Selasa, 2 Ogos 2011

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 02 Aug 2011 03:24 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Kerja Gila

Posted: 02 Aug 2011 02:52 AM PDT

PAS TAMBUN

Posted: 02 Aug 2011 01:57 AM PDT

PAS TAMBUN


TERLALU SAYANG ANAK..

Posted: 01 Aug 2011 09:23 AM PDT


Baru-baru teman sempat merakam satu gambar yang x lah hebat sangat tapi untuk sekadar peringatan kita, mungkin oleh kerana terlalu sayangkan anak, keluarga ini tak kisah apa yang si anak laku, cuba bayangkan dalam keadaan itu (gambar) motor yang laju memotong dicelah-celah kereta tersebut...

RAMADHAN KARIM : MAJLIS TAHLIL DAN SAMBUTAN KEDATANGAN RAMADHAN DI RUMAH YDP DR KHAIRUDDIN

Posted: 01 Aug 2011 09:16 AM PDT

Diantara hadirin yang hadir ke majlis tersebut antaranya ialah jemaah kariah surau Abdul Rahman Al-Auf , wakil NGO , AJK PAS Kawasan Tambun , Pemuda Tambun dan Ahli Unit Amal Tambun. Pada malam itu juga Dr Khairuddin meraikan sahabat yang kena tangkap semasa perhimpunan Bersih pada 9 julai 2011 baru-baru ini.. Tahniah dan Syabas kerana berjaya dalam ujian tersebut.

Pas Kawasan Tanjung Malim

Posted: 02 Aug 2011 01:29 AM PDT

Pas Kawasan Tanjung Malim


Ihtifal Alam Ria Pasti 2011

Posted: 01 Aug 2011 10:08 PM PDT

30 Julai - Bertempat di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, telah diadakan buat julung kalinya Ihtifal Pasti Kawasan Tanjong Malim dengan penuh meriah. Majlis yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Sdr junaidin bin Yusop.

Pimpinan Pas Kawasan turut hadir termasuk YDP, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Setiausaha, Tn Hj Junid, En Daud, Ust Mohd Shafie dan beberapa barisan kepimpinan yang yang lain.

Terdapat 8 buah Pasti yang mengambil bahagian dalam acara pertandingan tahun ini, iaitu Pasti Barakah, Firdaus, An Nisa', Mawaddah, Ansar, Al Hilal, Ehsaniah dan Nurul Ain. Juara keseluruhan pertandingan tahun ini disandang oleh Pasti Mawaddah.








CINA ISLAM (林川興)

Posted: 02 Aug 2011 01:26 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Angka kematian ribut Filipina meningkat 70

Posted: 01 Aug 2011 11:44 PM PDT

02 3amadhan 1432H. [MOD] -

MANILA: Angka kematian membabitkan ribut tropikal Nock-ten dan Taufan Muifa di Filipina meningkat kepada 70 mangsa, selain daripada negara itu dijangka berdepan dengan ancaman ribut lain, kata pihak berkuasa Filipina.

Angka kematian yang sebelum ini 54 mangsa, mencatatkan peningkatan di mana dua daripadanya adalah kanak-kanak yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Kuari di tengah-tengah pulau Bohol, Ahad lalu, manakala 14 mayat lain ditemui susulan kejadian Nock-ten, bulan lalu.

Majlis Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Kebangsaan, seramai 178 penumpang dan anak kapal berjaya diselamatkan daripada kapal yang disenaraikan berlepas dari pelabuhan Iloilo. - AFP

Najib Tidak Pernah Tawar Stadium Shah Alam - Maria Chin

Posted: 01 Aug 2011 11:30 PM PDT

2 Rramadhan 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

"Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak," kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

"Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka.

tv selangor/-

Pilihanraya olok-olok buktikan keyakinan PAS untuk menang.

Posted: 01 Aug 2011 11:19 PM PDT

02 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH, 2 OGOS: Keyakinan PAS Perak bahawa Pakatan Rakyat bakal memberi cabaran besar buat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) yang bakal berlangsung bila-bila masa sahaja ternyata berasas. Laporan The Malaysian Insider hari ini menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13, berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok.

Pilihan raya olok-olok tersebut diadakan sebagai langkah persediaan awal jentera BN untuk menghadapi PRU ke-13. Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

Tidak sampai setahun memerintah, rampasan kuasa berlaku setelah beberapa episod lompat parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pihak Kerajaan Perak ketika itu yang diterajui Pakatan Rakyat.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak, "Krisis dalaman yang dihadapi UMNO kian meruncing dan ia terbukti dengan hasil keputusan pilihanraya olok-olok ini. Lalu, PRU 13 akan menjadi manifestasi bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat."

Justeru, beliau menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini. Tegasnya, teruskan berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

ustazabubakar.wordpress.com

Mubarak, anak dibicara esok

Posted: 01 Aug 2011 09:00 PM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Hukuman mati jika sabit dakwaan

KAHERAH: Bekas pemimpin Mesir yang dijatuhkan, Hosni Mubarak bakal dibicarakan mulai esok bersama dua anaknya, Gamal dan Alaa, selain ketua keselamatan, Habib Al Adly dan enam pegawai kanan polis dalam prosiding yang disiarkan secara langsung oleh televisyen.

Mubarak, Habib Al Adly dan enam pegawai polis itu boleh dihukum mati jika sabit kesalahan atas tuduhan mengarahkan kekerasan ke atas penunjuk perasaan yang memberontak selama 18 hari di Mesir.

Seramai 850 penunjuk perasaan dibunuh ketika mengambil bahagian dalam protes berkenaan. Gamal dan Alaa juga dibicarakan bersama bapa mereka dan seorang sekutu rapat atas tuduhan rasuah.

Jika Mubarak hadir, beliau akan berdepan 600 orang, termasuk sanak saudara mangsa yang maut dalam protes itu, Februari lalu.

Aktivis percaya, kesihatan Mubarak sengaja digunakan bagi menangguhkan prosiding dan mereka menuduh Majlis Tentera yang memerintah sengaja melambat-lambatkan pendakwaan ke atas bekas pemimpin itu dan tertuduh lain.

Pengerusi majlis yang juga seorang jeneral kanan adalah Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Mubarak.
Bagi mengelak krisis baru meletus, Ketua Pendakwa Raya, Abdel-Meguid Mahmoud sudah memohon supaya pihak berkuasa membawa Mubarak ke muka pengadilan.

Menteri Dalam Negeri, Mansour el-Issawi menerima permintaan Ketua Pendakwa Raya memintanya memastikan bekas Presiden Hosni Mubarak dihadapkan ke mahkamah pada 3 Ogos, menurut kenyataan agensi berita kelmarin.

Selain itu, hakim yang akan mengendalikan prosiding juga berazam supaya proses perbicaraan diadakan dengan lancar dan pantas.

Hakim Ahmad Rifaat memberitahu sidang media, beliau akan membenarkan beratus-ratus orang menghadiri perbicaraan itu di akademi polis nasional negara itu di pinggir Kaherah.

"Perbicaraan itu yang diadakan di sebuah pusat konvensyen di tengah ibu kota ini dipindah ke akademi polis terbabit," kata Ketua Mahkamah Rayuan Kaherah, Sabtu lalu.

Perubahan itu jelas dikaitkan dengan kebimbangan berhubung tahap keselamatan ketika perbicaraan pemimpin disingkir berkenaan supaya keadaan terkawal ketika perbicaraan.

Bantahan sekali lagi memuncak baru-baru ini selepas rakyat Mesir menuntut Majlis Tertinggi yang memerintah melakukan perubahan lebih pantas menerusi pendakwaan terhadap Mubarak dan bekas pegawai rejim.

Akademi polis itu terletak di Kaherah Baru, sebuah daerah di pinggir timur ibu kota ini yang kini tidak mempunyai penduduk padat seperti kawasan di sekitar pusat konvensyen.

Perubahan tempat itu diumumkan Hakim Al Sayed Abdul Aziz Omar sejajar dengan undang-undang yang memberikannya kuasa memutuskan lokasi perbicaraan. – AP

Dr M akan dipanggil jadi saksi perbicaraan Ling

Posted: 01 Aug 2011 08:30 PM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, kata DPP Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Beliau memberitahu demikian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas meminta bekas pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) Sahari Mahadi untuk mengesahkan sepucuk surat yang ditulis oleh Ling kepada Dr Mahathir.

Sahari merupakan saksi kedua pendakwa dalam perbicaraan tersebut.

Ling pada mulanya dituduh menipu jemaah menteri untuk memberi persetujuan terhadap pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek PKFZ mengikut terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Dalam tuduhan pindaan - yang didedahkan oleh peguam semalam - Ling didakwa telah gagal mendedahkan fakta-fakta yang berkaitan dengan faedah 7.5 peratus setahun sebagai tambahan kepada kos tanah yang telah dijual pada harga RM25 sekaki persegi yang berjumlah RM1,088,456,000 .

Dalam pertuduhan pertama, Ling didakwa menipu jemaah menteri supaya bersetuju dengan syarat-syarat pembelian di antara KDSB dan LPK dan memberikan kelulusan untuk membeli.

Ling dituduh melakukan penipuan dengan mengetahui bahawa dia (Dr Ling) boleh menyebabkan kehilangan kepada Kerajaan Malaysia, yang kepentingannya di dalam urusan yang berkaitan dengan penipuan itu, beliau terikat oleh suatu kontrak di sisi undang-undang untuk melindungi.

Pertuduhan itu, di bawah Seksyen 418 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, Dr Ling didakwa menipu jemaah menteri dengan curangnya menyembunyi fakta serupa pada tempat dan tarikh yang sama.

Pertuduhan tersebut - mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan - membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut dijangka mendengar keterangan 40 orang saksi.

MALAYSIAKINI/-

Anwar tak nampak kedudukan terancam

Posted: 01 Aug 2011 08:00 PM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menolak dakwaan terdapat rancangan bagi menggantikannya dengan pemimpin senior Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang baru.

Sambil tersenyum, Anwar (kiri) berkata beliau sendiri tidak mendengar berhubung perkara itu daripada mana-mana pemimpin Pakatan.

"Saya tidak dengar perkara ini daripada mana-mana pemimpin PAS atau DAP... mungkin ia hanya dari Bayan Baru," katanya merujuk kepada pemimpin konsensus bebas Zahrain Mohd Hashim.

Sementara itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga mengetepikan dakwaan itu sambil menjelaskan bahawa Razaleigh tidak benar-benar di pihak pembangkang.

"Tengku Razaleigh tidak pernah menjadi ketua pembangkang, dia dalam (parti Melayu Semangat) 46. Semangat 46 pecahan daripada Umno. Dia tak pernah di luar dan kemudiannya kembali (pada Umno).

"Sesetengah daripada anggota Semangat 46 kata tidak pernah ditanya (tentang kembali kepada Umno), dia hanya kembali tiba-tiba," katanya.

malaysiakini/-

Hukum orang puasa tapi meninggalkan sembahyang.

Posted: 01 Aug 2011 07:42 PM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

Syaikh Muhammad bin Sholih Al 'Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: "Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?"

Beliau rahimahullah menjawab:

"Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta'ala,

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَنُفَصِّلُ الْآَيَاتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

"Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama. Dan Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi kaum yang mengetahui." (Qs. At Taubah [9]: 11)

Alasan lain adalah sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam,

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

"Pembatas antara seorang muslim dengan kesyirikan dan kekafiran adalah meninggalkan solat." (HR. Muslim no. 82)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

الْعَهْدُ الَّذِى بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَكَهَا فَقَدْ كَفَرَ

"Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah mengenai solat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir." (HR. Ahmad, At Tirmidzi, An Nasa'i, Ibnu Majah. Dikatakan shahih oleh Syaikh Al Albani)

Pendapat yang mengatakan bahawa meninggalkan solat merupakan suatu kekafiran adalah pendapat majoriti sahabat Nabi bahkan dapat dikatakan pendapat tersebut adalah ijma' (kesepakatan) para sahabat.

'Abdullah bin Syaqiq –rahimahullah- (seorang tabi'in yang masyhur) mengatakan, "Para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amalan yang apabila seseorang meninggalkannya akan menyebabkan dia kafir selain perkara solat." [Perkataan ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi dari 'Abdullah bin Syaqiq Al 'Aqliy; seorang tabi'in. Hakim mengatakan bahawa hadits ini bersambung dengan menyebut Abu Hurairah di dalamnya. Dan sanad (periwayat) hadits ini adalah shohih. Lihat Ats Tsamar Al Mustathob fi Fiqhis Sunnah wal Kitab, hal. 52, -pen]

Oleh karena itu, apabila seseorang berpuasa namun dia meninggalkan solat, puasa yang dia lakukan tidaklah sah (tidak diterima). Amalan puasa yang dia lakukan tidaklah bermanfaat pada hari kiamat nanti.

Oleh sebab itu, kami katakan, "Solatlah kemudian tunaikanlah puasa." Adapun jika engkau puasa namun tidak solat, amalan puasamu akan tertolak kerana orang kafir (disebabkan meninggalkan solat) tidak diterima ibadah daripadanya.

[Sumber: Majmu' Fatawa wa Rosa-il Ibnu 'Utsaimin, 17/62, Asy Syamilah]
***
Penterjemah: Muhammad Abduh Tuasikal Artikel www.muslim.or.id

Laporan dakwaan penjara dera 33 pelajar, diserah pada kementerian

Posted: 01 Aug 2011 07:00 PM PDT

2 Ramadhan 1432H.[MOD] -

Jabatan Pelajaran Johor telah mengemukakan laporan kepada Kementerian Pelajaran untuk tindakan selanjutnya berhubung dakwaan kejadian dera melibatkan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar
Baru Uda (SMKBBU), Johor Bahru, ketika menghadiri kursus motivasi di Penjara Kluang, minggu lepas.

Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor A Ghani yang enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu berkata laporan berkenaan dikemukakan semalam berdasarkan hasil maklumat yang diberikan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKBBU serta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Baharu.

"Laporan itu dikemukakan segera bagi memastikan dakwaan berhubung kejadian itu dapat diselesaikan segera," katanya hari ini.

Semalam, 33 pelajar lelaki terbabit mendakwa didera secara fizikal termasuk dibotakkan kepala, dipukul di perut, digari, dicengkam di tengkuk dan diarah memakai persalinan banduan semasa berkursus selama tiga hari di penjara berkenaan.

Mereka turut mendakwa dilayan tidak ubah seperti banduan sepanjang tempoh berada di penjara itu.

- Bernama

Kenyataan pegawai SPRM ikut rentak Umno

Posted: 01 Aug 2011 06:00 PM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KOTA BHARU, 2 Ogos: Kenyataan pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, Kelantan belum bebas rasuah kerana tiada laporan dibuat dianggap seperti kebudak-budakan.

Kenyataan itu dibidas pelbagai pihak sambil menganggap cuba memperbodohkan masyarakat. Ia juga memperlihatkan pegawai kerajaan seperti mengikut rentak Umno.

Kenyataan pegawai terbabit kemudian cuba dimanipulasi media proUmno sehingga ada rancangan khas di TV1 pagi tadi mengulas isu berkenaan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, mungkin pada peringkat permulaan ada pihak cuba membuat gimik terhadap dakwaan berlaku rasuah membabitkan pemimpin PAS di Kelantan.

"Usaha tersebut tidak lebih bagi menarik perhatian orang ramai semata-mata. Mereka juga sengaja mahu mencari publisiti murahan.

"Apabila Pengarah SPRM Kelantan membuat penjelasan tiada rasuah dikaitkan dengan kerajaan negeri tiba-tiba ada pula orang lain yang cuba mempertikainya," katanya di sini.

Semalam media melaporkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sultan berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tidak boleh mendakwa kerajaannnya bersih dari rasuah kerana tiada laporan dibuat.

Sedangkan Pengarah SPRM Kelantan, Nasaruddin Mohd Noor mengesahkan tiada unsur rasuah termasuk membabitkan isu Bazar Tok Guru.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian dan peniaga Pasar Lama MPKB mendakwa wujud unsur penyelewengan dalam isu Bazar Tok Guru.

Kenyataan yang dikeluarkan Pengarah SPRM Kelantan itu kemudian dipertikaikan Pemuda Umno sehingga mendakwa ada pegawai SPRM berpihak kepada PAS.

Ahmad berkata, penjelasan dibuat pegawai SPRM terbabit menjelaskan dakwaan Umno kononnya pemimpin PAS terbabit dengan rasuah tidak berasas.

"Kita sentiasa memberi peringatan kepada pegawai dan pemimpin khususnya di bulan Ramadan ini terhadap perkara-perkara yang menyalahi tuntutan agama.

"Malah Menteri Besar berharap Kelantan berlainan berbanding negeri-negeri lain. Kalau dahulu orang datang ke sini sebagai laluan untuk pergi ke tempat maksiat, namun sekarang tidak berlaku lagi," katanya.

Penolong Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Kelantan, Wan Zulkefli Wan Mohamad berkata, tiada laporan dibuat terhadap dakwaan penyelewengan di Kelantan kerana tidak ada bukti.

Katanya, pemimpin Umno hanya sekadar menuduh bagi memburukkan Kelantan di media massa, sedangkan mereka tiada bukti menyokong segala tuduhan dibuat.

Oleh itu kata beliau kenyataan pegawai kanan SPRM di Putrajaya Kelantan belum bebas rasuah kerana tiada laporan dibuat menggambar pegawai kerajaan terpaksa mengikut rentak Umno.

harakahdaily/-

P’raya olok-olok: Pakatan cabaran besar BN berasas

Posted: 01 Aug 2011 05:30 PM PDT

2 Ramadhan 1432H. [MOD] -

IPOH, 2 Ogos: Keyakinan PAS Perak bahawa Pakatan Rakyat bakal memberi cabaran besar buat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang bakal berlangsung bila-bila masa sahaja ternyata berasas.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain (gambar) menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan The Malaysian Insider hari ini menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada PRU ke-13, berdasarkan keputusan pilihan raya olok-olok.

Pilihan raya olok-olok tersebut diadakan sebagai langkah persediaan awal jentera BN untuk menghadapi PRU ke-13.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat pula memperolehi 31 kerusi.

Tidak sampai setahun memerintah, rampasan kuasa berlaku setelah beberapa episod lompat parti yang sedikit sebanyak menjejaskan pihak Kerajaan Perak ketika itu yang diterajui Pakatan Rakyat.

"Krisis dalaman yang dihadapi Umno kian meruncing dan ia terbukti dengan hasil keputusan pilihan raya olok-olok ini," kata Abu Bakar dalam satu kenyataan di sini.

Lalu, ujarnya PRU 13 akan menjadi manifestasi bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT terutama sekali di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tegasnya, teruskan berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan Pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

HARAKAHDAILY/-

MB Kedah stabil, dirawat di IJN

Posted: 01 Aug 2011 08:02 AM PDT

02 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

PAS tampil ke hadapan rakyat untuk menuju ke arah Negara berkebajikan

Posted: 01 Aug 2011 02:50 AM PDT

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -
PAS Miri

Dr Hatta bersama rombongan PAS Miri melawat salah sebuah pondok yang masih dalam proses pembinaan

Lawatan Dr Mohd Hatta Ramli Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bersama rombogan PAS Miri baru-baru ini ke Kampung Tukau Usaha Jaya untuk bertemu dengan salah seorang penghuni yang mana pondok barunya yang masih dalam pembinaan perlu sedikit bantuan dari orang ramai. Dengan keadaan pondoknya yang serba kekurangan beliau terpaksa berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah pondok baru untuk memberi keselesaan dari kena hujan dan panas. Beliau terpaksa bekerja sendiri dan kadang-kadang memohon bantuan rakannya untuk menyiapkan pondok baru tersebut. Beliau pernah memohon bantuan dari badan kebajikan dan juga baitulmal tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada sebarang bantuan dari pihak tersebut.

Walaupun keadaan jalan masih lagi teruk dan tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih dengan sokongan orang ramai dan juga PAS Miri dapatlah beliau membina pondok baru beliau dalam keadaan yang serba kekurangan. Menjelang ramadhan dan bulan syawal yang akan tiba beliau sangat berharap agar ada pihak-pihak yang berwajib dapat memberi bantuan bulanan agar dapat mengurang bebanan yang beliau tanggung selama ini. Beliau hanya bekerja kampong seperti bercucuk tanam dan memotong rumput dalam kawasan kampong tersebut.


Dr Hatta bersama YDP PAS Miri dengan penghuni rumah yang serba daif tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik (masih menggunakan generator)

Sebuah lagi keluarga yang rombongan PAS Miri kunjungi sudah pun tinggal di situ belasan tahun tetapi masih lagi hidup dalam keadaan kemiskinan disebabkan tanah yang mereka diami sekarang kemungkinan akan di ambil oleh sebuah syarikat kroni yang memerintah. Walaupun menurut penduduk tersebut tanah yang mereka diami sekarang adalah tanah NCR tetapi dengan adanya sambungan bekalan elektri ke kawasan perumahan mereka bukan bermakna pihak kerajaan sudah memberi kemudahan asas kepada penduduk dalam kampong tersebut tetapi lebih bersifat sementara.

Bila-bila masa saja tanah tersebut akan dirampas oleh syarikat yang mempunyai kepentingan dalam kawasan tersebut untuk membina projek perumahan atau projek kelapa sawit. Sekiranya perkara ini terjadi di kemudian hari sudah pasti keluarga yang tinggal di dalam kampong tersebut akan hidup lebih menderita lagi sebab sekarang hampir semua tanah-tanah di Sarawak dimiliki oleh syarikat-syarikta yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemerintah. Orang kampong yang sudah tinggal bertahun-tahun di kawasan tersebut memohon tanah yang bergeran susah untuk mendapatkannya sedangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan mudah memiliki tanah orang kampong yang sudah lama meneroka tanah tersebut dari datuk nenek mereka dahulu. Inilah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Sarawak sekarang. PAS sungguh simpati dengan keadaan yang menimpa nasib penduduk yang tersebut di atas.

Di mana slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan?" PAS dengan konsep menuju ke arah Negara berkebajikan sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan yang tertindas ini. Walaupun PAS masih belum memerintah sepenuhnya tetapi usaha ke arah Negara bekebajikan tetap diberi ke utamaan kepada semua masyarakat tanpa mengira golongan bangsa dan agama.

Ketua Pakatan hanya yang berada dalam Pakatan

Posted: 01 Aug 2011 01:50 AM PDT

01 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri.

Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar menjelaskan, dakwaan yang ditimbulkan media itu sebenarnya adalah mahu memberi tekanan kepada Tengku Razaleigh agar beliau menyatakan pendiriannya berhubung kedudukannya dalam parti kini sama ada mahu terus bersama Umno atau tidak.

Menurut beliau, di pihak Pakatan Rakyat, perkara itu tidak berbangkit kerana Tengku Razaleigh bukannya berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, bagaimanapun sehingga kini Tengku Razaleigh tidak pula menjawab dakwaan itu bagi menyatakan pendiriannya, walaupun ia merupakan satu tekanan kepada beliau sendiri untuk menjawabnya.

"Sungguhpun begitu, tindakan Tengku Razaleigh yang menubuhkan sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) amat kita persetujui dan alu-alukan kerana ia akan membangkitkan satu lagi suara di tanah air kita.

"Tapi kalau sekadar pemimpin NGO, tidak berada dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, tidak berbangkit untuk Tengku Razaleigh hendak dilantik sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat," katanya ketika menjawab soalan Harakahdaily pada majlis tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Perlantikan Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, menurut beliau, tidak pernah dibincangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana perkara itu tidak pernah berbangkit dalam gabungan tersebut.

"Malah dakwaan mengenainya disifatkan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'lawak jenaka' seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengatakan beliau telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, ekoran Anwar berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat.

Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat.

Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan di kediaman Menteri Besar Kelantan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh.

"Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," kata Nik Aziz mengulas perkara itu melalui Facebook.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menasihati para pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan politik Umno itu.

"Dakwaan yang tidak berasas itu tentunya turut mempunyai maksud untuk melaga-lagakan antara para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sesama pemimpin Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya.

"Jadi para pemimpin dan ahli-ahli parti yang berada dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan permainan Umno itu demi kepentingan Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Ramadhan bulan tarbiyah

Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau turut mengingatkan setiap umat Islam agar berusaha mempertingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun ini.

"Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita lalui, sepatutnya Ramadhan tahun ini menjadikan iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat.

"Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang meliputi perjuangan untuk akhirat dan keduniaan, selaras dengan tuntutan Allah yang perlu terus kita pertingkatkan lagi dari semasa ke semasa terutama dengan ketibaan Ramadhan tahun ini," katanya.

Cabaran Ramadhan, katanya, antara lain adalah agar setiap muslimin dan muslimat menjadi hamba Allah yang lebih baik dalam pelbagai aspek, sejajar dengan latihan dan praktikal ibadat puasa itu sendiri yang memberikan pelbagai bimbingan, ilmu dan pengalaman kepada setiap orang dari segi kerohanian.

Katanya, pengalaman itu pula tidak terkecuali sama ada yang dikumpulkan dengan hanya melibatkan individu itu sendiri sahaja dan menerusi jemaah, termasuk melalui solat tarawih dan berbuka puasa secara berjemaah.

Harakahdaily/-

Ulasan:

Zahrin sudah habis modal nak niaga dalam BN maka keluarlah alasan dan isu baru yang tidak masuk akal.

Peghelih La...

Posted: 01 Aug 2011 11:27 PM PDT

Peghelih La...


