Jumaat, 29 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


ahmadmaslan.blogspot.com

Posted: 28 Jul 2011 09:34 PM PDT

ahmadmaslan.blogspot.com


FELDA sedia peruntukan RM15.77 juta sempena Ramadan

Posted: 28 Jul 2011 01:31 AM PDT

Posted: 28 Jul 2011 01:16 AM PDT

UMNO Tidak Pernah Tutup Pintu Rundingan Kerjasama Dengan Pas

Posted: 28 Jul 2011 12:47 AM PDT

Felda terima RM15.77 juta

Posted: 27 Jul 2011 10:41 PM PDT

120 rumah miskin dibaik pulih sebelum raya

Posted: 27 Jul 2011 10:40 PM PDT

1Malaysia untuk kemajuan negara

Posted: 27 Jul 2011 10:36 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 28 Jul 2011 03:44 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 28 Jul 2011 07:02 AM PDT

http://www.carstomoney.com/blog/wp-content/themes/sendinvitetoyourfriend1.htm

EID RAMADAN 2011

Posted: 27 Jul 2011 10:38 PM PDT


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN ALMUBARAK...

BERI PELUANG KEPADA GLC NEGERI UNTUK MELABUR DI AFRIKA

Posted: 21 Jun 2011 07:23 AM PDT

Antara lain, G-20 terdiri daripada Affin Holdings, Axiata Group, BIMB Holdings, Boustead, CIMB Group, Chemical Company of Malaysia, Penerbangan Malaysia (MAS), Malaysia Airports Bhd, MRCB, Maybank, Proton Holdings Bhd, Sime Darby Bhd, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd, TH Plantations, UEM Group dan UMW Holdings.
Hingga 3 Jun lalu, nilai modal pasaran G-20 itu melonjak lebih sekali ganda kepada RM355 bilion daripada RM159 bilion sejak program transformasi GLC dilancarkan pada 2004.

Tahun lalu, nilai modal pasaran G-20 adalah RM252 bilion, meningkat 65.8 peratus daripada RM152 bilion yang dicatatkan sebelumnya.

PPUBJ : Syarikat yang berkaitan dengan kerajaan juga terdapat dinegeri-negeri yang menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan, dari sektor harta tanah hinggalah kepada aktiviti runcit. Walau pun volume perniagaan GLC negeri tidaklah sebesar sebagaimana yang dijalankan oleh GLC peringkat persekutuan tetapi bila kita menyebut perniagaan sahaja soal keuntungan adalah motif utama ditubuhkan GLC tersebut.

Di samping tu, dapat mengujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada syarikat kecil. Pencapaian yang memberangsangkan itu adalah berpunca dari urus tadbir yang cekap dan kakitangan yang dedikasi. Ini sewajarnya dijadikan contoh oleh GLC negeri agar dapat meningkatkan kecekapan CEO berkenaan untuk meningkatkan keuntungan serta dapat beri pulangan kepada kerajaan negeri.

Selain itu, warga kerja yang berkenaan wajar diberikan pendedahan di syarikat swasta dan GLC yang berkaitan agar pendedahan begini dapat memberikan inisiatif serta pandangan serta inovatif bagi memastikan penglibatan sektor semi kerajaan dalam penjanaan ekonomi negara dapat ditingkatkan selain dari FDI. Peranan DDI dilihat semakin penting bagi memastikan model ekonomi baru beri pulangan yang setimpal kepada rakyat dalam konsep rakyat didahulukan.

Malah jika dilihat pada persidangan LID yang baru sahaja berakhir banyak peluang-peluang baru perniagaan yang dapat diterokai di Afrika dan Carribien bagi GLC Negeri untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi pelaburan mereka keluar negara.

BESI YANG BOLEH JADI SAKSI....

Posted: 21 Jun 2011 06:46 AM PDT



video-seks513Ingat balik…Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kata video tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah kerana ia BESI.

Kenyataanya di penutup Muktamar PAS baru ini merujuk kepada isu video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya bagi PAS mereka berpegang kepada hukum Islam yang memerlukan empat saksi.
Ramai yang terkejut dengan kenyataan itu kerana PAS tidak mahu ambil usaha langsung untuk menyiasat soal video itu…sedangkan ia melibatkan soal moral orang yang mereka tunjang untuk jadi ketua.
Namun Selasa di Dewan Rakyat isu video seks Ketua UMUM PKR itu riuh seketika bila beberapa Ahli Parlimen memempersoalkanya dalam perbahasan.
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali menuntut satu kepastian segera perkara ini agar orangramai tidak keliru memandangkan polis sendiri sudah sahkan video itu tulen.
Beliau bertanya apa kesudahannya isu ini.Katanya pihak Jabatan Agama Islam perlu member penjelasan apakah video boleh dijadikan bukti dalam perbicaraan Qazaf di mahkamah syariah.
Menurutnya perkara ini penting diperjelaskan.Turut sama bercakap isu itu ialah Ahli Parlimen Seri Gading Datuk Mohamed Aziz dan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Tidak lama kemudian dalam jawapannya mengenai hal berkenaan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Masitah Ibrahim menjelaskan bahawa video boleh dijadikan bukti setelah ia diselidiki kesahihannya.
Katanya," seseorang yang menuduh seseorang itu berzina hendaklah mengemukakan empat orrang saksi.
"Walau bagaimanapun jika tidak boleh mengemukakan empat saksi…penuduh boleh mendatangkan bukti...bukti boleh didatangkan dalam laporan DNA,rakaman audio atau rakaman video.

"Namun begitu samaada ia boleh diterima  tanpa siasat terlebih dahulu …semuanya terpulang  kepada mahkamah untuk menilai kesahihan bukti-bukti tersebut.
'Jadi dengan penerangan ini video boleh dijadikan bahan bukti….walaubagaimanapun ia perlu diselidiki terlebih dahulu."
Dewan kemudiannya kecoh seketika bila Ibrahim Ali bangun minta penjelasan Timbalan Menteri itu mengenai soal sudah 'diselidiki' itu dalam kontek kenyataan pihak polis yang mengesahkan hasil siasatan videoyang dikaitkan dengan Anwar  didapati tulen.
Dr Masitah berkata," apa yang dibangkitkan oleh YB Pasir Mas itu…saya tidak dalam situasai mejawab  kerana ia dalam bidang kuasa mahkamah  untuk menentukan kesahihan video tersebut.
Ini membuat Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR bangun minta penjelasan mengenai kelayakan saksi .Ia dirasai oleh Ibrahim Ali menyindirnya.
Perang mulut tercetus antara mereka hingga Speaker Tan Sri Pandikan Amin Mulia terpaksa mencelah minta mereka berhenti berbalah.-21/6/201

PPUBJ : Bila dah masuk mahkamah rasanya tak perlu diulas...biarlah mahkammah menjalankan tugasnya berdasarkan keterangan dan bukti. Cuma jangan ada yang kata nanti...mahkammah diarahkan pulak untuk buat itu dan ini.....

SENGAJA TAK MAHU FAHAMI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.

Posted: 21 Jun 2011 06:40 AM PDT


 

  • PDF 
logo-sprKemenangan dan kekalahan sesuatu parti yang bertanding di dalam pilihan raya berubah mengikut sentimen pengundi.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sepatutnya dipersalahkan di atas keputusan sesuatu pilihan raya, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
"Parti dan calon yang disukai akan menang. Buatlah macam mana pun, sentimen memainkan peranan. Ini sentimen pada (pilihan raya umum) 2008. Pada 2004 berbeza.
"Dan saya yakin sentimen akan berubah (lagi) dan ini jangan salahkan SPR. Ada masanya kita menang ada masanya kita kalah," katanya semasa wawancara khas bersama RTM bertajuk "SPR Menepati Proses Demokrasi" selama 30 minit yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV Jabatan Penyiaran Malaysia Sayuti Mukhtar Isnin.
Menyentuh mengenai cadangan menurunkan had umur mereka yang layak mengundi kepada 18 tahun daripada 21 tahun pada masa ini, Abdul Aziz berkata ia memerlukan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, seperti juga penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundi mengundi dua kali dalam satu-satu pilihan raya.
Katanya, tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan yang menghalang seseorang itu mengundi sekiranya terdapat dakwat kekal di jari, tangan malahan pada badan sekalipun dan tindakan menghalang boleh menyebabkan SPR dicabar mengikut undang-undang.
"Untuk pinda Perlembagaan, ia memerlukan persetujuan dua pertiga anggota Dewan Rakyat. Untuk dapat dua pertiga sangat susah kerana hasil risikan saya, jika pemerintah setuju, pembangkang tidak bersetuju, pindaan tak boleh lulus dan begitu juga sebaliknya," katanya.
Bernama melaporkan, Abdul Aziz berkata sekiranya pindaan ini diluluskan, barulah Malaysia boleh mencontohi India dan Indonesia yang menggunakan dakwat kekal dalam proses pilihan raya mereka.
Selepas program itu, Abdul Aziz memberitahu Bernama bahawa SPR sentiasa membuka ruang perbincangan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk berbincang bagi menambahbaik perjalanan pilihan raya di negara ini.
"Di sini juga saya ingin membetulkan laporan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian, Sabtu lepas yang mengatakan SPR telah menutup pintu perbincangan kepada kumpulan itu ( Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih))
"Sebenarnya SPR tidak menutup pintu perbincangan malah bersedia berbincang dengan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan untuk kebaikan dan menyuburkan proses demokrasi di negara ini," katanya.-20/6/201

BERSIH 2 : AHLI PARLIMEN MAHU TINDAKAN TEGAS DI AMBIL..

Posted: 21 Jun 2011 06:34 AM PDT


Ahli Parlimen mahu tindakan tegas terhadap penganjur Bersih
ISNIN, 20 JUN 2011 21:09 ADMINISTRATOR

Beberapa Anggota Parlimen berkata KDN perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu, dengan mengambil tindakan terhadap penganjurnya.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata perhimpunan haram secara besar-besaran boleh membawa padah kerana pasti ada di kalangan mereka yang turut serta dari kumpulan terbabit bertindak di luar kawalan.

"KDN perlu bertindak tegas sebelum perkara-perkara yang buruk berlaku kerana saya percaya ada udang di sebalik batu. Saya percaya ada agenda-agenda kotor di sebalik meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih adil dan bersih," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Untuk itu, katanya, beliau menyokong kerajaan memperuntukkan perbelanjaan tambahan kepada KDN kerana kementerian itu memerlukan belanja yang besar untuk operasi menjaga keamanan negara pada setiap demonstrasi.

Sementara itu, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) pula mencadangkan sebelum sesuatu itu menjadi lebih parah, aspek "mencegah lebih baik dari berubat" perlu diambil kerajaan, termasuk bertindak menahan penganjur perhimpunan haram itu.-20/6/201e

umno bahagian cheras

Posted: 28 Jul 2011 01:32 PM PDT

umno bahagian cheras


‘Tak ada salahnya jika UMNO-PAS rintis semula kerjasama’ – Syed Ali

Posted: 27 Jul 2011 09:20 PM PDT

JIKA berlaku kerjasama UMNO – PAS, ianya bukan hanya atas kepentingan politik, tetapi demi kesinambungan perjuangan orang Melayu dan umat Islam di negara ini, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Oleh sebab itu katanya, UMNO tidak pernah berasa kecewa dan berputus asa walaupun selama ini salam kerjasama itu ditolak mentah-mentah oleh PAS.

"Atas nama kepentingan Islam, UMNO sentiasa mengharapkan suatu hari nanti akan berlaku kerjasama atau permuafakatan antara kedua-dua parti yang mewakili kepetingan seluruh orang Melayu," katanya.

Beliau memberitahu, pelawaan untuk bekerjasama antara UMNO-PAS pernah disuarakan secara terbuka oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak tidak lama dahulu.

Bagaimanapun, para pemimpin PAS terutama Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan keras menentang dan menolak pelawaan Perdana Menteri dengan meleparkan pelbagai tuduhan.

Dalam perkembangan terbaru ini, Syed Ali bagaimana pun berharap kerjasama itu hendaklah atas sifat ikhlas dan bermatlamat untuk menjana kekuatan umat Islam.

"Perasaan sombong dan bongkak pemimpin Pas terutama Nik Aziz perlu dikikis demi kepentingan umat Islam tanpa mengira idelogi politik," tambahnya.

Syed Ali mengulas saranan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan yang dilaporkan oleh agensi berita Bernama sebagai berkata UMNO masih berharap PAS dapat bekerjasama bagi menyatupadukan umat Islam dan Melayu di negara ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menutup Forum Perdana Menjana Umatan Wahidah anjuran UMNO Bahagian Kota Raja, Shah Alam malam tadi, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, kerjasama itu bagaimanapun bukan bermakna UMNO berada dalam keadaan terdesak.

"Saya berstuju dengan pandangan Ahamd Maslan, UMNO bukan lagi terdesak tetapi kita merenung jauh kepada masa depan umat Melayu yang dikhuatiri akan merempat di tanahairnya sendiri akibat percaturan kuasa pihak berkepntingan," tegasnya.

Mengulas lanjut saranan tersebut, Syed Ali yang juga Setiausaha Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan berharap kepimpinan baru PAS sekarang ini dapat meneliti cadangan tersebut demi kebaikan bersama.

"Kita bercakap bukan kerana nafsu politik, tetapi kita mengambilkira senario masa kini dan permasalahan yang sedang melanda seluruh umat Islam dan orang Melayu di negara ini,' tegasnya.

Bersetuju dengan penjelasan Ahmad Maslan bahawa UMNO bukan terdesak, beliau menegaskan situasi sekarang sudah jelas menampakkan bahawa orang Melayu sedang dicaturkan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

"Kita kena sedar orang Melayu sekarang ini seperti dijadikan buah catur oleh pihak yang berkepentingan dan akhirnya kita bertelagah sesama sendiri," tegasnya lagi.

Menurutnya, sejajar dengan perubahan pendekatan PAS daripada 'Membangun Bersama Islam' kepada 'Negara Berkebajikan', maka bersesuaian jika PAS dengan UMNO merintis jalan untuk bekerjasama.

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 28 Jul 2011 10:03 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Bersih: Serigala Yang Berupa Kambing?

Posted: 28 Jul 2011 08:06 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan