DATUK Wira Syed Ali Alhabshee tidak terfikir mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan sikap anak sulungnya, Datuk Paduka Marina yang begitu menyanjung perjuangan Bersih.
Katanya, Dr. Mahathir mungkin tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan Marina terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa Marina sebagai terancam.
"Saya tak fikir begitu, Dr. Mahathir adalah pejuang UMNO dan sudah tentu beliau menentang keras usaha Bersih untuk melumpuhkan kerajaan BN," tegasnya.
Sehubungan itu, Syed Ali menyifatkan kenyataan Marina sebagai pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pendirian keluarga bekas Perdana Menteri berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
"Mungkin itu pandangan peribadi, tetapi saya bimbang kenyataan Marina boleh menyinggung perasaan Dr. Mahathir," ujar Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.
"Dr. Mahathir mungkin tidak boleh menyekat hak Marina untuk bersuara tetapi sebagai anak bekas Perdana Menteri, tentu tindak-tanduk beliau menarik perhatian rakyat.
Katanya lagi, rakyat melihat situasi sedemikian sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
Beliau kecewa kerana Marina sejak kebelakangan ini dilihat begitu lantang mengecam kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.
Katanya, sejak demontrasi haram Bersih baru-baru ini, Marina dilihat membabitkan diri secara langsung dalam perhimpunan tersebut dengan turut hadir menyertainya.
"Beliau mengecam kerajan secara terbuka, saya lihat seperti ada yang tak kena pada Marina," ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan Marina dalam portal berita
malaysiakini yang berkata BN berada dalam kedudukan panik dan merasakan kerajaannya terancam dan tidak boleh berfikir dengan jelas.
Marina dipetik sebagai berkata : " Awak boleh dapatkan semula sokongan orang ramai dengan hanya berbaik kepada mereka.A
wak tidak boleh dapatkan sokongan dengan bersikap jahat. Awak tak boleh tuduh peserta perhimpunan itu semuanya kumpulan samseng, mungkin ada segelintir, Tetapi bukan semua mereka,".
Kata Marina lagi, mereka yang turun pada hari itu begitu bangga dengan pertubuhan Bersih 2.0 sambil menyifatkan mereka melakukan perkara yang baik dan menjadi 1Malaysia.
Dalam hal ini, Syed Ali kecewa kerana Marina menggunakan
malaysiakini sebagai medium untuk mengkritik kerajaan sedangkan portal berita tersebut sememangnya pro-pembangkang.
"Saya berasa hairan bagaimana Marina berbuat demikian sedangkan Dr.Mahathir sendiri pernah dikecam oleh
malaysiakini dalam banyak isu sebelum ini," tambahnya.
Sebagai anak bekas Perdana Menteri tersohor katanya, Marina masih boleh menyuarakan pandangan dan kritikan beliau mengikut saluran yang betul tanpa mencetuskan kontroversil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan