KUALA LUMPUR, 20 Julai — Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan "terus lawan."
"Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan," kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.
"Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais)," kata beliau.
Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.
"Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat," katanya lagi.
The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.
Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.
Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.
Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.
Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.
Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, "sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care."
"'Sharpshooter' diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun 'sharpshooter' tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika 'sharpshooter' mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan 'berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf'."
"Walau bagaimanapun 'sharpshooter' akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan," katanya.
Menurut laporan media semalam, dalam penghakimannya, Hakim Zabariah Mohd Yusof berkata, setelah mengambil kira fakta dan bentuk fitnah yang dilakukan oleh Amizudin dalam blognya dan juga nilai wang semasa, jumlah yang diberikan kepada Rais adalah munasabah.
Katanya, fitnah yang dibuat itu adalah sangat serius, dan jika seseorang itu mempercayainya, bukan sahaja reputasi Rais akan terjejas di peringkat nasional dan antarabangsa, tetapi yang lebih penting ialah kesannya terhadap kehidupan Rais dan keluarga.
Zabariah berkata bahawa dalam menetapkan jumlah ganti rugi itu, mahkamah mendapati tidak ada keterangan yang boleh mengaitkan Rais dengan perbuatan salah laku sehingga mendorong Amizudin mengeluarkan artikel berkenaan.
"Apa yang jelas ialah defendan ini berada dalam kem politik yang berlainan," katanya dipetik Bernama Online.
Beliau berkata fitnah itu melibatkan perbuatan merogol seorang individu dari negara lain dan ini merupakan satu tuduhan paling kotor yang dibuat terhadap seseorang.
Malah menurut Zabariah, tuduhan itu juga tidak sihat daripada segi hubungan diplomatik dan ia menambah lagi kemarahan negara jiran itu memandangkan terdapat kes-kes warga negara berkenaan didera ketika bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.
Katanya artikel itu diterbitkan dalam satu laman blog yang dapat diakses oleh sesiapa saja termasuk di luar negara.
Zabariah berkata bahawa daripada keterangan yang ada, perbuatan Amizudin mengeluarkan artikel itu dahulu sebelum memastikan kesahihannya, merupakan satu tindakan yang cuai.
"Ini jelas daripada keterangannya bahawa dia telah pergi ke Jakarta untuk menyiasat hanya selepas dia mengeluarkan artikel itu dalam blognya. Dia berada di sana selama tiga hari dan gagal mendapatkan pengesahan terhadap dakwaannya itu daripada wanita yang dikatakan mangsa," katanya.
Selepas itu Amizudin tidak lagi mengambil apa-apa tindakan dan ini menunjukkan bahawa dia tidak kisah tentang kesahihan artikelnya terhadap Rais, kata Zabariah lagi.
Sharpshooter - Kepada semua blogger pro Pakatan Rakyat, usah takut untuk terus menulis..
Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan yang memberi sokongan dan sumbangan ikhlas melalui hebahan di facebook.. Allah sahajalah yang dapat membalasnya..God Bless all of you..
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menerima tekanan antarabangsa sekiranya masih tidak membebaskan 6 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO), kata peguamnya, Edmund Bon. "Tuntutan bagi pembebasan tahanan EO6 ini bukan hanya berkumandang di Malaysia, bahkan mula kedengaran di luar negara terutamanya di United Kingdom dan negara Eropah lain. "Petisyen secara dalam talian (online) dan bertulis juga mulai diedarkan untuk ditandatangani," kata Edmund kepada Keadilandaily. Sementara itu, Edmund berkata Ordinan Darurat tidak jauh beza dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari segi tuduhan dan kaedah lanjutan tempoh penahanan.
"Ada kemungkinan tahanan EO6 ditempatkan bersama dengan pesalah jenayah yang turut ditahan di bawah Ordinan Darurat. "Persoalannya, mengapa tahanan ini disoal berhubung aktiviti politik parti termasuk penyumbang dana, hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Anwar Ibrahim?," soal beliau. Justeru, beliau berkata, pihaknya akan memfailkan 'Habeas Corpus' iaitu perintah mahkamah untuk membawa keenam-enam aktivis PSM membela diri bagi mendapatkan perbicaraan adil. "Kita akan failkan Habeas Corpus pada hari Jumaat jam 9.30 pagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Ini kerana Menteri Dalam Negeri melalui Jabatan Peguam Negara boleh menyambung perintah tahanan sehingga 2 tahun sebelum tempoh penahanan 60 hari itu berakhir. "Kepada simpatisan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu meneruskan tekanan bagi pembebasan mereka," kata Edmund. Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia melancarkan petisyen online mendesak Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara membebaskan 6 tahanan tersebut menerusi – http://www.petitiononline.com/eo6/petition.html Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar dan lima anggota PSM ditangkap mengikut EO sebaik mereka dibebaskan pada 2 Julai lalu. Antaranya termasuk Timbalan Pengerusi PSM, M Saraswathy, Ahli Jawatankuasa Pusat Choo Chon Kai dan M Sukumaran, Setiausaha bahagian Sungai Siput, A. Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Sebelum itu, mereka bersama 24 yang lain ditahan di Tangkak Johor semasa program 'Udah lah..bersaralah', menjelang himpunan Bersih pada 9 Julai lalu.
KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat, yang pentadbirannya kini masuk tahun keempat, akan melancarkan slogan baru — Selangorku Ahad ini - dilihat mendekatkan rakyat menjelang pilihan raya umum.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata pelancaran slogan itu adalah kesinambungan kepada program "Merakyatkan Ekonomi Selangor" dan "Hasil Negeri untuk Rakyat" yang telah dilaksanakan semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.
Kerajaan negeri mengambil pendekatan itu ketika spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum akan dipanggil bila-bila masa selepas Ramadan ini.
"Slogan ini mengajak seluruh rakyat Selangor agar bersama sama bertanggungjawab dan mempertahankan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
"Adalah diharapkan slogan ini dapat menambah kecintaan dan sayang rakyat kerana negeri ini adalah hak mutlak rakyat," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Khalid berkata selepas dilancarkan, slogan itu akan diguna pakai untuk urusan rasmi melibatkan kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya.
Majlis pelancaran akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.
BERSIH 2.0 bukan sebuah pertubuhan sebagaimana yang didakwa oleh pihak UMNO dan BN kononnya BERSIH adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan R.O.S, sebaliknya BERSIH 2.0 adalah satu kempen yang digerakkan oleh sekurang - kurangnya 62 Ngo yang bergabung untuk menuntut pemulihan sistem demokrasi dan pengurusan pilihanraya yang adil dan telus.
Kempen ini berpaksi kepada 8 tuntutan yang telah dikemukakan kepada pihak berkenaan samaada kerajaan mahupun pihak SPR. Apa yang lebih penting juga ialah 8 tuntutan mesti difahami dan diperjuangkan oleh rakyat demi masa depan negara dan kepimpinannya. 8 tuntutan itu ialah :
Teman mohon pada teman-teman yang celik IT.. Untuk membuat suatu kunjungan hormat ke mana-mana balai polis di seluruh Malaysia.. Bukan apa.. Nampak gayanye.. pihak berkenaan tak jumpa langsung video klip Himpunan BERSIH 2.0 hari tu.. kena la kita bantu..
so, pada yang handal IT tu.. gi la tolong.. Teman tak tau nengok youtube! wakakakakaka!
Susulan dari sesi permukiman Pakatan Rakyat semalam, ketiga-tiga parti dalam gabungan pembangkang itu sudah bersedia dengan senarai calon masing-masing untuk dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan tidak lama lagi.
Adalah penting untuk Pakatan Rakyat memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen yang bakal dipertandingkan dalam pilihanraya umum akan datang.
Untuk memperolehi majoriti dua per tiga, Pakatan Rakyat mesti memenangi 148 kerusi atau lebih bagi memperoleh kuasa meminda perlembagaan di Parlimen.
Secara asasnya, tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai sasaran majoriti mudah yang mampu digapai, oleh kerana selain Umno-APCO yang agak lemah dari segi imej, MCA, MIC dan Gerakan dilihat masih belum dapat memulihkan kekalahan memalukan pada pilihanraya umum lalu.
MCA bergelut dengan skandal imej Presidennya, Chua Soi Lek dan pertentangan tiga penjuru antara timbalannya, Liow Tiong Lai dengan beks presiden, Ong Tee Keat yang dilihat masih berpengaruh dalam parti perkauman Cina itu.
MIC pula masih terdiam dengan kemaraan Hindraf dan Makkal Sakhti selepas pemergian bekas presiden, Samy Vellu untuk dilantik Duta Tugas-Tugas Khas ke India sejak lebih setahun lalu.
G Palanivel tidak dapat meyakinkan masyarakat India di Malaysia mengapa orang India mesti kembali kepada parti itu dan Barisan Najis, selain daripada perpecahan antara puak S Subramaniam, M Saravanan dan bekas "presiden" PPP, T Murugiah.
Gerakan sudah dianggap "berkubur" terutamanya di Pulau Pinang hinggakan Koh Tsu Koon tidak dapat memberi keyakinan terhadap ahli parti bagaimana hendak menawan kembali Pulau Muitara itu dari tangan DAP dan Pakatan Rakyat.
Ketidak seriusan Tsu Koon ditambah lagi beban sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menuntut lebih masa di Kuala Lumpur berbanding Georgetown sudah semestinya melegakan kem Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin yakin dengan penerimaan rakyat terhadap dasar-dasar baru yang mementingkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Yang perlu dibimbangkan Pakatan Rakyat hanyalah bagaimana kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak mampu ditawan seberapa banyak mungkin.
Keputusan pilihan raya negeri Sarawak, BN menang 55 kerusi tapi popular votes hanya 53.9%.
"Jika peratusan 46.1% yang tidak mengundi BN diterjemahkan kepada undi kawasan parlimen, Sarawak akan kehilangan sekurang-kurangnya 12 kerusi parlimen" Kata seorang AJK Pemuda Umno Malaysia yang telah mengadakan post mortem PRN Sarawak
Penganalisis politik juga meramalkan Sabah akan kehilangan sekurang-kurangnya 6 kerusi parlimen iaitu Kota Kinabalu, Sepanggar, Penampang, Pensiangan, Tawau, dan Sandakan.
Jumlah kerusi-kerusi parlimen yang boleh ditawan pembangkang di Sabah dan Sarawak sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen.
Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional menang 140 kerusi daripada 222 kerusi parlimen.
Keputusan terburuk dalam sejarah pilihan raya BN.
UMNO menang 79 kerusi, MCA 15 kerusi, MIC 3 kerusi, Gerakan 2 kerusi dan PPP tidak menang sebarang kerusi.
Secara keseluruhan popular votes BN 51.2% sahaja dan gagal dapat majority 2/3 dalam parlimen.
Parti pembangkang menang 83 kerusi.
PKR 31, DAP 28 dan PAS 24 kerusi.
Untuk memperolehi majoriti 2/3, BN perlu mendapat sekurang-kurangnya 8 kerusi tambahan.
Bagaimanapun keputusan 4 pilihan raya kecil parlimen, BN mempertahan Batu Sapi dan menawan Hulu Selangor tetapi gagal pertahankan Kuala Terengganu dan Sibu.
Persoalannya, mampukah Barisan Nasional memperolehi kemenangan 2/3 pada PRU akan datang?
Jika jawapannya YA dan mampu, parti mana yang boleh menyumbang kerusi itu kepada BN?
Bolehkah MCA menambah bilangan kerusinya daripada 15 kerusi yang dimenanginya pada 2008?
Mampukah MIC tambah 4 kerusinya (termasuk Hulu Selangor)?
Bolehkah Gerakan menambah daripada 2 kerusinya?
PPP mungkin tiada kawasan yang boleh ditandingi.
Jawapan kepada persoalan-persoalan diatas bukan sahaja "diragui" tapi hampir mustahil parti MCA, MIC, dan Gerakan merampas kerusi yang telah ditawan DAP dan PKR.
Kini hanya parti UMNO sahaja harapan BN boleh merampas kerusi PAS dan PKR.
Persoalannya juga, mampukah UMNO?
Jika sentimen rakyat tidak berubah cateris paribus, sekurang-kurangnya 18 kerusi dari Sarawak dan Sabah jatuh kepada pembangkang menjadikan jumlah kerusi BN sekarang 139 - 2 (SAPP) - 18=119. Manakala PR 84 + 2 +18 = 104
Dengan kiraan itu, BN masih boleh memerintah dengan simple majority.
Dalam sebuah negara yang matured democracy, kemenangan dua pertiga tidaklah perlu.
Saya yakin secara psikologinya kaum Cina yang menjadi "king maker" di Malaysia lebih suka keadaan kerajaan yang memerintah tidak memperolehi majority 2/3.
Mereka selsa dengan keadaan sekarang.
Terbukti kerajaan hari ini terutama by election yang diadakan dengan mudah tunduk terhadap setiap tuntutan dan desakan mereka.
Jika ditakdir PR menang sekalipun, kaum Cina dan India lebih suka kemenangan yang simple majority untuk teruskan kuasa mereka sebagai "king maker".
Sungguhpun begitu, jumlah kerusi BN 119 dan Pakatan Rakyat 104 itu hanya mengambil kira perubahan sentiment di dua negeri yang diwar-warkan sebagai Fixed Deposit, semata-mata berdasarkan keputusan pilihan raya Sarawak dan krisis kepimpinan yang berlaku di Sabah.
Apa sekalipun analisis yang dikemukakan kesemua parti yang akan bertanding, hanya masa dan situasi yang akan menentukan.
Selebihnya, dengan harapan SPR dapat menguruskan pilihanraya yang adil dan BERSIH, sebelum Najib Altantuya menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran parlimen.
JALAN PULANG
Kepimpinan Pakatan Rakyat yakin pembahagian kerusi pilihan raya - kedua-dua peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara PKR, PAS dan DAP akan dimuktamadkan hujung bulan ini sebagai persiapan pilihan raya umum ke-13.
The Malaysian Insider difahamkan perkara itu telah dibincangkan dalam sesi pemukiman kepimpinan parti perikatan itu semalam - di mana pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan peruntukan kerusi akan dibuat secara rundingan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik antara mereka.
"Peruntukan kerusi dibincangkan secara umum, tidak secara terperinci... kami mahu selesaikan ia hujung bulan ini. Sebaiknya kami mahu ia (rundingan kerusi) diselesaikan di peringkat negeri," kata pemimpin DAP Zairil Khir Johari kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha politik kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng ini berkata pemimpin Pakatan Rakyat semalam telah bersetuju peruntukan kerusi itu akan dibuat dengan elok bagi mengelakkan konflik yang berlaku dalam isu pembahagian kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak April lalu.
"Jika kami mampu menyelesaikan rundingan kerusi, kami boleh elakkan situasi seperti di Sarawak," kata Zairil.
Sebelum ini kelihatan PKR dan DAP cuba mendapatkan beberapa kerusi penting yang menyebabkan perbalahan antara kedua-dua pemimpin parti itu,
"Saya rasa dalam soal kerusi Parlimen ia tidak banyak masalah tapi kerusi negeri berbeza. Kepimpinan negeri sering mempunyai pandangan yang berbeza tentang kawasan mana parti harus bertanding.
"Jadi jika pembahagian kerusi selesai, kemudian kami boleh putuskan siapa calon yang akan bertanding," tambah Zairil.
Difahamkan PAS mahu bertanding di kerusi Parlimen "lompat" yang dimenangi PKR sejak pilihan raya umum 2008.
Umno juga telah mengumumkan akan menawan kembali kerusi PKR yang dilihat lemah dalam Pakatan Rakyat.
Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.
Polis Perancis diberitakan telah menemui "dokumen yang agak penting" dalam siasatannya berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene,yang disifatkan sebagai "bayaran komisyen" oleh gergasi pengeluar senjata Perancis, DCN kepada pegawai tertinggi Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib untuk melengkapkan perjanjian.
Najib yang ketika itu Menteri Pertahanan dikatakan antara "pemain utama" dalam skandal tersebut di samping bekas orang kanannya, Abdul Razak Baginda, hingga membawa kepada pertikaian komisen pembayaran sekitar Euro114 juta (RM500 juta) melalui Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan yang akhirnya membawa kepada pembunuhan bekas penterjemah dan model dari Mongolia, Altantuya Shaariibu pada 2006.
Adalah dipercayai, pihak berkuasa Perancis akan melengkapkan segala kertas siasatan pada September tahun ini dan dipercayai sudah mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari bukti kukuh bagi mengheret Najib ke Mahkamah Awam Perancis di Paris.
Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.
Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.
'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.
Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.
Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.
Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.
Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.
Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.
Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.
'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.
Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin.
Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berpeluang berdepan dan berdebat dengan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 26 Julai ini.
Mereka akan berdebat berhubung sistem pilihan raya negara ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, yang menerbitkan akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.
Majlis itu juga akan disertai oleh Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari UKM.
Kehadiran Wan Ahmad disahkan dalam laporan Utusan Malaysia hari yang berkata mereka akan berdebat dalam program berjudul 'Apa Selepas 9 Julai...' yang dijadualkan berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
Sebelum ini, kedua-dua pihak itu sering kali bertelagah berhubung ketelusan dan keberkecualian SPR. Ambiga pada kemuncaknya memmpin perhimpunan BERSIH pada 9 Julai lalu sehingga menyebabkan beliau dan hampir 1,700 orang yang lain ditangkap.
Hari tu bila BERSIH 2.0 nak buat Perhimpunan Aman, PERKASA, PATRIOT, SENI SILAT LINCAH & macam2 pertubuhan "Pembela Agama Islam & Bangsa MeLAYU" timbul...
Hari ni bila 3 ekor (dipercayai Ahli MCA) saman Kerajaan Kelantan sebab tak benarkan aktiviti Judi di Kelantan mana Haram-Jadah2 "Pembela Agama Islam & Bangsa MeLAYU" hilang..?
Mana Brahim Ali Puk1m4k...??? Mana geng "Eee"..? Mana geng Keris..? Pettuih...!!! Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.
Saman pemula itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.
Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.
Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.
Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.
Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.
Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.
Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan.
Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya
Sesebuah negara perlu mempunyai pasukan polis yang kuat. Polis memikul tanggungjawab yang amat tinggi, memastikan keamanan sesebuah negara dan masyarakat, melindungi rakyat dan memerangi penjenayah.
Sudah tentu polis terutama pegawai di peringkat tinggi mengikuti kursus undang-undang dan perundangan untuk menjalankan tugas pemeliharaan kedaulatan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Kita mahu pasukan polis adalah satu pasukan yang cekap, kuat dan beramanah. Mereka perlu dilatih samada mencapai kecekapan mental dan fizikal yang maksima. Sudah tentu latihan-latihan untuk membina fizikal yang tampan, kuat, gagah dan berhemah perlu ada kepada setiap anggota polis. Sebagai rakyat kita amat berbangga melihat polis yang segak, tampan dan berdisiplin.
Rakyat akan lebih berbangga dan melihat polis sebagai rakan pelindung kepada keselamatan dan keamanan mereka, sebaliknya penjenayah pula melihat anggota polis yang menakutkan mereka. Oleh itu anggota polis dan pasukannya mesti hebat, kuat, berhemah, bergaya dan berprestasi.
Apa yang berlaku di Malaysia, pasukan polis yang kuat disalahgunakan oleh pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk melawan rakyat yang bertangan kosong di samping kerja-kerja memerangi penjenayah. Himpunan BERSIH 2.0 dapat dilihat kekuatan fizikal pasukan polis digunakan untuk melawan rakyat yang tidak bersenjata.
Rakyat yang tidak suka kepada Barisan Nasional dianggap sebagai musuh negara. Mereka (pasukan polis) didoktrin untuk memerangi rakyat (pembayar cukai) yang tidak suka atau sealiran dengan parti pemerintah. Pasukan polis boleh menafikan ini, tetapi sebahagian rakyat melihat keadaan pasukan polis digunakan untuk memerangi mereka yang tidak sealiran dengan parti-parti Barisan Nasional.
Tugas menjaga keselamatan rakyat sudah mula bertukar kepada menjaga keselamatan parti pemerintah. Inilah yang berlaku kepada pasukan polis dalam dunia ketiga sebelum demokrasi sebenar dapat dikecap. Thailand, Indonesia, Filipina sudah mula melepasi "period" pasukan keselamatan menjaga parti pemerintah. Hanyalah tingggal Malaysia dan Burma di rantau ini yang masih menggunakan pasukan polis untuk melindungi parti pemerintah.
Saya yakin pasukan polis bersedia untuk merubah keadaan ini, supaya mereka dapat dilihat menjadi pelindung kepada perlembagaan dan rakyat jelata, daripada melindungi parti pemerintah. Saya yakin pasukan polis Malaysia juga berwibawa dan berintergriti untuk melakukan perubahan ini. Apabila saya berada di lokap Balai Polis Jinjang, saya amat berasa amat malu di mana bebrapa orang-orang tua yang berumur 60 hingga 70 tahun dibawa ke lokap semata-mata orang-orang tua ini disyaki menyertai Himpunan BERSIH 2.0. Apakah pasukan polis yang gagah perkasa ini, tugas mereka untuk memerangi orang-orang tua seperti itu? Kekuatan pasukan keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi rakyat, menentang penjenayah? Sebaliknya digunakan untuk melawan rakyat.
Sayang, arahan ALLAH… " hendaklah kamu menyediakan segala bentuk kekuatan, termasuk kuda kuat yang ditambat, untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu" , perintah ALLAH itu dilihat dilaksanakan di negara-negara barat, di mana bila berlaku himpunan aman seperti di England, Perancis, Belanda, Itali, German, Switzland, Autralia dan lain-lain lagi, pasukan polis melindungi himpunan dan perarakan rakyat sebaliknya mereka menyediakan kekuatan untuk membantu Israel menyerang Iraq, menyerang Afganistan dan menyerang Vietnam. Apa yang berlaku di negara orang Islam, pasukan keselamatan memerangi rakyat dan rakyat yang tidak sealiran dengan pemerintah dianggap musuh oleh pasukan keselamatan.
Rakyat menjadi gerun kepada pasukan keselamatan khususnya polis, sebaliknya musuh ALLAH dan musuh negara pula tidak gerun kepada pasukan keselamatan kita.
Sampai bila keadaan ini akan berubah, dan rakyat menunggu perubahan ini…..
Ketua pembangkang mengeluarkan kenyataan di atas dalam satu temuramah dengan The Associated Press hari ini. Ini memandangkan kerajaan yang ada sekarang menerima tekanan demi tekanan dari dalam dan juga luar negara terutamanya setelah apa yang berlaku pada perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai lalu.
Pembangkang telah mendapatkan momentumnya semula dengan lebih hebat lagi berikutan peristiwa tersebut. Jika sebelum ini, Husam Musa, exco kanan kerajaan Kelantan memberikan analisisnya terhadap perkembangan politik Malaysia berdasarkan suasana dan keputusan pilihan raya yang berlaku selepas 2008, bahawa PR bakal menanbahkan kerusi parlimen sebanyak 25 kerusi lagi menjadikan mereka hanya kurang 5 kerusi untuk membentuk kerajaan.
Kini dengan momentum yang lebih tinggi tidak mustahil, PR mampu meraih kemenangan yang lebih besar dan mampu membentuk kerajaan. Momentum yang ada cukup untuk dipertahankan memandangkan PRU 13 bakal berlansung dalam masa terdekat samada dalam tahun ini ataupun awal tahun depan.
SHAH ALAM 20 JULAI : Tokoh Umno Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi "melawan arus" pendirian kepimpinan Umno, apabila menzahirkan sokongannya terhadap tuntutan Bersih 2.0 mahukan pilihanraya adil dan telus.
Bekas Menteri Kewangan itu menyifatkan desakan gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebagai sesuatu yang harus diberi pertimbangan wajar demi menyuburkan demokrasi.
"Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih)," kata Tengku Razaleigh kepada pemberita.
Pendirian Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li itu dijangka menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpin Umno, khususnya di peringkat Majlis Tertinggi parti.
Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno mengisyhtiarkan Bersih sebuah pertubuhan haram.
Lebih 1,600 orang yang menyertai perhimpunan aman itu pada 9 Julai lalu ditangkap manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan air berkimia.
Ku Li berkata lapan tuntutan Bersih yang termasuk kempen minima pilihanraya selama 21 hari bukanlah keterlaluan.
"Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu," kata beliau.
"Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini…ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen.
"Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat," tambah beliau yang juga bekas naib presiden Umno.
"Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau.
Ku Li berkata pemerintah harus mengakui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh parti pembangkang ketika pilihanraya.
"Mereka (pembangkang) tidak berhak bercakap menerusi TV, radio. Sebab itu mereka buat juga tuntutan semua pihak dibenar masa yang sama untuk menyampai pandangan dan pendapatan mereka mengenai sesuatu hal kepada rakyat menerusi TV, media masa yang dikawal oleh kerajaan," jelas beliau.
"Dulu zaman Tengku dulu, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, jadi kita diberi masa untuk bercakap," tambahnya. .
Ku Li berkata peredaran masa dan perubahan teknoloji memerlukan Umno-Barisan Nasional lebih peka kepada realiti politik semasa.
Beliau berkata tindakan menafikan parti pembangkang ruang di media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.
"Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap," di dalam media, kata beliau.
"Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam," kata Ku Li.
"Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau.
It’s all over the Internet. The Malaysian Government has censored The Economist, the world’s most respected and distinguished journal.
Why?
Because it did not like what The Economist reported.
Question. How many people in Malaysia read The Economist?
According to The Economist website, it is 10,477. That is their circulation in Malaysia. Out of a nation of 28 million.
A new question.
How many people in Malaysia now know that Najib and Company took their black markers to The Economist? And hosw many Malaysians now want to read – and have read — what The Economist said?
Answer. Thanks to the Internet, in Malaysia, it is now probably 100,000 — 200,000 — or even more who know what The Economist said.
And what about the rest of the world? The Economist has a worldwide circulation of almost 1.5 million people – people who are called "opinion leaders."
Now they know what Najib did.
So once again, it's a self-inflicted black eye.
I keep wondering –
Why?
Why does this government keep shooting itself in the foot? – Malaysia Chronicle
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput D Jeyakumar.
“Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun.
“Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini," kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Ia memetik Jeyakumar telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kerajaan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat. tanpa mementingkan dirinya.
Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama.
“Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik,,” petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama.
Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.
Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya.
Laporan tentang himpunan Bersih yang disiar Majalah antarabangsa The Economist ditapis oleh Kementerian Dalam Negeri, dalam cubaannya menyaring maklumat sampai kepada pembaca di negara ini.
Perkara itu mula ditimbulkan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dalam laman twitternya mengenai laporan Bersih yang diterbitkan majalah antarabangsa itu.
Berdasarkan gambar yang disiarkan portal media, laporan khas bertajuk 'Political Affray in Malaysia: Taken To The Cleaner" menunjukkan empat bahagian yang dihitamkan menggunakan pen dakwat kekal.
Sekiranya dibandingkan dengan versi dalam talian The Economist, bahagian yang dihitamkan itu berkaitan salah laku dan keganasan yang dilakukan polis dalam menangani himpunan aman 9 Julai lalu.
Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:
'Seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.
'Perhimpunan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun – tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in – and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.
'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan'
(The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.
Majalah mingguan itu mendakwa Malaysia mempunyai sejarah dalam menapis laporan-laporan yang disiarkan oleh The Economist dalam rencananya pada September tahun lalu.
Majalah itu menyenaraikan Malaysia di bawah India dan China dalam carta 12 negara yang menapis, mengharamkan atau menyita naskhah-naskhah The Economist, yang dijual di 190 negara.
It is with great pleasure that we invite you to a closed dialogue session with the honorable Dr. Tareq Mohammed Al-Suwaidan and Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Member of Parliament and leader of the Malaysian Opposition. Dr Tareq will deliver a speech on “The Future of Islam” and Dato’ Seri Anwar will deliver a speech entitled “Leadership and Change.”
For over two years, Parisian prosecutors, led by investigating judges Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, have been gingerly investigating allegations involving senior French political figures and the sales of submarines and other weaponry to governments all over the world. French news reports have said the prosecutors have backed away from some of the most serious charges out of concern for the political fallout.
The investigators are following a paper trail that would bring to the forefront corruption involving both French and Malaysian officials. And even though the investigations will not look into the murder of translator and former lover of Razak Baginda – Altantuya – the murder would definitely be on the minds of all following the case.
Starring role
On Thursday, July 21, French lawyer William Bourdon will be in Penang to give an exclusive presentation. He is expected to disclose how even “bigger” commissions were paid to “extremely high level” government officials in Malaysia related to the purchase of two submarines in 2002.
Many may not know that French lawyers William Bourdon, Renaud Semerdjian and Joseph Breham filed two requests with Parisian prosecutors on Dec 4, 2009 and Feb 23 2010 on behalf of the Malaysian human rights organization Suaram to investigate bribery and kickbacks from the deal.
As Defence Minister at the time, Najib would have full knowledge of all things pertaining to the purchase of the equipment. A purchase this large and complicated and involving the use of public money should require Najib's full attention. All details would have made its way onto his desk. Failing to keep in check all the details involved would be tantamount to Najib being sloppy at the job.
In other words, there is no way Najib can be a small player in the whole sordid affair, he would certainly have to be the star.
Additional budget allocations needed for the Scorpenes
From the very beginning, French investigators have shown interest in Razak Baginda's role in the RM7 billion purchase of Scorpene submarines from French company DCN and the alleged irregularities in the payment of RM570 million to Perimekar, a company managed by Razak, for what the Malaysian government calls "co-ordination and support services" in clinching the submarine deal.
Last month, Najib asked for an additional RM13 billion from Parliament. Part of this additional money was to go into the up-keep of the submarines. The initial maintenance cost, according to the Defence Minister, by Boustead stood at RM50 million per year for 6 years – apparently that figure was only an estimate. Now the cost would be RM417 million in total. An increase of RM117 million from its original RM300 million price tag.
And this increase will be borne by the public. We have yet to hear of the cost for construction of the submarines base in Sabah. Apparently, the Straits of Malacca is too shallow for submarines of the Scorpene class to operate in, thus they have been commission for service in deeper water off the coast of Borneo. This goes against the initial idea that the submarines would be used to curb pirate activities along the Straits of Malacca.
Titanic daylight robbery
So why would Malaysia purchase submarines when geographically, the seas around Malaysia are not that suitable for any submarine activities. What sort of planning went into the purchase beforehand?
Only Najib Razak can answer this. As Defense Minister at the time of the purchase, he was the person tasked with convincing Parliament to approve the purchases.
And now, with further revelations that greater amounts of public money had been used to pay "commissions", it looks like Najib may have out-done himself as both the weakest and the worst Prime Minister in Malaysian history. Whether through negligence or outright involvement.
Indeed, Najib has much to answer for when it comes to the purchase of the Scorpene submarines. The Frence investigation is clear in its focus – to flush out the corrupt practices involved in the whole deal.
And as the investigators dig deeper, expect more heads to roll. And not just Najib’s but every other high-level leader involved will come under scrutiny.
The Scorpene deal is forging ahead to sink what appears to be the Najib-UMNO-BN's titanic day-light robbery of public funds.
Keluarga dan pimpinan Pakatan Rakyat terus mendesak agar satu prosiding khas atau siasatan dilakukan kerajaan berhubung kematian peserta Bersih 2.0, Baharuddin Ahmad dilakukan dengan segera. Peguam keluarga Baharuddin berkata, keluarga mangsa telah membuat satu lagi laporan polis semalam untuk mendesak pihak berkenaan supaya tidak memutarbelitkan kematian Allahyarham. Ahmad Jufliz Faiza berkata prosiding khas itu perlu memandangkan keterangan-keterangan saksi di tempat kejadian bercanggah dengan versi kematian Allahyarham yang dihebahkan oleh pihak polis
"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.
"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.
"Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami.
"Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat," terang Jufliz dalam sidang media di sini hari ini.
Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.
Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menjalani post mortem.
Sehingga kini, laporan post mortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tanda tanya kepada keluarga kerana laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.
Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya
Polis telahpun membuat kenyataan bahawa mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.
Setakat ini, keluarganya hanya menerima surat kebenaran membawa keluar jenazah untuk dikebumikan, namun masih belum menyatakan sebab kematian kerana masih menunggu hasil ujian makmal.
"Kami amat hairan kami tidak dibekalkan laporan rasmi awal post mortem tersebut tetapi pihak lain boleh membuat beberapa kenyataan rasmi terhadap kematian beliau tanpa persetujuan rasmi kami," kata beliau lagi.
Lebih malang lagi, beliau yang turut ditemani oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Dr Tan Seng Giaw dan Pengerusi Biro Displin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong menyatakan, sehingga kini pimpinan kerajaan Umno-BN dan polis seolah-olah langsung tiada sensitiviti terhadap kematian Baharuddin.
"Amat menyedihkan sehingga hari ini, tidak ada sepatah pun perkataan takziah kami terima dari pihak polis mahupun kerajaan. Ini menunjukkan tiada langsung sensitiviti mereka ke atas kematian arwah Baharuddin Ahmad. Sebaliknya kami terharu, hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin PR telah meluangkan masa walaupun dengan jadual ketat telah datang ke rumah kami mengucapkan takziah," kata beliau. -tvsnews
Keluarga Baharudin belum terima laporan awal bedah siasat
PETALING JAYA: Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih belum menerima laporan awal bedah siasat mengenai kematiannya.
"Kami amat hairan kerana tanpa laporan itu dan tanpa persetujuan pihak keluarga ada pihak lain boleh membuat kenyataan rasmi berhubung kematian beliau," kata Ahmad Jufliz Faiza, peguam yang mewakili keluarga Baharudin dalam satu kenyataannya hari ini.
Menurut Ahmad Jufliz, pihak keluarga turut bersedih memandangkan sehingga kini tiada ucapan takziah diterima daripada pihak polis mahupun kerajaan.
Sebaliknya pihak keluarga terharu dengan hampir semua pemimpin Bersih, NGO dan pemimpin dari kalangan Pakatan Rakyat yang sudi meluangkan masa untuk menziarahi mereka.
"Terdapat beberapa saksi memberitahu kami sekeluarga bahawa semasa arwah berada di kawasan dan tempat kejadian, pihak FRU telah menembak beberapa das gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih untuk menyuraikan perhimpunan tersebut dan pada masa sama polis bertindak dan melakukan kekerasan lebih dari yang dibenarkan oleh undang-undang.
"Walaupun tiada penentangan berlaku di kalangan peserta perhimpunan dan akibat daripada kekerasan itu termasuk kelewatan untuk memberi bantuan kecemasan kepada beliau menyebabkan kematiannya.
Kami percaya jika pihak kerajaan dan polis lebih berhati-hati, bertanggungjawab dan berperikemanusiaan kejadian ini boleh dielakkan," katanya.
Pihak keluarga juga berharap agar saksi-saksi yang berada di tempat kejadian dan mengetahui kejadian itu untuk tampil dan membantu mereka.
Satu laporan polis juga telah dibuat semalam dan memohon agar satu siasatan mengenai kematian Baharudin dibuat dalam masa tujuh hari. -FMT
CERAMAH PERDANA Tarikh : 23 Julai 2011, SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Pejabat DAP, Taman Ekar, Rantau, N.Sembilan
Bersama 1. Zairil Tan Sri Khir Johari (DAP) 2. YB Taufek (ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan) 3. YB Ravi (ADUN Port Dickson, PKR) 4. Subra, Ketua Penerangan Dewan Penyokong PAS 5. che'GuBard (Pengerusi SAMM) 6. Seorang bekas Pegawai Tinggi Polis (berbangsa India) di Johor bergelar Datuk yang baru menyertai PAS
Semua Dijemput Hadir , Pertanyaan 012-3696474 Azizi
Zairil adalah merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari. Beliau adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang , Encik Lim Guan Eng. Blog beliau di http://zairil.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan