Sebentar tadi di Kelab Sultan Sulaiman, satu sejarah telah berlaku dimana perjumpaan seramai 100 mahaguru persilatan Melayu telah berkumpul.
Perjumpaan ini telah diketuai oleh YAB Dato Seri Ali Rustam, Pengerusi PERSAKA bagi membincangkan tindakan BERSIH yang akan dilakukan pada 9 Julai ini.
Pada awal mesyuarat ini, selaku Pengerusi Pengacara, Saudara Megat telah memberi penerangan secara ringkas butiran perjumpaan. Ini diikuti oleh Dato Seri Reezal Merican, Tan Seri Omar Din dan selepas itu YAB Dato Seri Ali Rustam memberikan ucapan dan mempengerusikan perjumpaan.
Perjumpaan seperti ini pernah berlaku pada 40 tahun dahulu dimana agenda tertumpu kepada peristiwa 13 Mei yang mana orang Melayu telah dihina dan dihalau keluar dari bandar akibat dari kekalahan banyak kerusi Perikatan kepada DAP.
Butiran perbincangan tidak dapat saya kongsi di sini, tetapi cukup lah sekadar saya mengatakan, ianya amat berkesan dan memberikan satu mesej yang orang Melayu tidak rela diri mereka di pergunakan lagi selepas berdiam diri sekian lama.
Perginya Pendekar Melayu ke Jalanan ini pada 9 Julai bukan untuk balik, melangkahnya mereka dari rumah sudah tentu mencari erti Jihad, bagi mempertahankan Kesucian Agama dan Negara Malaysia tercinta.
Persiapan semua telah dijalankan, hanya menungu panggilan dari Ketua. Ini bukan lagi amaran yang boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak. !
Semoga Allah swt meredhai perjuangan kita semua. Insyallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan