Ahad, 31 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


DunSemarang

Posted: 31 Jul 2011 01:19 AM PDT

DunSemarang


Selamat Menjalankan Ibadah Puasa dari DunSemarang

Posted: 31 Jul 2011 01:16 AM PDT

Program Mesra Rakyat DUNSEMARANG

Posted: 31 Jul 2011 12:30 AM PDT

Ayer Hitam 30 Julai – Usaha untuk memperkenalkan Terminal Bas Ayer Hitam kepada pengguna pengangkutan awam terus di adakan demi meningkatkan khidmat yang bermutu kepada rakyat. Atas iltizam tersebut Majlis Daerah Yong Peng yang di terajui oleh Yang DiPertua dan Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng menganjurkan "Program Mesra Rakyat Yang Dipertua dan Setiausaha" dengan mengadakan pengisian aktiviti yang mesra rakyat. Program di adakan di Terminal Bas Bandar Baru Ayer Hitam dan antara lain ialah di adakan pertandingan gubahaan, mewarna, gotong royong kebersihan, pertandingan karaoke suka-suka serta cabutan nombor bertuah. Apa yang lebih menarik lagi ialah terjalinnya kerja sama dengan FAMA di mana di adakan pesta makanan buah-buahan sebagai satu tarikan promosi memakan buah-buahan tempatan. Aturcara bermula dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan orang makan di tawarkan menjamu selera buah-buahan tempatan secara percuma. Menurut En. Mohd Khir Johari Yang DiPertua MDYP sebagai berkata program ini sebagai satu usaha merapatkan rakyat dan kerajaan tempatan di samping menjalankan usaha terus menerus memperkenalkan Terminal Bas Bandar Baru Ayer Hitam. Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Datuk Samsol Bari Jamali ADUN Kawasan Semarang, Haji Mohd Kamal Harun Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ong See Tian Timbalan Ketua Whip MDYP, Encik Lau Kim Huat Ketua Masyarakat Ketua Kg Baru Ayer Hitam, Ahli-Ahli MDYP, Ketua-Ketua masyarakat dan pemimpin setempat. Terminal bas Bandar Ayer Hitam menempatkan 17 unit tempat letak bas untuk 10 buah bas ekspress dan 7 buah bas transit, 10 lot kaunter tiket, 10 unit tempat letak teksi, sebuah surau, tandas dan ruang menunggu.Program Mesra Rakyat Yang Dipertua dan Setiausaha Majlis Daerah Yong Peng Tambah Promosi Terminal Bas Ayer Hitam.YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN SEMARANG, ENCIK MOHD KHIR JUHARI YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH YONG PENG DAN TUAN HAJI ZAINI RAHMAN PEGAWAI FAMA BATU PAHAT SEDANG MEMPROMOSIKAAN BUAH-BUAHAN TEMPATA DI MAJLIS MESRA RAKYAT MYDP DI TERMINAL BAS BANDAR BARU AYER HITAM.
PEMENANG PERTANDINGAN GUBAHAN SEDANG MEMERIMA HADIAH DARI YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI ADUN SEMARANG.
Sumber Berita dan Foto Saudara S/U UBAH Halid Saat.

Imbas Kembali Pt Semarang...

Posted: 31 Jul 2011 12:24 AM PDT


IMBAS KEMBALI
PARIT SEMARANG 25 SEPT 2009 – AHLI JAWATANKUASA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM YANG DI KETUAI OLEH HAJJAH RAHEMAH IDRIS MENYANYIKAN LAGU SELAMAT HARI RAYA BERSAMA YB DATUK SAMSOL BARI JAMALI KETUA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM SEMASA SAMBUTAN HARI RAYA WANITA BAHAGIAN DI ADAKAN DI DEWAN MUAFAKAT PARIT SEMARANG PADA 25 SEPTEMBER 2009. KINI ADILFITRI 2011 MENGGAMIT SEKALI LAGI PADA AKHIR BULAH OGOA 2011 SETELAH BERPUASA 29 HARI PADA BULAI OGOS / RAMADAN. SELAMAT MENJALANKAN IBADAN PUASA KEPADA YANG MELAYARI BLOG INI DAN KEPADA UMAT ISLAM SELURUHNYA. SEMOGA ALLAH SWT MENYELAMATKAN UMAT ISLAM SELURUHNYA, HIDUP DALAM AMAN DAMAI SERTA MAKMOR DAN HINDARKAN DARI FITNAH SENGKETA SERTA HURUHARA AMIN YA ALLAH. S/U Halid Saat.

Imbas Kembali Pt Tengah Yong Peng

Posted: 31 Jul 2011 12:18 AM PDT


IMBAS KEMBALI
PARIT TENGAH YONG PENG 25 APRIL 2009 – AHLI JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN AYER HITAM BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI SELEPAS BERGOTONG ROYONG MENUTUP LUBANG DI TENGAH JALAN KAMPUNG PARIT TENGAH MK 7 YONG PENG. KEJADIAN TANAH MENDAP YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA LUBANG DI TENGAH JALAN SANGAT BAHAYA BAGI PENUNGGANG MOTORSIKAL DAN KENDERAAN 4 RODA DAPAT DI ATASI DENGAN SEGERA OLEH TINDAKAN PANTAS PEMUDA UMNO BAHAGAIAN AYER HITAM. Sumber Dan Foto S/U UBAH Halid Saat

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 30 Jul 2011 04:02 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 30 Jul 2011 11:45 AM PDT

http://osmansafdar.com/wp-content/plugins/wordpress-mu-featured-posts/im_tuy.htm

Posted: 29 Jul 2011 06:29 PM PDT

http://elmondelsjocs.com/im_tuy.htm

PRU 13 : ANTARA KUOTA DAN winnable dan likeable candidate.

Posted: 29 Jul 2011 06:03 PM PDT


Walaupun tarikh PRU 13 masih lagi menjadi tandatanya, tetapi gerakan semua parti politik sama ada kerajaan mahupun pembangkang dilihat sedang senuju ke arah itu. Pelbagai pandangan diberikan mengenai tarikh PRU 13, malah semakin ramai yang meramal semakin menarik dan tertarik perhatian semua golongan lebih-lebih ahli politik.

Kini semua tumpuan diberikan siapakah yang bakal menjadi calon Parlimen mahupun DUN. Malah tidak keterlaluan jika dikata sudah ada yang mula berjinak-jinak dengan kempen murahan dengan meminta Ketua-Ketua Cawangan menyebut nama mereka dengan harapan akan terpilih. Berilah kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak untuk buat pertimbangannya kali ini.

Jika diperhatikan kepada kreiteria pemilihan YAB, iaitu calun yang dapat beri kemenangan kepada parti. Untuk menang sudah pasti kita perlukan pengundi mengundi kita. Jadi bagi mendapatkan undi daripada pengundi, calon mestilah seorang yang disukai dan disenangi oleh masyarakat pengundi. Oleh itu,dinasihatkankan kepada calun lebih baik ukur baju dibadan sendiri sebelum bertanding.


Situasi semasa menunjukkan pengundi yang tidak menjadi ahli mana-mana parti politik adalah lebih ramai bilangannya dari yang jadi ahli. Oleh itu, kemenangan adalah ditentukan oleh mereka iaitu pengundi atas pagar. Apa yang telah kita lakukan kepada mereka. Selama ini ahli-ahli politik BN dilihat hanya sibuk jaga ahli-ahli parti sendiri sahaja?

Satu lagi perkara yang menarik perhatian penulis adalah mengenai isu kuota. Seolah-olah ada satu kontrak lisan yang dibuat bahawa pembahagian kerusi BN kepada parti komponen atau satu strategi. Keputusan PRU 12 2008 telah memperlihatkan satu gelombang tsunami yang menjahamankan kuota yang diamalkan selama ini.

Pengundi kini tahu kuasa membentuk kerajaan ditangan mereka. Betullah apa kata pujangga bila terlalu berkuasa maka kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa sangat tinggi. Sikap mahukan calon tempatan dan berdasarkan majoriti pengundi berdasarkan bangsa sangat sagnifikin sekali.


Malah ada yang mengatakan terlalu lama dah mereka berkorban, kini masanya parti pula berkorban untuk menentukan calon pilihan mereka. Kini suara-suara desakan mula kedengaran. Ada juga pihak yang cuba "mengampu" dengan katanya jangan beri tekanan kepada PM. Kesannya sangat besar, salah pilih calon "KALAH" dalam tangan.


Kehadiran pengundi baru dan muda juga ada kesan yang nyata kepada PRU 13. Dengan bilangan mereka seramai 40 %, sudah barang tentu, kesannya sangat besar kepada keputusan PRU nanti. Malah dikatakan generasi muda mahukan calun calun yang lebih segar minda, emosi dan fizikal supaya memahami jiwa dan hasrat mereka.

Nampaknya calun"recycle" semakin tidak mendapat tempat dihati orang muda selain dari proaktif kepada parti dan pengundi. Soal integriti juga jadi pertimbangan dan yang paling tinggi adalah apakah kesan ke atas mereka. Jika dilihat agak sukar untuk PM membuat keputusan siapakah calon untuk PRU 13 nanti. Tetapi jauh disudut hati penulis, PM ada vairiasi pemilihan bagi memastikan calun yang dipilih nanti mampu beri kemenangan kepada parti dan juga kerajaan.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2011

Posted: 29 Jul 2011 05:06 PM PDT


Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, satu forum antarabangsa bersama beberapa delegasi jemputan dari luar negara akan diadakan pada 28 dan 29 November sempena dengan perhimpunan itu nanti.

"Mesyuarat pramajlis akan diadakan pada 29 November," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau berkata, perasmian bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan diadakan pada sebelah malam pada 29 November diikuti perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO itu keesokannya.

Sementara itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengikut jejak langkah pembangkang yang berhasrat untuk meningkatkan kempen politik mereka di sepanjang bulan puasa nanti, kerana menghormati kemuliaan Ramadan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan