Sabtu, 23 Julai 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Posted: 23 Jul 2011 07:06 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Bersih 2.0: Suhakam mula kumpul bukti tindakan keras pihak berkuasa

Posted: 22 Jul 2011 07:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Suhakam meminta pihak yang mempunyai bahan bukti atau maklumat berkaitan dakwaan mengenai penggunaan kekerasan melampau pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan Bersih 9 Julai lalu agar menyerahkannya kepada badan itu sebelum 2 Ogos ini.
"Orang awam yang telah menyaksikan sebarang perbuatan atau insiden mengenai dakwaan-dakwaan yang disebutkan atau mereka yang boleh memberi maklumat yang berkaitan dan atau dokumen serta bukti-bukti termasuk rakaman video atau gambar mengenai dakwaan-dakwaan ini diminta menghubungi suruhanjaya dengan segera," kata Suhakam dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tarikh akhir bagi tujuan itu, yang dinamakan sebagai penyerahan awam, adalah 2 Ogos ini.

Untuk pertanyaan dan penyerahan awam orang ramai boleh menghubungi

Ameer Izyanif Hamzah atau Shahizad Sulaiman di pejabat Suhakam di Aras 13, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail atau menerusi talian telefon 03-26125669 / 5623, faks (03-26125620 / 5694) atau e-mel complaints@suhakam.org.my atau humanrights@suhakam.org.my

Suhakam mengambil tindakan itu ekoran keputusannya, minggu lalu, mahu mengadakan siasatan awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Panel siasatan akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Profesor Datuk Dr Khaw Lake Tee dan dibantu oleh Pesuruhjaya Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid dan Detta Samen.

Kenyataan Suhakam juga berkata terma rujukan siasatan awam kali ini antara lain akan menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak sebelum dan semasa perhimpunan, dan jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, ia akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut dan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

Selain itu, siasatan awam juga akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Suhakam juga menambah, sapina akan dikeluarkan pada masa yang sesuai kepada saksi-saksi yang berkaitan termasuk orang awam, media dan pihak polis.

Kuasa itu diperuntukkan oleh Seksyen 14 (1)(a) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk mendapat dan menerima segala keterangan, bertulis atau lisan, dan untuk memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana yang suruhanjaya merasa perlu atau patut diperoleh atau diperiksa.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 22 Jul 2011 11:50 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


MMESYUARAT BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL KE-5 DI PEJABAT PKR SERTING - 20.7.11

Posted: 22 Jul 2011 03:37 AM PDT

Mesyuarat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal kali ke-5 di Pejabat KEADILAN Cabang Jempol di Serting meluluskan ketetapan seperti berikut:

1. Menerima keputusan Forum Dasar Tanah Orang Asal di Seremban iaitu Tanah Orang Asal termasuk Tanah Rayau, Tanah Adat, Tanah Kubur, Tanah Ladang dan Tanah Kampong (termasuk kawasan kemudahan awam) hendaklah diwartakan dan didalam kawasan yang diwartakan itu bagi sesiapa penghuni yang berhajat kepada tanah (untuk membina rumah) bolehlah memohon geran tanah; dan dasar yang disetujui oleh 2 kelompok Orang Asal iaitu yang bersetuju supaya tanah orang asal digerankan dan kelompok yang tidak bersetuju dengan tanah yang digerankan hendaklah menjadi dasar yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat; dan Sdr Haji Suhaimi Said selaku anggota MPP hendaklah membentangkan dasar ini untuk diterima didalam mesyuarat MPP akan datang.

2. Lawatan Kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan menjelajah 18 rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di Negeri Johor bermula dari 27hb Julai dan berakhir pada 30hb Julai 2011, dan pada 30hb Julai 2011 jam 10.00 pagi akan diadakan pertemuan diantara Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dengan Biro itu di Negeri Johor dengan mengundang semua Ketua-Ketua Cabang yang didalam kawasan masing-masing mempunyai rancangan Felda.

3. Semua Borang Penyertaan untuk menjadi Peneroka Baru Felda akan dikembalikan kepada Biro Masyarakat Felda pada bulan Ramadhan bagi rancangan-rancangan Felda yang sudah menerima borang tawaran tersebut; dan tawaran akan dilancarkan semula kepada rancangan-rancangan Felda yang belum membuat pelancaran selepas bulan Ramadhan.

4. Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan diadakan pada 4hb September 2011 di Pejabat PKR Cabang Tampin jam 4.00 petang dan di Felda Palong 9 jam 9.00 malam.

5. Lawatan Kerja Biro ke rancangan-rancangan Felda Negeri Melaka, Selangor, Perak dan Pahang akan diteruskan selepas bulan Ramadhan.

MMESYUARAT BIRO MASYARAKAT FELDA DAN ORANG ASAL KE-5 DI PEJABAT PKR SERTING - 20.7.11

Posted: 22 Jul 2011 03:37 AM PDT

Mesyuarat Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal kali ke-5 di Pejabat KEADILAN Cabang Jempol di Serting meluluskan ketetapan seperti berikut:

1. Menerima keputusan Forum Dasar Tanah Orang Asal di Seremban iaitu Tanah Orang Asal termasuk Tanah Rayau, Tanah Adat, Tanah Kubur, Tanah Ladang dan Tanah Kampong (termasuk kawasan kemudahan awam) hendaklah diwartakan dan didalam kawasan yang diwartakan itu bagi sesiapa penghuni yang berhajat kepada tanah (untuk membina rumah) bolehlah memohon geran tanah; dan dasar yang disetujui oleh 2 kelompok Orang Asal iaitu yang bersetuju supaya tanah orang asal digerankan dan kelompok yang tidak bersetuju dengan tanah yang digerankan hendaklah menjadi dasar yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat; dan Sdr Haji Suhaimi Said selaku anggota MPP hendaklah membentangkan dasar ini untuk diterima didalam mesyuarat MPP akan datang.

2. Lawatan Kerja Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan menjelajah 18 rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di Negeri Johor bermula dari 27hb Julai dan berakhir pada 30hb Julai 2011, dan pada 30hb Julai 2011 jam 10.00 pagi akan diadakan pertemuan diantara Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dengan Biro itu di Negeri Johor dengan mengundang semua Ketua-Ketua Cabang yang didalam kawasan masing-masing mempunyai rancangan Felda.

3. Semua Borang Penyertaan untuk menjadi Peneroka Baru Felda akan dikembalikan kepada Biro Masyarakat Felda pada bulan Ramadhan bagi rancangan-rancangan Felda yang sudah menerima borang tawaran tersebut; dan tawaran akan dilancarkan semula kepada rancangan-rancangan Felda yang belum membuat pelancaran selepas bulan Ramadhan.

4. Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan diadakan pada 4hb September 2011 di Pejabat PKR Cabang Tampin jam 4.00 petang dan di Felda Palong 9 jam 9.00 malam.

5. Lawatan Kerja Biro ke rancangan-rancangan Felda Negeri Melaka, Selangor, Perak dan Pahang akan diteruskan selepas bulan Ramadhan.

Majlis Makan Malam PKR Negeri Sembilan 19.7.11

Posted: 22 Jul 2011 03:23 AM PDT





Gala KEADILAN Negeri Sembilan, satu malam yang penuh dengan semangat perjuangan dengan persembahan yang ringan dan tidak menjemukan.

Suara Sri Andalas

Posted: 22 Jul 2011 11:04 PM PDT

Suara Sri Andalas


MMA Gesa Bebaskan Jeyakumar

Posted: 22 Jul 2011 02:00 AM PDT

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa perdana menteri dan menteri dalam negeri supaya membebaskan Dr D Jeyakumar, yang sedang ditahan hampir sebulan di bawah Ordinan Darurat, sejak beliau ditangkap pada 2 Julai.

Jeyakumar yang juga ahli PSM dan ahli parlimen Sungai Siput (kanan) merupakan ahli seumur hidup MMA yang dianggotai 13,000 pengamal profesyen perubatan.

"Dalam tempoh beberapa minggu lalu, MMA menerima banyak panggilan telefon, e-mel dan mesej dari ramai ahli kami yang memandangkan berat penangkapan dan penahanan berterusan Dr Jeyakumar," kata Presiden MMA, Dr Mary Suma Cardosa dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah Persatuan Perubatan Sedunia (WMA) juga membuat gesaan yang serupa kepada para pemimpin BN.

WMA menggesa perdana menteri supaya menghormati piawaian antarabangsa bagi perbicaraan yang adil dan membebaskan segera semua aktivis atau mendakwa mereka di mahkamah.

Pada 25 Jun lalu, 30 ahli PSM termasuk Jeyakumar ditahan di plaza tol Sungai Dua atas dakwaan "melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong".

Mereka dibebaskan pada 2 Julai, tetapi Jeyakumar dan lima yang lain, ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).


Sumber: Malaysiakini

Perhimpunan di Bukit Aman Tuntut Bebas Aktivis PSM

Posted: 22 Jul 2011 01:30 AM PDT

Kira-kira 200 penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM), Pakatan Rakyat dan NGO mengadakan perhimpunan aman di hadapan pintu masuk ibu pejabat polis Bukit Aman petang ini, menuntut pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat.

Mereka juga berkumpul untuk menyerahkan memorandum menuntut pembebasan mereka yang ditahan akhir bulan lalu apabila mereka didapati memiliki bahan-bahan yang didakwa polis mempromosi komunisme dan sebagai bukti rancangan mereka untuk melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'.

Mereka pada mulanya dituduh melanggar Seksyen 122 Kanun Keseksaan, tetapi ini digugurkan. Keenam-enam mereka kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat pada 2 Julai atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam

Mereka yang ditahan ialah Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM iaitu M. Sukumaran, AP Letchumanan, Choo Chon Kai, M Sarasvathy dan R Sarat Babu.

Diketuai oleh setiausaha agung PSM S Arutchelvan, pintu depan Bukit Aman ini bergema apabila mereka melaungkan "Bebas Tahanan", "Hidup Rakyat" dan "Mansuhkan EO" beberapa kali.

Turut hadir adalah beberapa ahli parlimen Pakatan antaranya Tian Chua, Gobind Singh Deo, Anthony Loke, Lim Lip Eng, Tan Kok Wai dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Antara pemimpin NGO yang hadir ialah penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) E Nalini, Nashita Mohd Noor (ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA) dan Ivy Josiah selaku pengarah eksekutif Women's Aid Organisation.

Kebangkitan rakyat

Sewaktu berhimpun mereka menyampaikan ucapan ringkas antaranya menuntut pembebasan semua tahanan itu segera dan berharap rakyat terus memperjuangkan perkara ini sehingga mereka dibebaskan.

"Pencabulan (kepada mereka) tidak seharusnya berlaku... Mereka 'dikambinghitamkan', mungkin. Ketidakadilan ini kita pertikaikan.

"Kami menganggap mereka ditahan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). Saya berharap rakan-rakan dapat memperjuangkan (pembebasan mereka)," kata pengerusi PSM Dr Nasir Hashim.

Manakala Tian yang juga naib presiden PKR mengingatkan jika pemimpin negara terus menggunakan undang-undang yang didakwanya tidak relevan, maka mereka dianggap "tidur dan akan menjadi tidak relevan di mata rakyat".

"Kepada ketua polis negara dan timbalan polis negara kena sedar bahawa kini adalah zaman kebangkitan rakyat yang akan membuat penilaian," katanya.

Menurutnya lagi, rakyat tidak akan berhenti untuk menuntut pembebasan tahanan itu, dan akan meneruskan perhimpunan yang lebih besar untuk menuntut keadilan ke atas mereka.

Manakala Gobind mempersoalkan apakah negara ini dalam keadaan darurat dan terdapat ancaman komunis. Katanya-katanya disambut teriakan "tidak" oleh peserta perhimpunan itu.

"(Untuk) kerajaan dan polis, rakyat tidak takut dan perjuangan ini tetap diteruskan. Ini amaran kepada kerajaan, jangan main-main dengan kuasa rakyat. Rakyat yang akan menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan," katanya.

Undang-undang drakonian

Sementara Dr Dzulkefli pula yang memulakan ucapan dengan laungan "Hidup Rakyat" dan "Mansuhkan EO, mendesak pembebasan segera semua enam pemimpin PSM itu dan menyifatkan Ordinan Darurat sebagai undang-undang drakonian yang perlu dihapuskan.

Perhimpunan itu berlangsung selama hampir sejam bermula jam 2.30 petang, di mana mereka berarak 100 meter dari pintu masuk ibu pejabat polis itu. Kira-kira 40 anggota polis berkawal di hadapan pintu masuk ibu pejabat berkenaan.

Sementara itu, dalam memorandum tuntutan - yang disokong 90 badan yang terdiri daripada parti politik, NGO dan kumpulan mahasiswa - mereka menuntut tiga perkara penting kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Selain menuntut pembebasan segera keenam-enam pemimpin PSM itu, mereka juga menuntut supaya menghentikan penyiksaan dan pencabulan hak asasi ke atas tahanan itu serta memansuhkan semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara.

Dalam memorandum itu, mereka mendakwa penahanan enam orang aktivis ini adalah satu pencabulan hak asasi manusia dan mala fide (berniat jahat).

"Alasan awal penahanan enam aktivis ini adalah cukup jelas dan nyata iaitu untuk menjadikan kambing hitam bagi menakut-nakutkan rakyat Malaysia daripada menyokong dan menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011.

"Kemudian notis pemberitahuan ini ditarik balik dan pertuduhan itu ditukar dan mereka dikaitkan dengan tuduhan akan membawa kemudaratan kepada ketenteraman awam.

Kelirukan rakyat

"Kini BERSIH 2.0 yang ditakuti pihak polis dan pihak kerajaan, sudah pun berlalu. Walaupun, kami tidak bersetuju dengan alasan menahan mereka kerana BERSIH, tetapi kini polis tidak mempunyai alasan lagi untuk menahan aktivis ini memandangkan semua orang lain sudah pun dibebaskan atau akan didakwa di mahkamah," memorandum itu dipetik.

Selain itu, mereka juga mendakwa polis membuat tangkapan ISA dengan menggunakan nama Ordinan Darurat untuk mengelirukan rakyat.

Dakwa mereka, cara dan prosedur tahananan mereka digunakan bagi tahanan ISA antaranya mereka ditahan berseorangan dan bukan di lokap polis.

Memorandum itu juga turut menjelaskan tahanan itu merupakan aktivis sosial dan ahli PSM yang berjuang kepentingan rakyat secara terbuka.

"Mereka bukannya sekumpulan pengganas atau penjenayah yang merancang untuk menggulingkan kerajaan," katanya mereka.

Sehubungan itu, mereka menggesa Ismail agar membebaskan semua tahanan itu dan menekankan "selagi mereka berada dalam tahanan polis, keselamatan mereka adalah tanggungjawab pihak polis".


Sumber: Malaysiakini

Exco Selangor Tolak Laporan Suruhanjaya, Mahu Semakan Semula

Posted: 22 Jul 2011 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 22 JULAI : Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah menyambut baik keputusan peguam keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk memohon satu semakan kehakiman sekali gus mencabar keputusan suruhanjaya diraja di mahkamah.

Ean Yong berkata, ini kerana hasil siasatan dan keputusan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock semalam bahawa kematian Beng Hock berpunca daripada bunuh diri tidak dapat diterima serta disifatkan sebagai tidak masuk akal.

"Saya tidak percaya bahawa Teoh Beng Hock membunuh diri kerana dakwaan suruhajaya jelas menunjukkan bahawa sememangnya SPRM dan pegawai SPRM  telah menyalahgunakan kuasa serta tidak mengikut peraturan semasa soal siasat dan semasa siasatan kes dibuat," katanya memberitahu Tvselangor.

Menurut Ean Yong, berdasarkan hasil siasatan suruhanjaya semalam ia jelas menunjukkan bahawa Beng Hock 'terganggu' ekoran sikap tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilabel sebagai "Arman yang membuli, Ashraf salah guna (kuasa) dan HH pemimpin yang angkuh."

"Ya, ia memang tidak masuk akal. Kerana dalam sesi pendengaran, pegawai SPRM telah menjelaskan kes saya yang telah disiasat mereka jelas menunjukkan bahawa saya dan Beng Hock tidak terlibat dalam korupsi serta penyalahgunaankuasa. Dan jika ia benar, ini bermaksud Teoh Beng Hock tidak ada alasan untuk membunuh diri,"tegasnya.

Malah ujarnya, suruhanjaya juga memutuskan bahawa pegawai-pegawai SPRM di Selangor sebagai terbuka kepada pembohongan.

Ketiga-tiga mereka yang dinamakan ialah bekas pengarah SPRM Selangor Hishammuddin Hashim, dua pegawainya Arman Alies dan Mohd Ashraf Mohd Yunus.

Ketiga-tiga mereka dinamakan sebagai pegawai soal siasat kes Teoh dalam laporan suruhanjaya itu, sebagai pihak yang 'menundukkan' Teoh ketika sesi soal siasat empat peringkat, yang bermula 15 Julai sehingga keesokan pagi.

Menurut laporan suruhanjaya itu, "Arman yang membuli" kemungkinan telah memanipulasikan saksi untuk mendapatkan bukti.

Tambah Ean Yong, tindakan SPRM untuk menyiasat wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor adalah berunsur politik.

"Ini jelas menunjukkan bahawa tindakan SPRM untuk menyiasat semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Selangor adalah berunsur sifat politik," tambahnya.

Peguam keluarga Teoh Beng Hock, Karpal Singh berkata, pihaknya berkemungkinan memohon agar diadakan satu semakan kehakiman ke atas penemuan suruhanjaya diraja yang menyiasat kes kematian pembantu politik kepada seorang wakil rakyat DAP itu.

Karpal yang juga Pengerusi DAP kebangsaan berkata, beliau sedang meneliti laporan suruhanjaya itu "baris demi baris" untuk menentukan tindakan susulan, yang akan diketahui menjelang awal minggu depan.

Karpal berkata, beliau tidak dapat fikirkan sebarang tindakan yang boleh diambil ke atas tiga pegawai yang dinamakan selain tindakan disiplin.

Seorang lagi peguam keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo bagaimanapun berkata mereka sedang meneliti satu peruntukan dalam undang-undang yang boleh digunakan untuk meliputi tindakan ke atas pegawai-pegawai terbabit.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum, semalam.

Teoh, 30, pembantu politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.


Sumber: TVSNEWS

Anwar Ibrahim

Posted: 22 Jul 2011 07:35 PM PDT

Anwar Ibrahim


Isu Scorpene : Peguam Perancis Dihantar Pulang Tanpa Sebab

Posted: 22 Jul 2011 01:50 AM PDT

Dari http://www.tvsnews.net/

Peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon yang mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, akan dihantar pulang ke negaranya setelah ditahan Pegawai Imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak imegresen terhadap tindakan menghantar pulang peguam tersebut.

Peguam Hak Asasi, Latheefa Koya ketika dihubungi Tv Selangor berkata, tindakan tanpa sebab itu menunjukkan kerajaan pemerintah takut dengan pendedahan yang dibuat Bourdon dan menguatkan lagi spekulasi yang timbul selama ini.

“Kerajaan nampaknya takut pada pendedahan yang bakal dibuat Bourdan bersabit penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu dan hubungkait dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu,” katanya.

Latheefa mengutuk tindakan kerjaan yang menyalahguna kuasa yang ada dengan menahan dan menghantar Bourdan pulang ke negaranya, semata- mata mahu menghalang peguam hak asasi Perancis itu daripada mengetengahkan pelbagai penemuannya bersabit kes itu.

“Bourdon datang ke Malaysia secara sah. Kerajaan salah guna kuasa dengan hantar balik beliau untuk tutup dakwaan penyelewengan ini,” tegasnya.

Bourdon merupakan peguam yang dilantik Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), untuk memfailkan kes itu ke mahkamah terbuka di Perancis.

Kapal selam Scorpene buatan Perancis itu dikatakan dicemari dengan penyelewengan yang melibatkan jumlah komisyen RM540 juta ringgit.

Ia juga dikaitkan dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Sharibbu.

Bourdon sebelum ini berkata, di Perancis apa- apa transaksi melibat komisyen dianggap perbuatan jenayah.

Bourdon semalam berada di Bayan baru, Pulau Pinang untuk membongkarkan kes berprofil tinggi itu kepada umum dan beliau sepatutnya dijadualkan berbuat demikian di Petaling Jaya malam ini.

Polis Tayang ‘Detik Terpilih’, Bukan Menyeluruh

Posted: 22 Jul 2011 12:57 AM PDT

Harakah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan ‘detik-detik terpilih’.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.

“Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.

“Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu.Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja,” kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis.

Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan ‘layanan baik’ polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis.

“Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh.

“Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu,” katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan.

Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan.

“Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?” soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka.

Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Peguam ‘Scorpene’ Ditahan Di KLIA

Posted: 22 Jul 2011 12:31 AM PDT

Malaysiakini

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdonMenurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

“Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA,” kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen “menyoal Bourdon”.

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai ‘Ops Scorpene’ di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan – Sherpa – dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan