Mc pun pelik dengan kenyataan pemimpin-pemimpin Pas pada hari ini. Masing-masing mempertikaikan hari kemerdekaan negara. Mula-mula mempertikaikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Kemudian kata pulak UMNO menolak pejuang kemerdekaan yang dulu-dulu seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al Baqir dan Ahmad Boestamam.
Mana ada, mereka tetap dicatat dalam sejarah sebagai diantara pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan. Cuma cara mereka dan jalan mereka lain. Cara Tunku Abdul Rahman lebih kepada 'diplomasi' ianya berkesan dan dengan kebijaksanaan Tunku juga yang menyebabkan semua rakyat Malaysia bersatu dibawah satu bendera 'Perikatan' (Kapal Layar).
Pas harus akui, bahawa UMNO parti yang telah memerdekakan negara kita. UMNO telah membawa panji-panji sebagai ketua dalam perikatan memenangi hampir semua kerusi Parlimen yang dipertandingkan 51 daripada 52 kerusi hingga membuatkan British terkedu dengan Tunku Abdul Rahman yang berjaya mengabungkan semua kaum utama dibawah satu bendera.
Apa yang Pas dengki sangat?
Mc akui, mula-mula Parti Komunis Malaya, PKM atau lebih dikenali sebagai komunis, memang bersemangat nak memerdekakan Malaya dari tangan British. Tetapi selepas mereka mengetahui bahawa kerajaan Persekutuan yang di ketuai oleh Tunku telah mewujudkan Malaysia dan British pula telah pulang ke ke tanah air mereka.
Pihak komunis dengan segala upaya memberontak dan membuat kacau, dengan niat agar dapat menumbangkan kerajaan baru Malaya dan menjadi penjajah baru. Namun, hasrat mereka dapat dipatahkan dan pasukan keselamatan kita, dan berjuang dengan segala upaya untuk menghapuskan askar komunis sehinggalah komunis pernah digelar sebagai, musuh nombor satu negara pada satu ketika.
Pelbagai onar dan kezaliman yang ditinggalkan oleh askar komunis kepada rakyat Malaysia khususnya kepada pasukan keselamatan. Menyebabkan rakyat Malaysia tidak akan lupa pada kezaliman komunis pada satu ketika dahulu.
Orang macam komunis ni yang kita perlu panggil pejuang kemerdekaan?
Agaknya puak Pas ni gila ka apa?
Apakah selama Pas bersahabat dengan Dap ni, akibat terlalu mengikut, menyebabkan Dap telah 'mentarbiah' Pas, sehingga Pas 'mengkomuniskan diri' dan menistiharkan menyokong komunis sebagai pejuang kemerdekaan?
Jika ini benar, sememangnya Dap telah berjaya memanipulasikan otak Pas untuk menjadi cenderung kepada komunis.
Kadang-kadang tengok Dr Ridhuan Tee.. lebih Melayu dari Melayu.. ini bukan perli, tapi pujian kepada beliau yang sentiasa berusaha untuk menyatukan melayu di Malaysia. Banyak forum Dr Ridhuan yang Mc dengar dan tengok. Beliau mahukan Melayu Islam di Malaysia bersatu.
Beliau paling anti Dap!! Kenapa? kerana agenda sebenar Dap hanyalah mahu hak melayu di bubarkan, dan disamaratakan. Tapi kalau kita minta sekolah cina dibubarkan dan semua sekolah mesti sekolah kebangsaan, pandai pulak si Dap ni kata sekolah cina dah termasuk dalam perjanjian kontrak sosial. Apakah hak Melayu tidak termasuk dalam kontrak sosial?
Kalau kena kat kita, depa pulun sampai sudah. Mau kena kat depa.. depa pandai pulak kata ada perjanjian.. ini la jenis tak mangkuk ubi basi. Patut buang dalam longkang!
McTheory: Masing-masing ada hak masing-masing.. jaga diri sendiri sudah la..
Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada jam 2 petang tadi di kediamannya di Petaling Jaya.
Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi.
Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, pagi esok sebelum Zohor.
Hassan meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.
Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagai ketua pentadbir institusi itu.
Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.
Allahyarham Hassan, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.
Hassan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pontian, Johor pada 1962, namun meninggalkan bidang itu dan menyertai DBP sebagai Pegawai Penyelidik pada 1963.
Sepanjang 13 tahun di DBP, beliau naik setakuk demi setakuk iaitu dari pengawai penyelidik kepada ketua bahagian penyelidikan, pemangku pengarah, pengarah dan akhirnya ketua pengarah.
Sepanjang tempoh itu, Allahyarham berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
Beliau bukan sahaja menumpukan terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan.
Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948).
Selepas itu, anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955.
Beliau kemudian diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959.
Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962.- Bernama
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan segelintir pihak yang cuba memesongkan fakta sejarah dengan memburuk-burukkan pemimpin yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
"Terdapat satu trend sekarang ini memburuk-burukkan imej pemimpin yang telah berusaha untuk berjuang demi kemerdekaan negara.
"Saya khuatir trend ini berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan Umno," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya semalam.
Beliau berkata kerajaan harus memberi penerangan yang jelas tentang perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dan tidak ada alasan yang mengatakan bahawa komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Komunis itu bukan berjuang untuk kemerdekaan, yang berjuang untuk kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang betul-betul berjuang supaya kita bebas daripada cengkaman penjajah.
"Dan hari ini kita hidup bahagia kerana perjuangan mereka dan tidak harus sesiapa memburukkan pemimpin lama kerana mereka yang memberikan nikmat kepada kita," katanya.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein terkilan dengan kenyataan pemimpin tertinggi PAS itu yang menyentuh mengenai datuk beliau, Datuk Onn Jaafar yang merupakan pejuang kemerdekaan pada ketika itu.
Beliau berkata tindakan memesongkan sejarah ini merupakan politik cetek dan pembangkang cuba melakukan provokasi dalam politik.
Mengenai cadangan untuk meletakkan Mohamad Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar telah pun menyatakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS itu, bergantung kepada siasatan.- Bernama
Hari Kemerdekaan yang jatuh hari ini hanya dirayakan oleh mereka yang ada hubungan dengan kerajaan.
Bukan rakyat tidak menghargai kemerdekaan, akan tetapi persepsi rakyat terhadap kerajaan tidak lagi membuakkan rasa kemerdekaan.
Mengakui atau tidak, berapa peratus rakyat yang mengibar bendera? secara kasar-100 orang rakyat hanya seorang yang memasang bendera.
Penyebab utama kenapa rakyat sangat dingin terhadap program kerajaan- selain termakan isu para pemimpin pembangkang akan tetapi juga masalah yang tertimbul daripada sikap para pemimpin kerajaan yang suka bercakap secara retorik berbanding tindakan selain faktor tekanan kehidupan kerana kadar inflasi yang meningkat akibat kenaikkan harga barang.
Suasana hariraya-hanya meriah di majlis-majlis para pemimpin atau mereka yang ada kaitan dengan kerajaan.
Jika tahun-tahun sebelumya smeses yang menjemput untuk hadir rumah terbuka cukup bertalu-talu, sehingga mata terasa layu membaca jemputan-jemputan, namun pada tahun ini, ianya menurun 90peratus. Fakta kecil ini walaupun boleh dipertikai, namun dapat dibaca, bahawa Hariraya hanya mampu disambut dalam lingkungan keluarga sahaja tanpa boleh berkongsi dangan sahabat dan andai taulan.
1. Tidak kira siapa mereka, berambut gondrong atau berserban, apabila sudah mengangkat senjata menentang kerajaan Islam yang sah dan membunuh orang Islam yang lain, mereka ini tidak lebih dari banjingan dan pengacau.
2. Anda (Komunis) mengaku bahawa anda telah berjuang dengan penuh ikhlas untuk membebaskan negara ini dan kini anda kecewa kerana sudah dilupakan. Bagaimana dengan ribuan tentera Melayu Islam serta kaum-kaum bumiputera lain yang putus kakinya, patah lehernya, pecah dadahnya dan yang mati di atas taktik kamu yang pengecut dengan menanam ranjau pada laluan mereka.
3. Hari ini, kamu mahu kami mengiktiraf kamu, bagaimana pula dengan bapa saudara saya yang kamu belah isi perutnya hingga terburai di padang sekolah di bandar Segamat pada tahun 1946 dahulu kerana beliau seorang anggota polis dan kakitangan kerajaan.
4. Bagaimana dengan ribuan Melayu seperti aruah nenek saya, yang kamu taruh najis dan digaulkan bersama nasi untuk dimakan ketika beliau ditahan. Di mana kamu? wahai Komunis Melayu ketika rakan-rakan berbangsa Cina kamu menganiaya guru-guru agama kami dan anak-anak muda kami yang enggan mengikuti perjuangan kamu.
5. Bagaimana ribuan nasib anak bangsa yang tidak pernah minta diiktiraf dari zaman Datuk Bahaman, Mat Kilau sehingga ke penubuhan Rejimen Askar Melayu Pertama dan pahlawan kami seperti Leftenan Adnan yang mati tanpa lelah berjuang untuk negara ini.
6. Mereka di atas turut menentang penjajah, sultan-sultan kami juga menentang penjajah. Bagaimana nasib askar-askar kami yang menentang kamu apabila negara ini sudah mencapai kemerdekaan sedangkan kamu terus-terusan masih mengangkat senjata dan membakar hingga rentung daging anggota polis kami di Bukit Kepong pada 23 Feb 1950.
7. Kamu kata kamu berjuang untuk nusa, agama dan negara. Jika demikian bagaimana dengan ulamak kami, seperti Kiai Salleh, seorang guru mengaji yang mengangkat senjata menentang kekejaman soldadu kamu di Bandar Muar, Johor pada 1945.
8. Kamu pasti ingat bagaimana ulamak dan wali-wali Melayu ketika itu mengirimkan parang terbang untuk memutuskan urat nadi komunis kamu bukan?, Mengapa ya ketika itu ulamak dan wali-wali serta ribuan pendekar Melayu mengangkat selendang merah dan mengasah keris pusaka mereka untuk menentang kamu. Adakah mereka ini tali barut British?.
9. Kamu tahu kamu siapa? Buku merah komunis yang kamu gunakan dan diletakkan tinggi tarafnya dengan Bible serta Al Quran. Siapa yang mengarangnya, jika bukan Karl Marx, rakyat Jerman yang berketurunan Yahudi dan merupakan sebahagian dari agenda Dajal Al Masehi yang turut melaksanakan gerakan revolusi ke atas keluarga di raja Russia, Peranchis dan Amerika Syarikat sepaya mudah tangan-tangan halus ini menguasai dunia melalui perancangan yang sudah bermula ribuan tahun lepas.
10. Kamu pejuang kemerdekaan? Bagaimana kamu kata kamu pejuang kemerdekaan, sedangkan selepas 1957 kamu masih menyembelih dan mencungkil serta mencacatkan jenazah-jenazah askar Melayu yang beragama Islam sepanjang mereka berjuang menentang kamu di antara tahun 60, 70an dan 80an.
11. (UNTUK ORANG MELAYU BUKAN KOMUNIS) — Kamu pun satu bodoh…di mana kamu berada ketika negara ini diperjuangkan oleh orang Umno sehingga terpacaknya sebuah kerajaan Melayu Islam di rantau ini.
12. Kamu kata ini perjuangan kemerdekaan negara ini merupakan dakyah Umno, jadi kamu yang tolol dan buta sejarah ini sanggup menerima jika satu hari ada orang kata yang KAMU ORANG MELAYU BUKAN BERASAL DARI TANAH INI.
13. dan bahawasanya negara ini bukan dimerdekakan oleh pemimpin Melayu Islam dalam parti Umno tetapi KAUM LAIN yang tidak meletakkan diri mereka setaraf seperti kamu.
14. Hairan dengan kaliannnn…kamu membenci parti yang mewakili kaum kamu dan agama kamu sendiri, hari ini kamu menyokong partai pengganas yang berpaksikan kepada komunis, digerakkan oleh seorang lelaki bukan Melayu dan di dalam kitab komunisnya menolak semua kepercayaan beragama. Kamu patut ke neraka kerana fahaman inilah yang menerapkan ideologi bahawa "AGAMA ITU ADALAH CANDU MASYARAKAT" dalam erti kata lain, agama itu melalaikan.
15. Hari ini kamu kata sejarah yang ditulis menipu kamu???? Kamu sudah membaca sejarah Singapura? Apa perasaan kamu di mana buku-buku teks sejarah di Singapura menyatakan bahawa pulau itu ditemui oleh Stamford Raffles, TANPA MENYEBUT SEDIKIT PUN MENGENAI SANG NILA UTAMA dan kerajaan Melayu yang sudah sedia ada di situ.
16. Buku sejarah Singapura menipu kamu, orang Melayu Singapura disebabkan kepentingan-kepentingan kaum satu lagi yang kini menjadi semakin dominan apabila Kamu, duhai anak Melayu yang tolol berpecah.
17. Sejarah negara ini tidak pernah menipu kamu kerana kalendar dan memo negara ini ditulis oleh orang Melayu sendiri. Gampang kamu ini kerana tidak mahu membaca sejarah kamu sendiri yang ditulis dengan tinta airmata dan darah, kamu tahu peristiwa Kalabakan??? Kamu tahu Kiai Salleh? Kamu tahu peristiwa Natrah? Kamu tahu 13 Mei, Kamu tahu Konfrantasi? Kamu tahu peristiwa Bukit Payung? Kamu tahu tragedi Batu Pahat Okt 1980, Mana letaknya maruah kamu wahai Melayu.
18. (UNTUK SEGELINTIR PEJUANG MELAYU ISLAM) — Biarkan mereka ini. Hari ini kuasa kita mengecil tetapi apa yang berlaku merupakan aturan Allah Taala. Nampak gayanya pada saat kita berpecah, semakin banyak fahaman asing yang masuk dan meracuni pemikiran yang dikatakan "Open Mind" anak-anak muda kita yang masih merangkak di universiti.
19. Mereka ini memang tolol, secara tidak langsung. Menyokong kembalinya seorang komunis seperti Chin Peng. Sebenarnya, agenda sebenar kaum satu lagi ini ialah untuk mengangkat lagenda Chin Peng sebagai seorang pejuang kemerdekaan.
20. Cuba kalian bayangkan impaknya 20-30 tahun lagi, sejarah akan tertulis semula bahwa Chin Peng pejuang dan kaum satu lagi ini sudah membuktikan sumbangan mereka kepada kemerdekaan dan dengan mudahnya, sejarah dirombak meminggirkan lagi orang Melayu.
21. Kalian harap bersabar, ini bukan saat kita meraung, rapatkan saf dan susun juzuk perjuangan, kita mungkin pernah melakukan kesilapan tetapi segala yang berlaku adalah urusan Allah Taala.
22. Kepada pejuang Melayu Islam, bangkit saudara…ini bukan masa untuk berdiam. Jangan malu memakai songkok.
GPB hairan sejak 3 tahun Guan Eng jadi Ketua Menteri , masalah-masalah rakyat terutaman di kawasan Parlimen Bagan sendiri dia tidak mahu tengok , tetapi yang beliau sibuk ialah tentang nama Jalan untuk ditukar . Masalah penduduk berbilang kaum iaitu Melayu ,Cina dan India kampung Mak Mandin Hijau yang Lim Hock Sek janji dulu sampai sekarang tak selesai lagi , malah Guan Eng sendiri pun sebagai MP Bagan pun tak bantu mereka .
Mengapa nama P Patto dipilih ? Mungkin kah Guan Eng mahu cari semula sokongan kaum India di negeri ini yang marah kepada DAP gara-gara tidak membantu dalam isu Kg Buah Pala yang pernah mereka janjikan semasa PRU 12 dulu .
Bila nak tukar nama Jalan , kena buat upacaran perasmian & jalan baru ..
Mungkinkah akan ada lagi nama Jalan akan ditukar kepada pemimpin yang DAP kehendaki . Tak mustahil nama Chin Peng pun akan lekat juga nanti jika negara ini diperintah oleh puak2 penyokong komunis ini
UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN JALAN P.PATTO
Bersyukur kita kepada Tuhan atas kurniaan kesihatan yang baik untuk kita sama- sama berkumpul pada pagi yang mulia ini sempena perasmian Penamaan Jalan P.Patto. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan majlis hari ini.
Penamaan jalan sempena nama tokoh bukanlah satu perkara baru di negara ini. Ada kalanya nama jalan diubah sebagai penghargaan kepada tokoh- tokoh tertentu yang telah menyumbangkan jasa kepada bangsa dan negara.
Dan sememangnya negara kita tidak pernah ketandusan dengan tokoh-tokoh yang wajar dihargai. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berpendapat penamaan sebatang jalan baru merupakan salah satu pendekatan yang praktikal dan wajar diteruskan di masa-masa akan datang.
Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi penduduk Pulau Pinang terutamanya kepada keluarga mendiang P.Patto. KLIK DI SINI SELANJUTNYA
Kalau hang pa baca kenyataan rasmi PAS di bawah tentang isu pejuangan komunis samada dianggap hero pengkhianat , GPB sebagai anak muda generasi selepas Merdeka malu kepada parti PAS yang sanggup menjadi barua Komunis di hari kita menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 pada hari ini.
PAS tak layak bercakap soal sejarah jika mereka hanya bercakap mengikut logik akal . Logik otak puak2 jumud PAS ini ialah Siapa Lawan Penjajah Bristish dianggap pejuang kemerdekaan manakala yang bekerja & berkhidmat dengan pasukan keselamatan seperti polis dan askar adalah tali barut penjajah !
Memang benar siapa lawan penjajah dianggap pejuang . Kerajaan dan rakyat semua iktiraf perjuangan Tok Janggut , Datuk Bahaman , Mat Kilau , Abd Rahman Limbong , Dato Maharajalela , Mat Salleh , Rosdi Dhobi ini dan itu generasi akan datang tahu akan perjuangan mereka kerana tercatat dalam buku sejarah .
Tetapi bukan perjuangan pengganas Komunis diketuai Chin Peng yang mana perjuangan mereka mahu hapuskan sistem beraja menjadikan negara ini sebuah Republik Komunis . Pandangan Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghalalkan perjuangan kumpulan mana sebelum Merdeka menentang penjajah jelas cukup dangkal sekali dan tidak berpaksi kepada fakta sejarah sebenar ketika itu .
Adakah PAS & Tuan Ibrahim buta sejarah ketika selepas Jepun kalah, Parti Komunis Malaya telah mengganas di Tanah Melayu menerusi gerila MPAJA sehingga mencetuskan pergaduan antara kaum ketika itu terutaman di bumi Johor dan Perak . Ketika itu muncul kumpulan Kiyai Salleh Selempang Merah & Kumpulan Parang Terbang Sungai ManikKLIK DI SINI bangkit pertahankan tanah air dan anak bangsa daripada terus dibunuh pengganas Komunis yang dianggap PAS sebagai pejuang .
Jadi, Komunis masa sebelum Merdeka adalah hero la mengikut tafsiran Tuan Ibrahim ? Orang Melayu yang terkorban dibunuh ketika sebelum merdeka dianggap sia-sia la sebab Komunis masa itu mereka lah pejuang sebenar melawan penjajah British .
Manakalah perjuangan kumpulan Melayu yang terkorban seperti Selempang Merah dan Parang Terban menentang hero PAS sebelum Merdeka ini apa pulak ?? Adakah mereka pengkhianat kerana lawan pihak yang dianggap PAS sebagai hero menentang penjajah Bristih ?
PAS tenyata sudah khianati perjuangan pejuang-pejuang tanahair yang terkoban pertahana negara ini kerana sanggup agungkan pengganas Komunis !
Apa nak jadi negara ini kalau mereka perintah .. silap-silap mereka akan ubah sejarah menyatakan Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan sebenar nanti !
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
"Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu
Mengulas isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang menjadi isu kontroversi hangat baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu.
"Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah?
"Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero.
"Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang," kata beliau.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.
Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah.
"Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?" soal beliau.
"Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah.
"Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British.
"Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero.
Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?" tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
"Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya.
Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat.
"Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero," terang beliau lagi.
Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun.
Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya "menghalau penjajah" – namun apa yang pasti, "menghalau penjajah" merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain.
"Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.
Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British.
"Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis," tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era.
"Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah," kata beliau.
Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British.
"Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.
"Inilah pengajaran besar dari sejarah lampau agar kita jangan mengulangi kesilapan lalu. Professor Khoo Kay Kim mungkin tersenyum dengan polemik baru yang sengaja dibesarkan oleh Umno ini," nasihat beliau.
Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu
Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor diingatkan supaya tidak 'besar kepala' dengan meminta PKR, memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri kepada DAP pada pilihan raya umum ini.
Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, DAP sudah mempunyai 19 kerusi di negeri ini dan Zulkifli tidak sepatutnya menuntut lagi kerusi untuk diberikan kepada calon Melayu DAP yang dikatakan, mampu menarik pengundi Melayu.
Johari berkata, Zulkifli perlu meminta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu.
Menurutnya, Zulkifli yang boleh dianggap senior dalam politik, seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk DAP.
"DAP perlu sedar kerana sebelum ini, mereka langsung tidak mendapat perhatian pengundi Melayu, namun selepas parti itu bergabung bersama PKR dan Pas, barulah pengundi Melayu percaya kepadanya.
"Mereka sudah ada 19 kerusi, tapi sekarang, dia minta lagi dari PKR untuk DAP meletakkan calon Melayu. Kalau dia nak bertanding, dia perlu minta kerusi dari DAP sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana diarahkan tidak memberi kenyataan media.
"Biar kita sambut Aidilfitri dahulu dan saya akan ulas perkara ini selepas raya," katanya.
Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding.
Dalam kenyataan disiarkan portal berita Malaysiakini kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata, partinya 'tiada pilihan', sekurang-kurangnya mendapatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun daripada PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.Sekiranya DAP gagal membariskan calon Melayu, ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis", katanya.
Komen GPB
Baru hang sedaq ka Johari Kassim yang DAP sebagai Abang Besar a.k.a Taiko dalam Pakatan .Dulu masa hang kena pecat dari Ahli Majlis MPSP oleh kerajaan DAP , tak sedaq lagi ..haha Sekarang amik habuan ! kah kah kah ...
Jangam mimpi hang nak jadi Calon PKR di kerusi Melayu sebab DAP dah awal cantas ! kah kah kah ...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan sesetengah pihak yang semakin serius cuba memburukkan-burukkan imej pemimpin yang berjuang untuk kemerdekaan negara.
Kata Dr. Mahathir, selain kontroversi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang menghina pejuang lampau, beliau juga pernah dimaklumkan terdapat pelajar sekolah yang diajar bahawa tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar adalah pengkhianat negara.
''Saya khuatir kerana kecenderungan ini sudah semakin rancak malah ada yang sehingga ke tahap mendewa-dewakan komunis sedangkan gerila itu telah membunuh ramai anggota keselamatan yang berjuang untuk negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini hari ini.
Dr. Mahathir menambah, selain tidak menjangkakan kecenderungan menghina pejuang kemerdekaan negara itu boleh wujud di negara ini, beliau juga terkejut dan terkilan kerana Pas dilihat memulakan kecenderungan itu.
Ketika ditanya apakah yang perlu dilakukan dalam menangani kecenderungan itu, Dr. Mahathir menjelaskan, kerajaan wajar memberikan penerangan yang jelas kepada rakyat mengenai siapakah sebenarnya kumpulan gerila komunis.
''Perjuangan mereka adalah untuk menjajah negara ini dan menjadikan negara ini negara komunis. Itu bukan perjuangan kemerdekaan seperti Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain," katanya.
Thai student uniform when they are at university for Bechelor Degree. Well talking about students uniform, you can imagine to Japanese students and other students of asian countries. However, Thai students also look sexy....
Thai student uniform when they are at university for Bechelor Degree. Well talking about students uniform, you can imagine to Japanese students and other students of asian countries. However, Thai students also look sexy....
Miera Leyana:Miera Leyan Malaysian actress has apologized for wearing a dress that was "too sexy " during a protest Friday night Le Meridien Hotel, Kuala Lumpur. Miera_leyana.The number tight-fitted, which showed the sides of her breasts, apparently invited to the event at hom
Awek Melayu Comel Most of Malaysian girl want to be as Awek Melayu Comel (Cute). To be as Awek Melayu Comel, some of Awek Melayu wears cute clothing and latest fashions. Many reasons to be as Awek Melayu Comel, such as want get an attention, love and respect. Malaysian guy love Awek Melayu Comel. Being Awek Melayu Comel is not just a learned skill, it's an art.
"Time heals everything. It does. I never used to be a strong believer in that saying, but now I believe in it 110%. Everyday, you make tiny improvements to becoming happy again, you may not even notice those tiny things, but you start to become stronger and more dependant on yourself. Everyone will go through something that hurts them. It may be losing someone who they used to love which shall break their heart into a million little pieces. At that point, you wonder to yourself who am I? What did I do wrong? Why me? You start to analyse moments between you two, wondering what went wrong, searching for signs. Wondering, how could you miss the signs? You hate yourself for not noticing the signs, because if you did, you probably wouldn't be in so much pain right now. You become confused. Everything which you thought your life would be like, everything that you knew, changes, just like that. You're left alone, lonely, questioning yourself and blaming yourself. Everyday seems like a constant battle between you and your emotions. Your head is telling you one thing, your heart is yearning for another. You wonder how you will make it through the day. But just look back on all those other times you've been hurt, you're still here, aren't you? You got through it. You may not have gotten over what happened but you picked yourself up from the ground.
One day that pain of losing someone will fade. It will. In a few weeks, a few months, a few years. One day you will be happy again. All thanks to time. Believe me. You will smile again and laugh again. Your happiness will shine through and you will look back on those sad times throughout your life and and you will thank them for making you a stronger person." - tumblr
A British came to an Muslim Alim and asked Why is it not permissible in Islam for Women to shake hands with a man? The Alim said Can you shake hand with queen ELIZABETH ? British man said Of course not,there are only few people who can shake hand with queen Elizabeth The Alim replied
Our Women are queen and queen do not shake hands with strange men Amessage to Fake Modren and a slap to Westerns
Jumlah penduduk Malaysia dianggarkan mencecah 28.9 juta orang pada 2010 iaitu meningkat 1.54% berbanding jumlah penduduk pada 2009 berjumlah 28.2 juta orang.
Daripada jumlah itu, Melayu Islam kekal sebagai penduduk majoriti iaitu 66.7% diikuti dengan Cina 24% dan India 7.4%. Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 1.3%
Berdasarkan statistik terkini itu maka wajarlah cadangan Pertubuhan Pribumi Perkasa iaitu meminta pihak kerajaan mempertimbangkan satu kementerian khas bagi mengendalikan pelbagai isu dan kepentingan yang melibatkan umat Islam. Pada masa ini ianya dikendalikan oleh seorang menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Hari ini PERKASA melalui Presidennya, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya ditubuhkan Kementerian Hal Ehwal Islam. Malaysia adalah negara Islam yang pesat membangun, Islam adalah agama rasmi Persekutuan dan majoriti penduduknya adalah Islam maka wajarlah cadangan ini diambil perhatian.
Isu-isu semasa yang berlaku amat membimbangkan. Isu murtad, isu akidah, keruntuhan moral, ajaran sesat dan sebagainya semakin menjalar ke dalam masyarakat Islam. Pembangunan ekonomi Islam, Indang-undang Islam dan segalah permasaalahan berkaitan agama Islam boleh dikendalikan oleh kementerian ini.
Oleh itu cadangan PERKASA amat relevan kewujudannya pada masa ini dan ianya perlu disokong oleh semua rakyat Malaysia.
Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang, Pas dilihat mencuba pelbagai cara untuk menawan hati rakyat walaupun terpaksa menggunakan cara kotor.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Datuk M. Zin, Pas seakan takut dengan bayang-bayang sendiri apabila cuba menggagalkan usaha UMNO bahagian tersebut mendaftarkan pengundi baru.
Katanya, disebabkan kejayaan UMNO mendaftarkan pengundi baru dalam bilangan yang ramai, Pas telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya ada yang tidak kena terhadap pendaftaran yang telah dibuat.
"Apabila individu yang didaftarkan itu gagal hadir apabila dipanggil oleh SPR maka nama individu tersebut akan dibatalkan sedangkan individu tersebut tidak dapat datang kerana ada alasan tertentu. Inilah cara kotor Pas dalam menggagalkan usaha UMNO untuk mendaftar pengundi baru.
"Tapi, walau apapun cara kotor yang digunakan Pas untuk menggagalkan usaha kita mendekati rakyat, itu semua tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus berjuang. Biarlah Pas dengan cara kotornya kerana rakyat mampu menilai perkara yang sebenar," ujarnya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau lagi, pelbagai program mendekati pengundi telah diatur sejak awal lagi bertujuan memberi kefahaman yang lebih tentang perjuangan parti kepada rakyat.
"Ketika PRU 12, bahagian Shah Alam tidak ketinggalan terkena tsunami politik yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) tewas semua kerusi. Tetapi saya amat yakin PRU akan datang, kita bakal merampasnya kembali memandangkan rakyat sudah muak dengan tindak tanduk pakatan pembangkang ini.
"Selama tiga tahun mereka mentadbir di Negeri Selangor, khususnya Shah Alam, tiada apa kebaikan yang mereka lakukan demi masa depan rakyat. Satu demi satu kontroversi melanda mereka dan terbaru isu gereja.
"Isu ini benar-benar membuatkan rakyat semakin yakin bahawa mereka PKR dan Pas bukanlah parti yang relevan lagi untuk disandarkan harapan. Hasil kajian sikap juga menunjukkan rakyat sudah kembali menerima UMNO dan BN," ujarnya.
Kini UMNO khususnya Barisan Nasional Shah Alam hanya menunggu masa Perdana Menteri mengumumkan tarikh PRU kerana beliau yakin, Bahagian Shah Alam mampu menyumbangkan kerusi kepada parti kali ini.- MediaUMNO
Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A. Hamid berkata pihaknya yakin jalinan program bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) dengan lebih erat mampu meningkatkan lagi kepercayaan rakyat terhadap BN pada pilihanraya umum akan datang.
Katanya usaha itu mesti dipertingkatkan lagi bagi menjayakan misi merampas kembali dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berjaya di menangi oleh pembangkang pada pilihanraya umum alu.
"Cabaran kita adalah untuk mengembalikan semula sokongan pengundi Cina yang mungkin sebelum ini terpedaya dengan pelbagai dakyah pembangkang. Kita akan mendekati mereka dengan pelbagai pendekatan termasuk menerusi NGO-NGO yang mempunyai rangkaian yang luas.
"Setakat ini respon yang diterima daripada pengundi Melayu dan India cukup baik dan kita akan cuba terus pertingkatkan lagi", katanya kepada UMNO-Online di sini.
Berbanding DUN Teratai, beliau seterusnya mengakui peluang BN lebih positif di kawasan DUN Chempaka.
"Hasil kajian yang telah dilakukan, saya yakin BN mampu menewaskan Pas di DUN ini.
"Tetapi untuk DUN Teratai kita perlu melipatgandakan usaha kerana walaupun terdapat perubahan namun ia belum lagi memberi tahap selesa untuk kita menang di situ." terangnya.
Selain faktor pengundi, beliau berkata, faktor calon berkelayakan juga perlu diberi perhatian yang utama.
"Calon tempatan haruslah diletakkan bagi memudahkan gerak kerja mendekati pengundi. Sudah pasti masyarakat setempat mahukan calon tempatan kerana mereka lebih mengenali dan tahu latar belakang calon tersebut.
"Sekiranya calon luar diletakkan sudah pasti ini menyukarkan kita mendekati pengundi kerana perlu memperkenal dan menyakinkan masyarakat tetapi sekiranya calon tempatan diletakkan, rakyat akan lebih yakin. Jadi, faktor calon yang tepat harus diberi penekanan sekiranya kita mahu merampas kembali kerusi yang dimenangi pembangkang.
"Saya yakin, dengan senario politik sekarang ini yang melihatkan rakyat kembali mempercayai BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kita mampu kembali memerintah negeri ini semula," katanya. - MediaUMNO
SALAM MERDEKA: Bukan kecil tugas kita. Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita. Kerana rupanya selain memerdekakan, mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara.
Ambil masa sejenak, bersama kita renungkan sejauh mana sumbangan kita kepada MALAYSIA. Selamat Hari Merdeka ke 54.
Teruskan Nadi Kemerdekaan Transformasi Perpaduan Dan Penyatuan Ummah.
"1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera"
Khabarnya, hasil kajian Merdeka Centre (MC), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih menjadi pilihan pengundi di Semenanjung dengan kadar popularitinya sekitar 69 peratus, merosot sedikit berbanding 72 peratus Mei lalu, demikian menurut kajian Merdeka Center bulan ini.
Kajian terbaru ini menunjukkan Najib, menjadi pilihan 74 peratus pengundi Melayu, 54 peratus Cina dan 85 peratus India — rata-rata menunjukkan mereka berpuas hati dengan prestasi beliau.
Menurut Merdeka Center, penurunan populariti itu mungkin disebabkan pelarasan subsidi yang membawa kenaikan harga bahan api dan gula, dengan ada yang menganggap harga barangan itu akan terus meningkat di bawah BN.
Bila kes Anwar – Saiful ini akan selesai? Masa balun sedap, sekarang lari plak …
Sape Merdeka Centre ini, kenapa gemar sangat membuat laporan berkaitan dengan pemimpin BN, UMNO dan yang sewaktu dengannya…. Aku tak heran pun kajian mereka sebab MC ini merupakan agen dan think thank kepada parti keadilan rakyat, yang berdewakan kepada Anwar Ibrahim
Takpelah MC, biarlah popularity Najib menurun. Penting sangatkah popularity… Baik kau cakap popularity Anwar Ibrahim melonjak tinggi sehingga ke langit.
PKR dalam twitternya malam nie mengatakan Najib tersepit kerana popularitinya menurun, biarlah asalkan jangan tersepit dek meliwat lelaki serta membalun amoi yang sehingga kini, identity dan popularity lelaki Y meningkat tinggi bak kata aku sebelum ini …. Sehingga ke angkasa lepas ….
Dalam kajian tersebut yang dilihat bercanggah dengan laporan sebelumnya klik sini yang disiarkan oleh Malaysiakini, pihak Merdeka Center mengumumkan penurunan populariti Perdana Menteri dengan alasan utama disebabkan demo BERSIH.
Menariknya Yahoo News dengan pantas menerbitkan berita tulisan Boo Su-Lyn ( wartawan yang menyamar di PWTC isu BTN ) tentang populariti PM menurun di sini
Cerita tentang wartawan yang tidak beretika apabila menyamar masuk majlis anjuran UMNO dan membuat laporan palsu bernama Boo Su-Lyn boleh anda baca di sini http://www.isuhot.com/?p=1407
Dalam laporan oleh sebuah pusat kajian bernama Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dari Universiti Malaya yang disiar Malaysiakini tentang kemerosotan sokongan kepada Anwar menyebut :
Bancian itu melibatkan 52 peratus daripada 1124 responden yang dilakukan pada November lalu oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel), menunjukkan jumlah responden yang menolak kepimpinan Anwar Ibrahim semakin meningkat, berbanding dengan Mac 2008.
Bancian yang turut dijalankan di kawasan pengundi yang dikuasai oleh PKR, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai menunjukkan 41 peratus berpendapat 'Anwar Sudah Tidak Lagi Relevan Dalam Politik Malaysia' menyaingi 43 peratus yang masih bergantung harapan kepadanya. Manakala 16 peratus lagi tidak pasti dengan masa depan Ketua Umum PKR itu.
Bagi Panglima - Jika di kawasan kuat PKR atau boleh kita kata sebagai kubu mereka, sudah berlaku 57 peratus kehilangan sokongan kalangan pengundi maka bagaimana boleh kita kata populariti Perdana Menteri telah menurun ?
Begitu juga masuk akalkah ketika lebih separuh penyokong fanatik Anwar sudah hilang percaya akibat kemelut dalaman ( baca : kes liwat ? ) maka adakah kita boleh terima faktor Datuk Seri Najib turut merosot ?
Rakyat sebenarnya sudah muak. Mereka makin buntu melihat parti kesayangan mereka seperti DAP dan PKR. Mereka sudah keliru melihat masalah demi masalah berlaku.
Dalam masa yang sama satu persatu projek mendahulukan rakyat seperti kedai 1Malaysia (info tentangnya di sini http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/ ) , projek rumah pertama untuk orang muda bernama Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang laporannya ada di sini http://www.1malaysia.com.my - contoh bagaimana rakyat benar-benar didahulukan bukan sebaliknya.
Bukti bahawa penyokong PKR juga menolak kepimpinan Anwar sila lihat tengok carta kajian UM tersebut :
Dalam hal ini percanggahan fakta antara laporan awal kajian UM dan laporan terbaru Merdeka Center tentang populari PM boleh jadi disebabkan antara sebab berikut :
1- Merdeka Center mungkin telah tersilap dalam kajian mereka dalam misi untuk membaiki persepsi rakyat tentang kejatuhan populariti Anwar. Kerana tidak mengumumkan latar belakang sampel kajian mereka samada pro BN atau Pakatan.
2- The Malaysian Insider dilihat dengan sengaja cuba melancarkan perang propaganda untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Anwar dengan cuba menipu menggunakan fakta palsu dari Merdeka Center. Ini kerana wartawan yang menulisnya terbukti pernah membuat laporan berita palsu isu pegawai BTN yang dilaporkan berceramah penuh rasis seperti link yang disiarkan di atas.
Satu perkara lagi di blog Lim Kit Siang banyak berita tulisan Boo Su-Lyn disiarkan seperti ada hubungan yang rapat antara DAP dengan wartawan The Malaysian Insider tersebut.
Kita fikir dan nilaikan sendiri politik manakah yang lebih diterima rakyat. Samada politik pembohongan atau politik pembangunan kepada rakyat.
Selain itu Merdeka Center dinasihatkan agar perlu mengenal pasti sasaran mereka samada penyokong BN atau Pakatan agar keputusan dapat dipastikan dari pihak yang mana dan tidak berlaku sebarang keraguan terhadap keputusan yang disiarkan.
Tentu jika sampel diambil dari keseluruhan penyokong Pakatan maka mereka tidak akan bersetuju sehingga kiamat apa sahaja yang dibuat oleh Datuk Seri Najib Tun Razak !!!
Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca dan pengunjung blog Panglima. Semoga perjuangan kita akan terus bersemarak selagi berdenyut nadi hayat dan selagi masih bernafas di bumi Allah yang indah ini.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Misi bantuan kemanusiaan di somalia oleh kelab putra 1 malaysia, alhamdulilah nasib baik la malaysia tak jadi macam ni walau pun somalia merdeka lepas tiga tahun dari negara kita, tapi tengoklah sendiri macam mana negara tu.
Dalam suasana kemerdekaan yang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah.
Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.
Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.
Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.
Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.
Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.
Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.
" 1 Malaysia Menjana Tranformasi "
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-54 dan Salam kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 49 ayat. Dinamakan surah "At-Tuur" (Gunung Tursina), kerana pada awal surah ini Allah Ta'ala bersumpah dengan tempat-tempat suci dan lain-lainnya yang ada di langit dan di bumi, di antaranya ialah Gunung Tursina untuk menegaskan bahawa azab seksa yang dijanjikan kepada orang-orang kafir – tetap berlaku.
Intisari kandungannya : Memberi amaran yang menggerunkan kepada orang-orang yang ingkar bahawa mereka akan menerima akibat yang seburuk-buruknya pada hari kiamat kelak.
Di samping itu Allah Ta'ala menerangkan mengenai balasan baik yang didapati oleh orang-orang yang beriman dan beramal salih : "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ditempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan yang tidak ada taranya".
Serentak dengan itu Allah Ta'ala mengingatkan orang-orang yang beriman supaya memberi pelajaran dan didikan ugama kepada anak isteri dan zuriat keturunannya supaya mereka dapat berhimpun bersama di dalam Syurga Jannatun Na'iim:
"Dan orang-orang yang beriman, yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang terikat dengan amal yang diusahakannya".
Pada bahagian akhir surah ini, Allah Ta'ala dedahkan kebodohan orang-orang kafir yang melemparkan berbagai tuduhan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) bahawa tuduhan-tuduhan mereka bukan sahaja tidak berasas, bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman.
"(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih pitah dan indah) seperti Al-Qur'an itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya".
National Opposition Union (Unión Nacional Opositora--UNO) was a wide-range cartel of opposition parties formed to contest Nicaragua's president Daniel Ortega in 1990 election. Its candidate Violeta Chamorro eventually won the race. UNO traced its origins back to the Nicaraguan Democratic Coordinating Group (Coordinadora Democrática Nicaragüense--CDN), which was formed in 1982 by different opposition groups. At the time of the election, of the UNO coalition's fourteen political parties, four were considered conservative, seven could be characterised as centrist parties, and three - including Nicaragua's Communists - had traditionally been on the far left of the political spectrum
Despite internal struggle, the UNO coalition under Violeta Chamorro succeeded in its campaign centered around the economic downfall and promises of peace. Chamorro promised to end military draft, initiate democratic reconciliation, and restore economic growth. Many Nicaraguans felt that the contra war and bad economy would continue if the FSLN remained in power, because of the strong United States opposition to the FSLN (the Bush Administration had declared that it would only send aid to the government if the UNO was elected). Meanwhile, resources and organisational help were given to the UNO by the United States government's National Endowment for Democracy (NED), which in June 1989 had receive $2 million from U.S. Congress, which had also approved in April 1989 a package of $49.75 million in 'nonlethal' aid to the Contras, which funded their pro-UNO propaganda campaign. Some villages reported threats of murder from the Contras if they voted for the FSLN in the elections.
Petikan di atas adalah contoh kejayaan strategi NED dalam menumbangkan Kerajaan sedia ada dalam sesebuah negara. Nicaragua dalam era 80-an di bawah kepimpinan Daniel Ortega adalah negara yang sering memberi masalah kepada US. Untuk menumbangkan Daniel Ortega, NED telah menyatukan 14 parti pembangkang dalam National Opposition Union (UNO). Hasilnya, Presiden Ortega kalah dan puppet kepada US, Violeta Chamorro yang memenangi kerusi Presiden. Kejayaan menumbangkan Kerajaan melalui penyatuan parti-parti pembangkang menjadi modus operandi awal kepada NED di Malaysia. Atas nasihat NED, Anwar Ibrahim berjaya melakukannya melalui JACER (nama lama BERSIH).
Strategi seterusnya untuk menumbangkan Kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah adalah dengan menyerang institusi, jabatan dan agensi Kerajaan. Sekitar tahun 2006-2008, banyak propaganda pembangkang adalah berkisar kepada kepincangan agensi Kerajaan. Antara yang teruk diserang adalah PDRM, BPR, SPR dan Badan Kehakiman. Dengan menyerang agensi Kerajaan, pembangkang berjaya mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan ketika itu lemah dan Perdana Menteri perlu ditukar. Apa yang berlaku ketika itu adalah propaganda tersebut berjaya menembusi minda penjawat awam dan parti BN sendiri. Kelemahan-kelemahan yang dimainkan oleh pembangkang turut disambut oleh beberapa pihak dalam Kerajaan. Akibatnya, bukan sahaja Pak Lah diserang dari luar, malah dari dalam partinya sendiri.
Strategi seterusnya adalah dengan melancarkan beberapa perhimpunan massa jalanan untuk mengambarkan seolah-olah majoriti rakyat menolak Kerajaan. Melalui perhimpunan BERSIH 2007, gelombang kuning berjaya digerakkan oleh Anwar dengan bantuan NED. Selain daripada dua strategi di atas, banyak lagi strategi yang digunakan Anwar yang dia dapat melalui NED. Strategi-strategi NED ini telah banyak dibongkarkan oleh blog AIDC (www.anwaraidc.com).
Apa yang MyMassa ingin dedahkan dalam artikel ini adalah bagaimana satu lagi balaci Anwar digunakan untuk menumbangkang Kerajaan. Balaci yang MyMassa maksudkan adalah MERDEKA CENTER. Merdeka Center merupakan opinion research firm yang mendapat tajaan IRI (NGO di bawah NED). Hubungan ini diakui sendiri oleh IRI dalam laman web mereka.
Public Opinion Research
IRI continues to support the public opinion research of its longtime local partner, the Merdeka Center, and use this as a mechanism for keeping parties in tune with the citizenry. IRI has conducted several national, peninsular and state polls and focus group discussions on issues such as the economy, politics and social issues. IRI uses public opinion research to increase the knowledge of political parties about voter concerns and beliefs and to assist parties in crafting strategies, platforms and messages.
Kini, Merdeka Center telah memainkan peranan yang telah diarahkan oleh Anwar. Tugas tersebut adalah untuk mengemukakan kajian yang boleh mempengaruhi persepsi rakyat bahawa Kerajaan sekarang tidak popular. Kaedah yang sama pernah digunakan untuk menumbangkan Pak Lah selepas pilihan raya 2008. Kajian tersebut bertajuk Peninsula Voter Opinion Poll, July 2008- Perspectives on General Direction & The Economy, Barisan Nasional & Leadership Approval, Pakatan Rakyat and Allegations Against Anwar Ibrahim. Kajian ini menunjukkan seolah-olah Pak Lah telah hilang sokongan rakyat Malaysia. Kaedah yang sama digunakan oleh Merdeka Center untuk menyerang Dato' Sri Najib dengan mengeluarkan kajian berikut:
Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.
Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.
Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.
Kenapa MyMassa menyatakan bahawa kajian ini adalah sesuatu yang dirancang keputusannya? Kerana tidak sampai sebulan, Pengarah Eksekutif Merdeka Center (Ibrahim Suffian) mengeluarkan kenyataan yang sangat berbeza! (Kenyataan Ibrahim pada 15 Ogos 2011).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.
Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu.
"Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib. Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif.
Ertinya Ibrahim mengetahui hakikat sebenar iaitu Dato' Sri Najib lebih popular daripada Anwar Ibrahim melalui pandangan ikhlasnya pada 15 Ogos. Hujah yang digunakan oleh Merdeka Center untuk meng'halal'kan penemuan mereka (bahawa Kerajaan tidak popular) adalah BERSIH antara penyebab kekurangan sokongan kepada Dato' Najib. Jika ianya benar, bagaimana pendapat Ibrahim Suffian pada 15 Ogos yang menunjukkan sebaliknya?
Apa yang kami ingin sampaikan di sini adalah pemilihan responden untuk kajian Merdeka Center baru-baru ini bukan secara rawak tetapi secara terpilih. Oleh kerana mereka mengetahui beberapa jumlah responden yang menyokong pendapat bahawa BERSIH mempunyai impak negatif kepada Kerajaan, Merdeka Center menumpukan kajian mereka terhadap golongan tersebut dan mengurangkan tumpuan kepada responden yang tidak menyokong pendapat tersebut. Kenapa MyMassa kata sedemikian, kerana Ibrahim Suffian sendiri mengakui bahawa BERSIH sebenarnya tidak memberi kesan kepada rakyat!
Di sebalik liputan dan publisiti meluas sama ada di dalam negara mahupun di luar negara yang ditimbulkan oleh perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, badan bancian tempatan, Merdeka Centre berpendapat impak dan kesannya ke atas rakyat adalah terlalu kecil.
"Tidak ada peralihan ketara yang dikesan," kata pengarahnya Ibrahim Suffian (kanan) kepada Malaysiakini dalam wawancara eksklusif semalam.
Beliau menjelaskan banciannya menunjukkan tahap sokongan popular lebih kurang konsisten, sebelum dan selepas perhimpunan itu diadakan.
Katanya, sebarang pengurangan bagi sokongan kepada BN yang dikesan adalah tidak ketara dan lebih menjurus ke arah persepsi pemimpin tertentu.
"Saya fikir BN masih menguasai majoriti, khususnya di kalangan orang Melayu. Kira-kira 55 hingga 58 peratus."
Ditanya sama ada kehadiran ribuan peserta pada perhimpunan itu dengan jumlah golongan muda yang sebegitu ramai adalah ukuran sebenar sokongan untuk reformasi pilihan raya, Ibrahim berkata andaian itu hanya benar bagi suatu pecahan kecil penduduk.
Daripada bukti-bukti yang kami tunjukkan, jelas terbukti bahawa Merdeka Center telah terkantoi untuk menipu rakyat Malaysia. Bukan kami yang kantoikan, tetapi hujah-hujah Ibrahim Suffian sendiri yang membuktikannya. Ini zaman IT bro. Setiap kenyataan yang dikeluarkan akan tercatat dan tersimpan dalam dunia siber. Kepada pencacai-pencacai yang nak gunakan kajian Merdeka Center sebagai hujah, sedarlah bahawa ianya sudah terkantoi. Lagi satu check mate dari blogger BN kepada Anwar Ibrahim dan sekutu-sekutunya. Kami ulangi kenapa kajian Merdeka Center tidak boleh dipercayai:
1. Merdeka Center bukan badan bebas. Seperti BERSIH, Merdeka Center juga diupah untuk membantu pembangkang menggulingkan Kerajaan.
2. Kenyataan Pengerusi Ekskutif Merdeka Center tidak sampai sebulan sebelum itu adalah sangat berbeza dengan penemuan kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center bahawa Dato' Najib kurang popular.
3. Hujah bahawa BERSIH mempengaruhi rakyat tidak benar kerana bancian Merdeka Center sebelum itu mendapati bahawa BERSIH hanya mendapat perhatian segelintir penduduk sahaja.
4. Kajian yang dibuat pada Ogos 2011 adalah ulangan kepada kajian yang dibuat pada Julai 2008 yang menunjukkan Kerajaan BN semakin kurang mendapat sokongan.
*Harap maklumat ini dapat disebarkan di laman sosial seperti FB dan twitter kerana kami yakin puak sebelah sana dah gunakan kajian merdeka center sebagai hujah.
Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang 'hebat'. Kehebatannya dalam menyusun strategi menyerang pihak lawan adalah sesuatu yang tidak boleh dipertikaikan.
Semasa Anwar Ibrahim seorang mahasiswa UM, pihak lawannya adalah Kerajaan. Dia adalah ketua perusuh yang berada di senarai teratas pemimpin pelajar yang perlu ditangani. Ketua musuhnya ketika itu adalah Dr. Wan Ismail, ketua pengarah gerak saraf Kerajaan. Anwar tahu jika berlawan secara gentleman (berdepan), dia akan tewas. Tetapi Anwar memilih untuk berlawan secara PONDAN. Untuk mengalahkan Dr. Wan Ismail, Anwar telah menyusun strategi untuk memikat hati Wan Azizah, anak dara kepada Wan Ismail. Setelah Wan Azizah terpikat dengannya, satu kejayaan awal bagi Anwar.
Kejayaan lebih manis apabila Wan Azizah bersetuju untuk kahwin lari dengannya. Ketika itu Dr. Wan Ismail sangat marah sehingga mengambil senjata api miliknya untuk menembak Anwar. Zaman itu, kahwin lari bukannya sesuatu yang boleh diterima masyarakat Melayu. Namun Anwar sebagai pak sheikh sanggup melarikan anak dara orang hanya untuk membalas dendam. Nasib baik kemarahan Dr. Wan dapat ditenangkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang merupakan rakan kepada Dr. Wan. Kalau tak dah lama Anwar jadi arwah. Kejayaan strategi Anwar menentang Ketua Pengarah Gerak Saraf menjadikannya dia legend pada zamannya.
Semasa Anwar berada dalam UMNO, antara kisah kehebatan strategi Anwar adalah bagaimana dia mengalahkan Tun Ghafar Baba. Ketika pemilihan UMNO tahun 1993, Anwar pada mulanya mengeluarkan kenyataan bahawa dia sesekali tidak akan menentang Ghafar untuk jawatan Timbalan Presiden. Strateginya adalah untuk Tun Ghafar tidak bersedia. Dalam masa yang sama Anwar telah menyusun strateginya untuk menjatuhkan Ghafar termasuk menembusi kubu kuat Tun Ghafar iaitu UMNO Sabah. Antara strategi yang digunakan oleh Anwar adalah mengedarkan PINK FORM. Sebagai Menteri Kewangan (yang dilantik oleh Tun Mahathir pada tahun 1991), Anwar berkuasa untuk mengedarkan pink form dan saham-saham bumiputera. Sebelum pemilihan agung UMNO, hampir semua ketua bahagian telah menyokong Anwar. Kemenangan tersebut membolehkan dia menghampiri jawatan Perdana Menteri yang diidamkan selama ini.
Strategi agung Anwar dalam menyingkirkan musuhnya seterusnya adalah bagaimana dia mengurangkan majoriti BN semasa Pak Lah menjadi PM. Sesiapa yang mengenali Tun Abdullah akan bersetuju dengan MyMassa bahawa beliau adalah seorang yang sentiasa berbaik sangka dan tidak berdendam. Walaupun Anwar sentiasa mengenepikan beliau dalam UMNO Pulau Pinang ketika Anwar berkuasa, namun Pak Lah tidak pernah berdendam. Semasa menjadi PM, Pak Lah merupakan PM yang mendapat sokongan yang tertinggi rakyat. Dalam PRU 2004, sokongan terhadap kepimpinan Pak Lah sangat tinggi (BN memenangi 198 daripada 209 kerusi parlimen).
Selepas memenangi penggal pertama dengan berjaya, Pak Lah mendapat nasihat dari Tingkat 4 bahawa populariti Pak Lah akan terus meningkat sekiranya dia membebaskan Anwar. Atas nasihat yang salah, Pak Lah membebaskan Anwar dan berharap supaya Anwar bersara terus dari politik. Tetapi Pak Lah lupa bahawa cita-cita Anwar untuk menjadi PM tidak pernah padam walaupun terpaksa menikam orang yang pernah menyelamatkan nyawanya (kes Dr. Wan) dan membebaskannya dari penjara. Strategi Anwar untuk menjatuhkan Pak Lah bermula dengan menjemput NED (organisasai induk kepada NDI dan IRI) untuk membantunya. NED adalah organisasi samaran CIA untuk mencampuri hal ehwal negara lain. Usaha pertama NED adalah membentuk NGO di Malaysia yang menyamar sebagai bebas tetapi sebenarnya alat kepada pembangkang. Antara NGO yang ditubuhkan oleh NED adalah JACER (kemudiaanya bertukar menjadi BERSIH) dan MAFREL (Badan Pemantau Pilihan Raya). Selain menubuhkan NGO baru, NED juga bekerjasama dengan beberapa organisasi yang telah lama wujud seperti SUARAM, Malaysiakini, CIJ, SEAPA dan ODC.
Serangan pertama Anwar terhadap Pak Lah bermula sejurus selepas dia keluar dari penjara. Anwar mula berceramah di pentas-pentas PAS untuk menghentam Pak Lah. Strategi yang lebih tersusun bermula dengan penubuhan BERSIH. Walaupun BERSIH nampak seperti hanya untuk 'pembersihan' pilihan raya, sebenarnya BERSIH adalah platform pertama untuk menyatukan kembali pakatan pembangkang (DAP, PAS dan PKR) setelah DAP keluar dari Barisan Alternatif. Ini kerana mengikut kaedah yang digunakan oleh NED di beberapa negara melalui PROJECT DEMOCRACY, Kerajaan sedia ada tidak akan tumbang jika pembangkang di negara tersebut tidak bersatu. Hanya pertandingan dua penjuru sahaja boleh menumbangkan perikatan politik yang kuat seperti Barisan Nasional. Kejayaan pertama strategi Anwar adalah menyatukan kembali parti politik pembangkang untuk menghadapi Barisan Nasional.
Bersambung ke bahagian seterusnya.....
*Untuk pembaca MyMassa memahami bagaimana NED boleh membantu Anwar, sila ke halaman berikut yang telah menerangkan secara terperinci.
Silap perahu boleh undur... silap buka kain, maka nampaklah ia...tapi boleh ditutup kembali. Tersilap kata akhirnya badan binasa...begitulah nasib yang dialami oleh Tim Presiden Pas Mat Sabu sekarang. Rakyat seluruh Negara yang terdiri dari pelbagai golongan dan peringkat mengecam kenyataan dangkal orang no 2 pas tersebut dan ianya sudah tidak terkawal lagi.
Beliau menyanjung sikap komunis dan merendahkan maruah anggota keselamatan, sekaligus menunjukkan beliau telah terpengaruh dengan ideologi komunis.Mat Sabu yang sanggup memainkan apa jua isu asalkan dirinya mendapat sokongan dan populariti di kalangan penyokongnya. Para pemimpin pas yang lain boleh menumpang populariti Mat Sabu dan dengan cara beginilah mainan pembangkang di negara ini untok menambat hati rakyat tapi sejak akhir2 ini Mat Sabu asyik "tersilap lubang"mungkin terlalu gelojoh untok menghadapi PRU13. Lubang pertama adalah lubang kafir Ambiga kononnya Demo BERSIH bertujuan mencari keadilan. Manakala lubang kedua adalah lubang menyanjungi pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
Pelbagai pehak termasok NGO-NGO membuat laporan polis berhubung kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dianggap keterlaluan tersebut.Tapi yang anehnya setakat hari ini belum ada seorangpun pemimpin PAS lain yang tampil backing Mat Sabu.Pengerusi DAP Karpal Singh tampil dengan satu kenyataan mengakui apa yang dikata oleh Mat Sabu itu tidak benar bahkan kenyataan Mat Sabu tersebut adalah silap.
Parti Islam Semalaysia ( PAS ) telah menzahirkan pandangan bercanggah mengenai pendiriannya berhubung Islam dan negara Islam. Semasa temubual dalam program Hardtalk, British Broadcasting Corporation (BBC), Naib Presiden PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu pendengar di seluruh dunia bahawa negara Islam bukannya satu objektif dalam perlembagaan parti itu.
Sebaliknya, beliau berkata media telah menggunakan istilah `negara Islam' untuk `menakutkan orang bukan Islam'.
Tetapi ketika Mustafa menyatakan pandangannya itu kepada pengantara Hardtalk, Tim Sebastian dalam satu temubual yang dikendalikan oleh penyampai yang pernah memenangi anugerah itu di Kuala Lumpur awal bulan ini, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula pada hari yang sama telah menyatakan pandangan yang berbeza sepenuhnya.
Hadi, yang sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa Pas akan meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pemerintahannya, telah mengumumkan pada hari yang sama dengan temubual itu disiarkan, bahawa Terengganu, dengan beliau selaku Menteri Besar waktu itu, akan mewartakan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebelum hujung Oktober dan menguatkuasakan undang-undang itu serta-merta.
Mustafa memberitahu Sebastian: "Istilah negara Islam" tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam.
Hanya media yang menggunakan istilah negara Islam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga memperbesar-besarkan isu itu untuk menakutkan orang bukan Islam sebagai satu cara untuk membolehkan mereka terus berkuasa.
Pemimpin-pemimpin kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada masa lepas telah mengkritik pemimpin-pemimpin Pas kerana `cakap kosong', menyatakan mereka memberikan komen berbeza di hadapan audien berlainan, mencerminkan Pas tidak ikhlas.
``Pas akan menyatakan sesuatu perkara kepada bukan Melayu dan perkara lain kepada orang Melayu,'' kata Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu sidang akhbar.
Sebastian, yang terkenal dengan kehebatannya mengemukakan soalan tanpa belas kasihan, turut membuatkan Mustafa terperangkap dan tidak pasti apabila beliau bertanya mengenai pandangan Pas mengenai serangan bom berani mati dan kaitan parti itu dengan Hamas, kumpulan militan Palestin yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan berani mati, dan Hizbullah, pertubuhan militan Lebanon.
Mustafa berkata, pertubuhan berkenaan merupakan pejuang kebebasan tetapi apabila Sebastian berkata hubungan Pas dengan kumpulan-kumpulan berkenaan adalah tidak konsisten dengan perisytiharannya sebagai sebuah parti Islam sederhana, Mustafa, yang cuba menjauhkan parti itu daripada kumpulan berkenaan berkata `sudah lama dahulu' Pas menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin Hamas dan Hizbullah.
Sebastian kemudian merujuk kepada notanya dan mengingatkan Mustafa bahawa kali terakhir ialah `hanya pada Mei tahun lepas'. Mustafa, yang jelas terperangkap dengan soalan itu, berkata: ``Ya, (tetapi) ia tidak bermakna kami menyokong pejuang kebebasan, kami bersetuju dengan setiap tindakan mereka''.
Mustafa kemudian mengolah semula jawapannya dan berkata Pas `tidak menyokong' Hamas jika anggotanya meletupkan diri mereka untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah dan adalah adil bagi mereka untuk berbuat demikian terhadap tentera Israel yang telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk Palestin.
Perkara itu turut bercanggah dengan pandangan Hadi pada perhimpunan agung parti itu dua minggu lepas apabila beliau menyifatkan pengebom berani mati Hamas sebagai `mati syahid'. Kepada soalan lain, Mustafa bersetuju dengan Sebastian bahawa sekiranya parti itu berjaya berkuasa, ia akan melaksanakan corak kerajaan `satu negara, dua sistem'!
Sebastian: ``Anda juga akan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka yang keluar dari agama Islam?''
Mustafa: ``Tidak, tidak, tidak. Tiada paksaan bagi orang untuk memeluk Islam. Sekiranya mereka memeluk Islam dan dengan senyap-senyap keluar daripada agama Islam tanpa pengetahuan sesiapa, mereka boleh (terlepas) begitu sahaja...jika mereka mengumumkan kepada dunia bahawa mereka meninggalkan agama Islam, ia sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam, bahawa Islam tidak baik...''
Di sini, Mustafa sekali lagi terperangkap apabila Sebastian berkata ini bermakna Pas menolak Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia yang memperuntukkan setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama, termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan sama ada secara sendirian atau dalam berkumpulan dengan orang lain di tempat terbuka atau persendirian.
Mustafa: Jika seseorang mahu keluar daripada agama Islam secara senyap-senyap, terpulang kepada dirinya sendiri, jika seseorang keluar Islam secara terbuka, pasti orang berkenaan ada maksud tidak baik...
Sebastian: Tetapi Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia membenarkan mereka berbuat demikian secara terbuka...
Mustafa: Kita perlu bincangkan perkara ini..!!!
Demikianlah serba sedikit kenyataan dari para pemimpin PAS berhubung dengan penubuhan negara Islam jika mereka berjaya memerintah negara. Di lihat mereka masih berdolak dalih dalam isu negara Islam ini.
PAS bukanlah parti Islam sebenarnya apabila tokoh-tokoh mereka sendiri yang menafikannya. Malah ada seorang lagi pemimpin PAS iaitu bekas Menteri Besar Perak secara terang-terang ketika sidang Dewan berlangsung juga menafikan yang PAS hendak menegakkan negara Islam sehingga mencabar kepada sesiapa yang dapat membuktikannya? Malah ianya di akui juga oleh Husam Musa di Kelantan. Bagi Husam Islam hanyalah Idealisme sahaja kepada PAS.
Dan jika ahli-ahli PAS masih lagi mendabik dada yang mengatakan mereka adalah parti Islam, maka suruh sahaja mereka tunjukkan di mana dalam perlembagaan parti PAS yang mengatakan PAS hendak menegakkan negara Islam PAS. Wallahuallam.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam satu kajian membabitkan 1,027 responden yang dibuat oleh Merdeka Center ianya menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos. Persoalan pertama yang perlu dipertikaikan apakah cukup sampel sejumlah itu untuk menggambarkan pandangan rakyat berjumlah 29 juta terhadap Perdana Menteri?
Bagaimana responden tersebut dipilih dan siapa mereka? Lagipun Merdeka Center adalah sebuah badan yang diketahui mendapat dana daripada pembiaya asing yang juga membiayai aktiviti pembangkang dan Anwar Ibrahim di Malaysia (baca sini). Ketika hampir dengan pilihan raya memang ada satu "trendsetter" untuk mencetuskan "snowball effect" dalam pemikiran rakyat yang lain. Angka 1,027 bukanlah satu yang signifikan untuk mempengaruhi persespi pengundi di Malaysia. Rakyat Malaysia hari ini sudah kenal siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, mengapa itu tidak dikaji?
HUAN Cheng Guan (kiri) bersama beberapa ahli PCM menunjukkan surat laporan mendesak SPRM menyiasat kes tuntutan perubatan Mohamad Sabu, di Pulau Pinang, semalam. - BERNAMA
PULAU PINANG 29 Ogos - Parti Cinta Malaysia (PCM) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat tuntutan perubatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumlah RM8,434.05 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).
Naib Presiden parti itu, Huan Cheng Guan berkata, tuntutan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak patut diluluskan PBAPP kerana kecederaan lututnya bukan berlaku ketika waktu bekerja sedangkan beliau sebenarnya menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.
Lantaran itu, beliau turut menyifatkan kelulusan tuntutan perubatan itu bukan sahaja satu tindakan kerajaan tempatan DAP yang menyalahgunakan kuasa malahan juga merupakan pembaziran sumber kewangan di negeri ini.
"Saya berpendapat perubatan Mat Sabu tidak sepatutnya dapat dituntut kerana kecederaannya berlaku semasa menyertai Bersih dan bukan waktu bekerja.
"Malah, saya percaya syarikat insurans juga tidak akan meluluskan tuntutan sebegini jika seseorang itu mengalami kecederaan kerana menyertai demonstrasi," katanya.
Cheng Guan bersama enam ahli PCM hari ini mewakili rakyat di negeri ini untuk membuat laporan di pejabat SPRM di sini.
Dalam pada itu, Cheng Guan juga mempertikaikan tindakan Mat Sabu yang sebenarnya layak memasuki wad kelas 1 di mana-mana hospital kerajaan untuk mendapat rawatan pada lututnya.
"Saya hairan apa sebabnya Mat Sabu mendapat rawatan di Hospital Pakar KPJ untuk rawatan lututnya dan bukan hospital kerajaan sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga hanya mendapat rawatan lutut beliau di Hospital Kuala Lumpur sahaja.
"Ini sekadar menunjukkan pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan tempatan DAP sahaja," katanya.
Pada masa sama, Cheng Guan berkata, beliau juga akan meminta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) untuk menyiasat perkara berkenaan.
Tegasnya, perkara itu perlu disiasat dengan baik supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga merupakan Pengerusi PBAPP harus memberikan penjelasan mengenai tuntutan perubatan tersebut - Sumber Utusan
Pelajar Sekolah Agama Di Tumpat Lahir Anak Luar Nikah
Bayi pelajar sekolah agama masih di ICU
KOTA BHARU: Keadaan bayi lelaki yang dilahirkan seorang pelajar sebuah sekolah agama di Tumpat, baru-baru ini dilaporkan sihat tetapi masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian lanjut oleh pihak hospital.
Pegawai Perhubungan Awam Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Zaid Ahmad berkata, bayi lelaki dilahirkan cukup bulan seberat tiga kilogram dalam keadaan stabil.
"Bayi berkenaan stabil namun masih memerlukan pemerhatian lanjut daripada pihak hospital.
"Bayi itu kemungkinan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) secepat mungkin untuk tindakan seterusnya," katanya, semalam.
Ditanya mengenai keadaan ibu kepada bayi terbabit, Zaid berkata, pelajar berkenaan sudah dibenarkan keluar dari hospital sejak minggu lalu selepas pemeriksaan mendapati dia tidak menghadapi masalah kesihatan.
Mengenai tindakan selanjutnya ke atas ibu muda terbabit yang juga pelajar sebuah sekolah agama, Zaid menegaskan ia terpulang kepada pihak jabatan agama untuk melakukan siasatan.
Difahamkan, minggu lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Tumpat bertindak membuka kertas siasatan kes seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di Tumpat yang melahirkan seorang bayi di tandas asrama itu.
Pegawai Agama Tumpat, Mohd Naim Ghazali, dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil keterangan daripada pelajar berusia 18 tahun itu.
Sumber: myMetro Apa sudah jadi... Kelantan yang diwar-warkan sebagai Serambi Mekah kini menjadi Serambi Maksiat?? Apa sudah jadi dengan kempen tutup aurat yang dilaksanakan kerajaan PAS Kelantan? Adakah hanya kempen tutup aurat sahaja sudah memadai? Bagaimana kempen benteras maksiat??
Jika pelajar ini dari sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran tidaklah menghairankan sangat... Sebab ostad-ostad PAS sering mengatakan bahawa pengajaran di sekolah kebangsaan banyak berteraskan sekular... Jadi bagaimana pula dengan sekolah agama ni pulak hingga berjaya menempa nama di dada akhbar dek kerana hanya salah seorang pelajarnya melahirkan anak luar nikah...
Apakah penerapan nilai-nilai Islam tidak sampai kepada pelajar-pelajar ni? Apa ostad-ostad PAS buat?? Atau mereka hanya tau dok berceramah menghentam kerajaan BN?, tapi kelemahan pentadbiran sendiri buat-buat tak nampak... Ataupun kempen menutup aurat hanya satu propa sahaja... Cakap sahaja lebih... Habuk pun tarak...
eXception bukan mahu menghina kempen menutup aurat, malah menyokongnya 100%... Tetapi malangnya kempen yang dilakukan tidak serius... Apa gunanya kempen menutup aurat sedangkan maksiat di Kelantan berleluasa? Di Kota Bharu sebagai contoh... Sebut sahaja Jalan Hamzah... Sebut sahaja Kampung Limau Manis...
Atau PAS masih nak menuding jari kepada UMNO kononnya maksiat tersebut adalah tinggalan Kerajaan Barisan Nasional... Adakah PAS sudah lupa? PAS mentadbir Kelantan bukan setahun dua... Ataupun Kerajaan PAS Kelantan mahu mengambil jalan mudah dengan mengatakan ianya bukan salah mereka tetapi salah pelaku tersebut? Jika tiada penguatkuasaan undang-undang yang serius, mana mungkin pelaku tersebut bebas melakukan perkara terkutuk tersebut?
Satu lagi bukti bahawa kempen tutup aurat yang dilaksanakan PAS terutama di Selangor juga ibarat melepaskan batuk di tangga... Lihatlah betapa mudahnya Teo Ni Ching memberikan tazkirah dalam surau dengan pakaian yang ketat menampakkan susuk badan, dengan fesyen kain terbelah sana-sini... Seorang pun ostad PAS tak berani tegur... Bacul!!
Malah Teo Ni Ching juga bebas melakukan aktiviti senam-robik dengan pakaian yang ketat di perkarangan sebuah masjid... Sorang pun ostad PAS tak berani nak tegur... Mungkin ada yang berasa bangga...
Jelas sekali bahawa daulat undang-undang Islam yang dibawa oleh PAS hanyalah satu propaganda sahaja untuk mengaburi mata rakyat... Kerana PAS jelas sekali GAGAL membenteras maksiat di Kelantan, PAS juga gagal membenteras isu murtad dan hanya pandai menyalahkan UMNO, PAS juga gagal melaksanakan kempen menutup aurat dengan berkesan... PAS hanya tahu menyalahkan UMNO... Setiap apa yang berlaku akan dipersalahkan kepada UMNO... Tanpa mengkaji salah dan silap sendiri... Secara terburu-buru menuding jari kepada UMNO...
Persoalan sekarang, apakah perjuangan PAS yang sebenar? Menyalahkan orang lain jika berlaku sesuatu atau membenteras secara serius tanpa perlu menunggu serta menyalahkan orang lain? Ataupun perjuangan PAS sekarang tak lebih sekadar topeng? Sampai bila ianya akan terus berlaku jika PAS berterusan asyik dok berceramah menghentam BN dan UMNO, tetapi PAS sendiri GAGAL bertindak?
1 Syawal menjelma lagi. Seperti biasa, umat Islam akan menunaikan solat aidilfitri pada paginya.
Sesuatu yang menarik perhatian aku ketika di masjid tadi adalah trend bergambar di dalam rumah Allah itu. Semasa mendengar khutbah, aku dapati ada beberapa orang yang mengambil gambar khatib dan selepas habis doa, kebanyakannya bersurai (sebahagian lagi menunggu untuk majlis tahlil) dan terdapat juga beberapa orang berposing sambil bergambar. Ada yang berposing di hadapan mimbar, dan ada juga yang berdiri ditengah-tengah jemaah yang sedang bersalaman sambil berselawat ke atas junjungan nabi. Mungkin mereka ini anak-anak perantau yang pulang ke kampung beraya bersama datuk nenek mereka. Mungkin mereka tak selalu ke masjid itu, dan sekadar merakamkan kenangan mereka beraya di kampung. Atau, mungkin juga senibina masjid itu sungguh indah..
Hmmm...
Aku terlalu banyak makan rendang hari ini. Lupa pulak nak bergambar.. huhuh
Nombor tidak pernah menipu. Peningkatan aliran masuk FDI (Foreign Direct Investment) ke dalam negara sebanyak 76% bagi setengah tahun pertama ini adalah satu petanda bagus. Dengan saingan yang semakin hebat dari negara-negara jiran kita khususnya Thailand, Vietnam dan Singapura, Malaysia berjaya mencatatkan sejumlah RM21.3 billion pelaburan langsung asing ke dalam negara.
Walaupun ada yang mempersoalkannya (termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir) tentang kesan langsung FDI kepada golongan pertengahan dan bawahan, saya yakin sebarang aliran masuk wang ke dalam negara pasti akan memakmurkan negara ini dengan penciptaan peluang pekerjaan baru, keperluan kepada barangan asas, perkhidmatan kemahiran dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung, kitaran ekonomi dapat bergerak dengan kehadiran pelaburan-pelaburan langsung asing ini.
Pastinya setiap seorang daripada kita tidak mendapat duit sebakul apabila masuknya pelaburan langsung asing ini. Kita mendapat manfaat secara tidak langsung dari segi jangka panjang. Jadi janganlah kita melatah apabila ada orang yang mempersoalkan "apa yang kita (dia?) dapat daripada FDI ini?"
Biarkan sahaja mereka itu....
You are subscribed to email updates from C-bOk To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.