Hanya di Kompleks PAS Perlis sepanjang Ramadan

Posted: 01 Aug 2011 02:21 AM PDT





Salam Perjuangan

Posted: 01 Aug 2011 11:10 PM PDT

Salam Perjuangan


PAS PAHANG - KAJI SEMULA PERSEMPADANAN KAWASAN PILIHANRAYA

Posted: 01 Aug 2011 09:17 AM PDT

PAS Negeri Sembilan

Posted: 01 Aug 2011 09:49 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Jeti Pengkalan Kempas runtuh

Posted: 01 Aug 2011 09:18 PM PDT



Jeti Pengkalan Kempas runtuh
Sinar Harian 2 Ogos 2011

PENGKALAN KEMPAS – Semua pengguna terutamanya nelayan dan kaki pancing yang menggunakan Jeti Pengkalan Kempas berhadapan risiko apabila sebahagian jeti berkenaan runtuh di samping terdapat rekahan lain.

Sinar Harian difahamkan, kejadian runtuh di hujung jeti berkenaan berlaku sejak sebulan lalu dan berlaku rekahan lain di bahagian tengah struktur jeti.

Seorang pemancing, Mohd Zulhardi Mohamad, 50, berkata, walaupun tidak selalu ke Jeti Pengkalan Kempas, namun sejak jeti ini runtuh, sudah dua kali dia ke situ untuk memancing.

Menurutnya, pada mulanya terperanjat melihat struktur jeti yang sudah runtuh, namun aktiviti memancing tetap diteruskan.

"Saya tetap berasa khuatir jika berlaku sesuatu yang buruk ketika memancing di sini.

"Jeti ini baru sahaja dinaiktarafkan kira-kira dua tahun lalu dan terlalu awal untuk ia rosak dan runtuh," katanya.

Mohd Zulhardi berkata, sisa runtuhan masih dibiarkan begitu sahaja dan didapati nelayan mengambil inisiatif meletakkan batang pokok sebagai pengukuh atau tiang di bahagian hujung jeti ini.

"Ini kerana tiang asalnya sudah bengkok dan tidak mampu menampung struktur jeti itu lagi.

"Struktur yang bengkok menunjukkan ada pergerakan terhadap struktur jeti ini dan tidak stabil," katanya.

Seorang nelayan yang hanya mahu dikenali sebagai Jai, 43, berkata, ada kemungkinan jeti ini runtuh berikutan perubahan struktur muka bumi sungai tersebut.

Menurutnya, beberapa projek telah dijalankan di sungai itu seperti penebatan banjir di mana pasir disedut untuk mendalamkan kawasan sungai.

"Ini mengakibatkan berlaku gerakan dan perubahan muka bumi terutamanya di kawasan sungai.

"Namun, itu hanya andaian mata kasar nelayan atau mungkin juga jeti ini dibina dengan perancangan yang betul tetapi tidak diketahui kami," katanya.

Jai berkata, sewaktu jeti itu dinaiktarafkan, nelayan sememangnya gembira kerana kerajaan memberikan kemudahan kepada mereka, namun selepas kejadian jeti runtuh pelbagai persoalan negatif yang timbul.

"Diharapkan pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan menangani masalah ini sebelum semakin parah memandangkan telah wujud keretakan di bahagian jeti yang lain," katanya.

Malah katanya, tindakan pihak bertanggungjawab meletakkan lilitan sebagai tanda larangan agar pengunjung tidak naik ke jeti bertingkat ini sangat baik.

"Namun, masa yang diambil untuk menangani masalah ini begitu lama.

"Walaupun jeti ini berdepan dengan masalah, namun ia tetap menjadi tumpuan nelayan dan penduduk meletakkan bot serta memancing. Saya harap langkah segera dapat diambil bagi memastikan fungsi jeti ini dapat diteruskan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9393118.asp

Dato Mahfuz Omar di Rembau 6 Ogos 2011

Posted: 01 Aug 2011 07:57 PM PDT



CERAMAH UMUM
Tarikh : 6 Ogos 2011, Sabtu
Masa : 9.30 malam
Tempat : Batu 3, Kg Pedas-Linggi, Rembau (berhampiran Tol Pedas)
Penceramah:
YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
YB Taufek , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dr Rosli Yaakop , Timbalan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau

Semua dijemput hadir
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/

PAS Kawasan Miri

Posted: 01 Aug 2011 07:40 PM PDT

PAS Kawasan Miri


PAS Miri Turun Padang Berjumpa Rakyat Termiskin

Posted: 01 Aug 2011 01:19 AM PDT

PAS tampil ke hadapan rakyat untuk menuju ke arah Negara berkebajikan


Dr Hatta bersama rombongan PAS Miri melawat salah sebuah pondok yang masih dalam proses pembinaan

Miri - Lawatan Dr Mohd Hatta Ramli Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat bersama rombogan PAS Miri baru-baru ini ke Kampung Tukau Usaha Jaya untuk bertemu dengan salah seorang penghuni yang mana pondok barunya yang masih dalam pembinaan perlu sedikit bantuan dari orang ramai. Dengan keadaan pondoknya yang serba kekurangan beliau terpaksa berusaha sedaya upaya untuk membina sebuah pondok baru untuk memberi keselesaan dari kena hujan dan panas. Beliau terpaksa bekerja sendiri dan kadang-kadang memohon bantuan rakannya untuk menyiapkan pondok baru tersebut. Beliau pernah memohon bantuan dari badan kebajikan dan juga baitulmal tetapi sehingga ke hari ini belum lagi ada sebarang bantuan dari pihak tersebut.

Walaupun keadaan jalan masih lagi teruk dan tiada kemudahan asas seperti bekalan elektrik dan air bersih dengan sokongan orang ramai dan juga PAS Miri dapatlah beliau membina pondok baru beliau dalam keadaan yang serba kekurangan. Menjelang ramadhan dan bulan syawal yang akan tiba beliau sangat berharap agar ada pihak-pihak yang berwajib dapat memberi bantuan bulanan agar dapat mengurang bebanan yang beliau tanggung selama ini. Beliau hanya bekerja kampong seperti bercucuk tanam dan memotong rumput dalam kawasan kampong tersebut.

Dr Hatta bersama YDP PAS Miri dengan penghuni rumah yang serba daif tanpa ada bekalan air bersih dan elektrik (masih menggunakan generator)

Sebuah lagi keluarga yang rombongan PAS Miri kunjungi sudah pun tinggal di situ belasan tahun tetapi masih lagi hidup dalam keadaan kemiskinan disebabkan tanah yang mereka diami sekarang kemungkinan akan di ambil oleh sebuah syarikat kroni yang memerintah. Walaupun menurut penduduk tersebut tanah yang mereka diami sekarang adalah tanah NCR tetapi dengan adanya sambungan bekalan elektri ke kawasan perumahan mereka bukan bermakna pihak kerajaan sudah memberi kemudahan asas kepada penduduk dalam kampong tersebut tetapi lebih bersifat sementara. Bila-bila masa saja tanah tersebut akan dirampas oleh syarikat yang mempunyai kepentingan dalam kawasan tersebut untuk membina projek perumahan atau projek kelapa sawit. Sekiranya perkara ini terjadi di kemudian hari sudah pasti keluarga yang tinggal di dalam kampong tersebut akan hidup lebih menderita lagi sebab sekarang hampir semua tanah-tanah di Sarawak dimiliki oleh syarikat-syarikta yang mempunyai kepentingan dengan pihak pemerintah. Orang kampong yang sudah tinggal bertahun-tahun di kawasan tersebut memohon tanah yang bergeran susah untuk mendapatkannya sedangkan syarikat yang mempunyai kepentingan dengan mudah memiliki tanah orang kampong yang sudah lama meneroka tanah tersebut dari datuk nenek mereka dahulu. Inilah yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Sarawak sekarang. PAS sungguh simpati dengan keadaan yang menimpa nasib penduduk yang tersebut di atas.

Di mana slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan?" PAS dengan konsep menuju ke arah Negara berkebajikan sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu golongan yang tertindas ini. Walaupun PAS masih belum memerintah sepenuhnya tetapi usaha ke arah Negara bekebajikan tetap diberi ke utamaan kepada semua masyarakat tanpa mengira golongan bangsa dan agama.

Englsh version

PAS come out to people before heading toward the State Welfare
Miri - Dr Mohd Hatta Ramli the PAS Centre Elections Director with PAS Miri entourage recently visit to Kampung Usaha Jaya Tukau to meet one of the residents that need some assistance from the public to built the new shelter. With a poor shelter he had to strive to build a new shelter which was still under construction. With a poor hut he had to strive to build a new cottage to be more comfortable from the rain and hot weather. He had worked by himself and sometimes seeks assistance from his friend for the completion of his new cottage. He said he have been seeking help from the charities and the treasury (Baitulmal), but to this day, yet no help from the relevant parties concern arrives.

Although the road are still in bad condition and there is no basic facilities such as electricity and clean water at that areas, with the support of the public and PAS Miri he could be able to build a new shelter but still need more fund to support him buying the building materials. He was hoping that the obligation of the relevant parties to provide monthly assistance in order to reduce the burden of his responsibility for the family for this arriving of the month of Syawal and ramadhan. He only works as village farming and cutting grass in the village area.

Another family visited by Dr Hatta and Miri PAS that had already lived there in his teens and still live in poverty because the land they are living now likely to be taken by a crony of the ruling party. Although according to the resident of the land they live now is NCR land, but with a continued supply to their electricity at the areas that not mean the government already provides basic facilities for people in the village, but more tentative. Any time the land will only be confiscated by the companies that have interests in the area to build a housing project or oil palm project. If this occurs later the families living in these villages will no longer live there and will suffer because now almost all land is owned by Sarawak companies with the interest of the ruling parties. The villagers who had lived many years in the area seeking for land title but it is so difficult to obtain while the company has an interest in owning the land of the village is exploring the land. All this while is to be borne by the people of Sarawak. PAS really sympathize with the fate that befell to the inhabitants of the above.

Where the slogan "People first, the achievement of priority?" PAS with the concept of moving towards the welfare state are doing good enough to help those who are oppressed. Although PAS has not ruled, but the move towards National welfare will be given priority to all people regardless of ethnic and religious groups.

DUN CHINI

Posted: 01 Aug 2011 07:20 PM PDT

DUN CHINI


Dr Haron Din dan Azizan Razak Dimasuk Ke IJN

Posted: 01 Aug 2011 04:15 AM PDT

Maklumat Terkini

Dr Haron Din dan Azizan Razak Dimasuk Ke IJN

DUA pemimpin tertinggi Pas Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dan Menteri Besar Kedah, Azizan Razak diberitakan dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) serentak petang ini.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.

Dr Haron akan menjalani pembedahan kecil (injugram) sementara keadaan Azizan Razak belum diketahui tetapi dilaporkan sedikit kritikal.

Beberapa pemimpin Pas telah menziarahi kedua mereka termasuk Exco Kerajaan Selangor, Dr Hasan Ali yang terawal bergegas ke IJN.

Beberapa keping gambar keadaan mereka di IJN telah dihantar ke email saya sekejap tadi.

Sama-sama kita berdoa semoga keadaan mereka selamat dan apa juga rawatan ke atas mereka berjalan lancar.

Perkembangan lanjut akan menyusul kemudian selepas saya mendapat maklumat terperinci mengenai keadaan mereka kedua.

Dalam pada itu tidak lupa juga didoakan sama untuk kesejahtraan Perdana Menteri, Najib Razak yang dilaporkan menjalani pembedahan lutut hari ini. [wm.kl.6:37 pm 01/08/11]

http://msomelayu.blogspot.com/2011/08/maklumat-terkini.html

Siti Zailah | Home

Posted: 01 Aug 2011 03:55 PM PDT

Siti Zailah | Home


HIMPUNAN ANAK-ANAK KELANTAN DIPERANTAUAN

Posted: 31 Jul 2011 06:24 PM PDT


















ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 01 Aug 2011 03:26 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


SAMA-SAMA 1MALAYSIA KITA BERDOA AGAR BELIAU AKAN MENJADI KETUA PEMBANGKANG DISEGANI SELEPAS PRU13 YANG BERSIH NANTI

Posted: 01 Aug 2011 02:58 PM PDT

Komen : Dengan maklumat terkini dan gaya DS Najib yang mutakhir serta sokongan dalaman partinya dan rakyat yang merosot maka tidak dapat disangkal beliau(DS Najib) memang berpotensi menjadi Ketua Pembangkang yang disegani seperti DR Khir Toyo yang pernah menjadi Ketua Pembangkang Selangor.
Info terkini beliau sudah menjiwai watak seperti Abg Mohd Sabu yang telah dibedah lututnya dan DS Najib telahpun menurut jejak langkah yang sama. Dengan ini menunjukkan beliau sudah sanggup turun ke bawah hampir dengan rakyat. Dengan kekayaan yang melimpah ruah yang dijelaskan oleh isterinya sendiri, DS Najib dapat memikul jawatan Ketua Pembangkang yang berkesan , al-maklumlah tiada wang tiada gerakkerja yang boleh beliau dan penyokong buat. Sedemikian kita berdoa agar SPR dan Anggota Keselamatan akan membuat kerjanya sahaja dan semua tuntutan BESIH 2.0 dapat dipenuhi dan PRU13 akan berlaku dan mudah--mudahan DS Najib akan menjadi Ketua Pembangkang Malaysia akan diiktiraf terbaik selepas PRU13 nanati.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook.

Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan.

"Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya.

Sementara itu Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

"Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Karpal berkata, sekiranya terdapat anggota parlimen PKR membelot pada Anwar dan meninggalkan Pakatan, DAP dan PAS tidak akan menuntut kerusi ketua pembangkang.

"Tanpa Anwar, pembangkang dan negara ini tidak akan menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008," katanya.

DAKWAT KEKAL BERJAYA DIGUNAKAN DI SELANGOR ! HANCUR BN !

Posted: 31 Jul 2011 10:12 PM PDT



Pulau Ketam di Selangor mencatatkan dua sejarah di Malaysia dalam pilihan raya ketua kampung hari ini - sebagai negeri pertama menghidupkan semula amalan itu selepas 46 tahun, dan yang pertama menggunakan dakwat kekal untuk proses mengundi bagi mengelakkan penipuan.

Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang
menjadi perintis dalam usaha memulihkan pilihan raya ketua kampung di tiga buah kampung, menjelaskan bahawa pilihan raya tempatan telah dibekukan pada tahun 1965.

Perkampungan Cina di Klang itu adalah yang pertama dalam inisiatif kerajaan negeri untuk menghidupkan semula amalan tersebut, walaupun PKR Perakpernah menimbang idea itu sewaktu mentadbir sekejab negeri itu sebelumnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ean Yong berkata pilihan raya itu menggunakan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda.

Menurutnya, dalam proses pengundian hari ini, ibujari setiap penduduk yang menerima kertas undi, ditandakan dengan dakwat kekal.

Menjawab soalan, Ean Yong berkata semuanya berjalan lancar dan beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung dasar baru itu.

Penggunaan dakwat kekal merupakan salah satu tuntutan utama BERSIH 2.0 yang menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam pilihan raya negara. Ia dikatakan murah dan berkesan dan mudah dilaksanakan, berbanding dengan sistem berteknologi tinggi biometrik yang dicadangkan oleh kerajaan.
Posted by PASPB

PERUTUSAN SEMPENA RAMADHAN OLEH TOK GURU NIK AZIZ

Posted: 31 Jul 2011 06:59 PM PDT

Firman Allah Yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.." – Al-Baqarah, ayat 183

Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti.

Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.

Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa.

Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.

Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.

Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah.

Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.

Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :

اهدنا الصراط المستقيم

Yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus.." – Surah al-Fatihah, ayat 6

Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :

صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7

Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :

مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

Yang bermaksud : "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya.." – Surah an-Nisa', ayat 69

Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT.

Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah.

Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.

Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup.

Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam.

Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan.

Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.

Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.

Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.

Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.

Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.

YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 27 Julai 2011


.

CARA SOLAT TERAWIH SENDIRIAN

Posted: 31 Jul 2011 06:57 PM PDT

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu "Solat Terawih". Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at

PEMANGKU MATI MENGEJUT, PENGARAH LETAK JAWATAN MENGEJUT !

Posted: 31 Jul 2011 06:40 PM PDT

dARI aLLAH KITA DATANG KEPADA aLLAH KITA KEMBALI, semoga Allah cucuri rahmat dan keampunan pada Allahyarham Muhamad Radzi Mohd Basar.

Pemangku Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad Muhammad Radzi Mohd Basar meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hotel di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supritendan Zulkifli Taha berkata kematian Muhammad Radzi, 53, disedari setelah beberapa orang kakitangannya gagal menghubungi beliau di bilik hotel berkenaan.

Muhammad Radzi cuba dihubungi oleh kakitangannya dari 7 hingga 7.30 pagi sebelum pergi memeriksa di bilik pada 8.30 pagi," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Katanya, polis terus ke lokasi kejadian dan menghantar mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk pemeriksaan lanjut dan disahkan telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Beliau berkata polis menyifatkan kejadian itu sebagai mati mengejut.

Allahyarham sepatutnya menghadiri majlis Pecah Tanah Pembangunan Resort Empat Bintang di Pekan, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merasmikan majlis pecah tanah itu tengah hari ini, turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham

KINI NAJIB DIBEDAH ! DULU MAT SABU

Posted: 31 Jul 2011 03:50 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.

Ulasan GB

Aikkk main tendang bola penalti olok-olok pun kepala lutut boleh terdera?

Sedangkan Mat Sabu yang betul-betul tercedera akibat dilanggar kenderaan ppolis dituduh berbohong. Polis siap buat video ala video seks Datuk T nak tunjukkan kononnya PAJERO Polis tak langgar Mat Sabu. Sedangkan Mat Sabu membuat laporan polis sebelumnya menyatakan beliau dilanggar oleh kereta Proton WAJA bukannya Pajero.

Amacam polis? Tak nak buat video tunjukkan Najib cedera semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas?

Sekarang bagaimana jika rakyat berpesepsi bahawa Najib lagi besar pembohongnya?

Itu sebab jangan mudah untuk menuduh orang berbohong, kini pemimpin sendiri yang secara tiba-tiba terpaksa menjalani pembedahan di kepala lutut.

http://greenboc.blogspot.com/2011/08/najib-masuk-hospital-bedah-kepala-lutut.html

http://greenboc.blogspot.com/2011/08/najib-masuk-hospital-bedah-kepala-lutut.html

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 01 Aug 2011 03:12 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


42 HADIS KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

Posted: 01 Aug 2011 12:56 AM PDT

Hadis 1 ²Kelebihan Orang Yang Alim


‡Daripada Abu Amamah r.a berkata: Telahdisebut disisi Rasulullah s.a.wdua oranglelaki. Pertama orang yang abid (ahli ibadat) dan kedua orang yang alim. Maka Rasulullahs.a.wbersabda: ³Kelebihan orang yang alimatas orang yang abid seperti kelebihankuatas yang paling rendah daripadamu´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 2 ²Kehebatan Orang Yang Alim

‡Daripada Abdullah Bin Abbas r.a berkata:Telah bersabda Rasulullah s.a.w: ³Seorangyang alim itu lebih kuat pengaruhnya atassyaitan daripada seribu abid (yang tidak alim).

Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah



Hadis 3 ²Ilmu Mengangat Martabat Manusia

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah ditanya Rasulullah s.a.w:³Siapakah orang yang paling mulia disisi Allah? Lalu Nabi s.a.w menjawab: ³Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling taqwa´. Seterusnya mereka berkata lagi: bukan ini yangkami tanyakan! Lantas Nabi menjawab pula: ³Kalau begitumungkin yang kamu maksudkan itu Nabi Yusuf a.s keranaBaginda adalah seorang Nabi, anak seorang Nabi, anak kekasih Allah´. Mereka berkata lagi: bukan ini yang kami tanyakan! TerusNabi menjawab lagi: ³Apakah kamu bertanya tentang tokoh-tokohdari bangsa Arab?´ Mereka menjawab: Ya! Lalu Bagindabersabda: ³Orang yangbaik pada zaman jahiliyah dahulu, itulah juga orang-orangyang baik di zaman Islam ini, apabila mereka alimdengan hal-hal agama´



Hadis 4 ²0rang Yang Alim Itu Hidupnya Berkat

Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata: Telahbersabda Rasulullah s.a.w: ³Orang yang paling baik itu ialah orang yang alim. Jika iadiperlukan maka ia akan memberi manafaat bagi orang lain. Dan jikalau ia tidak diperlukan maka ia mencukupkan dirinyasendiri (tidak menyusahkan orang lain)´.

Hadis Riwayat Razain



Hadis 5 ²Macam-macam Jenis Ulama

‡Daripada Anas r.a berkata: Bahawa Nabi s.a.w bersabda: ³Ulama itu ada tiga jenis. Pertamaorang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan ilmunya) dan masyarakat jugahidup dengan ilmunya. Kedua orang yang alimyang masyarakat mengambil manafaat denganilmunya tetapi dia sendiri membinasakandirinyanya (tidak mengamalkan ilmunya). Ketigaorang alim yang hidup dengan ilmunya(mengamalkan ilmunya) tetapi orang lain tidak mengambil manafaat dengan ilmunya´.

Hadis Riwayat Dailami



Hadis 6 ²Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga

‡Daripada Abu Darda¶ r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: ³Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmubererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalansyurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkansayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dansesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit danbumi meminta ampun bagi orang yang alim sehingga ikanyang ada dilaut. Dan sesungguhnya kelebihan orang yangalim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnamaatas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama¶ itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Makabarangsiapa mengambil ilmu bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.

Hadis Riwaat Abu Daud



Hadis 7 ²Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan

‡Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ³ Tuntutlah ilmuwalaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajibatas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu keranaredha dengan apa yang mereka tuntut´.

Hadis Riwayat Al Bara

‡Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ³Menuntut ilmu ituwajib atas setiap orang Islam. Dan orang yang meletakkanilmu itu disisi orang yang tidak ahlinya seperti memberikanrantai permata, mutiara dan emas ke leher babi´.

Hadis Riwayat Ibnu Majah



Hadis 8 ²0rang Yang Alim Itu Pilihan Allah

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telahbersabda Rasulullah s.a.w: ³Barangsiapayang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu Allah menjadikannyaseorang yang mengerti dengan hal-hal agama´.

Hadis Riwayat Ibnu Majah



Hadis 9 ²Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid

‡Daripada Anas r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 10 ²Pelajar Agama Diampun Dosanya

‡Daripada Sakhbarah r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Barangsiapa mencari ilmumaka yang demikian itu akan menghapuskandosa-dosanya yang lalu´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 11 ²Pelajar Agama Dijamin Rezekinya

‡Daripada Ziyad Bin Al-Harith berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³Barangsiapamencari ilmu maka Allah Taala menjaminuntuk mencukupkan rezekinya´.

Hadis Riwayat Al Khotib



Hadis 12 ²Carilah Ilmu Sebelum Ia Dipertikaikan

‡Daripada Uqbah Bin Amir r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³Carilah ilmusebelum lahir orang-orang yang sukamempertikaikan nilai-nilai agama´.

Hadis Riwayat Bukhari



Hadis 13 ²Carilah Ilmu Sebelum Ia Hilang

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: BersabdaRasulullah s.a.w: ³Belajarlah ilmu fardu aindan al-Quran, dan ajarkanlah akan dia kepadaorang lain, kerana aku akan meninggal dunia´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 14 ²Kelebihan Mempelajari Al Quran

‡Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran danmengajarkannya kepada orang lain´.

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi



Hadis 15 ²Orang Alim Itu Tawadhuk

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda : ³Tuntutlah ilmudengan bersungguh-sungguh, dan tentutelah bersama ilmu itu akan ketenteramandan kewibawaan. Dan hendaklah kamubersifat tawadhuk bagi guru yang kamubelajar kepadanya´.

Hadis Riwayat At Tabrani



Hadis 16 ²Kesudahan Pencari Ilmu

‡Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Orang yangberilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmuyang didengarinya sehingga adalahkesudahannya itu di dalam syurga´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 17 ²Ilmu Dan Amal Di Syurga

‡Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: ³Orang yang alim, ilmu dan amal itu ketiga-tiganya itu di dalam syurga. Danapabila orang alim tidak mengamalkanilmunya maka ilmu dan amal itu tetap di dalam syurga, sedang si alim itu akandimasukkan ke dalam neraka´.

Hadis Riwayat Al Dailami



Hadis 18 ²Hikmah Idaman Orang Beriman

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³Perkataan hikmah itu adalahidaman orang-orang yang beriman. Makamana sahaja ia menemukannya maka pasti iaakan mengambilnya´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 19 ²Hakikat Ilmu

‡Daripada Abdullah Bin Amru r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³Hakikat ilmu itu tiga perkara, maka yang lain daripadanya adalahsesuatu yang tidak ada faedahnya. Pertamaayat yang jelas. Kedua sunnah Nabi s.a.w yang ditegakkan (amalkan). Ketiga kewajipanyang adil´.

Hadis Riwayat Abu Daud



Hadis 20 ²Jangan Malu Hadir Majlis Ilmu

‡Daripada Abu Waqid Al Laithi r.a berkata: Ketika Nabi s.a.w sedang duduk (bersama2 sahabatnya dalam majlis ilmu) di dalam masjid, tiba-tiba datang tiga orang. Dua orang terusmenyertai majlis Nabi s.a.w. orang yang pertama ia melihat adatempat yang kosong di tengah2 halaqah, maka ia pun terusduduk di sana. Orang yang kedua hanya duduk di belakangmajlis. Adapun orang yang ketiga (kerana ia melihat orangramai maka ia rasa malu masuk ke majlis ilmu itu) maka terusia pergi ke tempat lain. Maka setelah selesai Nabi s.a.w daripada percakapannya lalu Baginda bersabda: ³Hendakkahkamu aku beritahu tentang tiga orang yang baru datang tadi? Yang pertama ia bersungguh mencari ilmu maka Allahmemberikan tempat kepadanya. Yang kedua ia merasa malu(tidak bersungguh2) maka Allah juga malu daripadanya (tidak memberi ilmu yang baik). Adapun yang ketiga maka iaberpalingdari Allah maka Allah pun berpaling jugadaripadana´.



Hadis 21 ²Jangan Menyembunyikan Ilmu

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Barangsiapaditanya tentang suatu ilmu lalu iamenyembunyikannya, maka ia akan dikekang pada hari kiamat nanti dengan kekangdaripada api neraka´.

Hadis Riwayat Abu Daud, At Tirmizi



Hadis 22 ²Jadikan Diri Sebagai Pintu Hidayah

‡Daripada Sahal Bin Saad r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³Demi Allah, bahawamemberi petunjuk oleh Allah akan seorangdengan sebab engkau, maka itu lebih baik daripada unta yang merah (sejenis kenderaanyang paling mahal pada zaman dahulu)´.

Hadis Riwayat Abu Daud



Hadis 23 ²Murid Itu Amanah Rasul Pada Seorang Guru

‡Daripada Abi Harun Al Abdi r.a berkata: Kami sering datang menemui Abi Said Al Khudri r.a,lalu beliau berkata: Selamat datang wasiat Rasulullah s.a.w, kerana sesungguhnyaRasulullah s.a.w bersabda bagi kami:³Sesungguhnya umat manusia akan datangmengikuti kamu. Dan sesungguhnya orangramai akan datang menemui kamu dari seluruhdunia. Mereka datang untuk belajar ilmu agamadaripada kamu. Oleh itu, apabila mereka datang,maka wasiat ku pada kamu hendaklah kamumelayani mereka dengan baik´.

Hadis Riwayat At Tirmizi, Ibnu Majah



Hadis 24 ²Bertanya Itu Anak Kunci Ilmu

‡Daripada Ali Bin Abi Tholib r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³ilmu itu seperti gudang, dan kuncinya adalah bertanya. Makahendaklah kamu sering bertanya semoga kamudiberi rahmat oleh Allah Taala. Makasesungguhnya dari satu pertanyaan itu diberi pahala akan empat orang. Pertama orang yangbertanya. Kedua guru yang menjawab. Ketigaorang yang mendengar jawapan itu. Keempat orang yang cinta kepada mereka´.

Hadis Riwayat Abu Naim



Hadis 25 ²Jadikan Diri Anak Kunci Kebaikan

‡Daripada Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³kebaikan itulaksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. Maka untungsekali bagi seseorang hamba yang telahdijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dancelaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan´.

Hadis Riwaat Ibnu Maah



Hadis 26 ²Taqwa Itu Kemuncak Ketinggian

‡Daripada Yazid Bin Salmah r.a berkata: Akuberkata kepada Rasulullah s.a.w: bahawa akusangat banyak mendengar hadis daripadaengkau, dan aku takut bahawa yangkemudiannya melupakan yang pertamanya.Maka beritahukan kepadaku wahai Rasulullahdengan satu kalimat yang ringkas sekali,sebagai kesimpulan daripada segala yang akudengar. Maka Rasulullah s.a.w bersabsa:³Bertaqwalah engkau kepada Allah pada barangyang engkau ketahui.

Hadis Riwaat Ibnu Maah



Hadis 27 ²Sampaikan Ilmu Yang Sesuai Dengan Pendengarnya

‡Daripada Sahal Bin Said r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³Kebaikan itulaksana beberapa gudang. Dan bagi gudang-gudang itu ada anak kuncinya. Maka untungsekali bagi seseorang hamba yang telahdijadikan Allah sebagai anak kunci bagi kebaikan, penutup bagi kejahatan. Dancelaka bagi seorang hamba yang menjadi anak kunci bagi kejahatan, penutup bagi kebaikan´.

Hadis Riwaat Ibnu Maah



Hadis 28 ²Semua Penuntut Pasti Untung

‡Daripada Wasilah Bin Asqoq r.a berkata:Bersabda Rasulullah s.a.w: ³ Barangsiapamencari ilmu lalu ia mendapatkannya makabaginya dapat dua pahala. Dan barangsiapamencari ilmu tetapi ia tidak mendapatkannyamaka baginya dapat satu pahala ´.

Hadis Riwayat Al Darami



Hadis 29 ²Kelebihan Mengajar Ilmu

‡Daripada Ibnu Mas¶ud r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Semoga Allah memberikankebaikan dan keindahan akan seorang yangmendengar daripada kami sesuatu lalu iamenyampaikannya kepada orang lain. Makabarang kali orang yang mendengar itu lebihmengambil manafaat daripada orang yangmenyampaikannya ´.

Hadis Riwayat At Atirmizi



Hadis 30 ²Sampaikan Ilmu Walaupun Sedikit

‡Daripada Abdullah Bin Umar berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Sampaikanlah apa yang kamudengar daripadaku walaupun hanya satu ayat.Dan sampaikan daripada apa yang kamu dengar daripada Bani Israil, maka tidak mengapa yangdemikian itu. Dan barangsiapa secara sengajaberbohong atas namaku maka hendaklah iamenyediakan dirinya masuk dalam api neraka ´.

Hadis Riwayat Bukhari, At Atirmizi



Hadis 31 ²Ambil Berkat Rasulullah dan Ulama•

‡Daripada Mahmud Bin Rabiq r.a berkata:Rasulullah s.a.w bersabda: ³ Saya masih ingat ketika Rasulullah s.a.w menyembur (menghembuskan air) ke muka saya dari sebuahtimba daripada air telaga yang ada di kawasanrumah kami, dan saya ketika itu baru berumur lima tahun ´.

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim



Hadis 32 ²Hati-hati Bila Menyampaikan Ilmu

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: ³ Aku telahingat daripada Rasulullah s.a.w dua jenis ilmu. Adapun yang pertama maka telah aku sebarkankepada kamu semua ( para tabi¶in). Adapunyang satu lagi, seandainya aku sampaikankepada kamu nescaya akan dipotong leherku ini ´.

Hadis Riwayat Bukhari



Hadis 33 ²Semua Sabda Nabi Adalah Benar

‡Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Adalah aku menulissegala sesuatu yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w,lalu orang2 Quraish melarang aku daripada yang demikianitu dan merika berkata: Apakah engkau menulis segalasesuatu yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w, sedangkanbeliau adalah seorang manusia biasa yang bercakap2 dalamkeadaan redha dan marah. Maka aku berhenti daripadamenulis segala perkataan Rasulullah s.a.w yang aku dengar,sampai suatu masa maka aku menyebutkan yang demikianitu bagi Rasulullah s.a.w. Maka Baginda bersabda: ³Tulislaholehmuapa2 yang aku katakan. Maka demi Tuhan yangdiriku di dalam kekuasaannya, tiada keluar daripada mulutku ini kecuali perkataan yang benar´.





Hadis 34 ²Memelihara Ilmu Dengan Menulisnya

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Seorang lelaki dari kalangan orang Ansar telah datangmengadukan hal kepada Rasulullah s.a.w. Iaberkata: Wahai Rasulullah! Aku sungguhnya telahmendengar perkataanmu dan aku sangat kagumdan hairan dengan keindahannya, tetapi aku tidak dapat menhafaznya. Maka apa yang perlu akulakukan? Maka sabda Nabi s.a.w: ³Hendaklahengkau menggunakan tangan kananmu´. Sambil mengisyaratkan supaya ia menulis apa yang iadengarkan´.

Hadis Riwayat At Tirmizi



Hadis 35 ²Yang pandai Tolong Menulis Bagi Yang Kurang Pandai

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telahberkhutbah Rasulullah s.a.w akan suatukhutbah. Lalu Abu Hurairah menyebutkanbahawa Rasulullah s.a.w menyebutkan di dalamkhutbahnya itu satu kisah yang panjang. Dan pada akhir hadis itu disebut bahawa Abu Syahberkata bagi Rasulullah. Wahai Rasulullah! Tolong tuliskan untuk ku isi khutbah tadi. MakaRasulullah s.a.w bersabda: ³Tolong tuliskanuntuk Abu Syah´.

Hadis Riwayat At Tirmizi





Hadis 36 ²Lebih Banyak Menulis, Lebih Luas Ilmunya

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Tiada adadari keseluruhan sahabat Rasulullah s.a.w orangyang paling banyak meriwayatkan hadis lebihdaripada aku, kecuali Abdullah Bin Umar, makadia lebih banyak daripada aku, kerana diamenulis dan aku tidak menulis.

Hadis Riwayat Bukhari, At Tirmizi



Hadis 37 ²Apabila Ulama• Dimatikan Allah

‡Daripada Abdullah Bin Umar r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³sungguhnya Allah Taala tidak menghilangkan ilmu agama itu dengan dicabut sekaligus daripada manusia, tetapi Allah Taala akanmenghilangkan ilmu dengan mematikan paraulama¶. Sehingga apabila sudah tiada para ulama¶,manusia akan melantik pemimpin mereka daripadakalangan orang-orang yang jahil, lalu mereka akanditanya hukum sesuatu masalah, maka merekamenjawab atau berfatwa tanpa ilmu pengetahuan.Maka mereka sesat dan menyesatkan orang lain´.

Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi



Hadis 38 ²Tuntutlah Ilmu Sebelum Ia Diangkat

‡Daripada Abu Amamah r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Tuntutlah ilmu sebelum iadicabut. Dan maksud ilmu itu dicabut ialahdiangkat dari permukaan bumi ini. Lalu Nabi s.a.w mengisyaratkan dengan menggambarkan jari tangan telunjuknya sambil bersabda: orangyang alim dan orang yang belajar ilmu itubersama-sama dalam mendapatkan pahala. Danorang yang lain dari mereka berdua sudah tidak ada apa-apa kebaikan´.

Hadis Riwayat Ibnu Majah



Hadis 39 ²Ilmu Tanpa Amal Bererti Ia Telah Diangkat

‡Daripada Abu Darda¶ r.a berkata: Pada suatu masa kami bersama Rasulullah. Lalubaginda mengangkatkan pandangan ke arah langit, kemudian Baginda bersabda:Inilah masanya ilmu itu dicabut daripada manusia sehingga mereka sudah tidak dapat lagi untuk menahannya. Maka berkata Zaid Bin Labid Al Ansari r.a:Bagaimana ilmu itu dicabut daripada manusia sedangkan kami masih membaca Al Quran. Demi Allah, kami akan sentiasa membaca Al Quran dan mengajarkannyakepada anak2 kami dan isteri2 kami. Lalu Baginda bersabda: Celakalah ibumu(kerana kehilangan kamu) wahai Zaid! Aku sebenarnya menganggap engkau dari kalangan ulama¶ di negeri Madinah ini. Cuba lihat! Ini kitab Taurat yang ada di kalangan orang2 Yahudi. Dan ini kitab Injil yang ada di kalangan orang2 Nasrani. Apakah kitab yang ada di kalangan mereka itu telah memberi faedah kepadamereka? Berkata Jabir r.a: lalu aku datang menemui Ubadah Bin Shomit r.a danaku berkata kepadanya: apakah engkau pernah mendengar apa yang diriwayatkanoleh Abu Darda¶ seperti yang tersebut pada hadis tadi? Maka Ubadah berkata:benar apa yang dikatakan oleh Abu Darda¶ itu. Dan kalau engkau mahu maka akuakan ceritakan kepadamu akan ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia! Ilmu yang pertama sekali diangkat dari manusia itu ialah khusyuk (dalam solat).Barangkali engkau masuk ke dalam sebuah masjid yang besar maka engkautidak mendapati dari sekian banyak orang yang hadir di dalam itu akanseorang lelaki yang khusyuk dalam sembahyangnya´.



Hadis 40 ²Ikhlas Dalam Mencari Ilmu

‡Daripada Kaab Bin Malik r.a berkata: Rasulullahs.a.w bersabda: ³ Barangsiapa mencari ilmuuntuk menandingi para ulama¶ ataumengalahkan orang2 yang jahil, atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya,maka orang ini akan dimasukkan Allah ke dalamapi neraka ´.

Hadis Riwayat Tirmizi



Hadis 41 ²Mengajar Itu Sedekah Yang Paling Baik

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³ Sebaik-baik sedekah itu bahawamuslim itu belajar akan suatu ilmu kemudian diamengajarkannya akan saudaranya yang muslim´.

Hadis Riwayat Ibnu Majah


Hadis 42 ²Pahala Yang Berterusan

‡Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Nabi s.a.w bersabda: ³ Apabila mati seorang anak Adammaka terputuslah segala amalannya kecuali yang datang dari tiga sumber. Pertama sedekah jariah. Kedua ilmu yang memberi manafaat.Ketiga anak yang soleh yang mendoakanbaginya ´.

Hadis Riwayat Muslim

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah

Posted: 01 Aug 2011 01:11 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


KONVENSYEN SEKRETARIAT DEWAN PEMUDA PAS

Posted: 31 Jul 2011 04:36 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan Konvensyen Sekretariat Dewan Pemuda PAS pada :

Tarikh : 14 Ogos 2011 / bersamaan 14 Ramadhan 1432 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Dato' Hj Fadzil Mohd Noor, Kolej Universiti Zulkifli Mohamad, Taman Melewar.

Sasaran Peserta :
1. Setiausaha DPP Negeri-negeri
2. Penolong Setiausaha DPP Negeri-negeri (1 orang 1 negeri)
3. Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan
4. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan
5. Penolong Setiausaha DPP Kawasan-kawasan (seorang sahaja)

Yuran Penyertaan : RM 10.00 seorang.

*Mereka yang terlibat diminta mengosongkan tarikh tersebut untuk hadir ke Konvensyen ini.

Konvensyen ini adalah bertujuan untuk:
1. Memberi taklimat halatuju Dewan Pemuda PAS sesi 2011-2013, organisasi Dewan
Pemuda PAS serta latihan pengurusan berdasarkan pelan strategik.

2. Memastikan agenda pengukuhan Jawatankuasa Pemuda Cawangan dan DPP Kawasan
dapat diteruskan pada sesi 2011-2013.

3. Mengaktifkan semula aplikasi penggunaan sistem Komuniti UKJ dengan versi baru (2.0)
serta menanam kesedaran penggunaannya.

4. Mengaktifkan penggunaan sistem SMS pemuda pada DPP semua peringkat.


Antara Pengisian yang akan diberikan:

1.Taklimat dan Pelancaran Manual Prosedur Kerja DPPM

2.Taklimat Sistem Komuniti Unit Keahlian Jamaah (UKJ) dan
Pelancaran sistem Komuniti UKJ versi 2.0

3.Aplikasi Sistem SMS Pemuda Versi 2.0

4.Persiapan Akhir Hadapi PRU ke 13 : Peranan Sekretariat

Batu Gajah Mari

Posted: 01 Aug 2011 11:26 AM PDT

Batu Gajah Mari


Wah... cantiiknya Kak Jat bertudung... hehe

Posted: 31 Jul 2011 02:39 PM PDT

wah.... cantiknya kak jat jalil apabila bertudung...
kan manis dipandang... ekeke...
tapi janganlah bulan puase je...
moga diterima hidaya..


PAS KAWASAN KANGAR

Posted: 01 Aug 2011 10:01 AM PDT

PAS KAWASAN KANGAR


PRU13 : Pakatan gagal tawan Johor.

Posted: 31 Jul 2011 08:46 PM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).


Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

"Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu," kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

"Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi," kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan," kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar," kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis," katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.


The Malaysian Insider

Jasindaily Online

Posted: 01 Aug 2011 09:47 AM PDT

Jasindaily Online


PERUTUSAN RAMADHAN 1432H

Posted: 31 Jul 2011 09:52 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Posted: 01 Aug 2011 09:01 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Posted: 31 Jul 2011 08:01 PM PDT

KEBERKATAN RAMADAN INI DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SEPANGGAR SANGAT BERBESAR HATI UNTUK BERKONGSINYA DENGAN SELURUH UMAT ISLAM.

SEPANJANG RAMADHAN KALI INI, PAS KAWASAN SEPANGGAR AKAN MELAKSANAKAN PELBAGAI PROGRAM BAGI MENGIMARAHKAN BULAN YANG MULIA INI. SEHUBUNGAN DENGAN ITU, KAMI MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DARI PELBAGAI PIHAK BAGI MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DIRANCANG.

SUMBANGAN BOLEH DI MASUKAN KE AKAUN SEMENTARA:

PASTI KAWASAN SEPANGGAR
100160-100-54443
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
(SILA SMS JUMLAH SUMBANGAN KE NO. BERIKUT: 014-5551042)

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN/PUAN/DATO/DATIN UNTUK MENYALURKAN SUMBANGAN INI. SEMOGA IANYA MENJADI SEBAHAGIAN AMAL JARIAH YANG AKAN DILIPAT KALI GANDAKAN DIAKHIRAT KELAK.

PERUTUSAN RAMADHAN DARI MURSYIDUL AM PAS
KLIK DISINI
PERUTUSAN RAMADHAN DARI PRESIDEN PAS
KLIK DISINI

*Jumlah sumbangan terkumpul akan kami kemaskini dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan