh ketinggalan dari pelbagai aspek kerana pemimpin yang ada terlalu korup serta tidak amanah dalam menjalankan tugasnya.

Saya akur jika seluruh kakitangan kerajaan persekutuan terdiri anggota Umno-Bn yang memberi komitmen penuh terhadap parti, maka layaklah jika kerajaan tersebut diberi nama sebgai kerajaan Umno-Bn. Termasuk wang pengajian dan wang yang agihkan adalah dari wang umno dan BN, selayaknya mereka boleh menafikan hak ahli parlimen PR.

Hakikatnya jika ditaksir, kemungkinan besar terdapat ramai kakitangan kerajaan dan juga penjawat awam yang cenderung ke arah Pakatan Rakyat berdasarkan kebajikan yang jitu dari Pakatan seperti yang diterjemahkan oleh Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri yang adil lagi berkebajikan terhadap rakyat.

Ini merupakan salahlaku Umno-Bn sejak sekian lama, seolah-olah bumi Malaysia ini milik mereka sehinggakan seluruh ruang hak rakyat dipolitikkan oleh parti yang memerintah.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 3 Ogos 2011

Kenapa BN gabra dengan 9 Julai

Posted: 02 Aug 2011 10:00 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Barisan Nasional (BN) senantiasa menguar-uarkan bahawa mereka telah mendapat kembali sokongan penuh rakyat. Baguslah kalau macam itu. Tetapi persoalannya sekarang ialah mengapa BN tiba-tiba berasa gelisah terhadap Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan akan diadakan pada 9hb Julai yang akan datang ini?

Bermacam-macam adegan BN telah menunjukkan dengan jelas bahawa mereka sedang berasa gelisah setiap hari, setiap jam malah setiap saat yang sedang berlalu ini sementara tarikh 9Julai datang semakin hampir.

Bukankah BN sudah mendapat kembali sokongan penuh rakyat atau itu andaian mereka sahaja? Jika ianya adalah andaian maka BN akan berdepan dengan hakikatnya nanti pada 9hb Julai bahawa sokongan rakyat memang bukanlah memihak kepada mereka tetapi memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Mungkinkah BN sekarang sedang berkerja keras mahu memburuk-burukkan imej Bersih 2.0 selaku mengharapkan supaya orangramai tidak akan menyertai Perhimpunan Bersih 2.0 nanti? Jalan-jalan, bersembang-sembang dengan kawan sahaja, adakah itu salah? Lagipun ianya digelar 'Walk For Democracy' bukannya satu pergerakan revolusi.

Apa agaknya sudah berlaku kepada BN ini? Tidakkah mereka ingin memberi sokongan mereka kepada Bersih 2.0 supaya pilihanraya yang akan datang adalah bersih? Bukankah pilihanraya yang bersih adalah sesuatu yang baik? Penulis rasa hairan mengapa BN tidak mahu menyertai bersama dalam Perhimpunan Bersih 2.0 padahal ianya adalah satu perhimpunan yang baik dan aman, dengan matlamat dan tujuan yang mulia.

Perdana Menteri Najib Tun Razak selalu mengheboh-hebohkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain di dunia. Adakah ini retorik kosong sahaja? Jika Malaysia ialah sebuah negara demokrasi, rakyat patut diberi peluang untuk berhimpun secara aman.

Selain dari itu, Bersih pun telah memberi jemputan kepada BN untuk menyertai perhimpunannya tetapi BN telah menolak dan diam membisu sahaja. Justeru itu, Pemuda UMNO pula berhasrat mengadakan perhimpunannya yang tersendiri. Mengapa begini?

Adalah diharap bahawa BN akan turut menyertai Perhimpunan Bersih nanti. Tidak perlulah buat perhimpunan yang berasingan pula. Bila BN menyertai bersama, barulah slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh Najib itu akan nampak dipratikkan oleh UMNO. Jika tidak, ia hanyalah tinggal sebagai laungan kosong sahaja.

PANAH HIJAU


Empat kelebihan yang merugikan.

Posted: 02 Aug 2011 09:30 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Sesungguhnya terdapat EMPAT perkara di dunia ini yang sentiasa menjadi impian dan rebutan semua manusia tetapi ingatlah, jika tidak ditangani dengan baik dan sewajarnya, empat perkara tersebutlah yang akan menjadi halangan dan mala petaka kepada kita di akhirat nanti.

" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup didunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya ( iaitu Syurga ). A-LI IMRAAN 14.

Semua manusia dikurniakan akal dan nafsu. Dengan akal yang dikurniakan Allah, manusia mampu untuk mencari jalan dan berusaha bagaimana untuk mendapatkan apa-apa yang dihajatinya. Manakala dengan nafsu yang tidak dapat dikawal pula, adakalanya manusia terdorong untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya dengan cara yang tidak betul dan terlarang. Manusia yang jahil dan sesat ini adakalanya bertindak luar dari kebiasaan semata-mata mengikut tuntutan hawa nafsu, bertindak di luar batasan akal fikiran yang normal kerana tidak sabar dalam memenuhi keinginan dan kemahuan mereka.

Sebaik-baiknya segala yang dihajati hendaklah diusahakan dengan cara dan kaedah yang dibenarkan Allah. Apabila kita mendapat sesuatu dengan cara dan kaedah yang betul, kita bukan sahaja akan berasa senang hati tetapi akan juga mendapat pahala dan ganjaran tambahan dari Allah, pahala kerana mengikut perintahNya dan dapat menikmati hasil usaha kita dengan rasa syukur yang tidak terhingga. Pangkat, harta atau rezeki yang kita perolehi sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek dengan kaedah dibenarkan Allah pasti dapat dinikmati dengan berlapang dada, tidak menyusahkan sesiapa dan tentunya tiada siapa yang sakit hati atau cemburu kepada kita.

Sebaliknya jika tambahan harta, wang ringgit, kenaikan pangkat, atau kesenangan yang didapati tanpa tatacara yang betul, sudah pasti lambat laun akan menyusahkan kita. Ada kemungkinan kita akan didakwa atas salah guna kuasa, rasuah, kehilangan sahabat serta rakan atau kawan dan adakalanya ditimpa musibah yang silih berganti. Lebih malang lagi selepas kita mati nanti, siksaan Allah yang amat pedih sedang menungggu kita..

Yang pertama ialah , "iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak:"

Allah jadikan manusia ini lelaki dan perempuan dan disediakanNya berpasang-pasang antara satu sama lain.

Secara semulajadi, setiap lelaki inginkan pasangan perempuan dan begitulash sebaliknya. Sebaik sahaja setiap seorang meningkat dewasa keinginan nafsu juga meningkat. Dalam usaha pencarian pasangan ini sepatutnya dilakukan secara berhemah dan bersopan tetapi kebelakangan ini ramai lelaki dan perempuan yang tidak menggunakan jalan atau cara yang betul.

Dalam usaha dan pencarian pasangan ini, ramai terjebak ke dalam pergaulan bebas yang melanggar hukum Allah. Pencarian selain daripada cara yang dibenarkan syarak adalah terlarang, hukuman Allah amatlah dahsyat. Kalaupun ada yang berjaya mencari pasangan masing-masing secara tidak betul, mereka tetap akan dimurkai Allah selagi mereka tidak bertaubat.

Ramai pasangan sebegini yang tidak kekal dan ada pula yang sentiasa berselisih faham sepanjang hidup kerana niat dan cara asalnya tidak diredhai Allah. Kemurkaan Allah akan bertambah lagi jika mereka menyakiti, mencederakan atau menganiayai orang lain. Sedangkan pasangan yang berkahwin melalui proses mukmin dan mukminah sejati pun banyak dugaan dan ujian Allah inikan pula mereka yang sebaliknya.

Adakalanya pula apabila seseorang itu telah dikurniakan pasangan yang cantik mempunyai kedudukan yang baik dan berharta pula, mereka lupa untuk bersyukur kepada Allah dan lalai untuk beribadat kepadaNya. Dalam usaha menstabilkan ekonomi rumahtangga, mereka tergamak terus-terusan melakukan penipuan untuk mendapatkan kekayaan dan wang ringgit, kononnya bagi menjaga dan mengambil hati pasangan masing-masing.

Semua nilai-nilai negatif ini amat disukai syaitan dan pasangan yang menjadikan syaitan sebagai rakan dan sahabat ini akan terus merasa tidak bersalah atas apa yang mereka lakukan.

Selepas berkahwin, dikurniakan anak, ada yang ramai, ada pula yang sedikit jumlahnya. Bagi setiap pasangan akan berusaha pula untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka. Ramai daripada umat Islam akan mula lalai untuk beribadat kepada Allah sewaktu mereka membesarkan anak-anak mereka. Ada pasangan yang dikurniakan anak, kemudiannya akan diuji Allah dengan berbagai ujian dan cubaan bertujuan menguji tahap kesabaran mereka, ada yang diuji dengan gangguan kesihatan, tempat tinggal yang tidak sempurna, wang ringgit yang sentiasa tidak mencukupi, kenderaan yang selalu rosak dan lain-lain lagi.

Ada pula yang diuji dengan bayi yang tidak cukup sifat dan tidak sempurna fizikal mereka, contohnya cacat pendengaran, cacat penglihatan, cacat kaki tangan dan ada pula walau pun pada zahir tiada cacat fizikal tetapi sejak lahir asyik menangis tanpa henti, sentiasa tidak sihat dan perlukan belaian sepanjang masa.

Ramai para ibu dan bapa terlupa bahawa ini semua adalah ujian Allah. Pasangan yang menghadapi ujian yang mencabar seperti mendapat anak yang cacat, asyik menangis siang dan malam, perlukan rawatan atau belaian sepanjang masa, kerap terlalai, terlewat dan ada juga terus tidak bersolat.. Sesungguhnya belum pernah lagi kita mendengar bayi yang mati sewaktu ibu atau bapanya solat kerana masa yang diambil untuk solat tidaklah lama. Sesungguhnya menangguh atau melewatkan solat pun tidak disukai Allah, inikan pula jika terus meninggalkannya.

Malahan ada pula yang sampai menyalahkan Allah atas dugaan tersebut, na'uzubillah jangan ada ingatan begitu. Kerana semuanya adalah ujian Allah.

Firman Allah bermaksud, " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Ia mengetahui orang-orang yang dusta " Al-Ankabut 2-3

Sesungguhnya tidak boleh sesiapa pun mengaku dia beriman dan beramal soleh sehingga mereka diuji Allah dengan segala kesusahan dan kesenangan dan dengan itu mereka tetap sabar melaluinya.

Sayugia diinsafi, bahawa perlakuan ibu dan bapa yang selalu menangguh, melewatkan atau meninggalkan solat akan dilihat oleh anak-anak dan mereka akan merasakan itu sebagai kebiasaan dan tidak salah dan bila mereka besar nanti contoh beginilah yang akan diikuti. Perbidalan Melayu ada mengatakan kemana kuah yang tumpah kalau tidak ke nasi. Oleh itu waspadalah kerana besar kemungkinan kalau ibu dan bapa berperangai buruk begitulah nanti anak-anaknya.

Sekiranya tidak berhati-hati, isteri yang cantik (termasuk suami yang kacak dan tampan) serta anak-anak yang ramai, tidak akan dapat membantu di akhirat nanti jika didikan dan asuhan yang diberikan serta perlakuan mereka bila dewasa tidak mengikut tuntutan Illahi. Sesungguhnya fitnah pertama bagi manusia ialah perempuan. Semua manusia tanpa mengira lelaki atau perempuan perlu sentiasa bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa sepanjang masa..

Yang kedua ialah , "harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak"

Firman Allah dalam al Quran, " Sesungguhnya manusia itu tidak akan puas dengan harta yang mereka dapati, jika mendapat emas dan perak satu bukit pun mereka tetap inginkan beberapa bukit lagi……"

Mencari dan mengumpul harta tidak salah, malahan dalam Islam ia adalah dituntut sebagai persediaan untuk menghadapi saat-saat sukar kemudian hari tetapi perlulah dengan cara dan kaedah yang diredhai Allah.

Semua manusia lelaki atau perempuan, mukmin atau kufur sentiasa inginkan kesenangan, kemewahan pangkat dan harta yang banyak. Semuanya akan sentiasa berlumba-lumba berusaha untuk mencapai cita-cita mereka.

Bagi mereka yang kurang atau tidak beriman, ada kalanya sanggup melakukan perkara-perkara yang dilarang agama, menipu, mendapatkan harta atau rezeki dengan cara haram, mengamalkan riba malah ada yang sampai sanggup merompak dan membunuh selagi cita-cita tidak tercapai.

Amat mengecewakan jika ada di kalangan umat Islam yang berperangai seperti di atas lebih-lebih lagi jika melakukannya sewaktu membesarkan anak-anak mereka sedangkan anak-anak tidak mengetahuinya. Rezeki yang diberi makan akan menjadi darah daging anak-anak tersebut. Sesungguhnya anak-anak yang dibesarkan dengan rezeki yang haram akan membesar dan menjadi mereka yang tidak diberkati Allah, berperangai buruk dan akan mendatangkan banyak kesusahan kepada keluarganya. Mereka akan menjadi sampah masyarakat dan lain-lain lagi. .

Emas dan perak adalah lambang kepada harta. Tidak ada manusia yang tidak suka kepada harta yang banyak. Secara semulajadinya manusia suka bermegah-megah dengan apa yang didapatinya. Dengan harta dan wang yang banyak sesiapa sahaja boleh membeli atau membina rumah kediaman dan bangunan mewah, besar, mahal dan cantik serta dilokasi yang istimewa pula..

Sungguh malang, jika ada umat Islam yang apabila dikurniakan Allah dengan pangkat yang tinggi, gaji yang besar, harta yang banyak, liat dan kikir pula dalam mengeluarkan zakat, tidak perihatin dengan mereka yang susah yang memerlukan bantuan malahan tidak menjaga silaturrahim dan kebajikan sesama jiran atau ahli keluarganya sendiri...

Kita seharusnya sedar, selagi tidak dikeluarkan zakat ataupun dikeluarkan tetapi kurang dari sepatutnya maka selagi itulah sebahagian daripada harta tersebut masih lagi bukan hak kita, tidak boleh digunakan untuk apa–apa keperluan sekalipun.

Ramai manusia yang dikurniakan harta atau wang yang banyak rasa khuatir bila mengeluarkan zakat atau menginfakkan hartanya kerana bimbang hartanya akan berkurangan atau pun jatuh miskin selepas itu.

Ingatlah bahawa, " Darah dan daging yang dibentuk dari rezeki yang haram , maka api nerakalah yang selayaknya." Tidak ada gunanya harta yang bertimbun-timbun di dunia kalau di akhirat nanti harta tersebut tidak dapat membantu malahan akan menjadi saksi yang menyusahkan kita.

Firman Allah"Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir (tangkai) dan bagi setiap butir (tangkai) pula seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas kurniaanNya Lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah 261.

Dengan hitungan yang mudah kita boleh mengira bahawa setiap benih yang baik akan menghasilkan 700 benih yang lain, jadi setiap satu kebaikan yang kita lakukan secara ikhlas kerana Allah, sudah pasti akan dibalas tidak kurang dengan 700 kebaikan oleh Allah.

Oleh itu marilah kita berlumba-lumba menginfakkan apa sahaja yang kita ada ke jalan Allah mengikut kemampuan kita, ada banyak kita infakkan banyak, ada sedikit infakkanlah sedikit, semoga kita akan terus dilimpahkan Rahmat dan KurniaNya. sehinggalah kita dipanggil semula untuk menemuiNya.


Yang ketiga ialah , "kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih."

Yang dimaksudkan dengan kuda di sini ialah kenderaan sama ada kuda tunggangan untuk diri dan barang-barang dagangan atau keperluan manakala di zaman moden ini ia boleh dikaitkan dengan semua jenis alat pengangkutan seperti motor, kereta, lori, bas hatta kapalterbang dan sebagainya.

Baik dahulu maupun sekarang, kuda ada yang bertanda ada yang tidak. Pada zaman dahulu, kuda merupakan binatang yang melambangkan kekayaan, kemegahan dan tahap pengaruh seseorang itu. Orang-orang kaya sentiasa berlumba-lumba untuk memiliki kuda yang baik, jinak dan mampu menjana kewangan malahan digunakan juga untuk berjudi dan ini akan meningkatkan populariti mereka di dalam masyarakat setempat dan sekitarnya.

Begitu juga sekarang ini, orang yang mempunyai kenderaan yang banyak, mahal, berjenama popular sudah pasti akan dapat menaikkan status dan pandangan masyarakat kepada mereka. Sebaliknya orang yang tidak mempunyai kenderaan atau kenderaan yang murah pasti tidak popular dan dianggap tidak berstatus tinggi.

Di dalam Islam, semua orang sama ada berstatus rendah atau tinggi di dunia ini, berkedudukan istimewa atau tidak seharusnya setiap masa tidak lupa diri dan perlu sentiasa bersyukur kepada Allah. Dalam diri kita seharusnya tidak ada walaupun sedikit sifat sombong, bongkak atau takbur kerana semua rezeki atau harta yang ada di sekeliling kita adalah milik Allah yang boleh diberi bila Allah kehendaki dan boleh pula ditarik semula bila Dia kehendaki. Sesungguhnya semua itu hanyalah pinjaman dan hanya Allah sahajalah pemilik kekal selama-lamanya.

"Sesungguhnya orang Islam itu adalah seumpama satu badan, jika mengadu sakit satu anggota maka berajak-ajaklah seluruh anggota berjaga malam dan demam."

Umat Islam adalah dianjurkan supaya sentiasa bersifat sederhana dalam semua perkara, kalau dikurniakan apa-apa kelebihan maka perlulah menggunakannya dengan cara yang betul mengikut lunas-lunas Islam. Walaupun kita kaya, banyak harta, mempunyai kenderaan mahal dan berjenama popular, janganlah hendaknya kita mengasingkan diri hanya dalam kelompok kita sahaja, dampingilah semua golongan masyarakat kerana kita tidak akan kerugian apa-apa.

Justeru itu, jika mempunyai kenderaan sama ada yang murah atau yang mahal, ada jenama atau tidak berjenama, yang cantik atau tidak cantik, meskipun tidak dapat selalu, bawalah berjinak-jinak dengan surau, masjid atau tempat-tempat beribadat, gunakanlah sebanyak-banyaknya untuk urusan agama kerana mereka juga akan menjadi saksi dan boleh membantu bila kita memerlukannya di hadapan Allah nanti.

Yang keempat ialah , "binatang ternak serta kebun-kebun tanaman."

Perkara yang keempat yang disebutkan dalam ayat Al-Quran tersebut ialah berkaitan binatang ternak serta kebun-kebun tanaman.

Adakalanya status dan kedudukan manusia itu ditentukan masyarakat melalui banyaknya binatang ternak dan kebun-kebun tanaman. Jika banyak binatang ternak atau luas kebun tanaman maka tinggilah status dan penghormatan masyarakat kepadanya.

Ada hartawan mempunyai binatang ternak yang banyak seperti burung, ikan, ayam, itik, kambing, lembu, kerbau, kuda, unta termasuk juga kijang dan rusa. Ada yang menjadikan menternak binatang itu sebagai hobi dan ada pula untuk perniagaan. Manakala tanaman pula, berbagai jenis kebun dibina, ada kebun herba untuk perubatan, pelbagai jenis bunga-bungaan untuk hiasan ataupun jualan manakala yang mempunyai tanah yang luas boleh pula membuat kebun buah-buahan dan lain-lain lagi. Tidak dapat dinafikan, di dunia ini, lagi luas kebun lagi tinggi status seseorang itu pada pandangan masyarakat sekitar kepadanya.

Mereka yang mempunyai kelebihan sama ada mempunyai banyak ternakan atau kebun buah-buahan, perlu insaf bahawasanya semua itu adalah kurniaan Allah walaupun nampaknya seperti hasil usaha kita tetapi sebenarnya adalah rezeki yang dikurniakan Allah.

Oleh itu keluarkanlah zakat bila telah cukup nisab dan haulnya. Kalaupun sekiranya belum cukup syarat untuk dikeluarkan zakat, apa salahnya sekali sekala kita memberi sedekah atau membuat kenduri kesyukuran atas kurniaan Allah tersebut. Jauhkanlah bersifat kikir dan mementingkan diri sendiri. Salah satu sifat yang sangat terpuji di sisi Allah ialah mereka yang sentiasa menghormati dan memuliakan jirannya.

"Dan (ingatlah) sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang yang berjaya." ( Al-Hasyr 9 dan At-Taghaabun 19 )

Mereka yang mempunyai kebun buah-buahan umpamanya, bersedekahlah dengan buah-buahan itu kepada fakir miskin atau mereka yang tidak ada buah-buahan tersebut. Zaman sekarang ramai orang tinggal di taman-taman atau pun kalau di kampung, mereka tidak ada lagi kebun untuk bercucuk tanam kerana keluasan tanah sudah amat terhad. Bila berlebihan alangkah baiknya jika disedekahkan atau didermakan sahaja buah-buahan tersebut. Dalam bulan Ramadan ini jika ada, hantarlah ke masjid atau surau untuk buat kenduri agar dapat dinikmati bersama..

Berbaik-sangkalah dengan semua orang terutama jiran-jiran kerana sesungguhnya mereka banyak membantu kita. Kalaupun tidak ada harta dan rezeki yang diberikan, sekurang-kurangnya mereka sentiasa berdoa untuk kita sedang kita tidak menyedarinya. Sesungguhnya doa kebaikan yang ditujukan kepada orang lain yang tidak ada bersama di depan mata, tidak ada sebarang keraguan akan keikhlasannya di sisi Allah.
.
Sebagai penutup, marilah bersama-sama kita insafi, masa sudah semakin suntuk, kecelaruan dan bala bencana dunia sudah semakin parah, tanda-tanda akhir zaman sudah banyak dan semakin ketara, umur kita pula tidak tahu ada berbaki sampai bila. Marilah kita tingkatkan ibadat dan ketaqwaan sedaya semampu kita, masa senang, masa susah, masa kaya, masa miskin, masa sihat, masa sakit, masa muda, apatah lagi jika sudah tua selagi belum dijemput malaikat maut untuk kembali mengadap Allah Yang Maha Perkasa.

Keempat-empat perkara tersebut jika digunakan secara betul di jalan Allah akan selamatlah di dunia dan di akhirat. Sebaliknya jika tersalah urus dan tidak bersyukur maka keempat-empat perkara itulah yang akan menjahanamkan dan akan mencampakkan kita ke jalan yang tidak diredhai Allah dan di akhirat nanti kita termasuk orang-orang yang rugi serugi-ruginya.

" Demi waktu Asar, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan–pesan dengan kesabaran " AL 'ASR 1-3.

md zainal mzd

15 motosikal, 3 kereta dibakar

Posted: 02 Aug 2011 09:00 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SEBAHAGIAN motosikal yang hangus di tempat letak kenderaan di Flat Seri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Ketenangan kira-kira 300 umat Islam bersahur pada hari kedua Ramadan bertukar kecoh apabila tiga buah kereta dan 15 motosikal milik penduduk di Flat Seri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras di sini semalam tiba-tiba terbakar angkara perbuatan khianat.

Kejadian pada pukul 4 pagi di tempat letak kenderaan di flat tersebut memusnahkan semua 15 buah motosikal dan masing-masing sebuah Proton Savvy, Perodua Kancil dan Proton Pesona.

Proton Savvy dan 15 buah motosikal hangus seratus peratus.

Kerugian akibat kejadian itu dianggarkan lebih RM50,000.

Pemilik sebuah motosikal, Intan Tajuddin, 27, berkata, dia mengetahui mengenai kebakaran melibatkan skuter Yamaha Ego miliknya ketika bangun bersahur pukul 5 pagi.

"Sebaik selesai bersahur saya dikejutkan dengan panggilan seorang jiran yang memaklumkan skuter saya terbakar," kata Intan.

kosmo/-

Wan Azizah: Minta jauhkan saya jadi seperti Rosmah

Posted: 02 Aug 2011 08:30 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, rakyat Malaysia tidak akan melihat beliau membeli-belah di luar negara seperti sesetengah isteri para menteri.

Ditanya sekiranya beliau mungkin akan kerap membeli-belah di luar negara sekiranya Anwar menjadi perdana menteri, Wan Azizah berkata, "minta jauhkanlah saya jadi seperti Rosmah."

Menurut Wan Azizah, beliau sebelum ini pernah melawat luar negara ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum dipecat daripada kerajaan BN.

Namun dalam lawatannya itu beliau sekadar melawat muzium seperti kompleks muzium kajian Smithsonian di Amerika Syarikat dan juga Museum of London.

"Saya telah pergi ke luar negara dan bertemu seorang isteri duta (Malaysia) dan dia bertanya saya, 'ke mana Datin Seri mahu kunjungi?'.

"Saya beritahu dia, muzium Smithsonian bagus. Kemudian dia beritahu saya, 'andalah isteri menteri pertama yang ajak saya pergi ke muzium," katanya lagi dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya perkara yang sama juga berlaku apabila beliau mengunjungi Museum of London bersama isteri kepada seorang duta Malaysia.

Wan Azizah berkata, isteri duta berkenaan selepas itu memberitahunya bahawa itulah kali pertama beliau berkunjung ke muzium di negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sekiranya beliau akan mengambil sikap yang sama seperti dakwaan-dakwaan yang dilemparkan terhadap Rosmah – terbaru melibatkan dakwaan pembelian sebentuk cincin berharga RM24 juta.

Dakwaan berkenaan mencetus kontroversi pada pertengahan bulan lalu apabila pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan pembelian cincin berkenaan.

Berlian yang dikenali sebagai"Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" didakwa telah diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke negara ini tanpa dikenakan cukai import.

Rosmah telahpun menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai satu fitnah yang tidak ingin dilayaninya.

malaysiakini/-

Kenyataan Media: "Kesesakan Lalu-lintas di Pujut 7-Permyjaya:Kegagalan Kerajaan BN"

Posted: 02 Aug 2011 08:00 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

PAS Kawasan Miri merasakan keadaan lalu-lintas di sekitar bulatan
Pujut 7, Miri semakin kritikal dengan kesesakan yang amat teruk pada
waktu pagi dan waktu petang.Kesesakan teruk ini berlaku ketika
penduduk-penduduk di sekitar Senadin,

Permyjaya, Tudan dan Lutong
pergi dan balik dari pejabat masing-masing. Kesesakan luar biasa ini
adalah akibat daripada sistem jalan yang kurang sempurna.

Perkara ini dapat dielakkan lebih sepuluh tahun yang lalu sekiranya
pihak kerajaan meneliti pelan pembangunan di sekitar kawasan Permyjaya
dan Senadin. PAS Kawasan Miri merasa hairan kenapa berlaku pembesaran
dan penaikan taraf jalan menghubungkan Lutong dan Kuala Baram melalui
Batu Satu sedangkan sekarang jalan itu tidak lagi menjadi jalan utama
ke Kuala Baram atau ke Brunei.

Kenapa tidak perancangan pembesaran
jalan tersebut dipindahkan ke jalan menghubungkan Pujut 7 dan
Permyjaya? Ini menunjukkan kerajaan yang ada pada ketika itu tidak
memiliki keupayaan untuk merancang dan menguruskan pembangunan
infrastruktur dengan baik.

Oleh yang demikian, kami merasakan perlu ada penjelasan daripada pihak
yang kerajaan dan Majlis Bandaraya Miri berkenaan kegagalan
perancangan ini. Dalam masa yang sama, kami ingin mencadangkan dalam
tempoh pembinaan dan pembesaran jalan menghubugnkan Pujut 7 dan
Permyjaya ini,

pihak PDRM khususnya bahagian trafik perlu mengambil
tindakan serius untuk menempatkan anggota bagi mengawal lalu-lintas.
Kita tidak mahu pihak PDRM hanya bertindak efektif dalam menguruskan
demonstrasi awam yang aman tetapi lembab dalam menguruskan tugasan
harian mereka.

Mohammad Arifiriazul,
Ketua Penerangan PAS Kawasan Miri,

PR jadi warganegara, kospirasi terancang - PAS

Posted: 02 Aug 2011 07:30 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Dewan Pemuda PAS yakin penemuan dan pendedahan penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi dan kemudiannya ditukar menjadi warga negara bukanlah kesilapan teknikal seperti dijelaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), namun ia adalah satu konspirai terancang.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, jika ia kesilapan teknikal, mana mungkin boleh berlaku sepantas itu dan mlibatkan bukan seorang penduduk tetap, malah ribuan lagi.

"Memang tak logik la kalau kesilapan teknikal. Benda sebesar tu boleh silap, bukan satu pulak tu tapi beribu.

"Saya yakin ini bukan silap, ini mesti disengajakan," katanya menempelak penafian yang dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Abdul Aziz dalam responnya berhubung kontroversi pertukaran status PR ditukar menjadi warganegara bagi membolehkan mereka mengundi yang dilapor semalam memberi alasan, apa yang berlaku mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Beliau juga mendakwa kemungkinan senarai nama PR di laman web Jabatan Pendaftaran Negara adalah senarai lama yang belum dikemaskini.

Menurutnya lagi, hanya penduduk tetap yang mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sahaja yang boleh ditukar menjadi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut Suhaizan melahirkan rasa hairan mengapa SPR menjadi "tukang jawab" bagi pihak JPN.

"SPR jangan nak tolong jawab bagi pihak JPN la. Kita tahu SPR terima senarai yang salah, tapi kenapa terima juga...

"Tidak mustahil SPR, JPN dan KDN berkomplot dalam perkara ini," telahnya.

Semalam, pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Selain Mismah, 52 nama lain juga turut dikesan bertukar status dan didaftar sebagai pengundi di beberapa parlimen di Kuala Lumpur.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

Bukti-bukti itu jelasnya telah dimuat turun termasuk data-data kad pengenalan PR kerana sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

Jangkaan itu katanya ternyata benar apabila ia betul-betul berlaku semalam.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

Sehubungan itu, pemuda PAS mendesak agar satu Suruhanjaya Di Raja dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini.

harakahdaily/-

SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

Posted: 02 Aug 2011 07:00 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.

Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini," kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan)," katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN.

malaysiakini/-

Mahkamah terima bungkusan mengandungi bom

Posted: 02 Aug 2011 06:30 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SARAJEVO 2 Ogos – Mahkamah Presiden Bosnia hari ini menerima sebuah bungkusan yang dipercayai mengandungi bom dan ia melambangkan tekanan berterusan terhadap majlis kehakiman di Balkan.

Pegawai keselamatan mahkamah menemui bom tangan di dalam sebuah bungkusan ketika melakukan imbasan surat-surat harian.

Bungkusan yang dikirim dari bandar Zepce tersebut dialamatkan ke Mahkamah Presiden Medzida Kreso dan penyiasat sudah mengenal pasti identiti pengirim," kata jurucakap mahkamah, Manuela Hodzic. – Reuters

Kepala terlekat di pelepah sawit

Posted: 02 Aug 2011 06:00 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

NGERI...tengkorak seorang lelaki hampir reput yang terlekat pada pelepah kelapa sawit.

KULIM: "Saya mahu mengait kelapa sawit, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala manusia yang sudah reput terlekat di pelepah kelapa sawit itu," kata S Nandakumaran, 31, yang menemui mayat lelaki yang sudah reput dan anggotanya yang berselerak di Ladang Air Merah, berhampiran Taman Melur, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pekerja ladang kelapa sawit itu baru hendak memulakan tugas mengait buah kelapa sawit di ladang itu.

Katanya, ketika tiba di situ, dia mula terhidu bau busuk yang meloyakan dan pada mulanya menyangka ia berpunca daripada bangkai binatang yang mati berhampiran kawasan berkenaan.

"Ketika saya berjalan ke arah pokok kelapa sawit untuk mengait buahnya, tiba-tiba saya terpandang satu objek bulat berwarna hitam terlekat pada pelepah kelapa sawit. Saya kemudian menghampiri objek berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah kepala manusia yang hampir reput," katanya ketika ditemui di lokasi ke jadian, semalam.

Katanya, lebih mengejutkan, dia terjumpa pula bahagian tubuh mayat berkenaan yang hanya tinggal kaki dan badan berhampiran pokok kelapa sawit itu, manakala kedua-dua tangannya ditemui beberapa meter dari situ.

Nandakumaran membuat laporan di Balai Polis Kulim.

"Saya bersama beberapa pekerja lain baru memulakan tugas mengait buah berkenaan hari ini (semalam) selepas kali terakhir melakukannya pada 13 Julai lalu. Waktu itu, tiada apa-apa berlaku di kawasan ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat terbabit, mangsa dikenali sebagai A Benny Roy, 31, dan beralamat di Klang, Selangor.

"Keadaan mayat yang hampir reput dan hanya tinggal kaki, manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari mayat itu kemungkinan dibawa lari binatang buas. Kepala mangsa pula tersangkut pada pelepah pokok kelapa sawit. Seutas tali turut berada pada kepala itu," katanya.

Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

my metro//-

Kisah Gadis Kecil Yang Shalihah

Posted: 02 Aug 2011 05:58 PM PDT

03 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Aku akan meriwayatkan kepada anda kisah yang sangat berkesan ini, seakan-akan anda mendengarnya langsung dari lisan ibunya.

Berkatalah ibu gadis kecil tersebut:

Saat aku mengandung putriku, Afnan, ayahku melihat sebuah mimpi di dalam tidurnya. Ia melihat banyak burung pipit yang terbang di angkasa. Di antara burung-burung tersebut terdapat seekor merpati putih yang sangat cantik, terbang jauh meninggi ke langit. Maka aku bertanya kepada ayah tentang tafsir dari mimpi tersebut. Maka ia mengabarkan kepadaku bahwa burung-burung pipit tersebut adalah anak-anakku, dan sesungguhnya aku akan melahirkan seorang gadis yang bertakwa. Ia tidak menyempurnakan tafsirnya, sementara akupun tidak meminta tafsir tentang takwil mimpi tersebut.

Setelah itu aku melahirkan putriku, Afnan. Ternyata dia benar-benar seorang gadis yang bertakwa. Aku melihatnya sebagai seorang wanita yang shalihah sejak kecil. Dia tidak pernah mau mengenakan celana, tidak juga mengenakan pakaian pendek, dia akan menolak dengan keras, padahal dia masih kecil. Jika aku mengenakan rok pendek padanya, maka ia mengenakan celana panjang di balik rok tersebut.

Afnan senantiasa menjauh dari segenap perkara yang membuat murka Allah. Setelah dia menduduki kelas 4 SD, dia semakin menjauh dari segenap perkara yang membuat murka Allah. Dia menolak pergi ke tempat-tempat permainan, atau ke pesta-pesta walimah. Dia adalah seorang gadis yang perpegang teguh dengan agamanya, sangat cemburu di atasnya, menjaga shalat-shalatnya, dan sunnah-sunnahnya. Tatkala dia sampai SMP mulailah dia berdakwah kepada agama Allah. Dia tidak pernah melihat sebuah kemungkaran kecuali dia mengingkarinya, dan memerintah kepada yang ma'ruf, dan senantiasa menjaga hijabnya.

Permulaan dakwahnya kepada agama Allah adalah permulaan masuk Islamnya pembantu kami yang berkebangsaan Srilangka.

Ibu Afnan melanjutkan ceritanya:

Tatkala aku mengandung putraku, Abdullah, aku terpaksa mempekerjakan seorang pembantu untuk merawatnya saat kepergianku, karena aku adalah seorang karyawan. Ia beragama Nasrani. Setelah Afnan mengetahui bahwa pembantu tersebut tidak muslimah, dia marah dan mendatangiku seraya berkata: "Wahai ummi, bagaimana dia akan menyentuh pakaian-pakaian kita, mencuci piring-piring kita, dan merawat adikku, sementara dia adalah wanita kafir?! Aku siap meninggalkan sekolah, dan melayani kalian selama 24 jam, dan jangan menjadikan wanita kafir sebagai pembantu kita!!"

Aku tidak memperdulikannya, karena memang kebutuhanku terhadap pembantu tersebut amat mendesak. Hanya dua bulan setelah itu, pembantu tersebut mendatangiku dengan penuh kegembiraan seraya berkata: "Mama, aku sekarang menjadi seorang muslimah, karena jasa Afnan yang terus mendakwahiku. Dia telah mengajarkan kepadaku tentang Islam." Maka akupun sangat bergembira mendengar kabar baik ini.

Saat Afnan duduk di kelas 3 SMP, pamannya memintanya hadir dalam pesta pernikahannya. Dia memaksa Afnan untuk hadir, jika tidak maka dia tidak akan ridha kepadanya sepanjang hidupnya. Akhirnya Afnan menyetujui permintaannya setelah ia mendesak dengan sangat, dan juga karena Afnan sangat mencintai pamannya tersebut.

Afnan bersiap untuk mendatangi pernikahan itu. Dia mengenakan sebuah gaun yang menutupi seluruh tubuhnya. Dia adalah seorang gadis yang sangat cantik. Setiap orang yang melihatnya akan terkagum-kagum dengan kecantikannya. Semua orang kagum dan bertanya-tanya, siapa gadis ini? Mengapa engkau menyembunyikannya dari kami selama ini?

Setelah menghadiri pernikahan pamannya, Afnan terserang kanker tanpa kami ketahui. Dia merasakan sakit yang teramat sakit pada kakinya. Dia menyembunyikan rasa sakit tersebut dan berkata: "Sakit ringan di kakiku." Sebulan setelah itu dia menjadi pincang, saat kami bertanya kepadanya, dia menjawab: "Sakit ringan, akan segera hilang insya Allah." Setelah itu dia tidak mampu lagi berjalan. Kamipun membawanya ke rumah sakit.

Selesailah pemeriksaan dan diagnosa yang sudah semestinya. Di dalam salah satu ruangan di rumah sakit tersebut, sang dokter berkebangsaan Turki mengumpulkanku, ayahnya, dan pamannya. Hadir pula pada saat itu seorang penerjemah, dan seorang perawat yang bukan muslim. Sementara Afnan berbaring di atas ranjang.

Dokter mengabarkan kepada kami bahwa Afnan terserang kanker di kakinya, dan dia akan memberikan 3 suntikan kimiawi yang akan merontokkan seluruh rambut dan alisnya. Akupun terkejut dengan kabar ini. Kami duduk menangis. Adapun Afnan, saat dia mengetahui kabar tersebut dia sangat bergembira dan berkata: "Alhamdulillah… alhamdulillah… alhamdulillah." Akupun mendekatkan dia di dadaku sementara aku dalam keadaan menangis. Dia berkata: "Wahai ummi, alhamdulillah, musibah ini hanya menimpaku, bukan menimpa agamaku."

Diapun bertahmid memuji Allah dengan suara keras, sementara semua orang melihat kepadanya dengan tercengang!!

Aku merasa diriku kecil, sementara aku melihat gadis kecilku ini dengan kekuatan imannya dan aku dengan kelemahan imanku. Setiap orang yang bersama kami sangat terkesan dengan kejadian ini dan kekuatan imannya. Adapun penerjamah dan para perawat, merekapun menyatakan keislamannya!!

Berikutnya adalah perjalanan dia untuk berobat dan berdakwah kepada Allah.

Sebelum Afnan memulai pengobatan dengan bahan-bahan kimia, pamannya meminta akan menghadirkan gunting untuk memotong rambutnya sebelum rontok karena pengobatan. Diapun menolak dengan keras. Aku mencoba untuk memberinya pengertian agar memenuhi keinginan pamannya, akan tetapi dia menolak dan bersikukuh seraya berkata: "Aku tidak ingin terhalangi dari pahala bergugurannya setiap helai rambut dari kepalaku."

Kami (aku, suamiku dan Afnan) pergi untuk yang pertama kalinya ke Amerika dengan pesawat terbang. Saat kami sampai di sana, kami disambut oleh seorang dokter wanita Amerika yang sebelumnya pernah bekerja di Saudi selama 15 tahun. Dia bisa berbicara bahasa Arab. Saat Afnan melihatnya, dia bertanya kepadanya: "Apakah engkau seorang muslimah?" Dia menjawab: "Tidak."

Afnanpun meminta kepadanya untuk mau pergi bersamanya menuju ke sebuah kamar yang kosong. Dokter wanita itupun membawanya ke salah satu ruangan. Setelah itu dokter wanita itu kemudian mendatangiku sementara kedua matanya telah terpenuhi linangan air mata. Dia mengatakan bahwa sesungguhnya sejak 15 tahun dia di Saudi, tidak pernah seorangpun mengajaknya kepada Islam. Dan di sini datang seorang gadis kecil yang mendakwahinya. Akhirnya dia masuk Islam melalui tangannya.

Di Amerika, mereka mengabarkan bahwa tidak ada obat baginya kecuali mengamputasi kakinya, karena dikhawatirkan kanker tersebut akan menyebar sampai ke paru-paru dan akan mematikannya. Akan tetapi Afnan sama sekali tidak takut terhadap amputasi, yang dia khawatirkan adalah perasaan kedua orang tuanya.

Pada suatu hari Afnan berbicara dengan salah satu temanku melalui Messenger. Afnan bertanya kepadanya: "Bagaimana menurut pendapatmu, apakah aku akan menyetujui mereka untuk mengamputasi kakiku?" Maka dia mencoba untuk menenangkannya, dan bahwa mungkin bagi mereka untuk memasang kaki palsu sebagai gantinya. Maka Afnan menjawab dengan satu kalimat: "Aku tidak memperdulikan kakiku, yang aku inginkan adalah mereka meletakkanku di dalam kuburku sementara aku dalam keadaan sempurna." Temanku tersebut berkata: "Sesungguhnya setelah jawaban Afnan, aku merasa kecil di hadapan Afnan. Aku tidak memahami sesuatupun, seluruh pikiranku saat itu tertuju kepada bagaimana dia nanti akan hidup, sedangkan fikirannya lebih tinggi dari itu, yaitu bagaimana nanti dia akan mati."

Kamipun kembali ke Saudi setelah kami amputasi kaki Afnan, dan tiba-tiba kanker telah menyerang paru-paru!!

Keadaannya sungguh membuat putus asa, karena mereka meletakkannya di atas ranjang, dan di sisinya terdapat sebuah tombol. Hanya dengan menekan tombol tersebut maka dia akan tersuntik dengan jarum bius dan jarum infus.

Di rumah sakit tidak terdengar suara adzan, dan keadaannya seperti orang yang koma. Tetapi hanya dengan masuknya waktu shalat dia terbangun dari komanya, kemudian meminta air, kemudian wudhu` dan shalat, tanpa ada seorangpun yang membangunkannya!!

Di hari-hari terakhir Afnan, para dokter mengabari kami bahwa tidak ada gunanya lagi ia di rumah sakit. Sehari atau dua hari lagi dia akan meninggal. Maka memungkinkan bagi kami untuk membawanya ke rumah. Aku ingin dia menghabiskan hari-hari terakhirnya di rumah ibuku.

Di rumah, dia tidur di sebuah kamar kecil. Aku duduk di sisinya dan berbicara dengannya.

Pada suatu hari, istri pamannya datang menjenguk. Aku katakan bahwa dia berada di dalam kamar sedang tidur. Ketika dia masuk ke dalam kamar, dia terkejut kemudian menutup pintu. Akupun terkejut dan khawatir terjadi sesuatu pada Afnan. Maka aku bertanya kepadanya, tetapi dia tidak menjawab. Maka aku tidak mampu lagi menguasai diri, akupun pergi kepadanya. Saat aku membuka kamar, apa yang kulihat membuatku tercengang. Saat itu lampu dalam keadaan dimatikan, sementara wajah Afnan memancarkan cahaya di tengah kegelapan malam. Dia melihat kepadaku kemudian tersenyum. Dia berkata: "Ummi, kemarilah, aku mau menceritakan sebuah mimpi yang telah kulihat." Kukatakan: "(Mimpi) yang baik Insya Allah." Dia berkata: "Aku melihat diriku sebagai pengantin di hari pernikahanku, aku mengenakan gaun berwarna putih yang lebar. Engkau, dan keluargaku, kalian semua berada disekelilingku. Semuanya berbahagia dengan pernikahanku, kecuali engkau ummi."

Akupun bertanya kepadanya: "Bagaimana menurutmu tentang tafsir mimpimu tersebut." Dia menjawab: "Aku menyangka, bahwasannya aku akan meninggal, dan mereka semua akan melupakanku, dan hidup dalam kehidupan mereka dalam keadaan berbahagia kecuali engkau ummi. Engkau terus mengingatku, dan bersedih atas perpisahanku." Benarlah apa yang dikatakan Afnan. Aku sekarang ini, saat aku menceritakan kisah ini, aku menahan sesuatu yang membakar dari dalam diriku, setiap kali aku mengingatnya, akupun bersedih atasnya.

Pada suatu hari, aku duduk dekat dengan Afnan, aku, dan ibuku. Saat itu Afnan berbaring di atas ranjangnya kemudian dia terbangun. Dia berkata: "Ummi, mendekatlah kepadaku, aku ingin menciummu." Maka diapun menciumku. Kemudian dia berkata: "Aku ingin mencium pipimu yang kedua." Akupun mendekat kepadanya, dan dia menciumku, kemudian kembali berbaring di atas ranjangnya. Ibuku berkata kepadanya: "Afnan, ucapkanlah la ilaaha illallah."

Maka dia berkata: "Asyhadu alla ilaaha illallah."

Kemudian dia menghadapkan wajah ke arah qiblat dan berkata: "Asyhadu allaa ilaaha illallaah." Dia mengucapkannya sebanyak 10 kali. Kemudian dia berkata: "Asyhadu allaa ilaaha illallahu wa asyhadu anna muhammadan rasuulullaah." Dan keluarlah rohnya.

Maka kamar tempat dia meninggal di dalamnya dipenuhi oleh aroma minyak kasturi selama 4 hari. Aku tidak mampu untuk tabah, keluargaku takut akan terjadi sesuatu terhadap diriku. Maka merekapun meminyaki kamar tersebut dengan aroma lain sehingga aku tidak bisa lagi mencium aroma Afnan. Dan tidak ada yang aku katakan kecuali alhamdulillahi rabbil 'aalamin. (AR)*

[Sumber: www.qiblati.com, dinukil dari Majalah Qiblati edisi 4 Tahun 3]

Hukum Meninggalkan Solat (1)

Posted: 02 Aug 2011 05:43 PM PDT

03 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Ini pula perbahasan ringkas perbezaan ulama' tentang hukum meninggalkan solat.
http://www.intisonline.com/artikel/hukum-meninggalkan-solat

Para ulama' bersepakat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan mengingkari kewajipannya, dia telah murtad dan kafir. Akan tetapi mereka berselisih pendapat sama ada orang yang meninggalkan solat kerana malas telah terkeluar daripada Islam atau masih Islam. Akan tetapi para ulama' tetap bersepakat meninggalkan solat adalah dosa yang besar.

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata bahawa tiada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam terhadap yang meninggalkan kerana mengingkari kewajipannya. Akan tetapi apabilka meninggalkan solat kerana malas, dan masih meyakini solat lima waktu wajib, maka di dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat.[2]

Terdapat tiga pendapat ulama ke atas orang yang meninggalkan solat kerana malas.[3]

Pendapat pertama: Orang yang meninggalkan solat wajib dibunuh kerana telah murtad. Ini merupakan pendapat Imam Ahmad, Sa'id bin Jubair, 'Amir asy-Sya'bi, Ibrahim an-Nakhai, Abu 'Amr, al-Auzai'e, Ayyub al-Sakhtiyani, Abdullah Ibn al-Mubarak, Ishak bin Rahawiah, Abdul Malik Bin Habib (ulama' mazhab Malik), sebahagian pendapat ulama' mazhab Syafie. Di kalangan sahabat pula pendapat ini dipegang oleh Umar al-Khattab, Muaz Bin Jabal, Abdurrahman Bin Auf dan lain-lain.

Pendapat kedua : Orang yang meninggalkan solat dibunuh dengan hukuman had, akan tetapi tidak dihukum sebagai kafir. Ini merupakan pendapat Imam Malik, Imam asy-Syafie, dan salah satu pendapat Imam Ahmad.

Pendapat ketiga: Orang yang meninggalkan solat kerana malas adalah fasiq (pelaku dosa besar) dan dia wajib dipenjara sehingga dia mahu menunaikan solat. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi.

Dalil-dalil Al-Quran tentang orang yang meninggalkan solat.

1) Allah Ta'ala berfirman:

فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا

"Maka datanglah sesudah mereka, pengganti yang mensia-siakan solat dan mengiut hawa nafsu. Mereka akan menemui al-ghoyya, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh." (Maryam : 59-60)

Ibnu Mas'ud radiallahu 'anhu menyatakan bahawa 'ghoyya' dalam ayat tersebut adalah sungai di neraka Jahanam yang makanannya sangat menjijikkan dan tempatnya sangat dalam. [4]

Di dalam ayat ini, Allah menjadikan tempat ini –iaitu sungai di Jahannam- sebagai tempat bagi orang yang meninggalkan solat dan mengikut hawa nafsu. Seandainya orang yang meninggalkan solat adalah orang yang hanya melakukan maksiat biasa, tentu dia akan berada di neraka paling atas, sebagaimana tempat orang muslim yang berdosa.

Tempat ini (ghoyya) merupakan bahagian neraka yang paling bawah. Ia bukanlah tempat orang mukmin, sebaliknya tempat bagi orang kafir.

2) Dalam ayat yang lain, Allah Ta'ala berfirman:

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama." (At Taubah: 11). Di dalam ayat ini, Allah Ta'ala mengaitkan persaudaraan Islam dengan mengerjakan solat. Ini bermaksud jika solat tidak dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Ia menunjukkan orang yang meninggalkan solat bukanlah mukmin kerana orang mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah Ta'ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

"Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara." (Al Hujurat : 10)
Dalil Tentang Orang Yang Meninggalkan Solat Di Dalam Hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam

1) Daripada Jabir bin 'Abdillah, Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

"(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat."[5]

2) Daripada Tsauban radiallahu 'anhu, beliau mendengar Rasulullah sollallahu 'alaihi wassalam bersabda:

بَيْنَ العَبْدِ وَبَيْنَ الكُفْرِ وَالإِيْمَانِ الصَّلَاةُ فَإِذَا تَرَكَهَا فَقَدْ أَشْرَكَ

"Pemisah di antara seorang hamba dengan kekufuran dan keimanan adalah solat. Apabila dia meninggalkannya, maka dia telah syirik.".[6]

3) Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal , Nabi sollallahu 'alaihi wassalam bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ

"Kepala segala perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat.".[7]

Di dalam hadis ini, dikatakan bahawa solat adalah tiang yang menegakkan Islam. Jadi jika roboh tiang tersebut, maka robohlah Islam.

Para Sahabat Berijma' (Bersepakat), Meninggalkan Solat adalah Kafir

Umar radiallahu 'anhu menyatakan:

لاَ إِسْلاَمَ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

"Tidak ada Islam bagi orang yang meninggalkan solat."

Daripada jalan yang lain, beliau berkata:

ولاَحَظَّ فِي الاِسْلاَمِ لِمَنْ تَرَكَ الصَّلاَةَ

"Tidak ada bahagian dalam Islam bagi orang yang meninggalkan solat."[8]

Ketika Umar menyebutkan perkataan di atas,beliau sedang menghadapi sakaratul maut, tiada seorang sahabat pun yang mengingkarinya. Oleh kerana itu, hukum bahawa meninggalkan solat adalah kafir termasuk ijma' (kesepakatan) sahabat sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn al-Qayyim dalam kitab As-Solah.

Kebanyakan sahabat Nabi menganggap bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah kafir sebagaimana dikatakan oleh seorang tabi'in, Abdullah bin Syaqiq. Beliau menyatakan:

كَانَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ -صلى الله عليه وسلم- لاَ يَرَوْنَ شَيْئًا مِنَ الأَعْمَالِ تَرْكُهُ كُفْرٌ غَيْرَ الصَّلاَةِ

"Dahulu para sahabat Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam tidak pernah melihat suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali solat."[9]

Al-Imam Ibn al-Qayyim mengatakan, "Tidakkah seseorang itu malu dengan mengingkari pendapat bahawa orang yang meninggalkan solat adalah kafir, padahal hal ini telah disaksikan oleh Al Kitab (Al Qur'an), As Sunnah dan kesepakatan sahabat. Wallahul Muwaffiq (Hanya Allah-lah yang dapat memberi taufik)."[10]

[1] Tajuk ini merupakan ringkasan daripada tulisan Ustaz Muhammad Abduh bertajuk: Dosa Meninggalkan Solat Fardhu Lima Waktu Lebih Besar Daripada Dosa Berzina. Ia boleh dibaca di sini http://rumaysho.com/hukum-islam/shalat/2721-dosa-meninggalkan-shalat-lima-waktu-lebih-besar-dari-dosa-berzina-.html
[2] Nailul Author, 1/369
[3] Al-Mawsu'ah Al-Fiqhiyah Al Kuwaitiiah, 22/186-187)
[4] As-Solah, hal. 31
[5] HR. Muslim no. 257
[6] HR. At-Tabari dengan sanad sahih. Shaikh Al-Albani menyatakan hadiss ini sahih. Lihat Sahih At-Targib wa At-Tarhib no. 566
[7] HR. at-Tirmizi no. 2825. Disahihkan oleh Shaikh Al-Albani dalam Sahih wa Dhaif Sunan At Tirmizi
[8] Dikeluarkan oleh Malik. Sa'ad di dalam At-Thabaqat, Ibnu Abi Syaibah di dalam Al Iman, Ad-Daruquthni di dalam sunannya,dan Ibn Asakir. Hadis ini sahih, sebagaimana dikatakan oleh Shaikh Al Albani dalam Irwa' al-Gholil no. 209
[9] Perkataan ini diriwayatkan oleh At-Tirmizi daripada Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqli seorang tabi'in dan al-Hakim menyatakan bahawa hadis ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadis ini adalah sahih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52.
[10] As-Sholah, hal. 56

Dua maut termasuk kanak-kanak dalam letupan di Filipina

Posted: 02 Aug 2011 05:30 PM PDT

3 Ramadhan 1432H. [MOD] -

MANILA 2 Ogos – Sekurang-kurangnya dua orang termasuk seorang kanak-kanak lelaki terbunuh manakala sembilan cedera dalam satu letupan bom di selatan Filipina, hari ini.

Leftenan Jeneral Arthur Tabaquero berkata, pasukannya kini sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

"Dua mangsa yang terbunuh meninggal dunia di hospital manakala sembilan yang cedera dirawat akibat terkena serpihan bom," katanya. – Reuters

Hanya al-Quran dokumen yang ditadarus setiap tahun

Posted: 02 Aug 2011 03:25 AM PDT

02 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 2 Ogos: Al-Quran menjadi dokumen paling istimewa di dunia ini apabila kitab suci Islam ini ditadarus setiap tahun.

(Saudara Muhammad Ghana, mewakili komuniti antarabangsa menerima tugasan tadarus perdana anak muda tamu Ramadan di Qaryah Ramadan Kota Bharu)

"Tidak ada dokumen lain dilakukan seperti ini," kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Jika dibanding dengan agama-agama lain kata beliau, tidak ada yang melakukan upacara tahunan dengan meminta semua pengikut membaca keseluruhan kandungannya dalam masa satu bulan.Buku-buku dan dokumen-dokumen lain yang dianggap bermutu tinggi dan mulia pun tidak diulangi bacaannya sebagaimana al-Quran ditadarus.

"Di sepanjang sejarah manusia menyanjung pelbagai dokumen seperti deklarasi hak asasi dan perlembagaan negara-negara.

"Tapi kita tak pernah dengar dokumen-dokumen ini dibaca semula secara menyeluruh seperti tadarus," kata beliau di majlis perasmian Tadarus Perdana Anak Muda Tamu Ramadan di Qaryah Ramadan di sini Isnin..

Al-Quran lahirkan generasi pemimpin dunia

Sementara itu, membaca, memahami dan beramal dengan al-Quran adalah teras kepada pembentukan generasi pertama Islam yang menjadikan mereka pemimpin dunia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

"Mereka bangkit dari satu tahap kehidupan yang amat rendah kepada satu pasukan yang memiliki keupayaan luarbiasa untuk mengurus dunia global apabila mereka hidup bersama al-Quran", kata beliau yang juga Exco kerajaan Kelantan.

Kerana itu beliau menyeru anak-anak muda untuk mengambil kesempatan di sepanjang Ramadan untuk merapatkan "persahabatan" dengan al-Quran.

"Kitab agung ini (al-Quran) akan menjadikan martabat seseorang akan terus meningkat jika mendekatinya," ujar beliau.

Jika sesiapa yang boleh membaca al-Quran dengan baik sahaja sudah dianggap begitu mulia, beliau menambah tentulah mereka yang memahami isinya, mengajar orang lain dan beramal dengan ajarannya akan bertambah-tambah tingkat keupayaan mereka.

Husam berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian program tadarus perdana anak muda tamu Ramadan di Qaryah Ramadan Isnin.

Tadarus anjuran kerajaan negeri itu dijangka akan disertai lebih 10 ribu peserta yang terdiri dari kalangan belia dan remaja.

Lokasi-lokasi program ini diadakan di seluruh negeri bertempat di masjid, pondok, sekolah kelolaan YIK, sekolah agama swasta dan beberapa agensi terpilih.

Kemuncak program ialah majlis khatam yang akan menghimpunkan semua peserta tadarus pada penghujung Ramadan.

"Pihak kerajaan yakin anak-anak muda Kelantan yang telah dididik untuk sentiasa bersama al-Quran tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menambahkan keupayaan masing-masing," kata Husam.

Berserta program ini kata beliau pellbagai acara iringan akan diadakan bagi membolehkan para peserta dan orang ramai merasa al-Quran boleh didekati dengan pelbagai cara dan satu bahan yang boleh diguna dalam menghadapi pelbagai situasi.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Ucapan Tuan Guru sentiasa mengetuk jiwa dengan bahasa yang mudah namun terkandung pengertian yang mendalam dan mudah difahami oleh semua pihak.

Semuga kelompok manusia yang terlalu gemar mengambil maklumat dari dokumen yang jauh perbezaan tentang kebenarannya akan melakukan tindakan yang positif dengan insaf dan kembali kepada Al Quran sebagai rujukan yang utama.

Anwar Tetap Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Posted: 02 Aug 2011 03:00 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 2 OGOS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan dakwaan ada pihak dalam Pakatan Rakyat berhasrat untuk menggantikan beliau dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau yang ditemui media berkata sehingga kini tiada mana-mana pihak baik dari DAP, PAS dan PKR tampil menyatakan hasrat itu namun ianya hanya datang daripada seorang ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Zahrin Hashim.

"Saya tidak dengar daripada mana-mana kepimpinan DAP, PAS dan Keadilan.. yang saya dengar dari Bayan Baru (Zahrin)," kata beliau.

Perkara tersebut sekaligus menolak dakwaan yang disiarkan media sebelum ini bahawa Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ku Li' dipelawa untuk mengambil alih jawatan yang disandang oleh Anwar.

Zahrin pada minggu lalu mendakwa kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia yang sedang berhadapan dengan kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes fitnah liwat dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam satu sidang media, Zahrin antara lain menyatakan tindakan mempelawa Ku Li itu sebagai persiapan parti Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Sehari selepas itu Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan tersebut selain menyifatkan Ku Li tidak boleh berbuat demikian memandangkan beliau selaku ahli parlimen Gua Musang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, portal Malaysiakini yang menemubual Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail melaporkan, Wan Azizah juga menolak dakwaan tersebut dan berkata Ku Li tidak benar-benar di pihak pembangkang.

"Tengku Razaleigh tidak pernah menjadi ketua pembangkang, dia dalam (parti Melayu Semangat) 46. Semangat 46 pecahan daripada Umno. Dia tak pernah di luar dan kemudiannya kembali (pada Umno).

"Sesetengah daripada anggota Semangat 46 kata tidak pernah ditanya (tentang kembali kepada Umno), dia hanya kembali tiba-tiba," katanya.

tv selangor/-

Suruhanjaya perlu siasat Pagi MyPR petang MyKad?

Posted: 02 Aug 2011 02:45 AM PDT




02 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Pelbagai pihak melahirkan rasa terkejut mereka dengan pendedahan bahawa seorang penduduk tetap bernama Mismah adalah berstatus penduduk tetap paginya sudah berubah kepada warga negara pada petangnya.

Ekoran itu, Suhaizan Bin Kaiat, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberikan penjelasan.

Dewan Pemuda PAS, katanya, mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.

"Suatu Suruhanjaya Di Raja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," kata beliau dalam kenyataannya.

(Kad MyPR Mismah pada sebelah pagi)

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) wajib dipersoalkan bagaimana mudahnya menjadi warganegara Malaysia pada waktu ini, katanya kepada Harakahdaily.

Malaysiakini mengeluarkan berita "PR Didaftar Sebagai Pengundi" pada jam 1.06 petang, 2hb Ogos 2011.

Pada masa tersebut individu bernama Mismah no kad pengenalan 640704715238 adalah berstatus Permastautin Tetap(PR).

Menariknya menjelang jam 2.30 petang hari yang sama selepas berita Malaysiakini dikeluarkan maka status Mismah sudah bertukar menjadi warganegara Malaysia.

Kad Pengenalan di bawah di salin pada jam 1.06 petang 2hb Ogos 2011 :

Kad Pengenalan sudah bertukar menjadi biru pada jam 2.30 petang hari yang sama 2hb Ogos 2011 setelah Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 petang. Ini memberi maksud bahawa Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja.


(Kad MyKad Mismah pada sebelah petang selepas dibuat laporan pada sebelah paginya)

Nama Mismah terdapat dalam WEB SPR sebagai "Sedang Dalam Pameran Rang" seperti di bawah :

Mismah adalah individu yang telah daftarkan sebagai pengundi di Dun Ijok, Selangor walaupun beliau adalah seorang PR. Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) sedang mempamerkan maklumat bakal-bakal pemilih di seluruh negara sekarang ini.

Dewan Pemua PAS, kata Suhaizan, sebenarnya telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Mereka di daftarkan hampir di setiap negeri.

(Keratan semakan dengan SPR status Mismah sebagai pengundi)

"Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali. Dewan Pemuda PAS sudah menjangkakan sama ada "server" JPN akan di tutup atau PR ini akan bertukar menjadi warganegara dalam sekelip mata.

"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara. Ini lah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.

Shuhardi: 'Saya memang pengsan terhidu gas'

Posted: 02 Aug 2011 02:25 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Polis merakamkan kenyataan Shuhardi Mat Isa yang dilapor didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan 9 Julai lepas.

Menurut Shuhardi, lima anggota polis, termasuk seorang berpangkat inspektor, daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi mengunjungi rumahnya di Taman Ixora, Bandar Baru Salah Tinggi pada jam 11.30 malam tadi.

"Saya ditanya pelbagai soalan ketika disiasat hampir tiga jam. Saya jawab semua soalan," katanya sambil memberitahu sesi itu hampir tiga jam bermula jam 11 malam hingga 1.30 pagi.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis menyiasat perkara itu setelah menerima dua laporan di IPD Dang Wangi dan Cheras, bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Laporan mengenainya juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Multimedia iaitu kesalahan yang melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Shuhardi, seorang peserta dalam perhimpunan itu dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia Allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

'Saya memang pengsan'

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhardi berkata beliau ditemani anggota keluarga dan tanpa kehadiran peguam ketika sesi itu berjalan.

Ditanya tentang tempoh soal-siasatnya yang lama, Shuhardi menjelaskan, sepanjang sesi itu, beliau ditanyakan secara terperinci tentang penyertaannya daripada mula hingga akhir.

Pada hari itu, katanya, beliau dua kali pengsan sekitar Jalan Pudu, Kuala Lumpur akibat terlalu banyak terhidu gas pemedih mata.

"Bila saya sedar, saya berada di bahagian kecemasan Hospital Tung Shin. Kemudian anggota keluarga saya datang ambil," katanya.

Beliau menafikan berlakon sebagai Baharudin atau cuba menipu orang ramai.

"Saya memang pengsan pada hari itu," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop).

Shuhardi bagaimanapun tidak jelas beliau disiasat bawah peruntukan dalam seksyen apa.

malaysiakini/-

Ampun Tuanku, Patik pohon tolak bubar Parlimen

Posted: 02 Aug 2011 02:10 AM PDT

02 3amadhan 1432H. [MOD]

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pembubaran Parlimen selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi.

"Isu yang mendesak kini ialah ancaman kepada kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing di dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri.

"Apabila daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing, ia jelas merupakan ancaman serius kepada kedaulatan negara dan keselamatan negara selain dari pencabulan hak asasi warganegara Malaysia sendiri," tegas beliau ketika menuntut supaya SPR menjelaskan bagaimana daftar pemilih dibanjiri oleh warga asing yang hanya memiliki status penduduk tetap sahaja.

Mahfuz menyifatkan pendedahan itu sebagai bukti yang tidak boleh disangkal lagi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR tidak habis-habis membohongi rakyat Malaysia apabila berulang kali mendakwa bahawa daftar pemilih yang ada sudah dibersihkan.

"Kita boleh terima kalau nama orang yang baru sahaja seminggu dua meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih walaupun zaman sekarang zaman teknologi yang membolehkan nama si mati dibuang hampir serta merta dari daftar pemilih.

"Tetapi kebanjiran begitu banyak warga asing bukan lagi perkara yang boleh dikompromikan. SPR boleh dituduh terang-terangan terlibat membiarkan kedaulatan dan keselamatan negara ini terancam.

"Sebagai agensi kerajaan, SPR tidak sepatutnya dilihat menjadi pihak yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi. Tuntutan-tuntutan lain ialah mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

"Sebab itulah kita mohon Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu campur tangan antaranya tidak memperkenankan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen selagi tuntutan Bersih tidak dipenuhi.

"Kini semakin terbukti, keengganan SPR membersihkan daftar pengundi sudah sampai ke peringkat mengancam kedaulatan dan keselamatan negara dengan kebanjiran warga asing dalam daftar tersebut.

"Jangan sampai nanti orang melihat SPR bukan sahaja tidak mahu membersihkan daftar pemilih malah menjadi dalang utama yang mengotorkan daftar itu dengan kebanjiran warga asing tersebut," kata Mahfuz.

Kebanjiran warga asing dalam daftar pemilih itu didedahkan oleh blog Perisik Rakyat (http://www.perisik-rakyat.com).

Blog itu mendedahkan sehingga 169 nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia.

Namun begitu, menurut siasatan Harakahdaily, tidak semestinya nombor kad pengenalan yang mempunyai angka -71- di tengah adalah warga asing. Ini kerana, angka -71- di tengah menunjukkan lahir di luar negara.

Menurut pendedahan Perisik Rakyat, antara warga asing yang didaftarkan sebagai pengundi bernama Mismah.

Menurut laporan Malaysiakini pula, Mismah diterima sebagai pengundi baru di Ijok, di mana Ahli Dewan Undangan Negerinya ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimennya ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dzulkelfy Ahmad.

Menurut Malaysiakini, Mismah didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyemak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Harakahdaily/-

Ulasan :

Ternyata musuh utama negara adalah kelompok yang sedang merancang untuk mempertahankan kuasa dengan menghalalkan segala cara termasuk menggadai kedaulatan negara Malaysia yang kita cintai.

Ayuh bangunlah rakyat Malaysia yang sayang dan cintai negara. Pastikan anda bersama kami menentang segala penipuan dan kemungkaran dalam sisitem pilihanraya.

Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi

Posted: 02 Aug 2011 02:00 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 2 Ogos: Pakatan Rakyat yakin kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat negara ini pada hari ini adalah akibat dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang mewujudkan sistem monopoli dan ketinggalan zaman.

Sehubungan itu, terdapat keperluan mendesak agar sistem permit terutamanya yang bersabit import barang keperluan utama dikaji keseluruhannya kerana ia meningkatkan harga barangan yang menekan rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat juga berpendapat harga petrol dan diesel yang tinggi di Malaysia adalah akibat perancangan guna tenaga yang lemah.

Menurut beliau, Malaysia dilaporkan masih menggunakan sehingga 70 peratus dari minyak mentahnya yang bergred tinggi dan mahal untuk diproses menjadi petrol dan diesel bagi kegunaan domestik.

Katanya, oleh kerana harga minyak mentah adalah komponen kos yang paling utama, sebarang usaha untuk menukar minyak mentah kepada gred yang lebih murah akan secara langsung menurunkan harga petrol dan diesel di Malaysia.

"Oleh sebab itulah, Pakatan Rakyat yakin bahawa harga petrol dan diesel boleh diturunkan segera. Salah satu caranya melalui perancangan guna tenaga yang lebih munasabah," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), di sini, hari ini.

Sebelum itu di tempat yang sama, Pakatan Rakyat, menurutnya, telah mengadakan Rundingan Ekonomi Buku Jingga yang pertama hari ini dengan ahli ekonomi, penganalisa pasaran dari bank dan firma kewangan, pimpinan kesatuan sekerja dan persatuan pengguna.

Katanya, rundingan tersebut antara lain membincangkan secara terperinci langkah-langkah segera yang boleh dilakukan untuk mengawal inflasi dan membantu jutaan isi rumah Malaysia yang terbeban dengan kos sara hidup mutakhir ini.

"Rundingan tersebut adalah yang pertama daripada beberapa siri selepas ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan untuk digarap di dalam Belajawan 2011 yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat dalam bulan Oktober ini.

"Setiap rundingan akan memfokuskan kepada persoalan dasar ekonomi negara yang utama, termasuklah dasar-dasar pertumbuhan dan persaingan ekonomi, menurunkan kos sara hidup rakyat dan reformasi sistem pendidikan supaya selari dengan keperluan modal insan negara," katanya.

Peluang yang diperolehi oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari ini untuk bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil dari pelbagai sektor penting ekonomi negara itu, katanya, akan dimanfaatkan sebaik mungkin, apabila pandangan-pandangan itu akan digarabkan di dalam Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat.

"Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat adalah satu lagi dokumen ekonomi yang memberi peluang kepada rakyat dan sektor niagawan menilai sendiri perbezaan pendekatan ekonomi yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan BN, sekiranya Pakatan Rakyat yang berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang," katanya.

Turut hadir pada rundingan dan sidang media itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad serta pemimpin DAP.

harakahdaily/-

Pakar buih belon cipta rekod baharu

Posted: 02 Aug 2011 01:51 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

SERAMAI 150 orang berdiri di dalam buih belon yang dihasilkan oleh Fan Yang di Beijing kelmarin.

BEIJING - Pakar belon buih, Fan Yang dari Kanada memecahkan rekodnya sendiri apabila seramai 150 orang berada di dalam buih belon yang dihasilkannya dalam satu pertunjukan di Beijing kelmarin.

Rekod lamanya ialah 100 orang berada di dalam buih belon yang dibuatnya dalam program televisyen popular, Oprah Winfrey Show pada 2008.

Dia yang kini menetap di New York telah membuat persembahan buih belon selama 20 tahun. - Agensi

136 mati ditembak tentera Syria

Posted: 02 Aug 2011 01:30 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

DAMSYIK: Tentera Syria membunuh 136 orang sejak kelmarin apabila askar menyerbu tempat bantahan utama di bandar Hama yang berterusan hingga hari pertama Ramadan dengan angka korban diramal meningkat.

"Seratus orang awam terbunuh Ahad lalu apabila pasukan keselamatan yang bersama tentera melepaskan tembakan ketika menyerbu bandar itu," dakwa Abdel Karim Rihawi, ketua Liga Syria untuk Pertahanan Hak Asasi Manusia.

Rihawi mendakwa, lima yang lain terbunuh di bandar tengah Homs dan tiga lagi di wilayah barat laut Idlib apabila pasukan keselamatan menembak penunjuk perasaan yang berhimpun.

Ketua Organisasi Nasional untuk Hak Asasi Manusia, Ammar Qorabi, pula meletakkan angka kematian di Hama kepada 95 orang dengan sekurang-kurangnya 47 orang terkorban di dalam dan sekitar bandar tengah itu.

"Bilangan yang cedera sangat ramai dan hospital tidak mampu menampung mereka terutama kerana kekurangan peralatan rawatan," katanya sambil memetik sumber hospital di Hama.

Abdel Rahman berkata, tindakan keras ke atas Hama muncul apabila lebih 500,000 orang berhimpun di bandar itu Jumaat lalu selepas solat dengan seorang ulama memberitahu jemaah 'rejim pemerintah perlu diusir.'

Aktivis melaporkan 19 lagi kematian di Deir Ezzor, hub utama pengeluaran gas dan minyak di timur, yang menjadi pusat perhimpunan untuk bantahan bersama Hama.
Selain Deir Ezzor, enam lagi maut di Herak di selatan dan seorang di Al-Bukamal di timur, kata Qorabi, menambah kebanyakan tembakan di Deir Ezzor "mengenai kepala dan leher" oleh penembak curi.

Sementara itu Abdel Rahman memberitahu, penunjuk perasaan membakar 24 kapal pengangkut tentera di rantau barat Masrib di Deir Ezzor.

"Mereka membaling bom api ke arah konvoi tentera dan membakar 24 pengangkut askar untuk menghalangnya mara ke Deir Ezzor," katanya lagi.

Aktivis menyifatkan tindakan tentera sebagai satu hari paling dahsyat di Syria sejak penunjuk perasaan kali pertama mula berarak 15 Mac lalu bagi menuntut perubahan demokratik sebelum memarahi pemerintah dan menggesa penyingkirannya.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pemimpin Eropah mengutuk tindakan keras itu ketika Jerman dan Itali menggesa satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Satu mesyuarat mungkin diadakan semalam. Namun tindakan itu kemungkinan membuka semula pengalaman pahit Majlis Keselamatan yang belum berupaya mencapai persetujuan walaupun dalam satu kenyataan berhubung tindakan keras Presiden Bashar al-Assad ke atas pembangkang.

"Ia adalah satu daripada hari paling dahsyat" sejak bantahan meletus, kata Rami Abdel Rahman, ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berpusat di Britain. –AFP

Kemelut Dawama bukti penswastaan BN gagal

Posted: 02 Aug 2011 01:20 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 2 Ogos: Tindakan Dawama Sdn Bhd memberikan notis cuti tanpa gaji kepada 380 pekerjanya ekoran masalah kewangan membuktikan projek penswastaan kerajaan BN menemui kegagalan.

Dawama, syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam notisnya kepada pekerja minggu lalu mendakwa tindakan itu diambil kerana pertikaian dengan DBP, agensi di bawah Kementerian Pelajaran.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang mengecam tindakan Dawama itu berkata, kerajaan harus mengkaji semula projek penswastaan dan menghentikan penswastaan yang melanggar prinsip perniagaan.

"Banyak projek penswastaan yang diterajui oleh kerajaan pusat menemui kegagalan dan ini (Dawama) salah satu contoh penswastaan yang tidak mematuhi prinsip perniagaan yang akhirnya akan membebankan pekerja.

"Projek penswastaan harus dihentikan dan dikaji semula kerana sewajarnya ia memberikan perkhidmatan yang lebih baik, menjamin kebajikan pekerja, mengangkat taraf sosio ekonomi, tapi apa yang berlaku projek penswastaan hanya menguntungkan kroni kerajaan tapi pekerja dinafikan hak mereka," kata beliau kepada pemberita di hadapan ibu pejabat Dawama, Hulu Klang selepas menemui pekerja Dawama yang diarah bercuti berkuat kuasa semalam.

Beliau juga berkata, sekiranya kemelut ini tidak selesai dalam masa terdekat, Pakatan Rakyat akan membawa isu ini ke sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

"Saya akna meneliti memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan akan bawa ke Parlimen.

"Kita nak tahu betul ke Dawama menghadapi masalajh kewangan dan minta kementerian terbabit bentangkan akuan Dawama di Parlimen," kata beliau yang juga ahli Parlimen Gombak.

Menurut Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Dawama Sdn Bhd, Zainal Awit (kanan) pihaknya telah empat kali menyerahkan memorandum kepada Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun belum ada sebarang maklum balas.

Bercakap pada sidang media sama, beliau sekali lagi merayu Muhyiddin mengambil tindakan segara bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara Dawama dan DBP.

"Kami para pekerja berasa tertekan dengan tindakan pihak Dawama memberi cuti tanpa gaji kepada kami dan bayangkan bagaimana anak-anak kami hendak menghadapi bulan Ramadhan dan hari raya akan datang.

"Kami merayu kepada pihak menteri supaya serius dan tolonglah campur tangan dalam masalah ini," katanya.

Ekoran tiada respons daripada pihak Muhyiddin, Pengarah Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani berkata beliau akan mengetuai beberapa wakil kesatuan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) di bawah Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Ini kerana katanya Dawama tiada hak memberikan notis bercuti tanpa gaji kepada pekerja sebelum melunaskan bayaran tertunggak.

Difahamkan, sudah beberapa bulan Dawama tidak melaksanakan potongan Socso dan EPF kepada pekerjanya.

"Tindakan ini satu pencabulan undang-undang. Pemotongan Socso dan EPF yang tidak dilunaskan telah langgar seksyen 24 Akta Kerja 1955 jelas boleh dihukum.

"Saya mohon pihak berwajib menghukum syarikat ini kerana mengkhianati undang-undang negara.

"Saya terkejut pelangaran ini dibuat secara biadap dan tidak boleh berlaku dalam seksyen 10 Akta Kerja 1955," katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Langat.

Sehubungan itu, beliau bersama beberapa wakil kesatuan ke Putrajaya sejurus sidang media tadi bagi mencari jalan penyelesaian.

Sementarai itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang turut bersama mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tampil membela kaum wanita yang turut terjejas akibat tindakan Dawama itu.

"Sekurang-kurangnya 100 pekerja wanita di sini. Saya desak Sharizat yang kononnya sangat menyokong penglibatan wanita dalam bidang ekonomi sebanyak 30 peratus tampil dan saya nak tanya apakah pembelaan yang beliau berikan kepada pekerja wanita ini?" soalnya yang juga ahli Parlimen Ampang.

harakahdaily/-

Kesilapan Muslim dalam Bulan Ramadhan

Posted: 02 Aug 2011 01:00 AM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya... Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi
witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinyamenambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkanprodu ktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.
Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Naim Qlate

Tiada ulasan:

Catat Ulasan