25 Julai - Pas Cawangan Slim Village bersama Pas kawasan Tanjung Malim telah mengadakan kunjungan ukhuwah ke rumah Saudara Suhaimi Kasim di Kampung Sungai Jorong. Ziarah yang dijalankan ini merupakan rutin bagi Pas Cawangan Slim Village maju, tetapi kali ini, lebih bermakna dengan disertai bersama pimpinan Pas kawasan Tanjong Malim.
Sebelum menziarahi sdr Suhaimi, semua pimpinan bersolat Asar di Masjid Slim Village. Antara pimpinan Pas kawasan yang hadir ialah Tuan Hj Junid selaku Setiausaha Pas Kawasan dan Sdr Salim, Penolong Setiausaha. Pimpinan cawangan pula diketuai oleh Sdr Yahaya selaku Ketua Cawangan dan turut bersama Timbalan Ketua Cawangan, Setiausaha dan beberapa orang AJK Pas Cawangan.
Latar Belakang
Sdr Suhaimi adalah seorang aktivis Pas yang telah terlibat dalam kemalangan ketika memasang bendera untuk berkempen pada pilihanraya tahun 1999. Akibatnya, beliau lumpuh dan tidak dapat menjalankan kerja hariannya seperti biasa.
Sepanjang keadaannya yang begitu, beliau ada juga menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pada permulaan, beliau menerima sebanyak RM300 sebulan, tetapi telah dikurangkan kepada RM150 sebulan. Hal ini amat menggusarkan beliau, kerana beliau tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain.
Menurut beliau lagi, sikap ketua kampung di situ kurang membantu. Walaupun begitu, daripada luahan melalui perbualan petang tadi menunjukkan beliau seorang yang amat tabah dan tidak mengharapkan kepada bantuan itu semata-mata. Kelihatan dari tutur bicaranya, beliau tidak suka meminta-minta walaupun memang beliau layak untuk mendapat bantuan.
Kunjungan Pas melalui pimpinan kawasan kali ini berjanji akan merujuk perkara ini kepada pihak yang berwajib dan berjanji akan menguruskan serta mencari jalan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh Sdr Suhaimi.
Sebelum bersurai, pihak rombongan telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan yang disampaikan oleh Setiausaha Pas kawasan dan Ketua Pas Cawangan. Sekitar jam 5.30 petang, majlis bersurai dengan bersalam-salaman serta bergambar kenangan.
Kepada yang berhajat menyumbangkan sebarang keperluan kepada Sdr Suhaimi, boleh berhubung dengan beliau di talian 017-6401201.
Keadaan Sdr Suhaimi yang bergerak menggunakan kerusi roda sahaja..
Parti Sosialis Malaysia melahirkan kebimbangannya mengenai kemungkinan beberapa pemimpinnya yang ditahan mengikut Odinan Darurat (EO) sejak 2 Julai lalu didera oleh polis.
Sehubungan dengan itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan yang juga bimbang kerana sejak 10 hari lalu keluarga tahanan dinafikan hak melawat mereka, membuat laporan polis di balai polis Dang Wangi, Ahad lalu.
Keenam-enam yang ditahan itu adalah ahli parlimen Dr D Jeyakumar, M Sarasvathy, Choo Chon Kai, M Sugumaran, A Letchumanan dan R Saras Babu.
Menurut afidavit balas yang difailkan polis semasa permohonan habeas corpus bagi membebaskan tahanan berkenaan, keenam-enam mereka ditahan kerana disyaki sebagai 'penggerak utama' perhimpunan BESIH 2.0 dan penahanan mereka adalah penting bagi menjamin ketenteraman awam.
"Keluarga mereka dinafikan hak melawat sejak 15 Julai. Pertama, mereka (polis) menangguhkan lawatan yang dijadualkan pada Jumaat hingga Sabtu tetapi kemudian ia dibatalkan dan ditunda hingga semalam," kata Arutchelvan sambil menambah lawatan itu juga dibatalkan pada minit terakhir.
Beliau berkata kebimbangannya memang berasa kerana keadaan yang sama berlaku apabila Suruhanjaya Hak Asasai Manusia (Suhakam) mahu melawat Sarasvathy awal minggu ini.
"Polis tidak memberikan akses kepada Suhakam kerana Saras dimasukkan ke dalam hospital kerana sakit dada," kata Arutchelvan, sambil menambah keluarganya tidak diberitahu mengenai perkembangan itu.
"Kami syaki sesuatu berlaku ke atas keenam-enam mereka dan ini sebab mengapa keluarga mereka tidak dibenarkan melawat mereka," katanya.
"Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu).
Iblis berkata: Oleh sebab Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."
(7:14-17)
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya." (15:39)
Dua dalil di atas menjelaskan kepada kita di mana Syaitan akan menjadi seteru yang sentiasa akan berusaha menghasut anak Adam agar membuat maksiat dan dosa lantas melupakan Tuhan yang mengusai hari pembalasan. Oleh itu, wahai para pemuda, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan cabaran ini. Berikut adalah saranan Abdullah Naseh Ulwan...
Langkah-langkah melawan Syaitan:
01.Jadikan Syaitan musuh anda
Rujuk ayat al-Quran (35:6)
02.Istiqamah dengan jalan yang lurus
Rujuk ayat al-Quran (6:153)
03.Memohon perlindungan kepada Allah
Rujuk ayat al-Quran (16:98-100)
04.Sentiasa ingat kepada Allah
Rujuk ayat al-Quran (43:36-37
05.Muraqabah
Rujuk ayat al-Quran (7:201)
06.Jauhi orang-orang yang alpa
Rujuk ayat al-Quran (6:68)
Dalam hidup ini, Allah sudah memberi pilihan kepada manusia sama ada mahukan jalan ketakwaan ataupun kekufuran. Oleh itu, terpulang kepada manusia sama ada mahu menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi.
"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, (maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)." (76:3)
Bagi orang-orang yang tetap teguh dengan Imannya tatkala godaan nafsu datang menduga, maka bergembiralah dengan janji Allah yang tiada keraguan padanya.
"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya." (79:40-41)
Allah juga sudah menyatakan amarannya kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai Tuhannya.
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahui-Nya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?" (45:23)
Oleh itu wahai para pemuda, janganlah kita mudah menyerah kalah kepada pujukan nafsu. Buktikan kekuatan hatimu, bukan sekadar tenagamu. Buktikan ia kepada Tuhanmu, bukan sekadar kepada manusia. Dan dengan itu kamu akan menjadi pemuda yang hebat di sisi Allah.
Berikut merupakan saranan Abdullah Naseh Ulwan dalam berhadapan dengan pujukan hawa nafsu...
Cara untuk bebas daripada hawa nafsu:
01.Tingkatkan Iman
Yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yang kita lakukan. Ya! mari kita mengamalkan muraqabah.
02.Isi masa dengan perkara berfaedah
Apabila bersendirian ataupun berangan-angan kosong, Syaitan akan mudah menghasut nafsu.
Tindakan kerajaan menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi, sebenarnya memberi tekanan dan bebanan khususnya ke atas golongan keluarga yang bekerja, kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
Menurut beliau kenaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas telah menyebabkan peningkatan kos tambahan sekurang-kurangnya RM50 bagi keluarga yang mempunyai pinjaman perumahan RM280,000. Nilai itu adalah harga purata sebuah rumah kos sederhana di kawasan bandar dan pinggir bandar.
"Dan ditambah dengan kos elektrik yang naik hampir dua kali ganda bagi mereka yang bilnya lebih RM77 sebulan (akibat kenaikkan tarif), kenaikkan harga petrol, kos makanan, kos pendidikan semuanya akan menjadi beban khususnya apabila gaji tidak pula naik," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, tindakan Bank Negara untuk menaikkan kadar faedah adalah 'kaedah konvensional' dalam menangani isu inflasi. Justeru, katanya menjadi tanggungjawab kerajaan bagi mengambil tindakan drastik bagi mengurangkan impak kenaikkan kos ke atas rakyat.
Semalam, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia perlu menimbangkan langkah lain selain dasar monetari bagi mengekang inflasi.
Menurutnya, kadar inflasi semasa sebanyak 3.5 peratus adalah agak tinggi berikutan harga tenaga dan komoditi yang tinggi.
"Ia menyebabkan harga makanan dan bahan api yang tinggi. Memang betul, ia (inflasi) sangat dirasai kerana kedua-dua perkara itu adalah komponen penting di dalam bakul penggunaan kita," katanya.
Kadar inflasi tahunan Malaysia mencatatkan paras tertinggi dalam 27 bulan pada Jun lalu, iaitu pada 3.5 peratus. Sebelum ini Bank Negara meramalkan purata kadar itu akan berlegar sekitar 2.5 hingga 3.5 peratus tahun ini.
ALOR SETAR 26 Julai – Seorang penyelia syarikat perkhidmatan feri ke Langkawi mati ditembak, dipercayai satu kejadian rompakan, berhampiran rumahnya di Taman Desarina, Kuala Kedah dekat sini malam tadi.
Mangsa Zamzuri Ghazali, 36, ditembak kira-kira 300 meter dari rumahnya sewaktu menunggang motosikal ketika pulang dari Jeti Kuala Kedah untuk ke rumahnya.
Mangsa dipercayai membawa sebuah beg mengandungi wang hasil jualan tiket syarikat tempat dia bekerja.
Jiran mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Zam berkata, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.45 malam itu, dia bersama dua rakannya berada kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Katanya ketika itu mereka sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah setelah bermain sepak takraw dan azan Maghrib baru selesai berkumandang.
Zam berkata, tiba-tiba dia terdengar tiga das tembakan di hadapan mereka lalu bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring tidak bermaya dan terdapat darah dan kesan tembakan di dada kanan mangsa.
"Sebelum itu saya melihat dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal mengambil beg yang dibawa mangsa lalu memecut laju ke arah Kuala Kedah," katanya ketika ditemui lewat malam tadi.
Zam berkata, dia terus membuat panggilan kecemasan ke Balai Polis Kuala Kedah bagi memaklumkan kejadian itu dan kemudian membawa mangsa ke hospital dengan menggunakan kenderaan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Zamzuri meninggalkan seorang balu berusia 32 tahun dan empat orang anak yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. - Bernama
IPOH: Sepuluh tahun lalu, ibu dan adiknya maut ditetak seorang pesakit mental dan kini bapanya turut menemui ajal dengan tragik apabila kepala dan mukanya dihentak dengan kerusi dan batu-bata oleh sekumpulan samseng dalam kejadian Jumaat lalu.
S Yogesh, 21, berkata, ayahnya, S Sunther, 50, bekas anggota polis berpangkat lans koperal dan pernah berkhidmat selama 26 tahun dalam pasukan keselamatan, meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam kelmarin selepas dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, sejak Jumaat lalu.
Menurut Yogesh, ayahnya diserang sekumpulan lelaki kira-kira jam 11.30 malam Jumaat lalu ketika minum di sebuah restoran tidak jauh dari rumah mereka di Taman Desa Pakatan, Pengkalan di sini.
Katanya, ketika minum, sekumpulan enam lelaki tiba-tiba muncul sebelum memukul ayahnya bertubi-tubi dengan kerusi dan batu-bata.
"Ayah sempat melarikan diri sejauh 10 meter, namun ditangkap semula kumpulan samseng itu yang kemudian memukulnya lagi hingga dia tidak sedarkan diri.
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: "Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?" Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal;
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: "Saya sedang berpuasa." (Riwayat Bukhari dan Muslim);
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai;
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: "Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang."
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa;
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat;
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim);
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan 'wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.
Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei)
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.
Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi,
dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.
Pada majlis itu, beliau turut memperkenalkan siri keempat duit kertas baharu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada bulan September.
KUALA LUMPUR: Kesemua perkhidmatan tren yang melalui laluan antara Kuang-Rawang-Kuang, terhalang sejak pukul 1.13 pagi tadi berpunca daripada insiden kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) terputus dan jatuh melintang di laluan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di KM375.721.
Menurut kenyataan KTMB pada Selasa, kabel yang mengalirkan tenaga elektrik 33KV itu menyebabkan beberapa kabel talian atas milik KTMB yang berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik kepada tren KTM Komuter dan ETS turut terputus.
Ekoran insiden itu beberapa perkhidmatan terpaksa dijadualkan semula iaitu:
* Perkhidmatan KTM Komuter laluan Rawang-Sungai Gadut akan bermula dari Stesen Sungai Buloh. Pengguna dari Rawang akan dibawa ke Stesen Sungai Buloh dengan perkhidmatan bas.
* Ekspres Langkawi (Padang Besar-KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang. Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.
* Ekspres Senandung Mutiara (Butterworth-KL Sentral) ditamatkan di Stesen Rawang. Pengguna akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas ke KL Sentral.
* Bagi perkhidmatan Ekspres Sinaran Mutiara (KL Sentral-Butterworth), jika laluan terhalang dapat dibebaskan sebelum pukul 8.30 pagi, perkhidmatan ini diteruskan namun jika lewat dari waktu tersebut perkhidmatan akan dibatalkan.
* Perkhidmatan ETS dari Ipoh ditamatkan di Stesen Rawang dan pengguna dipindahkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan bas sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.
* Perkhidmatan ETS dari KL Sentral dan Seremban ditamatkan di Stesen Rawang dan pengguna dipindahkan ke Stesen Sungai Buloh menggunakan bas sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi.
* Tiada perkhidmatan KTM Kargo akan melalui kawasan laluan terhalang sehingga laluan bebas.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pengalihan dan baik pulih sedang dilakukan dan jangka masa pulih belum dapat dipastikan. Maklumat terkini mengenai insiden itu akan dihebahkan dari masa ke masa.
Bagi perkhidmatan tren yang dibatalkan, pengguna boleh membuat tuntutan semula harga tiket atau membuat penukaran tarikh perjalanan.
KTM Berhad memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTM Berhad di talian 1-300-88-5862. BERNAMA
SOUTHAMPTON, Britain - Seorang peminat filem Harry Potter berusia 49 tahun, Ronie Todd, terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort dalam filem tersebut. Kentang pelik itu yang berukuran empat kali ganda lebih besar daripada kentang biasa, diambil di kebun miliknya di sini,
tenggara England. Selepas membasuh kentang tersebut, dia terkejut melihat tanaman tersebut mirip wajah Voldemort, seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh aktor, Ralph Fiennes dalam filem Harry Potter.
Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort. "Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd. "Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort.
Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya. - Agensi
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Kini, rakyat sedang bertanya kepada siapakah yang boleh diharapkan supaya keadilan dapat ditegakkan dalam kes seumpama mendiang Teoh Beng Hock, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, mendiang A Kugan dan yang terkini arwah Baharuddin Ahmad yang meninggal dunia semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai yang lepas.
"Nak mengadu pada pihak berkuasa, tetapi yang menyiasat juga ialah pihak berkuasa dan perkakas yang tidak berani melawannya," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim bertanya sedemikian sebagai respons kepada kegusaran dan kesedihan yang menimpa keluarga Allahyarham Baharuddin, yang sehingga kini masih tidak mengetahui bagaimana ayah mereka meninggal.
Sebelum ini, polis menegaskan bahawa Allahyarham mati akibat disebabkan serangan jantung tetapi mendakwa tiga tulang rusuk dan gigi Allahyarham yang dilaporkan patah "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Namun sehingga kini, menurut anaknya Mohd Nasrul, keluarganya masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan Bersih 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu sedangkan pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah.
Bukan itu sahaja, dalam menguatkan hujah mereka, polis telah memaparkan gambar 'Baharuddin' memegang dadanya semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 9 yang lalu.
Tuan Ibrahim berkata, rakyat kini susah hendak menerima hasil siasatan pihak berkuasa, terutamanya apabila pihak berkuasa yang menerima aduan turut terpalit dalam kes-kes tertentu untuk menghukum mereka sendiri.
"Paling hebat ditubuhkan Suruhanjaya Diraja, sekiranya satu hari nanti Suruhanjaya Diraja juga hilang kewibawaan, maka akan ditubuhkan Suruhanjaya Khas pula, lambat-laun segalanya gagal mendapat kepercayaan rakyat apabila mereka menyedari hakikat yang terang lagi bersuluh bahawa semuanya telah dicemari dengan campur tangan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional di belakang takbir," tegas Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Bahkan, kerajaan boleh berusaha untuk mengubah nama institusi-institusi dengan pelbagai nama sekalipun, namun Tuan Ibrahim berkata, hakikatnya semua itu hanyalah perubahan komestik kerana realitinya sistem negara telah punah kerana ia dipimpin oleh Umno Barisan Nasional yang telah punah struktur asasnya.
"Ia tidak lebih umpama bangunan yang telah dimamah anai-anai, walau kelihatan dari luarnya kukuh, sebenarnya ia hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi," sindir beliau.
Kepincangan serius ini, kata beliau menuntut sesuatu tindakan untuk dilakukan segera agar institusi-institusi yang disandar rakyat bagi menuntut keadilan dan hak mereka dapat terus diyakini.
"Untuk itu, PAS mengingatkan rakyat bahawa keadilan hanya dapat diperolehi daripada satu sistem yang adil dengan syarat sistem yang adil tersebut dilaksana oleh pimpinan yang adil.
Diharapkan rakyat sudah bersiap sedia untuk melangkah ke arah perubahan tersebut di PRU ke 13 nanti," seru beliau.
KAHERAH - Sebuah mahkamah Mesir memutuskan untuk menggabungkan perbicaraan bekas Menteri Dalam Negeri, Habib el-Adly dan Hosni Mubarak kerana membunuh hampir 900 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari.
Kebangkitan rakyat itu berlaku pada Januari dan Februari sehingga mengakibatkan Hosni meletakkan jawatan sebagai presiden pada 11 Februari lalu. Mahkamah itu menetapkan 3 Ogos depan sebagai permulaan perbicaraan tersebut. Enam pembantu Habib juga akan dibicarakan bersama dalam kes berkenaan. - AP
KUALA LUMPUR, 26 Julai: Geli hati apabila membaca seruan Datuk Seri Dr Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video Bersih 2.0 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia.
"Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, saranan Rais di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab menyebut "kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air".
"Macam mana beliau yang memegang kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat," katanya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46.
Sekarang, jelasnya ialah zaman lebuh raya maklumat yang begitu pantas.
Beliau berkata, tentu Rais masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razaleigh yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razaleigh telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi Melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihan raya tahun 1990.
Katanya lagi, zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu.
"Kita mengharapkan Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai.
"Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman," katanya lagi.
KENYATAAN MEDIA PEJABAT ADUN TITI SERONG/ SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT PERAK
Belum pun rakyat Malaysia hilang lelah dengan kenaikan harga barang rentetan penarikan subsidi sedikit demi sedikit oleh kerajaan Umno-Bn, ditambah pula lagi dengan pelaksaan GST (cukai 6%) terhadap beberapa barang dan juga perkhidmatan, kini rakyat bakal dibebankan semata-mata untuk menyenangkan hati pemimpin Negara yang zalim dan boros dalam perkara yang membazir dan tidak perlu.
Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan kononnya TUDM pada ketika ini memiliki 10 buah MiG-29N yang dibeli pada 1990-an dan khidmat jet pejuang buatan Rusia itu di dakwa perlu ditukarkan kepada pesawat yang baru dan lebih canggih .
Saya ingin menjelaskan bahawa18 buah jet pejuang Sukhoi buatan Rusia yang dibeli tidak lama dahulu masih belum panas enjinnya, mengapa perlu ditambah kesengsaraan rakyat dengan perbelanjaan yang bersifat tidak penting dan terlalu mendesak.
Tambahan pula jangan kita lupa pembelian jet Sukhoi tersebut menimbulkan kontraversi sert amat meragukan dimana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah).
Inilah yang dimaksudkan dengan belanja "atas angin" yang biasa berlaku dalam pentadbiran Umno-Bn yang telah ditentang Pakatan Rakyat sejak sekian lama. Keadaan yang sama berkemungkinan akan berlaku bila hasrat membeli pesawat baru itu ditunaikan dan tentunya sejumlah wang rakyat telah dibazirkan dan mengalir masuk ke poket pihak tertentu.
Pakatan Rakyat sebenarnnya tidak menentang sebarang cadangan yang baik termasuk dalam menyediakan kelengkapan yang canggih untuk pertahan negara, namun kewajaran perbelanjaan untuk perkara yang tidak terdesak mestilah ditangguhkan berbading dengan keperluan rakyat keseluruhannya yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
Kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada sektor pembangunan yang lebih signifikan untuk semua lapisan rakyat dan bukannya hanya sibuk untuk mengggunakan wang rakyat untuk perkara yang kurang penting.
Pesawat baru yang dicadangkan untuk dibeli ialah Eurofighter Typhoon iaitu pesawat yang digunakan oleh Negara maju seperti Britain, German dan lain-lain Negara eropah termasuk NATO yang telah melancarkan serangan di Libya dengan pesawat yang sama baru-baru ini.
Kos bagi sesebuah pesawat tersebut mencecah RM3 bilion, iaitu kurang 2 bilion dari kos Menara Warisan cadangan Perdana Menteri yang mendapat tentangan rakyat yang sedar bahawa itu juga bukan keperluan.
Persoalannya adakah wajar kerajaan berpesan supaya rakyat berjimat tetapi kerajaan sendiri tidak mengamalkan sikap bejimat dalam berbelanja.
Hakikatnya rakyat mempunyai kuasa undi untuk membatalkan usaha pembaziran ini, dan mereka boleh menyekat kuasa kerajaan Umno-Bn yang zalim dan membazir pada PRU 13.
DRS. KHALIL IDHAM LIM Parit Buntar, 26 Julai 2011.
QUEENSLAND 25 Julai – Seorang lelaki melecur teruk selepas sebuah tandas mudah alih yang digunanya meletup selepas dia menyalakan rokok di Lapangan Terbang Rockhampton, di sini, hari ini.
Ketika kejadian, mangsa yang merupakan anggota Tentera Udara Diraja Australia sedang menyertai latihan ketenteraan Australia-Amerika Syarikat (AS) itu mengalami melecur teruk di muka, kepala, tangan dan dada.
"Tandas tersebut meletup dan berkemungkinan disebabkan mangsa menyalakan rokok," kata jurucakap Unit Keselamatan Masyarakat. – AFP
AMMAN 26 Julai – Seorang lelaki Jordan mengaku membunuh seorang pemuda yang dipercayai kekasih isterinya dengan memotong kemaluan mangsa, kemudian meletakkannya di dalam beg sebelum diserahkan kepada polis, hari ini.
Menurut polis, suspek, 35, melakukan kejadian itu di sebuah bilik hotel di Amman dengan memberi alasan dia mahu menyelesaikan konflik dengan isterinya secara aman.
Sebelum memotong kemaluan mangsa, suspek terlebih dahulu mengikat dan meliwatnya, kemudian menyerah diri kepada polis pada hari yang sama. – AFP
IPOH – Sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi pembinaan Pasar Tanjung Rambutan melibatkan bangunan pasar dengan 300 lot kedai, medan selera dan kawasan riadah yang dikenali sebagai Riverfront di Tebing Sungai Kinta.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kompleks Pasar Tanjung Rambutan itu dijangka mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan sebelum boleh digunakan sepenuhnya.
"Kompleks ini turut dilengkapi dengan sistem kumbahan sistematik yang mampu membersihkan air kotoran sebelum disalurkan ke Sungai Kinta yang terletak bersebelahan pasar ini.
"Model pasar ini juga akan menjadi asas kepada pembinaan enam buah pasar baru di sekitar Ipoh yang akan dimulakan pembinaannya dalam masa terdekat," kata Ahli Parlimen Tambun itu pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah, Pasar Tanjung Rambutan, di sini, kelmarin.
Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pekan Tanjung Rambutan kini telah berkembang seiring dengan pembangunan di sekitarnya menyebabkan rata-rata penduduk memberikan harapan yang tinggi agar kawasan ini terus dibangunkan.
"Antara isu yang sering dibangkitkan ialah melibatkan keperluan padang rekreasi, pasar dan medan selera," katanya.
Tambahnya, pelbagai usaha telah dijalankan bagi membolehkan pasar Tanjung Rambutan ini dibangunkan semula dan kini peruntukan diperoleh daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebanyak RM 5.8 juta.
"Daripada jumlah tersebut pembangunan semula pasar ini merangkumi pembinaan pasar basah, pusat penjaja, dan petak penjaja harian," katanya.
Beliau berkata, terdapat 19 pasar awam yang dikendalikan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) termasuk Pasar Borong dan Pasar Besar Ipoh.
"Malah pembangunan semula pasar Tanjung Rambutan ini dilihat sebagai perintis dan model yang akan diikuti oleh pasar-pasar lain.
"Pihak Majlis akan menggantikan pasar-pasar uzur di sekitar Bandaraya Ipoh secara berperingkat agar matlamat untuk menjadikan Ipoh sebuah bandar pesat membangun akan tercapai," katanya.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini memohon untuk membatalkan perenggan tertentu dalam kenyataan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks yang difailkan oleh menteri dalam menteri itu.
Hishammuddin (kiri) menyaman Anwar berhubung kenyataan yang dibuat oleh ketua pembangkang itu mengenai video seks yang didakwa memaparkan lelaki mirip Anwar. Anwar telah menafikan beliau lelaki dalam video tersebut.'
Permohonan Hishammuddin dikemukakan oleh peguam Sunil Abraham yang mewakili menteri dalam negeri itu.
Hakim Datuk VT Singham menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes tersebut.
Peguam J Leela mewakili Anwar, yang telah memfailkan tuntutan balasnya.
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Walaupun sudah lebih dua minggu berlalu, keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal ketika perhimpunan Bersih 2.0 masih menunggu laporan post mortem dari Hospital Kuala Lumpur untuk mengetahui apa punca sebenar kematiannya.
Ini kerana, sehingga kini mereka masih belum mendapat laporan itu walaupun sudah beberapa kali diminta dari pihak hospital.
(Tuan Guru Nik Aziz menyampaikan sumbangan kepada anak Baharudin, Nasrul ketika beliau berkunjung ke situ ketika jenazah di kebumikan)
"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi laman web Malaysiakini hari ini.
Baharudin meninggal ketika menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu ketika berhimpun berhampiran dengan KLCC.
Pihak polis mendakwa, Baharudin mati kerana komplikasi jantung. Namun keluarganya tertanya-tanya, apa punca empat tulang dadanya patah di samping tiga batang giginya juga patah.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."
Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia.
Ketika hari pengkebumiannya, anak saudara Baharudin, Azhar Kassim ketika bercakap kepada Harakahdaily melahirkan rasa ragunya atas punca tulang dada dan gigi yang patah itu akibat dari CPR yang dibuat ke atas Baharudin.
"Kenapa mereka tidak bagi laporan post mortem itu sedangkan sijil untuk mengebumikan jenazah dikeluarkan," soal beliau.
Azhar sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.
30. Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.
31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki,
atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
26. Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian Yang berupa taqwa itulah Yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Surah AL A'raaf : Ayat 26)
Akhir kalam,Wahai wanita Muslimah jagailah pakaian mu dan akhlak mu supaya mudah Muslimin menjaga mata dan nafsunya.
AYER KEROH, 25 Julai: Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab melahirkan kekesalan di atas sikap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang membisu dengan bantahan rakyat terhadap keputusan kerajaan negeri yang memberikan kelulusan untuk pusat hiburan melanjutkan masa operasi sehingga jam 3.00 pagi.
Yusof berkata, Mohd Ali sepatutnya tampil memberikan maklum balas kepada rakyat Melaka sama ada bersedia untuk menghadkan masa operasi pusat hiburan atau meneruskan keputusan kerajaan negeri baru-baru ini.
"Kita kesal kerana di saat umat Islam akan menyambut Ramadhan, kita dikejutkan dengan tindakan kerajaan negeri Melaka meluluskan perlanjutan operasi pusat hiburan sehingga pukul 3.00 pagi, baru-baru ini.
"Kita hairan bagaimana pemimpin yang mengaku Islam tetapi tidak tahu halal haram dan tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Bukit Katil.
Beliau berkata sepatutnya kerajaan negeri Melaka kalaupun tidak mampu untuk menutup pusat hiburan itu sekurang-kurangnya mereka menghadkan masa operasinya dan juga menetapkan supaya orang-orang Islam diharamkan dari memasukinya seperti yang dijalankan di Kedah.
"Jangan hendak hadkan masa operasi dan hadkan orang Islam jangan masuk sebaliknya kerajaan negeri Melaka dengan biadap melanjutkan lagi operasi pusat hiburan ini seolah-olah mencabar Allah yang menyuruh kita memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadhan.
"Tidakkah kerajaan negeri rasa bertanggungjawab kepada rakyat dengan menggalakkan mereka beribadat bukannya memberikan ruang yang luas untuk berhibur di pusat-pusat maksiat ini?" soalnya.
Yusof sekali lagi menggesa kerajaan negeri menarik balik keputusan mesyuarat exco kerajaan negeri baru-baru di samping membuat keputusan supaya orang Islam di larang memasuki pusat-pusat maksiat tersebut.
Minggu lalu, kira-kira 200 orang umat Islam dan ahli PAS Melaka mengadakan himpunan aman membantah perkara tersebut di hadapan Masjid Bukit Katil.
Negeri-negeri yang terlibat dengan penanaman padi patut memberi perhatian kepada pelancongan padi dalam menjadikan proses penanaman padi sebagai satu produk pelancongan yang iconic bagi menarik kehadiran pelancong terutama pelancong asing.
Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit berkata pakej pelancongan yang boleh diwujudkan menerusi pelancongan padi hendaklah melibatkan proses "menanam padi, menghasilkan beras dan makan nasi".
Katanya produk yang dihasilkan itu perlu bermula daripada proses penyediaan tanah dan menabur biji-biji padi sehingga kepada proses menuai.
"Bagaimanapun, tidak semua pelancong datang pada masa penanaman padi. Jadi pentingnya ada muzium padi. Di situ pelancong boleh datang dan lihat proses daripada permulaan sampai masak nasi.
"Ini satu tarikan yang ada pada negara kita terutama Kedah...negeri Jelapang Padi. Tidak ada orang lain yang boleh membuat penjelasan selain orang tempatan...ini jadi pelancongan berasaskan komuniti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Padi Langkawi 2011 di Laman Padi Langkawi di Langkawi semalam.
Program itu adalah anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan serta Kementerian Pelancongan dan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).
Beliau berkata pelancongan padi itu juga boleh melibatkan padi bukit yang ditanam di Sabah dan Sarawak kerana penghasilannya berbeza dengan padi sawah yang ditanam di Semenanjung.
" Proses penanaman padi bukit berlainan. Setahun sekali kena tebang hutan. Proses tuaian padinya sama. Kita ingin membuat produk ini sebagai produk iconic," katanya.
Dawos berkata produk itu juga boleh diperkenalkan menerusi inap desa dan hotel.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berharap program berinovasi seperti "Festival Padi" ini dapat diteruskan dalam usaha mengekalkan budaya dan tradisi turun temurun di negara ini bagi diperkenalkan kepada pelancong asing.
" Jika kita dapat melibatkan mereka dalam aktiviti seperti ini, ia akan menjadi pengalaman baru kepada pelancong asing dan keunikan inilah yang menjadikan Malaysia salah satu destinasi pelancongan yang menarik," katanya.
Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah bertitah adalah amat penting Raja-Raja disembah maklumkan secara berterus terang mengenai cerita sebenar dan sama sekali tidak dipagari oleh mereka yang berkepentingan diri sehingga Raja tergamak diperalatkan. "Raja wajib memiliki kumpulan penasihat yang jujur lagi ikhlas, kumpulan penasihat yang peka kepada denyut jantung dan denyut nadi warga, kumpulan penasihat yang tegas lagi berani menyatakan yang benar," titah baginda dalam Wacana Ilmu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bertema "Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga" di Shah Alam hari ini. Menurut baginda, Raja sendiri hendaklah bersedia menerima hakikat dan kenyataan, betapa pahit dan berat sekalipun, kerana keadilan tidak mungkin dapat ditegakkan tanpa kebenaran. Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Raja tidak dapat berperanan secara bermakna sekiranya Raja sentiasa dilukiskan dengan sebaik-baik gambaran. "Ia bukan sahaja melukiskan gambaran palsu tetapi telah tidak bersifat adil kepada Raja, menidakkan hak Raja menyempurnakan tanggungjawab secara saksama untuk membolehkan peranan Raja diterima baik oleh warga," titah baginda. Baginda bertitah adalah benar persaingan politik semakin sengit dan juga benar isu agama dan isu kaum amat sensitif tetapi persaingan politik hanyalah mengambil kesempatan memperjudikan isu agama dan isu kaum serta mengeksploitasi sentimen ketidakpuasan hati rakyat yang lebih rencam. "Dalam setiap perselisihan dan dalam segala perbalahan tidak mungkin satu pihak betul semua dan tidak mungkin satu pihak salah semua tetapi kaedah mencarikemenangan mutlak dan kaedah mahu menjatuhkan lawan telah mengetepikan elemen adab, elemen adat, elemen moral dan elemen agama," titah Raja Nazrin. Baginda bimbang jika suhu politik semakin panas, impian untuk membina perpaduan akan menemui mimpi ngeri yang sangat menakutkan. Oleh itu baginda bertitah perlu ada institusi yang berwibawa untuk menurunkan suhu politik yang semakin panas, institusi yang kekal berkecuali dan institusi yang dapat diterima untuk membantu menenangkan suasana. Raja Nazrin bertitah untuk itu amatlah penting dipastikan Raja kekal dalam disiplin yang berada di atas polemik politik tetapi Raja juga ada amanah, ada tanggungjawab untuk memastikan negara aman dan warga hidup secara rukun secara damai. "Tetapi Raja tidak memiliki lampu ajaib yang boleh memupuk perpaduan dalam sekelip mata apatah lagi jika suasana sudah terlalu berkecamuk," titah baginda. Menurut Raja Nazrin, sebaik peranan kepada Raja adalah untuk memberi nasihat secara tertutup kepada pelbagai instrumen negara mengenai tanggungjawab masing-masing supaya Raja tidak disalahtafsir mencampuri secara langsung urus tadbir negara. Baginda bertitah bahawa perpaduan tidak akan berjaya dipupuk dalam situasi politik yang tidak stabil dan tidak matang selepas pilihan raya umum ke-12 di mana perlu ada penerimaan kepada realiti dan pemahaman bahawa tuntutan melakukan perubahan kepada yang lebih baik adalah lumrah alam. "Perpaduan memerlukan kesediaan melakukan pengorbanan, menerima kekalahan dengan reda dan merayakan kemenangan dengan keinsafan," titah baginda. Raja Nazrin Shah juga bertitah bahawa dalam dinamik politik yang sedang berlaku, adalah bertambah penting Raja selaku tonggak kestabilan dan payung penyatuan rakyat, bersifat berkecuali supaya semasa berlakunya krisis, Raja berupaya memberikan nasihat, teguran dan pandangan yang mencerminkan keadilan tanpa memihak. "Payung kedaulatan negara ini (Raja) jangan sama sekali dirosakkan, jangan sama sekali ditiriskan, jangan hanya dicari bila panas terlalu terik atau hujan sudah turun. "Payung negara ini adalah lambang kedaulatan warga, lambang kedaulatan negara, memberi teduh di hari panas, menangkis air di hari hujan," titah baginda.
AS terpaksa masuk campur dalam isu ni. Syed Atief ni seorang ketua pemuda cawangan di Arau, Perlis yang juga bekas pembantu khas mantan Menteri Besar Perlis, DS Shahidan kassim.
Yang ni la AS duk pening. Macamana la UMNO Perlis nak kekalkan kemenangan kalu macam ni la sengketa yang duk ada dalam Perlis. Pergolakan Shahidan Kassim dengan Md Isa Sabu sampai sekarang tak berkesudahan. Ini ditambah kemelut mamat menggelabah ni buat entry dalam blog beliau.
Bagi AS, jika benar sekalipun individu yang dimaksudkan itu melakukan penyalahgunaankuasa, gunakan saluran yang betul untuk meluahkannya. Bukannya secara terbuka dalam blog macam ni! Banyak cara yang lebih sesuai boleh digunakan. Macam blog hang sempoi? Piirahh
Syed Razlan, ADUN N11 Pauh & Exco Pelaburan Perlis, seorang PERASUAH yang berleluasa di Perlis.. Bukti yang dikumpulkan sudah lebih dari mencukupi.. INI BUKAN FITNAH..!
Polis & SPRM, saya bersedia dipanggil beri keterangan.. Nyahkan pemimpin KOTOR.. Pastikan siasatan berjalan tanpa memilih bulu.. bukan setakat ambil statement dan diam..!
qunang: Saya minta tolong Saidin Osman, tukang kutip toci, buat laporan Polis terhadap blog ini sekali lagi..
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.
Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.
Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk "EC: Help us purge 'clones' from electoral roll".
Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.
"Ini merupakan kenyataan "U-turn" SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.
"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Cadangan SPR untuk menggunakan keadah biometrik bagi menyelesaikan isu pengundi hantu dan pengundi bertindih bukan penyelesaian yang sebenar. Malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik ini.
PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihanraya.
Begitu juga pendaftaran pemilih secara automatik. Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS 25 Julai 2011
Geli hati apabila membaca seruan Rais Yatim supaya rakyat hanya melihat video Bersih 2.00 yang ditayang oleh Polis Diraja Malaysia. Selepas ini mungkin Menteri Penerangan ini akan mencadangkan rakyat Malaysia hanya membaca Utusan Malaysia sahaja, kerana akhbar lain semunya tidak benar.
Saranan beliau di zaman ini untuk memaksa rakyat hanya mempercayai apa yang disiarkan oleh PDRM dan media kerajaan, sama seperti pepatah Arab ” kamu boleh paksa kuda pergi minum air, tetapi kamu tidak boleh paksa kuda minum air” Macam mana beliau yang memegang Kementerian ini tidak menyedari zaman revolusi maklumat. Sekarang bukan zaman media yang wujud ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46. Sekarang ialah zaman lebuhraya maklumat yang begitu pantas. Tentu beliau masih ingat ketika isu tengkolok Tengku Razali yang diputar belit oleh media mengatakan Tengku Razali telah murtad kerana memakai lambang salib, sehingga pengundi melayu telah menolak Parti Semangat 46 beberapa hari dalam pilihanraya tahun 1990. Zaman penipuan media yang dimonopoli oleh kerajaan BN sudah berlalu. Kita mengharapkan Datuk Rais Yatim juga bergerak sealiran dengan zaman sesuai dengan kementerian yang beliau ketuai. Jangan dikatakan orang menteri yang jaga mengenai komunikasi tidak bergerak mengikut peredaran zaman.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
DAP Socialist Youth (DAPSY) Bahagian Bakri di bawah kepimpinan Sdr Wee Jon Leong dan Pengerusinya YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah menganjurkan Majlis Makan Malam dan Pertandingan Karaoke di Restoran Star's Jalan Sakeh Muar pada malam hari Ahad 24 Julai 2011.
Majlis yang dihadiri oleh lebih 500 orang itu turut mengundang YB Ean Yong Hian Wah (ADUN Seri Kembangan/EXCO Kerajaan Selangor, YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri) dan tuan rumah YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan). YB Dr Mohammad diiringi oleh Sdr Faizul Salleh (Ketua Pemuda PAS Muar dan Sdr Farid Nasir (Ketua Unit Amal Muar). Seramai 30 orang peserta karaoke lelaki dan perempuan berumur 40 tahun ke atas telah membuat persembahan pada malam itu.
Terima kasih DAPSY Bakri yang menjemput YB Dr Mohammad dan rombongannya ke Majlis tersebut sebagai tanda ukhuwah Pakatan Rakyat yang sentiasa mantap.
Mesra...YB Dr Mohammad disambut oleh YB Gwee dan YB Er.
Pemimpin Pakatan Rakyat semeja, sehati, sejiwa.
Pelukan penyokong yang cukup bermakna....
YB Dr Mohammad diapit oleh YB Gwee dan Sdr Farid.
Bersama YB Er.
Kemesraan dua Ketua Pemuda - PAS dan DAP.
Wartawan tidak dilupakan.
YB Ean Yong menyampaikan hadiah kepada JohanKaraoke.
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan melahirkan rasa syukur dan berbangga di atas kejayaan Ustaz Amirahman bin Hj Abas menjadi Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa kali ke 53 baru-baru ini.
Ustaz Amirahman merupakan Qari Negeri Sembilan yang menjadi Johan Qari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan seterusnya dipilih mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan bersama Timbalan Pesuruhjaya , Tuan Hj Anuar bin Azahari dan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman beserta dua orang pimpinan PAS Kawasan telah bersama-sama hadir bagi menyerahkan cenderahati kepada Ustaz Amirahman bin Hj Abas.
"Sewajarnya Kerajaan Negeri Sembilan memberikan anugerah dan penghargaan yang setimpal dengan pencapaian Qari dari Negeri Sembilan kerana ini adalah merupakan kejayaan pertama wakil Negeri Sembilan di peringkat antarabangsa sejak majlis tilawah ini diperkenalkan. Kejayaan ini sewajarnya diraikan sebagaimana ketika meraikan kemenangan pasukan bolasepak Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia dua tahun yang lalu, kedua-dua kejayaan tersebut membanggakan kami rakyat Negeri Sembilan" , ujar Taufek.
Menurut Ustaz Norazman yang merupakan Ketua Penerangan PAS Negeri Sembilan menegaskan, adalah tepat sekiranya Ustaz Amirahman yang masih muda ini dijadikan ikon anak muda Negeri Sembilan di atas kejayaan cemerlang beliau tersebut. PAS Negeri Sembilan berharap agar ilmu dan kelebihan beliau ini dimanafaatkan demi kebaikan umat Islam di Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR 26 JULAI – Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi lima sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.
"Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia," kata beliau pada majlis pelancaran 500,000 set duit syiling peringatan bagi menandakan siri-siri duit syiling baharu itu di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata yang siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank pusat juga akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini.
"Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini," kata Zeti.
Pembunuhan Yang Membunuh Lebih 90 Nyawa Di Oslo Mengaku Membunuh Kerana Takut Dengan Perkembangan Islam Yang Hebat Di Eropah.
UNDVOLLEN (Norway): Lelaki yang dituduh menembak mati 85 remaja di perkhemahan belia dan membunuh tujuh yang lain dengan bom kereta di Oslo, menyiarkan rakaman video di YouTube, menyeru golongan konservatif melancarkan perang salib, enam jam sebelum serangan itu.
Anders Behring Breivik memuat turun rakaman video itu menyeru serangan terhadap umat Islam, dengan rakaman menunjukkan dia memakai pakaian selam tentera laut sambil mengacu senjata automatik, beberapa jam sebelum melakukan pembunuhan yang mengejutkan itu.
Dalam teks video itu dia menjelaskan rancangan serangannya, dengan menulis: 'Saya akan memakai uniform pegawai polis. Ia pasti menggerunkan kerana orang ramai akan terkejut.' Dalam dokumen setebal 1,500 halaman, dia menulis bahawa 'terdapat situasi di mana kekejaman adalah perlu' dan lebih baik membunuh terlalu ramai daripada tidak mencukupi'.
Sumber polis memberitahu media bahawa Breivik mengaku memuat turun video itu untuk meluahkan pandangan ekstrimnya sebelum serangan itu.
Breivik adalah anggota kumpulan Freemason di Oslo dan mempunyai hubungan dengan Liga Pertahanan Inggeris (EDL).
Dalam satu tulisan, dia menulis: "Saya sudah berbincang dengan EDL dan menyarankan mereka memengutamakan strategi dalam berdepan dengan kebangkitan Islam. "Taktik EDL adalah untuk menarik reaksi berlebihan pergerakan jihad Islam dan pelampau fahaman Marxis.
Rakaman video 12 minit yang bergelar 'Knights Templar 2083' turut dilaporkan muncul dalam halaman Facebook Breivik yang sudah ditutup. Halaman itu memetik ungkapan ahli falsafah seperti Machiavelli, Immanuel Kant dan John Stuart Mill.
Dia juga menyenaraikan Kafka antara penulis kegemarannya dan George Orwel 1984 sebagai satu daripada buku kegemarannya.
Breivik berkata, dia menghantar teks dan rakaman video YouTube, di mana dia bencikan dasar pelbagai budaya dan pendatang Islam kepada 7,000 rakan patriotiknya di Facebook.
Dalam teks bertajuk 'Deklarasi Kebebasan Bangsa Eropah' dia menulis bagaimana dia mahu menyingkirkan Islam dan fahaman Marxis di Eropah.
"Ada situasi di mana kekejaman adalah perlu dan enggan melakukan kekejaman yang perlu adalah pengkhianatan terhadap orang yang anda ingin lindungi," tulisnya.
"Kaedah pilihan adalah menyerang secara ganas.
"Tidak perlu meminta maaf atau meluahkan kekesalan kerana anda bertindak mempertahankan diri atau mengambil langkah berjaga-jaga."
Menulis sebagai Andrew Berwick, namanya dalam bahasa Inggeris, dia berkata, dia mengambil masa sembilan tahun dan membelanjakan 300,000 euro (RM1.26 juta) untuk menulis manifesto itu. Pautan
Dia berkata: "Titisan hujan pertama menandakan kehadiran ombak besar budaya konservatif yang tidak dapat dihentikan. Ombak besar itu akan menghapuskan Eropah Barat daripada budaya Marxisme dan pelenyapan Islam untuk kali ketiga.
Dia juga didakwa mempunyai hubungan dengan sebuah lagi pertubuhan pelampau Kristian, Stop the Islamification of Europe, menurut akhbar Sunday Telegraph. - Agensi
kOMEN : KINI TELUR TEMBELANG KE 2 DAH PECAH MANAKALA SEBELUM INI TELUR TEMBELANG PERTAMA TENTANG VIDEO CCTV MAT SABU DITAYANG HANYA SEBAHAGIAN SAHAJA DAH KANTOIKAN IMEJ POLIS DIRAJA MALAYSIA. YANG KE 2 INI WARIS BAHARUDDIN PERTIKAI LAPORAN BELUM KELUAR, POLIS DAN BUAT KENYATAAN KUNUNNYA 4 TULANG ALLAHYARHAM TERPATAH OLEH RAWATAN CPR OLEH PEGAWAI PERUBATAN YANG TIDAK CEKAP SERTA 3 BATANG GIGI BATAH KUNUN AKIBAT DIJOLOK DENGAN SUATU INSTRUMEN KE MULUT MANGSA. POLIS MEMANG TERUS DITIMPA BALA JIKA IKUT TELUNJUK JARI YANG BERTAHI.
Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.
Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.
"Saya tertanya-tanya, kenapa kami belum dapat lagi (laporan bedah siasat), tapi polis dah keluar kenyataan," kata Mohd Nasrul, 22, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Beliau juga enggan memberikan komen lanjut berhubung kecederaan yang dialami mangsa berkenaan memandangkan keluarganya masih belum menerima laporan tersebut walau telah berkali-kali mendesak hospital berkenaan.
Namun, polis telahpun menafikan dakwaan bahawa pasukan berkenaan telah melakukan keganasan ke atas Allahyarham Baharudin manakala kecederaan dialami mangsa itu pula berpunca daripada rawatan yang diberikan ke atasnya.
Seorang pegawai kanan Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid pada Jumaat lalu dilaporkan sebagai berkata, tulang rusuk mangsa yang patah itu juga "mungkin" disebabkan oleh rawatan kecemasan yang diberikan ke atasnya.
Gigi lelaki berusia 58 tahun itu pula "mungkin" patah disebabkan tiub yang dimasukkan ke dalam mulut lelaki berkenaan bagi tujuan "menyedarkannya semula."
Salleh turut mendakwa, tiada gas pemedih mata dilepaskan di lokasi KLCC dan tiada anggota polis berada di lokasi Baharudin meninggal dunia. Ketika ditanya, anak mangsa berkenaan bagaimanapun pantas menjawab, beliau tidak akan memberikan komen selagi belum melihat laporan bedah siasat berkenaan.
"Kami pun tak dapat laporan bedah siasat, sebab kematian pun tak tahu. Jadi tunggu keputusan bedah siasat dahulu baru kami boleh komen," kata Mohd Nasrul lagi.
Tambahnya, pihak Hospital Kuala Lumpur memberitahu beliau bahawa keluarga mangsa tersebut hanya akan menerima keputusan berkenaan dalam tempoh "empat hingga enam minggu lagi."
Anggota keluarga Allahyarham sebelum ini mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan juga kepada Ketua Polis Negara, mendakwa kecederaan yang dialami mangsa itu mungkin berpunca daripada keganasan polis.
Komen : PPIM ini semasa UMNO/BN menghentam PAS dan Pakatan Rakyat tentang penggunaan perkataan ISLAM ...senyapjer????.Al-maklumlah, ASTRO dalam segi menaikan caj macam PLUS(Projek Lebuhraya Utara Selatan) juga. Pemimpinnya beria-ia komlen pasalh Tol naik ananti kesan pada rakyat tapi bila dah naik lain pula cakapnya. Kata-kata selepas naik " Caj Tol Malaysia masih rendah berbanding negara luar". Dalam kes Tol naik harga tak pula PPIM bersuara? Paadahal ramai pengguna PLUS beragama Islam. Abis kenapa boikot kes terpilih? Tup-tup masa kes ASTRO ini beria-ia nak perjuangkan nasib pengguna ASTRO yang beragama Islam.Pada teman bukan prioriti pejuangkan setakat caj Astro yang mana penggunanya adalah dari semua agama dan bangsa.Sewajarnya disambut semua NGO sepertimana NGO membuat laporan polis terhadap Perhimpunan BERSIH. Satu lagi , kalau benar Pemimpin PPIM ini nak boikot serius ..buatlah sidang media dengan melakukan Full Settlement Borang Henti jadi pengguna ASTRO, bukan setakat bercakap di TV dan media dan bukan setakat tak tengok ASTRO tapi masih ada akaun yang perlu dibayar. Bak kata orang , benci tapi rindu! dan Tindakan PPIM hanya umpama 'Hangat-Hangat Taik Ayam'
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, PPIM sangat kecewa kerana pihak pengurusan Astro meneruskan harga pakej langganan walaupun kerajaan telah mengumumkan yang mereka tidak meluluskan kenaikan tarif tersebut. " Kami di PPIM percaya Astro telah nekad menaikkan harga walaupun tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) selaku pengawal selia dan pemberi lesen bagi sektor penyiaran dan telekomunikasi. " Sehubungan itu PPIM akan mengambil tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang untuk memastikan hak pengguna dibela dan syarikat Astro beroperasi dengan tidak menindas pengguna," tegasnya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Pada bulan Jun lalu, Astro mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa pada 11 Julai lepas dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sehubungan itu, PPIM telah melancarkan kempen 'boikot Astro' dan mengecam stesen televisyen berkenaan.
Kuala Lumpur -9 July 11. Perhimpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpun ratusan ribu rakyat di ibu kota dari seluruh Negara dari berbagai bangsa untuk menuntut pilihanraya yang lebih adil dan bersih.
Kejayaan menghimpun ratusan ribu rakyat ini menunjukkan satu indikator bahawa rakyat tidak lagi takut dengan segala momokkan pihak media yang dikuasai BN tentang demonstrasi haram ini akan menyebabkan keadaan huru hara dan juga rusuhan kaum.
Gelombang kebangkitan rakyat tidak dapat lagi dibendung walaupun segala usaha telah dibuat oleh kerajaan BN dengan mengarahkan pihak PDRM membuat berpuluh sekatan di jalan-jalan yang menuju ke ibu kota.
24 Julai 2011, Taman Ampang Indah - Menyedari kepentingan gerak kerja berterusan menyampaikan maklumat kepada masyarakat, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) pagi ini meneruskan rutin mingguan mereka dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan PAS dan pentadbiran Negeri Selangor serta sedikit ucapan daripada Ketua DPPA, al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop.
Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan ucapan. Turut kelihatan Timbalan Ketua DPPA, Saudara Mohamad Shahril Mohamad Shuhaimi
KUALA LUMPUR, 26 Julai — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meneruskan justifikasi beliau dengan yang terbaru berkata menjadi tanggungjawab kerajaan bagi melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum.
Menerusi blognya www.1Malaysia.com, Najib berkata perhimpunan 9 Julai lalu di ibu negara telah menunjukkan rakyat menolak sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
"Insiden terbaru di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menyagikan kita dengan ujian penting.
"Keputusan kita sebagai kerajaan adalah untuk melindungi kepentingan dan harta benda masyarakat umum yang bergantung mata pencarian mereka di Kuala Lumour," katanya dipetik Bernama Online malam tadi.
Najib berkata dengan membenarkan satu kumpulan mengadakan demonstrasi, maka ia akan memberi peluang kepada pihak lain menggunakan kaedah sama untuk menimbulkan peristiwa menggemparkan atau isu kontroversi yang mendapat perhatian awam.
SEBELUM ini heboh disiarkan di blog-blog dan laman portal berita alternatif menunjukkan gambarwarga asing Bangladesh memakai baju Patriot untuk sama-sama berhimpun menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.
Kali ini, salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar yang mendedahkan bahawa perhimpunan Patriot diketuai oleh Ketua Pemuda United Malays No Otak, Khairy Jamaluddin turut menggunakan pelancong asing dari Timur Tengah dan Barat.
Kegagalan Patriot mendapatkan sokongan rakyat bagi menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah memaksa mereka menggunakan warga asing, termasuk pelancong asing menyertai perhimpunan mereka. Ini bertujuan untuk menampakkan kononnya ramai rakyat Malaysia yang menyokong Patriot (sebut Pakturot).
Modus operandi mereka dipercayai menggunakan bendera jalur gemilang (bendera Malaysia) untuk memperdayakan warga asing yang langsung tidak faham apakah tujuan perhimpunan itu diadakan. Warga asing yang tertipu akan menyangka perhimpunan itu sebagai perarakan biasa sedangkan ia hanyalah perhimpunan provokasi terhadap BERSIH 2.0.
Apa yang jelas Perhimpunan bodoh Patriot (sebut Pakturot) gagal mendapat sokongan rakyat. Mereka sekadar berjaya membawa pencacai upahan dan warga asing yang tertipu turun berhimpun tak sampai satu jam pun. BERSIH 2.0 langsung tak rasa tergugat, bagaikan harimau digigit anak cicak, calar pun tidak apatah lagi luka berdarah?
PERKASA jangan ditanyalah, bayang pun tak nampak Bapak Katak menyorok bawah tempurung kot...
KOTA BHARU, 25 Julai: Bagi anda yang merantau tentunya jarang dapat bersua muka dan mendengar sendiri penjelasan pelbagai isu daripada pimpinan kerajaan Kelantan.
Kebiasaannya hanya kesempatan pulang berhari raya sekali setahun dijadikan medan bertemu dengan pemimpin pada program Aidil Fitri.
Namun suatu kelainan dicetus tahun ini, di mana menjelang Ramadan ini kerajaan negeri akan menganjurkan program Himpunan Anak Kelantan di perantauan pada 30 Julai ini. Program berkenaan akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya, Selangor.
Program bermula jam 9 pagi hingga 12 malam malam itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan kerajaan negeri dengan anak-anak Kelantan di perantuan. ..
Program interaktif bersama pimpinan akan disertai Menteri Besar, timbalannya, Dato' Ahmad Yakob dan dua anggota Exco, Dato' Husam Musa dan Dato' Mohd Amar Abdullah pada jam 9 malam. "Kerajaan negeri berharap anak-anak Kelantan di Lembah Klang dapat meluangkan masa menghadiri program tersebut bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim," ujarnya.
Isu berkaitan fahaman Wahabi muncul semula hari ini dengan Putrajaya mengadakan mesyuarat khas meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.
Difahamkan mesyuarat pagi ini merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.
"Mesyuarat hari ini hanya memfokus pada isu amalan fahaman Wahabi dan kaitan dengan terorisme... di mana akhirnya mesyuarat memutuskan mereka yang ada kaitan dengan fahaman ini boleh menjurus kepada terorisme," kata.
Mesyuarat hari ini adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan a,alan Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.
"Berdasarkan maklumat diterima, kesemua mufti negeri diminta memantau perkembangan amalan Wahabi di negeri masing-masing dan mengambil tindakan sewajarnya jika perlu," kata sumber itu lagi.
Beberapa mufti yang dihubungi The Malaysian Insider enggan mengulas lanjut melainkan mengakui ada mesyuarat itu.
"Lebih baik tanya kepada Majlis Keselamatan Negara," kata sumber itu lagi. The Malaysian Insider juga difahamkan mesyuarat hari ini ada menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu. Antara nama itu ialah bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar kiri), yang pernah dikaitkan dengan fahaman Wahabi. Asri ketika dihubungi berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah "reda." Bagaimanapun beliau tidak menolak ia kemungkinan ada kaitan dengan perkembangan politik negara dan usaha mengalih pandangan selepas perhimpunan aman 9 Julai.
Pakatan Rakyat akhirnya akur dengan keputusan kerajaan untuk menggunakan sistem biometrik pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya kerajaan juga turut akan menggunakan dakwat kekal (concurrent).
Walaubagaimanapun, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak sekeras-kerasnya sistem biometrik kerana tidak menjamin elemen satu orang satu undi semasa pilihan raya.
"Kita perlu menentang sistem ini. Sudah menjadi tanggungjawab rakyat memastikan negara bersih dan adil," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran slogan Selangorku di sini malam tadi.
Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.
Beliau berkata, ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil.
"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya.
Najib juga berkata kerajaan bersetuju memberi peruntukan kepada suruhanjaya itu bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya.
Salah satu tuntutan Bersih 2.0 baru-baru ini ialah menggunakan dakwat kekal, yang sepatutnya digunakan ketika pilihan raya umum 2008 tetapi dibatalkan pada saat-saat akhir.
KUALA LUMPUR, 24 Julai — Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan video rakaman perhimpunan 9 Julai lalu secara berterusan bagi mendedahkan perkara sebenar yang telah berlaku, kata Rais Yatim.
Beliau berkata rakaman video yang mula disiarkan malam tadi perlu ditonton orang ramai yang inginkan jawapan kepada tohmahan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim terhadap peserta perhimpunan haram itu.
"Saya menyeru semua rakyat Malaysia menonton RTM bagi melihat daripada segi sebenar dan tepatnya apa yang telah berlaku dan hakimkan sendiri apa yang telah dirakamkan itu," katanya kepada pemberita selepas mengambil bahagian dalam pertandingan badminton persahabatan antara RTM dengan pasukan Datuk Seri Utama Rais Yatim di sini hari ini.
Dipetik Bernama Online, RTM akan menayangkan adegan-adegan sebenar perlakuan politik jalanan yang dilakukan pada hari berkenaan, sekali gus menjelaskan siapakah yang sebenarnya berbohong.
Semalam, polis berkata telah menyerahkan rakaman kepada RTM untuk tujuan siaran.
Ditanya sama ada rakaman video yang diperoleh daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu akan diedarkan ke stesen televisyen lain, Rais berkata pihaknya akan berbuat demikian sekiranya PDRM memberikan persetujuan.
.... bila orang jahat buat cerita orang baik... camne tue?
Banjir selepas lebih 20 tahun Sinar Harian 25 Julai 2011
KOTA – Rata-rata peniaga di Pasar Awam Kota, di sini, terperanjat apabila pasar awam itu turut terkena tempias banjir kilat walaupun lokasi berkenaan tidak pernah dinaiki air sebelum ini.
Peniaga di pasar berkenaan mendakwa sejak akhir-akhir ini, masalah sistem saliran di sekitar pasar berkenaan semakin kritikal dan pelbagai jenis sampah-sarap boleh dilihat di dalam longkang.
Peniaga, Razali Abdullah, 55, berkata sudah lebih 20 tahun dia berniaga di pasar awam berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut dia tidak pernah berhadapan dengan masalah banjir kilat.
"Biasanya, setiap kali hujan lebat, hanya kawasan deretan kedai di Pekan Kota yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin sahaja dinaiki air.
"Namun, kali ini kita juga terkena tempias banjir kilat susulan kerja-kerja pembinaan bangunan berhampiran pasar yang menyebabkan air tidak mampu mengalir dengan lancar," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, banjir kilat pada penghujung Jun lalu itu tidak masuk ke dalam premis perniagaan mereka dan hanya memenuhi sekitar kawasan rendah di pasar awam berkenaan.
Katanya, mereka berharap supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menangani masalah sistem saliran tersebut supaya kejadian seumpamanya tidak berulang sekali gus dapat menjaga keselesaan peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan.
"Oleh itu, kita mohon agar PBT dapat mengambil langkah yang lebih proaktif bagi menangani masalah sistem saliran di sini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah banjir kilat di pasar berkenaan baru pertama kali berlaku.
"Saya telah meninjau lokasi berkenaan dan berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau masalah ini demi keselesaan peniaga," katanya.
24 Julai 2011 Ahad, PAS Kawasan Pekan melalui MTD Peramu Jaya telah menganjurkan program mendekati rakyat bagi kawasan peti undi Pekan Baru, Kampung Mengkasar dan Ketapang. 3 peti undi melibatkan beberapa kawasan penempatan iaitu Bandar Pekan, Kg Ketapang, Kg Rompin Lama, Kampung Geylang, Kg Mengkasar, Kg Pelangkah dan Kg Pasir Panjang.
Ini merupakan program bersiri MTD Peramu Jaya bagi merakyatkan PAS dan program turun padang bersama pengundi. Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi mengisi program tersebut dan diadakan dibeberapa lokasi yang terpilih. Antaranya adalah FUTSAL di kawasan Peramu Jaya, Sukaneka muslimin di Kg Pelangkah, Sukaneka muslimat, hafazan dan pertandingan memasak di Kg Rompin Lama, gotong royong membersih surau di Bandar Pekan dan pemeriksaan kesihatan di Kg Ketapang.
Program seumpama ini berjaya memperkenalkan PAS kepada rakyat dan pengundi. Sambutan masyarakat kepada program ini dibuktikan apabila Program Bersepadu DUN Peramu Jaya 1 telah diterima oleh masyarakat dan pengundi.
Program ziarah pimpinan PAS dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara pimpinan PAS dengan masyarakat. Timbalan YDP PAS Kawasan Cikgu Abu Kassim Abdul Ghani sempat mengunjungi ahli PAS yang keuzuran iaitu Haji Kamarudin di Kg. Pasir Panjang.
Kem rawatan percuma yang diadakan di Kg Ketapang memberi peluang kepada masyarakat untuk menilai kesihatan mereka dan kali ini pegawai perubatan dibawa terus ke kawasan mereka.
Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kassim bin Manaf menyatakan pimpinan PAS Pekan akan terus melaksanakan program bersepadu ini di setiap peti undi bagi memastikan masyarakat dan pengundi dapat mengenali PAS dengan lebih dekat lagi. Program seumpama ini dapat mempromosikan PAS dan selain itu dapat juga merakyatkan PAS dimata masyarakat dan pengundi.
Beliau juga akan memastikan setiap Majlis Tindakan Dun Chini, Bebar dan Pulau Manis akan menjalankan program serupa ditempat masing-masing.
KUALA LUMPUR, Julai 25: Penasihat DAP Lim Kit Siang meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz agar merujuk dimana 'mens ria' (motif) pembunuhan Altantuya Shaariibuu sebelum mempertikaikan 'mens rea' pembunuhan Teoh Beng Hock (TBH).
Kit Siang menjawab dakwaan Nazri kononnya beliau gagal membukti motif pembunuhan TBH kerana gagal menyebut motif pembunuhan itu apabila mendakwa 'menyebabkan terbunuh' sama saja dengan 'membunuh'.
Nazri baru-baru ini mempertikaikan kenyataan Kit Siang dengan mendakwa dakwaan Kit Siang terlalu remote dan tidak boleh dipegang.
"Tengok apa yang Lim Kit Siang kata – paksa bunuh diri sama juga dengan membunuh… mana dia belajar undang-undang ini, ia terlalu remote," selar Nazri. "Untuk membukti pembunuhan, ia mesti mempunyai mens rea (motif) dan actus reas (tindakan)… dalam kes Teoh, di mana mens rea?" soal beliau.
Lim berkata, perkataan 'mens rea' menyebabkan beliau teringat kes pembunuhan Altantuya di mana dua pegawai Unit Kawalan Keselamatan Pejabat Perdana Menteri, Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar telah didapati bersalah menggunakan bom C4 untuk membunuh model Mongolia tersebut pada bulan Oktober 2006 dan dikenakan hukuman gantung sampai mati.
"Rakyat Malaysia yang berfikir masih bertanya apa motif pembunuhan Altantuya oleh Azilah dan Sirul...ia membangkitkan banyak persoalan khasnya siapa sebenarnya dalang dalam pembunuhan tersebut dan mengapa dalang tersebut masih bebas?" bidas beliau.
Bagi Kit Siang, dengan mengambil kira benda-benda ngeri termasuk soal siasat SPRM yang kejam dan dipenuhi dengan penyalahangunaan kuasa yang mendorong Teoh untuk membunuh diri seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI), rakyat yang berfikiran waras akan terus menjawab ia adalah satu pembunuhan.
Dalam kenyataannya, Kit Siang juga meminta Nazri mempertahankan kenyataannya yang menyatakan bahawa laporan RCI telah membersihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawainya.
"Ia nampak seperti Nazri tidak membaca dan menelaah laporan RCI James Foong dengan teliti kerana di dalam laporan itu tidak ada penyataan yang membersihkan SPRM dan pegawainya dalam kematian Beng Hock di pejabat SPRM Shah Alam, 16 Julai 2009.
"Bolehkah Nazri memetik laporan RCI untuk menunjukkan bahawa ia telah membersihkan SPRM daripada sebarang tanggungjawab terhadap kematian Beng Hock?" soal Lim dalam satu kenyataannya hari ini.
Sebaliknya, Lim berkata beliau boleh memetik dua perenggan daripada laporan RCI yang menyatakan bahawa pegawai SPRM perlu bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.
Pada perenggan 198, Lim berkata RCI menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap keterangan saksi pegawai SPRM Raymod Nion anak John Timban yang memberitahu RCI bahawa beliau nampak Teoh sedang berehat di atas sofa pada 6am 16 Julai 2009 di luar bilik Nadzri.
"Pada pandangan kami, beliau bukanlah seorang saksi yang berwibawa dan digunakan oleh pihak bertanggungjawab dalam kematian TBH untuk menjauhkan diri dengan memberikan tanggapan bahawa TBH bukan sahaja masih hidup pada 6am pada 16hb tetapi juga tengah berehat secara selesa dan tenang di kerusi sofa luar bilik Nadzri," tulis laporan tersebut.
Di perenggan 201 satu pula, Lim berkata laporan RCI menyatakan bukti yang dikemukakan Raymond seolah-olah dibuat untuk disesuaikan dengan objektif tertentu yang dalam kes ini untuk menyelamatkan pegawai SPRM yang bertanggungjawab terhadap kematian Teoh.
RCI telah menolak bukti beliau sebagai tidak berwibawa dalam aspek bahawa beliau telah melihat TBH pada 6am 16hb.
"Jadi bagaimana Nazri boleh buat kesimpulan bahawa RCI telah membersihkan SPRM daripada tanggungjawab dalam kematian Beng Hock di mana perenggan 198 dan 201 telah menunjukkan bahawa pegawai SPRM bertanggungjawab terhadap kematian beliau," soal Lim, sambil menambah bahawa Nazri perlu membaca laporan RCI itu dengan teliti.
Lim turut menjawab tohmahan bahawa DAP telah mempolitikkan isu kematian Teoh.
"Saya hanya perlu rujuk Nazri kepada laporan RCI TBH yang menyebut bahawa 'kematian dalam tahanan barangkali merupakan jenayah paling teruk dalam dalam masyarakat yang bertamadun yang ditadbir oleh kedaulatan undang-undang"," kata Lim.
Beliau juga menyeru Nazri agar tidak memandang remeh kematian dalam tahanan sama ada kes Teoh, Ahmad Sarbaini Mohamad yang turut didapati tiba-tiba mati di dalam tahanan SPRM dan juga A.Kugan.
Dalam satu temubual dengan Mingguan Utusan, Nazri dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun SPRM perlu membaiki dirinya, namun RCI telah membersihkan daripada tuduhan membunuh dan ini tidak perlu dipersoalkan lagi.
Nazri turut menuduh bahawa pemimpin DAP telah mempolitikkan isu kematian Teoh sehingga mereka tidak dapat menerima keputusan RCI.
Lim turut menjemput Nazri untuk menghadirkan diri pada forum "RCI Teoh Beng Hock – Di mana kebenaran yang dijanjikan?" yang dijadual besok malam di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall untuk mempertahankan dan memberikan justifikasi terhadap kenyataan beliau.
KUALA LUMPUR, 25 Julai: DAP hari mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kematian Teoh Beng Hock bercanggah dengan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas beliau.
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang kecewa dengan laporan RCI yang merumuskan Teoh mati kerana membunuh diri itu berkata, laporan itu ternyata tidak konsisten dan hanya untuk memburukkan reputasi DAP.
"Saya tidak dapat menerima laporan RCI yang mengatakan Teoh mengalami konflik emosi yang keterlaluan, rasa bersalah yang mendalam, putus harapan dan mengalah kepada kekecewaan kerana laporan SPRM tidak menunjukkan ada unsur rasuah dan salah guna kuasa di antara saya dan Teoh," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, dekat sini hari ini.
Adun Seri Kembangan itu membangkitkan percanggahan laporan RCI yang menyifatkan bekas pembantunya itu menghadapi perubahan minda sehingga bertindak membunuh diri yang disifatkan tidak berdasarkan fakta dan bukti.
Sedangkan katanya keterangan saksi IO Ahmad Shafik Abdul Rahman jelas menunjukkan tiada sebarang bayaran pendahuluan dibuat oleh DAP Serdang Aman untuk membiayai projek kecil di kawasan beliau.
Sebaliknya DAP Serdang Aman hanya bertindak sebagai pembantu pengurusan pada ketika itu.
Namun katanya, RCI tidak mengambil kira maklumat tersebut sebaliknya mengluarkan laporan yang berbeza daripada apa yang dikatakan saksi SPRM.
"Kalau lihat testimoni bertulis oleh IO Shafiq ketika pendengaran RCI adalah senario yang bertentangan. IO Syafik memberitahu RCI bahawa siasatan menunjukkan resit adalah sama dan projek tersebut dijalankan," jelasnya.
Tambahnya, RCI tidak mencari pnca kematian sebaliknya meninggalkan lebih banyak persoalan berhubung kematian Teoh.
Sehubungan itu, naib presiden DAP, Tan Kok Wai berkata, DAP akan terus komited untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock dan keuarganya dengan menganjurkan pelbagai program penerangan bermula dengan forum bertajuk "laporan siasatan suruhanjaya Teoh Beng Hock-di manakah kebenaran?" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam esok.
"DAP komited untuk mendapatkan keadilan untuk Beng Hock dan keluarganya bukan sebab dia merupakan ahli DAP tapi sebab kita mahu tuntut keadilan yang dijanjikan," kata beliau yang juga ahli Parlimen Cheras.
Keputusan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan pada Khamis lalu merumuskan Teoh membunuh diri kerana menghadapi sesi soal siasat agresif dan berlarutan oleh pegawai SPRM pada Julai 2009.
Walaupun beliau hanya saksi dalam sebuah kes yang hanya membabitkan cuma RM2,400, pegawai SPRM cuba mendapatkan pengakuan daripada beliau sepanjang malam dengan membuat pelbagai ugutan dan memberikannya maklumat palsu.
Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding suruhanjaya diraja menyiasat kematiannya yang didedahkan kepada umum Khamis lalu.
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ahad, 24 julai 2011- Majlis Pelancaran Zon Wifi Percuma telah dilancarkan di Dewan Al-Amin, Telok Bagan. Dengan kehadiran Pemuda seramai hampir 30 orang dari kawasan sekitar DUN turut memeriahkan majlis pelancaran petang kelmarin.
Zon Wifi yang diumumkan telah lama beroperasi sejak PAS mula menawan kedah, namun penstrukturan kearah lebih sistematik sedikit melewatkan pelancaran zon ini.
Antara Jawatankuasa
"Kawasan Wifi percuma juga akan dicadangkan ke kawasan-kawasan utama di dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur bagi menarik minat dan sebagai alat kemudahan bagi pengguna IT di pinggir bandar"kata Ketua ICT MTD.
Dalam pada itu, YB Dato Phahrolrazi juga beranggapan memperluaskan kawasan wifi percuma akan membawa suasana berbeza pada masyarakat pinggir bandar sebagai contoh komunikasi tanpa had ,alat sebaran maklumat dan penerimaan, transaksi mudah dan pantas.
kata aluan dari Pengarah Majlis
katanya lagi,Penggunaan internet juga telah membawa perubahan besar dalam pelbagai bidang, dan cukup jelas ialah perubahan politik kesan kebangkitan rakyat melalui medium internet di beberapa negara antaranya Tunisia, Mesir.
kehadiran tetamu
Zon wifi yang dilancarkan ini sedikit sebanyak diharap dimanfaatkan sepenuhnya, serta menjana minda warga sekitar dari ketinggalan arus moden yang berkembang pesat.
Majlis telah disempurnakan dengan perasmian oleh YB Dato Phahrolrazi Zawawi beserta televideo conference bersama pelajar luar negara melalui skype.
sidang televideo bersama pelajar luar negara
Ketua ICT MTD tunjuk cara pada YB
Majlis diteruskan dengan Penyampaian Bantuan Skim Kafalah kepada penerima dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur. Antara penerima skim yang hadir adalah seramai 25 orang.
Setelah jamuan di akhir majlis ini, upacara pelepasan skuad Pemuda Sejahtera bermotor bagi mengedarkan flyer dan surat khabar Warta kedah di Tapak Pasar Simpang Empat.
24 Julai 2011, Taman Ampang Indah - Menyedari kepentingan gerak kerja berterusan menyampaikan maklumat kepada masyarakat, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ampang (DPPA) pagi ini meneruskan rutin mingguan mereka dengan mengedarkan risalah-risalah berkaitan PAS dan pentadbiran Negeri Selangor serta sedikit ucapan daripada Ketua DPPA, al-Fadhil Ustaz Fazlulrahimi Maarop.
Ustaz Fazlulrahimi menyampaikan ucapan. Turut kelihatan Timbalan Ketua DPPA, Saudara Mohamad Shahril Mohamad Shuhaimi
Program : Sembang-sembang bersama Bob Lokman dan Ustaz Nasrudin Thantawi Tarikh : 17 Julai 2011 Anjuran : PAS Cawangan Balok. Tempat : PASTI Hidayah, Balok Pantai
Ustaz Suhaimi Saad, Ketua Penerangan PAS Pahang merangkap NYDP PAS Indera Mahkota bertindak sebagai pengerusi majlis
Ketibaan KP DPP Pusat, Ustaz Nasrudin Thantawi disambut oleh Bob Lokman
Ustaz Suhaimi sedang mempengerusikan majlis
Ustaz Suhaimi sedang melontar soalan kepada Bob Lokman
Ustaz Nasrudin sedang menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pengerusi
Pertanyaan dari audien
Sebahagian hadirin
Bob Lokman sehingga berdiri menjawab soalan yang dilontarkan...Semangat...semangat
Saudara Mohd Nor, S/U BADAR: "jaga gerai siapa tu?"
YDP Indera Mahkota, Tuan Haji Nasrun Amir pun berniaga jugak ke?
Tuan Haji Hashim, PA Ustaz Azhar Idrus di negeri Pahang (kiri)
Banjir selepas lebih 20 tahun Sinar Harian 25 Julai 2011
KOTA – Rata-rata peniaga di Pasar Awam Kota, di sini, terperanjat apabila pasar awam itu turut terkena tempias banjir kilat walaupun lokasi berkenaan tidak pernah dinaiki air sebelum ini.
Peniaga di pasar berkenaan mendakwa sejak akhir-akhir ini, masalah sistem saliran di sekitar pasar berkenaan semakin kritikal dan pelbagai jenis sampah-sarap boleh dilihat di dalam longkang.
Peniaga, Razali Abdullah, 55, berkata sudah lebih 20 tahun dia berniaga di pasar awam berkenaan dan sepanjang tempoh tersebut dia tidak pernah berhadapan dengan masalah banjir kilat.
"Biasanya, setiap kali hujan lebat, hanya kawasan deretan kedai di Pekan Kota yang terletak di tepi jalan utama Seremban-Tampin sahaja dinaiki air.
"Namun, kali ini kita juga terkena tempias banjir kilat susulan kerja-kerja pembinaan bangunan berhampiran pasar yang menyebabkan air tidak mampu mengalir dengan lancar," katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun, banjir kilat pada penghujung Jun lalu itu tidak masuk ke dalam premis perniagaan mereka dan hanya memenuhi sekitar kawasan rendah di pasar awam berkenaan.
Katanya, mereka berharap supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat menangani masalah sistem saliran tersebut supaya kejadian seumpamanya tidak berulang sekali gus dapat menjaga keselesaan peniaga dan pengunjung di pasar berkenaan.
"Oleh itu, kita mohon agar PBT dapat mengambil langkah yang lebih proaktif bagi menangani masalah sistem saliran di sini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kota Pekan, Jahaya Awang berkata, masalah banjir kilat di pasar berkenaan baru pertama kali berlaku.
"Saya telah meninjau lokasi berkenaan dan berharap pihak bertanggungjawab dapat memantau masalah ini demi keselesaan peniaga," katanya.
APA yang boleh disimpulkan di sini, sama ada Polis sengaja mahu memburukkan imej Mat Sabu, atau tindakan Polis yang boleh dianggap sebagai tidak cerdik di dalam menjawab isu dakwaan Mat Sabu dilanggar kenderaan Polis.
Laporan Polis yang dibuat oleh Mat Sabu pada 14 Julai 2011 secara jelas bertulis bahawa beliau telah dirempuh oleh kereta Waja Polis pada 9 Julai 2011. Diulangi, kereta Waja Polis. Diulangi sekali lagi Kereta Waja Polis.
klik gambar untuk baca
Sudah terang lagi bersuluh Mat Sabu membuat laporan bahawa beliau dilanggar oleh kereta Proton Waja Polis, laporan Polis ini boleh diakses dengan mudah oleh pihak Polis kerana ia tersimpan dalam pangkalan data PDRM (Pemerintahan Diktator Rosmah Mansor).
Namun pada 21 Julai seminggu selepas Mat Sabu membuat Laporan Polis, pihak Polis tampil dengan video pendedahan kononnya Mat Sabu tidak dilanggar oleh Pajero Polis.
KUALA LUMPUR, 25 Julai: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara tidak langsung telah mengakui wujudnya "klon" kepada kad pengenalan pengundi dalam daftar pemilih yang dikeluarkan mereka.
Pengakuan itu dibuat Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas 16 hari himpunan Bersih 2.0 berlangsung.
Kenyataan tersebut disiar di akhbar The Star bertarikh 24 Julai 2011 di bawah tajuk "EC: Help us purge 'clones' from electoral roll".
Beliau antara lain menyatakan bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR dan meminta parti politik dan individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih.
Mengulas perkara itu, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata, ia merupakan bukti bahawa desakan Pakatan Rakyat supaya daftar pemilih perlu dibersihkan adalah berasas.
"Ini merupakan kenyataan "U-turn" SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya.
"Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Sebelum ini, SPR enggan percaya bahawa wujud pengundi hantu dalam daftar pemilih mereka malah menolak tuntutan bersih agar daftar pemilih dibersihkan.
Sehinggalah Bersih mengadakan himpunan besar-besaran kali kedua pada 9 Julai lalu, namun SPR tetap dengan pendirian mereka untuk mengenepikan tuntutan bersih itu.
Pada 21 Julai lalu, Suhaizan mendedahkan satu fakta bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling.
Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 2 Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama.
Hanya 4 digit terakhir kad pengenalan iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201.
Ianya boleh disemak melalui pautan SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx.
Menurut Suhaizan, kes Mariam Su dan Murugan Subramaniam telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.
Pertamanya JPN telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti dan keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali.
"Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan "tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya".
"Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah," jelasnya lagi.
Beliau juga hairan kenapa sistem pengkalan SPR membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah.
Menurutnya, jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.
"Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah," tegasnya.
Saifuddin Abdullah, timbalan menteri Pengajian Tinggi terus menunjukkan pendirian politik yang kontroversi dalam kalangan parti pemerintah apabila menggesa tuntutan Bersih 2.0 diambil berat oleh kerajaan.
Beliau yang menulis dalam akhbar Sinar Harian hari ini menegaskan demikian dalam tulisannya bertajuk Pandangan Alam Politik yang Bijaksana.
Dalam tulisannya yang positif terhadap perubahan yang sering dinilai sebagai politik baru itu, Saifuddin menjelaskan transformasi politik perlu berlaku selepas 9 Julai, tarikh protes besar-besaran Bersih 2.0.
"Apa selepas 9 Julai? Jawabnya ialah transformasi politik - mengandungi pandangan alam politik yang bijaksana, inovasi demokrasi, pemikiran politik progresif dan komunikasi politik terbaik," tulis Saifuddin.
Ahli Parlimen Temerloh itu ialah penulis buku Politik Baru: Mematangkan Demokrasi Malaysia, yang membawa fahaman politik yang lebih terbuka inklusif.
Karyanya itu menerima ulasan positif pihak yang menyokong perubahan dan politik yang lebih liberal, terutama dalam kalangan penyokong pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan.
Beliau juga dilihat sebagai menteri Umno yang bijak hasil wacananya yang diterbitkan, termasuk di pelbagai media.
Beliau dikenali sebagai mempunyai ide-ide yang agak bebas dalam kalangan pemimpin-pemimpin Umno, sehingga mencetuskan kritikan dari dalam parti, yang paling jelas melalui beberapa blog pro-Umno yang popular.
Saifuddin dilihat mempunyai hubungan baik dengan ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengekalkan hubungan itu walaupun kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan Barisan Nasional.
Akhbar Sinar Harian, yang sering menerbitkan pandangan-pandangan bertentangan dengan pemerintah turut menjadi sasaran penyokong kerajaan kebelakangan ini.
Syarikat penerbit akhbar tersebut sering mengadakan program forum mengetengahkan tokoh pembangkang seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, Datuk Ambiga Sreenevasan dan agamawan yang mempunyai pandangan kritikal terhadap pentadbiran Najib, Dr Asri Zainul Abidin.
Saifuddin juga pernah dikritik sebagai "kuda trojan PKR" dalam Umno, mengaitkan hubungannya sejak di sekolah menengah dengan Anwar dan beberapa personaliti media yang didakwa propembangkang.
Beliau juga mencetuskan rasa kurang senang dalam parti ekoran kenyataannya di Tweeter menjelang 9 Julai yang dibaca sebagai menunjukkan sokongan kepada perhimpunan itu, yang diharamkan pihak berkuasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan